PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PAHANG Tarikh Tarikh Tarikh Tarikh Pemulangan Pemulangan Pemulangan Pemulangan
BINGKISAN SEJARAH RAUB Rao Dan Pagaruyung: Pertaliannya Dengan Raub Dan Pahang r. <\ !-;: M ! L! I( PERBAD/\Nt'.il/ PERPC:..;,;\l<;:,;,.\N .4.WAM PAHANG SERGERAK 10 KUANTAN :::;A p::.::SSL .. .. . k ..... tl2fte;;;· ···············~ ························ NO. Pr\NGG!LAN ········································· NO. PEROLEHAN : ......... ... ...... J.U ..).12 .......... . T ' RJKH PE:1-~0 LEH.\N : ...... t.~.}Y~ .. 20.07 .............. .
BINGKISAN SEJARAH RAUB Rao Dan Pagaruyung: Pertaliannya Dengan Raub Dan Pahang Zaffuan Haji Manap Anjung Media Resources 2007
Cetakan Pertarna 2007 © Anjung Media Resources 2007 Hak Cipta Terpelihara, Tidak diberiarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi, dan isi kandungan bulcu ini dalam apa jua bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik.. fotokopi, mekanik, rakaman, atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada pihak Anjung Media Resources 205B Jalan Negara Dua, Tam an Melawati 53 I 00 Kuala Lumpur. Perundingan tertakluk kepada perkiraan royalti atau honorarium. Perpustakaan Malaysia Zaffuan Haj i Manap Bingkisan Sejarah Raub: Rao dan Pagaruyung: pertaliannya dengan Raub dan Pahang / Zaffuan Haji Manap Bibliografi: ms. ISBN 978-983-42352-0-8 I. Raub (Pahang)-History. I. JuduJ. 959.512323 Diterbitkan oleh Anjung Media Resources 205B Jalan Negara Dua, Taman Melawati 53100 Kuala Lumpur Tel/Fax: 03-4147 I 142 Email: [email protected] Dicetak oleh Cetak Jitu Sdn Bhd Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan
KANDUNGAN PENDAHULUAN vm BAHAGIAN I KERAJAAN PAGARUYUNG: PEWARIS KERAJAAN TUA MALAYAPURA - Kebesaran Kerajaan Pagaruyung BAHAGIAN2 TITISAN DIRAJA PAGARUYUNG MEMAHAT SEJARAH DI HULU PAHANG - Panglima Tok Perak - Kisah Panglima Tok Perak Dan Tun Saban - Panglima Tok Perak Dan Asal Nama Kampung Dong - Raub - Pembukaan Kampung Temau - Dong Selingkar Kisah Datuk Paduka - Kampung Ajai (Dong) - Pusaka Bangsawan Rao BAHAGIAN3 19 24 27 31 36 42 PENGHIJRAHAN DAN SUMBANGAN MASYARAKAT RAO DI PAHANG Pengenalan Suku Rao 51 Perjuangan Orang Rao Dalam Perang Paderi 1821-1837 60 Bilakah Nama "Raub" Mula Wujud? 68 Kenapa Orang Rao Menuju ke Raub? 73 Pembukaan Kampung Durian Sebatang (Dong) 77 Kampung Gali 89 Penglibatan Orang Rao Ketika Perang Saudara Pahang 1857-1863 91 Serangan Balas Wan Abdul Rahman (Wan Aman) 99 ibni Bendahara Tun Mutahir - Penglibatan Hulubalang Rao Dan Pahang Dalam Perang Selangor 108 - Kematian Sutan Bangkahulu Di Kuala Kubu 113 - Penglibatan Tengku Abdul Samad Dalam Konfl.ik Sultan Ahmad - 114 Engku Muda Mansur - Kesan Peninggalan Suku Rao Di Raub 116 V
Bingkisan Sejarah Raub BAHAGIAN4 KELUARGA PAGARUYUNG BERSATU KEMBALI: SELAT MELAKA BUKAN LAGI PEMISAH 125 LAMPIRANI TRANSLITERASI MANUSKRIP MELAYU BERTULISAN JAWI KARANGAN IMAM HAJJ ISHAK BIN MUHAMMAD ARIF (1908-1992) - Riwayat Hidup Imam Haji Ishak bin Muhammad Arif (1908-1992) 132 - Terjemahan Naskhah Pertama Riwayatut Tammauwi 139 (Cerita Bagi Bangsa Temau - Dong) - Cerita-Cerita Pendek 147 - Darihal Cerita Temau - Dong 165 - Terjemahan Naskhah Ke-2 Riwayatut Tammauwi 172 (Cerita Bagi Bangsa Temau - Dong) - Terjemahan Naskhah Ke-3 Riwayatut Tammauwi 186 (Cerita Bagi Bangsa Temau - Dong) LAMPIRANII 192 LAMPIRAN III 193 LAMPIRANIV 194 LAMPIRANV 195 LAMPIRANVI 196 LAMPIRAN VII 197 LAMPIRAN Vlll 198 LAMPIRANIX 199 BIBLIOGRAFI 201 BIODATA PENULIS 205 VI
Bingkisan Sejarah RiJub PENDAHULUAN Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia serta rahmatNya dapat penulis menyiapkan buku ini walaupun dalam keadaan serba kekurangan dan kesuntukan masa kerana terikat dengan urusan rasrni. Buku ini penulis namakan BIN GK/SAN SEJARAH RAUB kerana secara keseluruhannya kisah yang dipaparkan menyentuh mengenai beberapa tokoh tertentu serta zuriat keturunan mereka yang pernah memainkan peranan penting dalam pembukaan kampungkampung tua dan terlibat pula secara langsung dalam beberapa peristiwa sejarah yang pernah berlaku di sekitar daerah Raub dan hubungan sejarahnya secara langsung dengan daerah Lipis. Kedua-dua daerah ini terletak dalam jajahan Hulu Pahang. Di sekitar permukiman Dong itulah keluarga penulis sendiri berasal. Perlu dijelaskan bahawa antara daerah Raub dan Lipis sebenarnya telah mempunyai ikatan yang tersendiri sejak zaman-berzaman lagi kerana berdasarkan faktor sejarah Lipis dan Raub itu dahulunya adalah satu. Daerah Raub dan namanya itu belum wujud ketika Lipis sudah menjadi petempatan awal kaum bangsawan Melayu dari Kerajaan Melayu Melaka seawal penghujung abad ke-15. Dari Lipislah keturunan bangsawan Melayu Melaka itu berkembang hingga ke cawangan anak Sungai Lipis di kawasan Raub yang ada sekarang ini sebelum bersemenda pula dengan para bangsawan Minangkabau dan Melayu Perak yang pusaka peninggalannya masih dapat dilihat pada percakapan, sebahagian adatistiadat, penggunaan nama dan budaya yang masih diamalkan oleh masyarakat Melayu di Raub tersebut. Kita dapat lihat juga dari segi jaluran anak sungainya masih tetap menyatakan bahawa asalnya Raub dan Lipis itu dahulu adalah satu. Sebagai contoh, Sungai Gali dan Sungai Temau beribukan Sungai Dong, Sungai Dong dan Sungai Semantan (Hulu) pula beribukan Sungai Lipis, Sungai Lipis beribukan Sungai Jelai, Sungai Jelai bertemu dengan Sungai Tembeling di Kuala Tembeling sebelum bercantum kembali dengan induknya iaitu Sungai Pahang yang mengalir megah penuh sejarah ke Kuala Pahang. Punca utama pengambilan bahan cerita dalam buku ini datangnya daripada manuskrip bertulisan Melayu Jawi tulisan tangan Tuan Guru Imam Haji Ishak bin Muhammad Arif (1908-1992), guru agama dan pernimpin Tarekat Naqsyabandiah (mudah-mudahan dicucuri rahmat oleh Allah S.W.T ke atas rohnya) yang dihormati di sekitar permukiman Dong ini serta beberapa sumber lain yang diperolehi daripada individu tertentu sama ada dalam bentuk cerita lisan mahupun dalam bentuk manuskrip peribadi. Hasil tulisan Imam Haji Ishak ini dinamakannya RIWAYATUT TAMMAUWJ yang bererti CERITA BAGI BANGSA TEMAU (DONG) kerana punca awalnya sejarah Dong itu datangnya dari pembukaan Kampung Temau. Tetapi penulis tidak berhasrat hendak meletakkan tajuk buku ini dengan nama RiwayatutVII
Bingkisan Sejarah Raub Tammauwi itu juga atas dasar penghormatan kepada allahyarham yang menjadi pengarang danjuga pemilik asal karya itu. Imam Ishak itu adalah seorang guru agama danjuga orang tua yang dihormati oleh semua anak buahnya di sekitar Dong itu. Beliau banyak sekali menyimpan pengetahuan tentang kisah sejarah yang pernah berlaku di kawasan terbabit. Jika ada penduduk Dong dari kalangan anak-cucu serta kaum keluarga beliau yang berminat hendak mengetahui susur-galur keturunan dan kisah silam keluarga masing-masing mereka pun datang kepada beliau dengan membawa helaian kertas tulis tak kira bersaiz besar atau pun kecil untuk beliau tuliskan cerita yang dihajati. Oleh yang demikian telah didapati banyak naskhah karangan beliau yang bertaburan dalam simpanan individu tertentu di sekitar Dong dan banya~ pula antaranya yang mengandungi kisah yang sama yang telah dituliskannya dalam naskhah yang terdahulu. Dua naskhah utama yang menjadi pedoman bagi penulis untuk menyiapkan buku ini telah diperolehi dari YM Datuk Tengku Haji Mustapha bin Tengku Haji Seti di Kampung Pintu Padang, Raub pada hari Khamis 1 Julai 1999. Tulisan ini disiapkan oleh Imam Ishak pada 13 Mac 1957 dan nama atau judul RiwayatutTammauwi diberikannya dalam naskhah ini. Sebuah naskhah lagi diperolehi dari Haji Abdul Jalil bin Haji Abdul Manap di Taman Abu Bakar, Raub pada hari Jumaat 2 Julai 1999. Kedua-dua mereka adalah murid kepada Imam Ishak. Selepas daripada itu penulis telah memperolehi beberapa buah lagi manuskrip yang ditulis oleh Imam Ishak yang ada dalam simpanan beberapa orang lagi dari kalangan keluarga penulis di sekitar Dong tetapi isi kandungannya tidakjauh berbeza daripada yang sebelumnya. Oleh itu penulis telah mengambil inisiatif sendiri untuk menyunting isi kandungan kitab terbabit dan dijadikan satu sahaja tanpa mengubah gaya bahasa dan bahan serta peristiwa sejarah yang terkandung dalam tulisan itu dan penulis membuat transliterasi ke dalam tulisan rurni untuk kemudahan pembaca. Dalam buku ini penulis akan hanya menyebut nama tempat di Sumatera berdasarkan keadaan geografi dan politik yang melingkungi negeri Melayu di Nusantara sebelum masuk abad ke-20. Sebagai contoh penulis hanya menyebut "Kampar, Sumatera Timur" atau pun "Rao dan Minangkabau di Sumatera Barat'', atau pun "Deli dan Langkat di Sumatera Utara", dan penulis tidak menyebut umpamanya "Kampar, Sumatera Timur, Indonesia" kerana keseluruhan kisah sejarah yang dipaparkan di dalam buku ini berkisar pada abad ke-18 dan ke-19 Masehi ketika bentuk negara Indonesia yang ada hari ini belum wujud lagi pada waktu itu. Punca teratas keturunan penduduk Dong seperti yang ditulis oleh Imam Ishak datangnya dari seorang tokoh yang digelar sebagai "PANGLIMA TOK PERAK" (atau "TOK PRAK" mengikut gelaran yang dipanggil oleh anak cucunya di Pahang) yang datang dari negei;i Perak. Beliau dianggarkan hidup sekitar tahun 1680 hingga VIII
Bingkisan Sejarah Raub 1780. Apabila meninggal dunia Tok Perak dikebumikan di Kampung Gesing~ Mukim Semantan Hulu, Raub. Salasilah yang dibuat oleh Imam Ishak kebanyakannya terhenti setakat lima hingga tujuh keturunan sahaja (pada masa beliau menulis kitab itu dahulu). Pada masa ini keturunan Panglima Tok Perak sudah pun ada yang memasuki generasi kesepuluh dan kesebelas. Penulis mengekalkan naskhah tersebut mengikut isinya yang asal dan tidak menambahkan salasilah peringkat bawah kerana terlalu banyak pecahannya. Tambahan pula salasilah tersebut penulis paparkan hanya sebagai bukti dan rujukan pembaca dan tidaklah bermaksud hendak menyenaraikan nama zuriat keturunan mereka itu satu persatu. Zuriat keturunan Panglima Tok Perak bersemenda pula melalui perkahwinan dengan zuriat keturunan DATUK KAYA IBRAHIM pemegang teraju jawatan ORANG KAYA SETIA WANGSA atau SETIA LELA LIPIS turun-temurun (salah satu jawatan utama dalam kedudukan Orang Besar Berlapan Pahang) dan zuriat keturunan DATUK BAGINDA DEMU, seorang bangsawan Melayu yang datang dari Asam Kumbang, Taiping, Perak. Catatan berkenaan Datuk Baginda Demu ini bagaimanapun agak mengelirukan kerana sesetengah cerita mengatakan beliau berasal dari Minangkabau berketurunan Raja Pagaruyung juga. Riwayat lain pula menyebut beliau sememangnya zuriat keturunan bangsawan Melayu yang berhubungan darah dengan Kesultanan Perak. Penulis tidak menyentuh berkenaan sejarah Datuk Baginda Demu dan berhasrat untuk memuatkannya dalam buku yang seterusnya. Ada sebilangan lagi catatan salasilah keturunan berserta sejarahnya yang ringkas yang didapati oleh penulis di sekitar Lipis dan Raub yang masih dalam kajian dan memerlukan sedikit masa untuk mengesahkan kesahihan data dan fakta yang diperolehi. Kebanyakan naskhah tulisan tangan Imam Ishak telah pun kabur dan hampir luntur tulisannya serta sesetengahnya telah koyak pula kertasnya kerana dimakan bubuk danjuga oleh peredaran masa. Disebabkan bimbang memikirkan kisah sejarah yang terkandung di dalarnnya akan musnah begitu sahaja jika tidak dipelihara maka penulis usahakan juga untuk mengumpul bahan sejarah tersebut dengan harapan ada pihak yang berminat untuk menerbitkannya serta mengedarkannya pula untuk tatapan umum supaya tersebar segala pengetahuan yang ada di dalarnnya. Manuskrip Riwayatut-Tammauwi itu sangat penting dan bemilai dari segi sejarah kerana keseluruhan kisah yang terkandung di dalarnnya itu tidak terdapat dalam buku sejarah biasa yang terdapat di perpustakaan dan kedai buku yang ada hari ini. Bahan seperti inilah perlu diketengahkan untuk kemaslahatan para pengkaji sejarah dan generasi Melayu keseluruhannya. Bagi melengkapkan lagi kajian dan penyelidikan sejarah yang amat sederhana ini supaya dapat diterima secara ilmiah dan sesuai dengan fakta sejarah yang sebenar penulis juga telah membuat kajian, pengolahan data dan fakta daripada IX
Bingkisan Sejarah Raub sumber tempatan ( dokumen serta buku rujukan banyak diperolehi dari Arkib Negara Malaysia dan Perpustakaan Negara Malaysia di Kuala Lumpur dan selainnya adalah koleksi peribadi penulis) mahupun dari sumber luar terutamanya dari Indonesia sama ada dalam bentuk buku, manuskrip mahupun dalam bentuk riwayat lisan. Oleh kerana riwayat sejarah yang diterima daripada orang tua-tua terdahulu dari kalangan ahli keluarga penulis di Dong itu adalah lebih berbentuk "sejarah keluarga", maka didapati banyak daripada bahan cerita yang disampaikan tidak selari dan jauh daripada menepati rekod sejarah sebenar. Kerana itu usaha perlu dibuat untuk memperbetulkan fakta terutamanya dari segi tahun berlakunya sesuatu peristiwa. Penulis mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Dato' Tengku Haji Mustapha bin Tengku Haji Seti, Tengku Haji Puji bin Tengku Abdul Hamid, Haji Abdul Jalil bin Haji Abdul Manap (anak saudara kandung Imam Ishak), bapa saudara penulis, pak ngah Baharuddin bin Haji Muhd Yusuf yang telah bersusah payah bersama-sama keluar masuk kampung mencari bahan cerita, aki saudara penulis Haji Shahman bin Shahyal (bekas Tok Empat Kampung Durian Sebatang, Dong) serta beberapa ramai lagi dari kalangan orang tua-tua di sekitar Dong yang telah bermurah hati dan sanggup pula mencurahkan segala pengetahuan mereka tentang kisah-kisah silam di permukiman Dong. Sesetengah daripada mereka telah meninggal dunia sebelum terbitnya buku ini. Mudah-mudahan Allah SWT merahmati mereka semuanya. Penghargaan istimewa penulis rakamkan buat Dr. Hans Hagerdal, sarjana Sweden dari Swedish University of Vaxjo yang serba sedikit menyumbang bahanbahan berkenaan Kerajaan Pagaruyung dari rekod penjajah Belanda, Bapak Donald P.Tick yang berdarah kacukan Raja Jawa dan Belanda yang banyak menyimpan rekod kerajaan purba Indonesia berserta gambar foto dan sudi pula menghantamya melalui pos dari Belanda kepada penulis, Tengku Mansur Adil Hanafiah bin Tengku Aswani, kerabat diraja Asahan di Sumatera Timur (yang induk asalnya dahulu juga berasal daripada putera raja Pagaruyung) dan kini menetap di Belanda dan juga Tengku Hapriadi bin Tengku Abdul Malek, kerabat diraja atau pewaris takhta dari Kerajaan Gunung Sahilan, Kampar Kiri, Sumatera (belahan daripada Kerajaan Pagaruyung juga) yang telah menyumbangkan bahan untuk rujukan dan penelitian penulis mengikut kadar masing-masing. Penulis juga sangat mengalu-alukan sebarang maklum balas atau pun ulasan daripada pembaca yang diharapkan akan menambahbaikkan lagi segala fakta dan data yang terkandung dalam buku ini. Mudah-mudahan juga orang yang kemudian itu lebih mengetahui daripada orang yang terdahulu! Amin ya Rabbal Alamin. Wassalam. Zaffuan Haji Manap X
KERAJAANPAGARUYUNG: PEWARIS KERAJAAN TUA MALAYAPURA Kebesaran Kerajaan Pagaruyung Asal berdirinya Kerajaan Pagaruyung membawa mitos atau lagenda yang sama seperti bermulanya salasilah Kesultanan Melayu Melaka. Masing-masing warisan Kerajaan Melayu Tua itu menukilkan bahawa punca teratas nenek moyang raja-raja mereka datangnya dari Iskandar Zulkarnain sang raja penakluk timur dan barat berasal dari Kerajaan Macedonia (atau disebut benua "Rom?") yang sejarah hidup dan kewujudannya tidak hanya dicatatkan oleh para perawi sejarah yang pernah hidup di benua Asia juga di benua Eropah malahan mendapat penghormatan tertinggi apabila kebenaran kewujudannya diakui oleh Allah SWT melalui kalamnya yang maha suci yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW iaitu kitab suci Al-Quran. Perdebatan tentang Iskandar Zulkarnain yang mana satukah yang diceritakan oleh Allah SWT dalam Al-Quran itu masih berterusan di kalangan para pengkaji sejarah hingga kini. Al-Quran pula hanya merakamkan gelarannya sebagai "Zulkarnain" (tiada "Iskandar" di pangkalnya) yang membawa erti atau kiasan "dia yang memiliki dua tanduk." Ada pendapat yang menafsirkan dua tanduk itu merujuk pada kekuasaan Zulkarnain di dua sudut dunia iaitu ~imur dan barat. Zulkarnain yang disebut di dalam Al-Quran itu adalah Raja Besar yang beriman kepada Allah, adil, tidak menyekutukan Allah, berakhlak mulia, gagah dalam peperangan dan diberi kelebihan oleh Allah untuk menaklukkan musuhnya terutama yang kufur kepada agama Allah (berdasarkan ukuran syariat agarna Allah pada zaman itu). Iskandar Zulkarnain (atau dipanggil Alexander The Great oleh masyarakat barat) yang dikatakan berasal dari Kerajaan Macedonia itu adalah raja kufur yang rendah akhlaknya dan langsung tidak menepati ciri sifat mulia yang digariskan oleh Al-Quran. Lantaran kerana kebesaran kerajaannya, keadilan pemerintahan dan kegagahannya dalam menundukkan lawan di medan perang membuatkan tokoh yang bergelar Zulkarnain tersebut menjadi "rebutan" para pendiri kerajaan di timur dan di barat yang mahu menjadikan bangsa dan kerajaan mereka sebagai yang paling kuat, gagah, berdaulat dan suci mengatasi kerajaan dan bangsa lain di muka bumi ini. Hal yang sama juga berlaku pada raj a-raj a Melayu di nusantara selepas kedatangan agama Islam. Salasilah Kesultanan Melayu Pagaruyung dan Kesultanan Melayu Melaka berkongsi nenek moyang yang satu iaitu Raja Iskandar Zulkamain dari benua Rom, turun ke bawah 17 keturunan sebelum sampai kepada Raja Suran, raja
2 Bingkisan Sejarah Raub besar yang dikatakan datang dari benua Keling menjarah kerajaan Melayu warisan Sriwijaya di Sumatera dan Semenanjung Tanah Melayu sekitar abad ke-11 Masehi. Sejarawan yang mengkaji kebenaran }agenda tersebut dapat mengaitkan kisah itu dengan peristiwa serangan oleh Raja Rajendra Cola Dewa dari Kerajaan Cola di India Selatan terhadap pusat Kerajaan Melayu Sriwijaya di Sumatera dan negeri di sekitamya pada tahun I 025 Masehi. Kemungkinan besar Raja Cola itulah yang dimaksudkan sebagai Raja Suran oleh Sejarah Melayu. Selepas Raja Suran muncullah tiga orang putera baginda yang dikatakan "terbit" di Bukit Siguntang Mahameru, Palembang iaitu Sang Sapurba yang kemudiannya menjadi Raja Minangkabau/ Pagaruyung, Sang Nila Utama yang menjadi nenek moyang kepada raja dan sultan Melaka, dan Krisyna Pandita yang dilantik menjadi Raja Kerajaan Tanjung Pura, Kalimantan. Penulis tidaklah berhasrat hendak mengulas secara panjang lebar berkenaan salah atau benamya salasilah raja-raja Melayu yang dimaksudkan kerana ada pakar lain yang lebih arif dalam soal ini. Satu perkara yang menarik untuk dikaji ialah salasilah yang berpaksikan "dewa-dewa" dan tokoh-tokoh mitos Hindu lainnya sewaktu alam Melayu masih dipengaruhi oleh agama Hindu dan Syiwa-Buddha telah berubah begitu drastik sekali berpaksi kepada para nabi dan tokoh besar lainnya yang disebutkan dalam agama Islam tatkala alam Melayu menerima cahaya agama tauhid tersebut. Ini menggambarkan bahawa ketika beragama Hindu dan Buddha, raja-raja Melayu berketurunan dewa-dewa atau dari alam kayangan, tetapi setelah masuk Islam bertukar keturunan mereka kepada Raja Iskandar Zulkarnain, keturunan Nabi Sulaiman AS dan Puteri Balqis. Pada zaman seterusnya sebilangan besar daripada nasab raja Melayu telah bersemenda pula dengan keluarga mulia bangsa Sayid penyebar agama Islam di nusantara yang diakui sebagai zuriat keturunan Rasulullah SAW. Yang terakhir ini sememangnya benar kerana sanad salasilah dan nasabnya terpelihara dengan nyata dan bukannya dongengan. Beberapa orang kalangan teman rapat penulis pemah bertanyakan tentang kebenaran susur-galur raja Melayu yang "tajalli" dari Bukit Siguntang Mahameru tersebut. Secara peribadi, penulis mengatakan bahawa ketiga-tiga orang anak raja Melayu yang masyhur tersebut benar-benar wujud. Mereka itu manusia biasa dan anak kepada manusia biasa tetapi sudah semestinya berdarah raja purba Melayu warisan Kerajaan Sriwijaya Palembang. Kerana itulah kemunculannya "mesti berlaku" di tanah berdaulat Palembang itu juga, iaitu Bukit Siguntang yang mempunyai nilai kerohanian dan kekuatan ghaib bagi meninggikan daulat raja Melayu yang semakin pudar kemegahannya menjelang abad ke-11 hingga abad ke-13 apabila munculnya kerajaan Majapahit di tanah Jawa pada tahun 1293. Yang harus ditolak kebenarannya ialah mitos yang mengaitkan mereka itu dengan unsur kedewaan, alam kayangan, kemunculan tokoh yang dramatik melalui muntah lembu
Bingkisan Sejarah Raub dan sebagainya yang semua itu adalah pusaka zaman Hindu dan Syiwa-Buddha.yang mendewakan raja hingga menenggelamkan sifat asalnya sebagai manusia biasa. Pemerintahan Kerajaan Pagaruyung ditunjangi oleh Raja Tri Tunggal (Rajo Tigo Selo) atau digelar Tuanku Tigo Sajarangan, iaitu RAJO ADAT di Buo, RAJA IBADAT di sumpur Kudus (Kuduih), dan RAJO ALAM di Pagaruyung. Setiap seorang raja itu berdiri dengan daulatnya yang tersendiri. Di bawahnya berdiri pula BASAAMPEK BALA! atau sama dengan Orang Besar Berempat di Melaka, Pahang dan Perak (sekadar contoh) yang terdiri daripada Tuan Kadi di Padang Ganting, Tuan Makhudum di Sumanik, Tuanku Titah di Sungai Tarah dan Tuan Indomo di Suruaso diikuti pula oleh Tuan Gadang di Batipuh sebagai kepala perang dan Datuak-Datuak Nan Batujuh, para penghulu, ninik mamak, cerdik pandai serta para hulubalang. Raja Alam Pagaruyung itulah yang diakui sebagai tempat tumpuan merafak sembah dan menjunjung duli bagi seluruh rakyat alam Minangkabau dan bertakhta di istananya di Batu Sangkar. Oleh sebab suku Minangkabau itu adalah suku bangsa Melayu yang sangat kaya dengan kata berbunga, kiasan, pepatah-petitih serta mamang bidalnya, maka teknik penyampaian riwayat sejarah suku bangsa mereka juga tidak dapat lari daripada dirakamkan dalam bentuk yang serupa sehingga agak sukar bagi generasi kini untuk mencari kebenaran sejarah yang disampaikan kerana banyak yang lebih berbaur mitos dan }agenda. Keterangan mengenai salasilah raja Minangkabau atau Pagaruyung agak kabur dari sudut fakta sejarah pada era sebelum abad ke-14 walaupun sebilangan nama raj a yang pernah memerintah ada disebutkan, sehinggalah disebutkan peristiwa kedatangan "enggang dari laut" yang kemudiannya dimasyhurkan sebagai Raja Pagaruyung pertama yang pada mulanya memusatkan kedudukan kerajaannya di Dharmasraya (sekarang masih wujud dan menjadi salah satu kabupaten di Sumatera Barat bemama Kabupaten Dharmasraya) sebelum memindahkannya ke pusat Pagaruyung di Batu Sangkar. Kerajaan Dharmasraya adalah kerajaan yang pemah berkuasa setelah kejatuhan Sriwijaya pada abad ke-13 dan ke-14. Wilayah kerajaan ini terbentang dari Sawahlunto hingga ke Muara Bungo di Jambi. Rajanya yang terkenal ialah Sri Tribuanaraja Mauliwarmadewa (1270-1297) yang dikatakan mengahwini Putri Reno Mandi, cucu kepada Rajo Nan Alam iaitu Raja Istana Bungo Satangkai yang memerintah di kawasan tersebut. Perkahwinan itu melahirkan Putri Dara Jingga atau disebut Bundo Kanduang dalam Tambo Minangkabau, ratu kawasan itu yang kemudiannya dijadikan selir (gundik) oleh Prabu Raden Wijaya yang menubuhkan Kerajaan Majapahit di Tanah Jawa sekitar tahun 1293 Masehi. Enggang dari laut yang dimaksudkan itu ialah Arya Adityawarman, putera Kerajaan Malayu Dharmasraya iaitu anak yang lahir basil perkahwinan Putri Dara Jingga dengan Prabu Raden Wijaya tetapi dipelihara di dalam Kraton Singgosari/ Majapahit sejak kecil sebelum kembali ke Malayu pada tahun 1343 untuk mengambil 3
4 Bingkisan Sejarah Raub alih pemerintahan datuknya. Oleh sebab kedudukan Kerajaan Malayu di Jambi itu juga tidak terjamin keselamatannya dari ancaman Kerajaan Majapahit yang sedang melonjak naik bintangnya pada zaman itu baginda telah mengalih pusat kerajaannya ke Hulu Minangkabau iaitu di Batu Sangkar yang ada sekarang ini bermula tahun 1347 dan kekal bertakhta di situ sehingga mangkat pada tahun 1384.1 Baginda seorang raja yang banyak meninggalkan prasasti atau batu bersurat. Melalui prasasti itulah para sejarawan dapat mengumpulkan maklumat sebenar berkenaan situasi pemerintahan di Minangkabau pada abad ke-14 masehi. Raja Adityawarman itu disebut sebagai enggang dari laut kerana baginda itu seorang putera Melayu yang bercampur darah dengan bangsawan dari Kerajaan Majapahit dan dipelihara semenjak kecil di dalam kraton Jawa sebelum kemudiannya kembali menjadi Raja Minangkabau. Sebagai tanda sang raja yang ibunya adalah puteri Minangkabau dan ayahnya adalah Raja Jawa itu, tiang tengah sebelah luar istana Pagaruyung itu dibuat tergantung ( ertinya tidak mencecah tanah) manakala hanya yang dua buah tiang sahaja dibina menyentuh bumi. Demikian bijaknya para cerdik pandai Minangkabau dahulu merakamkan sejarah mereka dalam bentuk kiasan pada binaan yang tidak mungkin difahami kalau hanya dengan melihatnya sepintas lalu. Prabu Adityawarman pernah menghantar puteranya Raja Muda Sri Ananggawarman menjadi Raja di Padang Nunang, Rao dan kemudiannya menjadi Yang Dipertuan Padang Nunang yang pertama. Kenapa pusat pemerintahan Kerajaan Rao itu diberi nama "Padang Nunang"? Tatkala rombongan Raja Sri Ananggawarman tiba di daerah Rao, mereka terlihat banyak sekali serangga kunang-kunang di suatu kawasan padang lapang ketika hari malam. Maka di kawasan itu jugalah Raja Sri Ananggawarman mendirikan istana dan diberilah nama tempat tersebut Padang Nunang! Apabila Prabu Adityawarman mangkat Raja Ananggawarman kembali menjadi Daulat Yang Dipertuan Raja Alam di Pagaruyung manakala putera kepada baginda itu pula yang bemama Raja Sri Vijayawarman dihantar menjadi Yang Dipertuan Padang Nunang, Rao yang ke-2. Itulah yang menjadi cikal bakal kepada kaum kerabat Yang Dipertuan Rao di Padang Nunang hingga sekarang. Seperti amalan sebelumnya, setelah mangkat pula Raja Ananggawarman maka Raja Sri Vijayawarman dibawa kembali ke Pagaruyung dari Padang Nunang menjadi Daulat Yang Dipertuan Rajo Alam Pagaruyung yang seterusnya. I Semua kisah ini diceritakan sendiri kepada penulis oleh Daulat Yang Dipertuan Rajo Alam Pagaruyung pada masa ini, Tuanku Sutan Haji Muhammad Taufiq bin Sutan Muhd Thaib yang bcrgelar "Tuanku Mudo Mahkota Alam" sewaktu baginda berada di Dong, Raub pada 19 dan 20 Julai 2006. Baginda adalah keturunan langsung daripada Prabu Adityawarman.
Bingkisan Sejarah Raub Putera kepada Raja Sri Vijayawarman ini bemama Yang Dipertuan Alif menjadi Raja Pagaruyung yang pertama memeluk agama Islam sekitar tahun 1451 Masehi bertegak gelar "YANG DIPERTUAN SAKTI SULTAN BAKILAP ALAM". Untuk Bagaimanapun kenyataan ini bertentangan dengan catatan sejarah yang mengatakan bahawa Raja Pagaruyung yang mula-mula memeluk agama Islam ialah Maharaj a Alif atau Yang Dipertuan Alif pada tahun 1560 dan mangkat pada tahun 1580.2 Bagaimanapun Tom Pires, pengembara dan penulis berbangsa Portugis pada awal abad ke-16 mencatatkan Raja Minangkabau beragama Islam telah berkahwin dengan adik kepada Sultan Mansur Syah Melaka (1459-1477). Walaupun ada pendapat mengatakan raja itu belum beragama Islam tetapi Pires menegaskan beliau sudah memeluk Islam berserta kira-kira 100 orang pengikutnya, sedangkan yang lainnya masih kafir. Kita mungkin agak keliru untuk menentukan Raja Minangkabau yang mana satukah yang dimaksudkan oleh Pires tersebut, tetapi sekurang-kurangnya ada bukti dan rekod yang mengulas tentang isu terbabit walaupun tidak secara terperinci. 3 Di Bukit Betong, Lipis, iaitu di daerah Hulu Pahang telah sekian lama bertapak satu kelompok dari kalangan zuriat keturunan Raja Pagaruyung juga yang memegang teraju Orang Besar Berempat Pahang turun-temurun. Yang dimaksudkan ialah Keluarga Orang Kaya Indera Maharaja Perba Jelai atau Tok Raja Jelai yang mengikut catatan sejarah keluarga mereka, Seri Maharaja Perba adalah nenek moyang mereka yang pertama datang dari Pagaruyung ke Lipis pada tahun 1591. Nama kampung asal Seri Maharaja Perba di Pagaruyung ialah Titi Kabung Pagar Teras.4 Ikut bersama Seri Maharaja Perba itu ialah dua saudaranya yang laki-laki iaitu Maharaja lndera Putera dan Maharaja lndera Pahlawan serta seorang saudara perempuan yang tidak dapat dikenal pasti namanya. Saudara beliau yang perempuan ini berkahwin dengan ulama bemama Tun Bandan Patani dan dari zuriat mereka inilah menurunkan keluarga Maharaj a Perba"Jelai sehingga kini kerana Seri Maharaj a Perba itu tiada berzuriat. 2 Abdullah Siddik. 1996. Sejarah Bengkulu 1500-1990. Jakarta: Balai Pustaka, him. 21. Pagaruyung dikatakan berpecah selepas kemangkatan Maharaja Alif. 3 Jane Drakard, 1999 Kingdom of Words: Power and Language in Sumatra. Shah Alam: Oxford University Press, him. 27. 4 Keterangan Wan Bidin bin Wan Idris. Kampung Bukit Pampong, Hulu Dong. Beliau adalah cicit kepada Orang Kaya Maharaja Setia Raja Wan Daud bin Wan Pahang, Lipis (1805-1 889). 5
6 Bingkisan Sejarah Raub Rantau Hulu Pahang pernah suatu ketika terpisah dari pemerintahan Sultan Pahang di Pekan apabila tanah daerah tersebut dibeli oleh Seri Maharaj a Perba yang pertama itu dari Sultan Abdul Ghafur Mohaidein Shah iaitu Sultan Pahang terakhir keturunan Mel aka (1567-1614) dengan harga "segantang ulang aling emas, satu dasar bali isi emas dan sesuku tangan baju isi emas." Disebabkan itulah Maharaj a Perba Jelai sangat dihormati oleh rakyat Hulu Pahang suatu ketika dahulu sehingga terkenal d~ngan gelar "Raja Bukit Betong" atau "Raja Di Suk.it" kerana sememangnya beliau berasal dari keturunan raja di Pagaruyung. Ketika zaman pemerintahan Maharaja Perba Jelai ke-5, Tok Raja Wan Idris bin Tok Raja Wan Muhammad (1776-1882), sekitar tahun 1830-an atau awal 1840-an dijemput pula sekelompok keluarga pahlawan berdarah Raja Pagaruyung dari Minangkabau untuk menjadi panglima khusus bagi mempertahankan keluarga dan institusi Maharaja Perba Jelai di Bukit Betong. Rombongan tersebut diketuai oleh seseorang yang bergelar "Pendekar Mamat" yang dipercayai salah seorang daripada kerabat diraja Pagaruyung yang membawa diri ke Tanah Semenanjung setelah Daulat Yang Dipertuan Rajo Alam Pagaruyung terakhir, Sultan Tunggal Alam Bagagar Shah Johan Berdaulat dijatuhkan oleh penjajah Belanda pada tahun 1833. Gelar "pendekamya" itu hanyalah untuk mengaburi mata orang ramai sahaja supaya jangan tahu asal-usul beliau yang sebenarnya. Salah seorang anaknya ialah Wan Musa, seorang daripada hulubalang besar Pahang di bawah perintah Tok Raja Jelai Wan Muhammad bin Tok Raja Wan Idris ketika Pahang menyertai Perang Selangor pada awal dekad 1870-an. Wan Musa dikatakan sangat digeruni dan dihormati masyarakat di sekitar Bukit Betong kerana kehebatan ilmu perangnya. Kewujudan keluarga mereka ini diketahui oleh keluarga Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan suatu ketika dahulu dan catatan salasilah keturunan asal mereka di Pagaruyung dahulu ada disorokkan oleh individu tertentu dalam keluarga mereka bertujuan "supayajangan timbul perbalahan" pada masa depan.5 Antara negeri yang menerima anak raja Pagaruyung sebagai pemerintah, seperti negeri Siak rajanya bernama Sultan Muhammad Ali, negeri Aceh rajanya bernama Sultan Mahkota, negeri Kuantan, Batang Hari dan Indragiri rajanya bernama Sultan Sri, negeri Sungai Pagu dan Muko-Muko rajanya bernama Sultan Bagombak Putih Berjanggut Merah, negeri Bintan dan Tanah Jawa rajanya bernarna Sultan Muhib, negeri Palembang rajanya bemama Sultan Indrahim, negeri Jambi rajanya bernama Sultan BagindaArab dan negeri Inderapura rajanya bernama Sultan Muhammad Syah. 6 S Diccritakan olch Dato' Panglima Bcsar Panji Alam, Shamsulazam bin Zulkifli, Guru Utama Seni Silat Gayong Ma' arifat Malaysia Scni silat ini juga bcrasal dari Minangkabau. Riwayat ini diturunkan olch ayahanda beliau, Zulkifli bin Wan Kilau bin Wan Musa, anak jati Bukit Belong, Li pis. 6 Amril Camhas, 1990, .. Asal-Usu{ Bangkahulu: Sebuah Kajian Filologi". Bandung: Program Pasca Sarjana Universitas Padjajaran, him 172-I 73.
Bingkisan Sejarah Raub Dalam catatan lain pula disebutkan bahawa: " .... Sultan Negeri Aceh yang bernama Sultan Sari Marah Pakih Rahim anak cucu Yang Dipertuan di Negeri Pagaruyung jua adanya. Inilah mula-mula jadi raja di Negeri Aceh melompat ke Patapahan Batu lalu ke Meulabuh."7 Sejarah Bangkahulujuga diriwayatkan bahawa rajanya yangpertama bergelar Maharaja Sakti berasal dari Sungai Tarab yang ditunjuk oleh Daulat Yang Dipertuan Pagaruyung.8 Bagi Kerajaan Gunung Sahilan pula di Kampar Kiri, rajanya yang pertama bernama Yang Dipertuan Bujang Sati juga dihantar dari Istan Pagaruyung. 9 Untuk menggambarkan peri kebesaran dan ketinggian daulat Yang Dipertuan Pagaruyung tersebut, terungkap dalam bait kata-kata berikut: " .... sesungguhnya tiap-tiap menjadi kerajaan di Pulau Perea ialah dari alam Minangkabau juga ialah dari negeri Pagaruyung atau Sungai Tarah, tetapi tidak dapat tidak mintak kepada Dau lat Yang Dipertuan Pagaruyung ... ". 10 Kita lihat dalam sejarah negeri-negeri kecil di Sumatera Timur iaitu Asahan, Bilah, Panai, Kota Pinang dan Kualuh Leidong, rajanya yang pertama juga adalah putera raja Pagaruyung bernama Batara Si Nomba yang terusir dari kerajaan ayahandanya kerana berbuat kesalahan lebih kurang pertengahan abad ke-16 bersama adiknya bemama Batara Pinayungan dan adik tirinya Puteri Lenggo Geni. Beliau dan Puteri Lenggo Geni bergerak ke Mandailing di Tapanuli Selatan meredah Tambusai hingga sampai di Pinangawan (sekarang Kota Pinang). Apabila diketahui beliau itu adalah putera raja Pagaruyung yang masyhur daulatnya itu, maka ketua suku Batak di kawasan Pinangawan tersebut telah merajakan beliau dengan gelamya Sultan Si Nomba Pinangawan. Setelah memerintah lebih kurang 50 tahun baginda pun mangkat dan dimuliakan dengan gelar Marhum Mangkat di Pinangawan. Adiknya iaitu Batara Pinayungan tinggal menetap di Tapanuli Selatan buat seketika sebelum dipanggil kembali oleh ayahandanya untuk menaiki takhta Pagaruyung kerana sudah tiada Jagi anak raj a lain yang layak untuk dinobatkan. Beliau dikatakan meninggalkan seorang putera yang setelah dewasanya menjadi Raja Mandailing yang terbesar bernama Sutan Di Aru atau digelar semasa kecilnya "Si Barnar." 7 Edwar Djamaris, 1991, Tambo Aimangkabau. Jakarta: Balai Pustaka, him. 242. 8 Amril Camhas. 1990. op.ell .. him. 199. Lihat Abdullah Siddik. 1996. op.ell .. him. 21-22. 9 Sumber dari Tengku Hapriadi bin Tengku Haji Abdul Malek, pewaris lakhta Kerajaan Gunung Sahilan, Kampar Kiri. Sumatera. 10 Amril Camhas, 1990. op.e,1 .. him. 194. 7
8 Bingkisan Sejarah Raub Antara titisan keturunan Sutan Di Aru Mandailing ini ialah Raja Bilah bin Raja Tedung Berani (1834-1911), Penghulu Mukim Papan yang terkenal dalam sejarah kerana aktiviti perlombongan bijih timah di Perak. 11 Dalam sejarah Tambusai pula, disebutkan bahawa raja Tambusai adalah raja yang terbesar sekali di dalam Rokan, dan rajanya yang berasal dari keturunan Pagaruyung itu bernama Yang Dipertuan Tua. 12 Suatu hal yang amat unik yang dapat dianggap kelebihan istimewa yang tidak terdapat pada kerajaan besar Melayu lain di nusantara tetapi ada pada Kerajaan Pagaruyung ialah "cara penghantaran atau pelantikan" raja ke negeri yang selain daripada Pagaruyung. Kerajaan Melayu Melaka sewaktu zaman keagungannya telah menakluk negeri seperti Pahang, Kampar, Siak, Manjong dan Haru. Tiap-tiap negeri yang ditakluk.kan itu diletakkan putera Kerajaan Melaka atau pun putera raja negeri yang ditawan itu sendiri tetapi atas pilihan dan kehendak Sultan Melaka sebagai rajanya yang baru. Demikian juga Kerajaan Besar Aceh sewaktu zaman keemasan pemerintahan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam (1607-1636). Hal seumpama itu tidak terjadi pada Kerajaan Pagaruyung. Anak-anak rajanya yang diletakkan sebagai pemerintah di luar Pagaruyung melalui kaedah sama ada "diminta sendiri oleh anak negeri terbabit", "ditunjuk oleh Daulat Yang Dipertuan Pagaruyung sendiri bagi negeri-negeri yang belum ada rajanya", "diangkat oleh pembesar atau anak negeri ditempat tinggal mereka setelah mengetahui yang mereka itu adalah anak raja Pagaruyung" atau pun "melalui tali perkahwinan diraja." Tegasnya, Kerajaan Pagaruyung tidak meletakkan anak-anak rajanya ke luar daerah melalui peperangan tetapi daulatnya tetap diakui dan dihormati. Keamanan dan kebesaran pemerintahan Pagaruyung digegarkan oleh pencerobohan kuasa penjajah Belanda yang rakus pada tahun 1660 setelah mereka yang berulangkali gagal menembusi pertahanan rakyat Minangkabau telah meminta bantuan hulubalang upahan dari Tanah Bugis dikepalai oleh Aru Palakka anak Raja Sopeng. Bennula saat itu Minangkabau sudah berada dalam kekuasaan penjajah Belanda. 11 Salasilah Raja-Raja Bilah. Panai. Kota Pinang dan Asahan sumbangan dari Bapak Donald P.Tick dan Tengku Mansur Hanafiah bin Tengku Aswani, kerabat diraja Asahan yang kini menetap di Belanda. Untuk sejarah Raja Bilah di Perak lihat Abdur-Razzaq Lubis dan Khoo Salma Nasution, 2003. Ra1a 81/ah and The Mandailmgs In Perak 1875-/9//. Kuala Lumpur: Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society (MBRAS) no.35. 12 Puteri Minerva Mutiara, 1979. Sejarah Tambusa,. Jakana: Departemen Pendidikan dan Kebudayaan, him. 13.
Bingkis.an Sejarah Raub Satu kelebihan yang harus diakui ialah dengan kedatangan penjajah Belanda maka rekod pemerintahan, suasana politik serta sejarah alam Minangkabau kini berada dalam catatan bertulis yang terperinci dan lengkap seperti juga dengan kedatangan penjajah Inggeris ke Semenanjung Tanah Melayu. Dokumen pihak penjajah yang bertarikh dan bertahun yang tepat itu kini menjadi bahan kajian dan rujukan yang tidak ternilai harganya dari segi sejarah, walaupun bagi kita anak pribumi nusantara akan tetap teringat bahawa suatu masa dahulu bangsa penjajah tersebut pernah mencabul kedaulatan pemerintahan raja-raja kita sendiri dan memeras serta menindas para nenek moyang kita. Melalui rekod Belanda itulah juga diketahui bahawa Pagaruyung mengalami perang saudara antara tahun 1678 hingga tahun 1682 mengakibatkan kerajaan tersebut terpecah dua. Satu di Sungai Tarab dan satu lagi di Suruaso. Namun asal keturunannya tetap satu dan masingmasing tetap berdaulat. Pada zaman pemerintahan RAJA ALAM MUNING SHAH 1, bertegak gelar YANG DIPERTUAN PATAH SULTAN ABDUL JALIL JOHAN BERDAULAT (antara tahun 1739-1780), banyak anak raja Pagaruyung yang dilepaskan keluar untuk menjadi pemerintah di tempat lain seperti Raja Mahmud @ Raja Melewar yang diangkat menjadi Yang Dipertuan Seri Menanti 1 dari 1773-1795. Malah dikatakan penghantaran anak raja Pagaruyung ke luar daerah Minangkabau selepas kemangkatan Sultan Abdul Jalil itu pun masih tetap disebut sebagai dihantar oleh baginda juga. Pada zaman itulah dipercayai ramai dari kalangan putera raja dan bangsawan lstana Pagaruyung yang bergerak ke tempat lain di Sumatera atau pun ke Semenanjung Tanah Melayu atas se.bab dan tujuan yang tersendiri. Sebahagian daripadanya masih mengekalkan gelar rajanya manakala sebahagian lagi cenderung untuk menyamar diri dengan menukar namanya kepada nama orang kebanyakan sahaja. Ada yang menjadi panglima hulubalang, ada yang menjadi lebai dan haji, ramai pula yang menjadi terkenal sebagai ulama dan guru ugama atau pedagang. Ertinya darah rajanya masih kekal turun-menurun kepada anak cucunya tetapi gelar rajanya telah lama hilang dari batang tubuhnya. ltulah yang sebenamya banyak terjadi di rantau Hulu Pahang terutamanya di Raub dan Lipis. Dapat dikesan nama dua beradik yang dikatakan turun dari Istana Pagaruyung dan menetap di Semantan Hulu, Raub iaitu Raja Haji Daud dan adiknya Raja Bayu. Tetapi generasi selepas mereka berdua memperlihatkan pengaruh budaya Perak yang ketara pada nama mereka umpamanya "Yeop Padang bin Raja Bayu" dan ini berkemungkinan besar sebagai isyarat bahawa sebahagian daripada anak-anak raja Pagaruyung itu mendarat di Perak dahulu sebelum merentas Banjaran Titiwangsa ke Hulu Pahang. Sehingga kini diakui Mukim Semantan Hulu, Raub itu memang dahulunya didiami oleh ramai sekali orang Melayu Perak yang kemudiannya bersemenda dengan suku Rao, Kampar dan Minangkabau yang datang kemudian. 9
10 Bingkisan Sejarah Raub Menjelang awal abad ke-19 kerajaan Pagaruyung sekali lagi dilanda kekacauan berpunca daripada pertentangan faham antara golongan ulamak serta rakyat Minangkabau yang berhasrat besar hendak "memumikan kembali'' syariat Islam dengan golongan pemerintah yang terdiri daripada para raja dan bangsawan Pagaruyung yang dikatakan banyak melakukan perkara yang menyalahi hukum agama. Seperti biasa penjajah Belanda juga ikut memainkan peranan yang penting bukan untuk membawa kebaikan kepada kedua-dua pihak tetapi lebih kepada menghancurkan kedua-dua golongan sekaligus. Dalam erti kata lain, mereka "menangguk di air keruh!'' Golongan ulama yang ingin memperkukuhkan ajaran Islam sudah semestinya menjadi musuh besar mereka zaman-berzaman, sementara golongan raja dan pemerintah pula harus dibuat bertekuk lutut di bawah kekuasaan mereka seperti lembu dicucuk hidung. Akhimya meletuslah peristiwa "Perang Paderi" yang masyhur di bumi Minangkabau tersebut pada tahun 1821. Golongan raja dan bangsawan Pagaruyung yang terdesak pada mulanya diketahui memohon bantuan perang kepada pihak penjajah Belanda untuk menghadapi angkatan para ulama yang dikepalai oleh Tuanku Imam Bonjol (1772-1864 ). Bahkan penjajah Belanda yang hampir tewas telah melakukan taktik kotor apabila membawa angkatan perajurit Islam dari Tanah Jawa yang dikepalai oleh Basyah Sentot untuk diadudombakan dengan saudara seagamanya yang di Tanah Minang tersebut. Akhirnya keadaan yang sebaliknya berJaku apabila para raja Pagaruyung bersatu kembali dengan golongan ulama untuk menghadapi penjajah Belanda yang haloba· itu. Kekuasaan Allah SWT terbukti sekali lagi apabila Pangeran Basyah Sentot yang telah menyedari taktik keji penjajah Belanda yang mahu melaga-lagakan beliau dengan saudara seagamanya di Minangkabau itu telah mengalihkan pula perangnya ke muka pihak Belanda sendiri. Walaupun kita tahu akhimya angkatan pejuang Islam di Minangkabau itu tewas juga di tangan Belanda pada tahun 183 7 setelah menentang dengan gigih. Pengajaran yang paling berharga daripada peristiwa itu ialah kesatuan keseluruhan rakyat sesuatu negara, dari golongan pemerintah, ulama hinggalah ke rakyat jelata sudah tentu akan memberikan pukulan yang tidak terhingga hebatnya terhadap musuh yang menyerang. Kalau pun musuh menang pastilah kemenangan itu diperolehi setelah terpaksa mengharungi pengalaman pahit dengan mengalami kemusnahan dan kerugian yang amat banyak. Daulat Yang Dipertuan Rajo Alam Pagaruyung yang terakhir, Tuanku Sultan Alam Bagagar Shah Johan Berdaulat ditawan penjajah Belanda dan dibuang ke Betawi pada tahun 1833 dan mangkat di sana pada tahun 1849 dalam usia 60 tahun. Kejatuhan Yang Dipertuan Pagaruyung yang selama ini amat diagung-agungkan oleh bangsa Melayu di Surnatera dan di nusantara itu tentulah satu kejayaan besar bagi misi penjajahan Belanda di timur. Apa istimewanya Pagaruyung? Apa beza dan lebihnya kerajaan ini daripada kerajaan Melayu lain di rantau ini? Menyingkap hal
Bingkisan Sejarah Raub ini penulis amat serasi sekali dengan Prof.DR Hamka yang berkata bahawa: "Sultan Alam Bagagar Shah juga dibenci Belanda. Sebab orang Minangkabau, bahkan seluruh bangsa Melayu di darat dan di rantau terlalu mengagungkan "Yang Dipertuan di Pagaruyung". Sampai-sampai raja-raja Melayu di pesisir, raja-raja Melayu di Sumatera Timur, di Siak Sri Inderapura, di Rembau Sri Menanti, di Naning, di Rokan, lndragiri, Acheh Barat, di Barus dan di Singkil, selalu menyebut tuah Pagaruyung, sebab itu jatuhkan gengsinya, hancurkan tuahnya, dari Daulat Yang Dipertuan di Pagaruyung,jatuhkanjadi Regent Tanah Datar (sahaja,pen)! ! Maka oleh sebab datangnya (penjajah Belanda, pen) ke Minangkabau bukan hendak mengambil hati rakyat, melainkan memperbudak, menjajah dan menghisap, maka di antara Paderi atau Pagaruyung sama saja baginya, keduanya adalah budak, dan tanahnya adalah taklukan!". 13 Begitulah keras dan hebatnya perlawanan rakyat dan raja-raja Pagaruyung serta Rao terhadap pendudukan penjajah Belanda sehinggakan institusi rajanya dirobohkan sebegitu rupa dengan segenap kekuatan dan tipu daya sehingga pecah berantakan dan anak-cucu para rajanya sendiri pun kini termanggu-manggu kerana kehilangan sejarah nenek-moyangnya yang sebenar. Selepas zaman Daulat Yang Dipertuan Sultan Alam Bagagar Shah Johan Berdaulat ibni Sultan Khalifatullah (1789-1849), tiada lagi raja pewaris takhta Pagaruyung yang dinobatkan secara rasmi mengikut istiadat raj a dahulukala walaupun zuriat keturunan baginda yang menyambung nasab di Sumatera dan di Jawa masih berkembang hingga ke saat ini. Yang menggantikan baginda itu memang ada, cuma kerana situasi kenegaraan sudah berbeza maka generasi pewaris pemerintahan hanya lebih merupakan penyambung adat sahaja sambil memelihara jalur "darah hijau" itu supaya jangan terputus atau hilang ditelan zaman. Disenaraikan nama para pemangku gelar Daulat Yang Dipertuan Rajo Alam Pagaruyung selepas kemangkatan Marhum Sultan Alam Bagagar Shah Johan Berdaulat iaitu: 14 1. Yang Diper:tuan Gadih Putri Reno Sumpu binti Yang Dipertuan Sembayang 3 Sultan Abdul Jalil (mangkat pada tahun 1912 dalam usia 96 tahun). Yang Dipertuan Sembayang 3 ini adalah saudara sepupu kepada Sultan Alam Bagagar Shah Johan Berdaulat. 2. Sutan Ibrahim ibni Sutan Badarun Shah dengan gelarnya "Yang Dipertuan Tuanku Ketek" (mangkat pada tahun 1944) . Beliau adalah cucu kepada Yang Dipertuan Gadih Putri Reno Sumpu. 13 Hamka, 1981. Dari Perbendaharaan lama. Kuala Lumpur: PustakaAntara, him. 149. 14 Maklumat dari Tuanku Sutan Haji Muhd Taufiq Thaib, Tuanku Mudo Mahkota Alam Pagaruyung. l l
12 Bingkisan Sejarah Raub 3. Sutan Usman bergelar "Tuanku Tuo". Beiiau adalah bapa saudara sekaligus bapa mertua kepada Daulat Yang Dipertuan Rajo Alam Pagaruyung sekarang ini, Duli Yang Maha Mulia Sutan Haji Muhd Taufik Thaib kerana ibunya, Yang Dipertuan Gadih Putri Dismah adik-beradik dengan Sutan Usman Tuanku Tuo. 4. Sutan Haji Muhd Taufiq ibni Sutan Muhd Thaib dengan gelamya "Tuanku Mudo Mahkota Alam". Sutan Haji Muhd Taufiq Thaib adalah antara ahli keluarga diraja Pagaruyung yang berusaha menghidupkan kembali institusi Kesultanan Pagaruyung pada masa ini. Semoga usaha murni ini akan diberkati Tuhan dan Pagaruyung akan kembali menyerlahkan gemerlap sinamya di persada dunia Melayu, yang tidak dapat dipisahkan dengan institusi rajanya demi untuk keutuhan bangsa Melayu dan agama Islam yang sentiasa berjalan seiringan.
w Ringkasan Salasilah Tuanku Sutan Haji Muhd Taufik Thaib, T .. DAULAT YANC DIPERTUAN flAJO ALAM PAOAftUYUNQ YANO DJPeRTUAN ltAJO HfTAM tHJrt1t9ak getar TUANKU SULTAN ALAM ISAOAOAR SHAH JOHAN BERDAUUT 1769,1149 ... ... SUTAN MANOUN SUTAN AL HADIS • Putrl Lumui I ... I •YDP GADIH SUTAH PUTIU MUDOPUTRI 8A.PARUN CAHAYA SAJYAH SH.AH 1.AIIT L _______ l ___ ___ J I ' ' ' ... SUTAN 18AAHIM, YANG PIPIRTUAN TUANKU klTl!K m.d 1944 I TUAN OADJH PUTIU PUTRI HALIMAH TIMMAT (TUAN OAPIH • Subln Muhd KUNING) Yahl.• l TOP OADIH PUTRI SUTAH MUHD DISMAH THAla + Sui.an Muhd TiurUb • YDP Oadlh b. Sutan Muhd T•f·•• Putri Dl•m•h SUTAN MUHD TAUPIQ + Pubi fteno Hlh lllahm•h a.-' I PUTRI MARIAM l SUTAN MUHD YAFAS + Pub'I ThtNitat l SUTAN MUHD THAii + TOP Gadlh Pwtrl DlamAh l 3UTAN MUHO TAUFIQ ~ ,ubi Ra.no Hlh R.a.hmah + YD
Tuanku Mudo Mahkota Alam Pagaruyung . PUTIII GAD1H PU!NO SUIU P S.mbayang ~ Sultan AbduJ Jalil (••udara ••P'*PU) L ____________ YDP Sl!MBAYANG 3 SULTAN UDUL JALIL • mgkt di Muara Lembu1 Slngingl + Pulfl C.adih R•no Suri YOP QAOIH PU • YO TRI RINO SUMPU (1116-1112) PP 0U"'1ff9 HQau 1 .,. Sutan M•ngun b. YDP Sultan Alam Bag.agar Shah • 2 i-- PUTRt SUTAN ABDUL MAJI D' (put•rl diberi nama IMJlld kn, I haJ•t lbunya hndk anak lelakl) :IUTAN MUHD TAUflQ • Putri Rwno HJh fhUtrnah TUAH OADIH PUn.l HALIMAH (TUAN OADRf KUNING) !UTAN USMAN TUANKU TUO •yop OADIH MUDO PUTIU SAIYAH2 + Subln ••dantn .Shah b. Sutan Al Harli• SUTAN IBRAHIM, YANG DIPl!llTUAH TUANKU Kfll!K m.d 1844 + Putr, Ro•mtd•r bt 11111,ah Sutan Bert,atta•o PUTJII Rl!NO HJH 11.AHMAH + sutan Muhd Tuflq
_,,. Orang Kaya lndera Maharaja Perba Jelai ke-6, Tok Raja Wan Mu anaknya Tok Raja Wan Chik don seorang cucunya di Bu kit Belo kegemilangan institusi Maharaja Perba Jelai dan kepentingan b ke takhta Kerajaan Pahangpada tahun 1863, penglibatan Pahan Bahaman dari 1891-1895 da/am keadaan tertentu b Gambar: Arkib Negara
uhammad bin Tok Raja Wan Idris (1827-1919) bersama ng 1885. Era pemerintahan beliau merupakan zaman beliaujelas di dalam peristiwa menaikkan Tun Ahmad ng dalam Perang Selangor dari 1872-1873 dan Perang beliau dipandang sin is oleh banyak pihak. a Malaysia
Bingkisan Sejarah Raub DAULAT YANG DIPERTUAN RAJO ALAM PAGARUYUNG sekarang, DULi YANG MAHA MULIA DATUK PADUKA TUANKU SUTAN HAJI MUHD TAUFIQ BIN SUTAN MUHD THAIB bergelar TUANKU MUDO MAHKOTA ALAM. Beliau meneruskan legasi pemerintahan Kesultanan Pagaruyung walaupun dalam keadaan tidak sebaik seperti "saudaranya'' iaitu kerajaan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan dan sultan-sultan Melayu di Malaysia yang Iainnya. 15
16 Bingkisan Sejarah Raub Permakaman Raja-Raja Pagaruyung berhampiran Jstano Silinduang Bulan dan Prasasti Adityawarman di Batu Sangkar Prasasti (Batu Bersurat) Raja Adityawarman, Raja Pagaruyung 1347-1376 di Batu Sangkar. WAS KOMPUK 163, 9 M' DI KAWA SAN INI BEllMAKAM RAJA· IWA PAGARUYUNG. TIRlfTAK I DO MUIR DARI SEBUAH SElATAN KOMPUI( PRASASTI ADITYAWARMAN. TIRDIRI DARI 13 MAKAM YANG UKURAN lfRVARIASI. PANJANG ANTARA 210-400 CM DAN LEBAR AHTARA 115-780 CM, DENG.AN TINGGI ANTARA 35-4S CM. MAUM MEMANJAHG DARI UTARA SEUTAN YANG MIRUPAKAN CIRI KHAS PEMAKAMAN !SLAM. JIRAT TIRIUAT DARI BATU KALI YANG DISUSU DAN EKAT DEHGAN S£MEH. NISAN BEllBINTUK MENHIR, IERAPA DIA ANY RHIAS Tlf GEOMETRIS, GARIS DAN SAL AH·SA OLDS TANPA HIASAN. LU 1196 M'
-...J ISTANO SILINDUANG BULAN DAULAT YANG di pusat Kerajaan Minangkabau/Pagaruyung di Batu Sangka Yang Dipertuan Sakti Sultan Bakilap Alam bertegak gelar "T sebagai bukti kedaulatan Kerajaan Pagaruyung dan kesinamb ini hanya dibuka bagi majlis bersama kerabat keturunan atau yang boleh didatangi o
DlPERTUAN RAJO ALAM PAGARUYUNG ar, Sumatera Barat. Istana asal dikatakan didirikan oleh Tuanku Bagewang I". lstana binaan baru ini dipelihara bungan titisan keturunannya di seluruh nusantara. Istana u majlis rasmi kerajaan sahaja, tidak seperti Istano Basa oleh orang ramai.
r 00 ISTANO BASA PAGARUYUNG yang terletak berhampi Baral. Dahulunya tempat bersidang para pembesar dan R asal telah terbakar dan istana baru dibangunkan di tapak Minangkabau yang
iran Istano Silinduang Bulan di Batu Sangkar, Sumatera Raja Pagaruyung dan kini dijadikan muzium. Binaan asal dengan mengekalkan keunikan ciri-ciri seni bina indah dan halus.
TITISAN DIRAJA PAGARUYUNG MEMAHAT SEJARAH DI HULU PAHANG Panglima Tok Perak Penulis dahulukan kisah Panglima Tok Perak atau digelar juga "Tok Prak" ini kerana beliau adalah nenek moyang penduduk Dong dan sebahagian besar daerah Raub yang paling atas dapat dikesan riwayatnya serta zuriat keturunannya hingga ke hari ini (selain daripada keturunan Datuk Kaya Ibrahim Orang Besar Lipis dan Dato' Baginda Demu). Sejarah hidup Panglima Tok Perak ini dapat dikaitkan secara langsung dengan kewujudan dua buah kampung tua di daerah Raub yang sudah mula didiami orang Melayu sejak pertengahan ataupun penghujung abad ke-18 iaitu Kampung Sengkela dalam Mukim Sega dan Kampung Gesing dalam Mukim Semantan Hulu. Kaitan antara Panglima Tok Perak dengan dua buah kampung tersebut berpunca daripada dua faktor iaitu : 1. Kedua-dua buah kampung tersebut mengikut riwayat orang tua-tua telah dibuka oleh Panglirna Tok Perak yang gagah perkasa bersama anak saudaranya bernama Raja Hitam atau digelar juga Panglima Hitam dan pengikut mereka. 2. Panglima Tok Perak itu sendiri berkampung halaman di Gesing, meninggal dunia di situ dan kubumya pun masih wujud lagi bingga sekarang di sana. Berkenaan peribadi Panglima Tok Perak itu serta kisah pembukaan kampung yang berkaitan dengan beliau di daerah Raub itu, telah didapati wujudnya percanggahan fakta dan kekeliruan mengenai zaman hidup dan matinya beberapa tokoh penting yang terlibat dalam riwayat tersebut termasuklah Panglima Tok Perak itu sendiri. Didapati seolah-olah (atau sememangnya) di Hulu Pahang ini pernah wujud dua orang Panglima Tok Perak yang berbeza tempat asal datangnya dan berbeza pula zaman kewujudannya. Setakat ini riwayat utama yang rnenyebut kisah Panglima Tok Perak itu berpunca daripada dua sumber: 1. Catatan salasilah keturunan Panglima Tok Perak dan sejarah pembukaan Kampung Temau oleh Tuan Guru Imam Haji Ishak yang dinamakannya sebagai Riwayatut-Tammauwi (sila lihat Lampiran I). Sumber ini akan disebut sebagai "SUMBERA". 19
20 Bingkisan Sejarah Raub 2. Catatan dalam buku bertajuk ''Asal-Usu/ Nama Tempat Bersejarah Negeri Pal1a11g Darul Makmur (Bahagian 1)" oleh Zakaria bin Hi tam yang berkemungkinan besar diambil ceritanya daripada orang tua-tua di Sengkela atau Gesing itu sendiri. Sumber ini pula akan dirujuk sebagai "SUMBER B". SUMBER A dengan jelas menceritakan bahawa Panglima Tok Perak itu datangnya dari daerah Durian Sebatang, Perak Hilir. Kawasan tersebut dahulunya ramai didiami oleh orang Minangkabau yang berasal dari Bukit Tinggi. Kisah terse but menguatkan lagi bukti bahawa Panglima Tok Perak itu sememangnya berasal dari Minangkabau seperti yang didakwa oleh keturunan beliau yang di sebelah Raub, Pahang. Oleh sebab jasa beliau menumpaskan segala lanun dan pengacau keamanan di wilayah Perak maka beliau dianugerahkan gelaran "TOK PERAK'' oleh Orang Besar-Besar Perak sedangkan nan1anya yang sebenar tidak diketahui hingga kini. Beliau menetap agak lama di Perak sebelum berhijrah pula ke Pahang Hulu pada pertengahan abad ke-18 atas sebab yang tidak diketahui. Beliau tiba dan menetap seketika di Ulu Sungai, Batu Talam sebelun1 bergerak lagi membuka perkampungan di Semantan Hulu. Kampung itu kemudiannya dinamakan Sengkela kerana ketika itu terdapat begitu banyak sekali rotan Sengkela yang tumbuh di situ. Sebuah lagi kampung yang diteroka mereka letaknya hanya di seberang sungai sahaja dari Kampung Sengkela itu dan dinamakan pula Kampung Gesing. Nama Gesing itu dipercayai berasal dari perkataan Gasing iaitu sejenis permainan rakyat yang terkenal di Pahang pada zaman dahulu. Di Gesing inilah Panglima Tok Perak menghabiskan usianya dan dari Gesingjugalah sebahagian daripada anak cucu beliau turun pula meneroka kampung dan sawah ladang yang baru di Kampung Temau dan Kampung Ajai pada awal abad ke-19 iaitu pada zaman pemerintahan Bendahara Seri Maharaj a Tun Ali ( 1806-1856). Anak cucu beliau yang berkembang di Pahang ini mengubah pula gelaran beliau daripada ·'Tok Perak" kepada "Tok Prak" sahaja sebagai penegasan bahawa beliau itu asalnya datang dari Minangkabau, bukanlah anak Perak jati. Namun begitu kerana beliau tinggal agak lama juga di Perak sedikit sebanyak budaya tempatan di sana berbekas juga dalam hidup beliau. Nama anak beliau seperti Tok Pandak Lena,· Tok Kulop Mat Daham dan Anjang Mas Suka adalah gelaran mengikut kebiasaan orang Perak. Sebahagian daripada keturunan beliau bertebaran pula di jajahan Sungkai dan Lambor Kanan dan bertali kerabat pula dengan pihak yang masyhur kisahnya tidak boleh makan ikan tapah di sana. Dari kalangan mereka inilah menerbitkan sebilangan raja dan orang besarbesar Perak pada masa dahulu. SUMBER B menceritakan bahawa pada zaman pemerintahan Bendahara Paduka Raja Tun Koris (1803-1806) ibni Bendahara Paduka Raja Tun Abdul Majid
Bingkisan Sejarah Raub terdapat dua orang panglima adik-beradik yang tinggal di Bukit Segumpal, Chenor. Yang tua bernama Panglima Tok Kilang dan adiknya bernama Panglima Tok Perak atau disebut juga "Tok Serak?" Panglima Tok Kil£l1:1g itu mempunyai seekor burung tekukur yang sangat merdu suaranya dan perkara tersebut sampai ke Tiang Bendera (Pulau Maulana) di Pekan iaitu tern pat bersemayam Bendahara Tun Koris pada zaman itu. Bendahara Koris menitahkan seorang daripada hulubalang harapan baginda mudik ke Bukit Segumpal untuk mengambil burung tekukur tersebut daripada Panglima Tok Kilang. Ketika hulubalang istana tiba di rumah Panglima Tok Kilang beliau tiada di rumah kerana pergi bertukang perahu. Hulubalang tersebut meminta burung tekukur itu daripada isteri Panglima Tok Kilang tetapi tidak diberikannya, lalu dirampas oleh hulubalang istana itu dan segera menuju ke perahunya untuk hilir kembali ke Pekan mempersembah.kan burung itu kepada Bendahara Koris. Tidak lama kemudian Panglima Tok Kilang pun pulang dan isteri beliau segera mengadukan peristiwa yang baru terjadi. Panglima Tok Kilang segera mengejar hulubalang istana terbabit dan apabila tiba di sungai beliau lantas memegang haluan perahu yang dinaiki hulubalang harapan Bendahara Koris itu tadi sambil meminta dipulangkan kembali burung tekukur kesayangannya itu. Disebabkan hulubalang istana itu sudah sedia maklum akan kegagahan dan kehandalan Panglima Tok Kilang mereka tiada pilihan lain melainkan terpaksa menyerahkan kembali burung itu. Dengan rasa malu bercampur bimbang hilirlah hulubalang istana terse but kembali ke Tiang Bendera. Raja Bendahara Tun Koris yang dimaklumkan kejadian itu amat murka kerana hasrat hati baginda tidak kesampaian lalu dititah.kannya pula seorang daripada orang besar istana mudik ke Bukit Segurnpal menyampaikan perintah menghalau Panglima Tok Kilang sekeluarga dari kampung halamannya. Setelah mengambilkira keselamatan anak isteri serta kaum keluarga mereka seluruhnya untuk jangka masa panjang, Panglima Tok Kilang dan adiknya Panglima Tok Perak pun membuat keputusan untuk berpindah dari Bukit Segumpal supaya tidak akan diancam oleh juak-juak raja pada masa hadapan. Berperahulah kedua-dua panglima bersaudara itu membawa keluarga mereka masing-masing menuju ke tanah hulu dan akhirnya tiba di kawasan Semantan Hulu, Raub (nama daerah Raub belum wujud pada masa itu) di suatu kawasan yang pada pandangan mereka sangat cantik dan sesuai sekali dibuat kampung halaman. Tambahan pula kawasan tersebut letaknya jauh tersorok di Hulu Pahang dan jauh dari jangkauan istana Pahang di Pekan. Oleh sebab tempat yang dijumpai mereka itu padat dengan rotan Sengkela mereka menamakan tempat itu "Kampung Sengkela". Berdasarkan SUMBER B nyatalah bahawa Kampung Sengkela diasaskan oleh Panglima Tok Kilang dan adiknya Panglima Tok Perak yang datang dari Bukit Segumpal, Chenor di Pahang Hilir antara tahun 1803 hingga 1806. 21
22 Bingkisan Sejarah Raub Daripada kedua-dua sumber riwayat terbabit kita dapat melihat beberapa pertentangan fakta yang jelas, antaranya ialah: 1. SUMBERA mengatakan Panglima Tok Perak pembuka Kampung Sengkela dan Gesing itu datangnya dari negeri Perak tetapi berasal dari Minangkabau. SUMBER B pula menyebut beliau datang dari Bukit Segumpal, Chenor. 2. SUMBER A menganggarkan Panglima Tok Perak meninggal dunia sekitar tahun 1780-an iaitu ketika anak beliau yang bemama Halimah baru berusia 1 O tahun. SUMBER B pula menyebut Panglima Tok Perak dan abangnya Panglima Tok Kilang tiba di Semantan Hulu, Raub antara tahun 1803 dan 1806. Pertentangan fakta dalam dua sumber tersebut menimbulkan beberapa petsoalan: I. Di manakah titisan keturunan Panglima Tok Kilang yang dikatakan sebagai abang kepada Panglima Tok Perak yang datang dari Bukit Segumpal itu jika sebenamya beliau itu pernah wujud dan tinggal di sekitar Semantan Hulu hingga ke Sengkela dan Gesing? 2. Adakah kemungkinan Raja Hitam atau pun Panglima Hitam yang dikatakan sebagai anak saudara kepada Panglima Tok Perak seperti yang diceritakan oleh Imam Haji Ishak di dalam SUMBER A itu sebenarnya adalah anak kepada Panglima Tok Kilang? 3. Andaian lain yang boleh dibuat ialah kemungkinan pemah wujud dua orang "Panglima Tok Perak'' yang berbeza di Raub, atau adakah mereka berdua itu sebenamya adalah individu yang sama tetapi dikelirukan kewujudannya oleh riwayat yang salah dan berbelit-belit? Penulis tetap berpendapat bahawa antara "Panglima Tok Perak yang datang dari Perak dan meninggal dunia di Gesing sekitar tahun 1780-an " itu dengan "Panglima Tok Perak yang datang dari Bukit Segumpal, Chenor dengan abangnya Panglima Tok Kilang antara tahun 1803 dan 1806" itu adalah tokoh yang sama. Kesimpulan atau pun andaian yang dirasakan paling menepati kisah hidup mereka itu adalah mereka berdua bersaudara itu berasal dari Minangkabau dan tinggal seketika di jajahan hilir negeri Perak yang ramai masyarakat Minangkabau di situ sebelum berhijrah pula ke Pahang mengikut jalan laut. Mungkin setelah tiba di daerah Pulau Manis, Pekan mereka terlebih dahulu pergi menghadap Raja Bendahara Pahang yang memerintah pada masa itu memohon keizinan untuk meneroka tanah baru di kawasan yang mereka rasakan sesuai dan belum lagi dibuka petempatan. Setelah itu barulah mereka mudik Sungai Pahang yang luas itu menuju ke hulu hingga tiba ke daerah Bukit Segumpal, Chenor dan menetap beberapa lama di sana
Bingkisan Sejarah Raub Oleh sebab itulah SUMBERA menyatakan bahawa seorang daripada isteri kepada Panglima Tok Perak itu bemama "Tok Safiah" kata orang tua-tua dahulu adalah sama ada berasal dari Bukit Segumpal, Chenor atau Kuala Kerambit, Lipis. Dalam hal ini tentulah Bukit Segumpal itu lebih kuat untuk menjadi pegangan kerana jika sungguh Panglima Tok Perak itu pernah berkampung halaman di Bukit Segumpal maka sudah tentulal1 beliau beroleh isteri dari orang sana juga. Kenapa pula harus dia beroleh isteri dari Kuala Kerambit, Lipis kalau beliau tidak pergi ke sana. Dari Chenor barulah kedua-dua panglima bersaudara itu bergerak pula lebih ke hulu atas sebab tertentu hingga akhimya tiba di Semantan Hulu, Raub dan membuka perkampungan di sana dan seterusnya membuka Kampung Sengkela dan Gesing yang masih wujud hingga ke hari ini. Perselisihan mengenai tahun ketibaan Panglima Tok Perak ke Raub dan tahun kematiannyajuga berpunca daripada pertindihan riwayat yang berbeza kerana orang Melayu dahulukala sangat kurang mengambil berat untuk menyimpan salasilah atau catatan asal-usul keturunan dalam bentuk dokumen bertulis untuk peringatan pada masa depan. Berbeza dengan bangsa Arab yang sangat mengambil berat dan menjaga susur galur keturunan mereka. Riwayat yang hanya disimpan dalam bentuk ingatan fikiran sahaja akhirnya akan terjejas juga oleh peredaran waktu dan usia pula semakin meningkat. Akhimya terjadilah seperti apa yang kita lihat hari ini iaitu pertentangan riwayat bagi seorang tokoh atau bagi satu peristiwa yang sama, hingga kelihatan bagaikan wujud dua individu atau pun dua kejadian yang berbeza pada dua zaman yang berbeza pula. Mungkin memang benar Panglima Tok Perak dan Panglima Tok Kilang itu berpindah dari Chenor kerana berpunca daripada peristiwa burung tekukur tetapi dikhuatiri hanya zaman kejadian itu berlaku serta Raja Bendahara Pahang yang mana satukah yang terlibat dalam peristiwa itu yang " tersalah letaknya" dalam riwayat berkenaan. Tambahan pula mengikut SUMBER A ketika Kampung Temau dibuka oleh tokoh yang berempat dari Kampar, Sumatera Timur iaitu Tok Paduka, Tan Pakeh Ali, Tan Ibrahin1 dan Tok Baginda sekitar tahun 1806, tiga daripada mereka beristerikan wanita yang semuanya peringkat cucu kepada Panglima Tok Perak melainkan Tok Paduka sahaja yang beristerikan Tok Halimah iaitu anak Panglima Tok Perak sedangkan pada masa itu Panglima Tok Perak sendiri sudah tiada lagi di dunia ini. Seandainya benar beliau datang dari Chenor pada zaman Raja Bendahara Tun Koris antara tahun 1803 dan 1806 sudah tentulah beliau masih hidup lagi ketika Kampung Temau sedang giat dibuka oleh tokoh yang berempat itu tadi. 23
24 Bingkisan Sejarah Raub Panglima Tok Perak dan Tun Saban: Adakah Perkaitannya? SUMBER A mengemukakan Jagi suatu riwayat yang diperolehi daripada pihak sebelah Perak yang mengaitkan antara Panglima Tok Perak, nenek moyang penduduk Dong, Raub itu dengan seorang tokoh bangsawan ulung dalam sejarah Perak yang bernama Tun Saban atau disebut juga Tok Saban. Sejarah yang sahih di negeri Perak menyebut bahawa Tun Saban itu sebenarnya berasal dari kaum bangsawan Kerajaan Melayu Melaka dan beliau ikut serta Sultan Mahmud Shah Melaka berundur ke Kampar, Sumatera Timur setelah Kerajaan Mel aka dikalahkan oleh penjajah Portugis pada tahun 1511. 1 Nama sebenar beliau disebut sebagai Tun Saban Balik ibni Tun Perak, dan ayahanda beliau Tun Perak itu tidaklah dapat dipastikan saina ada Tun Perak Bendahara Paduka Raja Melaka yang terkenal itukah atau pun Tun Perak yang lain. Riwayat Imam Haji Ishak yang didapatinya dari Perak itu menyebut bahawa Tok Saban itu ayahandanya bernama Tok Mamat. Dari Kampar Tun Saban berhijrah ke negeri Melayu Patani di selatan Siam sebelum berpindah ke Hulu Perak dan di sini beliau menetap di suatu tempat bernama Relab Reli dan membina sebuah kubu pertahanan di suatu tempat yang sangat elok bernama Changkat Merah. Adik perempuan Tuan Saban bernama Tun Temong dihantar memerintah di suatu tempat bernama Temong dekat Kuala Kangsar sekarang. Pada masa itu Kesultanan Perak belum wujud lagi dan setiap kawasan di Perak diperintah oleh pembesar yang menjadi umpama "Raja'· di daerah mereka masing-masing. Umpamanya Maharaja Kinta yang berkuasa di kawasan Kuala Sungai Kinta hingga ke kaki Banjaran Titiwangsa dan Nakhoda Kasim yang memerintah dari Selinsing hingga ke Larut. Oleh sebab Perak belum bersultan pada masa itu semua pembesar yang berkuasa sepakat pergi menghadap Sultan Mahmud Shah Melaka yang berada di Kampar, Sumatera Timur bagi meminta seorang raja yang akan dinobatkan sebagai Sultan Perak pertama. Rombongan tersebut dikepalai oleh Tw1 Saban dan Nakhoda Kasim. Putera Sultan Mahmud Shah bernama Raja Mudzafar telah ditabalkan oleh pembesar Perak sebagai Sultan Perak pertama dengan gelaran Sultan Mudzafar Shah pada tahun 1528. I M.A.Fawzi Basri. 1986. Cempaka Sari. Sejarah Kesul!anan Segeri Perak. lpoh: Yayasan Pcrak. him. 12.
Bingkisan Sejarah Raub Ikut mengiringi Sultan Mudzafar Shah dari Kampar, Sumatera ke negeri Perak ialah Megat Terawis, kerabat atau pun bangsawan dari lstana Pagaruyung yang masyhur di Sumatera Barat tersebut. Sultan Mudzafar Shah memanggil Tun Malunud Seri Agar Diraja ibni Paduka Tuan Tun lsap Berakah yang berada di Selangor (pada masa itu dikenali sebagai "Kelang" sahaja) untuk menjadi Bendahara bagi Kerajaan Negeri Perak yang baru didirikan itu. Selang beberapa tahun kemudian Bendahara Seri Agar Diraja Tun Mahmud dipanggil kembali oleh Sultan Alauddin Riayat Shah 2 Johor-Riau untuk berkhidmat di sana dan jawatan Bendahara Perak menjadi kosong. Sultan Mudzafar Shah melantik Megat Terawis menjadi Bendahara Perak ke-2 dan ini membuatkan Tun Saban kurang senang hati kerana beliau sebagai pembesar yang terlebih dahulu berkuasa di Perak dan berjasa pula membawa Sultan Mudzafar Shah dari Kampar dahulu telah diketepikan oleh baginda. Bagaimana pun terdapat versi lain yang menyatakan bahawa punca asalnya pertentangan Tun Saban dengan Sultan Mudzafar Shah itu ialah kerana Sultan Mudzafar Shah membawa lari anak perempuan beliau bernama Tun Merah untuk dijadikan gundik baginda sewaktu Tun Saban masuk ke hutan bersama anak-anak buahnya.2 Tun Saban kemudiannya mengisytiharkan dirinya sebagai pemerintah bebas di Hulu Perak dan adiknya pula di Temong sebagai menunjukkan penentangan terhadap keputusan Sultan Mudzafar Shah itu. Perang kemudiannya meletus dan angkatan Sultan Mudzafar Shah mendapat kesukaran untuk menewaskan pihak Tun Saban yang berilmu kesaktian tinggi. Mehgikut ceritanya Tun Saban telah menebang pokok tualang yang sebesar dua-tiga pemeluk dan melancarkannya dengan menggunakan ilmu kebatinan beliau ke arah istana Sultan Mudzafar Shah dari kubu pertahanan beliau di Changkat Merah. Senjata itu umpama peluru berpandu yang ada hari ini. Sultan Mudzafar Shah menitahkan Megat Terawis pergi membunuh Tun Saban bagi menegakkan kedaulatan baginda. Apa bi la mereka bertemu Megat Terawis menembak dengan senapang istinggarnya yang berisikan peluru yang telah diperkuat dengan sihir tetapi peluru itu dapat ditangkap oleh Tun Saban dan digenggamnya. Beliau juga tahu jika peluru tersebut dilepaskan tetap akan mengenai juga tubuh beliau kerana tingginya mainan sihir Megat Terawis itu. Akhimya setelah berhari-hari atau pun berminggu-minggu barangkali peluru tersebut berada dalam genggamannya, Tun Saban pun tidak terdaya lagi lalu dilepaskan peluru itu dan peluru tersebut mengenai tubuhnya. Beliau pun meninggal dunia setelah bertempur hebat bagi menegakkan pendiriannya yang diyakini benar. 2 Ibid. . him. I 6. 25
26 Bingkisan Sejarah Raub Peperangan antara Tun Saban dengan Sultan Mudzafar Shah Perak itu terjadi pada tahun 1533 kerana pada tahun tersebutlah tercatat dalam sejarah tentang kedatangan serombongan 20 buah perahu layar dari Johor yang membantu Sultan Mudzafar Shah menentang Tun Saban yang telah dicap sebagai derhaka itu. Pihak sebelah Perak mengatakan bahawa Panglima Tok Perak yang menjadi nenek moyang kepada para penduduk Dong, Raub itu adalah adik-beradik atau pun saudara pupu kepada Tun Saban. Berkenaan dengan "saudara pupu'· yang disebutkan itu, tidaklah jelas pula maksudnya adakah sepupu. dua pupu atau pun tiga pupu. Kisah ini tergantung begitu sahaja tanpa kesimpulan. Setelah melihat Tun Saban tumpas di tangan musuhnya itu. Panglima Tok Perak berasa malu bercampur bimbang kalau diburu pula oleh hulubalang istana. Beliau berundur secara diamdiam hingga sampai ke Sungkai, belayar pula ke Kuala Pahang dan tiba di Pulau Manis, Pekan. Dari situ Tok Perak mudik lagi ke Chenor dan terus pula ke Semantan I-lulu, Raub. Nama beliau diubahnya daripada "Tok Perak" kepada "Tok Prak" sahaja untuk mengelakkan daripada dikesan oleh musuhnya. Penulis berpendapat kisah dari SUMBER A ini tidak dapat diterima sama sekali berdasarkan alasan berikut: 1. Salasilah keluarga Panglima Tok Perak dalam SUMBERA menunjukkan bahawa Panglima Tok Perak itu telah meninggal dunia sekitar tahun 1780-an pada masa pemerintahan Bendahara Tun Abdul Majid (1770-1803). Tun Saban pula meninggal dunia pada tahun 1533. Jarak masa antara kedua-dua tokoh hulubalang Melayu terbabit sudah melampaui 250 tahun. Tidak mungkin untuk kita mengatakan yang mereka berdua itu pernah bertemu atau hidup sezaman. 2. Cucu-cicit beliau di Pahang mengatakan Panglima Tok Perak itu digelar oleh keturunannya di Pahang sebagai ''Tok Prak"" sahaja sebagai penegasan beliau itu asalnya dari Minangkabau dan bukanlah anak Perak jati. Kisah yang satu lagi menyebut beliau sendiri yang menukar namanya kepada ''Tok Prak·· untuk mengelakkan daripada dikenali oleh musuhnya setelah tewasnya Tun Saban. Setelah diambilkira Panglima Tok Perak tidak mungkin hidup sezaman dengan Tun Saban, maka kisah ini tertolak juga dengan sendirinya. 3. Anak perempuan Panglima Tok Perak di Gesing yang bernama Tok Halimah (moyang kepada Imam Haji Ishak) Jahir sekitar tahun 1770-an atau pun berusia IO tahun ketika Panglima Tok Perak meninggal dunia pada tahun 1780-an. Jika betul Panglima Tok Perak itu saudara kepada Tun Saban ertinya usia beliau dalam lingkungan 270 tahun ketika Halimah lahir. Pendapat tersebut tidak dapat dipegang sama sekali.
Bingkisan Sejarah Raub Panglima Tok Perak Dan Asal Nama Kampung Dong-Raub Setelah mengemukakan riwayat yang mengaitkan Panglima Tok Perak dengan Tun Saban dari Perak. kini SUMBER A mengaitkan pula nama Panglima Tok Perak dengan peristiwa perang Pahang dengan Aceh (tidak disebutkan dalam riwayat tersebut bilakah zamannya Pahang berperang dengan Aceh ini). Mengikut ceritanya hulubalang Aceh tewas dan sebahagiannya lari ke sebelah hulu. Apabila sampai di suatu tempat yang ada sebatang sungai Panglima Perang Aceh pun mengarahkan anak-anak buahnya berehat serta mendirikan khemah di tepi sungai tersebut. Pada waktu malam mereka berkawal secara bergilir mengelilingi khemah sambil menyebut perkataan "DONG, DONG, DONG'' yang dalam bahasa Aceh bererti "BERKELILING, BERKELILING, BERKELILING''! Akhirnya sungai tempat mereka berehat di tepinya itu lekatlah namanya "SUNGAI DONG'' dan kampung yang dibuka orang kemudiannya di sekitar sungai tersebut jadilah namanya "KAMPUNG DONG". Mengikut ceritanya seorang daripada hulubalang Pahang yang ikut serta menghambat hulubalang Aceh itu ialah Panglima Tok Perak. Penulis menolak kesahihan kisah ini berdasarkan fakta sejarah yang pernah direkodkan iaitu : I. Pahang pernah berperang sebanyak dua kali dengan Aceh pada tahun 1617 dan 1635 ketika Asheh di bawah perintah Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam. Pahang kalah teruk dalam dua peperangan itu. Lebih 10,000 rakyat Pahang termasuklah Sultan Pal1ang dan kaum kerabat dekat baginda sendiri menjadi tawanan dan dibawa balik ke Aceh dalam serangan tahun 1617. 3 Bagaimana hendak dikatakan bahawa ·'hulubalang Aceh dihambat keluar oleh hulubalang Pahang'' sedangkan kenyataannya Pahanglah yang kalah teruk dalam peperangan tersebut. 2. Jika dikaji sekali lagi faktor umur dan tahun, ketika Panglima Tok Perak meninggal dunia di Gesing sekitar talrnn 1780-an dahulu beliau sudah pun berumur lebih kurang 200 tahun jika dianggap beliau terlibat dalam Perang Pahang-Aceh pada tahun 1617. Anak perempuan beliau bernama Halimah itu pula lal1ir ke dunia pada 1770-an ketika Panglima Tok Perak berunrnr lebih kurang 180 tahun. Secara rasionalnya pendapat seumpama ini tidak dapat diterima. 3 William Linehan. 1936. ··A llistor) Of Pahang··. JMBRAS. Vol XIV. Ma) 1936. 27
Bingkisan Sejarah Raub Pekan Dong seperti yang dapat dilihat hari ini. Banyak mencatal sejarah silam yang tidak diketahui ramai. Sungai Dong yang menjadi saksi kepada sejarah awal pembukaan petempatan di persekitarannya. 28
Bingkisan Sejarah Raub 3. Ketika Perang Saudara Pahang peringkat ke-2 melibatkan rakyat di Hulu Pahang pada bulan Ogos 1861. tidak ada langsung tersebut nama "Dong" yang menjadi medan pertempuran dalam peperangan tersebut, sedangkan seluruh pelusuk negeri Pahang tidak ada yang terkecuali ketika itu malahan nama Hulu Gali dan Semantan Hulu ada tercatat dalam Hikayat Pahang.4 Jika benar Dong sudah wujud pada masa itu, sudah tentulah tempat ini akan menjadi tumpuan orang dari kedua-dua belah pihak yang berperang itu untuk mencari sokongan atau pun untuk menjadi medan laga mereka kerana Dong menjadi ibarat suatu perbandaran yang penting dari segi ekonomi dan politik disebabkan penduduknya yang ramai setelah dibuka petempatan. 4. Pada tahun I 883 Dato' Gajah (Orang Besar Raja, Pulau Ta war) dikurniakan kuasa memerintah Budu kerana pemerintah asalnya iaitu Orang Kaya Setia Lela Lipis Tok Teh bin Tok Idris (Orang Besar Berlapan Pahang, Penjom) dan anaknya Tok Muda Sentol sedang ditahan di Pekan kerana "berbuat salah" kepada Sultan Ahmad.5 Wan Selat bin Orang Kaya Maharaja Setia Raja Wan Daud (Orang Kaya Haji Lipis) telah menulis surat kepada Maharaja Perba Jelai (Orang Besar Berempat Pahang) di Bukit Betong meminta Orang Kaya tersebut menasihati Sultan Ahmad supaya memulangkan kembali jajahan Budu kepada pemiliknya yang asal, dan sebahagian daripada penduduk Dong yang dipimpin oleh Tengku Abdul Samad bin Tengku Muda Khairul Alam juga ikut membantah penyerahan kuasa pemerintahan Budu itu ke tangan Dato' Gajah. Inilah pertama kalinya nama "Dong" itu tersebut dalan1 sejarah Pahang!6 Berdasarkan fakta yang dikemukakan penulis berpendapat bahawa Kampung Dong itu mula mendapat nama selepas Perang Saudara Pahang tamat pada tahun 1863 tetapi sebelum tahun 1883. Dalam erti kata lain, "tempat" yang bemama Dong itu sudah pun wujud sebelum tahun I 863, cuma "nama Dong" itu sahaja baru muncul selepas perang saudara itu berakhir. 4 Muhd Yusof Hashim & Aruna Gopinath. 1992. Hikayat Pahang dalam Tradisi Pensejarahan Pahang Darul Makmur 1800-1930. Petaling Jaya: Tempo Publishing. 5 Wiliam Linehan. op.cu. Terjemahan surat pengurniaan kuasa kepada Toi.. Gajahjuga ada disertakan. 6 Aruna Gopinath, 1993. Sejarah Pol111k Pahang 1880-1 935. Lihat juga William Linehan, op. cu. 29
30 Bingkisan Sejarah Raub Sehingga tahun 2004 dari segi politik Dewan Undangan Negeri (DUN) Dong yang kini adalah sebuah Mukim terdiri daripada 17 buah karnpung di dalarnnya iaitu : 1. Kampung Temau 2. Kampung Ajai 3. Kampung Pia 4. Kampung Durian Sebatang 5. Kampung Dong 6. Kampung Lecar 7. Kampung Pamah Kulat 8. Kampung Pamah Rawas 9. Karnpung Peruas 10. Kampung Sungai Pasu 11. Kampung Gali Hilir 12. Kampung Tok Macang 13. Kampung Hulu Gali 14. Kampung Hulu Jelu 15. Kampung Sungai Ruan 16. Karnpung Sungai Klau 17. Kampung Kuala Keloi Wakil rakyat bagi DUN Dong sehingga kini ada empat orang iaitu: I. Y.B. Dato' Kurnia Seriwa Diraja Haji Yeop Sendiri bin Haji Husin - tahun 1955 menjadi Exco Ugama Negeri Pahang - menjadi ADUN selama 4 penggal dan bersara pada tahun 197 4 2. Y.B. Dato' Tengku Haji Mustapha bin Tengku Haji Seti - dari 1974 hingga 1986 3. Y.B. Dato' Kurnia Seriwa Diraja Haji Abdul Rahman bin Haji Yeop Sendiri - menjadi ADUN selama dua penggal dan meninggal dunia pada 26 Jun 1994 4. Y.B. Dato'Shahiruddin bin Abdul Moin - dari 1994 hingga sekarang
Bingkisan Sejarah Raub Pembukaan Kampung Temau-Dong Untuk mengetahui secara tepat bilakah sebenamya Kampung Temau, Dong mula dibuka oleh orang dagang dari Sumatera memanglah agak, mustahil kerana tiada sebarang dokumen bertulis yang dapat menjadi pegangan bagi generasi hari ini berkenaan hal tersebut. Namun dengan adanya manuskrip sejarah keturunan Panglima Tok Perak dan keturunan sebahagian anak-anak Raja Rao (Rawa) yang dinamakan Riwayatut-Tammauwi (SUMBERA) itu setidak-tidaknya para pencinta sejarah tempatan dapatjuga membuat kesimpulan yang paling hampir tentang zaman pembukaan kampung Melayu terbabit. Walaupun Imam Ishak tidak pernah secara langsung atau secara tepat menyatakan tahun pembukaan Kampung Temau dalam manuskrip itu, tetapi "cara untuk membuat kira-kira" bagi mendapatkan tahunnya itu sudah pun dibayangkannya dalam susunan kata yang digunakannya dalam menyampaikan isi kandungan SUMBERA tersebut. Umpamanya dalam suatu naskhah SUMBERA yang ditulis dalam tahun 1974 beliau menyatakan: " ... maka dengan ini jika dibitung lamanya semenjak dari mula-mula membuka dan meneroka Kampung Temau itu hingga sampai kepada masa saya menuliskan ceritanya pada kertas ini maka sudab berada lamanya lebib kurang 169 taboo atau 170 tahun jika dihitung dengan tahun Hijrah ....... dan seperti demikianlah juga lamanya terbukanya Kampung Ajai .... ". Jika ditolak tahun 1974 dengan 170 tahun secara kasarnya dapatlah dikatakan bahawa Kampung Temau dan Kampung Ajai mula dibuka oleh orang Minangkabau dari Tanah Sumatera itu sekitar tahun 1804 iaitu pada masa pemerintahan Bendahara Paduka Raja Tun Koris ibni Bendahara Paduka Raja Tun Abdul Majid memerintah Pahang dari tahun 1803 hingga 1806. Orang Minangkabau yang dimaksudkan itu ialah empat orang pengasas Kampung Melayu Temau, Dong iaitu Datuk Paduka berasal dari Kampar Lima Kota, Tan Pak.eh Ali adik kandung kepada Datuk Paduka, Tan Ibrahim juga orang Kampar dan Datuk Baginda yang dikatakan orang Kualuh. Datuk Paduka berkahwin dengan Halimah binti Panglima Tok Perak di Kampung Gesing. Tan Pak.eh Ali berkahwin dengan Yang Madunah binti Panglima Jabaringin, cucu pula kepada Panglima Tok Perak. Tan Ibrahim berkahwin dengan Banun binti Daeng Bugis, juga cucu Panglima Tok Perak. Dan Datuk Baginda beristerikan Maimunah yang juga cucu kepada Panglima Tok Perak. Semuanya dikahwini oleh mereka di Kampung Gesing, Mukim Semantan Hulu sebelum dibawa berpindah membuka tanah di daerah Kampung Temau. Dalam suatu naskhah SUMBER A yang lain pula yang ditulis pada tahun 1980, Imam Ishak menggunakan pula ayat yang berikut: " .... dan Kampung Temau, Dong itu semenjak daripada masa mula-mula dibuka oleh cucu-cucu kepada Tok Perak hingga sampai di masa sekarang ini tidak kurang dari selama 170 3 1
32 Bingkisan Sejarah Raub tahun atau hampir-hampir 180 tahun lamanya ..... " Oleh sebab pemerintahan Bendahara Paduka Raja Tun Koris itu secara relatifnya amat singkat iaitu hanya selama lebih kurang 4 tahW1 sahaja ( 1803-1806) dan jika zaman pembukaan Kampung Melayu Temau dan Ajai itu dianggarkan berlaku antara tahun 1804 hingga 1810 adalah lebih sesuai dibuat kesimpulan bahawa KampW1g Temau dan Kampung Ajai itu sebenarnya mula dibuka pada awal pemerintahan Bendahara Seri Maharaja Tun Ali ibni Bendahara Paduka Raja Tun Koris kerana jangka masa pemerintahan baginda sebagai Raja Bendahara Pahang adalah amat panjang bermula dari tahun 1806 hingga baginda mangkat pada tahun 1856. Tidak dapat dinafikan bahawa pada zaman pemerintahan bagindalah ( 1820-an hingga 1840-an) para bangsawan dari tanah Sumatera terutam';111ya dari Minangkabau begitu ramai sekali berhijrah ke Pahang Hulu kerana mencari penghidupan baru setelah tanab turnpah darah mereka di Sumatera Barat jatuh ke tangan penjajah Belanda. Kedatangan mereka diterima pula dengan baik dan dengan tangan terbuka oleh pemerintahan baginda kerana pertambahan penduduk tentulah akan tambah memakmurkan lagi negeri dengan pembukaan kampung baru, meramaikan isi negeri dan seterusnya mengembangkan lagi aktiviti ekonomi dalam negeri baginda sendiri. KampW1g Temau, Kampung Ajai dan Kuala Dong yang pada awal pembukaannya antara tahun 1804 hingga 1810 dahulu masih belum dapat diteroka sepenuhnya kerana penduduknya masih kurang bolehlah dikatakan sudah meriah didiami oleh para peneroka dari Rao dan Minangkabau yang masuk ke Pahang Hulu sekitar tahun 1820-an hingga 1840-an bagi melengkapkan proses pembukaan perkampW1gan baru itu, dan mereka yang datang dari Minangkabau itu kemudiannya bertemu jodoh pula dengan sebahagian daripada perempuan-perempuan yang berpangkat cicit kepada Panglima Tok Perak yang menjadi punca teratas bagi keturunan penduduk Dong, Raub terseout. Selepas pemerintahan kerajaan Pahang berpindah daripada Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir (memerintah dari 1857-1863) ibni Bendahara Seri Maharaj a Tun Ali kepada Bendahara Sewa Raja Tun Ahmad (memerintah dari 1863-1882, dan menjadi Sultan Pahang dari 1882-1914) masih terdapat sebahagian besar orang Rao, Minangkabau dan Kampar yang masuk ke Pahang Hulu tetapi kedatangan mereka itu hanyalah menambahkan lagi jumlah penduduk di kawasan tersebut dan bukan sebagai peneroka awal kampung berkenaan. Setelah datangnya tokoh berempat dari Kampar itu barulah datang pula dua orang tokoh bernama Haji Abdullah Malim Pendita dan Tengku Ali atau Tok Shaharom ke Temau lalu membuka tanah. Berkaitan dua orang tokoh ini ada kekeliruan riwayat tentang daerah asal mereka di Sumatera. Bagi Haji Abdullah Malim Pendita, Imam Ishak menjelaskan dalam SUMBERA bahawa beliau berasal dari daerah Selayang, Sumatera tetapi kalangan anak cucu beliau menegaskan beliau adalah orang Rao Kota Raja, Sumatera Barat. Beliau dikatakan datang ke Raub
Bingkisan Sejarah Raub membawa tawanan orang Batak seramai sepuluh orang, enam lelaki dan empat perempuan. Keturunan orang Batak yang dimaksudkan itu katanya masih ada hingga kini di Kampung Kuala Gali, Dong. Haji Abdullah Malim Pendita beristerikan Intan Zubaidah binti Panglima Jabaringin, cucu kepada Panglima' Tok Perak di Gesing. Isterinya meninggal dunia ketika anak bongsunya bemama Hajah Puan berumur 13 tahun. Hajah Puan segera dikahwinkannya dengan Tuan Kadi Raub yang pertama, Haji Muhd Salim bin Haji Abdul Manan yang tinggal di Kampung Ajai. Haji Abdullah Malim Pendita kemudiannya berhijrah ke Tanjung Malim dan berkahwin dengan salah seorang perempuan batak yang dibawanya dari Sumatera dahulu. Kisahnya terhenti di sini dan tidaklah diketahui apakah beliau beroleh anak atau pun tidak dengan isteri bataknya itu dan di manakah tempat sebenamya beliau meninggal dunia. 7 Bagi Tengku Ali atau Tok Shahrom pula, Imam Ishak dalam SUMBER A mencatatkan kisah yang didapatinya daripada ayahnya, Muhammad Arif bin Tengku Tan Joleng Tujuan Saka Mas bahawa Tengku Ali itu (disebut sebagai "Tan Ali" atau "Sutan Basirun" oleh Imam Ishak) berasal dari daerah Rao Tanjung Durian seperti juga Tengku Tan Joleng Tujuan Saka Mas itu sendiri tetapi tidak ada ulasan dan penjelasan lanjut tentang hubungan kekeluargaan mereka. Tengku Ali atau Tok Shaharom itu adalah ayah kepada hulubalang besar Pahang, Datuk Gajah dan aki kepada Pahlawan Mat Kilau. Bagaimana pun riwayat pihak keluarga Datuk Gajah sendiri mengatakan bahawa Tok Shaharom itu berasal dari anak raja Kerajaan Bilah Panai di Sumatera Timur. Beliau membawa diri ke Pahang kerana masalah perebutan takhta kerajaan dengan saudaranya yang bongsu. Ada seorang lagi adiknya yang tinggal menetap di Bidor, Perak dan keturunannya pun masih ada di sana tetapi namanya tidak diketahui. Penulis berpendapat kisah keluarga Datuk Gajah ini kurang tepat dan sukar diterima setelah dibuat kajian mendalam tentang salasilah raja Kerajaan Bilah dan Panai di Sumatera Timur. Tiada anak raja yang bemama Tengku Ali atau Sutan Basirun atau Tan Ali yang tersenarai di kalangan zuriat keturunan Raja Negeri Bilah atau Negeri Panai dari penghujung abad ke-18 hingga pertengahan abad ke-19. 8 7 Diceritakan oleh Buncit@Mariam bt Mat Nurani (1909-2005), Kampung Temau kepada penulis. Haji Abdullah Malim Pendita adalah moyang kandung beliau. 8 Untuk ini penulis amat berterima kasih kepada Bapak Donald P.Tick dan Tengku Mw1sur Adil dari Belanda yang mengemukakan catatan salasilah keturunan Raja-Raja Bilah dan Panai yang lengkap kepada penulis. 33
34 Bingkisan Sejarah Raub Oleh yang demikian lebih kuat pendapat yang mengatakan bahawa Tok Shaharom itu sebenarnya adalah salah seorang dari kalangan anak raj a Rao berpandu kepada riwayat orang tua-tua di Kampung Temau, Dong dan Pulau Tawar, Jerantut.9 Disebutkan bahawa Datuk Gajah itu ayahnya ialah orang "Rawa". Imam Ishak dalam SUMBERA mencatatkan bahawa Kampung Temau itu ditinggalkan orang selama 3 tahun (1861-1863) akibat kekacauan Perang Saudara antara Bendahara Wan Mutahir dan Bendahara Wan Ahmad. Kebanyakan orang dagang yang meneroka kampung tersebut melarikan diri ke Batu Talam dan Semantan Hulu disebabkan orang Pahang yang memihak kepada Bendahara Wan Mutahir amat membenci orang Rao dan akan membunuh mereka jika berjurnpa. Ini tidaklah menghairankan kerana urnum mengetahui hampir keseluruhan orang Rao yang ada di Rau6 pada masa itu adalah penyokong kuat Bendahara Wan Ahmad. Setelah tamat perang iaitu pada tahun 1864 datanglah Datuk Imam Perang Rasu dari Pulau Tawar ke Kampung Temau membawa titah Raja Bendahara Pahang yang baru, Bendahara Sewa Raja Ahmad menyuruh membuka semula kampung yang telab ditinggalkan itu. Tokoh pihak orang dagang yang melindungkan diri ke Batu Talam dan kampung berhampiran dahulu pun kembali membuka semula Kampung Temau yang telah menjadi hutan belukar itu. Antara tokoh yang terlibat membuka semula Kampung Temau itu ialah Tengku Tan Joleng Tujuan Saka Mas, Tok Dagang, Tok Gendut dan Tok Jenal tiga beradik yang datang dari Semantan Hulu. Mereka tiga beradik ini dikatakan saudara sepupu dengan pahlawan besar Pahang, Datuk Imam Perang Rasu tetapi tidak diketahui dari pihak sebelah mana dapat dikaitkan hubungan itu. Oleh yang demikian Kampung Temau, Dong itu sudah dua kali dibuka. Kali pertama sekitar tahun 1806 oleh empat orang pengasasnya dahulu iaitu Datuk Paduka, Tan Pakeh Ali, Tan Ibrahim dan Datuk Baginda. Kali kedua pada tahun 1864 oleh Tengku Tan Joleng Tujuan Saka Mas, Tok Dagang, Tok Gendut, Tok Jenal dan tokoh lain yang tidak begitu dikenali namanya. 9 Lihat catatan Imam Ishak dalam SUMBER A dan salinan milcrofilcm Perpustakaan Negara Malaysia akhbar Berita Harian!Utusan Malaysia bermula Disember 1969 hingga Ogos 1970 berkenaan ·'Kemunculan Semula Pahlawan Mat Kilau.'·