The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sunshinefauziofficial, 2023-05-04 21:26:47

bingkisan sejarah RAUB

bingkisan sejarah RAUB

Bingkisan Sejarah Raub Berkaitan penghulu yang pemah menerajui kepimpinan Kampung Temau, Dong SUMBER A menyenaraikan secara terperinci tokoh yang memegang jawatan penghulu di Temau itu sejak dari zaman awal dibuka sehinggalah masuk ke era tahun 1900 apabila gelaran "Penghulu Temau, Dong" berubah menjadi "Penghulu Mukiin Dong". Mereka yang pemah menjadi Penghulu Temau atau Penghulu Dong itu ialah: 1. Tan Pakeh Ali orang Kampar, Sumatera - Penghulu Temau 1 ( <> l 810-18xx) 2. Tan Ibrahim juga orang Kampar, Sumatera - menjadi Penghulu Temau ke-2 sekejap sahaja dan meletakkan jawatan 3. Tuan Haji Muhammad Baki al-Rao (menantu Tan Pakeh Ali) Penghulu Temau ke-3 (18xx-1870-an) Beliau dikatakan berasal dari daerah Rao Kota Raja, Sumatera Barat. Ketika meletus Perang Saudara Pahang dari tahun 1857 hingga 1863, beliaulah yang memegang teraju Penghulu Temau dan buktinya terpahat di dalam surat penghargaan oleh Bendahara Sewa Raja Ahmad kepada orang besar-besar dan anak-anak raja dagang di Raub pada tahun 1863. 4. Imam Perang Haji Yusuf bin Tan Ibrahim (1828-1914) Penghulu Dong 1 (1870-an hingga 1914) beliau Penghulu Dong pertama diiktiraf secara rasmi oleh Sultan Pahang dan juga pihak pemerintah British selepas Pahang mula menerima kemasukan kuasa penjajah tersebut pada bulan Oktober 1888. Beliau kadangkala digelar juga Imam Perang Penghulu atau Haji Penghulu oleh masyarakat Dong. Selepas ini tidak lagi disebut Penghulu Temau, sebaliknya menjadi Penghulu Dong pula. 5. Tok Muda Hasan bin Salleh (menantu Imam Perang Haji Yusuf) Penghulu Dong ke-2 (1914-19xx) beliau yang pertarna memakai gelaran "Tok Muda" 6. Tok Muda Bakhtiar bin Tok Muda Hasan Penghul u Dong ke-3 7. Tok Muda Muhd Amin bin Tok Muda Hasan Penghulu Dong ke-4 8. Penghulu Mahmud bin Tok Muda Bakhtiar Penghulu Dong ke-5 dan terakhir dari anak jati keturunan peneroka awal Kampung Temau. Selepas beliau hinggalah ke hari ini, jawatan Penghulu Dong silih berganti diterajui oleh anak Pahang yang didatangkan dari daerah lain seperti Temerloh dan Pekan disebabkan situasi politik dan corak pemerintahan tempatan yang sudah berubah. 35


36 --- Bingkisan Sejarah Raub Walaupun Datuk Paduka lebih tua tetapi adiknya Tan Pakeh Ali menjadi Penghulu Temau pertama kerana antara empat tokoh peneroka tersebut Tan Pakeh Ali yang pertama tiba ke daerah Kampung Temau tersebut dan dia jugalah yang mula-mula ditunjuk sebagai pawang di Kampung Ternau itu. Mengikut sistem pemerintahan tradisi Pahang, Penghulu Temau, Dong itu seperti juga Penghulu Semantan Hulu berjawatan di bawah Orang Besar Sega iaitu seorang daripada Orang Besar 16 Pahang. Orang Besar Sega itu pula di bawah pentadbiran Orang Kaya Setia Wangsa/Setia Lela Lipis di Penjom yang menjadi salah seorang daripada Orang Besar Berlapan Pahang. Orang Kaya Setia Wangsa/ Setia Lela Lipis di bawah kuasa Orang Kaya Indera Maharaja Perba Jelai (Tok Raja) di Bukit Betong, Lipis iaitu salah seorang daripada Orang Besar Berempat Pahang turun-temurun. Selingkar Kisah Datuk Paduka Setelah tiga tahun Kampung Melayu Temau dibuka atau sekitar tahun 1809 Datuk Paduka berkahwin dengan anak bongsu Panglima Tok Perak di Kampung Gesing, Mukim Semantan Hulu, Raub bemama Halimah. Pada saat perkahwinan itu Halimah binti Panglima Tok Perak berusia 40 tahun manakala Datuk Paduka pula sudah melampaui 50-an kerana kebanyakan daripada para perantau dari Sumatera yang masuk ke Pahang dahulu sudah berumur dan sudah punya keluarga di tanah kelahiran mereka sendiri. S.etelah 3 tahun hidup bersama lahirlah anak tunggal mereka yang dinamakan Siti Omai mengikut cara gelaran orang Kampar, Sumatera. Ketika Siti Omai berumur 8 tahun Datuk Paduka pun kembali ke rahmatullah dan dikebumikan di tanah perkuburan orang dagang di Bukit Kepayang, Temau. Siti Omai dipeliharalah oleh Halimah dengan bantuan bapa saudaranya Tan Pakeh Ali. 10 10 Diceritakan oleh Imam Haji Ishak bin Muhammad Arif, Kampung Jeram Bangkin, Dong di dalam manuskripnya Riwayatut Tammauwi. Siti Omai aclalah nenek kandung beliau dari pihak ayahnya.


Bingkisan Sejarah Raub Apabila Siti Omai mencecah usia 30 tahun beliau ditemukan jodohnya dengan seorang anak raj a Rao yang berasal dari Tanjung Durian, Lansat Kadap, Rao bernama Tengku Tan Joleng Tujuan Saka Mas bin Tengku Lirnbang Laut. Peristiwa ini dianggarkan berlaku sekitar tahun 1842. Sebelum meninggalkan tanah kelahirannya di Kampar, Datuk Paduka dan adiknya Tan Pakeh Ali itu diketahui ada meninggalkan dua orang adik-beradik perempuan yang bemama "Si Longgok" dan "Si Dang" . Ada seorang daripada anak saudara kepada Datuk Paduka yang digelar Datuk Maharaja. Mengikut kebiasaan orang Kampar Lima Kota mereka memanggil penghulu mereka dengan gelar "Datuk Paduka", "Paduka Raja" atau "Datuk Godang"yang bererti "Datuk Besar". Datuk Maharaja tersebut hendak dinaikkan orang menjadi penghulu sebagai mengganti Datuk Paduka yang telah pergi merantau ke Pahang tetapi ditolak oleh Datuk Maharaja atas alasan umumya masih terlalu muda dan beliau sendiri pun amat berhasrat hendak pergi merantau dahulu. Oleh yang demikian ipar kepada Datuk Maharaja dilantik sebagai penghulu yang baru untuk sementara waktu sehingga kembalinya Datuk Maharaj a nanti kerana mengikut adat perpatih, gelar dan jawatan pusaka keturunan mesti diwarisi oleh darah keturunan keluarga itu juga, mengikut garis sebelah ibu. Jawatan ini tidak boleh diwarisi oleh mereka yang bukan ahli keluarga. Inilah yang dimaksudkan: "Dari ninik turun ke mamak, dari mamak turun ke kemanakan." yang menjadi adat mereka turun-temurun. Datuk Maharaja merantau ke Semenanjung Tanah Melayu hingga tiba di daerah hilir Perak lalu berkahwin dan meninggalkan seorang anak. Setelah beberapa lama beliau pun kembali ke kampung halamannya di Kampar untuk menerima pusaka jawatan penghulu seperti yang dijanjikan dahulu. Datuk Maharaja dilantik sebagai penghulu yang baru kerana sudah sememangnya beliau yang berhak ke atas jawatan tersebut. Ipamya yang terpaksa menyerahkan kembali jawatan itu berasa sakit hati dan mengambil tindakan meracun Datuk Maharaja. Khabar pembunuhan Datuk Maharaja itu sampai kepada Datuk Paduka di Kampung Temau, Dong. Beliau bertekad tidak akan pulang lagi ke Kampar kerana berasa sedih dan tersinggung atas kejadian malang yang menimpa anak saudaranya itu. Keturunan Datuk Maharaja yang mati diracun itu masih ada sehingga kini di daerah Lambor dalam jajahan hilir Perak. Seorang cucu kepada adik-beradik Datuk Paduka yang tinggal di Kampar dahulu itu bernama Lebai Husin. Tidak diketahui apakah beliau ini cucu kepada Si Longgok atau pun cucu kepada Si Dang. Lebai Husin yang sudah beristeri ketika itu berangkat pula merantau ke Hulu Pahang bersama seorang anak lelakinya yang bernama Jembang lalu tiba di Kampung Tulang Padang, Budu. Di sini Lebai Husin berkahwin lagi dengan seorang perempuan Pahang bemama Tok Cah dan beroleh beberapa orang anak. Anak lelaki Lebai Husin yang bernama Jembang itu 37


38 Bingkisan Sejarah Raub kemudiannya diangkat menjadi "Imam Perang Jembang" ketika angkatan perang Pahang disusun bagi menghadang serangan semula oleh anak bekas Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir dalam siri peperangan yang meletus pada tahun 1868 di Sega dan pada tahun 1870 di Gali Hilir, Raub. Seterusnya Imam Perang Jembang ini terlibat juga dalam Perang Selangor yang disertai oleh para pahlawan Pahang dari bulan Ogos 1872 hingga November 1873. TOK MUDA HASAN BIN MOHD SALLEH Penghulu ?ong ke-2.menggantikan bapa mertuanya, Datuk Imam Perang Haji Yusuf bin Tan Ibrahim yang menmggal duma pada tahun 1914. Ayahnya, Mohd Salleh itu berasal dari Kampar, Sumatera.


Ringkasan salasilah keluarga Datuk Paduka di daerah Kota Baru, Bangkinang, Kampar Kanan, Sumatera. Pengaau Kampung Nelayu Temau, Dong 1806M DATUK PADUKA SITI OMAI MUHAMMAD ARIF (1847-1923) ' IMAM ISHAK (1908-1992) TAN PAKEH ALI I..______,__? _____,I ? DATUK MAHARAJA (zurlatnya di Lambor, Perak Hlllr) ? ? LEBAI HUSIN (tinggal di Kampung Tulang Padang, Budu) .. IMAM PERANG JEMBANG I SI LONGGOK I SI DANG 39


0 "'" PAHLAWAN MAT KILAU BIN IMAM PERANG Beliau cucu kepada Tengku Ali atau Tok Shaharom yang dikata


G RASU INDERA GAJAH PAHANG (1866-1970) akan berasal dari daerah Rao Tanjung Durian, Sumatera Barat.


.j::,. MAKAM RANTING MAS Ranting Mas binti Tok Shaharom adalah kakak Pahlawan Datu yang dikenali sebagai "Haji Hasan Keramat". Mereka mati d hendak merampas emas mentah kepunyaan beliau. Ketika it terkena peluru. lnilah juga satu-satunya batu tanda yang menj halaman di Temau, Dong sebelum berp


BINTI TOK SHAHAROM uk Gajah di Hulu Temau. Bersebelahan ialah makam suaminya itembak oleh Tok Zainal, sepupu Ranting Mas sendiri kerana tu Ranting Mas mengandung 7 bulan dan anaknyajuga mati jadi bukti bahawa keluarga Datuk Gajah pemah berkampung pecah mengikut haluan masing-masing .


42 Bingkisan Sejarah Raub Kampung Ajai (Dong) - Pusaka Bangsawan Rao Tokoh pengasas Kampung Melayu Temau, Dong itu telah kita ketahui iaitu Datuk Paduka, Tan Pakeh Ali, Tan Ibrahim dan Datuk Baginda. Bagaimana pula dengan jiran terdekatnya, KampungAjai dan Kuala Dong. Persoalan tentunya timbul, adakah yang meneroka Kampung Ajai dan Kuala Dong itu tokoh berempat yang membuka Kampung Temau itujuga ataupun ada tokoh lain lagi yang terlibat. Oleh kerana tiada suatu catatan yang tepat tentang siapakah peneroka terawal Kampung Ajai itu, maka tanda tanya tersebut tetap terbuka untuk diperdebatkan dan diselidiki dengan mencari bukti yang dapat IT"!njadi pegangan. Di Kampung Kuala Dong itu, di halaman rumah Imam Haji Sani bin Ismail (1918-2003) terdapat suatu kawasan perkuburan zaman yang· batu nisannya yang hanya terdiri daripada batu sungai telah banyak yang berterabur dipijak kerbau juga akibat faktor cuaca dan peralihan masa. Maklumat ini diperolehi daripada Imam Haji Sani yang mendapat cerita yang sama daripada nenek beliau bemama Topin binti Jaleh (1858-1942). Dikatakan bahawa di situlah bersemadinya jasad sebahagian daripada keluarga besar beliau yang menjadi peneroka terawal Kampung Kuala Dong dan Kampung Ajai. Antara tokoh yang dimakamkan di situ termasuklah seorang yang bernama Tok Haji Abdul Latif (atau gelamya "Haji Mahkota") yang berasal dari Tanah Kerinci, Jambi, Sumatera. Imam Sani adalah generasi ke-5 dan penulis sendiri generasi ke-7 daripada Tok Haji Abdul Latif. Sebuah makam yang terpelihara dan dikenal pasti pemiliknya ialah makam Tengku Alim 11 atau pun digelar "Tuan Fakeh" sahaja iaitu moyang kepada Imam Sani danjuga penulis sendiri. Sebuah lagi makam kepunyaan Tok Sarih bin Tok Unus Chenor. Mereka berdua adalah menantu Tok Haji Abdul Latif (Haji Mahk.ota). Tok Haji Abdul Latif ini adalah menantu cucu .kepada Panglima Tok Perak kerana isteri beliau yang tidak dapat dikesan namanya itu adalah cucu Panglima Tok Perak. Beliau datang dari Kampung Gesing sebelum meneroka tanah sawah dan kampung di Kuala Dong bersama ramai lagi saudara-maranya yang sudah hilang jejak riwayatnya. 11 Marhum Tengku Al im ini juga salah seorang daripada anak Raja Rao yang menyokong Tun Ahmad dalam Perang Saudara Pahang 1857-1863. Lihat kisahnya dalam A. Talib Ahmad. 1959. Sejarah Da111k Bahaman. Orang Kaya Semantan. K_uaJa Lumpur: Pustaka Bahagia. Terdapat sedikit kesilapan catatan penulis buku tersebut yang mencatat namanya sebaga1 "Tengku Alam ... Namanya yang sebenar ialah Tengku Alim.


Bingkisan Sejarah Raub Rumab Imam Sani bin Ismail yang di halamannya terdapat perkuburan. Salah sebuah kubur yang dapat dikesao di haJamao ru.mah Imam Sani bin Ismail. Di sini disemadikan Tok Sarih bin Tok Unus Chenor 43


42 . - Bingkisan Sejarah Raub Kampung Ajai (Dong) - Pusaka Bangsawan Rao Tokoh pengasas Kampung Melayu Temau, Dong itu telah kita ketahui iaitu Datuk Paduka, Tan Pakeh Ali, Tan Ibrahim dan Datuk Baginda. Bagaimana pula dengan jiran terdekatnya, KampungAjai dan Kuala Dong. Persoalan tentunya timbul, adakah yang meneroka Kampung Ajai dan Kuala Dong itu tokoh berempat yang membuka Kampung Temau itu juga ataupun ada tokoh lain lagi yang terlibat. Oleh kerana tiada suatu catatan yang tepat tentang siapakah peneroka terawal Kampung Ajai itu, maka tanda tanya tersebut tetap terbuka untuk diperdebatkan dan diselidiki dengan mencari bukti yang dapat w~njadi pegangan. Di Kampung Kuala Dong itu, di halaman rumah Imam Haji Sani bin Ismail (1918-2003) terdapat suatu kawasan perkuburan zaman yang·batu nisannya yang hanya terdiri daripada batu sungai telah banyak yang berterabur dipijak kerbau juga akibat faktor cuaca dan peralihan masa. Maklumat ini diperolehi daripada Imam Haji Sani yang mendapat cerita yang sama daripada nenek beliau bernama Topin binti Jal eh (1858-1942). Dikatakan bahawa di situlah bersemadinya jasad sebahagian daripada keluarga besar beliau yang menjadi peneroka terawal Kampung Kuala Dong dan Kampung Ajai. Antara tokoh yang dimakamkan di situ termasuklah seorang yang bernama Tok Haji Abdul Latif (atau gelarnya "Haji Mahkota") yang berasal dari Tanah Kerinci, Jambi, Sumatera. Imam Sani adalah generasi ke-5 dan penulis sendiri generasi ke-7 daripada Tok Haj i Abdul Latif. Sebuah makam yang terpelihara dan dikenal pasti pemiliknya ialah makam Tengku Alim11 atau pun digelar "Tuan Fakeh" sahaja iaitu moyang kepada Imam Sani danjuga penulis sendiri. Sebuah lagi makam kepunyaan Tok Sarih bin Tok Unus Chenor. Mereka berdua adalah menantu Tok Haji Abdul Latif (Haji Mahkota). Tok Haji Abdul Latif ini adalah menantu cucu .kepada Panglima Tok Perak kerana isteri beliau yang tidak dapat dikesan namanya itu adalah cucu Panglima Tok Perak. Beliau datang dari Kampung Gesing sebelum meneroka tanah sawah dan kampung di Kuala Dong bersama ramai lagi saudara-maranya yang sudah hilang jejak riwayatnya. 11 Marhum Tengku Alim ini juga salah seorang daripada anak Raja Rao yang menyokong Tun Ahmad dalam Perang Saudara Pahang 1857-1863. Lihat kisahnya dalam A. Talib Ahmad. 1959. Sejarah Daruk Bahaman. Orang Kaya Semanran. Kuala Lumpur: Pustaka Bahagia. Terdapat sedikit kesilapan catatan penulis buku tersebut yang mencatat narnanya sebagai ·Tengku Alam". Namanya yang sebenar ialah Tengku Alim.


·singkisan Sejarah Raub Rumah Imam Sani bin Ismail yang di halamannya terdapat perkuburan. Salah sebuah kubur yang dapat dikesan di halaman rumah lmam Sani bin Ismail. Di sini disernadikan Tok Sarih bin Tok Unus Chenor 43


44 - Bingkisan Sejarah Raub Sebahagian daripada keluarga Tok Haji Abdul Latif di Kampung Kuala Don~ ini ada pula yang bersemenda dengan pihak keluarga Dato' Kaya Ibrahim, Orang Besar Lipis iaitu keluarga kepada Tok Keli, Orang Besar Sega. Kubur merekalab yang berselerak dan masih wujud lagi hingga ke hari ini di halaman rumah Imam Haji Sani itu. Dari Kuala Dong barulah mereka bergerak mudik ke hulu lagi dan meneroka tanah di Kampung Ajai pula. Mengikut cerita Imam Haji Sani usia Kampung Kuala Dong itu sebenarnya lebih tua sedikit daripada Kampung Ajai. dan sehingga ke hari ini penduduk Kampung Kuala Dong dan Kampung Ajai itu adalah titisan keturunan daripada Tok Haji Abdul Latif serta sebahagian daripada pihak yang bersemenda dengan penduduk Sega. Seorang daripada cucu-cicit Tok Haji Abdul Latif ialah Y.B. Dato' Shahiruddin bin Abdul Moin, ADUN Dong pada masa ini. Nyatalah bahawa Kampung Kuala Dong dan Kampung Ajai itu dibuka oleh peringkat cucu dan cicit kepada Panglima Tok Perak yang berkahwin dengan orang dagang dari Sumatera dan sebahagian pihak Sega tetapi mereka itu bukan tokoh yang sama dengan para peneroka awal Kampung Temau seperti yang dinyatakan dalam Riwayatut Tamawi. Walaupun Kampung Ajai dan Temau hanya terpisah oleh Sungai Dong yang lebarnya hanyalah dalam lingkungan 10-15 meter saja, namun seolah-olah telah ditentukan "had sempadan" yang tersendiri bagi pihak cucu-cicil Panglima Tok Perak yang membuka tanah kampung di situ dahulu hinggakan ketika ini sekalipun, anak cucu tokoh pembuka Kampung Temau itu tetaplah berkembang di seberang Kampung Temau manakala anak cucu tokoh pembuka Kampung Ajai itu pula tetaplah berkembang di seberang Kampung Ajai sahaja. Jika jasad tokoh berempat pengasas Kampung Temau itu dikeburnikan orang di Bukit Kepayang. Temau, maka jasad tokoh peneroka awal Kampung Ajai dan Kuala Dong itu dikeburnikan orang pula di halaman rurnah Imam Haji Sani di Kuala Dong tersebut. Pada masa sekarang akibat daripada perkahwinan sesama saudara seketurunan nampaklah ada sedikit persemendaan antara keturunan peneroka Kampung Temau dengan keturunan peneroka Kampung Ajai. Sekitar tahun 1830-an dan 1840-an generasi peringkat cicit kepada Panglima Tok Perak yang di Kampung Ajai itu telah bersemenda pula dengan pihak orang Rao. Jasad mereka disemadikan di suatu kawasan perkuburan silam di Kampung Ajai yang letaknya di belakang rurnal1 Haji Manser bin Haji Mat Nasir, bekas Ketua Kampung Ajai. 12 12 Beliau adaJah.generasi ke-7 Panglima Tok Perak. dan generasi ke-4 Tengku Alim atau digelar orang 'Tuan Fakeh Rao''


Bingkisan Sejarah Raub Antara tokoh hulubalang dari Rao yang menjadi peneroka terawal Kampung Ajai dan terlibat secara langsung dalam membantu Bendahara Sewa Raja Wan Ahmad sepanjang Perang Saudara Pahang ialah Panglirna Haji Muhammad Salleb Lentor, 13 Tok Panglima Rantau, Panglima Jo Pogang, Tok Bilal Laton, Haji Shukur, Tok Bedarun, dan Haji Abdul Wahid. Anak cucu mereka inilah yang sekarang masih kekal mendiarni Kampung Ajai dan semuanya ada hubungan darah yang amat dekat. Oleh sebab itulah Kampung Dong dirujuk atau disebut orang sebagai "Kampung Keluarga" ataupun "Kampung Pusaka Orang Rao dan Minangkabau!" Dari Kampung Gesing, Kampung Sengkela, Kuala Dong, Kampung Ajai, Kampung Temau, Durian Sebatang dan Kuala Gali hinggalah ke Hulu Dong dan Hulu Gali semuanya ada ikatan keluarga. Ada riwayat yang menyebut bahawa semua tokoh dari Rao itu beroleh isteri mereka di Kampung Durian Terung, Chenua (bersebelahan Kampung Sengkela) dalam Mukim Sega sebelum dibawa meneroka perkampungan di tapak Kampung Ajai yang ada hari ini. 14 Perkara ini tidaklah dapat hendak dinafikan kebenarannya kerana mengikut cerita orang tua-tua sememangnya kampung utama di sekitar Mukim Semantan Hulu (seperti Kampung Gesing, Kundang Patah, Tanjung Manggis dan Pulau Robiah) dan Mukim Sega (seperti Kampung Sengkela, Chenua dan Rokam) dahulunya adalah tempat berhimpun masyarakat Melayu terawal di daerah Raub sama ada yang berasal dari Minangkabau mahupun penduduk melayu Pahang keturunan Datuk Kaya Ibrahim dan Datuk Baginda Demu yang sedia ada di daerah Raub. Antara tempat tersebut Pulau Robiah di Semantan Hulu dikatakan tempat yang paling masyhur menjadi tumpuan dan persinggahan orang dagang tidak kira sama ada dari negeri Perak, Sumatera ataupun dari Bugis yang mahu mencari kampung halaman yang baru untuk didiami di sekitar Hulu Pahang. Ada antara mereka yang terus menetap di Semantan Hulu atau kampung lain di sekitarnya dan sebahagian lagi meneruskan perjalanan ke Budu, Kemahang dan Tanjung Besar di Lipis. Kini tempat yang bernama Pulau Robiah di Semantan Hulu itu telah sepi dan kembali menjadi hutan kerana telah lama ditinggalkan. Hanya sejarahnya yang tinggal bekasnya sudah berubah dimakan usia. 13 Dikenali sebagai "Tok Lenior''. Orang Gagah dari Rao. 14 Diceritakan oleh moyang Mas binti Khatib Rarnli, Karnpung Temau, Dong. 45


46 Bingkisan Sejarah Raub Berdasarkan Riwayatut Tammauwi Kampung Temau mendapat nama daripada sebatang pohon limau yang tumbuh di tebing Sungai Dong berhampiran Kuala Sungai Temau seperti yang ada hari ini. Berdasarkan penyelidikan nama Kampung Ajai dapat disandarkan pada empat kisah berbeza: 1. Ketika peneroka awal Kampung Ajai sedang membersihkan hutan dan belukar mereka terjumpa sebatang pokok kijai yang sangat besar. Sejak itu diberikan nama kampung itu "Kampung Kijai". Lama-kelamaan disebabkan loghat percakapan yang berubah sebutan Kijai bertukar pula menjadi "Ajai". 2. Pembukaan Kampung Ajai diketuai oleh seorang lelaki dari Minangkabau bemama "Ajai." Sebagai penghormatan kepada beliau dinamakanlah kampung itu "Ajai." 3. Pembukaan KampungAjai itu diketuai oleh seorang Minangkabau yangjuga bergelar "Tok Fakeh". Tidak diketahui pula Tok Fakeh yang mana satukah yang dimaksudkan. Yang pasti sehingga hari ini cucu cicit almarhum "Tuan Fakeh" yang makarnnya di Kuala Dong itulah yang banyak mendiami Kampung Ajai. Tidak ada pula penjelasan apakah pula pertaliannya antara tokoh pembuka kampung yang bemama Tok Fakeh dengan nama kampung itu sendiri yang disebut sebagai Ajai. 4. Pada masa dahulu apabila sebilangan penduduk dari sebelah Gesing pergi berburu sering kali binatang buruan mereka lari menyembunyikan diri dalam hutan di kawasan Kampung Ajai. Maka berkatalah para pemburu tersebut: "Kalau dah masuk ke situ tak lama lagi bertemulah ajal binatang itu." Daripada perkataan "ajal" tersebutlah akhimya kampung itu dikenali sebagai "Kampung Ajai." Kampung Ajai sebagai kampung induk ketika ini terdapat empat buah kampung lain sebagai jajahannya iaitu Kampung Kuala Dong, Kampung Pancor, Kampung Sungai Kayu Ara dan Kampung Sungai Kerak. Yang menjadi "Tok Empat" atau pun Ketua Kampung bagi Kampung Ajai itu dari penghujung abad ke-19 hingga ke tahun 2004 ada empat orang iaitu: 1. Tok Empat Haji Rausi bin Khatib Ismail (1872-1969) - Tok Empat pertama yang dapat dikesan tapi tidak diketahui sejak bila beliau memegangjawatan tersebut. Beliau meninggal dunia di Ajai dalam usia yang lanjut tetapi dikebumikan di Durian Sebatang, Dong mengikut wasiat beliau sendiri. 2. Tok Empat Selimin bin Tok Empat Haji Rausi (1940-an hingga 1971) - meninggal dunia di Mina pada 1971


Bingkisan Sejarah Raub 3. Tok Empat Haji Mansor bin Haji Mat Nasir (1972 hingga 1994) 4. Tok EmpatAbdul Rahman bin Sani (1998 hingga sekarang) (TENGKU) HAJI MANSOR BIN (TENGKU) HAJI MUHD NASIR Keturunan ke-4 Marhum Tengku Alim @ Tuan Fakeh Rao (Tok Em pat Kampung Ajai dari 1972 hingga 1994) - Penulis sengaja meletakkan gelar Tengku di pangkal nama bagi menunjukkan jalur keturunan yang "dibilangkan" sejak beberapa generasi. 47


~ 00 *Ringkasan salasilah keturunan TENGKU ALIM@TUAN Kampung Kuala Dong dan Ajai, Raub, Pahang dalam simp TEN (Tu + Tlbah + HAJI MUHD TAIB HA (mon.dunla di Makkah) (men.d + H•J•h Saflah bt Khatlb Deraman + l HAJI MUHD SAID TOPIN {18511-11126) (1858-1842) I I I • SAWIA.H MJA RA. • l•mall btn H•JI DAHANAN &ulalnwin MIMngkabai, I + • I • • HU IMAlll6ANI ZAINU UDUL RAJAMIUH UKAII r1•1a.zoo,1 IIAHIIAN 1111.1111 •u l I MOKH'rAN UMAII eA.kl .,,., 1'AJA AU T KAJAR 11


N FAKEH RAO (1795-1890), panan penulis. NGKU ALIM an Pakoh Rao) bt HaJI A.bdul Latif I I AJAH SAFIAH dunla di Makl<ah) + Tok .Jafeh I IIETIAH + Raja lluyong dart Pa9a.ruyung I I • • IA SA.NlAH 111:AJA NAJI MAT MANSOlt NASIR 11tl•1N• 1 I MJA ....,,. HAJIMANIIOR ua•tAH IULAIMAN ()(•tu• tt.ffllM,M8 AJal 1172•11M) I I Tl!NOKU lltUHANI .UllAIRAH 1 AHMAD TUMIZI -- HA" MUHD AMIN 1 MUHDYUNUS (1862-1916) + Su pal< bt Sldek I I • AMINAH MUHD RAWI 1104,.1151 1 HAJI MUHD HA.JI HASAN Z.AIN UU,1H 1 112.4-200, I HAJAH KHADIJAH I ZAFFUAN - ZURAIMY - (P•null• J 7 beradlk I NAelLA SAtUllA


:,. \C) Makam MARHUM TENGKU ALIM@ Makam di Kampung Kuala Dong, Raub ini tidak Keturunan beliaulah yang mewarisi Kamp


@TUAN FAKEH RAO (1795-1890) k ditenggelami air bah besar pada tahun 1926. pung Ajai dan Kuala Dong hingga kini.


50 Bingkisan Sejarah Raub Penulis bergambar kenangan tahun 1998 bersama Imam Haji Sani bin Ismail ( 1918-2003), bekas Imam Masjid Kampung Ajai dari 1947 hingga 1994. Beliau adalah saudara 3 pupu kepada aki penulis, Haji Hasan bin Muhd Rawi (1923-1991) dan mereka adalah keturunan ke-4 Marhum Tengku Alim @ Tuan Fakeh Rao. Beliau antara yang paling banyak memperturunkan sejarah lisan Tengku Alim dan tokoh lain di sekitar Dong kepada penulis. Semuanya berdarah raja tetapi tidak lagi menyambung gelar Tengku atau Raja disebabkan "kepahitan" sejarah silam.


PENGHIJRAHAN DAN SUMBANGAN MASYARAKAT RAO DI PAHANG Pengenalan Suku Rao Imam Haji Ishak bin Muhammad Arif ada menyatakan bahawa negeri Rawa itu dahulunya ada lapan daerah di dalamnya. Setiap daerah itu ada "Tuanku Laras"nya, iaitu umpama raj a kecil dan Yang Dipertuannya iaitu Yang Dipertuan Rao di Padang Nunang. Nama daerah yang dimaksudkan itu ialah: 1. Padang Matinggi 2. Kota Raja 3. Kuamang 4. Lansat Kadap Hakmililc 5. Tanjung Botung 6. Langung 7. Tantorung 8. Panti Masyarakat di Sumatera Barat tidak akan faham jika kita menyebut tentang "Rawa." Suku "Rawa" yang kita maksudkan itu di tempat asalnya di Sumatera Barat disebut "RAO" mengikut percakapan loghat Minang. Hanya orang melayu di Pahang atau di Semenanjung Tanah Melayu dan pesisir timur Sumatera yang menyebut "RAWA" Kelompok Rawa ini masih dalam lingkungan suku Minang, dan mengamalkan Adat Perpatih seperti lazimnya di alam Minangkabau iaitu suku anak dibangsakan kepada pihak ibunya dan yang berkuasa dalam keluarga ialah "mamak" iaitu saudara lelaki kepada si ibu. Daripada lapan daerah yang dicatatkan itulah datangnya suku Rawa ke Pahang dan tempat lain di Semenanjung Tanah Melayu. Bagaimanapun A.C Milner dalam notanya bertajuk A NOTE ON "THE RAWA "1 menyenaraikan sepuluh daerah di Rawa iaitu: I Journal of The Malayan Branch Royal Asiatic Society, 1978. Volume 51 , Pan 2, him. 145-146. 51


52 Bingkisan Sejarah Raub 1. Panti 2. Padang Gelugor 3. Lansat Kadap 4. Tanjung Betong 5. Tarong-Tarong 6. Padang Matinggi 7. Padang Nunang 8. Lubuk Layang 9. Langong 10. KotaRaja Lapan daripada daerah tersebut menepati riwayat Imam Ishak tetapi ada dua lagi tambahan nama daerah yang dikemukakan oleh Milner daripada catatan pihak penjajah Belanda dalam "The Encyclopaedie Van Neder/andsch-indie ·· iaitu Padang Gelugor dan Lubuk Layang. Sepuluh daerah yang dinyatakan itu mengikut istilah anak negeri di Rawa atau pun adat Minangkabau dinamakan "Nagari," dan semua sepuluh nagari-nagari seperti yang dicatatkan oleh Imam Ishak danjugaA.C Milner itu masih wuj ud hingga kini. Dicatatkan juga bahawa pada pertengahan a bad ke-19 penduduk Rawa dianggarkan berjumlah melebihi 25,000 orang. Pada dasamya oleh sebab Rao itu adalah sebahagian daripada pemerintahan Minangkabau atau pun Pagaruyung yang masyhur itu maka secara langsung rajarajanya juga mengaku bahawa mereka itu datang dari keturunan Daulat Yang Dipertuan di Pagaruyung itu juga. Disebabkan asas tradisi pengkisahan sejarah suku Minangkabau itu sendiri (atau lebih tepat disebut "TAMBO" - penulis) lebih kepada berbentuk kiasan, hikayat dan bercampur pula dengan dongengan dahulukala. maka sukar sekali mencari sejarah yang tepat dan nyata di celah-celah lipatan hikayat yang diperturunkan generasi demi generasi tersebut. Nama raja-rajanya jelas berbau atau berbentuk gelaran di alam Minangkabau, tetapi susur galurnya yang sebenar, iaitu si raja itu putera kepada raja mana dan bapa si raja itu putera pula kepada si raja yang mana dari kalangan kerabat istana Pagaruyung itu tidaklah dapat pula hendak I dibuktikan dengan terang kerana tiada catatan yang jelas. Ceritanya ada tetapi tak dapat hendak dibuktikan secara hitam putih. Ketika Prabu Adityawarman menjadi Daulat Yang Dipertuan Rajo Alam di Pagaruyung bermula pada tahun 1347 masehi puteranya Raja MudaAnanggawarman dihantar ke Padang Nunang, Rao menjadi Yang Dipertuan Padang Nunang pertarna. Selepas kemangkatan Prabu Adityawarman, Raja Ananggawarman kembali ke Pagaruy"ung menggantikan ayahandanya manakala puteranya pula Raja Sri Vijayawarman dihantar ke Padang Nunang menjadi Yang Dipertuan Padang Nunang ke-2. Ini membuktikan kewujudan institusi "Yang Dipertuan Padang Nunang, Rao··


Bingkisan Sejarah Raub itu sudah begitu lama sekali, sama tua dengan kewujudan institusi Daulat Yang Dipertuan Rajo Alam Pagaruyung itu sendiri dan bertali kekerabatan langsung dengan induknya di Pagaruyung.2 Pada abad ke-17 pemah terputus zuriat lelaki Yang Dipertuan Padang Nunang di Rao Jalu diutus kembali seorang putera raja yang baru dari Pagaruyung bergelar "Tuanku Patuan Saripado" yang mengambil kedudukan di Tanjung Alai, sekitar 20 kilometer dari Padang Nunang. Hakikat sejarah ini ada kebenarannya dan tercatat dalam sepucuk surat yang berada dalam simpanan pewaris Yang Dipertuan Padang Nunang yang isi kandungannya menyebut bahawa Yang Dipertuan Padang Nunang adalah keturunan daripada putera tertua kepada "Yang Dipertuan Sakti di Pagaruyung." Bagaimanapun untuk mengetahui Yang Dipertuan Pagaruyung yang mana satukah yang dimaksudkan itu tentulah agak sukar kerana hampir semua Daulat Yang Dipertuan Raja Alam Pagaruyung menggunakan gelaran "Yang Dipertuan Sakti" di pangkal namanya sebelum diikuti dengan gelar kemuliaan yang seterusnya. 3 Sebenamya hakikat bahawa raja dan bangsawan Rawa itu adalah titisan keturunan Raja Pagaruyung memanglah tidak dapat dina:fikan kerana banyak negeri di Sumatera dan juga di Semenanjung Tanah Melayu yang rajanya berasal dari Pagaruyung sama ada ditunjuk atau dihantar untuk memerintah oleh Daulat Yang Dipertuan Rajo Alam di sana, kerana membuka kawasan baru atau pun akibat perebutan kuasa dan perpecahan wilayah pemerintahan sesama kerabat diraja. Siak, Kampar, Rambah, Tambusai, Rokan, Bangkahulu, Inderagiri seperti juga Rawa, rajanya adalah titisan langsung daripada Raja Pagaruyung. Salasilah raja Asahan, Bilah, Panai dan Kota Pinang di Sumatera Timur pula menunjukkan yang rajanya juga adalah berpunca daripada Daulat Yang Dipertuan Pagaruyung. Di Negeri Sembilan pula empat orang rajanya yang pertama dihantar dari Pagaruyung kerana memenuhi permintaan masyarakat Minangkabau yang ramai di kawasan itu pada tahun 1773 Masehi bermula dengan Raja Mahmud atau Raja Melewar yang menjadi Yang Dipertuan Seri Menanti pertama dari 1773 hingga 1795. 2 Diceritakan kepada penulis oleh Tuanku Sutan Muhd Taufik pada 20 Julai 2006 di Dong. Beliau bagaimanapun mengatakan bahawa Yang Dipertuan Padang Nunang selepas Raja Sri Vijayawarman belum dapat dikesan dan dipastikan. 3 Jane Drakard, 1999. A Kingdom of Words: Power and language in Sumatra. Shah Alam: Oxford University Press, him. 225. 53


I. Panti 2. Padang (1elugor 3. Lansat Kadap 4. Tanjung Hetong 5. Tarong-Tarong 6. Padang Matinggi 7. J'adang Nunang 8. r .ubuk f .ayang '). Langong IO. Kola Raja Lapan daripada dacrah terscbut menepati riwayat Imam Ishak tetapi ada d lugi tnmhahan nama dacrah yang dikcmukakan oleh Milner daripada catatan pih JR'njajah Bclandu dalam "The J!,ncyclopaedie Tim Nederland~ch-indie ·· iaitu Pada < il'lugor dun I.uhuk Layang. Scpuluh daerah yang dinyatakan itu mengikut istil 1111111-. 111,.·g1,.·ri di Rawa atau pun adat Minangkabau dinamakan --Nagan:· dan sem s1,.·p1iluh nagari-nagari scperti yang dicatatkan oleh Imam Ishak dan juga A.C Milt itu masih wujud hingga kini. Dicatatkan juga bahawa pada pertengahan abad kePl'ndudul-. Ra, .. a dianggarkan bcrjumlah melebihi 25.000 orang. Pada dasarnya olch scbab Rao itu adalah sebahagian daripada pemerintan Minangkahnu ntau pun Pagaruyung yang masyhur itu maka secara langsung raj rajanya juga mcngaku bahawa mereka itu datang dari keturunan Daulat Yru Dipcrtuan di Pagaruyung itu juga. Disebabkan asas tradisi pengkisahan sejarah sul Minangkabau itu scndiri (atau lcbih tepat disebut ''TAMBO" - penulis) Jebib kepai bcrbcntuk kiasan, hikayat dan bercampur pula dengan dongengan dahulukala. m~ sukar sckali mcncari sejarah yang tcpat dan nyata di celah-celah lipatan hikayatyru dipcrturunkan gcncrasi demi generasi terse but. Nama raja-rajanya jelas berbau aJ bcrbcntuk gclaran di alam Minangkabau, tetapi susur galurnya 1ang sebenar. iai si raja itu putcra kepada raja mana dan bapa si raj a itu putera pula kepada si ~ yang mana dari kalangan kerabat istana Pagaruyung itu tidaklah dapat pula hend! dibuktikan dcngan tcrang kcrana tiada catatan yang jelas. Ceritanya ada tetapi U dapat hendak dibuktikan secara hitam putih. Ketika Prabu Adityawarman menjadi Daulat Yang Dipertuan Rajo Alamt Pagaruyung bcrmula pada tahun 134 7 masehi puteranya Raja Muda Ananggawarnu dihantar ke Padang Nunang, Rao menjadi Yang Dipertuan Padang Nunar pertama. Selcpas kemangkatan Prabu Adityawannan, Raja Ananggawarman kembr kc Pagaruyung mcnggantikan ayahandanya manakala puteranya pula Raja Y Vjjayawarman dihantar ke Padang Nunang menjadi Yang Dipertuan Padang Nunr ke-2. Jni mcmbuktikan kewujudan institusi "Yang Dipertuan Padang Nunang. Ra;'


Bingkisan Sejarah Raub itu sudah begitu lama sekali, sama tua dengan kewujudan institusi Daulat Yang Dipertuan Rajo Alam Pagaruyung itu sendiri dan bertali kekerabatan langsung dengan induknya di Pagaruyung. 2 Pada abad ke-17 pemah terputus zuriat lelaki Yang Dipertuan Padang Nunang di Rao lalu diutus kembali seorang putera raja yang baru dari Pagaruyung bergelar "Tuanku Patuan Saripado" yang mengambil kedudukan di Tanjung Alai, sekitar 20 kilometer dari Padang Nunang. Hakikat sejarah ini ada kebenarannya dan tercatat dalam sepucuk surat yang berada dalam simpanan pewaris Yang Dipertuan Padang Nunang yang isi kandungannya menyebut bahawa Yang Dipertuan Padang Nunang adalah keturunan daripada putera tertua kepada "Yang Dipertuan Sakti di Pagaruyung " Bagaimanapun untuk mengetahui Yang Dipertuan Pagaruyung yang mana satukah yang dimaksudkan itu tentulah agak sukar kerana hampir semua Daulat Yang Dipertuan Raja Alam Pagaruyung menggunakan gelaran "Yang Dipertuan Sakti" di pangkal namanya sebelum diikuti dengan gelar kemuliaan yang seterusnya. 3 Sebenamya hakikat bahawa raja dan bangsawan Rawa itu adalah titisan keturunan Raja Pagaruyung memanglah tidak dapat dinafikan kerana banyak negeri di Sumatera dan juga di Semenanjung Tanah Melayu yang rajanya berasal dari Pagaruyung sama ada ditunjuk atau dihantar untuk memerintah oleh Daulat Yang Dipertuan Rajo Alam di sana, kerana membuka kawasan baru atau pun akibat perebutan kuasa dan perpecahan wilayah pemerintahan sesama kerabat diraja. Siak, Kampar, Rambah, Tambusai, llokan, Bangkahulu, lnderagiri seperti juga Rawa, rajanya adalah titisan langsung daripada Raja Pagaruyung. Salasilah raja Asahan, Bilah, Panai dan Kota Pinang di Sumatera Timur pula menunjukkan yang rajanya juga adalah berpunca daripada Daulat Yang Dipertuan Pagaruyung. Di Negeri Sembilan pula empat orang rajanya yang pertama dihantar dari Pagaruyung kerana memenuhi pennintaan masyarakat Minangkabau yang ramai di kawasan itu pada tahun 1773 Masehi bennula dengan Raja Mahmud atau Raja Melewar yang menjadi Yang Dipertuan Seri Menanti pertama dari 1773 hingga 1795. 2 Diceritakan kepada penulis oleh Tuanku Sutan Muhd Taufik pada 20 Julai 2006 di Dong. Beliau bagaimanapun mengatakan bahawa Yang Dipertuan Padang Nunang selepas Raja Sri Vijayawannan belum dapat dikesan dan dipastikan. 3 Jane Drakard, 1999. A Kingdom of Words: Power and language in Sumatra. Shah Alam: Oxford University Press, him. 225. 53


54 Bingkisan Sejarah Raub Di Pahang pula bertebaran sebilangan lagi anak raja Pagaruyung yang membawa diri kerana memerangi penjajah Belanda ataupun atas sebab lainnya. Kebanyakan mereka tidak lagi menyambung gelaran "Tengku" atau pun "Raja'' yang menjadi perlambangan bahawa mereka itu asalnya dari kerabat diraja. Antara sebab gelaran "Tengku" atau "Raja" tidak digunakan lagi ialah bagi melindungi diri daripada penjajah Belanda dan konco-konconya yang mahu membunuh setiap titisan keturunan raja Pagaruyung yang supaya mudah penjajah tersebut menjalankan corak pemerintahan baru tanpa gangguan dan tentangan golongan pemerintah tempatan yang sebenarnya berhak mewarisi kerajaan. Di samping itu gelaran bangsawan itu juga tidak digunakan kerana mereka berasa gelaran mulia yang diwarisi itu tidak sepadan dengan keadaan hidup mereka di tempat baru seperti orang kebanyakan dengan berdagang dan berniaga, bercucuk tanam, bersawah ladang serta makan pakainya pun tidak ubah seperti rakyat biasa sahaja. Oleh itu gelar kemuliaan yang disebut-sebut itu bolehlah diibaratkan seperti merendahkan darjat gelaran itu sendiri walaupun orang yang memanggilnya tidaklah bennaksud begitu. Sejarah kedatangan gerombolan suku Rawa ke Pahang sebenarnya tidak pemah dicatatkan secara terperinci oleh pihak mereka sendiri. Maklumat utama yang sangat diperlukan oleh penyelidik sejarah seperti tahun kedatangan mereka, nama tokoh utama, tempat asal mereka datang dan asal-usul keturunan mereka tidak dijumpai secara teratur dalam bentuk dokumen bertulis. Hanya yang ada ialah riwayat secara lisan, dan sedikit catatan oleh beberapa generasi terkemudian yang menghimpunkan kisah sejarah itu dari mulut orang tua-tua mereka. Penyelidik yang mengkaji tentang sejarah suku ini terpaksa berusaha gigih dan memperuntukkan masa bergerak ke sana ke mari menemuramah generasi lama yang masih ada dan mencari dokumen tidak rasmi yang bertebaran di merata ceruk kampung. Sepanjang pengalaman penulis sendiri dalam "mencarigali" kisah sejarah yang unik ini bermula dari tahun 1999 penulis telah bertemu dengan pelbagai ragarn individu yang menyimpan serba sedikit catatan bertulis berkenaan sejarah nenek moyang mereka itu dalam situasi yang bermacam ragam pula. Ada sesetengahnya seperti menyorokkan emas apabila ditanyakan catatan salasilah keturunan mereka. nampak macam takut-takut dan terlalu berhati-hati untuk mengakui ada menyimpan bahan seumpama itu dengan alasan yang tersendiri. Sesetengahnya pula begitu bermurah hati menghulurkan kepada penulis hinggakan ibarat satu sahaja yang diminta semuanya pula yang dikeluarkan dari dalam almari kerana individu seperti ini amat suka sekali apabila mengetahui ada orang lain yang berminat terhadap sejarah nenek moyang mereka. Ada pula yang tidak ambil peduli tentang helaian dokumen yang ada dalam simpanan mereka sehingga letaknya pun merata-rata sahaja di mana sempat. Dalam satu peristiwa helaian kertas yang mengandungi gurisan salasilah keluarga seorang penduduk kampung diambil oleh anaknya lalu dibual


Bingkisan Sejarah Raub layang-layang. Ada pula yang menjaga naskah tua yang diperolehinya daripada orang tuanya yang dahulu dengan baik tetapi tidak dapat memahami isi kandungannya lalu dibiarkan begitu sahaja terperam di dalam almari hanya kerana naskah tua itu ditulis dalam tulisan Jawi. Sungguh mengharukan apabila dikenang "tragedi" seperti ini. Penulis dapat membuat kesimpulan bahawa belum ada individu atau dari kalangan kaum keluarga rumpun itu sendiri yang pernah berusaha menghimpunkan pelbagai maklumat sejarah tersebut dalam bentuk suatu naskah buku yang sempurna dan lengkap isi kandungan serta bahan rujukannya. Hanya yang selalu tersua oleh penulis di persada sejarah rumpun melayu ini banyak buku bernilai tinggi dengan isi kandungan yang sangat penting diusahakan oleh para sarjana dari negara barat, terutamanya dari negara Eropah yang dahulunya pernah melabuhkan sauh penjajahan mereka di rantau nusantara, iaitu Portugis, Belanda dan British. Sekadar contoh ialah seorang sarjana dari Sweden bemama Dr.Hagerdal yang pada masa penulis sedang menyiapkan penulisan ini beliau pun sedang menjalankan kajian intensif berkenaan masyarakat Bali dan Nusa Tenggara (Timor) di era penjajahan Belanda sekitar abad ke-17 dan abad ke-18 Masehi. Banyak rekod lama ketika pemerintahan penjajah Belanda dahulu yang diselongkar oleh beliau. Pengkaji seperti ini ada kelebihan kerana kebanyakan dokumen yang diperlukan ada di Arkib Negara Belanda dan Universiti Leiden dan sebahagian lagi di Arsib Nasional Jakarta. Agak malang bagi kita pengkaji sejarah tempatan yang bergantung kepada sumber terbatas. Kebanyakan dokumen itu ditulis dalam bahasa Belanda dan belum ada lagi yang diterjemahkan keseluruhannya ke dalam bahasa lnggeris. Keadaan yang sama dihadapi jika kita hendak mengkaji sumber utama berkaitan sejarah Tanah Melayu kerana kebanyakannya disimpan di London. Oleh sebab Dr.Hagerdal begitu giat sekali meneliti rekod Belanda, walaupun tumpuan kajian beliau lebih kepada Bali dan Nusa Tenggara, tetapi serba sedikit maklumat berkenaan Pagaruyung dan Rawa atau negeri Melayu di Sumatera Timur ada juga dalam pengetahuan beliau. Bagaimanapun kerana beliau ini pun orang Eropah tentulah sedikit sebanyak pandangan beliau dilihat berdasarkan sudut pandangan Eropah. Penulis sendiri sebagai anak Melayu dari alam Nusantara mengambil inisiatif untuk menapis pendapat beliau dan disesuaikan pula dengan pandangan, sikap hidup dan pegangan serta kepercayaan masyarakat Melayu Islam di Nusantara. Hal yang sama pernah dilakukan oleh Profesor Dr.Harnka dahulu. Menurut A.C Milner suku Rawa mula datang ke Semenanjung Tanah Melayu sekitar lewat tahun 1820-an. Sebelum bertemu catatan sarjana barat ini pernah penulis membuat perkiraan sendiri berkenaan tahun munculnya suku Rawa di Semenanjung Tanah Melayu dan di Pahang khususnya. Penulis anggarkan mulanya sekitar tahun 1820-an, dan bersambung terns hingga tahun 1830-an dan 1840-an. Kebanyakannya berpunca daripada peristiwa "Perang Paderi" yang meletus di Minangkabau dari 55


56 Bingkisan Sejarah Raub tahun 1821 hingga tahun 1837. Setelah bertemu kenyataan dari pihak lain seperti dalam nota Milner itu terbuktilah bahawa telahan dan pengiraan penulis itu benar. Sememangnya era 1820-an hingga 1830-an, aJam Minangkabau sedang panas dilanda gelombang kebangkitan para ulama dan rakyat Minangkabau menentang kuasa penjajah Belanda yang terkenal dengan sifat tamak halobanya dalam memeras hasil bumi negara yang dijajahnya. Suasana huru-hara dan tidak keruan itu menyaksikan ramai sekali kaum bangsawan Minangkabau yang mati dibunuh oJeh konco-konco Belanda walaupun mengikut dakwaan penjajah Belanda kaum bangsawan Minangkabau itu kononnya mati dibunuh oleh para ulama dan rakyat Minangkabau sendiri. Disebabkan nyawa terancam setiap hari sedangkan penjajah Belanda yang rakus itu tetap mahu meluaskan juga cengkamannya ke seluruh pelusuk bumi Minangkabau dengan menghapuskan keturunan raja dan kaum bangsawan Minangkabau itu sendiri maka ramaiJah dari kalangan anak raja dan bangsawan Pagaruyung serta Rao yang mengungsi ke Semenanjung Tanah Melayu. Sesetengahnya masih kekal dengan gelaran dirajanya seperti "Tengku" atau "Raja" manakala sebahagian lagi nekad mengubah namanya kepada nama orang biasa sahaja demi untuk menjaga keselamatan dirinya daripada diketahui oleh penjajah Belanda dan konco-konconya. Peristiwa "pengungsian" anak raja dan kaum bangsawan Sumatera itu sebenarnya tidak hanya terjadi di sekitar lingkungan negari Rao dan pusat Pagaruyung sahaja malah ramai lagi dari kalangan kaum bangsawan di Kampar, Siak, Palembang, Kerinci, Aceh, Langkat, Batu Bara, Tambusai, Rokan, Bilah, Panai dan kawasan Iain di seluruh Sumatera yang juga terpaksa "angkat kaki" ke Semenanjung Tanah Melayu ketika hangatnya bahang perjuangan anak tempatan Sumatera menentang pendudukan kuasa penjajah Belanda bermula awal abad ke-19. Ini jelas terbukti melalui sejarah lisan yang diperolehi penulis daripada sebilangan generasi lama yang sempat penulis temui di sekitar permukiman Dong, Raub itu yang menyebutkan nama individu tertentu yang telah mengubah nama dan gelaran asal mereka dan bersemenda dengan penduduk Dong hingga ke daerah Lipis dan Jerantut serta ada juga yang ke Temerloh. Ada yang disebutkan sebagai anak raja Rokan dan Siak di Sumatera Timur, ada yang disebut sebagai bangsawan dari Palembang dan Bengkulu di Selatan Sumatera, ada yang disebut datang dari Aceh dan Kerajaan Langkat di Utara Sumatera dan sebagainya. Sejak dari awal datangnya suku Rawa ke Semenanjung Tanah Melayu mereka berjaya menempatkan nama suku mereka di arena sejarah tempatan dengan gemilang sekali. Gemilang dari segi kemasyhuran nama mereka yang sering melibatkan diri dalam beberapa siri peperangan besar di beberapa negeri di Tanah Melayu. Sebahagian daripada mereka "gemilang" pula disebutkan sebagai "kelompok yang membuat kacau dan huru-hara" di negeri Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan


Bingkisan Sejarah Raub hingga mendatangkan marah dan kebencian di kalangan raj a dan masyarakat Melayu tempatan di negeri berkenaan terhadap orang Rawa. Pada tahun 1848, orang Rawa terlibat dalam Perang Sungai Ujong yang dapat diatasi oleh pemerintah di sana pada tahun 1853. Disebutkan bahawa pada tahun 1853 Raja Pahang (dipercayai yang dimaksudkan di sini ialah Raja Bendahara Tun Mutahir ibni Raja Bendahara Tun Ali) mengadu kepada pegawai British bagi Negeri Selat bahawa orang Rawa telah datang ke Pahang dan menimbulkan kekacauan dengan membunuh dan merompak penduduk di sana. Mereka dikatakan datang dari arah Melaka dan menyerang Perak dan Selangor. Raja Pahang itu juga menyebut nama dua daripada tokoh pemimpin suku Rawa tersebut iaitu "Haji Muhammad Taib" dan "Letu" sambil memohon bantuan pihak berkuasa British menghalang penduduk Melaka daripada membekalkan peluru dan ubat bedil kepada pihak Rawa terbabit. Pada tahun 1855 pula, pemerintah Sungai Ujong dan Rembau telah melaporkan kepada pihak British yang orang-orang Rawa telah menyerang dan mengganggu negeri mereka. Orang Melayu dan Cina telah dirompak dan yang paling teruk terjejas ialah para peniaga dari Melaka. Antara nama pemimpin orang Rawa yang disebutkan ialah Datuk Jati, Raja Hulubalang, Haji Musa, Raja Muda dan Mertaga Malim. Residen Kaunselor Melaka, W.T. Lewis mencatatkan bahawa Sultan Selangor turut diberi peringatan tentang kegiatan orang Rawa malah Lewis membuat kesimpulan dalam masa beberapa tahun sahaja orang Rawa akan menjadi "tuan" di kawasan pedalaman. Residen Kaunselor Melaka digantikan oleh R.Macpherson pada tahun 1859 dan beliau melaporkan sejumlah 100 orang Rawa tiba di Melaka dari Pahang kononnya dalam perjalanan ke Mekah. Menurut beliau khabar angin mengatakan maksud sebenar mereka ialah hendak berkumpul di Langat, Selangor tetapi tujuan berkumpul itu tidak dinyatakan oleh Macpherson dalam laporannya. Seperti yang biasa berlaku di negara yang dijajah pihak penjajah akan memberikan gambaran yang paling buruk dan jauh daripada menepati kebenaran terhadap anak tempatan yang dikuasai mereka, lebih-lebih lagi jika anak tempatan itu melakukan penentangan terhadap pendudukan mereka sama ada secara bersenjata atau pun melalui kaedah lain. Demikian jugalah yang berlaku terhadap suku Rawa di Sumatera Barat sepanjang penaklukan Belanda ke atas tanah air mereka bermula pada awal abad ke-19. Oleh sebab kerasnya penentangan raja, kaum bangsawan dan rakyat Rawa keseluruhannya terhadap penjajah Belanda sepanjang penglibatan mereka dalam peristiwa Perang Paderi ( 1821-183 7) maka mereka telah di cap sebagai "kelompok Muslim yang fanatik dan sangat keras menegakkan fahaman mereka". Jika didengar atau dihayati sepintas lalu kenyataan pihak Barat itu anak Melayu masa kini yang tidak faham peristiwa sejarah sebenar nenek moyang mereka itu pasti akan termakan juga dengan hujah berkenaan yang nampaknya "sungguh rasional" dan masuk dek akal! Negeri Rawa yang dijajah tetapi malangnya orang Rawa pula yang 57


58 --, Bingkisan Sejarah Raub dicap sebagai zalim, fanatik dan terlalu keras menjunjung faham Wahabi. Hujah pihak Barat berkenaan rakyat tempatan yang menentang mereka di mana-mana pelusuk bumi Nusantara yang dijajah mereka itu boleh dikatakan hampir sepakat dan senada saja. Rekod British di Semenanjung Tanah Melayu besar kemungkinannya tetap bersandar kepada laporan dan penilaian yang diperolehinya daripada "saudara penjajahnya" di Indonesia iaitu Belanda. Residen Kaunselor Macpherson pada tahun 1859 sebagai contohnya telah menyifatkan suku Rawa yang datang ke Semenanjung Tanah Melayu sebagai "suku bangsa yang tidak jemu dan amat menyukai peperangan yang datang dari pedalaman Sumatera dan telah begitu lama berperang dengan Belanda". Suku Rawa dilaporkan berhijrah dalam jumlah yang agak ramai ke negeri Pahang dengan tujuan utama mereka ialah hendak rnencari emas. Hugh Clifford yang masuk buat pertama kalinya ke Hulu Pahang pada bulan Februari tahun 1887 mencatatkan pula bahawa orang Rawa itu didengarinya telah menjadi "pejuang upahan, orang yang sangat jahat dan angkuh yang tiada rasa hormat dalam diri rnereka. "4 Pada tahun 1828, Sultan Sayid Syarif Ismail Abdul Jalil Saiful Alam ibni Tengku Sayid Muhammad dari Siak telah melaporkan bahawa jajahan pedalarnan negerinya telah diserang oleh "Orang Rinceh" yang datang dari Rawa. "Orang Rinceh" yang dimaksudkan di sini ialah gelaran yang ditujukan kepada orang Rawa yang rnenjadi pengikut Tuanku Nan Rinceh, salah seorang daripada ularna pemuka Perang Paderi di Minangkabau yang terkenal sangat garang perangnya terhadap penjajah Belanda dan dicap sebagai tokoh ulama yang sangat radikal dan fanatik. 5 4 Journal of The Malayan Branch Royal Asiatic Society, op. cit. 5 Ibid


Carta Struktur Pemerintahan Rao DATUK BESAR YANG DIPERTUAN RAO - bertakhta di Padang Nunang '" RAJA MUDA PADANG NUNANG - berkedudukan di Tanjung Alai, < > 20KM dari Padang Nunang -------- --------- l _________ --------- DATUK MALINTANG DATUK MAJOINDO ORANG BESAR 15 DATUK SIMARAJO Ini adalah ringkasan carta organisasi pemerintahan di Rao Mapattunggul. Pemerintah tertinggi ialah Yang Dipertuan Rao di Padang Nunang. Kemudian Raja Muda yang bertempat di Tanjung Alai dan di bawahnya ada Orang Besar Berempat serta Orang Besar 15. (Maklumat diperolehi daripada Tuanku Bustamin bin Ibrahim, Yang Dipertuan Padang Nunang ketika kedatangan beliau ke Dong, Raub bersama Tuanku Sutan Muhd Taufiq Thaib pada 19 dan 20 Julai 2006) 59


60 , Bingkisan Sejarah Raub Perjuangan Orang Rao Dalam Perang Paderi 1821-1837 Perang Paderi yang dipelopori Tuanku Imam Bonjol (1772-1864) bermula ketika "Kaum Agama" yang sangat mengutamakan syariat ugama dan ketinggian hukum Islam mengangkat senjata menentang "Kaum Adat" yang dipelopori sebahagian raja dan kaum bangsawan Minangkabau yang dalam kehidupan mereka banyak tergelincir dari lunas Islam yang suci dan masih tebal dengan tabiat lama seperti berjudi, berlaga ayam, minum arak dan menjauhi masjid. Kaum Adat mendapat sokongan pula dari pihak penjajah Belanda yang berasa sangat terancam dengan kebangkitan pengaruh tokoh ugama dalam melawan penjajahan mereka di Sumatera. Bermula dari Imam Bonjol perjuangan anak Minang tersebut kemudianny~ merebak ke serata pelusuk alam Minangkabau dan Rao juga tidak terkecuali. Angkatan perang para ulama yang diketuai oleh Tuanku Imam Bonjol dan Tuanku Imam dari daerah lain dengan berpakaian jubah putih dan serban putih bersenjatakan pedang dan keris telah menggemparkan pihak Belanda. Pertempuran demi pertempuran yang dimenangi oleh gerakan Islam ini menyebabkan banyak soldadu dan askar upahan Belanda terkorban. Perang tersebut dinamakan Perang Paderi yang bererti "peperangan yang dipelopori oleh tokoh ugama." Para Tuanku Imam yang menjadi tonggak dalarn peperangan tersebut ada lapan orang lalu digelar "Persatuan Tuanku nan Selapan" iaitu : I. Tuanku Imam Bonjol sebagai ketua 2. Tuanku nan Gapuk 3. Tuanku Khalwat 4. Tuanku nan Hitam 5. T uanku nan Rinceh 6. Tuanku Pasaman 7. Tuanku nan Tua 8. Tuanku Mudo Satu demi satu wilayah jatuh ke tangan Tuanku-Tuanku Imam seperti Lubuk Sikaping, Rao Mapattunggul. Air Bangis, Talu, Ram bah, Bangkinang dan Tambusai, malah pasukan Tuanku Imam Bonjol sendiri telah masuk ke pesisir timur Sumatera seperti Rokan, Siak, Kampar Kiri dan Kampar Kanan terus masuk ke Batu Bara dan Kata Pinang. Turut diserbu oleh angkatan perang para ulama itu dari sayap Rao ialah Tanah Batak Mandailing kerana pemerintah Mandailing yang beragama Islam bernama Bagindo Marah Husin telah meminta bantuan pihak paderi untuk melepaskan Mandailing daripada kekuasaan penjajah Belanda yang mencengkam di sana. Dalam peperangan selama 16 tahun itu ramailah raja dan kaum bangsawan


Bingkisan Sejarah Raub Minangkabau yang terbunuh kerana dilagakan sesama sendiri oleh penjajah Belanda. Tidak cukup dengan itu Belanda mengambil pula perajurit upahan dari Tanah Jawa yang juga beragama Islam untuk diadu-dombakan dengan saudara seagama di Tanah Minang. Di pihak Rao, pemuka agama yang menjadi ketua menentang Belanda dan Kaum Adat itu ialah Tuanku Rao menantu kepada Yang DiPertuan Rao di Padang Nunang serta orang kanan beliau bemama Panglima Ibrahim.6 Tuanku Rao mengambil-alih pemerintahan mertuanya sepanjang tempoh peperangan tersebut kerana Yang DiPertuan Rao tidak begitu bersikap keras terhadap Belanda. Ramai tokoh bangsawan Rao yang cenderung menegakkan syiar Islam bangkit menjadi orang gagah dan panglima yang mengamuk di kubu Belanda serta konco-konconya. Antara tokoh Rao yang terlibat ialah Tuanku Patuan Soripada di Padang Nunang dan Raja Pasak dari Padang Matinggi. Inilah peristiwa "Peperangan Rao-Mandailing" yang dimaksudkan oleh I_mam Ishak dalam manuskrip beliau dan masyhur pula diceritakan oleh generasi lama di Kampung Temau, Dong. Dalam peperangan ini jugalah Fakeh Khalifah Sutan Segentar Alam serta adiknya Tengku Tan Joleng Tujuan Saka Mas turut terlibat. Ketika itu Tujuan Saka Mas baru berumur 12 tahun dan dinaikkan orang di atas kuda sambil memegang lembing kebesaran raja menyerbu ke Tanah Batak Mandailing. 7 Kemungkinan besar anak cucu para raja dan pahlawan Rao di Pahang yang ada hari ini sudah tidak mengerti apa pun kalau ditanyakan persoalan Perang Paderi yang pemah diharungi oleh nenek moyang mereka dahulu. Nyata bahawa kisah pahit peperangan yang dahsyat dan amat panjang di Tanah Minangkabau itu sudah hilang riwayatnya di kalangan orang tua-tua terdahulu apabila tiba ke Pahang, hinggakan saki-baki sejarahnya yang dapat diketahui hanya disebutkan sebagai "Peperangan Rao-Mandailing" sahaja. Hakikatnya bukan Rao memerangi Mandailing tetapi orang Minang seluruhnya memerangi penjajah Belanda dan sesiapa saja yang menjadi penyokongnya. Kemenangan di pihak para Tuanku Imam tidak berpanjangan kerana penjajah Belanda yang lebih lengkap persenjataannya dan banyak pula tipu muslihat kotomya akhimya beroleh juga kemenangan setelah menghadapi tentangan hebat. Rao Mapattunggul jatuh sepenuhnya ke tangan Belanda pada bulan Oktober 1832 dan Tuanku Rao sendiri gugur syahid. 8 6 Hamka, 1974. Amara Fakra Dan Khayal Tuanku Rao. Jakarta: PT Bulan Bintang. 7 Ishak Muhammad Arif, Manusk:rip Rnvayatut Tammauwi. 8 Hamka, 1974. op. cit. · 61


62 Bingkisan Sejarah Raub Tuanku Imam Bonjol yang ditewaskan pada 16 Ogos 183 7 dibuang ke Lota, Sulawesi dan meninggal dunia di sana pada 6 November 1864 dalam usia 92 tahun. Daulat Yang DiPertuan Rajo Alam di Pagaruyung, Sultan Alam Bagagar Shah juga tewas pada tahun 1833. Baginda dibuang ke Betawi (sekarang Jakarta) dan mangkat di sanapada21 Mac 1849.9 Bermula sejak tercetusnya Perang Paderi pada tahun 1821 sehingga Rao jatuh ke tangan Belanda pada 1832, Pagaruyung 1833 dan Bonjol 183 7 begitu ramai sekali orang Rao dan Minangkabau yang bertebaran membawa diri ke serata pelusuk daerah dan negeri di Sumatera serta menyeberang Selat Melaka ke Semenanjung Tanah Melayu kerana melarikan diri daripada diburu penjajah Belanda dan tali barutnya. Mereka berhijrah dengan membawa kenangan pahit sambil. mencari bumi yang baru untuk meneruskan kehidupan. Antara mereka itu ada yang berpecah menuju ke Perak, Selangor dan Kedah, dan di Pahang daerah Raub menjadi permukiman besar bagi orang Rao dan Minangkabau hingga daerah Raub itu menjadi seperti "lubuk orang Rao" di negeri Pahang. Bentuk muka bumi dan keadaan tanah yang ada di Raub dikatakan sangat mirip dengan suasana yang terdapat di Rao, dengan keadaan bukit dan tanab pamahnya serta cuaca yang tidak jauh bezanya dengan tanah tumpah darah mereka di Sumatera Barat. Raub yang terletak di rantau Hulu Pahang itu agak terpencil dan boleh dikatakan aman daripada musuh. Tambahan pula setelah emas banyak dijumpai di daerah Raub bertambah tertariklah hati orang dagang dari Sumatera itu untuk berhijrah ke sana. Sumber alam yang kaya di daerah Raub itulah yang dijadikan modal buat bemiaga hingga ke Kuala Kubu, Selangor di samping bersawah, berladang dan berdusun. Di daerah Raub, kampung yang masih boleh didengari saki-baki loghat percakapan orang Rao itu ialah di Kampung Gali Hilir dan Gali Tengah walau pun sudah tidak "sepekat" dulu dan mungkin juga inilah satu-satunya kampung di negeri Pahang yang masih kekal dengan percakapan Rao. Penglibatan para raja dan bangsawan Rao dalam Perang Paderi serta penghijrahan mereka ke Tanah Melayu akibat kemelut peperangan itu sudah pun dibincangkan. Kita juga sudah semakin jelas terhadap beberapa persoalan berkaitan suku Rao dan Minangkabau yang begitu ramai berhijrah ke Raub. Sesetengah kalangan anak Melayu sendiri keliru kerana menyangkakan suku Minangkabau hanya ramai bersemenda di Negeri Sembilan sahaja. 9 Hamka, 198 1. Op. cu


Bingkisan Sejarah Raub Keindahan sawah padi di Pariaman, Minangkabau Ngarai Si Anok, Bukit Tinggi 63


Bingkisan Sejarah Raub 64 TUGUPERINGATANTUANKU IMAM BONJOL (1772-1864) Tugu peringatan dan muzium ini dibina di Bonjol, Sumatera Barat bagi mengabadikan kisah perjuangan almarhum Tuanku Imam Bonjol dan rakyat Rao serta Minangkabau seluruhnya menentang penjajahan Belanda sepanjang Perang Paderi dari tahun 1821 hingga 1837. Nama sebenar beliau ialah Ahmad Syahab bin Khatib Bahanuddin diputerakan pada tahun 1772 dan meninggal dunia dalam pembuangan di Lota, Sulawesi pada 6 November 1864. Di Bonjol inilahjuga tempat laluan garisan Khatulistiwa dan dikatakan penduduk di kawasan ini terkenal warak dan alim.


Bingkisan Sejarab Raub Penulis (dua dari kanan) bergambar kenangan bersama Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sutan Muhd Taufiq Thaib dan sebilangan dari abli keluarga penulis dari Dong, Raub di hadapan lstano Silinduang Bulan Pagaruyung YANG DIPERTUAN PADANG NUN ANG, RAO pada masa ini Yang Teramat Mulia Tuanku Bustami bin Ibrahim bergelar TUANKU RAJO NANSATI. 65


66 Bingkisan Sejarah Raub Rumah tua yang dibangunkan sebagai ganti istana Raja Padang Nunang yang telah "terbakar" pada tahun 1940-an. Istana asal dikatakan berbentuk persis Istano Silinduang Bulan di Pagaruyung. Gambar Kecil: RUMAH MINANG DI PADANG NUNANG, RAO Menjadi bukti daerah dan suku Rao adalah belahan daripada Kerajaan Pagaruyung.


Bingkisan Sejarah Raub Hanya sebahagian sahaja penghijrah Minangkabau itu yang memilih untuk kekal di Negeri Sembilan dan terus memegang Adat Perpatih seperti di negeri asal rnereka di Minangkabau. Sebahagian yang lain pula memilih untuk berhijrah ke negeri Melayu lain yang tidak mengamalkan Adat Perpatih seperti Pahang, Selangor, Perak dan Kedah. Ini terdorong atas sebab dan alasan mereka yang tersendiri. Menjelang tahun 1830-an hingga tahun 1840-an telah berhimpun sebahagian besar anak raja dan bangsawan Rao ataupun Pagaruyung di sekitar daerah Raub yang disebutkan oleh orang tua-tua dahulu bahawa mereka itu semuanya bertali kerabat antara satu sama lain. Sesetengahnya masih ada pertalian saudara sepupu atau dua pupu. Kebanyakan mereka membawa diri ke Pahang seorang diri sahaja dengan meninggalkan isteri dan anak (bagi yang sudah berkahwin) di Rao dengan rnaksud supaya tidak terputus baka dan nasab di tanah kelahiran mereka sendiri dan harta pusaka juga terpelihara. Apabila tiba di Pahang mereka berkahwin pula dengan perempuan Pahang. Jika dikaji secara mendalam para perempuan Pahang terse but sebenarnya adalah dari keturunan Minangkabau j uga yang tel ah berkampung halaman di Hulu Pahang kira-kira 100 tahun terdahulu. Seperti lazirnnya mengikut adat istiadat Melayu ke mana pun para raja atau pun anak raja pergi pastilah akan diiringi oleh para pahlawan hulubalang dan orang besar-besamya mengikut situasi tertentu dan dalam bilangan yang tertentu pula. Seiring dengan kedatangan anak raja Rao dan Pagaruyung ke daerah Raub kita dapat rnengesan sebilangan nama para pahlawan yang diketahui riwayatnya dan keturunan mereka itu pun masih wujud hingga ke hari ini. Sesetengah daripada anak cucu mereka itu bersemenda kembali dengan anak cucu raja Rao dan Pagaruyung di sekitar daerah Raub walaupun perkara ini mungkin tidak disedari oleh mereka sendiri. Hanya yang tahu sahaja akan tersenyum sendiri apabila melihatkan kekayaan dan kebijaksanaan Tuhan_yang secara halus mempertemukan kembali darah seketurunan itu tanpa dirancang oleh sesiapa. Antara anak raja Rao dan panglimanya yang dirasakan paling "temama" dan sering diriwayatkan oleh orang tua-tua dahulu ialah Tengku Muda Khairul Alam bin Tengku Badrul Alan1 (Raja Muda Padang Nunang), sepupu beliau Tengku Umbak bin Tengku Tialam dari Padang Nunang, Tengku Alim atau biasa disebut "Tuan Fakeh Rao," Tengku Kintam Fakeh Khalifah Saka Mas bin Tengku Limbang Laut dari Rao Tanjung Durian, adiknya Tengku Tan Joleng Tujuan Saka Mas bin Tengku Limbang Laut, Tengku Ali atau masyhur disebut "Tok Shaharom", Raja Haji Daud dan adiknya Raja Bayu dari Pagaruyung, Panglima Tegu dari Talu Guga wilayah Minangkabau), Panglima Haji Muhd Salleh Lentor (disebut sebagai "Orang Gagah dari Rao"), Imam Perang Jembang bin Lebai Husin Kampar, Panglima Garang dan Panglin1a Sutan bin Jo Pogang dari Rao, Imam Perang Padang Matinggi atau digelar sebagai "Raja Pasak", PanglimaAlam dan Panglima Ja Bujangjuga dari Rao. 67


68 Bingkisan Sejarah Raub Keturunan para bangsawan dari Rao inilah yang kini begitu ramai sekali mendiami kampung di sekitar permukiman Dong dan Gali, Raub serta sampai pula ke Budu, Lipis. Bilakah nama "RAUB" mula wujud? Kawasan yang bernama "Raub'' di Hulu Pahang adalah salah satu daripada tempat di Pahang yang kaya dengan bijih emas dan bijih timah sejak zan1an dahulu lagi. Daerah Raub dahulunya tidak berdiri sendiri tetapi adalah sebahagianjajahan Lipis atau Hulu Pahang yang luas dan subur. Berdasarkan cerita orang tua-tua dahulu asal-usul nama daerah istimewa ini berpunca daripada perbuatan orang Melayu yang ''meraub" atau mengaut emas dari tebing sungai dengan begitu mudah sekali dengan hanya menggunakan tangan kosong kerana banyaknya kandungan emas yang terbenam di bumi Raub. 1 ° Ketika itu salah satu tapak yang mengandungi banyak sekali emas ialah di kawasan padang di kaki bukit Rumah Rehat Raub yang dahulunya kawasan berair dan menjadi Jaluan angkatan bergajah para peniaga dari Hulu Pahang menuju ke Kuala Kubu. Selangor. 11 Namun begitu tidak begitu jelas bilakah sebenarnya nama Raub itu wujud secara rasmi. Sebilangan orang tua-tua menyebut bahawa nama Raub mula dikenali setelah Raja Impeh bin Raja Abdullah dan abangnya Raja Ismail bin Raja Abdullah datang dari Selangor membuka lombong emas secara giat di sekitar kawasan bandar Raub dan Sempam seperti yang ada hari ini. 12 10 Diceritakan oleh Haji Hasan bin Muhd Rawi (1923-1991 ). Beliau adalah datuk kepada penulis 11 Oiceritakan oleh Haji Shahman bin Shahyal. Kampung Jeram Bangkin. Dong. 12 Ibid.


°' I.O ANGKATAN PENIAGA BERGAJAH Gajah adalah pengangkutan utama peniaga dari R bangunan Rumab Residen yang dijadika Gambar: Arkib Ne


H DI PEKAN RAUB TAHUN 1906 Raub ke Kuala Kubu. Rumah di atas bu.kit adalab an Rumah Rehat Raub pada masa ini. egara Malaysia.


-....J 0 RAJA IMPEH BIN RAJA ABDULLAH (di ke emas Sempam, Raub pada 5 dan 6 Mei 1892. Seb Hutu Pahang sebelum menjadi Gambar: Arkib N


erusi paling kanan bersongkok hitam) di lombong belah kanan beliau ialah Hugh Clifford, Penguasa Residen British ke-2 di Pahang. Negara Malaysia


Monumen yang terletak di dataran bandar Raub ini menja -...]


adi peringatan terhadap sejarah perlombongan emas di Raub.


72 Bingkisan Sejarah Raub Bagi penulis pendapat ini agak sukar diterima berdasarkan alasan berikut: 1. Nama daerah Raub sudah terse but ketika Perang Saudara Pahang ( 1857-1863) merebak melibatkan rakyat sebelah hulu pada tahun 1861 apabila Orang Kaya Haji Wan Daud mengurnpul hulubalang dari pihak Rao yang diambilnya dari Raub dan Selangor. 1 J 2. Raja Impeh mula membuka kawasan lombong di Raub secara giat sekitar tahun 1880-an, manakala abangnya Raja Ismail tiba lebih awal. di Raub daripada beliau. 14 Kedua-dua bersaudara ini dikatakan menyokong Engku Muda Mansur yang hendak memberontak melawan abangnya, Sultan Ahmad ibni Bendahara Tun Ali pada tahun 1884, Kubu pertahanan telah disiapkan di Raub. Peperangan dapat dielakkan apabila Imam Perang Rasu lndera Gajah Pahang tiba dari Pulau Tawar dan menasihati Raja Impeh agar tidak melibatkan diri dalam sengketa antara kedua-dua anak Raja Pahang terbabit. Raja Impeh sebalik.nya menafikan beliau terlibat menyebelahi pihak Engku Muda Mansur tetapi hanya membawa para pengikutnya untuk mencari dan membuka kawasan lombong emas yang baru di sekitar Raub. Jelas terbukti pada ketika Raja lmpeh mencari lombong emas baru pada tahun 1884, nama "Raub" sudah pun disebut orang. Kesimpulan yang dapat dibuat ialah nama daerah Raub itu berkemungkinan besar sudah mula timbul pada awal tahun 1850-an atau pun setidak-tidaknya awal 1840-an iaitu pada akhir pemerintahan Bendahara Seri Maharaja Tun Ali ibni Bendahara Paduka Raja Tun Koris (berkuasa dari 1806 hingga 1856). Rumusan ini dapat dipertahankan kerana tidak ada sebarang catatan yang menyatakan wujudnya nama daerah Raub sebelurn daripada tempoh tersebut. 13 Muhd Yusuf Hashim dan Aruna Gopmath, 1992. Tradis, Pense1arahan Pahang Darul Makmur /800-/930 Petaling Jaya: Tempo Publishing. him. 68. 14 Aruna Gopinath, op. cit., him. 12 Lihatjuga William Linehan, op c11 . him 104-105.


Bingkisan Sejarah Raub Ada satu pendapat terpencil yang menganggap asal nama daerah Raub itu sebenarnya berpunca daripada nama suku "RAO" (digelar "Rawa" oleh orang Semenanjung) yang begitu ramai sekali mendominasi jumlah penduduk di kawasan terbabit hinggakan daerah Raub terkenal sebagai "lubuk orang Rao" di negeri PahangY Dengan peredaran masa, cara percakapan yang telah bercampur-baur dengan cara pertuturan orang Melayu Pahang akhirnya "Rao" itu berubah menjadi "Raub" dan daerah itu pun teruslah diberi nama "Daerah Raub" iaitu daerah yang paling ramai dihuni oleh suku Rao yang asalnya dari Sumatera Barat. Bukanlah suatu kebetulan barangkali apabila dibuat perbandingan bahawa daerah asal orang Rao itu ialah di Sumatera Barat, dan apabila tiba di Pahang mereka berkampung halaman pula di daerah Raub yang letaknya dalam kawasan Pahang Barat. Malah rupa buminya dengan bukit bukau dan tanah lembah untuk dibuat sawah padi dialiri oleh sungai saling tak tumpah dengan bentuk bumi tanah kelahiran suku Rao di Sumatera Barat. Kenapa orang Rao menuju ke Raub? Orang dagang yang turun dari Sumatera dahulu mernilih arah tujuan mereka berhijrah berdasarkan beberapa faktor utama iaitu: 1. Berdasarkan petua dan isyarat ilmu mereka masing-masing 2. Berdasarkan faktor geografi dan sosial - iaitu mereka mencari kawasan muka bumi yang mirip dengan tempat asal mereka dan daerah yang ada ramai suku bangsa mereka 3. Mereka mencari tempat yang dirasakan agak jauh tersorok di sebelah hulu dan selamat dari sebarang ancaman musuh 4. Berdasarkan kepentingan ekonorni - misalnya tempat yang luas peluang perniagaannya dan kaya dengan sumber alam semulajadi seperti emas, timah dan hasil hutan. 15 Temubual dengan YM Tengku Haji Puji bin Tengku Abdul Hamid, Kampung Durian Sebatang, Dong Februari 2002. Beliau salah seorang daripada cicit Tengku Abdul Samad bin Tengku Muda Khairul Alam yang membuka Kampung Durian Sebatang pada tahun 1860-an. 73


Click to View FlipBook Version