The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hazlie.muhamad, 2024-03-14 14:54:32

BUKU USAHAWAN SISWA

BUKU USAHAWAN SISWA

perniagaan Hijanah Haul yang terletak di Bangi Sentral. Seterusnya Aisyah membuka Café pertama beliau yang diberi nama “QAHWA” pada awal April 2021 di Seksyen 9 Bangi. Sebagai seorang yang bijak mengambil peluang, kini Aisyah berjinak menjadi usahawan tekno selari dengan perkembangan Revolusi Industri 4.0 di Malaysia dengan mencipta satu aplikasi bagi membantu wanita yang boleh digunakan di serata dunia. Mengimbau kembali saat memulakan perniagaan, Aisyah mula berniaga pada tahun 2018 dengan menubuhkan perniagaan enterprais dan kini telah bertukar status kepada sendirian berhad pada tahun 2019. Sebagai usahawan yang dahagakan ilmu, Aisyah sering menghadiri pelbagai kursus dalam bidang keusahawanan bagi meningkatkan kemahiran dan kepakaran beliau dalam menguruskan perniagaan. Kini, Aisyah telah memiliki 11 orang pekerja dan menjangkakan jualan tahun 2021 melebihi pendapatan tahun sebelumnya. Dalam pada itu, Aisyah menjana modal pemulaan perniagaan daripada hasil tempahan awal barangan fesyennya tanpa membuat sebarang pinjaman untuk mengembangkan perniagaan. Sementara itu, ilmu yang dituntut di pusat pengajian seperti di Universiti Kebangsaan Malaysia telah banyak membantu Aisyah dalam mengembangkan jaringan perniagaannya. Bagi Aisyah ilmu sukar untuk dicari dan dengan adanya ilmu adab seseorang dapat dipelihara. Jangan jadi usahawan yang tamakkan duniawi dengan melangkaui batas insani. Perjalanan perniagaan Dalam menceritakan perjalanan perniagaan beliau, Aisyah semasa kecil bersama adiknya sering melakonkan watak juru-tol kerana gemar mengira wang. Malah, beliau telah menunjukkan minat berniaga pada usia muda apabila menjual barangan terpakai miliknya kepada jiran tetangga. Seterusnya, minat Aisyah dalam bidang penulisan telah menjadi titik permulaan bagi beliau menceburi bidang keusahawanan, dengan memulakan perniagaan menjual novel hasil penulisanya sendiri bersama pasangan. Aisyah juga merasakan berniaga bersama ahli keluarga adalah lebih baik kerana beliau boleh bertukar idea dan kerja lebih mudah untuk diuruskan. Lantas, pengalaman bersama suami tercinta menjadi panduan kepada beliau untuk terus mengembangkan perniagaannya. Bertitik tolak daripada itu, Aisyah telah membuka “Biarpun sibuk sebagai isteri, ibu, pelajar dan majikan, Aisyah bijak mengatur jadual demi memenuhi tanggungjawab beliau” 228 Usahawan Siswa : Memeta Haluan, Melakar Jaya


butik pakaian pertama beliau ‘Hijanah Haul’ di Bangi Sentral hub pengemar fesyen muslimah. Hajannah Haul memberikan pelbagai rekaan baju muslimah yang mematuhi syarie tetapi mempunyai rekabentuk moden dan bergaya seperti jubah, abaya, baju kasual dan lain-lain. Pemilihan lokasi perniagaan menjadi perkara yang penting bagi membolehkan kelestarian perniagaan bertahan lama. Memandangkan Bangi Sentral merupakan hub bagi pakaian muslimah, lokasinya sangat sesuai bagi usahawan muslimah dan usahawan instafamous menempatkan perniagaan mereka. Selain itu, Aisyah menitik beratkan kepuasan pelanggan dengan meletakkan frasa “Customer Come First’. Beliau berusaha berinteraksi dengan pelanggan seperti rakan sendiri dan menghargai mereka. Liku-liku dan cabaran perniagaan Biarpun sibuk sebagai isteri, ibu, pelajar dan majikan, Aisyah bijak mengatur jadual demi memenuhi tanggungjawab beliau. Keazaman dan kecenderungan beliau dalam bidang keusahawanan telah melatih Aisyah bijak menguruskan masa kerana baginya, masa itu tidak ternilai harganya. Sebagai seorang usahawan sudah tentu akan dihujani pelbagai cabaran yang melibatkan mental dan fizikal dalam menguruskan sesebuah perniagaan. Dalam Al-quran pernah menyebut “Demi masa, sesungguhnya manusia kerugian kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh, mereka menyeru kepada kebenaran dan menyeru kepada kesabaran”. Namun minat yang tinggi dan sukakan cabaran, Aisyah berjaya menempuhi segala cabaran dengan cekal. Pengurusan Staf Sementara itu, aforisme “rambut sama hitam, hati lain-lain” telah mengajar Aisyah supaya lebih bersabar dalam menguruskan pekerjanya. Sebagai seorang majikan yang perihatin terhadap kebajikan perkerjanya beliau telah melatih pekerjanya untuk menjaga disiplin dan membuat perancangan kerja dengan teratur. 229 Kreatif & Tekstil


Penularan Wabak Covid-19 Tidak dinafikan sektor pernigaan mempunyai risiko yang perlu ditanggung namum penularan wabak ‘Covid-19’ telah memberi kesan besar kepada pengoperasian perniagaan beliau. Hal ini telah menyukarkan Aisyah untuk mendapatkan bahan mentah di luar negara dan terpaksa menanggung kos yang tinggi untuk pembelian bahan mentah di Malaysia. Kepentingan untuk terus menimba ilmu turut ditegaskan oleh Aisyah kerana menurut beliau, dalam perniagaan usahawan perlu berani untuk mengambil risiko. Maka usahawan perlu ada ilmu agar tindakan dan perancangan perniagaan yang dilaksanakan dapat memastikan perniagaan kekal berjaya dan selari dengan perubahan arus dunia yang menuju ke arah digitalisasi. Cerita kejayaan Dalam membina empayar perniagaan bukan sesuatu yang mudah. Hakikatnya jika tidak berani mencuba, belum tentu kejayaan akan dikecapi. “Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian; bersakit-sakit dulu, bersenang-senang kemudian”. Kejayaan yang telah dikecapi oleh Aisyah cukup membanggakan semua pihak. Kejayaan Sebagai Pelajar Sebagai seorang pelajar bidang Psikologi, Aisyah merasakan kejayaanya adalah apabila berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti yang sememangnya diidamkan oleh semua pelajar. Kerana tidak semua orang berpeluang untuk belajar di universiti dan ilmu yang diperolehi 230 Usahawan Siswa : Memeta Haluan, Melakar Jaya


sepanjang belajar di UKM boleh dijadikan panduan pergaulan dengan pelbagai lapisan masyarakat. Menurut Aisyah kerjarlah ilmu selagi boleh kerana dengan ilmu manusia itu akan pandai membawa diri. Kejayaan Sebagai Usahawan Kejayaan Aisyah sebagai usahawan pula apabila pelanggan berpuas hati dengan produk yang beliau keluarkan. Pujian dari pelanggan membuatkan Aisyah bersemangat dalam mencari idea mempelbagaikan reka bentuk di butik Hijanah Haul. Kepuasan Aisyah sebagai seorang majikan pula adalah apabila dapat membantu pekerjanya mencari rezeki yang halal dan menolong keluarga mereka. Aisyah juga bermurah hati dengan bekongsi rezeki seperti membelikan hadiah kepada pekerjanya dan dengan cara ini juga pekerja beliau akan kekal lama. Selain itu, Aisyah juga mendapat pengiktirafan daripada negara seberang Indonesia iaitu Anugerah Kreatif Asia pada tahun 2020 yang lalu. Namun disebabkan oleh pandemic Covid-19, beliau tidak dapat menggengam anugerah tersebut kerana penutupan sempadan antarabangsa dalam mengengkang wabak ini. Persis pribahasa, “alang-alang mandi biar basah”. Pegangan hidup untuk terus maju dan tidak berhenti sekerat jalan menjadi asas keberadaan Aisyah dalam arena keusahawanan. Tidak pernah mendabik dada atas kejayaan yang dikecapinya, Aisyah Hijanah terus menadah tangan memohon pertolongan dan keberkatan daripada sang pencipta yang maha agung. Perancangan masa hadapan 1. Membuka Wisma Perniagaan Sendiri Antara perancangan masa hadapan Aisyah adalah untuk membuka wisma sendiri bagi menepatkan kesemua produk keluaran syarikatnya dibawah satu bumbung. Menurut Aisyah dengan menempatkan produk keluarannya dalam bumbung yang sama akan memberikan kepuasan kepada pelanggan ke tahap maksimum dan memudahkan pelanggan beliau mendapatkan semua keperluan di satu tempat yang sama. Perancangan membuka wisma ini adalah kerana beliau merasakan bangunan yang dimiliknya tidak cukup menampung pelanggan yang ramai manakala bangunan pejabat adalah sedikit jauh dari butik milikan. 2. Penggerak Usahawan Tekno Baru beralih kepada Usahawan Tekno, Aisyah menyimpan hasrat besar apabila aplikasi yang dilancarnya kelak akan digunakan di oleh rakyat Malaysia malah cita-citanya agar aplikasi yang dibinanya ini menembusi pasaran Amerika Syarikat dan seterusnya digunakan di Seluruh dunia. Aplikasi yang dibangunkan adalah khusus kepada wanita dalam membantu masalah kitaran haid memandangkan beliau pernah mengalami masalah angin pasang atau hernia yang serius hingga melakukan pembedahan. 3. Pertubuhan Kebajikan Selain itu, visi Aisyah dalam perniagaan adalah berniaga dalam keberkatan iaitu “biar untung sedikit tetapi memberi kebaikan kepada 231 Kreatif & Tekstil


masyarakat”. Bagi mencapai hasrat tersebut, Aisyah berhasrat menubuhkan satu pertubuhan yang dapat membantu bayi-bayi yang dibuang dan anak jalanan untuk mendapatkan kehidupan seperti kanak-kanak yang lain. Perancangan telah dilaksanakan dan semoga hasrat Aisyah membawa kebaikan yang ditunjukkan oleh Aisyah boleh membimbing usahawan muda dalam mencorak perniagaan kearah kebaikan. Intihannya, keperibadian seorang usahawan adalah bersemangat dan berkeinginan yang tinggi untuk berjaya dalam mencapai matlamat. Semangat untuk terus maju merupakan daya penggerak kepada perniagaan. Dalam masa itu, seseorang usahawan juga perlu berani membuat keputusan dalam menentukan kelangsungan perniagaannya. Pesanan Aisyah kepada usahawan pelajar yang baru berjinak dalam perniagaan supaya tidak berhenti mencari ilmu dan sentiasa fokus dalam melakukan pekerjaan serta fikirkan impian yang ingin digapai. Beliau juga cakna kepentingan ilmu kerana harta yang banyak tidak boleh membeli ilmu pengetahuan. Aisyah juga menasihatkan supaya usahawan pelajar mempunyai motivasi yang tinggi dan tidak mengamalkan sikap bertangguh dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan. Dalam ucapan terakhir Aisyah, beliau mengharapkan untuk terus maju dalam bidang perniagaan dan mampu meluaskan ‘empire’ perniagaannya ke serata dunia. 232 Usahawan Siswa : Memeta Haluan, Melakar Jaya


233 Kreatif & Tekstil


PLNT. CO SENTUHAN AURA POSITIF SENI HIASAN DALAMAN Usahawan Muhammad Amir Afham Huslan Penulis Dr. Mohd Amin Mohamad En. Muhammad Firdaus Abu Hassan En. Muhammad Rahmat Ismail 234 Usahawan Siswa : Memeta Haluan, Melakar Jaya


Usahawan muda yang sedang meningkat naik dalam bidang tanaman hiasan, Muhammad Amir Afham Bin Huslan merupakan anak kelahiran Kelantan. Beliau merupakan graduan Sarjana Keusahawanan di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). Beliau sangat meminati dalam bidang keusahawan sejak menjadi pelajar universiti lagi kerana banyak yang dipelajari terutama dalam memulakan dan mengukuhkan sesuatu perniagaan supaya dapat bersaing dalam pasaran. PLNT. CO SDN. BHD. Beliau memulakan perniagaan pertamanya dengan mencetak pakaian pada tahun 2009. Beliau merupakan pelajar di Fakulti Pengurusan Teknologi dan Teknousahawanan (FPTT). Perniagaan ini dijalankan kerana beliau mendapati pelajar di FPTT belum mempunyai baju korporat sendiri. Senario ini memberi peluang kepada beliau untuk menjalankan perniagaan ini kerana yakin dengan permintaan daripada pelajar di fakultinya. Perniagaan beliau mendapat sambutan yang positif. Beliau juga telah meluaskan pasaran perniagaannya kepada syarikat-syarikat dan bank di luar kampus. Beliau telah beralih kepada perniagaan baharu iaitu perkhidmatan jurufoto pada tahun 2010. Kemahiran fotografi yang dimiliki telah menerima banyak tawaran daripada pihak korporat untuk mendapatkan perkhidmatannya. Beliau pernah menerima tawaran sebagai jurufoto di majlis perkahwinan di Korea Selatan, Indonesia dan Singapura. Selain itu, beliau juga diberi kepercayaan untuk menjadi jurufoto untuk majlis perkahwinan Kerabat Diraja Brunei. Pada tahun 2017 hingga 2019, beliau mengembangkan perniagaan jurufoto ini dengan menggunakan nama baharu syarikat beliau iaitu Wolve Some People Studio. Melalui syarikat ini beliau telah mengembangkan perkhidmatan jurufoto, juruvideo dan perancang perkahwinan kepada syarikat-syarikat besar. Ketika gelombang pandemik virus corona yang melanda di seluruh dunia termasuk Malaysia, Amir Afham terpaksa menghentikan seketika perkhidmatan jurufoto beliau kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Pada masa itu, beliau telah menceburi perniagaan baharu iaitu menjual produk Gula Melaka, dan mendapat permintaan yang tinggi di kawasan sekitarnya. Beliau memfokuskan kepada perniagaan tanaman hiasan dan hiasan landskap pada tahun 2019. Ketika PKP, rakyat banyak menghabiskan masa di rumah dan ingin menceburi minat dan hobi baharu perkara membuatkan beliau yakin terhadap perniagaan hiasan dalaman. Maka, ini merupakan peluang beliau memasarkan produknya dalam pasaran melalui media sosial, seperti Instagram dan Facebook. Beliau telah mendapatkan bantuan daripada rakan beliau yang lebih berpengalaman semasa beliau menjadi jurufoto dahulu. Pada 2021, beliau berjaya membuka anak syarikat yang bernama Plnt People Sdn Bhd untuk mengembangkan perniagaannya. Lokasi anak syarikat ini terletak di Cyberjaya kerana “Beliau mengubah haluan dari perniagaan jurufoto kepada perniagaan tanaman hiasan hingga tular di media sosial” 235 Kreatif & Tekstil


kawasan ini yang strategik dan sedang pesat membangun. Oleh itu, permintaan daripada pelanggan juga amat memuaskan. Perjalanan Perniagaan Di Universiti, beliau seorang yang sangat aktif dalam menjalankan perniagaan kerana perlu menampung kos pembelajaran dan perbelanjaan. Perniagaan beliau banyak dibantu oleh Universiti seperti mendapat pinjaman kecil melalui Program Business Start-up untuk mengembangkan perniagaan cetakan baju. Selain itu, banyak program keusahawanan yang beliau terlibat bagi meningkatkan ilmu pengetahuan dalam bidang keusahawanan seperti Program SIFE (Students in Free Enterprise) dan lain-lain. Beliau sangat berdedikasi untuk mengembangkan perniagaannya keseluruh negara untuk memastikan hiasan tanaman ini menjadi satu keperluan. Bagi meningkatkan perniagaan tersebut beliau telah membuat pinjaman melalui SME Loan Maybank dan Micro Kredit Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk menambah baik kualiti produknya. Bagi melebarkan sayap perniagaan tanaman hiasan dari produk Plnt. Co Sdn. Bhd., beliau mengeluarkan idea yang lebih baik untuk menghasilkan pokok hiasan dalaman yang membuka mata pelanggan. Beliau juga melahirkan idea untuk melakukan perniagaan secara peruncitan. Hal ini, dapat memudahkan pelanggan untuk melihat dan merasakan keindahan pokok hiasan yang terdapat dalam syarikatnya. Selain daripada hiasan dalaman, beliau telah memperluaskan idea untuk menghasilkan hiasan tanaman di dalam hotel untuk memperlihatkan suasana yang harmoni. Amir Afham mendapat banyak sokongan dan pengaruh yang mampu memperluaskan 236 perniagaannya. Hal ini disebabkan sikap beliau Usahawan Siswa : Memeta Haluan, Melakar Jaya


yang sangat komited dan mempunyai ilmu pengetahuan yang banyak berkaitan pokok hiasan. Cabaran pandemiK covid-19 Semasa di Universiti, banyak persaingan dalam kalangan rakan-rakan yang mengeluarkan produk yang sama iaitu percetakan baju. Oleh hal demikian, beliau sangat kecewa dan kurang bersemangat untuk meneruskan perniagaan tersebut kerana hasil jualan tidak mencapai sasaran yang telah ditetapkan. Ketika pandemik COVID-19, beliau terpaksa menghentikan khidmat jurufoto kerana aktiviti sosial. Hal ini, telah memberi impak kepada beliau untuk mendapatkan sumber kewangan kerana tidak dapat menjalankan perniagaannya. Namun, beliau tetap berusaha untuk memulakan perniagaan baharu yang bersesuaian dengan norma baharu. Kejayaan di dalam perniagaan Kejayaan Amir Afham bermula daripada perkhidmatan jurufoto. Beliau telah berjaya menembusi arena jurufoto hingga ke peringkat antarabangsa seperti Korea Selatan, Singapura, Brunei dan Indonesia. Kejayaannya tidak terhenti disitu kerana beliau sentiasa mendapat tawaran daripada pelbagai korporat. Hal ini, telah meningkatkan lagi semangatnya bagi memuaskan kehendak pelanggan. Walaupun, berlakunya pandemik pada tahun 2020, kejayaannya tidak terhenti di situ. Beliau mengubah haluan kepada perniagaan tanaman hiasan hingga tular di media sosial. Penampilannya di rancangan televisyen telah berjaya meningkatkan jumlah jualan beliau sehingga membolehkan beliau untuk membuka anak syarikat pada tahun 2021. 237 Kreatif & Tekstil


238 Usahawan Siswa : Memeta Haluan, Melakar Jaya


Perancangan Plnt. Co Sdn. Bhd. pada masa hadapan Perancangan beliau pada masa hadapan untuk meletakkan tanda dagangan pada produk beliau untuk meningkatkan nilai produk di pasaran. Penjenamaan ini akan membolehkan mudah dikenali dan diingatkan oleh pelanggan. Beliau mensasarkan pada masa depan untuk menaik taraf syarikat beliau dari Sendirian Berhad kepada Berhad agar dapat mengembangkan perniagaan di seluruh negara. Selain itu, beliau ingin menjadi syarikatnya, sebuah syarikat yang terbesar dalam mengimport produk hiasan dalaman di Malaysia. Beliau juga ingin memberi pendidikan berkaitan tanaman hiasan dalaman kepada rakyat Malaysia supaya sedar akan kepentingan tanaman hiasan dalaman untuk kesihatan dan pemuliharaan alam sekitar. “Tanaman hiasan boleh menjadi sebagai terapi diri kerana kelihatan cantik dan dapat menyerikan sesuatu tempat” Sebagai usahawan tanaman hiasan landskap, beliau bercita-cita untuk memberi kesedaran yang tinggi kepada rakyat Malaysia bahawa tanaman hiasan ini boleh memberi aura positif. Tanaman hiasan boleh menjadi sebagai terapi diri kerana kelihatan cantik dan dapat menyerikan sesuatu tempat. Selain itu, beliau juga mahu membantu meningkatkan kesedaran kepada pelanggan dan masyarakat Malaysia tentang kebaikan tanaman hijau kepada ekosistem. 239 Kreatif & Tekstil


BINAMODERN ENTERPRISE HASILKAN KARYA SENI PERABOT MODEN Usahawan Ammar Fikri Abd Razak Penulis Dr. Mohd Amin Mohamad En. Muhammad Firdaus Abu Hassan En. Muhammad Rahmat Ismail 240 Usahawan Siswa : Memeta Haluan, Melakar Jaya


Ammar Fikri Abd Razak mempunyai minat yang sangat mendalam dalam bidang pembuatan. Beliau juga memiliki keyakinan dan semangat yang tinggi untuk mencapai kejayaan dalam bidang keusahawanan. Pertukangan kayu merupakan bidang yang diceburinya bagi mengorak langkah sebagai seorang ahli perniagaan yang berjaya. Walaupun usianya masih muda, Ammar yakin dengan kemampuannya untuk mencipta kejayaan dengan bersandarkan komitmen tinggi yang dicurahkan ketika menguruskan operasi syarikatnya. BINAMODERN ENTERPRISE SEPINTAS LALU Usahawan muda yang berasal dari Kuantan, Pahang ini menamatkan pengajian peringkat Diploma Kejuruteraan Pembuatan di UTeM pada 2015. Tiga tahun kemudian, beliau beroleh Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Pembuatan (Rekabentuk dan Proses) dengan kepujian dari universiti yang sama. Ammar Fikri mula melibatkan diri dalam perniagaan secara serius semasa tahun pertama di universiti. Pada peringkat awal, beliau berniaga secara kecil-kecilan dalam pelbagai karnival termasuk Karnival Sukan Antara Fakulti (SAF). Selain itu, Ammar Fikri turut menjalankan perniagaan membaiki telefon dan komputer riba serta perkhidmatan percetakan sepanjang berada di universiti. Perniagaan yang diusahakannya mendapat sambutan yang sangat baik daripada pelanggan dan beliau beroleh keuntungan yang sangat memberangsangkan. Oleh yang demikian, Ammar Fikri meneruskan perniagaan tersebut sehingga beliau menamatkan pengajian di universiti pada tahun 2017. Semasa di universiti, beliau telah menyewa kiosk perniagaan di dalam kawasan kampus induk UTeM. Ketika itu, Ammar Fikri yakin perniagaan yang diusahakannya itu mampu menjana keuntungan lumayan apabila melihat jumlah pelanggan yang ramai di lokasi tersebut. Keyakinan itu ternyata tidak meleset malah beliau mampu menggajikan dua orang pekerja yang terdiri daripada pelajar UTeM sepanjang dua tahun beroperasi di kiosk berkenaan. Situasi berubah apabila pandemik COVID-19 mula melanda negara. Seperti kebanyakan usahawan kecil dan sederhana yang lain, perniagaan Ammar Fikri turut menerima tempiasnya. Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara menyebabkan Ammar Fikri terpaksa menghentikan operasi perniagaannya di kiosk tersebut. Namun, Ammar Fikri bukanlah seorang individu yang mudah mengaku kalah dan berputus asa apabila berdepan saat-saat getir dalam dunia perniagaan. Beliau meneruskan usaha dengan memulakan perniagaan menjual ayam goreng berkeju di sekitar kawasan kediamannya dan pendapatan yang diperolehi dapat menampung kos perbelanjaan harian. Langit yang mendung kembali cerah setelah kerajaan melonggarkan sekatan PKP dan membenarkan semua jenis perniagaan kembali beroperasi. Kali ini, Ammar Fikri mengorak “BinaModern Enterprise terus berkembang maju dengan menerima banyak pesanan daripada pelbagai pihak” 241 Kreatif & Tekstil


langkah dalam bidang perniagaan yang baharu. Pada bulan Ogos 2020, Ammar Fikri mula menceburkan diri dalam kegiatan pertukangan perabot moden dengan membuka sebuah syarikat yang dinamakan BinaModern Enterprise. Beliau juga menyewa sebuah bengkel di kawasan Kraftangan Melaka, Alor Gajah. Masa berlalu dan operasi perniagaan BinaModern Enterprise terus berkembang maju dengan menerima banyak pesanan daripada pelbagai pihak. Isteri Ammar Fikri turut menyumbang idea dan tenaga secara aktif sebagai pereka yang menghasilkan reka bentuk perabot mengikut cita rasa pelanggan. Selain itu, beliau turut mengupah seorang pekerja bagi membantu meningkatkan kecekapan proses pembuatan perabot keluaran syarikatnya. BinaModern Enterprise menawarkan beraneka jenis perabot moden dan artistik yang menggabungkan bahan-bahan besi, kayu dan plastik. Perabot-perabot yang dihasilkan pasti memenuhi cita rasa para pelanggan. Ammar Fikri percaya setiap produk keluaran BinaModern Enterprise bukan sahaja unik malah setanding dengan perabot keluaran syarikat-syarikat lain. Apa sahaja permintaan pelanggan pasti dapat dipenuhi oleh BinaModern Enterprise tanpa sebarang masalah. Inspirasi bidang pertukangan KARYA SENI Bidang pertukangan bukan sesuatu yang asing bagi Ammar Fikri. Ketika masih kecil, beliau sering melihat datuknya bertukang di sekitar kawasan rumahnya. Boleh dikatakan bakat bertukang yang ada dalam diri Ammar Fikri diwarisi daripada datuknya. Pendedahan awal yang diterima Ammar Fikri terhadap bidang pertukangan telah mencetuskan inspirasi dalam dirinya untuk menjadikan bidang pembuatan sebagai kerjaya pilihan. Selain itu, ilmu yang ditimba di UTeM juga membantu mengembangkan bakat beliau dalam bidang yang diceburi ketika ini. Perkara itu menyumbang kepada penghasilan idea yang bernas dan kreatif yang diperlukan untuk membuat produk yang berkualiti tinggi. Perniagaan perabotnya juga mendapat sokongan yang sangat tinggi dalam kalangan para pensyarah UTeM. Sebagai pelanggan yang berpuas hati, mereka turut menguar-uarkan tentang perabot berkualiti tinggi keluaran BinaModern Enterprise “Kemahiran isterinya dalam seni reka bentuk turut menjadi aset berharga bagi BinaModern Enterprise terus berkarya menghasilkan perabot moden” 242 Usahawan Siswa : Memeta Haluan, Melakar Jaya


kepada rakan-rakan yang lain. Ammar Fikri menggunakan modal sendiri untuk memulakan perniagaan pembuatan perabot moden. Beliau berbuat demikian supaya dapat lebih fokus terhadap usaha mengurus dan mengembangkan operasi perniagaan tanpa dihambat kerisauan memikirkan tentang bayaran balik pinjaman yang perlu dilunaskan. Peluang dalam cabaran Terdapat beberapa cabaran yang dihadapi Ammar Fikri pada peringkat awal perniagaan pembuatan perabot miliknya. Cabaran yang pertama adalah dari segi mempromosi produk keluaran syarikatnya dalam media sosial dan laman sesawang. Selain itu, tidak ramai pelanggan baharu yang mengetahui lokasi bengkel yang terletak di dalam kawasan perindustrian. Pengalaman yang kurang dalam mengenal pasti bahan mentah yang berkualiti turut menimbulkan cabaran tersendiri bagi Ammar Fikri. Bagi mengatasi masalah-masalah tersebut, Ammar Fikri sentiasa mempelajari ilmu yang diperlukan bagi meningkatkan pengetahuan khususnya berhubung pemilihan bahan mentah yang sesuai. Hasilnya, BinaModern Enterprise dapat mengeluarkan perabot moden yang berkualiti tinggi dan tahan lama. Ilmu asas pertukangan kayu dipelajari Ammar Fikri pada usia yang sangat muda ketika membantu dan memerhatikan datuknya membuat perabot. Banyak ilmu bermanfaat yang diturunkan oleh datuknya sebagai bekalan pada masa hadapan. Apabila dewasa, kelas reka bentuk yang diikuti di UTeM melatih Ammar Fikri berfikir secara lebih kreatif untuk menghasilkan produk yang berguna dan menepati kehendak pelanggan. Kemahiran isterinya dalam seni reka bentuk turut menjadi aset berharga bagi BinaModern Enterprise terus berkarya menghasilkan perabot moden. Karya seni jadi pilihan pelanggan Dalam tempoh yang agak singkat, BinaModern Enterprise yang diasaskan oleh Ammar Fikri berjaya menghasilkan pelbagai jenis perabot moden yang menepati citarasa pelanggan. Nama syarikatnya kini menjadi semakin terkenal. Para pelanggan sangat berpuas hati dengan produk yang dihasilkan BinaModern Enterprise dan tempahan perabot moden yang diterima semakin meningkat. Ammar Fikri berazam untuk berusaha dengan lebih gigih bagi meletakkan karya seni yang diterapkan melalui perabot keluaran syarikatnya di aras yang lebih tinggi. 243 Kreatif & Tekstil


Perancangan masa hadapan BinaModern Antara penambahbaikan yang ingin dilakukan oleh Ammar Fikri adalah meningkatkan tahap kecekapan proses pengeluaran perabot agar syarikatnya dapat memenuhi permintaan pelanggan dalam masa yang lebih pantas. Bagi mencapai matlamat tersebut, BinaModern akan mengambil lebih ramai pekerja yang berkemahiran. Ammar Fikri turut merancang untuk membeli lebih banyak mesin yang menggunakan teknologi terkini bagi membolehkan beliau menghasilkan perabot yang lebih berkualiti dalam kuantiti yang lebih besar dan secara sistematik. Ammar Fikri percaya bahawa setiap produk yang dihasilkan mesti berupaya menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pelanggan. Bagi beliau, falsafah itu seharusnya menjadi pegangan setiap usahawan termasuk pelajar universiti yang berminat menceburi bidang perniagaan. Di samping itu, Ammar Fikri juga percaya bahawa setiap usahawan muda perlu mempunyai minat dan keyakinan diri yang sangat tinggi serta sentiasa bersikap positif. Beliau sendiri telah membuktikannya apabila berjaya mengharungi pelbagai cabaran yang menjadikan dirinya lebih matang dalam menguruskan perniagaan. 244 Usahawan Siswa : Memeta Haluan, Melakar Jaya


245 Kreatif & Tekstil


MEYZAH JAMAL COUTURE JAHITAN TRADISIONAL DAN MODEN PASIR GUDANG Usahawan Nur Hamizah Jamal Penulis Pn. Najmiah Mohd Nor Pn. Suzlina@Norhidayat Abdul Razak Pn. Siti Norafizah Ab Aziz Cik Jamilah Esmail@Ismail 246 Usahawan Siswa : Memeta Haluan, Melakar Jaya


Pada hari ini, keusahawanan amat penting memandangkan bidang ini menjadi agen perubahan dan perkembangan ekonomi selain mampu mengubah struktur masyarakat. Kepentingan inilah telah menjadi pemangkin kepada Nur Hamizah Binti Jamal yang merupakan seorang usahawan yang dibentuk oleh Kolej Komuniti Pasir Gudang. Beliau berusia 26 tahun dan menetap di Teluk Ramunia, Pengerang, Johor. Beliau memulakan pendidikan awal di Sekolah Rendah Teluk Ramunia dari tahun 2001-2007 dan meneruskan pendidikan beliau di Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Datuk dari tahun 2008-2012. Selepas menamatkan pendidikan di SMK Tanjung Datuk, beliau melanjutkan pendidikan di Universiti Pendidikan Sultan Idris dalam jurusan Sains Matematik. Setelah beliau menamatkan pendidikan di UPSI, beliau telah bekerja sementara di syarikat ukur tanah KUMPULAN SUFIAN dari tahun 2016 hingga 2017. Beliau mula menjinakkan diri dalam dunia jahitan daripada umur 16 tahun. Beliau selalu membantu ibunya dalam menyiapkan tempahan pelanggan ibunya. Oleh itu, minat yang mendalam dalam dunia jahitan, beliau telah meninggalkan KUMPULAN SUFIAN untuk menimba ilmu di Kolej Komuniti Pasir Gudang dalam jurusan Fesyen & Pakaian dari tahun 2017-2019. Di Kolej Komuniti Pasir Gudang, beliau telah mendapat ilmu yang tiada nilainya kini sehingga tertubuhnya MEYZAH JAMAL COUTURE. MEYZAH JAMAL COUTURE Meyzah Jamal Couture diambil bersempena nama beliau iaitu Nur Hamizah Binti Jamal. Beliau mengekalkan namanya kerana mahu nama tersebut terpahat di hati pelangganpelanggannya selamanya dengan harapan sesiapa sahaja yang mengenalinya sama ada dekat ataupun jauh turut mengenali MEYZAH JAMAL COUTURE. Perniagaan ini menyediakan perkhidmatan tempahan menjahit pakaian tradisional wanita, pakaian tradisional lelaki, pakaian perkahwinan lelaki dan wanita, dress dan kemeja serta alteration pakaian. Kakitangan yang terlatih dan berpengalaman, perusahaan beliau mampu memberikan khidmat jahitan pakaian yang berkualiti dengan harga yang berpatutan. Kualiti ini telah menyumbang kepada sambutan yang menggalakkan daripada pelanggan, bersesuaian dengan perkhidmatan yang memuaskan. Beliau sentiasa mengkaji maklum balas pelanggan dan cadangan bersesuaian dengan keperluan. Kajian pasaran yang dibuat merangkumi pasaran semasa, trending dan musim-musim perayaan. Beliau turut menimba ilmu dalam pemasaran produk secara atas talian, mengikuti kelas penulisan dan teknik mengambil gambar dengan menggunakan telefon pintar. Perjalanan perniagaan MEYZAH JAMAL COUTURE telah mendapat idea perniagaan daripada keluarga terdekat. Ibunya sendiri telah menjalankan perniagaan jahitan malahan saudaranya juga merupakan pelajar di Kolej Komuniti Pasir Gudang dalam jurusan yang sama iaitu program Fesyen dan Pakaian. Mereka inilah yang telah memberikan sokongan yang padu dalam penubuhan perniagaan ini. Beliau juga sentiasa membuat rujukan dengan pensyarah di Kolej Komuniti Pasir Gudang semasa menubuhkan perniagaan ini dari segi perancangan perniagaan, prospek, 247 Kreatif & Tekstil


perkhidmatan yang ditawarkan, pengurusan kedai serta pelaporan kewangan perniagaan. Semasa di KKPG, tidak pernah ketinggalan dalam menyertai kursus keusahawanan yang dianjurkan oleh Unit Keusahawanan KKPG seperti Kursus Rancangan Perniagaan, Kursus Penjanaan Idea Perniagaan serta Bengkel Pengurusan Kewangan. Hasil gabungan daripada beberapa faktor ini, maka tertubuhlah MEYZAH JAMAL COUTURE pada Januari 2018 dengan kelulusan daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Idea perniagaan ini bermula apabila beliau melihat sendiri perniagaan jahitan milik ibunya (Puan NorAzlien Binti Mohd Amin) yang kekal bertapak di pasaran selama 24 tahun. Hal ini, menguatkan lagi hasrat beliau untuk mengembangkan sayap perniagaan milik keluarganya. Perniagaan tersebut masih kukuh sehingga kini dan pelanggannya terdiri daripada masyarakat setempat, rakan-rakan belajar dari seluruh Malaysia yang rata-rata sangat berpuas hati dengan hasil jahitannya. Idea perniagaan ini dilonjakkan lagi apabila tiba musim perayaan, orang ramai berpusu-pusu mencari tukang jahit untuk menjahit pakaian hari raya. Walaupun terdapat baju sedia dipakai di pasaran tetapi dewasa ini orang ramai lebih mementingkan kepada keselesaan. Eksklusif, seni halus, kreativiti dan ketelitian serta faktor selesa ketika dipakai merupakan kunci kejayaan kepada kesetiaan pelanggan yang menempah. Perniagaan ini tidak akan terjejas ekoran persaingan sengit daripada jualan secara atas talian atau jualan di butik atau pusat beli-belah. Secara keseluruhannya, perniagaan MEYZAH JAMAL COUTURE ini telah mendapat sokongan 248 Usahawan Siswa : Memeta Haluan, Melakar Jaya


yang tinggi daripada: 1. Keluarga yang begitu kuat memberi dorongan dan sokongan dalam semua aspek baik dari segi kewangan dan juga nasihat. 2. Rakan-rakan daripada Kolej Komuniti Pasir Gudang yang turut sama menawarkan perkhidmatan jahitan. 3. Pensyarah dan Unit Keusahawanan Kolej Komuniti Pasir Gudang 4. Pasaran sekitar hasil daripada kajian pasaran yang dibuat. Modal merujuk kepada kekayaan syarikat dalam bentuk wang atau aset, yang boleh digunakan untuk memulakan perniagaan atau melabur dalam perniagaan, untuk menghasilkan lebih keuntungan. Modal terbahagi kepada dua jenis iaitu modal fizikal atau modal insan. Modal fizikal menunjukkan modal yang nyata, seperti wang, tanaman, jentera, perabot, kelengkapan dan bangunan. Sementara itu, modal insan merupakan konsep yang baharu, seperti kemahiran, kebolehan, bakat, pengetahuan, dan lain-lain yang digunakan oleh syarikat untuk memenuhi matlamat jangka panjangnya. Modal insan, bukanlah dimiliki oleh syarikat, tetapi oleh pekerja. Antara modal yang dikeluarkan untuk memulakan perniagaan MEYZAH JAMAL COUTURE seperti yang berikut : 1. Modal Fizikal Simpanan sendiri Pemindahan aset sedia ada dari perniagaan ibu (Azlien Tailor) 2. Modal Insan Ilmu dan kemahiran yang diperoleh semasa tempoh pengajian di Kolej Komuniti Pasir Gudang . Pihak Kolej Komuniti telah memberikan sokongan yang tinggi untuk MEYZAH JAMAL COUTURE memulakan perniagaan seperti : 1. Khidmat bimbingan dan perkongsian ilmu dalam bidang perniagaan. 2. Khidmat penyeliaan perniagaan seperti program inkubator kolej yang pernah diikuti. 3. Khidmat pembangunan idea serta kursuskursus yang berkaitan dengan bidang perniagaan yang diceburi. Liku-liku dan cabaran perniagaan Tanggal 18 MAC 2020, seluruh rakyat Malaysia dikejutkan dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kebanyakan peniaga terkesan dengan pelaksanaan PKP tersebut. Semua majlis perkahwinan terpaksa ditunda atau dibatalkan dan banyak industri jatuh lumpuh dan turut memberi kesan kepada MEYZAH JAMAL COUTURE. Antara cabaran-cabaran yang dihadapi adalah seperti yang berikut: 1. Penurunan jumlah jualan disebabkan oleh pergerakan pelanggan yang terbatas 2. Tanggungan kos operasi dalam tempoh penutupan operasi perniagaan. 3. Kadar pusingan modal yang lemah disebabkan penurunan jualan Apabila menjalankan sesebuah perniagaan pastinya akan menghadapi keadaan berhadapan dengan karenah pelanggan. Keperluan dan kehendak pelanggan memang berbeza-beza. Peniaga beruntung jika perniagaan yang dijalankan mampu untuk memenuhi kehendak dan keperluan pelanggan. Usahawan yang bijak dalam menangani cabaran ini dengan melakukan 249 Kreatif & Tekstil


tindakan seperti yang berikut: 1. Melatih pekerjanya untuk terus bersabar dan berbudi bahasa semasa melaksanakan servis kepada pelanggan. 2. Beliau sentiasa berdisiplin semasa mengendalikan perniagaan terutama dalam urusan jadual waktu operasi kedai. Semasa musim perayaan, telah maklum bahawa tukang jahit adalah orang yang paling sibuk dalam menyiapkan semua tempahan pelanggan. Tambahan pula, majlis-majlis perkahwinan yang biasa dibuat selepas musim perayaan menyebabkan beliau mengalami masalah dalam menyiapkan semua tempahan dengan kekangan pekerja dan ruang perniagaan. Bagi mengatasi masalah tersebut, beliau telah mengambil inisiatif dengan: 1. Menghadkan tempahan yang diterima. 2. Melatih pekerja-pekerja kampung yang boleh membantu mereka dari segi memotong kain, melipat kain bagi mengurangkan masa penghasilan sesuatu baju. 3. Memaksimumkan masa bekerja. Halatuju MEYZAH JAMAL COUTURE Perniagaan MEYZAH JAMAL COUTURE ini berjaya kerana beliau sentiasa menjaga mutu jahitan, mengikut peredaran fesyen dan memenuhi kehendak pelanggan. Cita-cita beliau memastikan perniagaan yang dimulakan oleh ibunya dapat diteruskan oleh ahli keluarganya. Beliau turut berharap agar perniagaannya terus maju pada masa hadapan dan berjaya sehingga menguasai pasaran. Keuntungan tertinggi yang pernah MEYZAH JAMAL COUTURE perolehi, sebanyak RM15,000.00 sebulan. Antara rancangan masa hadapan perniagaannya seperti berikut: 1. Berkolaborasi dengan Wedding Planner bagi jahitan pakaian pengantin (AyieArdly Wedding Planner) 2. Mencipta perniagaan secara atas talian dengan lebih meluas 3. Menghasilkan pakaian atas jenama sendiri yang boleh melangkah ke pasaran dunia 250 Usahawan Siswa : Memeta Haluan, Melakar Jaya


Beliau percaya kunci kejayaan perniagaan dalam bidang jahitan ini terletak pada kekemasan jahitan pakaian bagi menjamin kualiti produk. Ianya bukan sahaja dapat memberi kepuasan kepada pelanggan tetapi juga kepuasan kepada diri sendiri kerana perkhidmatannya mampu memberi keselesaan kepada si pemakai. Selain itu, beliau juga sentiasa cakna kepada setiap maklum balas yang diterima oleh pelanggan bagi menambahbaik lagi operasi perniagaan. Beliau yakin perniagaannya dalam jahitan ini boleh melangkah jauh disamping membina jaringan perniagaan dan memantapkan perniagaan atas talian bagi menjamin pengekalan perniagaan dalam bidang jahitan. 251 Kreatif & Tekstil


252 Usahawan Siswa Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah izin dan kurnianya, sebuah buku yang memaparkan perjalanan dan kisah kejayaan usahawan mahasiswa berjaya dihasilkan. Jutaan penghargaan dan terima kasih kepada pihak YB Menteri Pengajian Tinggi kerana sentiasa memberi sokongan dan dorongan terutamanya dalam memperkasakan agenda keusahawanan dalam kalangan mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Ucapan jutaan terima kasih juga dirakamkan kepada semua tenaga penggerak yang menjadi tulang belakang dan bertungkus lumus memberi kerjasama yang erat dalam menyiapkan sebuah buku Usahawan Siswa: Memeta Haluan, Melakar Jaya. Sekalung penghargaan kepada Unit Keusahawanan, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) kerana memberi kepercayaan serta tanggungjawab kepada Universiti Malaysia Kelantan (UMK) untuk menghasilkan sebuah buku yang bukan sahaja memberi impak kepada pembaca malah memberi sumber inspirasi dan panduan kepada mahasiswa khususnya. Sekalung penghargaan juga dirakamkan kepada Naib Canselor, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) atas penambahbaikan buku ini menerusi lontaran idea dan bimbingan. Terima kasih tidak terhingga kepada semua pengarah-pengarah pusat keusahawanan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan para penulis yang telah memberi sokongan padu dalam melahirkan naskah penulisan ini. Sekalung tahniah diucapkan kepada usahawan mahasiswa yang telah terpilih mewakili Institusi Pengajian Tinggi (IPT) masing-masing untuk dimuatkan dalam buku ini sebagai tatapan pembaca. Tidak lupa juga kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam pembikinan buku ini. Semoga dengan penerbitan buku Usahawan Siswa: Memeta Haluan, Melakar Jaya, mampu menjadi panduan berguna dan mendorong pembaca terutamanya dalam kalangan mahasiswa untuk lebih cenderung menjadi seorang usahawan samada semasa mereka masih belajar mahupun setelah bergraduat kelak. PENGHARGAAN


253 Memeta Haluan, Melakar Jaya A AB Chochojar, 31 Abris Bread, 42 Aiskrim, 55 Aplikasi atas talian, 106 Aragorn Rich Sdn. Bhd., 192 B Bakery WMH Enterprise, 58 Bangsawan picture,124 Beyo Beauty, 109 Bidang perniagaan, 39,49 Bimbingan, 39, 221 BinaModern Enterprise, 260 Business Model Canvas, 38 Buy Stationary Sdn. Bhd., 227 C Cabaran, 25, 32, 45, 60, 67, 104, 109, 118, 127, 132, 138, 144, 150, 164, 176, 183, 189, 194, 202, 210, 216, 222, 228, 232, 241, 249, 262 Cawangan, 28 Citarasa 7 D Dropship, 65 Dunia perniagaan 26 Dwans Collection, 239 E Ejen, 6, 11, 26 Ekonomi, 26 ExAR Technologies, 148 F Farah JK Empire, 36 INDEKS


254 Usahawan Siswa Fotografi dan videografi, 124-141 G GetRunner, 168 Graduan, 49, H Hala tuju, 28, 56, 68, 128, 133, 152, 233 Hash Cream, 55 Hijanah Haul, 246 I Ibupreneur, 162 Idea, 17, 66, 120, 150, 163 Ikon keusahawanan, 52, 68 Ilmu perniagaan, 32, 120 Impian, 8, 112 Inspirasi, 262 Inisiatif 7 J Job creator, 57 K Kejayaan, 26, 33, 40, 45, 50, 56, 61, 68, 112, 118, 127, 133, 139, 146, 151, 157, 165, 178, 183, 189, 195, 204, 210, 217, 222, 228, 232, 244,250 Kejujuran, 14 Kelas Shopee, 39 Kepercayaan, 17 Kerugian, 33 Kesihatan, 102-107 Keunikan, 17, 37, 106 King Oden Kiosk, 23, 87, 261 KL Eternity Enterprise, 154 Kompetensi 42 Kopi segera, 65 Kosmetik, 90-101, 108-113 Kreatif, 254-265 Kritikan, 31


255 Memeta Haluan, Melakar Jaya L LK-Legacy, 180 M MA Automobile, 186 Makanan, 22-63, 70-87 Mama Food, 70 Manir Store, 221 Mentor perniagaan, 7 Meyzah Jamal Couture, 266 Minuman, 64-69 Mitez Solutions, 142 Modal perniagaan, 50, Modal, 18, 223, 269 Motivasi, 7 N Nasihat, 199 P Pandemik covid-19, 34, 129, 249 Pantang Plus, 102 Pelanggan, 14 Peluang, 262 Pendapatan, 28, 67, 83, 163, 200, 261 Pengalaman, 12, 43 Pengeluaran, 35 Pengiktirafan, 140 Perancangan, 121 Perintah Kawalan Pergerakan, 129, 193, 242, 255 Perjalanan perniagaan, 149, 150, 164 Perkhidmatan, 162- 191 Permintaan, 6, 38 Perniagaan offline, 65 Persaingan, 51, 104, 134, 170, 182, 186, 195, 203, 242, 257, 268 Peruncitan, 200- 235 Pesaing, 6 Platform, 38 Plnt. Co. Sdn. Bhd., 255 Produk, 12,14, 23, 31, 44, 46, 52, 110 Pelanggan, 24, 33, 37,49,55, 66, 71, 78, 83, 92, 98, 104, 105, 110, 118, 121, 127, 131, 144, 149, 155,


256 Usahawan Siswa 173, 182, 187, 193, 201, 207, 215, 221, 228, 233, 239, 242,255, 261, 267 Program Keusahawanan, 50, 66 Proses, 38 Q Qalyma Global, 116 R Resepi, 23, 37, 56, 73, 78 Risiko, 109, 157 S S Production Sdn. Bhd., 137 SBS Agroternak Trading, 206 Sistem ejen, 26, 32 Sokongan, 268 Stokis, 34 Strategi, 33, 68 Sumbangan, 26 Sushi, 49 Syahiran Global Resources, 231 T Teknologi, 116-123, 142-159 Tekstil, 238-253, 266-271 The Kacak, 200 The Pino Production, 130 TokkMungg, 212 U Umrah, 100 Universiti, 19 Usaha, 49, 67 Usahawan, 8, 21,30, 42, 91, 249 U-star, 118 Z Zahemas Utara Enterprise, 64


257 Memeta Haluan, Melakar Jaya


KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI No. 2, Tower 2, Jalan P5/6, Precinct 5, 62200 Putrajaya, Malaysia Pembentukan masyarakat Malaysia yang berpemikiran keusahawanan merupakan asas dalam menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara keusahawanan unggul menjelang 2030. Penerapan budaya keusahawanan melalui pelaksanaan enam Teras Strategik di bawah Dasar Keusahawanan Negara (DKN) merupakan pemangkin kepada proses transformasi ekonomi inklusif dan komuniti keusahawanan negara. Sejajar dengan hasrat kerajaan melalui pembentukan DKN yang melibatkan pelaksanaan program pembangunan keusahawanan yang merangkumi kemudahan pembiayaan, pembangunan infrastruktur, aktiviti penyelidikan dan latihan serta kemahiran di kesemua Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia supaya ia mampu menjadi platform untuk melahirkan dan mencipta para graduan berminda keusahawanan kelas pertama. Penglibatan mahasiswa dalam aktiviti keusahawanan telah memberi nilai tambah bukan sahaja dalam bidang berkaitan semata-mata, namun ia juga turut mendedahkan mereka dengan pelbagai kemahiran keusahawanan melalui penciptaan produk dan perkhidmatan baharu sekali gus menyokong pembangunan dan pertumbuhan ekonomi negara serta menjadi pencipta pekerjaan (job creator). Selari dengan matlamat Pelan Tindakan Keusahawanan IPT 2021-2025, buku ini telah digarap berdasarkan enam kategori utama perniagaan berteraskan inovasi dan teknologi iaitu perniagaan kosmetik dan kesihatan, perkhidmatan fotografi dan audiografi, produk makanan dan minuman, aktiviti peruncitan, bidang seni kreatif dan tekstil serta perkhidmatan pengkhususan. Seramai 39 usahawan dalam kalangan mahasiswa dan graduan yang berjaya menempa nama dengan meraih pelbagai anugerah dan kejayaan melalui pembentukan inovasi produk, proses, pemasaran, peralatan dan pembungkusan melalui pemikiran kreatif dan inovatif. Selain itu, buku ini turut menceritakan tentang perjalanan suka dan duka mereka sepanjang bergelar usahawan yang boleh dijadikan iktibar dan contoh tauladan yang baik kepada individu yang ingin menceburkan diri dalam dunia keusahawanan. Semoga penerbitan buku Usahawan Siswa: Memeta Haluan, Melakar Jaya ini, mampu menjadi wadah ilmu yang berguna sekali gus menjadi perangsang kepada jiwa-jiwa yang dahagakan perubahan dan menjadi inspirasi khususnya kepada para mahasiswa untuk menerokai bidang keusahawanan sebagai satu kerjaya pilihan. USAHAWAN SISWA MEMETA HALUAN, MELAKAR JAYA ISBN 978-967-2912-70-5 978967291270 5


Click to View FlipBook Version