Penarafan Terhadap Keberkesanan Pelaksanaan Audit Dalam KDN KDN melalui Bahagian AD telah berjaya mendapat tahap CEMERLANG (5 Bintang) daripada Perbendaharaan Malaysia bagi penarafan terhadap keberkesanan pelaksanaan Audit Dalam yang telah dilaksanakan. Penilaian dibuat berdasarkan kajian persepsi tahap keberkesanan pelaksanaan Audit Dalam di KDN melalui soal selidik kepada auditi yang terlibat secara atas talian dan lawatan naziran. Dengan pencapaian ini, KDN dapat terus menjadi rakan kongsi bijak (smart partnership) di dalam memberi nilai tambah kepada usaha meningkatkan kawalan dalaman dan tadbir urus pengurusan kewangan yang lebih cemerlang. LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 49
UNIT INTEGRITI Bengkel Pengurusan Sistem Antirasuah Bengkel Pengurusan Sistem Antirasuah atau Anti-Bribery Management System (ABMS) telah dilaksanakan pada 23 dan 24 Mac 2021 di Dewan Gemilang, Kompleks D, Putrajaya yang melibatkan seramai 54 orang peserta. Selain daripada menerapkan kepatuhan kepada peraturan, kawalan pengukuran dan komitmen kepada integriti, bengkel ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan kepada sistem nilai tadbir urus sektor awam harus mereformasi dan berintegriti sepenuhnya. Di samping itu, bengkel ini juga bertujuan menunjukkan bahawa keterlibatan bersungguh-sungguh dan penuh tanggungjawab oleh penjawat awam sangat diharapkan sebagai pendukung utama menerapkan sistem nilai telus, cekap dan berintegriti sekali gus menyumbang kepada objektif Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur serta bermaruah. Kementerian Dalam Negeri komited dalam melaksanakan segala inisiatif yang dirancang dan menjadi kewajipan semua pihak yang dipertanggungjawabkan untuk memastikan segala inisiaitif dapat direalisasikan dalam usaha untuk memperkukuhkan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan awam dan memastikan negara ini bebas daripada amalan rasuah. Hala tuju dan kerangka tindakan pencegahan rasuah yang lebih berstruktur dan jelas dapat memantapkan integriti tadbir urus dan antirasuah. KDN melalui Unit Integriti (UI) berperanan memantapkan integriti dan tadbir urus baik khususnya dalam hal ehwal keselamatan dalam negara. Pelbagai program berteraskan pengukuhan integriti dan antirasuah telah dilaksanakan khususnya di peringkat Kementerian, Jabatan dan Agensi. Bengkel Pengurusan Sistem Antirasuah atau Anti-Bribery Management System (ABMS) yang disertai seramai 54 orang peserta yang terdiri dari wakil Bahagian. Jabatan dan Agensi pada 23 dan 24 Mac 2021 di Dewan Gemilang, Kompleks D, Putrajaya. LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 50
Program Smart Integriti Unit ini juga melaksanakan Program Smart Integriti Pembangunan Karekter Berintegriti Berdasarkan Surah Al-Kahfi pada 21 September 2021 secara dalam talian yang disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Ustaz Muhammad Syaari Ab Rahman dan disertai seramai 100 orang peserta terdiri daripada wakil Bahagian, Jabatan dan Agensi di bawah KDN. Pelaksanaan program ini adalah bertujuan untuk menerapkan nilai-nilai murni serta etika yang luhur kepada semua peserta di samping memberi kesedaran dan kefahaman dalam usaha memerangi rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa serta pemantapan integriti melalui pendekatan kerohanian. Program ini juga dapat membentuk warga kerja yang berperibadi mulia, sentiasa positif, berwaspada dan berintegriti dalam menyuntik keinsafan dan kesedaran berhubung karakter diri yang perlu ditonjolkan semasa menjalankan tugas agar mencapai matlamat untuk menjadi sebuah organisasi yang cemerlang. Program Pengurusan Tatatertib Unit Integriti telah menganjurkan Bengkel Pengurusan Tatatertib Jauhi Gangguan Seksual pada 16 November 2021 di Auditorium Kompleks D, Putrajaya yang disampaikan oleh Puan Nurasephia binti Ibrahim dan disertai oleh 380 peserta yang mewakili Bahagian, Jabatan dan Agensi di bawah KDN. Bengkel ini memberi pendedahan kepada tatacara pengendalian mencegah berlakunya gangguan seksual di tempat kerja serta cara membantu mangsa membuat aduan melalui saluran yang betul. Kesedaran dalam kalangan penjawat awam tentang peranan individu dalam menangani kes gangguan seksual agar berani tampil dan bersuara serta membuat aduan pada saluran yang betul turut dikongsikan dalam program tersebut. Selain itu, bengkel ini memberikan pendedahan tentang peranan dan tindakan yang boleh diambil sekiranya berlaku masalah gangguan seksual kepada mereka atau individu terdekat dengan membuat catatan atau merekodkan tarikh, tempat, masa dan perkara-perkara lain agar dapat dijadikan sebagai bahan bukti apabila diperlukan. Wakil daripada Bahagian, Jabatan dan Agensi di bawah KDN yang menyertai Bengkel Pengurusan Tatatertib pada 16 November 2021 di Auditorium Kompleks D, Putrajaya Peserta didedahkan dengan aksi spontan mempertahankan diri ketika berlaku gangguan seksual. LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 51
Hebahan Kempen Kesedaran Integriti Polisi Bagi meningkatkan kesedaran, Unit Integriti telah mengambil inisiatif menjalankan hebahan kempen kesedaran integeriti dengan menyediakan infografik yang dipaparkan secara pop-up di skrin komputer pegawai dan kakitangan di KDN dan agensi di bawahnya. Sepanjang tahun 2021, UI telah menyediakan infografik kesedaran integriti seperti yang berikut: i. Kawalan dan Pengawasan Tatatertib; ii. Bila hadiah menjadi rasuah; iii. Gagal melapor (Akta SPRM 2009, Seksyen 25); iv. Tidak hadir bertugas; v. Penglibatan dalam politik; vi. Laporan SPRM; vii. Gangguan seksual; viii. Keterhutangan kewangan yang serius; ix. Tanggungjawab Ketua Jabatan bagi kes tidak hadir bertugas; x. Melakukan pekerjaan luar tanpa kebenaran; xi. Sistem Pengurusan Antirasuah; dan xii. Kewajipan pengambilan vaksin di kalangan penjawat awam. KDN melalui Unit Integriti telah menyediakan tiga polisi yang telah ditandatangan oleh YBhg. Dato’ Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri pada 12 Oktober 2021 dan boleh dicapai melalui portal rasmi KDN. Antara polisi yang dikeluarkan adalah seperti yang berikut: i. Polisi Antirasuah Kementerian Dalam Negeri Polisi Antirasuah Kementerian Dalam Negeri dibangunkan sebagai satu usaha dalam memerangi perlakuan rasuah, penyalahgunaan kuasa atau penyelewengan. Polisi ini juga merupakan penambahbaikan kepada usaha-usaha sedia ada dalam mengatasi kelemahan governans dan pelanggaran integriti. ii. Polisi Penerimaan Hadiah Dalam usaha meningkat integeriti, Polisi Penerimaan Hadiah diwujudkan agar pelaksanaan urusan Kerajaan dijalankan dengan telus dalam kalangan warga KDN mengikut ketetapan di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 1998 (PP Bil.3/1998). iii. Polisi Perlindungan Pemberi Maklumat (Whistleblowing) Polisi ini bertujuan untuk membolehkan warga KDN, Jabatan dan Agensi, mana-mana penjawat awam atau orang awam boleh membuat pendedahan mengenai mana-mana salah laku dari peringkat awal kepada seseorang yang telah dilantik oleh KDN tanpa rasa gentar terhadap sebarang tindak balas agar masalah dapat ditangani dengan efektif dan segera. LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 52
Pensijilian Anti-Bribery Management System KDN juga telah menerima pensijilian AntiBribery Management System daripada SIRIM QAS International Sdn. Bhd. pada 25 November 2021 untuk tempoh sehingga tahun 2024. LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 53
SURUHANJAYA PASUKAN POLIS Pelantikan Ketua Polis Negara Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) ditubuhkan mengikut peruntukan di bawah Perkara 140, Perlembagaan Persekutuan yang bertanggungjawab dalam menguruskan pelantikan, pengesahan ke jawatan tetap atau berpencen, kenaikan pangkat, pertukaran dan tindakan tatatertib bagi semua pegawai kanan dan anggota Polis Diraja Malaysia. Walau bagaimanapun, tidak semua tugas dan tanggungjawab tersebut dilaksanakan oleh Suruhanjaya Pasukan Polis kerana sebahagian daripada tugas-tugas, kewajipan dan tanggungjawab tersebut telah diwakilkan kuasa kepada Ketua Polis Negara dan Pegawai-Pegawai Kanan Polis seperti yang terkandung dalam Warta Kerajaan P.U. (B) 441 bertarikh 14 Disember 2000. Suruhanjaya Pasukan Polis telah melaksanakan Majlis Pelantikan YBhg. Tan Sri Acryl Sani bin Haji Abdullah Sani sebagai Ketua Polis Negara yang bertempat di Bilik Sidang Media, Kementerian Dalam Negeri pada 30 April 2021. Pelantikan ini adalah bagi menggantikan YBhg. Tan Sri Abdul Hamid bin Bador yang tamat kontrak perkhidmatan pada tarikh 3 Mei 2021. Majlis telah disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri dan turut dihadiri YB Dato’ Sri Dr. Ismail bin Haji Mohamed Said, Timbalan Menteri Dalam Negeri I, YB Datuk Jonathan bin Yasin, Timbalan Menteri Dalam Negeri II, YBhg. Dato’ Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan Pegawai-pegawai Kanan Polis dari Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman. YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri menyampaikan surat pelantikan Ketua Polis Negara kepada YBhg. Tan Sri Acryl Sani bin Haji Abdullah Sani di Kementerian Dalam Negeri LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 pada 30 April 2021. 54
Pelantikan Timbalan Ketua Polis Negara Suruhanjaya ini juga melaksanakan Majlis Pelantikan YBhg. Datuk Seri Mazlan bin Lazim sebagai Timbalan Ketua Polis Negara berkuatkuasa pada 25 Jun 2021 bagi menggantikan YBhg. Tan Sri Acryl Sani bin Haji Abdullah Sani yang telah dilantik menjadi Ketua Polis Negara. Pada 26 Disember 2021, SPP sekali lagi telah melaksanakan Majlis Pelantikan Timbalan Ketua Polis Negara yang baharu, YBhg. Dato’ Razarudin bin Husain@Abd Rasid bagi menggantikan YBhg. Datuk Seri Mazlan bin Lazim yang bersara wajib pada 25 Disember 2021. YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri menyampaikan surat pelantikan Timbalan Ketua Polis Negara kepada YBhg. Datuk Seri Mazlan bin Lazim di Kementerian Dalam Negeri pada 25 Jun 2021. YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri menyampaikan surat pelantikan Timbalan Ketua Polis Negara kepada YBhg. Dato’ Razarudin bin Husain@Abd Rasid di Dewan Gemilang, Kementerian Dalam Negeri pada 26 Disember 2021. LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 55
Suruhanjaya Pasukan Polis melaksanakan Ujian Sistem Pemprofilan Rekrutmen (SPiER) PDRM bagi permohonan jawatan baharu. Pelantikan Ahli Suruhanjaya Pasukan Polis Baharu Sistem Pemprofilan Rekrutmen PDRM YBhg. Dato’ Sri Abdul Rahim bin Jaafar serta YBrs. Puan Norzanah binti Haji Buang telah dilantik sebagai Ahli Suruhanjaya Pasukan Polis yang baharu bagi menggantikan ahli yang telah tamat kontrak. Suruhanjaya Pasukan Polis mengucapkan jutaan terima kasih kepada YBhg. Datuk Seri Akhil bin Bulat serta YBhg. Dato’ Sri Mortadza bin Nazarene atas sumbangan dan jasa sepanjang berkhidmat sebagai Ahli Suruhanjaya Pasukan Polis. Sistem Pemprofilan Rekrutmen (SPiER) PDRM merupakan satu sistem yang menggunakan ujian psikologi sebagai satu kaedah saringan awal dalam proses pemilihan dan pengambilan pegawai baharu bagi mengenal pasti kriteria calon terutama dari segi personaliti, integriti, kesihatan mental, kompetensi dan patriotisme. SPP telah berjaya melaksanakan tiga fasa ujian Sistem Pemprofilan Rekrutmen (SPiER) PDRM. Fasa pertama dilaksanakan pada 1 hingga 30 Mac 2021 yang melibatkan enam buah Pusat Ujian bagi permohonan jawatan Konstabel Gred YA1 (Lelaki/Wanita) serta Konstabel Gred YT1 (Lelaki). Fasa kedua telah dilaksanakan pada 7 hingga 17 September 2021 bagi permohonan jawatan Konstabel Gred YA1 (Lelaki/Wanita) dan Konstabel Gred YA1 (Lelaki/Wanita). Fasa kedua ini adalah bagi pengambilan Orang Asli dan telah dilaksanakan di tiga buah Pusat Ujian. Manakala fasa ketiga yang melibatkan calon Bukan Bumiputera telah dilaksanakan pada 25 Oktober hingga 2 November 2021 di empat buah Pusat Ujian bagi permohonan jawatan Konstabel Gred YA1 (Lelaki/Wanita). LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 56
Urusan Pemangkuan dan Kenaikan Pangkat Pegawai Kanan Polis Urusan pemangkuan pangkat Pegawai Kanan Polis bagi pangkat Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) sehingga Pesuruhjaya Polis (CP) telah dilaksanakan oleh SPP melibatkan seramai 161 orang. Suruhanjaya Pasukan Polis juga telah berjaya melaksanakan urusan kenaikan pangkat Pegawai Kanan Polis bagi pangkat Penguasa Polis (SUPT) sehingga Timbalan Ketua Polis Negara (VU5). Urusan Pemangkuan Pangkat Pegawai Kanan Polis Urusan Kenaikan Pangkat Pegawai Kanan Polis BIL. DARIPADA PANGKAT KE PANGKAT BILANGAN 1. Timbalan Pesuruhjaya Polis (DCP) Pesuruhjaya Polis (CP) 14 2. Penolong Kanan Pesuruhjaya Polis (SAC) Timbalan Pesuruhjaya Polis (DCP) 27 3. Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Penolong Kanan Pesuruhjaya Polis (SAC) 47 4. Penguasa Polis (SUPT) Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) 73 BIL. DARIPADA PANGKAT KE PANGKAT BILANGAN 1. Pesuruhjaya Polis (VU6) Timbalan Ketua Polis Negara (VU5) 2 2. Timbalan Pesuruhjaya Polis (DCP) Pesuruhjaya Polis (CP) 11 3. Penolong Kanan Pesuruhjaya Polis (SAC) Timbalan Pesuruhjaya Polis (DCP) 20 4. Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Penolong Kanan Pesuruhjaya Polis (SAC) 38 5. Penguasa Polis (SUPT) Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) 85 6. Timbalan Penguasa Polis (DSP) Penguasa Polis (SUPT) 140 LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 57
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT Unit Komunikasi Korporat (UKOM) bertanggungjawab terhadap tugas-tugas perhubungan korporat pengurusan media strategik, pengurusan aduan dan khidmat pelanggan bertujuan bagi meningkatkan imej KDN. Pelan Komunikasi Strategik 2021–2025 UKOM juga telah merangka Pelan Komunikasi Strategik 2021–2025 yang mengandungi perancangan dan perincian bagi pelaksanaan pembangunan komunikasi dan maklumat korporat KDN ke arah pelan strategik bagi tempoh lima tahun akan datang. Pelan ini dirangka berteraskan kepada empat teras utama iaitu: i. Memperkukuhkan Keselamatan dan Ketenteraman Awam; ii. Memperkasa Kawalan Sempadan, Maritim dan Membanteras Jenayah Rentas Sempadan; iii. Membanteras Gejala Dadah dan Substan; dan iv. Mentransformasi Institusi dan Sistem Penyampaian Perkhidmatan. Berdasarkan teras tersebut, UKOM bertanggungjawab kepada teras yang keempat iaitu Mentransformasi Institusi dan Sistem Penyampaian Perkhidmatan dan pelan ini menjurus kepada kaedah dan pelan tindakan bagi menyampaikan mesej berkesan dan berstruktur kepada kumpulan sasar. Ini juga merangkumi aktiviti promosi, penjenamaan, publisiti dan program dibawah insiatif KDN ke arah Wawasan Kemakmuran Bersama. LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 58
Laporan Analisis Media UKOM bertanggungjawab menyediakan Laporan Analisis Media secara harian bertujuan untuk memantau isu-isu semasa, sentimen serta trend di platform media arus perdana dan media baharu berkaitan Bahagian, Jabatan dan Agensi di bawah KDN. Laporan analisis ini seterusnya akan disediakan secara harian, mingguan dan bulanan merangkumi pemantauan di media cetak, media elektronik dan media sosial. Hasil analisis ini akan dimaklumkan kepada pihak Pengurusan Tertinggi KDN untuk sebarang tindakan penambahbaik oleh Bahagian, Jabatan dan Agensi selain mengesyorkan pelan komunikasi strategik dengan cepat, tepat dan betul terhadap isu-isu semasa yang timbul. Laporan Analisis Media Harian dan Mingguan MEMPERKUKUHKAN KOMUNIKASI STRATEGIK DAN MENGOPTIMUMKAN PERANAN MEDIA MEMPERKASAKAN PROGRAM KESEDARAN KEPADA 4 TERAS UTAMA DAN 22 STRATEGI STRATEGI PERHUBUNGAN AWAM KOMUNIKASI KRISIS TERAS 1 MEMPERKUKUHKAN KESELAMATAN DAN KETENTERAMAN AWAM TERAS 2 MEMPERKASA KAWALAN SEMPADAN, MARITIM DAN MEMBANTERAS JENAYAH RENTAS SEMPADAN TERAS 3 MEMBANTERAS GEJALA DADAH DAN SUBSTAN TERAS 4 MENTRANSFORMASI INSTITUSI DAN SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN PELAKSANAAN KOMPONEN PELAN KOMUNIKASI STRATEGIK KUALITI PENGURUSAN KHIDMAT ADUAN PELANGGAN MEDIA SOSIAL CSR PENJENAMAAN PROMOSI DAN PENGIKLANAN TADBIR URUS PENGURUSAN ADUAN PEMANTAUAN ADUAN PEMANTAPAN KEMAHIRAN PENGURUSAN ADUAN 7 4 4 7 95 % TAHAP KESEDARAN AWAM TERHADAP ASPEK KESELAMATAN 90 % INDEKS KEPUASAN PELANGGAN LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 59
FACEBOOK 533,428 TWITTER 417,109 INSTAGRAM 120,297 TELEGRAM 8,244 YOUTUBE 1,000 TIKTOK 584 ASET DIGITAL Aset Digital Kementerian Dalam Negeri Pengurusan dan Perhubungan Media Dalam usaha memberikan maklumat mengenai dasar-dasar awam kerajaan secara pantas, tepat dan konsisten, UKOM telah meningkatkan penggunaan saluran media sosial rasmi untuk menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat. Dalam usaha mengurangkan kos pelaksanaan promosi sedia ada, kepelbagaian teknik promosi mengikut segmen khalayak telah diperkasakan untuk mendapatkan maklum balas pelanggan secara interaktif serta membina jaringan komunikasi yang lebih terbuka antara kementerian dan rakyat. Perkongsian maklumat dalam sistem penyampaian khususnya penggunaan media sosial telah diaktifkan melalui aset digital KDN seperti berikut: Pengurusan dan perhubungan media merupakan aktiviti perhubungan awam terpenting yang perlu dititikberatkan dalam tadbir urus sesebuah organisasi kerana kejayaannya bergantung pada sejauh mana mesej dapat disalurkan dan disampaikan secara efektif kepada khalayak sasaran. Bagi memastikan semua maklumat dapat disampaikan kepada khalayak sasaran, UKOM telah menguruskan sebanyak 14 kali Sidang Media di sepanjang tahun 2021 yang melibat Menteri Dalam Negeri, Timbalan Menteri Dalam Negeri I dan II serta Ketua Setiausaha di samping telah mengeluarkan sebanyak 23 Kenyataan Media berkaitan dengan dasar, isu atau perkara-perkara yang berkaitan dengan KDN. LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 Sidang Media yang diuruskan oleh UKOM melibatkan YB Menteri Dalam Negeri pada 26 Oktober 2021 di Putrajaya. 60
YBhg. Dato’ Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri menyempurnakan Bengkel Pengurusan Media dan Komunikasi pada 10 November 2021 di Dewan Gemilang, Kompleks D, Putrajaya. Encik Ally Iskandar, personaliti TV3 memberikan ceramah bertajuk Teknik Penulisan Sosial Media di Bengkel Pengurusan Media dan Komunikasi pada 10 November 2021. Program Libat Urus Bersama Pegawai Perhubungan Awam UKOM juga telah mengadakan Bengkel Pengurusan Media dan Komunikasi bersama Pegawai Perhubungan Awam yang mewakili Bahagian, Jabatan dan Agensi di KDN yang telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri pada 10 dan 11 November 2021 di Dewan Gemilang, Kompleks D, Putrajaya. Bengkel yang disertai oleh 35 orang peserta bertujuan bagi memantapkan kemahiran dalam Teknik Penulisan Sosial Media dan Siaran Media serta Asas Praktikal Fotografi kepada pegawaipegawai Kementerian yang terlibat dengan penganjuran majlis rasmi supaya dapat memberikan penyampaian maklumat di laman media sosial dengan cemerlang. Antara perkongsian dalam bengkel ini adalah adalah seperti yang berikut: BIL. TAJUK PENCERAMAH 1. Teknik Penulisan Sosial Media Encik Ally Iskandar bin Mohd Mardzi, Pengacara TV3 2. Media dan Persepsi Encik Mohamad Letfee bin Ahmad, Mantan Pengurus Penerbitan Berita dan Hal Ehwal Semasa, BERNAMA 3. Penulisan Siaran Media Puan Suraya binti Ali, Sosial Media Expert 4. Asas Fotografi Encik Muhammad Arif Kaser bin Omar Shariff Singh, Senior Photographer LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 61
Pengurusan Aduan KDN melalui UKOM telah menguruskan sebanyak 1,822 aduan pada tahun 2021 dan jumlah ini meningkat sebanyak 581 aduan berbanding tempoh yang sama tahun 2020. Daripada jumlah aduan tersebut, sejumlah 1,728 aduan diuruskan oleh Jabatan dan Agensi di bawah KDN, manakala 94 aduan lagi dikendalikan oleh bahagian-bahagian di Kementerian dan sehingga 31 Disember 2021, 1,808 aduan berjaya diselesaikan dan 14 lagi masih diperingkat siasatan. Sejumlah 1,478 aduan berjaya diselesaikan dalam tempoh 15 hari bekerja dan 344 aduan diselesaikan melebihi Service Level Agreement (SLA) Pengurusan Aduan. PDRM KDN JPPM JIM JPN RELA AADK PRIDE APMM ESSCOM 6 0 0 8 0 0 0 0 0 0 1,152 94 127 162 80 55 44 43 6 0 1,158 94 172 170 80 55 44 43 6 0 JUMLAH 14 1,763 1,822 JABATAN/ AGENSI DALAM SIASATAN SELESAI JUMLAH KES Status Pengurusan Aduan Mengikut Bahagian, Jabatan dan Agensi PENGURUSAN ADUAN AWAM TADBIR URUS PENGURUSAN ADUAN a. Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Pengurusan Aduan KDN (2 Kali Setahun) b. Mesyuarat Pemantauan Aduan Awam (MPAA) (2 Kali Sebulan) Bengkel Pengurusan Aduan a. Sesi Latih Amal SiSPAA2 b. Bengkel Penyediaan Garis Panduan Pengurusan Maklum balas Awam KDN c. Seminar Pengurusan Aduan KDN d. Temuseru bersama Bahagian / Jabatan / Agensi Pelaksanaan Mystery Shopping (3 Kali Setahun - bergantung kepada kes aduan) PEMANTAUAN ADUAN PEMANTAPAN KEMAHIRAN PENGURUSAN ADUAN 80% DALAM MASA 15 HARI BEKERJA SELESAI LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 62
Memperkukuh Tadbir Urus Pengurusan Aduan Kementerian Beberapa pendekatan telah diambil dalam memastikan tadbir urus pengurusan aduan sentiasa menepati Petunjuk Prestasi Utama Kementerian. Proses pemantauan aduan dijalankan secara berterusan menerusi Sesi Libat Urus Kementerian, Jabatan dan Agensi bersama Biro Pengaduan Awam (BPA) dengan mengadakan tujuh siri Mesyuarat Pemantauan Aduan Awam (MPAA) yang bertujuan membincangkan kes-kes yang berstatus dalam siasatan yang telah menghampiri SLA di samping mengemaskini status siasatan kes aduan. Selain Sesi Libat Urus, pemantauan kes aduan juga telah dilaksanakan di lapangan melibatkan kes kerosakan lantai di Lobi Kompleks KDN Jalan Duta, Kuala Lumpur. Pemantauan ini diadakan bertujuan bagi memastikan pihak bertanggungjawab telah melaksanakan kerja-kerja pembaikan agar aduan kerosakan ini tidak berulang. Pengukuhan tadbir urus pengurusan aduan tidak hanya terhad kepada proses pemantauan aduan sahaja. Pemantapan kemahiran pengurus aduan dalam menguruskan aduan terutamanya melibatkan penggunaan Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) turut di beri perhatian oleh UKOM. Sesi Latih Amal SISPAA telah diberikan kepada semua pengurus aduan baharu yang melibatkan wakil dari semua Bahagian di KDN pada 25 dan 26 Februari 2021 di Bilik Latihan ICT KDN. Melalui sesi latih amal ini, semua pengurus aduan dapat memahami peranan dan tanggungjawab menguruskan aduan di samping meningkatkan kemahiran dan seterusnya mengaplikasikan penggunaan SISPAA mengikut tatacara yang betul. Pemantauan kes aduan di lapangan yang telah dilaksanakan UKOM melibatkan kes kerosakan lantai di Lobi Kompleks KDN Jalan Duta, Kuala Lumpur. SEBELUM SELEPAS LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 63
Tahap Kepuasan Pelanggan Maklum balas kepuasan pelanggan dijalankan oleh KDN selaras dengan Pekelilling Kemajuan Perkhidmatan Awam (PKPA) Bilangan 1 Tahun 2008: Panduan Pengurusan Perhubungan Pelanggan bagi mengukur dan menilai tahap kepuasan pelanggan terhadap Sistem Penyampaian Perkhidmatan di Ibu Pejabat Kementerian Dalam Negeri. Proses pengumpulan maklum balas dilaksanakan bermula 15 Mei hingga 15 Disember 2021. Pemilihan responden adalah secara persempelan mudah (convenience sampling) melalui pelanggan yang hadir berurusan di kaunter perkhidmatan bahagian di Ibu Pejabat Kementerian Dalam Negeri. Maklum balas diperolehi dengan menggunakan borang soal selidik yang diedarkan secara fizikal (offline) dan dalam talian (online) menerusi google form. Borang soal selidik mengandungi maklumat profil responden, saluran perhubungan, bahagian di KDN yang dihubungi atau berurusan dan tahap kepuasan pelanggan serta cadangan penambahbaikan. Borang ini telah ditempatkan di enam kaunter perkhidmatan bahagian iaitu Bahagian Keselamatan, Bahagian Pendaftaran Negara dan Pertubuhan, Bahagian Hal Ehwal Imigresen, Bahagian Pengurusan Pekerja Asing, Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan, Pejabat Penapisan Filem dan Kaunter Aduan dan Khidmat Pelanggan di One Stop Centre KDN, Putrajaya. Selain dari edaran borang soal selidik secara fizikal, UKOM telah menyediakan saluran maklum balas secara dalam talian bagi menyebarluaskan capaian kajian menerusi pautan http://bitly/ maklumbalaskdn2021 yang telah dimuatnaik di semua platform media sosial rasmi serta portal KDN. LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 64
Data Kajian Maklum Balas Kepuasan Pelanggan KDN LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 65
Kursus Pemantapan Pengurusan Pelanggan Dalam memperkasa kualiti penyampaian perkhidmatan serta memantapkan kemahiran petugas kaunter, UKOM telah melaksanakan Kursus Pengurusan Perhubungan Pelanggan pada 8 dan 9 November 2021 secara dalam talian dan telah disertai oleh 45 orang peserta yang terdiri daripada Pegawai Khidmat Pelanggan dan Petugas Kaunter dari Bahagian, Jabatan dan Agensi di bawah KDN. Kursus ini dikendalikan oleh Puan Raihan binti Abd Rahman, tenaga pengajar dari Aweken Training dan Consultation Sdn Bhd dan peserta didedahkan dengan kemahiran dan keyakinan dalam mengendalikan pelanggan termasuklah aspek pengurusan kaunter, penyampaian perkhidmatan dan psikologi seterusnya memberikan perkhidmatan yang cemerlang serta responsif kepada pelanggan. Kursus Pengurusan Perhubungan Pelanggan secara dalam talian dikendalikan oleh Puan Raihan binti Abd Rahman pada 8 dan 9 November 2021. Sesi interaksi peserta yang terdiri daripada Pegawai Khidmat Pelanggan dan Petugas Kaunter dari Bahagian, Jabatan dan Agensi di bawah KDN bersama tenaga pengajar. LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 66
Outreach dan Program Libat Urus KDN Dalam usaha untuk meningkatkan imej korporat KDN, UKOM juga telah mengadakan aktiviti-aktiviti pameran bertujuan menyampaikan maklumat terkini di samping memberi ruang kepada masyarakat untuk mendapatkan perkhidmatan yang disediakan oleh Bahagian, Jabatan dan Agensi di bawah KDN. Sebanyak 11 siri pameran telah dilaksanakan sempena Program Malaysia Prihatin anjuran KDN meliputi empat siri program masing-masing bersama YB Menteri Dalam Negeri dan Timbalan Menteri Dalam Negeri serta tiga siri program bersama Timbalan Menteri Dalam Negeri II. Program Malaysia Prihatin yang diadakan bertujuan untuk menjelaskan usaha kerajaan dalam menangani pandemik COVID-19 dan Proklamasi Darurat serta Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan disamping menguar-uarkan perkhidmatan Bahagian, Jabatan dan Agensi di bawah KDN melalui pelbagai aktiviti termasuk pameran. YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri mengunjungi booth pameran sempena Program Malaysia Prihatin pada 20 Mac 2021 di Dewan Banquet, Bangunan SUK Perak Darul Ridzuan. Aktiviti Pameran KDN sempena Program Malaysia Prihatin BIL. TARIKH TEMPAT 1. 19 Mac 2021 Dewan Banquet Bangunan SUK Perak Darul Ridzuan. 2. 19 Mac 2021 Dewan Majlis Daerah Selama, Taman Permai 2, Selama, Perak. 3. 21 Mac 2021 Dewan Kampung Piai, Kuala Krau, Temerloh, Pahang. 4. 25 Mac 2021 Perkarangan Masjid Temin, Kampung Temin, Jerantut Pahang. 5. 30 Mac 2021 Dewan Kem Wawasan Negara Kundasang Sabah. 6. 6 April 2021 Dewan Jubli Perak Kuantan. 7. 9 April 2021 Dewan Serbaguna Bandar Baru Tambun, Ipoh, Perak. 8. 9 April 2021 Dewan Semai Bakti Felda Ijok, Selama, Perak. 9. 12 April 2021 Dewan Dato’ Zaharuddin Abu Kassim, Simpang Peragap, Kampung Ketam, Temerloh, Pahang. 10. 16 April 2021 Bekas Tapak Bangunan Solar Kampung Timbua Ranau, Sabah. 11. 17 April 2021 Dewan Kampung Paginatan Ranau, Sabah. LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 67
YB Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said, Timbalan Menteri Dalam Negeri I meninjau proses pengeluaran kad pengenalan oleh JPN sempena Program Malaysia Prihatin pada 21 Mac 2021 di Dewan Kampung Piai, Kuala Krau, Temerloh, Pahang. YB Datuk Jonathan bin Yasin meninjau persiapan di booth pameran sempena Program Malaysia Prihatin pada 30 Mac 2021 di Dewan Kem Wawasan Negara Kundasang, Sabah. YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri Malaysia telah menyempurnakan Perasmian 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia dan seterusnya melawat ke Pavilion KDN pada 9 Disember 2021 di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC). Selain program Malaysia Prihatin, UKOM juga turut menyertai pameran Aspirasi Keluarga Malaysia yang telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri Malaysia pada 9 hingga 12 Disember 2021 di Kuala Lumpur Convention Center. Program Aspirasi Keluarga Malaysia bertujuan mengetengahkan kejayaan-kejayaan yang telah dicapai sepanjang 100 hari pelaksanaannya. Antara pengisian program ini, semua Kementerian telah mengadakan aktiviti pameran dan perkhidmatan kepada pengunjung. UKOM bersama Bahagian Perancangan Strategik dan Bahagian Khidmat Pengurusan dan Aset diberi tanggungjawab menyelaras kandungan (content) dan menyediakan booth pameran KDN bagi mempamerkan pencapaian 100 hari AKM YB Menteri Dalam Negeri di samping menyediakan kaunter perkhidmatan kepada pengunjung. LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 68
Aktiviti perkhidmatan pelanggan, pameran dan jualan di Pavilion KDN sempena Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia pada 9 hingga 12 Disember 2021 di Kuala Lumpur Convention Center. LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 69
SEKTOR KESELAMATAN BAHAGIAN KESELAMATAN BAHAGIAN KEPENJARAAN, ANTIDADAH DAN RELA BAHAGIAN PENGUATKUASAAN DAN KAWALAN URUS SETIA LEMBAGA PENCEGAHAN JENAYAH DAN KEGANASAN PEJABAT PENAPIS FILEM URUS SETIA LEMBAGA PAROL DATO’ HAJI ABDUL HALIM BIN HAJI ABDUL RAHMAN TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA ( KESELAMATAN ) BAHAGIAN KESELAMATAN BAHAGIAN KEPENJARAAN, ANTIDADAH DAN RELA BAHAGIAN PENGUATKUASAAN DAN KAWALAN URUS SETIA LEMBAGA PENCEGAHAN ENAYAH DAN KEGANASAN PEJABAT PENAPIS FILEM URUS SETIA EMBAGA PAROL HAJI ABDUL HALIM AJI ABDUL RAHMAN AN KETUA SETIAUSAHA AMATAN )
BAHAGIAN KESELAMATAN Bahagian Keselamatan (K) bertanggungjawab ke atas pelaksanaan dan kawal selia dasar serta undang-undang berkaitan dengan keselamatan dan ketenteraman awam. Bahagian ini telah menggariskan misi untuk mentadbir dasar keselamatan dalam negeri bagi memastikan kedaulatan, keutuhan, keamanan dan kepentingan negara dan rakyat sentiasa terjamin dari ancaman keselamatan di dalam negeri. Bagi merealisasikan usaha tersebut, Bahagian ini telah melaksanakan beberapa tindakan seperti yang berikut: i. Menggubal dan melaksanakan undang-undang keselamatan dan ketenteraman awam; ii. Mengurus dan menyelaras isu-isu berkaitan dasar keselamatan dan ketenteraman awam; iii. Kolaborasi strategik isu keselamatan antarabangsa; dan iv. Mengurus hal ehwal pelesenan industri kawalan keselamatan, rayuan senjata api serta permohonan kelulusan senjata berjadual dan bahan-bahan letupan. Industri Kawalan Keselamatan Perkhidmatan kawalan keselamatan merupakan salah satu daripada tonggak industri yang menyokong peranan KDN untuk memastikan keselamatan sentiasa terkawal. Industri ini dikawal selia di bawah Akta Agensi Persendirian 1971. 2021 SUMBANGAN INDUSTRI RM11.5b RM757.4j 170 ribu Nilai Kontrak Kutipan Cukai Peluang Pekerjaan Warga Tempatan LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 72
YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri menyampaikan amanat kepada Industri Kawalan Keselamatan dan Agensi pada 25 November 2021 di Kuala Lumpur. Wakil Industri Kawalan Keselamatan dan Agensi Persendirian yang hadir semasa Majlis Perjumpaan bersama Menteri Dalam Negeri. YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri bersama Pengurusan Tertinggi KDN dan juga Persatuan Industri Kawalan Malaysia (PIKM). Majlis Perjumpaan Menteri Dalam Negeri Bersama Industri Perkhidmatan Kawalan Keselamatan dan Agensi Persendirian Majlis Perjumpaan Menteri Dalam Negeri bersama Industri Perkhidmatan Kawalan Keselamatan dan Agensi Persendirian yang melibatkan ahli-ahli lembaga pengarah dan pemegang saham bagi 905 syarikat kawalan keselamatan swasta yang berlesen dengan KDN telah diadakan pada 25 November 2021 di Kuala Lumpur. Majlis ini diadakan secara hybrid dengan melibatkan kehadiran jemputan seramai 1,500 orang secara fizikal, manakala selebihnya menghadiri secara dalam talian. Objektif utama majlis ini adalah untuk meningkatkan lagi hubungan atau libat urus dengan pihak industri kawalan keselamatan swasta di negara ini. Majlis ini turut melibatkan semua Kementerian, Agensi Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) yang menggunakan perkhidmatan kawalan keselamatan swasta dan semua pegawai-pegawai kanan Kementerian. LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 73
KELANTAN 138,200 925 94 TERENGGANU 120,021 434 38 PAHANG 177,900 1,440 1,376 MELAKA 87,988 281 483 JOHOR 324,664 866 343 SABAH 624,738 1,016 1,116 SARAWAK 384,284 331 191 PERLIS 50,519 28 46 KEDAH 261,329 465 372 PULAU PINANG 179,416 715 342 PERAK 378,708 1,034 61 SELANGOR 378,257 2,406 738 KUALA LUMPUR 187,299 580 160 NEGERI SEMBILAN 154,712 184 45 JUMLAH PEMERIKSAAN JUMLAH KOMPAUN JUMLAH PREMIS DIARAH TUTUP 3,448,035 10,705 5,405 1 1 2 2 3 3 4 4 5 5 6 6 7 7 8 8 9 9 10 10 11 11 12 12 13 13 14 14 Jawatankuasa Koordinasi Penguatkuasaan Pematuhan SOP PKP COVID-19 Sidang Khas MKN (Pengurusan Pandemik) Bil. 40 Tahun 2021 pada 21 Jun 2021 telah melantik YB Menteri Dalam Negeri mengetuai operasi penguatkuasaan SOP termasuk penyalahgunaan surat-surat kelulusan yang dikeluarkan oleh Kementerian, Jabatan dan Agensi berkaitan. Keputusan ini dibuat ekoran terdapat pelanggaran SOP yang tinggi dalam kalangan pemilik kilang serta premis sepanjang tempoh PKP dilaksanakan. Bagi tindakan operasi penguatkuasaan, Jawatankuasa Koordinasi Penguatkuasaan Pematuhan SOP PKP COVID-19 (JKPS) telah melaksanakan Op Patuh yang diketuai oleh PDRM dan dibantu oleh pasukan penguatkuasaan di bawah Kementerian, Jabatan dan Agensi yang diberi kuasa di bawah Akta 342. Operasi penguatkuasaan dilaksanakan secara bersepadu berdasarkan kepada aduan yang diterima dan tugasan harian pemantauan pematuhan SOP. Fokus utama Op Patuh adalah penguatkuasaan pematuhan SOP dalam kalangan kilang-kilang, premis perniagaan, asrama penginapan pekerja dan tapak pembinaan termasuk rumah-rumah kongsi Aktiviti Penguatkuasaan Op Patuh dalam tempoh 25 Jun hingga 31 Disember 2021 LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 74
Bagi pengurusan aduan pelanggaran SOP COVID-19, KDN telah membangunkan Sistem Pengurusan Aduan untuk merekod dan memantau tindakan yang diambil terhadap aduan-aduan yang diterima. Pengurusan aduan ini diletakkan di bawah tanggungjawab satu Pasukan Petugas Khas di bawah KDN. Pelaporan dan tindakan yang diambil terhadap aduan turut dibentangkan di mesyuarat JKPS. Pengoperasian Bilik Gerakan KDN juga diteruskan di bawah JKPS bagi memantau isu-isu keselamatan dan ketenteraman awam berhubung wabak jangkitan COVID-19 di Malaysia. Bilik Gerakan KDN melaksanakan fungsi sebagai Pusat Panggilan bagi menerima aduan, pertanyaan dan cadangan berhubung penguatkuasaan PKP dan fungsi tersebut kekal dijalankan sehingga Disember 2021 apabila Kerajaan memutuskan untuk beralih ke Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4. Op Patuh memberikan tumpuan terhadap penguatkuasaan pematuhan SOP dalam kalangan kilang-kilang, premis perniagaan, asrama penginapan pekerja dan tapak pembinaan termasuk rumah-rumah kongsi. Statistik aduan pelanggaran SOP bermula 26 Jun 2021 hingga 31 Disember 2021 NO. KEMENTERIAN/ AGENSI HARIAN TERKUMPUL JUMLAH KESELURUHAN (SEJAK 26JUN 2021) TINDAKAN JUMLAH PERATUSAN (%) 1 MITI 0 87 87 81 93.10 2 KKM 0 53 53 50 94.34 3 KPDNHEP 0 25 25 25 100.00 4 KSM 0 9 9 9 100.00 5 KKR/CIDB 0 0 0 0 0.00 6 KPKT/PBT 0 40 40 37 92.50 7 KPWKM 0 0 0 0 0.00 8 PDRM 0 452 452 419 92.70 9 JIM 0 5 5 5 100.00 10 MKN 0 0 0 0 0.00 11 TINDAKAN BERSAMA 0 362 363 347 95.86 JUMLAH KESELURUHAN 0 1033 1034 973 94.10 LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 75
Jawatankuasa Koordinasi Penguatkuasaan Bersepadu Misi Bantuan Pasca Banjir Jawatankuasa Koordinasi Penguatkuasaan Bersepadu (JKPB) KDN ditubuhkan pada 19 Disember 2021 selaras dengan inisiatif Teras 2 Aspirasi Keluarga Malaysia iaitu bagi Menjamin Keselamatan dan Ketenteraman Negara. Penubuhan ini adalah merupakan komitmen dan usaha kesinambungan pasca pencapaian 100 hari pertama KDN di bawah Kerajaan pimpinan YAB Perdana Menteri. JKPB berfungsi sebagai platform koordinasi penguatkuasaan 10 Jabatan dan Agensi KDN di bawah satu mekanisme yang berperanan untuk menilai situasi dan mengemukakan syor mengenai situasi keselamatan kepada YB Menteri Dalam Negeri supaya tindakan bersesuaian dapat diputuskan. KDN telah menubuhkan Jawatankuasa Koordinasi Penguatkuasaan Bersepadu (JKPB) selaras dengan inisiatif Teras 2 Aspirasi Keluarga Malaysia iaitu bagi Menjamin Keselamatan dan Ketenteraman Negara pada 19 Disember 2021 kesan dari bencana banjir di Daerah Hulu Langat. JKPB yang diketuai oleh Polis Diraja Malaysia dan agensi-agensi di bawah KDN telah menggerakkan operasi bantuan banjir di kawasan terbabit. Bagi melancarkan operasi ini, sebuah Markas Taktikal (MARTAK) telah dibuka di Pusat Kokurikulum Negeri Selangor (Kem Tekali). Fokus utama operasi adalah menyelaras penugasan pembersihan di kawasan-kawasan awam di daerah Hulu Langat bagi membolehkan bantuan-bantuan lain diberikan. Usaha bantuan banjir diperhebatkan lagi apabila Ketua Setiausaha Negara semasa mempengerusikan Mesyuarat Task Force Pengurusan Pasca Banjir dan Kesiapsiagaan Menghadapi Gelombang Kedua Bencana Banjir telah memutuskan supaya daerah Hulu Langat sebagai Kampung Angkat KDN bersama Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi. PASUKAN PENGUATKUASAAN AGENSI PENERAJU Pasukan Ketenteraman Awam, Krisis dan Bencana PDRM Pasukan Pencegahan PATI JIM Pasukan Keselamatan Maritim APMM Pasukan Pencegahan Dadah AADK Bagi aspek operasi lapangan oleh Jabatan dan Agensi penguat kuasa pula, empat pasukan yang bertanggungjawab kepada JKPB bagi menerajui, memantau dan melaporkan pelaksanaan tindakan yang diputuskan adalah seperti yang berikut: LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 76
Majlis Menandatangani Triti Ekstradisi antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Romania KDN melalui Bahagian Keselamatan telah mengadakan Majlis Menandatangani Triti Ekstradisi dan Triti Bantuan Bersama Dalam Perkara Jenayah antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Romania pada 6 Disember 2021 di Kuala Lumpur. Triti Ekstradisi antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Romania telah ditandatangani oleh YBhg. Dato’ Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri bagi pihak Malaysia. Manakala Triti Bantuan Bersama Dalam Perkara Jenayah antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Romania telah ditandatangani oleh Y.A. Tan Sri Peguam Negara bagi pihak Kerajaan Malaysia. Duta Besar Romania ke Malaysia, TYT Nineta Barbulescu telah menandatangani kedua-dua Triti bagi pihak Kerajaan Romania tersebut. Pewujudan mekanisme formal bagi kerjasama dalam perkara ekstradisi antara Malaysia dengan Kerajaan Romania ini dijangka dapat melicin dan mempercepatkan tindakan bagi permintaan ekstradisi antara kedua-dua negara. Seramai 550 anggota telah digerakkan setiap hari dengan tumpuan kepada kawasan di Nanding yang terjejas teruk menggunakan kemudahan aset seperti Water Cannon, lori dan kenderaan pacuan empat roda bagi memudahkan proses bantuan dilaksanakan. KDN juga telah menggerakkan aset-aset strategik seperti e-bike di samping peralatan-peralatan pembersihan biasa di jalan-jalan sempit atau yang terputus hubungan. Seramai 3,149 anggota dari KDN, Jabatan dan Agensi telah melaksanakan kerja-kerja pembersihan di Taman Sri Nanding secara penggiliran. Skuad Sukarelawan KDN menjalankan kerja-kerja kemasyarakatan pasca banjir di Taman Sri Nanding, daerah Hulu Langat, Selangor. YBhg. Dato’ Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri menandatangani Triti Ekstradisi dan Triti Bantuan Bersama Dalam Perkara Jenayah antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Romania pada 6 Disember 2021 di Kuala Lumpur. LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 77
Rasionalisasi Agensi Kawalan Sempadan Malaysia Rasionalisasi Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) telah diumumkan dalam amanat YAB Perdana Menteri sempena Perbarisan Sambutan Hari Polis Ke–214 pada 25 Mac 2021 yang meletakkan AKSEM di bawah tanggungjawab PDRM. KDN telah menubuhkan empat Jawatankuasa Kecil bagi mengkaji dan menggerakkan Pelan Pelaksanaan Rasionalisasi AKSEM. Gerak kerja tersebut bermula dari 30 Jun 2021 menerusi Majlis Soft Launching Penyerahan Tugas dan Fungsi AKSEM kepada PDRM yang telah dirasmikan oleh YB Menteri Dalam Negeri dan turut dihadiri oleh barisan kepimpinan tertinggi KDN, PDRM, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM). YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri merasmikan Majlis Soft Launching Sesi Penyerahan Tugas dan Fungsi AKSEM kepada PDRM pada 30 Jun 2021 di Bukit Aman. LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 78
Majlis Penyerahan Tugas AKSEM kepada PDRM yang secara rasminya telah disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri pada 30 September 2021 di Kompleks AKSEM Bukit Kayu Hitam. Menerusi pelaksanaan rasionalisasi AKSEM ini akan memberi kesan positif kepada pengurusan keselamatan sempadan negara apabila kekuatan sedia ada AKSEM digabungkan bersama PDRM bagi memperkasakan fungsi dan peranan agensi penguatkuasaan keselamatan di sempadan darat negara. Penggabungan ini juga dijangka akan membuka ruang yang lebih luas kepada tanggungjawab pengawalan sempadan negara ke seluruh Malaysia. Majlis ini turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan Tan Sri Acryl Sani bin Abdullah Sani, Ketua Polis Negara. YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri memeriksa Perbarisan PDRM di Majlis Penyerahan Tugas AKSEM Kepada PDRM di Kompleks AKSEM, Bukit Kayu Hitam, Kedah. YBhg. Dato’ Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri menerima Bendera AKSEM di Majlis Penyerahan Tugas AKSEM Kepada PDRM. LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 79
Jawatankuasa Pemantapan Kawalan Sempadan Negara Kerajaan telah bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Pemantapan Kawalan Sempadan Negara (JKPKSN) pada 24 Jun 2020 yang dipengerusikan oleh YB Menteri Dalam Negeri. Jawatankuasa ini dianggotai oleh Ketua-ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua-ketua Jabatan serta Setiausaha Kerajaan Negeri yang berkaitan sebagai ahli tetap. JKPKSN berperanan untuk membincang, menimbang dan membuat syor mengenai perkara-perkara dasar berkaitan isu keselamatan sempadan negara serta melaporkan kepada Mesyuarat Sidang Majlis Keselamatan Negara (MKN). Mesyuarat JKPKSN pertama telah diadakan pada 22 Disember 2021 dan dipengerusikan oleh YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri bagi membincangkan beberapa perkara termasuk cadangan memperkemas dan menambah baik serta usaha-usaha yang boleh diambil dalam merangka tindakan strategik bagi meningkatkan keupayaan keselamatan sempadan negara. YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemantapan Kawalan Sempadan Negara pada 22 Disember 2021 di Putrajaya. LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 80
Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 (LLPK) adalah suatu akta bagi mengadakan peruntukan mengenai tahanan pencegahan orang-orang yang ada kaitan dengan apa-apa aktiviti yang berhubungan dengan atau yang melibatkan pengedaran dadah berbahaya yang mana akta ini telah mula berkuat kuasa mulai 15 Jun 1985. Akta ini diwujudkan bagi menambah keberkesanan pihak berkuasa dalam mengambil tindakan ke atas orang-orang yang terlibat di dalam pengedaran najis dadah. Akta ini memperuntukkan kuasa kepada Menteri Dalam Negeri untuk mengeluarkan Perintah Tahanan bagi menahan mana-mana orang yang didapati pernah ada atau sedang ada kaitan dengan apa-apa aktiviti yang berhubungan atau yang melibatkan pengedaran najis dadah berbahaya, bagi suatu tempoh yang tidak melebihi dua tahun dan boleh dilanjutkan bagi tempoh tidak lebih dari dua tahun setiap lanjutan di empat Pusat Pemulihan Akhlak (PPA) iaitu PPA Kluang (tahanan di bawah 21 tahun), Johor, PPA Simpang Rengam, Johor, PPA Batu Gajah, Perak dan PPA Machang, Kelantan. Bagi tahun 2021, walaupun negara masih berdepan dengan pandemik COVID-19, operasi tangkapan LLPK tetap diteruskan dengan penahanan sebanyak 1,114 orang di bawah Seksyen 3(1) Akta Dadah Berbahaya (LLPK) 1985. Daripada jumlah tersebut, 950 orang dikenakan perintah tahanan, 139 orang dikenakan Perintah Sekatan, 25 orang dibebaskan dan diusir ke negara asal serta disenaraihitamkan daripada memasuki Malaysia. Dari jumlah keseluruhan tersebut, 1,056 merupakan Orang Tahanan (Orang Sekatan Lelaki) manakala baki 33 adalah Orang Tahanan (Orang Sekatan Wanita). Daripada jumlah tersebut juga, 1,081 orang merupakan warganegara Malaysia manakala lapan orang lagi bukan warganegara. Statistik kes Langkah-Langkah Pencegahan Khas Perintah Tahanan Perintah Sekatan Bebas, Usir dan Senarai Hitam 85% 950 orang 13% 139 orang 2% 25 orang % 5.2 1,056 Tahanan 33 Tahanan Lelaki Wanita LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 81
Inkuiri dan Rayuan Retreat Polis Diraja Malaysia bersama YB Menteri Dalam Negeri Sebanyak 2,405 fail siasatan atau inkuiri dan juga fail-fail rayuan yang didaftarkan untuk proses pertimbangan rayuan untuk kes-kes di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA), Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 (LLPK) dan Akta Pencegahan Keganasan 2015 (POTA) bagi tahun 2021. Pecahan fail dan tindakan yang telah diambil adalah seperti yang berikut: Penganjuran Retreat Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama YB Menteri Dalam Negeri telah diadakan pada 21 hingga 23 November 2021 di Langkawi, Kedah bertujuan untuk mengadakan perbincangan tentang strategi Modern Policing yang perlu dilaksanakan seiring dengan perubahan persekitaran, kompleksiti jenayah dan perkembangan teknologi masa kini agar selari dengan tuntutan maqasid syariah di samping membangunkan strategi baharu kepolisan dan pelan tindakan bagi tempoh jangka pendek, sederhana dan panjang. BIL. AKTA BIL. FAIL MASUK FAIL YANG SELESAI 1. Akta Pencegahan Jenayah 1959 / Akta Pencegahan Keganasan 2015 1,086 1,086 2. Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 1,168 1,168 3. Akta Pencegahan Keganasan 2015 1 1 4. Rayuan Daripada Subjek/ Tahanan Di Bawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 150 145 YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri dalam program Retreat Polis Diraja Malaysia pada 21 hingga 23 November 2021 di Langkawi, Kedah. LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 82
Perjumpaan YB Menteri Dalam Negeri bersama Pesuruhjaya Polis Negeri dan Ketua Polis Negeri YB Menteri Dalam Negeri (MDN) telah mengadakan perjumpaan bersama Pesuruhjaya Polis Negeri dan Ketua Polis Negeri pada 15 Julai 2021 di Putrajaya bertujuan untuk menyampaikan amanat kepada semua Pesuruhjaya Polis Negeri dan Ketua Polis Negeri agar memastikan pengurusan dan operasi di jabatan dilaksanakan secara teratur berdasarkan arahan dan peraturan sedia ada. Dengan perjumpaan ini, PDRM diharap dapat menggalas tanggungjawab sebagai agensi peneraju utama dalam mengekalkan keselamatan, ketenteraman awam, keamanan dan kesejahteraan negara. YB MDN turut menzahirkan penghargaan kepada PDRM yang sanggup memikul mandat yang diberikan oleh kerajaan untuk menerajui barisan hadapan dalam membendung penularan wabak COVID-19. YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri bersama Pesuruhjaya Polis Negeri dan Ketua Polis Negeri pada 15 Julai 2021 di Putrajaya. LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 83
Perluasan Fungsi Pos Kawalan sebagai Balai Polis Pasukan Gerakan Am Inisiatif perluasan fungsi pos kawalan Pasukan Gerakan Am (PGA) sebagai balai polis telah dilancarkan oleh YB Menteri Dalam Negeri di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Kuala Lumpur pada 6 Disember 2021. Inisiatif perluasan fungsi di 11 pos kawalan PGA sebagai balai polis merupakan salah satu inisiatif di bawah Aspirasi Keluarga Malaysia 100 Hari Menteri Dalam Negeri - Mekanisme Kawalan Sempadan Negara Diperkasakan. Inisiatif ini mula dilaksanakan pada 15 November 2021 dan bertujuan untuk memudahkan penduduk tempatan yang tinggal di kawasan pedalaman dan pulau membuat laporan polis, kelahiran dan kematian dengan lebih cepat. Di samping itu, inisiatif ini juga dapat membantu memperkemas data Jabatan Pendaftaran Negara dengan lebih berkesan. Inisiatif ini merupakan kolaborasi antara PDRM bersama JPN bagi urusan kelahiran, kematian dan laporan polis berkaitan insiden jenayah dan bencana yang dilaksanakan secara rintis di 11 pos kawalan strategik di pedalaman iaitu sembilan di Sabah dan dua di Sarawak menjadi jumlah keseluruhan sebanyak 170 buah pos kawalan PGA di seluruh negara. YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri melancarkan Inisiatif Perluasan Fungsi Pos Kawalan Pasukan Gerakan Am (PGA) sebagai Balai Polis di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Kuala Lumpur pada 6 Disember 2021. LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 84
Sambutan Acara Rasmi Negara KDN melalui Bahagian Keselamatan telah mempengerusikan Jawatankuasa Keselamatan dan Trafik sempena sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2021 yang bertanggungjawab menyelaras penugasan keselamatan dan kawalan trafik untuk penganjuran majlis dan acara rasmi negara yang melibatkan tetamu kehormat berprofil tinggi. Antara tugasan jawatankuasa ini termasuk menguruskan persiapan bagi penggunaan ruang bumbung, ruang parkir, ruang jalan, menguruskan keselamatan kebakaran bangunan, menguruskan proses sanitasi dan menyelaras senarai petugas yang akan bertugas pada hari kejadian. Kekuatan petugas di bawah Jawatankuasa ini adalah seramai 74 orang terdiri daripada 6 orang pegawai dari KDN, 55 orang pegawai dan anggota PDRM serta 13 orang pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM). KDN melalui Bahagian Keselamatan juga telah dilantik untuk mengetuai Jawatankuasa Keselamatan, Kesejahteraan dan Kebersihan yang bertanggungjawab ke atas empat komponen utama iaitu keselamatan, kesihatan, sanitasi dan kebersihan sempena 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia yang telah dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri pada 9 Disember 2021 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Antara tugas dan tanggungjawab jawatankuasa ini adalah memastikan keselamatan tetamu kehormat dan delegasi, keselamatan tapak acara, urusan flushing, akses pintu masuk dan keluar, kawalan laluan trafik, vetting ke atas tetamu jemputan dan petugas keselamatan, penyediaan ambulan dan petugas kesihatan, sanitasi tapak acara, penilaian tahap risiko, bantuan kecemasan dan memastikan kebersihan tapak pameran. Kekuatan petugas di bawah Jawatankuasa ini adalah seramai 379 orang terdiri daripada PDRM, Pasukan RELA, Kementerian Kesihatan Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam, JBPM, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam. Program Pemulihan dan Penilaian Orang Tahanan Program pemulihan dan penilaian ke atas Orang Tahanan telah dilaksanakan kepada 2,124 Orang Tahanan dengan pecahan seperti yang berikut: Objektif penganjuran program ini adalah bagi memastikan Orang Sekatan memahami perintah sekatan yang termaktub di dalam akta agar mereka patuh kepada undang-undang, syarat-syarat serta peraturan-peraturan yang dikenakan. Program ini juga sebagai platform memberi motivasi kepada Orang Sekatan untuk berfikiran positif melalui sesi ilmiah dan perkongsian pengalaman bagi mendorong mereka melakukan perubahan diri serta tidak mengulangi kesalahan yang sama agar dapat kembali kepada kehidupan normal selepas tempoh perintah sekatan tamat. Selain itu, aspek kebajikan Orang Sekatan dan keluarga mereka turut diberi perhatian melalui penyaluran informasi berkaitan perkhidmatan dan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan kepada masyarakat. BIL. PROGRAM JUMLAH ORANG TAHANAN 1. Penilaian Orang Tahanan di bawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 1,309 2. Penilaian Orang Tahanan di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959 295 3. Program Pemulihan Bersama Orang Tahanan di PPA / PPK 520 LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 85
Program Temu Seru bersama Orang Sekatan Program Temu Seru (Outreach) adalah merupakan salah satu program pemulihan yang diadakan khusus untuk orang yang dikenakan Perintah Sekatan dan Penggantungan Perintah Tahanan di bawah Akta Dadah Berbahaya (LLPK) 1985, Akta Pencegahan Jenayah 1959 dan Akta Keganasan 2015. Program ini telah mula dilaksanakan pada tahun 2007 di daerahdaerah sekatan yang tertentu dengan sasaran setiap Orang Sekatan sekurang-kurangnya hadir sekali dalam program ini sepanjang dalam tempoh sekatan. Program Temu Seru (Outreach) Orang Sekatan bagi Siri 1 Tahun 2021 telah dilaksanakan pada 20 November 2021 di Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis, Kangar, Perlis Indera Kayangan. Antara pengisian program yang telah dijalankan sepanjang program tersebut adalah seperti yang berikut: i. Sesi taklimat dan dialog bersama Unit Rayuan, Bahagian Keselamatan dan Urus Setia Lembaga Penasihat Jenayah dan Keganasan (ULPJK) KDN; ii. Sesi taklimat dan dialog bersama Jabatan Tenaga Kerja dan Jabatan Kebajikan Masyarakat; iii. Ceramah motivasi yang berkonsepkan motivasi diri dan kelangsungan hidup yang disampaikan oleh Pegawai Psikologi, Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah; dan iv. Kunjungan ke pameran yang disertai oleh Jabatan Penjara Malaysia, Jabatan Pendaftaran Malaysia, Perkeso, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis dan agensi-agensi lain. BIL. AKTA JUMLAH 1. Akta Pencegahan Jenayah 1959 30 orang 2. Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985 18 orang JUMLAH 48 orang BIL. DAERAH JUMLAH 1. Kangar 21 orang 2. Arau 15 orang 3. Padang Besar 12 orang JUMLAH 48 orang Orang Sekatan Yang Hadir Mengikut Pecahan Akta Orang Sekatan Yang Hadir Mengikut Pecahan Akta Selain itu juga, sesi perjumpaan dan dialog antara ahli panel jemputan bersama OrangOrang Sekatan melibatkan tiga daerah di Negeri Perlis turut diadakan yang melibatkan wakil panel daripada Jabatan Siasatan Jenayah, Jabatan Narkotik Bukit Aman, Unit ULPJK dan Unit Narkotik, Bahagian keselamatan, KDN bersama Ketua Balai Polis dan Pegawai-Pegawai Polis dari seluruh negeri Perlis. YBrs. Encik Anuar Zaki bin Bakar, Timbalan Setiausaha Bahagian Keselamatan dalam Program Temu Seru di Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis, Kangar, Perlis pada 20 November 2021. LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 86
BULAN PERMOHONAN DITERIMA LULUS GAGAL DALAM PROSES JANUARI FEBRUARI MAC APRIL MEI JUN JULAI OGOS SEPTEMBER OKTOBER NOVEMBER 9 12 24 24 23 20 19 17 25 21 19 14 9 12 23 24 23 20 17 17 24 19 19 2 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 12 - - 1 - - - 2 - 1 2 - DISEMBER - JUMLAH 227 209 6 12 Mengawal Selia Permohonan Kebenaran Masuk Senjata Berbahaya dan Pertunjukan Bunga Api Piroteknik Sebanyak 227 permohonan untuk mendapatkan kebenaran membawa masuk senjata-senjata berbahaya di bawah Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 (Akta 357) telah diterima dari orang persendirian atau pihak syarikat dan organisasi. Jumlah permohonan adalah seperti yang berikut: Di samping itu, bahagian ini juga telah menerima 105 permohonan oleh syarikat berlesen pengendali piroteknik untuk mengadakan pertunjukan bunga api dan dipertimbangkan selaras dengan Garis Panduan Permohonan Mengimport dan Mengadakan Pertunjukan Piroteknik. Permohonan Kebenaran Masuk Senjata Berbahaya 2021 LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 87
BULAN KEPUTUSAN JANUARI FEBRUARI MAC APRIL MEI JUN JULAI OGOS SEPTEMBER OKTOBER NOVEMBER DISEMBER JUMLAH DILULUSKAN GAGAL 0 8 1 7 8 1 5 0 0 0 14 3 47 0 40 54 81 135 0 0 0 0 0 184 0 494 JUMLAH 0 48 55 88 143 1 5 0 0 0 198 3 541 Rayuan Permohonan Senjata Api 2021 Rayuan Permohonan Senjata Api Sebanyak 542 rayuan permohonan untuk memiliki dan membeli senjata api (pistol atau shotgun) di bawah Akta Senjata 1960 (Akta 206) telah diterima dari orang persendirian atau pihak syarikat dan organisasi. Jumlah rayuan adalah seperti yang berikut: LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 88
YBrs. Encik Zulkifli bin Abidin, Setiausaha Bahagian Keselamatan, KDN selaku pengerusi bersama 6th Meeting Of Malaysia- Australia Counter-Terrorism Working Group pada 15 April 2021. The 6th Meeting of Malaysia-Australia Counter-Terrorism Working Group Malaysia dan Australia secara berkala mengadakan Mesyuarat Kumpulan Kerja Bersama Jenayah Transnasional (Joint Working Group on Transnational Crime, JWG TNC) dan salah satu mesyuarat yang berkaitan adalah Mesyuarat Kumpulan Kerja Menangani Keganasan atau Counter-Terrorism Working Group (CTWG) yang diselaraskan oleh KDN melalui Bahagian K. Mesyuarat tahunan yang dijalankan secara penggiliran ini bertujuan untuk membincangkan isuisu mengenai keganasan selain mengenalpasti inisiatif baru dalam meningkatkan keberkesanan menangani keganasan di samping berkongsi amalan terbaik bagi meningkatkan keupayaan keduadua negara agar lebih efektif. Mesyuarat CTWG Kali ke-6 telah diadakan pada 15 April 2021 di Malaysia secara telesidang diketuai oleh Setiausaha Bahagian Keselamatan KDN dan turut disertai pegawai dari PDRM, Jabatan Penjara Malaysia, Pusat Serantau Asia Tenggara Bagi Mencegah Keganasan (SEARCCT) dan Bank Negara Malaysia. Antara perkara-perkara utama yang dibincangkan semasa sesi mesyuarat adalah seperti yang berikut: i. Impak pandemik COVID-19 kepada persekitaran pencegahan keganasan dan keselamatan rentas sempadan; ii. Cabaran pencegahan keganasan akan datang dan bentuk kerjasama pencegahan keganasan di antara Malaysia dan Australia; dan iii. Usaha-usaha pencegahan fahaman pelampau keganasan di Malaysia dan Australia. LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 89
The 7th ASEAN Senior Officials Roundtable On Cybercrime ASEAN Senior Officials Roundtable On Cybercrime (SORC) merupakan inisiatif Ministry Of Home Affairs, Republic Of Singapore sebagai platform perbincangan peringkat tinggi yang melibatkan pemimpin SOMTC ASEAN, rakan dialog Plus 3 (China, Korea Selatan dan Jepun), pakar dan pemain industri mengenai ancaman, perkembangan dan penyelesaian terkini berkaitan alam siber. Susulan trend jenayah siber yang menunjukkan peningkatan semasa pandemik COVID-19, Singapura telah menganjurkan SORC ke-7 pada 20 September 2021 secara telesidang dengan tema Toward a Better Future - Forging Strong Public-Private Partnerships Against Cybercrime. Delegasi Malaysia diketuai oleh YBhg. Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Abdul Rahman, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) dan turut disertai pegawai dari Majlis Keselamatan Negara, PDRM dan Jabatan Penjara Malaysia. Antara perkara-perkara utama yang dibincangkan semasa sesi mesyuarat adalah seperti yang berikut: i. Rakan Dialog yang terlibat iaitu China dan Jepun dan telah membentangkan jenayah siber menunjukkan peningkatan semasa pandemik COVID-19 dan turut menekankan jenayah siber bergerak seiring dengan teknologi terkini. Bagi mengawal perkara ini, kedua-dua negara komited untuk mengeratkan kerjasama dengan ASEAN dan meningkatkan tahap pembangunan kapasiti pihak berkuasa; ii. Malaysia turut membentangkan tahap perkembangan jenayah siber dan cara menguruskan jenayah siber semasa pandemik COVID-19; dan iii. Semua pihak turut bersetuju hubungan antara negara ASEAN perlu diperkasakan untuk membanteras jenayah siber. YBhg. Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Abdul Rahman, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) mengetuai delegasi Malaysia di mesyuarat The 7th ASEAN Senior Officials Roundtable On Cybercrime secara telesidang pada 20 September 2021. LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 90
YBhg. Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Abdul Rahman, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) mengetuai delegasi Malaysia di Inaugural Senior Officials Counter-Terrorism Policy Forum yang telah diadakan secara telesidang pada 27 September 2021. Inaugural Senior Officials Counter-Terrorism Policy Forum Susulan persetujuan yang dicapai dalam Mesyuarat Sub-Regional Meeting On Counter Terrorism And Transnational Security (SRM CTTS) Ke-3 pada 1 Disember 2020, Inaugural Senior Officials Counter-Terrorism Policy Forum (SOCTPF) telah ditubuhkan bertujuan membincangkan secara lebih terperinci berkaitan dasar-dasar semua negara ahli bagi menangani isu keselamatan dan keganasan serantau dan juga sebagai pelengkap kepada perbincangan di peringkat menteri untuk mesyuarat SRM CTTS akan datang. Forum ini dihadiri oleh wakil dari sembilan buah negara iaitu Malaysia, Indonesia, Australia, Brunei, Myanmar, New Zealand, Filipina, Singapura dan Thailand. Bahagian K telah menyelaraskan kehadiran wakil delegasi Malaysia ke SOCTPF telah diadakan secara telesidang pada 27 September 2021. Mengetuai delegasi Malaysia, YBhg. Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Abdul Rahman, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) dan turut disertai pegawai dari Kementerian, PDRM dan Jabatan Penjara Malaysia. Dalam forum ini, setiap negara telah membentangkan pelaksanaan dasar sedia ada dan cadangan bagi menangani isu keganasan dan keselamatan meliputi memperkasakan penguatkuasaan di sempadan, isu penggunaan sistem biometrik, pindaan undang-undang berkaitan anti keganasan, usaha memperkasakan naratif balas dan juga kerjasama di antara negara-negara ahli SRM. Selain itu, peranan CSO, komuniti setempat dan pihak swasta perlu ditingkatkan dalam usaha menyokong pemulihan dan reintegrasi FTF ke dalam komuniti. LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 91
Jawatankuasa Khas Siasatan Kes Kematian Allahyarham Muhammad Adib Bin Mohd Kassim Jemaah Menteri pada 8 Oktober 2021 telah bersetuju untuk menubuhkan Jawatankuasa Khas bagi memastikan siasatan yang menyeluruh dan telus serta pembelaan yang sewajarnya dapat dibuat terhadap kes kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib bin Mohd Kassim. Jawatankuasa Khas ini dipengerusikan oleh YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) dan keahlian terdiri daripada YB Menteri Dalam Negeri, YB Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Peguam Negara, bekas hakim Mahkamah Rayuan, pakar patologi, pakar undang-undang jenayah dan wakil Kementerian, Jabatan dan Agensi. KDN, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan merupakan sekretariat bersama kepada Jawatankuasa Khas ini. Mesyuarat Jawatankuasa Khas Siasatan Kes Kematian Allahyarham Muhammad Adib bin Mohd Kassim bersidang buat kali pertama pada 21 Disember 2021. LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 92
YBhg. Dato’ Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri bersama H.E. Mr. Olexander Nechytaylo, Duta Besar Ukraine ke Malaysia dalam Sesi Pemeteraian Triti Pemindahan Antarabangsa Banduan pada 12 April 2021 di Putrajaya. BAHAGIAN KEPENJARAAN, ANTIDADAH DAN RELA Majlis Pemeteraian Triti Pemindahan Antarabangsa Banduan Antara Kerajaan Malaysia Dengan Ukraine Bahagian Kepenjaraan, Antidadah dan RELA (PDR) dipertanggungjawabkan untuk membuat dan menyelaras isu-isu dasar yang melibatkan tiga agensi iaitu Jabatan Penjara Malaysia, Agensi Antidadah Kebangsaan dan Jabatan Sukarelawan Malaysia termasuklah menggubal dan meminda undang-undang, peraturan dan polisi selaras dengan dasar-dasar Kerajaan dan Kementerian. Bahagian PDR juga menyelaras pengurusan permohonan bantuan Tabung Amanah Perwira dan Pertahanan Negara (TAPPN) di peringkat KDN melibatkan benefisiari daripada Jabatan Penjara Malaysia, Agensi Antidadah Kebangsaan, Jabatan Sukarelawan Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia dan Eastern Sabah Security Command. Majlis Pemeteraian Triti Pemindahan Antarabangsa Banduan (ITOP) antara Kerajaan Malaysia dengan Ukraine telah diadakan pada 12 April 2021 di Putrajaya. Perjanjian tersebut telah ditandatangani oleh YBhg. Dato’ Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri sebagai wakil Kerajaan Malaysia dan H.E. Mr. Olexander Nechytaylo, Duta Besar Ukraine ke Malaysia sebagai wakil Kerajaan Ukraine. Malaysia merupakan negara ASEAN pertama yang menandatangani perjanjian ITOP bersama Ukraine yang terdahulu negara tersebut telah mempunyai 13 perjanjian antarabangsa mengenai ITOP dengan negara-negara lain termasuk China dan Iran. Sesi rundingan antara Kerajaan Malaysia dengan Kerajaan Ukraine berhubung ITOP telah diadakan di Putrajaya pada 24 hingga 25 Februari 2020. Dalam sesi rundingan itu, pihak Ukraine diketuai oleh Madame Valeriia Kolomiiets, Timbalan Menteri Perundangan Ukraine manakala Malaysia pula diwakili oleh YBhg. Datuk Musa bin Sulaiman, Setiausaha Bahagian PDR. Selanjutnya, Mesyuarat Jemaah Menteri pada 11 Disember 2020 telah bersetuju agar Kerajaan Malaysia menandatangani Triti ITOP bersama Kerajaan Ukraine. LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 93
Rang Undang-Undang (Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah) (Pindaan) 2021 64th Session of The Commission on Narcotic Drugs Penggubalan Ordinan Darurat (Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah) (Pindaan) 2021 (ODPKW) telah dibentangkan di Sidang Khas Darurat Majlis Keselamatan Negara dan Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Darurat. Jemaah Menteri pada 17 Mac 2021 telah menimbang dan bersetuju akan memorandum daripada Menteri Dalam Negeri berkenaan penggubalan Ordinan Darurat (Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah) (Pindaan) 2021 (ODPKW). ODPKW telah berkuat kuasa pada 16 April 2021 bagi maksud mengekang penularan wabak COVID-19 dalam kalangan banduan di institusi penjara sepanjang tempoh Proklamasi Darurat yang berakhir pada 1 Ogos 2021 berdasarkan Perkara 150(7) Perlembagaan Persekutuan. Justeru itu, Rang Undang-Undang Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah (Pindaan) 2021 digubal bagi meminda Akta Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah 1954 [Akta 461] dan menggantikan ODPKW yang akan terbatal selepas enam bulan dari tarikh Proklamasi Darurat ditamatkan. Akta Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah 1954 [Akta 461] tidak pernah dipinda sejak dari tahun 1954. Ia merupakan suatu inisiatif pemenjaraan di luar tembok penjara untuk memberi peluang lebih ramai pesalah mengikuti program pemulihan di dalam komuniti. Berdasarkan rekod Jabatan Penjara Malaysia untuk 2021, kadar pengulangan kemasukan semula ke dalam penjara (residivis) bagi banduan yang mengikuti program pemulihan di dalam komuniti adalah lebih rendah iaitu 0.28 peratus berbanding banduan yang mengikuti program di dalam tembok penjara iaitu 14.93 peratus. 64th Session of the Commission on Narcotic Drugs (CND) telah diadakan di Vienna, Austria pada 12 hingga 16 April 2021. Penyertaan deligasi Malaysia telah diketuai oleh YBhg. Datuk Musa bin Sulaiman, Setiausaha Bahagian PDR yang mengikuti persidangan tersebut secara dalam talian bersama dengan wakil-wakil agensi lain seperti berikut: i. Bahagian Penguatkuasaan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia; ii. Bahagian Keselamatan Pelbagai Hala, Kementerian Luar Negeri; iii. Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Polis Diraja Malaysia; iv. Agensi Antidadah Kebangsaan; v. Jabatan Kimia Malaysia; dan vi. Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Manakala TYT Dato’ Ganeson Sivagurunathan, Duta dan Perwakilan Tetap Malaysia ke Austria mewakili Malaysia di Vienna, Austria. Dalam persidangan tersebut, Kenyataan Negara Malaysia telah disampaikan oleh TYT Dato’ Ganeson Sivagurunathan, Duta dan Perwakilan Tetap Malaysia ke Austria yang menyentuh mengenai cabaran dan kejayaan negara untuk membanteras gejala dadah dalam situasi pandemik COVID-19. Selain itu, Malaysia turut berkongsi mengenai rawatan dan pemulihan dadah termasuk fasiliti, program dan akses kepada perkhidmatan yang disediakan semasa pandemik serta komitmen negara di peringkat antarabangsa. LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 94
Selain itu, sesi memperingati Ulang Tahun Ke-60 Konvensyen Tunggal Dadah 1961 dan Ulang Tahun Ke-50 Konvensyen Bahan Psikotropik 1971 turut diadakan semasa persidangan tersebut. Konvensyen-konvensyen ini bersama Konvensyen 1988 merupakan asas penting dalam kawalan dadah di peringkat antarabangsa yang mana negara-negara ahli telah memperbaharui komitmen bagi pelaksanaan obligasi yang terkandung di dalamnya melalui Ministerial Declaration 2019 yang telah dipersetujui semasa 62nd Session of the Commission on Narcotic Drugs (CND). Di samping itu, CND juga bersetuju dengan cadangan daripada pihak International Narcotics Control Board (INCB) dan World Health Organisation (WHO) mengenai pindaan skop yang melibatkan lapan jenis bahan substan terkawal (control substances) selain lima resolusi turut telah dipersetujui dan diterima di dalam persidangan tersebut. Persidangan ini adalah penting bagi negara untuk mengukuhkan kerjasama, membangunkan kapasiti, berkongsi pengalaman dan kepakaran serta mengambil tindakan seimbang berdasarkan pembuktian untuk melaksanakan obligasi terhadap konvensyen-konvensyen dadah. TYT Dato’ Ganeson Sivagurunathan, Duta dan Perwakilan Tetap Malaysia ke Austria menyampaikan Kenyataan Negara Malaysia dalam persidangan 64th Session of the Commission on Narcotic Drugs yang diadakan di Vienna, Austria pada 12 hingga 16 April 2021. LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 95
7TH Asean Ministerial Meeting On Drug Matters 7th ASEAN Ministerial Meeting on Drug Matters (AMMD) telah diadakan di Kemboja pada 13 hingga 14 Oktober 2021. YB Datuk Jonathan bin Yasin, Timbalan Menteri Dalam Negeri II telah mengetuai delegasi Malaysia yang mengikuti mesyuarat tersebut secara dalam talian. Dalam mesyuarat tersebut, Kenyataan Negara Malaysia telah disampaikan oleh YB Timbalan Menteri Dalam Negeri II menyentuh mengenai trend penyeludupan dadah yang semakin kompleks, penyalahgunaan teknologi maklumat dan komunikasi serta laluan perdagangan sah oleh sindiket dalam aktiviti haram dan cabaran yang dihadapi untuk memastikan rawatan dan pemulihan dadah semasa penularan COVID-19. Selain itu, Malaysia turut menekankan kepentingan kerjasama serantau serta komitmen negara untuk melaksanakan obligasi yang telah dipersetujui bagi mencapai 2030 Agenda for Sustainable Development. Selain itu, Malaysia serta beberapa negara ASEAN juga menyatakan sokongan kepada Indonesia dan Singapura untuk bertanding sebagai ahli Commission on Narcotics Drug (CND) bagi tempoh 2024 hingga 2027 yang diharap dapat membawa hasrat ASEAN ke peringkat yang lebih tinggi serta memberikan faedah kepada negara-negara anggota ASEAN. Penyertaan Malaysia dalam mesyuarat ini telah menunjukkan komitmen negara untuk berkongsi pengalaman, menambah baik pendekatan yang dilaksanakan serta mengukuhkan kerjasama dengan negara-negara ASEAN bagi membanteras gejala dadah melalui pendekatan yang seimbang dan berasakan pembuktian. YB Datuk Jonathan bin Yasin, Timbalan Menteri Dalam Negeri II telah mengetuai delegasi Malaysia pada 7th ASEAN Ministerial Meeting on Drug Matters yang diadakan secara dalam talian pada 13 dan 14 Oktober 2021. LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 96
Bantuan Tabung Amanah Perwira dan Pertahanan Negara Tabung Amanah Perwira dan Pertahanan Negara (TAPPN) adalah merupakan satu inisiatif yang diwujudkan untuk menjaga kebajikan anggota keselamatan dan waris, sekiranya anggota keselamatan meninggal atau mengalami kecederaan semasa melaksanakan tugas mempertahankan negara atau semasa dalam penugasan. Terdapat lapan Jabatan dan Agensi benifisiari TAPPN di bawah KDN iaitu: i. Polis Diraja Malaysia; ii. Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia; iii. Jabatan Imigresen Malaysia; iv. Agensi Antidadah Kebangsaan; v. Jabatan Penjara Malaysia; vi. Jabatan Sukarelawan Malaysia; vii. Eastern Sabah Security Command; dan viii. Agensi Kawalan Sempadan Malaysia; Bahagian PDR merupakan urus setia di peringkat Kementerian kecuali bagi Polis Diraja Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia. Bagi tahun 2021, sebanyak empat permohonan diterima daripada Jabatan Penjara Malaysia (PRIDE) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan telah diluluskan oleh YB Menteri Dalam Negeri. BIL. KATEGORI KECEDERAAN PERMOHONAN TAPPN 2020 PERMOHONAN DITERIMA JABATAN PEMOHON JUMLAH BANTUAN (RM) 1. Cedera Ringan 2 AADK 2,000.00 2. Cedera Parah 1 AADK 8,000.00 3. Meninggal dunia 1 PRIDE 25,000.00 JUMLAH 35,000.00 Permohonan Tabung Amanah Perwira dan Pertahanan Negara 2021 LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 97
Sesi Penyerahan Cek Bantuan Tabung Amanah Perwira Dan Pertahanan Negara YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri telah menyerahkan cek bantuan Tabung Amanah Perwira dan Pertahanan Negara (TAPPN) kepada balu Allahyarham Mohamad Nasrol bin Othman pada 31 Julai 2021 di Ibu Pejabat Polis Daerah Selama, Perak. Allahyarham Mohamad Nasrol bin Othman merupakan seorang Sarjan Penjara yang bertugas di Penjara Alor Setar, Kedah dan telah meninggal dunia akibat komplikasi COVID-19 dan telah meninggalkan seorang balu serta empat orang cahaya mata. YB Menteri Dalam Negeri turut menyatakan penghargaan terhadap sumbangan yang telah diberikan oleh arwah Encik Mohamad Nasrol sepanjang perkhidmatan beliau bersama Jabatan Penjara Malaysia. Sesi penyerahan bantuan ini turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan YBhg. Dato’ Haji Nordin bin Haji Muhamad, Komisioner Jeneral Penjara Malaysia. YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri menyerahkan cek bantuan Tabung Amanah Perwira dan Pertahanan Negara kepada balu Allahyarham Mohamad Nasrol bin Othman pada 31 Julai 2021 di Ibu Pejabat Polis Daerah Selama, Perak. LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 98