Ayat Tunggal
Latihan
a) Sila bina ayat penyata berdasarkan situasi berikut :
1. di rumah
2. di dalam kelas
3. di kantin
b) Permainan bahasa
Nama permainan : Salah atau betul
Jenis aktiviti : Kumpulan
Prosedur Permainan :
i. Teriakkan beberapa ayat penyata dengan jelas. Contohnya:
a. Sekarang hujan lebat.
b. Hari ini hari Rabu.
c. Guru kelas ini seorang wanita.
d. Tiga orang pelajar tidak hadir hari ini.
(Jika ayat yang disebut itu betul, maka pelajar akan duduk di kerusi.
Sebaliknya, jika ayat yang disebut itu salah pelajar akan berdiri)
ii. Markah akan diberi bagi setiap aksi yang betul.
iii. Kumpulan yang ahlinya banyak melakukan aksi yang betul
dikira sebagai pemenang.
c) Perhatikan gambar di bawah.
248
Ayat Tunggal
Pilih perkataan di bawah untuk melengkapkan ayat.
dipelihara bunga bilik ikan sekolah kolam
1. Ini taman sains __________________saya.
2. Taman sains ini terletak di sebelah _____________ guru.
3. Di taman sains ini terdapat banyak pokok ____________.
4. Arnab, ayam dan burung juga _______ di taman sains ini.
5. Di taman sains ini juga terdapat sebuah ______________.
6. Terdapat banyak _____________ di dalam kolam tersebut.
(Rujukan : http://www.bharian.com.my/)
d) Latihan bergambar.
(Rujukan : http://www.bharian.com.my/)
249
Ayat Tunggal
B. Ayat Tanya
i) Definisi Ayat Tanya Tanpa Kata Tanya
a) Ayat penyata yang boleh dialih statusnya ialah ayat penyata
biasa yang tidak mengandungi kata tanya. Dengan demikian,
ayat tanya yang terhasil itu menjadi ayat tanya tanpa kata
tanya.
b) Ayat yang lazimnya diucapkan dengan nada suara meninggi
sebelum kesenyapan akhir ayat. Ayat tanya jenis ini boleh
disertai partikel tanya-kah, yang diletakkan pada unsur yang
dijadikan fokus atau judul ayat. Pada akhir ayat akan ditandai
dengan tanda soal (?).
Rumusan
• Ayat ini tidak menggunakan kata tanya hanya dilambangkan
dengan (?).
• Ayat tanya yang bentuknya sama bentuknya dengan ayat
penyata, tetapi berbeza oleh adanya tanda tanya (?) pada akhir
ayat itu. Subjek ayat tetap mendahului predikat.
• Ayat ini diucapkan dengan meninggikan nada suara pada akhir
ayat penyata.
• Ayat penyata yang boleh dialih statusnya ialah ayat penyata
biasa yang tidak mengandungi kata tanya. Dengan demikian,
ayat tanya yang terhasil itu menjadi ayat tanya tanpa kata
tanya. Ayat yang diakhiri dengan tanda tanya tidak perlu
dibubuh tanda titik lagi, kerana tanda soal itu menggantikan
tanda titik.
• Ayat tanya sering menggunakan partikel -kah bagi tujuan
penegasan, kelembutan dan kesepaduan yang harmoni antara
unsur penanda pertanyaan dengan penggunaan tanda soal dalam
ayat, selain tujuan penjudulan perkara yang diutamakan.
Contoh-contoh Ayat Tanya Tanpa Kata Tanya:
1) Encik Zulkarnain pengurusnya?
2) Puan Shikin suri rumah?
3) Kakak masih menangis?
4) Dia tersenyum?
250
Ayat Tunggal
5) Ani membasuh kain?
6) Khalid memandu lori?
7) Anizah menjadi pelukis?
8) Mereka berada di negeri Jepun?
9) Istana di atas bukit itu cantik?
10) Orang itu pemalu?
Contoh-contoh Ayat Tanya Tanpa Kata Tanya disertai
Partikel Tanya-kah:
11) (a) Abu ke sekolah?
(b) Abu ke sekolahkah?
12) (a) Mereka berlepas pagi tadi?
(b) Mereka berlepas pagi tadikah?
13) (a) Rumah itu cantik?
(b) Rumah itu cantikkah?
Semalam kamu ke Johor?
14) (a) Semalam kamu ke Johorkah?
(b)
15) (a) Abang hendak membaca majalah sekarang juga?
(b) Abang hendak membaca majalah sekarang jugakah?
Penerangan:
Ayat (b) dalam kelima-lima contoh di atas mengandungi unsur
yang dijadikan fokus yang ditandai oleh partikel –kah, iaitu ke
sekolahkah, tadikah, cantikkah dan ke Johorkah. Kelihatan bahawa
tidak berlaku apa-apa perubahan pada struktur ayat apabila –kah
dimasukkan.
Dalam bahasa tulisan unsur fokus dalam sesuatu ayat
mengalami proses penjudulan, iaitu pendepanan konstituen-
konstituen yang menjadi fokus itu. Struktur ayat berubah, iaitu
mempunyai susunan berikut :
Konstituen yang unsur
Dijadikan fokus + subjek + predikat
Diikuti oleh –kah lain ( jika ada )
Ayat Dia ke sekolahkah? misalnya, berubah menjadi Ke
sekolahkah dia? Frasa ke sekolahkah merupakan konstituen
251
Ayat Tunggal
yang dikedepankan, iaitu mendahului konstituen subjek dia.
Unsur predikat yang lain tidak wujud dalam ayat ini. Seterusnya,
pendepanan ayat-ayat disertai partikel –kah menghasilkan ayat-
ayat berikut :
Konstituen yang Subjek Unsur Predikat
dijudulkan + -kah lain
11) (c) Ke sekolahkah Abu?
12) (c) Pagi tadikah Mereka -
13) (c) Sekarang jugakah Abang Berlepas?
Hendak membaca
14) (c) Cantikkah Rumah itu? majalah?
15) (c) Ke Johorkah kamu -
Semalam?
Ayat-ayat di atas telah mengalami proses pendepanan
konstituen predikat. Subjek tidak boleh sama sekali mengalami
proses pendepanan dengan partikel –kah. Namun demikian ada
beberapa ayat yang subjeknya kelihatan mengalami pendepanan
dengan partikel –kah seperti contoh-contoh berikut :
24) Encik Husnikah guru itu?
25) Orang muda itukah pengurusnya?
26) Aminahkah ibunya?
Sebenarnya kesemua ayat di atas merupakan songsang hasil
daripada proses pendepanan predikat. Ayat-ayat asalnya adalah
seperti berikut :
24) (a) Guru itu Encik Husni.
25) (a) Pengurusnya orang muda itu.
26) (a) Ibunya Aminah.
Selain itu, ada juga ayat-ayat yang mengandungi perkataan
yang yang seolah-olah mengalami pendepanan dengan partikel
–kah. Contohnya
11. (d) Abukah yang ke sekolah?
12. (d) Merekakah yang berlepas pagi tadi?
14. (d) Rumah itukah yang cantik?
252
Ayat Tunggal
Sebenarnya ayat di atas ialah ayat songsang juga, sebagai hasil
daripada proses pendepanan predikatnya, iaitu berasal daripada
ayat-ayat berikut :
11. (e) Yang ke sekolah Abu.
12. (e) Yang berlepas pagi tadi mereka.
14. (e) Yang cantik rumah itu.
Ayat-ayat di atas itu sebenarnya berasal daripada beberapa
ayat tunggal.
Demikian juga halnya dengan ayat-ayat pasif seperti yang
ternyata dalam contoh-contoh berikut :
24. (a) Surat itu dibaca oleh Anita.
(b) Surat itu dibaca oleh Anita?
(c) Dibaca oleh Anitakah surat itu?
25. (a) Yang dibaca oleh Anita surat itu.
(b) Surat itukah yang dibaca oleh Anita?
Kesemua ayat di atas, yang merupakan ayat tanya tanpa kata
tanya, boleh dijawab dengan jawapan ya atau tidak bukan seperti
dalam contoh-contoh berikut :
26. (a) Encik Malik pengurusnya?
(b) Ya, Encik Malik pengurusnya.
27. (a) Puan Yati suri rumah?
(b) Bukan, Puan Yati bukan suri rumah.
28. (a) Adikkah yang menangis?
(b) Ya, adiklah yang menangis.
29. (a) Cantikkah rumah itu?
(b) Tidak, rumah tidak cantik.
30. (a) Kamukah yang ke Kedah?
(b) Ya, sayalah yang ke Kedah.
Kadang kala timbul kekeliruan bagi penggunaan kata penegas
‘kah’. Untuk pengetahuan adik-adik, kata penegas ’kah’ tidak boleh
diletakkan di hujung ayat.
253
Ayat Tunggal
a) Ayah awak masih sihatkah? (Salah)
Masih sihatkah ayah awak? (Betul)
b) Baju yang dijual di kedai itu murahkah? (Salah)
Murahkah baju yang dijual di kedai itu? (Betul)
Latihan
a) Isi tempat kosong dengan ayat tanya tanpa kata tanya yang
betul.
1. ........................................................................................?
Ya, ayah Zakiah seorang pemandu bas.
2. ........................................................................................?
Tidak, bukan surat itu yang dibaca oleh Mustafa.
3. ........................................................................................?
Ya, Azlin yang ke pejabat.
4. ........................................................................................?
Tidak, Pak Salman itu bukan pekerjanya.
5. ........................................................................................?
Tidak, bukan adik yang menangis.
b) Pilih jawapan yang paling sesuai untuk ayat tanya tanpa kata
tanya ini.
1. Jauhkah rumah Kim Seng dari bandar?
Saya tidak suka tinggal jauh dari bandar.
Tidak jauh, kira-kira lima kilometer saja.
Rumah saya terletak di luar bandar.
Jika menaiki bas, jaraknya kira-kira lima kilometer
saja.
2. ”Sudahkan kamu menyiapkan kerja rumah?” tanya ayah.
Belum lagi, ayah.
Saya tetap akan menyiapkannya juga, ayah.
Saya ingin bermain dahulu, ayah.
Ya, sebentar lagi kerja itu akan saya siapkan.
254
Ayat Tunggal
3. Benar, adik saya masih belum bersekolah.
Adik awak sudah bersekolah, bukan?
Bilakah adik awak akan bersekolah?
Benarkah bahawa adik awak masih belum
bersekolah?
Bukankah adik awak sudah bersekolah?
4. Ya, ayah sudah mengasah parangnya tadi.
Apakah tujuan ayah mengasah parang?
Siapakah yang mengasah parang?
Sudahkah ayah mengasah parang?
Mengapakah parang diasah supaya tajam oleh
ayah?
ii) Definisi Ayat Tanya dengan Kata Tanya
Ayat tanya dengan kata tanya ialah ayat yang menggunakan
kata tanya seperti apa, siapa, berapa, mengapa, bagaimana, kenapa,
mana dan bila. Ayat-ayat jenis ini terdiri daripada dua golongan
iaitu:
1. Ayat tanya dengan ganti nama tanya
2. Ayat tanya dengan frasa sendi nama tanya
1. Ayat Tanya dengan Ganti Nama Tanya
Terdiri daripada ayat-ayat yang mengandungi ganti nama
tanya seperti apa, siapa dan mana. Dalam susunan biasa, kata ganti
nama tanya menduduki unsur predikat. Contohnya:
• Benda itu apa?
• Ayahnya siapa?
• Emak awak mana?
Bentuk ini boleh mengalami proses pendepanan predikat,
menghasilkan ayat-ayat berikut:
• Apa benda itu?
• Siapa ayahnya?
• Manakah emak awak?
255
Ayat Tunggal
Latihan
Bina lima (5) ayat tanya dengan Ganti Nama Tanya
1. ____________________________________________________.
2. ____________________________________________________.
3. ____________________________________________________.
4. ____________________________________________________.
5. ____________________________________________________.
Ayat-ayat di atas adalah merujuk kepada bentuk bahasa
lisan. Bagi bentuk bahasa tulisan, ayat-ayat tersebut perlu
menerima partikel –kah apabila kata tanya berada di hadapan
ayat. Contohnya:
a. Siapakah penulis buku itu?
b. Bilakah cuti sekolah kamu?
c. Berapakah harga barang itu?
d. Di manakah sambutan Hari Kebangsaan kali ini?
e. Bagaimanakah cara membuat biskut?
Petua Bahasa
Kata Tanya dalam ayat boleh terletak di hadapan atau di
belakang ayat
2. Ayat tanya dengan Frasa Sendi Nama Tanya
Ayat-ayat terdiri daripada ayat-ayat yang didahalui oleh sendi
nama tanya seperti dari mana, ke mana, sejak bila, sampai bila,
daripada siapa dan sebagainya.
Contohnya:
• Samad hendak pergi ke mana?
• Penyakit ini merebak sejak bila?
• Anak Maksu Timah berkahwin dengan siapa?
Kekeliruan bahasa
Penggunaan kata tanya dalam ayat yang berikut adalah salah.
Contoh: Penulis buku ini siapakah? (x)
256
Ayat Tunggal
Latihan
Bina lima (5) ayat tanya dengan Frasa Sendi Nama Tanya.
1. ____________________________________________________.
2. ____________________________________________________.
3. ____________________________________________________.
4. ____________________________________________________.
5. ____________________________________________________.
Pembetulan
Ayat tanya ini tidak memerlukan partikel ‘kah’ apabila kata
tanya berada di belakang ayat.
Contoh: Penulis buku ini siapa? (√ )
C. Ayat Perintah
a) Ayat perintah bertugas untuk menyatakan sesuatu yang berupa
perintah, larangan, suruhan, permintaan, ajakan, silaan, doa,
dan harapan. (http://ms.wikipedia.org/wiki/Jenis-jenis_ayat_bahasa_
Melayu#Ayat_perintah)
b) Ayat perintah ialah ayat yang digunakan untuk menyuruh,
melarang, mempersilakan, atau meminta seseorang melakukan
sesuatu. (http://tatabahasabm.tripod.com/tata/ragayat.htm)
c) Menurut Nik Safiah Karim (1992), ayat perintah ialah ayat
yang diucapkan dengan tujuan untuk menimbulkan sesuatu
tindakan. Perintah ditujukan kepada orang kedua.
Rumusan
Ayat perintah ialah ayat yang digunakan untuk memberi arahan
kepada seseorang pelaku bagi melaksanakannya.
Jenis ayat perintah:
i. Ayat Suruhan
ii. Ayat Larangan
iii. Ayat Silaan
iv. Ayat Permintaan
257
Ayat Tunggal
Jenis perintah Contoh penggunaan
Perintah Berdiri di atas kerusi itu.
Suruhan Ikat tali kasut anda dengan betul.
Larangan Jangan pergi ke sungai yang dalam airnya.
Permintaan Tolong angkat baju itu.
Ajakan Mengucaplah banyak-banyak.
Silaan Sila jamu selera.
Doa Syukurlah kamu sudah kembali.
Harapan Harap-harap hari tidak hujan.
Cuba anda perhatikanlah bahawa ayat-ayat di atas mempunyai
susunan yang sama, iaitu subjeknya tidak dinyatakan. Ini
disebabkan subjeknya nyata dan merujuk kepada orang yang ayat
perintah itu ditujukan.
i) Ayat suruhan
Ayat suruhan ialah ayat yang diucapkan dengan tujuan
memberi perintah atau arahan
Dalam ayat suruhan, subjek dalam ayat digugurkan iaitu kata
ganti orang kedua sperti awak, kamu, engkau, dan sebagainya
tidak digunakan.Akan tetapi untuk ayat penegasan subjek kadang-
kadang digunakan
Contoh ayat suruhan:
• Keluar dari bilik ini!
• Pergi dari sini!
• Sila tinggalkan tempat ini.
• Kemaskan barang-barang anda.
Latihan
Tandakan (√) jika ayat dibawah ini adalah ayat suruhan dan
tanda ( X ) jika bukan ayat suruhan
1. Aduhai, kucing rupa-rupanya!
2. Makan nasi ini dahulu.
3. Kehidupan keluarga Mamat sangat daif.
258
Ayat Tunggal
4. Sepak bola itu.
5. Ambil wang ini.
6. Cuaca hari ini sangat cerah.
7. Pujuk budak itu.
8. Tolong ambilkan tuala itu.
9. Awak siapkan kerja itu sekarang.
10. Semua makanan telah siap dihidang untuk tetamu.
Panduan:
Ayat-ayat suruhan boleh menggunakan partikel –lah untuk
melembutkannya di samping menegaskan predikat. Contohnya:
• Keluarlah dari bilik ini.
• Pergilah dari sini.
• Silalah tinggalkan tempat ini.
• Kemaskanlah barang-barang anda
Latihan
Isi tempat kosong di bawah dengan ayat suruhan yang paling
sesuai.
janganlah jemputlah usahlah
sila tolonglah makan
1. ______________ mengganggu ayah membuat kerja.
2. ______________ ditangisi akan pemergiannya.
3. Nora, ___________lah makan kuih ini.
4. ______________ berikan surat ini kepada Alif.
5. ___________lah masuk, Mak Bedah.
6. _____________ kamu halang kehendaknya.
7. _____________ dengan penuh tertib, pesan mak kepada saya.
ii) Ayat Larangan
Ayat larangan ialah ayat yang digunakan untuk larangan.
Dengan demikian, ayat ini menghendaki lawan bicara agar jangan
melakukan sesuatu.
259
Ayat Tunggal
Ayat larangan dibentuk dengan menambahkan kata, jangan,
usah atau tak usah di depan ayat perintah.
Contoh ayat :
1. Jangan berdiri di sana.
2. Jangan pergi sebelum aku datang.
3. Usah pergi sebelum aku datang.
4. Awak tak usah datang lagi.
5. Kamu jangan beritahu dia.
Ayat larangan dapat dilembutkan dengan menambahkan
partikel -lah, seperti yang berikut:
Contoh ayat :
1. Janganlah ambil harta orang
2. Janganlah duduk di sini.
3. Usahlah dikenangkan lagi perkara itu.
4. Janganlah menangis.
5. Usahlah kau pedulikan dia.
Ayat larangan dapat dilembutkan dengan menggunakan
perkataan harap.
Dalam hal ini, perkataan tersebut diletakkan pada awal
ayat.
Contoh ayat :
1. Harap jangan pergi.
2. Harap jangan bertanya.
Ada sejenis ayat larangan yang bersifat umum yang tidak
menggunakan kata larangan dan tidak menerima - lah.
Contoh ayat :
1. Dilarang merokok.
2. Ditegah berludah di sini.
3. Dilarang bercakap.
4. Dimohon berdiri.
260
Ayat Tunggal
Latihan
a) Sila kenal pasti ayat larangan di bawah.
1. Jangan buang sisa makanan di sana. _____________
2. Usah layan perangai budak nakal itu _____________
3. Jangan berlompat di atas tilam katil ini. _____________
4. Tolong tidurkan anak kesayangannya ini. _____________
5. Harap langsaikan pinjaman nenekmu seboleh mungkin
_____________
6. Harap patuhi peraturan dewan ini _____________
7. Jangan bawa masuk anak kecil itu. _____________
b) Bina ayat larangan yang sesuai.
1. _______________ditanyakan siapa orangnya.
2. Awak _____________________datang lagi.
3. Kamu _________________________beritahu dia.
4. _______________________ jangan berdiri di sana.
5. ________________________dikenangkan perkara itu lagi.
iii) Ayat Silaan
Ayat silaan digunakan untuk menjemput atau mempersilakan
seseorang. Ayat silaan ditandai dengan kata silaan seperti sila, sudi
dan jemput sebelum kata kerja.
Kata silaan juga kerap menerima partikel –lah atau akhiran
–kan bagi menghaluskan perintah
Contoh ayat :
1. Sila datang ke rumah saya.
2. Silalah masuk.
3. Silakan masuk, encik.
4. Jemput minum the yang terhidang itu.
5. Jemputlah makan.
261
Ayat Tunggal
Latihan
Tandakan ( √ ) pada ayat silaan yang tepat dan ( X ) pada ayat
silaan yang tidak tepat.
1. Minta para hadirin bersabar seketika. ()
2. Sila kosongkan bilik ini. ()
3. Tolong hantarkan jawapan sebelum hari Ahad. ( )
4. Jemput datang ke majlis sukan hari ini. ()
5. Harap jangan bising . ()
6. Sila serahkan boring ke pejabat. ()
7. Di manakah tuan tinggal? ()
8. Ambillah wang ini. ()
9. Sudikah saudari keluar bersama saya? ()
10. Harap jangan bertanya. ()
iv) Ayat permintaan
Ayat yang menggunakan kata permintaan seperti minta, tolong
dan mohon dengan tujuan memohon atau menginginkan
permintaan dan pertolongan ((Nik Safiah Karim, Farid M. Onn,
Hashim Hj. Musa dan Abdul Hamid Mahmood, 1992).
Ayat permintaan digunakan oleh pembicara demi kepentingannya,
meminta lawan bicara berbuat sesuatu (Ahmad Khair Mohd
Nor, 2003)
Rumusan
Ayat permintaan ialah ayat bertatasusila yang digunakan
bagi mengkehendaki sesuatu hajat atau keinginan tercapai yang
ditujukan pada pelaku.
Contoh Ayat:
Minta tuan-tuan jelaskan yuran Tolong tutup pintu bilik itu.
persatuan.
Minta tuan benarkan kami Tolong angkat kain di jemuran.
masuk.
262
Ayat Tunggal
Minta kamu semua bertenang. Tolong hantarkan tugasan
sebelum hari Jumaat.
Bentuk-bentuk ayat silaan dan permintaan biasanya tidak
membawa pengertian yang negatif sebagaimana yang terdapat
dalam jenis ayat larangan.
Latihan
a) Isi tempat kosong dengan kata permintaan yang anda fikirkan
sesuai.
1. ___________________kalian dapat bersabar buat sementara
waktu.
2. Saudara, _________________tunjukkan saya jalan ke rumah
Ustaz Syukri.
3. ________________ berikan bungkusan hadiah ini kepada
Suzana.
b) Permaianan bahasa. : Sampul Ajaib Qarun
: Berkumpulan
Nama permainan
Jenis aktiviti
Prosedur permainan
1. Murid di dalam kelas dibahagikan kepada beberapa
kumpulan.
2. Setiap wakil dari kumpulan akan memilih salah satu
sampul daripada dua sampul berwarna yang ada.
3. Sampul merah mengandungi kata-kata permintaan yang
mana murid dikehendaki membina ayat manakala sampul
biru pula mengandungi ayat permintaan yang mana murid
dikehendaki melakonkan watak yang menggunakan ayat
permintaan yang tersenarai dalam sampul.
4. Wakil yang telah memilih sampul akan memberitahu
kepada ahli kumpulan yang lain dan setiap kumpulan akan
melakukan aktiviti seperti yang telah ditetapkan.
263
Ayat Tunggal
D. Ayat Seruan
Ayat yang diucapkan dengan membawa nada atau intonasi
seruan untuk melahirkan suatu keadaan perasaan seperti takut,
marah, takjub, geram, sakit dan sebagainya. Intonasi seruan ini
digambarkan dalam tulisan dengan tanda seru (!) yang biasanya
terletak di akhir ayat sama ada ayat itu didahului oleh kata seru
atau tidak. Kata seru yang sering digunakan ialah oh, amboi, wah,
cis, eh, aduh, syabas, dan sebagainya.
Contoh kata seru yang boleh digunakan dalam ayat seruan.
Cis Dengan perasaan marah/ marahnya
Amboi Dengan perasaan terkejut
Hore Dengan gembiranya
Aduhai Dengan perasaan sedih / mengeluh
Syabas Dengan perasaan puas, memuji, mengucapkan
tahniah
Eh Dengan nada hairan
Aduh Sambil mengerang kesakitan / dengan kesakitan
Nah …menyatakan perasaan marah ketika memberi
sesuatu – dengan perasaan marah
Oh ...menyatakan perasaan terkejut atau untuk
merayu. Dengan perasaan terkejut / dengan
merayu-rayu
Wah Menyatakan perasaan hairan, terkejut atau
gembira – Dengan perasaan gembira
Wahai ...menyatakan perasaan sayu, sayang, merayu
atau menarik – Dengan perasaan sayu
Ceh ...mengejek / dengan nada mengejek
264
Ayat Tunggal
Contoh Aduhai, malangnya nasibku!
ayat Amboi, garangnya anjing belaan Encik Yap!
seruan : Nah, ambil wang ini!
Wah, besarnya kereta abang!
Syabas, kamu telah memenangi pertandingan itu!
Aduh, sakit kepalaku!
Cis,penderhaka rupanya lelaki itu!
Eh, rupanya Adam yang datang!
Comelnya, anak kucing itu!
Latihan
a) Permaianan bahasa.
Nama permainan : Kotak Berirama
Jenis aktiviti : Berkumpulan
Prosedur permainan
1. Lagu akan dimainkan oleh guru. Selepas itu kotak yang
berisi ayat seruan akan diedarkan kepada murid-murid.
2. Apabila lagu dihentikan kotak akan jatuh ke seorang murid
sahaja pada satu-satu masa.
3. Murid yang mendapat kotak tersebut akan mengambil satu
daripada ayat seruan tadi dan dikehendaki membaca ayat
seruan dengan nada dan intonasi yang betul.
4. Seterusnya, lagu akan dimainkan dan perkara yang sama
akan berulang pada murid yang lain.
5. Masa permainan mengikut kesesuaian.
b) Bubuh tanda (√ ) jika ayat-ayat di bawah ini betul penggunaan
kata serunya dan bubuh tanda ( X ) jika salah penggunaan kata
serunya.
1. Aduhai, kucing rupa-rupanya!
2. Syabas, akhirnya kamu berjaya menewaskan
musuh tradisimu itu!
3. Nah, tingginya laying-layang itu terbang di udara!
265
Ayat Tunggal
4. Eh, malang sekali nasib yang menimpa si pengemis itu!
5. Amboi, beruntung sekali awak mendapat suami
orang kaya!
c) Gariskan kata seru dalam kurungan yang paling sesuai untuk
melengkapkan ayat-ayat di bawah.
1. (Aduh, Aduhai), penatnya aku berjalan hari ini!
2. (Wah, Amboi), mahalnya lampu hiasan itu!
3. (Ah, Cis), aku tidak akan membenarkannya masuk!
4. (Nah, Ah), ambil semua barang kamu!
5. (Amboi, Oh), kereta itu ada di belakang rumah!
6. (Wah, Aduh), cantiknya baju yang kamu pakai itu!
266
Bab 13
AYAT MAJMUK
Definisi
Ayat majmuk ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan
dua ayat tunggal atau lebih, dan pencantuman ayat-ayat itu disusun
mengikut cara tertentu sehingga menjadikannya ayat baharu.
Contoh ayat:
1. Ani rajin
2. Kakaknya malas
Ani rajin tetapi kakaknya malas adalah cantuman ayat 1 dan
ayat 2.
3. Aminah sedang memasak
4. Saidah sedang mengemas rumah
Aminah sedang memasak dan Saidah sedang mengemas
rumah adalah cantuman ayat 3 dan ayat 4.
Ayat Majmuk Gabungan
Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang dibina oleh dua
atau lebih klausa bebas yang dijadikan satu ayat dengan cara
mengabungkan atau mencantumkan ayat-ayat tersebut menjadi
satu ayat dengan menggunakan kata hubung seperti dan, atau,
tetapi, serta, lalu dan sebagainya.
Koma mungkin digunakan jika gabungan terdiri daripada tiga
atau lebih klausa.
Contoh ayat:
1. Suraya pandai menyanyi dan menari.
2. Suraya pandai menari.
267
Ayat Majmuk
Suraya pandai menyanyi dan menari. Kedua-dua ayat
dihubungkan dengan menggunakan kata hubung dan. Klausa ayat
1 dan ayat 2 sama tarafnya iaitu klausa utama.
Ayat- ayat yang disambungkan itu setara sifatnya, iaitu ayat-
ayat yang sama taraf dan boleh berdiri sendiri. Hubungan antara
satu ayat dengan ayat yang lain wujud oleh sebab ayat-ayat tersebut
disusun berturut-turut. Ayat-ayat ini juga boleh disambungkan
tanpa kata hubung, apabila ini berlaku, nada suara berfungsi
sebagai penanda, iaitu disuarakan sebagai deretan penyataan
Contoh ayat:
1. Pengetahuan beliau sempit.
2. Kupasannya cetek.
3. Contoh-contohnya pula tidak menarik.
Pengetahuan beliau sempit, kupasannya cetek, serta contoh-
contohnya pula tidak menarik. Ketiga-tiga ayat digabungkan
menjadi satu ayat dengan menggunakan koma dan kata hubung
``serta.’’ Semua klausa sama tarafnya, iaitu klausa utama.
Pembentukan Ayat Majmuk Gabungan
Ayat majmuk gabungan boleh jadi ayat yang mengandungi
fakta yang sejajar atau fakta yang bertentangan .
Untuk fakta yang sejajar, kata hubung seperti dan, serta,
tambahan, pula, sambil dan sebagainya digunakan.
Contoh ayat:
1. Saya makan nasi
2. Aminah minum teh
Kata hubung: dan
Saya makan nasi dan Aminah minum teh.
1. Fatimah gemuk
2. Kakaknya kurus
Kata Hubung: tetapi
Fatimah gemuk tetapi kakaknya kurus.
268
Ayat Majmuk
Tahukah anda?
Jikalau ayat- ayat yang digabungkan mempunyai unsur yang
sama dan diulang-ulang, maka bahagian-bahagian yang sama boleh
digugurkan.
Contoh ayat:
1. Adnan pandai bermain bola.
2. Adnan pandai bermain hoki.
Adnan pandai bermain bola dan hoki
1. Badrul suka belajar bahasa Mandarin.
2. Suzi suka belajar bahasa Mandarin.
Badrul dan Suzi suka belajar bahasa Mandarin.
Tahukah anda?
Ayat-ayat yang dihubungkan adalah daripada jenis yang sama
dan boleh berdiri sendiri daripada ayat penyata, ayat perintah,
atau ayat tanya, tetapi ayat-ayat tersebut biasanya tidak boleh
dicampuradukkan jenisnya.
Contoh ayat:
1. Aminah rajin belajar tetapi adiknya malas.
2. Pergilah masuk ke bilik dan tidur!.
3. Bolehkah anda datang petang nanti dan menyelesaikan kerja
itu.
Tahukah Anda?
Ayat-ayat terbitan yang merupakan ayat-ayat yang
digabungkan dengan kata hubung dan perlu mempunyai hubungan
makna untuk menjadikan ayat-ayat tersebut gramatis.
Contoh ayat:
1. Amjad bermain bola dan adiknya bermain guli.
2. Emak memasak dan kakak memotong sayur.
269
Ayat Majmuk
Proses pengabungan ayat boleh digunakan untuk deretan
beberapa ayat.
Contoh ayat:
Pada cuti sekolah yang lalu saya melawat datuk, nenek, pakcik,
makcik dan saudara-mara di kampung.
Ibu memasak, ayah membaca akhbar dan abang mendengar
radio.
Adik ke sekolah, ayah ke pejabat.
Jenis gabungan
Ayat-ayat gabungan dibentuk dengan mengunakan beberapa
kata hubung. Pengunaan kata hubung yang berbeza ini
menghasilkan dua jenis gabungan utama, iaitu:
1. Gabungan yang mempunyai fakta-fakta yang berturutan
Gabungan yang susunan fakta-faktanya berturutan, iaitu satu
demi satu. Contoh ayat yang dibentuk dengan kata hubung dan,
lalu, bagi, serta, dan sambil.
Contoh ayat:
1. Saya minum teh dan Ainun minum milo
2. Mereka bangun lalu turun ke serambi
3. Ayahnya banyak pengalaman lagi besar pengaruhnya.
4. Ia bercakap dengan kuat serta menepuk-nepuk dadanya.
5. Mereka melompat-lompat sambil menjerit dengan kuat.
6. Beliau memandang saya sambil tersenyum
7. Wanita itu baik orangnya, malahan jarang-jarang sekali ia
menyakiti hati saya.
8. Mula-mula saya disuruh duduk, kemudian diajak berbincang,
akhirnya dibawa masuk bertemu dengan majikan.
9. Pendapat beliau amat cetek, tambahan pula disampaikan
dengan cara tidak menarik.
2. Gabungan yang mempunyai maksud bertentangan
Gabungan yang susunannya memberikan maksud
pertentangan, kata hubungan seperti tetapi, sebaliknya, padahal
dan sebagainya digunakan.
270
Ayat Majmuk
Contoh ayat:
1. Ayahnya rajin berniaga tetapi anaknya tidak berminat sama
sekali.
2. Musim hujan dingin, sebaliknya musim kemarau panas.
3. Ali belajar bersungguh-sungguh tetapi dia masih tidak berpuas
hati dengan keputusan peperiksaannya.
4. Bukan orang jahat yang menang, melainkan orang yang
sentiasa berbuat baik.
5. Kain yang dibelinya terlalu mahal, padahal ada yang lebih
murah.
SUDUT UJI MINDA
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
1. Sakinah akan pergi ke bandar dengan menaiki bas
……………… teksi.
A. atau B. serta
C. dan D. juga
2. Maryani sudah pun menyiapkan kerja sekolahnya ……………….
dia menolong ibunya di dapur.
A. sambil B. lantas
C. serta D. dan
3. Badrul berlari ………………… memegang payung.
A. maka B. jika
C. sambil D. selepas
4. Dua beradik itu hendak melanjutkan pelajaran mereka
…………. bapa mereka kesempitan wang.
A. dan B. lalu
C. serta D. tetapi
271
Ayat Majmuk
Ayat Majmuk Pancangan Relatif
Satu ayat induk dan beberapa ayat kecil lain yang dipancangkan
pada ayat induk sehingga menjadi sebahagian ayat induk itu.
Ayat majmuk pancangan relatif yang digunakan juga sebagai
kata ganti nama untuk nama yang digugurkan dalam FN +
yang
Contoh ayat :
1 ) Saya membeli baju yang berwarna merah.
Pada asalnya ayat ini terdiri daripada dua ayat, iaitu :
a) Saya membeli baju. (Ayat predikat)
b) Baju itu berwarna merah. (Ayat kecil)
Proses ini mengalami tingkat-tingkat perubahan seperti
berikut:
Pertama : Saya membeli baju + Baju itu berwarna merah
Kedua : Saya membeli baju + Baju itu berwarna merah
Ketiga : Saya membeli baju yang berwarna merah
2 ) Budak yang membaca majalah itu anak saya.
Pada asalnya ayat ini terdiri daripada dua ayat di dalamnya,
iaitu :
a) Budak itu anak saya.
b) Budak itu sedang membaca majalah.
Proses ini boleh digambarkan :
Pertama : Budak itu anak saya + Budak itu sedang membaca
majalah
Kedua : Budak itu + Budak itu sedang membaca majalah + anak
saya.
Ketiga : Budak yang sedang membaca majalah itu anak saya.
Tahukah anda?
Terdapat perbezaan di antara ayat 1 dan 2. Ayat 1 ayat kecil
yang dipancangkan ke dalam predikat ayat itu bertugas sebagai
272
Ayat Majmuk
objek. Manakala, ayat 2 menerima ayat pancangan sebagai
subjeknya dengan menukar bentuk ayat
3) Bas yang dinaiki adik saya itu bas ekspres.
Pada asalnya ayat ini terdiri daripada dua ayat di dalamnya,
iaitu :
a) Bas itu bas ekspres.
b) Adik saya menaiki bas.
Ayat yang dijadikan pasif : Bas dinaiki adik saya.
Ayat Majmuk Pancangan Komplemen
Pembentukan ayat-ayat majmuk komplemen biasanya disertai
penggunaan beberapa perkataan tertentu untuk digunakan
sebagai kata komplemen untuk menandakan hubungan ini.
Terdapat dua kata komplemen, iaitu bahawa dan untuk.
Jenis-jenis Ayat Komplemen
Ayat komplemen Ayat komplemen
frasa nama (FN) frasa adjektif (FAdj)
Ayat komplemen frasa kerja (FK)
Komplemen FN: subjek dan objek
Menteri Pertanian sudah mengetahui bahawa beliau akan kalah
dalam pertandingan itu (objek tepat)
Untuk mencapai kebahagiaan memanglah sukar (subjek)
Tentulah tidak munasabah untuk mereka mendirikan rumah
tangga dalam waktu rerdekat ini (songsang)
Komplemen FK (KKTT + Pelengkap)
Arahan ini bermakna bahawa pelajar tiada hak untuk
bersuara.
273
Ayat Majmuk
Perdana Menteri beranggapan bahawa pemilihan pemimpin
pada tahun ini adil.
Komplemen FAdj
Dia terlalu yakin bahawa anaknya akan berjaya dalam
pertandingan itu.
Mereka sangat insaf bahawa mereka daif.
SUDUT UJI MINDA
Bina ayat majmuk dengan menggunakan kata hubung yang.
1. a) Mereka menonton wayang.
b) Wayang itu amat lucu.
_______________________________________________
2. a) Lembu itu menanduk kereta saya.
b) Lembu itu lari ke dalam semak.
_______________________________________________
3. a) Aku menatap wajahnya.
b) Wajahnya ayu.
_______________________________________________
4. a) Basikalnya baru dibeli.
b) Basikalnya dicuri orang.
_______________________________________________
Tandakan ( ) bagi ayat majmuk komplemen.
1. Kami semua berfahaman bahawa syarikat ini tidak akan dapat
bertahan. ()
2. Dia pernah menjaga saya ketika saya masih kecil dahulu.
()
3. Sharifah sangat yakin bahawa lawannya akan kecundang.
()
4. Adalah sukar untuk kita mengecap kemenangan kali ini. ( )
5. Aku menendang bola dan Wahid menangkap bola. ()
274
Ayat Majmuk
Ayat keterangan
Ayat majmuk keterangan ialah ayat majmuk yang terdiri
daripada satu ayat induk dan satu ayat kecil atau lebih yang
berfungsi sebagai satu ayat keterangan.
Contoh ayat:
1. Dia bukan majikan Amin ketika Amin bekerja dahulu.
2. Hazim menangis kerana kakinya luka.
3. Hafiz sudah pandai mengaji semasa di sekolah rendah lagi.
4. Pencuri itu memasuki rumah En. Hamdan sewaktu En. Hamdan
pulang ke kampung.
Contoh di atas menunjukkan ayat majmuk tersebut mempunyai
dua ciri iaitu:
• Adanya ayat induk dengan satu ayat kecil atau lebih yang tidak
dapat berdiri sendiri
• Adanya kata hubung yang menjalinkan ayat induk dengan
ayat kecil ( misalnya ketika, kerana, semasa, sewaktu dan
sekiranya).Ayat kecil ini disebut ayat keterangan.
Peringatan:
Kedudukan ayat keterangan tidak tetap, boleh hadir di
belakang atau di hadapan ayat induk!
Keterangan Keterangan Keterangan
perbandingan musabab akibat
Keterangan Jenis ayat Keterangan
cara keterangan syarat
Keterangan Keterangan
tujuan waktu
Keterangan Keterangan
pertentangan harapan
275
Ayat Majmuk
1. Keterangan musabab
Keterangan musabab ialah unsur yang menerangkan sebab
berlaku sesuatu kejadian atau pebuatan.
Kata hubung keterangan musabab adalah seperti kerana,
lantaran dan oleh sebab.
Contoh ayat:
1) Shida tidak dapat menari kerana kakinya patah.
2) Oleh sebab jalan terlalu licin, Rahman tidak dapat mengawal
kenderaannya.
2. Keterangan akibat
Keterangan akibat ialah unsur yang menerangkan kesan atau
hasil sesuatu perbuatan.
Kata hubung keterangan akibat adalah hingga dan
sehingga.
Contoh ayat:
1) Azman menyiapkan kerjanya bersunguh-sungguh sehingga
dia berpuas hati.
2) Alia bersorak terlalu kuat hingga serak suaranya.
3. Keterangan syarat
Keterangan syarat ialah unsure yang menerangkan tuntutan
yang dipenuhi.
Kata hubung keterangan syarat adalah seperti sekiranya,
andai kata, jikalau, jika dan kalau.
Contoh ayat:
1) Sekiranya saya dapat melanjut pelajaran ke universiti, saya
akan berpuasa tiga hari.
2) Andai kata kita gagal lagi, kita terpaksa berundur.
3) F a s h a a k a n p e r g i k e k o n s e r t i t u k a l a u a y a h n y a
membenarkannya.
4) Jika diizinkan Tuhan, Asmawi akan melangsungkan
perkahwinannya hujung tahun ini.
276
Ayat Majmuk
4. Keterangan waktu
Keterangan waktu ialah unsur yang menerangkan masa
sesuatu perbuatan atau kejadian.
Kata hubung keterangan waktu adalah seperti sejak, semenjak,
setelah, sewaktu, sementara, tatkala dan ketika.
Contoh ayat:
1. JPA3 terus segera ke tempat kejadian setelah menerima
laporan itu.
2. Razak masih berkeadaan murung semenjak ketiadaan isterinya.
3. Sementara menanti ibu pulang, Hajar membaca buku.
4. Ketika hujan turun, Zahid masih di pantai.
5. Keterangan pertentangan
Keterangan pertentangan ialah unsure yang menerangkan
sesuatu perbuatan atau kejadian yang berlawanan.
Kata hubung penerangan pertentangan adalah seperti walaupun,
meskipun, kendatipun, biarpun, walau bagaimanapun,
meskipun, namun, sekalipun, dan sedangkan.
Contoh ayat:
1. Sungguhpun Noly berasa sedih, Noly tetap mempamerkan
wajah yang ceria.
2. Meskipun hari sudah lewat, mereka tetap meneruskan
pendakian itu.
3. Sekalipun ayah sudah berumur, dia masih kuat turun ke sawah.
6. Keterangan harapan
Keterangan harapan ialah unsur yang menerangkan sesuatu
perbuatan atau kejadian yang dihajati.
Kata hubung keterangan harapan adalah seperti supaya, agar,
semoga, moga-moga, dan kalau-kalau.
Contoh ayat:
1. Semoga perkahwinan Mawi dan Ekin kekal sepanjang hayat.
2. Kita mesti bekerjasama agar kumpulan kita mendapat kejayaan.
277
Ayat Majmuk
7. Keterangan cara
Keterangan cara ialah unsur yang menerangkan gaya atau
kaedah sesuatu perbuatan atau kejadian berlaku.
Kata hubung keterangan cara ialah dengan.
Contoh ayat:
1. Ayah datang dengan menaiki keretapi.
2. Pak Abu membunuh ular itu dengan menggunakan kayu.
8. Keterangan tujuan
Keterangan tujuan ialah unsur yang menerangkan maksud
bagi sesuatu perbuatan atau kejadian.
Kata hubung keterangan tujuan ialah untuk, demi dan
bagi.
Contoh ayat:
1. Azmi bekerja keras bagi meningkatkan taraf hidup
keluarganya.
2. Demi menjaga maruah keluarga, Zakiah terpaksa menipu
ayahnya.
xi. Keterangan perbandingan
Keterangan perbandingan ialah unsur yang menerangkan
sesuatu kejadian yang memberi persamaan.
Kata hubung keterangan perbandingan ialah seperti, macam,
seolah-olah, seakan-akan, ibarat, bagaikan dan bak.
Contoh ayat:
1. Bibir Jasmin merah bak delima batu.
2. Nasibnya sungguh malang bagai sudah jatuh ditimpa
tangga.
278
Ayat Majmuk
SUDUT UJI MINDA
1. Dia tidak dapat hadir ke sekolah kerana dia sakit.
A. Ayat majmuk keterangan musabab
B. Ayat majmuk keterangan cara
C. Ayat majmuk keterangan perbandingan
D. Ayat majmuk komplemen
2. Lantai itu licin amat, makanya ia jatuh.
A. Ayat majmuk keterangan punca
B. Ayat majmuk keterangan waktu
C. Ayat majmuk keterangan akibat
D. Ayat majmuk keterangan harapan
3. Buatlah sesuka hati, asalkan anda bahagia.
A. Ayat majmuk keterangan punca
B. Ayat majmuk keterangan syarat
C. Ayat majmuk keterangan musaba
D. Ayat majmuk keterangan tujuan
4. Dia lebih ceria sejak dia berkahwin.
A. Ayat majmuk keterangan cara
B. Ayat majmuk keterangan akibat
C. Ayat majmuk keterangan perbandingan
D. Ayat majmuk keterangan waktu
5. Walaupun sedih, dia tidak pernah menangis.
A. Ayat majmuk keterangan musabab
B. Ayat majmuk keterangan akibat
C. Ayat majmuk keterangan pertentangan
D. Ayat majmuk keterangan tujuan
279
Ayat Majmuk
Ayat Majmuk Campuran
Ayat majmuk campuran ialah ayat yang mengandungi:
Lebih daripada satu ayat tunggal.
Campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk.
Deretan pelbagai ayat majmuk.
Contoh ayat:
1. Ahmad sedang membaca buku, tetapi kawan-kawannya yang
sudah letih lesu telah lama tidur.
Ayat di atas terdiri daripada ayat majmuk gabungan yang
disambung dengan kata hubung tetapi. Ayat pertama ialah Ahmad
sedang membaca buku sementara ayat kedua ialah Kawan-
kawannya yang sudah letih lesu telah lama tidur. Ayat yang
kedua ini merupakan ayat majmuk juga kerana terdapat ayat
relatif, iaitu yang sudah letih lesu dipancangkan ke dalamnya.
2. Orang Malaysia memang terkenal di seluruh dunia dengan
sifat lemah lembut serta sopan-santun yang tinggi nilainya lagi
mulia.
* Ada beberapa jenis ayat kecil yang membentuk ayat majmuk
di atas , iaitu:
1. Orang Malaysia memang terkenal di seluruh dunia.
2. Orang Malaysia memang terkenal dengan sifat lemah
lembut.
3. Orang Malaysia memang terkenal dengan sopan santun yang
tinggi nilainya lagi mulia.
Kadangkala sebuah ayat yang pendek merupakan ayat
majmuk, seperti dalam contoh berikut :
Kereta yang sentiasa rosak itu ditendang dan ditolak
olehnya.
Ada tiga ayat kecil dalam ayat majmuk di atas, iaitu :
a) Kereta itu ditendang olehnya.
b) Kereta itu ditolak olehnya.
c) Kereta itu sentiasa rosak.
Ayat (a) dan (b) digabungkan dengan kata hubung dan,
280
Ayat Majmuk
sementara ayat (c) dipancangkan melalui proses relatif ke dalam
ayat induk. Kesimpulannya, dalam bahasa Melayu sesuatu ayat
itu boleh terdiri daripada ayat tunggal atau deretan ayat yang
dibina melalui proses-proses gabungan, relatif, komplemen, atau
keterangan.
SUDUT UJI MINDA
1. Antara ayat-ayat yang berikut, yang manakah tidak
mengandungi kata majmuk?
A. Gambar rajah dapat menerangkan sesuatu konsep dengan
jelas
B. Kemalangan jalan raya sukar dibendung kerana sikap
manusia
C. Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak majikan
D. Kawasan bukit-bukau sukar diusahakan oleh para
petani
2. Walaupun turut dalam kemelut ekonomi serantau, kadar
pengangguran di negara kita sebenarnya masih antara
yang terendah di dunia.
Ayat di atas ialah jenis ayat:
A. Majmuk pancangan relatif
B. Majmuk pancangan keterangan
C. Majmuk pancangan komplemen
D. Majmuk campuran
3. Kawalan modal terpilih Malaysia selama ini telah menerima
kritikan pihak asing A mengatakan B
.
Malaysia telah menutup ekonominya daripada pemodal asing,
C tindakan mengenakan cukai luar ini membuktikan
.
kita masih mengamalkan sistem bebas D menolak
dakwaan mereka.
Ayat di atas ialah ayat majmuk campuran. Kata hubung yang
sesuai untuk mengisi tempat kosong dalam ayat tersebut
ialah:
281
Ayat Majmuk
I. kata hubung pancangan komplemen ‘bahawa’
II. kata hubung pancangan relatif ’yang’
III. kata hubung gabungan setara ‘dan’
IV. kata hubung gabungan pertentangan ‘tetapi’
A. I, II, III dan IV
B. I, II, IV dan III
C. II, I, III dan IV
D. II, I, IV dan III
Ayat majmuk pasif
Ayat majmuk pasif berasal daripada ayat majmuk aktif yang
mengandung kata kerja transitif.
Contoh-contoh yang diberikan dalam huraian di atas merupa-
kan contoh-contoh ayat majmuk aktif. Kesemua ayat aktif ini, jika
mengandungi kata kerja transitif , boleh dijadikan ayat pasif.
Contoh ayat:
i) Ayat majmuk gabungan
Aktif : Saya minum teh dan Aminah makan nasi
Pasif : Teh saya minum dan nasi dimakan oleh Aminah.
ii) Ayat majmuk relatif
Aktif : Mereka menonton wayang yang lucu itu.
Pasif : Wayang yang lucu itu ditonton oleh mereka.
iii) Ayat majmuk pancangan komplemen
Aktif : Pensyarah mengatakan bahawa peperiksaan akhir
Pasif akan diadakan pada minggu hadapan.
: Bahawa peperiksaan akhir akan diadakan pada
minggu hadapan dikatakan oleh pensyarah.
iv) Ayat majmuk keterangan
Aktif : Andaikata engkau pergi dahulu, aku akan
Pasif menantimu di pintu syurga.
: Andaikata engkau pergi dahulu, di pintu syurga
akan kunanti.
282
Ayat Majmuk
SUDUT UJI MINDA
Tukarkan ayat aktif di bawah ini menjadi ayat pasif.
1. Mahasiswa menonton teater yang amat menyayat hati.
2. Suami makan nasi dan isteri minum air.
Jenis Ayat Ayat Majmuk
Majmuk
Ayat majmuk Ayat majmuk Ayat majmuk Ayat majmuk
gabungan pancangan campuran pasif
Fakta Fakta
berturutan bertentangan
Ayat pancangan Ayat Ayat pancangan
komplemen
relatif keterangan
Ayat
Keterangan Keterangan komplemen
akibat musabab frasa nama
(FN)
Keterangan Keterangan Keterangan
waktu syarat harapan Ayat
komplemen
Keterangan Keterangan frasa kerja
tujuan cara (FK)
Keterangan Ayat
perbandingan komplemen
frasa adjektif
(FAdj)
Keterangan
pertentangan
283
Bab 14
PROSES PENERBITAN AYAT
Pengenalan
Teori tatabahasa transformasi-generatif telah diperkenalkan
pada tahun 1957 oleh seorang ahli bahasa Amerika, bernama Noam
Chomsky. Mengikut teori ini, pengetahuan dan penguasaan bahasa
seseorang berlaku pada dua tahap, iaitu tahap struktur dalaman
dan tahap struktur permukaan. Kadang-kadang yang wujud sebagai
struktur permukaan, iaitu yang benar-benar dilafazkan atau yang
ditulis, tidak sama dengan bentuk bahasa pada tahap dalaman.
Penerbitan sesuatu ayat sebagai struktur permukaan berpunca
daripada suatu ayat yang wujud pada tahap struktur dalaman. Ada
kalanya ayat struktur dalaman atau ayat dasar itu sama dengan
ayat permukaan. Tetapi sebahagian besar ayat permukaan telah
berbeza daripada ayat dasar. Perubahan ini berlaku melalui suatu
proses tatabahasa, iaitu pelaksanaan rumus-rumus transformasi.
Mengikut teori T-G, rumus-rumus transformasi ini mengubah
aturan atau struktur ayat dan memperluas sesuatu unsur dalam
ayat atau frasa.
Dalam bahasa Melayu proses penerbitan ayat melibatkan tiga
proses utama, iaitu :
Proses Penerbitan Ayat
Pengguguran Penyusunan Semula Peluasan
LATIHAN
1. Terangkan secara ringkas konsep transformasi-generatif.
2. Nyatakan proses-proses dalam proses penerbitan ayat.
284
Proses Penerbitan Ayat
Konsep Ayat Terbitan
Setelah memahami teori tatabahasa yang berasaskan konsep
transformasi-generatif, maka tidak kita nafikan bahawa penerbitan
sesuatu ayat sebagai struktur permukaan itu berpunca daripada
suatu ayat yang lain, kecuali ayat itu memang menyerupai ayat
dasar. Ayat yang bersifat demikian wujud pada peringkat struktur
dalaman atau struktur dasar, dan wujud dalam bentuk yang serupa
pada peringkat struktur permukaan.
Penerbitan sesuatu ayat di sini dimaksudkan sebagai hasil dari-
pada terlaksananya suatu proses gramatis, iaitu melibatkan pelak-
sanaan rumus transformasi, yang berfungsi mengubah aturan atau
struktur ayat serta memperluas sesuatu unsur dalam ayat atau frasa.
Dalam bahasa Melayu, penerbitan ayat ini dapat dilakukan melalui
proses transformasi yang mengakibatkan pengguguran, penyusunan
semula atau perluasan kepada unsur-unsur struktur dalaman.
A) Proses Pengguguran
Proses pengguguran ialah satu proses transformasi yang
berlaku pada struktur ayat yang mengakibatkan pengguguran
unsur-unsur tertentu daripada binaan ayat itu, dan dengan
demikian, pada peringkat struktur permukaan, unsur yang
digugurkan itu tidak lagi wujud. Dalam bahasa Melayu terdapat
tiga jenis pengguguran utama iaitu :
Jenis Pengguguran
Frasa nama Frasa Frasa nama Kata nama yang ber-
sebagai
subjek predikat yang mendahu- fungsi sebagai inti
lui frasa relatif dalam frasa nama.
i) Pengguguran Frasa Nama Sebagai Subjek
Pengguguran frasa nama sebagai subjek berlaku pada dua
tempat, iaitu :
Pengguguran subjek kata ganti nama diri orang kedua dalam
ayat perintah. Dalam ayat suruhan, iaitu sejenis ayat perintah,
kata ganti nama diri orang kedua yang berfungsi sebagai subjek
selalunya digugurkan.
285
Proses Penerbitan Ayat
Contoh:
Kamu sila bangun → Sila bangun.
Awak semua pergi dari sini → Pergi dari sini!
Pengguguran subjek yang serupa dalam ayat majmuk. Jika ter-
dapat beberapa frasa nama sebagai subjek yang serupa atau beriden-
titi sama, maka subjek frasa nama yang serupa itu boleh digugurkan
kecuali subjek frasa nama yang di awal ayat majmuk tersebut.
Contohnya :
Dia sangat pandai. Dia rajin belajar.
→ Dia sangat pandai kerana dia rajin belajar.
→ Dia sangat pandai kerana rajin belajar.
ii) Pengguguran Frasa Predikat
Seluruh frasa predikat, atau bahagian-bahagian daripada frasa
predikat boleh digugurkan.
(a) Pengguguran seluruh frasa predikat, sama ada frasa kerja yang
serupa, frasa nama yang serupa, frasa adjektif yang serupa atau
frasa sendi nama yang serupa. Perhatikan contoh-contoh yang
berikut bagi keempat-empat jenis frasa predikat. Contohnya :
• Pengguguran frasa kerja yang serupa.
Ali belajar di sekolah asrama penuh. Sepupunya belajar di
sekolah asrama penuh.
→ Ali belajar di sekolah asrama penuh dan sepupunya
belajar di sekolah asrama penuh.
→ Ali dan sepupunya belajar di sekolah asrama penuh.
• Pengguguran frasa nama yang serupa.
Kebersihan amalan kita. Kesopanan amalan kita.
→ Kebersihan amalan kita dan kesopanan amalan kita.
→ Kebersihan dan kesopanan amalan kita.
• Pengguguran frasa adjektif yang serupa.
Pusat beli-belah jauh dari sini. Taman permainan jauh dari sini.
→ Pusat beli-belah jauh dari sini dan taman permainan
jauh dari sini.
→ Pusat beli-belah dan taman permainan jauh dari sini.
286
Proses Penerbitan Ayat
• Pengguguran frasa sendi nama yang serupa.
Buku ini untuk adik. Pensil ini untuk adik.
→ Buku ini untuk adik dan pensil ini untuk adik.
→ Buku dan pensil ini untuk adik.
(b) Beberapa bahagian daripada frasa predikat boleh juga
mengalami proses pengguguran.
Antaranya :
• Pengguguran oleh + FN dalam ayat pasif.
Dalam binaan ayat pasif, struktur oleh + FN yang mengikuti
kata kerja boleh digugurkan.
Contohnya :
Istana itu telah dibina oleh rakyat dalam masa setahun.
→ Istana itu telah dibina dalam masa setahun.
• Pengguguran kata bantu yang serupa.
Kata-kata bantu yang serupa yang hadir dalam predikat frasa
kerja dan predikat frasa adjektif, boleh digugurkan sehingga
tinggal satu sahaja, iaitu yang pertama,dalam ayat-ayat yang
digabungkan. Contohnya :
Ibu akan membeli gula. Ibu akan membeli roti. Ibu akan
membeli mentega.
→ Ibu akan membeli gula, roti dan mentega.
• Pengguguran frasa nama sebagai objek yang serupa.
Apabila terdapat beberapa frasa nama sebagai objek yang
serupa dalam ayat-ayat yang digabungkan, objek itu boleh
digugurkan sehingga tinggal satu sahaja, iaitu objek yang
terakhir, seperti dalam contoh berikut:
Daud memukul penjahat itu. Daud menumbuk penjahat itu.
→ Daud memukul penjahat itu dan Daud menumbuk
penjahat itu.
→ Daud memukul dan menumbuk penjahat itu.
• Pengguguran frasa nama sebagai objek selepas kata kerja
yang membawa makna adjektif.
Frasa nama sebagai objek boleh digugurkan dalam kedudukan
287
Proses Penerbitan Ayat
selepas kata kerja transitif yang membawa makna adjektif.
Antara kata-kata kerja yang sedemikian termasuklah :
mempesonakan menghairankan
menakjubkan menghampakan
menggembirakan memilukan
mendukacitakan menghairankan
Kesemua kata kerja di atas menggambarkan perasaan tertentu
dan boleh didahului oleh kata penguat seperti amat, sungguh,
sangat dan sebagainya. Objek frasa nama ini boleh digugurkan.
Contohnya :
Saya yakin prestasinya sungguh memeranjatkan (anda).
→ Saya yakin prestasinya sungguh memeranjatkan.
iii) Pengguguran Frasa Nama Yang Mendahului
Frasa Relatif
Apabila dua ayat digabungkan, dengan satu ayat dipancangkan
ke dalam ayat yang satu lagi sebagai frasa relatif, frasa nama
yang serupa yang mendahului frasa relatif itu boleh digugurkan.
Contohnya :
Orang tua itu bapa saya. Orang tua itu memakai serban.
→ Orang tua yang memakai serban itu bapa saya.
→ Yang memakai serban itu bapa saya.
Pengguguran frasa nama yang mendahului frasa relatif di atas
berlaku dalam kedudukan frasa nama sebagai subjek. Proses yang
sama seperti itu berlaku juga terhadap frasa nama yang mendahului
frasa relatif dalam kedudukannya sebagai objek. Contohnya :
Mereka membantu kumpulan itu. Kumpulan itu lemah.
→ Mereka membantu kumpulan yang lemah itu.
→ Mereka membantu yang lemah itu.
iv) Pengguguran Kata Nama Yang Berfungsi Sebagai
Inti Dalam Frasa Nama
Kata nama yang terkandung dalam binaan frasa nama, KN
(inti) + Penerang boleh digugurkan sehingga yang tertinggal dalam
frasa nama itu hanya bahagian penerangnya, yang mungkin bukan
daripada kelas kata nama. Contohnya :
288
Proses Penerbitan Ayat
Tabiat merokok membahayakan kesihatan.
→ Merokok membahayakan kesihatan.
LATIHAN
1. Apakah maksud proses pengguguran?
2. Nyatakan 4 jenis proses pengguguran.
3. A y a t y a n g m a n a k a h y a n g t e l a h m e n g a l a m i p r o s e s
pengguguran?
I. Dia tidak datang ke sekolah kerana banjir kilat.
II. P e l a j a r i t u m e n y e s a l a p a b i l a g a g a l d a l a m
peperiksaan.
III. Posmen itu tetap meneruskan tugasnya walaupun
badannya kurang sihat.
IV. Mereka meraih kejayaan cemerlang setelah bertungkus
lumus mengulang kaji pelajaran.
A. I dan II B. II dan III
C. II dan IV D. I, II dan IV
E. I, III dan IV
4. Sila nyatakan ayat di bawah selepas mengalami proses
pengguguran.
i. Kami membantah peraturan itu. Mereka menyokong
peraturan itu.
ii. Segerombolan pengganas diburu habis-habisan oleh
pasukan keselamatan.
iii. Pasport di dalam sakunya. Wang di dalam sakunya.
iv. Perbuatan mereka dikecam dengan hebatnya oleh orang
ramai.
B) Proses Penyusunan Semula
Proses ini melibatkan perubahan pada susunan perkataan
dan frasa dalam ayat, dan kadang-kadang pengguguran atau
penambahan beberapa unsur. Namun demikian, pada umumnya,
proses penyusunan semula ayat tidak membawa perubahan pada
makna ayat. Dalam bahasa Melayu terdapat tiga jenis proses
penyusunan semula, iaitu :
289
Proses Penerbitan Ayat
Penyusunan Semula
Frasa nama Frasa nama Melalui ayat
sebagai subjek sebagai objek songsang
i) Penyusunan Semula Frasa Nama Sebagai Subjek
Penyusunan semula frasa nama sebagai subjek boleh berlaku
melalui proses transformasi pasif.
Contohnya :
Anita membaca buku itu. (aktif transitif)
Buku itu dibaca oleh Anita. (pasif)
Dalam ayat (a), buku itu ialah objek ayat, yang dipindah
ke hadapan ayat dalam ayat (b). Pada masa yang sama, kata
kerja membaca diubah menjadi dibaca dan kata sendi nama
oleh dimasukkan di hadapan frasa nama Ali yang kini menjadi
pelengkap pelaku dalam ayat (b). Seluruh proses disebut proses
transformasi pasif, dan melibatkan penyusunan semula frasa nama
subjek (Ali) menjadi pelengkap pelaku serta frasa nama objek (buku
itu) menjadi subjek ayat pasif [ayat (a)]. Contoh lain penyusunan
semula daripada ayat aktif kepada ayat pasif ialah:
Kakak Ahmad memandu kereta itu.
→ Kereta itu dipandu oleh kakak Ahmad.
Awak membaca buku itu sekarang juga.
→ Buku itu awak baca sekarang juga.
ii) Penyusunan Semula Frasa Nama Sebagai Objek
Penyusunan semula frasa nama sebagai objek boleh terjadi
pada ayat-ayat yang mengandungi dua jenis objek, iaitu objek tepat
dan objek sipi seperti yang terdapat dalam ayat berikut:
Mohd Hassan mengirimi sahabat penanya dua keping poskad.
Allah mengurniai kita rahmat.
Dalam ayat yang diberi di atas, frasa nama yang berkedudukan
secara langsung selepas kata kerja dianggap sebagai objek tepat
manakala frasa nama yang mengikuti objek tepat tersebut ialah
290
Proses Penerbitan Ayat
objek sipi. Namun demikian ayat seperti (a)-(b) ini boleh disusun
semula dengan menukar ganti kedudukan kedua-dua jenis objek
tersebut melalui proses tranformasi. Proses ini memindahkan
kedudukan objek tepat dalam ayat asal ke bahagian akhir dengan
didahului kata sendi kepada, dan meletakkan frasa nama objek
sipi pada kedudukan selepas kata kerja untuk menjadikannya
objek tepat yang baharu. Kata kerja dalam ayat yang diterbitkan
berubah juga bentuknya, iaitu imbuhan-i pada kata kerja, jika ada
digantikan dengan imbuhan-kan.
Perlaksanaan transformasi ini terhadap ayat (a) dan (b) akan
mengakibatkan penyusunan semula ayat tersebut kepada bentuk
seperti berikut :
Mohd Hassan mengirimi sahabat penanya dua keping poskad.
→ Mohd Hassan mengirimkan dua keping poskad kepada
sahabat penanya.
Allah mengurniai kita rahmat.
→ Allah mengurniakan rahmat kepada kita.
iii) Penyusunan Semula Melalui Ayat Songsang
Penyusunan semula boleh berlaku pada ayat-ayat songsang,
iaitu bagi ayat-ayat yang mengandungi keterangan seperti tempat,
masa, syarat dan musabab yang dikedepankan apabila keterangan
itu hendak difokuskan.
Contohnya :
Orang tua itu pergi ke sungai.
→ Ke sungai orang tua itu pergi.
Mereka tiba di sini semalam.
→ Semalam mereka tiba di sini.
Begitu juga apabila kata kerja hendak difokuskan maka kata
kerja dalam ayat-ayat tersebut dikedepankan seperti ayat-ayat
berikut:
Orang tua itu pergi ke sungai.
→ Pergi ke sungai, orang tua itu.
Mereka tiba di sini semalam.
→ Tiba di sini mereka semalam.
291
Proses Penerbitan Ayat
LATIHAN
1. Apakah proses penyusunan semula ?
2. Nyatakan tiga jenis proses penyusunan semula.
3. Susun semula ayat-ayat songsang berikut.
(i) Rombongan pelancong itu pergi ke pusat beli-belah.
(ii) Dia gagal dalam peperiksaan itu kerana dia tidak
bersedia.
(iii) Mereka akan bertolak pada sebelah petang jika keadaan
cuaca baik.
(iv) Ali tidak datang ke sekolah kerana dia sakit.
(v) Dia akan membeli rumah itu kalau mendapat pinjaman
daripada kerajaan.
4. Susun semula frasa nama dalam ayat tersebut melalui proses
tranformasi pasif.
(i) Anjing menggigit orang tua itu.
(ii) Pegawai kastam mengikuti seorang penyeludup dadah.
(iii) Pekerja muda itu mengecat rumahku.
(iv) Ahmad memandu kereta itu.
(v) Pegawai itu menjaga bangunan bank.
5. Tandakan( ) pada ayat yang menunjukkan penyusunan
semula menjadi ayat songsang dan ( X ) bagi yang tidak
berkenaan.
( ) Adibah membeli sebuah rumah Banglo.
( ) Imah pergi melawat zoo Taiping minggu lepas.
( ) Azizah tidak datang ke sekolah kerana dia demam.
( ) Azura meninggalkan Kartina keseorangan.
( ) Kerana masa semakin singkat Zaza membatalkan niat
untuk pergi ke pasar.
6. Pilih perkataan yang sesuai menunjukkan penyusunan Semula
Frasa Nama sebagai objek
(i) Orang tua itu (memberikan/ memberi) ilmu yang berguna
kepada Haziq.
(ii) Ayah (menghadiahi/menghadiahkan) Zulaikha sebentuk
cincin emas.
292
Proses Penerbitan Ayat
(iii) Salim (mengajari/mengajar) anak-anaknya membaca.
(iv) Saloma (mengirimi/mengirimkan) sepucuk surat kepada
anaknya.
C) Proses Perluasan
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, Edisi Empat,
perluasan boleh didefinisikan sebagai perihal menjadi luas.
Manakala menurut Tatabahasa Dewan, proses perluasan ayat ialah
jenis yang menambahkan unsur-unsur dalam ayat yang baharu.
Terdapat empat perluasan iaitu perluasan frasa nama sebagai
subjek, perluasan frasa predikat, perluasan dengan kata hubung
dan perluasan melalui proses komplementasi.
Proses perluasan
Peluasan frasa nama Peluasan dengan
sebagai subjek kata hubung
Peluasan frasa Peluasan melalui proses
predikat komplementasi
i) Perluasan Frasa Nama Sebagai Subjek
Menurut Tatabahasa Dewan, ialah frasa nama sebagai
subjek boleh diluaskan melalui proses relativisasi, iaitu proses
pemancangan ayat ke dalam satu ayat lain sebagai frasa relatif
kepada subjek ayat yang menerima pancangan. Frasa relatif
terbentuk dengan menggunakan kata relatif yang. Proses ini boleh
berlaku hanya boleh berlaku apabila kedua-dua subjek frasa nama
yang mempunyai kesamaan identiti hendaklah berfungsi sebagai
subjek.
Contoh :
Lelaki itu Pak Cik Kamil.
→ Lelaki itu bekerja sebagai polis.
→ Lelaki yang bekerja sebagai polis itu Pak Cik Kamil.
Selain itu juga, kedua-dua frasa nama yang mempunyai
kesamaan identiti hendaklah berfungsi sebagai subjek. Cara
293
Proses Penerbitan Ayat
membaiki terbitan ayat dengan terlebih dahulu menjadikan ayat
kedua sebagai beragam pasif.
Contohnya :
Ayat pertama : Kucing itu sangat comel.
Ayat kedua : Ali memegang kucing itu.
Ayat kedua (pasif) → Kucing itu dipegang oleh Ali.
(relativisasi) → Kucing yang dipegang oleh Ali itu sangat
comel.
ii) Perluasan Frasa Predikat
Frasa nama sebagai subjek boleh diluaskan melalui proses
relativisasi dan mestilah berfungsi sebagai subjek dalam ayat yang
akan dipancangkan. Selain itu juga, hanya ayat yang kedua atau ayat
yang dipancangkan itu mengalami proses pasif, barulah pembentukan
ayat relatif tranformasi relativisasi menjadi gramatis.
Contoh:- : Amy menyukai rumah itu.
: Rumah itu besar.
1. Ayat pertama
Ayat kedua → Amy menyukai rumah yang besar itu.
(relativasasi)
2. Ayat pertama : Ibu saya menaiki basikal itu.
Ayat kedua : Adik membeli basikal itu.
Ayat kedua (pasif) : Basikal itu dibeli oleh Adik.
(relativisasi) → Ibu saya menaiki basikal yang dibeli
oleh adik itu.
iii) Perluasan Dengan Kata Hubung
Perluasaan boleh juga berlaku melalui proses penggabungan ayat
yang melibatkan dua konstituen dengan penggabungan kata hubung
seperti dan, tetapi, kerana , jika, walaupun dan sebagainya. Tiap-tiap
kata hubung ini boleh digunakan bagi mengabungkan dua ayat atau
lebih untuk menghasilkan ayat terbitan yang bersifat perluasan.
Contohnya :
1. Ayat pertama : Amin main bola di padang.
Ayat kedua : Daniel main bola di padang.
Gabungan ayat : Amin dan Daniel main bola di padang.
294
Proses Penerbitan Ayat
2. Ayat pertama : Najwa mendapat anugerah.
Ayat kedua : Najwa cemerlang dalam peperiksaan.
Gabungan ayat : Najwa mendapat anugerah kerana cemerlang
dalam peperiksaan.
iv) Peluasan Melalui Proses Komplementasi
Proses komplementasi, iaitu proses yang mengubah sesuatu
ayat menjadi satu frasa nama, dan memancangkannya pada suatu
ayat yang lain sehingga menghasilkan peluasan kepada ayat
tersebut.
Contoh :
Dia melaporkan sesuatu.
Ali sangat tenat.
Dia melaporkan bahawa Ali sakit tenat.
Ayat-ayat yang yang menerima komplemen yang berupa objek
sipi.
Contoh :
Dia memberitahu saya bahawa Ali sakit tenat.
Dia memberitahu saya. Dimajmukkan melalui proses
Ali sakit. komplementasi
Ayat-ayat terbitan yang bersifat peluasan boleh juga berlaku
sebagai hasil daripada pelaksanaan transformasi komplementasi
terhadap frasa kerja.
Contoh : Gadis itu duduk menangis di atas tangga.
Syarat transformasi komplemen frasa kerja dilaksanakan ialah
kesamaan identiti perlu ada antara kedua-dua frasa nama yang
menjadi subjek dalam ayat induk dan ayat yang dipancangkan.
Walaubagaimanapun, ia memungkinkan frasa nama yang menjadi
subjek dalam ayat yang dipancangkan itu digugurkan, iaitu melalui
proses Penguguran Kesamaan Frasa Nama.
Dalam bentuk strukrur dalaman, ayat yang dipancangkan
dikuasai secara langsung oleh nod frasa kerja. Ini disebabkan frasa
kerja dalam ayat induk bersifat tak transitif, iaitu tidak menerima
sebarang objek kerana tidak ada frasa nama yang mengikuti kata
kerja tersebut.
295
Proses Penerbitan Ayat
Contoh ayat : Pelaksanaan Ayat terbitan yang
Proses pasif tidak gramatis.
Menonton wayang di
pergi oleh kami.
Menjual ikan di pasar .
di pergi oleh mereka
Pembentukan atau penerbitan amat sedikit bilangannya
dalam bahasa Melayu, oleh itu melemahkan justifikasi bahawa
nod frasa kerja dalam bahasa Melayu boleh menguasai sesuatu
ayat, selain frasa nama.
Terbitan ayat-ayat mudah sekali dianalisis dengan
mengandaikan bahawa ayat-ayat tersebut sebenarnya
merupakan gabungan dua ayat yang mengandungi unsur
kata kerja, dan kedua-dua frasa nama ayang mempunyai
kesamaan identiti serta kata hubung dan telah mengalami
proses pengguguran kesamaan frasa nama dan pengguguran
kata hubung.
Struktur dalaman ayat – Pelaksanaan proses pengguguran
kata hubung dan dan juga mengguguran kesamaan frasa nama, dua
ayat dapat digabungkan menjadi ayat terbitan yang lebih luas.
Contoh :
Kami pergi. Kami pergi menonton wayang.
Kami menonton wayang. (ayat terbitan)
LATIHAN
Jawab soalan yang berikut.
(1.). Basikal yang baru itu kepunyaan Ali.
Ayat pertama Ayat kedua
A. Basikal itu kepunyaan Ali. Basikal itu baru.
B, Basikal itu baru. Basikal kepunyaan Ali.
C. Basikal kepunyaan Ali. Basikal itu baru.
D. Basikal yang baru. Basikal itu kepunyaan Ali.
296
Proses Penerbitan Ayat
(2). Makanan yang dimasak oleh ibu itu sedap.
Ayat pertama Ayat kedua
A Makanan itu sedap. Ibu masak makanan itu.
B. Ibu masak masakan itu. Masakan itu sedap.
C. Makanan dimasak oleh ibu. Masakan itu sedap.
D. Makanan itu sedap. Makanan dimasak ibu.
(3). Pilih jawapan yang tepat.
Ayat pertama Ayat kedua
i. Buku itu tebal. Buku itu mahal.
ii. Bangunan itu tinggi. Kawasan itu luas.
iii. Kucing itu berwarna putih. Kucing itu dipeluk oleh
Natasya.
iv. Burung itu pandai menyanyi. Ali memegang burung itu.
A. i dan ii
B. i dan iii
C. i, ii, dan iv
D. i, iii, dan iv
(4) Suzana membeli baju yang mahal itu
Ayat pertama Ayat kedua
A Baju itu mahal. Suzana membeli baju.
B. Suzana membeli baju itu. Baju itu mahal.
C. Suzana yang membeli baju. Baju itu mahal.
D. Mahal baju itu. Suzana membeli baju.
(5). Lin makan nasi itu.
Ibu memasak nasi itu.
A. Lin makan nasi yang ibu masak itu.
B. Lin makan nasi yang dimasak oleh ibu itu.
C. Ibu masak nasi yang dimakan Lin itu.
D. Ibu masak nasi dan Lin makan nasi itu.
297