The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

SINOPSIS

Inspektor Ilya Hani dan Mejar Aazief Azman, mereka baru bernikah . Bertemu kerana hubungan keluarga. Sehari selepas bernikah masing-masing di panggil bertugas. Tidak sempat mahu bermesra atau mengenali antara satu sama lain. Ajaibnya Allah temukan mereka di kawasan tugasan yang sama. Sama-sama berbakti pada negara meski inai masih merah di jari. Berdiri di tengah hujan panas demi keselamatan negara. Cinta mereka berputik di situ ..Demi negara kasih mereka Kian mekar. Boleh pandang-pandang Tak boleh dekat kan Ada jarak sosial. Malu-malu.

“Saya kena balik kem berat nak tinggalkan puan Ilya di sini, jaga diri jaga social distancing takut nanti ada virus lain yang menyinggah.”

Ilya malu-malu.

“Virus apa?”

“Virus cinta. Nanti tak tenang saya di kem.”

Mesra mereka terbatas dengan tugas namun cinta mereka tetap mekar.

Benarlah cinta itu hadir tatkala hati berbunga kasih. Saat dugaan menjelma Aazief tetap sahaja berdiri bersama Ilya.

“Saya sayang Ilya sampai hujung nyawa.”

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by iamja77, 2021-06-04 19:26:32

Misi Lock Down Hati Dia

SINOPSIS

Inspektor Ilya Hani dan Mejar Aazief Azman, mereka baru bernikah . Bertemu kerana hubungan keluarga. Sehari selepas bernikah masing-masing di panggil bertugas. Tidak sempat mahu bermesra atau mengenali antara satu sama lain. Ajaibnya Allah temukan mereka di kawasan tugasan yang sama. Sama-sama berbakti pada negara meski inai masih merah di jari. Berdiri di tengah hujan panas demi keselamatan negara. Cinta mereka berputik di situ ..Demi negara kasih mereka Kian mekar. Boleh pandang-pandang Tak boleh dekat kan Ada jarak sosial. Malu-malu.

“Saya kena balik kem berat nak tinggalkan puan Ilya di sini, jaga diri jaga social distancing takut nanti ada virus lain yang menyinggah.”

Ilya malu-malu.

“Virus apa?”

“Virus cinta. Nanti tak tenang saya di kem.”

Mesra mereka terbatas dengan tugas namun cinta mereka tetap mekar.

Benarlah cinta itu hadir tatkala hati berbunga kasih. Saat dugaan menjelma Aazief tetap sahaja berdiri bersama Ilya.

“Saya sayang Ilya sampai hujung nyawa.”

MISI LOCKDOWN HATI DIA

“Allah tak apa Puan. Tak apa.”
Ilya menggeleng.
“Saya ikhlas…”
Kali ini, Ilya turut bersama para pelanggan di
dalam Speedmart itu membeli belah.
Ilya hantar Pak Cik Zaman balik ke rumah.
Kelihatan rumah kayu dua tingkat dan di bawahnya
berbatu konkrit. Uzur benar nampaknya. Ada seorang
wanita yang sebaya dengan ibunya sedang duduk di atas
kerusi roda di hadapan halaman.
Ilya menegur. Cantik meskipun wajahnya di
mamah usia.
Pak Cik Zaman cepat-cepat mencapai pemegang
kerusi roda itu. Dia seakan tidak sabar untuk menceritakan
kebaikan hati pegawai polis yang ditemuinya di pekan tadi.
“Ini isteri Pak Cik, Puan.” Pak Cik Zaman
memperkenalkan wanita di sebelahnya.
Ilya dari jauh terpaksa memberi isyarat tangan di
dada tanda hormat kepada mak cik itu. Walau sepatutnya
dia harus bersalaman dengan orang tua tapi dia akur
dengan arahan menjaga jarak.
“Polis ini yang bawa abang pergi beli barang tadi.
Syukur ada dia. Tu hah.. penuh barang dalam kereta tu dia
beli untuk kita. Allahu Akbar!!”

96 | S o p h i l e a

MISI LOCKDOWN HATI DIA

Bergenang air mata si isteri. Satu perasaan
kesyukuran yang terserlah pada wajah mereka berdua.

“Terima kasih lah Puan ya. Nak jemput masuk
segan. Rumah tak macam rumah orang.”

Ujar isteri Pak Cik Zaman sambil memberi isyarat
tangan kepada Ilya tanda terima kasih. Suaranya sedih
tetapi gembira memandang Ilya. Mungkin merindui
anaknya yang tinggal di bandar.

Pada musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
ini sesiapa pun tidak boleh keluar dari sempadan negeri.
Ada yang sudah balik ke kampung pada musim cuti
sekolah yang lalu tetapi sejak arahan PKP dikeluarkan,
mereka tersekat dan tidak dibenarkan pulang ke bandar.

“Tak apa mak cik. Saya nak kena balik ke balai
polis. Ada kerja lagi. Saya minta diri dulu.”

“Puan…terima kasih ya.”
“Sama-sama.” Rasa sebak mula menjalar. Rasa
sedih dan gundah. Ilya tinggalkan perkarangan rumah itu.
Tiba-tiba ada panggilan video masuk ke telefon bimbitnya.
“Assalamualaikum…” keretanya di parkir di tepi
jalan menjawab panggilan dari Aazief.
“Waalaikumusalam. Pergi mana ni sayang? Banyak
kali saya call tak berjawab.”

97 | S o p h i l e a

MISI LOCKDOWN HATI DIA

Ilya senyum. Matanya memandang Aazief yang
berada di dalam bilik bujangnya. Kelihatan uniform
kerjanya tergantung elok.

“Sorry… Saya ada bawa seorang pak cik ni jalan
kaki nak pergi kedai. Saya hantarkan dia balik rumah lepas
beli barang.”

“Siapa? Ilya sentuh dia tak? Pakai sanitizer tak?”
Ilya angguk.
“Saya kasihan dia berjalan seorang jauh pula tu
nak beli beras.”
“Ilya sayang… saya tahu awak baik hati. Awak
suka tolong orang. Tapi dalam keadaan sekarang Ilya kena
hati-hati. Sedang saya, suami Ilya pun tak boleh sentuh
Ilya. Kita tak tahu kalau dia ada contact dengan pesakit covid
ke apa ke. Saya tak nak sesuatu terjadi pada Ilya saya.”
‘Ilya saya?’ Dua perkataan itu sudah cukup buat
Ilya terasa di awangan.
“Saya faham, Aazief. Awak risaukan saya.
Entahlah.. Bukan saya tak fikir tadi cuma keinginan untuk
bantu dia melebihi segalanya.”
“Okey… balik ni pergi mandi bersihkan diri tu.
Baju semua terus rendam. Pakai sanitizer sekarang.”
“Baik Tuan!”
“Balik rehat okey.”

98 | S o p h i l e a

MISI LOCKDOWN HATI DIA

“Malam nanti saya ada operasi.”
“Habis tu bila masa Ilya nak rehat?”
“Aazief.. Kerjaya kita berbeza walaupun
matlamatnya sama. Lepas dua puluh empat jam kalau tak
ada apa-apa saya rehat. Tapi buat masa sekarang ini
kekuatan anggota tak cukup untuk handle semua ni jadi
kenalah berkorban.”
“Saya tak mahu awak sakit, sayang.”
“Awak sayangkan saya?”
Aazief pandang wajah Ilya. Lama.
“Dengan sepenuh hati saya Ilya Hani.”
“Kalau macam tu doakan saya kuat dan sihat selalu
ya.”
“Awak sentiasa ada di dalam doa saya, sayang.
Pergi balik mandi ya.”
Ilya angguk.
“Assalamualaikum.”
Talian dimatikan. Memang dia penat. Sejak dari
majlis nikah sampai sekarang dia masih belum berehat
sepenuhnya. Ulang alik ke Ipoh untuk taklimat Covid-19
dan kemudian bekerja lagi.
Ilya teruskan pemanduannya ke rumah yang di
sewanya bersama Inspektor Hanim dari cawangan jenayah
komersial.

99 | S o p h i l e a

MISI LOCKDOWN HATI DIA
Semoga esok akan bawa sinar baru dalam hidup
dia dan hidup semua orang. Itu doa nya saat ini.

100 | S o p h i l e a

MISI LOCKDOWN HATI DIA

BAB 10

Setiap hari akan ada kenaikan individu

yang positif Covid-19 dan setiap hari ada sahaja kematian
yang dikhabarkan. Siapa kata mereka di barisan hadapan
ini tidak takut.

Mengalas tanggungjawab sebagai petugas barisan
hadapan (frontliner) Covid-19 adalah bukan sesuatu yang
mudah. Tidak dinafikan mereka juga terpaksa berdepan
dengan risiko jangkitan demi merawat beratus pesakit
postif Covid-19.

Petugas hospital, doktor, jururawat, polis dan
tentera juga manusia biasa. Mereka punyai rasa takut
apatah lagi sudah berapa ribu orang yang meninggal dunia
kerana virus ini di seluruh dunia.

101 | S o p h i l e a

MISI LOCKDOWN HATI DIA

Di Itali, Sepanyol dan China mempunyai masalah
yang sangat besar sehingga tiada tempat untuk
menguburkan mayat.

Tapi mereka punya pilihankah? Bolehkah mereka
memilih untuk melarikan diri dan biarkan semuanya
begitu sahaja? Sudah tentu jawapannya tidak. Tidak kisah
siapapun di barisan hadapan saat ini, mereka akur pada
tanggungjawab dan amanah. Kalau semua barisan hadapan
ini lari, jadi bagaimana mereka yang terkena jangkitan?
Siapa yang mahu bantu menjaga keamanan?
Tanggungjawab itu nampak ringan sehingga ada yang
mempersendakan tugas mereka namun sangat berat untuk
mereka pikul di bahu.

Mereka juga mempunyai keluarga tapi mereka tak
dapat pun sentuh anak-anak. Ada yang jadikan hospital
sebagai rumah takut bawa balik virus pada keluarga.
Mereka rela diri mereka yang sakit asal bukan keluarga.
Tapi masyarakat tetap tidak faham tugas mereka. Tetap
sahaja mempertikaikan apa yang mereka lakukan.

“Saya nak pergi pasaraya je bukan nak ke tempat
lain. Lepas beli barang kami baliklah!”

Lelaki di hadapannya ini meningggikan suara.
“Encik, hari ini dah hari ke empat belas dah
perintah kawalan pergerakan. Saya rasa Encik pun tahukan

102 | S o p h i l e a

MISI LOCKDOWN HATI DIA

pengumuman yang dibuat hanya satu orang satu
pergerakan. “

“Saya duduk dalam kereta isteri yang keluar beli
barang. Bukan kami berdua yang masuk pasaraya tu.”
Suara lelaki itu kasar. Sedikit meninggi.

Ilya berang. Jenis manusia tak faham bahasa. Jenis
manusia dia ingat dia saja yang betul.

“Encik faham tak hanya seorang sahaja untuk
keluar. Kalau Encik ketua keluarga hanya encik sahaja
dibenarkan.”

“Habis tu nak tinggal bini saya kat sini?” Tajam
lelaki ini memandang Ilya.

Ilya masih lagi bersabar.
“Saya kena arahkan Encik patah balik. Tak boleh
keluar berdua atau saya saman. Kalau Encik masih ingkar
saya akan tahan Encik.”
“Inilah polis. Melayu pula tu. Sikit-sikit nak
saman. Ingat kami ini banyak sangat duit nak bayar saman
kat polis. Nak cari duit pun buat cara lainlah. Kalau saya
masuk lokap anak isteri saya siapa nak tanggung. Awak
nak tanggung? Jalankan tanggungjawab konon. Saya tahu
lah polis pun banyak je langar pkp ni.”
“Kalau dah tahu tak boleh bayar saman kenapa
langar arahan PKP? Kalau Encik tak buat salah, polis

103 | S o p h i l e a

MISI LOCKDOWN HATI DIA

takkan suka-suka nak saman. Ingat kerja saya ni saman
orang je? Satu lagi saya boleh tahan Encik atas tuduhan
memfitnah penjawat awam. Boleh Encik bagi bukti polis
mana yang langar PKP?”

“Sudahlah polis semua sama je. Rasuah saman.”
“Encik ni dah dikira menghina polis. Satu tuduhan
ini.” Bila kita cakap elok-elok tidak mahu.
“Saya tak tuduh tapi banyak kan dalam surat
khabar pun ada cerita polis terima rasuahlah apalah.”
“Apahal ni?”
Aazief tiba-tiba terpacak di tepi. Mentang-
mentang Ilya mengenakan pakaian preman saja pada hari
ini boleh lah lelaki ini nak buli.
"Suka-suka hati hang je nak marah polis. Hang
ingat hang siapa? Orang kata tak boleh keluar berdua tu
tak bolehlah. Takkan tak faham bahasa? Nak cakap macam
mana lagi? Mati ke kalau tak bawak isteri pergi pasaraya?
Itulah dulu orang suruh ambik kursus nikah bukan setakat
lepas diri je. Belajar sama nak beli barang dapur nak buat
urusan keluarga . Ini semua nak bawa isteri!"
Ilya cuba sembunyikan senyumannya bila Aazief
tiba-tiba datang menyergah. Dari tadi suami isteri ini
bertekak dengan dia sebab mahu juga ke pasaraya bersama.

104 | S o p h i l e a

MISI LOCKDOWN HATI DIA

Itupun mujur dia tak saman cuma minta mereka berdua
patah balik.

"Bukan macam tu Encik banyak barang yang kami
nak beli." Si suami tu turunkan nada suara. Tadi bukan
main lagi menengking Ilya.

"Yang hang tengking ni isteri saya tau. Saya pun
tak bawak isteri pergi pasaraya berdua. Kalau macam ni lah
perangai rakyat, PKP ini kena sambung sampai hujung
tahun depan lah. Ni nak bagitahu kami berdua ni baru
nikah kalau dah PKP asyik sambung sebab orang macam
hang ni bila masa kami nak pergi honeymoon?"

Sampai sini Ilya pecah ketawa. Cepat-cepat dia
berlari anak ke bawah khemah. Minta Koperal Anis
gantikan dia untuk saman pemandu dan isteri yang
melanggar Perintah Kawalan Pergerakan.

"Aduh lah Aazief sampai kes honeymoon pun nak
bagitahu orang."

Aazief kembali ke khemah.
Koperal Anis tidak banyak cakap terus keluarkan
saman.
“Suka hati pula nak marah isteri orang.”
“Sudahlah… Sekarang ini semua orang dalam fasa
stress. Semua dalam tekanan. Tak boleh keluar rumah, tak
boleh kerja, pendapatan tak ada. Saya tak salahkan dia

105 | S o p h i l e a

MISI LOCKDOWN HATI DIA

sangat pun. Mungkin dia tak pandai nak beli barang dapur.
Dan isteri pula tak pandai bawa kereta, tapi undang-
undang tetap undang-undang. Selagi kita bernama
manusia selagi itu kita kena berpegang dengan undang-
undang dan peraturan. ”

“Tak kisah lah apa pun alasan dia. Sebenarnya hati
saya sakit sebab dia marah bini saya.”

“Empat belas hari dah kan. Dua minggu dan
sekarang sambung lagi dua minggu. Kita sendiri pun tak
tahu sampai bila PKP ini akan tamat. Dia stress, kita penat,
kerajaan pun penat fikir solution…. semua orang penat.”

“Dua minggu satu hari kita nikah. Sekalipun tak
lagi bersama satu rumah.”

Ilya lepaskan keluhan.
“Sekalipun ada rumah tetap tak boleh duduk
sekali. Kita masing-masing berisiko, Aazief. Sebagaimana
awak tak mahu saya dijangkiti begitu juga saya tak mahu
awak dijangkiti.”
“Saya dah dijangkiti Ilya.”
Aazief pamerkan wajah serius.
“Betul ke Aazief?”
Aazief angguk.

106 | S o p h i l e a

MISI LOCKDOWN HATI DIA

“Kenapa awak tak pergi hospital. Awak jangkit
dari siapa? Soal Ilya bertalu-talu. Hatinya di ketuk debar.
Detap detup.

“Dari awak.”
“What?”
Aazief senyum.
“Saya dah dijangkiti virus cinta dan rindu pada
Ilya Hani.”
Ilya urut dadanya. Aazief ini melampau.
“Awak baru buat jantung saya nak berhenti
sekejap tadi, Aazief. Jangan bergurau perkara begini saya
tak suka. Saya baru memiliki awak dan saya tak mahu
kehilangan awak.”
Aazief renung mata Ilya meskipun berjarak.
“Awak sayang saya, Ilya?”
Ilya angguk.
“Sejak bila?”
“Sejak lafaz ijab dan kabul. Sejak awak berikrar
bersaksikan nama Allah untuk menjadi suami saya.”
“Ilya Hani…”
“Em…”
“Boleh saya peluk awak sekarang?”
Ilya ketawa.

107 | S o p h i l e a

MISI LOCKDOWN HATI DIA

“Lepas dua minggu nanti.”
Aazief mengeluh.
“Em…itupun kalau PKP tak sambung.”
Ilya menggeleng. Angau Aazief buatkan hatinya
dicuit bahagia.
“Tuan.” Leftenan Nadia muncul.
“Ya.” Aazief jawab acuh tak acuh.
“Makanan dah sampai, Tuan nak makan saya
ambilkan.”
Aazief geleng.
“Awak dengan yang lain makan dulu. Saya belum
lapar. Kalau lapar nanti saya makan.”
“Pergilah makan Aazief. Awak belum makan apa-
apa kan.”
“Saya belum lapar. Okey je ni.”
Ilya dah makan sebelum ke mari tadi.
“Tak pelah saya temankan Ilya kat sini. Nanti saya
makan awak suruh anggota kita makan dulu.”
“Baik Tuan!”
Entah samada perasaan atau apa dia bagai nampak
jelingan Nadia pada dia.
“Cantik pegawai tu. Dah kahwin ke?”
Aazief jungkitkan bahu.

108 | S o p h i l e a

MISI LOCKDOWN HATI DIA

“Takkan tak tahu. Aazief kan pegawai atasan dia?”
Jelingan Nadia itu kuat dalam ingatannya seperti
cemburu atau dia telah menyakitkan hati wanita itu.
“Entah saya tak ambil tahu. Belum kut.” Balas
Aazief selamba.
Ilya senyap. Dia cuba lupakan kisah tadi. Sebentar
lagi dia nak kena buat rondaan.
“Hai Ilya Hani.”
Satu suara menegur. Ilya berpaling. Tersenyum
pada seorang anggota polis berpakaian preman macam dia.
Cuma vest polis yang buatkan orang tahu dia adalah
anggota polis macam Ilya sekarang.
“OCS awalnya sampai?”
Aazief cuma memandang keramahan Ilya
menyambut lelaki ini. Buat-buat tengok laporan di meja
sedangkan telinganya dibuka luas-luas. Buat-buat soal
anggota bawahannya sedangkan hatinya menggeletik
perasaan cemburu.
“Datang awallah sebab kena bertugas dengan Puan
Ilya Hani. Dah ready? Jom?”
“Dari tadi dah saya tunggu OCS.”
Inspektor Arif ketawa kecil. Sekadar mengangguk
pada Aazief yang berada berhampiran.”

109 | S o p h i l e a

MISI LOCKDOWN HATI DIA

“Okey saya tunggu dekat kereta. Detektif Raihan
will joint us later. Nanti dia dengan Koperal Farah.”

Ilya angguk. Bangun dan kemaskan barang nya di
atas meja. Telefon bimbit di masukkan ke dalam beg galas
nya. Inspektor Arif berlalu ke kereta.

“Ilya nak pergi mana?” Soal Aazief.
“Saya kena buat rondaan kat kampung
berhampiran ini.”
“Dengan dia?”
Ilya angguk.
“Inspektor Arif OCS Air panas. Ketua balai situ.
Kenapa?”
“Berdua?”
Ilya angguk. Jujur.
“Sampai bila?”
“Sampai habis tugas lah. Lepas tu saya direct ke
balai. Buat kerja kat balai pulak.”
Aazief menahan rasa.
“So saya tinggal seorang diri lah kat sini?”
“Apa pulanya seorang diri? Kan ramai orang ini.”
Aazief mengeluh.
“Inspektor tu dah kahwin?”
Ada angin cemburu bertiup ini. Ilya tahan ketawa.

110 | S o p h i l e a

MISI LOCKDOWN HATI DIA

Em, Ilya dah tahu hujung pangkal soal jawab ini.
“Belum Aazief. Bujang lagi. Kitorang sebaya. Satu
squad kat Pulapol dulu. My ex…”
“Ex?”
Nada Aazief sedikit tinggi hingga ada anggota
tentera yang bertugas di meja tersebut memandang. Kus
semangat Ilya.
“Saya tak habis cakap lagi kan.”
“Arif ini dulu my ex-classmate juga masa sekolah.”
“...okeylah Arif dah tunggu. Saya pergi dulu.”
Aazief cuma angguk. Beberapa langkah Ilya
berpaling.
“Jangan risau Aazief. Saya tahu saya isteri orang.
Saya tahu batas saya. Saya cuma laksanakan tanggungjawab
dan amanah.”
Nampak sangat Aazief cemburu.
“Pergilah.. saya faham. Hati-hati. Jangan nak jatuh
hati kat orang lain pula.”
Ilya ketawa. Dia menggeleng. Melangkah
meninggalkan Aazief.
Aazief cuba bertenang tetapi kenapa ya hati dia
tidak tenteram.
Kau berkahwin dengan seorang wanita
kepunyaan negara. Orang yang kau kena kongsi dengan

111 | S o p h i l e a

MISI LOCKDOWN HATI DIA
masyarakat. Sebagaimana kau juga madukan dia dengan
negara.

‘Ya Allah jaga hati dia untuk aku.’
Tanpa sedar bibir nya mengucapkan doa. Takut
betul dia kalau hati Ilya berubah arah.

112 | S o p h i l e a

MISI LOCKDOWN HATI DIA

BAB 11

Ilya pasti gegaran telefon bimbit di dalam

kocek seluarnya adalah daripada Aazief.
#stayinmyheart

Hanya itu sahaja mesej yang dihantar Aazief. Ilya
tersenyum sendirian. Inspektor Arif tenang memandu
memasuki jalan ke perkampungan yang bersempadan
dengan Thailand. Jalan ke Betong sedikit sunyi apatah lagi
pada waktu Perintah Kawalan Pergerakan di laksanakan
sekarang ini.

113 | S o p h i l e a

MISI LOCKDOWN HATI DIA

#jagadirisayajagaawakawakjagasaya
#kitajagakita

$
Ilya balas sebelum telefon di masukkan kembali ke

dalam kocek seluar.
“Dua mingu PKP ini aku belum betul-betul dapat

rest. Itu belum kes kat balai lagi. Sakit kepala.”
Arif mula merungut. Bukan merungut keterlaluan

tetapi sekadar melepaskan rasa hati yang bersarang.
Mereka juga manusia normal yang ada masa letih dan
penat. Bila berdua mereka lebih selesa menjadi sahabat.
Tiada protokol.

“Entah lah Rif tak tahulah sampai bila semua ini
akan berakhir. Aku tengok macam tak ada harapan je lagi
dua minggu. Setiap hari ada je yang dibawa ke mahkamah
sebab langgar arahan PKP. Memanglah kasihan cuma
kadang-kadang dia orang terpaksa keluar sebab nak cari
duit. Anak isteri nak makan, anak pula perlukan susu dan
pampers. Ini waktu getir kita. Semua orang rasa peritnya.”
Ujar Ilya.

Arif angguk. Meneruskan pemanduan memasuki
jalan kampung. Tiba-tiba mata Ilya menangkap sesusuk

114 | S o p h i l e a

MISI LOCKDOWN HATI DIA

tubuh yang sedang menyapu di halaman rumah. Ilya minta
Arif berhentikan kereta.

“Ish kau ini Ilya, takkan kau nak marah pak cik tu.
Dia menyapu sekejap saja kut. Lagipun rumah dia ni jauh
dari orang.”

Ilya senyum.
“Kau tunggu je lah kejap.”
Ilya keluar dari kereta. Menghampiri lelaki yang
dari tadi memandang kereta polis yang tiba-tiba berhenti
di hadapan rumah.
“Assalamualaikum Pak Cik. Kenal saya lagi?”
Soal Ilya. Dia buka topeng muka. Entah kenapa
langsung dia tidak bimbang tentang virus atau apa sahaja.
“Allahu Akbar. Puan rupanya. Mari masuk Puan.
Isteri pak cik ada buat bingka ubi.”
Ilya tersenyum. Tersentuh dengan keikhlasan
lelaki tua yang lebih separuh abad ini. Entah mungkin
bingka itulah hidangan malam mereka.
“Tak boleh pak cik saya tengah bertugas. Insya-
Allah lain kali saya singgah ya. Pak Cik dengan Mak Cik
sihat?”
“Alhamdulillah Puan saya sihat.” Matanya
terpancar kegembiraan bertemu Ilya.
“Puan tunggu kejap ya.”

115 | S o p h i l e a

MISI LOCKDOWN HATI DIA

Pak Cik Zaman berlari anak ke dalam rumah. Arif
memandang dari dalam kereta dengan kehairanan.
Seketika kemudian dia keluar dengan satu bekas bertutup.

Bekas itu bertukar tangan. Ilya menyambutnya
dengan penuh berterima kasih.

“Rasalah Puan. Isteri saya yang buat.”
“Terima kasih Pak Cik. Saya gerak dulu ya. Saya
bertugas ni. Kebetulan saya lalu kawasan ini dan saya
singgah untuk melawat.”
Ilya keluarkan sekeping not lima puluh dari kocek
seluarnya. Di berikan pada Pak Cik Zaman.
“Tak payah Puan.”
“Pak cik saya ikhlas. Pak cik ambil ya.”
Dengan airmata mengalir Pak Cik Zaman terima
pemberian Ilya selepas didesak. Ilya kembali ke kereta.
“Siapa tu kau kenal ke?” Arif yang melihat
mereka dari tadi bertanya dengan penuh tanda tanya. Nak
kata keluarga semangnya bukan.
“Aku pernah tolong dia dulu kat kedai. Kesian dia
jalan kaki tau nak ke pekan. Nanti balik balai kita makan
kuih ni ya. Bau pun sedap.” Memang ini kuih kesukaan dia.
Selalu sahaja di minta Azean buatkan.

116 | S o p h i l e a

MISI LOCKDOWN HATI DIA

“Aku tabik dengan kau Ilya. Kau tak pernah rasa
curiga pada orang. Aku risau ni mana tahu kalau pak cik tu
ada virus tu ke?”

“Entahlah Rif, aku cuma ikut kata hati. Kau tahu
dua puluh enam tahun dulu mak ayah kandung aku
tinggalkan aku dekat daerah ini. Aku akui aku ingin sangat
nak jumpa dia orang. Bila aku bertugas kat sini aku cuba
cari siapa aku. Akhirnya aku jumpa jawapan. Tak semua
takdir itu harus dicari kenapa atau apa.”

“…aku ditinggalkan tanpa satu pun petunjuk
tentang siapa aku. Dan aku tak rasa aku akan jumpa
dengan mereka. Tak apalah Rif kalau bukan kat dunia
mungkin Allah temukan kami kat akhirat nanti.”

“Amin…aku doakan.”
Arif berhentikan keratanya di tepi jalan. Ada
sekumpulan budak lelaki sedang duduk di atas motosikal.
“Buat apa ni ha?”
Semua terkejut dengan kehadiran mendadak polis.
Mahu lari pun sudah tidak sempat.
“Er.. Kami sembang-sembang saja.” Seorang
menjawab. Mungkin dalam usia tujuh belas tahun.
“Sembang apa? Berkumpul ramai-ramai macam
ni. Tahu tak sekarang ini musim PKP? Nak saya angkut

117 | S o p h i l e a

MISI LOCKDOWN HATI DIA

kamu ke balai? Tidur dalam lokap tu ramai-ramai. Kalau
dah duduk nanti sembanglah puas-puas.”

Wajah masing-masing kelihatan cuak dan
ketakutan. Bukan takut sebab ternampak hantu.

“Bang.. Encik.. Tuan…errrr..…kami minta maaf
ye.. Tolong encik. Kami janji tak buat lagi.”

“Kamu tahu tak orang macam kamu nilah yang
buatkan PKP ini akan berlanjutan. Kamu nak PKP ini
berlanjutan sampai enam bulan macam Jepun buat? Nak
macam tu? Nak naik mahkamah boleh tapi nanti mak ayah
kamu nak kena bayar denda yang tinggi pula atau duduk
dalam penjara sebulan dua? Tak kasihan dengan mak ayah
kamu? Sekarang ini pun mereka dah sakit kepala fikir nak
cari duit untuk suap kamu makan. Patut usia macam ni
kamu menyenangkan mak ayah kamu bukan
menyusahkan hidup dia orang.”

Ilya cuma berdiri bersebelahan Arif.
“Kami minta maaf encik.”
“Aku bagi peluang kali ini. Aku kira sampai lima
siapa duduk sini lagi aku gari korang masuk kereta tu pi
balai.”
Kelam kabut budak-budak ni naik motosikal
masing-masing. Harap mereka terus balik.
“Kenapa kau lepaskan dia orang?” Ilya bersuara.

118 | S o p h i l e a

MISI LOCKDOWN HATI DIA

Arif pandang Ilya.
“Mereka bukan anak orang berada. Bukan
golongan kayangan yang mampu membayar berapa sahaja
denda yang mahkamah jatuhkan. Aku pun dulu macam dia
orang Ilya. Aku cuma berikan peluang untuk dia orang
berfikir samada apa yang dia orang buat ini betul atau
tidak.”
“Jadi tak ada beza dengan aku kan. Kadang-
kadang kita kena jadi insan meskipun sekejap. Jom
teruskan rondaan.”

Kat mana Sayang?

Pesanan dari Aazief muncul ditingkap hijau.

Masih buat rondaan. Aazief kat mana?

Saya dah balik kem. Malam nanti saya bertugas
berhampiran kastam dengan UPP (Unit Pencegahan

Penyeludup)

Jaga diri ya. Malam ni saya kat IPD sampai pagi
esok.

119 | S o p h i l e a

MISI LOCKDOWN HATI DIA

Rehat sama. Saya tak mahu awak jatuh sakit.
Kalau boleh saya nak jaga Ilya.

Awak akan jaga saya selamanya Aazief Azman.

#stayinmyheart jangan pernah lupa.
“Siapa?” Soal Arif bila Ilya ralit membalas mesej.
“Sorry lupa aku tengah bertugas.”
“Someone special.” Balas Ilya.
“Wow! Ada ura-ura nak makan nasi minyak ke?”
“Insya-Allah Rif. Kau doa banyak-banyak Covid-19
ini cepat berlalu supaya cepatlah aku jemput kau makan
nasi minyak aku.”
“Congrats Ilya. Aku doakan kau bahagia.”
“Thanks.”
Bahagia? Adakah definisi bahagia itu seperti apa
yang dia sedang rasakan?
Sesungguhnya, dia cuma perlu bersyukur kerana
Allah jualah yang berikan dia nikmat bahagia.

120 | S o p h i l e a

MISI LOCKDOWN HATI DIA

BAB 12

“Saya tengok Tuan rapat betul dengan

pegawai polis tu?”
Nadia menyoal Aazief saat keduanya dalam kereta

ke kawasan bertugas. Aazief terpaksa tumpangkan Nadia
kerana kereta Nadia tidak dapat di hidupkan.

Aazief cuma diam. Ingatannya hanya kepada Ilya
yang sangat dirinduinya.

“Tuan ada apa-apa ke dengan dia?”
“Kenapa awak nak tahu sangat?”
Soal Aazief acuh tak acuh.
Nadia diam. Melepaskan pandangannya ke luar.
Malam yang pekat gelap gelita.

121 | S o p h i l e a

MISI LOCKDOWN HATI DIA

“Tak perlu campur soal peribadi saya.”
Belum sempat Nadia menjawab satu panggilan
masuk ke telefon bimbitnya.
“Hai…”
“Saya tengah drive nak pergi bertugas. Dengan
Leftenan Nadia.”
Senyap.
“Okey balik rehat tidur. Jangan lupa makan. Stay
in my heart.”
Aazief tersenyum sendiri. Nadia terus membisu.

“Assalamualaikum ibu…”
Ilya buat panggilan video pada kedua ibu dan
ayahnya di kampung. Walaupun hanya panggilan video,
dia dapat melepaskan rindu juga dengan menatap wajah
mereka berdua.
“Waalaikummusalam Ilya. Ilya sihat ke tu??”
Wajah Azean tergambar kerisauan apatah lagi
anaknya kini berada di barisan hadapan melawan Covid-19.
“Alhamdulillah. Saya sihat ibu. Ibu dengan ayah
macam mana? Ilya dengar Cameron dah ada kes yang

122 | S o p h i l e a

MISI LOCKDOWN HATI DIA

positif. Please stay at home. Nak beli barang minta Putra
belikan je. Jangan keluar rumah.”

Setiap hari dia tidak jemu berpesan.
“Ibu tak keluar… Ayah pun sama. Hari tu dah beli
siap-siap stok makanan termasuk barang basah. Cukuplah
kami berdua Ilya. Itupun ibu ajak Putra dengan Niyas
makan kat sini sekali. Ilya tu jaga road block bekerja dengan
orang ramai hati-hati. “
“Insya-Allah ibu, Ilya okey. Ibu jangan risau ya.
Sampaikan salam dekat ayah. Ilya nak rehat sebab esok on
call dua puluh empat jam.”
“Ilya pun sama. Sampaikan salam pada Aazief
kalau jumpa. Jaga diri baik-baik ye. Jangan lupa doa
Bismillah hillazi… yang ibu selalu pesan itu yer.”
“Baik ibu. Ilya sayang ibu”
Usai berbual dengan ibunya, Ilya buat panggilan
pada ibu mentua nya pula.
“Mama sihat?” Soal Ilya. Puan Marina ialah
seorang matron dan ketua jururawat di salah sebuah
hospital kerajaan di Selangor. Ilya sangat kagum kerana ibu
mentuanya masih kelihatan anggun meskipun sudah di
mamah usia. Sifat penyayang dan ambil berat ibu
mentuanya itu dia terasa sangat selesa sekali.

123 | S o p h i l e a

MISI LOCKDOWN HATI DIA

Kemana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi.
Lihat saja anak lelakinya yang kacak dan bergaya kalau
tidak dibesarkan oleh ibu yang sentiasa menjaga kesihatan
dan ketrampilan diri.

“Alhamdulillah Sayang… Cuma penat sangat.
Mama tak boleh balik rumah. Takut nanti Mama bawa
virus kat orang lain. Mujurlah hospital mama ini belum
banyak kes.”

“Habis tu mama duduk mana?” Soal Ilya.
“Mama tinggal di asrama jururawat. Macam nilah
frontliner Ilya.”
“Mama jaga diri tau. Hati-hati. Pakai alat
pelindung diri PPE tu. Ilya doakan keselamatan dan
kesihatan Mama.”
“Jangan risau. Semua equipment tu dah disediakan
oleh pihak hospital. Ilya pun jaga diri ya Sayang. Aazief
macam mana? Ada jumpa dia?”
“Ada mama. Kami selalu juga bertugas sekali.
Aazief sihat je. Malam ini dia bertugas di sempadan
Malaysia – Thailand. Ilya pula dapat off dua belas jam.
Mama jaga diri ya.”
“Ha yelah. Kirim salam pada Aazief. Suruh dia pun
jaga diri tau. Mama sentiasa doakan anak menantu mama
dalam keadaan baik-baik. Nanti dah habis semua ini kita

124 | S o p h i l e a

MISI LOCKDOWN HATI DIA

berkumpul sama-sama. Mama tak sabar nak menyambut
menantu baru Mama ni.”

Ilya tersenyum.
Dia tunaikan solat Isya’. Panjang doa dia pada
yang Maha Kuasa agar segalanya cepat berlalu.
“Ya Allah… Kami tahu kami hamba Mu yang
penuh dosa dan noda. Kami hamba-hamba Mu yang sudah
terlalu banyak melakukan kerosakan di muka bumimu ini.
Saat dunia sudah hampir ke hujung, tiada yang lain kami
minta selain diampunkan dosa.”
“Ya Allah.. Kurniakanlah rahmat Mu buat kami.
Berikan ketabahan pada kami untuk berperang dengan
tentera kecil mu yang sehalus zarah namun bisa
menumbangkan sebuah negara. Ya Allah kami bergantung
harap pada Mu. Amin.”
Telekung disangkutkan di ampaian. Baju yang
dipakai hari ini semuanya direndam untuk nyah kuman.
Ilya buka bekas bingka ubi yang diberikan oleh
Pak Cik Zaman tadi. Serta merta perutnya berbunyi. Ada
tiga potong kuih di dalam nya. Satu potong itu Arif sudah
menjamahnya terlebih dahulu bila sampai di IPD tadi.
Baki sepotong bingka ubi itu dimasukkan ke
dalam mulutnya. Ilya merasai lazat dan nikmatnya kuih
tersebut. Cukup rencah dan ubinya terasa. Rindu nya pada
Azean menggamit dada.

125 | S o p h i l e a

MISI LOCKDOWN HATI DIA

‘Ya Allah.. Kau murahkan rezeki Pak Cik Zaman
dan keluarganya. Amin”

Doanya sendiri.
Ilya baring. Whatsapp dibuka. Tiada mesej dari
Aazief. Sibuk agaknya. Dia hantar satu pesanan pada
sahabatnya, Nora, di hospital Parit Buntar.

Kau okey ke beb kat sana? Kejap aku nak call
boleh?

Ilya mengenali Nora sejak bertugas di Tawau lima
tahun dahulu. Nora ialah salah seorang kakitangan
bahagian kecemasan di hospital Tawau pada masa itu.
Nora ini lah yang banyak membantu dia sewaktu
kemalangan dan membawanya ke hospital. Akhirnya
mereka ditakdirkan menjadi sahabat baik.

Belum sempat Ilya menekan nama Nora, kelihatan
nama Nora sudah muncul pada skrin telefon bimbitnya.

“Baru nak telefon kau,” Jawab Ilya yang sungguh
gembira mendengar suara sahabatnya itu.

“Kau sihat ke?”
“Aku okey… Cuma itulah. Ada satu makhluk
manusia yang tak berapa nak ada akal. Kau tahu Ilya, dia

126 | S o p h i l e a

MISI LOCKDOWN HATI DIA

dah lah kontak rapat dengan pesakit positif Covid-19 dari
kluster Tabligh tapi dia boleh tak cakap dengan pihak
hospital. Kitorang ini punyalah kalut katakan dia ada
Covid-19. Semua kena kuarantin dengan anak-anak aku kat
rumah. Risau.. Takut ini jangan cakap lah. Memng risau
habis dah.” Cerita Nora panjang lebar.

“La… Kenapalah dia buat macam tu? Cakaplah
benda jujur kan.”

“Itulah..kau kat sana macam mana?”
“Alhamdulillah. Kat sini keadaan masih terkawal.
Kes sampingan itu adalah tapi tak sebanyak hari biasa.
Cuma penat sebab masa rehat tu tak ada sangat. Husband
kau macam mana kat Tawau?”
Nora dapat bertukar ke Semenajung sedang kan
suaminya masih di kem di sana.
“Semua dah jadi kelam kabut. Tiket dia balik ke
Semenanjung hangus begitu saja. Dia terpaksa bertugas.
Raya ni pun belum tentu boleh balik Ilya. cinta frotliner
macam kita ini.”
Ilya ketawa.
“Kau tak rindu dia?”
“Siapa? Marul? Dah tentulah Ilya. Takkanlah aku
tak rindu dekat suami sendiri. Rindu separuh nyawa tahu.
Sudahlah hari tu masa fasa pertama dia kena kuarantin

127 | S o p h i l e a

MISI LOCKDOWN HATI DIA

sebab suspek positif. Aku rasa nak terbang je ke sana.
Alhamdulillah keputusan lepas tu negatif. Syukur sangat
Ilya.”

Rindu? Dia juga rindukan Aazief meskipun baru
beberapa jam tak bertemu.

“Okeylah kau jaga diri baik-baik. Kerja kat
hospital lebih berisiko dari aku tahu.”

“Kau pun sama. Aku baca berita dah ada polis
yang kena jangkitan. Jaga diri Ilya.”

“Thanks sahabat.”
Ilya pandang siling. Malam ini sedikit sejuk. Dia
hanya membuka kipas tanpa penghawa dingin.
Berkelip-kelip matanya tidak mampu terlelap.
Hatinya merindu tiba-tiba. Baru matanya mahu
terlena. Telefon bimbitnya berbunyi.
“Tak tidur lagi sayang?” Gembira hati Ilya kerana
suara itulah yang amat dia rindukan seketika tadi. Panjang
umur Aazief.
“Belum… Baru lepas sembang dengan Kawan
nurse saya, Aazief?”
“Bertugas lagi. Sunyi saje kat sini. Saya dengan
anggota UPP ini. Dia orang bagi secawan kopi. Apalagi
segar bugarlah biji mata saya. Ini pukul berapa nak tidur
ni?”

128 | S o p h i l e a

MISI LOCKDOWN HATI DIA

Ilya peluk bantal dakap di sisi.
“Kejap lagi nak tidur lah ni.”
“Bayangkan je lah saya kat sebelah tu ya.”
Ilya tersenyum sendiri.
“Aazief… Awak pernah bayangkan tak sebelum ini
siapa isteri awak? Yelah mungkin awak ada bayangan awak
sendiri perempuan tu macam mana. Cantik ke tak.”
“My sweet Ilya Hani… Siapa saya untuk memilih
wanita seindah Ainul Mardhiah kalau saya bukanlah
sehebat sahabat yang shahid di jalan Allah. Memiliki
wanita sehebat dan secantik Ilya pun saya dah bersyukur
pada DIA yang satu. Saya tak perlukan Ainul Mardhiah di
syurga Allah kalau Ilya adalah bidadari saya di dunia dan
akhirat nanti.”
Tersentuh hati Ilya mendengar kata-kata si suami.
“Terima kasih Aazief”
“Sama-sama Sayang. Tidur okey. Esok saya nak
kerja lagi. “
“Awak pun... Rehatlah. Assalamualaikum. ”
“Ilya… Stay in my heart forever.”
Ilya tersenyum. Matanya dipejamkan. Dia mahu
terlena dengan mimpi indah Segala kisah pahitnya sudah
dibuang sejauhnya bila Allah gantikan dengan rasa bahagia
pada saat ini.

129 | S o p h i l e a

MISI LOCKDOWN HATI DIA

Terima kasih Tuhan untuk anugerah terindah ini.
Gambar Aazief di skrin telefon bimbitnya di pandang.
Kemudian dibawa ke bibir.

You are the last thought in my mind before I drift off
to sleep and the first thought when I wake up each morning.
Every time I see you, I fall in love all over again.

“Aazief awak kat mana?”
“Saya kat pasaraya ni. Tengah bagi tazkirah dan
tahan orang jenis tak dengar cakap dan keras kepala. Bukan
kata bawa isteri je. Dengan anak-anak sekali diorang bawa.
Jenis kebal tak takut mati. Dia ingat virus ini pilih-pilih
orang kut nak jangkit.”
Ilya ketawa.
Aazief ini kalau membebel boleh tahan juga.
Macam mana lah anggota bawahan dia boleh tahan bila
Aazief marah?
“Saya ada buatkan bekal. Saya tinggalkan dekat
khemah pada Sarjan Ishak. Makan ya. Saya nak kena pergi
periksa premis. Jaga diri jaga iman.”
Awal subuh lagi dia dah masakkan untuk Aazief.
Pertama kali sejak menjadi isteri Aazief Azman. Entah apa
komen Aazief nanti. Mujur juga di sini tidak seperti bandar

130 | S o p h i l e a

MISI LOCKDOWN HATI DIA

besar yang sibuk dan ramai orang. Yang ada pun hanyalah
orang-orang kampung berdekatan yang keluar membeli
barang. Pintu sempadan ditutup terus. Jadi tiada urusan
keluar masuk di Sempadan Betong. Segala aktiviti
pernigaan di zon bebas cukai juga dihentikan. Ramai yang
terkesan kerana penularan wabak ini. Ekonomi semakin
lumpuh. Mudahan ia cepat berakhir.

Love you my sweet Ilya. Nanti saya makan. Pesan
dekat Sarjan Ishak jangan gatal nak buka bekal dari isteri

kesayangan tu. #stayinmyheart

Ilya tersenyum. Telefon bimbit disimpan ke dalam
beg galasnya. Tidak tahu mahu membalas apa mesej
terakhir Aazief. Cuma doanya semoga diri mereka sentiasa
dilindungi. Tidak mahu menganggu Aazief yang sedang
bertugas.

“Boleh kita bercakap sekejap?”
Leftenan Nadia muncul tiba-tiba. Entah dari mana
datangnya Ilya tak perasan pun tadi.
“Ya boleh.”
Ilya duduk di atas kerusi berdekatan meja yang
diletakkan di bawah khemah. Ada beberapa kotak air
mineral dan kotak roti pemberian orang awam yang
prihatin untuk petugas. Alhamdulilah. Malah sejak tadi ada

131 | S o p h i l e a

MISI LOCKDOWN HATI DIA

kumpulam NGO yang mewakili ketuanya menyerahkan
topeng muka dan pembasmi kuman atau sanitizer buat
mereka. Syukur kepada Allah kerana masih ramai rakyat
yang sangat prihatin.

Nadia duduk berhampiran Ilya. Jarak satu meter
antara mereka. Masing-masing masih tetap memakai
topeng wajah.

‘Em.. Maaf saya nak tahu boleh? Sebab saya
tengok awak dengan Mejar Aazief agak rapat. Apa
hubungan you all?”

Nadia nampaknya tanpa segan silu terus bertanya
soalan peribadi terhadap Ilya.

Ilya menarik nafas panjang. Waktu darurat begini
rasanya soalan itu soalan yang sangat buang masa dan tidak
perlu diberikan jawapan serta merta. Masih ada banyak
tugas untuk dilakukan.

“Maafkan saya. Kenapa saya perlu bagitahu awak
hubungan saya dengan Aazief? Penting sangatkah untuk
awak?”

“Saja saya nak tahu.” Balas Nadia dengan suara
yang selamba dan sombong.

“Pelik. Takkan sebab nak tahu saja? Mesti ada
sebab lain ni. Dan saya rasa saya tak perlu explain apa
hubungan saya dengan Aazief pada awak.”

132 | S o p h i l e a

MISI LOCKDOWN HATI DIA

Nadia ketawa kecil, sinis pada pendengaran Ilya.
“Bukan apa saya takut kalau-kalau awak terjatuh
cinta dengan Mejar Aazief. Tu saja.”
Ilya semakin nak tahu. Apa maksud Nadia.
“Sekalipun saya jatuh cinta dengan Mejar Aazief
kenapa ya? Ada masalah ke?”
“Yes. Sebab he’s mine.”
Ilya terkejut. Sungguh-sungguh terkejut. Nadinya
laju dari biasa.
“Apa maksud awak?”
Nadia pandang Ilya.
“Saya tahu Aazief seorang lelaki yang kacak. Baik.
Pegawai tentera pula tu. Mungkin dia tak bercerita pada
awak tentang hubungan kami. Dah tiga tahun kami
bersama.”
Ilya rasa jantungnya berderai jatuh ke tanah.
“Aazief seorang perahsia. Mungkin sikap
gentlemen dan caring dia buatkan awak rasa dia sukakan
awak. Saya dengan Aazief dah lama bercinta. Sudah
bertahun-tahun.
“Betul ke yang awak cerita ni?”
Nadia angguk. Dikeluarkan telefon bimbitnya
ditunjukkan pada Ilya.

133 | S o p h i l e a

MISI LOCKDOWN HATI DIA

“Gambar Aazief dengan family saya masa dia
berhari raya di rumah. Dari gambar itu pun awak boleh
tengok kemesraan kami kan.”

Aazief dan Nadia pakai sedondon biru laut. Ilya
serahkan semula telefon pada Nadia.

“Please Ilya. Aazief hak saya. Saya harap awak
faham.”

Ilya kelu. Beku. Tidak tahu apa yang harus di
katannya.

Nadia bangun.
“Tolong jangan bagitahu Aazief apa yang saya
ceritakan. Saya takut dia marah. Ya memang kami ada
perselisihan faham sikit sebelum ini. Saya sedang memujuk
dia kembali. Saya Cuma minta awak faham isi hati wanita
seperti saya dan awak.”
Nadia tinggalkan Ilya sendirian. Air mata nya
mengalir laju. Cepat-cepat dikesat.
“Koperal… Saya nak balik ke IPD. Nanti S.M
Azhan akan gantikan saya. Kalau ada yang tanya tentang
saya, jangan bagitahu apa-apa.”
Ilya menangis semahu-mahunya. Kereta di pandu
laju ke IPD pejabat polis daerah. Sebaik sahaja sampai terus
dia masuk ke dalam biliknya. Dia menangis sepuas-
puasnya. Hatinya sakit disakiti kedua kalinya.

134 | S o p h i l e a

MISI LOCKDOWN HATI DIA
‘Kenapa lelaki ditakdirkan menjadi sangat kejam?’
Dicapainya telefon.
“Hello, Nora. Kau boleh dengar kisah aku tak?”
Dihamburkan segala kisah hati pada si sahabat.
Dia berdoa semoga semua yang berlaku sebentar tadi itu
adalah mimpi tapi mimpi ini adalah kenyataan yang sangat
pahit untuk ditelan.

135 | S o p h i l e a

MISI LOCKDOWN HATI DIA

BAB 13

Nasi putih paprik ayam dan ulam timun.

Entah kenapa bekal yang ditinggalkan Ilya ini membuka
seleranya. Sesudu demi sesudu disuap ke mulut. Merasai
nikmatnya air tangan seorang isteri.

Sedap isteri saya masak. Terima kasih, Sayang.
Dihantar satu pesanan ketingkap hijau selepas
cubaan menelefon Ilya tidak berhasil.
Satu tick. Bateri habis barangkali. Fikir Aazief.
“Amboi Tuan, siap bawa bekal.”

136 | S o p h i l e a

MISI LOCKDOWN HATI DIA

Koperal Aziz yang baru sahaja menggantikan
rakan setugasnya menegur. Melihat Aazief yang sedang
menikmati bekal makanannya membuatkan perutnya juga
lapar. Mujurlah bekalan makanannya dah sampai.

“Sedaplah isteri saya masak.” Puji Aazief.
Koperal Aziz ketawa merasakan pegawai
atasannya ini hanya bergurau. Masakan Aazief dah kahwin.
Mereka tidak tahu pun.
Habis satu bekas nasi dimakan oleh Aazief. Dia
cuba lagi membuat panggilan pada Ilya namun masih tak
dapat dihubungi. Gelisah hati mencari si kekasih hati.
“Encik… Puan Ilya kat mana ya?” Soalnya pada
seorang anggota polis yang bertugas.
“Dekat balai kut. Tadi Puan balik balai. Tapi
sekejap lagi dia datang lah.”
Aazief angguk. Sabar menanti. Dia ketepi jalan
membantu dalam operasi sekatan jalan raya.
“Nak pergi mana Encik?” Soalnya pada seorang
pemandu.
“Saya nak ke hospital Baling. Isteri saya sakit nak
bersalin Tuan.”
Aazief pandang ke tempat duduk belakang. Ada
seorang wanita yang sedang menahan sakit.
“Okey Encik. Bawa kereta hati-hati ya.”

137 | S o p h i l e a

MISI LOCKDOWN HATI DIA

Selepas mengucapkan terima kasih, lelaki itu terus
memandu laju. Kebiasaan di sini penduduk akan ke
hospital Baling sementelah hospital itu yang paling dekat
meskipun Pengkalan Hulu ini dalam daerah negeri Perak.

Jika mahu ke hospital Gerik akan mengambil
masa empat puluh lima minit. Jadi penduduk lebih senang
membuat urusan hospital di Hospital Daerah Baling.

Langit bagaikan sedang marah. Gelap. Sesekali
panahan kilat memancar. Awan berarak membawa
mutiara yang bakal digugurkan ke bumi. Ya langit bakal
menangis seketika lagi.

Jam sudah enam petang. Penat sudah Aazief
berdiri namun kelibat Ilya masih belum muncul. Rintik
hujan dan angin kuat mula menampar tubuh mereka tanpa
dilapisi baju hujan. Sejuk mencengkam tulang temulang.
Alam bagaikan sudah diselebungi malam tanpa bulan.

Sebuah kereta peronda polis muncul. Aazief
tersenyum tatkala sang kekasih sudah muncul. Ilya
berwajah serius terus dapatkan anggota bawahannya yang
sedang memasang khemah putih di tengah jalan. Susunan
kenderaan yang mahu ke pekan Pengkalan Hulu semakin
panjang. Jam tujuh semuanya tidak lagi dibenarkan ke
mana-mana jadi mereka harus kembali ke rumah masing-
masing.

138 | S o p h i l e a

MISI LOCKDOWN HATI DIA

Awan gelap kian meyelubungi langit. Angin pula
mula terasa kencang bertiup. Kilat sudah mula sabung
menyabung. Hujan turun selebatnya. Ilya cuba membantu
anggota bawahannya dalam hujan yang menggila. Tiada
seorang pun yang tidak basah. Aazief turut sama
membantu. Mahu sahaja sebenarnya di tarik Ilya ke bawah
khemah di tepi jalan. Tidak mahu Ilya sakit atau bermandi
hujan.

“Puan pergi duduk bawah khemah, biar kami je
kat sini.”

Detektif Syamsul bagai menjerit pada Ilya. Ilya
geleng

“Berat sama dipikul Syamsul.”
Beberapa anggota polis dan tentera memegang
tiang khemah yang bila-bila masa sahaja boleh di
terbangkan angin kuat. Ilya ambil tugas memeriksa
kenderaan.
Aazief muncul di tepi.
“Dah pergi bawah khemah biar saya yang buat.”
Ilya geleng. Meskipun pandangannya kabur
kerana hujan lebat dia tetap teruskan tugas.
“Jangan degil boleh tak? Tolong duduk bawah
khemah.”

139 | S o p h i l e a

MISI LOCKDOWN HATI DIA

Aazief menjerit di tepi Ilya. Suaranya terpaksa
ditinggikan kerana bunyi hujan yang kuat. Ilya buat tak
tahu dan terus menjalankan tugasnya. Aazief isyaratkan
pada seorang anggota bawahannya untuk menggantikan
tempat Ilya. Tanpa apa-apa signal, tangan Ilya ditarik ke
bawah khemah.

“Apa ni Tuan Aazief?”
Ilya rentap tangannya.
“Kenapa degil sangat? Kan saya cakap saya
gantikan?”
Aazief berang bila Ilya masih tetap membantah.
“Tak payah nak ajar saya. Ni tugas saya. Panas ke,
hujan ke, ribut ke, ini tugas saya, Mejar Aazief Azman.”
Dia nampak pandangan Nadia padanya. Tapi dia
buat-buat tidak tahu.
“Ilya kenapa ni? Kenapa nak marah-marah? Saya
cuma tak nak Ilya sakit. Itu saja.”
Aazief cuba pegang lengan Ilya yang basah kuyup.
“Social distancing. Tolong jaga jarak Tuan dengan
saya. Saya datang sini untuk bertugas jadi benarkan saya
jalankan tanggungjawab saya. Jangan halang saya.”
Ilya kenakan kembali topeng wajah nya yang
tercabut seketika tadi. Dia berlalu ke tengah jalan raya

140 | S o p h i l e a

MISI LOCKDOWN HATI DIA

dengan cepat. Aazief bingung. Kenapa Ilya begini tiba-tiba.
Apa salah dia.

“Puan pergilah rehat biar kami yang jaga.”
Ilya menggeleng pada anggota tentera yang dia
tidak tahu namanya itu. Dia tetap berdiri di dalam hujan
yang semakin menggila. Hujan yang turun lebat selebat
itulah juga membuatkan airmatanya mengalir. Di khemah
pula Nadia yang sedang memandang mereka berdua sejak
dari tadi hanya tersenyum sendiri. Aazief masih belum
mengerti. Hati Ilya menangis tiada siapa yang tahu.

Mata Aazief liar mencari, namun orang yang
dicari tidak juga muncul. Berdiri sudah, duduk pun sudah
dan tukang jaga sekatan jalan pun sudah. Semuanya serba
tak kena. Sesekali telefon bimbit di keluarkan dari poket
seluar. Cuma ada mesej-mesej dari anggota bawahannya
dan semuanya tentang kerja. Dibuka aplikasi whatsapp
mencari nama ‘my sweet Ilya’ tapi mesej terakhir yang
dihantar adalah sejak semalam dengan hanya satu tick.
Mustahil Ilya langsung tak tengok telefon bimbitnya.

“Tuan kenapa? Resah semacam saja.” Leftenan
Nadia muncul secara tiba-tiba. Aazief cepat-cepat
menggeleng. Resahnya hati bila tidak bertemu dengan

141 | S o p h i l e a

MISI LOCKDOWN HATI DIA

kekasih hati. Dia nampak Sarjan Hanif lalu di hadapan
untuk gantikan seorang anggota yang bertugas.

“Sarjan.”
Langkah Sarjan Hanif terhenti.
“Ada apa Tuan?”
“Er..ni..er… Puan Ilya mana? Dah dua hari saya
tak nampak dia?” Resah hati itu disuarakan juga akhirnya.
Leftenan Nadia masih berdiri berhampiran. Sesekali
menjeling ke arah Aazief.
“Oh Puan Ilya tak bertugas di sini. Semalam ada
kes mahkamah dan hari ini saya tak pasti, mungkin ada kat
balai kut. Lagipun balai pun tak cukup anggota.” Terang
Sarjan Hanif.
“Saya dah mesej dia dari semalam tak berjawab.
Telefon pun tak diangkat.”
Sarjan Hanif kerut kening. Bagai memikir sesuatu.
“Tuan call pakai nombor mana?”
“010…”
“Betullah tu nombor Puan Ilya. Baru tadi dia call
saya pakai nombor tu. Okey je boleh call. Kejap saya cuba.”
Aazief mula terasa ada yang tak kena. Sarjan Hanif
cuba hubungi Ilya melalui telefon bimbitnya.
Ilya block dia tapi kenapa?
“Hello Puan ada kat mana tu?”

142 | S o p h i l e a

MISI LOCKDOWN HATI DIA

Mata Aazief tak lepas memandang. Mahu sahaja
di rampas telefon dari tangan Hanif. Tapi apa pula kata
sarjan ini pula.

“Oh kat balai… Ini Tuan Aazief sedang mencari
Puan. Dia cakap dia cuba call Puan tapi tak jawab.”

“Saya nak cakap dengan Ilya.”
Aazief hulurkan tangan.
Mahu atau tidak Hanif serahkan telefonnya
kepada Aazief. Aazief menjauh sikit. Nadia masih
memandang. Hanif masih berdiri melihat telefon
bimbitnya yang dilarikan pegawai tentera ini.
Apa pulaklah masalah Puan dia dengan Tuan
Mejar ini.
“Hello Ilya. Kenapa tak jawab call saya? Kenapa
tak balas mesej saya? Dah dua hari. Saya nampak Ilya
online. Nak kata telefon tak boleh tapi kenapa Sarjan Hanif
call boleh pula. Anything yang isteri saya ini nak explain?”
Macam peluru berpandu bertalu-talu Aazief utarakan
soalan.
Mahu sahaja dihambur rasa rindu yang sarat tapi
hatinya sakit bila Ilya mengenepikannya.
Kenapa? Apa salah dia?
“Maaf Aazief, saya busy. Ada kes mahkamah dan
ada kes lain. Saya tak perasan pun mesej Aazief.”

143 | S o p h i l e a

MISI LOCKDOWN HATI DIA

Aazief ketawa kecil.
“Tak perasan? boleh bagi saya alasan yang logik
sikit tak selain dari tak perasan. Bukan sekali dua saya call
tau tapi berpuluh-puluh kali. Mesej saya pun dah jadi mesej
berantai. Takkan satu pun Ilya tak perasan dan tak boleh
call saya semula. Saya bukan budak-budak Ilya nak bagi
alasan tak perasan.”
Marah, sakit hati, rindu, semuanya sudah berbaur
menjadi satu.
“Terpulang pada awak nak cakap apa Aazief. Saya
memang tak perasan. Okeylah saya busy ini ada kes baru
masuk. Assalamualaikum.”
Ilya bagai tidak sabar mahu meletak telefon.
“Saya ini siapa Ilya? Suami Ilya kan. Ilya tahu tak
dua hari saya macam orang gila tak dapat contact Ilya.
Bertugas? Ya saya pun bertugas. Saya pun sedang jalankan
amanah pada negara tapi saya tetap ingat saya ada seorang
isteri. Isteri yang dah buatkan saya jatuh cinta separuh
mati. Penting sangat tugas Ilya tu sampai lupa Ilya ada
seorang suami atau saya ini bukan siapa-siapa pada Ilya
Hani?”
Kedengaran keluhan berat dilepaskan di hujung
talian.

144 | S o p h i l e a

MISI LOCKDOWN HATI DIA

“Sekarang Aazief nak saya buat apa? Okey saya
minta maaf sebab abaikan suami saya. Done!” Suara Ilya
sedikit meninggi. Aazief terasa hati.

“Okeylah fine. Saya sedar saya bukan siapa-siapa
pun dalam hidup Ilya kan. Teruskanlah kerja saya tak akan
ganggu lagi. Bye.”

Telefon bimbit diserahkan kembali pada Hanif.
Dia berjalan ke keretanya.

“Tuan nak pergi mana?” Panggil Nadia.
“Saya nak balik kem. Ada kerja. Awak pantau kat
sini.”
Aazief masuk kereta. Enjin di hidupkan.
Menyandar. Telefon bimbitnya berdering.
My sweet Ilya.
Dibiarkan sehingga beberapa kali. Akhirnya dia
mengalah antara marah dan sayang.
“Assalamualaikum…Aazief saya minta maaf kalau
saya silap. Saya berdosa. Bagi saya masa. Saya cuma minta
masa itu sahaja.”
“Kenapa Ilya? Ada benda yang Ilya tak mahu
kongsi dengan saya? Kenapa selepas beberapa hari kita jadi
suami isteri baru Ilya minta masa. Kenapa tak reject je saya
sebelum saya jabat tangan tok kadi?”

145 | S o p h i l e a


Click to View FlipBook Version