The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ppd-a060-cm12, 2022-01-30 20:58:22

Ticket To Victory Bahasa Melayu

Modul Lengkap Edisi Guru

1

EDISI GURU

SEKTOR PEMBELAJARAN| JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

2

SEKTOR PEMBELAJARAN| JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

3

SEKTOR PEMBELAJARAN| JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

4

Isi Kandungan

Prakata Pengarah Pendidikan Negeri Perak
Prakata Timbalan Pengarah Sektor Pembelajaran, Jabatan Pendidikan
Negeri Perak

i Latar Belakang Modul ii - xii Panel Penggubal Modul

1-59 Modul Latihan Kertas 1 60 - 77 Modul Latihan Kertas 1

Bahagian A Bahagian A
PPD Perak Tengah PPD Hilir Perak

78 - 104 Modul Latihan Kertas 1 Bahagian A
PPD Larut, Matang & Selama

Modul Latihan Kertas 1 Modul Latihan Kertas 1
105 - 150 Bahagian B 151 - 191 Bahagian B

PPD Bagan Datuk PPD Kinta Selatan

192 - 259 Modul Latihan Kertas 1 Bahagian B
PPD Batang Padang

260 - 339 Modul Latihan Kertas 2 340 - 426 Modul Latihan Kertas 2
427 - 525 Bahagian A
PPD Larut, Matang & Selama Bahagian B
PPD Perak Tengah PPD Manjung
PPD Hilir Perak PPD Hulu Perak
PPD Kerian PPD Kuala Kangsar

Kertas Soalan Mirip SPM
PPD Manjung
PPD Hulu Perak
PPD Kuala Kangsar
PPD Larut, Matang & Selama

526 Pembelajaran Berasaskan Projek
PPD Kinta Utara

527 - 549 Pengenalan PBL 550 - 568 Paket PBL 1
590 - 614 Penawar Dalam Sajian
569 - 689 Paket PBL 2
PdPR Lagi! Paket PBL 3
Malaysia Syurga Makanan

615 Senarai Panel Pemurnian 616 Penghargaan

SEKTOR PEMBELAJARAN| JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

5

Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran untuk mata pelajaran Bahasa Melayu
Sekolah Menengah telah mula diperkenalkan pada tahun 2016 (untuk Tingkatan 1).
Kemudian, setahun demi setahun satu per satu DSKP untuk tingkatan 2 hingga tingkatan 5
diperkenalkan. Oleh kerana DSKP ini menggantikan Sukatan Pelajaran (KBSM), para guru
perlu melakukan anjakan ketika merancang dan melaksanakan PdP Bahasa Melayu.
Perubahan kepada kerangka kurikulum yang baharu ini sudah tentu digandingkan dengan
perubahan cara dan format pentaksiran dan peperiksaan yang akan dilaksanakan.
Justeru, satu panduan yang komprehensif perlu diwujudkan bagi membantu guru dan
murid bersedia dari aspek peperiksaan awam. Maka dengan itu, lahirlah modul idea atas
inisiatif dan karya para guru di negeri Perak.

Modul Bahasa Melayu Ticket to Victory ini disediakan dalam 2 edisi iaitu Edisi Guru
dan Edisi Murid. Susunan bahan adalah berteraskan buku teks (rujukan terpilih Tingkatan 1
hingga Tingkatan 5) untuk para guru memahami pemetaan isi kandungan pembelajaran
selama lima tahun di peringkat sekolah menengah. Selain itu, bahan ini disediakan
sedemikian rupa bagi memudahkan ia digunakan samada sebagai bahan PdP (PdPR),
pembelajaran kendiri murid mahu pun latih tubi berfokus. Semoga modul ini memberi
manfaat kepada semua guru di negeri Perak dan murid-murid Tingkatan 5 (Kohort 2021
khasnya) dalam persiapan menduduki SPM pada 2022 nanti.

Objektif:
1. Membantu guru-guru Bahasa Melayu khasnya yang mengajar kelas
Tingkatan 4 dan 5 memahami kandungan Dokumen Standard Kurikulum
dan Pentaksiran (DSKP), Buku Teks dan format kertas peperiksaan SPM 2021
2. Meningkatkan pemahaman murid-murid melalui nota-nota dan petua-
petua yang disediakan di dalam modul ini - berpandukan buku teks
(Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5).
3. Membantu para guru dan murid dari aspek latih tubi untuk meningkatkan
keupayaan memahami kehendak soalan dan skema pemarkahan.

SEKTOR PEMBELAJARAN| JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

6

SEKTOR PEMBELAJARAN| JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

7

SEKTOR PEMBELAJARAN| JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

8

SEKTOR PEMBELAJARAN| JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

9

SEKTOR PEMBELAJARAN| JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

10

SEKTOR PEMBELAJARAN| JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

11

SEKTOR PEMBELAJARAN| JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

12

SEKTOR PEMBELAJARAN| JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

13

SEKTOR PEMBELAJARAN| JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

14

SEKTOR PEMBELAJARAN| JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

15

SEKTOR PEMBELAJARAN| JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

16

SEKTOR PEMBELAJARAN| JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

17

MODUL LATIHAN
KERTAS 1
BAHAGIAN A

BAHASA MELAYU 2021
KARANGAN PELBAGAI BAHAN

RANGSANGAN

EDISI GURU

PANEL:
PASUKAN GURU DARI
PPD PERAK TENGAH

SEKTOR PEMBELAJARAN| JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

18

PANDUAN UMUM MEMBINA KARANGAN A

FORMAT PENTAKSIRAN
Soalan ini diajukan dalam Kertas 1, Soalan Bahagian A
Markah : 30 markah
Masa dicadangkan : 30 minit
Respons Terhad

● Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 150 – 200 patah perkataan.
● Satu soalan daripada kombinasi kepelbagaian bahan rangsangan. Sekurang-

kurangnya dua bahan berbentuk grafik, gambar, keratan akhbar dan sebagainya.
● Soalan tidak mempunyai kata kunci seperti faedah-faedah, langkah- langkah,

punca-punca, faktor-faktor, kesan-kesan.
● Tidak berformat dan berformat.

Tidak berformat – arahan soalan umum / berfokus
Berformat – surat kiriman rasmi dan tidak rasmi, resume, e-mel,
dan lain-lain.
KEMAHIRAN
Mendengar dan bertutur, membaca, menulis

KONSTRUK DAN ASPEK YANG DITAKSIR

1. KEMAHIRAN MENULIS
❑ Mengaplikasi – menggunakan pengetahuan
❑ Menganalisis – mencerakinkan maklumat
❑ Menilai – membuat pertimbangan dan keputusan
❑ Mencipta – menghasilkan idea

2. PENGETAHUAN SISTEM BAHASA DAN NILAI

SEKTOR PEMBELAJARAN| JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

19

TIP-TIP UNTUK MENJAWAB
1. Baca dan teliti maklumat yang terdapat dalam setiap bahan.
2. Kenal pasti TEMA, ISU dan KEHENDAK SOALAN.
3. Kenal pasti FOKUS dalam setiap bahan.
4. Karangan lengkap mengandungi pendahuluan, isi dan penutup.
5. Masukkan sekurang-kurangnya satu ungkapan menarik
6. Untuk cemerlang, setiap bahan ada dinyatakan dalam karangan
7. Idea dalam setiap bahan boleh dijadikan contoh dalam karangan.
8. Boleh menggunakan TEKNIK IMBaKUP untuk pelajar CEMERLANG dan TEKNIK
ACUAN untuk pelajar HALUS.

Strategi Tiga Isi Strategi Dua Isi
Pendahuluan – 30 patah perkataan Pendahuluan – 50 patah perkataan
Isi 1 – 50 patah perkataan Isi 1 – 60 patah perkataan
Isi 2 – 50 patah perkataan Isi 2 – 60 patah perkataan
Isi 3 – 50 patah perkataan
Penutup – 20 patah perkataan Penutup – 30 patah perkataan

CIRI-CIRI KARANGAN CEMERLANG (BAHAGIAN A)

1. Karangan menepati tugasan bahan rangsangan.
2. Bahasa gramatis daripada aspek kata dan ayat.
3. Penggunaan tanda baca betul dan tepat.
4. Ejaan mengikut Sistem Ejaan Rumi Baru.
5. Penggunaan kosa kata luas dan tepat.
6. Pemerengganan yang seimbang.
7. Unsur bahasa yang digunakan pelbagai dan menggunakan ungkapan menarik

*(SIMPULAN BAHASA / COGAN KATA / PERIBAHASA)
8. Idea relevan dengan tugasan bahan rangsangan.
9. Dihuraikan dengan jelas dan matang.

SEKTOR PEMBELAJARAN| JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

20

TEKNIK MENULIS

A. Analisis Bahan
1. Tema:…………………………………………………………
2. Fokus : Bahan 1 - …………………………………………….

Bahan 2 - …………………………………………….
Bahan 3 - ……………………………………………..
3. Tugasan :
4. Berformat / Tidak berformat

B. Penulisan Pendahuluan
1. Ayat tema
2. Ayat huraian tema
3. Ayat isu
4. Ayat masalah tentang isu
5. Kehendak soalan

C. Penulisan Perenggan Isi
1. Menggunakan Teknik IMBaKUP

Rujuk : https://www.youtube.com/watch?v=2pDNOc6Pz0c

I = Idea (apa) - (1 ayat)
M = Mengapakah - (1 ayat)
Ba = Bagaimanakah (contoh) - 1 ayat)
K = Kesan contoh yang menyokong isi - 1 ayat)
U = Ungkapan Menarik (1 ayat)
P = Penegasan (1 ayat)

SEKTOR PEMBELAJARAN| JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

21

Perenggan isi 1 Penanda Wacana Ayat Lengkap
Ayat Ayat Lengkap

Ayat topik Idea pertama
(apa)
Rasionalnya
Ayat kerana
mengapa Tindakan ini

Ayat Misalnya
bagaimana

Ayat contoh

Ayat kesan Lantaran itu

Ayat penegas Tegasnya

Perenggan isi 2 Penanda Wacana
Ayat

Ayat topik Mauduk
(apa) seterusnya

Ayat Realitinya
mengapa
Berlandaskan hal
Ayat ini
bagaimana Buktinya

Ayat contoh

Ayat kesan Oleh sebab itu

Ayat penegas Jelaslah

SEKTOR PEMBELAJARAN| JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

22

Perenggan isi 3 Penanda Wacana Ayat Lengkap
Ayat

Ayat topik Idea seterusnya
(apa)
Hal sedemikian
Ayat kerana
mengapa Dalam hal ini

Ayat Sebagai contoh
bagaimana

Ayat contoh

Ayat kesan Hakikatnya

Ayat penegas Terbuktilah

 Penanda wacana boleh ditukar mengikut pilihan pelajar. Boleh rujuk
Gerbang Maklumat BMSPM Di Hujung Jari Sejak Oktober 1998.

D. Perenggan kesimpulan

i. Sekurang-kurangnya tiga (3) ayat sudah mencukupi.
ii. Perlu ada ayat:

a. Ayat cadangan
b. Ayat harapan
c. Ayat penegasan akhir

KAEDAH PENULISAN LAIN:

KAEDAH : IHCPU (ISI/ HURAIAN/CONTOH/PENEGASAN/UNGKAPAN)

1. Pastikan ISI bertepatan dengan bahan yang dikemukakan
2. Ayat HURAIAN menerangkan tentang idea dengan jelas
3. Ayat CONTOH yang sesuai
4. Ayat PENEGASAN kecil bagi setiap isi yang dikemukakan
5. Masukkan UNGKAPAN menarik yang bersesuaian SEKURANG-KURANGNYA SATU.

SEKTOR PEMBELAJARAN| JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

23
Aktiviti menulis kerangka karangan yang diperkenalkan ini boleh digunakan dalam
pengajaran guru berdasarkan buku teks di bawah:

SEKTOR PEMBELAJARAN| JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

24

Contoh Aktiviti Pengukuhan 1:
Senaraikan tiga isi berdasarkan manfaat berekreasi yang terdapat dalam petikan?

(i) dapat menyihatkan tubuh badan

(ii) mampu menjadi pemangkin untuk mengurangkan tekanan
perasaan atau stres dalam diri seseorang

(iii) dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan

CONTOH 1: Teknik Mengolah Isi (Berdasarkan dalam teks) TEKNIK IHCPU

ISI 1 dapat menyihatkan tubuh badan

HURAIAN hal ini dikatakan demikian kerana apabila kita beriadah
kadar lemak yang terkumpul di dalam badan dapat
dikurangkan.

CONTOH berjoging, berbasikal dan mendaki gunung

PENEGASAN KECIL apabila badan kita sihat, penyakit berbahaya dapat
dihindari

UNGKAPAN MENARIK mencegah lebih baik daripada mengubati

SEKTOR PEMBELAJARAN| JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

25

CADANGAN KARANGAN ACUAN (JIKA PERLU)

Akhir-akhir ini, ……….….(TEMA)…….……. sering diperkatakan oleh semua pihak. Hal
ini dikatakan demikian kerana isu ini memberikan pelbagai kesan kepada kita semua.
Oleh itu, marilah kita lihat apakah ………….(tugasan)………… ini secara rasional.

Pada pendapat saya, …………...…………..…………..………………( tugasan ) yang
pertama ialah ……………………………………………………………..……(isi 1) Hal ini
dikatakan demikian kerana ….……………………………….………………………………………
( Huraian1). Contohnya, ……………………………………………………………………….………
Kesannya …………………………………………………………….…………………………………….
Jelaslah bahawa ……….….…………………………………………………….………….….……(isi)
merupakan…………………………………………………………...……………...………(tugasan)

Selain itu, ………………………………………………...……………..(tugasan) yang kedua
ialah ………………… …………………….……………………………………………………………(isi
2)
Hal ini dikatakan demikian kerana…………………………………………………………(huraian
1 ..………………………………………….………………………………….………………Contohnya
…………………………………………………………………………………………………. Kesannya
………………………..…………………………………………………………. Jelaslah bahawa (isi)
…………………………………………………………………merupakan………….………………….
(tugasan)…………………………………………………………………………….…………..…………

SEKTOR PEMBELAJARAN| JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

26
Seterusnya, ………………………...…………………………..……….. (tugasan) yang ketiga
ialah ……………………………………………………………………………………………..…… (isi
3)
Hal ini dikatakan demikian kerana……….……………………………………………….…………
(huraian 1)…………………………………………………………………………………………………
Contohnya……………………………………………………………………….………..………………
Kesannya,…………..…………………………………………………………………….………………
Kesimpulannya, sebagai masyarakat yang prihatin kita haruslah berganding bahu
bersama-sama pihak kerajaan bagi memastikan …………………………….….. (arahan
soalan)………………..……………….. tercapai / ditangani dengan segera. Usaha murni ini
dapat melahirkan masyarakat minda kelas pertama, persis peribahasa Melayu hendak
seribu daya, tak hendak seribu dalih.

CONTOH APLIKASI TEKNIK PENULISAN:

Gambar dan maklumat di bawah menunjukkan masalah jalan raya rosak yang dihadapi
oleh penduduk di kawasan tempat tinggal anda.
Huraikan pendapat anda tentang masalah jalan raya rosak yang berlaku. Panjangnya
huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.

SEKTOR PEMBELAJARAN| JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

27

MASALAH JALAN RAYA ROSAK

SISTEM TURAPAN JALAN
YANG TIDAK BERKUALITI

PAIP AIR PECAH, PUNCA JALAN ROSAK
DAN TANAH MENDAP

A. Analisis Bahan

1.Tema: Keselamatan Jalan Raya

Bahan 1 – Kenderaan berat punca jalan raya rosak

2. Fokus : Bahan 2 – Sistem turapan jalan yang tidak berkualiti
Bahan 3 – paip air pecah punca jalan raya rosak dan tanah

mendap

3. Tugasan : Menulis surat rasmi tentang punca masalah jalan raya rosak

4. Berformat / Berformat

Tidak berformat

SEKTOR PEMBELAJARAN| JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

28

B. Penulisan Pendahuluan (ATHIMKE)

sistem jalan raya merupakan salah satu fasiliti penting kepada rakyat
1. Ayat tema (AT) di negara ini

2. Ayat huraian struktur jalan raya yang sempurna merupakan faktor penting untuk
tema (H) menjamin keselamatan pengguna jalan raya

3. Ayat isu (I) amat malang sekali kerana banyak struktur jalan raya di negara ini
rosak sehingga memberi ancaman keselamatan kepada pengguna

4. Ayat masalah semua pihak perlu mengenal pasti sebab yang membawa
tentang isu (M) kerosakan terhadap struktur jalan raya di negara ini

5. Kehendak punca-punca jalan raya di negara ini rosak
soalan (KE)

Penulisan Pendahuluan Lengkap:
Sistem jalan raya merupakan salah satu fasiliti penting kepada rakyat di negara ini.

Struktur jalan raya yang sempurna merupakan faktor penting untuk menjamin keselamatan
pengguna jalan raya sama ada penunggang motosikal atau pemandu kereta. Namun,
amat malang sekali kerana banyak struktur jalan raya di negara ini rosak sehingga memberi
ancaman keselamatan kepada pengguna. Oleh yang demikian, semua pihak perlu
mengenal pasti sebab yang membawa kerosakan terhadap struktur jalan raya di negara
ini. Persoalannya, apakah punca-punca jalan raya di negara ini rosak?

C. Penulisan Perenggan Isi

1. Menggunakan Teknik IMBaKUP

I = Idea (apa) - (1 ayat)
M = Mengapakah - (1 ayat)
Ba = Bagaimanakah (contoh) - 1 ayat)
K = Kesan contoh yang menyokong isi - 1 ayat)
U = Ungkapan Menarik (1 ayat)
P = Penegasan (1 ayat)

SEKTOR PEMBELAJARAN| JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

29

Isi penting 1: Kenderaan berat punca jalan raya rosak

Ayat Penanda Ayat Lengkap
Wacana punca kerosakan jalan raya ialah kenderaan
Ayat topik berat
(apa) Idea pertama

Ayat Rasionalnya berat kenderaan berat yang boleh menjangkau
mengapa kerana 40 tan sudah pasti akan merosakkan struktur jalan
raya

Ayat Tindakan ini akan membahayakan pengguna kenderaan
bagaimana yang lain sehingga jalan raya yang elok menjadi
rosak sehingga membahayakan nyawa

Ayat contoh di kawasan perindustrian Tasek, Ipoh Perak, lori-lori

Misalnya treler yang membawa muatan berat telah
merosakkan permukaan jalan

Ayat kesan penunggang motosikal telah menjadi mangsa

Lantaran itu kerana acap kali melanggar lopak air akibat
permukaan jalan yang berlubang kerana dilalui

kenderaan berat

Ayat penegas kenderaan berat merupakan punca jalan raya
Tegasnya menjadi rosak

Penulisan perenggan isi yang lengkap:
Idea pertama yang menjadi punca kerosakan jalan raya ialah kenderaan berat.

Rasionalnya kerana berat kenderaan berat yang boleh menjangkau 40 tan sudah pasti
akan merosakkan struktur jalan raya. Tindakan ini akan membahayakan pengguna
kenderaan yang lain sehingga jalan raya yang elok menjadi rosak sehingga
membahayakan nyawa. Misalnya, di kawasan perindustrian Tasek, Ipoh Perak, lori-lori
treler yang membawa muatan berat telah merosakkan permukaan jalan. Lantaran itu,
penunggang motosikal telah menjadi mangsa kerana acap kali melanggar lopak air
akibat permukaan jalan yang berlubang kerana dilalui kenderaan berat. Tegasnya,
kenderaan berat merupakan punca jalan raya menjadi rosak.

SEKTOR PEMBELAJARAN| JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

30

Isi penting 2: Sistem turapan jalan yang tidak berkualiti

Ayat Penanda Ayat Lengkap
Wacana tentang punca kerosakan jalan raya ialah sistem
Ayat topik turapan jalan yang tidak berkualiti
(apa) Mauduk
seterusnya

Ayat Realitinya sistem penurapan jalan perlu mengikut aspek
mengapa kawalan kualiti yang telah ditetapkan dan dikawal
selia oleh Jabatan Kerja Raya (JKR)

Ayat Berlandaskan terdapat kontraktor penyelenggaraan jalan yang
bagaimana hal ini tidak mengikut aspek kualiti yang ditetapkan oleh
JKR dan jelas telah menyalahi undang-undang

banyak struktur jalan raya yang rosak tidak sampai

Ayat contoh Buktinya 36 jam dilalui oleh pengguna jalan raya kerana
turapan yang digunakan tidak berkualiti

sistem penurapan yang berkualiti amat penting

Ayat kesan Oleh sebab itu dalam memastikan permukaan jalan selamat dan
tahan lama

Ayat penegas Jelaslah sistem turapan jalan yang tidak berkualiti menjadi
punca kerosakan jalan raya

Penulisan isi yang lengkap:
Mauduk seterusnya tentang punca kerosakan jalan raya ialah sistem turapan jalan

yang tidak berkualiti. Realitinya sistem penurapan jalan perlu mengikut aspek kawalan
kualiti yang telah ditetapkan dan dikawal selia oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).
Berlandaskan hal ini terdapat kontraktor penyelenggaraan jalan yang tidak mengikut
aspek kualiti yang ditetapkan oleh JKR dan jelas telah menyalahi undang-undang. Buktinya
banyak struktur jalan raya yang rosak tidak sampai 36 jam dilalui oleh pengguna jalan raya
kerana turapan yang digunakan tidak berkualiti. Oleh sebab itu sistem penurapan yang
berkualiti amat penting dalam memastikan permukaan jalan selamat dan tahan lama.
Jelaslah sistem turapan jalan yang tidak berkualiti menjadi punca kerosakan jalan raya

SEKTOR PEMBELAJARAN| JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

31

Isi penting 3: Paip air pecah punca jalan rosak dan tanah mendap

Ayat Penanda Wacana Ayat Lengkap
Ayat topik Idea seterusnya yang menjadi punca kerosakan jalan raya
ialah paip air pecah punca jalan rosak dan
(apa) tanah mendap

Ayat Hal sedemikian paip air bawah tanah yang pecah ibarat
mengapa kerana “bom jangka” yang boleh mengakibatkan
bencana berlaku bila-bila masa sahaja

Ayat jalan raya di kawasan bandar berisiko
bagaimana tinggi untuk mengalami kebocoran paip
bawah tanah kerana proses urbanisasi
Dalam hal ini

yang tidak terkawal

Ayat contoh bandar raya Kuala Lumpur sering

menghadapi tanahmendap sehingga

Sebagai contoh menyebabkan struktur jalan raya rosak
akibat tekanan proses pembandaran

sehingga menyebabkan paip bawah

tanah rosak dan pecah

Ayat kesan jalan raya yang rosak akibat paip bawah

tanah bocor bukan sahaja merosakkan

Hakikatnya struktur jalan, malah boleh mengancam
nyawa sehingga membawa kerugian

akibat kerosakan harta benda

Ayat penegas Terbuktilah paip air pecah merupakan punca

kerosakan jalan raya di negara ini

Penulisan isi yang lengkap:

Idea seterusnya yang menjadi punca kerosakan jalan raya ialah paip air pecah
punca jalan rosak dan tanah mendap. Hal sedemikian kerana paip air bawah tanah yang
pecah ibarat “bom jangka” yang boleh mengakibatkan bencana berlaku bila-bila masa
sahaja. Dalam hal ini jalan raya di kawasan bandar berisiko tinggi untuk mengalami
kebocoran paip bawah tanah kerana proses urbanisasi yang tidak terkawal. Sebagai
contoh bandar raya Kuala Lumpur sering menghadapi tanahmendap sehingga
menyebabkan struktur jalan raya rosak akibat tekanan proses pembandaran sehingga
menyebabkan paip bawah tanah rosak dan pecah. Hakikatnya jalan raya yang rosak
akibat paip bawah tanah bocor bukan sahaja merosakkan struktur jalan, malah boleh
mengancam nyawa sehingga membawa kerugian akibat kerosakan harta benda.
Terbuktilah paip air pecah merupakan punca kerosakan jalan raya di negara ini

SEKTOR PEMBELAJARAN| JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

32

D. Perenggan kesimpulan

Kaedah Mudah Menulis Penutup (PeCaH)

Pendapat

Cadangan

Harapan

Kesimpulannya, sistem jalan raya yang selamat merupakan aspek

Ayat Pendapat penting dalam memastikan keselamatan dan nyawa pengguna

(Pe) jalan raya di negara ini selamat. Keselamatan bukanlah sesuatu

yang boleh dikompromi oleh semua pihak.

Pihak berkuasa khususnya Jabatan Kerja Raya (JKR) dan pihak

Ayat Cadangan berkuasa tempatan (PBT) menjadi harapan rakyat di negara ini

(Ca) untuk mewujudkankan sistem perhubungan jalan raya yang

sempurna dan selamat serta bertaraf antarabangsa.

Semua pihak janganlah terus berpeluk tubuh membiarkan isu ini

Ayat Harapan berlanjutan tanpa tindakan sewajarnya. Kerjasama pengguna
(H) juga amatlah diharapkan dengan membuat laporan jika
berlakunya kerosakan jalan raya dan sekali gus akan membina

fasiliti jalan raya yang selamat untuk rakyat Malaysia.

Penulisan penutup lengkap:

Kesimpulannya, sistem jalan raya yang selamat merupakan aspek penting dalam
memastikan keselamatan dan nyawa pengguna jalan raya di negara ini selamat.
Keselamatan bukanlah sesuatu yang boleh dikompromi oleh semua pihak. Pihak berkuasa
khususnya Jabatan Kerja Raya (JKR) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) menjadi harapan
rakyat di negara ini untuk mewujudkankan sistem perhubungan jalan raya yang sempurna
dan selamat serta bertaraf antarabangsa. Semua pihak janganlah terus berpeluk tubuh
membiarkan isu ini berlanjutan tanpa tindakan sewajarnya. Kerjasama pengguna juga
amatlah diharapkan dengan membuat laporan jika berlakunya kerosakan jalan raya dan
sekali gus akan membina fasiliti jalan raya yang selamat untuk rakyat Malaysia.

SEKTOR PEMBELAJARAN| JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

33

HASIL PENULISAN KARANGAN YANG LENGKAP

Sistem jalan raya merupakan salah satu fasiliti penting kepada rakyat di negara ini.
Struktur jalan raya yang sempurna merupakan faktor penting untuk menjamin keselamatan
pengguna jalan raya sama ada penunggang motosikal atau pemandu kereta. Namun,
amat malang sekali kerana banyak struktur jalan raya di negara ini rosak sehingga memberi
ancaman keselamatan kepada pengguna. Oleh yang demikian, semua pihak perlu
mengenal pasti sebab yang membawa kerosakan terhadap struktur jalan raya di negara
ini. Persoalannya, apakah punca-punca jalan raya di negara ini rosak?

Idea pertama yang menjadi punca kerosakan jalan raya ialah kenderaan berat.
Rasionalnya kerana berat kenderaan berat yang boleh menjangkau 40 tan sudah pasti
akan merosakkan struktur jalan raya. Tindakan ini akan membahayakan pengguna
kenderaan yang lain sehingga jalan raya yang elok menjadi rosak sehingga
membahayakan nyawa. Misalnya, di kawasan perindustrian Tasek, Ipoh Perak, lori-lori treler
yang membawa muatan berat telah merosakkan permukaan jalan. Lantaran itu,
penunggang motosikal telah menjadi mangsa kerana acap kali melanggar lopak air
akibat permukaan jalan yang berlubang kerana dilalui kenderaan berat. Tegasnya,
kenderaan berat merupakan punca jalan raya menjadi rosak.

Mauduk seterusnya tentang punca kerosakan jalan raya ialah sistem turapan jalan
yang tidak berkualiti. Realitinya sistem penurapan jalan perlu mengikut aspek kawalan
kualiti yang telah ditetapkan dan dikawal selia oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).
Berlandaskan hal ini terdapat kontraktor penyelenggaraan jalan yang tidak mengikut
aspek kualiti yang ditetapkan oleh JKR dan jelas telah menyalahi undang-undang. Buktinya
banyak struktur jalan raya yang rosak tidak sampai 36 jam dilalui oleh pengguna jalan raya
kerana turapan yang digunakan tidak berkualiti. Oleh sebab itu sistem penurapan yang
berkualiti amat penting dalam memastikan permukaan jalan selamat dan tahan lama.
Jelaslah sistem turapan jalan yang tidak berkualiti menjadi punca kerosakan jalan raya.

Idea seterusnya yang menjadi punca kerosakan jalan raya ialah paip air pecah
punca jalan rosak dan tanah mendap. Hal sedemikian kerana paip air bawah tanah yang
pecah ibarat “bom jangka” yang boleh mengakibatkan bencana berlaku bila-bila masa
sahaja. Dalam hal ini jalan raya di kawasan bandar berisiko tinggi untuk mengalami
kebocoran paip bawah tanah kerana proses urbanisasi yang tidak terkawal. Sebagai
contoh bandar raya Kuala Lumpur sering menghadapi tanahmendap sehingga

SEKTOR PEMBELAJARAN| JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

34
menyebabkan struktur jalan raya rosak akibat tekanan proses pembandaran sehingga
menyebabkan paip bawah tanah rosak dan pecah. Hakikatnya jalan raya yang rosak
akibat paip bawah tanah bocor bukan sahaja merosakkan struktur jalan, malah boleh
mengancam nyawa sehingga membawa kerugian akibat kerosakan harta benda.
Terbuktilah paip air pecah merupakan punca kerosakan jalan raya di negara ini.

Kesimpulannya, sistem jalan raya yang selamat merupakan aspek penting dalam
memastikan keselamatan dan nyawa pengguna jalan raya di negara ini selamat.
Keselamatan bukanlah sesuatu yang boleh dikompromi oleh semua pihak. Pihak berkuasa
khususnya Jabatan Kerja Raya (JKR) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) menjadi harapan
rakyat di negara ini untuk mewujudkankan sistem perhubungan jalan raya yang sempurna
dan selamat serta bertaraf antarabangsa. Semua pihak janganlah terus berpeluk tubuh
membiarkan isu ini berlanjutan tanpa tindakan sewajarnya. Kerjasama pengguna juga
amatlah diharapkan dengan membuat laporan jika berlakunya kerosakan jalan raya dan
sekali gus akan membina fasiliti jalan raya yang selamat untuk rakyat Malaysia.

SEKTOR PEMBELAJARAN| JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

35

KARANGAN TEMA: KESIHATAN DAN KEBERSIHAN

3.5 Menulis untuk mengolah maklumat bagi menghasilkan pelbagai bentuk

SK

penulisan dan grafik.
3.5.1 Menulis untuk mengolah maklumat dan membuat justifikasi daripada pelbagai
SP bahan dan sumber bagi menghasilkan pelbagai bentuk penulisan dan bahan
grafik dengan menggunakan ayat yang sesuai.

SOALAN MODEL 1

Bahagian A
30 markah

Maklumat di bawah tentang kesihatan diri. Huraikan pendapat anda tentang kesihatan
diri.Panjangnya huraian hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.

Bahan 1 Bahan 2

Pantun Gaya Hidup Sihat

Ikan di air melompat-lompat,
Ikan bernama si ikan laga;
Amalkan gaya hidup sihat,

Makan minum hendaklah jaga.

Ikan bernama si ikan laga,
Ikan dibeli si anak Sahlan;
Makan minum hendaklah dijaga,
Makanan berkhasiat jadi amalan.

Ikan dibeli si anak Sahlan,
Dibeli juga si ikan jenahak;
Makanan berkhasiat jadi amalan,
Elak makanan banyak lemak.

Sumber : Sumber : Buku teks Bahasa Melayu Tingkatan 5
http://siti042915.blogspot.com

SEREMBAN: Kurang bersenam serta amalan pemakanan tidak sihat antara punca
masyarakat Malaysia terdedah kepada risiko penyakit sindrom metabolik, kata Pakar
AnKaalridsiisolkoeghi eKnlidnaikkals,oIanslaitnitut Jantung Negara, Dr Lim Kien Chien.

Beliau berkata kewujudan pelbagai makanan yang tidak sihat menjadi trend
pemakanan dalam kalangan masyarakat walaupun menyedari kandungan makanan tersebut
mempunyai lemak, gula dan garam yang tinggi kerana boleh memberi kesan buruk kepada
kesihatan. “Kebanyakan masyarakat sibuk dengan kehidupan sendiri sehingggakan tiada masa
untuk bersenam dan menjaga kesihatan diri. Hal ini semua menyumbang kepada risiko
sindrom metabolik yang mempunyai lima komponen seperti diabetes, tekanan darah tinggi,
obesiti, kolesterol tinggi dan hati bengkak.

Sumber:https://berita.mediacorp.sg/mobile

SEKTOR PEMBELAJARAN| JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

36

Tema Fokus Tugasan Jenis Karangan
Tidak berformat
Kesihatan Bahan 1: Menghuraikan
cara-cara menjaga kesihatan tentang kesihatan
Bahan 2:
faktor-faktor penyakit kanser
Bahan 3:
faktor-faktor tidak menjaga
kesihatan

KONSTRUK : Menganalisis
Aras soalan : Sederhana

Penulisan Pengenalan

Ayat tema Setiap orang menginginkan kesihatan yang baik untuk
menjalani kehidupan yang bahagia.

Secara konsepnya, kesihatan yang baik ialah seseorang itu

Ayat huraian tema berasa selesa dan tiada apa-apa perkara yang menganggu

kesihatannya.

Namun, sejak akhir-akhir ini kita selalu mendengar kes

Ayat masalah isu kematian disebabkan penyakit terutama kanser. (BOLEH

AMBIL CONTOH DALAM BAHAN KEDUA)

Kehendak soalan Oleh itu, terdapat beberapa faktor seseorang tidak menjaga
kesihatan dan langkah untuk menjaga kesihatan.

SEKTOR PEMBELAJARAN| JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

37

Penulisan Perenggan Isi
Perenggan isi 1 – Faktor menjaga kesihatan (Bahan 2 dan Bahan 3)

Ayat Penanda Wacana Ayat Lengkap

Ayat topik Idea pertama faktor seseorang tidak menjaga kesihatan
(apa) diri ialah kurang kesedaran kepentingan
bersenam.

Ayat Rasionalnya mereka menganggap senaman satu aktiviti
mengapa kerana yang menyakitkan atau tidak berfaedah.

Ayat Tindakan ini menyebabkan peluh tidak dapat
bagaimana dikeluarkan dan kalori juga tidak dapat
dibakar jika seseorang yang tidak
Ayat contoh Misalnya bersenam.

Ayat kesan Lantaran itu mereka lebih gemar menonton televisyen
sambil makan.

seseorang itu mudah menjadi obesiti,
darah tinggi dan kolesterol tinggi.

Perenggan isi 2 – Punca tidak menjaga kesihatan diri (Bahan 3)

Ayat Penanda Wacana Ayat Lengkap

Ayat topik Mauduk punca seseorang tidak menjaga kesihatan
(apa) seterusnya diri ialah pengamalan pola pemakanan
yang tidak sihat

Ayat Realitinya kewujudan makanan tidak sihat menjadi
mengapa trend pemakanan sekarang.

Ayat Berlandaskan hal seseorang itu lebih gemar mengambil
bagaimana ini makanan tidak sihat kerana mudah
didapati dan disediakan.

SEKTOR PEMBELAJARAN| JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

38

Buktinya makanan seperti sosej, burger atau
makanan segera mempunyai kandungan
Ayat contoh gula dan garam yang tinggi.

Ayat kesan Oleh sebab itu mereka mudah diserang penyakit seperti
darah tinggi dan kencing manis.

Perenggan isi 3 – Cara menjaga kesihatan diri (Bahan 1)

Ayat Penanda Wacana Ayat Lengkap

Ayat topik Idea seterusnya cara menjaga kesihatan diri ialah
(apa) seseorang itu perlulah mengamalkan gaya
hidup sihat.

Ayat Hal sedemikian gaya hidup hidup sihat merangkumi
mengapa kerana mengambil makanan berkhasiat.
Ayat Dalam hal ini
bagaimana seseorang perlulah mengambil makanan
Sebagai contoh yang mempunyai kandungan nutrisi yang
Ayat contoh lengkap.
Hakikatnya
Ayat kesan kita boleh mengambil makanan mengikut
piramid makanan.

pola pemakanan yang sihat mampu
mengelakkan diri kita diserang penyakit.

Perenggan Kesimpulan

Kesimpulannya, masyarakat perlulah menjaga kesihatan agar dapat
mengelakkan diri daripada diserang penyakit berbahaya. Secara tuntasnya, kesihatan
yang baik mampu meningkatkan kualiti hidup seseorang.

SEKTOR PEMBELAJARAN| JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

39

KARANGAN TEMA: KESELAMATAN

3.5 Menulis untuk mengolah maklumat bagi menghasilkan pelbagai bentuk

SK

penulisan dan grafik.
3.5.1 Menulis untuk mengolah maklumat dan membuat justifikasi daripada pelbagai
SP bahan dan sumber bagi menghasilkan pelbagai bentuk penulisan dan bahan
grafik dengan menggunakan ayat yang sesuai.

Soalan Model 2

Maklumat di bawah berkaitan dengan sekolah selamat.
Huraikan pendapat anda tentang sekolah selamat.
Panjangnya huraian hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.

Bahan 1 Bahan 2

Bahan 3

SEKTOR PEMBELAJARAN| JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

40

Kehendak Soalan Fokus/Isu Tugasan Jenis Karangan
Senario semasa Aspek yang Tidak berformat
Tema dikehendaki oleh
(Idea yang mampu yang boleh soalan yang perlu
dikaitkan dengan
memberikan dikupas /
gambaran asas tema. dihuraikan.
tentang isu atau
topik yang hendak Sekolah Selamat Beri pendapat
diperkatakan)
tentang sekolah
Keselamatan
selamat.

KONSTRUK : Menganalisis

Aras: Sederhana

Panduan Penggunaan Bahan Rangsangan

Bahan petikan – menulis pendahuluan
Grafik – idea pertama dan contoh
Pantun- rangkap 2 – kesan
Pantun – rangkap 1 - kesimpulan (ayat 3)
# Semua bahan rangsangan perlu dimanfaatkan dalam penulisan karangan

Fokus Bahan 1 : Petikan
- Isu keselamatan sekolah
- Beberapa buah sekolah (rendah dan menengah tidak selamat)
- Masalah dinding retak, pendawaian elektrik, kebocoran bumbung dan siling, anai-
anai
- Keselamatan sekolah isu penting –cegah kemalangan, cegah kebakaran, hindari
jenayah

Fokus Bahan 2 : Pantun
- Kesan keselamatan di sekolah
- Pembelajaran berkesan- kecemerlangan
- Memelihara keselamatan diri

Fokus Bahan 3 – Grafik/ Gambar
- Cara menjaga keselamatan – pengawal keselamatan
- Contoh – mengawal lalu lintas di hadapan sekolah

SEKTOR PEMBELAJARAN| JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

41

Pendahuluan
Pendahuluan sangat penting dalam karangan kerana bertujuan untuk menarik perhatian
pemeriksa terhadap tajuk yang dibincangkan.
Pendahuluan harus mempunyai pautan dan hubungan dengan isu/ tajuk yang dipilih.

Kaedah Pendahuluan Mudah (Kaedah 3 T)

Ayat 1 : Ayat Tema
Ayat 2 : Ayat Takrifan
Ayat 3 : Ayat Tugasan

CONTOH:
Dasawarsa ini, kita acap kali mendengar berita kecederaan murid di sekolah yang menjadi
topik hangat akhbar. (Ayat Tema). Keselamatan sekolah merupakan satu isu penting
kerana boleh mencegah kemalangan dan menghindari jenayah dan gangguan di
kawasan sekolah. (Ayat Takrifan). Menyedari hakikat ini marilah kita teliti ciri-ciri sekolah
selamat . (Ayat Tugasan)

Penulisan Isi

Teknik Mudah Menulis Perenggan Isi (Kaedah IMBaKUP)

Teknik Mengembangkan Isi (KAEDAH IMBaKUP)

1 Idea I Nyatakan idea

2 Mengapakah? M Mengapakah boleh berlaku atau dilakukan

(Memberi sebab dan alasan)

3 Bagaimanakah? Ba Bagaimanakah boleh berlaku atau dilakukan (Memberi

penerangan tentang cara / keadaan / langkah /

kejadian)

4 Kesan K Kesan kepada/daripada idea itu:

Menjawab tugasan

5 Ungkapan U Peribahasa/Cogan kata:
menarik sesuai dengan tugasan atau tema

6 Penegasan P Kesimpulan kecil idea:
Gunakan penanda wacana penegasan)

SEKTOR PEMBELAJARAN| JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

42

Aspek Mengapakah dan bagaimanakah boleh berubah kedudukan atau pilih
mana-mana satu dan bergantung pada tugasan soalan

Isi yang pertama
Langkah utama yang telah diambil oleh kerajaan adalah dengan mewujudkan

khidmat kawalan keselamatan. (IDEA). Pengawal keselamatan akan menjadi mata dan
telinga bagi pihak sekolah serta memastikan aspek keselamatan pelajar terjamin.
(MENGAPAKAH). Sebagai contoh, pengawal keselamatan bertugas menjaga dan
mengawasi murid yang ingin melintas jalan di hadapan sekolah. (BAGAIMANAKAH –
CONTOH). Sesungguhnya, murid tidak akan berhadapan dengan risiko kemalangan
dengan adanya khidmat pengawal keselamatan. (KESAN). Kita tidak mahu situasi
peribahasa , “nasi sudah menjadi bubur” menghantui diri. (UNGKAPAN MENARIK). Jelaslah
bahawa khidmat pengawal keselamatan amatlah penting dalam memastikan kawasan
sekolah selamat untuk semua murid. (PENEGASAN)

Isi yang kedua
Selain itu, langkah yang efektif dan pragmatik ialah pihak Kementerian Pendidikan

Malaysia telah mengarahkan agar semua sekolah di Malaysia mempunyai alat pemadam
api. (IDEA). Kawasan-kawasan yang berisiko tinggi untuk terbakar seperti di makmal dan di
kantin perlulah diletakkan alat pemadam api.(MENGAPAKAH). Tamsilnya, apabila para
pelajar menjalankan eksperimen di makmal dan berlaku letusan yang menyebabkan
kebakaran, alat pemadam api boleh digunakan sebagai langkah awal mengawal
kebakaran. (BAGAIMANAKAH- CONTOH) selaras dengan peribahasa Melayu sediakan
payung sebelum hujan . (UNGKAPAN MENARIK). Hakikatnya dengan adanya usaha awal
sebagai langkah berjaga-jaga, banyak nyawa akan dapat diselamatkan (KESAN).
Tegasnya, penyediaan alat pemadam api merupakan satu inisiatif utama untuk
memastikan keselamatan murid di kawasan sekolah.

Penulisan Kesimpulan

Kaedah Mudah Menulis Penutup (PeCaH)

Pendapat
Cadangan
Harapan

SEKTOR PEMBELAJARAN| JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

43

CONTOH:
Penutup/ Kesimpulan
Kesimpulannya, keselamatan murid lebih terjamin apabila sekolah-sekolah di Malaysia
menepati ciri sekolah selamat. (PENDAPAT). Semua pihak perlulah saling bekerjasama
mengambil langkah efektif untuk memastikan sekolah di Malaysia selamat. (CADANGAN)
Sebagai impaknya, murid-murid akan belajar bersungguh-sungguh dan mendapat
keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. (HARAPAN)

Karangan Lengkap

Dasawarsa ini, kita acap kali mendengar berita kecederaan murid di sekolah yang
menjadi topik hangat akhbar. Keselamatan sekolah merupakan satu isu penting kerana
boleh mencegah kemalangan dan insiden di kawasan sekolah. Menyedari hakikat ini
marilah kita teliti ciri-ciri sekolah selamat .

Langkah utama yang telah diambil oleh kerajaan adalah dengan mewujudkan
khidmat kawalan keselamatan. Pengawal keselamatan akan bertugas memastikan aspek
keselamatan pelajar terjamin. Sebagai contoh, pengawal keselamatan bertugas menjaga
dan mengawasi murid yang ingin melintas jalan di hadapan sekolah. Sesungguhnya,
murid tidak akan berhadapan dengan risiko kemalangan. Kita tidak mahu situasi
peribahasa, “nasi sudah menjadi bubur” menghantui diri. Jelaslah bahawa khidmat
pengawal keselamatan amatlah penting dalam memastikan kawasan sekolah selamat
untuk semua murid.

Selain itu, langkah yang efektif dan pragmatik ialah pihak Kementerian Pendidikan
Malaysia telah mengarahkan agar semua sekolah di Malaysia mempunyai alat pemadam
api. Kawasan-kawasan yang berisiko tinggi untuk terbakar seperti di makmal dan di kantin
perlulah diletakkan alat pemadam api. Tamsilnya, jika berlaku sebarang letusan di makmal,
alat pemadam api boleh digunakan sebagai langkah awal mengawal kebakaran, selaras
dengan peribahasa Melayu sediakan payung sebelum hujan. Hakikatnya dengan adanya
langkah berjaga-jaga, banyak nyawa akan dapat diselamatkan. Tegasnya, penyediaan
alat pemadam api merupakan langkah memastikan keselamatan murid di kawasan
sekolah.

SEKTOR PEMBELAJARAN| JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

44
Kesimpulannya, keselamatan murid lebih terjamin apabila sekolah-sekolah di
Malaysia menepati ciri sekolah selamat. Semua pihak perlulah saling bekerjasama
mengambil langkah efektif untuk memastikan sekolah di Malaysia selamat. Sebagai
impaknya, murid-murid akan belajar bersungguh-sungguh dan mendapat keputusan yang
cemerlang dalam peperiksaan.

KARANGAN TEMA: PERTANIAN, PENTERNAKAN DAN PERIKANAN

3.5 Menulis untuk mengolah maklumat bagi menghasilkan pelbagai bentuk

SK

penulisan dan grafik.
3.5.1 Menulis untuk mengolah maklumat dan membuat justifikasi daripada pelbagai
SP bahan dan sumber bagi menghasilkan pelbagai bentuk penulisan dan bahan
grafik dengan menggunakan ayat yang sesuai.
Tingkatan 4 (Tema 4) : Menjulang Harapan Di Bumi Bertuah – muka surat 43

SEKTOR PEMBELAJARAN| JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

45

Soalan Model 3

Maklumat di bawah berkaitan dengan Pertanian di Malaysia

Huraikan pendapat anda tentang Pertanian Di Malaysia.

Panjangnya huraian hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.

Bahan 1 Bahan 2

Jika petani kerja bersungguh, Kerajaan sedar dan percaya bidang bioteknologi mampu
Rezeki mengalir tidak bertangguh. menjadi pemacu ekonomi negara meskipun dalam era globalisasi.
Melalui Kementerian Sains, Teknologi and Inovasi (MOSTI) dan
Jika kerajaan datang membantu, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA), kerajaan
Hasil bertambah sudahlah tentu. menaja usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D), terutama
kepada institusi penyelidikan dan universiti, serta membantu
Jika teknologi turut dipakai petani dan agensi perniagaan dengan menyediakan perkhidmatan
sesuai dalam meningkatkan kuantiti dan kualiti produk pertanian.
sedia ada. Teknik moden pertanian oleh Universiti Malaysia
Sabah yang mampu memperbaiki keselamatan makanan dan
meningkatkan produktiviti hasil tani bagi penanaman nanas dan
cendawan

Kerja yang berat mudah selesai.

https://www.bharian.com.my/kolumnis/2017/01/231311/inovasi-
pertanian-tingkat-ekonomi-rakyat-negara

Gurindam petani
Koleksi pengarang

Bahan 3

https://www.ipendidikan.my/langkah-memajukan-sektor-pertanian.html

SEKTOR PEMBELAJARAN| JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

46

Kehendak Soalan

Tema = Idea yang mampu memberikan gambaran asas tentang isu atau topik yang
hendak diperkatakan.
Tema Karangan : Pertanian di Malaysia

Isu = Senario semasa yang boleh dikaitkan dengan tema.
Isu Karangan : Masalah produktiviti pertanian negara tidak berskala besar, tidak cukup
menampung keperluan negara dan eksploitasi orang tengah dan hasil kurang berkualiti.

Tugasan = Aspek yang dikehendaki oleh soalan yang perlu dikupas / dihuraikan.
Tugasan Karangan : Umum (Langkah memajukan pertanian negara ini)

Konstruk : Menganalisis
Aras : Tinggi

Panduan Penggunaan Bahan Rangsangan

Bahan petikan – menulis pendahuluan
#Semua bahan rangsangan perlu dimanfaatkan dalam penulisan karangan

Fokus Bahan 1 : Petikan gurindam
–rangkap 1- kegigihan petani
rangkap 2 – bantuan kerajaan
rangkap 3 - penggunaan teknologi

Fokus Bahan 2 : Berita
 kerajaan menaja usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D)
 institusi penyelidikan dan universiti, serta membantu petani dan agensi perniagaan
dengan menyediakan perkhidmatan sesuai dalam meningkatkan kuantiti dan kualiti
produk pertanian

Fokus Bahan 3 – Grafik/ peta minda
 lapan langkah memajukan sektor pertanian

SEKTOR PEMBELAJARAN| JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

47

Pendahuluan
Pendahuluan sangat penting dalam karangan kerana bertujuan untuk menarik perhatian
pemeriksa terhadap tajuk yang dibincangkan.
Pendahuluan harus mempunyai pautan dan hubungan dengan isu/ tajuk yang dipilih.
Kaedah Pendahuluan Mudah (Kaedah ATIAA)

Ayat 1 : Ayat Tema (AT)
Ayat 2 : Ayat Isu(I)
Ayat 3 : Ayat Arahan (AA)-ayat tugasan

Pendahuluan Karangan

Era modenisasi, negara kita telah mengalami pembangunan yang pesat, terutamanya
dalam sektor perindustrian (AYAT TEMA). Rentetan daripada itu, sektor pertanian telah
dikesisikan dalam arus pembangunan sejak 1980-andan semakin parah ketika dilanda
kegawatan ekonomi pada tahun 1997 dan 1998 (AYAT ISU) Persoalan, bagaimanakah kita
dapat meningkatkan sektor pertanian? Kata orang tua-tua, “genggam bara api biarlah
sampai jadi arang”, semua pihak yang terbabit perlu menggembleng tenaga untuk
menjanakan sektor pertanian di tanah air. (AYAT ARAHAN)

Penulisan Isi
Teknik Mudah Menulis Perenggan Isi (Kaedah IMBaKUP)

Teknik Mengembangkan Isi (KAEDAH IMBaKUP)

1 Idea I Nyatakan idea

2 Mengapakah? M Mengapakah boleh berlaku atau dilakukan
(Memberi sebab dan alasan)

3 Bagaimanakah? Ba Bagaimanakah boleh berlaku atau dilakukan (Memberi
penerangan tentang cara / keadaan / langkah /
4 Kesan K kejadian)

Kesan kepada/daripada idea itu:
Menjawab tugasan

5 Ungkapan U Peribahasa/Cogan kata:
menarik sesuai dengan tugasan atau tema

6 Penegasan P Kesimpulan kecil idea:
Gunakan penanda wacana penegasan)

Aspek Mengapakah dan bagaimanakah boleh berubah kedudukan atau pilih
mana-mana satu dan bergantung pada tugasan soalan

SEKTOR PEMBELAJARAN| JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

48

Isi pertama
Usaha memajukan sektor pertanian, kaum petani perlu membuat perubahan atau

sedia membuat reformasi terhadap sektor pertanian (AYAT ISI). Jika kaum petani masih
mengekalkan cara tradisional untuk mengusahakan petanian pertanian, nescaya hasil
tanaman hanya sekadar sara diri. Mereka akan terus dibelenggu oleh kemiskinan
(MENGAPA). Petani moden perlu menggunakan ilmu sains dan teknologi yang canggih
bagi meningkatkan produktiviti, iaitu menjimatkan penggunaan tenaga dan meninggikan
hasil tanaman yang berkualiti serta berkuantiti (BAGAIMANA). Sebagai contoh, ilmu genetik
untuk mencari baka benih yang bermutu, seperti “padi hibird hibrid”(CONTOH DAN KESAN).
Secara holistiknya, kaum petani perlu disuntik semangat transformasi (UNGKAPAN
MENARIK) untuk menggunakan bioteknologi dalam sektor pertanian (PENEGAS).

Isi kedua
Usaha Kementerian Pertanian dan sektor swasta perlu menjalankan penyelidikan dan

pembangunan (R&D) terhadap sektor pertanian kita (AYAT ISI). Jurusan Pertanian di Pusat
Pengajian Tinggi (IPT) dan pakar pertanian perlu berkomitmen untuk mengkaji
penggunaan ilmu sains dan teknologi dalam sektor pertanian (MENGAPA). Mereka hendak
memastikan bahawa industri hilir dalam pertanian dapat dimajukan untuk meningkatkan
pendapatan kaum petani seperti lada dapat dijadikan sos cili, ubat pelangsing dan ubat
kesakitan sendi. (BAGAIMANA DAN CONTOH). Hal ini selaras dengan peribahasa Melayu,
“di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.” (UNGKAPAN MENARIK DAN PENEGAS)

Isi ketiga
Pengoperasian pertanian secara besar-besaran dan komersial, skim pinjaman yang

berkadar faedah rendah perlu disediakan oleh Bank Agro untuk pekebun kecil (AYAT ISI)
Berbekalkan modal yang mencukupi, pekebun kita baru dapat membeli mesin yang
canggih, bahan racun serangga serta baja kimia untuk menjalankan pertanian mereka
(MENGAPA). Sebagai contoh, Bank Agro telah menawarkan Modal Usahawan 1 Malaysia
kepada petani kita untuk mengusahakan industri kecil dan sederhana (IKS) yang
berasaskan pertanian.(BAGAIMANA DAN KESAN/CONTOH) ) Bak kata peribahasa, “ada
padi semua kerja jadi; ada beras semua kerja deras,” Kesannya, kaum petani tidak akan
digelar sebagai golongan miskin tetapi akan berperanan sebagai usahawan (PENEGAS).

SEKTOR PEMBELAJARAN| JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

49

Penulisan Kesimpulan
Kaedah Mudah Menulis Penutup (PeCaH)
Pendapat
Cadangan
Harapan

Contoh: Penutup/ Kesimpulan

Intihanya, sektor pertanian perlu berevolusi dan semua pihak berganding bahu

(PENDAPAT) menjadikan sektor pertanian berprestij dan berstatus tinggi kepada generasi

muda.(CADANGAN) Sektor ini diharapkan dapat mengurangkan import makanan dari

luar negeri dan dapat mengelakkan penduduk kampung berhijrah ke bandar (HARAPAN).

Tampaknya, perkembangan pertanian mengundang seribu satu kebaikan kepada negara

kita.

JADUAL PEMETAAN IDEA

BAHAN LANGKAH MEMAJUKAN SEKTOR PERTANIAN

1. Petani kerja bersungguh

Bahan 1 2. Kerajaan datang membantu

3. Teknologi turut digunakan

4. Kerajaan menaja usaha penyelidikan
dan pembangunan

Bahan 2 5. Membantu petani dan agensi
perniagaan dengan menyediakan
perkhidmatan.

6. Teknik moden pertanian oleh Universiti
Malaysia

1. Kaedah pertanian teknologi terkini

2. Inisiatif dan bengkel kemahiran

Bahan 3 3. Membeli produk pertanian tempatan
4. Membuka kawasan pertanian baru.

5. Pemasaran tanpa orang tengah.

6. Pameran pertanian tempatan ke luar
negara.

SEKTOR PEMBELAJARAN| JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

50

Soalan Model 4

Maklumat di bawah berkaitan dengan permainan tradisional.

Huraikan pendapat anda tentang permainan tradisional.

Panjangnya huraian hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.

Bahan 1 Bahan 2

Terompah tempurung merupakan antara Pantun Permainan Tradisional

permainan sukan rakyat yang masih

popular pada masa ini. Cara bermainnya
adalah dengan meletakkan kaki di atas Jalan berliku onak berduri

tempurung. Ibu jari kaki menyepit tali dan Duri terpijak akarnya rotan
tangan pula perlu mengawal tali ketika Zaman riang menggamit memori
kaki digerakkan. Permainan ini bukan

sahaja bersifat menyeronokkan tetapi Permainan tradisional dalam ingatan

menyihatkan tubuh badan dan

meningkatkan kekuatan fizikal otot

tangan dan kaki. Ikan kerisi di laut dalam

Sumber: Buku Teks Bahasa Melayu, Tersangkut dengan pukat nelayan
Tingkatan 5. Mainan tradisi kian tenggelam

Tidak sesuai ketinggalan zaman

http://m.facebook.com

Pantun D’Klasik

SEKTOR PEMBELAJARAN| JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK


Click to View FlipBook Version