INSTITUT KESELAMATAN AWAM MALAYSIA DCP DR. HAJI NIK AZMI BIN NIK OMAR KETUA EKSEKUTIF INSTITUT KESELAMATAN AWAM MALAYSIA . HAJI NIK AZMI OMAR KSEKUTIF KESELAMATAN AWA A M
Kajian Empirikal Berkenaan Isu Keselamatan dan Ketenteraman Awam Antarabangsa Institut Keselamatan Awam Malaysia (IPSOM) telah berjaya melaksanakan enam kajian empirikal berkenaan isu keselamatan dan ketenteraman awam iaitu: Kajian ini dilaksanakan bersama rakan strategik Pasukan Penyelidik Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Kedah bagi mengukur persepsi rakyat terhadap keselamatan dan ketenteraman awam di Malaysia bagi tahun 2021. Tempoh pelaksanaan kajian adalah selama enam bulan bermula 1 Julai hingga 31 Disember 2021. Kajian meliputi seluruh negara dengan pelaksanaan mengikut zon iaitu Utara, Tengah, Timur, Selatan, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan. Kajian ini mengambil kira aspek kadar jenayah, gejala dadah, isu pendatang asing tanpa izin (PATI), pekerja asing dan isu-isu keselamatan dan ketenteraman awam lain. Kajian ini turut mengambil kira dan menganalisa beberapa indeks keselamatan antarabangsa yang sedang dijalankan oleh manamana entiti antarabangsa dalam aspek keselamatan dan kedaulatan negara seperti Global Peace Index dan lain-lain. Skor Persepsi Indeks Keselamatan Malaysia (PSI 2021) adalah 64.67 peratus yang diinterpretasikan atau membawa maksud “SELAMAT”. Kajian yang dilaksanakan oleh IPSOM dan Bahagian Pengurusan Pekerja Asing (PA) bersama rakan strategik Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bertujuan untuk menganalisa implimentasi Dasar Penggajian Pekerja Asing di Malaysia melalui Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS). Kajian ini dibuat untuk mencapai beberapa objektif iaitu mengenal pasti faktor-faktor yang menyebabkan perubahan dasar penggajian pekerja asing di Malaysia, mengkaji implikasi kedatangan pekerja asing terhadap keselamatan negara dan menganalisis dasar penggajian pekerja asing berhubung tempoh penggajian dan had umur yang paling ideal di Malaysia. Hasil dapatan kajian telah dibentangkan kepada Pengurusan Tertinggi KDN serta Kementerian Sumber Manusia. Kajian Mengenai Dasar Penggajian Pekerja Asing di Malaysia Melalui Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) INSTITUT KESELAMATAN AWAM MALAYSIA Kajian Persepsi Indeks Keselamatan Malaysia (PSI) 2021 LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 300
Kajian yang dilaksanakan oleh IPSOM dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) bersama rakan strategik USIM bertujuan untuk menganalisa keberkesanan rondaan keselamatan RELA di kawasan berfokus. Persepsi rasa selamat dalam komuniti diukur berdasarkan pelaksanaan rondaan keselamatan RELA di 157 kawasan berfokus. Selain itu, kajian ini juga menilai tahap keberkesanan dan sokongan komuniti terhadap pelaksanaan rondaan RELA di kawasan berfokus. Kajian ini mendapati keberkesanan rondaan komuniti RELA adalah berdasarkan kepada kekerapan rondaan, penambahbaikan elemen kerjasama, latihan dan penilaian semula kriteria kawasan berfokus. Kesemua dapatan kajian ini telah dibentangkan kepada pengurusan tertinggi RELA untuk penambahbaikan agensi. Pembangunan Indeks Keselamatan Sempadan Negara (IKSN) dilaksanakan secara pemecahan kepada tiga zon atau kluster iaitu Semenanjung, Sabah dan Sarawak dengan melantik tiga pihak berbeza untuk menjalankan kajian berdasarkan keunikan dan ciri-ciri sesuatu lokaliti yang berbeza. Bagi tujuan pelaksanaan IKSN Semenanjung Malaysia, IPSOM telah melaksanakan kajian melalui kerjasama strategik dengan pasukan penyelidik dari UiTM. Kajian IKSN ini mengambil kira aspek jenayah rentas sempadan seperti antikeganasan, jenayah siber, pemerdagangan orang, penyeludupan senjata api, narkotik dan barangan, pemerdagangan haiwan liar dan kayu balak. Selain itu, kajian ini turut mengambil kira dan menganalisa beberapa indeks keselamatan sempadan antarabangsa yang sedang dijalankan oleh mana-mana entiti antarabangsa dalam aspek keselamatan dan kedaulatan di sempadan negara. Hasil kajian ini membolehkan satu instrumen menyeluruh dalam pengukuran indikator keselamatan sempadan negara dapat diwujudkan bagi mengukur persepsi masyarakat ke atas indikator tersebut, keberhasilan operasi dan keberkesanan kewujudan pasukan keselamatan di sempadan serta mencadangkan langkah-langkah dan pelan tindakan untuk meningkatkan keselamatan di sempadan negara. Kajian Pembangunan Pelan Tindakan Kebangsaan Bagi Mencegah dan Menangani Fahaman Pelampau Keganasan (NAPPCVE) dilaksanakan secara kerjasama strategik UiTM dengan dibantu oleh penyelidik pakar dari Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Utara Malaysia, USIM dan Universiti Sultan Zainal Abidin. Tempoh pelaksanaan adalah selama 12 bulan bermula 1 April 2021 hingga 31 Mac 2022. Kajian ini bertujuan untuk menjelaskan aktiviti fahaman pelampau keganasan serta ancaman terhadap agama, politik, sosial dan ekonomi di Malaysia. Selain itu, kajian juga akan menganalisis jurang pemahaman antara teras-teras utama dan penambahbaikan bagi mencegah dan menangani fahaman tersebut di Malaysia. Sumbangan terbesar kajian ini adalah pembangunan satu model komprehensif yang bertindak sebagai pelan tindakan kebangsaan dalam usaha mencegah dan menangani ancaman fahaman pelampau keganasan di Malaysia. Kajian Keberkesanan Rondaan Keselamatan Jabatan Sukarelawan Malaysia di Kawasan Berfokus Kajian Indeks Keselamatan Sempadan Negara Kajian Pembangunan Pelan Tindakan Kebangsaan bagi Mencegah dan Menangani Fahaman Pelampau Keganasan LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 301
Hasil dari Bengkel Penyelarasan yang dijalankan, IPSOM turut mengadakan Bengkel NAPPCVE siri 1/2021 pada 2 April 2021 di KDN. Bengkel ini telah dihadiri 50 peserta yang mewakili semua agensi kerajaan yang berkepentingan dalam penghasilan NAPPCVE. Pasukan Penyelidik Bengkel Kajian Pembangunan Pelan Tindakan Kebangsaan bagi Mencegah dan Menangani Fahaman Pelampau Keganasan (NAPPCVE) yang diadakan pada 11 hingga 13 Mac 2021 di Sungai Petani, Kedah. Kajian ini dilaksanakan oleh IPSOM bersama rakan strategik USIM untuk mengenal pasti aspek-aspek yang perlu dalam penambahbaikan undang-undang, prosedur dan pengendalian pilihan raya dalam era pandemik bagi memastikan kestabilan terhadap aspek keselamatan dan ketenteraman awam. Kajian ini turut menyumbang kepada pengukuhan fungsi KDN sebagai peneraju keselamatan dan ketenteraman awam dalam penerokaan dimensi baharu kajian iaitu aspek keselamatan pilihan raya dan bersesuaian dengan tanggungjawab IPSOM sebagai penyelaras Sub Jawatankuasa Kerja Teknikal (TWG) Strategi 10 di bawah Kumpulan Kerja 2 JSPP berkaitan Mengenal Pasti Ancaman Baharu dan Pengurusan Risiko susulan pandemik COVID-19. Bengkel Penyelarasan ini telah diadakan pada 11 hingga 13 Mac 2021 di Sungai Petani, Kedah. Bengkel selama tiga hari ini telah dihadiri oleh 20 orang peserta yang terdiri daripada pengkaji dari Institut Penyelidikan Perakaunan (ARI), UiTM dan Bahagian Keselamatan KDN. Kajian Pengurusan Keselamatan Pilihan Raya dalam Era Pandemik Bengkel Kajian Pembangunan Pelan Tindakan Kebangsaan bagi Mencegah dan Menangani Fahaman Pelampau Keganasan (NAPPCVE) Bengkel Keselamatan dan Ketenteraman Awam LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 302
YBhg. Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Abdul Rahman, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) KDN merasmikan Bengkel Kajian Pembangunan Pelan Tindakan Kebangsaan bagi Mencegah dan Menangani Fahaman Pelampau Keganasan (NAPPCVE) Siri 1/2021 pada 2 April 2021 di Putrajaya. Bengkel NAPPCVE siri 2/2021 telah diadakan pada 26 hingga 28 April 2021 di KDN. Bengkel ini telah dihadiri 100 peserta yang mewakili agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO). Peserta bengkel NAPPCVE Siri 2/2021 dalam sesi libat urus Agensi Kerajaan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan pada 26 hingga 28 April 2021 di Putrajaya. Sesi pembentangan dan validasi melalui perbincangan meja bulat dan perbincangan kumpulan berfokus dalam Bengkel Kajian Persepsi Indeks Keselamatan Malaysia yang diadakan pada 9 Disember 2021 di KDN. Bengkel Kajian Persepsi Indeks Keselamatan Malaysia (PSI) yang telah diadakan pada 9 Disember 2021 di KDN dan telah dihadiri oleh 50 orang peserta yang terdiri daripada pengkaji dari UiTM, Cawangan Kedah dan wakil agensi kerajaan. Bengkel Kajian Persepsi Indeks Keselamatan Malaysia LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 303
YBhg. Datuk Mohamad Fauzi bin Md Isa, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Kawalan) KDN dalam IPSOM Lecture on Public Security pada 6 Mei 2021 di Putrajaya. YBrs. Prof. Madya Dr Mohd Rizaimy bin Shaharudin dari UiTM Cawangan Kedah dalam sesi pembentangan syarahan IPSOM Siri 1/2021 berkaitan Kajian Persepsi Indeks Keselamatan Malaysia Tahun 2020. Bengkel Sesi Libat Urus bersama Agensi-agensi berkaitan isu Jenayah Rentas Sempadan bagi Kajian Indeks Keselamatan Sempadan Negara (IKSN) ini telah diadakan pada 28 September 2021 di UiTM Negeri Sembilan, Kampus Seremban 3, Negeri Sembilan. Bengkel ini telah dihadiri oleh 35 orang peserta yang terdiri daripada pengkaji dari UiTM Negeri Sembilan, semua agensi di bawah KDN dan wakil agensi luar. Bengkel Kajian Indeks Keselamatan Sempadan Negara IPSOM Lecture on Public Security IPSOM Lecture on Public Security (ILOPS) Siri 1 bertajuk Kajian Persepsi Indeks Keselamatan Malaysia (PSI) telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Mohamad Fauzi bin Md Isa, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Kawalan) KDN pada 6 Mei 2021 di Putrajaya. Sesi syarahan ini dihadiri oleh 50 orang peserta yang terdiri daripada pengkaji dari UiTM Cawangan Kedah, semua agensi di bawah KDN dan wakil agensi luar. LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 304
Simposium Antarabangsa IPSOM-UiTM Simposium Antarabangsa IPSOM-UiTM bertajuk Mendepani Cabaran Ancaman Keselamatan Malaysia Era Kini telah diadakan pada 25 November 2021 secara webinar melalui platform Zoom dan Youtube. Sesi simposium ini disertai oleh 222 orang peserta mewakili agensi kerajaan dan ahli akademik dalam dan luar negara. Simposium ini bertujuan untuk menjelaskan tahap ancaman keselamatan negara dari segi persepsi masyarakat, mengupas ancaman keselamatan negara dari segi impak rentas sempadan, pelampau keganasan dan potensi ancaman baharu dari sudut fizikal, ideologi dan sosial serta mendapatkan maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada peserta. Ucapan Aluan oleh Profesor Ts Dr Norazah binti Abd Rahman, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Universiti Teknologi MARA. Ucapan Perasmian oleh YBhg. Datuk Mohamad Fauzi bin Md Isa Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Kawalan), Kementerian Dalam Negeri. Barisan Panel Jemputan Forum 2: Countering Violent Extremism Towards Sustainable Nation Building. Moderator dan Barisan Panel Jemputan Forum 1: National Security and Public Order: A Perspective View. LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 305
Naskah Journal of Public Security and Safety, Volume 11 - Number 1/2021 IPSOM telah menerbitkan Journal of Public Security and Safety, Volume 11- Number 1/2021 dan antara artikel-artikel yang terdapat dalam jurnal tersebut adalah seperti yang berikut: i. National Action Plan for Countering Violent Extremism: An Overview of the Context, Status and Way Forward; ii. Traffic and Trade Flows During 24 Hours Operation at ICQS, Bukit Kayu Hitam; iii. Kajian Keberkesanan Pengoperasian 24 Jam ICQS Bukit Kayu Hitam: Impak Keselamatan dan Perniagaan kepada Peniaga-Peniaga Setempat; iv. Keberkesanan Kos dan Faedah Pengoperasian Sempadan-Kajian di ICQS Bukit Kayu Hitam; v. Pandemik COVID-19: Keberkesanan Penyebaran Maklumat oleh Kerajaan dan Pematuhan Rakyat Terhadap Perintah Kawalan Pergerakan (PKP); vi. Impak Penularan Pandemik Corona Virus Terhadap Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Tahap Keselamatan Pilihan Raya: Satu Kajian Konsep; dan vii. Psikologi Keselamatan Rakyat Malaysia Semasa Pandemik COVID-19. Penerbitan Jurnal www.moha.gov.my CONTENTS NATIONAL ACTION PLAN FOR COUNTERING VIOLENT EXTREMISM: AN OVERVIEW OF THE CONTEXT, STATUS AND WAY FORWARD Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, Kamarulnizam Abdullah, Jamaliah Said, Afzal Izzaz Zahari TRAFFIC AND TRADE FLOWS DURING 24 HOURS OPERATION AT ICQS, BUKIT KAYU HITAM Noor Zahirah Mohd Sidek, Ernieza Suhana Mokhtar, Sahubar Ibrahim Ismail Gani KAJIAN KEBERKESANAN PENGOPERASIAN 24 JAM ICQS BUKIT KAYU HITAM : IMPAK KESELAMATAN DAN PERNIAGAAN KEPADA PENIAGA-PENIAGA SETEMPAT Nik Azmi Nik Omar, Sahubar Ibrahim Ismail Gani, Roshima Said, Wan Nailah Abdullah, Noor Zahirah Mohd Sidek, Mohd Rizaimy Shaharudin KEBERKESANAN KOS DAN FAEDAH PENGOPERASIAN SEMPADAN - KAJIAN DI ICQS BUKIT KAYU HITAM Nik Azmi Nik Omar, Sahubar Ibrahim Ismail Gani, Wan Nailah Abdullah, Roshima Said, Noor Zahirah Mohd Sidek, Mohd Rizaimy Shaharudin PANDEMIK COVID-19: KEBERKESANAN PENYEBARAN MAKLUMAT OLEH KERAJAAN DAN PEMATUHAN RAKYAT TERHADAP PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) Nik Azmi Nik Omar, Nur Zainie Abd Hamid, Nabila Ahmad, Mohd Fazil Jamaludin, Siti Fairuza Hassan IMPAK PENULARAN PANDEMIK CORONAVIRUS TERHADAP FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TAHAP KESELAMATAN PILIHAN RAYA: SATU KAJIAN KONSEP 1 23 51 85 127 149 165 Norazam Mohd Noor PSIKOLOGI KESELAMATAN RAKYAT MALAYSIA SEMASA PANDEMIK COVID-19 Mohd Azmir Mohd Nizah, Afi Roshezry Abu Bakar OM) JOURNAL OF PUBLIC SECURITY AND SAFETY IPSOM Volume 4 Number 2 / 2015 Volume 11 - Number 1 / 2021 ISSN: 2289-4624 10/12/15 10:30 AM INSTITUTE OF PUBLIC SECURITY OF MALAYSIA (IPSOM) Journal of Public Security Sa and fety www.mCONTENTS NATIONAL ACTIOAN OVERVIEW OWan Ahmad DahJamaliah Said, AfTRAFFIC AND TRAT ICQS, BUKIT Noor Zahirah MoIbrahim Ismail GaKAJIAN KEBERKKAYU HITAM : IMPENIAGA-PENIANik Azmi Nik OmWan Nailah AbduKEBERKESANAN- KAJIAN DI ICQSNik Azmi Nik OmRoshima Said, NoPANDEMIK COVIOLEH KERAJAANKAWALAN PERGNik Azmi Nik OmJamaludin, Siti FIMPAK PENULARFAKTOR-FAKTOPILIHAN RAYA: SNorazam Mohd NPSIKOLOGI KESECOVID-19 Mohd Azmir MohISSN 2289-4624 9 7 7 2 2 8 9 46300 5 Ministry of Home Afiairs Level 7, Block D1, Complex D Federal Government Administrative Centre 62546 Putrajaya Tel. : 03-8886 8582 Fax : 03-8889 1676 Email : [email protected] INSTITUTE OF PUBLIC SECURITY OF MALAYSIA (IPSOM) JOURNAL OF PUBLIC SECURITY AND SAFETY IPSOM Volume 4 Number 2 / 2015 Volume 11 - Num Kulit.indd 1 Journal SecLAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 306
Naskah Journal of Public Security and Safety, Edisi Khas 2021 IPSOM juga menerbitkan jurnal Edisi Khas Tahun 2021 dan antara artikel-artikel yang terdapat dalam jurnal tersebut adalah seperti yang berikut: i. The Role and Initiatives of Malaysian Government Agencies in Countering Violent Extremism and Terrorism; ii. The Security Implications of The Employment of Foreign Workers Holding Visit Pass (Temporary Employment) in Peninsular Malaysia; iii. Persepsi Belia Terhadap Tahap Keselamatan Diri Akibat Jenayah Bukan Fizikal di Malaysia; iv. Pembangunan Kriteria, Instrumen dan Soal Selidik Bagi Persepi Indeks Keselamatan (PSI 2020); v. Tahap Keberkesanan Pengurusan Dana ke atas Aktiviti Pencegahan Jenayah dan Pencegahan Dadah Dikalangan Pertubuhan Yang Berdaftar di Bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia; dan vi. Persepsi Orang Awam Terhadap Keberkesanan Sekatan Jalan Raya Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (COVID-19). LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 307
Naskah Journal of Public Security and Safety, Volume 12 - Number 2/2021 IPSOM juga menerbitkan jurnal Volume 12- Number 2/2021 dan antara artikel-artikel yang terdapat dalam jurnal tersebut adalah seperti berikut: i. An Overview of Policy Actors and Their Functions in Counter Violent Extremism (CVE) Policy Implementation in Malaysia; ii. Malaysia’s Security and Crime Index: Development, Indicators and Key Empirical Findings; iii. Praktis dan Kekangan Pengurusan Pilihan Raya Era Pandemik di Malaysia; iv. Keberkesanan Rondaan Komuniti RELA di 157 Kawasan Berfokus Tahun 2022; v. Paradoks Antara Demokrasi dan Keselamatan Negara: Analisa Ringkas Daripada Pilihan Raya Negeri Melaka 2021; dan vi. Religous, Political and Health Radicalization in the Context of National Security in Malaysia and Public Order. LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2021 308
KEMENTERIAN DALAM NEGERI Blok D1, D2, D7 & D9, Kompleks D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya Tel: 03 8000 8000 | Fax: 03 88891613 / 03 88891610 Emel: [email protected] SU KA RELAWAN JA BATAN