The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mohdrain, 2020-10-18 20:50:30

BUKU PEMBELAJARAN TATABAHASA

BUKU PEMBELAJARAN TATABAHASA

Ejaan dan Tanda Baca

I. Angka dan Lambang Bilangan

1. Angka dipakai untuk menyatakan lambang bilangan atau
nombor. Dalam tulisan, angka Arab atau angka Romawi lazim
digunakan. Penggunaannya diatur lebih lanjut dalam fasal-
fasal yang berikut ini.

Angka Arab : 0, 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9
Angka Romawi
: I, II, III, IV, V, VI, VII, VIII, IX, X,
L (50), C (100), D (500), M (1,000)
V (5,000), M (1,000,000).

2. Angka digunakan untuk menyatakan (a) ukuran panjang,
berat, luas, dan isi, (b) satuan waktu, (c) nilai wang, dan (d)
kuantiti.

Misalnya:

a. 0.5 sentimeter
5 kilogram
4 meter persegi
10 liter

b. 1 jam 20 minit
pukul 3.00 petang
tahun 1928
31 Ogos 1957

c. M$5,000.00
US$3.50*
Y100
£5.10*
2000 rupiah

* Tanda titik di sini merupakan tanda perpuluhan.

d. 50 dolar Amerika
10 paun Inggeris
100 yen
10 peratus
2 orang
4 kali

198

Ejaan dan Tanda Baca

3. Angka lazim dipakai untuk melambangkan nombor jalan,
rumah, tempat kediaman, atau bilik pada alamat.

Misalnya:
No. 15, Jalan Delima 1
Bilik 169, Hotel Merlin

4. Angka digunakan juga untuk menombori karangan dan ayat
kitab suci atau bahagiannya.

Misalnya:
Bab X, Fasal 5, halaman 252
Surah Yasin: 9

5. Penulisan lambang bilangan dengan huruf dilakukan sebagai
berikut:
a. Bilangan utuh

Misalnya:
12 dua belas
22 dua puluh dua
222 dua ratus dua puluh dua

b. Bilangan pecahan

Misalnya:
1/2 setengah
3/4 tiga perempat
1/16 satu perenam belas
3 2/3 tiga dua pertiga
1/100 satu perseratus
1% satu peratus
1%o satu permil
1.2 satu perpuluhan dua

6. Penulisan lambang bilangan tingkat dapat dilakukan dengan
cara yang berikut.

Misalnya:
Sultan Abdul Jalil IV
Sultan Abdul Jalil Ke-4

199

Ejaan dan Tanda Baca

Sultan Abdul Jalil keempat
Bab II
Bab ke-2
Bab kedua
Abad XX
Abad ke-20
Abad Kedua puluh
Tingkat 1
Tingkat pertama

7. Penulisan lambang bilangan yang mendapat akhiran -an
mengikuti cara yang berikut:

Misalnya:

tahun 50-an atau tahun lima puluhan
wang 5000-an atau wang lima ribuan
lima wang 1000-an atau lima wang seribuan

8. Lambang bilangan yang dapat dinyatakan dengan satu
atau dua kata ditulis dengan huruf kecuali jika beberapa
lambang bilangan digunakan secara berurutan, seperti dalam
pemerincian dan pemaparan

Misalnya:

Amir menonton drama itu sampai tiga kali.
Ayah memesan tiga ratus ekor ayam.
Di antara 72 anggota yang hadir.
52 orang memberikan suara setuju, 15 suara tidak setuju,
dan 5 orang tidak mengundi.
Kenderaan yang ditempah untuk pengangkutan umum
terdiri daripada 50 bas, 100 bas mini, dan 100 teksi.

9. Lambang bilangan pada awal ayat ditulis dengan huruf. Jika
perlu, susunan ayat diubah sehingga bilangan yang tidak dapat
dinyatakan dengan satu atau dua kata tidak terdapat lagi pada
awal ayat.

Misalnya:

Lima belas orang terkorban dalam kemalangan itu.
Bukan: 15 orang terkorban dalam kemalangan itu.

200

Ejaan dan Tanda Baca

Pak Sako mengundang 250 orang tetamu.
Bukan: 250 orang tetamu diundang (oleh) Pak Sako, atau
Dua ratus lima puluh orang tetamu diundang (oleh) Pak
Sako.

10. Angka yang menunjukkan bilangan yang besar dapat dieja
sebahagian supaya lebih mudah dibaca.

Misalnya:

Kerajaan Malaysia baru saja mendapat pinjaman 250 juta
ringgit.
Penduduk Malaysia berjumlah lebih daripada 12 juta
orang.

11. Kecuali dalam dokumen rasmi, seperti akta dan undang-
undang, bilangan tidak perlu ditulis dengan angka dan huruf
sekaligus dalam teks.

Misalnya:

Jabatan kami mempunyai dua puluh orang pegawai.
Bukan: Jabatan kami mempunyai 20 (dua puluh) orang
pegawai.
Di almari itu tersimpan 805 buah buku dan majalah.
Bukan: Di almari itu tersimpan 805 (lapan ratus lima)
buah buku dan majalah.

12. Kalau bilangan dilambangkan dengan angka dalam huruf,
penulisannya harus tepat.

Misalnya:

Saya lampirkan resit terima wang sejumlah $999.00
(Ringgit sembilan ratus sembilan puluh sembilan sahaja)
Rapat umum itu dihadiri oleh 500,000 (lima ratus ribu)
orang.

4. Penulisan Unsur Serapan

Dalam perkembangannya, bahasa Melayu menyerap unsur
daripada pelbagai bahasa lain, baik daripada bahasa daerah mahupun
daripada bahasa Sanskrit, Arab, Portugis, Belanda, Inggeris dan
bahasa lain. Berdasarkan taraf perpaduannya unsur pinjaman dalam
bahasa Melayu dapat dibahagi kepada dua golongan besar:

201

Ejaan dan Tanda Baca

Pertama, bagi unsur asing yang belum sepenuhnya terserap
ke dalam bahasa Melayu seperti vis-a-vis, landrover, ad-hoc,
pengucapan dan penulisannya hendaklah dikekalkan seperti dalam
bahasa sumber.

Kedua, kata asing yang pengucapan dan penulisannya sudah
sepenuhnya terserap ke dalam bahasa Melayu. Dalam penerapan
ini, bentuk visual diutamakan.

Penulisan kata serapan adalah menurut kaedah-kaedah
seperti berikut:

1. a tetap a

race ras
abstract abstrak
octave oktaf
plate plat

2. ae jika tidak bervariasi dengan e tetap ae

aerial aerial
aerograph aerograf
aerobe aerob

3. ae jika bervariasi dengan e jadi e
aesthetics estetik
haemoglobin hemoglobin
haematite hematit

4. ai tetap ai
aileron aileron
trailer trailer
caisson kaison

5. ao tetapi ao
paolo paolo

6. au tetap au
automatic automatik
tautology tautologi
umlaut umlaut
auditorium auditorium

202

Ejaan dan Tanda Baca

7. c di muka a, u. o dan konsonan jadi k
carbon karbon
classic klasik
cobalt kobalt
corpus korpus

8. c di muka e, i, oe dan y jadi s
cent sen
cybernetics sibernetik
cilia silia
cylinder silinder
coelom selom

9. cc di muka o, u, a dan konsonan jadi k
accru akru
accomodation akomodasi
accumulation akumulasi

10. cc di muka e dan i jadi ks
accent aksen
vaccin vaksin

10. ch, cch (yang diucapkan sebagai k) di muka a, o, e, i dan
konsonan jadi k
charisma karisma
cholera kolera
saccharine sakarin
technique teknik

12. ch (yang diucapkan sebagai s atau sy) jadi s
chiffon sifon
echelon eselon
machine mesin

13. (Sanskrit) jadi s
abda sabda
astra sastera

203

Ejaan dan Tanda Baca

14. dh (Inggeris) jadi d
dhobi dobi

15. dh (Arab) jadi d32
dharurat darurat
hadhir hadir
dharab darab

16. e tetap e

effective efektif
description deskripsi
synthesis sintesis
system sistem

17. ea tetap ea
bearing bearing
idealist idealis
gear gear
congea kongea
habeas habeas

18. ea yang dilafazkan [i] jadi i
grease gris
ream rim
beaker bikar
easel isel

19. ee jadi i
jeep jip
beer bir
chimpanzee cimpanzi
decree dekri

20. ei tetap ei
etheist ateis
phenolphthalein fenolftalein
protein protein
ureid ureid

204

Ejaan dan Tanda Baca

21. eo tetap eo
stereo stereo
nucleon nukleon
geometry geometri
zeolite zeolit

22. eu tetap eu
europium europium
neutron neutron
necleus nukleus

23. f tetap f
factor faktor
faculty fakulti

24. g tetap g
geology geologi
tragedy tragedi
catalogue katalog

25. gh (Inggeris) jadi g
sorghum sorgum

26. gh (Arab) tetap gh
ghairah ghairah
maghrib maghrib
muballigh mubaligh

27. i tetap i
syphilis sifilis
albitite albitit34
textile tekstil
ion ion

28. ia tetap ia
iambus iambus
dialect dialek
diaphysis diafisis
fuchsia fuksia

205

Ejaan dan Tanda Baca

29. ie tetap ie
diesel diesel
tieceron tieseron

30. ie di akhir kata jadi i
calorie kalori
bogie bogi

31. ie di akhir kata
ekasuku jadi ai
pie pai

32. io tetap io
cardioid kardioid
ion ion
studio studio

33. iu tetap iu
premium premium
stadium stadium

34. kh (Arab) tetap kh
khabar khabar
akhir akhir
khusus khusus
tarikh tarikh

35. ng tetap ng
congress kongres
linguistics linguistik

36. o tetap o
oleomargarine oleomargarina
sector sektor
thrombosis trombosis
chancellor canselor

206

Ejaan dan Tanda Baca

37. oa jadi o
cardboard kadbod
coat kot

38. oe (oi Yunani) jadi e
oestrogen estrogen
foetus fetus
gonorrhoea gonorea

39. oi tetap oi
alkaloid alkaloid
duboisine duboisin

40. oo jadi u
monsoon monsun
raccoon rakun
proof pruf
cartoon kartun

41. oo (vokal ganda) jadi oo
zoology zoologi

42. ou yang dilafazkan [u] atau [ ??? ] jadi u
tourmaline turmalin
journal jurnal
serious serius
coupon kupon
contour kontur

43. ou yang dilafazkan [au] jadi au
accountant akauntan
pound paun
counter kaunter

44. ph jadi f
phoneme fonem
phosphorus fosforus
physiology fisiologi

207

Ejaan dan Tanda Baca

45. ps di awal kata tetap ps
pseudo pseudo
psychiatry psikiatri
psychosomatic psikosomatik

46. pt di awal kata tetap pt
pterosaur pterosaur
pteriodology pteriodologi
ptyalin ptialin

47. q jadi k
aquarium akuarium
banquet bankuet
frequency frekuensi

48. rh jadi r
rhetoric retorik
rhythm ritma

49. sc di muka a, o, u dan konsonan jadi sk
scandium skandium
escudo eskudo
scooter skuter
script skrip

50. sc di muka e, i, dan y jadi s
scedastic sedastik
scenario senario
abscissa absisa
scyphistoma sifistoma

51. sch jadi sk
scheme skim/skema
scholastic skolastik

52. th jadi t
theater teater
theology teologi

208

Ejaan dan Tanda Baca

theory teori
orthography ortografi

53. u tetap u
unit unit
nucleolus nukleolus
republic republik
deuterium deuterium
structure struktur
institute institut

54. ua tetap ua
dualism dualisme
quantum kuantum
aquarium akuarium

55. ue tetap ue
duet duet

56. ue di akhir kata jadi u
glue glu
tissue tisu
accrue akru

57. ue di akhir kata ekasuku jadi iu
cue kiu

58. ue di akhir kata (selepas q atau g) digugurkan
catalogue katalog
dialogue dialog
technique teknik
baroque barok
cheque cek

59. ui tetap ui
annuity anuiti
conduit konduit
equinox ekuinoks

209

Ejaan dan Tanda Baca

60. uo tetap uo
fluorescein fluoresein
quorum kuorum
quota kuota

61. uu jadi u
continuum kontinum
vaccum vakum

62. v tetap v
novel novel
university universiti
vitamin vitamin

63. x di awal kata tetap x
xenon xenon

64. x pada posisi lain dalam kata jadi ks
complex kompleks
extra ekstra
taxi teksi

65. xc diikuti oleh a,o, u dan konsonan jadi ksk
excursive ekskursif
excavation ekskavasi
excommunication ekskomunikasi
exclusive eksklusif

66. y yang sebutannya y tetap y
yen yen
yangonin yangonin

67. y yang bukan pada awal kata jadi i
physiology fisiologi
polytheism politeisme
psychology psikologi

210

Ejaan dan Tanda Baca

68. z tetap z

ozone ozon
zenith zenit

69. Konsonan ganda kecuali apabila mengelirukan jadi konsonan
tunggal

assimilation asimilasi
ferrum ferum
pippette pipet
majallah majalah
session sesi

70. Huruf e di suku kata akhir dikekalkan

cylinder silinder
counter kaunter
contingent kontinjen
system sistem
dividend dividen
theater teater
oxygen oksigen

Catatan:

1. Unsur-unsur yang sudah diserap ke dalam bahasa Melayu
dan lazim dieja secara bahasa Melayu tidak perlu lagi diubah
ejaannya.

Misalnya:
iklan, perlu, hadir, drebar, stesen, kastam, kelab.

2. Sekalipun dalam ejaan ini huruf c dan x diterima sebagai
sebahagian abjad bahasa Melayu, namun unsur yang
mengandungi kedua-dua huruf itu ditulis dalam bahasa
Melayu menurut kaedah yang terhurai di atas. Kedua-dua
huruf itu dipertahankan dalam penggunaan tertentu sahaja
seperti dalam perbezaan nama dan istilah khusus. Di samping
pegangan untuk penulisan unsur serapan tersebut di atas,
berikut ini didaftarkan juga akhiran-akhiran asing serta
penyesuaiannya dalam bahasa Melayu. Akhiran itu diserap
sebagai bahagian kata yang utuh.

211

Ejaan dan Tanda Baca

Kata seperti klinikal dan objektif diserap secara utuh di
samping kata klinik dan objek.

Akhiran atau bentuk akhir yang mungkin dipertimbangkan
penulisan kata, setelah disesuaikan, disenaraikan dalam daftar
contoh di bawah ini.

1. -ary jadi -er
primary primer
secondary sekunder

2. -al tetap -al
structural struktural
cultural kultural
rational rasional
ideal ideal
normal normal

3. -ation, -tion jadi -asi, -si
action aksi
organization organisasi
revolution revolusi
confrontation konfrontasi

4. -or tetap -or
conductor konduktor
factor faktor
projector projektor

5. -ical jadi -is, ik, ikal (penyesuaian)
logical logis
psychological psikologis
clinical klinikal
technical teknik

6. -ica, -ic, -ics (kata nama) jadi -ik
dialectics, dialectica dialektik
logic, logica logik
phonetics fonetik

212

Ejaan dan Tanda Baca

7. -ic jadi -ik
ballistic balistik
ferric ferik

8. -ist jadi -is
socialist sosialis
egoist egois

9. -ism (Inggeris), -isme (Belanda) jadi -is
socialism socialisme sosialisme
modernism, modernisme modenisme

10. -ive jadi -if
descriptive deskriptif
illusive ilusif

11. -logy jadi -logi
analogy analogi
technology teknologi

12. -ty jadi -ti
university universiti
quality kualiti

13. -oir tetap -oir
repertoir repertoir
trotoir trotoir

14. -age (dengan fonem /a/) jadi -aj
sabotage sabotaj
garage garaj

15. -age, -ege (dengan fonem /e/) jadi -ej
college kolej
image imej

16. -ant jadi -an
accountant akauntan
informant informan

213

Ejaan dan Tanda Baca

17. -cts jadi -kta
analects analekta

18. -cy jadi -si
democracy demokrasi
agency agensi

19. er tetap -er
counter kaunter
computer komputer
cylinder silinder

20. -ette jadi -et
pippette pipet
novelette novelet
mofette mofet

21. -eur jadi -ur
amateur amatur

22. -graph jadi -graf
autograph autograf
telegraph telegraf

23. -graphy jadi -grafi
historiography historiografi
orthography ortografi
autobiography autobiografi
bibliography bibliografi

24. -ige, idge jadi -ij
prestige prestij
cartridge kartrij

25. -ization jadi -isasi
organization organisasi
decentralization desentralisasi
rationalization rasionalisasi

214

Ejaan dan Tanda Baca

26. -nce jadi -ns
science sains
ambulance ambulans
insurance insurans

27. -gue di akhir kata (selepas s) digugurkan
grotesgue grotes
arabesgue arabes
picaresgue pikares

28. -sion jadi -si
version versi
abrasion abrasi

29. -sional tetap -sional
professional profesional
confessional konfesional

30. -tional jadi -sional
national nasional
vacational vokasional

31. -ure jadi -ur
structure struktur
debenture debentur
photogravure fotogravur

32. Bentuk el dipakai pada suku kata akhir untuk menyesuaikannya
dengan bentuk -le Inggeris.

Misalnya:
article jadi artikel
particle partikel
flexible fleksibel
bugle bugel
cable kabel

Kecuali yang sudah lazim disesuaikan dengan huruf lain.

Misalnya:

215

Ejaan dan Tanda Baca

stable jadi stabil
bicycle basikal
bottle botol
apple epal
handle henda

6. Tanda Baca

A. Tanda Titik (.)

1. Tanda titik digunakan pada akhir ayat yang bukan pertanyaan
atau seruan.

Misalnya:
Ayahku tinggal di Melaka.
Biarlah mereka duduk di sana.
Dia menanyakan siapa yang akan datang.
Hari ini ialah 6 April 1974.
Marilah kita mengheningkan cipta.
Silakan anda mengenakan topi keledar.
Sudilah kiranya saudara mengabulkan permohonan ini.

2. Tanda titik digunakan pada akhir singkatan nama orang.

Misalnya:
Md. Lazim bin Abd. Latif
Muhd. Yamin
P. Ramlee

3. Tanda titik digunakan pada akhir singkatan gelar, jawatan,
pangkat dan sapaan.

Misalnya:
Dr. (Doktor)
En. (Encik)
Pn. (Puan)
Prof. (Profesor)
Sdr. (Saudara)
S.E. (Sarjana Ekonomi)
S.S. (Sarjana Sastera)

216

Ejaan dan Tanda Baca

Tn. (Tuan)
Y.A.B. (Yang Amat Berhormat)
Y.M. (Yang Mulia)
Yth. (Yang Terhormat)
Kol. (Kolonel)

4. Tanda titik digunakan pada singkatan kata atau ungkapan yang
sudah sangat umum. Pada singkatan yang terdiri daripada tiga
huruf atau lebih hanya dipakai satu tanda titik.

Misalnya:

b.p. (bagi pihak)
d.a. (dengan alamat/di alamat)
dsb. (dan sebagainya)
dst. (dan seterusnya)
dll. (dan lain-lain)
hlm. (halaman)
tsb. (tersebut)
spt. (seperti)
s.k. (salinan kepada)
u.p. (untuk perhatian)

5. Tanda titik digunakan di belakang angka atau huruf dalam
suatu bagan, ikhtisar dan daftar.

Misalnya:

III. Perkembangan Bahasa X
A. Bahasa Melayu Klasik
B. Bahasa Melayu Moden
Pengantar 1. Pendahuluan
1.1 Umum
1.2 Latar Belakang
1.2.1 Sebelum 1950
1.2.2 ...

6. Tanda titik digunakan untuk memisahkan angka jam, minit
dan saat yang menunjukkan waktu.

Misalnya:

Pukul 1.35.20 (Pukul 1 35 minit 20 saat)

217

Ejaan dan Tanda Baca

7. Tanda titik digunakan untuk memisahkan angka jam, minit
dan saat yang menunjukkan jangka waktu.

Misalnya:
1.35.20 jam (1 jam 35 minit 20 saat)

8. Tanda titik tidak digunakan untuk memisahkan angka ribuan,
jutaan, dan seterusnya yang tidak menunjukkan jumlah.

Misalnya:
Ia lahir pada tahun 1950 di Kuala Lumpur.
Lihat halaman 2345 dan seterusnya.
Nombor akaunnya 045678.

9. Tanda titik tidak digunakan dalam singkatan yang terdiri
daripada huruf-huruf awal kata atau suku kata, atau gabungan
kedua-duanya yang terdapat dalam nama badan-badan
kerajaan, lembaga-lembaga nasional atau internasional,
atau yang terdapat dalam akronim yang sudah diterima oleh
masyarakat:

Misalnya:
JKR (Jabatan Kerja Raya)
KDN (Kementerian Dalam Negeri)
Pernas (Perbadanan Nasional)
TLDM (Tentera Laut Diraja Malaysia)
UMNO (United Malaya National
Organization)
WHO (World Health Organization)

10. Tanda titik tidak digunakan dalam singkatan lambang kimia,
unit ukuran, takaran, timbangan dan mata wang.

Misalnya:
Cu (Kuprum)
TNT (Trinitrotoluene)50
10 cm (10 sentimeter)
kg (kilogram)
l (liter)

218

Ejaan dan Tanda Baca

11. Tanda titik tidak digunakan pada akhir judul yang merupakan
tajuk karangan atau ilustrasi, tabel, dan sebagainya.

Misalnya:

Acara Kunjungan Tun Abdul Razak
Getah dan Bijih timah (Bab 1, Malaysia)
Ranjau Sepanjang Jalan

12. Tanda titik digunakan di belakang alamat yang akhir dan tahun
dalam pendahuluan surat-menyurat.

Misalnya:

Dewan Bahasa dan Pustaka,
Peti Surat 803,
Kuala Lumpur.

24 Jun 1974.

Yth. Sdr. M. Yazid Ismail,
No. 29, Jalan Aman,
Petaling Jaya.
Jabatan Peguam Negara,
Kuala Lumpur,
Malaysia.

B. Tanda Koma (,)

1. Tanda koma digunakan di antara unsur-unsur dalam suatu
pemerincian atau pembilangan.

Misalnya:

Saya membeli kertas, pen, dan dakwat.
Satu, dua, ... tiga.

2. Tanda koma digunakan untuk memisahkan ayat setara yang
satu daripada ayat setara berikutnya yang didahului oleh kata
seperti tetapi atau melainkan.

Misalnya:

Saya ingin datang, tetapi hari hujan.
Ali bukan anak saya, melainkan anak Pak Kasim.

219

Ejaan dan Tanda Baca

3. Tanda koma digunakan untuk memisahkan anak ayat daripada
ayat induk apabila anak ayat tersebut mendahului ayat
induknya.

Misalnya:
Kalau hari hujan, saya tidak akan datang.
Kerana sibuk, ia lupa akan janjinya.

4. Tanda koma tidak digunakan untuk memisahkan anak ayat
daripada ayat induk apabila anak ayat tersebut mengiringi ayat
induk.

Misalnya:
Saya tidak akan datang kalau hari hujan.
Dia lupa akan janjinya kerana sibuk.
Dia berpendapat bahawa soal itu tidak penting.

5. Tanda koma digunakan di belakang kata atau ungkapan
penghubung antara ayat yang terdapat pada awal ayat.

Misalnya:
... Oleh kerana itu, kita harus berhati-hati.
... Jadi, soalnya tidaklah semudah itu.

6. Tanda koma digunakan di belakang kata-kata seruan seperti
O, wah, ya, aduh, yang terdapat pada awal kalimat.

Misalnya:
Oh, begitu.
Wah, bukan main!
Baik-baik, ya, nanti jatuh!
Aduh, sakitnya!

7. Tanda koma digunakan untuk memisahkan petikan langsung
daripada bahagian lain dalam ayat. Misalnya:
Kata ibu, “Saya gembira sekali.”
“Saya gembira sekali,” kata ibu, “kerana kamu lulus.”

8. Tanda koma digunakan di antara (i) nama dengan alamat, (ii)
bahagian-bahagian alamat, (iii) tempat dengan tarikh, yang
ditulis sebaris.

220

Ejaan dan Tanda Baca

Misalnya:

Surat-surat ini harap dialamatkan kepada Dekan Fakulti
Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangunaan
MMA, Kuala Lumpur.
Mersing, 10 Mei, 1960.

9. Tanda koma digunakan untuk menceraikan bahagian nama
yang dibalik susunannya dalam daftar pustaka.

Misalnya:

Siregar, Merari, Azab dan Sengsara, Weltevreden, Balai
Pustaka, 1920.
Fernando, Lloyd. New Drama (one and two).
Selected, edited and introduced by Lloyd Fernando.
Kuala Lumpur: O.U.P., 1972.

10. Tanda koma digunakan di antara nama penerbit dengan tahun
penerbitan.

Misalnya:

Baha Zain, Perempuan dan Bayang-Bayang
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1974.

11. Tanda koma digunakan di antara nama orang dengan gelar
akademik atau kurniaan negara yang mengikutinya, untuk
membezakannya daripada singkatan nama keluarga atau
marga.

Misalnya:

Yunus Ali, M.A.
K. Rajan, P.J.K.
Osman Ahmad, A.M.N.

12. Tanda koma tidak digunakan untuk memisahkan petikan
langsung daripada bahagian lain dalam ayat apabila petikan
langsung tersebut berakhir dengan tanda tanya atau tanda
seru dan mendahului bahagian lain dalam ayat itu.

Misalnya:

“Di mana saudara tinggal?” tanya Karim.
“Berdiri lurus-lurus!” perintahnya.

221

Ejaan dan Tanda Baca

13. Tanda koma digunakan untuk mengapit keterangan tambahan
dan keterangan aposisi (Lihat juga pemakaian tanda pisah. Bab
V, Fasal F). Misalnya:
Guru saya, Encik Ahmad, pandai sekali.
Di daerah kami, misalnya, masih banyak orang laki-laki
makan sirih.

14. Tanda koma tidak digunakan untuk memisahkan angka ribuan,
jutaan dan seterusnya yang tidak menunjukkan jumlah.

Misalnya:
Lihat halaman 2345.
Ia lahir pada tahun 1950 di Pulau Pinang.
Nombor telefonnya 546167.

15. Tanda koma digunakan dalam angka bagi menandakan
bilangan ribu, juta, ribu- ribu dan seterusnya, selepas setiap
tiga angka dari kanan

Misalnya:
2, 222 dua ribu dua ratus dua puluh dua.
2, 222, 222, 222 dua ribu dua ratus dua puluh dua juta dua
ratus dua puluh dua ribu dua ratus dua puluh dua.

C. Tanda Koma Bertitik (;)

1. Tanda koma bertitik dapat digunakan untuk memisahkan
bahagian-bahagian ayat yang sejenis dan setara.

Misalnya:
Malam makin larut; kamu belum selesai juga.

2. Tanda koma bertitik digunakan untuk memisahkan ayat
yang setara dalam suatu ayat majmuk sebagai pengganti kata
penghubung.

Misalnya:
Ayah menyiapkan kertas kerjanya; ibu sibuk bekerja di
dapur; adik menghafalkan nama-nama pahlawan nasional;
saya sendiri asyik mendengar siaran pilihan pendengar.

222

Ejaan dan Tanda Baca

D. Tanda Titik Bertindih (:)

1. Tanda titik bertindih digunakan pada akhir suatu eprnyataan
apabila diikuti suatu (a) rangkaian atau pemerian,a tau (b)
penjelasan.

Misalnya:

(a) Yang kita perlukan sekarang ialah barang-barang yang
berikut:

kertas, dakwat dan pen.

(b) Ketua : Abdullah Salleh
Hari : Isnin
Pukul : 9.30 pagi

2. Tanda titik bertindih digunakan (i) di antara jilid atau nombor
dengan halaman, (ii) di antara bab dengan ayat dalam kitab-
kitab suci, atau (iii) di antara judul dengan anak judul suatu
karangan.

Misalnya:

Dewan Sastera, IV (1974), 4:9
Surah Yasin: 9
Karangan Ali Hakim, Pendidikan: Sebuah Studi, sudah
terbit.

3. Tanda titik bertindih digunakan dalam teks drama sesudah
kata yang menunjukkan pelaku dalam percakapan.

Misalnya:

Ibu : «Bawa bungkusan ini, Mir!»
Amir : «Baik, bu.»
Ibu : «Jangan lupa. Letakkan baik-baik!»

4. Tanda titik bertindih tidak digunakan kalau rangkaian
atau pemerian itu merupakan pelengkap yang mengakhiri
pernyataan.

Misalnya:

Kita memerlukan kerusi, meja, dan almari.
Fakulti itu mempunyai jurusan Ekonomi Umum dan
Ekonomi Perusahaan..

223

Ejaan dan Tanda Baca

F. Tanda Sempang (-)

1. Tanda sempang menyambung suku-suku kata dasar yang
terpisah oleh penggantian baris.
Misalnya:

... ada cara ba-
ru juga.

Suku kata yang terdiri daripada satu huruf tidak dipenggal
supaya jangan terdapat satu huruf saja pada hujung baris atau
pangkal baris.

Misalnya:

.... masalah itu
...

atau

......... masalah
itu ...

bukan

........ masalah i-
tu ...

*Akhiran -i tidak dipenggal supaya jangan terdapat satu huruf
saja pada pangkal baris.
2. Tanda sempang menyambung awalan dengan bahagian kata di

belakangnya atau akhiran dengan bahagian kata di depannya
pada penggantian baris.
Misalnya:

... cara baru meng-
ukur panas.
... cara baru me-
ngukur kelapa.
......... alat pertahan-
an yang baru.

224

Ejaan dan Tanda Baca

3. Tanda sempang menyambung unsur-unsur kata ulang.

Misalnya:

anak-anak
gotong-royong
karang-mengarang
kemerah-merahan
kura-kura
porak-peranda
sekali-kali
sekali-sekala
tanggungjawab-tanggungjawab

4. Tanda sempang dapat digunakan untuk memperjelas hubungan
bahagian-bahagian ungkapan.

Bandingkan:

ber-evolusi dengan ber-revolusi
dua puluh lima-
dua puluh dengan ribuan (1 x 25000)
isteri perwira-yang-
lima-ribuan (20 x 5000) ramah

isteri-perwira dengan

yang ramah

5. Tanda sempang digunakan untuk merangkaikan (a) se- dengan
kata berikutnya yang dimulai dengan huruf besar, (b) ke-
dengan angka, (c) angka dengan -an, (d) singkatan huruf besar
dengan imbuhan atau kata, (e) kata dengan kata ganti nama
Allah.

Misalnya:

se-Malaysia
se-Tanah Melayu
hadiah ke-2
tahun 50-an58
KDN-nya nombor 7631
Sinar-X
hidayat-Mu
rahmat-Nya

225

Ejaan dan Tanda Baca

6. Tanda sempang digunakan untuk merangkaikan unsur bahasa
Melayu dengan unsur bahasa asing.
Misalnya:
meng-upgrade-kan
di-charter

F. Tanda Pisah (—) (panjangnya dua kali tanda
sempang dan tidak diapit oleh ruangan)

1. Tanda pisah membatasi penyisipan kata, kelompok kata atau
anak kalimat yang memberi penjelasan khusus.
Misalnya:
Kemerdekaan bangsa itu—dan saya yakin akan tercapai—
diperjuangkan oleh bangsa itu sendiri.

2. Tanda pisah menegaskan adanya keterangan aposisi atau
keterangan yang lain sehingga kalimat menjadi lebih jelas.
Misalnya:
Mereka semua mengenal Haji Salim—guru tua di kota
kecil itu—sebagai seorang dermawan.

3. Tanda pisah digunakan di antara dua bilangan atau tarikh
yang bererti `sampai dengan’ atau di antara dua nama kota
yang bererti `ke’, `sampai’.
Misalnya:
1910—1954
Taiping—Seremban
Catatan:
Dalam penaipan, tanda pisah dinyatakan dengan dua tanda

sempang.

G. Tanda Elipsis (...) (tiga titik yang diapit ruangan)

1. Tanda elipsis dipakai dalam kalimat yang terputus-putus.
Misalnya:
Kalau begitu ... ya, marilah kita bergerak.

226

Ejaan dan Tanda Baca

2. Tanda elipsis menunjukkan bahawa dalam suatu petikan ada
bahagian yang dihilangkan.
Misalnya:
“Sebab-sebab kemerosotan... akan diteliti lebih lanjut.”
Catatan:
Kalau bahagian yang dihilangkan mengakhiri sebuah kalimat,

perlu dipakai empat titik: tiga untuk penghilangan teks dan satu
untuk menandai akhir kalimat.

Misalnya:
Dalam tulisan, tanda baca hendaklah digunakan dengan
hati-hati...

H. Tanda Tanya (?)

1. Tanda tanya digunakan pada akhir kalimat tanya.
Misalnya:
Bilakah dia berangkat?
Saudara tahu, bukan?

2. Tanda tanya digunakan di antara tanda kurung untuk
menyatakan bahagian kalimat yang disangsikan atau yang
kurang dapat dibuktikan kebenarannya.
Misalnya:
Ia dilahirkan pada tahun 1683 (?).
Wang sebanyak 10 ribu ringgit (?) hilang.

I. Tanda Seru (!)

Tanda seru digunakan sesudah ungkapan atau pernyataan
yang berupa seruan, perintah atau yang mengungkapkan
kebenaran, ketidakpercayaan atau rasa emosi yang kuat.

Misalnya:
Alangkah seramnya peristiwa itu!
Bersihkan bilik ini sekarang juga!
Merdeka!

227

Ejaan dan Tanda Baca

J. Tanda Kurung ( (...) )

1. Tanda kurung mengapit tambahan keterangan atau
penjelasan.

Misalnya:

Kajian separuh penggal RMK (Rancangan Malaysia Kedua
sudah dipersetujui.
Kursus penataran (upgrading) akan segera dimulai.

2. Tanda kurung mengapit keterangan atau penjelasan yang
bukan bahagian integral pokok pembicaraan.

Misalnya:

Sajak Tranggono berjudul “Ubud” (nama tempat yang
terkenal di Bali) ditulis pada tahun 1962. Keterangan itu
(lihat lampiran A) menunjukkan arus perkembangan baru
dalam pasaran dalam negeri.

3. Tanda kurungan mengapit angka atau huruf yang memperinci
satu siri keterangan. Angka atau huruf itu dapat juga diikuti
oleh tanda kurung tutup saja.

Misalnya:

Faktor-faktor pengeluaran menyangkut masalah yang
berikut:
(1) alam;
(2) tenaga kerja, dan
(3) modal.

Faktor-faktor pengeluaran menyangkut masalah
a) alam;
b) tenaga kerja, dan
c) modal.

K. Tanda Kurung Siku ([...])

1. Tanda kurung siku mengapit huruf, kata atau kelompok kata
sebagai pembetulan atau tambahan kepada kalimat atau
bahagian kalimat yang ditulis orang lain. Tanda itu jadi isyarat
bahawa kesalahan itu memang terdapat dalam naskhah asal.

Misalnya:

228

Ejaan dan Tanda Baca

Sang Sapurba men[d]engar bunyi gemerisik.

2. Tanda kurung siku mengapit keterangan dalam kalimat
penjelas yang sudah bertanda kurung.

Misalnya:
(Perbezaan antara dua macam prosa ini [lihat bab I] tidak
dibicarakan.)

L. Tanda Petik (“...”)

1. Tanda petik mengapit petikan langsung yang berasal daripada
pembicaraan, daripada naskhah atau bahan tertulis lain.

Misalnya:
“Sudah siap,” kata Salim.
“Saya belum siap,” jawab Hakim, “tunggu sebentar!”

2. Tanda petik mengapit judul syair, karangan dan bab buku
apabila dipakai dalam kalimat.

Misalnya:
Karangan S. Othman Kelantan yang berjudul “Peranan
Kesusasteraan dalam Pembentukan Keperibadian Muslim”
diterbitkan dalam Dewan Sastera.
Bacalah ”Bola Lampu” dalam buku Dari Suatu Masa, Dari
Suatu Tempat.
Sajak “Berdiri Aku” terdapat pada halaman 5 buku itu.

3. Tanda petik mengapit istilah ilmiah yang kurang dikenal atau
kata yang mempunyai erti khusus.

Misalnya:
“Morfologi” tanah itu sedang kami pelajari bersama.

4. Tanda petik penutup mengikut tanda baca yang mengakhiri
petikan langsung.

Misalnya:
“Sudah siap?” tanya Ali.
Kata Ahmad, “Saya juga minta satu.”

5. Tanda-tanda baca penutup daripada kalimat atau bahagian-
bahagian kalimat ditempatkan di belakang tanda petik yang

229

Ejaan dan Tanda Baca

mengapit kata atau ungkapan yang dipakai dengan erti
khusus.
Misalnya:

Kerana warna kulitnya dia disebut “Si Hitam”.
Dia sering disebut “pahlawan”; dia sendiri tidak tahu
sebabnya.
Catatan:
Kedua-dua pasang tanda petik itu ditulis sama tinggi di
sebelah atas baris.

M. Tanda Petik Tunggal (`...’)

1. Tanda petik tunggal digunakan dalam ungkapan atau kalimat
yang sudah diapit tanda petik.
Misalnya:
Tanya Basri, “Engkau dengar suara ‘Kring’ tadi?”

2. Tanda petik tunggal mengapit terjemahan atau penjelasan
suatu kata atau ungkapan asing.
Misalnya:
rate of inflation `kadar inflasi’
Tanda ulang boleh digunakan semata-mata dalam tulisan

cepat dan nota untuk menyatakan bentuk ulang.
Misalnya:
kata2
lebih2
sekali2

O. Tanda Garis Miring (/)

1. Tanda garis miring digunakan dalam penomboran kod surat.
Misalnya:
DBP/SP/1634

2. Tanda garis miring digunakan sebagai pengganti kata dan,
atau, per, atau pada nombor alamat.

230

Ejaan dan Tanda Baca

Misalnya:
Harganya $2.50/ela.
mahasiswa/mahasiswi.
Sewanya $130.00/bulan.
mengkaji fonologi dan/atau morfologi.

P. Tanda Penyingkat (‘)
Tanda penyingkat menunjukkan penghilangan bahagian kata.
Misalnya:

Ali `kan kusurati. (`kan = akan)
Malam `lah tiba. (`lah = telah)

231

Bab 11

PENGENALAN SINTAKSIS

Pengenalan

Istilah sintaksis berasal daripada perkataan Yunani, iaitu sun
yang bererti “dengan” dan tattein yang membawa erti “menempatkan
bersama-sama”. Hal ini demikian, secara etimologi sintaksis dapat
diertikan sebagai “menempatkan kata-kata secara bersama-sama
untuk menjadi kelompok kata atau ayat”. Kata suntattein kemudian
menjadi istilah syntaxis dalam bahasa Belanda dan syntax dalam
bahasa Inggeris. Menurut Nik Safiah Karim et al. (2004) dalam
Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, sintaksis merujuk bidang ilmu
bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi
ayat. Sintaksis juga ditakrifkan sebagai kajian tentang hukum
atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan
penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk
ayat dalam sesuatu bahasa.

Menurut Henry Guntur Tarigan (1983) dan Siti Hajar Hj
Abdul Aziz (1996) sintaksis ialah bahagian atau cabang daripada
tatabahasa yang membicarakan struktur-struktur kalimat (ayat),
klausa dan frase (frasa). Kajian Siti Hajar juga merangkumi
wacana. Sintaksis sebagai sebahagian daripada ilmu linguistik
berusaha menjelaskan unsur-unsur sesuatu satuan serta hubungan
antara unsur-unsur itu sama ada dari segi fungsi atau hubungan
makna. Selain itu, menurut Peter Hugoe Matthews (1981), ‘the term
‘syntax’ is from the Ancient Greek syntaxis, a verbal noun which
literally means ‘arrangement’ or ‘setting out together’. Traditionally,
it refers to the branch of grammar dealing with the ways in which
words, with or without appropriate inflections, are arranged to show
connections of meaning within the sentence’. Kajian sintaksis adalah
bermula daripada zaman Yunani yang meliputi susunan kata nama.
Sintaksis merujuk kepada konteks tatabahasa yang menunjukkan
susunan hubungan makna dalam sesuatu ayat.

232

Pengenalan Sintaksis

Bidang sintaksis merupakan satu sub-bidang linguistik yang
mencakupi bidang yang mengkaji bentuk, struktur dan binaan
ayat. Bidang ini mengkaji tentang bagaimana ayat-ayat di bentuk
dan bagaimana ia difahami dalam sesuatu bahasa. Ia bermula
dengan penyusunan perkataan untuk membentuk frasa, klausa
dan ayat. Ayat menduduki tempat teratas dalam tatatingkat
kajian sintaksis, manakala satuan paling kecil yang dikaji ialah
frasa. Bidang sintaksis ini menerangkan unsur-unsur sesuatu
satuan serta hubungan antara unsur-unsur itu sama ada dari segi
fungsi atau hubungan makna. Sintaksis adalah berbeza dengan
morfologi. Morfologi merupakan bidang tatabahasa yang mengkaji
morfem dan pembinaan perkataan dalam sesuatu ayat. Dalam
pembentukan atau pembinaan sesuatu ayat, perlu ada subjek dan
predikat. Subjek ialah konstituen, yang boleh terdiri daripada satu
perkataan atau beberapa perkataan yang bersifat frasa nama dan
menjadi unsur yang diterangkan. Predikat pula ialah bahagian
ayat yang memberikan keterangan atau penjelasan tentang subjek.
Contohnya,

1) Aina melihat gambar ibunya.

Aina dalam ayat di atas merupakan subjek iaitu unsur yang
diterangkan, manakala melihat gambar ibunya merupakan predikat
iaitu unsur yang menerangkan subjek dalam ayat.

Latihan

Berdasarkan ayat dibawah kenal pasti unsur subjek dan unsur
predikat.

Petani itu menanam sayur.

subjek predikat

Fungsi

Bidang sintakis merujuk kepada bidang yang menjadi
komponen yang penting dalam tatabahasa selain bidang morfologi.
Sintaksis yang merujuk kepada subsistem yang tidak hanya
memperkatakan tentang struktur ayat tetapi turut mengkaji
tentang struktur frasa dan klausa dalam tatabahasa. Oleh itu,
sintaksis mengkaji tentang bagaimana sesuatu frasa itu berubah
menjadi klausa seterusnya menjadi ayat dalam sistem tatabahasa

233

Pengenalan Sintaksis

bahasa Melayu. Istilah subjek, predikat, objek, pelengkap dan
keterangan adalah istilah bagi fungsi sintaksis, iaitu istilah yang
merujuk kepada fungsi kata atau frasa dalam ayat. Hashim Musa
(1993:148), menyatakan bahawa fungsi ialah kedudukan kata
dalam binaan sintaksis, iaitu frasa dan ayat. Bambang (1984:246),
berpendapat bahawa hubungan unsur merupakan hubungan
perkataan yang terdapat dalam fungsi, iaitu fungsi subjek, predikat,
objek dan keterangan. Hal ini demikian, dalam klausa kita dapat
membezakan fungsi sintaksis tersebut.

Fungsi sintaksis boleh diringkaskan sebagai hubungan antara
unsur-unsur sintaksis seperti subjek, predikat, objek, pelengkap dan
keterangan yang mempunyai pertautan yang erat dalam binaan
ayat. Ayat yang dihasilkan pada amnya dapat dipenggalkan kepada
subjek dan predikat seterusnya predikat pula boleh dipecahkan
kepada objek, pelengkap serta keterangan mengikut golongan-
golongan kata masing-masing dalam pembentukan ayat. Fungsi
sintaksis juga menghuraikan peranan-peranan unsur-unsur ini
yang amat saling memerlukan atara satu sama lain dalam binaan
ayat. Pengelasan unsur-unsur ini amat penting kerana sesuatu
ayat sebenarnya wujud daripada gabungan-gabungan unsur-unsur
sintaksis ini.

Subjek

Menurut Nik Safiah Karim et al. (2008:342) dan Abdullah
Hassan (2006:9), subjek ialah konstituen sama ada terdiri daripada
satu perkataan atau beberapa perkataan yang sememangnya frasa
nama atau yang berfungsi sebagai frasa nama dan menjadi judul
atau unsur yang diterangkan. Hal ini demikian, subjek boleh terdiri
daripada satu perkataan dan beberapa rentetan perkataan. Dalam
kebanyakan bahasa termasuk bahasa Melayu, subjek ayat hanya
terdiri daripada frasa nama atau unsur yang berfungsi sebagai
frasa nama, maksudnya subjek lazimnya terdiri daripada unsur
frasa nama yang menjadi inti dan unsur yang diterangkan dalam
sesuatu ayat. Subjek lazimnya adalah perkara yang diceritakan
yang terdiri daripada orang, benda, tempat atau perkara. Unsur-
unsur subjek juga boleh terdiri daripada frasa nama, kata ganti
nama, frasa nama yang berkuasa nama dan frasa adjektif yang
berkuasa nama. Frasa adjektif dan frasa kerja boleh menjadi subjek
apabila menghilangkan ciri tipikal. Ciri tipikal yang dimaksudkan
iaitu tidak boleh menerima sebarang unsur kata penguat pada
hadapan frasa tersebut.

234

Pengenalan Sintaksis

Setelah diteliti, subjek sebenarnya boleh terdiri daripada
nama, orang, benda, tempat atau perkara. Bahagian yang menjadi
hal atau yang diterangkan dipanggil sebagai subjek. Lazimnya
posisi subjek terletak pada bahagian hadapan ayat. Unsur subjek
bersifat frasa nama dan menjadi judul atau unsur yang diterangkan.
Contohnya,

2) Hairi melihat gambar Maria.

Berdasarkan contoh ayat di atas, subjek boleh dilihat pada
ayat yang bercetak condong iaitu Hairi yang terdiri daripada unsur
kata nama khas yang telah mengisi fungsi subjek dan mengisi posisi
hadapan ayat yang lazimnya dikenali sebagai subjek.

Sebarang unsur frasa nama, sama ada kata nama tunggal atau
terbitan, boleh membentuk frasa nama dan menjadi subjek ayat.
Sebagai contoh,

3) Rumah-rumah kandang kambing ini tidak sempurna.
4) Lori itu bergerak dengan asap hitam menipis keluar dari corong

belakangnya.

Frasa nama Rumah-rumah kandang kambing ini dan lori itu
menjadi subjek dalam ayat-ayat di atas. Rumah-rumah kandang
kambing ini dan lori itu, telah mengisi posisi subjek di hadapan
ayat. Hal ini dapat dilihat dengan jelas, bahawa unsur yang
mengisi fungsi subjek terdiri daripada dua perkataan atau lebih
juga dikatakan sebagai rentetan ayat. Selain itu, kata ganti nama
boleh membentuk frasa nama dan berfungsi sebagai subjek ayat.
Sebagai contoh,

5) Mereka menunggu lagi kepulangan Zainab.
6) Patik persembahkan anak patik ke bawah Duli Yang

Dipertuan.

Kata ganti nama mereka (kata ganti nama diri ketiga) dan
patik (kata ganti nama diri pertama) adalah kata ganti nama yang
berfungsi sebagai subjek ayat-ayat di atas dan dikatakan sebagai
unsur yang menjadi fungsi subjek. Hal ini demikian, bagi unsur kata
nama yang mengisi fungsi subjek tidak terbatas hanya pada unsur
kata nama am dan khas sahaja. Tetapi juga boleh terdiri daripada
pecahan atau sub-golongan kata nama tersebut.

Frasa kerja juga boleh digunakan sebagai frasa nama dan
berfungsi sebagai subjek ayat. Contohnya,

235

Pengenalan Sintaksis

7) Membela tanah air memang sudah menjadi darah dagingnya.
8) M e n g a j a r k a n s a s t e r a a d a l a h p e n g a l a m a n y a n g

menguntungkan.
9) Bersedekah itu besar pahalanya.
10) Menonton filem menambah ilmu.
11) Berbincang itu meningkatkan perpaduan.

Perkataan membela tanah air, mengajarkan sastera,
bersedekah itu, menonton filem dokumen, dan berbincang itu
adalah frasa kerja. Namun, dalam ayat-ayat di atas, frasa kerja ini
berfungsi sebagai inti ayat yang kemudiannya menjadi subjek ayat.
Hal ini bermaksud, apabila unsur frasa kerja mengisi posisi subjek
dalam ayat ia tidak boleh disertai dengan unsur kata bantu yang
lazimnya hadir bersama dengan frasa kerja. Frasa adjektif juga
boleh membentuk frasa nama dan menjadi subjek ayat apabila frasa
adjektif menghilangkan unsur tipikal. Contohnya,

12) Cantiknya mata anak kucing ini.
13) Besarnya menjadi tumpuan.
14) Harumnya memikat hati.
15) Sihat menjadi matlamat kita.
16) Amanah sifat yang terpuji.

Frasa adjektif cantiknya, besarnya, harumnya, sihat, dan
amanah dalam ayat-ayat di atas berfungsi sebagai subjek dan
hadir pada posisi hadapan ayat. Jika dilihat, unsur frasa adjektif
ini telah menghilangkan ciri asal yang mana tidak boleh menerima
kata penguat pada hadapan ayat yang berfungsi sebagai subjek.
Semua unsur frasa adjektif ini telah mengisi posisi subjek dalam
ayat-ayat diatas.

Latihan

a) Bina ayat yang mempunyai frasa nama sebagai unsur subjek.

Subjek Frasa Nama
1.
2.
3.

236

Pengenalan Sintaksis

b) Bina ayat yang terdiri daripada kata nama tunggal dan kata
nama terbitan yang boleh membentuk frasa nama dan menjadi
subjek ayat.

Kata nama tunggal - ____________________________________

Kata nama terbitan - ____________________________________

c) Bina ayat yang terdiri daripada kata ganti nama yang boleh
membentuk frasa nama dan berfungsi sebagai subjek ayat.

________________________________________________________.

d) Bina ayat yang subjeknya terdiri daripada frasa kerja tetapi
berfungsi sebagai frasa nama.

________________________________________________________.

e) Bina ayat yang subjeknya terdiri daripada frasa adjektif tetapi
berfungsi sebagai frasa nama.

________________________________________________________.

Predikat

Menurut Nik Safiah Karim et al. (2008:342), Abdullah Hassan
(2006:9) dan Lyons (1993:12), predikat merujuk kepada kumpulan
perkataan yang tergolong dalam satu frasa dan menjadi unsur yang
menerangkan subjek. Oleh itu, predikat merupakan bahagian ayat
yang menceritakan perkara tentang orang, benda, tempat atau
perkara yang dinyatakan dalam subjek. Predikat terdiri daripada
frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi.

Hal ini demikian, predikat merupakan bahagian ayat yang
menceritakan perkara mengenai orang, benda, tempat, atau perkara
yang dinyatakan dalam subjek. Predikat juga dapat dikenali sebagai
bahagian yang menjadi penerang kepada subjek. Lazimnya posisi
predikat hadir selepas subjek. Contohnya,

17) Wanita itu ialah wirawati negara.

Berdasarkan ayat di atas ialah wirawati negara yang terdiri
daripada kata pemeri (ialah) dan kata nama (wirawati negara)
merupakan bahagian predikat atau menjalankan fungsi predikat.
Lazimnya, ayat ini dapat dilihat berada pada posisi selepas
subjek.

237

Pengenalan Sintaksis

Frasa nama adalah frasa yang mempunyai inti kata nama,
maka frasa nama boleh menjadi predikat dalam sesebuah ayat.
Sebagai contoh,
18) Jesnita ialah guru.

Frasa nama ialah guru adalah frasa nama yang menjadi
predikat dalam ayat tersebut. Hal ini jelas menunjukkan unsur
predikat terdiri unsur kata pameri (ialah), dan unsur kata nama
(guru). Selain itu, jika dilihat dari segi posisi predikat ini hadir
selepas subjek.

Dalam frasa kerja juga mempunyai kata kerja sebagai inti
frasa, bermaksud frasa kerja boleh mengisi posisi selepas subjek
iaitu sebagai fungsi predikat. Contohnya jelas dapat dilihat pada
ayat di bawah iaitu, unsur kata kerja tak transitif duduk dan kata
kerja transitif berpelengkap merebahkan.
19) Setelah orang tua itu duduk.
20) Abu merebahkan badan dengan berbantalkan lengan.

Seterusnya terdapat frasa adjektif juga yang boleh menjadi
predikat. Terdapat dua jenis frasa adjektif, iaitu frasa adjektif
dengan satu kata adjektif dan frasa adjektif dengan kata bantu dan
kata penguat. Contohnya,
21) Kakak engkau belum baik

Terdapat juga frasa adjektif yang mengandungi kata penguat
dan kata bantu yang dapat menjadi predikat. Contohnya,
22) Maisarah sudah semakin cantik.

Frasa sendi juga boleh berfungsi sebagai predikat dalam ayat.
Dalam contoh ayat di bawah, jelas menunjukkan unsur frasa sendi
untuk hadir pada posisi predikat dan sekaligus menjalankan fungsi
sebagai predikat. Misalnya,
23) Hadiah ini untuk kamu.

238

Pengenalan Sintaksis

Latihan

a) Berdasarkan ayat dibawah kenal pasti unsur yang mengisi
posisi predikat.
Budak itu pergi ke sekolah.

A) Frasa sendi nama
B) Frasa kerja
C) Frasa adjektif
D) Frasa nama

b) Berdasarkan ayat dibawah kenal pasti unsur yang mengisi
posisi predikat.
Petani sedang bersawah

A) Frasa sendi nama
B) Frasa kerja
C) Frasa adjektif
D) Frasa nama

c) Berdasarkan ayat dibawah kenal pasti unsur yang mengisi
posisi predikat.
Kakak sangat cantik

A) Frasa sendi nama
B) Frasa kerja
C) Frasa adjektif
D) Frasa nama

d) Bina ayat yang mengandungi kata penguat dan kata bantu
yang dapat menjadi predikat.

Kata penguat - __________________________________________

Kata bantu - ___________________________________________

e) Berdasarkan ayat dibawah kenal pasti unsur yang mengisi
posisi predikat.
Baju itu didalam almari

A) Frasa sendi nama
B) Frasa kerja
C) Frasa adjektif
D) Frasa nama

239

Pengenalan Sintaksis

Objek

Ahmad Khair Mohd Nor (2003:15), menyatakan bahawa
kehadiran objek dalam struktur ayat ditentukan oleh kata kerja
transitif yang mengisi fungsi predikat. Objek ialah frasa nama
yang berada di belakang predikat yang berupa kata kerja transitif
tetapi berfungsi sebagai subjek jika ayat tersebut diubah menjadi
ayat pasif.

Keith Brown dan Jim Milter (1991:322), pula menyatakan
bahawa “the grammatical object, like the subject, is realized by an
NP. In active declarative sentences with unmarked word order four
grammatical features characterize the object: (1) it directly follows
the verb, (2) it is not in construction with a preposition, (3) it can
become the subject of the corresponding passive sentences and (4)
it is an obligatory constituent with transitive verbs”. Maksudnya,
objek gramatis seperti perkara disedari oleh satu NP. Dalam
ayat penerang aktif, urutan kata ditandai dengan empat ciri-ciri
tatabahasa yang mencirikan objek iaitu secara langsung mengikuti
kata kerja, bukan di dalam pembinaan dengan satu kata depan,
boleh menjadi perkara kepada ayat-ayat pasif yang sepadan dan
adalah satu konstituen wajib hadir dengan kata kerja transitif.

Hal ini demikian, objek boleh diringkaskan sebagai unsur yang
wajib hadir dalam frasa dalam binaan predikat dalam ayat pasif
atau kata kerja transitif. Hal ini demikian, objek berfungsi sebagai
penyambut dalam sesuatu frasa serta melengkapkan makna dalam
sesuatu ayat. Misalnya dalam ayat berikut:

24) Ali menyusun buku.

Dalam ayat berikut, subjek terdiri daripada Ali dan predikat
terdiri daripada menyusun buku. Dalam konstituen predikat
tersebut terdiri daripada unsur kata kerja transitif iaitu menyusun
dan diikuti objek buku. Objek dalam ayat iaitu buku wajib hadir
kerana sekiranya ayat tersebut hanya ditulis Ali menyusun, maka
ayat tersebut dianggap tidak gramatis dan tidak bermakna kerana
ayat tersebut tergantung disebabkan tiada penyambut selepas
kata kerja transitif menyusun. Hal ini demikian, objek berfungsi
sebagai unsur yang melengkapkan ayat tersebut. Dalam bahasa
Melayu objek terdiri daripada objek tepat sebagai objek utama
dan objek sipi sebagai objek sampingan dalam ayat. Objek dalam
struktur ayat diisi dengan kata nama, kata kerja dan kata adjektif.
Lazimnya, kata nama mengisi posisi objek dalam ayat kerana

240

Pengenalan Sintaksis

apabila dipasifkan struktur ayat tersebut lebih bermakna. Jika kata
kerja atau kata adjektif yang mengisi posisi objek, struktur ayat
tersebut akan menjadi janggal.

Latihan

Bina dua ayat yang mempunyai unsur objek.

1. ____________________________________________________.

2. ____________________________________________________.

Pelengkap

Abdullah Hassan et al. (2006:161) dan Tatabahasa Dewan
(1993:563), menjelaskan pelengkap ialah unsur yang menjadi
pencukup pada sesuatu kata kerja tak transitif. Pelengkap
merupakan bahagian daripada kata kerja yang dijadikannya
sebagai predikat yang lengkap. Unsur yang menjadi pelengkap boleh
terdiri daripada frasa nama, frasa adjektif atau frasa sendi nama.
Selain itu, frasa nama sebagai pelengkap tidak boleh diperluaskan,
sebaliknya boleh jika frasa nama berfungsi sebagai objek. Pelengkap
berfungsi melengkapkan perbuatan atau keadaan dalam frasa kerja,
maka pelengkap tidak boleh digugurkan dalam ayat.

G. David Morley (2000:99), pula menyatakan “there are more
fruitful way of looking at the scope of the complement is to refer to
the completive function which it fulfils after the verb. This involves
looking at the much broader area, that of the complementation of
the verb in the wider sense, and allows us to draw the long-standing
distinction in systemic grammar between the ‘extensive complement’
and ‘intensive complement’. It will also can be seen that, with
the division of the verbal complementation in this way, systemic
grammarians have typically dispensed with the differentiation
found in traditional grammar between ‘object’ and ‘complement’
as separately named elements of clause structure”. Maksudnya,
terdapat banyak cara berkesan untuk melihat aspek bagi pelengkap
yang merujuk kepada fungsi kompelemen. Ia hadir selepas kata
kerja dan melibatkan struktur ayat yang boleh diperluas. Ahli-ahli
tatabahasa sistemik telah mengenal pasti pelengkap lazimnya
berbeza antara objek dan pelengkap dan ianya didapati dalam
tatabahasa tradisional di mana antara fasal struktur dan unsur-
unsur dinamakan berasingan.

241

Pengenalan Sintaksis

Pelengkap berbeza dengan objek kerana pelengkap tidak
dapat dijadikan binaan pasif berbanding dengan objek yang boleh
dijadikan binaan pasif dalam ayat. Kebiasaannya pelengkap berada
selepas predikat dalam ayat dan wajib hadir untuk melengkapkan
ayat. Pelengkap hampir sama fungsi dengan objek namun sering
wujud selepas kata kerja tak transitif dan terdiri daripada frasa
nama, frasa adjektif dan frasa sendi nama. Ini boleh dibuktikan
dalam ayat berikut,

25) Sakitnya beransur pulih.

Dalam ayat berikut, perkataan pulih dianggap sebagai
pelengkap kerana melengkapkan makna ayat tersebut. Sekiranya
ayat tersebut hanya ditulis Sakitnya beransur maka ayat tersebut
dan dianggap tidak gramatis. Oleh itu, perkataan pulih tidak
boleh digugurkan kerana perkataan tersebut melengkapkan ayat
tersebut.

Secara keseluruhannya, berbeza dengan fungsi objek kerana
pelengkap ialah unsur yang menjadi pencukup kepada sesuatu kata
kerja tak transitif. Pelengkap merupakan bahagian daripada kata
kerja yang menjadikannya predikat yang lengkap. Boleh terdiri
daripada frasa nama, frasa adjektif atau frasa sendi nama. Binaan
berpelengkap tidak boleh dijadikan binaan pasif. Contoh ayat
adalah seperti berikut,

26) adik bersalin pakaian.
27) kasutnya berwarna hitam.
28) saya berasal dari Perak.

Latihan

Bina dua ayat yang mempunyai unsur pelengkap.

1. ____________________________________________________.

2. ____________________________________________________.

Keterangan

Dalam bahasa Melayu, keterangan berfungsi untuk meluaskan
atau membatasi makna subjek atau predikat. Hal ini demikian,
keterangan berperanan menambah maklumat tentang sesuatu
peristiwa atau kejadian. Konstituen keterangan bersifat pilihan

242

Pengenalan Sintaksis

dan tidak selalu wajib hadir dalam binaan ayat. Keterangan sering
dianggap sebagai bahagian di luar inti klausa, maka posisinya
sering di belakang klausa dalam ayat tunggal dan kehadiran
atau ketiadaannya tidak mencacatkan makna ayat. Di samping
itu, keterangan biasanya memberi jawapan terhadap pertanyaan
seperti bila, bagaimana, mengapa, di mana, ke mana dan sejenisnya.
Selain itu, tempat keterangan juga agak luwes atau bebas dalam
binaan ayat, boleh di awal, di akhir atau di tengah ayat. Ahmad
Khair Mohd Nor (2003:19) dan Abdullah Hassan et al. (2006:161),
memberikan makna keterangan sebagai adverba iaitu berfungsi
memberi penerangan lanjut kepada perbuatan atau keadaan dalam
kata kerja. Oleh sebab itu, penerangan lanjut ini adalah maklumat
tambahan dan boleh digugurkan.

G. David Morley (2000:104), pula menghuraikan “the adjunct
is most frequently associated with adverbial and prepositional
phrases, though occasionally it may be realized by a nominal
phrase. The adjunct has been labeled A. Adjuncts realize a number
of types of meaning function, all of which may be loosely described
as adverbial. In the first place, circumstantial adjuncts express the
ideational circumstances surrounding the process, specifying the
manner, means, reason, time, place, duration or frequency. As such
they are susceptible to questions beginning ‘How?’(in what way, in
what manner, by what means), ‘Why?’, ‘When?’, ‘Where?’, ‘For How
Long?’, ‘How often?’, ‘In what circumstances?’ and ‘In spite of what
circumstances?’. Circumstantial adjunct thus contribute to the
propositional content input of the clause”. Maksudnya, keterangan
dilabelkan sebagai A. Keterangan hadir dalam sejumlah jenis fungsi
makna, kesemuanya mungkin longgar dan disifatkan sebagai kata
keterangan. Penambahan keterangan mengikut keadaan proses,
keperincian cara, cara, sebab, masa, tempat, tempoh atau frekuensi.
Keterangan menjawab pertanyaan bagaimana, kenapa, bila, di
mana dan sebagainya.

Keterangan ialah unsur yang berfungsi untuk meluaskan atau
membatasi makna subjek atau predikat kerana keterangan ialah
unsur yang boleh digugurkan atau dikekalkan dan kewujudannya
dalam sesuatu ayat tidak mencacatkan struktur dan makna ayat
tersebut. Keterangan berperanan untuk menambah maklumat
tentang sesuatu kejadian atau peristiwa. Selain itu, kehadiran
keterangan tidak memerlukan unsur-unsur lain untuk mengikutinya
dalam binaan ayat. Berbeza dengan fungsi subjek, predikat, objek
dan pelengkap yang saling memerlukan antara satu sama lain

243

Pengenalan Sintaksis

dalam binaan ayat. Ayat yang mempunyai unsur keterangan adalah
seperti dalam ayat berikut,

29) (a) Zaki makan nasi dengan tangan kanannya.
(b) Zaki makan nasi.

30) (a) Lina membaca buku di bilik.
(b) Lina membaca buku.

Keterangan boleh berada di depan subjek dan predikat, di antara
subjek dan predikat dan boleh berada di bahagian paling belakang.

31) (a) Malam tadi Atiqah menangis.
(b) Atiqah malam tadi menangis.
(c) Atiqah menangis malam tadi.

Dalam ayat berikut, subjeknya adalah Atiqah, predikatnya
pula ialah menangis malam tadi. Malam tadi ialah unsur
keterangan dalam ayat bersifat luwes atau bebas kerana dapat
hadir pada mana-mana posisi dalam ayat. Dalam bahasa Melayu
terdapat 10 jenis keterangan iaitu keterangan tempat, keterangan
alat, keterangan waktu, keterangan cara, keterangan penyertaan,
keterangan tujuan, keterangan bagai atau mirip, keterangan sebab,
keterangan hal dan keterangan kekerapan. Nik Safiah Karim Nik
Safiah Karim et al. (2006), dalam Tatabahasa Dewan edisi baharu
menjelaskan keterangan bagai atau mirip sebagai keterangan
perbandingan dan turut menyatakan bahawa wujud keterangan
syarat, keterangan pertentangan dan keterangan akibat dalam ayat
Bahasa Melayu.

Latihan

Bina dua ayat yang mempunyai unsur keterangan.

1. ____________________________________________________.

2. ____________________________________________________.

Kesimpulan

Kesimpulannya, sintaksis merupakan kajian terhadap rumus-
rumus yang menerbitkan ayat-ayat gramatis dalam sesuatu bahasa.
Sintaksis memperkatakan hukum-hukum tentang susunan kata
yang menyebabkan terjadinya ayat sebagai sesuatu bentuk binaan
bahasa yang sempurna. Sintaksis juga adalah bidang liguistik yang

244

Pengenalan Sintaksis

secara tradisional disebut tatabahasa atau gramatika. Sintaksis
berasal daripada bahasa Yunani, iaitu sun yang bererti dengan
dan tattien yang bererti menempatkan. Secara etimologi bererti
menempatkan bersama-sama kata-kata menjadi kelompok kata
atau kalimat. Struktur sintaksis terdiri daripada susunan subjek
(S), predikat (P1), objek (O), keterangan (K) dan pelengkap (P2).
Contoh ayat adalah seperti berikut,
32) Ayah memarahi adik pagi tadi.

S P1 O K
Ayah (S) memiliki peranan pelaku (agentif), memarahi (P)
memiliki peranan aktif, adik (O) memiliki peranan sasaran, pagi
tadi (K) memiliki peranan waktu. Maka, S, P, O, K merupakan
fungsi dari sintaksis dan juga mempunyai peranan sintaksis.
Susunan fungsi sintaksis tidak semestinya berurutan S, P, O, K.
namun, sesebuah urutan yang tetap adalah fungsi P dan O. Fungsi
keempat fungsi itu tidak harus ada dalam setiap struktur sintaksis.
Struktur sintaksis minimal harus memiliki fungsi subjek dan
predikat kerana tanpa fungsi tersebut bentuk ayat tersebut belum
dapat disebut sebagai sebuah struktur sintaksis.

245

Bab 12
AYAT TUNGGAL

Pengenalan

1. Ayat dalam bahasa Melayu dapat dibahagikan kepada dua jenis
iaitu ayat tunggal dan ayat majmuk.

2. Ayat tunggal ialah ayat yang mempunyai satu subjek dan satu
predikat.

3. Subjek ialah pelaku yang terdiri daripada frasa nama..
4. Predikat ialah cerita berkenaan perkara itu ( subjek ).
5. Ayat mengandungi makna yang lengkap. Ia diucapkan dengan

intonasi atau nada yang sempurna.

Definisi ayat

Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam
susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap.
Ayat boleh terbentuk daripada satu perkataan atau susunan
beberapa perkataan yang diucapkan dengan intonasi yang
sempurna iaitu dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan
(Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa dan Abdul
Hamid Mahmood, 1992).
“...a sentence is a group of words expressing a complete thought…”
(C.C. Fries, 1963:9)
Menurut Bloomfield (1961:170), ayat ialah …”a construction
(or form) which, in the given utterance, is not part of any large
construction.”

Berdasarkan pendapat tokoh-tokoh di atas, ayat boleh diberi
tafsiran sebagai satu susunan perkataan yang lengkap yang perlu
diucapkan atau dilafazkan bagi menyampaikan sesuatu maksud.

246

Ayat Tunggal

Jenis-jenis Ayat Tunggal

A. Ayat Penyata

a) Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud
membuat satu pernyataan. Ayat penyata mempunyai tujuan
menyatakan atau memberi keterangan tentang sesuatu hal.

b) Ayat ini digunakan oleh penutur atau penulis untuk mengatakan
atau memberikan maklumat atau berita kepada pendengar atau
pembaca.

c) Ayat ini diujarkan tanpa mengharapkan jawapan atau gerak balas,
sama ada yang bersifat kebahasaan atau yang bersifat perbuatan.

Rumusan

• Ayat jenis ini disebut juga sebagai ayat berita atau ayat
keterangan.

• Ayat yang menyatakan atau menerangkan sesuatu cerita,
benda, kejadian dan sebagainya.

Ayat penyata dapatlah dianggap sebagai ayat untuk
melaporkan sesuatu perkara. Dalam lisan, ayat penyata diakhiri
dengan nada turun sebelum kesenyapan. Dalam tulisan pula, ayat
penyata diakhiri dengan tanda noktah.

Contoh-contoh Ayat Penyata:

1) Azimah jurutaip.
2) Dia penulis.
3) Muthu sedang tidur.
4) Kerani itu sentiasa tersenyum.
5) Guru mengajar murid.
6) Nani membeli pakaian dari kedai itu.
7) Pesakit itu berada di hospital.
8) Azmir menjadi pegawai polis
9) Mawar itu wangi.
10) Pokok di hadapan sekolah itu tinggi.

Berdasarkan daripada kewujudannya, ayat penyata lebih dasar
dan lebih lengkap daripada ayat jenis lain seperti ayat perintah atau
ayat tanya. Ayat penyata lebih jelas dari segi maknanya, malah
strukturnya pula lebih lengkap berbanding ayat jenis lain.

247


Click to View FlipBook Version