The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

2021 - LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Unit Pengurusan Korporat & Integriti, SUK Perlis, 2023-12-07 04:34:13

2021 - LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI

2021 - LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI

BAHAGIAN PENGUATKUASAAN DAN KAWALAN Bahagian Penguatkuasaan Dan Kawalan (PKK) berperanan mengawal selia Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (AMCP 1984) dan Akta Pencetakan Teks Al-Quran 1986 (APTQ 1986). Selain itu bertanggungjawab untuk menguatkuasakan AMCP 1984, APTQ 1986, Akta Penapisan Filem 2002 (APF 2002) dan Akta Agensi Persendirian 1971 (AAP 1971). KUAT KUASA KAWAL AMCP SELIA 1984 APTQ 1986 APF 2022 AAP 1971 LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 99


Kawal Selia Penerbitan Bercetak Lesen Mesin Cetak dan Permit Penerbitan Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan Al-Quran Sepanjang tahun 2021, sebanyak 87 permohonan Lesen Mesin Cetak (LMC) dan 301 Permit Penerbitan (PP) telah diproses dan diluluskan oleh Bahagian PKK di bawah AMCP 1984, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,785 LMC dan 3,298 PP telah dikeluarkan oleh Bahagian PKK. Mesyuarat Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan Al-Quran (LPPPQ) telah bersidang pada bulan Mac, Julai dan Oktober untuk membincangkan dasar dan peraturan berkaitan kawal selia teks al-Quran dan hadith termasuk memutuskan tindakan ke atas teks dan bahan al-Quran yang telah ditahan serta meluluskan lesen mencetak al-Quran dan perakuan betul pruf akhir teks al-Quran. Sebanyak 16 perakuan betul pruf akhir teks al-Quran telah diluluskan manakala sebanyak 13 pruf telah ditolak oleh LPPPQ. AMCP 1984 PERMIT PP PENERBITAN LESEN MESIN CETAK LMC 2,785 LMC Dikeluarkan oleh PKK Sehingga Dis 2021 Dikeluarkan oleh PKK Sehingga Dis 2021 3,298 PP 87 LMC Dikeluarkan oleh PKK Pada Jan-Dis 2021 Dikeluarkan oleh PKK Pada Jan-Dis 2021 301 PP Mesyuarat Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan Al-Quran Bil.103/3 2021 pada 29 dan 30 Oktober 2021 di Kuala Lumpur. LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 100


Pemantauan dan Kajian Penerbitan Sejumlah 17,185 bahan penerbitan telah dikaji di bawah AMCP 1984 pada tahun 2021 melibatkan sebanyak 11,485 naskhah permit dan 51 naskhah baharu serta sebanyak 5,649 naskhah rujuk atau tahan yang ditahan semasa pemeriksaan di lapangan juga pintu masuk. Daripada jumlah tersebut, satu bahan penerbitan telah diwartakan sebagai Perintah Larangan (PL) berjudul Kama Sutra For 21st Century Lovers kerana memudaratkan kemoralan. Selain itu, Mesyuarat Jawantankuasa Penyemakan Dan Penilaian Al-Quran Braille telah bersidang pada bulan Mac untuk membuat penyemakan dan penilaian ke atas teks dan bahan al-Quran Braille serta mengesyorkan keputusan semakan bagi tujuan perakuan Lembaga. Jawantankuasa Penyemakan Dan Penilaian Al-Quran Braille membuat penyemakan dan penilaian ke atas teks dan bahan al-Quran Braille. Penerbitan yang dikenakan Perintah Larangan di bawah Akta Mesin Cetak Dan Penerbitan 1984 bagi tahun 2021 LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 101


PENGUATKUASAAN 2021 PINTU MASUK LAPANGAN 12,773 Pemeriksaan/Operasi 8,632 3,104 8,094 16,833 8,239 Pemeriksaan/Operasi 71 Operasi Bersepadu naskhah ditahan naskhah ditahan filem ditahan 31 orang ditangkap RM 121,000 denda & kompaun dikenakan pengawal diperiksa AMCP 1984 11,942 naskhah ditahan APTQ 1986 1,913 naskhah ditahan APF 2002 AMCP 1984 APTQ 1986 APF 2002 AAP 1971 49 filem ditahan Penguatkuasaan Pemeriksaan dan Operasi Tindakan penguatkuasaan oleh Bahagian PKK dilaksanakan secara berterusan melalui aktiviti pemeriksaan dan operasi di lapangan dan di pintu masuk. Sejumlah 12,773 aktiviti pemeriksaan dan operasi di pintu masuk dan sejumlah 8,632 aktiviti pemeriksaan dan operasi di lapangan telah dilaksanakan di samping 71 operasi bersepadu telah berjaya dilaksanakan bersama Jabatan dan Agensi Penguatkuasaan seperti Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara, Agensi Antidadah Kebangsaan dan Jabatan Agama Islam Negeri. Selain itu, Bahagian ini telah berjaya menahan 25,053 naskhah di bawah AMCP 1984 dan APTQ 1986 serta merampas 16,882 filem, 31 tangkapan di bawah APF 2002. Sejumlah RM121,000 denda dan kompaun telah dikenakan di bawah APF 2002. Manakala di bawah AAP 1971 yang melibatkan pemeriksaan ke atas pengawal keselamatan, sejumlah 8,239 orang telah diperiksa di pelbagai premis di seluruh negara. LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 102


Pegawai Penguat kuasa Bahagian Penguatkuasaan Dan Kawalan sedang menjalankan tugas-tugas Pemeriksaan dan Operasi di Pintu Masuk Negara. Pegawai Penguat kuasa Bahagian Penguatkuasaan Dan Kawalan sedang menjalankan tugas-tugas Pemeriksaan dan Operasi di lapangan. Pegawai Penguat kuasa Bahagian Penguatkuasaan Dan Kawalan sedang menjalankan tugas-tugas Pemeriksaan dan Operasi di bawah AAP 1971. LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 103


Task Force Operasi Pematuhan Bahagian PKK turut terlibat dalam Task Force Operasi Pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan, Pemulihan dan Bersyarat (PKP/PKPB/PKPP) yang melibatkan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) bersama Pihak PDRM dan Angkatan Tentera Malaysia. Seramai 430 orang Pegawai Penguat kuasa Bahagian PKK di seluruh negara terlibat dalam pelaksanaan Task Force ini. Pegawai Penguat kuasa Bahagian Penguatkuasaan Dan Kawalan terlibat dalam Task Force Operasi Pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342). Pasukan pemantauan SOP PKP 3.0 PKK WPKL telah menyertai Pemantauan Pematuhan SOP Perintah Kawalan Pergerakan bersama YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri di pusat membeli belah Mid Valley Megamall pada 4 Jun 2021. LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 104


KEMPEN 9 KITA JAGA AL-QURAN 24 TAKLIMAT/ CERAMAH 26 HEBAHAN MEDIA MASSA 53 PAMERAN JUMLAH PnP 112 PROGRAM Program Pendidikan dan Pencegahan Pelaksanaan Program Pendidikan Dan Pencegahan – Community Empowerment Programme (CEP) diteruskan dengan mengambil pendekatan baharu selaras dengan situasi pandemik COVID-19 yang memerlukan pematuhan kepada Standard Operating Procedure (SOP) yang telah ditetapkan oleh Kerajaan. Bahagian PKK berjaya melaksanakan sebanyak 112 program CEP melibatkan penganjuran seminar, taklimat dan penerangan dengan pematuhan SOP dan pembudayaan norma baharu serta pelaksanaan secara dalam talian. Antara program-program CEP yang dijalankan adalah Program Pemuliaan dan Pelupusan alQuran PKK Sabah Bersama Masjid Haji Sidek, Kampung Bolong Baru, Tuaran, Sabah pada 16 Oktober 2021. Program ini melibatkan aktiviti pelupusan sebanyak 750 Naskah al-Quran yang menyalahi APTQ 1986 serta 1535 Bahan al-Quran yang menyalahi AMCP 1984. Program Pemuliaan dan Pelupusan al-Quran bersama pihak pengurusan Masjid Haji Sidek, Kampung Bolong Baru, Tuaran, Sabah pada 16 Oktober 2021. LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 105


Bahagian ini turut menganjurkan program perkongsian ilmu menggunakan platform media sosial iaitu secara FB live yang dikendalikan oleh PKK Sarawak. Ceramah bertajuk Filem Yang Tidak Ditapis Salah Di Bawah Akta Penapisan Filem 2002 telah disampaikan secara maya oleh Encik Abdul Hadi Bin Zulaihi dan Encik Mohamad Khairil Bin Nayann pada 26 Ogos 2021. Selain menggunakan platform media sosial, Bahagian PKK turut menggunakan radio tempatan dalam menyampaikan mesej pendidikan dan pencegahan kepada orang ramai. Program bersama Radio Johorfm bertajuk Kesedaran Berkenaan Filem Yang Lulus Tapisan (Di Bawah Akta Penapisan Filem 2002) telah diadakan pada 8 November 2021. Encik Joseph Tiang Anak Setu dari Bahagian Kawalan dan Penguatkuasaan Johor sedang ditemubual oleh Johor FM. LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 106


JUMLAH KESELURUHAN 1,258 kes N Perintah Pengawasan Polis Perintah Tahanan Permohonan Ditolak 904 kes 286 kes 68 kes Jumlah perintah yang dikeluarkan oleh Lembaga Pencegahan Jenayah 2021 URUS SETIA LEMBAGA PENCEGAHAN JENAYAH DAN KEGANASAN Urus setia Lembaga Pencegahan Jenayah dan Keganasan (ULPJK) berperanan untuk menjalankan kerja-kerja keurusetiaan kepada Lembaga Pencegahan Jenayah (LPJ) dan Lembaga Pencegahan Keganasan (LPK) selaras dengan Akta Pencegahan Jenayah 1959 dan Akta Pencegahan Keganasan 2015. Persidangan Lembaga Pencegahan Jenayah Lembaga Pencegahan Jenayah telah mengadakan sebanyak 248 sesi persidangan bagi mendengar dan meneliti 1258 kes, iaitu pengurangan sebanyak 36 peratus daripada jumlah tahun sebelumnya. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 286 Perintah Tahanan dan 904 Perintah Pengawasan Polis telah dikeluarkan oleh LPJ, manakala 68 kes telah ditolak dan dibebaskan oleh LPJ. LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 107


Persidangan Lembaga Pencegahan Keganasan Penguatkuasaan Akta Pencegahan Sejak tahun 2015 hingga tahun 2021, LPK telah mengadakan sebanyak 27 sesi persidangan bagi mendengar dan meneliti 28 kes, iaitu melibatkan 23 kes yang dikenakan Perintah Tahanan dan 5 kes melibatkan Perintah Sekatan. Penguatkuasaan Akta Pencegahan Jenayah 1959 [Akta 297] dan Akta Pencegahan Keganasan 2015 [Akta 769] adalah penting dalam memastikan keamanan Malaysia sentiasa terpelihara. Tindakan yang telah dikenakan di bawah Penguatkuasaan Akta Pencegahan Jenayah 1959 [Akta 297] dan Akta Pencegahan Keganasan 2015 [Akta 769] ternyata memberi impak yang baik dalam usaha pencegahan jenayah sindiket terancang dan jenayah keganasan. Jumlah Keseluruhan Perintah Tahanan Perintah Sekatan 28 kes 23 kes 5 kes Perintah Tahanan dan Perintah Sekatan yang dikeluarkan oleh Lembaga Pencegahan Keganasan dari 2015 hingga 2021 Kategori kesalahan jenayah di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 yang dikenakan tindakan 2021 88 kes 44 kes 111 kes 593 kes 0 kes Pelacuran / Perjudian Bunuh / Keganasan Curi / Samun / Pecah Rumah Pertubuhan Haram / Kongsi Gelap Seludup Migran LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 108


Naziran Pematuhan Akta Pencegahan Jenayah 1959 Lawatan kerja ke Pusat Pemulihan Khas Naziran LPJ ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri diadakan bagi menyemak tahap pematuhan oleh pihak agensi pelaksana dalam melaksanakan perintah pengawasan polis di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959. Objektif utama naziran pematuhan seperti berikut: i. Memberi pemahaman tentang undang-undang Akta Pencegahan Jenayah 1959 dan pelaksanaannya; ii. Memastikan tahap pematuhan dan pemantauan ke atas Orang Pengawasan Polis dilaksanakan dengan efektif oleh agensi pelaksana; iii. Memberi penerangan dan pemahaman yang jelas mengenai Perintah Pengawasan Polis yang dikeluarkan oleh Lembaga Pencegahan Jenayah dan syarat-syarat sekatan yang dikenakan; iv. Memeriksa dan menyemak fail Orang Pengawasan Polis; dan v. Memahami permasalahan-permasalahan yang dihadapi di peringkat pelaksanaan dan memberi cadangan penyelesaian. Lawatan kerja ke Pusat Pemulihan Khas (PPK) membolehkan anggota LPJ untuk berinteraksi secara terus dengan pihak PPK bagi mendapatkan gambaran yang lebih terperinci terhadap penguatkuasaan Perintah-Perintah di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 yang telah diputuskan oleh LPJ. Sesi naziran pematuhan Akta Pencegahan Jenayah 1959 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis pada 29 Mac 2021. Lembaga Pencegahan Jenayah dan Urus Setia Lembaga Pencegahan Jenayah dan Keganasan menghadiri sesi lawatan ke Pusat Pemulihan Khas Bentong pada 22 November 2021. Sesi naziran pematuhan Akta Pencegahan Jenayah 1959 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu pada 11 Oktober 2021. LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 109


PEJABAT PENAPISAN FILEM Pejabat Penapisan Filem (PPF) bertanggungjawab menguruskan hal ehwal berkaitan dasar penapisan filem dan bahan publisiti filem serta memastikan semua filem dan bahan publisiti filem yang akan ditayangkan kepada masyarakat umum di Malaysia telah diluluskan oleh Lembaga Penapis Filem (LPF). Permohonan filem dan bahan publisiti filem yang dibuat, dimiliki, disebar, ditayang, diedar, dipamerkan, dijual atau disewa kepada masyarakat umum di Malaysia perlu ditonton tapis dan diluluskan oleh LPF selaras dengan peruntukan-peruntukan Akta Penapisan Filem 2002 [Akta 620]. Pelantikan Anggota Baharu Lembaga Penapis Filem Urusan pelantikan anggota LPF dilaksanakan sebanyak dua kali setahun. Anggota-anggota LPF dilantik oleh YB Menteri Dalam Negeri berdasarkan kepada peruntukan Seksyen 4(1), Akta 620. Bagi lantikan sesi Januari, seramai empat orang anggota baharu telah dilantik. Manakala sesi Julai, pula seramai tujuh orang anggota baharu telah dilantik menjadikan jumlah keseluruhan 44 orang. Penempatan anggota LPF adalah seperti yang berikut: Sebelum anggota-anggota LPF lantikan Januari dan Julai memulakan tugasan menonton tapis filem dan bahan publisiti filem, mereka terlebih dahulu perlu menjalani Kursus Induksi Penapisan Filem. PPF telah mengadakan kursus induksi bagi anggota LPF lantikan Januari secara bersemuka pada 4 hingga 13 Januari 2021. Manakala bagi anggota LPF lantikan Julai pula, kursus induksi telah diadakan pada 5 hingga 21 Julai 2021 secara dalam talian. Kursus ini dilaksanakan bertujuan untuk memberi pendedahan dan kefahaman kepada anggota LPF lantikan baharu mengenai: i. Dasar dan tujuan penapisan filem; ii. Akta, peraturan dan garis panduan berkaitan penapisan filem; iii. Perbezaan penapisan filem bagi filem tayangan pawagam, tapisan kandungan stesen TV, tapisan filem iklan, treler filem dan lain-lain; dan iv. Tatacara dan proses penapisan serta penetapan klasifikasi filem. Setelah tamat kursus, seorang anggota LPF yang berpengalaman akan ditugaskan untuk menjadi mentor kepada setiap anggota baharu LPF untuk membimbing dan berkongsi panduan serta pengalaman dalam melaksanakan tugas tapisan filem dan bahan publisiti filem. Program mentormentee ini dilaksanakan bagi tempoh tiga bulan pertama pelantikan anggota baharu tersebut. BIL. PENEMPATAN BILANGAN ANGGOTA 1. Ibu Pejabat, Awesome TV dan TV Sarawak 41 2. Sarawak 1 3. TV Al-Hijrah 2 JUMLAH KESELURUHAN 44 LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 110


Kursus Undang-Undang Kawal Selia dan Garis Panduan Pengiklanan Selain daripada filem cereka, filem stesen TV dan pita jualan atau edaran, LPF turut melaksanakan tapisan ke atas iklan sebelum disiarkan kepada umum. Bagi memantapkan pengetahuan dan memberikan maklumat terkini kepada anggota LPF berkaitan dengan garis panduan iklan ke atas produk-produk berasaskan makanan, kosmetik, makanan tambahan dan lain-lain yang berkaitan, PPF telah menganjurkan Kursus Undang-undang Kawal Selia dan Garis Panduan Pengiklanan Lembaga Penapis Filem bersama Kementerian Kesihatan Malaysia pada 12 April 2021 disertai 65 peserta. Antara objektif kursus berkenaan adalah seperti yang berikut: i. Memberi pendedahan kepada anggota LPF mengenai garis panduan dan peraturan berkaitan iklan KKM yang terkini; ii. Mengenali dengan lebih jelas produk-produk yang dikawal selia di bawah undang-undang dan peraturan KKM; dan iii. Memberi pemahaman mengenai kawalan dan penguatkuasaan iklan. YBhg. Dato’ Azizan bin Ariffin, Pengerusi Lembaga Penapis Filem menyampaikan Sijil Kursus Induksi Penapisan Filem kepada anggota lantikan baharu. Kursus Undang-undang Kawal Selia dan Garis Panduan Pengiklanan yang disampaikan oleh penceramah dari Kementerian Kesihatan Malaysia. LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 111


Pengurusan Penapisan Filem PPF telah menerima 9,580 permohonan penapisan filem dan bahan publisiti filem tempatan dan luar negara. Sebanyak 463 filem cereka untuk tayangan pawagam telah ditonton tapis oleh LPF. Daripada jumlah tersebut, 458 filem (98.92%) telah diluluskan manakala hanya lima filem (1.08%) tidak diluluskan untuk tayangan umum kerana bertentangan dengan Garis Panduan Penapisan Filem KDN 2010. Selain itu, PPF turut menguruskan dua permohonan rayuan filem pada tahun 2021, yang dipertimbangkan oleh Jawatankuasa Rayuan Filem KDN. PPF juga telah memproses permohonan Perakuan B yang merupakan salinan pendua bagi setiap filem yang diluluskan oleh LPF. Sebanyak 52,299 unit Perakuan B berasaskan teknologi 2D Barkod telah dikeluarkan dengan jumlah kutipan hasil RM2,433,505.60. Secara keseluruhannya, urusan penapisan filem dan bahan publisiti filem telah menyumbang kepada kutipan hasil Kerajaan sebanyak RM3,178,445.60. Jumlah kutipan hasil penapisan filem didapati semakin merosot berbanding jumlah pada tahun 2020 iaitu sebanyak RM4,023,332.10 disebabkan oleh faktor penutupan pawagam untuk jangka masa yang lama dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang hanya membenarkan pawagam beroperasi mulai PPN Fasa 4 berkuatkuasa pada 18 Oktober 2021 di Wilayah Persekutuan Putrajaya, Kuala Lumpur dan Selangor. Filem Stesen TV Pita Jualan/ Edaran Bahan 463 5,021 3,930 166 Jumlah Keseluruhan: 9,580 Jumlah Filem dan Bahan Publisiti Filem Yang Diproses LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 112


Permohonan Pertimbangan Lembaga Parol URUS SETIA LEMBAGA PAROL Pandemik COVID-19 yang melanda negara sejak tahun 2020 telah memberi impak yang besar kepada majikan-majikan di mana pada tahun 2021, lebih banyak sektor-sektor pekerjaan mula dibenarkan beroperasi. Berikutan masalah ketiadaan pekerja asing, majikan telah menjadikan Orang DiParol (ODP) sebagai alternatif utama tenaga pekerja terutamanya di sektor perladangan, pembuatan dan perkhidmatan. Urus Setia Lembaga Parol (ULP) telah mempertimbangkan 13,821 permohonan yang melibatkan 9,635 permohonan baharu. Dari jumlah tersebut, sebanyak 7,087 (74%) telah diluluskan dan 2,548 (26%) ditolak atas pelbagai alasan manakala sebanyak 4,084 adalah dikategorikan sebagai pertimbangan semula. Pilihan penempatan yang dipertimbangkan oleh Lembaga Parol (LP) adalah kepada keluarga, di Rumah Perantaraan atau di bawah program Corporate Smart Internship- Parolee (CSI) di mana ODP bekerja bersama majikan-majikan yang telah disaring oleh Jabatan Penjara Malaysia. PERMOHONAN BARU JUMLAH KESELURUHAN PERTIMBANGAN SEMULA 9,737 13,821 4,084 LP1 1,513 LP1 3,235 LP3 LP3 1,206 3,241 LP2 1,365 LP2 3,261 LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 113


NEGERI PENEMPATAN JUMLAH CSI RP KELUARGA Selangor 1,219 69 104 1,392 Kedah 377 157 231 765 Terengganu 464 105 114 683 Pulau Pinang 472 120 48 640 Perak 390 85 92 567 Johor 281 51 193 525 Pahang 303 96 91 490 Sabah 284 52 125 461 Negeri Sembilan 299 84 26 409 Kelantan 101 127 161 389 Sarawak 138 64 89 291 Melaka 106 73 10 189 Perlis 51 107 12 170 Kuala Lumpur 42 0 74 116 JUMLAH 4,527 1,190 1,370 7,087 PERATUSAN (%) 63.88 16.79 19.33 100 Penempatan ODP Mengikut Negeri 2021 Penempatan ODP di CSI Mengikut Sektor 19.33% 16.79% 63.88% CSI RP KELUARGA Berdasarkan kepada 4,527 ODP yang ditempatkan di bawah Program CSI, sebanyak 42.8 peratus adalah di Sektor Pembuatan diikuti Peladangan, Perkhidmatan, Penternakan dan Pembinaan. Penempatan ODP di bawah program CSI telah menjimatkan kos perbelanjaan Kerajaan di penjara dan turut menyumbang RM28.8 juta setahun kepada pendapatan ODP. SEKTOR JUMLAH PERATUS (%) Pembuatan 1,936 42.8 Perladangan 1,920 42.4 Perkhidmatan 608 13.4 Penternakan 38 0.8 Pembinaan 25 0.6 JUMLAH KESELURUHAN 4,527 100.0 LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 114


YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri sedang menyantuni ODP semasa lawatan ke Panasonic Appliances Air Conditioning Malaysia Sdn Bhd di Shah Alam pada 14 Oktober 2021. Program Corporate Smart Internship-Parolee bersama Panasonic Appliances Air Conditioning Malaysia YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri bersama Pengurusan Tertinggi KDN telah mengadakan lawatan ke Panasonic Appliances Air Conditioning Malaysia Sdn Bhd (PAPAMY) di Shah Alam pada 14 Oktober 2021. Lawatan ini bertujuan bagi meninjau program kolaborasi antara Kementerian Dalam Negeri melalui Jabatan Penjara Malaysia dan syarikat tersebut. Syarikat PAPAMY adalah antara syarikat-syarikat yang menyertai Program Corporate Smart Internship-Parolee. YB Menteri Dalam Negeri juga telah berpeluang untuk menyantuni ODP dengan memberikan katakata semangat untuk mengubah masa depan masing-masing dan turut menyatakan tanda terima kasih Kementerian kepada PAPAMY yang menawarkan peluang pekerjaan kepada ODP selepas dibebaskan nanti. Sehingga Disember 2021, Lembaga Parol telah menempatkan seramai 1,792 ODP di PAPAMY dan pengambilan oleh syarikat tersebut telah bermula pada tahun 2019. PAPAMY juga menyatakan komitmen untuk menerima lebih ramai ODP bagi memenuhi hasrat syarikat untuk mengurangkan pergantungan kepada pekerja asing. LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 115


Naziran Parol Negeri Melaka Sesi Penilaian Banduan dan Naziran Terhadap Orang DiParol Bersama Majikan YBhg. Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Abdul Rahman, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) KDN telah mengadakan Naziran Parol Negeri Melaka pada 16 Oktober 2021. Lawatan ini adalah inisiatif bersama Jabatan Penjara Negeri Melaka bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada Pengurusan Tertinggi KDN mengenai keseluruhan ekosistem Program Parol di samping untuk menyantuni Orang Diparol (ODP) dan menzahirkan sokongan moral kepada mereka. Dalam lawatan tersebut, taklimat pengoperasian parol Negeri Melaka telah diadakan di Pejabat Parol Daerah Melaka Tengah diikuti dengan mengunjungi Rumah Perantaraan Negeri Melaka, Pusat Koreksional Jasin dan seterusnya ke Program RISDA Tapak Semaian Kesang di daerah Jasin yang merupakan salah satu majikan yang terlibat di bawah Program CSI. Sesi penilaian banduan secara bersemuka telah diadakan terhadap 32 orang banduan di Rumah Perantaraan, rumah keluarga dan di CSI pada bulan Oktober 2021 manakala seramai 15 banduan ditemu bual secara telesidang sebelum mendapat pertimbangan Lembaga Parol. Lembaga Parol juga telah mengadakan sesi naziran ODP di 10 negeri termasuk di kediaman ODP yang diberi pelepasan parol kerana berjaya melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi awam di bawah tajaan Tenaga Nasional Berhad. ODP ini telah mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia semasa tempoh pemenjaraan dan telah mendapat pelepasan secara parol. YBhg. Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Abdul Rahman, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) KDN bersama ODP di Rumah Perantaran Negeri Melaka pada 16 Oktober 2021. Ahli Lembaga Parol dalam sesi naziran bersama ODP yang sedang melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi awam. Ahli Lembaga Parol mengadakan sesi penilaian banduan secara dalam talian. Selain itu, sesi penilaian banduan secara dalam talian juga telah dilaksanakan menggunakan aplikasi Zoom terhadap seorang banduan daripada Penjara Wanita Kajang. Berdasarkan sesi penilaian ini, Lembaga Parol berjaya mendapatkan maklumatmaklumat yang diperlukan bagi membuat pertimbangan lanjut seterusnya meluluskan permohonan tersebut. LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 116


Penyertaan Anggota Lembaga Parol KDN di APAI 2021 amat penting bagi membolehkan anggota meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan sikap selaras dengan standard terkini. Association of Parolling Authorities International 2021 Annual Training Conference Association Of Parolling Authorities International 2021 (APAI) Annual Training Conference yang diadakan di Arlington, Texas, Amerika Syarikat pada 14 hingga 16 Jun 2021 telah dihadiri oleh 25 orang pegawai KDN terdiri daripada Pengerusi dan Anggota Lembaga Parol serta Pengurusan ULP secara dalam talian (zoom meeting). Penyertaan Lembaga Parol dalam penganjuran APAI’s 2021 Annual Training Conference bertujuan untuk memberi pendedahan tentang amalan terbaik (best practices) dan Sistem Parol yang digunapakai oleh negara-negara luar terutamanya negara penganjur iaitu Amerika Syarikat. Persidangan kali ke-34 yang disertai oleh 300 peserta daripada pelbagai Negara telah membentangkan dan membincangkan beberapa perkara antaranya: i. Working Collaboratively through COVID with our Criminal Justice Partners; ii. Sentencing: Punishment or Rehabilitation; iii. Connecting Universities, Law Schools, Reentry Non-Profits, and Paroling Authorities to Energize Success on Parole: An Example from Louisiana; iv. Supervision Around the World; dan v. Kicking Water Up a Hill:Effecting Real World Change in Complex Systems. Pada penganjuran kali ini juga, Projek Supervision Around the World (SAW) telah dilancarkan hasil kerjasama antara American Probation and Parole Association (APPA) dan juga Community Supervision Solutions (CSS) untuk menyediakan satu pangkalan data bagi mengumpulkan maklumat mengenai model, program dan perkhidmatan dari 195 negara yang menawarkan perkhidmatan penyeliaan berasaskan komuniti. Program parol ini merupakan antara strategi utama Kementerian Dalam Negeri dalam menyelesaikan isu kesesakan penjara, residivis (pengulangan jenayah), pengurangan indeks kadar jenayah, peningkatan persepsi rasa selamat di kalangan masyarakat serta kebergantungan terhadap pekerja asing. LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 117


SEKTOR DASAR DAN KAWALAN BAHAGIAN HUBUNGAN ANTARABANGSA BAHAGIAN PENDAFTARAN NEGARA DAN PERTUBUHAN PEJABAT STRATEGIK NASIONAL MAJLIS ANTIPEMERDAGANGAN ORANG DAN ANTIPENYELUDUPAN MIGRAN BAHAGIAN HAL EHWAL IMIGRESEN BAHAGIAN PERANCANGAN STRATEGIK BAHAGIAN PARLIMEN DAN KABINET BAHAGIAN PENGURUSAN PEKERJA ASING DATUK MOHAMAD FAUZI BIN MD ISA TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA ( DASAR DAN KAWALAN ) HAGIAN HUBUNGAN TARABANGSA HAGIAN PENDAFTARAN GARA DAN PERTUBUHA ABAT STRATEGIK NAS JLIS ANTIPEMERDAGA N ANTIPENYELUDUPAN HAGIAN HAL EHWAL GRESEN HAGIAN PERANCANGA RATEGIK HAGIAN PARLIMEN DA BINET HAGIAN PENGURUSAN KERJA ASING MOHAMAD FAUZI ISA N KETUA SETIAUSAHA DAN KAWALAN ) N AN SIONAL ANGAN ORANG N MIGRAN AN N N


BAHAGIAN ANTARABANGSA Bahagian Antarabangsa (AB) bertanggungjawab memastikan hubungan dua hala antara Malaysia dan negara-negara asing di dunia dalam bidang kerjasama keselamatan telah terjalin dengan baik. Situasi pandemik COVID-19 yang melanda negara tidak menghalang Malaysia meneruskan hubungan bilateral seterusnya memperkukuhkan kerjasama keselamatan dengan negara-negara strategik. Sebanyak 14 pertemuan yang melibatkan Menteri Dalam Negeri, Timbalan Menteri Dalam Negeri II dan pengurusan tertinggi KDN dengan beberapa negara telah diadakan. Sesi Kunjungan Hormat dan Lawatan Dari Luar Negara 15 Februari 2021 13 April 2021 13 April 2021 14 April 2021 Kunjungan Hormat oleh TYT Aung Soe Win, Duta Besar Myanmar ke Malaysia ke atas YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri. Kunjungan Hormat oleh TYT OKA Hiroshi, Duta Besar Jepun ke Malaysia ke atas YBhg. Dato’ Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri. Kunjungan Hormat oleh TYT Brian D. McFeeters, Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia ke atas YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri. Kunjungan Hormat oleh TYT Andrew Goledzinowski, Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia ke atas YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri. LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 120


27 April 2021 7 Mei 2021 22 April 2021 4 Mei 2021 30 Jun 2021 26April 2021 Kunjungan Hormat oleh TYT Mahmoud Hussien Saeed Qattan, Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia ke atas YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri. Kunjungan Hormat oleh TYT Hermono, Duta Besar Republik Indonesia ke Malaysia ke atas YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri. Kunjungan Hormat oleh TYT Ouyang Yujing, Duta Besar Republik Rakyat China ke Malaysia ke atas YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri. Kunjungan Hormat oleh TYT Mridul Kumar, Duta Besar India ke Malaysia ke atas YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri. Kunjungan Hormat oleh TYT Brian D. McFeeters, Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia ke atas YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri. Kunjungan Hormat oleh TYT Charles Hay Mvo, Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia ke atas YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri. LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 121


29 November 2021 1 Disember 2021 Kunjungan Hormat oleh TYT Charles Hay Mvo, Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia ke atas YB Datuk Jonathan bin Yasin, Timbalan Menteri Dalam Negeri II. Kunjungan Hormat oleh Encik Daniel J. Kritenbrink, Penolong Setiausaha Biro Hal Ehwal Asia Timur dan Pasifik, Amerika Syarikat ke atas YBhg. Datuk Mohamad Fauzi bin Md Isa, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Kawalan) Kementerian Dalam Negeri. 8 September 2021 8 September 2021 Kunjungan Hormat oleh TYT Karen Andrews, Menteri Dalam Negeri Australia ke atas YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri secara telesidang. Kunjungan Hormat oleh TYT Dr. Justin Lee, Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia ke atas YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri secara telesidang. LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 122


YBhg. Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Abdul Rahman, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) dalam Persidangan 14th United Nations Congress on Crime Prevention and Criminal Justice secara telesidang pada 6 hingga 12 Mac 2021. Persidangan 14th United Nations Congress on Crime Prevention and Criminal Justice (CCPCJ) telah diadakan di Kyoto, Jepun pada 6 hingga 12 Mac 2021 secara telesidang. Semasa sesi Kenyataan Negara yang disampaikan oleh ketua delegasi KDN, YBhg. Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Abdul Rahman, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) telah berkongsi perkara seperti kesan penularan wabak COVID-19 terhadap kaedah pencegahan dan pembanterasan jenayah rentas sempadan. Selain itu, KDN turut menyatakan usaha Malaysia dalam pencegahan dan keadilan jenayah melalui pindaan Akta Pecegahan Jenayah 1959 [Akta 297], pelaksanaan Pelan Tindakan Kebangsaan Antipemerdagangan Orang 2016-2020 dan kajian semula Rejim Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan di Malaysia. 14th United Nations Congress on Crime Prevention and Criminal Justice Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan ASEAN Mengenai Jenayah Rentas Sempadan ke-21 Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan ASEAN Mengenai Jenayah Rentas Sempadan (SOMTC) yang ke-21 telah diadakan pada 27 hingga 29 Julai 2021 secara telesidang dihadiri oleh 10 Negara Anggota ASEAN, 10 Rakan Dialog ASEAN serta Sekretariat ASEAN bertujuan untuk membincangkan isu membanteras jenayah rentas sempadan. Mesyuarat SOMTC secara tahunan ini dipengerusikan oleh Negara Brunei dan disertai oleh Delegasi Malaysia yang diketuai Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri selaku Ketua SOMTC Malaysia dan diwakili oleh YBrs. Tuan Zulkifli bin Abidin, Setiausaha Bahagian, Bahagian Keselamatan KDN. LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 123


SOMTC merupakan platform untuk membincangkan kerjasama menangani 10 bidang jenayah rentas sempadan di rantau ini seperti keganasan, pemerdagangan orang, jenayah siber, penyeludupan dadah, jenayah ekonomi antarabangsa, penyeludupan senjata api serta penyeludupan hidupan liar dan balak, penyeludupan manusia, aktiviti perlanunan di laut dan penggubahan wang haram. Tiga daripada 10 bidang kerjasama tersebut diterajui oleh Malaysia iaitu penyeludupan manusia, aktiviti perlanunan di laut dan penggubahan wang haram. Pada mesyuarat SOMTC, Malaysia telah membentangkan inisiatif-inisiatif negara di peringkat domestik, serantau dan antarabangsa. Malaysia juga telah berkongsi pengalaman dan amalan terbaik yang telah dilaksanakan dalam usaha membendung jenayah rentas sempadan. Mesyuarat SOMTC merupakan pendekatan konstruktif ASEAN dalam memerangi cabaran isu jenayah rentas sempadan secara berterusan. Selain itu, mesyuarat tersebut juga memberikan peluang kepada pegawai-pegawai kanan ASEAN untuk merangka strategi baharu dalam mempertingkatkan keselamatan rantau ASEAN. Hasil dan keputusan Mesyuarat SOMTC ini dilaporkan dalam Mesyuarat Peringkat Menteri dalam Jenayah Rentas Sempadan (AMMTC) untuk perhatian dan perakuan Menteri-Menteri Keselamatan ASEAN. YBrs. Tuan Zulkifli bin Abidin, Setiausaha Bahagian, Bahagian Keselamatan KDN mewakili KDN di Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan ASEAN Mengenai Jenayah Rentas Sempadan (SOMTC) ke-21 yang telah diadakan pada 27 hingga 29 Julai 2021 secara telesidang. LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 124


Mesyuarat MenteriMenteri ASEAN Mengenai Jenayah Rentas Sempadan atau ASEAN Ministerial Meeting on Transnational Crime (AMMTC) telah diadakan pada 29 dan 30 September 2021 secara telesidang. Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Jenayah Rentas Sempadan Ke-15 Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Jenayah Rentas Sempadan atau ASEAN Ministerial Meeting on Transnational Crime (AMMTC) telah diadakan pada 29 dan 30 September 2021 secara telesidang. AMMTC diadakan selepas mesyuarat SOMTC bagi mengadakan perbincangan lanjut isu-isu jenayah rentas sempadan yang memerlukan keputusan menyeluruh di peringkat yang lebih tinggi dihadiri oleh menteri-menteri dari negaranegara ASEAN dan Negara Rakan Dialog ASEAN iaitu China, Jepun dan Republik Korea. Mesyuarat AMMTC Ke-15 telah dianjurkan oleh Brunei dan dipengerusikan oleh H.E. Pehin Datu Lailaraja Major General (Rtd) Dato’ Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Pertahanan II, Brunei Darussalam manakala delegasi Malaysia diketuai oleh YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri. Delegasi Malaysia telah membentangkan inisiatif-inisiatif negara di peringkat domestik, serantau dan antarabangsa dengan menyatakan komitmen negara untuk terus menangani jenayah rentas sempadan di bawah landasan kerjasama Serantau ASEAN dan sebagai ASEAN Lead Shepheard, Malaysia akan terus memainkan peranan utama dalam tiga komponen jenayah rentas sempadan iaitu membanteras penyeludupan orang, pelanunan di laut dan penggubahan wang haram melalui pelaksanaan inisiatif dan aktiviti bagi tiga tahun akan datang dengan sokongan negara-negara ASEAN. Dalam membanteras jenayah rentas sempadan di rantau ini, Malaysia menekankan tiga prinsip iaitu: i. Meningkat koordinasi antara pembuat dasar dan penguat kuasa undang-undang; ii. Menjalinkan perkongsian yang strategik antara negara-negara serantau kerana penguatkuasaan undang-undang domestik sahaja masih tidak mencukupi; dan iii. Perkongsian maklumat dan risikan yang lebih cekap untuk meningkat keberkesanan operasi penguatkuasaan undang-undang. LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 125


BAHAGIAN PENDAFTARAN NEGARA DAN PERTUBUHAN Bahagian Pendaftaran Negara dan Pertubuhan (PP) telah mengadakan Mesyuarat Penetapan Dasar Dan Halatuju Dokumen Pengenalan Diri pada 6 hingga 7 April 2021 di Putrajaya melibatkan wakil daripada Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara, Pejabat Penasihat Undang-Undang KDN, Bahagian Hal Ehwal Imigresen KDN dan Bahagian Pendaftaran Negara dan Pertubuhan KDN. Prihatin dengan masalah-masalah yang dihadapi oleh pemegang-pemegang Kad Pengenalan Sementara (MyKAS), mesyuarat diadakan untuk meneliti kembali dasar dan peraturan berkaitan dokumen kad pengenalan diri ini. Hasil daripada mesyuarat ini, beberapa isu utama berhubung halatuju dan dasar baharu untuk pemegang MyKAS telah dibincangkan dan akan dibawa untuk perhatian dan kelulusan Pengurusan Tertinggi KDN. Mesyuarat Jawatankuasa Khas Status Kewarganegaraan (JKKSK) Peringkat Negeri Sarawak dipengerusikan secara bersama oleh YB Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said, Timbalan Menteri Dalam Negeri (TMDN) I dan YB Dato’ Sri Hajah Fatimah binti Abdullah Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan KanakKanak (MKWKPK) Sarawak. JKKSK Sarawak telah ditubuhkan untuk menyelaras kes-kes permohonan kewarganegaraan di bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan yang dipohon melalui cawangan-cawangan JPN Negeri Sarawak bermula 1 Ogos 2020. Mesyuarat JKKSK Sarawak Bil. 1/2021 telah diadakan pada 20 April 2021 di KDN Putrajaya dan Mesyuarat JKKSK Sarawak Bil. 2/2021 telah diadakan pada 22 Oktober 2021 di Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak. Sempena dengan Mesyuarat JKKSK Sarawak Bil. 2/2021, satu majlis penyerahan surat keputusan permohonan kewarganegaraan di bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan yang telah mendapat kelulusan YB Menteri Dalam Negeri kepada lapan individu di Daerah Kuching turut diadakan. Mesyuarat Penetapan Dasar dan Halatuju Dokumen Pengenalan Diri Mesyuarat Jawatankuasa Khas Status Kewarganegaraan Peringkat Negeri Sarawak Mesyuarat Jawatankuasa Khas Status Kewarganegaraan (JKKSK) Peringkat Negeri Sarawak Bil.2/2021. LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 126


Mesyuarat Penetapan Tafsiran Terma Berkelakuan Baik di Bawah Perlembagaan Persekutuan Bagi Urusan Permohonan Kewarganegaraan YB Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said, Timbalan Menteri Dalam Negeri I dan YB Dato’ Sri Hajah Fatimah Abdullah, Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Sarawak di Majlis Penyerahan Surat Keputusan Permohonan Kewarganegaraan kepada lapan orang individu. Mesyuarat ini telah diadakan pada 27 dan 28 Oktober 2021 di Kuala Lumpur bertujuan memperhalusi dan memperincikan tafsiran berkelakuan baik di bawah Perkara 19 Perlembagaan Persekutuan supaya lebih objektif dalam urusan permohonan kewarganegaraan. Mesyuarat ini dihadiri oleh YBhg. Datuk Mohamad Fauzi bin Md Isa, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) dan wakil-wakil agensi termasuk dari Bahagian Hal Ehwal Imigresen KDN, Pejabat Penasihat Undang-Undang KDN, Jabatan Peguam Negara, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pendaftaran Negara serta Jabatan Imigresen Malaysia. Hasil daripada keputusan mesyuarat ini dijadikan asas dalam membangunkan SOP permohonan kewarganegaraan secara naturalisasi (Perkara 19 Perlembagaan Persekutuan) yang akan diguna pakai di Jabatan Pendaftaran Negara dan Kementerian Dalam Negeri. LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 127


Kursus Pemantapan Prosedur Pengendalian Standard Permohonan Kewarganegaraan Melalui Penaturalisasian Di Bawah Perkara 19 Perlembagaan Persekutuan telah diadakan pada 11 hingga 12 November 2021 di Kuala Lumpur bertujuan untuk memberikan pendedahan serta pandangan secara kolektif dan komprehensif berkaitan dengan proses permohonan kewarganegaraan melalui penaturalisasian di bawah Perkara 19 Perlembagaan Persekutuan. Kursus ini dianjurkan oleh Bahagian Pendaftaran Negara dan Pertubuhan Kementerian Dalam Negeri dengan kerjasama daripada Bahagian Kewarganegaraan, Jabatan Pendaftaran Negara Putrajaya. Kursus Pemantapan Prosedur Pengendalian Standard Permohonan Kewarganegaraan Melalui Penaturalisasian Di Bawah Perkara 19 Perlembagaan Persekutuan LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 128


PEJABAT STRATEGIK NASIONAL MAJLIS ANTIPEMERDAGANGAN ORANG DAN ANTIPENYELUDUPAN MIGRAN Pejabat Strategik Nasional Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (NSO MAPO) telah menganjurkan tiga mesyuarat utama iaitu Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Tertinggi MAPO (HLC), Mesyuarat Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO) dan Mesyuarat Penyelarasan Ketua Jawatankuasa MAPO (MPKJ). Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Tertinggi Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (HLC MAPO) telah diadakan pada 31 Mac 2021 secara telesidang di Kementerian Dalam Negeri. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri bertujuan untuk membincangkan hala tuju serta membuat keputusan melibatkan dasar Kerajaan dalam membanteras jenayah pemerdagangan orang dan penyeludupan migran. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh wakil-wakil dari 21 kementerian, jabatan dan agensi yang terlibat. Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Tertinggi Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Tertinggi Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (HLC MAPO). LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 129


Mesyuarat Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO) dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri yang dihadiri oleh wakil dari 22 Kementerian dan Agensi bagi membincangkan hala tuju serta menyelaraskan usaha Kerajaan dalam membanteras jenayah pemerdagangan orang dan penyeludupan migran. Sebanyak dua kali Mesyuarat MAPO telah diadakan iaitu pada 8 Februari 2021 dan 22 Julai 2021. Kedua-dua mesyuarat telah diadakan secara telesidang di Bilik Mesyuarat Perkasa, Kementerian Dalam Negeri. Mesyuarat Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran YBhg. Dato’ Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri mempengerusikan Mesyuarat Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO). Pelancaran buku National Guidelines On Human Trafficking Indicator (NGHTI) Versi Bahasa Inggeris oleh YBhg. Dato’ Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri. LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 130


YBhg. Datuk Mohamad Fauzi bin Md Isa, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Kawalan), Kementerian Dalam Negeri mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Ketua Jawatankuasa Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran secara telesidang pada 21 Julai 2021 di Putrajaya. Mesyuarat Penyelarasan Ketua Jawatankuasa Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran Mesyuarat Penyelarasan Ketua Jawatankuasa Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MPKJ) telah dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Kawalan), Kementerian Dalam Negeri bertujuan untuk menyelaras isu dan dasar di bawah jawatankuasa yang terlibat sebelum ia dibincangkan dalam Mesyuarat MAPO dan HLC. MPKJ telah dilaksanakan sebanyak tiga kali dengan mesyuarat bilangan pertama telah diadakan pada 22 Mac 2021 dan dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Mohamad Sanuri bin Shahid manakala bilangan kedua dan ketiga telah diadakan pada 21 Julai 2021 dan 18 Oktober 2021 dan dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Mohamad Fauzi bin Md Isa. Ketiga-tiga mesyuarat ini telah melibatkan kehadiran pegawai dari setiap Ketua Jawatankuasa di bawah MAPO iaitu Polis Diraja Malaysia, Jabatan Peguam Negara, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Komunikasi dan Multimedia dan Kementerian Sumber Manusia serta wakil kementerian dan agensi lain yang dijemput berdasarkan keperluan dan isu yang dibincangkan. LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 131


Garis Panduan Pengoperasian Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO) Semasa Penularan Penyakit Berjangkit telah dipersetujui dan diluluskan oleh YB Menteri Dalam Negeri pada 30 Julai 2021 dan edaran telah dibuat kepada semua agensi berkaitan pada 4 Ogos 2021. Garis panduan tersebut bertujuan sebagai panduan kepada agensi penguatkuasaan, pendakwaan, pencegahan dan perlindungan mengenai pengoperasian Majlis bagi membendung penularan apa-apa jenis penyakit berjangkit sebagaimana yang ditetapkan dalam Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. Garis panduan ini juga telah diselaraskan dengan SOP sedia ada yang sedang berkuatkuasa. Rang Undang–Undang Antipemerdagangan Orang Dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) telah dipinda sebanyak dua kali sebelum ini iaitu pada tahun 2010 dan 2015. Pindaan pada kali ini antara lain melibatkan pindaan takrifan pemerdagangan orang, peningkatan dari segi hukuman kepada pesalah, peranan pegawai penguat kuasa, dan konteks terperinci bagi perlindungan mangsa pemerdagangan orang. Cadangan bagi usul pindaan Rang Undang–Undang Antipemerdagangan Orang Dan Antipenyeludupan Migran ini telah dipersetujui pada 31 Mac 2021, dibahas dan diluluskan di Dewan Rakyat pada 15 Disember 2021 serta dibahas dan diluluskan di Dewan Negara pada 23 Disember 2021. Garis Panduan Pengoperasian Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran Semasa Penularan Penyakit Berjangkit Rang Undang–Undang Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri dalam sesi perbincangan sebelum bacaan ke-2 Rang Undang-Undang Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Pindaan) 2021 di Dewan Rakyat pada 15 Disember 2021. LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 132


Pelan Tindakan Kebangsaan Antipemerdagangan Orang 2021-2025 Hari Antipemerdagangan Orang Sedunia 2021 YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri telah melancarkan Pelan Tindakan Kebangsaan Antipemerdagangan Orang 2021-2025 (National Action Plan on Anti-Trafficking in Persons – NAPTIP 3.0) pada 31 Mac 2021 secara dalam talian selepas Mesyuarat HLC MAPO Bil.1/2021. NAPTIP 3.0 merupakan sebuah dokumen strategik yang menggariskan segala perancangan dan usaha bagi membanteras pemerdagangan orang di Malaysia bagi tempoh lima tahun mulai tahun 2021 sehingga tahun 2025. Pelan Tindakan ini telah dibangunkan berdasarkan konsep ‘whole-ofnation approach’ dengan penglibatan secara langsung pihak NGO dan organisasi-organisasi antarabangsa yang lain. YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri telah menyempurnakan sambutan Hari Antipemerdagangan Orang Sedunia pada 30 Julai 2021 secara langsung dalam semua platform media sosial rasmi Kementerian, Jabatan dan Agensi. Acara sambutan tahunan ini diadakan bertujuan menyahut dan menghargai usaha semua pihak dalam membanteras jenayah pemerdagangan orang. Acara ini disambut pada 30 Julai setiap tahun secara serentak di seluruh dunia yang merupakan resolusi dari pihak Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu melalui United Nations Global Plan of Actions to Combat Trafficking in Persons. Dengan tema sambutan Victim’s Voices Lead The Way yang secara amnya memberikan perhatian kepada mangsa sebagai petunjuk dalam usaha-usaha membanteras jenayah pemerdagangan orang di seluruh dunia dengan menitikberatkan tentang betapa pentingnya untuk mendengar dan belajar dari mangsa yang telah diselamatkan. YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri melancarkan Pelan Tindakan Kebangsaan Antipemerdagangan Orang 2021-2025 pada 31 Mac 2021 di Putrajaya. YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri telah menyempurnakan sambutan Hari Antipemerdagangan Orang Sedunia pada 30 Julai 2021 secara langsung dalam semua platform media sosial rasmi Kementerian, Jabatan dan Agensi. LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 133


Kerajaan dengan kerjasama Badan Bukan Kerajaan iaitu Project Liber8 telah menghasilkan satu sistem chat robot yang dikenali sebagai Chatbot MAPO dalam usaha membanteras jenayah pemerdagangan orang di Malaysia. Aplikasi ini berfungsi sebagai satu medium pelaporan dan juga pangkalan data yang memudahkan mangsa atau orang ramai untuk tampil melaporkan kes pemerdagangan orang atau penyeludupan migran yang berlaku atau disyaki berlaku di kawasan masing-masing. Chatbot MAPO juga bersifat interaktif dan mudah diakses serta dapat dihubungi pada bila-bila masa melalui enam pilihan bahasa iaitu Melayu, Inggeris, Indonesia, Siam, Nepal dan Bengali. Chatbot MAPO YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri telah melancarkan Chatbot MAPO sempena sambutan Hari Antipemerdagangan Orang Sedunia pada 30 Julai 2021. LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 134


Malaysia merupakan negara peneraju bagi isu penyeludupan migran di rantau ASEAN sejak tahun 2015 dan telah membangunkan ASEAN SOMTC Work Programme on People Smuggling 2019-2021 yang menjadi rujukan dan panduan kepada semua negara ASEAN dalam isu berkaitan penyeludupan migran. Malaysia telah menganjurkan Regional Consultation on SOMTC Work Programmes on People Smuggling: 2019–2021 and 2022–2024 telah diadakan pada 7 Disember 2021 secara telesidang di Putrajaya untuk mengkaji semula Work Programme on People Smuggling 2019-2021 serta membincangkan dan memuktamadkan draf Work Programme on People Smuggling 2022- 2024. Semua Negara Anggota ASEAN telah menghadiri sesi perundingan tersebut bersama wakilwakil daripada sekretariat ASEAN, Suruhanjaya Tinggi Kanada ke Malaysia dan Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Dadah dan Jenayah (UNODC). Regional Consultation on SOMTC Work Programmes on People Smuggling: 2019–2021 and 2022–2024 Regional Consultation on SOMTC Work Programmes on People Smuggling: 2019–2021 and 2022–2024 telah diadakan pada 7 Disember 2021 secara telesidang di Putrajaya. YBhg. Datuk Mohamad Fauzi bin Md Isa, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Kawalan) Kementerian Dalam Negeri merasmikan Majlis Pembukaan Regional Consultation On SOMTC Work Programmes On People Smuggling 2019-2021 and 2022-2024. LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 135


Mesyuarat Victim Assessment and Case Coordination Committee (VAC) dan Mesyuarat Case Management Committee (CMC) adalah mesyuarat berkala yang diadakan secara dwibulanan bertujuan untuk membincangkan serta memantau status kes-kes mangsa pemerdagangan orang di rumah perlindungan (RP) NGO melalui Mesyuarat VAC dan RP Kerajaan melalui Mesyuarat CMC yang telah melebihi satu bulan. Selain itu, mesyuarat ini juga merupakan salah satu platform bagi pihak RP serta lain-lain jabatan dan agensi yang terlibat seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Peguam Negara, Mahkamah dan Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) untuk membincangkan pelbagai isu termasuk mengetengahkan masalah atau perkara berbangkit mengenai pengurusan mangsa pemerdagangan orang. Bagi tahun 2021, NSO MAPO telah berjaya melaksanakan enam Mesyuarat VAC dan enam Mesyuarat CMC seperti yang disasarkan. Victim Assessment and Case Coordination Committee dan Mesyuarat Case Management Committee Puan Syuhaida binti Abdul Wahab Zen, Setiausaha Bahagian Pejabat Strategik Nasional Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran mempengerusikan Mesyuarat Victim Assessment and Case Coordination Committee dan Mesyuarat Case Management Committee yang diadakan secara dwibulanan. LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 136


Akta ATIPSOM telah dipinda pada 2015 bagi tujuan penambahbaikan maksud pemerdagangan orang serta elemen perlindungan mangsa dengan memberikan fokus kepada kebenaran mangsa untuk bergerak bebas dan bekerja. Objektif penambahbaikan ini bertujuan menunjukkan komitmen Kerajaan ke arah victim-centered approach dalam layanan terhadap mangsa jenayah pemerdagangan orang. Perkara ini diperuntukkan di bawah Seksyen 51A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (Pindaan 2015) membolehkan Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO) mempertimbangkan kebenaran bergerak bebas dan kebenaran bekerja kepada orang yang disyaki mangsa pemerdagangan orang yang telah diberikan Perintah Perlindungan Interim (IPO) atau mangsa pemerdagangan orang yang telah diberikan Perintah Perlindungan (PO) dan telah memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan dan melepasi penilaian keselamatan, kesihatan fizikal dan juga psikososial. Bagi memperkasakan aspek perlindungan dan kebajikan mangsa pemerdagangan orang di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (Pindaan 2015), Peraturan-Peraturan Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Kebenaran untuk Bergerak Bebas dan untuk Bekerja) (Warganegara Asing) 2016 juga telah dikuatkuasakan pada 4 Mei 2016. Sehingga kini, seramai 137 orang mangsa pemerdagangan orang telah diberikan kebenaran untuk bergerak bebas (KBB) oleh Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO) dan seramai sembilan orang mangsa pemerdagangan orang yang kesemuanya adalah mangsa wanita telah diberikan kelulusan oleh Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO) untuk bekerja. Program Kebenaran Bergerak Bebas dan Kebenaran Bekerja Bagi Mangsa Pemerdagangan Orang Mangsa Pemerdagangan Orang Yang Diberi Kelulusan Kebenaran Bergerak Bebas Mengikut Jantina Mangsa Pemerdagangan Orang Yang Diberi Kelulusan Kebenaran Bergerak Bebas Mengikut Warganegara Mangsa Pemerdagangan Orang Yang Diberi Kelulusan Kebenaran Bekerja Mengikut Warganegara BIL. JANTINA JUMLAH 1. Lelaki 86 2. Perempuan 50 3. Kanak-kanak (Lelaki) - 4. Kanak-kanak (Perempuan) 1 JUMLAH KESELURUHAN 137 BIL. WARGANEGARA JUMLAH 1. Indonesia 49 2. India 42 3. Bangladesh 16 4. Myanmar 14 5. Pakistan 8 6. Nepal 4 7. Kemboja 2 8. Lain-lain (Malaysia) 2 JUMLAH KESELURUHAN 137 BIL. WARGANEGARA JUMLAH 1. Indonesia 8 2. Kemboja 1 JUMLAH KESELURUHAN 9 LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 137


BAHAGIAN HAL EHWAL IMIGRESEN Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) kini beroperasi semula mulai Oktober 2021 dengan beberapa penambahbaikan dan syarat baharu kepada peserta sepertimana yang telah dipersetujui oleh Jemaah Menteri pada 14 Julai dan 30 Julai 2021 yang bersetuju dengan cadangan penambahbaikan dasar baharu MM2H sebagai satu strategi pelaksanaan Program Pemulihan Negara (PPN). Sidang Media Khas berkaitan MM2H telah diadakan oleh YBhg. Dato’ Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri pada 11 Ogos 2021 di Putrajaya. Bahagian Hal Ehwal Imigresen (IM) telah diberi tanggungjawab menguruskan Majlis Pelancaran Op Bantu Kementerian Dalam Negeri (KDN) dengan kerjasama strategik Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri dan YB Datuk Seri Rina binti Harun, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada 6 Julai 2021 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Kuala Lumpur. Program Malaysia Rumah Keduaku Keurusetiaan Program Kemasyarakatan YBhg. Dato’ Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri mengadakan Sidang Media Khas berkaitan MM2H pada 11 Ogos 2021 di Putrajaya. YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri dan YB Datuk Seri Rina binti Harun, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di Majlis Pelancaran Op Bantu pada 6 Julai 2021 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Kuala Lumpur. LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 138


Op Bantu merupakan inisiatif pemberian bantuan segera kotak makanan kepada mana-mana individu yang terputus bekalan makanan di seluruh negara yang melibatkan 157 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dan Pejabat RELA serta Jabatan Kebajikan Masyarakat di setiap daerah. Program pengagihan bantuan ini turut dibantu oleh Amanita (PDRM), RELA dan JKM. Majlis pelancaran ini dihadiri oleh YBhg. Dato’ Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan YDH Tan Sri Acryl Sani bin Haji Abdullah Sani, Ketua Polis Negara. YB Dato’ Seri Hamzah Zainudin, Menteri Dalam Negeri melawat kawasan bencana banjir sekitar Titi Hayun, Yan, Kedah pada 5 September 2021. LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 139


Bahagian IM telah menganjurkan Mesyuarat Pemurnian Pindaan Perundangan Imigresen yang dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Mohamad Fauzi bin Md Isa, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar Dan Kawalan) pada 23 Oktober 2021 bertujuan bagi meneliti semula keperluan perundangan berkaitan hal ehwal keimigresenan agar terus relevan dengan keperluan semasa dan dapat disesuaikan dengan dasar baharu. Di samping itu juga, Bengkel Pemurnian Pindaan Perundangan Imigresen Berkaitan Penguatkuasaan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) telah diadakan pada 7 Oktober 2021 dan dihadiri oleh 40 orang peserta mewakili Bahagian, Jabatan dan Agensi di bawah KDN. Bengkel ini bertujuan untuk mengkaji dan meneliti peruntukan perundangan imigresen sedia ada susulan pelaksanaan Bengkel Pindaan Perundangan Imigresen Berkaitan Penguatkuasaan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang telah diadakan pada 24 hingga 26 September 2020. Mesyuarat Pemurnian Pindaan Perundangan Imigresen Bengkel Penambahbaikan Dasar Permit Masuk telah diadakan pada 1 hingga 2 November 2021 bertujuan menyelaras jenis-jenis Pas yang dibenarkan memohon Permit Masuk dan penambahbaikan syarat Pertimbangan Permit Masuk melalui Sistem Mata serta kajian pelaksanaan Permit Masuk Bertempoh. Bengkel ini dihadiri oleh wakil kementerian dan jabatan yang terdiri daripada: i. Bahagian Pendaftaran Negara dan Pertubuhan; ii. Bahagian Penasihat Undang-Undang; iii. Bahagian Visa Pas dan Permit, Bahagian Khidmat Ekspatriat dan Bahagian Penasihat UndangUndang dari Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia; iv. Jabatan Pendaftaran Negara dari Bahagian Kewarganegaraan; dan v. Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia. YBhg. Datuk Mohamad Fauzi bin Md Isa, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Kawalan) telah mengadakan lawatan kerja ke Depot Tahanan Imigresen Kota Kinabalu, Pejabat Imigresen Negeri Sabah dan Jabatan Pendaftaran Negara, Sabah pada 4 hingga 5 November 2021. Lawatan kerja ini adalah bertujuan untuk memastikan tahap perkhidmatan agensi di bawah KDN di Negeri Sabah berada pada tahap yang optimum. Lawatan ini turut disertai oleh YBhg. Dato’ Ruslin bin Jusoh, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara, Setiausaha Bahagian Pendaftaran dan Pertubuhan, Setiausaha Bahagian Hal Ehwal Imigresen dan pegawai-pegawai daripada KDN, Jabatan dan Agensi di Sabah. Bengkel Penambahbaikan Dasar Permit Masuk Lawatan Kerja ke Negeri Sabah LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 140


Sepanjang tahun 2021, Bahagian Hal Ehwal Imigresen telah menerima permohonan dan rayuan seperti berikut: Statistik Permohonan dan Rayuan Statistik Permohonan Dan Rayuan 1% 2% 4% 21% 72% Kelulusan Pas Media Asing 19 permohonan Kelulusan Pembantu Rumah Asing 36 permohonan Kelulusan Rayuan Pas Pegawai Dagang 60 permohonan Kelulusan Lesen Pengambilan Pelajar Asing 319 permohonan Rayuan Permit Masuk 1,120 permohonan LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 141


BAHAGIAN PERANCANGAN STRATEGIK Bahagian Perancangan Strategik telah mengurusetiakan Mesyuarat Hala Tuju Strategik Kementerian Dalam Negeri yang diadakan pada 8 hingga 10 September 2021 di Kuala Lumpur. Mesyuarat ini bertujuan membincangkan hala tuju strategik KDN terutamanya dalam tempoh 100 hari pertama ke hadapan selari dengan hasrat dan amanat YB Menteri Dalam Negeri. Penetapan hala tuju ini merangkumi pembangunan inisiatif strategik, jangka pendek (quick wins), jangka sederhana dan jangka panjang yang akan dijadikan KPI KDN. Inisiatif yang telah dibangunkan adalah selari dengan dasar dan perancangan yang telah digariskan di dalam dokumen Rancangan Malaysia ke-12 dan Pelan Strategik KDN 2021-2025. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh YB Dato’ Seri Hamzah Bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri, YB Dato’ Sri Dr Haji Ismail bin Haji Mohamed Said, Timbalan Menteri Dalam Negeri I, YB Datuk Jonathan bin Yasin, Timbalan Menteri Dalam Negeri II, YBhg. Dato’ Sri Wan Ahmad Dahlan Bin Haji Abdul Aziz, Ketua Setiausaha, semua Ketua Jabatan dan Setiausaha Bahagian serta pegawai-pegawai kanan kementerian. Mesyuarat Hala Tuju Strategik Kementerian Dalam Negeri YB Dato’ Seri Hamzah Bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri menyampaikan amanat penetapan hala tuju strategik 100 hari KDN dalam Mesyuarat Hala Tuju Strategik Kementerian Dalam Negeri yang diadakan pada 8 hingga 10 September 2021 di Kuala Lumpur. LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 142


Mesyuarat Perancangan Strategik Kementerian Dalam Negeri 2021/2022 telah diadakan pada 29 hingga 31 Oktober 2021 di Johor Bahru, Johor dan telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri. Mesyuarat ini dihadiri oleh semua Ketua Jabatan, Setiausaha Bahagian serta pegawai-pegawai kanan dari Bahagian, Jabatan dan Agensi di bawah KDN. Objektif mesyuarat ini adalah untuk menilai pencapaian KPI tahun 2021, status pelaksanaan KPI 100 hari YB Menteri Dalam Negeri serta membincangkan kesinambungan perancangan strategik kementerian bagi tahun 2022. Sebanyak empat kertas telah dibentangkan oleh setiap penyelaras teras berdasarkan Pelan Strategik KDN 2021-2025. Sejumlah 73 KPI telah dibentangkan yang merangkumi 30 KPI bagi Teras 1, 22 KPI bagi Teras 2, 7 KPI bagi Teras 3 dan 14 KPI bagi Teras 4. Mesyuarat Perancangan Strategik Kementerian Dalam Negeri 2021/2022 YBhg. Dato’ Sri Wan Ahmad Dahlan Bin Haji Abdul Aziz, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Bersama ahli-ahli Mesyuarat Perancangan Strategik Kementerian Dalam Negeri 2021/2022. YBhg. Dato’ Sri Wan Ahmad Dahlan Bin Haji Abdul Aziz, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri mempengerusikan Mesyuarat Perancangan Strategik Kementerian Dalam Negeri 2021/2022. LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 143


YAB Perdana Menteri semasa mengumumkan pembentukan Kabinet baharu pada 27 Ogos 2021 telah menekankan budaya kerja berprestasi tinggi di dalam Kerajaan pimpinan beliau. Justeru, semua Menteri yang dilantik perlu membuktikan pencapaian masing-masing berdasarkan kepada petunjuk prestasi utama atau dikenali sebagai Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) yang ditetapkan dalam tempoh 100 hari pertama pentadbiran baharu. Penilaian ke atas semua AKM Kementerian adalah bagi tempoh dari 1 September hingga 9 Disember 2021. KDN telah menetapkan tiga AKM yang merangkumi 16 inisiatif. YB Menteri Dalam Negeri telah membentangkan pencapaian 100 hari KDN kepada YAB Perdana Menteri pada 24 November 2021 dengan pencapaian 100 peratus bagi ke semua AKM. Pencapaian 100 hari AKM ini telah dipamerkan dalam Program AKM 100 hari pada 9 hingga 12 Disember 2021 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Bahagian ini bersama Bahagian Khidmat Pengurusan dan Aset dan Unit Komunikasi Korporat diberi tanggungjawab menyelaras kandungan (content) dan menyediakan booth pameran KDN bagi mempamerkan pencapaian 100 hari AKM YBM di samping menyediakan kaunter perkhidmatan kepada pengunjung. Pameran Kementerian Dalam Negeri Sempena Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 144


Antara yang dipamerkan di Booth KDN termasuk laporan kejayaan yang telah dicapai oleh YB MDN dan KDN sepanjang genapnya 100 hari pelaksanaan AKM, perkhidmatan pembaharuan pasport dan kad pengenalan serta pengurangan dalam pembayaran saman bagi seluruh rakyat Malaysia dan jualan produk-produk Jabatan Penjara Malaysia seperti batik dan tenun Pahang. Hasil kerjasama Kementerian, Jabatan dan Agensi, KDN telah berjaya mendapat tempat ketiga bagi booth terbaik dan sijil telah disampaikan oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara kepada YBhg. Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Abdul Rahman, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) KDN. YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara telah menyampaikan sijil booth terbaik tempat ketiga kepada YBhg. Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Abdul Rahman, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri. YB Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin di Dewan Majlis Daerah Selama, Taman Permai 2 Selama, Perak pada 19 Mac 2021. Jemaah Menteri pada 17 Februari 2021 telah memutuskan supaya YB Menteri dan YB Timbalan Menteri mengadakan sesi libat urus bersama rakyat dalam Program Malaysia Prihatin. Tujuan program ini adalah bagi menjelaskan mengenai pengurusan pandemik dan usaha kerajaan menangani pandemik COVID-19 kepada rakyat di kawasan masing-masing serta memberi penjelasan mengenai Proklamasi Darurat dan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan. Pelaksanaan Program Malaysia Prihatin yang pertama telah diadakan pada 19 Mac 2021 di Dewan Bankuet Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh, Perak bersama YB Dato’ Seri Hamzah Bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri. Sebanyak 12 Program Malaysia Prihatin Kementerian Dalam Negeri telah diadakan di beberapa lokasi di Selama (Perak), Kuantan (Pahang), Ranau dan Kundasang (Sabah). Program tersebut turut memberikan peluang kepada masyarakat untuk mendapatkan akses kepada perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan di bawah KDN seperti pembaharuan kad pengenalan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Program Malaysia Prihatin Kementerian Dalam Negeri LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 145


YBhg. Tan Sri Borhan Bin Dolah, Ketua Pasukan Nukleus Single Border Agency dalam sesi kunjungan hormat ke Ibu Pejabat Kastam Diraja Malaysia, Putrajaya. YBhg. Tan Sri Borhan Bin Dolah, Ketua Pasukan Nukleus Single Border Agency dalam sesi kunjungan hormat bersama Jabatan Pengangkutan Jalan. KDN menerusi mandat yang telah diberikan oleh Jemaah Menteri pada 30 Julai 2021, telah menubuhkan sebuah Pasukan Nukleus Single Border Agency (SBA). Pasukan yang dibentuk pada 11 Oktober 2021 diterajui oleh YBhg. Tan Sri Borhan Bin Dolah, mantan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam selaku Ketua Pasukan bagi memperincikan penubuhan SBA untuk menjaga pintu-pintu masuk termasuk pelabuhan bagi mewujudkan pengurusan yang lebih cekap, sumber manusia dan kewangan yang optimum, pengurusan yang terselaras, kawalan integriti dan ketirisan serta pemakaian Prosedur Operasi Standard (SOP) yang seragam. Pasukan ini turut dianggotai seramai 35 pegawai yang terdiri daripada pelbagai skim dan jawatan bagi membantu Ketua Pasukan Nukleus untuk tempoh 12 bulan atau sehingga penubuhan SBA selesai. Skop pemilihan Pasukan ini merangkumi aspek-aspek seperti berikut: i. Dasar, perundangan dan keselamatan; ii. Pengurusan organisasi dan sumber manusia; iii. Pengurusan sistem dan teknologi; iv. Kewangan, pembangunan dan aset; dan v. Pengurusan perubahan dan pelan komunikasi. Penubuhan SBA merupakan antara inisiatif utama yang digariskan dalam Rancangan Malaysia Ke12 di bawah Bab 4: Meningkatkan Pertahanan, Keselamatan, Kesejahteraan dan Perpaduan serta Bab 12: Memperkukuh Kecekapan Infrastruktur Pengangkutan dan Logistik. SBA sebagai agensi tunggal yang diwujudkan kelak akan menyelaras, memperkukuh dan mempertingkat pengurusan operasi dan keselamatan di pintu masuk negara termasuk pelabuhan dan lapangan terbang. Peranan SBA bukan sahaja akan merealisasikan matlamat untuk memastikan keselamatan dan kedaulatan negara, malah memperkukuh rangka kerja institusi dan kawal selia yang lebih menyeluruh, bersepadu dan inklusif. Hal ini dapat dilaksanakan melalui penambahbaikan tadbir urus dan mekanisme kawalan dan penguatkuasaan serta pengukuhan penyelarasan antara pihak berkepentingan. Penubuhan Pasukan Nukleus Single Border Agency LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 146


Bahagian ini telah mengambil inisiatif untuk membangunkan sistem MyStatistik KDN yang mengandungi maklumat dari Bahagian, Jabatan dan Agensi di bawah KDN. Sistem ini ditambah baik dengan memasukkan elemen analisis data melalui pembangunan dashboard MyStatistik secara berfasa dengan menggunakan perisian Tableau bersama dengan Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat. Dashboard MyStatistik KDN ini akan dapat menjana laporan berasaskan analisis data yang lebih tepat untuk digunakan dalam pembuatan keputusan berkaitan pengubalan dasar dan perancangan serta menambahbaik aspek pengoperasian. Selain itu, data-data yang ada di dalam Dashboard MyStatistik KDN dapat dianalisis secara komprehensif, real time dan interaktif dengan tepat dalam masa yang singkat kepada pengguna (user) dan pemegang taruh (stakeholder) di samping memudahkan Pengurusan Tertinggi membuat keputusan dalam penggubalan dasar dan pembangunan perancangan strategik Kementerian, Jabatan dan Agensi. Bagi Fasa 1, Dashboard MyStatistik KDN melibatkan Jabatan Imigresen Malaysia telah selesai dibangunkan. Sesi klinik dan perbincangan akan dilaksanakan secara berterusan bagi memastikan pembangunan Dashboard Bahagian, Jabatan dan Agensi dapat diselesaikan menjelang akhir tahun 2022. Dashboard MyStatistik KDN Dashboard MyStatistik KDN Muka Utama Dashboard Jabatan Imigresen Malaysia. LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 147


BAHAGIAN PARLIMEN DAN KABINET Bahagian Parlimen dan Kabinet bertanggungjawab menyelaras dan merancang perkara-perkara berkaitan hal ehwal Parlimen, Jemaah Menteri dan maklum balas bagi Mesyuarat Jemaah Menteri, Mesyuarat Pasca Kabinet, Mesyuarat Majlis Raja-Raja, Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri, Mesyuarat Semakan Jawapan Parlimen, Mesyuarat Semakan Teks Penggulungan serta Mesyuarat Ketua Setiausaha dan Ketua Perkhidmatan yang dianggotai oleh YB Menteri Dalam Negeri (MDN), YB Timbalan Menteri Dalam Negeri (TMDN) dan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri. Persidangan Parlimen bagi tahun 2021 telah berlangsung selama empat hari bagi Mesyuarat Khas dan disusuli dengan dua sidang mesyuarat yang melibatkan tempoh keseluruhan selama 48 hari bagi Dewan Rakyat dan 23 hari bagi Dewan Negara. Urusan Parlimen Persidangan Parlimen 2021 DEWAN RAKYAT Mesyuarat Khas Dewan Rakyat 26 hingga 29 Julai 2021 (4 hari) Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat, Parlimen Keempat Belas, Tahun 2021 13 September hingga 12 Oktober 2021 (17 hari) Mesyuarat Kedua, Penggal Keempat, Parlimen Keempat Belas, Tahun 2021 25 Oktober hingga 16 Disember 2021 (31 hari) DEWAN RAKYAT Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat, Parlimen Keempat Belas, Tahun 2021 4 hingga 26 Oktober 2021 (13 hari) Mesyuarat Kedua, Penggal Keempat, Parlimen Keempat Belas, Tahun 2021 8 hingga 23 Disember 2021 (10 hari) LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 148


Click to View FlipBook Version