The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

1 SET_Content_PERADABAN dan ISU-ISU SEMASA_CRC PKENINGAU_27 OGOS 2021_FINAL

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by surayasin12, 2021-08-27 22:38:33

1 SET_Content_PERADABAN dan ISU-ISU SEMASA_CRC PKENINGAU_27 OGOS 2021_FINAL

1 SET_Content_PERADABAN dan ISU-ISU SEMASA_CRC PKENINGAU_27 OGOS 2021_FINAL

Penyunting
MOHD NUR HIDAYAT HASBOLLAH HAJIMIN

SURAYA SINTANG
SITI AIDAH HJ. LUKIN
ABANG MOHD. RAZIF ABANG MUIS
SAIFULAZRY MOKHTAR

PE RADAB AN
dan

ISU-ISU
SEMASA



Penyunting
MOHD NUR HIDAYAT HASBOLLAH HAJIMIN

SURAYA SINTANG
SITI AIDAH HJ. LUKIN
ABANG MOHD. RAZIF ABANG MUIS
SAIFULAZRY MOKHTAR

PENERBIT UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
Kota Kinabalu • Sabah • Malaysia
http://www.ums.edu.my
2020

Ahli Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM)

© Universiti Malaysia Sabah, 2020

Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan
semula, disimpan untuk pengeluaran atau dikeluarkan ke dalam sebarang
bentuk sama ada dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya
tanpa kebenaran bertulis daripada Penerbit Universiti Malaysia Sabah, kecuali
seperti yang diperuntukkan dalam Akta 332, Akta Hak Cipta 1987. Keizinan
adalah tertakluk kepada pembayaran royalti atau honorarium.

Segala kesahihan maklumat yang terdapat dalam buku ini tidak semestinya
mewakili atau menggambarkan pendirian mahupun pendapat Penerbit
Universiti Malaysia Sabah. Pembaca atau pengguna buku ini perlu berusaha
sendiri untuk mendapatkan maklumat yang tepat sebelum menggunakan
sebarang maklumat yang terkandung di dalamnya. Pandangan yang terdapat
dalam buku ini merupakan pandangan ataupun pendapat penulis dan
tidak semestinya menunjukkan pendapat atau polisi Universiti Malaysia
Sabah. Penerbit Universiti Malaysia Sabah tidak akan bertanggungjawab
terhadap sebarang masalah mahupun kesulitan yang timbul, sama ada
secara menyeluruh atau sebahagian, yang diakibatkan oleh penggunaan atau
kebergantungan pembaca terhadap kandungan buku ini.

Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

PERADABAN dan ISU-ISU SEMASA / Penyunting MOHD NUR HIDAYAT HASBOLLAH
HAJIMIN, SURAYA SINTANG, SITI AIDAH HJ. LUKIN, ABANG MOHD. RAZIF
ABANG MUIS, SAIFULAZRY MOKHTAR.
ISBN 978-967-2962-08-3
1. Civilization.
2. Sabah (Malaysia)--Civilization.
3. Environmental management--Malaysia--Sabah.
4. Human capital--Malaysia--Sabah.
5. Sabah (Malaysia)--Social conditions.
6. Social sciences--Malaysia--Sabah
7. Government publications--Malaysia.
I. Mohd. Nur Hidayat Hasbollah Hajimin, 1988-. II. Suraya Sintang, 1973-.
III. Siti Aidah Hj. Lukin, 1969-. IV. Abang Mohd. Razif Abang Muis, 1989-.
V. Saifulazry Mokhtar, 1982-.
909.090959521

Muka taip teks: Chaparral Pro

Saiz taip teks dan leading: 11/14 poin

Reka letak kulit & halaman: Rosalind Ganis

Pembaca pruf: Alecia Angati

Editor: Ainun Jamil

Diterbitkan oleh: Penerbit Universiti Malaysia Sabah

Tingkat Bawah, Perpustakaan

Universiti Malaysia Sabah

Jalan UMS

88400 Kota Kinabalu, Sabah.

Dicetak oleh: Percetakan Keningau Sdn Bhd (63932H)

Lot 26, Phase 1, HSK Industrial Centre, km 8,

Jalan Penampang, 88300 Kota Kinabalu, Sabah.

Kandungan Muka Surat

Senarai Jadual viii
Senarai Rajah ix
Prakata xi
Pengenalan xii

BAHAGIAN I: ALAM SEKITAR DALAM WACANA PERADABAN

Bab 1 Kesedaran terhadap Kesan Bekas Lombong 1
Tembaga Mamut kepada Pencemaran Air Sungai 11
di Ranau Sabah 29
Baba Musta, Mohd Harun Abdullah, Kyoung Woong Kim 51
& Assis Kamu

Bab 2 Pengukuran dan Pemupukan Kesedaran Alam
Sekitar dalam Kalangan Masyarakat Islam:
Kajian Awal
Nurul Ain Zulhaimi & Mohd Najeeb Abdul Rahim

Bab 3 Tanggapan Masyarakat Luar Bandar terhadap
Risiko Kerugian Banjir: Kajian Kes Dataran
Banjir Beaufort, Sabah
Adi Jafar, Mohammad Tahir Mapa, Nordin Sakke, Ramli
Dollah & Abdul Hadi Alimuddin

Bab 4 Kesedaran Bencana Tanah Runtuh terhadap
Penduduk Kampung Mesilou, Kundasang,
Sabah
Hennie Fitria Wulandary Soehady Erfen & Baba Musta

v

BAHAGIAN II: ETIKA DAN PEMBANGUNAN INSAN
DALAM PERADABAN

Bab 5 Implikasi 25 Tahun Pemerintahan Sultan Ahmad 63
Tajuddin: Melakar Jati Diri Bangsa Mandiri 83
Nurul Amalina binti Zullkiflee 97
113
Bab 6 Pendekatan Pengurusan Konflik dan Kecerdasan
Emosi dalam kalangan Pemimpin Kesatuan 123
Sekerja di Sabah 145
Ag Mohd Ruslaimie bin Masli & Kee Y.Sabariah bte Kee 163
Mohd Yussof

Bab 7 Pembentukan Penanda Aras Pentaksiran
Keharmonian Agama Komuniti Mualaf
Azarudin bin Awang, Azman Che Mat, Razali Musa &
Ruhaizah Abd. Ghani

Bab 8 Pengaruh Peranan Jurulatih dan Sokongan
Pengurusan Atasan terhadap Penghayatan Ilmu
Islam dalam Kursus Kerjaya Lain-lain Pangkat
KAGAT di ILMI
Muhd Syukri Zahari, Daud Mohamed Salleh & Zahimi
Zainal Abidin

Bab 9 Konsep Latihan sebagai Strategi Pembangunan
Insan Berteraskan Islam
Abang Mohd Razif Abang Muis, Syamsul Azizul
Marinsah, Mohd Nur Hidayat Hasbollah Hajimin &
Abdul Hair Beddu Asis

Bab 10 Syair Ulama Brunei Pehin Siraja Khatib Abdul
Razak bin Hasanuddin: Melakar Sejarah
Kesultanan Brunei
Norhayati binti Haji Abd Karim

Bab 11 Perkembangan Penyebaran Islam dalam
Kalangan Masyarakat Pedalaman di Sabah
Siti Aidah Hj. Lukin @Lokin, Suraya Sintang, Budi Anto
Mohd. Tamring & Halina Sendera Mohd. Yakin

vi

BAHAGIAN III: ISU-ISU SEMASA DALAM PERADABAN

Bab 12 Penghapusan Etnik: Pengalaman Malaysia 175
Hashim Fauzy Yaacob 193

Bab 13 Impak Migrasi terhadap Pembentukan Multi 205
Etnik Islam di Sabah 227
Mohd Nur Hidayat Hasbollah Hajimin, Abang Mohd 241
Razif Abang Muis, Pg Mohd Faezul Fikri Ag Omar, Noor
Afiqah Athirah Hajimin & Saifulazry Mokhtar 257

Bab 14 Konsep dan Aplikasi Sukuk Negara dalam 287
Pembiayaan Defisit APBN di Indonesia 289
Hilda Lutfiani 291

Bab 15 Aplikasi Konsep Rahmatan Lil ‘Alamin: Peranan
Masjid dalam Memupuk Kesedaran Alam Sekitar
Mohd Najeeb Abdul Rahim & Nurul Ain Zulhaimi

Bab 16 Faktor Pemilihan Universiti Malaysia Sabah
(UMS) sebagai Destinasi Pengajian Pelajar
Antarabangsa
Irma Wani Othman & Herlina Jupiter

Bab 17 Analisis Modul Kerohanian Jabatan Penjara
Malaysia dan Impaknya terhadap Banduan
Saifulazry bin Mokhtar, Kasoma Thia, Habibah @ Artini
binti Ramlie & Mohd Nur Hidayat Hasbollah Hajimin

Penutup
Senarai Penyumbang
Indeks

vii

Senarai Jadual

Jadual Muka Surat

1.1 Sembilan item berskala Likert 3
1.2 Taburan responden mengikut jantina, umur, etnik, 4

agama dan status perkahwinan 5
1.3 Taburan responden mengikut pendidikan,
6
pekerjaan, saiz isi rumah dan pendapatan isi rumah
1.4 Dua kluster responden mengikut sembilan item 6

skala Likert 8
1.5 Hubungan antara kluster dan latar belakang
16
sosioekonomi responden 17
1.6 Hubungan antara kluster dan pengetahuan 18
19
responden 20
2.1 Demografi responden 21
2.2 Aspek NEP 22
2.3 Frekuensi realiti had pertumbuhan 23
2.4 Kekerapan antiantroposentrisme 32
2.5 Kerapuhan keseimbangan alam semula jadi
2.6 Penolakan ‘human exceptionalism’ 33
2.7 Frekuensi bagi kebarangkalian krisis ekologi
2.8 Perbandingan min berdasarkan akademik 37
3.1 Pengkategorian tahap bahaya banjir berdasarkan
38
indikator kedalaman
3.2 Pengelasan tahap bahaya banjir berdasarkan faktor 39

kedalaman dan halaju 40
3.3 Genangan paras banjir maksimum di bahagian

struktur rumah berdasarkan tahap bahaya banjir
3.4 Tahap risiko kerugian banjir pada aras kedalaman

0.5 meter (bahaya rendah)
3.5 Tahap risiko kerugian banjir pada aras kedalaman

1 meter (bahaya sederhana)
3.6 Tahap risiko kerugian banjir pada aras kedalaman

1.5 meter (bahaya tinggi)

viii

Senarai Rajah

Rajah Muka Surat

3.1 Hubungan antara kemudahterancaman, daya tahan 34
dan kapasiti penyesuaian 41
53
3.2 Trend tahap risiko kerugian banjir berdasarkan 55
tahap bahaya
56
4.1 Peta geologi Mesilou, Kundasang
4.2 Pengalaman menghadapi bencana gempa bumi 58
60
dan pengalaman menghadapi bencana tanah
runtuh bagi para responden di Kampung Mesilou, 60
Kundasang
4.3 (a) Pemahaman berkenaan bencana gempa bumi, 87
manakala (b) pemahaman tentang bencana tanah 89
runtuh bagi para responden di Kampung Mesilou, 101
Kundasang 106
4.4 Peratusan responden yang pernah menghadiri 116
ceramah berkaitan bencana
4.5 Peratusan responden yang masih tinggal di kawasan 209
gempa bumi dan peratusan responden yang masih
tinggal di lereng atau kaki cerun
4.6 Peratusan responden yang akan berpindah sekiranya
berada dalam kawasan bencana gempa bumi
dan peratusan responden yang akan berpindah
sekiranya berada dalam laluan tanah runtuh
6.1 Pendekatan teori Dual Concern berdasarkan Rahim
dan Bonoma (1979)
6.2 Pengaruh pendekatan pengurusan konflik terhadap
kecerdasan emosi
7.1 Kerangka pembinaan indeks keharmonian
keagamaan mualaf
7.2 Prosedur kajian
8.1 Kerangka konseptual peranan jurulatih dan
sokongan pengurusan atasan terhadap penghayatan
ilmu Islam dalam kursus kerjaya lain-lain pangkat
KAGAT di ILMI
14.1 Model Skim Sukuk Ijarah

ix

14.2 Model Skim Sukuk Mudharabah 210
14.3 Model Skim Sukuk Musyarakah 211
14.4 Model Skim Sukuk Istishna’ 213
14.5 Sukuk negara 2015 219
14.6 Postur APBN 2010-2015 221
14.7 Sumber pembiayaan defisit APBN 2010-2015 222
16.1 Jumlah enrolmen PA (Program Prasiswazah) UMS 243

Sesi 2009/2010 - Sesi 2016/2017 274
17.1 Pecahan Modul Feqah

x

Prakata

Alhamdulillah, puji dan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya,
buku Peradaban dan Isu-isu Semasa ini berjaya diterbitkan. Buku ini
merupakan kesinambungan daripada penganjuran Persidangan Peradaban
dan Etnik Serantau (PERSEP 2019). Mengangkat tema “Pelestarian
Peradaban dan Budaya Etnik Serantau” berserta 29 subtema, persidangan
ini telah berupaya mengetengahkan pelbagai isu dan perbahasan berkisar
hal ehwal peradaban yang merangkumi pelbagai bidang seperti agama,
ekonomi, sosial, pendidikan, alam sekitar dan bahasa. Justeru, pemilihan
judul “Peradaban dan Isu-isu Semasa” amat bertepatan dengan himpunan
kertas kerja yang tidak hanya spesifik terhadap satu bidang, tetapi
mempunyai kepelbagaian tujahan yang jelas dapat memberikan gambaran
luas berkenaan perbahasan tamadun.

Penerbitan buku ini tidak akan dapat dihasilkan tanpa kerjasama
dan komitmen yang tinggi daripada pelbagai pihak. Ucapan penghargaan
dan terima kasih kepada Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah,
Yang Berbahagia Profesor Datuk ChM. Dr. Taufiq Yap Yun Hin yang
terlibat secara langsung dalam upacara perasmian Seminar PERSEP
(2019) dan sentiasa memberi galakan kepada usaha penulisan yang
mengetengahkan topik peradaban dan isu-isu semasa yang berkaitan
dengan budaya dan khazanah kearifan lokal di Kepulauan Borneo ini.
Begitu juga ucapan terima kasih kepada barisan Ahli Jawatankuasa
PERSEP 2019 yang telah memberikan komitmen tidak berbelah bahagi
sehinggalah kepada urusan penerbitan buku ini. Para penyunting juga
merakamkan penghargaan dan terima kasih tidak terhingga kepada para
penyumbang bab dalam buku ini. Ucapan terima kasih juga ditujukan
kepada Dekan PPIB, Prof. Madya Dr. Lai Yew Meng dan Ketua Pengarah
Penerbit UMS, Prof. Madya Dr. Asmiaty sekali gus memberikan
sokongan untuk menerbitkan buku ini.

Akhir kalam, memetik peribahasa tak ada gading yang tak retak,
selagi bernama manusia, tidak ada yang sempurna. Justeru, para
penyunting ingin mengambil kesempatan memohon maaf sekiranya
terdapat sebarang kelemahan dan kekhilafan dalam penerbitan buku ini.

Mohd Nur Hidayat Hasbollah Hajimin, PhD
Suraya Sintang, PhD
Siti Aidah Hj. Lukin, PhD
Abang Mohd. Razif Abang Muis, PhD
Saifulazry Mokhtar, PhD
Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa
Universiti Malaysia Sabah

xi

Pengenalan

Peradaban secara lazimnya dilihat sebagai satu aspek ekstrinsik
yang pada segelintir pihak merupakan perkara yang sangat luas
dan kadangkala terlalu umum untuk dibahaskan. Terdapat pihak
yang menterjemahkan kata ‘peradaban’ sebagai ‘civilisation’. Secara
etimologinya, ‘civilisation’ berasal daripada bahasa Latin, iaitu ‘civilis’
(penduduk kota), ‘civis’ (kota) dan ‘civites’ (pertanian). Kata ‘peradaban’
pula berasal daripada bahasa Arab iaitu ‘hadharah’ yang bermaksud
tinggal dalam ‘hadhar’ (pemukiman dalam bandar) yang menjadi
tempat kemunculan dan ketinggian ilmu, teknik, seni dan sastera.
Dapat dikatakan bahawa pendefinisian peradaban ini dibuat mengikut
konteks penggunaannya. Secara umumnya, peradaban menonjolkan
pencapaian tahap hidup manusia yang merangkumi pencapaian
kemajuan pemikiran, pembangunan fizikal, pemeliharaan alam sekitar
dan keharmonian hubungan sosial dalam kepelbagaian etnik dan agama.
Dalam konteks peradaban di wilayah Kepulauan Borneo, beberapa kesan
sejarah boleh dijejaki seperti manuskrip Idahan tulisan Jawi bertarikh
1408M di Lahad Datu, Sabah; kerajaan awal Melayu Sarawak (Negeri
Melayu Santubong abad ke-7/600M) yang memaparkan beberapa
bukti penemuan manuskrip syair, undang-undang dan riwayat hidup
penguasa (Hikayat Datu Merpati) serta tapak arkeologi seperti batu
bergambar dan batu buaya: sejarah Kalimantan seperti Kerajaan Nan
Sarunai abad ke-3M dan Kutai pada abad ke-4M dan sebagainya.

Buku ini adalah satu inisiatif yang menghimpunkan kepelbagaian
cakupan ilmu dalam bidang peradaban yang merangkumi aspek yang
berkaitan dengan wacana alam sekitar, etika dan pembangunan
insan serta isu-isu semasa dalam peradaban. Selaras dengan maksud
peradaban yang tidak terletak dalam suatu batasan yang terhad kepada
satu-satu bidang ilmu semata-mata malah, keperluan yang sangat
mendesak bagi melihat konsep peradaban ini melalui kaca mata dan
latar disiplin berbeza. Oleh hal yang demikian, buku ini memuatkan
17 makalah yang dibahagikan kepada tiga tema utama, iaitu Alam
Sekitar dalam Wacana Peradaban, Etika dan Pembangunan Insan dalam
Peradaban dan Isu-isu Semasa dalam Peradaban.

Bahagian Pertama dengan tema Alam Sekitar dalam Wacana
Peradaban merangkumi empat buah bab yang membahaskan isu alam
sekitar dan bencana alam. Bab pertama ditulis oleh Baba Musta, Mohd

xii

Harun Abdullah, Kyoung Woong Kim dan Assis Kamu membincangkan
isu pencemaran air bertajuk, “Kesedaran terhadap Kesan Bekas
Lombong Tembaga Mamut kepada Pencemaran Air Sungai di Ranau
Sabah”. Bab kedua ditulis oleh Nurul Ain Zulhaimi dan Mohd Najeeb
Abdul Rahim mengetengahkan isu kesedaran penjagaan alam sekitar
dalam kalangan masyarakat Muslim yang bertajuk “Pengukuran dan
Pemupukan Kesedaran Alam Sekitar dalam Kalangan Masyarakat Islam:
Kajian Awal”. Bab ketiga yang ditulis oleh Adi Jafar, Mohammad Tahir
Mapa, Nordin Sakke, Ramli Dollah dan Abdul Hadi Alimuddin pula
mengetengahkan isu bencana alam yang memberi impak kerugian dalam
pelbagai aspek kehidupan, menerusi makalah bertajuk “Tanggapan
Masyarakat Luar Bandar terhadap Risiko Kerugian Banjir: Kajian Kes
Dataran Banjir Beaufort”. Bab keempat pula membawa isu yang sama
dalam aspek bencana alam dari aspek impak tanah runtuh yang ditulis
oleh Hennie Fitria Wulandary Soehady Erfen dan Baba Musta dengan
tajuknya, “Kesedaran Bencana Tanah Runtuh terhadap Penduduk
Kampung Mesilou, Kundasang, Sabah”.

Bahagian Kedua yang membawa tema Etika dan Pembangunan
Insan dalam Peradaban memuatkan tujuh bab yang mengetengahkan
peranan nilai dan etika dalam pembangunan manusia. Bab kelima,
ditulis oleh Nurul Amalina binti Zullkiflee membincangkan peranan
pemimpin sebagai pembentuk jati diri, menerusi tulisannya yang
bertajuk, ‘Implikasi 25 Tahun Pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin:
Melakar Jati Diri Bangsa Mandiri’. Bab keenam bertajuk, “Pengaruh
Pendekatan Pengurusan Konflik dan Kecerdasan Emosi dalam kalangan
Pemimpin Kesatuan Sekerja di Sabah’ ditulis oleh Ag Mohd Ruslaimie
bin Masli dan Kee Y.Sabariah bte Kee Mohd Yussof membahaskan
kepentingan pengurusan emosi dalam berorganisasi agar dapat
bekerja dengan lebih baik, gembira dan produktif. Bab ketujuh yang
ditulis oleh Azarudin bin Awang, Azman Che Mat, Razali Musa dan
Ruhaizah Abd. Ghani mengetengahkan isu pentingnya satu penanda
aras untuk mencerminkan keharmonian golongan saudara baharu
dalam mempraktiskan agama yang bertajuk, “Pembentukan Penanda
Aras Pentaksiran Keharmonian Agama Komuniti Mualaf ”. Bab
kelapan mengetengahkan kepentingan pihak pemimpin dan organisasi
memainkan peranan dalam menyemai penghayatan Islam dalam

xiii

pembangunan organisasi melalui tulisan bertajuk, “Pengaruh Peranan
Jurulatih dan Sokongan Pengurusan Atasan terhadap Penghayatan
Ilmu Islam dalam Kursus Kerjaya Lain-Lain Pangkat KAGAT di ILMI’
oleh Muhd Syukri Zahari, Daud Mohamed Salleh dan Zahimi Zainal
Abidin. Bab kesembilan membahaskan keperluan latihan dalam
sesebuah organisasi mengikut acuan dan panduan Islam dalam usaha
pembangunan insan, yang ditulis oleh Abang Mohd Razif Abang Muis,
Syamsul Azizul Marinsah, Mohd Nur Hidayat Hasbollah Hajimin dan
Abdul Hair Beddu Asis yang bertajuk, “Konsep Latihan sebagai Strategi
Pembangunan Insan Berteraskan Islam”. Bab kesepuluh ditulis oleh
Norhayati binti Haji Abd Karim bertajuk, ‘Syair Ulama Brunei Pehin
Siraja Khatib Abdul Razak bin Hasanuddin: Melakar Sejarah Kesultanan
Brunei’ membahaskan hasil-hasil tulisan para ulama dalam sejarah
Kesultanan Brunei dalam bentuk syair yang memuatkan sejarah Negara
Brunei. Bab ke-11 ditulis oleh Siti Aidah Hj. Lukin @ Lokin, Suraya
Sintang, Budi Anto Mohd. Tamring dan Halina Sendera Mohd. Yakin
bertajuk, “Perkembangan Penyebaran Islam dalam Kalangan Masyarakat
Pedalaman di Sabah” memerihalkan sejarah kemasukan dan penyebaran
agama Islam dalam kalangan masyarakat pedalaman di Sabah yang mana
ia amat penting diketengahkan memandangkan Islam hanya sampai
di kawasan pesisir sahaja sebelum itu. Justeru, tulisan ini berupaya
menjelaskan keadaan dan cabaran yang dihadapi oleh para pendakwah
membawa Islam ke kawasan pedalaman.

Bahagian Ketiga dengan tema Isu-isu Semasa dalam Peradaban
menghimpunkan enam bab yang mengetengahkan pelbagai isu yang
dihadapi dalam pembinaan peradaban, sama ada dalam konteks
agama, ekonomi, pendidikan, kemanusiaan, migrasi dan hubungan
kemasyarakatan. Bab ke-12 yang ditulis oleh Hashim Fauzy Yaacob
umpamanya mengetengahkan isu kemanusiaan, iaitu pembasmian
etnik atau kelompok masyarakat bertajuk, “Penghapusan Etnik:
Pengalaman Malaysia.” Bab ke-13 yang ditulis oleh Mohd Nur Hidayat
Hasbollah Hajimin, Abang Mohd Razif Abang Muis, Pg Mohd Faezul
Fikri Ag. Omar, Noor Afiqah Athirah Hajimin dan Saifulazry Mokhtar
“Impak Migrasi terhadap Pembentukan Multietnik Islam di Sabah”
mengetengahkan isu migrasi sebagai salah satu bentuk aktiviti manusia
yang boleh menyumbang kepada pembentukan masyarakat pelbagai

xiv

etnik di sesebuah tempat, wilayah mahupun negara. Bab ke-14 yang
ditulis oleh Hilda Lutfiani dengan membahaskan aspek ekonomi tentang
aplikasi sukuk dengan tajuknya ‘Konsep dan Aplikasi Sukuk Negara
dalam Pembiayaan Defisit APBN di Indonesia’. Bab ke-15 yang ditulis
oleh Mohd Najeeb Abdul Rahim dan Nurul Ain Zulhaimi membahaskan
peranan institusi masjid sebagai medium untuk memberi kesedaran
kepada masyarakat berkenaan penjagaan alam sekitar menerusi
makalahnya yang bertajuk, “Aplikasi Konsep Rahmatan Lil ‘Alamin:
Peranan Masjid dalam Memupuk Kesedaran Alam Sekitar”. Bab ke-16,
membicarakan isu pendidikan yang ditulis oleh Irma Wani Othman dan
Herlina Jupiter bertajuk, “Faktor Pemilihan Universiti Malaysia Sabah
(UMS) sebagai Destinasi Pengajian Pelajar Antarabangsa”. Bab ke-17
menjelaskan kepentingan pendidikan kerohanian dalam pembentukan
nilai golongan banduan yang ditulis oleh Saifulazry bin Mokhtar,
Kasoma Thia, Habibah @ Artini binti Ramlie dan Mohd Nur Hidayat
Hasbollah Hajimin dengan tajuknya “Analisis Modul Kerohanian
Jabatan Penjara Malaysia dan Impaknya terhadap Banduan”.

Semoga kandungan buku ini dapat memberikan pengetahuan
semasa dan membawa manfaat kepada para pembaca berhubung hal
ehwal peradaban yang merangkumi pelbagai aspek dalam bidang ini.

xv



1Bab

KESEDARAN TERHADAP KESAN BEKAS
LOMBONG TEMBAGA MAMUT KEPADA
PENCEMARAN AIR SUNGAI DI RANAU, SABAH

Baba Musta, Mohd Harun Abdullah,
Kyoung Woong Kim & Assis Kamu

PENGENALAN

Bekas lombong tembaga Mamut terletak di kawasan pergunungan
dengan ketinggian 1300 m dari permukaan laut dan menerima
lebih daripada 4.000 mm purata hujan tahunan. Lombong ini dibuka
pada tahun 1975 dan ditutup operasinya pada tahun 1999. Lombong
ini telah berhasil meningkatkan taraf hidup penduduk tempatan
di Ranau, terutamanya dalam menyediakan peluang pekerjaan.
Perlombongan ini juga telah menguntungkan masyarakat setempat
dengan memperbaiki jaringan jalan, pembangunan air dan sekolah,
penjualan hasil tanaman makanan, dan perniagaan sara hidup (Kitula,
2006). Perubahan dan trend taburan logam berat di dalam air sangat
penting untuk memantau corak kualiti air di sungai. Program kesedaran
harus dilakukan dalam kalangan penduduk kampung untuk mengelak
logam berat mencemarkan alam sekitar dan manusia.

Kegiatan perlombongan juga boleh menyebabkan banyak kesan
negatif seperti kerosakan tanah, pencemaran tanah serta pencemaran
air permukaan dan air bawah tanah (Geelani et al., 2016; Pu et al.,

Peradaban dan Isu-isu Semasa

2019). Air permukaan dan air bawah tanah boleh tercemar akibat
aktiviti perlombongan melalui tumpahan, hakisan, pemendapan, saliran
lombong asid (AMD), penurunan permukaan air, penenggelaman,
gangguan pada kitaran hidrologi dan juga curahan air hujan. Menurut
laporan, saliran lombong asid (AMD) dan sisa perlombongan dari
kawasan bekas lombong tembaga Mamut adalah antara beberapa
pencemaran air yang teruk yang berlaku di dalam negara (Jopony &
Tongkul, 2009; Mohammad Ali, et al., 2015). Secara khusus, aktiviti
perlombongan dapat mempengaruhi pemindahan dan penempatan
semula manusia, penghijrahan, kehilangan akses kepada air bersih,
mata pencarian, kesihatan awam serta sumber budaya dan estetika.
Kesan tidak langsung dari perlombongan terhadap kesihatan awam
merangkumi peningkatan kejadian tuberkulosis, asma, bronkitis kronik,
dan penyakit gastrousus (Environmental Law Alliance Worldwide, 2010;
Mendoza-Lagunas et al., 2019). Justeru, objektif kajian ini adalah untuk
meninjau status kesedaran alam sekitar dalam kalangan masyarakat
yang terjejas oleh pencemaran air akibat aktiviti perlombongan. Satu
soal selidik berstruktur yang mengandungi instrumen kesedaran
telah dibangunkan untuk tujuan pengumpulan data. Instrumen ini
dibangunkan dengan merujuk kepada beberapa kajian lepas yang
berkaitan (Dogaru et al., 2009; Kitula, 2006; Mensah et al., 2015).

LATAR BELAKANG SOSIOEKONOMI RESPONDEN DAN
KESEDARAN TERHADAP KESAN BEKAS LOMBONG TEMBAGA
MAMUT KE ATAS PENCEMARAN AIR SUNGAI

Jadual 1.1 menunjukkan sembilan item skala Likert yang digunakan
dalam kajian ini untuk mengukur kesedaran penduduk kampung
tentang kesan bekas lombong tembaga Mamut terhadap pencemaran air
sungai. Sembilan item diukur menggunakan skala lima titik (1-Sangat
tidak setuju, 2-Tidak setuju, 3-Tidak Pasti, 4-Setuju, 5-Sangat setuju).

2

Kesedaran Terhadap Kesan Bekas Lombong Tembaga Mamut
kepada Pencemaran Air Sungai di Ranau, Sabah

Item Jadual 1.1 Sembilan item berskala Likert
A1
Pencemaran air akibat aktiviti perlombongan boleh
A2
mencemarkan tanaman atau tumbuhan akibat pencemaran logam berat dari
A3 sumber air permukaan dan air bawah tanah

A4 mencemarkan haiwan atau ternakan akibat pencemaran logam berat dari
sumber air permukaan dan bawah tanah
A5
mencemarkan haiwan atau ternakan akibat memakan tanaman yang tercemar
A6 dengan logam berat

A7 menyebabkan risiko kesihatan kepada manusia kerana air minuman yang
A8 tercemar dengan logam berat
A9
menyebabkan risiko kesihatan kepada manusia kerana memakan tanaman
yang tercemar dengan logam berat

menyebabkan risiko kesihatan kepada manusia kerana memakan ternakan
yang tercemar dengan logam berat

mengurangkan hasil tanaman

mengurangkan kuantiti ikan di sungai

merosakkan kualiti tanah

Hasil ujian korelasi Pearson menunjukkan bahawa semua pekali
korelasi antara item lebih tinggi daripada 0.3. Dapatan ini menunjukkan
bahawa instrumen mempunyai kesahan yang boleh diterima (Cohen,
1988). Tambahan lagi, tidak terdapat pekali korelasi corrected item-
total dengan nilai kurang dari 0.5. Sekiranya skor korelasi item-total
melebihi 0.50 dan korelasi antara item melebihi 0.30, maka instrumen
tersebut dikatakan mempunyai kesahan konstruk yang memadai
(Robinson, Shaver & Wrightsman, 1991). Hasil ujian kebolehpercayaan
pula menunjukkan bahawa nilai alpha Cronbach adalah 0.977, iaitu
lebih tinggi daripada tahap yang boleh diterima iaitu 0.70 (Nunnally &
Bernstein, 1994). Dapatan ini menunjukkan bahawa sembilan item skala
Likert ini mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi dan boleh digunakan
sebagai instrumen untuk mengukur kesedaran dalam kajian ini.

Analisis statistik yang digunakan adalah analisis kluster
menggunakan kaedah hierarki (digunakan untuk mengenal pasti
kumpulan atau kluster responden yang secara relatifnya mempunyai
tahap kesedaran yang sama terhadap pencemaran air akibat aktiviti
perlombongan) dan juga ujian khi-kuasa dua (digunakan untuk menguji

3

Peradaban dan Isu-isu Semasa

hubungan antara latar belakang sosioekonomi responden dengan
kumpulan kluster mereka). Faktor sosioekonomi merangkumi jantina,
umur, etnik, agama, status perkahwinan, pendidikan, pekerjaan, saiz
isi rumah dan juga pendapatan bulanan isi rumah. Jadual 1.2 dan
1.3 menunjukkan taburan 190 responden mengikut latar belakang
sosioekonomi mereka.

Jadual 1.2 Taburan responden mengikut jantina, umur, etnik, agama
dan status perkahwinan

Bilangan %

Jantina Perempuan 120 63%
Lelaki 70 37%

30 tahun dan ke bawah 55 29%

Kategori umur 31 - 40 tahun 45 24%
41 - 50 tahun 38 20%

Lebih 50 tahun 52 27%

Dusun 179 94%

Etnik Kadazan 1 1%

Lain-lain 10 5%

Agama Islam 130 68%
Kristian 60 32%

Berkahwin 145 76%

Status perkahwinan Bercerai 3 2%
Bujang 40 21%

Janda/ Duda 2 1%

4

Kesedaran Terhadap Kesan Bekas Lombong Tembaga Mamut
kepada Pencemaran Air Sungai di Ranau, Sabah

Jadual 1.3 Taburan responden mengikut pendidikan, pekerjaan, saiz
isi rumah dan pendapatan bulanan isi rumah

Bilangan %

Tiada pendidikan formal 13 7%

Sekolah rendah 31 16%

Tahap pendidikan Sekolah menengah 116 61%

Universiti 29 15%

Lain-lain 1 1%

Sektor kerajaan 21 11%

Sektor swasta 7 4%

Pekerjaan Bekerja sendiri 124 65%
Tidak bekerja 27 14%

Pelajar 10 5%

Lain-lain 1 1%

Kategori saiz isi rumah 5 ahli dan ke bawah 84 44%
Lebih 5 ahli 105 56%

<RM500 85 45%

RM500-RM1000 55 29%

Pendapatan bulanan isi RM1001-RM1500 16 8%
rumah (RM) RM1501-RM2000 5 3%

RM2001-RM2500 6 3%

>RM2500 23 12%

5

Peradaban dan Isu-isu Semasa

Jadual 1.4 Dua kluster responden mengikut sembilan item skala Likert

Average Linkage (Between Groups)

Item 1 2

Purata Purata

A1 3.99 2.39

A2 3.97 2.17

A3 3.91 2.5

A4 4.18 2.44

A5 4 2.44

A6 3.91 2.5

A7 3.98 2.11

A8 4.06 2.78

A9 4.04 2.5

Jadual 1.4 menunjukkan bahawa Kumpulan 1 mewakili
responden dengan tahap kesedaran yang lebih tinggi dengan purata
skor adalah 3.91, manakala Kumpulan 2 mewakili responden dengan
tahap kesedaran yang lebih rendah dengan purata skor adalah 2.78.

Jadual 1.5 Hubungan antara kluster dan latar belakang sosioekonomi
responden

Average Linkage (Between Groups)

Kluster 1 Kluster 2

Baris N % Kolum Baris Kolum
N% N% N%

Jantina Perempuan 92.5% 64.5% 7.5% 50.0%
Lelaki 87.1% 35.5% 12.9% 50.0%

30 tahun dan ke bawah 90.9% 29.1% 9.1% 27.8%

Kategori umur 31 - 40 tahun 91.1% 23.8% 8.9% 22.2%
41 - 50 tahun 94.7% 20.9% 5.3% 11.1%

Lebih 50 tahun 86.5% 26.2% 13.5% 38.9%

Dusun 91.1% 94.8% 8.9% 88.9%

Etnik Kadazan 100.0% 0.6% 0.0% 0.0%

Lain-lain 80.0% 4.7% 20.0% 11.1%

6

Kesedaran Terhadap Kesan Bekas Lombong Tembaga Mamut
kepada Pencemaran Air Sungai di Ranau, Sabah

Agama Islam 89.2% 67.4% 10.8% 77.8%
Kristian 93.3% 32.6% 6.7% 22.2%
Status Berkahwin 90.3% 76.2% 9.7% 77.8%
perkahwinan Bercerai 100.0% 0.0%
Bujang 90.0% 1.7% 0.0%
Tahap Janda/ Duda 100.0% 20.9% 10.0% 22.2%
pendidikan Tiada pendidikan 0.0%
formal 84.6% 1.2% 0.0%
Pekerjaan Sekolah rendah 15.4%
Sekolah menengah 90.3% 6.4% 11.1%
Kategori saiz Universiti 88.8% 9.7%
isi rumah Lain-lain 100.0% 16.3% 11.2% 16.7%
Sektor kerajaan 100.0% 59.9% 72.2%
Pendapatan Sektor swasta 90.5% 16.9% 0.0%
bulanan isi Bekerja sendiri 85.7% 0.0% 0.0%
rumah (RM) Tidak bekerja 90.3% 0.6% 9.5% 0.0%
Pelajar 92.6% 11.0% 14.3% 11.1%
Lain-lain 90.0% 9.7% 5.6%
5 ahli dan ke bawah 100.0% 3.5% 7.4% 66.7%
Lebih 5 ahli 88.1% 65.1% 10.0% 11.1%
<RM500 92.4% 14.5% 0.0% 5.6%
RM500-RM1000 89.4% 11.9% 0.0%
RM1001-RM1500 90.9% 5.2% 7.6% 55.6%
RM1501-RM2000 87.5% 0.6% 10.6% 44.4%
RM2001-RM2500 100.0% 43.3% 9.1% 50.0%
>RM2500 100.0% 56.7% 12.5% 27.8%
91.3% 44.2% 0.0% 11.1%
29.1% 0.0% 0.0%
8.1% 8.7% 0.0%
2.9% 11.1%
3.5%
12.2%

Hasil ujian khi-kuasa dua menunjukkan bahawa semua faktor
sosioekonomi seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1.5 tidak
mempunyai hubungan signifikan dengan pengelompokan atau
kumpulan responden. Dapatan ini bermaksud bahawa kesedaran
responden tidak mempunyai hubungan dengan jantina, umur, etnik,
agama, status perkahwinan, pendidikan, pekerjaan, saiz isi rumah dan
juga pendapatan bulanan isi rumah mereka.

7

Peradaban dan Isu-isu Semasa

Jadual 1.6 Hubungan antara kluster dan pengetahuan responden

Average Linkage (Between Groups)

Kluster 1 Kluster 2

Baris N % Kolum N % Baris N % Kolum N %

Tempoh < 20 86.0% 21.6% 14.0% 33.3%
menetap di tahun 91.8% 78.4% 8.2% 66.7%
kampung
terjejas ≥ 20
tahun

Adakah anda Tidak 66.7% 2.3% 33.3% 11.1%
tahu berkenaan Ya 91.3% 97.7% 8.7% 88.9%
dengan bekas
lombong
tembaga
Mamut?*

Adakah anda Tidak 90.9% 87.2% 9.1% 83.3%
pernah bekerja Ya 88.0% 12.8% 12.0% 16.7%
di lombong
tersebut?

Adakah Tidak 90.6% 90.1% 9.4% 88.9%
anda pernah Ya 89.5% 9.9% 10.5% 11.1%
mengikuti
program
kesedaran
mengenai
pencemaran air
akibat aktiviti
perlombongan?

*Hubungan antara dua pemboleh ubah kategori adalah signifikan (p < .05)

Namun, hasil ujian khi-kuasa dua telah mendapati bahawa
pengetahuan tentang bekas lombong Mamut mempengaruhi tahap
kesedaran responden secara signifikan (X2 = 4.113, df = 1, p < 0.05).
Responden yang mempunyai pengetahuan tentang bekas lombong
Mamut mempunyai tahap kesedaran yang lebih tinggi berbanding
dengan mereka yang tidak mempunyai pengetahuan tentang bekas
lombong tersebut. Faktor lain seperti tempoh menetap di kampung yang
terjejas, pengalaman kerja dan penyertaan dalam program kesedaran
tidak mempunyai hubungan signifikan dengan tahap kesedaran
responden (lihat Jadual 1.6).

8

Kesedaran Terhadap Kesan Bekas Lombong Tembaga Mamut
kepada Pencemaran Air Sungai di Ranau, Sabah

KESIMPULAN

Kajian ini mendapati bahawa penduduk kampung dapat dikelompokkan
kepada dua, iaitu penduduk dengan tahap kesedaran rendah dan
penduduk dengan tahap kesedaran yang tinggi. Namun, pengelompokan
ini tidak mempunyai perkaitan yang signifikan dengan semua ciri latar
belakang demografi mereka kecuali kepada pengetahuan mereka tentang
bekas lombong tembaga tersebut. Penduduk kampung percaya bahawa
semua sungai yang bersambung dengan lombong masih tercemar dan
tidak selamat untuk diminum. Walau bagaimanapun, ia masih boleh
digunakan untuk tujuan lain seperti aktiviti pembersihan dan pertanian.
Semua pihak yang berwajib harus bekerjasama untuk mendidik
penduduk kampung yang terjejas, menyalurkan maklumat terkini yang
disokong oleh kajian ilmiah dan menjalankan usaha berterusan untuk
meningkatkan kualiti air sungai yang terjejas.

PENGHARGAAN

Para penulis ingin mengucapkan penghargaan kepada International
Environmental Research Institute (Gwangju Institute of Science and
Technology (GIST), Korea) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) kerana
membiayai dan menyokong penyelidikan ini (Kod Projek: GLA0018-2018).

RUJUKAN

Cohen, J. (1988). Statistical power analysis for the behavioral sciences (2nd ed.).
Hillsdale, NJ: Lawrence Erlbaum Associates, Publishers.

Dogaru, D., Zobrist, J., Balteanu, D., Popescu, C., Sima, M., Amini, M., & Yang,
H. (2009). Community perception of water quality in a mining-affected
area: A case study for the certej catchment in the Apuseni Mountains in
Romania. Environmental Management, 43(6), 1131–1145.

Environmental Law Alliance Worldwide. (2010). Guidebook for Evaluating
Mining Project EIAs. Journal of Chemical Information and Modeling, 53.

Geelani, M., Geelani, S. H., Haq, S. S., Mir, N. A., Qazi, G., & Wani, S. (2016).
Mining and its impacts on environment with special reference to review
article mining and its impacts on environment with special reference
to India. International Journal of Current Research, 5(12), 3586–3590.

9

Peradaban dan Isu-isu Semasa

Jopony, M., & Tongkul, F. (2009). Acid mine drainages at Mamut Copper Mine,
Sabah, Malaysia. Borneo Science, (March), 83–94.

Kitula, A. G. N. (2006). The environmental and socio-economic impacts of
mining on local livelihoods in Tanzania: A case study of Geita District.
Journal of Cleaner Production, 14(3–4), 405–414.

Mendoza-Lagunas, J. L., Meza-Figueroa, D. M., Martínez-Cinco, M. A., O’Rourke,
M. K., Centeno-García, E., Romero, F. M., … Meza-Montenegro, M. M.
(2019). Health risk assessment in children by arsenic and mercury
pollution of groundwater in a mining area in Sonora, Mexico. Journal
of Geoscience and Environment Protection, 07(06), 90–105.

Mensah, A. K., Mahiri, I. O., Owusu, O., Mireku, O. D., Wireko, I., & Kissi,
E. A. (2015). Environmental impacts of mining: A study of mining
communities in Ghana. Applied Ecology and Environmental Sciences,
3(3), 81–94.

Mohammad Ali, B. N., Lin, C. Y., Cleophas, F., Abdullah, M. H., & Musta, B.
(2015). Assessment of heavy metals contamination in Mamut River
sediments using sediment quality guidelines and geochemical indices.
Environmental Monitoring and Assessment, 187(1), 4190.

Nunnally, J., & Bernstein, I. (1994). Psychometric theory (3rd ed.). New York:
McGraw‑Hill.

Pu, W., Sun, J., Zhang, F., Wen, X., Liu, W., & Huang, C. (2019). Effects of
copper mining on heavy metal contamination in a rice agrosystem in
the Xiaojiang River Basin, southwest China. Acta Geochimica, 38(5),
753–773.

Robinson, J. P., Shaver, P. R., & Wrightsman, L. S. (1991). Criteria for scale
selection and evaluation. Measures of Personality and Social Psychological
Attitudes, (December), 1–16.

10

2Bab

PENGUKURAN DAN PEMUPUKAN KESEDARAN
ALAM SEKITAR DALAM KALANGAN
MASYARAKAT ISLAM: KAJIAN AWAL

Nurul Ain Zulhaimi & Mohd Najeeb Abdul Rahim

PENGENALAN

Bumi kediaman manusia kini berhadapan dengan banyak masalah alam
sekitar di mana tahap kemusnahan alam sekitar meningkat setiap
tahun. Jika kita lihat di media dan sekeliling, kita akan melihat kemusnahan
alam sekitar yang berlaku dan kesan-kesan daripada kemusnahan tersebut.
Setiap hari, sama ada kita sedar atau tidak, kita akan menghadapi segala
jenis kesan alam sekitar yang berlaku di bumi. Kita sedang menghadapi
perubahan iklim, jerebu, risiko banjir, kepupusan spesies yang berharga,
sementara lautan kita dipenuhi dengan sisa buangan. Keadaan ini ditambah
lagi dengan sumber bumi berharga kita yang sangat terhad dan mengambil
masa untuk diganti semula. Malangnya, kini kita menggunakan sumber
ini lebih cepat daripada penghasilannya semula. Justeru, sebagai manusia
yang dikurniakan dengan minda dan kuasa, kita bertanggungjawab untuk
melindungi bumi. Masalah alam sekitar telah meningkat selari dengan
peningkatan populasi manusia. Namun, kita tidak boleh menyalahkan atau
menuding jari kepada mana-mana pihak tertentu kerana tanggungjawab
ini sepatutnya dipikul bersama.

Peradaban dan Isu-isu Semasa

Agama boleh memainkan pengaruh yang sangat besar terhadap
masyarakat. Islam, sebagai agama, bermaksud penyerahan kepada
Allah sebagai pencipta alam semesta. Islam adalah agama yang syumul,
yang memenuhi keperluan manusia dalam setiap aspek kehidupan.
Berhubung dengan alam sekitar, terdapat banyak ayat yang berkaitan
dengan unsur alam sekitar seperti air, udara, haiwan, tanah-tanih dan
tumbuhan, yang disebut dalam al-Quran dan hadis. Malangnya, hari
ini persekitaran kita terancam oleh kerakusan dan sifat tamak manusia
dalam usaha mencari kebahagiaan serta menggunakan alasan kerana
pembangunan. Ia adalah inti pati apa yang telah dinyatakan oleh Allah
SWT dalam Surah Ar-Rum, ayat 41 dan 42 yang bermaksud;

“Telah terlihat kerosakan di darat dan di laut disebabkan oleh
perbuatan tangan manusia, Allah mahu mereka merasakan
sebahagian daripada (akibat) perbuatan mereka, agar mereka
kembali ke jalan yang benar. Katakanlah (Muhammad),
berjalanlah di bumi lalu lihatlah bagaimana kesudahan orang-
orang dahulu. Kebanyakan daripada mereka adalah orang-orang
yang menyekutukan (Allah).”

Daripada ayat tersebut dan melalui pemerhatian, jelaslah manusia
adalah salah satu penyebab kerosakan alam sekitar. Sewajarnya kini
manusia mengalami kesan daripada keputusan dan tindakan yang
akhirnya memberi kesan negatif bukan sahaja kepada hidupan lain,
malahan juga kepada manusia sendiri.

Manusia terutamanya umat Islam, perlu memahami peranan
mereka sebagai penjaga dan pembuat keputusan yang lestari untuk
alam sekitar. Manusia wajib memastikan bahawa setiap pembangunan
tidak akan memberi kesan kepada makhluk, tumbuhan dan haiwan lain.
Setiap umat Islam bertanggungjawab untuk melindungi alam sekitar.
Maqasid syariah telah menggariskan lima prinsip, iaitu pemeliharaan
agama (hifz ad-din), penjagaan nyawa (hifz an-nafs), pemeliharaan akal
(hifz al-‘aql), pemeliharaan keturunan (hifz an-nas) dan pemeliharaan
harta (hifz al-mal). Jika diteliti, penjagaan alam sekitar adalah selari
dengan pemeliharaan agama, kesihatan dan keturunan, yang merupakan
sebahagian daripada maqasid syariah. Proses penambahbaikan secara

12

Pengukuran dan Pemupukan Kesedaran Alam Sekitar
dalam Kalangan Masyarakat Islam: Kajian Awal

berterusan dalam segenap aspek kehidupan adalah antara teras maqasid
syariah (JAKIM, 2019). Prinsip ini juga boleh diaplikasikan dalam
pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.

Al-Quran banyak menyebut tentang elemen-elemen alam sekitar
seperti air, udara dan tanah. Sebagai contoh, air ada disebut di beberapa
bahagian dalam al-Quran seperti Surah an-Naba’, ayat 14. Terjemahan
ayat itu tersebut adalah “dan kami telah menurunkan daripada awan , air
(hujan) yang mencurah-curah”. Udara disebut dalam Surah Fatir (35:9)
yang membawa maksud;

“Dan Allahlah yang telah mengirimkan angin, lalu (angin itu)
menggerakkan awan, maka Kami arahkan awan itu ke sebuah
negeri yang mati (tandus) lalu dengan hujan Kami hidupkan
bumi yang telah mati (kering). Seperti itulah kebangkitan pada
hari kiamat.”

Allah juga meminta umat Islam supaya bersederhana dan tidak
melakukan pembaziran di mana dapat direfleksikan dalam ayat Surah
al-A’araf (7:31);

“Wahai anak Adam, pakailah pakaianmu yang baik pada
ketika memasuki masjid, makan dan minumlah, tetapi jangan
berlebihan. Sesungguhnya, Allah tidak menyukai orang yang
berlebih-lebihan” dan Surah al-An’am (6:141) yang bermaksud
“dan Dialah yang menjadikan tanam-tanaman yang menjalar dan
tidak menjalar, pohon kurma, tanaman yang beraneka ragam
rasanya, zaitun dan delima yang sama (bentuk dan warnanya)
dan tidak sama (rasanya). Makanlah buahnya apabila ia berbuah
dan berikanlah haknya (zakatnya) pada hari menuai hasil, tapi
janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai
orang-orang yang berlebih-lebihan.

Islam adalah rahmatan lil ‘ Alamin bermaksud belas kasihan
kepada semua ciptaan termasuk persekitaran. Konsep ini boleh
digunakan untuk semua aspek dalam hidup kita. Sebagai contoh, konsep
rahmatan lil ‘Alamin telah diaplikasikan dalam seni bina selari dengan
prinsip alam sekitar seperti yang dinyatakan di dalam al-Quran dan
sunnah. Prinsip ini termasuklah sikap yang baik terhadap alam semula

13

Peradaban dan Isu-isu Semasa

jadi, prinsip kebolehpercayaan, prinsip kasih sayang, kecekapan,
integrasi moral dan keindahan (Edrees, 2016).

New Ecology Paradigm (NEP) merupakan satu skala dalam
mengukur persepsi awam terhadap alam sekitar dan dibangunkan untuk
mengukur hubungan manusia dengan alam sekitar. NEP dibangunkan
oleh Dunlap et al. (2000) dan merupakan versi yang ditambah baik dari
New Ecology Paradigm 1978 (Dunlap & Van Liere, 1978). Perubahan
pada NEP ialah penambahan dua item yang menjadikannya 15 item
secara keseluruhan dengan tiga item untuk setiap subskala. Subskala
dan nombor item dibentangkan dalam Jadual 2.2. Terdapat banyak
penyelidikan yang telah menggunakan NEP untuk pelbagai jenis
kumpulan seperti pelajar (Atav et al., 2015; Ogunbode, 2013), etnik
dan negara. NEP juga boleh digunakan merentasi budaya dan benua.
(Grúňová et al., 2018).

Skala NEP juga telah membantu dalam proses membuat
keputusan. Antara pemboleh ubah utama yang melibatkan pembuatan
keputusan dalam skala NEP adalah manipulasi krisis ekologi melalui
kaitannya dengan peningkatan kesedaran masalah alam sekitar. Di
samping itu, NEP juga boleh membantu dengan menggunakan pemboleh
ubah nilai biosfera dan altruistik yang kukuh atas manfaat sifat egoistik
kuasa sosial dan kekayaan. Daripada kajian, dua pandangan dari
skala NEP akan ditunjukkan untuk memaparkan kesimpulan jawapan
responden. Pandangan ekosentrik untuk alam sekitar menganggap
bahawa seseorang individu memahami nilai alam sebagai common
good dan keperluan untuk melindungi nilai intrinsiknya. Pandangan
antroposentrik pula merujuk kepada idea bahawa manusia boleh
mengendalikan alam semula jadi dan mengatasi kesan yang disebabkan
oleh pembangunan (López-Bonilla & López-Bonilla, 2016). Pandangan-
pandangan ini juga boleh dikategorikan sebagai National Environmental
Paradigm (NEP) dan Dominant Social Paradigm (DSP).

14

Pengukuran dan Pemupukan Kesedaran Alam Sekitar
dalam Kalangan Masyarakat Islam: Kajian Awal

KESEDARAN ALAM SEKITAR DALAM KALANGAN KOMUNITI
ISLAM

Latar Belakang Kajian

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji dan menganalisis persepsi umat
Islam tentang kesedaran alam sekitar berdasarkan New Ecological
Paradigm. Kedua, kajian ini juga bertujuan untuk mengkategorikan
pandangan alam sekitar para peserta dalam konteks berpusatkan alam
(ekosentrisme) dan berpusatkan manusia (antroposentrisme). Selain
itu, kajian ini juga bertujuan untuk menentukan sama ada terdapat
perbezaan ketara mengikut jantina, umur atau pendidikan dan status
alam sekitar. Kajian menunjukkan bahawa pengetahuan tentang sikap
sesuatu kumpulan individu akan membantu untuk meramalkan tingkah
laku mereka, dan melalui NEP diharapkan agar pemahaman yang lebih
baik akan membawa kepada perancangan program alam sekitar yang
bersesuaian untuk masa hadapan.

Dalam kajian ini, data diperoleh menggunakan New Ecological
Paradigm (NEP) untuk pengukuran. Tahap sikap responden diterima
dan dinilai adalah berdasarkan pengagihan peratusan jawapan yang
diberikan responden kepada setiap item dan skor purata. Dalam NEP,
responden perlu menilai sama ada mereka sangat bersetuju, bersetuju,
tidak pasti, tidak bersetuju atau sangat tidak bersetuju dengan 15
pernyataan dalam NEP. Kajian ini telah dijalankan pada bulan September
2018 di salah satu masjid utama di Wilayah Persekutuan Labuan
yang melibatkan 65 responden. Soal selidik ini terdiri daripada data
demografi, iaitu umur, jantina, status perkahwinan dan latar belakang
pekerjaan dan pendidikan. Analisis dijalankan menggunakan SPSS.
Semua data yang dikumpul dianalisis menggunakan Statistical Package
for the Social Sciences (SPSS). Statistik deskriptif bagi latar belakang
responden adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 2.1.

15

Peradaban dan Isu-isu Semasa

Jadual 2.1 Demografi responden

Demografi Kekerapan Peratus

Jantina 53.8
46.2
Perempuan 35
41.5
Lelaki 30 26.2
16.9
Umur 13.8
1.5
18-24 tahun 27
1.5
25-34 tahun 17 18.5
23.1
35-44 tahun 11 52.3
4.6
45-54 tahun 9
46.2
55-64 tahun 1 47.7
4.6
Pendidikan 1.5

Sekolah rendah 1 23.1
27.7
SPM 12 41.5
3.1
STPM/Diploma 15 1.5
3.1
Ijazah sarjana muda 34

Sarjana 3

Status perkahwinan

Belum berkahwin 30

Berkahwin 31

Bercerai 3

Kematian pasangan 1

Pekerjaan

Kerajaan 15

Peribadi 18

Pelajar 27

Bekerja sendiri 2

Suri rumah 1

Lain -lain 2

Dalam penentuan sikap alam sekitar dalam kalangan responden,
skor NEP dikira sebagai purata semua markah kepada setiap item
individu. Skor NEP bernilai 3 menunjukkan perilaku antara kedua-
dua pandangan antroposentrik dan ekosentrik mengikut kajian ramai

16

Pengukuran dan Pemupukan Kesedaran Alam Sekitar
dalam Kalangan Masyarakat Islam: Kajian Awal

penyelidik terdahulu. Dalam kajian ini, skor min untuk NEP adalah
4.055. Penskalaan NEP adalah berasaskan kepada lima aspek hipotesis
bagi pandangan ekologi iaitu pertumbuhan pemboleh ubah terhad, anti-
anthropocentrism, kerentanan keseimbangan semula jadi, penolakan
exemptionalism dan kebarangkalian krisis ekologi yang direfleksikan
dalam sejumlah 15 soalan seperti dalam Jadual 2.2.

Jadual 2.2 Aspek NEP Nombor Item
1, 6, 11
Aspek 2, 7, 12
Pertumbuhan pemboleh ubah terhad 3, 8, 13
Antiantroposentrisme 4, 9, 14
Kerentanan keseimbangan semula jadi 5, 10, 15
Penolakan exemptionalism
Kebarangkalian krisis ekologi

Kesedaran Alam Sekitar

Jadual 2.3 mewakili frekuensi dan peratusan had realiti kepada
pertumbuhan. Majoriti responden memilih sangat setuju bagi
“Bumi mempunyai banyak sumber asli jika kita belajar kaedah untuk
membangunkannya” (61.5 peratus). Responden juga memilih untuk
bersetuju kepada pernyataan “Bumi adalah seperti sebuah kapal
angkasa dengan bilik dan sumber yang sangat terhad”(44.6 peratus).
Seperti yang dilihat dalam Jadual 2.3, responden menunjukkan
pelbagai reaksi terhadap aspek realiti had pertumbuhan. Min tertinggi
menunjukkan bahawa responden bersetuju, “Bumi mempunyai banyak
sumber asli jika kita hanya belajar bagaimana untuk membangunkan
mereka” (Min = 4.615, SP = 0.49). Min paling rendah pula menunjukkan
bahawa responden tidak pasti tentang ‘Kita menghampiri had bilangan
manusia yang boleh disokong bumi’ (Min = 3.692, SP = 1.044). Min
keseluruhan bagi realiti had pertumbuhan ialah 4.041 dan sisihan
piawai ialah 0.522. Kesimpulannya, responden bersetuju dengan realiti
had kepada pertumbuhan.

17

Peradaban dan Isu-isu Semasa

Jadual 2.3 Frekuensi realiti had pertumbuhan

Pernyataan 1 2 3 4 5 Min SP
1.044
Kita 2 7 15 26 15 3.692
menghampiri (3.1%) (10.8%) (23.1%) (40%) (23.1%) 0.49
had bilangan
manusia yang 0 0 0 25 40 4.615 0.966
boleh disokong (0%) (0%) (0%) (38.5%) (61.5%) 0.522
oleh bumi
1 6 13 29 16 3.815
Bumi (1.5%) (9.2%) (20%) (44.6%) (24.6%)
mempunyai
banyak sumber
semula jadi jika
kita belajar
kaedah untuk
membangunkan
mereka

Bumi adalah
seperti kapal
angkasa dengan
bilik dan sumber
yang sangat
terhad

Min keseluruhan 4.041

Jadual 2.4 mewakili frekuensi dan peratusan anti-anthropocentrism.
Majoriti responden memilih sangat setuju kepada “Tumbuh-tumbuhan
dan haiwan mempunyai hak yang sama seperti manusia untuk wujud”
(60 peratus). Sebilangan responden juga memilih bersetuju untuk
“Manusia ditakdirkan memerintah seluruh alam” (35.4 peratus). Seperti
yang dilihat dalam Jadual 2.4, responden menunjukkan pelbagai reaksi
terhadap anti-anthropocentrism. Min tertinggi menunjukkan responden
bersetuju bahawa “Tumbuh-tumbuhan dan haiwan mempunyai hak
yang sama seperti manusia untuk wujud” (Min = 4.476, SP = 0.792).
Min paling rendah menunjukkan responden tidak pasti tentang
“Manusia mempunyai hak untuk mengubah suai alam semula jadi
untuk memenuhi keperluan mereka” (Min = 3.061, SP = 1.17). Min
keseluruhan untuk anti-anthropocentrism ialah 3.82 dan sisihan piawai
adalah 0.659 yang mencerminkan bahawa responden tidak pasti
tentang anti-anthropocentrism.

18

Pengukuran dan Pemupukan Kesedaran Alam Sekitar
dalam Kalangan Masyarakat Islam: Kajian Awal

Jadual 2.4 Kekerapan antiantroposentrisme

Pernyataan 1 2 3 4 5 Min SP
1.17
Manusia 6 18 13 22 6 3.061
mempunyai (9.2%) (27.2%) (20%) (33.8%) (9.2%) 0.792
hak untuk 1.136
mengubah suai 0.659
alam semula
jadi untuk
memenuhi
keperluan
mereka

Tumbuhan 1 1 3 21 39 4.476
dan haiwan (1.5%) (1.5%) (4.6%) (32.3%) (60%)
mempunyai
hak yang
sama seperti
manusia untuk
wujud

Manusia 4 3 11 23 24 3.923
ditakdirkan (6.2%) (4.6%) (16.9%) (35.4%) (36.9%)
untuk
memerintah
seluruh alam

Min Keseluruhan 3.82

Jadual 2.5 mewakili kekerapan dan peratusan kerapuhan
keseimbangan alam semula jadi. Majoriti responden memilih sangat
setuju untuk pernyataan “Apabila manusia mengganggu alam semula
jadi, kesan yang teruk sering terhasil” (63.1 peratus). Responden juga
memilih untuk bersetuju dengan “Keseimbangan alam adalah sangat
rapuh dan mudah dirosakkan” (49.2 peratus). Seperti yang dilihat dalam
Jadual 2.5, responden menunjukkan pelbagai reaksi bagi kerapuhan
keseimbangan alam semula jadi. Min tertinggi menunjukkan bahawa
responden bersetuju untuk “Apabila manusia mengganggu alam
semula jadi, kesan yang teruk akan sering terhasil” (Min = 4.538, SP =
0.751). Min paling rendah menunjukkan responden tidak pasti tentang
“Keseimbangan alam sekitar adalah cukup kuat untuk menghadapi kesan
negara industri moden” (Min = 3.769, SP = 1.114). Min keseluruhan
aspek ini ialah 4.164 dengan nilai sisihan piawai ialah 0.601.

19

Peradaban dan Isu-isu Semasa

Jadual 2.5 Kerapuhan keseimbangan alam semula jadi

Pernyataan 1 2 3 4 5 Min SP

Apabila manusia

mengganggu alam 1 1 1 21 41 4.538 0.751
semula jadi, kesan (1.5%) (1.5%) (1.5%) (32.3%) (63.1%)
yang teruk akan

sering terhasil

Keseimbangan

alam sekitar adalah

cukup kuat untuk 1 10 13 20 21 3.769 1.114
(30.8%) (32.3%)
menangani kesan (1.5%) (15.4%) (20%)

negara industri

moden

Keseimbangan 0 1 9 32 23 4.184 0.726
alam adalah sangat (0%) (1.5%) (13.8%) (49.2%) (35.4%) 4.164 0.601
rapuh dan mudah
dirosakkan Min Keseluruhan

Jadual 2.6 mewakili frekuensi dan peratusan penolakan ‘human
exceptionalism’. Majoriti responden memilih sangat setuju untuk
pernyataan “Manusia masih tertakluk dengan hukum alam walaupun
kita mempunyai kebolehan istimewa” (59.8 peratus). Responden juga
memilih bersetuju untuk “manusia akhirnya akan belajar cukup tentang
bagaimana alam berfungsi supaya dapat mengawalnya” (46.2 peratus).
Seperti yang dilihat dalam Jadual 2.6, responden telah menunjukkan
pelbagai reaksi kepada aspek ini. Min tertinggi menunjukkan responden
bersetuju tentang “Manusia masih tertakluk dengan hukum alam
walaupun kita mempunyai kebolehan istimewa “(Min = 4.415, SP =
0.747). Min yang paling rendah pula menunjukkan responden tidak
pasti tentang “Kepintaran manusia akan memastikan bahawa kita tidak
akan menjadikan bumi tidak dapat didiami” (Min = 3.846, SP = 0.887).
Secara keseluruhannya, min bagi ‘human exceptionalism’ adalah 4.133
dan sisihan piawai ialah 0.57. Kesimpulannya, responden bersetuju
dengan aspek ini.

20

Pengukuran dan Pemupukan Kesedaran Alam Sekitar
dalam Kalangan Masyarakat Islam: Kajian Awal

Jadual 2.6 Penolakan ‘human exceptionalism’

Pernyataan 1 2 3 4 5 Min SP
0.887
Kepintaran 0 5 16 28 16 3.846
manusia akan (0%) (7.7%) (24.6%) (43.1%) (24.6%) 0.747
memastikan
bahawa kita tidak 0.788
akan menjadikan 0.57
bumi tidak dapat
didiami

Manusia masih 11 1 29 33 4.415
tertakluk dengan (1.5%) (1.5%) (1.5%) (44.6%) (50.8%)
hukum alam
walaupun kita
mempunyai
kebolehan
istimewa

Manusia 0 2 10 30 23 4.138
akhirnya akan (0%) (3.1%) (15.4%) (46.2%) (35.4%)
belajar tentang
bagaimana
alam berfungsi
supaya dapat
mengawalnya

Min keseluruhan 4.133

Jadual 2.7 mewakili frekuensi dan peratusan bagi kebarangkalian
krisis ekologi. Majoriti responden telah memilih sangat setuju tentang
“Jika aktiviti manusia berterusan seperti sekarang, kita akan mengalami
malapetaka ekologi” (60 peratus) dan “Manusia sedang menyalahgunakan
alam sekitar dengan teruk” (49.2 peratus). Seperti yang dilihat dalam
Jadual 2.7, responden telah menunjukkan pelbagai reaksi terhadap
kebarangkalian krisis ekologi. Min tertinggi menunjukkan persetujuan
responden tentang “Jika aktiviti manusia berterusan seperti sekarang,
kita akan mengalami malapetaka ekologi”. (Min = 4.538, SP = 0.614). Min
paling rendah menunjukkan responden tidak pasti tentang “Apa yang
dikenali sebagai ‘krisis ekologi’ yang dihadapi manusia telah sangat dibesar-
besarkan” (Min = 3.461, SP = 1.09). Min keseluruhan bagi kebarangkalian
krisis ekologi adalah 4.087 dan sisihan piawai ialah 0.615. Kesimpulannya,
responden bersetuju tentang kebarangkalian krisis ekologi.

21

Peradaban dan Isu-isu Semasa

Jadual 2.7 Frekuensi bagi kebarangkalian krisis ekologi

Pernyataan 12 3 4 5 Min SP

Manusia sedang 1 1 (1.5%) 27 32 4.261 1.034
menyalahgunakan 4 (1.5%) (41.5%) (49.2%)
alam sekitar dengan (6.2%)
teruk

Apa yang dikenali

sebagai “krisis

ekologi” yang 3 8 23 18 13 3.461 1.09
(20%)
dihadapi manusia (4.6%) (12.3%) (35.4%) (27.7%)

telah sangat dibesar-

besarkan

Jika aktiviti 0 0 4 22 39 4.538 0.614
manusia (0%) (0%) (6.2%) (33.8%) (60%)
berterusan seperti
sekarang, kita
akan mengalami
malapetaka ekologi

Min keseluruhan 4.087 0.615

Terdapat dua konteks pandangan alam sekitar, iaitu pandangan yang
berpusatkan alam semula jadi (ekosentrisme) dan pandangan berpusatkan
manusia (antroposentrisme). Kajian ini menunjukkan kekerapan dan
peratusan ekosentrisme. Min secara keseluruhan untuk ekosentrisme ialah
4.24 dan sisihan piawai ialah 0.432. Kesimpulannya, terdapat lebih banyak
sifat berpusatkan alam semula jadi daripada yang berpusatkan manusia
iaitu nilai antroposentrisme ialah 3.83 dan sisihan piawai ialah 0.582.

Dari segi hubungan skor skala NEP kepada demografi responden,
tiada perbezaan yang ketara antara jantina, umur dan pekerjaan. Walau
bagaimanapun, latar belakang pendidikan responden berubah secara
statistik dengan skala NEP. Jadual 2.8 mewakili perbandingan min
skor ekosentrisme berdasarkan akademik. Responden yang memiliki
Ijazah Sarjana Muda menunjukkan min tertinggi (Min = 4.330, SP
= 0.469), manakala responden yang mempunyai kelulusan tertinggi
sekolah rendah menunjukkan min rendah (Min = 3.125, SP =-). Hasil
analisis ujian ANOVA menunjukkan perbezaan dalam ahli akademik

22

Pengukuran dan Pemupukan Kesedaran Alam Sekitar
dalam Kalangan Masyarakat Islam: Kajian Awal

di mana F (4, 60) = 3.205, p = 0.019. Keputusan menunjukkan tahap
yang signifikan 0.019-lebih rendah secara signifikan daripada nilai 0.05.
Bermakna, terdapat perbezaan yang signifikan antara skala NEP dan
latar belakang akademik. Oleh itu, latar belakang akademik responden
adalah faktor yang boleh mempengaruhi skala NEP.

Jadual 2.8 Perbandingan min berdasarkan akademik

Akademik N Min Sisihan DF F-Test Sig
piawai

Sekolah rendah 1 3.125 -

SPM 12 4.031 0.320

STPM/Diploma 15 4.291 0.297

Ijazah Sarjana Muda 34 4.330 0.469

Ijazah Sarjana 3 4.166 0.314

Jumlah 65 4.240 0.432

Dengan Kumpulan 4 3.205 0.019

Dalam Kumpulan 60

Pemupukan Kesedaran Alam Sekitar

Pendidikan tidak dapat dinafikan lagi merupakan perkara yang penting
dalam meningkatkan kesedaran alam sekitar. Pendidikan alam sekitar
perlu diajar secara formal atau tidak formal bermula dari rumah sehingga
universiti. Langkah ini boleh membantu untuk membentuk pandangan
sejak usia muda. Di rumah, ibu bapa menjadi model kepada anak mereka
yang mana adalah penting bagi ibu bapa untuk mengajar anak-anak
kaedah yang sesuai dalam berinteraksi dengan alam sekitar. Melalui
rutin, anak boleh menjadi rakyat yang bertanggungjawab terhadap alam
sekitar. Antara cadangan untuk ibu bapa adalah untuk memperkenalkan
mereka kepada elemen alam sekitar di al-Quran, membawa anak mereka
untuk memerhati gerhana kerana terdapat beberapa tempat yang
memberi peluang kepada orang ramai untuk memerhati gerhana seperti
program di Planetarium dan Masjid Putra, Putrajaya. Selain itu, aktiviti
kitar semula dan penanaman pokok juga boleh disemai sejak kecil.
Pembentukan gaya hidup ini memainkan peranan ketika mereka dewasa.

23

Peradaban dan Isu-isu Semasa

Nilai alam sekitar juga perlu dimasukkan dalam aspek pengajaran
dan pembelajaran di sekolah termasuk agama. Sekolah adalah satu
lagi tempat penting yang sama untuk memupuk kesedaran alam
sekitar kerana pelajar menghabiskan sebahagian masa di sekolah.
Jika sekolah memulakan inisiatif mereka untuk melindungi alam
sekitar, dipercayai bahawa pelajar akan turut melakukan sedemikian
di rumah. Sekolah boleh menggalakkan pelajar untuk melibatkan diri
dengan alam dan secara tidak langsung dapat membantu komuniti
untuk menjadi peka kepada alam sekitar. Pihak sekolah boleh menarik
perhatian pelajar mereka melalui pelbagai alternatif. Antara lain, dengan
menonton dokumentari alam sekitar, menanam pokok dan amalan 3R
(pengurangan, guna semula dan kitar semula). Ia bertujuan membentuk
manusia menghargai alam sekitar dan manusia dapat belajar lebih
baik apabila mereka sendiri terlibat dalam sesuatu program. Oleh itu,
pendekatan pembelajaran seperti pembelajaran berdasarkan projek boleh
membantu menjadikan pelajar lebih peka dan berjaya (Ergül & Kargın,
2014). Pelajar akan membentuk keinginan untuk mengambil bahagian
dalam inisiatif untuk memelihara dan memulihara alam sekitar.

Masjid merupakan satu institusi yang dekat di hati seseorang
Muslim. Setiap masjid mempunyai struktur pentadbiran dan organisasi
masing-masing bagi memastikan masjid memberi perkhidmatan yang
cekap kepada masyarakat. Dalam memelihara dan memupuk kesedaran
alam sekitar, sebuah masjid boleh memainkan peranan yang aktif
dengan mendidik masyarakat Islam supaya lebih bertanggungjawab.
Program-program perlu dirancang dan dilaksanakan dengan melibatkan
semua lapisan masyarakat di sekitar masjid. Salah satu cara ialah
memasukkan kempen pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar di
masjid. Program ini boleh mendedahkan masyarakat tentang penjagaan
alam sekitar dan pemeliharaan khazanah yang dicipta oleh Allah untuk
dinikmati generasi akan datang. Masjid juga boleh mendidik melalui
aktiviti ceramah, kegiatan gotong-royong, atau banyak aktiviti lain yang
melibatkan masyarakat setempat.

Langkah-langkah efektif dan praktikal perlu dilaksanakan
bagi mengelakkan kemusnahan alam sekitar daripada berlaku atau
berulang. Ia adalah sesuatu yang dituntut oleh syarak dan dengan

24

Pengukuran dan Pemupukan Kesedaran Alam Sekitar
dalam Kalangan Masyarakat Islam: Kajian Awal

lima aspek utama maqasid syariah yang mesti diikuti. Antara maklum
balas daripada temu bual yang melibatkan masyarakat Islam adalah
timbulnya kesedaran bahawa alam sekitar kita perlu dilindungi. Selain
itu, kita kehilangan banyak sumber yang berharga dari semasa ke
semasa. Walau bagaimanapun, temu bual menunjukkan bahawa hampir
semua peserta bersedia untuk terlibat dalam aktiviti yang berkaitan
dengan alam sekitar jika mereka diberi peluang untuk menyertai.
Mereka juga bersedia membantu dalam menganjurkan dan berusaha
untuk menggalakkan dan meningkatkan kesedaran alam sekitar dalam
masyarakat.  Kajian lanjut akan dilakukan yang melibatkan jumlah
responden yang lebih ramai.

Walaupun manusia telah mencetuskan krisis alam sekitar,
manusia juga mempunyai keupayaan untuk meneroka, berinovasi
dan bertindak untuk masa depan yang lebih mampan dan salah satu
cara yang dicadangkan adalah melibatkan orang awam dalam projek
yang berkaitan dengan alam sekitar. Orang ramai boleh terlibat
dalam mengumpul data, misalnya terlibat dalam citizen science yang
bertujuan untuk melindungi bumi (McKinley et al., 2017). Projek yang
melibatkan masyarakat dalam pelaksanaan adalah salah satu cara untuk
menggalakkan orang ramai untuk mengamalkan gaya hidup mesra alam
yang efektif dari segi kos dan boleh diterima (Whitmarsh & O’Neill,
2010). Kita perlu bersama-sama untuk mencapai dan mempertahankan
hak kita untuk mempunyai persekitaran yang bersih.

KESIMPULAN

Melalui analisis NEP, sikap terhadap alam sekitar dalam kalangan
masyarakat Islam masih perlu dipertingkatkan. Jika setiap institusi
memainkan peranan masing-masing dengan pendekatan yang betul,
pasti kesedaran alam sekitar dapat ditingkatkan. Kita perlu segera
sedar bahawa kita akan kehilangan bumi yang berharga jika kita terus
melakukan apa yang dilakukan selama ini. Islam menekankan penjagaan
alam sekitar, dan ia boleh dilihat daripada sejumlah ayat dari Al-Quran
dan hadis yang berkaitan dengan alam sekitar. Islam sepatutnya
menjadi perintis untuk usaha pemeliharaan dan pemuliharaan alam

25

Peradaban dan Isu-isu Semasa

sekitar dengan memenuhi keperluan untuk mendidik masyarakat
serta mengaktifkan seruan untuk pembangunan lestari. Tindakan ini
membolehkan umat Islam memikul tanggungjawab asas dan moral
dalam menyumbang kepada pembangunan lestari dan seterusnya
memimpin masyarakat ke arah masa depan yang mampan. Umat Islam
perlu memahami peranan mereka sebagai khalifah di bumi termasuk
pengurusan alam sekitar. Allah SWT menyebut dalam Surah al-An’am
ayat 165 yang bermaksud;

“Dan dialah yang menjadikan kamu sebagai khalifah-khalifah di
bumi dan Dia mengangkat (darjat) sebahagian daripada kamu di
atas yang lain, dengan menguji atas (kurniaan) yang diberikan-
Nya kepadamu. Sesungguhnya Tuhanmu sangat cepat memberi
hukuman dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun, lagi Maha
Penyayang.

Setiap individu bertanggungjawab meningkatkan kesedaran
alam sekitar. Jika semua pihak bekerjasama dengan matlamat yang
serupa, iaitu untuk melindungi bumi, kita akan memiliki generasi yang
akan mempunyai sikap kesedaran alam sekitar yang unggul. Menerusi
penghayatan konsep rahmatan lil ‘alamin, umat Islam perlu mengetahui
bahawa usaha melindungi keunikan dan keharmonian alam sekitar perlu
dijayakan oleh setiap individu dan institusi.

RUJUKAN

Al-Quran al-Karim Amazing: 33 Panduan al-Quran untuk Hidup Anda. (2014).
Cetakan ketiga. Karya Bestari.

Atav, E., Altunoğlu, B. D., & Sönmez, S. (2015). The determination of the
environmental attitudes of secondary education students. Procedia -
Social and Behavioral Sciences, 174, 1391–1396.

Dunlap, R. E., & Van Liere, K. D. (1978). The “new environmental paradigm.”
Journal of Environmental Education, 9(4), 10–19.

Dunlap, R. E., Liere, K. D. Van, Mertig, A. G., & Jones, R. E. (2000). Measuring
Endorsement of the New Ecological Paradigm: A Revised NEP Scale, 56(3),
425–442.

Edrees, M. B. (2016). The Architectural Principles of Rahmatan Lil Alamin. In
The Realization of Sustainable, 03(01), 85–103.

26

Pengukuran dan Pemupukan Kesedaran Alam Sekitar
dalam Kalangan Masyarakat Islam: Kajian Awal

Ergül, N. R., & Kargın, E. K. (2014). The effect of project based Learning on
students’ Science success. Procedia - Social and Behavioral Sciences, 136,
537–541.

JAKIM. (2019). Tiga Teras Maqasid Syariah. http://www.islam.gov.my/
bahagian-maqasid-syariah/1736-tiga-teras-maqasid-syariah

Grúňová, M., Sané, M., Cincera, J., Kroufek, R., & Hejcmanová, P. (2018).
Reliability of the new environmental paradigm for analysing the
environmental attitudes of Senegalese pupils in the context of
conservation education projects. Environmental Education Research,
4622, 1–11.

López-Bonilla, L. M., & López-Bonilla, J. M. (2016). From the new
environmental paradigm to the brief ecological paradigm: A revised
scale in golf tourism. Anatolia, 27(2), 227–236.

McKinley, D. C., Miller-Rushing, A. J., Ballard, H. L., Bonney, R., Brown, H.,
Cook-Patton, S. C., … Soukup, M. A. (2017). Citizen science can improve
conservation science, natural resource management, and environmental
protection. Biological Conservation, 208, 15–28.

Ogunbode, C. A. (2013). The NEP scale: Measuring ecological attitudes/
worldviews in an African context. Environment, Development and
Sustainability, 15(6), 1477–1494.

Whitmarsh, L., & O’Neill, S. (2010). Green identity, green living? The role of pro-
environmental self-identity in determining consistency across diverse
pro-environmental behaviours. Journal of Environmental Psychology,
30(3), 305–314.

27



3Bab

TANGGAPAN MASYARAKAT LUAR BANDAR
TERHADAP RISIKO KERUGIAN BANJIR: KAJIAN

KES DATARAN BANJIR BEAUFORT, SABAH
Adi Jafar, Mohammad Tahir Mapa, Nordin Sakke,
Ramli Dollah & Abdul Hadi Alimuddin

PENGENALAN

Kehidupan luar bandar yang sejahtera merupakan salah satu
daripada sepuluh teras utama Dasar Pembangunan Luar Bandar
(DPLB). Pembentukan DPLB adalah untuk merealisasikan program
pembangunan luar bandar yang inklusif bagi memenuhi kehendak,
jangkaan dan keperluan rakyat. Ia merupakan kerangka hala tuju yang
komprehensif dalam membangunkan kawasan luar bandar untuk
tempoh sehingga tahun 2030 (Yulpisman Asli & Juani Munir Abu
Bakar, 2019). Salah satu asas utama untuk merealisasikan agenda ini
ialah dengan mewujudkan suasana masyarakat luar bandar yang sihat,
selamat dan sejahtera khususnya daripada aspek ketika berhadapan
dengan bencana alam (Kementerian Pembangunan Luar Bandar, 2019).

Walau bagaimanapun, terdapat banyak kawasan petempatan luar
bandar dengan tahap kepadatan penduduk yang tinggi terletak dalam
zon dataran banjir, sama ada dalam konteks negeri Sabah mahupun
Malaysia amnya. Ironinya, petempatan yang didirikan di kawasan
zon dataran banjir adalah sangat terdedah dan berhadapan dengan

Peradaban dan Isu-isu Semasa

risiko kejadian bencana banjir (Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa
Semenanjung Malaysia, 2014). Hal ini berikutan disebabkan oleh faktor
topografi semula jadi kawasan dataran banjir itu sendiri yang hampir
rata (Davies et al., 2008) dan terletak bersebelahan dengan sungai, tasik,
kawasan paya atau kawasan rendah lainnya sehinggakan aliran air tidak
dapat dialirkan dengan cepat sewaktu turunnya hujan (Department
of Natural Resources, 2006). Beberapa contoh kawasan petempatan
dataran banjir luar bandar yang sering dilanda banjir adalah seperti
Daerah Beaufort, Sabah (Eldawaty Madran, 2016), Daerah Serian,
Sarawak (Siti Nurul Annisa & Azahan, 2017) dan Dataran banjir Muda,
Kedah (Adenan & Md. Noorani, 2015).

Situasi ini sudah tentu akan mengakibatkan berlakunya pelbagai
risiko kerugian yang akhirnya berpotensi mengganggu kesejahteraan
dan keharmonian hidup masyarakat luar bandar khususnya yang tinggal
di zon dataran banjir. Antara risiko kerugian yang dihadapi akibat
bencana banjir termasuklah kematian, kecederaan, kerosakan harta
benda (Cardona, 2004), kerosakan infrastruktur rumah, kemusnahan
tanaman, kehilangan haiwan ternakan (Siti Nurul Annisa & Azahan,
2017), masalah kebolehaksesan (Ayog et al., 2017) dan mengalami
gangguan psikologi (Johana Johari, 2015). Malangnya, jika kesejahteraan
dan keharmonian hidup masyarakat luar bandar terganggu disebabkan
oleh faktor bencana alam khususnya banjir, maka sudah tentu DPLB
tidak akan dapat direalisasikan secara sempurna. Justeru, kajian
berkaitan dengan tanggapan atau persepsi masyarakat luar bandar
terhadap penilaian risiko kerugian banjir harus diketengahkan sebagai
langkah awal untuk memahami respons komuniti tersebut terhadap
bencana yang dihadapinya. Kajian ini menilai tanggapan masyarakat
dataran banjir Beaufort terhadap tahap risiko kerugian yang dihadapi,
sekali gus membincangkan kapasiti penyesuaian (adaptive capacity)
komuniti tersebut.

PENILAIAN RISIKO BANJIR

Risiko banjir diertikan sebagai kebarangkalian atau jangkaan kerugian
yang terhasil dalam bentuk kematian, kecederaan, kerosakan harta

30

Tanggapan Masyarakat Luar Bandar Terhadap Risiko Kerugian Banjir:
Kajian Kes Dataran Banjir Beaufort, Sabah

benda, gangguan ekonomi (Cardona, 2004), kerosakan infrastruktur
rumah, kemusnahan tanaman, kehilangan haiwan ternakan (Siti
Nurul Annisa & Azahan, 2017), masalah kebolehaksesan (Ayog
et al., 2017) dan gangguan psikologi (Johana Johari, 2015) yang
disebabkan oleh bencana banjir. Namun begitu, risiko banjir juga
boleh ditafsirkan sebagai keterdedahan satu-satu kawasan terhadap
potensi penenggelaman air banjir dan darjah kemusnahan yang
diakibatkan oleh proses penenggelaman tersebut (Lyu et al., 2018).
Untuk menilai risiko kerugian banjir, terdapat dua elemen utama
yang harus diambil kira, iaitu elemen bahaya (hazard) dan elemen
kemudahterancaman (vulnerability). Hal ini demikian kerana kedua-dua
elemen tersebut merupakan elemen asas yang sangat mempengaruhi
tahap risiko kerugian yang dialami. Secara prinsip matematik, risiko
dapat digambarkan melalui persamaan berikut:

Risk = Hazard x Vulnerability (UN-ISDR, 2004)

PENILAIAN BAHAYA BANJIR

Bahaya pula ditakrifkan sebagai suatu peristiwa fizikal yang berbahaya
sehingga boleh menyebabkan kehilangan nyawa manusia, kecederaan,
kerosakan harta benda, gangguan sosial dan ekonomi serta degradasi
alam sekitar (UN-ISDR, 2004). Penilaian bahaya banjir dicirikan oleh
sifat banjir yang mana ia merangkumi kedalaman, halaju (Albano et
al., 2017) tempoh masa (Bhuiyan & Baky, 2014), daya aliran banjir
dan intensiti banjir (Kreibich & Thieken, 2009). Walaupun begitu,
Neto et al. (2016) mendapati indikator kedalaman banjir paling
mempengaruhi tahap kerosakan struktur rumah, kerugian kewangan
bangunan kediaman dan gangguan perniagaan berbanding indikator
banjir yang lain.

Jadual 3.1 menunjukkan pengelasan tahap bahaya banjir
berdasarkan indikator kedalaman. Daripada jadual tersebut, Komi
et al. (2016) mengelaskan tahap bahaya banjir kepada tiga peringkat
berdasarkan tahap kedalamannya iaitu rendah, sederhana dan tinggi.
Pada tahap bahaya rendah (0.2m - 0.5m), bilangan mangsa banjir
yang mengalami kematian atau kecederaan adalah tidak signifikan.

31

Peradaban dan Isu-isu Semasa

Pada tahap tersebut juga jangkaan kerosakan terhadap harta benda
adalah rendah. Bilangan mangsa banjir yang mengalami kematian atau
kecederaan dijangka cukup besar sekiranya kategori bahaya banjir pada
tahap sederhana (0.5 m – 1.0 m). Selain mengalami kes kematian atau
kecederaan dalam kadar yang tinggi, kerosakan terhadap harta benda
dijangka berlaku secara meluas sekiranya tahap bahaya banjir dalam
kategori tinggi (1.0m - 2.0m).

Jadual 3.1 Pengkategorian tahap bahaya banjir berdasarkan indikator
kedalaman

Kedalaman Tahap Definisi tahap bahaya
(meter) bahaya

0.2 – 0.5 Rendah • Bilangan mangsa banjir yang mengalami kematian atau
kecederaan adalah tidak signifikan

• Kerosakan harta benda dijangka rendah

• Bilangan mangsa banjir yang mengalami kematian atau
0.5 – 1.0 Sederhana kecederaan di kawasan terlibat adalah cukup besar

1.0 – 2.0 Tinggi • Bilangan mangsa banjir yang mengalami kematian atau
kecederaan di kawasan terlibat adalah cukup tinggi

• Kerosakan harta benda dengan meluas

(Sumber: Diubah suai daripada Komi et al., 2016)

Selain itu, Cancado et al. (2008) pula mengelaskan tahap
bahaya berdasarkan faktor kedalaman dan halaju banjir seperti yang
ditunjukkan pada Jadual 3.2. Berdasarkan jadual tersebut, pada tahap
bahaya banjir sederhana sahaja wujud risiko kerosakan terhadap
isi bangunan dan tindakan mengharungi air tidak mungkin dapat
dilakukan. Pada aras kedalaman banjir melebihi 1.5 meter (tahap bahaya
tinggi), potensi berlakunya kerosakan kecil terhadap struktur rangka
rumah dan kematian adalah tinggi. Jika halaju banjir melebihi atau
sama dengan 2.0 m/s dalam aras kedalaman yang sama (tahap bahaya
melampau), maka ia berpotensi tinggi menyebabkan kematian dan
kemusnahan pada semua bangunan.

32

Tanggapan Masyarakat Luar Bandar Terhadap Risiko Kerugian Banjir:
Kajian Kes Dataran Banjir Beaufort, Sabah

Jadual 3.2 Pengelasan tahap bahaya banjir berdasarkan faktor
kedalaman dan halaju

Tahap Ciri atau sifat banjir Risiko
Bahaya (meter)

Melampau D>1.5 Jika halaju >=2.0 m/s semua bangunan
berkemungkinan akan musnah dan
kebarangkalian tinggi berlaku kematian

Tinggi D>1.5 Jika halaju dalam julat 1.51 m/s - 1.99 m/s
berlaku kerosakan kecil terhadap struktur
rangka rumah dan risiko kematian adalah
tinggi

Sederhana 0.5 <D< 1.5 Jika halaju 0.51 m/s - 1.49 m/s kerosakan
berlaku terhadap isi bangunan dan tindakan
mengharungi air tidak mungkin dapat
dilakukan (wujud risiko lemas)

Rendah 0.1< D< 0.5 Jika halaju dalam julat 0.1 m/s - 0.49 m/s
kawasan banjir boleh diharungi oleh orang
dewasa

(Sumber: Diubah suai daripada Cancado et al., 2008)

KONSEP KEMUDAHTERANCAMAN DAN KAPASITI PENYESUAIAN

Perkataan kemudahterancaman (vulnerability) berasal daripada bahasa
Latin, iaitu `vulnerare’ yang bermaksud keupayaan untuk terluka (Azali
et al., 2017). Kemudahterancaman juga boleh didefinisikan sebagai ciri-
ciri individu mahupun kumpulan daripada segi kemampuan mereka
untuk menjangka, mengatasi, menentang dan pulih daripada kesan
bahaya semula jadi (Schneiderbauer & Ehrlich, 2004). Dalam literatur
yang lain, ia juga merujuk kepada kemampuan individu, isi rumah
atau komuniti untuk bertahan dalam berhadapan dengan perubahan
persekitaran (Moser & Mellwaine, 1997). Perubahan persekitaran ini
merujuk kepada situasi yang boleh mengancam kebajikan isi rumah
sehingga meningkatkan risiko dan ketidakstabilan.

Kapasiti penyesuaian merupakan salah satu elemen yang
mempengaruhi kemudahterancaman, selain daripada elemen
keterdedahan (exposure) dan sensitiviti (sensitivity) (FHWA, 2012).
Keterdedahan dan sensitiviti adalah berkadar langsung dengan

33


Click to View FlipBook Version