The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hazlie.muhamad, 2024-03-14 14:54:32

BUKU USAHAWAN SISWA

BUKU USAHAWAN SISWA

selama 3 bulan. Pada ketika ini beliau mampu untuk meraih keuntungan sebanyak RM25,000 sehingga April 2021. Cabaran perniagaan SCHA AISYAH BEAUTY Bercerita mengenai cabaran yang ditempuhi oleh Saudari Siti Aisyah, iaitu;- 1. Bersaing dengan pesaing yang sedia ada dan baharu untuk memperkenalkan produknya sendiri di pasaran. 2. Untuk meyakinkan orang ramai keberkesanan produk. 3. Dari segi pengurusan masa. Beliau terpaksa menguruskan pemasaran dalam tempoh yang singkat, 4. Masalah kewangan. Beliau terpaksa mengeluarkan modal tambahan untuk menjalankan iklan di Facebook, Instagram dan lain-lain lagi. Kejayaan SCHA AISYAH BEAUTY Yang membuatkan perniagaan Saudari Siti Aisyah kekal sehingga ke hari ini niat atau nawaitu menjalankan perniagaan. Kedua ialah impian besar beliau dan ketiga, untuk membuka peluang perniagaan untuk mereka dengan menjual produk HiCastle skincare ini dengan bersistem dropship dan agen. 1. Kejayaan pertama yang beliau kecapi ialah beliau sendiri berjaya memperoleh pelanggan untuk mencuba dan membeli produk HiCastle. 2. Kejayaan kedua ialah syarikat SCHA AISYAH 78 Usahawan Siswa : Memeta Haluan, Melakar Jaya


BEAUTY berjaya mendapat stokis, agen dan dropship dalam masa satu bulan pertama. 3. Kejayaan ketiga ialah SCHA AISYAH BEAUTY menerima 100+ testimoni positif daripada pelanggannya dalam masa 3 bulan pertama. Impian SCHA AISYAH BEAUTY Cita-cita dan impian beliau sangat besar untuk mengembangkan lagi perniagaan SCHA AISYAH BEAUTY. Dengan peluang ini, beliau mahu mengubah nasib diri dan keluarga apabila perniagaan ini berkembang maju. Beliau ingin memasarkan produk HiCastle ke luar negara. Namun begitu, pada ketika ini produknya hanya tertumpu di dalam negara sahaja. Bagi beliau, sebagai kata inspirasi kepada semua, “Allah dah pilihkan jalan untuk kita, jadi jagalah baik-baik tanggungjawab ini dengan meneruskan usaha untuk membina empayar. Semoga suatu hari nanti kita akan jadi orang yang hebat”. Sebagai kata inspirasi kepada semua pula, “Usahalah setiap hari walaupun sedikit, ia pasti akan membuahkan hasil yang banyak pada masa akan datang. Jika kita penat berusaha, berehat seketika. Kemudian bangkit untuk mencapai segala impian kita. Ini pasti akan berjaya. Yang penting kita kena tawakkal.” 79 Kosmetik & Kesihatan


Pelbagai cabaran dan risiko yang dilalui sepanjang terlibat dalam perniagaan, namun ianya memberi satu pengalaman yang sangat berharga. Betapa pentingnya sifat keusahawanan perlu ada dalam diri usahawan perlu diterapkan untuk membuatkan mereka mampu untuk bangun dan berkembang selaras dengan pasaran sedia ada, dan sekali gus mampu untuk bersaing dengan usahawan berjaya yang lain. Rentetan daripada peristiwa itu, ia sangat penting untuk menjamin kejayaan SCHA AISYAH BEAUTY, seterusnya mengembangkan pada pasaran ke persada dunia. Kejayaan yang sebenarnya memerlukan usaha yang berterusan daripada diri kita sendiri. Justeru, usaha yang beterusan diperlukan dalam perniagaan supaya perniagaan yang dibina dapat kekal lestari, konsisten dan berdaya saing dengan usahawan-usahawan lain. Dengan erti kata lain, kita hendaklah berani mencuba, ‘berani sakit’, berani jatuh dan bangun lagi walaupun perniagaan adakalanya ‘turun dan naik’. Matlamatnya, kita mahu jalan untuk mengubah masa hadapan. Impian dalam perniagaan tidak akan menjadi kenyataan sekiranya tanpa keberanian untuk memperoleh ilmu, mentor dan sistem. 80 Usahawan Siswa : Memeta Haluan, Melakar Jaya


81 Kosmetik & Kesihatan


PANTANG PLUS KEUNIKAN SENI MODEN PENJAGAAN IBU BERPANTANG Usahawan Zamzana Mohd Arifin Penulis Sr. Ts. Siti Hafsah Zulkarnain 82 Usahawan Siswa : Memeta Haluan, Melakar Jaya


Melahirkan cahaya mata ialah saat yang menggembirakan bagi wanita, terutamanya apabila melahirkan zuriat yang pertama dalam keluarga. Namun begitu, waktu menjalani tempoh berpantang selama 40 hari itu merupakan pengalaman suka duka yang perlu dihadapi oleh semua wanita yang bergelar ibu. Cabaran wanita yang baharu sahaja melahirkan cahaya mata, keadaan emosi yang tidak stabil dan adakalanya terpaksa berpantang sendiri tanpa bantuan keluarga terdekat amat sukar bagi ibu yang pertama kali menjalani tempoh berpantang. PANTANG PLUS Menyedari akan cabaran dan keadaan wanita yang berpantang, Zamzana bt Mohd Arifin seorang usahawan muda yang merupakan Alumni UiTM ini terpanggil untuk mengeluarkan produk “Pantang Plus” bagi membantu ibu yang menjalani tempoh berpantang agar dapat melalui fasa tersebut dengan selesa dan terurus. Beliau berkelulusan Diploma Analisa Pelaburan dan Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (Pemasaran), mula meneroka bidang pengendalian pengurusan ibu berpantang sejak 5 tahun lepas. Pernah berkhidmat sebagai eksekutif di sektor perbankan dan institusi pelaburan terkemuka di Kuala Lumpur, beliau merasakan bebanan tugas seharian menjadikan beliau sering mengunjungi pusat rawatan dan spa untuk berehat bagi menghilangkan stres di tempat kerja. Bertitik tolak dari pengalaman mendapatkan rawatan di spa inilah membuatkan beliau bercita-cita untuk mempunyai pusat spa beliau sendiri. Menceburi bidang perniagaan Dengan tekad dan semangat untuk memulakan perniagaan, beliau telah mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan memulakan perniagaan dengan membuka pusat rawatan spa. Selain menawarkan rawatan spa, beliau turut memberikan perkhidmatan mengurut kepada ibu yang berpantang di rumah. Lama kelamaan permintaan untuk perkhidmatan mengurut bagi ibu yang berpantang mendapat sambutan yang menggalakkan berbanding dengan rawatan spa. Bagi mendalami ilmu pengurusan perniagaan dan rawatan ibu berpantang, beliau telah menghadiri pelbagai kursus yang ditawarkan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran. Antara kursus yang telah berjaya beliau hadiri termasuklah kursus pembelajaran ilmu berpantang yang melibatkan ilmu kelahiran, teknik urutan, pemakanan, pengurusan ibu dan bayi sepanjang tempoh berpantang. Beliau juga jurulatih bertauliah dalam bidang kemahiran. Setiap kursus tersebut akan menyediakan sijil kelayakan di peringkat nasional bagi bidang kemahiran yang ditawarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran di bawah Kementerian Pembangunan Sumber Manusia. Melebarkan sayap perniagaan Bagi melebarkan sayap perniagaan “Pantang Plus” pelbagai inisiatif diambil ke arah mempromosikan pakej berpantang yang ditawarkan kepada wanita terutamanya yang menetap di kawasan Lembah Klang selain Johor Bahru dan Pulau Pinang. Memulakan perniagaan dengan bantuan MAGIC di bawah Kementerian Kewangan untuk mendapatkan geran pembiayaan memulakan perniagaan. 83 Kosmetik & Kesihatan


Selain itu, berbekalkan dana peningkatan ‘fundraising’ sebanyak RM 400,000 yang diperoleh dari pelaburan orang perseorangan dalam perniagaan, digunakannya sebaik mungkin bagi mengembangkan perniagaan sehingga ke hari ini. Pengendalian perniagaan secara bersendirian pada peringkat awal dan kini syarikat mempunyai seramai 240 orang terapi yang mengendalikan tempahan pakej rawatan berpantang yang dijalankan di rumah pelanggan. Perkongsian pendapatan dengan kadar ditetapkan berdasarkan pakej antara ahli terapi dan syarikat menjadikan perniagaan ini berkembang dengan pesat. Selain itu, beliau turut menghadiri kursus memulakan perniagaan ‘start-up’ dengan mengadaptasikan perniagaan bersifat tradisional secara atas talian. Sebagai pengasas kepada perkhidmatan berpantang ini yang mempunyai majoriti pelanggan dalam kalangan wanita Melayu, pasukan beliau telah membina laman web bagi memudahkan pelanggan untuk membuat tempahan pakej rawatan berpantang yang bersesuaian dengan bajet pelanggan. Kini, pelanggan beliau terdiri dari pelbagai kaum dan negara yang menggunakan produk ‘Pantang Plus’. Pakej berpantang semasa yang ditawarkan kepada pelanggan di rumah bermula dari pakej ekonomi bagi tempoh 14 hari berharga RM 2,550 dengan menawarkan perkhidmatan urutan sebanyak 4 kali dan penyediaan makanan ibu berpantang serta perkhidmatan memandikan bayi pada setiap hari. Bagi pakej premium 14 hari pula, syarikat menawarkan perkhidmatan tambahan dengan urutan setiap hari dengan nilai RM 3,880. Pakej bersifat mampu-milik tetapi sempurna dan lengkap dilihat mampu memberikan pengalaman baharu kepada pelanggan agar mereka berasa dihargai dan dibelai sama seperti seorang Permaisuri. Cabaran di dalam perniagaan Untuk membina perniagaan yang berdaya maju dan lestari, Zamzana percaya tiada jalan singkat untuk berjaya. Justeru, pada awal penubuhan syarikatnya, beliau bekerja lebih 18 jam sehari bagi membuktikan perniagaan ini ada permintaan dan penawaran di pasaran. Beliau banyak mengkaji prospek bidang penjagaan wanita dalam berpantang bagi memahami keperluan sebenar industri bersifat tradisional ini. Pada awal pembabitannya, beliau tidak mempunyai sokongan dan bantuan, sebaliknya sering dicabar untuk bekerja keras semata-mata. “Ya, saya dilihat seperti mendirikan perniagaan berasaskan air mata dan lelehan peluh sahaja, tetapi perkara ini tidak mematahkan semangat saya. Sebaliknya, saya hanya perlu mencari penyelesaian kepada setiap halangan yang saya hadapi. Antaranya, persepsi awam tentang masa depan khidmat urutan dan penjagaan pantang yang kedengaran agak kuno. Saya sedar sebenarnya saya telah mempelopori bidang urutan dan penjagaan wanita berpantang ini sebagai bersifat komersial, yang pada akhirnya sekarang ini kita melihat semakin ramai penyedia perkhidmatan tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Yang saya peroleh ialah kelebihan sebagai perintis dan sejak itu kami dilihat sebagai ‘trendsetter’ atau pemimpin pasaran” (Utusan Malaysia, 2017). Zamzana merasakan bidang yang diceburinya ini mempunyai cabaran dan persaingannya yang tersendiri. Namun, berbekalkan semangat dan 84 Usahawan Siswa : Memeta Haluan, Melakar Jaya


pengalaman, beliau tidak gentar dan yakin bahawa dengan teknik pemasaran yang betul, visi dan misi syarikat akan diterima baik oleh kumpulan sasaran pelanggan juga. Ramai penyedia perkhidmatan mungkin terikut-ikut kaedah untuk mencari peluang ekonomi dalam bidang yang sama, tetapi kabur untuk mendapat kedudukan atau posisi perkhidmatan mereka. Beliau juga percaya situasi yang dilalui dari awal perniagaan hingga kini memerlukan keyakinan dan semangat yang kuat. Perniagaan bukan semata-mata mempunyai modal atau idea yang boleh ditiru sahaja namun kecekalan dan tekad untuk berjaya merupakan bekal utama yang perlu ada bagi seorang usahawan untuk terus berjaya dan relevan dipasaran. Promosi pakej ‘PANTANG PLUS’ Platform tempahan pakej ‘Pantang Plus’ sangat popular apabila dibuat carian di internet sehinggakan syarikat beliau seringkali mendapat permintaan dari luar negara seperti UK, UAE, Singapura dan Australia. Dari pemerhatian ini jelas kelihatan bahawa perkhidmatan berpantang ini memang menjadi keperluan bagi setiap wanita yang bakal bersalin di seluruh dunia. Sebagai pengasas produk kesihatan, beliau yakin bahawa wanita yang gembira akan menguruskan seluruh ahli keluarga wanita itu. Oleh yang demikian, perkhidmatan yang disediakan oleh pihak syarikat ini haruslah mampu memberikan kegembiraan kepada ibu yang baharu melahirkan anak agar aura kegembiraan ini turut terpancar kepada seluruh keluarga pelanggan. Dengan motto syarikat ‘We make new mommies happy” menjadikan keutamaan dalam perkhidmatan yang kami berikan untuk menjaga ibu yang bersalin kembali sihat, bertenaga dan gembira, dan seterusnya hubungan kekeluargaan menjadi erat dan mesra. Zamzana sedar wujudnya jurang antara fahaman penjagaan wanita secara moden dan tradisional. Dari awal penglibatannya dalam industri ini, beliau sudah menetapkan polisi supaya mendahulukan Wanita yang bakal melahirkan cahaya mata ini sangat prihatin soal kesihatan dan pemulihan dalaman selepas bersalin. Selain itu, penjagaan lengkap bagi kesihatan wanita semasa berpantang mampu mengurangkan kadar kemurungan dan tekanan yang boleh membawa kepada sindrom depresi selepas bersalin (post-partum depression). Zamzana berpendapat bahawa sumbangan pasukan beliau dalam menjaga ibu berpantang dapat membantu wanita dari sudut kesihatan mental terutama sejak penularan wabak Covid-19 yang menjadikan masyarakat lebih cenderung untuk berhati-hati dalam aspek kesihatan dan kebersihan diri. 85 Kosmetik & Kesihatan


pandangan pakar perubatan sebelum memulakan rawatan penjagaan wanita dalam berpantang. Bagi situasi ibu atau bayi yang masih memerlukan pemantauan hospital, perkhidmatan berpantang ini akan ditangguhkan dan akan disempurnakan sejurus selepas ibu dan bayi bersedia. Mencipta keunikan di dalam perniagaan Pada amnya, agak sukar untuk sesuatu perniagaan itu dapat menikmati kuasa monopoli di pasaran. Justeru, Zamzana mencipta beberapa kelainan atau keunikan ke atas produk dan perkhidmatannya dengan konsep dan strategi laut biru ‘blue ocean strategy’, seperti: 1. Usahawan ‘start-up’ dalam bidang tradisi tetapi bersifat ‘disruptive’ dengan menggunakan kemudahan teknologi dan digital untuk menarik pelanggan 2. Usahawan ‘tech start-up’ dengan elemen inovasi supaya perkhidmatan mudah dikembangkan ke luar negara. 3. Usahawan ‘social start-up’ (Keusahawanan Sosial) dengan memperkasakan dan menyediakan wanita B40 peluang pekerjaan sebagai penjaga wanita dalam pantang. (Lihat: https://www.youtube.com/ watch?v=K-lMkJDMkxI&t=13s) 4. Platform perkongsian rezeki (‘sharing economy platform’) dengan mengambil pekerja ‘gig’ atau bebas sebagai penyedia perkhidmatan. Perancangan perniagaan pada masa hadapan Setelah berkecimpung dalam bidang perkhidmatan rawatan bagi ibu berpantang ini dalam tempoh 6 tahun, perkembangan perniagaan perlu dipacu dengan lebih efektif bagi perancangan masa hadapannya. Sebagai pengasas perniagaan dalam sektor perkhidmatan, strategi yang digunakan melalui penggunaan teknologi dengan mengunakan aplikasi atas talian bagi melihat perjalanan proses rawatan berpantang yang dikendalikan ahli terapi bermula dari tempahan yang dibuat oleh pelanggan sehingga rawatan tamat. Selain itu, suntikan modal tambahan juga diperlukan bagi mengembangkan perniagaan dengan pembangunan akademi latihan 86 Usahawan Siswa : Memeta Haluan, Melakar Jaya


melahirkan ahli terapi yang profesional dan bertauliah dalam mengendalikan rawatan berpantang kepada pelanggan. Hasrat ini tertunai dengan jumlah suntikan modal sebanyak RM 3.5 juta yang akan dilakukan pada setengah tahun kedua, iaitu tahun 2021. Besar harapan beliau ingin mengorak langkah lebih jauh lagi dalam bidang ini dengan mencapai status penyenaraian awam di bursa saham tempatan dan luar negara, dan dalam masa yang sama mengangkat martabat seni menjaga wanita berpantang Melayu ini ke persada antarabangsa. Untuk sebarang pertanyaan atau bentuk kerjasama, boleh dihubungi pengasas produk di alamat emel: [email protected]. Bagi maklumat lanjut juga boleh layari laman web ‘Pantang Plus’ di www.pantangplus.com. Sebagai pengasas kepada produk ‘Pantang Plus’ beliau meletakkan harapan yang besar agar dapat mengorak langkah lebih jauh lagi dalam bidang ini. Berbekalkan semangat dan tekad yang tinggi, beliau berharap agar suatu hari nanti hasrat untuk mencapai status penyenaraian awam di bursa saham tempatan dan luar negara, serta dalam masa yang sama mengangkat martabat seni menjaga wanita berpantang Melayu ini ke persada antarabangsa. Untuk sebarang pertanyaan atau bentuk kerjasama, boleh hubungi pengasas produk di alamat emel: [email protected]. Bagi maklumat lanjut juga boleh layari laman web ‘Pantang Plus’ di www.pantangplus.com. 87 Kosmetik & Kesihatan


BEYO BEAUTY ILTIZAM GADIS BERKERJAYA MEMILIH BIDANG KEUSAHAWANAN Usahawan Wan Aizatul Syafikah Wan Ubaidillah Penulis Prof. Madya Dr. Mass Hareeza Ali @ Hamid 88 Usahawan Siswa : Memeta Haluan, Melakar Jaya


Atas rasa simpati semasa pandemic covid-19, maka beliau beriltizam untuk menghasilkan produk kecantikan sebagai satu usaha berkongsi membantu menjana pendapatan rakan-rakan, kenalan dan ‘fans’ yang telah hilang pekerjaan sebagai punca pendapatan. Kata-kata “Wanita dan kecantikan berpisah tiada”, sesuai dengan produk yang dibangunkan itu yang mempunyai jangkaan permintaan tinggi di pasaran pada waktu PKP ini. Beliau menampilkan keunikan produk yang tiada penggunan bahan kimia dan berasaskan bahan-bahan organik semata selain produk berkualiti tinggi dan pada harga mampu milik. Melihat bahawa kesukaran yang ditempuhi dan kejayaan yang diraih beliau pada hari ini pasti dapat memberi inspirasi kepada kita semua. PENGASAS PRODUK BEYO BEAUTY Namanya mungkin tidak dikenali ramai, namun mungkin ada di antara anda yang kenal terhadap jenamanya. Beliau yang bernama Wan Aizatul Syafikah Binti Wan Ubaidillah merupakan seorang usahawan muda yang berasal dari Pahang dan merupakan graduan dalam bidang lanskap Arkitek di Universiti Putra Malaysia (UPM) pada tahun 2018. Bermula semasa menuntut pengajian di Universiti beliau sudah berjinak-jinak dengan menjual tudung jenamanya sendiri iaitu wanshasha shawls yang mendapat sambutan hangat di kalangan pelajar UPM. Setelah tamat pengajian dan menghadapi pelbagai cabaran dan pengalaman akhirnya beliau berjaya mengeluarkan produk kecantikan sendiri atas kudratnya iaitu Beyo Beauty pada tahun 2020. Beyo Beauty sebuah syarikat yang mengeluarkan produk kosmetik seperti liptint, serum dan sebagainya yang dipasarkan secara dalam talian. Uniknya produk yang dihasilkan adalah kerana mengandungi bahan-bahan organik tanpa bahan kimia yang berbahaya terhadap pengguna seperti merkuri. Langit tidak sentiasa cerah Sebelum tertubuhnya Beyo Beauty, beliau merupakan seorang arkitek dan kemudian bertukar kerjaya ke bidang pemasaran produk kosmetik. Mempunyai kerjaya dan pendapatan yang stabil sehinggalah pandemik COVID-19 melanda seluruh dunia serta pihak kerajaan kemudiannya mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pertama pada 18 Mac 2020. Ramai daripada rakan dan pengikut beliau di media sosial menghadapi masalah kewangan akibat kehilangan pekerjaan. Beliau sering dihubungi oleh kenalan sama ada beliau mempunyai apa-apa produk yang boleh di jual untuk dijadikan sebagai sumber pendapatan semasa tempoh tersebut. Hari demi hari, beliau mula mengambil serius mengenai masalah ini dan bersimpati serta berhajat untuk membantu mereka. Namun bagaimanapun, tidak banyak yang boleh dilakukan untuk membantu mereka kerana waktu tersebut beliau sendiri makan gaji sahaja. 89 Kosmetik & Kesihatan


Berani mengambil risiko dalam kehidupan Melihat situasi tersebut telah memberi idea dan semangat untuknya memulakan syarikat kosmetik sendiri bagi membantu orang ramai menjana pendapatan. Beliau merancang untuk mengeluarkan produk dengan harga yang berpatutan dan mampu milik kerana ramai di antara mereka di luar sana yang kesempitan wang semasa PKP. Beliau berfikir bagaimana cara untuk beliau menembusi pasaran semasa PKP dan pelanggan masih mampu membeli, akhirnya beliau telah memilih liptint sebagai produknya yang pertama. Beliau percaya bahawa liptint adalah antara produk kosmetik yang mampu milik dan diguna pakai oleh pelbagai jenis golongan. Perancangannya untuk menghasilkan produk sendiri pada mulanya tidak mendapat sokongan keluarga dan rakan-rakan terdekat. Mereka menyangkal niatnya atas alasan beliau sudahpun mempunyai pendapatan yang selesa dan tidak patut mempertaruhkan kerjaya dan masa depannya. Namun begitu, beliau tetap tabah dan tidak berputus asa lalu membuat keputusan untuk memeruskan perancangannya membuka syarikat sendiri. Berbekalkan modal yang sedikit daripada akaun simpanan sendiri yang disimpan semasa bekerja beliau berjaya menghasilkan produk dengan jenamanya sendiri iaitu Beyo Beauty. Mengimbas kembali semasa menuntut di Universiti Putra Malaysia beliau sangat aktif dalam menjalankan perniagaan dengan menjual tudung jenamanya sendiri sejak 2016 iaitu wanshasha shawls. Sebanyak RM3000 yang diperolehi sebagai bayaran semasa menjadi model pakaian Muslimah menjadi modal permulaan perniagaan yang diceburinya. Semasa dalam pengajian beliau telah memperlajari pelbagai ilmu keusahawanan bagi membantu 90 Usahawan Siswa : Memeta Haluan, Melakar Jaya


perniagaannya agar lebih berdaya saing. Selain itu, pihak Universiti juga telah banyak membantu beliau dengan memberi peluang dan platform perniagaan kepadanya serta telah menerbitkan artikel di surat khabar. Namun begitu, perniagaan wanshasha shawlsnya terpaksa ditutup setelah mendapat tawaran kerja sebagai arkitek. Jauh disudut hatinya, beliau berimpian untuk menjadi seorang usahawan berjaya pada masa akan datang. Perjuangan belum selesai Ketika hendak menubuhkan Beyo Beauty, beliau tiada pilihan dan terpaksa melakukan segala proses persediaan secara seorang diri kerana keluarga dan kenalan membantah keras usahanya. Oleh sebab itu, perkara utama yang perlu ada pada dirinya adalah mempelajari pelbagai ilmu baharu demi mengeluarkan produk yang berkualiti kepada pengguna. Beliau perlu mencari dan membuat tapisan pembekal produk kosmetik kerana beliau sering ditipu oleh pembekal yang menyatakan fakta-fakta yang salah dan ada juga yang memanipulasi bahan kandungan di dalam produk mereka. Produk yang ingin dipasarkan oleh beliau adalah produk yang berasaskan bahan-bahan organik dan tiada penggunaan bahan kimia. Namun banyak pembekal yang menghasilkan produk dengan menggunakan bahan kimia seperti merkuri bagi memastikan produk mereka tahan lebih lama. Akan tetapi tindakan itu akan menjejaskan keselamatan penggunaannya. Proses pencarian pembekal mengambil masa yang sangat lama kerana terdapat pelbagai lapisan yang perlu diperhalusi. Beliau perlu mencari produk yang diperbuat daripada 100% bahan-bahan organik dan mencuba produk tersebut sendiri. Setelah selesai penyaringan pembekal, Langkah seterusnya beliau perlu membuat penjenamaan 91 Kosmetik & Kesihatan


logo syarikat, label produk dan alatan pemasaran seperti banner, poster dan sebagainya. Kesemua persiapan ini juga turut menambah masa yang diperlukan kerana beliau tidak mengupah designer luar untuk menjimat kos. Ianya amat sukar dari yang disangka untuk menghasilkan produk yang berkualiti, harga berpatutan dan pada masa yang sama dapat membantu ejen yang bermodal kecil tambahan lagi semasa tempoh PKP. Pelancaran produknya yang pertama, telah mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada orang ramai. Sambutan hangat ini telah memberi semangat untuknya menghasilkan lebih banyak lagi produk kecantikan dan mengembangkan lagi perniagaannya. Usaha yang membuahkan hasil Segala rintangan yang diharungi beliau semestinya didatangi ganjaran yang lumayan. Beliau telah berjaya melancarkan produk pertama November 2020 dan kini sudah hendak masuk pelancaran produk beliau yang keempat dalam masa 6 bulan sahaja. Syarikat beliau telah mendapat sambutan dan berjaya memperoleh seramai hampir 200 orang ejen. Terharu rasanya apabila beliau melihat ejen-ejen yang bekerja bersama beliau sudah mampu membeli kereta dan emas. Beliau berasa sangat gembira dan bangga kerana niat murninya untuk membantu ramai individu telah berjaya dan terlihat hasilnya. Beliau berhasrat untuk mengembangkan syarikatnya dan menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan kepada orang luar yang berhasrat untuk menjana pendapatan bersama Beyo Beauty. Produk beliau juga telah mendapat permintaan yang tinggi daripada negara luar seperti Indonesia dan beliau telah pun mendapat inquiry dari Indonesia untuk memulakan pemasaran produk Beyo Beauty ke luar negara. Beliau juga merancang untuk menembusi pasaran Singapura pada masa akan datang. Beliau sentiasa percaya dalam segala yang dilakukan. Beliau tidak sesekali mengambil hati terhadap kata-kata orang yang meragui keputusannnya kerana hanya beliau sahaja yang tahu apa yang hendak dicapai. Baginya, biarlah tersasar dari bidang pelajaran sekalipun, hanya fokus terhadap apa yang hendak dikecapi. Beliau tidak pedulikan kesusahan yang beliau bakal hadapi kerana beliau tahu bahawa dengan kesusahan itulah yang akan mendekatkan beliau dengan impian. Beliau turut percaya dengan ketentuan Allah kerana segala rezeki yang hendak diberi adalah rahsia-Nya dan sesungguhnya ia adalah untuk yang terbaik. 92 Usahawan Siswa : Memeta Haluan, Melakar Jaya


93 Kosmetik & Kesihatan


TEKNOLOGI, FOTOGRAFI DAN AUDIOGRAFI


QALYMA GLOBAL MELESTARIKAN MASYARAKAT CELIK AL-QURAN KUALA LANGAT Usahawan Muhammad Qais Amiri Jamalludin Penulis Pn. Azila Baharuddin Pn. Mahanom Ismail 96 Usahawan Siswa : Memeta Haluan, Melakar Jaya


Malaysia kini menjadi contoh kebanyakan negara Islam lain berikutan kemampuannya menjadi sebuah negara moden dan maju, pada masa sama masih mengamalkan pegangan Islam yang kuat. Secara umumnya revolusi salinan al-Quran di Malaysia berlaku dalam dua bentuk, pertama manuskrip menerusi tulisan tangan dan kedua, cetakan. Perkembangan penulisan al-Quran di Malaysia seterusnya berkembang baik dan mula diterbitkan secara audio ataupun digital. Gambaran ini jelas telah membuka peluang kepada anak muda berusia 21 tahun, Muhammad Qais Amiri bin Jamalludin menceburkan diri dalam perniagaan radio al-Quran. Seorang yang memiliki azam yang tinggi untuk berjaya menjadi harapan untuk mengubah masa depan keluarga. Perwatakan yang peramah, suka membantu dan berkarisma telah menjadikan beliau pelajar harapan serta kesayangan semua warga KKKL. QALYMA GLOBAL Muhammad Qais Amiri bin Jamalludin berumur 21 tahun merupakan graduan Kolej Komuniti Kuala Langat (KKKL) dalam bidang Sijil Pengoperasian Perniagaan. Dilahirkan dalam sebuah keluarga yang besar dan memiliki lapan orang adik beradik secara tidak langsung telah mendidik dan membentuk keperibadian beliau menjadi seorang yang sangat berdikari. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sungai Buloh dan Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Buloh, telah mula menunjukkan minat dalam dunia perniagaan apabila sering membantu rakan berniaga di pasar malam atau pasar pagi di kawasan masjid bagi membantu ayah menampung keperluan perbelanjaan keluarga. Idea berniaga bermula apabila salah seorang guru meminta bantuan beliau untuk mendapatkan radio al-Quran sehingga menarik minat guru-guru lain untuk turut sama menempah radio al-Quran tersebut. Ekoran daripada itu, maka timbul idea dan kesungguhan untuk menjalankan perniagaan menjual radio al-Quran dengan lebih serius dengan berbekalkan modal permulaan sebanyak RM300. Beliau berazam untuk mengubah diri daripada seorang yang menerima zakat kepada pembayar zakat. “Setiap orang berpotensi untuk berjaya dalam hidup”, falsafah ini telah menjadi pembakar semangat kepada Muhammad Qais Amiri bin Jamalludin untuk beliau melangkah maju kedepan. Perjalanan perniagaan Setelah memperoleh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), beliau membuat keputusan yang untuk melanjutkan pelajaran di Kolej Komuniti Kuala Langat (KKKL) dalam bidang Sijil Pengoperasian Perniagaan pada Julai 2018. Sepanjang bergelar siswa di KKKL, beliau merupakan pelajar yang sangat aktif dalam pelbagai aktiviti kokurikulum. Kesibukan sebagai pelajar tidak menjadi penghalang buat beliau mendaftarkan perniagaan miliknya iaitu Halisco Global pada 21 September 2018 ketika masih menuntut di semester pertama. Berkonsepkan “Doing Business While Study” beliau telah mula menjalankan perniagaan secara dalam talian dengan lebih serius. Kandungan kurikulum dan pensyarah yang mengajar telah banyak membantu memantapkan perniagaan yang dilaksanakan oleh beliau. Sokongan Unit Keusahawanan KKKL juga telah membuka peluang kepada beliau untuk menyertai pelbagai 97 Teknologi, Fotografi dan Pemasaran Digital


aktivti dan program seperti bengkel, seminar, kem, pameran jualan, dan lawatan berkaitan dengan keusahawanan. Muhammad Qais Amiri bin Jamalludin merupakan salah sorang Inkubator Keusahawanan KKKL yang berjaya. Beliau pernah menjadi Johan dalam Program Fund & Picth My Business @ Southern Region Peringkat Zon Selatan dan Tengah pada tahun 2018, selain itu, beliau juga pernah menyandang Johan pertandingan GUK Hackathon – 36 Hours E-enterpreneur Community Challenge Peringkat Zon Tengah pada tahun 2019. Beliau juga menjadi salah seorang penerima Bizgrant SSM Peringkat Negeri Selangor bernilai RM3,000 pada tahun 2019 dan memperolehi pembiayaan dana daripada MyIPO untuk cap dagangan perniagaan di bawah Program Dana Pemfailan Harta Intelek 2019. Selain itu, pencapaian gemilang beliau ini telah menarik minat akhbar The Sun untuk mengabadikan kisah beliau dalam satu segman khas pada 10 Oktober 2010. Beliau juga sering dijemput oleh agensi luar untuk berkongsi kisah kejayaan antaranya jemputan khas untuk menjadi team Elokal bagi Program KPM-Celcom Siswapreneur @Google Bootcamp 2019. Manakala pencapaian peringkat antarabangsa, beliau pernah menyertai Program Mobiliti Antarabangsa ke Politeknik Bali di bawah program 4th Batch SEA-TVET Student Exchange Programme KKKL and Politenik Negeri Bali selama sebulan pada tahun 2019. Perwatakan yang peramah, suka membantu dan berkarisma telah menjadikan beliau pelajar harapan serta kesayangan semua warga KKKL. Ketokohan beliau dalam kepimpinan juga tidak dapat dinafikan lagi, beliau telah dilantik menjadi Pengerusi Kelab Keusahawanan KKKL, Pengerusi Kelab MyAgrosis KKKL, Pengerusi Pembimbing Rakan Inspirasi Siswi (PRISS) KKKL dan Ketua Exco Komunikasi Korporat PRISS Kebangsaan Kolej Komuniti. Kejayaan beliau sering menjadi inspirasi kepada pelajar lain. Muhammad Qais bukan sahaja bijak dalam menjalankan perniagaan tetapi dia juga hebat dalam memberi idea, mendidik dan memotivasikan rakan-rakan. Sepanjang pengajian, beliau juga aktif mengadakan kelas bimbingan (coaching) di bawah kelolaan Kelab Keusahawanan KKKL, platform ini digunakan sebaiknya oleh beliau untuk membantu rakan-rakan yang samasama berminat dalam bidang keusahawanan. Berdasarkan kesaksian yang dibuat oleh para peserta, kebanyakan mereka seronok dan berpuas hati dengan tip dan penyampaian beliau, malah seorang peserta telah berjaya mendaftarkan perniagaan hasil tunjuk ajar dan dorongan daripada beliau. Kini beliau menjadi mentor dan penasihat utama kepada usahawan tersebut untuk memajukan perniagaannya. Selain itu, beliau juga pernah menjadi pengajar “personal coaching” untuk seorang usahawan yang telah lama berniaga tetapi berhajat untuk memulakan perniagaan secara dalam talian, hasilnya usahawan tersebut telah berjaya mendapat jualan yang lebih tinggi berbanding sebelumnya. Liku-liku dan cabaran perniagaan Sepanjang di KKKL, Muhammad Qais Amiri bin Falsafah ‘Setiap orang berpotensi untuk berjaya dalam hidup’ telah menjadi pembakar semangat kepada Muhammad untuk beliau melangkah maju ke hadapan 98 Usahawan Siswa : Memeta Haluan, Melakar Jaya


Jamalludin juga seorang yang sangat aktif dalam aktiviti sukan. Petanque dan woodball adalah antara sukan yang menjadi kegemaran beliau. Walaupun bergelar seorang siswa, setiap hari beliau akan meluangkan masa menyediakan bahan copy writing untuk media sosial, melayan pertanyaan dan menguruskan proses pengeposan barang kepada pelanggan. Dua minggu sekali beliau akan membuat pembelian stok. Bagi beliau masa sangat berharga, tidur lewat malam, terkejar-kejar masa pergi ke pejabat pos, serta terpaksa melupakan masa bersosial bersama rakan-rakan telah menjadi kebiasaan kepada beliau. Hasil usaha keras, perniagaan beliau semakin berkembang maju dan pada semester tiga beliau mula mengambil pekerja untuk membantu menguruskan perniagaan. Pekerja yang diambil adalah dikalangan rakan dan kenalan beliau serta ahli keluarga. 99 Teknologi, Fotografi dan Pemasaran Digital


Kejayaan perniagaan Qalyma Global Walaupun sentiasa aktif dalam pelbagai aktiviti kokurikulum dan berniaga, beliau bijak membahagikan masa dan tidak mengabaikan pencapaian akademik, beliau merupakan penerima Anugerah Pelajar Cemerlang dan Anugerah Pengarah tiga semester berturutturut. Selain itu pada tahun 2019 beliau juga turut dianugerahkan Anugerah Tokoh Pelajar, Anugerah Kecemerlangan Kepimpinan, dan Anugerah Pengantarabangsaan. Ketekunan, kepakaran, kejayaan perniagaannya serta sifat suka berkongsi ilmu perniagaan dengan rakan yang lain telah menyebabkan beliau terpilih sebagai ikon keusahawanan pelajar Kolej Komuniti Kuala Langat pada tahun 2019. Pemilihan beliau sebagai icon ini telah menambahkan minat dan semangat beliau untuk terus berusaha dan berkongsi ilmu kepada yang memerlukan. Kejayaan demi kejayaan telah dikecapi dalam usia muda tidak mejadikan beliau seorang yang lupa jasa kedua orang tuanya dan asal usulnya. Beliau yakin, doa dan restu ibu dan ayah adalah sangat penting untuk kejayaan beliau. Ibu, dan ayah serta adik beradik yang lain telah menjadi pendorong utama kejayaan beliau. Hasil perniagaan beliau banyak membantu ibu ayah dan keluarga menampung perbelanjaan keluarga dan membeli pelbagai peralatan dan keperluan rumah. Bukan itu sahaja beliau turut membantu mengeluarkan modal untuk kakak beliau yang baru menamatkan pengajian untuk menubuhkan perniagaan ‘bakery’. Peluang belajar ilmu perniagaan sepanjang pengajian di KKKL dan semasa menjalani latihan indusri tidak disia-siakan, beliau mengaplikasi semua ilmu yang telah diperolehi. Beliau juga pernah terpilih menerima latihan khas daripada pihak Facebook Singapura. Selain itu, bagi memastikan perniagaan beliau terus berkembang, beliau sering mengikuti kelas bersama mentor keusahawanan yang terkenal seperti Azizan Osman, Najib Assadok dan Hasbul Brother untuk mendapatkan ilmu dan meningkatkan motivasi dalam perniagaan. Prinsip hidup yang dipegang oleh beliau adalah perlu sentiasa berkongsi dengan apa yang telah dimiliki kerana semua kejayaan tersebut adalah anugerah Allah kepadanya. Setelah tamat penggajian, beliau masih meneruskan sumbangan kepada KKKL selaku alumni. Beliau banyak terlibat dengan program – program keusahawanan kolej. Banyak sumbangan beliau yang telah diberikan kepada Kolej Komuniti dari segi berkongsi pengetahuan, pengalaman dan kepakaran melalui aktiviti dan program yang diatur bertujuan untuk membantu pelajar Kolej Komuniti Kuala Langat memupuk budaya keusahawanan dalam kalangan pelajar. Pada Januari 2020 sebagai reward kepada diri sendiri atas usaha keras selama ini, beliau telah dapat menunaikan umrah. Selain itu, beliau juga telah membantu keluarganya membaiki dan membuat pengubahsuai rumah untuk keselesaan keluarganya. Perniagaan yang dijalankan semakin hari semakin maju dan berkembang sehingga jualan mencecah nilai RM70 ribu sebulan, “Ketekunan, kepakaran, kejayaan perniagaannya serta sifat suka berkongsi ilmu perniagaan dengan rakan yang lain telah menyebabkan beliau terpilih sebagai ikon keusahawanan pelajar Kolej Komuniti Kuala Langat pada tahun 2019” 100 Usahawan Siswa : Memeta Haluan, Melakar Jaya


Beliau merancang untuk mengembangkan lagi perniagaannya dengan mula mencari idea produk baharu untuk dikeluarkan. Walaubagaimanapun beliau di uji apabila produk jualan Radio alQurannya di rampas oleh pihak berkuasa kerana tidak mempunyai kelulusan daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN). Kesannya penjualan produk radio al-Quran menurun dan ini berlarutan sehingga ke bulan kedua disebabkan kerana beliau perlu menguruskan permohonan kelulusan daripada pihak KDN. Pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh beliau untuk mendapatkan kelulusan daripada pihak KDN dan akhirnya beliau hampir mengalah ketika itu kerana mendapat perkhabaran bahawa permohonan kelulusan tersebut melibatkan proses yang panjang dengan jangkaan masa melebihi enam bulan. Berkat doa dan usaha tanpa mengenal erti putus asa, beliau ditemukan dengan seorang usahawan pengeluar al-Quran. Hasil perjumpaan dengan usahawan tersebut beliau mendapat idea untuk menjual produk baharu. Sebelum mengambil keputusan untuk menjual produk baharu, beliau telah membuat kajian pasaran tentang produk tersebut bagi merancang strategi yang boleh digunakan untuk memastikan produk tersebut mendapat sambutan di pasaran. Setelah berpuashati dengan kajian pasaran tersebut akhirnya beliau mula menjual produk Tafsir alQuran dengan cetakan khas pada kulit mengikut tempahan pelanggan. Perancangan masa hadapan Qalyma Global Bermula pada 1 Jun 2020, beliau telah mendaftarkan Qalyma Global sebagai nama syarikat yang baru. Dengan bermodalkan RM5,000 hasil simpanan dan pendapatan perniagaan sebelum ini menjual radio Al-Quran beliau telah bangkit semula dengan membeli stok 101 Teknologi, Fotografi dan Pemasaran Digital


dan beberapa peralatan untuk memulakan semula perniagaan beliau. Keistimewaan produk yang tidak ditawarkan oleh pesaing lain, teknik pemasaran yang betul serta strategi yang mantap telah membuatkan percaturan beliau berjaya. Perniagaan beliau telah meningkat dengan jumlah jualan sebanyak RM100 ribu sebulan dan semakin hari semakin berkembang maju. Pada Mac 2021 beliau membuat keputusan untuk menyewa premis untuk perniagaan yang terletak di Sungai Buloh. bagi memudahkan penyimpanan stok jualan. Jika sebelum ini beliau meletakkan stok – stok jualan di rumah menyebabkan keadaan rumah menjadi kurang selesa kerana dipenuhi dengan stok, mesin dan peralatan perniagaan. Disebabkan stok belian yang perlu dibeli semakin meningkat dan beliau telah berpindah ke premis perniagaan bagi memudahkan pengurusan perniagaan. Sebagai pemilik perniagaan, beliau merupakan seorang ketua dan pengurus yang sentiasa bersemangat, berdisplin dan sering memberi inspirasi dan motivasi kepada pekerjanya. Kini beliau telah mempunyai 3 orang pekerja tetap di pejabat serta 2 orang sale team dan 6 orang separuh masa untuk menanda Al Quran. Pelbagai cabaran dan rintangan yang telah dialami oleh beliau dalam mengembangkan perniagaannya. Antaranya, beliau pernah mengalami kemurungan apabila jumlah jualannya jatuh mendadak daripada RM70 ribu sebulan kepada RM14 ribu sebulan. Dengan strategi, semangat dan nama perniagaan yang baru beliau bertekad untuk mengembangkan semula perniagaan beliau. Impiannya, ingin menjadikan Qalyma Global sebagai syarikat yang menerbitkan Al Quran terjemahan dan mengandungi panduan tajwid dan membantu masyarakat dapat membaca Al Quran dan memahami terjemahan daripada Al Quran. Seiring dengan hala tuju Qalyma Global, beliau merancang untuk mengembangkan perniagaanya dengan mensasarkan seramai 1000 orang agen di seluruh Malaysia. 102 Usahawan Siswa : Memeta Haluan, Melakar Jaya


Harta yang di miliki adalah kurniaan daripada Allah SWT dan sebaik-baik harta demi membantu agama Allah SWT serta digunakan ke jalan-Nya. Itulah kata-kata azimat dan pedoman yang beliau pegang sepanjang berniaga. Beliau terinsiprasi dengan kisah perjuangan Abdul Rahman bin Auf iaitu sahabat junjungan kita Nabi Muhammad SAW sentiasa berjuang untuk menegakkan agama Allah bukan saja dengan pedangnya bahkan dengan harta dan kekayaannya. Beliau berazam ingin menjadi seperti Abdul Rahman bin Auf yang sentiasa memberikan manfaat dan sumbangan untuk kejayaan agama, bangsa dan negara. Beliau sangat berterima kasih kepada pihak Kolej Komuniti Kuala Langat, pensyarah dan semua warga kolej yang banyak membantu beliau sehingga berjaya sekarang. Peranan KKKL besar untuk membantu dirinya berjaya sehingga ke hari ini. Kejayaan beliau juga dapat membuktikan bahawa lulusan Kolej Komuniti juga boleh melahirkan usahawan muda yang berjaya setaraf dengan institusi pengajian tinggi yang lain. Beliau yakin dengan penubuhan Kolej Komuniti ini akan memberi laluan kepada lebih ramai lagi belia untuk berjaya dalam pelbagai bidang seperti dirinya. 103 Teknologi, Fotografi dan Pemasaran Digital


BANGSAWAN PICTURES MARTABATKAN INDUSTRI SENI KREATIF Usahawan Mohd Syazwan Nizam Mohd Moni Penulis Prof. Madya Ts. Dr. Hadi Manap Pn. Noor Syahidah Sabran 104 Usahawan Siswa : Memeta Haluan, Melakar Jaya


Bangsawan Pictures merupakan sebuah kisah seorang pelajar IPTA yang mempunyai minat yang mendalam dalam bidang seni dan juga keusahawanan. Mohd Syazwan Nizam bin Mohd Moni berkongsi kisah bagaimana kehidupan beliau sebelum manjadi seorang usahawan dan menceritakan bagaimana boleh terlibat dengan bidang keusahawanan. Pelbagai susah senang dan cabaran turut dicoretkan untuk mengekalkan prestasi kewangan syarikat dan menjaga kebajikan staf yang juga merupakan rakan kongsi beliau. Mohd Syazwan turut melakarkan beberapa cerita kejayaan Bangsawan Pictures dan berkongsi hala tuju syarikat yang sungguh menarik. Beliau bercita-cita untuk membangunkan studio yang mesra alam di mana semua staf Bangsawan Pictures boleh tinggal dan berkarya di bawah satu bumbung. PROFAIL BANGSAWAN PICTURES Mohd Syazwan Nizam bin Mohd Moni adalah nama yang tidak asing lagi bagi Pusat Keusahawanan Universiti Malaysia Pahang (UMP). Beliau bukan sekadar minat menjadi seorang usahawan, malah mempunyai bakat yang hebat dalam bidang nyanyian dan banyak terlibat dengan majlis keramaian serta majlis rasmi universiti. Berumur 32 tahun, beliau ialah seorang pelajar Doktor Falsafah dalam bidang Kejuruteraan Awam. Beliau mendapat ijazah pertama dari Universiti Malaysia Pahang (UMP) dalam Sarjana Muda Kejuruteraan Awam dengan Kepujian (Alam Sekitar) dan kemudian melanjutkan pengajian di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam. Beliau dianugerahkan dengan kelulusan Sarjana dalam bidang Kejuruteraan Alam Sekitar pada tahun 2014 dan selepas tamat pengajian, beliau pulang ke Kuantan dan cuba mencari pekerjaan. Alhamdulillah, beliau telah diterima bekerja sebagai pembantu penyelidik di Pusat Pengurusan dan Penyelidikan Sumber Bumi, UMP pada Mei 2015. Semasa di pusat tersebut, beliau sangat aktif dalam Persatuan Alumni Graduan UMP dan memegang portfolio perniagaan. Oleh kerana minat dalam bidang seni kreatif, beliau menukar bidang kepada promosi dan publisiti alumni. Di sini lah bermulanya beberapa projek yang melibatkan kerja-kerja promosi, penggambaran dan pembangunan video. Semasa berada dalam persatuan alumni, beliau juga terlibat dalam mengurus pelajar-pelajar yang melakukan kerja-kerja mereka bentuk poster atau banner program. Beliau banyak mempelajari cara pengurusan pelajar dalam bidang seni kreatif semasa menjadi exco promosi dan publisiti alumni UMP. Kesempatan ini beliau gunakan untuk meningkatkan bakat kendiri dalam pengurusan sumber manusia menerusi pemerhatian beliau terhadap perbezaan watak daripada pelbagai latar belakang setiap individu tersebut. Beliau juga menerima maklumbalas positif berkenaan video-video dan gambargambar yang telah dihasilkan daripada kalangan ahli persatuan alumni. Selain itu, beliau turut aktif menyertai pertandingan filem pendek, salah satunya adalah anjuran PLUS MUFORS. Filem pendek bertajuk konvokesyen yang dibangunkan bersama sahabat karib beliau, Aiman telah banyak mengajar beliau tentang teknik-teknik pembangunan video yang baik. Walaupun tidak 105 Teknologi, Fotografi dan Pemasaran Digital


merangkul sebarang kemenangan namun beliau sangat berpuas hati dengan video yang telah dibangunkan selain dapat menimba pengalaman berharga. Tertubuhnya Bangsawan Pictures Sebelum tertubuhnya Bangsawan Pictures, terdapat segelintir rakan-rakannya menyarankan agar beliau mendaftarkan syarikat bagi memudahkan urusan penerimaan tawaran projek dalam bidang ini dan tidak tertumpu hanya pada penghasilan kerja-kerja kreatif bersama pihak persatuan alumni sahaja. Namun beliau kurang yakin dengan kemampuan diri sendiri sehinggalah sahabat beliau, Aiman menerima tawaran untuk menghasilkan satu video kreatif dari sebuah jabatan di UMP. Aiman mempelawa beliau untuk turut sama menghasilkan video tersebut. Bermula dari saat ini beliau nekadkan diri untuk daftarkan syarikat namun pada ketika itu, beliau masih belum mempunyai cadangan nama yang sesuai. Hasil daripada perbincangan bersama rakanrakan, pilihan nama syarikat yang melambangkan ciri-ciri kemelayuan dan elemen antarabangsa diketengahkan. Maka timbullah idea untuk memberi nama ‘Bangsawan Pictures’ diambil daripada nama salah satu kumpulan WhatsApp beliau yang terdiri daripada sepupu beliau iaitu, Dr. Khairunisa Hasikin, Dr. Mokhzaini Azizan, Dr. Hidayah Moni, Diana Ghani, Muzakkir Ghani dan Arina Hasikin. Merekalah juga antara yang banyak membantu, menyokong dan memberi idea kepada beliau sehingga kini. Setelah mendapat persetujuan daripada semua ahli kumpulan WhatsApp, nama Bangsawan Pictures didaftarkan pada 16 Ogos 2016. Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka, bangsawan bermaksud orang yang berketurunan mulia. Bangsawan juga membawa maksud orang yang terlibat dengan sandiwara yang melibatkan nyanyian dan tarian. Manakala pictures adalah perkataan inggeris yang bermaksud gambar, atau dalam konteks ini, beliau maksudkan sebagai penggambaran yang dihasilkan. Bermulalah perniagaan Bangsawan Pictures di UMP yang lebih popular dikenali sebagai Team Bangsawan. Pada permulaannya, sumber yang ada adalah sangat terhad, adakalanya terpaksa meminjam peralatan kamera dengan rakan sekelas. Alhamdulillah modal untuk memulakan perniagaan ini boleh dikatakan kecil kerana menggunakan kamera yang sedia ada. Kamera pertama yang beliau gunakan dalam perniagaan ini adalah Nikon D3100 yang dibeli hasil daripada keuntungan berniaga menjual baju di UMP pada tahun 2011. Pada Februari 2017 Bangsawan Pictures mendapat projek pertama iaitu pembikinan video perkahwinan di Taman Seri Mahkota. Berbekalkan dengan kamera sedia ada dan pengalaman yang singkat, beliau teruja untuk menawarkan perkhidmatan pembikinan video kepada seorang sahabat untuk dijadikan testimonial. Projek pertama beliau boleh dikatakan berjaya dengan penghasilan video “Antara kejayaan terbesar beliau adalah dipilih menjadi jurugambar dan menyediakan video untuk selebriti Datuk Ramli M.S dalam rancangan Gegar Vaganza musim ke 7” 106 Usahawan Siswa : Memeta Haluan, Melakar Jaya


dan gambar yang bermutu tinggi. Pelanggan sangat berpuas hati dengan kualiti gambar yang dihasilkan. Liku-liku dan cabaran Bangsawan Pictures Pada peringkat awal menceburi bidang ini, beliau tidak mengenakan bayaran yang tinggi dan tidak memilih pelanggan. Menerima bayaran sebanyak RM600.00, sudah cukup untuk beliau menawarkan perkhidmatan videografi pakej perkahwinan. Lebih mencabar lagi duit yang diterima dikongsi bersama seorang sahabat bernama Aiman. Kehidupan pada ketika itu sangat sukar, beliau tidak sepenuh masa berniaga, malahan melakukan kerja-kerja sambilan seperti mengajar di pusat tuisyen dengan anggaran pendapatan antara RM500.00 hingga RM700.00 sebulan. Pada masa yang sama juga, beliau perlu fokus dengan penyelidikan dan pembelajaran di peringkat Doktor Falsafah. Bagi mengurangkan kos sara hidup, beliau terpaksa tinggal bersama ibunya yang menetap di Balok, Kuantan di mana jarak dengan UMP lebih kurang 45 KM. Sumber kewangan yang ada ketika itu cukup untuk beliau menjalani kehidupan seharian dan menanggung kos operasi di Bangsawan Pictures. Sehingga kini, beliau masih membayar harga yang tinggi kepada pelaksana kerja. Sebagai pengurus syarikat, beliau menganggap bahawa barisan pelaksana operasi amat penting pada peringkat awal perniagaan untuk memastikan kerja yang dihasilkan mencapai kualiti yang bagus. Prinsip kerja ini sangat ditekankan bagi meningkatkan survival syarikat. Selain itu beliau juga telus dalam memberitahu nilai sebenar projek yang diperolehi kepada rakan sekerja supaya mereka tidak mengesyaki pengurus mengaut untung yang lebih. Perjalanan perniagaan ini bukanlah antara pengurus dan pekerja sahaja tetapi lebih kepada rakan dan perkongsian bersama. Siapa yang bersama beliau dari awal dan kekal bersama akan dijadikan rakan kongsi dan teruskan perniagaan ini ke peringkat yang lebih tinggi. Bangsawan Pictures melakar kejayaan Pada peringkat permulaan, beliau hanya menerima projek dalam skala yang kecil antaranya adalah menyediakan perkhidmatan video korporat di beberapa jabatan di UMP dan anak syarikat UMP serta Kolej Komuniti. Sejak dari itu, beliau bersama pasukan Bangsawan 107 Teknologi, Fotografi dan Pemasaran Digital


semakin bergerak aktif untuk mempromosikan perniagaan dan perkhidmatan yang ditawarkan. Antara kejayaan terbesar yang telah beliau capai adalah ketika dipilih menjadi jurugambar dan menyediakan video untuk selebriti terkenal tanah air, Datuk Ramli M.S dalam rancangan Gegar Vaganza Musim ke 7, 2020 sepanjang 10 musim. Disamping itu beliau dan pasukan turut diberikan peluang untuk merakam gambargambar selebriti tempatan lain yang turut hadir ke program tersebut. Peluang ini diperolehi menerusi jalinan kerjasama dan hubungan baik beliau bersama pereka fesyen artis tanah air iaitu Syafieq Aiman yang banyak memberikan ruang dan akses kepada perkhidmatan fotografi dan videografi yang disediakan oleh Bangsawan Pictures. Selain itu, melalui produksi Jaja Ishak yang tidak asing lagi dalam penerbitan drama di stesen TV dan perunding acara majlis-majlis besar di Malaysia telah mengambil Bangsawan Pictures sebagai jurufoto dan juruvideo untuk programprogram di bawah kelolaannya. Antaranya ialah membuat rakaman majlis pelancaran butik tudung paling mewah di Malaysia iaitu Crystal World by Bawal Exclusive dan rakaman muzik video “Saat Kau Takluk Cinta” single pertama nyanyian Lakaa Idris untuk slot Samarinda di TV3. Beliau juga turut bekerjasama dengan Karl Shafek, iaitu pengacara, pelakon dan usahawan yang berasal dari Pekan Pahang bagi pembikinan video-video keluaran Karl Shafek. Disamping itu beliau dan Bangsawan Pictures telah diambil secara tetap oleh event planner Sepatu Tinggi Wedding Planner kepunyaan Azizi Akademi Fantasia (AF) 1 sebagai jurugambar dan juruvideo tetap untuk semua acara di bawah kelolaannya yang kebanyakkannya berlangsung di hotel terkemuka di sekitar Kuantan. Walaupun sentiasa dihujani dengan pelbagai projek besar di luar Kuantan, Bangsawan Pictures masih menyediakan perkhidmatan kepada pihak UMP dan Perbadanan Pertanian Negeri Pahang kerana agensi ini masih memerlukan kepakaran mereka dalam urusan penyediaan video montaj dan video koporat jabatan. Contohnya, beliau dan Bangsawan Pictures telah menyediakan gimik montaj majlis rasmi dan program utama universiti seperti Kolokium STEM Peringkat Kebangsaan yang dirasmikan oleh Dr. Maszlee Malik, mantan Menteri Pendidikan Malaysia dan juga Karnival Sukan Majlis Sukan Universiti Malaysia. Beliau dan rakan-rakan turut menyediakan perkhidmatan videografi kepada pelanggan lain seperti Kuantan Waterfront Resort City, Invods, dan Gardenveil Memorial yang terdiri daripada syarikat pemaju dan konsultan ternama di Kuantan. Hala tuju dan harapan Bangsawan Pictures Harapan beliau adalah untuk terus menaikkan nama Bangsawan Pictures ini ke tahap yang lebih tinggi dan disegani dengan menawarkan perkhidmatan berkualiti yang melangkaui kehendak pelanggan. Beliau turut menyimpan hasrat untuk membuka sebuah studio besar berkonsepkan mesra alam yang mampu menempatkan ruang kediaman sendiri kepada para krew untuk bekerja secara kreatif dan tiada had masa. Perkara ini penting bagi mereka yang bekerja dalam bidang seni kreatif kerana idea dan kreativiti selalu hadir tidak kira waktu. Persediaan ruang kerja yang kondusif akan menimbulkan aura positif bagi menghasilkan kerja yang luar biasa. Selain itu, beliau masih dalam perbincangan awal untuk membangunkan satu aplikasi khas seni kreatif yang boleh diakses oleh masyarakat bagi 108 Usahawan Siswa : Memeta Haluan, Melakar Jaya


mendapatkan perkhidmatan yang ditawarkan. Beliau yang bergelar pelajar aktif Doktor Falsafah Kejuruteraan Awam, menjelaskan bahawa pembahagian masa yang efisien perlu dilakukan dengan penuh disiplin dalam melaksana dua tugasan berbeza secara seimbang dan mencapai matlamat. “Jika kita mempunyai minat dalam sesuatu bidang yang digemari, teruskan usaha untuk meneroka bidang tersebut sehingga kita mencapai hasil yang diingini,” ujar beliau. Ini kerana prospek kerjaya pada masa ini menuntut kemampuan seseorang itu untuk mencipta kerjaya mereka sendiri berdasarkan minat dan kecenderungan yang bukan sahaja memberikan kepuasan, malahan keuntungan berlipat ganda jika dilakukan di landasan yang betul. Susulan daripada penularan pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan yang dikeluarkan oleh kerajaan, perniagaan beliau juga turut terkesan berikutan banyak projek yang telah dijadualkan terpaksa dibatalkan dan disusun semula. Bagi memastikan perniagaan kekal relevan sesuai dengan norma baharu, Bangsawan Pictures bergiat aktif mempromosikan videovideo secara online seperti research video, conference video, dan juga produk SME pelanggan yang mana usaha berterusan ini dapat membayar gaji krew Bangsawan Pictures dan menampung pusingan modal perniagaan. Menurut beliau, usahawan pada masa kini perlu bijak dan kreatif mencari idea dan peluang untuk memastikan kualiti perkhidmatan masih berada pada tahap optimum dalam suasana dan budaya norma baharu. Sesungguhnya, dalam setiap kesukaran itu pasti ada kemanisan yang bakal diperolehi kemudiannya dan Allah SWT tidak akan menguji diluar kemampuan hambaNya. Setiap liku-liku yang dilalui dan pengalaman yang diperolehi menjadikan beliau dan Bangsawan Pictures lebih matang dan terus berani untuk menceburi bidang ini. Perumpamaan Bahasa Inggeris ada mengatakan, Make Your Passion Your Profession, inilah yang dilakukan oleh beliau sehingga berjaya mencapai kejayaan seperti ini. Tujuan kehidupan di dunia ini bukan sahaja untuk menikmati kebahagian, malahan untuk menjadi lebih berguna, dihormati, bersikap penuh belas kasihan kepada orang lain dan mendapat keberkatan dan redha daripada Allah SWT. Amin. 109 Teknologi, Fotografi dan Pemasaran Digital


THE PINO PRODUCTION USAHAWAN DIGITAL Usahawan Muhamad Akifrudin Mohamad Asli Penulis Dr. Sharul Effendy Janudin Dr. Siti Asma’ Mohd Rosdi Dr. Noor Anida Zaria Mohd Noor Dr. Noraine Salleh Hudin 110 Usahawan Siswa : Memeta Haluan, Melakar Jaya


Kejayaan Muhammad Akifrudin menjadi jurugambar terkenal di Malaysia bukanlah suatu yang mustahil. Walaupun baru berusia 26 tahun, siapa sangka jejaka berbakat besar ini menjadi buruan pengarah filem di Malaysia untuk berkolaborasi bersama dalam pembikinan filem dan penghasilan video komersial. The Pino Production yang ditubuhkan oleh beliau kini, kian meniti dibibir penggiat seni. Kehebatan beliau berkarya telah memberi nafas baharu kepada mereka untuk menggunakan perkhidmatan dan kepakarannya semasa ‘Perintah Kawalan Pergerakan’ (PKP) fasa satu awal tahun 2020. Tempoh PKP tersebut telah memberi kesan besar kepada masyarakat Malaysia. Namun tidak bagi anak muda ini. Musibah itu, dilihat dari sudut berbeza. Peluang meraih keuntungan untuk memajukan diri mula diatur dengan baik dan akhirnya beliau berjaya bergelar usahawan digital. THE PINO PRODUCTION Muhamad Akifrudin bin Mohamad Asli dilahirkan pada 30 Mei 1995 di Hospital Besar Kota Bharu. Berasal dari Kampung Kubang Pak Amin, Pasir Mas, Kelantan. Merupakan anak ketiga daripada enam orang adik beradik hasil perkahwinan Muhamad Asli bin Ismail bersama Rosilawati binti Derahman. Arwah ayahnya bekerja dalam bidang pertukangan dan ibunya menjual di hadapan sekolah untuk menyara kehidupan mereka sekeluarga. Walaupun dibesarkan dalam keadaan yang serba sederhana ia tidak mematahkan semangat Muhamad Akifrudin untuk menimba ilmu. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Mekasar dan meneruskan pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaa Tendong, Pasir Mas sehingga tamat pengajian di peringkat Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). Beliau meneruskan pengajian Sarjana Muda dalam bidang Reka Bentuk Animasi di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim Perak. The Pino Production yang diasaskan oleh beliau menawarkan perkhidmatan photography, videography dan design kepada syarikat-syarikat yang ingin meningkatkan strategi pemasaran mereka secara komersial mahupun untuk kegunaan korporat. Selain itu juga, syarikat beliau turut menawarkan perkhidmatan yang sama untuk pelanggan yang ingin mengadakan majlis perkahwinan atau majlis-majlis lain yang berkaitan. The Pino Production juga terlibat secara langsung dalam penggambaran, penyediaan dan penyuntingan super telemovie. Perjalanan perniagaan Idea penubuhan syarikat ini tercetus apabila salah seorang rakan Muhamad Akifrudin meminta beliau untuk mengambil gambar bagi tujuan mempromosi Baju Melayu. Melihat kepada hasil yang diberikan sangat memuaskan hati, beliau mendapat ilham untuk menjadikan bakat yang dimiliki ini sebagai permulaan untuk menambah sumber kewangan bagi menampung pembelanjaan semasa menuntut di universiti. Minat menjadi jurugambar dan perakam video perkahwinan pada mulanya kurang mendapat sokongan daripada kedua orang tua beliau kerana mereka beranggapan segulung ijazah yang diperolehi tidak memadai sekiranya Muhamad Akifrudin bekerja dalam bidang tersebut. 111 Teknologi, Fotografi dan Pemasaran Digital


Setelah hampir setahun terlibat dalam aktiviti penggambaran untuk majlis perkahwinan, akhirnya ibubapa beliau menyokong apa yang dilakukan oleh Muhamad Akifrudin apabila melihat kesungguhan dan minat anak mereka dalam bidang tersebut. Muhamad Akifrudin telah berjaya membuktikan bahawa bidang ini merupakan satu kerjaya profesional dan bukan minat semata-mata berdasarkan bayaran yang beliau terima untuk satu-satu perkhidmatan adalah sangat lumayan. Sokongan yang diberikan oleh kedua ibubapanya yang turut membantu beliau menambah modal bagi pembelian peralatan kamera yang baharu dan berkualiti sangat menyentuh hati sekali gus menyuntik semangat untuk beliau bekerja dengan lebih bersungguh-sungguh dan membantu lebih ramai orang yang ingin mendapatkan perkhidmatan yang ditawarkan. Pada peringkat permulaan, Muhamad Akifrudin mendapat sumbangan daripada Jabatan Agama Islam Kelantan (MAIK) selepas mendapat tawaran menyambung pengajian di universiti. Oleh itu, beliau telah menyerahkan separuh wang sumbangan MAIK itu kepada kedua orang tuanya di kampung dan meminta izin untuk membeli kamera bagi kegunaan pembelajaran di universiti namun kamera tersebut telah digunakan untuk menjana pendapatan sampingan bagi menampung kehidupan selain untuk meneruskan minat beliau dalam bidang photography ini. Pusat Pembangunan Keusahawanan dan kebolehpasaran Graduan (EDGE), universiti banyak membantu beliau menjadi penasihat untuk penubuhan syarikat. Beliau turut diberi bimbingan dalam mengurus akaun syarikat, mengurus pendaftaran syarikat, dan memberi pendedahan dan penjelasan mengenai objektif penubuhan syarikat. Liku-liku dan cabaran Perniagaan 1. Kekurangan sumber kewangan untuk pembelian gajet yang berharga ribuan ringgit untuk penghasilan output yang berkualiti dan terkini. 2. Kekurangan kepakaran dalam bidang pembinaan Computer Generated Imagery (CGI) yang lebih extreme dan powerful. 3. Kematian ibu pada 30 Disember 2018 telah menyebabkan beliau hilang fokus. 4. Pada 27 Januari 2020 kematian ayahanda tersayang memerlukan Muhamad Akifrudin berhijrah pulang ke kampung halaman kerana perlu mengurus dan menjaga adik beradik beliau. 5. Mempunyai pesaingan yang hebat dalam industri terutama berkaitan tawaran harga dan kepakaran dalam sesuatu penghasilan, dan; 6. Kekurangan strategi dalam perniagaan digital dan pengiklanan. 112 Usahawan Siswa : Memeta Haluan, Melakar Jaya


Kejayaan The Pino Production 1. Berjaya menyediakan Graphic Poster untuk filem Rice Ini Kalilah hasil kolaborasi dengan Studio Voxel pada tahun 2017. 2. Berjaya menyediakan VFX (video effect) untuk filem XXX-RAY, hasil kolaborasi dengan Studio Voxel pada tahun 2018. 3. iBerjaya menghasilkan VFX untuk filem Pulau Pontianak hasil bersama dengan Studio Voxel pada tahun 2018. 4. Berjaya menghasilkan video untuk acara besar Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bersama Persatuan Pertubuhan Islam Malaysia (PPIM) untuk program Mutawwif dan Mutauwifah dilaksanakan selama seminggu dan ditayangkan secara live untuk majlis penutup pada tahun 2018. 5. Terlibat sebagai penyunting dan pengarah untuk Computer Generated Imagery (CGI) dalam supertelemovie Runtun Jiwa pada tahun 2019. 6. Mendapat tawaran ke Berlin, Jerman sebagai Penyunting filem pada tahun 2019. 7. Berkolaborasi dengan HAYDA SCEF dalam penyediakan video commercial untuk syarikat Haydascef pada tahun 2021. 8. Berjaya menghasilkan Commercial Untuk syarikat Amru International dengan mengikat kontrok selama setahun untuk menyediakan material marketing dan bahan-bahan digital marketing pada tahun 2021, dan; 9. Berjaya mengikat kontrak selama setahun dengan syarikat Herbeliss Sdn. Bhd. Untuk penyediaan bahan digital marketing pada tahun 2021. Perancangan The Pino Production pada masa hadapan Muhamad Akifrudin berhasrat suatu hari nanti syarikat beliau mampu berdiri sama hebat sebaris syarikat-syarikat industri digital yang lain. Harapan beliau juga, perkhidmatan yang disediakan terutamanya dalam penghasilan video commercial, perfileman, penggambaran, penyuntingan , 3D animasi dan motion graphic setaraf dengan studio-studio yang ada di luar negara. 113 Teknologi, Fotografi dan Pemasaran Digital


Sokongan kerajaan amat penting untuk memastikan industri digital negara dapat berkembang dengan baik. Komitmen kerajaan Malaysia dalam memperkasa prasarana Revolusi Industri Ke-Empat (IR 4.0) akan memberi impak besar kepada rantaian persaingan kemajuan digital negara. Prasarana digital dengan pelbagai inisiatif baru yang diberikan kepada para usahawan tempatan secara tidak langsung dapat membantu para pengusaha untuk meningkatkan produktiviti dengan daya saing yang lebih mampan. The Pino Production melihat situasi ini sebagai satu peluang baharu yang harus dicapai untuk memajukan diri dan memastikan cita-citanya tercapai untuk menakluk dunia sebagai wira digital Malaya. 114 Usahawan Siswa : Memeta Haluan, Melakar Jaya


115 Teknologi, Fotografi dan Pemasaran Digital


S PRODUCTION BERMULA DARI HOBI MENJADI USAHAWAN KREATIF Usahawan Muhammad Shakkir Abdul Latiff Penulis Dr. Sharul Effendy Janudin Dr. Siti Asma’ Mohd Rosdi Dr. Noor Anida Zaria Mohd Noor Dr. Noraine Salleh Hudin 116 Usahawan Siswa : Memeta Haluan, Melakar Jaya


Tidak mampu diungkap dengan kata-kata. Pengorbanan selama ini menjadi titik tinta permulaan sebuah cerita. Menjelma indah bagai permata. Itulah yang didambakan selama ini. Inspirasi ini untuk kamu. Kamu yang mendambakan erti maju jaya. Shakkir, itukah dia? Yang berbisa memetik gitar memukau suasana. Kreatifkah Shakkir? Siapa yang kata? Pakar industri yang kata. Jadi siapa kita nak mengata? Andai dapat diteladani kisah inspirasi dia. Kenapa belum mula? S PRODUCTION SDN. BHD Muhammad Shakkir mula mengembangkan perniagaan pada tahun 2015. Sejarah penubuhan syarikat yang diberi nama S Production Sdn. Bhd. hanya bermula sebagai hobi. Pada waktu itu, beliau tidak mempunyai sebarang peralatan sendiri. Semua peralatan yang ada dipinjamkan daripada kawan-kawan seperti laptop, kamera dan peralatan suntingan. Setelah mendapat banyak permintaan untuk membuat kerja-kerja shooting dan photography. Beliau mula merasa bahawa perkara ini boleh diusahakan untuk mendapatkan keuntungan dan sumber pendapatan. Bermula dengan mempelajari selok-belok bidang tersebut menerusi youtube sehingga mahir melakukan sendiri. Beliau mula menguruskan sumber kewangan yang ada untuk membeli peralatan sendiri. Pada tahun 2017, Muhammad Shakkir telah memberikan sepenuh tumpuan kepada syarikat sehingga beliau telah benar-benar pakar dalam bidang videografi dan photography. Syarikat Muhammad Shakkir sering mendapat permintaan daripada syarikat insurans untuk menyediakan video komersil dalam MajlisMajlis Korporat. Muhammad Shakkir bin Abdul Latiff dilahirkan di Beruas Perak pada tahun 1997. Mempunyai empat orang adik beradik dan dibesarkan dalam keluarga yang sederhana. Ibu bapanya berniaga di pasar malam untuk menyara keluarga. Muhammad Shakkir mempunyai bakat dan minat yang mendalam terhadap muzik. Sehingga kini, Muhammad Shakkir menjadikan bakat yang ada untuk menjana pendapatan semasa pengajian di universiti. Kini Muhammad Shakkir merupakan pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Muzik di UPSI. Inspirasi dan sokongan Idea penubuhan syarikat “S Production Sdn Bhd’ bermula dengan hobi dan minat dalam bidang muzik. ‘Idea tercetus apabila hasil kerja saya mendapat sambutan dan ramai yang sedar tentang bakat yang ada dalam diri saya. Memandangkan pada masa itu saya sering mendapat permintaan untuk membuat shooting dan sebagainya, maka dari situlah tercetus idea untuk menubuhkan syarikat dan menjadikan hobi saya ini sebagai kerjaya’. ujarnya. ‘Saya bersyukur walaupun ibu bapa tidak dapat memberi wang kepada saya, namun ibu bapa saya 117 Teknologi, Fotografi dan Pemasaran Digital


tidak pernah menghalang untuk saya berkecimpung dalam bidang ini. Mereka sering memberi katakata semangat dan sokongan moral kepada saya. Saya juga bersyukur kerana mempunyai rakan-rakan yang memahami diri saya. Mereka banyak memberi sokongan kewangan dan meminjamkan peralatan yang mereka ada untuk saya membuat shooting’. Tanpa sokongan mereka, siapalah saya pada hari ini’. Jelas beliau lagi, modal permulaan untuk menubuhkan syarikat S Production Sdn Bhd diperolehi daripada Pusat Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan (EDGE), UPSI melalui Program U-Star. Program U-Star ini memberi pinjaman tanpa faedah sebanyak RM500. Program U-Star ini banyak membantu Muhammad Shakkir menjalankan aktiviti syarikat. Peranan Universiti memang banyak dan saya sedar apabila saya masuk ke EDGE. Banyak program latihan di EDGE membantu saya dalam kemahiran menguruskan syarikat. Program U-Star banyak membantu saya kerana dengan pinjaman tanpa faedah itu saya dapat membeli peralatan untuk perniagaan saya’ Cabaran adalah pengalaman Cabaran yang utama ialah modal, kerana perlu membeli peralatan yang agak mahal. Selain itu, cabaran yang getir juga ialah pengurusan masa. Pengurusan masa juga sangat mencabar kerana sebagai seorang pelajar, Muhammad Shakkir perlu menguruskan masa dengan baik supaya tugasannya dapat diselesaikan dengan sempurna kerana beliau juga turut menjadi tenaga pengajar kepada pelajar diploma. Setiap cabaran yang di hadapai adalah dianggap pengalaman berguna kepada Muhammad Shakkir. Cabaran juga menjadikan Muhammad Shakkir lebih gigih berusaha. Usahanya tidak pernah disiakan oleh yang maha esa apabila beliau sentiasa menerima anugerah kepujian Dekan pada setiap semester. Setiap pengorbanan yang dilakukan demi memastikan segalanya berjalan lancar membuahkan hasil. Beliau 118 Usahawan Siswa : Memeta Haluan, Melakar Jaya


pandai mengurus dan membahagi masa antara kerja, kelas dan assignment. Kecekalan dan ketabahan inilah membuatkan beliau sentiasa berjaya mengharungi setiap cabaran yang dilalui. Kejayaan S Production Sdn. Bhd. Sejak penubuhan S Production Sdn Bhd, Muhammad Shakkir banyak melibatkan diri dengan pihak industri seperti TV3, Astro dan YouTube. Muhammad Shakkir juga mendapat Anugerah Keusahawanan iaitu Outstanding Student Enterprise Award dan mendapat pengiktirafan dari DOTME GROUP SDN BHD kerana kepakaran Muhammad Shakkir dalam teknologi digital. Muhammad Shakkir mendapat pengiktirafan dari YouTube dan telah menjadi ‘YouTube Partner Program’. ‘Pada masa hadapan, saya ingin membina satu production yang mantap dan kukuh. Saya perlu mempunyai team yang kukuh. Saya akan rekrut bakat-bakat baru yang ada. Ramai juga kawan-kawan saya yang berbakat dan berminat untuk sama-sama kembangkan kerjaya dalam bidang ini. Saya juga ingin memberi manfaat kepada ramai orang’. Jelas Shakkir. 119 Teknologi, Fotografi dan Pemasaran Digital


Kisah anak muda bergelar Muhammad Shakkir kian bergemerlapan bagai kilauan bintang yang bersinar menerangi jagatraya. Gelaran nama yang membawa maksud syukur yang diberikan oleh ibubapanya seolah-olah menggambarkan betapa bahagia dan bersyukurnya mereka memiliki syakkir dalam keluarga. Benar sama sekali, rupanya shakkir seorang yang cukup berbakat sehingga akhirnya beliau berjaya menempa nama dalam dunia industri kreatif tanahair. Ketika masih muda, Muhammad Shakkir telah pun mendapat pengiktirafan Outstanding Student Enterprise Award dan pengiktirafan dari DotMe Group Sdn. Bhd. menjadikan Shakkir begitu berharga dalam industri teknologi digital negara. 120 Usahawan Siswa : Memeta Haluan, Melakar Jaya


121 Teknologi, Fotografi dan Pemasaran Digital


MITEZ SOLUTIONS PEMBANGUNAN SISTEM APLIKASI DAN LAMAN WEB Usahawan Ahmad Aiman Shallahuddin Penulis En. Adi Aliffudin Hussin 122 Usahawan Siswa : Memeta Haluan, Melakar Jaya


Sejajar dengan arus pemodenan Negara dimana maklumat telah berkembang lebih meluas dan cepat seiring dengan perkembangan teknologi. Menyedari sistem aplikasi adalah sesuatu platform penting masakini yang memberikan banyak faedah dan kegunaan kepada negeri khususnya dan Negera amnya, seorang anak muda tidak melepaskan peluang untuk mengejar cita-citanya dalam bidang Teknologi Maklumat (IT). Satu syarikat kecil yang berdaya maju diberi nama MITEZ Solutions baru melonjak naik dan kini gah di persada industri IT dengan meraih banyak kejayaan di dalam mahupun luar negeri. Apa itu MITEZ Solutions???, mari kita sama-sama dalami kisah sang pemiliknya ... MITEZ SOLUTIONS Ahmad Aiman bin Shallahuddin merupakan seorang pelajar di Fakulti Informatik dan Komputeran di UniSZA Kampus Besut. Beliau mendapat ijazah pertama dalam bidang Keselamatan Rangkaian Komputer pada tahun 2018 dan masih meneruskan pengajian di peringkat sarjana sehingga sekarang. Semasa pengajian di peringkat ijazah sarjana muda, beliau pernah menjadi pengerusi kepada satu kelab baru yang dinamakan CodEx iaitu kelab pengaturcaraan. Terdapat beberapa aktiviti yang sempat dilakukan termasuk membuat program untuk pelajar-pelajar baru yang lemah dalam subjek pengaturcaraan. Minat dalam usahawan mula berkembang dalam diri beliau apabila dapat membantu ramai pelajar menyelesaikan masalah pengaturcaraan. Kejayaan pertama beliau apabila menerima projek aplikasi mudah alih semasa sedang menjalankan latihan industri di Telekom Malaysia (TM). Projek yang dibangunkan bertujuan untuk membantu para musafir melakukan solat jamak setelah mengetahui jarak dan masa yang telah mereka lalui. Projek tersebut telah mendapat pingat emas di pertandingan inovasi. Melihat kepada bakat dan potensi yang ada pada beliau, pertemuan bersama dua orang sahabat telah membawa kerjasama dalam melahirkan MITEZ Solutions. MITEZ bermaksud ‘Make IT Easy’ manakala solutions adalah penyelesaian. Syarikat MITEZ menyediakan perkhidmatan penyelesaian kepada masalah teknologi maklumat yang merangkumi Pembangun Sistem, Aplikasi Mudah Alih, Keselamatan Rangkaian dan Aplikasi. Latar belakang MITEZ Solutions MITEZ Solutions yang didaftarkan pada 15 April 2018, merupakan satu syarikat perkongsian antara beberapa orang sahabat yang juga merupakan alumni UniSZA. Membangunkan jenama sendiri bukanlah perkara mudah, banyak benda yang telah mereka pelajari sehingga mampu bertahan ke tahap ini. MITEZ Solutions merangka strategi dengan dengan menyertai UniSZA Digital Hub (UDH). UDH merupakan satu pusat di bawah UniSZA yang membantu para pelajar khususnya dalam bidang IT untuk menjalankan perniagaan. Strategi itu dilihat berjaya apabila MITEZ Solutions telah diberi kepercayaan untuk membangunkan satu sistem yang besar iaitu Aset Hidup. Aset hidup merupakan sistem pengurusan yang menguruskan aset hidup seperti lembu kambing dan lain-lain haiwan yang terdapat di UniSZA. 123 Teknologi, Fotografi dan Pemasaran Digital


Cabaran MITEZ Solutions mengendalikan projek Pada peringkat awal menceburi bidang ini, terdapat banyak masalah yang berlaku terutamanya apabila MITEZ Solutions tidak mempunyai pegawai IT. Perkara ini secara tidak langsung telah menjejaskan kelancaran untuk menyiapkan satu-satu projek yang diterima apabila syarikat hanya berdepan dengan pengguna sistem sahaja namun untuk membangunkan sistem mereka tiada kepakaran tersebut. Justeru itu, pelanggan harus mengemukakan tujuan yang jelas mengapa satusatu sistem itu perlu dibangunkan. Perkara ini amat sukar buat mereka apabila maklum balas berkaitan hanya diterima dari pihak pengguna sahaja tanpa ada penjelasan secara terperinci daripada pihak MITEX Solutions. Terlalu banyak perkara yang perlu dipelajari dan dikaji dengan teliti sebelum sesebuah sistem dapat dibangunkan contohnya penilaian cara berkerja, aliran sistem serta cara penyimpanan data. Sistem hanya boleh dibangunkan setelah keperluan sistem atau system requirement yang lengkap diterima. Projek pertama, MITEZ Solutions bermula daripada “zerro” iaitu syarikat perlu menganalisis setiap borang, peraturan dan cara kerja pelanggan supaya sistem yang akan dibangunkan kelak boleh digunakan dengan mudah serta tidak menyusahkan pihak pelanggan. Kebiasaannya untuk membangunkan satu-satu sistem ia mengambil masa selama enam hingga 12 bulan. Walau bagaimanapun, lagi besar sistem yang dibina dan ramai pengguna, maka tempoh untuk membangunkan sistem tersebut akan menjadi lebih lama. Membangunkan aplikasi mudah alih tidak semudah membangunkan sistem berasaskan laman sesawang, hal ini kerana aplikasi mudah alih mempunyai lebih banyak peranti atau device yang juga menggunakan pelbagi jenis saiz skrin dan sistem pengoperasian (operating system). Apabila mereka menerima projek untuk membangunkan aplikasi mudah alih, ia telah memberikan satu pengalaman dan ilmu baharu buat mereka. Mereka pernah menerima projek sebegini namun ia hanya untuk kegunaan beberapa orang pengguna sahaja dan tidak menggunakan sistem pengoperasian yang berbeza. Oleh itu, untuk membangunkan sistem aplikasi mudah alih, terdapat pelbagai masalah yang perlu mereka hadapi disebabkan perbezaan versi sistem pengoperasian. Sebagai contoh android versi tujuh dan lapan mempunyai sistem keselamatan yang berbeza. Hal ini memerlukan mereka membangunkan sistem yang dapat dipadankan dengan sistem yang sedia ada dalam android tersebut. 124 Usahawan Siswa : Memeta Haluan, Melakar Jaya


125 Teknologi, Fotografi dan Pemasaran Digital


Kejayaan MITEZ Solutions Sehingga hari ini, terdapat lebih 10 sistem berasaskan laman sesawang dan lebih tiga sistem aplikasi mudah alih telah dibangunkan oleh MITEZ Solutions. Syarikat juga mempunyai server dan laman sesawang sendiri iaitu https:// mitezsolutions.com yang boleh akses melalui telefon mudah alih atau komputer masingmasing. Peluang menguruskan server sendiri merupakan satu kejayaan yang cukup bermakna buat mereka. Selain itu, MITEZ solutions juga mempunyai akaun berdaftar dengan play store iaitu satu platform berpusat android untuk pelbagai aplikasi mudah alih. Covid-19 Health Risk Assessment and Self Evaluation Sistem (CHaSe) merupakan sistem terbesar yang pernah kami bangunkan dan mempunyai lebih 10 ,000 pengguna berdaftar. Bukan sahaja di UniSZA malah beberapa Jabatan Kementerian telah menggunakan sistem CHaSe ini. Hanya mengambil masa selama sebulan sahaja untuk membangunkan sistem ini dan ia telah diuji oleh lebih tiga ribu orang pelajar UniSZA. Sistem ini dibangunkan semasa seluruh negara dikenakan perintah kawalan pegerakan PKP 01 pada 18 Mac 2020. Sehingga kini, CHaSe telah dikemaskini kepada versi 2.0 yang lebih sesuai mengikut penggunaan semasa. Satu lagi kejayan besar MITEZ Solutions ialah mereka berjaya membangunkan sistem pengurusan keluar masuk yang diberi nama MASUKLA. MASUKLA merupakan sistem di bawah kerajaan negeri Terengganu untuk memudahkan proses merekod pergerakan seseorang dari satu tempat ke satu tempat. Walaupun sistem ini sudah tidak digunakan lagi di negeri tersebut ekoran arahan daripada pihak kerajaan untuk menggunakan sistem mySejahtera namun mereka tetap berasa bangga kerana dapat membangunkan satu sistem yang sedikit sebanyak telah membantu mengurangkan kes covid-19 di Terengganu. Azam MITEZ Solutions Setelah hampir tiga tahun dalam bidang ini, mereka mengambil langkah seterusnya untuk bergerak maju untuk mengembangkan lagi jenama MITEZ Solutions di seluruh Malaysia kerana pada masa kini syarikat hanya berfokus kepada projek sekitar negeri Terengganu sahaja. Selain itu, mereka juga merancang untuk mempunyai produk sendiri seperti facebook dan Alibaba. Facebook dan Alibaba merupakan syarikat IT yang sangat berjaya. Bukanlah satu perkara yang mustahil untuk kami duduk sebaris facebook atau Alibaba ini satu hari nanti. Mereka juga bermula dari bawah sehingga berjaya dengan apa yang mereka miliki sekarang. 126 Usahawan Siswa : Memeta Haluan, Melakar Jaya


MITEZ Solutions berupaya membangun sistem aplikasi dan web mengikut permintaan pelanggan. Para pelanggan yang dekat mahupun jauh pada bila-bila masa atau dimana sahaja berada walau bukan secara fizikal sekalipun boleh membuat sebarang urusan. Melihat keupayaan mereka dalam bidang IT tidak perlu disangkal lagi kerana sudah ramai pelanggan yang telah berpuas hati bekerjasama dengan mereka. Kegigihan dan kemampuan yang jarang-jarang dimiliki oleh anak Melayu dalam industri IT mendepani cabaran pandemic Covid-19 ini harus dipuji dan disokong sewajarnya agar lebih ramai lagi bakat-bakat diluar sana menjadi perintis dalam memperkasakan bidang IT negara 127 Teknologi, Fotografi dan Pemasaran Digital


Click to View FlipBook Version