250 78 2 8 0 50 100 150 200 250 300 Dewan Rakyat Dewan Negara Minister's Question Time (MQT) Usul 69 46 92 43 24 6 38 10 93 52 130 53 0 20 40 60 80 100 120 140 Lisan Bukan Lisan Mesyuarat Pertama Mesyuarat Kedua Lisan Bukan Lisan Dewan Rakyat Dewan Negara Jumlah Soalan 1 1 2 5 3 8 6 4 10 0 2 4 6 8 10 12 Mesyuarat Pertama Mesyuarat Kedua Jumlah Minister' Question Time (MQT) Usul Jumlah Statistik Pertanyaan Kementerian Dalam Negeri Pecahan Pertanyaan Jawab Lisan Dan Bukan Jawab Lisan Mengikut Mesyuarat Pecahan Pertanyaan Soalan MQT Dan Usul Mengikut Mesyuarat Jumlah Keseluruhan Jumlah Keseluruhan 330 Soalan 10 Soalan Jumlah Keseluruhan 328 Soalan LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 149
Sesi penggulungan perbahasan dan Rang Undang-Undang MESYUARAT PENGGULUNGAN DEWAN TARIKH OLEH Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat, Parlimen Keempat Belas Titah Diraja Dewan Rakyat 13 September 2021 YDPA Dewan Negara 13 September 2021 YDPA PerbahasanTitah Diraja Dewan Rakyat 22 September 2021 MDN Dewan Negara 7 Oktober 2021 TMDN I Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) Dewan Rakyat 5 Oktober 2021 MDN Dewan Negara 20 Oktober 2021 TMDN I Mesyuarat Kedua, Penggal Keempat, Parlimen Keempat Belas RUU Ordinan Darurat Dewan Rakyat 25 Oktober 2021 TMDN I RUU Perbekalan (Belanjawan) 2022 Peringkat Dasar Dewan Rakyat 16 November 2021 MDN Dewan Negara 20 Disember 2021 MDN RUU Perbekalan (Belanjawan) 2022 Peringkat Jawatankuasa Dewan Rakyat 9 Disember 2021 TMDN I RUU Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Pindaan) 2021 Dewan Rakyat 15 Disember 2021 MDN Dewan Negara 23 Disember 2021 TMDN I YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri dalam sesi perbincangan sebelum bacaan ke-2 Rang UndangUndang Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Pindaan) 2021 di Dewan Rakyat pada 15 Disember 2021. LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 150
YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri ketika sesi penggulungan Rang Undang-Undang Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Pindaan) 2021 di Dewan Rakyat pada 15 Disember 2021. YB Dato’ Sri Dr Haji Ismail bin Haji Mohamed Said, Timbalan Menteri Dalam Negeri I ketika sesi penggulungan Rang Undang-Undang Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Pindaan) 2021 di Dewan Rakyat pada 23 Disember 2021. YB Datuk Jonathan bin Yasin, Timbalan Menteri Dalam Negeri II ketika sesi jawab lisan Dewan Rakyat, Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat, Parlimen Ke14 pada 22 September 2021. LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 151
Pengurusan Kertas Jemaah Menteri merupakan salah satu bidang tugas utama Bahagian Parlimen dan Kabinet. Selain daripada Memorandum dan Nota daripada Menteri Dalam Negeri, Bahagian ini juga terlibat dengan penyelarasan ulasan rasmi Kementerian Dalam Negeri ke atas Memorandum Jemaah Menteri daripada kementerian lain. Bahagian ini juga merupakan penyelaras mesyuarat-mesyuarat utama seperti Mesyuarat Jemaah Menteri, Mesyuarat Pasca Kabinet, Mesyuarat Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Perkhidmatan, Mesyuarat Majlis Raja-Raja dan Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri. Bagi memberi pendedahan dan kefahaman mengenai penyediaan Dokumen Jemaah Menteri, satu Bengkel Pengurusan Dokumen Jemaah Menteri KDN 2021 telah diadakan pada 27 dan 28 Oktober 2021 dan telah dihadiri seramai 58 orang peserta yang merupakan pegawai penyelaras dari Bahagian, Jabatan dan Agensi di bawah KDN. Urusan Jemaah Menteri Urusan Mesyuarat Utama 271 146 52 22 3 1 Memorandum Daripada Menteri Dalam Negeri Nota Daripada Menteri Dalam Negeri Ulasan Ke Atas Memorandum Kementerian Lain Butir-butir Keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri Maklum Balas Segera Jemaah Menteri Maklum Balas Susulan Jemaah Menteri 3 146 271 52 1 22 Dokumen Jemaah Menteri Yang Diterima Pengurusan Mesyuarat-Mesyuarat Utama 0 1 1 1 2 3 4 4 5 5 6 Mesyuarat Pasca Kabinet Mesyuarat Ketua Seausaha / Ketua Perkhidmatan Mesyuarat Majlis Raja-raja Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 152
BAHAGIAN PENGURUSAN PEKERJA ASING KDN melalui Bahagian Pengurusan Pekerja Asing telah mengurusetiakan Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Antara Menteri Dalam Negeri dan Menteri Sumber Manusia Mengenai Pengurusan Pekerja Asing, Kali Ke-5, Bil.1/2021 pada 22 April 2021 dan Kali Ke-6, Bil.2/2021 pada 26 Oktober 2021. Mesyuarat ini dipengerusikan secara bersama oleh YB Menteri Dalam Negeri dan YB Menteri Sumber Manusia serta dianggotai oleh 17 Kementerian, Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri serta Jabatan Ketua Menteri Sabah dan Jabatan Ketua Menteri Sarawak yang mempunyai hubung kait dalam pengurusan pekerja asing. Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Mengenai Pengurusan Pekerja Asing Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Antara YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri dan YB Dato’ Seri M. Saravanan, Menteri Sumber Manusia Mengenai Pengurusan Pekerja Asing, Kali Ke-5, Bil.1/2021 pada 22 April 2021. LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 153
Antara perkara-perkara yang telah dibincangkan dan diputuskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Bersama adalah seperti berikut: Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Kali Ke-5, Bil.1/2021 Kementerian Sumber Manusia dibenarkan membuat kelonggaran terhadap kelayakan kriteria minimum majikan semasa permohonan kuota Program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK) di peringkat Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) berdasarkan kadar margin 10 peratus. Program RTK turut dibuka kepada majikan dalam sub sektor perkhidmatan seperti berikut: a. Sub Sektor Restoran; b. Sub Sektor Kargo; c. Sub Sektor Borong dan Runcit; dan d. Sub Sektor Pembersihan dan Pencucian. Jumlah kuota penggajian pekerja asing yang dibenarkan bagi sub sektor perkhidmatan di bawah Program RTK adalah seperti berikut: a. Sub Sektor Restoran - (50% daripada jumlah kelayakan kuota penggajian pekerja asing yang sebenar); b. Sub Sektor Kargo - (100% daripada jumlah kelayakan kuota penggajian pekerja asing yang sebenar); c. Sub Sektor Borong dan Runcit - (50% daripada jumlah kelayakan kuota penggajian pekerja asing yang sebenar); dan d. Sub Sektor Pembersihan dan Pencucian - (50% daripada jumlah kelayakan kuota penggajian pekerja asing yang sebenar). Syarat kelayakan penyertaan Program RTK diperluaskan kepada pendatang asing tanpa izin (PATI) yang tergolong dalam kategori seperti berikut: a. PATI yang telah mendaftar bagi Program Rehiring dan 6P tetapi tidak melengkapkan proses permohonan dan tidak menerima PLKS melalui program tersebut; b. PATI yang lari tetapi tidak dilaporkan oleh majikan; dan c. PATI yang mempunyai dokumen perjalanan negara asal yang tulen dan sah. Penglibatan Agensi Pekerjaan Swasta (APS) yang berlesen di bawah Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981 [Akta 246] dibenarkan untuk membantu mempercepatkan pelaksanaan program Pelan Rekalibrasi PATI; dan Moratorium sehingga 31 Disember 2021 diberikan kepada warganegara asing yang bekerja di atas vesel penangkapan ikan tempatan untuk memperoleh Pas Lawatan (Kerja Sementara) – PLKS Jangka Pendek. Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Kali Ke-6, Bil.2/2021 Mengambil maklum bahawa Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik COVID-19 yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri pada 22 Oktober 2021 lalu telah bersetuju dengan cadangan prosedur operasi standard (SOP) kemasukan pekerja asing ke Malaysia bagi semua sektor yang dibenarkan yang mana sektor perladangan menjadi sektor pertama yang dibenarkan untuk menerima kemasukan pekerja asing baharu. Ketibaan semua pekerja asing hanya melalui pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA II serta Sabah dan Sarawak. Tempoh kuarantin diselaraskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan tempoh kuarantin wajib selama 7 hari di Pusat Kuarantin yang telah diperakui oleh Kerajaan. Majikan bertanggungjawab untuk menanggung semua kos untuk membawa masuk pekerja asing ke negara ini. Sehingga 21 Oktober 2021, Program Rekalibrasi Pulang mencatatkan seramai 147,705 orang PATI telah berdaftar dan daripada jumlah tersebut seramai 124,423 orang PATI telah pulang ke negara asal. Kerajaan telah menjana RM71,368,700.00 daripada pelaksanaan Program Rekalibrasi Pulang ini melalui bayaran kompaun yang dikutip. Kejayaan pelaksanaan Program Rekalibrasi Pulang ini didorong oleh pembukaan kaunter khas untuk memudah cara kepulangan PATI di beberapa pintu keluar negara seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2), Stulang Laut dan Pasir Gudang. Untuk Program Rekalibrasi Tenaga Kerja, seramai 212,926 orang PATI telah berdaftar untuk diregularisasikan sebagai pekerja asing yang sah. Daripada jumlah tersebut, seramai 34,318 orang PATI telah lulus verifikasi dan 20,889 gagal verifikasi. Manakala, seramai 157,719 orang PATI masih belum hadir proses verifikasi di JIM. Kesemua peserta yang gagal dalam proses regularisasi Program Rekalibrasi Tenaga Kerja akan secara automatik dihantar pulang melalui Program Rekalibrasi Pulang. Kutipan wang cagaran untuk Program Rekalibrasi Tenaga Kerja terkumpul sehingga 20 Oktober 2021 adalah sebanyak RM106,463,000.00. Manakala, kutipan hasil bagi Program ini adalah RM4,146,266.50 yang merangkumi Fi Rekalibrasi, Levi, Pas, Visa dan Fi Proses. Program Rekalibrasi Tenaga Kerja diteruskan sehingga 31 Disember 2021 dengan membuka semua sektor kecuali sektor beku. LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 154
Sidang Media YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri dan YB Dato’ Seri M. Saravanan, Menteri Sumber Manusia mengenai keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Mengenai Pengurusan Pekerja Asing pada 22 April 2021 di Putrajaya. Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Antara Menteri Dalam Negeri dan Menteri Sumber Manusia Mengenai Pengurusan Pekerja Asing, Kali Ke-6, Bilangan 2/2021 pada 26 Oktober 2021. Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Antara Menteri Dalam Negeri dan Menteri Sumber Manusia Mengenai Pengurusan Pekerja Asing, Kali Ke-6, Bilangan 2/2021 pada 26 Oktober 2021. LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 155
Susulan daripada moratorium kemasukan pekerja asing yang baharu berikutan penularan wabak pandemik COVID-19, tiada sebarang kelulusan kuota penggajian pekerja asing yang baharu dikeluarkan sejak 18 Mac 2020 sehingga 31 Disember 2021. Pengoperasian Pusat Kelulusan Setempat atau One Stop Centre (OSC) bahagian ini berjalan seperti biasa bagi urusan-urusan lain berkaitan pengurusan pekerja asing. Seramai 6,540 orang pelanggan telah menggunakan perkhidmatan OSC untuk urusan berkaitan pengurusan pekerja asing melibatkan proses permohonan tukar majikan, pengemaskinian maklumat majikan dan tuntutan bayaran balik levi. Bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan, Bahagian ini telah memberikan alternatif kepada pihak majikan untuk mengemukakan permohonan melalui emel sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Pelan Pemulihan Negara (PPN). Alternatif ini dilaksanakan dengan proses semakan yang lebih teliti atas faktor keselamatan dokumentasi dan telah berjaya membantu majikan dari pelbagai negeri yang menghadapi kekangan untuk hadir ke OSC dengan menyelesaikan permohonan dan permasalahan berkaitan pengurusan pekerja asing. Pengoperasian Pusat Kelulusan Setempat Bahagian Pengurusan Pekerja Asing Pertukaran Majikan pekerja asing Bil. Pelanggan orang Permohonan tuntutan bayaran balik levi 6,540 2,807 RM 39,956,050 STATISTIK PELANGGAN DAN PENGOPERASIAN PUSAT KELULUSAN SETEMPAT PENGURUSAN PEKERJA ASING, KDN LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 156
Inspektorat dan Pematuhan (IP) dijalankan terhadap permohonan majikan yang diragui bagi memastikan peraturan dan dasar semasa penggajian pekerja asing dipatuhi. Inspektorat dilaksanakan berdasarkan permohonan dari OSC, aduan awam serta inspektorat selepas kelulusan. Sebanyak 24 inspektorat telah dilaksanakan terhadap majikan di seluruh Semenanjung Malaysia. Penularan pandemik COVID-19 telah memberikan impak kepada ekonomi negara secara keseluruhannya di mana terdapat banyak syarikat yang terjejas dari segi kewangan dan terpaksa menutup terus atau menghentikan operasi buat sementara waktu. Terdapat pelbagai pakej, inisiatif, bantuan dan kelonggaran telah diberi dan disediakan oleh pihak Kerajaan untuk memulih, merangsang dan memperkasakan semula ekonomi negara. KDN turut melaksanakan pelbagai inisiatif bagi perkara yang berkaitan dengan penggajian pekerja asing antaranya kelonggaran syarat tukar majikan bagi penggajian pekerja asing, pelaksanaan Program Rekalibrasi PATI merangkumi Tenaga Kerja dan pelanjutan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) selama satu tahun lagi bagi pekerja asing di bawah sektor perladangan yang telah mencapai tempoh maksimum penggajian selama 13 tahun. KDN telah memberi lanjutan tempoh selama setahun kepada semua kelulusan bersyarat penggajian pekerja asing yang telah tamat dalam tempoh 1 Mac 2020 sehingga 30 September 2021. Inisiatif ini dapat membantu memudahkan pihak majikan dalam proses penggajian pekerja asing. Proses lanjutan ini akan bermula selari dengan kebenaran kemasukan pekerja asing baharu kelak yang akan ditetapkan oleh pihak Kementerian Sumber Manusia. Inspektorat dan Pematuhan bersama agensi-agensi penguatkuasaan serta Agensi Kawal Selia bagi memastikan pematuhan majikan dalam dasar penggajian pekerja asing. Inspektorat Terhadap Majikan Inisiatif Berkaitan Penggajian Pekerja Asing LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 157
SEKTOR PENGURUSAN BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN DAN ASET BAHAGIAN KEWANGAN BAHAGIAN PENGURUSAN TEKNOLOGI MAKLUMAT BAHAGIAN AKAUN BAHAGIAN PEROLEHAN BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN DATO’ MOHD SAYUTHI BIN BAKAR TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA ( PENGURUSAN ) AT A G RU M HA HA T ASET GAN USAN MAT AN A
BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN DAN ASET Kementerian Dalam Negeri melalui Bahagian Khidmat Pengurusan dan Aset (KP) telah menerima kunjungan daripada Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) yang bertujuan mengadakan Inspektorat Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan 2021 pada 16 hingga 18 November 2021. Pasukan Inspektorat Keselamatan Perlindungan diketuai oleh Tuan Haji Mazlan bin Abdul Wahab, Pengarah Bahagian Inspektorat Pematuhan dan Pengiktirafan, Ibu Pejabat CGSO Putrajaya. Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan (AKKP) merupakan program khas yang diperkenalkan bagi memberi pengiktirafan ke atas tadbir urus terbaik di peringkat Kementerian, Jabatan Persekutuan, Badan Berkanun Persekutuan, Jabatan Persekutuan Peringkat Negeri dan Jabatan di bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri termasuk Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan. Pelaksanaan AKKP adalah bertujuan untuk mewujudkan persaingan bagi meningkatkan komitmen Ketua Jabatan dan Pegawai Keselamatan Jabatan agar sentiasa konsisten dalam mengamal, melaksana dan menguatkuasakan keselamatan perlindungan di tahap yang terbaik sehingga diberi pengiktirafan di peringkat tertinggi. Inspektorat Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan Sesi Exit Conference oleh Panel Inspektorat Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan di Kementerian Dalam Negeri 2021. LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 160
YBrs. Puan Shobah binti Jamil, Setiausaha Bahagian Khidmat Pengurusan dan Aset selaku Setiausaha Jawatankuasa Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan KDN bersama Panel Audit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Audit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan telah dilaksanakan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Kementerian Sumber Manusia pada 15 Disember 2021 secara tahunan bagi memastikan semua pegawai, kakitangan dan orang awam bebas daripada apa jua perbuatan atau keadaan yang boleh menyebabkan kemalangan dan risiko kesihatan selaras dengan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994. Audit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Mesyuarat Pengurusan CIQ Bangunan Sultan Iskandar dan JB Sentral, Johor Bahru, Johor telah diadakan pada 1 November 2021 dipengerusikan oleh YBrs. Puan Shobah binti Jamil, Setiausaha Bahagian KP dan turut dihadiri oleh wakil Jabatan dan Agensi yang beroperasi di CIQ BSI sebagai Pintu Masuk Negara yang telah diwartakan. Mesyuarat ini dilaksanakan bagi memastikan setiap Jabatan dan Agensi mendapat fasiliti yang baik dalam melaksanakan pengoperasian di bangunan ini. Mesyuarat Pengurusan CIQ Bangunan Sultan Iskandar dan JB Sentral Mesyuarat Pengurusan Bangunan CIQ Bangunan Sultan Iskandar dan JB Sentral, Johor Bharu, Johor pada 1 November 2021. LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 161
YBrs. Puan Shobah binti Jamil, Setiausaha Bahagian Khidmat Pengurusan dan Aset mempengerusikan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA). Bahagian KP bertanggungjawab menyelaras pelaksanaan amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) di KDN. Bagi menjayakan pelaksanaan ini, Bahagian KP telah menganjurkan Bengkel Train of Trainee (TOT) EKSA KDN pada 1 November 2021 secara dalam talian dan bersemuka yang disertai 81 orang peserta terdiri daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana. Bengkel dikendalikan oleh Puan Izzatul Azima binti Abdul Yamin daripada Jabatan Perkhidmatan Awam yang merupakan Champion EKSA yang telah dilantik oleh pihak MAMPU bertujuan bagi meningkatkan prestasi dan daya saing organisasi di samping menyemarakkan budaya kreatif dan inovatif dalam kalangan warga Kementerian. Peserta turut diberi pendedahan berkaitan perbandingan di antara Amalan 5S dan EKSA, faedah melaksanakan, elemen amalan dan pelaksanaan EKSA di organisasi serta contoh persekitaran kerja yang kondusif. Pelaksanaan bengkel ini diyakini dapat memberi input baharu dan kefahaman yang lebih jelas kepada semua peserta agar EKSA dapat dipraktikkan dan dilaksanakan dengan berkesan di Bahagian masing-masing. Pelaksanaan Amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 162
Bagi menilai tahap amalan EKSA di KDN, satu sesi pengauditan kendiri telah diadakan pada 20 hingga 22 Disember 2021 oleh pasukan Juruaudit Dalam EKSA KDN yang telah dilantik dalam kalangan wakil daripada setiap Bahagian di KDN. Pengiktirafan Anugerah EKSA 2021 Ruang Penyimpanan Terbaik - Bahagian Pengurusan Pekerja Asing Sudut Go Green Terbaik - Pejabat Penapis Filem BIL. KATEGORI ANUGERAH ZON / BAHAGIAN 1. Bahagian/Zon Terbaik Bahagian Perancangan Strategik 2. Bilik Terbaik Bahagian Perancangan Strategik 3. Ruang Kerja (Workstation) Terbaik Pejabat Pasukan Petugas Khas Niise 4 Hasil Kreativiti Terbaik Pejabat Penapis Filem 5. Anugerah Sudut Go Green Terbaik Pejabat Penapis Filem 6. Tandas Terbaik Bahagian Hal Ehwal Imigresen 7. Ruang Menunggu Terbaik Unit Integriti 8. Pantri Terbaik Bahagian Pengurusan Pekerja Asing 9. Ruang Penyimpanan Terbaik Bahagian Pengurusan Pekerja Asing LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 163
Sijil Penghargaan dan Penarafan Bintang Program Keceriaan Antara Kementerian Hasil Mesyuarat Task Force Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2021 yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia telah bersetuju untuk melaksanakan pertandingan Program Keceriaan antara Kementerian Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan 2021. Program ini merupakan antara pengisian aktiviti baharu di bawah program sambutan Bulan Kebangsaan diurusetiakan oleh Jabatan Penerangan Malaysia. Program ini dijalankan secara serentak dengan hari Pelancaran Bulan Kebangsaan 2021 iaitu pada 3 Julai 2021 dan diteruskan sehingga sambutan Hari Malaysia pada 16 September 2021. Program ini bertujuan memberi galakan dan peluang kepada rakyat Malaysia khasnya penjawat awam bagi menzahirkan semangat patriotik dan cintakan negara. Bagi menyemarakkan sambutan Sambutan Hari Kebangsaan 2021 yang bertemakan Malaysia Prihatin, KDN telah melancarkan Program Keceriaan sempena Sambutan Bulan Kebangsaan Peringkat KDN yang telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Setiausaha, Kementerian Dalam Negeri pada 19 Ogos 2021. Pelbagai aktiviti keceriaan telah dilaksanakan bagi memupuk semangat patriotik cintakan tanah air, meningkatkan kesedaran dan penghayatan mengenai kemerdekaan Negara. Hasil daripada semangat patriotik yang dizahirkan melalui aktiviti yang telah dijalankan, KDN telah dianugerahkan penarafan lima Bintang oleh Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2021. Program Keceriaan Peringkat Kementerian Dalam Negeri Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan 2021 LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 164
Antara pengisian aktiviti Sambutan Bulan Kebangsaan yang telah diadakan di Kementerian Dalam Negeri bermula 3 Julai hingga 16 September 2021. YBhg. Dato’ Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Setiausaha, Kementerian Dalam Negeri merasmikan Program Keceriaan sempena Sambutan Bulan Kebangsaan Peringkat KDN pada 19 Ogos 2021. LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 165
BAHAGIAN KEWANGAN Kerajaan telah menyediakan peruntukan berjumlah RM16,852,392,600 kepada KDN melalui Belanjawan 2021 merangkumi peruntukan Perbelanjaan Mengurus (OE) sebanyak RM13,695,773,800, iaitu RM1,878,000 di bawah Maksud Tanggungan T.11– Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP), RM13,693,895,800 di bawah Maksud Bekalan B.62-KDN dan peruntukan Perbelanjaan Pembangunan (DE) di bawah P.62-KDN sebanyak RM3,158,496,800. Sehingga 31 Disember 2021, KDN telah mencatatkan perbelanjaan sebanyak RM12,958,187,933.24 bersamaan 99.89 peratus berbanding peruntukan OE dikemas kini yang mengambil kira sekatan dan pelarasan peruntukan oleh Kementerian Kewangan (MOF). Prestasi peratusan ini melepasi Key Performance Indicator (KPI) yang disasarkan bagi prestasi OE KDN, iaitu sekurang-kurangnya 95 peratus. Peruntukan Belanjawan 2021 Prestasi Perbelanjaan Mengurus (OE) Perbelanjaan Pembangunan(DE) Perbelanjaan Mengurus(OE) KDN : KEMENTERIAN DALAM NEGERI SPP : SURUHANJAYA PASUKAN POLIS Maksud Pembangunan P.62 - KDN Maksud Tanggungan T.11 - SPP Maksud Bekalan B.62 - KDN RM 1.88 JUTA RM 13.69 BILLION RM 3.16 BILLION KESELURUHAN RM 16.85 BILLION RM 16.85 BILLION Peruntukan Belanjawan KDN 2021 Prestasi OE (B.62) - Kementerian, Jabatan dan Agensi [Status Prestasi Sehingga 31 Disember 2021] KDN PDRM JIM PRIDE JPN AADK RELA JPPM AKSEM APMM ESSCOM P. KHUSUS ONE-OFF BAKI (RM juta) 43.26 -313.87 91.56 -46.74 21.06 9.26 9.50 2.50 0.62 11.41 3.08 64.62 7.75 PERUNTUKAN (RM juta) 340.93 8,423.65 1,006.86 961.59 347.21 341.80 190.78 23.91 1.55 521.64 26.84 631.80 43.62 BELANJA (RM juta) 297.67 8,737.52 915.30 1,008.33 326.15 332.54 181.28 21.41 0.93 510.23 23.76 567.18 35.87 82.40% 103.73% 90.91 % 104.86% 93.94% 97.29% 95.02% 89.55% 60.12% 97.81% 88.54% 89.77% 82.23% LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 166
Prestasi Kutipan Hasil di One Stop Centre (OSC) JUMLAH (RM) JANUARI 923,832.74 234,936.13 581,999.22 MEI SEPTEMBER FEBRUARI 718,026.53 61,505.44 674,962.66 JUN OKTOBER MAC 1,218,540.29 54,630.22 899,288.15 JULAI NOVEMBER APRIL 598,520.96 278,120.78 301,513,103.02 OGOS DISEMBER JUMLAH RM 307,757,466.14 Bagi tempoh bulan Januari hingga Disember 2021, Bahagian Kewangan (KW) telah menerima sebanyak 18,653 bil yang mana pembayaran bagi 17,914 bil (96.04%) telah berjaya diselesaikan dalam tempoh 1 hingga 10 hari dari tarikh dokumen lengkap diterima. Prestasi ini melepasi KPI yang ditetapkan, iaitu sekurang-kurangnya 95 peratus daripada bil dan tuntutan di bawah peruntukan OE yang dokumennya lengkap, dibayar dalam tempoh 10 hari dari tarikh penerimaan. Secara keseluruhan, kesemua bil berjaya diselesaikan sepenuhnya (100%) dalam tempoh 14 hari selaras dengan Arahan Perbendaharaan (AP) 103 (a). Bagi tempoh bulan Januari hingga Disember 2021, kutipan hasil di kaunter One Stop Centre (OSC) mencatatkan sejumlah RM307,757,466.14. Prestasi Pembayaran Bil Laporan Kutipan Hasil JAN FEB MAC APRIL MEI JUN JUL OGOS SEPT OKT NOV DIS 188 bil (100%) 1,510 bil (100%) 1,741 bil (99.94%) 1,752 bil (98.44%) 1,624 bil (99.63%) 1,510 bil (98.44%) 1,428 bil (99.12%) 1,698 bil (99.71%) 1,647 bil (99.67%) 20 bil (58.82%) 2,079 bil (97.84%) 2,727 bil (98.19%) Laporan Prestasi Pembayaran Bil Dalam Masa 10 Hari Bagi Tahun 2021 Jumlah Keseluruhan Tahun 2021 = 18, 653 Prestasi Pembayaran Bil Dalam Masa 10 Hari = 17, 914 bil (96.04%) LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 167
Majlis Amanat Ketua Setiausaha bersama Pusat Tanggungjawab (PTJ) di bawah KDN Tahun 2021 telah disiarkan secara maya pada 8 Februari 2021. Majlis amanat ini bertujuan untuk menjelaskan arahanarahan Pegawai Pengawal khususnya mengenai pengurusan kewangan, perakaunan, perolehan, pembangunan, teguran audit dan integriti. Bahagian ini telah melaksanakan dua program latihan pengurusan kewangan menerusi penganjuran Kursus Pengurusan Akaun Belum Terima (ABT) pada 7 dan 8 April 2021 melibatkan penyertaan 40 orang peserta dalam kalangan pegawai yang menguruskan ABT di peringkat KDN dan agensi. Kursus ini bertujuan memberi pemahaman dan penerangan yang jelas berhubung pengurusan ABT kepada pegawai-pegawai di KDN dan agensi. Manakala Kursus Pengurusan Fail dan Dokumen pula telah diadakan pada 1 September 2021 kepada pegawai dan kakitangan Bahagian Kewangan bertujuan memberi pengetahuan berkaitan tatacara pengurusan fail dan dokumen mengikut peraturan yang ditetapkan. Majlis Amanat Ketua Setiausaha bersama Pusat Tanggungjawab Program Latihan Pengurusan Kewangan YBhg. Dato’Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri menyampaikan amanat kepada Pusat Tanggungjawab (PTJ) di bawah KDN Tahun 2021 yang telah disiarkan secara maya di Facebook pada 8 Februari 2021. LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 168
Bahagian ini turut menyelaras Sesi Pemeriksaan Belanjawan oleh Kementerian Kewangan (MOF) bagi penyediaan Anggaran Belanja Mengurus (ABM) KDN Tahun 2022. Sebanyak 13 sesi pemeriksaan telah dijalankan di sepanjang tempoh bermula 2 hingga 18 Jun 2021. Bagi memastikan setiap bahagian lebih peka terhadap Penutupan Akaun Tahunan 2021, satu sesi taklimat Pengurusan Kewangan ePerolehan telah diadakan pada 1 November 2021 kepada semua bahagian di peringkat Ibu Pejabat Kementerian bertujuan memberi pendedahan dalam penyediaan dokumen lengkap penghantaran permohonan tanggungan dan bayaran ke Bahagian Kewangan. Sesi Pemeriksaan Belanjawan 2022 Sesi Taklimat Pengurusan Kewangan ePerolehan 2021 Sesi taklimat Pengurusan Kewangan ePerolehan telah disampaikan kepada semua bahagian di peringkat Kementerian Dalam Negeri pada 1 November 2021. LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 169
Bilangan Perkhidmatan E2E Mengikut Jabatan dan Agensi, KDN BAHAGIAN PENGURUSAN TEKNOLOGI MAKLUMAT Perkhidmatan End-to-End (E2E) merupakan perkhidmatan yang dilaksanakan secara dalam talian sepenuhnya dari mula hingga akhir proses yang boleh diakses pada bila-bila masa dan di manamana tanpa berurusan secara bersemuka. Perkhidmatan dalam talian ini sedang giat diperluaskan merentasi pelbagai agensi awam dan swasta bagi memudah cara interaksi rakyat, industri dan kerajaan. Sehingga 31 Disember 2021, sebanyak 322 perkhidmatan daripada 390 perkhidmatan di KDN, Jabatan dan Agensi telah dikategorikan sebagai E2E dan telah mencapai 82.56 peratus perkhidmatan E2E daripada keseluruhan perkhidmatan yang disediakan. Maklumat Perkhidmatan End-to-End AGENSI Jumlah Perkhidmatan E2E 2021 2022 2023 2024 BEYOND 2025 KDN 73 48 6 2 - 1 17 APMM 67 66 - - - - 1 PDRM 56 55 - - - - 1 JPN 50 26 1 5 - - 18 PRIDE 46 34 - 7 3 - 2 JIM 37 32 5 - - - - RELA 36 35 - - - - 1 JPPM 17 13 - 1 2 - 1 AADK 8 1 - - - - 6 JUMLAH 390 310 12 15 5 1 47 PENINGKATAN PENCAPAIAN 79.49% 4% 5% 1% 0% 14% LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 170
Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) bertanggungjawab untuk menimbang dan meluluskan permohonan kelulusan teknikal projek ICT Kementerian, Jabatan dan agensi bagi perolehan sistem, rangkaian, perkakasan, perisian dan perkhidmatan ICT. Jawatankuasa ini juga berperanan dalam memantau kemajuan projek ICT di samping membincangkan isuisu ICT yang berbangkit. Kelulusan Projek Teknikal ICT Statistik kelulusan projek ICT KDN Bengkel Data Leakage Protection yang disertai oleh Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) bertanggungjawab untuk menimbang dan meluluskan permohonan kelulusan teknikal projek ICT Kementerian, Jabatan dan Agensi serta memantau kemajuan projek. BIL. JABATAN/AGENSI KUANTITI KOS (RM) 1. KDN 8 35,064,509.00 2. PDRM 21 507,933,430.45 3. PRIDE 8 17,363,623.36 4. APMM 1 3,283,848.00 5. JIM 3 112,481,113.38 6. JPN 7 59,658,622.66 7. AADK, RELA, JPPM, ESSCOM 0 0.00 JUMLAH 48 735,785,146.85 5% 69% 2% 1% 15% 8% 0% KDN PDRM PRIDE APMM JIM JPN AADK, RELA, JPPM, ESSCOM LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 171
Ancaman serangan siber mengancam organisasi dengan menyebabkan berlakunya kehilangan data dan maklumat atau kerosakan kepada peralatan, perisian mahupun pemprosesan komputer tanpa mengetahui identiti sebenar penggodam. Corak serangan siber pada masa kini tidak mendatar sebaliknya berubah-ubah mengikut kemajuan teknologi dan perkakasan yang ditawarkan di pasaran. KDN turut berhadapan dengan pelbagai bentuk ancaman siber namun pemantauan berterusan melalui peralatan keselamatan dan tindakan pengukuhan terhadap pengemaskinian polisi serta patch terkini dilaksanakan bagi mengekang serangan siber. Ancaman Siber Statistik Ancaman Siber Yang Diterima KDN 2021 Kategori Ancaman Siber 93,300 39,060 81,565 58,476 45,552 6,577 10,844 10,285 44,807 83,105 82,096 105,539 0 20,000 40,000 60,000 80,000 100,000 120,000 Jumlah Keseluruhan Ancaman Siber 661,206 BULAN ANCAMAN SIBER JANUARI 93,300 FEBRUARI 39,060 MAC 81,565 APRIL 58,476 MEI 45,552 JUN 6,577 JULAI 10,844 OGOS 10,285 SEPTEMBER 44,807 OKTOBER 83,105 NOVEMBER 82,096 DISEMBER 105,539 JUMLAH 661,206 Policy Violation (Pelanggaran Dasar) (DDOS) USER PRIVILEGE GAIN Menunjukkan penggunaan aplikasi atau protokol yang disekat oleh kementerian. Selain itu, pelanggaran dasar oleh pengguna adalah melalui penggunaan aset ICT bagi tujuan kebocoran maklumat atau untuk mencapai maklumat yang melanggar Dasar Keselamatan ICT. NETWORK TROJAN Perisian penyamar yang direka bagi membolos atau merosakkan sistem komputer tanpa kebenaran secara jelas daripada pemilik. Ia juga digelar sebagai virus komputer kuda Trojan lazimnya akan menyusup masuk ke dalam sistem komputer peribadi menerusi e-mel atau cara-cara lain, sekali gus merampas PC. Denial of Service Serangan yang dilakukan dengan cara membanjiri lalu lintas jaringan internet pada server atau sistem. Umumnya serangan ini dilakukan menggunakan beberapa komputer hos penyerang sehingga komputer target tidak dapat diakses. ADMINISTRATOR/ Penggodam memanfaatkan hak istimewa biasanya sebagai pentadbiran sistem atau pengguna dalam sistem atau aplikasi sasaran. Serangan siber akan dibuat menggunakan akaun yang diceroboh. LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 172
Dalam penggunaan kemudahan ICT yang dibekalkan, Sistem Meja Bantuan (Helpdesk) yang mantap adalah diperlukan sebagai medium perekodan dan pemantauan aduan-aduan pengguna. Kategori aduan yang direkodkan dibahagikan kepada perkakasan, rangkaian dan perisian. Kategori perkakasan melibatkan peralatan dan aksesori ICT seperti server, peranti dalam pusat data, komputer, komputer tablet, pencetak, pengimbas, skrin LED, projektor, siar layar, siar raya, kamera dan web kamera. Aduan dalam kategori rangkaian melibatkan sambungan ke rangkaian di KDN atau Internet sama ada melalui kabel atau tanpa wayer (wireless). Aduan dalam kategori perisian melibatkan perisian-perisian yang telah dipasang pada perkakasan ICT seperti Operating System, Microsoft Office, Dewan Eja, pelayar dan lain-lain perisian yang dipasang dari semasa ke semasa bagi memenuhi keperluan pengguna KDN. Sistem Helpdesk KDN bukan sahaja digunakan di Ibu Pejabat KDN malahan juga dimanfaatkan oleh pegawai-pegawai di Ibu Pejabat Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM). Aduan yang dikemukakan akan disalurkan kepada pihak-pihak yang berkenaan seperti pegawai di kaunter, petugas di Bahagian IT, KDN dan wakil-wakil pembekal sehingga diselesaikan. Dengan sistem ini, masa tindakan pihak bertanggungjawab dalam memberi maklum balas dan penyelesaian dapat direkodkan dan dilaporkan secara telus. Log Aduan Perkhidmatan ICT 2021 2250 595 615 0 500 1000 1500 2000 2500 PERKAKASAN RANGKAIAN PERISIAN JUMLAH LOG ADUAN 3,460 Statistik Log Aduan Mengikut Kategori Aduan LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 173
Prestasi Pembayaran Bil Dibayar dalam tempoh 14 hari = 589,927 bil (99.99%) Jumlah keseluruhan 589,951 bil = RM 4,138,356,064.39 BAHAGIAN AKAUN Pelaksanaan Perakaunan Sektor Awam berasaskan akruan telah memasuki tempoh pra peralihan bermula dari tahun 2018 hingga 2022. Selaras dengan pelaksanaan tersebut, Bahagian Akaun di semua Kementerian telah menghasilkan Penyata Kewangan praperalihan berasaskan Akruan di peringkat Kementerian dan Pegawai Pengawal. Penyata Kewangan Kementerian praperalihan (Akruan), KDN tahun 2020 telah ditandatangani oleh YBhg. Dato’ Sri Ketua Setiausaha pada 24 Februari 2021. Secara keseluruhannya, kutipan hasil KDN bagi tahun 2020 adalah sebanyak RM4.06 billion, menurun sebanyak 20 peratus berbanding tahun 2019 iaitu RM5.08 billion. Pengurangan kadar hasil ini antaranya disebabkan oleh langkah-langkah keselamatan yang dilaksanakan oleh Kerajaan dalam menangani penularan wabak COVID-19 seperti yang berikut: i. Mengumumkan penangguhan kemasukan pekerja asing sehingga hujung tahun 2020 berikutan penularan wabak COVID-19; ii. Pengurangan levi untuk pekerja asing sebanyak 25 peratus kepada semua syarikat yang permit pekerjanya tamat pada April hingga Disember 2020; iii. Penutupan pintu sempadan untuk pelancong; dan iv. Warganegara Malaysia tidak dibenarkan keluar negara. Secara keseluruhannya pada tahun 2021, KDN telah mencapai prestasi pembayaran bil dalam tempoh 14 hari sebanyak 99.99 peratus melibatkan 589,927 bil manakala sebanyak 0.01 peratus bil bersamaan 24 bil dibayar melebihi 14 hari. Sebanyak 579,091 bil (98.16%) telah dibayar dalam tempoh 1 hingga 7 hari dan 10,836 bil (1.83%) dibayar antara 8 hingga 14 hari. Penyata Kewangan Kementerian Prestasi Pembayaran Bil 98.16% 1.83% 0.01% 0.00% 20.00% 40.00% 60.00% 80.00% 100.00% 120.00% 1-7 Hari (579,091 Bil) 8-14 Hari (10,836 Bil) > 14 Hari (24 Bil) LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 174
Bagi memperkukuhkan serta meningkatkan pemahaman dalam melaksanakan Perakaunan Akruan, Bahagian ini telah melaksanakan 14 latihan perakaunan dan refresher sistem iGFMAS secara berterusan kepada kumpulan pengurusan dan profesional serta pelaksana. Latihan Perakaunan dan Refresher Sistem Integrated Government Financial and Management Accounting System (iGFMAS) Latihan Perakaunan dan Refresher Sistem iGFMAS BIL. MODUL PESERTA TEMPAT TARIKH DALAMAN 1. Taklimat Pemusnahan Dokumen dan Rekod Kewangan P&P dan Pelaksana Dalam Talian 1 Mac 2021 2. Bengkel Perakaunan Pengekosan Sektor Awam P&P dan Pelaksana Dalam Talian 9 Mac 2021 3. 50 Kursus Kaedah Pengisian Maklumat Senarai Semak dokumen Akaun Terimaan (A3) dan Laporan Pematuhan Peraturan Kewangan Hasil Semakan Dokumen Akaun Terimaan (D2) P&P dan Pelaksana Bilik Mesyuarat Bahagian Akaun 19 Mac 2021 4. Sesi Hands-On Sistem MyCost (13 Sesi) P&P dan Pelaksana Dalam Talian 20 April - 16 Julai 2021 5. Bengkel Pematuhan Naziran Bayaran Perakaunan Akruan P&P dan Pelaksana Dalam Talian 18 Ogos 2021 6. Bengkel Pengurusan Terimaan, Penghantaran Dokumen Akaun Terimaan dan Penyediaan Sijil Pengesahan Baki Terimaan bagi Agensi Jabatan Imigresen Malaysia (Zon Utara, Sabah, Sarawak) P&P dan Pelaksana Dalam Talian 30 September 2021 7. Kursus Piawaian Perakaunan MPSASPersembahan Penyata Kewangan Kerajaan P&P dan Pelaksana Port Dickson 11-13 November 2021 8. Latihan Sistem iGFMAS P&P dan Pelaksana Dalam Talian 22-23 September 2021 (Modul Bayaran dan Terimaan) 28 September 2021 (Gaji) 06 Oktober 2021 (Aset) LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 175
BIL. MODUL PESERTA TEMPAT TARIKH DALAMAN 9. Kursus Pengurusan Perolehan - Sistem iGFMAS dan ePerolehan P&P dan Pelaksana Dalam Talian 5 Oktober 2021 10. Kursus Piawaian Perakaunan MPSASPerakaunan Aset dan Liabiliti P&P dan Pelaksana Bilik Mesyuarat Bahagian Akaun 11 Oktober 2021 11. Kursus Piawaian Perakaunan MPSASPerakaunan Emolumen dan Manfaat Pekerja P&P dan Pelaksana Dalam Talian 26 - 27 Oktober 2021 12. Taklimat Peraturan Penutupan Akaun Tahun 2021 P&P dan Pelaksana Dalam Talian 16 November 2021 SWASTA 13. Persidangan Akauntan Sektor Awam Tahun 2021 P&P Dalam Talian 8 - 10 Jun 2021 14. Seminar Malaysian Public Sector Accounting Standards (MPSAS) P&P Dalam Talian 4 - 5 Oktober 2021 Selaras dengan pelaksanaan Perakaunan Akruan, Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) juga telah mengambil inisiatif untuk melaksanakan Perakaunan Pengurusan Sektor Awam yang dikenali sebagai Strategic Management Accounting and Reporting (SMARt) secara berperingkat di dalam tempoh peralihan bermula April 2020 hingga Disember 2022. Empat elemen teras Perakaunan Pengurusan adalah Analisa Penyata Kewangan, Pengekosan, Pengukuran Prestasi dan Analisa sumber. Dua daripada elemen tersebut telah dilaksanakan iaitu Analisa Penyata Kewangan dan Pengekosan. Analisa Hasil bagi tahun 2020 telah dibentangkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan Perakaunan Akruan (JPPAK) Bil.1/2021 pada 27 April 2021. Taklimat Pengekosan dan sesi hands-on sistem MyCost telah diadakan kepada semua Ibu Pejabat Jabatan secara dalam talian. Perakaunan Pengurusan Sektor Awam LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 176
Bahagian ini turut memantau pengurusan kewangan dan perakaunan di Pusat Tanggungjawab (PTJ) melalui pelaksanaan aktiviti Naziran dan Program Bimbingan. Sebanyak empat Program Bimbingan juga telah dilaksanakan bagi meningkatkan kemahiran pegawai-pegawai di Pejabat Pemungut. Naziran, Flying Squad dan Program Bimbingan Naziran dan Flying Squad Naziran Bayaran Naziran dan Pengauditan Terimaan Flying Squad Naziran Pematuhan Perakaunan Akruan bagi komponen Aset dan Belanja telah dilaksanakan ke atas 16 PTJ. Naziran terimaan telah dilaksanakan di sembilan Pejabat Pemungut yang dipilih. Pengauditan Terimaan dilaksanakan pada setiap bulan terhadap ke semua 727 Pejabat Pemungut KDN di seluruh Negara. Sebanyak 20 PTJ telah dilawati oleh pasukan Flying Squad bagi tujuan semakan data migrasi baki awal aset di PTJ. Aktiviti Naziran Dan Program Bimbingan JABATAN DAN AGENSI NAZIRAN BAYARAN NAZIRAN FLYING SQUAD NAZIRAN TERIMAAN PROGRAM BIMBINGAN BILANGAN PTJ BILANGAN PTJ BILANGAN PEJABAT PEMUNGUT BILANGAN PEJABAT PEMUNGUT KDN 2 1 0 0 PDRM 4 9 6 3 PRIDE 2 2 0 0 AADK 4 5 0 0 JIM 1 1 3 1 RELA 1 0 0 0 JPN 1 1 0 0 APMM 0 1 0 0 JPPM 1 0 0 0 JUMLAH 16 20 9 4 LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 177
Aktiviti Naziran dan Pengauditan Terimaan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kangar pada 13 hingga 17 Disember 2021. Bahagian ini turut bertindak sebagai Pegawai Pemantau untuk proses Verifikasi Baki Inventori tahun 2021 di tiga PTJ Inventori di bawah KDN yang telah mendapat pengiktirafan daripada JANM iaitu setelah dinilai mempunyai baki akhir inventori berjumlah RM1 juta atau lebih bagi tiga tahun kewangan berturut-turut. Berdasarkan Tatacara Verifikasi Baki Inventori yang telah dikeluarkan oleh JANM pada tahun 2018, PTJ Inventori perlu melaksanakan proses verifikasi baki inventori pada akhir sesuatu tempoh kewangan bagi mengesahkan baki akhir tahun inventori pada Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan. PTJ Inventori yang terlibat adalah Jabatan Imigresen Malaysia pada 7 Disember 2021, Polis Diraja Malaysia pada 8 Disember 2021 dan Jabatan Pendaftaran Negara pada 20 Disember 2021. Sebanyak 1,535 aduan telah diterima melalui Solution Manager Service Desk (SOLMAN), e-mel, telefon dan serahan tangan. Pecahan aduan terbahagi kepada 1,437 aduan menerusi laporan incident berkaitan sistem iGFMAS seperti aplikasi sistem, capaian pengguna, isu teknikal seperti perkakasan, talian internet atau network, token, eVendor, eLaporan dan ePenyata Gaji manakala 98 aduan lagi merupakan khidmat nasihat berkaitan prosedur pengurusan kewangan dan perakaunan. Aktiviti Verifikasi Baki Inventori Pengurusan Aduan LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 178
Taklimat berkaitan Peraturan Perakaunan Penutupan Akhir Tahun 2021 telah diadakan pada 16 November 2021 bertempat di Bilik Mesyuarat Satria KDN. Taklimat ini diadakan secara telesidang dan telah dihadiri oleh semua PTJ yang terlibat. Taklimat ini bertujuan untuk memberi garis panduan dan tindakan PTJ yang perlu dipatuhi pada akhir Tahun Kewangan 2021 selaras dengan Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) Bil 6/2021. Penutupan Akhir Tahun Kewangan 2021 Taklimat Peraturan Perakaunan Penutupan Akhir Tahun 2021 secara telesidang bersama PTJ di bawah KDN pada 16 November 2021. LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 179
BAHAGIAN PEROLEHAN Bahagian Perolehan (PL) bertanggungjawab menguruskan perolehan perkhidmatan atau pembekalan peralatan untuk Bahagian, Jabatan dan Agensi di bawah KDN. Semua proses perolehan yang dilaksanakan adalah selaras dengan dasar dan prinsip Perolehan Kerajaan serta tatacara Kewangan yang sedang berkuatkuasa samada di bawah peruntukan Belanja Mengurus atau di bawah peruntukan Belanja Pembangunan (Non-Fizikal). Bagi tempoh Januari sehingga Disember 2021, Bahagian Perolehan (PL) telah melaksanakan sebanyak 162 perolehan. Pengurusan Perolehan 102 (62%) TENDER 30 (19%) SEBUT HARGA 30 (19%) RUNDINGAN TERUS Proses Perolehan 2021 LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 180
Aktiviti-Aktiviti Bahagian Perolehan BIL TAJUK TARIKH BENGKEL PENGURUSAN PEROLEHAN 1. Bengkel Pemurnian Spesifikasi Teknikal Bagi Perolehan Bahagian, Jabatan dan Agensi di bawah KDN Siri 1 – 18 Sesi Spesifikasi secara dalam talian atau one to one Januari – November 2021 LAWATAN PEMERIKSAAN SEBELUM PENERIMAAN 2. Perolehan Dron Jenis Quascopter Untuk Setiap Zon Seluruh Malaysia bagi Pasukan Gerakan Udara Polis Diraja Malaysia di Markas Pasukan Simpanan Persekutuan, Cheras, Kuala Lumpur. 23 Ogos 2021 MESYUARAT PENYELARASAN PEROLEHAN 3. Mesyuarat Penyelarasan Perolehan Kementerian Dalam Negeri di Langkawi, Kedah 12 – 14 November 2021 YBhg. Dato’ Ramlan bin Harun, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) bersama Bahagian Perolehan memeriksa Dron Jenis Quadcopter di Markas Pasukan Simpanan Persekutuan, Cheras, Kuala Lumpur pada 23 Ogos 2021. LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 181
BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) bertanggungjawab terhadap pembangunan organisasi dan pengurusan sumber manusia di KDN serta Jabatan dan Agensi. Dalam memastikan KDN, Jabatan dan Agensi beroperasi dengan lancar, BPSM bertanggungjawab dalam memastikan pengisian perjawatan berada pada tahap 90 peratus dan ke atas. Sehingga 31 Disember 2021, pengisian perjawatan KDN adalah pada tahap 93.41 peratus iaitu terdiri daripada 181,788 orang berbanding 194,609 perjawatan yang diluluskan. Sebanyak 12,821 atau 6.59 peratus kekosongan perjawatan direkodkan di pelbagai Bahagian, Jabatan dan Agensi. Pengisian Perjawatan KEMENTERIAN/ JABATAN/ AGENSI PERJAWATAN PENGISIAN KEKOSONGAN BILANGAN PERATUS BILANGAN PERATUS KDN 2,121 1,961 92.46 160 7.54 PDRM 142,134 133,033 93.60 9,101 6.40 PRIDE 16,795 16,079 95.74 716 4.26 JIM 15,619 14,371 92.01 1,248 7.99 AADK 6,507 5,869 90.20 638 9.80 APMM 5,303 4,804 90.59 499 9.41 JPN 4,555 4,280 93.96 275 6.04 RELA 1,101 955 86.74 146 13.26 JPPM 267 249 93.26 18 6.74 ESSCOM 187 177 94.65 10 5.35 AKSEM* 20 10 50.00 10 50.00 JUMLAH 194,609 181,788 93.41 12,821 6.59 Kedudukan Perjawatan KDN *Pengisian perjawatan di AKSEM berada pada tahap 50 peratus sahaja kerana agensi ini dalam proses pembubaran. LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 182
BPSM telah melaksanakan pusingan kerja pegawai sepanjang 2021 dan telah mencapai peratus sasaran yang telah ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Pusingan kerja ini bertujuan membolehkan pegawai-pegawai mendapat pengalaman kerja yang baharu serta meningkatkan kemahiran dan kredibiliti. Pusingan Kerja Pegawai Awam Persekutuan di Kementerian Pusingan Kerja Pegawai Awam Persekutuan BIL. KEMENTERIAN/ JABATAN/ AGENSI JUMLAH PEGAWAI JUMLAH PEGAWAI LAYAK DIBUAT PUSINGAN KERJA BILANGAN PEGAWAI YANG TELAH DIBUAT PUSINGAN KERJA PERATUS 1. KDN 1,954 367 198 53.95 2. PDRM 129,376 85,244 42,222 49.5 3. PRIDE 16,064 2,569 1,875 72.99 4. AADK 5,917 2,428 1,362 56.10 5. RELA 946 318 152 47.80 6. APMM 4,687 1,043 725 69.51 7. JPN 4,313 750 633 84.40 8. JIM 14,438 6,609 3,612 54.65 9. JPPM 254 43 39 90.70 10. ESSCOM 177 84 44 52.38 JUMLAH 178,126 99,455 50,862 51.14 LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 183
Kementerian Dalam Negeri telah menerima Anugerah Kecemerlangan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) HRMIS Tahun 2020 penarafan 5 Bintang dengan pencapaian 99.42 peratus yang diberikan di atas prestasi cemerlang dalam submodul HRMIS yang dinilai oleh JPA iaitu Submodul Data Perjawatan, Perisytiharan Harta, Sasaran Kerja Tahunan, Laporan Nilaian Prestasi Tahunan dan Pemurnian Data. Pengiktirafan ini adalah merupakan pencapaian tertinggi diterima oleh KDN yang dianugerahkan oleh JPA secara tahunan. Perkhidmatan psikologi merupakan teras kepada aspek pembangunan modal insan yang berintegriti dan berprestasi tinggi. Sebagai pengiktirafan kepada perkhidmatan psikologi KDN yang telah menepati standard kualiti yang ditetapkan dan berjaya memperoleh Skor Cemerlang iaitu 96.97 peratus, KDN telah dianugerahkan Sijil Kecemerlangan Standard Kualiti Perkhidmatan Psikologi Sumber Manusia (SKPPSM) bagi tahun 2021 oleh JPA. Anugerah Kecemerlangan Petunjuk Prestasi Utama HRMIS Tahun 2020 Sijil Kecemerlangan Standard Kualiti Perkhidmatan Psikologi Sumber Manusia Sijil Anugerah Kecemerlangan Petunjuk Prestasi HRMIS Tahun 2020. Sijil Kecemerlangan Standard Kualiti Perkhidmatan Psikologi Sumber Manusia Kementerian Dalam Negeri Tahun 2021. LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 184
Kajian pengukuhan struktur organisasi dan penambahbaikan kepada elaun dan kemudahan anggota keselamatan dan penguat kuasa telah dilaksanakan secara dinamik, berterusan dan berlandaskan kepada keperluan semasa. Pada tahun 2021, JPA telah meluluskan permohonan pengukuhan struktur organisasi di Bahagian, Jabatan dan Agensi melibatkan kawalan sempadan dan operasi penguat kuasa yang berimpak tinggi. Antara permohonan yang diluluskan adalah seperti yang berikut: i. Rasionalisasi Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) melalui penyerapan fungsi dan peranan ke Pasukan Gerakan Am, Polis Diraja Malaysia (PDRM); ii. 64 perjawatan baharu Pasukan Gerakan Udara (PGU), PDRM yang mengendalikan empat buah Helikopter Agustawestland AW139 dalam melaksanakan tugas pemantauan aliran trafik dan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dari udara; iii. 31 perjawatan baharu Unit Dron PGU, PDRM untuk melaksanakan operasi menggunakan teknologi dron seperti pemantauan sempadan negara, pematuhan standard operating procedure (SOP) COVID-19, pemantauan perhimpunan aman dan operasi risikan agar pencegahan jenayah dapat dilaksanakan dengan lebih efisien dan meluas; iv. Sebanyak 307 perjawatan baharu diluluskan bagi memantapkan pengurusan empat buah Pusat Tahanan Sementara (PTS) di negeri Sabah yang diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia supaya pentadbiran, pengoperasian dan kawalan PTS dapat diseragam dan diselaraskan dengan Depot Imigresen di seluruh negara; dan v. Pewujudan 36 perjawatan secara bertempoh sehingga 31 Disember 2022 bagi Pasukan Nukleus Single Border Agency (SBA). Pasukan Nukleus SBA dibentuk bagi mempercepatkan proses penubuhan SBA iaitu sebagai satu badan tunggal untuk menjaga sempadan negara dan pintupintu masuk serta pelabuhan-pelabuhan. Pengukuhan Struktur Organisasi Penerangan oleh Unit Dron Pasukan Gerakan Udara, PDRM kepada wakil Bahagian Pengurusan Sumber Manusia berkaitan kelulusan 31 perjawatan baharu. LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 185
Sijil Penyertaan International Counselling Innovation and Showcase 2.0. Kerajaan telah bersetuju ke atas Cadangan Kenaikan Kadar Bayaran Insentif Pengawasan Banduan (BIPB) kepada RM200.00 bagi Pegawai Penjara setara dengan Bayaran Insentif Penguat kuasa di Jabatan lain. BIPB juga turut dipanjangkan kepada pegawai awam yang terlibat dalam pengawasan banduan di Jabatan Penjara Malaysia. Pembayaran BIPB bermula pada 1 Januari 2022. BPSM telah mengambil bahagian dalam International Counselling Innovation and Showcase 2.0 yang dianjurkan oleh Persatuan Kaunseling Malaysia Antarabangsa (PERKAMA International) pada 22 Jun 2021. Satu pembentangan mengenai Profiling and Advocacy Counselling Technology Programme (PROTECT) telah dijalankan dan KDN telah berjaya mendapat pengiktirafan Pingat Gangsa. PROTECT merupakan kaedah inovasi dalam pengurusan perkhidmatan kaunseling yang mengandungi modul permohonan temujanji sesi kaunseling sama ada secara fizikal atau secara dalam talian. Melalui PROTECT, klien juga berpeluang mengambil ujian psikologi (DASS) bagi mengukur tahap kesejahteraan mental. Kandungan aplikasi PROTECT akan ditambah baik dari semasa ke semasa bagi memenuhi keperluan warga kerja KDN ke arah pendigitalan perkhidmatan kaunseling. Penstukturan Semula Elaun, Insentif dan Kemudahan Profiling and Advocacy Counselling Technology Programme LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 186
BPSM turut membentangkan kertas penyelidikan Model Psikologi Keselamatan KDN di 4th International Social Development Conference (ISDC 2021) anjuran Universiti Utara Malaysia. Model Psikologi Keselamatan KDN telah dibangunkan bersama pakar dalam bidang tertentu seperti ekstremisme, propaganda dan sebagainya. Model Psikologi Keselamatan KDN disasarkan kepada Pegawai Psikologi KDN, Jabatan dan Agensi serta terdiri daripada enam teras seperti yang berikut: Pembentangan Kertas Penyelidikan dalam International Social Development Conference Teras Teras Teras Teras Teras Teras KERANGKA MODEL PSIKOLOGI KESELAMATAN KDN Meningkatkan Tadbir Urus Bidang Psikologi Keselamatan Mengaplikasikan Strategik Psikologi Forensik, Kriminologi dan Menangani Ideolagi Ekstremisme dan Radikalisme Menyejahterakan Psikologi Koreksional Pendigitalan Perkhidmatan Psikologi Keselamatan Meningkatkan Kompetensi Pegawai Psikologi Dalam Bidang Psikologi Keselamatan Advokasi Pengukuhan Nilai Integriti dan Kesedaran Psikologi Keselamatan Kerangka Model Psikologi Keselamatan KDN LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 187
Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2020 telah disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri pada 26 April 2021 di Putrajaya. Majlis ini merupakan penghargaan kepada 156 orang warga kerja KDN yang telah memberikan perkhidmatan yang cemerlang sepanjang tahun 2020. Mesyuarat Pengurus Sumber Manusia KDN (HRMC) yang diadakan secara dwitahunan merupakan platform bagi pengurus-pengurus sumber manusia dari Jabatan dan Agensi di bawah KDN membincangkan isu-isu berkaitan pembangunan dan pengurusan modal insan. Dua mesyuarat HRMC yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) telah diadakan iaitu pada 17 Jun 2021 dan 21 Disember 2021. Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2020 Mesyuarat Pengurus Sumber Manusia YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri menyempurnakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2020 pada 26 April 2021 di Putrajaya. YBhg. Dato’ Mohd Sayuthi bin Bakar, Timbaan Ketua Setiausaha (Pengurusan) mempengerusikan Mesyuarat Pengurus Sumber Manusia KDN Bilangan 2 Tahun 2021 di Ibu Pejabat AADK pada 21 Disember 2021. LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 188
Sebagai usaha memastikan pembangunan modal insan KDN kekal cekap dan kompeten, Dasar Latihan KDN 2021 menetapkan pelaksanaan 50 peratus kursus dilaksanakan secara dalam talian bersesuaian dengan norma baharu dalam Perkhidmatan Awam. Daripada 197 keseluruhan kursus yang dirancang, 105 (53%) telah dilaksanakan dan 5 peratus daripadanya secara atas talian. Dasar Latihan KDN 2021 turut menyasarkan kehadiran berkursus sekurang-kurangnya tiga hari atau 18 jam dengan prestasi kehadiran berkursus warga kerja KDN adalah pada tahap 93 peratus. Pengurusan Latihan 105 (53%) kursus dilaksanakan secara dalam talian dan bersemuka RM1.3 juta (87%) peruntukan POL Tahun 2021 dibelanjakan 93% warga KDN hadir berkursus sekurang-kurang nya tiga hari atau 18 jam Pelaksanaan Kursus Perbelanjaan Peruntukan Kehadiran Berkursus bersemuka dibelanjakan y g 18 jam Poster hebahan kursus secara dalam talian anjuran BPSM. LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 189
Aktiviti Misi Bantuan Banjir Skuad BPSM KDN yang dilaksanakan pada Disember 2021. Majlis Bersama Jabatan (MBJ) merupakan platform komunikasi dua hala di antara pihak pekerja dan pihak pengurusan menyuarakan pendapat, pandangan serta menyumbang idea-idea bernas selain mewujudkan jalinan kerjasama demi kepentingan organisasi. KDN telah melaksanakan Mesyuarat MBJ sebanyak tiga kali pada 9 April, 27 Julai dan 8 Disember 2021. Skuad BPSM KDN telah turut serta dalam Misi Bantuan Banjir bagi membantu warga Kementerian yang terjejas akibat musibah banjir. Bahagian ini turut melaksanakan Program Sokongan Psikologi Bencana Perkhidmatan Awam (PROSPA) kepada warga kerja KDN termasuk Jabatan dan Agensi di daerah Hulu Langat. Program ini bertujuan untuk memberikan bantuan secara fizikal dan sokongan psikologi kepada individu yang terlibat dengan bencana banjir sekaligus memberikan kesedaran kepada mangsa mengenai kepentingan untuk memenuhi keperluan diri dan keluarga. Seramai 22 orang klien telah mendapat bantuan sokongan psikologi yang terdiri daripada 14 warga kerja KDN, Jabatan dan Agensi serta lapan orang ahli keluarga dan masyarakat sekitar lokasi banjir. Program ini juga dilihat telah dapat membantu menstabilkan emosi individu yang terbelenggu (overwhelmed) atau bingung (disoriented) dengan bencana banjir yang dihadapi. Majlis Bersama Jabatan Program Sokongan Psikologi Bencana Perkhidmatan Awam Bersama Jabatan LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 190
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KDN melalui Bahagian Pembangunan (PB) bertanggungjawab secara khusus terhadap pengurusan, pemantauan dan penyelarasan projek-projek pembangunan fizikal Kementerian, Jabatan dan Agensi. Sebanyak 230 projek yang merangkumi 134 projek fizikal dan 96 projek bukan fizikal telah diluluskan di bawah KDN dengan peruntukan RM3.158 bilion. Daripada jumlah projek tersebut, 106 merupakan projek fizikal sambungan dan 28 projek fizikal baharu. Penglibatan Kementerian bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) secara langsung dalam proses pelaksanaan projek-projek pembangunan KDN merupakan tunjang utama bagi memastikan keberhasilan projek pembangunan yang berkualiti. Pelaksanaan projek pembangunan sentiasa dipantau dan dibentangkan dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Kementerian (MTPK) dengan kekerapan sekurang-kurangnya 12 kali setahun. Jumlah projek fizikal KDN mengikut Jabatan dan Agensi untuk Rancangan Malaysia Ke-12 Rolling Plan 1 (RMK-12 RP1) bagi tahun 2021 adalah seperti yang berikut: Projek Pembangunan Kementerian Dalam Negeri PDRM JIM JPN RELA PRIDE AADK APMM ESSCOM AKSEM KDN SAMBUNGAN 48 18 5 3 9 9 10 3 1 0 BARU 4 6 1 1 9 1 4 0 0 2 0 10 20 30 40 50 60 BARU SAMBUNGAN Jumlah Projek Fizikal KDN RMK-12 RP1 LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 191
Sistem MyProjek telah mula digunakan bagi menggantikan Sistem Pemantauan Projek II (SPP II) dalam memantau pelaksanaan program atau projek pembangunan. Sistem ini diterajui oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) dan merupakan antara Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Ketua Setiausaha Kementerian. Bahagian Pembangunan telah memenuhi sasaran dengan pencapaian 100 peratus penyelarasan dan pengemaskinian maklumat dalam sistem MyProjek yang merangkumi prestasi perbelanjaan pembangunan, maklumat am projek dan maklumat aktiviti projek. Pengemaskinian ini perlu dilaksanakan dari semasa ke semasa bagi memastikan pelaksanaan program atau projek pembangunan sentiasa dipantau dan seterusnya dilaksanakan mengikut tempoh masa yang dirancang. Kajian Penilaian Outcome (KPO) dilaksanakan bagi menilai kejayaan menyempurnakan satu program atau projek mengikut piawaian yang ditetapkan dari segi spesifikasi kerja, tempoh masa, kos dan kualiti serta melihat kepada outcome atau impak yang dihasilkan terhadap kesejahteraan negara secara amnya dan kemashlahatan rakyat secara khususnya. Projek yang dipilih untuk dilaksanakan Penilaian Outcome harus melebihi enam bulan tempoh siap program atau projek. KDN telah menyediakan dua Laporan Kajian Penilaian Outcome bagi pembentangan kepada Jawatankuasa Penilaian Outcome yang terdiri daripada ICU JPM, Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (EPU JPM), Kementerian Kewangan (MOF) dan Jabatan Audit Negara (JAN). Projek yang disediakan Laporan Penilaian Outcome tersebut adalah Projek Pembangunan Monitor Control and Analysis System (MCAS) oleh Jabatan Penjara Malaysia dan Projek Pembinaan Galeri Muzium Polis Bukit Kepong, Muar, Johor oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM). Prestasi Perbelanjaan Pembangunan KDN Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) Rolling Plan 1 (RP1) 2021 Laporan Pengemaskinian MyProjek Kajian Penilaian Outcome 2021 SILING: RM3.097 BILION NASIONAL 98.20% KDN 96.73% PERBEZAAN -1.47% LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 192
Projek Pembinaan Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu, Sabah merupakan satu projek yang dinilai sepanjang tahun 2021. Projek ini telah dilaksanakan penilaian inspektorat di Ibu Pejabat KDN, Putrajaya dan dikunci masuk ke dalam sistem Integrated Project and Tracking Analysis Update (iPANTAU) dengan pencapaian keseluruhan 92.48 peratus. KDN tetap komited dalam memastikan projek-projek pembangunan negara dapat disiapkan dan diserahkan kepada Jabatan dan Agensi di bawah Kementerian. Projek pembangunan fizikal yang telah berjaya disiapkan bagi tahun 2021 adalah seperti yang berikut: Inspektorat Bagi Projek-Projek Best Practice KDN Penyerahan Projek Pembangunan BIL. PROJEK KOS PROJEK (RM) TARIKH SERAH 1. Perolehan floating jetty di Daerah Maritim 1 Langkawi, Kedah 997,800 4 Januari 2021 2. Projek pembinaan Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu, Sabah 131,000,000 15 Januari 2021 3. Perolehan floating jetty di Pangkalan Maritim Kemaman, Terengganu 1,170,400 20 Januari 2021 4. Perolehan floating jetty di Daerah Maritim 2 Batu Uban, Pulau Pinang 903,800 21 Januari 2021 5. Pembinaan semula Kuarters Imigresen Pengkalan Hulu, Perak 35,000,000 10 Februari 2021 6. Projek baik pulih Kuarters PDRM di Lembah Pantai, Kuala Lumpur 5,000,000 27 Mac 2021 7. Naiktaraf Pusat Latihan RELA Negeri Sabah 9,520,000 5 April 2021 8. Pembinaan semula Depot Tahanan Imigresen Semuja, Sarawak 46,200,000 11 Mei 2021 9. Meroboh dan membina semula Cure & Care Rehabilition Centre (CCRC) Bukit Chabang 45,000,000 31 Mei 2021 10. Perolehan floating jetty di Daerah Maritim Batu Pahat, Johor 1,246,000 31 Mei 2021 11. Projek pembaikan cerun dan kerja-kerja berkaitan di Kem Pasukan Gerakan Am (PGA), Ulu Kinta, Perak 2,500,000 15 September 2021 12. Projek baik pulih Kuarters PDRM di Lembah Pantai, Kuala Lumpur 15,300,000 7 Oktober 2021 13. Perolehan floating jetty di Daerah Maritim 4 Pelabuhan Klang, Selangor 1,225,000 18 Oktober 2021 14. Projek menyiapkan baki kerja pembinaan Ibu Pejabat Polis Daerah Nusajaya, Johor 113,230,000 7 November 2021 LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 193
Lawatan turun padang merupakan indikator Petunjuk Prestasi Utama Menteri Dalam Negeri dan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri bertujuan memantau projek-projek pembangunan. Sebanyak 147 Program lawatan turun padang oleh Menteri Dalam Negeri dan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri telah dijalankan. Program Lawatan Turun Padang BIL. PROJEK KOS PROJEK (RM) TARIKH SERAH 15. Pembaikan pejabat dan kuarters Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang, Selangor 3,688,000 15 November 2021 16. Kerja pembaikan cerun di Taman Perumahan Polis Jalan Padang Tembak Kluang, Johor 1,120,000 25 November 2021 17. Kerja pembaikan cerun di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka 1,000,000 29 November 2021 YBhg. Dato’ Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri mengadakan lawatan kerja ke Tapak Cadangan Pembinaan IPK Kelantan Di Tunjung Kota Bharu pada 26 Ogos 2021. LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 194
YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri di Lawatan Kerja di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) Desaru, Kota Tinggi, Johor pada 30 Oktober 2021. YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri menyempurnakan majlis Perasmian Majlis Pecah Tanah Pembinaan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu pada 4 Oktober 2021. LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 195
JABATAN DAN AGENSI