The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ppd-a060-cm12, 2022-01-30 20:58:22

Ticket To Victory Bahasa Melayu

Modul Lengkap Edisi Guru

151

2. MENULIS PERENGGAN ISI

Menggunakan Teknik IMBaKUP

ii. CONTOH PERENGGAN ISI (1) LENGKAP

Sudah terang lagi bersuluh, kepentingan mempelajari mata Isi

pelajaran Sejarah ialah generasi muda akan memperoleh banyak Mengapa

pengajaran. Hal ini dikatakan demikian kerana murid akan belajar Bagaimana

peristiwa-peristiwa yang telah berlaku pada masa lalu. Sehubungan Kesan
Ungkapan
dengan itu, penjajahan kuasa Barat seperti British yang telah menarik

menggunakan tipu daya yang licik untuk memecahbelahkan

masyarakat Tanah Melayu pada masa itu. Impaknya, generasi muda

pada hari ini mempunyai kesedaran tentang kepentingan menjaga

tanah air supaya tidak dijajah lagi. Oleh sebab itu, golongan muda

perlu bersikap sakit sama mengadu, luka sama menyiuk demi menjaga

keharmonian negara daripada helah licik orang asing. Tegasnya,

pengajaran kepada generasi muda merupakan maslahat

mempelajari mata pelajaran Sejarah. Penegasan isi

SEKTOR PEMBELAJARAN | JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

152

Isi - Teknik IMBaKUP

I (Isi) Sudah terang lagi bersuluh, kepentingan mempelajari
mata pelajaran Sejarah ialah generasi muda akan
memperoleh banyak pengajaran.

M (Mengapa?) Hal ini dikatakan demikian kerana murid akan belajar
peristiwa-peristiwa yang telah berlaku pada masa
lalu.

Ba (Bagaimana?) Sehubungan dengan itu, penjajahan kuasa Barat
seperti British yang telah menggunakan tipu daya
yang licik untuk memecahbelahkan masyarakat
Tanah Melayu pada masa itu.

K (Kesan?) Impaknya, generasi muda pada hari ini mempunyai
kesedaran tentang kepentingan menjaga tanah air
supaya tidak dijajah lagi.

U (Ungkapan menarik) Oleh sebab itu, golongan muda perlu bersikap sakit
sama mengadu, luka sama menyiuk demi menjaga
keharmonian negara daripada helah licik orang
asing.

P (Penegasan) Tegasnya, pengajaran kepada generasi muda
merupakan maslahat mempelajari mata pelajaran
Sejarah.

SEKTOR PEMBELAJARAN | JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

153

LATIHAN 1
Berdasarkan petikan karangan berikut, isikan maklumat yang betul dalam kerangka
soalan yang diberikan.
PERENGGAN ISI (2)

Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata perpaduan kaum dapat
dibentuk merupakan manfaat mempelajari mata pelajaran. Hal ini dikatakan
demikian kerana semua murid tidak kira bangsa dan kepercayaan akan belajar
berkaitan peristiwa kemerdekaan Tanah Melayu bersama-sama di dalam kelas.
Sehubungan dengan itu, semangat perpaduan pelbagai kaum di Malaysia iaitu
Melayu, Cina dan India tanpa mengira agama dan warna kulit telah memperoleh
kemerdekaan Tanah Melayu daripada British pada 31 Ogos 1957. Impaknya,
perpaduan kaum yang terbentuk sejak dahulu akan terus diteruskan oleh generasi kini
demi kesejahteraan Malaysia. Oleh sebab itu, generasi muda perlu mempertahan
perpaduan kaum di Malaysia kerana bersatu teguh, bercerai roboh. Izharlah, manfaat
mata pelajaran Sejarah membentuk perpaduan kaum dalam kalangan generasi
muda.

SEKTOR PEMBELAJARAN | JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

154

KERANGKA PERENGGAN ISI 2

ISI KEDUA

I (Isi) Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata
perpaduan kaum dapat dibentuk merupakan manfaat
mempelajari mata pelajaran.

M (Mengapa?) Hal ini dikatakan demikian kerana semua murid tidak
kira bangsa dan kepercayaan akan belajar berkaitan
peristiwa kemerdekaan Tanah Melayu bersama-sama di
dalam kelas.

Ba (Bagaimana?) Sehubungan dengan itu, semangat perpaduan
pelbagai kaum di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India
tanpa mengira agama dan warna kulit telah
memperoleh kemerdekaan Tanah Melayu daripada
British pada 31 Ogos 1957.

K (Kesan?) Impaknya, perpaduan kaum yang terbentuk sejak
dahulu akan terus diteruskan oleh generasi kini demi
kesejahteraan Malaysia.

Oleh sebab itu, generasi muda perlu mempertahan
U (Ungkapan menarik) perpaduan kaum di Malaysia kerana bersatu teguh,

bercerai roboh.

P (Penegasan) Izharlah, manfaat mata pelajaran Sejarah membentuk
perpaduan kaum dalam kalangan generasi muda.

SEKTOR PEMBELAJARAN | JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

155

PERENGGAN ISI (3)

Sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula, faedah mempelajari
mata pelajaran Sejarah adalah dapat memupuk semangat cinta akan negara
dalam diri generasi muda. Saya berpendapat demikian kerana generasi muda
sewajarnya menghargai jasa dan sumbangan tokoh-tokoh tanah air yang berusaha
untuk mendapatkan kemerdekaan daripada British. Sebagai amsal, jasa Tuanku
Abdul Rahman yang gigih memperoleh kemerdekaan Tanah Melayu daripada British
pada 31 Ogos 1957 sentiasa dikenang menjelang bulan kemerdekaan pada bulan
Ogos setiap tahun. Natijah, semangat patriotisme dapat dipupuk dalam jiwa
generasi muda malah bersyukur dan memberi penghargaan terhadap
pengorbanan tokoh kemerdekaan dahulu. Hal ini dapat menghindarkan generasi
muda daripada bersikap kacang lupakan kulit. Generasi muda perlu mempertahan
perpaduan kaum di Malaysia kerana bersatu teguh, bercerai roboh. Saya optimis,
KEsReAmNaGnKgAaPt EcRinEtNaGaGkaAnNnIeSIg3ara merupakan kepentingan mempelajari mata pelajaran
Sejarah dalam kalangan generasi muda pada hari ini.

ISI KETIGA

I (Isi) Sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya
pula, faedah mempelajari mata pelajaran Sejarah
adalah dapat memupuk semangat cinta akan
negara dalam diri generasi muda.

M (Mengapa?) Saya berpendapat demikian kerana generasi muda
sewajarnya menghargai jasa dan sumbangan tokoh-
tokoh tanah air yang berusaha untuk mendapatkan
kemerdekaan daripada British.

Ba (Bagaimana?) Sebagai amsal, jasa Tuanku Abdul Rahman yang gigih
memperoleh kemerdekaan Tanah Melayu daripada
British pada 31 Ogos 1957 sentiasa dikenang
menjelang bulan kemerdekaan pada bulan Ogos
setiap tahun.

K (Kesan?) Natijah, semangat patriotisme dapat dipupuk dalam
jiwa generasi muda malah bersyukur dan memberi

SEKTOR PEMBELAJARAN | JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

156

penghargaan terhadap pengorbanan tokoh
kemerdekaan dahulu.

U (Ungkapan menarik) Generasi muda perlu mempertahan perpaduan
kaum di Malaysia kerana bersatu teguh, bercerai
roboh.

P (Penegas) Saya optimis, semangat cinta akan negara
merupakan kepentingan mempelajari mata pelajaran
Sejarah dalam kalangan generasi muda pada hari ini.

3. MENULIS PERENGGAN PENUTUP
Menulis Perenggan Menggunakan Teknik PCBIH

ii. Penutup Lengkap PENEGASAN

Tuntasnya, terdapat pelbagai kepentingan mempelajari Sejarah dalam

kalangan golongan muda. Sehubungan dengan itu, golongan muda

sewajarnya mempelajari Sejarah tanah air demi menjaga kedaulatan CADANGAN

negara pada masa akan datang. Hal ini bertepatan dengan aforisme BAHASA
INDAH
bagai aur dengan tebing saling memberi sokongan kepada golongan

mempertahankan kemerdekaan negara. Oleh sebab itu, semua pihak

perlulah bertanggungjawab untuk membantu golongan muda dengan

sentiasa bersikap positif dalam mengharungi dunia tanpa sempadan

agar negara kita tidak akan dijajah lagi oleh kuasa Barat pada masa

akan datang. HARAPAN

SEKTOR PEMBELAJARAN | JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

157

P (Penegasan) PENUTUP - Teknik PCBIH
C (Cadangan)
BI (Bahasa Indah) Tuntasnya, generasi muda pada hari ini perlu
menyedari kepentingan mempelajari mata
H (Harapan) pelajaran Sejarah.

Sehubungan dengan itu, golongan muda
sewajarnya mempelajari Sejarah tanah air demi
menjaga kedaulatan negara pada masa akan
datang.
Hal ini bertepatan dengan aforisme bagai aur
dengan tebing saling memberi sokongan kepada
generasi muda mempertahankan kemerdekaan
negara.

Oleh sebab itu, semua pihak perlulah
bertanggungjawab untuk membantu generasi
muda dengan sentiasa bersikap positif dalam
mengharungi dunia tanpa sempadan agar
negara kita tidak akan dijajah lagi oleh kuasa
Barat pada masa akan datang.

CONTOH KARANGAN LENGKAP

TAJUK: KEPENTINGAN MEMPELAJARI MATA PELAJARAN SEJARAH.

Pada masa ini, mata pelajaran Sejarah bukanlah mata pelajaran yang asing

kepada murid-murid kerana sejak sekolah rendah, murid sudah mula berkenalan

dengan mata pelajaran Sejarah. Menyedari kepentingan mata pelajaran Sejarah

kepada generasi muda, maka mata pelajaran tersebut dijadikan mata pelajaran

wajib lulus bagi semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai 2013. Hal ini

menyebabkan murid-murid terpaksa mempelajari mata pelajaran Sejarah walaupun

mata pelajaran ini dikatakan membosankan kerana mereka perlu mengingati

pelbagai fakta untuk membolehkan mereka lulus mata pelajaran ini. Oleh sebab itu,

murid-murid perlu mengubah persepsi mata pelajaran Sejarah kepada mata

pelajaran kegemaran kerana tak kenal maka tak cinta. Persoalannya, apakah

kepentingan mata pelajaran Sejarah kepada golongan muda?

Sudah terang lagi bersuluh, kepentingan mempelajari mata pelajaran Sejarah
ialah generasi muda akan memperoleh banyak pengajaran. Hal ini dikatakan
demikian kerana murid akan belajar peristiwa-peristiwa yang telah berlaku pada
masa lalu. Sehubungan dengan itu, penjajahan kuasa Barat seperti British yang telah

SEKTOR PEMBELAJARAN | JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

158

menggunakan tipu daya yang licik untuk memecahbelahkan masyarakat Tanah
Melayu pada masa itu. Impaknya, generasi muda pada hari ini mempunyai
kesedaran tentang kepentingan menjaga tanah air supaya tidak dijajah lagi. Oleh
sebab itu, golongan muda perlu bersikap sakit sama mengadu, luka sama menyiuk
demi menjaga keharmonian negara daripada helah licik orang asing. Tegasnya,
pengajaran kepada generasi muda merupakan maslahat mempelajari mata
pelajaran Sejarah.

Sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula, faedah mempelajari
mata pelajaran Sejarah adalah dapat memupuk semangat cinta akan negara
dalam diri generasi muda. Saya berpendapat demikian kerana generasi muda
sewajarnya menghargai jasa dan sumbangan tokoh-tokoh tanah air yang berusaha
untuk mendapatkan kemerdekaan daripada British. Sebagai amsal, jasa Tuanku
Abdul Rahman yang gigih memperoleh kemerdekaan Tanah Melayu daripada British
pada 31 Ogos 1957 sentiasa dikenang menjelang bulan kemerdekaan pada bulan
Ogos setiap tahun. Natijah, semangat patriotisme dapat dipupuk dalam jiwa
generasi muda malah bersyukur dan memberi penghargaan terhadap
pengorbanan tokoh kemerdekaan dahulu. Hal ini dapat menghindarkan generasi
muda daripada bersikap kacang lupakan kulit. Generasi muda perlu mempertahan
perpaduan kaum di Malaysia kerana bersatu teguh, bercerai roboh. Saya optimis,
semangat cinta akan negara merupakan kepentingan mempelajari mata pelajaran
Sejarah dalam kalangan generasi muda pada hari ini.

Tuntasnya, terdapat pelbagai kepentingan mempelajari Sejarah dalam
kalangan golongan muda. Sehubungan dengan itu, golongan muda sewajarnya
mempelajari Sejarah tanah air demi menjaga kedaulatan negara pada masa akan
datang. Hal ini bertepatan dengan aforisme bagai aur dengan tebing saling
memberi sokongan kepada golongan mempertahankan kemerdekaan negara.
Oleh sebab itu, semua pihak perlulah bertanggungjawab untuk membantu
golongan muda dengan sentiasa bersikap positif dalam mengharungi dunia tanpa
sempadan agar negara kita tidak akan dijajah lagi oleh kuasa Barat pada masa
akan datang.

SEKTOR PEMBELAJARAN | JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

159

LATIHAN DAN SKEMA JAWAPAN BAHAGIAN B
(APLIKASIKAN TEKNIK-TEKNIK DI ATAS)
(70 Markah)

SK 3.4 Menulis untuk menghasilkan sesuatu penulisan secara terancang.
SP 3.4.3 Menulis untuk menghasilkan pelbagai jenis karangan yang lengkap

dengan menggunakan bahasa berbudaya.

Baca semua soalan karangan di bawah. Kemudian, pilih satu daripada empat soalan
yang dikemukakan dan tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 300-500
patah perkataan.
1.

Tema Alam sekitar dan Teknologi Hijau
Domain Awam

Kuala Lumpur: Hujan lebat yang turun lebih dua jam bermula petang tadi menyebabkan
beberapa buah kawasan di ibu kota dilanda banjir kilat. Jalan-jalan utama yang dinaiki
air telah menyebabkan jalan tersebut tidak boleh dilalui kenderaan ringan. Terdapat juga
beberapa buah kenderaan ditenggelami air.

Sumber: Diubah suai daripada Harian Metro, 9 September 2020

Petikan berita di atas menunjukkan bahawa banjir kilat sering melanda Kuala Lumpur
walaupun hujan lebat dalam masa beberapa jam sahaja.
Jelaskan punca-punca yang menyebabkan berlakunya banjir kilat.

SEKTOR PEMBELAJARAN | JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

160

CADANGAN JAWAPAN:
Pendahuluan

Sejak akhir-akhir ini, berita tentang banjir kilat sering terpampang di dada akhbar
dan disiarkan di televisyen - mencari punca berlakunya banjir

Isi
1. Sikap sesetengah manusia yang lebih mementingkan kemajuan - banyak

kawasan bukit dan hutan digondolkan untuk pembangunan-apabila hujan
lebat akan menyebabkan banjir kilat - mengancam nyawa manusia mahupun
hidupan flora dan fauna
2. Sikap masyarakat mementingkan diri sendiri dengan membuang sampah
sarap ke dalam sungai dan parit - hal ini menganggu sistem pengaliran air dan
akan menyebabkan bertakung - sekiranya hujan lebat sudah pasti akan banjir.
3. Keadaan sistem pertanian yang tidak sistematik - sesetangah pengusaha atau
masyarakat meratakan kawasan bukit-bukau untuk memajukan projek
pertanian - apabila pokok ditebang sudah pasti akan berlaku tanah runtuh -
banjir juga akan berlaku.
4. Hujan berterusan menyebabkan banjir kilat - hujan yang berterusan tanpa
henti - beberapa jam sahaja menyebabkan banjir kilat - kawasan tanah
rendah akan ditenggelami air

Penutup
Banjir kilat boleh memusnahkan alam sekitar - membawa kerugian yang besar
kepada negara - pelbagai langkah perlu dilakukan oleh pelbagai pihak supaya
banjir kilat dapat dielakkan.

SEKTOR PEMBELAJARAN | JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

161

2.
Tema Bahasa dan Kesusasteraan
Domain Peribadi

Menurut Ahmad Patria Abdullah yang merupakan seorang penulis terkenal, penulis perlu
sedar bahawa karya yang dihasilkan pasti bersaing dengan karya antarabangsa dalam
meraih minat pembaca. Karya fantasi dan fiksyen sains tempatan yang tidak mencapai
tahap seperti hasil karya antarabangsa akan membuatkan pembaca beralih dan hanya
tertumpu kepada karya dari negara luar.

Sumber: Diubah suai daripada BH Online, 19 Disember 2018

Petikan di atas membincangkan keperluan penulis menghasilkan karya yang
berkualiti. Setiap orang yang mempunyai cita-cita untuk menjadi penulis yang
terkenal sudah pasti perlu melalui pengalaman yang tertentu.
Bincangkan cara-cara yang akan anda lakukan untuk menjadi seorang penulis yang
baik.

SEKTOR PEMBELAJARAN | JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

162

CADANGAN JAWAPAN:
Pendahuluan

Bukan semua orang dilahirkan dengan bakat penulisan - terdapat pelbagai jenis
penulisan - akademik, novel, cerpen, sajak - individu yang terlibat secara aktif
dalam bidang penulisan tidaklah ramai - beberapa perkara perlu dilakukan untuk
menjadi seorang penulis yang baik

Isi
1. Mengikuti bengkel penulisan - teknik penulisan kreatif atau akademik yang

betul dan berkualiti - menyertai bengkel atau kursus yang dianjurkan oleh
Dewan Bahasa dan Pustaka atau persatuan penulis - bakat penulis dapat
menulis dengan; lebih yakin - menepati sebuah karya kreatif dan ilmiah.

2. Bertanya dan mendapatkan ilmu terus daripada penulis yang berpengalaman
-memberikan informasi yang berguna tentang tuntutan pasaran dan sifat karya
itu sendiri - memberikan komen tentang karya yang dihasilkan dan komen yang
diberikan menjadi asas rujukan semasa menulis

3. Membaca dan mendalami ilmu melalui pembacaan tentang teknik penulisan
-bakal penulis boleh belajar sesuatu daripada hasil tulisan penulis yang
berpengalaman yang berkongsi ilmu tentang teknik penulisan - Allahyarham
Dr. Othman Puteh ada menulis buku tentang penulisan cerpen dan novel

4. Kenali dan kaji perilaku masyarakat yang menjadi golongan sasaran - penulis
akan mengetahui perkara yang digemari oleh pembaca - penulis akan dapat
membeli hati pembaca sekiranya bahan yang ditulis selari dengan kehendak
pembaca

Penutup
Penulis mempunyai pelbagai alternatif untuk meningkatkan keupayaan sebagai
penulis - semakin banyak kita menulis, semakin matang karya yang dihasilkan -
mestilah terus belajar - penulis yang baik ialah penulis yang mampu memahami
aspirasi masyarakat pelbagai golongan sesuai dengan sasaran penulisannya.

SEKTOR PEMBELAJARAN | JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

163

3.
Tema Sejarah dan Warisan
Domain Pendidikan

KOTA BELUD: Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Ewon Benedick
menyatakan bahawa penguasaan seni mempertahankan diri bukan sahaja penting
apabila berdepan situasi bahaya seperti jenayah tetapi juga dapat meningkatkan
keyakinan diri. Menurut beliau, anak-anak yang belajar seni mempertahankan diri akan
dilatih untuk menguji tahap kecergasan melalui latihan fizikal. Mereka juga dapat
membina ketangkasan menerusi pelbagai pergerakan yang dipelajari.

Sumber: Diubah suai daripada BH Online, 8 Disember 2019
Setiap remaja perlu mempelajari seni mempertahankan diri kerana terdapat banyak
kes jenayah melibatkan remaja seperti ragut, peras ugut, buli, rogol dan sebagai
yang berlaku di dalam negara kita.
Sebagai remaja, bincangkan faedah-faedah mempelajari seni mempertahankan
diri.

SEKTOR PEMBELAJARAN | JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

164

CADANGAN JAWAPAN:
Pendahuluan

Dunia kita yang kian mengalami perubahan dari daripada pelbagai segi telah
menyingkirkan sesetengah amalan atau budaya masyarakat dahulu - Keadaan
yang menyedihkan ini mungkin kurang mendapat perhatian daripada
masyarakat, malahan tidak dikesan oleh mereka - seni pertahanan diri telah
semakin dilupakan oleh masyarakat terutamanya generasi muda.

Isi
1. Kita dapat menyihatkan tubuh badan kita dan seterusnya mengelakkan diri

kita daripada penyakit. Mengikut kajian saintifik, dipercayai bahawa apabila
badan kita mengeluarkan peluh, toksik-toksik dari dalam badan turut akan
dikeluarkan mengikut air peluh. Sekiranya toksik-toksik dari dalam badan telah
dikeluarkan, maka kita akan berasa lebih sihat dan bertenaga untuk
menjalankan aktiviti seharian.

2. Kita mampu mempertahankan diri apabila keselamatan diri kita tergugat
khususnya kepada golongan wanita. Pelbagai kes jenayah yang
menyebabkan kehilangan harta mahupun nyawa semakin menjadi-jadi seperti
cendawan tumbuh selepas hujan. Kes-kes tersebut telah menjadi perkara yang
izhar dan menimbulkan kebimbangan pelbagai pihak terutamanya
masyarakat.

3. Rakyat Malaysia yang berdisiplin akan dilahirkan jika masyarakat sanggup
mempelajari seni pertahanan diri. Hal ini terjadi kerana kita akan diterapkan
nilai-nilai murni apabila mempelajari seni tersebut. Sebagai tamsilan, nilai
menepati masa, nilai baik hati, nilai bekerjasama dan lain-lain.

4. Kita turut berpeluang mengharumkan nama sekolah dengan menyertai
pertandingan seni pertahanan diri yang dianjurkan. Tambahan pula, peluang-
peluang tersebut telah memberi ruang kepada para pelajar untuk memajukan
diri dan mencipta nama dalam bidang kokurikulum.

SEKTOR PEMBELAJARAN | JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

165

Penutup

Kita boleh memperoleh pelbagai kebaikan dengan mempelajari seni pertahanan
diri. Jadi, kita tidak seharusnya beranggapan bahawa seni tersebut tidak lagi sesuai
dengan arus pembangunan masa kini ini dan mengabaikannya. Hal ini turut
disebabkan oleh seni pertahanan diri merupakan warisan budaya yang tidak
ternilai harganya dan patut dikekalkan oleh masyarakat.

4.
Tema Keselamatan
Domain Kerjaya

Keselamatan sesebuah negara merupakan salah satu agenda utama pemerintah.
Tanpa kawalan keselamatan di dalam dan luar negara nikmat kehidupan yang aman
tidak mungkin akan wujud. Sudah menjadi kewajipan bagi kerajaan yang memerintah
sesebuah negara untuk memastikan aspek keselamatan dan keamanan dapat
dikekalkan sepanjang masa. Hal ini akan memastikan masyarakat di negara tersebut
dapat hidup dalam keadaan aman dan sentosa.

Sumber: Diubah suai daripada Sinar Harian, November 2020

Petikan akhbar di atas menunjukkan kepentingan penjagaan keselamatan sesebuah
negara. Kini, bidang ketenteraan kurang diminati oleh generasi muda untuk dijadikan
sebagai kerjaya walaupun kerjaya ini diuar-uarkan sebagai kerjaya yang sesuai untuk
mereka yang ingin berbakti kepada negara.
Bincangkan faktor-faktor yang menyebabkan generasi muda kurang berminat untuk
menjadikan bidang ketenteraan sebagai kerjaya mereka.

SEKTOR PEMBELAJARAN | JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

166

CADANGAN JAWAPAN:

Pendahuluan

Tentera merupakan pasukan barisan hadapan yang bertanggungjawab untuk menjaga
keselamatan negara di samping pihak polis - sejak sebelum merdeka pasukan ini banyak
berjasa kepada Negara - generasi muda kini kurang berminat untuk menyertai bidang
ketenteraan dan dijadikan sebagai kerjaya - pelbagai faktor menyebabkan keadaan ini
berlaku

Isi

1. Bimbang akan keselamatan diri - ramai yang takut dan tidak mahu menanggung risiko
kecederaan dan kematian - pasukan kita sekarang bertugas bukan sahaja di dalam
negara bahkan di negara lain yang bergolak - bimbang akan diberikan tugasan yang
berisiko tinggi

2. Tidak mahu berjauhan daripada keluarga - anggota tentera boleh ditempatkan di
mana-mana di mana-mana- keberatan untuk meninggalkan ibu bapa yang sudah tua
atau uzur - sukar untuk balik sekiranya berlaku kecemasan di kampung halaman.

3. Gaji tidak setimpal dengan beban kerja - gaji yang ditawarkan kurang menarik,
khususnya anggota peringkat pangkat rendah - tidak memadai dengan tugas yang
perlu dipikul atau dilaksanakan - tugas yang rencam meliputi pelbagai operasi - terlalu
sedikit berbanding dengan risiko yang perlu ditanggung

4. Tidak mahu terikat dengan disiplin yang ketat - sudah biasa hidup selesa tanpa
tekanan untuk terikat dengan pelbagai peraturan - tentera terikat dengan pematuhan
disiplin dan jika tidak akur akan didenda - tidak mahu kebebasan yang dinikmati seolah-
olah ditarik balik atau disentap.

Penutup

Pelbagai faktor telah menyebabkan remaja kurang berminat untuk menyertai bidang
ketenteraan-faktor kerjaya itu sendiri dan sikap individu menyebabkan kerjaya ini kurang
diminati- promosi menyeluruh dan tawaran gaji yang menarik mungkin akan mengubah
persepsi masyarakat - individu yang sayang akan negaranya pasti sedia berkhidmat
kepada negara

SEKTOR PEMBELAJARAN | JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

167

MODUL LATIHAN
KERTAS 1 BAHAGIAN
B

BAHASA MELAYU 2021

KARANGAN BERFORMAT
RESPONS TERBUKA

EDISI GURU

PANEL :
PASUKAN GURU DARI
PPD KINTA SELATAN

SEKTOR PEMBELAJARAN | JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

168

PENULISAN BERFORMAT

WAWANCARA
 Karangan wawancara mempunyai dua watak iaitu penemubual dan orang

yang ditemu bual.
 Penemubual ialah orang yang bertanyakan soalan dalam wawancara ini

manakala orang yang ditemu bual ialah orang yang menjawab soalan
daripada penemubual.
Format karangan wawancara
1. Nama ditulis selari di sebelah kiri

2. Selepas nama diletakkan tanda titik bertindih ( : )

Contoh:
Sinthu: Salam sejahtera, cikgu.
Cikgu Aliyah: Salam sejahtera, Sinthu.
Sinthu: Apa khabar cikgu?
Cikgu Aliyah: Khabar baik.

3. Mulakan perbualan dengan ucapan salam/salam sejahtera/kata-kata ucap
selamat

4. Anda perlu menggunakan kata ganti nama diri yang sesuai untuk orang yang
ditemu bual seperti panggilan “Encik, Tuan atau Puan”.

5. Anda digalakkan memasukkan peribahasa dalam wawancara yang ditulis.
6. Soalan yang dikemukakan perlu ringkas, jelas dan bersesuaian dengan tema

soalan.
7. Elakkan penggunaan soalan yang cuma memerlukan jawapan “Ya” atau

”Tidak”
8. Akhiri perbualan dengan mengucapkan terima kasih kepada yang ditemu

ramah.

SEKTOR PEMBELAJARAN | JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

169

CONTOH FORMAT WAWANCARA (BUKU TEKS TINGKATAN 5 MUKA SURAT 34)

SEKTOR PEMBELAJARAN | JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

170

SAMBUNGAN FORMAT WAWANCARA (BUKU TEKS TINGKATAN 5 MUKA SURAT 35)

SEKTOR PEMBELAJARAN | JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

171

FORMAT CERAMAH

1. Bahagian Pendahuluan
(i) Kata alu-aluan (pengerusi majlis, tetamu kehormat dan orang yang hadir)
(ii) Mengucapkan terima kasih kerana diberi kesempatan untuk menyampaikan

ceramah.
(iii) Nyatakan tajuk ceramah dan memberikan definisi atau isu-isu berkaitan dengan

tajuk ceramah.
(iv) Tulis panggilan hormat (hadirin yang dihormati) sebelum menulis perenggan
isi

Seterusnya.
2. Bahagian Isi
(i) Tulis sekurang-kurangnya dua isi.
(ii) Setiap isi mesti diikuti dengan huraian dan contoh atau bukti yang sesuai.
(iii) Tulis panggilan hormat( hadirin yang dihormati) sebelum menulis perenggan
yang

seterusnya.
3. Bahagian Penutup

(i) membuat rumusan
(ii) menyatakan harapan.
(iii) Mengucapkan terima kasih

SEKTOR PEMBELAJARAN | JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

172

CONTOH FORMAT CERAMAH (BUKU TEKS TINGKATAN 2: MUKA SURAT 226)

SEKTOR PEMBELAJARAN | JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

173

FORMAT SYARAHAN

Karangan Jenis Syarahan.

FORMAT KARANGAN SYARAHAN

1. Perenggan pendahuluan - Memberi ucapan salam/selamat sejahtera dan kata-
kata aluan. Jika syarahan untuk pertandingan, perlu ada frasa “para hakim”.
Nyatakan tajuk syarahan yang akan disampaikan dan berikan definisi tajuk. Tulis
kata penghadapan ( hadirin yang dihormati) sebelum menulis perenggan yang
seterusnya.

2. Perenggan isi - Tulis dua hingga tiga isi. Tulis kata penghadapan ( hadirin yang

dihormati) sebelum menulis perenggan yang seterusnya.

3. Perenggan penutup - Membuat kesimpulan menyeluruh daripada isi syarahan
yang disampaikan dan menyatakan harapan berkaitan dengan tajuk. Akhiri
syarahan dengan ucapan terima kasih.

SEKTOR PEMBELAJARAN | JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

174

CONTOH 1: FORMAT SYARAHAN (BUKU TEKS TING. 4: MUKA SURAT 4 &5)

Ucapan Isi
salam karangan

Tajuk
syarahan

Panggilan
hormat

SEKTOR PEMBELAJARAN | JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

Isi 175
karangan
Penutup

SEKTOR PEMBELAJARAN | JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

176

CONTOH 2: FORMAT SYARAHAN (BUKU TEKS TING. 1: MUKA SURAT 136)

SEKTOR PEMBELAJARAN | JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

177

FORMAT UCAPAN

Format Karangan Ucapan

i) Pengenalan

- ucapan salam dan kata alu-aluan.

(Kata alu-aluan ini perlu disusun mengikut protokol atau tahap kedudukan para
jemputan yang hadir dalam sesebuah majlis)

Letakkan kata penghadapan seperti hadirin yang dihormati sebelum memulakan
perenggan baharu.

ii) Isi

- ucapan terima kasih kepada pihak penganjur majlis dan menyatakan tujuan
ucapan.

- memberi penerangan, penjelasan, pengetahuan, nasihat, atau peringatan kepada
hadirin yang hadir.

iii) Penutup

- Menyatakan penghargaan dan harapan.
- kata-kata pujian
- ucapan terima kasih.

SEKTOR PEMBELAJARAN | JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

178

CONTOH 1: FORMAT UCAPAN (BUKU TEKS TINGKATAN 2 : MUKA SURAT 39)

CONTOH 2: FORMAT UCAPAN MAJLIS PERASMIAN (BUKU TEKS TING. 2: MUKA SURAT
158)

SEKTOR PEMBELAJARAN | JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

179

FORMAT RENCANA

1. Menulis tajuk rencana
2. Menulis nama pengarang
3. Pendahuluan
4. Isi
5. Penutup/ kesimpulan

CONTOH FORMAT RENCANA (BUKU TEKS TINGKATAN 1: MUKA SURAT 200)

Tajuk
Nama penulis

SEKTOR PEMBELAJARAN | JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

180

CONTOH SOALAN RENCANA:
Negara Malaysia merupakan sebuah negara yang aman dan damai walaupun
penduduknya berbilang kaum kerana wujudnya toleransi antara kaum utama
di negara kita iaitu Melayu, Cina dan India. Keamanan dan keharmonian negara
membolehkan kita duduk bersama-sama tanpa ada rasa perbezaan antara satu
sama lain. Persefahaman yang berjaya dicapai ini perlu dikekalkan supaya tiada
perasaan curiga antara kaum kerana keadaan ini akan menjejaskan semangat
perpaduan yang telah terjalin sejak sekian lama.

Dipetik dan diubah suai daripada:
http.//pmr.penerangan.gov.my

Petikan di atas menjelaskan keadaan negara Malaysia yang aman dan damai
walau pun penduduknya berbilang kaum. Keadaan ini hanya akan dapat dikekalkan
jika rakyat Malaysia terus bersatu. Sehubungan dengan itu, hasilkan satu rencana
bagi mengukuhkan perpaduan rakyat Malaysia. Tajuk rencana tersebut ialah
“Usaha-usaha Mengukuhkan Perpaduan di Malaysia”.
Tulis rencana tersebut selengkapnya.
Tugasan ini hendaklah mengandungi aspek-aspek berikut:
1. Tajuk rencana (Tulis di bahagian atas dan di tengah-tengah)
2. Nama penulis (Tulis di bawah tajuk)
3. Isi kandungan:

a) Pengenalan – menjelaskan isu tentag perpaduan kaum secara umum
b) Perenggan isi – menghuraikan kepentingan perpaduan kaum
c) Perenggan isi – menghuraikan faktor yang menyumbang kepada

pengukuhan perpaduan kaum
d) Perenggan isi – mencadangkan langkah untuk mengekalkan perpaduan

kaum di Malaysia
e) Perenggan penutup – membuat rumusan

SEKTOR PEMBELAJARAN | JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

181

FORMAT SKRIP DRAMA
Ciri-Ciri dalam penulisan:
1. Dalam bentuk prosa moden
2. Terdiri daripada dialog yang disusun dengan watak yang diwujudkan
3. Konflik penting dalam drama yang digerakkan oleh watak-watak dalam plot

CONTOH 1: FORMAT SKRIP DRAMA (BUKU TEKS TINGKATAN 4: MUKA SURAT 10)

SEKTOR PEMBELAJARAN | JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

182

STRATEGI MENULIS KARANGAN BAHAGIAN B

 Calon perlu menganalisis dan memahami tugasan yang diberikan dalam ayat
soalan.

 Karangan Bahagian B mesti ditulis antara 5 hingga 6 perenggan.
 Pemerengganan terdiri daripada 1 perenggan pendahuluan, 3 atau 4

perenggan isi, satu perenggan penutup)
 Perenggan pendahuluan mestilah ditulis dalam lingkungan 70 patah perkataan.
 Setiap perenggan isi mestilah ditulis minimum 90 patah perkataan bagi setiap isi

atau idea.
 Perenggan penutup pula ditulis seimbang dengan perenggan pendahuluan,

iaitu minimum 70 patah perkataan.
 Calon digalakkan menggunakan strategi 18 Bintang untuk menghasilkan huraian

isi atau idea yang jelas dan matang.
 Tulis karangan Bahagian B dalam tempoh masa 1 jam 30 minit sahaja.
 Penulisan karangan mestilah ditulis antara 350 hingga 500 patah perkataan

dengan syarat tidak melebihi masa 1 jam 30 minit. Calon perlu mematuhi had
jumlah perkataan yang ditetapkan; iaitu tidak kurang daripada 350 perkataan
dan tidak melebihi 500 patah perkataan.
 Dalam penulisan karangan BM1 SPM, perkara-perkara berikut dikira sebagai satu
perkataan

1. Nama khas

2. Peribahasa

3. Pantun

4. Maksud hadis/Al-Quran

5. Alamat (surat kiriman)

(Perkara-perkara lain yang telah ditetapkan sebelum ini sebagai satu perkataan
ikut seperti biasa)

SEKTOR PEMBELAJARAN | JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

183
TEKNIK PENULISAN KARANGAN

SEKTOR PEMBELAJARAN | JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

184

SEKTOR PEMBELAJARAN | JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

185

SEKTOR PEMBELAJARAN | JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

186

Ayat Ayat Saranan (ASAR) Ayat Harapan Ayat Penengat

Kesimpulan (ARAP) Karangan

(AKEM) (APEK)

Bagi Sehubungan itu, setiap Diharapkan hasil Bulan semakin
menggulung lapisan usaha yang terang,
diskusi ini, masyarakat....berganding diimplementasikan bayang
jelaslah bahu... akan melahirkan semakin jelas,
bahawa... modal insan sekali lagi saya
Oleh itu, semua pihak minda kelas ingin tegaskan
Sebagai perlu saling membantu... pertama... bahawa...
penghias Dengan berbuat Saya ingin
bicara akhir, Maka, setiap pihak yang demikian.... menegaskan
jelaslah berkepentingan perlulah sekali lagi
bahawa... turun padang... Sesungguhnya bahawa
Sebagai melaui usaha jelaslah...
penutup Oleh itu, sebagai yang dilakukan
wacana ini, warganegara yang akan dapat
jelaslah prihatin, kita haruslah melahirkan
bahawa... seiya sekata atas nama masyarakat
Bagi muafakat membawa yang...
mengakhiri berkat...
wacana ini,.....

SEKTOR PEMBELAJARAN | JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

187

CONTOH KARANGAN CEMERLANG STRATEGI 18 BINTANG
TEKNIK ULIS GULA (Ulang Isi Guna Semula)

Tema: Pendidikan
Domain: Pendidikan
Fokus soalan: Kebaikan Menguasai Pelbagai Bahasa
PENDAHULUAN - ATEM + AHUT + APER + AHTI

AYAT 1 Bahasa merupakan alat yang digunakan oleh masyarakat untuk
Ayat Tema berhubung sejak dahulu lagi.
(ATEM)
AYAT 2 Dalam mendepani era globalisasi ini, kemampuan menguasai
Ayat Huraian dan berkomunikasi dalam pelbagai bahasa merupakan suatu
Tema (AHUT) kelebihan kepada seseorang. Tanpa kemampuan dan
kemahiran bertutur dalam pelbagai bahasa, agak sukar
AYAT 3 seseorang untuk berkomunikasi khususnya dengan individu yang
Ayat Persoalan berlainan bangsa bak kata pepatah, hendak seribu daya tak
(APER) hendak seribu dalih.
AYAT 4 Persoalannya, apakah kebaikan yang akan kita peroleh
Ayat Hala tuju apabila menguasai pelbagai bahasa?
Isi (AHTI)
Persoalan tersebut, akan saya kupas dalam diskusi seterusnya
demi kebaikan bersama.

SEKTOR PEMBELAJARAN | JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

188

PERENGGAN PENDAHULUAN

Bahasa merupakan alat yang digunakan oleh masyarakat untuk berhubung
sejak dahulu lagi. Dalam mendepani era globalisasi ini, kemampuan menguasai dan
berkomunikasi dalam pelbagai bahasa merupakan suatu kelebihan kepada
seseorang. Tanpa kemampuan dan kemahiran bertutur dalam pelbagai bahasa,
agak sukar seseorang untuk berkomunikasi khususnya dengan individu yang
berlainan bangsa bak kata pepatah, hendak seribu daya tak hendak seribu dalih.
Persoalannya, apakah kebaikan yang akan kita peroleh apabila menguasai
pelbagai bahasa? Persoalan tersebut, akan saya kupas dalam diskusi seterusnya
demi kebaikan bersama.

ISI - ATOP + AHUI + ACI + AIM + API

ISI - Lebih mudah untuk berhubung dan berkomunikasi dengan orang lain

AYAT 1 Kebaikan pertama menguasai pelbagai bahasa ialah

Ayat Topik (ATOP) seseorang lebih mudah untuk berhubung dan berkomunikasi

dengan orang lain.

AYAT 2 Hal ini dikatakan demikian kerana seseorang akan lebih

Ayat Huraian Isi berkeyakinan untuk bersemuka dengan sesiapa sahaja.

(AHUI)

AYAT 3 Sebagai contoh, dengan menguasai bahasa Inggeris,

Ayat Contoh Isi seseorang boleh memberitahu tempat-tempat menarik dan

(ACI) keistimewaan yang terdapat di negara kita kepada para

pelancong.

AYAT 4 Sebaliknya, tanpa menguasai pelbaai bahasa, sesorang sukar

Ayat Impak - untuk menolong walaupun masih mempunyai niat untuk

Provokasi (AIM) membantu.

AYAT 5 Jelaslah bahawa, dengan menguasai pelbagai bahasa kita

Ayat Penegas Isi mudah berkomunikasi dengan lebih berkesan untuk bertukar-

(API) tukar fikiran serta maklumat antara satu sama lain.

SEKTOR PEMBELAJARAN | JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

189

PERENGGAN ISI (1)

Kebaikan pertama menguasai pelbagai bahasa ialah seseorang lebih mudah
untuk berhubung dan berkomunikasi dengan orang lain. Hal ini dikatakan demikian
kerana seseorang akan lebih berkeyakinan untuk bersemuka dengan sesiapa sahaja.
Sebagai contoh, dengan menguasai bahasa Inggeris, seseorang boleh memberitahu
tempat-tempat menarik dan keistimewaan yang terdapat di negara kita kepada
para pelancong. Sebaliknya, tanpa menguasai pelbaai bahasa, sesorang sukar
untuk menolong walaupun masih mempunyai niat untuk membantu. Jelaslah
bahawa, dengan menguasai pelbagai bahasa kita mudah berkomunikasi dengan
lebih berkesan untuk bertukar-tukar fikiran serta maklumat antara satu sama lain.

PENUTUP- AKEM + ASAR + ARAP + APEK

AYAT 1 Kesimpulannya, langkah Kementerian Pelajaran Malaysia
Ayat Kesimpulan memperkenalkan subjek bahasa tambahan di peringkat
(AKEM) sekolah perlulah dipuji bagi memperkasakan lagi modal insan
yang bakal dilahirkan.
AYAT 2 Oleh itU, semua pihak khususnya ibu bapa bukan sahaja perlu
Ayat Saranan menerimanya secara positif malahan memberikan sokongan
(ASAR) tanpa wujud perasaan yang berbelah bahagi,
AYAT 3 Semua individu khususnya golongan pelajar perlulah merebut
peluang yang disediakan oleh pihak kerajaan agar mampu
Ayat Harapan duduk sama rendah, berdiri sama tinggi untuk bersaing di
(ARAP) peringkat global.
Tegasnya, tepuk dada tanya selera, adakah kita ingin
AYAT 4 menjadi individu yang hanya memahami bahasa ibunda
Ayat Penegas atau mampu menguasai pelbagai bahasa yang pastinya
Karanangan memberikan kelebihan kepada kita kelak.
(APEK)

SEKTOR PEMBELAJARAN | JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

190
PERENGGAN PENUTUP

Kesimpulannya, langkah Kementerian Pelajaran Malaysia memperkenalkan
subjek bahasa tambahan di peringkat sekolah perlulah dipuji bagi memperkasakan
lagi modal insan yang bakal dilahirkan. Oleh itu,semua pihak khususnya ibu bapa
bukan sahaja perlu menerimanya secara positif malahan memberikan sokongan
tanpa wujud perasaan yang berbelah bahagi. Semua individu khususnya golongan
pelajar perlulah merebut peluang yang disediakan oleh pihak kerajaan agar mampu
duduk sama rendah, berdiri sama tinggi untuk bersaing di peringkat global. Tegasnya,
tepuk dada tanya selera, adakah kita ingin menjadi individu yang hanya memahami
bahasa ibunda atau mampu menguasai pelbagai bahasa yang pastinya
memberikan kelebihan kepada kita kelak.

SEKTOR PEMBELAJARAN | JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

191

SK 3.5 Menulis untuk mengolah maklumat bagi menghasilkan
pelbagai bentuk penulisan dan grafik

SP 3.5.1 Mengolah pelbagai bahan menggunakan ayat yang
gramatis dan penanda wacana yang sesuai

SET SOALAN KARANGAN BAHAGIAN B
1. DOMAIN AWAM
Taman Negara Mulu
Menghiasi taman negara ini ialah Gunung Mulu yang merupakan gunung batu
pasir setinggi kira-kira 2377 meter dan mempunyai sejarah yang berusia lebih
daripada 1.5 juta tahun lamanya. Gunung Mulu juga telah diisytiharkan sebagai
salah satu tapak warisan dunia pada tahun 2000 oleh Pertubuhan Pendidikan,
Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang juga dikenali
sebagai United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO).

Sumber: Buku Teks Tingkatan 4, halaman 76

Petikan di atas menggambarkan keistimewaan Taman Negara Mulu yang
sewajarnya dipelihara agar dapat diwarisi oleh generasi muda kelak. Pelbagai
usaha perlu dilakukan untuk memelihara kelestarian alam semula jadi ini.
Sehubungan dengan itu, anda dikehendaki menyampaikan sebuah ceramah
kepada warga sekolah bagi menggalakkan masyarakat memelihara alam semula
jadi da tidak terus melakukan sebarang pencemaran. Tajuk ceramah tersebut
ialah ‘Usaha-usaha Memelihara Alam Semula Jadi’.
Tulis ceramah tersebut selengkapnya.

SEKTOR PEMBELAJARAN | JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

192

SKEMA JAWAPAN: CERAMAH

Pendahuluan
- Mengalu-alukan warga sekolah yang bersama-sama dalam sesi ceramah ini –
memperkenalkan diri dan menyatakan tajuk ceramah - Sabda Rasulullah S.A.W,
"Kebersihan itu dapat mengajak manusia kepada iman, sedang iman itu akan
bersama-sama pemiliknya ke syurga." – Hamka iaitu seorang sasterawan Indonesia,
ulama dan aktivitis politik menegaskan bahawa "Agama tidak melarang sesuatu
perbuatan jika perbuatan itu tidak merosakkan jiwa. Agama tidak akan menyuruh
jika suruhan tersebut tidak membawa selamat dan bahagia jiwa." - Segala
khazanah alam peninggalan nenek moyang dahulu kala kini musnah dan hancur
dek tangan-tangan durjana yang rakus memugar keindahan alam demi
kepentingan peribadi - Penerokaan tanah secara berleluasa, pelepasan gas
karbon ke atmosfera dan pembuangan sisa pepejal ke dalam sungai

Ayat topik Amalan 3R iaitu 'Reduce, Reuse, Recycle'
Ayat Reduce atau pengurangan dalam penggunaan bahan-bahan yang
huraian boleh mencemarkan alam seperti plastik dan polistirena - Reuse atau
guna semula pula melibatkan penggunaan semula barangan
Ayat terpakai yang masih elok dan mengelakkannya daripada dibuang
contoh begitu sahaja seperti sampah - Recycle atau kitar semula pula
melibatkan aktiviti mengitar semula barangan menjadi suatu
Ayat kesan barangan yang baharu
mengguna semula baju-baju dan barangan adik beradik yang masih
Ayat elok - tayar dan botol dijadikan sebagai pasu bagi menanam pokok
penegasan bunga di sekitar kawasan rumah - mengumpulkan barang-barang
yang boleh dikitar semula lalu menghantarnya ke pusat kitar semula
bagi menghasilkan barangan baru hasil barangan-barangan
tersebut
dapat mengelakkan pembuangan barangan yang masih berkualiti
tetapi juga dapat menjimatkan kos perbelanjaan keluarga -
mengurangkan kuantiti sampah yang dibuang di samping
memelihara sumber alam yang terhad penawarannya
lama-kelamaan masalah pencemaran alam sedikit sebanyak dapat
diatasi dengan mengamalkan amalan 3R dalam kehidupan

Ungkapan Sambil berdiang, nasi masak
menarik

SEKTOR PEMBELAJARAN | JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

193

Ayat topik Menggunakan laman sosial sebagai medium bagi melahirkan
kesedaran tentang masalah pencemaran alam sekitar yang semakin
Ayat teruk
huraian telefon bimbit ialah kemudahan era moden dalam masyarakat -
kemudahan rangkaian Internet yang mempunyai jaringan seluruh
Ayat dunia menjadikan segala maklumat dapat tersebar secara meluas
contoh dan berkesan
memuat naik status atau blog tentang pencemaran alam sekitar
Ayat kesan bagi mewujudkan kesedaran masyarakat - memuatnaikkan gambar-
gambar pencemaran yang berlaku di sekitar kawasan penempatan
Ayat - menghasilkan pelbagai video lalu memuatnaikkannya ke laman
penegasan sosial seperti Facebook, Twitter dan Youtube
dapat menimbulkan kesedaran dalam diri masyarakat - cakna
terhadap persekitaran terutamanya bagi mereka yang tidak lepas
tangan daripada kesibukan di alam maya.
alam sekitar terpelihara apabila penyebaran tentang kesedaran
menerusi laman sosial dilakukan

Ungkapan Maklumat di hujung jari
menarik

Ayat topik Penanaman pokok-pokok
Ayat kadar pemusnahan hutan tropika dianggarkan sebanyak 20 juta
huraian hektar setahun - hutan rimba merupakan suatu takungan karbon
Ayat yang terbesar
contoh menanam pokok-pokok bunga dan pokok-pokok hiasan seperti
Ayat kesan pokok bunga kertas, pokok bunga raya dan pokok teh di sekeliling
laman rumah
Ayat penanaman flora ini dapat membantu dari segi menambahkan
penegasan kuantiti oksigen yang terdapat dalam udara - menurunkan kadar
karbon dioksida - penurunan kadar pencemaran alam sekitar
terutamanya pencemaran udara - mencantikkan lagi kawasan di
sekitarnya
amalan menanam pokok-pokok di kawasan rumah memang dapat
memelihara alam sekitar

Ungkapan Serampang dua mata
menarik

SEKTOR PEMBELAJARAN | JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

194

Ayat topik Penggunaan tenaga lestari dan teknologi hijau dalam kehidupan
Ayat teknologi hijau ialah pembangunan dan aplikasi produk, peralatan
huraian serta sistem untuk memulihara alam sekitar dan sumber semula jadi -
meminimumkan kesan negatif daripada aktiviti manusia - teknologi
Ayat hijau merujuk kepada produk, peralatan atau sistem yang memenuhi
contoh kriteria
menggunakan kereta berenjin hibrid dan pendingin hawa jimat
tenaga

Ayat kesan membantu usaha memulihara dan meminimumkan impak buruk
kepada alam sekitar - meningkatkan keselesaan dan kesihatan
Ayat penghuni bandar, meningkatkan kualiti hidup dan mengurangkan
penegasan masalah infrastruktur tempatan.
teknologi hijau dapat menjadi portfolio atau medium yang strategik
untuk memelihara alam sekitar

Ungkapan Sambil menyelam minum air
menarik

Penutup
Usaha-usaha tersebut perlu dilakukan dalam kehidupan seharian - bukan sekadar
hangat-hangat tahi ayam - penjagaan alam sekitar merupakan amanah dan
tanggungjawab semua pihak - tidak mewarisi keindahan dan kebersihan alam ini
daripada nenek moyang, tetapi kita meminjamnya daripada generasi pada masa
akan datang - Confucius iaitu seorang ahli falsafah Cina pernah menegaskan
bahawa, "Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya telah
melakukan satu kesalahan lagi." - membetulkan semula segala perilaku lalu yang
menganaktirikan alam sekitar demi kepentingan peribadi

SEKTOR PEMBELAJARAN | JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

195

2. DOMAIN KERJAYA
Secara umumnya, seseorang pekerja “kolar baharu” ialah individu yang memajukan
diri dengan kemahiran teknikal dan insaniah. Golongan ini bekerja dalam bidang
yang berkaitan dengan teknologi dan kemahiran. Salah satu golongan “kolar
baharu” ialah pelajar lepasan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
TVET membuka peluang kepada generasi muda Malaysia yang kurang cenderung
ke arah bidang akademik untuk melanjutkan pengajian pada peringkat lebih tinggi
dalam bidang kemahiran dan kepakaran pilihan sendiri.

(Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada
https://www.bharian.com.my)

Petikan di atas menyatakan kriteria pemilihan kerjaya bagi generasi muda.
Sehubungan dengan itu, anda dikehendaki menulis rencana yang bertajuk “Faktor-
faktor Pemilihan Kerjaya dalam Kalangan Generasi Muda”.
Tulis rencana tersebut selengkapnya.

SEKTOR PEMBELAJARAN | JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

196

SKEMA JAWAPAN: RENCANA

Faktor-Faktor Pemilihan Kerjaya bagi Remaja

Oleh: Faridah Hassan

Pada zaman pascakemerdekaan ini, Malaysia telah berkembang menjadi
pemacu ekonomi terutamanya dalam rantau Asia Tenggara. Menurut Kamus Dewan
Bahasa dan Pustaka, kerjaya merujuk kepada profesion atau pekerjaan yang dipilih
sebagai cara mencari nafkah hidup. Jika ditelusuri realiti masa kini, manusia boleh
memilih kerjaya pilihan mereka atau mencipta sendiri kerjaya mereka. Justeru,
golongan remaja hari ini perlu mengetahui apakah faktor-faktor pemilihan kerjaya
yang baik dan menjamin masa hadapan yang cerah untuk diri sendiri.

Faktor utama yang mempengaruhi pemilihan kerjaya dalam kalangan remaja
adalah berdasarkan minat dan cita-cita. Faktor minat menjadi pendorong utama
remaja dalam pemilihan kerjaya kerana semangat dan keterujaan yang
memberikan kebahagiaan kepada diri mereka. Sebagai contoh, Allahyarham
Sudirman bin Haji Arshad yang merupakan penghibur tersohor Asia pada suatu ketika
dahulu merupakan graduan undang-undang tetapi meninggalkan bidang guaman
untuk memilih bidang seni sebagai kerjaya pilihannya. Senario itu menunjukkan minat
dan cita-cita yang tinggi mampu menghasilkan kerjaya yang cemerlang dan
memberikan kepuasan kepada diri sendiri.

Faktor seterusnya dalam memilih kerjaya adalah faktor latar belakang
akademik. Pemilihan aliran mata pelajaran murid di sekolah menjadi pendorong
kepada pemilihan kerjaya mereka pada masa hadapan. Sebagai contoh, jikalau
murid berjaya menguasai mata pelajaran berkenaan sudah pasti mereka ada
kelebihan untuk menggapai kerjaya yang diidam-idamkan. Intihanya, latar belakang
akademik merupakan faktor yang penting untuk menentukan kejayaan murid
merialisasikan kerjaya yang diminati mereka.

Selain itu, pengaruh dan sokongan ahli keluarga juga menjadi faktor dalam
pemilihan kerjaya remaja. Pada pandangan saya, ibu bapa seharusnya memberikan
sokongan terhadap minat anak-anak mereka kerana jika kita memaksa mereka
melakukan kerja yang tidak diminati, pasti mereka akan mudah kecundang dan
gagal dalam kerjaya tersebut. Sebagai contoh, atlet berbasikal negara, Azizulhasni
Awang terdorong menyertai pertandingan sukan berbasikal kerana dihadiahkan
basikal oleh ayahnya. Bermula daripada dorongan itu, beliau berjaya merangkul
pingat emas di kejohanan peringkat dunia.

Tuntasnya, remaja hari ini perlu bersaing dan membentuk diri mereka dengan
kemahiran dan kelayakan yang tinggi bagi merebut peluang kerjaya yang semakin
terhad. Peribahasa Melayu berkata di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Kata
mutiara ini sesuai untuk dijadikan pedoman oleh remaja dalam menempuh dugaan
dan cabaran sebelum berjaya mencapai cita-cita dan kerjaya impian mereka.

SEKTOR PEMBELAJARAN | JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

197

3. DOMAIN PENDIDIKAN
GEORGETOWN – “Mohon beri masa dan ruang kepada anak saya serta mendoakan
mereka sekeluarga diberikan kekuatan untuk menjalani kehidupan selepas dugaan
berat menimpa mereka,” kata Ahmad, 56, bapa kepada pemain bola sepak, Syafiq
Ahamd Ahmad, 25. Dalam kejadian kemalangan itu, Syafiq yang memandu kereta dari
Johor Bahru dalam perjalanan membawa isterinya yang sedang berpantang ke
kampung mentuanya di Pendang, Kedah.

Dipetik dan diubah suai daripada Harian Metro, 8 Disember 2020,
“Maaf, Beri Syafiq Masa, Ruang”
oleh Nur Izzati Mohamad.

Berita di atas menyedarkan kita bahawa kemalangan jalan raya boleh
menyebabkan sesebuah keluarga kehilangan kasih sayang dan tempat bergantung.
Hal ini amat menyentuh perasaan anda sehingga menyebabkan anda memilih tajuk
“Kemalangan Jalan Raya: Punca dan Cara Mengatasinya” dalam satu
pertandingan syarahan yang dianjurkan oleh sekolah anda sempena Kempen
Keselamatan Jalan Raya.
Sediakan teks syarahan anda itu selengkapnya.

SEKTOR PEMBELAJARAN | JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

198

SKEMA JAWAPAN: SYARAHAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Tuan Pengerusi
Majlis. Yang Berusaha Tuan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Felda
Soeharto, Puan Rozailawati Yaacob, guru-guru penolong kanan, guru-guru, para
hakim yang adil lagi bijaksana, dan rakan sekalian. Pada pagi yang mulia ini, izinkan
saya menyampaikan syarahan yang bertajuk, “Kemalangan Jalan Raya: Punca dan
Cara Mengatasinya”. Atas keprihatinan terhadap nasib pengguna jalan raya,
marilah bersama-sama kita renungi beberapa perkara yang akan saya perkatakan
pada pagi ini.

Kebanyakan kemalangan jalan raya berpunca daripada sikap pengguna
jalan raya yang melanggar peraturan. Pelbagai kesalahan yang dilakukan seperti
memandu melebihi had laju, melanggar isyarat, menggunakan telefon dan mabuk
bukan sahaja membahayakan diri malah pengguna lain. Pepatah Arab ada
menyebut, “Agama menjadi sendi hidup, pengaruh menjadi penjaganya. Jika tidak
bersendi, runtuhlah hidup dan jika tidak mempunyai penjaga, binasalah hayat”. Jika
agama mendasari kehidupan, sudah pasti pengguna jalan raya akan berhemah
semasa di jalan raya.

Rakan-rakan yang dimuliakan,

Selain itu, memandu dengan perasaan yang tertekan juga boleh
menyebabkan kemalangan jalan raya. Hal ini dikatakan demikian kerana pemandu
tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap pemanduan akibat fikiran
yang berkecamuk. Pemandu yang sedang runsing memikirkan sesuatu perkara
sudah pastinya tidak menyedari keadaan kenderaan lain yang mungkin berhenti
secara tiba-tiba atau ada kenderaan yang ingin masuk ke lorongnya. Pemandu ini
dianggap bersalah kerana membiarkan dirinya memandu dalam keadaan tertekan
dan berbahaya sehingga menyebabkan berlakunya kecelakaan.

SEKTOR PEMBELAJARAN | JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

199

Rakan-rakan yang dikasihi,

Peribahasa Melayu ada menyebut, “Ada kemenyan sebesar lutut jika tidak
dibakar tidak akan berbau” yang membawa maksud, seseorang yang ada ilmu jika
tidak digunakan tidak akan mendatangkan faedah. Sehubungan dengan hal itu,
pendidikan memainkan peranan penting untuk membentuk sikap pengguna jalan
raya yang baik sekali gus mampu menurunkan kadar kemalangan. Modul Pendidikan
Keselamatan Jalan Raya yang diperkenalkan di sekolah rendah dan sekolah
menengah diharap dapat melahirkan generasi baharu pengguna jalan raya yang
beradab dan berhemah.

Perundangan merupakan langkah yang penting untuk menyelesaikan
masalah salah laku di jalan raya. Menerusi undang-undang yang memperuntukkan
hukuman denda, penggantungan lesen memandu dan penjara boleh menakutkan
pengguna jalan raya. Undang-undang tidak akan sempurna sekiranya tidak
dilengkapi dengan penguatkuasaan undang-undang. Penguatkuasaan yang tegas
tanpa kompromi perlu dikenakan kepada pemandu yang sengaja melanggar
peraturan jalan raya apatah lagi melibatkan kemalangan maut. Ketegasan ini
mampu meningkatkan kewibawaan undang-undang dan kesannya terhadap
keselamatan awam.

Sebagai kesimpulannya, eloklah kita renungi kata-kata Jean Cocteau (1889–
1963), sasterawan tersohor dari Perancis yang berbunyi, “Orang yang bijaksana ialah
orang yang dapat menguasai dirinya sendiri”. Jika kita bijak menggunakan akal, kita
akan dapat mengelak daripada kemalangan. Semua pihak termasuk diri sendiri perlu
memainkan peranan masing-masing untuk menurunkan kadar kemalangan jalan
raya. Akhir sekali, pengguna jalan raya disarankan supaya lebih berbudi bahasa dan
mematuhi peraturan jalan raya.

Mangkuk siya mangkuk bertingkat,
Dibawa jiran bertandang ke rumah;
Kemalangan jalan raya terus meningkat,
Tangisan keluarga bergema di rumah.

Sekian, terima kasih.

SEKTOR PEMBELAJARAN | JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

200

4. DOMAIN PERIBADI

Semua pihak tidak perlu memberikan fokus kepada jumlah gred A semata-mata.
Pencapaian cemerlang dalam bidang akademik dengan pencapaian kemahiran
insaniah perlulah diseimbangkan. Hanya dengan memiliki keseimbangan antara dua
komponen ini, pelajar kita akan mampu bersaing dalam pasaran kerja dengan
jayanya. Untuk membantu setiap pelajar memiliki segala kemahiran insaniah yang
diperlukan termasuklah kemahiran berkomunikasi dalam bahasa asing seperti
bahasa Inggeris, mereka perlulah melibatkan diri secara aktif dalam pelbagai aktiviti.

(Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada
Mohammad Sharar bin Sabran "Jangan Kejar Gred A Semata-mata",

Sinar Harian, 9 Februari 2020)

Petikan akhbar di atas menjelaskan bahawa akademik semata-mata tidak menjamin
seseorang itu untuk diterima bekerja oleh pihak majikan. Rata-rata pihak majikan
tidak memandang kecemerlangan akademik sahaja tetapi melihat kualiti seseorang
dalam kemahiran insaniah. Sehubungan dengan itu, sebagai wartawan sebuah
majalah berkaitan dengan remaja, anda perlu mewawancara seorang daripada
majikan yang terlibat dalam sesi temu duga pemilihan pekerja.

Tulis wawancara tersebut selengkapnya.

SEKTOR PEMBELAJARAN | JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK


Click to View FlipBook Version