The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by azahirah22, 2020-03-27 04:21:32

Perniagaan Tingkatan 4

Bab 1 (b) Francaisor

Francaisor merupakan syarikat induk yang memiliki hak asal
Buletin Keusahawanan atas jenama produk. Francaisor akan menyediakan produk dan
sistem perniagaan.
Program Francais Komuniti
Program itu bagi membantu
usahawan francais tempatan
mengembangkan perniagaan
sebagai francaisor.
(Sumber: Dipetik dan disesuaikan
daripada laman sesawang
http://www.bharian.com.my
node/158718)















Gambar foto 1.19 Francaisor

(i) Peranan Francaisor

Francaisor memberikan hak untuk menggunakan imej, jenama,
RM Celik Kewangan sistem operasi dan format perniagaannya kepada francaisi.
Sebagai pemilik jenama, francaisor mempunyai tanggungjawab
dan kewajipan untuk menyediakan “blueprint” atau petunjuk
pelaksanaan bentuk perniagaan sebagai panduan dan rujukan
kepada francaisi.
Kerajaan melalui Agensi
Kaunseling dan Pengurusan Francaisor boleh membantu menyediakan khidmat latihan
Kredit menyediakan khidmat seperti kursus dan bimbingan untuk memberikan pengetahuan
nasihat secara percuma bagi tentang sistem pemasaran yang digunakan oleh francaisor kepada
membantu individu dan francaisi. Hal ini dapat memastikan setiap francaisi dapat bertahan
usahawan menguruskan dan perniagaan dijalankan dengan lancar dan terus maju.
kewangan dengan bijak.
Terdapat juga francaisor yang membiayai kos pengiklanan
francaisi dengan menjalankan aktiviti promosi bersepadu. Bagi
perniagaan tertentu, francaisor turut memberikan bantuan dalam
bentuk ramuan khas serta alatan dan perkakas.


(ii) Kelebihan dan Kekurangan Perniagaan
Francais kepada Francaisor
Kelebihan dan kekurangan perniagaan francais kepada francaisor
ditunjukkan dalam Jadual 1.8 yang berikut:
34 BAB 1 Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan






Bab1_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd 34 11/7/16 12:14 PM

Jadual 1.8 Kelebihan dan kekurangan perniagaan francais kepada francaisor
Kelebihan Kekurangan Minda Kreatif Bab 1
• Dapat mengembangkan perniagaan • Boleh menjejaskan Jelaskan lima kategori
pendaftaran di bawah Akta
secara global reputasi francaisor Francais (Pindaan) 2012.
• Menikmati ekonomi bidangan dalam sekiranya francaisi
bentuk peningkatan dalam jumlah tidak mematuhi
sesuatu pengeluaran kualiti produk
• Mekanisme yang berkesan bagi yang ditetapkan
menembusi pasaran baharu • Peningkatan dalam
• Berkongsi risiko dan tanggungjawab kos sokongan operasi
dengan francaisi untuk francaisi Buletin Keusahawanan
• Struktur pengurusan tidak begitu • Kesukaran memilih
besar – pengurusan outlet francaisi francaisi yang baik PEMBANGUNAN FRANCAIS
dilakukan oleh francaisi sendiri dan berdaya saing Kementerian Perdagangan
Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan (KPDNKK) telah
melaksanakan pelbagai insiatif
(b) Francaisi berkaitan dengan pembangunan
francais. Antara inisiatif yang
Francaisi merupakan syarikat yang membeli hak kebenaran dilaksanakan oleh KPDNKK
untuk menggunakan jenama daripada francaisor. Francaisi adalah seperti berikut:
akan menyediakan modal dalam bentuk dana, sumber manusia • Pelan Induk Pembangunan
Francais Nasional (PIPFN)
dan usaha berterusan untuk memastikan kelangsungan perniagaan. • Skim Pembiayaan Kecil
Francais (SPF)
(i) Peranan Francaisi • Dana Bantuan Pembangunan
Francais (DBPF)
Peranan francaisi adalah untuk menjalankan aktiviti perniagaan • Skim Pembiayaan Kecil
Francais (SPKF)
mengikut peraturan dan sistem piawaian yang ditetapkan oleh • Program Pembangunan
francaisor. Kegagalan mematuhi peraturan ini akan menyebabkan Francais (PPF)
penamatan kontrak oleh francaisor. • Program Pembangunan Produk
Francais Tempatan (PPFT)
(Sumber: Dipetik dan disesuaikan
daripada laman sesawang
http://www.kpdnkk.gov.my)














QR Code
Persatuan Francais Malaysia
http://www.mfa.org.my


Gambar foto 1.20 Francaisi
Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan BAB 1 35






Bab1_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd 35 11/7/16 12:14 PM

Bab 1 (ii) Kelebihan dan Kekurangan Perniagaan
Francais kepada Francaisi

Minda Kreatif
Kelebihan dan kekurangan perniagaan francais kepada francaisi
ditunjukkan dalam Jadual 1.9 yang berikut.
Namakan perniagaan francais
di kawasan anda atau yang Jadual 1.9 Kelebihan dan kekurangan perniagaan francais kepada francaisi
anda ketahui. Jelaskan
penambahbaikan yang Kelebihan Kekurangan
boleh dilakukan oleh
perniagaan tersebut. • Memiliki dan menjalankan satu • Perlu mengawal kualiti
perniagaan yang sistematik barang kerana boleh
• Reka bentuk yang seragam menjejaskan nama
• Mendapat sokongan pengurusan baik francaisor
daripada francaisor • Terikat dengan perjanjian
• Risiko kegagalan perniagaan rendah francais dan bergantung
• Jenama terkenal dan jaringan pada francaisor
perniagaan yang lebih luas • Tiada inovasi dan
• Tidak perlu banyak pengalaman inisiatif sendiri untuk
dalam perniagaan majukan perniagaan



1.3.2 Usaha Sama
Buletin Keusahawanan
Usaha sama ialah suatu perkongsian strategik antara dua atau
Malaysia Aviation Group jalin
usaha sama dengan Lufthansa lebih individu atau syarikat dan mereka bersetuju untuk
Malaysia Aviation Group bekerjasama mengeluarkan barang atau perkhidmatan dalam
Berhad memeterai Terma jangka masa yang tertentu.
Rujukan bersama Lufthansa
Technik AG untuk membentuk Dalam sesebuah usaha sama, kedua-dua pihak akan
rangka kerja usaha sama membentuk sebuah entiti perniagaan yang baharu. Modal untuk
strategik bagi kerjasama (JV) syarikat baharu ini akan disumbangkan oleh pihak-pihak yang
menubuhkan sebuah kemudahan
penyelenggaraan, pembaikan telah bersetuju untuk menjalankan usaha sama. Mereka akan
dan baik pulih (MRO) serantau. bersama-sama mengawal dan menguruskan syarikat baharu
Kemudahan MRO itu, yang tersebut dan seterusnya berkongsi aset, hasil dan perbelanjaan.
dirancang tahun depan, akan
berpangkalan di kemudahan Usaha sama yang ditubuhkan mungkin untuk satu projek
sedia ada Malaysia Airlines tertentu sahaja, iaitu syarikat baharu akan ditubuhkan. Kedua-dua
Berhad (MAB) di Lapangan syarikat akan menjadi pemegang saham. Perjanjian perniagaan
Terbang Antarabangsa Kuala dibuat untuk menetapkan peranan dan tanggungjawab syarikat
Lumpur (KLIA). MRO bakal
menyelenggara angkatan pesawat yang terlibat dalam kewangan, tenaga kerja dan lain-lain.
Boeing 737 dan Airbus A320.
(Sumber: Dipetik dan disesuaikan Contoh
daripada laman sesawang
http://www.bharian.com.my/
node/157437) Lembaga Tabung Haji dan Amanah Raya telah bekerjasama menubuhkan
Abraj Management Sdn. Bhd. (Abraj) dengan pemilikan saham secara
sama rata.
(Sumber: Dipetik dan disesuaikan daripada http://ww1.utusan.com.my/
utusan/info.asp?y=2010&dt=0330&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_
Negeri&pg=dn_15.htm)

36 BAB 1 Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan






Bab1_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd 36 11/7/16 12:14 PM

(a) Tujuan Usaha Sama


Tujuan usaha sama dilaksanakan adalah untuk meningkatkan Bab 1
kedudukan syarikat, perkongsian kepakaran dan menambahkan EMK
keuntungan perniagaan pemilik. Apabila sesuatu usaha sama telah Arahan:
berjaya atau tercapai objektifnya, syarikat usaha sama selalunya Bentangkan dalam kelas.
akan dibubarkan. Kedua-dua syarikat juga dapat meningkatkan
dana perniagaan dan seterusnya meningkatkan keuntungan. Soalan:
Jelaskan cara atau prosedur
menjalankan perniagaan
(b) Kelebihan dan Kekurangan secara usaha sama.
Usaha Sama

Kelebihan dan kekurangan perniagaan usaha sama ditunjukkan
dalam Jadual 1.10 yang berikut.

Jadual 1.10 Kelebihan dan kekurangan usaha sama
Buletin Keusahawanan
Kelebihan Kekurangan
Program Pembangunan
• Membantu perniagaan untuk • Visi dan misi yang Produk Perusahaan Kecil dan
memperluas asas perniagaan. berbeza antara pihak yang Sederhana (PKS)
Syarikat boleh menjalankan bergabung menyebabkan Program Pembangunan Produk
perniagaan di tempat yang belum berlakunya konflik bertujuan untuk membangunkan
pernah diterokai • Perbezaan budaya dan cara produk PKS yang berpotensi
• Dapat meningkatkan dana pengurusan yang berbeza untuk dipromosi dan dipasarkan
kewangan dan tenaga kerja untuk dalam menjalankan melalui pasar raya di peringkat
menjalankan sesuatu projek sesebuah perniagaan domestik. Dalam memastikan
• Meningkatkan pengeluaran boleh membawa masalah program ini dilaksanakan
kerana pasaran adalah lebih besar kepada pengurusan pada dengan berkesan, usaha sama
• Mendapat teknologi baharu masa hadapan dengan agensi yang mempunyai
dan terkini dengan bekerjasama kepakaran dalam aspek
dalam pengeluaran penjenamaan dan pembangunan
• Mudah untuk mendapatkan produk dijalinkan secara
berterusan. Agensi kerajaan yang
bahan mentah dan terlibat akan membantu merangka
sumber-sumber lain daripada program-program pembangunan
syarikat usaha sama yang bersesuaian.
• Harta individu, aset serta (Sumber: Dipetik dan disesuaikan
pegangan dalam syarikat daripada laman sesawang
asal dikekalkan http://spacedeals.1pengguna.com/
• Risiko dalam perniagaan spacedeals/index.php?r=portal/
dapat dikongsi kerana risiko left&id=aDRjRDJEcmJsTjV
ditanggung oleh kedua-dua 2UWpPWHhIdmhUZz09)
buah syarikat







Senaraikan syarikat usaha sama yang berjaya di Malaysia. Kemudian, pilih satu perniagaan usaha sama hasil daripada
carian anda. Berikan pendapat anda tentang punca kejayaan usaha sama perniagaan tersebut.

Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan BAB 1 37






Bab1_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd 37 11/7/16 12:14 PM

Bab 1 1.4 Klasifikasi Perniagaan



Klasifikasi perniagaan merupakan penyusunan perniagaan
dalam sesuatu kelompok tertentu mengikut kriteria yang telah
ditetapkan. Perniagaan diklasifikasikan kepada dua kelompok,
iaitu saiz dan sektor seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.10
yang berikut:




Cintai Negara
Klasifikasi Perniagaan
Setiap perniagaan di Malaysia
perlu saling membantu dan
bersaing secara adil bagi
memastikan pertumbuhan
ekonomi negara berkembang Saiz Sektor
secara konsisten dan kukuh.




Kecil Sederhana Besar Utama Kedua Ketiga
EMK

Arahan: Rajah 1.10 Klasifikasi perniagaan
Bincang dalam kumpulan.
Soalan:
Terdapat usahawan yang keliru 1.4.1 Saiz
berkaitan dengan perbezaan
antara jualan tahunan dengan Saiz perniagaan boleh dibahagikan kepada tiga, iaitu kecil,
keuntungan. Sesebuah sederhana dan besar. Di Malaysia satu definisi seragam telah
perniagaan mungkin mempunyai
nilai jualan tahunan yang tinggi ditetapkan oleh Majlis Pembangunan Perusahaan Kecil dan
tetapi masih menanggung Sederhana (PKS) Kebangsaan (MPPK). Definisi tersebut diguna
kerugian. Bincangkan pakai oleh semua kementerian dan agensi kerajaan, institusi
sebab-sebab situasi ini berlaku. kewangan dan pengawal selia yang terlibat dalam program
pembangunan PKS.

Faktor penentuan saiz perniagaan ialah:
• jumlah jualan tahunan
• bilangan pekerja tetap

Kedua-dua aspek ini berbeza untuk perniagaan yang terlibat
dalam aktiviti pengilangan dan perkhidmatan seperti dalam
QR Code Jadual 1.11 yang berikut:
SME Corporation Malaysia
http://www.smecorp.gov.my


38 BAB 1 Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan






Bab1_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd 38 11/7/16 12:14 PM

Jadual 1.11 Klasifikasi perniagaan berdasarkan saiz
Klasifikasi Pengilangan Perkhidmatan Bab 1 Bab 1

Saiz Jumlah Jualan Bilangan Pekerja Jumlah Jualan Bilangan Pekerja
Tahunan Tetap Tahunan Tetap
(orang) (orang)

Kecil RM300,000 hingga 5 hingga kurang RM300,000 hingga 5 hingga kurang
kurang daripada daripada 75 kurang daripada daripada 30
RM15 juta RM3 juta


Sederhana RM15 juta hingga 75 hingga kurang RM3 juta hingga 30 hingga kurang
kurang daripada daripada 200 kurang daripada daripada 75
RM50 juta RM20 juta


Besar RM50 juta dan 200 dan ke atas RM20 juta dan 75 dan ke atas
ke atas ke atas

(Sumber: Dipetik dan disesuaikan daripada laman sesawang
http://www.smecorp.gov.my, capaian pada 26 Jun 2016)


(a) Perniagaan Bersaiz Kecil

Sesebuah perniagaan yang terlibat dalam aktiviti pengilangan
akan dikategorikan sebagai perniagaan bersaiz kecil sekiranya EMK
mempunyai pencapaian jumlah jualan tahunan dalam anggaran
RM300,000 hingga kurang daripada RM15 juta serta pekerja tetap Arahan:
Bentangkan dalam kelas.
5 hingga kurang daripada 75 orang. Bagi perkhidmatan pula,
jumlah jualan tahunan adalah antara RM300,000 hingga kurang Soalan:
daripada RM3 juta manakala bilangan pekerja tetap antara 5 Jelaskan perbezaan antara
perniagaan bersaiz kecil dengan
hingga kurang daripada 30 orang. perniagaan bersaiz sederhana.

(i) Kelebihan Perniagaan Bersaiz Kecil


• Kos overhed yang lebih rendah
Perniagaan bersaiz kecil tidak memerlukan kos operasi dan RM Celik Kewangan
kos pengurusan yang tinggi. Hal ini membolehkan peniaga Setiap perniagaan perlu
menawarkan harga yang lebih bersaing berbanding dengan memastikan keuntungan
syarikat yang lebih besar. yang diperoleh diagihkan dan
digunakan dengan baik mengikut
• Cepat menyelesaikan masalah dan rungutan pelanggan keutamaan bagi memastikan
operasi perniagaan berjalan lancar.
Pemilik dapat mengambil tindakan segera atas segala masalah
dan rungutan pelanggan. Kebiasaannya, perniagaan bersaiz
kecil kurang menghadapi birokrasi, seperti borang yang perlu
diisi oleh pelanggan yang menghadapi masalah.

Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan BAB 1 39






Bab1_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd 39 11/7/16 12:14 PM

Bab 1 RM Celik Kewangan • Fleksibel
Perniagaan kecil lebih mudah untuk mengubah strategi
Produk yang baik tidak apabila diperlukan. Hal ini disebabkan oleh pemilik boleh
bergantung pada harga yang membuat keputusan dengan mudah. Selain itu, pemilik juga
ditawarkan tetapi bergantung terlibat secara langsung dalam pengurusan perniagaannya.
pada kualiti sumber dan
teknik pembuatannya. • Kos upah yang lebih rendah
Pekerja dalam perniagaan bersaiz kecil tidak berdaftar dengan
kesatuan sekerja, atau merupakan pekerja sambilan. Hal ini
membolehkan mereka hanya dibayar gaji minimum.


EMK (ii) Kekurangan Perniagaan Bersaiz Kecil
• Kos pengeluaran tinggi
Arahan:
Bincangkan dalam kumpulan. Perniagaan bersaiz kecil menanggung kos pengeluaran yang
Soalan: tinggi kerana tidak dapat menikmati ekonomi bidangan.
Jelaskan cara mengatasi masalah
kekurangan yang wujud dalam • Kurang berdaya saing
perniagaan bersaiz kecil.
Perniagaan bersaiz kecil sukar untuk mengekalkan perniagaan
dalam keadaan mencabar berbanding dengan pesaing yang
bersaiz besar seperti ketika keadaan ekonomi kurang menentu.

• Sukar mendapat pekerja mahir dan berpengalaman

Buletin Keusahawanan Pemilik tidak mampu membayar upah pekerja mahir yang
lebih tinggi. Mereka juga tidak mampu untuk menampung
Showcase Produk kos latihan untuk pekerja sedia ada.
Usahawan Serumpun
Showcase ini merupakan • Kekurangan sumber kewangan
platform yang disediakan kepada
usahawan untuk mengembangkan Perniagaan bersaiz kecil sukar mendapatkan modal tambahan.
perniagaan dan menyatukan Bank dan institusi kewangan kerap kali enggan memberikan
usahawan yang berdaya maju pinjaman kepada mereka kerana kurang keyakinan akan
dari Malaysia dan Indonesia. potensi perniagaan tersebut. Pemilik juga tidak dapat
Kerjasama erat antara usahawan menyediakan cagaran yang diminta oleh pihak bank.
Malaysia dan Indonesia dibentuk
dan dijayakan melalui Malaysia
Indonesia Corporate House (iii) Cabaran Perniagaan Bersaiz Kecil
(MICH). Peluang ini perlu • Masalah aliran tunai
dimanfaatkan oleh semua
usahawan untuk terus maju dan Aliran tunai yang negatif menjadi cabaran utama yang
berdaya saing. dihadapi oleh perniagaan bersaiz kecil. Masalah ini timbul
(Sumber: Dipetik dan disesuaikan
daripada laman sesawang berikutan daripada pelanggan yang lambat menjelaskan
https://www.youtube.com/ hutang. Pada masa yang sama, perniagaan perlu membayar
watch?v=pm7AAkj_O0Y, capaian bil-bil dan perbelanjaan di luar jangka.
pada 5 Oktober 2016)
Pihak pengurusan digalakkan menggunakan teknologi
terkini termasuk perisian komputer untuk menjana penyata
aliran tunai dan belanjawan agar aliran tunai dapat dikawal.
Sebarang perbelanjaan luar jangka dapat dikesan lebih awal.
40 BAB 1 Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan






Bab1_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd 40 11/7/16 12:14 PM

• Bebanan kerja

Pemilik perniagaan kecil kebiasaannya menanggung bebanan Bab 1
kerja yang berat kerana tiada pengkhususan. Pengurusan dan
keputusan perniagaan perlu dilakukan sendiri oleh pemilik.

• Mengekalkan pelanggan lama dan mendapatkan
pelanggan baharu Cintai Negara
Pemilik perlu sentiasa memikirkan strategi untuk memastikan
pelanggan sedia ada kekal dengan memberikan perkhidmatan
yang unik dan istimewa. Kajian perlu dibuat untuk membentuk
strategi terbaik bagi mendapatkan pelanggan baharu.

• Memotivasikan pekerja Setiap pengguna perlu
Pekerja merupakan faktor penting dalam sesebuah perniagaan. menyokong produk tempatan bagi
Pemilik perlu memastikan setiap pekerja gembira dengan memastikan aliran mata wang
terus mengalir dalam negara.
persekitaran kerja supaya mereka lebih produktif. Kebajikan
pekerja juga perlu diambil kira untuk mengurangkan kadar
pusing ganti pekerja.
• Kos overhed yang tinggi

Mengawal kos overhed merupakan cabaran besar kepada
perniagaan kecil. Terdapat perniagaan terpaksa ditutup akibat
menanggung kos overhed yang berlebihan. Kajian keperluan Minda Kreatif
sebenar berkaitan dengan pelanggan perlu dilaksanakan bagi
mengelakkan memberi perkhidmatan yang tidak diperlukan Anda merupakan pengurus
oleh pelanggan. dalam sebuah organisasi
perniagaan. Nyatakan perkara
Perniagaan bersaiz kecil berpeluang untuk mendapatkan yang perlu perhatian untuk
pelbagai jenis bantuan kewangan daripada pelbagai agensi meningkatkan motivasi pekerja
di syarikat anda.
atau institusi kewangan seperti Bank SME dan sebagainya.
















QR Code

Tekun Nasional
https://www.tekun.gov.my


Gambar foto 1.21 Perniagaan bersaiz kecil

Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan BAB 1 41






Bab1_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd 41 11/7/16 12:14 PM

Bab 1 EMK (b) Perniagaan Bersaiz Sederhana

Perniagaan dikategorikan bersaiz sederhana jika mempunyai
Arahan:
Pilih satu perniagaan bersaiz nilai jualan tahunan sebanyak RM15 juta hingga kurang daripada
sederhana di kawasan anda. RM50 juta dan bilangan pekerja 75 hingga kurang daripada 200
orang bagi syarikat pengilangan. Bagi perniagaan berasaskan
Soalan: perkhidmatan pula nilai jualan tahunan mestilah bernilai RM3
Jelaskan secara ringkas setiap
ciri yang terdapat dalam juta hingga kurang daripada RM20 juta dengan bilangan pekerja
perniagaan tersebut. tetap dari 30 hingga kurang daripada 75 orang.













RM Celik Kewangan
Setiap kemudahan kredit yang
ditawarkan oleh kerajaan perlu
dimanfaatkan sepenuhnya
oleh perniagaan bagi memacu
pertumbuhan perniagaan ke Gambar foto 1.22 Perniagaan bersaiz sederhana
tahap lebih baik.
(i) Kelebihan Perniagaan Bersaiz Sederhana

• Mudah ditubuhkan
Perniagaan bersaiz sederhana mudah ditubuhkan sekiranya
perniagaan yang dijalankan adalah dalam bentuk milikan
tunggal atau perkongsian, prosedur penubuhannya mudah
kerana tidak banyak peraturan perlu dipatuhi.

• Fleksibel
Perniagaan bersaiz sederhana juga adalah fleksibel. Perniagaan
bersaiz sederhana akan berupaya untuk membuat sesuatu
Istilah Perniagaan perubahan dengan cepat dan mudah jika keadaan memerlukan
perubahan dilakukan. Pembahagian kerja perniagaan bersaiz
Fleksibel (Flexible):
Boleh diubah atau disesuaikan sederhana juga adalah fleksibel. Hal ini membolehkan
dengan mudah pekerja melakukan lebih daripada tugasan sebenar mereka
untuk menarik perhatian majikan.
• Semangat berpasukan yang tinggi
Majikan dapat memupuk semangat bekerja dalam pasukan.
Majikan mengetahui bahawa setiap pekerja ialah aset dalam
memajukan sesebuah perniagaan.
• Pelaporan kewangan syarikat dirahsiakan
Perniagaan bersaiz sederhana tidak perlu melaporkan aktiviti
dan kedudukan kewangan mereka kepada umum berbanding
42 BAB 1 Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan






Bab1_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd 42 11/7/16 12:14 PM

dengan syarikat besar. Hal ini merupakan satu kelebihan
perniagaan sekiranya pihak pengurusan sesebuah perniagaan Bab 1
berhasrat untuk menerokai pasaran baharu tanpa pengetahuan
pesaing-pesaing dalam industri.

(ii) Kekurangan Perniagaan Bersaiz Sederhana EMK

• Sukar menyediakan latihan Arahan:
Perniagaan bersaiz sederhana memerlukan pekerja yang Bincangkan dalam kumpulan.
berkemampuan untuk mengendalikan projek yang kompleks. Soalan:
Namun mereka tiada sumber untuk melatih pekerja untuk 1 Cadangkan cara perniagaan
menghadapi cabaran ini berbanding perniagaan bersaiz besar. bersaiz sederhana boleh
memberikan latihan kepada
• Sukar untuk memajukan kerjaya pekerja tanpa kos yang besar.
Perniagaan bersaiz sederhana tidak menawarkan peluang 2 Nyatakan dua agensi kerajaan
kerjaya yang menarik kepada pekerjanya. Bilangan pekerja yang menyediakan latihan
untuk pekerja.
yang kurang menyebabkan seseorang pekerja tiada peluang
menikmati kenaikan pangkat dalam organisasi perniagaan.

• Wujud jurang hubungan
Jurang hubungan wujud kerana bilangan pekerja yang lebih
ramai menyukarkan hubungan rapat antara majikan dengan
para pekerja.


(iii) Cabaran Perniagaan Bersaiz Sederhana

• Meningkatkan hasil
Perniagaan bersaiz sederhana menghadapi cabaran yang besar
untuk meningkatkan hasil berbanding dengan perniagaan QR Code
bersaiz kecil dan besar. Pada peringkat ini, perbelanjaan Majlis Amanah Rakyat (MARA)
perniagaan cenderung untuk naik secara mendadak.
http://www.mara.gov.my
• Pengambilan pekerja
Pada tahap ini, pengambilan pekerja perlu diberikan perhatian
yang serius oleh pihak pengurusan. Perniagaan memerlukan
tenaga kerja yang lebih ramai mahir dan berpengalaman untuk
terus berkembang. Terdapat persaingan dengan perniagaan
besar untuk mendapatkan pekerja pakar yang berpengalaman.
• Undang-undang dan peraturan kerajaan Cintai Negara
Semakin besar sesebuah perniagaan, semakin banyak
peraturan yang perlu dipatuhi. Selain pendaftaran perniagaan, Setiap perniagaan perlu
peniaga perlu mendapatkan pelbagai lesen, permit atau mengutamakan pengambilan
surat-surat kuasa dari pelbagai agensi berdasarkan aktiviti yang pekerja tempatan berbanding
dijalankan. Jika peniaga terlibat dalam aktiviti pengeluaran dengan pekerja asing.
makanan mereka perlu memohon lesen kilang makanan
daripada Pegawai Kesihatan Daerah atau Majlis Perbandaran
bagi tujuan pemeriksaan kesihatan ke atas kilang-kilang dan
ujian keluaran makanan tersebut.

Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan BAB 1 43






Bab1_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd 43 11/7/16 12:14 PM

Bab 1 Minda Kreatif (c) Perniagaan Bersaiz Besar

Sesebuah perniagaan yang terlibat dalam aktiviti pengeluaran
Jelaskan peranan perniagaan
bersaiz besar dalam membantu adalah bersaiz besar jika nilai jualan tahunan melebihi RM50 juta
melahirkan usahawan terutama dan bilangan pekerja tetap juga perlu melebihi 200 orang.
dalam kalangan generasi muda. Perniagaan berasaskan perkhidmatan pula mempunyai nilai
jualan tahunan melebihi RM20 juta serta bilangan pekerja
melebihi 75 orang.






















Gambar foto 1.23 Perniagaan bersaiz besar

(i) Kelebihan Perniagaan Bersaiz Besar
Buletin Keusahawanan
• Menikmati ekonomi bidangan
Mass Rapid Transit Aktiviti perniagaan yang dijalankan secara besar-besaran
Corporation Sdn. Bhd. membolehkan kos seunit pengeluaran dikurangkan ke tahap
(MRT Corp) paling minimum. Perniagaan boleh menjual barang dengan
harga yang lebih murah dan dapat meningkatkan keuntungan.
• Pelaksanaan beberapa projek
aliran transit massa (Mass • Dapat menguasai pasaran
Rapid Transit-MRT) telah
membuka pelbagai peluang Perniagaan yang besar lebih mudah menguasai pasaran
perniagaan tambahan kepada sesuatu produk berbanding dengan perniagaan bersaiz kecil.
usahawan berskala sederhana • Wujud pengkhususan
dan kecil untuk terus maju dan
mengembangkan Pihak pengurusan mampu mengupah tenaga pakar yang
perniagaan mereka. berpengalaman luas di setiap bahagian untuk menjalankan
• Hal ini dilaksanakan melalui operasi mereka.
tawaran untuk berniaga di
stesen-stesen MRT kepada
usahawan sedia ada dan (ii) Kekurangan Perniagaan Bersaiz Besar
bakal-bakal usahawan.
• Tindakan ini bukan sahaja • Komunikasi kurang berkesan
membuka peluang perniagaan Perniagaan yang besar mempunyai pelbagai aras atau hierarki
tetapi turut merangsang dalam pengurusannya. Hal ini akan melambatkan proses
kelahiran usahawan muda penghantaran sesuatu maklumat daripada satu jabatan ke
di Malaysia. jabatan yang lain. Wujud juga kemungkinan berlakunya salah
faham dalam proses penyampaian maklumat.
44 BAB 1 Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan






Bab1_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd 44 11/7/16 12:14 PM

• Birokrasi
Terdapat banyak peraturan dan polisi yang perlu dipatuhi. Bab 1
Sesuatu perkara yang mudah menjadi sukar kerana wujudnya
pelbagai peraturan yang perlu dilaksanakan.
• Risiko kerugian lebih besar
Perniagaan bersaiz besar dipengaruhi oleh keadaan ekonomi
dan politik dunia yang tidak menentu.
Buletin Keusahawanan

(iii) Cabaran Perniagaan Bersaiz Besar
PERATURAN-PERATURAN
PERLINDUNGAN PENGGUNA
• Ketidakpastian pasaran (URUS NIAGA PERDAGANGAN
ELEKTRONIK) 2012
Keadaan ekonomi dan politik global yang tidak menentu,
peraturan yang sentiasa berubah, perubahan teknologi
dan pesaing adalah antara faktor yang menimbulkan untuk menjalankan transaksi secara
TUJUAN PERATURAN
Meningkatkan keyakinan pengguna
ketidakpastian dalam sesebuah perniagaan. perlindungan yang menyeluruh dan
elekronik dengan memberi
sekaligus membangunkan
perdagangan elektronik di Malaysia.
• Pengambilan pekerja TERPAKAI KEPADA
Perniagaan menghadapi persaingan dengan perniagaan lain Peniaga dalam talian, iaitu orang yang menjalankan
perniagaan membekalkan barang atau perkhidmatan
melalui tapak web (laman web, blog,media sosial)
untuk mendapatkan pekerja pakar yang berpengalaman. atau melalui pasar dalam talian (online marketplace).
Pengendali pasar dalam talian
Terdapat juga golongan pekerja berpengalaman menubuhkan (online marketplace operators).
perniagaan mereka sendiri.
• Meningkatkan keuntungan tahunan (Sumber: Dipetik dan disesuaikan
Perniagaan bersaiz besar menghadapi cabaran untuk daripada laman sesawang
meningkatkan keuntungan tahunan kerana proses perubahan http://www.kpdnkk.gov.my,
sukar dilaksanakan. Perniagaan memerlukan tindakan segera capaian pada 10 Julai 2016)
dalam menghadapi perubahan dalam persekitaran.
• Perundangan peraturan kerajaan
Perniagaan perlu mematuhi undang-undang dan peraturan
yang ditetapkan oleh kerajaan. Perniagaan juga harus peka
terhadap setiap perubahan yang berlaku termasuk dalam
undang-undang seperti perlindungan pengguna.



Aktiviti Kumpulan Kreatif dan Inovatif



Tugasan: Mengklasifikasikan perniagaan
Langkah-langkah:
1 Bahagikan murid kepada beberapa kumpulan kecil.
2 Setiap kumpulan diberikan akses komputer dan Internet.
3 Setiap kumpulan mendapatkan jenis perniagaan yang dipilih seperti restoran, perkhidmatan
pengangkutan, kedai bunga, butik, kedai emas dan perhotelan.
4 Berdasarkan maklumat yang diperoleh, asingkan setiap perniagaan mengikut saiz dan skalanya.
5 Adakah saiz perniagaan mempengaruhi skalanya? Berikan alasan anda.




Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan BAB 1 45






Bab1_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd 45 11/7/16 12:14 PM

Bab 1 1.4.2 Sektor Perniagaan



kedua dan sektor ketiga. Ketiga-tiga sektor saling memerlukan
Minda Kreatif Sektor perniagaan terbahagi kepada tiga, iaitu sektor utama, sektor
dalam memastikan aktiviti perniagaan berjalan lancar tanpa
Jelaskan peranan sektor utama, sebarang masalah.
kedua dan ketiga dalam memacu
pertumbuhan ekonomi negara.
(a) Sektor Utama (Primer)
Sektor utama meliputi semua aktiviti pengekstrakan sumber
semula jadi dengan mengeluarkan bahan mentah atau hasil
alam semula jadi dari bumi atau laut. Aktiviti perniagaan yang
dijalankan dalam sektor utama akan memberikan nilai tambah
kepada hasil yang diperoleh seperti yang ditunjukkan dalam
Rajah 1.11 yang berikut:



Sektor Utama




Perlombongan Pertanian Pembalakan Perikanan

• Petroleum dan Tanaman jualan Kayu merbau, Perikanan laut
gas asli untuk pasaran cengal, meranti, dalam, pinggir
• Emas, kuprum tempatan atau seraya dan keruing pantai, air tawar,
dan bijih timah eksport seperti akuakultur dan
• Mineral lain kelapa sawit ikan hiasan
bukan logam dan getah

Rajah 1.11 Sektor utama


(b) Sektor Kedua (Sekunder)

Sektor kedua melibatkan pemprosesan bahan mentah untuk
menghasilkan barang siap atau barang separuh siap. Nilai
tambah yang dihasilkan dalam sektor ini lebih tinggi berbanding
dengan sektor utama. Industri pembinaan dan pembekalan kuasa
elektrik juga termasuk dalam sektor kedua.

Sektor kedua boleh dikategorikan kepada empat seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 1.12 yang berikut:



Kenal pasti aktiviti yang termasuk dalam sektor utama di kawasan anda.
1 Bincangkan kelebihan sektor utama yang sedang dijalankan untuk masyarakat tempatan.
2 Berikan cadangan penambahbaikan yang boleh dilaksanakan bagi memastikan sumber yang digunakan terus
terpelihara dan dikomersialkan secara sistematik.

46 BAB 1 Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan






Bab1_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd 46 11/7/16 12:14 PM

Bab 1

Sektor Kedua





Pembuatan dan Kejuruteraan Pembekalan tenaga Pembinaan
pengilangan



Rajah 1.12 Sektor kedua

(i) Pembuatan dan Pengilangan

Terdapat perniagaan yang terlibat dalam aktiviti pembuatan dan
pengilangan. Penghasilan barang melalui proses transformasi
input kepada output yang lebih bernilai. Contohnya, kilang
pembuatan roti menjalankan transformasi daripada bahan
mentah (tepung) kepada roti.

(ii) Kejuruteraan

Kejuruteraan menyediakan jentera, mesin dan peralatan untuk
pengeluaran. Jenis mesin yang diperlukan bergantung pada jenis
aktiviti pengilangan yang dijalankan.

Sebuah kilang mungkin memerlukan peralatan saintifik
untuk pengeluaran manakala sebuah kilang yang lain memerlukan
jentera berat dalam proses pengeluarannya. Contohnya, Proton QR Code
Holdings Berhad memerlukan mesin khas yang bersesuaian Proton Holdings Berhad
untuk menghasilkan kereta mengikut reka bentuk dan kualiti http://www.proton.com.my
yang telah ditetapkan.








EMK

Arahan:
Bincangkan dalam kumpulan.
Soalan:
Jelaskan kepentingan sektor
kedua kepada aktiviti yang
dijalankan oleh sektor utama dan
sektor ketiga.


Gambar foto 1.24 Teknologi kejuruteraan
Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan BAB 1 47






Bab1_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd 47 11/7/16 12:14 PM

Bab 1 Cintai Negara (iii) Pembekalan Tenaga
Pembekalan tenaga melibatkan aktiviti pembekalan sesuatu
Setiap tenaga yang dibekalkan
perlu digunakan secara tenaga dari pelbagai sumber seperti elektrik, petroleum dan air
untuk kegunaan industri dan isi rumah. Contohnya, Tenaga
berhemah tanpa melibatkan
sebarang pembaziran. Nasional Berhad (TNB), Petroliam Nasional Berhad (Petronas)
dan Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS).

(iv) Pembinaan

Pembinaan merangkumi aktiviti pemasangan, pembinaan dan
EMK pengubahsuaian dengan menggunakan barang siap atau separa
siap. Contohnya, pembinaan bangunan dan jambatan.
Arahan:
Bincangkan dalam kumpulan kecil.
Soalan: (c) Sektor Ketiga (Tertier)
1 Senaraikan jenis perkhidmatan
yang disediakan oleh kerajaan, Sektor ketiga melibatkan aktiviti membekalkan perkhidmatan
swasta dan badan kebajikan. tertentu daripada pengeluar terus kepada pengguna. Aktiviti
2 Teliti senarai tersebut dan kenal perkhidmatan dikenali juga sebagai aktiviti ekonomi peringkat
pasti jika wujud persamaan ketiga atau tertier.
dalam perkhidmatan yang
diberikan oleh kerajaan Aktiviti perkhidmatan dalam sektor ketiga meliputi pelbagai
dan swasta.
3 Bincangkan sebab perkara bidang seperti sektor perkhidmatan pelancongan, pengangkutan,
ini berlaku. telekomunikasi, perbankan, perdagangan serta perkhidmatan
awam dan swasta. Sektor ketiga berperanan untuk menyokong
perkembangan sektor primer dan sekunder. Kini sektor ketiga
merupakan penyumbang terbesar kepada KDNK negara.



Sektor Ketiga




Perkhidmatan Awam Perkhidmatan swasta Perkhidmatan
sukarela/kebajikan
Di Malaysia, keupayaan rakyat untuk Memberikan
membayar kos perkhidmatan swasta perkhidmatan kepada Perkhidmatan
masih lagi rendah perniagaan dan individu disediakan oleh
badan-badan amal
Kerajaan mengamalkan dasar seperti Perkhidmatan ditawarkan dan sukarela dalam
dasar penswastaan untuk membantu oleh perniagaan bidang seperti
keselesaan, kesejahteraan, kebajikan yang dimiliki secara kesihatan komuniti
dan keselamatan rakyat persendirian seperti dan alam sekitar
peruncitan dan akauntan
Terdapat beberapa bidang tidak
diswastakan sepenuhnya seperti
pendidikan dan kesihatan

Rajah 1.13 Sektor ketiga
48 BAB 1 Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan






Bab1_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd 48 11/7/16 12:14 PM

Bab 1
1.5 Skala Perniagaan






Skala Perniagaan




Domestik Antarabangsa




Tempatan Negeri Kebangsaan Zon Global



Rajah 1.14 Skala perniagaan



1.5.1 Pasaran Domestik


Pasaran domestik melibatkan penjualan produk pada peringkat
pasaran dalam negara. Pasaran domestik boleh dibahagikan
kepada tiga tahap seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.14.

(a) Skala Tempatan
Minda Kreatif
Perniagaan yang menembusi pasaran tempatan membekalkan
barang dan perkhidmatan mereka di kawasan tertentu sahaja. Jelaskan kelebihan perniagaan
Saiz pasaran adalah kecil. Dari aspek kos perniagaan, kos yang berskala tempatan.
ditanggung adalah rendah kerana tidak melibatkan operasi
yang besar.












RM Celik Kewangan
Setiap modal yang diperuntukkan
dalam perniagaan perlu
digunakan sepenuhnya secara
sistematik dan terurus.


Gambar foto 1.25 Perniagaan skala tempatan
Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan BAB 1 49






Bab1_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd 49 11/7/16 12:14 PM

Bab 1 (b) Skala Negeri

Perniagaan telah berjaya menembusi pasaran yang lebih besar pada
Minda Kreatif peringkat daerah dalam sesebuah negeri. Kos yang ditanggung
pada peringkat ini agak tinggi kerana perlu memenuhi permintaan
Jelaskan kelebihan perniagaan dari pelbagai daerah. Kebanyakan perniagaan pada tahap ini
berskala negeri.
terlibat dalam perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

(c) Skala Kebangsaan

Perniagaan berskala kebangsaan mempunyai saiz pasaran yang
Buletin Keusahawanan lebih besar. Perniagaan berskala kebangsaan meliputi pasaran di
seluruh negara. Beroperasi di skala kebangsaan membolehkan
“Jangan takut untuk meninggalkan
yang BAIK bagi mengejar yang peniaga menikmati ekonomi bidangan. Barang atau perkhidmatan
HEBAT!” dapat ditawarkan dengan harga yang lebih berpatutan kepada
pengguna. Perniagaan berskala kebangsaan mampu membeli
stok dalam kuantiti yang lebih besar. Oleh itu, perniagaan boleh
berunding dengan pembekal untuk mendapatkan diskaun yang
lebih tinggi, dan seterusnya menjual pada harga yang lebih murah
kepada pelanggan. Hal ini menyebabkan perniagaan yang berskala
tempatan sukar menyaingi perniagaan berskala kebangsaan.








KUARI BATU EMAS
KBE GROUP OF COMPANIES
Dato’ Haji Musa bin Haji Nordin,
merupakan contoh usahawan
berjaya yang berani keluar dari zon
selesa untuk mengejar kejayaan
yang lebih hebat.




Gambar foto 1.26 Perniagaan skala kebangsaan



1.5.2 Pasaran Antarabangsa
Cintai Negara
Pasaran antarabangsa melibatkan beberapa aktiviti perniagaan
Dalam perniagaan antarabangsa, yang dijalankan antara sebuah negara dengan negara lain. Pasaran
setiap perniagaan perlu
mengutamakan kepentingan antarabangsa melibatkan aktiviti import, eksport dan entreport.
negara. Setiap aktiviti yang Liputan pasaran bagi perniagaan skala antarabangsa menjadi
menjejaskan kedaulatan negara luas dan sasaran pasaran baharu akan wujud. Keadaan ini dapat
perlu dielakkan sepenuhnya. meningkatkan keuntungan syarikat. Pasaran antarabangsa boleh
dibahagikan kepada dua, iaitu:
50 BAB 1 Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan






Bab1_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd 50 11/7/16 12:14 PM

(a) Skala Zon


Perniagaan yang berskala zon, peniaga memberi fokus kepada Bab 1
pasaran di kawasan-kawasan tertentu yang telah dikenal pasti Buletin Keusahawanan
bersesuaian dengan barang dan perkhidmatan. Kerajaan Malaysia mempelawa
pelabur Jepun dan pelabur
(b) Skala Global lain memanfaatkan peluang
perniagaan dalam pasaran ASEAN
Perniagaan yang berskala global, pasaran adalah luas merentasi yang besar, menjadikan Malaysia
sebagai pintu masuk ke rantau ini.
sempadan. Pada masa kini, pasaran global mudah ditembusi (Sumber: Dipetik dan disesuaikan
dengan wujudnya Internet. Penggunaan aplikasi seperti emel, daripada http://www.astroawani.
Newsgroup dan laman web di dalam perniagaan yang diguna com, capaian pada 28 Jun 2016)
pakai secara meluas dapat melangkaui sempadan negara.
Contoh

Syarikat Malaysia yang berjaya menembusi pasaran global.





Minda Kreatif

Jelaskan kelebihan dan
kekurangan perniagaan yang
terlibat secara langsung dalam
pasaran antarabangsa.


Kerajaan Malaysia memberi pelbagai galakan kepada peniaga
untuk menembusi pasaran global. Contohnya, pihak kerajaan
telah menubuhkan Perbadanan Pembangunan Perdagangan
Luar Malaysia (MATRADE) yang memberikan khidmat nasihat,
latihan dan bantuan promosi kepada peniaga yang ingin
mengembangkan sayap ke luar negara.
Contoh
EMK
Arahan:
Bentangkan dalam kelas.
Soalan:
Jelaskan rahsia kejayaan
Pengeksport Malaysia atau syarikat sedia mengeksport adalah syarikat Malaysia yang berjaya
dialu-alukan untuk menjadi ahli MATRADE dengan mendaftar mengharumkan nama Malaysia
secara dalam talian atau menghantar Borang Pendaftaran di persada dunia terutama dalam
Pengeksport Malaysia kepada Unit Khidmat Nasihat Perdagangan. pasaran ASEAN dan Kesatuan
Pendaftaran sebagai ahli MATRADE adalah percuma. Eropah (EU).





Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan BAB 1 51






Bab1_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd 51 11/7/16 12:15 PM

Bab 1 1.6 Perkaitan antara

Penawaran Barang

dan Perkhidmatan,

Bentuk Pemilikan,

Klasifikasi dan Skala

Perniagaan



Penawaran barang dan perkhidmatan, bentuk pemilikan,
Buletin Keusahawanan klasifikasi dan skala perniagaan dapat dikaitkan dengan aktiviti
perniagaan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.15 berikut:
TM
Pemangkin Pendapatan Digital

#YOUCANDUIT merupakan Penawaran
kempen digital untuk
meningkatkan pendapatan barang dan
tambahan dalam kalangan rakyat perkhidmatan
Malaysia melalui inisiatif digital
seperti program eRezeki
dan eUsahawan.
(Sumber: Dipetik dan disesuaikan
daripada laman sesawang http://
youcanduit.mdec.my/)
Bentuk
Klasifikasi Perniagaan pemilikan









Minda Kreatif
Skala
Jelaskan perkaitan antara
penawaran barang dan
perkhidmatan yang wujud dalam
perniagaan yang dijalankan di Rajah 1.15 Perkaitan perniagaan
kawasan anda.
Sesebuah perniagaan boleh menawarkan barang, perkhidmatan
atau kedua-duanya untuk memenuhi keperluan dan kehendak
pengguna atau pelanggan. Jenis barang atau perkhidmatan yang
ditawarkan akan mempengaruhi perniagaan yang dijalankan. Jika
perniagaan yang dijalankan berasaskan perkhidmatan, peniaga
tidak perlu terlibat dengan pengurusan stok dan lebih memberi
tumpuan kepada pengurusan sumber manusia.

52 BAB 1 Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan






Bab1_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd 52 11/7/16 12:15 PM

Pemilik sesebuah perniagaan boleh memilih untuk menubuhkan
Celik Kewangan perniagaan milikan tunggal, perkongsian, syarikat berhad atau
RM Bab 1
koperasi. Bagi perniagaan yang dijalankan secara kecil-kecilan,
Pengurusan kewangan setiap
perniagaan perlu mengikut sistem perniagaan bentuk milikan tunggal lazimnya dipilih untuk
yang sistematik dan tersusun. menawarkan barang atau perkhidmatan. Apabila perniagaan
semakin berkembang atau saiznya bertambah besar, bentuk
pemilikan juga boleh diubah mengikut keperluan perniagaan.
Contohnya, perubahan bentuk pemilikan perniagaan daripada
milikan tunggal kepada perkongsian, perlulah didaftarkan di
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Perniagaan boleh dikategorikan mengikut skala, iaitu domestik
dan antarabangsa. Saiz perniagaan tidak mempengaruhi skalanya.
Sesebuah perniagaan tidak perlu bersaiz besar untuk menawarkan
EMK barang atau perkhidmatan ke pasaran global. Teknologi moden
seperti Internet membolehkan perniagaan yang bersaiz kecil
Arahan:
Bentangkan dalam kelas. menembusi pasaran pada peringkat antarabangsa. Hal ini akan
meningkatkan jualan dan keuntungan perniagaan.
Soalan:
Jelaskan kepentingan menentukan Terdapat tiga sektor dalam perniagaan, iaitu sektor utama,
jenis penawaran barang dan
perkhidmatan agar selaras dengan sektor kedua dan sektor ketiga. Di Malaysia, lazimnya sektor
jenis dan saiz perniagaan. utama seperti pertanian adalah untuk memenuhi pasaran atau
skala domestik. Sektor kedua dan ketiga, iaitu sektor pengilangan
dan perkhidmatan adalah untuk pasaran domestik dan juga
antarabangsa. Semua sektor yang terlibat memerlukan aktiviti
perniagaan untuk mengagihkan barang dan perkhidmatan yang
ditawarkan. Tanpa aktiviti perniagaan, barang dan perkhidmatan
tidak dapat digunakan sepenuhnya bagi tujuan jual beli untuk
menjana keuntungan.



Aktiviti Kumpulan Kreatif dan Inovatif


Pembelajaran Penerokaan
Tugasan: Mengaitkan perniagaan mengikut jenis perniagaan, bentuk pemilikan, skala
dan klasifikasinya
Langkah-langkah:
1 Bahagikan kelas kepada beberapa kumpulan kecil.
2 Setiap kumpulan pilih satu perniagaan yang terdapat di kawasan masing-masing.
3 Buat aktiviti sumbang saran dalam kumpulan dengan membincangkan jenis perniagaan,
pemilikan, skala dan klasifikasi bagi perniagaan yang telah dipilih.
4 Senaraikan isi penting hasil daripada aktiviti sumbang saran.
5 Sediakan bahan untuk pembentangan.
6 Bentangkan dalam kelas.
7 Lakukan sesi soal jawab selepas pembentangan.



Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan BAB 1 53






Bab1_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd 53 11/7/16 12:15 PM

Bab 1 1.7 Perkembangan

Sektor Perniagaan

di Malaysia



Sektor perniagaan di Malaysia dibahagikan kepada tiga bahagian,
iaitu sektor utama, sektor kedua dan sektor ketiga. Pembahagian
sektor adalah berdasarkan kepada bentuk aktiviti yang terlibat.
EMK
Sektor utama terlibat dalam aktiviti penerokaan sumber dan
Arahan: pertanian. Sektor kedua melibatkan aktiviti perkilangan dan
Bincangkan dalam kumpulan. pembinaan, manakala sektor ketiga melibatkan aktiviti berkaitan
Soalan: dengan perkhidmatan.
Cadangkan dua peluang
perniagaan dalam sektor 1.7.1 Selepas Merdeka
perkhidmatan yang boleh
dijalankan di tempat anda.
Pada waktu selepas merdeka penduduk Malaysia kebanyakannya
menjalankan aktiviti berasaskan pertanian. Kita dikenali sebagai
negara pengeluar bahan mentah seperti getah dan bijih timah.
Namun kerajaan mendapati negara kita sukar untuk berkembang
maju jika hanya bergantung pada sektor utama.
Buletin Keusahawanan
















Lembaga Kemajuan Tanah
Persekutuan (FELDA) telah
mengalami proses transformasi
yang melibatkan pelbagai
dimensi pada peringkat
individu dan keluarga, taraf dan Gambar foto 1.27 Sektor pertanian
corak kehidupan, fizikal dan
minda serta organisasi. Felda 1.7.2 Era 1990-an
merupakan contoh terbaik
kepada semua perniagaan
di Malaysia terutama dalam Kerajaan mula menggalakkan rakyat untuk menceburi sektor
melakukan proses transformasi kedua bagi tujuan untuk mengurangkan kebergantungan kepada
terhadap aktiviti perniagaan yang barang import. Pelbagai galakan telah diberikan oleh kerajaan
sedang dijalankan. kepada pengusaha-pengusaha tempatan untuk menambah hasil
keluaran, sehinggalah pada awal tahun 1990-an sektor kedua
mengambil alih sebagai penyumbang utama eksport Malaysia.

54 BAB 1 Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan






Bab1_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd 54 11/7/16 12:15 PM

Bab 1
Buletin Keusahawanan














Proton merupakan syarikat
pengeluar kereta nasional yang
telah berjaya mengharumkan
nama negara di peringkat dunia.
Pelbagai inisiatif dilakukan bagi
Gambar foto 1.28 Sektor perindustrian memastikan syarikat terus kukuh
dan berdaya saing dalam psaran
domestik dan dunia. Dengan
program rasionalisasi, cawangan
1.7.3 Menjelang Abad ke-21 baharu yang terdiri daripada
pusat 3S telah mewujudkan
Kini dalam keadaan negara kita yang berusaha menuju ke arah rangkaian yang sihat dengan
sebuah negara maju menjelang tahun 2020, sumbangan sektor memberi tumpuan kepada
kawasan pasaran utama.
ketiga, iaitu sektor perkhidmatan semakin meningkat selaras (Sumber: Dipetik dan disesuaikan
dengan perkembangan ekonomi negara. Penekanan yang lebih daripada laman sesawang
tinggi diberikan kepada sektor perkhidmatan selaras dengan http://www.utusan.com.
matlamat Malaysia untuk menjadi negara maju. my/bisnes/korporat/pelan-
transformasi-proton-galak-
pertumbuhan-1.81303)


















QR Code
Pusat Transformasi Bandar (UTC)
http://www.utc.my
Gambar foto 1.29 Sektor perkhidmatan

(Sumber: Dipetik dan disesuaikan daripada laman sesawang
http://www.mida.gov.my, capaian pada 29 Jun 2016)

Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan BAB 1 55






Bab1_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd 55 11/7/16 12:15 PM

Gerak Minda 1.1


SOALAN STRUKTUR
Arahan: Jawab semua soalan.

1 “Perniagaan bersaiz kecil turut menyumbang kepada peningkatan ekonomi negara”
Berdasarkan penyataan tersebut, jawab soalan yang berikut:
(a) Bagaimanakah perniagaan tersebut dapat menyumbang kepada ekonomi negara?






(b) Terangkan masalah dan peluang yang dihadapi oleh mereka sebagai perniagaan bersaiz kecil.





2 Terangkan perbezaan antara Syarikat Sendirian Berhad dengan Syarikat Awam Berhad.










3 Nyatakan definisi francais dan usaha sama.













4 Apakah yang dimaksudkan dengan perniagaan berskala domestik?





5 Terangkan sebab perniagaan bersaiz kecil terus popular dan mampu bersaing dengan perniagaan
bersaiz besar.














56 BAB 1 Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan






Bab1_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd 56 11/7/16 12:15 PM

SOALAN ESEI

Arahan: Jawab semua soalan.

1 Mengapakah perniagaan dalam perusahaan kecil dan sederhana (PKS) penting kepada pembangunan
ekonomi di Malaysia?

2 Rajah berikut menunjukkan tujuan perniagaan.


ORGANISASI
BERMOTIFKAN
MENAWARKAN UNTUNG
TUJUAN
PERNIAGAAN BARANG DAN
PERKHIDMATAN
X



(a) Apakah X?
(b) Terangkan dua kepentingan X dengan memilih sebuah organisasi sebagai contoh.

3 Berikut ialah senarai perbelanjaan yang dibuat oleh Ali dan Aliya untuk tempoh satu minggu.
Bagaimanakah anda dapat mengkategorikan item-item dalam senarai itu?



SENARAI ALI SENARAI ALIYA
• Buku • Pencuci muka
• Nasi lemak • Nasi ayam
• Tambang bas • Petrol
• Tiket wayang • Salun kecantikan
• Sabun • Baju baharu
• Pencuci • Sewa bilik
• Raket badminton • Rawatan doktor
• Sewa gelanggang • Mi segera
• Pakaian sukan • Komputer
• Mi segera




4 Syarikat Juara Niaga Sdn. Bhd. merupakan sebuah organisasi bermotifkan untung. Syarikat mempunyai
tiga buah pasar raya yang beroperasi di Taiping dan Ipoh.
Pihak pengurusannya bercadang untuk menjual beberapa jenis barang di pasar raya tersebut pada
harga kos.
Adakah tindakan tersebut wajar? Berikan alasan anda.
5 Jelaskan perbezaan yang wujud antara organisasi bermotifkan untung dengan organisasi bukan
bermotifkan untung.


Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan BAB 1 57






Bab1_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd 57 11/7/16 12:15 PM

Aktiviti Kumpulan Kreatif dan Inovatif 1


1 Anda dikehendaki untuk membentuk kumpulan kecil yang terdiri daripada lima orang
setiap kumpulan.

2 Dapatkan satu artikel berkaitan proses penubuhan aktiviti perniagaan sama ada milikan
tunggal, perkongsian, syarikat berhad atau koperasi.

3 Kaitkan artikel tersebut dengan peluang daya saing berdasarkan keadaan ekonomi semasa.
4 Lakukan aktiviti sumbang saran dalam kumpulan.
5 Bentangkan dalam kelas mengikut kumpulan.













Refleksi


1 Terangkan kepentingan keuntungan kepada sesebuah perniagaan.
2 Mengapakah perlu wujud organisasi bukan bermotifkan untung dalam sesebuah negara?

3 Terangkan perbezaan barang dan perkhidmatan dengan menggunakan contoh.

4 Terangkan perkaitan antara keperluan dan kehendak dengan perniagaan.
5 Jelaskan kaedah perniagaan yang digunakan oleh organisasi bukan bermotifkan untung.

6 Terangkan bentuk-bentuk pemilikan perniagaan.

7 Bagaimanakah sesebuah perniagaan itu diklasifikasikan?











Rumusan

Bab ini membincangkan tujuan perniagaan yang meliputi bentuk pemilikan perniagaan, klasifikasi
perniagaan serta perkembangan perniagaan di sektor utama, sektor kedua dan sektor ketiga. Setiap
bentuk pemilikan mempunyai ciri, kelebihan dan kelemahan masing-masing. Setiap perniagaan
diklasifikasikan kepada tiga saiz utama, iaitu perniagaan bersaiz kecil, sederhana dan besar.
Selain itu, perniagaan turut dilihat dari aspek penawaran barang dan perkhidmatan serta skala
perniagaan yang sedang dijalankan.


58 BAB 1 Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan






Bab1_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd 58 11/7/16 12:15 PM

Latihan Sumatif 1


SOALAN OBJEKTIF
Arahan: Jawab semua soalan.

1 Antara berikut, yang manakah benar tentang 6 Apakah tujuan kewujudan organisasi bukan
tujuan perniagaan? bermotifkan untung?
A Mewujudkan peluang pekerjaan I Mewujudkan kesedaran tentang
B Membantu masyarakat setempat sesuatu perkara
C Meningkatkan pendapatan negara II Mewujudkan peluang pekerjaan
D Menawarkan barang dan perkhidmatan kepada rakyat
III Memperoleh keuntungan daripada aktiviti
2 Pilih jawapan yang betul. yang dijalankan
IV Membantu golongan kurang berkemampuan
Barang Perkhidmatan mendapatkan keperluan
A Pakaian Polisi insurans A I dan II C II dan III

B Pelancongan Salun kecantikan B I dan IV D III dan IV
C Pusat tuisyen Buku rujukan 7 Antara berikut, yang manakah benar tentang
D Telefon bimbit Kereta Perkongsian Liabiliti Terhad?
A Kuasa pemegang syer terhad
B Modal pemegang syer terhad
3 Pernyataan manakah yang merupakan ciri C Bilangan pemegang syer terhad
kehendak manusia? D Tanggungan pemegang syer terhad
A Mudah dipenuhi
B Hidup lebih selesa 8 Apakah kelebihan Syarikat Sendirian Berhad
C Mempunyai batasan berbanding dengan Syarikat Awam Berhad?
D Sama untuk semua individu A Syarikat Sendirian Berhad mempunyai
taraf perundangan sendiri
4 Pernyataan berikut berkaitan dengan Syarikat B Keuntungan yang diperoleh Syarikat
Perkasa Sdn. Bhd. Sendirian Berhad terlepas daripada
Syarikat telah membina tiga buah pondok bebanan cukai
rehat di taman rekreasi berhampiran C Penyata kewangan Syarikat Sendirian
Berhad tidak perlu diumumkan kepada
Syarikat Perkasa telah menggunakan orang ramai
keuntungannya untuk D Lembaga pengarah Syarikat Sendirian
A memajukan lagi perniagaannya Berhad tidak semestinya terdiri daripada
B membantu masyarakat setempat pemegang syer
C membayar ganjaran kepada pekerjanya
D mendapatkan keyakinan daripada pelabur 9 Nyatakan bentuk pemilikan perniagaan yang
mempunyai ciri berikut:
5 Tepung, beras dan minyak masak adalah • Mudah ditubuhkan
antara barang keperluan asas yang dijual • Pemilik mempunyai kuasa penuh
pada harga subsidi. • Kadar cukai rendah

Hal ini bermakna barang tersebut A Koperasi
A dijual pada harga kos B Perkongsian
B dijual di atas harga kos C Milikan tunggal
C dijual di bawah harga kos D Syarikat Sendirian Berhad
D diberikan secara percuma
Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan BAB 1 59






Bab1_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd 59 11/7/16 12:15 PM

10 Antara berikut, yang manakah ciri Syarikat 14 Usaha sama ialah
Awam Berhad? A bentuk perniagaan untuk menjaga kebajikan
A Bilangan minimum ahlinya berjumlah pemiliknya
dua orang B hak yang diberi untuk menjalankan
B Syer hanya boleh dipindah milik atas perniagaan yang sama jenis
persetujuan lembaga pengarah C perniagaan yang dijalankan untuk
C Syarikat ini mesti dibubarkan jika majoriti memenuhi permintaan pengguna
pemegang syer menjadi muflis D dua syarikat bergabung untuk membentuk
D Sebelum ditubuhkan, syer syarikat jenis ini sebuah syarikat yang baharu
mestilah disenaraikan di bursa saham
15 Antara berikut, pilih kelebihan usaha sama.
11 Pentadbiran sebuah Syarikat Sendirian Berhad I Syarikat boleh menembusi pasaran yang
dikawal dan diuruskan oleh belum diterokai
A pekerja syarikat II Risiko perniagaan dapat dikongsi antara
B ahli lembaga pengarah kedua-dua syarikat
C pemegang-pemegang syer III Syarikat boleh berkongsi kepakaran
D pemiutang-pemiutang syarikat teknologi dengan syarikat lain
IV Semua aset dalam perniagaan asal akan
12 Maklumat berikut berkaitan dengan satu diserap ke dalam perniagaan baharu
bentuk perniagaan. A I, II dan III

• Menggunakan jenama yang sama B I, II dan IV
• Dikawal berterusan oleh syarikat asal C I, III dan IV
• Membayar fi yang dipersetujui untuk D II, III dan IV
mendapatkan kebenaran berniaga
16 Tentukan pernyataan yang betul dan yang salah.
Apakah bentuk perniagaan tersebut? I Syarikat usaha sama ialah entiti yang
A Francais C Perkongsian berasingan daripada syarikat asal
B Usaha sama D Milikan tunggal II Matlamat yang berbeza antara pihak
yang bergabung menyebabkan
13 Pilih pernyataan yang betul berkaitan francaisor berlakunya konflik
dan francaisi.
I II
Francaisor Francaisi
A Mempunyai Memberi hak A BETUL BETUL
jenama kepada francaisor B BETUL SALAH
yang terkenal untuk menggunakan
jenamanya C SALAH BETUL
B Menjalankan Menanggung kos D SALAH SALAH
promosi bagi promosi yang
pihak francaisi dijalankan 17 Mengapakah perniagaan bersaiz kecil dan
oleh francaisor sederhana lebih fleksibel berbanding dengan
C Sentiasa mengawal Bebas menjalankan perniagaan besar?
syarikat yang perniagaan A Layanan peribadi yang diberikan menarik
menerima mengikut lebih ramai pelanggan
hak berniaga kehendak sendiri B Risiko perniagaan bersaiz kecil dan
D Memberi Membayar sederhana adalah lebih rendah
hak kepada francaisor dalam C Pekerja dapat membantu membuat
francaisi untuk bentuk yang perubahan dengan lebih cepat
menggunakan dipersetujui D Proses membuat keputusan lebih mudah
jenamanya untuk pemilik perniagaan kecil
60 BAB 1 Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan






Bab1_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd 60 11/7/16 12:15 PM

18 Antara berikut, pilih persamaan antara 20 Pernyataan berikut berkaitan dengan kelebihan
perniagaan bersaiz kecil dan sederhana. perniagaan bersaiz kecil.
A Menikmati ekonomi bidangan
B Mempunyai sumber yang cukup untuk Encik Ayub merupakan pemilik Chini
menguasai pasaran Enterprise sentiasa mengenali semua
C Mudah untuk mendapatkan pekerja yang pelanggan tetap yang datang ke kedainya.
mahir dan berpengalaman
D Lebih mudah untuk melakukan perubahan Pernyataan tersebut merujuk pada
A komunikasi yang lebih baik antara Encik
dalam strategi perniagaan
Ayub dengan pekerjanya
B layanan peribadi yang diberikan kepada
19 Pilih kelebihan perniagaan bersaiz besar. semua pelanggan
I Wujud ekonomi bidangan C pelanggan yang berpuas hati dengan layanan
II Komunikasi lebih baik yang diberikan
III Memberi layanan peribadi D kaedah untuk mengumpulkan maklumat
IV Mudah menguasai pasaran berkaitan dengan cita rasa pelanggan
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV



SOALAN ESEI

Arahan: Jawab semua soalan.
1 Maklumat berikut adalah berkaitan dengan Perniagaan Agensi Pelancongan Global.

Encik Ikmal bercadang untuk menjemput rakannya menjalankan perniagaan tersebut
bersama-sama. Beliau berharap agar dapat mengumpulkan modal yang banyak dan
juga dapat menggunakan pengalaman rakannya dalam bidang pemasaran.
(a) Nyatakan perubahan bentuk milikan tersebut.
(b) Terangkan tiga kelebihan perubahan bentuk milikan tersebut kepada operasi Perniagaan Agensi
Pelancongan Global.
2 Situasi berikut menunjukkan perubahan pemilikan perniagaan.

KEDAI PAKAIAN KEDAI PAKAIAN

Situasi 1 NORSHIDA SHAHILA
NO. 2, JLN BESAR, NO. 3, JLN BESAR,
KAJANG KAJANG






BUTIK NORILA
Situasi 2
NO. 2–3, JLN BESAR, KAJANG


Jelaskan tiga kelebihan yang diperoleh Butik Norila selepas perubahan bentuk milikan perniagaan.
Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan BAB 1 61






Bab1_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd 61 11/7/16 12:15 PM

3 Mengapakah bentuk perniagaan francais semakin popular di Malaysia?
4 Baca situasi berikut dengan teliti.

Amin Ridwan melihat peluang untuk memulakan perniagaan sendiri semasa bekerja sebagai
“budak penghantar” untuk Mizcici Pizza semasa berusia 17 tahun. Beberapa tahun kemudian
beliau telah berjaya menjadi pengurus untuk sebuah cawangan Mizcici Pizza di Bandar Kajang.
Peluang ini digunakan untuk mempelajari cara menguruskan perniagaan tersebut, iaitu daripada
proses pembuatan pizza hingga kepada cara menguruskan pekerja.
Pada usia 25 tahun, beliau bersama dengan dua rakannya berjaya menjadi francaisi Mizcici
Pizza di Putrajaya dan Sepang. Beliau menyatakan kejayaannya ialah hasil kerja keras dan semangat
tidak putus asa. Selain itu, Mizcici Pizza memang satu jenama yang telah dikenali di Malaysia.
Beliau juga mendapat sokongan dalam pelbagai bentuk oleh pemilik syarikat induk Mizcici Pizza.

(a) Bincangkan kelebihan yang diperoleh oleh kedua-dua pihak yang terlibat dalam perniagaan tersebut.
(b) Terangkan bentuk sokongan yang mungkin diterima Amin Ridwan daripada syarikat induk.

5 Baca situasi berikut dengan teliti.

Nik Rohana telah menceburi perniagaan pengeluaran minuman ringan dengan jenama “Pop Kola”
setelah berhenti daripada jawatan pengarah di sebuah syarikat pengeluaran minuman ringan di
Kawasan Perindustrian Tasek, Ipoh. Produknya dipasarkan di pasar raya seluruh Malaysia.
Bagi mengembangkan perniagaan yang dijalankan olehnya, Nik Rohana bercadang untuk
bekerjasama dengan Syarikat Sunrider pengeluar minuman ringan di Indonesia. Melalui kerjasama
tersebut, beliau berharap produknya boleh diperkenalkan di negara-negara ASEAN. Dalam
usaha merealisasikan impiannya, Nik Rohana menyediakan satu rancangan perniagaan untuk
dikemukakan kepada pihak berkepentingan bagi tujuan pembiayaan tambahan.

Adakah anda bersetuju dengan cadangan Nik Rohana untuk bekerjasama dengan Syarikat Sunrider?
Berikan alasan anda.

6 Terangkan kelebihan perniagaan bersaiz kecil berbanding dengan perniagaan bersaiz besar.

7 Anda telah ditawarkan jawatan penolong pengurus di Dilara Enterprise dan Syarikat Kunang Berhad.
Tawaran manakah yang akan anda terima? Berikan alasan anda.

8 Encik Azmi dan rakannya menubuhkan firma perakaunan di Kuala Lumpur dua tahun yang lalu.
Mereka sukar mendapatkan syarikat besar sebagai pelanggan kerana dikhuatiri firma mereka tidak
akan bertahan lama.
Bagaimanakah mereka boleh meyakinkan bakal pelanggan agar menerima perkhidmatan yang ditawarkan?

9 Sektor kedua telah berjaya memacu ekonomi negara dengan pertumbuhan pelabur asing yang masuk
ke Malaysia. Terangkan sumbangan lain sektor ini kepada negara.

10 Perkongsian Perwira Juara pengeluar perabot terkemuka di Taiping ingin menukar status pemilikan
perniagaan kepada Syarikat Sendirian Berhad. Adakah tindakan tersebut wajar? Berikan alasan anda.










62 BAB 1 Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan






Bab1_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd 62 11/7/16 12:15 PM

2










BAB






TREND SEMASA DALAM




PERNIAGAAN







Kerajaan Malaysia, melalui pelbagai agensi, berusaha untuk menyediakan persekitaran kondusif agar rakyat
yang menceburi bidang perniagaan dapat berkembang maju. Oleh itu, dalam bab ini, anda akan mengenal
pasti peranan kerajaan dan memahami aspek-aspek yang dapat mendorong sesebuah perniagaan untuk maju
atau mengalami kegagalan pada peringkat domestik atau global.



KATA KUNCI
• Trend persekitaran
• Faktor perubahan
• Kesan perubahan














Standard Pembelajaran



Selepas mempelajari bab ini, murid boleh:
1 mengenal pasti peranan kerajaan dalam menangani isu-isu tempatan, negara dan serantau
mengenai pertumbuhan, guna tenaga penuh, inflasi dan deflasi
2 mengimbas trend persekitaran perniagaan
3 menganalisis faktor-faktor yang membawa perubahan kepada persekitaran perniagaan
4 menilai kesan perubahan persekitaran terhadap organisasi perniagaan


Trend Semasa dalam Perniagaan BAB 2 63






Bab2_Txtbk Perniagaan Tg4-25/10.indd 63 11/7/16 1:43 PM

2 2
Peta Konsep






Trend semasa
dalam perniagaan










Peranan kerajaan dalam
menangani isu-isu tempatan,
negara dan serantau mengenai
• pertumbuhan ekonomi,
• guna tenaga penuh,
• inflasi dan
• deflasi






Trend
persekitaran perniagaan






Faktor-faktor perubahan
persekitaran perniagaan









Kesan perubahan persekitaran
terhadap organisasi perniagaan












64 BAB 2 Trend Semasa dalam Perniagaan






Bab2_Txtbk Perniagaan Tg4-25/10.indd 64 11/7/16 1:43 PM

2.1 Peranan Kerajaan

dalam Menangani

Isu-isu Tempatan,

Negara dan Serantau



Kerajaan memainkan peranan yang penting dalam menangani
isu-isu berkaitan pertumbuhan, guna tenaga penuh, inflasi dan Cintai Negara Bab 2
kemelesetan ekonomi yang berlaku pada peringkat tempatan, Perniagaan perlu melibatkan
negara dan serantau. Antara kementerian yang sedia membantu penyertaan semua kaum
perniagaan bersaing pada peringkat domestik dan antarabangsa dalam sistem operasi bagi
adalah seperti Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan memperkukuh perpaduan kaum
Industri (MITI) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, di Malaysia.
Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) serta agensi kerajaan
seperti Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia
(MATRADE) dan Bank Negara Malaysia (BNM).


























Gambar foto 2.1 Bank Negara Malaysia QR Code
Bank Negara Malaysia
Bank Negara Malaysia (BNM) merupakan bank pusat yang http://www.bnm.gov.my
berperanan untuk memantau dan mengawal keadaan ekonomi
negara termasuklah dalam bidang perniagaan. Bank Negara
Malaysia juga turut berperanan untuk meningkatkan kestabilan
kewangan bagi pertumbuhan ekonomi dan perniagaan Malaysia.

Pada masa yang sama, Bank Negara Malaysia berfungsi
untuk mengawal selia infrastruktur sistem pembayaran negara
yang menekankan aspek kecekapan dan keselamatan sistem
kewangan negara.
Trend Semasa dalam Perniagaan BAB 2 65






Bab2_Txtbk Perniagaan Tg4-25/10.indd 65 11/7/16 1:43 PM

2.1.1 Peranan Kerajaan Pusat,
Minda Kreatif
Negeri dan Tempatan
Jelaskan peranan kerajaan dalam
membangunkan perniagaan Di Malaysia, di bawah kerajaan negeri, terdapat kerajaan
di Malaysia. tempatan yang berperanan menguruskan hal ehwal tempatan.
Berikut merupakan contoh pentadbiran kerajaan yang terdapat
di Malaysia:

Bab 2























Gambar foto 2.3 Dewan Undangan Negeri


























Gambar foto 2.2 Parlimen Malaysia Gambar foto 2.4 Majlis Bandaraya






Senaraikan agensi kerajaan yang terlibat secara langsung dalam urusan berkaitan dengan perniagaan.

66 BAB 2 Trend Semasa dalam Perniagaan






Bab2_Txtbk Perniagaan Tg4-25/10.indd 66 11/7/16 1:43 PM

Kerajaan memainkan peranan yang penting dalam menangani
isu-isu yang berlaku pada peringkat tempatan, negara dan serantau.
Huraian lanjut adalah seperti dalam Rajah 2.1.






Berkaitan dengan Melibatkan hubungan
perniagaan di kawasan Berkaitan dengan antara Malaysia dengan
setempat seperti masalah yang dihadapi negara jiran seperti
hubungan perniagaan oleh sesebuah negara negara Singapura, Bab 2
dengan komuniti, seperti jumlah Indonesia, Thailand dan
pengguna tempatan, pendapatan negara, Brunei Darussalam.
tanggungjawab sosial inflasi, kemelesetan
dengan masyarakat ekonomi dan kadar
sekeliling dan pertumbuhan ekonomi. Isu Serantau
faktor sosiobudaya
masyarakat setempat. Isu Negara


Isu Tempatan







Rajah 2.1 Isu tempatan, negara dan serantau

(a) Peranan Kerajaan Pusat

Pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan terletak di Putrajaya.
Kerajaan Pusat mempunyai fungsi dan bidang kuasa tersendiri
dalam menangani isu ekonomi dan perniagaan dari aspek
perundangan, kewangan dan perkembangan aktiviti perniagaan.

















QR Code
Pejabat Perdana Menteri
http://www.pmo.gov.my
Gambar foto 2.5 Perdana Putra (Pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan)
Trend Semasa dalam Perniagaan BAB 2 67






Bab2_Txtbk Perniagaan Tg4-25/10.indd 67 11/7/16 1:43 PM

(i) Aspek Perundangan
Dari aspek perundangan, kerajaan Malaysia mempunyai kuasa
untuk menggubal sesuatu undang-undang yang berkaitan dengan
perniagaan melalui Parlimen Malaysia. Hal ini bagi memastikan
aktiviti perniagaan dapat berjalan dengan lancar supaya semua
isu tempatan, negara dan serantau dapat diatasi dengan baik.
• Penggubalan Undang-Undang
Bab 2 EMK Terdapat beberapa akta yang telah diwujudkan seperti yang

ditunjukkan dalam Rajah 2.2 yang berikut:
Arahan:
Bincangkan dalam kumpulan.
Kemudian bentangkan.
Soalan:
Jelaskan kebaikan
undang-undang yang
telah digubal kepada
perniagaan tempatan. Akta Akta Jualan Akta Sewa
Kontrak Barangan Beli 1967
1950 1957






Akta Akta Akta
Perkongsian Syarikat Perhubungan
1961 1965 Industri 1967
Buletin Keusahawanan
(Pindaan 1980)
Parlimen
Parlimen ialah kuasa Rajah 2.2 Contoh akta dalam perniagaan
perundangan bagi Malaysia.
Parlimen berperanan menggubal
undang-undang untuk Setiap akta digubal bertujuan untuk mengawal perjalanan
dikuatkuasakan di negara ini. aktiviti perniagaan bagi menangani isu tempatan, negara dan
Parlimen Malaysia berbentuk serantau dalam aspek perundangan. Setiap isu atau perkara
bicameral, iaitu terdiri daripada yang wujud dalam sesebuah perniagaan yang berkaitan
dwidewan (Dewan Rakyat dan dengan pihak kerajaan dan undang-undang akan diselesaikan
Dewan Negara).
Sumber: Dipetik dan disesuaikan melalui agensi penguatkuasaan yang berkaitan.
daripada laman sesawang http:// Pihak kerajaan juga berperanan untuk memastikan setiap
www.parlimen.gov.my)
perniagaan yang dijalankan mesti didaftarkan. Pendaftaran
perniagaan boleh dibuat berdasarkan entiti perniagaan yang
ditubuhkan serta tertakluk kepada akta yang berkaitan.
Contoh

Semua syarikat perlu didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia
(SSM). Syarikat perlu mematuhi segala syarat yang termaktub di
bawah Akta Syarikat 1965.

68 BAB 2 Trend Semasa dalam Perniagaan






Bab2_Txtbk Perniagaan Tg4-25/10.indd 68 11/7/16 1:43 PM

• Perlindungan Pengguna
EMK
Undang-undang yang berkaitan dengan perlindungan pengguna
turut digubal supaya pengguna tidak ditindas oleh peniaga Arahan:
yang menjalankan amalan perniagaan yang tidak sihat seperti Pilih salah satu undang-undang
mengelirukan pengguna dalam kualiti barang dan harga barang. berkaitan pengguna.
Soalan:
Contoh Jelaskan cara undang-undang
tersebut dapat melindungi
Contoh undang-undang yang boleh melindungi pengguna ialah pengguna daripada tindakan
Akta Perihal Dagangan 1972. Akta ini melindungi pengguna negatif peniaga.
dalam aspek mendapat maklumat barang dan kepenggunaan Bab 2
yang benar melalui penerangan yang benar dan maklumat yang
mencukupi. Selain itu, terdapat akta lain yang berkaitan dengan
pengguna seperti Akta Kawalan Harga 1946, Akta Sewa Beli 1967,
Akta Timbang Sukat 1972, Akta Mutu Alam Sekitar 1974 dan
Akta Perlindungan Pengguna 1999.



Matlamat undang-undang perlindungan pengguna ditunjukkan
dalam Rajah 2.3 yang berikut: Minda Kreatif

E -Tribunal
E-Tribunal adalah sebuah
sistem berasaskan web yang
Keselamatan Kesihatan dibangunkan khusus oleh
pengguna pengguna KPDNKK untuk memberikan
dalam aspek bertujuan untuk kemudahan kepada para
makanan, melindungi pengguna membuat pertanyaan
ubat-ubatan serta sebarang pengguna daripada tindakan mengenai pemfailan tuntutan
amalan dan perkhidmatan perniagaan yang boleh kepada Tribunal Tuntutan
yang tidak selamat mengancam kesihatan Pengguna Malaysia (TTPM).
pengguna Daftarkan diri anda sebagai
pengguna, kemudian dapatkan
maklumat tentang jenis tuntutan
yang boleh difailkan di TTPM.
Hak
pengguna Melindungi
mendapat hak pengguna
ganti rugi jika mendapat
pengguna tidak menerima alam sekitar yang bersih
barangan dan perkhidmatan ekoran aktiviti perniagaan
sebagaimana yang dijanjikan mencemarkan alam sekitar,
oleh peniaga iaitu pencemaran udara, air,
bunyi dan tanah
Rajah 2.3 Matlamat undang-undang perlindungan pengguna

Setiap isu atau kes yang wujud akan dirujuk atau dikemukakan
kepada pihak atau agensi kerajaan yang bertanggungjawab
seperti Tribunal Tuntutan Pengguna dan mahkamah. Pihak
penghakiman akan memutuskan setiap kes.
Trend Semasa dalam Perniagaan BAB 2 69






Bab2_Txtbk Perniagaan Tg4-25/10.indd 69 11/7/16 1:43 PM

• Pelepasan Cukai
Minda Kreatif
Bagi menggalakkan rakyat Malaysia menceburi sesuatu jenis
Jelaskan tindakan peniaga untuk perniagaan, kerajaan telah mewujudkan beberapa pelepasan
mendapatkan manfaat daripada cukai dalam sektor-sektor tertentu. Contoh pelepasan cukai
pelepasan cukai. ialah taraf perintis, elaun cukai pelaburan, potongan cukai,
pengecualian cukai dan elaun pelaburan semula.
Huraian tentang pelepasan cukai ditunjukkan dalam Jadual 2.1
yang berikut:
Bab 2 Jadual 2.1 Huraian tentang pelepasan cukai


Jenis Pelepasan Huraian
Cukai
Taraf perintis Diberikan kepada syarikat yang menyertai
promosi oleh kerajaan. Syarikat dikecualikan
pembayaran cukai selama lima tahun.
Elaun cukai Pelepasan cukai ekoran daripada pelaburan
pelaburan modal yang diberikan kepada perniagaan
berstatus Koridor Raya Multimedia (MSC) dan
Cintai Negara berasaskan bahan mentah tempatan.
Potongan cukai Potongan cukai diberikan kepada pengeksport
Rakyat bertanggungjawab
membayar cukai kepada yang menjual barangan tempatan dengan kadar
kerajaan supaya kerajaan dapat potongan bergantung pada jenis perbelanjaan
menggunakan hasil tersebut yang terlibat.
untuk pembangunan negara. Pengecualian Diberikan kepada syarikat status MSC dan
cukai terlibat dalam industri teknologi tinggi.
Perbelanjaan yang mendapat pengecualian cukai
ialah penyelidikan pasaran eksport, pameran
dan pengiklanan di luar negara.
Elaun pelaburan Diberikan kepada syarikat yang terlibat dalam
semula perniagaan pengeluaran makanan, pembinaan
jalan dan pembukaan tanah untuk pembelian
aset modal. Pendapatan syarikat dilabur semula
untuk pembelian aset.

Pada peringkat Persekutuan, kebiasaannya aktiviti pungutan
cukai dilaksanakan oleh dua agensi utama seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 2.4 yang berikut:






Hasil
pendapatan
negara
Jabatan Kastam Diraja Lembaga Hasil Dalam
Malaysia (JKDM) Negeri (LHDN)


Rajah 2.4 Agensi pungutan cukai Persekutuan
70 BAB 2 Trend Semasa dalam Perniagaan






Bab2_Txtbk Perniagaan Tg4-25/10.indd 70 11/7/16 1:43 PM

(ii) Aspek Kewangan
RM Celik Kewangan
Kewangan merujuk pada sumber pembiayaan yang diperlukan
untuk menjalankan aktiviti-aktiviti ekonomi. Terdapat banyak Setiap usahawan perlu bijak
isu yang dihadapi pada peringkat tempatan, negara dan serantau mengambil peluang daripada
bantuan kewangan yang
yang berkaitan dengan bidang kewangan. Aspek kewangan perlu ditawarkan oleh pihak kerajaan.
ditangani dengan baik oleh pihak kerajaan bagi memastikan
ekonomi berkembang secara berterusan.
Oleh itu, kerajaan memainkan peranan yang penting dalam
membantu peniaga mendapat pembiayaan sumber kewangan Bab 2
dalam memulakan dan mengembangkan sesuatu perniagaan.
Contoh EMK
Agensi berkaitan dengan bantuan kewangan kepada usahawan Arahan:
Bincangkan dalam kumpulan.
Soalan:
Jelaskan kelebihan bantuan
kewangan yang ditawarkan oleh
Majlis Amanah Rakyat Perbadanan Usahawan TEKUN kerajaan kepada usahawan
(MARA) Nasional Berhad Nasional di Malaysia.
Dalam mengawal perjalanan ekonomi negara, Bank Negara
Malaysia (BNM) berperanan untuk memastikan semua aktiviti
perniagaan hendaklah selaras dengan dasar kewangan yang
ditentukan dari semasa ke semasa.



Agensi Pembiayaan Perniagaan




Majlis Amanah Rakyat Bank Pembangunan Amanah Ikhtiar Credit Guarantee
dan Infrastruktur Malaysia Corporation
Malaysia Berhad Malaysia Berhad
Skim Pembiayaan Am
Skim Pembiayaan Skim Jaminan
Skim Pembiayaan Perkhidmatan Ikhtiar Laluan Terus
Pengangkutan menyewa jentera

Skim Pembiayaan Skim Pembiayaan
Skim Pembiayaan Projek pembangunan Ikhtiar Ibu Francais
Profesional Tunggal
Pinjaman beli aset Skim Jaminan
Skim Pembiayaan Utama Baharu
Kecil Bimbingan pengurusan
dan keusahawanan Skim Jaminan Anjal
I-Guarantee

Rajah 2.5 Pembiayaan perniagaan
Trend Semasa dalam Perniagaan BAB 2 71






Bab2_Txtbk Perniagaan Tg4-25/10.indd 71 11/7/16 1:43 PM

(iii) Aspek Perkembangan Aktiviti Perniagaan
Buletin Keusahawanan
Perkembangan perniagaan yang pesat menyebabkan berlakunya
permintaan tenaga pekerja bagi mengisi kekosongan jawatan
yang wujud dalam sesebuah perniagaan. Namun, kemelesetan
ekonomi merupakan faktor penghalang dalam perkembangan
Institut Keusahawanan
Negara (INSKEN) merupakan sesebuah organisasi perniagaan. Oleh itu, peranan pihak kerajaan
sebuah pusat kecemerlangan melalui pelaksanaan dasar fiskal dan dasar kewangan penting
pembangunan keusahawanan. untuk memulihkan keadaan ekonomi.
Bab 2 melaksanakan pembangunan • Aktiviti Promosi
INSKEN berperanan untuk
Pihak kerajaan secara berterusan berusaha untuk memacu

kapasiti melalui program-program
yang didorong oleh industri per tumbuhan ekonomi ke arah yang lebih stabil dan kukuh
(industry driven) dan dipacu termasuk dengan meningkatkan aktiviti promosi. Perbadanan
usahawan (entrepreneur-led) Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) yang
secara kolaborasi antara sektor
swasta dengan sektor awam ditubuhkan pada tahun 1993 menjalankan peranannya sebagai
melalui kerjasama daripada sebuah agensi kerajaan dengan mempromosikan aktiviti yang
pelbagai agensi. Hal ini bertujuan berkaitan dengan perdagangan di luar Malaysia bagi pihak
untuk menentukan program Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
pembangunan keusahawanan bagi
memenuhi keperluan industri dan
bersifat rentas sektor.
Contoh
Peranan MATRADE











Peranan yang dijalankan oleh MATRADE ialah
• mencari dan membangunkan kawasan perdagangan baharu
serta mengenal pasti pasaran baharu di luar negara.
Minda Kreatif • menemukan pengeksport Malaysia dengan pengimport dari
luar negara.
Jelaskan cara memanfaatkan • mengekalkan perhubungan antara pengimport dengan
peranan MATRADE bagi pengeksport berdaftar.
memajukan perniagaan yang • mencetak dan mengedarkan bahan bacaan mengenai aktiviti
sedang dijalankan.
perdagangan Malaysia.
• mengadakan misi perdagangan ke luar negara untuk pengeluar
tempatan dan membawa masuk pengimport dari luar negara.
• mengambil bahagian dalam pameran perdagangan
antarabangsa dalam usaha mempromosikan barangan keluaran
Malaysia dan mengeratkan perhubungan perdagangan dengan
negara lain.
• merancang dan mengendalikan seminar perdagangan
antarabangsa untuk pengeksport Malaysia.




72 BAB 2 Trend Semasa dalam Perniagaan






Bab2_Txtbk Perniagaan Tg4-25/10.indd 72 11/7/16 1:43 PM

• Aktiviti Latihan dan Pembangunan
Kerajaan Malaysia melalui pelbagai agensi di bawahnya telah Minda Kreatif
menganjurkan pelbagai jenis latihan dan kursus. Hal ini Jelaskan peranan Majlis Amanah
bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran Rakyat (MARA) dan Institut
peniaga terutama dalam kalangan bumiputera supaya dapat Kemahiran Belia Negara (IKBN)
terus berdaya saing dalam pasaran sama ada dalam atau di dalam membantu peniaga.
luar negara.

Contoh
Bab 2
Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)








Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) memainkan peranan Buletin Keusahawanan
untuk menyediakan input dalam bidang produktiviti dan kuantiti,
memper tingkatkan pembangunan sumber tenaga manusia dan Selain MPC, Pusat Pembangunan
menerajui pergerakan produktiviti dan kualiti. Antara latihan Usahawan Malaysia, atau
yang dikendalikan oleh MPC ialah kursus keusahawanan, Malaysian Entrepreneurship
kursus pengurusan dan kawalan kualiti dan kursus kewangan Development Center (MEDEC)
dan perakaunan. juga menyediakan latihan untuk
usahawan. Secara khususnya,
MEDEC diwujudkan untuk
membentuk pelan rancangan dan
Latihan ialah inisiatif yang dilaksanakan oleh sesebuah program keusahawanan seperti
latihan, kajian dan konsultansi.
organisasi untuk menggalakkan peningkatan produktiviti MEDEC telah berkembang sebagai
dalam kalangan pekerja. Pembangunan bermaksud inisiatif sebuah badan atau organisasi
yang diambil oleh organisasi dalam jangka masa yang panjang yang menjadi pusat latihan
untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kebolehan keusahawanan dan pendidikan
pekerja dari semasa ke semasa. di Malaysia.

Latihan dan pembangunan merupakan suatu bidang
yang khusus dalam usaha membantu pihak pengurusan
meningkatkan produktiviti para pekerja bermula daripada
peringkat atasan sehingga bawahan.






SME Corp Malaysia

SME Corp Malaysia merupakan agensi kerajaan yang ditubuhkan
untuk menggalakkan pembangunan Industri Kecil dan Sederhana.
Melalui gerak kerja kumpulan,
(i) senaraikan fungsi SME Corp
(ii) terangkan cara SME Corp menangani isu tempatan dan negara.


Trend Semasa dalam Perniagaan BAB 2 73






Bab2_Txtbk Perniagaan Tg4-25/10.indd 73 11/7/16 1:43 PM

• Aktiviti Penyelidikan dan Pembangunan
EMK Setiap aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang
dijalankan oleh pihak kerajaan dapat menjana kreativiti dan
Arahan:
Bentangkan dalam kelas. inovasi untuk memangkinkan kejayaan dalam dunia perniagaan
selain dapat menangani isu setempat, negara dan serantau.
Soalan:
Jelaskan kelebihan aktiviti
penyelidikan dan pembangunan
kepada perniagaan. Contoh Agensi yang terlibat dalam R&D
Bab 2 Menjalankan penyelidikan dalam bidang

pertanian dan memperkenalkan teknologi
Buletin Keusahawanan
baharu kepada industri bagi tujuan untuk
menghasilkan peningkatan produktiviti dan
kualiti produk


• Memastikan produk di pasaran menepati
piawaian yang ditetapkan dan bermutu tinggi
• Menjalankan kajian bagi memastikan tiada
penyelewengan dari segi kualiti
• Menjalankan aktiviti penyelidikan dan
Your Health & Beauty Store
menyampaikan maklumat yang berkaitan
Dato’ Prof Dr Hassan Yaacob ialah dengan pembangunan dan perubahan
seorang penyelidik perubatan dalam teknologi
dari Universiti Malaya yang
mendapat anugerah INOTEX/
MINDEX dari Kementerian Sains
Teknologi dan Alam Sekitar pada Meningkatkan nilai perkembangan keluaran
tahun 1994. Beliau ialah pengasas berasaskan minyak sawit Malaysia
produk berjenama Healin dan
syarikat Healwell Pharmaceuticals
Sdn. Bhd. Penyelidikannya ke
atas keajaiban gamat dilanjutkan Menjalankan penyelidikan dan pembangunan
di University of Kyushu dan bagi menangani setiap isu yang berkaitan
University of Toyama Jepun dengan tenaga elektrik
bermula pada tahun 1995 sehingga
sekarang. Setelah lebih dari 10
tahun melakukan penyelidikan
dan pembangunan ke atas gamat, Kemajuan dalam aktiviti penyelidikan dan pembangunan
beliau telah berjaya mengeluarkan (R&D) yang berkembang pesat merupakan salah satu faktor
produk berasaskan sebatian
tulenan Gamodulin dari gamat yang dapat membantu memajukan ekonomi sesebuah
secara komersial di bawah industri. Hal ini dilaksanakan melalui kajian secara sistematik
jenama HEALIN. dan intensif bagi memperbaiki tahap pertumbuhan dan
pembangunan sesebuah industri selaras dengan wawasan
negara Malaysia menjadi negara maju menjelang tahun 2020.




Dapatkan maklumat tentang peranan yang dijalankan oleh Institut Piawaian Penyelidikan Perindustrian Malaysia
(SIRIM) dalam menangani isu tempatan dan negara.


74 BAB 2 Trend Semasa dalam Perniagaan






Bab2_Txtbk Perniagaan Tg4-25/10.indd 74 11/7/16 1:43 PM

(b) Peranan Kerajaan Negeri
Minda Kreatif
Pembentukan kerajaan negeri termaktub dalam Perlembagaan
Persekutuan, iaitu terdapat pembahagian kuasa antara kuasa Jelaskan peranan kerajaan negeri
dalam meningkatkan bilangan
kerajaan Pusat dengan kerajaan negeri. Dengan itu, kerajaan usahawan di Malaysia.
negeri mempunyai kuasa tertentu bagi membolehkan pentadbiran
kerajaan negeri berjalan dengan lancar dan tersusun.

Bidang kuasa kerajaan negeri atas bahan galian dan tanah
membolehkan mereka mewujudkan kawasan industri untuk
menggalakkan dan memajukan kegiatan ekonomi di sesuatu Bab 2
kawasan yang dipilih.



Cintai Negara

Setiap aktiviti perniagaan perlu
mengambil kira perlindungan
alam sekitar dan kesejahteraan
masyarakat setempat.













Gambar foto 2.6 Aktiviti pembangunan kawasan

Kewujudan kawasan industri membolehkan peningkatan
hasil pendapatan kerajaan melalui bayaran lesen yang dikenakan.
Kerjasama antara kerajaan negeri dengan sektor swasta dapat
menggalakkan aktiviti perniagaan dalam sesebuah negeri.

Hal ini termasuk menarik kemasukan pelabur tempatan
untuk melabur modal dalam pelbagai bidang seperti bidang
teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan infrastruktur.
Hal ini seterusnya telah membantu kerajaan sesebuah negeri
untuk memacu kerancakan aktiviti perniagaan. Contohnya,
kerajaan negeri Johor telah membentuk Hub Perdagangan ICT
Global dalam Iskandar Malaysia.

Pembentukan syarikat berkepentingan kerajaan negeri
seperti Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN) yang
terdapat di setiap negeri dapat merancakkan aktiviti perniagaan.
Banyak perniagaan berasaskan perusahaan kecil dan sederhana Gambar foto 2.7 Perbincangan
(PKS) telah diwujudkan sebagai pembekal dan vendor dalam pembangunan kawasan
menyokong aktiviti-aktiviti perniagaan yang dijalankan PKEN.
Trend Semasa dalam Perniagaan BAB 2 75






Bab2_Txtbk Perniagaan Tg4-25/10.indd 75 11/7/16 1:43 PM

Contoh
Minda Kreatif Perbadanan Kemajuan Negeri

Jelaskan skim galakan yang
disediakan oleh kerajaan negeri
tempat anda tinggal dalam
memajukan Perusahaan Kecil
dan Sederhana (PKS).


Bab 2 Perbadanan Kemajuan Negeri Perbadanan Pembangunan
SABAH ECONOMIC DEVELOPMENT CORPORATION



Buletin Keusahawanan Pahang (PKNP) Ekonomi Sabah (SEDCO)


Kerajaan negeri melalui PKEN boleh memberi bantuan
kepada usahawan yang baharu dengan menghasilkan produk
yang mendapat sokongan daripada kerajaan negeri.
Dalam bidang pertanian, kerajaan negeri boleh menggalakkan
sektor swasta dalam mengusahakan sesuatu jenis pertanian yang
diperlukan oleh rakyat sesebuah negeri dan negara. Oleh sebab
pengurusan tanah merupakan penguasaan kerajaan negeri, hal
ini memudahkan kerajaan negeri untuk menyediakan lokasi
strategik dalam mengusahakan sesuatu projek pertanian dengan
memberi beberapa skim galakan yang sesuai dan kompetitif.
1Malaysia Best merupakan satu
Perakuan Jenama (Endorsement
Brand) yang melambangkan
identiti Malaysia untuk
meningkatkan jualan dan profil
produk-produk berasaskan
pertanian di pasaran tempatan
dan global. 1Malaysia Best
membantu menaikkan taraf
produk-produk berasaskan
pertanian keluaran tempatan
bagi pasaran antarabangsa serta
mewujudkan kestabilan dalam
setiap keadaan ekonomi.













Gambar foto 2.8 Projek pertanian moden


76 BAB 2 Trend Semasa dalam Perniagaan






Bab2_Txtbk Perniagaan Tg4-25/10.indd 76 11/7/16 1:43 PM

(c) Peranan Pihak Berkuasa Tempatan

(PBT) EMK
Arahan:
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) merupakan pelaksana dasar Bincangkan dan buat
pada peringkat akar umbi dalam menyampaikan perkhidmatan pembentangan dalam kelas.
kepada warga penduduk tempatan. PBT ditubuhkan di bawah Soalan:
Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) sebagai badan yang Kenal pasti dan terangkan
bertanggungjawab untuk mengurus dan mentadbir sesebuah perkhidmatan yang disediakan
kawasan yang terlibat berasaskan kepentingan tempatan seperti oleh Pihak Berkuasa Tempatan
Majlis Bandaraya, Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah. untuk membantu peniaga. Bab 2

















Buletin Keusahawanan

Skim PUNB
Terdapat pelbagai program yang
dianjurkan oleh Perbadanan
Usahawan Nasional Berhad bagi
melahirkan generasi usahawan
yang sentiasa berdaya saing dan
berfikir di luar kotak. Antara
program yang dilaksanakan adalah
seperti yang berikut:

Gambar foto 2.9 Pihak Berkuasa Tempatan •

Peranan PBT dalam perniagaan lebih tertumpu pada
menangani isu tempatan. PBT diberi kuasa untuk memastikan •
kawasan pentadbirannya berada dalam keadaan selamat dan
merancang sesuatu pembangunan dalam keadaan sempurna •
serta sesuai dengan keadaan masyarakat setempat.

Peranan lain yang dijalankan oleh PBT adalah seperti berikut:
1 penyediaan kemudahan infrastruktur yang dapat menjamin
keselesaan kehidupan masyarakat setempat.
2 pewujudan pusat-pusat perniagaan atau perdagangan seperti
pasar-pasar dan gerai-gerai.
3 pengawalan terhadap kesihatan awam dan keselamatan.
4 pelaksanaan tanggungjawab sosial yang meliputi pembangunan
kemudahan awam.
Trend Semasa dalam Perniagaan BAB 2 77






Bab2_Txtbk Perniagaan Tg4-25/10.indd 77 11/7/16 1:43 PM

PBT bertanggungjawab untuk memastikan setiap pembinaan
Minda Kreatif bangunan dalam keadaan selamat dan sempurna. Selain itu, PBT
turut bertanggungjawab untuk merangka dan melaksanakan
Berikan kelebihan yang
termaktub dalam undang-undang dasar-dasar pembangunan setempat. PBT juga berkuasa untuk
kecil penjaja kepada usahawan menggubal sesuatu undang-undang kecil yang berkaitan dengan
muda pada masa ini. perniagaan, iaitu pengawalan premis perniagaan, pengawalan
pengiklanan dan mengatur sebarang jualan awam.

Contoh
Bab 2 Cintai Negara Pihak Berkuasa Tempatan diberi kuasa untuk menggubal beberapa


Undang-Undang Kecil seperti yang berikut:
Setiap usahawan perlu peka 1 Undang-Undang Kecil Pelesenan, Perniagaan dan Perindustrian
terhadap setiap cukai yang perlu 2 Undang-Undang Kecil Pasar
dibayar termasuk cukai yang 3 Undang-Undang Kecil Penjaja
melibatkan Pihak Berkuasa
Tempatan (PBT). Kegagalan pihak yang berkaitan di kawasan setempat dan peniaga
dalam mematuhi undang-undang boleh menyebabkan mereka
dikenakan tindakan termasuk didakwa di mahkamah.



Aktiviti Kumpulan Kreatif dan Inovatif


Pembelajaran Kendiri

Tugasan: Pihak Berkuasa Tempatan mempunyai bidang kuasa tersendiri dalam memastikan setiap
perkara yang dirancang dapat dilaksanakan dengan baik dan sistematik. Huraikan bidang
kuasa yang dimiliki oleh PBT dalam membantu melahirkan usahawan yang lebih berjaya
dan berdaya saing.
Arahan:
1 Buat perbincangan kumpulan dengan mengenal pasti isu utama. Kemudian, nyatakan kehendak
tugasan soalan.
2 Buat rangka isi-isi penting dan sediakan bahan untuk pembentangan.
3 Lakukan sesi sumbang saran antara ahli kumpulan. Pastikan setiap ahli mendengar idea dan
pandangan ahli lain tanpa membangkang.
4 Pilih idea terbaik untuk dijadikan isi penting.
5 Sediakan bahan pembentangan dalam bentuk PowerPoint.
6 Buat persediaan pembentangan.
7 Bentangkan dalam kelas.








Senaraikan peranan PBT dalam memajukan peniaga-peniaga kecil terutama usahawan muda yang baru menceburi
bidang perniagaan ke tahap yang lebih baik. Kemudian berikan contoh bantuan yang telah diberikan oleh PBT kepada
perusahaan kecil dan sederhana di kawasan anda.

78 BAB 2 Trend Semasa dalam Perniagaan






Bab2_Txtbk Perniagaan Tg4-25/10.indd 78 11/7/16 1:43 PM

2.1.2 Peranan Kerajaan dari

Aspek Pertumbuhan
Ekonomi



Pertumbuhan ekonomi ialah peningkatan dalam sesuatu kegiatan
yang berkaitan dengan ekonomi terutama dalam pembangunan
ekonomi berbentuk fizikal yang menyebabkan pertambahan
dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dalam ekonomi
sesebuah negara. Keuntungan negara Bab 2
meningkat

Peningkatan dalam
Pendapatan isi rumah aktiviti perniagaan akan
Kuasa beli pengguna meningkatkan pendapatan
Pertumbuhan ekonomi penduduk setempat. Apabila
negara meliputi perubahan Perbelanjaan isi rumah akan perniagaan berkembang, hal
dalam nilai mata wang, menyebabkan berlakunya ini akan dapat membantu
kemampuan atau pendapatan peningkatan permintaan. perkembangan ekonomi
isi rumah, perubahan nilai Permintaan yang meningkat sesebuah negara.
pasaran dalam semua sektor akan menyebabkan
ekonomi dan sebagainya. perniagaan berusaha untuk
Pertumbuhan ekonomi mengeluarkan barang
negara turut dipengaruhi dan perkhidmatan.
oleh faktor-faktor pada
peringkat tempatan, negara
dan serantau.


Rajah 2.6 Pertumbuhan ekonomi negara

Pada masa ini, terdapat pelbagai inisiatif yang telah dilaksanakan
oleh pihak kerajaan dalam memacu pertumbuhan ekonomi negara.



Contoh Inisiatif Kerajaan
Program Transformasi
Kerajaan (GTP)
• Bidang Keberhasilan Utama
Negara (NKRA)
• Strategi Lautan Biru
Kebangsaan (NBOS)

RM Celik Kewangan
Program Transformasi
Ekonomi (ETP) Setiap individu perlu bijak
• Bidang Keberhasilan Ekonomi mengawal dan mengurus kredit
Negara (NKEA) bagi mengelakkan masalah
• Inisiatif Transformasi kekangan kewangan atau terjebak
Strategik (SRI) dalam risiko muflis.

Trend Semasa dalam Perniagaan BAB 2 79






Bab2_Txtbk Perniagaan Tg4-25/10.indd 79 11/7/16 1:43 PM

Bab 2






Peringkat tempatan
Perkembangan yang wujud dalam perniagaan pada peringkat tempatan akan membantu meningkatkan
pendapatan penduduk setempat. Hal ini membolehkan penduduk berbelanja lebih dan membantu
memacu pertumbuhan ekonomi setempat.


















Peringkat negara Peringkat serantau
Kerajaan memainkan peranan untuk memperkukuh Perbelanjaan penduduk akan meningkatkan
pertumbuhan ekonomi melalui pelaksanaan dasar penawaran dan membantu mengukuhkan
tertentu seperti dasar fiskal dan dasar kewangan. ekonomi negara. Kerajaan boleh menyediakan
Dasar fiskal dilaksanakan melalui tindakan elaun eksport untuk menggalakkan perniagaan
perbelanjaan pihak kerajaan dan pelaksanaan cukai mengeksport lebih banyak barang dan
tertentu yang boleh mempengaruhi permintaan. perkhidmatan yang lebih banyak ke luar negara.
Kesannya, perniagaan akan berusaha meningkatkan
pengeluaran barang atau perkhidmatan tertentu dan
seterusnya meningkatkan pendapatan penduduk
setempat. Hal ini seterusnya akan membantu
perkembangan ekonomi sesebuah negara.
Dasar kewangan pula boleh dilaksanakan melalui
peranan bank pusat, iaitu Bank Negara Malaysia
(BNM) yang berupaya untuk mengurangkan kadar
faedah bagi menggalakkan penduduk berbelanja
dan aktiviti pelaburan oleh perniagaan. Hal ini
seterusnya dapat menstabilkan kewangan negara.

Rajah 2.7 Peranan kerajaan dari aspek ekonomi
80 BAB 2 Trend Semasa dalam Perniagaan






Bab2_Txtbk Perniagaan Tg4-25/10.indd 80 11/7/16 1:43 PM

2.1.3 Peranan Kerajaan dari

Aspek Guna Tenaga Istilah Perniagaan

Pengangguran geseran
Dalam konteks ilmu ekonomi, guna tenaga penuh akan berlaku (frictional unemployment)
apabila sesebuah negara mencapai kadar pengangguran kurang Berlaku apabila pekerja
daripada empat peratus. Dalam keadaan ini, negara tersebut hanya berhenti kerja dan mencari
mengalami pengangguran geseran. pekerjaan tetapi tidak mendapat
pekerjaan dengan serta merta;
Apabila guna tenaga penuh dicapai, hal ini membolehkan dan ketika itu mereka dikira
pekerja memperoleh pendapatan untuk memenuhi keperluan sebagai penganggur. Bab 2
dan kehendak dalam kehidupan. Sebaliknya, apabila guna tenaga
gagal mencapai guna tenaga penuh, hal ini akan menyebabkan Guna tenaga (Labour)
Tenaga buruh yang terlibat
wujud pengangguran. dalam sesuatu kegiatan
ekonomi untuk menghasilkan
Contoh barang dan perkhidmatan.

Jika sebuah kilang di sesuatu kawasan ditutup, hal ini akan
menye babkan penduduk yang bekerja di kilang tersebut kehilangan
pekerjaan. Penduduk yang terlibat dalam masalah tersebut akan
kehilangan punca pendapatan. Hal ini seterusnya menyebabkan
taraf kehidupan penduduk di kawasan tersebut akan terjejas. Cintai Negara
Setiap warganegara Malaysia
Jenis pengangguran yang wujud di sesebuah negara terbahagi yang berjaya dalam pendidikan
kepada empat jenis seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.8 atau perniagaan di luar negara,
yang berikut: terutama dalam bidang kritikal
seperti perubatan, perlu kembali
Berlaku apabila seseorang pekerja bekerja dalam jangka dan berbakti kepada negara
masa pendek pada setiap tahun. Apabila pekerjaan telah Malaysia tercinta.
tamat, pekerja terpaksa mencari pekerjaan yang lain.




Keadaan ekonomi yang
Pengangguran Pengangguran meleset menyebabkan
bermusim kitaran perniagaan kehilangan
sebahagian pendapatan dan
tidak mampu membayar
Berlaku ekoran gaji kepada pekerja. Hal
perubahan dalam ini menyebabkan majikan
industri secara Pengangguran Pengangguran terpaksa mengurangkan
keseluruhan yang struktur teknologi bilangan pekerja.
tidak memerlukan
kemahiran pekerja.


Pengangguran teknologi boleh berlaku disebabkan oleh sektor perniagaan
mengutamakan penggunaan teknologi menggantikan pekerja. Hal ini menyebabkan
pekerja yang sedia ada kehilangan pekerjaan sementara pekerja baharu tidak
memperoleh pekerjaan.
Rajah 2.8 Jenis pengangguran
Trend Semasa dalam Perniagaan BAB 2 81






Bab2_Txtbk Perniagaan Tg4-25/10.indd 81 11/7/16 1:43 PM

(a) Cara Mengatasi Pengangguran
Buletin Keusahawanan

Pembangunan Sumber Manusia
Berhad (PSMB atau HRDF)






Bab 2 Antara peranan Pembangunan



Sumber Manusia Berhad
(HRDF) adalah seperti berikut:
• untuk menilai dan
menentukan jenis-jenis,
takat latihan dan latihan Gambar foto 2.10 Temu duga pekerjaan
semula pekerja selaras dengan (i) Pengangguran Bermusim
keperluan-keperluan sumber
manusia bagi industri-industri Bagi mengatasi pengangguran bermusim, kerajaan boleh memberi
• untuk menggalakkan dan insentif kepada pihak perniagaan supaya pengurusan sesebuah
meningkatkan latihan perniagaan membenarkan pekerja terus bekerja. Contoh insentif
tenaga manusia
• menentukan terma-terma yang boleh diberikan oleh kerajaan ialah pengecualian cukai atas
dan syarat-syarat yang di pembayaran gaji pekerja yang diambil terus bekerja dalam satu
bawahnya apa-apa bantuan tempoh masa tertentu.
kewangan atau pemberian
yang hendak diberikan (ii) Pengangguran Teknologi
Bagi mengatasi masalah pengangguran teknologi, penggunaan
mesin-mesin moden hanya digunakan untuk proses tertentu
sahaja yang tidak dapat dilaksanakan oleh tenaga buruh. Selain
itu, maklumat berkaitan peluang pekerjaan juga perlu diberi dan
dikongsi dengan semua tenaga buruh.

(iii) Pengangguran Kitaran
EMK Bagi mengatasi pengangguran kitaran, tindakan kerajaan yang
sesuai ialah menjalankan dasar fiskal dan dasar kewangan
Arahan:
Bincang dalam kumpulan. dalam mengekang kemelesetan ekonomi. Dengan itu, aktiviti
perniagaan dapat terus beroperasi dan pengecilan bilangan
Soalan:
Apakah penambahbaikan yang pekerja dapat dikurangkan.
boleh dilakukan oleh pihak
kerajaan dalam mengatasi (iv) Pengangguran Struktur
masalah pengangguran pada Bagi mengatasi pengangguran struktur, kerajaan boleh membuat
masa ini? Jelaskan pendapat anda.
perancangan ekonomi sesuai dengan trend perubahan ekonomi
dan perniagaan. Maka, setiap perubahan boleh dihadapi dengan
lebih mampan kerana persiapan telah dibuat terutama dalam
keperluan tenaga pekerja yang selari dengan perubahan tuntutan
semasa. Kerajaan perlu peka tentang perubahan global yang boleh
mempengaruhi hala tuju dan corak perniagaan pada jangka masa
pendek dan jangka masa panjang.
82 BAB 2 Trend Semasa dalam Perniagaan






Bab2_Txtbk Perniagaan Tg4-25/10.indd 82 11/7/16 1:43 PM

2.1.4 Peranan Kerajaan dari

Aspek Ekonomi


(a) Inflasi
RM Celik Kewangan
Inflasi merupakan satu fenomena kenaikan harga barang
dan perkhidmatan secara berterusan. Keadaan ini berlaku
disebab kan oleh berlaku situasi seperti peningkatan permintaan
barang atau perkhidmatan berbanding dengan jumlah barang CONTOH Bab 2
atau perkhidmatan yang terhad dalam pasaran.

Selain itu, inflasi boleh berlaku disebabkan oleh kenaikan
kos pengeluaran barang dan perkhidmatan yang dikenali sebagai
inflasi tolakan kos.
• Pengguna bijak menghadapi
Bagi mengatasi masalah inflasi, kerajaan memainkan kenaikan kos sara hidup
peranan mengawal kenaikan harga barang dan perkhidmatan. dengan memastikan
perancangan kewangan dibuat
Kerajaan juga turut berperanan memastikan kebajikan pengguna secara teratur dan terperinci.
atau pelanggan sentiasa dilindungi dan dipelihara. Hal ini penting • Hal ini disebabkan oleh kos
bagi memastikan rakyat tidak terbeban dengan peningkatan sara hidup semasa sukar
harga barang dan perkhidmatan. dijangka kerana bergantung
pada pelbagai faktor dari
dalam negara dan luar negara.











EMK

Arahan:
Bincangkan dalam kumpulan.
Soalan:
1 Kenal pasti tahun dan punca
berlaku inflasi di Malaysia.
2 Jelaskan cara terbaik bagi
mengawal inflasi yang wujud
agar tidak menjejaskan
perniagaan dan pengguna
di Malaysia.

Gambar foto 2.11 Jualan barang keperluan harian

Kerajaan juga turut berperanan dalam menangani masalah
kenaikan kos sara hidup yang semakin meningkat dari semasa
ke semasa. Kenaikan kos sara hidup menyebabkan pendapatan
boleh guna menurun.
Trend Semasa dalam Perniagaan BAB 2 83






Bab2_Txtbk Perniagaan Tg4-25/10.indd 83 11/7/16 1:43 PM


Click to View FlipBook Version