MISI LOCKDOWN HATI DIA
Bibirnya mengikuti alunan lagu di telefon bimbit.
Tubuhnya direbahkan ke katil. Jendela masih terbuka.
Matanya dipejamkan dan akhirnya dia terlena.
Ilya terserempak dengan Aazief saat keluar dari
bilik pada subuh itu. Dingin pagi masih membeku. Embun
dan titisan hujan masih menjadi penghuni rumput di
halaman. Mujur juga dia lengkap bertelekung. Aazief baru
keluar dari bilik air. Lengkap berkain pelikat dan berbaju T
lengan panjang.
“Awal Puan Ilya bangun? Ada Physical Training
ke?” Aazief mengusik. Azan subuh baru berkumandang
dari masjid berhampiran. Dia sebenarnya keluar untuk
minum segelas air. Tidak sangka terserempak dengan
Aazief.
“Saya nak minum segelas air. Haus lepas mengaji
tadi. Tuan Aazief?” Soal Ilya.
“Pakai macam ini takkan baru lepas main golf.
Ada tuala rambut basah …baru lepas mandi Puan Ilya…”
Ilya sembunyikan senyuman nya.
“Saya ke dapur dulu.”
46 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
Aazief berikan ruang untuk Ilya berjalan
melepasinya.
Hatinya berdetik. Kalau inilah bidadari yang Allah
utuskan buat dia. Subhanallah. Amat bersyukurnya dia pada
Allah SWT.
Aazief berjalan kembali ke biliknya sementara Ilya
masih di dapur. Sebaik sahaja segelas air suam di minum,
dia kembali ke dalam bilik untuk menunaikan solat subuh.
Entah kenapa pada subuh ini, hatinya terasa sangat tenang
dan damai.
“Aazief dah nak balik pagi ini. Ilya pun nak balik
Pengkalan Hulu dah kan. Macam mana Ilya? Ibu tak paksa
semuanya terpulang pada Ilya.”
Azean potong puding roti yang di buat malam
tadi ke dalam bekas. Sos kastard juga siap di buat Ilya.
“Kalau Ilya tak setuju macam mana?”
Ada raut hampa di wajah ibunya.
“Ibu tak boleh cakap apa sebab semua itu
keputusan Ilya. Ilya yang nak hidup dengan Aazief bukan
ibu. Jadi Ilya yang kena buat keputusan.”
Ilya angguk. Mee goreng yang telah diletakkan
dalam bekas dibawa ke meja makan.
“Panggil Aazief sarapan, Ilya. Ayah tengok dia ada
kat luar tadi.”
47 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
Ilya melangkah keluar. Kabus masih
menyelubungi tanah tinggi ini. Baju sejuk dikenakan ke
tubuh. Mafela pemberian ibunya dililit dileher. Dia
melangkah keluar. Aazief sedang berdiri di tepi tebing
yang telah dipasang konkrit.
“Kenapa tak pakai baju sejuk? Kat sini kan sejuk.”
Meskipun ini kampung nya, dia tetap tidak dapat menahan
sejuk Cameron
Aazief berpaling ke belakang. Memandang Ilya
yang muncul tiba-tiba.
Dia tersenyum. Cantik Ilya meskipun tiada secalit
alat solek dikenakan. Dia yakin Ilya pasti berdarah
kacukan.
“Seronok duduk sini rasa macam tak nak balik
dah. Saya ni tentera Puan Ilya, dah biasa sejuk. Dah biasa
berendam dalam air sampai pagi. Kekuatan yang
menguatkan cinta saya pada negara.”
“Mejar Aazief Azman… lena ke tidur malam tadi?
Tak sejuk? Malam tadi kan hujan lebat.” Soal Ilya lagi.
Mencari punca untuk berbual.
Aazief geleng. Bibirnya mengukir senyuman.
“Semalam saya jumpa puteri bunian.”
Ilya kalih pandangannya ke sebelah. Dia ketawa
kecil.
48 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
“Puteri bunian mana? Puteri Bunian Gunung
Berinchang. Jaga-jaga dulu atuk saya pernah cerita ada
lelaki yang jatuh cinta dengan Puteri Gunung Berinchang
tu sampai sekarang dia kat dalam hutan tu. Entah hidup
entah mati.” Teringat kisah yang di ceritakan oleh arwah
datuknya dahulu. Matanya memandang sayup Gunung
Berinchang yang masih di telan kabus.
“Dia orang tak tahu lelaki tu dah jadi usahawan
berjaya atas gunung tu hasil investment puteri bunian tu
lah. Siap ada menara berkembar macam Petronas tu tahu
tak. Dah jadi CEO, bagus dia.”
Ilya ketawa besar. Dua hari bersama Aazief
bibirnya tak kering dengan senyuman dan tawa.
“Habis tu Tuan Mejar nak ke sana ke? Boleh saya
suruh Putra hantarkan.”
“Tak nak lah. Saya dah jumpa puteri bunian saya
kat sini jadi saya tak mahu kenal pun puteri bunian kat
Gunung Berinchang tu. Semalam saya nampak puteri
bunian anak Pak Cik Zaidi termenung kat tepi tingkap.
Sambil main air hujan. Mesti kecil-kecil dulu Puan Ilya
suka mandi hujan kan?”
Ilya pandang Aazief dengan tajam.
“Macam mana boleh nampak saya?”
“Itulah termenung jauh sampai tak nampak saya
kat wakaf tu.”
49 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
Ilya terkejut.
“Tuan Aazief buat apa kat wakaf tu dalam hujan
malam semalam? Tak baik tahu mengintai orang.”
Segannya dia. Mesti Aazief nampak dia tengah
layan perasaan. Macam manalah dia tak nampak Aazief kat
wakaf tu. Itulah ralit sangat berangan kan Ilya ini.
“Tak ada apa. Saja ambil angin malam dekat
Cameron ini. Bukan saya mengintailah. Rezeki saya dapat
tengok Puan Ilya dalam rintik hujan semalam. Saya
nampak Puteri Bunian saya cantik sangat. Macam Puteri
Lindungan Bulan. Ada macam HAMKA tak saya
berfalsafah?”
Ilya geleng.
“Tak baik mengintai anak dara orang.”
Aazief ketawa. Berpeluk tubuh sementara
korneanya tetap menjamah kabus di perbukitan.
“Saya bukan puteri bunian jauh sekali nak jadi
Tuan Puteri meskipun masa kecil dulu pernahlah berangan
nak kahwin dengan anak raja.”
Bibirnya mengukir senyuman manis tatkala
kenangan zaman kecilnya muncul di minda. Bagai ada
panggung wayang dalam kepalanya sekarang menayangkan
kembali kisah lama.
50 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
“Seronok jadi anak kecilkan. Tak ada masalah.
Tak payah nak fikir banyak-banyak.” Ujar Aazief.
“Waktu kecil saya selalu tertanya kenapa saya
dibuang? Apa dosa saya? Kenapa mak ayah kandung saya
tak mahukan saya. Tapi bila saya semakin besar saya mula
mengerti tentang takdir. Takdir yang pisahkan saya dari
ibu bapa saya dan takdir juga yang satukan saya dengan
ibu ayah saya sekarang.”
“Takdir juga yang temukan kita Ilya Hani.”
Ilya dan Aazief sama-sama memandang. Ada
coretan rasa yang sukar diluah. Ada cebisan perasaan yang
sukar di fahami.
“Ehem…”
“…Jom masuk sarapan. Ayah dengan ibu dah lama
tunggu tu. Sekejap lagi dah nak balik kan?”
“Kalau saya tak nak balik boleh?”
“Nak buat duduk kat sini? Tengahari nanti pun
saya dah nak balik Perak. Esok dah kerja. Insya- Allah lagi
sebulan Tuan Aazief boleh datang ke sini semula.”
Dada Ilya berdebar tidak tahu bagaimana mahu
menyusun kata. Malu… Resah… Semuanya berbaur
menjadi satu.
Langkah Aazief terhenti. Dia pandang Ilya yang
semeter di belakangnya.
51 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
“Maksud Puan Ilya?”
Ilya senyum.
“Saya terima Tuan Mejar sebagai bakal imam saya.
Kalau Allah izinkan lagi sebulan kita nikah.”
Aazief hilang kata buat seketika. Matanya tidak
berkedip memandang Ilya. Jantungnya berlari laju.
“Saya muncul dalam mimpi Puan Ilya ke?” Soal
Aazief dengan suara yang perlahan tapi cukup sampai ke
gegendang telinga Ilya.
“Taklah. Semalam saya mimpi buat operasi dadah
besar-besaran. Tak nampak pula wajah Tuan Aazief
ataupun masa tu Tuan Aazief ketua gangster tu kut. Sebab
saya nampak samar-samar je dalam mimpi tu….”
Ilya ketawa.
“…Tuan Aazief muncul di hadapan mata saya
subuh tadi. Masa saya nak minum air tadi. Masa tu saya
yakin pilihan ibu dan ayah saya adalah yang terbaik.
Semoga mampu jadi imam untuk bawa saya ke Jannah.”
Dia mahu menangis namun mutiara jernih itu
bagai tersekat di juring mata.
“Subhanallah. Terima kasih Ilya Hani. Saya nak
buat sujud syukur boleh?”
Ilya angguk. Tergelak juga dia kerana tiada
panggilan Puan Ilya lagi.
52 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
“Buat kat dalam rumah lah. Ini rumput ini silap-
silap ada virus kuman bakteria karang esok tak jadi nikah
pula.”
Ilya terus melangkah ke dalam dengan senyuman.
Aazief masih berdiri memandang.
Cinta itu tak perlu diundang dan tak perlu di cari
kerana kadang ia muncul sendiri
Ilya sedang uruskan sesuatu di meja kerja nya bila
ada satu panggilan masuk. Dia tersenyum. Pen di letakkan
kembali di atas meja. Dua minggu lagi dia menghitung
hari.
“Assalamualaikum.”
“Waalaikumusalam Ilya Hani. Tengah buat apa
tu?” Suara di hujung talian buatkan nafas nya terhenti
seketika.
“Ada di pejabat. Tengah baca report. Saya on duty
hari ini, Aazief.”
“Saya dah balik Kem. Nak uruskan borang-borang
nikah semua. Ilya dah selesai ke semua?”
Ilya ambil laporan yang baru diterima.
Alhamdulillah laporan dari cawangan siasatan khas, bakal
53 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
suami nya tiada apa-apa kes. Tiada masalah untuk dia
langsungkan pernikahan dengan Mejar Aazief Azman.
“Dah persiapan lain ibu yang buat. Lagipun kita
nikah je dulu kan. Baju melayu Aazief dah siap. Esok saya
hantar.”
Aazief hantar pada dia baju melayu contoh minta
Ilya yang buatkan baju nikah mereka. Ilya minta Kak Intan
yang duduk di Baling itu siapkan. Mujur juga kak Intan
masih terima tempahan dan tidak sampai seminggu
semuanya siap.
“Kalau jumpa hari ini tak boleh ke? Saya rindu Ilya
dua minggu dalam hutan tu.”
Ilya tersenyum.
“Hari ini saya bertugas. Ada kes pulak tu. Saya
Pegawai Siasatan Jenayah Aazief. Kerja saya tak menentu.
Boleh ke Aazief terima?”
Dia terlupa bertanyakan Aazief tentang
kerjayanya. Boleh ke Aazief terima.
“Ilya Hani…saya pun seorang anggota tentera,
kerjaya saya dengan kerjaya Ilya tidak jauh beza. Tak
banyak pun beza. Nanti pun saya akan selalu tinggalkan
Ilya bila saya kena buat operasi dalam hutan. Bukan sehari
dua tau. Kadang sampai berbulan.”
54 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
Ya, dia tahu kerjaya mereka sama sahaja. Tapi
persoalannya boleh ke mereka bersama?
“Insya-Allah Aazief. Saya rasa Allah dah aturkan
jodoh kita dengan cantik sekali. Semoga kita terus sama-
sama istiqamah dalam melayari rumahtangga kita nanti.”
“Fuh! Macam dengar ceramah motivasi Professor
Doktor Muhaya.”
Pecah ketawa Ilya. Betullah Aazief ini jarang tak
buatkan dia ketawa.
“Okeylah saya tak mahu kacau bakal isteri saya ini
buat kerja. Take care my sweet Ilya Hani.”
Ilya letakkan telefon di sisi. Kembali kepada kerja
hakiki. Malam itu seorang anggota tentera muncul di IPD.
Menghantar pesanan dari Tuan Mejar. Nasi bungkus
berlaukkan paprik ayam dan nescafe ais untuk Ilya Hani.
“Sampaikan ucapan terima kasih saya pada Tuan
Mejar. Terima kasih juga tolong hantarkan pada saya.”
Anggota tentera yang memakai celoreng hijau itu
tersenyum.
“Kebetulan saya nak balik rumah Puan. Rumah
saya kuarters polis. Suami Konstabel Arfah.”
“Oh ye ke. Terima kasih ya.”
Ilya bawa nasi bungkus ke biliknya.
Terima kasih Aazief…
55 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
BAB 6
“Aku terima nikahnya Ilya Hani binti
Abdullah dengan mas kahwinnya satu ratus ringgit…
tunai”
Dalam gementar dan dalam kerisauan yang
menghambat dirinya seminggu yang lalu, Aazief kini sah
menjadi suami Ilya Hani. Hanya Allah saja yang tahu
perasaanya pada saat ini. Tatkala doa dibaca, matanya
mengerling pada Ilya yang sedang bertimpuh sopan di atas
tilam kecil bewarna kuning emas. Hatinya sangat tertawan
melihat kejelitaan Ilya yang kini sah menjadi isterinya.
Sebaik sahaja lafaz taklik dibacakan, seutas gelang
emas dipakaikan dipergelangan tangan Ilya. Seterusnya
upacara membatalkan air sembahyang.
56 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
Ilya bersalaman dengan ahli keluarga Aazief.
Semuanya ramah dan baik. Kali kedua dia bertemu ibu
Aazief selepas majlis merisik tiga minggu yang lalu.
Bersyukurlah dia diterima dengan baik dalam keluarga ini.
“Cantik menantu mama ni. Nanti kalau Aazief
buat hal, Ilya terus je bagitahu mama. Tahulah mama nak
ajar anak mama ni.”
Aazief menjeling Ilya di sebelah yang tersenyum
manis. Sabar Aazief…..
Majlis kenduri yang dirancang seminggu lagi
terpaksa ditunda. Majlis nikah ini pun hanya keluarga
sahaja yang hadir. Mereka akur dan patuh dengan arahan
kerajaan. Tidak mengapalah asalkan dia dan Ilya dah jadi
yang halal.
Tapi… sekejap lagi Ilya terpaksa pulang semula ke
Kedah. Kemudian dia harus ke Kuala Lumpur untuk
taklimat di Kementerian Pertahanan pada keesokan
harinya. Ilya cuma diberi kelepasanuntuk hari ini sahaja.
Ya, dia akur kerana tugas.
Hakikatnya, satu dunia dilanda wabak yang belum
ada penawar. Kemungkinan malam ini Perdana Menteri
akan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
atau lockdown untuk Malaysia.
Makan beradab disediakan tetapi hanya bersama
keluarga sahaja. Hanya menjamu imam dan saksi serta
57 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
saudara mara terdekat yang hadir. Itulah hari bersejarah
dan majlis kecil untuk Aazief dan Ilya. Kecil tapi sangat
bermakna.
“Terima kasih Puan Ilya Hani.”
Sempat sahaja Aazief berbisik ke telinga Ilya pada
saat keduanya mengabadikan kenangan di atas pelamin
kayangan hasil sentuhan Azean dan seorang sepupunya.
“Terima kasih juga kerana jadi imam saya.” Ilya
membalas dengan penuh manja
Jemari Ilya digenggam erat. Sukar untuk di
lepaskan seketika nanti. Kali ini Ilya sudah halal buat
dirinya.
Ilya masuk ke dalam bilik. Berkemas untuk
bergerak sekejap lagi. Dia perlu tiba di Ibu Pejabat Polis
Daerah Alor Setar sebelum jam sepuluh malam ini.
Aazief masuk. Pintu bilik ditutup rapat. Berjalan
merapati Ilya Hani yang sedang mengemas.
“Awak nak gerak jam berapa?” Soalnya pada
Aazief.
Aazief tanpa menjawab pertanyaan Ilya terus
duduk di sebelah Ilya. Jemari Ilya yang sedang melipat baju
segera di genggam sehingga Ilya sedikit tergamam. Di
bawa ke bibir. Lama di situ. Mencari sedikit kekuatan
untuk melepaskan isteri yang baru di nikahi.
58 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
Ilya terdiam. Kaku. Cuma jantungnya sahaja yang
berlari. Dia menunduk. Tidak mampu untuk memandang
Aazief.
“Saya minta maaf Aazief. Panggilan tugas.
Tanggungjawab dan pengorbanan.”
Aazief buka songkoknya lalu diletakkan di atas
katil. Baju melayu satin putih masih tersarung di tubuh.
“Saya juga nak minta maaf kerana saya tinggalkan
Ilya walaupun baru beberapa jam kita jadi suami isteri.”
Cutinya dibatalkan serta merta cuma dapat
kelepasan untuk sehari juga sama seperti Ilya.
Ilya cuba tersenyum. Menghalau sedikit rasa
debaran di hati.
“Kita sama-sama berkorban kerana inilah jalan
yang kita pilih dari awalnya betul tak?”
“Jaga diri. Saya tak tahu macam mana saya selepas
ini nanti. Mungkin terus ke Kuala Lumpur atau kembali ke
kem. Kalau saya balik ke kem saya pasti jumpa isteri saya
ini ya.”
Ilya angguk. Status wabak Covid-19 semakin
menular di negara ini sehingga sudah terdapat kes
kematian.
59 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
“Awak pun jaga diri Aazief. Semoga Allah
permudahkan tugas kita dan harap semua ini cepat
berakhir.”
“Saya dah nak kena gerak. Awak jangan lambat
sangat.”
“Kita gerak sekali. Saya rasa bersalah tak dapat
hantar Ilya balik.”
Ilya pegang pipi Aazief.
“Nak hantar lepas tu nak balik KL saya tak akan
benarkan. Saya boleh drive sendiri Aazief. Awak jangan
risau.”
Aazief tiba-tiba rebahkan kepalanya di atas riba
Ilya. Matanya dipejamkan. Jemari Ilya dibawa ke dada.
“Jaga diri. Jangan pernah lupa pada saya.”
Holding my hands and giving a promise that you will
never have to face the world alone. I’ll always be here if you need
my my sweet Ilya Hani.
“Selamat pagi Tuan. Semua anggota sudah
bersedia menerima arahan!”
Pegawai Waran II Rahimi mengadap Aazief yang
lengkap dalam uniform hijaunya.
60 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
Dalam Angkatan Tentera Malaysia, Pegawai
Waran ialah seorang pegawai tanpa tauliah yang
mempunyai kekananan yang tinggi, dan dikaitkan dengan
pengalaman dan pengetahuan yang tinggi dan meluas.
Pegawai Waran dalam perkhidmatan tentera
di Malaysia dibahagikan kepada dua gred. Pegawai Waran
II (PW II) adalah pegawai tanpa tauliah yang lebih tinggi
daripada Staf Sarjan. Penjawat jawatan Pegawai Waran II
biasanya adalah seorang Staf Sarjan yang mempunyai
pengalaman dan pengetahuan yang tersohor membolehkan
pelantikannya sebagai Pegawai Waran II. Dia juga perlu
sudah lulus semua kursus dan peperiksaan yang ditetapkan
dan mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang cemerlang
PWII Rahimi memandang semua para
anggotanya. Selepas membalas tabik hormat, beliau
memberi taklimat lengkap sebelum mereka memulakan
operasi. Kemudian di ikuti oleh Aazief.
“Pasukan kita akan dipecahkan kepada beberapa
bahagian. Jalan utama sempadan Kedah-Perak, Klinik
kesihatan daerah dan juga pusat bandar. Ikut semua
prosedur yang ditetapkan. Kamu akan di bekalkan dengan
topeng muka, hand sanitizer dan jadual awasan akan
diberikan kepada ketua unit sekejap lagi.”
“Ingat! Kita berperang dengan musuh yang tidak
kelihatan. Saya harap semua orang berjaga-jaga dan
61 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
berhati-hati dalam setiap langkah. Jarakkan satu meter
daripada orang sekeliling. Kalau kita masuk tentera untuk
berkorban demi negara dan sesungguhnya inilah
pengorbanan kita. Tinggalkan anak dan isteri.
Tanggungjawab tergalas di bahu kita. Mungkin inilah
pengorbanan kamu untuk negara.”
“Berpeganglah kepada keyakinan diri. Tugas kita
bukan hanya membantu pihak PDRM menjalankan tugas
mengekang jarak perjalanan orang awam dalam tempoh
PKP ini tetapi juga untuk putuskan rangkaian Covid-19
yang semakin menular dalam masyarakat. Saya harap
anggota saya akan berikan kerjasama sepenuhnya.”
Beliau menyambung lagi.
“Kamu boleh berhubung terus dengan saya atau
Leftenan Nadia ataupun terus kepada Kolonel Radhi. Ingat
misi kita. Kita juga adalah barisan hadapan bersama
Kementerian Kesihatan bagi memastikan Malaysia bebas
dari wabak corona. Tugas di kem akan di bahagikan kepada
tiga roaster duty. Nanti Encik Rahimi akan serahkan pada
Quarter Master bertugas. Dari saya selamat menjalankan
tugas, berhati-hati dan semoga kita semua dilindungi.
Insya-Allah. Saya minta sahabat saya Mejar Syed Mukhriz
Al Attas untuk bacakan doa sebelum kita bergerak ke
destinasi bertugas.”
62 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
Mejar Syed Mukhriz ke hadapan. Menadah
tangan dan berdoa semoga semuanya di permudahkan.
“Ya Allah.. Kami memohon bantuan daripada Mu.
Kami memohon redha dan perlindungan Mu untuk kami
jalankan misi Covid-19. Peliharalah kami, pelihara pemimpin
kami, pelihara kaum keluarga kami dan peliharalah rakyat
Malaysia. Jauhi kami dari virus yang membahayakan ini.
Permudahkan kami untuk membantu negara kami. Berikan
kekuatan pada kami untuk terus berkhidmat. Ya Rabb.. Jadikan
kami hamba Mu yang patuh dan taat. Jadikan kami anggota
tentera yang punya semangat yang kuat. Hanya kepada Mu
kami berserah dan bertawakal. Amin.”
Semua anggota tentera yang terlibat bersiap-siap
untuk ke tempat bertugas masing-masing.
“Selamat pagi Tuan. Tuan di kem atau bersama
bertugas dengan PDRM?”
Leftenan Nadia berikan tabik hormat sebelum
mengajukan pertanyaan.
“Saya akan buat pantauan dari masa ke semasa di
ketiga-tiga kawasan yang ditetapkan. Awak teruskan
berada di khemah kawalan sempadan.”
“Baik Tuan!”
Leftenan Nadia tinggalkan Mejar Aazief dan
Mejar Mukhriz. Keduanya masih di padang kawad.
“Tahniah! Tak sempat nak ucap tahniah hari tu.
Dah tiga hari jadi suami orang. Pengantin Covid 19 lah ye?”
63 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
Aazief ketawa. Semalam baru dia sampai ke sini.
Tapi Ilya pula berada di Ipoh di Ibu Pejabat Kontijen.
Rindu bagai tiada tertahan.
“Terima kasih sahabat. Isteri kau macam mana?
Bertugas?”
Mukhriz angguk.
“Sudah seminggu Arin tak balik rumah. Risau
berjangkit dengan anak-anak. Hari ini aku hantar anak-
anak ke rumah mentua aku. Aku rasa lebih selamat dia
orang kat sana. Lagipun dah banyak tempat dah ada kes.
Aku dengan Arin berhubung melalui video call je lah.”
“Itulah Riz. Aku harap cepatlah habis wabak ni.
Tapi selagi orang Malaysia masih punyai mentaliti yang
sama, susah kita nak halang wabak ni. Kau tengoklah lepas
Tan Sri Muhyidin umum Perintah Kawalan Pergerakan,
berapa ribu orang pula yang serbu balai polis sebab nak
balik kampung lah dan perkara yang tak sepatutnya.
Dengan pihak berkuasa pun orang awam boleh melawan
dan boleh kurang ajar.”
“Sebab tu kita kena bantu PDRM. Mana tahu
kalau rakyat ini takut dengan askar macam kita ini.”
Aazief ketawa.
“Aku baca dekat Facebook, banyaknya yang tulis…
tak sabar nak tunggu askar jaga. Macam-macam lah. Dia
64 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
orang ingat askar Malaysia ini macam askar korea tu ke?
Tu semua pelakon je lah. Tak ada makna muka jambu
macam drama tu semua. Yang handsome macam kita ini
adalah tapi boleh dikira dengan jarikan.”
Aazief bergurau.
“Susah nak cakap Zief. Mentaliti masyarakat yang
belum berubah. Tak pelah dia orang nak syok kat tentera
ke, apa ke, biarlah.. Janji kita laksanakan tanggungjawab
dan amanah kita. Yang bujang tu aku rasa okey je kalau
jatuh cinta di musim covid ini. Yang dah kahwin macam
kau dan macam aku ini lah yang kena hati-hati.”
“Huish gila kau Riz. Bini aku pegawai polis kut.
Kalau aku buat perangai, harus dia sumbat aku ke dalam
lokap. Ilya tu nampak je lembut tapi garang kut.”
Mukhriz angguk.
“Bukan garang Riz. Tapi tegas. Kalau dia tak tegas
macam mana dia nak jadi ketua kan.”
“…Okeylah Riz aku nak masuk pejabat dulu.”
Aazief angguk. Dia menyandar di trak di bawah
parkir. Telefon bimbit dikeluarkan. Satu pesanan dihantar
buat Ilya Hani. Rindunya sudah menggunung. Tiga hari
buatkan dia angau sendiri.
65 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
Assalamualaikum Puan Ilya Hani… Tengah buat apa
tu? Saya rindu awak sangat-sangat.
Puas rasanya dapat meluahkan rasa. Tiga hari tak
langsung bersua muka. Rindu dalam dada usah cakaplah.
Rasa nak terbang dari Kuala Lumpur ke Kedah.
Lima minit kemudian baru dia terima balasan dari
Ilya.
Waalaikumussalam Tuan Aazief. Maaf lambat
balas. Saya baru habis taklimat PKP. Awak ada kat
Aazief senyum. mSeamnaa?kin lebar senyumannya.
Saya ada dalam hati awak. :P Taklah. Saya dekat
kem dah. Saya plak baru lepas bagi taklimat untuk PKP.
Tentera kan akan bantu polis. Saling bekerjasama
antara satu sama lain. Saling memerlukan macam Mejar
Aazief yang perlukan Inspektor Ilya Hani.
Alhamdulillah awak dah sampai. Maaf malam tadi
saya buat sekatan jalan raya. Handphone memang habis
terus bateri. Pagi ini baru charge.
66 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
\
Ya Allah! Dari malam tadi awak belum tidur?
Belum rehat? Rehat sayang.. Kesihatan awak pun
penting.
Tak apa Aazief. Saya dah biasa macam awak juga.
Pagi tadi balik sekejap mandi tukar uniform dan terus
datang mesyuarat. Ini saya dah nak gerak ke sekatan
sempadan. Nanti kita sembang lagi ya Aazief. Jaga diri.
Ilya pun jaga diri. Saya sayang awak Puan Ilya
Hani.
Telefon kembali dimasukkan ke dalam kocek
seluar selepas menanti beberapa lama Ilya tidak balas.
“Tuan!”
Leftenan Nadia muncul.
“Ya Nadia?”
“Saya dah nak gerak ke pusat bandar. Tuan nak
ikut sekali ke?”
Aazief geleng.
“Saya nak pantau anggota di sempadan dulu.
Awak nanti terus jumpa dengan pegawai polis kat sana.”
Nadia angguk. Tabik hormat di beri sebelum dia
minta diri.
67 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
Aazief lepaskan nafas panjang. Kakinya di heret ke
kereta. Central lock di tekan. Tidak sabar mahu bertemu si
kekasih hati.
68 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
BAB 7
“Kenapa ada masalah ke?”
Ilya berjalan menghampiri anggota bawahannya
yang sedang menerangkan sesuatu pada dua lelaki yang
menaiki kereta. Melihat Ilya dalam uniform dan pangkat
dibahu baru keduanya senyap. Dari tadi Ilya dengar
keduanya bertekak dengan Lans Koperal Rita.
“Ada apa ni Koperal?”
Lans Koperal Rita kelihatan berpeluh di bawah
panas matahari.
69 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
“Saya dah bagitahu hanya seorang saja dibenarkan
tapi dia orang tak nak dengar.”
Ilya pandang keduanya yang sudah pun keluar
dari kereta bila arahan disuruh parkir ke tepi oleh Koperal
Kamal tadi.
“Encik berdua nak pergi mana?” Soal Ilya. Kereta
bersusun di jalan raya. Diperiksa satu demi satu agar tiada
yang terlepas dari Perintah Kawalan Pergerakan.
“Saya nak ambil barang kat pejabat nak buat kerja
kat rumah. Saya tahulah PKP sekarang tapi puan saya nak
kena tanggung anak isteri juga. Kalau saya tak buat kerja
macam mana saya nak bagi anak isteri saya makan. Ada
kerajaan nak bagi ke?”
Ilya tarik nafas, cuba bersabar di tengah panas
yang semakin membahang ini.
“Encik tahu kan PKP dah pun dilaksanakan. Encik
tahu juga bahawa virus yang kita tak nampak ini semakin
menular. Dekat sini sahaja dah ada dua kes, apa yang kami
buat dan kerajaan buat bukan untuk suka-suka hati nak
sekat rezeki orang. Nak ikutkan, baik saya duduk kat balai
polis tu ada air cond, kerusi empuk dari saya dan anggota
saya nak berdiri tengah panas macam ni. Saya yakin
kerajaan tak akan biarkan rakyat dia susah. Sudahlah encik
keluar berdua dengan tak pakai topeng muka pula tu.
70 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
Encik bukan sahaja bahayakan diri sendiri tapi orang lain.
Kita tak tahu siapa pembawa virus sekarang ni.”
Lelaki itu senyap. Diam seketika.
“Saya nak minta sekejap saja puan nak ke pejabat
saya depan tu saja untuk ambil semua dokumen. At least
saya boleh buat kerja di rumah. Saya minta tolong sangat.”
Ilya pandang ke arah Lans Koperal Rita.
“Macam nilah encik. Kalau saya benarkan
bermakna saya ingkar pada tugas. Apa yang saya boleh
bantu encik patah balik dapatkan surat kebenaran dari bali
polis terdekat dan hanya seorang sahaja yang dibenarkan
ke pejabat. Maaf encik saya hanya menjalankan tugas.”
Matanya berkalih seketika pada trak tentera yang
baru sampai. Dia sudah dimaklumkan bantuan dari
anggota tentera seperti yang di umumkan oleh Menteri
pertahanan Dato Sri Ismail Sabri semalam.
Lelaki itu tunduk. Ilya faham apa yang lelaki ini
rasa tapi dia tidak boleh buat apa-apa. Dia harus amanah
melainkan kalau lelaki ini benar-benar kecemasan barulah
dia akan gunakan ‘common sense’.
“Saya minta maaf encik. Ini semua untuk
kebaikan. Baru fasa pertama kuarantin kita takut kalau
masyarakat masih begini tak mustahil kita terpaksa
lockdown macam China dan Italy. Kita tak mahu negara
kita jadi macam tu. Kasihanlah kami. Pekerja dari
71 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
Kementerian Kesihatan yang nak balik jumpa keluarga pun
tak boleh. Setiap hari kes makin meningkat. Sudah ada
kematian demi kematian. Saya harap sangat masyarakat
faham apa yang kami lakukan.”
Lelaki itu mengangguk.
“Saya minta maaf puan kerana berkasar. Saya
sebenarnya buntu bila kerajaan umukan PKP ni. Saya
berniaga sendiri. Barang-barang frozen isteri dan keluarga
buat. Anak-anak ramai yang nak disuap. Punca pendapatan
di situ.”
Ada nada sebak.
“Encik, saya faham sangat.”
“Tak apa puan saya pun tak nak puan susah kalau
lepaskan saya. Saya akan patah balik dan hantar adik saya
balik. Kemudian saya akan ke balai polis. Mohon surat.”
Ilya angguk.
“Terima kasih kerana faham keadaan kami.”
Ilya pandang semula ke arah Lans Koperal Rita.
Lelaki tadi kembali ke kereta untuk berpatah balik .
“Sabarnya puan. Kalau ikutkan saya tadi huh…”
Ilya senyum. Siapa kata dia sabar. Tapi dalam
menjalankan amanah negara kita tak boleh gunakan emosi.
“Tak apa Koperal. Saya faham, saya pun nak
marah juga cuma dalam bertugas kita kena tahu imbangi
72 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
antara emosi dan tanggungjawab. Kalau awak penat, rehat
dulu dan ganti dengan yang lain.”
Rita menggeleng. Wanita beruniform biru ini
dipandang seketika. Di sebalik topeng wajah yang
menutupi sebahagian muka, Rita tahu kalau ketuanya ini
penat. Langsung tidak berehat.
“Tak apa puan. Nanti saya rehat. Puan pergilah
duduk bawah khemah tu. Nampak macam pihak tentera
dah pasang khemah dah tu.”
Ilya alihkan matanya pada beberapa anggota
tentera yang sedang memasang khemah kanopi 10 x 10
berwarna putih. Ada dua anggota tentera yang sedang
bercakap dengan ASP Razif. Ilya berjalan ke arah mereka.
“Tuan!”
Ilya menyapa. Menghentikan seketika perbualan
kesemuanya. Enam pasang mata memandang Ilya dengan
topeng muka dan sarung tangan.
“Apahal tadi tu?” Soal ASP Razif.
“Biasalah tuan. Dah selesai dah.”
Razif angguk.
“Ilya ini anggota dari kem berhampiran, dia orang
akan bantu kita untuk pemeriksaan kenderaan dan sekatan
perintah pergerakan.”
73 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
Ilya angguk pada keduanya. Tiba-tiba dia macam
kenal sahaja lelaki beruniform hijau yang berdiri di
hadapannya ini.
“Ilya saya nak balik ke balai dulu. Apa-apa call.
Awak jaga diri juga. Social distancing jangan lupa. Kalau
awak sakit saya yang susah.”
Ilya angguk.
“Insya-Allah kita jaga orang, Allah jaga kita.”
“Okey saya balik dulu.”
ASP Razif minta diri.
“Tuan.. Saya ke khemah dulu. Salah seorang
anggota tentera itu tinggalkan Puan Ilya dengan…”
“Ehem…jaga diri kalau awak sakit saya yang
susah…dia tak tahu ke yang Puan Ilya ini isteri orang?”
Ilya pandang lelaki ini. Dia dah agak Aazief.
“Hai…” Nak bersalaman ke atau macam mana Ilya
kekok.
“Hai sayang…Rindunya saya.”
Ilya senyum. Dia juga rindukan suami. Rindu
sangat-sangat.
“Saya pun rindu awak. Maaf tak boleh nak salam.
Saya baru balik dari hospital beri taklimat keselamatan.”
Aazief angguk.
74 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
“Saya faham. Dapat tengok Ilya.. Jumpa Ilya pun
dah satu rahmat pada saya.
Buat seketika sama-sama saling memandang di
bawah terik matahari yang memancar.
Ikut hati mahu sahaja dipeluk. Mahu sahaja dia
larikan sekejap Ilya Hani.
“Tak tahu nak cakap apa ni.”
Ujar Ilya. Aazief ketawa. Dia juga sama walhal
dalam mesej bukan main lagi jiwang karat.
“Ilya busy?”
“Buat masa ini saya bertugas di sini Tuan Aazief?”
“Saya masih tunggu arahan. Tapi sekejap lagi saya
nak kena balik kem ada mesyuarat. Ikut hati saya nak bawa
Ilya balik kem. Ke bilik saya.”
Ilya tersenyum manis. Cuma Aazief saja yang tak
nampak sebab Ilya kan pakai topeng muka.
“Tunggu habis PKP. I’m yours.”
Aduh Ilya ini betul-betul buat Aazief penasaran.
Ilya cepat-cepat melangkah ke bawah khemah. Malunya
dia cakap macam itu. Mesti Aazief fikir bukan-bukan.
Aazief kejar langkah Ilya. Sempat saing seketika.
Sempat juga dia cakap..
“…I’m yours too. Buat lah apa Ilya nak buat.”
75 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
Ilya gigit bibir tak menjawab dan terus ke tempat
anggota bawahan dia. Aazief tersenyum sendiri.
‘Covid-19 cepatlah berlalu. Baru empat hari dah tak
menahan, ini nak tunggu dua minggu lagi.”
Aazief letakkan hand sanitizer ke tapak tangan Ilya.
"Saya nak kena balik kem sekejap. Berat nak
tinggalkan Puan Ilya kat sini. Jaga diri. Jangan dekat sangat
orang. Jaga social distancing selain elakkan virus takut nanti
ada virus lain pula yang menyinggah."
Ilya kenakan kembali sarung tangannya. Dia
pandang Aazief yang masih berdiri di hadapan.
"Virus apa pula? Ada virus baru ke?"
Aazief senyum.
"Virus cinta tak kenal siapa. Tak tenang karang
saya kat kem."
Ilya senyum. Wajahnya ditundukkan. Merah
wajahnya cuba disorokkan.
"Kejap lagi saya pun nak kena balik balai."
"Sampai bila?"
Soal Aazief . Cuak.
"Sampai esok. Esok saya kena ke IPD ada
taklimat."
"Lepas tu bila kita nak jumpa lagi? Saya balik kem
ni kejap je tau."
76 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
Ilya ketawa kecil.
"Jumpa saya dalam mimpi..."
"Saya pergi balai, boleh?"
Ilya geleng cepat-cepat.
"Esok selesai taklimat saya kemari. Jangan nak
datang balai pula nanti tak jadi kerja saya.”
“Saya nak buat laporan takkan tak boleh pergi
balai kut?”
Ilya pandang Aazief.
“Laporan apa?”
“Laporan Puan Ilya Hani ini isteri saya jadi jangan
siapa-siapa nak ganggu.”
Ilya ketawa.
“Insya-Allah Allah jaga hati saya untuk awak bukan
untuk orang lain. Awak imam saya sampai mati Mejar
Aazief Azman.”
Alahai Ilya ini dia tidak tahu ke Aazief tu berat
hati nak balik kem.
77 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
BAB 8
Keesokan petangnya, Aazief muncul
lagi. Siap bawakan Ilya air minuman dan roti.
“Saya tak nak Puan Ilya jatuh sakit. Makan ya.
Saya melawat anak buah saya sekejap kat tepi jalan tu.”
"Em... Siapa tu Puan... Caring je saya tengok?"
Soalan Koperal Anis dijawab dengan senyuman. Hari
kedua bertugas, kali ini dia di sini. Selain memantau
anggota bawahannya ini amanah yang harus dia pikul.
"Eh Puan ni senyum pulak. Puan kenal ke Encik
Mejar tu?"
Pelik Anis bila ‘puan’ nya ini tersenyum. Semalam
lagi dia dah jumpa Mejar Aazief ini masa taklimat pihak
78 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
tentera akan membantu mereka buat kawalan di sini.
Sempadan antara dua negeri.
“Puan…”
Bahang mentari semakin terasa. Hangat pijar
apatah lagi mereka cuma berlindung di bawah khemah
kanopi yang hanya sebesar sepuluh kaki persegi. Sudah
empat hari disini berpanas dan berhujan demi negara yang
tercinta. Sepanjang masa memakai topeng muka. Empat
hari sudah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di jalankan
namun masih ramai yang melanggar peraturan. Kalau lah
boleh jalan kan sebatan bagi yang ingkar seperti negeri
India tentu orang takut mahu keluar rumah. Atau kalau lah
mereka boleh nampak virus Covid-19 bertebaran pasti
mereka tetap sahaja berkurung dalam rumah.
“Puan saya tanya Puan kenal ke dengan Mejar
Aazief tu?”
Belum sempat Ilya jawab, Aazief melangkah ke
arah mereka berdua. Segak dalam uniform tentera.
Senyuman Ilya nampak malu-malu bila Aazief mendekat.
Koperal Anis makin tertanya.
"Ehem...boleh tolong pegangkan telefon tak? Saya
nak solat sekejap."
Ilya angguk cepat-cepat. Huluran telefon dari
tangan Aazief diambil. Aazief senyum. Beberapa langkah
berjalan dia pusing semula. Masih berjarak.
79 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
"Tak nak jadi makmum saya?"
Alahai Aazief ini takkan nak berjemaah di sini
kut. Empat hari tidak bertemu dia rasa rindu.
"Erk...takpa nanti saya solat dengan Anis."
Aazief senyum dan terus melangkah.
"Wow siap ajak jadi makmum. Tolong pegangkan
telefon. Bukan biasa-biasa ini Puan."
Ilya pandang Anis
"Dah lima hari dia jadi imam saya...Anis."
Anis terkejut
Ilya pandang skrin telefon Aazief. Ada gambar
mereka berdua selepas nikah. Dia senyum. Semanis hatinya
yang dicuit bahagia. Betul lah kata orang bahagia itu harus
dicari. Dan dia sedang mencari bahagianya dari luka yang
masih bersisa.
Koperal Anis leretkan matanya pada pegawai
atasannya ini. Sukar untuk dia percaya kerana Ilya bukan
seperti wanita lain yang kadang-kadang keluar dengan
teman lelaki ataupun dengar ‘puan’nya ini sudah
bertunang. Selalu kemana-mana dia lah yang Ilya ajak
menemani. Tiba-tiba Ilya bagitahu dah nikah. Dengan
Mejar Aazief pula itu. Sungguh dia keliru. Pegawai
atasannya ini jarang tinggikan suara namun dia seorang
80 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
yang tegas. Anggota bawahan ramai memuji kerana Puan
Ilya Hani bergaul tanpa memandang ‘kasta’.
“Puan tak ada bagitahu pun yang Puan dah
kahwin. At least jemputlah kami semua. Takkan Puan
nikah cuti tiga hari tempoh hari?”
Air buah pemberian orang awam seketika tadi
disedut perlahan. Hari ini panasnya lain macam apatah lagi
terpaksa memakai sarung tangan dan topeng wajah
sepanjang masa. Tapi inilah tugas. Cuma yang buatkan dia
marah bila masyarakat belum ada nilai kesedaran. Banyak
yang kena tahan kerana keluar tanpa tujuan yang betul.
Ada yang menipu kononnya nak ke klinik dan hospital.
Padahal ke tempat lain.
“Saya nikah je. Majlis nanti lepas selesai semua
perkara ini baru kami adakan majlis. Lagipun yang afdal
nikah kan?”
“Saya tak pernah nampak pun Puan keluar dating
ke atau Mejar Aazief keluar dengan Puan. Inilah pertama
kali saya jumpa Mejar tu.”
Ilya tersenyum disebalik topeng wajahnya.
“Jodoh aturan keluarga, Koperal. Saya pun tak
jangka dengan Mejar tu. Kalau Koperal ingat dia pernah
datang ke balai masa saya incharge kes pergaduhan yang
melibatkan tentera dan orang awam bulan lepas.”
81 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
Koperal Anis cuba mengingati sesuatu, pap! Dia
sudah ingat di mana dia jumpa Mejar Aazief.
“Mamat askar yang datang balai marah-marah tu?
Yang bertegas sangat nak jumpa Puan tu? Yang marah-
marah Puan tu? Haish macam mana Puan boleh kahwin
dengan dia pula?”
Ilya Hani angguk. Masakan dia lupa pada Mejar
Aazief Azman. Sungguh waktu pertama kali di temukan
beberapa hari sebelum nikah dia dan Aazief sama-sama
terkejut. Tapi pada Ilya itulah memori paling manis untuk
dia kenang. Dia dan Aazief sampai bergaduh dalam
biliknya waktu itu. Benci boleh saja bertukar menjadi
sayang kan. Semuanya aturan Allah SWT.
“Macam mana Puan terima dia?”
“Em…susah soalan awak tu Koperal. Jodoh kut.
Jodoh yang Allah tulis dan diaturkan oleh ibu bapa saya
dan ibu bapa dia. Ibu kami berdua kawan baik. Ibu saya tu
takut sangat kalau nanti dia dan ayah saya dah tak ada saya
tinggal seorang diri. Tapi itulah. Sehari lepas nikah dah
kena panggil balik kerja.”
Koperal Anis tersenyum. ‘Sweet’ kisah puan nya
ini. Boleh buat novel. Cinta bersemi ketika lockdown.
“Tak sempat honeymoon ya Puan.”
82 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
“Honeymoon apanya Koperal tengah lock down ini?
Kita nak balik rehat pun tak sempat.”
“Ehem… suara deheman dari belakang buatkan
Anis dan Ilya sama-sama berpaling. Aazief berdiri tegak.
Tegap. Sesuai dengan tugasnya sebagai pegawai tentera
bertauliah.
“Puan saya ke sana dulu.” Mereka bekerjasama
dengan pihak tentera dari kem berhampiran untuk
menjaga sempadan .
Anis cuma mengangguk pada Aazief yang muncul
dalam baju T tentera dan seluar loreng hijau.
“Hai…” Ilya tak tahu nak panggil apa. Abang?
Awak? Tuan? Dari akad nikah sampai sekarang dia hanya
bahasakan awak dan saya. Kekok bila dapat suami segera
macam ini. Kadang-kadang dia sebut nama Aazief sahaja.
“Boleh saya duduk?” Aazief meminta kebenaran
duduk di tempat koperal Anis tadi. Ilya angguk.
“Jarak satu meterkan. Boleh je. Kata ada kerja
dekat kem? Kenapa datang sini?” Ilya keliru kerana masa
dia mesej bertanya Aazief, dia memberitahu ada kerja di
kem.
Ilya juga sebenarnya baru balik dari buat rondaan
di bandar berhampiran. Masih ramai yang degil. Masih
ramai yang menyalahkan pihak berkuasa untuk Perintah
Kawalan Pergerakan. Sedangkan apa yang kerajaan buat
83 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
adalah untuk kebaikan orang ramai. Orang awam tidak
tahu penatnya mereka sebagai frontliners apatah lagi yang
bertugas di hospital.
“Nasib lah kan nak duduk dengan isteri sendiri
pun kena berjarak. Em, sampai bila agaknya ya?” Aazief
mengusik.
Ilya ketawa kecil.
“Sampai Covid-19 dah tak ada lagi kat Malaysia ini.
Saya berisiko dan awak pun berisiko. Kita tak tahu apatah
lagi tugas kita yang berhadapan dengan orang awam ini
kan.”
“Em…nasiblah boleh jumpa kat sini. Kalau tak,
harus saya kidnap Inspektor Ilya Hani bawa lari ke kem.
Sorok dalam almari. Duduk dalam tu diam-diam.”
Ilya ketawa. Kepalanya digelengkan.
“Ingat awak kahwin dengan anak patung nak
simpan dalam almari?” Dia menjeling. Aduh! Tertusuk
terus ke jantung Aazief dengan jelingan Ilya.
“Yelah saya boleh tengok Ilya hari-hari. Ini
sekejap ada sekejap tak ada. Saya ada, Ilya tak ada. Tu
belum nanti saya masuk hutan operasi lagi. Ilya…”
Panggilan romantis Mejar Aazief sedikit
mendebarkan Ilya. Cuma mata keduanya bertentangan.
Seketika tanpa suara. Meski ada yang memandang dengan
84 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
senyuman namun mereka anggap cuma mereka berdua
sahaja yang wujud saat ini.
“Em…”
“Saya bukan yang terbaik dan tak mungkin akan
jadi yang terbaik untuk Ilya. Tapi saya janji saya akan cuba
sempurnakan kekuranagn Ilya dan saya mohon Ilya tutup
juga kekurangan saya.”
Ilya angguk.
“Saya juga bukan pilihan yang terbaik untuk
Aazief. Saya cuba dan tak akan berhenti mencuba. Allah
dah takdirkan saya menjadi isteri Aazief, dan Aazief suami
saya. Kita saling melengkapi. Saling memahami. Itu yang
sebenarnya.”
“Boleh tak saya bawa Ilya lari…Cuma untuk sehari
je?”
Ilya ketawa kecil.
“Lepas tu esok masuk paper seorang pegawai polis
dilarikan seorang pegawai tentera berpangkat Mejar.”
“Alah kita jawablah… nak honeymoon je kut. Sehari
je. Takkan itupun salah.”
Merah padam wajah Ilya. Dia tahu Aazief
bergurau. Tapi gurauan Aazief menyentuh hati wanita nya.
“Sorry sayang saya gurau je.”
85 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
“Insya-Allah Aazief mungkin dengan cara ini Allah
nak dekatkan kita berdua.”
“Tugas saya jaga orang awam. Jaga negara.
Tambah dalam keaadaan macam ini dengan tak cukup
anggota dengan orang awam yang banyak kerenah. Penat
tak rehat. Itu belum lagi ada kes lain.”
“Emm.. nasib lah kan, saya pun tak nak Ilya ambil
risiko dekat dengan saya. Saya baru balik dari hospital,
balik kem, mandi dan terus ke mari. Ada anggota yang
positif Covid-19.”
“Saya sentiasa doakan awak tak dijangkiti. Awak
tahu.. Sejak awak pergi ke hospital tadi doa saya tak putus-
putus untuk awak dan semua orang.”
Aazief tunduk. Tersenyum di sebalik topeng
wajah.
“Terima kasih Ilya. Doa seorang isteri ialah yang
terbaik. Semoga Allah angkat ke langit.”
Ilya keluarkan sesuatu dari dalam tas kecilnya. Di
hulurkan pada Aazief.
“Apa ni?” Soal Aazief.
“Vitamin C. Saya beli kat farmasi semalam. Ni
saya belikan untuk Aazief sekali. Jangan lupa makan.”
“Thank you my wife.”
86 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
“Tak perlu berterima kasih. Kewajipan saya juga
menjaga Aazief walaupun sekadar memberi vitamin.”
“Selamat petang Tuan!”
Tiba-tiba ada suara mencelah. Seorang lelaki
lengkap beruniform tentera muncul selepas tabik hormat
diberi.
“Tuan Radhi minta Tuan jumpa dia sekarang!”
Aazief angguk sambil lepaskan keluhan berat.
“Adoi.. Baru je nak dating dengan isteri dah kena
panggil.” Rungutnya perlahan.
“Pergilah... Tugas tu… Amanah.”
Aazief pandang Ilya. Tajam korneanya sehingga
menyentuh ke hati Ilya. Ada degupan jantung yang rancak
iramanya. Hatinya sedang bergenderang berpalu
memainkan lagu yang entah apa. Berdebar.
“Ilya juga amanah untuk saya. Untuk saya hargai,
untuk saya sayangi dan untuk saya cintai. Stay in my heart.
Malam ini saya mesej.”
Ilya angguk.
“Aazief…”
“Saya doa supaya matahari cepat terbenam sebab
saya tunggu mesej dari suami saya, Mejar Aazief Azman.”
Aazief sempat main mata seketika.
87 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
“Em…cepatlah PKP ni habis. Lepas tu saya nak
cari rumah nak bawa isteri saya ini duduk sekali.”
88 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
BAB 9
“Puan nak balik ke IPD ke?” Detektif
Ikhwan menyoal. Ilya angguk. Bibirnya mengukir
senyuman sudah tahu apa yang akan disampaikan oleh
Detektif Ikhwan.
“Puan.. Nak minta tolong boleh?”
Semakin lebar senyuman Ilya.
“Ambil bekal awak dari Jazlin?”
Ikhwan senyum. Lambat-lambat dia angguk.
“Awak pun macam saya baru kahwin dah kena
berpisah.”
Ilya jeling Aazief di kerusi sebelah.
“Puan dah kahwin? Bila? Tak tahu pun.”
89 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
Ilya ketawa.
“Saya nikah je. Insya-Allah, majlis nanti saya
jemput semua. Ni suami saya sebelah ni.”
Ilya menjeling semula ke Aazief. Bangga Aazief
mendengar pengakuan ikhlas si isteri apabila
memperkenalkan dirinya kepada rakan setugas Ilya.
Sudah tentulah Detektif Ikhwan terkejut. Aazief?
Lebar senyumannya di sebalik topeng wajahnya.
“Tahniah Puan. Saya ni kalau dapat balik pun kena
kuarantin kat tempat lain. Saya taknaklah Jazlin kena apa-
apa. Risiko besar nanti.”
“Nanti saya tanya J kalau boleh gantikan awak
dengan orang lain. Cuma itulah.. kekuatan kita tak cukup.
Kita tak ramai.”
“Eh tak apa Puan. Saya sedia berkorban. Saya okey
je kat sini. Terima kasih Puan.”
“Malam nanti kalau saya ke mari, saya bawa bekal
awak. Kalau tak, saya kirim kat orang lain.”
Ikhwan tersenyum dan berlalu.
“J? Siapa J?” Soal Aazief yang dari tadi mendengar
perbualan itu.
“ASP Razif. Ketua sayalah. Itu panggilan khas
kami dalam pasukan anggota polis. Kita orang sama-sama
dalam bahagian siasatan jenayah.”
90 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
Aazief hanya buat-buat faham. Ikutkan dia tak
tahu sangat bab polis ini.
“Bila Ilya nak masakkan untuk saya pula?”
Ilya senyum.
“One day bila saya dan awak hidup dah tinggal
bersama. Saya minta maaf sebab belum tertunai
tanggungjawab saya sebagai seorang isteri.”
Aazief angguk tanda faham. Memang sangat
mustahil dalam tempoh ini mereka dapat tinggal
sebumbung. Dengan kes Covid-19 yang semakin
mengancam keselamatan negara.
“Semoga hari tu akan hadir secepatnya dalam
hidup kita. Saya balik dulu Ilya.”
Ilya angguk. Dia hanya hantar Aazief ke kereta
dengan leretan mata.
‘Saya juga menunggu saat itu Aazief. Solat
berimamkan awak.”
Ilya kembali ke khemahnya. Dia mengambil masa
untuk berehat seketika. Sambil menyandar di kerusi, dia
memerhati anggota bawahannya menjalankan tugas
dengan penuh dedikasi. Memang sesekali apabila melihat
mereka lama berdiri dan penat, dia menggantikan mereka.
Ilya menggalas beg di bahu. Berjalan ke kereta
yang diparkir sedikit jauh. Tiba-tiba matanya menangkap
91 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
satu susuk tubuh lelaki pertengahan usia yang berjalan
kaki.
Ilya keluarkan topeng muka dan sarung tangan
dari beg galasnya. Dia berjalan menghampiri lelaki itu.
“Assalamualaikum, Pak Cik nak pergi mana ni?”
Langkah lelaki tua itu terhenti. Matanya
memandang Ilya. Bibirnya mengukir senyuman. Nampak
dia kepenatan.
“Pak Cik nak pergi beli barang. Tadi Pak Cik dah
pergi kedai dalam kampung tapi kedai pula tutup. Jadi, Pak
Cik nak pergi kedai kat pekan tu pula. Nak beli biskut
dengan gula je.”
Rabak rasa hati Ilya. Seorang lelaki tua berjalan
kaki dari kampung yang jauhnya dua kilometer demi
membeli barang keperluan.
“Anak tak ada ke untuk tolong belikan?”
Bibir lelaki tua itu masih tersenyum.
“Anak-anak semua duduk jauh Puan. Isteri tak
sihat. Nak beli barang makan sikitlah buat alas-alas perut.”
Ilya tiba-tiba membayangkan kalau Zaidi begini.
Tak sanggup dia melihat nya.
“Jom saya bawa Pak Cik pergi pekan beli barang
ye. Nanti saya hantar Pak Cik balik. Kereta saya kat sana.”
92 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
Apa salahnya dia berbuat amal. Mana tahu kalau
ini menjadi asbab dia ke syurga.
“Tak apa Puan. Kotor nanti kereta Puan. Boleh je
Pak Cik jalan.”
Ilya senyum. Saat itu hanya simpati dan rasa sedih
terpacak dalam hatinya. Dia tak peduli kalau pak cik ni
kotor atau ada virus. Sifat perikemanusiaan itu lebih
penting dari segalanya.
“Tak apa Pak Cik. Jom saya hantarkan. Jangan
risau.”
Teragak-agak lelaki tua itu mahu mengikut Ilya.
Namun dia akur kerana hampir beberapa kilomoter dia
melangkah dari rumahnya.
“Anak-anak semua duduk mana?” Ilya berbahasa
sambil melihat wajah pak cik itu di cermin pandang
belakang keretanya. Pak cik itu kelihatan kusyuk
memerhati pemandangan di luar.
“Sorang duk di Kuala Lumpur dan sorang duk di
Melaka. Dua-dua sedang belajar di kolej.”
Ilya berhentikan keretanya di Speedmart. Lelaki
tua yang membahasakan dirinya Pak Cik Zaman itu turun
mendahului Ilya. Ilya cuma duduk berhampiran kaunter.
Matanya fokus memerhatikan sekitar kedai itu.
Orang ramai kelihatan sesak membeli barangan keperluan.
93 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
Ada yang tidak memakai penutup muka dan membawa
anak bersama.
Namun ramai yang kelihatan takut tatkala melihat
kelibat anggota polis di situ. Ada yang berlari-lari keluar
dari kedai dan menghantar anak-anak mereka masuk ke
dalam kereta.
“Maafkan saya Tuan-tuan dan Puan-puan. Ini
musim PKP. Perlu saya ingatkan, anda semua tidak
dibenarkan keluar rumah tanpa urusan penting. Jika anda
ingin membeli barang keperluan, pastikan seorang anggota
keluarga saja yang keluar rumah. Saya mohon kerjasama
anda semua supaya mengikut arahan kerajaan. Kita takut
kes berjangkit ini akan meningkat lagi.” Tegas suara Ilya
memberi peringatan.
Suasana di kedai itu sunyi seketika tatkala
mendengar suara Ilya. Masing-masing mengangguk tanda
faham. Tiada siapa yang berani bersuara dan kemudian
masing-masing meneruskan mencari barang keperluan.
Ilya berdiri saja di sebelah kaunter. Kehadirannya
itu harap sudah memberi peringatan kepada para
pelanggan Speedmart.
Kelibat Pak Cik Zaman cuba dikesan. Dia nampak
Pak Cik Zaman hanya mengambil sekampit gula dan lima
kilogram beras serta sebungkus roti kering. Sebentar saja
dia sudah berada di kaunter pembayaran.
94 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
“Banyak ni saja kah Pak Cik? Nanti susah Pak Cik
nak keluar dah.”
Pak Cik Zaman tersenyum.
“Cukuplah ini untuk dua orang je.”
Dikeluarkan duit kertas dari kocek baju hadapan.
Kelihatan duit kertas seringgit beberapa keping dan syiling
sahaja ditangannya. Lantas diletakkan di atas meja kaunter
untuk diserahkan kepada juruwang.
“Cukup tak?” Soalnya pada budak lelaki yang
berumur dalam linkungan 20an di bahagian kaunter
pembayaran. Budak itu sangat fokus mengira helaian
kertas satu ringgit pemberian Pak cik Zaman.
Hati Ilya dah menangis. Dia tak mampu
mengawal perasaan kasihannya.
“Dik…sekejap.”
Ilya menghalang juruwang muda itu dari terus
mengira.
“Maafkan saya yer. Bagi kat saya semua duit ini”
Lantas Ilya mengambil semua helaian kertas dan syiling itu
dan dipulangkan pada Pak Cik Zaman.
“Pak Cik… Saya ambilkan beras sepuluh kilo,
telur, sardin, ikan kering, tepung, gula…. Pak Cik nak
tambah apa pun, ambillah. Saya nak cukupkan dua ratus
ringgit. Saya bayar. ”
95 | S o p h i l e a