The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

1 SET_Content_PERADABAN dan ISU-ISU SEMASA_CRC PKENINGAU_27 OGOS 2021_FINAL

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by surayasin12, 2021-08-27 22:38:33

1 SET_Content_PERADABAN dan ISU-ISU SEMASA_CRC PKENINGAU_27 OGOS 2021_FINAL

1 SET_Content_PERADABAN dan ISU-ISU SEMASA_CRC PKENINGAU_27 OGOS 2021_FINAL

Peradaban dan Isu-isu Semasa

kemudahterancaman, sementara kapasiti penyesuaian adalah berkadar
songsang dengan kemudahterancaman (Nguyen & Man, 2016).
Kapasiti penyesuaian boleh diertikan sebagai keupayaan sistem untuk
menyesuaikan diri daripada gangguan, kerosakan sederhana dan
kesan-akibat perubahan yang berlaku (Gallopin, 2006). Idea berkenaan
dengan mengatasi (coping) dan menyesuaikan diri (adapting) yang
juga disebut sebagai daya tahan (resilience) atau kapasiti penyesuaian
(adaptive capacity) boleh dilihat sebagai komponen kemudahterancaman
yang berkaitan dengan keupayaan sistem sosial untuk bertindak balas
terhadap perubahan (Colburn & Seara, 2011). Rajah 3.1 menunjukkan
hubungan antara konsep kemudahterancaman, daya tahan dan kapasiti
penyesuaian. Berdasarkan rajah tersebut, peningkatan terhadap daya
tahan dipengaruhi oleh kapasiti penyesuaian, manakala pengurangan
terhadap tahap kemudahterancaman pula dipengaruhi oleh peningkatan
daya tahan. Contoh strategi yang digunakan untuk meningkatkan
kapasiti penyesuaian bagi mengurangkan tahap risiko banjir antaranya
adalah reka bentuk rumah kalis banjir, perancangan guna tanah dan
dasar bersepadu (Mtuleni, 2016).

RajahR3aj.a1h 3H.1 Huubbuunnggananantaarna tkeamraudakhetemranucdamaahnt, edaryaantachaanmdaannk,apdaasiytiapetnayehsuaaniandan
kapasiti penyesuaian

(Sumb(Seur:mDbeiur:bDaihubsauhasiudaai rdiapriapdaadaCCoolblbuurrnn &&SSeeaarar,a2, 021011)1)
METODOLOGI DAN LOKASI KAJIAN

Kajian ini menggunakan instrumen soal selidik dalam proses memperoleh data di lapangan.

Sampel kajian yang dipilih ialah penduduk daripada empat buah kampung merangkumi

Kampung Bakalau, Kampung Bingkul, Kampung Malalugus dan Kampung Mempagar.

Keempat-empat buah kampung Fineilimx eTruopnagkk3au4nl,a2n0ta1r1a; kawasan hot spot banjir di dataran banjir
Beaufort (Eldawaty Madran & BH Online, 2014). Teknik persampelan

bertujuan (purposive sampling) telah diaplikasikan dalam kajian ini. Daripada segi penentuan

responden pula, hanya wakil setiap isi rumah yang ditemu bual. Hal ini disebabkan soalan kaji

selidik yang dikemukakan hanya memerlukan jawapan dalam bentuk perwakilan setiap buah

rumah sahaja. Oleh hal yang demikian, bagi mengelakkan berlakunya pertindihan maklumat,

Tanggapan Masyarakat Luar Bandar Terhadap Risiko Kerugian Banjir:
Kajian Kes Dataran Banjir Beaufort, Sabah

METODOLOGI DAN LOKASI KAJIAN

Kajian ini menggunakan instrumen soal selidik dalam proses
memperoleh data di lapangan. Sampel kajian yang dipilih ialah penduduk
daripada empat buah kampung merangkumi Kampung Bakalau,
Kampung Bingkul, Kampung Malalugus dan Kampung Mempagar.
Keempat-empat buah kampung ini merupakan antara kawasan hot spot
banjir di dataran banjir Beaufort (Eldawaty Madran & Felix Tongkul,
2011; BH Online, 2014). Teknik persampelan bertujuan (purposive
sampling) telah diaplikasikan dalam kajian ini. Daripada segi penentuan
responden pula, hanya wakil setiap isi rumah yang ditemu bual. Hal ini
disebabkan soalan kaji selidik yang dikemukakan hanya memerlukan
jawapan dalam bentuk perwakilan setiap buah rumah sahaja. Oleh hal
yang demikian, bagi mengelakkan berlakunya pertindihan maklumat,
Maka, sampel ditentukan berdasarkan bilangan buah rumah. Pemilihan
teknik persampelan bertujuan pula adalah agar responden yang dipilih
hanyalah terdiri daripada golongan yang mempunyai pengalaman
banjir di kawasan tempat tinggal mereka. Perkara ini penting kerana
responden yang mempunyai pengalaman banjir akan lebih memahami
situasi sebenar berkenaan dengan perkara yang ingin dikaji dalam
konteks tempat tinggal mereka. Jumlah responden yang ditemu bual
dalam kajian ini adalah seramai 241 orang. Ia ditentukan berpandukan
formula yang diutarakan oleh Yamane (1967).

Data mentah yang diperoleh melalui instrumen soal selidik
seterusnya akan dianalisis menggunakan sistem perisian SPSS Windows
Version 20. Terdapat dua teknik analisis yang digunakan dalam kajian ini,
iaitu analisis tabulasi silang (crosstab) dan analisis purata atau skor min.
Teknik tabulasi silang digunakan bagi menerangkan perkaitan antara
dua pemboleh ubah, iaitu masing-masing adalah genangan paras banjir
maksimum di bahagian struktur rumah dan tahap kedalaman banjir
maksimum dalam unit meter yang pernah dihadapi. Sementara analisis
skor min diaplikasikan bagi menilai tahap risiko banjir berdasarkan
soalan yang diperoleh dalam bentuk skala Likert. Nilai skor min telah
dipecahkan kepada tiga paras, iaitu rendah (bagi nilai skor 1.00 sehingga
2.33), sederhana (bagi nilai skor 2.34 sehingga 3.67) dan tinggi (bagi

35

Peradaban dan Isu-isu Semasa

nilai skor 3.68 sehingga 5.00) (Abdullah et al., 2017). Dalam makna
lain, julat purata 1.00 hingga 2.33 dikategorikan sebagai tahap risiko
rendah, sementara julat purata 2.34 hingga 3.67 dan 3.68 hingga 5.00
masing-masing dikelaskan sebagai tahap risiko sederhana dan risiko
tinggi. Skala Likert yang pada asalnya mempunyai lima kategori jawapan
juga telah diubah suai kepada tiga kategori jawapan utama, iaitu Negatif,
Neutral dan Positif (Noorazuan Md Hashim & Shamsuddin Man, 2018).
Tujuannya bagi mengenal pasti respon masyarakat, sama ada lebih
cenderung bersikap positif mahupun sebaliknya terhadap bahaya banjir.

PENILAIAN TAHAP BAHAYA BANJIR

Berdasarkan Jadual 3.3, sebanyak 52.7 peratus responden yang ditemu
bual pernah mengalami kejadian banjir dengan kedalaman maksimum
melebihi satu meter (bahaya tinggi). Namun begitu, hampir separuh
daripada jumlah tersebut, iaitu sebanyak 24.6 peratus hanya mengalami
kejadian banjir hingga paras tiang rumah sahaja. Sebanyak 25.3 peratus
lagi mengalami kejadian banjir dengan situasi lantai rumah mereka
ditenggelami air. Selebihnya iaitu sebanyak 2.8 peratus lagi mengalami
kejadian banjir hingga pada tahap lantai tingkat kedua dan paras
bumbung rumah. Pengalaman responden yang pernah mengalami
kejadian banjir dalam julat kedalaman genangan banjir 0.51 meter
hingga satu meter (bahaya sederhana) hanya berjumlah 28.6 peratus.
Lebih separuh daripada jumlah responden tersebut hanya mengalami
kejadian banjir dengan tahap kedalaman di bawah paras lantai rumah.
Selebihnya iaitu sebanyak 10.8 peratus lagi melebihi kedalaman lantai
rumah. Sebahagian kecil responden, iaitu sebanyak 18.7 peratus pernah
mengalami kejadian banjir dengan tahap kedalaman maksimum pada
ketinggian kurang daripada 0.5 meter (bahaya rendah). Walaupun
begitu, tidak lebih separuh daripada jumlah responden tersebut
mempunyai lantai rumah yang berketinggian kurang daripada 0.5 meter.

36

Tanggapan Masyarakat Luar Bandar Terhadap Risiko Kerugian Banjir:
Kajian Kes Dataran Banjir Beaufort, Sabah

Jadual 3.3 Genangan paras banjir maksimum di bahagian struktur
rumah berdasarkan tahap bahaya banjir

Kedalaman Paras Tiang Menenggelami Menenggelami Paras Jumlah
Banjir Rumah Lantai Lantai Tingkat Bumbung (%)
Maksimum (%) Rumah
(meter) (%) Kedua Rumah
(%) (%)

0.01 – 0.5 11.6 11.6 7.1 7.1 0 0 0 0 18.7
10.8 10.8 0
0.51 – 1.0 17.8 17.8 2.1 0 0 0 0 28.6
10.4 25.3 0
1.01 - 1.5 7.5 4.1 43.2 0 0
5.8 0
1.51 - 2 9.2 1.7 1.6 0
1.2 0.4
2.01 - 2.5 4.2 43.2 2.0 0

2.51 - 3 2.5 24.6 2.0 0 0.8 52.7
3.01 - 3.5 0.8 0

3.51 - 4 0.4 0.8

Jumlah 54 54 2.0 0.8 0.8 100

Petunjuk Skala Tahap Bahaya:
Rendah
Sederhana
Tinggi

(Sumber: Diubah suai daripada Komi et al., 2016)

PENILAIAN RISIKO BANJIR BERDASARKAN TANGGAPAN
PENDUDUK

Jadual 3.4 menunjukkan tahap risiko banjir berdasarkan lapan jenis item
kerugian pada aras kedalaman banjir 0.5 meter. Secara keseluruhannya,
kelapan-lapan jenis item risiko kerugian yang dihadapi masih dalam
tahap yang rendah dengan skor min keseluruhan bernilai 1.46. Didapati,
sebanyak lebih daripada 77 peratus responden beranggapan negatif atau
menidakkan bahawa berlakunya risiko kerugian banjir berdasarkan
kelapan-lapan jenis item tersebut. Hanya kurang daripada 15 peratus
yang beranggapan positif atau mempersetujui bahawa wujud risiko
kerugian berdasarkan kelapan-lapan item pada Jadual 3.4 sekiranya
kedalaman banjir mencecah 0.5 meter. Jika dinilai daripada perbezaan
setiap item pula, didapati RMKM adalah yang paling berisiko rendah
dengan bacaan skor min bernilai 1.10, manakala RMGP adalah yang

37

Peradaban dan Isu-isu Semasa

paling berisiko tinggi dengan nilai purata sebanyak 1.46. RMKC,
RKHB dan RKIR masing-masing mempunyai skor min kedua, ketiga
dan keempat terendah dengan erti lain, item-item tersebut tergolong
dalam empat item yang paling tidak berisiko. Sementara, item RHHT,
RMGK dan RKT pula masing-masing tergolong dalam empat item
teratas yang berisiko.

Jadual 3.4 Tahap risiko kerugian banjir pada aras kedalaman 0.5 meter
(bahaya rendah)

Bil. Jenis Risiko Negatif Neutral Positif Purata Tahap
Kerugian (%) (%) (%) Skor Risiko

1 Risiko mengalami 98.4 1.2 0.4 1.10 R
kematian (RMKM)

2 Risiko mengalami 98.4 0.8 0.8 1.15 R
kecederaan (RMKC)

Risiko kerugian

3 harta benda dalam 90.9 3.7 5.4 1.32 R
rumah (RKHB)

4 Risiko kerugian 90.4 5.4 4.2 1.38 R
infrastruktur 88.3 5.0 6.7 1.44 R
5 rumah (RKIR)
81.7 11.2 7.1 1.71 R
6 Risiko hilang 77.5 7.9 14.6 1.76 R
haiwan ternakan 78.5 13.3 8.3 1.78 R
7 (RHHT)
8 1.46 R
Purata Risiko mengalami
keseluruhan gangguan
kebolehsampaian
(RMGK)

Risiko kerosakan
tanaman (RKT)

Risiko mengalami
gangguan psikologi
(RMGP)

Nota : T = Tinggi, S = Sederhana, R = Rendah

Pada aras kedalaman banjir 1 meter pula, risiko kerugian yang
dialami rata-ratanya masih lagi berada di tahap yang rendah dengan nilai

38

Tanggapan Masyarakat Luar Bandar Terhadap Risiko Kerugian Banjir:
Kajian Kes Dataran Banjir Beaufort, Sabah

purata keseluruhan sebanyak 1.69 (Jadual 3.5). Daripada segi ranking,
terdapat sedikit perbezaan tahap risiko pada aras kedalaman 0.5 meter
dengan 1 meter. Pada aras kedalaman 0.5 meter, nilai skor min RKHB
adalah lebih rendah berbanding nilai skor min RKIR namun sebaliknya
pula pada aras kedalaman banjir 1 meter. Di kedalaman banjir setinggi 1
meter, nilai RKIR adalah ketiga terendah, iaitu satu tahap di atas RKHB.
Walaupun begitu, perbezaan skor min di antara kedua-dua item tersebut
hanyalah sebanyak 0.04. Item-item risiko lain masih lagi menunjukkan
kedudukan ranking yang sama seperti mana yang terdapat pada Jadual
3.4. Daripada segi pertambahan nilai skor min juga tidak banyak yang
berubah. RMKM tidak mengalami sebarang perubahan nilai skor min,
manakala RMKC hanya bertambah sebanyak 0.06. Pertambahan nilai
skor min yang paling tinggi adalah pada item RMGK, iaitu sebanyak 0.4.
Ia meningkat daripada nilai skor min 1.71 kepada nilai skor min 2.11.
Item RKP dan RMGT pula masing-masing menunjukkan pertambahan
nilai skor min kedua tertinggi iaitu sebanyak 0.39.

Jadual 3.5 Tahap risiko kerugian banjir pada aras kedalaman 1 meter
(bahaya sederhana)

Bil. Jenis Risiko Kerugian Negatif Neutral Positif Purata Tahap
(%) (%) (%) Skor Risiko

1 Risiko mengalami kematian 98.1 1.7 0.4 1.10 R

2 Risiko mengalami 96.7 2.1 1.2 1.21 R
kecederaan

3 Risiko kerugian 88 7.9 4.2 1.50 R
infrastruktur rumah

4 Risiko kerugian harta 85.4 7.1 7.5 1.54 R
benda dalam rumah

5 Risiko hilang haiwan 79.6 8.3 12 1.74 R
ternakan

6 Risiko mengalami 63.1 23.7 13.2 2.11 R
gangguan kebolehsampaian

7 Risiko kerosakan tanaman 71.9 10.4 17.9 2.15 R

8 Risiko mengalami 66 22.8 11.2 2.17 R
gangguan psikologi

Purata keseluruhan 1.69 R

39

Peradaban dan Isu-isu Semasa

Jadual 3.6 pula menunjukkan tahap risiko banjir pada aras
kedalaman 1.5 meter. Pada paras ini, semua item masih berada pada
tahap risiko rendah kecuali item RMGP dan RMGK yang berada
pada tahap risiko sederhana dengan nilai skor min masing-masing
sebanyak 2.58 dan 2.45. Secara keseluruhannya, semua item mengalami
pertambahan nilai skor min kecuali bagi item RKT. Justeru, kedudukan
ranking RKT berkurang satu tahap di atas RMGK. Perubahan kedudukan
ranking antara RKT dan RMGK juga dipengaruhi oleh pertambahan nilai
skor min RMGK sebanyak 0.34. Nilai pertambahan skor min tersebut
merupakan kedua tertinggi di antara semua item setelah item RMGP.
Pertambahan nilai purata ketiga dan keempat tertinggi pula adalah
RKIR dan RHHT. Pada peringkat ini, item RMKM dan RMKC tidak
menunjukkan peningkatan nilai skor min yang ketara berbanding enam
item lainnya.

Jadual 3.6 Tahap risiko kerugian banjir pada aras kedalaman 1.5 meter

(bahaya tinggi)

Bil. Jenis Risiko Kerugian Negatif Neutral Positif Purata Tahap
(%) (%) (%) Skor Risiko

1 Risiko mengalami 96.3 2.9 0.8 1.13 R
kematian

2 Risiko mengalami 89.6 8.4 2.0 1.33 R
kecederaan

3 Risiko kerugian 75.9 13.7 10.4 1.78 R
infrastruktur rumah

4 Risiko kerugian harta 70.6 17.8 11.6 1.85 R
benda dalam rumah

5 Risiko hilang haiwan 69.3 13.7 17 1.98 R
ternakan

6 Risiko kerosakan tanaman 63 15.4 21.6 2.15 R

Risiko mengalami 49.7 27.4 22.9 2.45 S
7 gangguan 28.2 22.4 2.58 S

kebolehsampaian 1.91 R

8 Risiko mengalami 49.4
gangguan psikologi

Purata keseluruhan

40

Tanggapan Masyarakat Luar Bandar Terhadap Risiko Kerugian Banjir:
Kajian Kes Dataran Banjir Beaufort, Sabah

Rajah 3.2 menunjukkan trend tahap risiko kerugian banjir
sehingga paras kedalaman banjir mencecah 2.5 meter. Trend tahap risiko
banjir didapati menurun secara drastik bermula pada aras kedalaman 2
meter, terutama bagi item RMGP dan RMGK. Terdapat juga item lain
yang menunjukkan trend hampir mendatar seperti RMKM dan RMKC.
Hal ini bermakna peningkatan nilai min kedua-dua item tersebut tidak
terlalu dipengaruhi oleh perbezaan peningkatan paras kedalaman banjir.
Oleh hal yang demikian, kedua-dua item tersebut tergolong memiliki
tahap risiko rendah walaupun paras kedalaman banjir mencecah 2.5
meter. Pada paras kedalaman banjir 2 meter, kesemua item masih
berada pada tahap risiko rendah, kecuali bagi item RMGP dan RMGK.
Namun begitu, apabila paras risiko banjir mencapai kedalaman 2.5
meter, peningkatan tahap risiko daripada kategori rendah kepada
kategori sederhana telah berlaku kepada empat item merangkumi, item
RKT, RKHB, RHHT dan RKIR. Walau bagaimanapun, keempat-empat
item tersebut masih berada pada kedudukan bahaya banjir sederhana
di peringkat yang paling minimum, iaitu dengan nilai skor min tidak
melebihi 2.40.

Rajah 3.2 Trend tahap risiko kerugian banjir berdasarkan tahap bahaya

Rajah 3.2 Tren tahap risiko kerugian banjir berdasarkan tahap bahaya

PENGARUH KAPASITI PENYESUAIAN REKA BENTUK RUMAH BERKOLONG
TERHADAP RMKM, RMKC, RKIR DAN41RKHB
Melalui hasil dapatan kajian yang diperoleh, jelas menunjukkan wujud keunikan tersendiri
berkenaan dengan tanggapan penduduk dataran banjir Beaufort terhadap risiko kerugian banjir
yang dihadapi. Walaupun tahap bahaya banjir berada dalam kategori tinggi, tetapi tahap risiko

Peradaban dan Isu-isu Semasa

PENGARUH KAPASITI PENYESUAIAN REKA BENTUK RUMAH
BERKOLONG TERHADAP RMKM, RMKC, RKIR DAN RKHB

Melalui hasil dapatan kajian yang diperoleh, jelas menunjukkan wujud
keunikan tersendiri berkenaan dengan tanggapan penduduk dataran
banjir Beaufort terhadap risiko kerugian banjir yang dihadapi. Walaupun
tahap bahaya banjir berada dalam kategori tinggi, tetapi tahap risiko
kerugian banjir yang dialami secara puratanya masih lagi di tahap yang
rendah kecuali bagi RMGP (Jadual 3.6). Hal ini menunjukkan wujud
perbezaan yang amat ketara berkenaan tanggapan penduduk terhadap
tahap risiko kerugian banjir di dataran banjir Beaufort dengan dapatan
kajian-kajian lepas sebelumnya seperti Cancado et al. (2008) dan Komi
et al. (2016). Menurut Cancado et al. (2008) dan Komi et al. (2016),
tahap bahaya banjir peringkat tinggi (>1.5 meter) sangat berpotensi
mengakibatkan kemusnahan pada bangunan dan kebarangkalian
untuk berlaku kematian adalah tinggi. Pada peringkat ini juga potensi
berlakunya kerosakan terhadap struktur rangka rumah adalah tinggi.
Namun demikian, dalam konteks dataran banjir Beaufort adalah
sebaliknya. Pada kedalaman banjir 1.5 meter, tahap RMKM dan RMKC
adalah rendah (Jadual 3.6) sehinggalah kedalaman banjir mencecah 2.5
meter (Rajah 3.2). RKIR dan RKHB juga masih di tahap yang rendah
sehingga kedalaman banjir mencecah dua meter (Rajah 3.2). Walhal,
pada tahap kedalaman ini risiko kerugian untuk keempat-empat item
tersebut seharusnya berada pada tahap yang tinggi (Cancado et al.,
2008; Komi et al., 2016).

Penurunan RMKM, RMKC, RKIR dan RKHB adalah disebabkan
oleh kemampuan kapasiti penyesuaian yang tinggi dalam kalangan
penduduk di dataran banjir Beaufort. Salah satu contoh kapasiti
penyesuaian yang diaplikasikan bagi mengurangkan RMKM, RMKC,
RKIR dan RKHB adalah membina reka bentuk rumah berkolong.
Reka bentuk rumah berkolong merupakan salah satu ciri kearifan
tempatan yang masih diamalkan, khususnya oleh komuniti dataran
banjir Beaufort. Tujuannya adalah agar dapat mengelakkan daripada
berlakunya kerosakan harta benda (Chan, 2002; Adi Jafar, 2013),
kerosakan infrastruktur rumah, kematian dan kecederaan. Hal ini

42

Tanggapan Masyarakat Luar Bandar Terhadap Risiko Kerugian Banjir:
Kajian Kes Dataran Banjir Beaufort, Sabah

demikian kerana reka bentuk rumah berkolong berfungsi untuk
mengelakkan genangan air banjir menenggelami lantai rumah dan harta
benda. Secara logiknya, reka bentuk rumah berkolong akan lebih sukar
ditenggelami banjir berbanding reka bentuk rumah tidak berkolong
kerana kedudukan lantai rumah berkolong adalah lebih tinggi daripada
kedudukan lantai rumah tidak berkolong. Berdasarkan Jadual 3.3,
sebanyak 24.6 peratus penduduk pernah berhadapan dengan kejadian
banjir setinggi 1 hingga 4 meter (peringkat bahaya tinggi), namun
genangan banjir tersebut hanya pada paras kolong rumah sahaja. Situasi
ini sudah tentu akan menyebabkan tanggapan penduduk terhadap
RMKM, RMKC, RKIR dan RKHB berada pada tahap yang rendah
walaupun kedalaman banjir pada tahap bahaya tinggi.

Selain itu, reka bentuk rumah berkolong juga berperanan untuk
memanjangkan tempoh masa kenaikan air banjir menenggelami lantai
rumah. Dengan cara ini, penduduk akan mempunyai masa yang lebih
panjang untuk bersiap sedia menyelamatkan harta benda yang terdapat
di dalam rumah mereka dengan cara mengalihkan barangan tersebut
ke tempat yang lebih tinggi. Jadual 3.3 menunjukkan sebanyak 25.3
peratus penduduk pernah mengalami kejadian banjir pada peringkat
bahaya tinggi. Walau bagaimanapun, pada peringkat ini kerosakan
harta benda dapat dielakkan dengan memindahkannya ke tempat
yang lebih selamat (Adi Jafar et al., 2014). Pada peringkat ini juga
kerosakan infrastruktur rumah berada pada tahap yang minimum.
Risiko berlaku kecederaan dan kematian juga adalah rendah apabila
genangan air hanya mencapai paras kolong rumah dan lantai rumah.
Hanya sebanyak 2.8 peratus jumlah penduduk yang pernah mengalami
kejadian banjir hingga menenggelami lantai rumah kedua dan bumbung
rumah mereka. Penenggelaman hingga ke paras lantai rumah kedua dan
bumbung rumah hanya berlaku apabila kedalaman banjir mencecah dua
meter hingga empat meter kecuali bagi 0.4 peratus golongan responden
(Jadual 3.3). Keadaan ini menunjukkan betapa pentingnya reka bentuk
rumah berkolong sebagai salah satu kaedah bagi meningkatkan kapasiti
penyesuaian penduduk yang akhirnya akan mengurangkan tahap risiko
kerugian yang dialami khususnya daripada aspek RMKM, RMKC, RKIR
dan RKHB. Dapatan tersebut adalah seiring dengan hasil kajian Adi Jafar

43

Peradaban dan Isu-isu Semasa

(2013), iaitu dengan membina rumah berkolong mampu mengurangkan
risiko kerugian harta benda dan kerosakan struktur rumah.

PENGARUH KAPASITI PENYESUAIAN KOMUNITI DATARAN
BANJIR TERHADAP RMGK, RKT, RHHT DAN RMGP

Selain daripada membina rumah berkolong, kaedah pemilikan sampan
atau bot juga merupakan salah satu lagi contoh kapasiti penyesuaian
dan ciri kearifan tempatan yang dijalankan di dataran banjir Beaufort.
Didapati, peratusan penduduk yang memiliki bot atau sampan di Kampung
Bekalau dan Kampung Bingkul masing-masing berjumlah 85 peratus dan
40 peratus. Bagi Kampung Malalugus dan Kampung Mempagar pula
masing-masing adalah sebanyak 31 peratus dan 24 peratus. Pemilikan
sampan dalam kalangan penduduk di setiap kampung adalah bertujuan
untuk meningkatkan tahap kebolehsampaian (asessibility) mereka ketika
berlakunya banjir. Hal ini secara tidak langsung akan memberi kesan
kepada pengurangan RMGK. Hasil penyelidikan ini adalah sama dengan
dapatan kajian Monzu Morshed (2007) dan Emma (2011). Didapati
dengan memiliki bot mini styrofoam atau rakit mampu meningkatkan
tahap kebolehsampaian penduduk ketika banjir.

Hasil kajian ini menunjukkan walaupun kedalaman banjir dalam
julat 1.5 meter hingga 2.5 meter (bahaya tinggi), tetapi dengan memiliki
sampan secara persendirian, RMGK masih di tahap sederhana (Rajah
3.2). Walhal, pada kedalaman banjir 0.5 meter hingga 1.5 meter sahaja
tindakan mengharungi banjir tidak mungkin dapat dilakukan dan wujud
risiko lemas (Cancado et al., 2008). Ayog et al. (2017) pula mendapati
pada aras kedalaman banjir melebihi 0.6 meter sahaja sebahagian besar
(>90 peratus) penduduk yang tinggal di kawasan dataran banjir akan
mengalami risiko terkandas untuk beraktiviti di luar rumah. Salah
satunya disebabkan mempunyai kemampuan kapasiti penyesuaian
yang rendah.

RKT merupakan antara item yang paling berisiko, berbanding
item lainnya bermula dari aras kedalaman 0.5 meter hingga 1.5 meter
(Jadual 3.4, 3.5 dan 3.6). Namun begitu, trend RKT adalah sedikit
mendatar pada aras kedalaman 2 meter hingga 2.5 meter (Rajah 3.2).

44

Tanggapan Masyarakat Luar Bandar Terhadap Risiko Kerugian Banjir:
Kajian Kes Dataran Banjir Beaufort, Sabah

Hal ini menunjukkan tahap kedalaman banjir tidak memberi pengaruh
yang besar terhadap RKT. Justeru, secara keseluruhannya trend RKT
masih berada dalam lingkungan tahap rendah kecuali pada kedalaman
2.5 meter. Jenis tanaman yang dimiliki kebanyakannya hanyalah
tanaman hiasan yang ditanam di kawasan halaman rumah seperti pokok
bunga. Hanya 2.1 peratus daripada jumlah keseluruhan responden
bekerja sebagai petani. Namun, jenis tanaman yang sensitif terhadap
banjir seperti padi dan sayur-sayuran tidak diusahakan di kawasan
tersebut. Keadaan ini sudah tentu mengurangkan RKT dalam konteks
skala kerugian besar yang diakibatkan oleh bencana banjir.

Perkara yang serupa dapat diperhatikan terhadap trend RHHT
yang juga sedikit mendatar. Tahap kedalaman banjir tidak memberi
pengaruh yang kuat terhadap RHHT. Trend RHHT secara keseluruhan
juga menunjukkan dalam kategori rendah. Hal ini demikian kerana
sebelum kejadian banjir terjadi, haiwan ternakan seperti lembu,
kambing dan ayam akan terlebih dahulu dipindahkan ke kawasan yang
lebih selamat. Antara lainnya, aktiviti penternakan komersial berskala
besar-besaran tidak dijalankan di lokasi kajian. Aktiviti ternakan hanya
dijalankan secara tradisional pada skala kecil, iaitu kurang daripada
sepuluh ekor bagi memudahkan haiwan ternakan tersebut diurus
terutamanya semasa berlaku banjir (Abdullah Muniam, 2018).

Umumnya, penilaian RMGP pula mengambil kira dua keadaan,
iaitu fasa semasa berlakunya banjir dan pasca banjir. Pada fasa semasa
banjir, sebahagian penduduk berasa risau dan bimbang akan kenaikan
air banjir secara berterusan. Tidak hanya sekadar itu, dalam fasa
pasca banjir pula sebahagian penduduk berasa tertekan disebabkan
terpaksa membersihkan tangga dan lantai rumah yang telah dikotori
dengan kelodak. Pada waktu yang sama, ketujuh-tujuh item risiko
yang telah dibincangkan sebelum ini secara tidak langsung juga akan
mempengaruhi RMGP. Dalam erti lain, trend ketujuh-tujuh item risiko
adalah berkadar langsung dengan trend RMGP. Justeru, apabila ketujuh-
tujuh item risiko masih dalam keadaan terkawal walaupun pada tahap
bahaya banjir tinggi, maka tahap RMGP juga adalah terkawal.

45

Peradaban dan Isu-isu Semasa

KESIMPULAN

Pemerkasaan kearifan tempatan adalah penting bagi memperkukuhkan
kapasiti penyesuaian komuniti luar bandar, khususnya dalam konteks
dataran banjir. Pembinaan asas kapasiti penyesuaian yang kukuh sudah
tentu akan meningkatkan daya tahan komuniti melalui pengurangan
tahap kemudahterancaman ketika berhadapan dengan bahaya banjir.
Ia penting kerana tahap kemudahterancaman yang rendah akan
mengurangkan tahap risiko kerugian banjir yang dihadapi walaupun
dalam situasi tahap bahaya banjir adalah tinggi. Perkara ini dibuktikan
melalui dapatan kajian yang diperoleh, iaitu tidak terdapat satu item
pun yang berada pada tahap risiko kerugian tinggi walaupun tahap
kedalaman banjir mencapai 2.5 meter.

Tanggapan responden tentang tahap risiko banjir yang
dihadapi dalam kajian ini menggambarkan bahawa komuniti luar
bandar khususnya masyarakat dataran banjir Beaufort sememangnya
mempunyai keupayaan daya tahan sedia ada yang tinggi dalam
berhadapan dengan kejadian bencana alam. Hal ini bertepatan dengan
salah satu strategi yang disarankan dalam teras ke-7 DPLB, iaitu
membina komuniti luar bandar yang berdaya tahan terhadap bencana
bagi mewujudkan suasana masyarakat luar bandar yang sihat, selamat
dan sejahtera. Walau bagaimanapun, peningkatan daya tahan terhadap
bencana harus ditambah baik dari semasa ke semasa melalui kerjasama
antara semua pihak termasuklah pihak kerajaan, NGO dan masyarakat
setempat. Dengan berbuat demikian, diharapkan teras ke-7 DPLB bukan
hanya akan tercapai dengan jayanya, malah akan terus bersifat mapan.

RUJUKAN

Abdullah, A. H., Rahman, S. N. S. A., & Hamzah, M. H. (2017). Metacognitive
skills of Malaysian students in non-routine mathematical problem
solving. Bolema - Mathematics Education Bulletin, 31(57), 310–322.

Adenan, N. H., & Md. Noorani, M. S. (2015). Predicting time series data at
floodplain area using chaotic approach (peramalan data siri masa aliran
sungai di dataran banjir dengan menggunakan pendekatan kalut). Sains
Malaysiana, 44(3), 463–471.

46

Tanggapan Masyarakat Luar Bandar Terhadap Risiko Kerugian Banjir:
Kajian Kes Dataran Banjir Beaufort, Sabah

Adi Jafar. (2013). Kesan pembangunan terhadap kejadian banjir di lembangan Sg.
Menggatal. Tesis Sarjana (tidak diterbitkan).Universiti Malaysia Sabah,
Kota Kinabalu.

Adi Jafar, Mohammad Tahir Mapa & Nordin Sakke. (2014). Pengurusan mitigasi
banjir: Kajian perbandingan kaedah mitigasi di lembangan Sungai
Menggatal, Kota Kinabalu, Sabah. 12th International Borneo Research
Council Conference (BRC), UMS, 5-7 Ogos 2014.

Albano, R., Mancusi, L., & Abbate, A. (2017). Improving flood risk analysis for
effectively supporting the implementation of flood risk management
plans: The case study of “Serio” Valley. Environmental Science and Policy,
75(December 2016), 158–172.

Ayog, J. L., Tongkul, F., Mirasa, A. K., Roslee, R., & Dullah, S. (2017). Flood risk
assessment on selected critical infrastructure in Kota Marudu Town,
Sabah, Malaysia. MATEC Web of Conferences, 103(April).

Azali, N. S., Mustafa, F. B., & Salleh, K. O. (2017). Analisis indeks vulnerabiliti
komuniti miskin zon pinggir laut di Kelantan. Malaysian Journal of
Society and Space, 13(4), 138–152.

BH Online. 13 November 2014. 10 kampung dilanda banjir.
Bhuiyan, S. R., & Baky, A. Al. (2014). Digital elevation based flood hazard and

vulnerability study at various return periods in Sirajganj Sadar Upazila,
Bangladesh. International Journal of Disaster Risk Reduction, 10, 48–58.
Cancado, V., Brasil, L., Nascimento, N. & Guerra, A. (2008). Flood risk
assessment in an urban area: Measuring hazard and vulnerability the
Manhuaçu case-study. 11th International Conference on Urban Damage,
Edinburgh, 1-10.
Cardona, O. D. (2004). The need for rethinking the concepts of vulnerability
and risk from a holistic perspective: A necessary review and criticism
for effective risk management. Journal of Chemical Information and
Modeling, 53(9), 1689–1699.
Chan Ngai Weng. (2002). Pembangunan, pembandaran dan peningkatan bahaya
dan bencana air di Malaysia: Isu, pengurusan dan cabaran. Pulau Pinang:
Penerbit Universiti Sains Malaysia.
Colburn, L., & Seara, T. (2011). Resilience, vulnerability, adaptive capacity, and
social capital. 2nd National Social Indicators Workshop, 1–14. Retrieved
from https://www.st.nmfs.noaa.gov/Assets/econ-human/social/
documents/Resilience, vulnerability, adaptive capacity, and social
capital_Colburn.pdf.
Davies, B. R., Biggs, J., Williams, P. J., Lee, J. T., & Thompson, S. (2008). A
comparison of the catchment sizes of rivers, streams, ponds, ditches and
lakes: Implications for protecting aquatic biodiversity in an agricultural
landscape. Hydrobiologia, 597(1), 7–17.

47

Peradaban dan Isu-isu Semasa

Department of Natural Resources. (2006). Living in the floodplain, what you
need to know- Who you need to know. Wisconsin Department of Natural
Resources , DNR Pub-WT-851.

Eldawaty Madran. (2016). Kajian bencana banjir di Daerah Beaufort, Sabah. Kota
Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah.

Eldawaty Madran & Felix Tongkul. (2011). Pengaruh morfologi ke atas kejadian
banjir di kawasan Pekan Beaufort, Sabah. National Proceeding Geosciences
Conference 2011. Kuala Lumpur: Universiti Malaya, 135–136.

Emma, P. (2011). Vulnerability, adaptation, and resilience to floods and climate
change-related risks among marginal, riverine communities in Metro
Manila. Asian Journal of Social Science, 39(4), 425–445.

Gallopin, G. C. (2006). Linkages between vulnerability, resilience, and adaptive
capacity. Global Environmental Change, 16(3), 293–303.

Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Semenanjung Malaysia, Kementerian
Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan. (2014).
Garis Panduan Pemuliharaan Dan Pembangunan Kawasan Sensitif
Alam Sekitar (KSAS) Dataran Banjir, Tanah Lembap, Bekas Lombong,
Tasik & Sungai. Kuala Lumpur: Jabatan Perancangan Bandar dan
Desa Semenanjung Malaysia, Kementerian Kesejahteraan Bandar,
Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Johana Johari. (2015). Tekanan, kebimbangan, kemurungan dan kualiti hidup
mangsa banjir. Sintok: Universiti Utara Malaysia.

Komi, K., Amisigo, B. A., & Diekkrüger, B. (2016). Integrated flood risk
assessment of rural communities in the Oti River basin, West Africa.
Hydrology, 3(4), 1–14.

Kreibich, H., & Thieken, A. H. (2009). Coping with floods in the city of Dresden,
Germany. Natural Hazards, 51(3), 423–436.

Lyu, H. M., Sun, W. J., Shen, S. L., & Arulrajah, A. (2018). Flood risk assessment
in metro systems of mega-cities using a GIS-based modeling approach.
Science of the Total Environment, 6(26), 1012–1025.

Monzu Morshed. (2007). Indigenous coping mechanisms in combating flood.
Tesis Sarjana (Tidak diterbitkan). BRAC University, Dhaka, Bangladesh.

Moser, C & Mellwaine., C. (1997). Household responses to poverty and
vulnerability: Confronting crisis in commonwealth, Metro Manila, The
Philippines.

Mtuleni, R. T. T. (2016). Building adaptive capacity to flood risk in Philippi, Cape
Town, through infrastructure-led planning intervention. Cape Town:
University of Cape Town.

48

Tanggapan Masyarakat Luar Bandar Terhadap Risiko Kerugian Banjir:
Kajian Kes Dataran Banjir Beaufort, Sabah

Neto, A, R., Ferreira., R, Romao., D, Batista., E & Roberto., Q. C. (2016).
Methodologies for generation of hazard indicator maps and flood
prone areas: Municipality of Ipojuca/PE. SciElo RBRH On-Line Version
21(2), 377-390.

Nguyen, T., & Man, H. (2016). Assessing adaptive capacity to flood in the
downstream communities of the Lam River. Journal of Geography,
Environment and Earth Science International, 5(3), 1–13.

Noorazuan Md Hashim & Shamsuddin. (2018). Tanggapan, kesedaran dan
motivasi masyarakat terhadap penggunaan air hujan sebagai bekalan
alternatif bandar. GEOGRAFIA OnlineTM Malaysian Journal of Society
and Space 14(3 ), 37–52.

Schneiderbauer, S., & Ehrlich, D. (2004). Risk, hazard and people’s vulnerability
to natural hazards: A review of definitions, concepts and data. European
Commission Joint Research Centre. EUR, 21410, 40 (January).

Siti Nurul Annisa, T., & Azahan, A. (2017). Bencana banjir dan tahap
pengetahuan penduduk terhadap pengurusan banjir di Serian. Malaysian
Journal of Society and Space, 4(4), 22–36.

UN-ISDR. (2004). Living with risk - focus on disaster risk reduction. In Living
with Risk: A Global Review of Disaster Reduction Initiatives (Vol. 1).
https://doi.org/9211010640.

Yamane, T. (1967). Statistics, an introductory analysis (2nd ed). New York:
Harper and Row.

Yulpisman Asli & Juani Munir Abu Bakar. (2019). PM akan lancar Dasar
Pembangunan Luar Bandar 2030. Utusan Online.

_________.10 kampung di Beaufort dilanda banjir. BH Online, 13 November
2014.

Temu Bual

Abdullah Muniam, 15 April 2018. Ketua Kampung Bingkul, Beaufort.

49



4Bab

KESEDARAN BENCANA TANAH RUNTUH
TERHADAP PENDUDUK KAMPUNG MESILOU,

KUNDASANG, SABAH

Hennie Fitria Wulandary Soehady Erfen & Baba Musta

PENGENALAN

Letusan akibat gegaran gempa bumi dilihat antara sebab berlakunya
ketidakstabilan cerun sebelum penggalakan terjadinya tanah runtuh
yang dilihat berisiko tinggi terhadap keselamatan nyawa, harta benda
dan sosioekonomi penduduk. Kegagalan cerun yang berlaku semasa
gempa bumi adalah disebabkan pengurangan kekuatan ricih tanah
untuk menahan daya pemacu daripada gegaran gempa bumi tersebut.
Fenomena ini ditunjukkan dengan kejadian gempa bumi di Ranau
yang berlaku pada tahun 2015 yang telah menyebabkan kematian 18
orang pendaki Gunung Kinabalu. Hasil debris daripada runtuhan cerun
ekstensif semasa gegaran gempa bumi susulan juga telah mengakibatkan
berlakunya banjir lumpur di kawasan kajian.

Kawasan kajian terletak di kawasan Mesilou, Kundasang, Sabah
yang terdiri daripada Formasi Trusmadi berusia Paleosen hinggah
Eosen Tengah, Formasi Crocker (Eosen Lewat hingga Miosen Awal),
Gravel Pinousuk, (Pleistosen) dan Aluvium (Holosen) (Rajah 4.1).
Kampung Mesilou secara khususnya terletak di unit Gravel Pinousuk

Peradaban dan Isu-isu Semasa

iaitu endapan tilloid hasil pengendapan glasier dari Gunung Kinabalu
dan aliran lumpur kuno sewaktu usia Pleistosen Akhir sekitar 34,000
hingga 40,000 tahun dahulu (Koopmans & Stauffer, 1967; Jacobson,
1970; Marilah & Ibrahim, 2000). Ia mempunyai ketebalan kira-kira
40 kaki yang terdiri daripada batuan sedimen Formasi Trusmadi dan
Formasi Crocker, batuan granodiorit daripada jasad Gunung Kinabalu
dan bongkah batuan ultrabes (Marilah & Ibrahim, 2000). Gravel
Pinousuk terdiri daripada pelbagai julat saiz bahan sehingga bersaiz
blok menyebabkan ia tidak terkonsolidasi dan tidak stabil (Tjia, 2007;
Siong et al., 2001). Persilangan antara Sesar Mensaban dan Crocker
menggalakkan lagi tanah runtuh di Unit Gravel Pinousuk (Hall et al.,
2008) kerana ciri-cirinya yang longgar, poros, terluluhawa tinggi dengan
bahan berisihan buruk yang ditafsirkan sebagai lemah dan tidak stabil
(Siong et al., 2001; Liau, 1996; Ismail et al., 2017).

Kajian soal selidik digunakan bagi mengetahui tahap pemahaman
dan kesedaran responden akan kejadian bencana yang telah berlaku
dan berpotensi untuk berlaku di kawasan responden. Soal selidik
ini mengandungi dua bahagian, iaitu Bahagian A (Latar Belakang
Responden) dan Bahagian B (Pemahaman dan Kesedaran Responden
akan Bencana Gempa Bumi dan Tanah Runtuh) dengan 3 skala
keputusan, iaitu ya, tidak dan tidak pasti. Senarai soalan telah diuji
menggunakan Cronbach’s alpha dengan nilai 0.721 dan dikelaskan
sebagai boleh diterima (Cronbach & Shavelson, 2004).

Sasaran responden untuk soal selidik ini adalah para penduduk
di sekitar Kampung Mesilou yang menerima impak dan risiko
bencana gempa bumi dan tanah runtuh. Sejumlah 70 orang penduduk
Kampung Mesilou yang terdiri daripada pelbagai latar belakang umur,
bangsa, agama, tahap pendidikan dan tempoh menetap dipilih sebagai
responden kajian ini. Beberapa orang responden turut ditemu ramah
bagi mengumpul data kualitatif, terutama daripada aspek pengalaman
dan kesedaran terhadap bencana yang berlaku.

52

Kesedaran Bencana Tanah Runtuh terhadap Penduduk
Kampung Mesilou, Kundasang, Sabah

RaRjaajhah44..11 PPeettaaggeeoolologgi iMMeseilsoiluo, uK,uKnudansdanagsang

PERKEMBANPEGRAKNEMSBEAMNAGSAAN SBEEMNACSAANBEANTCAANNAATHARNAUHNRTUUNHTUDHI SDAI SBAABHAH

Toaapntoeagrhrtuarfmuinnptyuuahd(aJdTikiaebiznnbsoagoanhatnngrteueeetmnrpattiepulsn.aeh,tnub2atu0kebm0irbe4ianr)tgl.aaagmTzneiiumtmaundpnabaigaekbrktouleaedmrkptuibauladmadnazigpikmuuganewbdaoeinalroszldgaaoiniknuMebtkdaeasitrluttakeeayannnwsstiiaaufdsamadbsneeaenrenrgg,kyaasengntbeetaeunobpnsmkiigfsoaernnfotbelarongngiaumdnuaannn
edia ada lebihkebpeardkaemgeuonlgokgiinbaanturaunntduahsaarp, agbeiolma ogrefmolpoagibduamnittoeprojagdria.fiKnyeake(Jraibpsaonntanah runtuh
ybuaennrtlugakksupkeadswiifkaikasawdnseiaetsMpdaaeilna.ar,lu2paam0deys0saaai4halte)a.bmbnTui,heiaanktbdaemeanurdakpksaoeaakdmyaiabnunaainnnbkggekemulriunanemnaannangauidrdaruiaumnMspteauadllhniaabdynaasuptiakmaanabmenibmleadanagagynsieeatmmbaraupedbanakpgnbaiuhnuprameabkrnaiangbntkegecruarajknnanudagraniia.ssniakgotuenbmaepntaactnaananha,
tika pemaju dKaenkekreaspeadnatranaphernugngtunhabe(rMlaakjulidsiKkaewsealsaamn apteasnatNmeegnaarna,da2k0a1n2b; eIlburmahim Komoo,
2i0s0ik9o).dAannktaersaaaMkndoapamlaapsypcasoaninadbebuenuan-ankctoabmnmaaapgasoiadnmaienlenainhykgaseuenrrapganenpargteiikramlaumnaakerdlliiuasbimakdtoaakltaabanmesnadpcsaa,esnrsaairasntdcyeaaamnnnggppaeesnrnpaguenanscwitafuniakkgsaamdnniednagnuraamnagrkaann,
persediaan dangupneanitlaaniaanh urinstikuok kdaawnalsaanngkpaehru-lmanaghkaanh, kpeeumpauyliahaannm(Penapguatrhuosmdea-nKohle et al.,
2003). Kebanymakeamnanutsaauhapibhearktubmeprkuukaespaatdeamppeantadnid, iektainkadpaenmmaajuklduamnaknekseedpaardaanorang awam
entang KstersaetelagpmieakntegasgneudNniaaeag(nMarabaj,elin2sc0Ka1en2sa;eIlbabamrgaaihtiammneNKngeogumararoano,g,2k20a01n029;k)Ie.bhrialhanimgaKnomnyoaow, 2a0d0a9n). harta benda.
Majlis

Di Sabah, beberapa ceramah dan bengkel kesedaran awam berkaitan gempa bumi telah

dkiearnjajsuarmkaanAogleenhsiPPuesnagt uKruasjaiannBBenecnacnaanaNeAglaarma5(,3NUAnDivMerAsi)tidaMnaJlaabyastiaan Sabah (UMS) dengan
Meteorologi Malaysia.

Peradaban dan Isu-isu Semasa

Antara komponen-komponen yang perlu ada dalam perancangan
untuk mengurangkan risiko dan kesan pasca bencana adalah seperti
maklumat asas, sistem pengawasan dan amaran, persediaan dan
penilaian risiko dan langkah-langkah pemulihan (Papathome-Kohle
et al., 2003). Kebanyakan usaha bertumpu kepada pendidikan dan
makluman kepada orang awam tentang strategi kesediaan bencana bagi
mengurangkan kehilangan nyawa dan harta benda. (Majlis Keselamatan
Negara, 2012; Ibrahim Komoo, 2009).

Di Sabah, beberapa ceramah dan bengkel kesedaran awam
berkaitan gempa bumi telah dianjurkan oleh Pusat Kajian Bencana Alam,
Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan kerjasama Agensi Pengurusan
Bencana Negara (NADMA) dan Jabatan Meteorologi Malaysia. Ia
bertujuan sebagai langkah meningkatkan kesediaan dan kesedaran
kepada mereka yang berisiko agar lebih bersedia dan boleh bertindak
sewajarnya apabila menghadapi gempa bumi.

PENGALAMAN DAN PEMAHAMAN PENDUDUK MENGHADAPI
BENCANA

Seramai 70 orang responden di Kampung Mesilou telah mengisi soal
selidik ini. Hasil analisis menunjukkan julat umur para responden ialah
di antara 18 tahun hingga 82 tahun dengan nilai min dan median usia
responden adalah 33 tahun dan 30 tahun masing-masing. Secara amnya,
Kampung Mesilou mempunyai majoriti penduduk yang beragama Islam
dengan 89 peratus dan berbangsa Dusun dengan 80 peratus.

Pengalaman Menghadapi Bencana

Daripada hasil soal selidik, 100 peratus daripada semua responden
(Rajah 4.2a) pernah merasai gegaran gempa bumi iaitu tidak terhad
kepada gempa bumi Ranau 2015 sahaja. Hal ini termasuklah gempa
bumi susulan dan bermagnitud kecil yang masih berlaku yang boleh
dirasai oleh penduduk di Kampung Mesilou. Hanya 70 peratus, iaitu
49 orang responden sahaja yang pernah mengalami bencana tanah
runtuh (Rajah 4.2b). Selain itu, pengalaman mereka juga meliputi

54

Pengalaman Menghadapi Bencana

Daripada hasil sbouaml sieialiidtuikt,id1a0k0tperehraatduksKedepsaaerddiaparaagndeBamenspceaKamnaabmuTuapamunrnaeihgsRMRpueaonsnitnluaodhuue,tKen2ru0hn(a1Rdda5aaspasjnPaaeghhn, Sda2uajabdaau).hkIpneirtnearhmmaseurka
gegaran gempa

gempa bumi susulan dan bermagnitud kecil yang masih berlaku yang boleh dirasai o

penduduk di sKemamaspaunmgenMgheasdilaopui.bHenacnaynaa 7b0anpjierrlautmusp,uiraidtiuse4b9abokraannkgedreusdpuoknadnen sahaja ya
pymaeenrlngiapthuetrimleseetanmkgaadsKsleiaaahammminniptegaunbgrngeaagnhmdcaMuadeanmaeapssuiuilttobnuauegnsnkaayacihanaynnrajguaannlgtbatenuabrnhlpaejneit(rrajRihklruausjmdbaeiuhhpaniunn4gratg.d2angrib.asa)e.mdbSuaeebamlkasuaiutnnunskgiktaeuaid,nuypdajeanunlgkaganbanalpanKemjraihramunpbmuunneggraeMnk.aesjiu

(a) (b)

Rajah 4.2. (a) RPeanjgaahltaa4nma.a2hn(ramun)e tnuPpgheehnnbagagdgaaaipllaapimmabreaaannnrceasmnmpaoeegnnnedggmehnhpaaadddibaaKuppmaiimibbpmeeunanncngcaaaknMnaaleaasti(aglbone)uamp,hKepnruagunabdnlaautmsumahaningbdmaaegnnighadapi benca
para responden di Kampung Mesilou, Kundasang

Beberapa orang responden menyatakan pengalaman mengalami bencana seperti berikut:
Beberapa orang responden menyatakan pengalaman bencana

“Saya tidak daspepaterbtei rbdeirriik. uTt:u jalan raya sama tanah beralun-alun. Goyang-goyang. Bikin tak
(Responden 42)

“Saya tidak dapat berdiri. Tu jalan raya sama tanah beralun-alun.

“Banyak betul batu jaGtuohyadnagr-igsoiyraing.sBuinkignatiamkuats”a(Rtuesgpeognadreknu4a2t”) (Responden 3)

“Itu tanah runtuh besa“Br aknuyaatkjbaetutuhl sbeabtueljuatmuhgdeamripsai.riTnegrsuusnbgailiamtausagetugagre,gbaerrktuartu”t-turut ada tanah jat
(Responden 48) (Responden 3)

Pemahaman Tenta“gnIetgguatrBa, nbeaenhrctruaurnnuattu-thubruestaardkautaatnjaahtujhatsuehb”el(uRmesgpeomndpean. T4e8r)us bila tu

Sebahagian bePseamr aphaaramraenspToenndteanngmBeemnachaanmai bencana gempa bumi dan tanah runtuh deng
73 peratus dan 87 peratus iaitu 51 orang dan 61 orang masing-masing (Rajah 4.3a dan Ra

4.3b). Sebahagian besar para responden memahami bencana gempa bumi dan

tanah runtuh dengan 73 peratus dan 87 peratus iaitu 51 orang dan 61

orang masing-masing (Rajah 4.3a dan 4.3b).

55

Peradaban dan Isu-isu Semasa (b)

(a)

4.3. (a) PemahRaamjaanhte4n.t3a(nag)b ePnecmanaahgaemmapnatbeunmtai,nmgabneankcaalana(bg)epmempaahbaummani, tmenatnanagkablean(cba)na tanah
runtuh bagi parpaermesaphoanmdeannditKenatmapnugngbeMnecsainloau,tKanuanhdarsaunngtuh bagi para
responden di Kampung Mesilou, Kundasang

a Jadual 1, hampir 76 peratus responden faham tentang konsep berlakunya gempa
manakala hanya 47 DpaerriaptaudsasJaahdaujaaly4a.1n,ghatamhpuird7a6lapmeramtuesnrielaspi osnkdaleankfaehkaumattaenntgaenmgpa bumi.

itentukan bakhoanwsaeppabrearlraeksupnoynadgeenmfpaahabmumaik,amnakneaskaanl-akheasannyay4a7ngpbereartluaskusaahkaijbaat gempa
siko adanya ygaenmgptaahbuudmaliadmi Rmaennailuaidsaknalfaakheakmuabtaanhagewmapgaebmupmai.bDuampaittidditaekndtuakpaant dijangka
nilai peratusbaanha8w3appearraaturess,p8o6ndpeenraftauhsadmanak9a1n pkeesraantu-ksemsaansiynagn-gmbaesrilnakgu. Nakaimbautn begitu,
3 peratus dargiekmaplaanbguamni,rersispiokondaednanyyaanggetmahpua bloukmaisidgi eRmanpaaubduamn ifayhaanmg bboahleahwbaerlaku di
selain Ranaugedmanpajubguamhiatnidyaak5d3appaetradtiujasndgkaraipmaedlaalurei snpiloani dpeenraytuasnagnt8a3hupebraahtuasw, a gempa
Ranau boleh8b6epreurlaatnugs. dOalneh91itup,edraatpuast mdiarusimngu-smkaasninbga.hNawamaupnembeaghitaum, ahnanpyaara5r3esponden
ng Mesilou apkearnatkuosndsaerpi kpaelmanbgeannturkesapnognedmenpayabnugmtiahduanlorkisaiskiogebmolpeahbbuemrliakyaunngya gempa
Ranau adalabholteihngbgeriladkeungdiaSnapbauhra, staela7i0n pRearnaatuusd.an juga hanya 53 peratus daripada
responden yang tahu bahawa gempa bumi di Ranau boleh berulang.

JaOdlueahl 4it.1u,Tadhaappaptemdiarhuammuanskbaenncabnaahgaewmapapbeummaihpaamraarnesppoanrdaenresponden

Kampung Mesilou akan konsep YpaembenTtiduakkan geTmidpaka bumi dan risiko
d(%i R) anPaaustai (d%a)lah t(i%ng) gi
7bo0lpeSbheuarymbaaitefbuarehlsraal.amkkuubnagyaaimganeamgepmapabumi dengan purata
76 23 1

Saya faham bagaimana menilai 47 44 8
skala kekuatan gempa bumi

Saya tahu akan kesan-kesan 83 14 3
daripada gempa bumi

Saya tahu lokasi gempa bumi di 53 34 13
Sabah selain Ranau

Saya tahu gempa bumi tidak 91 7 2
boleh dijangka bila akan berlaku

Saya faham akan risiko gempa 86 11 3
bumi di Ranau

Saya tahu bahawa gempa bumi di 53 47 0
Ranau boleh berlaku lagi

56

Lebih daripada 80 peratus dalam kalangan para responden memahami sebab-sebab
erlakunya tanah runtuh dan faktor berlakunya kematian para pendaki gunung semasa
n gempa bumi Ranau tahun 2015 yang lalu (Jadual 4.2).

Kesedaran Bencana Tanah Runtuh terhadap Penduduk
Kampung Mesilou, Kundasang, Sabah

Jadual 4.1 Tahap pemahaman bencana gempa bumi para responden

Ya Tidak Tidak
(%) Pasti (%)
(%)

Saya faham bagaimana gempa bumi berlaku 76 23 1

Saya faham bagaimana menilai skala kekuatan gempa bumi 47 44 8

Saya tahu akan kesan-kesan daripada gempa bumi 83 14 3

Saya tahu lokasi gempa bumi di Sabah selain Ranau 53 34 13

Saya tahu gempa bumi tidak boleh dijangka bila akan 91 7 2
berlaku

Saya faham akan risiko gempa bumi di Ranau 86 11 3

Saya tahu bahawa gempa bumi di Ranau boleh berlaku lagi 53 47 0

Lebih daripada 80 peratus dalam kalangan para responden
memahami sebab-sebab boleh berlakunya tanah runtuh dan faktor
berlakunya kematian para pendaki gunung semasa kejadian gempa
bumi Ranau tahun 2015 yang lalu (Jadual 4.2).

Jadual 4.2 Tahap pemahaman bencana tanah runtuh para responden

Ya Tidak Tidak
(%) Pasti (%)
(%)

Saya tahu kematian pendaki pada 5 Jun 2015 disebabkan 87 11 2
tanah runtuh/ jatuhan batuan

Cerun curam merupakan punca berlakunya tanah runtuh 80 19 1

Tanah lembut merupakan punca berlakunya tanah 87 10 3
runtuh

Gempa bumi merupakan punca berlakunya tanah runtuh 84 14 2

Secara keseluruhan, nilai min bagi tahap pemahaman bencana
gempa bumi dan tanah runtuh adalah 2.76. Didapati secara numerikal,
terdapat perbezaan min mengikut tahap pendidikan yang ditunjukkan
dengan min tertinggi iaitu 2.95 (pendidikan ijazah). Nilai min semakin
berkurangan selari dengan tahap pendidikan, namun nilai median
menunjukkan nilai 3.00, iaitu pemahaman penuh bagi setiap tahap
pendidikan (Jadual 4.3). Hal ini menunjukkan secara amnya kesemua

57

ara keseluruhan, nilai min bagi tahap pemahaman bencana gempa bumi dan tanah runtuh

ah 2.76. Didapati secara numerikal, terdapat perbezaan min mengikut tahap pendidikan

kgurdaintugnajnuskeklaaPnreiradddeeabnnaggnaadnnantmIashui-anisputSpeeermntaidnsaigdgiki aina,itnuam2.u9n5 (pendidikan ijazah). Nilai min semakin
nilai median menunjukkan nilai 3.00, iaitu

ahaman penuh bagi setiap tahap pendidikan (Jadual 4.3). Hal ini menunjukkan secara

mmyi aadakinneistteaamnnapuhaargprmereueesmrnepsntnppouaagnohhidbnrdusedaienmleatcnalimauhdrmieaaaomnpelaemtapshahaenaamsnhamdhebairimerdeurkkiidnokaakntasusosneahen.lrpasskmeeadcpanaanridpnaafeiaantnskaagntfsaoapblrkaae-trfmmoadrkaae-tsnnfoaagrrykikrabtaaonentrrgaplabhepkeaneuprgrlnanapylakeaahnumbdnadeiyndinaliyackaalbaunnneiga.noclaenhamgeermekpaa

Jadual 4.3.Min dan median antara tahap pemahaman dengan tahap pendidikan responden

Jadual 4.3 Min dan median antara tahap pemahaman dengan tahap

pendidikan responden Nilai Min

Min Keseluruhan 2.76 Nilai Min

Min KeselurMuhiannIjazah 2.95 2.76

Min Ijazah Min STPM/ Diploma 2.83 2.95

Min STPM/ DMipinloSmPaM/ Sekolah Menengah 2.78 2.83

Min SPM/ SeMkoinlahUMPSenRe/nSgeakholah Rendah 2.63 2.78

Min UPSR/ SMekionlaThidRaekndBaehrsekolah 2.63 2.63

Min Tidak BMerseedkioalnahKeseluruhan 3.00 2.63

Median Keseluruhan 3.00

Didapati tiada perbezaan signifikan di antara kesemua julat
Didapatitetimadpaohpemrbenezeataapn. sNigilnaifmikeadniadni paunltaarma ekneusnejmukukaanjunlaitlatie3m.0p0ohiaimtuenetap. Nilai
ian pula mepneumnajuhkamkaann pneilnauih3. H.0a0l iniaiimtuenpuenmjuakhkaamnasencapreanaumhn. yHa,aplarianiremspeonnudnejnukkan secara
ya, para resKpoamndpeunngKMamespiluonugmMemesaihloaumimkeomnsaehpamdainkfoanksteopr-fdaakntofrabketorlra-kfuakntyoar berlakunya
cana tanpa mbeenncgainra ttaenmppaomhenpgeinreatatepmanpodhi ppeenteetmappaantadni pteertseembpuat.taHn atlerisneibudti.sebabkan 66
tus respondeHnalpienrindaihsembaebnkgahna6d6irpi ecreartaums raehspboenrdkeanitapnerbneanhcmaneangyhaandgirdi ciaedraamkanh di kampung
Rajah 4.4). berkaitan bencana yang diadakan di kampung ini (Rajah 4.4).

RajaRh a4j.4ahPe4ra.4tu sbPaeenrrrkaetasupitsoaannndebnreenysacpnaognnapdeernnahyamnegngpheardnirai hcemramenahghbaerdkiariitacnerbaemncaanha

Berdasarkan hasil temu bual dengan responden, dapat dianggarkan bahawa beberapa

mah awam berkaitan bencana awam anjuran pelbagai agensi pernah dijalankan di kawasan

an, termasuk 2d0i 1R5a.nSaeulasienpiatun,jatnegrdtaepmatproahmea5mi8 ppeant gtkahajuinyainnig, iaitu selepas kejadian gempa
mi pada tahun juga menjalankan kajian soal

dik berkaitan bencana di Kampung Mesilou yang turut memberikan pelbagai maklumat

bahan kepada para penduduk. Walau bagaimanapun, jika dinilai berdasarkan soalan

Kesedaran Bencana Tanah Runtuh terhadap Penduduk
Kampung Mesilou, Kundasang, Sabah

Berdasarkan hasil temu bual dengan responden, dapat
dianggarkan bahawa beberapa ceramah awam berkaitan bencana awam
anjuran pelbagai agensi pernah dijalankan di kawasan kajian, termasuk
di Ranau sepanjang tempoh empat tahun ini, iaitu selepas kejadian
gempa bumi pada tahun 2015. Selain itu, terdapat ramai pengkaji yang
juga menjalankan kajian soal selidik berkaitan bencana di Kampung
Mesilou yang turut memberikan pelbagai maklumat tambahan kepada
para penduduk. Walau bagaimanapun, jika dinilai berdasarkan soalan
spesifik yang diberi, dapat dilihat bahawa responden dengan tahap
pendidikan lebih tinggi adalah lebih memahami tentang fakta saintifik
akan konsep bagaimana dan potensi di mana bencana boleh berlaku.

Kesedaran Risiko Bencana

Daripada Rajah 4.5, masih ramai penduduk iaitu sekitar 87 peratus
responden yang masih menetap di kawasan bencana gempa bumi (Rajah
4.5a), manakala 60 peratus responden masih tinggal di kawasan kaki
cerun atau lereng yang berisiko berlakunya kegagalan cerun atau tanah
runtuh (Rajah 4.5b).

Daripada Rajah 4.5, dapat dianggarkan bahawa kesedaran para
responden masih tidak memuaskan kerana sebahagian besar daripada
mereka masih tinggal di kawasan bencana serta mendirikan rumah di
lereng cerun. Walaupun telah dinyatakan anggaran jarak jatuhan dan
pergerakan bahan cerun sekiranya berlaku gempa bumi pada masa
akan datang, para responden masih mengekalkan jawapan yang dipilih.
Hal ini demikian kerana kebanyakan para responden telah menetap
di kawasan tersebut melebihi 15 tahun (55 peratus) dan tidak dapat
meninggalkan kawasan tersebut.

59

aanripraudmaaRh adjai hle4r.e5n,gdacpearut nd.iaWngaglaaurkpaunnbtaehlaahwadikneysaetdakaraannapnagrgaarreasnpojanrdaekn jmataushiahntiddaank
kaannbkaehraanncaesreubnasheakgiiraannybaesbaerrldaakruipgaedma pmaebreukmaimpaadsiahmtiansgagaakladni dkaatwanagsa,npabreanrceasnpaonsedretna
eanngerkuamlkaahndjiawlearpeanng ycaenrgund.ipWiliahl.auHpaulnintiedlaehmidkiinaynaktaekraannaaknegbgaanryaankajanrapkarjaartueshpaonnddaenn
eeaannnlkgebateaankphakalakndwaicnaeskrjaauPanwenwraatsadepeasrkabasaninenrbaydunaatnteyn.rIagssuebd-biesiupurliStaleikmhmua.seHgaleeambl iiphnaii b1u5mitpaahduanm(a5s5a apkearnadtuast)angd,apnartaidreaskpodnadpeant
demikian kerana kebanyakan para responden

enetap di kawasan tersebut melebihi 15 tahun (55 peratus) dan tidak dapat

alkan kawasan tersebut. (b)
(a)

(a) (b)

55a..m((aau))nPPeebrraaettuugssiaatnnuR,rraeejss7app4hoonn4ddpyy.eeaae5nnnnr(ggayyataamm)unn saaggPgtssieenmmiidmhhrgaaaattgpsstiiniinnauahhgglsbggtt8daiiaaunni4nllggmleddggrpriiiaaeellellsdeenpddrrragaeeiiontnnkkanuggaat(dswwbaaaeu)ttaanaarsspkuueaaeyasnnkkrakpaagganiokkeetcgiinummeccsdpprmeeaeuaarrnuuannbbnnsruuiemhmmsiipatddiosnaainnnngdgg((ebba-n))ml ppydaeeaisrrnaaiknttguuagsswmaaannassserraeeibnhsseppnoonnaddrneennya
untuk berpindah dari lokasi rumah sekarang yang berada dalam kawasan bencana
uammiun(Rbaejaghitu4, .67a4) Napatemaruautnubsebreadgdaitanu,d87a44lapmpeerralaattuluussadnarentsap8no4anhpdeerrunantutmus harsei(snRpgoa-njmadheans4inm.6gabs)sinesgbe-ekniararnnyyaa
uknatwukasbaenrppienmtedamashpinadgtaarsnieybloaenknagsrbinayrhuaamrbuaehrdsaesndekisaealruaanmntgautkyoablneeghrppbiinehrdaaakdhabdedaratralianlmgogkukanasiwgjraauswmanaabhb. eHnaclainnai
aunmmi e(Rreakjaahses4ed.ka6arar)aankagatnayuarnibsgiekrboaedrbaedndacadalanlmaamdliaklKauwaamnaspataunnnbagehnMcrauennsiatluoghuem(tReptaajpabihutmi4aid.6(aRb)atejamshepkairtalnayina
ehkadwidaisaamnip. e4te.6map) aattaanu ybaenragdbaadhaalraumdlaanlusaenlatmanaatholreuhntpuiha(kRabjearhta4n.6gbg)unsegkjairwanayba. Hal ini
an mereka seddibaerriakkaannkraiwsiaksoanbpeentceamnpaadtainKyaamngpubnahgaMruedsailnousetlaemtaapti otilaehdapitheamkpat lain
eh didiami. bertanggungjawab. Hal ini disebabkan mereka sedar akan risiko bencana

di Kampung Mesilou tetapi tiada tempat lain yang boleh didiami.
(a) (b)

(a) (b)

(a) Peratusan responden yang akan berpindah sekiranya berada dalam kawasan bencana gempa bumi
an (b) peratusan responden yang akan berpindah sekiranya berada dalam laluan tanah runtuh

(a) Peratusan rReaspjaonhd4en.6y(aan)g Pakearnatbuesrpainndraehspseoknirdaennyaybaenragdakdaanlambekrapwinasdaanhbesneckainraangyema pa bumi
an (b) peratusan responden yanbgearkaadnabedraplianmdahksaewkiarsaannyabbeenracdaandaalgaemmlaplauabnutmaniahdraunnt(ubh)

peratusan responden yang akan berpindah sekiranya
berada dalam laluan tanah runtuh

60

Kesedaran Bencana Tanah Runtuh terhadap Penduduk
Kampung Mesilou, Kundasang, Sabah

KESIMPULAN

Daripada keseluruhan hasil analisis soal selidik yang dijalankan, dapat
dinyatakan bahawa keseluruhan responden pernah mengalami gegaran
gempa bumi, sama ada dalam magnitud yang tinggi atau rendah, dan
sebahagiannya pernah terlibat dalam mana-mana kegagalan cerun. Hal
ini menyebabkan secara tidak langsung responden lebih memahami
bagaimana bencana gempa bumi dan tanah runtuh boleh berlaku,
ditambah lagi dengan penganjuran pelbagai ceramah berkenaan bencana
awam yang turut menekankan persediaan menghadapi bencana.
Dari aspek kesedaran, sebahagian besar responden bersetuju untuk
berpindah kerana memahami risiko bahawa petempatan mereka berada
dalam zon bencana atau laluan tanah runtuh. Walau bagaimanapun,
tiada petempatan baharu disediakan menyebabkan mereka masih
menetap di kawasan zon bencana tetapi bersedia untuk berpindah pada
bila-bila masa jika amaran bahaya dikeluarkan.

PENGHARGAAN

Setinggi penghargaan atas pemberian geran SDK0015-2017 (Sains dan
Islam dalam Konteks Masyarakat Sabah). Ucapan terima kasih juga
ditujukan kepada Cik Fatimah Sudirman dan Encik Ahmad Zarif atas
bantuan semasa kajian soal selidik.

RUJUKAN

Cronbach, L.J. & Shavelson, R.J. (2004). My current thoughts on coeffiecient
Alpha and successor procedures. Educational and Psychological
Measurement, 37, 827–838

Hall, R., Cottam, M.A., Suggate, S., Tongkul, F., Sperber, C. & Batt, G. (2008).
The geology of Mount Kinabalu. Sabah Parks Publication, 13.

Ibrahim Komoo. (2009). 15 nukilan alam sekitar dan pembangunan untuk
pendidikan awam. Bangi: Institut Alam Sekitar dan Pembangunan
(LESTARI), Universiti Kebangsaan Malaysia.

61

Peradaban dan Isu-isu Semasa

Ismail Abd. Rahim, You, L.K. & Nabila Mohd Salleh (2017). Kampung Mesilou
landslide: The controlling factors. Geological Behavior, 1(1), 19–21

Jacobson, G. (1970). Gunung Kinabalu area, Sabah, Malaysia. Geological Survey
Report, Report 8, 118.

Jibson, R. W., Harp, E. L., Schulz, W. & Keefer, D. K. (2004). Landslides triggered
by the 2002 Denali Fault, Alaska, Earthquake and the inferred nature
of the strong shaking. Earthquake Spectra, 20, 669–691.

Koopmans, B.N. & Stauffer, P.H. (1967). Glacial Phenomenon on Mount
Kinabalu, Sabah. Borneo Region Malaysia Geological Survey Bulletin, 8,
25–35.

Liau, A. (1996). Major Landslides at Kampung Pinousuk, Kundasang, Ranau.
Jabatan Penyiasatan Kaji Bumi, Kota Kinabalu.

Majlis Keselamatan Negara (MKN) (2012). National Progress Report on the
Implementation of the Hyogo Framework for Action (2011-2013)-Interim.

Marilah Sarman & Ibrahim Komoo. (2000). Kundasang-Ranau: Dataran
Warisan Ais Gunung. Dlm. Geological Society of Malaysia Annual
Geological Conference 2000.

Papathoma-Kohle, M., Dominey-Howes, D., Zong, D. & Smith, D. (2003)
Assessing tsunami vulnerability, an example from Herakleio, Crete.
Natural Hazards and Earth System Sciences, 3(5), 377 – 381.

Siong, L.P., Moduying, V., Yangkat, Y., Greer, T, Laugesen, C.H. & Juin, E. (2001).
EIA Guideline for Construction on Hillslopes, Sabah, Malaysia.

Tjia, H.D. (2007). Kundasang (Sabah) at the intersection of regional fault zones
of quaternary age. Geological Society Malaysia Bull, 53, 59-66.

62

5Bab

IMPLIKASI 25 TAHUN PEMERINTAHAN SULTAN
AHMAD TAJUDDIN: MELAKAR JATI DIRI
BANGSA MANDIRI

Nurul Amalina binti Zullkiflee

PENGENALAN

Negara Brunei Darussalam dahulunya pernah menjadi sebuah
wilayah jajahan dan naungan beberapa kuasa besar seperti
Sriwijaya, Majapahit dan China. Selari dengan peredaran zaman,
keruntuhan kuasa tersebut menjadi antara faktor penyumbang
kemunculan empayar Brunei sebagai sebuah kuasa penaung bagi
wilayah-wilayah di kawasan Pulau Borneo yang turut dikenali dengan
nama Pulau Brunei. Namun, kuasa penaung yang bersandarkan sistem
pemerintahan beraja ini terpaksa pula menghadapi banyak cabaran
dalaman dan luaran sehingga ia terpaksa tersisa dalam bentuknya
sekarang dari segi saiz kawasan. Kehebatan para pemimpinnya yang
terdiri daripada sultan-sultan telah mampu memastikan kelangsungan
atau survival negara dan bangsa Brunei walaupun terpaksa mengalami
situasi ‘inda dibagi mua,’ bahkan sehingga dibiarkan berpencen dan
kuasa pentadbiran serta pemerintahan diambil alih tanpa mampu
mempertahankan diri dan memberi tentangan sewajarnya.

Peradaban dan Isu-isu Semasa

Kedaulatan Brunei dan Sultan Ahmad Tajuddin yang menghadapi
tiga pentadbiran kuasa luar sepanjang hayat baginda terpaksa
‘didiamkan’ sehingga adinda baginda, Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien
memegang tampuk pemerintahan negara yang kemudian berhasil
menghadiahkan sebuah perlembagaan bertulis yang memberi tanda
akan tercapainya kemerdekaan walaupun kemerdekaan penuh hanya
diperoleh 25 tahun kemudian di bawah tampuk pemerintahan Kebawah
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei
Darussalam pada tahun 1984.

LATAR BELAKANG PEMERINTAHAN NEGARA BRUNEI
DARUSSALAM

Islam yang dibawa masuk melalui perkahwinan Awang Alak Betatar
yang kemudian bergelar Sultan Muhammad Shah dengan Puteri
Johor (Temasek atau Singapura Tua) merupakan titik tolak permulaan
kemunculan Brunei sebagai sebuah kesultanan yang didasari dengan
perasaan muhibah dan kekeluargaan dengan pengurniaan lima buah
wilayah oleh ayahanda mentua baginda iaitu Sultan Johor. Kedatangan
Sultan Sharif Ali dari Tanah Arab dan perkahwinan baginda dengan
Puteri Ratna Kesuma, puteri Sultan Ahmad (Sultan Brunei kedua)
dan seterusnya penabalan Baginda sebagai Sultan Brunei ketiga yang
disebabkan oleh ketiadaan putera pewaris Sultan Ahmad (Jamil al-
Sufri, 1992) mengukuhkan lagi corak pemerintahan Islamik Kesultanan
Brunei dengan pembinaan masjid-masjid yang menjadi medium bagi
penyebaran Islam di dalam negara dan kawasan serantau. Sultan
Sharif Ali merupakan perintis sistem pertahanan dalam negara dengan
menitahkan rakyat untuk membina kota batu yang penambahan
binaannya dilanjutkan hingga ke zaman pemerintahan anakanda
baginda, Sultan Sulaiman (Jamil al-Sufri, 1992). Baginda turut
mewariskan Tunggul Alam Bernaga bersayap tiga yang mewakili ‘Islam,
Iman dan Ihsan’.

64

Implikasi 25 Tahun Pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin:
Melakar Jati Diri Bangsa Mandiri

Penyebaran dakwah Islam diperluaskan pada zaman Sultan
Bolkiah melalui mekanisme perhubungan perkahwinan dan penaklukan
yang berbentuk penyerahan wilayah secara sukarela yang disambung
oleh sultan-sultan selepas baginda. Zaman pemerintahan Sultan
Muhammad Hasan turut menjadi ristaan sejarah apabila berjaya
menghasilkan hukum agama berkanun yang dipanggil Hukum Kanun
Brunei dengan pengadaptasian daripada Hukum Kanun Melaka. Era
Sultan Muhammad Tajuddin pula dikenali dengan pengurniaan tanah
wakaf di Mekah untuk kegunaan jemaah haji Brunei di samping
pemberigaan kisah-kisah Sultan-Sultan terdahulu yang dipahatkan di
atas sebuah batu yang disebut Batu Tarsilah.

Penubuhan sekolah Melayu pertama diperkenalkan pada zaman
pemerintahan Sultan Muhammad Jamalul Alam II menandakan
pendidikan formal di Negara Brunei Darussalam dan penubuhan sekolah
Arab mula dipelopori oleh Sultan Ahmad Tajuddin pada tahun 1940
yang hanya berjalan selama setahun disebabkan oleh tercetusnya Perang
Dunia Kedua. Persekolahan agama dan Arab ini dihidupkan semula
pada zaman pemerintahan Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien dan sejarah
telah memahatkan nama Baginda sebagai pencipta slogan identiti
Brunei menggunakan bahasa Arab yang tertera di bendera negara iaitu
‫ الدائمون المحسنون بالهدى‬yang bermaksud ‘Orang-orang yang sentiasa
membuat kebajikan dengan petunjuk (Allah SWT)’.

Negara Brunei Darussalam semakin dikenali di persada
antarabangsa dengan pengukuhan status negara sebagai sebuah
negara Melayu Islam dengan sistem pemerintahan beraja yang
diisytiharkan secara rasmi pada 1 Januari 1984. Berikutan itu, negara
Brunei Darussalam semakin lantang menyuarakan pendirian dalam
mengukuhkan kedaulatan Islam dengan pengharaman arak dan
penjualannya, selain memperkenalkan peraturan Pendidikan Ugama
Wajib, penguatkuasaan Undang-Undang Jenayah Syari’ah yang terpaksa
menghadapi banyak kecaman daripada dunia luar dan seterusnya
memperkenalkan gagasan Negara Zikir yang diilhamkan sendiri oleh
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji
Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan
Negara Brunei Darussalam.

65

Peradaban dan Isu-isu Semasa

PERJANJIAN 1905/1906 DAN PENGENALAN SISTEM RESIDEN:
PENAFIAN HAK DAN KUASA PENTADBIRAN KERAJAAN TRADISI

Faktor penting yang menyebabkan Sistem Residen diperkenalkan ialah
kerana kegagalan Perjanjian Naungan 1888 bagi memberi perlindungan
sepenuhnya kepada Brunei (Muhaimin, 2011). Walaupun dalam artikel
1 dalam perjanjian itu menyebutkan bahawa Negeri Brunei akan terus
diperintah dan ditadbir oleh Sultan Hashim dan pengganti-pengganti
Baginda sebagai sebuah negara merdeka di bawah perlindungan British
(Hickling, R.H., 1955), tetapi sikap offensive dan agresif pihak Brooke
dan Kompeni British North Borneo serta sikap British yang double
standards menyebabkan kedudukan Brunei terus terancam.

Justeru, Perjanjian 1905/1906 ini diterima oleh Sultan Hashim
kerana baginda yakin bahawa kedaulatan Brunei akan terpelihara di
bawah perlindungan British dengan mendatangkan seorang pegawai
British sebagai penasihat sultan. Dengan kata lain, menerusi perjanjian
ini Sultan Hashim bertekad tidak ingin melihat Kesultanan Brunei yang
tua ini dimusnahkan (Muhaimin, 2011). Faktor lain yang mendorong
agar Sistem Residen ini perlu dibentuk ialah pihak British beranggapan
bahawa Sultan Hashim tidak berkewibawaan untuk menyelamatkan
Brunei daripada ancaman kuasa-kuasa asing memandangkan umur
baginda sudah lanjut iaitu 80 tahun.

Semasa Sistem Residen mula dilaksanakan pada tahun 1906,
Brunei pada hakikatnya adalah sebuah negeri yang hampir muflis
kerana tidak mempunyai perbendaharaan dan sangat memerlukan
kepada tabung-tabung dana bagi pembiayaan kos pentadbiran untuk
menjadikan Negeri Brunei berkemampuan berdiri sendiri dari segi
kewangan (Muhaimin, 2011).

Di Negeri Brunei, kuasa Residen ternyata lebih luas, meliputi
bidang eksekutif dan kehakiman kecuali hal-hal yang menyentuh
tentang agama Islam, umpamanya J.F. Owen, Residen British pernah
mengancam untuk memecat dan menurunkan Sultan Muhammad
Jamalul Alam II dari takhta kerajaan apabila baginda tidak bersetuju
dengan Undang-Undang Tanah yang baru diperkenalkan oleh Residen.
Disebabkan oleh ugutan itu, barulah baginda memberi kerjasama dan

66

Implikasi 25 Tahun Pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin:
Melakar Jati Diri Bangsa Mandiri

hubungan baginda dengan Residen bertambah baik (Saunders, G.A.,
1994). Menurut Brown, rakyat Brunei beranggapan bahawa dalam
Sistem Residen ini, sultan masih berkuasa tetapi bagi mereka yang
mengetahui keadaan senario politik sebenar, kuasa eksekutif berada
di tangan Residen (Muhaimin, 2011).

Apabila British mula menguasai Brunei, hukum adat tidak lagi
berjalan. Residen telah meletakkan adat istiadat Melayu di bawah
kuasanya kerana British mengetahui bahawa adat Melayu mempunyai
hubungan dengan pentadbiran mahkamah dan ciri-ciri pentadbiran
tradisional (Hussainmiya, 1995). Hukum syarak ditukar hanya menjadi
undang-undang hal ehwal peribadi yang sangat terbatas (Yahya, 2012)
dan undang-undang British menjadi undang-undang British.

SULTAN AHMAD TAJUDDIN, PERKEMBANGAN EKONOMI DAN
PEMBANGUNAN-PEMBANGUNAN FIZIKAL NEGARA

Sultan Ahmad Tajuddin Akhazul Khairi Waddien ibni Sultan Muhammad
Jamalul ‘Alam ialah Sultan Brunei yang ke-27. Baginda diputerakan
pada 22 Ogos 1913 di Istana Kota, Pekan Brunei (Muhaimin, 2011);
menaiki takhta pada 21 September 1924 setelah ayahanda baginda,
Sultan Muhammad Jamalul ‘Alam II lindung pada 19 September 1924
(Jamil al-Sufri, 2002), dan ketika itu baginda baru berusia 11 tahun.
Baginda memerintah Brunei sehingga tahun 1950. Oleh kerana usia
baginda terlalu muda untuk menjadi sultan ketika itu, Kerajaan Brunei
telah melantik dua orang Wazir iaitu Pengiran Bendahara Pengiran Anak
Abdul Rahman ibni Pengiran Muda Omar Ali Saifuddin dan Pengiran
Pemancha Pengiran Anak Haji Muhammad Yasin bin Pengiran Omar
Ali selaku Pemangku Raja bagi menguruskan hal ehwal pemerintahan
Negeri Brunei (Muhaimin, 2011).

Sultan Ahmad Tajuddin menerima pendidikan awal di Lapau
Istana, Pekan Brunei. Antara guru yang bertanggungjawab mengajar
baginda pada akhir tahun 1920-an dan awal tahun 1930-an ialah Cikgu
Salleh (HM Salleh) bin Haji Masri yang merupakan seorang pejuang
nasionalis Brunei yang anti kepada penjajahan (Muhaimin, 2011).
Baginda melanjutkan pengajian ke England, United Kingdom pada

67

Peradaban dan Isu-isu Semasa

tahun 1931 atas inisiatif Residen British, E.E.F. Pretty selama satu
tahun bagi mempelajari bahasa Inggeris dan tamadun Barat. Baginda
merupakan Sultan Brunei pertama dalam sejarah Brunei menjelajah ke
dunia Barat. Baginda lindung pada 17 Sya’ban 1369 Hijrah bersamaan
dengan 4 Jun 1950 dan dimakamkan di Kubah Makam Diraja, Bandar
Brunei (Yura Halim, 2002; Nurul Amalina, 2019).

Kerajaan Brunei telah terpaksa berhutang dan membuat pinjaman
daripada Negeri-Negeri Melayu Bersekutu berjumlah $439,750 antara
tahun 1906-1914 namun telah membayar balik 20 peratus daripada
pinjaman kewangan tersebut pada tahun 1931 dan telah mampu
melunaskan baki semua pinjaman menjelang tahun 1936. Bidang
pertanian terutama penanaman padi memperlihatkan perkembangan
yang baik antara tahun 1925 hingga tahun 1931 dan pengeluaran hasil
padi bagi tahun 1925 sebanyak 60,000 gantang adalah pengeluaran
hasil terbesar pernah dicapai dalam bidang pertanian di negeri ini
(Muhaimin, 2011). Minyak ditemui pada 5 April 1929 (Harper, 1975)
di Padang Berawan, Seria dan merupakan bahan komersial penting
bagi perkembangan ekonomi Brunei dan mula dieksport ke pasaran
antarabangsa pada tahun 1932 (Muhaimin, 2011). Perkembangan
tersebut menjadikan Negeri Brunei pengeluar minyak yang ketiga
terbesar dalam Negara-Negara Komanwel British dengan pengeluaran
hasil minyak tahunan berjumlah 90 juta gelen dan pada penghujung
pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin iaitu pada tahun 1950, Seria
merupakan sebuah padang minyak gergasi yang terunggul dalam
Negara-Negara Komanwel tersebut. Industri ubar turut disenaraikan
menjadi bahan eksport utama Brunei pada tahun 1931 dengan 38.77
peratus daripada keseluruhan bahan eksport.

Semasa pemerintahan baginda juga, jalan raya pertama bernama
Jalan Utara telah dibina yang menghubungkan Pekan Seria dengan
Kuala Belait pada tahun 1938, manakala Pejabat Kadi Besar telah
ditubuhkan pada tahun 1940 (Muhammad, 2012). Pada tahun 1941,
Sultan Ahmad Tajuddin mengambil langkah menubuhkan sebuah
sekolah agama beraliran Arab dengan perbelanjaan baginda sendiri yang
dikategorikan sebagai sekolah swasta yang berdaftar dengan Jabatan
Pelajaran Brunei namun ia tidak dapat bertahan lama apabila Perang

68

Implikasi 25 Tahun Pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin:
Melakar Jati Diri Bangsa Mandiri

Dunia Kedua tercetus (Muhaimin, 2011). Pelajaran agama diajarkan
kembali secara meluas di sekolah-sekolah di seluruh negeri Brunei
sebagai satu mata pelajaran pada tahun 1946 (Muhammad, 2012).
Bagi mengukuhkan pelaksanaan perundangan Islam, Sultan Ahmad
Tajuddin telah melantik sebuah badan penasihat agama yang diberi
nama ‘Penasihat Jema’ah Syari’ah’ (Mohammedan Religious Advisory)
pada tahun 1948 (Muhaimin, 2011).

KUASA-KUASA PENTADBIRAN DI ERA PEMERINTAHAN SULTAN
AHMAD TAJUDDIN

Pentadbiran Residen

Perjanjian Tambahan 1905/1906 di antara Kerajaan British dan Brunei
yang ditandatangani pada 31 Disember 1905 dan 2 Januari 1906
merupakan tambahan kepada Perjanjian 1888 dan satu catatan sejarah
apabila negara Brunei menjadi sebuah negara naungan Kerajaan British.
Perjanjian ini menyaksikan Brunei ditadbir oleh Residen yang bertindak
sebagai penasihat Sultan dalam hal ehwal pentadbiran yang membawa
maksud kedaulatan dalam dan luar negeri Brunei diserahkan kepada
kawalan British. Sultan terpaksa menerima dan menjalankan nasihat
yang diutarakan oleh Residen kecuali yang berkaitan dengan hal ehwal
agama Islam (Yus Sa’bariah, 2007).

Residen pertama Brunei, Stewart McArthur (Ranjit, 1984)
telah mengadun sistem pentadbiran tradisi dengan sistem
pentadbiran moden mengikut corak dan rentak pentadbiran British
iaitu dengan mengadakan Majlis Mesyuarat Negeri dengan Residen
sebagai setiausaha dan sultan sebagai pengerusi. McArthur turut
menasihatkan sultan untuk mewujudkan beberapa buah jabatan iaitu
Pejabat Tanah, Kastam, Kerja Raya dan Polis. Pengambilan kuasa
pentadbiran bermula apabila pegawai-pegawai British dibawa masuk
untuk mengetuai jabatan-jabatan berkenaan. Perkara ini membawa
kepada kekurangan pegawai tempatan yang diberi peluang bertugas
dalam pentadbiran baharu kerana kurang mampu berbahasa Inggeris
dan menyebabkan masyarakat Melayu terpinggir (Yus Sa’bariah,

69

Peradaban dan Isu-isu Semasa

2007). Ia merupakan alasan British semata-mata untuk mengekalkan
kedudukan mereka di Brunei.

Pada tahun 1940, Sultan Ahmad Tajuddin menggesa Residen
untuk menyerapkan anak-anak tempatan ke jawatan yang lebih tinggi
dalam Perkhidmatan Pentadbiran Brunei. Pada mulanya, Residen
tidak bersetuju kerana tindakan ini boleh mencabar kuasa eksekutif
Residen dan bagi menyokong pendiriannya, Residen merujuk perkara
ini kepada Perjanjian 1905/1906. Menurut Residen, semua pemilihan
bagi pelantikan anak-anak tempatan dalam Perkhidmatan Pentadbiran
Brunei hendaklah dilakukan oleh Residen.

Penubuhan Majlis Mesyuarat Negeri antara lain bertujuan untuk
menyatukan semula golongan pembesar-pembesar negeri pada zaman
pentadbiran tradisional yang agak kecewa kerana terbentuknya Sistem
Residen dengan menyediakan forum untuk mereka bermesyuarat dan
mencambah fikiran (Muhaimin, 2011). Hal ini berbeza pada zaman
pemerintahan tradisional di mana sultan hanya berbincang dengan
penasihat-penasihat peribadi baginda (Hussainmiya, 2000). Tujuan
Sultan Ahmad Tajuddin melantik anak-anak tempatan ialah semata-
mata untuk melatih mereka supaya dapat mempelajari teknik-teknik
pentadbiran moden kerana ia sangat penting dalam menghadapi
era globalisasi yang penuh cabaran. Pelantikan beberapa orang anak
tempatan ke dalam birokrasi kerajaan merupakan satu perubahan
yang besar dalam perkhidmatan awam di Brunei kerana sebelum ini
kebanyakan jawatan di sesebuah jabatan disandang oleh orang-orang
Eropah (Muhaimin, 2011).

Walaupun Sultan Ahmad Tajuddin tidak berangkat menghadiri
Majlis Mesyuarat Negeri, baginda menyalurkan idea-ideanya melalui
pembesar-pembesar (selaku wakil jurucakap) dalam Majlis Mesyuarat
Negeri tersebut. Antara idea baginda ialah yang disarankan oleh
Pengiran Pemancha Pengiran Anak Muhammad Yassin yang menyatakan
bahawa surat keliling, pemberitahuan dan akta yang dikeluarkan oleh
kerajaan dalam bahasa Inggeris perlu dibuat dalam bahasa Melayu
bagi memudahkan ahli-ahli untuk memahaminya (Muhaimin, 2011).
Bagaimanapun, Residen menyatakan bahawa surat pekeliling dan
pemberitahuan itu boleh dibuat dalam bahasa Melayu tetapi akta tidak

70

Implikasi 25 Tahun Pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin:
Melakar Jati Diri Bangsa Mandiri

begitu mudah untuk diterjemahkan dan menurutnya lagi, ia masih
dipraktikkan dalam bahasa Inggeris di Malaya.

Pentadbiran Gabenor

Persediaan pihak British bagi menghalang pencerobohan Tentera Jepun
ke Brunei antaranya adalah dengan titah perkenan Sultan Ahmad
Tajuddin iaitu dengan penubuhan Brunei Volunteer Force dan Pasukan
Polis Khas pada Ogos/September 1939 yang mengandungi dua platun.
Satu platun ditugaskan untuk menjaga gudang beras di Kuala Belait
dan satu platun ditempatkan di Seria untuk mengawal telaga minyak
(Muhaimin, 2011).

Apabila Perang Dunia Kedua meletus, Tentera Jepun telah
mendarat di Seria pada 16 Disember 1941 (Saunders, 1984) dan
sampai ke Bandar Brunei pada 22 Disember 1941 (Yus Sa’bariah, 1991;
Muhammad Hadi, 1988). Pemimpin Tentera Jepun ke Brunei ketika
itu, Jeneral Kawaguchi menghadap Sultan Ahmad Tajuddin di Istana
Mahkota, Kampong Parit dan menyerahkan surat penyerahan kuasa
kepada baginda dan dengan penandatanganan surat tersebut, Brunei
secara rasmi telah jatuh ke tangan Jepun (Sabihah et al., 1995) dan
menjadi titik tolak permulaan Brunei ditadbir oleh seorang Gabenor
bernama Kimura dengan Awang Ibrahim bin Muhammad Jahfar dilantik
menjadi Ketua Pentadbir di bawah Gabenor tersebut.

Dalam tempoh tersebut, Majlis Mesyuarat Negeri mula
dipengerusikan oleh Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul
Rahman. Ia merupakan satu sejarah kerana selama ini anak tempatan
belum pernah diberi penghormatan untuk mempengerusikan Majlis
Mesyuarat Negeri. Hal ini berbeza semasa zaman Residen kerana Majlis
Mesyuarat Negeri dipengerusikan sendiri oleh Residen (Muhaimin,
2011). Pemerintah Jepun turut berusaha memartabatkan bahasa
Melayu dengan mengarahkan Dewan Majlis untuk menggunakan bahasa
Melayu sebagai bahasa perantaraan dalam Majlis Mesyuarat Negeri.

Walaupun begitu, jentera dan kuasa pentadbiran tetap dikuasai
oleh ‘Kempetai’ (Polis Tentera Jepun). Pentadbiran Gabenor memaksa
masyarakat menundukkan kepala dan membongkokkan diri apabila

71

Peradaban dan Isu-isu Semasa

bertemu dengan mereka sebagai tanda hormat; memerintahkan setiap
rumah mengibarkan bendera Jepun, menghendaki orang ramai belajar
dan menyanyikan lagu kebangsaan Jepun ‘Kimigayo’, menggunakan
takwim Jepun dan mengubah hari kelepasan awam dengan hari-hari
kebesaran dan kelepasan Jepun (Yus Sa’bariah, 2007).

Pada penghujung pemerintahan Jepun di Brunei, pegawai-
pegawai Tentera Jepun telah merancang pembunuhan beramai-ramai
dengan menjemput semua pegawai dan kakitangan kerajaan untuk
menghadiri majlis makan besar di kawasan pagar kawat yang disediakan
berhampiran Balai Polis Pekan Brunei. Rancangan Tentera Jepun ialah
dengan menembak pegawai-pegawai dan kakitangan tersebut apabila
mereka berkumpul di sana (Awang Adanan, 2004). Penduduk Brunei
lari ke pedalaman mencari perlindungan seperti ke Limbang, Lawas,
Sundar, Terusan dan Sipitang. Bandar atau Pekan Brunei, Tutong, Seria,
Belait termasuk Kampong Ayer menjadi sunyi lengang tanpa penghuni.

Walaupun Tentera Jepun pada mulanya membawa perubahan
baharu kepada Brunei dan berjaya menyelamatkan Brunei daripada
penyelewengan British, tetapi oleh kerana ketika itu mereka mengalami
perang yang berterusan, Jepun memperkenalkan corak pentadbiran
bekerja keras dan memaksa rakyat dan penduduk Brunei supaya
bersungguh-sungguh berusaha bagi mendapatkan sesuatu yang dihajati
terutama untuk Asia Timur Raya (Jamil al-Sufri, 1999).

Di sebalik penderitaan yang diterima oleh masyarakat Brunei
dengan keganasan pentadbiran Gabenor yang terpaksa berhadapan
dengan kekalahan dan sekatan-sekatan perhubungan laut dan
udara oleh Tentera Amerika, pendudukan mereka turut memberi
sumbangan kepada orang Brunei dalam perkembangan dan kebangkitan
nasionalisme dalam kalangan masyarakat Melayu. Slogan ‘Asia untuk
Orang Asia’ yang dicanang-canangkan merupakan motivasi dalam
melahirkan pemimpin yang berwibawa dengan penubuhan persatuan
dan pertubuhan yang memperjuangkan hak bangsa dan negara.
Semangat antipenjajah dan penjajahan berakar umbi sehingga British
bertindak menangkap pemimpin dan mengharamkan pertubuhan
tersebut (Yus Sa’bariah, 2007).

72

Implikasi 25 Tahun Pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin:
Melakar Jati Diri Bangsa Mandiri

Pentadbiran Tentera

Pendudukan tentera dan pentadbiran Gabenor Jepun di Brunei berakhir
pada 10 Jun 1945 apabila Angkatan Tentera Udara Australia berjaya
menduduki Pulau Labuan dan lapan hari kemudian menawan Brunei,
Seria dan Miri (Sabihah et al., 1995) membawa tempoh pendudukan
Jepun di Brunei selama tiga tahun enam bulan (Yus Sa’bariah, 2007).

Setelah kekalahan dan pengunduran Tentera Jepun, Brunei
ditadbir oleh Pentadbiran Tentera British dari Jun 1945 dengan
pelantikan seorang Residen baharu dan Sultan Ahmad Tajuddin ketika
itu masih tidak mempunyai kuasa sehingga penyerahan kuasa kepada
baginda dilakukan pada 6 Julai 1946. Semangat nasionalisme yang
bangkit membahang mendapat sokongan Sultan Ahmad Tajuddin
dan kesedaran tentang ketiadaan kekuasaan menjadi faktor utama
baginda menyokong perjuangan dan pergerakan nasionalisme. Malah,
baginda sendiri mempelopori perundingan dengan Kerajaan British
demi kelangsungan politik dan masa depan rakyat Brunei. Golongan
peribumi yang mempunyai semangat nasionalisme digantung kerja dan
Pentadbiran Tentera British telah menyerapkan bangsa asing dalam
pentadbiran negara.

GAGASAN PERLEMBAGAAN BERTULIS BRUNEI

Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien menyedari kuasa politik ke atas negara
bangsa Brunei masih belum mencapai peringkat yang memuaskan
kerana pihak British masih memiliki kuasa dan pengaruh yang
besar (Awang Asbol, 2012). Baginda mengambil iktibar dari zaman
pemerintahan kakanda baginda, Sultan Ahmad Tajuddin (1924-1950),
masyarakat dan rakyat Brunei seolah-olah menumpang dan meminta
sedekah daripada orang lain (Muhammad Hadi, 1993).

Pengalaman menuntut di Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak
sejak tahun 1932 telah membangkitkan semangat nasionalisme dan
mematangkan lagi minda baginda. Baginda dikatakan begitu berminat
dengan sejarah politik Kesultanan Melayu Perak dalam perjuangan
menentang campur tangan British di Tanah Melayu. Dalam sejarah

73

Peradaban dan Isu-isu Semasa

kesultanan ini, perjuangan menentang penjajah tidak hanya ditangani
oleh sultan-sultan Perak tetapi turut disertai oleh pembesar-pembesar
dan rakyat jelata yang menyedari bahawa kedatangan British telah banyak
merugikan negeri dari segi kuasa politik dan ekonomi. Baginda turut
tertarik dalam meneliti perkembangan kedudukan dan masa depan politik
Raja-Raja Melayu di Persekutuan Tanah Melayu (Awang Asbol, 2012).

Sebab-sebab utama yang mendorong kuat baginda bangun
memperjuangkan nasib bangsa dan negara di samping pengalaman
baginda sendiri sejak dari mula hingga menjadi sultan dapat disimpulkan
kepada tiga aspek (Yahya, 2012):

1. Perjanjian-perjanjian Brunei dengan British, khasnya Perjanjian
1905/1906 yang dengannya British boleh campur tangan dalam
semua urusan pentadbiran Brunei kecuali hal ehwal agama
(sebenarnya semua undang-undang termasuk undang-undang
agama adalah disahkan oleh Residen British atas nama sultan,
walaupun mungkin Residen British tidak pernah menghadapkan
undang-undang itu untuk diperkenankan oleh sultan). Perjanjian
itu membenarkan British campur tangan dalam menentukan hak
menjadi sultan jika timbul satu-satu perselisihan.

2. Kuasa penuh Residen yang bermaharajalela mentadbir Brunei
membuat undang-undang atas nama sultan (on behalf of His
Highness the Sultan) telah menyebabkan sultan seolah-olah
kehilangan kuasa.

Sebagai contoh sifat maharajalela Residen ialah peristiwa Paduka
Ayahanda Baginda, Sultan Muhammad Jamalul Alam (Sultan Brunei
ke-26, 1906-1924) dengan Residen British Pertama, McArthur. Pada
masa penubuhan Majlis Mesyuarat Negeri, Sultan Muhammad Jamalul
Alam telah menulis surat kepada McArthur, meminta Residen itu dalam
menjalankan pentadbiran hendaklah mengingati lima perkara (Yahya,
2012), iaitu:

74

Implikasi 25 Tahun Pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin:
Melakar Jati Diri Bangsa Mandiri

1. Hakim-hakim yang terdiri daripada orang Brunei hendaklah
membicarakan kes-kes yang berhubung dengan hal ehwal agama
Islam.

2. Waran-waran terhadap orang-orang yang mempunyai kedudukan
tidak boleh dikeluarkan tanpa perundingan terlebih dahulu
dengan Sultan dan Majlis Diraja.

3. Kerajaan hendaklah menolong mengembalikan hamba-hamba
yang lari daripada tuan mereka.

4. Bendera rasmi hendaklah dikibarkan di semua pejabat kerajaan;
dan

5. Apa-apa juga adat istiadat dan undang-undang yang sedang
berjalan di negeri ini hendaklah terus dijalankan tanpa sebarang
perubahan.

Daripada lima perkara itu hanya satu sahaja yang ditunaikan iaitu
perkara (v), manakala yang lain bukan sahaja tidak dipedulikan, malah
Sultan Muhammad Jamalul Alam diberi surat amaran oleh Residen
British kemungkinan ‘santapan’ bulanan Baginda dikurangkan ataupun
Baginda diturunkan dari takhta kerajaan.

Begitu juga Sultan Ahmad Tajuddin yang diberi santapan yang
sangat jauh berbeza daripada sultan-sultan Tanah Melayu (Hussainmiya,
1995), iaitu sekitar $3500 kemudian dinaikkan $5000, kepada Raja
Isteri $500 dan kepada putera-puteri Baginda $150 (Hussainmiya,
1995). Baginda pernah memohon untuk membina sebuah istana baharu
untuk memelihara dan memberi penghormatan kepada Institusi Beraja
yang telah diwarisi sejak zaman-berzaman. Menurut Baginda, istana
bukan sahaja tempat untuk Baginda bersemayam, tetapi yang lebih
penting, istana melambangkan pusat pentadbiran dan pemerintahan
negeri, tempat rakyat menghadap Baginda menyembahkan rasa taat
setia dan menyatakan permasalahan mereka (Muhaimin, 2011), namun
perkara tersebut tidak diendahkan juga oleh Residen. Pesuruhjaya
Tinggi, John Anderson dengan tegas mengatakan bahawa perjanjian
baru (1905/1906) ialah untuk “… amend or replace the obsolete laws
and customs of Brunei (Hussainmiya, 1995)”.

75

Peradaban dan Isu-isu Semasa

3. Perkembangan sosiobudaya di Brunei sebelum Baginda
naik takhta sangat jauh terkebelakang (Yahya, 2012). Ini
adalah polisi penjajahan British sebagaimana polisi yang
dipetik oleh Nicholas Tarling dan Richard Windstedt yang
terkenal di Tanah Melayu bahawa penubuhan sekolah-
sekolah Melayu hanya bertujuan untuk menjadikan
anak-anak sekolah jadi petani atau kelayakan yang lebih
baik daripada bapa mereka (Tarling, 1995). Permintaan
sebahagian Ahli Majlis Mesyuarat Negeri seperti Kadi
Besar, Pengiran Haji Muhammad Salleh dan Pehin Orang
Kaya Digadong untuk penubuhan sekolah berbahasa
Inggeris tidak didengarkan oleh Residen dengan pelbagai
dalih (Yahya, 2012).

Ketika Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien menaikti takhta
menggantikan Sultan Ahmad Tajuddin, baginda berpendapat
sudah tiba masanya untuk mengambil semula kedaulatan ‘de facto’
dan mengembalikan semula apa yang telah hilang di bawah istilah
‘penaungan’ British (reclaiming these lost privileges had to take precedence
over any drastic political reforms to satisfy the aspirations of the people
of Brunei) (Hussainmiya, 1995) dengan memikirkan pembaikan dan
penyusunan semula bentuk kerajaan melalui kuat kuasa undang-undang
dan menentukan pelantikan raja, iaitu pihak yang berkuasa dalam
negeri merupakan fokus utama baginda. Tujuan baginda ialah untuk
menyelesaikan tiga perkara (Yahya, 2012):

1. Supaya pihak British tidak lagi dapat campur tangan dalam urusan
pelantikan raja atau Sultan, dengan erti kata lain menghapuskan
Perjanjian 1905/1906.

2. Supaya kuasa pemerintahan tidak lagi perlu kepada ‘nasihat’
yang mesti diterima dan dijalankan. Sultan Haji Omar ‘Ali
Saifuddien mahu kuasa itu ada pada baginda dengan sepenuhnya
supaya baginda dapat menjalankan rancangan-rancangan untuk
kemajuan negeri.

76

Implikasi 25 Tahun Pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin:
Melakar Jati Diri Bangsa Mandiri

3. Mengenai kedudukan rakyat jelata dan keperluan hidup yang
mesti diatasi, dengan harapan untuk mengeluarkan rakyat
daripada kepompong kemunduran.

Hal ini terkandung dalam titah baginda yang pertama pada 15
Mei 1953:

“Pada suatu masa tadinya adalah tujuan dan maksud beta hendak
memberikan kepada rakyat-rakyat suatu perlembagaan yang
bertulis dan dengan perlembagaan itu masa peraturan yang
bersuai (bersesuaiannya) boleh dibuatkan untuk pemerintahan
dan kemakmuran Negara Brunei kita. ... hendak mengaturkan
dalam perlembagaan itu pertamanya undang-undang dan
dengannya dapatlah menetapkan giliran Sultan dan lain-lain
perkara terhadap keluarganya. Kedua susunan, kuasa-kuasa dan
pekerjaan Majlis Undangan Negara berserta dengan peraturan-
peraturan untuk pimpinan buat menjalankan pekerjaan negeri
dan untuk membuatkan undang-undang.”

Corak pemerintahan yang dicadangkan sesuai untuk Brunei
yang akan dirunding dan dijangka mendapat persetujuan itu ialah satu
perlembagaan bertulis yang berdasarkan demokrasi supaya rakyat dapat
mengambil bahagian dalam pemerintahan negeri. Rang perlembagaan
telah dibincangkan sejak Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien mengumumkan
cita-cita baginda untuk memberi kuasa kepada rakyat. Jaminan bahawa
perlembagaan itu ialah satu undang-undang yang akan meninggikan
kedudukan rakyat dalam pemerintahan telah berulang kali diumum dan
dititahkan oleh baginda sejak tahun 1953 (Pelita Brunei, 1959). Anak-anak
Brunei diberi mandat dan kuasa dalam pentadbiran negeri dan berikutan
dengan itu, kuasa pegawai British dihadkan hanya sebagai penasihat
dalam rundingan permulaan di London pada tahun 1957.

Pada dasarnya, rakyat menyokong cadangan untuk mengadakan
perlembagaan baharu Brunei namun Pesuruhjaya Tinggi British, Anthony
Abell yang juga menjadi Gabenor Sarawak dan Kerajaan British telah
melengah-lengahkan proses pelaksanaan dan perundingannya kerana
menyedari bahawa perlembagaan baharu tersebut akan menyebabkan
pengaruh politik British merosot dan tergugat (Awang Asbol, 2012).

77

Peradaban dan Isu-isu Semasa

Sebaliknya, Anthony Abell mengusulkan cadangan yang bertentangan
dengan kehendak Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien supaya Brunei, Sabah
dan Sarawak disatukan menjadi sebuah negara bangsa dikenali sebagai
Penyatuan Tiga Wilayah atau Federasi Borneo yang bertujuan untuk
mengekalkan pengaruh British ke atas Brunei khasnya dalam hal ehwal
pentadbiran dalam negeri dan secara tidak langsung menguatkan lagi
status dan kuasa Residen serta Pesuruhjaya Tinggi British di Brunei.
Cadangan tersebut turut disokong oleh Setiausaha Tanah Jajahan British
di London (Muhammad Hadi, 1993). Kemunculan idea ini menjadi
satu cabaran baharu kepada identiti Brunei sebagai sebuah Kesultanan
Melayu Islam yang sejak abad ke-19 sudah terpisah daripada Sarawak
dan Borneo Utara (Sabah) sebagai entiti politik yang berasingan.

Pada tahun 1957, Anthony Abell terpaksa menggugurkan
cadangan berkenaan Federasi Borneo. Beliau bersetuju dengan
rancangan perlembagaan bertulis Brunei setelah puas memujuk Sultan
Haji Omar ‘Ali Saifuddien yang tidak termakan pujukan walaupun
ditawarkan dengan Pulau Labuan yang ketika itu merupakan pusat
perdagangan antarabangsa yang juga mengendalikan urusan import
dan eksport bagi Brunei (Muhammad Hadi, 1993) untuk dikembalikan
di bawah kuasa Kerajaan Brunei (Awang Asbol, 2012).

KETERLIBATAN RAKYAT DALAM PENTADBIRAN KERAJAAN
PASCA PELAKSANAAN PERLEMBAGAAN BERTULIS

Dengan penguatkuasaan Perlembagaan 1959, tiga perkara penting telah
diselesaikan oleh Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien iaitu:
1. British tidak lagi dapat campur tangan dalam urusan pentadbiran

dalam negeri, dan dengan itu tidak lagi ada ‘advice must be taken
and acted upon’ oleh Residen British.
2. Tidak ada lagi pihak yang akan menggugat pelantikan Sultan
Brunei, dan tidak akan terjadi lagi ‘pretender’. Kerajaan British pun
tidak lagi ‘will ensure the due succession to the Sultanate of Brunei’.
3. Dengan tiadanya ‘advice,’ maka ada sekitar lebih dari 500
pemindahan kuasa undang-undang daripada Residen dan
Pesuruhjaya Tinggi sama ada kepada Sultan, Menteri Besar atau
Setiausaha Kerajaan.

78

Implikasi 25 Tahun Pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin:
Melakar Jati Diri Bangsa Mandiri

Pada 28 Jun 1959 di sebuah majlis sempena menyambut
kejayaan perundingan perlembagaan, Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien
menitahkan empat ciri-ciri pemimpin (Pelita Brunei, 1959) yang
diharapkan oleh baginda dalam menerajui pentadbiran negeri, iaitu:

1. Sifat bangsawan: bukan hanya dengan berketurunan mulia dan
berdarjat, bahkan melalui kebangsawanan dalam budi bahasa,
adab tertib dan tutur kata.

2. Sifat hartawan: bukan hanya kaya dengan harta benda dan wang,
bahkan kaya dalam pemikiran, pengetahuan, pengalaman, suka
memberi nasihat dan pertolongan.

3. Sifat dermawan: bukan dengan tujuan keharuman diri sendiri,
namun dengan keikhlasan dan kejujuran.

4. Sifat setiawan: bukan hanya kesetiaan kepada kerajaan atau
pemerintahan, bahkan kesetiaan pada kata-kata dan janji-janji,
ikrar dan niat hati yang suci.

Kuasa pentadbiran diserahkan kepada anak-anak Brunei yang
diketuai oleh seorang Menteri besar, sekali gus bermaksud rakyat
bertanggungjawab menggubal, merunding dan meluluskan undang-
undang untuk kesempurnaan dan kesejahteraan negara (Pelita Brunei,
1959). Dasar politik Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien yang telah
mempelajari taktik-taktik penguasaan kuasa Barat ke atas wilayah-
wilayah Brunei (Awang Asbol, 2012) sepanjang tempoh kewujudan
Brunei sebagai sebuah kesultanan dengan gunboat diplomacy, perjanjian-
perjanjian berat sebelah, tekanan kewangan dan tipu muslihat (A.V.M.
Horton, 1984) adalah konsisten dengan hasrat untuk mengekalkan
negara bangsa Brunei bersendiri tanpa terpaut dengan negara lain
dengan menggunakan ‘taktik tunggu dan lihat’ (Awang Asbol, 2012).

Dengan taktik ‘tunggu dan lihat’ ini, Baginda berupaya
mengurangkan kuasa Residen dengan pembentukan Perlembagaan
Negeri Brunei 1959 yang membawa kepada penghapusan jawatan dan
kuasa Residen yang diambil alih oleh Menteri Besar dengan lantikan
perkenan sultan sendiri, dan penubuhan Majlis Mesyuarat Daerah
(Awang Asbol, 2012) yang ahli-ahli majlis itu sebahagiannya dilantik

79

Peradaban dan Isu-isu Semasa

oleh kerajaan dan sebahagian lagi dipilih melalui undian rakyat di
keempat-empat daerah. Dasar dan polisi negara dipegang dan dikongsi
bersama rakyat dan ia bukan hanya berfungsi untuk mewakili kerajaan
menyampaikan polisinya tetapi juga menerima dan mempertimbangkan
segala aduan dan pendapat rakyat. Oleh itu, penubuhan majlis tersebut
mampu melahirkan kesedaran berpolitik dan berpartisipasi secara
aktif dalam kalangan rakyat dalam menyuarakan isu negara bangsa
(Muhammad Hadi, 1993).

KESIMPULAN

Dalam melakar jati diri bangsa yang mandiri, Sultan Ahmad Tajuddin
terpaksa menjalani tempoh pemerintahan yang kosong daripada hak
dan kuasa sepenuhnya sebagai seorang sultan disebabkan oleh tiga
bentuk pentadbiran yang dikuasai oleh ‘orang luar’. Kesedaran baginda
terhadap perkara tersebut telah mendorong baginda untuk memulakan
perundingan dengan Kerajaan British bagi mendapatkan kebebasan.
Walaupun hajat baginda tidak kesampaian kerana lindung ketika
berada di Singapura, adinda baginda, Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien
telah menyambung dan memimpin perundingan-perundingan tersebut
sehingga wujud sebuah perlembagaan bertulis yang kemudiannya
berfungsi sebagai undang-undang dan dasar negara yang dihasilkan
daripada keikutsertaan dan peranan daripada rakyat dalam memberikan
pandangan terhadap usulan-usulan perlembagaan.

RUJUKAN

A.V.M. Horton. (1984). The British Residency in Brunei, 1906-1959. Occasional
Papers No. 6. University of Hull. Centre for South East Asian Studies.

Awang Adanan bin Haji Awang Abdul Latif, Haji. (2004). Sultan Ahmad
Tajuddin: Selamat di Tantaya. Jurnal Darussalam, 5.

Awang Asbol bin Haji Mail. (2012). Dari ekonomi tradisi ke ekonomi industri
1929-1941 pengaruh perusahaan minyak terhadap perubahan sistem
pendidikan Brunei. Dlm. Sejarah dan Persejarahan Brunei Dinamika
Pembentukan & Transformasi. Bandar Seri Begawan: Pusat Sejarah Brunei.

80

Implikasi 25 Tahun Pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin:
Melakar Jati Diri Bangsa Mandiri

Awang Asbol bin Haji Mail. (2012). Ke arah pembentukan wajah negara bangsa
(1950-1967) hasrat arkitek Brunei moden. Dlm. Sejarah dan Persejarahan
Brunei Dinamika Pembentukan & Transformasi. Bandar Seri Begawan:
Pusat Sejarah Brunei.

Awang Mohd. Jamil. (1992). Liku-liku perjuangan pencapaian kemerdekaan
Negara Brunei Darussalam. Bandar Seri Begawan: Pusat Sejarah Brunei.

Awang Mohd. Jamil Al-Sufri. (2002). Sejarah sultan-sultan Brunei menaiki takhta.
Bandar Seri Begawan: Pusat Sejarah Brunei.

Awang Mohd. Jamil Al-Sufri. (1999). Ketahanan dan kesinambungan Brunei
dari perspektif sejarah dalam masa silam sarana masa depan. Bandar Seri
Begawan: Pusat Sejarah Brunei.

Harper, G.C. (1975). The discovery and development of the Seria Oilfield. Bandar
Seri Begawan: Jabatan Muzium-Muzium Brunei.

Hickling, R.H. (1955). Memorandum upon brunei constitutional history and
practise. Dokumen E.

Hussainmiya, B.A. (1995). Sultan Omar Ali Saifuddin III and Britain: The making
of Brunei Darussalam. Kuala Lumpur: Oxford University Press.

Hussainmiya, B.A. (2000). Manufacturing consensus: THe role of state council
in Brunei Darussalam. Kertas kerja Seminar The 16th Conference of the
International Association of Historians of Asia. Kota Kinabalu. Sabah.
27-31 Julai 2000.

Muhaimin Haji Mohamed, Haji. (2011). Pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin
1924-1950: Kerajaan, masyarakat dan perubahan.Bandar Seri Begawan:
Pusat Sejarah Brunei.

Muhammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman. (2012). Perkembangan pelajaran
agama di Negara Brunei Darussalam zaman pemerintahan Sultan Haji
Omar ‘Ali Saifuddien III (1950-1967). Dlm. Kemerdekaan 25 Tahun.
Bandar Seri Begawan: Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB)
& Persatuan Sejarah Brunei (PESEBAR).

Muhammad Hadi Abdullah. (1988). Pendudukan Jepun di Brunei. Jurnal
Persatuan Sejarah Brunei, 1.

Muhammad Hadi Abdullah. (1993). Cabaran-cabaran ke arah pembentukan
perlembagaan Negeri Brunei 1959. Beriga, 38, Januari-Mac.

Nurul Amalina Zullkiflee. (2019). Strategi Awang Haji Kassim dalam Usaha
Menyelamatkan Sultan Ahmad Tajuddin: Satu kajian awal. Kertas Kerja
Seminar Antarabangsa Islam di Alam Melayu (ICON IMAD IX). Krabi,
Thailand. 19-21 Ogos.

Pelita Brunei. 1 Julai 1959.
Pelita Brunei. 18 Mac 1959.
Pelita Brunei. 4 Mac 1959.

81

Peradaban dan Isu-isu Semasa

Ranjit Singh, D.S. (1984). Brunei 1839-1983: The problems of political survival.
Singapore: Oxford University Press.

Sabihah Osman, Muhammad Hadi Abdullah & Sabullah Haji Hakip. (1995).
Sejarah Brunei menjelang kemerdekaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Saunders, G.A. (1984). A history of Brunei. Kuala Lumpur: Oxford University
Press.

Surat Telegram daripada Commisioner General in South East Asia kepada Residen
British Brunei bertarikh 4 Jun 1950. (PS/PnB/BR/0000817).

Tarling, N. (1995). Sultan Haji Omar Ali Saifuddien and the Western
Perceptions. Kertas kerja Seminar Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali
Saifuddien, anjuran bersama Akademi Pengajian Brunei (APB) dan
Persekutuan Guru-Guru Melayu Brunei (PGGMB). Bandar Seri Begawan.

Yahya bin Haji Ibrahim, Pehin Siraja Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji.
(2012). Pemikiran Kenegaraan dalam Syair-Syair Al-Marhum Sultan Haji
Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien Suatu Pandangan Awal.
Dlm. Kemerdekaan 25 Tahun. Bandar Seri Begawan: Yayasan Sultan Haji
Hassanal Bolkiah (YSHHB) & Persatuan Sejarah Brunei (PESEBAR).

Yura Halim. (2002). Ririsej Brunei Darussalam. Bandar Seri Begawan: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Yus Sa’bariah binti Haji Adanan, Dayang. (2007). Politik Brunei tahun 1905-
1963: Satu tinjauan awal. Jurnal Darussalam, 7.

82

6Bab

PENDEKATAN PENGURUSAN KONFLIK DAN
KECERDASAN EMOSI DALAM KALANGAN
PEMIMPIN KESATUAN SEKERJA DI SABAH

Ag. Mohd Ruslaimie bin Masli &
Kee. Y. Sabariah bte Kee Mohd Yussof

PENGENALAN

Kesatuan sekerja adalah wadah perjuangan kelas pekerja bagi
melindungi hak dan kondisi pekerjaan. Perjuangan kesatuan sekerja
berkait rapat dengan perundingan dan perjanjian bersama antara
kesatuan sekerja dan majikan. Tan Kwang How (2011) menjelaskan
bahawa perundingan kolektif adalah penglibatan pekerja dalam proses
pembuatan keputusan bersama pihak majikan. Matlamat proses
pembuatan keputusan itu adalah untuk mencapai persetujuan dalam
satu perjanjian kolektif yang mengandungi terma dan kondisi pekerjaan
pekerja dalam sesebuah organisasi.

Lantaran itu, organisasi pada masa kini berhadapan dengan
persekitaran dinamik mengikut arus modenisasi dan ia memberi kesan
terhadap hubungan antara pekerja dan majikan. Zafir dan Fazilah (2011)
menegaskan pekerja sering beranggapan bahawa tindakan majikan ke
atas mereka adalah tidak adil, terutama yang menyentuh aspek terma
dan syarat pekerjaan. Namun begitu, Abdul Razak dan Nik Mahmood
(2019) menjelaskan majikan dan pekerja harus mengubah perspektif


Click to View FlipBook Version