The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

2021 - LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Unit Pengurusan Korporat & Integriti, SUK Perlis, 2023-12-07 04:34:13

2021 - LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI

2021 - LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI

KEMENTERIAN DALAM NEGERI LAPORAN TAHUNAN KESELAMATAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA


SIDANG PENGARANG ISSN: 2735-0797 Cetakan Pertama, 2022 Hak Cipta Terpelihara Kementerian Dalam Negeri Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian rencana, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam bentuk dan dengan apa jua cara sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanikal, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Kementerian Dalam Negeri. c PENAUNG: YBhg. Dato' Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz PENASIHAT: YBhg. Dato' Mohd Sayuthi bin Bakar KETUA EDITOR: Sharulmizan bin Rahmat EDITOR: Mohd Rizal bin Hashim PENOLONG EDITOR: Mohd Fatiazee bin Ab Aziz Zubaidi bin Mohd Razat PENGURUSAN/URUS SETIA: Norzarina binti Sanip PENYUMBANG INPUT KANDUNGAN: Setiausaha Bahagian KDN Ketua Pengarah Jabatan dan Agensi Wakil-wakil Bahagian, Jabatan dan Agensi JURUFOTO: Muhammad Azeem bin Sarip Shariena Raiha binti Selamat Asni bin Hamzah ILUSTRATOR: Umar Faruq bin Ahmad Muhammad Khairul Ariffin bin Azis EDARAN/PUBLISITI: Unit Komunikasi Korporat PEREKA GRAFIK DAN CETAKAN: Pewaris Gemilang Sdn. Bhd. RASIONAL Bangunan KDN melambangkan benteng kesepakatan Kementerian, Jabatan dan Agensi dalam menjaga keselamatan dan kesejahteraan rakyat. Latar belakang keterangkuman rantaian trigonometry melambangkan kesalinghubungan antara pemegang taruh dan rakyat mencapai visi dan misi kementerian. Penggunaan warna putih sebagai warna utama melambangkan warna bersih dan berintegriti di samping warna biru yang melambangkan perpaduan rakyat dan keamanan. LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 1


ISI KANDUNGAN LAPORAN TAHUNAN KDN 2021 Pengurusan Tertinggi Bahagian Pengurusan Tertinggi Jabatan Dan Agensi Sorotan Lensa KDN Perutusan Maklumat Korporat Sektor Ketua Setiausaha Visi, Misi Dan Teras Utama Objektif Fungsi Piagam pelanggan Carta Organisasi Pasukan Petugas Khas Projek Sistem Imigresen Bersepadu Nasional Bahagian Penasihat Undang-Undang Bahagian Audit Dalam Unit Integriti Urus Setia Suruhanjaya Pasukan Polis Unit Komunikasi Korporat Teraju Utama Pengurusan Tertinggi 10 14 16 04 24 36 08 09 KDN LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 2


Sektor Keselamatan Bahagian Keselamatan Bahagian Kepenjaraan, Antidadah dan RELA Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan Urus Setia Lembaga Pencegahan Jenayah dan Keganasan Pejabat Penapisan Filem Urus Setia Lembaga Parol 70 Jabatan Dan Agensi 196 Sektor Pengurusan 158 Sektor Dasar Dan Kawalan Bahagian Hubungan Antarabangsa Bahagian Pendaftaran Negara dan Pertubuhan Pejabat Strategik Nasional Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran Bahagian Hal Ehwal Imigresen Bahagian Perancangan Strategik Bahagian Parlimen dan Kabinet Bahagian Pengurusan Pekerja Asing 118 Polis Diraja Malaysia Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Jabatan Imigresen Malaysia Jabatan Penjara Malaysia Agensi Antidadah Kebangsaan Jabatan Pendaftaran Negara Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Eastern Sabah Security Command Jabatan Sukarelawan Malaysia Institut Keselamatan Awam Malaysia Bahagian Khidmat Pengurusan dan Aset Bahagian Kewangan Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat Bahagian Akaun Bahagian Perolehan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Bahagian Pembangunan LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 3


PERUTUSAN MENTERI DALAM NEGERI YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin Menteri Dalam Negeri ah din eri LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 4


Alhamdulillah, terlebih dahulu saya ingin merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya jua, Laporan Tahunan Kementerian Dalam Negeri (KDN) 2021 telah berjaya diterbitkan. Laporan Tahunan 2021 ini akan menjadi sumber rujukan yang penting kepada hala tuju Kementerian Dalam Negeri pada masa akan datang. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua warga KDN serta Jabatan dan Agensi di bawahnya, atas kejayaan demi kejayaan yang telah dicapai sepanjang 2021. Kejayaan dan pencapaian ini merupakan kayu pengukur bagi KDN untuk terus menyampaikan perkhidmatan yang lebih cemerlang pada masa akan datang. Tahun 2021 memperlihatkan negara masih berhadapan dengan ancaman pandemik COVID-19 yang memberi impak yang amat besar kepada negara terutamanya dari segi pertumbuhan ekonomi. KDN bertanggungjawab dalam memastikan keselamatan negara dan ketenteraman awam kekal stabil dan selamat sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan di seluruh negara. Komitmen KDN dalam menyampaikan perkhidmatan berorientasikan outcome dan berimpak tinggi serta terus kepada rakyat telah dimanifestasikan melalui pencapaian 100 peratus KDN bagi tiga Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) 100 Hari Tahun 2021. Pencapaian ini amat membanggakan dan saya ucapkan syabas dan tahniah kepada seluruh warga KDN termasuk Jabatan di bawahnya atas kejayaan cemerlang ini. Inisiatif yang memberikan impak tinggi kepada rakyat antaranya ialah perluasan fungsi 11 pos kawalan PGA sebagai balai polis di lokasi-lokasi strategik pendalaman Sabah dan Sarawak bagi memberi kemudahan kepada rakyat untuk membuat laporan polis dan pendaftaran berkaitan kelahiran dan kematian. Melalui inisiatif ini juga, perluasan Sistem Pengesahan Data Integrasi Kematian (SPDIM) ke seluruh JPN negeri di Semenanjung Malaysia bagi memudahkan proses pelaporan kematian di 690 Balai Polis telah diperkenalkan. Kedua-dua usaha ini merupakan kolaborasi strategik antara PDRM dan JPN. Selain itu, KDN juga komited dalam mengarusperdanakan pendigitalan perkhidmatan melalui pembangunan dan perluasan sistem end to end services (E2E) bagi perkhidmatan JIM antaranya eMM2H@JIM, e-PLKS@JIM dan MalaysiaVisa@JIM bagi memudahkan rakyat dalam urusan berkaitan imigresen. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera KDN juga telah berjaya menyempurnakan kesemua 19 Petunjuk Pretasi Utama (KPI) Tahun 2021 dengan pencapaian keseluruhan sebanyak 95.3 peratus. KDN juga turut berjaya mengurangkan kadar jenayah bagi setiap 100 ribu penduduk sebanyak 148 kes iaitu penurunan sebanyak 23 peratus berbanding tahun sebelumnya. Dalam usaha mengukuhkan perundangan agar sentiasa relevan dengan keperluan semasa, pada tahun 2021, Rang Undang-undang Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Pindaan) 2021 telah diluluskan di Parlimen. Pencapaian ini amat membanggakan dan saya ucapkan syabas dan tahniah kepada seluruh warga KDN termasuk Jabatan di bawahnya atas kejayaan cemerlang KDN bagi tahun 2021. Atas semangat KDN Prihatin, tahun 2021 telah memperlihatkan peranan KDN terus diangkat melalui satu lagi inisiatif yang dikenali sebagai Op Bantu. Usaha ini bertujuan menyalurkan bantuan bakul makanan kepada rakyat Malaysia yang terjejas ekonomi akibat pandemik COVID-19 dan mangsa-mangsa banjir dalam kejadian banjir yang melanda negara. Berdasarkan rekod, KDN telah menyalurkan hampir 25,000 bakul bantuan bagi meringankan beban rakyat Malaysia yang terjejas. Saya amat berbangga dengan inisiatif Op Bantu kerana ini menunjukkan KDN tidak hanya dilihat sebagai kementerian yang bersifat penguatkuasaan namun masih melaksanakan tanggungjawab sosial dan prihatin dengan keadaan semasa rakyat. Sesungguhnya tahun 2021 menjadi saksi kepada pelbagai kejayaan yang telah dicapai oleh KDN. Saya sentiasa mendoakan agar semua warga KDN dapat meneruskan komitmen dan iltizam untuk terus melangkah ke hadapan dalam mengekalkan kecemerlangan KDN. Akhir kata, sekali lagi saya merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat di dalam usaha menerbitkan Laporan Tahunan Kementerian Dalam Negeri 2021. Semoga penerbitan Laporan Tahunan KDN 2021 ini dapat menjadi rujukan berguna pada masa depan dan sebagai penanda aras kepada kita semua. Sekian, Wassalam. LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 5


PERUTUSAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI Dato’ Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri KETUA SETIAUSAHA n z a i A LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 6


Alhamdulillah, terlebih dahulu saya memanjatkan rasa syukur yang tidak terhingga ke hadrat Allah SWT kerana atas keizinanNya jua, Kementerian Dalam Negeri berjaya menerbitkan buku Laporan Tahunan 2021. Banyak kejayaan dilakar oleh Kementerian Dalam Negeri pada tahun 2021 walaupun negara masih dilanda pandemik COVID-19 ketika itu. Saban tahun, KDN sentiasa berusaha meningkatkan ketelusan dan penyampaian perkhidmatan. Ini terbukti dengan kejayaan memperolehi pensijilan MSO 37001:2016 Anti-Bribery Management System (ABMS) pada tahun 2021. Selain itu, empat Pusat Tanggungjawab (PTJ) di bawah KDN juga telah mendapat penarafan lima bintang dan 20 PTJ lagi telah mendapat empat bintang. Saya amat berharap prestasi cemerlang ini bukan sahaja dapat dikekalkan malah dipertingkatkan lagi pada tahun-tahun akan datang agar KDN terus bergerak sebagai sebuah pasukan atas semangat #KDN_TogetherWeAreOne. Kesepakatan KDN bersama-sama masyarakat juga akan turut dipergiat dalam usaha memastikan keselamatan dalam negeri dan ketenteraman awam sentiasa terjamin. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera Di kesempatan ini saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua warga KDN yang telah sama-sama menyumbang khidmat bakti dan memberikan komitmen yang tinggi sepanjang tahun 2021. Diharapkan agar pencapaian dan kecemerlangan KDN yang tercatat dalam Buku Laporan Tahunan Kementerian Dalam Negeri tahun 2021 ini akan menjadi panduan dan rujukan semua pihak yang berkepentingan pada masa akan datang. Sekian, Wassalam. LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 7


UTAMA TERAJU TIMBALAN MENTERI MENTERI DALAM NEGERI DALAM NEGERI I TIMBALAN MENTERI DALAM NEGERI II YB DATO’ SRI DR. HAJI ISMAIL BIN HAJI MOHAMED SAID YB DATUK JONATHAN BIN YASIN YB DATO’ SERI HAMZAH BIN ZAINUDIN LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 8


TERTINGGI PENGURUSAN KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN DALAM NEGERI TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA (DASAR DAN KAWALAN) TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA (KESELAMATAN) TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA (PENGURUSAN) DATO’ SRI WAN AHMAD DAHLAN BIN HAJI ABDUL AZIZ DATUK MOHAMAD FAUZI BIN MD ISA DATO’ HAJI ABDUL HALIM BIN HAJI ABDUL RAHMAN DATO’ MOHD SAYUTHI BIN BAKAR LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 9


PENGURUSAN TERTINGGI BAHAGIAN SEKTOR KETUA SETIAUSAHA RUSLAN BIN ATAN Pasukan Petugas Khas Projek Sistem Imigresen Bersepadu Nasional SAIFULRIJAL BIN AZHARI Pejabat Penasihat Undang-undang NIKRUL TARMIZI BIN AWALLUDIN Bahagian Audit Dalam ABDUL RAZAK BIN HAMZAH Unit Integriti DATO’ MOHD ZULFIKAR BIN AHMAD Urus Setia Suruhanjaya Pasukan Polis SHARULMIZAN BIN RAHMAT Unit Komunikasi Korporat Ketua Projek Penasihat Undang-undang Ketua Audit Setiausaha Bahagian Setiausaha Bahagian Setiausaha Bahagian MIZI UDIN Bahagian Audit Da Ketua Audit NIKRUL TARM BIN AWALLU K t A dit IFULRIJAL BIN HARI b ih asihat Undang-und N ang AIFULRIJAL BIN etugas Khas SA AZ Pen RUSLAN Pasukan Pe Ketua Proj N BIN ATAN etugas Khas ek DARI KIRI KE KANAN SHARULMIZAN LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 10


PENGURUSAN TERTINGGI BAHAGIAN SEKTOR KESELAMATAN ZULKIFLI BIN ABIDIN Bahagian Keselamatan DATUK MUSA BIN SULAIMAN Bahagian Kepenjaraan, Antidadah dan RELA MOHAMMAD SANUSI BIN ABDUL KARIM Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan MOHD KHAIRUL BIN ZAMALLUDIN Urus Setia Lembaga Pencegahan Jenayah dan Keganasan YUSNIZA BINTI YUSUF Pejabat Penapisan Filem SITI JALILAH BINTI ABD MANAP Urus Setia Lembaga Parol Setiausaha Bahagian Setiausaha Bahagian Setiausaha Bahagian D SANUSI KARIM n, tkuasaan YUSUF SITI JALILAH MOHAMMAD BIN ABDUL K Bahagian Pengua dan Kawalan AT BIN L B h i K j TUK MUSA B LAIMAN LI BIN ABIDIN Keselamatan DA SUL DARI KIRI KE KANAN Setiausaha Bahagian Setiausaha Bahagian Setiausaha Bahagian LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 11


PENGURUSAN TERTINGGI BAHAGIAN SEKTOR DASAR DAN KAWALAN DR. ABDUL GAPAR BIN ABU BAKAR ZAMARI BIN MOHD RAMLI Bahagian Pendaftaran Negara dan Pertubuhan SYUHAIDA BINTI ABDUL WAHAB ZEN Pejabat Strategik Nasional Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran W. HUSBI BIN W. MOHD Bahagian Hal Ehwal Imigresen AINAH BINTI MOHD SOON Bahagian Perancangan Strategik KHAIRUL NIZAM BIN ZAINON Bahagian Pengurusan Pekerja Asing Setiausaha Bahagian Setiausaha Bahagian Setiausaha Bahagian BINTI HAB ZEN Nasional agangan Orang dan Antipenyeludupan SYUHAIDA B ABDUL WAH Pejabat Strategik N Majlis Antipemerd n ara dan Pertubuhan M O a ARI BIN HD RAMLI agian Pendaftaran B Nega IN ZAM MO Baha DR. ABD ABU BA DUL GAPAR B KAR DARI KIRI KE KANAN Setiausaha Bahagian Bahagian Hubungan Antarabangsa Setiausaha Bahagian Setiausaha Bahagian LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 12


PENGURUSAN TERTINGGI BAHAGIAN SEKTOR PENGURUSAN DARI KIRI KE KANAN DARI KIRI KE KANAN SHOBAH BINTI JAMIL Bahagian Khidmat Pengurusan dan Aset Setiausaha Bahagian ZAITON BINTI YAHYA Bahagian Pembangunan Setiausaha Bahagian DATO' AHMAD FIRDAUS BIN BAHARUDDIN Bahagian Perolehan Setiausaha Bahagian NIK NORAINI BINTI NIK YA Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Setiausaha Bahagian YM. RAJA NORLIDAH BINTI RAJA ISMAIL Bahagian Akaun Ketua Akauntan HAJI YAACOB BIN HAJI YUSOF Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat Setiausaha Bahagian NOR AZIZATI BINTI HAMZAH Bahagian Kewangan Setiausaha Bahagian ZAITON LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 13


PENGURUSAN TERTINGGI JABATAN DAN AGENSI IG TAN SRI ACRYL SANI BIN HAJI ABDULLAH SANI DATO’ MOHD ZUBIL BIN MAT SOM Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia DATO’ SRI KHAIRUL DZAIMEE BIN DAUD Jabatan Imigresen Malaysia DATO’ HAJI NORDIN BIN HAJI MOHAMAD Jabatan Penjara Malaysia Komisioner Jeneral Penjara Ketua Pengarah SUTEKNO BIN AHMAD BELON Agensi Antidadah Kebangsaan TO’ SRI KHAIR AIMEE BIN DAU Jabatan Imigresen Malay DAT DZA Jabata MOHD ZUBIL T SOM guatkuasaan aysia ACRYL SANI B LAH SANI BIN DATO’ M BIN MAT Agensi Peng Maritim Mal M T la DARI KIRI KE KANAN Polis Diraja Malaysia Ketua Polis Negara Ketua Pengarah Ketua Pengarah LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 14


PENGURUSAN TERTINGGI JABATAN DAN AGENSI DCP DR. HAJI NIK AZMI BIN NIK OMAR Institut Keselamatan Awam Malaysia DARI KIRI KE KANAN Ketua Eksekutif DATUK YAHYA BIN SULAIMAN Jabatan Sukarelawan Malaysia Ketua Pengarah MOHD NAWARDI BIN SAAD DCP HAJI HAMZAH BIN HAJI AHMAD Eastern Sabah Security Command Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Ketua Pengarah Ketua Pengarah Komander DATO’ RUSLIN BIN JUSOH Jabatan Pendaftaran Negara LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 15


KDN SOROTAN LENSA JANUARI YBhg. Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Abdul Rahman, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) yang baharu dalam sesi pertemuan dan penyampaian surat pelantikan oleh YBhg. Dato’ Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri di Putrajaya. YBhg. Dato’ Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri menerima sumbangan Personal Protective Equipment (PPE) bagi kegunaan kakitangan barisan hadapan Jabatan Imigresen Malaysia dan telah disampaikan oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Aseh bin Haji Che Mat di Rumah PPTD, Persiaran Salahuddin, Kuala Lumpur. YB Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said, Timbalan Menteri Dalam Negeri I hadir ke pelancaran program Misi Bantuan Banjir MAFI Prihatin 2021 yang disempurnakan oleh YB Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee, Menteri Pertanian & Industri Makanan (MAFI). Lawatan kerja rasmi YBhg. Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Abdul Rahman, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) ke pejabat Urus Setia Lembaga Parol. YB Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said, Timbalan Menteri Dalam Negeri I bersama-sama anggota RELA Kuala Krau daerah Temerloh dalam Misi Pasca Banjir Jabatan Sukarelawan Malaysia negeri Pahang. YBhg. Dato’ Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri mempengerusikan Mesyuarat Pengurusan Tertinggi Kementerian Dalam Negeri Bilangan 2 Tahun 2021 secara telesidang di Putrajaya. 4Januari 2021 11 Januari 2021 21 Januari 2021 7 Januari 2021 12 Januari 2021 27 Januari 2021 LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 16


FEBRUARI MAC YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri menerima kunjungan hormat dari TYT Aung Soe Win, Duta Besar Myanmar ke Malaysia di Pejabat Menteri Dalam Negeri, Putrajaya. YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri mempengerusikan Mesyuarat Suruhanjaya Pasukan Polis ke-111 di Putrajaya. YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri menyempurnakan Majlis Pelancaran Bas Mobile Jabatan Pendaftaran Malaysia di Putrajaya. YB Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said, Timbalan Menteri Dalam Negeri I melakukan lawatan kerja ke Depot Imigresen Sementara di Bidor, Perak. YBhg. Dato’ Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri menyempurnakan Majlis Serah Terima Tugas Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Keselamatan Dan Koreksional) dan Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Pemasyarakatan) di Ibu Pejabat Penjara Malaysia. YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri bersama YBhg. Dato’ Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri di Majlis Pemakaian Pangkat kepada YBhg. Datuk Yahya bin Sulaiman, Ketua Pengarah Jabatan Sukarelawan Malaysia. YB Datuk Jonathan bin Yasin, Timbalan Menteri Dalam Negeri II mengadakan lawatan kerja dan meninjau ke Rumah Perlindungan Mangsa Pemerdagangan Orang. 15Februari 2021 26Februari 2021 18 Mac 2021 24Februari 2021 12 Mac 2021 26Februari 2021 18 Mac 2021 LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 17


KDN SOROTAN LENSA APRIL YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri menyempurnakan Majlis Pelancaran Projek Sistem Imigresen Bersepadu Nasional di Kuala Lumpur. YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri menyempurnakan majlis Program Malaysia Prihatin Kementerian Dalam Negeri di Dewan Semai Bakti, Felda Ijok, Selama, Perak. Kunjungan Hormat oleh TYT Andrew Goledzinowski, Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia ke atas YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri di Putrajaya. YBhg. Dato’ Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dalam Majlis Pemeteraian Triti Pemindahan Antarabangsa Banduan Antara Kerajaan Malaysia dengan Ukraine di Putrajaya. YB Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said, Timbalan Menteri Dalam Negeri I menyempurnakan Majlis Program Malaysia Prihatin Kementerian Dalam Negeri dan Penyerahan Bantuan Prihatin Banjir Bagi Daerah Temerloh di Dewan Dato’ Zaharuddin Abu Kassim,Kampung Ketam, Temerloh, Pahang. YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri menyantuni 76 penerima Pingat Jasa Pahlawan Negara di Dewan Tan Sri Abdul Rahman Hashim, Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur. 8 April 2021 9 April 2021 14April 2021 12 April 2021 12 April 2021 16 April 2021 LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 18


APRIL Kunjungan Hormat oleh TYT Brian D. McFeeters, Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia ke atas YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri di Putrajaya. 30Jun 2021 MEI Lawatan Kerja YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri ke Pusat Operasi Area Control Centre (ACC) JUN Sistem Pengawasan Laut (SWASLA) Maritim Malaysia di Pelabuhan Klang, Selangor. Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Antara YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri dan YB Dato’ Seri M. Saravanan, Menteri Sumber Manusia Mengenai Pengurusan Pekerja Asing, Kali Ke-5, Bil.1/2021 di Putrajaya. Penyerahan Tugas Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang disaksikan oleh YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri di Dewan Theatrette, Menara 1 Ibu Pejabat Polis Bukit Aman. YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri mengadakan lawatan kerja ke Penjara Marang, Terengganu. 8Jun 2021 22 April 2021 30Jun 2021 30Jun 2021 Kunjungan Hormat oleh TYT Hermono, Duta Besar Republik Indonesia ke Malaysia ke atas YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri di Putrajaya. YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri menjalankan Pemeriksaan Pematuhan SOP di Pusat Pengedaran Giant, Salak Tinggi. 7 Mei 2021 19Jun 2021 LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 19


KDN SOROTAN LENSA JULAI YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri mengetuai operasi pematuhan Op Patuh PKP 3.0 di Kuala Lumpur. YB Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said, Timbalan Menteri Dalam Negeri I meninjau Kaunter Khas Program Rekalibrasi Pulang Pendatang Tanpa Izin di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). YBhg. Dato’ Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri mempengerusikan Mesyuarat Majlis Antipemerdagangan Orang Dan Antipenyeludupan Migran (MAPO) Bil.2/2021 di Putrajaya. YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri telah mengadakan lawatan dan menyerahkan bakul bantuan makanan ke kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Daerah Larut Matang dan Selama. 2 Julai 2021 8 Julai 2021 22 Julai 2021 31 Julai 2021 YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Timbalan Perdana Menteri bersama YB Dato’ Seri Hamzah Zainudin, Menteri Dalam Negeri mengadakan pemeriksaan pematuhan SOP bersepadu di kawasan perkilangan sekitar Klang Selatan. 17 Julai 2021 LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 20


YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri menyampaikan amanat kepada Pengurusan Tertinggi Kementerian Dalam Negeri di Putrajaya. 2 September 2021 OGOS SEPTEMBER YBhg. Dato’ Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri menyempurnakan Majlis Pelancaran Program Keceriaan Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan 2021 Peringkat Kementerian Dalam Negeri di Putrajaya. YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri mengetuai Program KDN Prihatin Op Bantu di kawasan bencana banjir sekitar kawasan Titi Hayun, Yan, Kedah. YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri mempengerusikan Mesyuarat Hala Tuju Strategik Kementerian Dalam Negeri di Kuala Lumpur. 19 Ogos 2021 5September 2021 9September 2021 YBhg. Dato’ Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri ke tapak cadangan untuk pembangunan Kompleks Jabatan Penjara Malaysia di sekitar jajahan Bachok, Kota Bharu dan Pasir Mas. Sesi clock-in YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri, YB Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said, Timbalan Menteri Dalam Negeri I dan YB Datuk Jonathan Yasin, Timbalan Menteri Dalam Negeri II di Putrajaya. Majlis Penyerahan Surat Pelantikan Ketua Polis Negara kepada YDH Tan Sri Acryl Sani bin Haji Abdullah Sani yang disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, Kuala Lumpur. 27 Ogos 2021 1 September 2021 29September 2021 LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 21


KDN SOROTAN LENSA OKTOBER YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri dalam sesi temubual bersama Radio Televisyen Malaysia (RTM) di Angkasapuri, Kuala Lumpur. YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri melakukan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Kontinjen Melaka. 6 Oktober 2021 30 Oktober 2021 YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri menghadiri program Kolaborasi Jabatan Penjara Malaysia bersama Panasonic Appliances Air-Conditioning Malaysia Sdn Bhd di Shah Alam,Selangor. Sidang Media YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri dan YB Dato’ Seri M. Saravanan, Menteri Sumber Manusia mengenai keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Mengenai Pengurusan Pekerja Asing Kali Ke-6 Bil.2/2021 di Putrajaya. 14 Oktober 2021 26 Oktober 2021 Majlis Penyerahan Surat Keputusan Permohonan Kewarganegaraan oleh YB Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said, Timbalan Menteri Dalam Negeri I disaksikan YB Dato’ Sri Hajah Fatimah Abdullah Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Sarawak. YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri melakukan lawatan kerja di CIQ Desaru,Kota Tinggi, Johor. 22 Oktober 2021 30 Oktober 2021 LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 22


DISEMBER Sambutan Hari Imigresen Tahun 2021 disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri di Auditorium Kompleks D, Putrajaya. 1 Disember 2021 Majlis Pelancaran Defence Services Asia and National Security Asia 2022 yang disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri dan YB Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Kanan Pertahanan. 3 Disember 2021 NOVEMBER YBhg. Dato’ Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri menyempurnakan Majlis Anugerah Sijil Kepujian dan Jasamu Dikenang bagi tahun 2019 dan 2020. Majlis Perasmian ESD Satellite Centre (ESC) yang disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). 1 November 2021 30 November 2021 Majlis Amanat dan Perjumpaan YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri bersama Industri Perkhidmatan Kawalan Keselamatan dan Agensi Persendirian di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC). 25 November 2021 LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 23


MAKLUMAT KORPORAT VISI, MISI DAN TERAS UTAMA OBJEKTIF FUNGSI PIAGAM PELANGGAN CARTA ORGANISASI


Memastikan Keselamatan dan Keamanan Dalam Negara Terjamin dan Kesejahteraan Rakyat Terpelihara MISI Integriti Kualiti Inovasi Profesionalisme Esprit de Corps TERAS UTAMA Peneraju Keselamatan dan Keamanan Dalam Negeri VISI MAKLUMAT KORPORAT LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 26


01 02 03 04 05 06 07 Memastikan keselamatan negara dan ketenteraman awam sentiasa terjamin dan terpelihara melalui kemantapan tindakan penguatkuasaan undang-undang dan kecekapan pelaksanaan dasar-dasar bagi program-program yang berorientasikan perkhidmatan teras KDN. Pengukuran atau penilaian ini perlu berdasarkan indeks jenayah, penyalahgunaan dadah, penerbitan, filem, pertubuhan, kewarganegaraan, pekerja asing dan pendatang asing tanpa izin (PATI). Memastikan rakyat melibatkan diri dalam program-program kesedaran dan pencegahan untuk meningkatkan tahap pengetahuan, kesedaran dan penglibatan orang awam tentang kepentingan keselamatan negara dan ketenteraman awam. Meningkatkan keberkesanan program-program rawatan dan pemulihan bagi penagihan dadah dan pesalah undang-undang. Tindakan-tindakan pencegahan juga dilaksanakan untuk mempastikan apa jua niat jahat, ancaman musuh dan kacau bilau dapat dibendung. Menyediakan sistem penyampaian perkhidmatan berkualiti secara cekap dan berkesan kepada pelanggan yang melibatkan urusan-urusan penting seperti pendaftaran pengenalan diri, pasport, pendaftaran pertubuhan, penerbitan, mesin cetak, agensi persendirian, senjata api, filem dan teks Al-Quran. Menjalin kerjasama strategik dan perkongsian pintar dengan agensi-agensi Kerajaan yang lain dan Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) serta Badan-badan Antarabangsa yang terlibat untuk menjamin keselamatan dan ketenteraman awam. Memantapkan hubungan kerjasama dan kolaborasi dalaman antara Bahagian-Bahagian, Jabatan dan Agensi di bawah KDN. Memantapkan mekanisme pentadbiran, sistem pengurusan kewangan, pembangunan sumber manusia, penggunaan ICT, perolehan dan pembangunan infrastruktur dalam menyumbang kepada usaha KDN seiring dengan kemajuan teknologi, pertumbuhan sosioekonomi dan keperluan negara semasa serta pencapaian matlamat Pelan Strategik KDN (2021 – 2025). OBJEKTIF LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 27


KESELAMATAN DAN FUNGSI KETENTERAMAN AWAM Memelihara, mengekal dan meningkatkan keselamatan dan ketenteraman awam daripada sebarang ancaman serta menjalankan penguatkuasaan ketenteraman awam dan keselamatan dalam negeri HAL EHWAL PENDAFTARAN Memastikan pengurusan daftar penduduk di negara ini teratur mengikut HAL EHWAL IMIGRESEN Perlembagaan negara DAN PEKERJA ASING Memastikan pengurusan pengeluaran dokumen perjalanan, urusan keluar masuk warganegara dan warga asing teratur serta pemberian pas yang bersesuaian kepada warga asing yang tinggal di negara ini selaras dengan akta dan peraturan imigresen PENGURUSAN PERTUBUHAN Memastikan pengurusan pendaftaran pertubuhan serta persatuan-persatuan teratur mengikut undang-undang berkuat kuasa sedia ada ANTIDADAH Meningkatkan usaha membanteras bekalan, pengedaran dan penyalahgunaan dadah serta meningkatkan keberkesanan pencegahan, rawatan dan pemulihan penagihan dadah KAWALAN PENERBITAN DAN TEKS AL-QURAN Mengawal selia dan menguatkuasakan aktiviti penerbitan, percetakan dan pengedaran bahan-bahan penerbitan serta memastikan kesahihan dan mencegah penyelewengan teks dan bahan al-Quran KAWALAN FILEM Mengawal selia dan menguat kuasa aktiviti penerbitan dan pengedaran filem PENGURUSAN SUKARELAWAN Memastikan pengurusan sukarelawan yang cekap bagi memelihara keselamatan dan kesejahteraan negara, di samping bertindak sebagai ‘mata dan telinga’ Kerajaan serta menjalankan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dan sosioekonomi setempat PEMULIHAN DAN PELAKSANAAN HUKUMAN Memastikan pelaksanaan hukuman dan penahanan yang selamat terhadap pesalah dan meningkatkan keberkesanan program pemulihan terhadap pesalah LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 28


PIAGAM PELANGGAN Mengurus dan Mengeluarkan Keputusan Permit Penerbitan, Penapisan Filem dan Agensi Persendirian. Permohonan Baru Permit Penerbitan: Tempoh kelulusan dan tarikh dokumen permohonan lengkap diterima sehingga surat kelulusan dikeluarkan - 30 hari bekerja; Mengeluarkan keputusan tapisan filem sinematografi dalam tempoh lima hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima; dan Memproses permohonan pembaharuan Lesen Agensi Persendirian sehingga keputusan dimaklumkan kepada pemohon dalam tempoh satu bulan bekerja daripada tarikh permohonan lengkap diterima. Memberikan jawapan maklum balas aduan awam dalam tempoh 15 hari bekerja. Memastikan Kelulusan Permohonan Rekrutmen Pekerja Asing di Kaunter One Stop Centre (OSC) KDN dalam tempoh 30 minit waktu bekerja selepas selesai sesi temuduga; Mengeluarkan Akuan Penerimaan atau makluman kepada pemohon mengenai Permohonan Rayuan Permit Masuk dihantar dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima; Mengangkat kertas pertimbangan Permohonan Pengambilan Pelajar Antarabangsa oleh Institusi Pendidikan Tinggi Swasta, Pusat Bertauliah, Pusat Bahasa, Pusat Latihan, Pusat Kemahiran dan Sekolah Antarabangsa dalam tempoh 14 hari bekerja selepas permohonan lengkap diterima; dan Mengeluarkan keputusan terhadap Permohonan Taraf Kewarganegaraan Malaysia yang telah diputuskan oleh YB Menteri Dalam Negeri di bawah Perlembagaan Persekutuan dalam tempoh 40 hari bekerja. Meningkatkan Penyampaian Perkhidmatan Pelanggan. Memaklumkan Keputusan Permohonan Pekerja Asing, Permit Masuk, Pengambilan Pelajar Antarabangsa dan Kewarganegaraan. LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 29


DATUK MOHAMAD FAUZI BIN MD ISA PTD UTAMA B TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA ( DASAR DAN KAWALAN ) ORGANISASI KDN CARTA KETUA SETIAUSAHA DATO’ SRI WAN AHMAD DAHLAN BIN HAJI ABDUL AZIZ PTD TURUS III (KUP UTAMA A) PASUKAN PETUGAS KHAS PROJEK SISTEM IMIGRESEN BERSEPADU NASIONAL PTD UTAMA C RUSLAN BIN ATAN PEJABAT PENASIHAT UNDANG-UNDANG PUU UTAMA C SAIFULRIJAL BIN AZHARI AUDIT DALAM JAD UTAMA C NIKRUL TARMIZI BIN AWALLUDIN UNIT INTEGRITI PTD M54 (KUP PS P54) ABDUL RAZAK BIN HAMZAH URUS SETIA SURUHANJAYA PASUKAN POLIS DATO’ MOHD ZULFIKAR BIN AHMAD PTD M54 UNIT KOMUKASI KORPORAT SHARULMIZAN BIN RAHMAT 54 (T) HUBUNGAN ANTARABANGSA PTD UTAMA C DR. ABDUL GAPAR BIN ABU BAKAR PENDAFTARAN NEGARA DAN PERTUBUHAN PTD UTAMA C ZAMARI BIN MOHD RAMLI NSO MAPO PTD UTAMA C SYUHAIDA BINTI ABDUL WAHAB ZEN HAL EHWAL IMIGRESEN PTD UTAMA C W. HUSBI BIN W. MOHD PERANCANGAN STRATEGIK AINAH BINTI MOHD SOON PTD UTAMA C PENGURUSAN PEKERJA ASING KHAIRUL NIZAM BIN ZAINON PTD UTAMA C DATO’ HAJI ABDUL HALIM BIN HAJI ABDUL RAHMAN PTD UTAMA A TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA ( KESELAMATAN ) KESELAMATAN PTD UTAMA B ZULKIFLI BIN ABIDIN KEPENJARAAN, ANTIDADAH DAN RELA PTD UTAMA C DATUK MUSA BIN SULAIMAN PENGUATKUASAAN DAN KAWALAN PTD UTAMA C MOHAMMAD SANUSI BIN ABDUL KARIM URUS SETIA LEMBAGA PENCEGAHAN JENAYAH DAN KEGANASAN MOHD KHAIRUL BIN ZAMALLUDIN PTD M54 PEJABAT PENAPISAN FILEM YUSNIZA BINTI YUSUF PTD M54 URUS SETIA LEMBAGA PAROL SITI JALILAH BINTI ABD MANAP PTD M52 LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 30


AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN PAD/PKP/PTD UTAMA B SUTEKNO BIN AHMAD BELON JABATAN PENDAFTARAN NEGARA PTD UTAMA B DATO’ RUSLIN BIN JUSOH JABATAN PENJARA MALAYSIA PENGUASA PENJARA UTAMA A (KUP B) DATO’ HAJI NORDIN BIN HAJI MOHAMAD POLIS DIRAJA MALAYSIA PKP TURUS II IG TAN SRI ACRYL SANI BIN HAJI ABDULLAH SANI AGENSI PENGUATKUASAAN MARITIM MALAYSIA PPKM UTAMA A DATO’ MOHD ZUBIL BIN MAT SOM JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA PTD UTAMA A DATO’ SRI KHAIRUL DZAIMEE BIN DAUD JABATAN PENDAFTARAN PERTUBUHAN MALAYSIA PTD UTAMA C MOHD NAWARDI BIN SAAD EASTERN SABAH SECURITY COMMAND DCP HAJI HAMZAH BIN HAJI AHMAD PKP UTAMA C JABATAN SUKARELAWAN MALAYSIA DATUK YAHYA BIN SULAIMAN PTD UTAMA C INSTITUT KESELAMATAN AWAM DCP DR. HAJI NIK AZMI BIN NIK OMAR PTD/PKP UTAMA C MENTERI YB DATO’ SERI HAMZAH BIN ZAINUDIN TIMBALAN MENTERI I TIMBALAN MENTERI II YB DATO’ SRI DR. HAJI ISMAIL BIN HAJI MOHAMED SAID YB DATUK JONATHAN BIN YASIN DATO’ MOHD SAYUTHI BIN BAKAR PTD UTAMA B TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA ( PENGURUSAN ) KHIDMAT PENGURUSAN DAN ASET PTD UTAMA C SHOBAH BINTI JAMIL KEWANGAN PTD UTAMA C NOR AZIZATI BINTI HAMZAH PENGURUSAN TEKNOLOGI MAKLUMAT PTM KHAS C YAACOB BIN YUSOF AKAUN AKAUTAN UTAMA C YM. RAJA NORLIDAH BINTI RAJA ISMAIL PEROLEHAN DATO’ AHMAD FIRDAUS BIN BAHARUDDIN PTD UTAMA C PENGURUSAN SUMBER MANUSIA NIK NORAINI BINTI NIK YA PTD UTAMA C PEMBANGUNAN ZAITON BINTI YAHYA PTD UTAMA C LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 31


SURUHANJAYA DAN LEMBAGA Suruhanjaya Pasukan Polis Lembaga Penapis Filem Jawatankuasa Rayuan Filem LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 32


CARTA ORGANISASI SURUHANJAYA PASUKAN POLIS PENGERUSI YB DATO’ SERI HAMZAH BIN ZAINUDIN SETIAUSAHA DATO’ SRI WAN AHMAD DAHLAN BIN HAJI ABDUL AZIZ AHLI (POLIS DIRAJA MALAYSIA) IG TAN SRI ACRYL SANI BIN HAJI ABDULLAH SANI AHLI (SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM) DATUK SERI JALIL BIN MARZUKI AHLI DATO’ SRI ABD RAHIM BIN JAAFAR AHLI (WAKIL KERAJAAN NEGERI SARAWAK) PUAN NORZANAH BINTI HAJI BUANG AHLI (WAKIL KERAJAAN NEGERI SABAH) TUAN AWANG BESAR BIN DULLAH AHLI TAN SRI NOOR RASHID BIN IBRAHIM AHLI TAN SRI ALWI BIN HAJI IBRAHIM LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 33


SETIAUSAHA LEMBAGA YUSNIZA BINTI YUSUF FILEM PANGGUNG ABDUL MANAP BIN ABDUL HAMID PITA/CAKERA (BM/BI) KOL (B) ZULKIFLI BIN ISMAIL PITA/CAKERA (BAHASA INDIA) KALIBASKARAN A/L MUNIANDY PITA/CAKERA (BAHASA CINA) DATO’ WONG WAI LOONG IKLAN SAMSUDDIN BIN SARIP BAHAN PUBLISITI SAMUEL YESUIAH A/L J S MOSES WEB/SISTEM FUZIAH BINTI ABU HANIFAH SERANTA/LATIHAN MAHZAN BIN YUSOF AGAMA DATO’ HAJI MOHD SHAFIE BIN JUSOH ADUAN LPF CHEW AI WAH RTM ELANGOVAN A/L SINGARAVELLOO TV ALHIJRAH SAIFUL ASIDI BIN JOHARI TM NET RAJAH A/L RAMALINGAM AWESOME TV (ATV) DATO’ HAJI MOHD SHAFIE BIN JUSOH TV SARAWAK (TVS) MUSTAPHA BIN ZAINUDDIN SABAH (KOSONG) SARAWAK CHUNG MEE LING PENGERUSI DATO' AZIZAN BIN ARIFFIN NAIB PENGERUSI DATO' HAJI MOHD. DUSUKI BIN HAJI YA'ACOB IBU PEJABAT STESEN TV PEJABAT CAWANGAN CARTA ORGANISASI LEMBAGA PENAPIS FILEM LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 34


CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA RAYUAN FILEM SETIAUSAHA LEMBAGA YUSNIZA BINTI YUSUF PENGERUSI DATO’ HAJI MOHD HUSSAIN BIN HAJI SHAFIE NAIB PENGERUSI HAJI SAADUN BIN MAT SABARI DR. WAN AMIZAH BINTI WAN MAHMUD DATO' DR. HAJI AZMI BIN ZAKARIA JAHARAH BINTI MD YASSIN CHAN KOK SUN ACP (B) ZAKARIA BIN ADAM YOGARAJAN A/L M. PACKRISAMY DR. ABDUL GHANI BIN IBRAHIM LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 35


SEKTOR KETUA SETIAUSAHA PASUKAN PETUGAS KHAS PROJEK SISTEM IMIGRESEN BERSEPADU NASIONAL PEJABAT PENASIHAT UNDANG-UNDANG BAHAGIAN AUDIT DALAM UNIT INTEGRITI URUS SETIA SURUHANJAYA PASUKAN POLIS UNIT KOMUNIKASI KORPORAT DATO’ SRI WAN AHMAD DAHLAN BIN HAJI ABDUL AZIZ KETUA SETIAUSAHA ASUKAN PETUGA ROJEK SISTEM IM BERSEPADU NASIO EJABAT PENASIH UNDANG-UNDANG BAHAGIAN AUDIT DALAM UNIT INTEGRITI URUS SETIA URUHANJAYA ASUKAN POLIS UNIT KOMUNIKASI KORPORAT SRI WAN AHMAD N BIN HAJI ABDUL SETIAUSAHA S KHAS MIGRESEN ONAL AT G L AZIZ


PEJABAT PASUKAN PETUGAS KHAS PROJEK SISTEM IMIGRESEN BERSEPADU NASIONAL Pembangunan Projek Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe) adalah selaras dengan Pelan Strategik Kementerian Dalam Negeri (PSKDN) 2021–2025 untuk memperkasakan penggunaan teknologi dan pendigitalan dalam penyampaian perkhidmatan End-to-End kepada rakyat agar lebih berkualiti, responsif dan inovatif. Majlis pelancaran Projek Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe) telah disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri pada 8 April 2021 di Kuala Lumpur dan telah dihadiri kira-kira 250 jemputan dari pelbagai agensi. Turut hadir dalam majlis pelancaran tersebut, YB Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said, Timbalan Menteri Dalam Negeri I, YBhg. Dato’ Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Setiausaha, Kementerian Dalam Negeri dan YBhg. Dato’ Indera Khairul Dzaimee bin Daud, Ketua Pengarah Imigresen Malaysia. NIISe dibangunkan bagi menggantikan sistem imigresen sedia ada yang telah beroperasi lebih 20 tahun. NIISe merupakan sistem yang komprehensif, sophisticated, berteknologi tinggi, bersepadu, mesra pengguna dan berupaya memenuhi keperluan keimigresenan semasa selari dengan perkembangan teknologi terkini. Sistem NIISe yang akan memperkasa perkhidmatan imigresen negara ini dijangka mula beroperasi sepenuhnya pada 2024. Objektif Pembangunan NIISe BERSEPADU DAN MENYELURUH PENGGUNAAN JANGKA MASA PANJANG SELAMAT DARIPADA SEBARANG ANCAMAN MENGURANGKAN KETIRISAN HASIL KERAJAAN Majlis Pelancaran Projek Sistem Imigresen Bersepadu Nasional LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 38


NIISe akan mewujudkan ekosistem penguatkuasaan digital yang bertunjangkan maklumat lebih tepat dan boleh dipercayai (reliable) dengan operasi terhadap pendatang asing tanpa izin (PATI) dapat dilaksanakan lebih efektif berdasarkan maklumat yang diperolehi melalui Big Data Analytics (BDA) diwujudkan dalam sistem ini meliputi pengambilan biometrik cap jari serta wajah bagi setiap individu yang tiba di negara ini. YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri di Majlis Pelancaran Projek Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe) pada 8 April 2021 di Kuala Lumpur. LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 39


Lawatan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri ke Pejabat Projek Sistem Imigresen Bersepadu Nasional Program Libat Urus Pemegang Taruh Projek Sistem Imigresen Bersepadu Nasional YBhg. Dato’ Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri telah mengadakan lawatan ke Pejabat Kontraktor NIISe di Putrajaya pada 12 Oktober 2021. Bagi memastikan keselamatan maklumat terjamin serta pengurusan pelaksanaan aktiviti projek dan memudahkan komunikasi, Pejabat Kontraktor NIISe telah diletakan di bawah satu bumbung dengan Pasukan Petugas Khas NIISe KDN. Sesi lawatan ini diadakan sempena Mesyuarat Stakeholder Projek Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe) Bersama Pengurusan Tertinggi Kementerian Dalam Negeri. Program Libat Urus Stakeholders Projek Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe) telah diadakan pada 19 dan 20 November 2021 di Langkawi, Kedah bertujuan untuk memberi penerangan dan maklumat berkenaan Projek NIISe bagi memastikan stakeholders yang hadir mendapat maklumat mengenai perkembangan terkini projek selain turut meningkatkan kerjasama bersama warga Jabatan Imigresen Malaysia. Program ini disusuli dengan lawatan ke Pos Imigresen Jeti Kuah dan Kompleks Mini KDN Langkawi. YBhg. Dato’ Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri mengadakan lawatan ke Pejabat Kontraktor NIISe di Putrajaya pada 12 Oktober 2021. Sesi perbincangan peserta dalam Program Libat Urus Stakeholders Projek Sistem Imigresen Bersepadu Nasional yang telah diadakan pada 19 dan 20 November 2021 di Langkawi, Kedah. LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 40


PEJABAT PENASIHAT UNDANG-UNDANG Pejabat Penasihat Undang-Undang (PUU), Kementerian Dalam Negeri dipertanggungjawabkan untuk mengawal selia dan memberikan nasihat perundangan bagi isu yang melibatkan undang-undang di bawah bidang tanggungjawab KDN di samping berperanan memberikan khidmat nasihat perundangan kepada 25 Bahagian dan 10 Agensi berhubung dengan semua isu perundangan yang berbangkit. Pejabat PUU terdiri daripada Peguam Kanan Persekutuan dan Peguam Persekutuan antara lain bertanggungjawab dalam mengendalikan kes-kes mahkamah yang melibatkan KDN termasuklah kes-kes sivil dan juga kes-kes permohonan Habeas Corpus selain terlibat dalam penyediaan dan semakan semua draf perjanjian dan instrumen perundangan antarabangsa dan juga antara agensi Kerajaan yang berkaitan. Pada tahun 2021, antara Rang Undang-Undang yang telah diselesaikan oleh Pejabat PUU di pelbagai peringkat adalah seperti yang berikut: i. Rang Undang-Undang Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Pindaan) 2021 [D.R. 10/2021] telah dibahaskan dan diluluskan di Dewan Rakyat, Parlimen pada 15 Oktober 2021 dan kemudiannya dibahaskan dan diluluskan di Dewan Negara pada 23 Disember 2021. ii. Rang Undang-Undang Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah (Pindaan) 2021 [D.R. 19/2021] telah dibacakan kali pertama di Dewan Rakyat, Parlimen pada 15 Disember 2021 dan akan dibahaskan pada sesi Parlimen 2022. iii. Rang Undang-Undang Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Pembubaran) 2021 [D.R. 21/2021] telah dibacakan kali pertama di Dewan Rakyat pada 15 Disember 2021 dan akan dibahaskan pada sesi Parlimen 2022. iv. Rang Undang-Undang Pencetakan Teks Al-Quran (Pindaan) 2021 telah diluluskan oleh Jabatan Peguam Negara pada 8 November 2021 dan disasarkan untuk dibentangkan pada sesi Parlimen 2022. v. Ordinan Darurat (Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah) (Pindaan) 2021 [P.U.(A) 173/2021] telah diwartakan pada 15 April 2021 yang berkuat kuasa pada 16 April 2021. Perundangan Utama LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 41


Pejabat PUU juga bersama dengan Bahagian, Jabatan dan Agensi di bawah KDN meneliti dan menjalankan kajian lanjut untuk membuat cadangan penambahbaikan dan pindaan kepada AktaAkta yang berikut: Perundangan Subsidiari Pejabat PUU bersama dengan Bahagian, Jabatan dan Agensi yang berkaitan telah mewartakan pelbagai perundangan subsidiari seperti Peraturan-Peraturan, Kaedah-Kaedah, Perintah dan Pemberitahuan yang dibuat di bawah Akta Imigresen 1959/63 [Akta 155], Akta Fi 1959 [Akta 209], Akta Pasport 1966 [Akta 150], Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 [Akta 301], Akta Senjata 1960 [Akta 206], Akta Penjara 1995 [Akta 537] dan beberapa Akta lain di bawah seliaan KDN. i. Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 [Akta 747]; ii. Akta Hasutan 1948 [Akta 15]; iii. Akta Pencegahan Jenayah 1959 [Akta 297]; iv. Akta Pencegahan Keganasan 2015 [Akta 769]; v. Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 [Akta 301]; vi. Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Penceraian ) 1976 [Akta 164]; vii. Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 [Akta 283]; viii. Akta Pendaftaran Penjenayah dan Orang Yang Tidak Diingini 1969 [Akta 7]; ix. Akta Agensi Persendirian 1971 [Akta 27]; x. Akta Penjara 1995 [Akta 537]; dan xi. Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas)1985 [Akta 316]. LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 42


0 20 40 60 80 100 120 140 160 BILANGAN PERJANJIAN JANUARI FEBRUARI MAC APRIL MEI JUN JULAI OGOS SEPTEMBER OKTOBER NOVEMBER DISEMBER 126 80 114 79 73 92 59 87 139 94 118 88 JUMLAH 1,149 0 20 40 60 80 100 120 140 160 BILANGAN PANDANGAN PERUNDANGAN JANUARI FEBRUARI MAC APRIL MEI JUN JULAI OGOS SEPTEMBER OKTOBER NOVEMBER DISEMBER 59 59 55 97 88 65 42 54 70 82 102 61 JUMLAH 834 Semakan Perjanjian Atau Kontrak 2021 Bilangan Pandangan Perundangan 2021 Semakan Perjanjian Pandangan Undang-Undang KDN melalui Pejabat PUU juga membuat semakan ke atas pelbagai draf dokumen kontrak seperti Kontrak Sewaan Bangunan, Kontrak Pembekalan, Kontrak Perkhidmatan dan Kontrak Perjanjian Penyewaan untuk memastikan dokumen-dokumen kontrak tersebut teratur dan lengkap sebelum ditandatangani oleh pihak Kerajaan dengan pihak Syarikat atau Kontraktor. Semakan kepada perjanjian atau kontrak ini dibuat bertujuan memastikan dokumen perjanjian teratur dan menjaga kepentingan KDN khususnya dan Kerajaan amnnya sebelum perjanjian tersebut ditandatangani oleh pihak Kerajaan dan pihak Syarikat. Jumlah semakan perjanjian adalah seperti yang berikut: Pejabat PUU juga bertanggungjawab dalam memberikan nasihat perundangan kepada KDN secara bertulis atau lisan. Jumlah pencapaian penyediaan pandangan perundangan yang telah diberikan pada tahun 2021 adalah seperti yang berikut: LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 43


Pengendalian Kes Habeas Corpus Kursus Peningkatan Kompetensi Kes Habeas Corpus yang melibatkan penyediaan Afidavit, hujahan sehingga ke peringkat perbicaraan di Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan. Pengendalian kes Mahkamah yang melibatkan undang-undang di bawah KDN adalah seperti Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas)1985 [Akta 316], Akta Pencegahan Jenayah 1959 [Akta 297], Akta Pencegahan Keganasan 2015 [Akta 769] dan Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan)1983 [Akta 283]. Statistik kes Mahkamah pada tahun 2021 adalah seperti yang berikut: Pejabat PUU telah melaksanakan Bengkel Penyediaan Templat Afidavit bagi Kes-Kes Permohonan Writ Of Habeas Corpus dan Templat Perjanjian Pembekalan dan Perkhidmatan bagi Agensi-Agensi di bawah seliaan KDN pada 12 hingga 14 November 2021 di Port Dickson, Negeri Sembilan. Bengkel tersebut diadakan bertujuan untuk membincangkan isu-isu berkenaan dengan penyediaan templat Afidavit dan templat perjanjian yang standard untuk diguna pakai oleh semua agensi di bawah KDN. Selain itu, Pejabat PUU juga telah menganjurkan Kursus Pemantapan Pengurusan Pejabat PUU pada 11 hingga 12 Disember 2021 di Kuala Lumpur. Kursus tersebut berjaya membincangkan perkaraperkara berkenaan dengan pengurusan organisasi Pejabat PUU. Puan Nur Jihan binti Mohd Azman, Peguam Kanan Persekutuan, Pejabat Penasihat Undang-Undang Kementerian Dalam Negeri sedang mengendalikan sesi penerangan kepada peserta Kursus Pemantapan Pengurusan Pejabat Penasihat Undang-Undang pada 11 hingga 12 Disember 2021. 0 20 40 60 80 100 120 140 160 BILANGAN KES JANUARI FEBRUARI MAC APRIL MEI JUN JULAI OGOS SEPTEMBER OKTOBER NOVEMBER DISEMBER 69 32 84 81 103 102 97 54 74 78 50 59 JUMLAH 883 Bilangan Kes Habeas Corpus 2021 LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 44


Bahagian Audit Dalam (AD) telah melaksanakan pelbagai program audit bagi membantu Kementerian, Jabatan dan Agensi meningkatkan prestasi pengurusan kewangan, program dan aktiviti serta membantu memberi nilai tambah terhadap isu-isu audit yang dibangkitkan. Pencapaian Program Pengauditan 2021 BAHAGIAN AUDIT DALAM PRESTASI 10% KEWANGAN 48% PELBAGAI 40% PEMATUHAN 2% Program/ Aktiviti (2) ICT (1) Program/Aktiviti (3) Susulan Prestasi (6) Anak Angkat (4) Pemeriksaan Mengejut (34) Siasatan (2) Pengurusan Kewangan (35) Susulan Pengurusan Kewangan (9) Arahan Pembayaran (5) Pengauditan Prestasi Pengauditan Prestasi merupakan penilaian terhadap program dan aktiviti bagi menentukan sama ada telah dirancang, dilaksanakan dan dipantau dengan teratur serta mencapai objektif yang ditetapkan dengan mengguna pakai Standard Pengauditan International Organisation of Supreme Audit Institutions (INTOSAI). Pengauditan prestasi bertujuan meningkatkan akauntabiliti awam dan membantu ke arah tadbir urus yang baik. Aspek yang dikaji adalah dari peringkat perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan penilaian sesuatu program dan aktiviti. Setiap isu yang ditemui akan dilapor dan dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Audit untuk dibincangkan dan diambil tindakan susulan. Pada tahun 2021, sebanyak empat Pengauditan Prestasi serta enam susulan prestasi telah dilaksanakan bagi pengauditan tahun 2017 hingga 2020 melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Jabatan Penjara Malaysia (PRIDE). LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 45


Pengauditan Pengurusan Tanah Jabatan Penjara Malaysia di Pusat Koreksional Jasin, Melaka pada 8 September 2021 Pengauditan Prestasi Jabatan dan Agensi 2021 BIL. JABATAN DAN AGENSI TAJUK PROGRAM DAN AKTIVITI 1. PDRM dan APMM Pengauditan Terhadap Pengurusan Peruntukan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat 2. PDRM Pengauditan Terhadap Pengurusan Eksibit 3. PRIDE Pengauditan Terhadap Pengurusan Tanah ICT 4. PDRM Pengauditan Terhadap Sistem Pengurusan Aset dan Inventori Bersepadu (SPAIB) Pengauditan Pengurusan Kewangan Pengauditan Pengurusan Kewangan dilaksana menggunakan pendekatan Risk Based Audit dengan fokus utama kepada analisis kawalan dalaman yang diwujudkan bagi pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang ditetapkan. Sistem penarafan dilaksanakan sebagai satu usaha untuk meningkatkan motivasi Pusat Tanggungjawab (PTJ) agar memperbaiki, mempertingkat dan memperkasakan prestasi pengurusan kewangan masing-masing. Setiap pematuhan bagi lapan aspek kawalan utama akan diberikan markah iaitu kawalan pengurusan, bajet, terimaan, perolehan, perbelanjaan, amanah dan deposit, aset dan stor serta kenderaan. LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 46


Pengauditan Pematuhan Jabatan dan Agensi 2021 Ujian Pengesanan Air Dalam Tangki Minyak di Maritim Negeri Pahang pada 8 September 2021 BIL. JABATAN DAN AGENSI TAJUK 1. APMM Pengauditan Terhadap Pengurusan Kontrak Pembekalan Bahan Bakar 2. RELA Pengauditan Terhadap Pengurusan Elaun Penugasan RELA Pengauditan Pematuhan Pengauditan pematuhan ini dilaksanakan dengan pendekatan 3P1K iaitu mengenal pasti elemen pembaziran, pemborosan, penyelewengan dan ketirisan wang awam yang berlaku akibat daripada ketidakpatuhan terhadap undang-undang dan peraturan kewangan. Bahagian ini telah melaksanakan dua Pengauditan Pematuhan dengan penekanan kepada aspek tadbir urus aktiviti dan tatacara kewangan melibatkan bayaran, terimaan, hasil dan pengurusan kontrak di peringkat Kementerian, Ibu Pejabat Jabatan dan Agensi. Selain itu, pengauditan terhadap Arahan Pembayaran Tahun 2020/2021 di lima PTJ turut dilaksanakan oleh Cawangan Audit Dalam Sarawak dan Sabah bagi memastikan perbelanjaan diuruskan secara telus, berhemat dan mematuhi peraturan ditetapkan. Susulan Audit bagi pengauditan tahun 2019 dan 2020 di sembilan PTJ juga dilaksanakan bagi memastikan usaha penambahbaikan telah diambil tindakan. Prestasi Pengurusan Kewangan Bagi 35 PTJ Mengikut Jabatan dan Agensi 0 5 10 15 20 25 5 BINTANG 4 BINTANG 3 BINTANG 2 BINTANG 1 BINTANG JUMLAH PTJ 4 20 8 1 2 11% 57% 23% 3% 6% 51% 6% 8% 3% 23% 6%4% PDRM PDRM APMM JPPM PENJARA AADK RELA JIM 11 PTJ 4 PTJ 1 PTJ AADK 2 PTJ 4 PTJ 2 PTJ 2 PTJ APMM 1 PTJ 1 PTJ JPPM 1 PTJ 2 PTJ PENJARA 1 PTJ RELA 2 PTJ JIM 1 PTJ LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 47


Pengauditan Pelbagai Mesyuarat Jawatankuasa Audit Program Anak Angkat merupakan program bimbingan yang melalui dua fasa lawatan iaitu fasa khidmat nasihat dan fasa penilaian keseluruhan prestasi pengurusan kewangan bersama empat PTJ yang dipilih. Tumpuan diberikan terhadap kelemahan yang dikenal pasti dalam pengauditan pengurusan kewangan tahun-tahun sebelumnya. Markah penarafan Pengurusan Kewangan bagi empat PTJ Anak Angkat tersebut selepas program ini selesai adalah meningkat antara 8.2 hingga 27.9 peratus. Pemeriksaan mengejut dijalankan dengan memeriksa, mengira dan menganalisis rekod, dokumen, fail serta menyemak secara fizikal wang tunai, harta awam dan barang berharga yang disimpan termasuk pengurusan perolehan Inden Minyak. Sebanyak 34 Pusat Kos terlibat dalam pengauditan ini yang melibatkan PDRM, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan PRIDE. Mesyuarat Jawatankuasa Audit (JKA) telah diadakan dan dipengerusikan oleh Pegawai Pengawal iaitu Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri. Setiap isu yang dibentangkan telah diminitkan dan tindakan pembetulan dan penambahbaikan dipantau sehingga selesai. Mesyuarat Jawatankuasa Audit 2021 BIL. JABATAN DAN AGENSI TAJUK 1. Mesyuarat Jawatankuasa Audit Bil.4/2020 15 Januari 2021 2. Mesyuarat Jawatankuasa Audit Bil.1/2021 14 April 2021 3. Mesyuarat Jawatankuasa Audit Bil.2 dan Bil.3/2021 23 September 2021 LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 48


Click to View FlipBook Version