2.0 VISI, MISI DAN OBJEKTIF
Untuk melancarkan dan memudahkan aktiviti perniagaan yang dijalankan,
Rimbun Sejadi Enterprise juga telah menetapkan visi, misi dan objektif
organisasi perniagaan.
2.1 VISI
Menjadi pembekal perkhidmatan mesin, peralatan kejuruteraan dan barang-
barang pertanian yang terkenal dan efisien di sekitar Kuala Lumpur.
2.2 MISI
• Memberi keutamaan dalam memastikan barang-barang yang dibekalkan
berkualiti dan mengikut kehendak pelanggan
• Sentiasa mendahulukan kepuasan pelanggan
• Membekalkan barang-barang mengikut masa yang tepat
2.3 OBJEKTIF
• Mencapai sasaran bekalan tahunan yang ditetapkan
• Mengutamakan kepuasan setiap pelanggan secara berterusan
• Membekalkan barang dalam tempoh masa yang tepat dan efektif
Penilaian
Visi dan misi yang dinyatakan oleh RSE ringkas dan padat. Tempoh masa
untuk perlaksanaan visi, misi dan objektif juga dibuat secara umum.
Kertas Kerja Projek Perniagaan
Visi, misi dan objektif yang dibentuk oleh RSE masih perlu diperkemas
dan ditambah baik bagi memenuhi ciri SMART. Ciri SMART sangat penting
dalam penetapan visi, misi dan objektif. Hal ini bagi memastikan setiap
perkara mempunyai perkaitan antara satu sama lain.
Penerapan ciri SMART akan membantu organisasi untuk bertindak
dengan lebih proaktif untuk mencapai sasaran yang telah ditetapkan. Hal ini
juga akan memudahkan anggota di setiap peringkat untuk memahami dan
mengenal pasti visi, misi dan objektif organisasi.
2
238 KERTAS KERJA PROJEK
Bab5_Txtbk Perniagaan Tg4_Kerja Projek-7/11.indd 238 11/7/16 1:50 PM
3.0 MATLAMAT DAN STRATEGI
ORGANISASI
Matlamat Rimbun Sejadi Enterprise adalah untuk memberi tumpuan bagi
menjadi pembekal produk pertanian yang terkenal di Kuala Lumpur dan Selangor
dalam jangka masa lima tahun.
Antara strategi Rimbun Sejadi Enterprise adalah seperti yang berikut:
• menjaga hubungan baik dengan pihak pengeluar produk pertanian dan pihak
pelanggan agar dapat berurusan dalam perniagaan secara berterusan
• menjadi pengedar produk pertanian kepada syarikat-syarikat yang besar
• memastikan bahawa dalam proses perkhidmatan penghantaran bekalan
barang pertanian adalah cepat, efektif dan efisien
• mewujudkan jaringan pelanggan dalam kalangan syarikat landskap di sekitar
Kuala Lumpur dan Selangor
Penilaian
Matlamat dan strategi RSE dibentuk secara umum sesuai dengan pencapaian
tempoh masa panjang. RSE mempunyai matlamat dan strategi yang jelas
dalam mencapai visi, misi dan objektif yang telah ditetapkan.
Matlamat dan strategi yang dibentuk oleh RSE mudah difahami dan diikuti
oleh setiap peringkat dalam organisasi. Selain itu, matlamat dan strategi yang
dirangka dan ditetapkan oleh RSE merangkumi setiap aspek yang diperlukan
dalam mencapai visi, misi dan objektif organisasi.
Strategi yang mudah difahami, tepat dan proaktif akan menjadikan operasi
organisasi berjalan dengan lebih lancar dan sempurna. Hal ini seterusnya akan
mengukuhkan organisasi untuk terus berdaya saing dalam pasaran. Kertas Kerja Projek Perniagaan
3
KERTAS KERJA PROJEK 239
Bab5_Txtbk Perniagaan Tg4_Kerja Projek-7/11.indd 239 11/7/16 1:50 PM
4.0 PROFIL PERNIAGAAN
Nama : Rimbun Sejadi Enterprise
Bentuk Milikan : Milikan Tunggal
Alamat Perniagaan : Lot PF3, Tingkat 1, Pasar raya THE STORE
47000 Sungai Buloh, Selangor Darul Ehsan.
Nombor Telefon : 017-1234567
Nama Pemilik : Mohd Yusof bin Hosaini
Aktiviti Perniagaan : Peralatan yang berkaitan dengan aktiviti
dalam sektor pertanian dan ternakan, baja
dan racun, tanaman dan baka ternakan,
makanan dan ubat-ubatan untuk ternakan,
membekal mesin dan peralatan kejuruteraan,
mesin dan kelengkapan bengkel, mesin
dan kelengkapan khusus, membekal alat
kelengkapan pejabat dan kediaman, perabot
dan kelengkapan, mesin, perkakas elektrik,
peralatan pencuci dan pembersihan.
Panel Bank : MAYBANK BERHAD
Penilaian
Profil perniagaan yang diberi oleh RSE adalah ringkas. Walau bagaimanapun,
Kertas Kerja Projek Perniagaan
terdapat beberapa aspek yang perlu ditambah baik dalam profil perniagaan
seperti memasukkan perkara yang berikut:
• Nombor pendaftaran syarikat
• Tempoh perakaunan
• Tempoh rekod
• Modal perniagaan
• Jumlah pekerja
• Status perniagaan
• Nombor faks
• Nombor akuan perniagaan
4
240 KERTAS KERJA PROJEK
Bab5_Txtbk Perniagaan Tg4_Kerja Projek-7/11.indd 240 11/7/16 1:50 PM
5.0 CARTA ORGANISASI
Rimbun Sejadi Enterprise
Pengarah
Urusan
Pengurus Kewangan dan Pengurus Pentadbiran dan
Belian Khidmat Pelanggan
Kerani Kerani
Penilaian
Struktur carta organisasi RSE adalah ringkas. Struktur pembahagian tugas
pekerjanya dibentuk secara umum dengan menggabungkan dua jenis tugasan
di bawah satu bahagian fungsian. Satu fungsian terdapat dua tugasan, iaitu
pengurusan kewangan dengan belian dan pengurusan pentadbiran dengan
khidmat pelanggan. Kertas Kerja Projek Perniagaan
5
KERTAS KERJA PROJEK 241
Bab5_Txtbk Perniagaan Tg4_Kerja Projek-7/11.indd 241 11/7/16 1:50 PM
5.1 Latar Belakang
1 Latar belakang pemilik:
Perkara Maklumat
Nama Mohd Yusof bin Hosaini
Umur 51 tahun
Jantina Lelaki
Kelayakan 1. Kursus landskap
2. Kursus pengurusan perniagaan
Jawatan yang disandang Pengarah urusan
2 Latar belakang staf:
(a) Staf 1:
Perkara Maklumat
Nama Aizat Affan bin Mohd Yusof
Umur 24 tahun
Jantina Lelaki
Kelayakan 1. Ijazah sarjana muda pengurusan perniagaan
2. Kursus keusahawanan dan kerjaya
Jawatan yang disandang Pengurus pentadbiran dan khidmat pelanggan
Kertas Kerja Projek Perniagaan
6
242 KERTAS KERJA PROJEK
Bab5_Txtbk Perniagaan Tg4_Kerja Projek-7/11.indd 242 11/7/16 1:50 PM
(b) Staf 2:
Perkara Maklumat
Nama Amira Afiqah binti Mohd Yusof
Umur 23 tahun
Jantina Perempuan
Kelayakan 1. Ijazah sarjana muda kewangan
2. Kursus keusahawanan
Jawatan yang disandang Pengurus kewangan dan belian
Penilaian
Bilangan staf RSE yang mengendalikan semua tugas bahagian kewangan,
belian, pengurusan pelanggan dan pentadbiran perlu diperkemas dan disusun
semula. Hal ini berdasarkan tahap perniagaan RSE yang merangkumi projek
berskala kecil dan sederhana.
Selain itu, beberapa aspek juga perlu dinyatakan secara terperinci.
Antaranya menambahkan beberapa perkara seperti berikut:
• pengalaman staf
• kemahiran staf
• tugasan bagi jawatan yang disandang
7 Kertas Kerja Projek Perniagaan
KERTAS KERJA PROJEK 243
Bab5_Txtbk Perniagaan Tg4_Kerja Projek-7/11.indd 243 11/7/16 1:50 PM
6.0 BAHAGIAN FUNGSIAN ORGANISASI
Rimbun Sejadi Enterprise
Pengarah Urusan, iaitu Mohd Yusof bin Hosaini, bertanggungjawab dalam
memastikan setiap bahagian fungsian berupaya untuk menjalankan tugas masing-
masing demi mencapai objektif dan matlamat Rimbun Sejadi Enterprise.
6.1 Bahagian Fungsian Kewangan
Aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh Rimbun Sejadi Enterprise adalah secara
kecil-kecilan. Kebanyakan fungsian dalam organisasi dilakukan oleh staf dalam
bahagian yang sama. Rimbun Sejadi Enterprise hanya mempunyai dua orang
pengurus, iaitu Amira Afiqah binti Mohd Yusof yang bertanggungjawab
dalam bidang Kewangan dan Belian manakala Aizat Affan bin Mohd Yusof
bertanggungjawab dalam bidang Pentadbiran dan Khidmat Pelanggan.
Selaku pengurus bahagian kewangan, Amira Afiqah akan menjalankan
tugas-tugas seperti yang berikut:
• menyediakan invois, memeriksa bayaran yang diterima
• merekodkan wang yang diterima
• memeriksa dan membayar invois yang diterima
• menyediakan pembayaran gaji staf
• meneliti bajet untuk mengelakkan lebihan perbelanjaan
• menyediakan fokus aliran tunai dan laporan kewangan
6.2 Bahagian Fungsian Belian
Amira Afiqah selaku pengurus belian juga bertanggungjawab untuk menjalankan
tugas-tugas seperti berikut:
Kertas Kerja Projek Perniagaan
• menempah bahan stok dan barang yang digunakan daripada pengeluar
• menyelesaikan masalah pembekalan barang seperti menukar pengeluar
• menilai sumber alternatif untuk bekalan dari segi harga, kepercayaan, kualiti,
terma pembayaran, terma penghantaran dan lain-lain
• mencari pengeluar yang memenuhi keperluan-keperluan baharu atau
perubahan yang dilakukan
• meneliti sumber-sumber baharu untuk memenuhi tujuan penjimatan kos atau
kebaikan yang lain
• merujuk masalah-masalah mengenai penghantaran kepada pihak tertentu
contohnya, masalah kualiti dan kuantiti
• mengekalkan hubungan yang baik dengan pengeluar
8
244 KERTAS KERJA PROJEK
Bab5_Txtbk Perniagaan Tg4_Kerja Projek-7/11.indd 244 11/7/16 1:50 PM
6.3 Bahagian Fungsian Pentadbiran
Untuk pengurus bahagian pentadbiran pula, Aizat Affan bin Mohd Yusof
bertanggungjawab untuk menjalankan tugas-tugas seperti berikut:
• mengagihkan dan menghantarkan e-mel
• mengurus, menyimpan dan menerima kertas pesanan dan rekod elektronik
• menguruskan mesyuarat dan menyediakan dokumen mesyuarat
• menerima panggilan dan menjawab soalan daripada pelanggan
• menyediakan dokumen menggunakan perisian seperti PowerPoint
• mengkaji dan mencari maklumat
• menerima dan membalas mesej telefon, faks dan e-mel
6.4 Bahagian Fungsian Khidmat Pelanggan
Selain itu, antara tugas yang perlu dilakukan oleh Aizat Affan bin Mohd Yusof
sebagai pengurus khidmat pelanggan bertanggungjawab untuk menjalankan
tugas-tugas seperti berikut:
• menjawab pertanyaan pelanggan berkenaan produk dan servis
• menyelesaikan masalah dan aduan yang diberikan oleh pelanggan
• menyediakan khidmat selepas jualan termasuk menyelenggarakan barang
yang rosak, menyusun proses baik pulih, atau menyediakan barang gantian
• mengambil tindakan terhadap setiap aduan yang diterima daripada pelanggan
berdasarkan prosedur
• menganalisis rekod aduan pelanggan untuk menyelesaikan masalah
• menggunakan maklum balas daripada pelanggan untuk menaik taraf
perkhidmatan pelanggan
Penilaian
Fungsian organisasi RSE diberikan secara umum dan ringkas. Penerangan
berkaitan setiap fungsian dibuat secara ringkas bagi menjelaskan peranan
setiap fungsian.
Pembahagian dalam menjelaskan setiap fungsian juga perlu mengikut
susunan dan struktur organisasi yang telah dinyatakan dalam carta organisasi.
Hal ini bagi memastikan pihak-pihak yang berkepentingan dapat memahami
setiap fungsian dengan mudah. Kertas Kerja Projek Perniagaan
9
KERTAS KERJA PROJEK 245
Bab5_Txtbk Perniagaan Tg4_Kerja Projek-7/11.indd 245 11/7/16 1:50 PM
RUMUSAN
Rimbun Sejadi Enterprise merupakan sebuah perniagaan yang lebih memberi
tumpuan dalam ugasan untuk membekalkan mesin, peralatan kejuruteraan dan
barang-barang pertanian terutamanya pokok-pokok bunga hiasan. Rimbun
Sejadi Enterprise ini juga menyediakan mesin dan peralatan untuk penebangan
pokok-pokok yang terdapat dalam projek pembangunan di sekitar Kuala Lumpur.
Perniagaan ini telah menunjukkan prestasi yang memberangsangkan setelah
hampir empat tahun beroperasi.
Terdapat peningkatan yang mendadak untuk jumlah permintaan bagi
pembekalan dan penyediaan mesin dan peralatan untuk penebangan pokok-
pokok di sekitar Kuala Lumpur bagi memberi laluan kepada projek-projek
pembangunan. Selain itu, permintaan terhadap pokok-pokok hiasan untuk projek
landskap juga bertambah terutamanya daripada pelanggan atau kontraktor di
sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Pengarah Urusan Rimbun Sejadi Enterprise
telah mula menyusun strategi untuk meluaskan pasaran perniagaan dan dalam
masa yang sama akan menambahkan lagi bilangan staf supaya melancarkan
urusan perniagaan.
Cadangan
RSE perlu menetapkan visi dan misi yang lebih realistik. Tempoh masa untuk
perlaksanaan pesanan tidak dinyatakan dengan jelas dalam misi dan objektif.
RSE perlu menambahkan bilangan staf kerana dua orang staf sahaja yang
mengendalikan semua tugas bahagian kewangan, belian, khidmat pelanggan
dan pentadbiran tidak mencukupi. RSE juga perlu mengambil staf bagi
Kertas Kerja Projek Perniagaan
mengurus bahagian pemasaran kerana bahagian pemasaran ini amat penting
bagi memperkenalkan RSE kepada orang ramai.
Pemasaran yang berkesan akan mempercepatkan pencapaian visi, misi dan
objektif yang telah ditetapkan. Dengan ini diharapkan RSE dapat meluaskan
pasaran/lokasi perniagaannya ke negeri-negeri lain. RSE perlu membahagikan
fungsian secara lebih jelas dengan menambahkan dua fungsian kepada
empat fungsian, iaitu kewangan, belian, pentadbiran dan khidmat pelanggan.
10
246 KERTAS KERJA PROJEK
Bab5_Txtbk Perniagaan Tg4_Kerja Projek-7/11.indd 246 11/7/16 1:50 PM
SENARAI RUJUKAN
Aini Hayati Mohamed, et al. 2009. Siri Teks STPM Pengajian Perniagaan.
Kuala Lumpur: Pearson Malaysia Sdn. Bhd.
Mokhtar Pet, 2015. Ace Ahead Teks STPM Pengajian Perniagaan: Perniagaan
Penggal I Edisi Kedua. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Profil perniagaan, 2016. Selangor: Rimbun Sejadi Enterprise.
11 Kertas Kerja Projek Perniagaan
KERTAS KERJA PROJEK 247
Bab5_Txtbk Perniagaan Tg4_Kerja Projek-7/11.indd 247 11/7/16 1:50 PM
LAMPIRAN
Lampiran 1
Contoh Jadual Pelaksanaan Tugasan Kertas Kerja Projek Perniagaan:
BULAN/MINGGU OGOS SEPTEMBER OKTOBER
Minggu Minggu Minggu
(Bulan Ogos) (Bulan September) (Bulan Oktober)
KEMAHIRAN
1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4
Perancangan Awal
Taklimat Guru
Proses tugasan
Pengenalan
Visi, Misi dan Objektif
Matlamat dan
Strategi Organisasi
Profil Perniagaan
Kertas Kerja Projek Perniagaan
Carta Organisasi
Fungsian Organisasi
Rumusan
Cadangan
12
248 KERTAS KERJA PROJEK
Bab5_Txtbk Perniagaan Tg4_Kerja Projek-7/11.indd 248 11/7/16 1:50 PM
BULAN/MINGGU OGOS SEPTEMBER OKTOBER
Minggu Minggu Minggu
(Bulan Ogos) (Bulan September) (Bulan Oktober)
KEMAHIRAN
1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4
Menganalisis
Membuat penilaian
Penggunaan TMK
Penggunaan Komputer
Komunikasi
Nilai Murni
Pengurusan dan
Penilaian (Guru)
Pengumpulan dan
Semakan
Penilaian dan
Pentaksiran
Catatan
Tandatangan Guru Kertas Kerja Projek Perniagaan
13
KERTAS KERJA PROJEK 249
Bab5_Txtbk Perniagaan Tg4_Kerja Projek-7/11.indd 249 11/7/16 1:50 PM
Lampiran 2
LOGO RIMBUN SEJADI ENTERPRISE (RSE)
Bentuk
Bonsai – Melambangkan kreativiti dan inovasi yang dimiliki syarikat dalam
mereka bentuk landskap terbaik dan menarik
Warna
– Daun dan Hijau – Melambangkan perlindungan alam semula jadi
seiring dengan keindahan yang ingin dicipta
– Bunga dan Merah – Melambangkan penjagaan keindahan alam
sekitar melalui kepelbagaian jenis
Kertas Kerja Projek Perniagaan
bunga-bungaan dalam mereka bentuk
landskap
– Air dan Biru – Melambangkan penjagaan dalam aspek kebersihan
dan perlindungan alam sekitar daripada aktiviti
yang mencemarkan sumber air
14
250 KERTAS KERJA PROJEK
Bab5_Txtbk Perniagaan Tg4_Kerja Projek-7/11.indd 250 11/7/16 1:50 PM
Lampiran 3
Gambar peralatan yang diperlukan untuk penebangan pokok:
1. Mesin pemotong pokok 2. Mesin pengemas bentuk
3. Mesin pemotong rumput 4. Jentera pemotong pokok
5. Jentera pengangkut 6. Jentera penyedut dan pengangkut
15 Kertas Kerja Projek Perniagaan
KERTAS KERJA PROJEK 251
Bab5_Txtbk Perniagaan Tg4_Kerja Projek-7/11.indd 251 11/7/16 1:50 PM
Lampiran 4
Contoh kerja pengubahsuaian landskap RSE:
1. Pokok-pokok untuk kerja pengubahsuaian
2. Mengubah suai landskap pusat penginapan dan taman rekreasi
3. Mengubah suai landskap jalan raya dan bandar
Kertas Kerja Projek Perniagaan
16
252 KERTAS KERJA PROJEK
Bab5_Txtbk Perniagaan Tg4_Kerja Projek-7/11.indd 252 11/7/16 1:50 PM
GLOSARI
A Dasar kewangan
Kerajaan menggunakan elemen kewangan sebagai alat
Aktiviti perniagaan untuk mengawal perkembangan ekonomi termasuk
Sesuatu yang dijalankan oleh sesebuah perniagaan cukai dan penetapan kadar faedah.
untuk mencapai matlamat keuntungan. Daya saing
Ancaman Kemampuan sesebuah organisasi perniagaan berusaha
Trend yang menyebabkan objektif sukar dicapai. mengekalkan operasi perniagaan dalam industri.
Antarabangsa Dividen
Semua aktiviti perniagaan terdedah kepada dunia Kadar keuntungan perniagaan syarikat diagihkan
yang luar daripada sempadan sesebuah negara. kepada pemegang saham.
B E
Bahan mentah Entiti .
Sesuatu yang digunakan oleh tenaga manusia atau Sesuatu yang diwujudkan atas tujuan tertentu.
industri sebagai bahan asas untuk menghasilkan atau
pengeluaran produk. Entiti perniagaan
Bajet tunai Jenis milikan perniagaan menurut undang-undang
Satu alat perancangan kewangan jangka pendek yang sesebuah perniagaan.
disediakan dengan mengambil kira kemampuan dan
keperluan syarikat.
Boleh dicapai F
Sasaran boleh dicapai jika pekerja menggembleng Faedah
tenaga sepenuhnya berdasarkan sumber yang ada. Pemberian majikan kepada pekerja dalam bentuk
kewangan dan bukan kewangan berdasarkan
C kontrak perkhidmatan yang dipersetujui antara
pekerja dan majikan.
Campuran pemasaran
Gabungan strategi pemasaran, iaitu harga, Faktor pengeluaran
pengedaran, produk dan promosi yang boleh dikawal Input yang digunakan dalam proses perniagaan.
dan dapat membantu organisasi untuk mendapatkan Fasa
maklum balas daripada sasaran pasaran.
Tahap atau peringkat perkembangan sesuatu keadaan
Cukai perniagaan atau ekonomi.
Sumber hasil kerajaan.
Cukai eksais G
Cukai yang dikenakan ke atas barang-barang
tertentu yang diimport ke Malaysia atau dikilangkan Ganjaran
dalam Malaysia. Pemberian majikan dalam bentuk kewangan dan
bukan kewangan kepada sebilangan kecil pekerja
D yang telah menunjukkan prestasi yang baik
kepada organisasi.
Dasar fiskal
Tindakan kerajaan membuat perbelanjaan dan Guna tenaga
Pekerja yang menyumbangkan tenaga fizikal dan
melaksanakan cukai untuk merangsang mental dalam sesuatu pekerjaan.
aktiviti-aktiviti perniagaan.
Glosari 253
Bab6_Txtbk Perniagaan Tg4_Glosari-7/11.indd 253 11/7/16 1:51 PM
Guna tenaga penuh Keperluan
Tiada wujud sebarang pengangguran terhadap Barang dan perkhidmatan yang membolehkan
sumber negara. manusia untuk terus hidup pada tahap keselesaan
yang minimum.
H Kesatuan sekerja
Pertubuhan yang menggabungkan semua pekerja
Harga dalam satu jenis industri, kumpulan pekerja dalam
Sejumlah wang atau bayaran yang merupakan nilai bidang yang sama.
sebagai pertukaran untuk mendapatkan barang
dan perkhidmatan. Keuntungan
Lebihan hasil daripada kos.
Koperasi
I Suatu entiti perniagaan yang harus mempunyai
sekurang-kurangnya 50 orang ahli untuk
Inflasi membolehkan ia didaftarkan bermotifkan
Fenomena kenaikan harga barang dan perkhidmatan keuntungan, motif utama koperasi adalah untuk
secara berterusan. meningkatkan kebajikan ekonomi dan sosial ahlinya.
Input Kualiti
Faktor-faktor pengeluaran yang digunakan untuk Penghasilan produk secara konsisten supaya dapat
menghasilkan keluaran. memenuhi dan melebihi jangkauan pelanggan
terhadap barang dan perkhidmatan.
Intranet
Jaringan hubungan dalaman di mana maklumat Kuantitatif
hanya boleh diakses oleh pengguna yang Kaedah pengukuran yang menggunakan data
dibenarkan sahaja. bernombor yang boleh diukur secara objektif
dan tepat.
J
Jangka masa L
Satu tempoh masa yang perlu ada dalam sesuatu Latihan
penentuan objektif. Usaha pengurus sumber manusia untuk
Jangka masa panjang meningkatkan kemahiran dan pengetahuan pekerja
serta membina sikap positif terhadap kerja selaras
Tempoh masa melebihi lima tahun.
dengan perkembangan semasa dalam bidang
Jangka masa pendek pekerjaan tertentu.
Tempoh waktu tidak melebihi lima tahun.
Latihan sambil bekerja
Jualan Latihan yang dilakukan oleh pekerja di tempat
Urus niaga yang berlaku antara penjual kerja bagi tujuan mempelajari selok-belok tugasan
dengan pembeli barang dan perkhidmatan di tempat kerja.
lokasi tertentu.
Liabiliti
Liabiliti ialah pinjaman yang dilakukan oleh
K firma untuk membiayai sebahagian daripada
aset perniagaannya.
Kehendak
Keinginan untuk memiliki barang dan perkhidmatan Logistik
supaya dapat menikmati kehidupan yang lebih Merancang dan mengawal pergerakan barangan.
selesa dan mewah.
Kekuatan M
Kelebihan organisasi dalam aspek dalaman organisasi.
Memaksimumkan keuntungan
Kelemahan Mendapat keuntungan yang tertinggi daripada
Kekurangan organisasi dalam aspek penggunaan sumber perniagaan dengan cekap, iaitu
dalaman organisasi. hasil yang tertinggi dan kos yang terendah.
254 Glosari
Bab6_Txtbk Perniagaan Tg4_Glosari-7/11.indd 254 11/7/16 1:51 PM
Milikan tunggal promosi dan pengedaran produk serta penetapan
Sejenis perniagaan yang dimiliki oleh seorang harga bagi memenuhi keperluan dan kehendak
individu sahaja. pengguna serta mencapai matlamat yang telah
ditetapkan oleh organisasi.
Misi
Pernyataan yang menerangkan tujuan penubuhan Pengagihan
sesebuah organisasi yang dapat melihat manfaat Proses penghantaran produk ke tempat yang betul,
pelanggan sedia ada dan pelanggan masa depan. pada masa yang tepat dan keadaan yang baik.
Modal Pengeluaran
Wang atau aset yang dilaburkan dalam perniagaan. Suatu fungsi perniagaan yang mengubah input
Modal ekuiti untuk menghasilkan produk sama ada barang
Sumbangan kewangan yang diperoleh daripada pemilik. dan perkhidmatan melalui aktiviti
penambahan nilai.
Motivasi
Sesuatu yang mendorong seseorang berusaha dengan Penyata pendapatan
bersungguh-sungguh untuk mencapai tujuan tertentu. Menunjukkan sumber pendapatan, perbelanjaan,
dan keuntungan yang dicapai oleh perniagaan
N sepanjang suatu tempoh operasi perniagaan.
Nilai Penyelidikan dan pembangunan
Aktiviti melibatkan penyelidikan produk baharu
Harga barang yang ditetapkan oleh penjual dan membangunkan hasil penyelidikan menjadi
terhadap pembeli. produk serta menambah baik produk sedia ada.
O Perancangan kewangan
Penyediaan bajet tunai dan penentuan keuntungan
melalui ramalan penyata pendapatan yang bertujuan
Objektif memberi garis panduan kepada firma untuk mengarah,
Sasaran boleh diukur bagi membantu pencapaian menyelaras dan mengawal tindakan syarikat.
tujuan organisasi dalam jangka pendek.
Organisasi Perkongsian
Gabungan manusia atau sekumpulan manusia yang Perniagaan yang dibentuk melalui kerjasama
melakukan pelbagai aktiviti untuk mencapai matlamat dua atau lebih individu bagi tujuan
yang ditetapkan dalam perancangan. mendapatkan keuntungan.
Persaingan
P Aktiviti antara firma yang bersaing untuk
memaksimumkan keuntungan melalui
Pasaran pelbagai strategi.
Tempat pertemuan antara pengeluar dengan
pengguna yang terlibat dalam proses pertukaran. Pesaing
Perniagaan lain yang mengeluarkan sesuatu barangan
Pekerja untuk keperluan pelanggan yang sama dalam sebuah
Individu yang menawarkan masa, tenaga, fikiran industri yang sama.
dan kemahiran untuk melakukan kerja-kerja
dalam perniagaan. Produk
Barangan yang dihasilkan oleh seseorang pengeluar
Pelanggan atau organisasi pengeluar bagi tujuan memenuhi
Pihak yang akan membeli barang atau perkhidmatan permintaan dalam pasaran.
yang dikeluarkan oleh perniagaan.
Promosi
Peluang Aktiviti penyebaran maklumat berkenaan produk
Trend persekitaran yang mendorong kepada yang boleh mempengaruhi pengguna bagi tujuan
pencapaian objektif. membuat keputusan pembelian.
Pemasaran Proses perniagaan
Aktiviti perniagaan yang melibatkan proses Aktiviti yang dijalankan oleh sesebuah perniagaan
penyelidikan dan analisis terhadap gelagat dalam usaha memaksimumkan keuntungannya.
pengguna, persekitaran pemasaran, saluran
Glosari 255
Bab6_Txtbk Perniagaan Tg4_Glosari-7/11.indd 255 11/7/16 1:51 PM
R U
Rancang Undang-undang
Rancangan untuk penambahbaikan operasi dengan Peraturan termaktub yang ditentukan oleh
mencari perkara yang tidak dapat diselesaikan, iaitu masyarakat, negeri dan negara untuk mengawal
mengenal pasti masalah dan menjana idea-idea kelakuan anggota sendiri.
untuk menyelesaikan masalah.
Untung
Risiko Pulangan yang diterima daripada aktiviti
Beberapa kemungkinan buruk yang akan dihadapi perniagaan.
seseorang seperti kerugian, kemalangan, kelemahan,
kebakaran, dan kerosakan. Risiko menyebabkan Untung bersih
sesuatu keadaan yang tidak boleh diramalkan ekoran Untung atau lebihan yang diperoleh setelah
daripada kombinasi bahaya dan ketidakpastian menolak semua kos perniagaan daripada semua
tentang kerugian. hasil perniagaan.
Untung kasar
S Untung yang diperoleh selepas kos jualan ditolak
daripada hasil jualan.
Sasaran pasaran
Pengguna sedia ada atau bakal pengguna yang V
disasarkan/difokuskan/dihalakan untuk
membeli produk. Visi
Server Harapan atau perancangan yang ditentukan oleh
Sistem komputer yang membenarkan akses kepada perniagaan pada masa akan datang.
fail dan program yang disimpan sebagai sumber
yang dikongsi dalam sesebuah jaringan komputer. W
Sosiobudaya
Kepercayaan agama, budaya, adat resam, dan cita rasa Wawasan
penduduk sesebuah negara. Hala tuju sesebuah organisasi yang ditetapkan dalam
bentuk matlamat atau objektif.
Spesifik
Pernyataan objektif hendaklah jelas apabila
bertindak sesuatu. Y
Syer pasaran Yayasan
Jumlah pengguna yang membeli barang dan Pertubuhan yang diwujudkan bukan bermotifkan
perkhidmatan yang dikeluarkan oleh perniagaan untung tetapi sebagai salah satu organisasi
dalam satu pasaran. yang berperanan menguruskan dana bagi
tujuan tertentu.
T
Tahap perniagaan Z
Perkembangan sesebuah perniagaan melibatkan Zon
peringkat proses pengeluaran, industri dan pasaran. Kawasan yang terlibat dengan aktiviti perdagangan.
Teknologi
Suatu kaedah menjalankan aktiviti perniagaan
mengikut perkembangan semasa
persekitaran perniagaan.
Titik pulang modal
Satu kaedah yang boleh digunakan oleh perniagaan
untuk merancang dan mengetahui hasil yang
diperoleh bersamaan dengan jumlah kos
yang ditanggung.
Trend
Aliran perkembangan sesuatu kejadian.
256 Glosari
Bab6_Txtbk Perniagaan Tg4_Glosari-7/11.indd 256 11/7/16 1:51 PM
SENARAI RUJUKAN
Ab Wahab Mat, Azahari Ramli, Shahrol Aman Ahmad & Abu Mansor Ahmad, 2007. Pengurusan.
Shah Alam, Malaysia: McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.
Adibanurain, 2016, Februari 5. Suruhanjaya Perbadanan Awam. Dalam laman sesawang
SlideShare: http://www.slideshare.net/adibanurain/suruhanjaya-perbadanan-awam.
Adrian Palmer, B. H., 2002. The Business Environment (ed. 4th). United States: McGraw Hill
Publication.
Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), 2015, Disember 22. Perkhidmatan Kami.
Dalam laman sesawang Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit: http://www.akpk.org.
my/my
Agrobank, 2016, Januari 1. Modal Usahawan 1Malaysia (MUS1M-i). Dalam laman sesawang
Business: http://www.agrobank.com.my/product/modal-usahawan-1malaysia-mus1m-i/
Aini Hayati Mohamed, et al, 2009. Siri Teks STPM Pengajian Perniagaan. Kuala Lumpur: Pearson
Malaysia Sdn. Bhd.
Astro AWANI, 2016, Mac 12. Program Malaysia inklusif negara digital (MINDA). Dalam laman
sesawang Analisis AWANI: http://www.astroawani.com/video-malaysia/analisis-awani-
program-malaysia-inklusif-negara-digital-minda-108340
Bank Islam, 2016, Februari 6. Pembiayaan PKS Al-Ansar. Dalam laman sesawang http://www.
bankislam.com.my/home/ms/perbankan-perniagaan/program-pembiyaan/pembiayaan-
pks-al-ansar/
Bank Negara Malaysia, 2016, Januari 2. Dalam laman sesawang Bank Negara Malaysia:
http://www.bnm.gov.my/index.php?&lang=bm
Berita Harian, 2016, Februari 28. ‘MyDerm’ cipta sejarah penghasilan sel tisu. Dalam laman
sesawang BH ONLINE: http://www.bharian.com.my/node/128000
Berita Harian, 2016, Februari 28. SBIDP lonjak Malaysia jadi hab pemprosesan biomas. Dalam
laman sesawang BH ONLINE: http://www.bharian.com.my/node/127917
BERNAMA, 2016, Januari 5. Jalin inovasi pihak akademik, industri. Dalam laman sesawang
myMetro: http://www.hmetro.com.my/node/10326?m=1
BERNAMA, 2016, Mac 13. MDeC Lancar Kempen #YOUCANDUIT. Dalam laman
sesawang BERNAMA.com: http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/ge/newsgeneral.
php?id=1224474
Bloomberg, 2016, Mac 10. Company overview of RAM Holdings Berhad. Dalam laman sesawang
Bloomberg Business: http://www.bloomberg.com/research/stocks/private/snapshot.
asp?privcapId=45976668
Carol Carysfoth, M. N., 2010. Business Book 1, Level 2. Essex: Pearson Education Limited.
Dewamor Signature, 2016, Mac 10. Dalam laman sesawang Dewamor Signature:
https://dewamor.com.my/
Daft, R. L., 2003, Management. Edisi ke-6. Ohio: Thomson South-Western West.
Fify_fathia, 2016, Januari 4. Dalam laman sesawang Jenis Pakaian Kaum di Malaysia:
http://fifyfathia.blogspot.my/
Group, NBC, 2016, Januari 12. Daftar Perniagaan Anda Sendiri – Pendaftaran Milikan Tunggal
dan Perkongsian. Dalam laman sesawang 1Syarikat: http://www.1syarikat.com.my/
Group, Z, 2016, Januari 5. Teknologi dan Kerjaya. Dalam laman sesawang Zenith Tech:
http://zenithtech.blogspot.hk/
Haim Hilman Abdullah, 2011. Pengurusan Strategik Konsep dan Kes. Petaling Jaya: Pearson
Malaysia.
Harold Koontz & Heinz Weihrich, 1997, Pengurusan, Penterjemahan Mohd Salmi Mohd Sohod,
Siti Nadzrah Sheikh Omar. New York: McGraw-Hill Education.
Senarai Rujukan 257
Bab7_Txtbk Perniagaan Tg4_S.Rujukan-7/11.indd 257 11/7/16 1:52 PM
Heng Seai Kie, C. C., 2002. Buku Teks Perdagangan Tingkatan 4. Melaka: Pustaka Seri Kancil.
Ilyasak, 2016, Januari 5. Pusat Pembangunan Usahawan Malaysia (MEDEC). Dalam laman
sesawang Usahawan: http://usahawan-jaya.blogspot.my/2008/06/pusat-pembangunan-
usahawan-mmalaysia.html
Jabatan Kastam Diraja Malaysia, 2016, Februari 25. Dalam laman sesawang Jabatan Kastam
Diraja Malaysia: http://www.customs.gov.my/ms
Jabatan Kastam Diraja Malaysia, 2016, Februari 25. Dalam laman sesawang Cukai Barang dan
Perkhidmatan Malaysia (CBP) Jabatan kastam Diraja Malaysia: http://gst.customs.gov.my/
ms/Pages/default.aspx
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, 2016, Disember 19. Panduan Pengurusan Pertubuhan.
Dalam laman sesawang Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia: http://www.ros.gov.my/
index.php/my/perkhidmatan
Jabatan Penerangan Malaysia, 2015, Disember 28. Klinik 1Malaysia. Dalam laman sesawang
1Klik: http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/1malaysia/7816-klinik-1malaysia.html
Jabatan Penerangan Malaysia, 2016, Februari 6. Dana-dana Belia. Dalam laman sesawang 1Klik:
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/sosial/10200-dana-dana-belia.html
Jewell, B. R., 1990. And Intergrated Approach to Business Studies. London: Pittman Publishing.
John Bevan, H. C., 2010. Business Book 1, Level 3. Essex: Pearson Education Limited.
Kementerian Kewangan Malaysia, 2016, Mac 5. Medium Aduan Pengguna Malaysia. Dalam
laman sesawang Kementerian Kewangan Malaysia/Galeri Akhbar: http://www.treasury.gov.
my/pdf/akhbar/2015/24jun_kosmo.pdf
Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, 2016, Mac 20. MINDA MERAKYATKAN
ERA DIGITAL . Dalam laman sesawang Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA): http://www.jasa.
gov.my/bm/gallery/lang-bm-arkib-lang-lang-en-archive-lang/23-isu-terkini.html
Kementerian Pendidikan Malaysia, 2016, Februari 21. Maklumat Korporat. Dalam laman
sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia: http://www.moe.gov.my/my/visi-misi
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Malaysia, 2016, Februari 20.
Mengenai MPB. Dalam laman sesawang 1Malaysia Pengguna Bijak: http://www.1pengguna.
com/1pengguna/index.php?r=portal/full&id=eEEzYzNXb252Rk5HQTdZRGxEd2hHZz09
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Malaysia, 2016, Disember
25. Pendaftaran Perniagaan Francais di Malaysia. Dalam laman sesawang Kementerian
Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan: http://www.kpdnkk.gov.my/
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Malaysia, 2016, Mac 4.
Laman Utama. Dalam laman sesawang Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi
dan Kepenggunaan: http://www.kpdnkk.gov.my/kpdnkkv3/index.php?lang=my
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Malaysia, 2016, Mac 4.
Maklumat Barang. Dalam laman sesawang MyKira GST: http://mykiragst.kpdnkk.gov.my/
gstcalculator/#
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Malaysia, 2016, Mac 4.
PERASMIAN PUSAT INFORMASI DAN GERAKAN OPERASI STRATEGIK (PIGOS).
Dalam laman sesawang Kenyataan Media: http://www.kpdnkk.gov.my/kpdnkkv3/images/
KPDNKK/PDF/Teks_Ucapan_2015/PERASMIAN_PUSAT_INFORMASI_DAN_
GERAKAN_OPERASI_STRATEGIK_PIGOS_-_2.03.2016.doc.pdf
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia, 2015, November 29. 19 NOVEMBER 2015:
MOSTI SEDIA PLATFORM BAGI MELONJAKKAN AKTIVITI PENGKOMERSIALAN
PADA TAHUN 2016. Dalam laman sesawang Berita: http://www.mosti.gov.my/
highlights-ms/19-november-2015-mosti-sedia-platform-bagi-melonjakkan-aktiviti-
pengkomersialan-pada-tahun-2016/
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia, 2016, Januari 16. MOSTI SOCIAL
INNOVATION (MSI) DI PERKENAL. Dalam laman sesawang Berita: http://www.mosti.gov.
my/berita/16-april-2015-mosti-social-innovation-msi-di-perkenal/
Kementerian Sumber Manusia Malaysia, 2016, Januari 15. Sistem Maklumat Kesatuan Sekerja.
258 Senarai Rujukan
Bab7_Txtbk Perniagaan Tg4_S.Rujukan-7/11.indd 258 11/7/16 1:52 PM
Dalam laman sesawang Kementerian Sumber Manusia: http://myhos.mohr.gov.my/
Kerajaan Malaysia, 2016, Februari 17. Perniagaan: Memulakan Perniagaan. Dalam laman
sesawang Kerajaan Malaysia: https://www.malaysia.gov.my/business
Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia, 2016, Februari 11. Lembaga MIDA. Dalam Carta
Organisasi: http://fwwcloud.com/demo/mida/v3/mida-board/posts/
Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia, 2016, Februari 2. Sektor Perkhidmatan. Dalam
Dalam laman sesawang Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA): http://www.
mida.gov.my/home/services-sector/posts/
Lembaga Tabung Haji, 2016, Februari 6. Dana Bumiputera Al-Ansar. Dalam laman sesawang
Lembaga Tabung Haji: http://www.tabunghaji.gov.my/dana-bumiputera-alansar-bm
Malaysia Airlines Berhad (MAB), 2016, March 1. Malaysia Airlines and Emirates sign agreement
to expand partnership. Dalam laman sesawang Press Room: http://www.malaysiaairlines.
com/my/en/corporate-info/press-room/2015/2-december-2015--sepang.html
Malik Ridhwan, 2016, Februari 12. GenEX tingkat eksport usahawan muda bumiputera. Dalam
laman sesawang Astro AWANI: http://www.astroawani.com/berita-bisnes/genex-tingkat-
eksport-usahawan-muda-bumiputera-93886
McLeod, S, 2016, February 12. Maslow’s Hierarchy of Needs. Dalam laman sesawang Simply
Psychology: http://www.simplypsychology.org/maslow.html
Mokhtar Pet, 2016. Ace Ahead Teks STPM Pengajian Perniagaan: Perniagaan Penggal 1 Edisi
Kedua. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Mokhtar Pet, 2016. Ace Ahead Teks STPM Pengajian Perniagaan: Pengurusan Penggal 2 Edisi
Kedua. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
MyCreative Ventures Sdn. Bhd., 2016, Mac 24. What is MyCreative? Diakses daripada mycreative:
http://www.mycreative.com.my/about
MyKMU.NeT., 2016, Januari 15. Penubuhan Jawatankuasa Khas Ekonomi (JKE). Dalam laman
sesawang MyKMU.NeT: http://www.mykmu.net/2015/08/penubuhan-jawatankuasa-khas-
ekonomi-jke/
Perbadanan Insurans Deposit Malaysia Malaysia, 2016, Mac 1. Informasi Umum: Sistem
Insurans Deposit. Dalam laman sesawang Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM):
http://www.pidm.gov.my/For-Public/About-Deposit-Insurance/Coverage?lang=ms-MY
Perbadanan Pembangunan Multimedia Malaysia, 2016, Mac 5. eRezeki. Dalam laman sesawang
Perbadanan Pembangunan Multimedia: http://www.erezeki.my/index.html
Perbadanan Pembangunan Multimedia Malaysia, 2016, Mac 5. eUsahawan. Dalam laman
sesawang Perbadanan Pembangunan Multimedia : http://www.mdec.my/eusahawan
Perbadanan Pembangunan Multimedia Malaysia, 2016, Mac 5. Ringkasan. Dalam laman
sesawang Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDec): http://www.mdec.my/ms/
mengenai-kami/ringkasan
Perbadanan Pembangunan Multimedia Malaysia, 2016, Mac 11. Dalam laman sesawang Digital
Malaysia: http://www.digitalmalaysia.my/ms
Persatuan Francais Malaysia, 2016, Januari 15. Franchise News. Dalam laman sesawang
MALAYSIAN FRANCHISE Association: http://www.mfa.org.my/newmfa
Persatuan Usahawan Internet Malaysia, 2016, Februari 20. Dalam laman sesawang Persatuan
Usahawan Internet Malaysia: http://puim.my/
Philip Kotler, G. A. 2011. Principles of Marketing, 14th Edition. Essex: Pearson Education Limited.
Rafidah Manap & Mokhtar Pet, 2013. Ace Ahead Teks STPM Pengajian Perniagaan:
Keusahawanan Penggal 3. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Sistem Guru Online, 2016, Mac 9. Dasar Baru KPM/Matamat, Visi dan Misi KPM. Dalam laman
sesawang Edu SGO/Sistem Guru Online Kememterian Pendidikan Malaysia: http://www.
sistemguruonline.my/2014/10/dasar-baru-kpm-matlamat-visi-dan-misi.html
SME Bank, 2016, Februari 2. Dana Usahawan Muda (YEF). Dalam laman sesawang SME Bank:
http://www.smebank.com.my/ms/pembiayaan-pks/program-sme/dana-usahawan-muda-
yef/
Senarai Rujukan 259
Bab7_Txtbk Perniagaan Tg4_S.Rujukan-7/11.indd 259 11/7/16 1:52 PM
SME Corporation Malaysia, 2016, Januari 20. Laman Utama. Dalam laman sesawang SME Corp
Malaysia: http://www.smecorp.gov.my/index.php/my/
SME Corporation Malaysia, 2016, January 29. Planning Your Business. Dalam laman sesawang
SMEinfo ONE STOP SME RESOURCES: http://www.smeinfo.com.my/
Suruhanjaya Koperasi Malaysia, 2016, Januari 10. Panduan Penubuhan Koperasi. Dalam
laman sesawang Suruhanjaya Koperasi Malaysia: http://www.skm.gov.my/Perkhidmatan/
Panduan-Penubuhan-Koperasi.aspx
Suruhanjaya Syarikat Malaysia, 2016, Januari 16. Laman Utama. Dalam laman sesawang
Suruhanjaya Syarikat Malaysia: http://www.ssm.com.my/
Suruhanjaya Syarikat Malaysia, 2016, Mac 5. Perkongsian Liabiliti Terhad. Diakses daripada
Dalam laman sesawang Suruhanjaya Syarikat Malaysia: http://www.ssm.com.my/sites/
default/files/booklet/LLP_bkbmLS.pdf
Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia, 2016, Februari 12. 1MOCC -
1MALAYSIA ONE CALL CENTRE. Dalam laman sesawang MAMPU: http://www.mampu.
gov.my/web/en/1mocc-division
Unit Peneraju Agenda Bumiputera, 2016, Januari 17. Skim Usahawan Permulaan Bumiputera
(SUPERB). Dalam laman sesawang TERAJU: http://www.teraju.gov.my/skim-usahawan-
permulaan-bumiputera/
Unit Perancang Ekonomi, 2016, Mac 3. Lampiran. Didapatkan dari RANCANGAN MALAYSIA
KESEBELAS 2016-2020: http://rmk11.epu.gov.my/book/bm/Lampiran/Lampiran.pdf
Urus setia Anugerah Kedai Harga Patut (AKHP), 2016, Mac 1. Dalam laman sesawang Anugerah
Kedai Harga Patut (AKHP): http://akhp.1pengguna.com/akhp/
Usahawan.com., 2016, Disember 29. Mencipta Peluang Perniagaan Baru Untuk Peniagaan Kecil
& Sederhana. Dalam laman sesawang usahawan.com: http://www.usahawan.com/
Utusan Malaysia, 2016, Januari 30. Kerajaan akan tubuh Jawatankuasa Khas Kabinet bantu
usahawan muda. Dalam laman sesawang Utusan Online: http://www.utusan.com.my/
berita/nasional/kerajaan-akan-tubuh-jawatankuasa-khas-kabinet-bantu-usahawan-
muda-1.177839
Utusan Malaysia, 2016, Mac 12. MySaveFood cari formula tangani pembaziran makan dilancar.
Dalam laman sesawang Utusan ONLINE: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/
mysavefood-cari-formula-tangani-pembaziran-makan-dilancar-1.199443
Wikipedia, 2016, Januari 16. Malaysia Airlines. Dalam laman sesawang Wikipedia The Free
Encyclopedia: https://en.wikipedia.org/wiki/Malaysia_Airlines
Wikipedia, 2016, Januari 4. Maslow’s hierarchy of needs. Dalam laman sesawang Wikipedia The
Free Encyclopedia: https://en.wikipedia.org/wiki/Maslow%27s_hierarchy_of_needs
260 Senarai Rujukan
Bab7_Txtbk Perniagaan Tg4_S.Rujukan-7/11.indd 260 11/7/16 1:52 PM
INDEKS
A I kitaran, 82
ahli lembaga pengarah, 25, 26, 28, 32 industri, 46, 81, 91, 138, 141, 178, 184, 187 struktur, 82
akauntan, 21, 48, 180 inflasi, 63, 64, 65, 67, 83, 84 teknologi, 82
analisis, 100, 107, 115, 151, 154, 165 input, 47, 186, 187 pentadbiran, 67, 75, 94, 178, 216
PESTEL, 154 interaksi, 174, 204, 206, 207, 208, 215, 216 penyelidikan dan pembangunan, 74, 87, 105,
artikel, 58 J 148, 156, 161, 175, 184, 185
aset, 22, 24, 36, 37, 70, 71, 159, 166, 180 jaringan, 87, 88, 141, 196, 203, 204 perancangan, 82, 83, 97, 98, 107, 123, 137
perkhidmatan, 3-8, 16, 48-55, 79, 80
B jualan, 7, 16, 39, 42, 94, 99, 104 awam, 15, 48
bahagian, 44, 72, 133, 144, 173, 212-216 jumlah hasil, 136, 139, 140, 165 pelanggan, 161, 175, 216
jualan, 196, 197 jumlah kos, 7, 136, 139, 140 sukarela, 48
kewangan, 214, 216 K swasta, 48
pembelian, 185, 213, 216 perkongsian, 4, 17, 36, 68, 99, 124, 177, 205
pengeluaran, 212, 213, 214, 216 Kadar, 70, 80, 81, 98, 104, 143, 158, 182 biasa, 21, 22
pengurusan sumber manusia, 178 cukai, 86, 155 liabiliti terhad, 22, 23, 24
penyelidikan dan pembangunan, 184, 185 faedah, 80, 84, 86, 155 peruncit, 193, 194
teknologi maklumat dan komunikasi, 182, pengangguran, 81, 96, 111 perundangan, 17, 45, 68, 86, 87, 89, 97
183, 202 kehendak, 5, 6, 161, 185, 193 perusahaan kecil dan sederhana, 38
bahan mentah, 37, 47, 54, 70, 89, 139, 185, kepuasan, 8, 126, 128, 145, 164, 190 proses pengeluaran, 187, 188, 204
213 keuntungan, 5, 7, 11, 13, 37, 38, 44, 45, 50
barang, 3-8, 33, 36, 89, 98, 103-106, keusahawanan, 93 R
separuh siap, 46 kewangan, 178, 182, 191 rakan kongsi, 20-25
siap, 46 khidmat, 34, 51, 86, 198, 241 aktif, 21
tidak nyata, 8 pelanggan, 216, 241, 242, 246 S
kitaran, 81, 96, 155
C ekonomi, 96, 155 sasaran, 50, 129, 153, 164, 189, 196, 200, 216
campuran pemasaran, 103, 104, 190 kontrak, 5, 7, 35, 68, 99, 112, 185 jualan, 149, 196
cukai, 27, 28, 32, 70, 80, 86, 95, 138, 155, 158 koperasi, 3, 4, 17, 29-32, 53, 109, 124 pasaran, 50, 190, 191, 200
pendapatan, 18 kos, 7, 15, 16, 50, 94, 102, 109 sektor, 53-55, 58, 76, 79, 93, 124, 125
awam, 8, 125
D kualiti, 36, 40, 73, 104, 128, 139, 189, 244 kedua, 46, 47, 53, 54
kuantiti, 7, 28, 91, 137, 149, 165, 166, 193
Dasar, 48,71, 77, 78, 80, 82, 105,111, 159 kuasa beli, 85 ketiga, 46
fiskal, 72, 80, 82, 86, 111, 145, 155 swasta, 8, 75, 125, 196
kewangan, 71, 72, 80, 82, 86, 111, 145, 155 L utama, 3, 38, 46, 53, 54, 58, 92
daya, 84, 87, 89, 135, 141, 201 latihan, 8, 30, 51, 73, 152, 170, 179, 219 sosiobudaya, 67, 105, 154, 160
pengeluaran, 87, 152, 156 lesen perniagaan, 19, 98 spesifik, 127, 128, 130, 134
saing, 84, 89, 135, 141, 162, 163, 164, 201 liabiliti, 20-24, 26-28, 180 SWOT, 100, 107, 109, 151, 165
dividen, 32, 94, 147, 181 terhad, 22-24, 26 syarat perkongsian, 20
E M syarikat, 24, 34, 70, 99, 100
awam berhad, 26, 28, 32
e-dagang, 90, 182, 204 melambung, 96, 100, 155 berhad, 4, 17, 22, 25, 26, 53, 124
ekonomi, 3, 5, 12, 30, 31, 35, 45, 48, 50, 65, 67 merekrut, 103 sendirian berhad, 3, 23, 26, 27, 28, 32
entiti, 17, 20, 23, 24, 25, 36, 68, 99, 124 milikan tunggal, 17-20, 42, 53, 124 syer pasaran, 135, 144, 162, 200
e-pemasaran, 143, 204 misi, 37, 100, 133-135, 141, 165, 175, 177
F O T
teknologi, 36, 37, 40, 45, 47, 53, 75, 81, 82
faktor, 8, 38, 41, 64, 67, 79, 83, 85, 87, 115, objektif, 13, 103, 107, 121, 133, 147, 163, 177 maklumat, 75, 87, 143, 157, 175, 183, 203
dalaman, 87, 88, 89, 115, 147, 165 organisasi, 3, 15, 29, 43, 74, 98, 110, 121 maklumat dan komunikasi, 175, 183
luaran, 87, 88, 89, 115, 154, 162, 165 P titik pulang modal, 136, 162, 166
pengeluaran, 8
francais, 3, 4, 33, 34, 35, 36, 71 pasaran, 7, 29, 49-51, 53, 89, 90, 93, 98, 113 U
francaisi, 33, 34, 35, 36 antarabangsa, 50, 51, 201 undang-undang, 29, 78, 86, 110- 113
francaisor, 33, 34, 35, 36 baharu, 35, 43, 50, 72, 89, 106, 201, 210 urus niaga, 5, 7, 33, 90, 104
fungsian, 159, 173-175, 192, 198, 216 domestik, 49, 53, 201 usaha sama, 3, 4, 36, 37, 146, 201
kewangan, 142
G produk, 90 usahawan, 6, 8, 38, 71, 75, 78, 85, 93, 100
guna pemasaran, 34, 94, 105, 132, 144, 164 V
tenaga, 91, 93, 111 pemilikan perniagaan, 3, 4, 17, 18 visi, 37, 100, 121-126, 131-135, 141, 175, 177
tenaga penuh, 63, 64, 65, 81, 111 pendaftaran, 19, 21, 43, 68, 125, 240 W
H pengagihan, 133, 176, 181, 190-194, 200, 212 wang, 6, 7, 11, 18, 41, 94, 96, 128, 155, 214
pengangguran, 81, 82, 91, 96, 111
harga, 7, 16, 29, 44, 50, 69, 83, 104, 106 bermusim, 81, 82
Indeks 261
Bab8_Txtbk Perniagaan Tg4_Indeks-7/11.indd 261 11/7/16 1:53 PM
JAWAPAN
Latihan Sumatif 1
1 D 2 A 3 B 4 B 5 C 6 B 7 D 8 C 9 C 10 A
11 B 12 A 13 D 14 D 15 A 16 A 17 D 18 D 19 B 20 B
Latihan Sumatif 2
1 D 2 A 3 A 4 C 5 D 6 A 7 A 8 B 9 C 10 D
11 A 12 A 13 C 14 D 15 C 16 C 17 B 18 A 19 C 20 A
Latihan Sumatif 3
1 D 2 D 3 C 4 A 5 A 6 C 7 C 8 D 9 D 10 C
11 D 12 D 13 D 14 C 15 D 16 B 17 C 18 C 19 D 20 B
Latihan Sumatif 4
1 D 2 C 3 B 4 D 5 C 6 C 7 C 8 C 9 D 10 D
11 D 12 D 13 A 14 B 15 B 16 D 17 D 18 A 19 A 20 B
262 Indeks
Bab9_Txtbk Perniagaan Tg4_Jawapan-7/11.indd 262 11/7/16 1:53 PM
Dengan ini SAYA BERJANJI akan menjaga buku ini
dengan baik dan bertanggungjawab atas kehilangannya
serta mengembalikannya kepada pihak sekolah pada
tarikh yang ditetapkan
Skim Pinjaman Buku Teks
Sekolah
Tarikh
Tahun Tingkatan Nama Penerima
Terima
Nombor Perolehan:
Tarikh Penerimaan:
BUKU INI TIDAK BOLEH DIJUAL