The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hazlie.muhamad, 2024-03-14 14:54:32

BUKU USAHAWAN SISWA

BUKU USAHAWAN SISWA

SINTOKYO SUSHI DARI TOKYO KE SINTOK Usahawan Siti Norliana Noordin Penulis Dr. Wan Norhayati Wan Ahmad Dr. Saiful Azizi Ismail Prof. Dr. Chandrakantan Subramaniam Cik Fatin Athirah Fadzillah 28 Usahawan Siswa : Memeta Haluan, Melakar Jaya


“Bukan senang nak senang”. Kata-kata itu sangat tepat sekali. Kecewa dan hampir berputus asa apabila idea perniagaan sushi ini pada awalnya menerima kritikan hebat daripada orang sekeliling. Namun, benarlah kata pepatah belum cuba belum tahu. Berkat kesabaran dan kreativiti, usahawan muda ini terus melangkah ke depan. Semoga langkahnya semakin panjang untuk membawanya mencapai impian. USAHAWAN SINTOKYO SUSHI Siti Norliana Noordin, atau nama manja yang lebih mesra dipanggil Liana, merupakan anak kelahiran Alor Setar, Kedah. Walaupun beliau memegang graduan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengurusan Awan dari Universiti Utara Malaysia, (UUM) minat beliau lebih menjurus kepada perniagaan. Anak bongsu daripada enam beradik ini nampak begitu ‘sempoi’ kata orang Kedah namun sangat kreatif, berbakat besar dan bukan calang-calang orangnya. Norliana adalah pengasas perniagaan Sintokyo, iaitu perniagaan makanan yang berasaskan sushi. Perniagaan ini bermula dari dalam kampus. Pada usia 25 tahun pula, Liana telah berjaya mengembangkan perniagaannya ke luar kampus pengajiannya, lalu menembusi pasaran di sekitar negeri Kedah. Usia muda bukanlah penghalang untuk berjaya, malah ia menjadi satu kelebihan untuk Norliana menimba lebih banyak ilmu dan pengalaman. Sintokyo Sushi punya tarikan yang tersendiri Sushi yang dihasilkan oleh perniagaan ini luar biasa. Mereka melakukan inovasi terhadap produk sushi ini dengan menerapkan citarasa tempatan ke dalam menu mereka seperti sushi serunding dan sushi sate. Selain citarasa Malaysia, mereka juga menambah citarasa Korea yang mendapat tempat di hati netizen pada masa sekarang. Selain itu, sushi-sushi ini ditambah baik dari segi hiasan. Sushi yang dihasilkan mempunyai bentuk yang pelbagai dan gabungan warna serta susunan corak yang menarik. Hasil makanan buatannya yang menyelerakan ini bukan sahaja memberi daya tarikan kepada penggemar sushi malahan turut menarik minat kepada bukan penggemar sushi. Kini, Sintokyo menyajikan lebih 40 jenis sushi kepada pelanggannya. Sehingga kini, perniagaan ini juga menggunakan model perniagaan secara “consignant”, selain jualan terus kepada pelanggan. Beberapa sekolah dan restoran di sekitar Kedah menjadi pelanggan tetap atau ‘consignee’ mereka. Menurut Liana, mereka bercadang untuk mengembangkan lagi perniagaan mereka dengan menambah lagi jumlah ‘consignee’ mereka ke daerah lain seperti Sungai Petani dan negeri yang berhampiran. Kini, Sintokyo sushi boleh berbangga yang mereka telah pun mempunyai café mereka sendiri. Café ini baharu sahaja diubah suai dan diharap dapat beroperasi dalam masa terdekat. Pada masa ini café ini beroperasi secara sementara sebagai tempat penghasilan produk. 29 Makanan & Minuman


Perjalanan perniagaan Mengimbau detik awal Norliana menceburi bidang perniagaan sushi ini, Liana sendiri tidak menjangka yang beliau pergi sejauh ini. Pada awalnya, Liana sendiri bukanlah penggemar sushi. Namun, beliau mahir membuat sushi ini dengan mempelajarinya melalui seorang kawan dan daripada saluran Youtube. Disebabkan pengalamannya membantu kedua-dua orang tuanya dalam perniagaan makanan sebelum ini, minat memasak dan berbakat berniaga telah tertanam dengan subur dalam jiwanya. Semangatnya menjadi berkobar-kobar apabila beliau menerima sokongan padu dan galakan yang tidak berbelah bahagi daripada mentornya, iaitu Professor Madya Dr. Armanurah Mohamad. Menurut mentornya, pada mulanya Liana seorang yang pemalu dan kurang berkeyakinan, namun semangat dan kesungguhan yang ditunjukkan, beliau telah berjaya mengubah kehidupan dan mampu mengecapi semua yang ada pada beliau hari ini. “Kami masih berhubung dengannya hingga ke hari ini dan beliau sering meminta nasihat daripada saya berkaitan dengan selok belok dalam perniagaannya. Saya tumpang berbangga dengan kejayaannya”, ujar beliau. “Idea untuk berniaga sushi ini tercetus semasa saya dan ahli kumpulan diwajibkan menjalankan tugasan bagi kursus Pengurusan Jaringan Usahawan dan kursus Gelagat dan Kemahiran Keusahawanan. Saya merasakan perniagaan sushi mempunyai potensi yang besar di UUM memandangkan pada masa itu tiada lagi perniagaan seumpama ini di sini”, ujarnya. Jangkaan beliau menjadi kenyataan apabila mereka menerima banyak tempahan sehingga mereka terpaksa menolak sebahagian daripadanya kerana belum bersedia. Situasi ini telah memberi keyakinan kepada Liana bagi meneruskan perniagaan ini walaupun tanpa rakan-rakan sekumpulannya selepas itu. Berbekalkan modal sebanyak RM800 yang disumbangkan oleh ahli kumpulan, perniagaan ini berjaya dikembangkan sedikit demi sedikit melalui hasil jualan yang dijadikan pusingan modal. Mereka bertuah kerana telah memenangi beberapa pertandingan yang menawarkan dana pemulaan (seed fund) dan juga geran perniagaan yang dapat membantu untuk mengembangkan lagi perniagaan mereka. Mengimbas kembali perniagaannya dan kawan-kawan sewaktu berada di kampus, mereka terpaksa menyewa rumah tumpangan (homestay) di sekitar Changlon bagi menyiapkan tempahan yang diterima. Hal ini demikian kerana tempahan yang diterimanya sangat menggalakkan. Mereka tidak mempunyai ruang dan kelengkapan yang cukup di kampus. Bagi Norliana, kejayaan yang dikecapinya pada hari ini bukanlah daripada hasil usaha kerasnya semata-mata, tetapi juga sokongan yang diberikan oleh universiti kepada beliau. Menurut Liana, beliau banyak belajar ilmu keusahawanan melalui program-program yang diikuti bersama Institut Pembangunan Keusahawan dan Koperasi UUM (CEDI). Ujarnya, CEDI memberi banyak peluang kepadanya dan pelajar-pelajar “Idea berniaga sushi ini tercetus semasa saya dan ahli kumpulan diwajibkan menjalankan tugasan bagi kursus Pengurusan Jaringan Usahawan dan kursus Gelagat dan Kemahiran Keusahawanan” 30 Usahawan Siswa : Memeta Haluan, Melakar Jaya


UUM untuk mengikuti latihan keusahawanan dengan menyertai pelbagai pertandingan keusahwanan yang dianjurkan seperti Varsity Enterprenureship Skill and Talents (VEST), Malaysian Enterpereneuship Award (MEA) dan lain-lain. Selain CEDI, Pusat Inovasi dan Pengkomersilan (ICC) juga telah berjasa dalam mendapatkan pendaftaran perlindungan harta intelek (copyright) dari MyIPO. Kejayaan Sintokyo Sushi Kejayaan yang dikecapi oleh anak muda ini bukanlah datang secara bergolek. Pelbagai cabaran yang telah dilaluinya. Idea untuk menjual sushi ini juga yang pada mulanya menerima kritikan daripada orang sekelilingnya. Namun, beliau diyakinkan oleh mentornya untuk menjadikan kritikan itu sebagai cabaran untuk beliau terus mendaki tangga kejayaan. Memulakan perniagaan di kampus amat mencabar. Norliana perlu bijak membahagikan masa untuk belajar dan perniagaan. Banyak perkara yang perlu dikorbankan seperti masa rehat dan tidur. Selain daripada mentor dan kawan-kawan, motivasi diri pada waktu kecewa dan ‘down’ ialah semangat berjuang dan wajah ibu yang dikasihi. Kejayaan yang dikecapi ini untuk dikongsikan bersama-sama keluarga dan perniagaan ini juga mampu memberi peluang pekerjaan kepada teman-teman seperjuangannya dalam mencari duit poket, iaitu bekerja secara sambilan di premisnya. Persaingan menjadi cabaran yang wajar dihadapi oleh semua perniagaan. Pada awalnya, Sintokyo tidak mempunyai persaingan di kampus. Di luar 31 Makanan & Minuman


kampus juga, persaingan tidaklah begitu ramai. Akhir ini, ramai pula usahawan membuka mata dan menyedari akan potensi perniagaan ini, lalu memberi saingan yang hebat kepada Sintokyo. Untuk kekal kompetitif, Liana sedar yang beliau harus senantiasa berinovasi dan terus menjaga mutu hasil produk mereka. Episod kejayaan Sintokyo Sushi Pelbagai kejayaan telah diraih oleh Sintokyo Sushi. Pada tahun 2017 tahun pertama penubuhannya, perniagaan ini berjaya mendapat tempat 10 terbaik dalam pertandingan Varsity Entrepreneurship Sikills and talent (VEST) 2017. Pertandingan ini disertai oleh semua pusat pengajian tinggi awam dan swasta di seluruh Malaysia. Pada tahun yang sama, Sintokyo Sushi juga telah terpilih sebagai ‘Top 10’ untuk program TERAJU Higher Education, Kementerian Pengajian Tinggi dan memenangi dana wang tunai bernilai RM50,000. Pada tahun 2017 menjadi tahun yang sangat bertuah kepada Norliana dan perniagaannya, kerana pada tahun ini juga mereka menjadi pilihan 10 perniagaan terbaik untuk Malaysian Entrepreneurship Award (MEA), di bawah kategori Óutstanding Student Enterprise’. Pertandingan ini juga disertai oleh semua pusat pengajian tinggi awam dan swasta seluruh Malaysia. Berikutnya, pada tahun 2018, Liana dinobatkan sebagai Ikon Keusahawanan Inasis Bank Rakyat, Universiti Utara Malaysia. Kejayaan Sintokyo dan pemiliknya diteruskan lagi pada tahun 2019, Sintokyo telah mengukir kejayaan yang cemerlang apabila menjadi penerima anugerah perak pada Persidangan dan Expo Antarabangsa Ciptaan Institut Pengajian Tinggi (PECIPTA) 2019. Terbaharu, Norliana telah berjaya menempatkan dirinya sebagai peserta program JUMPER dari PUNB dan mendapatkan geran perniagaan bernilai RM10,000. 32 Usahawan Siswa : Memeta Haluan, Melakar Jaya


Perancangan Sintokyo Sushi pada masa hadapan Pemilik Sintokyo Sushi juga bercadang untuk mendapatkan tapak perniagaan di dalam kampus UUM dan menjadikannya sebagai francais. Pelajar pula akan dibimbing untuk menjadi seorang usahawan sushi seperti mereka. Dari hanya sebuah projek kursus, Di samping sushi, kini Liyana dan rakan perniagaannya yang baharu juga berjinakjinak dengan perniagaan percetakan kreatif. Mereka bercadang untuk menjadikan café mereka sebagai café percetakan sambil menjamu selera, pelanggan juga dapat melihat dan menempah produk percetakan daripada mereka. Produk-produk percetakan mereka juga akan dipamerkan sebagai hiasan di café tersebut. Seorang usahawan seperti Norliana bukan sahaja harus cekal dan percaya kepada diri sendiri, malah sentiasa berinovatif dan bersedia untuk menambah ilmu di dada dari semasa ke semasa. Pelbagai latihan dan program yang ditawarkan oleh agensi kerajaan kepada usahawan termasuklah dana dan geran perniagaan. Ini menjadi inspirasi kepada kerajaan dan universiti untuk melahirkan lebih ramai pencipta kerjaya dalam kalangan graduan. Usahawan yang berjaya selalu membantu menjana pendapatan untuk dirinya, malah membuka peluang pekerjaan kepada orang lain. Diharapkan lebih ramai usahawan dapat dilahirkan oleh universiti di Malaysia dengan kerjasama daripada pusat keusahawanan masingmasing. Semoga Covid-19 ini berlalu pergi dengan segera. Tidak sabar menantikan pembukaan Café Sushi yang diberi nama Sushi Rizqi yang berkonsepkan Hipster Café. Bukan sahaja sushi, makanan “authentic” Korea juga bakal dihidangkan di sini. Semoga perniagaan Liana semakin berkembang pada masa hadapan dan lebih banyak peluang pekerjaan dapat beliau jana. 33 Makanan & Minuman


HASH CREAM TAMPILKAN KEUNIKAN AIS KRIM KELANTAN Usahawan Mohd Maliki Mohd Noh Penulis Cik Zaizulhizma Salleh En. Wan Mohd Amirul Hafiz Wan Abu Bakar 34 Usahawan Siswa : Memeta Haluan, Melakar Jaya


Beliau mula menjejak kaki di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dengan satu tekad, iaitu mencapai kejayaan dan menggenggam segulung ijazah sebagai pelengkap diri di alam pekerjaan nanti. Tekad dan niatnya kian berubah apabila Mohd Maliki Mohd Noh mula mengenal makna usahawan dan perniagaan. Dengan sedikit ilmu yang ada berkenaan usahawan beliau tekad merebut peluang untuk melengkapkan diri bagi menjadi usahawan yang berjaya. PENGUSAHA HASH CREAM Usahawan muda berusia 25 tahun ini, Mohd Maliki Bin Mohd Noh merupakan graduan Sarjana Muda Teknologi (Alam Sekitar), Universiti Malaysia Terengganu. Anak kelahiran Cik Siti Wan Kembang ini meminati bidang usahawan bermula sejak beliau berada dalam pengajian tahun satu di Universiti Malaysia Terengganu. Penglibatan secara aktif dalam bidang usahawan ketika beliau menjadi ahli Koperasi Mahasiswa (KOSISWA UMT). Beliau sentiasa mencari peluang untuk maju ke hadapan. Bermula dengan membuat aiskrim Malaysia sendiri di rumah sewanya tanpa bantuan daripada sesiapa. Kemudian, beliau menjual hasil itu kepada kawan-kawan. Setelah mendapat komen positif daripada kawan-kawan baharulah beliau memasarkan pula kepada staf UMT. Di samping itu, produk ini turut mendapat tempahan majlis perkahwinan. Dengan ini, ia telah membakar semangat beliau untuk menghasilkan lebih banyak aiskrim dengan pelbagai perisa dan dianggarkan hasil itu sebanyak 3000 sebulan. Setelah 3 tahun berkecimpung dalam bidang pembuatan dan penjualan, aiskrim keluarannya ini mendapat permintaan tinggi dari dalam dan luar kampus UMT. Kini beliau boleh menarik nafas lega kerana tertubuhnya premis pemprosesan aiskrim miliknya yang terletak di Kg. Menanti, Selinsing, Pasir Puteh, Kelantan. Hash Cream sepintas lalu Sejak di alam pengajian lagi, beliau pelajar yang aktif dan cemerlang dalam perniagaan. Kejayaan menampakkan hasil apabila berjaya memperoleh Geran Usahawan Perantis sejumlah RM3,500.00. Beliau juga terlibat dalam program usahawan lain yang dianjurkan oleh Pusat Keusahawanan dan Kerjaya (CEC) dan KOSISWA UMT. Semasa dalam pengajian, beliau berjaya memperoleh pendapatan sampingan berjumlah RM3,000.00 sebulan hasil daripada menjual aiskrim. Kini, beliau memberi fokus kepada perniagannya sepenuh masa. Pada masa sekarang beliau mempunyai seramai 10 orang pekerja yang bertungkus lumus dalam proses pembuatan serta pembungkusan produk itu. Aiskrim Malaysia beliau kini dijenamakan sebagai Hash Cream dengan pelbagai perisa. Syarikatnya mampu hasilkan pengeluaran lebih 300 liter aiskrim sehari. Selain itu, pelbagai jenis bentuk aiskrim seperti kon, cup, batang dan aiskrim Malaysia dihasilkan dengan pelbagai perisa 35 Makanan & Minuman


Uniknya, para pelanggan boleh menempah Hash Cream ini mengikut citarasa mereka. “Bagi saya, UMT banyak membantu saya dari segi modal, geran, fasiliti dan kemudahan untuk saya menjalankan perniagaan ini”. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak CEC dan KOSISWA UMT,” Ujarnya apabila ditanya berkenaan peranan universiti. Hash Cream mengorak langkah Setiap perniagaan pasti akan ada cabaran. Begitu juga dengan usahawan ini. Pada awal perniagaan, idea untuk mengkomersialkan aiskrim Malaysia ini telah dipandang sinis oleh keluarga dan rakan-rakan. Mereka tidak yakin bahawa menjual aiskrim Malaysia ini mampu menjana pendapatan lumayan. Selain itu, beliau pernah kerugian wang ringgit kerana kurangnya ilmu dalam perniagaan. Namun, itu semua sedikit pun tidak mematahkan semangat beliau untuk membuktikan bahawa produk yang dihasilkan ini mampu pergi jauh. Graduan hebat ini mendalami ilmu keusahawanan dengan menyertai program yang disediakan oleh pihak UMT serta agensi-agensi luar serta membuat R&D bagi mendapatkan resepi yang terbaik. Kejayaan Hash Cream Beliau pernah terpilih sebagai Agropreneur Muda yang dianjurkan oleh Jabatan Pertanian. Kini, dengan memiliki premis pemprosesan aiskrim sendiri, beliau sudah menjadi kebanggaan semua pihak. Syarikatnya mampu menghasilkan pengeluaran lebih 300 liter aiskrim sehari. Selain itu, pelbagai jenis bentuk aiskrim seperti kon, 36 Usahawan Siswa : Memeta Haluan, Melakar Jaya


cup, batang dan aiskrim Malaysia dihasilkan dengan pelbagai perisa. Hala tuju dan perancangan masa hadapan Harapan dan perancangan untuk masa hadapan pastinya ada pada setiap insan yang bergelar usahawan. Beliau sangat komited untuk menjadi pengeluar aiskrim utama di Kelantan. Kini aiskrim beliau sudah boleh didapati di kedai-kedai runcit sekitar Kelantan. Beliau juga ingin menjadikan Hash Cream ini sehebat produk jenama Nestle dan Walls. Beliau percaya dengan memantapkan pusat pemprosesan aiskrim dan menambah kapasiti pembuatan sekali gus menjadi satu nama yang gah dan menjadi buah mulut orang ramai. Pengajaran daripada liku-liku kejayaan Mohd Maliki Mohd Noh ini ialah beliau merupakan seorang pelajar dan graduan yang suka ambil mengambil peluang keemasan serta tidak menghiraukan segala cacian dan makian yang diberikan. Semangat kental dan keazaman ingin berjaya menjadikan beliau seorang usahawan aiskrim pada masa kini. Beliau tidak pernah mengenal erti kegagalan dan sentiasa belajar dari kesilapan yang pernah dilakukan. Kini beliau tidak menoleh ke belakang lagi dan berusaha seiring dengan era globalisasi dengan menjadikan jobcreator sebagai destinasi. Harapan beliau juga melalui perniagaan aiskrim ini akan dapat membantu para pencari kerja dan juga dapat memberikan inspirasi kepada golongan belia untuk menjadi jobcreator. 37 Makanan & Minuman


BAKERY WMH ENTERPRISE AURA USAHAWAN OKU PENUHI PERMINTAAN PASARAN Tuanku Syed Sirajuddin Usahawan Wan Muhammad Hafizunif Wan Roslan Penulis Pn. Rabiatul Adawiyah Ismail En. Nor Haizan Mehat Pn. Norhaslynda Amat Kamisan En. Azizee Aziz 38 Usahawan Siswa : Memeta Haluan, Melakar Jaya


Berprinsip iaitu tidak mahu terlalu bergantung hidup atas ehsan orang lain, seorang anak muda kelahiran orang kelainan upaya telah membuktikan insan sepertinya juga boleh berjaya jika berusaha. Beliau yang dilahirkan pekak dan bisu sejak lahir bercita-cita tinggi dalam bidang kulinari. Meskipun mempunyai kekurangan dari segi komunikasi dan pendengaran, namun beliau bertekad mengejar cita-cita itu. Bidang kulinari berkaitan dengan pembuatan kek, biskut dan roti menjadi saksi jejaka ini melebar sayap di bawah perniagaan beliau iaitu Bakery WFH Enterprise BAKERY WMH ENTERPRISE Pemuda yang berasal dari Perlis, Wan Muhammad Hafizunif bin Wan Roslan telah dilahirkan 24 tahun dahulu dalam keadaan pekak dan bisu tetapi kekurangan itu tidak sedikit pun menjadi alasan kepadanya untuk mengejar citacitanya berjaya dalam bidang Kulinari. Beliau telah memulakan pendidikan rendah di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas, Perlis, seterusnya mengikuti pendidikan menengah di Sekolah Menengah Pendidikan Khas Persekutuan di Pulau Pinang. Bagi memastikan beliau berada pada landasan yang betul menuju cita-citanya, Wan Muhammad Hafizunif memilih untuk meneruskan pengajian di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) dalam program Sijil Kemahiran Hotel dan Katering di Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti pada tahun 2017. Pemilihan PTSS ini sebagai tempat pengajian dalam meneruskan cita-cita beliau adalah bertepatan. Perjalanan perniagaan Pada tahun 2020, anak bongsu daripada tiga adik-beradik ini telah berjaya membuka perniagaannya sendiri yang berhampiran rumahnya di Felda Mata Ayer, Perlis. Sokongan kuat daripada keluarga serta bimbingan para pensyarah di PTSS telah mendorong beliau untuk kekal bersemangat dalam menghasilkan produk yang menepati citarasa penggemar roti, kek dan pelbagai biskut. Bermula dengan menghantar produknya ke kedai-kedai sekitar dan menerima tempahan kek, beliau kini sedang giat berusaha untuk memajukan perniagaannya. Beliau turut mengikuti bengkel-bengkel Keusahawanan dan Pengurusan Kewangan selain kelas penghasilan pastri dan lain-lain yang dianjurkan oleh PTSS. Selain itu, beliau telah menghadiri Program Keusahawanan & Pengurusan Kewangan untuk Orang Pekak anjuran Persatuan Orang Pekak Kedah. Bermula daripada ilmu yang diperoleh itu, beliau telah mengorak langkah dengan mendaftar syarikat dengan pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Kedai Bakeri beliau didaftarkan atas nama Bakery WMH Enterprise pada tahun 2019. Beliau telah menghasilkan produk roti, kek dan biskut. Produk beliau dipasarkan di dalam dan luar Negeri Perlis. Beliau telah menapak selangkah lagi dengan memohon bantuan perniagaan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Jabatan Tenaga Kerja Negeri Perlis (JTK). Beliau telah memperoleh bantuan kewangan sebanyak RM2,700 daripada JKM. Manakala, pihak JTK telah memberi peruntukan sebanyak RM49,000 dalam bentuk peralatan mesin, rumah kedai dan papan tanda. Daripada bantuan tersebut, beliau dapat menghasilkan produk berkualiti dan kuantiti yang mengikut permintaan pasaran. Terkini 39 Makanan & Minuman


produk beliau telah dipasarkan di GEREG CAFÉ di Kangar, Perlis. Keazaman beliau ini membuktikan bahawa beliau mampu pergi lebih jauh. Oleh itu, faktor ini memudahkan beliau dibantu oleh pelbagai agensi kerajaan. Ketika ini, seluruh dunia berhadapan pandemik global COVID-19. Wan Mohammad Hafizunif masih menerima tempahan secara dalam talian melalui laman sosialnya. Kepentingan teknologi maklumat dan komunikasi dalam bidang keusahawanan sememangnya tidak dapat dinafikan lagi. Apatah lagi, dalam keadaan ekonomi global yang semakin mencabar ini memerlukan usahawanusahawan untuk terus bertahan dengan saingan perniagaan yang semakin meningkat saban hari. Berbanding pasaran tempatan yang bersifat lebih terhad, perniagaan yang berasaskan dalam talian mampu menembusi pasaran yang lebih luas serta meningkatkan jualan produk yang dikeluarkan (Ahmad Firdause & Mohd Rafi, 2017). Kebanyakan para pensyarah berpendapat beliau seorang yang berkeyakinan tinggi, memiliki daya kepimpinan, dan sangat positif. Sifat beliau secara tidak langsung memancarkan aura sebagai seseorang yang boleh menjadi contoh individu kelainan upaya yang terbaik kepada rakan – rakan malah insan yang senasib dengannya di luar sana. Cabaran mengelola perniagaan Cabaran beliau dalam perniagaan ini ialah beliau menghadapi masalah dari segi komunikasi dengan orang ramai. Beliau terpaksa meminta bantuan ahli keluarga untuk memasarkan produk beliau. Faktor ini sedikit sebanyak membataskan aktiviti perniagaan dan niat beliau untuk meluaskan pemasaran produk perniagaan. Kelemahan dalam pengiraan asas kewangan juga memberi impak negatif pada perniagaan. Hal ini penting bagi memastikan pengurusan kos, pembangunan produk dan perkembangan perniagaan dapat diuruskan dengan berkesan dan efektif. Di samping itu, pemasaran produk beliau juga terhad disebabkan tiada kenderaan sendiri dan terpaksa meminjam kenderaan ahli keluarga untuk menghantar produknya di pasaran. Kurang menguasai media sosial dalam teknik pemasaran juga membataskan produk beliau dikenali ramai. Walau bagaimanpun, beliau tidak keseorangan mengharungi cabaran perniagaan ini dan keluarga serta para pensyarah yang pernah mengajar beliau senantiasa menghubungi dan membimbing serta memberikan motivasi. Ini penting untuk 40 Usahawan Siswa : Memeta Haluan, Melakar Jaya


memastikan beliau tidak mudah berputus asa, mampu menyelesaikan masalah, proaktif, cekap menguruskan masa, dan berpandangan jauh (Shahrizat Mohiyar, 2020). Bakery WMH melakar kejayaan Pada tahun 2020, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis telah mengumumkan yang Wan Muhammad Hafizunif bin Wan Roslan sebagai penerima Anugerah OKU Harapan sempena Program Sambutan Hari Warga Emas dan OKU. Duli Yang Teramat Mulia, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis telah berkenan mengurniakan anugerah tersebut kepada beliau dengan disaksikan oleh Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, Raja Puan Muda Perlis dan Encik Abdul Malek bin Hassan, Pengarah Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS). Sepanjang pengajiannya di PTSS, para pensyarah telah dapat menghidu bakat dan kemampuannya dalam bidang bakeri. Maka, bermulalah titian pencapaian beliau di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Bagi peringkat kebangsaan, beliau telah menyertai National Abilympics 2018. Dalam pertandingan ini, beliau telah diumumkan sebagai pemenang 41 Makanan & Minuman


Pingat Emas. Kejayaan ini telah melayakkan beliau bakal mewakili Malaysia ke Rusia pada International Abilympics pada 2021. Terdapat pelbagai lagi pertandingan yang telah beliau sertai. Antara pertandingan yang disertai termasuklah pertandingan Penang International Halal Chef Challenge yang disertainya pada setiap tahun sejak tahun 2017. Pada tahun itu, beliau dianugerahkan Diploma bagi kategori Malay Traditional Ketupat Rendang. Tahun kedua menyertainya pada 2018, beliau membawa pulang pingat perak dalam kategori Dress 2 Tier Cake. Pingat Gangsa dalam kategori yang sama diraih dalam tahun 2019 dalam pertandingan tersebut. Kejayaan besar beliau adalah dapat mengharumkan nama PTSS apabila telah menerima Anugerah Khas Kemahiran sempena Majlis Konvokesyen Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin pada tahun 2019 yang turut dihadirinya. Perancangan masa hadapan Sebagai seorang usahawan, Wan Muhammad Hafizunif bin Wan Roslan telah melihat kekurangan diri yang ada padanya bukan menjadi batu penghalang kepada kejayaannya pada masa hadapan. Beliau perlu memastikan kejayaan yang bakal dicapai dalam bidang perniagaan adalah sama dengan usahawan normal yang lain. Kekurangan diri yang ada padanya bukannya kelebihan dalam membuka peluang perniagaan kepadanya. perancangan pada masa hadapan amatlah penting. Beliau berusaha meningkatkan kompetensi beliau dengan mengikuti pelbagai kursus dalam pembuatan kek dan coklat. 42 Usahawan Siswa : Memeta Haluan, Melakar Jaya


Tidak perlu memandang rendah di atas keupayaan orang lain, kejayaan itu pasti akan dimiliki. Wan kini mampu berdikari membina kerjaya yang gemilang setanding dengan orang lain yang sempurna sifatnya. 43 Makanan & Minuman


ZAHEMAS UTARA ENTERPRISE KEUNIKAN AROMA KOPI SEGERA Sultan Azlan Shah Usahawan Nurul Syazwani Mohamad Zahari Penulis Pn. Noraini Hashim En. Mohamad Ali Hamzah 44 Usahawan Siswa : Memeta Haluan, Melakar Jaya


Setiap kali hujan membasahi bumi, pasti ramai terkenangkan waktu kanak-kanak mereka, duduk bersama keluarga tercinta sambil menikmati aroma kopi dan cokodok panas. Setiap basahan tekak memberi kenikmatan kepada mereka yang menggemarinya. Kopi yang sekarang bukannya yang dulu, perubahan seiring mengikut peredaran masa, kini amat mudah di datangkan dalam peket hanya perlu buka peket, tuangkan dan bancuh bersama air ke dalam bekas yang disediakan. Menyedari kopi adalah minuman santai rakyat Malaysia, gadis manis Nurul Syazwani berjaya membuat olahan yang pada awalnya hanya kopi biasa bertukar kepada kopi segera rendah kafein. Usaha luar biasa, minuman yang sinonim bagi masyarakat kampung, kini mampu dan setanding dengan minuman VVIP yang lain. Semua itu tidak mustahil jika seseorang itu bijak menanganinya. Dibawah syarikat yang diberi nama ZAHEMAS UTARA ENTERPRISE, beliau teguh berdiri… PENERAJU ZAHEMAS UTARA ENTERPRISE Nurul Syazwani Binti Mohamad Zahari graduan daripada Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) bagi tahun 2020, dan merupakan pengasas utama kepada syarikat Zahemas Utara Enterprise. Beliau berasal dari Kedah dan merupakan anak sulung daripada 6 orang adik-beradik. Beliau menamatkan pengajian Diploma Kejuruteraan Elektrik di PSAS dan kini melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Kejuruteraan Elektrik Kuasa Industri di UNIMAP. Zahemas Utara berdaftar dengan nombor sijil AS038248-W secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Bermula 2018, beliau telah menjalankan pelbagai perniagaan secara offline. Sebelum beliau memulakan perniagaan sendiri, beliau merupakan seorang dropship tudung dan kek ketika beliau berumur 15 tahun. Beliau mula menjual produk kepada rakan-rakan di sekolah kerana ingin mencari duit tambahan persekolahan. Berasal daripada keluarga yang susah dan mempunyai adik-beradik yang ramai memberi kesan kepada kewangan keluarganya. Ayah beliau hanya seorang pemandu lori yang bergaji kecil dan ibu yang tidak bekerja. Atas faktor masalah kewangan keluarga inilah, beliau mengambil keputusan untuk mencari wang tambahan supaya dapat membeli keperluan persekolahannya dan adik-adiknya. Selepas tamat SPM, beliau menyatakan hasrat kepada ayah untuk bekerja sebagai promoter produk di sebuah pasaraya terkemuka di Kedah. Tetapi, ayahnya menghalang beliau bekerja di bawah pasaraya kerana dia ingin melihat beliau melanjutkan pengajian di peringkat yang lebih tinggi. Atas sikap tegas ayahnya ini, beliau mengambil keputusan untuk bekerja di rumah saja. Pada mulanya, beliau ingin menjadi agent kepada produk minyak wangi iaitu Dexandra, tetapi ayah beliau menghalang disebabkan beliau masih kecil dan perlukan banyak pengetahuan asas dalam perniagaan. Walaupun dihalang oleh ayahnya, beliau tetap nekad untuk mencari pekerjaan yang boleh dilakukan walaupun di rumah sahaja. Selepas 2 minggu, beliau mengajak ibunya ke bank untuk keluarkan duit simpanan beliau secara diam tanpa pengetahuan ayah. Beliau menggunakan wang simpanannya 45 Makanan & Minuman


untuk membeli telefon bimbit dan mengikuti beberapa kursus asas perniagaan yang berbayar. Beliau juga mengikuti kursus asas pembuatan produk secara berbayar menggunakan wang hasil simpanan tersebut. Selepas tamat semua kursus yang dihadiri selama 2 minggu, beliau menyatakan hasrat kepada ayahnya yang beliau ingin menjadi seorang usahawan yang terkenal dan berjaya. Beliau bersedia menghadapi pelbagai risiko ketika itu beliau baru berusia 17 tahun. Atas pujukan beliau, ayahnya memberi keizinan malahan mula membantu beliau dengan mengeluarkan modal pertama untuk beliau menghasilkan produk sendiri. Timbul idea perniagaan kopi segera Produk pertama yang beliau hasilkan ialah minyak wangi jenama sendiri. Kesan tiada sambutan yang menggalakkan, beliau terus menghasilkan sabun mandian dan kosmetik jenama sendiri dan tiada sambutan. Beliau tak putus asa. Suatu hari, beliau melihat ayahnya sedang minum kopi dan beliau bertanya kepada ayahnya, “Ayah, sedap tak minum kopi? Tak pahit kah”. Ayah beliau menjawab bahawa tiada kopi yang tidak pahit dan kebanyakan kopi mempunyai kadar kafein yang tinggi. Apabila beliau mencuba, beliau faham yang anak muda atau budak kecil tidak gemar akan kopi. Dari situlah terhasilnya produk terbaharu beliau iaitu produk kopi segera yang rendah kafein. Beliau berusaha siang malam berniaga secara offline dan menjual dari rumah ke rumah ingin mencari pelanggan. Atas usaha beliau selama 4 bulan itu membuahkan hasil. Beliau berjaya mendapat pulangan modal ayahnya. Dan beliau nekad untuk mengembangkan lagi jenama beliau di pasaran. Produk kopi ini produk minuman segera yang mudah dan sesuai untuk golongan yang sibuk bekerja atau golongan yang tidak mahir menghasilkan air kopi yang sedap. Produk kopi beliau tidak memberikan kesan sampingan lain selepas minum malah ia membantu memberikan kesegaran pada diri untuk kekal aktif dan bersemangat dalam melakukan rutin harian. Produk kopi ini mempunyai kandungan kafein yang rendah. Perjalanan Zahemas Utara Setelah lima bulan berniaga produk kopi, beliau mendapat tawaran untuk melanjutkan pengajian di Politeknik Sultan Azlan Shah. Beliau tidak berhenti melakukan kegiatan perniagaannya itu. Beliau menggunakan 100% wang dari perniagaan beliau untuk menampung pengajiannya di PSAS. Pasaran pula berubah dari jiran tetangga kepada pelajar PSAS yang semestinya akan mencari kopi untuk berjaga pada waktu malam. Beliau meneruskan perniagaannya di PSAS sehinggalah beliau bertemu dengan mentornya, iaitu Puan Noraini Bt Hashim dalam semester 3 dan berusia 20 tahun. Pertemuan itu terjadi ketika program keusahawan dan beliau mengambil peluang ini dengan harapan dapat meningkat jualan setiap bulan. Setelah tiga kali percubaan 46 Usahawan Siswa : Memeta Haluan, Melakar Jaya


untuk berjumpa dengan Puan Noraini, akhirnya Allah mempermudahkan urusan beliau. Selama 2 tahun beliau berada di bawah bimbingan Entrepreneurial Management Centre (EMaC) dan di bawah mentor Pn Noraini, pelbagai aktiviti dan pengetahuan dalam perniagaan beliau peroleh. Dari produk beliau tidak dikenali di mata PSAS sehinggalah produk beliau menjadi satu jenama yang popular dalam kalangan pelajar dan pensyarah. Pada masa ini pendapatan bulanan beliau juga mula meningkat. Beliau juga mempunyai 10 orang stokis dan 20 orang agen yang menjadi tulang belakang untuk mengukuhkan perniagaan ini. Pelbagai program keusahawanan yang dianjurkan oleh JPPKK dan EMaC diikuti oleh beliau. Pada pandangan beliau, mentornya tegas dan sangat teliti orangnya namun menjadi idola setiap pelajar atas sikap keprihatinan dan kesungguhannya dalam mencapai sesuatu matlamat walaupun tidak mendatangkan manfaat kepadanya. Mentor tetap bersungguh membantu anak didiknya untuk menjadi usahawan yang berjaya. Beliau kagum dengan sikap mentor yang tidak mudah putus asa walaupun pelbagai masalah dan halangan yang dihadapinya. Beliau menjadikan mentor sebagai sumber inspirasi dan kekuatan. Beliau sentiasa berharap agar menjadi seperti mentornya yang hebat pada suatu hari nanti. Jatuh bangun perniagaan kopi segera Selama empat tahun berniaga produk kopi, beliau menghadapi pelbagai cabaran dalam perniagaan. Berkali-kali beliau jatuh dalam perniagaan, namun beliau tidak mudah patah semangat. Beliau bangun dengan azam dan strategi baharu dalam pemasaran. Antara cabaran yang pernah beliau hadapi termasuklah ditipu oleh pembekal, kerugian yang besar akibat produk rosak sebelum tamat tempoh, tiada pelanggan. Cabaran paling hebat ialah beliau ditipu oleh stokis dengan melarikan produk beliau hampir 5 karton tanpa bayaran. Beliau menganggap ini adalah cabaran biasa untuk beliau supaya sentiasa lebih berhati-hati selepas ini. Alhamdulilah, cabaran ini telah menjadikan beliau seorang yang lebih teliti dalam melakukan aktiviti dan menjadikan beliau merancang perniagaan kepada yang lebih baik. Ayah beliau selalu pesan untuk menjadi orang yang berjaya biar gagal berkali-kali dan tidak putus asa. Walaupun agak lambat perniagaan beliau maju tetapi Allah hadirkan rezeki yang luar biasa pada saat beliau diuji dalam kesulitan. 47 Makanan & Minuman


Kejayaan Zahemas Utara Enterprise Selama 4 tahun berniaga secara online dan offline, tahun 2020 pendemik Covid-19 telah memberikan impak yang agak teruk kepada perniagaannya. Akhirnya, beliau mengambil peluang menggunakan media sosial yang ada untuk menjalankan perniagaan. Pada tahun 2018-2020, iaitu 2 tahun 6 bulan secara offline dan 10 bulan secara online, akhirnya hasil jualannya meningkat mendadak daripada RM200 sebulan ke RM10,000 sebulan. Beliau berjaya membuktikan kepada ayah dan ibunya bahawa beliau boleh mengubah nasib keluarga. Dengan keuntungan beliau yang pertama, beliau dapat membeli tanah dan membina sebuah rumah yang besar dan selesa untuk keluarga. Malah, beliau juga dapat membelikan emas untuk ibu dan ayah serta menghadiahkan telefon bimbit yang berjenama kepada ibu, ayah dan adik. Malah, berkongsi rezeki dengan orang sekeliling yang membantunya. Beliau juga dapat meningkatkan kualiti produk dari segi pembungkusan, tekstur dan kualiti kepada yang lebih baik. Beliau juga menggunakan keuntungan untuk menambah baik strategi pemasaran yang lebih terancang. Beliau pernah memenangi naib johan jualan tertinggi PolyCC Zon Tengah dan naib johan Ikon Keusahawan bawah program Kembara Keusahawanan Endowmen Wakaf (KKEW 2018). Halatuju Zahemas Utara Enterprise Perancangan beliau pada masa hadapan adalah dengan mengukuhkan lagi perniagaan. Beliau ingin menjadi orang paling banyak membayar zakat dan membantu golongan susah untuk mengubah hidupnya menjadi lebih baik. Bahkan, beliau juga bercita-cita ingin mempunyai sebuah syarikat yang terbesar di Malaysia dan dapat menjadi produk pilihan utama setiap rakyat Malaysia. Beliau akan berusaha agar dapat mengejar impian dan matlamatnya untuk menjadikan hasil pernigaan itu membantu masyarakat yang memerlukan. 48 Usahawan Siswa : Memeta Haluan, Melakar Jaya


Banyak yang beliau pelajari dalam bidang keusahawanan walaupun beliau bukanlah dari pelajar perniagaan. Beliau belajar erti sabar, kuat, yakin pada diri sendiri, tidak putus asa malah banyak pengetahuan keusahawanan yang beliau amalkan dalam rutin harian beliau. Hal ini menjadikan rutin harian terancang. Walaupun sekarang perniagaan beliau hanyalah kecil dan biasa tetapi beliau yakin rezeki itu akan hadir jika beliau terus gigih berusaha. Bagi beliau, jika hendak berjaya dalam perniagaan, kena sentiasa mengamalkan konsep DUIT iaitu Doa serta niat yang betul, Usaha yang berganda, Ikhtiar dengan cara yang tepat dan Tawakal kepada Allah Swt. Insyallah, beliau yakin bahawa beliau dan peniaga kecil diluar sana juga mampu berjaya. 49 Makanan & Minuman


MAMA FOOD PRODUK TRADISIONAL CITARASA NASIONAL Usahawan Mohd Naja Nafhan Azman Penulis Dr. Ros Aniza Mohd Shariff, Dr. Rozailin Abd. Rahman, Dr. Mohd Armi Abu Samah, Dr. Ahmad Fahmi Harun@Ismail 50 Usahawan Siswa : Memeta Haluan, Melakar Jaya


Kekuatan tidak datang dari kesempurnaan fizikal seseorang tapi dari semangat dan dorongan dari insan yang kita sayang. Satu jenama produk makanan tradisional berlandaskan kasih sayang dan semangat dari seorang ibu, MAMA FOOD merungkai kisahnya…. PENGASAS MAMA FOOD Mohd Naja Nafhan Bin Azman atau dikenali sebagai Naja Nafhan, merupakan Mahasiswa Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Beliau baru sahaja berjinak-jinak (Learning Person From Zero) dalam dunia perniagaan makanan bermula pada tahun 2018. Naja Nafhan juga aktif sebagai seorang penggiat seni budaya warisan Johor. Bakat beliau dalam menelusuri alat muzik Gambus telah diasah sejak sekolah rendah oleh almarhum ayah beliau sehingga dinobatkan sebagai Tokoh Siswa Negeri Johor tahun 2020. Besar matlamat Naja Nafhan dalam bidang perniagaan khususnya “Food & Beverages” ini disebabkan beliau ingin membantu ibunya yang mahir dalam pembuatan makanan tradisional seperti Kuih Bakar, Bahulu, Aneka Kek Lapis, Biskut Raya. Sentuhan ibu memang tidak pernah mengecewakan!, ujarnya. Tidak mensia-siakan peluang yang ada dan mahu membantu lebih ramai ibu tunggal dan suri rumah sekitar kediamannya, beliau dibantu oleh lebih 60 orang ejen dan beberapa stokis untuk memperbesarkan lagi pasaran dan meningkatkan permintaan produk sulung iaitu Popia Sata Frozen ke seluruh negeri Johor, Melaka dan Kuala Lumpur. Produk beliau juga telah dipasarkan ke beberapa outlet sejuk beku di sekitar beberapa buah negeri ini. Kini, beliau mempunyai sebuah kilang memproses makanan, satu bangunan warehouse. Perjalanan perniagaan Mama Food Beliau percaya bahawa kualiti produk memainkan peranan penting dalam menjalankan perniagaan, selain memberikan solusi terbaik kepada sasaran pelanggan, ianya juga memberi kesan positif masa panjang. Meskipun dengan hanya satu produk sahaja mempunyai kualiti terbaik, maka ke mana saja boleh pergi ke destinasi yang ingin dituju, biarpun kita masih bergelar Usahawan Small & Medium Enterprise (SME), tetap mendapat sambutan menggalakkan. Hasil air tangan ibu tiada tandingannya, maka dengan itu, beliau memilih MAMA FOOD sebagai penjenamaan produk beliau. Tahun 2020 51 Makanan & Minuman


pastinya sangat mencabar buatnya! Syarikat Mama Food ini didaftarkan pada pertengahan 2020 dan masih berterusan membina jenama yang dipercayai seiring kualiti produk yang dihasilkan. Menariknya, Mama Food bukan sahaja sebagai pengeluar produk, malah berjaya mewujudkan Akademi Mama Food dan kini sudah mempunyai Website E-Commerce yang tersendiri, melalui usahawan.mamafood.my. Sifat tidak berputus asa dan tidak pernah mengenal erti lelah atas usaha keras beliau selama dua tahun akhirnya membuahkan hasil apabila produk keluaran MAMA Food mendapat kepercayaan penuh oleh rakyat Johor sehinggakan ramai yang telah mendaftar sebagai ejen jualan. Ejen turut dibekalkan dengan “Marketing Kit” untuk tujuan promosi. Dengan menubuhkan website e-dagang, pendaftaran untuk menjadi ejen lebih sistematik disamping memudahkan urusan jual beli kepada pelanggan. Kesungguhan menjalankan perniagaan secara langsung dapat membantu golongan tertentu seperti ibu tunggal dan suri rumah bagi mewujudkan peluang pekerjaan kepada mereka. Melalui sokongan dan dokongan daripada pihak Pusat Keusahawanan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sendiri, Naja Nafhan dilantik untuk mengetuai projek bersama rakan mahasiswa dan idea projek beliau terpilih sebagai Duta Jauhar Mahasiswa Harapan Masyarakat (MHM 1.0) anjuran Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) sepanjang tahun 2020 hingga 2021. Mama Food juga mendapat sokongan daripada pelbagai jabatan kerajaan negeri, agensi tempatan dan kedai-kedai di sekitar negeri Johor seperti Jabatan Pertanian Batu Pahat & Negeri Johor, Pertubuhan Peladang Negeri Johor, Perbadanan Usahawan Johor (PUJB), Cloudswired Network dan Frozen Food. Di 52 Usahawan Siswa : Memeta Haluan, Melakar Jaya


samping itu, beliau turut menghadiri kursus selama 2 hari 1 malam di Melaka, banyak ilmu perniagaan yang dipelajarinya sehinggakan membuahkan hasil setelah dipraktikkan ke dalam perniagaan menjelang tahun 2021. Kesan costing produk yang betul, maka banyak kelebihan yang boleh dicapai serta dapat selesaikan masalah kewangan dengan mudah. Meyedari bahawa pentingnya ilmu dalam gerak kerja perniagaan, maka beliau menghadiri kelas perniagaan yang diwujudkan oleh sesama rakan niaga mahupun kelas berbayar untuk menambahkan lagi ilmu pengetahuan. Cabaran oleh Mama Food Setiap perniagaan tidak lari dari permasalahan dan cabaran perniagaan. Begitu juga dengan Mama Food, antara cabaran-cabaran yang terpaksa diharungi adalah:- 1. Plagiat Resepi Mentor dan Pasukan yang komited dan kompeten sangat penting. Namun beliau perlu berhati-hati dan tegas dengan mewujudkan sistem yang baik dalam bekerja. Pernah terjadi resepi di ambil tanpa izin oleh staff sendiri yang baru bekerja selama sebulan. 2. Cabaran Pasca COVID-19 Strategi yang tersusun rapi sangat penting biarpun kita diuji dengan merudumnya ekonomi di Malaysia. Beliau percaya industri makanan boleh bertahan dengan stabil kerana ianya merupakan keperluan utama rakyat Malaysia. 3. Ilmu Perniagaan & Pemasaran Sepanjang 2020, pelbagai kesilapan besar yang berlaku. Salah satu kesilapan beliau ialah “Menu Engineering & Costing Product”. Setiap bulan pull on jualan tetapi keuntungan tidak tinggi. Mama Food melakar kejayaan Kejayaan terbesar yang di lakar oleh Mama Food apabila bejaya menubuhkan Akademi Mama Food yang mana akedemi ini turut mengadakan beberapa siri kelas memasak sepanjang pasca COVID-19, antaranya seperti kelas popia otakotak dan kelas membuat ABC, Cendol & Laksa. Akademi ini juga turut memberi peluang bagi para alumni universiti supaya mahir dalam 53 Makanan & Minuman


penyediaan makanan disamping boleh menjana pendapatan sampingan. Sehingga kini Mama Food mempunyai lebih 60 orang ejen jualan di seluruh negeri Johor, Melaka dan Kuala Lumpur. Mama Food juga tidak lupa kepada golongan yang kurang bernasib baik diluar sana, jadi inisiatif beliau adalah dengan memberi peluang pekerjaan kepada ibu tunggal dan suri rumah dalam usaha mereka dapat menyara kehidupan keluarga. Mama Food turut terlibat dengan geran peruntukan yang kendalikan oleh Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) iaitu menyediakan geran Duta Jauhar, Perbadanan Usahawan Negeri Johor (PUJB) melalui Geran Orang Lokal (GOL) dan beberapa geran melalui program-program IPTA di seluruh Malaysia. Mama Food mempunyai perancangan masa hadapan Impian beliau tidak terhenti setakat itu, Mama Food kini dalam usaha untuk membangunkan syarikat menjadi SDN. BHD di samping memperbesarkan saiz syarikat bersama pekerja dan mempelbagaikan lagi produk berkualiti keluarannya. Bagi memudahkan penghantaran produk ke seluruh outlet dan ejen-ejen jualan setiap daerah dan negeri, beliau bercadang untuk membeli sebuah kenderaan sejuk beku bagi memudahkan operasi logistik. Cold Room Storage yang berharga 50 ribu ringgit diperlukan bagi memudahkan penyimpanan berskala besar serta dapat menampung pelbagai produk keluarannya. Harapan beliau satu hari nanti untuk mencapai sasaran jualan satu juta pertama. Seterusnya jualan bulanan dan tahunan meningkat sehingga mencapai tujuh angka jumlah pendapatan. Menjelang 2023, iaitu dua tahun lagi, beliau bertekad untuk mencapai status halal bagi sebarang produk keluaran Mama Food, kerana memudahkan untuk memasarkan ke peringkat antarabangsa seperti Dubai dan negara ASEAN. Beliau menggesa kepada semua masyarakat terutamanya para pelajar yang berminat untuk menjadi usahawan dalam apa bidang sekalipun, agar meneruskan minat mereka kerana minat boleh dikembangkan dan dijadikan sebagai kerjaya bahkan mampu untuk menjana pendapatan disamping memberi peluang pekerjaan kepada orang lain. Sesuatu itu tidak akan menjadi kejayaan sekiranya kita tidak mengambil langkah pertama untuk memulakannya. Terima kasih beliau ucapkan kepada pihak Pusat Pembangunan Keusahawanan, UIAM kerana banyak memainkan peranan penting, memberi sokongan dan nasihat yang berterusan dari awal perjalanan syarikat beliau sehingga kini, memberi peluang dan juga memberi tunjuk ajar dalam menjadikannya seorang usahawan yang berjaya mengurus selok belok perniagaan. 54 Usahawan Siswa : Memeta Haluan, Melakar Jaya


55 Makanan & Minuman


KAFE THE LAYERS DAYA TARIKAN BERKONSEPKAN HIPSTER Usahawan Ahmad Faris Ramli Penulis Sr. Ts. Siti Hafsah Zulkarnain 56 Usahawan Siswa : Memeta Haluan, Melakar Jaya


Selari dengan peredaran zaman dan teknologi, konsep perniagaan kafe juga telah berubah kepada konsep hipster yang dianggap sebagai tempat untuk bersantai bersama rakan sebaya dalam suasana kafe yang moden dan kondusif. Selain dapat menikmati secawan kopi, konsep kafe hipster ini juga mempunyai ciri-ciri yang tersendiri dan unik. Pada kebiasannya konsep senibina dalaman kafe ini bertemakan urban, retro moden dan adakalanya tradisional. Selain itu, kafe jenis ini juga menyediakan spot untuk pengunjung bergambar dan mengabadikan kenangan bersama rakan-rakan dan keluarga. Merealisasikan impian untuk mempunyai kafe berkonsep hipster bagai mimpi menjadi realiti kepada hidup seseorang yang bergelar mahasiswa. PENGUSAHA KAFE THE LAYERS Menyedari akan kewujudan kafe hipster ini bagai cendawan tumbuh selepas hujan menjadikan Ahmad Faris bin Ramli untuk mencuba bidang perniagaan yang dicita-citakan olehnya sejak kecil. Beliau berkelulusan Diploma Seni Kulinari (2013-2016) dan sedang melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (Pemasaran) di UiTM Kota Bharu, Kelantan sejak tahun 2019. Mula meneroka bidang pengendalian makanan sejak 4 tahun lepas apabila merasakan industri makanan terutama pembuatan pastri dan kek mempunyai permintaan yang tinggi dipasaran. Merupakan anak ke lapan daripada sembilan orang bersaudara ini bertekad untuk merealisasikan impiannya dengan menceburkan diri dalam pembuatan pastri dan kek melalui pembukaan Kafe The Layers. Pembahagian masa antara pelajaran dan perniagaan Dalam melayari bahtera perniagaan yang diusahakan secara kecil-kecilan dari rumah menjadikan pengalaman mengendalikan perniagaan mematangkan beliau akan erti susah payah dan nilai pengorbanan dalam mencapai kejayaan. Melanjutkan pengajian secara Pengajian Jarak Jauh (PJJ) di Fakulti Pengurusan Perniagaan, kampus UiTM Kota Bharu, Kelantan sejak tahun 2019 menjadikan beliau perlu bijak dalam mengatur masa dan aktiviti setiap hari. Kelas yang dijalankan secara separuh masa ini memerlukan komitmen beliau untuk menghadiri kelas pada setiap hari Jumaat. Sebagai seorang mahasiswa universiti yang mempunyai jadual kuliah yang padat serta kerja kursus yang perlu diselesaikan, beliau perlu membuat perancangan masa yang baik antara perniagaan dan pelajaran. Namun begitu, berkat kesungguhan dan kemampuan Ahmad Faris untuk memastikan perancangan dan komitmen kepada pelajaran, akhirnya beliau berjaya mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan dengan nilai CGPA 3.47. Impian menjadi kenyataan Berbekalkan ilmu pengetahuan dalam bidang pengurusan hotel dan penyediaan makanan, kewujudan “home-baking” ini dianggap sebagai tempat untuk menguji kemampuan dan kebolehan untuk mengadaptasikan apa yang dipelajari semasa tempoh pengajian di universiti kepada perniagaan persendirian yang diceburi olehnya. 57 Makanan & Minuman


Inspirasi untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan bermula semasa beliau menjalani latihan industri di hotel terkemuka di Kota Bharu, Kelantan dan Cyberjaya. Beliau mula sedar akan hakikat penyediaan makanan pada kebiasaannya menggunakan bahan yang tersedia dalam bentuk ready made. Pada bulan Mei 2016, beliau mula berjinak-jinak untuk berkongsi resepi Kek Karamel Pelangi di media sosial dan secara tidak langsung dihubungi oleh bekas guru sekolah menengah untuk membuat tempahan kek. Selepas itu, keesokan harinya permintaan diterima daripada pelanggan yang terdiri daripada guru sekolah dan rakan-rakan Facebook itu berterusan dalam tempoh 3 bulan. Memandangkan permintaan yang sangat menggalakkan, beliau terpaksa bekerja selama 18 hingga 20 jam sehari untuk menyiapkan 12 biji kek karamel dengan menggunakan ketuhar yang kecil. Dalam tempoh sebulan, beliau berjaya menyiapkan sebanyak 300 hingga 350 biji kek karamel tanpa bantuan sesiapa. Diawal penglibatannya, harga jualan kek karamel (bersaiz 8 inci) dijual dengan harga RM35.00 dan sekarang nilai jualan kek tersebut mencecah RM55.00. Pada bulan kedua perniagaan kecil-kecilan yang dijalankannya dirumah, beliau mula membeli ketuhar elektrik yang baharu untuk memudahkan beliau menyiapkan tempahan kek. Pada bulan ketiga, beliau mula memperkenalkan pelbagai perasa dan variasi baru pada kek yang dihasilkan. Selepas beliau berjaya menghasilkan sebanyak 800 hingga 900 biji kek, beliau mula membuat kelas secara online kepada pengguna facebook dengan yuran penyertaan sebanyak RM50.00. Kelas ini dikendalikan oleh beliau sendiri bagi mengajar cara-cara pembuatan kek karamel yang viral di Kota Bharu pada ketika itu. Sehingga kini, seramai 759 orang peserta 58 Usahawan Siswa : Memeta Haluan, Melakar Jaya


telah menyertai kelas membuat kek karamel yang dikendalikan oleh beliau sejak tahun 2016 hingga sekarang. Hasil keuntungan dari yuran penyertaan kelas membuat kek tersebut digunakan untuk membeli ketuhar industri (2 tingkat) dan membuat pengubahsuaian rumah untuk dijadikan mini baking studio. Menerima tempahan kek dari Istana Bermula pada tahun 2017, beliau mula mencuba variasi baru dalam penyediaan kek dan memberikan fokus kepada kek yang berasaskan fresh cream. Variasi kek harijadi dan pelbagai jenis kek dijadikan pilihan baru kepada pelanggan setia beliau. Pada tahun 2018 hingga 2019, beliau mula menerima tempahan pembuatan kek premium dengan menggunaan mentega tulen dan bahan berkualiti tinggi seperti kek perkahwinan jenis bertingkat. Sebagai penghargaan kepada kualiti kek yang dihasilkan oleh Ahmad Faris, beliau pernah menerima tempahan kek dari Istana Kelantan pada November 2018 bagi Majlis Santapan Malam Sempena Hari Keputeraan DYMM Tuanku Sultan Ismail Petra. Pengiktirafan yang diterima ini menjadikan beliau menjadi lebih yakin akan bidang perniagaan yang diceburi sejak tahun 2016. Pembukaan Kafe Hipster The Layers Melihat kepada sambutan yang memberangsangkan dari pelanggan melalui jualan terus dan permintaan tempahan untuk jualan kek di kafe sekitar Kota Bharu menjadikan beliau mula memikirkan untuk membuka kafe sendiri. Berbekalkan semangat dan tekad yang tinggi, beliau mula merancang untuk membuka kafe dengan membuat persediaan bermula dari bulan November 2020 dan akhirnya kafe tersebut dirasmikan pada 5 Februari 2021. Beliau mempunyai 15 orang pekerja dengan 2 syif yang berbeza bagi memastikan pengoperasian kafe dapat dikendalikan dengan baik dan sistematik. Melihat kepada permintaan yang berterusan, pada bulan Mac 2021, beliau telah membuka kedai tambahan sebagai tempat pembuatan kek dengan kapasiti pengeluaran yang lebih tinggi. Pada amnya, setiap hari beliau memerlukan penyediaan dengan jumlah minima sebanyak 25 biji kek dengan bantuan 7 orang pekerja. Formula untuk berjaya dalam perniagaan…. Pada amnya, tiada formula dan jalan singkat untuk berjaya dalam suatu perniagaan. Sudah pasti akan wujud cabaran dan dugaan dalam memastikan jati diri seorang usahawan itu dalam keadaan yang bersedia dan mampu mengharungi segala rintangan yang bakal dihadapi dan adakalanya diluar jangkaan kita. Dalam pengendalian perniagaan bertemakan kafe hipster ini, pada amnya ada beberapa aspek yang perlu diberikan perhatian selain dari konsep dan reka bentuk dalaman kafe 59 Makanan & Minuman


tersebut. Kualiti makanan yang disajikan perlulah bersih dan mempunyai kelainan dan rasa unik (signature) jika dibandingkan dengan pilihan makanan yang sedia ada dipasaran. Bagi memastikan kafe ini dapat terus berdaya saing, penyediaan menu yang menjadi tarikan dan trend setter kepada pelanggan perlu diberikan penekanan utama. Selain itu, harga yang ditawarkan kepada pelanggan juga perlulah berpatutan dan bersesuaian dengan kualiti rasa dan perkhidmatan yang disediakan. Akhir sekali, layanan mesra dan perkhidmatan yang cekap kepada pelanggan juga dianggap sebagai kunci kejayaan dalam perniagaan berkonsepkan kafe ini. Menyedari akan hakikat, ilmu pengetahuan dalam bidang penyediaan makanan sahaja tidak cukup dalam memastikan kejayaan suatu perniagaan itu. Penerokaan bidang pengurusan perniagaan dianggap suatu fenomena dan cabaran baru dalam hidup beliau. Kejayaan akan dapat dicapai apabila semua pihak yang terlibat dalam mengendalikan kafe itu sama-sama berganding bahu memastikan kualiti makanan, layanan dan perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan adalah pada tahap terbaik. Melebarkan sayap pada masa hadapan Bagi melebarkan sayap perniagaan dimasa depan, beliau bercadang untuk membuka kafe kedua sebagai tempat pengeluaran produk biskut. Pada awalnya beliau telah mempromosikan biskut hasil keluarannya di laman web Shopee untuk penjualan. Secara tidak langsung, pandemik COVID-19 ini telah memberikan nuansa baru dan membuka potensi perniagaan pembuatan biskut kepada Kafe The Layers. Selain itu, beliau turut menyimpan hasrat untuk menyumbang semula kepada UiTM dan berkongsi kejayaan beliau dengan mahasiswa UiTM yang masih belajar di universiti. Harapan beliau untuk menjadikan Kafe The Layers sebagai tempat pilihan bagi mahasiswa menjalankan latihan industri dalam menimba pengalaman dan pengetahuan dari awal hingga akhir kaedah penyediaan kek. Ahmad Faris juga berharap agar mahasiswa di universiti dapat menukar persepsi mereka, melihat potensi perniagaan dan sebagai usahawan juga boleh memberikan pulangan pendapatan yang lumayan. . 60 Usahawan Siswa : Memeta Haluan, Melakar Jaya


Sebagai usahawan muda yang berkecimpung dalam bidang perniagaan pada usia 26 tahun, banyak suka dan duka yang dialami oleh beliau sepanjang tempoh ini. Memulakan perniagaan kafe pada tahun 2020, dan beliau juga diuji dengan pandemik COVID-19 yang melanda negara. Penularan wabak ini memaksa operasi perniagaan tidak dapat dilaksanakan dalam tempoh tertentu. Namun, kesukaran ini tidak mematahkan semangat anak muda kelahiran Kota Bharu, Kelantan, dan merasakan pandemik yang berlaku sebagai peluang untuk beliau terus berusaha memastikan kek jualannya tetap mendapat permintaan yang tinggi dalam kalangan pelanggan setia beliau. Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan oleh pihak kerajaan juga tidak menjadikan halangan kepada perniagaan beliau. Aktiviti perniagaan juga dijalankan secara atas talian dan penghantaran di buat terus ke rumah pelanggan. 61 Makanan & Minuman


PBC EMPIRE VENTURE BANANA CHEESE BERVARIASI PILIHAN KOMUNITI KAMPUS Usahawan Anasuha Hallhana Jidin Penulis Prof. Madya Dr. Zulnaidi Yaacob En. Hazlan Abdul Hamid Pn. Puteri Salamah Abdul Aziz 62 Usahawan Siswa : Memeta Haluan, Melakar Jaya


Bukan sekadar goreng pisang. Itu ungkapan yang dapat penulis gambarkan apabila melihat menu pisang goreng yang ditawarkan oleh Saudari Anasuha. Bagi yang mencari goreng pisang dengan citarasa kotemporari dengan aroma tradisional, goreng pisang oleh Anasuha pasti pilihan yang dicari-cari. Agaknya apa yang mendorong kejayaan beliau sehingga menarik minat penulis untuk merungkai kisah gadis ini. Mari kita sama-sama hayati kisah beliau. PBC EMPIRE VENTURE Anasuha Hallhana Jidin adalah usahawan pelajar di USM yang menggambarkan keusahawanan sebagai satu program pembangunan pelajar yang inklusif. Dengan latarbelakang akademik dalam pengajian sains kemasyarakatan, Anasuha membuktikan bahawa keusahawanan boleh diceburi dengan jaya oleh pelajar dari program pengajian di luar bidang pengurusan perniagaan atau keusahawanan. Pelajar yang berasal dari Sabah ini mempunyai keazaman mendalam untuk meneroka potensi perniagaan yang menawarkan produk makanan dan minuman di kampus, sesuai dengan sasaran pelanggan dalam kalangan pelajar dan warga kampus yang lain. Bagi merealisasikan impian tersebut, Anasuha memulakan operasi PBC Empire Venture sejak tahun 2018. Bermulanya Project Banana Cheese Keupayaan Anasuha sebagai usahawan dibangun secara berterusan sejak beliau mengutip pengalaman kerja bersama usahawan pelajar yang lebih senior. Kesungguhan dan kecekapan beliau dalam menyempurnakan tugas memberi peluang untuk beliau diberi tanggungjawab yang lebih besar. Situasi ini telah memberikan beliau pengetahuan dan kemahiran keusahawanan dalam pelbagai fungsian pengurusan sebuah perniagaan seperti perhubungan dengan pembekal, pengurusan inventori, perancangan dan kawalan kewangan, pengurusan sumber manusia serta perhubungan pelanggan. Pengalaman lapangan yang sangat berharga ini menjadi azimat dalam membina keyakinan untuk beliau melangkah lebih jauh dalam perniagaan serta menjadi usahawan pelajar yang sentiasa cakna terhadap peluang perniagaan yang wujud dari semasa ke semasa. Bermula sekadar bidang percubaan dengan menawarkan produk makanan dan minuman seperti nasi lemak, kerepok lekor dan pisang cheese, minat Anasuha dalam menawarkan produk-produk ini semakin mendalam. Keupayaan beliau dalam mengadaptasi pengalaman hidup untuk diterjemah ke dalam idea perniagaan terserlah dalam keupayaan menawarkan variasi pisang cheese iaitu satu makanan yang sangat popular dalam kalangan masyarakat di tempat kelahiran beliau di Sabah. Justeru, beliau mengambil langkah berani dengan berkolaborasi bersama rakan pelajar iaitu Yusoff untuk menjalankan perniagaan dengan lebih terancang melalui bantuan dan sokongan yang diberikan oleh Pusat Keusahawanan Universiti di USM. Anasuha bertuah kerana penglibatan dalam aktiviti keusahawanan beliau mendapat sokongan daripada keluarga, rakan dan universiti. Beliau berpendapat bahawa sokongan pihak di 63 Makanan & Minuman


64 Usahawan Siswa : Memeta Haluan, Melakar Jaya


sekeliling bagi seorang pelajar adalah sangat penting untuk membina dan membangunkan potensi keusahawanan kerana penglibatan dalam aktiviti keusahawanan memerlukan beliau lebih cekap dan pantas dalam merancang dan mengurus sumber seperti sumber kewangan dan masa. Namun demikian, pengetahuan dan kemahiran yang dikutip melalui pelbagai program latihan dan pembangunan keusahawanan yang diikuti di dalam dan luar kampus menjadi resipi penting untuk membolehkan beliau melangkah lebih jauh sebagai usahawan pelajar. Beliau meletakkan sasaran untuk mencapai impian besar iaitu menawarkan produk makanan yang bukan sahaja berkualiti tapi mengangkat makanan tempatan ke tahap yang lebih tinggi. Beliau yakin perjalanan beliau untuk mencapai impian tersebut akan berhasil suatu hari kelak. Pengalaman sebagai usahawan pelajar turut menjadi peransang dalam membina minda dan keperibadian keusahawanan unggul dalam diri beliau untuk memberi impak lebih besar kepada masyarakat. Berdikari adalah gambaran usaha dan jerih payah Anasuha dalam mengumpul modal untuk merealisasikan impian perniagaan beliau. Percaya dan yakin dengan perniagaan yang dijalankan menjadi pendorong untuk beliau memutuskan mempertaruhkan simpanan sendiri biarpun beliau tahu keputusan itu sangat berisiko ketika pengajian di universiti turut memerlukan beliau cekap dalam menggunakan wang terhad yang ada. Namun beliau percaya bahawa perkongsian yang dibuat penuh tanggungjawab dapat melonjakkan potensi sesebuah perniagaan melalui gabungan idea, pengetahuan, kemahiran dan dana. Dengan 65 Makanan & Minuman


penuh berhati-hati dan selektif, beliau memilih untuk berkongsi dengan rakan pelajar, Yusoff bagi mendapatkan dana dan kemahiran yang lebih luas sekaligus membolehkan kehadiran perniagaan yang dijalankan meninggalkan impak yang lebih besar kepada pasaran dalam kampus melalui pembinaan kapasiti perniagaan yang lebih kuat. Bagi Anasuha, beliau percaya bahawa usahawan yang berjaya adalah mereka yang bersedia untuk dibentuk dan dibangunkan dan ia memakan proses yang berterusan. Justeru beliau mengambil peluang pembangunan bakat keusahawanan yang disediakan oleh university melalui Pusat Keusahawanan. Melalui pelbagai program latihan yang diikuti, Anasuha membina keyakinan yang lebih baik untuk menghadapi selok belok perniagaan yang diusahakan. Bagi usahawan baharu seperti Anasuha, cabaran perniagaan yang tidak diurus dengan baik boleh membantut minat untuk terus berada dalam perniagaan. Selain pembinaan kapasiti sebagai usahawan, Anasuha mendapat sokongan dari segi fasiliti perniagaan yang ditawarkan pada kadar sewa yang sangat berpatutan sekaligus dapat mengurangkan tekanan kos perniagaan. Kelebihan ini membolehkan beliau mengalihkan sumber kewangan yang ada untuk meningkatkan aktiviti nilai tambah perniagaan yang lain seperti menambah kecekapan operasi, menvariasi produk serta mengandakan aktiviti promosi. Cabaran perniagaan Project Banana Cheese Kewangan adalah cabaran lumrah kepada usahawan pelajar dan hal ini tidak terkecuali kepada Anasuha. Namun beliau sentiasa melihat cabaran sebagai latihan untuk menjadi usahawan yang lebih kreatif dan bijak mengurus. Cabaran kewangan mendidik beliau untuk menjalankan perniagaan dengan memberi perhatian mendalam kepada aspek pengurusan alir tunai kerana beliau yakin bahawa kewangan adalah nadi kepada perniagaan. Justeru beliau mengukuhkan pengetahuan dan pengalaman dalam perniagaan kerana beliau percaya bahawa ilmu di lapangan adalah perlu untuk mengukuhkan ilmu yang dikutip melalui pelbagai kursus dan seminar yang diikuti. Sebagai usahawan pelajar, pembahagian masa antara peranan sebagai pelajar dan usahawan mengajar beliau untuk menjadi individu yang lebih cekap dalam mengurus sumber agar setiap sumber yang ada dapat diterjemah ke dalam hasil yang membanggakan dan tidak terbuang begitu sahaja. Episod kejayaan Project Banana Cheese Anasuha melihat kejayaan dalam aktiviti keusahawanan yang diceburi melangkaui pulangan keuntungan. Pada beliau, kejayaan menubuhkan dan mengoperasikan sebuah perniagaan dalam kampus semasa masih bergelar pelajar adalah satu kepuasan. Namun hal yang lebih membanggakan beliau ialah apabila berjaya menawarkan produk yang menjadi pilihan dan kegemaran komuniti kampus sekaligus membuktikan beliau bukan sahaja tangkas memasak tapi memasarkan masakan sehingga menjadi idea perniagaan yang sedang berkembang. Bermula sekadar mencuba, hari ini Anasuha sudah boleh tersenyum apabila sering diundang untuk berkongsi pengalaman beliau sebagai usahawan pelajar kepada pelajar lain termasuk pusat pengajian beliau. Bagi beliau, ilmu keusahawanan adalah untuk dikongsikan dan perkongsian tersebut tidak akan melemahkan dalam bersaing sebaliknya beliau dapat membina rangkaian perniagaan yang lebih luas dan menyokong usahanya. 66 Usahawan Siswa : Memeta Haluan, Melakar Jaya


Yang bulat tidak datang bergolek,yang pipih tidak datang melayang. Minat dan usaha adalah dua gabungan yang perlu ada dalam diri untuk berjaya. Yakinlah bahawa rezeki ada di mana-mana. Selagi kita berusaha pasti menjengah hasilnya. Usah malu untuk mulakan walaupun berniaga di kiosk yang kecil, kerana ia juga mampu meraih pendapatan yang lumayan. 67 Makanan & Minuman


&KOSMETIK KESIHATAN


ZILLA’S LIPS HASILKAN PRODUK PENJAGAAN BIBIR SENSITIF Usahawan Siti Nur Azila Mohammad Sufian Penulis Dr. Norazirah Ayob En. Ahmad Syubaili Mohamed 70 Usahawan Siswa : Memeta Haluan, Melakar Jaya


Cita-cita usahawan cukup tinggi. Terkadang dikatakan hanya bermimpi. Gerak kerja yang penuh dengan wawasan menjadi pendorong untuk terus bangkit maju kehadapan. Walaupun dipersoal oleh orang sekeliling dan dipandang serong oleh masyarakat serta pernah rugi beribu-ribu ringgit akibat dikhianati. Namun, tidak langsung mematahkan semangat Siti Nur Azila untuk terus bangkit menggapai impian untuk bergelar seorang usahawan yang berjaya. Kini produk Zilla’s Lips telah tersohor sehingga menjadi antara produk pilihan jurusolek tempatan untuk menyerikan wajah Bekas Ratu Cantik Malaysia iaitu Larissa Ping, Miss World 2018 dan Dewi Liana Sereistha, Miss World 2014. Hasrat dan cita-cita beliau tidak terhenti setakat itu sahaja. Di masa akan datang, beliau bercadang untuk menambah dan mempelbagai pilihan produk kosmetik dan kecantikan sedia ada di bawah jenama syarikatnya sendiri, selain turut melibatkan diri dalam pelbagai industri perniagaan dan tidak terhad kepada bidang kecantikan dan pakaian semata-mata. ZILLA’S LIPS Siti Nur Azila binti Mohammad Sufian, berumur 27 tahun berasal dari Kuching Sarawak, merupakan pelajar Perakaunan tahun akhir daripada Fakulti Ekonomi dan Perniagaan, di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Beliau bukan berasal daripada sebuah keluarga yang mempunyai latar belakang perniagaan. Namun, ia langsung tidak menjadi penghalang kepada gadis kacukan Melayu, Brunei dan Cina ini untuk menceburkan diri dalam dunia keusahawanan. Ketika mula berjinak dalam dunia perniagaan, beliau pada asalnya hanya berniat untuk membantu ibunya menampung perbelanjaan harian dengan menjual “kacang sambal pedas” ketika berusia lapan tahun. Pada waktu itu, kedua ibubapanya sedang melanjutkan pengajian dalam bidang masing-masing secara sepenuh masa telah mendesak beliau untuk berdikari dan menguruskan segalanya sendiri. Perkara ini secara tidak langsung telah mendidik beliau untuk menjadi lebih matang berbanding rakanrakan seusianya pada ketika itu. Semasa berada di sekolah, beliau memanfaatkan sepenuhnya waktu lapang pada awal pagi dan waktu rehat untuk berniaga dengan rakan-rakan sekelas. Pengalaman berharga tersebut telah memupuk minat beliau untuk menceburkan diri dalam dunia keusahawanan. Akhirnya, beliau semakin serius melibatkan diri dalam dunia perniagaan secara dalam talian semasa menunggu keputusan SPM pada tahun 2011. Pada ketika itu trend “online business” ini semakin mendapat perhatian ramai sekali gus membuka peluang untuk beliau menjana pendapatan sampingan tanpa perlu keluar dari rumah. Bermula sebagai seorang “dropshipper” untuk beberapa pemilik kedai yang beliau kenali di media sosial secara tidak langsung telah mengajar beliau tentang selok-belok sebenar dunia perniagaan dengan lebih mendalam. Perjalanan perniagaan Zilla’s Lips Perniagaan dalam talian pada tahun 2011 merupakan trend perniagaan yang kurang popular terutama sekali di Sarawak. Pada permulaan perniagaan, beliau kurang mendapat 71 Kosmetik & Kesihatan


sokongan daripada ahli keluarga dan orang sekeliling. Ramai yang meragui keupayaannya untuk menjalankan perniagaan sendiri apatah lagi dengan perniagaan dalam talian yang amat janggal di mata mereka pada ketika itu. Hampir semua mempersoalkan sejauh mana perniagaannya mampu bertahan. Setelah beberapa tahun menjalankan perniagaan, Siti Nur Azila mula nekad dan komited untuk meneruskan perniagaannya selepas melihat potensi yang ada dan tidak mahu memsia-siakan usaha beliau selama ini begitu sahaja. Pada tahun 2013, perniagaannya mula didaftarkan menerusi Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Walau bagaimanapun pada ketika itu di bawah akta Suruhanjaya Syarikat Malaysia, pendaftaran perniagaan “jenis dalam talian” memerlukan salah seorang daripada ahli perkongsian harus menetap di Semenanjung Malaysia. Cabaran perniagaan Zilla’s Lips Namun sudah adat dalam perniagaan pelbagai rintangan harus di tempoh, setelah beberapa bulan berlalu, perkongsian syarikat tersebut tidak dapat bertahan lama dan beliau terpaksa membuat keputusan untuk membatalkan perniagaan. Selain menghadapi masalah dengan pemilikan syarikat, beliau juga berdepan dengan masalah pembekal yang tidak jujur dalam proses penjualan. Beliau juga pernah diugut untuk disaman oleh individu tertentu tanpa mengetahui kesalahan dan punca sebenar apa yang berlaku. Nama baik yang terbina bertahun lamanya tercalar dan hampir musnah kerana kuasa viral scammer yang aktif pada masa itu telah membuatkan beliau rugi beribu ringgit. “Berani kerana benar, takut kerana salah” ungkapan semangat tersebut telah membuatkan beliau terus bertahan dan mengambil keputusan melaporkan kejadian tersebut kepada pihak berwajib bagi mempertahankan diri dan berusaha untuk membayar balik wang pelanggan yang telah dilesapkan oleh penjenayah terbabit. Kesan daripada peristiwa tersebut, beliau membuat keputusan untuk berehat seketika daripada menjalankan sebarang perniagaan. Dikesempatan itu, beliau memanfaatkan masa dengan melibatkan diri dalam aktiviti yang dianjurkan oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) serta Non-Governmental Organization (NGO) berkaitan perniagaan dan keusahawan yang dijalankan di dalam serta luar Sarawak. Selaku peserta termuda dalam Siri Kedua GERAK yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Sarawak, telah banyak memberikan pendedahan dan pengalaman yang luas kepada beliau untuk berfikir secara lebih strategik dalam menentukan hala tuju masa hadapan. Pada tahun 2015, beliau telah dianugerahkan ‘Tokoh Usahawan Politeknik’ sebelum tamat pengajian di peringkat Diploma. Selepas beberapa tahun sebagai dropshipper yang menjual semula produk milik founder lain 72 Usahawan Siswa : Memeta Haluan, Melakar Jaya


dengan margin keuntungan yang rendah, beliau telah mengorak langkah untuk mengambil risiko dan melancarkan produk di bawah jenama beliau sendiri iaitu ZILLA’S LIPS by IllaSufian Global pada tahun 2018. Produk kecantikkan bibir yang berasaskan bahan semula jadi dan tidak mengandungi campuran bahan kimia yang merbahaya serta mesra wuduk telah menjadi pilihan beliau untuk memulakan trend pasaran khususnya di negeri Sarawak. Pemilihan produk ini bersesuaian dengan permintaan pasaran tempatan yang dahagakan produk yang berkualiti tinggi dan boleh dimiliki dengan harga yang berpatutan. Disamping itu, sebelum produk dipasarkan, beliau telah memastikan kualiti pembuatan serta hasil produknya adalah mengikut piawaian yang telah di tetapkan oleh SIRIM Malaysia, iaitu produk beliau telah di proses di kilang yang mempunyai sijil Halal bagi menjaga kesucian produk yang dihasilkan. Kejayaan Zilla’s Lips Ketika melanjutkan pengajian di UNIMAS dalam bidang ‘Perakaunan’ telah membuatkan Siti Nur Azila binti Mohammad Sufian betulbetul bersedia untuk kembali aktif dalam bidang keusahawanan. Justeru itu, penglibatan beliau dalam persatuan di fakulti yang dikenali sebagai ‘AKUsahawan’ secara tidak langsung telah menjadi pendorong utama sekali gus membantu beliau mengatur strategi perniagaan dengan lebih rapi dan terancang untuk masa hadapan. Beliau juga terlibat dalam penganjuran beberapa program keusahawanan di universiti dan turut berkongsi pengalaman beliau sendiri dengan golongan belia bagi menarik minat mereka untuk sama-sama terlibat dalam bidang keusahawanan. Selain itu juga, tunjuk ajar serta dorangan daripada para pensyarah yang terlibat dalam keusahawanan telah banyak memberikan idea untuk beliau melakukan pelbagai perancangan masa hadapan dan memperbaiki segala kekurangan disamping menyumbang kembali kepada universiti. Pada tahun 2017, beliau telah mewakili UNIMAS dalam pertandingan di peringkat kebangsaan menerusi “Business Pitching” yang dianjurkan oleh Alliance Eco-Biz Business challenge dan beliau telah berjaya tersenarai dalam 10 kumpulan terbaik di Malaysia. Manakala pada tahun 2018 beliau telah terpilih untuk mengikuti satu program di peringkat antarabangsa ke China anjuran Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dengan kerjasama Alibaba Group China. Setelah melalui beberapa fasa pemilihan dan temu duga akhirnya beliau layak untuk dianugerahkan antara 30 siswa-preneur terbaik di Malaysia. Kejayaan demi kejayaan yang diraih membuatkan Siti Nur Azila binti Mohammad Sufian akhirnya mendaftarkan perniagaan beliau sendiri di bawah pemilikan tunggal selepas perniagaan dalam talian mendapat pengiktirafan sepenuhnya daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Samasa di China pula, 73 Kosmetik & Kesihatan


beliau telah dipilih untuk mewakili suara siswa dalam salah satu press conference yang dijalankan oleh Alizila News from Alibaba. Pengalaman membuat pitching di hadapan Board of Directors of Alibaba telah memberi inspirasi kepada beliau untuk sentiasa yakin dengan kemampuan diri sendiri dan sentiasa berusaha untuk memperbaiki kelemahan yag ada. Perancangan Zilla’s Lips pada masa hadapan Sekembalinya ke Malaysia, beliau telah melancarkan produk kecantikan kosmetik sendiri yang mengkhususkan kepada produk penjagaan bibir yang dikenali sebagai Zilla’s Lips. Produk yang unik dan menepati kehendak pelanggan ini telah menjadi tarikan utama penggemar produk penjagaan bibir sensitif pada harga mampu milik. Kualiti produk yang lembut dan tidak mendatangkan iritasi telah menjadi bualan para pelanggan dan menarik perhatian beberapa designer serta jurusolek tempatan untuk bekerjasama dengan beliau. Perkara paling membanggakan apabila produk penjagaan bibir beliau ini pernah menyerikan wajah Bekas Ratu Cantik Malaysia iaitu Larissa Ping, Miss World 2018 dan Dewi Liana Sereistha, Miss World 2014 dalam satu sesi penggambaran. Produk beliau juga turut gunapakai oleh beberapa orang model terkemuka selain penyampai televisyen tempatan. Kejayaan ini telah membuatkan beliau bercadang untuk mempelbagaikan pilihan produk kosmetik dan kecantikan keluaran jenama Zilla’s Lips. Selain itu, beliau juga bercadang untuk melibatkan diri dalam pelbagai industri perniagaan yang lain dan tidak terhad kepada bidang kecantikkan dan pakaian samata-mata. Terinspirasi dengan lingkungan kenalan yang positif dan sentiasa membantu antara satu dengan yang lain untuk menjadi yang terbaik, merupakan salah satu faktor yang sentiasa mendorong kejayaan beliau. Berfikiran “What’s next?” dan tidak mudah merasa selesa dengan apa yang telah beliau capai membuatkan Siti Nur Azila binti Mohammad Sufian gadis kelahiran Bumi Kenyalang ini sentiasa laju melangkah kedepan. Sokongan moral yang diterima daripada ibubapa, adik-beradik, kenalan rapat dan tenaga pengajar telah banyak memberi motivasi dan dorongan kepada beliau untuk terus mengharumkan nama UNIMAS dan negeri Sarawak kesuluruhannya dalam bidang keusahawanan. “Be the Best Version of You”. 74 Usahawan Siswa : Memeta Haluan, Melakar Jaya


75 Kosmetik & Kesihatan


SCHA AISYAH BEAUTY KETENGAHKAN PRODUK SKIN CARE WARISAN KELUARGA Usahawan Siti Aisyah Abdul Rahman Penulis Cik Nur Nabihah Annuar Dr. Umi Kartini Rashid Dr. Mohd Yussni Hashim Ts. Dr. Mohd Arif Rosli 76 Usahawan Siswa : Memeta Haluan, Melakar Jaya


Dalam mengharungi perjalanan hidup sebagai usahawan, setiap kesulitan pasti ada jalan penyelesaian. Sepanjang menyelusuri bidang perniagaan berasaskan kecantikan, memang terbukti ia sangat mencabar dan memerlukan kemampuan diri dalam menghadapi liku-liku sebagai seorang usahawan. Tanpa semangat dan sokongan moral daripada semua pihak, tidak mustahil perniagaan yang dibina ini tidak akan bertahan lama. Dengan memegang prinsip “tiada jalan pintas untuk hidup senang dan selesa”, setiap usahawan perlulah berusaha semaksimum dan panjatlah tangga kejayaan sebelum tiba ke puncak. Kisah kejayaan Saudari Siti Aisyah dalam membina empayar SCHA AISYAH BEAUTY melalui perniagaan warisan keluarganya diterjemahkan dalam karya ini untuk tatapan pembaca sebagai sumber inspirasi yang ingin menceburi dalam bidang perniagaan kelak. SCHA AISYAH BEAUTY Nama diberi ialah Siti Aisyah binti Abdul Rahman. Gadis berumur 25 tahun dan berasal dari Kota Tinggi, Johor. Saudari Siti Aisyah telah pun tamat latihan industri pada 15 Januari 2021 dalam bidang “Software Engineering” atau Kejuruteraan Perisian. Beliau merupakan graduan dari Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Mengenai latar belakang perniagaan pula, perniagaan yang beliau jalankan adalah dalam perniagaan kecantikan. Keluarga Saudari Siti Aisyah bercadang untuk membuka syarikat sendiri dengan mengeluarkan produk jenama sendiri, iaitu HiCASTLE Dermalogica Skincare. Nama perniagaan yang dibina ialah SCHA AISYAH BEAUTY, diambil daripada nama beliau dan pengasas untuk produk ini adalah ibu Siti Aisyah sendiri. Jadi, perniagaan ini merupakan perniagaan warisan keluarga Saudari Siti Aisyah. Beliau membuat keputusan ini adalah hasil daripada idea keluarga yang mahu menaikkan nama syarikat SCHA AISYAH BEAUTY. Perjalanan perniagaan SCHA AISYAH BEAUTY Untuk mengetahui kisah sokongan yang diperolehi oleh Saudari Siti Aisyah, beliau mendapat sokongan daripada keluarga dan rakan-rakan. Ibu ayah Saudari Siti Aisyah berharap bahawa beliau dapat mengembangkan bisnes ini secara dalam talian. Mereka mendorong Saudari Siti Aisyah dengan memberi semangat kepadanya untuk menceburi bidang baharu ini. Mereka juga mengajarkan selok-belok perniagaan dengan mendalam. Rakan-rakannya pula banyak memberi katakata semangat dan mendoakan kejayaan beliau dalam perniagaan ini. Selain itu, beliau juga turut diberi tunjuk ajar bagaimana cara untuk mengendalikan perniagaan secara dalam talian. Bermula dari situ, beliau mula mempraktikkan apa yang dipelajarinya tentang pemasaran secara dalam talian. Beliau secara rasminya menjual di platform Shopee pada 7 Januari 2021 dengan memulakan platform Facebook, Instagram dan laman sesawang HiCastle. Modal yang dikeluarkan oleh Saudari Siti Aisyah juga banyak, iaitu RM15,000 dan tempoh pemulangan modal 77 Kosmetik & Kesihatan


Click to View FlipBook Version