The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mohdrain, 2020-10-18 20:50:30

BUKU PEMBELAJARAN TATABAHASA

BUKU PEMBELAJARAN TATABAHASA

Penggolongan Kata

Kriteria Penggolongan Kata

Berdasarkan pengkajian tentang penggolongan kata bahasa
Melayu oleh tokoh-tokoh di atas, maka dapat dirumuskan terdapat
beberapa kriteria yang diambil kira semasa menggolongkan sesuatu
perkataan. Lazimnya, terdapat beberapa kriteria yang menentukan
penggolongan perkataan dalam sesuatu golongan kata. Dalam bahasa
Melayu, terdapat tiga kriteria yang menentukan penggolongan kata
iaitu kriteria morfologi, sintaksis dan semantik.

(a) Kriteria Morfologi

Kriteria morfologi yang dapat menentukan penggolongan kata
dapat dilihat memalui proses pengimbuhan. Proses pengimbuhan
dapat membezakan antara satu golongan kata dengan golongan
kata yang lain. Perhatikan contoh di sebelah:

Perkataan Golongan kata
lari Kata kerja
berlari Kata kerja
pelarian Kata nama
melarikan Kata kerja

Berdasarkan data di atas, kata dasar lari digolongkan sebagai
kata kerja (perbuatan), tetapi apabila kata dasar menerima proses
pengimbuhan pe-...-an menjadi pelarian, maka golongan kata telah
berubah menjadi golongan kata nama. Oleh itu, proses morfologi
boleh menjadi penentu bagi penggolongan sesuatu perkataan.

AKTIVITI

Sila kenal pasti golongan kata bagi setiap perkataan di bawah
yang mengalami proses pengimbuhan.

KUALA LUMPUR 6 Okt. – Industri bioteknologi negara
yang bernilai RM1.3 bilion dijangka berkembang pada kadar
22 peratus setahun. Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah
Ahmad Badawi berkata, kekuatan Malaysia dalam industri
kelapa sawit perlu digunakan sepenuhnya untuk mencapai
sasaran pertumbuhan itu.

(Sumber: Utusan Malaysia 7 Oktober 2008)

48

Penggolongan Kata

(b) Kriteria Sintaksis

Tatabahasa Dewan menggunakan ciri sintaksis bagi
menentukan golongan kata. Semua perkataan yang dapat menjadi
inti frasa predikat dimasukkan ke dalam golongan perkataan.
Justeru, Tatabahasa Dewan mendapati ada tiga golongan perkataan
major, iaitu kata nama, kata kerja dan kata adjektif. Contoh:

1. Hafis peguam. (peguam adalah kata nama)
2. Hafis menari. (menari adalah kata kerja)
3. Hafis gemuk. (gemuk adalah kata adjektif)

Berdasarkan kriteria sintaksis, golongan perkataan bahasa
Melayu dapat digolongkan seperti berikut:

1. Kata nama adalah perkataan yang dapat menjadi subjek dan
juga predikat. Contoh: Hafis peguam.

2. Kata kerja adalah perkataan yang dapat menjadi predikat.
Contoh kata kerja ialah menari, berjemur, dimakan, dan tidur.

3. Kata adjektif adalah perkataan yang fungsi utamanya adalah
menerangkan nama dalam subjek dan predikat. Kata adjektif
juga dapat menjadi predikat. Contoh kata adjektif ialah gemuk,
sedih, dan tinggi.

Berdasarkan kriteria sintaksis juga kita dapat mengenal
pasti beberapa jenis perkataan yang dapat dimasukkan ke dalam
golongan perkataan minor. Golongan kata tersebut mempunyai
fungsi atau tugas tatabahasa tertentu yang setrusnya dikenali
sebagai kata tugas. Contoh: di, sangat, telah dan akan.

(c) Kriteria Semantik

Kriteria semantik bermaksud penggolongan perkataan
dilakukan dengan meneliti makna perkataan berkenaan.
Berdasarkan kepada makna, maka perkataan dimasukkan ke dalam
golongan masing-masing. Za’ba (1965) menggolongkan perkataan
kepada jenis-jenis berikut:

1. Perkataan nama ialah segala perkataan yang menyebut benda
atau orang, seperti anak, ayam, pen, bulan, dan mereka.

2. Perkataan perbuatan ialah segala perkataan yang menyebut
perbuatan yang dikerjakan atau keadaan yang dikerjakan atau
keadaan yang wujud, seperti basuh, pukul, balik, jadi, ada, dan
cari.

49

Penggolongan Kata

3. Perkataan sifat (nama) ialah segala perkataan yang menerang-
kan atau menunjukkan sifat sesuatu nama atau perbuatan atau
lainnya, seperti tinggi, merah, bijak, bujur, dan manis.

4. Perkataan sendi ialah yang menyambungkan antara perkataan
dengan perkataan, antara bahagian-bahagian cakap atau
ungkapan seperti tetapi, sambil, dan, sudah, dan sangat.

5. Perkataan seruan ialah perkataan-perkataan yang semata-mata
gunanya bagi mengeluarkan perasaan hati ketika memanggil,
terperanjat, hairan, mengejak, sakit, hiba dsb. Contohnya
adalah seperti amboi, aduh, alahai, wah, dan sial.

AKTIVITI

Berdasarkan petikan di bawah, sila tentukan jenis golongan
kata setiap perkataan yang digunakan.

Pengemis selalunya sengaja berselindung di sebalik berperwatakan
susah, kusut masai dan terencat akal ketika meminta sedekah. Ia
adalah topeng semata-mata untuk menarik simpati orang ramai
sedangkan hakikatnya ada dalam kalangan mereka yang tinggal
di banglo mewah dan di hotel-hotel.
Bukan saja di Seremban, pengemis jalanan ini wujud di seluruh
negara terutama di bandar-bandar besar. Pernah satu ketika
dahulu, di Kuala Lumpur media melaporkan adanya sindiket
memeras ugut kanak-kanak untuk menjadi peminta sedekah
dan pengemis jalanan.

(Sumber: Utusan Malaysia 7 Oktober 2008)

Latihan Kendiri

Berdasarkan jadual di bawah, sila tentukan golongan kata
bagi setiap perkataan berikut.

PERKATAAN GOLONGAN KATA
jam
wanita
maju
kemesraan

50

Penggolongan Kata

pembasmian
disalahkan
memilih
menyanyi
perasaan
kebolehan

• Golongan kata ialah kategori tatabahasa yang berasaskan fungsi
tatabahasa.

• W. Marsden membahagikan perkataan-perkataan bahasa
Melayu kepada tiga golongan.

• Winstedt membahagikan perkataan-perkataan bahasa Melayu
kepada dua gologan besar, iaitu: Golongan Major dan Golongan
Minor.

• Za’ba menghasilkan lima jenis golongan kata, iaitu: kata nama,
kata perbuatan, kata sifat, kata sendi dan kata seruan.

• Asmah Hj. Omar menggolongkan perkataan bahasa Melayu
kepada tiga, iaitu Kata Namaan, Kata Kerjaan dan Kata Tugas.

• Abdullah Hassan menggogolongkan perkataan bahasa Melayu
kepada enam golongan.

• Asraf telah membahagikan kata kepada lapan golongan.

• Nik Safiah Karim menggolongkan perkataan kepada empat
golongan.

Penggolongan kata Kata sendi
Kriteria kata Kata seruan
Kata nama Kata depan
Kata kerja Kata partikel
Kata adjektif Kata ganti nama
Kata tugas Kata perbuatan
Kata kerjaan Kata adverba

51

Bab 4
KATA NAMA I

Pengenalan

Kata nama sangat berkait dengan kehidupan manusia. Jika
kita perhatikan, setiap yang ada di dunia ini pasti mempunyai nama
yang tersendiri. Sejak zaman kanak-kanak lagi, kita sudah diajar
mengenali nama-nama makhluk atau benda yang ada di sekeliling
kita.

Mula-mula kita akan mengenali nama ibu, ayah dan adik-
beradik kita. Seterusnya kita akan mula mengenali nama benda
yang terdapat di dalam rumah kita seperti bantal, botol susu, buaian
dan sebagainya. Apabila kita menjejak kaki ke alam persekolahan,
kita mula diperkenalkan dengan pelbagai nama benda seperti buku,
pen, papan putih, komputer dan sebagainya.

Kita juga akan diajar mengenali nama-nama haiwan seperti
ayam, harimau, kuda, gajah dan sebagainya. Nama-nama tumbuhan
serta bunga-bungaan juga akan diajar kepada kita. Mengapa nama
semua benda itu diajar kepada kita?

Definisi Kata Nama

Sebelum kita mengetahui apakah jenis-jenis kata nama yang
ada dalam bahasa Melayu, marilah kita terlebih dahulu meneliti
apakah yang dimaksudkan dengan kata nama. Beberapa tokoh
bahasa Melayu telah memberi definisi kata nama seperti berikut:

(a) Kamus Linguistik (1997), menjelaskan kata nama ialah
golongan kata yang menjadi inti frasa nama dalam ayat, dan
lazimnya kata ini menamakan orang, tempat, atau benda.
Antaranya termasuklah kata nama khas, kata nama am, dan
kata nama hitung.

(b) Za’ba (1965), memberikan definisi nama sebagai semua
perkataan yang menyebut benda atau orang dan sebagainya.

52

Kata Nama I

Definisi itu diluaskan dengan meliputi apa-apa yang terlintas
dalam fikiran dan tidak dapat dipandang atau dipegang seperti
akal, fikiran, kekuatan dan sebagainya.

(c) Lutfi Abas (1971), menyatakan kata nama sebagai kata yang
terletak selepas bilangan serta penjodoh bilangan. Kata nama
ialah kata yang merujuk khusus pada sesuatu nama orang,
haiwan, benda, institusi, undang-undang, bangsa, bahasa dan
pangkat.

(d) Sulaiman Masri et.al (2006), menjelaskan kata nama ialah
kata yang menyatakan nama bagi orang, benda, binatang,
tempat dan konsep.

(e) Abdullah Hassan (2003), memberikan definisi kata nama
sebagai kata yang menunjukkan nama benda, nama orang,
nama tempat dan nama perkara.

(f) Nik Safiah Karim et.al (2008), mendefinisikan kata nama
sebagai kata yang menjadi inti frasa nama dalam ayat dan
lazimnya kata ini menamakan orang, tempat, atau benda.

Apa yang dikatakan Inti?

Sebagai contoh, berikut ini dikemukakan beberapa binaan
frasa nama yang menunjukkan kedudukan kata nama sebagi inti
frasa nama dan perkataan-perkataan lain sebagai penentu atau
penerangnya.

Penentu Frasa Nama Penerang
beberapa orang Kata Nama (inti) ekonomi
semua mahasiswa jantan
segala kambing komputer
keempat-empat buah perkakasan pelancong
tiap-tiap bas tinggi
bangunan

Perkataan-perkataan mahasiswa, kambing, perkakasan, bas,
dan bangunan dalam frasa-frasa di atas ialah kata-kata nama yang
menjadi unsur inti binaan setiap frasa namanya.

53

Kata Nama I

Rumusan

Berdasarkan pendapat-pendapat di atas, kata nama dapat
didefinisikan sebagai kata yang menamakan makhluk,
benda, tempat dan konsep.

AKTIVITI

(a) Apakah persamaan dan perbezaan definisi kata nama antara
tokoh-tokoh bahasa di atas?

(b) Merujuk definisi di atas, hasilkan satu definisi kata nama
yang paling mudah untuk anda fahami.

Penggolongan Kata Nama

Terdapat perbezaan dari penggolongan kata nama dalam
kalangan penahu bahasa Melayu. Berikut akan dijelaskan beberapa
pendapat penahu bahasa Melayu tentang penggolongan kata
nama.

(a) Penggolongan Kata Nama oleh Abdullah Hassan
(1983)

Menurut Abdullah Hassan (1983), kata nama bahasa Melayu
boleh dibahagikan kepada empat jenis, iaitu:

Golongan Kata Nama

Kata nama Kata ganti nama Kata bilangan Penjodoh bilangan

Golongan Kata Nama Contoh
i) Kata Nama Ahmad, harimau, pokok
ii) Kata Ganti Nama Kami, saya, mereka
iii) Kata Bilangan Setengah, suku, sepertiga
iv) Kata Penjodoh Bilangan Sebuah, sebiji, seutas

54

Kata Nama I

(b) Penggolongan Kata Nama oleh Sulaiman Masri
et.al (2004)

Sulaiman Masri et.al (2004), menjelaskan golongan kata nama
dapat dibahagikan kepada empat jenis, iaitu:

Golongan Kata Nama

Kata nama Kata nama Kata nama Kata nama
am khas mujarad kelompok

Golongan Kata Nama Contoh
i) Kata Nama Am kucing, orang
ii) Kata Nama Khas Malaysia, Toyota
iii) Kata Nama Mujarad kecantikan, keberanian
iv) Kata Nama Kelompok pasukan, persatuan

Menurut Sulaiman Masri et al. (2004), kata nama bahasa
Melayu dapat berfungsi sebagai:

FUNGSI CONTOH
Subjek ayat Amir tidur.
Pelengkap kata kerja Abang menjadi guru.
Objek langsung kata kerja Bapa menulis surat.
Objek tak langsung Abang membacakan ibu surat itu.
Objek kata depan Surat daripada Kamal.
Kedudukan kepunyaan Itu beg Siva.

(c) Penggolongan Kata Nama oleh Nik Safiah Karim
et.al (2008)

Menurut Nik safiah Karim et.al (2008), golongan kata nama
bahasa Melayu boleh dikelompokkan berdasarkan ciri-ciri makna
perkataan kepada tiga kumpulan, iaitu (i) kata nama am, (ii) kata
nama khas, dan (iii) kata ganti nama. Rajah yang berikut ini
menunjukkan penggolongan kata nama:

55

Kata Nama I

Kata Nama Kata nama am
Kata nama khas
Kata ganti nama

AKTIVITI

Sila bentuk kumpulan perbincangan. Perkara yang perlu
dibincangkan ialah apakah persamaan dan perbezaan
golongan kata nama antara ketiga-tiga tokoh iaitu Abdullah
Hassan, Sulaiman Masri dan Nik Safiah Karim.

PERSAMAAN PERBEZAAN

Kata Nama Am

(a) Definisi Kata Nama Am
Menurut Tatabahasa Dewan edisi baharu (2008), kata nama
am ialah perkataan yang merujuk benda, perkara, atau konsep yang
umum sifatnya.

Kata Nama Am

benda perkara konsep

Kata nama am Contoh
Benda alam, dunia, cakerawala, pohon, orang
Perkara iklim, cahaya, roh, udara, hisapan
Konsep kedamaian, perpindahan, keadilan

56

Kata Nama I

(b) Jenis-jenis Kata Nama Am

Menurut Tatabahasa Dewan, kata nama am dapat dibahagikan
kepada kumpulan-kumpulan kecil berdasarkan ciri makna
perkataannya, iaitu hidup atau tak hidup, manusia atau bukan
manusia, institusi atau bukan institusi, konkrit atau abstrak,
berbilang atau tak berbilang, seperti yang berikut ini:

Hidup manusia
bukan manusia

Kata
nama
am

institusi konkrit
Tak hidup

bukan institusi

abstrak berbilang
tak berbilang

Bagaimana cara menulis
kata nama am?

Kata nama am ditulis dengan huruf kecil kecuali pada awal
atau pada pangkal ayat. Contoh:

Maryam membaca buku.
Kakak memarut kelapa.
Rumah hartawan itu besar.
Adik menulis nota.

57

Kata Nama I

Kadang kala timbul kekeliruan bagi menulis sesuatu
rangkai kata yang dieja sama ada bermula dengan huruf
besar atau huruf kecil. Misalnya, cara mengeja bahasa
Melayu atau Bahasa Melayu. Penggunaan yang betul bagi kedua-
dua rangkai kata tersebut adalah seperti berikut:

1. Penutur bahasa Melayu * perkataan bahasa dieja dengan

d i S i n g a p u r a s e m a k i n huruf kecil kerana bukan nama

berkurangan. khas.

2. Mereka sudah mengikuti * perkataan Bahasa dieja dengan
kursus Bahasa Melayu huruf besar kerana nama khas
Profesional di universiti iaitu nama salah satu mata
itu. pelajaran.

Jenis-Jenis Kata Nama Am

Setelah meneliti rajah kata nama am di atas, marilah kita
meneliti jenis-jenis kata nama am secara lebih terperinci.

(i) Kata nama am hidup manusia

Kata nama am hidup manusia ialah kata yang merujuk pada
orang, iaitu bersifat hidup dan mendukung makna nama am.
Contoh kata nama daripada jenis ini adalah seperti yang berikut:

peguam kanak-kanak
budak petani
pelajar pelombong
ketua pengawal
ayah fakir

AKTIVITI

Berdasarkan petikan di bawah, sila kenal pasti kata nama am
hidup manusia.

CARTAGENA (Sepanyol): Tentera Laut Diraja Malaysia
(TLDM) bercadang menubuhkan sebuah pusat latihan kapal
selam di pangkalannya di Teluk Sepanggar, Sabah yang akan
menempatkan dua kapal selam jenis Scorpene.

58

Kata Nama I

"Kita akan menjalankan latihan di negara sendiri, dan kita
memperoleh alat simulator bagi melatih warga kapal selam," kata
Panglima TLDM, Laksamana Datuk Abdul Aziz Jaafar kepada
pemberita Malaysia pada raptai pelancaran kapal selam kedua
jenis Scorpene di limbungan Navantia di sini, kelmarin.

Seramai 142 pegawai dan anggota TLDM menjalani latihan di
Perancis untuk mengendalikan kedua-dua kapal selam TLDM itu.

"Kita menghargai kerjasama dan bantuan daripada tentera laut
Perancis dan Sepanyol menjayakan program latihan warga kapal
selam kita," katanya.

(Sumber: Berita Harian 7 Oktober 2008)

(ii) Kata nama am hidup bukan manusia

Kata nama am hidup bukan manusia terdiri daripada
perkataan yang merujuk benda-benda hidup jenis bukan manusia
(haiwan dan makhluk lain) dan mendukung makna nama am.
Contohnya:

ayam jin
kucing hantu
cacing syaitan
pokok pari-pari
ikan bidadari

AKTIVITI

Berdasarkan petikan di bawah, sila kenal pasti kata nama am
hidup bukan manusia.

Belalang

Di dalam sebuah taman bunga, terdapat seekor belalang yang
suka menyanyi dan menari. Ia berasa gembira kerana dapat hidup
di dalam taman yang indah itu. Di dalam taman itu terdapat juga
berbagai-bagai jenis bunga seperti bunga raya, mawar, dahlia,
kenanga, melur dan cempaka. Taman bunga itu berwarna-warni
dan harum. Tiap-tiap hari, belalang akan menyanyi dan menari.
Ia akan melompat dari satu pokok ke pokok yang lain. Belalang
mempunyai ramai teman di dalam taman itu. Ada rama-rama,

59

Kata Nama I

kumbang, lebah dan semut. Mereka dapat tinggal di taman itu.
Mereka sering bermain dan menyanyi bersama-sama.

(Sumber: http://ceritakanak2.blogspot.com/2008_03_01_archive.html)

(iii) Kata nama am tak hidup institusi

Kata nama am tak hidup institusi terdiri daripada perkataan
yang merujuk badan atau institusi yang bersifat tidak hidup tetapi
mendukung makna nama am. Kata nama institusi ini boleh dikenal
pasti melalui kehadiran perkataan kepada dan daripada sebelum
kata nama institusi demikian. Contohnya:

Kata sendi nama Frasa Sendi Nama
Kata nama am institusi
kepada sekolah
daripada hospital
lembaga
majlis
pertubuhan
univesiti
persatuan

(Sumber: Tatabahasa Dewan)

AKTIVITI

Berdasarkan petikan di bawah, sila kenal pasti kata nama
am tak hidup institusi.

Bandar Pintar

Bandar pintar yang diimpikan oleh seluruh penduduk bandar
ialah sebuah bandar yang bukan sahaja menyediakan kemudahan
internet jalur lebar, malahan menyediakan pelbagai kemudahan
lain dengan pantas dan selesa. Pendudukan bandar pintar
mengimpikan jalinan pengangkutan seperti kereta api atau teksi
bawah tanah yang tidak terlibat dengan kesesakan jalan raya.
Mereka juga mengimpikan sebuah bandar yang mempunyai
sekolah, universiti, gedung peniagaan, hospital, dan taman
rekreasi yang bersih dan aman damai.

60

Kata Nama I

(iv) Kata nama am tak hidup bukan institusi konkrit

Kata nama tak hidup bukan institusi konkrit merujuk benda-
benda yang bukan institusi tetapi konkrit sifatnya. Kebanyakan
kata nama dalam golongan ini merujuk tempat. Semua perkataan
jenis ini tidak dapat didahului oleh sendi nama kepada dan daripada,
tetapi sebaliknya didahului oleh ke dan dari. Contohnya:

Sendi nama Frasa Sendi Nama
Kata nama am tak hidup bukan institusi
ke konkrit
dari rumah
padang
jalan
bandar
negeri
bumi
cakerawala
sungai

(Sumber: Tatabahasa Dewan)

AKTIVITI

Berdasarkan petikan di bawah, sila kenal pasti kata nama
am tak hidup bukan institusi konkrit.

Kawasan Tadahan Hujan

Mengikut istilah geografi, kawasan tadahan hujan membawa
maksud tempat menyimpan air. Contohnya, kawasan hutan
simpan, bukit, gunung dan tasik. Seandainya kawasan tadahan
hujan tidak dikekalkan dengan baik, masalah tanah runtuh dan
banjir kilat mudah berlaku. Beberapa langkah perlu diambil bagi
menjaga kawasan tadahan hujan, antaranya ialah mewartakan
hutan simpan, mencegah kecurian kayu balak atau penebangan
haram, dan mengawal pembangunan kawasan hutan.

(Sumber: Sulaiman Masri et al. 2006)

61

Kata Nama I

(v) Kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak
berbilang

Kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak berbilang,
merujuk benda-benda atau perkara-perkara yang tidak hidup,
bukan institusi dan abstrak sifatnya, tetapi boleh dibilang, iaitu
dapat disertai oleh kata bilangan. Contohnya:

Bilangan Frasa Nama
Kata nama am tak hidup bukan institusi
satu abstrak berbilang
tiap-tiap senyuman
hisapan
bayangan
pendapat
rancangan
gangguan

AKTIVITI

Berdasarkan petikan di bawah, sila kenal pasti kata nama
am tak hidup bukan institusi abstrak berbilang.

Pencemaran Air

Manusia menggunakan air untuk meneruskan kehidupan.
Gangguan bekalan air sahaja sudah cukup untuk menjejaskan
keselesaan manusia. Air digunakan untuk keperluan harian
sebagai minuman dan makanan. Namun, air yang tercemar
menyebabkan manusia kehilangan sumber keperluan asas untuk
hidup. Pencemaran air mampu mendatangkan pelbagai penyakit
kepada manusia. Sekiranya pencemaran air berlaku akibat
pembuangan sisa toksik dan tumpahan minyak, sudah pasti
kalangan nelayan yang bergantung hidup pada hasil tangkapan
ikan tidak dapat turun ke laut.

(vi) Kata nama am tak hidup bukan institusi absrak
tak berbilang

Kata nama am tak hidup bukan institusi absrak tak berbilang

62

Kata Nama I

merujuk benda-benda atau perkara-perkara yang bukan jenis
hidup, bukan institusi, abstrak sifatnya dan tidak dapat dibilang.
Contohnya adalah seperti yang berikut:

Angin
Hawa
Iklim
Kecantikan
Ketibaan
Angkasa
Kesungguhan
Keseronokan
Keriangan

LATIHAN

Berdasarkan petikan di bawah, sila tentukan jenis kata nama
am tak hidup bukan institusi absrak tak berbilang.

Musim Kemarau

Musim kemarau seringkali menimbulkan keresahan kepada para
petani. Jika musim hujan memberi seribu rahmat kepada para
petani kerana tanaman menjadi begitu subur, musim kemarau pula
membawa musibah sebaliknya. Pada musim kemarau, ketiadaan
sumber air dan ditambah lagi dengan suhu yang meningkat, maka
semua tanaman dan ternakan akan kepanasan. Kerugian mungkin
terpaksa ditanggung oleh petani.

LATIHAN

Berdasarkan jadual di bawah, sila tentukan jenis-jenis kata
nama am menurut Tatabahasa Dewan.

PERKATAAN JENIS KATA NAMA AM

kehidupan

anak
basikal
kebersihan

63

Kata Nama I

kebolehpercayaan
kuda
rumah
sekolah
kesamarataan
bulan

• Golongan kata nama bahasa Melayu boleh dikelompokkan
berdasarkan ciri-ciri makna perkataan kepada tiga kumpulan, iaitu
(i) kata nama am, (ii) kata nama khas, dan (iii) kata ganti nama.

• Kata nama am hidup manusia ialah kata yang merujuk pada
orang, iaitu bersifat hidup dan mendukung makna nama am.

• Kata nama am hidup bukan manusia terdiri daripada
perkataan yang merujuk benda-benda hidup jenis bukan
manusia (haiwan dan makhluk lain) dan mendukung makna
nama am.

• Kata nama am tak hidup institusi terdiri daripada perkataan
yang merujuk badan atau institusi yang bersifat tidak hidup
tetapi mendukung makna nama am.

• Kata nama tak hidup bukan institusi konkrit merujuk
benda-benda yang bukan institusi tetapi konkrit sifatnya.

• Kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak berbilang, merujuk
benda-benda atau perkara-perkara yang tidak hidup, bukan institusi dan
abstrak sifatnya.

• Kata nama am tak hidup bukan institusi absrak tak berbilang merujuk
benda-benda atau perkara-perkara yang bukan jenis hidup.

Penggolongan kata Kata nama mujarad
Kata nama Kata nama kelompok
Kata nama am Benda
Kata nama khas Perkara
Kata ganti nama Konsep
Kata bilangan Kata nama am hidup
Kata penjodoh bilangan Kata nama am tak hidup

64

Bab 5
KATA NAMA II

Kata Nama
Khas

Tun Abdul Razak Malaysia
Hussein

Pengenalan

Pada bab yang lalu, kita telah mempelajari kata nama am
dan jenis-jenisnya. Pada bab ini pula, kita akan meneliti dua jenis
lagi kata nama, iaitu kata nama khas dan kata ganti nama bahasa
Melayu.

Secara amnya, sesuatu benda atau makluk boleh diberi
nama yang bersifat tidak khusus seperti pokok, burung, serangga,
bola dan sebagainya. Nama-nama tadi merupakan nama am.
Seterusnya, nama am tadi boleh diberi nama khas yang bersifat
khusus. Misalnya kata lelaki adalah kata nama am, tetapi jika
lelaki diberi satu nama yang khusus untuknya seperti diberi nama
Fariq Hassani, maka lelaki tadi sudah mempunyai nama khas yang
khusus untuk dirinya.

Kata nama am atau kata nama khas pula boleh digantikan
penggunaannya dengan kata ganti diri. Misalnya:

65

Kata Nama II

Kata Nama Khas Kata Ganti Nama

Fariq Hassani telah diberhentikan kerja akibat kegawatan
ekonomi. Dia akan mula menceburi bidang pertanian moden.
Lelaki ini sebenarnya tidak mudah berputus asa.

Kata Nama Am

Bagi menambah lagi pemahaman kita berkaitan kata nama,
marilah kita meneliti dua lagi jenis kata nama iaitu Kata Nama
Khas dan Kata Ganti Nama.

Kata Nama Khas

Sebelum kita meneliti apakah jenis-jenis kata nama khas yang
ada dalam bahasa Melayu, marilah kita terlebih dahulu meneliti
apakah yang dimaksudkan dengan kata nama khas. Beberapa
orang tokoh bahasa Melayu telah memberi definisi kata nama khas
seperti berikut:

(a) Kamus Linguistik (1997), mendefinisikan kata nama khas
sebagai kata yang merujuk kepada orang, benda, atau tempat
yang khusus. Contohnya: Iswara, Malaysia, dan Liyana.

(b) Menurut Ensiklopedia Wikipedia (2008), kata nama khas
ialah kata nama yang secara khususnya digunakan untuk
menyebut nama sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa
dan yang tidak bernyawa. Benda-benda yang bernyawa ialah
nama manusia dan nama binatang. Benda-benda yang tidak
bernyawa ialah nama tempat, judul buku, nama bangunan, dan
sebagainya.

Perkataan Nama Khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang
tertentu, khusus atau khas. Contoh perkataan ditunjukkan seperti
di bawah:

Kata nama khas Contoh

Benda Volvo, Parker 45, Hikayat Hang Tuah
Orang Cik Rafidah, Inspektor Azman, Dr. Long
Binatang Si Tompok, Pak Belang, Sang Kancil
Tempat Kampung Selamat, Shah Alam, Kuala
Lumpur

66

Kata Nama II

(c) Kata nama khas merujuk kepada nama orang, nama binatang,
nama tempat, nama bandar, nama negeri, nama judul buku.
ditulis dengan huruf besar di pangkalnya (http://www.tutor.com.
my). Contohnya:

Ruzila, Tompok, Petaling Jaya, Sabah, Bandar Baru Uda,
Rentung.

(d) Nik Safiah Karim et.al (2008), menyatakan kata nama khas
ialah bentuk kata yang merujuk khusus orang, empat, atau
benda. Contohnya:

Kuala Lumpur, Ahmad, Masjid Negara.

Rumusan:

Kata nama Khas ialah kata yang khusus merujuk nama orang,
benda atau tempat.

Cara Menulis Kata Nama Khas

Huruf pertama perkataan nama khas hendaklah ditulis dengan
huruf besar bagi membezakannya dengan kata nama am.

Betul Salah

Melaka melaka
Sungai Besar sungai Besar
Sony sony
Toyota toyota
Ahmad ahmad
Pak Belang pak Belang

AKTIVITI

Adakah anda mengenali kata nama khas? Sila gariskan
penggunaan kata nama khas yang digunakan dalam petikan
di bawah.

67

Kata Nama II

Contoh: Kata Nama Khas

Program Homestay diperkenalkan oleh Kementerian Pelancongan
Malaysia pada tahun 1988 sebagai satu usaha mempelbagaikan
produk pelancongan melalui penawaran penginapan alternatif
kepada pelancong. Program ini telah dilancarkan secara rasmi
pada tahun 1995 di Desa Murni, Kerdau, Temerloh, Pahang oleh
Menteri Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan. Ia adalah
satu program di bawah Pelan Induk Plancongan Luar Bandar
yang bermatlamat untuk menggalakkan penyertaan masyarakat
luar bandar dalam sektor pelancongan.

Program ini memberi peluang kepada pelancong untuk menikmati
percutian yang berbeza dan murah yang mana pelancong tinggal
bersama keluarga tuan rumah yang menyertai program ini dan
merasai sendiri bagaimana tuan rumah menjalani kehidupan
seharian mereka.

(Sumber: http://homestay.motour.gov.my/)

Jenis Kata Nama Khas

Menurut Tatabahasa Dewan (2008), kata nama khas
mendukung makna rujukan khusus pada sesuatu nama orang,
haiwan, benda, perbadanan (institusi), undang-undang, bangsa,
bahasa, pangkat, dan seumpamanya. Dalam tulisan, huruf pertama
kata nama khas ditulis dengan huruf besar. Kata nama khas boleh
dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kata nama khas hidup
dan kata nama khas tak hidup. Kata nama khas hidup pula boleh
dibahagikan lagi kepada kata nama khas hidup manusia dan kata
nama khas hidup bukan manusia. Pembahagian kata nama khas
demikian boleh ditunjukkan melalui rajah yang berikut:

Jenis Kata Nama Khas

Hidup Tak hidup

Manusia Bukan Manusia

68

Kata Nama II

Kata Nama Khas Hidup Contoh

i) Kata Nama Khas Hidup Jamil, Puteri Salbiah,
Manusia Sharifah Aini

ii) Kata Nama Khas Hidup Sang Kancil, Si Tompok,
Bukan Manusia Pak Belang

Kata Nama Khas Tak Hidup Contoh
Proton, Piala Malaysia
i) Benda
ii) Institusi Universiti Malaya, Wisma
Putra
iii) Tempat Ipoh, Tokyo
iv) Bahasa/Bangsa
v) Konsep Inggeris, Hindi

Dasar Ekonomi Baru, Akta
Hasutan

AKTIVITI

Sila gariskan kata nama khas hidup dan kata nama khas tak
hidup yang terdapat dalam petikan di bawah.

PUERTO SAN CARLOS, Mexico 12 Okt. - Taufan Norbert
melanda kawasan darat di tanah besar Mexico awal pagi ini
dengan menyebabkan 2,000 penduduk melarikan diri tetapi
kekuatannya dilaporkan semakin menurun.

Taufan Kategori 1 itu membadai kawasan darat kira-kira 35
kilometer ke tenggara Huatabampo sekitar 0400 GMT (12
tengah hari ini) dengan kekuatan angin hampir 140 kilometer
sejam, menurut Pusat Taufan Negara Amerika Syarikat (AS)
di Miami.

Lebih 2,000 penduduk berteduh di pusat perlindungan
sementara, ramai antaranya dari kampung tepi pantai apabila
bumbung berterbangan dari hampir semua rumah.

“Kami datang ke sini kerana bumbung rumah kami telah ditiup
angin,” kata Luis Mesa, 39, yang berlindung di sebuah sekolah
rendah selepas meninggalkan kampungnya, Pueblo Nuevo.

(Sumber: Utusan Malaysia 13 Oktober 2008)

69

Kata Nama II

Jenis Kata Nama Khas

(a) Kata nama khas hidup manusia

• Kata nama khas jenis ini terdiri daripada perkataan yang
merujuk nama manusia, contohnya:

Emelda Rosmila Noam Chomsky
Tan Lian Hoe (Pakar linguistik)
Koay Yi Chuan
Somchai Wongsawat
Mohd Hafarizam Harun
Raja Kamal Raja Ismail
Syed Razak Syed Hussin
Mohamad Faizal Hamidi
Noam Chomsky

• Kata nama khas hidup, manusia di atas boleh didahului oleh
nama panggilan atau gelaran. Misalnya:

Dr. Surin Pitsuwan Prof. Emeritus Datuk
Dr. Nik Safiah Karim
Datuk Ong Tee Keat

Tun Mohd Eusoff Chin

Tan Sri Abdul Gani
Patail

Asisten Komisioner
Fauzi Abduri

Prof. Datuk Dr.
Mustapha Abdullah

Prof. Emeritus Dr.
Abdullah Hassan

• Kata gelaran si dan sang boleh juga digunakan bagi kata nama
am yang sudah diberi pengertian khas. Misalnya:

Si mati Si mangsa
Si berhutang Si adik

70

Kata Nama II

(b) Kata nama khas hidup bukan manusia

• Kata nama khas ini terdiri daripada perkataan yang merujuk
benda-benda yang hidup tetapi bukan jenis manusia, seperti
malaikat, haiwan, tumbuh-tumbuhan dan seumpamanya,
contohnya:

Mikail Cocos Nucifera Linn
Belang (pokok kelapa)
Kancil
Coniferae (pokok konifer)
Ananas Comosus (nanas)
Bougainvellea (bunga kertas)
Striga Asiatica (jarum mas)
Morinda Citrifolia (mengkudu)
Helianthus Annuus (bunga
matahari)

• Kata nama khas hidup bukan manusia boleh menerima kata
panggilan atau gelaran. Misalnya:

Sang Lamri
Sang Kancil

Sang Kancil

(c) Kata nama khas tak hidup

• Kata nama khas jenis ini terdiri daripada perkataan yang
merujuk benda-benda yang khusus tetapi bukan hidup, misalnya
nama benda, institusi, negara, tempat, bangsa, bahasa, pangkat,
undang-undang dan seumpamanya. Contohnya:

71

Kata Nama II

Melayu Masjid Putra Jaya
Honda
Proton Perdana
Akta Kolej dan Universiti
Universiti Sains Malaysia
Amerika Syarikat
Kapal Diraja Hang Tuah
Piala Malaysia
Wisma Putra

LATIHAN
Tuliskan semula ayat-ayat yang berikut dengan membubuh
huruf besar pada kata nama khas.

1. Encik Aziz Ibrahim ialah pengetua, sekolah menengah
kebangsaan bukit raja, kuala lumpur.

_________________________________________________________

2. Abang saya memiliki sebuah kereta toyota altis.

_________________________________________________________

3. malaysia ialah sebuah negara yang pesat membangun di asia
tenggara.

_________________________________________________________

Kata Ganti Nama

Tahukah anda bahawa kata nama atau kata nama khas bahasa
Melayu boleh diganti penggunaannya dengan sejenis kata lain iaitu
dinamakan sebagai kata ganti nama. Misalnya, kata nama gadis,
boleh diganti dengan kata dia, ia atau beliau. Dalam masyarakat
Melayu, kata ganti diri amat dititikberatkan kerana kata ganti diri
melambangkan sifat kesopanan dan rasa hormat seseorang kepada
seseorang yang lain. Oleh itu, kita perlulah berwaspada tentang
penggunaan kata ganti diri apabila sedang berkomunikasi dengan
orang yang lebih berusia atau berdarjat tinggi.

72

Kata Nama II

Sebelum kita meneliti apakah jenis-jenis kata ganti diri yang
ada dalam bahasa Melayu, marilah kita meneliti terlebih dahulu
definisi kata ganti nama.

(a) Menurut Abdullah Hassan (1992), kata ganti nama ialah kata
yang menggantikan nama dan berfungsi seperti nama.

(b) Kata ganti nama ialah kata yang menggantikan kata nama
manusia (http://www.tutor.com.my/tutor/).

(c) Menurut Nik safiah Karim et.al (2008), kata ganti nama
ialah bentuk kata yang tugasnya menjadi pengganti pada kata
nama.

Jenis Kata Ganti Nama

Berikutnya kita akan meneliti beberapa pendapat tokoh
berkaitan kata ganti nama dalam bahasa Melayu.

(a) Menurut Abdullah Hassan (1992), kata ganti nama dapat
dibahagikan kepada dua jenis, iaitu:

(i) Kata ganti nama diri

Kata ganti nama diri menggantikan kata nama untuk orang.
Kata ganti nama diri terbahagi kepada dua, iaitu:

• Kata ganti nama diri orang

Kata ganti nama diri menggantikan kata nama khas bagi
manusia atau sebarang kata nama untuk orang. Terdapat tiga jenis
kata ganti nama diri orang, iaitu

Jenis kata ganti diri Contoh
1. Orang pertama Saya, aku, patik, kami, kita
2. Orang kedua Kamu, awak, engkau
3. Orang ketiga Dia, ia, mereka

• Kata ganti nama diri tanya

Kata ganti nama diri tanya ialah jenis kata nama yang
bertugas mengemukakan pertanyaan mengenai orang dan benda
(termasuk yang abstrak), iaitu apa, siapa dan mana.

73

Kata Nama II

(ii) Kata ganti nama tunjuk

Kata ganti nama tunjuk digunakan bagi mengganti dan
menunjuk kata nama, contohnya itu dan ini.

(b) Berdasarkan Portal Pendidikan Utusan (2008), kata ganti nama
boleh dibahagikan kepada dua golongan (http://www.tutor.com.
my/tutor/), iaitu:

(i) Kata ganti nama diri
Kata ganti nama diri dapat dibahagikan kepada dua, iaitu:

• Kata ganti nama diri orang

Kata ganti nama diri Contoh
1) Diri pertama
aku, saya, hamba, patik, beta, kami,
2) Diri kedua kita, daku

3) Diri ketiga awak, engkau, anda, tuanku, kalian,
kamu

dia, beliau, ia, baginda, mereka

• Kata ganti nama diri tanya

Kata ganti nama diri tanya ialah kata yang merujuk benda
atau orang dalam bentuk tanya. Contoh: apa, siapa, mana.

(ii) Kata ganti nama tunjuk

Kata ganti nama tunjuk ialah kata yang digunakan untuk
menunjukkan manusia, haiwan, benda dan tempat. Contoh: ini,
itu.

(c) Menurut Nik safiah Karim et.al (2008), kata ganti nama boleh
dibahagikan lagi kepada dua golongan kecil, iaitu kata ganti
nama tunjuk dan kata ganti nama diri. Kata ganti nama diri
pula dibahagikan lagi kepada kata ganti nama diri orang dan
kata ganti nama diri tanya. Kata ganti nama diri orang pula
terdiri daripada kata ganti nama diri orang pertama, kata ganti
nama diri orang kedua dan kata ganti nama diri orang ketiga.
Berikut ialah penggolongan kata ganti nama:

74

Kata Nama II

kata ganti nama tunjuk

Kata Ganti Nama
kata ganti nama diri tanya

kata ganti nama diri
kata ganti nama diri orang
pertama
kedua
ketiga

Perincian kata ganti nama menurut Nik Safiah Karim et. al
(2008), adalah seperti berikut:

(i) Kata ganti nama tunjuk

Kata ganti nama tunjuk ialah perkataan yang menjadi
pengganti kata nama dan mendukung maksud menunjukkan benda
atau perkara yang dirujuk itu.

Ada dua kata ganti nama tunjuk, iaitu ini untuk menunjuk
pada yang dekat dan itu untuk menunjuk pada yang jauh.

(ii) Kata ganti nama diri

Kata ganti nama diri terbahagi pula kepada dua golongan
iaitu:

• Kata ganti nama diri tanya

Kata ganti nama jenis ini ialah perkataan yang merujuk benda
atau orang dalam bentuk tanya. Ada tiga kata ganti nama diri
tanya, iaitu:

Kata ganti nama diri tanya Contoh
1) apa yang merujuk benda atau
perkara
2) siapa yang merujuk orang
3) mana yang merujuk benda atau orang

75

Kata Nama II

Kadang-kadang kata ganti nama diri tanya boleh mengalami
proses penggandaan untuk membawa maksud rujukan tidak tentu
atau penegasan. Misalnya:

Apa apa-apa
Mana mana-mana
Siapa siapa-siapa (sesiapa)

• Kata ganti nama diri orang

Kata ganti nama jenis ini mengandungi perkataan yang
merujuk diri orang tertentu, iaitu diri orang pertama, diri orang
kedua dan diri orang ketiga, seperti yang ditunjukkan di bawah
ini:

Kata ganti nama diri orang Contoh
i) orang pertama
saya, aku, beta, patik, kami
ii) orang kedua dan kita

iii) orang ketiga anda, engkau, awak, dan
kamu

ia, dia, mereka, dan –nya

Kata ganti nama orang ketiga –nya boleh berfungsi sebagai
penekan dan pembenda.

Penggunaan Kata Ganti Nama
Contoh Kesalahan Dalam Penggunaan Kata Ganti Nama:

1. (a) Banduan itu dikawal ketat oleh pihak penjara. Beliau terlibat
dalam banyak kejadian jenayah. (salah)

(b) Banduan itu dikawal ketat oleh pihak penjara. Dia terlibat
dalam banyak kejadian jenayah. (betul)

Penjelasan:

Kata ganti nama diri perlu disesuaikan dengan kedudukan
seseorang. Kata ganti nama beliau digunakan untuk orang
yang dihormati.

76

Kata Nama II

2. (a) “Kalian-kalian mesti bekerjasama dari sekarang,” kata
Tuk Ali kepada anak-anak buahnya. (salah)

(b) “Kalian mesti bekerjasama dari sekarang,” kata Tuk Ali
kepada anak-anak buahnya. (betul)

Penjelasan:
Kata ganti nama diri bentuk jamak tidak perlu digandakan.

3. (a) Tompok sangat manja. Ia suka menggesel-geselkan bulunya
pada kaki saya. (salah)

(b) Tompok sangat manja. Tompok suka menggesel-gesel-
kan bulunya pada kaki saya. (betul)

Penjelasan:
Kata ganti nama diri tidak boleh digunakan untuk binatang
dan benda.

LATIHAN
Tandakan (√) pada ayat yang betul penggunaan kata nama
khas dan dantakan (х) pada penggunaan yang salah.

1. Buku sejarah melayu semakin diminati pembaca.

2. Majalah Didik majalah kesukaan kanak-kanak.

3. Mereka pernah mengunjungi Muzium Taiping.

4. kuala kangsar Bandar Di-raja negeri perak.

LATIHAN
Berdasarkan petikan di bawah, sila garis perkataan yang
menggunakan kata nama khas dan kata ganti nama diri.

DUNGUN: Kerajaan negeri merancang untuk menjadikan
beberapa pantai dan perairan di daerah Dungun sebagai
destinasi utama bagi penganjuran acara memancing peringkat
kebangsaan setiap tahun.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian
dan Warisan negeri, Datuk Zaabar Mohd Adib, berkata enam

77

Kata Nama II

pantai di daerah ini perlu diketengahkan dan acara paling
sesuai serta mampu menarik perhatian pengunjung termasuk
pelancong dari dalam dan luar negara ialah melalui pertandingan
memancing.

"Enam pantai di daerah Dungun ialah pantai Teluk Lipat; Teluk
Bidara; Pantai Sura Hujung; Teluk Gadong dan Batu Pelanduk
di Rantau Abang," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat
Jawatankuasa Induk Karnival Memancing pusingan akhir di
bilik mesyuarat Majlis Perbandaran Dungun (MPD) di sini,
semalam.

Pada majlis itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan
Negeri (Adun) Rantau Abang menyerahkan replika cek bernilai
RM50,000 kepada Muhamad Mizal untuk penganjuran karnival
Joran pusingan akhir anjuran bersama kerajaan negeri, MPD
dan Unit Joran Berita Harian.

(Sumber: Berita harian, 14 Oktober 2008)

• Kamus Linguistik (1997), mendefinisikan kata nama khas
sebagai kata yang merujuk kepada orang, benda, atau tempat
yang khusus.

• Nik Safiah Karim et.al (2008), menyatakan kata nama khas
ialah bentuk kata yang merujuk khusus orang, empat, atau
benda.

• Kata nama khas hidup manusia terdiri daripada perkataan
yang merujuk nama manusia.

• Kata nama khas hidup bukan manusia terdiri daripada
perkataan yang merujuk benda-benda yang hidup tetapi bukan
jenis manusia.

• Kata nama khas tak hidup terdiri daripada perkataan yang
merujuk benda-benda yang khusus tetapi bukan hidup.

• Abdullah Hassan (1992), kata ganti nama ialah kata yang
menggantikan nama dan berfungsi seperti nama.

• Kata ganti nama diri menggantikan kata nama untuk
orang.

• Kata ganti nama diri tanya ialah kata yang merujuk benda
atau orang dalam bentuk tanya.

78

Kata Nama II

• Kata ganti nama tunjuk ialah kata yang digunakan untuk
menunjukkan manusia, haiwan, benda dan tempat.

Kata nama Kata ganti nama tunjuk
Kata nama am Kata nama khas hidup manusia
Kata nama khas Kata nama khas hidup bukan
Kata ganti nama diri manusia
Kata ganti nama diri tanya Kata nama khas tak hidup

79

Bab 6
KATA KERJA

Pengenalan

Kata kerja ialah kata yang digunakan untuk menyatakan
sesuatu perbuatan. Dalam sesebaris ayat, kata kerja juga berfungsi
sebagai predikat. Kata kerja merupakan kata yang menjadi
inti dalam frasa kerja, sama ada yang berlaku atau dilakukan.
Contohnya, berjalan, makan, memakan, dimakan dan sebagainya.
Kata kerja terbahagi kepada, kata kerja transitif (Perbuatan
Melampau) dan kata kerja tak transitif (Perbuatan tidak Melampau).
Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et al. :
2004 : 139), kata kerja sebagai satu golongan kata boleh dibahagikan
kepada dua kumpulan utama, iaitu, kata kerja transitif dan kata
kerja tak transitif. Mengikut Nik Safiah Karim lagi kata kerja ini
merangkumi sejumlah kata dasar yang dapat menjadi unsur inti
dalam frasa kerja. Mengikut Abdullah Hasan, kata kerja adalah
melakukan sesuatu perbuatan atau menunjukkan sesuatu keadaan.
Beliau turut menyatakan kata kerja terbahagi kepada dua jenis
iaitu kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif

Definisi kata kerja transitif

1) Kata Kerja Transitif ialah segala perbuatan yang dilakukan
oleh pembuatnya kepada benda lain. Benda yang kena oleh
perbuatan itu dipanggil penyambut ( objek ). Kata kerja ini
biasanya mempunyai imbuhan ‘me-‘ sama ada sebagai awalan
atau sebahagian daripada imbuhan seperti mengambil,
mendermakan, membacakan, menduduki, mempersilakan.

Contoh ayat:

Ali menyepak bola. PENYAMBUT/OBJEK

Mereka memancing ikan.

80

Kata Kerja

Berdasarkan contoh di atas, jelas perbuatan menyepak,
memancing tersebut terkena kepada orang atau benda lain.

Contoh:

Kucing itu menangkap seekor burung.
Perempuan itu menjual sayur.
Bapa sedang menulis surat.

Penerangan:
a) Dalam ayat pertama :

Kucing ialah pembuat, menangkap ialah perbuatan
melampau dan seekor burung ialah benda yang kena buat
atau penyambut

b) Dalam ayat kedua :
Perempuan ialah pembuat, menjual ialah perbuatan
melampau dan sayur ialah benda yang kena buat atau
penyambut.

c) Dalam ayat ketiga:
Bapa ialah pembuat, menulis ialah perbuatan melampau
dan surat ialah benda yang kena buat atau penyambut.

Contoh:

Subjek (pembuat) Kata kerja transitif penyambut (Objek)
Dia suka membaca buku.
Jamilah memukul seekor ular.
Abidin menjual kuih-muih.
Ramli menebang pokok.
Kereta itu melanggar seekor lembu.

2) Kata Kerja Transitif, kata kerja yang mengambil satu objek
di belakangnya. Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu,
kata kerja transitif yang menerima penyambut sesudahnya,
yang disebut objek . (Nik Safiah Karim et al : 2004 : 90)

Contoh ayat:

a. Emak memasak (kata kerja transitif) kari ayam (objek)
b. Kakak membelikan (kata kerja transitif) Kartini kamus.

81

Kata Kerja

3) Manakala, menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, kata
kerja transitif ialah kata kerja yang mengandungi objek yang
terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya.
(Nik Safiah Karim et al.: 2004 : 143).

Subjek Kata Kerja Transitif Objek
1. Ibu kari ayam.
2. Ahmad memasak bola.
3. Ani surat.
menendang
menulis

Contoh ayat:

Ibu memasak kari ayam.
memasak ialah kata kerja transitif
kari ayam ialah objek (kata nama)

Ahmad menendang bola
menendang ialah kata kerja transitif
bola ialah objek (kata nama)

Ani menulis surat
menulis ialah kata kerja transitif
surat ialah objek (kata nama)

4) Kata Kerja Transitif ialah kata kerja yang diikuti objek. Kata
kerja transitif tidak boleh berdiri sendiri tanpa objek. Kata kerja
transitif seperti menendang bola, menelefon kawan, memukul
anjing, dan memakan nasi. Penggunaan kata kerja transitif
dapat diperlihat seperti dalam contoh ayat:

Subjek Kata Kerja Transitif Objek

1. Ammar membaca buku setiap pagi.
2. Ibu menanak nasi.
3. Penjaja menjual ikan.
4. Bapa membasuh kereta semalam.

Tips: Bagaimanakah kita dapat mengetahui kata kerja
itu adalah Kata Kerja Transitif? Mudah sahaja. Cuba
anda tanya APA? selepas kata kerja itu. Jikalau ada
jawapannya, kata kerja itu adalah Kata Kerja Transitif.

82

Kata Kerja

AKTIVITI:
Tandakan ( / ) bagi setiap ayat transitif di bawah.

1. Adik menangis ()
2. Abang memancing ikan ()
3. kakak sedang bersolek ()
4. Hujan belum turun ()
5. Lili melukis gambar bunga ()
6. Qalif menjual kereta Nissan ()
7. Akif menyimpan wang ()
8. Muhamad Fitri belum tidur lagi ()
9. Belalang makan daun ()
10. Matahari akan terbit dari timur. ()

Jenis-Jenis Kata Kerja Transitif

Kata kerja transitif boleh dibahagikan kepada dua jenis:
a. Kata kerja transitif aktif- berfungsi dalam ayat aktif

Mastura mencuci pakaian di tepi sungai.

b. Kata kerja transitif pasif- berfungsi dalam ayat pasif
Pakaian dicuci oleh oleh mastura di tepi perigi.

Ayat Aktif Transitif

• Ayat Aktif Transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja
transitif, iaitu kata kerja yang diikuti oleh frasa nama yang
bertugas sebagai objek atau unsur penyambutnya.

• Hanya Ayat Aktif Transitif sahaja yang boleh dipasifkan kerana
objek dalam Ayat Aktif Transitif akan dijadikan sebagai subjek
dalam Ayat Pasif.

Contoh:

83

Kata Kerja

Predikat

Subjek Kata Kerja Objek
Aktif Transitif
1. Mekanik
2. Peluh membaiki sebuah kereta yang
3. Cikgu Mahmud rosak.
4. Gejala sosial ini
membasahi baju petani itu.

melantik Nurain sebagai ketua
kelas.

mengancam kesejahteraan negara
kita.

Ayat Aktif Transitif juga boleh mengandungi klausa komplemen
sebagai penyambut kepada kata kerjanya.

• Ayat Aktif Transitif seperti ini merupakan ayat majmuk.

Contoh:

Subjek Predikat Objek (Klausa
1. Ibu Kata Kerja Komplemen)
2. Pencadang itu
3. Pihak polis Aktif Transitif Ratna supaya menjaga
4. Kami memberitahu rumah sempena
ketiadaannya.
menegaskan
bahawa tinggal di
mengesahkan bandar lebih baik
daripada di kampung.
menyedari
penjenayah itulah yang
memecah masuk rumah
orang kaya itu.

bahawa sifat bekerja-
sama itu penting.

• Ayat Aktif Transitif boleh juga mengandungi kata kerja yang
menerima dua objek sebagai penyambutnya.

• Objek-objek itu dikenali sebagai

(a) objek tepat
(b) objek sipi.

84

Kata Kerja

• Objek tepat ialah objek yang menjadi penyambut secara
langsung kepada kata kerja.

• Objek sipi pula ialah objek yang menjadi penyambut tak
langsung kepada kata kerja.

Contoh:

Predikat

Subjek Kata Kerja Objek Objek Sipi
Transitif Tepat

1. Puan Aisyah menghadiahkan anaknya sepasang
kebarung.

2. Ibu menjahitkan ayah sepasang seluar.

3. Redwan membelikan kekasihnya sebentuk cincin.

4. Kak Petom mengambilkan suaminya sepotong kuih.

• Ayat-ayat Aktif Transitif yang mempunyai dua objek itu boleh
diubah binaannya.

• Dalam proses perubahan itu, objek tepat akan didahului oleh
sendi nama.

• Objek tepat yang didahului oleh sendi nama itu akan menjadi
frasa sendi nama yang bertugas sebagai keterangan.

Contoh:

Subjek Kata Kerja Predikat Frasa Sendi
Transitif Objek Nama

1. Puan Aisyah menghadiah- sepasang kepada anak
kan kebarung perempuannya.

2. Ibu menjahit sepasang seluar untuk ayah.

3. Redwan menghadiah- sebentuk cincin untuk
kan kekasihnya.

4. Kak Petom mengambil- sepotong kuih untuk
kan suaminya.

• Ayat Aktif Transitif juga boleh digugurkan objeknya.

85

Kata Kerja

• Objek yang boleh digugurkan itu hanya kata nama ganti nama
diri orang pertama.

• Ayat Aktif sedemikian mengandungi kata kerja transitif yang
boleh menerima kata penguat dan kata dasarnya adalah
adjektif.

Contoh:

Subjek Kata Predikat Objek Yang
Penguat Digugurkan
Kata Kerja
Transitif

1. Keberaniannya sungguh menghairankan kami.

2. Kata-kata Alina amat mengharukan Saya.

3. Pameran itu sungguh memuaskan kami.

4. Penampilannya amat memeranjatkan Saya.

Ayat Pasif Transitif

Kata Kerja Pasif ialah kata kerja yang berasal daripada kata
kerja transitif tetapi yang tidak berawalan ‘men’. Contohnya: angkat,
atasi, berikan, percepat, pelajari, persilakan, dan sebagainya. Ada
tiga jenis kata kerja pasif.

(a) kata kerja pasif diri pertama
(b) kata kerja pasif diri kedua
(c) kata kerja pasif diri ketiga.

(a) kata kerja pasif diri pertama ialah kata kerja pasif yang
berimbuhan ku, contohnya:

kuangkat kuatasi kuberikan
kupercepat kupelajari kupersilakan

(b) kata kerja pasif diri kedua ialah yang berimbuhan kau,
contohnya:

kauangkat kauatasi kauberikan
kaupercepat kaupelajari kaupersilakan

(d) kata kerja pasif diri ketiga ialah yang berimbuhan di,
contohnya:

86

diangkat Kata Kerja diberikan
dipercepat dipersilakan
diatasi
dipelajari

Permasalahan kata kerja transitif

Contoh 1:

1. kkt + pemisah : Mereka membincangkan tentang kenaikan
harga barang runcit.( Salah)

Mereka berbincang tentang hal itu. (Betul)

Dia menerangkan kepada kami tentang
kemelesetan ekonomi dunia. (Betul)

2. kkt + tanpa objek : Dia merembat ke arah pintu gol. (Salah)
Dia merembat bola ke arah pintu gol. (betul)
Berita itu amat mengharukan. (Betul)

Contoh 2:

Kata Kerja Transitif yang berapitan men ...kan dan men ...i
berbagai-bagai maknanya dan mesti digunakan dengan berhati-hati.
Lihatlah contoh kesalahan dan pembetulan yang berikut:

(a) *Dia memberikan saya sebatang pena. (salah)
Dia memberi saya sebatang pena. (betul)
Dia memberikan sebatang pena kepada saya. (betul)

(b) *Hakim menjatuhkan orang itu hukuman mati. (salah)
Hakim menjatuhi orang itu hukuman mati. (betul)
Hakim menjatuhkan hukuman mati terhadap orang itu.
(betul)

Contoh 3:
Kesalahan Penggunaan Kata Kerja Pasif

1. a) Surat khabar itu aku akan baca. (Salah)
Surat khabar itu akan kubaca. (Betul)

2. a) Bilik darjah itu saya sudah bersihkan. (Salah)
Bilik darjah itu sudah saya bersihkan. (Betul)

3. a) Kerja rumah itu kita mesti siapkan pada hari ini. (Salah)
Kerja rumah itu mesti kita siapkan pada hari ini. (Betul)

87

Kata Kerja

Contoh 4:

1. Dia berdoa yang ibunya akan cepat sembuh daripada penyakit.
(Salah)
Dia berdoa agar ibunya akan cepat sembuh daripada penyakit.
(Betul)

2. Kata kerja ‘pergi’ perlu diikuti dengan Frasa Sendi Nama dan
bukan Frasa Nama.
Munira pergi perpustakaan. (Salah)
Munira pergi ke perpustakaan. (Betul)

3. Dia berpendapat yang program Bulan Bahasa dapat menarik minat
murid-murid mengambil bahagian dalam aktiviti bahasa. (Salah)
Dia berpendapat bahawa program Bulan Bahasa dapat
menarik minat murid-murid mengambil bahagian dalam
aktiviti bahasa. (Betul)

4. Kata kerja tak transitif berimbuhan ‘ber…kan’ perlu diikuti
dengan Frasa Nama dan bukan Frasa Sendi Nama.
Ahmad tidur beralaskan dengan tikar. (Salah)
Ahmad tidur beralaskan tikar. (Betul)

5. Kata kerja transitif berimbuhan ’ber…an’ tidak perlu diikuti
oleh frasa sendi nama.
Kelulusan projek itu berdasarkan pada laporan kertas
cadangan yang dikemukakan.(Salah)
Kelulusan projek itu berdasarkan laporan kertas cadangan
yang dikemukakan. (Betul)

6. Kata kerja tak transitif ‘bermula’ perlu diikuti oleh kata sendi
nama.
Bulan Patriotisme akan bermula bulan Ogos. (Salah)
Bulan Patriotisme akan bermula pada bulan Ogos. (Betul)

7. Kata sendi nama ‘dengan’ digugurkan kerana ‘Dengan
kehadiran ibu bapa’ bukan Frasa Nama. Contoh, untuk menjadi
Frasa Nama ‘dengan’ digugurkan. ‘Kehadiran ibu bapa’ menjadi
Frasa Nama dalam ayat.
Dengan kehadiran ibu bapa akan memeriahkan lagi suasana
sukan tahunan di sekolah. (Salah)
Kehadiran ibu bapa akan memeriahkan lagi suasana sukan
tahunan di sekolah. (Betul)

88

Kata Kerja

8. Objek dalam kata kerja transitif mesti selepas kata kerja.
a) Mereka membincangkan tentang masalah disiplin di
sekolah tersebut. (Salah)
Mereka membincangkan masalah disiplin di sekolah
tersebut. (Betul)

9. Kata kerja transitif diterangkan dengan menggunakan frasa
keterangan yang terbentuk daripada frasa sendi nama.
a) Keluarga Amin pulang kampung sempena perayaan Hari
Raya. (Salah)
Keluarga Amin pulang ke kampung sempena perayaan Hari
Raya. (Betul)

10. Frasa kerja pasif diri pertama dan kedua tidak boleh menerima
kata kerja berimbuhan ’di’.
a) Buku itu dibaca oleh kamu. (Salah)
Buku itu kamu baca. (Betul)

11. Frasa kerja pasif diri ketiga menerima kata kerja imbuhan
pasif ’di’.
a) Balai raya di Kampung Sungai Emas mereka dirikan
sejak tahun lepas. (Salah)
Balai raya di Kampung Sungai Emas didirikan oleh mereka
sejak tahun lepas. (Betul)

Kata Kerja Tak Transitif

1) Kata Kerja Tak Transitif ialah kata kerja yang sempurna
maknanya dan dapat berdiri sendiri dalam ayat dengan tidak
memerlukan objek. Kata kerja tak transitif seperti menangis,
berenang, berdering, dan mendarat. Kesemua contoh kata kerja
tersebut tidak perlu diikuti objek kerana maknanya sudah
sempurna.

Contoh ayat:

Jam loceng itu berdering (pagi tadi).
Gadis itu menangis (kerana bapanya meninggal dunia).
Air sungai itu mengalir (deras).
Pesawat itu mendarat (di landasan).

89

Kata Kerja

2) Kata Kerja Tak Transitif ada yang berbentuk asal dan ada
yang berimbuhan ber, men, ter, ber..an, dan ber...kan.

Contohnya:

Ravi belum datang lagi.
Murid-murid sedang belajar.
Sungai itu mengalir deras.

Tiap-tiap kata kerja tak transitif boleh dijadikan kata kerja
transitif dengan menambah ‘kan’ atau ‘ i’ di hujungnya.

Contoh ayat:

Mereka menjalankan jentera itu.
Emak sedang menidurkan adik.
Pekerja itu menurunkan barang-barang dari atas lori.
Halim mengikuti perbualan mereka.

3) Kata Kerja Tak Transitif ini tidak memerlukan OBJEK atau
PENYAMBUT sesudahnya. Kadang kala, apabila melakukan
sesuatu perbuatan, perbuatan itu tidak terkena kepada orang
lain atau benda lain ia terbahagi dua jenis iaitu kata kerja
tak transitif berpelengkap dan kata kerja tak transitif tak
berpelengkap.

4) Kata Kerja Tak Transitif ialah segala perbuatan yang
dilakukan oleh pembuat itu sendiri kepada diri pembuat itu
sendiri, tidak kepada benda atau orang lain. Oleh itu ia tidak
mempunyai penyambut.

Contoh ayat:

Mereka berjalan pada hari cuti.
Anjing itu sedang tidur.
Hujan turun dengan lebatnya semalam.

Keterangan ayat:
a) Dalam ayat pertama Mereka melakukan berjalan, tidak kepada

benda lain.
b) Dalam ayat kedua Anjing melakukan tidur, tidak kepada benda

lain.

90

Kata Kerja

c) Dalam ayat ketiga Hujan melakukan turun, tidak kepada benda
lain.

Contoh:

Subjek (pembuat) Kata kerja tak Transitif keterangan

Kami mandi di tasik itu.

Dia senyum semasa berjalan.

Saya menyanyi dengan kuat.

Hassan berjalan ke sekolah.

5) Kata Kerja Tak Transitif ini adalah kata kerja yang tidak
mengambil apa-apa objek. Menurut Tatabahasa Dewan Edisi
Baharu, kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak
memerlukan penyambut atau objek sesudahnya. (Nik Safiah
Karim et al.: 2004 : 90). Menurut Tatabahasa Dewan Edisi
Baharu (Nik Safiah Karim et al.: 2004 : 140), kata kerja tak
transitif dapat dibahagikan kepada dua subgolongan, iaitu:

i) Kata kerja tak transitif berpelengkap
ii) Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap

Contoh ayat:

a) Murid-murid berbaris (kata kerja tak transitif) di padang
sekolah.

b) Pasukan hoki berlatih (kata kerja tak transitif) setiap
petang.

Jenis-Jenis Kata Kerja Tak Transitif

i) Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap

Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap ialah kata kerja yang
mesti diikuti oleh pelengkap untuk menyempurnakan maksud ayat
(Nik Safiah Karim et al.: 2004: 141).

Subjek Kata Kerja Tak Transitif Pelengkap
Berpelengkap
1. Mereka di padang
2. Azli bermain bola di padang

tinggal

91

Kata Kerja

Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap ini juga bermaksud
kata kerja ini perlu diikuti oleh pelengkap untuk menyempurnakan
maksud ayat. Ada beberapa jenis pelengkap seperti waktu, tempat,
cara dan sebab.

Contoh ayat:

i. Ali duduk sejak tadi.

ii. Kakak duduk di atas kerusi. PELENGKAP

iii. Adik duduk bersimpuh.

ii) Kata Kerja Tak Transitif Tanpa Pelengkap

Kata Kerja Tak Transitif Tanpa Pelengkap ialah kata kerja
yang boleh berdiri sendiri tanpa objek atau penyambut. (Nik Safiah
Karim et al.: 2004 : 140)

Subjek Kata Kerja Tak Transitif Pelengkap
Tanpa Pelengkap
1. Mereka di Restoran Sahur.
2. Dia makan di Singapura.

membeli-belah

Kata Kerja Tak Transitif Tanpa Berpelengkap ini boleh berdiri
sendiri tanpa diikuti oleh pelengkap atau objek. Kata kerja ini boleh
terdiri daripada kata kerja dasar (tanpa imbuhan dan berimbuhan
awalan)

Contoh: Kata kerja tak transitif tak
berpelengkap tanpa imbuhan
a) Burung terbang.
Emak duduk.

b) Bola melambung. Kata kerja tak transitif tak
Ikan berenang. berpelengkap dengan imbuhan

Masalah dalam penggunaan Kata Kerja Tak
Transitif

Contoh 1:

Frasa kerja tak transitif ini apabila di perluas dengan frasa
nama memerlukan kata sendi. Ketidakhadiran kata sendi akan
menjadikan frasa kerja tersebut tidak gramatis.

92

Kata Kerja

1. Aina berbual-bual dengan Muaz. (Betul)
Aina berbual-bual Muaz. (Salah)

2. Kim Weng sedang berbincang dengan Zainuddin. (Betul)
Kim Weng sedang berbincang Zainuddin. (Salah)

3. Suzana belum tahu akan/tentang perkara itu. (Betul)
Suzana belum tahu perkara itu. (Salah)

Berdasarkan kata kerja di bawah, tulis lima ayat yang
lengkap tentang aktiviti yang terdapat dalam gambar.

Aktiviti

bermain gelongsor memanjat

bermain buaian bermain jongkang -jongkit

menunggang basikal

93

Kata Kerja

Berdasarkan kata kerja di bawah, tulis lima ayat yang
lengkap tentang aktiviti yang terdapat dalam gambar.

Aktiviti

mengelap tingkap memadam
mengangkat pasu papan hitam

menyapu sampah

menolong guru

Skema contoh jawapan

siapa apa keterangan
(kata kerja/
di mana bila/
aktiviti) bagaimana

Ali dan Siti bermain buaian di taman pada waktu
permainan petang.

Encik Aziz menunggang di hadapan pada setiap
basikal taman petang.

Abu memanjat di taman dengan berhati-

tangga permainan hati.

Ani dan adik bermain di taman dengan
gembira.
lelakinya jongkang-jongkit permainan

Faiz dan bermain di taman pada waktu
kawan- gelongsor permainan petang.
kawannya

94

Kata Kerja

1. Ali dan Siti sedang bermain buaian di taman permainan pada
waktu petang.

2. Encik Aziz selalu menunggang basikal di hadapan taman
permainan pada setiap petang.

3. Abu memanjat tangga besi di taman permainan dengan berhati-
hati.

4. Ani dan adik lelakinya sedang bermain jongkang-jongket
dengan gembira.

5. Faiz dan kawan-kawannya bermain gelongsor di taman
permainan.

Aktiviti pemulihan kumpulan sederhana dan lemah
Latihan berkumpulan

Kumpulan A : [ 5-6 orang]
[Melukis aksi kata kerja]

Kumpulan B : [ 5-6 orang]
[menulis perkataan kata kerja]

Kumpulan C : [ 5-6 orang]
[membina ayat]

Kumpulan D : [ 5-6 orang]
[menulis ayat dan melukis]

Aktiviti Kumpulan A
Lukiskan 10-15 aksi ‘kata kerja’.

95

Kata Kerja

Aktiviti Kumpulan B

Tuliskan 50 perkataan ‘kata kerja’ di ruang yang disediakan.

1. _____________ 11. _____________ 21. _____________

2. _____________ 12. _____________ 22. _____________

3. _____________ 13. _____________ 23. _____________

4. _____________ 14. _____________ 24. _____________

5. _____________ 15. _____________ 25. _____________

6. _____________ 16. _____________ 26. _____________

7. _____________ 17. _____________ 27. _____________

8. _____________ 18. _____________ 28. _____________

9. _____________ 19. _____________ 29. _____________

10. ____________ 20. _____________ 30. _____________

Aktiviti Kumpulan C

Tuliskan 20 ayat mengenai kata kerja dalam tempat kosong
yang disediakan

1.___________________ 11.__________________

2.___________________ 12.__________________

3.___________________ 13.__________________

4.___________________ 14.__________________

5.___________________ 15.__________________

6.___________________ 16.__________________

7.___________________ 17.__________________

8.___________________ 18.__________________

9.___________________ 19.__________________

10.__________________ 20.__________________

96

Kata Kerja

Aktiviti Kumpulan D
Tulis dan lukis 10 ayat kata kerja di dalam kotak yang
disediakan:

1. _____________________________________

2. _____________________________________

3. _____________________________________

4. _____________________________________

5. _____________________________________
Latihan Pengukuhan

Nyatakan kata kerja kemudian tentukan kata kerja itu
sama ada kata kerja tak transitif (KKTT) atau kata kerja transitif
(KKT).
1. Halimah berlari dalam hujan untuk mengangkat pakaian di

ampaian.
2. Baginda bersama-sama dengan permaisuri merasmikan pesta

budaya di tepi pantai.
3. Sejak kecil ibu bapa mendidik kita supaya menjadi orang yang

berguna kepada masyarakat.
4. Setiap malam ibu minum air suam sebelum tidur.
5. Pak Hisham memotong rumput dengan mesin ciptaannya

sendiri.
6. Setiap petang, dia berdiri di situ menunggu anaknya pulang.

97


Click to View FlipBook Version