Sempena Hari Antidadah Antarabangsa, Program Perkongsian Kisah Hero telah dilaksanakan secara bersiri yang memaparkan kisah kejayaan individu yang telah pulih dari permasalahan penagihan. Program ini bertujuan untuk memberi inspirasi dan menyuntik semangat serta mengetengahkan perkongsian rasa dan cetusan idea dalam proses pemulihan oleh Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) melalui platform Kisah Hero kepada klien AADK. Sebanyak tiga video perkongsian yang terpilih telah dimuatnaik ke laman sosial Facebook dan disaksikan oleh 4,882 orang. Perkongsian kisah hero ini dapat membuka mata dan memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa masalah penagihan boleh dirawat dan dipulihkan di samping memberi peluang kedua kepada mereka yang ingin berubah. Program ini juga telah memberi motivasi kepada klien AADK untuk mengekalkan kepulihan. Perkongsian Kisah Hero Perkongsian Video Kisah Hero bekas klien AADK Daerah Kemaman, AADK Daerah Kinta dan AADK Kuala Terengganu. LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 249
AADK terus komited memperhebatkan kempen antidadah kepada masyarakat dengan melaksanakan Program Omnipresence dan Outreach di beberapa lokasi tumpuan bagi menyalurkan maklumat kepada individu, keluarga dan komuniti akan kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat. Program dengan kerjasama Majlis Keselamatan Negara, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Polis Diraja Malaysia bertujuan memberi pendedahan mengenai bahaya dadah di samping menyalurkan mesej pencegahan dadah kepada individu, keluarga dan komuniti. Program berkenaan turut melibatkan Jawatankuasa Pemulihan Dadah (JKPD) dan Sukarelawan Antidadah Wilayah Persekutuan. Dalam masa sama, pasukan AADK proaktif menyampaikan mesej antidadah secara temu seru dan mengedarkan risalah tentang penyalahgunaan dadah kepada orang awam yang beriadah di sekitar kawasan terbabit. Selain itu, program ini juga dilaksanakan bagi mendekati individu yang memerlukan bantuan rawatan dan pemulihan termasuk mengubah kepercayaan dan stigma masyarakat mengenai penyalahgunaan dadah. Pada masa sama, berupaya membangkitkan a call to action spirit dalam kalangan masyarakat dan keluarga supaya bersama-sama kerajaan membanteras permasalahan dadah di negara ini. Program Omnipresence dan Outreach YBhg. Dato’ Dr. Muhamad Sade bin Mohamad Amin, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AADK turun LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 padang menyampaikan maklumat bahaya penyalahgunaan dadah. 250
AADK mengaktifkan pasukan sukarelawan menerusi Skuad Antidadah dalam menggerakkan misi bantuan kemanusiaan. Kewujudan Skuad Antidadah oleh AADK adalah untuk membantu menggerakkan programprogram pendidikan pencegahan dadah dan mempromosi gaya hidup sihat dalam komuniti. Di samping itu, SKUAD Antidadah turut melaksanakan aktiviti membantu komuniti yang terkesan khususnya melalui kluster SKUAD Prihatin. Sejak awal penubuhan SKUAD Antidadah pada 4 Julai 2011, aktiviti turun padang membantu komuniti terkesan merupakan salah satu pengisian murni yang dilaksanakan terutama apabila berlaku musibah atau bencana di satusatu kawasan penempatan penduduk. Pada Disember 2021, Skuad Antidadah telah menjalankan program CSR dengan membantu penduduk yang terkesan dengan bencana banjir yang menimpa Negeri Selangor khususnya di kawasan Hulu Langat, Sepang dan Shah Alam dan seterusnya diperluas di seluruh negara. Antara aktiviti pasca banjir yang dijalankan meliputi bantuan kemanusian dan pembersihan rumah kediaman dan premis yang terkesan. Semua sukarelawan terdiri daripada warga AADK Ibu Pejabat, Negeri, Daerah dan PUSPEN berganding bahu menghulurkan bantuan membersihkan kawasan tersebut. Program CSR AADK Skuad Antidadah menjalankan kerja-kerja pembersihan pasca banjir di Daerah Hulu Langat LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 251
JABATAN PENDAFTARAN NEGARA DATO’ RUSLIN BIN JUSOH KETUA PENGARAH JABATAN PENDAFTARAN NEGARA ’ RUSLIN BIN JUSO A PENGARAH TAN PENDAFTARAN RA OH
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) ditubuhkan selepas Peraturan-peraturan Darurat (Kawasan– kawasan Pendaftaran) 1948 dikuatkuasakan sebagai salah satu langkah untuk menentang ancaman keselamatan dan bertanggungjawab mendaftar peristiwa-peristiwa penting setiap individu seperti maklumat kelahiran, kematian, pengangkatan, perkahwinan dan perceraian bagi yang bukan Islam. JPN juga berperanan dalam menentukan taraf kewarganegaraan dan mengeluarkan dokumen identiti individu dalam bentuk sijil dan kad pengenalan kepada mereka yang layak. Rekod maklumat ini adalah salah satu aset yang penting dalam pembangunan dan rujukan Negara. Urus niaga utama adalah melibatkan permohonan dan pengeluaran kad pengenalan, pendaftaran kelahiran, pengangkatan, kematian, permohonan kewarganegaraan, permohonan pendaftaran perkahwinan dan perceraian bagi bukan Islam serta aktiviti penguatkuasaan. JPN telah berjaya memproses sebanyak 2,108,469 pengeluaran dan pendaftaran bagi aktiviti urus niaga utama. Urus Niaga Utama AKTIVITI JUMLAH Pengeluaran Kad Pengenalan 1,398,167 Pendaftaran Kelahiran 451,437 Pendaftaran Pengangkatan 4,074 Pendaftaran Kematian (Pemegang Dokumen JPN) 213,160 Pendaftaran Perkahwinan 41,631 JUMLAH KESELURUHAN 2,108,469 Jumlah Pengeluaran dan Pendaftaran Aktiviti Urus Niaga Utama 2021 JABATAN PENDAFTARAN NEGARA LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 254
Pengemaskinian maklumat kematian dapat dilakukan dengan lebih cepat dan tepat. Mewujudkan smart partnership antara JPN dan PDRM bagi memudahkan urusan orang awam selaras dengan agenda transformasi Negara. Memastikan data kematian penduduk negara adalah berdasarkan daripada sumber yang sahih dan tepat serta mengurangkan sumber kewangan, proses kerja dan sumber manusia. Sistem Pengesahan Data Integrasi Kematian (SPDIM) adalah satu inisiatif integrasi sistem antara JPN dan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memudahkan urusan pengesahan dan pendaftaran kematian sejak tahun 2016. Melalui sistem ini, waris atau orang yang mengetahui tentang kematian (pelapor) perlu hadir ke Balai Polis yang berhampiran untuk melaporkan kematian melalui Police Reporting System (PRS). JPN akan membuat pengesahan laporan kematian tanpa waris atau pelapor perlu hadir ke JPN. Setelah itu, waris atau pelapor kematian hanya perlu hadir ke JPN dan seterusnya membuat kutipan sijil kematian. Pengesahan melalui SPDIM ini melibatkan kes kematian seperti kematian yang berlaku selain di hospital atau fasiliti kesihatan dan kematian yang berlaku di rumah dan bukan kes jenayah. SPDIM telah diperluas ke JPN Negeri di Semenanjung Malaysia secara berperingkat seperti yang berikut: Perluasan Sistem Pengesahan Data Integrasi Kematian BIL. NEGERI TARIKH PERLUASAN 1. Negeri Sembilan 7 April 2021 2. W.P. Kuala Lumpur 12 April 2021 3. Pahang 4. Terengganu 26 Julai 2021 5. Kelantan 6. Johor 17 Ogos 2021 7. Melaka 2 September 2021 8. Selangor 9. Perak 7 September 2021 10. Kedah 11. Pulau Pinang 12. Perlis Perluasan SPDIM ke Seluruh JPN Negeri di Semenanjung Malaysia Pegawai Jabatan Pendaftaran Negara sedang menggunakan Sistem SPDIM untuk pengesahan maklumat kematian yang diterima daripada balai polis. LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 255
YB Dato’ Sri Dr. Adham bin Baba, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyampaikan Anugerah Pengurusan Terbaik Green Computing Awards 2021 kepada YBhg. Dato’ Ruslin bin Jusoh, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara pada 9 Disember 2021. Encik Rizman bin Yusam, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat dan Komunikasi JPN menerima Anugerah Advokasi Industri Green Computing Awards 2021. Jabatan ini telah berjaya merangkul dua anugerah pada Green Computing Awards 2021 yang telah disampaikan oleh YB Dato’ Sri Dr. Adham bin Baba, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi pada 9 Disember 2021 di Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT). JPN telah memenangi kategori Anugerah Pengurusan Terbaik yang memberi pengiktirafan kepada semua pihak dalam merekabentuk, membangun dan melaksanakan pusat data hijau. Selain itu, Anugerah Advokasi Industri turut dimenangi oleh Encik Rizman bin Yusam, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat dan Komunikasi JPN. Pencapaian Green Computing Awards 2021 LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 256
YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri telah melancarkan Perkhidmatan JPN eSERVICES yang memberi kemudahan kepada pemohon mengemukakan permohonan secara dalam talian dan hanya perlu hadir ke pejabat JPN untuk membuat pengesahan dan mengambil dokumen yang telah siap diproses. Pelancaran JPN eSERVICES Perkhidmatan JPN eSERVICES Permohonan Cabutan/ Salinan Sijil Kelahiran Yang Diperakui Dalam Talian Permohonan Kad Pengenalan Kanak-Kanak 12 Tahun Permohonan Pendaftaran Kelahiran Dalam Talian Permohonan Pendaftaran Perkahwinan Atas Talian Permohonan Cabutan Daftar Kad Pengenalan JPN.KP12 LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 257
Jabatan ini telah mengekalkan tahap penggunaan tenaga yang efisien dan telah berjaya mematuhi spesifikasi yang telah ditetapkan bagi pensijilan Pusat Data Hijau. Atas kejayaan kepada pematuhan spesifikasi tersebut, Green Computing Initiative (GCI) yang berpangkalan di Amerika Syarikat telah memberikan Pensijilan Pusat Data Hijau kepada JPN di bawah kategori Platinum dalam tempoh empat tahun berturut-turut. Pensijilan Pusat Data Hijau JPN LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 258
Program Menyemai Kasih Rakyat (MEKAR) merupakan inisiatif prihatin terbaik Jabatan dalam memberi perkhidmatan kepada golongan yang memerlukan seperti masyarakat di kawasan pedalaman, Orang Kurang Upaya (OKU), warga emas dan golongan yang tiada keupayaan untuk hadir ke Pejabat JPN. Pelaksanaan inisiatif ini merupakan pendekatan proaktif turun padang dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat. Antara program-program yang dilaksanakan di bawah inisiatif Program MEKAR di seluruh negara adalah Program MEKAR Ehsan, Program MEKAR Jejak Identiti, Program MEKAR Komuniti, Program MEKAR Khas dan Program MEKAR Orang Asli. Antara perkhidmatan yang disediakan semasa Program MEKAR JPN termasuklah permohonan kad pengenalan kali pertama dan kanak-kanak 12 tahun, permohonan gantian kad pengenalan baharu, permohonan kad pengenalan bagi warga emas dan OKU, urusan pendaftaran baharu kelahiran dan cabutan daftar kelahiran, urusan pendaftaran kematian dan cabutan daftar kematian, permohonan baharu dan gantian MyKid serta memberi khidmat nasihat kepada pemohon yang hadir semasa program. Bagi menjayakan Program MEKAR, JPN telah menerima tiga buah Bas MEKAR yang dilengkapi dengan mesin pencetak MyKad yang membolehkan setiap permohonan disiapkan dalam tempoh 45 minit. Program Menyemai Kasih Rakyat Majlis Perasmian Bas Mobile MEKAR JPN ini telah disempurnakan oleh YB Menteri Dalam Negeri dan turut hadir bersama YB Timbalan Menteri Dalam Negeri I dan YB Timbalan Menteri Dalam Negeri II. LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 259
Sebanyak 779 Program MEKAR JPN telah berjaya diadakan melibatkan 9,734 permohonan dan 1,422 khidmat nasihat telah diberikan. Antara kumpulan sasar yang telah diberi keutamaan termasuk mangsa banjir di Daerah Yan, Kedah dan mangsa kebakaran di Karak, Pahang. Pegawai Jabatan Pendaftaran Negara sedang menyiapkan kad pengenalan gantian dengan menggunakan bas mobile melalui Program Mekar Prihatin kepada mangsa Banjir Akibat Fenomena Kepala Air di Titi Hayun Daerah Yan, Kedah pada 11 Hingga 16 September 2021. URUSAN JUMLAH PERMOHONAN JUMLAH KESELURUHAN Kad Pengenalan 479 Kelahiran 699 207 Kematian 13 Program Mekar Prihatin Mangsa Banjir Akibat Fenomena Kepala Air di Titi Hayun Daerah Yan Kedah pada 11 hingga 16 September 2021 URUSAN JUMLAH PERMOHONAN JUMLAH KESELURUHAN Kad Pengenalan 13 37 Kelahiran 22 Kematian 2 Program Mekar Prihatin Mangsa Kebakaran Rumah di Karak, Pahang pada 5 Oktober 2021 Pegawai Jabatan Pendaftaran Negara menyampaikan kad pengenalan gantian melalui Program Mekar Prihatin kepada mangsa kebakaran rumah di Karak, Pahang pada 5 Oktober 2021. LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 260
Program MEKAR JPN juga berpeluang menyertai Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia 2021 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur KLCC pada 9 hingga 12 Disember 2021. Pengunjung Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia turut menerima perkhidmatan JPN melalui Pasukan MEKAR JPN yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dari 9 hingga 12 Disember 2021. URUSAN JUMLAH PERMOHONAN JUMLAH KESELURUHAN Kad Pengenalan 543 577 Kelahiran 32 Kematian 2 Program Mekar sempena 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia 2021 pada 9 hingga 12 Disember 2021. LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 261
Dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) khususnya pada Jun hingga Julai 2021 yang menghadkan sebarang aktiviti di rumah ibadat atau persatuan, pendaftaran perkahwinan sivil yang sepatutnya dilaksanakan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan telah ditangguhkan sehingga Kerajaan memutuskan bahawa pendaftaran perkahwinan sivil bagi yang bukan Islam boleh dilaksanakan di Pejabat JPN. Sepanjang tempoh tersebut, JPN telah berjaya menyelesaikan tunggakan pendaftaran perkahwinan sivil yang diterima. Urusan Upacara Pendaftaran Perkahwinan Sivil Upacara Pendaftaran Perkahwinan di Pejabat JPN Mengikut Negeri NEGERI BKC JPN Putrajaya BKC JPN W.P Kuala Lumpur BKC JPN Labuan BKC JPN Selangor BKC JPN Johor BKC JPN Melaka BKC JPN Negeri Sembilan BKC JPN Perak BKC JPN Kedah BKC JPN Pulau Pinang BKC JPN Perlis BKC JPN Pahang BKC JPN Terengganu BKC JPN Kelantan BKC JPN Sarawak JUMLAH KESELURUHAN JUMLAH PERMOHONAN TRIBUNAL PERKAHWINAN YANG DITERIMA DALAM TEMPOH PKP [JUN – JULAI 2021] JUMLAH PERMOHONAN TRIBUNAL PERKAHWINAN YANG DITERIMA KESELURUHAN TAHUN 2021 [JAN- DIS 2021] 585 1 708 368 111 167 214 103 234 4 52 4 1 407 246 4,321 5,626 92 6,547 4,178 1,121 1,903 3,448 1,511 3,071 91 938 53 212 6,333 2,990 283 BKC JPN Sabah 3,488 42,435 LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 262
Tribunal Perkahwinan adalah merupakan satu badan rujukan untuk pendengaran masalah-masalah perkahwinan sivil yang didaftarkan di bawah Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 [Akta 164] bertujuan untuk mendamaikan pasangan yang bercadang untuk bercerai. Permohonan untuk Tribunal Perkahwinan akan dikemukakan di pejabat JPN yang berdekatan dengan alamat terakhir pasangan tinggal bersama, atau di mana-mana pejabat JPN tertakluk kepada persetujuan pasangan dan hanya boleh dimohon oleh pasangan yang telah berkahwin melebihi dua tahun dan salah seorang daripada mereka tidak bersetuju untuk bercerai. Setiap kes permohonan yang telah dikemukakan perlu diselesaikan dalam tempoh enam bulan dan JPN akan mengeluarkan Perakuan JPN.KC29 sekiranya berkeputusan pasangan gagal didamaikan, atau JPN. KC28 sekiranya permohonan Tribunal dibatalkan atau pasangan berjaya didamaikan. JPN telah melaksanakan semua permohonan Tribunal yang diterima sebelum atau sewaktu PKP dapat diuruskan secara saksama dan diselesaikan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Sehingga 31 Disember 2021, jumlah permohonan Tribunal Perkahwinan yang diterima di JPN adalah sebanyak 4,381. Tribunal Perkahwinan Statistik Permohonan Tribunal Perkahwinan Mengikut Negeri Tahun 2021 NEGERI BKC JPN Putrajaya BKC JPN W.P Kuala Lumpur BKC JPN Labuan BKC JPN Selangor BKC JPN Johor BKC JPN Melaka BKC JPN Negeri Sembilan BKC JPN Perak BKC JPN Kedah BKC JPN Pulau Pinang BKC JPN Perlis BKC JPN Pahang BKC JPN Terengganu BKC JPN Kelantan BKC JPN Sarawak JUMLAH KESELURUHAN JUMLAH PERMOHONAN TRIBUNAL PERKAHWINAN YANG DITERIMA DALAM TEMPOH PKP [JUN – JULAI 2021] JUMLAH PERMOHONAN TRIBUNAL PERKAHWINAN YANG DITERIMA KESELURUHAN TAHUN 2021 [JAN- DIS 2021] 7 0 6 7 3 5 23 2 10 0 1 1 1 25 2 48 291 2 937 590 125 286 617 204 333 18 96 2 18 668 146 0 BKC JPN Sabah 93 4,381 LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 263
JABATAN PENDAFTARAN PERTUBUHAN MALAYSIA MOHD NAWARDI BIN SAAD KETUA PENGARAH JABATAN PENDAFTARAN PERTUBUHAN MALAYSIA NAWARDI BIN SAAD ENGARAH N PENDAFTARAN UHAN MALAYSIA D
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) telah memperkenalkan elemen penguatkuasaan ke atas pertubuhan dengan melaksanakan pemeriksaan pematuhan pertubuhan sebagai KPI sejak tahun 2016 sehingga kini. Bagi tahun 2021, KPI JPPM telah menetapkan sekurang-kurangnya 60 peratus daripada jumlah pertubuhan diperiksa dan perlu mematuhi Akta Pertubuhan 1966. Statistik Pemeriksaan dan Pematuhan Pertubuhan 2021 Pegawai Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia sedang menjalankan aktiviti penguatkuasaan ke atas pertubuhan dengan melaksanakan pemeriksaan pematuhan pertubuhan. JABATAN PENDAFTARAN PERTUBUHAN MALAYSIA PERTUBUHAN KEBAJIKAN PERTUBUHAN KEAGAMAAN PERTUBUHAN REKREASI 639 401 378 347 189 177 JUMLAH 1,418 740 PEMERIKSAAN PEMATUHAN LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 266
NEGERI MOHON SELANGOR JOHOR WILAYAH PERSEKUTUAN PERAK SABAH KEDAH NEGERI SEMBILAN PULAU PINANG KELANTAN PAHANG SARAWAK 3,716 1,743 1,676 1,082 915 824 664 652 599 496 450 MELAKA 391 TERENGGANU 325 PERLIS 89 LABUAN 24 JUMLAH 13,646 LULUS 1,602 720 505 455 355 194 372 270 216 239 160 208 243 53 11 5,603 TOLAK 2,114 1,023 1,171 627 560 630 292 382 383 257 290 183 82 36 13 8,043 2021 TAHUN 82,413 INDUK 63,273 CAWANGAN 145,686 JUMLAH + = JPPM telah meluluskan sebanyak 5,603 permohonan pertubuhan daripada jumlah keseluruhan permohonan. JPPM Negeri Selangor adalah negeri yang mencatatkan jumlah persatuan berdaftar yang paling tinggi dengan mencatatkan sejumlah 1,602 persatuan. Pada masa yang sama, JPPM Negeri Selangor juga telah merekodkan jumlah tertinggi bagi permohonan yang ditolak iaitu sebanyak 2,114 permohonan persatuan. Sebanyak 8,043 permohonan daripada jumlah keseluruhan telah ditolak pada tahun 2021 di atas beberapa syarat yang tidak dipenuhi sepanjang proses permohonan. Statistik Pertubuhan Statistik Keseluruhan Permohonan Baru Pertubuhan 2021 Pertubuhan Berdaftar 2021 Permohonan Pertubuhan LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 267
Statistik Permohonan Rayuan Pertubuhan 2021 Statistik Penerimaan Penyata Tahunan Pertubuhan (Induk) 2021 Sebanyak 583 Permohonan Rayuan di bawah Seksyen 18, Akta Pertubuhan 1966 telah diterima oleh Jabatan ini menerusi Sistem eROSES iaitu melalui kaedah secara manual dan permohonan dalam talian (online). Statistik penerimaan permohonan rayuan secara manual melalui JPPM Negeri adalah sebanyak 106. Manakala, secara dalam talian (online) adalah sebanyak 477 rayuan. Penerimaan Penyata Tahunan Pertubuhan di bawah Seksyen 14(1), Akta Pertubuhan 1966 bagi kesemua negeri adalah sebanyak 53,963 penyata tahunan bagi induk pertubuhan. Tiga buah negeri telah mencatat jumlah tertinggi iaitu Selangor sebanyak 11,742 diikuti dengan Johor berjumlah 7,202 dan seterusnya Perak dengan 5,617 penyata tahunan. Permohonan Rayuan Penerimaan Penyata Tahunan Pertubuhan 7,202 3,333 1,215 1,483 2,938 3,254 3,792 5,617 459 11,742 1,251 1,827 4,076 5,456 82 236 0 2,000 4,000 6,000 8,000 10,000 12,000 14,000 LULUS 12 MANUAL 10 ONLINE 22 TOLAK 7 277 284 BELUM ADA KEPUTUSAN 55 6 61 DALAM PROSES 32 184 216 TARIK BALIK RAYUAN 0 0 0 PERMOHONAN TIDAK LENGKAP 0 0 0 PERTUBUHAN KEAGAMAAN 106 477 583 JUMLAH LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 268
Manakala laporan penyata tahunan bagi cawangan pertubuhan yang diterima dari semua negeri adalah sebanyak 6,251. Tiga buah negeri mencatat jumlah tertinggi iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 2,032 diikuti dengan Selangor berjumlah 1,516 dan Sabah dengan 1,067 penyata tahunan. Program Taskforce merupakan satu inisiatif baharu telah diperkenalkan bagi mempergiat dan memperkukuh penguatkuasaan dan pematuhan ke atas pertubuhan di seluruh Malaysia. Sebagaimana yang diperuntukan di bawah Akta Pertubuhan 1966, Seksyen 14(2), setiap pertubuhan berdaftar hendaklah dalam masa 60 hari selepas mengadakan mesyuarat agung tahunan atau sekiranya tiada mesyuarat agung diadakan dalam tempoh 60 hari selepas berakhirnya setiap tahun kalendar, menghantar kepada Pendaftar. Program Taskforce ini telah diselaraskan di semua peringkat JPPM Negeri dan Ibu Pejabat bertujuan untuk meningkatkan pematuhan terhadap Akta Pertubuhan 1966, memastikan maklumat pertubuhan dikemaskini dan membatalkan pertubuhan-pertubuhan yang tidak lagi aktif. Taskforce ini juga akan turut membantu untuk menyelesaikan tugasan backlog dalam pengemaskinian penyata tahunan khususnya bagi tahun 2017 hingga 2019 bagi pertubuhan politik dan pertubuhan lain yang berdaftar di bawah JPPM. Program Taskforce di JPPM Negeri adalah melibatkan tindakan pengeluaran notis di bawah Sekyen 14 selaras dengan Akta Pertubuhan 1966 seperti berikut: i. Seksyen 14(1) – Notis Peringatan bagi Penghantaran Penyata Tahunan ii. Seksyen 14(2) – Notis Mengemukakan Maklumat iii. Seksyen 13(2) – Notis Kenyataan Sebelum Pendaftaran Dibatalkan iv. Seksyen 13(1) – Notis Perintah Pembatalan Pertubuhan Statistik Penerimaan Penyata Tahunan Pertubuhan (Cawangan) 2021 Pelaksanaan Program Taskforce JPPM 121 293 22 273 87 151 67 122 3 1,516 22 1,067 332 2,032 0 143 0 500 1,000 1,500 2,000 2,500 LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 269
Statistik Pengeluaran Notis Taskforce JPPM Negeri 2021 Statistik Tugas-Tugas Taskforce Ibu Pejabat 2021 PERKARA BULAN JUMLAH MEI JUN JULAI OGOS SEPT OKT NOV DIS Pengeluaran Notis 14 (1) 4,564 3,132 861 2,402 5 115 11,079 Pengeluaran Notis 14 (2) 2,671 6,230 7,698 4,648 3,779 1,732 599 242 27,599 Pengeluaran Notis 13 (2) 1,530 235 1,091 2,032 3,067 1,800 1,266 1,481 12,502 Pengeluaran Notis 13 (1) 60 94 444 87 164 280 534 1,049 2,712 Pelaksanaan Program Taskforce di Ibu Pejabat JPPM telah bermula pada bulan Mei hingga Disember 2021. Antara skop utama tugasan yang dijalankan merangkumi kerja-kerja mendaftar penyata tahunan parti politik, merangkum penyata tahunan ke dalam fail cawangan, membuka fail cawangan yang baharu, merekod serta menyusun atur bilik fail. Secara keseluruhan, Perkhidmatan Taskforce Ibu Pejabat yang dilaksanakan telah mencapai sasaran yang ditetapkan manakala kerja-kerja termasuk mengemaskini bilik pelupusan, pendaftaran fail pelupusan bagi fail-fail Non-Governmental Organization (NGO), pengemaskinian bilik pendua, penukaran kulit fail, pembukaan fail dan menyelesaikan kerja-kerja merangkum penyata tahunan parti akan diteruskan ke tahun berikutnya. Hasil pengemaskinian maklumat daripada tugas-tugas Taskforce di Ibu Pejabat, tindakan pengeluaran notis di bawah Sekyen 14 selaras dengan Akta Pertubuhan 1966 turut dilaksanakan bagi parti-parti politik yang tidak mengemukakan penyata tahunan. Sebanyak 1,092 notis Seksyen 14(2) – Notis Mengemukakan Maklumat telah dikeluarkan kepada parti-parti politik yang terlibat. Proses ini akan dipantau dan diselaras agar maklumat penyata tahunan sentiasa dikemaskini dalam rekod JPPM. PERKARA BULAN JUMLAH MEI JUN JULAI OGOS SEPT OKT NOV DIS Daftar Penyata Tahunan 16,621 18,964 29,523 13,669 29,094 21,404 12,800 2,445 144,520 Rangkum Penyata Tahunan 8,550 20,327 7,301 1,244 18,663 33,232 89,317 Buka Fail Cawangan Baharu 2,143 1,827 4,311 3,819 1,511 13,611 Mengemas Bilik Fail 29,007 23,722 31,100 83,829 Pindah Bilik Fail 38,300 29,944 21,210 89,454 LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 270
Pelaksanaan Program Taskforce di Ibu Pejabat JPPM telah bermula pada bulan Mei hingga Disember 2021 mengfokuskan tugasan merangkumi kerja-kerja mendaftar penyata tahunan parti politik, merangkum penyata tahunan ke dalam fail cawangan, membuka fail cawangan yang baharu, merekod serta menyusun atur bilik fail. LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 271
Program #ros_care JPPM telah memperkenalkan konsep ros_care dalam pelaksanaan Program Outreach bersama pertubuhan bagi tujuan mewujudkan jalinan kerjasama dengan pertubuhan yang berdaftar serta memberikan khidmat nasihat dan kefahaman berkaitan pengurusan pertubuhan selaras dengan Akta Pertubuhan 1966, Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984 termasuklah perlembagaan yang diwujudkan oleh sesebuah pertubuhan. Program #ros_care merupakan penjenamaan semula yang sebelumnya dikenali sebagai Program RoS Bersama Pertubuhan yang melaksanakan aktiviti turun ke lapangan untuk mendekati rakyat, mendengar sebarang permasalahan dan seterusnya memberikan perkhidmatan yang lebih berkesan. Pendekatan ini selaras dengan kehendak Kerajaan yang ingin mewujudkan segmen yang berkesan melalui platform kolaborasi dengan agensi-agensi berkepentingan bagi mempertingkatkan kualiti dan profesionalisme penyampaian sektor awam. Sepanjang Program Outreach #ros_care dijenamakan semula pada 2019, sebanyak 959 program outreach telah dilaksanakan dan dari jumlah tersebut, sebanyak 367 program telah dijalankan sepanjang 2021 di seluruh negara. Pegawai Jabatan Pendaftaran Pertubuhan turun ke lapangan menjayakan Program Outreach #ros_care bersama masyarakat di seluruh negara. LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 272
Himpunan Sinergi Pertubuhan Kebangsaan Himpunan Sinergi Pertubuhan Kebangsaan (HiPER’21) merupakan platform bagi sesi keterlibatan pertubuhan-pertubuhan yang berdaftar dengan JPPM untuk berkongsi pengalaman mengenai tadbir urus pertubuhan yang cekap di samping melaksanakan program dan aktiviti termasuk mempromosikan produk atau perkhidmatan pertubuhan masing-masing. Himpunan ini juga bertujuan untuk membentuk jaringan hubungan yang lebih mantap dalam kalangan pertubuhan dan NGO dari seluruh negara agar dapat membantu dalam merealisasikan dan melaksanakan program selaras dengan dasar yang telah ditetapkan oleh Kerajaan. Pegawai Jabatan Pendaftaran Pertubuhan bersama pertubuhan berdaftar di Himpunan Sinergi Pertubuhan Kebangsaan (HiPER’21) di Kuala Lumpur pada 16 April 2021. HiPER’21 telah diadakan sempena sambutan Hari Pertubuhan Kebangsaan yang disambut pada 1 September setiap tahun dan bagi tahun 2021 telah diadakan secara fizikal dan dalam talian di setiap negeri. LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 273
EASTERN SABAH SECURITY COMMAND DCP HAJI HAMZAH BIN HAJI AHMAD KOMANDER EASTERN SABAH SECURITY COMMAND HAMZAH BIN MAD R SABAH COMMAND
Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) dipertanggungjawabkan untuk mengkoordinasi pengoperasian kawalan keselamatan merangkumi 10 daerah daripada Kudat hingga ke Tawau di Zon Selamat Sabah Timur (ESS Zone). ESSCOM terus mempertahankan kedaulatan wilayah di samping memastikan keselamatan, ketenteraman awam dan kesejahteraan rakyat sentiasa berada dalam keadaan baik dan terkawal melalui penyelarasan operasi secara bersepadu dengan pasukan keselamatan, pertahanan dan penguatkuasaan di ESS Zone. ESSCOM berjaya mengekalkan keselamatan di ESS Zone dengan rekod tiada insiden keselamatan dan tiada kejadian penculikan berlaku sepanjang tahun 2021 serta kekal menerajui inisiatif mengekang ancaman utama melibatkan pencerobohan anasir luar atau militan di pantai timur Sabah. Operasi-Operasi Keselamatan Yang Dijalankan Di ESS Zone EASTERN SABAH SECURITY COMMAND Operasi-Operasi Keselamatan Yang Dijalankan Di ESS Zone OP GASAK DARAT & LAUT OP BERSEPADU PENGUATKUASAAN PERINTAH BERKURUNG SEKATAN JALAN RAYA (SJR / RCP) OP CEGAH PATI DIINTEGRASI OP BENTENG LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 276
Operasi Bersepadu Khas Melalui kerjasama dengan pasukan keselamatan di ESS Zone serta perkongsian maklumat perisikan dengan pihak berkuasa Filipina, ESSCOM berjaya menumpaskan sel-sel Kumpulan Abu Sayyaf (ASG) di Sabah dalam beberapa siri Operasi Bersepadu Khas (OBK). ESSCOM turut diberikan penghargaan oleh Western Mindanao Command (WESTMINCOM), Armed Forces of the Philippines (AFP) berikutan kejayaan menumpaskan elemen ASG dan kerjasama perisikan erat antara kedua-dua agensi. YBhg. Datuk Hazani bin Ghazali, Pesuruhjaya Polis Sabah di Sidang Media Kejayaan Op Bersepadu Khas menumpaskan sel Kumpulan Abu Sayyaf di Beaufort pada 9 Mei 2021. Operasi Darat, Laut dan Udara di ESS Zone Operasi Cegah PATI (OCP) Darat dan Laut di ESS Zone telah mencapai matlamat mengukuhkan kawalan sempadan negara serta dapat mengekang penyebaran kes COVID-19 dalam kalangan PATI daripada merebak ke kawasan pantai timur Sabah. Sepanjang tahun 2021, sejumlah 766,382 pemeriksaan fizikal telah dilaksanakan ke atas orang, kenderaan dan bot dalam OCP yang diselaraskan oleh ESSCOM. Hasil daripada pemeriksaan tersebut, sebanyak 393 bot telah dirampas dan seramai 154 orang telah ditangkap atas pelbagai kesalahan. Selain itu, seramai 1,407 PATI dan sebanyak 119 bot telah dikenakan tindakan pengusiran. Secara keseluruhan, nilai rampasan bagi OCP tahun 2021 berjumlah RM5,950,517.84. Kes dadah menyumbang kepada nilai rampasan tertinggi sebanyak RM3,339,450.00 dan diikuti penyeludupan rokok seludup dan barang terkawal sebanyak RM1,378,190.87. Baki RM1,232,876.97 merupakan nilai rampasan barangan yang dibawa oleh PATI. LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 277
JANUARI 44 FEBRUARI 39 MAC 29 APRIL 36 MEI 42 JUN 47 66 JULAI 55 OGOS 49 SEPTEMBER 60 OKTOBER 55 NOVEMBER 52 DISEMBER Statistik Kejayaan Operasi 2021 Orang 489,356 Kenderaan 246,360 Bot 30,666 Tangkapan & Rampasan Pengusiran Orang 154 393 Orang 1,407 Bot 119 Bot JUMLAH KESELURUHAN NILAI RAMPASAN OP CEGAH PATI TAHUN 2021 SEBANYAK RM 5,950,517.84 RM 1,232,876.97 BARANGAN PATI RM 3,339,450 DADAH RM 1,378,190.87 ROKOK SELUDUP & BARANGAN TERKAWAL NILAI RAMPASAN R BARA LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 278
Pelaksanaan Operasi Udara melalui rondaan penerbangan pesawat daripada agensiagensi keselamatan dengan objektif Show of Presence serta komunikasi di ESS Zone telah memberi kesan positif terutamanya dalam mengekang aktiviti jenayah yang berlaku di kawasan perairan dan juga pesisir pantai. ESSCOM telah mengkoordinasikan sebanyak 574 penerbangan melibatkan aset-aset udara milik agensi-agensi keselamatan melibatkan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Pasukan Gerakan Udara Polis Diraja Malaysia (PGU), Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang beroperasi dalam ESS Zone. Pemeriksaan fizikal telah dilaksanakan dalam Operasi Bersepadu di Pintu Masuk Sempadan Negara. Pemeriksaan ke atas bot persendirian di perairan ESS Zone. LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 279
Tinjauan Tahap Keselamatan di ESS Zone YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri telah mengadakan lawatan kerja ke ESSCOM Lahad Datu, Sabah pada 22 Mac 2021 bertujuan untuk meninjau dan mendapatkan perkembangan terkini mengenai tahap keselamatan, keadaan fasiliti, penguatkuasaan dan kawalan yang dilaksanakan di Sabah. Semasa lawatan tersebut, YB Menteri Dalam Negeri turut mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM1 juta bagi meningkatkan keupayaan aset dan teknologi baharu untuk pasukan keselamatan supaya tugas kawalan dan pengawasan perairan negara dilaksanakan secara optimum. KDN memandang serius terhadap ancaman keselamatan jenayah rentas sempadan yang berlaku di ESS Zone, dan berharap agensi-agensi penguatkuasaan yang lain serta masyarakat setempat dapat membantu membanteras masalah ini. Dalam lawatan ini juga, beberapa isu dikenalpasti termasuk segelintir masyarakat setempat yang tidak mempunyai kad pengenalan atau identiti juga perlu ditangani dengan segera. YB Menteri Dalam Negeri juga berkesempatan bertemu anggota pasukan keselamatan yang bertugas di ESSCOM. YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri dalam sesi lawatan kerja ke ESSCOM Lahad Datu pada 22 Mac 2021. LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 280
Tinjauan Ketua Menteri Sabah ke Pos Keselamatan di Tanjung Labian Buku Panduan Penguatkuasaan Undang-Undang dan Kesalahan Lazim di ESS Zone YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, Ketua Menteri Sabah mengadakan lawatan kerja ke pejabat ESSCOM, Lahad Datu seterusnya ke pos Angkatan Tentera Malaysia dan Pasukan Gerakan Am di Tanjung Labian pada 22 Februari 2021. Turut hadir dalam lawatan tersebut adalah YB Datuk Jonathan bin Yasin, Timbalan Menteri Dalam Negeri II. Pada sidang media dalam lawatan tersebut, YAB Ketua Menteri Sabah menyatakan bahawa keadaan keselamatan pantai timur Sabah semakin baik sejak kewujudan ESSCOM dan menyeru masyarakat setempat memberi kerjasama kepada pasukan keselamatan supaya keberkesanan kawalan keselamatan lebih terjamin. ESSCOM telah menerbitkan Buku Panduan Penguatkuasaan Undang-Undang dan Kesalahan Lazim di ESS Zone sebagai inisiatif penambahbaikan penguatkuasaan untuk memudahkan dan memastikan tindakan sistematik diambil dalam setiap operasi yang dijalankan pasukan keselamatan di ESS Zone. Buku panduan tersebut telah dilancarkan dan diedarkan ke seluruh jabatan dan agensi keselamatan di ESS Zone pada 25 November 2021. YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, Ketua Menteri Sabah dalam sidang media semasa lawatan ke Pejabat ESSCOM pada 22 Februari 2021. Buku Panduan bagi penambahbaikan penguatkuasaan dan operasi di ESS Zone. LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 281
Program dan Aktiviti Kemasyarakatan Program Keselamatan Komuniti dan Rondaan Sukarela Selain pengoperasian secara bersepadu kawalan keselamatan di ESS Zone, ESSCOM turut melaksanakan pelbagai inisiatif meningkatkan kesedaran keselamatan dalam kalangan masyarakat. Penganjuran program-program tersebut bertujuan untuk merapatkan hubungan pasukan keselamatan dengan masyarakat setempat di samping menggalakkan orang ramai memberi kerjasama dan menjadi mata serta telinga kepada pasukan keselamatan. Program Keselamatan Komuniti dan Rondaan Sukarela ESSCOM telah dilancarkan pada 14 Oktober 2021 di Apas, Tawau. Program ini adalah inisiatif kerjasama dengan Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Kontinjen Sabah, Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional (JPNIN) Daerah Tawau serta Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) bagi mengekang aktiviti pencerobohan anasir luar dan penjenayah rentas sempadan melalui rondaan sukarela di kawasan hot spot di Apas, Tawau. Program dan Aktiviti Kemasyarakatan 2021 Penyerahan sijil penghargaan kepada peserta Program Keselamatan Komuniti dan Rondaan Sukarela ESSCOM. Kajian Profiling Masyarakat Pala’u di ESS ZONE Penempatan Semula Patriotisme di ESS ZONE ESSCOM Prihatin Masyarakat ESS ZONE Menyatuni Balu/Waris Wira Insiden Tanduo Outreach PICK di ESS ZONE Derma Darah ESSCOM Ibadah Korban ESSCOM Baik Pulih Prasarana (CSR) Penyaluran / Hebahan Maklumat Sahih HASIL Penugasan pasukan keselamatan lebih berkesan dengan sokongan dan penglibatan masyarakat setempat Masyarakat yakin untuk bekerjasama menjadi mata & telinga kepada pasukan keselamatan Maklumat keselamatan di ESS Zone dapat disebarluaskan Persepsi positif masyarakat terhadap pasukan keselamatan meningkat LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 282
Program Pengukuhan Semangat Patriotisme Program Baik Pulih Prasarana dan Rumah Bagi menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia, Program Kibar Jalur Gemilang telah dianjurkan dengan mensasarkan masyarakat di ESS Zone. Program ini bermatlamat untuk memupuk semangat cintakan negara dan menggalakkan masyarakat ESS Zone untuk mengibarkan Jalur Gemilang di kediaman, premis atau kenderaan masing-masing. ESSCOM telah menganjurkan program baik pulih prasarana Masjid Nurul Haq dan rumah yang terkesan dalam insiden Tanduo 2013 di Tanjung Labian secara gotong royong bersama pasukan keselamatan daripada Markas 13 Briged Infantri, Rejimen ke-3 Askar Melayu Diraja, Batalion 17 Pasukan Gerakan Am, RELA dan Ahli Jawatankuasa Masjid sempena Hari Ulang Tahun ESSCOM ke-8. ESSCOM dan anggota pasukan keselamatan melaksanakan kerja baik pulih rumah secara gotong royong di Tanjung Labian pada 9 hingga 10 April 2021. YBrs. Dr. Jamaluddin bin Mohd Ali, Ketua Pegawai Eksekutif ESSCOM mengagihkan Jalur Gemilang kepada masyarakat setempat di Pusat Pemeriksaan Daratan (RCP) Kalabakan. LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 283
Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Program Ibadah Korban ESSCOM turut terlibat dalam menjayakan pelaksanaan Program Outreach bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) secara bersepadu dengan jabatan dan agensi lain di ESS Zone meliputi mukim Bandar, Silam, Tungku, Segama, Silabukan, Felda, Lembah Danum di Lahad Datu, Pulau Sibuan di Semporna dan Sungai Kinabatangan di Sandakan. ESSCOM juga menganjurkan program pendaftaran vaksin di Pangsapuri Mutiara Kasih, Lahad Datu. Sempena sambutan Hari Raya Aidiladha pada 20 Julai 2021, Program Ibadah Korban telah dianjurkan di Surau Markas Operasi Pasukan Polis Marin (PPM) Lahad Datu. Pengagihan daging korban kepada asnaf sekitar Lahad Datu melalui sumbangan tiga ekor lembu oleh warga ESSCOM telah dilaksanakan dengan kerjasama wakil Masjid sekitar daerah Lahad Datu. Sesi pendaftaran vaksin di Pangsapuri Mutiara Kasih, Lahad Datu. Agihan daging korban kepada golongan memerlukan di Lahad Datu. LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 284
Program Sosioekonomi Bancian Khas Masyarakat Pala’u Sebanyak dua siri Program Sosioekonomi bersama Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) Negeri Sabah telah diadakan bertempat di daerah Tawau dan Semporna. Program ini bertujuan untuk melonjakkan taraf Sosioekonomi dan kesejahteraan masyarakat setempat selaras jaminan keselamatan yang telah diwujudkan di ESS Zone di samping memberikan penjelasan mengenai peranan individu serta masyarakat dalam usaha membantu pasukan keselamatan. Seramai 200 peserta daripada golongan sasar berpendapatan rendah B40, ibu tunggal dan belia yang tinggal di kawasan pesisir pantai dan perkampungan air daripada kedua-dua daerah berkenaan telah mengikuti program ini. ESSCOM telah menyelaras Bancian Khas Masyarakat Pala’u seluruh Negeri Sabah sempena Program Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 melalui kerjasama strategik dengan Jabatan Pameran produk-produk yang dihasilkan oleh peserta kursus Program Sosioekonomi. Bancian ke atas seorang wanita Pala’u di Daerah Semporna, Sabah. Perangkaan Malaysia (DOSM) Negeri Sabah dan Pejabat Daerah Semporna pada tahun 2021. Bancian dilaksanakan untuk mengenalpasti bilangan, lokasi penempatan dan taraf kewarganegaraan terkini masyarakat tersebut berdasarkan borang kajian profiling ESSCOM yang digunakan sebelum ini. LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 285
Paluan Berundur Komander ESSCOM Pelantikan Komander ESSCOM Yang Baharu Majlis Paluan Berundur Sempena Persaraan YDH DCP Datuk Ahmad Fuad bin Othman, Komander ESSCOM telah diadakan dengan penuh istiadat di di Padang Kawad Batalion 17 PGA, Lahad Datu pada 8 Disember 2021 dan turut dihadiri oleh Ketua-Ketua Agensi Keselamatan di Sabah dan pegawai-pegawai kanan serta anggota ESSCOM. YDH DCP Haji Hamzah bin Haji Ahmad telah dilantik sebagai Komander ESSCOM berkuatkuasa pada 11 Disember 2021 menggantikan YDH DCP Datuk Ahmad Fuad bin Othman. Beliau telah menerima surat pelantikan sebagai Komander yang baharu daripada YBhg. Dato’ Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dalam satu sesi ringkas pada 16 Disember 2021 di Putrajaya. YDH DCP Datuk Ahmad Fuad bin Othman menaiki kenderaan istiadat dalam Majlis Paluan Berundur. YBhg. Dato’ Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri menyampaikan surat pelantikan sebagai Komander ESSCOM kepada YDH DCP Haji Hamzah bin Haji Ahmad. LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 286
Latihan Penyusupan Taktikal dan Penerjunan Bebas Bagi memastikan kesiagaan dan keupayaan pasukan khas yang terlibat dalam melaksanakan operasi udara di ESS Zone pada tahap optimum, Pasukan Khas ESSCOM bersama Skuadron D 69 Komando (VAT 69 Komando) dan PGU Sabah telah menganjurkan Sesi Latihan Dalam Perkhidmatan Penyusupan Taktikal dan Penerjunan Bebas selama 15 hari pada bulan November 2021. Kemuncak latihan melibatkan acara penerjunan bebas oleh 10 orang pegawai dan anggota daripada Pasukan Khas ESSCOM dan Pegawai Pasukan Khas ESSCOM dalam Sesi Latihan Dalam Perkhidmatan Penyusupan Taktikal dan Penerjunan Bebas pada November 2021. VAT 69 Komando serta penganugerahan Lencana Sayap Kehormat Payung Terjun kepada YDH DCP Datuk Ahmad Fuad bin Othman, Komander ESSCOM pada 16 November di Lapangan Terbang Lahad Datu. LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 287
JABATAN SUKARELAWAN MALAYSIA DATUK YAHYA BIN SULAIMAN KETUA PENGARAH JABATAN SUKARELAWAN MALAYSIA K YAHYA BIN IMAN A PENGARAH AN SUKARELAWAN YSIA
Strategi Meningkatkan Rasa Selamat Dalam Komuniti Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) telah memfokuskan empat strategi utama dan telah mencapai sasaran 100 peratus di samping turut melaksanakan program dan aktiviti bagi membantu Kerajaan dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) berkaitan penularan wabak COVID-19 Antara fokus utama RELA adalah seperti yang berikut: RELA telah melaksanakan pengawasan keselamatan dalam komuniti dengan meningkatkan bilangan rondaan keselamatan di kawasan-kawasan hotspot meliputi 9,967 rondaan di seluruh Negara. Pencapaian ini telah menyumbang kepada penurunan kadar jenayah dan meningkatkan keyakinan rakyat kepada keupayaan Kerajaan untuk mewujudkan persekitaran yang selamat. Jabatan ini juga bertanggungjawab membantu dalam rondaan pemantauan keselamatan di kawasan komuniti yang melibatkan jenayah penyeludupan, penyusupan dan aktiviti yang menyalahi undang-undang Negara di kawasan-kawasan komuniti dalam ESS Zone serta sempadan Sabah dan Sarawak. Bagi menjayakan hasrat ini, sebanyak 22,326 rondaan harian keselamatan telah digerakkan di kawasan ESS Zone serta sempadan darat dengan wilayah Kalimantan, Indonesia. Selain itu sejumlah 3,931 aktiviti penyaluran maklumat aduan komuniti dan jenayah kepada pihak berkuasa tempatan berjaya dilaksanakan dan strategi ini telah menyumbangkan kepada penurunan aktiviti jenayah setempat serta mendapat pengiktirafan pihak berkuasa tempatan. Bagi memastikan tahap kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan yang diberikan, sebanyak 581 kajian kepuasan pelanggan mengenai khidmat penugasan kawalan keselamatan oleh anggota RELA di premis Kerajaan telah dijalankan ke atas responden. Di samping itu, sebanyak 380 aktiviti naziran turut dijalankan berdasarkan pelaporan penugasan yang diterima dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan anggota RELA di seluruh negara. JABATAN SUKARELAWAN MALAYSIA LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 290
Strategi Menjamin Kesejahteraan dan Keharmonian Komuniti Strategi Menerapkan Nilai-nilai Kesepakatan dan Perpaduan Strategi Memantapkan Penyampaian Perkhidmatan dan Modal Insan Sebanyak 1,005 aktiviti gotong-royong di seluruh negara telah dilaksanakan melalui Program Khidmat Bakti RELA bersama komuniti setempat di sekitar kawasan tumpuan orang ramai, pusatpusat kebajikan, sekolah, tanah perkuburan dan rumah-rumah ibadat. Melalui program yang sama, sebanyak 1,897 aktiviti lawatan kebajikan yang dilaksanakan oleh pegawai RELA ke atas anggota RELA yang kurang berkemampuan seperti orang kurang upaya (OKU), sakit sehingga hilang sumber pendapatan dan berada di bawah paras kemiskinan di seluruh negara. Lawatan ini bertujuan menyantuni anggota berkenaan dan menyalurkan maklumat lawatan kepada agensi termasuk Klinik Kesihatan, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pusat Zakat dan PERKESO serta pihak yang berwajib bagi tindakan susulan selanjutnya. Sejumlah 105 program sukan dan rekreasi serta riadah santai melibatkan kakitangan, anggota dan komuniti setempat telah dianjurkan bagi menerapkan nilai-nilai kesepakatan dan perpaduan di samping menggalakkan semua pihak yang terlibat mengamalkan gaya hidup sihat dengan bersukan serta kekal cergas. Pelan Antirasuah RELA (RACP) telah dilancarkan pada 9 April 2021 membuktikan komitmen tinggi pihak Pengurusan Tertinggi RELA dalam menyahut seruan Kerajaan untuk membangunkan sebuah pelan antirasuah organisasi yang boleh dijadikan rujukan oleh warga Jabatan dalam memerangi jenayah rasuah. Bagi meningkatkan tahap kompetensi dan kesiapsiagaan Jabatan dalam memperkukuh kemahiran dan kualiti pegawai, sebanyak dua siri bengkel Training Need Analysis (TNA) melibatkan 78 pegawai skim KP seluruh Negara telah berjaya dilaksanakan. Ia bertujuan untuk menilai keperluan latihan pegawai yang terlibat dan membolehkan Jabatan ini merangka serta melaksanakan program latihan yang bersepadu, kos efektif dan relevan dengan bidang tugas RELA kini dan di masa hadapan. Sebanyak 205 Kursus Pengenalan RELA telah dilaksanakan bertujuan memberi pendedahan awal kepada anggota baru yang mendaftar sebagai sukarela mengenai organisasi dan peranan serta persediaan anggota dalam menjalankan tugas. Sebanyak 19 kursus telah berjaya dilaksanakan bagi meningkatkan kemahiran kepimpinan dan pengurusan RELA dengan memberi fokus kepada kemahiran kepimpinan organisasi serta menerapkan kemahiran softskill dalam melahirkan Ketua Platun RELA (KPR) dan Ketua Perhubungan RELA Kawasan (KPRK) yang berwibawa. LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 291
RELA telah diberi kuasa di bawah Seksyen 3, Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342) untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 yang telah diwartakan pada 18 Mac 2020. Situasi semasa pandemik COVID-19 dan cabaran kejadian bencana banjir memerlukan Jabatan ini sentiasa bersiap siaga sepanjang masa dalam melaksanakan penugasan. Antara penugasan yang melibatkan anggota RELA adalah seperti yang berikut: i. 95,200 anggota RELA di seluruh negara digerakkan membantu Operasi Pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan; ii. 74 anggota RELA ditugaskan di lokasi-lokasi yang terpilih dalam melaksanakan Task Force Kawalan Sempadan bersama Pasukan PGA; iii. Penugasan kesiapsiagaan bencana Monsun Timur Laut dengan purata petugas harian seramai 2,967 anggota RELA di seluruh Negara; iv. Melaksanakan Ops Bantu dengan memberi sumbangan bakul makanan yang memberi manfaat kepada 2,556 orang penerima; dan v. Pembukaan RELA Command Centre (RCC) yang telah mula beroperasi sejak 18 Mac 2020 dengan memberi fokus menangani isu penugasan berkaitan COVID-19 dan bencana. YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri telah menyempurnakan pelancaran buku Pelan Antirasuah RELA (RACP) 2020-2024 dalam Program Malaysia Prihatin Kementerian Dalam Negeri pada 9 April 2021 di Dewan Semai Bakti, Felda Ijok, Selama, Perak. RACP diperkenalkan bagi meningkatkan integriti dalam kalangan pegawai dan anggota jabatan ini untuk menolak amalan rasuah. Turut hadir YBhg. Dato’ Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, YBhg. Datuk Yahya bin Sulaiman, Ketua Pengarah RELA dan 500 anggota RELA sekitar daerah Selama, Perak. Peranan RELA Sepanjang Pandemik COVID-19 Pelancaran Buku Pelan Antirasuah RELA 2020-2024 YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri melancarkan buku Pelan Antirasuah RELA (RACP) 2020-2024 pada 9 April 2021 di Dewan Semai Bakti, Felda Ijok, Selama, Perak. LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 292
YB Datuk Jonathan bin Yasin, Timbalan Menteri Dalam Negeri II telah mengadakan perjumpaan dengan anggota RELA Sabah sempena Program Malaysia Prihatin KDN pada 23 hingga 30 Mac 2021 di Pusat Latihan RELA Negeri Sabah (PLRNS) dan Dewan Kem Wawasan Negara, Kundasang, Sabah. Dalam majlis tersebut, YB Timbalan Menteri Dalam Negeri II turut menyampaikan taklimat berkaitan isu semasa, Proklamasi Darurat, Akta 342 Kawalan Penyakit Berjangkit dan kepentingan mendapatkan vaksin bagi meningkatkan imuniti badan dari penularan virus COVID-19. Perjumpaan Bersama Timbalan Menteri Dalam Negeri II Pasukan Pancaragam RELA telah mengadakan persembahan dalam Program Malaysia Prihatin KDN di Kundasang, Sabah pada 30 Mac 2021. YB Datuk Jonathan bin Yasin, Timbalan Menteri Dalam Negeri II bersama anggota RELA Sabah sempena Program Malaysia Prihatin KDN pada 23 hingga 30 Mac 2021 di Pusat Latihan RELA Negeri Sabah. LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 293
RELA telah mengadakan kerjasama strategik bersama Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tengah dalam penugasan kawalan sempadan yang akan dilaksanakan. RELA diketuai YBhg. Datuk Yahya bin Sulaiman, Ketua Pengarah RELA bersama YDH SAC Tuan Muhammad bin Abdul Halim, Komander Briged Tengah PGA Cheras telah mengadakan perbincangan dan bersetuju untuk menempatkan anggota RELA menjalani Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) Undang-Undang PDRM. Sehubungan itu, seramai 149 anggota RELA dari RELA Negeri Selangor, Perak dan Sabah telah menjalani latihan tersebut secara serentak pada 18 hingga 21 Oktober 2021 di tiga lokasi yang berikut: i. Markas Taktikal PGA Morib, Kuala Langat, Selangor; ii. Kem Batalion 18 PGA Pengkalan Hulu, Perak; dan iii. Pusat Latihan RELA Negeri Sabah. YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri telah mengadakan lawatan kerja dan meninjau projek pembangunan Lapang Sasar Pusat Latihan RELA Negeri Sabah (PLRNS) di daerah Tuaran pada 5 April 2021. Projek menaik taraf Lapang Sasar PLRNS yang telah siap dibina pada awal 2021 merupakan salah satu projek pembangunan yang diberi keutamaan oleh KDN selaras dengan keperluan jangka panjang dalam melatih pegawai dan anggota RELA mengendalikan senjata api secara betul dan selamat selain dimanfaatkan secara bersama oleh Jabatan dan Agensi di bawah seliaan KDN. Turut hadir YBhg. Dato’ Sri Wan Ahmad Dahlan nin Haji Abdul Aziz, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan YBhg. Datuk Yahya bin Sulaiman, Ketua Pengarah RELA. Kolaborasi Bersama Pasukan Gerakan Am Projek Naiktaraf Lapang Sasar Pusat Latihan RELA Negeri Sabah YBhg. Datuk Yahya bin Sulaiman, Ketua Pengarah RELA dalam sesi pertemuan bersama YDH SAC Tuan Muhammad bin Abdul Halim, Komander Briged Tengah di Markas Briged Tengah PGA, Cheras pada 8 Oktober 2021. YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri mengadakan lawatan kerja ke projek pembangunan Lapang Sasar Pusat Latihan RELA Negeri Sabah (PLRNS) di daerah Tuaran pada 5 April 2021. LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 294
Bagi menyemarakkan lagi sambutan Hari Kebangsaan yang Ke-64, 10 anggota pancaragam RELA telah dipilih untuk mengadakan persembahan gabungan secara medley pada hari sambutan bersama tujuh pasukan pancaragam agensi keselamatan lain terdiri daripada Tentera Darat Malaysia, Tentera Udara Diraja Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia. Selain persembahan pancagaram, pegawai RELA turut terlibat dalam bacaan ikrar Rukun Negara (Faces of Malaysia) bersama guru dan petugas barisan hadapan secara berkumpulan. Pancaragam RELA Sertai Persembahan Hari Kebangsaan Ke-64 Pasukan pancaragam RELA mengadakan persembahan gabungan secara medley pada hari sambutan bersama tujuh pasukan pancaragam agensi keselamatan lain di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya. LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 295
Kenderaan logistik agensi di bawah KDN termasuk RELA yang digunakan bagi kerja-kerja agihan bantuan makanan dan keperluan penduduk yang terjejas. KDN telah melancarkan satu misi khas yang dikenali sebagai Program KDN Prihatin pada 5 September 2021 bagi membantu mangsa banjir kilat akibat kejadian kepala air di Titi Hayun, Yan, Kedah. Sebagai tanda sokongan dalam menjayakan usaha ini, RELA bersama agensi di bawah KDN iaitu PDRM, JIM, JPN dan Jabatan Penjara Malaysia telah terlibat membantu mangsa-mangsa banjir. RELA Negeri Kedah telah menggerakkan 33 anggota di Daerah Yan untuk membantu dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa banjir, kawalan lalu lintas serta arahan penutupan jalan yang dinaiki air. Selain itu, aset logistik RELA telah digerakkan bagi kerja mengangkut dan mengedarkan bantuan barangan keperluan asas kepada penduduk terjejas. Satu Program Bakti RELA Daerah Yan bersama Pusat Latihan RELA Wilayah Utara melibatkan tujuh pegawai dan 40 anggota RELA telah ditugaskan untuk kerja-kerja pembersihan kawasan rumah serta rumah ibadat yang terjejas. Anggota RELA Jayakan Program KDN Prihatin LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 296
YBhg. Datuk Yahya bin Sulaiman, Ketua Pengarah RELA menyertai Program KDN Prihatin di Daerah Yan, Kedah. Anggota RELA menjalankan kerja-kerja pembersihan di kediaman penduduk kampung yang dilanda banjir. LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 297