MISI LOCKDOWN HATI DIA
“Aazief listen. Bagi saya ruang. Saya sayangkan
awak, tak ada istilah saya menyesal atau tak suka dengan
pernikahan ini.”
“Saya nak jumpa Ilya. Jangan buat saya macam ni.”
“Aazief…saya minta ruang.”
Aazief matikan talian. Matanya dipejamkan rapat.
Cuba mencari apa salah dia. Cuba mencari di
mana silapnya. Atau dia belum lagi mampu menghadap
sikap Ilya.
146 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
BAB 14
Ilya minta Koperal Hadi berhentikan
keretanya disebuah kawasan kampung berhampiran Pekan
Pengkalan Hulu.
“Nak pergi mana Puan?”
Ilya tersenyum.
“Kejap ya, saya nak melawat rumah lama saya.”
Koperal Hadif sedikit terkejut. Setahu dia, Puan
Ilya Hani berasal dari Cameron Highland. Dia hanya
memandang langkah Ilya berjalan ke sebuah rumah batu
dua tingkat yang sudah agak usang
147 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
Lama Ilya berdiri di hadapan rumah ini. Sudah
setahun dia ke sini dan kadang-kadang juga dia ke mari.
Nantilah dia minta orang potongkan rumput-rumput yang
sudah meninggi di belakang rumah.
Rumah ini banyak kenangan kecilnya. Di sini dia
membesar sehingga ibu dan ayah mengambil keputusan
untuk berpindah ke Cameron Highland. Di sini juga dia
tinggalkan sebuah kenangan.
“Ilya…”
Seorang wanita memakai topeng muka menegur
nya. Ilya berpaling. Dia tersenyum.
“Alah tak boleh nak salam. Cik Kiah sihat?” Soal
Ilya.
“Sihat. Ini nak ke kedai depan tu sekejap. Nak cari
sardin setin dua. Ilya kerja ke ni?”
Ilya angguk.
“Ilya singgah sekejap je. Saja nak tengok rumah.
Tengoklah kalau pinjaman lulus nanti Ilya nak baiki rumah
ini boleh juga Ilya duduk sini nanti kan.”
“Elok lah Ilya. Rumah ini pun dah lama sangat
tinggal nya. Ada juga jiran Cik Kiah nanti.”
Ilya ketawa.
“Cik Kiah pergi kedai dulu. Karang dah lepas
waktu takut kena tangkap pula.”
148 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
Ilya angguk. Mak Cik Kiah yang duduk di sebelah
rumah inilah yang mengasuh dia sementara ibu dan ayah
dia mengajar di Sekolah Menengah Tun Saban.
“Hati-hati Cik Kiah. Jaga jarak ya.”
Mak Cik Kiah berlalu dengan motosikal
Yamahanya. Anak-anak nya semua sudah berkeluarga.
Suami pula sudah meninggal. Tinggal lah dia dengan cucu
sendiriam.
Ilya berjalan ke tangga batu. Lumut hijau
memenuhi anak-anak tangga.
Di sinilah dia diletakkan pada suatu subuh yang
bening dua puluh enam tahun dulu. Dua insan yang
berhati mulia dari penghuni rumah inilah yang mengambil
dan membela nya bagai anak sendiri.
Ilya kesat matanya yang mula berair. Di tangga
inilah juga pada suatu petang Azean memberitahu tentang
kebenaran bila dia pertikaikan kenapa dia tidak
berbintikan nama Zaidi tapi Abdullah. Puas Zaidi dan
Azean memujuk saat dia lari ke belakang rumah.
Lama juga baru Ilya menerima kenyataan yang dia
sebenarnya adalah anak angkat.
Rumah ini menyaksikan kasih sayang Azean dan
Zaidi pada dirinya. Di anjung atas inilah setiap malam
Azean mengajarnya. Dan di anjung itu jugalah setiap hari
dia menanti ibu dan ayah kandungnya akan muncul
149 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
semula. Tapi sehingga ke hari terakhir di sini, bayang-
bayang mereka sekalipun tidak pernah hadir.
Ilya kembali berjalan ke kereta. Kenangan ini
tidak pernah dia tinggalkan dari hati. Biarlah ia terus
bersemadi sampai mati.
Baru saja dia mahu melangkah masuk ke dalam
kereta peronda, dia terpandang seseorang yang sedang
berjalan kaki menghampirinya.
“Pak Cik Zaman?”
Pak Cik Zaman sedikit terkejut bila Ilya menegur.
“Puan Ilya buat apa kat sini?” Soalnya terpinga-
pinga terserempak dengan orang yang sangat dikenalinya.
Kelihatan tetap sahaja topeng muka pemberian Ilya
tempoh hari dikenakan.
“Saya buat rondaan.”
“Oh.. saya…saya nak pi ambil pisang kat sebelah
sana.”
Ilya angguk.
“Saya pergi dulu Pak Cik.”
Pak cik Zaman ucap selamat jalan. Ilya arahkan
Koperal Hadif meneruskan perjalanan. Namun dia minta
kereta diperlahankan. Dari cermin sisi dia nampak Pak Cik
Zaman ke arah rumah lama nya. Kemudian duduk di
150 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
tangga berlumut itu. Meraup wajahnya dengan kedua
telapak tangan.
“Kenapa Puan?” Soal Hadif.
“Em, tak ada apa-apa.”
Hatinya tertanya sendiri. Mungkin Pak Cik
Zaman cuma hilangkan penat berjalan.
“Puan asal orang sini ke?”
Ilya geleng.
“Mak ayah saya mengajar di sini dulu. Saya di
besarkan di sini sampai tingkatan satu. Kemudian balik
Cameron sampailah ibu ayah saya pencen. Sekarang
memang tinggal terus kat sana. Yang tadi tu rumah lama
saya. Tak jual sebab sayang. Minta tolong jiran-jiran je
tengok kan.”
Baru Hadif faham.
“Lepas rondaan minta tolong Koperal hantarkan
saya balik ke IPD ya. Saya on call.”
Koperal Hadif angguk. Pemeriksaan rondaan
dilakukan sehinga ke sempadan Pengkalan Hulu-Gerik.
Semuanya terkawal. Dia lega. Senang dia nak buat laporan.
“Saya rasa macam nak demam lah. Mungkin kena
hujan dua hari lepas kut.”
Badannya terasa sedikit panas.
151 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
“Pergi klinik atau ke hospital ye Puan. Bahaya ni.
Frontliner macam kita ini yang setiap hari berhubung
dengan orang awam tak tahu siapa yang ada virus tu.”
“Insya-Allah Koperal. Saya tak apa-apa. Tengoklah
malam nanti atau pagi esok saya pergi klinik atau hospital
Baling. Salah satunya sepanjang Perintah Kawalan
Pergerakan ini kita tak ada masa rehat langsung kan. Kita
tak macam tentera, dia orang ramai boleh ganti-ganti.”
Koperal Hadif setuju dengan Ilya.
“Saya rasa PKP ini sampai lepas raya lah Puan.
Tak balik lah saya tengok anak isteri.”
“Isteri Koperal duduk mana?” Soal Ilya.
“IPK Ipoh. Bahagian lesen.”
“Tak apalah Koperal. Tahun ni saja kut. Saya ni
dah lah anak tunggal. Kalau tak balik raya tahun ni,
rindulah mak ayah saya. Biasalah kalau saya tak boleh balik
raya dia orang akan datang beraya dengan saya. Tapi kali ni
mustahil kalau PKP masih diteruskan juga selepas Raya. Ini
dah macam ini memang tak ada lah nampaknya. Ibu saya
tu setiap kali saya telefon mula lah buat suara sayu. Bulan
puasa kan dah dekat.”
Koperal Hadif ketawa kecil. Rindu pada anak
isteri. Hampir dua puluh hari berlalu.
152 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
Telefon bimbit Ilya dari tadi berdering namun
hanya dibiarkan. Aazief. Empat hari tanpa suara, tanpa
bicara, tanpa sebarang titipan pesanan. Entah bagaimana
galaunya Aazief dia tidak tahu.
Koperal Hadif menjeling telefon bimbit yang
digenggam Ilya. Ilya cuma lepaskan pandangannya di luar
jendela.
“Puan kita ke zon A sekejap ya.”
Ilya angguk. Sekatan jalan di antara Jalan Betong-
Pengkalan Hulu.
Sebaik sahaja sampai di kawasan operasi, tidak
banyak kereta yang sedang menunggu untuk pemeriksaan.
Ilya harap sangat masyarakat mula sedar tentang
bahayanya pergerakan luar. Kasihan dia melihat wajah-
wajah yang kepenatan di hospital. Jururawat, doktor
petugas dan semua para barisan hadapan entah bagaimana
rindu mereka pada keluarga.
Ilya turun sedikit lewat dari Koperal Hadif yang
sudah ke bawah khemah.
“Puan!”
Beberapa anggota polis menegur. Ada juga
anggota tentera darat di situ. Dia hanya angguk sambil
tersenyum.
153 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
Baru melangkah beberapa tapak dari kereta dia
nampak seseorang yang sedang memandang dia dari
bawah khemah. Ilya mengeluh. Jarang Aazief di sini.
Kedengaran Aazief sedang berikan taklimat pada anggota
bawahannya. Sedang matanya tajam memandang Ilya
Hani. Ilya terus sahaja ke tempat Inspektor Arif yang
sedang menulis sesuatu di dalam log.
“Macam mana hari ini?” Soal Ilya.
Arif menggeleng.
“Dua tangkapan dan tiga tahanan. Seorang warga
Thailand. Dua lagi seludup rokok. Kita dah serah pada
UPP. Jenuhlah nak buat laporan ini.”
Ilya ketawa kecil. Topeng wajahnya dibuka.
Sengaja. Sebab hatinya sakit tiba-tiba. Sengaja dia mahu
tunjukkan kemesraan di hadapan Aazief.
“Kerja Rif. Aku on call hari ini. Setakat jam ini
belum ada kes lain.”
“Ehem..” Suara itu sudah empat hari dia tak
dengar. Ilya cuma membiarkannya sahaja. Masih rancak
berbual dengan Arif.
“Mujur juga kita tak bertugas kat bandar macam
Kuala Lumpur atau Penang. Squad kita Mirhan, dia
bagitahu langsung tak ada rehat. PKP fasa kedua ini lagi
banyak tangkapan.”
154 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
“Em…. Macam-macam kan.”
Ilya angguk. Masih tidak menegur Aazief yang
duduk berhampiran. Aazief juga kelihatan menulis sesuatu
di dalam sebuah buku. Ilya langsung tidak peduli.
“Ilya… Kau kenal Mejar Nasarudin?” Pertanyaan
Arif buatkan Ilya tersedak tiba-tiba. Serta merta Aazief
angkat wajah dan pandang isterinya ini.
“Er.. Kenal macam tu je. Kenapa?”
Arif geleng.
“Semalam aku jumpa dia, ada dia tanya aku kenal
kau ke tak.”
Ilya berdebar-debar.
“Kau cakap apa?”
“Takkan aku nak cakap tak kenal. Nampak sangat
menipu. Macam ada something special je bila dia tanya
pasal kau. Nasarudin yang dekat Sabah tu ke?”
“Nantilah kita sembang. Oh tak apalah. Aku nak
balik balai dulu.”
Ilya bangun.
“Okey Ilya. Hati-hati.”
Ilya angguk.
“Koperal… Jom.”
155 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
Ilya berjalan melepasi Aazief yang masih menulis.
Sampai di kereta dia berpaling. Aazief tetap di meja. Ilya
sedih. Kenapa Aazief tak mahu memujuk.
Memujuk? Untuk apa? Mungkin Aazief sendiri
tidak tahu apa salah dia. Ilya Hani… Kalau Aazief ada
hubungan dengan Nadia masakan dia terima kau sebagai
isteri? Ilya tersedar hakikatnya sebuah rumahtangga itu
mampu sahaja diruntuhkan kerana satu fitnah.
Dia teringat antara maksud Surah Al Baqarah ayat
191. Sesungguhnya fitnah itu lebih besar bahayanya dari
membunuh.
Hati Ilya sedih tiba-tiba. Mahu sahaja dia berlari
dan peluk Aazief.
Ilya terasa berdosa besar dirinya kerana
memperlakukan terhadap suaminya begitu. Sudah pasti
tindakannya itu tidak akan cium bau syurga.
Aazief kembali ke kem. Memang dia rindukan Ilya
tapi Ilya buat endah tak endah bagaikan dia tidak wujud.
Aazief bingung. Apa salah dia? Apa dosa dia pada Ilya?
“Hai menung jauh nampak?”
Di sapa Mukhriz yang muncul dibiliknya. Aazief
cuma tersenyum.
“Kem macam mana?” Soal Aazief.
156 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
“Alhamdulillah semua orang patuhi Perintah
Kawalan Pergerakan. Hanya aggota bertugas sahaja yang
ada di pejabat. Kau ini macam ada masalah je. Kenapa?”
“Riz aku nak tanya kau lah. Kau kenal tak Mejar
Nasarudin? Tak salah aku Armor Di Raja?”
Mukhriz angguk.
“Dia dah tukar ke Sungai Petani. Kem Lapangan
Terbang. Skuad aku tu. Tapi sekarang ini tak salah aku, dia
ada kat sini. Kem tiga rejimen sempadan.”
“Okey Riz, apa yang kau tahu tentang dia.?” Aazief
semakin berminat untuk tahu. Siapa NAsarudin.
Bagaimana hubungannya dengan Ilya hani.
“Tak banyaklah cuma aku tahu dia pernah
bertunang dengan seor
ang anggota polis. Tapi dah putus. Lepas tu dia
kahwin dengan tak salah aku, lawyer.”
“Oh dah kahwin dah lah.”
Hati Aazief mula berdebar. Mukhriz angguk.
“Kenapa? Kau kenal dia ke?”
Aazief geleng.
“Takdelah tadi aku dengar ada anggota kita cakap
pasal dia. Aku tak sempat lagi nak jumpa dia. Kau tak tahu
ke tunang dia polis mana?” Soal Aazief. Dia ingin tahu
sangat kaitan antara Ilya dan Nasarudin.
157 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
“Polis dekat Tawau.”
Bagai ada renjatan elektrik. Ya, dia tahu kalau Ilya
memang dia pernah putus tunang dengan seseorang
semasa bertugas di balai polis Tawau dulu. Tidak syak lagi
dan dia yakin kalau kedua-duanya punya kaitan.
‘Tapi dia dah kahwin pun Aazief. Ilya pun dah jadi
isteri kau. Cumanya kalau kau terus dingin macam ini tak
mustahil Ilya kembali kepada dia.” Kata-kata ini bermain
dalam hatinya.
“No!”
Aazief jerit tiba-tiba. Mukhriz terkejut.
“Kau dah kenapa? Tengah bersembang pun boleh
berangan. Dahlah aku nak balik bilik VC dengan isteri aku
Doktor Ariana Dahlia lagi bagus.”
Mukhriz tinggalkan Aazief sendirian. Aazief cuba
menghubungi Ilya. Panggilan tidak berjawab. Terus dia
hubungi ibu pejabat polis.
“Hello, saya Mejar Aazief. Boleh sambungkan saya
pada Puan Ilya Hani?”
Dia menanti.
“Tuan boleh hubungi sekejap lagi sebab Puan Ilya
sedang ambil keterangan. Ada kes.”
“Em… Agak-agak dalam pukul berapa ya habis?”
158 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
“Saya tak pasti Tuan. Tuan cuba hubungi semula
melalui telefon bimbit Puan Ilya.”
“Saya dah call banyak kali. Tak berjawab. Biasa
kalau ambil keterangan dalam berapa minit ya.”
“Tak boleh nak agak Tuan. Biasa berjam-jam
jugalah.”
“Kalau macam tu tak apalah. Kalau Puan Ilya dah
habis, minta dia call saya. Urgent.”
“Baik Tuan.”
Aazief tarik nafas panjang. Dia tak akan sesekali
izinkan Ilya kembali kepada Nasarudin. Ilya hak dia dan
sampai mati akan jadi hak dia. Cuma dia tak tahu apa salah
dia. Apa dosa dia pada Ilya Hani.
“Ilya Sayang… senyap bukan jalan penyelesaian.
Kita kena bawa berbincang Ilya….”
Dia bercakap seorang diri seolah-olah Ilya ada di
sini. Tapi yang mendengar hanya dinding bisu, Aazief. Ilya
sedang bertugas. Dia tak dengar pun apa yang Aazief cakap
ini.
“Aazief tak tidur lagi?”
Suara dihujung talian sangat dia rindui. Entah
kenapa malam ini dia mahu berbual dengan ibunya.
Walaupun kata mamanya yang dirinya dah besar panjang,
dia tetap anak manja.
159 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
“Mama kat mana?” Soal Aazief.
“Mama kat rumah ni. Off tiga hari. Tapi mama
duduk bilik atas. Tak campur dengan ayah dan adik.”
“Mama hati-hati. Zif risau mama kat sana.”
Setiap hari dia doakan ibunya salah seorang
frontliner di Hospital Sungai Buluh.
“Nak mati kat mana pun mati Zif. Covid-19 tu
penyebab saja. Tapi janganlah kita pergi serah diri kat dia
pula.”
Ish mama ini. Ada pula cakap macam tu. Lagilah
Aazief semakin risau.
“Mama ni Zif call bukan nak tenangkan Zif nak
Zif risau je.”
Ibunya ketawa.
“Mama nak Zif bersedia kalau tiba-tiba mama
kena jangkitan. Dah ramai barisan hadapan yang kena
jangkitan ini. Meskipun pakai protection tetap tak mampu
halang kalau Allah takdirkan kun fa ya kun, Zif.”
Aazief setuju dengan kata-kata ibunya.
“Tapi kita kena berdoa untuk elakkan benda ini.
Aazief doakan mama selalu. Mama…”
“Em.. ni mesti ada something kan. Kalau tak
memang tak adalah nak call mama malam-malam macam
ni.”
160 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
Aazief ketawa. Hebat ibunya ini meneka.
“Zif nak tanya la Mama. Perempuan ni selalu
merajuk sebab apa?”
“Ilya merajuk? Baru kahwin enam belas hari dah
jadi hal?”
“Tak lah mama…dia macam jauhkan diri dari Zif.
Zif tak tahu apa salah Zif.”
“Perempuan merajuk ni banyak sebab Zif.
Cemburu, bila dia rasa tidak dipedulikan atau ada kata-kata
yang menyinggung perasaan dia. Aazief fikir baik-baik.
Yang mana satu Aazief buat pada Ilya.”
“Satu pun tak ada.”
“Dah tanya Ilya sendiri?”
“Nak tanya macam mana Ma. Zif call pun dia tak
jawab. Mesej lagilah tak balas.”
“Mama tak mahu masuk campur urusan
rumahtangga Aazief dan Ilya. Kamu berdua baru je kahwin
tak sampai sebulan pun. Masing-masing baru kenal antara
satu sama lain. Cari ruang untuk lebih mengenali.”
“Ruang dan peluang? Tengah-tengah musim
Covid ini Ma bukan kata nak sentuh, nak dekat pun tak
boleh.”
Ibunya ketawa.
“Sabarlah sikit.”
161 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
“Em okeylah Mama…. Mama rehatlah. Aazief pun
nak tidur dah ni. Dah dua jam tunggu isteri call tapi tak call
pun. Assalamualaikum.”
Aazief letakkan telefon bimbitnya ke tepi.
Matanya dipejam rapat. Esok ada banyak urusan kerja
untuk diselesaikan. Esok juga dia kena ke Gerik.
“Ilya … saya rindu.”
Dia berbisik perlahan. Mudah-mudahan angin
malam itu sampaikan ayat ini ke telinga Ilya Hani.
Ilya langsung tidak perasan catatan di atas meja
nya.
Mejar Aazief minta telefon semula.
Otaknya penat. Badannya tak sihat. Dia duduk di
kerusi dalam pejabat nya. Baju sejuk di selimutkan hingga
ke paras dada. Kerusi direndahkan. Selama tempoh
Perintah Kawalan Pergerakan ini beberapa kali saja dia
mencuri masa berehat. Kadang-kadang tercuri masa untuk
hanya melelap mata seketika berlapikkan lengan di atas
meja. Cukuplah sekadar lima belas minit atau setangah
jam.
Belum sempat matanya dipejamkan, satu pesanan
masuk ke telefon bimbit. Dari ibu mentua nya.
162 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
Salam Ilya.. Ilya sihat tak? Okey tak kat sana tu?
Alhamdulillah mama masih sibuk macam biasa. Ilya
okey. Maaf tak call mama.
Tak apa yang penting Ilya sihat. Jaga diri ya.
Assalamualaikum.
Ilya kembali pejamkan mata. Esok dia kena bawa
tertuduh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ke
mahkamah. Kepalanya makin sakit. Dia cuma terlelap
seketika.
Dia cuma mahu Allah kirimkan mimpi yang
indah-indah saat ini agar dia bisa lupakan seketika sakit
yang hadir.
163 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
BAB 15
“Betul ke Kak Kiah?” Azean bertanya lewat
panggilan video dengan Mak Cik Kiah.
“Betul. Dah beberapa kali dia datang sini. Last-last
aku tanyalah dia nak cari siapa?”
Dada Azean berdebar. Digenggamnya tangan
suami yang duduk di sebelah.
“Dia bagitahu akak dia nak cari orang duduk
rumah ini dulu. Dia bagitahu dia tahu yang duduk rumah
ni dulu cikgu. Hang dengan Zaidi lah mana ada sapa dah.
Dia cakap dia nak jumpa hangpa dua orang. Nak jumpa
sangat-sangat.”
“Kak Kiah tanya dak pasal apa?”
164 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
“Tanya tapi dia tak nak cakap. Cuma ada dia
tunjuk gambar Ilya masa kecik. Gambar kat depan rumah
akak.”
Azean pandang suami nya.
“Ilya tahu tak hal ni?”
“Tak ada pun Ilya datang. Hari tu je lah. Hati Kak
Kiah ni duk rasa dia ini ada kena mengena dengan Ilya.
Tapi tu lah nak cakap lebih-lebih pun tak boleh juga sebab
tak tahu hujung pangkal.”
“Kak… Saya nak minta tolong boleh? Kalau dia
datang lagi Kak Kiah cuba tanya dia siapa. Kalau betul dia
ayah kandung Ilya… Alhamdulillah. Dulu saya risau tapi
sekarang saya tahu Ilya boleh menilai sendiri.”
Ha.. yelah. Kalau dia datang lagi nanti Kak Kiah
bagitahu Yan. Nantilah Kak Kiah cuba risik ya. Kak nak
pergi jenguk kuih talam dalam periuk tu sat.
Assalaamualaikum.”
Sebaik sahaja panggilan ditamatkan, Azean
pandang suami nya.
“Yan, mungkin dah Allah takdirkan Ilya jumpa
dengan darah dagingnya sendiri. Mungkin doa kita dan
doa Ilya selama ini dimakbulkan. Kita kena terima semua
takdir ini dengan hati terbuka. Untuk kebahagaain Ilya
juga. Selama ini kita tak tahu siapa keluarga Ilya.”
165 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
Azean angguk.
“Awak jangan risau. Kasih sayang Ilya pada kita
abang yakin tetap sama.”
“Saya rasa nak pergi sana sekarang ni.”
“Abang tahu awak rindukan Ilya. Bukan ke setiap
hari dia telefon? Dah jom kita makan bingka ubi kayu yang
awak buat. Hilang juga rindu awak dekat Ilya tu nanti.”
Azean senyum.
“Yelah…jom.”
Betul Allah selalau sahaja kirimkan takir yang tak
pernah kita jangka. Samada takdir itu indah atau
sebaliknya kta harus menerima. Samada takdir itu
menyebelahi kita atau tidak…bukan kita yang berhak
menentukannya.
Ilya muncul di kaunter ibu pejabat polis. Ada
beberapa orang awam sedang menanti untuk buat laporan.
Semalam ada satu kes keganasan rumah tangga. Suami
pengadu sudah pun ditahan reman.
“Puan nampak macam tak sihat je?” Soal salah
seorang anggota bawahan Ilya. Ilya sekadar tersenyum.
Selepas kena hujan tempohari memang dia kurang sihat.
Selsema pun sudah menyerang.
166 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
“Kalau tak sihat pergi hospital Puan.” Giat salah
seorang dari mereka.
“Insya-Allah setakat ini saya okey lagi. Nanti bawa
suspek ke bilik keretangan ya.”
Arah Ilya. Dia kembali ke pejabatnya sekadar
mahu mengambil baju sejuk. Tubuhnya tiba-tiba terasa
sejuk sekali.
Sepanjang hari menahan rasa, Ilya akhirnya
mengalah. Dia melangkah lemah ke hospital setelah
dihantar oleh Koperal Anis. Kerana menanti di wad
kecemasan terlalu lama, dia minta Anis supaya pulang
dahulu. Selepas selesai urusannya nanti, dia akan telefon
Anis semula.
Ilya duduk di kerusi menunggu. Berjarak dari
semua orang. Suasana wad kecemasan di Hospital Baling
sunyi sepi. Cuma ada pegawai bertugas dan pengawal
keselamatan. Ada seorang dua pesakit yang menanti giliran
bertemu pegawai perubatan. Mahu ke klinik kesihatan
Pengkalan Hulu tapi sudah melewati waktu operasi.
Baju sejuk di zip ke paras leher. Sejuk. Menanti
namanya untuk dipanggil.
“Puan Ilya Hani binti Abdullah.”
Serta merta Ilya bangun perlahan menuju ke
kaunter.
167 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
Petugas yang lengkap dengan topeng muka dan
sarung tangan mula mengambil suhu di dahi.
“37.5 darjah celsius. Demam tapi tak tinggi. Puan
ada kontak dengan mana-mana pesakit Covid-19 ke?” tanya
jururawat bertugas untuk mendapatkan kepastian.
Ilya geleng.
“Kontak rapat tu tak ada. Tapi saya polis dan
mungkin boleh terdedah dengan ramai orang. Saya tak
tahu samada orang awam yang saya jumpa ada Covid-19
atau tak.”
“Saya faham, Puan. Puan tunggu sekejap.”
Ilya angguk.
Dia kembali duduk di kerusi menunggu. Lepas
Maghrib tadi dia minta Koperal Anis tolong hantarkan dia
ke sini.
Sekali lagi nama Ilya dipanggil. Masuk saja ke bilik
rawatan, kelihatan seorang pegawai perubatan lengkap
dengan personal protective equipment atau PPE. Ilya faham.
Ini tugas. Mana tahu kalau dia di jangkiti.
“Dah berapa hari demam?” Soal Doktor Kelvin.
“Baru semalam doktor. Beberapa hari lepas saya
kena hujan masa buat sekatan jalan. Lepas tu terus badan
tak sihat.” Ilya cuba menegakkan badan semasa doktor
sedang merawatnya.
168 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
“Ada sakit tekak tak?”
Ilya angguk.
“Ada sikit.”
Sudah biasa bagi Ilya jika demam pasti tekaknya
akan jadi warna merah. Tonsilnya pula akan membengkak.
“Ada kontak rapat dengan pesakit Covid-19?”
Ilya geleng.
“Kalau saya tengok sini, Puan tak ada selsema.
Batuk pun tak ada. Tekak merah sikit. Demam 37.5. Tak
tinggi sangat. Tapi untuk kebaikan, saya sarankan Puan
buat ujian Covid-19. Kita ni frontliner tak tahu dengan siapa
kita berjumpa. Orang hanya tahu kecam tugas kita tapi dia
orang tak tahu risiko yang kita kena tanggung.”
“Betul doktor. Ramai juga barisan hadapan yang
dah dijangkiti. Soalnya kesedaran masyarakat tidak tinggi
terhadap risiko virus ini.” Balas Ilya.
Doktor Kelvin angguk.
“Saya bagi ubat demam. Tapi Puan Ilya kena buat
Covid-19 test juga.”
Ilya angguk.
“Esok saya akan buat test.”
“Dalam dua hari akan dapat keputusan. Dalam
tempoh tu Puan kena kuarantin diri dahulu.”
“Baik doktor. Terima kasih.”
169 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
“Sama-sama. Puan tunggu di luar sekejap lepas tu
boleh ambil ubat. Saya bagi Paracetamol atau PCM. Balik
ni terus makan dan rehat.”
Ilya bangun selepas ucapkan terima kasih sekali
lagi. Dia terus melangkah keluar dengan keadaan badan
yang sedikit lemah.
Ubat digenggam ditangan. Ilya duduk dan
menyandar di kerusi. Dia tidak mampu berjalan jauh. Dia
masih berada di sekitar kawasan mengambil ubat. Saat-saat
macam ini dia sangat perlukan Aazief. Antara rasa bersalah
dan rindu bercampur baur.
Fikiran Ilya menerewang peristiwa beberapa hari
lepas. Pada ruang mata dan ingatannya, jelas terbayang
wajah Leftenan Nadia dan kata-katanya pula jelas
kedengaran buatkan dia keliru.
“Aazief…” Bisiknya perlahan sambil matanya
dipejamkan.
“Saya kat sini Ilya. Di hadapan Ilya.”
Ilya buka mata terkejut Aazief sedang berdiri di
pintu wad kecemasan.
“Aa..Aazief…”
“Maaf… saya dah cuba tapi perasaan rindu saya tak
mampu untuk berikan ruang yang Ilya minta. Saya rindu
awak my sweet Ilya Hani.”
170 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
Airmata Ilya menitik. Aazief papah Ilya ke kereta.
Hatinya diruntun sayu melihat isteri sendiri sakit tapi dia
di mana. Kalau tak terserempak dengan Koperal Anis yang
berhenti disekatan jalan tadi pasti dia tak tahu apa yang
terjadi pada Ilya.
Sepanjang perjalanan, keduanya senyap. Aazief
bawa Ilya ke rumah sewa Ilya.
Dipapahnya Ilya masuk ke dalam rumah. Dengan
perlahan, Ilya melabuhkan punggungnya di sofa hijau.
“Terima kasih Aazief.”
“Ilya kedekut….” Aazief cuba meluahkan
perasaannya.
Ilya tidak faham apa maksud Aazief.
Aazief duduk berhadapan dengan Ilya. Mahu
duduk sebelah Ilya tak bagi takut kalau benar-benar dia
dijangkiti Covid-19.
“Maksud awak?” Soal Ilya lemah.
“Ilya kedekut nak bagitahu apa yang ada dalam
hati Ilya? Kenapa Ilya marah saya? Saya tertanya-tanya apa
salah saya pada Ilya? Ilya kedekut nak kongsi yang Ilya tak
sihat? Sedangkan saya dah janji dengan semua orang dan
dengan Allah untuk jadi pelindung Ilya.”
Ilya tunduk. Hatinya diselubungi perasaan
bersalah yang menggunung. Kerana keadaan yang lemah
171 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
pada saat itu, dia cuba tidak mahu berbincang apa-apa
dengan Aazief. Takut tercetus salah faham pula nanti.
Cukuplah Aazief ada di sisi demi melepaskan rindunya.
“Maafkan saya Aazief. Soal tu nanti kita cakap kan
ya. Terima kasih hantarkan saya balik.”
“Ilya…”
Ilya pandang Aazief.
“Izinkan saya tidur sini. Saya nak jaga Ilya.”
Ilya geleng.
“Saya takut kalau saya ada virus corona. Saya tak
mahu awak pun dijangkiti.”
“Please Ilya….. Izinkan saya jalankan
tanggungjawab saya jaga Ilya.”
Buat seketika Ilya berfikir. Apa nak di takutkan
mereka ada bukti mereka bernikah. Cuma soalnya Ilya
bimbang kalau benar virus yang boleh membunuh itu ada
dalam tubuh nya saat ini.
“Baiklah.. tapi saya kena jauhkan diri dari Aazief.
Aazief boleh tidur kat luar ni?” Soal Ilya.
Aazief angguk. Mujur juga rakan serumahnya ke
Ipoh beberapa hari ke Ibu Pejabat Polis Kontijen.
Ilya cuba bangun.
“Nak pergi mana pulak tu? Nak apa-apa bagitahu
je. Saya boleh tolong ambilkan.”
172 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
“Saya nak masuk bilik. Nak ambil tilam narita
untuk Aazief.”
“Alahai… kan saya yang gagah perkasa ni ada.”
Ujar Aazief.
Tadi Ilya dah maklumkan ke ibu pejabat keadaan
dirinya. ASP Razif yang terkejut dengan berita itu terus
mengaturkan arahan untuk membawa Ilya membuat ujian
Covid-19 pada hari esok. Sebagai ketua, sudah menjadi
tanggungjawab menjaga kakitangan bawahannya. Mahu
tidak mahu Ilya terpaksa berterus terang dengan ASP Razif
siapa Aazief.
“Duduk situ diam-diam Ilya. Biar saya yang pergi
ambik.” Aazief bangun dan masuk ke bilik bujang Ilya.
Aazief masuk ke dalam bilik bujang Ilya. Ada
sebuah katil bujang. Kelihatan uniform kerjanya kemas
tergantung di tepi almari. Diperhatikan ada ruangan khas
dengan hamparan sejadah den telekung di situ. Tiba-tiba
matanya terpandang gambar pernikahan mereka di atas
meja solek. Mesti Ilya print sendiri. Aazief tersenyum.
Almari dibuka. Di keluarkan tilam narita dan sebiji bantal
lalu dibawa keluar.
“Tak apa ke Aazief tidur kat luar?”
Aazief senyum . Narita di bentangkan betul -betul
di pintu bilik senang kalau apa-apa katanya.
173 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
“Kalau Ilya suruh saya tidur dalam bilik air pun
saya okey je.”
Ilya tersenyum.
“Kejamnya saya nak suruh suami tidur dalam bilik
air.”
Ilya bangun berpaut pada dinding. Kepalanya
masih sakit. Dia menolak dari dibantu Aazief. Dia tidak
mahu ada virus yang menjangkiti suaminya.
Belum sempat Ilya menolak, Aazief cepat-cepat
paut pinggang Ilya.
“Jangan degil kali ini. Saya bawa Ilya ke katil.”
Ilya tidak menolak kali ini. Dia relakan dirinya
dipapah ke katil. Di baring dan di selimutkan oleh Aazief
dengan penuh kasih sayang. Aazief duduk seketika di
sebelah Ilya. Hendak dibelai isterinya apakan daya dan
hanya mampu merenung saja.
“Saya lebih rela saya yang sakit dari tengok Ilya
sakit.”
Aazief bangun dan berjalan ke narita yang telah
dibentangkan di pintu bilik yang berjarak dua meter dari
Ilya.
Ilya pandang Aazief. Tiba-tiba ada satu rasa yang
mencengkam kuat pada hatinya. Rasa berdosa. ‘Ya Rabb!
Sakit ini mungkin satu ingatan daripadaMu. Kalau Engkau
174 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
ambil nyawaku saat ini tanpa sempat aku memohon
ampun daripada suamiku, bagaimana?’ Suara hatinya
meraung tanda kekesalan.
Aazief dan Ilya sama-sama memandang.
“Aazief…” suara lembut itu seakan mahu
mengajaknya berbicara.
“Em…Ilya nak apa-apa?”
Ilya geleng. Nafasnya terasa tersekat.
“Saya minta maaf. Saya nak minta maaf atas sikap
saya pada Aazief. Saya tak patut buat macam tu. Aazief
suami saya.”
Aazief bangun dan duduk menyandar ke dinding.
Matanya memandang Ilya yang berbaring di atas katil
bujang.
“Kenapa Ilya marahkan saya? Ilya buat saya
tertanya sendirian apa salah saya? Apa dosa saya? Empat
hari lama tau. Tiada satu saat pun hati saya tenteram.
Sampai saya call mama tanya kenapa perempuan merajuk.
Ilya tahu tak Ilya jatuhkan hukum pada saya tanpa saya
tahu apa salah saya. Saya rasa macam orang bodoh bila Ilya
tak pedulikan saya.”
Air mata Ilya mula menuruni pipi.
175 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
“Saya berdosa dengan Aazief. Saya minta maaf
sebab terlalu mengikut emosi sedangkan semuanya boleh
dibawa bincang. Maafkan saya, Aazief.”
“Apa sebenarnya yang ada dalam fikiran Ilya?
Kalau saya salah, saya akan mengaku kesalahan saya. Ilya
belum kenal saya. Saya memang gentleman okey…”
“Saya minta maaf kerana saya ganggu hubungan
awak dengan Nadia …” Ilya terpaksa meluahkan
kerunsingan yang menghantuinya beberapa hari itu.
“Stop! What? Nadia? Leftenan Nadia? Kejap-
kejap… Saya tak faham. Apa yang Nadia bagitau Ilya? So
inilah puncanya?” Aazief sudah mula tinggikan suaranya
tapi marahnya bukan pada Ilya.
“Jangan marah Nadia, Aazief. Mungkin dia cuma
mahu pertahankan hak dia. Saya cuma berada di antara
Aazief dan Nadia. Kalau saya tahu…”
“Kalau Ilya tahu kenapa? Ilya tak akan terima saya
sebagai suami? Macam tu?”
“Aazief…” Ilya hilang kata.
“Kisah saya dan Nadia kisah lama, lama sangat
sebelum kita dijodohkan. Bertahun-tahun perasaan saya
pada Nadia dah mati. Saya akui saya pernah ada rasa pada
Nadia. Try and error. Cuma berkawan sehingga saya tahu
dia ada lelaki lain. Saya tinggalkan Nadia kerana maruah.”
176 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
“Tapi dia masih sukakan awak?”
Aazief angguk.
“Selepas dia ditinggalkan. Actually Nadia baru
sahaja bertugas kat sini. Saya tak nafikan dia cuba
mendekati saya tapi saya tak pernah peduli pun llya. Nama
dia dah lama mati dari hidup saya.’
“Kenapa Aazief tak pernah bagitahu saya?” Soal
Ilya. Supaya saya mengerti dan tak salah faham.”
Kedengaran hujan mula menyentuh atap genting.
Dentung dentang. Lebat. Angin juga galak bertiup
sehingga sejuknya mencengkam tulang hitam.
“Sebagaimana Ilya sendiri tak pernah ceritakan
tentang Mejar Nasarudin?”
Puas ditahan agar tidak menyebut nama
Nasarudin tapi dia gagal. Dua tiga hari asyik nama mamat
itu sahaja dalam kepala dia. Alang-alang Ilya dah sebut
tentang Nadia baiklah dia tanyakan terus.
Ilya langsung tak terkejut bila Aazief bertanya
tentang Nasarudin. Dah tentu lah Aazief pasang telinga
masa dia berbual dengan Arif.
Semalam dia terserempak dengan Nasarudin tapi
jiwanya kosong. Sekadar bertukar senyum. Saat hatinya
telah terukir nama Aazief Azman. Meskipun Nasarudin
mahu berbual tapi dia tidak mahu ada kena mengena lagi
177 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
dengan lelaki itu. Tuhan telah pilih Aazief sebagai
pendampingnya.
“Nasarudin Abdul Wahab. Bekas tunang saya
Aazief. Macam Nadia, dia juga tinggalkan saya untuk
wanita lain. Dan dia sedang bahagia. Kosong. Perasaan
saya padanya dah lama kosong waktu pertunangan kami
putus sejak di Tawau lagi. Kalau awak tak percaya, awak
boleh tanya pada kawan baik saya, Nora. Itupun kalau
awak tak percayalah. Semalam kami terserempak masa dia
datang ke IPD jumpa ASP Razif. Tak ada apa-apa yang
terjadi pun. Dia pun tak tegur saya. Sekadar berbalas
senyum saja.”
“Ilya senyum dekat dia?” soal Aazief sedikit
cemburu.
“Saya minta maaf kerana senyum pada lelaki yang
bukan mahram. Saya…”
“Ilya…kejujuran Ilya telah lenyapkan semua
wasangka saya. Nasarudin bukan saingan saya kan?”
Ilya menggeleng.
“Sebagaimana saya juga tak akan bersaing dengan
Nadia kan?”
Aazief merapat sedikit.
“Terima kasih sayang. Hashtag stay in my heart.”
178 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
‘Eh.. tiba-tiba mamat ni’. Ilya ketawa kecil sambil
air mata nya menitis laju. Alhamdulillah. Kehadiran Aazief
sentiasa membuatkan dirinya rasa tenang dan bahagia.
“Kalaulah saya boleh peluk Ilya sekarang…”
“…Ilya rehat tidur okey. Saya ada kat sini kalau Ilya
nak apa-apa. Saya hormat permintaan Ilya untuk menjaga
jarak kita. Setiap hari saya dengar rindu Ilya memanggil
nama saya.”
Ilya angguk. Senyuman masih melekat di bibir.
“Ilya…”
Aazief bagai berbisik namun jelas di telinga.
“Terima kasih Maha Cinta kerana menyatukan
kita.”
Sederas hujan yang menghempas lantai bumi
sederas itu juga hujan dihati Ilya.
‘Terima kasih Allah atas anugerah terhebat yang
kau titipkan buat kami.’
179 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
BAB 16
Meski dihalang, Aazief tetap datang dan
duduk dekat dengan Ilya subuh itu. Usai melakukan solat
Subuh, jemari Ilya digenggam kuat dan erat.
“Saya nak balik kem sekejap nak minta kebenaran
temankan Ilya buat test hari ini.”
Ilya geleng.
“Jangan Aazief. Jangan kerana saya
tanggungjawab Aazief abaikan. Jangan risau.. ASP Razif
dah aturkan semuanya. Doakan saya. Saya janji saya akan
update semuanya. Lagipun saya rasa dah sihat sikit pagi ini.”
180 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
“Janji Ilya akan sembuh. Janji update dekat saya
walau apapun.”
Ilya tersenyum. Dia bangun.
“Pergilah nanti awak lambat pula.”
“Tak sanggup nak keluar dari sini bila isteri saya
sedang sakit begini. Tapi saya kena pergi Ilya.”
Tuhan sahaja yang tahu beratnya hati dia nak
tinggalkan Ilya meskipun isterinyai itu hanya demam.
Ilya hantarkan Aazief ke pintu hadapan.
“Ingat sayang…. Apa-apa sekalipun, bagitahu saya
cepat. Jangan buat saya macam tempoh hari.”
Ilya angguk.
“Aazief… awak tak pernah jauh… awak selalu ada
dalam hati saya. Selamanya…”
Aazief angguk. Bibirnya menguntum senyuman.
Mentari baru menampakkan wajah. Kuning berbalam
berselang warna subuh yang akan berlalu seketika lagi.
“Saya tak tahu pula awak kahwin dengan Mejar tu.
Saya ingat dengan orang lain.”
Ilya yang duduk di belakang bersama ASP Razif
tersenyum. Baru selesai buat ujian Covid-19, dia diarahkan
181 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
kuarantin diri di rumah sehingga keputusan dikeluarkan.
Bukan dia sahaja semua yang dalam kereta ini lakukan
ujian.
“Macam mana boleh kenal?” Soal ASP Razif.
“Pilihan keluarga. Alhamdulillah saya terima dan
Insya-Allah bahagia.”
“Balik ini awak rehat Ilya. Sampai dapat keputusan
baru putuskan balik kerja. Jangan jumpa siapa-siapa. Saya
doakan yang baik-baik untuk awak.”
“Terima kasih Tuan. Insya-Allah saya terima apa
pun keputusannya. Saya pun doakan Tuan yang lain juga
sihat.”
Kembali ke bilik. Ilya kembali keseorangan. Dia
duduk di birai katil sebelum satu panggilan video masuk ke
telefon bimbitnya. Ilya tersenyum. Dari pagi tadi Aazief
tidak jemu bermesej yang tidak sudah bertanyakan keadaan
dia.
“Dah sampai rumah?”
Kelihatan Aazief yang kacak dengan uniform
tentera berwarna hijau. Di pejabat barangkali.
“Alhamdulillah dah sampai dah. Doktor suruh saya
kuarantin diri sampai keputusan keluar. Aazief kat mana?
Pejabat?”
182 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
Aazief angguk. Dia hanya memandang Ilya Hani.
Mahu sahaja dia terbang ke rumah Ilya sekarang. Tapi dia
harus siapkan semua laporan ini dahulu.
“Dah makan?” Soalan Aazief di jawab dengan
anggukan.
“I miss you sayang…”
“Saya pun rindukan Aazief.”
“Kejap lagi saya hantar makan ya.”
Ilya angguk. Memang dia tak berani nak keluar
beli barang atau makanan.
“Tapi tak boleh masuk tau. Kat luar saja. Gantung
je kat tombol pintu.”
Aazief lepaskan keluhan berat.
“Saya faham. Tapi boleh je kan kalau saya duduk
kat ruang tamu. Ilya duduklah dalam bilik.”
Ilya ketawa. Dia geleng.
“Tak boleh sehingga keputusan keluar. Saya tak
nak risiko kan sesiapa pun termasuk Aazief.”
“Saya lebih rela saya yang kena dari isteri saya ini.”
“Terima kasih Aazief. Awak pun jaga diri.”
Aazief angguk.
“Karang saya hantar makan ya. Take care sayang.
Assalamualaikum.”
“Waalaikumusalam.”
183 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
Ilya rebahkan diri ke tilam. Dia memang tidak
beritahu apa-apa pada ibu dan ayahnya bimbang mereka
risau.
Satu panggilan telefon masuk.
“Assalamualaikum Mak Cik Kiah...”
Lembut suara Ilya menyapa.
“Walaikumusalam. Ilya ada mana ni?”
“Ilya kat rumah . Kenapa Cik Kiah?”
“Tak ada.. kalau Ilya senang-senang nanti datang
rumah Cik Kiah kejap. Ada hal nak sembang dengan Ilya.”
“Insya-Allah kalau Ilya free nanti Ilya pergi rumah
Cik Kiah. Sekarang tengah sibuk sikit.”
“Ha tak apa… Cik Kiah faham. Ilya jaga diri ya.
Nanti nak datang bagitau Cik Kiah dulu.”
“Baik Cik Kiah. Assalamualaikum.”
Ilya hubungi pula kedua orang tuanya. Dia
bangun dan menyandar di kepala katil. Tidak mahu ibunya
terhidu kalau dia tidak sihat
“Assalamualaikum ibu… ibu ayah sihat?”
Wajah Azean dan Zaidi terpamir kegembiraan
saat Ilya muncul di skrin. Rindunya pada puteri mereka ini.
“Ibu sihat…ayah pun sihat. Ilya? Tak kerja hari
ini?”
184 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
Ilya geleng.
“Ilya off hari ini. Rehat kat rumah je. Saja call
rindu kat ibu dengan ayah…”
“Ibu dengan ayah pun rindu kat Ilya dekat Aazief.
Aazief sihat Ilya?
“Alhamdulillah Aazief sihat ibu. Ada dekat kem
tengah bertugas. Tadi Cik Kiah call ajak pergi rumah.
Nantilah bila Ilya tak sibuk Ilya pergi.”
Serta merta riak wajah si ibu berubah.
“Ibu…”
“Ya ibu ada.. pergilah mungkin ada benda yang
Cik Kiah nak cakapkan kat Ilya. Kalau pergi sampaikan
salam ibu dengan ayah ya...”
Ilya angguk.
Usai berbual, dia kembali berbaring. Terasa tubuh
badannya semakin sakit. Mungkin kesan dari demam yang
tidak kebah. Matanya ditutup. Cuba untuk terlelap
seketika.
“Masuk!”
Suara tegas Aazief bersuara saat pintu bilik nya di
ketuk.
185 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
“Selamat tengahari Tuan. Staff Sarjan Radhi
bagitahu Tuan nak jumpa saya.”
Nadia berdiri tegak. Mengadap Aazief.
Aazief sandarkan tubuhnya ke kerusi. Berpeluk
tubuh dan memandang Nadia yang berdiri di hadapannya.
“Saya panggil awak bukan sebab tugas atau apa.
Tapi sebab peribadi.”
Nadia bagai dapat meneka apa yang bakal Aazief
katakan. Tapi dia sudah bersedia.
“Ada apa Tuan?”
“Kenapa awak bagitahu Inspektor Ilya Hani yang
saya dengan awak ada hubungan?”
Betul tekaan dia.
“Saya cuma bagitahu kebenaran, Tuan.”
“Kebenaran apanya Leftenan Nadia? Sedarlah sikit
yang saya langsung tak ada perasaan pada awak. Dah lama
mati. Dan tak akan ada lagi. Awak nak apa sebenarnya?
Apa awak dapat ya buat macam ni? Negara tengah sibuk
dengan wabak Covid-19 ini boleh awak buat hal macam ni?”
Matanya tajam memandang Nadia. Dia akui dulu
dia pernah ada hati dengan Nadia. Tapi Nadia memilih
sahabatnya sendiri dan permainkan perasaannya.
186 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
“Tuan.. Saya tahu saya salah. Saya cuba nak
perbaiki kesilapan saya pada Tuan. Saya mohon Tuan beri
saya peluang kedua.”
Aazief ketawa sinis.
“Peluang kedua? Kalau boleh diulang balik
peluang pertama pun saya tak teringin. Saya tak mahu
cakap panjang soal peribadi dalam waktu kerja ini. My last
warning jangan kacau hidup saya dan hidup Ilya atau saya
akan ambil tindakan.”
Nadia tunduk.
“Tuan... Saya betul-betul menyesal dengan apa
yang terjadi dulu. Saya betul-betul mahu kembali pada
Tuan. Saya tahu kesilapan saya bukan sedikit. Saya dan
Tuan boleh baiki semula hubungan kita.”
“Stop! Jangan gunakan ‘kita’ kat sini. Awak tak ada
kena mengena dalam hidup saya. Untuk pengetahuan
awak, Ilya Hani adalah isteri saya yang sah. So sekarang
awak dah faham kan!”
Nadia terkejut.
“Tak payah nak terkejut sangat. Ni gambar
pernikahan kami.”
Aazief tayangkan home screen telefon bimbit nya
yang terpampang gambar dia dan Ilya waktu membatalkan
air sembahyang.
187 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
“Nadia…tolong hormat saya. Tolong hormat
maruah awak sebagai seorang wanita dan tolong hormat
Ilya sebagai isteri saya. Seorang wanita itu di pandang
bukan kerana kecantikan dia tapi kerana maruah dan harga
diri yang dia ada. Sekalipun saya belum kahwin saya tak
akan pilih awak Nadia. Belajar untuk jadi seorang yang
setia kalau awak tak mahu terus merasa kehilangan.”
“Saya minta maaf Tuan.”
“Saya dan isteri saya dah maafkan awak. Awak
boleh keluar. Saya harap lepas ni hubungan kita cukup
sekadar rakan sekerja. Jangan campurkan dengan urusan
peribadi.”
“…Faham Leftenan Nadia!?
Nadia angguk.
“Awak boleh keluar.”
Tabik hormat diberi sebelum Nadia melangkah
keluar dari bilik. Sebaik sahaja pintu bilik Aazief di tutup,
air matanya yang ditahan sejak tadi mengalir di pipi.
Disekanya perlahan.
Nadia takdir tidak pernah sesekali berlaku kejam
pada manusia kerana manusia itu yang selalu memilih
takdirnya sendiri.
188 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
BAB 17
Jemari Azean menggeletar saat applikasi
Whatsapp disentuh menjemput panggilan video di telefon
bimbitnya. Muncul wajah Zakiah jiran lamanya di
Pengkalan Hulu dahulu.
“Yan… dia orang ada kat rumah Kak Kiah ni. Tapi
suaminya sahaja.. Isterinya tak sihat. Yan dah bersedia ke
nak bercakap dengan dia?”
Azean pandang Zaidi. Lambat-lambat keduanya
mengangguk. Hatinya berdebar. Di genggam jemari Zaidi
dengan kuat.
Zakiah menghilang sekejap.
189 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
“Yan…kita kena kuat. Ini takdir yang Allah dah
tulis.”
Azean angguk.
Azean dan Zaidi masing-masing bersebelahan
memandang skrin telefon bimbit yang dipegang oleh Zaidi.
Muncul seorang lelaki berkemeja biru lusuh di
skrin telefon. Azean cuba mengingati. Dia pernah
berjumpa dengan lelaki ini. Namun lelaki ini sudah
kelihatan agak tua dan mungkin sebaya dengan dirinya.
Lelaki ini…
“Assalamualaikum cikgu…” Suara lelaki itu sebak
dikerusi meja makan di rumah Zakiah. Kelihatan suami
Zakiah di sebelahnya.
“Zamani..? Zaman…?” Azean menyoal. Meminta
kepastian samada lelaki ini bernama Zamani.
Lelaki itu mengangguk. Bibirnya mengukir
senyuman.
“Allahu Akbar. Saya tak faham.”
Zaidi juga kenal lelaki ini. Pernah menjadi tukang
kebun di sekolah mereka mengajar dahulu. Sangat rapat
dengan isterinya. Malah selalu sahaja di belikan permainan
buat Ilya. Namun ketika usia Ilya menginjak lima tahun,
Zamani hilang terus tanpa jejak. Kata orang dia bekerja di
Thailand.
190 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
Zamani atau Ilya yang mengenalinya sebagai Pak
Cik Zaman menunduk. Airmatanya mengalir.
“Saya minta maaf Cikgu Azean.. Cikgu Zaidi. Saya
minta maaf atas semua kesilapan saya. Saya banyak salah
pada cikgu berdua.”
“Subhanallah. Sebenarnya saya betul-betul tak
faham ni Zamani. Apa sebenarnya yang terjadi? Apa
hubungan awak dengan Ilya? Kenapa awak cari saya dan
anak saya kat rumah lama?”
Bertalu-talu soalan dilemparkan oleh Azean.
Walau gerak hatinya yakin Zamani ialah insan yang
dicarinya selama ini.
Zaman diam. Cuba mencari kekuatan untuk
berbicara.
“Zamani… Ilya anak kamu ke?” Soalan Zaidi
buatkan semua mata tertumpu pada Zaman. Sememangnya
semuanya mengenalinya dengan nama Zamani.
“Cikgu… Saya tak bermaksud nak ambil Ilya balik.
Tak ada niat nak bagitahu dia siapa saya. Saya cuma rasa
gembira tengok dia dah besar. Dah berjaya. Saya terhutang
budi pada cikgu berdua yang besarkan dia sehingga dia jadi
pegawai polis hari ini.”
Zaman sebak. Azean sudah merambu air matanya.
Dia sendiri tidak sangka Ilya anak kandung Zaman. Orang
yang dah dianggap sebagai adik satu waktu dahulu.
191 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
“Ilya anak kamu?” Soal Azean lagi untuk
kepastian.
“Ya cikgu….”
“Allahu Akbar! Kenapa kamu buang dia dulu,
Zamani? Kalau kamu tak boleh nak bela dia, kamu boleh
serahkan dia secara baik pada saya. Bukan dengan letakkan
dia kat tepi tangga rumah saya.”
Ada rasa marah yang muncul.
“Yan.. Dengar dulu cerita Zamani ya. Sabar...”
suara Zakiah kedengaran menyampuk melalui panggilan
video di sebelah sana walaupun pada skrin hanya wajah
Zamani @ Zaman.
“Saya sedang mendengar, Zamani. Saya nak tahu
apa yang sebenar terjadi dari mula sampai akhir.”
Kalau boleh sekarang juga dia nak ke sana untuk
berhadapan dengan Zamani. Dia tidak berpuas hati hanya
menghadap panggilan video saja. Kenapa semuanya
berlaku pada waktu ini. Kalau tak kerana PKP ini sudah
lama dia ke Pengkalan Hulu.
“Malam tu isteri saya lahirkan Ilya. Saya buntu
cikgu. Isteri saya beranak di rumah dengan bantuan bidan
kampung. Isteri saya orang Thailand. Tiada dokumen…
tiada apa-apa pengenalan. Ilya lahir waktu saya susah
sangat. Kemudian nenek Ilya, ibu mentua saya ugut nak
192 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
datang ambil Ilya. Dia beria-ria nak bawa Ilya ke Thailand.
Saya tahu dia orang boleh buat apa sahaja untuk dapatkan
Ilya meskipun cara keji.”
Sampai situ Zaman berhenti. Menarik nafas
panjang. Di helanya perlahan.
“Teruskan Zamani, saya mendengar.”
“Saya dan isteri berbincang. Kami tak mahu Ilya
kembali ke Thailand. Takut dipesongkan akidah nya nanti.
Isteri saya minta Ilya diserahkan pada sesiapa sahaja yang
boleh menjaga dan pelihara dia sebaiknya. Saya kenal
cikgu, saya tahu cikgu berdua orang baik-baik. Atas
persetujuan bersama, subuh esoknya saya letakkan Ilya di
hadapan tangga rumah cikgu. Allah sahaja yang tahu
bagaimana sebak dan sedihnya saya dan isteri.”
Sampai kata-kata itu Zaman menangis teresak-
esak. Bukan sahaja Zaman tapi Azean, Zaidi, Zakiah dan
suami nya juga menangis. Suasana menjadi sepi ketika
mendengar tangisan Zaman yang cuba menahan rasa.
Siapa yang mahu serahkan darah daging sendiri pada orang
lain untuk di bela.
“Setiap hari saya nampak Ilya dalam dukungan
cikgu. Kadang-kadang, saya curi-curi bawa isteri saya
tengok Ilya dari jauh waktu cikgu bawa dia bermain di
taman dekat sekolah tu.”
193 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
Sebaknya hati Azean. Saatnya bahagia bersama
Ilya pada masa kecil tetapi jiwa Zaman dan isterinya pula
tersiksa.
“Sampailah Ilya lima tahun, isteri ajak saya
kembali ke Thailand untuk mulakan hidup baru. Dia tak
sanggup lagi nak melihat Ilya. Tapi dia bersyukur kerana
Ilya dibesarkan dan diberikan didikan yang sempurna. Dia
tidak mahu nanti kasih kami pada Ilya akan pisahkan dia
dari cigu berdua. Sejak itu saya tak pernah lagi lihat Ilya
sehinggalah saya terserempak dengan dia di rumah lama
cikgu. Saya tak sangka polis yang bantu saya, belikan
barang-barang rumah saya tempoh hari adalah anak
kandung saya. Kalau Kak Zakiah tak bagitahu, sungguh
saya tak tahu.”
Zaman terdiam. Mencari kekuatan. Dia hanya
tahu siapa Ilya Hani dari Kak Kiah. Dia ke rumah itu untuk
mengutip sedikit ingatannya pada Ilya, anak yang di
tinggalkan di tepi tangga rumah Zaidi dahulu.
“Kamu dah jumpa Ilya?” soal Azean. Zaman
angguk.
“Saya bangga tengok Ilya sekarang. Saya terhutang
budi pada cikgu kerana besarkan Ilya dengan penuh kasih
sayang. Cikgu.. saya tak bermaksud untuk beritahu Ilya
siapa saya. Saya tak mahu dia tahu siapa ayah dan ibu
kandung dia. Cukuplah saya dapat lihat dia hari ini. Saya
194 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
bangga sangat cikgu….” Zaman tidak tahan lagi untuk
meneruskan kata-kata. Suaranya diselangi dengan nada
sebak. Perasaannya pula gembira bercampur syukur.
Ikhlas. Bahasa dan nada itu adalah bicara yang
paling ikhlas seorang ayah yang sangat merindui anaknya.
“Zamani… Ilya tu tetap anak kamu. Tetap darah
daging kamu. Sampai mati dan sampai akhirat tak akan
putus pertalian itu. Ilya juga rindukan kamu. Kalaulah saya
tahu kamu ayah kandung Ilya…” Ujar Zaidi.
“Jangan cikgu. Biarlah Ilya tak tahu kami siapa.
Cukuplah saya dah boleh tengok dia. Isteri saya ada bagi
bingka ubi pada dia tempoh hari. Cukuplah dia boleh
merasa walau sekali air tangan ibu dia.”
Air mata Azean berjuraian. Kuih itu kuih
kesukaan Ilya sejak kecil lagi. Mungkin menurun dari ibu
kandungnya.
“Zamani.. Dulu saya takut kalau ibu bapa kandung
Ilya datang dan ambil dia balik dari saya dan suami.
Sekarang tak lagi. Zamani, pergilah jumpa Ilya. Saya tahu…
siapa pun kamu dia tetap sayangkan kamu berdua.”
Azean cuba untuk jadi seikhlas mungkin.
“Saya tak berani cikgu.” Balas Zaman dengan nada
yang merendah diri.
195 | S o p h i l e a