MISI LOCKDOWN HATI DIA
Assalamualaikum ibu.. ayah. Alhamdulillah Ilya dah
ada dalam wad. Ilya okey jangan risau. Ibu dengan ayah
jaga diri ya. Doakan Ilya. Sampaikan salam Ilya pada ayah
Zaman dan ibu. Doa kalian sangat Ilya perlukan saat ini.
Tapi jangan risau sebab Ilya baik-baik sahaja.
Dia kembali rebahkan diri. Meski dia sudah
menerima hakikat yang dirinya dijangkiti namun jauh
disudut hati dia tetap mengharapkan semua ini hanyalah
satu mimpi. Dan berharap ada seseorang yang akan
kejutkan dia dari mimpi yang panjang ini.
Keputusan ujian saringan Aazief ialah negatif. Ya,
dia bersyukur kerana dalam masa yang sama dia bersedih
teringatkan Ilya di Ipoh yang sedang menjalani rawatan.
Dua hari sudah Ilya masih membisu. Masih terus menutup
talian telefon. Jalan apa yang dia ada selain menanti. Mahu
sahaja rasanya dia ke sana bertemu Ilya tapi dia tahu walau
apa pun pangkat yang disandang dia tidak boleh sewenang-
wenang nya melanggar undang-undang.
Hari ini Aazief bertugas di jalan sempadan.
Memori bersama Ilya di sini bagai terbayang setiap saat.
Namun tugas harus di teruskan.
246 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
“Nak ke mana ni Encik?” Soal Aazief bila seorang
pemandu memberhentikan keretanya seperti yang
diarahkan.
“Maaf Encik saya nak balik ke Kuala Kangsar.”
“Minta maaf Encik kena patah balik sebab
pergerakan diantara sempadan mahupun daerah tidak
dibenarkan.
Lelaki itu kelihatan mengeluarkan sesuatu. Surat
kebenaran dari IPD Kuala Muda.
“Encik nak balik sebab apa?” Dia harus tahu.
Wajah suram lelaki ini di pandang.
“Mak saya baru meninggal dunia Encik. Jenazah
masih di Hospital Kuala Kangsar. Saya nak balik untuk
uruskan jenazah ke kampung di Sauk.”
Ada rasa satu hirisan halus tiba-tiba menjengah
hati Aazief. Namun dia tetap mahu ASP Razif untuk
pastikan surat kebenaran tersebut.
“Encik tunggu sekejap pegawai polis tengah semak
surat ini.”
Lelaki tadi mengangguk. Tetap tenang meski
hatinya cuma Tuhan yang tahu.
“Mak duduk dengan siapa?”
Lelaki tadi cuba tersenyum. Namun senyuman
nya terasa pahit.
247 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
“Duduk seorang. Adalah mak cik sebelah rumah
adik mak tengok kan. Dah puas Encik kami ajak duduk
sekali dia teap tak mahu. Saya pula kakitangan kerajaan di
Kedah.”
Aazief anguk. Sesekali matanya mengerling pada
ASP Razif yang sedang berbual di telefon.
“Salam takziah dari saya. Boleh saya tahu
meninggal sebab apa?”
“Mak saya ada darah tinggi. Dah dua hari dekat
hospital. Adik saya dekat Kuala Kangsar. Dia lah yang
jaga. Tapi saya anak sulung jadi kewajipan dan
tanggungjawab untuk uruskan semuanya.”
Aazief angguk. Jelas kesedihan di wajah.
“Dah kahwin?” Soal Aazief.
“Dah. Isteri dengan anak tak boleh nak ikut pihak
berkuasa tak bagi sebab anak saya baru dua tahun.”
“Memang tak boleh Encik. Lagipun budak sistem
imun mereka tak kuat senang dijangkiti. Kita pun tak tahu
siapa yang datang menziarahkan. Saya doakan ibu Encik
ditempatkan bersama hambaNya yang beriman dan
solehah.”
“Terima kasih Encik.”
ASP Razif melangkah kearah mereka.
248 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
“Saya buat pengesahan dengan IPD Kuala Muda
dan juga pengesahan di Balai Polis Kuala Kangsar. Encik
boleh gerak balik. Hati-hati.. Saya doakan semuanya
dipermudahkan.”
“Alhamdulillah…” Lelaki itu mengucapkan syukur.
Selepas berterima kasih, keretanya dipecut ke arah Kuala
Kangsar.
“Tak ada siapa yang nak kematian sekarang ni kan
Mejar? Apalagi tak boleh nak balik dan beri penghormatan
terakhir. Saya harap sangat wabak ini cepatlah berlalu.”
Tiga orang anggota di IPD disahkan positif
termasuk Ilya. Yang lain keputusannya negatif.
Kementerian Kesihatan telah menjalankan pembersihan
dan nyah kuman di seluruh balai polis.
“Semua orang sangat terasa dengan perintah
lockdown ini. Yang bekerja tak boleh bekerja. Yang
berniaga terpaksa berhenti sedangkan itulah duit ringgit
yang nak tanggung anak isteri. Kita simpati tapi kita juga
terikat dengan undang-undang. Semua benda perlu ada
pengorbanan Tuan.”
ASP Razif setuju dengan kata-kata Aazief. Minggu
ketiga PKP kereta sudah tidak banyak seperti sebelum ini.
Namun di bandar besar sudah mula mengalami kesesakan.
Sukar mahu menyalahkan kerana masing-masing punya
komitmen dan tanggungjawab.
249 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
“Ilya macam mana?” Soal ASP Razif.
Aazief dan Razif sama-sama melangkah ke jalan
raya kembali. Membantu anggota bawahan mereka
bertugas kerana kekurangan anggota apatah lagi ada yang
masih dalam kuarantin.
“Saya ada telefon ke hospital, Alhamdulillah Ilya
okey.”
“Bagi masa dia Mejar. Saya kenal Inspektor Ilya
Hani. Orangnya tegas namun dia punya hati yang lembut.
Tegas dia bersebab. Jarang sekali dia buat salah. Kalau saya
menegur, dia ambil teguran saya dengan hati terbuka.
Susah saya nak cari pegawai bawahan macam Ilya Hani.
Saya doakan dia cepat sembuh. Saya tak nafikan saya
terkejut dengar dia dah nikah sebab saya tak tahu dia ada
special boyfriend. Lepas tu baru dia bagitahu yang kamu
berdua kenal sebulan sahaja.”
Aazief angguk.
“Pilihan keluarga tapi pilihan saya juga.
Alhamdulillah yang penting restu kedua orang tua kan?”
“Ya Aazief. Tanpa restu saya tak yakin satu
perkahwinan itu akan bahagia. Kalau Ilya call sampaikan
salam saya pada dia.”
“Insya-Allah.”
250 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
Telefonnya tidak lagi berbunyi panggilan dari
Ilya.
‘Kenapa sayang…kenapa buat saya macam ni?
Kalau saya sebahagian jiwa awak yang tinggal Ilya tak akan
membisu macam ni. Allah rindunya aku. Sampaikan salam
aku dan cinta aku pada dia Allah. Peliharakan dia selalu
dalam rahmatMu. She’s my heaven. Bukan hanya di dunia
tapi di akhirat.”
Aazief keluarkan telefon bimbit dari poket
seluarnya. Gambar Ilya sedang tersenyum menghiasi skrin
hadapan. Sebak tiba-tiba datang tanpa diundang.
Aazief pandang langit yang membiru.
Menghitung waktu menghitung hari entah bila kan
ketemu lagi. Redha kah dia andai sesuatu terjadi pada Ilya
nya?
Ilya…tak pernah jauh sentiasa ada dalam hati
saya…selama nya.
Di dada langit dia bagai terlihat senyuman manis
Ilya Hani. Mahu sahaja dijerit saat itu betapa hatinya
menyintai. Betapa dia merindui.
251 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
BAB 22
Ilya terbatuk kecil. Demamnya belum kebah
meski hari ketiga dia di sini. Dia menyandar di kepala katil.
Sesekali posisi nya bertukar.
Buku di tangan diselak helaian demi helaian.
Membaca dengan penuh kusyuk kisah isteri kesayangan
Rasulullah. Siti Khadijah Al-Khuwailid. Wanita pertama
yang membenarkan Islam yang di bawa suaminya. Wanita
yang membelanjakan harta nya ke jalan Allah. Wanita
yang melahirkan putera puteri Rasulullah s.a.w. Wanita
yang di janjikan Allah sebagai bidadari Nabi di syurga
nanti.
252 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
KHADIJAH : THE TRUE LOVE STORY OF
MUHAMMAD SAW.
Mampukah dia menjadi seperti Siti Khadijah di
hati Rasulullah pada seorang lelaki bernama Aazief Azman.
‘Aazief…” Rindunya bagai lahar Merapi yang
hampir meletus. Air mata mengiringi segala rindu yang
menghambat hati. Entah kenapa degilnya dia. Bukan dia
membuang Aazief dari hidup kerana sayangkan lelaki
itulah dia menjauh.
“Assalamualaikum Puan Ilya Hani.”
Bukunya di tutup. Isteri Mejar Mukhriz ini
sentiasa ramah menyapa. Tidak jemu datang bertanya
khabar meskipun tiada rawatan yang diberikan.
“Waalaikumusalam Doktor.”
“Apa khabar hari ini?”
Ilya tersenyum. Dia tidak pernah melihat wanita
ini kerana sentiasa terlindung dengan sut PPE nya. Cuma
matanya yang kelihatan. Tapi Ilya yakin dia seorang yang
sangat cantik. Kecantikannya terserlah dengan
keramahannya. Menjadikan wanita ini punya pakej yang
lengkap.
“Batuk dah kurang sikit. Cuma tekak masih sakit.”
“Puan Ilya ada hilang deria bau atau rasa?”
253 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
Ilya geleng. Baru sekejap tadi dia jamah makanan.
“Okey.. suhu badan dah turun sikit. Sikit je tak
banyak. Masih demam. Esok pagi saya nak buat ujian
sampel swap. Boleh kan?”
Ariana tahu ujian itu tidak sakit namun sedikit
tidak menyenangkan. Swab polyester kecil yang Panjang
dimasukkannya jauh ke dalam mulut dan hidung, dan
mengikis bahagian kerongkong atau hidung pada
bahagian yang dikenali sebagai nasofarinks.
Kedalamannya adalah beberapa inci, kira-kira
jarak yang sama dari mulut atau hidung, ke telinga. Sampel
itu akan diuji samada mengandungi virus corona.
“Boleh doktor.”
Ilya jawab lemah. Meskipun dia boleh agak
keputusannya tetap akan jadi positif. Tapi dia hanya ikut
kan semua prosedur.
“Puan Ilya…may I know whats on your mind now?”
Ariana berdiri di hadapan katil. Setiap hari ada
peningkatan kes di Perak. Dan mereka petugas kesihatan
belum boleh berehat. Sampai ada yang tertidur berdiri,
menyandar di dinding asal boleh hilangkan lelah beberapa
detik. The unsung hero. Ya.. merekalah yang saat ini
sedang berperang dibarisan hadapan melawan musuh yang
tidak kelihatan namun mampu membunuh.
254 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
“Kosong. Masuk hari keempat kat sini saya tak
tahu apa yang harus saya fikirkan doktor. Saya rasa seolah-
olah sedang menghitung detik untuk mati.”
Doktor Ariana menggeleng.
“Sebab tu Puan kena positif. Puan.. Hidup mati
kita bukan kat tangan saya atau Puan. Semuanya kat
tangan Tuhan. Tapi Allah tak suruh kita berserah bulat-
bulat. Kita ada dua senjata, usaha dan berdoa. Puan
rindukan suami? Keluarga? Keluarga Puan di mana?”
Ilya tersenyum.
“Ibu dengan ayah angkat yang bela saya sejak lahir
di Cameron Highland. Ibu dan ayah kandung yang saya
baru jumpa di Pengkalan Hulu.”
“Subhanallah.. bertuah Puan punya dua keluarga
dan saya yakin mereka sangat menyayangi Puan.”
Ilya angguk. Malam kelmarin dia bercakap sekali
dengan ibu kandungnya. Dia rasa seronok sangat.
“Alhamdulillah Doktor.”
“Suami Puan juga sangat sayangkan Puan. Setiap
hari dia tanya tentang Puan dari suami saya dan saya kena
update dekat Habib saya setiap hari keadaan Puan.”
Doktor Ariana ketawa kecil.
“Ya Allah.. maafkan saya kerana menyusahkan
doktor.”
255 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
“Tak ada susahnya Puan. Dia sayang sangat
dengan Puan sebab tu dia ambil berat. Saya nak bagitahu
keputusan ujian saringan suami puan, suami Puan
alhamdulillah negatif.”
“Ya Allah betul ke doktor?”
Doktor Ariana angguk.
“Syukur Ya Allah.”
Ilya menangis sambil menadah tangan. Itulah
doanya sentiasa.
“Okeylah saya keluar dulu. Makan ubat ya.”
Ilya ambil telefon bimbit dari laci meja. Bila tiada
siapa lagi di dalam biliknya topeng wajah nya di buka.
Satu panggilan video di buat.
Hanya deringan beberapa saat wajah Aazief
muncul di skrin.
“Assalamualaikum Aazief…”
Aazief tak jawab salam Ilya. Dia hanya pandang
wajah Ilya di skrin telefon.
“Aazief…”
Topi celoreng Army yang di pakai Aazief buatkan
Ilya tahu Azief dalam tugas nya.
“Assalamualaikum Aazief…”
Ilya beri salam kali kedua bila Azief hanya diam.
Tiba-tiba Ilya nampak sesuatu. Mata Aazief merah. Berair.
256 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
Dia cuma pandang Ilya tanpa suara. Bersandar di belakang
trak tentera.
“Aazief…saya minta maaf. Saya tahu saya buat
salah. Saya tahu saya berdosa dengan Azief. Maafkan saya
ya.”
Aazief masih lagi memandang Ilya.
“Aazief… please… say something. Kalau Aazief nak
marah saya sekalipun saya terima. Saya tahu Aazief
risaukan saya. Saya tak patut diam kan diri macam tu. Saya
salah, Aazief boleh hukum saya. Tapi jangan diam macam
ni. Saya minta maaf. Fikiran saya terganggu. Saya keliru
sendiri. Saya takut kalau saya penyebab Aazief dapat sakit.
Saya rasa macam saya isteri yang tak guna. Yang
menyusahkan semua orang. Saya takut … Saya takut saya
akan mati Aazief meskipun saya tahu mati itu pasti.”
“Dah habis cakap? Ilya sihat sayang?”
Lembut suara Aazief menyentuh gegendang
telinganya. Ilya angguk. Dia hadiahkan senyuman paling
manis buat Aazief.
“Saya rindukan Ilya separuh mati. Saya tak marah
Ilya. Sikit pun tak. Misi saya sekarang adalah lockdown hati
Ilya. Saya kena sabar kan untuk lockdown hati Puan
Inspektor ini sepenuhnya agar tak bergerak kemana-mana
lagi.”
257 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
Allahu Akbar… kasihannya Aazief dan kejamnya
Ilya.
“Ilya apa khabar sayang? Okey tak kat sana? Makan
macam mana?”
Ilya ketawa kecil.
“Saya masih demam Aazief. Turun tapi tak
banyak. Suhu masih tinggi. Dua hari dah saya sakit tekak
batuk cuma batuk saya dah mula kurang hari ini.”
Mutiara jernih itu pecah juga diempangan mata
Aazief. Kalaulah dia boleh gantikan Ilya kat sana.
“Doktor Ariana isteri kawan Aazief yang rawat
saya kat sini. Dia baik sangat. Dia banyak bagi motivasi kat
saya.”
Aazief senyum. Di sini dia terima nasihat dari
Mukhriz.
“Saya tak tahu nak buat apa untuk kurangkan
kesakitan Ilya. Saya buntu Ilya. Saya rasa nak pergi sana
jumpa my sweet Ilya Hani ini tapi tak boleh. Dapat tengok
Ilya sekejap pun jadi lah.”
“Tak boleh Aazief. Doakan hari keempat belas
nanti saya pulih sepenuhnya.”
“…esok saya akan jalani ujian lagi. Saya rindukan
semua orang dekat sana, Aazief. Rindukan kedua-dua ibu
dan ayah, rindukan Aazief sangat-sangat.”
258 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
“Saya pun rindukan Ilya Hani saya ini. Jaga diri ye
sayang. Saya menghitung hari untuk Ilya kembali.”
Ilya angguk.
“Aazief…”
“…andai saya tak kembali lagi boleh awak janji
sesuatu dengan saya?”
“Kenapa cakap macam tu sayang? Ilya akan
kembali. Ilya akan sihat dan Ilya akan …Ilya akan…”
Aazief sebak.
“Aazief…andai kata Allah ambil nyawa
saya…tolong jangan sedih lama-lama. Tolong jaga dan
tengokkan kedua-dua ibu dan kedua-dua ayah saya. Janji
jangan uruskan jenazah saya. Doktor Ariana cakap virus
pesakit covid ini tetap ada di atas badan meskipun dah
meninggal dunia.”
“Allahu Akbar kenapa cakap macam ni sayang?”
“Saya cuma nak Aazief bersedia seribu satu
kemungkinan boleh saja terjadi. Setiap hari Aazief ada
kematian. Tak mustahil saya juga salah seorang dari
mereka nanti.”
Aazief diam.
“Ilya Hani Binti Zamani…. tolong positif sayang.
Saya nak bina hidup dengan Ilya. Besarkan anak-anak kita,
berdua sampai akhir hayat. Saya nak rakam setiap detik
259 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
kenangan kita bersama. Ilya kena sembuh sayang. Janji
dengan saya.”
Ilya tunduk.
“Saya sayang awak Aazief. Tak perlu lockdown hati
saya sebab hati saya memang milik awak sepenuhnya.
Sampai mati.”
“Terima kasih my sweet Ilya Hani. Jaga diri sayang
kat sana. Tolong update kat saya setiap hari ya. Janji dengan
saya.”
“Baiklah saya janji. Aazief pun jaga diri. Selamat
bertugas. Saya sentiasa ada dengan Aazief dekat di hati di
dalam jiwa Aazief.”
Allah hadiahkan cinta untuk manusia merasa
bahagia dan dihargai. Cinta itu satu sebab untuk Adam dan
Hawa terus bersama.
Aazief pandang langit biru.
‘Terima kasih Tuhan kerana kirimkan rindu aku
pada nya.’
260 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
BAB 23
“Saya dah tanya balai kat sini tapi
jawapan dia orang tetap sama. Tak boleh Yan. Nak
turun ke Simpang Pulai pun tak boleh apa lagi nak ke
hospital. Lagipun, kalau kita ke sana belum tentu dapat
jumpa Ilya. Sebaik nya kita doakan dari sini agar urusan
Ilya dipermudahkan dan diberi kesembuhan. Kalau
awak risau, saya apatah lagi.”
Zaidi lepaskan lelahnya ke kebun belakang
rumah tadi di wakaf di halaman rumah. Dia selalu
teringat kata-kata Ilya Hani padanya dahulu.
261 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
“Ayah…you’re my first boyfriend. Ilya sayang
ayah sangat-sangat.”
Allah sahaja yang tahu hatinya saat ini. Ilya di
jangkiti virus yang bukan biasa. Virus yang masih belum
ada penawar malah ribuan nyawa telah terkorban
kerana virus ini.
“Hati saya tak sedap abang. Berat dugaan Ilya.”
Air mata Azean mengalir lagi. Entah bila akan
berhenti. Potongan limau yang diletakkan di atas
pinggan dihulurkan pada suaminya. Manis limau ini
yang anak pokoknya dia bawa dari Indonesia.
“Kita semua risaukan dia Yan. Abang, awak,
Aazief yang baru kahwin dengan Ilya tak sampai
sebulan, Zaman, isteri dia, mentua Ilya dan semua orang
risaukan Ilya. Tapi setiap hari dia telefon awak kan.
Setiap hari Ilya bagitahu jangan risau. Insya Allah Yan
ramai yang dah sembuh. Peratus kematian kat negara
kita juga tak sampai dua peratus.”
“Ilya tu… anugerah Allah untuk kita. Terima
kasih abang sebab tak pernah tinggalkan saya walaupun
saya tak dapat bagi zuriat.”
Azean menunduk. Sedih beraja tiba-tiba di hati.
262 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
“Jangan cakap macam tu. Allah dah beri kita
Ilya. Dua puluh enam tahun dia jadi penyeri hidup kita,
Yan. Saya tak pernah salah kan awak, Allah dah cukup
cantik aturkan hidup kita.”
Azean pandang pergunungan Berinchang yang
dilitupi kabus. Rumah ini atas bukit. Mengadap gunung
Berinchang. Cantik. Rumah ini tempat berkumpul adik-
beradik suaminya setiap kali hari lebaran. Rumah yang
sunyi ini akan riuh rendah dengan suara kaum keluarga.
Dia rindukan semua itu. Dia rindukan Ilya Hani.
“Malam ini kita buat solat hajat, baca Yassin dan
solat tahajud. Kita mohon doa pada Allah agar di
sembuhkan Ilya. Zaman pun bagitahu saya dia orang
pun buat bacaan Yassin malam ni. Senjata paling utama
sekarang adalah doa.
“Yelah.”
Azean terus termenung jauh mengenangkan
anak yang tidak sihat di negeri orang. Kalaulah dia
mampu ke sana…
263 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
Assalamualaikum Aazief….
Aazief tersenyum menerima kiriman pesanan dari Ilya.
Walaikumusalam sayang. Ilya macam mana hari ini?
Ada apa-apa perubahan tak?”
Rindu nya pada Ilya sudah tak tertanggung. Lima
hari sudah Ilya di hospital. Macam lima tahun dia rasa.
Pesanan Ilya diterima ketika dia mahu ke tempat bertugas.
Demam saya belum kebah, Aazief. Tapi suhu dah
makin turun. Tekak masih sakit. Doakan saya ya.
Setiap saat saya doakan isteri saya ni cepat
sembuh. Cepat balik sebab saya rindu sangat pada my
sweet Ilya Hani. Saya tak sabar nak buat kejutan untuk
Ilya sayang. Ilya kena balik cepat tau.
Kejutan apa pulak ni Aazief. Dapat balik pun saya
dah bersyukur tau. Saya pun rindukan awak rindukan
semua orang.
264 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
Mak dengan ayah kirim salam. Mama dengan papa
pun. Ayah Zaman setiap hari tanya pasal Ilya. Ilya ada
mesej dia orang?
Keluarga mentua yang baru dia kenal.
Alhamdulillah baik-baik belaka. Setiap hari Zaman pesan
ambil makanan kat rumah di masak isterinya.
AAdaa.zSieafya tberasreunlyeupmas. caMkaepnydaenndgaarn mdiakb. eAlaazkieafng
ketraehtua sreabsmeniadrni ykaamwaaksadnenpgaarnkiar.yah nak letak nama saya
Nasreen Aimi.
Kalau macam tu nanti kita letak nama anak kita
Nasreen Aimi ya.
Aazief hantar ikon ketawa. Ilya balas dengan
ikon senyuman. Bahagia. Meski hati mereka Allah
sahaja yang tahu kerana dugaan ini menguatkan kasih
sayang dan cinta mereka.
Saya dah ada kawan baru. Dua orang. Seorang
nama Adlin seorang nama Lidia. Adalah kawan saya
bersembang kan.
265 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
Alhamdulillah Ilya jaga diri ya sayang.
#stayinmyheart forever.
Aazief kalau awak tak dapat lagi jumpa saya… saya
tunggu awak kat di sana ya. Janji dengan saya teruskan
hidup awak macam biasa.
Jangan cakap macam tu. Ilya tetap akan balik.
Tetap akan sembuh.
Kalau Aazief mana tahu kalau virus ini
penyebab kematian saya. janji dengan saya teruskan
hidup awak sebaik nya. Cari pengganti saya.
Aazief sebak.
Saya tak mahu Ilya cakap macam ni. Rehat.
Jaga diri. Zikir. Doa saya sentiasa untuk Ilya saya.
Aazief lega setiap kali Ilya mesej. Masih boleh
dengar suara Ilya juga buatkan dia sedikit tenang.
Meskipun hatinya meronta mahu memeluk Ilya Hani.
“Assalamualaikum Tuan.”
266 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
Leftenan Nadia muncul tiba-tiba.
“Walaikumusalam. Ya Nadia?”
Aazief masih menunggu Mukhriz untuk sama-
sama ke sempadan.
“Tuan… saya nak minta maaf pada Tuan dan Puan
Ilya atas sikap saya tempoh hari. Saya simpati atas apa yang
terjadi pada Puan Ilya. Tolong sampaikan permohonan
maaf saya pada Puan Ilya.”
Aazief pandang Nadia. Cuma seketika.
“Saya dah lama maafkan awak, Nadia. Saya
percaya isteri saya pun sama. Saya harap kita sama-sama
lupakan hal itu dan anggap tak pernah berlaku. Saya tak
mahu hal peribadi sebegini mengganggu tugas hakiki kita.
Saya hormati awak sebagai pegawai bawahan saya begitu
juga awak.”
“Terima kasih Tuan. Saya pergi dulu.”
Aazief angguk. Nafasnya di tarik panjang di
helanya perlahan.
267 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
“Habib macamana kat sana? Banyak kerja tak?”
Mukhriz pandang isterinya yang lengkap PPE
putih di skrin telefon. Rindu? Gila tak rindu. Hampir
empat minggu tak jumpa. Rindu Ariana rindu anak-anak.
“Habib banyak buat kerja kat sempadan. Kat sini
kereta tak banyak sangat Arin. Kes langgar PKP pun boleh
dikira dengan jari. Cuma itulah kekuatan anggota tak
cukup sebab ada anggota polis yang kena kuarantin.”
Dia ambil masa seketika sebelum memulakan
tugas untuk berbual dengan Ariana. Mereka sama-sama
frontliner pejuang barisan hadapan saat ini.
“Kat sini pun jarang dapat berehat Habib. Kadang-
kadang Arin tertidur kat meja je.”
“Jaga diri sama Arin. Habib risau Arin kat sana tu.
Isteri Mejar Aazief macamana? Ada perubahan?”
Dia bersyukur kerana isterinya sendiri yang
merawat isteri sahabatnya di sana.
“Ilya? Belum ada perubahan sangat. Suhu badan
pun masih belum turun banyak. Dia dah mula batuk. Tapi
Habib.. tak payahlah bagitahu suami dia. Nanti risau pulak.
Hari kelapan atau kesepuluh nanti kita buat swap test
semula. Harap-harap masa tu keputusannya negatif lah.
Hari ini pun ada lagi pesakit yang baru melapor. Arin doa
sangat semua ni cepat berlalu Habib. Kasihan staff kat sini
268 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
ada yang tak boleh balik, yang tak jumpa anak isteri. Kami
penat Habib… tapi inilah pengorbanan. Habib korban kat
sana.. Arin kat sini. Kita masing-masing terdedah dengan
risiko.”
“Tapi Arin lebih lagi. Hati-hati Arin. Habib selalu
doakan Arin dari sini. Habib tak boleh lama ni. Habib kena
pergi bertugas dah. Kekuatan anggota tak cukup.”
“Okey nanti free kita vc lagi. Take care Habib.
“Okey sayang Habib. Assalamualaikum.”
Mukhriz masukkan telefon dalam beg sandang
nya. Azief sudah lama menunggu. Inilah pengorbanan
mereka yang orang tak tahu atau buat-buat tak tahu.
“Sorry Zif lambat. Sembang dengan isteri
tersayang kejap.”
Aazief ketawa.
“Sampaikan salam aku pada Arin. Terima kasih
kerana merawat Ilya aku.”
Ilya ucapkan terima kasih pada jururawat yang
baru selesai mengambil tekanan darah dan suhu badan nya.
“Saya demam lagi ke nurse?” Soal Ilya meskipun
dia sudah dapat agak jawapan yang akan di berikan.
269 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
Batuknya makin kuat. Tekaknya perit. Sesekali dia rasa
sukar bernafas.
“Masih demam lagi cuma dah turun sikit dari pagi
tadi.”
Ilya angguk. Dia pandang gadis kecil di hadapan
katilnya ini. Berusia dalam lingkunagn belasan tahun. Lidia
namanya. Dapat jangkitan dari salah seorang keluarganya
yang baru pulang dari Bali. Kasihan. Kini seluruh
keluarganya dikuarantin sementara menanti keputusan.
Ramah dan ceria budaknya. Malu Ilya berbanding dengan
dia waktu hari pertama di sini dia banyak menangis.
“Akak kena jangkitan dari siapa?”
Adlin, gadis berusia dua puluh tahun di katil
sebelah pula bertanya.
Ilya tersenyum. Mereka tetap memakai topeng
wajah. Berbual pun dari katil masing-masing.
“Dekat balai polis tempat akak bertugas. Ada
tahanan yang positif Covid-19. Tahanan tu pula bawah
akak.” Jelas Ilya.
“Wah akak polis?” Adlin bagai teruja. Ilya angguk.
“Akak pegawai polis?”
“Wah bestnya!” Sampuk Lidia.
“Adlin macamana boleh dapat jangkitan?” Soal
Ilya. Gadis ini macam Lidia, ceria sahaja.
270 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
“Emm.. saya dapat jangkitan dari ayah. Dari
kluster tabligh tapi ayah bukan orang tabligh. Ayah jarang
tak pergi masjid. Doktor kata kemungkinan ayah dapat
dari sahabat dia. Sahabat ayah ada pergi perhimpunan di
masjid Sri Petaling dan dah di jangkiti.”
“Allahu Akbar. Takpelah ini ujian kan. Ayah Adlin
masih di rawat?” Soal Ilya.
“Ayah …ayah dah kuarantin kat tempat jauh. Sejak
ayah kena kuarantin kami tak pernah jumpa ayah lagi
sampai sekarang.”
Pada fikiran Ilya mungkin ayah Adlin di negeri
lain.
“Masa ayah kena Covid-19, satu keluarga kena
kuarantin. Buat ujian saringan tapi Alhamdulillah semua
negatif termasuk saya.”
“Habis tu macamana?” Ilya kurang faham.
“Em…lepas enam hari ayah masuk hospital,
doktor maklumkan keadaan ayah semakin tenat. Minta
kami bersedia dengan segala kemungkinan. Hari ke tujuh
hospital call maklumkan ayah kena hantar pergi jauh. Jauh
sangat kak sampai kami tak akan berjumpa lagi.”
Airmata Ilya mula mengalir. Dia faham maksud
Adlin. Allahuakbar betapa sedihnya tidak mampu berada di
sisi insan tersayang buat kali terakhir.
271 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
“Sedih kak.. kami tak boleh tengok ayah dari hari
pertama ayah masuk hospital sampailah ayah di
kebumikan. Saya dengan adik beradik cuma tengok ayah
dari jauh je. Tengok ayah disemadikan. Kami tak boleh
kucup ayah, tak boleh mandikan jenazah ayah dan tak
boleh tunaikan tanggungjawab kami sebagai anak-anak
buat kali terakhir. Tapi kami tahu ayah pergi dengan
tenang. Ayah baik. Ayah lelaki yang hebat untuk mak dan
anak-anak. Ayah dah besar dan didik kami dengan ilmu
dunia akhirat. Ayah tetap hero di hati saya sampai mati.
Saya tahu ayah dah tenang kat sana.”
Ya Allah.. kalau dia rasa ujian untuk dia hebat,
ujian Adlin lebih hebat.
“Akak doakan ayah Adlin ditempatkan di
kalangan hambaNya yang beriman dan soleh. Tabah ya
bersabar….”
“Terima kasih kak. Lepas dua hari ayah di
kebumikan saya mula dilanda demam. Selsema dan hilang
deria bau. Rujuk ke Klinik Kesihatan buat swap test.
Hasilnya positif. Pagi tu Kementerian Kesihatan telefon
dan saya terus di bawa ke sini. ”
“Sabar ya.”
Adlin angguk. Ya Allah positifnya gadis ini. Entah
dari mana datangnya semangat yang ada pada dirinya. Tadi
Ilya terima salah seorang petugas kesihatan yang positif
272 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
telah meninggal dunia akibat Covid-19. Mereka barisan
hadapan yang berjuang menentang Covid-19 tapi akhirnya
mereka yang tewas.
Ilya rebahkan tubuhnya ke tilam. Kerongkongnya
semakin sakit. Batuknya juga berterusan. Dia risau
kalau….. Namun dia cuba untuk jadi kuat.
Ya Tuhanku..
Lindungi hamba mu..
Dari segala .... segala azab Mu..
Ya Tuhanku..
Bimbinglah hamba mu..
Dari segala ... berat ujian Mu.
Ya Tuhanku.
Bantulah mereka..
Wira negara ... yang berkorban nyawa..
Demi negara ... bangsa dan agama..
Mereka rela berkorban nyawa..
Ya Allah Ya Tuhanku..
Rahmatilah mereka.
273 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
BAB 24
Suara Konstabel Irfan memecah kesunyian
malam yang semakin sepi. Tidak banyak kenderaan yang
melalui jalan ini pada waktu begini. Ada pun kereta
peronda polis dan satu dua kenderaan persendirian yang ke
Hospital Baling. Sekatan jalan betul-betul di sempadan
Negeri Perak dan Kedah.
Wira-wira negara nyanyian hairi Khalifah.
“Sedap awak nyanyi. Boleh masuk pancaragam
polis.”
Konstabel Irfan cuma ketawa. Sekadar
menghilangkan rasa sunyi dan penat berjaga.
ASP Razif yang turut sama turun operasi malam
274 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
ini menegur. Ialah masing-masing sudah letih dan bosan.
Bayangan anak-anak dan isteri menjadi kerinduan.
Lagu Hairi dari kumpulan Khalifah ini memang
sesuai untuk wira-wira negara yang sedang berkorban
seperti mereka hari ini. Berkorban itu tidak semestinya
angkat senjata. Pengorbanan itu universal.
ASP Razif duduk dekat dengan Aazief yang dari
tadi memandang wajah si isteri di skrin.
“Ilya macamana Zif?” Soalnya. Bila dah beberapa
hari bersama mereka kini menjadi sahabat. Beginilah
saling bekerjasama antara satu sama lain. Di saat orang lain
bersenang di rumah menonton televisyen dan bergurau
bersama anak isteri tetapi mereka tetap memakai pakaian
seragam untuk menjaga kawalan. Tidur? Tidurlah di
mana-mana asalkan sempat melelapkan mata buat
seketika. Meraka hanya melindungi diri dari topeng muka
dan pembasmi kuman. Selebihnya berserah pada Allah swt.
Untuk terus melindungi mereka.
“Macam tu juga Razif. Demam dia belum kebah
lagi. Aku risau.”
“Sabarlah Zif. Doa banyak-banyak. Ilya tu antara
pegawai bawahan aku yang berkaliber. Lembut tapi tegas.”
Aazief angguk. Berbangga punya seorang isteri
seperti Ilya Hani.
“Aku nak makan. Kau nak makan tak?” Soal Razif.
275 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
Aazief geleng.
“Aku makan kejap lagi. Kau makanlah dulu.”
Razif bangun tinggalkan Aazief seorang diri. Dia
ke bawah khemah kerana ada pertubuhan bukan kerajaan
yang datang menghantar makanan kepada mereka.
Bersyukur masih ramai yang sangat prihatin terhadap
mereka walaupun pada waktu malam begitu.
Aazief menghubungi ibunya bila dia tidak nampak
Ilya dalam talian. Malas mahu mengganggu isterinya yang
mungkin sedang berehat walaupun hatinya menggelitik
untuk bercakap dengan Ilya.
“Aazief macam mana kat sana? Mama dah mula
cuti. Alhamdulillah ujian saringan juga negatif. Mama dah
ada kat rumah dah ni. Papa dengan adik pun ada.”
Mama, wanita yang mengajar dia erti satu
tanggungjawab. Mama wanita yang mengajar dia untuk
menghargai seorang wanita. Mama syurga pertama dia.
“Aazief okey ma. Cuma penat sikit. Anggota
kurang jadi kena banyak yang Zif take over. Mama tu dah
balik rumah jaga diri baik-baik.”
“Jangan risau pasal Mama. Ilya ada call?”
“Ada Mama.. setiap hari Ilya mesej bagitahu
perkembangan. Tapi Zif tetap risau. Zif dengar ada
frontliner yang meninggal sebab virus ni. Nurse kan Ma?”
276 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
Setiap hari dia mengikuti perkembangan Covid-19.
Setiap hari juga dia terima taklimat dari pihak atasan.
“Ya nurse. Dah sampai ajal dia Zif. Mungkin virus
ini cuma penyebab. Tapi kita terkilankan terutama
keluarga dia. Sedih sangat. Mama papa semua kat sini
selalu doakan Zif dengan Ilya. Mama ada juga tanyakan
kawan mama dekat hospital Raja Permaisuri Bainun.
InsyaAllah Ilya akan sembuh. Doa Zif. Mudah-mudahan
Allah angkat doa seorang suami.”
“Terima kasih Mama.”
Lega bila dapat berbual dengan wanita pertama
yang menyintai dan menyayanginya. Lagi setahun nak
bersara tapi mama tetap mahu bertugas macam orang lain.
Semangat dia tak pernah luntur di makan usia. Aazief
bangga mempunyai ibu yang kuat seperti itu.
Aazief membuka aplikasi whatsapp di telefon
bimbitnya. Nampaknya, Ilya masih belum online. Tidak
mengapalah kalau malam ini dia tak dapat bercakap
dengan Ilya. Insya-Allah esok masih ada. Ataupun Ilya
sedang berbual dengan sahabat-sahabat barunya di dalam
wad.
‘Esok masih ada Zif.’ Pujuk hatinya sendiri.
Pada malam itu, Aazief terpaksa menggantikan
Sarjan Ikmal. Dia bertugas dengan dua anggota trafik dari
Ibu Pejabat Polis Daerah.
277 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
Sesekali mereka berbual untuk menghilangkan
rasa sunyi. Jam bergerak ke angka sebelas. Jam tujuh
keesokan hari barulah bertukar anggota. Kemudian
bolehlah mereka balik berehat sebentar sementara menanti
bertugas semula. Tiada istilah penat untuk para petugas
seperti mereka.
Telefon bimbit Aazief berbunyi. Satu nombor
yang tak dikenali.
“Hello.”
Aazief sambut panggilan itu. Ada suara seorang
wanita dihujung talian.
“Hello, Mejar Aazief Azman?”
“Ya saya...”
Siapa pula yang telefon tengah malam macam ini.
“Aazief.. ni Arin. Isteri Mukhriz.”
Dada Aazief berdebar. Kenapa pula Ariana
hubungi dia?
“Ya Arin. Ada apa?”
“Maaf ya terpaksa ganggu malam-malam.
Sepatutnya pihak hospital yang call tapi sebab Aazief
sahabat Mukhriz jadi rasanya biarlah saya yang begitahu
Aazief sendiri berita ini.”
Jantung Aazief berlari kencang. Dup dap dup dap.
Sehingga telinganya boleh mendengar detak jantungnya.
278 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
“Kenapa Arin? Ada sesuatu jadi pada Ilya ke?
Kenapa Ilya, Arin?” bertalu-talu soalannya pada Ariana.
Cemas, resah, takut segala perasaan mula menjalar dalam
diri.
“Aazief sabar okey. Dengar betul-betul penjelasan
saya dan tolong bertenang.”
Lagilah hati Aazief tak menentu.
“Kenapa ni Arin? Bagitahu saya cepat. Apa jadi
pada isteri saya?”
Suara Aazief sedikit meninggi. Sehingga semua
mata tertumpu padanya. ASP Razif berjalan ke arah Aazief.
Memandang Aazief yang masih bercakap ditalian.
“Aazief listen. Saya nak Aazief bertenang sebelum
saya bagitahu.”
“Okey tolong bagitahu saya apa yang terjadi pada
Ilya.” Suaranya di kendurkan meyakinkan Ariana yang dia
bersedia dengan apa sahaja kemungkinan.
Razif dekatkan diri dengan Aazief.
“Sekitar jam tujuh tadi.. Ilya alami kesukaran
bernafas. Demamnya tinggi semula. Dan tiba-tiba Ilya
batuk bercampur darah.”
“Allahu Akbar!” Aazief berteriak. Terduduk di atas
jalan raya. Telefonnya masih melekap di telinga. Tanpa
279 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
sedar air matanya mengalir laju. Debarannya semakin
kencang.
Razif duduk di hadapan Aazief. Bahu Aazief
dipegang lembut. Ditepuk beberapa kali memohon
sahabatnya ini bersabar.
“ Jadi Ilya macam mana Arin? Dia kat mana
sekarang?”
“Pasukan perubatan sudah berusaha sehabis daya.
Sekitar jam sepuluh, Ilya dah dibawa ke unit rawatan rapi
untuk diberi bantuan pernafasan melalui mesin ventilator.
Kami terpaksa tidurkan Puan Ilya dan memberikan
bantuan pernafasan. ”
Bagai ada satu ketulan batu yang amat besar
menghempap dadanya pada saat itu.
“Ilya…”
“Sabar Aazief. Insya-Allah, masuk ke unit rawatan
rapi untuk kita pantau dengan lebih terperinci. Kita
berusaha, Allah yang maha menentukan. Saya nak Aazief
positif okey.”
“Ilya kritikal ke Arin?”
Air matanya merambu keluar. Aazief sudah tidak
peduli pada Razif atau sesiapa pun yang pandang.
“Aazief… kita pakai ventilator sebab Ilya sukar
bernafas. Kita bimbang kalau virus masuk ke dalam paru-
280 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
paru dan terjadinya pneumonia. Kita sama-sama doa agar
Ilya stabil. Bila stabil nanti doktor akan buka mesin itu.”
“Ya Allah.. Subhanallah… Allahu Akbar...” Aazief
hilang kosa kata. Kelu untuk bercakap apa pun.
“Aazief.. sebagai pakar perubatan yang
bertangungjawab, saya kena bagitahu Aazief hal yang
sebenar.”
“Arin.. boleh saya pergi tengok Ilya? Tolong Arin.
Sekejap pun jadilah.”
Dia merayu. Hatinya meronta untuk berada di sisi
Ilya pada saat ini.
“Maaf Aazief.. Saya tak benarkan sebarang
pelawat berada bersama pesakit. Ilya terkena jangkitan
corona virus. Tiada siapa dibenarkan melawat atau melihat
melainkan team perubatan. Saya akan maklumkan pada
Aazief dari semasa ke semasa keadaan Ilya Hani. Buat masa
ni doktor terpaksa tidurkan Ilya. Jangan risau kita ada
pakar yang cukup untuk merawat Ilya selebihnya kita
berserah pada Allah.”
“Sekejap je Arin. Dapat tengok dari luar pun tak
apalah.” Aazief masih merayu.
“Saya minta maaf Aazief. Saya akan lakukan
sedaya upaya saya sebagai pakar perubatan untuk Ilya dan
pesakit yang lain. Cuma saya minta Aazief bersedia andai
sesuatu yang tak diingini terjadi.”
281 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
“Allah… Arin saya merayu tolong Arin
selamatkan Ilya. “
“Saya akan buat sehabis baik. Sabar Aazief. Doa
adalah senjata paling utama sekarang. Doakan Ilya. Saya
masih ada tugas. Tugas saya untuk sampaikan berita ini
Aazief dah selesai. Saya harap Aazief positif okey.””
Aazief tekup wajahnya dengan kedua tapak
tangan.
“Zif.. Ilya?” Soal Razif. Mata Aazief merah, masih
ada airmata yang mengalir.
“Ilya dah dibawa ke ICU Razif. Masalah
pernafasan yang serius. Aku tak mahu kehilangan dia
Razif. Aku belum mahu hilang dia. Tolong aku Razif. Aku
nak ke Ipoh. Aku nak tengok Ilya. Tolong aku Razif.”
Dua lelaki, seorang pegawai tentera dan seorang
pegawai polis sedang duduk bersila di tengah jalan yang
lengang.
“Aku faham apa yang kalu lalui sekarang ni. Tapi
kau kena bertenang Zif. Kalau kau letakkan emosi di
hadapan, kau tak akan dapat jawapan dan tak ada
penyelesaian. Aku tahu kau kuat. Kalau tak kau tak akan
jadi pegawai tentera. Kita diajar untuk terima hakikat. Kita
diajar untuk bertindak secara rasional bukan terburu-buru.
Tak ada apa yang boleh kau buat sekarang selain berdoa.
Jom aku hantar kau balik. Jangan risau.. aku cover kat sini.
282 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
Balik dan tenangkan diri. Ambil wuduk, solat hajat, doa
dan buat apa sahaja yang boleh tenangkan diri kau.”
Aazief diam. Dia melepaskan pandangannya pada
malam yang gelap dan pekat.
“Jom Zif.”
Dia cuba bawa Aazief berdiri. Saat macam ini
kata-kata semangat dari sahabat dan keluarga sangat di
perlukan.
“Saya hantar Mejar Aazief balik kem. Awak tolong
cover sekejap. Kemudian, saya akan balik ke sini semula.”
“Razif. Aku okey. Aku tak apa-apa. Aku boleh
bertugas.”
“Aazief…kau pasti?”
Aazief angguk.
“Aku cuma perlu berehat sekejap.”
“Kau pergi rehat kat bawah khemah, ambil masa
kau.”
“Terima kasih Razif.”
Aazief melangkah longlai ke bawah khemah.
‘Ya Allah ujian apa pula yang KAU berikan ini…’
283 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
Jauh di hospital Ilya sedang berjuang antara hidup
dan mati. Dia dtidurkan buat sementara waktu agar
rawatan dapat diberikan.
“How?”
Ariana yang sedang cuci tangannya di sinki
menoleh. Doktor Chia sahabat sepasukannya juga nampak
Lelah dan sedikit lesu. Sarung tangan kembali dikenakan.
Seharian dengan sut PPE panasnya hanya Allah saja yang
tahu.
“Harap kita dapat selamatkan pesakit walau apa
pun caranya. Kita cuba dan berusaha.”
“Are you tired?” Soal Doktor Chia.
Ariana angguk. Tidak mampu menyembunyikan
rasa kepenatannya.
“Arin… habis semua ni you ambil cuti panjang.
Stay with your hubby and kids. Gantikan semua masa yang
kita dah curi dari dia orang.”
Ariana senyum.
“Sure. Okay Chia I nak pergi ICU dulu. Take care.”
Ariana melangkah ke wad ICU. Rekod Ilya di
ambil. Dia pandang Ilya pada katil yang sedang
menggunakan mesin ventilator.
‘Ya Allah selamatkan mereka semua.’ Bisik hati
Arin.
284 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
Sungguh. Bekerja di hospital yang berhadapan
dengan para pesakit setiap hari membuatkan dirinya
sentiasa berdoa kepada Allah. Tugasnya ialah merawat
tetapi yang izinkan seseorang itu kembali sihat dan
sembuh ialah Allah.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera rakyat
Malaysia yang dikasihi..
Ringkasan Kes COVID-19 pada 23 APRIL
2020
Kes baharu dilaporkan: 71
Jumlah keseluruhan kes dilaporkan di Malaysia:
5,603
Kes sembuh: 90
Jumlah keseluruhan kes sembuh: 3,542
Jumlah keseluruhan kes di ICU: 42 (Seramai 21
orang memerlukan bantuan alat pernafasan)
Kematian: 2
Jumlah keseluruhan kematian: 95
.
Aazief membaca satu demi satu laporan dari
Majlis Keselamatan Negara (MKN) melalui langganan
Telegram di telefon bimbitnya. MKN sentiasa
mengemaskini sebarang laporan berkaitan Covid-19 untuk
rujukan semua pada setiap hari.
285 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
Walau dia tidak dapat menonton secara live
laporan harian daripada Dato Seri Dr Noor Hisyam iaitu
Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia tetapi
laporan lengkap pasti sudah dihantar kepadanya.
Angka kes di ICU diperhatikan. Empat puluh
dua orang dan salah seorang pastinya ialah Ilya Hani. Sesak
dadanya.
Disebalik seragamnya ada hati berbisik, merindu
dan berharap. Air mata gugur buat isteri tercinta. Naluri
seorang suami tidak mampu menghalang cinta dan kasih
sayang yang kian bersemi.
Dua hari berlalu, dua kali sehari Ariana akan
bagitahu dia perkembangan Ilya meskipun tiada apa-apa
perubahan.
Hari ini dia cuma bertugas di kem. Di rehatkan
oleh pihak atasan agar dia boleh bertenang. Aazief tonton
video yang dikongsi melalui kumpulan Whatsapp rakan
sekolahnya. Video seorang lelaki yang meninggal akibat
Covid-19. Anak-anak telah mengambil inisiatif melihat ayah
mereka disemadikan melalui drone. Saat begini tiada siapa
yang boleh mendekat meskipun keluarga sendiri. Jenazah
hanya diuruskan oleh beberapa petugas hospital sahaja.
Tiada kucupan terakhir dan tiada pelukan daripada ahli
keluarga. Cuma doa yang mengiringi dari jauh.
286 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
Kesedihan mereka tak akan dapat di gambarkan
dengan kata-kata. Apatah lagi saat umat Islam
menghampiri bulan suci Ramadhan yang hanya tinggal
sehari sahaja lagi.
Hati Aazief di pagut rasa sedih. Pertama kali
bergelar suami, impiannya ingin berbuka dan bersahur
bersama si isteri tidak menjadi kenyataan.Yang ada pada
saat ini hanyalah setitis rahmat dari Allah s.w.t.
“Zif..”
Bahunya di tepuk dari belakang.
Mukhriz muncul. Duduk di kerusi batu di
hadapan pejabat yang lengang. Jam menunjukkan pukul
lima petang dan yang tinggal cuma ada anggota yang duty
on call sahaja.
“Kata pergi Gerik?” Soal Aazief.
“Aku dah balik lah. Aku dengar PKP akan di
sambung sampai 12 mei. Emm.. dan aku rasa akan terus
bersambung sehingga keadaan betul-betul pulih. Ramai
orang terkesan dengan keadaan ini apatah lagi dengan kita
nak menyambut Ramadan. Sangat berbeza rasanya kali ini.
Mungkin Aidilfitri pun kita tak sambut.”
Aazief lemparkan senyuman nipis.
287 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
“Zif.. kau tahu ujian yang Allah berikan pada Nabi
Zakaria?” Aazief pandang pegawai KAGAT ini. Berbicara
dengan Mukhriz banyak ilmu yang dia dapat.
“…Nabi Zakaria diuji dengan ujian yang cukup
berat. Tak ada anak dan sakit teruk pula. Namun dia tak
pernah behenti berdoa. Sampai usianya lanjut baru Allah
makbulkan doanya. Zif… Doa ini bukan diucapkan untuk
sekali dua. Kadang-kadang manusia ini alpa bila ditimpa
ujian baru teringat Tuhan. Macam yang kita lalui sekarang.
Bukan Allah tak dengar doa kita dan bukan juga doa kita
tak di angkat ke langit cuma masanya belum tepat untuk
Allah makbulkan. Jangan pernah berhenti berdoa Zif. Aku
pernah kehilangan dua orang anak. Aku tahu sakitnya
kehilangan tu. Tapi, kau belum kehilangan Ilya. Harapan
tu masih ada Zif. Jangan berhenti berdoa.”
“Terima kasih Riz. Aku dah mula untuk terima
ujian yang Allah bagi meskipun perit. Hampir lima minggu
kita semua di landa ujian ini. Penat perit Cuma kita yang
tahu.
“PKP akan di sambung lagi meskipun kita dah
catat penurunan kes. Semoga akan ada harapan baru Riz.”
“Insya-Allah Zif. Selamat menyambut Ramadhan.
Tan Sri Muhyidin kata kita kena biasakan diri dengan new
normal. Kebiasaan baru. Okey aku nak masuk bilik dulu.
Jangan pernah putus asa. Aku akan doakan untuk Ilya.”
288 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
“Thanks Riz.”
Harapan itu selalu ada pada orang-orang yang
tidak pernah berhenti berharap dan berdoa.
289 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
BAB 25
Aazief turunkan barang-barang basah dan
barang keperluan dari bonet keretanya. Meski beberapa
kali dihalang oleh Zaman, dia tetap melakukannya. Pinta
Aazief kepada bapa mertuanya kalau bukan kerana dia,
tolong terima kerana Ilya. Dia yakin kalau Ilya di sini Ilya
akan lakukan perkara yang sama.
“Ilya macam mana Zif?” Siti Fatimah bertanyakan
tentang Ilya. Anak yang lebih dua puluh tahun tidak
ditemui. Ingin sekali dia memeluk Ilya tapi saat ini Ilya
sedang berjuang antara hidup dan mati.
290 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
“Belum ada apa-apa perkembangan mak. Kita
doakan ya. Aazief kena pulang dahulu. Nanti Aazief datang
lagi.”
Dia tidak mahu bercakap soal Ilya. Dia takut dia
tak kuat. Dia takut air matanya tak mampu di tahan. Dia
cuba jadi kuat. Dia cuba menjadi seorang yang redha dan
terima urusan takdir dengan hati yang terbuka.
“Aazief… kalau ada apa-apa bagitahu kami segera
ye.”
Aazief angguk. Dia tidak mahu menambah
kerisauan pada wajah mereka.
“Ayah dengan mak doakan yang baik-baik.
Semoga Ilya cepat sembuh dan akan balik.” Hanya itu yang
mampu diucapkan.
“Berbuka kat sini Zif?”
Aazief terpaksa menolak kerana bertugas.
“Terima kasih Zif.”
Tidak henti-henti ucapan terima kasih terbit dari
bibir Zaman.
“Ada apa-apa ayah call Aazief ya. Aazief pergi
dulu.”
Sebaik sahaja kereta Aazief hilang dari pandangan,
Siti Fatimah melepaskan pandangannya pada suami yang
291 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
sedang bawa barang pemberian Aazief masuk ke dalam
rumah.
“Baik Aazief tu. Bertuah Ilya.”
Zaman terhenti kerjanya lantas memandang
seketika wajah isterinya ini.
“Rezeki Ilya. Kita pun bersyukur dapat menantu
macam Aazief.”
Dia duduk bersebelahan isterinya. Hari pertama
puasa, sesekali terbit rasa rindu pada anak-anaknya. Dua
anaknya tinggal bersama adiknya di Melaka dan Kuala
lumpur. Baru sahaja lagi semenjak mereka berpindah
kembali ke sini. Baik dia mahupun isterinya belum
berkesempatan untuk bercerita hal Ilya pada mereka
berdua. Rahsia tentang Ilya di pegang buat sementara
waktu. Satu hari nanti mereka akan kenalkan Ilya pada
kedua anaknya. Tentu mereka berbangga mempunyai
kakak seorang pegawai polis.
“Macam manalah Ilya sekarang?”
Hati seorang ibu meronta untuk melihat anak
yang sedang bertarung nyawa. Mahu berada di sisi Ilya.
Mahu menemaninya. Semalam lama dia berbual dengan
Cikgu Azean. Meluah rasa kesal dengan apa yang terjadi.
Namun dia berterima kasih kerana Cikgu Azean telah
membesarkan Ilya dengan penuh kasih sayang. Malam tadi
292 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
dua ibu menangis di talian telefon mengenangkan anak
yang belum ada khabar berita.
“Kita doakan yang baik-baik Siti. Ini ujian untuk
kita untuk Ilya, Aazief dan kita semua. Saya yakin ada
hikmah disebaliknya nanti.”
Mata Siti Fatimah mula berair. Sekejap lagi pasti
titisan jernih itu menuruni pipi. Doanya sejak Ilya
dilahirkan sehingga kini tidak pernah putus. Ilya jauh tapi
sentiasa dekat dihatinya. Dia bersetuju untuk serahkan Ilya
pada orang lain bersebab. Dia menyembunyikan kelahiran
Ilya juga bersebab. Pastinya, dia tidak mahu sesuatu yang
buruk terjadi pada anak itu.
Syukur kepada Allah kerana temukan Ilya dengan
keluarga yang baik, menyayangi dan mengasihi Ilya persis
anak kandung. Alhamdulillah.
“Kau dari mana?” Aazief berpeluk tubuh
memerhatikan anggotanya yang sedang mengawal
pergerakan lalu lintas berhampiran kem Pasukan Gerakan
Am Pengkalan Hulu. Hujan renyai-renyai namun mereka
masih tetap berdiri menjalankan tugas. Berpanas pun
mereka tidak kisah inikan pula hujan ribut. Namun dua
tiga hari ini awan bagai mengerti keperitan mereka
293 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
menahan pijar sang mentari. Redup awan selalu
memayungi mereka dalam melaksanakan tanggungjawab.
ASP Razif yang memakai vest polis berdiri
berhampiran Aazief.
“Hari ini ada kes mahkamah. Tahanan PKP yang
ingkar. Seribu satu alasan mereka buat melanggar Perintah
Kawalan Pergerakan dan aku faham ada diantaranya
terdesak. Ada mulut yang nak disuap di rumah. Tapi
arahan tetap satu arahan. Kita semua ada masalah sendiri.
Semua orang kena berkorban. Alhamdulillah. Nasib baik
mereka cuma didenda. Kalau masuk penjara? Tak ke naya
anak isteri kat rumah langsung hilang tonggak keluarga.”
Di sebalik penerangan yang diberi ada nada
rungutan dari Razif. Ya mereka bukan saja-saja nak tahan
orang awam atau pun nak sumbat mereka ke dalam lokap.
“Aku ini pun ada ketikanya nak langar PKP. Nak
saja aku terus ke hospital.” Luah hati Aazief.
“Sabarlah Aazief. Aku tahu perasaan kau macam
mana. Kita doa yang terbaik untuk Ilya.”
Allah rindunya bagai tak tertanggung. Cukup lah
kalau dia dapat sekeping gambar sahaja pun tapi tiada siapa
yang boleh lakukan. Takkan nak suruh Ariana. Pastinya
Ariana sangat berpegang teguh pada prinsip dan undang-
undang. Dia rindukan Ilya. Rindu Ilya sangat -sangat.
294 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
Assalamualaikum Ariana. Maaf saya bertanya.
Bagaimana perkembangan Ilya hari ini?
Dia beranikan diri bertanya pada Ariana lewat
malam pada tingkap hijau applikasi whatsapp. Itupun
selepas minta izin dari Mukhriz. Mana berani dia hendak
mesej isteri orang meskipun Ariana itu doktor yang
merawat Ilya.
Lama dia menanti balas dari Doktor Ariana.
Mungkin sedang bertugas.
Waalaikumusalam Aazief. Alhamdulillah ada berita
baik. Ada perkembangan positif tapi saya belum berani
berikan pengesahan selagi belum ada bukti perubatan.
Bagai bintang dari atas langit jatuh ke riba Aazief.
Berkali-kali dia ucapkan syukur kepada Allah s.w.t.
Alhamdulillah. Terima kasih Arin. Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Zif jangan happy dulu. Saya tak mahu berikan
harapan palsu. Buat masa ini teruskan berdoa.
295 | S o p h i l e a