PERUNCITAN
THE KACAK iPHONE & KASUT BOLA DARI PENDAPATAN SAMPINGAN KE PREMIS PERNIAGAAN Usahawan Uthman Affan Putra Adnan Penulis Cik Mazria Azira Azizu Rahman Prof. Madya Ts. Dr. Shafriza Nisha Basah En. Hasrul Nizam Halim 180 Usahawan Siswa : Memeta Haluan, Melakar Jaya
Bermula dengan minat yang sedikit akhirnya beliau menjana pendapatan yang lumayan. Benarlah kata alim ulama “senjata umat Islam adalah doa”, lebih-lebih lagi doa dari seorang ibu yang seiring dengan kejayaan masa depan anak anaknya. Berbekalkan dorongan dari ibu serta universiti tempatnya menimba ilmu telah menjadi pendorong utama kepada kejayaannya seperti hari ini, disamping tidak lupa kepada yang Maha Esa. THE KACAK SEPINTAS LALU Memiliki sifat yang ingin berjaya beliau berusaha ingin mendalami ilmu keusahawanan menjadikan Uthman atau nama sebenar Uthman Affan Putra bin Adnan pemilik kepada sebuah perniagaan, The Kacak iaitu penjual barangan iPhone dan kasut bola. Pemuda berusia 23 tahun ini adalah graduan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Keusahawanan, Pusat Pengajian Inovasi Perniagaan dan Teknousahawan, di Universiti Malaysia Perlis pada tahun 2017 dan telah bergraduasi pada tahun 2020. Kini, beliau sedang menyambung pengajian diperingkat Sarjana Keusahawanan yang masih berbaki lagi setahun dari Universiti yang sama. Menurut anak kelahiran Bandar Jengka, Pahang ini, beliau telah mula menjual kasut bola semasa berada di Tingkatan Empat, SMK Jengka Pusat. Beliau membuka akaun instagram dengan menamakan ‘kasutbolakacak’ bagi memperkenalkan produk jualannya. Di awalnya, perniagaan ini dijalankan secara sampingan sama seperti abangnya. Menceritakan detik-detik sukar pada waktu dahulu, beliau berkeinginan untuk memiliki kasut dan sering mengunjungi kedai Al-Ikhsan, namun tidak mampu dizahirkan kerana tiada kewangan mencukupi. Kini, beliau bukan sahaja mampu memiliki sebuah kasut malahan memiliki perniagaan kasut bola dan iPhone sendiri, The Kacak. Antara pelanggan yang pernah membeli barangan The Kacak ialah selebriti tanah air seperti Dato Fizz Fairuz serta pemain bola kebangsaan dan negeri seperti Ifwat Akmal, Hadin Azman dan Shahril Saa’ri. Sifatnya yang sentiasa mencuba dan mengambil risiko membuatkan barangan jualannya laku dalam pasaran. Perjalanan The Kacak Melihat akan abangnya yang mulai menjual kasut bola setelah tamat peperiksaan SPM, Uthman mulai terdetik dan menanam azam untuk lebih berjaya dari abangnya. Tambahan pula beliau sendiri memang meminati bidang perniagaan yang dikatakan boleh menjana pendapatan itu. Maka, bermulalah idea dan strategi yang dengan membuat pengiklanan di laman instagram untuk memperkenalkan produk jualannya. Saban hari, pengikutnya di akaun instagram kian bertambah sehingga mencecah puluhan ribu orang. Yang menariknya, beliau tidak pernah membuat sebarang pengiklanan mahupun pemasaran berbayar untuk menjual kasut bola tersebut. Rezeki berpihak kepadanya apabila sambutan menerusi media sosial sangat menggalakkan. Beliau kemudian membuka akaun Instagram lain dengan nama phonekacak yang menjual iPhone dan the kacak yang menjual kasut sneakers. 181 Peruncitan
Di awal perniagaan sekitar tahun 2012, beliau adalah yang terawal menggunakan platform instagram untuk menjual produk. Walaupun abangnya sudah tidak serius menjalankan perniagaan ini, beliau tetap meneruskan dan sentiasa mencari peluang di samping menggunakan strategi berkesan untuk mencari pelanggan, meningkatkan jualan produk dan mempelbagaikan saiz pasaran. Bagi memudahkan berurusan dengan pelanggan, beliau menetapkan satu akaun Instagram IG Shop terhad untuk jualan satu barangan. Beliau menggunakan kaedah pre-order yang mana tidak memerlukan modal permulaan. Sebagai contohnya beliau menjual kasut dengan harga RM200 tetapi harga sebenar ialah RM100. Beliau akan order dengan pembekal setiap kali pelanggan membuat pesanan. Setiap RM100 atas keuntungan itu, beliau kumpulkan untuk dijadikan modal pusingan dalam perniagaan. Perniagaan atas talian beliau telah mendapat liputan pihak luar sehinggakan dijemput oleh radio eFM untuk sesi temubual berkaitan perniagaannya. Selain itu, beliau juga dijemput oleh Universiti Teknologi Malaysia (UTMKL) dan Syarikat Mary Kay untuk memberi taklimat dan kelas berkaitan perniagaan. Beliau telah diberi peluang oleh Pusat Keusahawanan, Jaringan Industri & Masyarakat (CEICnet) UniMAP untuk mengikuti program di China iaitu Youth E-Commerce Programme (YEP) di Alibaba Campus, Hangzhou pada tahun 2017. Banyak perkongsian ilmu berkenaan e-dagang yang beliau pelajari selama dua minggu berada di sana. Beliau berpendapat bahawa konsep perniagaan pada masa akan datang lebih kepada penggunaan teknologi kerana memudahkan lagi urusan antara peniaga dan pelanggan selain sebarang masa dan tindakan dapat di laksanakan dalam waktu yang singkat. Antara program lain yang turut dihadiri ialah Siswapreneur Showcase, Siswapreneur Business Ethics and Compliance dan Shopee Workshop. Ilmu yang dipelajarinya tidak dibiarkan begitu sahaja, beliau terus menerapkan pengetahuan ke dalam perniagaan sepanjang penglibatan dalam program tersebut. Kini, bagi memberi keselesaan kepada kelancaran perniagaan, beliau membuka sebuah pejabat di Kangar yang turut dibantu selia oleh pekerja-pekerjanya. Liku-liku dan cabaran perniagaan Sepanjang menguruskan The Kacak, perniagaan beliau pernah mengalami kerugian ratusan ribu ringgit kerana ditipu oleh pembekal iPhone sekitar lima tahun yang lalu. Peristiwa ini bermula apabila beliau mula berjinak-jinak 182 Usahawan Siswa : Memeta Haluan, Melakar Jaya
terhadap perniagaan penjualan iPhone. Akibat kekurangan penyelidikan terhadap produk dan harga pasaran, beliau diperdaya oleh pembekal yang menawarkan harga yang begitu murah dan tidak masuk akal iaitu antara RM200 hingga RM300 untuk setiap iPhone. Pelanggan pula terpaksa menunggu secara pre-order sehingga tiga bulan lamanya. Beliau menyedari bahawa apabila telah mendapat kepercayaan pada permulaannya, pembekal akan melarikan diri. Pada waktu itu, beliau berjaya mendapat stok iPhone sebanyak 60 buah, baki iPhone yang lain perlu ditanggung oleh beliau sendiri. Namun tidak ada sekelumit dalam hatinya rasa putus asa dan kecewa. Beliau mula bangkit dan lebih berhati-hati dalam urusan jual beli dengan mengatur strategi berkesan. Saranan beliau kepada mereka yang ingin berjinak dalam bidang perniagaan agar tidak mudah mengalah dalam apa jua situasi kerana The Kacak pernah mengalami keadaan di mana perniagaan tidak dapat dijalankan pada suatu masa dahulu” ujar beliau. Walaupun pernah mendapat jualan tertinggi sebanyak RM 50 ribu sebulan, namun graf jualan tidak menentu bahkan turut menghadapi kejatuhan dalam perniagaan ekoran beliau sendiri yang menguruskannya kerana ketiadaan pembantu pada waktu itu. Selain itu, beliau turut menghadapi persaingan sengit kerana bilangan penjual di laman Instagram semakin hari semakin ramai. Beliau akui, pengurusan adalah sesuatu yang membimbangkan baginya kerana masih kurang mahir dalam mengelola operasi pengurusan selain turut menghadapi kekurangan kakitangan. Kelebihan bakat yang dimilikinya dalam pemasaran produk, menyebabkan beliau tidak menang tangan sebagai dropship Alibaba, namun “The Kacak pernah mendapat jualan tertinggi iaitu sebanyak RM 50 ribu sebulan dengan anggaran purata jualan tahunan mencatat RM 200 ribu” 183 Peruncitan
perniagaan tersebut terbantut disebabkan ketiadaan orang dibawahnya. Pada masa ini, beliau menghadapi kesukaran untuk menguruskan perniagaan kerana perlu membahagikan masa kepada pelajarannya, disebabkan itu jualannya mengalami kejatuhan yang mendadak. Kejayaan The Kacak Pesanan dari orang tuanya dipegang erat agar “jangan pernah meninggalkan solat dan sentiasalah jaga solat. Hal ini kerana rezeki itu bukanlah daripada manusia tetapi rezeki itu adalah daripada Allah S.W.T.” ujar orang tua beliau kepadanya. Berkat doa orang tua serta semangatnya yang tidak putus asa telah menjadikan beliau seorang usahawan berjaya pada hari ini. Hasil dari usaha keras beliau, perniagaaan The Kacak pernah mendapat jualan tertinggi iaitu sebanyak RM 50 ribu sebulan yang mana anggaran tahunan purata pendapatan mencatat jumlah sebanyak RM 200 ribu. Beliau telah mengatur strategi dengan menetapkan pertambahan sasaran jualan dari masa ke semasa. Sebagai contoh, jualan pada bulan Februari mestilah mendapat sekurang-kurangnya RM 70 ribu berbanding jualan pada bulan Januari RM 60 ribu. Kejayaan paling manis pernah The Kacak raih apabila pernah dinobatkan sebagai Tokoh Usahawan UniMAP 2018. Pengiktirafan tersebut sedikit sebanyak telah menaikkan lagi semangat beliau untuk terus berusaha sebaik mungkin di dalam perniagaan ini. Perancangan The Kacak pada masa hadapan Walaupun beliau akan tamat pengajian, perniagaan ini akan tetap diteruskan dengan melantik pekerja untuk menguruskannnya. Beliau juga berhasrat untuk menceburi bidang hartanah dan membuka perniagaan stesen minyak di setiap negeri pada masa akan datang. Keuntungan dari hasil perniagaan ini akan digunakan sebaik mungkin sebagai modal permulaan untuk perniagaan baharu kelak. Bermula dengan hanya sekadar minat dalam bidang sukan kini menjadi sumber pendapatan kepada beliau. Namun, gelombang pandemik Covid-19 yang melanda negara pada awal tahun lepas telah banyak memberi kesan terhadap perniagaannya. Lebih mengejutkan hasil jualan kasut dan iPhone telah jatuh merudum. Kelangsungan perniagaannya kini ibarat seperti di telan mati emak, diluah mati bapak. Meskipun begitu, beliau akui jatuh dan bangun di dalam perniagaan adalah adat resam. Berkat kesabaran yang tinggi beliau menjangkakan perniagaannya boleh pergi lebih jauh, hanya berharap pandemik Covid-19 akan cepat berakhir. 184 Usahawan Siswa : Memeta Haluan, Melakar Jaya
185 Peruncitan
SBS AGROTERNAK MENDOMINASI PASARAN MAKANAN TERNAKAN HAIWAN Usahawan Muhammad Syamil Azril Samsulsham Penulis Cik Mazria Azira Azizu Rahman Prof. Madya Ts. Dr. Shafriza Nisha Basah En. Hasrul Nizam Halim 186 Usahawan Siswa : Memeta Haluan, Melakar Jaya
Bidang perniagaan sememangnya bukan sesuatu yang asing bagi anak muda bernama Muhammad Syamil Azril Samsulsham. Beliau telah diasuh sejak kecil lagi untuk berkecimpung dalam dunia keusahawanan. Minat dan semangat juang tinggi beserta pengalaman dibesarkan dalam keluarga yang bergiat dalam bidang keusahawanan menjadi faktor utama mendorong pemuda dengan panggilan Syamil ini untuk terus gigih mengembangkan perniagaan yang sedang diusahakannya. USAHAWAN SBS AGROTERNAK TRADING Dilahirkan pada 13 Mac 1995 di Sungai Petani, Kedah, bakat keusahawanan Syamil dikesan semasa beliau mula melanjutkan pengajian dalam jurusan Diploma Kejuruteraan Mekatronik di UniMAP pada tahun 2014. Pada masa ini, Syamil sedang melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda Mikroelektronik di universiti yang sama dan dijadualkan bergelar graduan pada tahun 2021. Beliau mula berkecimpung dalam dunia perniagaan sejak di bangku sekolah lagi. Perniagaan pertama yang diusahakannya adalah menjual jagung semasa program Hari Kokurikulum Sekolah Menengah Vokasional Sungai Petani pada tahun 2012. Penglibatannya dalam bidang keusahawanan tidak terhenti setakat itu sahaja. Syamil dan bapanya telah berjaya membuka tiga buah cawangan di Perlis, Selangor dan Alor Setar, Kedah. Mereka juga bercadang untuk membuka lebih banyak cawangan di Kedah seperti di Kuala Ketil dan Merbok serta di Tasik Raban, Perak. SBS Agroternak Trading sepintas lalu Bapa Syamil pernah membuka sebuah syarikat kejuruteraan awam pada tahun 2014. Namun, syarikat itu hanya mampu bertahan selama dua tahun ekoran masalah kewangan yang dihadapi. Keluarga Syamil kembali bangkit secara perlahanlahan dengan mengusahakan perniagaan butik dan restoran. Walau bagaimanapun, nasib masih tidak menyebelahi mereka. Istilah ‘putus asa’ tidak wujud dalam kamus keluarga Syamil. Bapanya kemudian berkhidmat sebagai Pengurus Projek secara bebas atau freelance. Hasil pendapatan yang diperolehi atas kerjakerja yang dilakukan oleh bapa beliau sebelum ini digunakan sebagai suntikan modal untuk membuka SBS Agroternak Trading. Dengan nasihat dan perkongsian serta pengalaman yang dimiliki oleh bapa beliau telah mendorong Syamil untuk menceburi bidang penjualan makanan ternakan haiwan yang diyakini akan berjaya untuk masa hadapan. Pemilihan nama SBS Agroternak ini juga adalah singkatan nama bapa beliau iaitu Samsulsham bin Sabudin dan perkataan “agroternak” adalah perkataan yang agak sinonim dengan masyarakat yang menjadikan penternakan haiwan sebagai satu aktiviti menjana pendapatan. Berikutan dirinya yang masih sedang dalam pengajian, Syamil dibantu oleh bapanya untuk menguruskan perniagaan tersebut. Produk SBS Agroternak Trading ketika ini menerima sambutan menggalakkan daripada pelanggan dan mencatatkan nilai jualan kira-kira RM700,000 sebulan. Jualan mula melonjak pada Mac dan April 2020 apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan dan mencapai tahap konsisten pada Mei 2020. Malah, 187 Peruncitan
syarikat tersebut beroleh hasil jualan bernilai kira-kira RM50,000 sebulan melalui platform Shopee pada April 2020. Perkembangan yang memberangsangkan itu membolehkan mereka menyewa sebuah gudang. SBS Agroternak Trading juga berhasrat untuk memiliki gudang sendiri pada masa akan datang. Bermula dengan menjadi pemborong makanan haiwan ternakan, SBS Agroternak Trading kini berjaya mengeluarkan produk makanan haiwan jenama sendiri seperti makanan kucing, dedak lembu, susu lembu, susu kambing dan dedak kambing. Mereka juga berhasrat untuk mengeluarkan produk makanan haiwan yang lain pada masa hadapan. SBS Agroternak Trading meletakkan sasaran jualan di kedai sebanyak RM1 juta sebulan dan RM100,000 sebulan melalui Shopee. Bagi memastikan matlamat jualan tercapai dan konsisten, Syamil menyemak semula usahausaha yang dilakukan bagi mengesan sekiranya berlaku sebarang kesilapan. Beliau juga akan meningkatkan pendedahan perniagaan kepada orang ramai serta menggiatkan lagi pengedaran produk di serata negeri. Syamil bercadang untuk membuka francais bagi graduan lulusan diploma dan ke atas di mana beliau akan melatih mereka sehingga berjaya. Objektif beliau adalah membantu graduan yang menganggur. Syamil turut bercadang membuka kilang sendiri bagi menghasilkan makanan haiwan ternakan. Selain itu, beliau akan memohon pinjaman daripada Agrobank untuk membeli sebuah lagi lori bagi memudahkan penghantaran produk ke seluruh Malaysia. “Nak jadi pemborong kilang bukan senang. Nak masukkan nama kita dalam sistem susah sebab kita kena power dari segi belian. Kalau sekadar nak beli 100 beg, mereka (pengilang) tak layan. Contohnya, minimum belian dalam 20 tan dan kena konsisten,” kata Syamil ketika menceritakan pengalamannya berurusan dengan pengilang. Syamil turut memberi perkhidmatan tambahan dengan membimbing pelanggan-pelanggan syarikatnya mengenai kualiti makanan haiwan ternakan. Langkah berkenaan bagi mengelakkan haiwan ternakan mati akibat pengambilan makanan yang murah tetapi berkualiti rendah. Salah satu nasihat bapanya yang dipegang erat oleh Syamil adalah: “Kalau ada peluang depan mata, ambil ja. Grab cepat-cepat.” Berbekalkan prinsip tersebut, SBS Agroternak Trading berjaya membuka tiga francais di Perlis, Selangor dan Kedah selepas dua tahun memulakan perniagaan. Selain di daerah Alor Setar, mereka merancang untuk membuka lebih banyak cawangan di daerah negeri Kedah, iaitu di Kuala Ketil dan Merbok. Selain itu, lokasi lain yang menjadi pilihan untuk pembukaan cawangan baharu ialah di Tasik Raban, Perak. Kepada bakal usahawan, Syamil menitipkan nasihat; “Jangan give up, jangan pernah mengalah. Entrepreneur ni dia tak akan terus gagal dalam perniagaan. Kalau buat banyak bisnes memang kadang-kadang tak menjadi tapi apabila sesuatu bisnes itu menjadi, memang akan terus menjadi.” katanya. Kebimbangan tentang kemungkinan perniagaan yang diusahakannya itu jatuh memang ada. Namun, Syamil percaya SBS Agroternak Trading mampu berdiri teguh “Bagi memastikan matlamat jualan tercapai dan konsisten, Syamil menyemak semula usaha yang dilakukan bagi mengesan sekiranya berlaku sebarang kesilapan” 188 Usahawan Siswa : Memeta Haluan, Melakar Jaya
189 Peruncitan
dan terus maju. Syamil dan ahli keluarganya amat memahami selok-belok perniagaan yang diceburi memandangkan mereka menguruskannya secara langsung sejak dari mula hingga sekarang. Pada masa yang sama, inisiatif CEICnet dan P3P dibawah UniMAP menawarkan program keusahawanan banyak membantu Syamil dan meneguhkan semangatnya untuk bergiat aktif dalam bidang perniagaan. “Kursuskursus keusahawanan yang dianjurkan oleh Pusat Keusahawanan UniMAP seperti kursus coaching and mentoring, Strengthening Young Entrepreneurs banyak membantu saya dalam selok-belok keusahawanan yang dapat memantapkan perniagaan saya,” katanya. Cabaran usahawan Agroternak Pada peringkat awal perniagaan, selama hampir setahun, hasil jualan SBS Agroternak Trading tidak dapat menampung kos overhed yang tinggi merangkumi gaji pekerja, sewa kedai dan kos-kos lain. Syarikat itu juga pernah mengalami kerugian apabila produk tidak dapat dijual sebelum tarikh luput. Kedai mereka juga pernah dipecah masuk oleh pencuri dan banyak barangan yang hilang. Segala cabaran yang dihadapi tidak melemahkan semangat mereka. Sebaliknya, Syamil dan ahliahli keluarganya meneruskan usaha mereka sambil menambah baik strategi perniagaan. Bagi mencegah kejadian pecah masuk, Syamil telah memasang kamera televisyen litar tertutup (CCTV) dan memasang pagar besi yang lebih kukuh di kedai. SBS Agroternak Trading menempa kejayaan Ketika SBS Agroternak Trading masih baru lagi beroperasi, mereka menghasilkan sangkar khas bagi membela burung puyuh. Projek itu telah mencetuskan fenomena “accidental marketing” atau perubahan corak perniagaan di mana ramai orang yang mengunjungi kedai mereka untuk melihat dan membeli sangkar burung puyuh. Syamil dan bapanya merupakan ahli perniagaan yang inovatif dan kreatif,mereka telah membangunkan laman sesawang www. agroternak.com dan www.mrdedak.com serta melakukan penambahbaikan dari semasa ke semasa bagi meningkatkan aliran trafik. Hasilnya, kedua-dua laman sesawang berkenaan berada dalam senarai teratas apabila seseorang melakukan carian menggunakan frasa ‘makanan lembu’ atau frasa-frasa lain berkaitan makanan ternakan melalui Google. Dua laman sesawang tersebut merupakan yang pertama di negara ini memaparkan senarai makanan ternakan yang lengkap dan dijadikan sumber rujukan oleh para penternak serta pemilik kedai ternakan. SBS Agroternak Trading mengorak melangkah Melihat ke hadapan, Syamil mahu menjadikan SBS Agroternak Trading peneraju utama dalam rangkaian pembekalan dan penghasilan makanan ternakan bermutu tinggi serta berdaya saing di dalam dan luar negara. Matlamat itu akan dicapai dengan mewujudkan konsep pusat sehenti bagi memudahkan pelanggan mendapatkan keperluan untuk ternakan. Beliau turut merancang untuk membina kilang pemprosesan makanan yang serba moden dengan makmal penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang terkini bagi menampung keperluan yang semakin meningkat. Di samping itu, SBS Agroternak Trading akan mengembangkan lagi rangkaian perniagaannya dengan membuka sebuah kedai ternakan di setiap daerah di seluruh negara dengan menawarkan pelbagai produk makanan ternakan yang berkualiti pada harga berpatutan. 190 Usahawan Siswa : Memeta Haluan, Melakar Jaya
Syamil memiliki pengalaman dan jati diri yang diperlukan untuk merealisasikan impian bergelar seorang usahawan yang berjaya. Beliau sentiasa berfikiran positif dan tidak mudah berputus asa meskipun pernah berdepan pelbagai cabaran dalam perniagaan yang diusahakannya. Melihat kepada semangat yang tinggi dan minat yang mendalam terhadap bidang keusahawanan, tidak mustahil Syamil akan menempa nama sebagai seorang ahli perniagaan yang tersohor di negara ini satu hari nanti. 191 Peruncitan
TOKKMUNGG BUNDLE DARI JORDAN HINGGA MALAYSIA The National University of Malaysia Usahawan Muhammad Izzat Razali Muhammad Syakir Razali Penulis Dr. Muhamad Azry Khoiry En. Muhammad Adam Haqeemi Khairul Azhar Cik Siti Suryani Mat Nasit 192 Usahawan Siswa : Memeta Haluan, Melakar Jaya
Tokkmungg??? Pencinta barangan bundle berjenama pasti kenal dengan nama ini. Masih terngiang di ingatan Aizzat dan Syarkir apabila TokMungg, perniagaan barangan ‘bundle’ mereka menjadi viral di media sosial semasa mereka masih belajar di Jordan pada tahun 2010. Kerana permintaan yang tinggi dan rakyat Malaysia yang suka kepada barangan berjenama, Aizzat dan Syakir meneruskan perniagaan ini di Malaysia. Aizatt dan Syakir pulang ke Malaysia bukan sahaja membawa segulung ijazah tetapi sebuah perniagaan yang bakal menjadikan mereka penyedia pekerjaan bukan pencari pekerjaan. Namun menjadi usahawan tidak membataskan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Di sini, di Universiti Kebangsaan Malaysia mereka meneruskan pengajian di peringkat Sarjana Pengajian Islam namun pada waktu yang sama mereka mengikuti program keusahawanan di bawah CESMED bagi mempertingkatkan lagi prestasi perniagaan mereka. mereka bertekad akan menjadi usahawan yang lebih berjaya suatu hari nanti… DI SEBALIK TERTUBUHNYA TOKKMUNGG Sejak berlakunya pandemik COVID-19, banyak pihak yang terkesan dalam pelbagai aspek. Pengangguran dalam kalangan graduan telah meningkat. Namun, gejala ini bukanlah satu ujian tetapi telah membuka peluang kepada usahawan graduan. Walaupun pandemik melanda, terdapat usahawan graduan yang kreatif telah membuka perniagaan. Muhammad Izzat dan Muhammad Syakir, kemahirannya dalam bidang digital telah diaplikasikan dalam perusahaan bundle untuk merealisasikan impiannya sebagai usahawan bundle nombor satu di Malaysia. Perniagaan Tokkmungg diuruskan dan dimulakan oleh dua orang adik beradik yang merupakan pelajar pascasiswazah di Universiti Kebangsaan Malaysia. Muhammad Izzat bin Razali berumur 29 tahun dan dilahirkan di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Graduan pascasiswazah ini merupakan anak ketiga daripada lima orang adik beradik. Manakala, adiknya Muhammad Syakir bin Razali, berumur 27 tahun dilahirkan di Taiping, Perak pula anak keempat. Mereka dibesarkan di Kelantan dan kini telah menetap di Bangi, Selangor setelah membuka perniagaan secara perkongsian. Hobi bagi kedua beradik ini berniaga. Mereka bercita-cita menumpukan sepenuh perhatian menjalankan perniagaan di samping meneruskan pelajaran sehingga ke peringkat ijazah kedoktoran. Latar belakang pendidikan Izzat dan Syakir memulakan pendidikan di Sekolah Rendah dan Menengah di Pulai Condong Kelantan. Kemudian masing-masing melanjutkan pelajaran ke Universiti Mu’tah, Jordan. Izzat menyambung pengajian di Jordan pada tahun 2010 manakala Syakir menyambung pengajian di negara sama pada tahun 2012. Setelah kembali ke Malaysia kedua beradik ini meneruskan pengajian dalam ijazah sarjana di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Muhammad Izzat telah bergraduasi pada April 2020 dalam bidang Syariah manakala Muhammad Syakir masih meneruskan pengajian dalam bidang Dakwah di Fakulti yang sama. Walaupun Izzat telah bergraduasi, cita-cita untuk menyambung pengajian dalam bidang ijazah kedoktoran masih diimpikan dengan bimbingan secara berterusan oleh pensyarah di Fakulti Pengajian Islam. 193 Peruncitan
Sokongan dan inspirasi Ayah dan ibu kepada kedua beradik ini merupakan pesara dalam perkhidmatan awam. Ayah mereka pesara di Jabatan Koperasi manakala ibu mereka pula merupakan pesara guru. Sumber inspirasi mereka berdua ialah ayah, kerana menurut Izzat, ayah mereka akan memberi motivasi kepada mereka berdua pada setiap hari supaya mereka terus bersemangat untuk belajar dan tidak berputus asa dalam perniagaan. Dalam keluarga mereka, Izzat dan Syakir merupakan dua beradik yang paling rapat sejak kecil. Sehingga kini mereka berjaya menguruskan perniagaan Tokkmungg bersama. Bagi mereka pelajaran dan perniagaan, keduaduanya perkara yang penting. Jadi, cara mereka untuk mengurus masa dengan baik, mereka membuat jadual untuk diri sendiri. Hal ini bagi selaras waktu untuk mereka menumpu perhatian pada perniagaan dan pelajaran. UKM telah banyak membantu dalam memberi sokongan kepada mereka dalam meneruskan perniagaan. Sokongan dari UKM antaranya ialah, Syakir pernah mengikuti program yang dijalankan oleh Pusat Pembangunan Keusahawanan & EKS (Cesmed) iaitu program keusahawanan Shopee. Walaupun perniagaan Tokkmungg tidak menggunakan platform Shopee namun Syakir menggunakan konsep yang ada pada Shopee dan menerapkan dalam perniagaan. Pengalaman Perniagaan Pengalaman berniaga dua beradik ini bermula ketika belajar di Jordan. Mereka mula berjinak dalam bidang perniagaan dengan menjual barangan terpakai bundle sekitar tahun 2010. Izzat mendapati peluang perniagaan barangan bundle mempunyai pasaran yang luas. Permulaan menjalankan perniagaan, mereka menggunakan modal sebanyak RM500 hasil simpanan daripada duit belanja yang diberikan oleh ayah mereka. Izzat memulakan perniagaan dengan mendapatkan pembekal barangan bundle di Jordan dan menghantar kepada Syakir untuk dijual di Malaysia. Manakala Izzat meneruskan perniagaan di bumi Jordan. Setelah Syakir bersama Izzat di Jordan, ketika itulah mereka menumpukan perhatian kepada perniagaan bersama. Mereka mula mengumpul modal bersama dan meneruskan perniagaan dengan membuka kedai di Malaysia setelah 194 Usahawan Siswa : Memeta Haluan, Melakar Jaya
tamat pengajian di sana. Setiap untung yang dijana dikumpulkan sehingga akhirnya mereka berjaya membuka perniagaan sendiri di tanah air. Pengalaman menguruskan perniagaan bersama ahli keluarga bagi mereka amat mudah. Pada pendapat mereka, ketika berniaga perlu menumpukan perhatian kepada perniagaan. Mereka perlu bersikap professional ketika menguruskan perniagaan tidak kira bersama ahli keluarga mahupun orang lain pada pendapat Izzat. Perjalanan Perniagaan Tokkmungg Nama Tokkmungg dijadikan jenama bagi perniagaan mereka apabila perkataan ‘Tokkmungg’ menjadi viral semasa mereka masih berada di Jordan. Selain itu, perkataan tersebut mudah menarik perhatian orang dan senang untuk diingati. Kelainan boleh menarik perhatian ramai orang untuk mengetahui perniagaan kita. Idea menjual semula barangan bundle di Malaysia diteruskan kerana mempunyai permintaan yang tinggi jika dibandingkan dengan permintaan di Jordan. Barangan berjenama yang dijual di pasaran Malaysia seperti, Gucci, LV, Adidas, Nike dan lain-lain. Penggunaan platform Instagram, Facebook dan Youtube sebagai medium utama penyampaian maklumat kepada pelanggan. Barangan bundle mereka mendapat tempat di hati peminat sehingga mereka berjaya membuka kedai TokkMungg walaupun masih bergelar mahasiswa universiti setelah kembali ke Malaysia. Kini Tokkmungg membekalkan kasut bundle berjenama yang didapati daripada beberapa buah negara seperti Thailand, Vietnam, Jepun, Amerika Syarikat dan lain-lain. Sekarang Tokkmungg telah berupaya menggajikan 7 orang pekerja dengan membuka 3 buah kedai. Syarikat Tokkmungg juga telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada tahun 2017. Cawangan pertama mereka di Seksyen 7 Bandar Baru Bangi, Kemudian mereka menambah cawangan kedua di Seksyen 15 Bandar Baru Bangi pada tahun 2020. Jualan yang berganda semasa penularan wabak covid telah memberi peluang kepada mereka untuk membuka cawangan ketiga yang juga di Seksyen 15 Bandar Baru Bangi yang dijadikan gudang untuk jualan borong dan stor simpanan. Operasi Syarikat Tokkmungg bermula pada pukul 12 tengah hari sehingga 12 tengah malam dan pelanggan boleh datang untuk melihat serta mencuba sendiri kasut yang dijual di kedai mereka. Harga yang ditawarkan serendah RM 100 ringgit hingga RM 500 ringgit. Manakala harga kasut bagi koleksi yang sukar untuk didapati harganya boleh mencecah sehingga ribuan ringgit untuk sepasang kasut. Syarikat penghantaran yang pada awal dahulu mereka menggunakan semasa pos laju, kini mereka telah beralih kepada Syarikat J&T Express. Mereka telah mendaftar sebagai ahli VIP memberi kelebihan kepada syarikat kerana J&T mempunyai perkhidmatan kutipan bungkusan terus dari kedai. Anggaran jualan tahun 2020 bagi syarikat Tokkmung mencapai RM230,000. Jangkaan jumlah jualan pada tahun 2021 dapat mencapai RM 3 juta ringgit. Mereka yakin dengan perkembangan dunia digitalisasi membolehkan impian mereka bergelar usahawan berjaya akan dapat direalisasikan. Mereka juga mula berkecimpung dalam bidang hartanah dan saham sebagai sektor perniagaan baharu. Lokasi Perniagaan Tokkmungg memilih Bandar Baru Bangi sebagai lokasi perniagaan, kerana mereka melihat 195 Peruncitan
kuasa membeli penduduk Bangi sangat tinggi kerana berdekatan dengan perumahan, tempat pengajian, kilang dan pejabat kerajaan. Faktor lain pula, kerana mereka berdua meneruskan pembelajaran UKM dan ini memudahkan mereka fokus sebagai pelajar dan usahawan. Ilmu Belum Cukup Tokkmung telah melalui banyak cabaran sejak mereka mula berniaga. Antaranya ketika mereka di Jordan, penjualan bagi sepasang kasut boleh memakan masa selama setahun. Ini kerana mereka kekurangan ilmu dan kepakaran dalam menilai kualiti kasut, pasaran serta medium perantara jual beli dalam pasaran secara atas talian. Hal ini, semuanya tidak terhenti di situ, mereka mula mengambil inisiatif untuk mempelajari selok- belok pemilihan kualiti kasut yang terbaik untuk mendapatkan pulangan yang agak lumayan. Aizzat dan Syakir juga belajar menggunakan platform media sosial sebagai saluran pemasaran utama kerana penggemar kasut bundle tergolong daripada mereka dalam kalangan remaja sehingga dewasa. Bagi Syakir berinteraksi dengan pelanggan secara atas talian lebih mudah berbanding secara berhadapan kerana kurang memerlukan emosi. Setelah mempunyai kedai sendiri dan pelanggan datang daripada pelbagai ragam mereka memerlukan pembantu dalam menguruskan situasi tersebut. Tok Mungg Melebarkan Sayap Semasa menyambung pelajaran peringkat Master di UKM, mereka mula berniaga di bilik penginapan di Kolej Aminuddin Baki. Walaupun ruang terhad, mereka masih dapat menyimpan stok yang banyak. Setelah perniagaan semakin maju mereka telah berpindah ke bilik di luar kampus. Mereka mempunyai lebih banyak ruang untuk menyimpan stok. Kemudian, mereka berjaya membuka kedai Tokkmungg di seksyen 7 Bandar Baru Bangi. Cabaran membuka kedai, mereka tiada pengalaman dalam membuka dan menguruskan kedai secara konsisten. Antaranya mereka tidak mempunyai pengalaman dalam memulakan perniagaan terutamanya dalam bidang pengurusan kewangan seperti untuk membayar sewa kedai dan juga bil-bil beserta deposit yang agak tinggi. Keberanian mereka mengambil risiko untuk mengembangkan perniagaan ini. Selepas setahun menguruskan kedai di Seksyen 7 Bandar Baru Bangi, mereka 196 Usahawan Siswa : Memeta Haluan, Melakar Jaya
berjaya membuka lagi satu cawangan di Seksyen 15 Bandar Baru Bangi.. Pada masa itu berlakunya gejala COVID 19 seluruh Malaysia. Arahan pihak berwajib dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kebanyakan premis diarahkan untuk ditutup dan mereka terpaksa berhenti berniaga secara fizikal buat sementara waktu. Bagi mereka, hal ini satu cabaran yang begitu besar kerana mereka baru sebulan membuka cawangan tersebut. Malahan mereka tidak sempat untuk mengumpul keuntungan untuk membayar sewa kedai baharu tersebut. Oleh kerana perniagaan mereka sebelum ini bermula secara atas talian, mereka berjaya menangani masalah kekurangan jualan secara fizikal dengan jualan secara atas talian. Penangan wabak Covid-19 dan penutupan sempadan negara turut mengakibatkan bekalan kasut bundle tidak dapat dihantar mengikut jadual. Bencana COVID 19 ini menyebabkan semua stok di dalam kedai habis dijual dan pelanggan terpaksa menunggu stok yang baharu. Kejayaan Usahawan bundle Sebagai pelajar, Izzat dan Syakir berjaya membahagikan masa antara pelajaran dan perniagaan. Mereka bangga dengan pencapaian yang diraih setakat ini. Izzat berpendapat bahawa, kejayaan terbesar beliau ialah apabila berjaya menjual sepasang kasut yang berharga 5 Dinar Jordan kepada harga mencecah ribuan ringgit melalui platform ebay. Tokkmungg kini sudah mencecah usia sepuluh tahun perniagaan, syarikat ini pada mulanya menggunakan platform Instagram untuk mempromosikan barangan jualan, kini mereka telah berjaya memiliki tiga buah kedai. Kedai Tokkmungg ini menawarkan produk-produk berjenama seperti beg, pakaian dan barang-barang mendaki (hiking), Tokkmungg 2.0 pula menawarkan barangan bundle kasut manakala kedai yang ketiga atau lebih dikenali sebagai Tokkmungg 3.0 lebih fokus kepada aktiviti jualan secara borong. Perniagaan yang berkonsepkan bundle ini sudah sebati dalam diri mereka yang telah dilalui sejak sepuluh tahun lalu. Alah bisa tegal biasa, mereka kini mempunyai kemahiran untuk mengenal pasti keaslian dan kualiti sesuatu barangan bundle sama ada sesuatu produk itu original atau palsu. Kejayaan memberansangkan mereka apabila Tokkmung berjaya dinobatkan sebagai Ikon Keusahawanan UKM pada tahun 2019. 197 Peruncitan
Hala Tuju Dan Perncangan Masa Hadapan Mempunyai semangat juang tinggi dan berjiwa besar, mereka berhasrat bukan sahaja mempunyai banyak cawangan malahan ingin melihat Tokkmung, sebagai pembekal dan pemborong terbesar di Malaysa bagi barangan bundle dalam masa lima tahun akan datang. Tokkmung bukan sekadar nama, tetapi mempunyai visi yang jelas untuk memonopoli bidang perniagaan bundle di Malaysia, disamping berimpian sebagai usahawan dermawan. Tatkala cadangan mereka terbantut ekoran pandemik covid-19 untuk membuka cawangan kedai di Shah Alam dalam masa terdekat, namun usaha mereka tetap diteruskan untuk meluaskan lagi empayar Tokkmung di Pantai Timur dan Selatan tanah air agar lebih dikenali peminat barangan bundle. Pemilik Tokkmung ini mempunyai hasrat murni agar kejayaan ini dapat dikongsi dengan belia di luar sana mendapat peluang pekerjaan di syarikat milik mereka. Bukan sekadar angan-angan kosong, mereka terus berusaha memasang strategi perniagaan agar apa yang dikatakan ini menjadi realiti suatu hari nanti. 198 Usahawan Siswa : Memeta Haluan, Melakar Jaya
Nasihat kepada Usahawan baharu….. “Untuk menjadi usahawan berjaya, kita perlu mempunyai minat, minat ini akan mendorong kita untuk terus berusaha maju ke hadapan”, ujar Tokkmungg kepada usahawan pelajar yang ingin berjinak-jinak dalam bidang perniagaan. Mereka berpendapat bahawa sebelum memulakan perniagaan, seseorang itu perlu melihat terlebih dahulu kemampuan diri sendiri. Selain itu, usahawan juga mestilah kekal fokus, menumpukan sepenuh hati terhadap perniagaan, membuat sesuatu perkara secara konsisten, berusaha seadanya dan bertawakkal kepada yang maha Esa. “Untuk memulakan sesebuah perniagaan, kita tidak perlu menunggu sehingga mempunyai modal yang besar, cukup dengan menjadi dropship atau agent dengan memulakan dengan modal yang berpatutan dan kurang risiko”, ujar mereka lagi. Mereka turut mengingatkan kepada sesiapa yang ingin berjaya sepertinya supaya mendaftarkan perniagann terlebih dahulu dengan SSM, kerana peluang dan faedah yang diberikan oleh kerajaan. Selain itu, cukai juga perlu dibayar kerana dapat membantu kerajaan untuk menjana semula ekonomi Negara.”nasihat pemilik Tokkmung. 199 Peruncitan
MANIR STORE AKSESORI TELEFON PINTAR & PEMBEKAL PERALATAN HAIWAN PELIHARAAN Usahawan Maliki Mohamad Penulis Cik Nur Nabihah Annuar Dr. Umi Kartini Rashid Dr. Mohd Yussni Hashim Ts. Dr. Mohd Arif Rosli 200 Usahawan Siswa : Memeta Haluan, Melakar Jaya
“Boleh ke aku buat? Mampu ke aku teruskan?. Suara halus itu acap kali tergiang-giang bermain di telinga Maliki. Mulanya tidak dipedulikan, tetapi semakin dibiarkan, semakin kuat suara itu bermain hingga menjentik semangat dalam jiwanya. Si bongsu ini termenung seketika, duduk memikirkan skrip hidupnya yang baru sahaja bermula. “Betul ke apa yang aku buat ni?” Itu antara soalan yang seringkali bermonolog dalam dirinya. Saat itu terbayang keringat di wajah wali keramatnya yang menitis setiap hari mengerahkan sisa kudrat yang ada, gigih menukang untuk menyiapkan projek pembinaan rumah yang diterima daripada pelanggan. Sampai bila ayahnya perlu bermandi peluh sedemikian rupa demi kelangsungan hidup mereka sekeluarga. Senyuman di wajah bondanya sering terbayang tatkala menyambut kepulangan suaminya setiap hari. Sungguhpun pasangan bahagia itu tidak pernah mengeluh membesarkan mereka tujuh beradik, tetapi Maliki sedar dia perlu melakukan sesuatu untuk membantu meringankan beban keluarganya. Nafas ditarik dalam-dalam, dengan mata terpejam, Maliki membulatkan tekadnya lantas menjerit sekuat hati dalam jiwa dan mindanya, “Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Alang-alang gengam bara api, biar sampai jadi arang!” Serentak itu suara halus yang terngiang-giang lenyap hilang tidak kedengaran lagi, dan kini hanya ada satu tekad dalam benak fikirannya. MANIR STORE Pemilik perusahaan ini bernama Maliki bin Mohamad baharu mencapai ke usia 20 tahun. Beliau berasal dari Terengganu Darul Iman. Maliki merupakan pelajar tahun dua Diploma Kejuruteraan Elektrik. Penama ini dibesarkan sebagai anak bongsu, sememangnya menjadikan Maliki seorang anak yang manja. Maliki mempunyai tujuh orang adik beradik yang terdiri daripada tiga orang lelaki dan empat orang perempuan. Bapa beliau bekerja sebagai tukang rumah manakala ibunya pula, suri rumah tangga sepenuh masa. Maliki mula berniaga sejak di sekolah menengah sebagai seorang dropship. Percubaan sebagai dropship itu tidak menunjukkan kejayaan yang membanggakan memandangkan pada masa itu beliau kurang mahir tentang selok-belok perniagaan. Maliki kemudian mengusahakan perniagaan aksesori telefon pintar & pembekal peralatan haiwan peliharaan dengan menamakan syarikat Manir Store. Perjalanan perniagaan Manir Store Maliki telah mencari ilmu dan maklumat yang berharga tentang perniagaan secara atas talian. Beliau juga mula mengetahui asas bagaimana untuk menambat hati pelanggan dan juga berurus niaga sehingga barang terjual. Pada tahun 2020 ketika tercetusnya COVID-19, beliau terinspirasi untuk menjual barangnya di platform Shopee. Hal ini diketahui bahawa begitu banyak berita tentang peningkatan hasil jualan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sedang dijalankan. Gabungan ilmu keusahawanan semasa di sekolah, mengikuti kelas berbayar shopee, menyertai program keusahawanan Shopee @ UTHM telah memberi pengetahuan asas kepadanya untuk membuka 201 Peruncitan
akaun jualan dan menjual di platform Shopee. Semasa abangnya membela arnab, peralatan untuk membela arnab tidak dijual di negara ini. Peristiwa ini telah mencetus idea beliau untuk memasarkan peralatan menternak arnab. Setelah beliau melakukan tinjauan, didapati ramai peniaga atas talian sudah lama mendapatkan bekalan peralatan membela arnab dari negara China. Kemudian beliau juga terinspirasi untuk menjual casing telefon setelah mendapati casing telefon sukar didapati di kedaikedai aksesori dan telefon. Beliau merealisasikan inspirasinya dengan bermodalkan RM100 untuk kursus belajar memborong barangan daripada negara China. Berkat simpanan bekerja bersama abang iparnya, Maliki berjaya mengumpul modal dan menjual barangan kepada pelanggan melalui platform Facebook. Beliau memulakan perniagaan hanya dengan 10 buah casing telefon bimbit dengan harga modal RM1.50 hingga RM2.00. Rezeki berpihak kepadanya apabila beliau berjaya mendapatkan pulangan jualan dengan begitu cepat. Kemudian Maliki membeli casing secara berperingkat iaitu dengan kuantiti 20, 30, 50 dan seterusnya 100 buah. Alhamdulillah, dengan hasil jualan ini, dapatlah beliau membantu keluarga. Dorongan daripada ahli keluarga menguatkan semangat Maliki dan inspirasi mengukuhkan perniagaan ini Cabaran perniagaan Manir Store Cabaran yang dihadapi oleh Maliki dalam menjalankan perniagaannya, beliau mengatakan bahawa semua aktiviti membungkus, mengepos dan melayan kerenah daripada pelanggan terpaksa dilakukan seorang diri. Hal ini, kerana beliau tidak mempunyai pembantu untuk membantu menguruskan perniagaannya. Kalau permintaan yang banyak, beliau terpaksa membungkus barang lebih awal bagi mengelakkan kelewatan untuk pos. Beliau sangat berdedikasi dalam memanfaatkan masa. Maliki menghargai masa yang ada dengan melakukan hal yang penting sahaja. Pada hari Jumaat beliau telah menjadualkan sebagai hari cuti. Pelanggan yang tinggal berdekatan dengan kediaman Maliki lebih suka membeli secara Cash on Delivery (COD). Jadi, beliau perlu menuruti permintaan pelanggan memandangkan kawasan berdekatan. Manir Store mengukir kejayaan Kejayaan yang telah Maliki kecapi antaranya, beliau dapat memberikan wang saku bulanan kepada ibu bapanya walaupun masih belajar di universiti. Hasil perniagaan, beliau dapat membantu kedua ibu bapanya untuk meringankan beban mereka. Maliki mengetahui, dalam situasi negara sekarang, ekonomi tidak menentu, bapa beliau berkemungkinan kurang 202 Usahawan Siswa : Memeta Haluan, Melakar Jaya
mendapat tawaran pekerjaan kerana kekangan prosedur standard atau SOP (Standard of Procedure). Inilah pencapaian yang terbaik bagi Maliki. Jumlah pendapatan selama tujuh bulan daripada bulan Oktober tahun lalu, beliau telah memperolehi sebanyak RM 25 000. Maliki juga pernah mengaut keuntungan sebanyak RM 5100 sebulan. Halatuju dan perancangan masa hadapan Hala tuju perniagaan Maliki, beliau berhasrat, setelah menamatkan Program Pengajian Diploma, akan mengukuhkan perniagaannya dengan mendapatkan sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Maliki juga berhasrat untuk membuka kedai fizikal suatu hari nanti. Sekarang, semua aktiviti perniagaan hanya dari rumah. Bagi beliau, sebagai kata inspirasi kepada semua, “Kita kena berani mengambil risiko jika ingin mencapai sesuatu kejayaan dalam perkara yang kita idamkan. Namun begitu, ilmu dan pengalaman dalam sesuatu bidang itu amat penting sebagai panduan untuk lebih berjaya. Jangan malu bertanya agar kita tidak ketinggalan di belakang. Akhir sekali, bertawakkal kepada Allah setelah kita berusaha. Jaga solat dan hormat serta sayangi kedua ibubapa. In Shaa Allah kita akan berjaya. seperti pepatah di mana ada kemahuan, di situ ada jalan,” nasihat Maliki. “Alang- alang berniaga, biar sampai jadi kaya dan berjaya!”, ini pula tekad dalam diri Maliki untuk berusaha hingga berjaya 203 Peruncitan
Akhirnya peluh dan tenaga Maliki terbayar sudah. Matlamat hidupnya kini semakin jelas. Akademik beliau dahulukan, di samping itu, perniagaan tetap diutamakan. Bagi Maliki, menyerah pada keadaan bukan solusi dalam mengharungi arus cabaran dalam kehidupan. Tambahan lagi dirinya yang kini bergelar mahasiswa di menara gading. “Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan,” itulah pepatah keramat yang disemat dalam jiwanya. Pegangan ini untuk membunuh suara-suara nakal yang terkadang bermain di telinganya tiap kali diuji. “Alang-alang genggam bara api, biar sampai jadi arang!”. “Alangalang berniaga, biar sampai jadi kaya dan berjaya!”, ini pula tekad dalam diri Maliki untuk berusaha hingga berjaya. Usaha melakukan perniagaan semasa pengajian bukanlah sesuatu yang mustahil. Hal ini asalkan bijak membahagi masa, Insya Allah semua urusan dapat diselesaikan. Kegigihan dan kecekalan Maliki dapat menjadi contoh kepada generasi muda. Selaras dengan kata pujangga, ‘tidak ada usaha yang mengkhianati hasil’ Setiap usaha yang kita lakukan dengan sungguhsungguh, pastilah memberikan manfaat, Tuhan Maha Adil kerana setiap kesulitan, ada penyelesaian 204 Usahawan Siswa : Memeta Haluan, Melakar Jaya
205 Peruncitan
BUY STATIONERY PEMASARAN ALAT TULIS DAN BUKU SECARA ATAS TALIAN Usahawan Goh Yong Khang Penulis Cik Zaizulhizma Salleh En. Wan Mohd Amirul Hafiz Wan Abu Bakar 206 Usahawan Siswa : Memeta Haluan, Melakar Jaya
Beliau merupakan seorang usahawan pelajar yang telah berjaya menghasilkan pendapatan bulanan sebanyak lima (5) angka. Goh Yong Khang mula menceburkan diri dalam bidang usahawan pada tahun pertama memasuki alam universiti. Beliau bertekad untuk menjadi yang terbaik dalam kalangan yang terbaik sehingga menubuhkan sendiri syarikat perniagaan alat tulis, buku dan kelengkapan persekolahan. Nama Goh Yong memang tidak asing dalam kalangan usahawan pelajar dan juga di Pusat Keusahawaan dan Kerjaya Universiti Malaysia Terengganu (UMT) kerana pencapaian beliau dalam bidang usahawan. Beliau dikenali dengan sikap yang merendah diri serta pencari ilmu yang tekad demi mengejar cita-cita menjadi usahawan yang hebat pada masa akan datang. BUY STATIONERY SDN. BHD. Goh Yong Khang (S46242) merupakan seorang anak jati Kuantan, Pahang yang kini berusia 23 tahun (2021). Beliau merupakan pelajar Sarjana Muda Perakaunan, Universiti Malaysia Terengganu dan sedang menjalani latihan di Klynveld Peat Marwick Goerdeler (KPMG) Malaysia. Perniagaan pertama beliau bermula hanya dengan menjadi dropship buku secara dalam talian. Pada tahun kedua berada di UMT, minat berniaga semakin mendalam apabila beliau telah menyertai program e-Commerce Entrepreneuer Incubator Programme (EEIP) 1.0 anjuran Pusat Keusahawanan dan Kerjaya (CEC), HEPA, UMT. Minat beliau bermula ketika menyertai program itu. Beliau kemudiannya telah menubuhkan sebuah syarikat yang diberi nama Buy Stationery Sdn Bhd yang hanya menjual buku-buku melalui platform shopee. Minatnya yang semakin mendalam untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya, syarikat beliau kini semakin berkembang dengan memasarkan pelbagai jenama alat tulis, buku serta kelengkapan persekolahan. Perjalanan perniagaan Buy Stationary Sdn. Bhd. Beliau telah menjadikan En. Mohd Ridhwan Musa iaitu CEO Ledakan Digital Marketing sebagai sumber inspirasi untuk menjadi usahawan e-dagang. Ini kerana beliau beranggapan bahawa alumni UMT tersebut sangat berjaya dalam bidang e-dagang sehingga dikenali sebagai cikgu Shopee. Beliau mula rapat dengan En. Mohd Ridhwan apabila mengikuti program e-Commerce Entrepreneuer Incubator Programme (EEIP). En. Mohd Ridhwan Musa atau lebih mesra disapa Cikgu Shopee merupakan jurulatih dan penceramah sempena program EEIP tersebut. Goh Yong menyatakan bahawa pengasas Ledakan Digital Marketing ini memainkan peranan yang penting dalam membawa perniagaan beliau iaitu Buy Stationery Sdn Bhd ke platfom dalam talian, Shopee. “Saya sangat bersyukur kerana UMT memberikan peluang yang baik kepada pelajar seperti kami untuk melihat dan memahami perjalanan perniagaan sebenar” ujarnya. 207 Peruncitan
Peluang menyertai EEIP 1.0 dimulakan dengan langkah kanan dan perkara ini merupakan pemula dan hasilnya telah dapat dituai. Jika bercakap tentang modal perniagaan, bukan semua pelajar yang mempunyai ‘duit lebih’ mampu membina sebuah empayar perniagaan. Modal perniagaannya bermula dengan hasil daripada keuntungan menjadi dropship, dan digunakan sebagai asas modal untuk membuka perniagaan alat tulis, buku dan kelengkapan persekolahan. Selain itu, suntikan semangat daripada keluarga juga menjadikan beliau bertekad untuk membuka perniagaan. Kini, perniagaannya bukan sahaja melalui platform shopee malahan telah bertapak di platform Lazada. Liku-liku dan cabaran perniagaan Cabaran yang paling banyak beliau hadapi sewaktu menguruskan Buy Stationery Sdn Bhd ialah prestasi penjualan yang tidak menentu. Kekangan masa juga menjadi faktor utama, kerana beliau masih lagi seorang pelajar yang perlu mengikuti kelas dan pada masa yang sama perlu menguruskan tempahan pelanggan. Selain itu, beliau juga sukar untuk mendapatkan pekerja yang boleh menguruskan proses pembungkusan dan penghantaran. Walau bagaimanapun ini merupakan adat resam berniaga dan telah menjadikan beliau lebih kuat dan berazam. Kejayaan Buy Stationary Sdn. Bhd. Pada masa kini, beliau mampu tersenyum dengan melihat pencapaian jualan enam angka setiap bulan melalui platform Shopee dan juga Lazada. Beliau juga telah diiktiraf sebagai penjual e-dagang bagi sepuluh teratas di negeri Pahang oleh J&T Courier. Selain itu beliau juga turut mempunyai hampir lima orang pekerja yang 208 Usahawan Siswa : Memeta Haluan, Melakar Jaya
membantu menguruskan proses pembungkusan dan penghantaran. Goh Yong Khang juga sangat mengidolakan Datuk Pua Khein Seng, pengasas Phison Electronics Corp yang merupakan pemegang Anugerah Belia Cemerlang. Beliau mengagumi Datuk Pua kerana kejayaan yang dikecapi olehnya pada usia yang sangat muda. Oleh yang demikian, beliau berazam ingin menjadi seperti Datuk Pua dengan mengembangkan perniagaannya. Kini Goh Young Khang sudah boleh menarik nafas lega apabila pendapatan bulanannya telah mencecah RM20, 000.00 sebulan. Perancangan masa hadapan Anak muda ini mempunyai perancangan yang sangat teratur. Beliau merancang untuk membuka kedai dalam talian yang baharu bagi kategori Fast-moving Consumer Goods (FMCG) dalam masa satu tahun lagi. Beliau juga berhasrat untuk membuka kedai alat tulis dan kelengkapan persekolahan jenama syarikat beliau sendiri standing nama besar seperti HariHari, Pasarayaku, Ten-Ten dan lain-lain. Kejayaan beliau hari ini merupakan usaha yang tidak mengenal erti jemu serta seorang yang segera mengambil peluang di depan mata. Beliau juga merupakan seorang yang tidak pernah mengenal erti kegagalan dan sentiasa belajar daripada kesilapan yang pernah dilakukan secara sedar atau sebaliknya. Seorang yang berhati-hati dalam perniagaan terutamanya soal pembelian dan strategi pemasaran. Pusat Keusahawanan dan Kerjaya (CEC) juga telah merancang pelbagai program untuk membantu usahawan pelajar. Semua program yang bernilai ribuan ringgit ini adalah untuk membantu serta membentuk mereka menjadi usahawan yang berjaya pada masa akan datang. 209 Peruncitan
SYAHIRAN GLOBAL RESOURCES AYAM “GUNTING” HASIL LADANG TERNAKAN SENDIRI Usahawan Muhamad Syahiran Hashim Penulis Prof. Madya Dr. Mass Hareeza Ali @ Hamid 210 Usahawan Siswa : Memeta Haluan, Melakar Jaya
Setiap insan di muka bumi ini pasti berusaha untuk berjaya dalam hidup, tetapi ramai di antara kita memerlukan pengalaman dan mentor bagi memberi inspirasi kepada diri untuk mencapai kejayaan yang diimpikan. Itulah salah satu perkongsian yang selalu diberikan oleh seorang usahawan muda dari Kelantan yang bergiat aktif mengembangkan lagi perniagaan ternakan ayam kampung miliknya. Beliau yang bernama Muhamad Syahiran Hashim merupakan pengusaha ternakan ayam kampung dan gerai jualan ayam gunting eyRun’s Fried Chicken yang kini mempunyai dua cawangan di sekitar Kota Bharu. Mengikuti pengajian dalam bidang Sains Perniagaantani semasa menuntut di Universiti Putra Malaysia (UPM) telah memberi peluang kepada beliau untuk membuka perniagaan berasaskan agropertanian setelah bergelar graduan. SYAHIRAN GLOBAL RESOURCES Setelah tamat pengajian pada tahun 2019, Muhamad Syahiran menyertai program Inkubasi Usahawantani di UPM dan mempelajari selokbelok penternakan ayam kampung. Kemudian, beliau berjaya mendapatkan kontrak penyewaan reban di Ladang 10, UPM selama enam bulan. Di situlah bermula perjalanan perniagaan ternakan ayam kampung yang diusahakannya. Sebagai permulaan, beliau menternak sebanyak 1200 ekor ayam kampung dan berjaya mendapat hasil yang lumayan daripada perniagaan ini dengan membuat jualan secara dalam talian di sekitar Lembah Klang dan Kuala Lumpur. Sebelum bergelar usahawan berjaya, Muhamad Syahiran aktif bekerja untuk mendapatkan pengalaman dan duit sampingan ketika masih menuntut di Pusat Asasi Sains Pertanian (ASPer), UPM pada tahun 2015. Setelah hampir setahun, beliau tidak lagi berminat makan gaji. Keinginan dan impian mempunyai perniagaan sendiri serta azam membantu orang luar terutamanya pelajar UPM telah membakar semangatnya untuk membuka perniagaan ayam gunting yang merupakan salah satu street food yang popular di Malaysia kerana konsepnya yang mudah dan rasanya yang enak. Ayam gunting yang dijenamakan sebagai eyRun’s Fried Chicken diilhamkan dari singkatan namanya dan sebagai penjenamaan bagi dirinya. Jenama itu didaftarkan di bawah Syahiran Global Resources. Perniagaannya mendapat sokongan penuh daripada keluarga dan rakan-rakan. Perniagaan tersebut merupakan titik permulaannya dalam perjalanan menjadi seorang usahawan dan dapat membantu ramai pelajar di UPM menjana pendapatan bagi menampung perbelanjaan harian semasa di kampus. Muhamad Syahiran amat memahami situasi yang sering dihadapi oleh para pelajar kerana beliau sendiri pernah mengalami kesempitan wang semasa menyambung pelajaran. Perniagaan Muhamad Syahiran bermula dengan bermodalkan wang simpanan semasa bekerja dahulu. Beliau juga melakukan pekerjaan sampingan sambil berniaga bagi mencari modal pusingan untuk mengembangkan operasi perniagaannya. 211 Peruncitan
Perjalanan eyRun’s Fried Chicken Berkat usaha gigih Muhamad Syahiran mempromosikan eyRun’s Fried Chicken, perniagaan ayam gunting miliknya mampu bertahan selama enam tahun. Beliau mula berniaga di cawangan pertama di Kolej Keenam, sebelum berjaya mengembangkan perniagaannya dan membuka lima lagi cawangan di sekitar UPM. Walaupun sudah tamat pengajian, beliau masih aktif menjalankan perniagaan di UPM dengan melantik seorang pengurus dalam kalangan pelajar bagi menguruskan setiap cawangannya. Namun, sejak pandemik COVID-19 melanda dan kerajaan mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), perniagaan beliau terpaksa dipindahkan ke kawasan yang lebih berdekatan dengan tempat tinggalnya iaitu di Kota Bharu, Kelantan. Ujian buat eyRun’s Fried Chicken Dari segi luaran, sesebuah perniagaan mungkin kelihatan sedang berjalan lancar. Namun hakikatnya, terdapat pelbagai dugaan yang ditempuhi. Begitu juga dengan perniagaan eyRun’s Fried Chicken yang penuh dengan likuliku sejak ia mula beroperasi. Muhamad Syahiran pernah kehilangan barang-barang operasi perniagaan selain khemah yang digunakan untuk berniaga pernah terbang ditiup angin sehingga rosak teruk. Modal baharu terpaksa dikeluarkan bagi menggantikan barang-barang yang hilang dan rosak. Beliau juga pernah mengalami masalah kewangan sehingga menyebabkan timbul kesukaran untuk membayar gaji pekerja. Mujurlah, segala kesulitan yang dihadapi Muhamad Syahiran telah mendapat ganjaran manis. Pada tahun 2019, Muhamad Syahiran telah dinobatkan sebagai salah seorang Tokoh Usahawan Siswa UPM. Beliau juga sangat gembira kerana dapat membantu pelajarpelajar menjana pendapatan bersamasama dengannya. eyRun’s Fried Chicken meraih kejayaan Semasa bergelar seorang pelajar, Muhamad Syahiran sangat aktif dalam menjalankan perniagaan di kampus. Malah, beliau mempunyai hampir 100 orang pelajar UPM yang bekerja secara sambilan di enam cawangan eyRun’s Fried Chicken. Muhamad Syahiran sangat bertuah kerana diberi kepercayaan oleh pihak kolej dan universiti bagi menjalankan perniagaannya walaupun semasa masih mengikuti pengajian. Pengalaman menguruskan enam cawangan menjadikan beliau seorang yang kental dan berpengalaman luas dalam menguruskan perniagaan. Selain itu, Muhamad Syahiran juga aktif menyertai beberapa program anjuran Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan (CEM), UPM. Program yang disertainya telah banyak membantu beliau dalam mengembangkan perniagaannya agar lebih berdaya saing serta memanfaatkan platform perniagaan yang terkini dalam mempromosikan perniagaannya. Pada masa yang sama, beliau dapat bertemu dan bertukar pandangan bersama usahawan yang lebih berpengalaman. Beliau juga beroleh pelbagai idea dan strategi perniagaan bagi membangunkan lagi perniagaannya. Alhamdulillah, dengan bantuan yang dihulurkan oleh universiti dan CEM, Muhamad Syahiran berjaya menambah lima lagi cawangan gerai ayam gunting di sekitar UPM. 212 Usahawan Siswa : Memeta Haluan, Melakar Jaya
Halatuju Syahiran Global Resources Muhamad Syahiran percaya bahawa setiap manusia seharusnya berhenti menoleh ke belakang. Sebaliknya, kita mesti sentiasa memandang ke hadapan. Sehubungan itu, beliau merancang untuk membuka lebih banyak cawangan eyRun’s Fried Chicken di sekitar negeri asalnya, Kelantan. Usahawan muda ini turut berhasrat untuk menjadi antara usahawan bumiputera yang berjaya mengusahakan penternakan ayam kampung di Kota Bharu dan kawasan sekitarnya. Beliau juga ingin memperluaskan perniagaan ternakan ayam kampung miliknya supaya dapat memenuhi lebih banyak permintaan pelanggan. Ketika ini, Muhamad Syahiran sedang berusaha untuk membuka pusat pemprosesan ayam kampung yang dijangka akan beroperasi dalam masa terdekat. 213 Peruncitan
214 Usahawan Siswa : Memeta Haluan, Melakar Jaya
Muhamad Syahiran percaya bahawa kita tidak sepatutnya merancang untuk makan gaji selama-lamanya. Kita perlu membuat perancangan bukan sahaja bekerja untuk mendapatkan duit, malah kita sepatutnya berfikir dan mencari idea bagaimana duit boleh bekerja untuk kita. Sebelum memulakan sebuah perniagaan, kita perlu memastikan kita mempunyai ilmu yang cukup utuh dan sentiasa dibimbing oleh mentor atau orang yang lebih berpengalaman supaya tidak mudah jatuh dalam menjalankan perniagaan. Janganlah segan untuk mencuba perkara yang baharu kerana walau gagal sekalipun, kita sebagai seorang usahawan yang berjiwa kental masih boleh mula kembali dari sifar. Ramai usahawan yang berjaya pernah gagal dalam perniagaan mereka. Itu bukan perkara mustahil dalam dunia perniagaan. Apa yang penting adalah usaha dan keyakinan diri untuk melakar kejayaan pada masa hadapan. 215 Peruncitan
& KREATIF TEKSTIL
DWANS COLLECTION REKAAN PAKAIAN KONTEMPORARI Usahawan Wan Nurul Aida Nazwa Wan Ahmad Penulis Prof. Dr. Nik Maheran Nik Muhammad Prof. Madya Dr. Mohammad Ismail Dr. Tengku Mohd Azizuddin Tuan Mahmood 218 Usahawan Siswa : Memeta Haluan, Melakar Jaya
DI SEBALIK DWANS COLLECTION “Kita kena cuba memulakan perniagaan pada usia muda lagi. Jika tidak mulakannya sekarang, bilakah lagi masa dan peluang?” Demikian lontaran idea Wan Nurul Aida Najwa Wan Ahmad atau lebih mesra dikenali sebagai Aida. Beliau merupakan pelajar tahun dua program Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan Universiti Malaysia Kelantan, pengurus mutlak Dwans Collection. Anak kelahiran Machang, Kelantan ini mula menceburi bidang perniagaan koleksi pakaian pada tahun 2018 lagi apabila menjadi ejen menjual jubah dan pakaian terpilih. Berbekalkan minat dan bakat yang ada, Aida memutuskan untuk memulakan perniagaannya sendiri dengan menghasilkan satu rekaan baju. Aida membuat pra-pesanan terlebih dahulu bagi pelanggan yang berminat untuk membuat tempahan pakaian. Para pelanggan boleh buat tempahan mengikut kesesuaian saiz lengan mereka. Pemilik Dwans Collection ini menggunakan medium sosial media seperti instagram, WhatsApp, shopee dan Facebook Ads untuk mempromosikan koleksi pakaian kepada pengguna. Anak bongsu dari empat orang adik beradik ini memilih untuk menceburi bidang perniagaan kerana beliau lebih suka bekerja sendiri selain ingin mempunyai masa yang fleksibel. Kini, Dwans Collection mempunyai beberapa koleksi pakaian seperti jubah, baju kurung, pakain kasual, kemeja serta pakaian Di suatu sudut berbekalkan helaian kertas, pen dan pensil, fikirannya ligat berfikir. Idea demi idea datang silih berganti, matanya mula terpana, pensel mula dilepaskan lalu tangannya terus mencapai kertas itu. Inilah rekaan baju yang ditunggu-tunggu. Hasil rekaan inilah yang mengubah kehidupanku dari bukan hanya seorang pelajar. Kini, aku usahawan muda. Minatnya yang mendalam terhadap perniagaan ini menjadikan beliau lebih berani untuk menceburi bidang keusahawanan. Minatnya terhadap bidang perniagaan bermula semenjak dibangku sekolah lagi semasa Tingkatan 4. Pada masa ini beliau menjadi dropship dengan menjual alatan kosmetik seperti gincu dan eyeshadow. Minatnya kini memberi keyakinan yang kuat untuk beliau melangkah dalam perniagaan. Semua penat lelah dan usahanya yang berterusan membuahkan hasil apabila perniagaannya mula meningkat naik dan mempunyai premis untuk simpanan stok. Berkat usaha, beliau mampu meraih jualan sehingga RM 9 ribu ringgit sebulan. Meskipun beliau masih menghadapi kesukaran untuk mengekalkan momentum perniagaan kerana banyak lagi ilmu perniagaan yang perlu dipelajari. Beliau sedar bahawa disiplin dan fokus sangat penting kepada dirinya untuk bersaing dalam pasaran. Setiap keputusan yang dibuat akan menentukan hala tuju perniagaannya yang dibina sejak setahun lalu. Bagi mendapatkan pulangan yang lumayan, beliau perlu lebih berusaha, mengekalkan fokus serta berada dalam kalangan organisasi usahawan yang berkaliber untuk saling bertukar pendapat bagi menjana ideaidea perniagaan yang terkini. 219 Kreatif & Tekstil
yang sesuai untuk ke tempat kerja. Harga yang ditawarkan pula sangat berpatutan dan mampu milik, iaitu dari RM119 hingga RM150 sepasang. Koleksi pakaian ini sesuai untuk golongan yang berumur 20 tahun dan ke atas. Bagi Aida, keluarga adalah tunjang utama untuk beliau terus maju dalam bidang yang sedang diceburi ini. Pada usia 22 tahun ini, beliau memasang impian untuk menjadi seorang usahawan muda berjaya. Beliau bercita-cita ingin membuatkan keluarga terutama ayahnya kagum dengan pencapaian yang digapai pada hari ini. Aida kini berusaha dengan lebih gigih agar kejayaan perniagaan dan pelajaran datang seiring. Visi Dwans Collection ialah ingin mengekalkan perniagaan dengan memiliki sebuah pejabat, butik pakaian dan mempunyai banyak cawangan. Selain itu, misi Dwans adalah sentiasa mencari idea-idea baharu dari segi promosi dan pemasaran yang padu agar lebih dikenali ramai. Langkah pertama Bermula pada tahun 2019, beliau menjadi ejen menjual pakaian dan jualannya berjaya mencecah RM1000. Namun, keadaan lain pula berlaku apabila pekedai tidak dapat memberi harga borong kepadanya. Pada masa itu, beliau terfikir untuk memulakan perniagaan menjual pakaian dengan rekaan sendiri. Pada tahun yang sama, beliau cuba buat satu set rekaan baju sendiri, di samping mendapatkan tukang jahit tempatan. Nasib berpihak kepadanya apabila tukang jahit bersetuju menerima tempahan melebihi 100 pasang baju dengan harga upah yang dipersetujui. Beliau semakin bersemangat apabila jualannya pada masa itu mencecah hampir RM 5 ribu. Sejak itu, beliau mula nekad untuk membuka perniagaan sendiri, dan timbul idea nama perniagaan dengan nama sendiri, iaitu Dwans. Pada bulan Mac 2020, Aida secara rasminya mendaftar perniagaannya sebagai Dwans Collection. Pada mulanya, beliau banyak menjual baju kepada pelajar dan jualan terhad. Menyedari bahawa saiz pasaran adalah terhad, Aida mengambil langkah untuk mempelbagaikan saiz pasaran agar mendapat lebih ramai pelanggan. Aida mula belajar asas mengenai rekaan baju seperti ukuran, meter kain yang diperlukan dan sebagainya. Beliau memulakan perniagaan ini secara online yang mana semua koleksi pakaian dan jubah dimuat naik di laman sosial seperti instagram, status WhatsApp dan juga facebook. Pengalaman pernah ditipu oleh pembekal kain tidak mematahkan semangatnya untuk terus berniaga, malah membuatkan dirinya lebih kuat dan sentiasa waspada dengan keadaan sekeliling. 220 Usahawan Siswa : Memeta Haluan, Melakar Jaya
Beliau juga sering membuat kajian pemakaian dari semasa ke semasa dan mendapati bahawa perniagaan pakaian ini adalah bermusim. Oleh itu, Dwans mempelbagaikan koleksi pakaian agar sentuhan rekaannya tak lekang dek panas, tak usang dek hujan dan sentiasa mendapat tempat di hati pelanggan. “Modal bukanlah halangan untuk seseorang itu memulakan perniagaan. Kita boleh berusaha gigih untuk meningkatkan jualan sebelum stok semula produk,” kata Aida. Untuk menjalankan perniagaan ini, Aida mendapat sokongan motivasi dan kata-kata semangat daripada ibu dan rakannya. Aida juga telah mula mendapat sokongan, kepercayaan dan keyakinan daripada ayahnya apabila beliau membuka sebuah kedai di Kok Lanas. Sokongan inilah yang membuatkan dirinya terus berusaha sebaik mungkin sehingga berjaya membuka sebuah perniagaan koleksi pakaian wanita. Aida memulakan perniagaan pakaian ini dengan modal RM 10,000.00 hasil simpanan dari gajinya terdahulu, di samping keuntungan jualannya sebelum ini, dan komisen sebagai ejen. Keuntungan jualannya sebelum ini membolehkan beliau membuka sebuah kedai di Kok Lanas, Kelantan. Aida juga mendapat latihan dan program yang dikendalikan oleh Institut Keusahawanan Universiti Malaysia Kelantan (UMKEI). Dari program yang telah disertainya itu, beliau dapat mengembangkan ilmu agar dapat dipraktikkan terus ke atas perniagaannya. Pada masa kini, perniagaannya masih lagi turun naik kerana sedang dalam latihan praktikal. Beliau perlu membahagikan masa dengan bijak antara waktu latihan praktikal dan berniaga. Selepas tamat latihan praktikal beliau akan memberi sepenuh perhatian dan komitmen yang bersungguhsungguh kepada perniagaannya. Meredah onak duri Tidak dinafikan, setiap usahawan berdepan dengan cabaran dan halangan dalam perniagaan. Sesebuah perniagaan yang dijalankan juga terdedah dengan sebarang risiko perniagaan yang tidak dijangka. Pada peringkat awal perniagaan, Aida telah mengalami kerugian kerana pernah ditipu oleh pembekal kain dan kurangnya inisiatif dari tukang jahit. Pembelian kain seringkali tidak cukup meter dan terdapat fabrik yang tidak cukup daripada pembekal. Manakala, tukang jahit tidak membetulkan semula jahitan yang tersalah bagi kebanyakan baju yang ditempah oleh pelanggan. Hal ini menjejaskan kualiti produk selain menyebabkan pelanggan ramai yang tidak berpuas hati. Bagi mengatasi masalah ini, Aida mengembalikan semula wang beserta “free-gift” berupa tudung kepada pelanggan yang tidak berpuas hati. “Free-gift” diberikan untuk menarik dan mengekalkan pelanggan 221 Kreatif & Tekstil
sedia ada. Tatkala pengetahuan perniagaan terhad, Aida juga memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar yang sepatutnya kerana idea sendiri terhad menyebabkan aktiviti-aktiviti perniagaan adakalanya terbantut. Keadaan ini secara tidak langsung memberikan sedikit tekanan kepada beliau kerana sebarang keputusan dan tindakan yang dibuat adalah secara bersendirian. Begitulah keadaan yang seringkali dihadapi oleh perniagaan milikan tunggal. Baginya, beliau memerlukan mentor tetap untuk membimbing mencari jalan penyelesaian, memberi idea serta kata-kata semangat bagi perniagaannya. Oleh sebab tiada bimbingan yang sewajarnya, dan kurangnya pendedahan, beliau masih tidak berani untuk menyertai program-program yang dianjurkan oleh pihak agensi pembangunan tempatan seperti FAMA dan MARDI. Pada mulanya, perniagaan ini terkesan pada awal perintah kawalan pergerakan (PKP), berikutan gerai (booth) Ramadhan untuk dijadikan tempat berniaga tidak boleh beroperasi, menyebabkan 1000 pasang baju tidak terjual. Jualan baju kurung menurun selepas Hari Raya. Keadaan ini demikian kerana baju kurung hanya mendapat permintaan tinggi pada musim perayaan sahaja. Aida akui bahawa keluarga merupakan tunjang utama bagi menyokong perniagaan beliau. Namun, ayahnya meminta beliau menumpukan kepada pelajaran sahaja dan tidak menggalakkan membuka perniagaan kerana khuatir Aida tidak mahu meneruskan pelajaran apabila sudah berniaga. Antara cabaran lain ialah lokasi. Sebelum ini lokasi kedainya di Kok Lanas, Kelantan yang memperuntukkan masa tiga jam sehari untuk berulang alik dari kedai ke tempat latihan praktikal. Kini, urusannya jadi lebih mudah dan menjimatkan masa kerana beliau baharu sahaja berpindah ke kedai barunya di Taman Kurnia Jaya, Pengkalan Chepa berdekatan dengan tempat latihan praktikal. Aida kini sedang dalam tempoh latihan praktikal, dan ini telah menghadkan fokusnya kepada perniagaan. Kurangnya fokus dalam perniagaan menyebabkan beliau tidak dapat meningkatkan hasil jualan. Jika beliau betul fokus, jualannya boleh mencapai RM1000 sehari. Keadaan ini sedikit sebanyak mempengaruhi usahanya untuk memulakan perniagaan baharu. Cahaya berkah di hujung terowong “Pada awalnya, jualan baju kurang memberansangkan ibarat hidup segan mati tak mahu, lalu saya mengambil pendekatan baharu dengan mengolah semula rekaan lama menjadi rekaan kasual masa kini. Rekaan ini mengekalkan kualiti fabrik supaya reputasi Dwans Collection tetap terjaga. Bagi memberi kelainan dan mengelakkan rekaan baju sama dengan pesaing, perancangan perlu dibuat dengan lebih teliti agar pilihan jenis dan kualiti kain mengikut kesesuaian warna. Langkah ini penting agar produk ini mendapat tempat di hati pelanggan. Dengan perubahan drastik ini, jualan saya terus meningkat naik. Dwans Collection bermula dengan menawarkan satu rekaan baju sahaja tetapi mengikut gaya dan kehendak pelanggan dengan rekaan yang sedap mata memandang. Titik perubahan dalam perniagaan Dwans Collection adalah pada hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha tahun lepas. Untung hasil jualan telah meningkat naik sebanyak RM7500 disebabkan kepelbagaian koleksi dan teknik pemasaran yang padu. Kini, setiap kali mengemas kini koleksi pakaian, Dwans Collection mempunyai empat ratus hingga lima ratus jumlah penonton dari aplikasi instagram dan WhatsApp. Bagi 222 Usahawan Siswa : Memeta Haluan, Melakar Jaya
Aida, kejayaan ini adalah hasil usahanya yang tidak pernah mengenal erti putus asa. Melalui kejayaan ini, Aida lebih gemar melabur wang hasil perniagaanya dengan membeli dan menyimpan emas. Hal ini adalah sebagai persediaan awal sekiranya perniagaan memerlukan modal tambahan. Untuk mengekalkan kejayaan dalam perniagaan, tiga perkara utama yang selalu Aida titikberatkan, iaitu menjaga hubungan peniaga dengan pelanggan, kualiti fabrik serta kepelbagaian koleksi rekaan. “Takkan menjadi hebat seseorang itu jika beliau tidak mencuba sesuatu perkara terlebih dahulu,” ujar Aida. Perniagaan ialah melibatkan urusan jual beli antara diri sendiri, pembekal dan pelanggan. Perniagaan akan menghadapi waktu kesukaran bagi satu tempoh masa tertentu. Setiap pemilik perniagaan perlu ada strategi berkesan supaya pendapatan jualan perniagaan mereka terus meningkat. Idea merupakan perkara penting untuk memulakan perniagaan. Bagi Aida, apabila ingin memiliki jenama sendiri, beliau terus mencipta dan mereka bentuk perniagaan sehinggalah terbentuknya Dwans Collection. Seterusnya, beliau juga terfikir pula untuk menempah label pada baju. Perasaan tidak berani dan takut tiada sambutan jualan adalah mindset yang perlu dibuang jauh oleh mahasiswa universiti. Sebaliknya, mereka perlu memulakan perniagan terlebih dahulu kerana ramai pensyarah yang boleh bagi sokongan dan motivasi. Selain itu, banyak peluang dan kemudahan yang disediakan oleh pihak universiti kepada mahasiswa. “Mindset seorang usahawan pelajar ialah belajar dan berniaga mesti seiring, tiada alasan,” ujar Aida. Dalam perniagaan, seseorang itu 223 Kreatif & Tekstil
haruslah sentiasa ada ilmu baharu sesuai dengan tahap fasa sesebuah perniagaan. Dwans memberi sedikit kelainan rekaan baju melalui cara tersendiri. Selain itu, kualiti kain menjadi keutamaan bagi Dwans agar sentiasa mendapat tempat di hati pelanggan. Dwans juga telah menyertai banyak program dan seminar seperti pemasaran dan Facebook Ads yang dianjurkan oleh mereka yang berpengalaman dalam bidang perniagaan. Selain Facebook, Dwans juga turut mendapat bimbingan dari pensyarah-pensyarah keusahawanan seperti Dr. Mohd Ikhwan dan Dr. Sathish Kumar dari UMK mengenai idea-idea perniagaan. “Apabila saya berniaga saya adalah pemilik perniagaan, saya bukan pelajar dan tidak fikir kepada belajar. Saya ada jadual masa belajar dan berniaga,” ujarnya lagi. Di samping itu, keyakinan diri, sikap dan disiplin diri merupakan ciri-ciri yang perlu ada untuk menjalankan perniagaan. Ini kerana keyakinan diri akan melihat bagaimana seseorang usahawan memberi perhatian apabila berkomunikasi dengan para pelanggan. Sikap pula akan mempengaruhi cara berurusan dengan pembekal dan dari segi rundingan harga bahan. Manakala, disiplin pula membolehkan Aida memberi tumpuan masa belajar dan berniaga. Perniagaan ini juga memerlukan keberanian mencuba dan berusaha sehingga berjaya. 224 Usahawan Siswa : Memeta Haluan, Melakar Jaya
Premis kedai baharu pilihan Aida yang hanya mengambil masa lima minit sahaja untuk sampai ke tempat latihan praktikal. Pada pendapat Aida jalan penyelesaian perniagaannya masa ini, dengan cara membina pasukan kerja. Aida tidak sabar menunggu tamat latihan praktikal. Beliau ingin menyusun atur strategi perniagaan ke arah lebih sistematik. Namun, beliau perlu mengambil langkah berwaspada dan perlu mengambil langkah drastik untuk perubahan ke atas jualan. Kini jualan kurang memberangsangkan berbanding sebelumnya. Beliau ingin segera pulang untuk mengemas dan mengurus kedai baharu memandangkan waktu masuk kerja untuk latihan praktikal lambat lagi. 225 Kreatif & Tekstil
HIJANAH HAUL BUSANA MUSLIMAH PATUH SYARIAH The National University of Malaysia Usahawan Aisyah Hijanah Azhari Penulis Dr. Muhamad Azry Khoiry En. Amirul Farhan Ismadi Cik Siti Suryani Mat Nasit 226 Usahawan Siswa : Memeta Haluan, Melakar Jaya
Seindah nama Aisyah Hijanah Binti Azhari atau lebih mesra disapa Aisyah telah berjaya membuka perniagaan seawal usia 20 dan bercita-cita untuk mempunyai wisma yang dapat menempatkan kesemua perniagaannya di bawah satu bumbung yang sama. Aisyah menjadikan Saidatina Aisyah R.A sebagai idola dalam kehidupan kerana Saidatina Aisyah bijak berhujah dan memiliki ingatan yang luar biasa sehingga menjadi rujukan kepada sahabat-sahabat. Aisyah kini fokus sebagai usahawan walaupun masih menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia dan kini telah mempunyai pengikut di Instagram melebihi dari 1 juta pengikut. HIJANAH HAUL ”Pengayuh sayang dibasahkan, sampan takkan sampai ke seberang”. Aforisme ini membawa maksud seseorang perlu berusaha melakukan sesuatu dan bersusah payah sebelum berjaya. Aisyah seorang individu yang mempunyai minat yang tinggi sebagai seorang usahawan. Beliau juga dilihat sebagai seorang yang gigih, dan berfikiran terbuka dalam menerima pendapat dan cadangan bagi mengembangkan perniagaannya. Aisyah dilahirkan di Johor Bharu, pada tanggal 6 Januari 1998 dan merupakan anak sulung daripada dua orang adik beradik,. Beliau gemar membaca dan menjadikannya hobi untuk dipenuhi pada waktu senggang. Aisyah mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Agama Intergrasi Taman Segamat dan kini beliau melanjutkan pelajaran di perigkat Ijazah Sarjana Muda Psikologi, Universiti Kebangsaan Malaysia. Walaupun beliau merupakan mahasiswa dalam bidang Psikologi, jejak kerjaya Aisyah lebih tertumpu kepada perniagaan berbanding dengan bidang yang dipelajarinya. Seorang yang petah berkata-kata dan bijak mengatur bicara, Aisyah juga menjadikan ayahandanya iaitu seorang pesara pensyarah di universiti tempatan sebagai sumber inspirasi dalam kehidupan seharian. Mengimbau zaman kanak-kanak, Aisyah telah di dedahkan ilmu keusahawan sejak dibangku sekolah dan mendapat galakkan daripada ayahanda dan bonda beliau. Beliau mendirikan rumah tangga pada usia yang cukup muda atas permintaan bonda tercinta dimana rakan-rakan sebayanya masih bergelut mencari identiti diri. Namun, faktor ini menjadikan Aisyah lebih matang dan berfikiran terbuka. Pada usia 23 tahun, Aisyah dan pasangannya, seorang Ikon Media Sosial Mohd Hazalif Bin Mohd Hazani @ Alif Teega yang merupakan graduan Pengurusan Muamalat di Universiti Malaya, telah dikurniakan cahaya mata pertama pada Januari 2021. Kini, Aisyah dan keluarga telah menetap di Bangi bagi memudahkan urusan perniagaannya. Latar belakang perniagaan Tidak gemar melakukan kerja rutin, Aisyah tekad untuk menjadi sorang usahawan dan telah membawa kepada penulisan buku motivasi yang pertama bersama pasangan beliau iaitu ‘Biarku Lindung Mendungmu’. Buku ini telah mencatatkan penjualan sebanyak 25,000 unit dalam masa hanya empat bulan. Kejayaan tersebut telah membawa Aisyah maju kehadapan dan dalam waktu yang sama beliau mengembangkan perniagaan dalam industri fesyen dan kosmetik dengan membuka 227 Kreatif & Tekstil