The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by azahirah22, 2020-03-27 04:21:32

Perniagaan Tingkatan 4

4














MARKET
TRENDS



SUCCESS



RESEARCH
&
ANALYSIS


MARKET
TRENDS



SUCCESS

PERNIAGAAN TINGKATAN 4
RESEARCH
&
ANALYSIS

PERNIAGAAN










Tingkatan 4







Harga: RM15.85







FT374001

4














MARKET
TRENDS



SUCCESS



RESEARCH
&
ANALYSIS


MARKET
TRENDS



SUCCESS

PERNIAGAAN TINGKATAN 4
RESEARCH
&
ANALYSIS

PERNIAGAAN










Tingkatan 4







Harga: RM15.85







FT374001

RUKUN NEGARA


Bahawasanya Negara Kita Malaysia
mendukung cita-cita hendak;


Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan
seluruh masyarakatnya;


Memelihara satu cara hidup demokratik;


Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara
akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;


Menjamin satu cara yang liberal terhadap

tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan pelbagai corak;


Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan
sains dan teknologi moden;


MAKA KAMI, rakyat Malaysia,
berikrar akan menumpukan
seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut

berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut:


KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN



(Sumber: Jabatan Penerangan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia)
Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan BAB 1 i

MATA PELAJARAN ELEKTIF IKHTISAS









PERNIAGAAN






TINGKATAN 4







MARKET
TRENDS



SUCCESS



RESEARCH

PENULIS &
ANALYSIS
ZAITON BINTI HUSSIN
ZAKIYAH BINTI JALUN
MOKHTAR BIN PET




EDITOR

MOHD FARIS BIN DAIN


PEREKA BENTUK ILUSTRATOR
LAI HUEY MIN MOHAMMAD FAIZ BIN
MOHAMED HAUZA







AL HIDAYAH HOUSE OF PUBLISHERS SDN. BHD.
2016








02_Txtbk Perniagaan Tg4_Prelims-7/11.indd 1 11/7/16 12:11 PM

NO. SIRI BUKU: 0104

KPM 2016 ISBN 978 967 439 277 2

Cetakan Pertama 2016
©Kementerian Pendidikan Malaysia 2016

Hak Cipta Terpelihara. Mana-mana bahan
dalam buku ini, tidak dibenarkan diterbitkan PENGHARGAAN
semula, disimpan dalam cara yang boleh
dipergunakan lagi, ataupun dipindahkan
dalam sebarang bentuk atau cara, baik dengan
elektronik, mekanik, penggambaran semula Penerbitan buku teks ini melibatkan kerjasama
mahupun dengan cara perakaman tanpa banyak pihak. Sekalung penghargaan dan
kebenaran terlebih dahulu daripada Ketua terima kasih ditujukan kepada semua pihak
Pengarah Pelajaran Malaysia, Kementerian yang terlibat:
Pendidikan Malaysia. Perundingan tertakluk
kepada perkiraan royalti atau honorarium. • Pegawai-pegawai Bahagian Buku Teks
dan Bahagian Pembangunan Kurikulum,
Diterbitkan untuk Kementerian Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia.
Malaysia oleh:
• Jawatankuasa Penambahbaikan Pruf
Al Hidayah House of Publishers Sdn. Bhd.
No. 27, Jalan Dolomite Business Park, Muka Surat, Bahagian Buku Teks,
68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan. Kementerian Pendidikan Malaysia.
• Jawatankuasa Penyemakan Pembetulan
Pruf Muka Surat, Bahagian Buku Teks,
Reka letak dan atur huruf: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Al Hidayah House of Publishers Sdn. Bhd. • Jawatankuasa Penyemakan Naskhah

Muka Taip Teks: Minion Pro Sedia Kamera, Bahagian Buku Teks,
Saiz Muka Taip Teks: 11 poin Kementerian Pendidikan Malaysia.



Dicetak oleh:
Q My Print Sdn. Bhd.
No. 10, Jalan MU 1/6R, Seksyen 7,
Taman Perindustrian Meranti Utama Petaling,
47120 Puchong,
Selangor Darul Ehsan.









02_Txtbk Perniagaan Tg4_Prelims-7/11.indd 2 11/7/16 12:11 PM

KANDUNGAN





Pendahuluan vi-x


TAJUK 1

TUJUAN PERNIAGAAN 1

Bab 1 Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan 3
1.0 Pengenalan 5
Gerak Minda 1.0 9
1.1 Tujuan Perniagaan 11
1.2 Bentuk Pemilikan Perniagaan 17
1.3 Bentuk-bentuk Perniagaan Lain 33
1.4 Klasifikasi Perniagaan 38
1.5 Skala Perniagaan 49
1.6 Perkaitan antara Penawaran Barang dan Perkhidmatan, Bentuk Pemilikan,
Klasifikasi dan Skala Perniagaan 52
1.7 Perkembangan Sektor Perniagaan di Malaysia 54

Gerak Minda 1.1 56
Aktiviti Kumpulan Kreatif dan Inovatif 1 58
Refleksi 58
Rumusan 58
Latihan Sumatif 1 59


Bab 2 Trend Semasa dalam Perniagaan 63
2.1 Peranan Kerajaan dalam Menangani Isu-isu Tempatan, Negara
dan Serantau 65
2.2 Trend Persekitaran Perniagaan 87
2.3 Analisis Faktor-faktor yang Membawa Perubahan kepada
Persekitaran Perniagaan 100
2.4 Kesan Perubahan Persekitaran terhadap Organisasi Perniagaan 110

Gerak Minda 2 114
Aktiviti Kumpulan Kreatif dan Inovatif 2 115
Refleksi 115
Rumusan 115
Latihan Sumatif 2 116
iii






02_Txtbk Perniagaan Tg4_Prelims-7/11.indd 3 11/7/16 12:11 PM

TAJUK 2

ORGANISASI PERNIAGAAN 119


Bab 3 Penetapan Visi, Misi dan Objektif Perniagaan 121
3.1 Maksud Visi, Misi dan Objektif Perniagaan 123
3.2 Perbandingan Visi, Misi dan Objektif Beberapa Perniagaan yang Berbeza 124
3.3 Ciri-ciri Objektif Sesebuah Perniagaan 127
3.4 Tujuan Penetapan Visi, Misi dan Objektif Perniagaan sebagai
Panduan Perniagaan 131
3.5 Menghasilkan Visi, Misi dan Objektif bagi Perniagaan Tertentu 135
3.6 Kesan kepada Perniagaan Akibat Kegagalan Mencapai Matlamat
dan Objektif 147
3.7 Faktor yang Mempengaruhi Perubahan Visi, Misi dan Objektif Perniagaan 151
3.8 Pencapaian Visi, Misi dan Objektif Perniagaan yang Dipilih 162
Gerak Minda 3 168
Aktiviti Kumpulan Kreatif dan Inovatif 3 169
Refleksi 169
Rumusan 169
Latihan Sumatif 3 170


Bab 4 Bahagian-bahagian Fungsian Utama dalam Organisasi Perniagaan 173
4.1 Bahagian-bahagian Fungsian Utama dalam Organisasi Perniagaan 175
4.2 Tujuan Setiap Bahagian Fungsian 177
4.3 Pembangunan Produk dan Pasaran Baharu 199
4.4 Penggunaan Teknologi Maklumat 202
4.5 Hubungan dan Interaksi dengan Bahagian Fungsian Lain 206
4.6 Interaksi dan Perkaitan antara Bahagian Fungsian dalam Dua
Perniagaan Berlainan 215

Gerak Minda 4 217
Aktiviti Kumpulan Kreatif dan Inovatif 4 218
Refleksi 218
Rumusan 218
Latihan Sumatif 4 219
















iv






02_Txtbk Perniagaan Tg4_Prelims-7/11.indd 4 11/7/16 12:11 PM

KERTAS KERJA PROJEK PERNIAGAAN 223

Kertas Kerja Projek 225
Panduan Tugasan Kertas Kerja Projek 227
Pengenalan 227
Panduan Pelaksanaan Tugasan Kertas Kerja Projek 228

CONTOH KERTAS KERJA PROJEK TINGKATAN 4 233

Glosari 253
Senarai Rujukan 257

Indeks 261
Jawapan 262





















































v






02_Txtbk Perniagaan Tg4_Prelims-7/11.indd 5 11/7/16 12:11 PM

PENDAHULUAN




BUKU TEKS PERNIAGAAN TINGKATAN 4 ini ditulis selaras dengan hasrat murni Rukun Negara, Falsafah
Pendidikan Kebangsaan serta Wawasan 2020. Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) menjadi
panduan utama penulisan buku ini di samping penggunaan bahan-bahan rujukan yang lain.
Buku ini berkonsepkan korporat, interaktif, eye rest dan santai bagi menarik minat murid untuk terus
mempelajari mata pelajaran Perniagaan. Buku ini juga dibentuk dengan memasukkan unsur kepelbagaian
latihan dan informasi tambahan. Selain itu, elemen nilai murni, elemen merentas kurikulum dan kemahiran
abad ke-21 turut diterapkan bagi melahirkan generasi yang mencintai negara dan menjana minda murid untuk
berfikir di luar kotak.
Objektif utama buku ini ditulis adalah untuk menyediakan rujukan utama dalam proses pembelajaran dan
pengajaran (PdP). Buku ini juga disediakan untuk menimbulkan minat murid ke arah bidang perniagaan. Pada
masa yang sama, buku ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran komunikasi, kreativiti dan kemahiran
menganalisis dalam kalangan murid. Selain itu, buku ini juga bertujuan untuk membina kesediaan murid untuk
memulakan perniagaan dan menjadikan perniagaan sebagai pilihan utama selepas menamatkan persekolahan.
Kandungan buku ini yang meliputi tujuan perniagaan dan organisasi perniagaan, dijangka dapat
menyediakan bahan yang sesuai untuk murid memahami persekitaran mereka secara saintifik, sistematik dan
menyeluruh. Menguatkan hujah dan pembuktian, penulis telah menggunakan maklumat dan data terkini yang
diperoleh daripada sumber-sumber rasmi.
Keistimewaan Buku Teks Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Perniagaan Tingkatan 4 ini
adalah seperti yang berikut:
HALAMAN RANGSANGAN


Halaman rangsangan ialah halaman yang merangsang minda murid untuk memahami kandungan bab
secara umum. Halaman ini mengandungi maklumat tentang standard pembelajaran, peta konsep, previu dan
gambar foto.


Standard Pembelajaran Peta Konsep

Makna – Standard pembelajaran yang ditetapkan Makna – Grafik yang merumuskan DSKP
dalam DSKP Fungsi – Memberi pemahaman secara lebih
Fungsi – Memberi pengetahuan kepada murid mudah kepada murid berkaitan dengan isi
berkaitan dengan perkara yang akan dipelajari pembelajaran berdasarkan DSKP
dan dinilai


Gambar foto



Makna – Pengenalan ringkas berkaitan bab Makna – Foto yang memberi gambaran kepada
Fungsi – Memberi gambaran awal berkaitan kandungan teks
dengan tajuk yang bakal dipelajari Fungsi – Memberi pemahaman kepada murid
melalui foto yang mempunyai kaitan dengan
kandungan teks tajuk yang bakal dipelajari
vi vi






02_Txtbk Perniagaan Tg4_Prelims-7/11.indd 6 11/7/16 12:11 PM

IKON TEKS


Ikon teks merupakan maklumat dan latihan tambahan yang berfungsi memberi idea kepada murid untuk
berfikir di luar kotak. Ikon teks ini merangkumi enam ikon utama, iaitu buletin keusahawanan, celik kewangan,
cintai negara, minda kreatif, EMK dan istilah perniagaan.



Buletin Keusahawanan RM Celik Kewangan

Berita berkaitan dengan perniagaan Info berkaitan dengan
dan usahawan pengurusan kewangan


Makna – Info berkaitan dengan Makna – Info untuk mendidik murid
dunia perniagaan berkaitan dengan pengurusan kewangan
Fungsi – Menarik minat murid kepada Fungsi – Memupuk budaya celik kewangan
perniagaan dan keusahawanan dalam kalangan murid




Minda Kreatif
Cintai Negara
Soalan menguji minda murid
Info mencintai negara


Makna – Info berkaitan dengan nilai patriotik Makna – Soalan ringkas berkaitan dengan
dan penyayang teks utama
Fungsi – Meningkatkan semangat patriotik • Keupayaan berfikir yang dapat melahirkan
dan mengukuhkan sifat penyayang dalam idea baharu yang unik dan menarik
kalangan murid Fungsi – Melahirkan murid yang kreatif






EMK
Istilah Perniagaan
Arahan:
Memupuk murid mengamalkan Istilah dalam bahasa Melayu
lapan elemen merentas kurikulum (istilah dalam bahasa Inggeris):
Soalan: Huraian atau maksud
Persoalan berkaitan dengan bab kepada istilah
dan aktiviti


Makna – Unsur nilai tambah yang diterapkan Makna – Glosari untuk istilah berkaitan
dalam proses PdP selain yang diterapkan dalam dengan perniagaan (EMK berkaitan
DSKP (Elemen Merentas Kurikulum (EMK) dengan Bahasa)
berkaitan Bakat dan Memupuk Nilai Murni) Fungsi – Memberi pengetahuan kepada
Fungsi – Merangsang keupayaan murid untuk murid untuk memahami perkataan penting
mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris
nilai bagi menyelesaikan masalah, membuat
keputusan, berinovasi dan mencipta sesuatu
vii






02_Txtbk Perniagaan Tg4_Prelims-7/11.indd 7 11/7/16 12:11 PM

NOTA DAN LATIHAN TAMBAHAN



Nota dan latihan tambahan melibatkan nota dalam bentuk contoh dan aplikasi QR Code. Selain itu, latihan
dalam bentuk jom cuba, kajian kes serta aktiviti kumpulan kreatif dan inovatif membantu menjadikan murid
lebih berdikari dan berdisiplin.



Contoh
Kajian Kes
Contoh yang berkaitan Tajuk
dengan topik Soalan kajian kes

Makna – Contoh bagi sesuatu topik
Fungsi – Memudahkan dan meningkatkan Makna – Tugasan kes bagi sub topik (projek)
pemahaman murid berkaitan dengan sesuatu topik Fungsi – Menilai kefahaman murid berkaitan
dengan topik yang dipelajari melalui aplikasi
dalam situasi sebenar





Tugasan dalam dan luar kelas

Makna – Tugasan individu berkaitan dengan
sesuatu topik
Fungsi – Sebagai persediaan awal sebelum
memulakan aktiviti kumpulan atau memenuhi
masa lapang Makna – Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
(KBAT)
Fungsi – Melahirkan murid berfikiran kreatif dan
inovatif serta berupaya berfikir di luar kotak
Aktiviti Kumpulan Kreatif dan Inovatif
Soalan Aktiviti Kumpulan Kreatif dan Inovatif



Makna – Tugasan berkumpulan
(Elemen Merentas Kurikulum (EMK) berkaitan
dengan Kreativiti dan Inovasi)
Fungsi – Mencungkil pengetahuan murid dan
memupuk semangat bekerjasama dalam kumpulan
ketika menyelesaikan sesuatu tugasan QR Code
Tajuk
Senarai URL
Peta -THINK Makna – Aplikasi QR Code (Quick Response) dan
URL (Uniform Resource Locator)
(Elemen Merentas Kurikulum (EMK) berkaitan
Makna – Peta pemikiran inovatif (Innovative
thinking map) dengan Sains dan Teknologi serta Teknologi dan
Maklumat dan Komunikasi (ICT))
Fungsi – Mempertingkatkan dan membudayakan
kemahiran berfikir dalam kalangan murid Fungsi – Menarik minat murid untuk belajar
secara lebih interaktif, cepat dan mudah serta
ke arah menghasilkan murid yang kreatif, mendapat maklumat yang betul dan tepat
kritis dan inovatif
viii





02_Txtbk Perniagaan Tg4_Prelims-7/11.indd 8 11/7/16 12:11 PM

ELEMEN DI AKHIR SUB TOPIK DAN BAB


Elemen di akhir sub topik dan bab merangkumi rumusan ringkas yang memberi gambaran secara umum
kepada bab yang telah dipelajari. Selain itu, latihan yang dibentuk akan menguji pemahaman murid dalam
setiap bab yang telah dipelajari. Setiap soalan meliputi pelbagai aras termasuk soalan Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi (KBAT).


Gerak Minda Refleksi

Makna – Latihan formatif Makna – Imbas kembali
(Soalan objektif, struktur dan esei) (Soalan esei yang merangkumi kesimpulan
Fungsi – Menguji dan mengukuhkan kefahaman kepada kehendak DSKP)
murid terhadap sub topik yang telah dipelajari Fungsi – Mengimbas kembali topik yang
telah dipelajari melalui soalan-soalan yang
memerlukan jawapan sama ada secara lisan
atau bertulis








Rumusan Latihan Sumatif

Makna – Rumusan Bab Makna – Latihan akhir bab
Fungsi – Menyatakan isi penting bagi (Soalan objektif dan esei)
setiap bab Fungsi – Menguji pemahaman murid terhadap
topik atau bab yang telah dipelajari










Aktiviti Kumpulan Kreatif dan Inovatif (Bab)
Soalan Aktiviti Kumpulan Kreatif dan Inovatif



Makna – Tugasan berkumpulan di akhir setiap bab
(Elemen Merentas Kurikulum (EMK) berkaitan dengan Kreativiti dan Inovasi)
Fungsi – Mencungkil pengetahuan murid dan memupuk semangat bekerjasama dalam kumpulan ketika
menyelesaikan sesuatu tugasan murid yang mencakupi pengetahuan setiap bab








ix






02_Txtbk Perniagaan Tg4_Prelims-7/11.indd 9 11/7/16 12:11 PM

IKON USAHA NIAGA




Sesiapa sahaja boleh jadi jutawan asalkan
berani berusaha tanpa putus asa.

Irfan Khairi
Seorang pakar perniagaan Internet dan pengasas Irfan Khairi Sdn. Bhd. (iksb).
Beliau terlibat dalam perniagaan bermula pada usia 20 tahun dan berjaya menjadi
jutawan pada usia 25 tahun. Beliau telah menggunakan kejayaan yang dimiliki untuk
membantu usahawan sedia ada dan bakal usahawan untuk turut berjaya dalam
bidang perniagaan.




Jadikan setiap masalah sebagai peluang dan
bukan sebagai halangan untuk berjaya.
Neeta Gosalia
Pengasas Neeta’s Herbal (M) Sdn. Bhd. yang mengeluarkan produk rambut herba dan
pusat penjagaan kulit. Beliau telah melalui pelbagai cabaran dan dugaan sebelum bergelar
usahawan berjaya. Sikap ingin terus berjaya, tidak pernah berputus asa dan yakin pada
diri menyebabkan beliau berjaya mengharungi setiap cabaran yang mendatang.




Yakinlah bahawa 9/10 rezeki adalah
daripada perniagaan.


Mohd Khairul Nizam Wahiddin
Pengasas syarikat Spirit Beauty Sdn. Bhd. dan produk jenama DEWAMOR
SIGNATURE yang ditubuhkan olehnya sendiri. Beliau merupakan seorang
usahawan muda dan orang kelainan upaya (OKU). Beliau berjaya membuktikan
bahawa kekurangan diri bukan alasan atau halangan untuk terus berjaya bagi
mengubah nasib diri dan keluarga.





Berfikir positif akan membuat anda nampak
peluang di sekeliling anda.
Lee Thiam Wah
Pengasas dan pemilik mini market 99 SPEEDMART melalui syarikatnya, iaitu
99 SPEED MART SDN. BHD. Beliau merupakan orang kelainan upaya (OKU) yang
berjiwa besar dan kental. Beliau berjaya membuktikan melalui usaha yang berterusan
dan semangat yang tinggi akan mengatasi setiap kelemahan yang wujud. Sikap berani
“bertindak di luar kebiasaan” menjadi pencetus kepada kejayaan yang dimilikinya pada
hari ini.
x






02_Txtbk Perniagaan Tg4_Prelims-7/11.indd 10 11/7/16 12:11 PM

Tajuk 1










Tujuan Perniagaan




1

Permata Niaga





“Jika kita senang, kesenangan yang kita peroleh datang dengan
tanggungjawab. Kita perlu melakukan amal jariah. Walaupun sedikit,

biarlah yang sedikit itu ada berkatnya”.



- Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary
(Syed Mokhtar Al-Bukhary) -



(Sumber: Dipetik dan disesuaikan daripada laman sesawang
http://nurulnasuha208799.blogspot.my/2013/10/19-prinsip-

kejayaan-tan-sri-syed.html, capaian pada 23 Julai 2016)

































2

Tajuk 2










Organisasi Perniagaan




119

Permata Niaga





“Setiap perniagaan ada risikonya, jadi jika anda takut buat sesuatu
perniagaan, elok tinggalkan sahaja kerana pasti ada peluang yang

lebih baik untuk anda. Tetapi, jika anda langsung tiada sikap berani,
anda akan kekal miskin”.




- Tan Sri Robert Kuok Hock Nien (Robert Kuok) -


(Sumber: Dipetik dan disesuaikan daripada laman sesawang https://dahalmi

wordpress.com/2011/09/20/tan-sri-robert-kuok-usahawan
bersifat-realistik/, capaian pada 23 Julai 2016)

































120

Kertas Kerja Projek Perniagaan





223

Permata Niaga





“Jika anda mahu merealisasikan impian, “belajar” bagaimana agar
impian tersebut dapat dicapai, “lakukan” dengan segera. Kejayaan

luar biasa akan menjadi milik anda”.



- Tan Sri Anthony Francis Fernandes (Tony Fernandes) -



(Sumber: Dipetik dan disesuaikan daripada laman sesawang http://pranataharri.
blogspot.com/2012/01/biografi-tony-hernandes.html#ixzz4FF9CAyBm, capaian
pada 23 Julai 2016)




































224

1










BAB





TUJUAN PERNIAGAAN DAN




PEMILIKAN PERNIAGAAN








Adakah anda tahu bagaimana sesebuah negara dapat mencapai kestabilan ekonomi?
Ukuran paling mudah yang digunakan pada masa kini ialah mengukur keupayaan negara dan rakyat
untuk menjanakan pendapatan dalam bentuk kewangan.
Di Malaysia, menceburi bidang perniagaan merupakan salah satu cara paling berkesan untuk menjanakan
pendapatan yang lumayan dan mengubah sosioekonomi diri, keluarga atau masyarakat. Perniagaan ialah salah
satu aktiviti penting yang menjanakan ekonomi individu dan juga negara. Aktiviti perniagaan terbahagi kepada
barang dan perkhidmatan.
Dalam bab ini, anda akan mengenal pasti pelbagai organisasi perniagaan yang wujud dan cara perniagaan
dapat menyumbang kepada kesejahteraan negara. Anda juga akan mempelajari aspek pengurusan, pemilikan
dan klasifikasi perniagaan di Malaysia.


KATA KUNCI
• Tujuan perniagaan • Klasifikasi perniagaan
• Bentuk pemilikan • Skala perniagaan
• Francais • Barang dan perkhidmatan
• Usaha sama • Perkembangan perniagaan



Standard Pembelajaran



Selepas mempelajari bab ini, murid boleh:
1 menerangkan tujuan perniagaan
2 membezakan setiap bentuk pemilikan perniagaan secara milikan tunggal, perkongsian, syarikat
sendirian berhad atau berhad, koperasi dan kerajaan
3 mengklasifikasikan perniagaan mengikut saiz kecil, sederhana dan besar
4 menerangkan skala perniagaan berdasarkan kriteria tempatan, zon dan kebangsaan
5 menjelaskan sesuatu perniagaan berdasarkan penawaran barang dan perkhidmatannya,
pemilikan, saiz dan skala serta klasifikasinya
6 membezakan perkembangan perniagaan dalam sektor utama, kedua dan ketiga

Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan BAB 1 3






Bab1_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd 3 11/7/16 12:14 PM

1 1
Peta Konsep






Tujuan perniagaan dan pemilikan perniagaan







Tujuan Perkembangan
perniagaan sektor perniagaan
di Malaysia



Bentuk pemilikan
perniagaan
• Milikan tunggal
• Perkongsian
• Syarikat berhad
• Koperasi
Perkaitan antara
penawaran barang dan
perkhidmatan, bentuk
pemilikan, klasifikasi
dan skala perniagaan




Bentuk-bentuk
Perniagaan Lain Skala perniagaan
• Francais
• Usaha sama






Klasifikasi perniagaan
• Saiz perniagaan
• Sektor perniagaan











4 BAB 1 Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan






Bab1_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd 4 11/7/16 12:14 PM

Bab 1
1.0 Pengenalan


Perniagaan ialah aktiviti yang melibatkan urus niaga jual beli
barang atau perkhidmatan antara penjual dengan pembeli Cintai Negara
bagi memenuhi keperluan dan kehendak pengguna. Aktiviti
perniagaan melibatkan pertukaran nilai antara penjual dengan Bidang perniagaan merupakan
suatu bidang yang perlu menjadi
pembeli bagi membolehkan penjual memperoleh keuntungan. pilihan pertama rakyat bagi
Keuntungan yang diperoleh boleh dilaburkan semula untuk membantu mengukuhkan
me majukan cabang perniagaan. Sebagai peniaga yang beretika, ekonomi diri, keluarga
sebahagian kecil keuntungan boleh digunakan untuk memenuhi dan negara.
tanggungjawab kepada masyarakat.

Setiap perniagaan dalam pasaran bertanggungjawab untuk
menghasilkan barang atau perkhidmatan bagi memenuhi
keperluan dan kehendak masyarakat. Perniagaan juga turut
bertanggungjawab untuk membantu meningkatkan taraf hidup
masyarakat dengan menyediakan peluang pekerjaan. Selain
itu, perniagaan juga bertanggungjawab untuk menjalankan
tanggungjawab sosial korporat (CSR) seperti melindungi alam
sekitar dan meningkatkan infrastruktur setempat.
EMK
1.0.1 Konsep Asas Perniagaan Arahan:
Bincangkan dalam kumpulan.
Konsep asas perniagaan merupakan perkara utama dan asas
yang membolehkan wujudnya proses urus niaga antara penjual Soalan:
Berikan pendapat anda berkaitan
dengan pembeli. Setiap asas yang terdapat dalam perniagaan dengan kepentingan konsep
mempunyai perkaitan antara satu sama lain. Konsep asas asas perniagaan kepada setiap
perniagaan merangkumi enam komponen utama seperti yang organisasi perniagaan.
ditunjukkan dalam Rajah 1.1 yang berikut:

Peta -THINK
Buku rujukan Internet
Memuaskan
kehendak dan
keperluan
pengguna

Penjual dan Pertukaran
pembeli Konsep nilai
asas
perniagaan


Barang dan Keuntungan
perkhidmatan perniagaan

Kontrak
Usahawan perniagaan Majalah

Rajah 1.1 Konsep asas perniagaan
Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan BAB 1 5






Bab1_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd 5 11/7/16 12:14 PM

Bab 1 Minda Kreatif (a) Barang dan Perkhidmatan

Secara umumnya, kombinasi barang dan perkhidmatan dikenali
Jelaskan kaedah yang boleh
digunakan oleh sesebuah sebagai produk. Barang dan perkhidmatan ini disediakan dan
perniagaan bagi memenuhi ditawarkan bagi memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.
keperluan dan kehendak
pengguna yang tidak terhad. Barang ialah sesuatu yang mempunyai bentuk fizikal.
Barang merupakan objek yang dapat dilihat serta disentuh.

Perkhidmatan ialah aktiviti yang memberikan faedah kepada
pengguna dan peniaga. Perkhidmatan tidak mempunyai bentuk
fizikal secara khusus dan disalurkan terus kepada pengguna oleh
peniaga yang menyediakan perkhidmatan tersebut.

Contoh

Barang: perabot, makanan dan pakaian
Perkhidmatan: pengangkutan, insurans dan pelancongan



(b) Memuaskan Keperluan dan
RM Celik Kewangan
Kehendak Pengguna
Untuk menjadi pengguna dan
usahawan yang bijak, setiap Keperluan ialah sesuatu yang diperlukan oleh manusia untuk
individu perlu berupaya untuk meneruskan kehidupan. Keperluan adalah terhad dan mudah
memahami perkara yang berikut: dipuaskan serta sama bagi semua individu.
• nilai wang
• kepentingan wang Kehendak pula ialah keinginan manusia untuk hidup
• pengurusan wang dengan lebih selesa. Kehendak tidak terhad dan sukar dipuaskan
serta berbeza antara individu.

Peniaga perlu menawarkan barang dan perkhidmatan yang
dapat memenuhi dan memuaskan keperluan dan kehendak
manusia jika mereka mahu memajukan perniagaan.






















Gambar foto 1.1 Keperluan Gambar foto 1.2 Kehendak
6 BAB 1 Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan






Bab1_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd 6 11/7/16 12:14 PM

(c) Pertukaran Nilai
EMK Bab 1 Bab 1
Pertukaran nilai merupakan aktiviti urus niaga yang melibatkan
tindakan pembeli memberikan sesuatu yang bernilai (wang) Arahan:
Dapatkan maklumat melalui
kepada penjual sebagai balasan kepada produk yang diperoleh. kaedah sumbang saran.
Urus niaga akan berlaku sekiranya wujud persetujuan antara
penjual dengan pembeli tentang harga yang ditetapkan. Soalan:
1 Bincangkan peranan penjual
dan pembeli dalam memacu
(d) Keuntungan Perniagaan pertumbuhan perniagaan
secara keseluruhan
Keuntungan ialah lebihan hasil jualan setelah ditolak semua kos di Malaysia.
yang terlibat. Contoh kos-kos yang terlibat ialah kos pengeluaran 2 Nyatakan sumbangan yang
boleh diberikan oleh peniaga
dan kos operasi. kepada masyarakat.


Keuntungan = Jumlah jualan – Jumlah kos

Tahap keuntungan yang diperoleh sesebuah perniagaan Buletin Keusahawanan
boleh dijadikan petunjuk jika perniagaan itu berjaya dan mampu
bersaing di pasaran. Pada masa yang sama, keuntungan akan Akta Kawalan Harga dan Anti
Pencatutan 2011
melambangkan imej dan kecemerlangan sesebuah perniagaan. Akta ini berfungsi untuk
Apabila sesebuah perniagaan telah berjaya memaksimumkan melindungi pengguna dan
memastikan bahawa peniaga
keuntungan seperti yang telah ditetapkan, perniagaan tersebut berniaga secara jujur tanpa
bertanggungjawab untuk menyumbang semula sebahagian menaikkan harga barang atau
daripada keuntungan kepada masyarakat setempat. perkhidmatan secara sesuka hati.


(e) Penjual dan Pembeli

Penjual ialah individu yang menawarkan barang atau
perkhidmatan. Pembeli pula ialah pihak yang memerlukan atau
menghendaki barang atau perkhidmatan tersebut. Peniaga dan
pembeli melakukan urus niaga di pasaran.

Urus niaga berlaku apabila peniaga dan pembeli setuju dengan
masa, harga, kuantiti serta tempat barang atau perkhidmatan
tersebut dibekalkan.

(f) Kontrak Perniagaan

Kontrak ialah perjanjian yang dimeterai oleh dua atau lebih
individu. Pihak-pihak tersebut akan terikat secara sah kepada
perjanjian yang telah dipersetujui.
Kontrak dikuatkuasakan melalui Akta Kontrak 1950. Contoh QR Code
kontrak perniagaan ialah kontrak jual beli barang dan kontrak Akta Kontrak 1950
sewa beli. Kontrak perniagaan berperanan untuk melindungi http://www.docfoc.com/akta-
pengguna dalam urusan perniagaan. kontrak-1950-act-136


Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan BAB 1 7






Bab1_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd 7 11/7/16 12:14 PM

Bab 1 1.0.2 Aktiviti Perniagaan


Buletin Keusahawanan Aktiviti perniagaan dapat dibahagikan kepada aktiviti berasaskan
barang dan perkhidmatan.
(a) Aktiviti Berasaskan Barang

Aktiviti berasaskan barang melibatkan penggunaan faktor-faktor
• Program 1AZAM merupakan pengeluaran untuk menghasilkan barang fizikal. Contohnya,
salah satu usaha atau kilang perabot menghasilkan perabot seperti meja, kerusi dan
inisiatif kerajaan dalam kabinet untuk dijual kepada individu, organisasi dan kedai perabot.
melahirkan usahawan dan
mengeluarkan rakyat daripada
kepompong kemiskinan.
• Antara program yang terdapat
dalam program 1AZAM adalah
seperti yang berikut:
– AZAM KERJA
Memberi kemahiran
tambahan bagi meningkatkan
produktiviti dan kemahiran
– AZAM TANI
Menyediakan peluang
menjana pendapatan melalui
aktiviti pertanian
– AZAM NIAGA
Menyediakan peluang Gambar foto 1.3 Kilang perabot
menjana pendapatan
melalui aktiviti perniagaan
secara kecil-kecilan dengan (b) Aktiviti Berasaskan Perkhidmatan
kemudahan latihan dan
kredit mikro Aktiviti berasaskan perkhidmatan melibatkan penawaran barang
tidak nyata yang dapat memberikan keselesaan, kepuasan dan
– AZAM KHIDMAT kecekapan kepada pengguna. Contohnya, pendidikan merupakan
Menyediakan peluang untuk
menjana pendapatan melalui aktiviti perkhidmatan yang menawarkan pembangunan modal
aktiviti perkhidmatan insan dari aspek mental dan fizikal. Perkhidmatan ini melibatkan
(Sumber: Dipetik dan disesuaikan sektor awam dan sektor swasta.
daripada laman sesawang http://
www.kpwkm.gov.my/nkra/1azam)

















Gambar foto 1.4 Perkhidmatan pendidikan
8 BAB 1 Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan






Bab1_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd 8 11/7/16 12:14 PM

Gerak Minda 1.0


SOALAN STRUKTUR
Arahan: Jawab semua soalan.
1 Senaraikan empat komponen utama dalam konsep asas perniagaan.

(a)
(b)
(c)

(d)
2 Kenal pasti aktiviti yang dijalankan oleh perniagaan yang berikut:

Jenis perniagaan Aktiviti yang dijalankan

Agensi Pelancongan
Percetakan

Kedai Dobi
Kilang Kopi


3 Nyatakan lima kepentingan konsep asas perniagaan kepada bakal usahawan.
(a)

(b)
(c)
(d)
(e)

4 Berikan dua perbezaan antara keperluan dengan kehendak dalam perniagaan.

Keperluan Kehendak
(a) (c)

(b) (d)

5 Senaraikan empat contoh aktiviti perniagaan yang boleh diceburi dengan modal yang kecil.
(a)

(b)
(c)
(d)





Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan BAB 1 9






Bab1_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd 9 11/7/16 12:14 PM

SOALAN ESEI
Arahan: Jawab semua soalan.

1
Hotel Haiwan Peliharaan Sarah Kedai Haiwan Peliharaan Preety
Menjalankan perniagaan penjagaan sementara Menjual barang keperluan haiwan peliharaan
untuk haiwan kesayangan seperti makanan, pakaian, syampu dan permainan

(a) Bandingkan dua perniagaan tersebut dari aspek aktiviti perniagaan yang dijalankan.
(b) Pada pendapat anda, adakah kedua-dua perniagaan tersebut beroperasi dengan konsep asas
perniagaan yang sama? Bincangkan.
2 (a) Pilih satu barang kegunaan harian. Bagaimanakah konsep asas dalam perniagaan membolehkan
barang tersebut dinikmati oleh pengguna?
(b) Gambar foto yang berikut berkaitan dengan aktiviti perniagaan.
Berdasarkan Gambar foto A dan Gambar foto B, terangkan aktiviti perniagaan yang dijalankan.

Gambar foto A



















Gambar foto B



















3 Jelaskan bagaimanakah seseorang usahawan yang kreatif dan inovatif berupaya menjadikan keperluan
dan kehendak manusia sebagai suatu perniagaan?
4 Huraikan kaitan yang wujud antara konsep asas perniagaan dengan aktiviti perniagaan berasaskan barang
dan perkhidmatan.
10 BAB 1 Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan






Bab1_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd 10 11/7/16 12:14 PM

Bab 1
1.1 Tujuan Perniagaan


Menawarkan Barang dan

Perkhidmatan Cintai Negara
Setiap perniagaan perlu
Tujuan perniagaan adalah untuk menawarkan barang atau didaftarkan mengikut
perkhidmatan oleh seseorang peniaga atau organisasi kepada prosedur yang betul dengan
berlandaskan undang-undang
pembeli. Hal ini melibatkan aktiviti pembayaran atau pertukaran yang telah ditetapkan. Hal
wang untuk mendapatkan barang atau perkhidmatan yang ini bagi melindungi semua
dikehendaki oleh pembeli atau pengguna. pihak termasuk pengguna dan
perniagaan itu sendiri.
Tujuan perniagaan ditunjukkan dalam Rajah 1.2 yang berikut:




Tujuan perniagaan



Menawarkan barang atau perkhidmatan




Bermotifkan untung Bukan bermotifkan untung



Rajah 1.2 Tujuan perniagaan


Terdapat pelbagai jenis perniagaan wujud untuk memenuhi
keperluan dan kehendak individu yang pelbagai.

Jadual 1.1 Contoh barang dan perkhidmatan yang ditawarkan
Keperluan/
Barang Perkhidmatan Perniagaan
kehendak Minda Kreatif
Nasi lemak Servis hidangan Makanan – Gerai Jelaskan aktiviti perniagaan
keperluan asas makanan yang boleh diceburi oleh
bakal usahawan yang tidak
Baju Menjahit pakaian Pakaian baharu Kedai jahit mempunyai pengalaman dalam
bidang perniagaan.
Produk Rawatan muka Ingin kelihatan Salun
kecantikan cantik kecantikan






Fikirkan barang dan perkhidmatan yang anda perlukan atau inginkan dalam minggu ini.

Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan BAB 1 11






Bab1_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd 11 11/7/16 12:14 PM

Bab 1 Barang
Barang ialah item yang dapat dilihat, disentuh atau dipegang.
Barang terhasil daripada aktiviti pengeluaran untuk memenuhi
keperluan dan kehendak manusia.





Cintai Negara

Kempen Belilah Barangan
Buatan Malaysia
Setiap rakyat Malaysia perlu
menyokong produk keluaran
Malaysia bagi membantu
memperkukuh ekonomi negara
dan usahawan muda.


Gambar foto 1.5 Makanan Gambar foto 1.6 Telefon pintar



Perkhidmatan
Perkhidmatan ialah aktiviti yang dilakukan oleh seseorang atau
sekumpulan individu yang memberi manfaat kepada orang lain.
Antara aktiviti yang terlibat adalah menyumbangkan tenaga
fizikal dan mental, kemahiran, kepakaran dan pengalaman.
Perkhidmatan tiada bentuk fizikal. Pembekal perkhidmatan
boleh terlibat dalam aktiviti perniagaan tanpa menyediakan stok.



RM Celik Kewangan
Harga yang ditawarkan oleh
perniagaan perlu kompetitif bagi
memastikan semua peringkat
pengguna berkemampuan
untuk membelinya.












Gambar foto 1.7 Perubatan


Senaraikan barang buatan Malaysia dan barang import yang telah anda gunakan dalam minggu ini. Bandingkan
senarai tersebut dengan rakan anda. Siapakah yang lebih patriotik?

12 BAB 1 Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan






Bab1_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd 12 11/7/16 12:14 PM

Gabungan Barang dan Perkhidmatan
Terdapat juga perniagaan yang menawarkan kedua-dua barang Bab 1
dan perkhidmatan kepada pelanggan.

Contoh
Buletin Keusahawanan
Jika anda berkunjung ke kedai kopi, anda dapat membeli barang
fizikal, iaitu roti dan kopi, di samping menerima perkhidmatan
dalam bentuk layanan yang diberikan oleh pelayan di premis tersebut.



(a) Organisasi Bermotifkan Untung (OBU)


Organisasi bermotifkan untung terlibat secara langsung dalam
aktiviti pengeluaran dan penjualan barang dan perkhidmatan
dengan objektif utama, iaitu untuk mendapatkan keuntungan.
Organisasi ini menawarkan barang dan perkhidmatan yang
diperlukan dan diminta oleh pengguna.


Jakel Trading Sdn. Bhd. merupakan contoh organisasi yang
berjaya membantu melahirkan ramai usahawan muda dalam
industri tekstil di Malaysia.
Datuk Haji Mohamed Faroz
bin Mohamed Jakel
Legasi Jakel Trading Sdn. Bhd.
yang diasaskan oleh Allahyarham
Mohamed Jakel bin Ahmad telah
berjaya membuktikan bahawa
setiap kejayaan memerlukan
pengorbanan dan semangat juang
yang tinggi. Kejayaan yang dicapai
tersebut telah diteruskan melalui
kebolehan dan kebijaksanaan yang
dimiliki oleh Datuk Faroz dengan
membawa Jakel Trading Sdn. Bhd.
ke tahap yang dikagumi dan lebih
berdaya saing. Setiap cabaran dan
dugaan yang diterima selama ini
dijadikan kayu pengukur untuk
terus berjuang dan membantu
melahirkan lebih ramai usahawan
untuk lebih berjaya.

Gambar foto 1.8 Perniagaan tekstil





Sebagai bakal usahawan, pilih seorang tokoh perniagaan yang anda kenali. Kemudian, kenal pasti ciri-ciri usahawan
yang dimiliki oleh usahawan tersebut yang dapat dicontohi serta meningkatkan semangat anda untuk menjadi
usahawan yang berjaya pada masa hadapan.

Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan BAB 1 13






Bab1_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd 13 11/7/16 12:14 PM

Bab 1 Cintai Negara (i) Kepentingan Keuntungan kepada Perniagaan
Keuntungan digunakan untuk mengukur tahap prestasi dan
Rakyat Malaysia perlu bersatu
membantu semua insan yang menentukan hala tuju sesebuah perniagaan. Keuntungan juga
penting untuk mengembangkan dan memastikan kelangsungan
kurang bernasib baik untuk
bersama-sama menikmati hidup perniagaan. Tahap keuntungan melambangkan imej perniagaan.
yang lebih baik. Imej yang tinggi memudahkan pemilik untuk menarik pelaburan
baharu. Di samping itu, keuntungan juga membolehkan sesuatu
organisasi perniagaan menjalankan tanggungjawab sosial dengan
menyumbangkan keuntungan semula kepada masyarakat seperti
membina tempat rekreasi.



Buletin Keusahawanan

Tanggungjawab Sosial Korporat
(Corporate Social Responsibility − CSR)











Perkhidmatan ‘extra miles’ adalah
satu program tanggungjawab Gambar foto 1.9 Pemaju membina tempat rekreasi
sosial korporat Lembaga Hasil
Dalam Negeri (LHDN). Telefon
bimbit dibekalkan kepada (b) Organisasi Bukan Bermotifkan
Community Care Officer (CCO) Untung (OBBU)
LHDNM bagi memudahkan
semua pembayar cukai mendapat
perkhidmatan secara terus Organisasi bukan bermotifkan untung ialah organisasi yang
daripada CCO. memenuhi keperluan awam dalam pelbagai bidang termasuk
(Sumber: Dipetik dan disesuaikan bidang pendidikan, keagamaan, sosial dan budaya. Organisasi
daripada laman sesawang http:// ini menyediakan barang dan perkhidmatan untuk membantu
lampiran.hasil.gov.my/pdf/pdfam/ golongan kurang berkemampuan, miskin tegar, gelandangan,
Tanggungjawab Sosial Korporat) orang kelainan upaya, warga tua yang terabai dan melindungi
haiwan yang terbiar.

Contoh
Organisasi bukan bermotifkan untung
Minda Kreatif

Jelaskan cara organisasi
bukan bermotifkan untung
memperoleh dana bagi
menjalankan aktivitinya.
Yayasan Kebajikan Haiwan Kebangsaan Malaysia
(MNAWF)

14 BAB 1 Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan






Bab1_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd 14 11/7/16 12:14 PM

(i) Matlamat Penubuhan Organisasi
EMK Bab 1
Organisasi bukan bermotifkan untung (OBBU) bermatlamat
untuk meningkatkan penglibatan sektor awam dalam kegiatan Arahan:
kemasyarakatan. OBBU juga menyediakan ruang dan peluang Dapatkan maklumat tentang
organisasi yang berikut daripada
untuk semua golongan melibatkan diri dalam aktiviti yang boleh laman sesawangnya.
membangunkan masyarakat kurang berkemampuan. Contohnya,
Persatuan Pengguna dan Rumah Anak Yatim.
Pada masa yang sama, OBBU turut membantu golongan
yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan perkhidmatan
seperti perlindungan, pendidikan, rawatan dan kaunseling.
OBBU juga memastikan nasib setiap insan yang memerlukan • Gabungan Persatuan-Persatuan
bantuan terus terbela dan terpelihara demi menjamin masa depan Pengguna Malaysia (FOMCA)
yang lebih baik.









• Majlis Kanser Nasional
(MAKNA)
Soalan:
Kenal pasti jenis organisasi
bukan bermotifkan untung dan
aktiviti yang dijalankan oleh
organisasi tersebut.





Gambar foto 1.10 Rumah Anak Yatim

(ii) Kaedah Perniagaan bagi Organisasi Bukan
Bermotifkan Untung

Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan oleh organisasi
bukan bermotifkan untung untuk menjalankan perniagaan, iaitu
secara percuma, jualan pada harga kos dan jualan pada harga di
bawah kos.
RM Celik Kewangan
• Secara Percuma Setiap pengguna perlu bijak

Sesetengah barang dan perkhidmatan yang disediakan secara menguruskan kewangan termasuk
menyediakan tabung khas bagi
percuma oleh organisasi bukan bermotifkan untung. Barang tujuan untuk membantu golongan
dan perkhidmatan ini selalunya disediakan oleh kerajaan atau yang memerlukan.
pertubuhan bukan kerajaan (NGO).


Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan BAB 1 15






Bab1_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd 15 11/7/16 12:14 PM

Bab 1 Contoh






QR Code Menyediakan bantuan perubatan serta barang keperluan harian
Klinik 1Malaysia secara percuma apabila berlaku bencana alam seperti gempa bumi
http://pmr.penerangan.gov.my/ atau banjir.
index.php/1malaysia/7816-klinik-
1malaysia.html

• Jualan Pada Harga Kos
Terdapat juga barang dan perkhidmatan yang ditawarkan pada
harga kos. Jualan pada harga kos bermakna tiada sebarang
keuntungan diperoleh oleh penjual.

Harga yang dikenakan hanya mencukupi untuk menanggung
kos jualan barang atau perkhidmatan yang ditawarkan.



Minda Kreatif

Jelaskan kelebihan dan
kekurangan perniagaan yang
melakukan aktiviti jualan pada
harga kos.













Gambar foto 1.11 Peserta bengkel di pusat kulinari dibekalkan bahan
pada harga kos

• Jualan Pada Harga di Bawah Kos
Barang atau perkhidmatan yang dijual di bawah harga kos
bermaksud harga yang dikenakan adalah lebih rendah
Gambar foto 1.12 Tepung berbanding dengan kos sebenar untuk menyediakan barang
gandum (1 kg), iaitu barang yang atau perkhidmatan tersebut. Secara kebiasaannya, barang dan
mendapat subsidi daripada kerajaan perkhidmatan ini mendapat subsidi daripada pihak kerajaan.
Subsidi yang diberikan bertujuan untuk membantu rakyat
yang kurang berkemampuan.



Selain barang yang telah dinyatakan dalam gambar foto 1.12, senaraikan barang yang mendapat subsidi daripada pihak
kerajaan. Kemudian, jelaskan kelebihan dan kekurangan pemberian subsidi kepada rakyat dan negara.

16 BAB 1 Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan






Bab1_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd 16 11/7/16 12:14 PM

1.2 Bentuk Pemilikan Bab 1

Perniagaan



Pemilikan perniagaan merupakan entiti sesebuah perniagaan
yang dibentuk dari aspek perundangan. Antara bentuk pemilikan Minda Kreatif
perniagaan yang lazim adalah milikan tunggal, perkongsian,
syarikat berhad dan koperasi. Bentuk pemilikan perniagaan boleh Jelaskan perbezaan yang wujud
antara setiap bentuk pemilikan
dikategorikan mengikut ciri-ciri dari aspek pemilik, corak kawalan dalam perniagaan.
dan struktur pengurusannya.

Peta MINDA






Dain, Siti Juna Partner










Milikan Tunggal Perkongsian


Bentuk
pemilikan
perniagaan
























Koperasi Syarikat Berhad
Rajah 1.3 Pemilikan perniagaan

Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan BAB 1 17






Bab1_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd 17 11/7/16 12:14 PM

Bab 1 Cintai Negara (a) Milikan Tunggal

Milikan tunggal ialah sejenis aktiviti perniagaan yang dimiliki
Usahawan yang berjaya tidak
mengutamakan keuntungan dan dikawal sepenuhnya oleh seorang individu sahaja. Individu
perniagaan semata-mata tetapi yang menjalankan perniagaan milikan tunggal bertanggungjawab
berusaha untuk memastikan untuk melaburkan modal dalam perniagaan.
bahawa keuntungan yang
diperoleh dapat memberikan Sumber pembiayaan diperoleh daripada wang simpanan
manfaat kepada masyarakat pemilik, pinjaman daripada saudara-mara, agensi kerajaan dan
dan negara.
institusi kewangan. Keuntungan yang diperoleh akan dikenakan
cukai pendapatan perseorangan. Milikan tunggal merupakan
jenis pemilikan perniagaan yang paling popular di Malaysia.




Buletin Keusahawanan










Khalif bin Samsuddin
@ Carl Samsuddin
Pengasas Butik Bella Ammara
dan beberapa perniagaan
lain. Keberanian beliau untuk
mengubah nasib diri dengan
menceburi bidang perniagaan
telah menjadi asas kepada
kejayaan beliau pada hari ini.
Kejayaan beliau bermula daripada
sembilan pasang telekung pada
Julai 2012 perlu dicontohi oleh
generasi muda pada masa ini
dengan menjadikan bidang
perniagaan sebagai kerjaya
pilihan utama.




Gambar foto 1.13 Perniagaan milikan tunggal




Ali pergi ke kedai alatan sukan untuk membeli sepasang kasut bola untuk perlawanan persahabatan antara daerah.
Kos belian kasut daripada pembekal oleh pemilik kedai ialah RM150.00. Harga yang ditawarkan adalah sebanyak
RM250.00. Dia mendapati terdapat tawaran diskaun sebanyak 25 peratus untuk setiap item. Setiap item tertakluk
kepada cukai barang dan perkhidmatan (GST) sebanyak enam peratus. Kira keuntungan yang diperoleh pemilik kedai
alatan sukan tersebut.

18 BAB 1 Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan






Bab1_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd 18 11/7/16 12:14 PM

(i) Pendaftaran Perniagaan Milikan Tunggal
Aktiviti perniagaan yang dijalankan secara milikan tunggal perlu Bab 1
didaftarkan di Pejabat Pendaftaran Perniagaan di Suruhanjaya
Syarikat Malaysia (SSM) dalam tempoh 30 hari bermula dari
tarikh memulakan perniagaan. Pendaftaran perniagaan milikan
tunggal yang menjalankan perniagaan di premis tetap perlu
melalui proses yang berikut: QR Code
1 Mendaftar dengan Pendaftar Perniagaan Suruhanjaya Syarikat Malaysia
http://www.ssm.com.my
Perniagaan boleh didaftarkan dengan menggunakan
nama sendiri atau nama perniagaan. Sijil Perakuan
Pendaftaran Perniagaan akan dikeluarkan dalam tempoh
sejam selepas bayaran dibuat.






























Gambar foto 1.14 Sijil perakuan pendaftaran perniagaan yang dikeluarkan oleh SSM


Hantar kepada Pendaftar
Mengisi Borang Mengisi Borang A Perniagaan, Suruhanjaya
carian nama
Syarikat Malaysia (SSM)



Membuat pembayaran Mendapatkan Borang D,
RM30.00 jika nama sendiri, iaitu Sijil Perakuan
RM60.00 jika nama tred Pendaftaran Perniagaan

Rajah 1.4 Proses pendaftaran penubuhan perniagaan
2 Mendapatkan lesen perniagaan daripada Pihak Berkuasa
Tempatan (PBT)
Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan BAB 1 19






Bab1_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd 19 11/7/16 12:14 PM

Bab 1 EMK (ii) Kelebihan dan Kekurangan Milikan Tunggal
Kelebihan dan kekurangan milikan tunggal ditunjukkan dalam
Bahagikan kelas kepada beberapa
kumpulan kecil. Jadual 1.2 yang berikut:
Tugasan: Jadual 1.2 Kelebihan dan kekurangan milikan tunggal
Jelaskan cara atau langkah yang
terlibat dalam penubuhan entiti Kelebihan Kekurangan
milikan tunggal.
Mudah ditubuhkan Diuruskan secara berseorangan
Langkah-langkah:
1 Kumpulkan semua borang Tidak banyak syarat dan hanya Sukar untuk berkembang kerana
yang perlu dilengkapkan. memerlukan modal kecil modal kecil
2 Kumpulkan maklumat dan
dokumen yang diperlukan. Mudah diurus kerana saiznya Beban kerja semua ditanggung
3 Isikan borang dengan kemas yang kecil oleh pemilik
dan teliti.
4 Serahkan dokumen kepada Bebas menguruskan perniagaan Perniagaan tidak berterusan
kumpulan lain.
5 Semak kekurangan yang
wujud dalam dokumen yang Keputusan dibuat oleh pemilik Risiko perniagaan ditutup jika
anda terima. pemilik meninggal dunia
6 Berikan komen anda.
Beban cukai rendah Sukar berkongsi kepakaran

Pemilik hanya perlu membayar Pemilik menanggung liabiliti
cukai individu tidak terhad


(b) Perkongsian

RM Celik Kewangan
Perkongsian ditakrifkan sebagai kerjasama antara dua atau lebih
individu bagi menjalankan perniagaan. Mereka bersetuju untuk
bergabung tenaga bagi menjalankan perniagaan berasaskan
syarat yang dipersetujui bersama. Melalui perkongsian modal,
kepakaran, pengalaman dan pengetahuan, setiap rakan kongsi
dapat digabungkan untuk mengembangkan perniagaan.

Perniagaan perkongsian boleh ditubuhkan secara lisan atau
bertulis. Perkongsian yang wujud tanpa perjanjian bertulis adalah
Kebijaksanaan dalam pengurusan
kewangan akan membantu tertakluk kepada peruntukan dalam Akta Perkongsian 1961.
menjamin kestabilan kewangan
pada masa hadapan. Kebiasaannya, pihak-pihak yang terlibat akan membentuk
satu persetujuan bersama dalam surat ikatan perkongsian yang
merupakan perjanjian perkongsian. Syarat-syarat perkongsian
akan dicatatkan dalam dokumen ini untuk mengelakkan berlaku
perselisihan antara rakan kongsi.
Ahli yang terlibat dalam perniagaan secara perkongsian boleh
berkongsi ilmu pengetahuan, kepakaran, kemahiran, pengalaman
serta bebanan tugas. Jika terdapat rakan kongsi yang sakit atau
ingin bercuti, tugasannya dapat diambil alih oleh rakan kongsi.

20 BAB 1 Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan






Bab1_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd 20 11/7/16 12:14 PM

(i) Kandungan Perjanjian Perkongsian
Cintai Negara Bab 1
Kandungan perjanjian yang terdapat dalam pemilikan perniagaan
secara perkongsian termasuklah nama firma, nama semua rakan Setiap rakan kongsi perlu
kongsi, peruntukan berkaitan dengan hak dan tanggungjawab sentiasa jujur dan amanah
terhadap perjanjian dalam
rakan kongsi, jenis dan tempat perniagaan, nisbah pembahagian perniagaan yang telah dibuat
keuntungan atau kerugian, cara menjalankan perniagaan dan bagi memastikan setiap hasil
menamatkan perkongsian. yang diperoleh dapat dinikmati
oleh semua pihak, termasuk
pekerja, masyarakat dan negara.
(ii) Ciri-ciri Perkongsian

Ciri-ciri perkongsian adalah seperti berikut:
• bilangan rakan kongsi umumnya adalah dalam lingkungan
dua hingga 20 orang.
• bagi perkongsian yang melibatkan sesuatu profesion seperti
peguam dan akauntan, jumlah rakan kongsi adalah tidak
melebihi 50 orang.
• perniagaan yang dijalankan secara perkongsian juga tertakluk Minda Kreatif
di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Pindaan 1978).
Kaji terlebih dahulu kelebihan
dan kekurangan setiap jenis
(iii) Jenis-jenis dan Liabiliti Rakan Kongsi pemilikan sebelum anda
memilih jenis yang sesuai untuk
Perniagaan perkongsian mempunyai perbezaan dalam aspek jenis perniagaan anda.
rakan kongsi. Jenis rakan kongsi yang wujud dalam perniagaan Jelaskan sebab bilangan rakan
perkongsian ditunjukkan dalam Jadual 1.3 yang berikut: kongsi perkongsian biasa berbeza
daripada perkongsian profesion.
Jadual 1.3 Jenis dan liabiliti rakan kongsi

Jenis rakan kongsi Penerangan
Rakan kongsi berhad Liabiliti rakan kongsi ini terhad kepada
jumlah modal yang dilaburkan sahaja
dan tiada kuasa pengurusan serta
dibenarkan untuk memeriksa rekod dan
akaun perniagaan

Rakan kongsi lelap Menanggung liabiliti tidak terhad dan
tidak aktif dalam pengurusan serta
menyumbangkan modal sahaja

Rakan kongsi biasa Menanggung liabiliti tidak terhad dan
berhak menguruskan perniagaan

Rakan kongsi aktif Menanggung liabiliti tidak terhad dan
aktif dalam pengurusan serta dibayar
gaji secara bulanan
Gambar foto 1.15 Perkongsian
Rakan kongsi Nama digunakan sebagai rakan kongsi
nominal (namaan) tanpa mengeluarkan modal dan perlu
menanggung liabiliti yang tidak terhad
Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan BAB 1 21






Bab1_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd 21 11/7/16 12:14 PM

Bab 1 (iv) Bilangan Rakan Kongsi
Bilangan rakan kongsi adalah berbeza bagi perkongsian biasa,
Perkongsian Berhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad.




Bilangan rakan kongsi




Perkongsian biasa Perkongsian Berhad Perkongsian Liabiliti Terhad


Bilangan rakan kongsi yang
Bilangan rakan kongsi yang Bilangan rakan kongsi yang dibenarkan adalah minimum
dibenarkan adalah antara dibenarkan adalah antara 2 orang dan tiada had bilangan
2 orang hingga 20 orang 2 orang hingga 50 orang
maksimum rakan kongsi


Rajah 1.5 Bilangan rakan kongsi


Jadual 1.4 Kelebihan dan kekurangan perkongsian
Kelebihan Kekurangan

Modal lebih besar Modal terhad
Lebih banyak modal dapat Sukar untuk berkembang
dikumpulkan oleh rakan kongsi kerana modal masih terhad
berbanding dengan
Buletin Keusahawanan
syarikat berhad
Mudah ditubuhkan Perniagaan tidak berterusan
YOUNG ENTREPRENEUR
ORGANIZATION MALAYSIA Tidak banyak peraturan Perniagaan terbubar jika rakan
perlu dipatuhi kongsi meninggal dunia, muflis
Generasi Muda Berjaya (GMB) atau wujud perselisihan faham
merupakan antara platform
terbaik yang menyatukan dan Berkongsi kepakaran Liabiliti tidak terhad
mengembangkan perniagaan Gabungan tenaga rakan kongsi Aset peribadi rakan kongsi
usahawan muda daripada pelbagai menambahkan pengetahuan, boleh digunakan untuk
kaum di Malaysia ke tahap lebih kepakaran dan pengalaman yang menjelaskan hutang perniagaan
baik termasuk ke peringkat dunia. diperlukan perniagaan


(v) Jenis-jenis Perkongsian
Perkongsian terbahagi kepada beberapa jenis seperti berikut:

• Perkongsian Biasa
Dalam perkongsian biasa, semua rakan kongsi terdiri daripada
rakan kongsi biasa. Rakan kongsi biasa menanggung liabiliti
tidak terhad. Mereka mempunyai kuasa, tanggungjawab serta
hak yang sama untuk menguruskan perniagaan.

22 BAB 1 Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan






Bab1_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd 22 11/7/16 12:14 PM

• Perkongsian Berhad

Dalam perniagaan Perkongsian Berhad, terdapat beberapa Bab 1
orang rakan kongsi yang mempunyai liabiliti yang terhad. Hal
ini disebabkan oleh liabiliti yang ditanggung terhad setakat
jumlah modal yang dilaburkan. Mereka tidak mempunyai
kuasa dalam pengurusan perniagaan. Dalam Perkongsian
Berhad, sekurang-kurangnya seorang rakan kongsi biasa yang
menanggung semua liabiliti perniagaan dan bertanggungjawab
terhadap pengurusan perniagaan. Pekongsi dibenarkan untuk
memeriksa rekod dan akaun perniagaan.

• Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) RM Celik Kewangan
Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) merupakan satu bentuk Perkongsian modal atau
perniagaan alternatif yang menggabungkan ciri-ciri premis perniagaan akan
membantu mengurangkan
perkongsian dengan syarikat sendirian berhad. PLT telah kos serta meningkatkan
diperkenalkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada keuntungan perniagaan.
tahun 2013 di bawah Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012.
Ciri-ciri perkongsian liabiliti terhad (PLT) adalah seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 1.6 yang berikut:


Peta MINDA





Entiti
berasingan






Ciri-ciri QR Code
PLT
Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT)
https://www.ssm.com.my
Liabiliti Hayat
terhad berterusan






Rajah 1.6 Ciri-ciri PLT





Senaraikan perniagaan Perkongsian Liabiliti Terhad yang wujud di kawasan anda.

Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan BAB 1 23






Bab1_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd 23 11/7/16 12:14 PM

Bab 1 Minda Kreatif – entiti berasingan
Pemilik dan perniagaan dalam PLT merupakan dua pihak yang

berbeza. Perniagaan dalam PLT mempunyai hak menyaman,
Senaraikan negara yang
mempunyai bentuk pemilikan didakwa, memperoleh dan melupuskan harta.
jenis Perkongsian Liabiliti Terhad. – liabiliti terhad
Semua rakan kongsi mempunyai tanggungan terhad setakat
modal yang dilaburkan sahaja dan tidak melibatkan harta
peribadi pemilik.
– hayat berterusan
Setiap perubahan yang berlaku dalam pekongsi PLT tidak akan
menjejaskan kewujudan, hak atau liabiliti PLT. Contohnya, jika
salah seorang rakan kongsi meninggal dunia, kurang siuman
atau muflis, perniagaan masih boleh meneruskan operasinya
EMK
seperti biasa.
Arahan:
Bincangkan dalam kumpulan. Kelebihan Perkongsian Liabiliti Terhad kepada pemilik adalah
Kemudian bentangkan seperti berikut:
dalam kelas. – entiti berasingan
Soalan: Rakan kongsi bebas daripada tindakan undang-undang yang
1 Jelaskan cara mengatasi dikenakan terhadap syarikat.
kekurangan yang wujud
dalam bentuk pemilikan – fleksibiliti perniagaan
secara perkongsian. Rakan kongsi boleh meletakkan syarat-syarat tambahan
2 Jelaskan undang-undang menurut perjanjian perkongsian.
yang perlu dipatuhi oleh
perniagaan yang dijalankan – liabiliti terhad
secara perkongsian. Aset peribadi semua rakan kongsi dalam PLT dilindungi
sekiranya perniagaan muflis.
– penjimatan kos
PLT tidak tertakluk kepada sistem audit dan pematuhan pada
undang-undang berkanun. Selain itu, tiada had bilangan
maksimum rakan kongsi atau keperluan modal minimum.




Minda Kreatif Contoh

Contoh syarikat yang terlibat dengan Perkongsian Liabiliti
Jelaskan perbezaan yang wujud
antara Perkongsian Liabiliti Terhad adalah seperti berikut:
Terhad dengan syarikat dan 1 Teguh Jaya PLT
milikan tunggal. 2 Jati Diri PLT
3 Seri Cahaya PLT
4 Che Rose PLT
5 Senang Hati PLT
(Sumber: Dipetik dan disesuaikan daripada laman sesawang
http://www.hasil.gov.my/pdf/pdfam/KU_3_2014.pdf)

24 BAB 1 Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan






Bab1_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd 24 11/7/16 12:14 PM

(vi) Tanggungjawab rakan kongsi
Setiap rakan kongsi dalam perniagaan bertanggungjawab untuk Bab 1
menjalankan peranan masing-masing seperti berikut: Cintai Negara
• menjaga kepentingan rakan kongsi lain Tindakan mengelakkan unsur
• melindungi rahsia perniagaan termasuk rahsia kewangan, negatif dalam menjalankan
maklumat perniagaan dan akaun perniagaan perniagaan termasuk
penipuan dan rasuah akan
• mencari peluang dan sumber tambahan bagi memajukan menjadikan sesebuah
perniagaan yang dijalankan perniagaan lebih berjaya.
• memberikan idea dan pendapat bagi menyelesaikan setiap
masalah yang timbul

(c) Syarikat Berhad

Istilah Perniagaan
Syarikat Berhad merupakan entiti yang didaftarkan secara sah
dengan SSM dan tertakluk di bawah Akta Syarikat 1965. Syarikat Entiti (entity):
Berhad di tubuhkan oleh sekumpulan individu bagi tujuan Sesuatu yang diwujudkan atas
menjalankan aktiviti perniagaan. tujuan tertentu.

Keanggotaan Syarikat Berhad terdiri daripada ahli lembaga
pengarah dan pemegang saham.


Ahli Lembaga Pengarah Buletin Keusahawanan
1 Ahli lembaga pengarah yang paling kanan akan dilantik sebagai
pengarah urusan syarikat.
2 Ahli lembaga yang lain terdiri daripada pengarah eksekutif yang
menetapkan pelbagai polisi dan membuat keputusan-keputusan
berkaitan dengan perniagaan.

Pemegang saham
1 Pemegang saham merupakan pihak yang memegang
kepentingan dalam bentuk milikan saham.
2 Antara hak pemegang saham dalam sesebuah syarikat adalah Sime Darby Berhad merupakan
seperti yang berikut: contoh Syarikat Berhad yang
(a) mengundi dalam mesyuarat agung tahunan berjaya dan kukuh di Malaysia.
Kejayaan Sime Darby Berhad telah
(b) mendengar dan memberikan pendapat tentang laporan membantu negara dalam pelbagai
tahunan aktiviti dan laporan kewangan syarikat aspek termasuk mengurangkan
(c) mempersoalkan polisi syarikat jika difikirkan perlu kadar pengangguran dan
(d) mengundi untuk meluluskan atau menolak setiap cadangan mengukuhkan ekonomi Malaysia
yang dibawa oleh ahli lembaga pengarah ke tahap lebih baik.
(e) mengundi untuk melantik ahli lembaga pengarah







Senaraikan beberapa Syarikat Berhad yang wujud di Malaysia.

Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan BAB 1 25






Bab1_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd 25 11/7/16 12:14 PM

Bab 1 Syarikat Berhad di Malaysia dibahagikan kepada dua jenis
seperti yang telah termaktub dalam Akta Syarikat 1965. Setiap
jenis syarikat mempunyai ciri-ciri tersendiri.





Jenis-jenis Syarikat Berhad




Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.) Syarikat Awam Berhad



Rajah 1.7 Jenis-jenis Syarikat Berhad


(i) Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.)

Syarikat Sendirian Berhad kebiasaannya lebih kecil berbanding
dengan Syarikat Awam Berhad. Pemegang saham terdiri daripada
ahli keluarga atau rakan-rakan yang rapat. Syarikat Sendirian
Berhad mesti memiliki sekurang-kurangnya dua orang pemegang
saham dalam syarikat.
Ciri-ciri Syarikat Sdn. Bhd.

Ciri-ciri Syarikat Sdn. Bhd. adalah seperti berikut:
EMK
• tertakluk kepada Akta Syarikat 1965
Arahan:
Bentangkan dalam kelas. • bilangan ahli yang dibenarkan adalah antara dua orang hingga
50 orang
Soalan:
Nyatakan kandungan Akta • saham syarikat tidak boleh diurusniagakan di Bursa Malaysia
Syarikat 1965.
• pindah milik saham hanya boleh dilakukan dengan kebenaran
ahli lembaga pengarah

• lebih mudah mendapatkan modal yang besar untuk membiayai
operasi syarikat


RM Celik Kewangan • modal tambahan dapat diperoleh dengan menerbitkan syer
• pemegang saham juga menanggung liabiliti terhad
Setiap transaksi kewangan sama
ada individu atau perniagaan • sekiranya perniagaan muflis, pemegang syer hanya kehilangan
perlu dibuat secara berhati-hati modal syer yang dilaburkan
mengikut panduan dan nasihat
yang dikeluarkan oleh pakar • semua harta peribadi mereka tidak akan digunakan untuk
bagi mengelakkan berlakunya menyelesaikan hutang piutang syarikat
masalah pencerobohan privasi dan
pencurian identiti. • pemegang saham terbesar syarikat berhak untuk mengawal
setiap operasi syarikat


26 BAB 1 Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan






Bab1_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd 26 11/7/16 12:14 PM

Bab 1




Minda Kreatif

“Setiap maklumat kewangan
Syarikat Sendirian Berhad
dirahsiakan daripada
orang awam”.
Jelaskan pernyataan ini.









Buletin Keusahawanan

Berikut merupakan contoh
Syarikat Sendirian Berhad
yang berjaya:


Gambar foto 1.16 NH PRIMA INTERNATIONAL SDN. BHD.
(Butik Naelofar)
Kelebihan dan Kekurangan Syarikat Sendirian Berhad

Kelebihan dan kekurangan Syarikat Sendirian Berhad ditunjukkan
dalam Jadual 1.5 yang berikut:

Jadual 1.5 Kelebihan dan kekurangan Syarikat Sendirian Berhad

Kelebihan Kekurangan

Modal lebih besar Penawaran syer terhad
Lebih banyak modal dapat Syer hanya boleh ditawarkan
dikumpulkan melalui kepada saudara dan rakan
terbitan syer (Maksimum 50 orang)

Liabiliti terhad Beban cukai yang tinggi
Jika syarikat muflis, pemegang Kadar bayaran cukai syarikat
syer hanya rugi setakat modal adalah tinggi
yang dilaburkan sahaja

Hal ehwal syarikat Syer tidak boleh dipindah
dirahsiakan milik secara bebas
Laporan kewangan tidak Pindah milik syer perlu
perlu diumumkan kepada mendapat kelulusan daripada
orang ramai Lembaga Pengarah

Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan BAB 1 27






Bab1_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd 27 11/7/16 12:14 PM

Bab 1 EMK 2 Syarikat Awam Berhad
Ciri-ciri Syarikat Awam Berhad adalah seperti berikut:
(a) bilangan ahli yang dibenarkan adalah antara dua orang
Arahan
Bentangkan dalam kelas. hingga tiada had maksimum.
(b) sahamnya boleh diurusniagakan di Bursa Malaysia.
Soalan: (c) pemegang saham asal menanggung risiko kehilangan
Bandingkan ciri-ciri Syarikat
Sendirian Berhad dengan Syarikat kawalan atas syarikatnya jika terdapat pembelian saham
Awam Berhad. dalam kuantiti yang besar (saham majoriti) oleh pihak
tertentu dalam usaha untuk mengambil alih pengurusan
syarikat daripada pemegang saham asal.






RM Celik Kewangan

Pemilihan sesuatu pakej pinjaman
perlu dinilai secara teliti terlebih
dahulu. Penilaian perlu dibuat dari
semua aspek termasuk jumlah
kadar faedah, kadar pinjaman asas
(BLR), kadar dasar semalaman
(OPR) dan sebagainya. Penilaian
ini adalah untuk memastikan
setiap pinjaman yang dibuat tidak
memberikan kesan negatif dan
membebankan peminjam. Gambar foto 1.17 CIMB Bank Berhad

Kelebihan dan Kekurangan Syarikat Awam Berhad

Kelebihan dan kekurangan Syarikat Awam Berhad ditunjukkan
dalam Jadual 1.6 yang berikut:

Jadual 1.6 Kelebihan dan kekurangan Syarikat Awam Berhad
Kelebihan Kekurangan

Modal lebih besar Proses penubuhan rumit
• Lebih banyak modal dapat dikumpulkan • Pelbagai borang dan peraturan perlu dipatuhi
kerana bilangan pemegang syer
tidak terhad

Menikmati ekonomi bidangan Beban cukai yang tinggi
• Dapat menjalankan perniagaan • Kena membayar cukai syarikat
besar-besaran dengan modal yang besar

Liabiliti terhad Pemilik dan pengurusan yang terpisah
• Jika muflis, hanya rugi setakat modal yang • Syarikat diuruskan oleh ahli lembaga pengarah
dilaburkan sahaja • Terdapat risiko penyelewengan oleh pihak pengurusan
Kewujudan kekal Tiada kerahsiaan
• Syarikat merupakan entiti yang berasingan • Laporan kewangan tahunan perlu diumumkan kepada
daripada pemilik orang awam

28 BAB 1 Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan






Bab1_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd 28 11/7/16 12:14 PM

(d) Koperasi


Koperasi ialah sebuah organisasi perniagaan yang ditubuhkan Bab 1
oleh sekumpulan individu secara sukarela. Koperasi merupakan RM Celik Kewangan
organisasi perniagaan yang mempunyai kepentingan yang sama
bagi setiap anggotanya. Matlamat penubuhan koperasi adalah Harga yang ditawarkan di koperasi
secara relatifnya lebih murah
untuk melindungi kepentingan anggotanya. Koperasi juga berbanding dengan harga yang
ditubuhkan dengan konsep “milik bersama” oleh semua anggota. ditawarkan dalam pasaran.






















QR Code
Koperasi Permodalan Felda
Malaysia Berhad (KPF)
Gambar foto 1.18 Contoh Koperasi http://kpf.felda.net.my



(i) Ciri-ciri Koperasi

Ciri-ciri koperasi adalah seperti berikut:
• melaksanakan kegiatan berkaitan dengan ekonomi untuk
memenuhi keperluan anggota-anggotanya
Koperasi menjalankan aktiviti berkaitan perniagaan bagi
tujuan membantu memenuhi keperluan anggota-anggotanya.
Hal ini bagi mengurangkan beban kos sara hidup dan EMK
meningkatkan ekonomi anggota-anggotanya.
Arahan:
• aktiviti tidak berunsurkan politik Bincangkan dalam kumpulan.
Aktiviti yang dijalankan oleh koperasi tidak melibatkan unsur
politik. Hal ini disebabkan oleh matlamat koperasi ialah Soalan:
1 Nyatakan koperasi utama yang
menjaga kebajikan anggota-anggotanya semata-mata. menaungi semua koperasi asas
• aktiviti koperasi diuruskan berdasarkan akta, peraturan di Malaysia.
dan undang-undang kecil koperasi 2 Jelaskan peranan koperasi
tersebut dalam membantu
Setiap aktiviti yang dijalankan oleh koperasi tertakluk pada memacu pertumbuhan
peraturan yang dibentuk secara khusus untuk koperasi sahaja, koperasi di Malaysia.
iaitu Akta Koperasi 1993 (Pindaan 2007).

Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan BAB 1 29






Bab1_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd 29 11/7/16 12:14 PM

Bab 1 Buletin Keusahawanan • modal perniagaan disumbangkan oleh anggota
Modal permulaan koperasi diperoleh daripada yuran keahlian

dan sumbangan daripada anggota-anggota koperasi. Hal ini
Pemilihan anggota lembaga
koperasi (ALK) dilaksanakan menjadikan setiap anggota mempunyai hak untuk bersuara
melalui proses pengundian dalam dalam memajukan perniagaan dan pengurusan koperasi.
mesyuarat agung tahunan melalui • setiap anggota mempunyai hak dalam membuat keputusan
proses pengundian oleh setiap
anggota koperasi demi menjaga Setiap anggota dalam koperasi mempunyai hak untuk terlibat
kepentingan bersama. dalam pembuatan keputusan yang berkaitan dengan koperasi.
Hal ini termasuk dalam urusan perniagaan yang dijalankan
oleh koperasi.
• liabiliti anggota adalah terhad kepada sumbangan modal
atau yuran sahaja
Setiap anggota koperasi hanya menanggung liabiliti yang
terhad kepada sumbangan modal atau yuran sahaja.
EMK
(ii) Prinsip-prinsip Koperasi
Arahan:
Bincangkan dalam kumpulan.
Gunakan kaedah inkuiri untuk Rochdale Cooperative yang ditubuhkan di Rochdale, England
mengumpulkan maklumat pada tahun 1844 merupakan antara koperasi yang paling awal
tentang Hari Koperasi pada ditubuhkan. Oleh sebab mereka telah menempa kejayaan, prinsip
tahun ini. operasi mereka yang dikenali sebagai “Prinsip Rochdale” telah
Soalan: dijadikan asas penubuhan sesebuah koperasi hingga hari ini.
1 Kenal pasti tema dan aktiviti
yang dijalankan. Prinsip-prinsip koperasi adalah seperti yang ditunjukkan dalam
2 Cadangkan aktiviti yang sesuai Rajah 1.8 yang berikut:
untuk sambutan Hari Koperasi
di sekolah anda.

Kebebasan
Penglibatan autonomi
anggota dalam Pendidikan, latihan
kegiatan ekonomi dan maklumat



Cintai Negara Kawalan secara Bekerjasama
demokratik oleh Prinsip
Setiap anggota koperasi perlu anggota koperasi antara koperasi
sentiasa membantu koperasi
masing-masing mencapai
matlamat yang telah ditetapkan
demi kepentingan organisasi, Keanggotaan sukarela Prihatin terhadap
masyarakat dan negara. dan terbuka komuniti





Rajah 1.8 Prinsip koperasi




30 BAB 1 Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan






Bab1_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd 30 11/7/16 12:14 PM

• keanggotaan sukarela dan terbuka
Keanggotaan dalam sesebuah koperasi adalah secara sukarela Minda Kreatif Bab 1
tanpa paksaan daripada mana-mana pihak. Keanggotaan
dalam koperasi terbuka kepada sesiapa sahaja yang boleh Jelaskan cara memajukan
koperasi sekolah anda ke tahap
menggunakan perkhidmatan yang ditawarkannya dan rela lebih baik.
menerima tanggungjawab sebagai anggota, tanpa mengira
jantina, perbezaan sosial, bangsa, fahaman politik atau agama.

• kawalan secara demokratik oleh anggota
Kawalan atas pengurusan koperasi dilakukan secara demokrasi
dengan setiap anggota mempunyai hak untuk bersuara
dan mengundi dalam menentukan dalam sesuatu perkara.
Koperasi merupakan organisasi yang demokratik, dikawal
oleh anggotanya sendiri dengan melibatkan diri secara aktif
dalam membuat polisi dan keputusan.
• penglibatan anggota dalam kegiatan ekonomi
Setiap anggota dalam koperasi mempunyai hak untuk terlibat
dalam aktiviti ekonomi atau perniagaan yang dijalankan oleh Cintai Negara
koperasi. Hal ini disebabkan oleh modal perniagaan diperoleh Setiap koperasi di Malaysia perlu
daripada anggotanya sendiri. bekerjasama antara satu sama
• kebebasan autonomi lain bagi memastikan kebajikan
setiap anggota dapat terus
Dalam aspek pengurusan koperasi, setiap anggota berhak dipelihara dan memberikan
untuk bersuara dan menyatakan pendapat dalam sesuatu manfaat kepada semua pihak
perkara. Hal ini bagi memastikan kebajikan setiap ahli sentiasa termasuk rakyat dan negara.
terpelihara tanpa dikuasai oleh mana-mana pihak tertentu.
• pendidikan, latihan dan maklumat
Koperasi bertanggungjawab untuk menyediakan pendidikan
dan latihan untuk anggotanya, ahli lembaga yang dipilih,
pengurus dan pekerja agar mereka boleh menyumbang secara
berkesan kepada kemajuan koperasi. Koperasi menyampaikan
maklumat kepada orang ramai terutama kepada golongan
muda dan ketua-ketua masyarakat berhubung perihal dan
faedah berkoperasi.

• bekerjasama antara koperasi
Kerjasama yang dijalinkan dengan koperasi-koperasi lain
menjadikan ekonomi koperasi menjadi lebih luas dan kukuh.
Kerjasama yang terjalin membolehkan sistem pengurusan
dan perniagaan koperasi terus dipertingkatkan dari semasa
ke semasa. QR Code

• prihatin terhadap komuniti Suruhanjaya Koperasi Malaysia
Selain menjaga kebajikan ahli, kepentingan komuniti setempat (SKM)
juga turut dititikberatkan. Hal ini meliputi aktiviti yang http://www.skm.gov.my
memberi impak positif kepada anggota tanpa menjejaskan
kepentingan komuniti setempat.


Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan BAB 1 31






Bab1_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd 31 11/7/16 12:14 PM

Bab 1 EMK (iii) Keanggotaan
Keanggotaan koperasi meliputi dua aspek, iaitu jumlah dan hak
Arahan:
Bentangkan dalam kelas. anggota. Jumlah anggota dalam sesebuah koperasi memerlukan
sekurang-kurangnya 50 orang dan setiap anggota perlu membeli
Soalan: modal syer.
Nyatakan sebuah koperasi di
Malaysia dan jelaskan keunikan Hak anggota
yang ada pada koperasi tersebut
yang dapat digunakan bagi Setiap anggota koperasi mempunyai hak masing-masing. Contoh
membantu memperkasa koperasi hak anggota dalam koperasi adalah seperti yang berikut:
di sekolah anda. • mempunyai hak untuk mengundi (satu undi) dalam mesyuarat
agung tahunan koperasi tanpa mengira jumlah syer yang
dimiliki dalam koperasi yang dianggotainya
• terlibat secara langsung dalam proses pembuatan keputusan
• mengambil semula modal syer apabila keluar dari koperasi
• menerima pulangan dalam bentuk dividen


(iv) Kelebihan dan Kekurangan Koperasi
Kelebihan dan kekurangan koperasi ditunjukkan dalam Jadual 1.7
yang berikut:
RM Celik Kewangan
Jadual 1.7 Kelebihan dan kekurangan koperasi
Setiap dividen atau keuntungan
yang diperoleh perlu diuruskan Kelebihan Kekurangan
mengikut keperluan termasuk Liabiliti terhad Kadar pulangan
membuat pelaburan semula • Anggota hanya rugi setakat • Dividen rendah berbanding
demi masa depan yang lebih modal dilaburkan dengan pelaburan dalam syarikat
cerah dan terjamin.
Pentadbiran secara demokrasi Pengurusan dan pemilik terpisah
• Setiap anggota diberi hak • Pekerja mungkin tidak terdorong
mengundi ALK untuk memajukan perniagaan
Tiada beban cukai Pemilikan syer terhad
• Dikecualikan daripada cukai • Setiap individu tidak boleh
memikili syer melebihi 20 peratus
Rebat Pindah milik syer
• Insentif yang diberikan • Syer tidak boleh dipindah milik
kepada pelanggan koperasi kepada orang lain


Aktiviti Kumpulan Kreatif dan Inovatif

Tugasan: Membuat perbandingan antara Syarikat Sendirian Berhad dengan Syarikat Awam Berhad

Langkah-langkah:
1 Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil.
2 Setiap kumpulan diberikan dua set profil syarikat yang berbeza (disediakan oleh guru).
3 Murid diminta menganalisis profil yang diberikan untuk mengenal pasti ciri-ciri syarikat.
4 Murid diminta menyenaraikan ciri yang dikenal pasti dalam peta i-Think (dicadangkan agar
menggunakan peta buih berganda). Kemudian bentangkan dalam kelas.



32 BAB 1 Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan






Bab1_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd 32 11/7/16 12:14 PM

1.3 Bentuk-bentuk Bab 1

Perniagaan Lain



1.3.1 Francais
Minda Kreatif
Francais merupakan bentuk perniagaan yang berpotensi besar
menyumbang kepada kepesatan pertumbuhan ekonomi negara. Jelaskan secara ringkas perkaitan
yang wujud antara francaisor,
Francais merujuk pada hubungan antara dua pihak dari segi francaisi dan pelanggan.
perjanjian urus niaga antara fancaisor dengan fancaisi.

(a) Ciri Umum Francais Mengikut
Akta Francais 1998

Ciri-ciri perniagaan francais adalah seperti berikut: Cintai Negara
• perniagaan mesti dikendalikan mengikut sistem yang telah
ditetapkan oleh francaisor Setiap rakyat Malaysia perlu
• perniagaan dijalankan mengikut tempoh yang ditetapkan menyokong usahawan tempatan
dalam perjanjian termasuk perniagaan yang
• francaisi berhak untuk menggunakan cap atau rahsia dagangan dijalankan secara francais.
Tindakan ini bukan sahaja
milik francaisor membantu memajukan
• francaisor mengenakan kawalan berterusan kepada francaisi usahawan tempatan, tetapi
• francaisor bertanggungjawab untuk memberikan bantuan membolehkan pengaliran wang
kepada francaisi berlaku dalam negara.
• francaisi akan membuat sesuatu bayaran dalam bentuk fi atau
bentuk balasan lain yang dipersetujui kepada francaisor
• francaisor dan fancaisi boleh menjalankan aktiviti perniagaan
secara berasingan


FRANCAISOR
Sokongan promosi Bayaran berkala
dan pentadbiran kepada francaisor

Persetujuan
Kawalan mutu tentang bayaran,
perkhidmatan prosedur
operasi, hak dan
tanggungjawab
Penyelidikan dan Bayaran permulaan
pembangunan kepada francaisor
produk baharu
FRANCAISI
Barang dan perkhidmatan Bayaran

PELANGGAN

Rajah 1.9 Perkaitan antara francaisor dengan francaisi
Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan BAB 1 33






Bab1_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd 33 11/7/16 12:14 PM


Click to View FlipBook Version