The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mohdrain, 2020-10-18 20:50:30

BUKU PEMBELAJARAN TATABAHASA

BUKU PEMBELAJARAN TATABAHASA

Bab 7
KATA ADJEKTIF

Pengenalan

Kata adjektif, yang juga dikenal sebagai kata sifat, ialah
perkataan yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif.
Frasa adjektif boleh terdiri daripada hanya satu kata adjektif atau
beberapa perkataan yang mengandungi kata adjektif dan unsur
–unsur keterangan yang lain seperti kata bantu atau kata penguat.
Kata adjektif boleh dikenal pasti dan dibezakan daripada kata nama
atau kata kerja dengan cirinya yang boleh didahului atau diikuti
oleh kata penguat. Contohnya seperti amat sakit, sakit sungguh,
terlalu banyak, banyak sekali dan sebagainya.

Terdapat juga kata yang bentuk wujudnya kata nama, tetapi
digunakan dalam posisi kata adjektif, seperti kata pemalas,
pemboros, peramah, pesakit, kebudak-budakan, kewanitaan dan
keindiaan. Terdapat juga kata yang menerangkan keadaan, rupa
atau sifat nama tetapi bukan kata adjektif seperti rumah induk,
rumah judi dan bilik pengantin. Dalam ayat, kata adjektif berfungsi
menerangkan keadaan atau sifat bagi suatu kata nama atau frasa
nama. Terdapat beberapa contoh ayat yang mengenai kata adjektif
adalah seperti;

• Adik saya tinggi.
• Azlan sangat pandai.
• Orang tua itu baik sungguh.
• Pendapatnya lain sekali.
• Anaknya masih kecil lagi.
• Malam ini gelap benar.
• Reka bentuk rumah itu sangat lain.
• Buah pokok mangga itu banyak sekali.
• Suaranya masih sungguh merdu sekali.

98

Kata Adjektif

Dalam ayat-ayat di atas, perkataan-perkataan yang condong
ialah frasa adjektif yang berfungsi sebagai predikat dalam ayat-
ayat yang berkenaan. Perkataan-perkataan yang bergaris pula
ialah bentuk kata adjektif yang menjadi inti frasa adjektif tersebut.
Hubungan kata adjektif dengan unsur-unsur keterangan dalam
contoh-contoh ayat di atas adalah seperti yang berikut;

Frasa Adjektif

Keterangan Kata Adjektif Keterangan

kata bantu Penguat -
-
- - tinggi sungguh
- sangat pandai sekali
- baik lagi
- - lain benar
masih - kecil -
- - gelap -
- - lain sekali
- sangat banyak sekali
- amat banyak
masih - merdu
sungguh

Kebiasaannya kata adjektif hadir di belakang kata yang
diterangkan. Kata lain yang disisipkan antara kedua-duanya itu
dapat mengubah status hubungannya seperti pengantin baharu,
bandar bersih, makanan enak, mahasiswi kedekut, dan rumah
besar. Contoh frasa dalam kata adjektif adalah seperti pengantin
yang baharu, bandar yang bersih, makanan yang enak, mahasiswi
yang kedekut, dan rumah yang besar. Manakala bagi contoh ayat
yang menjelaskan kata adjektif seperti pengantin itu baharu,
bandar itu bersih, makanan di atas meja itu enak, mahasiswi di
dalam bilik ini kedekut dan rumah tiang sebatang itu besar.

Seterusnya, bagi mengenal kata adjektif adalah dengan
melihat kewujudan kata tersebut yang disertai oleh kata penguat
seperti hebat amat, paling pandai, cantik nian, degil betul, agak
sedih, sangat janggal, rendah amat, dan murah sekali. Selain itu,
dapat disertai dengan imbuhan ter yang bermaksud paling dan se
yang bermaksud sama seperti tersayang, tercinta, terlicin, tergatal,
segatal, sehitam dan semahal. Kata adjektif juga hadir selepas nama
benda atau perkara seperti tulisan halus, lukisan cantik, pergerakan
lincah, fikiran kolot dan ikan busuk. Ia juga dapat disertai dengan
kata nafi tidak seperti tidak sombong, tidak jahil dan tidak kedekut.

99

Kata Adjektif

Manakala dapat diulang dengan awalan se dan akhiran nya seperti
semasam-masamnya, sehitam-hitamnya, setinggi-tingginya, sekuat-
kuatnya dan selaju-lajunya.

Walaupun golongan kata adjektif tidak mempunyai
subgolongan yang ketara, namun berdasarkan kriteria makna yang
dapat membahagikan kata adjektif kepada sekurang-kurangnya
sembilan jenis seperti yang berikut;

1) Kata adjektif sifatan atau keadaan
2) Kata adjektif warna
3) Kata adjektif ukuran
4) Kata adjektif bentuk
5) Kata adjektif waktu
6) Kata adjektif jarak
7) Kata adjektif cara
8) Kata adjektif perasaan
9) Kata adjektif pancaindera

1) Kata Adjektif Sifatan Atau Keadaan

Kata yang memberi pengertian sifatan atau keadaan sebagai
unsur keterangan nama, iaitu:

• Keadaan sifat atau rupa sesuatu benda yang dapat dilihat
• Keadaan yang dipunyai oleh sesuatu (benda, orang…)
• Tanda yang khusus untuk mengenal sesuatu benda
• Pembawaan seseorang seperti perangai, tabiat atau watak

Contohnya;

Baik Lemah
Jahat Kasar
Cerdik Berani
Pandai Takut
Gopoh Sihat

Contoh penggunaannya dalam ayat:

• Budak baik selalu dipuji.
• Orang itu berniat jahat terhadap projek kita.

100

Kata Adjektif

• Anak guru itu amat cerdik.
• Pelajar yang pandai akan berjaya dalam hidupnya.
• Pekerja itu menyiapkan kerjanya dengan gopoh.
• Kesemua ahli dalam pasukan itu lemah.
• Tindak-tanduk pemain itu tehadap lawannya amat kasar.
• Pegawai tentera itu sungguh berani.
• Murid-murid itu amat takut akan anjing garang itu.
• Pelatih-pelatih baharu itu cukup sihat.

AKTIVITI :

Isi tempat kosong di bawah dengan menggunakan kata
adjektif sifatan yang sesuai.

baik cerdik cantik kacak rajin
sihat kasar lemah berani takut

1. Orang _____________________ selalu disenangi.

2. Pelajar yang _____________________ dapat merancang
pembelajarannya dengan berkesan.

3. Zailah bukan sahaja _____________________ malah berbudi
bahasa pula.

4. Pemuda yang _______________________ itu diminati oleh ramai
gadis.

5. Asfadila yang _______________________itu selalu sahaja berada
di hadapan komputernya.

6. Tangannya yang lembut itu kini sudah menjadi _____________
_________ kerana terlalu banyak bekerja.

7. Amalkan memakan makanan yang seimbang supaya badan
sentiasa __________________________.

8. Kesemua ahli dalam pasukan itu _________________________.

9. Pegawai tentera itu sungguh ____________________________.

10. Murid-murid itu amat _________________________akan anjing
garang itu.

101

Kata Adjektif

2) Kata Adjektif Warna

Kata adjektif jenis ini terdiri daripada perkataan yang
memberikan pengertian warna sebagai unsur keterangan.

Contohnya:

Merah Ungu
Putih Kelabu
Biru Hitam
Hijau Kuning
Perang Jingga

Contoh penggunaannya dalam ayat:

• Baju merah itu kepunyaanku.
• Tubuhnya diselimuti kain putih.
• Warna biru kegemaran ibu.
• Daun-daun hijau tiada lagi pada pokok itu.
• Warna perang tidak begitu digemari orang.
• Warna pakaian seragam kami ungu.
• Ayah suka bersongkok kelabu.
• Ayam jantan itu berbulu hitam.
• Warna kuning warna diraja.
• Selendang kakak berwarrna jingga.

AKTIVITI :
Gariskan kata adjektif warna di bawah dengan betul.

1. Faziah memakai baju warna merah.
2. Tingkap itu berlangsir hijau.
3. Pintu rumahnya berwarna biru.
4. Tubuhnya diselimuti kain putih.
5. Hasniah amat gemar akan warna ungu.
6. Tali leher Raja Ahmad berwarna kelabu.
7. Cahaya lampu itu menjadikan bajuku berwarna jingga.
8. Ayam jantan itu berbulu hitam.

102

Kata Adjektif

9. Warna kuning warna diraja.
10. Bunga kertas itu berwarna ungu.

3) Kata Adjektif Ukuran

Kata adjektif ukuran adalah kata yang menyatakan ukuran
kata nama. Selain itu, mempunyai unsur pada ukuran benda yang
bernyawa atau tidak bernyawa, kontrik atau abstrak. Di samping
itu, kata adjektif juga adalah kata yang memberi pengertian ukuran
sebagai unsur keterangan, iaitu besarnya atau saiz sesuatu benda
atau perkara.

Contohnya:

panjang pendek kecil nipis tinggi
dalam kerdil besar tebal renek
singkat sempit labuh rendah

Contoh penggunaan:

1. Rumah panjang itu baru sahaja siap dibina.
2. Bilik rumah itu sangat kecil.
3. Kawasan rumah Ahmad sangat besar.
4. Baju yang dipakai kakak sangat labuh.
5. Orang Eskimo sentiasa berbaju tebal kerana iklim negara itu

sangat sejuk.
6. Rohayu adalah seorang yang kerdil.
7. Pokok itu renek kerana kekurangan baja.
8. Jalan di kampung itu sangat sempit.
9. Lukanya dibalut dengan kain nipis.
10. Sungai itu sangat dalam.

AKTIVITI:

Bina ayat yang sesuai untuk Kata Adjektif ukuran yang
diberikan untuk menghasilkan ayat yang gramatis.

1. Cetek.
_________________________________________________________

2. Pendek .
_________________________________________________________

103

Kata Adjektif

3. Kecil.
_________________________________________________________

4. Luas.
_________________________________________________________

5. Tebal.
_________________________________________________________

6. Tinggi.
_________________________________________________________

4) Kata Adjektif Bentuk

Kata ini adalah kata yang berunsurkan menunjukkan sesuatu
bentuk pada benda bernyawa atau tidak bernyawa. Kata yang
memberi pengertian rupa bentuk sebagai unsur keterangan, iaitu
rupa, susunan, cara dan gaya.

Contohnya:

bulat bujur leper lonjong
buncit pipih bengkok lurus
kempis nipis tirus lekuk

Cara penggunaan:
1. Kemerdekaan negara ini tercapai melalui hasil perundingan

meja bulat.
2. Gasing leper itu dihasilkan oleh Pak Abu.
3. Jalan bengkok itu selalu berlaku kemalangan.
4. Perut si Luncai buncit.
5. Tayar kereta ayah kempis kerana terkena paku.
6. Ariya memiliki muka bujur sirih.
7. Siti mempunyai dagu lekuk.
8. Bagai pipih dilayang.
9. Garis lurus menemukan dua titik.
10. Bola ragbi berbentuk lonjong.

104

Kata Adjektif

AKTIVITI:

Isi Kata Adjektif bentuk yang betul mengikut kesesuaian
ayat.

1. Badan lipan yang _________ (pipih, leper) ini membolehkannya
merayap melalui lubang-lubang kecil.

2. Tayar kereta itu ___________ (kempis, buncit) kerana
terkena paku ketika melalui jalan yang berhampiran tapak
pembinaan.

3. Susah hendak mengawal bola ragbi yang ___________ (bulat,
lonjong) jika diperlakukannya seperti bola sepak.

4. Kakak tidak dapat memandu dengan laju sebab jalan di antara
Tangkak dan Muar ____________ - liku. ( lakuk, lekuk)

5. Muka Azam berbentuk __________ (bujur, segi) seperti daun
sirih.

6. Keris yang dibuat oleh Pak Kamal itu mempunyai mata yang
panjang serta ___________ ( tirus, muncung) .

5) Kata Adjektif Waktu

Kata adjektif waktu sebagai unsur keterangan kepada kata
nama ialah perkataan yang memberi pengertian konsep masa,
seperti contoh yang berikut:

lewat silam
segera lampau
lama sering
awal kerap
baharu dahulu
cepat suntuk
lambat

Contoh ayat:

1. Mereka segera pulang kerana hari sudah lewat.
2. Kanak-kanak suka makanan segera..
3. Tiada kenderaan berenjin pada zaman silam

105

Kata Adjektif

4. Jalan lama ke kampong itu sudah dibaiki.
5. Ketibaanya terlalu awal
6. Ali ke kedai untuk membeli baju baharu.
7. Perjalanan bas ekspres sangat cepat.
8. Jam dinding itu lambat setengah jam.
9. Usah dikenang waktu yang lampau
10. Saya sering melawat nenek di kampung.
11. Ali kerap berulang-alik ke hospital kerana ibunya sakit.
12. Pada zaman dahulu, manusia hidup berpindah-randah.
13. kami tidak akan pergi kerana waktu amat suntuk

AKTIVITI:

Isikan tempat kosong berdasarkan kata adjektif yang
sesuai:

baharu suntuk
segera lama
lewat

1) Nenek masih menyimpan barang-barang _________________ .

2) Kanak-kanak suka makanan ___________________.

3) Ali _________________ ke sekolah kerana basikalnya pancit.

4) Baju _________________ adik amat cantik dan sesuai denganya
yang berbadan montel.

5) Perjalanan kami sekeluarga ke Kuala Lumpur amat ________
_________ kerana keadaan hujan yang lebat.

6) Kata Adjektif Jarak

Kata adjektif jarak sebagai unsur keterangan kepada kata
nama ialah perkataan yang memberi makna konsep ruang seperti
contoh yang berikut:

Contoh perkataan:

jauh hampir
dekat nyaris

106

Kata Adjektif

Contoh ayat:

1. Rumahnya tidak jauh dari Pejabat Pos.
2. Universiti itu dekat dengan lebuhraya.
3. Dia berdiri hampir dengan kereta saya.
4. Dalam kemalangan itu, mereka nyaris menemui ajal.

AKTIVITI :
Lengkapkan cerita di bawah berdasarkan kata adjektif
jarak yang sesuai dan pilih jawapan yang betul.

KISAH SANG KANCIL DENGAN BUAYA

Dalam sebuah hutan, tinggal seekor
Sang Kancil yang cerdik. Tempat tinggal
Sang Kancil itu _____________ (dekat, nyaris)
dengan sebatang sungai yang jernih dan
cantik.

Dalam sungai itu
ada beberapa buaya
yang kelaparan. Tidak
_____________(dekat,
jauh) dari seberang sungai itu, terdapat
sepohon jambu air yang sedang masak
ranum .

Sang Kancil pun
turun ke tebing sambil berfikir tentang buah
jambu air itu. Sedang Sang Kancil meneguk
air, tiba-tiba air sungai berkocak dan rupa-
rupanya Sang Buaya sudah _______________
(hampir, jauh) denganya.

Ia terasa kakinya disambar sesuatu
dan _____________________ (nyaris, dekat)
terjatuh. Sang Kancil terkejut tetapi ia
tidak menunjukkannya kerana ingin mem-
perdayakan buaya itu. Sang Kancil berjaya
memperdayakan buaya dengan mengatakan
Nabi Sulaiman memerintahkan agar mengira
jumlah buaya yang ada dalam sungai itu
untuk menerima kurnia dari baginda.

107

Kata Adjektif

Semua buaya berkumpul dan beratur
dengan jarak yang __________________
(dekat, jauh) supaya memudahkan Sang
Kancil mengira mereka dan melompat di
atas badan buaya. Akhirnya Sang Kancil
berjaya sampai ditempat yang dituju dan
dapat makan buah jambu itu dengan
gembiranya.

7) Kata Adjektif Cara

Kata Adjektif cara ialah jenis perkataan yang memberi
pengertian keadaan kelakuan atau ragam, sebagai penerang kata
nama. Contohnya:

cepat lincah
deras gopoh
laju jelas
lambat sering
perlahan selalu
jarang kadang-kadang
kerap

Contoh penggunaan dalam ayat:

1. Tindak balas orang tua itu sungguh cepat.
2. Pengaliran air sungai itu deras.
3. Motosikal laju itu direka khas untuk pernlumbaan.
4. Orang lambat selalu rugi.
5. Pemain lincah itu berasal dari utara.
6. Gerak- gerinya amat perlahan.
7. Kemalangan jalan raya tahun ini amat sering.
8. Taklimat projek yang disampaikan jelas.
9. Dia selalu gopoh dalam peperiksaan.
10. Kedatangan orang itu ke sini selalu benar.

108

Kata Adjektif

AKTIVITI:
Bina ayat berdasarkan perkataan berikut.

1). Perlahan
_________________________________________________________
_________________________________________________________

2). Kerap
_________________________________________________________
_________________________________________________________

3). Gopoh
_________________________________________________________
_________________________________________________________

4). Lincah
_________________________________________________________
_________________________________________________________

5). Deras
_________________________________________________________
_________________________________________________________

AKTIVITI
Senaraikan lima kata adjektif cara yang anda tahu.

1). _________________________________________________________
2). _________________________________________________________
3). _________________________________________________________
4). _________________________________________________________
5). _________________________________________________________

109

Kata Adjektif

8) Kata Adjektif Perasaan

Kata adjektif ini terdiri daripada perasaan yang memberi
pengertian konsep perasaan, sebagai penerang kata nama dan harus
diikuti oleh kata sendi nama.

Contohnya:

rindu berahi
benci ragu
segan kasih
suka sayang
gembira geram
takut seram
marah senang

Contoh penggunaan dalam ayat:

1. Budak kecil itu rindu akan ibunya yang sudah meninggal
dunia.

2. Saya sungguh benci dengan kelakuan buruknya.
3. Gadis itu terlalu segan untuk bertanya.
4. Dia sangat suka membaca novel.
5. Anak kecil itu gembira sekali dengan permainan itu.
6. Kami semua amat kasih akan guru itu.
7. Anak raja itu berahi akan Puteri Bongsu.
8. Dia masih ragu-ragu terhadap kejujuran pembantunya.
9. Dia amat sayang akan kedua-dua orag tuanya.

AKTIVITI :
Gariskan kata adjektif perasaan yang terdapat dalam
ayat di bawah.

1). Saya sangat segan dengan awak.
2). Ahmad amat rindu akan kekasihnya di Indonesia.
3). Orang kaya itu amat malu untuk meminta pertolongan

mereka.
4). Dia masih marah kepada saya.

110

Kata Adjektif

5). Nenek itu terlalu kasih akan cucunya.
6). Kanak-kanak itu takut akan kucing.

AKTIVITI:
Bina ayat berdasarkan perkataan di bawah.

1). Seram
_________________________________________________________
_________________________________________________________

2). Ragu
_________________________________________________________
_________________________________________________________

3). Berahi
_________________________________________________________
_________________________________________________________

4). Benci
_________________________________________________________
_________________________________________________________

5). Segan
_________________________________________________________
_________________________________________________________

AKTIVITI:
Senaraikan lima kata adjektif perasaan yang anda tahu.

1). _________________________________________________________
2). _________________________________________________________
3). _________________________________________________________
4). _________________________________________________________

111

Kata Adjektif

5). _________________________________________________________

9) Kata Adjektif Pancaindera

Kata adjektif pancaindera terdiri daripada perkataan yang
memberi pengertian konsep rasa, pandang, dengar, bau, sentuh atau
gabungan. Kelima-lima indera ini ialah sebagai penerang kepada
kata nama.

Contohnya:
(i) Indera rasa:

sedap pahit
manis masin
lazat tawar
masam lemak
kelat payau

Contoh penggunaannya:

1. Masakan kari ibu sangat sedap.
2. Wajah perawan itu manis.
3. Mereka akan menyediakan makanan lazat.
4. Hari ini muka kak Zita sangat masam.
5. Jambu muda itu kelat rasanya.
6. Adik tidak mahu makan ubat kerana rasanya pahit.
7. Masakan itu terlalu masin.
8. Gulai itu tidak lemak kerana kekurangan santan.
9. Air perigi di rumah Atuk saya sangat payau.
10. Ayah selalu memancing ikan air tawar.

(ii) Indera lihat buruk
tampan
cantik comel
molek segak
hodoh
lawa

Contoh penggunaannya:

1. Pemandangan matahari sedang terbenam itu sangat cantik.
2. Gadis molek itu adalah tunang kepada Abang Zafri.

112

Kata Adjektif

3. Akhlaknya mulia walaupun dia mempunyai rupa hodoh.
4. Kakak sangat lawa apabila menggayakan baju pengantin.
5. Bakal suami kakak sangat tampan orangnya.
6. Bayi comel itu telah memenangi tempat pertama.

(iii) Indera dengar

bising mersik
merdu serak
nyaring garau
lunak

Contoh penggunaannya:

1. Bunyi bising itu datang dari kilang membuat papan.
2. Merdu sungguh suara penyanyi itu.
3. Bunyi biolanya amat mersik.
4. Mereka menjerit-jerit sehingga serak suara mereka.
5. Pegawai tentera itu mempunyai suara garau.

(iv) Indera bau:

harum tengik
wangi semerbak
busuk hanyir
hapak hancing

Contoh pengguanaannya:

1. Bunga ros yang kakak terima berbau harum.
2. Haliza suka memakai minyak wangi jenama Tracia.
3. Bau busuk itu datang dari sampah belakang rumah.
4. Stokin adik berbau tengik kerana seminggu tidak dicuci.
5. Ibu meletakkan asam ke atas ikan untuk menghilangkan

hanyir.

(v) Indera sentuh

halus kesat
lincin lembap
kasar lembut
keras

113

Kata Adjektif

Cara penggunaannya:

1. Hasil tenunan Mak Jah sangat halus dan bermutu.
2. Permukaan papan itu kasar kerana belum diketam.
3. Lantai itu lincin kerana baru sahaja dicuci.
4. Pakaian yang dijemur ibu masih lembap kerana cuaca

redup.
5. Chef menguli adunan itu sehingga lembut.

(vi) Gabungan indera:

Bersih (sentuh + pandang + bau)
Selesa (sentuh + pandang)
Tenteram (dengar + pandang)

Contoh penggunaannya:

1. Kita perlu sentiasa berpakaian bersih agar penyakit sukar
dijangkiti.

2. Ali kurang selesa tinggal di asrama kerana selalu di buli.
3. Kehidupan keluarga Puan Sarah sangat tenteram.

AKTIVITI :

Padankan Kata Adjektif Pancaindera dengan ayat yang
bersesuaian.

Pisang goreng yang dijual oleh Mak Timah Bau
sangat sedap. Sentuh
Dengar
Lantai tandas itu licin kerana baru sahaja Lihat
dicuci oleh tukang cuci.
Rasa
Pemandangan pada waktu senja sangat indah
iaitu ketika matahari terbenam.

Bunyi bising dari tapak pembinaan telah
menyebabkan kami sekeluarga tidak dapat
tidur nyenyak.

Bunga ros yang ditanam nenek sangat wangi
dan cantik warnanya.

114

Kata Adjektif

Kesimpulan

Kita dapat mengenal suatu perkataan itu sebagai kata adjektif
atau tidak melalui ujian kelas kata. Ujian kelas kata ini bukanlah
bersifat mutlak, namun dapat membantu kita membezakan kata
adjektif daripada kata-kata yang lain. Daripada perbincanga di
atas, kita dapat melihat terdapat banyak jenis ciri kata adjektif.
Antaranya ialah:

1) Dapat digandingkan dengan kata penguat
(contoh kata penguat : amat, sangat, sekali, benar, betul,
paling)

Bahagia Merah Selesa
Amat bahagia Sangat merah Amat selesa
Bahagia betul Merah benar Selesa sekali
Paling bahagia Merah sekali Selesa benar

2) Sering berada di belakang kata nama

Pemandangan indah Zaman moden Peristiwa pahit
Orang jauh
Bau harum Nada tinggi

3) Dapat dibuat perbandingan

(dengan menggunakan perkataan seperti atau awalan se- yang
membawa makan sama)

Tinggi seperti galah
Pucat seperti galah
Jahat seprti hantu
Secantik bidadari
Sebesar pemeluk
Sepenting ini

4) Dinafikan dengan kata nafi tidak

Tidak senang
Tidak berani
Tidak besar tidak kecil

115

Kata Adjektif

5) Dapat digabungkan dengan bentuk se-.......-nya

(gabungan se-.........-nya dengan kata adjektif, kata adjektif itu

boleh dalam bentuk tunggal atau ganda)

puas sepuasnya, sepuas-puasnya
penuh sepenuhnya, sepenuh-penuhnya
baik sebaiknya, sebaik-baiknaya
lewat selawatnya, selewat-lewatnya

6) Dapat bergabung dengan kata makin / semakin

Makin panas
Makin lama makin cantik
Semakin penting
Semakin banyak semakin kaya

7) Sebagai kiasan, kata adjektif berada di depan kata nama

Panjang tangan
Ringan tulang
Besar kepala
Pendek akal

AKTIVITI: Latihan Tatabahasa (Kata Adjektif)
Pilih jawapan yang tepat.

1. Beberapa batang pokok manggis di kebun datuk berbuah
______________.
A. kuat
B. kaya
C. lebat
D. rendang

2. Ibu menyapu daun-daun yang _____________ itu.
A. gugur
B. jatuh
C. hancur
D. musnah

116

Kata Adjektif

3. Pemandu kenderaan dikehendaki berhati-hati melalui jalan
lereng bukit yang ______________ itu.
A. dalam
B. curam
C. pendek
D. rendah

4. Sarah terlalu ________________ apabila mendapat kejayaan
yang cemerlang dalam peperiksaan.
A. malu
B. bising
C. gembira
D. kecewa

5. Buku-buku di atas meja itu __________ kerana tidak dikemas.
A. berguguran
B. bertaburan
C. berselerak
D. berlonggok

6. Kuda adalah antara haiwan yang ________________ berlari.
A. cepat
B. hebat
C. hampir
D. pantas

7. Warna _______________ pada bendera Malaysia membawa
maksud perpaduan antara rakyat yang berbilang kaum.
A. biru
B. merah
C. putih
D. Kuning

8. Penyanyi yang diminati ramai itu mempunyai suara yang
sangat ________________.
A. kasar
B. jelas
C. kabur
D. merdu

117

Kata Adjektif

9. Ruang tamu rumah kami menjadi lebih ________________setelah
ayah membeli perabot dan perhiasan baru.
A. segar
B. ceria
C. segak
D. meriah

10. Daging kambing yang belum dicuci itu berbau _____________.
A. busuk
B. hapak
C. hamis
D. tengik

11. Puan Kamariah berasa __________________ kerana anaknya
masih belum pulang sedangkan hari sudah malam.
A. risau
B. rimas
C. bingung
D. kecewa

12. Zaidi terpaksa menghentikan lariannya pada jarak 150 meter
kerana kakinya _______________.
A. kaku
B. keras
C. kebas
D. Kejang

13. Suasana rumah Mak Siah yang _______________ itu menyebabkan
kami berasa seram.
A. pudar
B. kusam
C. muram
D. suram

14. Hubungan antara Luisa dan Vanessa menjadi _____________
selepas pergaduhan itu.
A. beku
B. sejuk
C. sunyi
D. dingin

118

Kata Adjektif

15. Proses melarik perabot-perabot kayu itu dibuat dengan _____
__________ oleh pekerja-pekerja yang mahir.
A. teliti
B. tepat
C. hemat
D. saksama

16. Hujah-hujah yang disampaikan oleh pemidato pertama itu
sungguh ________________dan tepat.
A. sarat
B. teguh
C. mampat
D. bernas

17. Penduduk Kampung Lembah bergotong-royong untuk
memperdalam sungai yang _______________ itu bagi mengatasi
masalah banjir yang berlaku di kampung mereka.
A. cetek
B. dangkal
C. rendah
D. Senteng

18. Pelancong dari negara Jepun itu ________________ berbahasa
Melayu walaupun baru sebulan di negara kita.
A. laju
B. pelat
C. fasih
D. pandai

19. Tayar kereta Amirul ______________ kerana tercucuk paku
semasa melalui jalan itu.
A. tiris
B. pecah
C. kemik
D. Kempis

20. Encik Latif mendirikan sebuah banglo di atas tanah pusaka
keluarganya yang ______________ itu.
A. luas
B. landai
C. besar
D. lapang

119

Bab 8
KATA TUGAS

Pengenalan

Kehadiran kata tugas dalam ayat tidak berfungsi sebagai
unsur inti dalam sebarang predikat, baik predikat frasa nama,
predikat frasa kerja, mahupun predikat frasa adjektif. Kata tugas
ialah sejenis perkataan yang hadir dalam ayat, kalusa, sama ada
sebagai penghubung, sesuatu tugas intaksis tertentu, sama ada
sebagai penghubung, penerang, penentu, penguat, pendepan,
pembantu, penegas, penafi, pembenar, pemeri, atau tugas-tugas
lain. Berdasarkan tuga-tugas yang disebutkan di atas, maka kata
tugas dapat dijeniskan kepada jenis-jeins yang berikut
1. Kata hubung
2. Kata seru
3. Kata tanya
4. Kata perintah
5. Kata pangkal ayat
6. Kata bantu
7. Kata penguat
8. Kata penegas
9. Kata nafi
10. Kata pemeri
11. Kata sendi nama
12. Kata pembenar
13. Kata arah
14. Kata bilangan
15. Kata penekan
16. Kata pembenda

120

Kata Tugas

Definisi Kata Tugas

Kata tugas ialah satu kelompok perkataan yang kehadirannya
dalam ayat penting kerana tugas-tugas sintaksis yang dipikulnya.
Tiap-tiap jenis kata tugas mempunyai peranan tertentu, yang
jikalau tidak hadir dalam ayat, sama ada akan merosakkan ayat
itu atau mengurangkan maksud-maksud tertentu. Tidak seperti
tiga golongan kata yang lain dalam bahasa Melayu, iaitu kata
nama, kata kerja, dan kata adjektif, kata tugas tidak berfungsi
sebagai inti sesuatu frasa. Kata tugas hadir dalam ayat, sama ada
di bahagian hadapan ayat, di bahagian hadapan frasa, atau di
belakang perkataan-perkataan tertentu untuk memberikan makna
khusus atau memainkan peranan sintaksis tertentu dalam ayat
berkenaan.

Ciri-ciri kata tugas adalah ia tidak berfungsi sebagai unsur inti
dalam frasa predikat. Kata tugas mempunyai maksud gramatikal
tetapi tidak mempunyai maksud leksikal. Maksud kata tugas
ditentukan oleh kehadiran kata lain serta ia tidak mempunyai
makna tetapi mempunyai tugas. Kata tugas juga tidak mengalami
perubahan bentuk untuk sebahagian besar kata tugas dan tidak
mudah terpengaruh oleh unsur asing.

Oleh itu, kata tugas dapat dijeniskan kepada jenis-jenis berikut
, kata hubung, kata seru, kata tanya, kata perintah, kata pangkal
ayat, kata bantu, kata penguat, kata penegas, kata nafi, kata
pemeri, kata sendi nama, kata pembenar, kata arah, kata bilangan,
kata penekan dan kata pembenda.

Kata tugas hadir dalam ayat untuk memikul tugas nahu
atau tugas sintaksis tertentu. Jadual berikut menjelaskan fungsi
kata tugas.

Contoh Subgolongan Tugas

• Dan, atau, tetapi, • Gabungan Menghubungkan
serta • hubungan ayat atau klausa.

• Kerana, ketika, Kata seru Menunjukkan
kalau seruan

Aduh, amboi, wah
syabas, oh, cis

121

Kata Tugas

Mengapa bila, berapa, Kata tanya Menyoal atau
bagaimana bertanya

Jangan, usah, Kata perintah Menimbulkan
sila, jemput • Larangan Tindakan balas
tolong, minta, harap • Silaan
• permintaan

Ya, benar, betul Kata Membenarkan
pembenar sesuatu

Maka, hatta, adapun, Kata pangkal Menandakan
syahdan ayat kesinambungan
ayat

Telah, sudah, pernah, Kata bantu Membantu frasa-
masih, sedang, tengah, frasa kerja, adjektif,
akan belum. sendi nama.
Hendak, mahu ingin,
harus, mesti, boleh,
dapat.

Amat, sangat, sekali, Kata penguat Menguatkan
terlalu, paling, maksud suatu
sungguh, benar, nian. adjektif

-kah, -tah, -lah, juga, Kata penegas Menegaskan
pun, hanya, memang, bahagian-bahagian
lagi tertentu dalam ayat

• Bukan Kata nafi Menafikan sesuatu
• tidak

• Ialah Kata pemeri Memerikan hal
• adalah atau merangkaikan
subjek dengan
predikat.

Di, ke, daripada, Kata sendi Pelbagai tugas bagi
antara, untuk, bagi, nama kata atau frasa
akan, terhadap, oleh, nama
seperti, umpama,
bagai.

122

Kata Tugas

Atas, bawah, sisi, Kata arah Menunjukkan arah
depan, belakang, atau hala
hadapan, , dalam luar,
samping, timur, barat.

• Satu, dua, sepuluh, Kata bilangan Menerangkan
seratus, sejuta bilangan atau
jumlah
• Banyak, sedikit,
beberapa, semua,
para

• Sekalian, segala,
seluruh

• Sesetengah,
separuh, dua
pertiga, sepertiga

• Kedua-dua,
bertahun, berbakul-
bakul, beratus-
ratus.

-nya Kata penekan Memberi penegasan
bagi kata yang
digandingi

-nya Kata Menjadikan kata
pembeda bukan nama sebagai
kata nama

Kelompok Dasar Kata Tugas

Untuk memudahkan penghuraian, bolehlah dikelompokkan
enam belas jenis kata tugas ini ke dalam empat kelompok,
berdasarkan kriteria kedudukan dan fungsinya dalam binaan ayat,
tiap-tiap kelompak tersebut mengandungi jenis-jenis kata tugas
tertentu seperti yang berikut :

i. Kata penyambung ayat, yang terdiri daripda satu jenis kata
tugas, iaitu kata hubung.

i. Kata praklausa, yang terdiri daripada kata seru, kata tanya,
kata perintah, kata pembenar dan kata pangkal ayat.

ii. Kata prafrasa, yang terdiri daripada kata bantu, kata penguat,

123

Kata Tugas

kata penegas, kata nafi, kata pemeri, kata sendi nama, kata
arah, dan kata bilangan

iii. Kata pascakata, yang terdiri daripada kata penekan dan kata
pembenda.

1. Kata Hubung

Kata hubung ialah kata penyambung ayat, iaitu sejumlah
perkataan yang bertugas menghubungkan dua binaan ayat atau
lebih sehingga menjadi satu bentuk ayat yang berlapis. Ia dikenali
sebagai ayat majmuk yang terbentuk, iaitu ayat majmuk gabungan
dan ayat majmuk pancangan. Ayat majmuk gabungan dihubungkan
dengan kata hubung gabungan, manakala ayat majmuk pancangan
dihubungkan dengan kata hubung pancangan.

Jenis-jenis kata hubung

1) Kata Hubung Gabungan

Kata hubung gabungan ialah jenis kata yang menghubungkan

dua klausa atau lebih yang sama taraf sifatnya. Ayat yang terbentuk

di mana menggunakan kata hubung gabungan ini disebut sebagai

ayat majmuk gabungan. Contoh:

dan atau tetapi sambil

kemudian lalu malahan

Contoh Ayat

Ali, Ahmad dan Halim pergi ke sekolah.
Dia pandai tetapi adiknya bodoh.
Aslinda menari sambil bernyanyi.
Latifah mengambil surat itu lalu menyerahkannya kepada
Ahmad.

2) Kata Hubung Pancangan

Kata hubung pancangan ialah jenis kata hubung yang
menyambung klausa-klausa tak setara atau klausa pancangan pada
klausa utama atau klausa induk. Kata hubung pancangan terbahagi
kepada tiga jenis iaitu:-

i) Pancangan Relatif –‘yang’
ii) Pancangan Komplemen- ‘bahawa, untuk’

124

Kata Tugas

iii) Pancangan Keterangan- ‘kerana, sekiranya, kalau, hingga’
Contoh Ayat
Tidak boleh ada ahli yang memegang dua atau lebih undi (KTP
Relatif)
Kalimat itu menunjukkan bahawa dia sememangnya mahu
memberitahu. (KTP Komplemen)
Manalah buah-bah padi akan terlekat pada tangkai kalau
terendam dalam air yang banyak. (KTP Keterangan)

Latihan
A. Gabungkan dua ayat di bawah ini:

i. Ibu pergi ke pejabat. Ayah pergi ke pejabat pos

....................................................................................................
.......................................................................................................
ii. Miskiah suka bermain futsal. Adibah suka bermain

catur.

....................................................................................................
.......................................................................................................

B. Pancangkan ayat di bawah ke dalam klausa induk yang
relevan:
i. Mereka menemui menteri. Menteri itu baru pulang.

....................................................................................................
.......................................................................................................
ii. Mereka sampai. Pekerja baru mula sampai ke pejabat.

....................................................................................................
.......................................................................................................
iii. Mereka faham. Latihan Perkhidmatan Negara adalah

penting.

....................................................................................................
.......................................................................................................

125

Kata Tugas

2. Kata Seru

Kata seru ialah kata yang digunakan untuk menggambarkan
perasaan seseorang seperti marah, sedih, gembira, sakit, hairan,
kagum, terkejut, dan sebagainya. Cara penggunaannya disesuaikan
dengan intonasi pengucapan iaitu dengan nada meninggi atau
menurun. Dalam bahasa Melayu, kata seru digunakan untuk
membentuk ayat seru. Perhatikan penerangan di bawah:

Kata Seru Penerangan Ayat Contoh

Aduh Digunakan untuk 1. Aduh, sakitnya
tanganku!
(a) Menyatakan
perasaan sakit 2. Aduh, indah sekali
pemandangan di sini!
(b) Menyatakan
perasaan kagum/
hairan

Aduhai Digunakan untuk 1. Aduhai, malang sekali
menyatakan perasaan nasib peminta sedekah
sedih/dukacita itu!

2. Aduhai, apalah malang
nasibku ini!

Ah D i g u n a k a n u n t u k 1 . A h , a k u t i d a k
menyatakan perasaan bersetuju!
p e n o l a k a n / t i d a k 2. Ah, aku tiada masa
bersetuju/membantah untuk melayan engkau!

Amboi Digunakan untuk 1. Amboi, sombongnya
menyatakan perasaan dia!
kagum/hairan
2. Amboi, hebat sekali
engkau beraksi!

Cis/cih Digunakan untuk 1. Cis, kalau kail panjang
sejengkal, lautan dalam
(a) Menyatakan jangan diduga!
perasaan marah
2. Cih, harimau di hutan
(b) Menyatakan lagi dapat kujinakkan,
perasaan mengejek/ inikan pula cicak
menyindir mengkarung!

126

Kata Tugas

Eh Digunakan untuk 1. Eh, bilakah kau pulang
Hai menyatakan perasaan ke tanah air!
hairan/terkejut
Nah 2. Eh, Salim pun ada di
Wah sini!
Wahai
Digunakan untuk 1. Hai, nama saya Patsy!

(a) Menyatakan 2. Hai, lihat anak kecil di
perasaan hendak hujung sana itu!
menegur atau
menyapa seseorang

(b) Cuba menarik
perhatian

Digunakan untuk 1. Nah, ambillah
menarik perhatian pemberikanku ini!
dan pelbagai maksud
lain 2. Nah, serahkan saja
perkara ini kepada
mereka!

Digunakan untuk 1. Wah, tinggi sungguh
menyatakan perasaan cita-citamu!
kagum/takjub
2. Wah, mulia sekali
hatimu!

Digunakan untuk 1. Wahai kawan-kawanku,
marilah kita bersatu
(a) Menyatakan padu!
perasaan dukacita
2. Wahai anak-anak
(b) Mendapatkan bangsaku, janganlah
perhatian leka dengan kemewahan
dunia!

Latihan

A. Tandakan (√) bagi ayat yang menggunakan kata seru yang betul
untuk menggambarkan perasaan.

(1) (i) Wahai, gemuknya kambing peliharaan Pak Jusoh ini!
()

(ii) Wah, gemuknya kambing peliharaan Pak Jusoh ini!
()

127

Kata Tugas

(2) (i) Cis, sakit sungguh jariku ini! ()
(ii) Aduh, sakit sungguh jariku ini! ()

B. Tandakan ( X ) bagi kesalahan meletakkan tanda seru selepas
kata seru dalam ayat.

(1) (i) Nah! ambillah buku ini sebagai hadiah daripadaku.
()

(ii) Nah, ambillah buku ini sebagai hadiah daripadaku!
()

(2) (i) Wah! bergaya benar dia hari ini. ()

(ii) Wah, bergaya benar dia hari ini! ()

3. Kata Tanya

Kata tanya ialah perkataan yang digunakan untuk
menanyakan sesuatu atau menyoalkan sesuatu, contohnya
mengapa, berapa, bila dan bagaimana. Kata tanya hadir dalam
ayat sebagai sebahagian daripada predikat. Sekiranya kata tanya
dikedepankan maka kehadirannya dalam bentuk tulisan hendaklah
disertai partikel –kah.

Contoh Ayat:

Berapa • Harga barang itu berapa?
• Berapa tahunkah dia belajar di luar negeri?

Bila • Mereka sampai bila?
• Bilakah gerangan kekanda akan pulang?

Bagaimana • Kesihatannya sekarang bagaimana?
• Bagaimanakah keputusan peperiksaannya?

Ada tiga bentuk kata ganti nama yang digunakan juga sebagai
kata tanya, iaitu apa, siapa dan mana.

Contoh Ayat:

Apa • Yang di dalam kotak itu apa?
Siapa • Apakah yang di dalam kotak itu?

• Yang datang semalam siapa?
• Siapakah yang datang semalam?

128

Kata Tugas

Mana • Baju baharu saya mana?
• Manakah baju baharu saya?

Latihan

A. Pilih kata tanya yang paling sesuai untuk diisi di tempat kosong
dalam ayat-ayat di bawah.

1. “ __________kah mereka akan bertolak ke Pulau Pinang?”
tanya Nana.
A. Apa
B. Bila
C. Siapa
D. Mana

2. “_______kah kemalangan itu boleh berlaku?” tanya Amri.
A. Bila
B. Berapa
C. Apa
D. Bagaimana

3. “________kah harga kereta yang cantik itu?” tanya
Rosman.
A. Siapa
B. Berapa
C. Bagaimana
D. Apa

4. “Di _______kah kotak itu diletakkan?” tanya Abu.
A. mana
B. bagaimana
C. apa
D. bila

5. “_________kah mereka dapat menengkap buaya itu?” tanya
Ravi.
A. Bila
B. Siapa
C. Mana
D. Bagaimana

129

Kata Tugas

B. Isi tempat kosong dengan kata Tanya yang sesuai.

Bilakah Apakah Mengapakah

Siapakah Bagaimanakah

1. ___________ yang menjaringkan gol kemenangan untuk
pasukan Kedah?

2. ___________ kes pembunuhan itu akan mula dibicarakan?
3. ___________ hubungan awak dengan Ustazah Nabilah?
4. ___________ kemalangan itu boleh berlaku?
5. ___________ kamu didenda oleh guru disiplin?

C. Bina ayat berdasarkan kata tanya yang diberi.

i. Berapa : ________________________________________

ii. Bila : ________________________________________

iii. Bagaimana: ________________________________________

iv. Apa: ________________________________________

v. Siapa: ________________________________________

vi. Mana: ________________________________________

4. Kata Perintah

Kata perintah ialah perkataan yang bertujuan menimbulkan
sesuatu tindak balas terhadap perintah, arahan, larangan, silaan
atau permintaan. Ia juga adalah perkataan yang digunakan untuk
menunjukkan arahan. Kata perintah boleh ditambah partikel –lah
di belakangnya.

Contoh: Jangan Sila Jemput Usah Harap Tolong Minta

Contoh Ayat:

• Jangan buang sampah di sini.
• Usah biarkan dia berseorangan.
• Silalah datang ke rumah saya jika ada kelapangan.
• Jemput masuk!
• Minta tuan-tuan bersabar sebentar.

130

Kata Tugas

• Tolong buang sampah ke dalam tong sampah
• Harap jelaskan hutangmu secepat mungkin.

Latihan

B. Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan kata
perintah yang sesuai.

1) ”.................... baiki motosikal ini”, kata Zaini kepada
mekanik itu.

2) ”.................... biarkan rambutmu panjang”, kata ayah
kepada abang.

3) ”....................lah datang ke rumah pada hari raya nanti”,
Naim kepada Nizam.

4) ”.................... ke majlis makan malam esok”, kata pengurus
itu.

5) ”.................... kamu semua dapat memahami situasi
sekarang”, kata Aizat

A. Tandakan ’Betul’ atau ’Salah’ pada penggunaan kata perintah
dalam ayat-ayat di bawah.

1. Sila biarkan adik kamu bermain di tepi longkang itu.
........................

2. Ravi, tolong kumpulkan kayu api di belakang rumah.
........................

3. Usah difikirkan perkara yang sudah berlaku.
........................

4. ”harap kamu sekalian amarah, kerana katanya itu benar.”
........................

5. Minta tuan datang pada hari kenduri itu. ........................

6. Jemputlah minum! ........................

7. Sila tuan-tuan tunggu sebentar. ........................

8. ”haraplah pasangkan sekali, tangan saya basah.”
........................

9. Usah diganggu anjing yang sedang tidur itu.
........................

10. Jangan dian sebentar kerana ingin membuat pengumuman.
........................

131

Kata Tugas

5. Kata Pangkal Ayat

Kata pangkal ayat ialah perkataan yang hadir di bahagian
hadapan ayat yang menjadi penanda kesinambungan ayat dalam
wacana. Namun, kata pangkal ayat ini tidak begitu banyak
diamalkan sekarang. Perkataan ini umumnya digunakan dalam
bahasa Melayu Lama.

Contoh:
Hatta Maka Syahadan Adapun Alkisah Kalakian Sebermula
Sekali peristiwa Arakian

Contoh Ayat:

Hatta istana itu pun siaplah.
Maka panglima itu pun di beri persalinan.
Syahadan baginda pun berangkat meninggalkan Melaka.
Adapun kuda itu dipunyai oleh Tun Umar.
Alkisah tidak beberapa lama kemudian hamillah permaisuri.
Kalakian berlakulah permusuhan antara kedua-dua kerajaan
itu.
Sebermula berburulah baginda bersama-sama hulubalangnya.
Sekali peristiwa sultan Mahmud berangkat ke Pahang.
Arakian bersemayamlah baginda di Melaka.

Latihan

A. Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan kata
perintah yang sesuai berdasarkan perkataan yang telah di
beri.

1. ……………, tiada berapa lama kemudian, datanglah
kesepulu-sepuluh orang murid itu, membawa dirham
masing-masing, diberikan kepada Umar Umaiyah. (Maka,
Hatta, Arakian)

2. …………… dilihat oleh Umar Umaiyah akan isterinya dan
mentuanya semua sudah tidur lena. (Maka, Syahadan,
Hatta)

3. …………… berkenan kepada baginda akan kata Sultan
Pasai itu. (Arakian, Alkisah, Syahadan)

132

Kata Tugas

4. ...................., tersebutlah perkataan Tuan Puteri Bungsu,
antara beberapa lama ia mencari kain layang baju layang
it, ia pun berjalan ke hilir air itu. (Hatta, Kalakian,
Sebermula)

5. .................... beberapa lamanya belayar, maka sampailah
ke Bentan. (Adapun, Alkisah, Arakian)

6. Kata Bantu

Kata bantu ialah jenis perkataan yang bertugas mambantu
frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama iaitu dengan
menimbulkan makna-makna tambahan dari aspek waktu atau
ragam. Oleh yang demikian, kata bantu boleh dibahagikan kepada
dua kumpulan iaitu kata bantu aspek dan kata bantu ragam

1) Kata bantu aspek

Kata bantu aspek menimbulkan suasana perbezaan masa, iaitu
sama ada masa lampau, masa kini, atau masa hadapan. Bentuk-
bentuk kata bantu ialah telah, sudah, pernah, sedang, masih, akan
dan belum.

Contoh Ayat:

telah Pekerja itu telah pulang.
sudah Kanak-kanak itu sudah makan.
pernah Kami pernah ke utara Malaysia.
sedang Mereka sedang mendaki gunung.
masih Guru besar masih menyiapkan laporan itu.
akan Ahmad akan ke sana esok.
belum Pertanyaan pemuda itu belum berjawab.

2) Kata bantu ragam

Kata bantu ragam ialah bentuk kata yang menyatakan atau
menerangkan ragam perasaan yang berkait dengan perbuatan yang
dilakukan, seperti hendak, mahu, harus, mesti, boleh dan dapat.

133

Kata Tugas

Contoh Ayat:

hendak Kanak-kanak itu hendak masuk ke bilik.
mahu Ramai pemuda kini mahu bekerja sendiri.
harus Awak harus cepat supaya tidak ketinggalan bas.
mesti Mereka mesti keluar hari ini juga.
boleh Kita boleh bertolak ke Johor esok.
dapat Kami dapat pulang ke kampung.

Latihan

A. Isi tempat kosong dengan kata bantu aspek yang sesuai.

1) Faiz _________ menerima tawaran melanjutkan pelajaran
ke luar negeri.

2) Mereka _________ bertolak ke Kedah pada hari Jumaat.

3) Murid-murid _________ membersihkan bilik darjah
mereka.

4) Dia _________ bertugas di Jabatan Penerangan.

5) Siti _________ menyiram pokok bunga di taman bunga.

B. Isi tempat kosong dengan kata bantu ragam yang sesuai.

1) Para murid _________ mematuhi peraturan sekolah.

2) Ketekunan dan kerajinan _________ membantu seseorang
itu mencapai kejayaan.

3) Walaupun dihalang oleh ibu bapanya, Anis tetap _________
menjadi seorang penyanyi.

4) Dia _________ mendapat keputusan yang lebih baik jika
dia berusaha.

5) Setiap murid _________ menjaga kebersihan kelas masing-
masing.

134

Kata Tugas

7. Kata Penguat

Kata penguat (KP) ialah perkataan yang mendahului atau
mengikuti kata adjektif dan berfungsi menguatkan maksud yang
terkandung dalam kata adjektif. Terdapat tiga jenis kata penguat
iaitu KP hadapan, KP belakang, dan KP bebas.

1) Kata penguat hadapan

Kata penguat hadapan ialah perkataan yang terletak di
hadapan kata adjektif. Contohnya seperti terlalu, paling dan
agak.

Contoh Ayat:
Pokok di belakang rumahku terlalu tinggi.
Masakan ibunya paling sedap.
Sungai itu agak dalam.

2) Kata penguat belakang

Kata penguat belakang ialah perkataan yang terletak di
belakang kata adjektif. Contohnya ialah sekali, benar, dan nian.

Contoh Ayat:
Kelakuan budak-budak itu baik sekali.
Lambat benar bas itu tiba.
Indah nian puteri bunian.

3) Kata penguat bebas

Kata penguat bebas ialah perkataan yang terletaknya atau
kedudukannya bebas, iaitu sama ada di hadapan atau di belakang
kata adjektif. Contohnya amat, sangat, dan sungguh.

Contoh Ayat:
a. Pakaian seragam pasukan itu amat kemas.
b. Pakaian seragam pasukan itu kemas amat.
a. Pemandangan di perbatasan sungguh indah.
b. Pemandangan di perbatasan indah sungguh.
a. Sungai itu sangat dalam.
b. Sungai itu dalam sangat.

135

Kata Tugas

Latihan

A. Isi tempat kosong dengan kata dengan kata penguat yang telah
diberi.

agak paling terlalu

1. Pelajar yang __________ pintar di sekolah ialah Latipah.

2. Air kopi ini __________ manis rasanya.

3. Jarak antara rumah saya dengan rumah Ravi __________
jauh.

4. Sungai Rajang adalah sungai yang __________ panjang di
Malaysia.

5. __________ lama juga saya menuggu ibu pulang dari
pasar.

6. Buku teks sejarah tingkatan tiga itu __________ tebal
untuk dibaca dalam masa yang singkat.

B. Bina dua ayat dengan menggunakan perkataan yang diberi
berdasarkan kata tugas bagi kata penguat belakang.

1. sekali

a. ________________________________________________

________________________________________________

b. ________________________________________________

________________________________________________

2. benar

a. ________________________________________________

________________________________________________

b. ________________________________________________

________________________________________________

3. nian

a. ________________________________________________

________________________________________________

136

Kata Tugas

b. ________________________________________________

________________________________________________

C. Isi tempat kosong dengan kata penguat yang sesuai.

1) Rumah yang ................ besar di kampung itu dimiliki
penghulu.

2) Cepat ................ masa berlalu hingga tidak sedar hari
sudah malam.

3) Rambutan ini manis ................... dan kurang sesuai untuk
saya yang menghidapi kencing manis.

4) Kalau baju itu ................... kecil untuk awak, berikanlah
kepada adik awak.

5) Sungai yang panjang ................... di Singapura ialah Sungai
Singapura.

6) Budak itu .................. cerdik sehingga soalan kuiz yang
payah itu dapat dijawabnya.

8. Kata Penegas

Kata penegas yang disebut juga partikel atau kata penyerta
ialah sejemlah perkataan yang memberikan penekanan pada
bahagian-bahagian tertentu dalam ayat. Terdapat dua jenis kata
penegas iaitu:
i. Yang menegaskan hanya frasa predikat atau bahagiannya.

Contohnya, -tah, -lah dan –kah.
ii. Yang menegaska kedua-dua bahagian ayat, iaitu frasa nama

sebagai subjek atau bahagiannya atau frasa predikat atau
bahagian-bahagiannya. Contohnya, juga, jua, pun, sahaja, lagi,
dan menang.

Kehadiran –kah, -tah, dan –lah sebagai kata penegas frasa
predikat hanya berlaku apabila frasa predikat atau bahagian-
bahagian yang ditegaskan itu mengalami proses pendepanan seperti
dalam contoh ayat-ayat yang berikut:
• Siapakah majikan kamu itu?

*majikan kamu itu siapakah?

137

Kata Tugas

• Pernahkah dia datang?
*dia datang pernahkah?

• Apatah daya kita?
*daya kita apatah?

• Orang itulah bapanya.
*bapanya orang itulah.

• Itulah rumah idamanku.
*rumah idamanku itulah.

Kedudukan kata penegas dalam ayat (*) menyalahi hukum
tatabahasa.

Jenis kata penegas yang kedua bersifat bebas dari segi
kehadirannya dalam ayat. Contohnya :

Kami juga ingin ke pekan.
Mereka ingin juga membeli barang itu.
Encik abu pun datang, tentu sekali pekerja-pekerjanya akan
datang jua.
Hujan hanya akan turun pada musim dingin.
Tetamu kehormat itu belum tiba lagi.
Hanya ali seorang yang telah sampai di pejabat.
Budak-budak memang suka permainan itu.

Perhatian:
Jika predikatnya frasa kerja, ialah dan adalah tidak diperlukan.
Ayat 1 yang berikut lebih tepat daripada ayat 2.
1. Pandangan itu merupakan suatu yang dapat diberikan

pertimbangan.
2. Pandangan itu adalah merupakan suatu yang dapat diberikan

pertimbangan.

Latihan

Isi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai.

kah lah tah juga hanya

1. Bagaimana ____________ keadaan neneknya di Kampung
Simpang Tiga itu ?

138

Kata Tugas

2. Di situ ___________ tempat mereka selalu memancing.

3. Sedangkan ibunya tidak dapat melarangnya, apa ________
lagi kita.

4. Azman pergi ______________ ke pantai itu walaupun
ditegah oleh ayahnya.

5. ____________ dia yang belum sampai di tempat itu.

9. Kata Nafi

Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah Karim
et al.: 2004 : 249) kata nafi ialah perkataan yang menjadi unsur nafi
frasa-frasa predikat, iaitu Frasa Nama, Frasa Kerja, Frasa Adjektif
dan Frasa Sendi Nama. Ada dua bentuk kata nafi, iaitu bukan dan
tidak.

Kata nafi ialah perkataan yang digunakan untuk menafikan atau
menidakkan sesuatu (Sulaiman Masri dan Ahmad Khair Mohd Nor,
2002 : 67). Kata nafi terdiri daripada bukan, tidak dan jangan.

Kata nafi bukan boleh menjadi unsur nafi biasa frasa nama dan
frasa sendi nama. Kata nafi tidak pula ialah unsur nafi bagi frasa
kerja dan frasa adjektif. (Nik Safiah Karim et al.: 2004 : 249).

Kata Nafi Penggunaan
bukan Menafikan kata ganti nama, frasa nama dan frasa
kerja
tidak Menafikan frasa kerja dan frasa adjektif
jangan larangan.

Contoh Ayat

1. Dia bukan murid di sekolah ini.
2. Idah tidak pandai memasak kari ayam
3. Jangan membuang sampah-sarap di merata tempat.

Kata Nafi Contoh
bukan Universiti swasta itu hanya menawarkan kursus-
kursus sains, bukan seperti universiti awam yang
menawarkan berbilang kursus.

Perdana Menteri berjumpa Bush, bukan Powell

139

tidak Kata Tugas

Meritokrasi tidak membebankan mana-mana
pihak
Tulisan oleh penulis sensasi itu tidak benar
langsung.

Perhatian:
• Kata nafi bukan digunakan untuk menafikan frasa nama dan

frasa sendi nama.
• Contoh ayat :

Lelaki yang berbaju merah itu bukan ayah saya.
Baju ini bukan untuk Suzi, tetapi untuk adiknya.
• Kata nafi tidak digunakan untuk menafikan frasa kerja dan
frasa adjektif.
• Contoh ayat :
Melepak di pusat membeli-belah tidak memberikan sebarang
faedah.
Sungai di belakang rumah saya tidak dalam sangat.
• Kata nafi bukan boleh hadir sebelum frasa kerja dan frasa
adjektif jika ayat itu tidak setara.
• Contoh ayat :
Budak itu bukan pandai sangat tetapi dia rajin belajar.
Anjing itu bukan garang tetapi suka bermanja.

Latihan

A. Isi tempat kosong dengan kata nafi yang sesuai.
1. ______________ merokok di tempat awam.
2. Rumah itu __________ rumah Ahmad.
3. Dia ______________ bekerja di Restoran Medan Selera.
4. Gunung Angsi ___________ gunung yang tertinggi di
Malaysia.
5. Sungai Petani __________ ibu negeri Kedah.
6. Muthu __________ pergi ke sekolah kerana demam.

140

Kata Tugas

B. Isi tempat kosong dengan kata yang sesuai.

bukan tidak

1. Gadis itu ________________ sahaja cantik tetapi juga pandai
memasak.

2. Mereka __________________ membawa apa-apa untuk pergi
berkelah.

3. kain baju ini _____________________ untuk adik-adiknya
di kampung.

4. Kereta yang dipandu oleh ayah _____________________ laju
sangat.

5. Sungai Kelang ___________________ dalam sangat.

10. Kata Pemeri

Kata pemeri ialah unsur yang menjadi pemeri hal atau
perangkai antara subjek dengan frasa-frasa untama dalam predikat.
Pemerihalan itu dapat dilakukan melalui dua car, iaitu :

i. Secara persamaan atau ekuatif dengan penggunaan kata pemeri
ialah,

ii. Secara huraian atau kualitatif dengan penggunaan kata
adalah.

Penggunaan kata pemeri ialah secara persamaan atau ekuatif
hadir di hadapan frasa nama seperti dalam ayat-ayat yang berikut:

Antara perkara yang dibicarakan dalam buku itu ialah pentingnya
penterjemahan dari segi pindah budaya dan percambahan dari
segi pindah budaya dan percampahan budaya.

Dalam terjemahan komunikatif, utusan itu tetap penting dan
perkara mustahak ialah usaha mendorong pembaca befikir,
berperasaan dan/atau bertindak.

Pukat payang yang sesuai untuk sesetengah perairan daratan
ialah yang berukuran 200m panjang, 20m dalam di bahagian
tengahnya 3m dalam di kedua-dua hujungnya.

Penggunaan kata pemeri adalah secara huraian atau kualitatif
hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama, seperti dalam
ayat-ayat yang berikut:

141

Kata Tugas

Sumbangan besar beliau adalah dari segi pembicaraan
terperinci terperinci tantang penterjemahan semantic lawan
penterjemahan komunikatif.

Cirri utama corak jalur tersebut yang terhasil melalui
elektroforesisi yang dapat dilihat pada medium gel adalah
khusus bagi setiap sepsis ikan.

Pada umumnya, kata pemeri tidak boleh hadir bersama-sama
kata naïf. Contohnya :

• *Siswazah yang harus lulus itu ialah bukan pengetua maktab.
(Seharusnya: Siswazah yang baru lulus itu bukan pengetua
maktab).

• *Arahan itu adalah bukan untuk semua pegawai.
(Seharusnya: Arahan itu bukan untuk semua pegawai).

Namun demikian terdapat kecualian, iaitu kata pemeri boleh
wujud dalam binaan kata naïf dan frasa adjektif. Contohnya:

• * Kenyataan itu adalah tidak benar.
(Boleh juga: Kenyataan itu tidak benar).

• Keputusan itu adalah tidak adil.

Sebagai kesimpulan, Perlu diingat bahawa penggunaan kata
pemeri amat terbatas, dan sebenarnya kurang digalakkan dalam
pembentukan ayat dalam bahasa Melayu. Perlu juga diingat
bahawa kata pemeri tidak boleh hadir di hadapan frasa kerja
atau kata kerja. Oleh demikian, penggunaan kata pemeri adalah
dalam ayat-ayat berikut dianggap menyalahi tatabahasa bahasa
Melayu.

• *Adalah diberitahu sekolah akan ditutup esok.

• *Adalah dimaklumkan bahawa kerja gotong-royong akan
dimulakan pada bulan hadapan.

• *Adalah diisytiharkan bahawa Hari Raya Puasa jatuh pada
hari Isnin.

• *Kegagalan projek itu adalah disebabkan oleh kecualian pihak
pengurusan syarikat itu.

Ayat-ayat yang di atas seharusnya berbentuk seperti yang
berikut :

142

Kata Tugas

• Dengan ini

Anda

Ibu bapa diberitahu bahawa pihak sekolah akan
Tuan-tuan ditutup esok.

Dengan hormatnya

• Dengan ini dimaklumkan bahawa kerja gotong-
Tuan royong akan dimulakan pada bulan
Anda hadapan.

• Dengan ini diisytiharkan bahawa Hari Raya Puasa jatuh pada
hari Isnin.

• Kegagalan projek itu disebabkan oleh kecuaian pihak
pengurusan.

Latihan
Isi tempat kosong dengan kata yang sesuai.

ialah adalah

1. Sekolah Kebangsaan Darau ____________ sekolah saya.

2. Hadiah itu _________________ untuk pemenang peraduan tarik
tali.

3. Hujah-hujah yang dikemukakan oleh Alias ____________ kurang
tepat.

4. Encik Samy ____________ pegawai di jabatan itu.

5. Cahaya yang berkelip-kelip itu cahaya dari _________________
rumah api.

6. Rojak _____________ makanan kegemaran saya.

11. Kata Sendi Nama

Kata sendi adalah kata yang digunakan untuk menyambungkan
frasa nama dengan kata atau frasa-frasa dalam ayat. Kata sendi
memerlukan frasa nama yang membentuk predikat ayat. Yang
berikut ini adalah panduan tentang penggunaan kata sendi dalam
ayat:

143

Kata Tugas

KATA PENGGUNAAN AYAT CONTOH
SENDI
NAMA • Menunjukkan 1. Semua murid sedang
di tempat berkumpul di dalam
dewan
ke
2. Burung itu hinggap di
dari dahan pokok.

daripada • Menunjukkan 1. Kami akan ke balai raya

kepada tempat atau arah petang nanti.

pada yang dituju. 2. Kakak dan ibu membeli-

• Menunjukkan masa belah dari pagi ke petang.

dan waktu.

• Menunjukkan 1. Nenek baru sampai dari

tempat atau arah kampung

yang dituju. 2. Ibu menunggu adik dari

• Menunjukkan masa tadi.

dan waktu.

• Menunjukkan 1. Perabot itu diperbuat
asal kejadian atau daripada kayu getah.
punca.
2. Nazrul lebih tinggi
• Membuat daripada abangnya.
perbandingan.
3. Salina menerima sepucuk
surat daripada ayahnya.

• Digunakan untuk 1. Rosli memberitahu
orang perkara itu kepada
gurunya.
• Digunakan untuk
benda abstrak 2. Murid-murid dibahagikan
kepada beberapa
• Menyatakan kumpulan.
bahagian

• Menerangkan 1. Hani mengulang kaji
waktu pelajaran pada waktu
malam.
• Digunakan untuk
manusia dan 2. Buku kamu ada pada
binatang saya.

• Menunjukkan 3. Para peserta menulis
tempat nama mereka pada kertas

144

Kata Tugas

untuk/ • Menunjukkan kegu- 1. Dewan orang ramai itu
bagi
naan sesuatu (untuk untuk/bagi kegunaan

dan bagi boleh penduduk kampung.

bertukar ganti) 2. Buah-buahan ini dibeli

• Menunjukkan untuk anaknya.

maksud diperuntuk-

kan (untuk)

demi • Menunjukkan 1. Kita mestilah berusaha
tempat demi masa depan.

• Menunjukkan 2. Adik membilang satu
urutan demi satu.

tentang • Menunjukkan 1. Mereka berbual tentang
rujukan tugasan yang akan
dilaksanakan.

2. Perdana Menteri berucap
tentang masalah ekonomi
negara.

seperti/ • Menunjukkan 1. Pasangan pengantin itu
seperti pinang dibelah
bagai/ persamaan atau dua.

umpama/ perbandingan 2. Peserta ratu cantik itu
cantik bak bidadari.
laksana/
3. Hatinya bagai dihiris
bak dengan sembilu apabila
dihina di hadapan orang
ramai.

dengan • Menunjukkan 1. Ani ke sekolah dengan

bersama-sama adiknya.

• Menunjukkan cara 2. Kami menerima berita itu

• Menunjukkan pakai dengan hati yang terbuka.

atau menggunakan 3. Ibu memotong sayur

• Menunjukkan dengan menggunakan

perbandingan atau pisau.

persamaan 4. Kasutnya sama dengan

kasut saya.

sejak • Menunjukkan masa 1. Amin sering menangis

dan waktu sejak kematian ibunya.

2. Puan Nina menyewa

rumah itu sejak lima

tahun yang lalu.

145

Kata Tugas

terhadap • Digunkan untuk 1. Tindak balas air terhadap
merujuk kepada logam itu sukar
manusia, haiwan ditentukan.
atau benda.
2. Jangan berkasar terhadap
orang tua.

akan • Digunakan untuk 1. Shida amat sayang akan
oleh
hingga/ menunjukkan emosi anaknya.

atau sikap 2. Kami sangat benci akan

sikapnya yang suka

berpura-pura itu.

• Menunjukkan sebab 1. Dia terjaga oleh kokokan

• Menunjukkan ayat ayam jantan itu.

pasif 2. Jamuan tengah hari itu

disumbangkan oleh pihak

sekolah.

• Menunjukkan 1. Dia membuat kerja

peringkat masa, sekolah hingga pukul 10

waktu atau tempat. malam.

2. Saya ingin belajar sampai

ke menara gading.

dalam • Menunjukkan 1. Kita harus fasih bertutur
Antara lingkungan yang dalam bahasa Melayu
tidak mempunyai dan bahasa Inggeris.
ruang atau jarak.
2. Maklumat itu telah
• Menunjukkan dua dinyatakannya dalam
pihak atau dua taklimat yang lalu.
perkara
1. Terdapat perbezaan
antara kereta buatan
Jepun dengan kereta
buatan Malaysia.

2. Antara mereka berdua,
Farahlah yang paling
cantik.

146

Kata Tugas

Latihan
Sila isi tempat kosong dengan kata sendi nama yang sesuai.

bagi antara di untuk kepada

1. Adik bermain congkak_______________ serambi rumah.

2. Semua arahan yang diberikan oleh pengawal itu adalah ______
_______ memudahkan peserta-peserta mengikuti aktiviti yang
dijalankan.

3. Peraduan itu telah dibahagikan ______________ beberapa
kategori berdasarkan peringkat umur.

4. ______________ meningkatkan prestasi syarikat, Encik Zaman
sanggup bekerja lebih masa.

5. Kita hendaklah menghormati ___________ satu sama lain.

12. Kata Pembenar

Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah Karim
et al.: 2004 : 244) kata pembenar ialah kata yang mengesahkan
sesuatu pertanyaan. Contoh kata pembenar ialah ya, benar dan
betul.

Menurut Komsas dan Tatabahas Melayu (Nik Hassan Basri
Nik Ab. Kadir et al.: 2007 : 192), kata pembenar ialah perkataan
yang mengesahakan sesuatu pertanyaan atau yang mendukung
makna mengiyakan.

Kata Ayat Contoh
Pembenar
Ya Ya, kamilah yang membuka pintu rahsia itu.
Benar Benar, tekaan kamu itu memang tepat.
Betul Betul, kalau kamu tidak percaya, tanyalah Dani.

13. Kata Arah

Kata arah ialah sejumlah perkataan yang hadir sebelum frasa
nama dan lazimnya sesudah kata sendi nama untuk menunjukkan
hala atau jurusan. Antara contoh kata arah yang sering digunakan
dalam bahasa Melayu ialah : atas, bawah, tepi, belakang, tengah,

147


Click to View FlipBook Version