ExAR TECHNOLOGIES PERISIAN IMEJ AUGMENTED REALITY Usahawan Eswaran Mohan Renuga Nair Penulis En. Muhammad Nabil Fikri Yahaya Dr. Abdul Rashid Husain 128 Usahawan Siswa : Memeta Haluan, Melakar Jaya
Kitaran hidup manusia akan berubah apabila ia mula mengerti dan memahami kehendak di sekelilingnya. Mata yang memandang tidak akan mampu melihat dengan jelas sekiranya tidak diserikan dengan langkah yang semakin hampir. Itulah tujuan yang akan membawa kita ke mercu kejayaan. Ungkapan indah ini sesuai dengan semangat tiga anak muda graduan sarjana daripada Universiti Teknologi Malaysia, fakulti kejuruteraan yang mula berjinak dalam dunia perniagaan berteraskan teknologi. Merubah idea menjadi realiti bukan sesuatu yang mudah. Apatah lagi melibatkan masa hadapan yang belum pasti menjanjikan kejayaan. Perkara ini tidak mematahkan semangat tiga sekawan apabila menjadikan teknologi perisian imej realiti sebagai perniagaan mereka yang di kenali sebagai syarikat ExAR… ExAR: KEUSAHAWANAN INDUSTRI 4.0 Syarikat ExAR ditubuhkan pada awal tahun 2018 oleh dua orang pelajar alumni Universiti Teknologi Malaysia (UTM) iaitu saudara Eswaran Mohan graduan Sarjana Muda Kejuruteraan Mekatronik, Fakulti Kejuruteraan dan saudari Renuga Nair graduan Sarjana Muda Sains Kimia Tulen, Fakulti Sains. Selepas tiga bulan penubuhan syarikat ExAR, adik Eswaran, Arun Mohan yang mempunyai kemahiran reka bentuk industri turut melibatkan diri untuk menghasilkan pemodelan animasi dan 3D ketika beliau masih lagi menuntut di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Menurut Eswaran, teknologi Augmented Reality (AR) atau dikenali sebagai Realiti Tertambah merupakan satu teknologi digital baharu yang mempunyai potensi untuk dikembangkan. Hal ini kerana penggunaan perisian ini lebih praktikal terutama apabila menggunakan aplikasi Snapchat Lens Studio yang menggunakan kamera telefon pintar sebagai alat pengesan karakter 3D atau objek lain secara realiti dalam bentuk audio mahupun video. Perjalanan perniagaan Pada akhir tahun 2017, Eswaran Mohan (Founder) dan Renuga Nair (Co-founder) telah menyertai pertandingan Augmented Reality (AR) bertempat di Pusat Inovasi Mahasiswa & Keusahawanan Teknologi (UTM XCITE), Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Idea kreatif mereka menggunakan teknologi imej realiti tertambah sebagai medium yang membolehkan seseorang pelanggan mencuba pakaian secara maya sebelum membelinya melalui telefon pintar telah berjaya mendapat tempat kedua dalam pertandingan tersebut. Namun, projek ini tidak dapat diteruskan kerana kekangan ahli dalam kepakaran teknikal. 129 Teknologi, Fotografi dan Pemasaran Digital
Walau bagaimanapun, idea baharu dengan menggunakan imej realiti perhiasan barang kemas sebagai fokus utama telah disuarakan oleh Renuga Nair. Oleh itu, satu kajian penyelidikan telah dilakukan oleh pihak Eswaran dan ia mendapati penggunaan perisian desktop bernama Lens Studio yang disediakan oleh Snapchat Inc. boleh diguna secara percuma. Hasil percubaan pertama mendapati imej realiti contoh gambar kalung yang dipakai olehnya berjaya digunakan dalam perisian realiti tertambah tersebut menggunakan telefon pintar. Semenjak daripada peristiwa itu, syarikat ExAR telah meneroka dan mencuba berbagai-bagai ciri lain yang terdapat pada perisian tersebut. Cabaran perniagaan Lumrah perniagaan tidak pernah lari daripada terjerumus dalam masalah dan juga cabaran. Begitulah nasib yang dihadapi oleh syarikat ExAR apabila promosi penggunaan teknologi ini kurang mendapat sambutan dan sokongan daripada penjual barang kemas pada peringkat awal. Walau bagaimanapun ia tidak mematahkan semangat ketiga-tiga anak muda ini untuk terus bergiat aktif dan sentiasa berfikiran positif serta tetap yakin bahawa suatu hari nanti produk ini pasti berjaya. Mereka juga pernah bekerjasama dengan individu yang salah sehingga syarikat 130 Usahawan Siswa : Memeta Haluan, Melakar Jaya
tidak mampu berkembang dengan baik sekali gus menimbulkan keraguan dalam kalangan mereka untuk meneruskan perniagaan ini. Oleh itu, inisiatif dan tindakan segera telah diambil oleh syarikat untuk memperbaiki keseluruhan proses dengan mengambil kira maklum balas daripada setiap pelanggan agar perkembangan syarikat ini dapat diuruskan dengan baik dan lancar pada masa-masa mendatang. Kejayaan ExAR Technologies Syarikat ExAR mula dikenali setelah mendapat pengiktirafan sebagai pencipta lens rasmi oleh Snapchat Lens Studio apabila perisian tersebut membuka peluang kepada para pencipta lens untuk berdaftar. Peluang ini tidak disia-siakan dan akhirnya mereka berjaya terpilih untuk ditemuduga. Pengiktirafan yang mereka terima sebagai pencipta lens rasmi daripada syarikat Snapchat Lens Studio merupakan pencapaian pertama dari Malaysia. Salah satu projek besar yang sedang mereka lakukan ialah mencipta lens yang berkonsepkan budaya Asia untuk menarik perhatian generasi masa kini. Salah satu lens yang berjaya adalah Boba Tea Lens yang mendapat tontonan hampir setengah juta dalam tempoh seminggu. Selain itu juga, antara ciptaan lain bercirikan Asia yang telah berjaya mereka hasilkan ialah pengguna Snapchat boleh melihat muka mereka seperti sepinggan nasi lemak atau ayam goreng disebelah. 131 Teknologi, Fotografi dan Pemasaran Digital
Hala tuju dan perancangan masa hadapan Pada masa kini, fokus utama ExAR selain mencuba untuk mengekalkan perniagaan, mereka juga diberikan kepercayaan oleh Snapchat Inc. untuk membina rangkaian dan mengaktifkan komuniti industri teknologi ini di Malaysia. ExAR berharap sasaran untuk menjadi syarikat media nombor satu di Malaysia dalam teknologi realiti tertambah ini menjadi realiti satu hari nanti. Selain itu juga, ExAR Technologies juga telah bekerjasama dengan MAGIC X UTM, iaitu Competent Centre untuk menjayakan beberapa program yang melibatkan pelajar sebagai pemain baru dalam industri teknologi kreatif ini. 132 Usahawan Siswa : Memeta Haluan, Melakar Jaya
Cara terbaik untuk bertahan dalam indusri ini adalah dengan memberikan kepuasan dan keperluan yang dikehendaki kepada pelanggan dengan mendapatkan cadangan dan maklum balas berterusan dari mereka, bukan hanya sematamata memiliki produk dan memaksa masyarakat untuk menggunakannya. 133 Teknologi, Fotografi dan Pemasaran Digital
KL ETERNITY ENTERPRISE KETENGAHKAN INOVASI DAN NILAI TAMBAH TEKNOLOGI PERCETAKAN 3D Usahawan Faizah Irdina Mohd Fauzi Penulis Prof. Madya Dr. Zulnaidi Yaacob En. Hazlan Abdul Hamid Pn. Puteri Salamah Abdul Aziz 134 Usahawan Siswa : Memeta Haluan, Melakar Jaya
Memiliki pengetahuan kewangan dan perniagaan serta rakaniaga yang mahir dalam teknologi 3D, pemilik syarikat KL Eternity Enterprise mengorak langkah menawarkan perkhidmatan yang begitu memukau para pelanggan. Berbekalkan idea-idea terkini perkhidmatannya ini terus melakar kejayaan dalam penghasilan teknologi 3D mahupun rekaan hiasan pentas. Sentuhan hasil perkhidmatannya itu mendapat tempat di hati pelanggan yang berurusan. Baginya cukup tergambar kepuasan di raut wajah pelanggan, adalah kebanggaan baginya dalam memberikan perkhidmatan terbaik. KL ETERNITY ENTERPRISE Faizah Irdina Binti Mohd Fauzi merupakan pemilik KL Eternity Enterprise yang menawarkan perkhidmatan percetakan 3D dan perkhidmatan reka dan hias pentas. Sebagai seorang pelajar dan alumni dalam bidang perakaunan, beliau telah merebut peluang perniagaan yang muncul dengan baik dan berjaya menikmati pertumbuhan dalam perniagaan melalui perancangan dan pengurusan sumber yang cekap. Perjalanan perniagaan Beliau memulakan perniagaan pada tahun 2017 semasa di tahun kedua pengajian melalui bimbingan Pusat Keusahawanan Universiti serta ditawarkan peluang sebagai inkubatee. Dengan menggunakan modal sebanyak RM2,500 daripada wang simpanan sendiri, beliau melangkah dengan berani berdasarkan potensi perkhidmatan yang ditawarkan setelah melakukan penyelidikan pasaran yang mendalam. Beliau percaya bahawa perkongsian merupakan peluang untuk menggandakan pengetahuan dan kemahiran dalam perniagaan. Justeru beliau bersama rakan niaganya, Ahnaf Hakimi Ahmad yang mahir menggunakan teknologi percetakan 3D telah memulakan perniagaan di Lot G, Uptown Mall, Universiti Sains Malaysia. Faizah Irdina bertanggungjawab dalam pembangunan perniagaan dan pengurusan operasi serta rakan niaga beliau berperanan dalam penghasilan produk. Kecemerlangan dalam perkhidmatan yang ditawarkan mendapat perhatian warga kampus. Antara kepercayaan yang diberikan kepada perniagaan beliau ialah tawaran berskala besar seperti menyediakan set pentas bagi Ekspo Konvokesyen Universiti Sains Malaysia. Bagi beliau, perkongsian bijak dengan usahawan lain dapat membina rangkaian strategik untuk merebut peluang perniagaan yang lebih besar dengan keupayaan berganda pada kos yang wajar. Justeru, beliau bijak dalam membina jaringan perniagaan yang produktif dalam meluaskan kepelbagaian perkhidmatan yang dapat ditawarkan seperti audio dan pencahayaan. Langkah bijak ini telah mengukuhkan jenama perniagaan beliau dan terus mencapai peningkatan saiz jualan dan pelanggan secara berterusan. Pengalaman sebagai usahawan dalam kampus telah menjadi tapak semaian yang subur untuk perniagaan beliau. Justeru selepas lulus pengajian, beliau terus melangkah berani untuk bersaing di pasaran luar kampus dengan beroperasi di Bayan Lepas, Pulau Pinang. Sebagai satu perkhidmatan yang berkembang pesat 135 Teknologi, Fotografi dan Pemasaran Digital
136 Usahawan Siswa : Memeta Haluan, Melakar Jaya
selari dengan teknologi dalam persembahan dan animasi, beliau memastikan produk sentiasa diinovasi untuk menawarkan nilai tambah dan pengalaman terbaik kepada pelanggan seperti perkhidmatan virtual reality. Hambatan risiko perniagaan Impian yang melangkaui kemampuan yang dimiliki sentiasa menjadi mainan keseimbangan kepada Irdina. Biarpun beliau adalah usahawan berwawasan jauh, berani dan suka meneroka peluang baharu, namun keupayaan kewangan masih belum berpihak kepada beliau. Hal ini kerana perkhidmatan yang ditawarkan memerlukan dana besar untuk menyaingi kepantasan perubahan dalam teknologi terkni, Justeru, walaupun telah berkecimpung dalam bidang perniagaan selama beberapa tahun, kecukupan dana adalah hambatan terbesar yang ditempuhi. Sebagai usahawan yang mempunyai latar belakang dalam perakaunan beliau cekap dalam membuat analisi kos volume untung, aliran tunai, serta analisis varian dalam memastikan setiap peluang yang direbut dapat meningkatkan nilai ekuiti perniagaan serta tidak berhadapan dengan masalah alir tunai. Pengetahuan dan kemahiran dalam kewangan menjadi asas penting dalam membantu beliau membuat keputusan kewangan yang tuntas, justeru telah membolehkan beliau meminimakan risiko kerugian dalam setiap urusniaga. Pertumbuhan perniagaan juga menjadi kunci penting kepada beliau dalam mengurus kewangan perniagaan, berbanding meletakkan ganjaran kewangan kepada diri sendiri. Antara tindakan terbesar dilakukan dalam perniagaan Irdina bagi meminimumkan kerugian adalah dengan menggunakan kepakaran rakan kongsi beliau dalam menghasilkan sendiri mesin cetakan 3D yang mana harganya di pasaran terlalu mahal bagi usahawan kecil seperti mereka. Cabaran ini membuahkan hasil apabila masyarakat sekeliling mula mengenali perniagaan mereka disebabkan bakat dan kemahiran yang mereka ada. Menyingkap kejayaan Irdina adalah contoh usahawan pelajar yang terdidik dan terbangun sebagai usahawan yang mempunyai nilai dan etika perniagaan yang baik selari dengan Dasar Keusahawanan USM. Pengalaman menyertai dan memenangi pertandingan keusahawanan mengajar beliau bahawa usaha adalah rahsia terbuka untuk sebuah prestasi. Justeru, beliau tidak meletakkan keuntungan jangka pendek sebagai pengukuran kejayaan mutlak. Sebaliknya, beliau sentiasa menekankan kepada kepentingan menawarkan perkhidmatan yang melangkaui jangkaan pelanggan. Beliau percaya bahawa perniagaan perlu melalui fasa pembelajaran dan 137 Teknologi, Fotografi dan Pemasaran Digital
pertumbuhan untuk menjadi sebuah perniagaan yang besar di masa hadapan. Pada beliau, jalan singkat untuk menjadi usahawan yang berjaya hanyalah satu fantasi. Sebaliknya beliau sentiasa meletakkan nilai yang terbaik pada perkhidmatan yang ditawarkan supaya dapat menawarkan penyelesaian kepada pencarian pelanggan. Selain itu, beliau adalah sumber inspirasi kepada ramai pelajar dalam lingkungan beliau untuk turut menceburi bidang keusahawanan. Beliau pernah mengharumkan nama USM apabila menjadi antara syarikat pelajar terawal yang menyumbang kepada pembuatan 400 unit 3D Face Shield dan membekal serta mengagihkannya ke Hospital Pulau Pinang dan klinik sekitar Pulau Pinang. Face Shield tersebut telah dicetak menggunakan mesin rekaannya sendiri di Inkubator Usahawan Pelajar, Lot G, Uptown Mall, Universiti Sains Malaysia. Perancangan masa hadapan Sebagai usahawan di USM, beliau sentiasa mempelajari kepentingan akan pembelajaran secara berterusan untuk membina dan membangunkan sesuatu impian merentasi cabaran masa yang pelbagai. Justeru Irdina percaya bahawa pembelajaran tentang selok belok perniagaan, selain dari pengalaman sendiri, boleh dikutip daripada usahawan lain. Justeru, Irdina kini sedang mengutip pengalaman sebagai JuruAudit Dalam di sebuah kilang di Pulau Pinang, dengan masih terus menjalankan perniagaan. Beliau akan terus memperkasa pengetahuan perakaunan beliau, kerana beliau yakin bahawa perakaunan adalah teras kepada kekukuhan sebuah perniagaan. Justeru, beliau akan mendalami pengajian perakaunan profesional Association of Chartered Certified Accountants dalam tahun 2021 hingga 2022. Beliau mensasarkan untuk menjadi usahawan yang berpengetahuan tinggi terutama dalam aspek perancangan dan pengurusan kewangan. Hal ini perlu untuk beliau menyahut cabaran perniagaan pada peringkat lebih tinggi. Pada beliau, usahawan perlu menjadi kompetitif untuk membangunkan perniagaan yang berdaya saing. Pada masa hadapan, beliau berharap mimpi besar beliau dalam perniagaan akan dapat disokong oleh keupayaan dana dan kemampuan professional yang sedang beliau mantapkan. 138 Usahawan Siswa : Memeta Haluan, Melakar Jaya
Tangan yang disangka menghayun buaian mampu menggoncang dunia. Jangan terkejut andai satu hari nanti nama Faizah Irdina setanding dengan nama-nama gah dipersada negara dalam menghasilkan dekorasi yang menjadi bualan orang ramai. Tidak kurang hebatnya percetakan 3D beliau yang menjadi santapan setiap mata yang memandangnya. Kecantikan itu hak milik setiap insan. 139 Teknologi, Fotografi dan Pemasaran Digital
PERKHIDMATAN
IBUPRENEUR PLATFORM PEMASARAN KEK DAN PASTRI DALAM TALIAN Usahawan Wong Wei Qi Penulis Cik Fatin Athirah Fadzillah Prof. Dr. Chandrakantan Subramaniam Dr. Saiful Azizi Ismail Dr. Wan Norhayati Wan Ahmad 142 Usahawan Siswa : Memeta Haluan, Melakar Jaya
Cetusan idea projek semasa menyertai sebuah pertandingan, kini telah membuahkan hasil. Berkonsepkan pemasaran keusahawanan sosial (SE), Ibupreneur telah giat membantu usahawan wanita khususnya yang bergelar ibu untuk menjana pendapatan menerusi pembuatan kek dan pastri secara dalam talian. PENGASAS IBUPRENEUR Cik Wong Wei Qi, berusia 23 tahun merupakan pelajar tahun akhir jurusan Sarjana Muda Perakaunan di Universiti Utara Malaysia (UUM) dan sangat aktif dalam program berteraskan komuniti. Beliau kini bekerja di Boston Consulting Group dan merupakan pengasas bersama Ibupreneur iaitu satu platform keusahawanan social (SE) yang bertujuan membantu golongan ibu daripada pelbagai latar belakang hidup untuk menjana pendapatan menerusi pembuatan kek dan pastri. Berbekalkan semangat dan cita-cita untuk mendapatkan pekerjaan yang stabil dalam industri korporat telah membuka mata beliau untuk bergelar usahawan sosial di usia yang masih muda. Ketika mula melibatkan diri dalam Kelab Enactus, Institut Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi (CEDI) Universiti Utara Malaysia, beliau telah dilantik untuk menyandang jawatan Naib Pengerusi Biro Perhubungan Awam Sesi 2019/2020 bagi Kelab Enactus UUM. Selain itu beliau juga turut memimpin Projek Volunteering for Education (VE) bersama rakan-rakan. Enactus UUM adalah organisasi yang berfungsi sebagai platform untuk mengangkat kehidupan masyarakat melalui tindakan keusahawanan. Dikesempatan ini beliau terus meneroka potensi yang ada padanya dan berdiri teguh dengan konsep “keuntungan dengan tujuan” (profit with purpose) setelah pertama kali diperkenalkan kepada keusahawanan sosial melalui kelab Enactus UUM. Kelab ini telah mengajar beliau erti kekuatan dan semangat untuk mendidik diri bertindak dan berfikir seperti seorang usahawan. Pengalaman berinteraksi dengan pelbagai pihak yang berkepentingan betul-betul telah memberikan pengalaman berharga buat beliau semasa menguruskan projek dan mencari sokongan kewangan untuk kelestarian Kelab Enactus UUM. Bak pepatah ‘Benih yang baik kalau di campak ke darat menjadi gunung, dan jika dicampak ke laut menjadi pulau’. Cik Wong Wei Qi sememangnya menjadi kebanggaan UUM kerana turut bergiat aktif dalam aktiviti-aktiviti universiti di bawah Beta Gamma Sigma dan Google Students’ Developers Club dan program inisiatif kendiri di luar universiti seperti program anjuran Youth Leadership Academy (YLA) 2019 anjuran Mc Kinsey and Co. Ibupreneur sepintas lalu Ibupreneur merupakan cetusan idea Cik Wong Wei Qi dan rakan-rakannya apabila ditugaskan untuk merangka sebuah projek dalam satu pertandingan yang mereka sertai. Memahami keadaan sekarang yang rata-ratanya bidang perniagaan dipelopori oleh kaum wanita terutamanya golongan ibu. Cik Wong Wei Qi merasakan bahawa golongan ini perlu dibantu dan disokong daripada pelbagai sumber agar mereka mampu bergerak seiring dan maju ke hadapan. “Tangan yang menghayung buaian mampu menggoncang dunia” inilah pepatah 143 Perkhidmatan
yang membakar semangat beliau untuk merealisasikan projek Ibupreneur sebagai tanda sokongan jitu untuk golongan wanita bergelar ibu yang sentiasa kuat dan menjadi tulang belakang penting dalam perkembangan sesebuah keluarga. Bagi memastikan kelestarian projek keusahawanan sosial (SE) ini, satu platform pasaran dalam talian telah diwujudkan untuk menghubungkan kepakaran dan bakat golongan ini dengan masyarakat. Selain itu, Ibupreneur juga memberikan ruang kepada para ibu untuk mendapatkan latihan keusahawan seperti pemasaran digital dengan kerjasama Celcom, kursus penghasilan patisserie dengan kerjasama Sunway Yunus Social Business Centre (SYSBS) dan latihan-latihan lain yang disediakan dari masa ke semasa. Perjalanan perniagaan Ibupreneur Youth Leadership Academy (YLA) 2019 merupakan titik tolak perkenalan Cik Wong Wei Qi dengan sahabat akrabnya apabila mereka dikumpulkan dalam satu pasukan yang sama. Ekoran daripada adanya minat dan semangat yang selari iaitu ingin mengangkat martabat wanita terutama golongan ibu, maka mereka berdua berjaya mewujudkan Ibupreneur sebagai projek utama sepanjang terlibat dalam program tersebut. Objektif utama Ibupreneur ini adalah untuk memastikan para usahawan mampu memperoleh pendapatan bulanan minimum sekurang-kurangnya RM2,500 sebulan. Kesemua usahawan ini juga akan dihantar ke bengkel pengendalian makanan untuk memastikan produk makanan yang disediakan mematuhi garis panduan yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia. Ibupreneur turut mendapat sokongan daripada MaGIC dan TBN Asia di bawah pemberian Geran Penjana SIM. Cabaran di hadapi Ibupreneur Cabaran yang dilalui oleh Ibupreneur merupakan perkara biasa yang sering dihadapi oleh perusahaan sosial di Malaysia. Memandangkan produk yang dijual adalah kek lembut yang mudah rosak dan tidak tahan lama, ianya amat sukar untuk dipasarkan di platform Shopee. 144 Usahawan Siswa : Memeta Haluan, Melakar Jaya
Selain itu juga, platform jualan dalam talian yang sedia ada terlalu tinggi penggunaan menyebabkan pelayar lebih gemar memilih produk yang menawarkan harga terendah sekali gus menyukarkan para usahawan daripada kelompok ibu ini untuk mempromosikan produk mereka. Sehingga kini, semua usahawan bekerja dari rumah, walau bagaimanapun pasukan Ibupreneur berharap dapat menyediakan satu lokasi yang mempunyai kemudahan fasiliti dan kelengkapan dapur yang lengkap pada penghujung tahun 2021 bagi membolehkan mereka berkumpul dan bekerjasama dengan baik. Justeru itu, usaha untuk mengumpulkan dana berkaitan masih giat dilakukan. Cik Wong Wei Qi dan rakan-rakannya sedar bahawa untuk menjamin kelestarian perniagaan berteraskan model keusahawan sosial, mereka harus berjaya mengimbangkan pulangan kewangan dan pulangan sosial masyarakat. Perkara ini amat sukar buat mereka. Beliau juga mengakui bahawa Ibupreneur menghadapi kesukaran menjaga usahawanusahawan yang kurang bersemangat apabila pendapatan yang diperolehi mereka tidak memberangsangkan. Perkara ini memerlukan perhatian dan bimbingan psikologi agar mereka sentiasa bersedia dan bersemangat untuk menghadapi cabaran meneruskan perniagaan. Kekurangan dana juga menjadi faktor utama penentu kepada kejayaan keusahawanan sosial. Dana yang mencukupi mampu mengupah ‘bakat’ yang tepat untuk menyumbang kepada kelestarian keusahawanan sosial ini. Ia juga mampu memastikan segala hala tuju serta perancangan strategik perniagaan yang telah dirangka tercapai. Modal yang banyak mampu menjulang hasil yang berimpak. Kejayaan Ibupreneur Pencapaian pertama beliau ialah ketika Ibupreneur berjaya menjana pendapatan sebanyak RM7,000 pada bulan pertama operasi, sekali gus dinobatkan sebagai juara Youth Leadership Academy (YLA) 2019. Tiga daripada lima pengasas bersama telah memutuskan untuk membawa projek ini kehadapan, dan ianya berjalan lancar sehingga ke hari ini. Mereka juga turut memenangi tempat ketiga dalam pertandingan “University Startup Challenge” anjuran MaGIC dan berjaya mendapatkan hadiah wang tunai sebanyak RM10,000 sebagai modal untuk meneruskan perniagaan. Pada penghujung tahun 2020, Ibupreneur turut menyertai pergerakan #BuyForImpact yang dianjurkan oleh Inovasi Global Malaysia dan Pusat Kreativiti (MaGIC) dengan sokongan Lazada. Program tersebut yang berlangsung di RexKL, Kuala “Objektif Ibupreneur ini adalah untuk memastikan para usahawan mampu memperoleh pendapatan minimum sekurang-kurangnya RM2,500 sebulan” 145 Perkhidmatan
Lumpur, Malaysia telah mendapat sambutan luar biasa daripada pengunjung. Setelah acara berakhir Ibupreneur telah menerima tawaran daripada pelabur yang berminat untuk bekerjasama dan membantu mengembangkan produknya sehingga ke peringkat yang tinggi. Selain itu, Ibupreneur juga telah berjaya membantu seorang usahawan iaitu Puan Izziana, ibu kepada lima orang cahaya mata yang kehilangan pendapatan ekoran tidak dapat menjual buah-buahan di pasar semasa pandemik COVID-19 melanda di seluruh dunia. Lokasi tempat beliau berniaga terpaksa ditutup bagi mematuhi SOP yang telah dikeluarkan oleh pihak kerajaan untuk mengekang penularan virus tersebut. Kebiasaannya sebelum ini, pendapatan sehari Puan Izziana ialah sebanyak RM200. Oleh itu Ibupreneur menghulurkan bantuan dan sokongan kepada Puan Izziana dengan melibatkan beliau bersama ahli Ibupreneur yang mahir dalam perniagaan lain supaya beliau boleh mempelajari sesuatu yang baharu dan belajar cara menggunakan teknologi. Hasilnya, Puan Izziana kini mampu menghasilkan sembilan jenis kuih untuk dijual sebagai pendapatan sampingan bagi menyara keluarga semasa tempoh PKP dilaksanakan. Perancangan Ibupreneur pada masa hadapan Pasukan Ibupreneur bersyukur kerana mendapat sokongan sepenuhnya daripada ramai pihak yang menjadi pendorong utama perjuangan membantu golongan wanita di Ibupreneur khususnya semasa pandemik COVID-19. Ibupreneur berhasrat untuk meningkatkan bilangan penyertaan ahli dengan hasrat mampu memupuk minat kalangan ibu di Malaysia untuk menjadi usahawan. Cik Wong Wei Qi juga berharap untuk mempelbagaikan bidang kemahiran di Ibupreneur yang merangkumi aspek yang lebih menyeluruh antaranya menyediakan kursus asas kemahiran teknologi digital dalam perniagaan kepada komuniti ibu di Malaysia. Impian untuk menyediakan peralatan dapur yang lebih lengkap akan tetap direalisasikan satu hari nanti. Ibupreneur dan keusahawanan sosial Kewujudan perniagaan keusahawanan sosial (SE) masa kini menggabungkan objektif keusahawanan berasaskan untung bersama dengan hasrat meningkatkan keprihatinan kepada komuniti dan golongan lemah atau bermasalah. Konsep SE berbeza dengan jenis model keusahawanan lain. Sejak beberapa tahun lalu, Malaysia menyaksikan kemajuan luar jangka dalam bidang SE dan menarik perhatian pelbagai sektor. Graduan mempunyai idea baik dan bernas untuk membantu dalam isu sosial masyarakat, namun di peringkat universiti tidak banyak aktiviti untuk menarik minat mereka ke arah SE. Sebenarnya program sebegini mampu memberi impak besar untuk mengangkat agenda keusahawanan di IPT. Ibupreneur berharap agar mentaliti sebegini dapat menjadi pendorong kepada masyarakat Malaysia untuk saling membantu dan bersedia menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan. Pasukan Ibupreneur percaya bahawa mereka mampu memberikan inspirasi kepada seluruh masyarakat dan turut sama menggembleng tenaga dalam menangani isu-isu sosial di Malaysia. 146 Usahawan Siswa : Memeta Haluan, Melakar Jaya
Temu bual bersama gadis berusia 23 tahun ini sangat terinspirasi. Langkah awalnya bukan untuk penjanaan keuntungan semata-mata, namun ia berjaya menterjemahkan idea yang pada asalnya hanya untuk pertandingan tetapi kini Ibupreneur berjaya membantu golongan wanita terutamanya golongan ibu untuk mempromosi produk kek dan pastri. “Ibupreneur: Dari sebuah pertandingan, menjadi realiti dan terus meniti demi membantu golongan Ibu”. 147 Perkhidmatan
GETRUNNER MENEROKAI PASARAN P-HAILING TEMPATAN Usahawan Muhammad Ziyad Mohd Yazid Penulis En. Adi Aliffudin Hussin 148 Usahawan Siswa : Memeta Haluan, Melakar Jaya
Melalui pengalaman kehidupan dalam serba kekurangan, dibesarkan oleh seorang ibu tunggal sejak kecil, Ziyad memberanikan diri menceburi bidang perniagaan. Dengan keadaan kehidupan zaman yang serba canggih sekarang kebanyakan orang membeli dan menunggu produk barangan mereka sampai dirumah tanpa perlu membuat urusan di kaunter bayaran fizikal. Ini lah perniagaan yang Ziyad sedang jalankan iaitu perkhidmatan menghantar barang ke rumah pelanggan. GetMove SDN. BHD. Menjadi anak yatim pada usia seawal 12 tahun, Muhammad Ziyad bin Mohd Yazid serta empat orang adik-beradik dibesarkan oleh ibunya. Arwah ayahnya yang dulu bekerja sebagai pengawal keselamatan tidak meninggalkan harta yang banyak, jadi ibunya terpaksa menggalas tugas arwah ayahnya demi melihat kesemua anaknya berjaya suatu hari nanti. Oleh kerana mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM iaitu 7A dari Sekolah Menengah Agama Al-Ulum Al-Syariyyah, Perak, beliau di tawarkan untuk menyambung pengajian Diploma Sejarah dan Tamadun Islam dari Universiti Sultan Zainal Abidin. Setelah tamat pengajian Diploma, beliau menyambung pengajian diperingkat Ijazah Sarjana Muda Jurusan Kerja Sosial dari Fakulti Sains Sosial Gunaan dari universiti yang sama sehingga kini. Disamping menimba ilmu, anak kedua dari lima orang beradik ini amat meminati dunia peniagaan. Kini, usianya menjangkau 23 tahun, telah menjalankan perniagaan menguruskan perkhidmatan penghantaran barang atau ‘runner’ yang dijenamakan sebagai ‘GetRunner’, melalui syarikatnya iaitu GetMove Sdn. Bhd., semakin berkembang dalam perkhidmatan penghantaran makanan, barangan, membeli belah, surprise delivery dan tugas khas. Disebalik kejayaan, GetRunner melalui cabaran hebat Pada peringkat awal perniagaan, pelbagai likuliku dan cabaran yang telah beliau tempuhi. Pertama adalah menguruskan perniagaan ketika sedang belajar. GetMove Sdn. Bhd. (GetRunner) adalah syarikat yang ditubuhkan oleh beliau ketika tahun kedua pengajian di UniSZA. Bergiat aktif dengan program-program bimbingan keusahawanan yang insentif atau accelerator ketika masih belajar bukanlah satu perkara yang mudah. Pada ketika itu, hampir setiap minggu beliau perlu berulang-alik dari Terengganu-Kuala Lumpur bagi mengikuti program keusahawanan yang dibuat oleh pemberi modal perniagaan agar perniagaan yang dilakukan ini berada di landasan yang betul. Namun beliau dapat menguruskannya dengan baik bahkan menerima anugerah dekan pada setiap semester. Kedua, cabaran mendapatkan bakat-bakat yang terbaik dengan resources yang terhad. Beliau percaya, untuk bergerak dengan lebih jauh dan pantas, syarikat memerlukan individu-individu yang berbakat untuk bekerja dengannya. Ianya bukanlah satu perkara yang mudah kerana untuk menarik bakat-bakat hebat memerlukan modal 149 Perkhidmatan
yang besar dan pengasas syarikat perlulah seorang yang berpengaruh dan berpengalaman. Apa yang beliau lakukan adalah mula menggunakan strategi personal branding, memulakan dengan apa yang ada di tangan dan setiap pekerja dan rakan kongsi perlulah belajar sebanyak mungkin kemahiran dan ilmu yang diperlukan agar kos dapat dioptimumkan. Cabaran ketiga adalah untuk beliau bersaing dengan syarikat-syarikat yang sudah terkenal dan mempunyai perlaburan yang besar di belakangnya. Selepas pandemik Covid-19 melanda, terdapat banyak syarikat-syarikat mula memasuki industri ini. Baik syarikat tempatan, luar negara mahupun syarikat gergasi. Hal ini disebabkan ramai yang mula nampak akan impak dan nilai yang dibawa oleh perkhidmatan penghantaran atas talian ini. Sebagai sebuah syarikat yang mula meningkat naik untuk bersaing dengan syarikat-syarikat gergasi bukanlah satu perkara yang mudah. Ianya memerlukan perlaburan yang besar beserta pasukan yang hebat. Di sebalik persaingan yang hebat dalam pasaran, GetRunner masih lagi mampu bertahan dan berkembang. Antara yang dilakukan oleh beliau adalah menerokai niche market yang masih belum diterokai seperti di luar bandar dan membantu mendigitalan perusahaaan kecil sederhana berserta melakukan banyak kerjasama dengan agensi dan persatuan perniaga dan pengguna. GETRUNNER meraih kejayaan… Berikut Merupakan Kejayaan Muhammad Ziyad Mohd Yazid 1. Top 10 Start Up World Cup (Malaysia) 2019 2. Pengarah Karnival Minggu Profesional Kerja Sosial (MPKS) 2018 3. Anugerah Tokoh Pemimpin Program Keusahawanan UniSZA 2018 4. Pemenang Khazanah Nasional Enterpreneurship Outreach 2018 (RM20,000) 5. Mewakili Malaysia Bagi Program Alibaba Youth E-Commerce Program (YEP), Hangzhou, China 2018 6. Anugerah Pemimpin Program Keusahawanan, Anugerah Tokoh Siswa Malaysia (ATS) 2018 7. Pemenang KPT-Teraju Superb Higher Education League 2017 (RM50,000) 8. Menubuhkan Semula Kelab Keusahawanan UniSZA 2017 9. Pengarah Karnival Keusahawanan Siswa & Komuniti 2017 10. Pemenang Entrepreneur Challenge (Explorace), Karnival Keusahawanan Dan Kerjaya Belia Negara, UMT 2017 11. Membina & Melancarkan Aplikasi Kelab Keusahawanan UniSZA di Google Play Store 12. Anugerah Pemimpin Projek Kerja Sosial 2017 150 Usahawan Siswa : Memeta Haluan, Melakar Jaya
Harapan GetRunner dalam perniagaan Harapan beliau adalah untuk menghasilkan sebuah platform “social impact” terbesar di Asia Tenggara. Bagi mencapai matlamat tersebut, dua golongan yang akan disasarkan. Pertama, menyediakan peluang pekerjaan kepada rider B40 untuk menjana pendapatan sampingan minima RM1,200 sebulan. Kedua, membantu mendigitalkan perusahawan kecil sederhana atau SME dengan mudah dan cepat. Beliau percaya, tiada golongan yang harus tercicir dalam memanfaatkan kuasa teknologi apatah lagi untuk perniagaan kecil sederhana di mana ianya dapat digunakan sebagai senjata rahsia dalam meningkatkan jualan. Dari segi pembangunan teknologi aplikasi pula, beliau ingin membuka peluang pekerjaan kepada bakat-bakat tempatan untuk bekerjasama, berkarya, bereksperimen dan menyumbang idea agar applikasi karya anak tempatan ini dapat berdiri sama hebat dengan applikasi-applikasi luar yang lain. Susulan daripada penularan pandemic COVID-19, beliau juga berharap agar platform yang ditubuhkan ini dapat membantu sosioekonomi golongan yang terkesan teruk seperti B40 dan peniaga kecil. Beliau yakin, platform yang diusahakan ini dapat sedikit sebanyak mengurangkan beban dan keperitan yang ditanggung oleh golongan sasaran. 151 Perkhidmatan
152 Usahawan Siswa : Memeta Haluan, Melakar Jaya
GetMOVE terus menyumbang tenaga berpanjangan agar pelanggan terus rasa selesa tanpa perlu beratur panjang menghadap hujan dan panas mentari, masalah pelanggan dapat diatasi. Pelanggan hanya perlu menunggu sahaja di muka pintu rumah sehingga diberitahu, terukir senyuman diwajah pekerjanya, menandakan satu penghantaran pesanan barangan sampai dengan selamat. 153 Perkhidmatan
JETHRO DETAILING ENTERPRISE USAHAWAN PERINCIAN KERETA DAN BOT MEWAH Usahawan Jethro Ingka Sigat Penulis Dr. Aida Shafreena Ahmad Puad Dr. Norazirah Ayob Cik Jessica Rinny Meting 154 Usahawan Siswa : Memeta Haluan, Melakar Jaya
Bidang perniagaan menawarkan banyak peluang dan laluan kerjaya pada mereka yang mahu berusaha dan memanfaatkan setiap potensi yang ada di sekeliling tanpa mengira usia serta latar belakang. Justeru, kenyataan ini telah dibuktikan oleh seorang anak muda berasal dari Sarawak yang telah memilih untuk menceburkan diri dalam dunia perniagaan eksklusif iaitu perkhidmatan perincian kereta dan bot mewah. Berbekalkan minat dan semangat keusahawanan yang tinggi sejak zaman sekolah lagi, anak bongsu dari tiga orang adik beradik ini berjaya melangkah jauh dalam bidang perniagaan yang diminatinya. Walaupun perjalanan yang dilalui agak berliku, ini tidak pernah mematahkan semangat beliau untuk terus maju ke hadapan. PENGASAS JETHRO DETAILING ENTERPRISE Jethro Ingka Anak Sigat yang berasal dari Kuching, Sarawak, bercita-cita untuk menjadi seorang usahawan berjaya semenjak beliau masih di bangku sekolah lagi. Keinginan untuk bergelar jutawan dan membantu masyarakat telah menjadi pendorong dan inspirasi buat Jethro untuk mula berjinak-jinak dalam dunia perniagaan. Beliau merupakan alumni Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah bergraduat pada tahun 2018 dari Fakulti Sains dan Teknologi Sumber, Program Sains dan Pengurusan Sumber Tumbuhan. Jethro telah memberanikan diri memilih untuk terlibat dalam bidang perniagaan yang amat berbeza dengan tahap pendidikan yang beliau miliki. Bermula dengan perkhidmatan membersih dan memperincikan (detailing) kereta dari rumah ke rumah. Kini, Jethro telah berjaya memiliki premisnya sendiri yang terletak di Kuching, Sarawak. Perniagaan beliau dibantu oleh tiga orang pekerja sepenuh masa. Berbekalkan semangat yang tinggi dan tidak pernah mengenal erti putus asa, beliau kini merupakan seorang usahawan berasaskan bot mewah dan kapal layar di Pulau Langkawi bersama dua rakan kongsinya. Jethro merupakan anak kelahiran negeri Sarawak yang pertama menceburkan diri dalam bidang perniagaan ini. Jethro Detailing Enterprise mula didaftar Jejaka kelahiran Bumi Kenyalang ini bukan berasal dari sebuah keluarga yang terlibat dalam perniagaan. Hasrat Jethro untuk memulakan perniagaan ketika berada di Tingkatan 6 tidak disokong oleh keluarganya. Namun ia sama sekali tidak mematahkan semangat beliau untuk terus maju ke hadapan. Berbekalkan hanya RM20 dan satu-satunya kemahiran yang ada, Jethro telah memulakan khidmat cucian dan perincian kereta sebaik sahaja menamatkan pengajian tingkatan enam pada awal tahun 2015. Beliau memulakan perniagaan ini dengan memberi khidmat dari rumah ke rumah secara kecil-kecilan. Pada pertengahan tahun 2015, ketika beliau masih aktif menjalankan perniagaan, Jethro telah mendapat tawaran untuk menyambung pengajian di UNIMAS. Pernah terfikir untuk berhenti daripada meneruskan pengajian dan memberi fokus kepada perniagaan. Namun atas nasihat dan sokongan keluarga, hasrat itu dilupakan. Ibu beliau berharap supaya ijazah yang bakal diperolehi nanti akan dapat membantunya kelak sekiranya perniagaan yang 155 Perkhidmatan
diusahakan gagal dipertengahan. Sekiranya ingin berjaya dalam kedua-dua bidang, Jetro perlu membuktikan kepada keluarganya yang beliau benar-benar serius dalam perniagaan. Oleh itu, Jethro sentiasa bekerja keras dan bersungguh-sungguh dalam melaksanakan sebarang tindakan. Perancangan perniagaan dilakukan dengan teliti dan penuh disiplin agar perniagaan beliau dapat dikembangkan ke tahap yang lebih tinggi. Pada tahun 2017, berbekalkan modal yang telah dikumpul sedikit demi sedikit dari awal perniagaan, Jethro telah mempunyai kedai sendiri dengan pendaftaran nama syarikat Jethro Detailing Enterprise yang terletak di Pending, Kuching. Pada ketika itu beliau masih bekerja sendirian kerana kurang mampu menggaji pekerja. Setelah menamatkan pengajian di UNIMAS pada tahun 2018, Jethro mengambil keputusan untuk mengembangkan perniagaannya di negeri Johor ekoran kestabilan syarikat yang semakin maju dan kukuh. Liku-liku dan cabaran perniagaan Penghijrahan secara bersendirian pada lewat tahun 2018 ke Johor Bahru bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Berada jauh diperantauan tanpa teman mahupun saudara mara membuatkan beliau sedikit risau. Namun semangat kental yang tidak pernah pudar telah menyuntik kekuatan kepada Jethro untuk meneruskan perniagaan yang sama di Johor Bahru. Oleh itu pada bulan Mei 2019 setelah kirakira tujuh bulan berada di tempat baru, beliau telah menyewa sebuah gudang dan memulakan perkhidmatan membersih dan memperincikan kereta seperti yang diusahakan di Kuching, Sarawak. Memandangkan perkhidmatan perincian kereta yang berfokus kepada kereta mewah seperti ini agak baru, banyak cabaran yang terpaksa ditempuhi oleh Jethro semasa menjalankan perniagaan apatah lagi di tempat baru masyarakat masih belum mengenali jenis perniagaan ini. Pada masa yang sama terdapat ramai pesaing dan ini menyebabkan perkembangan perniagaannya sedikit perlahan. Lokasi gudang yang kurang strategik menyebabkan perniagaan 156 Usahawan Siswa : Memeta Haluan, Melakar Jaya
ini hanya mampu bertahan selama kira-kira tujuh bulan sahaja. Tanpa berputus asa, beliau mencuba perniagaan yang baru iaitu membuka tempat penyimpanan kereta dalam skala kecil menggunakan konsep seperti Airbnb. Kelebihan berjiran dengan negara Singapura yang jaraknya hanya 30 minit dari Johor Bahru, Jethro telah mengambil peluang ini untuk meluaskan rangkaian hingga ke negara tersebut. Singapore Car Club telah menyatakan hasrat untuk menggunakan khidmat simpanan dan jagaan kereta mewah di bawah premis beliau. Ini memberikan sinar baru buat anak muda kelahiran Sarawak ini. Mengharapkan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari. Siapa menyangka pandemik yang telah melanda dunia memberi impak yang begitu besar kepada rakyat dan ekonomi negara. Oleh kerana sempadan negara dan antarabangsa ditutup untuk mengelakkan penularan wabak Covid-19 ini, sekali gus telah menjejaskan perniagaan yang baru diceburi Jethro. Perniagaannya terpaksa ditutup kerana sudah tidak mampu lagi membayar sewa premis perniagaan. Walau bagaimanapun dengan semangat ‘Agi idup, Agi ngelaban’ langsung tidak mematahkan semangat Jethro untuk terus berjuang tanpa pernah terfikir untuk berputus asa. Pengalaman menguruskan perniagaan perincian kereta telah memberi inspirasi baru buat beliau untuk menceburi bidang yang sama tetapi sedikit berbeza iaitu perkhidmatan mencuci dan memperinci bot mewah dan kapal layar. Kedudukan Johor Bahru di kawasan perairan dan mempunyai pelbagai aktiviti berasaskan air membuka peluang baru kepada beliau untuk menceburi bidang ini. Menguruskan perniagaan secara sendirian beliau berjaya mengembangkan perkhidmatan sehingga ke Pelabuhan Klang dan Pulau Langkawi. Beliau langsung tidak mengeluh dan patah semangat walaupun terpaksa 157 Perkhidmatan
berulang-alik antara ketiga-tiga tempat tersebut. Namun pengalaman itu, telah membuka lembaran baharu dalam hidup beliau untuk menjadi lebih bersemangat dan bertindak diluar kebiasaan. Kejayaan Jetro Detailing Enterprise Setiap kepahitan pasti akan berakhir dengan kemanisan umpama hadirnya pelangi menghiasi langit selepas berakhirnya hujan. Begitulah kisah Jethro yang semakin hampir ke kemuncaknya. Perlahan-lahan industri pelancongan telah dibuka di seluruh negara dengan mematuhi Standard Operating Procedure (SOP) yang telah ditetapkan. Perkhidmatan berasaskan bot mewah dan kapal layar telah memberi pengalaman dan peluang baru untuk Jethro meluaskan perkhidmatannya. Oleh itu pada bulan Mac 2021, beliau sekali lagi berhijrah sepenuhnya ke Pulau Langkawi dan memulakan perniagaan bot mewah dan kapal layar di bawah syarikat baru milikinya iaitu JGD Marine Solution. Bersama-sama dua orang lagi rakan kongsi, syarikat beliau menyediakan perkhidmatan, penjagaan, piagam kapal layar, pengurusan, jual beli bot mewah dan kapal layar serta sewaan dengan pakej yang menarik. Sebagai anak perantau, cabaran bukanlah satu halangan untuk beliau menjalankan perniagaan di tempat orang. Kegagalan yang dihadapi merupakan pengalaman yang amat berharga dan guru terbaik untuk mengajar beliau erti sebuah kecekalan. Beliau merupakan anak kelahiran Sarawak pertama yang membuka syarikat laut di Pulau Langkawi. Hala tuju Jetro Detailing Enterprise Semakin tinggi tangga didaki semakin terasa kepenatan dan keletihan, hanya yang tidak mengenal erti kalah dan memiliki tekad yang tinggi sahaja yang mampu sampai ke anak tangga terakhir. Begitulah juga halnya dengan Jethro, beliau sentiasa menyimpan seribu satu harapan agar perniagaannya akan terus berkembang maju seantero dunia. Beliau tidak mampu meramal apa yang akan berlaku pada masa hadapan tetapi beliau akan terus fokus dan dalam masa yang sama perniagaan yang diasaskan di Kuching, Sarawak tetap teguh beroperasi dan berkembang. 158 Usahawan Siswa : Memeta Haluan, Melakar Jaya
Mempunyai sifat tabah, cekal, tidak mudah berputus asa, fleksibel dan mudah menyesuaikan diri adalah contoh ciri-ciri orang yang berjaya dan sifat itu ada pada Jethro. Kisah kejayaan anak Sarawak ini bukan sekadar coretan biasa tetapi lembaran cerita yang penuh dengan pengajaran. Ketika kehidupan dunia kian mencabar, anak muda ini masih mampu bangkit untuk meraih kejayaan. Kegigihan, ketabahan dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh Jethro telah membuktikan dirinya layak bergelar usahawan berjaya. Oleh itu, masyarakat di luar sana harus mempunyai semangat yang kuat untuk mencapai apa yang diimpikan kerana gagal sekali bukan bermakna kita gagal buat selama-lamanya. 159 Perkhidmatan
LK LEGACY TEKAD DI ERA PANDEMIK COVID-19 Usahawan Khairull Nasruddin Mansor Penulis Dr. Nor Hanuni Ramli@Said Ts. Dr. Noorhuzaimi@Karimah Mohd Noor 160 Usahawan Siswa : Memeta Haluan, Melakar Jaya
LK-Legacy, kisah tentang tekad, semangat dan kesungguhan seorang anak muda membina perniagaan dan berhadapan dengan cabaran pandemik COVID-19. Pelbagai pengajaran dan pengalaman yang diperolehi Khairull Nasruddin Mansor dalam membina perniagaannya seawal usia remajanya. Kesempitan hidup yang dialami oleh beliau telah membentuk keperibadian dan karakter dalam dirinya untuk menjadi usahawan yang berjaya demi merubah nasib keluarganya. Rahsia kejayaan anak muda ini terletak pada semangat yang tinggi dan niat yang ikhlas dalam hatinya untuk membantu dirinya dan keluarga. Walaupun masih baru menceburi bidang perniagaan yang dimilikinya sekarang, namun pengalaman hidup berniaga secara kecil-kecilan banyak membantu Khairul untuk menjadi seorang yang lebih berdaya saing dan bijak mencari peluang. “Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai”, itulah kata-kata yang sesuai diungkap tentang keperibadian Khairul, seorang anak muda yang cekal dalam mengharungi ujian dan cabaran hidup terutama di era pandemik COVID-19 ini. Pengalaman kisah Khairull Nasrudin yang dicoretkan di sini, biarpun tidak mampu mengubah nasib mereka di luar sana, namun diharapkan agar kisah Khairull ini dapat menyuntik semangat dan iltizam ke dalam diri pembaca. Coretan ini untuk teladan kepada usahawan muda supaya terus lebih cekal mengharungi segala cabaran mendatang. PENGUSAHA LK LEGACY Khairull Nasruddin bin Mansor menjadi seorang peniaga sejak berusia 12 tahun, dengan menjual tin dan besi buruk bagi membantu menyara keluarga. Kesusahan hidup menjadikan beliau menjalani kelangsungan hidup yang bermakna, sehinggalah beliau berjaya memiliki syarikat sendiri yang didaftarkan dibawah nama LKLegacy pada tahun 2016. Beliau merupakan pelajar lulusan Kejuruteraan Kimia di Universiti Malaysia Pahang dan telah menamatkan pengajian pada 2020. Lebih membanggakan apabila syarikat yang ditubuhkan semasa beliau masih bergelar seorang pelajar pada tahun ke 2 pengajian. Selain aktif berniaga, beliau turut aktif dalam persatuan dan bersukan. Antaranya beliau pernah memegang jawatan penting dalam Semampan (Kelab Anak Pahang), CHEST (Chemical Engineering Society) dan GenesisEnactus. Keadaan dirinya umpama segumpal tanah, walau dicampak ke mana pun ia pasti akan memberi manfaat”. Demikian sifat dan perwatakan dalam diri Khairull yang penuh dengan survival skill. Beliau juga mempunyai sifat business minded yang akan mengaplikasikan dalam apa sahaja yang bidang diceburinya. Walaupun hanya memegang jawatan sebagai Pengarah Unit Sukan dalam kelab ini, beliau dapat menjalankan beberapa acara dan pertandingan berbentuk sukan yang mampu memberi pulangan hasil yang lumayan kepada kelab. Perolehan hasil antaranya seperti hasil daripada kutipan yuran penyertaan, penjualan jersey, penjualan makanan dan minuman semasa hari acara dan lain-lain. Selain itu, beliau juga sangat “Beliau juga mempunyai sifat business minded yang akan mengaplikasikan dalam apa sahaja yang bidang diceburinya” 161 Perkhidmatan
aktif dalam sukan badminton, bola sepak dan bola baling di peringkat universiti. Beliau pernah menyumbangkan medal dalam beberapa acara sukan antara universiti di Malaysia pada tahun 2019. Malahan perwatakannya yang peramah dan sentiasa berfikiran optimis membuatkan kehadirannya disenangi ramai dan secara tidak langsung beliau membina network empayar perniagaannya. Ini penting bagi memastikan beliau terus sukses dalam perniagaannya walaupun ketika masih bergelar pelajar universiti. Bermulanya perniagaan LK Legacy Khairull, minat berniaga yang mendalam, beliau tidak takut mengambil risiko dalam menceburi pelbagai perniagaan. Jenis perniagaan termasuklah menjual makanan, sabun baju dan pinggan mangkuk malahan pernah menjual produk kesihatan untuk lelaki. Pada tahun 2015 beliau menubuhkan LK Legacy, dengan perniagaan utamanya menjual minyak wangi. Ketika itu, perniagaan ini agak lumayan bagi beliau sebagai seorang pelajar. Perniagaan beliau mendapat sambutan yang sangat baik. Minyak wangi yang dijual merupakan produk berjenama terkemuka dari serata dunia dan harganya murah berbanding harga di pasaran. Walau bagaimanapun, perniagaan minyak wangi beliau menghadapi masalah pada tahun 2016, iaitu kegawatan ekonomi yang melanda ketika itu. Kejatuhan bisnes minyak wangi tidak menghalangnya untuk bangkit semula mencari idea baharu dalam perniagaan. Beliau tidak mudah pasrah dengan ujian. Khairull akhirnya mendapat idea untuk menjalankan bisnes kereta sewa. Idea ini timbul memandangkan perkhidmatan kereta sewa mendapat permintaan yang tinggi terutamanya bagi siswa di Kampus Gambang Universiti Malaya Pahang (UMP). Lokasi UMP Gambang yang agak jauh dari bandar Kuantan yang menyukarkan pergerakan pelajar ke bandar terutamanya pada hujung minggu. Beliau bijak mencari peluang perniagaan daripada masalah yang timbul dalam kalangan pelajar UMP. Peluang yang ada ini, Khairull terus mengatur strategi dan fokus kepada perniagaan kereta sewanya yang didaftarkan secara sah di bawah syarikat LK-Legacy. Perniagaan utama bagi syarikat LK Legacy kini, perniagaan kereta sewa. Walau bagaimanapun aktiviti perniagaan lain tetap diteruskan secara sampingan. Kejayaan LK Legacy…. Khairull terus fokus untuk memajukan perniagaan kereta sewanya ketika itu. Bilangan kereta bermula dengan hanya sebuah kereta Viva telah bertambah sehinggalah kepada 10 buah kereta. Pelbagai jenis kereta ditawarkan untuk perkhidmatan kereta sewa yang dijalankan oleh beliau, antaranya termasuklah Viva, Saga, Axia, Myvi dan Kenari. Peluang yang ada tidak disia-siakan, bermula dengan pelajar UMP sahaja, beliau kemudiannya meluaskan sasaran pelanggannya kepada Institut Pendidikan Tinggi (IPT) awam dan swasta yang berada di sekitar Kuantan dan Gambang. Perniagaan kereta sewanya ini sangat berjaya kerana beliau memiliki pelanggan yang tetap dan mendapat permintaan yang tinggi. Faktor kejayaan perniagaannya turut didorong oleh network yang dibina melalui aktiviti-aktiviti yang diceburinya semasa di universiti, sama ada dalam atau luar UMP. Kejayaan yang dicapai dalam perniagaan kereta sewa ini tidak akan mampu dicapai tanpa melalui segala ujian dan cabaran. Khairull bertuah kerana memiliki mentor dalam perniagaan ini. Beliau mendapat tunjuk ajar tentang selok- belok untuk memajukan perniagaan kereta sewanya. Mentor yang dimaksudkan ialah sahabatnya sendiri yang pada ketika itu telah tamat pengajian di UMP. Sahabatnya ini juga sedang menjalani perniagaan kereta sewa. Malahan sahabat beliau ini merupakan bekas jurutera yang bekerja di syarikat kilang besar di Petronas. Minat yang mendalam dalam perniagaan, mendorong sahabatnya mengambil keputusan untuk berhenti kerja sebagai seorang jurutera, dan seterusnya menceburkan diri dalam perniagaan kereta sewa. Mentor beliau inilah yang banyak berkongsi pengalaman tentang cara menguruskan kenderaan sewa dalam keadaan tertentu, seperti saman, kecurian dan lain-lain mengikut garis panduan yang disediakan oleh PDRM dan JPJ. Walaupun perniagaan kereta sewa ini memiliki permintaan yang tinggi, tetapi persaingan juga wujud untuk mendapatkan pelanggan dalam kalangan pengusaha kereta sewa di Kampus Gambang. Namun, Khairull tidak hanya memfokuskan pelanggannya dari dalam UMP sahaja. Pelanggan beliau turut terdiri daripada pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gambang, Matrikulasi Gambang, juga Kolej Komuniti Gambang yang menyebabkan jumlah pelanggan yang diperolehi mencecah antara 150-300 orang dalam masa 3 minggu. Jumlah ini bertambah apabila beliau turut meluaskan rangkaian pelanggannya dari IPT lain di sekitar Kuantan, Pahang. Usaha gigih beliau dalam perniagaan kereta sewa ini telah membuahkan hasil lumayan. Beliau telah mampu untuk membuat sistem gaji secara bulanan kepada dirinya 162 Usahawan Siswa : Memeta Haluan, Melakar Jaya
“Bilangan kereta bermula dengan hanya sebuah kereta Viva telah bertambah sehinggalah kepada 10 buah kereta” bagi menikmati hasil titik peluhnya. Pada 13 Disember 2019, Khairull telah melangsungkan perkahwinan dengan seorang gadis berasal dari Johor yang bernama Nurliyana binti Mohd Kasini. Perbelanjaan perkahwinan beliau ketika itu ditanggung sepenuhnya oleh diri beliau sendiri hasil daripada perniagaan yang diusahakannya yang ketika itu masih seorang pelajar tahun akhir di UMP. Kejayaan yang mewarnai hidup seseorang, pasti ada saat getir yang telah dilaluinya. Malahan yang membezakan seseorang daripada yang lain itu bukanlah berapa besar ujiannya, tetapi bagaimana seseorang menerima atau react terhadap masalah yang dihadapinya. Oleh itu, kekuatan dan kecekalan hati sangat penting bagi seorang yang bergelar usahawan untuk terus mengekalkan momentumnya. Amalan yang Khairull, lakukan di sebalik lakaran kejayaannya, beliau telah mengamalkan solat Dhuha, sentiasa berbuat baik dan bersedekah kepada orang terdekat terutama keluarganya agar berkat dalam rezeki diperolehinya. Cabaran Pandemik Covid-19 Kejayaan dan kestabilan dalam perniagaan mendorong Khairull untuk membuat perancangan yang lebih besar. Beliau merancang untuk mempunyai pejabat perniagaan sendiri di antara Kuantan hingga Gambang. Tempahan dan perbincangan secara terperinci telah dijalankan dengan pemilik kedai. Namun, semua perancangan untuk membesarkan perniagaan terhenti dengan dugaan yang besar iaitu, pandemik COVID’19. Pada awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada buan Mac 2020, beliau masih bertahan dengan kewangan hasil yang telah dikumpul 163 Perkhidmatan
pada tahun 2019. Namun apabila PKP dilanjutkan perniagaan kereta sewanya mulai terjejas. Hal ini, memberi impak yang besar dalam hidupnya, bukan sahaja mental namun fizikal. Tambahan pula kini beliau sudah berkahwin dan beliau perlu memastikan tanggungannya dalam keadaan mencukupi dan selesa. Musim pendemik perniagaan besar juga tergugat apatah lagi perniagaan sederhana yang dijalaninya. Beliau tidak pernah berputus asa dengan bencana yang melanda. Bagi memastikan kelangsungan perniagaannya beliau segera mencari peluang. Walaupun perkhidmatan kereta sewa tidak dapat dijalankan disebabkan kos tinggi yang perlu ditanggung akibat perkhidmatan terganggu oleh PKP. Beliau merebut semua peluang yang berada di hadapan matanya untuk memastikan LK LEGACY terus bertahan. Beliau turut melibatkan diri dalam perniagaan isterinya; iaitu perkhidmatan gubahan dan penghantaran hadiah kejutan. Dalam masa yang sama beliau juga menjadi pemandu GRAB, bekerja di sebuah bengkel cat dan perkhimatan wayar elektrik (dengan sijil yang ada). Beliau terus berusaha keras, untuk mengumpul kembali dana dan meneruskan perniagaan kereta sewa pada masa yang sesuai nanti. Kini beliau bangkit dan melangkah dengan lebih aktif dalam bidang pemasaran dan pengurusan projek untuk beberapa buah syarikat. Dalam masa yang sama beliau juga melakukan kerja sambilan seperti pembantu jurulatih badminton dan tenaga pengajar bagi kursus keusahawanan. Harapan LK Legacy Minat yang mendalam dalam bidang perniagaan menjadikan Khairull seorang yang tidak mudah berputus asa. Perniagaan kereta sewa yang menjadi impiannya banyak memberi nilai sebagai seorang usahawan. Kini beliau gigih mengumpul modal, untuk memulakan perniagaan tersebut. Kali ini bukan bermula, tapi beliau akan memenuhi perancangan yang dibuat sebelum pandemik “sebagai seorang usahawan, satu kunci perlu dipegang, iaitu jika gagal merancang, maka gagal lah rancangan itu” 164 Usahawan Siswa : Memeta Haluan, Melakar Jaya
melanda. Beliau yakin dengan pengalaman, rangkaian dan kemampuan kendiri. Apabila modal mencukupi beliau mampu merealisasi impiannya untuk memperkasa perniagaan LK LEGACY. Banyak hikmah yang diperolehi daripada pandemik COVID 19 antaranya ikatan kekeluargaan. Kini beliau lebih selesa dan yakin, dengan meluangkan masa bersama insan tersayang, rezeki semakin bertambah. Halangan apa pun, sebagai seorang usahawan, satu kunci perlu dipegang, iaitu jika gagal merancang, maka gagal lah rancangan itu. Semoga pengalaman ini memberi manfaat kepada para usahawan baharu untuk terus mengorak langkah ke hadapan dengan hati yang lapang. Pelbagai usaha dan peluang yang diambil, akhirnya memberi nafas lega untuk beliau meneruskan LK LEGACY. Beliau percaya dengan keberkatan, kesabaran dan kesungguhan, LK LEGACY mampu mencapai kegemilangan yang pernah dicapai. Pada masa yang sama, beliau akan terus memastikan insan tersayang merasai kehadirannya. Beliau tidak pernah berputus asa walau apa pun halangan yang dihadapi. 165 Perkhidmatan
MA AUTOMOBILE MERANGKUL ANUGERAH TERBAIK PENGEDAR KERETA BARU & TERPAKAI Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Usahawan Muhammad Asyraf Mohd Zain Penulis Mohamad Ali Hamzah 166 Usahawan Siswa : Memeta Haluan, Melakar Jaya
Melewati zaman moden yang serba maju, pengangkutan seperti kereta memainkan peranan utama dalam kehidupan seseorang bahkan ia menjadi satu keperluan untuk bergerak ke sesuatu tempat. Bertitik tolak dari itu, seorang anak muda memberanikan diri menceburi perniagaan penjualan kereta baru dan terpakai. Meskipun beliau sedar banyak persaingan, namun dirinya terus mengorak langkah mendepani cabaran-cabaran mendatang. MA AUTOMOBILE miliknya ini memberi impak kepada industri penjualan kereta, apakah keistimewaan perniagaan beliau sehingga pernah dinobatkan sebagai syarikat keenam terbaik di seluruh Kelantan. Sama-sama kita rungkai kisah beliau…. MA AUTOMOBILE Muhammad Asyraf bin Mohd Zain, berumur 23 tahun dan dilahirkan pada 14 Januari 1998 di Kuala Balah, Jeli, Kelantan. Beliau merupakan anak yang kedua daripada lima orang adik – beradik. Sekarang, beliau menetap bersama keluarga di Kampung Padang Terang, Bunut Susu, Pasir Mas, Kelantan. Pada Jun 2016, beliau berjaya melanjutkan pelajaran ke Politeknik Premier Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor (PSA) dalam jurusan Perniagaan Antarabangsa dan akhirnya beliau berjaya menamatkan pengajian di peringkat Diploma pada Disember 2018. Banyak ilmu yang telah dicurahkan oleh tenaga pengajar umpama sungai yang mengalir semasa saya berada di Politeknik. Pengalaman dan cabaran yang beliau lalui di Politeknik tersebut telah mengajar beliau dalam pelbagai aspek terutamanya subjek `Enterpreneur` dan dalam segi Pendigitalan Perniagaan. Beliau telah berjaya menubuhkan satu syarikat Enterprise iaitu MA Automobile. Nama syarikat MA Automobile adalah berasal daripada singkatan nama beliau sendiri iaitu M untuk Muhammad dan A untuk Asyraf manakala Automobile merujuk kepada bidang automotive. MA Automobile secara rasminya telah ditubuhkan pada 23 Mei 2016 sebagai perniagaan milikan tunggal. Perniagaan ini juga menyediakan perkhidmatan penjualan kenderaan baru dan terpakai dan juga sebagai wakil ejen insurans kepada enam syarikat insurans yang terkemuka di Malaysia. Enam syarikat insurans yang disebut oleh beliau adalah seperti Zurich Insurans, Great Eastern, Liberty Insurans, Berjaya Sompo, Etiqa Takaful dan Takaful Ikhlas. Beliau mempunyai pengalaman dan kemahiran selama 5 tahun dalam bidang yang berkaitan. Pada awal penubuhan syarikat, MA Automobile telah beroperasi di Kampung Baru Luar, Jalan Pasir Mas, Wakaf Bharu, 16250 Tumpat, Kelantan. MA Automobile telah beroperasi selama 3 tahun di alamat tersebut. Pada Julai 2019, MA Automobile telah membangunkan bangunannya sendiri yang beralamat di Lebuh Raya Pasir Mas, Salor, 15100 Kota Bharu, Kelantan. Kesemua operasi telah dipindahkan ke tempat baharu yang lebih strategik. MA Automobile telah menggunakan banyak strategi pemasaran untuk menyebarkan ciri-ciri utama ke dalam pikiran orang ramai. Mereka menggunakan slogan berikut yang mematuhi misi dan visi syarikat MA Automobile, “Your Car, Our Care”. MA Automobile mahu pelanggan mereka tahu bahawa mereka selalu proaktif berkaitan dengan kualiti perkhidmatan dan kualiti produk. 167 Perkhidmatan
Perjalanan perniagaan MA Automobile Sektor insurans di Malaysia terus berada dalam posisi yang kuat untuk memenuhi permintaan domestik yang semakin meningkat dan asas ekonomi makro yang stabil. Sektor insurans adalah salah satu pemacu pertumbuhan yang paling penting bagi keseluruhan sektor perkhidmatan kewangan Malaysia. Berdasarkan statistik insurans tahunan Bank Negara Malaysia (BNM) 2016, jumlah aset dana insurans Malaysia pada tahun 2016, berjumlah 5.2 peratus daripada sistem kewangan negara. Memandangkan ramai yang tidak sedar akan kelebihan serta kepentingan perlunya insurans, sama ada insurans diri, keluarga dan kemalangan. Adalah menjadi tanggunjawab beliau untuk menerangkan sedikit sebanyak dan menjaga kebajikan pelanggan. Beliau melihat ramai agen insurans yang pandai menjual insurans akan tetapi tidak tahu bagaimana untuk menjaga kebajikan pelanggan terutama apabila berlakunya kemalangan dan cara untuk mengendalikan situasi tersebut. Manakala tercetusnya idea untuk menjual kenderaan baharu dan terpakai apabila beliau selalu mengikuti ayahnya yang terlibat dalam “Car Booth Sale” bagi kenderaan baharu di dalam pusat beli belah dan pasaraya. Di situ, beliau melihat kenderaan amat lah penting bagi masyarakat sama ada untuk pengangkutan atau bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Beliau mendapat sokongan daripada keluarga terutama ayahnya yang mempunyai kepakaran dalam bidang ini. Beliau turut mendapat sokongan daripada saudara-mara dan juga rakan-rakan yang banyak membantu meningkatkan jualan MA Automobile. Sokongan daripada pekerjapekerja juga membantu dalam melaksanakan tugasan dengan baik dan tepat pada waktunya. Modal perniagaan untuk membeli kenderaan terpakai adalah pinjaman daripada ayah dan berkongsi keuntungan. Selain itu, modal untuk membina sebuah syarikat adalah hasil daripada keuntungan daripada transaksi jualan. Banyak ilmu yang telah dicurahkan oleh tenaga pengajar yang dapat diimpilkasikan di dalam perniagaan beliau, seperti subjek Usahawan dan Pendigitalan Perniagaan bagi tujuan pemasaran dan jualan dan juga “Human Resources bagi menjaga kebajikan pekerja dan pelanggan. Pensyarah- pesyarah Politeknik juga banyak membantu beliau dapat tunjur ajar dan membimbing beliau dalam perniagaan. Pelbagai program yang dilaksanakan oleh Politeknik seperti Pertandingan “Business Model” dan sebagainya. Ini dapat membantu beliau melihat ke arah yang lebih jauh dalam perniagaan nya. Lawatan Sambil 168 Usahawan Siswa : Memeta Haluan, Melakar Jaya
Belajar ke China anjuran Politeknik Malaysia dan juga Politeknik Premier Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, telah membantu beliau dapat perniagaan antarabangsa seperti import dan eksport barangan dari satu Negara ke Negara yang lain. Liku-liku dan cabaran perniagaan MA Automobile Pelbagai liku dan cabaran yang ditempuhi oleh Muhammad Asyraf di dalam perniagaannya terutama melibatkan faktor usia yang amat muda bagi beliau. Faktor usia juga merupakan cabaran yang sangat besar kepada beliau terutama apabila berhadapan dengan pelanggan yang lebih dewasa daripada beliau. Ini kerana produk dan perkhidmatan yang dijual oleh beliau melibatkan ribuan ringgit sehingga ratusan ribu. Faktor usia juga memainkan peranan yang penting untuk menjadi seorang ketua atau pengurus syarikat untuk mengendalikan pekerja yang sebaya atau yang lebih tua. Pengalaman yang beliau ada sudah tentu dapat meningkatkan hasil jualan dan demi menjaga nama baik syarikat MA Automobile. Cabaran kedua adalah melibatkan modal perniagaan dan modal untuk membuka sesebuah syarikat. Ini kerana, beliau merupakan lepasan Diploma dan tiada simpanan untuk membuka terus syarikat yang gah akan tetapi tahun demi tahun beliau mengumpul sejumlah keuntungan dan berjaya membuka sebuah syarikat yang gah di negeri ini. MA Automobile merangkul kejayaan Walaupun MA Automobile adalah syarikat yang baru, tetapi pengembangan syarikat sangat terkesan. Syarikat ini dianugerahkan sebagai Grow Drive 2017, Top 20 Achiever oleh Great Eastern kerana prestasi penjualan mereka pada tahun 2017. Pada tahun itu juga, MA Automobile dan Insurance memperoleh jumlah jualan sebanyak RM 279,991.14 dan menjadi syarikat ke-6 terbaik di seluruh Kelantan. Penghargaan ini menjadi pemangkin MA Automobile untuk meningkatkan perkhidmatan mereka bersama dengan pengembangan industri insurans. 2017 Finalist Best Student Enterprise Awards semasa program Polytechnic Entrepreneurship Awards 2017 2018 Branch Top Growth Agency 2018 oleh Great Eastern Insurance 2019 Anugerah Kepimpinan Keusahawanan sempena Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar (AKEPPSA 2018) Anugerah Ikon Usahawan Jabatan Perdagangan semasa Majlis Hi Tea Pra Graduan Jabatan Perdagangan PSA. 2020 Anugerah Silver Club oleh Zurich Insurance atas pencapaian jualan sebanyak RM300,000 bagi tahun tersebut. Mendapat pengiktirafan oleh Aeon Credit Berhad sebagai Panel Used Car Dealer. 2021 Mendapat pengiktirafan oleh CIMB Islamic Bank Berhad sebagai Panel Used Car Dealer. Akan tetapi, kejayaan yang paling berharga bagi beliau adalah apabila beliau berjaya menubuhkan dan menukarkan syarikat beliau 169 Perkhidmatan
kepada Sendirian Berhad. Syarikat itu baru sahaja ditubuhkan pada 04 Mac 2021 dan telah dinamakan MA Sepadu Legacy Sdn Bhd. Beliau merupakan seorang Pengarah bagi syarikat itu. Perancangan masa hadapan MA Automobile MA Automobile merancang untuk mendapatkan Dealer Kenderaan Baharu sama ada dari jenama Ford atau Isuzu. Ini kerana, tren terkini merupakan `Pick-Up Truck` yang menjadi kegilaan masyarakat. Akhir-akhir ini, MA Automobile mendapat banyak tawaran daripada pemilik syarikat kenderaan baharu di Kelantan untuk menjadi `Sub-Dealer`. MA Automobile dan Insurans juga merancang untuk mengembangkan aktiviti perniagaan mereka sebagai pengedar kenderaan. Buat masa ini, syarikat ini juga bertindak sebagai ejen kereta Ford untuk memenuhi permintaan pelanggan. Perancangan 10 Tahun akan datang, MA Automobile ingin bengkel `One Stop Centre` mereka sendiri untuk memudahkan pelanggan mereka yang terlibat dalam tuntutan untuk memperbaiki kenderaan mereka selepas kemalangan. Syarikat ini juga merancang untuk memberi keusahawanan sosial mereka dengan memberi kesedaran yang efektif kepada pelanggan tentang pentingnya insurans dalam kehidupan melalui kempen dan seminar apa pun. MA Automobiles & Insurances percaya bahawa mereka akan menghasilkan asas pendapatan masa depan yang baik seperti pada perancangan yang mereka lakukan sekarang. Salah satu strateginya ialah membuat ramalan penjualan jangka pendek dan jangka panjang syarikat. 170 Usahawan Siswa : Memeta Haluan, Melakar Jaya
Betul kata orang, kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Cetusan idea dua beranak ini merupakan satu kombinasi yang mengagumkan sehingga melakar kejayaan demi kejayaan dalam perniagaan. Berkongsi minat yang sama dengan ayahnya mnjadikan syarikat ini mampu berdaya saing dengan syarikat yang lain yang sudah lama bertapak. Kejayaan seseorang itu pasti ada orang lain dibelakangnya, ibu dan ayah adalah pencetus inspirasi yang kekal abadi. 171 Perkhidmatan
ARAGORN RICH INISIATIF PENGHASILAN BAJA KOMPOS BUANGAN SISA MAKANAN Usahawan Ahmad Fitri Mohd Yusof Penulis Dr. Ros Aniza Mohd Shariff, Dr. Rozailin Abdul Rahman, Dr. Mohd Armi Abu Samah, Dr. Ahmad Fahmi Harun@Ismail 172 Usahawan Siswa : Memeta Haluan, Melakar Jaya
Sisa buangan makanan menjana pendapatan??? Sekali fikir seperti tidak munasabah dek akal, tetapi itulah perkara yang telah direalisasikan oleh seorang anak muda yang berbakat besar. Bahan buangan sisa makanan yang diproses dan diolah yang akhirnya menjadi baja organic. Siapa sangka ianya telah menjadi satu aktiviti menjana pendapatan yang lumayan. Bertepatan dengan kata bijak bestari, “kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya”. Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum kecuali kaum itu sendiri mengubahnya. Mari kita menyingkap kisah kejayaan anak muda bernama Ahmad Fitri ini…. ARAGORN RICH SDN. BHD Segalanya bermula pada tahun 2019 sekitar bulan Oktober, beliau memulakan perniagaan secara kecil-kecilan sebagai agen ‘dropship’ yang mempromosikan baja keluaran syarikat tertentu. Beliau mendapat komisen atas setiap jualan tersebut. Beliau yang telah mempunyai pelanggan sedia ada kemudian menggunakan beberapa platform social media seperti Facebook dan instagram untuk mempromosikan baja tersebut dengan lebih meluas. Rentetan itu, permintaan baja semakin meningkat malahan syarikat tersebut tidak mampu menampung jumlah permintaan pelanggan yang tinggi. Pada Januari 2020, beliau mengambil tindakan yang berani untuk membangunkan perniagaan sendiri dan mendaftar di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Beliau mengambil inisiatif untuk bekerjasama dengan penyelidik dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) iaitu Asst. Prof. Ts. Dr. Mohd Armi Abu Samah. Beliau mula beri perhatian kepada perniagaan pengurusan sisa pepejal yang berkaitan dengan sisa makanan. Dengan itu, Aragorn Rich Enterprise ditubuhkan pada Mac 2020 secara perkongsian. Beliau mula mempunyai pengedar untuk menjual baja yang dipasarkan. Pada ketika itu, permintaan semakin hari semakin meningkat tetapi produk tidak dapat dihasilkan dalam kuantiti yang dinginkan ekoran modal yang terhad untuk mendapatkan bekalan mencukupi. Selepas Perintah Kawalan Pergerakan, beliau mula mengupah para pelajar di UIAM Kuantan sebagai pekerja separuh masa untuk memproses baja secara kecil-kecilan. Perkerjaan sambilan ini, secara tidak langsung membantu mereka menjana pendapatan sampingan sepanjang bergelar pelajar di UIAM. Bagi memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja lebih terjamin, beliau menyediakan peralatan perlindungan diri seperti penutup telinga dan topeng pernafasan. Setelah itu, beliau mula menambah pekerja untuk menguruskan penyelidikan dan pembangunan (R&D) bersama penyelidik UIAM kampus Kuantan. Pada 2021, mesin dan Smart Bin dihasilkan. Mesin ini mula dikomersialkan serta mendapat perhatian pihak berkaitan seperti Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), FGV Holdings Sdn Bhd (FGV), Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Razak (PPPTR), Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP), Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP), Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), PBT di Kedah dan agensi-agensi kerajaan. 173 Perkhidmatan
Perjalanan perniagaan Aragorn Rich Sdn. Bhd Minatnya yang mendalam terhadap kompos sisa pepejal ini telah membawa kepada satu jalinan kerjasama antara beliau dengan seorang pensyarah UIAM iaitu Asst. Prof. Ts. Dr. Mohd Armi Abu Samah untuk mengkomersialkan produk ini. Dorongan dan nasihat yang beliau perolehi digunakan sebaik mungkin dalam menguruskan perniagaan ini. Selain bekerjasama, pensyarah tersebut juga selaku agen dropship. Menyedari bahawa pada waktu itu, kurangnya pendedahan mengenai sebarang bentuk bantuan dan permohonan dana dari agensi atau organisasi, beliau telah menggunakan kesemua duit hasil simpanannya sebagai modal permulaan perniagaan. Aragorn Rich ini juga turut mendapat kerjasama dari Entrepreneurship Department Centre (EDC) UIAM sebagai platform untuk syarikatnya melebarkan perniagaan ini. “EDC banyak memberi bimbingan, pandangan yang bernas, latihan, tunjuk ajar dan ilmu pengurusan dalam memulakan bisnes secara kecil-kecilan”, ujar beliau. Perniagaan Aragorn Rich Sdn. Bhd. diuji Pada awal perniagaan, beliau pernah diperdaya oleh pelanggan. Beliau yang diawalnya terlalu naif dan teruja mendapat tempahan yang agak banyak terus mempercayai pelanggan tanpa membuat sebarang selidik terlebih dahulu. Namun pengalaman pertama itu beliau anggap asam garam dalam peniagannya. Modal adalah antara halangan untk beliau menguruskan perniagaan diawalnya. Perkara yang paling tidak dapat dilupakan apabila beliau baharu sahaja membuka syarikat, Perintah Kawalan 174 Usahawan Siswa : Memeta Haluan, Melakar Jaya
Pergerakan diumumkan pada Mac 2020. Beliau menyangkakan PKP ini akan membantutkan perjalanan perniagaan beliau namun sebaliknya hal ini telah menguatkan semangat untuk terus melangkah lebih maju ke hadapan. Sepanjang pembukaan syarikat ini juga, beliau menghadapi situasi untuk permohonan pembiayaan telah berkali-kali ditolak, ditindas dan diambil kesempatan. Cabaran mempunyai pesaing pula tidak dapat disangkal. Fenomena ini, beliau anggap sebagai persaingan yang sihat untuk perbaiki produk dengan lebih baik. Pada satu ketika dahulu beliau pernah menguruskan sendiri semua urusan, kerana ramai pekerja yang berhenti kerja. Hal ini merupakan pengalaman yang sangat merisaukan tetapi setiap manusia belajar daripada pengalaman untuk terus bangkit. Perkara ini sebenarnya sukar untuk menguruskan secara bersendirian. Tambahan lagi, perniagaan baru sahaja hendak bertapak dalam industri pengurusan sisa makanan. Industri ini mula mendapat perhatian daripada pelbagai agensi. Aragorn Rich Sdn. Bhd. meraih kejayaan Perkara yang membanggakan, beliau ialah apabila menerima kunjungan daripada FGV Holdings Sdn Bhd. Syarikat ini telah menempah baja lebih daripada 50, 000 pek. Namun tempahan ini terpaksa ditolak kerana tidak mampu untuk menghasilkan baja sejumlah itu. Beliau terpilih menyertai program SUPERB dari organisasi Teraju di bawah Jabatan Perdana Menteri dan berjaya melayakkan diri ke peringkat separuh akhir. Produk daripada Aragorn Rich Sdn Bhd dengan penyelidik dari UIAM kampus Kuantan pernah memenangi anugerah emas bagi pertandingan inovasi di Korea Selatan dan mendapat tempat kedua dalam pertandingan 175 Perkhidmatan
MTE pada tahun 2021. Selain itu, mesin mereka berjaya ditempatkan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia kampus Gombak untuk pengurusan sisa makanan di sana. Hari ini, pengedar baja Aragorn Rich Sdn Bhd sudah mempunyai lima pengedar yag sah. Pencapaian paling membanggakan ialah bilamana beliau dan ahli kumpulan Aragorn Rich Sdn Bhd mendapat jemputan lawatan perjumpaan YABhg Tun Dr Mahathir bin Mohamad di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya pada 12 April 2021 bagi membincangkan idea teknologi pengkomposan sisa makanan. Harapan Aragorn Rich Sdn. Bhd Besar harapan beliau agar sisa makanan tidak dibuang di merata-rata dan diuruskan secara baik. Beliau juga amat berharap agar komuniti setempat juga dapat menjana pendapatan melalui inisiatif dengan mengolah sisa makanan sebagai idea menjana pendapatan seterusnya memberi peluang pekerjaan kepada orang ramai terutamanya para graduan. Beliau percaya bahawa produk-produk keluaran Aragorn Rich Sdn. Bhd. dapat membantu pihak yang berkenaan untuk mengurangkan kos pengurusan sisa pepejal yang setiap tahun meningkat. 176 Usahawan Siswa : Memeta Haluan, Melakar Jaya
Beliau menyeru kepada semua terutamanya para graduan yang berminat untuk menjadi usahawan agar tidak mensiasiakan minat mereka. Minat seseorang boleh dikembangkan dan dijadikan kerjaya serta mampu untuk menjana pendapatan disamping memberi peluang pekerjaan kepada orang lain. Perkara paling baik, sesuatu itu perlu bermula dari bawah. Hasilnya menjadi pengukur pada segalanya, bukan dilihat pada cara kita memulakannya. Terima kasih saya ucapkan kepada Asst. Prof. Ts. Dr. Mohd Armi Abu Samah kerana banyak memainkan peranan, memberi sokongan dan nasihat daripada awal penubuhan syarikat sehingga kini. Saya juga mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak EDC kerana memberi peluang dan tunjuk ajar untuk menjadikan saya seorang usahawan yang budiman dan berjaya dalam selok belok perniagaan 177 Perkhidmatan