51
Bahan 3
Sumber : jkknperakblogspotcom
Teknik Mengolah Isi Karangan
Aktiviti 1: Analisis Bahan (Soal jawab)
Tema
Tugasan
Format
Aktiviti 2: Membuat justifikasi berdasarkan penilaian bahan rangsangan
Senaraikan kata kunci fokus di bawah berdasarkan bahan rangsangan
Fokus 1
Fokus 2
Fokus 3
Aktiviti 3: Melengkapkan olahan isi dengan teknik yang dipelajari
Huraikan dengan membuat justifikasi berdasarkan jadual dibawah di bawah dengan
menggunakan ayat yang gramatis.
SEKTOR PEMBELAJARAN| JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK
52
Fokus Bahan 1 : Kepentingan permainan tradisional
ISI
HURAIAN
CONTOH
PENEGASAN KECIL
UNGKAPAN MENARIK
Fokus Bahan 2 : Faktor permainan tradisional semakin terpinggir
ISI
HURAIAN
CONTOH
PENEGASAN KECIL
UNGKAPAN MENARIK
Fokus Bahan 3: Usaha memartabatkan permainan tradisional
ISI
HURAIAN
CONTOH
PENEGASAN KECIL
UNGKAPAN MENARIK
SEKTOR PEMBELAJARAN| JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK
53
Tip-Tip Menulis Jawapan:
KAEDAH : IHCPU
(ISI/ HURAIAN/CONTOH/PENEGASAN/UNGKAPAN)
Pastikan ISI bertepatan dengan bahan yang dikemukakan
Ayat HURAIAN menerangkan tentang idea dengan jelas
Ayat CONTOH yang sesuai
Ayat PENEGASAN kecil bagi setiap isi yang dikemukakan
Masukkan UNGKAPAN menarik yang bersesuaian SEKURANG-
KURANGNYA SATU.
AKTIVITI PENGUKUHAN
Isi tempat kosong dengan mengembangkan tiga idea yang terdapat dalam gambar.
Permainan Tradisional
[Pendahuluan]Permainan tradisional lebih dikenali sebagai permainan rakyat.
Permainan yang diiktiraf sebagai satu daripada identiti negara ini mempunyai
kepentingannya yang tersendiri. Contoh permainan tradisional seperti wau, congkak,
gasing, sepak takraw dan banyak lagi perlu dipertahankan supaya tak lapuk dek hujan,
tak lekang dek panas.
[Idea 1] Kepentingan permainan tradisional ialah (isi 1) ………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………
[ Idea 2] Faktor permainan tradisional semakin terpinggir [isi 2] ……………………
…………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………
SEKTOR PEMBELAJARAN| JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK
54
[ Idea 3] Usaha memartabatkan permainan tradisional [isi 3] ……………………….
…………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………
[Penutup] Sebagai kesimpulannya, kita harus berganding bahu bagai aur dengan
tebing untuk mempertahankan permainan tradisional. Walaupun permainan moden bagai
cendawan tumbuh selepas hujan, namun permainan tradisional seharusnya tetap mekar
di hati.
[……….perkataan]
SEKTOR PEMBELAJARAN| JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK
55
CADANGAN SKEMA JAWAPAN:
Aktiviti 1: Analisis Bahan (Soal jawab)
1. Tema: Permainan Tradisional
2. Tugasan : Kepentingan, Faktor dan Usaha Memartabatkan Permainan Tradisional
3. Format : Tidak Berformat
Aktiviti 2: Membuat justifikasi berdasarkan penilaian bahan rangsangan
Senaraikan kata kunci fokus di bawah berdasarkan bahan rangsangan
Fokus Bahan 1 : Kepentingan permainan tradisional
Fokus Bahan 2 : Faktor permainan tradisional semakin terpinggir
Fokus Bahan 3: Usaha memartabatkan permainan tradisional
Aktiviti 3: Melengkapkan olahan isi dengan teknik yang dipelajari
Huraikan pendapat dengan membuat justifikasi berdasarkan jadual di bawah dengan
menggunakan ayat yang gramatis.
Fokus Bahan 1 : Kepentingan permainan tradisional
ISI dapat menyihatkan tubuh badan
HURAIAN hal ini dikatakan demikian kerana apabila kita beriadah
kadar lemak yang terkumpul di dalam badan dapat
dikurangkan.
CONTOH permainan gasing memerlukan tenaga untuk bermain
PENEGASAN KECIL jelaslah, antara kepentingan permainan tradisional dapat
menyihatkan tubuh badan.
UNGKAPAN MENARIK badan sihat, otak cerdas
Fokus Bahan 2 : Faktor permainan tradisional semakin terpinggir
ISI ketinggalan zaman dan tidak sesuai dipraktikkan pada
zaman ledakan teknologi maklumat
HURAIAN persaingan dengan permainan moden yang canggih
CONTOH permainan komputer, permainan video dan sukan popular
merupakan ancaman kepada permainan tradisional
SEKTOR PEMBELAJARAN| JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK
56
PENEGASAN KECIL tegaslah bahawa, ketinggalan zaman dan tidak sesuai
dipraktikkan merupakan faktor permainan tradisional
semakin terpinggir
UNGKAPAN MENARIK tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
Fokus Bahan 3: Usaha memartabatkan permainan tradisional pertandingan
ISI pihak kerajaan boleh menganjurkan
permainan tradisional kepada masyarakat
HURAIAN Hal ini dikatakan demikian kerana akan wujud semangat
kesukanan dalam diri masyarakat di samping terlibat dalam
pertandingan permainan tradisional.
CONTOH menawarkan hadiah yang lumayan kepada pemenang
PENEGASAN KECIL Oleh itu, penganjuran pertandingan permainan tradisional
merupakan satu usaha dalam memartabatkan permainan
tradisional dan boleh dijadikan sebagai aktiviti sukan dan
rekreasi kepada semua golongan.
UNGKAPAN MENARIK tak kenal maka tak cinta
Permainan Tradisional
[Pendahuluan]Permainan tradisional lebih dikenali sebagai permainan rakyat. Permainan
tradisional boleh dijadikan sebagai satu aktiviti sukan dan rekreasi yang diiktiraf.
Contohnya, wau, congkak, gasing, sepak takraw dan banyak lagi.
[Idea 1] Kepentingan permainan tradisional ialah (isi 1) dapat menyihatkan tubuh
badan. Hal ini dikatakan demikian kadar lemak yang terkumpul di dalam badan dapat
dikurangkan. Sebagai contoh, permainan gasing memerlukan tenaga fizikal ketika
bermain. Jelaslah, menyihatkan tubuh badan bak kata pepatah “badan sihat otak
cerdas” penting dalam permainan tradisional.
[ Idea 2] Faktor permainan tradisional semakin terpinggir [isi 2] disebabkan terdapat
segelintir masyarakat yang menganggap permainan tradisional ini sudah ketinggalan
zaman. Persaingan dengan permainan moden seperti permainan komputer, permainan
video juga merupakan ancaman kepada permainan tradisional. Tegaslah bahawa,
permainan tradisional semakin terpinggir disebabkan anggapan masyarakat yang
merasakan tidak sesuai dipraktikkan pada masa ini.
SEKTOR PEMBELAJARAN| JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK
57
[ Idea 3] Usaha memartabatkan permainan tradisional [isi] ialah pihak kerajaan
menganjurkan pertandingan permainan tradisional kepada masyarakat. Hal ini dikatakan
demikian kerana akan wujud semangat kesukanan dalam masyarakat. Misalnya, pihak
kerajaan boleh menawarkan hadiah lumayan kepada para pemenang. Oleh itu,
penganjuran pertandingan permainan tradisional boleh dijadikan sebagai aktiviti sukan
dan rekreasi kepada semua golongan. Senario ini persis dengan peribahasa Melayu “tak
kenal maka tak cinta”.
[Penutup] Sebagai kesimpulannya, kita harus berganding bahu bagai aur dengan
tebing untuk mempertahankan permainan tradisional. Walaupun permainan moden bagai
cendawan tumbuh selepas hujan, namun permainan tradisional seharusnya tetap mekar
di hati.
[199 perkataan]
SEKTOR PEMBELAJARAN| JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK
58
KARANGAN TEMA : PENDIDIKAN
3.5 Menulis untuk mengolah maklumat bagi menghasilkan pelbagai bentuk
SK
penulisan dan grafik.
3.5.1 Menulis untuk mengolah maklumat dan membuat justifikasi daripada pelbagai
SP bahan dan sumber bagi menghasilkan pelbagai bentuk penulisan dan bahan
grafik dengan menggunakan ayat yang sesuai.
Tingkatan 4 (Tema15): Angin Perubahan Tingkatan 5 (Tema 5): Pendidikan Untuk
Membadai Semua
SEKTOR PEMBELAJARAN| JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK
59
Soalan Model 5
Maklumat di bawah berkaitan dengan Pengajaran dan Pembelajaran di rumah.
Huraikan pendapat anda tentang pengajaran dan pembelajaran di rumah.
Panjangnya huraian hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.
Bahan 1 Bahan 2
“…Justeru, Kerajaan melalui Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) tidak hanya
KPM memperkenalkan modul berlangsung atas talian semata-mata malah kaedah pembelajaran
Pengajaran dan Pembelajaran di ini boleh dilakukan secara luar talian atau secara off-site.
Rumah (PdPR) agar pembelajaran
dapat dilaksana secara berstruktur PdPR secara luar talian berlaku apabila murid belajar
dan terancang. Pelbagai kaedah menggunakan peranti seperti komputer, komputer riba, tablet
boleh dilaksanakan dari rumah atau telefon pintar tanpa capaian internet. Ia juga boleh berlaku
seperti secara dalam talian, luar apabila murid belajar menggunakan buku teks atau bahan
talian dan off-site. PdPR mula pembelajaran lain di mana guru boleh memuat turun bahan-
bahan Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) dalam bentuk video,
dilaksanakan semasa PKP pada 18 audio, slaid, nota dan juga
Mac 2020 dan telah ditambah
baik” Diubah suai daripada
https://www.sinarharian.com.my/article/144278/BERITA/
Teks Ucapan YAB Tan Sri Dato’
Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Nasional/PdPR-Beri-lebih-banyak-ruang-belajar
Yassin Perdana Menteri
Bahan 3
Sumber : Grafik internet
SEKTOR PEMBELAJARAN| JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK
60
Kehendak Soalan
Tema = Idea yang mampu memberikan gambaran asas tentang isu atau topik yang
hendak diperkatakan.
Tema Karangan : Pendidikan di Malaysia
Isu = Senario semasa yang boleh dikaitkan dengan tema.
Isu Karangan : Masalah Pengajaran dan pembelajaran tidak boleh bersemuka dan
pergi ke sekolah.
Tugasan = Aspek yang dikehendaki oleh soalan yang perlu dikupas / dihuraikan.
Tugasan Karangan : Umum (Apakah pengajaran dan pembelajaran dari rumah dan
kelebihannya kepada pelajar)
KONSTRUK : Menganalisis
ARAS : sederhana
Panduan Penggunaan Bahan Rangsangan
Bahan petikan – menulis pendahuluan
# Semua bahan rangsangan perlu dimanfaatkan dalam penulisan karangan
Fokus Bahan 1 : Petikan Teks ucapan
- Pengajaran dan pembelajaran secara terancang
- kaedah secara dalam talian, luar talian dan off-site
Fokus Bahan 2 : Berita
tidak hanya berlangsung atas talian semata-mata malah kaedah pembelajaran ini
boleh dilakukan secara luar talian atau secara off-site
murid belajar menggunakan peranti seperti komputer, komputer riba, tablet atau
telefon pintar tanpa capaian Internet.
juga boleh berlaku apabila murid belajar menggunakan buku teks atau bahan
pembelajaran lain
guru boleh memuat turun bahan-bahan Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) dalam
bentuk video, audio, slaid, nota dan lain-lain
SEKTOR PEMBELAJARAN| JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK
61
Fokus Bahan 3 –Ilustrasi, kelebihan pdpr kepada murid
tidak perlu pakai seragam sekolah
jimat kos, tidak perlu guna kenderaan ke sekolah
tidak perlu membawa beg yang berat ke sekolah.
Pendahuluan
Pendahuluan sangat penting dalam karangan kerana bertujuan untuk menarik perhatian
pemeriksa terhadap tajuk yang dibincangkan.
Pendahuluan harus mempunyai pautan dan hubungan dengan isu/ tajuk yang dipilih.
Kaedah Pendahuluan Mudah (Kaedah ATIAA)
Ayat 1 : Ayat Tema (AT)
Ayat 2 : Ayat Isu(I)
Ayat 3 : Ayat Arahan (AA)-ayat tugasan
Teknik Pendahuluan Mudah (Kaedah ATIAA)
1. Ayat Tema (AT) Era pendidikan di Malaysia mengalami perubahan
cukup mendadak.
2. Ayat Isu(I) Kesan Pendemik Covid -19, Pandemik COVID-19
semua sekolah perlu mematuhi peraturan
keselamatan yang telah ditetapkan oleh
kementerian kesihatan dan Kementerian Pelajaran.
Pelajar perlu belajar dari rumah
3. Ayat Tugasan/Arahan Oleh itu apakah Pengajaran dan pembelajaran dari
rumah serta kelebihannya?
SEKTOR PEMBELAJARAN| JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK
62
Penulisan Isi
Teknik Mudah Menulis Perenggan Isi (Kaedah IMBaKUP)
Teknik Mengembangkan Isi (KAEDAH IMBaKUP)
1 Idea I Nyatakan idea
2 Mengapakah? M Mengapakah boleh berlaku atau dilakukan
(Memberi sebab dan alasan)
3 Bagaimanakah? Ba Bagaimanakah boleh berlaku atau dilakukan (Memberi
penerangan tentang cara / keadaan / langkah /
kejadian)
4 Kesan K Kesan kepada/daripada idea itu:
Menjawab tugasan
5 Ungkapan U Peribahasa/Cogan kata:
menarik sesuai dengan tugasan atau tema
6 Penegasan P Kesimpulan kecil idea:
Gunakan penanda wacana penegasan)
Aspek Mengapakah dan bagaimanakah boleh berubah kedudukan atau pilih
mana-mana satu dan bergantung pada tugasan soalan
Isi Perenggan 1
Pengajaran dan pembelajaran dari rumah (PdPR) adalah pengajaran dan
pembelajaran secara terancang yang disediakan oleh guru(AYAT ISI). Hal ini
membolehkan guru mengajar dan memberikan tugasan berupa modul, projek atau
lembaran kerja (MENGAPA). Kaedah ini boleh disampaikan secara dalam talian, di luar
talian dan off-site. Variasi ini memberi peluang murid belajar mengikut keadaan dan
kemampuan murid (BAGAIMANA). Contohnya, guru menyediakan modul Matematik
untuk disiapkan dalam jangka masa tertentu dan kemudian dibincangkan semasa tutorial.
Ini memberi ruang untuk murid belajar sendiri dan menguasi menguasai kemahiran
matematik dengan lebih selesa (CONTOH DAN KESAN). Sudah terang lagi bersuluh, PDPR
adalah pengajaran berpusatkan murid dan guru sebagai moderator atau fasilitator
(PENEGASAN).
SEKTOR PEMBELAJARAN| JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK
63
Isi kedua
Seterusnya semasa PdPR , murid belajar menggunakan peranti seperti komputer
riba, tablet atau telefon pintar untuk belajar. Bagi murid yang tiada capaian internet pula
boleh menggunakan buku teks atau buku modul yang disedikan untuk belajar berasaskan
topik yang perlu dipelajari (AYAT ISI). Pembelajaran berlaku apabila murid belajar
menggunakan buku teks atau bahan pembelajaran lain yang boleh digunakan
(MENGAPA). Bahan pengajaran guru boleh dimuat naik dan dimuat turun oleh murid
dalam bentuk video, audio, slaid, nota dan lain-lain menggunakan ‘Google Classroom’.
Guru juga boleh bersemuka secara maya menggunakan Google Meet, Zoom, Whatsapp
atau panggilan video.(BAGAIMANA). Murid boleh melaksanakan Penilaian Bilik Darjah
(PBD) bagi subjek bahasa Melayu dan bahasa Inggeris (CONTOH). Jelasnya, “hendak
seribu daya tak hendak seribu helah” untuk belajar (UNGKAPAN MENARIK DAN
PENEGASAN).
Isi ketiga
Kita telusuri pula kelebihan PdPR kepada murid adalah tidak perlu berpakaian
seragam dan membawa beg yang berat untuk belajar di kelas (AYAT ISI). Murid belajar
dari rumah dan bukan di sekolah. Oleh itu tidak tertakluk kepada peraturan dan disiplin
berpakaian seperti di sekolah. Murid menjadi lebih selesa dan bebas dari peraturan
tersebut. Murid juga tidak perlu menggendung bag galas dengan buku yang banyak
(MENGAPA). Ketika menghadiri kelas murid hanya perlu berpakaian seperti baju T bagi
lelaki dan berpakaian kemas serta sopan bagi murid. Segala keperluan belajar seperti
buku tekas, buku tulis dan alat tulis semuanya tersedia di rumah atau di sisinya. (CONTOH)
Bak kata peribahasa, “tepuk dada tanyalah selera,” atau di mana ada kemahuan di situ
ada jalan. (UNGKAPAN MENARIK DAN PENEGASAN).
Penulisan Kesimpulan
Kaedah Mudah Menulis Penutup (PeCaH)
Pendapat
Cadangan
Harapan
SEKTOR PEMBELAJARAN| JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK
64
Contoh Penutup/ Kesimpulan
Sebagai penutup wahana, PdPR membawa norma baharu dalam dunia pendidikan
negara untuk maju ke hadapan (PENDAPAT). Kecemerlangan status pendidikan negara
wajar disambut baik oleh seluruh masyarakat Malaysia (CADANGAN) agar negara kira
berdiri tinggi dan duduk sama rendah dengan negara maju yang lain seperti Jepun, Korea
Selatan dan Amerika Syarikat (HARAPAN).
Pendahuluan Karangan
JADUAL PEMETAAN IDEA KARANGAN
BAHAGIAN KARANGAN HURAIAN
PENDAHULUAN
ISI 1
ISI 2
ISI 3
PENUTUP
CONTOH JAWAPAN JADUAL PEMETAAN IDEA KARANGAN
BAHAGIAN HURAIAN
KARANGAN
Era pendidikan di Malaysia mengalami perubahan cukup
mendadak. (AYAT TEMA)
PENDAHULUAN Kesan Pendemik Covid -19, semua sekolah perlu mematuhi
peraturan keselamatan yang telah ditetapkan oleh
Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pelajaran. Pelajar
perlu belajar dari rumah (AYAT ISU)
Oleh itu, apakah Pengajaran dan pembelajaran dari rumah
serta kelebihannya? ( AYAT ARAHAN)
ISI 1 Pengajaran dan pembelajaran dari rumah (PdPR)
adalah pengajaran dan pembelajaran secara terancang
yang disediakan oleh guru (AYAT ISI). Ini membolehkan guru
SEKTOR PEMBELAJARAN| JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK
65
mengajar dan memberikan tugasan berupa modul, projek
atau lembaran kerja (MENGAPA). Kaedah ini boleh
disampaikan secara dalam talian, di luar talian dan off-site.
Variasi ini memberi peluang murid belajar mengikut keadaan
dan kemampuan murid (BAGAIMANA). Contohnya, guru
menyediakan modul Matematik untuk disiapkan dalam jangka
masa tertentu dan kemudian dibincangkan semasa tutorial. Ini
memberi ruang untuk murid belajar sendiri dan menguasai
kemahiran Matematik dengan lebih selesa (CONTOH DAN
KESAN). Sudah terang lagi bersuluh, PDPR adalah pengajaran
berpusatkan murid dan guru sebagai moderator atau fasilitator
(PENEGASAN).
Seterusnya semasa PdPR , murid belajar menggunakan
peranti seperti komputer riba, tablet atau telefon pintar untuk
belajar. Bagi murid yang tiada capaian internet pula boleh
ISI 2 menggunakan buku teks atau buku modul yang disedikan
untuk belajar beasaskan topik yang perlu dipelajari (AYAT ISI).
Pembelajaran berlaku apabila murid belajar menggunakan
buku teks atau bahan pembelajaran lain yang boleh
digunakan (MENGAPA). Bahan pengajaran guru boleh dimuat
naik dan dimuat turun oleh murid dalam bentuk veideo, audio,
slaid, nota dan lain-lain menggunakan ‘Google Classroom’.
Guru juga boleh bersemuka secara maya menggunakan
Google Meet, Zoom, Whatsapp atau panggilan
video.(BAGAIMANA). Murid boleh melaksanakan Penilaian Bilik
Darjah (PBD) bagi subjek bahasa Melayu dan bahasa Inggeris
(CONTOH). Jelasnya, “hendak seribu daya tak hendak seribu
helah” untuk belajar (UNGKAPAN MENARIK DAN PENEGASAN).
ISI 3 Kita telusuri pula kelebihan PdPR kepada murid adalah tidak
perlu berpakaian seragam dan membawa beg yang berat
untuk belajar di kelas (AYAT ISI). Murid belajar dari rumah dan
bukan di sekolah. Oleh itu tidak tertakluk kepada peraturan dan
disiplin berpakaian seperti di sekolah. Murid menjadi lebih selesa
dan bebas dari peraturan tersebut. Murid juga tidak perlu
menggendung bag galas dengan buku yang banyak
SEKTOR PEMBELAJARAN| JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK
PENUTUP 66
(MENGAPA). Ketika menghadiri kelas murid hanya perlu
berpakaian seperti baju T bagi lelaki dan berpakaian kemas
serta sopan bagi murid. Segala keperluan belajar seperti buku
tekas, buku tulis dan alat tulis semuanya tersedia di rumah atau
di sisinya. (CONTOH) Bak kata peribahasa, “tepuk dada
tanyalah selera,” atau di mana ada kemahuan di situ ada
jalan. (UNGKAPAN MENARIK DAN PENEGASAN).
Sebagai penutup wahana, PdPR membawa norma baharu
dalam dunia pendidakan pendidikan negara untuk maju ke
hadapan (PENDAPAT). Kecemerlangan status pendidikan
negara wajar disambut baik oleh seluruh masyarakat Malaysia
(CADANGAN) agar negara kira berdiri tinggi dan duduk sama
rendah dengan negara maju yang lain seperti Jepun, Korea
Selatan dan Amerika Syarikat (HARAPAN).
CONTOH KARANGAN LENGKAP
Era pendidikan di Malaysia mengalami perubahan cukup mendadak. (AYAT TEMA).
Kesan Pendemik Covid -19, semua sekolah perlu mematuhi peraturan keselamatan yang
telah ditetapkan oleh kementerian kesihatan dan Kementerian Pelajaran. Pelajar perlu
belajar dari rumah (AYAT ISU). Oleh itu apakah Pengajaran dan pembelajaran dari rumah
serta kelebihannya? (AYAT ARAHAN)
Pengajaran dan pembelajaran dari rumah (PdPR) adalah pengajaran dan
pembelajaran secara terancang yang disediakan oleh guru (AYAT ISI). Ini membolehkan
guru mengajar dan memberikan tugasan berupa modul, projek atau lembaran kerja
(MENGAPA). Kaedah ini boleh disampaikan secara dalam talian, di luar talian dan off-site.
Variasi ini memberi peluang murid belajar mengikut keadaan dan kemampuan murid
(BAGAIMANA). Contohnya, guru menyediakan modul Matematik untuk disiapkan dalam
jangka masa tertentu dan kemudian dibincangkan semasa tutorial. Ini memberi ruang
untuk murid belajar sendiri dan menguasi kemahiran matematik dengan lebih selesa
(CONTOH DAN KESAN). Sudah terang lagi bersuluh, PDPR adalah pengajaran berpusatkan
murid dan guru sebagai moderator atau fasilitator (PENEGASAN).
Seterusnya semasa PdPR , murid belajar menggunakan peranti seperti komputer
riba, tablet atau telefon pintar untuk belajar. Bagi murid yang tiada capaian internet pula
boleh menggunakan buku teks atau buku modul yang disediakan untuk belajar
SEKTOR PEMBELAJARAN| JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK
67
berasaskan topik yang perlu dipelajari (AYAT ISI). Pembelajaran berlaku apabila murid
belajar menggunakan buku teks atau bahan pembelajaran lain yang boleh digunakan
(MENGAPA). Bahan pengajaran guru boleh dimuat naik dan dimuat turun oleh murid
dalam bentuk video, audio, slaid, nota dan lain-lain menggunakan ‘Google Classroom’.
Guru juga boleh bersemuka secara maya menggunakan Google Meet, Zoom, Whatsapp
atau panggilan video. (BAGAIMANA). Murid boleh melaksanakan Penilaian Bilik Darjah
(PBD) bagi subjek bahasa Melayu dan bahasa Ingeris (CONTOH). Jelasnya, “hendak seribu
daya tak hendak seribu helah” untuk belajar (UNGKAPAN MENARIK DAN PENEGASAN).
Kita telusuri pula kelebihan PdPR kepada murid adalah tidak perlu berpakaian
seragam dan membawa beg yang berat untuk belajar di kelas (AYAT ISI). Murid belajar
dari rumah dan bukan di sekolah. Oleh itu tidak tertakluk kepada peraturan dan disiplin
berpakaian seperti di sekolah. Murid menjadi lebih selesa dan bebas dari peraturan
tersebut. Murid juga tidak perlu menggendung beg galas dengan buku yang banyak
(MENGAPA). Ketika menghadiri kelas murid hanya perlu berpakaian seperti baju T bagi
lelaki dan berpakaian kemas serta sopan bagi murid. Segala keperluan belajar seperti
buku tekas, buku tulis dan alat tulis semuanya tersedia di rumah atau di sisinya. (CONTOH)
Bak kata peribahasa, “tepuk dada tanyalah selera,” atau di mana ada kemahuan di situ
ada jalan. (UNGKAPAN MENARIK DAN PENEGASAN).
Sebagai penutup wahana, PdPR membawa norma baharu dalam dunia
pendidakan negara untuk maju ke hadapan (PENDAPAT). Kecemerlangan status
pendidikan negara wajar disambut baik oleh seluruh masyarakat Malaysia (CADANGAN)
agar negara kira berdiri tinggi dan duduk sama rendah dengan negara maju yang lain
seperti Jepun, Korea Selatan dan Amerika Syarikat (HARAPAN).
SEKTOR PEMBELAJARAN| JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK
68
KARANGAN TEMA: Kebudayaan, Kesenian dan ESTETIKA
3.5 Menulis untuk mengolah maklumat bagi menghasilkan pelbagai bentuk
SK
penulisan dan grafik.
3.5.1 Menulis untuk mengolah maklumat dan membuat justifikasi daripada pelbagai
SP bahan dan sumber bagi menghasilkan pelbagai bentuk penulisan dan bahan
grafik dengan menggunakan ayat yang sesuai.
Tajuk : Asimilasi Seni
Bahan Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 4 (muka surat 162 dan 163)
Tema 12: Asli dan Kotemporari
SEKTOR PEMBELAJARAN| JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK
69
Tajuk : Sana Sini Seni
Bahan Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 5 (muka surat 162 dan 163)
Tema 12: Kebudayaa, Kesenian dan Estetika
SEKTOR PEMBELAJARAN| JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK
70
Model Soalan 6
Maklumat di bawah berkaitan dengan permainan tradisional.
Huraikan pendapat anda tentang permainan tradisional di Malaysia.
Panjangnya huraian hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.
Bahan 1 Bahan 2
Negara kita kaya dengan pelbagai jenis
permainan tradisional yang tak lapuk dek
hujan tak lekang dek panas. Permainan
tradisional seperti congkak, gasing, galah
panjang, batu seremban, teng-teng, tarik
upih dan konda-konde diamalkan
masyarakat dahulu sebagai pengisi masa
lapang.
Sayangnya permainan tradisional yang
menunjukkan kebudayaan sesuatu tempat
itu mula sedikit demi sedikit terpinggir apabila
kebanyakan daripada permainan
berkenaan kurang diketahui golongan
muda. Malah permainan tradisional semakin
dilupakan kerana perkembangan pesat
teknologi gajet dan penambahan aplikasi
permainan secara maya.
Sumber: Sumber:
http://funcrayons.blogspot.com/2016/05/ https://www.hmetro.com.my/nuansa/2019/07/481148/
ulasan-pt3-kebaikan-mempopularkan lupakan-gajet-buat-seketika
Bahan 3
Sumber: http://funcrayons.blogspot.com/2016/05/ulasan-pt3-kebaikan-mempopularkan
SEKTOR PEMBELAJARAN| JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK
71
Kehendak Soalan
Tema = Idea yang mampu memberikan gambaran asas tentang isu atau topik yang
hendak diperkatakan.
Tema Karangan : Kebudayaan, Kesenian dan Estetika
Isu = Senario semasa yang boleh dikaitkan dengan tema.
Isu Karangan : Permainan Tradisional
Tugasan = Aspek yang dikehendaki oleh soalan yang perlu dikupas / dihuraikan.
Tugasan Karangan : Berfokus (Kepentingan Permainan Tradisional)
Konstruk :Menganalisis
Aras : Sederhana
Panduan Penggunaan Bahan Rangsangan
Bahan petikan – menulis pendahuluan
Grafik – idea pertama, kedua, ketiga dan contoh
Sajak – Kebaikan bermain permainan tradisional
Sajak – rangkap akhir - kesimpulan (harapan)
# Semua bahan rangsangan perlu dimanfaatkan dalam penulisan karangan
Fokus Bahan 1 : Petikan
- Isu permainan tradisional
- Jenis-jenis permainan tradisional
- Mula terpinggir
- Dilupakan dengan perkembangan pesat teknologi gajet
Fokus Bahan 2 : Sajak
- Permainan tradisonal masa dahulu yang hebat
- Sekarang sudah mula dilupakan
- Permainan tradisional melambangkan identiti bangsa
Fokus Bahan 3 – Grafik/ Gambar
- Kebaikan mempopularkan permainan tradisional
- 4 kebaikan
SEKTOR PEMBELAJARAN| JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK
72
Pendahuluan
Pendahuluan sangat penting dalam karangan kerana bertujuan untuk menarik perhatian
pemeriksa terhadap tajuk yang dibincangkan.
Pendahuluan harus mempunyai pautan dan hubungan dengan isu/ tajuk yang dipilih.
Kaedah Pendahuluan Mudah (Kaedah 3 T)
Ayat 1 : Ayat Tema
Ayat 2 : Ayat Takrifan
Ayat 3 : Ayat Tugasan
Pendahuluan Karangan
Akhir-akhir ini, permainan tradisional mula terpinggir apabila kebanyakan daripada
permainan berkenaan kurang diketahui golongan muda disebabkan perkembangan
pesat teknologi gajet dan penambahan aplikasi permainan secara maya. (Ayat Tema).
Permainan tradisional seperti congkak, gasing, galah panjang, batu seremban, teng-
teng, tarik upih dan konda-konde diamalkan masyarakat dahulu sebagai pengisi masa
lapang. (Ayat Takrifan). Menyedari hakikat ini marilah kita teliti kebaikan mempopularkan
permainan tradisional. (Ayat Tugasan)
SEKTOR PEMBELAJARAN| JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK
73
Penulisan Isi
Teknik Mudah Menulis Perenggan Isi (Kaedah IMBaKUP)
Teknik Mengembangkan Isi (KAEDAH IMBaKUP)
1 Idea I Nyatakan idea
2 Mengapakah? M Mengapakah boleh berlaku atau dilakukan
(Memberi sebab dan alasan)
3 Bagaimanakah? Ba Bagaimanakah boleh berlaku atau dilakukan (Memberi
penerangan tentang cara / keadaan / langkah /
kejadian)
4 Kesan K Kesan kepada/daripada idea itu:
Menjawab tugasan
5 Ungkapan U Peribahasa/Cogan kata:
menarik sesuai dengan tugasan atau tema
6 Penegasan P Kesimpulan kecil idea:
Gunakan penanda wacana penegasan)
Aspek Mengapakah dan bagaimanakah boleh berubah kedudukan atau pilih
mana-mana satu dan bergantung pada tugas soalan
Isi pertama
Kebaikan mempopularkan permainan tradisional yang pertama adalah dapat
mengekalkan budaya warisan. (IDEA) . Kebudayaan sesuatu tempat itu mula sedikit demi
sedikit terpinggir apabila kebanyakan daripada permainan berkenaan kurang diketahui
golongan muda. (MENGAPAKAH). Sebagai contoh, permainan wau dan gasing di
Kelantan sudah kurang dimainkan oleh golongan muda.(BAGAIMANAKAH –CONTOH).
Sesungguhnya, budaya warisan itu boleh membentuk pekerti mulia. (KESAN). Kita tidak
mahu situasi peribahasa,“kacang lupakan kulit” berlaku dalam kalangan generasi muda
apabila melupakan budaya. (UNGKAPAN MENARIK). Jelaslah bahawa bermain
permainan tradisional membantu mengekalkan budaya warisan.(PENEGASAN)
SEKTOR PEMBELAJARAN| JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK
74
Isi kedua
Selain itu, keistimewaan permainan tradisional yang kita ketahui ialah kita dapat
mengeratkan silaturahim. (IDEA). Permainan tradisional ini dimainkan dengan jiran pada
waktu petang sambil berhibur selepas waktu persekolahan. (MENGAPAKAH). Tamsilnya,
remaja perempuan boleh bermain congkak dengan kawan-kawan di serambi rumah
sambil mengeratkan kemesraan dengan jiran (BAGAIMANAKAH- CONTOH) selaras
dengan peribahasa Melayu “hidup bersama yang menjadi tradisi seikat bak
sirih,serumpun bak serai.” (UNGKAPAN MENARIK). Hakikatnya, bermain permainan
tradisional boleh mengisi masa lapang supaya remaja tidak terjebak dengan gejala
negatif. (KESAN). Tegasnya bermain permainan tradisional turut mengeratkan hubungan
keluarga dan jiran sendiri yang jauh lebih baik daripada individu yang asyik bermain
permainan komputer tanpa berinteraksi dengan orang lain. (PENEGASAN).
Penulisan Kesimpulan
Kaedah Mudah Menulis Penutup (PeCaH)
Pendapat
Cadangan
Harapan
Contoh Penutup/ Kesimpulan
Tuntasnya, permainan tradisional merupakan khazanah warisan yang tidak ternilai.
(PENDAPAT). Oleh itu, generasi muda bertanggungjawab untuk melestarikan khazanah ini
daripada generasi kepada generasi, seperti peribahasa, “Tak lapuk dek hujan, tak lekang
dek panas.” (CADANGAN) Sebagai impaknya, warisan yang baik dan sejati akan
diperkukuh supaya bangsa kita tidak hilang identitinya. (HARAPAN)
SEKTOR PEMBELAJARAN| JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK
75
Karangan Lengkap
Akhir-akhir ini, permainan tradisional mula terpinggir apabila kebanyakan daripada
permainan berkenaan kurang diketahui golongan muda. Permainan tradisional seperti
congkak, gasing, galah panjang, batu seremban, teng-teng, tarik upih dan konda-konde
diamalkan masyarakat dahulu sebagai pengisi masa lapang. Menyedari hakikat ini
marilah kita teliti kebaikan mempopularkan permainan tradisional.
Kebaikan mempopularkan permainan tradisional yang pertama adalah dapat
mengekalkan budaya warisan. Kebudayaan sesuatu tempat itu mula sedikit demi sedikit
terpinggir apabila kebanyakan daripada permainan berkenaan kurang diketahui
golongan muda. Sebagai contoh, permainan wau dan gasing di Kelantan sudah kurang
dimainkan oleh golongan muda. Sesungguhnya, budaya warisan itu boleh membentuk
pekerti mulia. Kita tidak mahu situasi peribahasa,“kacang lupakan kulit” berlaku dalam
kalangan generasi muda apabila melupakan budaya. Jelaslah bahawa bermain
permainan tradisional membantu mengekalkan budaya warisan.
Selain itu, keistimewaan permainan tradisional yang kita ketahui ialah kita dapat
mengeratkan silaturahim. Permainan tradisional ini dimainkan dengan jiran pada waktu
petang sambil berhibur selepas waktu persekolahan. Tamsilnya, remaja perempuan
boleh bermain congkak dengan kawan-kawan di serambi rumah sambil mengeratkan
kemesraan dengan jiran selaras dengan peribahasa Melayu “hidup bersama yang
menjadi tradisi seikat bak sirih,serumpun bak serai.” Hakikatnya, bermain permainan
tradisional boleh mengisi masa lapang supaya remaja tidak terjebak dengan gejala
negatif. Tegasnya bermain permainan tradisional turut mengeratkan hubungan keluarga
dan jiran sendiri.
Tuntasnya, permainan tradisional merupakan khazanah warisan yang tidak ternilai.
Oleh itu, generasi muda bertanggungjawab untuk melestarikan khazanah ini daripada
generasi kepada generasi, seperti peribahasa, “Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek
panas.” Sebagai impaknya, warisan yang baik dan sejati akan diperkukuh supaya
bangsa kita tidak hilang identitinya.
SEKTOR PEMBELAJARAN| JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK
76
MODUL
LATIHAN
KERTAS 1
BAHAGIAN A
BAHASA MELAYU 2021
KARANGAN PELBAGAI BAHAN
RANGSANGAN
Naskah Guru
PANEL :
PASUKAN GURU DARI
PPD HILIR PERAK
SEKTOR PEMBELAJARAN| JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK
77
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran yang baharu telah disusun dengan
membahagikan jenis dan tajuk karangan berdasarkan tahap murid iaitu mengikut
tingkatan. Sebagai contoh, semasa berada di tingkatan satu, murid-murid diperkenalkan
dengan beberapa jenis karangan sahaja (sila rujuk DSKP dan buku teks). Hal ini bertujuan
untuk memastikan murid-murid menguasai karangan berkenaan sebelum memasuki
tingkatan seterusnya. Oleh itu, semasa mereka berada di tingkatan 4 dan 5, murid-murid
telah mempelajari semua jenis karangan sebagai persediaan menduduki peperiksaan
SPM. Justeru, penguasaan murid berkaitan dengan penulisan haruslah dipantau para guru
sejak mereka berada di tingkatan 1.
Karangan Berformat
1. SURAT KIRIMAN RASMI
Surat kiriman rasmi ditulis oleh seseorang
bagi melibatkan apa-apa urusan yang
rasmi
MENAMPAH MEMINTA MEMINTA
BARANGAN KEBENARAN SESUATU
@RAYUAN
JEMPUTAN TUJUAN
RASMI MENULIS MEMEOHON
PEKERJAAN
SURAT
RASMI
MEMBUAT
ADUAN,
CADANGAN,
BANTAHAN
SEKTOR PEMBELAJARAN| JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK
78
1. Alamat Pengirim
2. Garisan Panjang Melintang
3. Nama dan Alamat Penerima
4. Tarikh
5. Panggilan Hormat Penerima
6. Perkara
7. Penomboran
8. Isi Surat
9. Harapan
10. Nama dan Jawatan Pengirim
SEKTOR PEMBELAJARAN| JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK
79
CONTOH SURAT KIRIMAN RASMI (DIPELAJARI SEMASA DI TINGKATAN 1)
BUKU TEKS TINGKATAN 1 - MS 216
SEKTOR PEMBELAJARAN| JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK
80
RANGKA FORMAT
Alamat Pengirim
….……………………………
….……………………………
….……………………………
________________________________(garisan panjang)_____________________________
Jawatan dan Alamat Penerima Tarikh : …………………………
….……………………………
….……………………………
….……………………………
Tuan,
Tujuan/perkara/hal (permulaan perkataan huruf besar dan digariskan)
Menyatakan maklumat diri dan tujuan surat ditulis (perenggan tidak rapat sebelah
kiri.
2. Menyatakan isi-isi penting berkaitan dengan tajuk yang digariskan. Huraikan
bahagian dengan menggariskan sekurang-kurangnya tiga isi penting.
3. Menyatakan sebab/alasan/kesan yang memungkinkan permohonan kita
dipertimbangkan.
Menyatakan harapan penulis berkaitan dengan permohonan yang dilakukan.
Yang Benar
….………………. (tandatangan)
Nama Penuh (huruf besar)
Jawatan (huruf kecil)
SEKTOR PEMBELAJARAN| JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK
81
LAPORAN
DEFINISI
Laporan ialah satu bentuk karangan yang menghendaki
anda melaporkan sesuatu peristiwa yang dilihat atau
didengar
Jenis-jenis
laporan
Laporan Laporan
aktiviti lawatan
Laporan Laporan Laporan
persatuan perayaan perasmian
Penulisan laporan aktiviti
perlu disertakan senarai ahli
jawatankuasa, jumlah ahli
dan aktiviti yang dijalankan
SEKTOR PEMBELAJARAN| JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK
82
CONTOH LAPORAN (DIPELAJARI MURID-MURID SEMASA DI TINGKATAN 3)
BUKU TEKS TINGKATAN 3 - MS 5
Laporan mestilah ditulis dalam
bahasa yang ringkas dan padat.
SEKTOR PEMBELAJARAN| JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK
83
RANGKA FORMAT LAPORAN
….…………………………………………….. Tajuk
….……………………………………………. laporan
….…………………………………………….
….……………………………………………………………………………… Perenggan
….……………………………………………………………………………… 1
….………………………………………………………………………………
….………………………………………………………………………………
….……………………………………………………………………………… Perenggan
….……………………………………………………………………………… 2
….………………………………………………………………………………
….………………………………………………………………………………
….……………………………………………………………………………… Perenggan
….……………………………………………………………………………… 3
….………………………………………………………………………………
….………………………………………………………………………………
Disediakan oleh, ……………………. Tarikh
….………………. Nama penuh
….……………… Jawatan
….……………… Tandatangan
SEKTOR PEMBELAJARAN| JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK
84
E-MEL
DEFINISI E-MEL @ PPRM
INFORMASI
Pusat Rujukan Persuratan Melayu atau
ringkasnya PRPM merupakan kemudahan
yang disediakan oleh Dewan Bahasa dan
Pustaka Malaysia untuk pengguna internet
membuat rujukan yang berkaitan dengan
bahasa Melayu.
SEKTOR PEMBELAJARAN| JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK
85
CONTOH E-MEL (RASMI)
Daripada : [email protected]
Kepada : [email protected]
Perkara : KEBENARAN MENGADAKAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera Tuan.
Didoakan agar sihat sejahtera Tuan.
Saya Encik Yusuf Bin Omar merupakan guru di Kolej Vokasional Pertanian Teluk Intan.Saya
bercadang untuk membawa pelajar saya seramai 36 orang yang terdiri daripada pelajar untuk
mengadakan lawatan ke Universiti Sains Malaysia pada 11 MAC 2020 ini bersamaan RABU dalam
anggaran pukul 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.
Untuk pengetahuan Tuan, tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk mendedahkan pelajar kepada
situasi sebenar kehidupan mahasiswa dan mahasiswi di universiti di samping ingin mengunjungi
tempat-tempat yang menarik yang ada di sana. Kami juga berhasrat mengadakan lawatan ini
untuk meneroka gedung-gedung ilmu yang terdapat di USM seperti Muzium dan Galeri Tuanku
Fauziah, Perpustakaan Hamzah Sendut, dan sebagainya.
Oleh hal demikian, saya dengan rendah diri ingin memohon jasa baik dan kebenaran pihak Tuan
untuk memberikan kebenaran kepada kami untuk melakukan lawatan pada hari tersebut. Bersama-
sama email e-mel ini saya lampirkan surat kebenaran untuk rujukan pihak Tuan. Segala maklum
balas daripada pihak Tuan, amatlah saya hargai dan dahului dengan ucapan terima kasih.
Sekiranya pihak Tuan terdapat sebarang permasalahan, pihak Tuan bolehlah menghubungi saya.
Sekian, Terima Kasih
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
Saya yang menjalankan amanah,
Yusuf
Mohamad Yusuf Bin Omar
B. A. Ed. (Hons.) , M. A. (Ed)
Kolej Vokasional Pertanian Teluk Intan
Telefon Bimbit: 017 222 2222
E-Mel: [email protected]
SEKTOR PEMBELAJARAN| JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK
86
CONTOH E-MEL (TIDAK RASMI)
BUKU TEKS TINGKATAN 2 - MS 97
SEKTOR PEMBELAJARAN| JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK
87
1. Karangan Syarahan
Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 1 (Muka surat 152)
Tema 13 : Pengantarabangsaan Industri Negara
SEKTOR PEMBELAJARAN| JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK
88
Format Karangan Syarahan
Pengenalan
1. Digunakan dalam situasi pertandingan atau syarahan umum.
2. Menyampaikan buah fikiran tentang sesuatu tajuk.
3. Cara penulisan hampir sama dengan karangan jenis ucapan dan ceramah.
Pendahuluan
1. Dimulakan dengan kata alu-aluan sebagai tanda hormat kepada Tuan Pengerusi
Majlis, para jemputan khas, dan audiens.
Jika untuk pertandingan, peserta-peserta haruslah menyebut panggilan hormat
seperti Tuan Pengerusi majlis yang saya muliakan, “para hakim yang arif lagi
bijaksana”, penjaga masa yang setia dengan jam randiknya, tetamu kehormat,
guru-guru, dan murid sekalian.
2. Nyatakan tajuk syarahan sebelum memulakan huraian isi.
Isi
1. Murid perlu menyebut kata panggilan “Tuan-tuan dan puan-puan”, dan
sebagainya bagi menarik perhatian para pendengar setiap selang isi yang
disampaikan..
2. Huraian isi merangkumi isi utama, huraian, kesan atau penegasan isi.
Penutup
1. Penutup ialah kesimpulan menyeluruh daripada isi-isi syarahan yang dinyatakan.
2. Kesimpulan yang dibuat hendaklah jelas serta tidak terpesong daripada tajuk asal.
3. Murid perlu memberikan saranan dan harapan terhadap tajuk yang disampaikan
kepada audiens.
SEKTOR PEMBELAJARAN| JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK
89
2. Karangan Ucapan
Sumber : Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 2 (Muka surat 158)
Tema 13 : Ekonomi, Keusahawanan dan Pengurusan Kewangan
SEKTOR PEMBELAJARAN| JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK
90
Format Karangan Ucapan
Pendahuluan
1. Setiap ucapan perlu dimulakan dengan kata-kata aluan.
Kata-kata aluan ini perlu disusun mengikut protokol dan tahap kedudukan audiens.
Isi
1. Isi dimulakan dengan ucapan terima kasih kepada pihak penganjur majlis yang
kemudiannya disusuli dengan menyebut tujuan atau tajuk ucapan.
2. Isi ucapan perlu tertumpu kepada memberi penerangan dan penjelasan kepada
hadirin yang hadir.
3. Anda digalakkan untuk memasukkan kiasan, pantun atau peribahasa supaya
ucapan tersebut menjadi lebih menarik.
Penutup
1. Ucapan penutup menjurus kepada menyatakan tanda penghargaan dan hasrat.
2. Ucapan penutup perlu disudahi dengan ucapan terima kasih dan mengucapkan
salam kepada hadirin.
SEKTOR PEMBELAJARAN| JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK
91
3. Karangan Ceramah
Sumber : Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 2 (Muka surat 226)
Tema 18 : Pentadbiran dan Politik
SEKTOR PEMBELAJARAN| JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK
92
Format Karangan Ceramah
Pengenalan
1. Murid perlu membayangkan diri mereka berucap di hadapan khalayak tertentu
seperti guru-guru dan rakan-rakan.
2. Bahasa yang diucapkan semasa berceramah perlu sesuai dengan khalayak, sama
ada masyarakat biasa ataupun yang berpendidikan tinggi.
3. Pengucapan hendaklah tegas, padat, dan berkesan dengan menggunakan
intonasi suara turun naik bagi menarik perhatian khalayak.
FORMAT KARANGAN JENIS CERAMAH
Pendahuluan:
1. Ceramah didahului oleh kata-kata sambutan menurut protokol. Contohnya seperti
Tuan Pengerusi majlis yang saya muliakan, Tuan Pengetua, tetamu kehormat, guru-
guru, dan murid sekalian.
2. Seterusnya, murid disarankan agar menyatakan tajuk ucapan terlebih dahulu
sebelum memulakan isi ucapan.
3. Murid boleh memberikan mukadimah atau isu berkaitan tajuk yang hendak
diceramahkan.
Isi:
1. Setiap satu isi dengan isi berikutnya,digalakkan untuk menyelitkan unsur sapaan
seperti ‘hadirin yang saya muliakan’, ‘hadirin yang dihormati sekalian’, ‘tuan-tuan dan
puan-puan sekalian’, dan sebagainya.
2. Sebelum mengakhiri ceramah, penegasan isi perlu dibuat sebagai rangkuman
supaya khalayak dapat memahami ceramah berkenaan melalui imbasan kembali.
Penutup:
1. Ceramah diakhiri dengan kata-kata sambutan seperti yang terungkap dalam
pembuka bicara disusuli dengan ucapan terima kasih kepada hadirin atas
keprihatinan mereka mendengar ceramah yang disampaikan.
2. Meninggalkan tanggapan yang positif terhadap perkara-perkara utama agar
para pendengar dapat bertindak balas.
SEKTOR PEMBELAJARAN| JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK
93
10 PERKARA PENTING DALAM MENJAWAB SOALAN KARANGAN BAHAGIAN A (30 Markah)
Bil. Perkara Penting
1. Arahan soalan perlu dibaca
2. Akur had perkataan (150-200 patah perkataan)
3. Tiada kata kunci kehendak soalan (perlu berkaitan TEMA)
4. Semua bahan wajib digunakan untuk menulis isi
5. Bahan rangsangan diberikan dua atau tiga
6. Boleh tambah idea lain , asalkan idea asal juga digunakan
7. Cukup jika tiga isi perenggan
i. Pendahuluan
ii. Isi pertama
iii. isi kedua
iv. Isi ketiga
v. Penutup
8. Untuk mengelakkan terlebih perkataan, Isi setiap perenggan sebaik-baiknya
menyentuh tiga perkara sahaja, iaitu :-
I. Isi utama
II. Contoh
III. Kesan/ Penegas
9. Untuk markah yang lebih baik, murid boleh memasukkan ungkapan menarik
dan kosa kata yang luas.
Contoh : Peribahasa, kata-kata hikmah dan perkataan beraras tinggi.
10. Tulis patah perkataan selepas siap karangan di sebelah kanan bawah.
SEKTOR PEMBELAJARAN| JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK
MODUL LATIHAN
KERTAS 1
BAHAGIAN A
BAHASA MELAYU 2021
EDISI GURU
PANEL:
PASUKAN GURU DARI PPD LARUT,
MATANG DAN SELAMA
95
3.5 Menulis untuk mengolah maklumat bagi menghasilkan
SK pelbagai bentuk penulisan dan grafik.
SP 3.5.1 Mengolah pelbagai bahan menggunakan ayat yang gramatis
dan penanda wacana yang sesuai.
Kemahiran
Buku Teks Menulis
Muka surat
Tugasan Tingkatan 4
185
Mengolah pelbagai bahan menggunakan ayat yang gramatis dan
penanda wacana yang sesuai.
Bahan grafik dan maklumat di bawah berkaitan dengan alam sekitar. Huraikan
pendapat anda tentang alam sekitar.
Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.
SEKTOR PEMBELAJARAN | JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK
96
Syair Alam Lestari Penguat kuasa perlulah sedari,
Tindakan tegas tanpa
Hargai alam sepanjang masa, kompromi,
Anugerah Tuhan Yang Maha Masyarakat juga bersatu hati,
Kuasa, Alam lestari hidup harmoni.
Khazanah alam mesti dijaga,
Usah dibiar rosak binasa. Semua insan bertimbang rasa,
Memelihara alam sekitar kita,
Semilir angin di pagi hari, Kitar semula amalan mulia,
Kini terganti riuh gergaji, Murid terdidik alam terjaga.
Balak ditebang sesuka hati,
Tanah runtuh di sana sini. Adie Syadirah’ 2021
Taiping
Suhu bumi meningkat pada kadar yang berbeza mengikut benua dan
kawasan tertentu. Oleh itu, pemanasan sistem iklim bukan perkara kecil yang
boleh diabaikan. Manusia menjadi punca berlakunya gangguan sistem iklim
dan paling ketara sejak pertengahan abad ke-20. Perubahan suhu dunia
berpunca daripada pemanasan global yang berterusan dengan purata suhu
bumi meningkat lebih satu darjah celsius sejak era praperindustrian dan hal ini
menjadi satu penanda aras yang digunakan secara meluas untuk mengukur
pemanasan global.
Menangani Isu Perubahan Iklim Melalui Gaya Hidup Lestari,
Oleh Dr. Haliza Abdul Rahman
www.bernama.com.my
RANGKA KARANGAN
Pendahuluan
● Alam sekitar merupakan anugerah Tuhan dan khazanah yang perlu
dilestarikan.
● Bencana alam seperti kejadian tanah runtuh dan pemanasan global
disebabkan oleh sikap rakus manusia.
● Pengurusan alam sekitar perlu dilakukan secara efektif demi
kelangsungan generasi akan datang.
SEKTOR PEMBELAJARAN | JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK
97
Pengembangan Isi (Teknik :ATAH ACAS)
AT = Ayat topik
AH = Ayat Huraian
AC = Ayat Contoh
AS = Ayat Simpul
Perenggan Isi 1
Ayat Topik (Apa) Usaha melestarikan alam sekitar ialah pihak
kerajaan mengadakan kempen kesedaran alam
Ayat Huraian sekitar seperti Kempen Hentikan Pencemaran
(Mengapa/bagaimana) Plastik dan Kempen Kitar Semula.
Ayat Contoh Masyarakat didedahkan dengan kepentingan
menjaga alam sekitar dan sistem pembuangan
Peribahasa / Ungkapan sisa.
Menarik Misalnya, kaedah pelupusan plastik secara
Ayat Simpul / Ayat sistematik dan mengitar semula bahan terbuang
Penegas yang boleh dimanfaatkan oleh masyarakat.
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
Sudah terang lagi bersuluh, kempen kesedaran
alam sekitar perlu disahut oleh setiap strata
masyarakat demi menjamin keharmonian hidup.
Perenggan Isi 2
Ayat Topik (Apa) Pihak berkuasa perlu menguatkuasakan undang-
undang alam sekitar tanpa sebarang kompromi.
Ayat Huraian
(Mengapa/bagaimana) Masyarakat perlu diberi hukuman yang
sewajarnya akibat perbuatan yang menjejaskan
Ayat Contoh kehidupan manusia, flora dan fauna.
Peribahasa / Ungkapan Tamsilnya, segala aktiviti yang mencemarkan
Menarik alam sekitar seperti pembalakan haram perlu
Ayat Simpul / Ayat Penegas dikenakan tindakan tegas.
Masyarakat tidak bersikap seperti enau dalam
belukar, melepaskan pucuk masing-masing.
Tuntasnya, penguatkuasaan undang-undang
secara tegas berupaya menjamin kelestarian
alam sekitar.
SEKTOR PEMBELAJARAN | JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK
98
Penutup
● Penggemblengan tenaga bagai aur dengan tebing oleh pelbagai pihak
amat penting bagi memastikan alam sekitar terpelihara.
● Masyarakat tidak seharusnya memandang enteng tentang isu ini kerana
penjagaan alam sekitar tanggungjawab kita bersama.
SEKTOR PEMBELAJARAN | JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK
99
Maklumat di atas berkaitan dengan perpaduan kaum.
Huraikan pendapat anda tentang perpaduan kaum di negara kita.
Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.
Rangka karangan
Pendahuluan :
Negara kita terdiri daripada pelbagai kaum.
Perpaduan kaum amat penting demi keharmonian negara.
Pengembangan Isi
Ayat Topik Isi 1
Ibu bapa perlulah memupuk nilai bersatu padu
Ayat Huraian dalam diri anak-anak.
(Mengapa/ Ibu bapa menjadi suri teladan.
Bagaimana)
Ayat Contoh Kebanyakan kawasan tempat tinggal, penduduknya
terdiri daripada pelbagai kaum.
Peribahasa/ Melentur buluh biarlah dari rebungnya.
ungkapan menarik
Ayat Simpul/ Ayat Pendek kata, ibu bapa mestilah menyemai nilai murni
penegas ini agar anak-anak akan mencontohi mereka dalam
mengeratkan hubungan antara kaum di negara kita.
Ayat Topik Isi 2
Individu dan masyarakat perlulah menjalankan
Ayat Huraian tanggungjawab untuk memastikan wujudnya
(Mengapa/ perpaduan dan integrasi nasional.
Bagaimana)
Ayat Contoh - Mematuhi peraturan dan undang-undang
negara
Peribahasa/
ungkapan menarik - Taat kepada raja dan negara
Ayat Simpul/ Ayat Contohnya, masyarakat menghormati peraturan
penegas yang ditetapkan…
Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
Tegasnya, individu dan masyarakat yang mematuhi
peraturan dan undang-undang ini dapat…
SEKTOR PEMBELAJARAN | JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK
100
Penutup:
- semua pihak mestilah menggembleng tenaga untuk memupuk
perpaduan
- Bersama-sama menghayati nilai perpaduan agar negara kita aman
dan sejahtera.
Maklumat di atas berkaitan dengan sisa elektronik.
Huraikan pendapat anda tentang pengurusan sisa elektronik.
Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.
SEKTOR PEMBELAJARAN | JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK