The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hazlie.muhamad, 2024-03-14 14:54:32

BUKU USAHAWAN SISWA

BUKU USAHAWAN SISWA

USAHAWAN SISWA MEMETA HALUAN, MELAKAR JAYA KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI


USAHAWAN SISWA MEMETA HALUAN, MELAKAR JAYA KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI


Hak Cipta Penerbit UMK 2021 Hak cipta adalah terpelihara. Setiap bahagian daripada terbitan ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan kepada bentuk lain, sama ada dengan cara elektronik, mekanikal, gambar, rakaman dan sebagainya tanpa mendapat izin daripada Penerbit UMK, Institut Keusahawanan Universiti Malaysia Kelantan (UMKEI) dan Kementerian Pengajian Tinggi. Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Nik Maheran Nik Muhammad, Prof., Dr., 1966- USAHAWAN SISWA : MEMETA HALUAN, MELAKAR JAYA / Ketua Pengarang Prof. Dr. Nik Maheran Nik Muhammad; Penolong Pengarang Dr. Mohd Zabri Yusof, Prof. Madya Dr. Mohammad Ismail, En. Fazli Said. ISBN 978-967-2912-70-5 1. Entrepreneurship. 2. Business enterprises. 3. Young businesspeople--Anecdotes. 4. Government publications--Malaysia. I. Mohd. Zabri Yusof, Dr. II. Mohammad Ismail, Prof. Madya, Dr. III. Fazli Said. IV. Judul. 338.04 Diterbitkan oleh Penerbit UMK Pejabat Perpustakaan dan Pengurusan Ilmu Universiti Malaysia Kelantan 16300 Bachok, Kelantan Institut Keusahawanan Universiti Malaysia Kelantan (UMKEI) Universiti Malaysia Kelantan 16100 Kota Bharu, Kelantan Dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi No. 2, Tower 2, Jalan P5/6, Presint 5, 62200 Putrajaya, Malaysia Rekabentuk oleh Hazuandy Hassan Dicetak oleh Reka Cetak Sdn. Bhd., No. 12 & 14, Jalan Jemuju Empat 16/13D, Seksyen 16, 40200 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan


KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI


ISI KANDUNGAN TINTA HARAPAN MENTERI PENGAJIAN TINGGI BICARA ILHAM KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI INSPIRASI KEUSAHAWANAN SIDANG PENGARANG KATA PENGANTAR MAKANAN & MINUMAN KING ODEN: DARI KIOSK KE KILANG Prof. Madya Dr. Mohammad Ismail, Prof. Dr. Nik Maheran Nik Muhammad Universiti Malaysia Kelantan AB CHOCOJAR: DEKATI PENGGEMAR SNEK MAKANAN RINGAN En. Muhammad Nabil Jamaludin, Dr. Anuar Sani Universiti Sains Islam Malaysia FARAH JK EMPIRE: KEUNIKAN SERBUK ASAM HOMEMADE & JERUK MANGGA KETAGIH En. Muhammad Nabil Jamaludin, Dr. Anuar Sani Universiti Sains Islam Malaysia ABRIS BREAD: ROTI KERING ‘ROTI LUTUT’ LARIS DI PASARAN Pn. Sarina Abdul Rani Universiti Pertahanan Nasional Malaysia SINTOKYO SUSHI: DARI TOKYO KE SINTOK Dr. Wan Norhayati Wan Ahmad, Dr. Saiful Azizi Ismail, Prof. Dr. Chandrakantan Subramaniam, Cik Fatin Athirah Fadzillah Universiti Utara Malaysia 2 10 16 22 28 xiii xiv xv xvi xviii


HASH CREAM: TAMPILKAN KEUNIKAN AIS KRIM KELANTAN Cik Zaizulhizma Salleh, En. Wan Mohd Amirul Hafiz Wan Abu Bakar Universiti Malaysia Terengganu BAKERY WMH ENTERPRISE: AURA USAHAWAN OKU PENUHI PERMINTAAN PASARAN Pn. Rabiatul Adawiyah Ismail, En. Nor Haizan Mehat, Pn. Norhaslynda Amat Kamisan, En. Azizee Aziz Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin ZAHEMAS UTARA ENTERPRISE: KEUNIKAN AROMA KOPI SEGERA Pn. Noraini Hashim, En. Mohamad Ali Hamzah Politeknik Sultan Azlan Shah MAMA FOOD: PRODUK TRADISIONAL CITARASA NASIONAL. Dr. Ros Aniza Mohd Shariff, Dr. Rozailin Abd. Rahman, Dr. Mohd Armi Abu Samah, Dr. Ahmad Fahmi Harun@Ismail Universiti Islam Antarabangsa Malaysia KAFE THE LAYERS: DAYA TARIKAN BERKONSEPKAN HIPSTER Sr. Ts. Siti Hafsah Zulkarnain Universiti Teknologi MARA PBC EMPIRE VENTURE: BANANA CHEESE BERVARIASI PILIHAN KOMUNITI KAMPUS Prof. Madya Dr. Zulnaidi Yaacob, En. Hazlan Abdul Hamid, Pn. Puteri Salamah Abdul Aziz Universiti Sains Malaysia KOSMETIK & KESIHATAN ZILLA’S LIPS: HASILKAN PRODUK PENJAGAAN BIBIR SENSITIF Dr. Norazirah Ayob, En. Ahmad Syubaili Mohamed Universiti Malaysia Sarawak 34 38 44 50 56 62 70


SCHA AISYAH BEAUTY: KETENGAHKAN PRODUK SKINCARE WARISAN KELUARGA Cik Nur Nabihah Annuar, Dr. Umi Kartini Rashid, Dr. Mohd Yussni Hashim, Ts. Dr. Mohd Arif Rosli Universiti Tun Hussein Onn Malaysia PANTANG PLUS: KEUNIKAN SENI MODEN PENJAGAAN IBU BERPANTANG Sr. Ts. Siti Hafsah Zulkarnain Universiti Teknologi MARA BEYO BEAUTY: ILTIZAM GADIS BERKERJAYA MEMILIH BIDANG KEUSAHAWANAN Prof. Madya Dr. Mass Hareeza Ali @ Hamid Universiti Putra Malaysia TEKNOLOGI, FOTOGRAFI DAN AUDIOGRAFI QALYMA GLOBAL: MELESTARIKAN MASYARAKAT CELIK AL-QURAN Pn. Azila Baharuddin, Pn. Mahanom Ismail Kolej Komuniti Kuala Langat BANGSAWAN PICTURES: MARTABATKAN INDUSTRI SENI KREATIF Prof. Madya Ts. Dr. Hadi Manap, Pn. Noor Syahidah Sabran Universiti Malaysia Pahang THE PINO PRODUCTION: USAHAWAN DIGITAL Dr. Sharul Effendy Janudin, Dr. Siti Asma’ Mohd Rosdi, Dr. Noor Anida Zaria Mohd Noor, Dr. Noraine Salleh Hudin Universiti Pendidikan Sultan Idris S PRODUCTION: BERMULA DARI HOBI MENJADI USAHAWAN KREATIF Dr. Sharul Effendy Janudin, Dr. Siti Asma’ Mohd Rosdi, Dr. Noor Anida Zaria Mohd Noor, Dr. Noraine Salleh Hudin Universiti Pendidikan Sultan Idris 82 88 96 104 110 116 76


MITEZ SOLUTIONS: PEMBANGUNAN SISTEM APLIKASI & LAMAN WEB En. Adi Aliffudin Hussin Universiti Sultan Zainal Abidin ExAR TECHNOLOGIES: PERISIAN IMEJ AUGMENTED REALITY (AR) En. Muhammad Nabil Fikri Yahaya, Dr. Abdul Rashid Husain Universiti Teknologi Malaysia KL ETERNITY ENTERPRISE: KETENGAHKAN INOVASI DAN NILAI TAMBAH TEKNOLOGI PERCETAKAN 3D Prof. Madya Dr. Zulnaidi Yaacob, En. Hazlan Abdul Hamid, Pn. Puteri Salamah Abdul Aziz Universiti Sains Malaysia PERKHIDMATAN IBUPRENEUR: PLATFORM PEMASARAN KEK DAN PASTRI DALAM TALIAN Cik Fatin Athirah Fadzillah, Prof. Dr. Chandrakantan Subramaniam, Dr. Saiful Azizi Ismail, Dr. Wan Norhayati Wan Ahmad Universiti Utara Malaysia GETRUNNER: MENEROKAI PASARAN P-HAILING TEMPATAN En. Adi Aliffudin Hussin Universiti Sultan Zainal Abidin JETHRO DETAILING ENTERPRISE: USAHAWAN PERINCIAN KERETA DAN BOT MEWAH Dr. Aida Shafreena Ahmad Puad, Dr. Norazirah Ayob, Cik Jessica Rinny Meting Universiti Malaysia Sarawak LK LEGACY: TEKAD DI ERA PANDEMIK COVID-19 Dr. Nor Hanuni Ramli@Said, Ts. Dr. Noorhuzaimi@Karimah Mohd Noor Universiti Malaysia Pahang 128 134 142 148 154 160 122


MA AUTOMOBILE: MERANGKUL ANUGERAH TERBAIK PENGEDAR KERETA BARU & TERPAKAI En. Mohamad Ali Hamzah, Politeknik Premier Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ARAGORN RICH: PLATFORM PENGURUSAN SISA MAKANAN Dr. Ros Aniza Mohd Shariff, Dr. Rozailin Abdul Rahman, Dr. Mohd Armi Abu Samah, Dr. Ahmad Fahmi Harun@Ismail Universiti Islam Antarabangsa Malaysia PERUNCITAN THE KACAK iPHONE & KASUT BOLA: DARI PENDAPATAN SAMPINGAN KE PREMIS PERNIAGAAN Cik Mazria Azira Azizu Rahman, Prof. Madya Ts. Dr. Shafriza Nisha Basah, En. Hasrul Nizam Halim Universiti Malaysia Perlis SBS AGROTERNAK: MENDOMINASI PASARAN MAKANAN TERNAKAN HAIWAN Cik Mazria Azira Azizu Rahman, Prof. Madya Ts. Dr. Shafriza Nisha Basah, En. Hasrul Nizam Halim Universiti Malaysia Perlis TOKKK MUNGG BUNDLE: DARI JORDAN HINGGA MALAYSIA Dr. Muhamad Azry Khoiry, En. Muhammad Adam Haqeemi Khairul Azhar, Cik Siti Suryani Mat Nasit Universiti Kebangsaan Malaysia MANIR STORE: AKSESORI TELEFON PINTAR & PEMBEKAL PERALATAN HAIWAN PELIHARAAN Cik Nur Nabihah Annuar, Dr. Umi Kartini Rashid, Dr. Mohd Yussni Hashim, Ts. Dr. Mohd Arif Rosli Universiti Tun Hussein Onn Malaysia BUY STATIONERY: PEMASARAN ALAT TULIS DAN BUKU SECARA ATAS TALIAN Cik Zaizulhizma Salleh, En. Wan Mohd Amirul Hafiz Wan Abu Bakar Universiti Malaysia Terengganu 180 186 192 200 206 172 166


SYAHIRAN GLOBAL RESOURCES: AYAM ‘GUNTING’ HASIL LADANG TERNAKAN SENDIRI Prof. Madya Dr. Mass Hareeza Ali @ Hamid Universiti Putra Malaysia KREATIF & TEKSTIL DWANS COLLECTION: REKAAN PAKAIAN KONTEMPORARI Prof. Dr. Nik Maheran Nik Muhammad, Prof. Madya Dr. Mohammad Ismail, Dr. Tengku Mohd Azizuddin Tuan Mahmood Universiti Malaysia Kelantan HIJANAH HAUL: TAMPILKAN BUSANA MUSLIMAH PATUH SYARIAH Dr. Muhamad Azry Khoiry, En. Amirul Farhan Ismadi, Cik Siti Suryani Mat Nasit Universiti Kebangsaan Malaysia PLNT. CO: SENTUHAN AURA POSITIF SENI HIASAN DALAMAN Dr. Mohd Amin Mohamad, En. Muhammad Firdaus Abu Hassan, En. Muhammad Rahmat Ismail Universiti Teknikal Malaysia Melaka BINAMODERN ENTERPRISE: HASILKAN KARYA SENI PERABOT MODEN Dr. Mohd Amin Mohamad, En. Muhammad Firdaus Abu Hassan, En. Muhammad Rahmat Ismail Universiti Teknikal Malaysia Melaka MEYZAH JAMAL COUTURE: JAHITAN TRADISIONAL DAN MODEN Pn. Najmiah Mohd Nor, Pn. Suzlina@Norhidayat Abdul Razak, Pn. Siti Norafizah Ab Aziz, Cik Jamilah Esmail@Ismail Kolej Komuniti Pasir Gudang PENGHARGAAN INDEKS 234 240 246 252 253 226 218 210


Anak muda kita akan menjadi pemimpin Keluarga Malaysia pada masa hadapan. Oleh itu, mereka perlu terus dibimbing dan diberi sokongan untuk bersama mencorak masa depan Malaysia. “ YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Bin Yaakob ” Perdana Menteri Malaysia


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Keusahawanan merupakan aspek penting dan pemangkin kepada pembangunan ekonomi sesebuah negara. Keusahawanan juga berupaya meningkatkan taraf hidup masyarakat dan mencipta kekayaan serta peluang pekerjaan. Dalam usaha untuk melahirkan lebih ramai usahawan dalam kalangan mahasiswa di institusi pengajian tinggi dan menerapkan nilai-nilai keusahawanan, para mahasiswa perlu diberi pengetahuan melalui perkongsian sebenar tentang dunia perniagaan. Justeru, buku Usahawan Siswa: Memeta Haluan, Melakar Jaya ini dapat di manfaatkan sepenuhnya oleh pelajar dan usahawan pelajar kerana kesemua usahawan pelajar berkongsi bukan setakat kejayaan tetapi juga cabaran dan liku-liku yang dihadapi oleh mereka dalam menjalankan perniagaan. Penghasilan buku yang berkonsepkan kajian kes ini diharap di manfaatkan sebaik mungkin bukan sahaja untuk panduan usahawan pelajar malahan juga dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Buku ini juga akan menjadi panduan asas kepada mana-mana pelajar untuk menceburi bidang keusahawanan semasa dalam pengajian atau selepas menamatkan pengajian masing-masing. Setiap kisah yang dikongsi merangkumi pelbagai bidang perniagaan sudah tentu akan dapat memberi ilham dan panduan yang sangat signifikan agar usahawan pelajar yang ingin menceburi bidang perniagaan yang sama tidak melakukan kesilapan yang serupa. Selain itu, kisah-kisah kejayaan juga sudah tentu akan memberi inspirasi kepada usahawan pelajar untuk mengikuti jejak langkah yang sama bahkan berupaya melakukan sesuatu yang lebih baik. Kejayaan mereka dalam mejalankan perniagaan diharap bukan sahaja dapat memberi manfaat kepada diri mereka sendiri tetapi juga dapat meningkatkan ekonomi keluarga dan menaikkan nama institusi pengajian tinggi masing-masing. Institusi pengajian tinggi juga perlu memainkan peranan proaktif dan sentiasa berusaha untuk melahirkan lebih ramai lagi usahawan dalam kalangan pelajar terutamanya usahawan yang berfokuskan inovasi dan digital. Ini adalah bertepatan dengan aspirasi kerajaan agar melalui keusahawanan ini akan melahirkan lebih ramai pencipta kerjaya yang berupaya mencipta lebih banyak peluang pekerjaan kepada masyarakat. Kisah-kisah usahawan pelajar ini diharap akan dapat membangkitkan semangat mahasiswa agar lebih kreatif, cekal dan berdaya saing dalam menjalankan perniagaan semasa mereka berada di kampus atau selepas tamat pengajian di institusi pengajian tinggi. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Jawatankuasa Penulisan buku Usahawan Siswa: Memeta Haluan, Melakar Jaya iaitu unit keusahawanan bahagian dasar KPT dan pasukan editorial daripada Unversiti Malaysia Kelantan (UMK). Tahniah dan syabas! Dr. Noraini Ahmad Menteri Pengajian Tinggi Tinta Harapan


Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera kepada semua. Salah satu misi teras Kementerian Pengajian Tinggi adalah memastikan siswazah mendalami dan menghayati semangat keusahawanan. Kementerian juga sentiasa berusaha untuk mewujudkan Ekosistem keusahawanan holistik akan dapat melahirkan lebih ramai mahasiswa yang berhasrat untuk terlibat dalam keusahawanan sebagai pilihan kerjaya utama mereka. Untuk tujuan itu, pihak Kementerian melalui unit keusahawanan, bahagian dasar KPT mengilhamkan agar kisah-kisah kejayaan dan liku-liku yang dihadapai oleh usahawan pelajar atau usahawan graduan dibukukan untuk menjadi rujukan dan panduan kepada semua mahasiswa institusi pengajian tinggi. Justeru daripada ilham tersebut maka lahirlah buku Usahawan Siswa: Memeta Haluan, Melakar Jaya. Buku yang berkonsepkan kajian kes digarap dengan gaya penceritaan dan penulisan santai agar mudah difahami dan lebih dekat di hati pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi. Melalui buku tersebut, usahawan pelajar atau usahawan graduan berkongsi bagaimana mereka mula bertapak dalam dunia perniagaan, liku-liku dan cabaran yang dihadapi dan intipati resepi kejayaan mereka dalam menjalankan perniagaan mereka. Sudah tiba masanya untuk siswazah mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang jitu dalam keusahawanan seterusnya menjadikan keusahawanan sebagai pilihan. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih bagi pihak Kementerian Pengajian Tinggi kepada semua penulis yang mewakili institusi pengajian tinggi masing-masing, unit keusahawanan KPT dan pasukan editorial yang diketuai oleh Prof. Dr. Nik Maheran Nik Muhammad, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), Universiti Malaysia Kelantan atas komitmen dan dedikasi dalam menghasilkan buku kisah usahawan mahasiswa sebagai sumber rujukan kepada semua IPT. Saya pasti dengan semangat kerja berpasukan dan komitment yang yang ditunjukkan, kita akan dapat menghasilkan sesuatu yang lebih besar pada masa akan datang. Wassallam Dr. Mazlan Yusoff Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi Bicara Ilham


Inspirasi KEUSAHAWANAN “Pendedahan mahasiswa IPT dalam bidang keusahawanan bukan sahaja mampu memperkasakan kebolehpasaran graduan dengan pengetahuan meluas malah mampu meningkatkan pembangunan ekonomi tempatan selain membantu kadar pengangguran dalam kalangan mahasiswa. Pengalaman inilah yang menjadikan nilai tambah kepada mahasiswa terus melakar kejayaan dalam menghadapi dunia sebenar setelah bergraduat” Dr. Mohd Zabri Yusoff Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pengajian Tinggi “KPT telah berjaya mencapai hasrat melahirkan graduan pencipta kerjaya yang menjadi salah satu agenda utama pendidikan dalam keusahawanan. Hasil inisiatif dan program-program dijalankan oleh pihak Universiti, Politeknik dan Kolej Komuniti masing-masing telah mendorong minat mahasiswa untuk menjadi seorang usahawan berjaya” Prof. Dato’ Dr. Husaini Omar Ketua Pengarah Kementerian Pengajian Tinggi “Pihak Universiti telah membuka seluasnya peluang dan ruang kepada mahasiswa dalam menggilap potensi diri menjadi seorang usahawan. Kejayaan-kejayaan yang diraih usahawan pelajar dan graduan mampu memberi sumber inspirasi kepada mahasiswa lain untuk meneroka bidang keusahawanan yang dikatakan sebagai satu kerjaya pilihan” Prof. Dr. Nik Maheran Nik Muhammad Ketua Pengarang


KETUA PENGARANG Prof. Dr. Nik Maheran Nik Muhammad Universiti Malaysia Kelantan PENOLONG PENGARANG Dr. Mohd Zabri Yusoff Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia Prof. Madya Dr. Mohammad Ismail Universiti Malaysia Kelantan En. Fazli Said Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia PENGARANG BERSAMA SIDANG PENGARANG Universiti Malaysia Kelantan Prof. Dr. Nik Maheran Nik Muhammad Prof. Madya Dr. Mohammad Ismail Dr. Tengku Mohd Azizuddin Tuan Mahmood Universiti Sains Islam Malaysia En. Muhammad Nabil Jamaludin Dr. Anuar Sani Universiti Utara Malaysia Dr. Wan Norhayati Wan Ahmad Dr. Saiful Azizi Ismail Prof. Dr. Chandrakantan Subramaniam Cik Fatin Athirah Fadzillah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Dr. Ros Aniza Mohd Shariff Dr. Rozailin Abd. Rahman Dr. Mohd Armi Abu Samah Dr. Ahmad Fahmi Harun @ Ismail Universiti Malaysia Terengganu Cik Zaizulhizma Salleh En. Wan Mohd Amirul Hafiz Wan Abu Bakar Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin Pn. Rabiatul Adawiyah Ismail En. Nor Haizan Mehat Pn. Norhaslynda Amat Kamisan En. Azizee Aziz Universiti Pertahanan Nasional Malaysia Pn. Sarina Abdul Rani Politeknik Sultan Azlan Shah Pn. Noraini Hashim En. Mohamad Ali Hamzah Universiti Sains Malaysia Prof. Madya Dr. Zulnaidi Yaacob En. Hazlan Abdul Hamid Pn. Puteri Salamah Abdul Aziz xvi


Universiti Malaysia Sarawak Dr. Norazirah Ayob En. Ahmad Syubaili Mohamed Dr. Aida Shafreena Ahmad Puad Cik Jessica Rinny Meting Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Cik Nur Nabihah Annuar Dr. Umi Kartini Rashid Dr. Mohd Yussni Hashim Ts. Dr. Mohd Arif Rosli Kolej Komuniti Kuala Langat Pn. Azila Baharuddin Pn. Mahanom Ismail Universiti Pendidikan Sultan Idris Dr. Sharul Effendy Janudin Dr. Siti Asma’ Mohd Rosdi Dr. Noor Anida Zaria Mohd Noor Dr. Noraine Salleh Hudin Politeknik Premier Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah En. Muhammad Asyraf Mohd Zain En. Mohamad Ali Hamzah Universiti Malaysia Perlis Cik Mazria Azira Azizu Rahman Prof. Madya Ts. Dr. Shafriza Nisha Basah En. Hasrul Nizam Halim Universiti Kebangsaan Malaysia Dr. Muhamad Azry Khoiry En. Amirul Farhan Ismadi Cik Siti Suryani Mat Nasit En. Muhammad Adam Haqeemi Khairul Azhar Universiti Malaysia Pahang Prof. Madya Ts. Dr. Hadi Manap Pn. Noor Syahidah Sabran Dr. Nor Hanuni Ramli@ Said Ts. Dr. Noorhuzaimi @ Karimah Mohd Noor Universiti Sultan Zainal Abidin En. Adi Aliffudin Hussin Universiti Putra Malaysia Prof. Madya Dr. Mass Hareeza Ali @ Hamid Universiti Teknologi MARA Sr. Ts. Siti Hafsah Zulkarnain Universiti Teknologi Malaysia En. Muhammad Nabil Fikri Yahaya Dr. Abdul Rashid Husain Kolej Komuniti Pasir Gudang Pn. Najmiah Mohd Nor Pn. Suzlina @ Norhidayat Abdul Razak Pn. Siti Norafizah Ab Aziz Cik Jamilah Esmail@Ismail Universiti Teknikal Malaysia Melaka Dr. Mohd Amin Mohamad En. Muhammad Firdaus Abu Hassan En. Muhammad Rahmat Ismail Unit Keusahawanan Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia Hazlin Selamat Muhammad Dehya Zainal Azlan Nurakmar Abdul Rashid Fasihah Azhar xvii


KATA PENGANTAR Selayang Pandang Pembentukan masyarakat Malaysia yang memiliki pemikiran keusahawanan merupakan antara faktor pemangkin yang berupaya untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara keusahawanan yang unggul menjelang tahun 2030, seperti yang dihasratkan oleh Dasar Keusahawanan Nasional (DKN) 2030. Peranan besar dan penting ini merupakan sebahagian daripada tanggungjawab Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) selaku entiti yang bertanggungjawab untuk menghasilkan bakat terutamanya dalam bidang-bidang berkemahiran tinggi. Dalam konteks sektor pengajian tinggi, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015 – 2025 (Pendidikan Tinggi) menekankan kepentingan untuk melahirkan graduan yang holistik, berciri keusahawanan dan seimbang menerusi lonjakan pertama daripada 10 lonjakan yang digariskan oleh Pelan tersebut. Selain itu, Dasar Keusahawanan IPT yang diperkenalkan sejak tahun 2010, juga meletakkan usaha untuk menganjak minda para pelajar IPT daripada hanya berfikiran untuk bekerja dengan majikan selepas menamatkan pengajian kepada graduan yang berkecimpung dalam arena keusahawanan dan menjadi pencipta pekerjaan atau ‘job creator’ dengan menawarkan peluang pekerjaan kepada individu lain setelah perniagaan mereka berjaya. Namun begitu, terdapat segelintir graduan menganggap keusahawanan sebagai kerjaya pilihan terakhir mereka sedangkan sebaliknya, harus ada jalan alternatif lain yang perlu diambil, lebih-lebih lagi dalam melengkapkan diri berdepan dengan situasi semasa yang penuh cabaran, pesaing yang ramai, peluang penempatan perkerjaan yang terhad, dan isu pengangguran yang tidak berkesudahan. Bahkan, ada antara graduan terlepas pandang yang mereka sebenarnya berpotensi dan berkemahiran untuk mencipta kejayaan melalui bidang keusahawanan. Proaktif terhadap perkara ini dan dalam mendokong hasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai negara keusahawanan yang unggul, KPT telah melaksanakan pelbagai xviii


inisiatif demi menggalakkan lebih ramai lagi pelajar IPT terlibat secara langsung dalam bidang keusahawanan semasa pengajian. Pelan Tindakan Keusahawanan yang diperkenalkan pada tahun 2013, telah melakar pencapaian yang menyaksikan peningkatan sebanyak lebih 30 peratus penyertaan pelajar dalam program dan aktiviti keusahawanan di IPT. Kejayaan ini menunjukkan komitmen tinggi KPT dalam menyediakan dasar yang berupaya mengubah minda pelajar ke arah berpemikiran keusahawanan. Di bawah Pelan Tindakan Keusahawanan ini juga, kesemua 20 buah universiti awam termasuk politeknik dan kolej komuniti telah menubuhkan Pusat Keusahawanan. Pusat ini bertanggungjawab untuk merancang, menilai dan memantau pelaksanaan program keusahawanan di institusi masing-masing. Penetapan aspek pembangunan dan pendidikan keusahawanan sebagai satu daripada bidang keutamaan dan petunjuk prestasi utama institusi merupakan manifestasi komitmen pengurusan tertinggi IPT terhadap agenda keusahawanan. Kecemerlangan pelaksanaan Pelan Tindakan Keusahawanan IPT ini kemudiannya diteruskan dengan penambahbaikan strategi dan inisiatif untuk tempoh 2016 hingga 2020. Pada tahun 2020 sahaja, lebih 68,000 pelajar direkodkan telah menjalankan perniagaan. Daripada jumlah tersebut, hampir 8,000 orang pelajar meneruskan aktiviti perniagaan selepas mereka menamatkan pengajian. Ini jelas membuktikan impak positif daripada pelaksanaan pelan tindakan yang telah dilaksanakan oleh Pusat-pusat Keusahawanan di IPT khususnya dalam meningkatkan kesediaan pelajar untuk menceburi dan memilih bidang keusahawanan sebagai satu kerjaya pilihan. Sebagai kesinambungan, pelan tindakan bagi tempoh lima (5) tahun seterusnya (iaitu 2021 – 2025) juga telah dibangunkan. Pelan yang dilancarkan oleh YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi pada 19 Februari 2021 menggariskan tiga (3) teras, iaitu Ekosistem Keusahawanan Bersinergi; Kolaborasi Berimpak Tinggi; dan Inovasi dan Teknologi Dalam Keusahawanan. Di bawah teras-teras ini, terdapat tujuh (7) strategi dan 28 inisiatif keseluruhannya yang disenaraikan. Modus operandinya adalah untuk meningkatkan lagi penglibatan pelajar dalam bidang keusahawanan. xix


KATA PENGANTAR Selain itu, bagi memperkukuh kurikulum bidang keusahawanan, KPT juga telah melancarkan Garis Panduan Pendidikan Keusahawanan Bersepadu atau MOHE Guide To Entrepreneurship Integrated Education yang memfokuskan kepada lima (5) strategi dan 33 inisiatif sebagai panduan utama IPT dalam membangunkan kurikulum keusahawanan. Kedua-dua naskhah strategik ini menjadi rujukan induk IPT dalam memperkukuh lagi ekosistem keusahawanan, seterusnya menjadi satu daripada pemangkin untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara keusahawanan. Menerusi strategi dan inisiatif pembangunan usahawan yang dilaksanakan oleh KPT dan IPT sejak lebih satu dekad yang lalu, sejumlah besar usahawan pelajar dan graduan dalam pelbagai bidang telah berjaya dilahirkan. Variasi bidang ini termasuklah makanan dan minuman; perkhidmatan; kosmetik dan kesihatan; teknologi, fotografi dan audiografi; peruncitan; serta bidang kreatif dan tekstil. Pengetahuan “tacit” yang diperoleh oleh usahawan pelajar dan graduan ini sepanjang upaya untuk mengecapi apa yang mereka ada pada hari ini merupakan aset berharga yang perlu didendang kepada khalayak, terutamanya para pelajar yang ingin berkecimpung dalam arena ini. Justeru, bagi menyebar luas kepentingan dan manfaat bidang keusahawanan dalam membantu pelajar menjana pendapatan, seterusnya menjadikan mereka sebagai pencipta pekerjaan, buku “Usahawan Siswa: Memeta Haluan, Melakar Jaya” ini diterbitkan oleh KPT dengan kerjasama Universiti Malaysia Kelantan. Naskhah yang mengiktiraf kejayaan usahawan pelajar dan graduan ini turut meraikan semangat dan kekuatan mereka dalam menghadapi liku-liku dunia perniagaan. Karya ini mengangkat 39 kisah perjalanan perniagaan usahawan pelajar dari 19 buah IPT terpilih sehingga mereka berjaya menempa kejayaan semasa dan selepas pengajian. Naratif eksklusif perjalanan perniagaan figura-figura ini dihimpunkan mengikut bidang keusahawanan yang diceburi, iaitu 11 lakaran kejayaan dalam bidang makanan dan minuman; enam (6) lembaran gemilang dalam bidang perkhidmatan; empat (4) citra niaga dalam bidang kosmetik dan kesihatan; tujuh (7) kanvas sukses dalam bidang teknologi, fotografi dan audiografi; enam (6) ceritera unggul dalam bidang peruncitan; dan lima (5) jejak gemilang dalam bidang kreatif dan tekstil. xx


Hasrat penghasilan wacana ini adalah bagi memberikan motivasi dan inspirasi kepada pelajar dan khalayak pembaca yang berkeinginan untuk menceburi bidang keusahawanan dengan mengangkat catatan perjalanan sebenar usahawan pelajar ke dalam bentuk yang mudah untuk difahami dan dihayati. Satu demi satu lipatan pengalaman digarap agar dapat memberikan pengalaman pembacaan yang lebih nyata dan segar dengan kisah sebenar yang seolah-olah diceritakan sendiri oleh usahawan pelajar tersebut. Semoga dengan penerbitan naskhah ini juga akan mendorong IPT untuk lebih giat lagi melahirkan lebih ramai usahawan muda dalam kalangan pelajar yang mempunyai kualiti daya saing tinggi di samping bersedia menghadapi realiti dunia perniagaan. xxi


& MAKANAN MINUMAN


KING ODEN DARI KIOSK KE KILANG Usahawan Imer Jibril Muhammad Nasir Wan Azehan Helmi Wan Abdul Halim Penulis Prof. Madya Dr. Mohammad Ismail Prof. Dr. Nik Maheran Nik Muhammad Dr. Tengku Mohd Azizuddin Tuan Mahmood 2 Usahawan Siswa : Memeta Haluan, Melakar Jaya


Dalam suasana hening pagi, kenderaan mereka memulakan destinasi, sesekali bunyi kokokan ayam memecah kesunyian. Tanggal Februari 2019 telah membawa mereka ke sempadan tanah air. Biarpun 1001 pertanyaan timbul, langkah mereka dihayun kemas. Narathiwat, Thailand telah menyaksikan bagaimana dua sahabat ini menemui idea yang bakal dibawa pulang dan mengubah kehidupan mereka. Memikirkan sudah banyak peniaga Kelantan berniaga sosej bakar, haluan mereka berubah. Yakin dengan haluan kedua, setelah merasai keenakan kuah ‘masam-masam’ tomyam di kebanyakan tempat, mereka memulakan rentak. Bukan omong kosong lagi, sebut sahaja kedai di sekitar Kuala Lumpur, Johor, Penang, Kedah dan Perlis, mereka mencari pengusaha makanan yang boleh bantu memberi resepi. Di Kelantan, mereka dibantu pengusaha makanan mengenai pembangunan pes (pes development). Tahun 2019, telah menjadi lipatan sejarah apabila resepi kuah oden berjaya dihasilkan dan julung kalinya diperkenalkan di universiti pengajian mereka. Meskipun begitu, sejauh mana tahap penerimaan masyarakat terhadap oden mereka? Memandangkan banyak pengetahuan dan skil perniagaan yang mereka perlu pelajari, bagaimana mereka melakar kejayaan dalam Industri Makanan dan Minuman (F&B)?. Mereka perlu memberi perhatian khusus dengan membuat keputusan yang matang dalam setiap tindakan. DI SEBALIK KING ODEN “Alang-alang melangkah ke alam perniagaan biar sampai berjaya,” berpegang pada kata hikmat itu dua usahawan muda mula berjinak jinak dalam bidang perniagaan dan mengorak langkah menuju ke hadapan. Realiti inilah yang sedang digenggam erat oleh graduan Ijazah Sarjana Muda, Imer Jibril bin Muhammad Nasir (24) dan pelajar Ijazah Sarjana Muda, Wan Azehan Helmi bin Wan Abdul Halim (24) dari Universiti Malaysia Kelantan. Imer Jibril bin Muhammad Nasir atau lebih mesra dikenali sebagai Jibril berasal dari Kelantan merupakan anak keempat daripada lima orang adik beradik. Sebelum menyambung pengajian di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dalam bidang perdagangan, beliau mengambil SPM dalam jurusan Sains, seterusnya menyambung pengajian di matrikulasi dalam aliran Perakaunan. Wan Azehan Helmi atau nama panggilan Zehan mempunyai latar pendidikan yang sama dengan Jibril, tetapi kursus pengajian Zehan sedikit berbeza dengan rakannya itu. Sebelum ini mereka hanya menerima wang saku untuk menampung pengajian daripada ibu bapa. Lahir dalam keluarga yang kurang berkemampuan membuatkan mereka perlu berjimat-cermat menggunakan wang perbelanjaan yang diberi oleh ibu bapa masingmasing. Bercerita tentang pengalaman berniaga, ketika berada di universiti, Jibril terlibat dalam perniagaan percetakan, button badge, manakala Zehan pula menjual pelbagai jenis kerepek dan powerbank. Pendapatan bulanan hasil jualan mereka hanya sekitar RM3 ribu – RM4 ribu. Hasil jualan ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan bebanan mereka terhadap keluarga. Mereka kemudian memutuskan untuk menjadi rakan kongsi dengan mula berniaga oden, sosej bakar dan air balang di kiosk. Mereka mengambil keputusan untuk lebih fokus dengan memulakan perniagaan menjual oden secara kecil-kecilan. Melalui kursus-kursus keusahawanan yang pernah dihadiri, mereka melakukan transformasi 3 Makanan & Minuman


terhadap jenama, produk, pembungkusan, pemasaran dan promosi. Hasilnya kini mereka sudah memiliki beberapa platform seperti akaun sosial facebook, e-mail dan laman web untuk mempromosikan produk oden. Kini, pendapatan bulanan mereka sekitar RM9 ribu sebulan. Lahirnya King Oden “Tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapa yang tahu,” dan peribahasa ini dikaitkan dengan dua orang usahawan muda. Mereka mula meninjau ke suatu tempat di Narathiwat, Thailand untuk melihat apakah idea perniagaan yang boleh dijalankan di tempat kelahiran mereka. Melihat kepada kepelbagaian sosej mudah didapati, langkah mereka terhenti seketika. Di sana, mereka dapati kebanyakan sosej di makan bersahaja bersama kuah tomyam. Keenakan kuah tomyam menjadi tarikan kepada penggemar yang menyukai rasa ‘masam-masam’. Lantas, satu idea hinggap difikiran mereka berdua. Seolah-olah mereka memahami apa yang perlu dilaksanakan setelah pulang ke Kelantan. Sebagai permulaan, mereka mencari pengusaha untuk bertanyakan mengenai resepi kuah oden di sekitar Kuala Lumpur, Johor, Penang, Kedah dan Perlis. Mereka amat bertuah kerana usaha mereka turut dibantu oleh pengusaha makanan tersohor Kelantan mengenai pembangunan pes oden (pes development). Setelah berhempas pulas, satu pes oden ‘masam-masam’ pedas berjaya dihasilkan. Pada awal perniagaan, jualan tidaklah memberansangkan kerana tumpuan mereka hanya kepada pelajar universiti tempat mereka belajar sahaja. Menyedari bahawa jualan mereka pada masa itu merosot ketika pelajar cuti semester, mereka memutuskan untuk membuat pembaharuan dalam produk ‘viral’ oden yang berasal dari negara matahari terbit itu. Siapa sangka dengan membangunkan resepi perencah oden serta melalui beberapa proses pengubahsuaian produk, kandungan bahan, pembungkusan dan pemasaran digital yang betul telah membawa satu kejayaan besar kepada dua orang rakan kongsi ini dalam Industri Makanan dan Minuman (F&B). Perencah King Oden didatangkan dengan secukup rasa hanya ikut sahaja cara penyediaan atau dalam bahasa Kelantan dinamakan ‘jelira’. Oleh itu, sempena nama dua orang pengasas pes oden ini, maka Zehan Jibril Enterprise, perniagaan secara perkongsian ditubuhkan secara rasmi pada 6 Disember 2020. Jenis perniagaan ini ialah mengeluar, mengedar, membekal dan menjual pes perencah yang dikenali sebagai King Oden yang turut dikenali seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Bergelar usahawan pada usia muda, sangat bermakna kepada keduadua anak muda yang berasal dari Kelantan ini. Mereka memanfaatkan kebolehan yang ada dan mempraktikkan semua yang telah dipelajari di universiti selama ini. Sebuah perjalanan Sepanjang pengajian di universiti, minda mereka telah terbuka luas mengenai konsep keusahawanan. Minat mereka kian mendalam setelah mengikuti pelbagai kursus yang dianjurkan oleh universiti. Minat mereka telah membawa suatu perubahan positif untuk berdikari apabila Jibril dan Zehan masing-masing melibatkan diri dalam aktiviti perniagaan. Mempunyai minat yang sama iaitu berniaga menjadikan hubungan persahabatan mereka semakin erat. Sejak dari itu, mereka saling bertukar pendapat dan buah fikiran mengenai potensi perniagaan yang ingin dijalankan bersama. Mereka kemudian bersepakat untuk menjadi rakaniaga dalam 4 Usahawan Siswa : Memeta Haluan, Melakar Jaya


satu karnival keusahawanan dengan menyewa kiosk. Apabila berasa serasi bersama, mereka mulai fokus kepada perniagaan makanan. Maka, berbekalkan pengalaman yang ada dan modal permulaan sebanyak RM3 ribu, mereka mula memproses pes oden sebanyak 10 hingga 20 pek sehari. Mereka mula menjual secara kecilkecilan di kiosk jualan. Pada masa sama, mereka menggunakan teknik jualan langsung dari bilik ke bilik kolej kediaman bagi mempercepatkan jualan, selain terus menjalankan promosi melalui aplikasi WhatApps. Meskipun begitu, maklum balas jualan yang diterima agak mengecewakan apabila sambutan terhadap pes oden kurang memberangsangkan. Lebih menyedihkan, mereka mengambil masa agak lama antara 3 hingga 4 hari untuk menghabiskan jualan sebanyak 20 pek itu sebelum dapat memproses perencah yang baharu. Keuntungan jualan pula adalah berada pada tahap minima disebabkan pasaran tertumpu kepada pelajar dan kawasan universiti sahaja. Menyedari hal itu, mereka mula berfikir untuk mengembangkan saiz perniagaan. “Jika tidak pecahkan ruyung manakan dapat sagunya”, maka Jibril dan Zehan mula bangkit dan mengorak langkah dengan meningkatkan jualan ke luar kampus UMK. Bermula dari situ, mereka mencari idea bagaimana untuk menukarkan kuah oden yang dijual dalam bentuk perencah oden yang tahan lama. Mereka mula merancang strategi baharu yang melibatkan semua aspek pengurusan perniagaan termasuklah kandungan bahan, pembungkusan dan pemasaran digital. Dalam hal ini, mereka mendapat sokongan, bimbingan dan kerjasama dari pihak Universiti melalui program dan kursus yang dianjurkan. Mereka turut mendapat sokongan dari pihak MARDI melalui khidmat nasihat serta idea-idea mengenai penubuhan usaha niaga baharu. Pihak MARDI memberi panduan untuk berurusan dengan kilang-kilang tertentu dari segi fakta nutrisi, ujian tamat tempoh produk dan sebagainya. Selain itu, mereka turut berurusan dengan pihak tertentu untuk buat ujian makmal dan proses-proses lain yang terlibat untuk pembangunan produk (RnD). Dalam tempoh dua bulan sahaja mereka berjaya membuat pembangunan produk yang lebih berkualiti. Bagi merancakkan aktiviti perniagaan, Jibril dan Zehan memberanikan diri untuk menyewa dua premis perniagaan serentak walaupun menyedari risiko yang bakal mereka tempuhi kelak di musim PKP ini. Bagi mereka, dalam perniagaan pasti ada kerugian sebelum memperoleh keuntungan kerana “setiap kerugian di dalam perniagaan adalah proses bagaimana apabila kerugian RM1 ribu, maka kita mesti berusaha agar memperoleh keuntungan RM10 ribu,” ujar mereka. Mereka kemudian mempromosikan pes oden menggunakan pemasaran tanpa bayaran seperti platform Facebook, instagram dan WhatsApp. Selain itu, mereka mula mengambil ejen dalam kalangan pelajar dengan menyediakan latihan dan teknik jualan. Setelah jualan pes oden mendapat sambutan, mereka mula melabur sebanyak RM5 ribu sebulan untuk pemasaran berbayar dalam “Melalui proses pengubahsuaian produk, kandungan bahan, pembungkusan dan pemasaran digital yang betul telah membawa satu kejayaan besar kepada Jibril dan Zehan” 5 Makanan & Minuman


talian seperti Facebook ads dan paid review. Kemudian, mereka memperuntukkan sebanyak RM20 ribu sebulan untuk mempromosikan pes oden segera miliknya. Rezeki berpihak kepada mereka apabila pulangan jualan dari promosi amat menguntungkan. Dengan rezeki yang ada, mereka tetap mengingati setiap perjalanan sehingga tertubuhnya perniagaan King Oden HQ. Mengimbau kembali perjalanan perniagaan seperti mustahil kerana banyak usaha, masa dan komitmen diperuntukkan untuk sampai ke tahap ini, namun segalanya sudah tertulis. Langit tidak selalunya cerah Perniagaan mereka yang baharu ingin menapak dalam Industri Makanan dan Minuman (F&B) kelihatan terumbang ambing berikutan perintah kawalan pergerakan (PKP) dilaksanakan di negara kita. Keadaan ini nyata memberi satu tamparan hebat buat dua orang anak muda ini apabila tiada produk yang terjual menyebabkan pendapatan perniagaan terjejas. Mereka bernasib baik kerana kerajaan memberi kelonggaran kepada pengusaha perniagaan termasuk produk makanan untuk menjalankan aktiviti perniagaan. Mereka mula bangkit selepas dua minggu pertama PKP. Tanpa melengahkan masa, Jibril dan Zehan mula mendapatkan bahan mentah untuk proses pengeluaran produk supaya boleh membuat penghantaran secara tunai kepada pelanggan. Tiada siapa pernah menduga segalanya bakal berubah, setelah tempoh PKP tamat, permintaan terhadap pes oden mereka meningkat di luar jangkaan secara mendadak sebanyak 500 peratus. Ini menyebabkan mereka tidak mampu memenuhi semua perminataan tersebut kerana tiada persediaan stok dalam simpanan mereka. “Bila permintaan semakin tinggi, semakin banyak sebenarnya cabaran,” kata Jibril. Mereka turut risau dengan keadaan bekalan bahan mentah yang selalunya tidak mencukupi, dan sedikit sebanyak mempengaruhi pengeluaran produk. Mereka juga menghadapi cabaran apabila terpaksa memesan bekas pes (aluminium foil) dari luar Malaysia kerana kekurangan barangan selain harga pasaran tempatan agak mahal dan sukar diperolehi. Sementara itu, bayaran proses penghantaran produk melalui perkhidmatan pos sangat mahal iaitu RM5 bagi setiap kotak. Bagai sudah jatuh ditimpa tangga, mereka terpaksa menampung kos ganti rugi kepada pelanggan apabila mendapati 60 peratus pes oden bocor sewaktu melalui proses penghantaran. Kemahiran dan pengetahuan yang mereka miliki adalah terhad membuatkan mereka terpaku dan tiada tindakan pantas dalam menangani masalah tersebut lebih-lebih lagi terpaksa menghadapi tekanan dari pelanggan yang meminta ganti rugi. Dalam memperkenalkan produk, mereka turut melaburkan bukan sahaja ribuan ringgit malahan puluhan ribu ringgit untuk pemasaran berbayar 6 Usahawan Siswa : Memeta Haluan, Melakar Jaya


bagi mempromosikan pes oden segera. Namun, terdapat juga keadaan di mana sesetengah pemasaran berbayar seperti Facebook ads kurang memberi pulangan jualan. Setelah perniagaan berkembang maju, lain pula cabarannya, kali ini Jibril dan Zehan berhadapan dengan pesaing utama. “Kita tidak bernasib baik kerana berhadapan dengan persaingan yang tidak sihat atau kami panggil parasit,” kata Jibril. Perniagaannya diserang melalui siber dalam talian yang mana gambar mereka dijadikan topik bualan hangat sebagai pengusaha pes oden tiruan dan tiada logo halal. Keadaan ini menyebabkan ejen-ejen tidak yakin untuk meneruskan lagi jualan pes oden. Setelah diselidiki secara mendalam, semuanya berpunca dari ketidakpuasan hati pesaing kerana ejen mereka telah beralih menjadi ejen produk King Oden. Justeru, pesaing mereka menggunakan taktik kotor dengan memburuk-burukkan produk King Oden. Rentetan ini, ejen mula hilang keyakinan untuk meneruskan penjualan produk King Oden tersebut. Keadaan ini memberi impak yang sangat besar terhadap hasil jualan kerana “perniagaan kami berasaskan ejen, jadi kami ‘naik’ dengan ejen, jatuh kami dengan ejen,”ujar Jibril lagi. Cabaran datang silih berganti apabila mereka menaik taraf sistem lama kepada sistem baharu iaitu dari segi minimum order quantity (MOQ). Sistem ini memerlukan setiap ejen mengambil sekurang-kurangnya 30 peket berbanding sebelum ini hanya 12 paket. Ekoran dari pelaksanaan sistem baharu ini, ianya memberi kesan negatif dan menjadi beban kepada kebanyakan ejen. Lebih-lebih lagi kepada ejen baharu kerana mereka perlu berusaha lebih untuk mencari pelanggan berbanding ejen lama yang mempunyai pelanggan sedia ada. Oleh itu, ramai ejen mengundur diri dari meneruskan khidmat mereka di King Oden. Penukaran sistem lama kepada sistem baharu ini menyebabkan mereka kehilangan hampir separuh dari ejen yang pernah sama-sama membantu meningkatkan jualan mereka satu masa dahulu. Melihat perniagaan yang dibina ingin terus berkembang maju, mereka terpaksa menempuh seribu satu jenis cabaran yang dihadapi. Menuju puncak “Susah dahulu senang kemudian” itulah perumpamaan yang boleh digambarkan bagi dua orang anak muda ini, Jibril dan Zehan. Kejayaan yang diraih seperti sekarang tidak semudah yang disangka. Mereka tidak berputus asa bagi setiap cabaran dan halangan malahan sentiasa mencari jalan penyelesaian bersama-sama dengan mempelbagaikan teknik dan strategi perniagaan untuk memastikan jualan terus meningkat. “Kita kena buat terlebih dahulu baru yakin kerana apabila sudah menemui rentak perniagaan, waktu keyakinan akan datang untuk buat sesuatu perkara,” kata Jibril. Semua kejayaan yang mereka miliki sekarang adalah berkat dari usaha disamping tidak lupa pada yang Maha Esa serta pada mereka yang memerlukan kerana “semakin banyak kita beri, semakin banyak yang kita dapat,”ujar Jibril lagi. Bagi mereka tiada apa-apa yang lebih penting melainkan mampu mencapai impian untuk memberikan yang terbaik kepada diri sendiri dan orang lain. Melihat hasil kejayaan dua anak muda ini boleh kita katakan mereka ini “from zero to hero” bilamana mereka mampu memiliki aset sendiri seperti motorsikal, kereta serta aset-aset lain hasil dari perniagaan, malah mampu memberi kehidupan yang lebih sempurna kepada keluarga tercinta. Sedar bahawa rezeki perlu dikongsi, mereka berhasrat mahu membantu sesiapa sahaja di luar sana terutamanya kepada sesiapa yang 7 Makanan & Minuman


terjejas ekonomi untuk menjana pendapatan bersama. Kejayaan ini juga datang dari inisiatif mereka dengan mengikuti kelas-kelas bimbingan perniagaan sama ada anjuran dari UMKEI mahupun organisasi luar. Mereka tidak ketinggalan menekankan aspek ilmu pengetahuan, kerana setiap dari mereka berperanan untuk mengembangkan ilmu perniagaan melalui perbincangan yang diadakan secara atas talian. Tidak lokek dengan ilmu perniagaan yang dipelajarinya, malahan mereka turut berkongsi idea, bimbingan dan galakan dari masa ke semasa kepada ejen-ejen dan stokis yang baharu dan sedia ada. Selain itu, mereka sentiasa mengikuti perkembangan semasa mentor perniagaan. Malahan, mereka turut membuat kajian tingkah laku mentor, teknik sistem perniagaan, cara mempromosikan produk, faktor memberi motivasi kepada ejen-ejen dan kaedah penetapan harga. Secara tak langsung, perkara ini dapat memberi motivasi kepada mereka yang mula berkecimpung dalam perniagaan. Percaya atau tidak, sistem ejen merupakan teknik berkesan bagi perniagaan mereka berbanding sistem peruncitan. Memandangkan perniagaan ini ada turun dan naik, maka pengambilan ejen baharu sentiasa berterusan. Agar selari dengan matlamat perniagaan, mereka bergerak secara berpasukan bersama ejen untuk bangunkan jualan perencah king oden. Mereka sedar bahawa oden adalah bersifat trending atau viral. Tempoh masa oden bergantung kepada peralihan citarasa pembeli terhadap produk lain. Oleh itu, disebabkan trending boleh dikawal, maka strategi yang dilakukan adalah dengan mengeluarkan pes oden yang pedas, lebih pedas dan asam laksa secara berperingkat untuk memaksimumkan jualan. Kini, mereka mempunyai dua buah premis, iaitu di Gunong, Bachok untuk pengeluaran produk manakala di Jalan Salor-Pasir Mas adalah pejabat untuk menguruskan hal-hal pentadbiran dan pengurusan. Mereka juga mengambil kira aspek harga dan kuantiti produk pesaing, unjuran margin dan analisis pasaran dari segi kuasa beli rakyat Malaysia. Harga RM10 bagi setiap produk untuk berat 80 gram dan 100 gram adalah harga yang munasabah. King Oden ini didatangkan dengan tiga jenis perisa, iaitu pedas, lebih pedas dan asam laksa. Produk ini mendapat permintaan yang sangat tinggi yang jualannya mencecah RM150,000 hingga RM200,000 sebulan. Paling membanggakan adalah pada tahun 2020 mereka telah berjaya membangunkan seramai 800 usahawan di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Seramai 740 orang usahawan telah meraih pendapatan empat angka sebulan manakala 60 orang mampu meraih pendapatan lebih tinggi iaitu lima angka melalui hasil jualan oden keluaran mereka. Tidak dinafikan pes oden keluaran mereka cukup terkenal sehingga mempunyai 200,000 pelanggan yang telah menggunakan produk tersebut. Tidak hairanlah mereka mampu meraih hasil jualan mencecah lebih sembilan ratus ribu ringgit pada tahun 2020. Kini, mereka boleh menarik nafas lega apabila segala usaha selama ini membuahkan hasil. Hasil kejayaan ini memberikan mereka semangat untuk berusaha lebih lagi dalam memajukan Industri Makanan dan Minuman (F&B). Melakar masa hadapan Usahawan King Oden ini menggunakan pendekatan bahawa impian membolehkan seseorang itu tahu apa yang nak dicapai. Setelah mengetahui kekuatan yang ada pada 8 Usahawan Siswa : Memeta Haluan, Melakar Jaya


Tiada jalan pintas untuk sampai ke puncak dan mereka harus berhadapan dengan pelbagai cabaran perniagaan. Untuk merealisasikan misi, mereka memerlukan perancangan yang begitu rapi lebihlebih lagi dalam PKP yang tiada penghujungnya. Mereka perlu bijak mengatur teknik dan strategi perniagaan sesuai dengan produk bersifat ‘viral’. Mereka sedar bahawa jangka hayat sesuatu produk akan berakhir termasuklah produk ‘viral’ ini, namun langkah alternatif perlu diambil perhatian secara berterusan bagi menjamin kelestarian perniagaan. “Kita punya jangkaan oden segera sedia makan akan memasuki pasaran pasar raya dalam 3 bulan lagi,” ujar Jibril. Walaupun dikatakan menerima banyak permintaan daripada pihak pasar raya namun mereka perlu akur bahawa sistem ejen merupakan penggerak utama kepada kelangsungan perniagaan. Sekiranya permintaan kepada oden segera dalam cawan plastik melebihi perencah oden, masyarakat mulai menggemarinya maka sejauh mana kesan kepada jualan oleh ejen-ejen yang berada di satu kawasan sama?. Berbalik kepada produk ‘viral’ tersebut, “oden adalah makanan masyarakat matahari terbit, kita ingin hantar balik ke sana”, ujarnya lagi. Bagaimanapun, segala persiapan dari semua sudut perlu diambil kira sekiranya produk mereka ingin dipasarkan ke peringkat antarabangsa. produk pes oden segera, mereka yakin King Oden bakal menjadi satu jenama terkenal yang bakal tersenarai sebagai 10 jenama utama yang menguasai pasaran Malaysia pada satu hari nanti. Perusahaan Zehan Jibril menetapkan lima misi utama perniagaan dengan mensasarkan seramai 2000 orang bakal usahawan King Oden pada tahun 2022. Pada tahun 2023, mereka menjangkakan sekurang-kurangnya ada jutawan dalam kalangan usahawan King Oden. Pada tahun 2024 pula, pembukaan bagi tiga lagi cawangan untuk dijadikan tempat kilang pemprosesan. Misi terakhir ialah mereka berhasrat kepada manamana usahawan King Oden yang menyertainya lebih dari setahun mempunyai simpanan tetap sebanyak RM 10 ribu. Dalam masa terdekat ini, mereka juga menjangkakan satu produk keluaran King Oden, iaitu oden segera akan memasuki pasaran pasar raya tertentu dalam bentuk pembungkusan baharu. Mereka sedar bahawa oden adalah bersifat trending atau viral. Bagi memastikan perencah oden keluaran mereka lebih dipercayai, mereka terus merancang untuk mendapatkan pensijilan halal sekaligus membantu mereka melebarkan sayap perniagaan ke pasaran antarabangsa. Besar harapan mereka agar King Oden dapat membantu lebih ramai lagi pelajar UMK serta mereka yang terjejas pendapatan dan hilang pekerjaan untuk menjana pendapatan tetap. 9 Makanan & Minuman


AB CHOCOJAR DEKATI PENGGEMAR SNEK MAKANAN RINGAN Usahawan Muhammad Zulfaqar Rosli Penulis En. Muhammad Nabil Jamaludin Dr. Anuar Sani 10 Usahawan Siswa : Memeta Haluan, Melakar Jaya


Di Malaysia, choco jar ialah makanan ringan yang popular dan mudah didapati di manamana sahaja. Situasi ni kerana ramai penggemarnya boleh membuat sendiri di rumah. Bahannya juga mudah didapati di pasaran dan modalnya tidaklah terlalu tinggi untuk menghasilkan choco jar itu. Produk ini mempunyai pelbagai perisa yang menyebabkan orang ramai menyukainya. Apabila berceritakan tentang AB CHOCO JAR pasti telah ramai yang sedia maklum bahawa produk berjenama ini sangat terkenal dalam kalangan penggemar coklat di seluruh Malaysia terutamanya penggemar makanan ringan yang manis. Tidak kiralah sama ada muda ataupun tua, boleh dikatakan semua orang pernah merasai produk keluaran AB CHOCO JAR ini. Produk yang dinaikkan oleh seorang anak muda yang masih belajar dalam bidang Syariah Undang-undang dan hal ini tidak menghalang seseorang itu untuk berniaga walaupun di luar bidang pengajian. KENALI PENGUSAHA AB CHOCOJAR Nama beliau Muhammad Zulfaqar Bin Rosli merupakan seorang pelajar Sarjana Muda Syariah Undang-undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dalam tahun ketiga. Beliau berumur 22 tahun dan anak jati Nilai, Negeri Sembilan yang memulakan perniagaan ini di bumi orang nogori. Beliau merupakan pengasas dan pemilik kepada syarikat AB Asia Sdn. Bhd yang dikenali di mata rakyat dengan nama AB CHOCO JAR. Beliau telah memulakan perniagaan ini bermula pada tahun 2018 sehingga sekarang. Pada mulanya beliau memulakan perniagaan produk AB CHOCO JAR ini tanpa mempelajari ilmu tentang usahawan, cara pemasaran dan sebagainya. Bak katanya melanggar dinding tanpa menoleh kiri dan kanan, itulah perumpamaan yang sesuai. Beliau mempunyai pekerja seramai 25 orang untuk bersama-sama menaikkan produk ini di pasaran. Syarikat beliau juga telah mempunyai ejen seramai 2000 orang di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Syarikat beliau telah mempunyai tiga kilang yang beroperasi di Nilai, Negeri Sembilan. Walaupun beliau masih digelar pelajar tetapi perniagaan ini tidak pernah terhalang untuk beliau meneruskan usaha untuk mengembangkan lagi produk ini di seluruh pelusuk dunia. Beliau bijak membahagikan masa belajar dan berniaga. Beliau memilih perniagaan ini setelah hasil daripada kajian dan pemerhatian yang telah dibuat pada tiga tahun lepas mendapati tiada lagi perniagaan yang benar-benar menyerupai perniagaan ini, di samping sukar untuk mencari perniagaan yang menjual produk yang berasaskan coklat. Pada masa ini, produk ini telah mendapat permintaan tertinggi dalam kalangan masyarakat walaupun terdapat banyak saingan daripada peniaga yang mejual produk yang sama. Walaupun AB CHOCO JAR ini adalah makanan biasa namun masyarakat Malaysia amat meminatinya dan menjadikan sebagai kudapan harian. 11 Makanan & Minuman


Rentetan perjalanan AB CHOCO JAR Beliau bermula dengan menjadi ejen kepada produk yang sama tetapi berjenama lain dengan bermodalkan RM300 sahaja tanpa meminjam daripada sesiapa. Setelah beliau mendapat pengalaman menjadi ejen lebih setahun lamanya dan menjadi ‘top sale agent’ kepada produk tersebut beliau tiba-tiba terfikir untuk mengeluarkan satu jenama choco jar sendiri, iaitu AB CHOCO JAR dengan bermodalkan perniagaan hasil menjadi ejen kepada jenama yang lain itu. Pada asalnya, AB CHOCO JAR ini bermulanya di Nilai, Negeri Sembilan dengan nama yang tidak gah di mata penggemar snek coklat, namun sedikit demi sedikit jenama AB CHOCO JAR ini berkembang di negeri Selangor dan seluruh Malaysia. Ketika produk ini meningkat naik beliau bergerak berseorangan. Sekarang produk ini meluas dan beliau bercadang untuk mencari ‘partnership’ dalam kalangan rakan-rakan di universitinya. Dengan dorongan dan sokongan daripada keluarga, adik-beradik serta rakan-rakan universiti, beliau berjaya menaikkan nama AB CHOCO JAR ini di mata pelajar IPTA dan IPTS. Beliau juga mempunyai ‘leader-leader’ daripada pelbagai universiti yang sama-sama membantu beliau untuk mendapat pendapatan walaupun masih belajar. Produk ini telah melahirkan jutawan dalam kalangan pelajar yang mampu menjadikan produk ini sebagai perniagaan mereka. Beliau juga menggalakkan pelajarpelajar mahupun orang luar untuk menjadi sebahagian daripada ejen AB CHOCO JAR untuk mencari pendapatan sendiri walaupun bermula sebagai ‘dropship’. AB CHOCO JAR berhadapan dengan cabaran perniagaan Setiap perniagaan tidak lekang dihimpit dengan risiko mahupun cabaran dalam perniagaan. Bagi pengusaha AB Choco Jar ini, tiga cabaran utama yang dihadapi sepanjang menguruskan perniagaan ini, antaranya:- 1. Tidak mendalami ilmu perniagaan Pada mulanya, beliau menjual secara kecilkecilan sebelum produk AB CHOCO JAR menjadi kukuh dan membuka kilang sendiri. Asalnya beliau tidak ada ilmu asas tentang cara mengembangkan perniagaan beliau seperti copywriting, promoting dan sistem penjagaan ejen. Beliau mengambil iktibar daripada pengalaman dulu, ia telah menjadi satu batu loncatan untuk beliau meneruskan perniagaan produk AB CHOCO JAR ini. Beliau terus mengambil tindakan untuk pergi menimba ilmu dengan “sifu-sifu” yang mengajarkannya selok belok teknik berniaga, cara mengembangkan bisnes dan lain-lain. 12 Usahawan Siswa : Memeta Haluan, Melakar Jaya


Dalam proses mengeluarkan skala kuantiti yang banyak kedapatan mesin yang rosak ketika memproses choco jar itu. 2. Mengambil risiko dalam permintaan yang tinggi Apabila AB CHOCO JAR ini “meletup” permintaan terhadap produk ini tinggi sehingga beliau terpaksa hadapi cabaran dengan tidak mampu untuk menyediakan balang dan bahan membuat choco jar. Permintaan yang terlalu tinggi membuatkan beliau menjadi ‘stuck’ kerana tidak dapat mengeluarkan produk dalam masa yang terdekat sehingga menyebabkan para pelanggan marah dan tidak berpuas hati. Hal ini kerana barang yang dipesan tidak sampai, barang tidak sampai ke ejen, dan dari sinilah beliau belajar sedikit demi sedikit cara untuk mengendalikan perniagaan apabila mendapat permintaan terlalu tinggi. 3. Menanggung kerugian yang besar Akibat beliau kurang ilmu asas dalam perniagaan ini cabaran lain juga yang beliau hadapi ialah syarikatnya pernah mengalami kerugian sebanyak RM 100,000.00 sehingga RM 200,000.00, namun beliau menganggapnya itu sebagai satu proses pembelajaran dalam sesuatu perniagaan. Beliau juga perlu menghadapi momentum pekerja-pekerjanya yang ‘down’ kerana jualan kurang laris di pasaran. Selain itu, beliau juga terpaksa menghadapi pesaingpesaing lain yang menjual produk yang sama dan beliau menyusun strategi bagaimana untuk menaikkan produk AB CHOCO JAR ini. AB CHOCO JAR menempa kejayaan Walaupun dihimpit pelbagai cabaran dan halangan, namun berbekalkan keyakinan yang tinggi, beliau telah dapat mengembangkan perniagaannya daripada hanya sebagai dropship terus menjadi pengurus kepada syarikat AB CHOCO JAR. Zulfaqar turut mengecapi kejayaankejayaan yang lain, antaranya ialah:- 1. Berjaya membuka 3 kilang persendirian Bermula dengan perniagaan yang kecil, perniagaanya berkembang dari masa ke semasa. Syarikat utama Zulfaqar kini dikenali sebagai AB ASIA SDN.BHD. Syarikat ini telah berjaya membuka 3 kilang persendirian untuk menghasilkan choco jar dalam skala yang besar. 13 Makanan & Minuman


2. Melahirkan 30 orang leader IPTA dan IPTS Kejayaan yang sangat membanggakan beliau adalah membantu dan melahirkan 30 orang leader dalam kalangan pelajar IPTA dan IPTS yang telah menjadi jutawan pada usia begitu muda dan hasilnya mereka suah mempunyai kenderaan, mempunyai rumah dan ada yang telah pun berumah tangga setelah menjalankan perniagaan AB CHOCO JAR ini sahaja. 3. Membantu orang yang hilang pekerjaan Beliau juga banyak membantu ramai orang yang hilang pekerjaan selepas berlakunya pandemik Covid-19. Dalam masa sebulan team beliau ada yang telah capai RM 100,000.00 dengan usaha diri sendiri. Melihat kepada kejayaan yang dicapai oleh beliau, pasti ada rahsia atau strategi yang menjadi pegangan ahli perniagaan terkenal ini. Zulfaqar sentiasa berpegang kepada prinsip kejujuran, dan menitikberatkan mutu produk yang dihasilkan. Di samping itu, beliau tidak pernah buat sambil lewa setiap pandangan yang diberikan oleh para pelanggan terhadap produk keluaran syarikatnya. Sebarang rungutan dan ketidakpuasan hati pelanggan pasti beliau ambil cakna, malah beliau akan memperbaiki mutu produknya. Mengorak langkah dengan merekrut ejen dan stokis diseluruh Malaysia Kata beliau, syarikatnya ingin terus melangkah ke hadapan setanding dengan produk-produk yang lain seperti Nestle. Kata beliau lagi, harapannya terhadap syarikat ini adalah mengeluarkan produk dalam kuantiti yang besar suatu hari nanti. Di samping itu, beliau merekrut lebih ramai ejen dan stokis di seluruh Malaysia. Beliau juga mensasarkan produk ini dipasarkan di peringkat antarabangsa seperti Indonesia, Thailand, Brunei dan Singapura. Melangkah kehadapan, Zulfaqar berkata, syarikatnya kini dalam proses menambah dan membaharukan reka bentuk pelekat dengan berwajah baharu pada botol AB CHOCO JAR. Hasrat beliau juga ingin memastikan rantaian pengeluaran yang teratur, tersusun dan konsisten demi menjaga kualiti produk agar menepati kehendak pelanggan. Malah, syarikatnya juga harus sentiasa peka dengan keperluan dan permintaan semasa. 14 Usahawan Siswa : Memeta Haluan, Melakar Jaya


Beliau berkata, dengan adanya bisnes AB CHOCO JAR ini beliau mampu untuk membuktikanyang anak muda sebenarnya boleh berjaya dalam perniagaan yang diceburi apabila mereka mempunyai semangat dan azam yang tinggi dalam diri. Beliau berharap beliau mampu menjadikan dirinya sebagai aspirasi kepada anak muda di luar sana agar dapat membuka mata dan tidak memandang sinis kepada mereka yang dalam perniagaan, terutamanya anak muda yang mentah usianya. 15 Makanan & Minuman


FARAH JK EMPIRE KEUNIKAN SERBUK ASAM HOMEMADE & JERUK MANGGA KETAGIH Usahawan Nor Farah Atika Sarapudin Penulis En. Muhammad Nabil Jamaludin Dr. Anuar Sani 16 Usahawan Siswa : Memeta Haluan, Melakar Jaya


Pada mulanya, Farah membeli jeruk mangga yang dijual di kedai-kedai biasa. Dia yang belum puas menikmati jeruk mangga kerana sudah habis, mengambil langkah untuk membuat sendiri agar dapat dinikmati berpanjangan. Selain untuk dimakan sendiri, boleh juga dijual untuk menambah pendapatan sampingan. Jeruk mangga asam boi, jeruk yang sedang viral di media sosial. Bermula dengan pesanan dari rakan terdekat kini jeruk mangga asam boi ketagih beliau sangat terkenal sehinggakan mempunyai ejen yang ramai di setiap pelusuk Lembah Klang. Ya, jeruk mangga asam boi ketagih yang bila satu demi satu keping masuk ke dalam mulut, akhirnya dah licin. Menceritakan pengalamannya sepanjang berniaga jeruk ketagih ini, Farah tidak terlepas dari bersemuka dan menemui pelanggan yang pelbagai ragam. Pernah juga rakannya yang berada di Kuala Lumpur membuat pesanan kerana terlalu mengidam jeruk ketagih ini. Ada juga pelanggan menginginkan ‘fresh fruit’ yang susah untuk beliau tunaikan permintaan pada waktu itu. Sungguhpun begitu, beliau amat teruja kerana produk keluarannya mendapat sambutan luar biasa dari pelanggan. PENGUSAHA SERBUK ASAM DAN JERUK MANGGA Nama beliau ialah Nor Farah Atika binti Saparudin, anak bongsu daripada 5 beradik. Beliau berasal dari Ampang, Selangor. Beliau berumur 24 tahun dan beliau dilahirkan pada 15 Julai 1997. Setelah tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), beliau menyambung pelajarannya di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai. Beliau meneruskan pada peringkat Tamhidi (asasi) dalam bidang Syariah Undang-Undang pada sesi 2015/2016. Kemudian, beliau meneruskan pelajarannya di peringkat ijazah sarjana muda dalam bidang Fiqh dan Fatwa, Fakulti Syariah dan Udangundang. Walaupun beliau masih belajar ketika 20 tahun beliau bermula perniagaanya dengan menjual jeruk mangga ketagih pada tahun 2018. Setelah sekian lama beliau menjual jeruk ketagih ini, beliau berhasrat untuk membuat serbuk asam sendiri, iaitu pada bulan November 2020 sehingga sekarang. Selain daripada menjual jeruk mangga ketagih, serbuk asam, beliau juga mengajar kelas shopee bemula pada Januari 2021 sehingga kini. Bermulanya perniagaan Farah JK Empire Beliau mendapat idea untuk bermula menjual jeruk ketagih ini disebabkan beliau membeli jeruk mangga dari luar. Beliau berasakan tidak puas hati pada mutu jeruk ketagih itu lalu beliau bersetuju untuk mengusahakannya sendiri. Beliau mencuba beberapa kali untuk membuat resepi serbuk asam sendiri supaya mempunyai cita rasa keunikan yang tersendiri. Beliau mengatakan bahawa jeruk mangga sebenarnya di mana-mana boleh didapati tetapi serbuk asam itu sendiri yang menaikkan kelainan rasa dan keunikannya untuk bisnes jeruk mangga ini. Sepanjang beliau berniaga jeruk ketagih ini, sokongan daripada kawan-kawan universiti sangatlah baik kerana mudah diperoleh sama ada melalui beliau ataupun terdapat dikedaikedai. Dengan mendapat sokongan daripada kawan-kawan, beliau menjadikan pembelian daripada kawan-kawanya sebagai ‘feedback’ kepada orang di luar supaya dapat kepercayaan dan ia boleh meningkatkan jumlah jualan kepada pelanggan yang baharu. Feedback yang diterima itu melalui akaun Instagram rasmi untuk jeruk 17 Makanan & Minuman


ketagih premium manakala Facebook jeruk ketagih premium. Dengan adanya platform ini, pelanggan-pelanggan di luar kampus lebih mendapat kepercayaan apabila bukti yang jelas dan percaya untuk membeli untuk merasai jeruk ketagih ini. Beliau meyakinkan lagi kepercayaan pembeli terhadap jeruk ketagih ini dengan memasukkan gambar-gambar proses membuat jeruk, gambar-gambar jeruk ketagih bersamsama pelanggan dan mengikuti lebih ramai netizen dilaman sosial supaya orang diluar sana perasan kewujudan. Ini juga memberitahu kepada pembeli baharu yang produk ini sangat sedap dan berkualiti. Pada tahun 2019, beliau mempunyai seramai 20 orang yang mana rata-ratanya pelajar USIM. Selain itu, suri rumah dan pekerja kerajaan yang membuat kerja sambilan untuk menjadi ejen jeruk ketagih. Beliau juga telah mengupah antara 5 hingga 6 orang rakannya sebagai pekerja sambilan untuk memotong buah mangga dan membungkus serbuk asam. Proses pembuatan jeruk ketagih ini dilakukan nya pada hujung minggu di rumah sewanya. Pada awalnya, beliau mengeluarkan modal RM 100 untuk membeli 50 biji mangga dengan berniat ingin mencuba dahulu tetapi beliau sendiri tidak menyangka yang jeruk ketagih ini mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan. Beliau menambahkan modal pusingannya melalui keuntungan yang diperoleh. Dengan bermodalkan RM100, bisnes beliau terus berkembang menjadi puluhan ribu. Di universiti, beliau menggunakan platform yang sedia ada dengan melibatkan diri dalam program keusahawanan secara percuma. Melalui program tersebut, beliau mula menambah ilmu-ilmu perniagaan secara percuma. Beliau memanfaatkan peluang yang tersedia ada oleh pihak universiti. Selain itu, beliau pernah melibatkan diri dengan menyertai program Latihan Keusahawanan Islam Siswa (LAKIS) yang programnya itu dianjurkan di bawah Pusat keusahawanan universiti USIM (PKUU). Beliau juga kerap menyertai program-program anjuran luar kampus seperti program CDTP di Kota Bharu, Kelantan dan program Siswapreneur showcase di Kuala Lumpur. Beliau juga mempelajari dari program-program lain tentang ilmu cara mengendalikan modal, untung, jualan dan cara menggunakan Bisnes Modal Canvas (BMC). Permintaan terhadap jeruk ketagih luar dari Kelantan tidak dapat diterima kerana masalah bahan cepat rosak. Untuk bulan pertama beliau menjual sebanyak 500 balang asam serbuk melalui instagram, facebook dan WhatsApp. Beliau mempunyai 50 orang ejen dan 18 Usahawan Siswa : Memeta Haluan, Melakar Jaya


dropship asam serbuk ini di seluruh Malaysia. Beliau juga terfikir untuk membuka kedai di shopee bagi menjual serbuk asam sebagai produk utama. Kesan beliau memasukkan produk itu ke dalam shopee sangat memberangsangkan kerana beliau mendapat jual sebanyak 2000 balang bermula bulan Disember 2020 dan mendapat gelaran ‘PREFERRED SELLER’ daripada Shopee. Selepas mendapat sambutan yang tinggi beliau telah mengeluarkan 2 perisa asam serbuk untuk membuat air. Dengan sokongan daripada pelanggan tetap jeruk mangga, beliau bersemangat untuk menukar sticker serbuk asam kepada yang baharu. Pada setiap bulan beliau dapat menjual 1000 balang. Sekarang beliau telah bermula untuk membuka kelas shopee untuk menarik minat dan membuka minda kepada peniaga atas talian di luar sana untuk berbisnes di shopee. Kata beliau, kelebihan berniaga di shopee ialah ia dapat menjimatkan masa untuk mengumpul order, tidak perlu pening untuk memikirkan iklan dan tawaran, pesanan pelanggan yang lebih teratur, mudah untuk rekod pengiraan jualan dan lebih 1 juta pelanggan yang log masuk ke akaun shopee pada setiap hari. Sekarang sudah hampir 300 orang pelajar shopee yang berada di bawah Farah JK Empire. Terkini bulan 4, beliau dapat menyiapkan 4 ebook berkaitan shopee untuk usahawan-usahawan yang berminat untuk mulakan perniagaan di shopee. Buku yang dikarang sendiri oleh beliau telah terjual sebanyak 50 buah. Mangga buah yang bermusim Apabila bercakap tentang perniagaan mestilah ada cabaran yang perlu dihadapi untuk dijadikan pengajaran kepada kita seterusnya dapat meningkat jualan produk. Liku-liku yang Farah hadapi adalah berdepan dengan ketiadaan stok buah mangga disebabkan musim buah mangga yang datang hanya pada musimnya. Beliau menggunakan buah segar dan muda untuk produknya. Beliau terpaksa menghentikan pengeluarannya untuk sementara waktu sehingga musim mangga kembali. Selain itu, beliau terpaksa menghadapi harga buah mangga yang menaik mendadak menyebabkan beliau terpaksa menyusun atur semula pengeluaran stok. Selain itu, buah mangga ini tidak tahan lama dan rosak. Apabila buah terlebih masak, ia tidak sesuai untuk dijadikan jeruk kerana lembik dan menurunkan tahap mutu kualiti produknya. Kadangkala stok balang putus di pasaran menjadi satu faktor jeruk ketagih tidak dapat memenuhi permintaan pelanggan. Selain itu, beliau terpaksa hadapi ruang yang 19 Makanan & Minuman


tidak mencukupi untuk meletak jeruk mangga apabila permintaan terlalu tinggi. Beliau hanya mempunyai sebuah peti ais sahaja untuk menampung jeruk mangga yang banyak kerana kekurangan modal. Beberapa bulan selepas itu, beliau menambah aset dengan membeli kereta baharu untuk menghantar produk kepada ejen. Beliau juga membeli dua buah peti ais yang baharu hasil keuntungan menjual jeruk mangga. Pembelian aset tersbut bertujuan meningkatkan pengeluaran dan memudahkan pemasaran produk sambil mengekalkan kualiti. Beliau juga berdepan dengan sebahagian kawan yang tidak menyokong jualan jeruknya itu dengan alasan tidak mempunyai masa depan. Dugaan yang pahit pernah beliau hadapi ialah beliau pernah terpotong jari semasa proses memotong buah membuat jeruk mangga, terpaksa mengambil cuti selama sebulan. Ia bukan alasan untuk terus berhenti daripada menjual jeruk ketagih. Beliau juga melalui pelbagai rencam kehidupan untuk terus berjaya. Farah JK Empire menggapai kejayaan Kejayaan yang paling membanggakan beliau mampu membayar yuran pengajian, belanja harian semasa belajar tanpa meminta pinjaman atau biasiswa daripada mana-mana pihak sama ada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) ataupun Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Selain itu, beliau mampu menampung perbelanjaan ibu bapa sebagai tanda hadiah dan rasa kesyukuran. Beliau juga pernah memberikan hadiah yang berjenama kepada ibu bapanya. Di sebalik kejayaan ini, ibu bapalah yang selalu memberi dorangan dan sokongan untuk beliau meneruskan perniagaan jeruk ketagih. Kejayaan yang paling bermakna untuk beliau ialah mampu membeli kereta sendiri pada tahun keempat belajar. Beliau mengamalkan sikap dengan menyimpan wang yang diperoleh bukan untuk dibelanjakan dan dijadikan modal pusingan dan pelaburan yang akan datang. Jika tidak, hanya sekali sahaja kita akan untung, kerugian yang diterima. Adat berniaga pasti ada untung rugi, katanya Farah. Beliau juga mampu untuk mengambil perlindungan takaful untuk diri sendiri dan hibah untuk emak dan ayahnya. Walaupun kita tahu yang takaful hanyalah untuk orang yang berkemampuan sahaja dan orang yang mempunyai pendapatan tetap juga perlu menyimpan. Berniaga sambil belajar memang banyak cabaran yang hadapai tetapi ia bukan menjadi halangan untuk beliau mengabaikan pelajaran. Beliau berjaya pergi ke kelas dengan menepati masa, tidak pernah kena teguran atau tindakan disiplin, tidak pernah ulangi peperiksaan. Beliau pernah juga ditemu ramah oleh wartawan mstar tentang perniagaan jeruk mangga ketagih serta dikeluar official article di website mstar, Instagram mstar, Facebook mstar serta twitter. Di universiti pula beliau dilantik menjadi ikon usahawan bagi alumni Fakulti Syariah dan Undang-undang. Kejayaan drastik yang beliau kecapi ini telah “Sambutan produk melalui platform Shopee sangat memberangsangkan apabila produk telah terjual 2000 balang bermula Disember 2020 malahan mendapat gelaran ‘PREFERRED SELLER’ daripada pihak Shopee” 20 Usahawan Siswa : Memeta Haluan, Melakar Jaya


dianugerahkan title preferred seller oleh shopee walaupun baharu 2 bulan bergiat aktif. Ini bermakna pelanggan mempercayai jualan produk beliau dan mendapat tempat di hati pengguna. Perancangan Farah JK Empire seterusnya Beliau mempunyai harapan yang sangat tinggi untuk mengembangkan lagi perniagaan serbuk asam beliau ke Sabah dan Sarawak serta ke negara-negara jiran seperti Brunei, Singapura, Indonesia dan seluruh negara lain. Selain itu, perisa serbuk asam dipelbagaikan supaya ia dapat dinikmati oleh pengguna setiap lapisan umur. Untuk kelas shopee, beliau berharap dapat membantu lebih ramai usahawan muda di luar sana untuk mulakan perniagaan di shopee. Akhir kata daripada Farah, beliau ingin menjadikan perniagaan beliau ini setanding dengan usahawanusahawan yang telah menjadi jutawan dan mempunyai jenama produk yang tekemuka di seluruh Malaysia. Selain itu, beliau ingin mencapai matlamat dan hasrat untuk membantu lebih ramai masyarakat di luar sana yang hilang pekerjaan disebabkan oleh pandemik Covid-19 untuk bersama-sama mencari pendapatan melalui perniagaan. 21 Makanan & Minuman


ABRIS BREAD ROTI KERING ‘ROTI LUTUT’ LARIS DI PASARAN Usahawan Nurul Najwa Ab Rahman Penulis Pn. Sarina Abdul Rani 22 Usahawan Siswa : Memeta Haluan, Melakar Jaya


Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, kautlah emas ke negeri sendiri. Berbekal pengalaman berniaga kecil-kecilan di luar negara tempat beliau belajar dahulu, gadis ini tidak menunggu lama untuk merealisasikan impian beliau selama ini. Produk roti kering ‘roti lutut’ ? Sekali dengar seperti roti kampung biasa tetapi impaknya amat besar terhadap diri dan perniagaan beliau. Perniagaannya turut menghadapi keusakaran ekoran berdepan dengan cabaran pandemik covid-19 membuatkan beliau sentiasa mencari idea kreatif untuk membangunkan perniagaannya. ABRIS BREAD : PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG USAHAWAN Bermula travelog pengajian yang beliau minati dalam bidang sains Kimia dan memiliki segulung ijazah selama lebih tiga tahun pengajian di University of Pennsylvania, United States dengan jayanya. Semasa pengajian, beliau terlibat dalam pengendalian sebuah koperasi restoran dalam kampus universiti sebagai kerjaya sambilan bagi menampung pembiayaan pengajian. Sebagai Student Manager, beliau dapat melihat business model dengan lebih mendalam. Dari penghantaran barangan, kiraan inventori dan yang paling menarik ialah sistem yang diguna pakai oleh koperasi di universiti termasuklah kiraan inventori, sistem mengelakkan barang dari luput dan cara membahagikan tugasan kepada pekerja supaya koperasi itu menjadi efisien. Di samping itu, beliau membantu kakaknya dalam perkhidmatan penghantaran barangan aksesori kegunaan wanita berjenama seperti kasut, beg tangan dan sebagainya. Pada awalnya penghantaran barangan dari Amerika Syarikat itu ke Malaysia sangat sukar kerana kos yang tinggi dan kebanyakan perkhidmatan yang sedia ada mengambil masa penghantaran yang sangat lama, lebih 3 bulan. Beliau jadikan halangan ini sebagai satu cabaran. Abris Bread mula mengorak langkah Bermulanya perkhidmatan penghantaran ini hanya untuk membantu meringankan kos penghantaran barangan kakak beliau dari Amerika Syarikat ke Malaysia. Beliau telah mendapat idea untuk mengendalikan perkhidmatan ini, iaitu BOX2Go, kepada rakan-rakan yang lain. Berbanding dengan perkhidmatan sedia ada, BOX2Go membuat kelainan dengan tempoh penghantaran kurang daripaada tempoh seminggu dan secara door to door. Mereka tidak perlu untuk mengambil barangan di check point di Malaysia. Barangan yang pos terus sampai di rumah penerima. Banyak pengalaman yang beliau peroleh sewaktu menguruskan BOX2Go dan beliau percaya ini merupakan tempoh praktikal beliau untuk berterusan dalam bidang perniagaan begini. Salah satu kenangan indah yang beliau hargai sewaktu pengajian di sana ialah bila memasuki pertandingan ‘business competition’ di Ohio State University, Ohio, di bawah anjuran US East Coast Presidential Council (US EPIC). Ini merupakan pertama kali beliau menyertai pertandingan seperti ini dan beliau sangat bersyukur mendapat ahli kumpulan yang terdiri daripada pelbagai bidang yang bukan sahaja business related. Mereka berjaya mendapat tempat kedua dalam pertandingan itu, dan melalui acara itulah beliau mendapati beliau 23 Makanan & Minuman


mempunyai minat yang mendalam dalam perniagaan. Beliau juga menggalakkan pelajar universiti untuk terlibat dalam pertandingan seperti ini untuk lebih mencungkil minat diri masing-masing. Bermulanya perniagaan Abris Bread Setelah kembali ke tanah air pada tahun 2018, beliau menyambung pengajian dalam Ijazah Sarjana di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) di Kuala Lumpur. Pada masa yang sama, beliau juga memulakan perniagaan membuat produk makanan halal, iaitu roti kering Abris Bread. Produk utama Abris Bread ialah roti kering. Roti kering yang enak ini melalui proses pembakaran sebanyak dua kali. Roti kering juga dikenali sebagai roti lutut, roti tongkat dan lainlain. Beliau memulakan perniagaan roti kering ini bersama-sama kakak dan abang iparnya. Pada permulaannya, mereka menyewa sebuah gerai Majlis Daerah Tangkak di Tanjung Agas. Sambutan daripada komuniti sekitar daerah Muar dan Tangkak amat memberangsangkan. Justeru, mereka mula membesarkan modal untuk membeli mesin yang canggih untuk meningkatkan kuantiti produk. Disebabkan ruang gerai Majlis Daerah agak terhad, mereka membuka satu bengkel kecil di sebelah rumah untuk menempatkan peralatan tambahan. Pada masa yang sama, mereka juga komited bersamasama dengan pihak agensi kerajaan terutama berkaitan program keusahawanan yang telah dibangunkan dan dianjurkan oleh Jabatan Pertanian, MARA, SMECorp, Pusat Usahawan Johor Bahru dan lain-lain. 24 Usahawan Siswa : Memeta Haluan, Melakar Jaya


Menerusi program-program yang dianjurkan oleh agensi kerajaan juga, mereka dapat infoinfo terbaru seperti geran. Channel pasaran Abris Bread pada awalnya hanyalah di gerai sendiri (belian secara walk-in) dan Business to business; menghantar roti kering dan roti bun ke kedai-kedai runcit berdekatan. Pada tahun pertama kami beroperasi, syarikat kami berjaya mendapat tempahan sebanyak 30 kedai runcit. Cabaran perniagaan roti kering Cabaran yang paling besar sepanjang mengendalikan Abris Bread adalah ketika dunia dilanda wabak Covid-19. Perniagaan tidak dapat diteruskan seperti biasa dan ianya amat terkesan kerana tidak pernah membayangkan situasi yang gawat seperti ini berlaku. Namun, kami masih lagi meneruskan pembuatan roti di bengkel sebelah rumah sebab mendapat permintaan yang tinggi sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 dilaksanakan. Dengan ancaman yang tidak boleh dikawal, beliau dan pasukan Abris Bread masih tidak berputus asa dan mencari idea kreatif untuk mengatasi masalah ini. Beliau mula berjinak-jinak dengan pemasaran secara online untuk mempromosikan Abris Bread. Sewaktu PKP ini jugalah, ramai orang yang menghubungi kami untuk menjadi agen dan stokis. Stokis kami kebanyakkannya di Bangi, Kajang, Klang dan Johor Bahru. Kejayaan Abris Bread Mereka mula mengkaji modal perniagaan kami dan membuat strategi yang berbeza bersesuaian dengan ‘norma baharu’. Pada Oktober 2020, mereka berjaya menyewa sebuah kilang di Pusat Apperentis di bawah Jabatan Pertanian dan mendapat kontrak sewa selama tiga tahun. 25 Makanan & Minuman


Situasi ini menjadi suatu peluang yang besar untuk kami berbangga sekiranya perniagaan ini mampu beroperasi dengan skala yang besar. Bermula di gerai Majlis Daerah yang berkeluasan kecil dan hanya tiga orang tenaga kerja, sekarang Abris Bread sudah mempunyai sebuah gerai majlis di Muar dan sebuah kilang di Pusat Apperentis Jabatan Pertanian, Tangkak. Agensi-agensi ini memainkan peranan penting dalam pengembangan syarikat kami. Beliau terus melabur untuk membina kilang sendiri yang modalnya besar dan risiko-risiko yang kami bakal hadapi. Membayar zakat menjadi tanggungjawab sosial syarikat kami kepada komuniti khususnya kepada mereka yang kurang berkemampuan dan miskin. Syarikat kami juga menganjurkan program sumbangan makanan di masjid dan surau sekitar daerah ini, dikenali sebagai ‘One Loaf One Love’. Bagi mereka yang ingin memberi sumbangan dalam bentuk produk makanan halal, mereka boleh menghubungi kami dan memberitahu lokasi saluran bantuan itu. Kami juga bekerjasama dengan foodbank Muar untuk mengagihkan barangan makanan kepada penduduk setempat yang memerlukan. Abris Bread menjadi sumber inspirasi terbesar beliau untuk terus komited dan berjuang dalam bidang perniagaan. Beliau berazam untuk menjadikan perniagaan ini sebagai satu perniagaan legasi turun-temurun keluarga. Perancangan Abris Bread seterusnya Beliau juga merupakan rakan kongsi kepada sebuah syarikat konsultan yang mencungkil bakat baharu dalam kalangan pelajar universiti dan sekolah yang mempunyai minat mendalam dalam dunia perniagaan. Beliau mendapat semangat apabila melihat rakan-rakan yang menyambung pelajaran dalam bidang masingmasing, dan kajian mereka sangat unik dan mempunyai nilai komersial yang sangat tinggi. Beliau berimpian untuk membantu mereka dari segi pemasaran dan rancangan perniagaan. 26 Usahawan Siswa : Memeta Haluan, Melakar Jaya


Siapa sangka roti kering ‘roti lutut’ yang dulunya cuma menjadi santapan bagi para ibu berpantang di kampung juga mereka yang baru berkhatan, kini telah mengorak langkah pembaharuan dimana turut menjadi hidangan kepada pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira peringkat umur. Tambahan pula, di musim PKP, roti ini lah yang menjadi rebutan kerana mampu disimpan lebih lama berbanding roti putih biasa. Biarpun roti ‘lutut’ nya tidak segah roti berjenama lain di pasaran namun roti keluaran Abris Bread mampu bersaing di pasaran tempatan. 27 Makanan & Minuman


Click to View FlipBook Version