The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by azahirah22, 2020-03-27 04:21:32

Perniagaan Tingkatan 4

(b) Peranan Bahagian Fungsian
Minda Kreatif Pembelian

Jelaskan kaedah meningkatkan
keuntungan perniagaan melalui Bahagian fungsian pembelian berperanan untuk menentukan
bahagian fungsian pembelian. kuantiti dan spesifikasi barang yang dibeli adalah tepat. Bahagian
ini juga turut berperanan untuk menentukan pemilihan pembekal
yang bersesuaian dan cekap serta memastikan barang diterima
tepat pada masa dan lokasi yang telah ditentukan.

Proses pembelian barang oleh bahagian fungsian pembelian
ditunjukkan dalam Rajah 4.6 yang berikut:



Peta -THINK

Menerima tempahan Mencari pembekal Menerima sebut
belian daripada harga daripada
pengurus jualan yang sesuai pembekal-pembekal






Menilai Membuat Penerimaan
pembekal- pesanan barang daripada
pembekal pembelian pembekal
Bab 4 Rajah 4.6 Tatacara pembelian






4.2.7 Bahagian Fungsian
Pengeluaran
EMK
Pengeluaran merupakan proses menghasilkan barang melalui
Arahan:
Bincangkan dalam kelas. proses transformasi yang menukarkan input kepada output
bagi memenuhi keperluan kehendak pengguna.
Soalan:
Jelaskan kepentingan bahagian
fungsian pengeluaran dalam (a) Tujuan Bahagian Fungsian
memacu pertumbuhan Pengeluaran
sesebuah perniagaan.
Pengurusan bahagian fungsian pengeluaran yang baik, cekap,
sistematik dan berkesan sangat penting bagi memastikan setiap
aktiviti pengeluaran yang dijalankan dapat mengurangkan kos
dan memaksimumkan keuntungan.




186 BAB 4 Bahagian-bahagian Fungsian Utama dalam Organisasi Perniagaan






Bab4_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd 186 11/7/16 1:48 PM

(b) Peranan Bahagian Fungsian

Pengeluaran

Bahagian fungsian pengeluaran memainkan peranan seperti
yang berikut:


• Menghasilkan barang dan perkhidmatan
Menghasilkan barang dan perkhidmatan kepada masyarakat Buletin Keusahawanan
dengan mematuhi aspek dan standard kualiti yang ditetapkan.
Pelancaran Pelan Pembangunan
Industri Biomas Sabah dan
• Memenuhi keperluan dan kehendak Sarawak (SBIDP) oleh Perdana
Output yang dihasilkan iaitu, barang dan perkhidmatan akan Menteri Malaysia telah membuka
dipasarkan untuk memenuhi keperluan dan kehendak kepada peluang baharu kepada rakyat
untuk menjana pendapatan
pengguna dalam pasaran. melalui perniagaan.

• Menukarkan input kepada output
Merancang dan menjalankan proses transformasi input yang
terdiri daripada tanah, buruh, teknologi dan bahan mentah
untuk menghasilkan output.



Input Proses Transformasi Output


Tanah
Kerja 1 Ciri produk
Buruh Bab 4
Cita rasa
Teknologi
Kerja 3 Kerja 2 Kualiti
Bahan mentah




Rajah 4.7 Proses pengeluaran


Selain itu, pengurus bahagian ini juga perlu bertanggungjawab
kepada kawalan awalan, kawalan semasa dan kawalan selepas. Minda Kreatif
• Kawalan Awalan Jelaskan proses transformasi
Kawalan awalan dilakukan adalah untuk memastikan semua input kepada output.
bahan atau input berada dalam keadaan baik dan berkualiti
sebelum proses transformasi dimulakan seperti mesin dalam
keadaan baik, bahan mentah yang berkualiti dan tenaga kerja
yang mencukupi.






Bahagian-bahagian Fungsian Utama dalam Organisasi Perniagaan BAB 4 187






Bab4_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd 187 11/7/16 1:48 PM

EMK

Arahan:
Bentangkan dalam kelas.
Soalan:
Jelaskan kepentingan kawalan
dalam operasi pengeluaran
sesebuah perniagaan.







Gambar foto 4.4 Memeriksa sumber pengeluaran

• Kawalan semasa
Buletin Keusahawanan Pengurus bahagian fungsian pengeluaran dalam sesebuah
perniagaan juga turut bertanggungjawab untuk melaksanakan
Kemudahan Pengeluaran
dan Perintisan kawalan semasa yang terdiri daripada kawalan pengeluaran,
Program Kemudahan Pengeluaran kawalan utiliti mesin dan kawalan staf.
dan Perintisan (KPP) Bahagian
Pembangunan Usahawan MARA – Kawalan pengeluaran
merupakan satu rangkaian Kawalan pengeluaran berperanan untuk memastikan proses
kemudahan yang disediakan bagi pengeluaran berjalan lancar. Selain itu, kawalan ini juga
membantu dan membangunkan akan membantu mengatasi masalah yang timbul dalam
usahawan dalam perusahaan kecil pengeluaran dengan segera.
Bab 4 pembentukan etika keusahawanan,
dan sederhana melalui kaedah
perintisan perniagaan, kemudahan
pengeluaran, galakan pengeluaran,
pemindahan teknologi dan
rawatan perniagaan dan
pengkomersialan.
(Sumber: Dipetik dan disesuaikan
daripada laman sesawang http://
www.mara.gov.my/kemudahan_
pengeluaran_perintisan)










Gambar foto 4.5 Menjalankan aktiviti pengeluaran



Cari maklumat tentang aktiviti pengeluaran di kawasan anda. Adakah perniagaan tersebut menjalankan aktiviti
pengeluaran mengikut sistem kawalan awalan, semasa dan selepas? Jika Ya, jelaskan prosedur yang dilakukan. Jika
Tidak, berikan pandangan anda terhadap sistem pengeluaran perniagaan tersebut.

188 BAB 4 Bahagian-bahagian Fungsian Utama dalam Organisasi Perniagaan






Bab4_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd 188 11/7/16 1:48 PM

– Kawalan utiliti mesin
Kawalan utiliti mesin memainkan peranan dengan Minda Kreatif
memastikan peralatan dan mesin dalam keadaan baik,
mengawal penggunaan mesin, membaiki mesin dengan Jelaskan cara menaik taraf
sistem sedia ada dalam sesebuah
segera jika berlaku kerosakan dan menyelia mesin secara perniagaan bagi memastikan
konsisten dan berkala. sistem yang wujud memberi
impak positif kepada perniagaan.
– Kawalan staf
Kawalan staf berperanan untuk memastikan semua staf bekerja
secara efektif, efisien dan fokus kepada sasaran pengeluaran
serta memastikan jumlah tenaga buruh mencukupi.
• Kawalan selepas
Kawalan selepas pengeluaran merupakan pemeriksaan kualiti
terakhir bagi memastikan produk yang dihasilkan berada pada
standard yang betul. Selain itu, kawalan ini juga berfungsi
membuat pemeriksaan produk sama ada secara manual atau
automatik dan membuat pemeriksaan kualiti.


Cintai Negara
Setiap perniagaan perlu
mengutamakan perniagaan
tempatan sebagai rakan
perniagaan dalam menjalankan
sesuatu kerjasama berkaitan
aktiviti pengeluaran.

Bab 4








Gambar foto 4.6 Memeriksa hasil pengeluaran


4.2.8 Bahagian Fungsian
Pemasaran Buletin Keusahawanan

Tahun Pengkomersialan
Pemasaran merupakan suatu aktiviti mencipta nilai barang, Malaysia yang dilaksanakan oleh
penentuan harga, promosi dan pengedaran produk bagi Kementerian Sains, Teknologi
menggalakkan berlaku pertukaran yang dapat memenuhi dan Inovasi Malaysia (MOSTI)
keperluan pengguna dan mencapai objektif organisasi. akan membantu memperkasa,
melonjak dan membudayakan
(a) Tujuan Bahagian Fungsian Pemasaran aktiviti pengkomersialan
produk inovasi serta aktiviti
penyelidikan dan pembangunan
Tujuan bahagian fungsian pemasaran adalah untuk melakukan (R&D) ke tahap yang lebih baik.
pertukaran antara dua pihak, iaitu pembeli dan penjual.

Bahagian-bahagian Fungsian Utama dalam Organisasi Perniagaan BAB 4 189






Bab4_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd 189 11/7/16 1:48 PM

Bahagian fungsian pemasaran akan memastikan barang
dan perkhidmatan yang dikeluarkan sampai kepada pengguna
dengan cepat. Selain itu, aktiviti pemasaran yang berkesan dapat
mencipta permintaan bagi sesuatu barang dan perkhidmatan
EMK serta mampu meningkatkan keuntungan kepada peniaga.

Arahan: Bagi melancarkan aktiviti pemasaran, pengurus pemasaran
Cari maklumat berkaitan akan membentuk strategi pemasaran yang terdiri daripada
Anugerah Kedai Harga Patut sasaran pasaran dan campuran pemasaran.
(AKHP) dan Anugerah Kedai
Pilihan Rakyat 1Malaysia. (i) Sasaran Pasaran
Soalan:
Adakah anugerah itu sama atau Sasaran pasaran merupakan kumpulan pengguna sedia ada
berbeza? Jelaskan jawapan anda. atau bakal pengguna yang berpotensi untuk membeli produk
yang dikeluarkan oleh organisasi perniagaan.
Kemudian jelaskan kelebihan
anugerah tersebut kepada
usahawan dan pengguna. (ii) Campuran Pemasaran
Campuran pemasaran merupakan rangkuman beberapa strategi
utama yang direka bentuk dan diuruskan oleh pemasar bagi
tujuan menghasilkan proses pertukaran nilai yang dapat
memaksimumkan kepuasan pengguna. Terdapat empat elemen
dalam campuran pemasaran, iaitu produk, harga, pengedaran
atau pengagihan dan promosi.





Bab 4












1 2 3 4
Produk merangkumi Harga ialah Pengedaran Promosi melibatkan
keputusan yang penentuan atau pengagihan aktiviti memberitahu
berkaitan dengan nilai produk ini merupakan pelanggan tentang
penyelidikan dan berkaitan dengan aktiviti untuk sesuatu barang
pembangunan penetapan memastikan atau perkhidmatan
produk baharu, harga dan polisi barang dan yang ada melalui
ujian produk, harga serta perkhidmatan pengiklanan, promosi
perancangan pembentukan sampai kepada jualan atau publisiti.
pengurusan produk, strategi harga pengguna.
pembungkusan dan termasuk
jaminan produk. pelbagai diskaun.


Rajah 4.8 Huraian campuran pemasaran
190 BAB 4 Bahagian-bahagian Fungsian Utama dalam Organisasi Perniagaan






Bab4_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd 190 11/7/16 1:48 PM

(b) Peranan Bahagian Fungsian

Pemasaran Buletin Keusahawanan

Pengurusan bahagian fungsian pemasaran berperanan untuk MyCreative Ventures Sdn. Bhd.
mewujudkan dan meningkatkan permintaan. Selain itu, pihak • MyCreative Ventures Sdn. Bhd.
pengurusan juga bertanggungjawab untuk mengenal pasti sasaran merupakan salah satu inisiatif
pasaran. Bahagian ini juga berperanan untuk menjalin hubungan kerajaan bagi melahirkan
dan membantu lebih ramai
dengan pengguna setia. Pengguna setia merupakan pengguna usahawan terutama dalam
yang membeli barang dan perkhidmatan secara berterusan. industri kreatif dari
pelbagai bidang.
• Generasi muda yang
Contoh berfikiran kreatif berupaya
menjana pendapatan dengan
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menjadikan bakat yang ada
sebagai sumber idea untuk
FAMA berperanan menjalankan aktiviti pemasaran memulakan perniagaan.
berkaitan pertanian yang melibatkan semua pihak (Sumber: Dipetik dan disesuaikan
daripada laman sesawang http://
termasuk agensi kerajaan dan swasta.
www.mycreative.com.my/about)



Ringkasan peranan fungsian pemasaran
• Mengemaskinikan dan mempromosikan barang dan
perkhidmatan yang ditawarkan dalam pasaran
• Menghasilkan dan mengedarkan bahan publisiti seperti katalog
• Mendapatkan dan mengemaskinikan profil pelanggan yang
sedia ada untuk membuat sasaran pasaran Minda Kreatif Bab 4
• Mempromosikan barang dan perkhidmatan melalui pelbagai Bincangkan kelebihan pemasaran
cara pengiklanan dan kaedah promosi, seperti akhbar, secara dalam talian berbanding
televisyen, dalam talian, mel terus, penajaan serta pertunjukan dengan kaedah tradisional.
dan pameran perdagangan

• Menjalankan penyeliaan pasaran untuk mendapatkan maklum
balas berkenaan dengan produk atau perkhidmatan yang
telah berada dalam pasaran atau produk yang berpotensi
untuk dipasarkan





4.2.9 Bahagian Fungsian Cintai Negara
Pengagihan Setiap organisasi dan individu


Pengagihan ialah barang atau perkhidmatan yang diagihkan yang terlibat dalam aktiviti
pengagihan perlu melaksanakan
oleh perniagaan dapat diterima oleh pengguna mengikut tugas dengan penuh komitmen,
tempat dan masa yang tepat serta berada dalam keadaan baik. amanah dan integriti yang tinggi.



Bahagian-bahagian Fungsian Utama dalam Organisasi Perniagaan BAB 4 191






Bab4_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd 191 11/7/16 1:48 PM

(a) Tujuan Bahagian Fungsian Pengagihan
Celik Kewangan
RM
Tujuan bahagian fungsian pengagihan dibentuk adalah untuk
Setiap perniagaan perlu me mastikan setiap barang yang dikeluarkan dapat diterima oleh
mengagihkan semua sumber
yang terlibat termasuk sumber pengguna mengikut tempat dan masa yang betul. Selain itu,
kewangan mengikut keutamaan. bahagian ini juga perlu memastikan pemilihan setiap saluran
agihan perlu bersesuaian dengan jenis barang yang hendak
dipasarkan. Bahagian ini juga akan memastikan pengangkutan
yang digunakan juga bersesuaian dengan barang yang hendak
diagihkan agar tidak berlaku pembaziran masa dan kos.

Fungsian pengagihan tersebut ditunjukkan seperti dalam gambar
foto 4.7 dan 4.8 yang berikut:


Memastikan kenderaan tidak pulang dalam
Menentukan lokasi dan destinasi penghantaran keadaan kosong, iaitu dengan membawa
barangan untuk dihantar dan dikutip














Bab 4





Gambar foto 4.7 Merancang perjalanan Gambar foto 4.8 Pengagihan barang


(b) Peranan Bahagian Fungsian
Minda Kreatif
Pengagihan
Bincangkan kesan kepada
perniagaan sekiranya barang Bahagian fungsian pengagihan memainkan beberapa peranan
tidak dapat dihantar pada masa seperti memastikan barang disimpan dengan baik dan dilabel
yang ditetapkan. sebelum dihantar pada waktu yang tepat. Selain itu, bahagian ini
juga berperanan untuk memeriksa semua barang yang ditempah
dan bertindak jika terdapat perbezaan atau kesilapan.

Bahagian fungsian pengagihan juga melibatkan aktiviti
pengumpulan, pengangkutan dan pengedaran barang. Bahagian
fungsian agihan turut berperanan untuk melengkapkan dokumen
penghantaran, menyediakan jadual pergerakan kenderaan dan
menyelesaikan masalah proses pengagihan.


192 BAB 4 Bahagian-bahagian Fungsian Utama dalam Organisasi Perniagaan






Bab4_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd 192 11/7/16 1:48 PM

Pengurus bahagian pengagihan akan memilih saluran
agihan yang berbeza untuk mengedarkan barang berdasarkan
keperluan dan kehendak pengguna pasaran dan jenis barang yang
dipasarkan. Terdapat empat jenis saluran agihan yang digunakan
dalam membuat pengagihan dan pengedaran kepada pengguna.


(i) Saluran 1: Pengeluar → pengguna
EMK
Jenis saluran ini dikenali sebagai saluran pemasaran langsung.
Pengeluar memasarkan barang secara terus kepada pengguna Arahan:
akhir. Saluran agihan ini tidak melibatkan orang tengah. Bentangkan dalam kelas.

Contoh Soalan:
Jelaskan kelebihan dan
kekurangan jenis saluran 1, 2, 3
Barang dan perkhidmatan yang dipasarkan menggunakan saluran dan 4.
agihan ini ialah:
• barang yang tidak tahan lama seperti barang pertanian
• barang bernilai tinggi seperti kapal terbang
• barang tempahan khas seperti pakaian
• perkhidmatan profesional seperti khidmat doktor dan guaman



(ii) Saluran 2: Pengeluar → peruncit → pengguna
Buletin Keusahawanan
Saluran agihan ini hanya melibatkan satu orang tengah sahaja.
Pengeluar memasarkan barang kepada peruncit dan peruncit Projek Pembangunan Bersepadu
Penapisan Minyak dan
akan menjual barang kepada pengguna. Petrokimia (Rapid)
Jenis barang yang sesuai diagihkan menggunakan saluran Kerajaan negeri Johor membuat Bab 4
pengagihan projek Pembangunan
agihan ini ialah barang yang memerlukan khidmat nasihat pakar Bersepadu Penapisan Minyak dan
dan barang tahan lama. Saluran agihan ini wujud apabila peruncit Petrokimia (Rapid) di Pengerang
membeli secara besar-besaran terus daripada pengeluar. kepada kontraktor serta usahawan
tempatan dan bumiputera. Hal
Contoh ini membantu meningkatkan
penyertaan pelbagai pihak
Barang yang diagihkan melalui saluran agihan ini ialah barang termasuk syarikat tempatan,
kosmetik, tayar, alat elektrik dan pakaian. usahawan dan kontraktor dalam
projek besar yang dijalankan
termasuk projek Rapid.
(Sumber: Dipetik dan disesuaikan
(iii) Saluran 3: Pengeluar → pemborong daripada laman sesawang http://
→ peruncit → pengguna muafakatjohor.com/pengagihan-
projek-rapid-kepada-usahawan-
Jenis saluran ini mengandungi dua pihak pengantara, iaitu tempatan/)
pemborong dan peruncit. Pemborong berperanan membeli
barang daripada pengeluar secara pukal dan memecah pukal
dalam kuantiti kecil untuk dijual kepada peruncit.
Peruncit akan menjual barang kepada pengguna mengikut
permintaan pengguna. Jenis barang yang sesuai digunakan
dalam saluran agihan ini ialah barang keperluan harian.
Bahagian-bahagian Fungsian Utama dalam Organisasi Perniagaan BAB 4 193






Bab4_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd 193 11/7/16 1:48 PM

Contoh

Barang yang diagihkan melalui saluran agihan ini ialah barang
keperluan harian seperti gula, beras dan barang dapur.



(iv) Saluran 4: Pengeluar → ejen → peruncit
Cintai Negara → pengguna
Setiap pihak perlu saling Jenis saluran ini melibatkan ejen dan peruncit sebagai
bekerjasama dengan membantu pengantara. Pengeluar akan melantik ejen untuk memasarkan
antara satu sama lain agar setiap
urus niaga yang berlaku dapat dan mengedarkan barangnya kepada peruncit.
memanfaatkan semua pihak. Pengeluar akan membekalkan barangnya kepada ejen untuk
diagihkan kepada peruncit. Peruncit pula akan menjual barang
yang diperoleh daripada ejen kepada pengguna.

Contoh

Jenis barang yang sesuai diagihkan melalui saluran agihan ini ialah
pakaian yang berjenama, buku dan majalah.
EMK

Arahan:
Bentangkan dalam kelas. Ringkasan peranan bahagian fungsian agihan
Soalan: • Memastikan barang disimpan dengan baik dan dilabel sebelum
Bab 4 agihan yang sesuai digunakan • Memeriksa semua tempahan dan bertindak jika berlaku perbezaan
dihantar pada waktu yang tepat
Huraikan jenis-jenis saluran
• Melengkapkan penghantaran dokumen
untuk mengagihkan barang
keperluan harian dan barang yang
memerlukan tempahan khas. • Menyediakan jadual pergerakan kenderaan
• Menyelesaikan masalah proses pengagihan
• Memenuhi kekurangan bekalan yang berlaku di sesuatu lokasi
• Mengambil dan mengagihkan tempahan seperti yang
telah ditetapkan
• Membantu fungsian lain seperti pengeluaran dan jualan dalam
mencapai matlamat yang telah ditetapkan oleh organisasi







Maklumat berikut berkaitan dengan barang dan perkhidmatan
• Barang keperluan harian
• Barang kosmetik
• Perkhidmatan guaman
• Pakaian yang berjenama
Bahagikan murid kepada empat kumpulan dan setiap kumpulan dikehendaki menyatakan contoh barang dan
contoh perkhidmatan serta jenis saluran agihan yang paling sesuai digunakan untuk mengagihkan barang dan
perkhidmatan tersebut.

194 BAB 4 Bahagian-bahagian Fungsian Utama dalam Organisasi Perniagaan






Bab4_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd 194 11/7/16 1:48 PM

Contoh














OSRA Exclusive dan ZAWARA Sdn.
Bhd. mengagihkan barang mereka
secara terus kepada pelanggan
terutamanya apabila barang tersebut
dibeli dalam talian.

Gambar foto 4.9 Membeli pakaian


Perniagaan yang lain
menyimpan stok
mereka di gudang
sebelum dihantar ke
lokasi yang diperlukan.





Bab 4
Gambar foto 4.10 Gudang

Sesetengah syarikat
menggunakan kenderaan
yang sesuai untuk membawa
barangan sejuk beku.

Gambar foto 4.11 Lori ais




Terdapat perniagaan yang
menggunakan kenderaan lain
seperti lori dan kereta api
untuk membawa barang yang
berat dan pukal seperti barang
kejuruteraan, kereta, atau
bahan kimia.




Gambar foto 4.12 Kereta api

Bahagian-bahagian Fungsian Utama dalam Organisasi Perniagaan BAB 4 195






Bab4_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd 195 11/7/16 1:48 PM

4.2.10 Bahagian Fungsian Jualan
Buletin Keusahawanan

Anugerah Kedai Harga Patut Bahagian fungsian jualan merupakan antara fungsi yang penting
(AKHP) dalam sesebuah organisasi perniagaan. Jualan merupakan suatu
transaksi yang memberikan nilai tambah dalam memenuhi
keperluan pelanggan dan memberi manfaat bersama kepada
penjual dan pembeli. Kebanyakan perniagaan akan meletakkan
jumlah sasaran jualan tertentu sebagai tujuan dan objektif kepada
TAHUN perniagaan yang sedang dijalankan oleh mereka.

Staf di bahagian jualan akan sentiasa berkomunikasi dan
berinteraksi dengan pengguna. Hal ini seterusnya membina
KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI
KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN
jaringan yang kukuh yang akan menggalakkan pelanggan untuk
Anugerah AKHP berperanan
mengenal pasti, menilai dan terus memilih perkhidmatan syarikat pada masa akan datang.
mengiktiraf premis perniagaan
yang menjual barang dan
perkhidmatan pada harga yang (a) Tujuan Bahagian Fungsian Jualan
berpatutan mengikut tahap
kualiti terhadap barang dan Bahagian fungsian jualan dibentuk untuk memastikan jumlah
perkhidmatan yang ditawarkan. sasaran jualan yang telah ditetapkan dalam objektif perniagaan
tersebut tercapai. Selain itu, semua staf bahagian ini perlu
mengetahui dan memahami undang-undang yang melindungi
pengguna dan memahami jenis perniagaan yang dibenarkan dan
tidak dibenarkan. Staf yang berkemahiran dan berkebolehan akan
bertanggungjawab untuk menjawab pelbagai soalan daripada
pengguna serta mempengaruhi pengguna untuk membeli.
EMK
Bab 4 Arahan: (b) Peranan Bahagian Fungsian Jualan

Lakukan aktiviti sumbang saran
dalam kumpulan dan bentangkan Bahagian fungsian jualan memainkan peranan untuk menjawab
dalam kelas. pertanyaan pelanggan berkaitan dengan barang yang dijual seperti
Soalan: jenis, spesifikasi, kualiti dan cara pemasangan dan penggunaan
Huraikan kelebihan bahagian barang. Bahagian ini juga berperanan untuk membuat jualan
fungsian jualan dalam
memaksimumkan keuntungan secara bersemuka atau secara dalam talian.
sesebuah perniagaan. Selain itu, bahagian fungsian jualan juga memainkan peranan
untuk menyediakan sebut harga atau jangkaan harga barang yang
dikehendaki oleh pengguna. Bahagian ini juga akan melakukan
rundingan dengan pengguna berkaitan dengan diskaun dan
terma jual beli.

RM Celik Kewangan Bahagian fungsian jualan turut berperanan untuk memberi
Setiap hasil jualan perlu disimpan nasihat teknikal kepada pengguna. Selain itu, bahagian ini
dan digunakan berdasarkan juga berperanan untuk merancang dan mengurus masa yang
keperluan perniagaan semasa. bersesuaian untuk membuat promosi jualan. Pada masa yang
sama, bahagian ini juga akan menjalankan peranannya untuk
menyemak dan mengemas kini rekod pengguna supaya mudah
untuk menghubungi pengguna.


196 BAB 4 Bahagian-bahagian Fungsian Utama dalam Organisasi Perniagaan






Bab4_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd 196 11/7/16 1:48 PM

Pekerja di bahagian
jualan dan kumpulannya
bertanggungjawab
untuk mencapai objektif
yang ditetapkan.








Gambar foto 4.13
Gerai buah durian



Premis yang menjual barangan
asas seperti buku atau majalah
memerlukan pekerja yang
berpengetahuan asas dalam
perkara yang berkaitan.









Gambar foto 4.14 Kedai buku
Bab 4


Premis yang menjual barang
yang kompleks dan mahal
seperti komputer riba
memerlukan pekerja jualan
yang berpengetahuan dan
berkemahiran tinggi.






Gambar foto 4.15
Kedai barangan elektronik







Lakukan temu bual dengan jurujual di sebuah perniagaan berdekatan anda. Kenal pasti peranan jurujual di premis
perniagaan tersebut.

Bahagian-bahagian Fungsian Utama dalam Organisasi Perniagaan BAB 4 197






Bab4_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd 197 11/7/16 1:48 PM

4.2.11 Bahagian Fungsian

Khidmat Pelanggan

Khidmat pelanggan ialah keupayaan dan kebolehan organisasi
perniagaan dalam menyampaikan produk untuk memenuhi
keperluan dan kehendak pelanggan melebihi daripada tahap
yang mereka harapkan dan perkhidmatan diberikan secara
berterusan dan konsisten.

(a) Tujuan Bahagian Fungsian Khidmat
Pelanggan

Bahagian fungsian khidmat pelanggan adalah untuk memberi
perkhidmatan kepada pelanggan. Pengurus bahagian ini akan
memastikan pelanggan akan mendapat perkhidmatan yang baik.
Kebanyakan organisasi perniagaan akan bertindak dengan
melantik dan meletakkan staf atau pekerja yang bersifat positif
untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab pada bahagian
Gambar foto 4.16 Perniagaan spa
khidmat pelanggan. Perniagaan yang membuat dan menjual
barang industri yang kompleks akan melantik pakar teknikal
untuk memberikan nasihat secara terperinci dan maklumat
kepada pelanggan.


Bab 4 Cintai Negara Contoh

Setiap perniagaan perlu
berusaha meningkatkan kualiti Khidmat pelanggan yang
barang atau perkhidmatan dilaksanakan oleh Bahijahdzakaria
yang ditawarkan agar dapat seperti mengamalkan konsep
menembusi pasaran domestik “Pelanggan ialah tetamu VVIP”
dan antarabangsa. merupakan antara contoh terbaik
dalam memberi perkhidmatan
terbaik kepada pelanggan.







Minda Kreatif (b) Peranan Bahagian Fungsian Khidmat
Pelanggan
Jelaskan kelebihan bahagian
fungsian khidmat pelanggan
kepada sesebuah perniagaan. Bahagian fungsian khidmat pelanggan memainkan peranan
untuk menjawab pertanyaan pelanggan berkenaan dengan barang
dan perkhidmatan. Selain itu, bahagian ini juga berperanan
untuk menyediakan pakar bagi memberikan maklumat mengikut
kehendak pelanggan.

198 BAB 4 Bahagian-bahagian Fungsian Utama dalam Organisasi Perniagaan






Bab4_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd 198 11/7/16 1:48 PM

4.3 Pembangunan Produk

dan Pasaran Baharu


Pembangunan produk merujuk pada suatu aktiviti dan strategi
pertum buhan kepada perniagaan yang sedang dijalankan Minda Kreatif
yang bertujuan untuk memperkenalkan produk baharu
kepada pasaran sedia ada. Strategi ini memerlukan kreativiti Jelaskan kepentingan
dan inovasi yang baik untuk menghasilkan produk yang baharu pembangunan produk dalam
Strategi Lautan Biru Kebangsaan
atau mengubah suai produk sedia ada bagi menarik pelanggan (NBOS) kepada sesebuah
dalam pasaran sedia ada. organisasi perniagaan.



4.3.1 Langkah-langkah
pembangunan produk

baharu

Langkah-langkah pembangunan produk baharu ditunjukkan
dalam Rajah 4.9 yang berikut:

Peta -THINK


Penjanaan Penyaringan Pembangunan produk Pembangunan strategi
Bab 4
idea idea dan pengujian konsep pemasaran





Analisis Pembangunan
perniagaan produk Ujian pemasaran Komersialisasi



Rajah 4.9 Langkah-langkah pembangunan produk baharu


(a) Penjanaan Idea
EMK
Penjanaan idea merupakan proses bagi memenuhi keperluan
pasaran. Penjanaan idea ini dibuat carian sistematik untuk Arahan:
Bincangkan dalam kelas.
idea-idea produk baharu berdasarkan dua jenis sumber
utama, iaitu sumber dalaman dan sumber luaran. Sumber Soalan:
dalaman merujuk pada penyelidikan dan pembangunan rasmi Jelaskan kaedah memastikan
setiap ahli dalam organisasi
syarikat sendiri, pengurusan dan kakitangan. Manakala sumber bersedia menyumbangkan idea
luaran merujuk pada sumber-sumber di luar sesebuah syarikat bagi membantu meningkatkan
seperti pelanggan, pesaing, pengedar, pembekal dan firma-firma keuntungan perniagaan.
reka bentuk di luar organisasi.
Bahagian-bahagian Fungsian Utama dalam Organisasi Perniagaan BAB 4 199






Bab4_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd 199 11/7/16 1:48 PM

(b) Penyaringan Idea
Buletin Keusahawanan
Penyaringan idea merupakan proses mengkaji idea-idea produk
baharu untuk memilih yang terbaik dan menggugurkan yang
kurang berpotensi secepat mungkin.

Unit Peneraju Agenda Bumiputera
(TERAJU) ialah unit strategik (c) Pembangunan Produk dan Pengujian
di Jabatan Perdana Menteri Konsep
bertujuan menerajui, memacu
dan menyelaras penyertaan
Bumiputera dalam ekonomi Pembangunan produk melibatkan pembangunan idea, iaitu idea
negara selaras dengan Pelan produk yang berpotensi untuk ditawarkan oleh syarikat sendiri.
Transformasi Negara. TERAJU Pengujian konsep melibatkan proses menguji konsep baharu
menyediakan peluang perniagaan, produk dengan kumpulan-kumpulan pengguna sasaran untuk
pembiayaan perniagaan dan mengetahui sama ada konsep tersebut telah berjaya menarik
pembangunan modal insan serta
pelaburan swasta. perhatian mereka.
(Sumber: Dipetik dan disesuaikan
daripada laman sesawang http:// (d) Pembangunan Strategi Pemasaran
www.teraju.gov.my/, capaian pada
22 September 2016) Pembangunan strategi pemasaran menerangkan sasaran pasaran,
posisi produk yang dirancang, jualan, syer pasaran dan matlamat
keuntungan. Pembangunan pemasaran ini juga melibatkan
strategi harga, produk, pengagihan dan promosi.

(e) Analisis Perniagaan

EMK Analisis perniagaan melibatkan kajian semula jualan, kos
Bab 4 Arahan: dan unjuran keuntungan untuk mengetahui sama ada dapat
memenuhi objektif syarikat.
Lakukan aktiviti sumbang saran
dalam kumpulan dan bentangkan
dalam kelas. (f) Pembangunan Produk
Soalan:
Huraikan kelebihan pembangunan Pembangunan produk melibatkan proses mereka bentuk produk
produk dalam meningkatkan daripada idea atau proses pembuatan produk prototaip.
keuntungan perniagaan.
(g) Ujian Pemasaran

Ujian pemasaran melibatkan ujian ke atas produk prototaip
untuk mengenal pasti penerimaan pengguna terhadap produk
yang dibangunkan.
RM Celik Kewangan
(h) Komersialisasi
Peruntukan sewajarnya perlu
disediakan bagi aktiviti menguji
pemasaran untuk membantu Komersialisasi melibatkan proses pembuatan sesuatu keputusan
perniagaan mengenal pasti berkaitan dengan di mana (where, iaitu tempat), bila (when, iaitu
makluamat yang diperlukan bila), kepada siapa (to whom, iaitu sasaran pasaran), bagaimana
dalam meningkatkan keuntungan (how, iaitu cara promosi dilakukan).
perniagaan yang dijalankan.


200 BAB 4 Bahagian-bahagian Fungsian Utama dalam Organisasi Perniagaan






Bab4_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd 200 11/7/16 1:48 PM

Dalam pembangunan produk, pekerja saling bekerjasama
dengan pereka cipta dalam aktiviti penyelidikan dan pembangunan Minda Kreatif
(R&D). Kerjasama ini melibatkan usaha membentuk produk
yang boleh diguna pakai dan dikeluarkan dengan harga yang Andaikan anda seorang pemilik
perniagaan, kenal pasti pasaran
kompetitif serta selamat digunakan. Kebanyakan organisasi baharu yang terdapat di kawasan
perniagaan bermatlamat untuk menambah baik dari segi reka anda dan berpotensi untuk
bentuk produk dan persembahan secara berterusan. diterokai sebagai sumber idea
dalam sesebuah perniagaan.
4.3.2 Pasaran Baharu

Strategi pembangunan pasaran merupakan salah satu usaha
berkaitan dengan pemasaran strategik yang dilakukan untuk
mencari pasaran baharu bagi tujuan memasarkan produk yang Buletin Keusahawanan
sedia ada.


(a) Kepentingan Pasaran Baharu

Pasaran baharu penting bagi menguasai pasaran yang lebih besar
dan mengembangkan pasaran sedia ada. Selain itu, pasaran
baharu akan membantu mewujudkan peluang pasaran serta
mengelakkan daripada terlibat dalam pasaran tepu.
Pasaran baharu boleh diteroka sama ada dalam pasaran domestik Tan Sri Dr Tony Fernandes
atau pasaran antarabangsa. Salah seorang usahawan yang
paling dikenali di Asia. Tan Sri
(i) Pasaran domestik Dr Tony Fernandes adalah salah
seorang pengasas AirAsia, iaitu Bab 4
Strategi yang dijalankan untuk meluaskan pasaran baharu syarikat penerbangan tambang
murah pertama di rantau ini.
domestik ialah mencari pasaran ke kawasan yang belum Tony Fernandes terkenal dengan
diterokai. Strategi ini boleh dilakukan dengan menyertai ekspo pembelian syarikat penerbangan
atau pameran perniagaan yang dilakukan di sesuatu kawasan. yang dibebani oleh masalah
hutang pada tahun 2001 dengan
harga RM1 token. Tony Fernandes
(ii) Pasaran antarabangsa hanya mengambil tempoh
masa selama dua tahun untuk
Strategi pasaran baharu antarabangsa boleh dibuat melalui aktiviti membina dan mengembangkan
promosi yang agresif di pasaran yang menjadi tumpuan. Selain syarikat penerbangan tempatan
itu, perniagaan boleh menyertai rundingan yang aktif melalui yang berpangkalan di Malaysia
hubungan dua hala, usaha sama dan pameran ke luar negara. kepada sebuah syarikat kumpulan
yang terbesar dan paling berjaya
Setiap perniagaan berusaha menjadikan produk sentiasa di rantau Asia. AirAsia kini
unik berbanding pesaing mereka. Kemajuan teknologi telah beroperasi di enam buah negara
mewujudkan transformasi kepada pasaran dunia. Pasaran baharu yang menawarkan lebih daripada
260 laluan daripada 120 destinasi
turut dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti teknologi, polisi di seluruh Asia Pasifik, Timur
kerajaan dan perubahan persekitaran. Pasaran antarabangsa Tengah dan Afrika.
dapat dibentuk melalui kerjasama erat yang dijalinkan dengan
semua pihak termasuk pihak kerajaan dan organisasi perniagaan.



Bahagian-bahagian Fungsian Utama dalam Organisasi Perniagaan BAB 4 201






Bab4_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd 201 11/7/16 1:48 PM

4.4 Penggunaan Teknologi

Maklumat


Buletin Keusahawanan
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (Information
and Communication Technology-ICT) merupakan salah satu
proses pengaliran, penyebaran, pemprosesan dan penyimpanan
maklumat menggunakan perantaraan teknologi. Pada masa
Menyediakan perkhidmatan ini, ICT diperlukan untuk pemprosesan data.
urusan pembaharuan lesen
memandu, insurans kenderaan
dan cukai jalan, semakan dan
pembayaran saman, sistem
tukar milik sementara atau
sukarela, pembaharuan permit
pekerja asing, semakan dan
pembayaran zakat.





EMK

Arahan:
Kenal pasti perubahan teknologi
maklumat dan komunikasi
masa ini yang digunakan dalam
Bab 4 aktiviti perniagaan. Kemudian,
bincangkan dalam kelas.
Soalan:
1 Jelaskan kaedah yang dapat
membantu setiap organisasi Gambar foto 4.17 Teknologi maklumat dan komunikasi
perniagaan menjalankan
aktiviti seiring dengan
perkembangan teknologi
semasa pada masa ini. Teknologi maklumat pada masa ini merangkumi teknologi
2 Jelaskan kesan kepada pengkomputeran dan telekomunikasi yang telah menjadi suatu
sesebuah perniagaan keperluan kepada setiap perniagaan dalam menjalankan dan
jika tidak menggunakan
teknologi terkini dalam melancarkan aktiviti perniagaan.
aktiviti perniagaan yang
sedang dijalankan. Ledakan kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi
yang semakin berkembang pada masa ini telah mencetuskan
pelbagai fenomena yang memberi ruang dan peluang kepada
perkembangan perniagaan.



Senaraikan teknologi maklumat dan komunikasi yang terdapat di kawasan anda. Jelaskan kelebihan dan kekurangan
kemajuan teknologi maklumat tersebut kepada perkembangan perniagaan di kawasan anda. Kemudian, berikan
cadangan bagi mengatasi kekurangan yang wujud.

202 BAB 4 Bahagian-bahagian Fungsian Utama dalam Organisasi Perniagaan






Bab4_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd 202 11/7/16 1:48 PM

(a) Tujuan penggunaan teknologi

maklumat

Tujuan penggunaan teknologi maklumat dalam sesebuah
organisasi perniagaan adalah seperti berikut:

(i) Membantu memudahkan sistem operasi
Minda Kreatif
Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dapat membantu
organisasi perniagaan membuat keputusan, menyesuaikan diri Jelaskan cara menjana
dengan perubahan yang berlaku serta meningkatkan komunikasi pendapatan pada masa kini
dengan menggunakan teknologi
dalam organisasi. ICT juga membolehkan urusan menjadi lebih maklumat dan komunikasi.
cekap, berkesan, mudah dan cepat.


(ii) Memperoleh maklumat dengan mudah
dan cepat
Organisasi perniagaan berupaya untuk mencari dan memperoleh
maklumat yang diperlukan daripada pelbagai sumber melalui
ICT. Hal ini seterusnya memudahkan dan mempercepatkan
proses penjanaan idea dalam sesuatu perbincangan.
Buletin Keusahawanan
(iii) Memperluas skop perniagaan e-Filing

Perisian e-Filing ialah satu aplikasi
Kewujudan ICT telah membolehkan organisasi perniagaan yang mudah, tepat dan selamat
meluaskan skop perniagaan daripada berurusan secara fizikal bagi pihak yang terlibat untuk
kepada secara maya. Hal ini seterusnya membolehkan organisasi mengisi borang nyata cukai Bab 4
mendapat jumlah pelanggan yang lebih ramai meliputi jaringan pendapatan melalui komputer
di seluruh dunia. tanpa memerlukan borang nyata
cukai pendapatan tersebut dicetak,
ditandatangani dan dihantar
(iv) Memudahkan aktiviti kewangan dan perakaunan secara fizikal. Contoh pihak yang
boleh mendaftar melalui e-Filing
Melalui rangkaian teknologi maklumat, aktiviti kewangan dan ialah syarikat, individu dan
perakaunan dapat dijalankan dengan lebih mudah, cepat, tepat ejen cukai.
dan berkesan. Hal ini disebabkan oleh kewujudan pelbagai (Sumber: Dipetik dan disesuaikan
perisian yang membantu memastikan ketepatan dalam pengiraan daripada laman sesawang
dan kemasukan data. http://ww1.utusan.com.my/
utusan/info.asp?y=2006&dt=
0211&pub=Utusan_Malaysia&sec
(v) Menjadikan operasi perniagaan lebih efektif =Dalam_Negeri&pg=dn_10.htm
dan efisien #ixzz4IbfUhGYe)
Penggunaan ICT membantu anggota organisasi menguruskan
organisasi perniagaan dengan lebih baik, membuat keputusan
berdasarkan maklumat yang tepat dan membantu dalam
meningkatkan kelebihan persaingan dalam kalangan pesaing.





Bahagian-bahagian Fungsian Utama dalam Organisasi Perniagaan BAB 4 203






Bab4_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd 203 11/7/16 1:48 PM

(vi) Meluaskan pasaran perniagaan
Pasaran perniagaan dapat diperluas ke tahap global melalui
Minda Kreatif kemajuan teknologi maklumat tanpa sempadan. Kelebihan ini
membolehkan perniagaan memaksimumkan keuntungan.
Jelaskan kelebihan menggunakan
e-dagang dan e-pemasaran (vii) Mewujudkan hubungan dan jaringan yang
dalam perniagaan.
lebih luas
Jaringan dengan pelanggan dan rakan strategik dalam perniagaan
dapat dilaksanakan. Hal ini disebabkan oleh tiada lagi halangan
komunikasi yang menjejaskan interaksi antara dua buah atau
lebih perniagaan.

(viii) Mempercepatkan sistem pengeluaran dan
pengedaran


RM Celik Kewangan Penggunaan ICT membantu memastikan proses pengeluaran
dipantau secara lebih sistematik. Hal ini seterusnya membantu
Kemajuan teknologi perbankan
pada masa ini membolehkan mempercepatkan operasi pengeluaran dan pengedaran barang.
pemilihan jenis pinjaman
dibuat dengan bijak melalui (b) Aplikasi Teknologi Maklumat dalam
perbandingan dari aspek kos Perniagaan
dan kadar faedah.
Antara kaedah yang boleh digunakan untuk mengaplikasikan
maklumat dalam perniagaan seperti yang berikut:

Bab 4 (i) e-pemasaran
e-pemasaran merupakan satu kaedah yang digunakan oleh
perniagaan memasarkan produk keluaran secara dalam talian
(online). Kaedah ini memberi kemudahan kepada pelanggan
untuk mengetahui maklumat berkaitan dengan barang dan boleh
Buletin Keusahawanan membuat tempahan dengan segera.


(ii) e-dagang
e-dagang ialah suatu sistem urusan perniagaan berkaitan dengan
tempahan, pembelian dan pembayaran dilakukan secara dalam
talian (online). Penggunaan kaedah ini membolehkan perniagaan
MILITARY COMMUNITY TRANSFORMATION CENTRE
mendapat faedah dalam peningkatan hasil jualan kerana
Pusat transformasi yang
diwujudkan oleh kerajaan telah memudahkan pekerja memenuhi kehendak pelanggan dengan
membantu memperkasa sistem segera dan secara berterusan tanpa henti.
penyampaian perkhidmatan
awam. Selain itu, pembentukan (iii) e-government
pusat ini telah memberi impak
positif kepada insdutri setempat Pihak perniagaan menggunakan secara dalam talian (online)
dan berjaya melahirkan ramai untuk sebarang urusan perniagaan yang melibatkan pihak
usahawan muda termasuk belia kerajaan seperti kementerian dan jabatan kerajaan. Urusan pihak
untuk menjalankan perniagaan. perniagaan dengan pihak kerajaan akan menjadi lebih cepat,
menjimatkan kos dan telus.
204 BAB 4 Bahagian-bahagian Fungsian Utama dalam Organisasi Perniagaan






Bab4_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd 204 11/7/16 1:48 PM

(iv) e-banking
e-banking merupakan suatu sistem urusan perniagaan yang
melibatkan perbankan dengan menggunakan urusan dalam
talian (online) dengan pihak bank. Faedah yang diperoleh ialah
urusan perbankan menjadi lebih cepat dan menjimatkan kos
seperti membayar bil, membuat pelaburan, menyemak baki
akaun dan urusan keluar masuk duit.

(v) Penggunaan laman sosial

Pihak perniagaan boleh membuat perkongsian urusan perniagaan
dengan pelanggan melalui laman sosial. Manfaat yang diperoleh Gambar foto 4.18 Aktiviti
dengan menggunakan kemudahan laman sosial adalah seperti jual beli secara dalam talian
dapat mengiklankan barang atau perkhidmatan, meluaskan
rangkaian rakan perniagaan, mencari pelanggan baharu dan
mengekalkan pelanggan sedia ada.

Contoh
Laman sosial EMK

Arahan:
Bentangkan dalam kelas.

Soalan:
Jelaskan kelebihan dan
kekurangan penggunaan
media sosial sebagai platform
Bab 4
menjalankan perniagaan.








Cintai Negara
(vi) Penggunaan e-mel Setiap individu atau perniagaan
perlu menggunakan kemudahan
Perniagaan boleh menggunakan mel elektronik untuk berurusan media sosial secara berhemah.
dengan perniagaan-perniagaan lain dan pelanggan dalam pasaran. Setiap perselisihan atau
Melalui kemudahan e-mel pada masa ini, pihak perniagaan boleh ketidakpuasan hati perlu dibuat
menyampaikan maklumat perniagaan kepada pihak pelanggan melalui saluran yang betul.
dengan cepat dan menjimatkan kos perniagaan.






Jelaskan cara memaksimumkan dan memanfaatkan perkembangan teknologi seperti media sosial dalam
meningkatkan daya saing dan keuntungan perniagaan. Kemudian, berikan cadangan bagi mengatasi masalah yang
wujud akibat penyalahgunaan media sosial dalam aspek perniagaan.

Bahagian-bahagian Fungsian Utama dalam Organisasi Perniagaan BAB 4 205






Bab4_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd 205 11/7/16 1:48 PM

4.5 Hubungan dan

Interaksi antara

Bahagian Fungsian

Lain



Dalam sesebuah organisasi perniagaan, tiada bidang fungsian
EMK yang boleh bekerja secara berasingan. Kebiasaannya, setiap
bahagian fungsian saling bergantung dan memerlukan antara
Arahan:
Bandingkan jawapan anda satu sama lain.
dengan rakan.
Soalan: 4.5.1 Tujuan dan Kepentingan
Setiap perniagaan bermatlamat
untuk memaksimumkan Interaksi dengan
keuntungannya. Kenal pasti
bagaimana perkara ini akan Organisasi Luar
memberi kesan kepada setiap
aktiviti dalam bahagian fungsian
pembelian, sumber manusia, (a) Tujuan Interaksi dengan
kewangan, jualan dan pemasaran. Organisasi Luar

Tujuan interaksi dilakukan dengan organisasi luar adalah untuk
mewujudkan komunikasi antara perniagaan dengan organisasi
luar seperti pihak pembekal, pembiaya, pelabur, agensi kerajaan
Bab 4 dan pelanggan.


(b) Kepentingan Interaksi dengan
Organisasi Luar


Antara kepentingan interaksi dengan organisasi luar adalah seperti
Cintai Negara yang berikut:

Setiap interaksi dalam
perniagaan perlu dibuat (i) mewujudkan jaringan perniagaan
mengikut undang-undang
negara yang telah ditetapkan Interaksi dengan organisasi luar dapat membantu perniagaan
bagi memastikan kedaulatan mewujudkan jaringan perniagaan ke tahap yang lebih baik.
negara terus terpelihara. Jaringan yang bertambah akan membantu mengukuhkan sistem
operasi dan kelangsungan perniagaan dalam pasaran.


(ii) mengukuhkan hubungan baik sedia ada

Interaksi yang wujud dengan organisasi luar akan membantu
mengukuhkan hubungan baik yang sedia ada ke tahap yang lebih
baik. Hubungan yang semakin baik akan membantu peningkatan
dalam pencapaian matlamat perniagaan.
206 BAB 4 Bahagian-bahagian Fungsian Utama dalam Organisasi Perniagaan






Bab4_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd 206 11/7/16 1:48 PM

(iii) menjalin kerjasama strategik
Interaksi dengan organisasi luar juga bertujuan untuk meningkatkan
jalinan kerjasama antara perniagaan dengan perniagaan lain yang
berpotensi untuk menjalinkan kerjasama strategik.

(iv) menambahkan sumber perniagaan

Interaksi dengan organisasi luar akan membolehkan perniagaan
menambahkan potensi sumber perniagaan seperti pembekalan EMK
bahan mentah, pembiayaan dan kepakaran.
Arahan:
Bentangkan dalam kelas.
(c) Hubungan dan Interaksi dengan Soalan:
Organisasi Luar Jelaskan teknik berinteraksi yang
baik, efektif dan efisien dalam
(i) Interaksi dengan pembekal urusan perniagaan.

Interaksi berlaku apabila perniagaan membuat tempahan atau
membuat pembelian dengan pihak pembekal. Pihak peniaga akan
menghubungi pembekal untuk menetapkan jumlah tempahan
dan jumlah pembayaran yang perlu dibuat.

Interaksi yang baik dan berkesan akan memudahkan proses
urus niaga. Hal ini seterusnya memberi pelbagai kelebihan
kepada peniaga termasuk mendapat harga yang murah dan
penghantaran yang cepat dan berkualiti.
Bab 4

RM Celik Kewangan
Setiap perniagaan perlu bijak
memilih sumber bekalan
dengan memilih pembekal
yang menawarkan kualiti
terbaik dengan harga yang
paling kompetitif. Hal ini bukan
sahaja membantu perniagaan
meningkatkan keuntungan tetapi
turut membantu mengukuhkan
reputasi perniagaan ke tahap
terbaik dalam kalangan pelanggan
sedia ada dan baharu.
Gambar foto 4.19 Perbincangan tempahan stok

(ii) Interaksi dengan pelanggan

Interaksi akan berlaku apabila sesebuah perniagaan menjalankan
urus niaga dengan menjual barang atau perkhidmatan kepada
pelanggan. Kebiasaannya, pelanggan akan menghubungi peniaga
sekiranya berminat untuk membeli barang atau perkhidmatan
yang ditawarkan.
Bahagian-bahagian Fungsian Utama dalam Organisasi Perniagaan BAB 4 207






Bab4_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd 207 11/7/16 1:48 PM

Pada masa yang sama, peniaga juga turut menghubungi dan
EMK mendekati pelanggan bagi mempengaruhi mereka untuk membeli
barang atau perkhidmatan yang dikeluarkan oleh perniagaan.
Arahan:
1 Bentukkan kelas kepada
beberapa kumpulan kecil.
2 Lakukan proses atau aktiviti
sumbang saran.
3 Buat rumusan hasil daripada
sumbang saran kepada kelas.

Soalan:
Jelaskan teknik terbaik yang
dapat mempengaruhi pelanggan
untuk menerima atau membeli
barang atau perkhidmatan yang
ditawarkan oleh perniagaan.





Gambar foto 4.20 Penerangan produk

(iii) Interaksi dengan bank


Minda Kreatif Interaksi berlaku apabila perniagaan ingin mendapatkan bantuan
pembiayaan kewangan daripada pihak bank. Kebiasaannya, pihak
Jelaskan bagaimana bank dapat bank akan meneliti kemampuan sesebuah perniagaan untuk
membantu sesebuah perniagaan. berdaya saing dalam pasaran dan membayar balik pinjaman.
Bab 4











RM Celik Kewangan

Pemilihan jenis pinjaman
perniagaan perlu dibuat dengan
teliti dan bijak dengan membuat
kajian dan perbandingan dari
semua aspek termasuk kadar
faedah dan tempoh pinjaman.

Gambar foto 4.21 Pengeluaran wang

(iv) Interaksi dengan agensi kerajaan
Interaksi berlaku apabila perniagaan ingin mendapatkan sesuatu
kelulusan daripada pihak kerajaan. Selain itu, urusan tender juga
akan mewujudkan interaksi antara peniaga dengan pihak kerajaan.
208 BAB 4 Bahagian-bahagian Fungsian Utama dalam Organisasi Perniagaan






Bab4_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd 208 11/7/16 1:48 PM

Cintai Negara

Setiap urusan perlu dilakukan
secara telus mengikut prosedur
yang telah ditetapkan. Setiap
unsur negatif perlu dielakkan
bagi memastikan aktiviti yang
dirancang dapat dijalankan
dengan lancar dan berjaya.



Gambar foto 4.22 Perbincangan bersama agensi kerajaan



4.5.2 Aliran Maklumat

Aliran maklumat merupakan suatu proses komunikasi yang
melibatkan aktiviti pemindahan maklumat daripada sesebuah Minda Kreatif
organisasi perniagaan kepada perniagaan lain. Dalam proses
komunikasi, penerima maklumat harus menerima maksud yang Nyatakan gangguan-gangguan
sama sebagaimana yang dirancang dan diingini oleh penghantar yang terdapat dalam sesuatu
proses komunikasi.
maklumat. Maklumat yang diterima tersebut akan diterjemahkan
oleh penerima. Bab 4

Seterusnya, proses memberi maklum balas terhadap maklumat
yang diterima akan berlaku untuk menilai tahap keberkesanan
proses komunikasi tersebut. Proses komunikasi melibatkan enam
langkah komunikasi seperti dalam Rajah 4.10 yang berikut:



Gangguan




S
S S SALURAN
Enkod Dekod

Penghantar Maklum balas Penerima


Gangguan


Rajah 4.10 Proses komunikasi
Bahagian-bahagian Fungsian Utama dalam Organisasi Perniagaan BAB 4 209






Bab4_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd 209 11/7/16 1:48 PM

(a) Penghantar


Penghantar akan mencipta maklumat daripada pencetusan idea.
Contoh
Ketua eksekutif Proton akan memberi maklumat kepada semua
EMK pengurus cawangan dan pengurus bahagian yang terlibat. Selain itu,
pengurus pemasaran ingin memberi taklimat strategi pemasaran
Arahan: untuk keluaran baharu, iaitu Proton Perdana.
Bentangkan dalam kelas.
Soalan
1 Jelaskan cara mengatasi (b) Enkod (encode)
masalah yang wujud dalam
proses komunikasi. Proses enkod melibatkan pengolahan terhadap sesuatu idea sedia
2 Berikan cadangan ada seperti dalam bentuk tulisan, gambar dan pertuturan agar
penambahbaikan sistem
komunikasi sedia ada dalam dapat difahami penerima maklumat tersebut dengan mudah.
sesebuah perniagaan. Contoh
Pengurus pemasaran Proton menggunakan tayangan video dan
gambar bagi menerangkan strategi pemasaran yang boleh digunakan
untuk menembusi pasaran baharu.


(c) Saluran



RM Celik Kewangan Saluran ialah suatu kaedah yang digunakan untuk menghantar
mesej. Penghantar akan memilih jenis saluran yang sesuai untuk
Bab 4 menjalankan urusan seperti menyampaikan mesej tersebut kepada penerima. Saluran media
Setiap perniagaan perlu bijak
yang digunakan boleh terdiri daripada gabungan antara audio,
menggunakan kemudahan
visual dan bertulis.
teknologi terkini seperti media
sosial, e-mel dan sebagainya Contoh
agar dapat mengurangkan kos
pengeluaran ke tahap yang Pengurus pemasaran Proton boleh menggunakan peralatan media
paling minimum. dengan gabungan teknik audio dan visual.

(d) Dekod

Dekod ialah satu proses pihak penerima menterjemahkan mesej
yang dihantar oleh penghantar. Selepas menerima mesej, penerima
akan menterjemahkan mesej tersebut mengikut kefahamannya.



1 Bahagikan murid kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan mempunyai sepuluh orang murid.
2 Murid pertama dalam setiap kumpulan akan diberi mesej untuk disampaikan kepada murid yang kedua dan
murid kedua pula akan menyampaikan mesej tersebut kepada murid ketiga.
3 Lakukan proses ini sehingga murid yang terakhir.
4 Murid yang terakhir perlu menyatakan mesej yang diterima secara lisan atau bertulis.
5 Murid dalam setiap kumpulan akan membuat perbandingan dengan mesej asal yang diterima dan
membuat rumusan.

210 BAB 4 Bahagian-bahagian Fungsian Utama dalam Organisasi Perniagaan






Bab4_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd 210 11/7/16 1:48 PM

Contoh
Cintai Negara
Penerima maklumat yang dihantar oleh pengurus pemasaran
ialah penyelia jualan dan jurujual. Penerima maklumat berusaha Setiap pihak yang menjalankan
memahami maksud mesej dan penerangan yang disampaikan oleh aktiviti komunikasi perlu
pengurus pemasaran Proton tentang strategi pemasaran untuk sentiasa berfikiran terbuka
menembusi pasaran baharu. dan berlapang dada dalam
menghadapi sesuatu perkara
atau isu.
(e) Penerima

Penerima ialah pihak yang menerima mesej yang dihantar oleh
penghantar. Penerima akan menterjemahkan mesej yang diterima
berdasarkan pengalaman, budaya, dan latar belakang keluarga atau
pendidikan. Peringkat ini akan menentukan sama ada maklumat
disampaikan secara berkesan atau tidak berkesan.


Contoh
EMK
Penyelia pemasaran dan jurujual Proton yang menerima dan
memahami maksud mesej yang disampaikan oleh pengurus pemasaran Arahan:
Proton tentang strategi menembusi pasaran baharu. Cari maklumat dalam Internet/
jurnal/surat khabar. Kemudian,
bincangkan dalam kelas.
(f) Maklum balas Soalan:
Jelaskan kaedah untuk
Maklum balas merujuk pada tindak balas penerima terhadap memastikan setiap ahli
mesej yang diterima. Setiap maklum balas yang diterima adalah dalam organisasi bersedia
penting untuk mengukur tahap keberkesanan proses komunikasi menyumbangkan idea bagi
dan memastikan maksud mesej yang dihantar oleh penghantar membantu meningkatkan Bab 4
keuntungan perniagaan.
sama dengan maksud mesej yang diterima oleh penerima.
Maklum balas boleh diberi dalam bentuk tulisan atau kata,
isyarat badan atau memek muka. Melalui pemberian maklum
balas oleh penerima, penghantar mesej dapat mengenal pasti
sama ada maksud mesej yang ingin disampaikan dapat difahami
penerima dengan sepenuhnya, atau hanya sebahagian sahaja atau
maksud mesej gagal difahami.

Contoh Minda Kreatif

Bengkel dan perbincangan yang dilakukan oleh penyelia pemasaran
dan jurujual Proton dapat memberi maklumat kepada pengurus Jelaskan ciri maklum balas
pemasaran sama ada strategi pemasaran yang disampaikan dapat dalam komunikasi yang baik dari
perspektif perniagaan.
difahami oleh pihak penerima.

(g) Gangguan

Gangguan merujuk pada unsur luaran yang mempengaruhi
proses komunikasi. Gangguan wujud daripada pelbagai aspek
termasuk persekitaran.
Bahagian-bahagian Fungsian Utama dalam Organisasi Perniagaan BAB 4 211






Bab4_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd 211 11/7/16 1:48 PM

4.5.3 Aliran Barang

dan Perkhidmatan

Aliran barang dan perkhidmatan merujuk pada suatu proses
pemindahan barang atau perkhidmatan daripada sesebuah
perniagaan kepada perniagaan yang lain. Tujuan aliran barang
dan perkhidmatan adalah untuk memudahkan dan melancarkan
proses pemindahan barang mengikut prosedur yang telah
ditetapkan oleh sesebuah organisasi perniagaan.

Peta -THINK

Jadual pengeluaran
Wujudkan katalog dan Penerimaan yang dipersetujui
diedarkan (Bahagian pesanan daripada
fungsian pemasaran dan pengguna (Bahagian (Bahagian fungsian Jualan
bahagian fungsian jualan) fungsian jualan) dan bahagian fungsian
pengeluaran)



Pesanan bahan mentah Penerimaan invois pembekal
(Bahagian fungsian dan pembayaran (Bahagian
pembelian) fungsian kewangan)




Bab 4 dan pengedaran (Bahagian Penghantaran invois kepada
Pengeluaran item barang
pembeli dan penerimaan
pengeluaran dan bahagian bayaran (Bahagian fungsian
fungsian pengagihan) kewangan)


Rajah 4.11 Aliran barang atau perkhidmatan dalam sesebuah perniagaan

(a) Wujudkan Katalog dan Diedarkan
EMK
(Bahagian fungsian pemasaran dan
Arahan:
Bincangkan dalam kelas. bahagian fungsian jualan)
Soalan: Bahagian pemasaran perlu membuat katalog yang mengandungi
Jelaskan kepentingan aliran maklumat yang berkaitan dengan jenis barang atau perkhidmatan
barang dan perkhidmatan kepada
sesebuah organisasi perniagaan. dan harga yang ditawarkan. Katalog hendaklah diedarkan kepada
pihak pengguna yang disasarkan dan berkemampuan membeli.
Contoh

Katalog yang mengandungi senarai peralatan sukan dan harga setiap
jenis peralatan sukan diedarkan kepada semua badan-badan sukan
dan sekolah.

212 BAB 4 Bahagian-bahagian Fungsian Utama dalam Organisasi Perniagaan






Bab4_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd 212 11/7/16 1:48 PM

(b) Penerimaan Pesanan daripada

Pengguna (Bahagian fungsian jualan)

Pihak pengguna yang berminat dengan barang atau perkhidmatan
serta harga yang telah ditetapkan dalam katalog akan membuat RM Celik Kewangan
pesanan mengikut jumlah dan item yang dipersetujui. Pesanan
ini akan diterima oleh unit jualan di bahagian pemasaran untuk Setiap pesanan yang dibuat perlu
tindakan selanjutnya. mengikut tahap kemampuan
kewangan masing-masing.

Contoh
Pihak sekolah membuat pesanan peralatan sukan yang dipersetujui
berdasarkan item dan harga dalam katalog kepada bahagian
fungsian jualan.



(c) Jadual Pengeluaran yang Dipersetujui
(Bahagian fungsian jualan dan
bahagian fungsian pengeluaran)
Minda Kreatif
Pihak jualan di bahagian pemasaran akan memberikan maklumat
berkaitan dengan pesanan yang telah dipersetujui kepada bahagian Jelaskan kaedah membentuk
penge luaran untuk tujuan menghasilkan setiap barang atau jadual pengeluaran yang baik,
perkhidmatan yang telah ditetapkan. Bahagian pengeluaran akan sistematik dan berkesan.
menyenaraikan sumber yang diperlukan untuk mengeluarkan
barang dan perkhidmatan yang telah dirancang. Bab 4

Contoh

Pihak pengeluaran akan menentukan jumlah sebenar keperluan
sumber untuk menghasilkan peralatan sukan yang telah dipersetujui
oleh pihak sekolah.



(d) Pesanan Bahan Mentah

(Bahagian fungsian pembelian) Cintai Negara
Setiap perniagaan yang terlibat
Unit pembelian di bahagian pengeluaran hendaklah membuat dalam penggunaan bahan
pesanan membeli bahan mentah yang mencukupi dalam proses mentah seperti kayu, petroleum
menghasilkan barang atau perkhidmatan yang telah dijadualkan dan sebagainya perlu berusaha
sebelum ini. mengenal pasti bahan mentah
alternatif supaya sumber bahan
mentah sedia ada dapat bertahan
Contoh dengan lebih lama.

Bahagian pembelian menyenaraikan keperluan bahan mentah untuk
menghasilkan peralatan sukan berdasarkan persetujuan dengan
pihak sekolah.

Bahagian-bahagian Fungsian Utama dalam Organisasi Perniagaan BAB 4 213






Bab4_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd 213 11/7/16 1:48 PM

(e) Penerimaan Invois Pembekal

dan Pembayaran
(Bahagian fungsian kewangan)

Bahagian kewangan akan membuat pembayaran kepada pihak
EMK pembekal yang membekalkan bahan mentah kepada perniagaan.
Pengaliran wang keluar akan berlaku daripada perniagaan kepada
Arahan:
Bentangkan dalam kelas. pihak pembekal.
Soalan: Contoh
Jelaskan kepentingan penerimaan
invois pembekal dan pembayaran Perniagaan menerima bekalan bahan mentah daripada syarikat
dalam urus niaga sesuatu barang pembekalan peralatan sukan dan membayar wang kepada pembekal
atau perkhidmatan. berdasarkan pesanan bahan mentah.



(f) Pengeluaran Item Barang dan
Pengedaran (Bahagian pengeluaran
dan bahagian fungsian pengagihan)


Cintai Negara Bahan mentah yang diterima daripada pihak pembekal akan
diproses untuk menghasilkan barang yang telah dipesan oleh
Setiap aktiviti perniagaan pihak pengguna. Setelah selesai menghasilkan barang, bahagian
perlu mengambil kira semua pemasaran mengedarkan kepada pihak pengguna yang membuat
aspek termasuk kepentingan pesanan pembelian barang.
dan sensitiviti semua kaum di
Bab 4 Malaysia serta perlindungan Contoh
haiwan dan alam sekitar.
Pihak perniagaan mendapatkan peralatan sukan daripada bahagian
pengeluaran dan mengedarkan kepada pihak sekolah.


(g) Penghantaran Invois kepada Pembeli
dan Penerimaan Bayaran

(Bahagian fungsian kewangan)

Bahagian kewangan menghantar invois kepada pelanggan yang
Minda Kreatif mengandungi senarai barang dan jumlah bayaran yang perlu
dibayar oleh pihak pengguna. Pihak pengguna perlu membayar
Jelaskan tujuan menyimpan sejumlah wang kepada perniagaan berdasarkan invois seperti
invois oleh pembeli selepas pesanan yang dibuat oleh pihak pengguna sebelum itu.
membuat pembayaran.
Contoh
Bahagian kewangan menghantar invois kepada pihak sekolah
untuk menuntut bayaran. Pihak perniagaan menerima pembayaran
daripada pihak sekolah yang telah memesan peralatan sukan
sebelum itu.

214 BAB 4 Bahagian-bahagian Fungsian Utama dalam Organisasi Perniagaan






Bab4_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd 214 11/7/16 1:48 PM

4.6 Interaksi dan

Perkaitan antara

Bahagian Fungsian

dalam Dua

Perniagaan Berlainan



Bahagian fungsian yang terdapat dalam sesebuah organisasi
perniagaan adalah berbeza antara satu sama lain mengikut
saiz perniagaan yang dijalankan. Walau bagaimanapun, setiap EMK
bahagian fungsian dalam sesebuah organisasi perniagaan perlu Arahan:
berinteraksi dengan bahagian fungsian perniagaan yang lain bagi Bentangkan dalam kumpulan.
melancarkan aktiviti perniagaan.
Soalan:
Dengan memberikan contoh dua
4.6.1 Interaksi antara jenis perniagaan berbeza, jelaskan
perbezaan antara bahagian
Perniagaan fungsian serta perkaitan yang
wujud dalam dua jenis
Interaksi yang wujud antara perniagaan melibatkan perniagaan perniagaan tersebut.
kecil dan perniagaan besar.

(a) Perniagaan Kecil


Perniagaan kecil mempunyai bahagian-bahagian fungsian yang RM Celik Kewangan Bab 4
sedikit. Setiap bahagian fungsian ini akan berinteraksi secara
formal dan tidak formal. Staf yang terlibat dalam bidang jualan Pengguna perlu bijak mengambil
setiap peluang yang ditawarkan
mengetahui pelanggan yang manakah yang membayar bil mereka oleh perniagaan.
serta merta dan yang manakah masih berhutang. Pengurus
mudah menjalankan tugas memantau aktiviti staf. Pertanyaan
daripada pelanggan dapat diselesaikan dengan segera.


(b) Perniagaan Besar

Perniagaan besar mempunyai banyak bahagian fungsian dan
mempunyai lebih ramai staf. Proses komunikasi menjadi lebih Minda Kreatif
panjang dan mengambil masa yang lama. Hubungan komunikasi
yang baik antara pengurus dengan pekerja dalam setiap bahagian Jelaskan peranan perniagaan
fungsian adalah sangat penting. besar dalam membantu
perkembangan perniagaan kecil.
Perniagaan memerlukan maklumat dan sokongan daripada
bahagian-bahagian fungsian yang berkaitan supaya perniagaan
tersebut dapat beroperasi dengan lancar dan berkesan. Interaksi
bahagian fungsian antara perniagaan kecil dengan perniagaan
besar ditunjukkan dalam Jadual 4.1 seperti yang berikut:
Bahagian-bahagian Fungsian Utama dalam Organisasi Perniagaan BAB 4 215






Bab4_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd 215 11/7/16 1:48 PM

Jadual 4.1 Interaksi antara bahagian fungsian bagi perniagaan kecil dengan perniagaan besar

Perniagaan Kecil Interaksi Perniagaan Besar
Bahagian Fungsian Jualan
• Bahagian Jualan • Bahagian Jualan harus
berhubung dengan Perniagaan kecil akan menghubungi mengetahui jadual
pelanggan tanpa melalui perniagaan besar bagi meluaskan pasaran pengeluaran dan tarikh
bahagian pengeluaran. sedia ada kepada pasaran yang lebih besar. penghantaran pesanan yang
• Bahagian Jualan turut telah dipersetujui dengan
melaksanakan fungsi Manakala perniagaan besar akan bahagian pengeluaran.
Bahagian Pembelian menghubungi perniagaan kecil bagi • Bahagian Jualan akan
mengikut jumlah menambah dan mengukuhkan pasaran memaklumkan Bahagian
permintaan yang dibuat sedia ada. Pembelian bahan dan
oleh pelanggan. kuantiti yang diperlukan.
Bahagian Fungsian Kewangan
• Bahagian Kewangan Perniagaan kecil akan menghubungi • Bahagian Kewangan mesti
mengeluarkan invois perniagaan besar bagi memastikan setiap peka terhadap setiap
dalam pembelian barang bayaran telah diterima tanpa masalah. pergerakan barangan supaya
atau perkhidmatan. Manakala perniagaan besar akan invois boleh dikeluarkan.
• Bahagian Kewangan menghubungi perniagaan kecil bagi • Bahagian Kewangan
mengawasi urusan memastikan setiap bayaran dibuat mengawasi perbelanjaan dan
pembayaran gaji dan mengikut perjanjian. pencapaian sasaran kewangan
pembelian bahan mentah. dalam setiap jabatan.
Bahagian Fungsian Sumber Manusia
• Bahagian Kewangan Perniagaan kecil akan menghubungi • Bahagian Pengurusan
menguruskan hal ehwal perniagaan besar bagi mengenal pasti Sumber Manusia dan
Bab 4 • Bahagian Sumber Manakala perniagaan besar akan • Pengurusan sumber manusia
gaji dan bonus.
kaedah pengurusan sumber manusia.
Kewangan akan berhubung
berkenaan dengan gaji
Manusia hanya
melaksanakan tugas menghubungi perniagaan kecil bagi mengendalikan kekosongan
membantu mengurus sumber
mengambil pekerja atau manusia dengan baik. pekerjaan dan peluang
staf baharu. kenaikan pangkat.
Bahagian Fungsian Khidmat Pelanggan
Khidmat pelanggan Perniagaan kecil akan menghubungi Khidmat pelanggan harus
dilaksanakan kepada perniagaan besar bagi mempelajari kaedah menghantar maklum balas
pelanggan terpilih sahaja. mengurus pelanggan dengan baik. daripada pelanggan yang
Manakala perniagaan besar akan boleh memberi kesan kepada
menghubungi perniagaan kecil bagi perkembangan barangan atau
membantu membentuk teknik jualan masa hadapan.
pengurusan pelanggan berskala kecil.
Bahagian Fungsian Pentadbiran
Bahagian Pentadbiran Perniagaan kecil akan menghubungi Bahagian Pentadbiran terlibat
terlibat dalam hampir setiap perniagaan besar bagi mempelajari sistem apabila maklumat diperlukan
urusan yang dijalankan pentadbiran yang baik. dan apabila mesyuarat antara
oleh perniagaan. Manakala perniagaan besar akan jabatan dijalankan.
menghubungi perniagaan kecil bagi
memastikan sistem pentadbiran yang baik
digunakan dalam urusan perniagaan.
216 BAB 4 Bahagian-bahagian Fungsian Utama dalam Organisasi Perniagaan






Bab4_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd 216 11/7/16 1:48 PM

Gerak Minda 4


SOALAN STRUKTUR

Arahan: Jawab semua soalan.
1 Berikan maksud teknologi.





2 Senaraikan peranan bahagian fungsian sumber manusia.








3 Berikan kepentingan carta organisasi.








4 Terangkan elemen kawalan semasa yang terdapat dalam bahagian fungsian pengeluaran.








5 Berikan kepentingan bahagian fungsian penyelidikan dan pembangunan.









SOALAN ESEI
Arahan: Jawab semua soalan.

1 Huraikan kepentingan struktur organisasi kepada sistem pengurusan perniagaan.

2 Jelaskan kelebihan bahagian fungsian pemasaran kepada perniagaan.

3 Jelaskan kepentingan bahagian fungsian teknologi maklumat dalam membantu mengurangkan kos
pengeluaran perniagaan.
4 Jelaskan bagaimana bahagian fungsian pentadbiran membantu melancarkan operasi perniagaan.


5 Jelaskan cara bahagian fungsian khidmat pelanggan meningkatkan keuntungan perniagaan.
Bahagian-bahagian Fungsian Utama dalam Organisasi Perniagaan BAB 4 217






Bab4_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd 217 11/7/16 1:48 PM

Aktiviti Kumpulan Kreatif dan Inovatif 4

Main Peranan
Tugasan: Menjelaskan tujuan dan peranan setiap bahagian fungsian utama
Langkah-langkah:
Sebelum P&P
1 Guru memilih murid untuk memegang jawatan pengurus besar dan pengurus bagi setiap
bahagian fungsian.
2 Murid diminta untuk menyediakan skrip bagi menjelaskan tujuan bahagian fungsian dan
peranan pengurus bahagian tersebut semasa mesyuarat.
Semasa P&P
1 Bilik darjah telah disusun seperti sebuah bilik mesyuarat.
2 Pengurus besar akan menjadi pengerusi mesyuarat dan meminta setiap pengurus bahagian
membentangkan tujuan dan peranan
3 Pengurus bagi setiap bahagian boleh bertanya soalan kepada pengurus bahagian yang lain.
4 Setelah selesai mesyuarat, murid yang lain diminta membuat ulasan dan rumusan.









Refleksi

1 Terangkan mengapakah perniagaan yang besar memerlukan banyak bahagian fungsian?
2 Kenal pasti enam bidang fungsian atau jabatan-jabatan yang terdapat dalam kebanyakan
organisasi perniagaan.
3 Kenal pasti perbezaan antara fungsian penjualan dengan fungsian pemasaran.
4 Apakah peranan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam sesebuah perniagaan?
5 Mengapakah aliran maklumat antara bidang fungsian adalah penting?








Rumusan

Semua organisasi perniagaan mempunyai bahagian fungsian tertentu untuk memastikan perniagaan
berjalan lancar. Setiap fungsian menjalankan peranan masing-masing untuk mencapai tujuan atau
objektif perniagaan.
Fungsian utama dalam sesebuah organisasi perniagaan terdiri daripada jualan, pengeluaran,
pembelian, pentadbiran, pengurusan pelanggan, pengagihan, kewangan, pengurusan sumber
manusia, penyelidikan dan pembangunan, teknologi maklumat dan komunikasi dan pemasaran.
Selain itu, dalam sesebuah organisasi perniagaan, tiada bidang fungsian yang boleh bekerja secara
berasingan. Setiap fungsian perlu berinteraksi antara satu bidang fungsian dengan satu bidang
fungsian yang lain. Bagi memudahkan interaksi ini berjalan dengan lancar, penggunaan teknologi
maklumat amat diperlukan.


218 BAB 4 Bahagian-bahagian Fungsian Utama dalam Organisasi Perniagaan






Bab4_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd 218 11/7/16 1:48 PM

Latihan Sumatif 4


SOALAN OBJEKTIF
Arahan: Jawab semua soalan.
1 Mengapakah struktur organisasi dibahagikan 5 Rajah berikut berkaitan peranan bahagian
mengikut bahagian fungsian? sesuatu fungsian
A Memaksimumkan keuntungan
B Mengurangkan bilangan pekerja Perancangan sumber Latihan dan
C Meminimumkan kos pengeluaran manusia Pembangunan
D Anggota organisasi perniagaan mengetahui
tugas masing-masing X
2 Antara berikut, manakah yang berkaitan dengan Perkhidmatan Skim insentif
tujuan bahagian fungsian? pekerja dan kebajikan produktiviti
I Boleh melatih lebih ramai pekerja
II Dapat mengurangkan kos dan masalah
dalam pengurusan Apakah bahagian fungsian X?
III Mewujudkan pengkhususan dalam A Bahagian pentadbiran
bidang tugas B Bahagian pengeluaran
IV Memperoleh keuntungan yang banyak C Bahagian sumber manusia
A I dan II D Bahagian khidmat pelanggan
B I dan IV
C II dan III 6 Lengkapkan rajah berikut.
D III dan IV
Peranan Pengurusan Kewangan
3 Maklumat berikut berkaitan peranan sesuatu
fungsian.

• Menyediakan dokumen dengan Merancang hal Mengawal
menggunakan perisian yang berkaitan penggunaan
• Menyediakan pelan atau program dengan Y sumber
untuk staf organisasi kewangan
• Mengurus dan menyediakan dokumen
syarikat Apakah peranan Y?
• Membeli alat tulis dan peralatan pejabat A Mengawal risiko syarikat
B Membuat analisis perniagaan
Apakah bahagian fungsian tersebut? C Mengagihkan sumber kewangan
A Bahagian fungsian pembelian D Menjana keuntungan dan meningkatkan
B Bahagian fungsian pentadbiran produktiviti pengeluaran
C Bahagian fungsian sumber manusia
D Bahagian fungsian teknologi maklumat 7 Apakah kepentingan bahagian fungsian
penyelidikan dan pembangunan dalam
4 Apakah peranan bahagian fungsian teknologi organisasi perniagaan?
maklumat dan komunikasi dalam sesebuah A Pemasaran produk yang terhad
organisasi perniagaan? B Mempercepat proses pengeluaran produk
A Dapat meningkatkan produktiviti C Dapat membangunkan produk baharu dan
B Memudahkan pengurusan inventori berkualiti tinggi
C Dapat membuat perancangan kewangan D Memastikan pengeluaran barang
D Memastikan keselamatan sistem ICT yang maksimum

Bahagian-bahagian Fungsian Utama dalam Organisasi Perniagaan BAB 4 219






Bab4_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd 219 11/7/16 1:48 PM

8 Susun tatacara pembelian bahan mentah A Lokasi
dengan betul. B Harga
I Mencari pembekal yang sesuai C Promosi
II Membuat pesanan pembelian D Sasaran pasaran
III Menilai pembekal-pembekal berdasarkan
sebut harga yang dikemukakan 12 Yang manakah menerangkan aktiviti pemasaran
IV Menerima sebut harga daripada dengan tepat?
syarikat -syarikat pembekal A Aktiviti menjual barang kepada pengguna
A I, II, IV, III B Aktiviti mengagihkan barang daripada
B IV, I, III, II penjual kepada pengguna
C I, IV, III, II C Aktiviti memperkenalkan barang oleh
D IV, III, I ,II penjual kepada pengguna
D Aktiviti pertukaran barang yang dapat
9 Maklumat berikut berkaitan sesuatu peranan memberi nilai kepada penjual dan pengguna
bahagian fungsian.
13 Maklumat berikut tentang ciri-ciri sesuatu barang
• Menghasilkan barang dan perkhidmatan atau perkhidmatan.
• Memasarkan barang kepada pengguna
untuk memenuhi keperluan dan • Perlu tempahan
kehendak mereka. • Tidak tahan lama
• Merancang dan menjalankan proses
transformasi input Apakah jenis saluran agihan yang paling sesuai
untuk memasarkan produk tersebut?
Apakah bahagian fungsian tersebut? A Pengeluar → Pengguna
A Bahagian fungsian pembelian B Pengeluar → Peruncit → Pengguna
B Bahagian fungsian pemasaran D Pengeluar → Pemborong → Peruncit →
C Bahagian fungsian pentadbiran Pengguna
D Bahagian fungsian pengeluaran C Pengeluar → Ejen → Peruncit → Pengguna

10 Mengapakah kawalan selepas pengeluaran 14 Maklumat berikut merupakan antara tugas yang
perlu dilakukan oleh staf bahagian fungsian perlu dilakukan oleh Encik Azmi.
pengeluaran?
A Mengawal penggunaan sumber secara efektif • Melengkapkan dokumen penghantaran
B Memastikan peralatan dan mesin dalam • Menyediakan jadual pergerakan kenderaan
keadaan baik • Menyelesaikan masalah proses pengedaran
C Mengatasi setiap masalah yang timbul dalam
pengeluaran dengan segera Di bahagian fungsian apakah Encik Azmi
D Memastikan produk yang dihasilkan bertugas?
mengikut standard yang betul A Bahagian fungsian jualan
B Bahagian fungsian pengagihan
11 Lengkapkan rajah berikut. C Bahagian fungsian pemasaran
D Bahagian fungsian pentadbiran
Strategi Pemasaran
15 Apakah kepentingan mewujudkan pasaran
baharu?
Y Campuran pemasaran A Dapat membuat promosi
B Dapat menguasai pasaran baharu
Apakah Y? C Dapat meningkatkan jumlah pekerja
D Dapat menggunakan teknologi moden



220 BAB 4 Bahagian-bahagian Fungsian Utama dalam Organisasi Perniagaan






Bab4_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd 220 11/7/16 1:48 PM

16 Pernyataan berikut berkaitan dengan aktiviti I belian
dalam strategi meneroka pasaran baharu. II kewangan
III khidmat pelanggan
• Menjalankan promosi yang agresif di IV pentadbiran
pasaran yang menjadi tumpuan A I dan II C II dan III
• Melibatkan diri atau organisasi dalam B I dan IV D III dan IV
rundingan yang aktif melalui hubungan
dua hala 19 Mengapakah teknologi maklumat penting
dalam sesebuah organisasi perniagaan?
Mengapakah aktiviti tersebut dilaksanakan? A Dapat meluaskan pasaran
A Meneroka pasaran setempat B Dapat memproses barang dengan cepat
B Meneroka pasaran tempatan C Dapat meningkatkan kuantiti pengeluaran
C Meneroka pasaran domestik D Dapat mengagihkan barang kepada pengguna
D Meneroka pasaran antarabangsa
20 Pernyataan berikut menunjukkan kelebihan
17 Antara berikut, yang manakah merupakan dalam menggunakan teknologi maklumat.
fungsian jualan?
I mengurus belian barang Penggunaan teknologi maklumat dalam
II menghantar barang jualan sesebuah perniagaan dapat meluaskan
III mengambil tindakan pertanyaan pelanggan pasaran ke peringkat global.
IV menyediakan sebut harga kepada pelanggan
A I dan II Berdasarkan pernyataan tersebut, apakah
B I dan IV peranan bahagian fungsian teknologi maklumat?
C II dan III A Membuat promosi melalui radio dan
D III dan IV surat khabar
B Membina laman web untuk
18 Apakah bahagian fungsian yang terlibat dalam memperkenalkan barang
pernyataan berikut? C Menggunakan kapal terbang untuk
menghantar barang
“Pembayaran gaji dan bonus kepada pekerja D Mengambil lebih ramai pekerja untuk
dalam sesebuah organisasi perniagaan” memasarkan barang






























Bahagian-bahagian Fungsian Utama dalam Organisasi Perniagaan BAB 4 221






Bab4_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd 221 11/7/16 1:48 PM

SOALAN ESEI
Arahan: Jawab semua soalan.

1 Huraikan masalah yang akan wujud sekiranya kewangan sesebuah organisasi tidak diurus dengan baik.

2 Jelaskan cara ICT dapat memudahkan komunikasi dalaman (Intranet) dan luaran organisasi (Internet).

3 Huraikan kepentingan pembangunan produk kepada sesebuah organisasi perniagaan.

4 Encik Affan merupakan pengurus bahagian pengeluaran di sebuah kilang televisyen. Jelaskan peranan
Encik Affan.

5 Strategi pemasaran yang berkesan berupaya untuk melancarkan aktiviti pemasaran. Jelaskan.

6 Maklumat berikut berkaitan dengan ciri-ciri sesuatu produk.

• Barang yang tidak tahan lama seperti barang pertanian
• Barang bernilai tinggi seperti kapal terbang
• Perkhidmatan profesional seperti khidmat doktor dan guaman

Nyatakan dan jelaskan jenis saluran agihan yang sesuai untuk mengagihkan produk tersebut.

7 Pada pendapat anda, mengapakah pelanggan merupakan aset yang penting kepada sesebuah organisasi
perniagaan? Jelaskan.
8 Huraikan kepentingan interaksi bahagian fungsian pembelian dengan pihak luar, iaitu pembekal.


9 Jelaskan strategi pemasaran yang dapat melancarkan aktiviti perniagaan.
10 Jelaskan bagaimana fungsian teknologi dan maklumat dapat membantu dalam pembangunan produk
dan pasaran baharu dalam sesebuah organisasi perniagaan.




























222 BAB 4 Bahagian-bahagian Fungsian Utama dalam Organisasi Perniagaan






Bab4_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd 222 11/7/16 1:48 PM

KERTAS KERJA





PROJEK












Kertas kerja projek dibentuk bagi tujuan memberi pengalaman dan persediaan awal kepada semua
murid berkaitan dunia perniagaan. Aktiviti dan tugasan yang dijalankan dalam kertas kerja projek
akan memberi pengetahuan berkaitan dengan perkara yang perlu disediakan sebelum memulakan
sesebuah perniagaan.
Dalam bahagian ini, anda akan memperoleh panduan untuk memulakan dan menyediakan
kertas kerja projek dengan cara yang betul. Anda juga akan dapat melatih diri dan mengenal pasti
keupayaan anda untuk menceburkan diri dalam bidang tertentu mengikut jenis perniagaan yang
ingin anda ceburi.
Kertas kerja projek yang dijalankan akan membantu melahirkan murid yang lebih berdaya
tahan, berfikiran kritis, kreatif dan inovatif, bersemangat waja dan berpengetahuan tinggi. Selain
itu, kertas kerja projek ini juga akan membentuk semangat patriotik dan meningkatkan kemahiran
komunikasi dalam kalangan murid dengan masyarakat di dalam sekolah dan di luar sekolah.
Mata Pelajaran Elektif Ikhtisas (MPEI) Perniagaan bermatlamat untuk mempersiapkan
dan melengkapkan murid dengan ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran pengurusan
perniagaan di samping menjadi warganegara yang bertanggungjawab, berpandangan jauh, rasional
serta bijaksana dalam membuat sebarang keputusan malah berani menghadapi apa-apa juga
persaingan berlandaskan sifat amanah dan jujur untuk kesejahteraan diri, keluarga, masyarakat
dan negara.
Oleh itu, setiap murid perlu menggunakan peluang membuat kertas kerja projek ini sebaik
mungkin sebagai persediaan untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya pada masa hadapan.







Objektif Pembelajaran




Selepas menyelesaikan kertas kerja projek ini, murid boleh:
1 menghasilkan visi dan misi profil perniagaan yang mengandungi perkara yang berikut:
• latar belakang perniagaan
• matlamat
• objektif
• carta organisasi bahagian fungsian
2 menyediakan laporan lengkap kertas kerja projek


KERTAS KERJA PROJEK 225






Bab5_Txtbk Perniagaan Tg4_Kerja Projek-7/11.indd 225 11/7/16 1:50 PM

Peta Konsep
Kertas Kerja Projek
Ker tas Kerja Pr ojek





Kertas Kerja Projek



Panduan Tugasan Kertas Kerja Projek Contoh Kertas Kerja Projek






Pengenalan Visi dan misi





Contoh soalan kertas Latar belakang
kerja projek
perniagaan




Panduan pelaksanaan
kertas kerja projek Matlamat





Contoh elemen dan Objektif
aspek yang dinilai




Carta organisasi
Contoh aliran proses bahagian fungsian
pelaksanaan tugasan
kertas kerja projek





Contoh format penulisan
kertas kerja projek











226 KERTAS KERJA PROJEK






Bab5_Txtbk Perniagaan Tg4_Kerja Projek-7/11.indd 226 11/7/16 1:50 PM

Panduan Tugasan

Kertas Kerja Projek



Pengenalan

1 Tugasan kertas kerja projek hendaklah dibuat mengikut
panduan yang telah ditetapkan.
2 Tajuk tugasan kertas kerja projek akan ditetapkan berdasarkan
sesuatu tajuk atau gabungan Bab 1, 2, 3 dan 4 yang terdapat
dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
(DSKP).

3 Tugasan kertas kerja projek ini wajib dilaksanakan oleh
semua murid Tingkatan 4 yang mengambil mata pelajaran
Perniagaan.
4 Tugasan kertas kerja projek ini dilaksanakan secara individu.
5 Setiap murid perlu mematuhi sepenuhnya format penulisan
tugasan kertas kerja projek yang telah ditetapkan oleh pihak
Lembaga Peperiksaan Malaysia.
6 Setiap murid perlu peka dan menitikberatkan elemen dan
aspek yang dinilai untuk tugasan kertas kerja projek ini. Hal
ini bagi memastikan setiap murid dapat memahami dan
mencapai matlamat atau tujuan sebenar tugasan kertas kerja
projek ini dibuat atau dilaksanakan.
7 Selain itu, elemen tatabahasa dan ejaan juga perlu diberi
perhatian ketika menyediakan kertas kerja projek.
8 Setiap murid perlu merujuk pada guru mata pelajaran
Perniagaan masing-masing sekiranya terdapat sebarang
masalah atau kekeliruan sebelum atau semasa melaksanakan
tugasan kerja projek.

(a) Aspek-aspek yang Perlu Dititik Beratkan Ketika

Melaksanakan Tugasan Kertas Kerja Projek

• Memastikan elemen keselamatan diri sentiasa menjadi keutamaan
• Menerapkan elemen kreatif dan inovatif semasa menjalankan kerja projek Kertas Kerja Projek Perniagaan
• Menerapkan elemen kekemasan dan ketepatan dalam penyediaan laporan
• Menerapkan nilai-nilai murni semasa melaksanakan tugasan dan penyediaan laporan
• Mengadaptasikan penggunaan teknologi dan informasi terkini
• Memastikan setiap tugasan dilaksanakan mengikut arahan dan format yang telah ditetapkan
• Menggunakan pengetahuan yang diperoleh ketika proses pembelajaran dalam kelas
• Memahami dengan baik kehendak sebenar soalan atau arahan

KERTAS KERJA PROJEK 227






Bab5_Txtbk Perniagaan Tg4_Kerja Projek-7/11.indd 227 11/7/16 1:50 PM

(b) Contoh Soalan Tugasan Kertas Kerja

Projek

1 Kenal pasti dan pilih sebuah organisasi perniagaan yang
sesuai, anda dikehendaki mengkaji perkara yang berikut:
(a) jenis milikan
(b) jenis perniagaan
(c) visi
(d) misi
(e) latar belakang organisasi
(f) objektif
(g) carta organisasi bahagian fungsian
Atau

2 Kenal pasti dan pilih sebuah organisasi perniagaan yang
berorientasikan perkhidmatan. Kemudian, anda dikehendaki
mengkaji perkara yang berikut:
(a) visi dan misi
(b) matlamat
(c) objektif
(d) latar belakang organisasi
(e) carta organisasi bahagian fungsian


Panduan Pelaksanaan Tugasan
Kertas Kerja Projek


(a) Pengenalan


1 Setiap tugasan yang bakal dilakukan perlu mempunyai sistem
dan perancangan yang teratur dan gerak kerja yang sistematik.
Kertas Kerja Projek Perniagaan
2 Hal ini bertujuan untuk memastikan setiap aktiviti atau tugasan
yang ingin dilaksanakan dapat dibuat dengan baik dan betul.

3 Panduan tugasan kertas kerja projek ini memberi peluang
kepada murid untuk mencari idea terbaik dalam merangka
strategi melaksanakan tugasan kerja projek.
4 Selain itu, panduan ini juga memberi gambaran awal kepada
murid berkaitan dengan perkara yang perlu dilaksanakan oleh
mereka dalam menyediakan tugasan kertas kerja projek bagi
mata pelajaran perniagaan tingkatan 4.
5 Pada masa yang sama, panduan yang disediakan ini juga akan
memberi peluang kepada murid untuk membuat persediaan
awal dan memahami dengan lebih baik tentang perkara yang
perlu dibuat sebelum melaksanakan tugasan.

228 KERTAS KERJA PROJEK






Bab5_Txtbk Perniagaan Tg4_Kerja Projek-7/11.indd 228 11/7/16 1:50 PM

6 Persediaan awal sangat penting bagi memastikan setiap isu
atau masalah yang wujud sebelum atau semasa atau selepas
tugasan dilaksanakan dapat diatasi dengan bijak dan rasional.

(b) Maklumat Tugasan Kertas Kerja

Projek

1 Tugasan kertas kerja projek ini memberi peluang kepada
murid untuk melalui dan mengalami proses pembelajaran
dan pengajaran yang pelbagai.
2 Bimbingan akan dibuat oleh guru mata pelajaran Perniagaan
masing-masing dalam aspek pengajaran dan pembelajaran
sepanjang tempoh pelaksanaan tugasan yang ditetapkan.
3 Hasilan akhir tugasan kertas kerja projek akan dijadikan
sebahagian daripada penilaian.
4 Penilaian tugasan kertas kerja projek adalah bersandarkan
darjah atau tahap penguasaan murid dalam beberapa elemen
dan beberapa kriteria lain yang akan dimaklumkan oleh guru.
5 Pendedahan dan penguasaan kefahaman oleh semua murid
tentang keseluruhan proses perniagaan yang wujud dalam
jenis perniagaan yang dikaji akan diterjemahkan melalui
penghasilan tugasan kerja projek yang diintegrasikan dengan
menggunakan komputer.
6 Pengukuran sesuatu elemen adalah berdasarkan kepada
kriteria tertentu mengikut piawaian yang akan ditetapkan.


(c) Maklumat Am

1 Tugasan kertas kerja projek ini dicadangkan untuk
dilaksanakan dalam tempoh 10 minggu.
2 Pembahagian tempoh pelaksanaan tugasan kertas kerja
projek adalah seperti yang berikut:
(a) penyiapan projek : 8 minggu
(b) pengurusan dan penilaian : 2 minggu
3 Contoh Jadual Pelaksanaan Kertas Kerja Projek adalah
seperti yang ditunjukkan di dalam Lampiran 1.
4 Tugasan kertas kerja projek bagi murid Tingkatan 4 akan
dimulakan pada bulan Ogos hingga September.
5 Tugasan kertas kerja projek yang disediakan oleh murid Kertas Kerja Projek Perniagaan
akan dinilai oleh guru-guru yang mengajar mata pelajaran
Perniagaan di sekolah masing-masing.
6 Penilaian tugasan kertas projek ini merupakan sebahagian
daripada proses pengajaran dan pembelajaran.



KERTAS KERJA PROJEK 229






Bab5_Txtbk Perniagaan Tg4_Kerja Projek-7/11.indd 229 11/7/16 1:50 PM

7 Penilaian tugasan kertas kerja projek ini dilakukan secara
berterusan dalam tempoh yang ditetapkan.
8 Semua murid wajib melaksanakan dan menyelesaikan setiap
tugasan kertas kerja projek secara individu.
9 Penilaian akan dibuat berdasarkan proses kerja dan hasil
kerja akhir calon.
10 Penilaian hasil kerja murid akan dilakukan sepanjang masa
tugasan kertas kerja projek dilaksanakan.
11 Pemberian markah dan gred keseluruhan dibuat setelah
tugasan kertas kerja projek disiapkan.
12 Murid dikehendaki melaksanakan tugasan kertas kerja
projek yang tulen dan asli.
13 Murid dilarang melakukan perkara seperti memplagiat
daripada mana-mana bahan tanpa menyatakan sumber
sebenar bahan tersebut diambil.
14 Murid dikehendaki melaksanakan tugasan kertas kerja
projek ini dalam tempoh yang telah ditetapkan oleh guru.



(d) Contoh Elemen dan Aspek yang Dinilai


Elemen Aspek penilaian
Pengetahuan dan kefahaman • Pengenalan perniagaan
• Profil perniagaan
Kemahiran mengaplikasi • Penetapan visi
• Penetapan misi
• Penetapan objektif
• Carta organisasi bahagian fungsian

Kemahiran menganalisis • Menganalisis dan menilai tahap keberkesanan bahagian fungsian
organisasi perniagaan
Kertas Kerja Projek Perniagaan
• Memberikan cadangan untuk menambah baik operasi bahagian
fungsian organisasi perniagaan

Kemahiran membuat keputusan Keputusan perniagaan
Kemahiran teknologi maklumat Penggunaan komputer dan teknologi komunikasi
dan komunikasi
Nilai-nilai murni yang terdapat • Jujur dan amanah
dalam perniagaan • Telus dan tekun
• Berdisiplin dan bekerjasama
• Terbuka untuk menerima kritikan
• Bercita-cita tinggi
• Menjaga kebersihan dan mencintai alam sekitar
• Menepati dan menghargai masa
• Berjimat cermat


230 KERTAS KERJA PROJEK






Bab5_Txtbk Perniagaan Tg4_Kerja Projek-7/11.indd 230 11/7/16 1:50 PM

(e) Contoh Aliran Proses Pelaksanaan Tugasan Kertas Kerja

Projek

Antara langkah untuk tugasan kertas kerja projek adalah seperti berikut:


Tugasan Bermula



Mendengar Taklimat Projek



Memilih Tajuk Projek dan
Menyediakan Jadual Tugasan
ATAU

Menyemak Jadual Tugasan



Membentangkan Jadual Tugasan




Pembetulan atau DITOLAK Status Murid boleh mendapatkan
maklumat perniagaan
penambahbaikan Jadual tersebut melalui sumber
Tugasan
temu bual, Internet,
DITERIMA majalah, jurnal dan
sumber-sumber lain
Melaksanakan Tugasan Kerja Projek yang berkaitan




Penyerahan Hasil Kerja Projek
dan Draf Kertas Kerja Projek




Pembetulan atau DITOLAK Status Draf
penambahbaikan Kertas Kerja
Projek

DITERIMA Penulisan kertas kerja
projek perlu mengikut Kertas Kerja Projek Perniagaan
Menghantar Kertas Kerja Projek
format yang telah
ditetapkan

Tugasan
TAMAT


KERTAS KERJA PROJEK 231






Bab5_Txtbk Perniagaan Tg4_Kerja Projek-7/11.indd 231 11/7/16 1:50 PM

(f) Contoh Format Penulisan Kertas Kerja Projek


Format kertas kerja projek yang perlu dipatuhi oleh setiap murid adalah seperti berikut:

Bil. Perkara Huraian

1 Saiz kertas Kertas A4
2 Margin Bahagian atas dan bawah 1 inci dan bahagian kiri dan kanan
1.25 inci

3 Saiz tulisan 12 pt
4 Jenis tulisan Times New Roman
5 Saiz langkau (spacing) 2 pt

6 Jumlah muka surat 15 hingga 20 muka surat termasuk jadual, gambar rajah, graf,
carta senarai rujukan dan lampiran

7 Penggunaan gambar rajah/ Calon boleh menggunakan gambar rajah/gambar foto dan
gambar foto/ilustrasi ilustrasi sebagai sebahagian daripada penulisan untuk dijadikan
sebagai sokongan kepada projek yang dijalankan
8 Penyerahan kertas projek Kertas projek hendaklah diserahkan kepada penilai/guru dalam
bentuk bercetak dan berjilid



Muka Surat Hadapan

1 Muka surat hadapan yang mengandungi perkara yang berikut:
(a) Nama sekolah
(b) Nama dan kod mata pelajaran
(c) Tajuk/Soalan
(d) Nama murid
(e) Nombor kad pengenalan
(f) Angka giliran
Kertas Kerja Projek Perniagaan
Kandungan
1 Senarai kandungan
2 Penghargaan
3 Isi-isi penting
(a) Jenis milikan (e) Objektif
(b) Jenis perniagaan (f) Carta organisasi
(c) Visi (g) Bahagian fungsian
(d) Misi

Muka Surat Belakang
1 Rumusan
2 Senarai rujukan
3 Lampiran


232 KERTAS KERJA PROJEK






Bab5_Txtbk Perniagaan Tg4_Kerja Projek-7/11.indd 232 11/7/16 1:50 PM

CONTOH KERTAS KERJA PROJEK
TINGKATAN 4





SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN BERJAYA



JALAN USAHAWAN, 56100, KUALA LUMPUR



MATA PELAJARAN : PERNIAGAAN

KOD MATA PELAJARAN : ABC 1234


TAJUK : PROFIL PERNIAGAAN












NAMA : SAIYIDAH BINTI OTHMAN


NOMBOR KAD PENGENALAN : 010123-00-1234

ANGKA GILIRAN : WP008 A150
























KERTAS KERJA PROJEK 233 Kertas Kerja Projek Perniagaan






Bab5_Txtbk Perniagaan Tg4_Kerja Projek-7/11.indd 233 11/7/16 1:50 PM

PENGHARGAAN





Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan kepada
semua pihak yang telah memberi teguran dan cadangan yang membina. Ucapan
terima kasih khusus ditujukan kepada Puan Nor Bahijah binti Dzakaria selaku
guru pembimbing atas kesabaran beliau dalam memberi tunjuk ajar sehingga
selesainya kertas projek ini. Tidak dilupakan juga terima kasih tidak terhingga
kepada pemilik Rimbun Sejadi Enterprise telah memberi kerjasama untuk
menjayakan tugasan ini. Sekalung ucapan terima kasih juga kepada ibu bapa serta
rakan-rakan yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan.



























Kertas Kerja Projek Perniagaan























234 KERTAS KERJA PROJEK






Bab5_Txtbk Perniagaan Tg4_Kerja Projek-7/11.indd 234 11/7/16 1:50 PM

SENARAI KANDUNGAN





Perkara Muka Surat

Abstrak iv

1.0 Pengenalan 1

2.0 Visi, Misi dan Objektif 2

3.0 Matlamat dan Strategi Organisasi 3

4.0 Profil Perniagaan 4

5.0 Carta Organisasi 5


6.0 Bahagian Fungsian Organisasi 8

Rumusan 10

Senarai Rujukan 11

Lampiran 12

































KERTAS KERJA PROJEK 235 Kertas Kerja Projek Perniagaan






Bab5_Txtbk Perniagaan Tg4_Kerja Projek-7/11.indd 235 11/7/16 1:50 PM

ABSTRAK





Perniagaan merupakan salah satu industri yang sentiasa berkembang maju dan
sangat penting dalam pembangunan ekonomi negara. Kajian kerja projek ini
adalah bertujuan untuk mengenal pasti tujuan perniagaan, organisasi perniagaan,
visi, misi dan objektif perniagaan.
Selain itu, kajian ini juga dilakukan bagi mengenal pasti bidang fungsian yang
wujud dalam perniagaan yang dipilih. Hal ini disebabkan oleh setiap bahagian
fungsian mempunyai peranan masing-masing dalam mempengaruhi operasi
sesebuah perniagaan.

Kajian kerja projek ini melibatkan kaedah tinjauan di lokasi perniagaan.
Setiap maklumat yang berkaitan akan digunakan sebagai bahan untuk dijadikan
dapatan dalam kertas kerja projek. Dapatan kajian juga diperoleh secara temu
bual dan bacaan daripada sumber rujukan tertentu seperti melalui bacaan bahan
rujukan di perpustakaan dan sumber daripada Internet.

Penilaian juga dibuat terhadap setiap dapatan yang diperoleh dengan menilai
setiap visi, misi dan objektif, carta organisasi dan fungsian organisasi yang wujud
dalam perniagaan yang dipilih. Cadangan penambahbaikan dalam bahagian
rumusan juga dinyatakan sebagai rujukan kepada pihak yang berkaitan supaya
dapat menjalankan operasi perniagaan mereka dengan lebih profesional, berkesan
dan sistematik.







Kertas Kerja Projek Perniagaan



















iv


236 KERTAS KERJA PROJEK






Bab5_Txtbk Perniagaan Tg4_Kerja Projek-7/11.indd 236 11/7/16 1:50 PM

1.0 PENGENALAN





Rimbun Sejadi Enterprise ditubuhkan pada 20 Julai 2012. Perniagaan ini
ditubuhkan secara milikan tunggal. Pemilik Rimbun Sejadi Enterprise ialah
Mohd Yusof bin Hosaini. Beliau telah dibantu oleh dua orang anaknya, iaitu
Aizat Affan bin Mohd Yusof dan Amira Afiqah binti Mohd Yusof.
Syarikat ini memilih untuk menjalankan perniagaan membekalkan peralatan
pertanian dan ternakan, baja dan racun, tanaman dan baka ternakan, makanan
dan ubat-ubatan ternakan, membekal mesin dan peralatan kejuruteraan, mesin
dan kelengkapan bengkel, mesin dan kelengkapan khusus, membekal alat
kelengkapan pejabat dan kediaman, perabot dan kelengkapan, mesin, perkakas
elektrik, peralatan pencuci dan pembersihan.
Walau bagaimanapun, syarikat ini lebih memberi tumpuan dalam bidang
membekalkan mesin, peralatan kejuruteraan dan barang-barang pertanian.
Rimbun Sejadi Enterprise ini juga menyediakan mesin dan peralatan untuk
penebangan pokok-pokok yang terdapat dalam projek pembangunan di sekitar
Kuala Lumpur. Rimbun Sejadi Enterprise juga ingin mengembangkan lagi
perniagaan ini agar prestasi dan kestabilan perniagaan menjadi lebih kukuh
dan maju.

Rimbun Sejadi Enterprise juga membekalkan pokok-pokok hiasan untuk
projek landskap di sekitar kawasan Kuala Lumpur. Kebanyakan pokok-pokok ini
dibeli terus di nurseri-nurseri dari negeri Selangor, Pahang dan Johor.


























1 Kertas Kerja Projek Perniagaan


KERTAS KERJA PROJEK 237






Bab5_Txtbk Perniagaan Tg4_Kerja Projek-7/11.indd 237 11/7/16 1:50 PM


Click to View FlipBook Version