Bab 15 283
wanita dan sebagainya. Dari situ, kita dapat menggerakkan
masyarakat”. Kenyataan ini adalah relevan dengan kenyataan
Pajunen (2017) yang menyatakan hasil daripada penerimaan
tersebut, akhirnya terlihat kepada impak perubahan kepada
sesebuah komuniti itu dan menyuntik nilai kesedaran kepada
mereka.
Penambahbaikan Kehidupan Komuniti dan Institusi
Setempat
Antara perubahan keempat yang berlaku kepada komuniti setelah
diadakan aktiviti service-learning seperti yang dilaporkan adalah
penambahbaikian insfrastruktur dan rangkaian telekomunikasi
dan pembangunan dalam kampung dan penyediaan kemudahan-
kemudahan awam. Contohnya menurut PK8, “…kalau kursus
saya, Telekomunikasi dan Rangkaian, Teknologi Pendidikan. Last
two semesters kita pergi sekolah dan check dia punya rangkaian
network”. Manakala menurut PK7, “…kita dah transform projek
kampung tu kan, (universiti x pula) datang bawak solar. Tambahan
pada apa yang kita buat…”.
Ringkasnya amalan PdP service-learning memberi impak
dan membawa perubahan kepada pelajar, pensyarah, universiti
dan komuniti. Hubungan antara keempat-empat impak kaedah
service-learning dalam pengajaran dan pembelajaran ini berlaku
secara serentak dan mempunyai perkaitan antara satu sama lain
(Lihat Rajah 1).
284 Dinamika Pemikiran dan Kefahaman Islam
Rajah 1. Hubungan Antara Keempat-Empat Impak Kaedah Service-Learning
Kesimpulan
Perlaksanaan servive-learning banyak memberi impak kepada
pelajar. Pelajar dapat memahami kandungan kursus dengan lebih
mendalam secara sebenarnya. Mereka sendiri mengaplikasikan
apa yang dipelajari secara teori dan terus menggunakannya di
lapangan bersama komuniti. Di samping itu pelajar juga dapat
mempertingkatkan lagi kemahiran diri dan memperbaiki diri
ke arah pembangunan diri yang lebih mapan. Kemahiran ini
sangat diperlukan untuk berhadapan dengan realiti cabaran
masyarakat global dengan hasrat pengajian tinggi Malaysia yang
ingin melahirkan graduan kalis masa hadapan. servive-learning
ini juga membantu pensyarah membuktikan teori pengajaran
Bab 15 285
mereka itu berkesan. Gabungan bidang ilmu berbeza, antara
fakulti dan rentas disiplin ilmu telah disambut baik oleh para
akademik dengan menyumbang secara efektif dan kolaboratif.
Perlaksanaan servive-learning ini juga boleh mengeratkan lagi
hubungan fakulti dengan komuniti yang terlibat. Pihak komuniti
pula mendapat ilmu baharu, motivasi, bantuan, dorongan dan
kerjasama daripada penglibatan pelbagai pihak. Kerjasama ini
akhirnya membantu dalam pembangunan ekonomi dan sosial.
Jelaslah, perlaksanaan servive-learning dalam pengajaran dan
pembelajaran di Universiti Awam di Malaysia, memberi impak
positif terhadap pembangunan diri pelajar, pensyarah, fakulti,
universiti dan komuniti.
BAB 16
Pemahaman Dan Penghayatan Terhadap
Batas-Batas Pergaulan Dalam Kalangan
Pelajar
Zainab Mohamad Ahmad & Ying-Leh Ling
Pengenalan
Batas-batas pergaulan menurut shara’ merupakan perkara yang
telah ditetapkan dalam Islam kepada umatnya bagi memelihara
keharmonian hidup bermasyarakat. Apatah lagi dalam hubungan
di antara lawan jantina iaitu antara lelaki dan perempuan.
Penerapan batas-batas pergaulan Islam akan mengelakkan pelajar
daripada terlibat dalam gejala sosial yang kian meruncing.
Realitinya, fenomena pergaulan bebas pada masa kini sering
kali menimbulkan kesan-kesan yang tidak baik dalam kalangan
masyarakat. Pergaulan bebas adalah budaya hidup masyarakat
Barat yang menyebarkan dan menyebabkan pelbagai gejala
pergaulan bebas. Bersesuaianlah dengan falsafah barat yang
menyebutkan seks adalah aktiviti biologi semata-mata dan tiada
hubungannya dengan moral manusia (Muhammad Qutb, 1989).
Budaya pergaulan bebas yang dibawa daripada Barat ini sebenarnya
telah menyeret manusia jauh daripada peradaban manusia, apatah
lagi mematuhi prinsip dan dasar Islam (Farahwahida & Norazila,
2011). Perihal ini sangat bertentangan dengan tujuan syariah iaitu
Bab 16 287
menjaga maruah dan keturunan melalui sebuah perkahwinan.
Perihal ini juga sangat bertentangan dengan kenyataan bahawa
Malaysia merupakan negara yang sangat terkenal dengan nilai-
nilai kesopanan dan adab susila yang tinggi. (Ñ Safiyyah,
2005). Seandainya tiada penerapan dan penghayatan batas-batas
pergaulan Islam dalam kalangan masyarakat hari ini, maka akan
mendatangkan pelbagai masalah sosial antaranya adalah remaja
lari dari rumah, seks bebas, masalah pembuangan bayi, masalah
penagihan dadah yang akhirnya mengakibatkan keruntuhan moral
dalam negara.
Konsep Batas-Batas Pergaulan Yang
Ditetapkan Islam
Fitrahnya manusia yang dilahirkan merupakan makhluk sosial
yang memerlukan komunikasi dan pergaulan dalam kehidupan
seharian. Berdasarkan firman Allah (SWT) yang bermaksud:
“Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan
kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan,
kemudian kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan
bersuku-suku agar kamu saling mengenali. Sesungguhnya
yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah
orang yang paling bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha
Mengetahui, lagi Maha Teliti”
(Al-Hujurat 49: 13)
288 Dinamika Pemikiran dan Kefahaman Islam
Namun demikian, Islam telah menggariskan beberapa
panduan untuk umatnya dalam batas-batas pergaulan.
Sesungguhnya Islam melarang pergaulan bebas antara lelaki
dan wanita dan menyuruh mereka menjaga aurat (Paizah, 2003).
Pandangan ini dikukuhkan dengan kajian Anisah (1999) di mana
hukum asal pergaulan antara lelaki dan perempuan ajnabi (asing)
adalah haram. Namun demikian, pengharaman ini tidak didasarkan
kepada nas yang soreh (jelas) kerana ketiadaan nas yang soreh
mengenai perihal ini. Pengharamannya hanya berasaskan hukum
yang lain yang asalnya dikhususkan bagi perempuan kerana di
dalam hukum-hakam terbabit terdapat unsur-unsur pergaulan di
antara lelaki dan perempuan.
Sehubungan itu, menjaga pandangan merupakan lebih
asas daripada memelihara kemaluan. Selari dengan kajian
Dyah (2015) pandangan mata terhadap berbeza jantina boleh
memunculkan dorongan seksual. Ini kerana pandangan yang
akan menimbulkan rasa keinginan dan syahwat. Kajian Kamarul
(2017) turut menjelaskan penjagaan kemaluan daripada perkara
yang haram dan perkara yang berhubungan penjagaan syahwat
merupakan konsep batasan yang utama bagi remaja. Masalah
pergaulan bebas dalam kalangan remaja seharusnya ditangani
dengan mengharuskan remaja belajar tentang pergaulan yang
mengikut landasan syariat semenjak kecil. Sebenarnya al-Qurān
telah menjelaskan hubungan antara lelaki dan perempuan,
hubungan sesama jenis, hubungan antara anak dan orang tua,
hubungan antara muslim dan bukan muslim. Antara batasan yang
digariskan Islam dalam pergaulan antara lelaki dan perempuan
ialah:
Bab 16 289
I. Menjaga pandangan mata
Menjaga pandangan mata telah disebutkan di dalam al-Qurān
yang bermaksud:
“Katakanlah kepada orang laki-laki yang
beriman:“Hendaklah mereka menahan pandangannya dan
memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih
suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui
apa yang mereka perbuat”
(An-Nūr 24:30)
Menjaga pandangan mata daripada melihat perkara-
perkara yang menimbulkan perasaan syahwat hendaklah
dielakkan. Oleh itu, perlu ditanamkan kepada anak-anak sejak
kecil tentang pendidikan menjaga pandangan. Namun Islam amat
bertoleransi dalam hal ini kerana dibolehkan dalam keadaan
tertentu yang bersifat kemaslahatan secara umum iaitu proses
belajar mengajar, forum, diskusi dan sebagainya. (Dyah, 2015)
II. Menjaga aurat
Pakaian menurut syariah adalah berfungsi untuk menutup aurat
setiap pemakainya.Perintah menjaga aurat seperti disebutkan di
dalam al-Qurān yang bermaksud:
“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang
beriman supaya menyekat pandangan mereka daripada
memandang yang haram dan memelihara kehormatan
mereka dan janganlah memperlihatkan perhiasan tubuh
290 Dinamika Pemikiran dan Kefahaman Islam
kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka
menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala
mereka, dan janganlah memperlihatkan perhiasan tubuh
mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa
mereka, atau bapa mereka, atau bapa mertua mereka
atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau
saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara
mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka
yang perempuan atau perempuan-perempuan Islam, atau
hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang
lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepasda
perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi
tentang aurat dan janganlah mereka menghentakkan kaki
untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari
perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada
Allah, wahai orang-orang yang beriman.”
(An-Nūr 24:31)
Fesyen pakaian yang harus dipakai oleh setiap wanita
Islam tidak ditentukan dengan rigid atau tetap, sebaliknya Islam
memberi peluang kepada umatnya mencipta kreativiti asalkan
menepati kehendak shara’.
III. Menjaga adab bercakap
Menjaga adab bercakap adalah dengan tidak melunakkan suara
sehingga mendatangkan rasa syahwat kepada pendengarnya.
Namun demikian, tidak boleh juga kita bercakap dengan
meninggikan suara. Ini juga bertentangan dengan syariat Islam.
Bab 16 291
IV. Menghindari bersentuhan kulit dengan lawan
jenis
Aishah (RA) meriwayatkan dalam sebuah hadith yang bermaksud:
“Tangan Rasulullah (SAW) tidak pernah menyentuh
tangan seorang perempuan kecuali perempuan yang
dimiliki.”
Berdasarkan hadith ini, difahami bahawa bersentuhan
antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram adalah
diharamkan (Ainul, Zuliza, & Mat Noor, 2012). Setiap lelaki dan
wanita yang bukan mahram hendaklah mengelakkan bersentuhan
kulit antara lawan jenis tanpa sebarang urusan atau keperluan
melainkan dalam situasi darurat. Perihal ini signifikan dengan
kajian Farawahida dan Norazila (2011), bersentuhan antara
lelaki dan perempuan yang bukan mahram boleh menyebabkan
berlakunya seks bebas.
V. Bukan tempat tertutup
Selain itu, tempat juga memainkan peranan kerana apabila
berlainan jenis berdua-duaan di tempat yang tertutup akan
mendatangkan fitnah. Ini signifikan dengan kajian Farahwahida
dan Norazila (2011) mengatakan seseorang yang terjebak dengan
seks bebas, kebanyakannya adalah ekoran daripada berkhalwat
atau duduk bersunyi-sunyian antara lelaki dan perempuan. Secara
psikologi, lelaki dan perempuan yang bukan muhrim yang sedang
berdua-duaan akan mudah mengalami total reflek. (Farawahida &
Norazila, 2011)
292 Dinamika Pemikiran dan Kefahaman Islam
Pernyataan Masalah
Rasulullah (SAW) pernah bersabda yang bermaksud:
“ Abdullah berkata bahawa Rasulullah (SAW) bersabda
kepada kami: Wahai para pemuda, sesiapa yang memiliki
kemampuan nafkah, maka hendaklah dia berkahwin.
Hal ini kerana perkahwinan mampu menundukkan
pandangan mata daripada melihat (wanita) yang haram,
memelihara kemaluan daripada zina. Sesiapa pula yang
tidak mempunyai kemampuan nafkah, maka dituntut
kepadanya untuk berpuasa. Hal ini kerana puasa menjadi
pendinding kepada mereka (daripada kedua-dua) dosa”.
Hadith di atas menyebutkan remaja atau pemuda disuruh
supaya menjaga kehormatan kemaluan mereka dengan berkahwin
dan berpuasa merupakan suruhan. Kajian ini signifikan kepada
keadaan remaja yang sangat cenderung kepada keperluan syahwat
berbanding dengan keperluan lain (Siron, 2010). Terbukti
kerisauan rasulullah (SAW) terhadap golongan remaja dalam
perihal syahwat adalah berasas apabila statistik daripada akhbar
Harian Metro (2012) yang memaparkan kadar aktiviti seksual
dalam kalangan remaja di Malaysia berusia 13 hingga 17 tahun
sepanjang dua dekad lalu meningkat daripada 0.9 peratus pada
tahun 1994 kepada 8.3 peratus. Statistik itu diperoleh daripada kaji
selidik Global Kesihatan Pelajar Sekolah (GSHS) dan Lembaga
Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN)
berkaitan dengan kelakuan sumbang dilakukan remaja sebelum
nikah sepanjang tahun 1994 hingga 2012. Sementara itu, data
direkod daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bermula
Bab 16 293
2005 hingga 2011 juga menunjukkan Malaysia menduduki tempat
keempat daripada 10 negara berkaitan kehamilan remaja berusia
antara 15 hingga 19 tahun.
Statistik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
mencatatkan 81,000 kes anak luar nikah didaftarkan sehingga
tahun 2011. Manakala kajian Universiti Putra Malaysia (UPM) pula
mendapati 300 orang remaja Melayu berusia 13 hingga 25 tahun
terbabit dengan salah laku seksual dan seks bebas. Dinyatakan,
85 peratus daripada mereka yang melakukan perbuatan itu
langsung tidak menyesal, malu atau takut malah menyifatkan
pengalaman berkenaan sebagai menyeronokkan. Statistik Polis
Diraja Malaysia pula mencatatkan kes pembuangan bayi yang
dilaporkan antara 2000 sehingga 2006 ialah 580 orang, majoriti
sebanyak 92 peratus adalah bayi baru dilahirkan, manakala
lapan peratus adalah janin. Di Lembah Klang saja hasil laporan
Persidangan Kependudukan Kebangsaan 2007 mendedahkan
seorang bayi dibuang setiap 10 hari. (Shuhada, 2015). Batasan
pergaulan pelajar perlu diberi perhatian oleh pihak yang berkaitan
kerana dari sinilah bermulanya penghayatan nilai murni dalam
pergaulan dapat di praktikkan selain di rumah ketika bersama
keluarga. (Roslan, Dasima, Khiral, & Abdulsoma, 2015) Lantaran
itu, bersesuaian dengan ajaran Islam iaitu mencegah kemungkaran
adalah menjadi kewajipan setiap penganutnya kerana mencegah
itu lebih baik daripada mengubati. Oleh demikian, pengkaji
berasa terdapat keperluan untuk mengenal pasti tahap kefahaman
pelajar terhadap batas-batas pergaulan. Seterusnya, pengkaji
juga ingin menentukan hubungan korelasi antara faktor-faktor
individu, rakan, dan keluarga dengan penghayatan pelajar dalam
kehidupan.
294 Dinamika Pemikiran dan Kefahaman Islam
Metodologi Kajian
Populasi dan kaedah persampelan
Seramai 100 orang pelajar muslim dalam lingkungan usia
16-19 tahun dari sebuah institusi teknikal di bandaraya Kuching,
Sarawak telah mengambil bahagian dalam kajian ini. Responden
telah dipilih secara rawak melalui kaedah persampelan rawak di
mana subjek dalam sampel tersebut mempunyai semua ciri yang
terdapat dalam populasi kajian. Kaedah persampelan ini dilihat
lebih adil kerana setiap sampel berpeluang untuk mengambil
bahagian dalam kajian ini dan prosedur persampelan ini kurang
bias dalam proses memilih sampel. Justeru, pengkaji memilih
kaedah persampelan rawak mudah kerana ia sesuai dengan
populasi yang menjadi subjek kajian ini.
Instrumen kajian
Instrumen kajian terdiri daripada set soal selidik. Kaedah
instrumen ini digunakan untuk mendapatkan maklum balas dan
pengumpulan data daripada sampel. Instrumen ini terdiri daripada
empat bahagian di mana Bahagian A adalah profil demografi
responden. Seterusnya, Bahagian B bertujuan untuk menentukan
tahap kefahaman pelajar terhadap batas-batas pergaulan.
Pengkaji menggunakan alat pengukuran tingkah laku beragama
iaitu Religious Orientation Scale daripada Allport dan Ross
(1967). Seterusnya, Bahagian C bertujuan untuk menentukan
hubungan korelasi antara faktor individu, rakan dan keluarga
dengan penghayatan. Manakala Bahagian D mengandungi item-
item berkaitan dengan penghayatan pelajar terhadap batas-batas
Bab 16 295
pergaulan mengikut shara’ dalam kalangan pelajar. Skala Likert
lima mata iaitu 1-Sangat Tidak Setuju, 2-Tidak Setuju, 3-Kurang
Setuju, 4-Setuju, dan 5-Sangat Setuju telah digunakan dalam
kajian ini.
Prosedur Menjalankan Kajian
Pengkaji telah membuat permohonan kepada institusi teknikal
tersebut untuk mengedarkan borang soal selidik kepada pelajar
muslim. Sebaik sahaja kebenaran diperoleh, responden telah
diberikan keterangan dan arahan untuk menjawab borang soal-
selidik. Sebanyak 100 set soal selidik telah diedarkan. Borang
yang telah lengkap diisi telah diserahkan kepada pengkaji untuk
tujuan penyemakan dan penganalisaan.
Kajian Rintis
Kajian rintis telah dibuat sebelum soal selidik diedarkan kepada
responden yang sebenar bagi menguji kefahaman responden
tentang soalan yang dikehendaki dalam kajian ini. Pengkaji telah
menggunakan KoefisienAlpha dalam mengukur kebolehpercayaan
item-item soal selidik. Indeks nilai keboleh percayaan bagi
keseluruhan 43 item soal selidik adalah nilai alpha yag diperolehi
adalah .854. Oleh kerana nilai alpha melebihi 0.6, menurut Hair,
Black, Babin, Anderson, dan Tatham (2006), adalah mencukupi
bagi kajian ini dilaksanakan secara eksplotari. Ini bermakna
soalan bagi soal selidik ini mempunyai nilai kebolehpercayaan
dan kesahan yang tinggi.
296 Dinamika Pemikiran dan Kefahaman Islam
Penganalisaan Data
Data yang dikumpul telah dianalisa dengan menggunakan statistik
deskriptif dan statistik inferensi. Bagi tujuan memaparkan profil
responden, pengkaji telah menggunakan kekerapan dan peratus.
Manakala analisis deskriptif dalam bentuk peratusan telah
digunakan untuk menunjukkan kefahaman pelajar terhadap batas-
batas pergaulan menurut shara’. Seterusnya, skor min dan sisihan
piawai turut digunakan bagi menunjukkan respons tentang dimensi
individu, rakan dan keluarga dengan penghayatan pelajar. Bagi
menentukan hubungan antara faktor individu, keluarga, rakan
dengan kesan penghayatan pelajar, analisis korelasi Pearson telah
digunakan.
Dapatan Kajian Dan Perbincangan
Bahagian ini menunjukkan demografi responden berkaitan dengan
tahap kefahaman pelajar tentang batas-batas pergaulan dan
penghayatan pelajar terhadap batas-batas pergaulan. Sebanyak
100 orang pelajar muslim terdiri daripada 76 orang responden
lelaki dan 24 orang responden perempuan telah mengambil
bahagian dalam kajian ini. Semua responden merupakan pelajar
muslim yang sedang menuntut di institusi teknikal yang telah
dikenal pasti di negeri Sarawak. Analisis profil responden telah
menunjukkan majoriti responden berada dalam kategori umur 19
tahun iaitu sebanyak 29 peratus. Majoriti responden juga didapati
berasal dari kawasan bandar dengan kadar setinggi 64 peratus.
Bab 16 297
Analisis Deskriptif Kefahaman Pelajar
terhadap Batas-Batas Pergaulan Menurut
Shara’
Dapatan daripada Jadual 2 telah menunjukkan responden masih
tidak dapat memahami batasan pergaulan yang telah ditetapkan
oleh shara’ secara menyeluruh. Ini telah dipaparkan daripada
dapatan di mana responden sedar akan batas pergaulan secara
umum tetapi kefahaman dalam perspektif shara’ masih tidak
dikuasai dengan sepenuhnya.
Jadual 1. Profil Responden (N=100)
Perkara Kekerapan Peratus
Jantina 76 76.0
24 24.0
Lelaki
24 24.0
Perempuan 26 26.0
21 21.0
Umur 29 29.0
16 tahun 64 64.0
36 36.0
17 tahun
18 tahun
19 tahun
Tempat Kediaman
Bandar
Luar Bandar
Dapatan turut menunjukkan sebilangan kecil responden
tidak tahu akan kelebihan dan kesan menjaga batas pergaulan.
Responden pernah mendengar tentang batasan pergaulan tetapi
keupayaan mereka untuk mengelakkan diri daripada perangkap
masalah sosial masih menjadi satu tanda soal kepada mereka. Ini
298 Dinamika Pemikiran dan Kefahaman Islam
jelas dengan pendapat Kamarul, Mohd Ismail dan Nurul Atika
(2017) di mana dua elemen iaitu praktis dan iman tidak boleh
dipisahkan. Kedua-dua elemen perlu ada pada setiap pelajar
kerana kefahaman tidak memadai sebagai penentu kualiti pelajar
semata-mata. Pandangan ini turut disokong dengan dapatan kajian
ini di mana masih terdapat sebilangan responden tidak tahu akan
batas-batas pergaulan yang ditetapkan oleh shara’ dan kesannya
daripada terperangkap dalam masalah sosial.
Seterusnya, dapatan Jadual 3 turut menunjukkan analisis
deskriptif bagi dimensi-dimensi individu, rakan, dan keluarga
dengan amalan penghayatan pelajar. Bagi dimensi individu, jelas
menunjukkan responden mempunyai penguasaan pemahaman
yang tinggi dalam mengetahui hikmah menjaga batas-batas
pergaulan dalam Islam dengan skor min setinggi 4.00 dan ke atas.
Seterusnya, dapatan dalam aspek keluarga turut menunjukkan
tahap persetujuan responden yang tinggi terhadap pemahaman
keluarga dalam batas-batas pergaulan dalam Islam. Dapatan
turut menunjukkan peranan penting keluarga mendidik anak-
anak dalam hal-hal berkaitan dengan batas pergaulan dalam
Islam. Jika dibandingkan dengan aspek individu dan keluarga,
aspek rakan didapati kurang memberi kesan ke atas penghayatan
responden tentang batas-batas pergaulan dalam Islam. Secara
keseluruhan, aspek individu, rakan, dan keluarga masing-masing
telah menunjukkan skor min setinggi 4.24, 4.35, dan 3.79.
Bab 16 299
Jadual 2. Skor Min dan Sisihan Piawai Tahap Kefahaman Pelajar mengenai Batas-
Batas Syarak
Bil. Item Ya (%) Tidak
(%)
1 Saya pernah mendengar tentang batas-batas pergaulan. 100.0 0.0
2.0
2 Saya tahu batas-batas pergaulan antara lelaki dan 98.0
perempuan. 4.0
3 Saya pernah mendengar pensyarah/guru anda 96.0 6.1
menyebutkan tentang batas-batas pergaulan. 4.0
8.1
4 Saya tahu kesan menjaga batas-batas pergaulan. 93.9 7.0
5 Saya tahu kesan tidak menjaga batas-batas pergaulan. 96.0 4.0
6 Saya tahu kelebihan menjaga batas-batas pergaulan. 91.9 4.0
7 Saya tahu dengan menjaga batas-batas pergaulan akan 93.0 9.1
mengelakkan diri daripada masalah sosial.
8 Saya tahu dengan menjaga batas-batas pergaulan akan 96.0
dapat mengelakkan diri daripada zina.
Saya tahu apa yang dikatakan sebagai batas-batas 96.0
pergaulan.
9
10 Saya tahu batas-batas pergaulan yang telah ditetapkan 90.9
oleh shara’.
Jadual 3. Analisis Deskriptif bagi Dimensi Individu, Rakan dan Keluarga dengan
Penghayatan Pelajar
Peratus Respons Min S.P
5
Bil. Item 1234 SS
STS TS KS S 4.24 .517
Dimensi Individu
1 Saya memahami 0.0 1.0 3.0 51.0 45.0 4.40 .603
hukum
batas-batas
pergaulan dalam
Islam.
300 Dinamika Pemikiran dan Kefahaman Islam
2 S a y a 0.0 1.0 17.0 61.0 21.0 4.02 .651
mengamalkan
batas-batas
pergaulan yang di
benarkan dalam
Islam.
3 Saya mengetahui 0.0 0.0 5.0 46.0 49.0 4.44 .591
hikmah menjaga
batas-batas
pergaulan.
4 Saya sering 0.0 2.0 18.0 46.0 34.0 4.12 .769
mengingatkan
diri saya tentang
batas-batas
pergaulan.
Dimensi 4.35 .543
Keluarga
5 Keluarga saya 0.0 0.0 4.0 46.0 50.0 4.46 .575
memahami batas-
batas pergaulan
dalam Islam.
6 Keluarga saya 0.0 0.0 5.0 50.0 45.0 4.40 .586
mengamalkan
batas-batas
pergaulan dalam
Islam.
7 Keluarga saya 0.0 1.0 3.0 49.0 47.0 4.42 .606
menitik beratkan
soal batas-batas
pergaulan dalam
Islam.
8 Keluarga 0.0 2.0 9.1 38.4 50.5 4.37 .736
saya sering
mengingatkan
diri saya tentang
batas-batas
pergaulan dalam
Islam.
Bab 16 301
9 Keluarga saya 1.0 1.0 13.0 50.0 36.0 4.21 .700
sering mengajar 0.0 2.0 13.0 42.0 43.0 4.26 .760
ilmu yang
berkaitan soal 3.79 .745
batas-batas
pergaulan dalam
Islam.
10 Keluarga
saya sering
memberitahu
impak tidak
menjaga batas-
batas pergaulan
dalam Islam.
Dimensi Rakan
11 Saya berkawan 1.0 2.0 28.3 51.2 18.2 3.85 .728
dengan rakan-
rakan yang
menjaga batas-
batas pergaulan
dalam Islam.
12 Rakan-rakan saya 1.0 2.0 23.0 53.0 21.0 3.91 .779
memahami batas-
batas pergaulan
dalam Islam.
13 Majoriti 1.0 10.1 28.3 40.4 20.2 3.68 .943
rakan saya
mengamalkan
batas-batas
pergaulan dalam
Islam.
14 Rakan-rakan saya 2.0 9.1 27.3 43.4 18.2 3.66 .947
menitikberatkan
soal batas-batas
pergaulan dalam
Islam.
302 Dinamika Pemikiran dan Kefahaman Islam
15 Rakan- rakan 2.0 4.0 30.3 40.4 23.2 3.78 .917
saya sering
mengingatkan
saya tentang
batas-batas
pergaulan dalam
Islam.
Nota: S.P.: Sisihan Piawai
Analisis Inferensi bagi Faktor Individu,
Keluarga, Rakan dengan Kesan
Penghayatan Pelajar
Dapatan daripada Jadual 4 telah menunjukkan hubungan korelasi
antara faktor individu, keluarga, dan rakan dengan kesan
penghayatan dalam kalangan responden. Dapatan menunjukkan
faktor individu dan kesan penghayatan pelajar mempunyai
hubungan korelasi yang signifikan dan positif dengan nilai
koefisien setinggi r=0.602. Ini selari dengan pendapat Zainuddin
dan Norazmah (2011) yang mengatakan faktor diri individu
mempunyai kesan pengaruh yang paling kuat dalam masalah
sosial yang berlaku. Seterusnya, faktor keluarga dan faktor rakan
masing-masing menunjukkan hubungan korelasi sederhana
dengan nilai koefisien setinggi r=.430 dan r=.526. Dapatan ini
mengukuhkan pendapat Rohana, Norhasni, Azimi, dan Fathiyah
(2013) yang menekankan pertautan rakan sebaya mempunyai
hubungan yang signifikan ke atas tingkah laku remaja. Sehubungan
itu, faktor keluarga harus juga diberi perhatian memandangkan
wujud hubungan korelasi dengan kesan penghayatan pelajar.
Bab 16 303
Jadual 4. Korelasi antara faktor individu, keluarga dan rakan dengan kesan
penghayatan pelajar
Faktor Kesan
penghayatan
Individu
Keluarga .602*
Rakan .430*
*Signikan pada aras kesukaran .05
.526*
Implikasi Dan Kesimpulan
Implikasi kajian ini memberi gambaran tentang kefahaman
dan penghayatan pelajar dalam batas-batas pergaulan. Namun
demikian pengkaji membuka ruang dan peluang supaya adanya
kajian lain yang lebih terperinci yang menyebutkan setiap batas
pergaulan dalam Islam seperti menjaga pandangan, aurat, dan
adab-adab pelajar wanita ketika menuntut ilmu. Impak kajian
ini juga mendapati pelajar sebenarnya faham akan batas-batas
pergaulan. Lantaran itu, pengkaji mendapati perlunya sub-topik
batas-batas pergaulan dalam silibus Pengajian Islam di peringkat
institusi pendidikan tinggi awam diadakan supaya pelajar sentiasa
diingatkan batas-batas pergaulan yang telah ditetapkan Islam.
Masyarakat umumnya juga harus dididik tentang pentingnya
penerapan batas-batas pergaulan supaya kerukunan dalam hidup
bermasyarakat aman dan harmoni.
Tahap kefahaman pelajar tentang batas-batas pergaulan
adalah tinggi namun ianya dipengaruhi oleh tiga faktor yang
dikaji iaitu individu, keluarga dan rakan sebaya. Dapatan kajian
mendapati faktor individu mempunyai hubungan korelasi yang
kuat dengan kesan penghayatan pelajar dalam penerapan batas-
batas pergaulan menurut shara’ dalam kehidupan seharian
304 Dinamika Pemikiran dan Kefahaman Islam
berbanding dengan faktor lain. Oleh kerana kajian ini
adalah kajian awalan dan data yang diperoleh daripada kumpulan
sampel yang kecil, maka kajian ini tidak dapat digeneralisasikan.
Lantaran itu, semua pihak mesti menggembleng tenaga untuk
bekerjasama mengurangkan angka statistik masalah sosial
yang sangat kritikal kerana pelajar merupakan aset negara dan
cerminan kepada sesebuah negara. Secara keseluruhannya, kajian
ini diharapkan dapat membantu pihak-pihak yang terlibat dalam
pembangunan modal insan negara.
BAB 17
Pembentukan Sahsiah Pelajar Dan
Hubungannya Dengan Pelaksanaan Amalan
Solat : Kajian Di Institusi Pengajian Tinggi
(IPT) Kelantan
Mohd Khusyairie Marzuki, Mohd Muhiden Abdul
Rahman & Affendi Ismail
Pengenalan
Solat dalam bahasa arab bererti doa. Masyarakat melayu
menggelarkan sebagai sembahyang. Dalam istilah syarak,
solat ialah beberapa perkataan, perbuatan yang dimulai dengan
takbir disudahi dengan salam dan beberapa syarat tertentu. Solat
merupakan salah satu rukun Islam dan menjadi kewajipan yang
paling utama selepas tauhid. Apabila solat seseorang itu baik maka
akan baiklah seluruh amal dan perbuatan, sebaliknya apabila
rosak solatnya maka rosaklah seluruh amalannya. Kedudukan
solat adalah amat tinggi dalam Islam. Ia merupakan tiang agama
di mana agama tidak akan dapat ditegakkan dengan sempurna
dalam diri seseorang dan negara kecuali setelah memberi
perhatian serius tentang kewajipan dan kesempurnaannya. Di
samping itu, solat juga merupakan tiang asas bagi amalan soleh
yang lain. Ia juga merupakan antara amalan yang pertama sekali
dihisab. Solat merupakan ibadah yang diwajibkan ke atas setiap
306 Dinamika Pemikiran dan Kefahaman Islam Bab 17 306
orang Islam dan solat yang sempurna juga dapat menjauhkan
manusia dari segala perbuatan mungkar. Sedih sekali apabila kita
melihat generasi masa depan enggan sujud kepada penciptanya.
Sebenarya isu inilah yang lebih bahaya bagi umat Islam daripada
isu dadah, mat rempit, pembuangan bayi, gejala sosial dan
sebagainya. Punca segala masalah-masalah sosial yang berlaku
hari ni kerana kebanyakan remaja meninggalkan ibadat solat
dengan sewenangnya tanpa rasa bersalah kepada PenciptaNya.
Mereka lebih cenderung ke arah kehidupan keduniaan daripada
melakukan ibadat kepada Allah SWT.
Latar Belakang Masalah
Saban hari, masalah gejala sosial remaja masa kini termasuk
pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dilihat semakin
serius. Krisis keruntuhan akhlak remaja lebih berkait dengan
permasalahan sahsiah dan peribadi seseorang individu, manakala
amalan solat pula secara umumnya sering dikaitkan dengan faktor
pembentukan kualiti sahsiah individu, termasuk golongan pelajar.
Seorang pelajar yang menjaga amalan solat, sering dikaitkan
memiliki sahsiah mulia. Sebaliknya mereka yang cuai dengan
pelaksanaan solat pula dikenal pasti menjadi salah satu faktor
yang sebaliknya.
Beberapa tinjauan awal dan sesi temubual dengan warga
kampus UiTM Kelantan kampus Kota Bharu, secara umumnya
mereka bersetuju bila dikaitkan keruntuhan gejala sosial remaja
di IPT mempunyai kaitan yang rapat dengan peribadi indiviu
yang tidak menunaikan solat fardu. Jiwa mereka tidak tenteram,
memilih jalan pintas mencari kepuasan diri dengan terjebak ke
kancah maksiat dan gejala sosial. Antara punca masalah ini,
Bab 17 307
bermula dengan meninggalkan solat fardu, bergaul bebas tanpa
batasan, hisap rokok dan dadah serta banyak lagi gejala. Terdapat
beberapa faktor lain yang menjadi antara punca masalah ini seperti
meninggalkan solat kerana sifat malas dan meninggalkan solat
fardu kerana engkar kepada perintah Allah. Mereka yang sengaja
meninggalkan solat fardu tanpa alasan yang munasabah, secara
tidak langsung akan mendorong diri seseorang untuk terjerumus
melakukan kemungkaran dan maskiat kepada Allah.
Objektif Kajian
I. Mengkaji tahap pembentukan sahsiah dalam kalangan pelajar.
II. Mengkaji tahap pelaksanaan solat fardu dalam kalangan
pelajar.
III. Mengukur hubungan antara pembentukan sahsiah dengan
amalan solat fardu pelajar.
Persoalan Kajian
I. Apakah tahap pembentukan sahsiah dalam kalangan pelajar?
II. Sejauh manakah tahap pelaksanaan solat fardu dalam kalangan
pelajar?
III. Bagaimana hubungan antara pembentukan sahsiah dengan
amalan solat fardu pelajar?
Kepentingan Kajian
I. Membantu pengurusan UiTM Kelantan kampus Kota Bharu
308 Dinamika Pemikiran dan Kefahaman Islam
untuk merangka beberapa program terhadap pembentukan
sahsiah pelajar.
II. Membimbing pelajar-pelajar di UiTM Kelantan kampus Kota
Bharu untuk meningkatkan tahap kefahaman solat fardu.
III. Membentuk sahsiah pelajar melalui pendekatan bengkel solat
atau program pemantapan solat fardu yang sempurna.
Skop Kajian
Kajian dijalankan di UiTM Kelantan kampus Kota Bharu yang
merupakan salah sebuah IPT di Negeri Kelantan. Seramai 100
responden dalam kalangan pelajar baharu sepenuh masa pada
tahun 2017 di peringkat pengajian Ijazah Pertama yang terdiri
daripada 5 program pengajian iaitu Perbankan Islam, Pengurusan
Perniagaan, Pengurusan Pemasaran, Pengurusan Kewangan dan
Statistik, Sains Komputer dan Matematik telah dipilih secara
rawak untuk menjadi sampel kajian. Skop kajian ini menumpukan
kepada tiga aspek utama mengkaji tahap pembentukan sahsiah
dan pelaksanaan solat fardu dalam kalangan pelajar serta
mengukur hubungan antara pembentukan sahsiah dengan amalan
solat fardu. Bentuk solat yang ditumpukan dalam kajian ini ialah
solat fardu lima waktu seharian sahaja.
Penyataan Masalah
Masalah ada kalangan pelajar yang mengakui tidak menunaikan
solat, terutamanya solat Subuh dan sebahagian solat fardu yang lain
tanpa sebarang alasan uzur syarie dikenal pasti ketika pensyarah
Bab 17 309
membuat penilaian dengan mengemukakan pertanyaan secara
tidak langsung setiap kali masuk ke kelas sebelum sesi pengajaran
dan pembelajaran dijalankan. Antara punca masalah ini berlaku
adalah disebabkan oleh sikap mereka yang menganggap solat
itu perkara yang remeh di samping tahap kesedaran yang rendah
untuk melaksanakan solat fardu.
Antara faktor-faktor lain yang dikenal pasti termasuklah
penekanan pendidikan tentang solat fardu dari kalangan ibu bapa,
tiada dorongan dari masyarakat sekeliling, malah yang lebih
membimbangkan lagi, terdapat segelintir ibu bapa pada hari ini
yang tidak bersolat. Ini berdasarkan temu bual dengan beberapa
orang pensyarah di Jabatan Pengajian Am, Kolej Komuniti Bukit
Beruang, Melaka, (Mardziah, 2006). Begitu juga hasil dapatan
kajian ke atas pelajar–pelajar Muslim di Kolej Komuniti Selandar
Melaka, mendapati tahap kefahaman dan pelaksanaan solat fardu
berada pada tahap yang sederhana (Rahmat & Mohd Toriq, 2012).
Menurut (Rosnah, 2007) ibu bapa yang kurang memberi
penekanan tentang kewajipan solat kepada anak-anaknya akan
meyebabkan pelajar tidak melakukan ibadat solat di rumah,
maka ia memberi contoh yang tidak baik kepada pelajar untuk
mempraktikkan dan mengamalkannya di rumah. Pada hakikatnya
pendidikan solat bukan sahaja perlu diberi penekanan di rumah
semata-mata tetapi harus bermula di rumah. Kegagalan sistem
kekeluargaan itu sendiri dalam mendidik anak-anak untuk
melakukan solat akan menyukarkan guru untuk memberi tunjuk
ajar kepada mereka.
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mencapai objektif
yang ditetapkan iaitu untuk mengkaji tahap pembentukan sahsiah
dan pelaksanaan solat fardu dalam kalangan pelajar serta mengukur
310 Dinamika Pemikiran dan Kefahaman Islam
hubungan antara pembentukan sahsiah dengan amalan solat fardu.
Hasil dapatan dari kajian yang dilakukan ini, diharapkan boleh
membantu pihak pengurusan UiTM Kota Bharu untuk membuat
pemantauan, penambahbaikan dengan mempertingkatkan lagi
aktiviti dan program bagi membantu dan membimbing pelajar
UiTM Kota Bharu untuk meningkatkan tahap kefahaman,
pengamalan dan sikap pelajar terhadap kewajipan solat fardu.
Sorotan Literatur
Kajian mengenai pembangunan sahsiah remaja telah dihasilkan
oleh Nor Azlina Mat Jusoh melalui disertasinya bertajuk:
Keberkesanan pembangunan sahsiah remaja Jabatan Belia Besut,
Terengganu pada tahun 2014. Kajian beliau ini menunjukkan
bahawa program yang dianjurkan oleh Jabatan Belia Besut amat
berjaya apabila penerapan terhadap pendekatan Islam berdasarkan
kepada petunjuk Sunnah berjaya menyelesaikan masalah sahsiah
di kalangan remaja. Keberkesanan pembangunan sahsiah di
kalangan remaja ini diukur hasil maklum balas responden terhadap
sambutan dan minat, kefahaman dan penghayatan terhadap isi
kandungan program yang disediakan.
Terdapat beberapa kajian di peringkat disertasi dan satu
kajian di peringkat tesis PhD mengenai pembangunan akhlak.
Kajian pembangunan akhlak ditulis oleh Rashidi Abbas (2014),
dengan tesis bertajuk: Pembangunan akhlak dalam kalangan
pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam di Malaysia menerusi
penerapan kemahiran insaniah” . Pengkaji memfokuskan kepada
pembangunan akhlak yang dibangunkan menerusi penerapan
kemahiran insaniah, hasil kajian menunjukkan bahawa penerapan
kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar di universiti awam
Bab 17 311
teknikal di Malaysia ini dapat membangunkan akhlak.
Lukman Hakimi (2014) dalam disertasinya berjudul:”
Keberkesanan kurikulum pendidikan Islam dalam pembentukan
sahsiah Muslim: kajian terhadap pelajar di Politeknik Pantai
Timur pula secara khusus telah menegaskan bahawa keberkesanan
kurikulum pendidikan Islam menyumbang kepada faktor
pembangunan akhlak, Beliau menggabungkan ketiga-tiga aspek
teras Islam itu dengan pengajian sirah. Menurut beliau, bagi
memantapkan lagi sahsiah pelajar, pengajian sirah juga boleh
dijadikan sebagai bab yang perlu ada dalam subjek Pendidikan
Islam.
Kajian mengenai amalan solat dilakukan oleh Mohamad
Yusri Yubhi bin Md Yusoff (2008) menerusi tajuk disertasinya,
Kefahaman dan Pengamalan Solat berdasarkan Sunnah
Rasulullah: Satu Kajian di kalangan Masyarakat Islam di
Singapura. Kajian tersebut memberi penekanan khusus terhadap
sifat solat Rasulullah saw, menilai kefahaman dan menganalisa
pengalaman solat masyarakat Islam di Singapura sama ada
bertepatan atau tidak dengan pengamalan solat Rasulullah saw.
Isyah Radiah Idris (2004) menekankan kepada kepentingan
pendidikan solat dengan tajuk disertasinya: Pendidikan Solat oleh
ibubapa terhadap anak-anak dan remaja di Kota Bharu, Kelantan.
Penulis menekankan terhadap peranan ibu bapa terhadap
pendidikan solat anak-anak dan remaja. Kajian ini juga bertujuan
untuk mengetahui tahap pengetahuan dan metode pendidikan
ibubapa dalam mendidik anak-anak serta kesan ke atas individu.
Ahmad Hisham Azizan (2009) telah menulis disertasi
bertajuk Solat dan nilai-nilai spiritual dalam menangani gelisah
312 Dinamika Pemikiran dan Kefahaman Islam
dalam kalangan remaja Islam: Kajian di Sekolah Berasama Penuh
Integrasi (SBPI), Selangor. Kajian ini dilakukan untuk mengkaji
keberkesanan ibadat solat secar berterusan sebagai salah satu
metode untuk menangani penyakit gelisah dan mengkaji bentuk
personaliti remaja Islam yang sesuai dalam menghadapi penyakit
gelisah dalam kalangan remaja.
Setelah meneliti dapatan kajian-kajian lepas, Pengkaji
dapat merumuskan bahawa pembentukan sahsiah dan pelaksanaan
solat fardu dalam kalangan pelajardi Insittusi Pengajian Tinggi
(IPT) khususnya di UiTM Kelantan berada pada tahap yang
sederhana. Pada hemat Pengkaji, kadar pelaksanaan solat fardu
yang sederhana ini dapat dikaitkan dengan kurangnya kefahaman
dan kesedaran tentang tangungjawab mereka terhadap amanah
yang Allah SWT berikan. Dalam kajian ini Pengkaji ingin
mengetahui sejauh manakah tahap pelaksanaan solat fardu
dalam kalangan pelajar dan melihat bagaimana hubungan antara
pembentukan sahsiah dengan amalan solat fardu pelajar.
Metodologi Kajian
I. Rekabentuk Kajian
Kajian ini merupakan satu kajian yang berbentuk deskriptif.
Kajian deskriptif digunakan bagi menghuraikan taburan pola
Bab 17 313
penyesuaian iaitu penyesuaian keseluruhan, akademik sosial,
personal emosional dan penyesuaian komitmen-matlamat.Kajian
deskriptif ialah kajian yang bertujuan untuk menjelaskan tentang
sesuatu fenomena yang berlaku.Tujuan Penyelidik melakukan
kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap pembentukan sahsiah
pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT), mengenal pasti faktor-
faktor yang mendorong mereka menunaikan amalan solat dan
menganalisis sikap pelajar terhadap amalan solat hubungannya
dengan pembentukan sahsiah. Penyelidik mendapatkan data dan
maklumat kajian melalui sampel saiz tertentu dan maklum balas
yang diberikan oleh responden.
II. Populasi Dan Sampel Kajian
Populasi ialah satu set ciri yang menunjukkan ukuran yang
tertentu ke atas sekumpulan individu atau objek. Sampel kajian
pula ialah satu kumpulan kecil atau suatu subset yang diambil
daripada populasi. Dengan kata lainnya, sebahagian daripada
populasi yang dicerap oleh penyelidik. Sampel dalam kajian ini
ialah pelajar UiTM Kelantan kampus Kota Bharu, sepenuh masa
di peringkat pengajian Ijazah Pertama yang terdiri daripada 5
program pengajian iaitu Perbankan Islam, Pengurusan Perniagaan,
Pengurusan Pemasaran, Pengurusan Kewangan dan Statistik,
Sains Komputer dan Matematik telah dipilih secara rawak untuk
menjadi sampel kajian. Responden dalam kajian ini ditentukan
berdasarkan Jadual Penentuan Sampel Saiz Krejie dan Morgan
1970 di mana, bilangan populasi seramai 150 orang pelajar
Ijazah Sarjana Muda kemasukan September 2017 semester 1,
memerlukan seramai 100 responden dalam kajian ini.
III. Instrumen Kajian
314 Dinamika Pemikiran dan Kefahaman Islam
Instrumen kajian ialah alat untuk mendapatkan data dari
sampel kajian. Instrumen kajian akan menentukan jenis data
yang diperolehi dan mempengaruhi jenis analias data. Teknik
pengumpulan data yang akan digunakan dalam kajian ini adalah
menggunakan borang soal selidik. Soal selidik adalah kaedah yang
paling banyak dan popular digunakan dalam kajian sains sosial.
Soal selidik merupakan alat ukur yang digunakan dalam kajian
untuk mendapatkan maklumat yang cepat dan tepat.Kelebihan
soalan dalam soal selidik ini adalah memudahkan penyelidik
untuk memasukkan data dan jawapan. Responden juga tidak perlu
menulis penulisan yang penuh hanya perlu menandakan jawapan
yang sesuai dalam masa yang singkat.
Pengkaji telah membahagikan kepada 4 bahagian iaitu
Bahagian A (Demografi Responden), Bahagian B (Persepsi
Terhadap Amalan Solat Fardu), Bahagian C (Tahap Kekerapan
Solat Fardu) dan Bahagian D (Tahap Pembentukan Sahsiah
Pelajar).
IV. Metode Analisis Kajian
Sumber dan maklumat yang diperolehi ialah dalam bentuk
kuantitatif. Data yang diperolehi daripada soal selidik dimasukkan
ke dalam komputer dan diproses menggunakan Stastical Package
for the Social Sciences (SPSS) version 22.0. Data kemudiannya
dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan statistik inferensi
(kolerasi pearson). Analisis statistik deskriptif digunakan untuk
mencari nilai min dan peratus.
Bab 17 315
Analisis Data
Berdasarkan kepada agihan soal selidik yang diedarkan ke atas
100 responden, dapatan analisis adalah seperti dalam Jadual
1 (Persepsi Terhadap Amalan Solat Fardu), Jadual 2 (Tahap
Kekerapan Pelaksanaan Solat Fardu) dan Jadual 3 (Tahap
Pembentukan Sahsiah).
Berdasarkan kepada Jadual 1 menjelaskan mengenai
persepsi pelajar terhadap amalan solat fardu dan hubungannya
dengan pembentukan sahsiah. Dapatan kajian menunjukkan
bahawa purata nilai min keseluruhan yang diperolehi ialah 4.57.
Item ke 3 dan item ke 5 masing –masing mencatatkan nilai min
tertinggi, 4.74. Item ke 3 berkaitan persepsi responden terhadap
mendirikan solat secara berjemaah di masjid akan memperolehi
ganjaran yang besar dengan peratusan tertinggi sangat setuju
sebanyak 74%. Adapun item ke 5 mengenai persepsi responden
bahawa amalan solat fardu menjadikan seseorang itu berdisplin
dan dapat menjadi pelajar yang berjaya di dunia dan akhirat,
mencatatkan peratusan sangat setuju sebanyak 74 % dan nilai
min adalah 4.74. Nilai min terendah ialah 4.26 . Ia diperolehi
dari item ke -1 iaitu meninggalkan solat fardu sengaja itu
boleh menyebabkan seseorang menjadi kafir. Terdapat beberapa
repsonden yang telah memilih skala sangat tidak setuju, 5 % dan
tidak setuju 3 %. Persepsi mereka mungkin berlainan dengan
kebanyakan responden yang memilih sangat setuju dengan
peratusan sebanyak 52%.
Jadual 1 316 Dinamika Pemikiran dan Kefahaman Islam
Analisis Persepsi Terhadap Amala Solat Fardu
PERATUS%
PERSEPSI TERHADAP AMALAN SOLAT FARDU STS TS [X] SS S SS [√] MIN
4.26
1 Meninggalkan solat fardu sengaja itu boleh menyebabkan 3.0 5.0 7.0 33.0 52.0 4.68
seseorang menjadi kafir. 1.0 2.0 25.0 72.0 4.74
4.43
2 Meninggalkan solat fardu dengan sengaja berdosa besar. - 4.74
4.57
3 Mendirikan solat secara berjemaah di masjid pada awal waktu - - - 26.0 74.0
mendapat ganjaran yang besar. 1.0 5.0 44.0 50.0
- - 26.0 74.0
4 Pengaruh kawan banyak mencorakkan diri saya untuk -
menunaikan solat solat fardu secara berjemaah.
5 Amalan solat fardu menjadikan seseorang itu dapat menjadi -
pelajar yang berjaya di dunia dan akhirat.
PURATA MIN KESELURUHAN
Skala: STS=Sgt Tidak setuju TS= Tidak Setuju[X] SS= Sederhana Setuju S= Setuju [√] SS= Sangat Setuju
Bab 17 317
Jadual 2 pula menunjukkan maklumat tentang tahap
kekerapan pelaksanaan amalan solat fardu Subuh, Zohor, Asar,
Maghrib dan Isyak. Purata nilai min keseluruhan yang diperolehi
ialah 2.58, di mana nilai min tertinggi, 2.81. Kebanyakan
responden yang memilih sangat setuju dengan peratusan tertinggi
33 % terhadap item ke 4 iaitu mendirikan solat fardu Maghrib
awal waktu secara berjemaah.
Ini diikuti dengan item ke 5 mengenai mendirikan solat
fardu Isyak pada awal waktu secara berjemaah dengan nilai min
2.76 dan sebanyak 28 % responden memberikan jawapan sangat
bersetuju. Nilai min terendah 2.16 yang diperolehi dari item ke
1 iaitu mendirikan solat fardu Subuh pada awal waktu secara
berjemaah Sebanyak 10 % sahaja responden yang sangat setuju,
di mana mereka kerap menunaikan solat Subuh pada awal waktu
secara berjemaah.
Berdasarkan Jadual 3 menunjukkan maklumat keseluruhan
tentang tahap pembentukan sahsiah pelajar di mana purata nilai
min keseluruhan yang diperolehi ialah 4.27, di mana item ke 2
yang berkaitan dengan peranan ibu bapa yang sangat penting
dalam membentuk sahsiah pelajar telah mencatatkan nilai min
tertinggi 4.62 dengan peratusan sangat setuju 70%. Diikuti
dengan nilai min kedua tertinggi dengan nilai 4.52 pada item
ke 1 tentang amalan solat dapat membentuk akhlak pelajar. Ia
mencatat peratusan kedua tertinggi iaitu 64 % responden memilih
sangat setuju. Nilai min terendah, 3.77 yang diperolehi daripada
item ke 5 iaitu mengenai aktiviti ko-kurikulum universiti dapat
membentuk sahsiah pelajar dengan hanya 35% responden sangat
setuju.
Jadual 2 318 Dinamika Pemikiran dan Kefahaman Islam
Analisis Tahap Kekerapan Pelaksanaan Solat Fardu
TAHAP KEKERAPAN PELAKSANAAN SOLAT FARDU TP PERATUS% MIN
1 Saya mendirikan solat fardu Subuh pada awal waktu secara 20.0 JJ KK K 2.16
berjemaah 54.0 16.0 10.0 2.59
35.0 26.0 24.0 2.60
2 Saya mendirikan solat fardu Zohor pada awal waktu secara brjemaah 15.0 26.0 37.0 20.0 2.81
32.0 25.0 33.0 2.76
3 Saya mendirikan solat fardu Asar pada awal waktu secara berjemaah 17.0 38.0 24.0 28.0 2.58
4 Saya mendirikan solat fardu Maghrib awal waktu secara berjemaah 10.0
5 Saya mendirikan solat fardu Isyak awal waktu secara berjemaah 10.0
PURATA MIN KESELURUHAN
Skala: TP=Tidak Pernah JJ= Jarang-Jarang KK= Kadang-Kadang K = Kerap
Jadual 3
Analisis Tahap Pembentukan Sahsiah Pelajar
PERATUS%
TAHAP PEMBENTUKAN SAHSIAH PELAJAR STS TS [X] SS S SS [√] MIN
25.0 64.0 4.53
1 Saya bersetuju bahawa amalan solat dapat membentuk akhlak - - 11.0 22.0 70.0 4.62
pelajar. 26.0 60.0 4.42
14.0 50.0 3.97
2 Saya bersetuju ibu bapa berperanan penting dalam membentuk - - 8.0 27.0 35.0 3.77
sahsiah pelajar
3 Saya bersetuju bahawa kawan dapat mempengaruhi - 4.0 10.0
pembentukan sahsiah pelajar
4 Program pembangunan insan yang diadakan di universiti dapat - 17.0 19.0
membentuk sahsiah pelajar
5 Aktiviti ko-kurikulum universiti dapat membentuk sahsiah 5.0 10.0 23.0
pelajar
PURATA MIN KESELURUHAN 4.27
Skala: STS=Sgt Tidak setuju TS= Tidak Setuju[X] SS= Sederhana Setuju S= Setuju [√] SS= Sangat Setuju Bab 17 319
320 Dinamika Pemikiran dan Kefahaman Islam
Ujian Kolerasi
Ujian korelasi digunakan untuk melihat hubungan antara dua
pembolehubah secara garis lurus/linear (Coakes, Steed & Dzidic,
2006). Oleh itu, umumnya pekali korelasi Pearson (r) digunakan
untuk mengukur hubungan linear antara dua pembolehubah.
Menurut (Coakes, Steed & Dzidic, 2006), semakin dekat
pekali korelasi dengan satu, maka semakin hampir kesepaduan
taburan data wujud. Nilai pekali korelasi adalah di antara -1
dan +1. Jika korelasi pekali +1 menunjukkan bahawa dua
pembolehubah secara sempurna berkaitan satu sama lain secara
positif, manakala pekali korelasi -1 menunjukkan bahawa dua
pembolehubah secara sempurna berkaitan secara negatif. Jika
korelasi menunjukkan nilai 0, maka ini menunjukkan tidak ada
hubungan linear antara dua pembolehubah berkenaan.
Nilai korelasi 0.80 dianggap sangat tinggi, 0.60 hingga
0.80 dianggap tinggi, 0.40 hingga 0.60 dianggap sederhana,
0.20 hingga 0.40 dianggap rendah dan di bawah 0.20 dianggap
terlalu rendah. Dua simbol yang sering digunakan untuk
menggambarkan pekali ialah ρ dan r. Dengan ini, analisis korelasi
ialah boleh diertikan sebagai ujian menentukan hubungan antara
dua pembolehubah serentak di dalam satu model.
Jadual 4: Korelasi
Persepsi Tahap
Amalan
Solat
Bab 17 321
Persepsi Amalan Pearson 1 -.250* -.324**
Solat Correlation .012 .001
Sig. (2-tailed) 100 100 100
Kekerapan Solat N -.250* 1
Fardhu Pearson .957**
Correlation .012 100 .000
Tahap Sig. (2-tailed) 100 .957** 100
Pembentukan N -.324** 1
Sahsiah Pearson .001 .000
Correlation 100 100 100
Sig. (2-tailed)
N
Jadual 4 menunjukkan nilai pekali Pearson, r, di antara
item Persepsi amalan Solat Fardu dan item Kekerapan Solat
Fardu adalah -0.250, satu hubungan negatif yang rendah dan nilai
ini adalah signifikan (p <0.05). Nilai r ini menunjukkan indikator
wujud perhubungan negatif yang rendah dan signifikan, r =-0.250,
n = 100, p <0.05.
Seterusnya, nilai pekali Pearson, r, di antara item Persepsi
amalan solat fardu dan item tahap pembentukan sahsiah adalah
-0.324, satu hubungan negatif yang rendah dan nilai ini adalah
signifikan (p <0.05). Nilai r ini menunjukkan indikator wujud
perhubungan negatif yang rendah dan signifikan, r =-0.324, n =
100, p <0.05.
Selain itu, nilai pekali Pearson, r, di antara item Kekerapan
solat fardu dan item tahap pembentukan sahsiah adalah 0.957,
satu hubungan positif yang kuat dan nilai ini adalah signifikan
(p <0.05). Nilai r ini menunjukkan indikator wujud perhubungan
positif yang kuat dan signifikan, r =0.957, n = 100, p <0.05.
322 Dinamika Pemikiran dan Kefahaman Islam
Pembentukan Sahsiah Pelajar Dan Hubungannya
Dengan Pelaksanaan Amalan Solat
Adakah terhadap hubungan antara kekerapan solat fardu dengan
tahap pembentukan sahsiah Pelajar? Nilai R² = 0.916 pada
graf dinamakan coefficient of determination yang membawa
maksud 91.6% kekerapan solat fardu pada awal waktu secara
berjemaah menyumbang secara langsung kepada perubahan tahap
pembentukan sahsiah pelajar dan hubungan ini adalah kelihatan
linear. Dengan ini bolehlah statistik parametrik kolerasi pearson
dijalankan bagi menguji soalan kajian setelah memenuhi semua
syarat.
Rajah 1
Tahap Pembentukan Sahsiah Pelajar UiTM
Kelantan Kampus Kota Bharu
Merujuk kepada objektif kajian pertama dalam kajian ini iaitu
mengkaji tahap pembentukan sahsiah dalam kalangan pelajar.
Majoriti responden telah memilih skala sangat setuju pada item
Bab 17 323
ibu bapa berperanan penting dalam membentuk sahsiah pelajar
dan mereka memberikan maklum balas yang positif terhadap
item ke 4 mengenai tahap pembentukan sahsiah pelajar.
Purata nilai min keseluruhan yang diperolehi ialah 4.27,
di mana item ke 2, yang berkaitan dengan peranan ibu bapa
yang sangat penting dalam membentuk sahsiah pelajar telah
mencatatkan nilai min tertinggi 4.62 dengan peratusan sangat
setuju 70%. Sewajarnya pendidikan awal anak-anak bermula
di rumah sejak kecil lagi. Setiap bayi dilahirkan dalam keadaan
fitrah. Maka Ibu bapanya yang mencorakkan kehidupannya untuk
menjadi seorang Muslim yang taat kepada Allah. Dr Abdullah
Nasih Ulwan juga ada menjelaskan tentang pendidikan anak-anak
menerusi kitabnya yang berjudul Tarbiyyah al-Aulad. Menurut
beliau, pendidikan yang utama dan pertama bagi seorang anak
ialah pendidikan tauhid (makrifatullah) iaitu mengenal Allah dan
beriman kepadaNya.
Diikuti dengan nilai min kedua tertinggi dengan nilai
4.52 pada item ke 1 tentang amalan solat dapat membentuk
akhlak pelajar. Ia mencatat peratusan kedua tertinggi iaitu 64
% responden memilih sangat setuju. Ini memberikan issyarat
bahawa kebanyakan responden bersetuju mneyatakan bahawa
amalan solat dapat membentuk sahsiah pelajar dengan dibantu
oleh peranan ibu bapa di rumah dalam mendidik dan mengasuh
anak-anak menunaikan solat fardu.
Walau bagaimanapun, nilai min terendah, 3.77 yang
diperolehi daripada item ke 5, mengenai aktiviti ko-kurikulum
universiti dapat membentuk sahsiah pelajar dengan hanya 35%
responden sangat setuju. Ini memberikan gambaran bahawa usaha
dari pelbagai pihak sangat diperlukan untuk membnetuk sahsiah
324 Dinamika Pemikiran dan Kefahaman Islam
pelajar bermula dari rumah, sekolah dan seterusnya melanjutkan
pengajian di universiti. Ini kerana, masih ramai responden yang
memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar untuk mengukuhkan
kefahaman tentang kesempurnaan solat.
Secara keseluruhannya, dapatan kajian dalam bahagian ini
menjelaskan bahawa majoriti responden dapat memahami tentang
kepentingan pembentukan sahsiah melalui amalan solat fardu
cuma pendekatan dalam pelaksanaannya memerlukan bimbingan
khusus dan didikan yang lebih terfokus untuk memantapkan lagi
tahap pembentukan sahisah khususnya dalam kalangan pelajar
UiTM Kelantan kampus Kota Bharu.
Tahap Kekerapan Pelaksanaan Solat Fardu Dalam
Kalangan Pelajar UiTM Kota Bharu
Berdasarkan objektif kedua kajian yang menunjukkan maklumat
keseluruhan bagi tahap pelaksanaan solat fardu dalam kalangan
pelajar. Dengan kata lain, ianya bertujuan untuk melihat tahap
kekerapan pelaksanaan amalan solat fardu Subuh, Zohor, Asar,
Maghrib dan Isyak. Purata nilai min keseluruhan yang diperolehi
ialah 2.58., di mana nilai min tertinggi, 2.81.
Kebanyakan responden memilih sangat setuju dengan
peratusan tertinggi 33 % terhadap item ke 4 iaitu mendirikan
solat fardu Maghrib awal waktu secara berjemaah. Ini diikuti
dengan item ke 5 mengenai mendirikan solat fardu Isyak awal
waktu secara berjemaah dengan nilai min 2.76 dan sebanyak 28
% responden memberikan jawapan sangat bersetuju. Kedua-dua
waktu Maghrib dan Isyak mencatatkan peratusan yang tinggi
responden menunaikan solat fardu pada awal waktu secera
Bab 17 325
berjemaah. Kebiasaanya waktu antara Maghrib dan Isyak ini diisi
dengan pelbagai ceramah dan kuliah agama.
Adapun nilai min terendah 2.16 yang diperolehi dari
item ke 1 iaitu mendirikan solat fardu Subuh pada awal waktu
secara berjemaah. Sebanyak 10 % sahaja responden yang sangat
setuju, mereka kerap menunaikan solat Subuh pada awal waktu
secara berjemaah. Peratusan yang terendah ini menjelaskan
bahawa pembentukan sahsiah pelajar masih berada pada tahap
yang rendah. Ini kerana terdapat banyak kelebihan dan fadhilat
menunaikan solat Subuh secara berjemaah, apatlah lagi jika dapat
pergi solat di masjid.
Kesimpulannya, dapatan kajian pada bahagian ini
menjelaskan bahawa terdapat beberapa faktor pendorong yang
menyumbang kepada seseorang untuk menunaikan solat fardu.
Kajian ini yang bertepatan dengan hasil kajian yang telah
dilakukan oleh Isyah Radiah Idris (2004) yang menekankan
kepada kepentingan pendidikan solat dengan tajuk disertasinya:
Pendidikan Solat oleh ibu bapa terhadap anak-anak dan remaja
di Kota Bharu, Kelantan. Penulis menekankan terhadap peranan
ibubapa terhadap pendidikan solat anak-anak dan remaja. Kajian
ini juga bertujuan untuk mengetahui tahap pengetahuan dan
metode pendidikan ibu bapa dalam mendidik anak-anak serta
kesan ke atas individu.
326 Dinamika Pemikiran dan Kefahaman Islam
Persepsi Pelajar Terhadap Amalan Solat Fardu
Dan Hubungannya Dengan Pembentukan Sahsiah
Berpandukan objektif kajian ketiga mengenai persepsi pelajar
terhadap amalan solat dan hubungannya dengan pembentukan
sahsiah, dapatan kajian menunjukkan bahawa purata nilai min
keseluruhan yang diperolehi ialah 4.57. Item ke 3 dan item ke
5 masing –masing mencatatkan nilai min tertinggi, 4.74. Item
ke 3 berkaitan persepsi responden terhadap mendirikan solat
secara berjemaah di masjid akan memperolehi ganjaran yang
besar dengan peratusan tertinggi sangat setuju sebanyak 74%. Ini
memberikan satu isyarat bahawa responden mengetahui tentang
kelebihan menunaikan solat di masjid secara berjemaah.
Begitu juga dengan item ke 5 mengenai persepsi responden
bahawa amalan solat fardu menjadikan seseorang itu berdisplin
dan dapat menjadi pelajar yang berjaya di dunia dan akhirat,
mencatatkan peratusan sangat setuju sebanyak 74 % dan nilai
min juga 4.74. Ini menggambarkan bahawa majoriti responden
mengetahui bahawa amalan solat fardu yang dijaga dengan
baik dapat menyumbang kepada pembentukan sahsiah pelajar.
Dapatan kajian menunjukkan pelajar yang sentiasa menjaga
ibadah solatnya dapat menterjemahakan sahsiah yang mulia di
samping memperolehi keputusan akademik cemerlang.
Nilai min terendah ialah 4.26 . Ia diperolehi dari item ke
-1 iaitu meninggalkan solat fardu sengaja itu boleh menyebabkan
seseorang menjadi kafir. Terdapat beberapa orang repsonden yang
telah memilih skala sangat tidak setuju, 5 % dan tidak setuju 3
%. Persepsi mereka mungkin berlainan dengan kebanyakan
responden yang memilih sangat setuju dengan peratusan
Bab 17 327
sebanyak 52%. Ini menunjukkan bahawa ada kalangan responden
menganggap bahawa seseorang yang meninggalkan solat fardu
secara sengaja, belum sampai tahap jatuh kafir.
Kajian ini merumuskan bahawa seorang pelajar yang
menjaga amalan solat, sering dikaitkan memiliki sahsiah mulia.
Sebaliknya mereka yang cuai dengan pelaksanaan solat pula
dikenal pasti menjadi salah satu faktor yang sebaliknya. Oleh itu,
amalan solat para pelajar IPT dapat mempengaruhi pembentukan
sahsiah mereka, sebaliknya pengabaian amalan solat menatijahkan
situasi sahsiah pelajar yang agak negatif.
Cadangan
Oleh kerana dapatan kajian ini telah menunjukkan wujud
indikator perhubungan positif yang kuat bahawa solat fardu dapat
mempengaruhi pembentukan sahsiah pelajar. Pengkaji ingin
mencadangkan kepada pengurusan UiTM agar dapat memberi
penekanan terhadap pelaksanaan solat dengan menjelaskan
kepentingannya kepada pelajar seperti yang dinyatakan dalam
kepentingan kajian sebelum ini.
BAHAGIAN V :
ISLAM & SOSIAL
BAB 18
Kesan Teknologi Gajet Terhadap
Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Siti Noorbiah Md Rejab, Najahudin Lateh,
Syuhaida Idha Abd Rahim, Hanifah Musa
Fathullah Harun & Zulaipa Ruzulan
Pendahuluan
Pendidikan awal kanak-kanak amat penting dalam menentukan
hala tuju kehidupan mereka pada masa akan datang. Di Malaysia
perkembangan pendidikan awal kanak-kanak bermula sejak
tahun 1940an. Konsep pendidikan awal kanak-kanak terbahagi
kepada dua peringkat. Peringkat pertama dari 0 hingga 3 tahun
dan peringkat kedua bermula dari 3 hingga 6 tahun (Norfaezah et
al., 2015). Terdapat banyak ayat al-Qurān dan hadith Rasulullah
(SAW) yang menyentuh tentang pendidikan kepada anak-anak,
antaranya firman Allah (SWT) yang bermaksud:
“Dan ketahuilah, bahawa harta bendamu dan anak-
anakmu itu adalah sebagai ujian dan sesungguhnya di sisi
Allahlah pahala yang besar”
(al-Anfal 8:28)
332 Dinamika Pemikiran dan Kefahaman Islam
Selain itu sabda Rasulullah (SAW) yang bermaksud:
“Apabila anak Adam meninggal dunia, putuslah semua
amalnya kecuali tiga perkara, iaitu sedekah jariah, ilmu
yang manfaat dan anak soleh yang mendoakannya”
(Riwayat Muslim)
Ibu bapa memainkan peranan penting dalam pendidikan
awal seperti membentuk asas-asas perkembangan diri seseorang
anak. Sepertimana sabda Rasulullah (SAW) yang bermaksud:
“Tiap-tiap kanak-kanak itu dilahirkan dalam keadaan
suci, maka ibu bapanyalah yang menjadikan ia Yahudi
atau Nasrani atau Majusi” (Riwayat Bukhari dan Abu
Hurairah)
Kanak-kanak merupakan amanah dan tanggungjawab
orang tuanya, jiwanya yang suci murni merupakan permata
mahal yang bersahaja dan bebas dari ukiran dan gambaran, dan
ia boleh menerima setiap ukiran dan cenderung kepada apa yang
dicenderungkan kepadanya (Al-Ghazali,1979).
Dalam era globalisasi masa kini peranan pendidik
terutamnya ibu bapa dalam pendidikan awal kanak-kanak amat
mudah. Hanya dengan menggunakan gajet seseorang dapat
berinteraksi antara satu sama lain tanpa perlu bersemuka dan
menghabiskan tenaga. Dengan pendedahan kepada teknologi
mudah alih seperti iPod, telefon pintar (smartphone), dan PDA
(personal data assistants) di mana ia bersifat kecil, mudah dibawa
dan diterapkan dengan fungsi-fungsi terkini untuk menjalankan
satu-satu aturcara atau pemprosesan. Hasil output daripada