The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sunshinefauziofficial, 2023-05-04 21:26:47

bingkisan sejarah RAUB

bingkisan sejarah RAUB

74 Bingkisan Sejarah Raub Berdasarkan faktor inilah tatkala menjejakkan kaki ke bumi Semenanjung mereka pun berpecah membawa haluan masing-masing. Ada yang memilih untuk menetap di Selangor, ada yang ke Perak dan Kedah dan ramai pula yang berhijrah ke Hulu Pahang. Diyakini telah pun ada orang Rao yang berhijrah ke Pahang pada akhir abad ke-18 tetapi pada zaman Bendahara Seri Maharaja Tun Ali (berkuasa dari 1806-1856) dan zaman almarhum Bendahara/Sultan Ahmad Shah ibni Bendahara Seri Maharaj a Tun Ali (memerintah dari 1863-1914) orang Minangkabau, Rao dan Kampar semakin berduyun-duyun masuk ke Hulu Pahang terutamanya ke daerah Raub. 16 Ada antaranya bukanJah orang Rao tetapi berasal dari daerah lain di Pulau Sumatera seperti Talu, Batu Bara, Rokan, Jambi, Bilah, Palembang, dan Kerinci. Disebabkan daerah Raub dari sejak awal lagi begitu ramai dihuni oleh orang Rao sehingga dikenali sebagai "lubuk orang Rao di Pahang" maka secara tak langsung kelompok orang Sumatera yang lain itu pun disebut orang Rao juga. Pilihan orang Rao untuk berkampung halaman di Raub amat tepat sekaJi kerana majoriti masyarakat Melayu yang sedia wujud di situ berasal dari Minangkabau juga iaitu dari keturunan Panglima Tok Perak yang tiba di situ Jebih kurang 100 tahun terdahulu. Tanah di Hulu Pahang yang sangat subur itu sangat Juas dan belum terusik pada waktu itu. Pemerintah Pahang pada zaman itu pula bersikap terbuka dan sentiasa menerima kedatangan saudara serumpun dari tanah seberang . Mereka yang datang dari seberang itu pula kebanyakannya bukanJah orang sembarangan tetapi anak raja dan kaum bangsawan bergelar di tanah kelahiran mereka. Akibat penjajahan Belanda mereka dengan rendah hati sangggup pula menghambakan diri kepada pemerintah Pahang. 16 Im Jclas dapat diliha1 berpandukan teromba keturunan keluarga penulis dan catatan manuskrip Riwayatut Tammauw, oleh Imam Haji Ishak bin Muhd Arif.


Ringkasan Salasilah Yang DiPertuan Tanjung Alai, Rao Mapattunggul, Sumatera Barat* (Pl!ll!MPUAN) Tl!NGKU KINT AM G SUTAN S!GlNTAfl ALAM O FAKEH KHALIFAH SAKA MAS • Nrkahw1n di audu, Upb ct... ph,dah M Temar.t, Dong 11.lT NUltANI IUNcrT** 19ff-2005 HAIIIUH H.AJI AIDUL ltAU, H.AJI NORAWI BUU.IMAN BAGINDA MERAH MAS YAN~ DIPl!.RTUAN MUDA TANJUNO ALAI, ltAO + TliNGKU UMUNO LAUT O IUTAN l!MIAK LAUT SILINOkAJI ALAM TaNOKU TAN JOL!NO TUJUAN SAKA ••• · berkahwln • Tem.au, Dong MUHAMMAD AltlP IMAM IIHAK 110t-1112 IIAJA PIRMAINAN Q DATUK MJA NANDA HAJJ AIDUL KADI~ ABDUL JAIAR NANTIAN IAKA LUNOGAH TOPIN AJSHAH MUHAH IMAM WAHi S.amant.lift """' MaaAH All IUTAN A8DULU.H es UTAN MAI '•t"lllbuka Kampung lolok, Lancang Temer1oh IIUII PIUNO YAMAH YANG PAHJANO WOK AMINAH IYID A8DUUAH Dalwkktla Pahlawan 1...._1NJ Diambil daripada manuslaip Riwayatut Tammauwi. Gelaran "Merah" diambil dari bahasa Aceh bereni ''Raja Kecil". •• Mariam@Buncit adalah cicit kepada Tengku Kintam@Fakeh Khalifah Saka Mas, penduduk tenua di Temau, Dong clan paling banyak meriwayatkan kisah sejarah di Temau itu kepada penulis. 75


Bingkisan Sejarah Raub 76 Allahyarhamah Mariam @ Buncit binti Mat Nurani (1909-2005), cicit kepada Tengku Kintam Fakeh Khalifah Saka Mas bin Tengku Limbang Laut yang berasal dari Rao Tanjung Durian, Sumatera Barat. Beliau paling banyak menceritakan sejarah lama Kampung Temau, Dong kepada penulis. Berdarah raja tetapi telah "kehilangan" gelar Tengku atau Raja selama 3 generasi. Sebahagian kaum kerabat mereka ini bertebaran di Kampung Bolok, Lancang, Temerloh.


Bingkisan Sejarah Raub Pembukaan Kampung Durian Sebatang (Dong) Apabila dibincangkan berkenaan sejarah Kampung Durian Sebatang, Dong tidak dapat dielak.kan daripada menyentuh nama seorang tokoh pembesar sekaligus pahlawan terbilang di Hulu Pahang yang berdarah keturunan Raja Rao di Padang Nunang dan Pagaruyung iaitu Tengku Abdul Samad bin Tengku Muda Khairul Alam. Mengikut sejarah lisan yang diperturunkan di kalangan keluarga dan keturunan beliau yang berkembang di Dong hingga ke hari ini, dikatakan bahawa Tengku Muda Khairul Alam bin Tengku Badrul Alam yang dilantik sebagai Raja Muda Padang Nunang, Rao telah berhijrah ke Semenanjung Tanah Melayu pada tahun 1773 serentak dengan peristiwa penobatan Raja Melewar sebagai Yang Dipertuan Seri Menanti pertarna pada tahun yang sama. Raja Melewar yang telah ditunjuk oleh Daulat Yang Dipertuan Raja Alam Pagaruyung, Raja Muning Alam Shah bertegak gelar Yang Dipertuan Patah Sultan Abdul Jalil Johan Berdaulat (Raja Alam Pagaruyung 1739-1780) untuk menjadi raja di Seri Menanti telah dikhianati oleh Raja Khatib yang tiba terlebih dahulu di sana dan membohongi orang besarbesar tempatan kononnya beliaulah yang telah diangkat oleh Yang Dipertuan di Pagaruyung menjadi Yang Dipertuan Seri Menanti pertama. Setelah keberangkatan rombongan yang menghantar Raja Melewar ke Seri Menanti dari Istana Pagaruyung di Minangkabau, Daulat Yang Dipertuan Sultan Abdul Jalil masih berasa kurang senang kalau-kalau rombongan Raja Malewar tersebut ditimpa sesuatu sepanjang perjalanan ataupun apabila tiba di Semenanjung Tanah Melayu. Baginda pun segera memanggil Tengku Muda Khairul Alam dari Padang Nunang, Rao Mapattunggul dan dititahkan agar segera menyusul rombongan Raja Melewar untuk memberikan bantuan bagi menghadapi sebarang kemungkinan. Berangkatlah pula Tengku Muda Khairul Alam dengan diiringi sejumlah 40 orang pahlawan hulubalang pilihan dari Negeri Rao Mapattunggul. Setibanya Tengku Mu~a Khairul Alam di Seri Menanti pertempuran antara pihak Raja Melewar dan Raja Khatib telah pun selesai. Raja Melewar dinobatkan sebagai Yang Dipertuan Seri Menanti pertarna pada tahun 1773 sehinggalah baginda mangkat pada tahun 1795. Tidak lama kemudian berlaku pergaduhan antara Pahang dengan Perak. Kemungkinan besar kerana menghadapi kesulitan "Sultan Pahang" ( disebut namanya sebagai Sultan Ahmad ?) meminta bantuan peperangan kepada Yang Dipertuan Raja Melewar di Seri Menanti. Oleh yang demikian, baginda pun menitahkan Tengku Muda Khairul Alam berserta hulubalang dari Rao pergi membantu Pahang sehingga akhirnya angkatan Pahang beroleh kemenangan. Sebagai membalas jasa "Sultan Pahang" mengurniakan tanah daerah Raub kepada Tengku Muda Khairul Alam untuk diteroka dan dibuat kampung halaman. 77


-..J 00 Nama Tengku Abdul Samad diabadika


an pada sebatangjalan di bandar Raub.


Bingkisan Sejarah Raub Tengku Muda Khairul Alam dititahkan oleh Yang Dipertuan Raja Malewar supaya tetap tinggal di Seri Menanti tetapi beliau menolak setelah melihat untung nasibnya mengikut kaedah ilmu kebatinan beliau sendiri (beli~u melambung tombak kebesaran yang dibawanya dari Rao itu ke udara dan menahan badannya sendiri di bawah supaya mata tombak itu jatuh di atasnya. Malangnya tangkai tombak tersebut patah apab~la jatuh dan ini mungkin menjadi suatu petanda alamat yang kurang baik bagi kehidupannya di Seri Menanti). Berpunca dari peristiwa itulah Tengku Muda Khairul Alam meneruskan langkahnya ke Pahang Hulu diiringi sebahagian daripada para panglima dan kaum kerabatnya yang ikut bersama sejak dari Rao. Akhirnya mereka tiba di Kampung Gesing dalam Mukim Semantan Hulu, Raub. Di sini beliau bertemu jodoh dengan seorang perempuan bemama Che Jaliha binti Lebai Diman seorangjanda beranak dua yang ada kaitan keluarga dengan Datuk Keli Orang Besar Sega. 17 17 Cerita ini didapati daripada pelbagai sumber termasuk riwayat Haji Shahrnan bin Shahyal dan manuskrip Pagaruyung Riwayatmu oleh Tengku Haji Puji Tengku Abdul Hamid, Kampung Durian Sebatang, Dong. Cerita mengenai "perseteruan" antara Pahang dan Perak serta pemberian tanah daerah Raub kepada Tengku Muda Khairul Alam didapati daripada ucapan Tuanku Sutan Muhd Taufiq Thaib pada 16 Julai 2003 dan diulang sekali lagi semasa lawatannya pada 19 dan 20 Julai 2006 lalu. Bagaimanapun, penulis berpendapat kisah berkenaan punca kedatangan Tengku Muda Khairul Alam itu dari Padang Nunang ke Pahang perlu dikaji semula kerana dalam rekod sejarah Pahang mahupun Perak tidak pemah tercatat wujudnya perbalahan antara dua negeri ini sejak 1770-an. Begitu juga dengan gelaran ·'Sultan Ahmad Pahang" yang meminta bantuan ke Seri Menanti itu, umum mengetahui yang Pahang diperintah oleh Raja Bendahara sejak abad ke-17 sehingga akhir abad ke-19 apabila Bendahara Sewa Raja Tun Ahmad dilantik oleh Orang Besar-Besar Pahang menjadi Sultan Pahang pertama pada tahun 1882 di Pulau Tawar. Jadi, siapakah "Sultan Ahmad Pahang'' yang dimaksudkan itu? Tiada juga sebarang rekod bertulis mahupun surat-menyurat dari pemerintah Pahang yang membul..-tikan pemberian tanah daerah Raub kepada Tengku Muda Khairul Alam. FaJ..-tor usia juga perlu diambil kira kerana putera tunggal kepada Tengku Muda Khairul Alam itu di Pahang, Tengku Abdul Samad direkodkan telah meninggal dunia diDurian Sebatang, Dong pada bulan September tahun 1924 dan disebutkan umumya lebih kurang 85 tahun. Ertinya beliau itu dilahirkan sekitar tahun 1839 Masehi. Jarak masa antara tahun kedatangan Tengku Muda Khairul AJam pada tahun 1773 itu dengan tahun kelahiran puteranya pada 1839 itu terlalu jauh dan mendatangkan keraguan terhadap kebenarannya. Kalaulah diandaikan bahawa Tengku Muda Khairul Alam itu berusia sekitar 25 tahun pada tahun 1773, ertinya umur beliau sudah mencecah 91 tahun ketika kelahiran puteranya Tengku Abdul Samad pada tahun 1839 itul Penulis lebih yakin untuk mengandaikan yang Tengku Muda Khairul AJarn itu sebenarnya tiba di daerah Raub sekitar tahun 1830-an bersarna kelompok anak-anak Raja Rao yang lainnya bersabit dari peristiwa huru-hara Perang Paderi menentang penjajah Belanda di Minangkabau kerana itulah faJ..'ta sejarah yang tercatat. Mungkin ada kesilapan pemaharnan dalarn penyarnpaian riwayat sejarah Tengku Muda Khairul Alam ini, atau pun mungkinkah ada faJ..-ui-faJ..'ta lain yang tidak diketahui oleh penulis atau pun sejarawan terdahulu sehingga memungkinkan timbulnya cerita baru. 79


80 Bingkisan Sejarah Raub Dari perkahwinan tersebut, Jebih kurang pada tahun 1839 Masehi lahirlah putera tunggal beliau di Pahang iaitu Tengku Abdul Samad dan dua orang saudara tiri kepada Tengku Abdul Samad itu ialah Tuan Qadhi Haji Muhammad Salim bin Haji Abdul Manan al-Rao dan Hajah Fatimah binti Haji Abdul Manan al-Rao (berkongsi satu ibu tetapi berlainan bapa). Walaupun tiada riwayat yang pemah diperolehi dari orang tua-tua yang ditemui di sekitar Dong namun diyakini Tengku Muda Khairul Alam meninggal dunia ketika Tengku Abdul Samad belum mencapai usia dewasa. Ketika meletusnya Perang Saudara Pahang pada tahun 1857 Tengku Muda Khairul Alam sudah tiada mengikut telahan peribadi penulis berdasarkan maklurnat lisan yang diperolehi secara tidak langsung. Tengku Abdul Samad dilahirkan di Kampung Gesing dan di situlah ayahandanya menetap dan berkahwin dengan ibunya Che Jaleha, dan makarn ayahandanya Tengku Muda Khairul Alam pun dikatakan ada di Kampung Raja, Gesing juga. Sebaliknya riwayat orang tua-tua tiba-tiba pula menyebut bahawa "Tengku Abdul Samad itu turun dari Kampung Ajai" sebelum bergerak meneroka Kampung Durian Sebatang, Dong. Disebutkan juga bahawa Tengku Abdul Samad ketika berada di Kampung Ajai tinggal di suatu kawasan bemama Sungai Puteri bersama kakak tirinya Hajah Fatimah, manakala abang tiri beliau Haji Muhammad Salim itu pula tinggal di Kampung Temau kerana isterinya yang bernama Hajah Puan binti Haji Abdullah Malim Pendita itu orang Temau. 18 Berdasarkan riwayat lisan inilah penulis membuat kesimpulan bahawa Tengku Muda Khairul Alam itu telah meninggal dunia ketika anaknya Tengku Abdul Samad itu masih kecil. Kemudian beliau dipelihara oleh kakak tirinya yang berlainan bapa itu iaitu Hajah Fatimah dan dibawa menetap di Kampung Ajai hingga dewasa. Apabila dikaji lebih mendalam lagi Tengku Abdul San1ad disebut-sebut sebagai tokoh pemimpin masyarakat Rao di Dong dan Raub sepanjang Perang Saudara Pahang (1857-1863) dan ketika Pahang melibatkan diri dalam Perang Selangor dari bulan Ogos 1872 hingga November 1873. Ini tidaklah menghairankan kerana masyarakat Rao yang tinggal di Dong dan Raub itu dahulunya tahu akan susur galur raja mereka. Oleh sebab ayahandanya itu dahulu adalah Raja Muda Padang Nunang sudah tentulah para anak raja Rao yang Jainnya di Dong dan Raub itu sepakat untuk melantik beliau menjadi pemimpin mereka. 18 Diceritakan ~leh_ Haji Shahman bin Shahyal, bekas Tok Empat Durian Sebatang, yang diperolehiya daripada Tengku Kudm b1~ Ten~u Abdul Samad sebelum beliau meninggal dunia pada tahun 1940-an. Terdapat kesilapan catatan oleh A Tahb HaJ1 Ahmad dalam buku Sejarah Datuk Bahaman, Orang Kaya Semantan: Pustaka Bahagia, Kuala Lumpur. 1959 yan_g menyebu_t ayah Tengku Abdul Samad itu sebagai Tcngku Panglima Raja Long. Sebcnamya ialah Tcngku Muda Khrurul Alam bm Tengku Badrul Alam dari Padang Nunang. Rao.


Bingkisan Sejarah Raub Bersandarkan kepada fakta tersebut penulis yakin bahawa Tengku Muda Khairul Alam telah meninggal dunia sewaktu Tengku Abdul Samad masih kecil lalu dipelihara oleh kakak tirinya Hajah Fatimah di Kampung Ajai sehingga dewasa. Jika Tengku Muda Khairul Alam itu masih hidup ketika berlakunya Perang Saudara Pahang dan Perang Selangor tentulah Tengku Abdul Samad tidak akan dilantik menjadi pemimpin masyarakat Dong disebabkan ayahandanya sendiri yang lebih Iayak dan berhak untuk menduduki tempat tersebut masih lagi hidup. Sekitar tahun 1864 Kampung Ajai bertambah ramai diduduki oleh anak cucu Panglima Tok Perak yang telah bersemenda dengan pihak Rao. Perang Saudara Pahang telah setahun berlalu dan Tengku Abdul Samad yang ketika itu berusia 25 tahun ditemani oleh saudara-maranya yang sebaya bergerak meninggalkan Kampung Ajai kerana mencari tanah baru untuk dibuat kampung sebagai petempatan baru. 19 Beliau hilir ke sebelah Lipis dan tiba ke daerah Padang Tengku yang ada hari ini. Menurut ceritanya dalam meninjau-ninjau mencari tempat yang elok untuk dibuat kampung itu, jika ada masa lapang sempat lagi beliau sesama temannya pergi ke kampung berhampiran untuk bermain bola dengan anak muda tempatan di situ. Jika ditanya orang ke manakah si polan si polan itu hendak pergi, dijawab oranglah ,"hendak ke sana ke tempat padang Tengku Samad bermain bola!," dan Iama-kelamaan oleh sebab tempat itu masih belum bemama lekatlah digelar orang "Padang Tengku" dan kekallah nama itu hingga ke hari ini.20 Dari situ Tengku Samad bergerak lagi dan tiba di kawasan Kampung Tersang (bukan Felda Tersang) yang ada hari ini dan hatinya sangat berkenan melihatkan keadaan tanah pamah di situ. Beliau dan sahabat handainya pun mula membersihkan hutan rimba di kawasan itu dan apabila hari sudah lewat petang mereka pun berhentilah. Pada malarnnya Tengku* Samad pun bermimpilah didatangi oleh penghulu bangsajin di tempat itu yang menggelarkan dirinya Raja Hitam. Raja Hitam tidak membenarkan beliau membuat kampung di situ kerana katanya tidak sesuai dan Tengku Samad disuruh mudik lagi ke hulu dan Raja Hitam itu akan menunjukkan kawasannya yang sesuai. Keesokannya Tengku Samad mudik ke hulu dipandu oleh Raja Hitam itu dan tiba di suatu kawasan dalam Kampung Dong hari ini. 19 Diceritakan oleh Haji Shahman bin Shahyal, Kampung Jeram Bangkin, Dong. 20 Diceritakan oleh Haji Shahman bin Shahyal. Lihatjuga dalam Zakaria Hitam, 1991. Asal-Usu/ Nama Tempat BerseJarah Negeri Pahang Darul Makmur (Bhgn 2). Pekan: Lembaga Muzium Negeri Pahang, him. 87-88. 81


82 Bingkisan Sejarah Raub Raja Hitam pun menyuruh mereka berhenti kerana di situlah kawasan yang baik sekali untuk mereka membuka kampung. Setelah Raja llitam ghaib Tengku Samad dengan rombongannya naik ke tebing dan mula membersihkan kawasan itu. Mereka terjumpa sebatang pokok durian yang sangat besar jauh melampaui daripada pokok durian biasa dan tumbuhnya pula hanya sebatang sahaja (berdasarkan cerita pokok itu sebesar dua kali ganda saiz lori balak?). Oleh yang dernikian sepakatlah Tengku Abdul Samad dan sahabatnya untuk menamakan tempat tersebut "Durian Sebatang," dan kekallah kampung tersebut hingga ke hari ini menjadi pusaka anakcucu serta keluarga mereka. Sehingga tahun 2006 ini Kampung Durian Sebatang sudah menjangkau usia 140 tahun. Seterusnya dibuka pula Kampung Dong, Sungai Jahit, Kuala Gali dan Lecar serta kampung lain yang berhampiran dengannya sebagai perkembangan daripada pembukaan Kampung Durian Sebatang. Suatu riwayat lain menyatakan asal nama Dong itu berpunca daripada terjumpanya seekor ular tedung yang sangat besar oleh peneroka yang datang dari Kampung Ajai ketika mereka sedang membersihkan hutan rimba di kawasan itu. Jadi tepatlah kalau dikatakan Kampung Dong mula mendapat namanya selepas Perang Saudara Pahang berakhir pada tahun 1863 dan sebelum itu nama "Dong" itu belum wujud. Yang menjadi pemimpin di Kampung Durian Sebatang itu ialah Tengku Abdul Samad sendiri. Kampung Dong yang menjadi semakin besar dan meriah diiktiraf sebagai sebuah Mukim iaitu Mukim Dong. Jika berdasarkan usia pembukaannya Kampung Temau yang lebih tua tetapi Temau tidak pula dijadikan sebagai mukim. Anak Sungai Lipis yang merentasi dari Kampung Ajai ke Kampung Dong itu pun dinamakan Sungai Dong dan kekal hingga ke hari ini. Setelah penduduk Kampung Durian Sebatang bertambah ramai salah seorang tokoh yang lebih dihormati dari segi ilmunya, usianya dan kedudukannya dalam masyarakat kecil di kampung itu dilantik sebagai ketua. Antara ketua kampung yang dilantik sejak abad ke-19 di Durian Sebatang itu ialah: 1. 2. 3. 4. Haji Muhammad Harun bin Jo Pogang al-Rao - lahir di Kampung Ajai - belum digelar Tok Empat secara rasmi Abdullah Omar (Bilal Bing) bin Haji Yusof - dari Kampung Temau - belum bergelar Tok Empat secara rasmi Tok Empat Gik bin Khatib Ismail - Tok Empat pertama mendapat tauliah secara rasmi daripada Sultan Pahang - adik kepada Tok Empat Haji Rausi bin Khatib Ismail di Kampung Ajai - bersara pada tahun 1954 dan meninggal dunia pada tahun 1964 Tok Empat Haji Shahman bin Shahyal


Bingkisan Sejarah Raub - memangku tugas Tok Empat Gik yang uzur kerana lanjut usia (1954-1957) - menjadi Tok Empat ( 195 7-1973) 5. Tok Empat Shahlasun bin Shahyal - dari 1973-1996 6. Tok Empat Jamal bin Husin - dari 1996 hingga sekarang (2006) 83


84 Bingkisan Sejarah Raub Kampung Ajai, Dong. Peninggalan para bangsawan dan pahlawan dari Rao yang terpaksa meninggalkan tanah kelahiran mereka akibat penentangan hebat mereka terhadap penjajah Belanda. Dibuka secara besar-besaran sekitar 1830-an. Kampung Durian Sebatang, Dong. "Anak" kepada Kampuog Ajai. Pusaka peninggalan Raja Abdul Samad bin Raja K.hairul Alam dan kaum keluarganya dari Rao dan Pagaruyung yang mulai dibuka st;kitar 1865.


Bingkisan Sejarah Raub HAJI SHAHMAN BIN SHAHYAL (1917-2006) Bekas Ketua Kampung Durian Sebatang, Dong 1957-1973. Antara titisan keturunan Khatib Abdullah, Jo Pogang al-Rao dan Datuk Kaya Ibrahim Lipis yang berkembang di Dong. Beliaujuga adalah cicit saudara kepada Tengku Abdul Samad dan sempat bertemu dengan tokoh tersebut. 85


86 Ringkasan Salasilah Keturunan Tengku Abdul Samad dari Padang Nunang, Rao* • Tl!NOKU TIALAM ffNGKU UMIIAK TENCKU llATlAH Tl!NCKU NAJI DAUD + Wan Sabun bt OKH Wan Daud .. .. .. .. z iii z D z 0 0 " " C: C: " C: z .. ,. .. 0 !: C: z .. z ! .. ~ z SUL TAN SAIRUL ALAM Tl!NOKU aAOllUL ALAM RA.IA MUDA PADANG NUNANO Tl!NGKU KHAIRU L A\.AII II.AJA MUDA PADANG NUNANO TINGKU ABDUL SAMAD P•nghulu Gall 1, Raub 1131""1124 TENC:KU ~MPOK e TIJAN + R•J• Imp.ti bin Raja Abdllllah ~ = .. ,. .. ,. iii .. l: • .. z z ,. z T~NOKU KUDIN Penghuh.1 Gall 2, llaub .. .. ,. .. z z 0 0 " " C: C: ,. ,. II .. • .. C: C ,.. ,.. ~ z ; ; ; Ringkasan salasilah keturunan Teogku Abdul Samad bin Tengku Muda Khairul Alam dari Padang Nunang, Rao Mapattuoggul, Sumatera Barat. Keturunan beliau dilantik meojadi Penghulu Mukim Gali dan Mukim Batu Talaro, Raub dengan gelar Dato' Setia Lela Pahang iaitu salah seorang daripada Orang Besar Berlapan Pahang. Keturunanoya berkembaog terutamanya di Kampung Durian Sebatang, Dong dan Kampung Pintu Padang, Hulu Gali.


Ringkasan salasilah Tengku Abdul Samad dan penduduk Dong dari jalur sebelah Sega, Raub* TOK DA TOK AYA CHE JAl.2HA • HI Abdul Man.an - 1 + T1M19ku Khalrut Alam - t •• HA.If MAHMUD MUHD IAHllll DATOK KAYA IBRABIM Orang 8n ar Llpls 1171M rTAM MAS PAHANG • Tok Kl.lli• • l·K•l• nt.nl TOKAKI AMIHAH + Le.ba1 Dlman DATUK KAYA CH!.NDAK DATUK KAYA auau DATUK QYA HASAH UTI HAJA.Jt NAUMAN IITI + - - -··--- 1" KHADIJAH TO.A.SOUL 8AMAo•• •Ta lllatJah HJ ANWAR + T•nskw Um.bak . 2 TOK WI" TO UTIA.H + Tg AtH&.aama.d TO IM .. OK It.AJA MAZHAH TO HJ PUJI TOH.I MUSTAPHA Diambil daripada buku salasilah keturunan Dato' Kaya Ibrahim yang diperolehi daripada Cikgu Abdul Rahim bin Zakaria, Kampung Sega, Raub hasil tulisan Penghulu Muhd Dahan bin Imam Teh, Sega pada tahun 1955. 87


Bingkisan Sejarah Raub 88 YM RAJA KUDIN BIN RAJA ABDULSAMAD (Dato' Setia Lela Pahang, Peoghulu Mukim Gali ke-2 dari 1924-1942) YM RAJA IMPEH BIN RAJA ABDULLAH Kerabat diraja Riau dan menantu kepada Tengku Abdul Samad di Durian Sebatang, Don·g. Beliau meneroka lombong emas secara besar-besaran di Sempam, Raub bermula sekitar tahun 1884. Meninggal dunia pada bulan September 1924 dan dikebumikan di Durian Sebatang. Gambar: Arkib Negara Malaysia


Bingkisan Sejarah Raub Kampung Gali Kampung Gali dibuka oleh orang dagang dari Minangkabau dan Rao juga dianggarkan sekitar tahun 1830-an walaupun tiada riwayat yang kuat berkenaan hal ini. Bukti mengenai kewujudan Kampung Gali itu terkandung dalam surat pemberitahuan mengenai cukai hasil tahunan yang diutuskan oleh Wan Long ibni Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir kepada Orang Besar Gali yang bemama "Mandara Lubok Setia Raja" atau digelar "Tok Lubok" sahaja dan "Penghulu Balang Alam" bertarikh 17 Jamadilawal 1276 Hijrah bersamaan 30 Disember 1859 Masehi. Ini membuktikan Kampung Gali sudah pun wujud sebelum peristiwa Perang Saudara Pahang (1857-1863). Nama Kampung Gali itu dipercayai berpunca daripada perkataan "kali" bererti "sungai" mengikut loghat percakapan orang seberang. Dalam Hikayat Pahang yang asal bertulisan Melayu Jawi ditulis sebagai "Hulu Kali" dan bukannya "Hulu Gali" seperti yang ada hari ini. Namun demikian dengan peredaran masa dan perubahan loghat yang bercampur-baur dengan loghat tempatan akhirnya "Kali" berubah menjadi "Gali" dan kekallah nama itu hingga sekarang. Bagaimanapun pendapat ini masih memerlukan kajian lanjut. Ada pula kisah yang mencatatkan bahawa asal nama Kampung Gali itu berpunca daripada perbuatan penduduknya menggali lubang untuk dibuat kubu pertahanan ketika Perang Saudara peringkat kedua meletus pada tahun 1861 dan melibatkan penduduk sebelah Hulu Pahang dahulu. Pendapat ini dirasakan tidak kuat kerana surat bertarikh tahun 1859 Masehi itu dengan jelas membuktikan Kampung Gali sudah pun wujud lebih awal daripada tahun 1861. Dan Karnpung Gali kini dibahagikan kepada tiga buah kampung yang berasingan iaitu Gali Hilir, Gali Tengah dan Hulu Gali menjadi sebuah mukim yang besar dalam daerah Raub pada masa ini. Antara pahlawan dan tokoh penting yang dapat dikesan di Hulu Gali ialah Panglima Tegu yang dikatakan berasal dari Talu, salah sebuah negeri di Minangkabau seperti juga Rao, Pariaman dan lain-lainnya. Beliau salah seorang daripada hulubalang Minangkabau yang memiliak kepada Bendahara Tun Ahmad dalam Perang Saudara Pahang (1857-1863) di samping TengkuAlim, TengkuAbdul Samad, Sutan Garang dan Buyung Si Juneh. Semuanya ini adalah tokoh-tokoh pahlawan Rao yang terkenal handal dan gagah berani. 89


90 Bingkisan Sejarah Raub Surat dari Wan Long ibni Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir kepada Orang Besar Gali, Raub bertarikh 17 JamadilAwal 1276 Hijrah bersamaan 30 Disember 1859 Masehi. 1 7ceiu.U 1276 ~"" ~ ld4d, ~ ~ hpte« '4lit '?44U# ~ fl«bd. depdJ.. ~ c'ewcdte ~ ~ &wte,f' 2'wu ~ ~ ~ ,4~ Std/4# '11ttdc111111telt S'4,,f' 4ftt4. ""9"" ~ ~ ~ iJ,,t ~ 8'ed4"'"4 Se,rt ~14 ~ r,v.da, """"""'- Si!IU '1'""""'4 &"""4 ~ ~'P~ ~ ~ Std/4# ~ ?lt4'""'" tet-~ S'4R- '-'""'"'" ~ ~ uu hpes"4 Setl4 ie4143 ~ '4Jt ul4' UUM4- ~ 1'lc# ~0#9' ~ ~ ""'14h"411 ~' &11cc'te'4"4 Se,u ~14 U4# ~ ~ @d- ~ ~ ~ &""'' 2'wu &"""4 ~ 1lt4'4 ~ ~. ~ ~ """"'' ,,..,,,, l#U#4"9"' ,u '4«,J, ~ ~ -tM9- ~ ~-tallu,, ~ U'a. ,4'4:ud ~'-'" 44# ~ U'te# 1'4. 1Nd4 Ull44"41. ~ IIUUt4-11UUt4 7°' ~ 11ti.c119'4'4" ~ ,,._,. pe,e1119te11 ~ .,t"'"' Setl4 ie414 ~ •e-,"-"t "4# 41'4-fC/,4 ,,..,,,, ~ ~ ~ ~ ,u "4ttu#. dtd '4tlA44t, IIUM4, ~ ~ Uf, 'l'M9' tut4 •e.,lhlt 44# ~ ~ "'4114~ 'l'M9' ~ {tl4, #lddu,'411 ~"'"'' ~ &""'' 2'wu &91#44 ~ '1ltd4. ~ 44# 4"""' hpes"4 ~' &«cc'111'4"4 Si!IU ~fe, "4# 44/J. hp111« ~ 1'lc# .,t""9 ur/4 ""'"" ""14, ~ 1#4114,""#14,#4 'l'M9' Ull4dlit 1¥4 """"""· Sr,4'4tlte• """ '""4"4,f' ~ ~ Setl4 2..j4 lt4 ;u,94'411 4{14-4{14 •••••• ... hpte"4 t/4lrll4/I, ~ ~ kddcr,111, /ut#Jltt hpes,1111 tl,a/rl/4p ~ ~ '444. ~ 4/'41"4 det111p,u hpes"4 "'"-"'4 ~ h.#"4"41. ~ ~ &""'' 2'wu ~ 1Jtd4. '1t«tl4 4411 1"4(44 444, ~ ,,.,,,. 111e111la«1e tad, """' ~ 4ftt4. c'e.9te11 111u,,'4«44 t,euu(«, ~ '"""' l#Me,u,#4 "'4lt, (,((,1., lfld4u,'4,, '"""""' ~ ~ Setl4 2..j4 ~" h/,tt4lilll'f4 "'4lt, ~. 44411,C, ~ """ ~ 4f'4-fC/,4 '4t d.test.'4 '-'4"41-~ .,t"'"' Setl4 ~fe- 6 "'""P"~" hpes"4 7°' 1lt«"4. 7et' "4# ~ ~ d«p4ff4 lold U'te# ~ ""'"" 7°' '1t«"4. 7d "" •"4/4'4t "4# ~ hptt"4 ~;14 'Ped4. 444,-i,a. See/4 444'4,f' ""9"" e4f,, ~ ~ ,u 41M 44'4ff uu, 4441f'4, ~ """ '"""""'' ~ ~ Setl4 2..j4 "" ~ ~ ""'"" Pe.9""'4 &t.,,, ,,,teec-~ ~ "4# """4 fe"9"" 4dtdt-'4/J "'""'99"""'•· ""'~ """'Pe"9'-k &'4"9 ,4'411,,6 i4"9"" uhdt-'4& ""'""99""4" 1e,,,,,,,ct'4'4e lad. ,u 41M ln4e'4t.. 4det""'-'4""'""' 111e11t1U11U1'411 ta4A. ~ "4# ~ ~ ~ &""'' 2'wu &9'4M'4 ~ ~ ~. ~thc.td e1c'et1f'4 ... I William Linehan, A History Of Pahang him. 208-210. Beliau menyatakan bahawa surat asaJ tulisan jawi yang menjadi rujukannya diperolehi daripada simpanan peribadi Tok Raja Jelai Wan Muhammad bin Tok Raja Jelai Wan Idris (1827-1919) di Bukit Betoug. 2 Sultan Mahmud Muzaffar Shah-Sultan Pahang-Riau-Lingga (memerintah dari 1841-18S3) dimakzulkan penjajah Belanda I 857 Masehi. 3 Ornnj! Minangkabau yang diangkat menjadi pemimpin masyarakat Minangkabau di daerah Gali Raub itu, tetap1 malangnya tidak dapat dikesan siapakah kelUJunan beliau sehingga kini. ' 4 Tok Muda Teh bin T~k. Idris adalah m~nantu kepada Dato' Kaya Selia Lela Hasan bin Dato' Kaya Seaa Leta B_usu. Orang ~ L1p1S. Scielah. Dato Kaya Hasan meninggal dunia pada tahun 1863 Tok Muda Teh pun dilanblc menggantdcan mertuanya 1tu sebaga1 Orang Beser Lipis kerana Dato' Kaya H~ tiada anak lclali Tok Muda Teb meninggal dunia sekitar tahun 1882 atau 1883 Masehi. S Wan J?aud, ~g Kaya Maharaj~ ~a Raja Lipis atau lebih terkenal sebagai "Orang Kaya Haji" dikumiakan lcawasan pem~ntahan ~· Lembah _Sung~, L1i:,15 oleh Bendahara Sewa Raja Tun Ahmad pada 30 Disember 1863 Masehi dlll menmggal dun1a dal~ us1a lanJul akibat ditembak dengan peluru emas pada tahun 1889 Masebi. 6 Tidak,, dapat. d1past1!can . adakah "Penghulu Balang Alam" adaJah orang yang sama dennn "11 k Paoglima Alam yang tmggal d1 sekitar Dong dahulu. KelUJunannya juga belum dapat dipastilcan pada masa 'fnL 0


Bingkisan Sejarah Raub Penglibatan orang Rao ketika Perang Saudara Pahang 1857-1863 Ketika Perang Saudara Pahang peringkat pertama meletus pada bulan November 1857 pihak Rao di daerah Raub belum melibatkan diri kerana pertikaian yang terjadi di kalangan anak Raja Bendahara Pahang itu adalah masalah pihak pemerintah dan tidak melibatkan kepentingan suku Rao mahupun masyarakat di Hulu Pahang seluruhnya. Pertempuran berakhir pada bulan Februari 1858 dengan berundurnya Tun Ahmad dan Dato' Bahaman ke Paka, Terengganu.21 Namun yang demikian pendirian mereka terpaksa diubah menjelang tahun 1861 apabila Dato' Bahaman datang ke Hulu Pahang mencari sokongan Orang Besar-Besar sebelah hulu termasuklah orang dagang yang di daerah Raub supaya memberikan sokongan kepada Tun Ahmad ibni Bendahara Tun Ali yang ketika itu masih berada di Terengganu atas alasannya tersendiri. Pada bulan Ogos 1861 Wan Daud bin Wan Pahang seorang tokoh bangsawan dan juga pendekar besar yang terkenal namanya di Hulu Pahang pada zaman mudanya telah mengumpulkan 400 hulubalang Rao yang dibawanya dari Raub dan sebahagian lagi dari Selangor untuk menguatkan pasukan Tun Ahmad bagi menentang kekandanya Bendahara Tun Mutahir ibni Bendahara Tun Ali. Wan Daud bin Wan Pahang hendak membalas kematian saudara sepupunya, Panglima Perang Kiri Wan Embong bin Tok Raja Wan Idris yang dibunuh oleh hulubalang Bendahara Tun Mutahir setelah difitnah hendak menderhaka di Bukit Betong. 22 Sebahagian besar hulubalang Rao yang dibawa oleh Wan Daud dari Raub itu bertali kerabat antara satu sama lain dan yang menjadi kepala perang angkatan tersebut ialah Khatib Rasu (Dato' Gajah) bin Tok Shaharom. Inilah permulaan penglibatan secara rasrni orang Rao di Dong dan Raub dalam perbalahan antara Bendahara Tun Mutahir dan Bendahara Tun Ahmad. 21 Aruna Gopinath, 1993, op. ct/. hlm.38 22 William Linehan, op.cit .. him. 72. Bagaimana pun ada yang berpendapat kematian Panglima Perang Kiri Wan Embong ini ada kaitan dengan propaganda atau siasah halus Bendahara Tun Ahmad demi untuk memecah-belahkan antara pihak Bendahara Tun Mutahir dengan keluarga Orang Kaya lndera Maharaja Perba Jelai yang menjadi tulang belakang kek'Uatan perang negeri Pahang. 91


92 Bingkisan Sejarah Raub Sebahagian tokoh hulubalang Rao yang turut serta dalam angkatan perang tersebut ialah: 1. Panglima Tegu. - Berasal dari Tatu, sebuah daerah di Minangkabau. Salah seorang cucu beliau ialah Hajah Maznah binti Shahabudin, isteri YM Datuk Tengku Haji Mustapha bin Tengku Haji Seti, ADUN Dong I 974-I 986 di Kampung Pintu Padang, Raub. 2. Sutan Bangkahulu 3. Sutan Tengahari 4. Panglima Raja Haji Daud dan Pagaruyung. - Digelar juga Raja Ahmad atau Panglima Ahmad. Membawa diri dari Pagaruyung dengan adiknya Raja Bayu kerana huru-hara peperangan menentang penjajah Belanda. 5. Panglima Jo Pogang 6. Panglima Haji Muhammad Salleh Lentor dari Kampung Ajai. - Disebut sebagai "Tok Lentor" iaitu Orang Gagah Dari Rao. 7. Fakeh Garang dari Budu, Lipis. - Ayah kepada Panglima Garang Abdul Samad, Penghulu Mukim Budu pertama dari 1890-1912. Isterinya keturunan Datuk Baginda Demu dari Perak. Bertali kerabat dengan Tengku Kintam Fakeh Khalifah Saka Mas di Kampung Temau, Dong. Riwayat Imam Haji Ishak dalam Riwayatut- Tammauwi. 8. Rajo Pasak atau Imam Perang Padang Matinggi dari Kampung Tulang Padang, Budu. - Berasal dari Rao Padang Matinggi. Digelar "Rajo Pasak" ertinya pasak atau tunggak kekuatan Rao dalam Perang Paderi 1821-183 7. 9. Panglima Alam. - Sehingga kini dapat dikesan dua tokoh yang bergelar Panglima Alam dari Rao. Seorang tinggal di Budu dan isterinya bernama Tok Puan, anak-anaknya ialah Maliah, Mat Jusoh, Juling dan Mat Sam. Seorang lagi Panglima Alam tinggal di Kuala Gali, Dong dan isterinya bernama Rahmah. Antara keturunannya ialah Tok Empat Mansor bin Shahpari, bekas Tok Empat Kampung Kuala Gali, Dong. 10. Haji Muhammad Baki dari Kampung Teman, Dong. - Berasal dari Rao Kota Raja. Menjadi Penghulu Temau, Dong ke-3 selepas Tan Pakeh Ali dan Tan Ibrahim orang Kampar, Sumatera. Menjadi Penghulu Temau semasa Perang Saudara Pahang ( 1857-1863). Riwayat Imam Haji Ishak dalam Riwayatut-Tammauwi. 11. Imam Perang Haji Yusuf bin Tan Ibrahim dari Kampung Teman, Dong. - Penghulu Temau, Dong ke-4 atau Penghulu Dong I berdasarkan sistem penjajah Inggeris selepas lnggeris masuk ke Pahang pada Oktober I 888. Terkenal handal dan gagah, pemah ditembak oleh orang Kelantan yang cuba membunuhnya tetapi peluru itu tak tut. Riwayat cucunya Haji Muham!J1ad bin Haji Muhd Sidek, Kg. Sungai Jahit, Dong.


Bingkisan Sejarah Raub Wan Daud terpaksa mengerah angkatan perang dari pihak Rao dan orang dagang yang ada di daerah Raub itu disebabkan ketika itu Orang Besar-Besar Pahang, kecuali Maharaja Perba Jelai Wan Idris dan kerabatnya, masih tetap berdiri teguh di belakang Bendahara Tun Mutahir dan mereka yang menentang Raja Bendahara Pahang itu di peringkat awalnya tentulah akan dicap sebagai penderhaka dan pemberontak. Oleh yang demikian sukar bagi pihak Wan Daud untuk mencari pahlawan perang dari kalangan rakyat Pahang sendiri untuk berjuang di samping qeliau. Sebahagian kaum kerabat pemerintah dan pembesar tradisi Pahang tidak begitu menyukai orang Rao atas sebab-sebab yang tersendiri23• Sikap yang sedemikian dapat dilihat dengan jelas pada kata-kata Wan Long ibni Bendahara Tun Mutahir pada tahun 1862 yang memarahi pembesar sebelah hilir di atas kekalahan teruk yang dialaminya dalam beberapa pertempuran sebelurn itu. Wan Long berkata: " ... kita orang Pahang semuanya betina! Kalau 'tidaklah kita menumpang jantan orang Teluk Belanga nescaya habislah perempuan Pahang dibini dek orang Rawa! Lagi pulak sekarang pembesar-pembesar Pahang tak boleh dipercayai. Pergilah sediakan beras dan peluru buat bekalan orang Teluk Belanga. Itulah kerja awak semua!"24 Kata-kata pedas dan sangat menghiris hati seumpama itu diucapkan oleh Wan Long kepada Orang Kaya Indera Pahlawan Chenor, Tok Kaya Husin hinggakan merah hitam muka Orang Besar Pahang tersebut menahankan panas hatinya. Barangkali dari kerana sikap kurang baik dan bahasa kasar yang ditunjukkan oleh anak Bendahara Tun Mutahir itulah akhirnya seorang demi seorang pembesar lama Pahang berubah hati menyokong pihak Tun Ahmad pula hinggalah kemudiannya Bendahara Tun Mutahir dan kaurn keluarganya tersingkir dari bumi dan takhta Pahang pada tahun berikutnya. Bendahara Tun Mutahir mangkat pada tahun 1863 dalam usia 50 tahun, demikian juga anakandanya Wan Long dan jasad kedua-dua beranak itu disemadikan di Bukit Puteri, Johor Bahru. Orang "Teluk Belanga" yang dibanggakan oleh Wan Long itu maksudnya ialah orang Johor bercampur dengan hulubalang Bugis yang didatangkan oleh Temenggung Abu Bakar bin Temenggung Daeng Ibrahim kerana beliau adalah menantu kepada Bendahara Tun Mutahir. 23 Contoh nyata bagi kes ini ialah Datuk Kaya Hasan di Penjom, Lipis yWlg meninggal dunia pada tahun 1863. Lihat Norazit Selat, 1996. Pahang Du/11 Dan Sekarang. Kuala Lumpur: PersatuWl Muzium Malaysia, him. 53. 24 Muhd YusofHashim dWl Aruna Gopinath, op.cit., him. 74-75. 93


94 Bingkisan Sejarah Raub Orang Bugis sejak dahulu lagi diakui sebagai suatu bangsa dari rumpun Melayu yang sangat handal berperang dan beramuk baik di darat mahu pun di laut. Banyak negeri yang diserangnya tewas dan kerajaan yang besar dan hebat jatuh angkara mereka. Sebagai contoh Kerajaan Pagaruyung di Sumatera Barat jatuh ke tangan penjajah Belanda pada tahun 1660 setelah penjajah Belanda meminta bantuan perajurit upahan dari bangsa Bugis yang dikepalai oleh Aru Palakka anak Raja Sopeng.25 Pemerintahan Kesultanan Pahang-Johor-Riau pula bertukar tangan kepada pihak Daeng lirna bersaudara yang terkenal itu bermula tahun 1722 setelah mereka berjaya menewaskan angkatan Raja Kecil Siak yang sebenarnya adalah putera kepada Sultan Mahmud Mangkat Dijulang dengan gundiknya bemama Encik Pong.26 Sehingga kini Sultan Pahang, Johor dan Selangor serta kaum kerabat mereka adalah titisan keturunan anak Raja Bugis yang berasal dari negeri Luwuk tersebut yang bersemenda dengan pihak Raja Melayu di Riau yang asal (keturunan Raja Johor/ Melaka yang asal sebelum kedatangan Bugis). Maka harumlah nama kepahlawanan bangsa Bugis disebut orang kerana kehandalannya dalam peperangan, dan kerana itu jugalah pihak Bendahara Tun Mutahir berasa sangat yak.in akan beroleh kemenangan dengan pertolongan pahlawan Bugis yang datang dari Teluk Belanga tersebut. Malangnya sudah ditakdirkan yang takhta Pahang akan bertukar tangan juga akhirnya daripada Bendahara Tun Mutahir kepada adindanya, Tun Ahmad. Tercipta suatu lembaran baru dalam sejarah tanah air apabila angkatan Pahang yang bergabung dengan orang Rao dan kelompok lain orang dagang dari Sumatera itu berjaya menewaskan angkatan pihak Bendahara Tun Mutahir yang pada akhimya rata-rata hanya terdiri daripada hulubalang yang didatangkan dari Teluk Belanga itulah sahaja di samping segelintir sahaja hulubalang Pahang yang masih setia kepada pemerintah lama Pahang itu. Setelah berakhir Perang Saudara Pahang pada bulan Jun 1863 dan Tun Ahmad dilantik menjadi Raja Bendahara Pahang yang baru dengan gelarnya "Bendahara Sewa Raja Tun Ahmad," maka Bendahara Tun Ahmad sangat berterima kasih dan menghargai segala bantuan serta sokongan yang dicurahkan oleh orang Rao dan orang dagang lainnya di daerah Raub itu. 25 Raja ~Ii H~ji. 1973. Salasdah Melayu dan Bugis, Kuala Lumpur: Pustaka Antara .. him. 9. 26 Zakana Hnam, op. cir .. (Bhgn 2) him. 36. Bugis yang menabalkan Raja Sulaiman sebagai Sultan Johor-Riau pada 4 Oktober 1722 dan Daeng Marewah menjadi Yam Tuan Muda penama. Lihat juga Raja Ali al-Haji. op. cit .. him 81.


Bingkisan Sejarah Raub Penghargaan baginda itu tertera dalam surat kepada Orang Besar-Besar Raub pada tahun 1863 itu juga berkenaan kejadian rompakan yang berleluasa t~rhadap para peniaga terutamanya peniaga Cina di Hulu Pahang. Orang Rao di daerah Raub kembali ke kampung dan meneruskan kehidupan masing-masing seperti biasa dan ada pula yang berhijrah ke daerah lain di Pahang kerana beroleh isteri di sana. Sebahagian orang Rao yang dibawa masuk ke Pahang dari Selangor oleh Wan Daud ketika peperangan dahulu diberi kebebasan sama ada hendak terus membuka kampung halaman baru di Hulu Pahang atau pun hendak pulang semula ke Selangor. Terpahat dalam lipatan sejarah negeri Pahang hingga kini bahawa dua orang daripada tokoh hulubalang besar dan sekaligus juga sebagai pembesar Pahang yang pemah wujud dan masyhur namanya sebenarnya adalah berasal daripada kaurn bangsawan dan anak raja dagang dari Sumatera juga dari pihak sebelah ayahanda mereka masing-masing. Tokoh yang dimaksudkan itu ialah Imam Perang Rasu Indera Gajah Pahang (Dato' Gajah), Orang Besar Raja di Pulau Tawar. Ayahnya bemama Tengku Ali atau digelar Tok Shaharom itu dikatakan berasal dari Rao. Seorang tokoh lagi ialah Orang Kaya Setia Perkasa Pahlawan Semantan Dato' Bahaman. Ayahnya bernama Tuanku Imam Noh pemuka agama (seperti juga Tuanku Imam Bonjol) berasal dari Bangkinang, Kampar Kanan, Sumatera Timur.27 27 Riwayat Imam Ishak dalam Riwayatut-Tammauw, berkenaan asal-usul ayah Datuk Gajah. Bagi salasilah keturunan Datuk Bahaman Pahlawan Semantan lihat Norazit Selat. op. c,t., him. 1-3. 95


96 Bingkisan Sejarah Raub Isi surat Bendahara Sewa Raja Tun Ahmad ibni Bendahara Seri Maharaja Tun Ali kepada Orang Besar-Besar Raub pad a tahun 1863. 1 .. SaUa z,, ~ Zi«4 ~ ~ Z>at6' 'El~ Se«<a- ~ta P~ fe#-~'4" upaaa 7M ..trd<d Seaa 'iea.ta "'4M- ~aa ~«1«14ta119-Ata-, "'4M- Suta.1t, ?J4119'4~-, 44#. 'iea.ta ~. "'4M-~. "'4.#. Suta.1t, SatuH. "'4M- flal«#. "'4M- S«t4# 7~. 44#. Pdd 7~ P~. "'4M- 7~ ~a.µ 1/t<da••a<i ~-i. "'4M- ~ ~. ~ 7M fou,t5. Wt S«t4# ~;Wd4 ~ P~. "'4M- P~ ~ 4"d 7d ~ ~. r1<u,, 1"'4M 'Peuut9 p~ 7~. r1<u,, 7d ~ ~. "4# 'JHUUH- p~ Ptdd. ~ ~ '2leta. i/4 w,ata'4" ~ 4e'4U4" ~ ?Je444-g'e441r, '2leta. IHd4 ~ Z'eta. uu &a.kt r,k4, 'iea.ja-'i/i:a.fe 'iea«t rl<u,, de'4Ua1t- ~ g'e444-g'e444 'iea«t <Ufit4 ~ w~ ~ 4Na. 4epa'4t ~ ~ t>uuu; '2leda4-'2leda4 p~ ~ eU fl-eb:u . ..t'{IIA, 44IU 'Ni«~ Wu~ u ~ P~. ~ ~ tita•"'- P~ w ~ ~ Attak. "'"4 aapatta, P~ w. ~ ~ k,,,j«at /,qza4. (,f,u. kit. ~ ~ ~ ap.al44, /z~alf. 4qza'4t taa«, Z'eta. ~ 444, ~ eU ~ul.«, ~ uu 444, i'4 ~ ~ ~ ~ ~ 7 ~ tz-. ~ •«af,'4(,t(pi, upaaa 4e'4ua" Z'atcJ ·-z,atc, · ~- ~ ~ ~ ?Je14 ~ ~ ~ a,.td p~ c:Ht ~ ~~ ~ ,u,ita, fPd4. INUt4"99«#9 t.da. ~ ~ ~-~ ~ ......... flaaata, 9~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ eU "4t4## p~ uu 4Na. ~ atj«at kit ....... ~ ~ ~ ~ (,f,u. ~ 4a~, ~ ~ ~ k,,,j«at kit at~ P~ uu ~ ~ ~9aa" at "4ta. P~ uu ta.taA. &,ta. ~ ~ ~. IHda apakta &,ta. t.ak ~ ~ ~ ~ ~ ~944"""f4, ~ ~ ~ "'44~" ~ 4d4{.(a" t>uuu; '2leda4-Z'e444 ?Jaa.. HUW4 ad4/,aA. '2leta. w flaaata~ 4,e'"'4 a'eta. ~ '14-119 ~ ~"4 ~"'14ta, t:>uuu; '2le4aii-is'UM '2leta. eU 'iea«t ~ ~ ~ ~ ~"4. (,f,u. I'-- ~ ~-~ ~ ~;14-'i/i:a,ja ~1 ~ '2leta. 4daJ ~ ~ 'i/i:a,ja ~ ~ ~ ~ ~- "»td.et. ~ ~ ~ ~ 4e'4"411 Z'au '-Z'au' ~ 'iea.fe,- ~ 'iea.ta ~ "'44:,, ~ '2leta. uu watta~ waktta4t flaaa~ ?Jaa. ~ ~ '14"9 ~~~a~. S«ak tz-, UMta f4#"4 ~ 6.i"'l4ta, "4,a, Ii hdu ~ ~ ~ aaa"'l4 ". 2 3 4 s 6 ., William Linehan, A Hislory Of Pahang him. 210-211 dokumen 4. Salah scorang anak raja dari Minangkabau yang pemah bcrjuang di pibak Tun Ahmad kctika Perang Saudara Pahang 1857-18631':lasch1 dan kemud1annya mall d1bunuh olch hulubalang Pahang di Kuala Kubu. Selangor pada bu Ian November 1873 \1asch1. B:liau berkahwin dengan Tok Rasia.h bl Tok. Bagin<la,. salah s_corang .daripada tokoh bercmpat pembuka Kampung ,:cmau'. Don~ pa<la U!hun 1806 Masch1. Kemudiannya behau pcrg1 ke TanJung Malim. Selangor kemna khnbamya bcliau udak disuka1 oleh orang--0rang Pahang. Beliau adalah Pengh~lu Temau, Dong ke 3 mcnggantikan Tan Ibrahim. Ada pendapat mengatakan beliau berasal dari daerab Rao Kota RaJa, Sumatera Barat manakala pcndapat lain mengatakan dari daerah Sclayang. Rokan, Sumatera Timur 1:oUati Pcnghulu Si:mantan (llulu). lsterinya bemama Tok lnah. cicit kepada Panglima Tok Perak pcngasas Kampung Gesing <lan Scngkcla, Raub Scorang ~pad~ qrang Gagah _yan~ terlibat da!am Perang Paderi di Minnngkabau (1821-1837) di pihak Rao dan d1kenah . d1 ~ana sebaga1 RaJa Pasak enmya pasak atau tunggak kekuatan Rao. Berasal dari daerah Rao Patlan~ Matmgg1. Sctcl~ . Ian ke Pahang beliau menctap di Kampung Tulang Padang. Budu, L1p1s Seorang danpada kct~runan bcha_u 1alah Tok Empat Shukor bin Basir, Kampung Pamab Kulat, Hulu Dong, Raub . Pcrkataan mi dengan Jela.\ men~nJuk~a.n b3!1awa scmemangnya daerah Raub itu dahulunya begitu ramai didiami oleh anak raJa dan Suma_t7ra yang n~clankan din dan kampung halaman mere~ atas sebab politik, tcrutamanya akibat pcnjajahan ~el~n,~a:. Ram_a1 .. p~la dan ~!ru;igan m.~rcka m~uk31rkan nama dtraJa mereka kepada nama hiasa sahaja umpamanya 1.laJi , ~hau~ , Panghma .' ·Fa~eh d~ lam-lamnya atas dasar merendahkan diri kerana sudah berada di bawah w1layah pcmcnntahan yang lam dan ncgen asal mcreka.


Salasilah Ringkas Keturunan Raja Pasak. Di Pahang beliau digelar "Imam Perang Padang Matinggi" kerana berasal dari daerah Rao Padang Matinggi. Beliau salah seorang daripada pahlawan Rao yang terlibat dalam Perang Paderi yang telah menyerbu masuk ke Tanah Batak Mandailing di Tapanuli Selatan. Dipanggil Raja Pasak ketika di Rao yang bererti pasak atau tunggak kekuatan angkatan Rao dalam perang yang panjang dan hebat tersebut. Setelah lari ke Pahang beliau tinggal di Kampung Tulang Padang, Budu. * TOK l'llATOK SAliBAH RAJO PASAK (IMAM PERANG PADANG MATINGGI) HA.IAH AMINAH -tfada anak BILAL BIDI" + Tok Bl • tlada anak TOKBI ' + BIiai Bldl IMAM DIN SHAMSIAH BASIR + Sltl Ha)ar bt Hajl Mukim Man MOHDSHUKOR Tok Empat Kamp11n9 l'amah Kulat, Hulu Dong BAYUMIN + E11dlk Betlah bt Muklm Mat tntan IBMHIM +Wan Mah bt WanD• MUKIM ABDULLAH KHATIB ISMAIL CIKGU AHMAD TOK llATI!R MINI ZAINUOOIN • Salasilah ini diperolehi dari Basir bin Bayumin di Kampung Pamah Kulat, Hulu Dong. Beliau mengatakan keluarganya pemah menyimpan salasilah keturunan yang dibawa dari Rao dahulu tetapi telah dibakar untuk mengelakkan dari diketahui oleh pihak penjajah. 97


98 Bingkisan Sejarah Raub ,., SULTAN AHMAD AL-MUADZAM SHAH IBNI BENDAHARA SERI MAHARAJA TUN ALI (1836-1914) Bendahara Sewa Raja Pahang, 1863- 1882 Sultan Pahang Moden I, 1882-1914 Di pihak bagindaJah para pahlawan Rao di daerah Raub berjuang menentang kekandanya Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir sehingga beroleh kemenangan pada tahun 1863.


Bingkisan Sejarah Raub Serangan Balas Wan Abdul Rahman (Wan Aman) ibni Bendahara Tun Mutahir Kerajaan Pahang di bawah pemerintahan Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir telah ditewaskan pada tahun 1863. Anak sulung Bendahara Tun Mutahir yang masih hidup bernama Wan Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Wan Aman serta dua orang lagi adiknya Wan Da dan Wan Abdullah telah melindungkan diri ke Selangor. Pada tahun 1866 Wan Aman telah mengumpulkan sebuah angkatan perang yang dikepalai oleh hulubalang besar pihak beliau semenjak dari Pahang <lulu lagi iaitu Imam Perang Mat Akil yang diakui sangat handal dan gagah perkasa dalam ilmu kepahlawanan dan angkatan perang itu telah berjaya menyerbu masuk ke Hulu Triang.28 Pertempuran selama sebulan itu tidak dicampuri oleh pihak Hulu Pahang tetapi cuma dipertahankan oleh Orang Kaya Indera Segara Temerloh, Orang Kaya Indera PahJawan Chenor Tok i:uit dan Tuk Tunggal Bukit Segumpal dikepalai pula oleh hulubalang besar mereka Imam Perang Kadam dan Panglima Kakap Husin. Peperangan singkat itu berakhir dengan tewasnya angkatan Wan Aman dan mereka pun berundur semula ke Selangor. Pada tahun 1868 Wan Da pula memimpin angkatan menyerang Pahang yang kali ini dikepalai oleh Imam Perang Mat Aris, Imam Perang Mat Akil, Sayid Abdul Rahman dan Tuan Kecut yang telah masuk sampai ke Sega, Raub. 29 Bermula pada kali inilah segelintir daripada pihak Rao yang tinggal di permukiman Gali telah melakukan kesilapan apabila mereka ikut serta dalam angkatan perang Wan Aman akibat termakan pujukan. Pihak Wan Aman dan Wan Da telah berjanji kepada mereka sekiranya mereka dapat kembali berkuasa di Pahang dengan bantuan orang Rao tersebut maka hak melombong bijih emas yang banyak di sekitar daerah Raub pada masa itu akan diberikan kepada orang Rao. Tindakan sebahagian pihak Rao di daerah Raub itu kelak akan menerbitkan perasaan benci dan marah orang Pahang terhadap masyarakat Rao seluruhnya termasuklah mereka yang tidak terlibat sekali pun. Antara tokoh Rao yang menyokong pihak Wan Aman ialah Sutan Tengahari, Sutan Bangkahulu dan Mandara Lubuk Setia Raja Orang Besar Gali. Dari pihak kerajaan Pahang pula didatangkanlah para hulubalang dan pembesar utamanya seperti Imam Perang Rasu bin Tok Shaharom dari Pulau Tawar, Tok Kaya Setia Lela Lipis Tok Teh bin Tok Idris dari Penjom, Tok Keli bin Tok Muhammad Orang Besar Sega itu sendiri, Tuan Haji Muhammad Nor bin Haji Abdul Hamid orang kepercayaan Bendahara Tun Ahmad sendiri dari Pekan, Tok Mamat dari Budu serta Panglima Perang Wan Muhammad bin Tok Raja Wan Idris dari Bukit Betong, Lipis. 28 William Linehan, op. cit .. him. 92 29 Ibid .. 99


100 Bingkisan Sejarah Raub Pertempuran berlangsung tidak sampai sebulan dan pihak Wan Da tewas lalu berundur sekali lagi ke Selangor bersama pemimpin pihak Rao yang kini telah mendapat nama buruk dan dibenci orang Pahang iaitu Sutan Tengahari dan Sutan Bangkahulu. Mandara Lubuk Setia Raja diampunkan oleh Bendahara Tun Ahmad tetapi tiga orang ketua di bawah beliau dijatuhkan hukuman bunuh. Sutan Tengahari sebenarnya beristerikan Tok Rasiah binti Datuk Baginda, cicit kepada Panglima Tok Perak yang telah membuka Kampung Sengkela dan Gesing sekitar abad ke-18 dahulu. Datuk baginda itu salah seorang daripada tokoh berempat pengasas Kanipung Melayu Temau, Dong sekitar tahun 1806 dahulu. Selepas membawa diri dari Pahang, Sutan Tengahari berdiam diri di Tanjung Malim dan kemungkinan besar qi sanajugalah beliau meninggal dunia.30 Setelah tewas dalam perjuangan buat kali yang kedua di Pahang, Wan Aman dan adiknya Wan Da melibatkan diri pula dalam sengketa antara pihak Raja Abdullah ibni Raja Jaafar, kerabat diraja Riau yang sedang berseteru dengan Raja Mahadi ibni Raja Sulaiman, kerabat diraja Selangor di Kelang. Pada mulanya Wan Aman menyokong pihak Raja Abdullah tetapi kemudiannya berlaku pula pertelagahan antara mereka menyebabkan Wan Aman menyeberang pula ke sebelah pihak Raja Mahadi. Sebagai membalas jasa Wan Aman tersebut, Raja Mahadi membantu menyiapkan sebuah angkatan perang untuk Wan Aman menyerang Pahang buat kali yang ke-3 pada tahun 1870. Kepala perang mereka ialah Sayid Abdul Rahman, Imam Perang Mat Aris, Encik Embok dan Tuan Kecut. Selain daripada itu terdapat pula seribu orang hulubalang Rao dari Selangor dan sebahagian lagi dari pihak Pahang di bawah Sutan Bangkahulu dan Sutan Tengahari dahulu. Pada tahun 1870 itu jugalah menyaksikan kebangkitan semula sebilangan daripada para hulubalang Rao yang telah sekian laman berkampung halaman di sekitar Dong dan Raub tersebut membantu pihak kerajaan Pahang mempertahankan negeri daripada serangan musuh. Antara yang diketahui terlibat sama ialah Jo Pogang al-Rao berserta anaknya Panglima Sutan31 dan Panglima Haji Muhd Salleh Lentor al-Rao dari Kampung Ajai, Imam Perang Haji Yusof bin Tan Ibrahim dari Kampung Temau, Tengku Abdul Samad bin Tengku Muda Khairul Alam dari Durian Sebatang, Panglima Tegu dari Hulu Gali dan Tok Muda Uteh dari Gali. 30 Imam Haji Ishak bin Muhammad Arif, op. cit. 31 Bcrkenaan toko~ yang ~ama P~g)ima Sutan ini lihat catatan dalam Muhd Yusof Hashim dan Arona Gopinath, op. cit.,hlm. 98. Behau memnggal duma pada tahun 1913 di KampungAjai dan keturunannya berkembang di KampungAjai Kuala Gali dan Gali Hilir.


Bingkisan Sejarah Raub Dari pasukan Pahang pula turunlah Imam Perang Rasu Indera Gajah Pahang, Tok Kaya Setia Lela Teh dan anaknya Tok Muda Sentol dari Penjom, Panglima Perang Wan Muhammad dari Bukit Betong, Haji Muhammad Nor dan Dato' Bahaman Orang Kaya Semantan. Peperangan berlaku selama sembilan bulan di Gali, Raub dan sepanjang tempoh tersebut bolehlah dikatakan bahawa pihak Rao di daerah Raub yang setia kepada Raja Bendahara Pahang, Tun Ahmad beradu kesaktian dan ilmu kepahlawanan dengan saudara mereka sendiri iaitu pihak Rao y;µig datang dari Selangor tersebut. Satu riwayat menyebut bahawa pihak Rao dan orang Selangor di bawah pimpinan Wan Aman dan Wan Da berkubu di atas sebuah bukit di kawasan Kampung Gali Hilir (tapaknya ialah di kawasan Sekolah Rendah Gali yang ada hari ini) dan mereka menaikkan bendera kebesaran pasukan mereka dengan bertiangkan buluh.32 Pasukan hulubalang Rao dari pihak Dong di bawah pimpinan Tengku Abdul Samad berkubu pula di Durian Sebatang yang jaraknya dari Gali Hilir lebih kurang dua batu. Tengku Abdul Samad menembak tali pengikat bendera pasukan dari Selangor di Gali Hilir lalu putus, dan apabila dinaikkan lagi bendera mereka ditembak oleh Tengku Abdul Samad peri hendak menunjukkan ketinggian ilmu para hulubalang pihak Pahang tersebut. Setelah bertempur selarna sembilan bulan hulubalang dari Selangor yang dibawa oleh Wan Aman berundur kerana kalah untuk kali yang ke-3 dan terakhir. Dato· Bahaman menutup jalan di Bentong menu ju ke Selangor menyebabkan Wan Aman terpaksa mengangkat isyarat tanda menyerah sebelum dihantar kembali ke sempadan Selangor dengan selamat oleh Orang Kaya Semantan terse but kerana mengenangkan Wan Aman itu sebenarnya bukanlah orang asing tetapi anak saudara kepada Bendahara Sewa Raja Tun Ahmad yang bertakhta ketika itu. Sesudah itu Wan Aman dan Wan Da tidak berupaya lagi untuk menyerang Pahang. Orang Rao di daerah Raub terutamanya di Dong sekali lagi membuktikan taat setia mereka kepada pemerintah Pahang dalam membantu menegakkan kedaulatannya di samping Orang Besar-Besar Pahang yang lainnya sebagaimana yang pernah mereka sumbangkan sewaktu peristiwa perang saudara dari tahun 1857 hingga 1863 dahulu. Dengan bukti nyata yang terpahat dalam lipatan sejarah negeri Pahang tersebut tidaklah dapat disangkal lagi bahawa masyarakat Rao telah memainkan peranan yang besar secara langsung dalam menegakkan pemerintahan dan kedaulatan negeri Pahang dengan menyumbangkan tenaga dan nyawa sebagai suatu bentuk kebaktian yang mulia ~ehingga dapat menjadikan Pahang sebuah negeri yang makmur dan sentosa sehingga kepada generasi pewaris Kerajaan Pahang yang bertakhta di atas singgahsana seperti yang ada hari ini. 32 Diceritakan oleh Haji Shahrnan bin Shahyal. Kampung Jeram Bangkin, Dong. Beliau adalah cicit kepada Panglima Jo Pogang al-Rao dan cicit saudara kepada Tengku Abdul Samad yang terlibat dalam peperangan tersebut. IOI


0 N Di tapak seko\ah inilah orang dari Selangor pimpinan Wan Aman


dan Wan Da berkubu untuk menentang kumpulan panglima Pahang.


Bingkisan Sejarah Raub Selepas peristiwa Perang Wan Aman di Gali tahun 1870 nama Tengku Abdul Samad semakin harum dan disebut sebagai tokoh pahlawan yang handal di Hulu Pahang. Pada suatu ketika beliau telah dipanggil menghadap Bendahara Sewa Raja Tun Ahmad di Istana Pekan untuk diuji keberanian dan kehandalannya.33 Apabila tiba di Pekan Tengku Abdul Samad naik ke darat melalui jambatan Kuala Sungai Parit yang berhubung dengan istana dan di situ telah sedia menanti seramai 8 bulubalang pilihan Bendahara Tun Ahmad yang telah diarahkan baginda melontarkan tombak bertubitubi ke arah beliau. Dengan izin Allah tujuh batang tombak berjaya dielakkannya tetapi setelah tiba kepada tombak yang kelapan beliau baru teringat akan kerambitnya di dalam ikatan kain sampingnya lalu ditangkisnya tombak terakhir tersebut dengan kerambitnya hingga patah dua batang tombak hulubalang raja itu tadi. Hulubalang raja pun membawa beliau menghadap Bendahara Tun Ahmad dan menceritakan segala hal yang terjadi. Bendahara Tun Ahmad pun berkata kepada sekalian yang hadir bahawa Tengku Abdul ..Samad itu adalah Pahlawan Tanah Hulu dan janganlah dibuat sembarangan terhadap beliau serta beberapa lagi puji-pujian baginda terhadapnya. Tidak dapat dipastikan secara tepat bilakah terjadinya peristiwa ini tetapi sekitar tahun 1870-an tidak lama selepas berakhimya Perang Wan Aman. Setelang pulang dari Pekan Tengku Abdul Samad dan saudara-maranya membuat parit di Kampung Durian Sebatang untuk mengairi kawasan sawah padi. Parit itu menganjur sepanjang 1 Yi batu dari belakang rumah allahyarham Tengku Abdul Ghani bin Sultan Abdullah yang ada hari ini di Sungai Pasu hinggalah sampai ke Durian Sebatang dengan mengampang air dari Sungai Gali (anak Sungai Dong). Oleh sebab kerja menggali parit itu adalah suatu pekerjaan yang sangat berat dan sukar dalam keadaan serba ketiadaan peralatan dan kelengkapan maka diperlukanlah orang yang gagah dan sihat tubuh badannya untuk melakukan pekerjaan itu. Ada sepuluh orang tokoh yang ikut bersama Tengku Abdul Samad ketika menggali parit itu:34 33 Diceritakan oleh Haji Shahman bin Shahyal berdasarkan maklumat yang diperolchinya daripada Tengku Kudin bin Tengku Abdul Samad, Penghulu Mukim Gali ke-2. 34 Ibid . . "' .,, . ' F ,._ -I"',,_ r 'l ., . • .it ·.~-,.;,,.. , 103


104 Bingkisan Sejarah Raub 1. Panglima Haji Muhammad Salleh Lentor al-Rao serta anaknya Tok Satar dari Kampung Ajai. 2. Haji Duamat bin Raja Haji Daud serta anaknya Haji Muhammad Dom dari Kampung Ajai. 3. Tok Daud (ayah kepada Tok Bagok, Tok Semah dan Tok Burok) 4. Sutan Bangun @ Ma'ana al-Rao (ayah kepada Haji Husin dan Haji Mat Taha) 5. Haji Muhammad Taib bin Tok Ali 6. Tok Kasim (ayah kepada Hajah Mariam dan Tok Hasan) 7. Imam Husin bin Khatib Abdullah al-Rao dari Kampung Ajai 8. Mat Said (ayah kepada Tok Kumin, Bawaihi dan Wi) 9. Haji Yusef bin Haji Abdullah Malim Pendita dari Kampung Temau 10. (Tidak dapat dipastikan) Setelah parit dan ampangan itu siap tanahsawah seluas 80 ekar dibahagikannya kepada saudara-maranya itu. Kakak beliau bernama Tok Hajah Fatimah disuruh membuka kampung halaman berdekatan kawasan rumah Tengku Abdul Samad di luar Kampung Kubu. Pada masa ini kawasan itu menjadi tapak rumah cicit beliau, Hajah Adiah binti Shahyal. Tengku Abdul Samad dilantik oleh Bendahara Sewa Raja Tun Ahmad/Sultan Ahmad menjadi Penghulu Muk.im Gali, Raub yang pertama dan baginda berhasrat mengurniakan gelaran Dato' Setia Lela kepada Tengku Abdul Samad iaitu salah satu jawatan dari kalangan Orang Besar Berlapan Pahang tetapi ditolak oleh Tengku Abdul Samad. Apabila beliau meninggal dunia pada bulan September 1924 dalam usia 85 tahun jawatan Penghulu Gali ke-2 digantikan oleh anaknya Tengku Kudin yang pertama menerima gelaran Dato' Setia Lela sehinggalah beliau meninggal dunia pada tahun 1940-an. Sehingga kinijawatan Penghulu Mukim Gali itu masih dipegang oleh waris keturunan Tengku Abdul Samad.


0 V, Ringkasan salasilah keturunan Syahbandarawi bergelar "Sye Betong, Rao. kAIIISUTAN (ULHAIIALAM) HA.JI UDUL JAMIL MAHAIIAJA AGAM Z.AINAL IH'LILIT ALAM ABDUL JA.LIL HAJI MUHD NOii TUANKU QAIII SYAHBA (SYEIKH MUHA DATUK IA MA.HAR KAJAH LO Ml!IIIAM Khatib Abdullah bin Kari Sutan berhijrah ke Kampung Ajai, Dong, Raub dan berkahwin dengan Ibrahim, Lipis. Setelah Kampung Durian Scbatang, Dong dibuka sekitar akhir tahun 1860-an b Antara kaum kerabat mereka ini ialah Tun Hamdan bin Syeikh Tahir bekas Yang Dipertua Negeri


eikh Muhammad Murid", Kampung Tebat di Atas, Tanjung NDARAWI AMMAD MURID) AliUNDA RA.IA Al.I HA.II ,auHIM KHATII Al DULi.AH + H•Jah P11tlmah bt H•JI Abdul M.,...n al-ltao KADIR ONO M SHDLAWAT PATIIIAH Jl!NOl!NO (MALIM MAKKANI atHTANC: DAT01 llAZALI Hajah Fatimah binti Haji Abdul Manan yang berdarah campuran Rao dan keturunan Datuk Kaya eliau pun berpindah ke sana dan keturunannya berkembang hingga sekarang di Dong dan Ajai. i Pulau Pinang.


...... 0 0\ PU< Ringkasan salasilah keturunan Panglima Jo Pogang al-Rao PANQLIMA SUTAN 18'10-1913 MAT aUDfN HAJISALAM Tl!H zu•AIDAH .IOPO • Yang HAJI MA


di Kampung Ajai/Durian Seba tang, Dong dan Gali Hilir . OGANQ g Zeln•b AT HARUN ~ HAJAH RlAI 11t1.1111 ~ HAJAH UI.IAH ~ " I KHATIB MAT CAMAR I I I .- I I S MUHD AHIIU ~


-0 -...l Ringkasan salasilah keturunan Panglima Haji Muhammad .. I I . .. C .. Cl ~ :ii • :,: 0 ' 11 !: !:: • ~ C .. .. :,: i = " ~ H :: " !I: !: .. ; -:,: :: ~ !! ... • 0 0 ii C .. ;; .. C .. " ;; E ~ ZAFFUAN (!'•null•) I -;:; :i f' .. B ;; " t !: . ~ 0 • IID!I< PANOUMA HA.JI MU + HaJa • Khadijah bt 84Hl.wvn I - :,: ~ .. !l • " :,: O C i; :. .. • !~ .. .. 3 ;; :,: II: .. "' .. .. !: .. i .. !: II: i i -:,: " :t ~ !: !! t .. :,: !~ a: C a


Salleh Lentor al-Rao, Kampung Ajai, Dong. UHD SALLaH LIHTOk AL-IUO ah Patlmah tam :,: .. ~ ~ z a .. 0 ~ • UPIK • Imam All b. Muhd Saki :,: .. .. . ... !: . I! a s i .... •c .. L!J :,: .. :,: .. 0 = .. :,: ~ i C .. i HAJI ZAINUDIN + Lemblk bt Mat Said i II .. I: ~ :,: i; . :,: ~ .. " = a C .. I: 0 i • ' .. :,: . ... -.. C-< .. 0 i -


108 Bingkisan Sejarah Raub Penglibatan Hulubalang Rao dan Pabang Dalam Perang Selangor (Ogos 1872 - November 1873) Bermula tahun 1866 negeri Selangor telah dilanda gelora perang saudara yang hebat berpunca dari rasa tidak puas hati Raja Mahadi yang tersingkir dari mewarisi kedudukan almarhum ayahanda beliau Raja Sulaiman ibni Sultan Muhammad (Sultan Selangor ke-3) sebagai Orang Besar Kelang, sebaliknya jawatan tersebut jatuh ke tangan Raja Abdullah ibni Raja Jaafar yang berasal daripada kerabat diraja Riau dan bukanlah anak jati Selangor. Sultan Abdul Samad ibni Raja Abdullah yang bertakhta di Selangor pada masa itu terpaksa mengarnbil sikap berkecuali dan tidak dapat berbuat apa-apa kerana baginda sendiri tidak memiliki angka4tn hulubalang yang dapat menegakkan kedaulatan baginda malah kuasa baginda boleh dikatakan terhad setakat kawasan baginda bersemayam sahaja iaitu di Jugra sedangkan pada waktu yang sama segala alat kebesaran negeri kebanyakannya dipegang oleh Orang Besar-Besar Daerah. Tengku Kudin yang menjadi menantu dan sekaligus wakil baginda adalah putera Sultan Kedah. kerana itulah ramai daripada kalangan anakanak jati Selangor yang tidak menyukai beliau terutama sekali Raja Mahadi. Wan Aman dan adiknya Wan Da, putera kepada Bendahara Tun Mutahir yang telah kalab dalam peperangan kali yang ke-3 di Gali, Raub pada tahun 1870 berundur semula ke Selangor bersama pasukan Raja Mahadi dan orang Selangor yang membantu mereka. Tidak lama selepas itu berlaku perselisihan antara Wan Aman dengan Raja Mahadi menyebabkan Wan Aman menyeberang pula ke pihak Tengku Kudin. Pada bulan November 1871, Wan Aman telah ditawan oleh Sayid Masahor bin Sayid Muhammad. hulubalang Raja Mahadi yang berdarah kacukan Kesultanan Pontianak. Kalimantan Barat dengan darah keturunan Sayid dari Tanah Arab. 35 Akibat kejadian tersebut, Wan Da telah datang menghadap bapa saudaranya yang pemah diperanginya dahulu, Bendahara Sewa Raja Tun Ahmad di Pekan kerana meminta pertolongan melepaskan abangnya yang tertawan itu. Pada awal tahun 1872 Tengku Kudin sendiri telah datang berjalan kaki dari Kuala Kubu ke Raub dan terus ke Pulau Tawar, Jerantut berjumpa dengan Imam Perang Rasu meminta bantuan. Setelah berada dua malam di rumah pahlawan Pahang yang terbilang itu Tengku Kudin pun dibawa hilir menghadap Bendahara Tun Ahmad di Pekan. 35 Sa~id Masah~r pada asalny.a menyebelahi Tengku Kudin tetapi berpaling menyokong Raja Mahadi setelah kematian ad1knya, Say1d Abdullah lldak mendapat pembelaan yang sewajamya dari Tengku Kudin. Lihat A. Talib Ahmad, 1986. Perang Saudara D, Selangor. Kuala Lumpur: Pustaka Antara.


Bingkisan Sejarah Raub Sesudah mendengar penjelasan daripada Tengku Kudin dan menimbangkan perkara tersebut dengan semasak-masaknya Bendahara Tun Ahmad bersetuju menghulurkan bantuan berdasarkan empat alasan: 1. Sebab hendak membela anak saudara baginda , Wan Aman ibni Bendahara Tun Mutahir yang telah ditawan oleh Sayid Masahor. 2. Sebab hendak menghapuskan orang Rao dan Mandailing yang selalu membuat kacau dan menyerang ke dalam wilayah Pahang dari Selangor. 3. Sebab hendak membantu mendaulatkan pemerintahan Sultan Abdul Samad yang berasal dari keturunan yang sama dengan baginda iaitu dari Kesultanan Pahang-Johor-Riau yang telah bersemenda dengan anak-anak Raja Bugis dari Luwuk. 4. Sebagai tanda persahabatan kerana Tengku Kudin sangat mengharapkan bantuan di samping hendak menaikkan nama negeri Pahang di bawah pemerintahan baginda. Angkatan perang Pahang dikepalai oleh tiga tokoh pembesar dan hulubalang yang gagah perkasa iaitu Orang Kaya Imam Perang Rasu Indera Setia Raja Pahang (Orang Besar Raja) dari Pulau Tawar, Orang Kaya Setia Perkasa Pahlawan Semantan Dato' Bahaman bin Tuanku Imam Noh (Orang Besar Berlapan Pahang) dari Semantan Hilir, Temerloh dan Dato' Orang Kaya Indera Shahbandar Jahidin bin Bediman (Orang Besar Berempat Pahang) dari Pekan yang membawa semua hulubalang di bawah pasukannya masuk ke Selangor mengikut jalan laut36• Imam Perang Rasu membawa sekelian hulubalang handalan dari segenap pelusuk jajahan kekuasaannya di Jerantut dan ada pula yang dibawa dari Budu serta daerah Raub termasuklah sebahagian orang Rao yang terlibat dalam Perang Saudara Pahang 1857-1863 dan juga peristiwa tiga kali serangan semula pihak Wan Aman dahulu. Mengikut kisah yang diperolehi daripada orang tua-tua di sekitar Dong antara hulubalang Rao yang ikut serta ialah Imam Perang Yusof bin Tan Ibrahim serta Haji Muhd Amin bin Haji Muhd Baki dari Kampung Temau, Panglima Haji Muhd Salleh Lentor dan Panglima Sutan bin Jo Pogang al-Rao dari Kampung Ajai, Panglima (Raja) Haji Daud dari Semantan Hulu, Panglima Kiri Juan dari Kuala Atok, 37 Imam Perang Jembang bin Lebai Rusin Kampar dari Budu, Panglima Tujuh 36 A. Talib Ahmad, 1986, op. cir. 37 Pang)ima Kiri Juan berasal dari Pulau Manis, Terengganu. Setelah berakhir perang di Selangor, beliau kembali ke Pahang membawa tawanan 40 orang lelaki dan perempuan yang dikerah mengerjakan sawah dan ladang untuk suatu cmpoh tertentu. Selepas itu semua tawanan diberi kebebasan untuk kembali ke Selangor atau pun menetap di Kuala Atok dalam Mukim Sega tempat Panglima Juan itu tinggal. Beliau beristerikan perempuan Pahang keturunan Datuk Kaya Ibrahim Lipis bemarna Tok Mastura 109


110 - Bingkisan Sejarah Raub Lapis Tok Ibrahim bin Imam Pamat dari Penjom, Panglima Raja Wan Ishak, Tok Muda Keria bin Ali serta Tok Pahlawan Lawi dari Tebing Tinggi, Jerantut dan ramai lagi yang tidak dapat dicatatkan nama mereka semuanya. Angkatan Dato· Bahaman pula terdiri daripada orang gagah dari sekitar daerah Temerloh antaranya ialah Imam Perang Yaman bin Sutan Mas ( orang Rao dari Bolek, Lancang), Tok Panglima Kedu, Tok Imam Adam38 dan Tok Barna (bapa mertua Dato' Bahaman sendiri). Tiga orang tokoh hulubalang besar Pahang itu diapit pula oleh pembesar Pahang lain yang membawa angkatan sokongan. Antara pembesar tersebut ialah Orang Kaya lndera Segara Temerloh (Orang Besar Berempat Pahang), Orang Kaya Indera Pahlawan Chenor (Orang Besar Berempat Pahang), Orang Kaya Dewa Pahlawan dari Bangau, Temerloh atau disebut "Tok Bangau" sahaja (Orang Besar Berlapan Pahang) serta Dato' Imam Perang lndera Mahk.ota Gendut (Orang Besar Raja) dari Kuantan. Pasukan terakhir yang tiba bagi menguatkan lagi angkatan perang Pahang ialah pasukan Orang Kaya Muda Jelai Wan Muhammad bin Tok Raja Wan Idris dari Bukit Betong dan pasukan Tok Muda Sentol bin Tok Kaya Teh dari Penjom yang tiba di Selangor pada bulan November 1873. Keseluruhan hulubalang Pahang yang dihantar menyerbu ke Selangor itu berjumlah 5000 orang iaitu suatu jumlah yang besar pada masa itu dan sekelian mereka itu berhimpun di Bentong pada bulan Ogos 1872. Dari Bentong mereka mara ke daerah Hulu Kelang, Kuala Lumpur, Rawang, Kanching, Batu Arang hinggalah ke Kuala Kubu. Dari satu kubu ke satu kubu dapat ditewaskan oleh angkatan perang Pahang walau pun mendapat tentangan sengit dari pihak Raja Mahadi yang dibantu oleh hulubalang Rao dan Mandailing seperti Imam Perang Jabarumun, Raja Asal, Raja Bintang, Panglima Kutin, Panglima Berantai serta Sayid Masahor. 39 Pada bulan November 1873, seluruh kawasan Kuala Selangor, Hulu Selangor, Kuala Kubu, Kuala Lumpur dan Kelang telah jatuh ke tangan Tengku Kudin dengan pertolongan daripada para hulubalang Pahang. Sayid Masahor terpaksa berundur ke Perak dan atas sebab yang tidak dapat dipastikan beliau membantu pula penjajah Inggeris menentang Dato' Maharajalela dan Dato' Sager dalam Perang Perak pada tahun 1875. 38 Tok Imam Adam ini terkorban di Bukit Surau, Bentong ketika bertempur menentang pasukan penjajah fnggeris bersama pasukan ~atuk B~~~ antara tahun 1893 atau 1894. Lihat Zalcaria Hitam, op.cit. 39 Untuk leb1h terpennc1 hhatA. Talib Ahmad, 1986, op.ell., him. 59-63.


Bingkisan Sejarah Raub Imam Perang Jabarumun membawa diri ke Gopeng dan menetap di sana sehingga ke akhir hayatnya manakala Raja Asal pula berundur ke Ipoh dan makamnya masih ada hingga sekarang di sana. Raja Mahadi membawa diri dan hatinya yang penuh kekecewaan ke Singapura dan di sanalah beliau meninggal dunia pada tahun 1882 ketika berusia 54 tahun. Dalam pergelutan berebut hak dan memperjuangkan keyakinan masingmasing ketika itu sukar sekali hendak dipastikan siapakah yang benar kerana mereka ada sebab dan hujah tersendiri untuk menegakkan perjuangan mereka. Tambahan pula semua tokoh yang terlibat bukanlah orang lain tetapi adalah saudara sekerabat, sebangsa dan seagama. Tidak bermakna pihak yang tewas itu salah dan yang menang pula menandakan mereka di pihak yang benar. Sejarah perang saudara ini mesti dijadikan iktibar dari segi kesannya kepada bangsa Melayu. Tidak perlu kita menjadi hakim bagi menunjukkan bahawa tokoh tertentu itu salah dan yang lainnya benar. Hakikatnya kita tidak berada di situ sepanjang berlakunya peristiwa tersebut. Angkatan perang Pahang kembali dari Selangor pada akhir bulan November 1873 membawa berita kemenangan yang gilang-gemilang. Peristiwa peperangan saudara di Selangor itu tambah mengharumkan nama baik para pahlawan Pahang dan sering menjadi sebutan kerana kegagahan mereka. Sehingga kini peristiwa itu masih dikenang oleh cucu cicit para perwira Pahang yang terlibat menyabung nyawa di bumi Selangor dahulu. Bendahara Tun Ahmad sangat berasa bangga dan gembira atas kebaktian dan kejayaan para pahlawan negeri baginda sehingga Pahang dihormati oleh negeri lain. Ramai antara pahlawan berkenaan yang dianugerahkan gelaran dan persalinan di Istana Pekan. Antaranya ialah Imam Perang Rasu yang dikurniakan gelaran "Imam Perang Indera Gajah Pahang" bersabit dari peristiwa beliau memakan taruk-taruk kayu serta umbut pisang hutan selama sebulan di Batu Tajor, Kuala Kubu kerana kehabisan beras akibat dikepung pihak musuh. Pahlawan lain yang turut mendapat ganjaran ialah Imam Perang Yusuf bin Tan Ibrahim dari Temau, Dong, Panglima Garang Yusuf bin Radin Saad al-Jawa dari Pulau Tawar, Dato' Shahbandar Jahidin bin Bediman dari Pekan, dan Tok Pahlawan Lawi.40 40 Ibid, 1986. him. 66-67. Maklumat ini juga berdasarkan cerita daripada Buncit binti Mat Nurani (1909-2005), Kampung Temau, Dong. 111


112 Bingkisan Sejarah Raub Antara para pembesar dan hulubalang Pahang yang mendapat anugerah dan kumiaan Dato' Bahaman adalah tokoh paling bertuah dan menonjol dalam peristiwa Perang Selangor. Beliau mendapat perhatian istimewa Sultan Abdul Samad disebabkan ketokohan dan keperibadiannya. Sultan Abdul Samad berniat hendak mengurniakan daerah Kuala Kubu menjadi sebahagian daripada wilayah negeri Pahang untuk diperintah oleh Dato' Bahaman tetapi ditolak oleh Orang Kaya Semantan yang terbilang itu kerana taat setianya kepada Raja Bendahara Pahang. Beliau juga memberi alasan bahawa kedatangan beliau bersama angkatan perang Pahang yang Jainnya itu bukanlah bermaksud hendak meluaskan lagi tanah Pahang yang sedia ada tetapi hanyalah suatu bentuk pertolongan ikhlas Raja Bendahara Pahang terhadap sebuah negeri bersaudara yang sedang menghadapi kesulitan. Jika benar Pahang berhasrat hendak melebarkan wilayah · jajahannya ketika itu sudah tentulah mereka berupaya berbuat demikian di saat Selangor sedang kucarkacir dan Pahang pula memiliki kelebihan dari segi kekuatan angkatan perangnya. Bahang kekacauan di Selangor cuma berakhir sepenuhnya pada tahun 1874 apabila Tengku Kudin meminta pihak penjajah Inggeris di Singapura campur tangan bagi mengamankan Selangor akibat ketidakupayaan beliau. Tindakan itu umpama kata pepatah Melayu "ibarat orang mengantuk disorongkan bantal" bagi pihak penjajah Inggeris yang sememangnya sudah sekian lama mengintai-ngintai peluang untuk menceroboh masuk ke dalam pemerintahan negeri-negeri Melayu.41 41 A. Talib Ahmad, 1986. op.cit. -


Bingkisan Sejarah Raub Kematian Sutan Bangkahulu di Kuala Kubu Apabila peperangan di Selangor berakhir dengan kemen~gan berpihak kepada Tengku Kudin yang menjaja nama Sultan Abdul Samad Selangor bagi mendapatkan bantuan dari Raja Bendahara Pahang, maka Tengku Kudin pun segera bermesyuarat dengan Wan Da ibni Bendahara Tun Mutahir Pahang, Syeikh Muhammad Taib (orang Minangkabau yang kemudiannya menetap di Perak), Orang Kaya Muda Jelai Wan Muhammad bin Tok Raja Wan Idris, Tuan Haji Muhammad Nor bin Haji Abdul Hamid dan Encik Embok. Perbincangan itu bertumpu pada hasrat beliau hendak menyapu bersih kelompok orang Rao di bawah pimpinan Sutan Bangkahulu yang telah menyerah diri kerana mereka itu menjadi pengacau di dalam wilayah Pahang danjuga Selangor.42 Tuan Haji Muhammad Nor pada mulanya membantah cadangan Tengku Kudin tersebut kerana kelihatannya perbuatan sebegitu terlalu kejam tetapi akhimya terpaksa akur juga dengan keputusan ramai. Pada bulan November tahun 1873, angkatan hulubalang Orang Kaya Muda Jelai Wan Muhammad bergabung di Hulu Selangor dengan angkatan Tok Kaya Husin Chenor, Tuan Haji Muhammad Nor dan Tok Muda Sentol yang baru tiba dari Pahang. Sutan Bangkahulu bersama kira-kira 500 orang para pengikutnya berkhemah di suatu tempat berhampiran Kuala Kubu. Orang Kaya Muda Jelai Wan Muhammad menjemput Sutan Bangkahulu kononnya untuk berlaga ayam dan anak raja Minangkabau itu pun pergilah ke tempat yang dijanjikan dengan diiringi lebih kurang 30 orang pengikutnya. Kira-kira setengah batu dari Kuala Kubu, pasukan Sutan Bangkahulu itu pun ditembak dan diserang oleh angkatan Pahang yang sudah bersiap sedia di kiri kanan jalan dikepalai oleh Tuan Haji Muhammad Nor dan Encik Embok. Sutan Bangkahulu mati ditikam oleh Panglima Bebas Zabidi dan kesudahannya hanya dua orang sahaja daripada sejumlah 30 orang pengikut Sutan Bangkahulu yang dapat meloloskan diri dan menghilang entah ke mana. Pada masa yang sama, Tok Muda Sentol menyerang khemah yang ditinggalkan oleh Sutan Bangkahulu dan membunuh semua kaum lelaki yang ada. Harta dirampas dan perempuan serta kanak-kanak ditawan. Kini maksud hati Tengku Kudin sudah pun berjaya dilaksanakan dengan bantuan "tangan-tangan" hulubalang Pahang terbabit yang mungkin belum dapat membaca percaturan politik yang sedang dimainkan oleh pihak Tengku Kudin ketika itu. 42 William Linehan, op. cit., him 99. I 13


114 Bingkisan Sejarah Raub Kenyataannya Tengku Kudin berasa sangat bimbang kalau-kalau pihak Rao di bawah pimpinan Sutan Bangkahulu yang tidak sedikit jumlahnya itu akan bangkit kembali menimbulkan kekacauan atau pun memberontak terhadap kekuasaan beliau jika dibiarkan terus hidup dan ini tentulah akan menyulitkan lagi untuk beliau mengembangkan pengaruh di seluruh pelusuk bumi Selangor dengan jalan yang mudah dan dalam masa yang singkat sedangkan kemenangan yang telah beliau perolehi itu pun amat mahal sekali nilainya. Tidak sedikit korban nyawa dan wang ringgit yang terpaksa dikerah sebelum beliau benar-benar dapat menyingkirkan Raja Mahadi dari bumi Selangor sebelum itu. Pada hakikatnya hanya pengkaji sejarah yang dapat memberi kesimpulan sama ada Tengku Kudin itu lebih baik atau lebih layak berbanding ·Raja Mahadi. Akibat tindakan Tengku Kudin akhirnya penjajah Inggeris dapat bertapak di bumi Selangor, dan beliau sendiri pun berkemungkinan akan merampas kuasa daripada Sultan Abdul Samad seandainya angkatan perang Pahang segera meninggalkan bumi Selangor sebaik sahaja pihak Raja Mahadi dapat disingkirkan pada penghujung tahun 1873 itu di saat Sultan Abdul Samad tidak berdaya untuk menguatkuasakan kedaulatan pemerintahan baginda kerana ketiadaan angkatan perajurit milik baginda sendiri.43 Penglibatan Tengku Abdul Samad Da1ain Konflik Sultan Ahmad-Engku Muda Mansur Engku Mansur ibni Bendahara Seri Maharaja Tun Ali adalah adik kesayangan Sultan Ahmad yang diangkat oleh baginda menjadi "Engku Muda" pada tahun 1874 setelah berakhir Perang Selangor. Mei;ijelang tahun 1882 Engku Muda Mansur mula menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap Sultan Ahmad berkenaan jumlah elaun yang diterimanya dan juga berkenaan masalah pewaris takhta kerajaan.44 Beliau kemudiannya membawa diri ke Johor dan enggan kembali ke Pahang apabila dijemput oleh Sultan Ahmad. Peluang keemasan seumpama ini tidak dipersia-siakan oleh musuh Sultan Ahmad di sebelah Johor dan Singapura lalu mereka menghasut Engku Muda Mansur supaya menyerang Pahang. Sultan Ahmad memujuk adindanya itu dengan menjanjikan akan memberikan hasil daerah Endau atau Rompin jika beliau mahu pulang ke Pahang dan menghentikan rancangan hendak menyerang Pahang tetapi ditolak oleh Engku Muda Mansur. 43 A. Talib Hj. Ahmad. 1986. op.ell., him. 64. 44 William Linehan, op. cit., him. 104.


Bingkisan Sejarah Raub Pada bulan Ogos tahun 1884, beliau pergi ke Hulu Selangor mencari sokongan tenaga dan alat peperangan dan pada masa yang sama beberapa orang anak raja dan pembesar di Budu dan di Raub yang menyokong Engku Muda Mansur telah menyiapkan kubu dan angkatan perangnya. Antara mereka itu ialah: 1. Tengku Abdul Samad di Durian Sebatang, Dong. 2. Wan Lingga bin Orang Kaya Haji Wan Daud, Lipis dengan adiknya Wan Da berbuat kubu di Budu. 3. Raja Impeh bin Raja Abdullah dengan abangnya Raja Ismail dari Selangor yang bersiap kubu di Raub. Tengku Abdul Samad bertindak membantu Engku Muda Mansur itu berpunca daripada rasa tidak puas hati beliau terhadap Sultan Ahmad yang telah menyerahkan jajahan Budu kepada pemerintahan Dato' Gajah di Pulau Tawar bermula pada tahun 1883, sedangkan jajahan Budu itu semenjak zaman-berzaman seperti juga kawasan Dong dan daerah Raub seluruhnya adalah di bawah kekuasaan Tok Kaya Lipis di Penjom sebagai Orang Besar Berlapan Pahang, dan Tengku Abdul Samad serta sebahagian besar penduduk Dong bertali keluarga dengan pihak Tok Kaya Lipis di Penjom walaupun sudah agak jauh.45 Tengku Abdul Samad juga dikatakan kurang menyenangi Dato' Gajah atas sebab yang tidak dapat dipastikan. Namun demikian Dato' Gajah tetap berjaya meluaskan pengaruhnya ke daerah Raub dan sekitar Lipis dengan sokongan Sultan Ahmad yang mempunyai sebab dan kepentingan tersendiri dari segi politik dan demi menjaga kedaulatan pemerintahan baginda. Kuasa pemerintahan di Lipis itu menjadi kosong buat seketika setelah Datuk Kaya Setia Lela Teh dan anaknya Tok Muda Sentol ditahan di Pekan sejak tahun 1875 kerana berbuat salah kepada Sultan Ahmad (yang pada masa itu masih lagi Bendahara). Tok Teh hanya dilepaskan kembali ke Penjom pada tahun 1882, dan sepeninggalan beliau dahulu hanya kawasan Budu dan Trusang sahaja yang diserahkan oleh Sultan Ahmad kepada Dato' Gajah untuk ditadbir, sedangkan pangkat Orang Kaya Setia Lela Li pis milik Tok Teh itu dipangku buat sementara oleh Tuan Sheikh Kecil yang juga orang kepercayaan Sultan Ahmad. Menjelang bulan September tahun 1884, Gabenor Singapura Cecil Clementi Smith mengarahkan Residen Selangor menyekat Engku Muda Mansur dari menyerang Pahang. Pada masa yang sama Dato' Gajah sebagai kepala perang bagi Kerajaan Pahang turun dari Pulau Tawar ke Budu membawa titah Sultan Ahmad supaya menasihatkan Wan Lingga di Budu dan Raja Impeh serta Raja Ismail di Raub. 45 William Linehan, op. cit., him. 123. 115


116 Bingkisan Sejarah Raub Akhimya pertikaian dapat dipadamkan dan peperangan dapat dielakkan. Engku Muda Mansur pun kembali ke Singapura. Seperti juga Tengku Abdul Samad menantunya Raja Impeh bin Raja Abdullah juga meninggal dunia pada bulan September tahun 1924 tetapi pada tarikh yang berlainan dan dikebumikan di Kampung Durian Sebatang, Dong.46 Kesan Peninggalan Suku Rao di Raub Setelah melampaui jarak masa kira-kira lebih 200 tahun lamanya berasimilasi dengan budaya Melayu Pahang, hanya sedikit sahaja daripada warisan suku Rao yang masih dapat dikenal pasti wujud dalam bentuk bahasa, masakan dan budaya atau kesenian sedangkan budaya serta bahasa Rao yang asli telah lama hilang disebatikan dalam budaya Melayu Pahang yang pelbagai ragam. Antaranya yang dapat disenaraikan di sini ialah: 1. 2. Perkataan "JANGAT" yang merujuk pada kulit kerbau yang telah dibakar dan dikeringkan, kemudian direbus sebelum dipotong kecil-kecil untuk dimasak lemak cili padi dengan terung asam. Ini ialah hidangan asli suku Rao dan Minangkabau turun-temurun dibawa dari sana dan sangat terkenal di kalangan generasi lama penduduk Dong dahulu. Mengikut percakapan Minang yang sebenar disebut "JANGEK." Kini semakin dilupakan oleb generasi muda baik sebutannya mahu pun cara penyediaannya. Perkataan "GEDANG" yang bererti besar. Kalau mengikut loghat Rao yang sebenar disebut "godang" manakala sebutan Minang pula ialab "GADANG." 3. Masakan kerabu perut kerbau yang resipi asalnya sememangnya dibawa dari Minangkabau dan Rao. Di Dong masakan ini disebut sebagai "GULAI REBUS" dan hanya perut kerbau yang sesuai digunakan kerana lebih tebal. Ketika lawatan keluarga penulis ke Padang Nunang di Rao sempena Hari Raya Aidil Adha pada 11 -14 Januari 2006, kami dihidangkan masakan gulai rebus ini oleh keluarga Yang Dipertuan Padang Nunang. 46 Berkenaan tahun kematian Tengku Abdul Samad dan Raja lmpeh sila lihat Aruna Gopinath, 1993. Sejarah Polilik Pahang 1880-/935. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka(cetakan pertama) 1993.


Bingkisan Sejarah Raub 4. Masakan yang bemama "KELAMAI" atau "GELAMAI." Ramuannya sama seperti dodol cuma yang berbeza ialah minyak kelapanya harus ditanak terlebih dahulu sebelum dicampur ke dalam ramuan lain yang kemudiannya diisi ke dalam buluh aur yang telah dikupas kulit luamya dan dibakar seperti lemang. Di Dong, hanya generasi lama di Kampung Ajai sahaja yang diketahui memiliki kemahiran membuatnya manakala di Perak, masyarakat keturunan Rao di Gopeng dikatakan memiliki kemahiran yang sama. Masakan ini juga dihidangkan kepada penulis ketika lawatan ke Padang Nunang. 5. Pisau "SIWAH"/"SEWAR" iaitu senjata pertempuranjarak dekat yang sama seperti Tumbuk Lada. Ini adalah senjata tradisional suku Minangkabau di samping keris. Penulis telah melihat sebilah daripada Siwah ini pusaka Datuk Imam Perang Haji Yusuf bin Tan Ibrahim (Penghulu Dong 1) dalam simpanan seorang daripada cucunya di Bandar Raub. Pendongkok.nya diperbuat daripada emas tulin. 6. Ilmu Pencak Silat Minangkabau yang dibawa oleh pahlawan dan anak raja Pagaruyung dan Rao sejak lebih 200 tahun lalu dan telah disesuaikan pula dengan Pencak Silat Melayu Pahang warisan Kerajaan Melayu Melaka. Berkaitan perkara ini penulis harus menegaskan bahawa sejarah tempatan membuktikan betapa pencak persilatan aliran Minangkabau memberikan sumbangan yang tidak terperi nilainya dalam melahirkan para panglima dan pendekar terbilang di negeri Pahang sejak zaman-berzaman. Perkara ini tidak banyak ditulis atau dibukukan tetapi masyhur diceritakan dari mulut ke mulut oleh orang tua-tua dahulu, terutamanya mereka yang terlibat secara langsung dalam ilmu persilatan di Pahang. Abad ke-19 adalah zaman kegemilangan para pahlawan dan pendekar Pahang, antaranya ialah Pahlawan Mat Kilau bin Datuk Gajah di Pulau Tawar, Pahlawan Mat Lela bin Datuk Bahaman di Rantau Panjang, Temerloh, Pendekar Arshad bin Khatib Ismail di Dong, Raub, Pendekar Endol bin Imam Nong di Pulau Tawar, dan Pendekar Mat Husin atau Cikgu Jan~ bin Datuk Bahaman di Temerloh. Dua daripada guru pencak silat kepada Pahlawan Mat Kilau ( 1866-1970) ialah pendekar besar dari Minangkabau yang diundang khas oleh ayahandanya Pahlawan Datuk Gajah bagi mengajar ilmu persilatan kepada ahli keluarganya, lelaki dan perempuan secara tertutup. Mereka ialah Pendekar Mat Aris dan Pendekar Sutan Juan. Dari bekas tangan kedua-dua pendekar Minang inilah menzahirkan kehandalan Pahlawan Mat Kilau yang disegani oleh kawan mahupun la wan selain daripada ilmu yang diperturunkan oleh Datuk Gajah sendiri. Guru kepada Pendekar Endol ialah seorang pedagang kain dari Minangkabau bernama Bintang Terus. Dalam perjalanannya berperahu 117


118 Bingkisan Sejarah Raub menjaja kain ke Hulu Pahang, beliau jatuh sakit lalu dirawat oleh Imam Nong di Pulau Tawar, Jerantut sehingga sembuh. Sebagai membalas jasa Bintang Terus membuka rahsia ilmu persilatan yang dibawanya dari Tanah Minang dan mengajarkannya kepada anak Imam Nong yang bernama Endol. Berkat ilmu yang diperturunkan itu Endo! akhirnya menjadi salah seorang pendekar besar Pahang yang mengajar ilmu persilatan itu sehingga ke Istana Pahang dengan titah Sultan Abdullah ibni Sultan Alunad (Sultan Pahang 1917-1932).47 Cikgu Jantan bin Datuk Bahaman (1892-1986) mewarisi ilmu persilatan Minangkabau juga daripada Pendekar Che Mat (Alunad) yang membawa aliran Sendeng Minang berasal dari Paya Kumbuh. Cikgu Jantan menuntut daripada Pendekar Wan Cik iaitu rnurid kanan Pendekar Che Mat.4 & Pendekar Arshad bin Khatib Ismail di Dong, Raub (1868-1932) sememangnya berdarah keturunan Rao. Keasyikannya menuntut ilmu persilatan membawa beliau kembali ke tanah leluhurnya di Minangkabau bagi menambahkan ilmu. Beliau yang juga cucu saudara kepada YM Tengku Abdul Samad akhirnya menjadi pendekar besar Pahang seiring dengan Pendekar Endo! dan Cikgu Jantan.49 Pendekar Ahmad bin Tok Muda Abdullah di Pulau Tawar berguru kepada Pendekar Sutan Kari juga berasal dari Minangkabau. Beliau kemudiannya mengembangkan ilmu persilatan tersebut di kalangan anak raja Pahang di lstana Pekan menggantikan Pendekar Endo! yang sudah lanjut usia. Antara pewaris ilmu Pendekar Ahmad ini ialah Pak Anjang Adam, Guru Utarna Seni Si lat Sangkar Rewana di Pekan. so Selain daripada tokoh pengembang ilmu persilatan aliran Minangkabau di Pahang yang disebutkan di atas, rakyat Pahang khususnya pasti pemah mendengar nama seorang lagi tokoh pendekar besar dari Pagaruyung yang seangkatan dengan Pendekar Endol, Pendekar Arshad dan Cikgu Jantan. 47 Lihat kisahnya dalam Seni Be/adiri, Mei 2006. 48 Lihat kisahnya dalam Seni Beladiri, Julai 2005. 49 Diceritalcan kepada penulis oleh Imam Haji Sani bin Ismail, Kampung Kuala Dong dan Haji Shahman bin S~ahy~ (anak saudara Pendekar Arshad), Kampung Jeram Bangkin, Dong. 50 Lihat k1sahnya dalam Sem Be/adiri, Oktober 2005.


Click to View FlipBook Version