The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mohdrain, 2020-10-18 20:50:30

BUKU PEMBELAJARAN TATABAHASA

BUKU PEMBELAJARAN TATABAHASA

Penerbit;

PUSTAKA SALAM SDN BHD

No 20, Jalan 34/10A, Kawasan Perindustrian IKS
68100 Batu Caves, Kuala Lumpur.
Tel: 03-61869469 Faks: 03-61875436

Laman Web: www.pustakasalam.net
email: [email protected]

C Hak Cipta Terpelihara
Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian,

artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa
jua bentuk dan dengan apa jua cara sama ada
secara elektronik, fotokopi, makanik,
rakaman atau cara lain sebelum
mendapat izin bertulis
daripada penulis.

Cetakan Ogos 2009

Pencetak:
PROSPECTA PRINTERS SDN BHD
No 18, Jalan 34/10A, Kawasan Perindustrian IKS
68100 Batu Caves, Kuala Lumpur

PRAKATA

Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T. yang telah
memberikan taufik dan hidayah serta kelapangan fikiran dan masa
sehingga usaha menghasilkan buku ini berjaya jua akhirnya. Buku
ini menyajikan aspek pembelajaran tatabahasa bahasa Melayu.
Pembelajaran aspek tatabahasa merangkumi bidang morfologi
(perkataan) dan sintaksis (ayat).

Secara umumnya, buku ini memaparkan kaedah pembelajaran
tatabahasa bahasa Melayu dengan menggunakan pendekatan mesra
pengguna. Bahasa yang digunakan amat mudah untuk difahami
oleh semua golongan sama ada pada peringkat sekolah rendah,
menengah, kolej, maktab mahupun universiti. Penggunaan bahan
grafik yang sesuai dapat menambahkan pemahaman seseorang.
Latihan yang disediakan juga dapat memberi pengukuhan dari segi
isi kandungannya.

Bidang morfologi yang diperkatakan dalam buku ini
merangkumi aspek morfem, kata, proses pembentukan kata,
penggolongan kata serta panduan ejaan dan tanda bacaan.
Manakala bidang sintaksis pula merangkumi aspek frasa, klausa,
ayat serta proses-proses penghasilan ayat bahasa Melayu.

Pada kesempatan ini, ucapan terima kasih kami hulurkan
kepada pelajar bahasa Melayu di universiti khususnya di Universiti
Pendidikan Sultan Idris kerana banyak memberi sumbangan idea
dan menggerakkan kami untuk menghasilkan buku ini. Rakaman
penghargaan juga kami hulurkan kepada ahli bahasa yang karya
mereka menjadi rujukan kami.

Akhirnya, kami sedar bahawa buku ini masih jauh daripada
sempurna, namun tentu ada sekelumit yang bermanfaat. Dengan
rendah hati, kami memberanikan diri menyajikan buku ini kepada
para pembaca. Teguran dan saranan daripada pembaca sangat kami
harapkan.

Waasallam.

MOHD RA’IN BIN SHAARI 9 Jun 2009
ALIAS MOHD YATIM

ABDULLAH BIN YUSOF

iii

KANDUNGAN iii
1
Prakata 15
Bab 1: Pengenalan Morfologi 37
Bab 2: Pembentukan Kata 52
Bab 3: Penggolongan Kata 65
Bab 4: Kata Nama I 80
Bab 5: Kata Nama II 98
Bab 6: Kata Kerja 120
Bab 7: Kata Adjektif 155
Bab 8: Kata Tugas 175
Bab 9: Pembentukan Perkataan Baharu 232
Bab 10: Ejaan dan Tanda Baca 246
Bab 11: Pengenalan Sintaksis 267
Bab 12: Ayat Tunggal 284
Bab 13: Ayat Majmuk 302
Bab 14: Proses Penerbitan Ayat
Bibliografi

iv

Bab 1
PENGENALAN MORFOLOGI

Pengenalan

Tahukah anda bahawa semua bahasa di dunia ini mempunyai
sistem yang tersendiri. Sebahagian bahasa mempunyai sistem yang
hampir sama, manakala sebahagian bahasa lagi mempunyai sistem
yang berbeza sama sekali. Dengan kata lain, ada sistem yang umum
bagi semua bahasa dan ada pula sistem yang khusus bagi sesuatu
bahasa. Sistem yang umum bagi semua bahasa misalnya melibatkan
binaan ayat. Semua bahasa di dunia mempunyai binaan ayat yang
sekurang-kurangnya terdiri daripada satu subjek dan satu predikat.
Manakala daripada segi binaan frasa, ada bahasa yang binaan
frasanya menggunakan hukum D-M (unsur yang diterangkan
mendahului yang menerangkan), seperti dalam binaan frasa bahasa
Melayu baju biru atau Rumah Putih. Sebaliknya, bahasa Inggeris
menggunakan hukum M-D (unsur yang menerangkan mendahului
yang diterangkan), seperti dalam binaan frasa blue shirt atau White
House.

Sistem bahasa Melayu dapat dihuraikan daripada unsur-unsur
yang terdapat dalam bahasa itu. Unsur yang terbesar dalam bahasa
adalah ayat. Ayat pula terbina daripada gabungan klausa dan
frasa. Unsur frasa pula boleh dianalisis kepada morfem-morfem.
Kesemua unit tersebut dinakan sebagai unit tatabahasa. Secara
umumnya tatabahasa bahasa Melayu terbahagi kepada dua bidang,
iaitu morfologi dan sintaksis. Bidang bidang binaan perkataan
adalah bidang morfologi, , manakala binaan ayat adalah bidang
sintaksis. Hubungan antara kesemua unsur ini dapat dilihat
melalui rajah di bawah.

1

Pengenalan Morfologi

Jadual: Unit Tatabahasa

UNIT TATABAHASA Dia pergi ke sekolah.
AYAT dia pergi ke sekolah
dia pergi ke sekolah
2 SINTAKSIS KLAUSA dia pergi ke sekolah
FRASA

1 MORFOLOGI KATA

AKTIVITI

Sila berbincang dengan rakan anda tentang maksud morfologi
dan ruang lingkup bidang ini.

Definisi Morfologi

Pernahkah anda mendengar istilah morfologi? Tahukah
anda apakah yang dimaksudkan dengan ilmu morfologi? Mungkin
ramai di antara kita yang belum memahami konsep ilmu ini, tetapi
sedarkah kita bahawa kita sentiasa menggunakan morfologi untuk
bertutur, menulis, membaca atau untuk menyatakan perasaan
kita. Jika anda masih kabur tentang ilmu morfologi, marilah kita
meneliti beberapa definisi yang telah diberikan oleh beberapa tokoh
bahasa.

(a) Asmah Hj Omar (1993), menyatakan morfologi sebagai
peninjauan linguistik yang menitikberatkan hubungan antara
morfem-morfem dan varian morfem.

(b) John T. Jensen (1995), mendefinisikan morfologi sebagai
kajian tentang struktur dalaman perkataan.

(c) Kamus Linguistik (1997), menjelaskan morfologi ialah cabang
tatabahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan golongan kata.

(d) Abdullah Hassan (2005), mentakrifkan morfologi sebagai
bidang linguistik yang mengkaji bagaimana perkataan dibina.
Kajian ini dilakukan terhadap unsur-unsur yang membentuk
perkataan, proses-proses membentuk perkataan dan bentuk-
bentuk perkataan yang dihasilkan.

(e) Nik Safiah Karim et al. (2008), menjelaskan morfologi sebagai
bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan
penggolongan kata.

2

Pengenalan Morfologi

Berdasarkan pendapat tokoh-tokoh di atas, ilmu morfologi ialah
ilmu yang mengkaji struktur, bentuk dan golongan kata. Pengkajian
struktur, bentuk dan golongan kata adalah seperti berikut:

1. Struktur membesar (struktur betul)

kata besarmem (struktur salah)

MORFOLOGI 2. Bentuk Jalan (bentuk tunggal)
kata Berjalan (bentuk terbitan)

3. Golongan Sedih (golongan kata adjektif)
kata Menyedihkan (golongan kata
kerja)

Rajah: Konsep morfologi

AKTIVITI

(a) Apakah perbezaan utama definisi morfologi antara Asmah
Hj. Omar (1993) dan Nik Safiah Karim et al. (2008)?

(b) Berdasarkan definisi di atas, hasilkan satu definisi morfologi
yang paling mudah untuk difahami.

Konsep Morfologi

Sebelum kita mempelajari ilmu morfologi dengan lebih
mendalam, marilah kita meneliti terlebih dahulu beberapa konsep
penting yang terdapat dalam ilmu morfologi ini. Dengan memahami
beberapa konsep penting ini, ia akan memudahkan kita memahami
ilmu morfologi dengan lebih mudah lagi. Berikut akan dijelaskan
beberapa konsep utama dalam ilmu morfologi iaitu;

(a) Struktur kata

Struktur kata ialah susunan bunyi ujaran atau tulisan yang
menjadi unit bahasa yang bermakna. Perhatikan contoh di bawah:

Contoh:-

pelaksanaan (struktur betul)
anlaksanape (struktur salah)
berasaskan (struktur betul)
kanasasber (struktur salah)

3

Pengenalan Morfologi

Berdasarkan contoh di atas, kata pelaksanaan adalah bunyi
ujaran atau ejaan yang berada dalam susunan atau struktur yang
betul. Manakala, ejaan anlaksanape merupakan struktur yang salah
dan tidak bermakna.

LATIHAN

Sila susun kembali struktur kata bagi perkataan-perkataan
di bawah.
i) kannyatame _________________________
ii) ipunyamem _________________________
iii) ananalisispeng ___________________________

(b) Bentuk Kata

Bentuk kata ialah rupa unit tatabahasa sama ada berbentuk
tunggal atau mengalami proses pengimbuhan, penggandaan dan
pemajmukan.

Contoh:-

jalan (bentuk tunggal)
berjalan (bentuk terbitan)
jalan-jalan (bentuk gandaan)
jalan mati (bentuk majmuk)

Berdasarkan contoh di atas, kata jalan tidak mengalami
apa-apa perubahan dan bentuk yang tidak mengalami apa-apa
perubahan ini dinamakan sebagai bentuk tunggal. Kata berjalan
merupakan bentuk kata yang telah menerima imbuhan iaitu
imbuhan ber-. Oleh itu, kata yang menerima apa-apa imbuhan
dinamakan sebagai bentuk terbitan. Seterusnya, bentuk jalan-
jalan adalah bentuk gandaan iaitu kata dasar digandakan bagi
menunjukkan perubahan makna. Akhir sekali, kata jalan mati
adalah gabungan dua kata iaitu jalan dan mati yang membawa satu
makna yang baharu. Bentuk dua kata yang hadir serentak seperti
jalan mati dinamakan sebagai bentuk majmuk.

4

Pengenalan Morfologi

LATIHAN

Nyatakan bentuk kata bagi setiap perkataan di bawah.

i) kasut-kasut _________________________

ii) menyerupai _________________________

iii) buah tangan _________________________

(c) Penggolongan kata

Penggolongan kata merupakan penjenisan kata berasaskan
fungsi tatabahasa. Tahukah anda bahawa dalam sesuatu bahasa itu
terdapat beribu malahan jutaan kata. Semua kata tersebut perlulah
dikelompokkan atau digolongkan dalam kategori tertentu. Dalam
bahasa Melayu, terdapat empaat golongan kata iaitu kata nama,
kata kerja, kata adjektif dan kata tugas.

Contoh:-

Kata nama bumi, Ahmad, sekolah
Kata kerja tulis, menyanyi, bersalam
Kata adjektif cinta, marah, benci
Kata tugas di, akan, sangat

Berdasarkan contoh di atas, perkataan bumi, Ahmad,
sekolah adalah merujuk kepada nama-nama benda dan kesemua
kata tersebut digolongkan sebagai kata nama. Perkataan tulis,
menyanyi, bersalam merupakan kata yang merujuk kepada
perbuatan dan kesemua perkataan tersebut digolongkan sebagai
kata kerja. Seterusnya, kata cinta, marah, benci adalah kata yang
merujuk kepada sifat. Oleh itu, kata tersebut digolongkan sebagai
kata adjektif. Akhirnya ialah kata tugas iaitu kata yang berfungsi
dalam ayat seperti di sekolah, akan hadir dan sangat pandai.

LATIHAN

Sila kenal pasti golongan kata di bawah.

i) ikan _________________________

ii) membawa _________________________

iii) sayang ____________________________

5

Pengenalan Morfologi

d) Alomorf

Alomorf ialah kelainan morfem yang diwujudkan secara
fonologi. Misalnya, imbuhan meN- dapat diwakili oleh bentuk:

Contoh:-

me- Merajuk
mem- Memberi
men- Mencari
meng- Menggosok
menge- Mengetin

AKTIVITI

Jelaskan apakah perbezaan struktur kata, bentuk kata dan
golongan kata?

Unit Morfologi

Terdapat dua unit morfologi iaitu morfem dan kata.
Kedua-dua unit ini saling melengkapi antara satu sama lain dan
seterusnya menghasilkan ilmu morfologi yang sempurna. Berikut
akan dijelaskan aspek morfem dan kata.

a) MORFEM

Apakah yang dimaksudkan dengan morfem? Menurut Asmah
Hj. Omar (1993), morfem ialah unit nahu yang terkecil yang
mempunyai makna dan terletak pada tingkat paling bawah dalam
skala tetingkat nahu. Morfem boleh dibahagikan kepada dua jenis
iaitu morfem bebas dan morfem terikat.

i) Morfem Bebas

Morfem bebas ialah morfem yang boleh berdiri dengan sendiri
tanpa bantuan morfem lain dan mempunyai makna yang lengkap.

Contoh:-

6

Pengenalan Morfologi

saya Semua kata tersebut boleh berdiri sendiri
kamu sebagai satu kata yang mempunyai makna
kereta
rumah

Morfem bebas tidak boleh lagi dipecahkan kepada bentuk yang
lebih kecil. Misalnya, morfem bebas makan tidak boleh dipecahkan
lagi menjadi ma atau kan.

ii) Morfem Terikat

Morfem terikat ialah morfem yang tidak boleh berdiri dengan
sendiri sebagai kata tanpa bantuan morfem lain untuk berfungsi
sebagai kata. Pada amnya morfem terikat dalam Bahasa Melayu
terdiri daripada imbuhan.

Contoh:

di- Semua imbuhan tersebut tidak boleh berdiri
ter- sendiri sebagai satu kata yang lengkap
ber-
men-
me-kan

{berjalan} {ber} ialah morfem terikat dan ia memerlukan
{jalan} untuk membentuk kata {berjalan}

{jalan} ialah morfem bebas dan boleh berdiri sendiri sebagai
kata tanpa bantuan morfem lain.

Selain imbuhan sebagai morfem terikat, terdapat juga bentuk-
bentuk kata penuh yang dikategorikan sebagai morfem terikat. Bentuk
kata penuh yang dikategorikan sebagai morfem terikat ialah kata yang
tidak boleh berdiri sendiri untuk membawa makna yang lengkap.

Contoh:-

Mayur (tiada makna) Sayur-mayur (ada makna)
Batan (tiada makna) Batu-batan (ada makna)
Pinak (tiada makna) Anak-pinak (ada makna)
Muih (tiada makna) Kuih-muih (ada makna)

7

Pengenalan Morfologi

AKTIVITI
Pada pendapat anda, adakah perkatan ‘bukau’ dalam ‘bukit-
bukau’ boleh dikategorikan sebagai morfem terikat?

Jenis-Jenis Morfem Terikat

Menurut Farid M. Onn et al. (2000), morfem terikat boleh
dibahagikan kepada tiga jenis iaitu morfem terikat satuan, morfem
terikat terbahagi dan morfem terikat kompleks. Marilah kita
bersama-sama meneliti ketiga-tiga jenis morfem terikat tersebut.

i) Morfem Terikat Satuan

Morfem terikat satuan ialah bentuk morfem terikat yang
kukuh dan tidak boleh dipisah-pisahkan bahagiannya. Morfem
jenis ini terdiri daripada bentuk imbuhan awalan seperti ter-, me-,
ber-, dan di-. Contoh penggunaannya ialah tersepak, berhimpun,
memetik dan diajak. Selain bentuk imbuhan awalan, morfem jenis
ini juga boleh terdiri daripada imbuhan akhiran seperti an- dan
–kan. Contoh penggunaanya ialah bulatan dan binakan. Contoh
lain seperti dalam jadual di bawah.

ter- tertidur, terdesak
ber- berkasut, bersukan
me- memasak, menarik
di- diminta, disoal
-an masakan, masukan
-kan carikan, campurkan

Apabila kita menyebut perkataan di atas, kita tidak menyedari
imbuhan awalan dan akhiran itu adalah bergandingan dengan kata
dasarnya. Bagaimanapun, dalam penulisan, morfem terikat satuan
ini tidak boleh ditulis terpisah daripada kata dasarnya. Contohnya,
tertidur dan berhimpun tidak boleh ditulis begini: ter tidur/ ter-tidur
dan ber kasut/ber-kasut. Maksudnya di sini ialah kata tidur itu
mempunyai makna yang tersendiri, manakala kata tertidur juga
mempunyai makna yang tersendiri.

8

Pengenalan Morfologi

ii) Morfem Terikat Terbahagi

Morfem terikat terbahagi ialah morfem terikat yang strukturnya
dipisahkan atau dibahagikan oleh tersisipnya kata dasar di
antaranya. Contohnya, ke-...-an, per-...-an, men-...-kan dan ber-...-kan.
Contoh perkataan yang menggunakan morfem terikat terbahagi ialah
kesakitan, pelarian, menjalankan dan berkaitan. Berdasarkan contoh
di atas, perkataan sakit, lari, jalan dan kait merupakan kata dasar
yang diapit oleh imbuhan apitan yang menepati sistem fonologi dan
kehadiran imbuhan tersebut adalah serentak, iaitu pada kedudukan
sebelum dan selepas kata dasar tersebut.

ke-...-an kerajaan, keselesaan
pe-...-an pemalsuan, pelaburan
men-...-kan menjelaskan, menjadikan
ber-...-kan beralaskan, berbantalkan

iii) Morfem Terikat Kompleks

Morfem terikat kompleks merupakan gabungan dua morfem
terikat atau lebih. Dalam bahasa Melayu, penggunaan morfem
terikat kompleks melibatkan penggabungan morfem terikat yang
hanya berlaku pada awalan sahaja atau pada awalan dan akhiran.
Sila teliti contoh di bawah ini.

a) diper-...kan diperdengarkan, dipersoalkan
b) diper-...i diperingati, diperhambai
c) memper-...kan memperbesarkan, memperjuangkan
d) memper-...i memperingati, memperhambai

Dalam contoh (a) dan (b) morfem terikat di- dan per- telah
digabungkan pada kedudukan sebelum kata dasarnya dan seterusnya
diikuti oleh satu lagi morfem terikat pada kedudukan selepas kata
dasar tersebut iaitu –kan dan –i. Manakala dalam contoh (c) dan
(d), kita dapati dua morfem terikat terlibat iaitu mem- dan per- yang
telah digabungkan pada kedudukan sebelum kata dasar. Contohnya,
memperbesarkan dan memperingati. Manakala morfem terikat
selepas kata dasar tersebut ialah –kan dan –i. Justeru, anda harus
ingat bahawa dalam penggunaan perkataan yang terdiri daripada
morfem terikat kompleks ini, kesemua morfem terikat yang terlibat
(sebelum dan selepas kata dasar) haruslah digunakan serentak.

9

Pengenalan Morfologi

AKTIVITI
Sila tentukan jenis morfem bagi setiap perkataan di sebelah
sama ada jenis morfem terikat satuan, morfem terikat
terbahagi atau morfem terikat kompleks.

Perkataan Jenis Morfem
1. dibaca
2. kebaikan
3. pengecat
4. mempersendakan
5. menaip
6. diakhiri

b) KATA

Menurut Kamus Linguistik (1997), kata ialah morfem atau
gabungan morfem yang dianggap sebagai unit terkecil yang dapat
berdiri sendiri sebagai satu ayat atau ujaran. Kata boleh terhasil
melalui morfem bebas, gabungan morfem bebas dan morfem terikat,
dan gabungan dua morfem bebas.

Contoh:-

KATA Morfem bebas baju, bola
pinjaman, digunakan
Morfem bebas + morfem kereta api, lebuh raya
terikat

Morfem bebas + morfem
bebas

LATIHAN

Berdasarkan jadual di bawah, sila tentukan jenis gabungan
morfem-morfem bagi menghasilkan perkataan tersebut.

Perkataan Jenis gabungan morfem
1. buku 10

Pengenalan Morfologi

2. pasar raya

3. kepanasan

4. diurusniagakan

Perbezaan Morfem Dan Kata

Setelah anda mempelajari konsep morfem dan kata, bolehkah
anda menjelaskan apakah perbezaan antara morfem dan kata?
Sebenarnya terdapat perbezaan yang jelas antara morfem dan kata.
Berikut akan djelaskan perbezaan antara morfem dan kata.

a) Jumlah kata amatlah banyak dan sukar untuk disenaraikan.
Kata boleh bertambah pada setiap masa sama ada melalui cara
penghasilan kata baharu ataupun melalui proses pinjaman.
Oleh itu, kata bersifat dinamik iaitu sentiasa bertambah dari
semasa ke semasa. Ini berbeza dengan morfem khususnya
morfem terikat yang sangat terhad jumlahnya. Misalnya,
jumlah imbuhan dalam bahasa Melayu amatlah terhad dan
jarang bertambah.

b) Kata tidak boleh lagi dipecahkan menjadi unsur yang lebih
kecil. Ini kerana kata ialah unit terkecil yang mempunyai
makna yang sempurna. Kata seperti pejabat, tidak boleh lagi
dipecahkan menjadi pe, ja, bat. Ini berbeza dengan morfem
khususnya morfem terikat yang boleh dipecahkan kepada
beberapa morfem. Misalnya perkataan mendedahkan, boleh
dipecahkan kepada tiga (3) morfem iaitu men-, dedah, dan
–kan.

c) Kata mempunyai makna yang lengkap. Satu kata biasanya
membawa sekurang-kurangnya satu makna yang lengkap.
Misalnya, kata rumah membawa satu makna iaitu binaan untuk
tempat tinggal. Hal ini berbeza dengan morfem khususnya
morfem terikat iaitu tidak dapat berdiri sendiri sebagai satu
unit yang lengkap. Misalnya, morfem terikat seperti ter-, ber,
di-, dan –kan, tidak boleh hadir sendirian sebaliknya perlu
hadir bersama-sama kata lain untuk menghasilkan makna.

Menganalisis Morfem Dan Kata

Tahukah anda bahawa sesuatu morfem atau perkataan itu
boleh dianalisis bagi menetukan jumlah morfem dan kata dalam
sesuatu perkataan. Menurut Abdullah Hassan (2005), menganalisis

11

Pengenalan Morfologi

ujaran bagi mencari morfem bermula dengan anggapan semua
ujaran atau perkataan dapat ditranskripsikan dan dipenggal-
penggalkan kepada bahagian yang lebih kecil.

Prinsip asas bagi memenggalkan sesuatu unsur dalam
perkataan ialah setiap satunya mestilah mempunyai makna atau
fungsi tatabahasa. Oleh itu, konsep memenggal suku kata perkataan
seperti makan kepada /ma/ + /kan/, adalah tidak dibenarkan.
Berikut akan dijelaskan cara menganalisis atau mengira jumlah
morfem dalam perkataan.

a) dipermain-mainkan

i) Kata dasar: main
ii) Gandaan penuh: main-main
iii) Imbuhan awalan: per- = permain-main
iv) Imbuhan apitan: di-...-kan = dipermain-mainkan
v) Jumlah morfem: morfem bebas 1 (main-main)
morfem terikat 3 (di, per, kan)
vi) Golongan kata: Jumlah: 4 morfem
kata kerja

dipermain-mainkan
di per main-main kan
morfem terikat morfem terikat morfem bebas morfem terikat
Jumlah morfem: 4 (1 bebas dan 3 terikat)

b) menyasarkan

i) Kata dasar: sasar

ii) Hukum PTKS: p m (pukul mukul = memukul)
t n (tulis nulis = menulis)
k ng (karang ngarang = mengarang)
s ny (sasar nyasar = menyasar)

iii) Imbuhan apitan: me-...-kan = menyasarkan

iv) Jumlah morfem: morfem bebas 1 (sasar/nyasar)
morfem terikat 2 (me-, -kan)
Jumlah: 3 morfem

v) Golongan kata: kata kerja

12

Pengenalan Morfologi

menyasarkan

me nyasar kan

morfem terikat morfem bebas morfem terikat

Jumlah morfem: 3 morfem (1 bebas, 2 terikat)

c) kebolehpercayaan

i) kata dasar: boleh, percaya

ii) kata majmuk: boleh percaya

iii) Imbuhan apitan: ke-...-an

iv) Ejaan rapat akibat imbuhan apitan: kebolehpercayaan

v) Jumalah Morfem: Morfem bebas 2 (boleh, percaya)
Morfem terikat 2 (ke-, -an)
Jumalah: 4 morfem

vi) Golongan kata: kata nama

kebolehpercayaan

ke boleh percaya an
morfem terikat
morfem terikat morfem bebas morfem bebas

Jumlah morfem: 4 morfem (2 bebas, 2 terikat)

AKTIVITI

Berdasarkan jadual di bawah, sila tentukan jumlah morfem
bagi setiap perkataan tersebut.

PERKATAAN JUMLAH MORFEM
meja 13
lelaki
seruling
kebersihan
saudara-mara
menyalahkan
diubahsuaikan
dianak tiri
kesamarataan
matahari

Pengenalan Morfologi

• Morfologi ialah ilmu mengkaji struktur, bentuk dan
penggolongan kata.

• Struktur kata ialah susunan bunyi ujaran atau tulisan yang
menjadi unit bahasa yang bermakna.

• Bentuk kata ialah rupa unit tatabahasa sama ada berbentuk
tunggal atau mengalami proses pengimbuhan, penggandaaan
dan pemajmukan.

• Penggolongan kata merupakan penjenisan kata berasaskan
fungsi tatabahasa.

• Alomorf ialah kelainan morfem yang diwujudkan secara
fonologis.

• Morfem ialah unit nahu yang terkecil yang mempunyai
makna.

• Morfem bebas ialah morfem yang boleh berdiri dengan
sendiri.

• Morfem terikat ialah morfem yang tidak boleh berdiri dengan
sendiri.

• Kata ialah morfem atau gabungan morfem yang dianggap
sebagai unit terkecil.

Morfologi Morfem terikat
Struktur kata Kata
Bentuk kata Perkataan
Penggolongan kata Tokoh-tokoh bahasa
Alomorf Pengimbuhan
Morfem Pemajmukan
Morfem bebas Penggandaan

14

Bab 2
PEMBENTUKAN KATA

Pengenalan

Terdapat beberapa cara bagi menghasilkan perkataan dalam
bahasa Melayu. Pada amnya, perkataan bahasa Melayu terhasil
melalui empat proses iaitu proses tunggal (kata tunggal), proses
pengimbuhan (kata terbitan), proses pemajmukan (kata majmuk),
dan proses penggandaan (kata ganda).

Pembentukan Kata

Kata Tunggal Kata Terbitan Kata Majmuk Kata Ganda
Rajah: Pembentukan Kata Bahasa Melayu

Berdasarkan rajah di atas, perkataan bahasa Melayu dapat
dihasilkan melalui empat proses pembentukan kata. Setiap proses
akan menghasilkan kata yang berbeza. Sebahagian besar perkataan
bahasa Melayu terhasil melalui proses terbitan iaitu kata dasar
menerima imbuhan untuk membezakan makna kata.

Menurut Nik Safiah Karim et.al (2008), bahasa Melayu
merupakan salah satu bahasa di dunia yang tergolong ke dalam
jenis bahasa aglutinatif atau bahasa yang bersifat derivatif. Jenis
bahasa yang sedemikian membentuk kebanyakan perkataannya
melalui proses pengimbuhan atau penggabungan morfem kata dasar
dengan morfem imbuhan secara rentetan mendatar, iaitu imbuhan
digabungkan serentak dengan kata dasar, sama ada mendahului
(awalan), menyisip (sisipan) atau mengikuti (akhiran) kata dasar
tersebut.

Selain menghasilkan perkataan melalui proses pengimbuhan,
perkataan bahasa Melayu juga boleh terhasil melalui proses
pemajmukan dan penggandaan. Melalui proses pemajmukan,
makna-makna baharu kata dapat dihasilkan khususnya bagi

15

Pembentukan Kata

menjelaskan sesuatu konsep. Misalnya, dua kata iaitu meja dan
makan dapat menghasilkan satu konsep baharu iaitu meja makan.
Melalui proses penggandaan pula, makna jamak atau banyak dapat
dihasilkan bagi sesuatu perkataan.

AKTIVITI

Berdasarkan petikan di bawah, sila kenal pasti bentuk-bentuk
kata yang digunakan.

DUNIA kini semakin kalut dengan krisis kewangan yang melanda
Amerika Syarikat (AS) kerana bimbangkan kesan negatif
daripada gejala itu ke atas ekonomi dan sektor perbankan di
negara masing-masing.
Kejatuhan bank pelaburan, Lehman Brothers yang sebelumnya
dianggap sebuah bank yang kukuh dan tidak mungkin akan
runtuh dengan mudah, menunjukkan rapuhnya sistem kewangan
di negara itu.

(Sumber: Berita Harian 23 September 2008)

Bentuk kata Tunggal

Pada bahagian ini, anda akan mempelajari proses pembentukan
kata tunggal bahasa Melayu. Diharap anda akan memahami proses
bagaimana kata tunggal bahasa Melayu itu dihasilkan.

Definisi Kata Tunggal

Bentuk kata tunggal ialah bentuk kata yang berdiri sendiri
tanpa menerima sebarang imbuhan atau tidak mengalami proses
penggandaan dan pemajmukan.

Menurut Tatabahasa Dewan, terdapat sekurang-kurangnya
dua jenis kata tunggal, iaitu kata tunggal yang mengandungi hanya
satu suku kata dan kata tunggal yang mengandungi dua suku kata
atau lebih. Jika dilihat dari segi penyukuan kata, perkataan boleh
mengandungi satu suku kata atau beberapa suku kata.

Sesuatu suku kata boleh terdiri daripada satu vokal (V) sahaja,
satu vokal disertai satu konsonan (K), atau satu vokal dengan
beberapa konsonan. Konsonan-konsonan itu hadir di hadapan atau
di belakang vokal atau serentak dihadapan dan di belakang. Ada
konsonan yang boleh hadir secara bergugus (KK).

16

Pembentukan Kata

Dalam bahasa Melayu, proses pembentukan kata tunggal
boleh dilihat melalui pola vokal dan konsonan dalam sesuatu kata.
Pembentukan kata tunggal terhasil melalui gabungan vokal dan
konsonan yang akan dijelaskan seperti berikut:

(a) Kata Tunggal Satu Suku Kata

Berdasarkan penelitian terhadap Kamus Dewan Edisi Ketiga
(1996), jumlah keseluruhan kata tunggal dengan satu suku kata
dalam bahasa Melayu sangat terhad, iaitu antara 500-1000 kata
sahaja. Kebanyakan perkataan tersebut merupakan kata pinjaman
daripada bahasa-bahasa asing, terutamanya bahasa Arab, bahasa
Inggeris, dan bahasa Jawa.

Pola pembentukan kata tunggal bahasa Melayu dengan satu
suku kata adalah seperti berikut:

1. KV (ya, yu)
2. VK (am)
3. KVK (tin, sen)
4. KKVK (gred, graf)
5. KVKK (golf, bank)
6. KKKV (skru)
7. KKKVK (skrip)

AKTIVITI

Berdasarkan pola di atas, sila hasilkan perkataan yang
mempunyai satu suku kata sahaja.

(b) Kata Tunggal Dua Suku Kata

Terdapat banyak perkataan bahasa Melayu yang terdiri
daripada dua suku kata. Antara pola-pola kata tunggal dengan
suku kata adalah seperti yang berikut:

1. V + KV (ini, apa)
2. V + VK (air, aur)
3. V + KVK (alas, ulat)
4. VK + KV (asli, anda)
5. VK + KVK (indah, umbut)
6. KV + V (dia, doa)

17

Pembentukan Kata

7. KV + VK (luas, laut)
8. KV + KV (bata, kata)
9. KV + KVK (kapak, telus)
10. KVK + KV (bantu, serta)
11. KVK + KVK (jemput, sandar)

(c) Kata Tunggal Tiga Suku Kata

Dibandingkan dengan kata tunggal dua suku kata, jumlah kata
tunggal dengan tiga suku kata agak kecil. Namun demikian pola-
pola susunan konsonan-vokalnya agak banyak. Jika diperhatikan
perkataan-perkataan tiga suku kata ini banyak daripadanya ialah kata-
kata pinjaman (Nik Safiah Karim et.al 2008). Antara pola-polanya:

1. KV + V + KV (suara, tiada)
2. KV + V + KVK (kaedah, ziarah)
3. V + KV + V (idea, asia)
4. KV + KV + V (peria, petai)
5. KVK + KV + V (pantai, santai)
6. KV + KV + VK (keluar, seluar)
7. KVK + KV + VK (berlian, tempias)
8. V + KV + KV (usaha, azali)
9. V + KV + KVK (alamat, akibat)
10. VK + KV + KV (asmara, antara)
11. KV + KV + KV (budaya, sutera)
12. KVK + KV + KV (kembara, misteri)
13. VK + KV + VK (ilmiah, ikhtiar)
14. V + KV + VK (akaun, amaun)
15. KV + KV + KVK (selaput, kelawar)
16. KVK + KV + KVK (mahkamah, sembilan)
17. KV + KVK + KV (terumbu, kelambu)
18. KVK + KVK + KV (sempurna)
19. KV + KVK + KVK (kelompok, pelantar)

(d) Kata Tunggal Empat Suku Kata dan Lebih

Terdapat sebilangan kecil kata tunggal yang terdiri daripada
empat suku kata dan lebih. Kebanyakan perkataan ini ialah kata
pinjaman. Antara contoh-contohnya:

18

Pembentukan Kata

1. KVK + KV + VK + KV (biduanda, keluarga)

2. KV + KVK + KV + KV (bijaksana, peristiwa)

3. KVK + KV + KV + KV (bendahari, sandiwara)

4. KVK + KV + V + KV (sentiasa)

5. KV + KV + KV + KV (samudera, selesema)

6. KV + KV + KV + KVK (muzakarah, kapitalis)

7. KVK + KV + KV + KVK (sentimeter)

8. KVK + KVK + KV + KV (dispensari, singgahsana)

9. KV + KV + V + KVK (mesyuarat, nasional)

10. V + KV + KVK + KV + KV (universiti)

11. KVK + KV + KV + KV + KVK (kosmopolitan)

12. KV + KV + KV + KV + KV + KV (maharajalela)

AKTIVITI

Berdasarkan petikan di bawah, sila kenal pasti pola KV bagi
setiap perkataan tersebut. Adakah semua perkataan tersebut
mematuhi pola KV bahasa Melayu yang telah anda pelajari?

SUNGAI PETANI: Program pembangunan sukan kanak-kanak
orang kurang upaya (OKU) boleh diketengahkan sekiranya bakat
golongan istimewa itu dicungkil menerusi pelbagai program
kesukanan yang berkesan.
Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri
Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti), Datin Seri Jeanne
Abdullah, berkata program pemantapan pembangunan sukan
OKU yang bakal dirangka Majlis Sukan Negara (MSN) mampu
membuka peluang kepada mereka mengambil bahagian dalam
pelbagai acara sukan.

(Sumber: Berita Harian 24 September 2008)

(e) Proses Pengakroniman

Selain penghasilan kata tunggal melalui proses pembentukan
pola KV, kata tunggal bahasa Melayu juga dapat dihasilkan melaui
proses pengakroniman. Dengan perkataan lain, kata akronim
adalah sejenis kata tunggal.

Menurut Farid M. Onn (2000), proses pengakroniman berlaku

19

Pembentukan Kata

melalui pencantuman bunyi-bunyi pertama dalam sejumlah
perkataan, atau pencantuman bahagian-bahagian daripada
beberapa perkataan untuk membentuk satu perkataan baharu.
Proses pengakroniman banyak berlaku dalam bahasa Melayu,
bahasa Indonesia dan bahasa-bahasa lain seperti bahasa Inggeris.

Tahukah anda bahawa dalam bahasa Melayu, kata akronim
terhasil melalui tiga cara. Penghasilan kata akronim bergantung
pada cara pembentukan akronim tersebut. Proses penghasilan kata
akronim adalah seperti berikut:

i) Gabungan Huruf Awal.

Akronim yang terhasil daripada gabungan beberapa huruf awal
rangkai kata yang disingkatkan. Kesemua huruf yang disingkatkan
itu ditulis dengan huruf besar, jika merujuk kepada kata nama
khas. Contohnya:

IKIM (Institut Kefahaman Islam Malaysia)
ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri)
ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia)
MAIS (Majlis Agama Islam Selangor)
PLUS (Projek Lebuh Raya Utara Selatan)

ii) Gabungan Suku Kata (Kata Nama Am)

Akronim yang terbentuk daripada gabungan suku kata yang
ditulis dengan huruf kecil, kecuali nama khas. Contohnya:

purata (pukul rata)
tadika (taman didikan kanak-kanak)
kugiran (kumpulan gitar rancak)
cerpan (cerita pendek)
pawagam (panggung wayang gambar)

iii) Gabungan Suku Kata (Kata Nama Khas)

Akronim yang terbentuk daripada gabungan huruf awal atau
suku kata yang terdiri daripada kata nama khas. Kata itu perlu
ditulis bermula dengan huruf besar. Contohnya:

20

Pembentukan Kata

Bernama (Berita Nasional Malaysia)
Intan (Institut Tadbir Awam Negara)
Petronas (Petroleum Nasional)

Dalam bahasa Melayu, proses membentuk perkataan baharu
dengan cara begini (pengakroniman) tidak digalakkan kerana
walaupun senang dan menarik, prosesnya terlalu longgar dan
tidak berasaskan prinsip-prinsip tertentu. Sesiapa sahaja boleh
membentuk perkataan dengan cara ini mengikut sesuka hati. Ini
akan menimbulkan kekacauan dalam bahasa nanti. Itulah sebab
kata akronim tidak banyak dalam bahasa Melayu.

Perbezaan antara Kata Akronim dengan Singkatan.

Kata akronim merupakan bentuk kata tersendiri dan dapat
disebut seperti perkataan lain dalam bahasa. Singkatan pula hanya
bentuk kependekan sesuatu perkataan dan cara menyebutnya ialah
dengan menyebut tiap-tiap huruf yang ada. Sebagai contoh ialah
K.L. (kependekan bagi nama tempat, iaitu Kuala Lumpur), dan Y.B.
(kependekan bagi “Yang Berhormat”), satu gelaran seperti juga “Sh.”
bagi "Sharifah dan “Tg.” bagi “Tengku”. Kesemua ini merupakan kata
nama khas, dieja dengan huruf besar pada huruf pertama.

Terdapat juga singkatan yang bukan kata nama khas, maka
ejaannya dengan huruf biasa, misalnya ‘ttg.’ untuk ‘tentang’, ‘yg.’
untuk ‘yang’ dan ‘dll.’ untuk 'dan lain-lain’. Kesemua ini bukan kata
akronim, sebaliknya merupakan bentuk singkatan. Perhatikan
bahawa singkatan memerlukan titik, untuk menunjukkan ciri
singkatan tersebut. Oleh itu, tidak tepat, misalnya jika ditulis “YB”
atau “ttg” iaitu tanpa titik.

Bentuk Kata Terbitan

Menurut Nik Safiah Karim et.al (2008), kata terbitan ialah bentuk
perkataan yang dihasilkan melalui proses pengimbuhan, iaitu proses
yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar. Pengimbuhan ini
melahirkan bentuk perkataan yang disebut kata terbitan.

Imbuhan terdiri daripada morfem terikat sementara kata
dasar ialah bentuk morfem bebas yang dapat menerima imbuhan.
Hanya segelintir kata dasar sahaja merupakan morfem terikat yang
disebut akar.

21

Pembentukan Kata

Imbuhan ialah bentuk morfem yang tidak boleh hadir
bersendirian dalam ayat, iaitu harus diimbuhkan pada bentuk yang
lain yang merupakan kata dasar. Berdasarkan kedudukannya pada
kata dasar, imbuhan dapat dibahagikan kepada empat jenis, iaitu:

Contoh:-

a) Imbuhan Awalan Memasak, terjatuh, diambil
b) Imbuhan Akhiran Bantuan, besarkan, duduki
c) Imbuhan Apitan Menyalahkan, meratapi
d) Imbuhan Sisipan Gerigi, selerak, seruling

(a) Imbuhan Awalan

Imbuhan awalan ialah imbuhan yang hadir pada awal kata
dasar. Imbuhan awalan dapat dihasilkan bersama-sama kata nama
terbitan, kata kerja terbitan dan kata adjektif terbitan seperti yang
disenaraikan berikut:

(i) awalan kata nama
(ii) awalan kata kerja
(iii) awalan kata adjektif

Contohnya:

(i) Awalan kata nama

Pe- (penulis, perakus, penyapu)
Pem- (pemberi, pembuat, pembuka)
Pen- (pendamai, pendua, penderma)
Peng- (penggosok, penggubal, pengguna)
Penge- (pengecat, pengetin, pengelap)
Pel- (pelajar, pelbagai)
Per- (perasap, perbara, pertapa)
Pe- (pesara, pesakit, petani)
Ke- (ketua, kelipat, kelepek)
Juru- (jurutera, juruwang, juruterbang)
Maha- (mahasiswa, mahaguru, maharaja)
Tata- (tatanegara, tatabahasa, tatacara)
Pra- (prasekolah, prakata, prasangka)
Sub- (subkelas, subsistem, substandard)
Supra- (suprakelas, supranasional, suprasegmental)
Eka- (ekabahasa, ekawarna, ekasamping)
Dwi- (dwibahasa, dwifungsi, dwilambang)

22

Pembentukan Kata

(ii) Awalan kata kerja

Me- (melawan, menyikat, merasa)
Mem- (membawa, membilang, memfitnah)
Men- (mendaki, mendakwa, mentadbir)
Meng- (menggali, menggiling, mengikut, mengajar)
Menge- (mengecat, mengekod, mengetut)
Memper- (memperisteri, memperhamba, memperluas)
Ber- (berjalan, berganti, berserta)
Be- (beraja, berasa, berupa)
Bel- (belajar, belunjur)
Ter- (terjebak, terbentuk, terjerlus)
Di- (diatur, ditimbang, disusun)
Diper- (diperisteri, dipercepat, diperoleh)

(iii) Awalan kata adjektif

Ter- (terbesar, terputih, terjernih)
Te- (teruncing, terendah, teringan)
Se- (secantik, secerah, setebal)

LATIHAN

Sila kenal pasti penggunaan imbuhan awalan yang digunakan
dalam petikan di bawah.
SEJARAH tidak pernah berbohong dan ia akan menceritakan
kisah-kisah silam dan juga yang baru beberapa jam berlaku. Yang
berbohong dan sering memutarbelitkan fakta ialah manusia.
Dalam sejarah, banyak yang boleh dipelajari. Yang baik dijadikan
teladan, yang jahat dijadikan sempadan. Itulah sejarah yang
sering kita pinggirkan dan tidak diambil berat.

(Sumber: Utusan Malaysia 24 September 2008)

(b) Imbuhan Akhiran

Imbuhan akhiran ialah imbuhan yang hadir pada akhir kata
dasar. Imbuhan akhiran dalam bahasa Melayu hanya dapat wujud

23

Pembentukan Kata

dalam kata nama terbitan dan kata kerja terbitan sahaja seperti
yang berikut:

(i) akhiran kata nama
(ii) akhiran kata kerja
Contohnya:

(i) Akhiran kata nama

-an (pakaian, jahitan, mainan)
-wan (sasterawan, angkasawan, usahawan)
-man (budiman, seniman)
-wati (seniwati)
-isme (nasionalisme, sosialisme, komunisme)
-in (hadirin, muslimin)
-at (hadirat, muslimat)
-ah (ustazah, sultanah)

(ii) Akhiran kata kerja

-kan (buatkan, gunakan, besarkan, tinggikan)
-i (turuti, duduki, berkati, dekati)

(c) Imbuhan Apitan

Imbuhan apitan ialah imbuhan yang hadir serentak di hadapan
dan belakang kata dasar. Imbuhan apitan wujud dalam kata nama
terbitan, kata kerja terbitan dan kata adjektif terbitan. Imbuhan
apitan juga dikenali sebagai imbuhan terbahagi atau imbuhan
lingkungan. Jenis imbuhan apitan seperti yang disenaraikan
berikut:

(i) apitan kata nama
(ii) apitan kata kerja
(iii) apitan kata adjektif

Contohnya:

24

Pembentukan Kata

(i) Apitan kata nama

Pe-...-an (pelaksanaan, perasaan, penyiaran)
Pem-...-an (pembuatan, pembinaan, pemfitnahan)
Pen-...-an (pentakrifan, pendapatan, pencarian)
Peng-...-an (penggunaan, pengguguran, pengkhayalan)
Penge-...-an (pengehadan, pengesahan, pengesyoran)
Pe-...-an (persisiran, peperangan, perkarangan)
Per-...-an (persalinan, perkuburan, permainan)
Ke-...-an (kelainan, kelebihan, kedukaan)

(ii) Apitan kata kerja

Me-...-kan (memainkan, melukakan, menakutkan)
Men-...-kan (mendermakan, mentakrifkan,
menzarahkan)
Mem-...-kan (membaharukan, membaikkan,
memvetokan)
Meng-...-kan (menggunakan, menggandakan,
menghairankan)
Menge-...-kan (mengepinkan, mengecamkan)
Ber-...-kan (beralaskan, berlaukkan, berbajukan)
Ber-...-an (berlanjutan, bermaafan, berjauhan)
Di-...-an (dibiarkan, digunakan, dibaringkan)
Me-...-i (melalui, memasuki, menyedari)
Men-...-i (mencurigai , mendendami, menziarahi)
Mem-...-i (membaharui, membohongi, mempercayai)
Meng-....-i (menganggotai, menggauli, mengairi)
Di-...-i (didekati, dimulai, diadili)
Diper-...-kan (diperdengarkan, diperlihatkan,
diperbahaskan)
Diper-....-i (diperingati)
Memper-...-kan (memperdengarkan, memperlihatkan)
Memper-...-i (memperingati)
Ke-...-an (kehujanan, kehausan, kepanasan)

(iii) Apitan kata adjektif

Ke-...-an (keinggerisan, kearaban, kecinaan)

25

Pembentukan Kata

(d) Imbuhan Sisipan

Imbuhan sisipan ialah imbuhan yang hadir secara menyisip
dalam sesuatu kata dasar. Bentuk sisipan tidak produktif lagi
dalam pembentukan kata terbitan dengan maksud kata terbitan
baharu tidak lagi dibentuk dengan sisipan. Bentuk-bentuk kata
sisipan sudah membeku dalam kata terbitan tertentu dan tidak
dapat hadir dalam perkataan-perkataan yang lain kecuali dalam
beberapa istilah yang baru dicipta.

Sisipan bahasa Melayu dapat wujud dalam:

(i) kata nama
(ii) kata adjektif

Contohnya:

(i) Sisipan kata nama

-el- (kelengkeng, telunjuk, kelabut)
-er- (keruping, seruling, serabut)

(ii) Sisipan kata adjektif

-el- (kelebak, selerak, gelembung)
-er- (serabut, gerigi)
-em- (gemilang, semerbak, gemerlap)
-in- (sinambung)

LATIHAN

Berdasarkan jadual di bawah, sila tentukan jenis imbuhan
yang digunakan.

Perkataan Jenis Imbuhan
menceritakan 26
rintangan
diakui
menggembleng
membantu
kerajaan

Pembentukan Kata

Fungsi Imbuhan

1) Membentuk kata terbitan
Contoh: bersih, buka, jatuh (kata tunggal)
kebersihan, pembukaan, dijatuhkan (kata terbitan)

2) Mengubah golongan kata
Contoh: tinggi (kata adjektif)
ketinggian (kata nama)
meninggikan (kata kerja)

3) Mengubah makna

Contoh: jalan
berjalan
perjalanan
dijalankan
jalanan

4) Mengubah ejaan

Contoh: campur aduk = mencampuradukkan (dieja rapat)

tanam = menanam (bukan metanam)

karang = mengarang (bukan mengkarang)

sayang = menyayang (bukan mensayang)

pukul = pemukul (bukan pempukul)

Memahami Hukum PTKS

Hukum PTKS Contoh
P→M Pukul = Memukul
T→N Tulis = Menulis
K → NG Kumpul = Mengumpul
S → NY Suci = Menyuci

Nota: Tidak semua kata dasar yang bermula dengan huruf
p,t,k,s boleh bertukar menjadi m,n,ng,ny apabila menerima imbuhan
meN- atau peN-. Misalnya, kata pinjaman seperti sistem atau

27

Pembentukan Kata

struktur tidak akan menjadi menyistem (yang betul mensistemkan)
atau menyutrukturkan (yang betul menstrukturkan). Selain itu,
kata menyintai adalah bentuk yang salah, yang sepatutnya ialah
mencintai kerana huruf c tidak akan bertukar menjadi ny.

Bentuk Kata Majmuk

Proses pemajmukan ialah proses yang merangkaikan dua
kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna
tertentu. Kata makjuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu
unit, iaitu bentuknya tidak boleh menerima sebarang penyisipan
unsur lain, misalnya pasar untuk raya.

Dalam bahasa Melayu, bentuk kata majmuk boleh dibahagikan
kepada tiga jenis, iaitu:

(i) Rangkaian Kata Bebas

contohnya:

pasar raya
nasi ayam
terima kasih
bandar raya
tengah malam
hijau muda
bahan bakar

Kata atau nama gelaran juga termasuk di bawah kata majmuk
rangkaian kata bebas, contohnya:

Ketua Menteri
Profesor Madya
Guru Kanan
Timbalan Ketua Pengarah
Setiausaha Kementerian
Duta Besar
Raja Muda
Setiausaha Sulit

28

Pembentukan Kata

(ii) Istilah Khusus

contohnya:

papan kekunci
reka bentuk pengajaran
lut sinar
hak milik kekal
pita suara
kertas kerja
kesebelasan utama
garis pusat
telefon internet
kanta tangan
segi empat
cari gali
cakera keras

(iii) Simpulan Bahasa

contohnya:

telinga kuali
hati batu
buaya darat
lepas tangan
harga mati
pukulan maut
ibu ayam
buah tangan
buah hati
kaki bangku
besar hati

(iv) Bentuk yang Telah Mantap

Kata majmuk yang penggunaannya sudah dianggap mantap
sebagai satu perkataan yang utuh, walaupun bentuk kata tersebut
mengandungi dua kata dasar, akan dieja sebagai satu perkataan
sahaja. Terdapat 33 kata majmuk yang dieja rapat, contohnya:

29

Matahari Pembentukan Kata
Setiausaha
Sukarela Peribadi
Suruhanjaya Peribahasa
Tandatangan Haribulan
Tanggungjawab Dinihari
Antarabangsa Perikemanusiaan
Olahraga Sukacita
Warganegara Dukacita
Pesuruhjaya Kepada
Beritahu Daripada
Bumiputra Apabila
Jawatankuasa Manakala
Kakitangan Padahal
Kerjasama Darihal
Barangkali
Kadangkala
Apakala
Walhal
Bagaimana

Penggandaan kata majmuk

Penggandaan kata majmuk melibatkan penggandaan unsur
pertama kata sahaja. Contohnya:

Kapal-kapal angkasa
Pembantu-pembantu Am
Pegawai-pegawai Khas
Garis-garis pusat
Alat-alat lukis
Perpustakaan-perpustakaan Negeri
Bunyi-bunyi huruf
Jirim-jirim organik
Ketua-ketua Menteri
Naib-naib Canselor
Buku-buku teks

Satu kecualian ialah penggandaan yang melibatkan bentuk
yang telah mantap, penggandaannya melibatkan keseluruhan
unsur. Contohnya:

30

Pembentukan Kata

Jawatankuasa-jawatankuasa
Setiausaha-setiausaha
Pesuruhjaya-pesuruhjaya
Warganegara-warganegara
Tandatangan-tandatangan

Pengimbuhan kata majmuk

(i) Jika kata majmuk menerima imbuhan awalan atau akhiran
sahaja, perlu dieja terpisah. Contohnya:

anak tiri dianak tiri
ubah suai diubah suai
campur aduk bercampur aduk
litar selari berlitar selari
ambil alih mengambil alih
temu bual ditemu bual
daya tahan berdaya tahan
daya saing berdaya saing

(ii) Jika kata majmuk menerima imbuhan apitan, perlu dieja rapat.
Contohnya:

campur aduk mencampuradukkan
daya serap berdayaserapan
garis pusat menggarispusatkan
satu padu menyatupadukan
urus niaga diurusniagakan

AKTIVITI

Berdasarkan petikan di bawah, sila kenal pasti bentuk kata
majmuk yang digunakan.

Pengguna tidak akan berhadapan dengan imej paparan yang muncul
pada skrin terhasil hanya pada bahagian tengah dan memanjang
serta kemunculan jalur hitam di bahagian atas dan bawah semasa
menonton drama melalui cakera keras ataupun cakera video digital
(DVD). Ini bermakna, pengguna berpeluang untuk menikmati
pandangan paparan secara penuh pada seluruh skrin monitor.

(Sumber: Utusan Malaysia 6 Oktober 2008)

31

Pembentukan Kata

Bentuk Kata Ganda

Dalam bahasa Melayu, proses penggandaan ialah proses
menggandakan kata dasar. Tujuan utama proses penggandaan
ialah untuk menghasilkan maksud jamak. Misalnya buku (sebuah
buku) digandakan menjadi buku-buku akan menghasilkan maksud
banyak buah buku). Bagaimanapun, terdapat kata ganda yang tidak
membawa makna jamak seperti rama-rama, labah-labah, anai-anai
dan sebagainya yang hanya merujuk pada seekor rama-rama atau
seekor labah-labah sahaja.

Terdapat empat bentuk penggandaan, iaitu:

Penggandaan

Penuh Separa Berentak Berimbuhan

(a) Penggandaan penuh

Pembentukan kata ganda penuh terhasil melalui proses
menggandakan keseluruhan kata dasar sama ada kata dasar itu
mengandungi imbuhan ataupun tidak.

Penggandaan penuh yang terjadi pada kata dasar yang tidak
ada imbuhan menggandakan seluruh kata dasar. Contohnya:

Bas-bas
Kecil-kecil
Kerusi-kerusi
Baik-baik
Jalan-jalan

Kata nama yang mengandungi imbuhan juga boleh digandakan
sepenuhnya, iaitu termasuk imbuhan sekali. Contohnya:

Pentadbir-pentadbir
Persatuan-persatuan
Pemeriksa-pemeriksa
Kehendak-kehendak
Kejohanan-kejohanan

32

Pembentukan Kata

(b) Penggandaan separa

Pembentukan kata ganda separa terhasil melalui proses
menggandakan sebahagian kata dasar sahaja. Penggandaan separa
boleh berlaku di hadapan atau di belakang kata dasar. Penghasilan
kata ganda separa lazimnya melibatkan dua proses utama iaitu
pengguguran suku kata dan proses pelemahan vokal, misalnya a→
e, i→e, dan o→e.

Contohnya:

Bola bobola bebola
Daun dadaun dedaun
Laki lalaki lelaki
Jari jajari jejari
Siku sisiku sesiku
Rambut rarambut rerambut
Langit lalangit lelangit

(c) Penggandaan berentak

Pembentukan kata ganda berentak terhasil memalui proses
menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam
kata dasar itu. Dalam penggandaan berentak, seluruh kata
dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang atau diubah.
Berdasarkan perubahan dan pengulangan bunyi-bunyi demikian,
maka penggandaan berentak boleh dibahagikan kepada tiga jenis,
iaitu:

(i) penggandaan berentak pengulangan vokal
(ii) penggandaan berentak pengulangan konsonan
(iii) penggandaan berentak bebas

(i) Penggandaan berentak pengulangan vokal ialah penggandaan
yang mempunyai ciri-ciri persamaan pada bunyi-bunyi
vokal tertentu, iaitu terdapat ciri-ciri keharmonian vokal.
Contohnya:

33

Pembentukan Kata

Hiruk-pikuk
Gotong-royong
Cerai-berai
Tungkus-lumus
Hingar-bingar
Hina-dina
Hiruk-pikuk
Sayur-mayur
Kuih-muih
Selok-belok
Lauk-pauk

(ii) Penggandaan berentak pengulangan konsonan pula ialah
penggandaan yang mempunyai ciri-ciri persamaan pada bunyi-
bunyi konsonan tertentu. Contohnya:

Mandi-manda
Bolak-balik
Batu-batan
Gunung-ganang
Bukit-bukau
Mundar-mandir
Kayu-kayan
Simpang-siur

(iii) Penggandaan berentak bebas ialah penggandaan yang tidak
mengandungi ciri-ciri persamaan pada bunyi vokal atau
konsonan. Contohnya:

Anak-pinak
Saudara-mara
Lintang-pukang
Titik-bengik

(d) Penggandaan Berimbuhan

Pembentukan kata ganda berimbuhan terhasil melalui proses
menggandakan sesuatu kata dasar yang menerima apa-apa bentuk
imbuhan. Biasanya, penggandaan ini berlaku pada golongan
kata kerja dan kata adjektif. Proses penggandaan boleh berlaku
pada bahagiaan hadapan atau belakang kata dasar. Pengandaan

34

Pembentukan Kata

berimbuhan tidak boleh disamakan dengan kata ganda separa
kerana kedua-dua penggandaan tersebut terhasil melalui proses
morfologi yang berbeza.

Contohnya:

Mencari-cari
Berturut-turut
Sepandai-pandai
Kejar-mengejar
Bantu-membantu
Benci-membenci

AKTIVITI

Berdasarkan jadual di bawah, sila tentukan jenis kata ganda
bagi setiap perkataan tersebut.

PERKATAAN Jenis Gandaan
tetikus
lelaki
Tercari-cari
Caci-mencaci
Komputer-komputer
rerambut
Labi-labi
Mudah-mudahan
Biri-biri
Saudara-mara
Sahabat-handai

35

Pembentukan Kata

• Bentuk kata tunggal ialah bentuk kata yang berdiri sendiri

tanpa tidak menerima sebarang imbuhan.

• Pengakroniman berlaku melalui pencantuman bunyi-bunyi

pertama dalam sejumlah perkataan, atau pencantuman
bahagian-bahagian.

• Imbuhan ialah bentuk morfem yang tidak boleh hadir

bersendirian dalam ayat.

• Imbuhan awalan ialah imbuhan yang hadir pada awal kata

dasar.

• Imbuhan akhiran ialah imbuhan yang hadir pada akhir kata

dasar.

• Imbuhan apitan ialah imbuhan yang hadir serentak di

hadapan dan belakang kata dasar.

• Imbuhan sisipan ialah imbuhan yang hadir secara menyisip

dalam sesuatu kata dasar.

• Proses pemajmukan ialah proses yang merangkaikan dua

kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa
makna tertentu.

• Proses penggandaan ialah proses menggandakan kata

dasar

Pembentukan kata Hukum PTKS
Kata tunggal Kata
Kata akronim Perkataan
pengimbuhan Kata majmuk
kata terbitan pengakroniman
kata dasar Pemajmukan
kata ganda Penggandaan

36

Bab 3
PENGGOLONGAN KATA

Pengenalan

Tahukah anda bahawa semua perkataan bahasa Melayu
yang terbentuk sama ada melalui proses tunggal (termasuk
pengakroniman), pengimbuhan, pemajmukan atau penggandaan,
boleh digolongkan dalam beberapa golongan kata yang mempunyai
persamaan yang tertentu. Menurut Nik Safiah Karim et al. (2008),
perkataan dalam sesuatu bahasa dapat digolongkan dalam beberapa
golongan tertentu berdasarkan beberapa kriteria, misalnya kriteria
struktur fonologi, kriteria struktur morfem, kriteria sintaksis, dan
kriteria semantik.

Lazimnya, perkataan digolongkan berdasarkan kriteria
sintaksis dan kriteria semantik kerana penggolongan yang
sedemikian didapati lebih selaras dengan status perkataan sebagai
satu bentuk bebas yang menjadi unsur dalam binaan tatabahasa.

Istilah penggolongan kata boleh juga merujuk kepada istilah
kelas kata, kategori kata atau jenis kata.

AKTIVITI
Sila berbincang dengan rakan anda tentang maksud golongan
kata dalam bahasa Melayu.

Definisi Golongan Kata

Tahukah anda apakah yang dimaksudkan dengan golongan
kata? Sedarkah kita bahawa kita sentiasa menggunakan pelbagai
golongan kata untuk menulis, bertutur atau untuk berkomunikasi.
Bagi menambahkan pemahaman kita tentang golongan kata,
marilah kita meneliti beberapa definisi yang telah diberikan oleh
beberapa tokoh linguistik Melayu tanah air.

37

Penggolongan Kata

(a) Menurut Kamus Linguistik (1997), golongan kata ialah kategori
tatabahasa yang berasaskan fungsi tatabahasa. Antaranya
termasuklah kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata
tugas.

(b) Abdullah Hassan (2007), menjelaskan golongan perkataan
sama maknanya dengan istilah jenis perkataan.

Berdasarkan pendapat di atas, penggolongan kata boleh
ditakrifkan sebagai proses menjeniskan atau mengkategorikan
perkataan dalam golongan yang sama berdasarkan keserupaan
bentuk dan fungsi.

AKTIVITI

Pada pandangan anda, adakah terdapat perbezaan
penggolongan kata antara sesuatu bahasa?

Penggolongan Kata Bahasa Asing

Menurut Harimurti Kridalaksana (2008), terdapat perbezaan
yang jelas dari segi penggolongan kata antara sesuatu bahasa.
Sebelum kita mempelajari penggolongan kata dalam bahasa
Melayu, marilah kita terlebih dahulu meneliti penggolongan kata
dalam beberapa bahasa dunia yang lain.

(a) Golongan Kata Bahasa Yunani

S. T. Alisjahbana (1963), menjelaskan Aristotle yang hidup
antara tahun 384-322 SM merupakan sarjana Yunani pertama
yang mula-mula membuat golongan kata bagi bahasa Yunani.
Beliau membahagikan perkataan kepada sepuluh golongan. Usaha
beliau diperbaiki oleh ahli bahasa selepas beliau. Ahli bahasa yang
terkenal selepas itu ialah Dionysius Thrax yang hidup sekitar tahun
100 SM. Buku tatabahasa karangan beliau Techne Grammatike
(Kaedah Menggunakan Bahasa) sebenarnya dapat dikatakan
menjadi asas bagi mendeskripsi tatabahasa semua bahasa Eropah
selepas itu. Beliau menggolongkan perkataan bahasa Yunani itu
kepada lapan (dalam Abdullah Hassan, 2007):

1. Onoma (kata nama) iaitu perkataan bagi orang dan benda,
dan ditandai dengan imbuhan yang menunjukkan kasus.

38

Penggolongan Kata

2. Rhema (kata kerja) iaitu perkataan yang menunjukkan
aktiviti atau proses yang dilakukan, dan ditandai dengan
imbuhan yang menunjukkan kala, orang dan bilangan.

3. Methoche (kata participle) iaitu perkataan yang berkongsi
ciri kata nama dengan kata kerja.

4. Arthron (kata article) iaitu perkataan yang mempunyai tanda
untuk kasus, berlaku di depan dan di belakang kata nama.

5. Antonymia (kata ganti nama) iaitu perkataan yang
menggantikan kata nama atau orang.

6. Prothesis (kata sendi) iaitu perkataan yang berlaku di
depan perkataan lain dalam bentuk rangkai kata dan
binaan sintaksis.

7. Epirhema (kata adverba) iaitu perkataan yang ditandai
dengan imbuhan bagi menerangkan dan memperluas
makna kata kerja.

8. Syndesmos (kata hubung) yang merangkaikan wacana.

(b) Golongan Kata Bahasa Inggeris

Dalam buku tatabahasa Inggeris A University Grammar of
English, karangan R. Quirk dan S Greenbaum (1973), golongan
besar perkataan dalam bahasa Inggeris dibahagikan kepada dua
(dalam Abdullah Hassan, 2007), iaitu:

Kumpulan I

1. Noun (kata nama) seperti John, room, answer, play
2. Adjective (kata adjektif) seperti happy, steady, new, large,

round
3. Verb (kataa kerja) seperti search, grow, play, be,have,do
4. Adverb (kata adverba) seperti steadly, completely, really,

very, then

Kumpulan II

1. Article (kata article) seperti the, a , an
2. Demonstrative (kata tunjuk) seperti that, this
3. Pronoun (kata ganti nama) seperti he, they, anybody, one,

which

39

Penggolongan Kata

4. Preposition (kata sendi) seperti of, at, ini, without, in spite of
5. Conjunction (kata hubung) seperti and, that, when, although
6. Interjection (kata seru) seperti oh, ah, ugh, phew

Penggolongan Kata Bahasa Melayu

Beberapa pengkaji bahasa Melayu telah menggolongkan
perkataan bahasa Melayu kepada beberapa jenis golongan kata.
Terdapat beberapa perbezaan dari segi penggolongan kata yang
telah dibuat oleh pengkaji-pengkaji tersebut.

Marilah kita meneliti satu persatu penggolongan kata yang
telah dibuat oleh para pengkaji tersebut.

(a) Penggolongan Kata oleh Marsden (1812)

W. Marsden (1812), membahagikan perkataan-perkataan bahasa
Melayu kepada tiga golongan, iaitu Kata Namaan (Substantives),
Kata Kerjaan (Verbals), dan Kata Partikel (Particles).

a) Kata 1. Nama
Namaan 2. Ganti nama
3. Bilangan
4. Adjektif

Golongan b) Kata 1. Kata kerja
Kata Kerjaan 2. Adverba

c) Kata 1. Kata sendi
Pertikel 2. Kata hubung
3. Kata seru
4. Kata penambah

(b) Penggolongan Kata oleh Winstedt (1927)

R.O. Winstedt merupakan seorang pentadbir Inggeris yang
menjadi sarjana orientalis terkenal dalam mengkaji bahasa, sastera
budaya dan sejarah Melayu. Beliau menulis buku tatabahasa The
Malay Grammar (1927).

40

Penggolongan Kata

Pendekatan yang digunakan oleh Winstedt sebenarnya suatu
usaha menyadurkan konsep-konsep golongan perkataan yang sudah
wujud dalam bahasa Inggeris, yang sebenarnya diserap daripada
bahasa Yunani dan Romawi. Kemudian beliau memadankan
konsep-konsep itu kepada bahasa Melayu. Sebagai contoh beliau
membincangkan unsur kala (tense) apabila mendekskripsi kata
kerja dalam bahasa Melayu (Abdullah Hassan, 2007).

Winstedt membahagikan perkataan-perkataan bahasa Melayu
kepada dua gologan besar, iaitu: Golongan Major dan Golongan
Minor.
1. Golongan Major dibahagikan kepada tiga, iaitu:

a. Kata Namaan
b. Kata Adjektif
c. Kata Kerjaan

2. Golongan Minor pula dibahagikan kepada enam subgolongan,
iaitu:

a. Ganti nama
b. Angka
c. Kata Keterangan
d. Kata sendi dan kata depan
e. Kata hubung
f. Kata seru

AKTIVITI
Sila bentuk beberapa kumpulan untuk membincangkan
apakah persamaan dan perbezaan antara penggolongan kata
oleh Marsden dan Winsted.

(c) Penggolongan Kata oleh Zainal Abidin Bin Ahmad
(1947)

Setelah sekian lama tatabahasa Melayu dikaji oleh pengkaji
asing, Zainal Abidin bin Ahmad (Za’ba) telah merintis jalan
menerbitkan sebuah buku tatabahasa iaitu Pelita Bahasa Melayu
pada tahun 1947 yang seterusnya menjadi perintis kepada penulisan

41

Penggolongan Kata

tatabahasa Melayu yang moden. Za’ba mencuba memberi deskripsi
yang lebih terperinci berbanding dengan pengkaji Inggeris yang
terdahulu. Beliau menggunakan pengetahuan dan kemahirannya
mengenai tatabahasa Arab dan Inggeris dalam membuat
deskripsi golongan perkataan dalam tatabahasa Melayu. Beliau
menggunakan istilah jenis perkataan untuk golongan perkataan.
Melaui pendekatan tersebut, beliau menghasilkan lima jenis
golongan kata, iaitu: kata nama, kata perbuatan, kata sifat, kata
sendi dan kata seruan. Golongan-golongan ini dibahagi pula kepada
beberapa subgolongan.
1. Nama terbahagi kepada tiga, iaitu:

a. Nama Khas
b. Nama Nika
c. Ganti Nama. Ganti nama pula dibahagi lagi kepada empat,

iaitu: ganti nama diri, ganti nama umum, ganti nama Tanya
dan ganti nama penunjuk.

2. Perbuatan (kata kerja) terbahagi kepada dua, iaitu:

a. Melampau
b. Tidak Melampau. Perbuatan tidak melampau itu pula

dibahagi kepada perbuatan tidak melampau kendiri
(refleksif) dan perbuatan tidak melampau umum.

3. Sifat (kata adjektif) terbahagi kepada dua subjenis, iaitu:

a. Sifat Nama (Adjektif)
b. Sifat Kata (Adverba)

4. Sendi. Sendi dibahagi pula kepada dua, iaitu:

a. Sendi Nama
b. Sendi Kata (Kata hubung). Sendi kata pula dibahagi

kepada dua, iaitu: sendi kata penambah dan sendi kata
penambat.

5. Kata Seruan adalah perkataan-perkataan yang menunjukkan
perasaan seperti amboi, wah, wahai, dan lain-lain.

42

Penggolongan Kata

(d) Penggolongan Kata oleh Asmah Hj. Omar (1968)

Menurut Abdullah Hassan (2007), pengkajian oleh Asmah Hj.
Omar adalah satu usaha saintifik berbanding dengan usaha-usaha
yang terawal. Perkataan-perkataan tidak hanya semata-mata
digolongkan berdasarkan kepada maknanya saja, tetapi melihat
pada fungsi tatabahasanya. Dengan berdasarkan kepada fungsi-
fungsi ini perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu dibahagikan
kepada tiga, iaitu Kata Namaan, Kata Kerjaan dan Kata Tugas.

1. Kata Namaan

Kata namaan dibahagi kepada tiga subgolongan pula, iaitu:

a. nama
b. ganti nama
c. kata bilangan

• Kata nama tidak dibahagi kepada subgolongan.
• Kata ganti nama terbahagi kepada tiga: ganti nama penunjuk,

gagnti nama diri dan ganti nama Tanya. Ganti nama diri pula
terbahagi kepada tiga, iaitu: ganti nama diri orang pertama, ganti
nama diri orang kedua, dan ganti nama diri orang ketiga.
• Kata bilangan terbahagi dua lagi, iaitu: kata bilangan khusus
dan kata bilangan khusus dan kata bilangan tak khusus dan
kata bilangan khusus itu terbahagi kepada dua, iaitu kata
bilangan angka dan kata bilangan giliran.

2. Kata Kerjaan

Kata kerjaan dibahagi kepada empat subgolongan, iaitu:

a. kata kerja
b. kata kerja ragam
c. kata kerja aspek
d. kata sifat

• Kata kerja pula dibahagi kepada dua, iaitu kata kerja aktif
dan kata kerja pasif. Kata kerja aktif itu seterusnya dibahagi
kepada kata kerja aktif transitif dan kata aktif tak transitif.

43

Penggolongan Kata

3. Kata Tugas
Kata tugas dibahagi kepda dua subgolongan, iaitu kata tugas

penuh dan kata tugas partikel.

a. Kata Tugas Penuh.
b. Kata Tugas Partikel.

• Kata tugas penuh dibahagi kepada tiga iaitu kata tugas positif,
kata tugas negatif dan kata tugas tanya.

• Kata tugas partikel pula dibahagi kepada tujuh, iaitu: kata
depan, kata tanya, kata penanda klausa, kata tugas penanda
kata sifat, kata tugas berbalas, tugas penegasan, dan kata tugas
pembentuk nama.

(e) Penggolongan Kata oleh Abdullah Hassan (1983)

Menurut Abdullah Hassan, penggolongan kata bahasa Melayu
dapat dipecahkan kepada enam jenis seperti berikut:

(1) Kata nama
(2) Kata kerja
(3) Kata adverb
(4) Kata sifat
(5) Kata tugas
(6) Kata partikel

Berikut ialah penjelasan lanjut tentang penggolongan kata
oleh Abdullah Hassan.
(1) Kata nama

a. Nama
i. nama khas: Ali, Ipoh
ii. nama nika: anjing, bangku

b. Ganti nama
i. diri: saya, awak
ii. Tanya: apa, siapa

44

Penggolongan Kata

c. Bilangan
i. angka: satu, sepuluh
ii. kuantiti: banyak, ramai

d. Penjodoh bilangan
i. ekor, laras

(2) Kata kerja
a. Melampau: makan, tulis
b. Tak Melampau:
i. Dinamik: menangis, terbang
ii. Statif: leka, tidur

(3) Kata adverb
a. Tempat: sana, sini
b. Aspek: sudah, batu
c. Bandingan: lebih, kurang

(4) Kata sifat
a. Keadaan: gemuk, sihat
b. Dinamik: sabar, malu

(5) Kata tugas
a. Positif: ia, memang
b. Negatif: tidak, bukan
c. Kata depan: di, dari

(6) Kata partikel
a. Tanya: tah, kah
b. Tegasa: lah, juga
c. Seruan: amboi, hal

(f) Penggolongan Kata oleh Arbak Othman (1989)
Menurut Arbak Othman (1989), perkataan bahasa Melayu
dapat digolongkan kepada sembilan jenis, iaitu:

45

Penggolongan Kata

1. Kata nama
2. Kata kerja
3. Kata keterangan
4. Kata sifat
5. Kata depan
6. Kata sendi
7. Kata tanya
8. Kata seruan
9. Kata bilangan

(g) Penggolongan Kata oleh Asraf (2007)

Asraf (2007), telah membahagikan kata kepada lapan golongan
iaitu:

1. Kata nama
2. Kata sendi
3. Kata adjektif
4. Kata kerja
5. Kata keterangan
6. Kata hubung
7. Kata seru
8. Kata sandang

(h) Penggolongan Kata oleh Nik Safiah Karim et al.
(2008)

Nik Safiah Karim et al. (2008), yang menghasilkan buku Tata-
bahasa Dewan telah menggolongkan perkataan kepada empat golongan
utama iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas.
Berikut ialah penggolongan kata berdasarkan Tatabahasa Dewan:
1. Kata Nama

a. Kata nama khas
b. Kata nama am
c. Kata ganti nama: kata ganti nama am , kata ganti nama

gelaran, kata ganti nama arah

46

Penggolongan Kata

2. Kata Kerja

a. Kata kerja transitif
b. Kata kerja tidak transitif

3. Kata Adjektif

a. Kata adjektif sifatan
b. Kata adjektif warna
c. Kata adjektif ukuran
d. Kata adjektif bentuk
e. Kata adjektif waktu
f. Kata adjektif cara
g. Kata adjektif perasaan
h. Kata adjektif jarak
i. Kata adjektif pancaindera, iaitu untuk indera rasa,

pandang, dengar, bau dan sentuh.

4. Kata Tugas

a. Kata hubung
b. Kata seru
c. Kata tanya
d. Kata perintah
e. Kata pangkal ayat
f. Kata bantu
g. Kata penguat
h. Kata penegas
i. Kata nafi
j. Kata pemeri
k. Kata sendi nama atau kata sendi
l. Kata pembenar
m. Kata bilangan
n. Kata arah
o. Kata adverba
p. Kata pembenda
q. Kata penekan

47


Click to View FlipBook Version