MISI LOCKDOWN HATI DIA
“Zamani… Ilya bukan sahaja anak yang baik. Dia
anak yang sangat mendengar kata. Budi pekerti dia sangat
tinggi. Walaupun dia tak cakap, saya tahu jauh disudut hati
dia ingin cari kamu dan isteri kamu. Kami izinkan Zamani.
Saya bangga Ilya sekarang sudah ada dua ibu dan dua ayah.”
“Zamani… anak kita dah kahwin. Saya nikahkan
dia berwalikan hakim sebab saya tak tahu siapa bapa
kandung dia.” Sambung Zaidi pula
Zaman angguk. Menahan empangan mutiara yang
pecah.
“Alhamdulillah… Tak pernah putus saya doakan
dia cikgu. Biarlah dulu.. satu hari nanti kalau Tuhan
izinkan kami bertemu lagi. Cikgu Azean, cikgu Zaidi, Kak
Zakiah… saya ucapkan terima kasih kerana jaga dan sayang
Ilya macam anak sendiri.”
Sudah lama dia ingin berterima kasih akhirnya
Tuhan memilih hari ini untuk dia meluahkan suara hati
nya.
Azean menyandar di bahu Zaidi. Sungguh dia
tidak pernah sangka dengan kebetulan ini. Padanlah
Zamani baik sekali dengan Ilya. Zamani belikan Ilya anak
patung, Zamani belikan Ilya ais krim malah Zamani yang
tengokkan Ilya tatkala dia terpaksa ke sekolah bila ada kelas
tambahan. Zamani nampaknya sempat meluahkan kasih
sebagai seorang bapa kepada anaknya. Dia tak sangka.
196 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
“Ilya kami besarkan dengan penuh kasih sayang
yang ikhlas Zamani. Err.. Boleh saya tahu apa nama yang
kamu nak berikan pada Ilya dulu.” Soal Zaidi. Hatinya
selalu tertanya apa nama sebenar Ilya. Nama Ilya Hani dia
yang berikan setelah berbincang dengan Azean.
Zaman tersenyum.
“Nasreen….”
“Sedap nama tu… Pergilah jumpa dia Zamani.
Dalam sehari dua lagi saya akan bagitahu dia siapa kamu
dengan dia.”
“Jangan cikgu. Tunggulah bagi keadaan reda.
Biarlah waktu tu cikgu berdua ada di sini.”
Zaidi angguk.
“Baiklah kalau dah itu kata kamu Zamani...”
Satu jam berbual segalanya sudah terbongkar.
Ternyata Ilya dari keturunan yang baik-baik. Dari sifat
lelaki yang Azean nampak, Zamani ialah seorang yang
soleh dan tidak tinggalkan solat meskipun bekerja seharian
di sekolah. Mereka saling terserempak di surau. Malah
lembut suaranya tatkala melagukan qasidah setiap hari
semasa bekerja.
Begitu juga dengan Ilya yang apabila mengaji
sangat merdu dan sempurna dengan taranumnya. Sesiapa
yang mendengar pasti akan terpukau. Sesungguhnya
197 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
pemilik-pemilik suara itu sudah ditakdirkan memiliki
persamaan yang hebat.
“Hakikat hidup ni Yan, kadang kita tak pernah
terduga pun. Ilya ditakdirkan bersama kita pasti bersebab.”
“Saya tahu abang… Saya dah ikhlaskan diri. Dah
redha dan tetap sayangkan Ilya sepenuhnya.”
Terkadang kita yang menentukan takdir kita
sendiri, terkadang takdir mengendalikan kita.
198 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
BAB 18
Deringan telefon membangkitkan Ilya
dari lena yang panjang. Tubuhnya terasa sedikit segar.
“Assalamualaikum.” Ujarnya saat butang hijau
ditekan.
“Waalaikumusalam. Ilya.. Saya kat depan pintu ni.
Saya bawa makanan.”
Ilya bangun ke jendela. Langsir dikuak dan jendela
dibuka.
“Aazief.” Panggilnya. Aazief sedang berdiri di
hadapan pintu rumah. Ada plastik makanan ditangan
kirinya sedang tangan kanannya memegang telefon yang
dilekapkan di telinga.
199 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
Dia berkali ke tingkap. Tersenyum pada Ilya.
“Susahkan awak je Aazief. Sangkut je kat pintu
nanti lepas mandi saya ambil.”
“Tak nak jemput saya masuk?”
Ilya geleng.
“Em..kalau macam tu saya duduk kat luar ni je.
Ilya mandi lepas tu ambil makanan ni dan makan ya. Saya
tunggu.”
Kasihannya Aazief.
“Tak payahlah tunggu saya. Takkan nak tunggu
kat luar ni. Hari dah gelap kan.”
“Saya nak masuk Ilya tak bagi.”
Ilya mengeluh.
“Aazief.. Saya dalam tempoh kurantin. Selagi
keputusan tak keluar saya tak mahu awak dekat dengan
saya.”
“Okey.. kalau macam tu saya kat luar ni je. Malam
ni saya off. Tak apa kalau tidur kat luar ini pun. Kejap lagi
saya balik ambil khemah askar tu pacak depan rumah Ilya
ini. Kalau orang tanya cakap je part time jaga kat sini
malam ni.”
“Aazief jangan degil sangat boleh tak?”
“Degil? Ilya yang degil atau saya yang degil? Ilya
saya tak kisah kalau Ilya sakit dan sakit tu berjangkit kat
200 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
saya. Kenapa saya nak takut. Ajal maut tu kat tangan
Tuhan. Saya minta secara baik dengan Ilya. Saya nak jaga
Ilya. Saya janji saya tak sentuh Ilya. Saya cuma nak pastikan
Ilya baik-baik sahaja. Please Ilya Hani…”
Ilya serba salah. Dia takut kalau virus itu ada
dalam tubuhnya dan menjangkiti Aazief. Selagi keputusan
belum keluar dia tak berani dekat dengan sesiapa pun.
“Ilya dengar tak apa saya cakap ni? Saya tak kisah.
Kalau takdir saya kena bukan dari Ilya pun dari orang lain.
Tolonglah bagi saya masuk.”
“Bagi saya mandi dulu. Nak pakai mask, pakai hand
sanitizer baru Aazief masuk okey.”
Aazief senyum. Angguk.
Ilya bangun berjalan ke almari. Tuala diambil dan
melangkah ke bilik air.
Ilya makan di dalam bilik. Aazief menyandar di
pintu bilik. Makan nasi yang sama dibeli. Lauk yang sama
dan rasa yang sama.
Usai makan Aazief berikan Ilya ubat. Kemudian
dia duduk berhampiran Ilya. Sedang Ilya masih di atas
katil.
“Betul ke awak off ni Aazief? Jangan sebab saya,
awak tak pergi kerja.”
201 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
Aazief berkain pelikat dan berbaju melayu.
Bekalan baju-baju memang selalu ada dalam keretanya.
Tadi mereka sempat berjemaah meskipun berjarak.
“Betullah.. Esok saya kena pergi Gerik. Ada
mesyuarat. Mungkin lusa baru saya balik. Ilya tak apa kan
sehari saja saya tinggalkan Ilya?’
Risau sebenarnya mahu tinggalkan Ilya sendirian
begini. Tapi apa pilihan yang dia ada kerana sumpah
pertamanya adalah berbakti untuk negara.
Ilya ketawa kecil. Lambat-lambat dia angguk.
“Saya okey jelah…. Nanti saya minta tolong
anggota balai hantarkan makanan. Awak jangan risau pasal
saya. Yang penting tanggungjawab awak pada negara.
Sekarang ni negara perlukan kita. Perlukan saya, awak dan
semua orang. Saya pun tak sabar nak kerja semula. Lambat
betullah dia orang bagi keputusan ujian tu.”
Ilya separuh merungut. Sudah bosan cuma duduk
memerap di rumah. Kadang-kadang dia bimbang tugasnya
di pejabat yang terpaksa di serahkan buat sementara pada
orang lain.
“Ilya dan negara keduanya penting untuk saya.
Dua-dua terpikul atas bahu saya. Setiap masa saya berdoa
Ilya dijauhkan dari bahaya.”
202 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
“Kalau ujian saya positif macam mana? Aazief pun
kena buat ujian juga. Sebab Aazief selalu ada dengan saya.”
“Pasal saya Ilya jangan risau. Ikhlas saya cakap saya
lebih rela saya yang sakit.”
Ilya senyum.
“Hari ini hari ke lapan belas kita jadi suami isteri
kan? Cepatnya masa berjalan.”
Rasanya macam baru saja lagi Aazief jabat tangan
tok kadi. Dan sudah masuk minggu ketiga PKP yang
semakin diperketatkan. Setiap hari jumlah pesakit semakin
meningkat meskipun kematian tidak banyak.
Aazief ketawa. Menginjak sedikit ke tepi katil.
Bersandar di kaki katil.
“Happy 18th days anniversary my sweet Ilya Hani.”
Ucap Aazief dalam nada romantis.
“Ish.. lapan belas hari pun nak kena ucap ke?”
Pecah ketawa Aazief.
“Kalau boleh setiap hari. Terujanya saya setiap kali
bangun pagi dan tahu saya ada seorang isteri meskipun
berjarak satu meter.”
Aazief bercanda. Menimbulkan rasa selesa antara
keduanya.
“Em… nak buat macam mana pengantin musim
covid kan. Itulah siapa suruh awak tak masuk meminang
203 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
saya awal-awal lagi. Kalau tak mesti kita dah balik dari
honeymoon kan?”
Aazief pandang Ilya. Ilya buat-buat pandang ke
tempat lain.
“Sekarang pun honeymoon jugakan. Bulan madu tu
maksudnya cuma ada kita. Saya dan Ilya Hani.”
“Em…saya setuju. Tak perlu nak berbulan madu
sampai ke luar negara. Cukup ada kita.”
“Em.. Ilya ni menggugat saya betul lah. Buat pula
suara romantis macam tu.”
Ilya ketawa.
“Kawan saya sedang di rawat sekarang di Sungai
Buluh. Positif Covid-19. Dia kakitangan kesihatan.
Jururawat. Semalam saya tanya mama… mama cakap
keadaannya semakin baik. Cuma tiba-tiba saya risaukan
mama Zif.”
Anak mana yang tak risaukan ibunya. Kalau Ilya
yang risau, dia lebih lagilah. Ibunya barisan hadapan yang
berhubung terus dengan pesakit di Sungai Buluh. Setiap
hari, pasti dia akan bermesej tanyakan keadaan ibunya.
Tapi wanita besi itu mana pernah cakap yang dia takut
atau penat. Ibunya pula yang tak pernah jemu ingatkan
Aazief supaya sedarkan masyarakat yang bahayanya virus
ini.
204 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
“Mama tu, dari dulu pesakit dia yang paling
didahulukan. Mama sampai tak balik rumah takut bawa
virus ke rumah. Papa pun faham.”
“Kerjaya macam kita ni kena cari pasangan yang
saling memahami kan , Aazief?”
Aazief senyum.
“Macam kita kan. Tapi hari tu isteri ni merajuk
empat hari. Lama betullah.. Aduh!! Sampai susah hati
suami ni. Dahlah bab pujuk perempuan memang failed.”
“Saya bukan merajuk lah. Cuma tak mahu
rosakkan hubungan orang. Itu saja.”
“Tak ada maknanya. Saya dah terangkan pada
Nadia semuanya. Saya harap tak ada lagi perkara
berbangkit selepas ini. Saya nak hidup bahagia. Saya nak
hidup aman damai dengan isteri saya ini… happily ever
after…”
“Insya-Allah Aazief. Setiap satu niat yang baik,
Allah pasti akan makbulkan. Allah itu maha mendengar
doa kita.”
Masing-masing diam sebelum Ilya mula menyanyi
kecil.
Saat aku tak lagi di sisi mu
Ku tunggu kau di keabadian…
Cinta kita melukiskan sejarah
Menggelarkan cerita penuh suka cita
205 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
Sehingga siapapun insan Tuhan
Pasti tahu cinta kita sejati.
“Suami dia baru meninggalkan?” Soal Aazief. Ilya
angguk.
Aazief ini mula-mula berjarak dua meter, lepas tu
diinjak sikit satu meter. Ini sudah beberapa inci. Dari inci…
sentimeter.. milimeter. Mahu di halang dia kasihankan
Aazief. Cuma dia berdoa kalau ditakdirkan dia dijangkiti
virus corona, virus itu tidak menjangkiti Aazief. Ya Mujib,
makbulkanlah…
“Bunga Citra Lestari. Suami dia Asyraf Sinclair.
Saya suka tengok kisah mereka. Manfaatkan setiap masa
bersama supaya bila salah seorang pergi mereka punya
banyak kenangan tercipta.”
Aazief pandang Ilya.
“Saya juga mahukan begitu Ilya. Mahu setiap saat
saya bersama Ilya. Saya nak ciptakan pelbagai kenangan
terindah untuk saya, untuk Ilya. Saya nak kahwin sampai
mati bukan sekejap je…”
Ilya senyum.
“Insya-Allah kita sama-sama cipta kenangan itu ya
Aazief. Mudahan Allah masih beri dan izinkan masa yang
panjang untuk kita bersama.”
206 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
Tanpa sedar diletakkan tangannya diatas tangan
Aazief diatas katil. Buat seketika masing-masing kelu.
Membisu hanya suara angin yang berbicara.
Aduhai rasa hati…bersabarlah sampai masa hari
itu pasti akan hadir juga.
Ilya rebahkan tubuhnya ke tilam. Aazief berbaring
di hadapan pintu sambil membalas group whatsapp kerja.
Sesekali matanya memandang Ilya bimbang kalau ada
sesuatu terjadi pada isterinya itu. Sayang betul ya Aazief
pada Ilya Hani. Dia nampak mata Ilya tertutup. Dia
tersenyum.
“Selamat berehat sayang… semoga lena
bermimpikan kita tengah honeymoon.”
Nakal hati lelakinya mengusik. Ya dia juga
manusia normal. Punya rasa.
Telefon Ilya berbunyi. Dia tersenyum. Di
pandangnya Aazief.
“Ibu video call.” Bisik Ilya perlahan.
Aazief angguk. Terus membalas pesananan di
tingkat hijau. Semuanya tentang hal kerja.
“Assalamualaikum ibu.” Dia gembira setiap kali
Azean atau Zaidi menelefon atau membuat panggilanb
video.
“Ilya sihat sayang?” Suara ceria Azean kedengaran.
207 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
“Alhamdulillah Ilya okey ibu. Cuma… Ilya tengah
kuarantin sebab baru buat test Covid-19 dua hari lepas. Ibu
doakan Ilya ya...”
“Ya Allah… tak cakap pun dengan ibu. Habis tu
siapa jaga Ilya kat sana?” Soal Azean. Kalut bila tahu anak
tak sihat.
Ilya senyum. Dia bangun dan duduk dekat dengan
Aazief. Skrin telefon di hadapkan pada Aazief.
“Assalamualaikum ibu..”
“Waalaikumusalam. Alhamdulillah… lega ibu
tengok Aazief ada situ jagakan Ilya. Sukanya hati ibu
tengok kamu berdua. Macam tak percaya saja anak ibu dah
kahwin. Aduhai.. Kalau ada apa-apa bagitahu ibu ya. Risau
ibu ni…”
“Ibu dengan ayah jangan risau. Kalau Ilya degil
Aazief piat kan telinga dia.”
Azean ketawa. Lega bila menantu nya ada di situ
jagakan puteri kesayangan dia.
Aazief serahkan telefon bimbit pada Ilya. Tanpa
sedar Ilya menyandar di sebelah Aazief berbual dengan
ayah dan ibunya.
“Ilya… ibu ada hal nak cakap ni.”
“Kenapa ibu? Nak carikan jodoh lagi ke kat Ilya?”
208 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
Tiba-tiba sebuah cubitan hinggap di lengan. Aduh
Aazief ini orang bergurau saja lah.
“Amboi mulut tak padan suami ada kat sebelah.”
Ilya gosok lengannya.
“Gurau je ibu. Ada apa ibu?” Soalnya.
“Ibu dengan ayah ada hal nak cakap dengan Ilya,
eloklah kalau Aazief pun ada sekali.”
Aazief dekatkan wajahnya dengan Ilya supaya
nampak ibu mentua nya dalam skrin telefon. Lupa terus
yang Ilya itu kena kuarantin.
“Ilya dengar baik-baik apa yang ibu dengan ayah
nak cakap ni ya.”
Ilya angguk. Sedikit berdebar.
Azean serahkan telefon bimbitnya pada Zaidi.
Entahlah. Dia tak punya kekuatan untuk bercerita dan
beritahu Ilya perkara sebenarnya.
“Ada apa ayah? Ada hal penting ke?”
Zaidi mengukirkan senyuman. Setelah dua hari
berbincang dengan Azean padanya jalan terbaik adalah
berterus terang. Dia yakin mereka tak akan sesekali
kehilangan Ilya Hani. Ilya Hani tetap puteri mereka dunia
akhirat. Biar lara hati ini terhapus. Bagaiamana sekalipun
Ilya berhak tahu ayah dan ibu kandungnya meskipun
bukan mudah untuk menerima hakikat sebenar.
209 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
“Ayah…” Panggilan Ilya buatkan Zaidi kembali ke
alam nyata. Bibirnya mengukir senyuman pahit.
“Ayah dengan ibu janganlah buat macam ni. Ilya
tertanya-tanya ini.”
Ilya kerling ke sebelah. Aazief juga ternanti apa
yang bakal di katakan ayah mentuanya.
“Ilya pernah tanya tentang ayah dan ibu kandung
Ilyakan. Tapi ayah tak boleh bagi jawapan sebab ayah tak
ada jawapan untuk soalan Ilya walaupun dah puas ayah cari
siapa mereka.”
Ilya angguk.
“Ilya dah tak kisah ayah.”
“Ilya nak jumpa ayah dan ibu kandung Ilya tak?”
Tersekat-sekat suara Zaidi. Di sisinya Azean sedang
teresak.
“Aa..apa maksud ayah? Ayah dah jumpa ibu dan
ayah kandung Ilya ke?”
Entah kenapa jemarinya mengenggam erat jemari
Aazief di sebelah. Dia mahu sedikit kekuatan.
“Kalau ikutkan ayah dengan ibu nak ke sana. Tapi
sebab PKP ni ayah tak dapat nak ke sana.”
Ilya tarik nafas. Dihembusnya perlahan.
“Ayah… ayah jumpa dia orang?”
210 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
Airmatanya mula mengalir. Bagai ada sebeban
rasa dijiwanya saat ini.
Zaidi angguk.
“Dia ada kat sana. Dia dah jumpa Ilya. Dan Ilya
dah pun jumpa dia. Jangan salahkan dia Ilya. Mereka mahu
yang terbaik untuk Ilya.”
“Il..Ilya tak faham maksud ayah. Ilya dah jumpa
dia. Dia siapa? Dia kat mana? Kenapa dia buang Ilya?
Kenap? Kenapa?”
Empangan air matanya pecah. Aazief peluk erat
bahu Ilya.
“Ilya… dia orang tak buang Ilya. Cuma cara
mereka serahkan Ilya pada kami sahaja yang salah. Mereka
buat bersebab kerana mereka mahu Ilya bahagia.”
Ilya geleng.
“Kalau dia sayangkan Ilya kenapa dia buang Ilya?”
“Ayah dah bagitahukan dia tak buang Ilya. Dia
cuma larikan Ilya dari orang-orang yang mahu
merosakkan Ilya. Nenek Ilya sebelah ibu bukan Islam.
Mereka ugut untuk ambil Ilya selepas Ilya lahir. Demi
selamatkan akidah anak mereka, ibu dan ayah Ilya
serahkan Ilya pada ayah. Selama beberapa tahun Ilya
membesar dengan ayah kandung Ilya. Ayah sendiri tak
211 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
sangka dia ayah kandung Ilya. Selepas usia Ilya lima tahun
mereka kembali ke Thailand. Ibu Ilya orang sana.”
“Siapa dia ayah. Ilya nak jumpa?”
Zaidi tarik nafas. Bagai satu bebanan telah terlepas
dari dadanya. Rasa sedikit lapang.
“Dia ada bagitahu ayah dengan ibu yang Ilya ada
bantu dia. Bagi duit belikan barang dan… ibu kandung Ilya
ada berikan Ilya satu bekas bingka ubi kayu.”
Ilya terkejut.
“Pak.. Pak Cik Zaman tu ayah Ilya?”
Zaidi angguk.
“Nama dia Zamani. Bekas tukang kebun sekolah
ayah mengajar dulu. Ilya dilahirkan waktu malam disambut
bidan kampung. Selepas berbincang, mereka letakkan Ilya
di tangga rumah kita dengan harapan ayah dan ibu akan
jaga Ilya. Ya Allah.. Ilya memang anugerah terindah untuk
ayah dan ibu.”
Ilya menangis teresak-esak. Padanlah hatinya kuat
sangat mahu membantu Pak Cik Zaman. Dan tak hairan
bila dia nampak Zaman duduk di tangga rumah lamanya.
“Ilya marahkan mereka?”
Ilya geleng. Dia cuba berkata sesuatu tetapi kelu.
Pelukan Aazief semakin erat.
“Sabar sayang…”
212 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
“Mereka tinggalkan Ilya pada ayah dan ibu
bersebabkan. Bukan kerana mereka tak sayangkan Ilya. Ilya
dah lama maafkan mereka. Boleh tak Ilya nak jumpa dia
orang?” Soal Ilya.
“Pergilah... sampaikan salam ibu dengan ayah pada
keduanya.”
“Ilya nak cakap dengan ibu.”
Zaidi serahkan telefon pada Azean. Juraian air
mata masih mengalir di pipi.
“Ibu… sekalipun Ilya dah jumpa siapa ibu dan ayah
kandung Ilya… ibu Azean dan ayah Zaidi tetap ibu ayah
Ilya dunia akhirat. Terima kasih kerana izinkan air susu
ibu dalam tubuh Ilya. Ilya sayangkan ibu dan ayah sampai
mati. Tak ada siapa dapat ambil tempat ibu dan ayah dalam
hati Ilya sampai hujung nyawa.”
Azean teresak-esak.
“Ibu sayang sangat dengan Ilya. Ilya pergilah
jumpa mereka. Sampaikan salam ibu. Insya-Allah selesai
semua ini nanti ibu dan ayah akan ke sana jumpa mereka.
Ingat jangan pernah ada dendam, dia tetap ibu yang syurga
Ilya di tapak kakinya.”
Ilya cuba tersenyum.
“Ilya ada tiga syurga ibu. Ibu..ibu kandung Ilya dan
Aazief.”
213 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
Aazief tersenyum. Dia memeluk erat bahu Ilya
dan mencium kepalanya. Bangga.
“Ilya jaga diri ya. Apa-apa bagitahu ibu.”
Ilya angguk.
Sebaik sahaja talian dimatikan. Ilya rebah di dada
Aazief. Menangis semahunya.
“Aazief saya nak pergi jumpa mereka… tolong
bawa saya malam ni.”
“Sayang dah lewat malam ni. Saya janji esok lepas
habis kerja saya …kita pergi ya. Bukan malam ni. Lagipun
hujan kat luar tu.”
Ilya angguk. Kepalanya direbahkan di riba Aazief.
Jemarinya masih bertaut dengan jemari Aazief.
“Kebetulan apa ni Aazief? Kenapa ayah tak
mengaku masa saya jumpa dia hari tu?”
Aazief usap lembut rambut Ilya Hani.
“Kebetulan terindah yang Allah singgahkan dalam
hidup kita. Ada sebab barangkali kenapa dia sembunyikan
diri dari sayang.”
“Saya rasa jiwa saya kosong…Aazief. “
“Jiwa Ilya tak akan pernah kosong sebab saya akan
selalu ada di dalamnya. Stay in your heart forever.”
“Terima kasih Aazief.”
214 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
“Sama-sama sayang. Saya nak Ilya bersedia untuk
esok. Esok akan jadi satu perubahan dalam hidup Ilya Hani.
Betulkan kata saya dulu? Masa pertama kali kita jumpa.
Ilya persis The Crown Princess dan siapa sangka puteri saya
ini keturunan Thailand. Padanlah sayang cantik sangat.”
Ilya senyum.
Dia pernah nampak ibu kandungnya dari jauh dan
belum sempat mahu menyapa. Dia tak sabar tunggu esok.
“Ayah… ibu… tunggu Ilya ya.”
Matanya dirapatkan. Dalam hujan yang masih
mencurah ke bumi, dalam belaian jemari Aazief di
kepalanya, dia terlena dengan air mata yang masih tersisa.
215 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
BAB 19
“Mahu kah dia terima kita abang? Kita
bukan macam mak ayah angkat dia. Kita tak ada apa-apa.
Hidup pun daif.” ‘Preeda’ atau nama islamnya Siti Fatimah
tenang di atas kerusi roda. Kurang bersetuju bila suaminya
mahu bertemu dengan anak kandung mereka esok.
“Cikgu Zaidi dah cakap dengan Ilya. Dia pun nak
jumpa kita. Awak jangan risau.”
Si isteri sekadar angguk. Siapa kata dia tak
rindukan bayi yang diberi nama Nasreen itu. Setiap hari,
setiap saat dan setiap masa dia rindukan anak yang
dikandung selama lebih sembilan bulan. Tapi kalau dia tak
larikan Nasreen dan serahkan pada orang, dia tahu ibunya
216 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
tak akan berdiam diri. Mereka terpaksa menipu dengan
menyatakan Nasreen meninggal semasa dilahirkan.
Umur Nasreen lima tahun dan dia tak mampu lagi
menanggung derita rindukan anaknya. Dia takut kalau
hatinya tak kuat melihat Nasreen yang dijaga oleh
pasangan guru itu. Selalu dia curi-curi mengintai si anak.
Cukuplah sekadar memandang dari jauh. Bila dia yakin
Nasreen sudah bahagia, dia ajak Zaman berpindah ke
Bangkok. Dia kembali ke rumahnya bila ibunya meninggal
dunia. Meraka mulakan hidup baru di sana.
Selepas dua puluh tahun, mereka kembali lagi ke
sini. Tuhan telah mentakdirkan mereka bertemu bayi yang
mereka tinggalkan dua puluh enam tahun yang lalu.
Bila Zaman bagitahu Nasreen dah jadi seorang
pegawai polis, hatinya bahagia sekali. Ibu dan ayah angkat
Nasreen dah didik anak mereka sehingga berjaya. Dia
bersyukur pada Allah dan berterima kasih pada Zaman
kerana sehingga kini Zaman telah bimbing dia untuk
menjadi muslim sejati.
Nasreen Aimi… Ilya Hani dua nama satu tubuh
yang sama. Esok dia akan ke sana. Meski apapun
penerimaan Ilya, dia akur dan terima kerana itu mungkin
hukuman di atas kesilapan dia. Semalaman itu matanya
gagal dilelapkan. Dia bakal bertemu semula dengan anak
yang ditinggalkan dulu. Walaupun sudah dua kali bertemu
217 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
Ilya, tetapi pertemuan kali ini pasti yang paling indah buat
mereka.
Ilya tersedar saat Muazzin melaungkan azan
Subuh. Sayu dan sayup kedengaran.
“Subhanallah.” Dia tertidur atas riba Aazief
sepanjang malam dan Aazief tidur sambil menyandar.
Azief gosok matanya. Tersedar bila Ilya bingkas
bangun.
“Ya Allah.. saya minta maaf Aazief sampai tertidur
atas riba Aazief sampai pagi.”
“Kenapa kalut sangat ni? Tertidur je kan. Lagipun
bukan dosa. Ishh.. Ilya ni. Ilya okey tak ni?’
Mata Ilya masih sembab kerana menangis
semalam.
“Saya mandi dulu, lepas tu kita berjemaah sama.
Kejap lagi saya nak balik kem. Nak tukar uniform. lepas tu
nanti saya terus ke Gerik.”
Ilya angguk. Aazief mandi di bilik air belakang
dan dia bersihkan diri di bilik air hadapan. Usai Aazief
mandi, Ilya sudah siap bertelekung. Dua helai sejadah
dibentangkan mengadap kiblat.
218 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
Aazief tersenyum. Ilya cantik sangat dalam
telekung merah jambu.
“Allahu Akbar.”
Takbir pertama diangkat. Dalam hening subuh,
jelas suara Aazief membacakan surah dalam solat dua
rakaat mereka. Berdoa kepada Al-Malik untuk
kesejahteraan negara, untuk keselamatan mereka dan
untuk kebahagiaan mereka suami isteri.
Ilya hulurkan tangan bersalaman. Berlapikkan
telekung yang dipakai. Lama jemari Aazief di bibirnya. Air
matanya menitik.
“Terima kasih kerana jadi pelindung saya.”
Aazief letakkan tapak tangannya di atas kepala
Ilya.
“Insya-Allah sampai hujung nyawa saya.”
Ilya berbalas panggilan telefon dari balai dan
beberapa mesej rakan sejawatnya. Kasihan. Mereka pasti
sibuk pada saat ini. Mana yang nak bertugas di pejabat dan
mana yang nak buat sekatan jalan. Sayangnya dia tidak
dapat membantu.
219 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
Aazief sudah ke Gerik. Selesai sudah tunaikan
solat Dhuha jam sepuluh pagi, satu panggilan masuk ke
telefon bimbit. Koperal Anis.
“Assalamualaikum Puan.”
“Waalaikumusalam. Ya Koperal?”
“Puan.. saya nak maklumkan suspek yang kita
hantar ke hospital tempoh hari, suspek kes pecah rumah di
Batu Sepuluh. Puan ingat?”
“Ya saya ingat. Suspek sakitkan?”
“Ya Puan. Hari ini satu balai kena kuarantin dan
bersih dengan pembasmi kuman.”
“Kenapa Koperal?”
“Suspek positif Covid-19 Puan...”
Ilya berdebar. Dia yang tahan suspek tempoh
hari.”
“Puan.. keputusan dah keluar ke?”
Ilya hampir menangis saat ini sebab dia kontak
rapat dengan suspek. Dia yang jalankan soal siasat.
Beberapa jam lamanya dengan suspek.
“Belum Koperal. Tapi apa pun keputusan, saya
dah bersedia. Kalau saya kena virus ini kerana amanah
yang saya laksanakan saya redha.”
“Puan… saya doakan yang baik-baik. Saya pun
risau sebab kita yang bawa tahanan ke hospital.”
220 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
“Awak dah buat ujian ke Koperal?”
“Sekejap lagi semua anggota balai kena buat ujian.
Lepas tu semua kena kuarantin sampai keputusan keluar.”
Ilya mengeluh. Inilah sikap masyarakat yang tidak
pernah berubah. Kerana seorang tahanan, kekuatan
anggota menjadi kurang bila ramai yang harus di
kuarantin.
“Tak apalah.. Koperal pergi buat saringan dulu.
Saya harap keputusan ujian saya akan dapat hari ini.”
“Baiklah Puan. Puan pun jaga diri baik-baik. Apa-
apa bagitahu saya.”
“Okey Koperal. Terima kasih.”
Ilya berzikir sendirian. Tadi sebelum ke Gerik,
Aazief singgah hantarkan makanan. Benar-benar dia terasa
dihargai.
Panggilan telefon dari hospital pagi itu merungkai
segala nya.
“Selamat pagi. Puan Ilya Hani Binti Abdullah?”
“ Ya saya.” Ilya menahan debar.
“Puan.. Saya nak maklumkan hasil dari ujian
saringan Covid-19, Puan didapati positif.”
Jantung Ilya bagai gugur ke bumi. Namun dia
cuba untuk bersikap rasional.
“Apa yang saya perlu buat cik?” Soalnya. Sebak.
221 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
“Puan bersiap lagi setengah jam. Ada pihak
daripada KKM akan datang jemput Puan untuk di bawa ke
hospital.”
Air mata Ilya mengalir.
“Baik. Ada apa-apa barang atau apa saja yang saya
kena bawa?”
“Pakaian sehelai dua sajalah. Kemudian, barang
keperluan dan barang peribadi. Kalau ada buku nak dibaca
ke. Dua minggu tu lama juga Puan.”
“Allahu Akbar.”
“Tapi puan jangan risau. Kalau saringan
seterusnya nanti selepas beberapa hari puan didapati
negatif puan boleh keluar asalkan puan bebas dari wabak.”
Penerangan daripada pihak Kementerian
Kesihatan adalah jelas. Ilya faham.
“Baiklah saya akan bersiap sekarang.”
Talian dimatikan. Ilya tarik nafas panjang. Di
helanya perlahan. Dia cuba bersikap tenang.
Dia hubungi ibunya untuk memaklumkan
keputusan saringan. Azean pengsan. Ilya minta ayah nya
untuk tenangkan ibu. Dia janji untuk jaga diri sebaiknya.
Dia hantar pesanan pada Aazief tapi hanya satu tanda
melalui aplikasi Whatsapp. Mungkin Aazief sedang
bermesyuarat.
222 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
Assalamualakum. Selamat pagi, Tuan. Saya nak
maklumkan keputusan ujian saringan Covid-19 saya
adalah positif. Sebentar lagi pihak KKM akan datang ambil
saya, Tuan.”
Dia harus maklumkan perkara ini kepada pihak
atasan.
“Saya bersimpati Ilya. Saya pun kena buat
saringan. Saya doakan yang baik-baik untuk awak dan
untuk semua orang. Jaga diri. Tawakal dan ingat Allah
yang menghidup dan mematikan seseorang. Dia yang
berikan penyakit dan Dia juga Maha Penyembuh. Jika Ilya
mempunyai sebarang masalah, jangan lupa inform saya.”
“Terima kasih Tuan. Doakan yang baik-baik. Saya
nak bersiap sekarang.”
Ilya tahu dalam keadaan begini, dia harus bersikap
positif dan tenang. Harus mengatur segalanya dengan
tersusun dan teliti.
Masuk ke dalam bilik dikemaskan beberapa helai
baju, tudung dan peralatan peribadi. Bingkai gambar
pernikahannya juga dimasukkan ke dalam beg pakaian.
Gambar kedua ibu bapanya juga. Ilya pandang sekeliling
bilik. Dia tidak mahu menangis lagi.
Selesai mandi dan bersiap, dia menanti ambulan
yang akan datang membawanya ke pusat kuarantin.
Topeng muka tak lekang di wajah. Begitu juga dengan
223 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
sanitizer yang sentiasa dibawa ke mana sahaja.Panggilan
dari Aazief dijawab dengan salam.
“KKM akan datang ambil saya sekejap lagi. Take
care Aazief jaga diri. Saya sayang awak.”
“Saya dah dalam perjalanan. Tunggu saya sekejap
Ilya Hani. Sekejap saja. Please... Saya merayu. Tunggu saya
Ilya. Saya dah dalam perjalanan.”
“Saya taknak awak datang Saya taknak awak sedih
tengok saya naik ambulan. Saya janji saya akan jaga diri.
Saya akan sembuh Aazief. Tunggu saya balik okey. Kalau
saya tak balik lagi… Saya tunggu awak di syurga. Doakan
saya….”
Aazief berhentikan keretanya di tepi jalan.
Stereng dipegang kejap. Airmatanya meluru jatuh.
“Tunggu saya Ilya… Ya Allah bantu aku.”
Keretanya dipecut laju. Dia mahu bertemu Ilya
meski hanya satu saat.
Bunyi ambulan yang berhenti di hadapan rumah
sewanya buatkan Ilya sedikit gementar. Beg pakaiannya
dijinjing. Sebelah lagi beg yang mengandungi peralatan
peribadi.
Dua petugas Kementerian Kesihatan Malaysia
lengkap memakai sut PPE turun dari ambulan.
“Selamat pagi Puan.”
224 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
“Selamat pagi. Sekejap ya saya nak kunci rumah
dulu.” Tadi dia dah pesan pada Hanim jangan balik rumah
dulu. Rumah ini pun perlu dibersihkan dengan pembasmi
kuman.
Dua petugas yang memakai sut PPE putih itu setia
menunggu di tepi ambulan. Selepas beberapa tapak
melangkah, Ilya terpandang seseorang di luar pagar yang
sedang berdiri. Meskipun memakai topeng wajah dia
kenal siapa lelaki itu.
“Encik boleh saya jumpa Puan Ilya sekejap.?”
Lelaki itu bertanyakan petugas.
“Maaf Pak Cik tak boleh.”
Ilya berjalan merapati Zaman yang sudah basah
pipinya dengan air mata. Dia tersenyum disebalik topeng
wajahnya.
“Ilya Hani…”
Tiga meter jarak mereka Ilya tetap boleh
mendengar namanya di sebut.
“A..ayah…”
Dia mahu rebah tapi dia harus kuat. Mahu sahaja
dipeluk tubuh lelaki itu. Ilya minta sedikit masa dari
petugas KKM untuk dia bercakap seketika dengan Zaman.
“Ilya..maafkan ayah nak. Maafkan ayah.”
225 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
Mereka terpisah dengan jarak. Terpisah kerana
virus yang ada pada Ilya sekarang ini.
“Jangan cakap macam tu. Ilya seronok dapat
jumpa ayah. Ayah doakan Ilya ya. Nanti Ilya dah sihat, Ilya
balik nanti Ilya jumpa ayah dengan mak. Sampaikan salam
Ilya pada mak. Ilya nak peluk ayah tapi Ilya tak boleh.”
Zaman rebah terduduk dirumput. Bila Zaidi
bagitahunya seketika tadi dia bergegas ke mari.
“Ayah jangan nangis. Ilya akan sihat. Nanti Ilya
balik. Terima kasih kerana ayah Ilya dapat tengok dunia
ini.”
Dua petugas KKM yang tak tahu jalan cerita Ilya
juga sebak. Entah apalah kisah wanita ini agaknya.
“Ayah akan doakan Ilya. Ayah dengan mak tak
pernah tak sayangkan Ilya. Ayah dengan mak tunggu Ilya
kat sini.”
Ilya angguk.
“Ilya pergi dulu ayah.”
Ilya melangkah ke ambulan. Belum sempat dia
naik kereta Aazief berhenti betul-betul di hadapan
ambulan. Aazief meluru keluar dan cuba mendekati Ilya
sebelum petugas KKM menghalang.
“Saya nak jumpa isteri saya sekejap. Tolong.
Sekejap saja.”
226 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
“Encik tak boleh macam ni. Puan Ilya positif
Covid-19. Saya tak boleh benarkan Encik dekat dengan
pesakit. Maaf Encik.”
“Aazief saya tak apa-apa. Awak jaga diri. Doakan
saya.”
Aazief sudah tak peduli kalau ada yang
memandangnya menangis.
“Encik sekejap saja saya nak cakap dengan isteri
saya.”
Keduanya lepaskan Aazief. Aazief melangkah ke
hadapan. Berjarak dari Ilya.
“Apa lagi ujian Allah nak bagi ni?”
“Aazief tak baik cakap macam tu. Saya pergi
sekejap sahaja. Dua minggu. Awak kena selalu doa saya
cepat sembuh tau. Awak dah janjikan nak tunggu saya.
Janji dengan saya awak akan pergi buat ujian hari ini. Saya
doa virus ini tak kena pada awak. Saya nak pergi dah ni.”
“Kejap Ilya. Saya tak puas lagi nak cakap dengan
Ilya.”
“Aazief.. dia orang bertugas. Saya janji sampai
hospital nanti saya call Aazief.
“Ayah..” Ilya panggil Zaman yang berdiri
berhampiran.
Zaman mendekat.
227 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
“Aazief.. ini ayah kandung saya. Ayah.. ini Aazief
menantu Ayah. Aazief tolong hantar ayah balik ya. Ayah..
Aazief… Ilya nak pergi dah. Doakan Ilya.”
Ilya melangkah naik ke dalam ambulan. Sebaik
sahaja pintu ditutup Aazief dan Zaman sama-sama
menerpa ke tingkap tempat duduk Ilya. Hanya lambaian
sedih dan pilu tanpa suara saat Ilya dibawa jauh.
Aazief terduduk di tanah. Cuba tenangkan diri
sendiri.
“Kita sama-sama doakan Ilya.”
Suara Zaman bagai menyedarkan dia ke alam
nyata.
“Ayah… saya Aazief. Suami Ilya. Ilya akan balik.
Saya tahu Ilya akan balik.”
Zaman angguk.
“Ayah pun nak Ilya balik dengan sihat. Kita sama-
sama doa ye...”
Aazief masih sebak meskipun ambulan yang
membawa Ilya sudah menghilang.
“Aazief hantar ayah balik. Jom.”
Saat ini dia hanya menghitung waktu. Menanti
Ilya untuk dihubungi.
‘Allah.. peritnya ujian ini.’
228 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
Allah tidak menguji hamba-hambaNya di luar
kesanggupan. Dan, mereka punya doa sebagai senjata yang
memungkinkan kemustahilan
Kadang-kadang kita tertanya-tanya. Kita juga
mempersoalkan kepada Allah S.W.T. kenapa kita diberi
ujian yang berat sebegitu rupa?
Sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita
mengadu segala masalah kita dan pada siapa kita harus
minta kembali kekuatan kita.
229 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
BAB 20
Ilya berzikir sepanjang perjalanan ke hospital.
Telefon bimbit dimatikan dan diletakkan di dalam beg.
Buat masa ini dia hanya ingin berdua dengan Allah. Dia
tidak mahu ada panggilan yang merobek tangkai hatinya.
Dia juga cuba mengelakkan perkara yang akan buatkan dia
berfikiran negatif atau menjatuhkan kekuatan yang cuba
dibina. Dia hanya mahu bercerita dengan Asy-Syafi Tuhan
Yang Maha Penyembuh. Tuhan semesta alam. Tuhan yang
menjadikan segalanya bersebab.
Perjalanan ini dirasakan sangat jauh. Setiap saat
yang bergerak bagaikan berjam-jam lamanya. Di
hadapannya ialah pemandu ambulan dan seorang lagi
230 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
pembantu perubatan. Dia pula sedang keseorangan di
bahagian belakang. Dia terasa sunyi tiba-tiba. Rasa sayu
dan pilu. Kerana kecuaian manusia, dia di jangkiti. Hatinya
marah pada manusia itu kemudian cepat-cepat dia
beristigfar. Sesungguhnya segalannya dalam takdir Allah.
Kalau dia marah samalah dia marahkan ketentuan Allah
padanya. Dia tidak mahu di pandang miskin di hadapan
Allah kelak kerana punya prasangka buruk pada
takdirNYA.
Siapa kata dia tidak takut. Hatinya tetap kecut dan
gerun seperti menghadap kematian. Sudah berapa ribu
orang yang mati kerana virus ini meskipun virus ini
hanyalah penyebab.
Untaian tasbih terus bermain di hujung jari.
Menyebut nama-nama Allah.
“Ya Rahman… Ya Malik… Ya Aziz… Ya Jabbar.. Ya
Awal…Ya Akhir… Ya Syafi.. Aku mohon keizinan
daripadaMU untuk sembuh. Ya Rabb.. permudahkan urusan
kami dan berikanlah kami kekuatan dan keajaiaban.
Sesungguhnya Ya Rabb, kau jualah yang Maha mendengar
doa-doa kami. Kau Maha mengetahui apa yang
tersembunyi…Kau maha memiliki setiap yang ada di bumi.
Ilya lepaskan pandangannya ke luar jendela
ambulan. Matahari masih terang memancarkan sinar nya…
Semoga esok secerah itu jugalah takdir hidup kami.
231 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
“Terima Kasih Aazief.” Zaman ucapkan terima
kasih atas kesudian menantunya ini menghantar ke rumah.
Dia malu, segan dan takut kalau Aazief malu punyai
mentua seperti dia.
“Tak ada apa ayah. Kewajipan saya. Ayah … ayah
mentua saya. Ayah kandung Ilya.”
Dia bertemu Siti Fatimah. Wanita berketurunan
Thailand ini tersenyum manis meski tadi puas menangis
saat Zaidi memberitahu Ilya akan di bawa ke hospital.
Mahu sahaja dia mengikut suami nya bertemu Ilya tapi
pergerakannya sangat terbatas.
“Tolong tengokkan Ilya. Terima kasih sebab
terima kami sebagai keluarga.”
Siti Fatimah pandang ke lantai. Malu dengan
menantu. Sungguh berbeza dia dengan keluarga Cikgu
Zaidi.
Aazief cuba tersenyum meskipun hatinya galau
teringatkan Ilya yang langsung tak dapat di hubungi.
“Terima kasih juga sebab mak lahirkan Ilya. Insya-
Allah saya janji selagi hayat saya ada, saya akan jaga Ilya.
Nanti bila Ilya dah sembuh saya akan bawa Ilya ke sini
jumpa mak dengan ayah.”
232 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
“Terima kasih Aazief.”
Doa keduanya tidak pernah terhenti untuk Ilya.
“Saya kena balik dulu. Saya nak kena buat ujian
saringan Covid-19.”
“Yelah... Hati-hati Aazief. Jangan lupa beritahu
kami tentang keadaan Ilya.” Pesan Zaman pada menantu.
“Ya ayah. Jangan risau.”
Telefon bimbitnya bertalu-talu berbunyi. Sekejap
Zaidi. Sekejap mamanya dan sekejap lagi adiknya pula.
Semuanya ingin tahu tentang Ilya. Tapi dia sendiri belum
ada jawapan bagaimana keadaan Ilya sekarang ini. Dia
cuma mampu berdoa yang baik-baik sahaja untuk isterinya
itu.
Aazief tinggalkan rumah Zaman dengan satu
kesedihan bertandang dihati.
“Ilya…tolong call saya.”
Jeritnya sendiri.
Ilya disambut oleh petugas Kementerian
Kesihatan sebaik sahaja tiba di hospital. Ada garisan
kuning yang tidak membenarkan orang awam melepasinya
kecuali untuk pesakit yang sudah positif dalam ujian
saringan. Hati Ilya berdebar. Jarang sangat dia masuk
233 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
hospital atau jatuh sakit. Tapi kali ini Tuhan berikan dia
ujian hebat. Virus yang ada dalam tubuhnya saat ini ialah
virus yang tiada penawar. Virus yang telah menelan ribuan
nyawa. Dia tidak pernah menduga dia akan jadi salah
seorang dari mereka.
Ilya diberikan sebuah bilik seorang diri. Di bilik
inilah dia akan tinggal selama dua minggu atau selama dia
akan bebas dari virus ini.
Ilya duduk di atas katil. Dua petugas tadi telah
tinggalkan dia keseorangan.
Tilam beralaskan cadar putih dipandang. Tiga
lapis kain putih juga adalah pakaian terakhir mu nanti, Ilya.
Ilya pejamkan matanya seketika.
“Assalamualaikum…”
Seorang kakitangan hospital lengkap berpakaian
Personal Protective Equipment (PPE) muncul dengan
sepasang baju biru di tangan.
Ilya tersenyum di sebalik topeng mukanya.
Mudahan petugas ini nampak senyuman Ilya dari
pandangan matanya.
“Puan Ilya Hani. Pegawai polis? Dapat jangkitan
dari tahanan lokap?’
Ilya angguk. Mungkin butiran peribadinya sudah
sampai ke sini.
234 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
Baju hospital berwarna biru diletakkan di atas
katil.
“Kerjaya kita puan selalu berisiko. Tapi
masyarakat jarang berkisah pengorbanan kita. Staff
kesihatan kami juga dah beberapa orang yang di jangkiti.
Sudahlah kakitangan kurang, jadi makin bertambah
kurang lagi. Puan Ilya tukar baju nanti saya datang buat
pemeriksaan.”
Ilya angguk. Entah kenapa dia jadi sangat sebak.
“Ada harapan ke saya sembuh?” Soal Ilya.
“Dah ramai yang sembuh dan bebas dari virus ini.
Yang penting positif. Alhamdulillah.. Malaysia
menguruskan pesakit dan virus ini dengan baik sekali
berbanding negara lain. Cuma masyarakat yang masih
degil dan besar kepala. Puan Ilya kena positif. Lawan virus
ini dari dalaman. Nanti saya datang semula. Bilik air
sebelah kiri ini, kalau ada apa-apa tekan butang interkom.”
Ilya ucapkan terima kasih kepada staff nurse yang
memakai tag nama Suri.
Baju biru hospital dibawa ke bilik air. Ilya
bersihkan dirinya dan tukar baju. Mujur dia bawa banyak
tudung sarung. Senang dan mudah.
Ilya menyandar ke katil. Menanti waktu untuk
melakukan solat Zohor seketika lagi. Telekung dan sejadah
kecil sudah siap di sebelah.
235 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
Telefon bimbitnya dibuka. Bertalu-talu mesej
yang masuk. Ada puluhan panggilan tidak berjawab dari
ibu, ASP Razif dan Aazief. Nantilah dia belum bersedia
untuk bercakap dengan siapa pun. Talian kembali
dimatikan.
Subhanallah. Ini hanya satu ujian diantara ribuan
ujian yang Kau berikan pada aku.
Dia mula selsema, batuk kecil dan pedih tekak.
“Ya Allah kau jauhkan sakit ini dari suami ku dan
dari sahabat-sahabatku.” Ilya membulatkan
pengharapannya kepada Allah.
Ilya kerling jam di tangan kirinya.
Perlahan-lahan dia turun dari katil. Telekung
disarung dan sejadah dibentangkan mengadap kiblat. Dia
kembali tenggelam dalam kekusyukannya mengadap
pencipta yang Satu.
“Dapat contact Ilya, Aazief?” Kolonel Hanif
bertanya. Dia dan Aazief baru selesai lakukan ujian
saringan Covid-19 bila Aazief punya kontak rapat dengan
Ilya. Aazief geleng. Hatinya resah, gelisah bila Ilya senyap
seribu bahasa.
“Tak apa nanti saya cuba contact hospital tanyakan.
Sekarang ini balik bilik kuarantinkan diri sampai
236 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
keputusan keluar. Apa-apa whatsapp saja. Soal kerja jangan
risau.”
“Terima kasih Tuan.”
“Sama-sama. Saya doakan isteri awak cepat
sembuh. Insya-Allah Aazief. Kita tak pernah minta sakit ini
muncul. Ini semua ujian Tuhan untuk kita. Untuk kita kaji
dan nilai balik apa yang kita lakukan di dunia ini.”
“Ya Tuan. Terima kasih atas doa Tuan.”
‘Ilya tolonglah jawab telefon saya. Tolonglah balas
mesej saya. Kalaulah saya boleh, sekarang juga saya nak
pergi jumpa Ilya kat sana.’
Aazief berdialog seorang diri. Diharapkan getaran
mesej fikirannya ini sampai ke fikiran Ilya. Tiada lagi alat
komunikasi selain menyerahkannya kepada Allah Yang
Maha Mendengar.
Dia termenung sendirian. Perintah dari pegawai
atasan setiap anggota yang baru jalani ujian saringan tidak
di benarkan keluar dari bilik atau rumah masing-masing.
Makanan semua akan dihantar dan di letakkan di hadapan
pintu. Begitu mereka menjaga kebajikan anggota. Untuk
siapa? Untuk rakyat dan negara.
Ya Allah kenapa Ilya berdiam diri. Kenapa dia tak
nak jawab panggilan aku. Kenapa mesej aku tak berbalas.
Tadi dia telefon ke hospital. Hospital maklumkan Ilya
237 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
sudah pun masuk ke wad kuarantin. Takkan pula dia mahu
minta mereka panggil Ilya untuk jawab panggilan dia.
‘Ilya sayang.. walau kat manaa pun Ilya sekarang
dan apa pun yang Ilya buat, doa saya tak henti untuk
sayang…Stay safe. Stay in my heart.’
Aazief cuba untuk tenangkan diri. Cuba untuk
memahami dan menerima apa yang sedang terjadi ini
meski pun susah. Meski dia rasa bagaikan mimpi.
Aazief tarik nafas panjang. Dihelanya perlahan.
Dia pasrah dan redha.
238 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
BAB 21
Ilya cuba habiskan masanya dengan
membaca buku yang dibawa. Buku karangan Andrea
Hirata, Laskar Pelangi yang membawa dia seketika ke
Pulau Belitung. Kisah sepuluh pelajar Melayu yang
bersekolah di sana yang miskin dan tidak dipedulikan.
Garapan bahasanya sangat cantik dan mudah di fahami
meskipun berbeza daripada Bahasa Melayu. Kisah Ikal,
Sahara, Lintang, Ah Kiong, Kucai, Syahdan, Borek, A Ling
dan Terepani yang risau bila Muhamdiyah sekolah mereka
akan ditutup. Namun muncul Harun menjadi penyelamat.
239 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
Yang penting dalam hidup ini jangan pernah berhenti
berusaha dan berfikiran positf.
“Assalamualaikum Puan Ilya Hani?
Seorang lagi petugas masuk dengan uniform PPE
menyapa Ilya dengan ramah. Ada beberapa peralatan
bersama seorang lagi petugas.
“Waalaikumusalam.”
Ilya kembali kenakan topeng wajah. Tadi dia buka
sebab tunaikan solat Asar sampai terlupa kenakan kembali.
Petugas itu berdiri berjarak semeter lebih dari Ilya.
Tertutup semua hanya mata sahaja yang kelihatan.
“Saya Doktor Ariana Dahlia. Puan ni isteri Mejar
Aazief Azman?”
Ilya angguk. Hairan bagaimana doktor ini tahu
tentang suami nya.
“Suami Puan dan suami saya bertugas di tempat
yang sama. Suami saya Mejar Mukhriz mungkin Puan tak
kenal.”
“Oh, maaf doktor saya baru je kahwin.”
“Saya tahu. Suami Puan gelisah resah Puan tak
jawab panggilan dia. Tak balas mesej dia. Suami saya
bagitahu dah macam orang tak betul Mejar Aazief asyik
pandang telefon. Kasihan dia tentu dia bimbangkan isteri
240 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
dia kat sini. Mungkin dengan satu panggilan akan buatkan
dia tenang.”
“Ok takpe. Sekarang saya nak ambil darah Puan
Ilya ya.”
Ilya angguk.
Doktor Ariana ambil darah Ilya untuk
pemeriksaan. Masih menjaga jarak.
“Dah berapa lama Puan kahwin”
Ilya pandang darah yang disedut ke dalam botol
kecil melalui branula yang dicucuk pada urat lengannya.
“Alhamdulillah hampir dua puluh hari, doktor.”
“Telefon lah dari tadi suami saya mesej minta saya
sampaikan pesan pada Puan Ilya.
“Nanti saya call. Saya cuma tak mahu dia risau
doktor. Saya takut nanti saya pula yang tak kuat kalau
bercakap dengan dia.”
Doktor Ariana serahkan sampel darah yang baru
diambil kepada pembantu nya. Dia pandang Ilya Hani.
Kasihan Ilya dan ramai lagi barisan hadapan yang menjadi
mangsa Covid-19 kerana tugas dan tanggungjawab. Ada
doktor suami isteri keduanya positif Covid-19. Jururawat,
pembantu perubatan semuanya redha bila dijangkiti. Cuma
masayarakat tidak tahu bila semua petugas barisan hadapan
241 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
terkena jangkitan. Kementarian Kesihatan kekurangan
tenaga kerja professional untuk berikan rawatan.
“Puan Ilya.. apa yang kita lakukan ini satu kerja
yang cukup mulia. Saya merawat orang. Puan Ilya menjaga
keselamatan masyarakat. Tapi selagi mana masyarakat
tidak mahu memahami apa yang kita lalui selagi itulah
minda mereka tak akan berubah. Saya sendiri dah hampir
tiga minggu tak berjumpa suami dan anak.”
Allahu Akhbar! Bagaimana perasaan seorang ibu
yang tidak bertemu anaknya. Kasihan.
Suhu dan tekanan darah Ilya diambil. Demam
masih agak tinggi.
“Insya-Allah.. dah ramai pesakit Covid-19 ini yang
sembuh kat negara kita. Kematian pun tidak sampai dua
peratus dari keseluruhan kes. Yang penting positif. Nak
harung empat belas hari kurantin ini memang sesuatu yang
bukan mudah. Tapi kita tiada pilihan selain hadapinya
dengan tabah. Tabah tu senang je nak cakap tapi untuk
menjadi seorang yang tabah bukan mudah. Saya doakan
Puan Ilya akan segera sembuh. Percayalah DIA yang
berikan kesakitan dan ujian DIA juga yang maha
menyembuhkan dan berikan kebahagiaan. Saya minta diri
dulu, jangan lupa call Aazief.”
Ilya angguk.
242 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
Telefon bimbit diambil. Di buka kembali. Bertalu-
talu pesanan yang masuk .
My sweet Ilya please jawab call saya.
Ilya kat mana sekarang?
Ilya saya risau.
.
Ilya please balas whatsapps saya kalau
tak nak jawab call..
Ilya I miss You
Ilya I love you.
Ilya please…
.
Entah berapa puluh mesej yang dihantar Aazief
termasuk pesanana suara. Ilya tarik nafas panjang. Jeda
seketika. Jemarinya mula menaip sesuatu ditelefon
bimbitnya.
Aku tak pernah pergi selalu ada di hati mu
Kau tak pernah jauh selalu ada dalam hatiku..
Terima kasih pada maha cinta menyatukan kita
Saat aku tak lagi
243 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
Maaf Aazief saya belum bersedia untuk bercakap
dengan siapa-siapa. Beri saya masa, doakan saya dan
saya juga cintakan awak, Aazief Azman.
Airmatanya menitis lagi. Beberapa pesanan dari
rakan setugas juga dibaca. Semuanya menitip agar dia
diberi kekuatan. Agar Allah sembuhkan dia.
Sampai hati Ilya. Kenapa Ilya tak bagi saya untuk
sama merasai kesakitan dan kesedihan Ilya. Ya saya
tahu saIlyyaa mbaucnagskeinbabriuskadnemsiuasmebiaryiasnpgesIlaynaaahnaraApakzaienf..di
tinygaknagpIlhyiajadua.mMbaatkaanny.aSdiaippaeljaamh skaaynaskeakne…tika.
Awak anugerah terindah untuk saya, Aazief. Selalu
ada di hati saya seperti yang selalu awak bagitahu saya
#stayinmyheart. Tipu kalau saya kata saya tak takut
untuk hadapi semua ini sendiri. Saya masih perlukan
sebelah tangan awak untuk saya berpaut.
Saya nak call Ilya. Saya nak video call. Saya nak
tengok Ilya kat sana.
244 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
Tak ada apa yang saya nak tunjukkan kat sini, Aazief.
Katil cadar semua nya warna putih. Macam pakaian yang
akan kita pakai buat kali terakhir nanti. Ada satu tingkap
untuk saya jenguk ke luar. Tapi kat luar pun hanya ada
awan berwarna putih.
Saya nak tengok isteri saya sekejap pun jadilah
sayang. Cukup untuk tatapan mata saya.
Saya tak nak awak tengok saya macam ni Aazief.
Dalam keadaan saya sakit, pucat dan sedih.
Habis tu Ilya cuma nak saya ada dengan Ilya ketika
Ilya sihat? Cantik? Ketawa gembira? Macam tu?
Aazief saya nak berehat. Saya nak tidur sekejap. Jaga
diri awak. Awak adalah separuh nyawa saya. saya
tinggalkan separuh jiwa saya pada awak.
Ilya tutup bicara nya dengan Aazief. Kemudian
dia hantar satu pesanan pada ibu dan ayah nya.
245 | S o p h i l e a