MISI LOCKDOWN HATI DIA
Terima kasih Arin walaupun saya tahu harapan tu
tipis tapi saya tetap mahu letakkan keyakinan Ilya akan
pulih. Kenapa Ilya boleh jadi macam tu sedangkan dia tak
ada apa-apa sakit selain terkena virus tu?
Persoalan ini seringkali bermain di mindanya.
Setiap hari dia baca kematian akibat Covid-19. Kebanyakan
nya sudah berusia dan ada sejarah perubatan macam darah
tinggi, jantung, diabetes dan lain-lain lagi. Tapi Ilya tak ada
itu semua.
Dia ingin tahu kenapa Ilya jadi macam tu.
Sebelum Ilya kena virus corona, dia sudah alami
demam panas. Mungkin sebab itu daya ketahanan
tubuh dia lemah dan mudah virus menyerang. Segala
kemungkinan boleh berlaku Aazief.
Ya dia ingat sebelum itu Ilya terkena hujan lebat.
Kemudian demam. Dalam masa yang sama Ilya tangani kes
pesalah yang positif Covid-19.
Terima kasih Arin. Ada apa-apa tolong bagitahu
saya secepatnya. Saya tunggu walau apapun beritanya.
Saya akan terima walau apa pun Arin.
296 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
Redha? Selepas beberapa hari Ilya di unit rawatan
rapi, dia cuba untuk redha. Dia cuba untuk menerima
hakikat kalau Allah takdirkan dia kehilangan Ilya pada saat
ini. Kalau itu yang terbaik untuk Ilya. Kalau itu yang dapat
hilangkan kesakitan yang ditanggung. Kalau itu takdir
yang Allah coretkan untuk perkahwinan dia dan Ilya. Biar
sekejap namun kenangan itu dia akan bawa ke mati.
Segala-galanya cuba dihadam oleh Aazief supaya dia lebih
bersedia.
Takdir itu secebis coretan Allah untuk hidup kita.
Untuk menentukan takdir kita tak layak kecuali DIA. Kita
hanya mampu berdoa dan berusaha kemudian tawakal.
My sweet Ilya Hani…saya redha andai saya tak lagi
bertemu Ilya. Andai Ilya tak lagi kembali ke pangkuan saya,
saya izinkan Ilya untuk pergi jauh tapi saya janji awak tak
akan pernah jauh dari hati saya. Selamanya….
Hujan renyai mula turun dengan lebat. Aazief
masih berdiri saat hujan membasahi tubuhnya. Suasana
semakin sunyi seperti hatinya yang dikurung kesunyian.
Seperti negara yang bagai dilangar garuda. Semua orang
diam, senyap dikediaman masing-masing.
Invisible enemy …ya… Allah hantarkan tenteranya
yang paling halus dan paling kecil tapi satu dunia
bergoncang kerananya. Untuk apa? Mungkin satu
peringatan buat kita yang alpa.
297 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
BAB 26
Azean tunaikan solat Dhuha pagi itu
dengan penuh kekusyukan mengadap DIA yang satu.
Memohon rezeki, memohon agar Allah menyembuhkan
cinta hati nya Ilya Hani.
Allahumma Innadh Dhuha-A Dhuha-Uka
Wal Bahaa-A Bahaa-Uka
Wal Jamaala Jamaaluka
Wal Quwwata Quwatuka
Wal Qudrata Qudratuka
Wal Ishmata Ishmatuka
298 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
Allahuma Inkaana Rizqi Fis Samma-I Fa Anzilhu
Wan Inkaana Fil Ardhi Fa-Akhrijhu
Wa Inkaana Mu'asiran Fayassirhu
Wa Inkaana Haraaman Fathahhirhu
Wa Inkaana Ba'idan Fa Qaribhu
Bihaqqiduhaa-Ika Wa Bahaaika
Wa Jamaalika Wa Quwwatika Wa Qudratika
Aatini Maa Ataita Min'Ibadikash Shalihin
Ya Muiz…Ya Lathif.. Ya Halim.. Ya Ghafur… Ya
Syakur… Aku berdoa diatas nama-nama kebesaran Mu Ya
Allah… Ssembuhkanlah puteri kami, jauhkan dia dari
segala bencana dan wabak. Ya Rabb hapuskanlah wabak ini
dari terus mendekati kami.
Airmatanya nya mengalir membasahi telekung
putih yang di kenakan.
“Awak berdoa untuk Ilya?” Soal Zaidi yang
muncul dari arah dapur.
Azean angguk. Matanya bengkak sudah beberapa
hari menangis.
“Semoga Allah dan para malaikat jagakan Ilya
Hani untuk kita.”
“…Nanti bila PKP dah tamat kita pergi sana
jenguk Ilya dan Aazief. Kita jenguk Zaman dengan
299 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
isterinya juga. Kita akan duduk lama-lama kat sana. Kita
sewa chalet dekat kaki bukit tu yang ada sungai kat depan
chalet tu.”
Azean tahu kalau suaminya ini cuba untuk
mengembirakan hati nya.
“Lepas tu kita ajak Ilya makan dekat sungai tu
yang atas air tu.”
Zaidi senyum. Dia angguk.
“Kita doa ya Yan. Allah tu Maha mendengar doa
hamba Nya.’
Azean angguk. Semoga Dhuha nya ini diterima
Allah.
“Mejar Aazief Azman?”
Suara yang menegur Aazief buatkan Aazief
berpaling. Hari ini dia terpaksa hadiri taklimat keselamatan
di kem Gerik.
Langkahnya ke kereta terhenti. Tiba-tiba dia
berpaling seorang lelaki berpangkat Mejar, memakai kaca
mata hitam berdiri tegak memandangnya. Walaupun
memakai topeng muka jenis 3 lapisan, Aazief belum lupa
siapa dia.
300 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
Aazief kenal. Tapi dia sengaja buat-buat tidak
kenal.
“Yes? Anything?” Rasanya dia tidak punya apa-apa
urusan dengan lelaki ini. Kaca mata hitam di kenakan.
Dengarnya lelaki itu baru bertukar ke kem di sini.
Lelaki itu mendekat. Aazief masih berdiri tegak.
“Suami Ilya Hani?”
“Yup. Anything?”
“Aku bekas tunang Ilya Hani. Mungkin kau belum
tahu.”
Aazief ketawa sinis.
“Ada aku tanya?”
“Well.. Aku ucapkan tahniah atas perkahwinan
kau orang. Aku dengar Ilya tak sihat. Aku tumpang
simpati. Aku dengan Ilya bertunang hampir dua tahun.
Kau tak nak tahu sejarah percintaan kami ke?”
Kalau bukan kerana uniform yang dipakai sudah
lama penumbuknya dilepaskan pada lelaki ini.
“Terima kasih atas simpati kau. Aku tak perlu
tahu kau siapa atau apa-apa tentang kau dan isteri aku.”
Aazief melangkah pergi sebelum suara Nasarudin
menghentikan langkah kakinya.
“Aku yang tinggalkan Ilya. Aku bodoh waktu tu.”
“So? Kau nak apa sebenarnya?”
301 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
Nasarudin ketawa kecil.
“Tak ada apa-apa. Cuma aku rasa Ilya belum
lupakan aku sepenuhnya.”
Nasarudin terus melangkah pergi sebaik sahaja dia
habis berkata. Mahu sahaja Aazief kejar dan humbankan
tinju ke wajah lelaki itu.
“Sabar Tuan.” Sarjan Ishak yang perasan
perubahan pada wajah Aazief cuba tenangkan pegawai
atasannya ini.
“Saya okey Sarjan. Dia sengaja nak naikkan darah
saya.”
Aazief tak tahu kenapa lelaki ini tiba-tiba muncul.
Tapi dia silap kerana dia tak akan mampu buat hati Aazief
berganjak sedikitpun dari Ilya Hani nya.
Lelaki itu tak akan mampu berangan pun untuk
dekat dengan Ilya. Itu janji dia.
“Semua cuti kita dibekukan Tuan. Tak tahulah
sampai bila.”
Sarjan Ishak tenang memandu. Dia rindukan anak
isteri di kampung meskipun kampungnya hanya dua puluh
kilometer dari tempat bertugas. Dia juga sama seperti
orang lain yang terhalang kerana perintah. Setiap hari dia
hanya dapat lepaskan rindunya bersama keluarga melalui
panggilan video. Ramadhan yang tidak sempurna tanpa
302 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
keluarga di sisi. Berbuka di tepi jalan bersama rakan
seperjuangan. Kadang-kadang tidur pun berdiri asal dapat
lelap seketika.
“Bukan kita saja, Sarjan. Semua barisan hadapan
iaitu doktor, jururawat, pasukan Gerakan Am, polis dan
lain-lain. Kita rindu pada anak isteri kita namun kita cuma
mampu pendam sahaja. Itupun ada yang terfikir nak
potong gaji kakitangan awam. Tahun ini ialah tahun yang
paling bersejarah pada kita semua. Kali ini semua orang
terpaksa beraya di rumah masing-masing.
“Kali ni tak ada ziarah, tak ada rumah terbuka dan
tak ada takbir raya di masjid. Sesuatu yang kita akan rindui.
Sarjan andai kata ini raya terakhir kita. Hebatkan Allah
bagi kita ujian?”
Sarjan Ishak angguk.
“Betul Tuan... Sepanjang hidup saya inilah kali
pertama Ramadhan tanpa terawikh. Semoga semua ini
cepat berlalu. Biar masjid penuh semula dengan Jemaah.
Kalau kita tak dapat cuti pun sekurang-kurangnya pagi
raya kita boleh bertakbir dan bertahmid bersama. Tapi kali
ini mungkin tak ada lagi semua tu.”
Aazief angguk. Semua orang akan ingat tahun ini
sebagai tahun yang tak mungkin dilupakan sepanjang
hayat. Tiada lagi berhari raya di kampung halaman. Pelik
303 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
tapi itulah yang akan menjadi sejarah yang akan diingati
buat selamanya.
Perbualan Aazief dan Sarjan Ishak terhalang
dengan satu panggilan yang masuk ke telefon bimbit
Aazief. Dari hospital. Hatinya berdebar. Dia minta Sarjan
Ishak berhentikan kereta di kawasan lapang di tepi jalan.
“Hello!”
“Hello.. boleh saya bercakap dengan Encik Aazief
bin Azman?” Satu suara di hujung talian.
“Ya saya.” Jantungnya berlari laju. Dia dapat
mengagak kalau panggilan ini ada kena mengena dengan
Ilya.
“Encik waris kepada Puan Ilya Hani binti
Abdullah.?”
Aazief cuba bertenang sepenuhnya. Bukan kah dia
redha dengan apa pun yang akan berlaku. Tapi kenapa
hatinya tidak berhenti berdebar? Kenapa jantungnya
seakan bagai tercabut dan jatuh ke tanah? Kenapa tubuh
nya terasa panas?
“Saya. Ada sesuatu ke tentang isteri saya?”
Matanya bergenang sudah tidak peduli kalau
Sarjan Ishak nampak.
“Tadi Doktor Ariana cuba telefon Tuan tapi tak
dapat. Doktor Ariana ada hal kat kecemasan. Jadi dia
304 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
minta saya maklumkan kepada Tuan tentang Puan Ilya.”
Aazief menggeletar. Tangannya digenggam kuat.
“Is..isteri saya kenapa Puan?”
“Saya nak maklumkan yang Puan Ilya.. mesin
ventilator telah pun dibuka pagi tadi.”
“Ya Allah…Ilya…” Aazief menjerit .
“Sabar Tuan saya belum habis cakap.”
Aazief menanti.
Sarjan Ishak di sebelah cuma menenangkan nya.
“Doktor dah buka ventilator sebab isteri Encik dah
stabil. Kemungkinan esok Puan Ilya akan di tukarkan ke
wad biasa. Alhamdulillah syukur Tuan. Puan Ilya dah
melepasi tahap kritikal.” Suara itu memberi sinar harapan
yang membuatkan hatinya lega dan bersyukur.
“Allahuakbar….” Aazief menangis.
“Terima kasih Puan. Terima kasih. Terima kasih
semua yang merawat isteri saya.”
“Sama-sama. Apa-apa perkembangan pihak
hospital akan maklumkan.”
Aazief segera keluar. Tanpa berkata apa-apa terus
dia lakukan sujud syukur di atas rumput. Airmata nya
tumpah. Terasa Allah dengar doanya. Allah kabulkan
hajatnya. Apa lagi yang dia mahu selain Ilya kembali
dengan sihat.
305 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
Sarjan Ishak turut sama mengalirkan air mata.
Sekuat mana pun lelaki tetap ada rasa sedih dan terharu.
“Isteri saya …isteri saya sarjan. Ilya..Ilya dah stabil.
Ya Allah …Alhamdulillah.. Allahu Akbar.”
“Alhamdulillah syukur Tuan. Allah bagi keajaiban
Nya pada Tuan pada isteri.”
Langit di atas cerah dengan cahaya matahari.
Semoga esok dan hari seterusnya akan terus cerah.
Perkhabaran gembira itu sudah disampaikan terus
oleh Aazief kepada semua ahli keluarganya. Semuanya
gembira dan bersyukur diatas izin Tuhan Ya Syafi dan Ya
Mujib.
Sepanjang hari senyuman kegembiraan tak lekang
dari wajah Aazief meskipun Ariana bagitahu Ilya masih
perlu dirawat. Dia tidak peduli asal kan Ilya kembali stabil.
“Doktor Arin…thanks…”
Ilya ucapkan terima kasih pada pakar perubatan
yang merawatnya selama ini. Lima hari sudah dia keluar
dari unit rawatan rapi.
“Tugas saya Ilya.”
Ariana yang masih tetap memakai sut PPE
melawat Ilya petang itu. Perkembangan Ilya sangat positif.
306 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
Hari ini juga dua pesakit telah keluar dari wad. Dia sangat
letih namun dia gembira. Ini pengorbanan dia untuk orang
ramai untuk negara.
“Ilya tersenyum. Tetap memakai topeng wajah.
“Saya ada berita baik nak bagitahu Ilya.
Alhamdulillah swap test yang kita buat semalam… Ilya
negatif. Ilya bebas dari Covid-19.”
Airmata Ilya gugur. Berbelas hari dia di sini.
Mengharungi detik menghampiri mati. Inilah perkhabaran
paling indah dia rasakan.
“Alhamdulillah.”
Ilya tadah tangan. Mengucapkan syukur pada
Tuhan semesta alam. Nikmat Ramadhan, Allah hilangkan
segala musibah pada dirinya.
“Saya boleh balik, doktor?” Ilya sedikit teruja.
Ariana angguk.
“Tapi Ilya tetap kena kuarantin selama beberapa
hari selepas balik ini. Sekurang-kurangnya lima hari. Tak
boleh berdekatan dengan siapa pun.” Tegas Ariana.
Teringin nya Ilya mahu melihat wajah Ariana yang
tertutup. Mesti Doktor Ariana seorang yang sangat cantik.
“Faham kan?”
Ilya angguk.
Sekali lagi bibirnya mengucapkan syukur.
307 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
Ilya Hani dipindahkan ke bilik lain. Ada beberapa
pesakit juga yang disahkan negatif selepas menerima
rawatan hampir dua minggu di sini. Dia lega.
“Assalamualaikum sayang…”
Wajah yang paling dia rindui selama ini menjelma
akhirnya. Tak sabar mahu bertemu esok.
“Waalaikumusalam. Aazief sihat?”
“Sihat. Saya dapat berita result Ilya dah negatif dari
Doktor Ariana. Saya syukur sangat. Saya tak sabar nak
tunggu Ilya balik. Nak sahur dan berbuka sama-sama. Saya
sayang Ilya sangat-sangat. Berminggu saya tak jumpa Ilya.
Allah sahaja yang tahu perasaan saya.”
Ilya pandang mata Aazief. Cukup mata itu
mengambarkan betapa rindunya dia pada Ilya Hani.
“Tapi balik pun saya kena kuarantin juga. Saya tak
tahu nak duduk mana. Saya ingat nak duduk hotel je.”
Aazief geleng.
“Saya dah siapkan tempat untuk Ilya kuarantin.
Tapi doktor cakap Ilya dah bebas kan.?”
Ilya angguk. Namun dia tetap memilih untuk
kuarantin selama beberapa hari selepas balik dari hospital.
“Terima kasih Aazief. Terima kasih kerana tak
henti doakan saya. Terima kasih kerana sanggup tunggu
saya.”
308 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
“Saya tunggu Ilya selamanya. I love you sayang. I
love you so much. Stay in your heart forever and stay in my
heart ever after.”
Romantisnya Aazief buatkan pipi Ilya merah
menahan malu.
“Okeylah tak boleh cakap lama dalam hospital.
Lagipun ramai kat sini. Jaga diri ya. Saya sayang Aazief.”
Ilya sedut nafas sedalam-dalamnya. Dihelanya
perlahan. Matanya ditutup dan dibuka. Syukur kepada
Allah yang izinkan untuk terus dia bernafas di muka
bumiNYA.
“Terima kasih Allah kerana ini takdir terindah
yang KAU coretkan dalam perjalanan hidup aku. Dugaan
ini ujian untuk aku terus kuat.
“Assalamualaikum mak.”
Sebelum ini dia hanya bercakap dengan Siti
Fatimah melalui panggilan telefon. Kali ini dia buat
panggilan video.
Siti Fatimah kelihatan menangis saat melihat Ilya
diskrin telefon.
“Mak jangan menangis. Ilya dah sihat. Nanti Ilya
balik dan jumpa mak. Ilya nak peluk mak ya.”
“Mak tak pernah lupa lepas Ilya lahir. Mak peluk
Ilya kuat-kuat. Ilya tidur dekat pangkuan mak sampailah
309 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
subuh itu. Bila ayah ambil Ilya mak cuba tahan perasaan.
Tahan menangis. Tapi bila ayah bawa saja Ilya, mak terus
mak meraung. Ilya maafkan mak ya.”
Ilya kesat matanya yang berair.
“Ilya tak pernah salahkan mak atau ayah. Ilya tahu
apa pun mak lakukan semuanya bersebab. Sebab mak
sayangkan Ilya kan. Tengok Allah dah temukan kita
semula. Ilya janji Ilya akan jaga mak dengan ayah sebaik-
baiknya.”
“Balik cepat nanti mak masakkan untuk Ilya. Ibu
cakap Ilya suka sangat bingka ubi kan. Nanti mak buatkan
ya.”
Ilya angguk.
“Nanti Ilya jumpa mak.”
Kadang-kadang terasa sedikit janggal punya dua
orang ibu pada satu masa. Meskipun sudah bertemu ibu
kandung dia tidak sesekali melupakan Azean. Ilya
kemudian menghubungi Azean pula. Terpancar wajah
kegembiraan keduanya.
“Bila dah habis PKP ni Ilya balik jenguk ibu ya
dengan Aazief. Nanti Ilya bawa mak dengan ayah sekali.
Ibu… Semoga kita jadi keluarga yang bahagia dalam
rahmatNYA.
310 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
Aazief ketuk pintu bilik dua kali. Ilya yang baru
selesai mandi tersenyum. Dia tahu Aazief datang hantarkan
makanan berbuka puasa.
“Sekejap saya baru lepas mandi.”
Jerit Ilya dari dalam bilik.
Aazief tersenyum dari luar pintu bilik.
Menghitung hari lagi dua hari Ilya tamat kuarantin. Buat
masa ini dia di bilik bawah dan Ilya di atas. Meskipun
sudah bebas dari Covid-19 tapi Ilya tetap bertegas. Dia
langsung tak benarkan Aazief dekat dengannya. Nasiblah
kan kahwin dengan pegawai polis.
Ilya siap berpakaian saat pintu bilik di buka.
“Cantiknya isteri saya ini.”
Ilya tersenyum. Bungkusan yang diletakkan di
hadapan pintu bilik diambil. Aazief memakai baju T warna
coklat dan seluar loreng tentera darat. Cuma balik sekejap
hantarkan makanan untuk Ilya sebelum kembali bertugas.
Rambut Ilya melepasi bahu dan bibirnya merah
delima tanpa secalit gincu. Pipinya kemerahan tanpa
pemerah pipi. Kacukan Malaysia-Thailand. Cantik. Macam
Aazief selalu cakap Ilya macam pelakon The Crown Princess.
311 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
Tapi kata Ilya, cukuplah dia hanya jadi puteri di hati
Aazief.
“Tengok saya macam nak telan, kenapa?” Ilya
menyandar di kisi pintu bila Aazief berganjak sedikit.
“Well, kalau Ilya benarkan boleh je saya telan Ilya.”
Ilya ketawa kecil.
“Dahlah pergi bertugas. Nanti lambat pula.”
Aazief geleng.
“Saya masuk tugas pukul dua pagi pula. Saya nak
temankan Ilya buka puasa malam ni. Ilya… sampai bila nak
kurantin. Ilya dah sihat kan?”
“Sampai saya betul-betul yakin saya dah sihat.”
Aazief tepuk dahi.
“Matilah saya nak tunggu.” Kempunan lah malam-
malam asyik peluk teddy bear Ilya kat bawah tu.”
Ilya ketawa besar. Sebenarnya dia sendiri sudah
yakin yang dia sudah bebas sepenuhnya dari wabak Covid-
19. Tapi kata Doktor Ariana dia tetap kena hadir
temujanji. Kena jaga diri. Setiap hari kena mengambil
supplimen vitamin c. Bukan itu saja, setiap bekas pesakit
positif Covid-19 juga adalah wajib menghadiri sesi
kaunseling yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan.
“Terima kasih Aazief untuk semua ini.”
312 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
Ilya melangkah keluar. Berdiri dekat dengan
Aazief.
“Terima kasih untuk apa?”
“Untuk semuanya.”
Dia langsung tak tahu kalau Aazief sewa rumah
ini. Dia dan Aazief sama-sama sudah pun beli rumah. Ilya
di Ipoh dan Aazief di Batang Kali. Ialah siapa sangka
mereka berjodoh kan.
“Tak perlu berterima kasih sebab ini
tanggungjawab saya kerana saya sayang Ilya Hani saya.”
Ilya semakin rapat dengan Aazief yang menyandar
di dinding. Sungguh dada Aazief berdebar. Haruman yang
di pakai Ilya menggetarkan jiwanya.
Cuma seinci berjarak, Ilya genggam jemari Aazief.
Kuarantin? Dia cuma menurut kata hati saat ini.
Aazief merah muka. Jantungnya berdegup laju.
“Il..Ilya…”
Hampir berlaga hidung.
Ilya senyum. Cepat-cepat dia menjarakkan
kembali dirinya dari Aazief.
“Sorry. Tak sengaja. Maaf sebab kurangkan pahala
puasa Aazief.”
313 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
Ilya melangkah semula ke bilik. Belum sempat dia
melangkah Aazief terlebih dahulu memeluknya dari
belakang.
“Untuk satu pelukan tak akan membatalkan puasa
saya dan Ilya.”
Aazief letakkan dagunya di bahu Ilya. Ilya peluk
lengan Aazief yang melingkari pinggangnya.
“Setelah sekian lama, saya impikan berada dalam
pelukan Aazief. Terima kasih Aazief.
“Kalau saya tak nak pergi kerja malam ni boleh
tak?”
Ilya ketawa kecil. Masih selesa dipeluk Aazief.
“Tanggungjawab sayang.”
“Lima minit lagi nak berbuka. Saya nak peluk Ilya
untuk lima minit lagi.”
Angin bagai berbicara sesuatu tentang perasaan
yang sukar diterjemahkan. Untuk seketika biar hati
berbicara.
314 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
BAB 27
Allaahu Akbar
Allaahu Akbar
Allaahu Akbar
Laa ilaaha illallaah
Wallaahu Akbar
Allaahu Akbar Walillaahil Ham'd
Suara takbir bergema Subuh itu. Sayu dan sayup
dari corong radio.
Ilya tadah tangan mengaminkan doa yang di baca
Aazief. Subuh 1 Syawal seribu satu perasaan bermain.
Rindu, sayu.. semuanya berlagu menjadi satu.
315 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
Ilya hulurkan tangan ketika Aazief masih di tikar
sejadah. Ilya masih cantik bertelekung putih.
“Ilya mohon ampun mohon maaf dari hujung
rambut sampai hujung kaki andai Ilya ada lakukan apa-apa
saja kesilapan dan dosa pada abang. Ampunkan Ilya.”
“Sayang tak ada dosa pun dengan abang. Selamat
hari raya sayang…”
Ilya dongakkan wajahnya memandang Azief.
“Selamat hari raya abang.”
Dahinya dicium sebelum bibir Aazief melekap
seketika dibibirnya. Aazief menarik Ilya kedalam
pelukannya.
“Maaf raya pertama kita macam ini. Tak ada baju
baru tak ada apapun.”
Bisik Aazief.
“Ilya dah biasa tak beraya. Cuma kali ini Ilya rasa
seronok meskipun bertugas Ilya dapat sambut raya dengan
suami. Walaupun dengan beruniform.”
Aazief ketawa kecil.
“Itulahkan bila tentera kahwin dengan polis sama-
samalah kita berkorban untuk negara. Abang habis tugas
pukul dua. Ilya?”
“Tak pasti lagi. Pagi ini abang temankan Ilya buat
road block kan?”
316 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
Aazief angguk.
“Lepas tu Ilya bertugas kat balai. Bila free nanti
kita pergi rumah ayah sekejap ya.”
Aazief ketawa.
“Kita tetap ada je keluarga kat sini.”
Ilya jarakkan diri sedikit dari Aazief namun jemari
kedua nya masih bertaut.
“Ilya dah siapkan uniform abang. It’s time. Jom kita
kena bertugas.”
“Em…”
Ilya bangun cuba menarik Aazief untuk berdiri.
Senyuman nakal Aazief buatkan matanya memandang
suaminya ini. Tarikan Aazief lebih kuat. Ilya kembali jatuh
dalam dakapannya.
Rendang ayam, ketupat segera, mihun goreng dan
tiga jenis kuih hidangan pagi ini sebelum mereka mulakan
tugasan. Hidangan pagi Syawal. Dua penjawat awam,
seorang memakai uniform biru polis dan seorang memakai
uniforn hijau tentera enak menjamah ketupat segera
NONA dan rendang ayam yang di masak oleh Ilya malam
tadi.
“Okey Mejar Aazief Azman… selamat bertugas di
pagi Syawal.”
317 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
Ilya berikan tabik hormat pada Aazief saat Aazief
hantar Ilya ke IPD untuk taklimat pagi ini sebelum
bertugas. Manakala Aazief perlu ke kem dahulu.
“Selamat bertugas juga buat Puan Inspektor Ilya
Hani.”
Ilya ketawa. Turun dari kereta Aazief. Menyapa
siapa sahaja yang bertembung dengannya. Sebekas
rendang ayam, ketupat dan bihun goreng dijinjing. Buat
meraikan Aidilfitri bersama teman-teman seperjuangan.
Raya kali ini ialah raya yang paling bermakna buat
Ilya. Dia bergelar seorang isteri kepada pegawai tentera
darat, dia berjaya melepasi dari ujian sakit yang berat dan
yang paling bermakna bila ditemukan kembali dengan
kedua ibu bapa kandungnya. Hebatnya kasih sayang Allah
kepada makhluknya. Allah hadirkan ujian namun DIA
berikan kegembiraan.
Aazief memandu terus ke kem. Pagi Syawal
terindah buatnya juga. Ada pelukan isteri yang sangat
istimewa. Saling bermaafan. Makan masakan air tangan
isteri. Dialah tentera paling bahagia agaknya saat ini. Dari
tadi bibirnya tak lepas mengukir senyuman.
Nasarudin? Lelaki itu tak akan muncul lagi dalam
hidup Ilya Haninya. Ilya Hani cuma ada seorang… Mejar
Aazief Azman.
318 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
Epilog
Jangan pernah menangis untuk seseorang
yang menyakitimu. Tersenyumlah dan katakan “terima
kasih” karana dia telah memberimu kesempatan untuk
menemukan seseorang yang lebih baik
Ilya berpeluk tubuh merasai bayu Cameron yang
sekian lama dia rindui. Matanya dipejamkan seketika.
Di wakaf berhampiran rumah, dua ibu dan dua
ayah nya sedang berbual mesra. Esok dia akan bertemu
dengan kedua-dua adiknya. Dia tak sabar menanti esok.
Dia tidak keseorangan dalam dunia ini. Punya adik beradik
dan keluarga yang sangat menyayanginya.
Seronok bila berada di rumah sendiri. Berbulan
lamanya dia tak kembali. Berbulan lamanya dia berkorban
319 | S o p h i l e a
MISI LOCKDOWN HATI DIA
untuk negara dan masayarakat. Sehingga hampir meragut
nyawa. Tapi hari ini dia mampu tersenyum.
“My crown princess…don’t leave me alone.”
Tubuhnya di peluk dari belakang. Mengadap
Gunung Berinchang yang tetap sahaja ditutupi kabus.
“I won’t. Ilya tak akan tinggalkan abang sampai
akhir hayat. I love you my dear Mejar Aazief Azman.”
Ketika kamu telah menemukan cinta sejati, jangan
berniat untuk menemukannya lagi. Peluk dan genggamlah
ia selama kamu masih memilikinya.
320 | S o p h i l e a
Senarai novel-novel daripada
Novelis Sophilea
1. Samudera Indah Nian – Jemari Seni
2. Sweetnya Dia – Idea Kreatif Publication
3. Anugerah Terindah – Intens
4. Nota Buat Cempaka – Intens
5. Seindah Cinta Raisa – Intens
6. Hanya Untuk Dia – Intens
7. Dia Yang Terindah – Tinta Creative
8. Cintaku Seluas Samudera Biru – Tinta Creative
9. Kau Yang Terindah (Mini Novel) – Tinta Creative
10. Assalamualaikum Duhai Habib – Tinta Creative
11. Seteguh Grahara – Tinta Creative
12. Sejernih Al Kautsar (Mini Novel) – Tinta Creative)
13. Seluas Samudera (Mini Novel) – Tinta Creative
14. Anugerah Terindah Istimewa Aidilfitri (mini novel) –
Tinta Creative
15. Adanya Dhia – Tinta Creative
16. Seindah Cinta Kapten Mukhriz (mini novel) – Tinta
Creative
17. Setulus Kasih Ariana Mukhriz (poket novel) – Tinta
Creative
18. Kerana Aku Cinta Kamu – Tinta Creative
19. Travelog Aku Makcik Navy – Tinta Creative
20. Cikgu Kan Kugari Hatimu – Intens
21. Kerana Kau Aku Kembali – KarnaDya Publishing
22. 1001 Malam – Tinta Creative
23. Bukan Sekadar Lafaz – Tinta Creative
24. Love Story – Tinta Creative (Februari 2018)
25. Calon Isteri Buat Suami – Tinta Creative (Februari
2018)
26. Zulaikha – Tinta Creative
27. Catatan Cinta Buat Dr. Luqman – Tinta Creative
28. Maya – Tinta Creative
29. Warkah Dari Armada – Tinta Creative
30. Tuhan Berikan Aku Cinta – Karnadya Publishing
31. Bangkitkan Aku Kembali – Karnadya Publishing
32. Puaka 3 Dimensi – Khursani Press
33. Sayangku Kapten Mukhriz (Zine) – Tinta Global
34. My Sweet Cik Leftenan – Intens
35. Cinta Dari Baitullah – Tinta Global
36. Misi Lockdown Hati Dia – Tinta Global
37. Do You Love Me, Captain – Tinta Global (Jun
2020)
38. Pengantin 1 Malam – Intens (Akan Datang)
SENARAI DRAMA-DRAMA ADAPTASI
1. SAYANGKU KAPTEN MUKHRIZ (ANUGERAH
TERINDAH) – TV3 (2016)
Creative Skill Solution Sdn. Bhd.
2. NOTA BUAT CEMPAKA – TV1 (2019)
A10 Alliance Sdn. Bhd.
3. PENGANTIN 1 MALAM – TV3 (Akan datang)
A10 Alliance Sdn. Bhd.
SENARAI E-BOOK (TERBITAN TINTA GLOBAL)
1. DIA YANG TERINDAH (DYT)
2. KAU YANG TERINDAH (KYT)
3. ADANYA DHIA
4. ANUGERAH TERINDAH ISTIMEWA
AIDILFITRI
5. CINTAKU SELUAS SAMUDERA BIRU
6. 1001 MALAM
7. CALON ISTERI BUAT SUAMI
8. ASSALAMUALAIKUM DUHAI HABIB (JUN
2020)
9. SAMUDERA INDAH NIAN (JUN 2020)
10. MY SWEET CIK LEFTENAN (AKAN DATANG)
Pembelian: www.shopee.com.my/tintaglobal
www.tintaglobal.com.my