The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ppd-a060-cm12, 2022-01-30 20:58:22

Ticket To Victory Bahasa Melayu

Modul Lengkap Edisi Guru

451

BAHAGIAN B: PEMAHAMAN
[35 Markah]

SOALAN 6: PETIKAN UMUM

Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan
yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1

Teleskop ialah teropong yang digunakan untuk melihat objek yang jauh. Alat ini
merupakan inovasi yang dicipta hasil kecanggihan teknologi manusia. Kubah Utama di Balai
Cerap Telok Kemang menempatkan teleskop terbesar di Malaysia. Ukuran diameter lensa
teleskop tersebut ialah 24 inci dan teleskop ini diimport dari Amerika Syarikat. Teknologi
moden yang digunakan membolehkan pelbagai objek langit diperhatikan.

Kawasan Kubah Utama berdiameter 6.7 meter dan dapat menampung seramai 25 orang
pada satu-satu masa. Di Kubah Matahari pula ditempatkan teleskop khas untuk melihat dan
merakam imej matahari seperti bintik matahari.

Dipetik dan diubahsuai daripada
Balai Cerap Telok Kemang, Port Dickson,

Negeri Sembilan.

Bahan 2

Kamera digital adalah sebuah peranti elektronik yang digunakan untuk
menvisualisasikan keadaan sekitar menggunakan sebuah sensor dalam bentuk format digital
dan disimpan dalam media penyimpanan digital (memori). Kamera merupakan alat untuk
membuat gambar daripada objek yang selanjutnya dibiaskan melalui lensa pada sensor CCD
dan akhir-akhir ini pada sensor BSI-CMOS (Back Side Illuminated) sensor yang lebih irit
daya untuk kamera yang lebih canggih. Hasilnya kemudian dirakam dalam format digital ke
dalam media simpanan digital.

Kemudahan daripada kamera digital ialah gambar dihasilkan dengan lebih cepat dan
mudah dipindahkan kepada peranti lain. Beberapa kamera digital, terutama DSLR dan high-
end cameras dilengkapi kemudahan RAW yang dapat dihubungkan dengan komputer
mengunakan peranti tertentu untuk hasil terbaik. Pada saat ini kemudahan capaian automatik
telah menghasilkan gambar yang baik dalam format JPEG. Peranti ini merupakan inovasi
yang dicipta hasil kecanggihan teknologi manusia.

Sumber: Internet

SEKTOR PEMBELAJARAN | JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

452

(i) Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud merakam imej.

[2 markah]

(ii) Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan persamaan dan perbezaan ciri-ciri
teleskop dan kamera digital?
[3 markah]

(iii) Teleskop dan kamera digital adalah antara peranti elektronik yang dicipta untuk
kemudahan manusia.
Pada pendapat anda, apakah kebaikan yang diperoleh melalui penciptaan peranti
elektronik dalam kehidupan manusia?
[3 markah]

(iv) Rakan baik anda mahir dalam penggunaan peranti elektronik, namun
menyalahgunakannya untuk perkara yang tidak bermoral seperti menyebarkan berita
tidak sahih, mengedit gambar pornografi, dan menceroboh laman sosial orang lain.
Selaku rakan yang prihatin, apakah peranan yang dapat anda lakukan untuk memberikan
kesedaran kepada rakan baik anda agar tidak berbuat demikian lagi?

[4 markah]

SOALAN 7: PETIKAN SASTERA

Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1
Berbuat Istana Zaman Dahulu

Baginda menitahkan orang besar empat.
Membuat istana puri berkota;
Lalu dipanggil Pawang Raja.
Pawang mengerah orang bekerja,
Empat puluh empat tukang dan utas.
Siang malam tidak berhenti.

Tujuh bulan tujuh pernama,
Istana siap dengan alatnya;
Besar tersergam sembilan ruang.
Sepuluh dengan rembat guntung,
Sebelas dengan pancung serong,
Dua belas dengan anjung tinggi.

Dipetik daripada
Cerpen “Berbuat Istana Zaman Dahulu”
oleh Za’ba, Antologi Sejadah Rindu, hlm.7,

Dewan Bahasa dan Pustaka

SEKTOR PEMBELAJARAN | JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

453

Bahan 2

“Bebaskan Tanah Melayu!” Itulah kata-kata penutup pidato Ahmad Mutawakkil pada malam itu.
Kami juga diingatkan untuk terus berjuang mendesak Inggeris berundur, sesuai dengan perjanjian
pada 1 Februari 1948.

“Persekutuan Tanah Melayu mesti jadi kenyataan” katanya dengan penuh semangat.
Kami juga diberitahu oleh Ahmad Mutawakkil, dua tahun dan sekarang, yakni tahun 1955, satu
pilihan raya di peringkat Kuala Lumpur akan diadakan.

“Jadi, kita perlu bekerja dengan lebih kuat, bahang kemerdekaan semakin dekat.”
Walaupun pidato pada malam itu sangat menarik dan semua mata terpaku kepada Ahmad
Mutawakkil, setiap mata kami yang hadir tetap liar menyelinap, tercari-cari di mana duduknya
Sandra, anak gadis Tuan Booth.

Dipetik daripada
cerpen “Cinta Ahmad Mutawakkil”

oleh Zainal Rashid Ahmad
Antologi Sejadah Rindu, hlm.53, Dewan Bahasa dan Pustaka

Kementeriaan Pendidikan Malaysia

(i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud Istana siap dengan alatnya.

[2 markah]

(ii) Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, buktikan perjuangan pemimpin dan rakyat untuk
mengekalkan kedaulatan negara.
[3 markah]

(iii) Semangat patriotik dalam kalangan rakyat amat penting dalam pembangunan sesebuah
negara. Pada pendapat anda, mengapakah nilai ini perlu ditanam kepada rakyat dan
pemimpin di negara kita?
[4 markah]

(iv) Remaja merupakan bakal pewaris negara pada masa akan datang. Namun begitu,
remaja hari ini bukan sahaja tidak mengisi kemerdekaan, bahkan mereka terlibat dalam
pelbagai gejala negatif.
Anda sebagai remaja pada hari ini, apakah persediaan yang perlu anda lakukan untuk
mengisi kemerdekaan di negara kita?
[4 markah]

SEKTOR PEMBELAJARAN | JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

454

SOALAN 8 : NOVEL

iv. Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Embong menuju ke tingkap dan memanjangkan leher. Benar, yang ditunggu sudah tiba.
keriangan memercup di jiwa.

“Cepat naik ke bot! Ha, naikkan nenek dulu?” teriak Embong.
Segalanya dilakukan dengan pantas!
Dua pusat pemindahan disediakan, iaitu di balai raya dan di surau. Penduduk
kawasan depan ditempatkan di balai raya manakala penduduk sebelah dalam ditempatkan di
surau.
Balai raya cuma 50 x 20 meter, bukanlah besar sangat untuk menampung
penduduk hampir 150 orang. Untuk pertama kalinya, mereka menghadapi hari- hari tanpa
bekalan elektrik, tanpa peti televisyen, tiada tilam yang empuk, dan makanan bersaji. Ramai
yang merungut tetapi ada yang berserah terhadap ketentuan Tuhan.
“Kalau tahu macam ini, baik aku ke rumah anak aku di Kuala Lumpur,”sela
seorang penduduk.
“Tak pernah macam ini. Huh, ikutkan hati sekarang juga aku mahu berpindah.
“Kenapalah aku sewakan rumah aku di pekan.
“Kalau aku tinggal di sana, taklah hidup macam ini. Tahun 1972 dulu pun kampung ini
dilanda banjir meskipun tak sedahsyat ini. Kenapalah aku tak belajar daripada sejarah?”

Dipetik daripada
novel Songket Berbenang Emas

karya Khairuddin Ayip,
Kementerian Pendidikan Malaysia

(i) Banjir memberi kesan kepada penduduk setempat. Nyatakan suasana di pusat pemindahan
banjir.
[4 markah]

v. Berdasarkan novel Songket Berbenang Emas Karya Khairuddin Ayip, huraikan
peristiwa yang menunjukkan nilai kerjasama?
[6 markah]

SEKTOR PEMBELAJARAN | JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

455

SOALAN 9: RUMUSAN
[30 Markah]

Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan, kemudian buat satu rumusan yang
panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan
ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan.

Bahan 1 – Petikan

Sukan ialah segala kegiatan yang memerlukan kemahiran atau ketangkasan serta tenaga
yang dilakukan sama ada sebagai acara pertandingan, hiburan ataupun untuk mengisi masa
lapang dan beriadah. Contoh aktiviti sukan yang agak popular pada masa ini ialah olahraga,
renang, bola sepak, tenis, badminton dan squasy.

Inisiatif untuk memupuk minat masyarakat terhadap kegiatan bersukan ini harus
bermula dari bangku sekolah lagi. Khususnya dari peringkat remaja. Ibu bapa turut
bertanggungjawab dalam usaha membentuk peribadi anak yang bersukan sejak dari peringkat
awal lagi. Ibu bapa juga perlu mendorong dan menggalakkan anak mereka dengan
cara membeli peralatan sukan yang diminati anak, memberikan sokongan moral dengan
menghantar anak-anak mereka ke tempat latihan dan membelikan anak-anak majalah sukan.

Banyak faedah yang diperoleh remaja sekiranya mereka aktif bersukan. Faedah
bersukan yang utama ialah dapat mendisiplinkan diri. Hal ini dikatakan demikian kerana
individu yang ingin berjaya dalam bidang sukan mesti mempunyai disiplin yang tinggi dan
dapat mengawal diri untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan. Sukan juga penting
bagi melahirkan remaja yang sihat, sama ada dari segi fizikal ataupun mental. Dengan kegiatan
bersukan, remaja boleh membina tubuh badan yang sihat, cergas dan menarik.

Kegiatan bersukan bukan sahaja baik untuk kesihatan malah sesuai dijadikan hobi dan
boleh dilakukan dengan kawan atau keluarga pada setiap pagi, petang atau hujung minggu.
Dengan mengisi masa lapang, kegiatan sukan dapat meningkatkan tahap kesihatan diri, malah
mengelakkan diri daripada membuang masa dengan perkara yang tidak berfaedah. Bukan itu
sahaja, remaja juga dapat menghindari masalah sosial yang kian meruncing belakangan ini.

Walaupun terdapat segelintir remaja yang tidak meminati sukan dan tidak melibatkan
diri dengan kegiatan kokurikulum, usaha untuk menarik minat golongan ini haruslah kekal
berterusan, bak kata pepatah, genggam bara api biar sampai jadi arang. Jadikan kegiatan
bersukan itu sebahagian daripada kehidupan kita.

Dipetik dan diubah suai daripada
‘Remaja Aktif Bersukan, Norsuhaila Ibrahim’

Majalah Dewan Siswa, April 2017

SEKTOR PEMBELAJARAN | JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

456

Bahan 2 - Grafik

SEKTOR PEMBELAJARAN | JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

457

SKEMA JAWAPAN

KERTAS 2

1. MORFOLOGI

Kata ganda Ayat

i. sekurang-kurangnya Bantuan yang disalurkan oleh beberapa pihak dalam keadaan

genting itu sekurang-kurangnya dapat meringankan beban dan

kerisauan para pelajar yang terkandas.

ii. pihak-pihak Campur tangan pihak-pihak tertentu dalam kes penerokaan

hutan secara haram telah memburukkan lagi keadaan.

Kata tugas Ayat

i. di Sarah dan kawan-kawannya berjaya mengumpul dana untuk

membantu mangsa banjir di Hulu Selangor.

ii. telah Rakyat telah diingatkan agar mematuhi peraturan serta menjaga

kebersihan diri dalam usaha mengekang penularan Covid-19

yang sedang melanda sekarang.

#Jawapan lain berkaitan kata ganda dan kata tugas yang terdapat dalam petikan

diterima

[8 markah]

2. SINTAKSIS

- Safawi menanyakan Brendan orang yang memakai baju berwarna merah itu.
- Brendan memberitahu bahawa orang itu ialah Aidil, iaitu pelajar baharu di sekolah

mereka.
- Safawi berhasrat untuk mengajak Aidil menyertai Kelab Pencegahan Jenayah.
- Brendan menyokong dan menjelaskan bahawa Aidil masih baharu di sekolah itu,

sudah pasti dia memerlukan kawan.
- Safawi memaklumkan bahawa dia akan berjumpa dengan Aidil selepas latihan di

padang petang itu.
- Brendan mengingatkan bahawa latihan pada petang itu dibatalkan.
- Safawi memaklumkan bahawa jika demikian, dia akan berjumpa dengan Aidil

sebelum perhimpunan pada pagi esok.

[6 markah]

SEKTOR PEMBELAJARAN | JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

458

3. PENYUNTINGAN

Bil Kesalahan Jawapan
1 di dalam dalam
2 diperhebatkan diperhebat
3 pro-aktif proaktif
4 kerana agar
5 sektor aspek
6 industry industri
7 pemintegrasian pengintegrasian
8 pelbagai-bagai pelbagai
9 di antara antara
10 peraduan program
11 kedua kedua-dua

[11 markah]

4. BAHASA MELAYU STANDARD

Sultan Muzaffar Syah telah berkenan untuk mendengar penjelasan Tun Perak. Pada pendapat
baginda, “Tun Perak tidak sepatutnya menjadi bentara tetapi menjadi Perdana Menteri.”

Tun Perak digelar Paduka Raja dan disuruh duduk di seri balai setara dengan Seri Nara Diraja
lalu Seri Nara Diraja terpaksa beralih ke tengah.

[6 markah]
5. PERIBAHASA
1.Maksud peribahasa:

Jika bernasib baik akan selamat, jika bernasib malang, binasalah.
Contoh Ayat:
Nasib Azril dan kawan-kawannya yang sesat di dalam hutan semasa ekspedisi mendaki
gunung itu ibarat untung sabut timbul, untung batu tenggelam.

[4 markah]

6. PEMAHAMAM UMUM
(i) Maksud merakam imej adalah menyimpan objek/gambar.

[2 markah]

SEKTOR PEMBELAJARAN | JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

459

(ii) Persamaan- alat ini merupakan inovasi yang dicipta hasil kecanggihan teknologi
manusia.

Perbezaan:

Bahan 1- Teleskop ialah teropong yang digunakan untuk melihat objek yang jauh.

Bahan 2- Kamera digital adalah sebuah peranti elektronik yang digunakan untuk
menvisualisasikan keadaan sekitar

[3 markah]

(iii) Kebaikan-kebaikan penggunaan peranti elektronik.

- Merakam kenangan indah dalam kehidupan manusia.
- Alat perhubungan
- Menjadi bukti setiap peristiwa yang berlaku
- Perniagaan atas talian
(Jawapan lain yang sesuai diterima)

[3 markah]

(iv) Peranan yang saya dapat lakukan adalah:

- Memberi nasihat
- Membawanya bertemu ustaz/guru/kaunselor
- Memaklumkan perkara ini kepada ibu bapanya/keluarganya
- Mengajaknya menghadiri/menyertai kelas agama/ceramah

[4 markah]

7. PEMAHAMAN SASTERA

(i) Maksud istana siap dengan alatnya:
… istana yang dilengkapi dengan segala kemudahan/prasarana berjaya disiapkan.
[2 markah]

(ii) Berdasarkan semua bahan, bukti perjuangan pemimpin dan rakyat untuk mengekalkan
kedaulatan negara ialah:

Bahan 1 – rakyat mentaati perintah raja untuk membina istana

Bahan 2 – terus berjuang mendesak Inggeris berundur
- pilihan raya di peringkat Kuala Lumpur akan diadakan
- bekerja lebih keras untuk mencapai kemerdekaan yang semakin dekat
[3 markah]

SEKTOR PEMBELAJARAN | JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

460

(iii) Pada pendapat saya, nilai semangat patriotik ini perlu ditanam kepada rakyat dan

pemimpin di negara kita kerana:
- rakyat Malaysia sekarang tidak berbangga dengan negara sendiri contohnya suka
membeli barangan buatan luar negara
- keamanan dan kemakmuran negara bergantung kepada rakyat dan pemimpin
- perpaduan menjadi bertambah utuh hasil toleransi rakyat dan pemimpin
- kemajuan negara semakin meningkat disebabkan politik negara yang stabil

[4 markah]

(iv) Sebagai remaja pada hari ini, persediaan yang perlu saya lakukan untuk mengisi
kemerdekaan di negara kita ialah:
- saya perlu menuntut ilmu dalam pelbagai bidang agar dapat memberikan
sumbangan kepada negara
- saya perlu menjaga imej Malaysia dengan cara tidak memburuk-burukkan negara
di media sosial
- saya perlu menghormati semua bangsa dan agama untuk membentuk perpaduan
- saya perlu menyokong semua dasar kerajaan yang memberikan kebaikan kepada
rakyat
[4 markah]

8. SKEMA NOVEL

(i) Suasana di Pusat Pemindahan Banjir [1 markah]
[1 markah]
Balai raya berukuran 50 x 20 [1 markah]
Hidup tanpa bekalan elektrik [1 markah]
Tiada kemudahan televisyen [1 markah]
Tiada tilam yang empuk [Maksimum 4 markah]
Tiada makanan yang bersaji [Isi cukup: 3 isi]

(ii) Peristiwa yang menunjukkan nilai kerjasama 2 markah
2 markah
Peristiwa kerjasama pasukan bola jaring berlatih di padang 2 markah
Dahlia pelajar tingkatan enam atas bersepakat dengan rakan yang lain
untuk berlatih sebagai persediaan untuk bertanding dengan pelajar
enam rendah. Pertandingan ini bertujuan untuk mengeratkan
hubungan antara pelajar tingkatan enam yang tinggal di asrama.
Peristiwa penduduk kampung bekerjasama membina rumah
Embong yang roboh dilanda banjir.
Penduduk kampung bekerjasama setelah ditegur oleh Haji Sulaiman.
Mereka bekerjasama membina semula rumah Embong yang musnah
dilanda banjir.
Peristiwa penduduk kampung bekerjasama membantu
meringankan beban Dahlia untuk menyambung pelajaran ke
Jepun.
Penduduk kampung juga bekerjasama mengumpulkan wang untuk
diserahkan kepada Dahlia yang akan melanjutkan pelajaran ke Jepun.

SEKTOR PEMBELAJARAN | JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

461

Peristiwa Haji Sulaiman bekerjasama dengan pihak Hospital 2 markah

Batu Pahat membawa Saleha ke hospital untuk mendapatkan

rawatan.

Peristiwa ini timbul apabila Saleha sakit kemurungan. Dia sering

berjalan-jalan dan ketawa seorang diri. Perkara ini menyebabkan Haji

Sulaiman berasa kasihan terhadap keluarga Embong yang dihimpit

masalah lebih-lebih lagi Saleha sakit jiwa.

***[terima jawapan lain yang relevan]

[Maksimum 6 markah]

(Isi cukup: 2 isi)

(Bahasa : 2 markah)

9. SKEMA RUMUSAN

Pendahuluan

Rumusan membincangkan tanggungjawab/peranan/tugas ibu bapa dan kelebihan-kelebihan
bersukan dalam kalangan remaja.

Bahan 1- Petikan

Fokus 1 (Tanggungjawab/peranan/tugas ibu bapa)

1. membentuk peribadi anak yang bersukan sejak dari peringkat awal lagi.
2. ibu bapa juga perlu mendorong dan menggalakkan anak mereka dengan cara membeli

peralatan sukan yang diminati anak.
3. memberikan sokongan moral dengan menghantar anak-anak mereka ke tempat latihan.
4. membelikan anak-anak majalah sukan.

Fokus 2 (Kelebihan-kelebihan bersukan)

1. dapat mendisiplinkan diri.
2. bagi melahirkan remaja yang sihat, sama ada dari segi fizikal ataupun mental.
3. remaja boleh membina tubuh badan yang sihat, cergas dan menarik.
4. sesuai dijadikan hobi dan boleh dilakukan dengan kawan atau keluarga pada setiap

pagi, petang atau hujung minggu.
5. dapat meningkatkan tahap kesihatan diri, malah mengelakkan diri daripada

membuang masa dengan perkara yang tidak berfaedah.
6. remaja juga dapat menghindari masalah sosial yang kian meruncing belakangan ini.
7. penting untuk menyemai semangat permuafakatan dan kesukanan dalam kalangan

remaja yang berbeza latar belakang.
8. untuk dijadikan platform membina kerjaya.
9. saluran paling berkesan bagi menyatupadukan rakyat pelbagai kaum di negara ini.

Bahan 2: Grafik

Fokus 2 (kelebihan bersukan)

1. Bersukan juga dapat meningkatkan produktiviti.
2. Dapat mengenal bakat dalam sukan.
3. Dapat meningkatkan kesihatan.

SEKTOR PEMBELAJARAN | JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

462

4. Dapat menjamin kesejahteraan menyeluruh.
5. Dapat melahirkan minda yang sihat.
6. Dapat mewujudkan negara yang ceria dan bersatu.

Penutup

Kesimpulannya, aktiviti sukan perlu dijadikan amalan dalam kehidupan agar menjamin
kesihatan yang sempurna.

(Fokus 1 dan fokus 2 = 8 isi semuanya)

SEKTOR PEMBELAJARAN | JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

463

BAHASA MELAYU PPD HULU PERAK
Kertas 1
2 Jam

BAHAGIAN A
[ 30 Markah ]

Maklumat di bawah berkaitan dengan keracunan makanan.
Huraikan pendapat anda tentang keracunan makanan.
Panjangnya huraian hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.

KERACUNAN MAKANAN

Statistik kes keracunan makanan di negara ini PANTUN KERACUNAN MAKANAN
menunjukkan peningkatan dari semasa ke
semasa berikutan beberapa faktor. Keracunan Petik pegaga teruna perkasa,
makanan boleh berlaku apabila seseorang Tumbuh merimbun di banir berangan,
terambil makanan tercemar. Antara kuman
yang menyebabkan keracunan makanan ialah Kebersihan dijaga setiap masa,
salmonella, staphylococcus aureus dan vibro Gunakan sabun mencuci tangan.
parahaemolyticus yang disebar melalui bahan
pencemar, vektor atau pembawa kuman. Di pohon rendang rehat si rusa,
Kebiasaannya, makanan tercemar ketika proses Malang ditangkap anak Pak Mamat,
pemilihan bahan mentah, penyediaan,
pemprosesan, penyimpanan, penghidangan dan Juadah terhidang tutup sentiasa,
penghantaran. Lalat tak hinggap makanan selamat.

Dipetik dan diubah suai daripada Sumber : Internet
‘Keracunan Makanan’

oleh Muhammad Razis Ismail
Harian Metro, 3 Februari 2020

SEKTOR PEMBELAJARAN | JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

464

Bahagian B
[ 70 markah]
Arahan soalan
Pilih satu daripada soalan-soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya antara
350 hingga 500 patah perkataan.

Soalan 1 - Domain Awam

Tatkala terasa ingin keluar daripada hiruk-pikuk kota, bayangkan suasana damai di
pinggir hutan. Bayangkan juga kesegaran dan kenyamanan udara gunung serta deruan
jeram yang menjadi terapi minda yang kepenatan setelah bertungkus-lumus mencari
rezeki

Sumber : Buku Teks Tingkatan 4, 2019

Berdasarkan petikan di atas, masyarakat Malaysia mengimpikan suatu percutian keluarga yang
berkonsepkan pelestarian alam sekitar yang mendatangkan pelbagai manfaat.
Huraikan manfaat-manfaat melancong dalam negara.

Soalan 2 – Domain Peribadi

Tema Sambutan Hari Belia Negara 2020, 'Dekad Ini Dekad Anda', dilihat sangat signifikan
dan cukup simbolik untuk menggambarkan peranan besar yang perlu dimainkan golongan belia
dalam membangunkan rakyat dan negara. Jelas sekali, dekad orang muda dan negara juga
meletakkan harapan yang tinggi kepada golongan ini. Justeru, bagi memikul tanggugjawab ini,.
Saya percaya golongan belia negara kita perlu memiliki beberapa ciri yang boleh membantu
mereka memainkan peranan yang dihasratkan oleh semua pihak.

Sumber: Metro https://www.hmetro.com.my/authors/noor-mohamad-shakil-hameed-0

Petikan di atas menjelaskan peranan belia di negara kita menjadi teras dan kekuatan dalam
menghadapi arus globalisasi. Seorang sahabat pena mahu anda memberitahu cara-cara
membentuk jati diri pelajar yang kukuh.

Tulis sepucuk surat kepada rakan anda selengkapnya.

SEKTOR PEMBELAJARAN | JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

465

Soalan 3 - Domain Pendidikan

Dalam usaha ke arah mewujudkan negara yang kuat, teguh dan makmur, pengalaman sejarah Malaysia
wajar diketahui dan diambil teladan

Sumber : Buku Teks Tingkatan 4, 2019
( Profesor Emeritus Datuk Dr. Abdullah Zakaria bin Ghazali, Pensyarah.)

Petikan di atas, menyatakan sejarah bermaksud peristiwa yang berlaku pada tahun-tahun
tertentu. Dalam bahasa Arab sering dipanggil sirah. Setiap peristiwa yang berlaku sama ada
besar atau kecil akan dicatatkan sebagai sejarah, sama ada sejarah negara atau sejarah dunia.

Nyatakan kepentingan-kepentingan mempelajari mata pelajaran sejarah kepada generasi muda.

Soalan 4 - Domain Kerjaya

Saban hari, tugas dan peranan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dilihat semakin meluas
serta mencabar yang memerlukan anggotanya sentiasa bersiap sedia untuk menempuh apa-apa
jua halangan yang mendatang.

Sumber: Akhbar Sinar Harian, 02 Januari 2021

Petikan di atas merujuk kepada kerjaya bomba yang merupakan satu profesion yang
memberikan perkhidmatan kebombaan dan penyelamatan bagi menyelamatkan nyawa dan
harta benda demi kesejahteraan rakyat.

Bincangkan tanggungjawab anggota penyelamat dalam menjaga keselamatan awam.

SEKTOR PEMBELAJARAN | JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

466

BAHASA MELAYU
Kertas 2
2 Jam 30 Minit

BAHAGIAN A : SISTEM DAN APLIKASI BAHASA
[35 Markah]

SOALAN 1 : MORFOLOGI

Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata nama am dan dua kata kerja.
Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang
dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak
boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai
peribahasa atau nama khas.

Kerajaan juga memajukan sektor ekopelancongan yang kaya dengan khazanah alam semula
jadi, contohnya Taman Negara dan Taman Negara Kinabalu yang telah diiktirafkan sebagai
Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO. Malah, kerajaan juga menyediakan agro pelancongan
dalam acara-acara Pesta Buah-Buahan Tempatan dan Pesta Flora. Kerajaan juga memajukan
industri pelancongan dalam bidang perubatan dan pendidikan. Dalam pendidikan pula,
kerajaan menarik masuk pelajar-pelajar luar negara untuk menimba ilmu dengan pelbagai
kursus bertaraf antarabangsa. Selaras dengan usaha kerajaan, Kempen Zoom Malaysia juga
dilancarkan untuk penggunaan "Segala-galanya terdapat di Malaysia".

Dipetik dan diubah suai daripada
Artikel Industri Pelancongan di Malaysia.
Kementerian Pelancongan, Budaya dan Seni Malaysia,

Julai 2016

[8 markah]

SOALAN 2 : SINTAKSIS

Petikan di bawah mengandungi beberapa ayat. Kenal pasti jenis-jenis ayat yang bergaris.
Nyatakan sama ada ayat tersebut ayat penyata, ayat tanya, ayat seruan atau ayat perintah.

Kebanyakan guru yang menyertai persatuan penulis ialah guru yang mempunyai minat yang
mendalam terhadap bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. Mengapakah dikatakan guru
tersebut mempunyai minat mendalam terhadap bahasa Melayu? Hal ini dikatakan sedemikian
kerana guru tersebut mempunyai jati diri yang tinggi dan kecintaan tidak berbelah bahagi
terhadap bahasa Melayu. Golongan ini juga sangat besar jasa mereka terhadap perkembangan
bahasa Melayu sejak sebelum merdeka hingga kini. Usaha mereka harus diteruskan oleh
semua guru yang masih berkhidmat pada hari ini. Syabas, kepada golongan ini! Akhirnya,
marilah kita meneruskan perjuangan mereka demi memartabatkan bahasa kebangsaan.

Dipetik dan diubah suai daripada
‘Guru dan Perjuangan Memartabatkan Bahasa Melayu’

Oleh Aminuddin Mansor
Pelita Bahasa, Bil. 5/2019

[6 Markah]

SEKTOR PEMBELAJARAN | JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

467

SOALAN 3: PENYUNTINGAN

Petikan perbualan ini mengandungi tiga belas kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan
kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga belas kesalahan
yang terdapat dalam petikan. Anda tidak perlu menyalin petikan tersebut.

Hui Ling: Nathan, cuba baca berita tentang kes kematian akibat penyakit Covid-
19 di negara Indonesia.

Nathan: Aduh, malangnya banyak mangsa-mangsa penyakit Covid-19 yang
terkorban.

Hui Ling: Warganegara-warganegara Malaysia patut bersyukur kerana penyakit
tersebut dapat dikawal di negara kita di atas kerja sama semua pihak.

Nathan: Benar, kita perlu mematuhi Standard Operasi Prosedur (SOP) yang
kerajaan tetapkan. Kita pun perlu sentiasa memakai penutup mulut dan
mengekalkan jarak sosial di antara satu sama lain. Jangan sekali-sekala
lalai.

Hui Ling: Kita perlu mengamalkan normal baharu untuk menghadapi wabak
yang telah mengubah corak hidup kita.

[13 markah]

SOALAN 4: BAHASA MELAYU STANDARD

Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan
tersebut dalam bahasa Melayu standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.

Maka, orang Siam terlalu hairan melihat kelakuan Tun Umar itu. Telah hari malam, maka
Awi Dicu pun datanglah. Maka oleh Bendahara Paduka Raja segala pohon kayu bakau dan
nyirih dan tumpu api-api itu sekaliannya disuruh tambati punting api. Telah dipandang oleh
orang Siam api tiada terbilang banyaknya, maka kata hulubalang Siam, “ Terlalu banyak
kelengkapan perahu Melaka ini, tiada terbilang lagi. Jikalau ia datang apa hal kita? Sedang
sebuah perahunya tadi lagi tiada terlawan oleh kita.”

Dipetik daripada
Burung Terbang Dipipiskan Lada
Kementerian Pendidikan Malaysia.

[6 markah]

SEKTOR PEMBELAJARAN | JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

468

SOALAN 5 : PERIBAHASA

Dialog di bawah mengandungi beberapa peribahasa. Senaraikan dua peribahasa sahaja,
kemudian berikan peribahasa lain yang sama maksud atau hampir sama maksud dengan
peribahasa tersebut.

Darina: Sedapnya kek ini. Pandai kamu membuatnya Wawa.

Wawa: Terima kasih, Darina. Biasa-biasa saja kek ini. Lagipun saya membuat kek ini
sambil menemani ibu memasak di dapur, bak kata pepatah sambil menyelam,
sambil minum air.

Cindy: Sebenarnya, kamu mewarisi kepakaran daripada ibu kamu, Wawa. Ibu kamu
memang pakar dalam bidang masakan, bak kata pepatah ke mana tumpahnya
kuah kalau tidak ke nasi.

Wawa: Mungkin juga tu. Eh, kita ni asyik berbual-bual saja! Marilah kita ke pusat
sumber sekolah. Tentu Cikgu Zakiah sudah lama menunggu kita.

Darina: Bagus juga idea tu. Marilah kita bersama-sama membantu Cikgu Zakiah
menghias pusat sumber sekolah, bak kata pepatah berat sama dipikul, ringan
sama dijinjing.

[4 markah]

(i) Peribahasa:
_____________________________________________________________________
Peribahasa yang lain:
_____________________________________________________________________

(ii) Peribahasa:
_____________________________________________________________________

(iii) Peribahasa yang lain:
_____________________________________________________________________

SEKTOR PEMBELAJARAN | JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

469

BAHAGIAN B: PEMAHAMAN
[35 Markah]

SOALAN 6 : PETIKAN UMUM ( 10 MARKAH )

Baca Bahan 1 dan Bahan 2 dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1

Perasaan marah disebabkan oleh faktor luaran dan faktor dalaman. Faktor luaran merangkumi
lingkungan sosial dan alam sekitar. Faktor lingkungan sosial adalah seperti suasana kerja,
bebanan tugas, dan sikap rakan. Faktor alam sekitar pula adalah seperti cuaca dan bencana alam.
Faktor dalaman pula berkaitan dengan sikap seperti panas baran dan tidak mampu mengawal diri
untuk menghadapi tekanan.

Apabila anda marah, kadar denyutan jantung dan tekanan darah akan meningkat. Selain itu,
tahap hormon tenaga, adrenalina dan noradrenalina juga akan bertambah. Oleh itu, anda mungkin
akan bertindak agresif terhadap orang yang dimarahi. Kemarahan yang tidak dikendalikan
dengan baiknya boleh menimbulkan masalah yang lain pula. Perhubungan silaturahim juga akan
terjejas.

Kemarahan juga menghasilkan ketegangan fizikal serta psikologi seseorang. Bagi
mengurangkan rasa ketegangan tersebut, seseorang perlu kembali ke posisi normal. Sekiranya
dia sedang marah dan ketika itu dia sedang berdiri, maka dia perlu duduk. Seandainya kemarahan
semakin sukar untuk dikawal, dia perlu berbaring untuk menenangkan emosi

Seseorang yang dalam keadaan marah juga cenderung untuk mengeluarkan kata-kata kesat.
Oleh itu, apabila seseorang dalam keadaan marah, dia perlu mendiamkan diri. Perlakuan diam
ini dapat meredakan pertengkaran daripada berlarutan. Tindakan ini dapat mengelakkan perkara
yang lebih buruk daripada berlaku dan tidak mengeruhkan keadaan.

(Sumber : wwwmyhealth.gov.my/pengurusan-kemarahan)

(i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud rangkai kata lingkungan sosial.

[2 markah]
(ii) Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan persamaan dan perbezaan cara untuk

mengawal kemarahan.
[3 markah]

(iii)Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu menangani sifat marah ?

[4 markah]

(iv)Rakan baik anda seorang yang panas baran, dia sering kali marah-marah apabila berada
dalam keadaan tertekan. Sebagai kawan apakah tindakan anda ?

[4 markah]

SEKTOR PEMBELAJARAN | JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

470

SOALAN 7: PETIKAN SASTERA

Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1

Tau meluahkan kerisauannya terhadap hutan yang sedang diteroka tanpa batasan. Dia risaukan
masa depan kampung halamannya. Dia bercakap dengan abangnya Ludin mengenai perkara ini.
Ludin turut melahirkan rasa simpatinya terhadap Tau yang melalui banyak keperitan dan
masih berusaha menjaga hutan ini. Tau juga memulaukan dirinya daripada orang awam. Tau
dengan bangganya bercakap tentang Itai yang telah berguru dengannya. Itai telah menjadi
seorang yang telah mempelajari segala ilmu perhutanan yang diwariskan kepada Tau.

(Dipetik daripada novel Kembara Amira,
karya Rozlan Mohamed Nor,

Utusan Publications dan Distributors Sdn. Bhd)

Bahan 2

Kuingin Berterima Kasih

Sesekali kuingin berterima kasih
kepadamu hujan bagai tetamu
jiwa pun menjadi angin
api amarah menjadi terpadam.

Sesekali kuingin menyemai budi
kepadamu tanah yang hidup
kerana perutmu setia menghamilkan
rezeki buat petani.

Sesekali kuingin berbisik kepadamu
ikan-ikan yang riang
liar di belantara samudera
kerana sudi membebaskan cerita
nelayan tua di pondoknya.

Sesekali kuingin kalungkan kagum
kepadamu pejuang negara
kerana tanganmu pernah berdarah
darah kesetiaan seorang warga
kepada watan tercintanya

Sesekali kuingin pula menjadi bunga
menebarkan keharuman
di taman-taman keresahan hidup
menyerahkan keinsafan
kepada keangkuhan perang.

Alangkah indahnya dunia
andai semua merenung
kekosongan hidup ini.

(Dipetik dari antologi Kuingin Berterima Kasih , halaman 12)

SEKTOR PEMBELAJARAN | JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

471

(i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud orang awam

[ 2 markah]

(ii) Berdasarkan semua bahan , nyatakan kelebihan-kelebihan menjaga hutan?

[4 markah]

(iii)Alam sekitar sangat penting kepada kehidupan manusia.
Pada pendapat anda, apakah cara-cara menjaga alam sekitar?

[3 markah]

(iv)Pada suatu hari , ketika anda berkhemah di dalam hutan, anda ternampak banyak
sampah sekali gus mencemarkan hutan tersebut. Setelah anda siasat, didapati
sekumpulan remaja membuang sampah merata-rata.
Sebagai remaja yang prihatin, apakah tindakan-tindakan yang perlu anda lakukan bagi
mencegah pembuangan sampah tersebut agar hutan menjadi bersih dan kembali
nyaman?
[4 markah]

SOALAN 8 : NOVEL

(i) Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Kini datuk bercerita tentang cara-cara menyembuhkan penyakit secara tradisional.
Memang dalam soal ini datuk boleh disebut pakar, macam doktor. Dia jenis manusia yang
bijak memanfaatkan bahan sedia ada atau bahan percuma menjadi bahan kegunaan untuk
kesihatan dan kecantikan. Misalnya, hampas kopi dijadikannya losen tangan. Hampas teh
untuk menyegarkan mata, ubi kayu bagi menghilangkan buasir. Lobak pula bagi melancarkan
air kencing dan mengurangkan sakit kepala. Biji mangga dijadikan tepung untuk masakan.
Kulit mangga yang dikeringkan untuk membantu melancarkan pengaliran darah ketika
datang haid.

Sebab, datuk minum kopi dan nenek minum teh, mereka menanam ubi kayu, lobak, dan
mangga. Aku percaya, pasti banyak lagi petua yang belum aku dengar dan yang belum datuk
beritahu, sebab ada banyak tanaman lain di belakang dan di halaman rumah datuk serta di
kebun buah-buahannya.

Dipetik daripada novel Jendela menghadap Jalan,
Karya Ruhaini Matdarin

Kementerian Pendidikan Malaysia

Nyatakan cara-cara penjagaan kesihatan secara tradisional yang diamalkan oleh datuk
dengan memanfaatkan bahan sedia ada atau bahan percuma di rumahnya.

[4 markah]

SEKTOR PEMBELAJARAN | JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

472

(ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:
a. Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latip Talib
b. Di Sebalik Dinara, karya Dayang Nor
c. Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin
d. Pantai Kasih karya Azmah Nordin
e. Songket Berbenang Emas, karya Khairuddin Ayip
f. Tirani, karya Beb Sabariah
g. Silir Daksina, karya Nizar Parman
h. Bimasakti Menari, karya Sri Rahayu Mohd Yusop

Watak utama dalam sebuah novel memiliki nilai yang dapat dijadikan suri teladan kepada
pembaca.
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua nilai yang dapat dikaitkan dengan
watak utama dalam novel.

[6 markah]

BAHAGIAN C : RUMUSAN
[30 markah]

Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah. Kemudian buat satu
rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya
menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan.

Kebersihan amat penting bagi menjamin keceriaan hidup seseorang individu. Kesihatan
merujuk keadaan tubuh yang tidak mengalami sebarang masalah. Terdapat pelbagai langkah
yang boleh diamalkan untuk memiliki tahap kesihatan yang baik. Langkah pertama ialah
kesedaran bahawa tubuh sangat memerlukan penjagaan. Perkara yang kedua cara adalah
dengan mendapatkan maklumat tentang kepentingan penjagaan kesihatan.

Sukar untuk kita menjaga tubuh jika tidak tahu apa-apa mengenainya. Ibaratnya, kita
hendak melawan musuh tetapi tidak memahami sebab dan cara untuk bertindak. Antara kaedah
yang dapat diambil termasuklah pemeriksaan kesihatan berkala sekurang-kurangnya tiga kali
setahun. Pemeriksaan begini mampu mengesan penyakit ketika masih pada peringkat awal
seperti cogan kata ‘mencegah lebih baik daripada merawat’. Oleh itu, sebelum apa-apa yang
tidak diingini berlaku, lebih baik jika kita melakukan tindakan awal pencegahan. Selain itu,
aspek pemakanan juga amat penting bagi menjamin kesihatan yang baik. Kita haruslah
mengamalkan pemakanan yang seimbang dan berkhasiat dalam kehidupan. Pengambilan
makanan mengikut piramid makanan sangat disarankan oleh pakar kesihatan bagi menjamin
tahap kesihatan yang baik berterusan. Diet yang seimbang dapat memastikan tubuh seseorang
memiliki zat yang diperlukan.

SEKTOR PEMBELAJARAN | JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

473

Di samping itu, kita perlu melakukan senaman dua atau tiga kali seminggu agar tubuh dapat
berfungsi dengan baik. Amalan minum air kosong juga perlu dititikberatkan bagi
menggantikan cecair yang telah hilang di dalam badan. Tekanan juga dapat dihilangkan
menerusi senaman. Oleh itu, untuk memperoleh kesihatan yang baik, rakyat Malaysia
hendaklah mengamalkan senaman yang konsisten. Rehat dan tidur yang secukupnya juga
merupakan ubat mujarab untuk mengekalkan kesihatan. Kita digalakkan tidur tidak kurang dari
lapan jam sehari. Individu yang tidak mempunyai rehat yang cukup berasa letih dan mudah
jatuh sakit, malah tidak dapat menumpukan perhatian terhadap aktiviti yang dilakukan.

(Dipetik dan diubah suai daripada ‘Nilai Kesihatan’
oleh Nur Amira Talib, Dewan Siswa, November 2016).

Bahan 2-Grafik

SEKTOR PEMBELAJARAN | JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

474

SKEMA JAWAPAN

KERTAS 1

Arahan soalan
Maklumat di bawah berkaitan dengan keracunan makanan.
Huraikan pendapat anda tentang keracunan makanan.
Panjangnya huraian hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.

Pendahuluan
- definisi keracunan makanan.
- Gejala-gejala keracunan makanan.

Cadangan isi
- Masyarakat perlu menjaga kebersihan.
- Masyarakat perlulah sentiasa menutup juadah yang dihidangkan.
- Masyarakat perlu mengamalkan konsep ‘lihat, hidu dan rasa.’

Kesimpulan
- Peribahasa : jangan sudah terhantuk baru terngadah.
- Kerjasama semua pihak untuk mengurangkan kes keracunan makanan – berat sama
dipikul , ringan sama dijinjing.

Bahagian B

Arahan soalan
Pilih satu daripada soalan-soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya antara
350 hingga 500 patah perkataan.

Soalan 1 - Domain Awam

Tatkala terasa ingin keluar daripada hiruk-pikuk kota, bayangkan suasana damai di
pinggir hutan. Bayangkan juga kesegaran dan kenyamanan udara gunung serta deruan
jeram yang menjadi terapi minda yang kepenatan setelah bertungkus-lumus mencari
rezeki

Sumber Buku Teks Tingkatan 4, 2019

SEKTOR PEMBELAJARAN | JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

475

Berdasarkan petikan di atas, masyarakat Malaysia mengimpikan suatu percutian keluarga yang
berkonsepkan pelestarian alam sekitar yang mendatangkan pelbagai manfaat.
Huraikan manfaat-manfaat melancong dalam negara.
Pendahuluan – Definisi pelancongan

- Jenis-jenis pelancongan
Cadangan isi

1. Menambahkan ilmu pengetahuan
2. Menambahkan pengalaman / meluaskan horizon pemikiran
3. Menghilangkan stres / menenangkan minda/ berehat
4. Mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli keluarga dan rakan-rakan.
5. Menjana ekonomi negara
6. Meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan fizikal / dapat melakukan pelbagai

aktiviti fizikal seperti berjalan kaki, berbasikal, berenang dan mendaki.
7. Mengembalikan tenaga dan semangat/ menikmati keindahan alam dan udara

segar/menjadikan mental dan emosi lebih positif dan ceria.
Kesimpulan
Peribahasa yang boleh dimasukkan
# Jauh perjalanan luas pemandangan
# Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri
# Lebih menghargai dan mencintai negara sendiri.

Soalan 2 – Domain Peribadi

Tema Sambutan Hari Belia Negara 2020, 'Dekad Ini Dekad Anda' , dilihat sangat signifikan
dan cukup simbolik untuk menggambarkan peranan besar yang perlu dimainkan golongan belia
dalam membangunkan rakyat dan negara. Jelas sekali, dekad orang muda dan negara juga
meletakkan harapan yang tinggi kepada golongan ini. Justeru, bagi memikul tanggugjawab ini,.
Saya percaya golongan belia negara kita perlu memiliki beberapa ciri yang boleh membantu
mereka memainkan peranan yang dihasratkan oleh semua pihak.

Sumber Metro https://www.hmetro.com.my/authors/noor-mohamad-shakil-hameed-0

Petikan di atas menjelaskan peranan belia di negara kita menjadi teras dan kekuatan dalam
menghadapi arus globalisasi. Seorang sahabat pena mahu anda memberitahu cara-cara
membentuk jati diri pelajar yang kukuh.
Tulis sepucuk surat anda kepada rakan anda selengkapnya.

SEKTOR PEMBELAJARAN | JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

476

Pendahuluan
- Definisi jati diri
- Peribahasa yang sesuai ( ungkapan yang menarik )

Isi - Ibu bapa menjadi tauladan terbaik kepada anak-anak.
- Pelajar membudayakan nilai-nilai murni
- Guru memainkan peranan dalam memastikan pelajar peraturan di sekolah dan di
institusi pendidikan tinggi.
- Semua pihak main peranan menerapkan didikan agama dan moral dalam
kalangan pelajar.

Penutup - Harapan pembentukan jati diri adalah penting untuk agama, keluarga,
masyarakat dan negara.

Karangan ini jenis berformat ( Surat Kiriman Tidak Rasmi )
Karangan tidak melebihi 500 patah perkataan dan kurang 350 patah perkataan

Soalan 3 - Domain Pendidikan

Dalam usaha ke arah mewujudkan negara yang kuat, teguh dan makmur, pengalaman sejarah
Malaysia wajar diketahui dan diambil teladan.

Sumber Buku Teks Tingkatan 4, 2019
( Profesor Emeritus Datuk Dr. Abdullah Zakaria bin Ghazali, Pensyarah.)

Petikan di atas, menyatakan sejarah bermaksud peristiwa yang berlaku pada tahun-tahun
tertentu. Dalam bahasa Arab sering dipanggil sirah. Setiap peristiwa yang berlaku sama ada
besar atau kecil akan dicatatkan sebagai sejarah, sama ada sejarah negara atau sejarah dunia.

Nyatakan kepentingan-kepentingan mempelajari mata pelajaran sejarah kepada generasi muda.

Pendahuluan - Definisi jati diri
- Peribahasa yang sesuai ( ungkapan yang menarik )

SEKTOR PEMBELAJARAN | JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

477

Isi - Memupuk semangat patriotik
- Menyemai perpaduan antara kaum
- Menghargai budaya dan warisan negara
- Memelihara kedaulatan negara.
- Menjadi pengajaran kepada generasi kini tentang musuh

Penutup - Harapan

 Karangan tidak melebihi 500 patah perkataan dan kurang 350 patah perkataan

Soalan 4 - Domain Kerjaya

Saban hari, tugas dan peranan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dilihat semakin meluas
serta mencabar yang memerlukan anggotanya sentiasa bersiap sedia untuk menempuh apa-apa
jua halangan yang mendatang.

Sumber, Akhbar Sinar Harian, 02 Januari 2021

Petikan di atas merujuk kepada kerjaya bomba yang merupakan suatu profesion yang
memberikan perkhidmatan kebombaan dan penyelamatan bagi menyelamatkan nyawa dan
harta benda demi kesejahteraan rakyat.

Bincangkan tanggungjawab anggota penyelamat dalam menjaga keselamatan awam.

Pendahuluan – Pengenalan anggota penyelamat – Bomba & APMM dan sebagainya

Cadangan isi

i. Membantu agensi kerajaan dan swasta dalam menjalankan kawad kebakaran
ii. Memastikan sesebuah bangunan mempunyai ciri-ciri keselamatan.
iii. Menjalankan operasi penyelamatan di pelbagai tempat dan keadaan.
iv. Mengeluarkan mangsa kemalangan daripada kenderaan.
v. Menyelamatkan mangsa runtuhan bangunan.
vi. Mencari dan menyelamatkan mangsa lemas/menangkap ular /menyelamatkan

kucing /mengeluarkan kanak-kanak yang terperangkap pada jeriji besi.
vii. Memadam, melawan, mencegah dan mengawal api.
viii. Menyiasat tentang sebab, punca dan keadaan kebakaran.
ix. Memberi nasihat mengenai langkah-langkah perlindungan kebakaran dan bahaya

kebakaran.
x. Melaksanakan perkhidmatan kemanusian seperti melindungi nyawa dan harta

benda dalam sebarang bencana.
xi. Menyediakan perkhidmatan kecemasan dan khidmat bantuan kemanusiaan di

seluruh negara.
xii. Mengenal pasti dan mengkaji ancaman serta mengawal risiko yang boleh memberi

impak terhadap keselamatan rakyat dan negara.

SEKTOR PEMBELAJARAN | JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

478

Kesimpulan – Cadangan

Peribahasa yang boleh digunakan
# Mencegah lebih baik daripada mengubati
# bahaya ada di mana-mana

# Terima mana-mana idea yang relevan dengan tema

SKEMA JAWAPAN

KERTAS 2

SOALAN 1 : MORFOLOGI

Kata Nama Am

Perkataan Ayat
Kerajaan (1 markah) Kerajaan telah memberikan suntikan vaksin secara percuma
kepada rakyat bagi mengurangkan penularan wabak Covid-19.

(1 markah)

Negara (1 markah) Negara Malaysia telah memenangi pingat perak dalam acara
berbasikal dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020.
( jawapan lain yang
sesuai diterima (1 markah)

( Ayat lain yang sesuai diterima)

Kata kerja

Perkataan Ayat
Memajukan Kerajaan telah memajukan bidang pertanian dengan
menggunakan teknologi moden.
(1 markah) (1 markah)

menyediakan Perpustakaan sekolah telah menyediakan kemudahan pinjaman
(1 markah) buku kepada murid.

( jawapan lain yang (1 markah)
sesuai diterima)
( Ayat lain yang sesuai diterima)

SOALAN 2 : SINTAKSIS

Jawapan.
1. Ayat penyata
2. Ayat tanya
3. Ayat seruan

SEKTOR PEMBELAJARAN | JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

479

SOALAN 3 : PENYUNTINGAN

Petikan perbualan ini mengandungi tiga belas kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan
kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga belas kesalahan
yang terdapat dalam petikan. Anda tidak perlu menyalin petikan tersebut.

Hui Ling : Nathan, cuba baca berita tentang kes kematian akibat penyakit Covid-19 di
Nathan negara Indonesia.
: Aduh, malangnya banyak mangsa-mangsa penyakit Covid-19 yang terkorban.

Hui Ling : Warganegara-warganegara Malaysia patut bersyukur kerana penyakit tersebut
dapat dikawal di negara kita di atas kerja sama semua pihak.

Nathan : Benar, kita perlu mematuhi Standard Operasi Prosedur (SOP) yang kerajaan
tetapkan. Kita pun perlu sentiasa memakai penutup mulut dan mengekalkan
jarak social di antara satu sama lain. Jangan sekali-sekala lalai.

Hui Ling : Kita perlu mengamalkan normal baharu untuk menghadapi wabak yang telah
mengubah corak hidup kita.

Jawapan:

1. Aduh – Aduhai
2. Banyak mangsa-mangsa – banyak mangsa
3. Terkorban. – terkorban! (kesalahan tanda bacaan ini pernah dikeluarkan dalam SPM )
4. Warganegara-warganegara – warganegara
5. Di atas – atas
6. Kerja sama – kerjasama
7. Standard Operasi Prosedur – Prosedur Operasi Standard (kesalahan dari segi

hukum DM, SOP ialah singkatan daripada bahasa Inggeris)
8. Kerajaan tetapkan – ditetapkan oleh kerajaan

9. Penutup -pelitup
10. Social – sosial
11. Di antara – antara
12. Sekali-sekala – sekali-kali
13. Normal – norma

SEKTOR PEMBELAJARAN | JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

480

SOALAN 4: BAHASA MELAYU STANDARD

Lalu, orang Siam berasa hairan melihat tindakan Tun Umar itu. Pada waktu malam, Awi Dicu
pun datang. Pada ketika itu, Bendahar Paduka Raja menyuruh semua pengikutya mengikat obor
pada pohon-pohon kayu. Setelah dipandang oleh orang Siam jumlah obor yang terlalu banyak,
lalu Awi Dicu pun berkata, “Kelengkapan perahu Melaka sangat banyak. Jika mereka
menyerang apa akan jadi kepada kita? Sedangkan sebuah perahunya tadi kita tidak dapat
melawan.”

SOALAN 5 : PERIBAHASA

Jawapan
i. ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi
Peribahasa yang lain : bagaimana acuan, begitulah kuihnya

ii. berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Peribahasa yang lain : hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicicah

BAHAGIAN B : PEMAHAMAN
SOALAN 6 :PETIKAN UMUM

( i ) Maksud lingkungan sosial adalah lingkaran yang berkaitan dengan kemasyarakatan atau
interaksi antara masyarakat dengan lingkungan
( ii ) Persamaan cara mengawal kemarahan dalam bahan 1 dan Bahan 2 adalah melalui
mendiamkan diri supaya tidak mengeluarkan kata-kata kesat dan cuba melambatkan masa
untuk menjawab sebarang respons. Manakala perbezaan cara mengawal kemarahan melalui
Bahan 1 adalah dengan kembali ke posisi normal iaitu jika sedang marah dan ketika itu sedang
berdiri dianjurkan supaya duduk. Manakala dalam Bahan 2 pula kemarahan dapat dikawal
melalui menggunakan Teknik kiraan satu hingga sepuluh sebelum memberikan sebarang
respons dan digalakkan untuk membasuh muka atau mandi supaya sistem saraf dapat
disejukkan.
( iii ) Pada pendapat saya, sifat marah perlu ditangani kerana dapat mengelakkan berlakunya
pertengkaran, hubungan silaturahim tidak terputus, mengelakkan berlakunya pergaduhan dan
supaya dapat mengawal diri daripada menghadapi tekanan. Selain itu, sifat marah juga perlu
dielakkan supaya kita tidak menghadapi masalah kesihatan seperti mendapat penyakit darah
tinggi, dan tekanan emosi.
( iv ) Sebagai rakan saya menanyakan masalah yang sedang dihadapi olehnya dan
mencadangkan untuk berjumpa dengan kaunselor. Selain itu, saya juga mengajak rakan saya
untuk melakukan aktiviti beriadah seperti berbasikal, bermain bola atau aktiviti yang
bersesuaian supaya rakan saya dapat mengurangkan tekanan.

SEKTOR PEMBELAJARAN | JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

481

SOALAN 7 :PETIKAN SASTERA (2 markah)
(4 markah)
(i) Berdasarkan Bahan 1, maksud orang awam ialah rakyat biasa .

(ii) Berdasarkan semua bahan , kelebihan-kelebihan menjaga hutan ialah :
- banyak perkara atau ilmu yang boleh dipelajari mengenai hutan .
- tanah dapat mengeluarkan hasil seperti tanaman .
- terdapat ikan dan binatang yang boleh dijadikan makanan
- bunga menebarkan keharuman.

(maksimum 3 isi)

(iii) Alam sekitar sangat penting kepada kehidupan manusia. (3 markah)
Pada pendapat saya , cara-cara menjaga alam sekitar ialah:
-Aktiviti tanaman pokok
-Penjagaan kebersihan sungai
-Amalan kitar semula
-Peranan kerajaan tentang alam sekitar

(terima jawapan yang relevan)
( maksimum 2 isi)

(iv) Sebagai remaja yang prihatin, tindakan-tindakan yang perlu saya lakukan bagi mencegah
pembuangan sampah tersebut agar hutan menjadi bersih dan kembali nyaman ialah:
-menasihati remaja tersebut agar tidak membuang sampah
-membantu membersihkan hutan
-menggali lubang dan menimbuskan sampah sarap
-meminta pihak berwajib menyediakan tempat membuang sampah
-melaporkan kepada pihak berkenaan jika remaja tersebut membuang sampah lagi.

(4 markah)

(terima jawapan yang relevan)
( maksimum 3 isi)

SEKTOR PEMBELAJARAN | JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

482

SOALAN 8 : NOVEL

i. Cara-cara penjagaan kesihatan secara tradisional yang diamalkan oleh
datuk dengan memanfaatkan bahan sedia ada atau bahan percuma di
rumahnya ialah hampas kopi dijadikannya losen tangan. Selain itu, hampas teh
untuk menyegarkan mata. Akhir sekali, lobak pula bagi melancarkan air kencing
dan mengurangkan sakit kepala.

ii. Novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip

Novel yang saya kaji ialah Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip.
Nilai yang terdapat pada watak utama ialah nilai ketabahan. (Isi : 1m) Dahlia
tabah menghadapi prejudis dan kata-kata kesat daripada neneknya, iaitu Nek Kiah
dan Mak Aton terhadap dirinya dan keluarganya.(Huraian : 1 m)

Selain itu, nilai yang terdapat pada watak Dahlia ialah nilai kegigihan. (Isi :
1m) Dahlia berusaha dengan gigih hingga berjaya melanjutkan pelajaran dalam
kursus Pengurusan Perniagaan peringkat Ijazah Pertama selama empat tahun di
Jepun. (Huraian :1m)

Isi = 4m
Bahasa =2m
Jumlah =6m

BAHAGIAN C : RUMUSAN

Bahan 1(Cara-cara menjaga kesihatan diri)
1. kesedaran tentang tubuh sangat memerlukan penjagaan
2. mendapatkan maklumat tentang penjagaan kesihatan
3. pemeriksaan kesihatan berkala sekurang-kurangnya tiga kali setahun
4. mengamalkan pemakanan yang seimbang dan berkhasiat dalam kehidupan
5. melakukan senaman dua atau tiga kali seminggu
6. amalan minum air kosong juga perlu dititikberatkan
7. mengamalkan senaman yang konsisten
8. rehat dan tidur secukupnya

Fokus 2 (kepentingan menjaga kebersihan diri)
1. menjamin keceriaan hidup seseorang
2. keadaan tubuh yang tidak mengalami sebarang masalah
3. pemeriksaan begini mampu mengesan penyakit ketika masih pada peringkat awal
4. menjamin tahap kesihatan yang berterusan
5. diet yang seimbang dapat memastikan tubuh seseorang memiliki zat yang diperlukan

SEKTOR PEMBELAJARAN | JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

483

Bahan 2 ( cara-cara menjaga kesihatan diri daripada covid)

1. kerap membasuh tangan
2. duduk di rumah
3. amalkan jarak sosial 1 meter

CONTOH: ANALISIS ITEM

KERTAS 1 KERTAS 2

NO. NAMA A B A BC %
JUMLAH 1 2 3 4 5 6(i) 6(ii) 6(iii)6(iV) 7(i) 7(ii) 7(iii)7(iv) 8(i) 8(ii) JUMLAH

30m 70m 100m 8m 6m 13m 4m 4m 2m 3m 4m 4m 2m 3m 3m 4m 4m 6m 30m 100m

10 00

20 00

30 00

40 00

50 00

60 00

70 00

80 00

90 00

10 0 00

11 0 00

12 0 00

13 0 00

14 0 00

15 0 00

16 0 00

17 0 00

18 0 00

19 0 00

20 0 00

21 0 00

22 0 00

23 0 00

24 0 00

25 0 00

26 0 00

27 0 00

28 0 00

29 0 00

30 0 00

31 0 00

32 0 00

33 0 00

34 0 00

35 0 00

36 0 00

SEKTOR PEMBELAJARAN | JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

JADUAL SPESIFIKASI ITEM :KERTAS 2

BIL ISI HASIL PEMBELA
KANDUNGAN
MENGETAHUI MEMAHAMI MENGAPL
RST
RSTRS
000
BAHAGIAN A 0
0
1 KESIHATAN DAN /
KEBERSIHAN

BAHAGIAN B

1 DOMAIN AWAM
PELANCONGAN

DOMAIN PERIBADI

JATI DIRI,

2 PATRIOTISME /
DAN
/
KEWARGANEGAR
/
AAN 11002

DOMAIN 22
22
3 PENDIDIKAN
SEJARAH DAN

WARISAN

4 DOMAIN KERJAYA
KESELAMATAN

JUMLAH

LAJARAN PENGUPAYAAN MURID JUMLAH

LIKASI MENGANALISIS MENILAI MENCIPTA BIL %
RST 00
TRSTRST 1 30
00
/ 1 70

1 70

1 70

1 70

0100000000

1 0 0 5 100

100

JADUAL SPESIFIKASI ITEM : KERTAS 2

HASIL PEMBE

BIL ISI KANDUNGAN MENGETAHUI MEMAHAMI MENGA
RS T
RS TR
///
A TATABAHASA

Soalan 1

1 (MORFOLOGI)
-KATA NAMA DAN KATA

KERJA

Soalan 2

2 (SINTAKSIS) -

JENIS AYAT(PENDIDIKAN)

Soalan 3 (PENYUNTINGAN)
3 - KESIHATAN DAN

KEBERSIHAN

Soalan 4 ( BAHASA

4 MELAYU STANDARD /
-BURUNG TERBANG /
/
DIPIPISKAN LADA /

5 Soalan 5 (PERIBAHASA) /
- SAMA MAKNA /
/
B PEMAHAMAN -

PETIKAN UMUM
6 KESIHATAN DAN

KEBERSIHAN

PETIKAN SASTERA
7 -SAJAK KUINGIN

BERTERIMA KASIH)
-NOVEL KEMBARA AMIRA

PETIKAN NOVEL
- KBAT (JMJ)
8 - NILAI WATAK
UTAMA(SBE)

C RUMUSAN -

PETIKAN PELBAGAI
BAHAN
KESIHATAN DAN
KEBERSIHAN

1

ELAJARAN PENGUPAYAAN MURID JUMLAH
BIL
APLIKASI MENGANALISIS MENILAI MENCIPTA
RS T
S TRS TRS T

3

/1

/1

/2

2

/ / 4
/ / 4
2
//

/1

SEKTOR PEMBELAJARAN | JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

BAHASA MELAYU PPD KUALA KANGSAR
KERTAS 1
1103/1

BAHAGIAN A
[30 Markah]

Maklumat di bawah berkaitan dengan jenayah komersial. Huraikan pendapat anda tentang
jenayah komersial. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah
perkataan.

Hari ini menggoreng tauhu,
Tauhu digoreng bersama gelama,
Marilah kita berganding bahu,
Banteras jenayah tanggungjawab
bersama.

1

BAHAGIAN B
[70 Markah]
Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis satu karangan yang panjangnya antara 350
hingga 500 patah perkataan.
DOMAIN AWAM
Pengaruh teknologi maklumat dan komunikasi yang kuat dalam kehidupan pada zaman
milenium ini telah menyebabkan modus operandi para penjenayah siber juga semakin canggih.
Kini, jenayah digital yang menggunakan telefon pintar sebagai saluran modus operandi
semakin berleluasa. Sebagai buktinya, banyak kes penipuan yang didalangi oleh Macau Scam
sering dilaporkan oleh pihak media massa. Mangsa bukan sahaja mengalami kerugian dari segi
wang malah turut menjadi trauma. Jenayah siber merupakan jenayah yang berprofil tinggi dan
wajar dibendung dari awal supaya orang ramai tidak terus menjadi mangsa. Pihak polis
meminta orang ramai supaya tidak mudah percaya dengan setiap panggilan dan khidmat
pesanan ringkas (SMS) yang diterima daripada individu yang tidak dikenali. Kata peribahasa
Melayu beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis.

Sumber: Internet.
Petikan di atas menerangkan kes jenayah siber yang semakin berleluasa di negara kita.
Berdasarkan maklumat tersebut, bincangkan usaha-usaha yang boleh kita lakukan untuk
menangani jenayah siber.

SEKTOR PEMBELAJARAN | JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

2

DOMAIN PENDIDIKAN
Pantun, gurindam, sajak dan seloka merupakan antara karya sastera yang semakin dilupakan

oleh golongan muda pada era milenium ini. Hal ini terjadi demikian kerana golongan ini lebih
suka akan hiburan yang moden. Bagi mereka karya sastera lama sudah tidak relevan dengan
peredaran zaman. Jika ditelusuri sejarah penghasilan karya sastera dahulu kala, kita akan dapat
melihat betapa kreatif dan berseninya masyarakat pada zaman dulu dalam mencipta dan menulis
sesebuah karya sastera. Setiap karya sastera yang dihasilkan sarat dengan pengajaran dan nasihat
untuk mendidik anak-anak. Oleh itu, kepentingan mempelajari dan memartabatkan karya sastera
sememangnya tidak boleh dipandang sebelah mata. Karya sastera harus dipertahankan agar tidak
hilang ditelan zaman. Sesungguhnya, karya sastera ialah nadi kehidupan bagi masyarakat yang
berbudaya.

Sumber: Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 4.
Petikan di atas menjelaskan keistimewaan karya sastera yang harus dipelajari dan
dipertahankan oleh generasi muda dewasa ini.
Berdasarkan pernyataan di atas, jelaskan pendapat anda tentang langkah-langkah yang harus
dilakukan oleh pelbagai pihak bagi memupuk minat golongan remaja terhadap karya sastera.

SEKTOR PEMBELAJARAN | JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

3

DOMAIN AWAM
Alam sekitar merupakan anugerah Tuhan yang tidak ternilai harganya bagi setiap insan. Alam

sekitar perlu kita pelihara dengan sebaik-baiknya agar tidak dicemari atau dirosakkan oleh
tangan-tangan manusia yang tidak bertanggungjawab. Namun, saban hari kita sering mendengar
berita tentang pencemaran alam sekitar dilaporkan oleh pihak media massa arus perdana.
Pencemaran Sungai Kim Kim, pembakaran sampah secara terbuka, dan pembalakan secara
haram merupakan contoh pencemaran alam sekitar yang boleh mengundang pelbagai kesan
negatif kepada manusia dan hidupan lain seperti haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Pelbagai
langkah yang proaktif perlu diambil bagi menangani masalah ini daripada menjadi semakin
parah. Janganlah sudah terhantuk baru terngadah kerana sesal dahulu pendapatan sesal kemudian
tidak berguna. Sesungguhnya, tanggungjawab untuk melestarikan alam sekitar adalah
tanggungjawab bersama. Sepakat membawa berkat.

Sumber: Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 4.

Petikan di atas menerangkan kepentingan alam sekitar dan contoh-contoh pencemaran yang
sering dilakukan oleh manusia yang tidak bertanggungjawab.
Berdasarkan pernyataan tersebut, anda telah diminta menulis sebuah rencana yang bertemakan
alam sekitar. Fokus rencana anda ialah Usaha-usaha untuk Melestarikan Alam Sekitar. Tulis
rencana itu selengkapnya.

SEKTOR PEMBELAJARAN | JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

4
DOMAIN KERJAYA

Perkembangan pesat sektor pertanian di Malasyia boleh dikaitkan dengan alam semula jadi,
iaitu mempunyai tanah yang kaya dengan mineral, corak taburan hujan yang baik dan bekalan
air yang mencukupi untuk pertumbuhan tanaman. Kini produk pertanian Malaysia tidak terhad
kepada hasil ladang seperti sawit, getah, dan koko yang menjadi komoditi besar negara.

Sumber : BH Online, Sabtu, 7 Julai
2017.

Petikan akhbar menerangkan bahawa Malaysia merupakan negara yang sesuai untuk aktiviti
pertanian. Walaupun sektor ini boleh menjamin masa depan akan tetapi kerjaya dalam sektor
pertanian dikatakan kurang diminati oleh generasi muda terutamanya graduan lepasan ijazah.
Huraikan usaha-usaha yang seharusnya dilakukan untuk menarik minat graduan lepasan ijazah
menceburkan diri dalam bidang pertanian.

SEKTOR PEMBELAJARAN | JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

5

SKEMA JAWAPAN

KERTAS 1

Dalam mendepani era teknologi maklumat yang semakin mencabar ini, isu yang berkaitan
dengan jenayah komersial sering menjadi buah mulut masyarakat dan acap kali diuar-uarkan
oleh pihak media massa melalui siaran berita di kaca-kaca televisyen ataupun di dada-dada
akhbar tempatan.

(Bahan 3 + Idea sendiri )

Berdasarkan statistik jenayah komersial yang dikeluarkan oleh pihak Polis Diraja Malaysia,
sebanyak 9125 kes telah dilaporkan yang melibatkan sebanyak RM717.2 juta bagi tempoh 1
Jan hingga 28 April. Kes jenayah yang melibatkan penipuan dalam talian telah mencatatkan
bilangan yang paling tinggi iaitu sebanyak 8245 kes.

( Bahan 2 )

Statistik tersebut juga turut menunjukkan bahawa kes pecah amanah dan pinjaman wang
haram juga sering dilakukan oleh penjenayah. Sebagai buktinya, kes pecah amanah telah
mencatatkan 428 kes manakala pinjaman wang haram pula sebanyak 292 kes.

( Bahan 2 )

Pihak polis menasihati orang ramai agar sentiasa berhati-hati dan tidak mudah terpengaruh
dengan sindiket tersebut kerana jenayah yang dilakukan oleh mereka adalah sangat licik dan
hanya bermotifkan keuntungan semata-mata. Modus operandi yang dijalankan oleh kumpulan
penjenayah ini sememangnya amat sukar untuk dikesan.

( Idea sendiri )

Kesimpulannya, semua pihak perlu menggembleng tenaga dan usaha serta bekerjasama
antara satu sama lain bagai aur dengan tebing untuk membebaskan negara kita daripada jenayah
komersial ini supaya masyarakat dapat hidup dalam suasana yang aman dan harmoni bak kata
pantun di bawah.

( Bahan 3 )
Hari ini menggoreng tauhu,
Tauhu digoreng bersama gelama,
Marilah kita berganding bahu,
Banteras jenayah tanggungjawab bersama.

( Bahan 1 )

(196 patah perkataan )

SEKTOR PEMBELAJARAN | JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

6

Skema jawapan karangan Bahagian B

SKEMA JAWAPAN SOALAN 1.

Pendahuluan.
Pada era langit terbuka yang semakin canggih dan mencabar ini, kita sering dikejutkan dengan
pelbagai kes penipuan siber yang berlaku dalam kalangan masyarakat. Ramai orang yang telah
menjadi mangsa kepada penjenayah licik ini termasuklah golongan profesional.

Cadangan isi – Usaha-usaha yang boleh kita lakukan untuk menangani jenayah siber.
- Pihak berkuasa mestilah mengenakan hukuman yang berat kepada penjenayah siber.
- Pihak Kementerian Komunikasi dan Multimedia ( MCMC ) perlulah menyekat laman-
laman sesawang yang mencurigakan.
- Pihak media massa hendaklah sentiasa menguar-uarkan kesan buruk jenayah siber
kepada orang ramai melalui siaran berita di televisyen atau hebahan di radio.
- Pihak masyarakat haruslah sentiasa peka atau cakna akan pelbagai helah penjenayah
siber.
- Orang ramai haruslah melaporkan kes jenayah siber kepada pihak polis dengan segera
jika berasa ditipu.
- Pihak ibu bapa hendaklah menerangkan kesan buruk jenayah siber kepada anak-anak
dari semasa ke semasa.
- Pihak sekolah boleh menerangkan kepentingan mengelakkan diri daripada terjebak
dalam kancah jenayah siber melalui pengajaran guru mata pelajaran Pendidikan Islam.
Pendidikan Moral dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.

Kesimpulan.
Masyarakat perlu lebih berhati-hati agar tidak menjadi mangsa penipuan jenayah siber. Semua
pihak perlu memainkan peranan masing-masing bagi membanteras gejala negatif daripada
terus membarah dalam kalangan masyarakat. Sesungguhnya, mencegah lebih baik daripada
mengubati.

 Terima mana-mana isi lain yang relevan dengan kehendak soalan.

SEKTOR PEMBELAJARAN | JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

7

SKEMA JAWAPAN :SOALAN 2

Pendahuluan.
Pada era milenium ini, minat golongan remaja terhadap karya sastera semakin pudar. Hal ini
berlaku demikian kerana mereka dikatakan lebih meminati karya-karya seni moden yang
dikatakan lebih sesuai dengan jiwa dan gaya hidup mereka.

Cadangan isi – Langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh pelbagai pihak bagi memupuk
minat golongan remaja terhadap karya sastera.

- Pihak ibu bapa boleh membeli pelbagai jenis bahan bacaan berunsurkan sastera kepada
anak-anak.

- Pihak sekolah boleh menawarkan subjek Kesusasteraan Melayu di sekolah masing-
masing.

- Pihak Dewan Bahasa dan Pustaka ( DBP ) boleh menganjurkan seminar atau bengkel
penghasilan karya sastera secara percuma kepada golongan remaja.

- Pihak kerajaan boleh mengadakan pelbagai pertandingan seperti pertandingan
Sayembara Puisi peringkat kebangsaan atau Pesta Pantun.

- Pihak media massa boleh menguar-uarkan kepentingan mempelajari karya sastera
melalui Facebook, Instagram, Twitter dan lain-lain lagi.

- Sasterawan Negara perlu turun ke sekolah-sekolah atau institusi pengajian tinggi bagi
mempromosikan karya sastera mereka kepada golongan remaja.

- Penerbit buku harus menerbitkan karya sastera dengan lebih banyak bagi memupuk
minat golongan remaja terhadap karya agung tersebut.

- Ibu bapa hendaklah membelikan anak-anak mereka bahan bacaan berunsurkan sastera
seperti koleksi pantun, antologi sajak, gurindam, buku-buku hikayat dan sebagainya
lagi.

Kesimpulan.
Semua pihak perlu berganding bahu dan saling bekerjasama antara satu sama lain bagai aur
dengan tebing bagi memupuk minat golongan remaja terhadap karya sastera agar tidak terus
tenggelam dan pupus ditelan arus kemodenan. Bahasa Bugar, Sastera Kekar, Budaya Mekar.

 Terima mana-mana isi lain yang relevan dengan kehendak soalan.

SEKTOR PEMBELAJARAN | JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

8

SKEMA JAWAPAN : SOALAN 3

Pendahuluan.
Alam sekitar merupakan anugerah terindah ciptaan Allah yang amat bernilai dan perlu kita jaga
dengan sebaik-baiknya. Namun begitu, pencemaran Sungai Kim Kim yang berlaku di negeri
Johor baru-baru ini telah membuka mata banyak pihak tentang kepentingan memelihara dan
memulihara alam sekitar.

Cadangan isi – Usaha-usaha untuk melestarikan alam sekitar.
- Pihak kerajaan haruslah menguatkuasakan undang-undang dan mengenakan denda atau
kompaun yang tinggi kepada penjenayah alam sekitar.
- Pihak ibu bapa haruslah mendidik anak-anak dari kecil tentang kepentingan
memelihara alam sekitar.
- Pihak Jabatan Alam Sekitar ( JAS ) haruslah membuat pemantauan dengan lebih kerap.
- Pihak masyarakat boleh mengadakan aktiviti gotong-royong perdana di kawasan
perumahan masing-masing.
- Pihak sekolah boleh menerapkan pendidikan alam sekitar melalui penubuhan Kelab
Alam Sekitar di sekolah.
- Pihak kerajaan boleh mengadakan pelbagai kempen kesedaran tentang kepentingan
menjaga alam sekitar.
- Pihak media massa boleh menguar-uarkan kepentingan menjaga alam sekitar melalui
surat khabar atau pelbagai rancangan dokumentari di televisyen.
- Pihak kerajaan perlu menambah baik Kempen Kitar Semula yang telah diadakan
sebelum ini supaya menjadi lebih efektif.

Kesimpulan.
Pencemaran alam sekitar perlu ditangani dengan segera oleh semua pihak sebelum nasi
menjadi bubur agar keindahan alam semula jadi di negara kita dapat dipelihara dan dilestarikan
sepanjang masa.
Format menulis karangan jenis rencana.

- Mesti tulis tajuk rencana dan nama penulis.
 Terima mana-mana isi lain yang relevan dengan kehendak soalan.

SEKTOR PEMBELAJARAN | JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

9

SKEMA JAWAPAN: SOALAN 4

Pendahuluan.
Pertanian adalah Perniagaan. Itulah slogan keramat yang sering diuar-uarkan oleh mantan
Perdana Menteri Malaysia yang ke-5, Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi. Slogan tersebut jelas
menggambarkan kepentingan menceburi bidang pertanian dalam kehidupan. Bidang pertanian
kurang diminati oleh generasi muda terutamanya graduan lepasan ijazah kerana dianggap tidak
mendatangkan faedah yang menguntungkan berbanding kerjaya sebagai doktor atau peguam.
Jadi pelbagai usaha perlu dilakukan untuk menarik minat golongan tersebut menceburi bidang
pertanian.

Cadangan isi – Usaha-usaha yang seharusnya dilakukan untuk menarik minat graduan lepasan
ijazah menceburi bidang pertanian.

- Pihak kerajaan melalui Kementerian Pertanian dan Industri Makanan boleh
memberikan modal atau pinjaman kepada graduan lepasan ijazah yang ingin menceburi
bidang pertanian.

- Jabatan Pertanian perlu menyediakan bengkel atau latihan yang berkaitan dengan
bidang pertanian secara percuma kepada graduan lepasan ijazah.

- Pihak universiti boleh menambahkan kursus yang berkaitan dengan bidang pertanian
di universiti.

- Pihak kerajaan boleh mengadakan kempen seperti Kempen Pertanian adalah
Perniagaan untuk menarik minat graduan lepasan ijazah menceburi bidang pertanian.

- Pihak media massa harus menguar-uarkan faedah melibatkan diri dalam bidang
pertanian kepada graduan lepasan ijazah.

- Jabatan Pertanian boleh menyediakan khidmat nasihat secara percuma kepada graduan
lepasan ijazah.

Kesimpulan.
Bidang pertanian sememangnya mampu memberikan pulangan yang lumayan kepada orang
yang rajin mengusahakannya. Oleh itu, sebagai seorang graduan yang berpandangan jauh, kita
haruslah bijak merebut peluang yang ada di depan mata. Janganlah kita bersikap prejudis
terhadap kerjaya sebagai seorang petani atau peladang kerana sudah ramai petani atau peladang

SEKTOR PEMBELAJARAN | JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

10

yang telah menjadi jutawan dewasa ini. Sesungguhnya kerjaya dalam bidang pertanian amat
menguntungkan jika dilakukan dengan bersungguh-sungguh.

 Terima mana-mana isi lain yang relevan dengan kehendak soalan.

SEKTOR PEMBELAJARAN | JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

11

BAHASA MELAYU
KERTAS 2
1103/2

BAHAGIAN A
SISTEM DAN APLIKASI BAHASA

[ 35 Markah ]
Soalan 1 : Morfologi
Baca petikan di bawah ini dengan telitinya dan senaraikan tiga kata hubung. Kemudian anda
dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk
menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh
menambah imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai
peribahasa atau nama khas.

Setelah semua meja pelanggan di restoran itu didekatinya, dia keluar dari restoran itu. Dia
berjalan ke arah bank lalu terserempak dengan Aswad.

"Beli dodol, bang," katanya kepada Aswad sambil tersenyum.
"Maaf, abang tidak makan dodol," kata Aswad.
"Abang boleh membeli dodol ini untuk ibu atau bapa abang. Mereka mungkin gemar makan
dodol ini," kata budak itu. Dia masih tidak berputus asa.
"Abang tidak tinggal dengan ibu bapa tetapi tinggal dengan kawan-kawan" Aswad
memberikan alasan.
"Kalau begitu, beli dodol ini untuk kawan-kawan abang," kata budak itu. Dia masih mahu
mencuba nasib.

Dipetik dan diubah suai daripada Buku Teks Tingkatan 3, DBP, 2018

[ 6 markah ]
Soalan 2 : Sintaksis
Baca petikan di bawah dengan teliti. Tukarkan ayat majmuk yang bergaris kepada ayat
tunggal tanpa mengubah maksud asalnya.

Sisa elektronik ialah komponen elektronik yang telah usang atau tidak diperlukan oleh
penggunanya. Sisa elektronik mengandungi bahan kimia berbahaya seperti asid, pelarut, raksa,
dan plumbum. Bahan kimia ini mengancam kesihatan manusia dalam jangka masa pendek dan
panjang. Di Malaysia, sisa elektronik dikategorikan sebagai sisa terjadual dalam Jadual Pertama
Kod SW110 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127] Buangan Terjadual (2005). Sisa ini
dikategorikan sebagai bahan buangan terjadual kerana mempunyai ciri-ciri kebolehnyalaan,
menghakis, bertindak balas, dan bertoksik.

Dipetik dan diubah suai daripada Buku Teks Tingkatan 5, DBP, 2020

SEKTOR PEMBELAJARAN | JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

12

[6 markah]
Soalan 3 : Penyuntingan
Dalam petikan 1, terdapat enam kesalahan bahasa manakala petikan 2 terdapat lima
kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap petikan anda
tidak boleh menyenaraikan lebih daripada jumlah kesalahan yang dinyatakan dalam arahan
soalan. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut.

Petikan 1

Berkenaan dengan penggunaan bahasa rojak pula, beliau berpendapat bahawa perbuatan ini
lazim berlaku bila kita mengetahui lebih dari satu bahasa. Namun demikian, kelaziman ini boleh
dikurangkan atau dihapuskan. Hal ini tidak sukar untuk dilakukan kerana pepatah Melayu ada
menyatakan bahawa alah bisa tegal biasa.

Beliau seterusnya menyerukan agar penggunaan bahasa Melayu yang bermutu digunakan
seluas - luasnya. Sebagai bahasa kebangsaan, bahasa Melayu perlu senantiasa wujud dalam
bentuk bestari daripada semua segi. Bahasa Melayu juga perlu digunakan didalam pelbagai
bidang, iaitu pendidikan, perniagaan, dan lain-lain bidang.

Dipetik dan diubah suai daripada Buku Teks Tingkatan 3, DBP, 2018

[6 markah]

Petikan 2

Anis: Dr. selaku salah seorang petugas di bahagian perkembangan sastera; bolehkah Dr. jelaskan
fungsi DBP dalam usaha memupuk dan melahirkan gulungan penulis kreatif yang
berwibawa khususnya di kalangan remaja?

Zaidi: Di sekolah, sastera diajar kepada para pelajar melalui berbagai teori sastera. Pelajar-pelajar
akan mengenali watak dan perwatakan, gaya bahasa, teknik penulisan dan sebagainya.
Sementara DBP pula mahu menyampaikan hal yang lebih dari itu tentang sastera kepada
para remaja.
Sumber: Internet

[5 markah]

SEKTOR PEMBELAJARAN | JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK


Click to View FlipBook Version