The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

1 SET_Content_PERADABAN dan ISU-ISU SEMASA_CRC PKENINGAU_27 OGOS 2021_FINAL

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by surayasin12, 2021-08-27 22:38:33

1 SET_Content_PERADABAN dan ISU-ISU SEMASA_CRC PKENINGAU_27 OGOS 2021_FINAL

1 SET_Content_PERADABAN dan ISU-ISU SEMASA_CRC PKENINGAU_27 OGOS 2021_FINAL

Peradaban dan Isu-isu Semasa

terhadap hubungan pekerjaan dan mempunyai niat yang baik agar
mereka dapat berunding dalam situasi Good Faith, tanpa niat jahat antara
satu sama yang lain. Keadaan ini menekankan hubungan yang baik di
antara majikan dan pekerja demi mewujudkan keharmonian hubungan
industri. Oleh hal yang demikian, kesatuan sekerja mempunyai peranan
yang penting untuk memastikan hak- hak pekerja terjaga bagi menjamin
persekitaran kerja yang kondusif dan adil, dan pada masa yang sama
mewujudkan hubungan yang positif bersama pihak majikan.

Kesatuan sekerja di Malaysia bukan sesuatu perkara yang baharu.
Akta Kesatuan Sekerja 1959 telah wujud yang membolehkan kesatuan
sekerja bergerak seiring dengan garis perundangan di Malaysia.
Objektifnya tetap sama, iaitu memperjuangkan hak pekerja berdasarkan
polisi pekerjaan yang sedia ada.

Perundingan kolektif adalah medium kesatuan sekerja untuk
mendapatkan kondisi pekerjaan yang lebih baik dalam usaha duduk
berbincang di meja rundingan bersama majikan. Fadillah Ismail et al.
(2016) menjelaskan peranan yang dimainkan oleh kesatuan sekerja bagi
memperjuangkan serta melindungi pekerja melalui tindakan kolektif
demi memastikan majikan menjaga polisi pekerjaan seperti gaji, faedah
dan keselamatan serta kesihatan agar mewujudkan hubungan pekerjaan
yang harmoni. Namun demikian, kesatuan sekerja sentiasa berdepan
dengan cabaran dalam memperjuangkan hak pekerja. Oleh kerana
terdapat perbezaan matlamat, maka majikan berusaha memberikan
tekanan agar gerakan kesatuan sekerja tidak menjadi satu ancaman
kepada organisasi.

Pertikaian industri dan konflik yang wujud boleh menimbulkan
emosi yang negatif, terutama terhadap kepimpinan kesatuan sekerja.
Mahbob dan Sulaiman (2015) mencadangkan keperluan kecerdasan
emosi diterapkan dalam persekitaran kerja agar perasaan negatif
mampu dikawal, sekali gus dapat dielakkan supaya individu lebih
bertindak rasional pada setiap keputusan dan tindakan. Di samping
itu, konflik yang berlaku perlu diurus menggunakan pendekatan
pengurusan konflik agar konflik yang menemui jalan buntu dapat

84

Pendekatan Pengurusan Konflik dan Kecerdasan Emosi
dalam kalangan Pemimpin Kesatuan Sekerja Di Sabah

diselesaikan dengan baik (Yussof & Johari, 2014). Objektif kajian ini
menilai tahap amalan pendekatan pengurusan konflik dan pengaruhnya
terhadap kecerdasan emosi kepimpinan kesatuan sekerja.

KONSEP KESATUAN SEKERJA

Kesatuan sekerja adalah kelompok atau gabungan yang melibatkan
pekerja atau majikan yang bekerja di Malaysia, ahli-ahli terdiri daripada
pekerja atau majikan sektor pertukangan, perkhidmatan dan industri
tertentu meliputi Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak (Akta
Kesatuan Sekerja 1959).

Gurunathan dan Chee (2014) menyatakan penyertaan dalam
kesatuan sekerja penting kerana dengan adanya kesatuan ia mampu
memberikan motivasi untuk membentuk persatuan yang berorganisasi.
Selain itu, penyertaan dalam kesatuan sekerja membolehkan tuntutan
seperti jaminan pekerjaan, kenaikan gaji, jaminan keselamatan dan
kesihatan dibuat serta ia merupakan medium menyuarakan suara
pekerja. Oleh itu,sejajar dengan keperluan penubuhan kesatuan sekerja
untuk memperjuangkan hak pekerja, maka keupayaan kepimpinan
kesatuan sekerja perlu ditonjolkan bagi membantu keperluan ahli-
ahlinya (Pors, 2003). Hal ini dikaitkan dengan densiti kesatuan sekerja
yang meningkat setiap tahun di mana ia menuntut kesedaran dan
perubahan dalam kalangan pemimpin kesatuan agar menerapkan
gaya kepimpinan yang berwibawa. Ia amat perlu bagi memastikan
kepercayaan dan sokongan yang positif dalam kalangan ahli kesatuan
sekerja dapat diwujudkan. Peetz dan Todd (2001) menyatakan pemikiran
di takuk lama dalam kalangan kesatuan sekerja akan membawa masalah,
bahkan ia membawa imej yang buruk ke atas organisasi. Oleh itu, gaya
kepimpinan harus diperbaiki dan pendekatan pengurusan konflik
yang digunakan dalam organisasi perlu ditekankan agar konflik antara
pekerja dan kesatuan sekerja, pekerja dan pihak majikan serta antara
kesatuan sekerja dan kesatuan majikan dapat diselesaikan dengan baik.

85

Peradaban dan Isu-isu Semasa

KONSEP KECERDASAN EMOSI

Salovey dan Mayer (1990) merupakan kelompok sarjana yang pertama
memperkenalkan istilah kecerdasan emosi (emotional intelligence)
dengan kajian tertumpu dalam bidang psikologi. Mereka mendefinisikan
kecerdasan emosi sebagai kebolehan individu mengekspresi perasaan
diri dan orang lain serta mampu menilai terhadap perasaan yang
berbeza. Kecerdasan emosi penting dalam persekitaran organisasi
kerana wujudnya persekitaran kerja yang baik mempunyai perkaitan
yang rapat dengan kecerdasan emosi yang ada pada ahli organisasi.

PENDEKATAN PENGURUSAN KONFLIK

Konflik berlaku disebabkan dua pihak yang berbeza idea dan matlamat,
di mana akhirnya menimbulkan pertikaian. Kaimenyi (2014) mendapati
konflik boleh dikendalikan dengan baik sekiranya pendekatan tertentu
diambil sesuai dengan konflik yang berlaku. Kajian lepas mendapati Teori
Dual Concern sesuai sebagai pendekatan pengurusan konflik. Teori ini
diperkenalkan oleh Blake dan Mouton (1964). Rahim dan Bonoma (1979)
dalam Kassim dan Ibrahim (2014) mengutamakan dua aspek terhadap
teori ini, iaitu mengambil berat diri dan mengambil berat orang lain.

Teori Dual Concern merangkumi lima kaedah mengurus konflik,
iaitu dimensi pertama bertolak ansur. Individu mementingkan rasa
prihatin pada diri dan orang lain bagi memastikan keputusan dapat
diterima oleh semua (Kassim & Ibrahim, 2014; Thomas & Kilmann,
1974). Dimensi kedua ialah penyelesaian masalah memerlukan semua
pihak yang berkonflik sentiasa terbuka mencari jalan penyelesaian.
Kaimenyi (2014) menjelaskan dimensi penyelesaian masalah
menumpukan keperluan mengambil berat diri dan orang lain bagi
memastikan kata sepakat dapat dicapai dalam menyelesaikan konflik
walaupun berbeza pendapat.

Dimensi ketiga ialah bekerjasama yang mementingkan orang lain
berbanding diri sendiri, ia cenderung berusaha memenuhi keperluan
pihak lain dan mengabaikan kepentingan sendiri (Kaimenyi, 2014;
Wilmot & Hocker, 2001). Selain itu, dimensi keempat ialah mengelak

86

Pendekatan Pengurusan Konflik dan Kecerdasan Emosi
dalam kalangan Pemimpin Kesatuan Sekerja Di Sabah

yang dijelaskan oleh Kaimenyi (2014) mendapati dimensi di tahap
rendah terhadap orang lain dan diri sendiri kerana jika konflik yang
berlaku hanya isu yang terpencil, maka pihak berkonflik akan mengelak
agar konflik yang lebih besar tidak tercetus. Dimensi kelima ialah
paksaan. Ia selalunya berakhir dengan keputusan kalah-menang dengan
mengutamakan diri sendiri tetapi rendah keutamaannya pada orang
lain (Rahim & Magner, 1995; Kassim & Ibrahim, 2014). Oleh hal yang
demikian, Rajah 6.1 menjelaskan Teori Dual Concern yang diadaptasi
oleh Rahim dan Bonoma (1979) dalam Kassim dan Ibranim (2014).

Rajah 6.1 Pendekatan teori Dual Concern berdasarkan Rahim dan
Bonoma (1979) (Dlm.Kassim & Ibrahim, 2014).

HUBUNGAN PENDEKATAN PENGURUSAN KONFLIK DAN
KECERDASAN EMOSI

Berdasarkan penelitian sorotan lepas menunjukkan kajian pendekatan
pengurusan konflik terhadap kecerdasan emosi dalam konteks
kepimpinan kesatuan sekerja kurang diberikan perhatian. Hal ini
berlaku disebabkan para sarjana lebih menumpukan terhadap faktor
pekerjaan individu dalam memahami dua pemboleh ubah tersebut.
Namun demikian, ia boleh dijadikan penelitian kerana ahli-ahli kesatuan
sekerja mempunyai tugas hakiki dari pelbagai profesion pekerjaan.

87

Peradaban dan Isu-isu Semasa

Kajian Zhang, Chen dan Sun (2015) terhadap pekerja di unit
infrastruktur universiti mendapati pendekatan pengurusan konflik
signifikan melalui dimensi penyelesaian masalah dan mengelak terhadap
kecerdasan emosi. Individu sedaya upaya menyelesaikan masalah
yang berlaku dan cuba mengelak agar konflik tidak berpanjangan
kerana mereka sudah memahami emosi diri dan orang lain agar tidak
mengganggu tugas dan pekerjaan mereka.

Sementara itu, Chen, Xu dan Philips (2018) menguji pendekatan
pengurusan konflik terhadap kecerdasan emosi ke atas pengurus syarikat
di China. Hasil kajian menunjukkan dimensi penyelesaian masalah dan
bekerjasama mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap kecerdasan
emosi. Kajian ini mendapati pengurus dan kakitangan syarikat sentiasa
membuat keputusan secara bersama ketika organisasi berhadapan
dengan konflik, tingkah laku mereka juga dikaitkan dengan tahap
kecerdasan emosi yang baik ketika menjalankan tugas di tempat kerja
demi peningkatan prestasi kerja.

Mohebbi dan Arab (2014) melalui kajiannya terhadap pekerja
bank menunjukkan dimensi bertolak ansur mempunyai pengaruh
yang signifikan positif terhadap kecerdasan emosi yang diamalkan
ketika berdepan masalah sesama kakitangan. Melalui pendekatan
ini, pihak yang berdepan dengan masalah sentiasa prihatin terhadap
diri dan orang lain supaya masalah dapat diselesaikan secara bersama
namun ia memerlukan kecerdasan emosi yang baik. Shamoradi et al.
(2014) menguji pemboleh ubah yang sama dalam kalangan kakitangan
pentadbiran universiti di Iran. Hasil kajian menunjukkan dimensi
mengelak dan bertolak ansur mempengaruhi kecerdasan emosi.
Kewujudan isu remeh-temeh dielakkan oleh semua pihak melalui
dimensi mengelak, manakala sekiranya berdepan masalah yang rumit,
maka dimensi bertolak ansur mampu dikawal kerana kedua pihak akan
bersama-sama berusaha menyelesaikan masalah yang berlaku. Hal ini
demikian kerana mereka masing-masing memahami emosi diri dan
orang lain.

Merujuk pada penelitian kajian lepas, kerangka konseptual
menerangkan pengaruh pendekatan pengurusan konflik terhadap
kecerdasan emosi.

88

Pendekatan Pengurusan Konflik dan Kecerdasan Emosi
dalam kalangan Pemimpin Kesatuan Sekerja Di Sabah

Rajah 6.2 Pengaruh pendekatan pengurusan konflik terhadap
kecerdasan emosi

(Sumber: Rahim dan Bonoma (1979) , Mayer and Salovey (1990).

KESATUAN SEKERJA DI SABAH

Jadual 6.1 Keputusan Ujian Kebolehpercayaan

Faktor Jumlah Item Nilai Alpha

Kecerdasan emosi 16 0.8

Penyelesaian Masalah 4 0.6

Bekerjasama 4 0.7

Bertolak ansur 4 0.6

Paksaan 4 0.7

Mengelak 4 0.6

Sekaran dan Bougie (2016) menjelaskan nilai realibiliti
yang kurang dari 0.6 tidak diterima, sekiranya nilai 0.6 hingga 0.7
menunjukkan nilai kepercayaan yang baik dan diterima, manakala nilai
0.80 hingga 1 menunjukkan nilai yang tinggi. Jadual 6.1 menunjukkan
item mewakili pemboleh ubah bagi pendekatan pengurusan konflik dan
kecerdasan emosi sesuai diuji dalam kajian ini kerana mempunyai nilai
realibiliti 0.6 dan ke atas.

89

Peradaban dan Isu-isu Semasa

Jadual 6.2 Demografi responden

Ciri Umum Responden Ciri Khusus Responden Peratus

Jantina Lelaki 78%
Perempuan 22%

Umur 20-29 tahun 5.1%
30-39 tahun 27.9%
40-49 tahun 35.3%
50-59 tahun 31.6%

Pendidikan PMR 11%
SPM 54.4%
STPM
Diploma 7.4%
Ijazah 19.1%

Jawatan dalam kesatuan sekerja Pengerusi 8.1%
Timb. Pengerusi
Setiausaha 10.3%
Timb. Setiausaha 8.8%
Bendahari
Ahli Jawatankuasa Tertinggi 15.4%
13.2%
Tempoh berkhidmat dalam 5-10 tahun 50.7%
organisasi 11-15 tahun
16-20 tahun 1.5%
21-25 tahun
25 tahun ke atas 25.7%
17.6%
Tempoh menyertai kesatuan 5-10 tahun
sekerja 11-15 tahun 8.8%
16-20 tahun 25.7%
21-25 tahun 22.1%

55.1%
21.3%
13.2%
10.3%

Jadual 6.2 menunjukkan demografi responden berdasarkan
jantina lelaki yang mendominasi kepimpinan kesatuan sekerja,
iaitu sebanyak 78 peratus, manakala perempuan 22 peratus. Umur
peratusan tertinggi sebanyak 35.3 peratus terletak pada usia 40 hingga
49 tahun. 54.4 peratus responden mempunyai pendidikan bertaraf
SPM. Sebanyak 50.7 memegang jawatan bendahari dalam kalangan
responden. Tempoh berkhidmat dalam organisasi menunjukkan
responden 25.7 peratus berkhidmat antara 5 hingga 25 tahun dan
menyertai kesatuan dengan peratusan yang tinggi 55.1 peratus dalam
tempoh penyertaan 5 hingga 10 tahun.

90

Pendekatan Pengurusan Konflik dan Kecerdasan Emosi
dalam kalangan Pemimpin Kesatuan Sekerja Di Sabah

Jadual 6.3 Purata min pendekatan pengurusan konflik terhadap
kecerdasan emosi

Pemboleh ubah Nilai Min Sisihan Piawai Tahap

Kecerdasan emosi 4.01 .470 Tinggi

Penyelesaian masalah 3.84 .499 Tinggi

Bekerjasama 3.27 .752 Sederhana

Bertolak ansur 4.03 .416 Tinggi

Paksaan 1.96 .764 Rendah

Mengelak 3.04 .639 Sederhana

Mohd Najib (1999) menerangkan nilai min 1.00-2.33 adalah
rendah, manakala nilai min antara 2.34-3.67 menunjukkan tahap
sederhana dan 3.68-5.00 adalah pada tahap tinggi. Jadual 6.3
menunjukkan tahap amalan kecerdasan emosi responden berada pada
tahap tinggi. Pendekatan pengurusan konflik menunjukkan tahap min
tertinggi menerusi dimensi bertolak ansur dan penyelesaian masalah.

Jadual 6.4 Pengaruh pendekatan pengurusan konflik terhadap
kecerdasan emosi

Model Pekali Piawai t Sig
β

Penyelesaian Masalah .363 4.271 .000

Bekerjasama .183 2.315 .002

Bertolak ansur .200 2.257 .002

Paksaan .103 1.313 .192

Mengelak -.039 -5.11 .610

R2 .276

F 9.89

Sig .000

a. Peramal dalam Model (Tetap): Pendekatan Pengurusan Konflik,
b. Pemboleh Ubah Bersandar: Kecerdasan emosi

Jadual 6.4 mendapati model kajian signifikan di antara pendekatan
pengurusan konflik dan pengaruhnya terhadap kecerdasan emosi
(R²=.276, k=.000). Namun demikian, model kajian menunjukkan tiga

91

Peradaban dan Isu-isu Semasa

pendekatan pengurusan konflik mempengaruhi kecerdasan emosi, iaitu
penyelesaian masalah (β=.363, k=.000), bekerjasama (β=.183, k=.000)
dan bertolak ansur (β=-.200, k=.000). Analisis Jadual 6.4 menunjukkan
dimensi penyelesaian masalah, bekerjasama dan bertolak ansur
mempunyai pengaruh positif yang signifikan ke atas kecerdasan emosi.

Berdasarkan model kajian, pendekatan pengurusan konflik
menunjukkan tiga dimensi penyelesaian masalah, bekerjasama
dan bertolak ansur mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap
kecerdasan emosi. Dalam konteks kajian terhadap kepimpinan
kesatuan sekerja, dimensi penyelesaian masalah menjelaskan pemimpin
kesatuan sekerja cenderung untuk bersama-sama memenuhi kehendak
ahli kesatuan dan majikan supaya pertikaian dan konflik dapat
diselesaikan dengan berusaha mencari kata sepakat. Hasil kajian ini
menepati dapatan kajian oleh Zhang, Chen dan Sun (2015). Tahap
kecerdasan emosi yang baik dalam kalangan pemimpin kesatuan
sekerja membolehkan mereka memahami sikap ahli kesatuan. Hunter
dan Cushenbery (2014) menyifatkan individu yang berada pada tahap
kecerdasan emosi yang positif mampu mengawal tingkah laku orang
sekeliling, sekiranya timbul masalah, maka dimensi penyelesaian
masalah boleh membuka ruang semua pihak melalui idea dan pendapat
dapat diselesaikan secara terbuka.

Dimensi bekerjasama menunjukkan pengaruh yang signifikan
terhadap kecerdasan emosi, sesuai dengan dapatan kajian Chen, Xu
dan Philips (2018). Situasi kepimpinan kesatuan sekerja menunjukkan
bahawa usaha mereka mengekspresikan emosi yang positif terhadap
diri dan orang lain ketika berhadapan dengan konflik membawa kepada
kejayaan kepimpinan mereka. Hal ini disebabkan sikap pemimpin
kesatuan sekerja sentiasa mendahului permintaan ahli kesatuan sekerja
mahupun majikan. Dimensi bekerjasama diamalkan bagi tujuan agar
suara ahli kesatuan sekerja didengari oleh kepimpinan kesatuan sekerja.
Ia menunjukkan petanda positif bahawa kepimpinan diterima oleh
ahli kesatuan sekerja sendiri. Abas et al. (2014) menjelaskan dimensi
bekerjasama memberikan manfaat kepada kepimpinan bagi mengawal
tingkah laku orang bawahan sekiranya tahap kecerdasan emosi dalam
keadaan yang tinggi. Ia disifatkan sebagai gaya kepimpinan bagi

92

Pendekatan Pengurusan Konflik dan Kecerdasan Emosi
dalam kalangan Pemimpin Kesatuan Sekerja Di Sabah

mengimbangi objektif kepimpinan dan matlamat yang perlu dipenuhi
oleh orang bawahan (Rahim & Magner, 1995).

Seterusnya, dimensi bertolak ansur menunjukkan pengaruh
signifikan terhadap kecerdasan emosi. Pemimpin hendaklah mempunyai
sikap prihatin terhadap diri dan orang lain bagi memudahkan segala
keputusan dapat diterima oleh pihak yang berkonflik agar konflik yang
berlaku dapat diselesaikan dengan baik. Hal ini juga dipengaruhi oleh
sejauh mana kecerdasan emosi diekspresikan oleh pemimpin kesatuan
sekerja dalam berhadapan konflik dan sikap ahli kesatuan dan majikan.
Hamdan et al. (2017) mendapati dimensi bertolak ansur berupaya
meredakan konflik yang berlaku, namun individu haruslah berada pada
tahap kecerdasan emosi yang baik agar konflik tidak lagi berpanjangan
pada tempoh yang lama.

KESIMPULAN

Kajian ini membuktikan pendekatan pengurusan konflik merupakan
pemboleh ubah peramal yang baik terhadap kecerdasan emosi. Dua
pemboleh ubah ini dapat mengenal pasti bagaimana tahap emosi
kepimpinan kesatuan dalam berhadapan konflik yang dihadapi dalam
memimpin gerakan kesatuan sekerja.

Berdasarkan teori, pemboleh ubah yang diuji menunjukkan model
kajian ini mempunyai pengaruh yang signifikan di antara pendekatan
pengurusan konflik dan kecerdasan emosi. Dimensi penyelesaian
masalah, bekerjasama dan bertolak ansur menunjukkan kepimpinan
kesatuan sekerja sentiasa terbuka kepada semua pihak dalam usaha
mencari jalan penyelesaian terhadap isu pertikaian pekerjaan. Hal ini
dapat dirumuskan bahawa pemimpin kesatuan sekerja mempunyai
tahap kecerdasan emosi yang tinggi disebabkan faktor emosi mampu
mendorong kepada tingkah laku yang rasional. Kecerdasan emosi juga
membantu kepimpinan kesatuan sekerja membuat keputusan yang
betul dalam menguruskan konflik di antara pekerja dalam organisasi.

Dari aspek praktikal, pendekatan pengurusan konflik yang
digunakan oleh pemimpin harus tepat dan munasabah agar keputusan
yang diambil tidak menafikan hak pekerja dan majikan. Ia jelas

93

Peradaban dan Isu-isu Semasa

melambangkan kecerdasan emosi seorang pemimpin yang bijak dan
berdedikasi dalam tugasnya. Kepimpinan kesatuan sekerja perlu
sentiasa menunjukkan kesungguhan dalam membela hak-hak pekerja.
Pada masa yang sama, kepimpinan kesatuan sekerja harus berubah
selari dengan perubahan masa, keperluan para pekerja, kehendak
majikan dan senario perburuhan pada masa kini. Kepimpinan kesatuan
sekerja sering dilihat hanya memenuhi kehendak ahlinya dalam usaha
mendapatkan kondisi pekerjaan yang baik tetapi tidak mengambil
peluang memperbaiki kualiti perkhidmatan dalam memperjuangkan
hak pekerja dan menjaga hubungan baik di antara pekerja dan majikan.
Kesatuan sekerja tidak seharusnya memberi tekanan kepada majikan
seperti melakukan tindakan mogok dan piket agar objektif mereka
tercapai sebaliknya perlu bersama majikan untuk meningkatkan
produktiviti dan komitmen agar mencapai matlamat bersama. Oleh
itu, bagi mewujudkan keharmonian hubungan industri, kepimpinan
kesatuan sekerja perlu meningkatkan sokongan dan kepercayaan
kepada pihak pengurusan agar majikan sentiasa bersifat terbuka dalam
menyelesaikan isu pekerjaan secara kolektif.

RUJUKAN

Abd Razak, S. S., & Nik Mahmod, N. A. K. (2019). An analysis of the good faith
bargaining practice in the trade union recognition process: Reform of
the Malaysian trade union legal framework. IIUM Law Journal, 27(2),
501-524.

Akta Kesatuan Sekerja (1959). Dicapai Mei 5, 2019,http://www.agc.gov.my/
agcportal/uploads/files/Publications/LOM/EN/Act%20262.pdf.

Al-Hamdan, Z., Adnan Al-Ta’amneh, I., Rayan, A., & Bawadi, H. (2019). The
impact of emotional intelligence on conflict management styles used
by Jordanian nurse managers. Journal of Nursing Management, 27(3).

Blake, R. R., & Mouton, J. S. (1964). The managerial grid. Houston, TX: Gulf
Publishing Co.

Fadillah Ismail, Siti Sarah Omar, Siti Sarawati Johar & Khairol Anuar Kamri,
Z. A. D. (2016). Peranan dan penerimaan kesatuan sekerja di Malaysia.
Batu Pahat: Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

94

Pendekatan Pengurusan Konflik dan Kecerdasan Emosi
dalam kalangan Pemimpin Kesatuan Sekerja Di Sabah

Gurunathan, S. S., Joseph, & Chee, L., Sheng. (2014). Factors promoting
enterprise level union-management partnership in the garment
industry of Cambodia. Journal of Economics, Commerce and Management,
4(8), 603–625.

Kaimenyi, C. K. (2014). The influence of conflict management styles on
leadership approaches within small-scale businesses in Kenya. Journal
of Business and Management, 16(9), 55–59.

Kassim, M. A. M., & Ibrahim, H. I. (2014). Conflict management styles and
organizational commitment: A study among bank employees in Penang.
International Journal of Business, Economics and Law, 4(1), 45–53.

Mahbob, M. H., & Sulaiman, W. I. W. (2015). Kepentingan kecerdasan emosi
dalam komunikasi keorganisasian dan pengaruhnya terhadap kepuasan
kerja. Malaysian Journal of Communication, 31(2), 533–546.

Mohd Najib Abdul Ghaffar. (1999). Kaedah penyelidikan pendidikan. Skudai:
Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

Ole Pors, N. (2003). Loyalty and scepticism among members of a professional
union: THe case of the union of librarians in Denmark. New Library
World, 104, (1/2), 20–28.

Peetz, D. & Todd, P. (2001). Otherwise you’re on your own: Unions and
bargaining in Malaysian banking. International Journal of Manpower,
22(4), 333–348.

Rahim, M. A., & Bonoma, T. V. (1979). Managing organizational conflict:
A model for diagnosis and intervention. Psychological Reports, 44,
1323–1344.

Rahim, M. A., & Magner, N. R. (1995). Confirmatory factor analysis of the
styles of handling interpersonal conflict: Firstorder factor model and
its invariance across groups. Journal of Applied Psychology, 80, 122–132.

Salovey, P., & Mayer, J. D. (1990). Emotional intelligence. Imagination, Cognition,
and Personality, 9, 185–211.

Tan Kwang How. (2011). Human resource management in Malaysia: Theory &
practice. Kuala Lumpur: McGraw Hill Education (Asia).

Thomas, K. W., & Kilmann, R. H. (1974). The Thomas Kilmann conflict mode
instrument. Tuxedo, New York: Xicom.

Uma Sekaran & Roger J. Bougie. (2016). Research methods for business: A skill
building approach (7th ed.). New York: Wiley.

Wilmot, W. W., & Hocker, J. L. (2001). Interpersonal conflict. New York, NY:
McGraw Hill.

Yussof, K. Y. S., & Johari, H. (2014). Pendekatan pengurusan konflik dan
hubungannya dengan amalan Interest Based Bargaining (IBB): Kajian ke
atas pemimpin kesatuan sekerja sektor perindustrian di Sabah. Journal
of Techno Social, 6(2), 63–80.

95

Peradaban dan Isu-isu Semasa
Zafir, M. M., & Fazilah, M. H. (2011). Prinsip pengurusan sumber manusia.

Petaling Jaya: Leeds Publications (M) Sdn.Bhd.
Zhang, S., Chen, Y. & Sun, H. (2015). Emotional intelligence, conflict

management styles, and innovation performance. International Journal
of Conflict Management, 26 (4),450–478.

96

7Bab

PEMBENTUKAN PENANDA ARAS PENTAKSIRAN
KEHARMONIAN AGAMA KOMUNITI MUALAF

Azarudin bin Awang, Azman Che Mat, Razali Musa &
Ruhaizah Abd. Ghani

PENGENALAN

Mualaf merupakan kelompok yang baru menganut agama Islam.
Didapati ramai dalam kalangan mereka masih lemah pemahaman
terhadap nilai-nilai Islam. Justeru, kelemahan dan kekeliruan
menyebabkan ada dalam kalangan mualaf mengamalkan ajaran dan
budaya asal yang bertentangan dengan syariat Islam. Selanjutnya,
keadaan ini menyebabkan komuniti ini terdedah kepada risiko seperti
murtad, konflik dengan Muslim asal dan mencemarkan imej agama
Islam itu sendiri. Penghayatan nilai hidup amat berkait dengan indeks
keagamaan seperti tahap keilmuan, kefahaman dan penghayatan. Oleh
kerana agama menjadi tunjang seorang Muslim, maka amat wajar satu
indeks yang mampu memastikan tahap keagamaan Mualaf sentiasa
baik agar kelestarian hubungan dengan ahli keluarga bukan Muslim
dan hubungan dengan Muslim asal akan kekal terpelihara.

Kajian indeks keharmonian agama golongan mualaf signifikan
dengan elemen kemajmukan Malaysia kerana melalui kajian ini, kita
dapat merungkai permasalahan yang menjadi titik pembeza dalam

Peradaban dan Isu-isu Semasa

hubungan antara agama agar perbezaan ini sentiasa dihormati dan
dipelihara sensitivitinya. Tanpa pemahaman yang betul terhadap
sesuatu agama, nescaya prasangka dan salah faham akan berlanjutan.
Perkara ini menjadi ancaman besar dalam usaha memupuk perpaduan
antara agama, bangsa dan negara. Negara telah menyaksikan
bagaimana forum ‘Memeluk Islam’ pada Ogos 2008, bukan sahaja telah
mencetuskan api kemarahan daripada kalangan umat Islam tetapi juga
memaparkan persepsi negatif terhadap Islam sehingga menimbulkan
rasa kurang senang dalam kalangan komuniti bukan Muslim. Malah, isu
ini turut menjadi liputan utama media tempatan dan luar negara yang
cuba memaparkan kerapuhan perpaduan dalam kalangan masyarakat
majmuk di Malaysia (Abdul Manaf Bohari http://ww1.utusan.com.my/
utusan). Justeru, bab ini akan mengenal pasti faktor yang mendorong
mualaf terlibat dalam sesuatu perkara yang bertentangan dengan
agama Islam. Selanjutnya, penulisan ini juga bertujuan untuk membina
satu indeks yang dapat mengukur tahap kefahaman, penghayatan dan
amalan semasa mualaf yang dikenali sebagai ‘indeks keharmonian
agama mualaf’.

MUALAF DI MALAYSIA

Terdapat beberapa kajian yang telah dilakukan sama ada di luar atau
di dalam negara yang menyentuh tentang indeks keharmonian agama.
Kajian luar negara yang menyentuh tentang indeks keharmonian agama
yang dilakukan oleh Scheherazade dan Hossein Askari melihat dari aspek
pengamalan nilai Islam (Scherazade & Hossein Askari, 2010). Sementara
itu, kajian yang dilakukan oleh Abdul Manaf Bohari (http://ww1.utusan.
com.my/utusan) melihat indeks keharmonian komuniti Islam dari aspek
kemanusiaan, ekonomi, politik, pentadbiran, malah turut menyentuh
hubungan antarabangsa. Kajian yang dilakukan oleh Aam Slamet dan
Mohammad Bintang (2018) melihat indeks keislaman dari perspektif
ekonomi dan objektif kajiannya ialah melihat tahap kepatuhan syariat
dalam sistem ekonomi di negara ASEAN. Antara kajian dalam negara
ialah kajian kuantitatif yang dilakukan oleh Rosmadi et al. (2017)
yang bertajuk ‘Indeks keislaman bagi Pulau Pangkor, Malaysia’ dengan

98

Pembentukan Penanda Aras Pentaksiran Keharmonian Agama Komuniti Mualaf

objektif kajiannya ialah melihat indeks kepatuhan dan kefahaman
penduduk terhadap agama Islam. Selain itu, terdapat beberapa kajian
yang dilakukan dari perspektif tahap kepatuhan beragama khususnya
dalam komuniti warga tua dan golongan remaja (Wan Ibrahim et al.,
2014; Khaidzir & Khairil, 2011). Namun, boleh dinyatakan bahawa
kajian-kajian yang dilaksanakan ini adalah untuk melihat sejauh mana
penghayatan nilai-nilai agama Islam dalam kalangan komuniti Muslim
asal sahaja.

Kajian yang sistematik tentang komuniti mualaf pula melihat
kepada pelbagai dimensi. Rasinah Haji Ahim dalam kajian kuantitatifnya
yang bertajuk ‘Penerimaan dan Kefahaman Tentang Islam dalam
Kalangan Masyarakat Dusun dan Murut di Brunei Darussalam’
mendapati mualaf sukar menyesuaikan diri dengan komuniti Muslim asal
yang berada di persekitaran mereka. Kajian mendapati jumlah 47 peratus
mualaf yang masih kurang memahami Islam dengan baik menjadi salah
satu faktor komuniti ini melakukan perkara yang bertentangan dengan
nilai agama Islam. Justeru, beliau menyarankan agar badan-badan
agama Islam wajar diperkasakan peranannya agar komuniti Muslim
Baharu ini memperoleh maklumat Islam yang sebenar dan sepenuhnya.
Bermakna, kefahaman terhadap agama Islam perlu dijadikan teras agar
tidak timbul kekeliruan dalam kalangan Muslim asal, khususnya apabila
komuniti ini bersama-sama melaksanakan amalan agama (Rasinah,
2012). Begitu juga kajian sosiologi agama oleh Siti Adibah dan Siti
Zubaidah (2018), ‘Pengurusan Mualaf di Malaysia: Kerjasama Dinamik
antara Agensi Kerajaan dan Bukan Kerajaan’ yang menyatakan bahawa
kurang memahami ajaran Islam menyebabkan mualaf masih dibelenggu
dengan amalan yang bercanggah dengan agama.

Walaupun begitu, kajian kuantitatif ini melihat hubungan
berlaku antara mualaf dengan komuniti Melayu berada dalam situasi
mesra, khususnya apabila mualaf yang berkahwin dengan pasangannya
dari bangsa Melayu atau tinggal bersama dalam masyarakat Melayu.
Namun, kehidupan selepas Islam komuniti mualaf memperlihatkan
wujud ketidakserasian, khususnya apabila mereka ingin melakukan
adaptasi budaya baharu, sama ada dalam aspek adat, pakaian, makanan
dan bahasa. Berkait dengan ini, Osman Abdullah dan Abdul Salam

99

Peradaban dan Isu-isu Semasa

(2008) mencadangkan agar pelaksanaan nilai dan norma dari sistem
budaya yang berbeza boleh dijadikan satu sistem nilai bersama dalam
kehidupan baharu mualaf. Selanjutnya, Nur Ain Sumaiyah dan Noor
Aishah (2018) dalam kajiannya “Kemurungan dalam Kalangan Mualaf
di Pusat Pengajian Perkim Wilayah Persekutuan”, mendapati komuniti
mualaf di Malaysia berhadapan dengan pelbagai cabaran hidup setelah
memeluk agama Islam. Lazimnya, dilema yang dihadapi oleh seorang
mualaf adalah permasalahan yang menyentuh tentang hubungan
dengan keluarga asal dan hubungan dengan komuniti Muslim di
sekitar. Antara permasalahan tersebut ialah dipinggirkan keluarga,
dianggap Muslim kelas kedua, konflik yang menyentuh budaya, masalah
keupayaan menguasai bahasa, tekanan perasaan, diskriminasi, konflik
identiti, permasalahan yang menyentuh cita rasa dalam pemakanan
dan hubungan dengan keluarga yang pasangannya adalah berbangsa
Melayu. Bagi mencapai permuafakatan bersama, Nur Ain Sumaiyah dan
Noor Aishah (2018) mencadangkan agar komuniti mualaf perlu diberi
kefahaman agama Islam dengan lebih menyeluruh agar permasalahan
berkaitan budaya dan agama dapat diselesaikan dengan baik.

Seterusnya, kajian kualitatif Suraya (2012) yang bertajuk “Dialog
Kehidupan dalam Pengalaman Saudara Baru di Sabah”, menemui bahawa
hubungan mualaf dengan ahli keluarga asal berlaku dalam empat
situasi, iaitu saling menyokong, akomodasi, neutral dan tegang. Beliau
menyarankan agar dilakukan aktiviti yang mampu memupuk hubungan
antara agama pada peringkat akar umbi dalam kalangan komuniti
mualaf, bukan Muslim dan Muslim asal supaya budaya tasamuh dan
permuafakatan bersama dapat disuburkan mengikut batas-batas agama.
Berdasarkan kepada perbahasan di atas, ternyata bahawa pembentukan
indeks keharmonian agama mualaf sebenarnya banyak berhubung kait
dengan nilai asal yang telah ada dalam peradaban bangsa tersebut (Wan
Norhasniah, 2010). Justeru, berdasarkan kepada sumber kajian yang
lepas, aspek-aspek yang menyentuh indeks keharmonian agama yang
dicadangkan ialah ‘penyesuaian budaya asal’ dalam kehidupan seorang
Muslim, amalan agama Islam (Nur Ain Sumaiyah & Noor Aishah Rosli,
2018), hubungan sosial (Osman Abdullah & Abdul Salam, 2008),
perkongsian aktiviti antara Muslim dan bukan Muslim dan; kehidupan

100

Pembentukan Penanda Aras Pentaksiran Keharmonian Agama Komuniti Mualaf

beragama dalam mengamalkan bahasa dan budaya asal (Siti Adibah &
Siti Zubaidah, 2018; Suraya, 2012).

Dapat dinyatakan bahawa kajian-kajian yang dilakukan di atas
dapat memberi panduan kepada pengkaji untuk merangka, mengumpul
dan selanjutnya menganalisis data yang berkaitan, khususnya yang
bersangkutan dengan aspek pembangunan agama. Diharapkan kajian
ini dapat merumuskan satu indeks keharmonian agama mualaf agar
kemakmuran kehidupan masyarakat di Malaysia dapat diperkukuhkan.

Secara ringkasnya, indeks keharmonian keagamaan mualaf
ditunjukkan seperti Rajah 7.1.

Rajah 7.1 Kerangka pembinaan indeks keharmonian keagamaan
mualaf

Berpandukan kepada kerangka teori yang dibina oleh penulis
sendiri sebagaimana Rajah 7.1, dapat dijelaskan bahawa wujud dua
aspek yang mempengaruhi pembinaan indeks keharmonian keagamaan
mualaf. Aspek pertama meliputi tahap kefahaman, penghayatan dan
kepatuhan semasa komuniti mualaf dalam beragama setelah komuniti
memeluk agama Islam. Sementara itu, aspek kedua meliputi aplikasi
hubungan sosial dan perkongsian aktiviti yang berlaku antara komuniti
ini dengan masyarakat asal yang bukan Islam dan kelompok Muslim asal.
Penglibatan komuniti mualaf dalam aktiviti sosial selepas pemelukan
agama Islam didorong oleh faktor dalaman, iaitu penglibatan turut
serta ahli keluarga, manakala faktor luaran pula merujuk kepada ciri-ciri

101

Peradaban dan Isu-isu Semasa

seperti budaya asal, lokasi tempat tinggal dan sifat komuniti setempat.
Mualaf perlu menyesuaikan semula kehidupan dengan pelbagai cabaran
yang dilalui seperti meliputi aspek keupayaan menggunakan bahasa,
pemulauan dari ahli keluarga atau Muslim asal, diskriminasi, konflik
budaya dan dipandang rendah, kurang mendapat sokongan dan
ketidakmampuan menyesuaikan diri dalam situasi yang baharu. Justeru,
gabungan kedua-dua aspek tersebut akan menghasilkan satu parameter
bagi melihat sejauh mana tahap pelaksanaan dan keberkesanan indeks
keharmonian agama dalam kehidupan baharu komuniti mualaf.

TATACARA PENYEDIAAN KERANGKA PEMBINAAN INDEKS

Kajian ini akan dijalankan dengan menggunakan kaedah kualitatif dan
kuantitatif. Melalui kajian kualitatif, status terkini tentang kejadian
sesuatu fenomena dapat dijelaskan dengan lebih terperinci. Dalam kata
lain, kajian kualitatif boleh memberi informasi, gambaran, persepsi,
penjelasan dan pemahaman yang lebih dalam bagi mengupas persoalan-
persoalan kajian yang telah dirangka (Mokhtar, 2011).

Temu bual secara mendalam akan dijalankan dalam beberapa sesi
mengikut kelapangan responden dan kesesuaian data yang diperoleh.
Teknik ini akan menggunakan persampelan bertujuan (purposive
sampling), yakni pemilihan responden berdasarkan tiga ciri utama,
iaitu keanekaan etnik, tempoh pemelukan Islam serta kesediaan
responden memberikan maklumat yang diperlukan ataupun responden
yang disifatkan sebagai ‘informative respondants’. Bilangan sampel
kajian seramai 25 orang dan proses pengumpulan maklumat ini akan
dihentikan apabila maklumat yang diperoleh telah berada pada tahap
yang tepu (saturation) (Creswell, 2005).

Bilangan peserta kajian yang dicadangkan seramai 25 orang
adalah mencukupi bagi kajian kes yang menggunakan pendekatan
kualitatif ini. Mohd Yusof et al. (2014) menyatakan jumlah peserta
kajian lapan orang adalah mencukupi bagi reka bentuk kajian yang
menggunakan kaedah kualitatif. Biarpun bilangan peserta kajian
berjumlah 25 orang, tetapi pemilihan peserta adalah didasarkan kepada
kesanggupan dan kerelaan mereka melibatkan diri dalam kajian ini.

102

Pembentukan Penanda Aras Pentaksiran Keharmonian Agama Komuniti Mualaf

Penulis membahagikan responden kepada empat zon, iaitu Zon Pantai
Timur (lima orang), Zon Selatan (lima orang), Zon Lembah Kelang (lima
orang) Zon Utara (lima orang) dan Zon Malaysia Timur (lima orang).

Maklumat yang diperlukan diperoleh melalui kaedah temu bual
berfokus dan soalan yang dikemukakan adalah bersifat separa struktur.
Langkah ini penting bagi mewujudkan perkongsian pengalaman antara
responden dan pengkaji (Idris, 2009). Oleh itu, soalan-soalan dirangka
berasaskan tema yang telah dikenal pasti, manakala senarai semak soalan
disertakan sebagai panduan semasa proses temu bual dilakukan bagi
mengelakkan maklumat yang dikehendaki terlepas pandang. Sebelum
kajian sebenar dilakukan, kajian rintis temu bual akan dilaksanakan
bagi membantu pengkaji melakukan perancangan untuk mengumpul
data seperti menentukan jenis data yang diperlukan, melakukan
pengubahsuaian dan penambahbaikan item-item berdasarkan komen
yang diberikan oleh peserta kajian dan memahami proses yang wajar
diikuti ketika mengumpul data. Melalui pelaksanaan kajian rintis,
pengkaji mampu menyemak kesahan (validiti) kaedah yang digunakan
dan mengetahui kekangan yang timbul semasa proses pengumpulan data
dilaksanakan. Bererti, soalan temu bual diuji beberapa kali sehinggalah
jawapan yang diberikan oleh peserta kajian benar-benar konsisten. Bagi
menjaga kerahsiaan setiap peserta kajian dan memudahkan proses
analisis data, pengkaji menggunakan kod resp#1 hingga resp#25 sebagai
tanda pengenalan responden (Paramjit, 2018). Sebelum temu bual
dijalankan, pengkaji telah meminta surat keizinan untuk melakukan
temu bual daripada pihak Jabatan Agama Islam negeri. Selanjutnya,
proses pengolahan data akan turut diselit dan disokong dengan nukilan
daripada transkripsi temu bual secara verbatim.

Analisis data seterusnya ialah melalui jawapan-jawapan yang telah
direkodkan ke pita rakaman ditukarkan dalam bentuk transkrip. Bagi
memastikan penelitian data mudah dilakukan, pengkaji membahagikan
jawapan berdasarkan tema-tema yang dikehendaki. Soalan temu bual
dibina dalam bentuk semistruktur berdasarkan pengalaman kehidupan
beragama komuniti mualaf selepas memeluk Islam.

Selanjutnya, data diperoleh melalui kaedah kuantitatif, iaitu
maklumat yang didapati melalui edaran borang soal selidik kepada

103

Peradaban dan Isu-isu Semasa

peserta kajian. Melalui kajian soal selidik, responden hanya perlu
menyatakan pendirian dan pandangan mereka dengan mengandaikan
bahawa terdapat persamaan situasi yang wujud di antara mereka dari
aspek kemahiran, tindakan atau persepsi tentang sesuatu kejadian dan
keadaan (Mohd Najib, 2003).

Hasil dapatan diklasifikasikan berdasarkan ciri-ciri yang telah
ditentukan oleh pengkaji. Ciri ini meliputi secara ringkas tentang
biodata responden, pengalaman dan persepsi penglibatan mualaf dalam
hubungan sosial, sikap dan keprihatinan mereka. Kajian ini memberi
perhatian komuniti mualaf yang menjalani pendidikan di kelas-kelas
yang dianjurkan oleh Pejabat Agama di lima zon, iaitu Zon Timur
(Terengganu), Zon Utara (Kedah), Zon Selatan (Johor), Zon Lembah
Klang (Selangor) dan Zon Malaysia Timur (Sabah). Menerusi kerjasama
dari pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri, beberapa set borang
soal selidik diedarkan kepada komuniti mualaf. Set borang soal selidik
untuk komuniti mualaf digunakan bagi memperoleh maklum balas
khas tentang pengamalan nilai sebenar agama Islam setelah mereka
memeluk agama Islam. Pengkaji berpandangan bahawa melalui data
yang dikumpulkan menerusi edaran borang soal selidik, responden
dapat memberi input yang meyakinkan dan maklumat yang diperoleh
juga adalah tepat. Set borang soal selidik dibina dan digubal oleh
pengkaji ini adalah berdasarkan teori dan pandangan pakar bidang iaitu
Profesor Dr Osman Chuah dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Borang soal selidik ini mengandungi lima bahagian, iaitu
Bahagian A menyentuh tentang maklumat responden. Bahagian B pula
berkaitan persepsi mualaf terhadap pengetahuan dan kefahaman agama
Islam. Bahagian C menjelaskan tentang aplikasi komuniti mualaf dalam
kehidupan beragama, Bahagian D menjelaskan tahap pelaksanaan,
manakala Bahagian E menjelaskan faktor dan cabaran yang dihadapi.

Segmen B, C, D dan E adalah bertujuan mengukur tahap
kefahaman, penglibatan, faktor dan cabaran yang dilalui oleh mualaf
setelah memeluk agama Islam. Dengan demikian, dalam mengukur
tahap pencapaian berdasarkan persepsi mereka, pengkaji menggunakan
kaedah pengukuran berdasarkan skala Likert dari 1 hingga 5. Dapatan
skala 1 mewakili “Sangat Tidak Bersetuju” (STB), 2 mewakili tahap “Tidak

104

Pembentukan Penanda Aras Pentaksiran Keharmonian Agama Komuniti Mualaf

Bersetuju” (TB), 3 mewakili “Tidak Pasti” (TP), 4 pula mewakili “Setuju”
(S), manakala 5 mewakili ‘Sangat setuju (SS) (Mohd Najib, 2011).

Selanjutnya, barulah dipaparkan proses dan prosedur
pengembangan kaedah, manakala 5 mewakili “Sangat Setuju” (SS) (Mohd
pengumpulan maklumat, pemilihan alat dan bahan yang digunakan
dalam penelitian data. Analisis data dilakukan berdasarkan kepada
maklumat utama yang diperoleh daripada maklum balas responden dari
soalan-soalan segmen A, B, C, D dan E borang soal selidik yang telah
diedarkan. Seterusnya, jawapan soal selidik yang diperoleh dikodkan
sebelum dipindahkan ke dalam komputer. Bagi memperoleh data secara
deskriptif, data kuantitatif yang diperoleh ini diproses menggunakan
perisian komputer Statistical Package for Science (SPSS 22.0 For Windows).

Untuk itu, analisis statistik peratus dan ujian min (purata)
digunakan bagi mengukur tahap, persepsi dan aplikasi komuniti mualaf
terhadap aspek-aspek yang menyentuh kefahaman, penglibatan, sikap
dan cabaran dalam menjalani rutin kehidupan beragama. Ujian-t (T-Test)
sampel bebas juga dilakukan bagi melihat signifikan atau sebaliknya
perbezaan pelaksanaan amalan agama berdasarkan pemboleh ubah
tempoh memeluk agama Islam dan jantina responden. Bagi memastikan
kebolehupayaan dan kebolehpercayaan soalan, kajian rintis dilakukan
dengan edaran soalan kepada komuniti mualaf. Jumlah 30 sampel diambil
secara pensampelan mudah (convenience sampling) bagi mengetahui
kemampuan kebolehpercayaan soalan yang dibina. Justeru, pelaksanaan
kajian rintis ini dilakukan dengan mengambil masa yang rencam bagi
melihat dan menilai tahap kebolehpercayaan dan kesahannya. Dalam
pelaksanaan kajian rintis ini, hasil dapatan mestilah memperoleh
bacaan nilai alpha pada 0.71 hingga 0.90 kerana ia merupakan tahap
kebolehpercayaan yang tinggi. Namun, Kaplan dan Saccuzzo dalam
Ahmad Sanuwari (2009) menyatakan bahawa nilai Cronbach = 0.71 hingga
0.80 merupakan tahap kebolehpercayaan yang baik.

Analisa data kuantitatif dan kualitatif dilakukan berpandukan
analisis tematik yang diolah dalam bentuk tema, konsep, isu, pola dan
kategori. Data-data dikategorikan mengikut tema yang digunakan
untuk membangunkan indeks tersebut. Justeru, kajian lapangan ini
merupakan gabungan kajian kualitatif dan kuantitatif. Altrichter et al.

105

Peradaban dan Isu-isu Semasa

(2008) menyatakan bahawa penggunaan kaedah triangulasi sebegini
boleh mengukuhkan lagi dapatan hasil kajian kerana maklumat yang
diperoleh adalah bersifat saling menyokong antara satu sama lain.
Prosedur kajian ini ditunjukkan pada Rajah 7.2.

Rajah 7.2 Prosedur kajian
CABARAN MUALAF DALAM KEHIDUPAN BERAGAMA
Di Malaysia, mualaf merujuk kepada komuniti asalnya adalah non-
Muslim yang terdiri daripada masyarakat Cina, India, masyarakat
peribumi di Sabah dan Sarawak yang melakukan pemelukan agama
Islam. Kajian yang dilakukan telah menunjukkan mualaf merupakan
satu kelompok yang masih belum utuh dalam menjalani kehidupan
mengikut kerangka agama baharu (Khadijah et al., 2017). Mualaf
ini ditonjolkan dalam beberapa istilah seperti Muslim Kita, Saudara
Muslim dan Saudara Baru. Individu yang termasuk dalam istilah di atas
merupakan seseorang yang baru memencilkan diri daripada ‘budaya
hidup lama’ (Nazri Yasin et al., 2018). Tahap kefahaman mualaf ini
terhadap ajaran agama Islam boleh dibahagikan kepada tiga fasa.

106

Pembentukan Penanda Aras Pentaksiran Keharmonian Agama Komuniti Mualaf

Fasa pertama ialah tempoh mualaf memerlukan dorongan yang
bermula dari tahun pertama hingga tahun yang kelima. Fasa kedua
pula, iaitu dari tempoh enam hingga sepuluh tahun yang merupakan
tempoh pengukuhan terhadap kefahaman agama, manakala fasa ketiga
ialah tempoh pengislaman melebihi sepuluh tahun. Pada tahap ini,
individu mualaf lazimnya menghayati ajaran agama dengan sempurna
(Rasinah, 2012).

Komitmen sebagai seorang Muslim terhadap pengamalan
beragama banyak bergantung kepada sejauh mana minat, penghayatan
dan pemahaman mereka terhadap nilai-nilai agama Islam itu sendiri.
Sekiranya mualaf tidak dapat memahami dan menghayati ajaran Islam
dengan sempurna, ia menimbulkan pelbagai stereotaip dalam kalangan
Muslim asal, malah dalam komuniti asal mereka sendiri.

Kajian mendapati bahawa kurangnya pengetahuan, kefahaman
terhadap hukum-hakam agama dan salah faham terhadap konsep
agama itu sendiri merupakan antara faktor yang mendorong mualaf
melakukan perkara yang dilarang oleh agama Islam; dan norma
kehidupan masyarakat Muslim asal seperti murtad, minum arak,
berzina, mengamal ajaran asal dan sebagainya. Salah laku beragama
yang berpanjangan ini akhirnya menyebabkan timbul rasa kurang
senang dalam kalangan komuniti Muslim asal dengan anggapan bahawa
mualaf sering kali membawa masuk unsur-unsur yang merosakkan
dan menjatuhkan imej agama Islam. Dari sudut yang lain, ahli-ahli
keluarga mualaf yang bukan Muslim beranggapan masyarakat Muslim
di sekeliling tidak mempedulikan mualaf yang memeluk agama Islam.
Justeru, komuniti mualaf dianggap kumpulan ‘Muslim kelas kedua’
dan status pemelukan agama mereka kadangkalanya dipertikai, malah
mereka dituduh sebagai kelompok yang berpura-pura melakukan
pemelukan agama Islam (Nazri et al., 2018).

Dalam keadaan ‘kebaharuan’ memahami ajaran Islam, persepsi
dan pelaksanaan mualaf terhadap tuntutan agama membentuk pola
yang agak berbeza sekiranya dibandingkan dengan kelompok Muslim
asal. Apatah lagi peredaran masa, tempat dan suasana sedikit sebanyak
akan menimbulkan banyak isu dan masalah kepada mualaf. Sudah tentu
aspek-aspek toleransi antara agama dan sesama agama berdasarkan

107

Peradaban dan Isu-isu Semasa

kaedah fiqh (qawaid fiqhiah), iaitu mengambil kira niat, tahap keyakinan,
mengelakkan kemudaratan dan penerimaan adat atau budaya yang tidak
bercanggah dengan nilai agama diambil kira dalam membentuk indeks
ini (Hilal, 2013). Perkara ini penting kerana pengamalan nilai agama
yang dipraktikkan secara betul berupaya melahirkan masyarakat yang
bersikap positif, berlapang dada, berkasih sayang dan mempunyai jati
diri Muslim yang mapan.

Kajian juga mendapati bahawa kelompok yang melakukan
penukaran agama Islam akan melalui suasana ‘murung’ dalam kehidupan
barunya (Abdullah & Rosli, 2018). Pada masa yang sama, mualaf
berhadapan pelbagai bentuk konflik dengan keluarga bukan Muslim.
Keadaan menjadi lebih buruk apabila keluarga asal memutuskan
hubungan, melakukan pemulauan, melemparkan pelbagai gelaran buruk
kepada Mualaf, kes perceraian; dan perebutan hak penjagaan anak (Mohd
Al Adib et al., 2018). Kegagalan mualaf untuk menyesuaikan diri sebagai
Muslim yang sejati menyebabkan mereka dipandang serong oleh komuniti
Muslim asal. Malahan, permasalahan yang bertitik tolak daripada
‘pemelukan agama’ kerap kali mencetuskan pergolakan yang sengit dan
memerlukan masa yang panjang untuk dirungkaikan (Azarudin, 2015).
Justeru, bagi mengendurkan ketegangan hubungan dengan keluarga
asal, mualaf mengamalkan ajaran asal, tidak mengamalkan ajaran Islam
sepenuhnya atau keluar daripada Islam dan kembali semula kepada
ajaran asal. Dilaporkan terdapat 863 kes telah membuat permohonan
menukar agama bermula dari tahun 2000 hingga 2010 difailkan di
Mahkamah Syariah di Malaysia. Kebanyakan daripada permohonan
yang direkodkan terdiri daripada komuniti mualaf (Suzriza et al., 2018).
Keadaan sedemikian berpunca daripada kurangnya kefahaman agama
diberikan kepada komuniti ini (Nur Ain & Noor Aishah, 2018). Begitu
juga kes zina, mengambil minuman keras dan berjudi yang dilakukan oleh
mualaf. Selain itu, mualaf juga berhadapan kesukaran untuk mengubah
tabiat yang telah menjadi kebiasaan mereka sebelum memeluk agama
Islam (Norhana, 2017). Dengan demikian, adalah wajar satu penanda
aras yang khusus dirangka bagi memastikan setiap permasalahan yang
akan dihadapi oleh mualaf dalam menjalani kehidupan beragama dapat
dikesani dan diselesaikan dengan cara yang terbaik.

108

Pembentukan Penanda Aras Pentaksiran Keharmonian Agama Komuniti Mualaf

INDEKS REALISTIK PENANDA ARAS KEAGAMAAN

Indeks merupakan angka yang dapat menjelaskan perubahan variabel
atau karakter sesuatu (Kamus Dewan, 2010). Perubahan variabel juga turut
berlaku dalam kehidupan beragama khususnya dalam perihal yang berkait
dengan persoalan meliputi aspek pengetahuan, kefahaman, pengamalan
dan penghayatannya. Justeru, indeks kehidupan beragama bagi
seorang Muslim ialah perubahan dari aspek pengetahuan, kefahaman,
pengamalan dan penghayatan dalam segala hal yang berkaitan dengan
nilai-nilai keagamaannya. Dalam konteks indeks keharmonian agama,
wujud integrasi yang padu antara iman, syariat dan akhlak sebagai tunjang
hidup beragama seorang Muslim. Iman berorientasikan rukun iman yang
enam, manakala ilmu dan amal berorientasikan rukun Islam, iaitu tentang
tatacara ibadah dan pengamalannya. Pelaksanaan terhadap kepercayaan
tunjang (core religious belief) yang betul berupaya mendorong kepada
peneguhan nilai akhlak dan jati diri insan seperti hormat-menghormati,
kehidupan yang rukun sesama umat dan menghargai perbezaan yang
wujud antara umat (Rosmadi, 2017).

Kajian tentang indeks beragama bagi komuniti mualaf merupakan
satu perkara yang agak subjektif kerana melibatkan persoalan keimanan,
penghayatan agama dan keikhlasan seseorang. Namun, dalam konteks
mengukur indeks keharmonian agama mualaf ini, indikator yang
ditentukan adalah berpandukan kepada ciri-ciri yang telah dinyatakan
dalam Islam. Oleh itu, indeks keislaman sewajarnya berpaksikan kepada
teras dan prinsip utama yang terkandung di dalam Al-Quran. Antara
nilai teras tersebut ialah merujuk kepada konsep mentauhidkan Allah
SWT, berpegang kepada nilai Al-Quran dan sunah dan amalan-amalan
asas dalam agama Islam Malaysia (Abdul Manaf Bohari, http://ww1.
utusan.com.my/utusan). Melalui kajian yang dilaksanakan ini, penulis
mendapati pembentukan nilai-nilai murni, pembangunan jati diri dan
pemantapan iman boleh dijayakan dengan sangat cemerlang melalui
kefahaman, pengetahuan, penghayatan yang baik tentang ajaran agama.
Justeru, kajian sebegini mampu menyelesaikan masalah yang lebih rumit
dan besar seperti mengurangkan masalah stres, membangunkan nilai
agama dan memberi keyakinan diri khususnya kepada komuniti mualaf.

109

Peradaban dan Isu-isu Semasa

KESIMPULAN

Identifikasi mualaf di Malaysia memperlihatkan kelompok ini
berhadapan dengan pelbagai bentuk cabaran yang perlu ditangani
dengan baik dan bijaksana. Faktor pegangan agama yang belum
utuh menyebabkan sebahagian komuniti ini terus menjalani norma
hidup yang bukan sepatutnya dilalui oleh seorang Muslim. Indeks
keharmonian agama mualaf merupakan satu penanda aras bagi
mengukur kedudukan sebenar mualaf dalam memahami, mengamalkan
dan menghayati nilai-nilai sebenar dalam kehidupan beragama. Justeru,
indeks keharmonian agama mualaf mampu menjadi mekanisme bagi
Jabatan Agama, NGO mualaf dan pihak-pihak yang terlibat untuk
mengenal pasti simptom awal yang berlaku dalam kehidupan agama
baharu mualaf dan menyelesaikannya berdasarkan kaedah-kaedah
sewajarnya mengikut syariat agama.

PENGHARGAAN

Penulis ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Universiti
Teknologi Mara (UITM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
kerana menyediakan dana 600-IRMI/FRGS/5/3/ (473/2019) bagi
membolehkan kajian ini dijalankan.

RUJUKAN

Aam Slamet Rusydiana & Mohammad Bintang Pamuncak. (2018). Mengukur
indeks keislaman ekonomi negara ASEAN. Maro, Jurnal Ekonomi Syariah
dan Bisnis, 1, 56–66.

Abdul Manaf Bohari. Indeks keislaman: Realiti atau provokatif? Arkib
Utusan Online. Dilayari daripada http://ww1.utusan.com.my/utusan/
Rencana/20140623/re_02/Indeks-Keislaman-Realiti-atauprovokatif.
pada 21 Mei 2019.

Abdullah, N. A. S., & Rosli, N. A. (2018). Kemurungan dalam kalangan mualaf
di pusat pengajian PERKIM Wilayah Persekutuan. MOJPC: Malaysia
Online Journal of Psychology & Counselling, 5(1), 52–63.

Ahmad Sunawari Long. (2009). Pengenalan pengkajian pengajian Islam. Bangi:
Universiti Kebangsaan Malaysia.

110

Pembentukan Penanda Aras Pentaksiran Keharmonian Agama Komuniti Mualaf

Azarudin Awang. (2015). Kajian pengalaman dialog kehidupan masyarakat
Cina Muslim Terengganu sebelum dan selepas konversi. Tesis Sarjana
(Tidak diterbitkan). Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Creswell, J. (2005). Educational research - Planning, conducting, and evaluating
quantitative and qualitative (2nd ed.). University of Nebraska - Lincoln:
Pearson Education International.

Hilal, S. (2013). Qawâ ‘Id Fiqhiyyah Furû ‘Iyyah Sebagai Sumber Hukum Islam.
Al-’Adalah. 11(2), 141–154.

Idris Awang. (2009). Pengkajian Ilmiah Amalan Dalam Pengajian Islam. Rawang:
Kamil & Shakir Sdn Bhd.

Kamus Dewan. (2010). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Khadijah Mohd Khambali, Azarudin Awang, Suraya Sintang, Nur Farhana

Abdul Rahman, Wan Adli Wan Ramli, & Khairul Nizam Mat Karim.
(2017). Muhajir interactional generator and religious tolerance among
new Muslim-Muslim-non-Muslim. Akademika, 87 (2), 63–76.
Khaidzir Ismail & Khairil Anwar. (2011). Psikologi Islam: Suatu pendekatan
psikometrik remaja berisiko. Jurnal E-Bangi, 6 (1), 77–89.
Mohd Al Adib Samuri, Azlan Shah Nabees Khan & Razaleigh Muhamat @
Kawangi. (2018). Naratif mualaf dan aktivis dakwah terhadap dasar
penamaan saudara baru. International Journal of Islamic Thought, 13,
52–68.
Mohd Yusof Husain, Ramlee Mustapha, Syed A. Malik Syed Mohamad & Seri
Bunian Mohktar. (2014). Persepsi pensyarah kejuruteraan terhadap
tahap kemahiran empolyability pelajar kejuruteraan institusi teknikal:
Satu kajian kes. Dlm. First technical and vocational education international
seminar (TVEIS 2014).
Mohd Najib Abdul Ghafar. (2003). Reka bentuk tinjauan soal selidik pengkajian.
Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.
Mokhtar Ismail. (2011). Kaedah pengkajian kuantitatif dalam pendidikan. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nazri Yasin, Jamiah Manap & Arena Che Kassim. (2018). Pengaruh
penghargaan kendiri terhadap kesejahteraan psikologi mualaf. Journal
of Social Sciences & Humanities, 13(3), 173–182.
Nur Ain Sumaiyah Abdullah @ Sumitra A/P Valaitham & Noor Aishah Rosli.
(2018). Kemurungan dalam kalangan mualaf di Pusat Pengajian Perkim
Wilayah Persekutuan. Malaysian Online Journal of Counseling, 5(1),
Januari, 52–63.
Osman Abdullah & Abdul Salam Muhamad Shukri. (2008). Muslim converts
in Malaysia. Kuala Lumpur: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

111

Peradaban dan Isu-isu Semasa

Paramjit Singh Jamir Singh, Azlinda Azman & Syazwani Drani. (2018). Strategi
daya tindak penjaga pesakit mental di Perlis. Geografia-Malaysian Journal
of Society and Space, 14(1), 29–39.

Rasinah binti Haji Ahim. (2012). Penerimaan dan kefahaman tentang Islam
dalam kalangan masyarakat Dusun dan Murut di Brunei Darussalam.
Tesis sarjana (Tidak diterbitkan). Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Rosmadi Fauzi, Rohana Jani, Zakaria Mat Arof, Siti Nadira Ahmad Rozlan Shah.
(2017). Indeks keislaman bagi Pulau Pangkor, Malaysia. GEOGRAFIA
OnlineTM Malaysian Journal of Society and Space, 12(10), 127–144.

Scheherazade S. Rehman & Hossein Askari. (2010). An economic Islamicity
index. Global Economy Journal, 10 (3) Art 1.

Siti Adibah Abu Bakar & Siti Zubaidah Ismail. (2018). Pengurusan mualaf
di Malaysia: Kerjasama dinamik antara agensi kerajaan dan bukan
kerajaan. AL-’ABQARI: Journal of Islamic Social Sciences and Humanities
16, 33–155.

Suariza@Hidayah Muhammad, Norrodzoh@ Raudah Haji Siren & Yusmini Md
Yusoff. (2018). Faktor permohonan isytihar murtad dalam kalangan
mualaf di Selangor. Jurnal Usuluddin, 46(2), 123–146.

Suraya Sintang. (2012). Dialog kehidupan dalam pengalaman saudara baru
di Sabah. Tesis Sarjana (Tidak diterbitkan). Universiti Malaya, Kuala
Lumpur.

Wan Ibrahim Wan Ahmad, Zainab Ismail, Muhammad Hafeez Zakaria, Siti
Hawa Madan, Faraha Abdullah, Noredayu Abdul Ghani & Noraini
Mohd Tajudin. (2014). Kepatuhan agama asas pembentukkan tamadun
ummah: Kes tahap kepatuhan agama warga tua wanita Felda Chiku,
Kelantan. Jurnal Hadhari Special Edition, 79–89.

Wan Norhasniah Hj Wan Husin. (2010). Pembinaan negara bangsa dan
hubungan etnik di antara komuniti Melayu dengan komuniti Cina
di Malaysia: Perspektif peradaban. Tesis sarjana (Tidak diterbitkan).
Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Temu Bual

Norhana Ng Abdulah. Pejabat Darul Fitrah, Kuala Terengganu, 23 September
2017.

112

8Bab

PENGARUH PERANAN JURULATIH DAN
SOKONGAN PENGURUSAN ATASAN TERHADAP
PENGHAYATAN ILMU ISLAM DALAM KURSUS
KERJAYA LAIN-LAIN PANGKAT KAGAT DI ILMI

Muhd Syukri Zahari, Daud Mohamed Salleh &
Zahimi Zainal Abidin

PENDAHULUAN

Bidang ketenteraan ini merupakan tugas untuk memartabatkan
agama dan menjunjung rasa kecintaan kepada negara, di samping
memainkan peranan penting sebagai organisasi terpenting dalam
sebuah negara. Ia mestilah mempunyai keupayaan dan kebolehpercayaan
yang tinggi untuk menentukan keutuhan, kedaulatan dan keselamatan
negara daripada sebarang bentuk ancaman. Menurut Noor Azmi (2014),
tentera ialah sekumpulan manusia yang memiliki kepakaran dan
kemahiran yang tertentu khusus dalam strategik dan peperangan secara
taktikal. Dalam pemikiran mereka untuk menjaga kedaulatan negara
dan keamanan, faktor menentang musuh adalah paling utama dengan
persiapan yang telah disebutkan di dalam al-Quran bersandarkan ayat
yang menyebut tentang aspek peperangan dan ketenteraan.

Menurut Burhanuddin (2017), dalam konteks pertahanan
sesebuah negara ia memerlukan kepada sebuah angkatan yang
berwibawa, bukan sahaja kuat dari segi tenaga, tubuh badan dan
terlatih serta dilengkapi dengan persenjataan yang canggih, malahan

Peradaban dan Isu-isu Semasa

individu yang menganggotai organisasi ini perlu dibangunkan dengan
nilai spiritual yang mampan.

Justeru, pendidikan Islam dan penghayatan agama sahajalah yang
merupakan satu daripada aspek penting dalam pembinaan spiritual
yang benar-benar mantap di bawah landasan moral, agama dan etika
dalam kalangan anggota tentera.

INSTITUT LATIHAN DAN KEFAHAMAN ISLAM ANGKATAN
TENTERA MALAYSIA (ILMI) BERKONSEPKAN PENDIDIKAN
DAN LATIHAN

ILMI atau Institut Latihan dan Kefahaman Islam Angkatan Tentera
Malaysia adalah pusat ilmu untuk melatih anggota ATM dari sudut
kerohanian dan keagamaan, di samping untuk anggota KAGAT
khususnya sebagai pusat latihan untuk membina kerjaya mereka.
Matlamat melahirkan insan yang beriman dan bertakwa dalam kalangan
warga tentera adalah sejajar dengan kewujudan ILMI berpaksikan PMAT
9/91 yang telah dipersetujui. Konsep yang diuar-uarkan adalah;

1. Pengajaran dan pembinaan ilmu (Ta’lim) - Pembelajaran
dan pengajaran ilmu-ilmu Islam dalam bidang fardu ain
(amali dan teori) yang memiliki tatacara kehidupan sebagai
anggota tentera dalam kehidupan seharian. Kecenderungan
memilih lafaz al ta’lim sebagai asas pendidikan untuk memberi
gambaran betapa pentingnya pendidikan dalam kehidupan ini.
Beliau berpandangan, al ta’lim lebih bersifat menyeluruh jika
dibandingkan dengan al tarbiyah (Abdul Fattah Jalal, 1988).

2. Latihan dan praktikal (Tadrib) - Berupa praktikal dalam latihan
agar dapat beramal dengan sebaiknya dan sesempurna mungkin
terhadap ilmu yang dipelajari. Pelaksanaan ini boleh memberikan
gambaran jelas dan sebenar khususnya kepada anggota yang
terlatih tentang peribadatan yang akan dilakukan.

3. Pembentukan peribadi (Ta’dib) - Penekanan dalam pengajaran
dan latihan serta lebih terarah terhadap organisasi dan keluarga
supaya dapat membentuk nilai murni dalam akhlak, sekali gus

114

Pengaruh Peranan Jurulatih dan Sokongan Pengurusan Atasan terhadap
Penghayatan Ilmu Islam dalam Kursus Kerjaya Lain-lain Pangkat Kagat di ILMI

menjadi mulia dan wujud sifat tanggung jawab pada diri sendiri
untuk memandu kehidupan yang lebih meluas dan mencabar.
Pendidikan akhlak agar beradab, berdisiplin, pekerti yang baik
serta berjiwa bersih merangkumi dalam konsep ta’dib yang sedang
diperkatakan.
4. Bimbingan dan khidmat nasihat (Tawjih) - Memberikan khidmat
nasihat dan bimbingan untuk anggota yang memerlukannya sekali
gus memberi kefahaman yang jelas kepada mereka tentang Islam.
5. Memberi panduan (Irshad) - Penjelasan yang jelas dan tersusun
serta beberapa panduan untuk pengamalan sunah yang
bersesuaian dalam tugas sebagai seorang tentera (Panduan
Latihan ILMI, 2003).

Seorang anggota tentera, iaitu LLP KAGAT, hendaklah memiliki
kualiti serta wajib ada pengisian tertentu dan sistematik yang
merangkumi tiga elemen penting iaitu mental, spiritual dan fizikal.
Tindakan pantas dalam operasi peperangan dapat memberi jaminan
dalam tugasan dan terbukti bahawa kekuatan fizikal mereka begitu
terserlah untuk melahirkan tugas yang cemerlang.

Penentuan untuk membuktikan seseorang anggota dalam
menghadapi dan mengharungi segala ujian dalam tugas serta tekanan
yang dihadapi memerlukan kekuatan mental, iaitu tidak menyerah kalah
dan dapat menghadapi tekanan dengan baik. Semangat juang dalam
bertempur berperanan sebagai benteng yang kukuh dalam latihan dan
operasi yang dilaksanakan seiring dengan kekuatan spiritual.

Rahman (2016) di dalam bukunya, Muhammad as a Military Leader
ada menyatakan bahawa tentera berupaya seimbang sebagaimana pada
zaman Rasulullah SAW dengan pembinaan rohani yang tepat.

Muhammad sangat realistik, tidak pernah mengabaikan persiapan
perang atau lalai dalam segala usahanya. Pada dirinya terdapat
keseimbangan yang indah antara kekuatan rohani dan material.

Justeru, sebagai seorang anggota LLP KAGAT yang memahami
peranan dan tugas yang telah diamanahkan kepadanya dan sentiasa
menghayati agama Islam dalam kehidupannya akan menjadi manusia

115

Peradaban dan Isu-isu Semasa

yang beriman, sabar, berintegriti dan faham terhadap tanggungjawab
yang perlu dilaksanakan. Kekuatan ini yang akan menjadi benteng
pertahanan yang utuh dalam menghadapi apa jua cabaran yang datang.

Dengan mengambil kira dapatan kajian yang telah diperoleh yang
melibatkan pengajian dan latihan, pengkaji melihat terdapat beberapa
elemen yang telah diketengahkan. Antaranya ialah sejauh mana elemen
peranan jurulatih mampu membentuk anggota LLP KAGAT untuk
menghayati ilmu Islam yang telah diperoleh sepanjang berkursus di
ILMI dan bagaimana pula elemen sokongan pengurusan atasan terhadap
pelaksanaan kursus ini mampu membentuk insan berkualiti dalam
kalangan anggota LLP KAGAT melalui penghayatan ilmu Islam tersebut.

Kedua-dua elemen ini merupakan pemboleh ubah tidak bersandar
yang mampu untuk mempengaruhi keberkesanan Kursus Peningkatan
Kerjaya (KPK) dalam aspek penghayatan ilmu Islam yang merangkumi
akidah, ibadah dan akhlak dalam kalangan anggota LLP KAGAT.

PEMBENTUKAN MODEL PERANAN JURULATIH DAN SOKONGAN
PENGURUSAN ATASAN

Kerangka konseptual telah dibentuk berpandukan
kepada sorotan literatur

PERANAN PENGHAYATAN
JURULATIH ILMU
SOKONGAN ISLAM
PENGURUSAN

ATASAN

Rajah 8.1 Kerangka konseptual peranan jurulatih dan sokongan
pengurusan atasan terhadap penghayatan ilmu Islam dalam

kursus kerjaya lain-lain pangkat KAGAT di ILMI

116

Pengaruh Peranan Jurulatih dan Sokongan Pengurusan Atasan terhadap
Penghayatan Ilmu Islam dalam Kursus Kerjaya Lain-lain Pangkat Kagat di ILMI

Hipotesis-hipotesis yang akan diuji berdasarkan kerangka
konseptual:

H1: Hubungan yang positif didapati wujud dalam peranan jurulatih
dan penghayatan ilmu Islam.

H2: Hubungan yang positif didapati wujud dalam sokongan
pengurusan atasan bersama penghayatan ilmu Islam.

Setiap hasil dapatan kajian dalam penyelidikan adalah
berpandukan reka bentuk dan kaedah. Kaedah kajian yang direka bentuk
sebegini memaparkan pelaksanaan kursus peningkatan kerjaya bagi
anggota LLP KAGAT yang berkursus di ILMI. Dalam mereka bentuk
kajian ini, kaedah keratan rentas telah digunakan..

Gabungan temu duga terperinci, kajian soal selidik dan kajian
literatur untuk pengumpulan data kajian dijadikan sebagai prosedur
utama. Kaedah ini terbukti mampu untuk mendapatkan data yang
dikumpul dengan tepat, sekali gus unsur berat sebelah dapat dielakkan,
amat sesuai dalam keperluan sesuatu kajian, di samping begitu
dipercayai dalam mengukur pandangan responden terhadap pemboleh
ubah kajian (Sekaran & Bougie, 2010; Creswell, 2012).

Dalam prosedur pengumpulan data bagi kajian adalah sebagai
langkah pertama dengan temu duga terperinci (in-depth interview)
yang melibatkan bilangan orang tertentu yang terlibat secara langsung
dengan latihan dan mereka bentuk latihan yang dilaksanakan.
Persampelan purposif digunakan untuk memilih mereka. Sekaran dan
Bougie (2010) menyatakan pengalaman yang dimiliki dalam latihan dan
pengetahuan berkaitan boleh diguna pakai. Informasi yang diperoleh
daripada mereka menjelaskan bahawa keberkesanan sesuatu kursus
adalah bersandarkan kepada maklumat bermutu yang diperoleh dari
kerja yang ditunjukkan oleh anggota LLP KAGAT bersesuaian dengan
peranan dan tugas mereka.

Informasi yang diperoleh daripada sesi soal jawab ini juga
menjelaskan faktor jurulatih yang berkualiti dan sokongan pengurusan
atasan telah diberi penekanan yang utama dalam pelaksanaan kursus
peningkatan kerjaya ini. Kualiti jurulatih yang cemerlang dan sokongan

117

Peradaban dan Isu-isu Semasa

yang jitu daripada pengurusan atasan mampu melahirkan anggota
LLP KAGAT yang kreatif, berinovatif dalam penghasilan kerja dan
berketerampilan dalam segala bidang yang diceburinya.

Pilihan Likert berdasarkan skala tujuh jawapan dalam
pengumpulan data telah digunakan dalam borang soal selidik. Kaedah
yang digunakan ini bertujuan agar dalam sesuatu proses pengumpulan
data tentang pemboleh ubah yang ada kaitan dengan sesuatu keadaan
tidak akan menimbulkan persoalan bagaimana wujudnya pemboleh
ubah tersebut.

Rangkuman tiga bahagian utama terdapat dalam borang soal
selidik ini. Strata yang dipilih dalam kajian ini adalah pelatih-pelatih
yang telah menghadiri kursus peningkatan kerjaya KAGAT di ILMI
berjumlah 60 orang pelatih dipilih sebagai responden. Sebuah panel
rujukan dibentuk untuk menentukan kesahan kandungan dan
kesesuaian item-item yang digunakan melalui soal selidik dan temu
bual. Kandungan instrumen ini disahkan oleh individu yang memiliki
pengalaman luas dalam bidang pendidikan Islam, penyelidikan termasuk
bidang ketenteraan untuk kepastian kesahan muka dan kandungan.

Melalui proses tersebut, kajian dapat menghasilkan dapatan
berkaitan keupayaan dan kemampuan jurulatih sebagai murabbi dalam
membentuk anggota LLP KAGAT terhadap penghayatan ilmu Islam
yang telah dipelajarinya. Dalam masa yang sama juga bagaimana elemen
sokongan pengurusan atasan terhadap pelaksanaan kursus peningkatan
kerjaya ini dapat melahirkan anggota LLP KAGAT yang berpengetahuan
dan menghayati ilmu Islam yang dipelajari dan diadaptasi dalam
kehidupan sehariannya.

PENGESAHAN FAKTOR YANG DIANALISIS

Kebolehpercayaan instrumen dan keputusan ujian kesahan serta item
kajian boleh dirujuk pada Jadual 8.1. Kesemua item dalam konstruk-
konstruk mempunyai pemberat faktor (factor loadings) melebihi 0.7
menunjukkan bahawa item-item tersebut telah mencapai tahap yang
ditetapkan dalam pemberat faktor (Chin, 1998; Gefen & Straub, 2005;
Henseler et al., 2009).

118

Pengaruh Peranan Jurulatih dan Sokongan Pengurusan Atasan terhadap
Penghayatan Ilmu Islam dalam Kursus Kerjaya Lain-lain Pangkat Kagat di ILMI

Item ini diuji dengan melihat nilai alpha Cronbach dan nilai
kebolehpercayaan komposit. Nilai yang melebihi 0.8 menunjukkan
skala pengukuran memiliki ketekalan dalaman yang tinggi (Chua,
2006; Henseler et al., 2009; Sekaran & Bougie, 2010). Justeru,
kebolehpercayaan model pengukuran dan tahap kesahan ini telah
memenuhi kriteria analisis mencari faktor yang ditetapkan.

Jadual 8.1 Keputusan kebolehpercayaan item dan ujian kesahan serta
intrumen kajian

Konstruk Jumlah Item Pemberat Kebolehpercayaan Nilai Alpha
Faktor Komposit Cronbachs

Peranan 20 0.874-0.950 0.975 0.973
Jurulatih

Sokongan 0.962 0.957
Pengurusan 12 0.863-0.931
Atasan

Penghayatan 54 0.866-0.933 0.996 0.995
Ilmu Islam

KEPUTUSAN PENGUJIAN HIPOTESIS

Kaedah bootstrapping digunakan dalam pengujian hipotesis. Hasil
pengujian kesan langsung ini menunjukkan peranan jurulatih
mempunyai hubungan yang berkait rapat dengan penghayatan ilmu
Islam (β=0.662; t>8.699).

Jawapan ujian cara ini membuktikan sokongan pengurusan atasan
mempunyai hubungan dengan penghayatan ilmu Islam (β=0.592; t>6.338).
Oleh itu, H1 dan H2 dapat penerimaan yang sewajarnya. Chin (1998) dan
Henseler et al. (2009) menjelaskan adanya elemen jurulatih dan sokongan
pengurusan atasan dalam pencarian data ini telah memberi sumbangan
berjumlah 45 peratus dalam menghayati ilmu Islam dan bukti pencapaian
ini dianggap sebagai sederhana. Ternyata, model ini mempunyai kekuatan.
Teori, pemantapan kaedah penyelidikan dan organisasi merupakan
tiga aspek utama yang pasti memberi impak terhadap kajian ini. Kesan
terhadap teori, dijangkakan akan memberikan kesan terhadap kualiti
perkhidmatan Masjid Muhammad al-Fateh, UPNM.

119

Peradaban dan Isu-isu Semasa

Kesan pada pemantapan kaedah penyelidikan, data yang
diperoleh melalui elemen yang telah dinyatakan akan memberi
penambahan impaknya berlainan dengan kajian yang lain yang hanya
menggunakan kaedah kualitatif sahaja.Kesan terhadap organisasi boleh
dijadikan rujukan pihak UPNM yang menguruskan Masjid Muhammad
al-Fateh, UPNM termasuk juga masjid Institut Pengajian Tinggi Awam
(IPTA) yang lain.

KESIMPULAN

Kajian ini akan dilaksanakan menggunakan kerangka konseptual yang
dibina berasaskan kepada literatur kualiti perkhidmatan organisasi yang
diubah suai selaras dengan elemen pengurusan Masjid Muhammad al-
Fateh, UPNM. Diharapkan dengan adanya kajian ini akan menambah
baik kualiti perkhidmatan dan pengurusan Masjid Muhammad al-Fateh,
UPNM pada masa hadapan.

RUJUKAN

Abdul Fattah. (1988). Pengurusan Islam: Potensi dan cabaran. T.tp: Darulfikir
Sdn Bhd. Al-Bukhari.

Buku Panduan Latihan ILMI. (2003). Kaedah pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Islam. Kuala Lumpur: Penerbit Sel Media Jabatan Arah Kagat.

Burhanuddin, J. (2017). Peranan Kor Agama Angkatan Tentera (Kagat) Sebagai
Organisasi Dakwah Dan Usaha Pengukuhan Daya Juang Anggota
Angkatan Tentera Malaysia. Prosiding Bicara Dakwah Kali Ke-15.

Chin, W.W. (1998). The partial least squares approach to structural equation
modelling. Dlm. R.H. Hoyle (Peny), Statistical Strategies for Small Sample
Research. California: Sage Publication, Inc.

Chua, Y. P. ( 2006). Kaedah penyelidikan. Kuala Lumpur: McGraw Hill.
Creswell. J.W. (2012). Educational research: Planning, conduct and evaluating

quantitative and qualitative research. New Jersey: Pearson Prentice Hall.
Gefen, D. & Straub, D. (2005). A practical guide to factorial validity using PLS-

Graph: Tutorial and annotated example. Journal of Communication of the
Association for Information Systems, 16, 91 – 109.

120

Pengaruh Peranan Jurulatih dan Sokongan Pengurusan Atasan terhadap
Penghayatan Ilmu Islam dalam Kursus Kerjaya Lain-lain Pangkat Kagat di ILMI
Henseler, J., Ringle, C.M. & Sinkovics, R.R. (2009). The use of the partial least
squares path modeling in international marketing. Journal of New
Challenges to International Marketing Advances In International Marketing,
20, 277 – 319.
Noor Azmi Mohd Zainol. (2014). Hubungan Di Antara Program Pembangunan
Kepimpinan, Motivasi Latihan Dan Keberkesanan Latihan Dalam
Kor Infantri Tentera Darat Malaysia. Tesis PhD (Tidak diterbitkan.
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Sungai Besi, Kuala Lumpur.
Rahman, A. (2016). Muhammad as a military leader (2nd ed.). Seerah Foundation.
Sekaran, U. & Bougie, R. (2010). Research methods for business: A skill building
approach (4th ed.). Haddington: John Wiley & Sons, Inc.

121



9Bab

KONSEP LATIHAN SEBAGAI STRATEGI
PEMBANGUNAN INSAN BERTERASKAN ISLAM

Abang Mohd Razif Abang Muis, Syamsul Azizul Marinsah,
Mohd Nur Hidayat Hasbollah Hajimin & Abdul Hair Beddu Asis

PENGENALAN

Bab ini bertujuan mengenal pasti latihan dari perspektif tasawur
Islam dan seterusnya menganalisis konsep latihan sebagai strategi
pembangunan insan berteraskan Islam, iaitu melalui perspektif acuan,
prinsip dan matlamatnya. Asas-asas latihan dari perspektif Islam tersebut
dibentuk berdasarkan acuan, prinsip dan matlamat utama pembangunan
dari perspektif Islam. Pengenalpastian ini seterusnya membawa kepada
penganalisisan konsep latihan sebagai strategi pembangunan insan
dari perspektif acuan, prinsip dan matlamatnya. Bab ini mengandungi
beberapa bahagian iaitu definisi latihan, konsep latihan, asas-asas
latihan dari perspektif Islam, analisis konsep latihan sebagai strategi
pembangunan insan berteraskan Islam dan kesimpulan.

Peradaban dan Isu-isu Semasa

DEFINISI LATIHAN

Pendefinisian kata kunci latihan telah banyak dilakukan oleh para
penyelidik dan penulis global atau tempatan. Dari aspek penyelidik dan
penulis global, ia telah didefinisikan oleh beberapa sarjana Barat dalam
bidang pengurusan seperti Beach (1980), Jucius (1954), Flippo (1961)
dan Yoder (1942). Beach (1980) mendefinisikan latihan sebagai satu
prosedur yang dilakukan untuk menjadikan seseorang berpengetahuan
dan meningkatkan kemahiran dalam sesuatu bidang mengikut
keperluan. Jucius (1954) berpendapat bahawa latihan merupakan
proses yang dilakukan untuk meningkatkan bakat, kemahiran dan
kebolehan pekerja dalam sesuatu pekerjaan. Menurut Flippo (1961)
pula, latihan merupakan tindakan untuk meningkatkan pengetahuan
dan kemahiran pekerja dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Yoder
(1942) pula berpendapat, latihan merupakan proses melengkapkan
seseorang manusia dengan sesuatu kemahiran bekerja yang perlu
dilakukan olehnya. Secara umumnya, pendefinisian latihan oleh para
sarjana Barat ini dapat disimpulkan sebagai meningkatkan kemahiran,
pengetahuan dan keupayaan pekerja untuk melakukan sesuatu tugas
atau pekerjaan. Dalam institusi konvensional, latihan diperlukan untuk
meningkatkan produktiviti kerja dalam kalangan pekerjanya.

Dari aspek penyelidik dan penulis tempatan pula, terdapat
beberapa penyelidik dan penulis telah mendefinisikan latihan. Menurut
Md. Zhahir Kechot (2000), Poon (2002) dan Mumtaz Begam Abdul Kadir
(2009), latihan merujuk kepada usaha yang dilakukan oleh sesebuah
institusi untuk menyediakan kemudahan pembelajaran kepada pekerja
dalam institusi. Latihan mempunyai matlamat berikut. Pertama,
menanamkan kesedaran dalam diri individu; kedua, mempertingkatkan
kemahiran seseorang pekerja dalam satu atau lebih bidang kepakaran;
dan ketiga, meningkatkan motivasi seseorang pekerja supaya dapat
menjalankan kerjanya dengan lebih baik. Dalam institusi, latihan
merupakan satu proses pembelajaran yang disusun untuk mengubah
sikap, mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran pekerja agar
prestasi kerja mereka dapat dipertingkatkan. Oleh sebab institusi
kebiasaannya menghadapi pelbagai masalah pekerja yang rendah

124

Konsep Latihan sebagai Strategi Pembangunan Insan Berteraskan Islam

prestasinya, fungsi utama latihan adalah untuk cuba mengatasi masalah
ini. Kebanyakan institusi merencanakan latihan atas kepercayaan
bahawa latihan dapat mengatasi segala masalah berkaitan dengan
pekerja dalam institusi.

Menurut Rozhan Othman (1991) dan Ishak Mad Shah (2002),
latihan ialah segala usaha yang dilakukan oleh institusi untuk
meningkatkan kemampuan seseorang melaksanakan tugasnya atau
memainkan peranan yang telah ditetapkan oleh institusi. Latihan
juga boleh dikatakan merupakan aktiviti berencana sesebuah institusi
untuk meningkatkan pengetahuan dan perlakuan sosial pekerjanya
supaya selari dengan matlamat institusi. Aktiviti tersebut merangkumi
kemahiran fizikal yang mudah sehinggalah kepada pembentukan
dan perubahan sikap yang kompleks. Walau bagaimanapun, konsep
latihan boleh dijelaskan menerusi lima ciri iaitu pertama, satu
proses pembelajaran yang mempunyai isi kandungan yang khusus;
kedua, matlamatnya bersifat segera dan berorientasikan kerja;
ketiga, tempohnya singkat tetapi berlanjutan; keempat, kaedah
pelaksanaannya secara formal dan tidak formal tetapi berencana; dan
kelima, matlamatnya adalah untuk pembangunan diri pekerja sama
ada dari aspek psikologikal atau kognitif. Latihan lebih tertumpu
kepada usaha menyediakan pekerja secara khusus bagi tugas yang telah
diberikan kepadanya. Dalam program pembangunan pula, perkara
yang disampaikan kepada seseorang tidak diperlukan bagi tugas
yang dipikulnya pada ketika itu, tetapi akan dapat memperkayakan
pengetahuan dan kemahiran seseorang pekerja. Latihan lebih
berorientasikan masa kini dan pembangunan pula berorientasikan
masa hadapan, iaitu pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh adalah
untuk penggunaan masa hadapan.

Terdapat beberapa orang penyelidik yang mendefinisikan latihan
dari perspektif Islam. Antaranya ialah Ilhaamie Abdul Ghani Azmi
(2013) dan Abderrahman Hassi (2012) yang berpendapat latihan dari
perspektif Islam merupakan kegiatan yang dilakukan selepas seseorang
diambil bekerja dan tujuan utama latihan dalam Islam bukan semata-
mata untuk melatih minda, tetapi juga untuk melatih rohani dan fizikal.
Teknik-teknik latihan dan ciri-ciri pelatih juga penting dalam Islam

125

Peradaban dan Isu-isu Semasa

seperti menekankan aspek-aspek kerohanian terlebih dahulu sebelum
melakukan latihan minda dan fizikal. Minda tidak dapat dilatih dengan
baik sekiranya rohani tidak dilatih terlebih dahulu kerana kerohanian
yang baik akan mencetuskan minda dan fizikal yang baik. Definisi
yang dikemukakan tersebut diperkukuhkan lagi dengan pandangan
Hisham Altalib (1991) yang menyatakan bahawa latihan menurut Islam
merupakan satu set aktiviti yang bertujuan mendidik, merangsang,
meninggikan status kerohanian dan meningkatkan kemahiran para
pelatih dalam kepimpinan dan penyampaian dakwah.

Mohd Yusri Ngah (2004) pula memperincikan definisi tersebut
dengan menyatakan bahawa latihan berteraskan Islam merupakan
usaha-usaha untuk mempertingkatkan daya pengabdian seseorang
pekerja kepada Allah SWT. Usaha yang dimaksudkan adalah seperti
kemahiran, pengetahuan, kebolehan dan sebagainya yang dituntut
pada setiap individu pekerja Muslim berdasarkan dua aspek hubungan,
iaitu hubungan dengan Allah SWT (hablumminallah) dan hubungan
dengan manusia (hablumminannas). Dalam konteks sesebuah institusi,
hubungan dengan manusia (hablumminannas) dapat diertikan
sebagai memegang tanggungjawab untuk organisasi, ketua dan orang
bawahannya, sekali gus meletakkan dirinya bersedia dengan mana-mana
latihan yang diperlukan dari semasa ke semasa. Nordin Ahmad (2012)
pula menyatakan bahawa latihan dari perspektif Islam merupakan satu
proses pentarbiahan diri, pengislahan kendiri menuju ketakwaan dan
pengabdian diri yang abadi kepada Allah SWT dan ia juga merupakan
satu mekanisme bagi mengubah individu daripada satu keadaan kepada
satu keadaan yang lebih baik ke arah membentuk ummah yang terbaik.
Huraian dan perbincangan berkenaan definisi-definisi latihan dari
perspektif Islam tersebut mendapati bahawa definisi yang dikemukakan
oleh Hisham Altalib (1991), Mohd Yusri Ngah (2004), Abderrahman
Hassi (2012), Nordin Ahmad (2012) dan Ilhaamie Abdul Ghani Azmi
(2013) menepati definisi latihan yang diguna pakai dalam bab ini.

Dalam konteks bab ini, latihan ditakrifkan sebagai sebarang usaha
latihan yang berunsurkan dan berteraskan keislaman dan kerohanian
tanpa mengetepikan aspek jasmani yang dirancang atau dilaksanakan
oleh sesebuah institusi yang bertujuan membangunkan keperibadian

126

Konsep Latihan sebagai Strategi Pembangunan Insan Berteraskan Islam

seseorang insan atau pekerja yang dapat menghayati konsep hidup
sebagai hamba dan khalifah Allah SWT.

ASAS LATIHAN DARI PERSPEKTIF ISLAM

Bahagian ini bertujuan mengenal pasti asas latihan dari perspektif
Islam. Bahagian ini dibahagikan kepada tiga bahagian utama yang
terdiri daripada acuan, prinsip-prinsip dan matlamat utama latihan
dari perspektif Islam.

Acuan Latihan dari Perspektif Islam

Asas atau acuan kepada latihan dari perspektif Islam ialah tasawur
Islam yang meletakkan akidah tauhid sebagai paksi atau teras utama.
Akidah membentuk tasawur seseorang manusia ini menjadi pemangkin
perkembangan bidang lain dalam pembangunan manusiawi (Ahmad
Munawar Ismail et al. 2016). Akidah tauhid merupakan konsep ketuhanan
yang merupakan asas keimanan dan keyakinan manusia tentang
kewujudan dan keesaan Allah SWT. Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang
Maha Esa. Allah yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk
memohon sebarang hajat. Dia tiada beranak dan Dia pula tidak
diperanakkan dan tidak ada sesiapapun yang serupa dengan-Nya”
(Surah al-Ikhlas, 112:1-4).

“(Dialah) yang menciptakan langit dan bumi. Bagaimanakah
Dia mempunyai anak sedang Dia tidak mempunyai isteri? Dia
pula yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dan Dialah Yang Maha
Mengetahui akan segala-galanya. Yang demikian (sifat-sifat-Nya
dan kekuasaan-Nya) ialah Allah Tuhan kamu, tiada Tuhan (yang
berhak disembah) melainkan Dia, yang menciptakan tiap-tiap
sesuatu, maka beribadatlah kamu kepada-Nya dan (ingatlah)
Dialah yang mentadbirkan segala-galanya” (Surah al-An‘am,
6:101-102).

127

Peradaban dan Isu-isu Semasa

Akidah tauhid berasaskan tiga konsep pokok, iaitu iman,
ilmu dan amal. Iman dalam pengertian ringkasnya ialah keyakinan
terhadap kewujudan dan keesaan Allah SWT dan komitmen terhadap
ajaran wahyu yang disampaikan oleh Allah SWT melalui para nabi
dan rasul, yang akhirnya mempengaruhi cara berfikir dan bertindak
(Mohd. Affandi, 1992). Pendekatan yang bersepadu dalam latihan dari
perspektif Islam semestinya meletakkan aspek akidah tauhid ini sebagai
teras utama. Akidah tauhid ini merupakan inti pati ajaran Islam dan
tanpa akidah tauhid tidak akan wujudnya Islam. Oleh itu, konsep akidah
tauhid ini mencerminkan pandangan dunia dan pandangan alam yang
bersepadu dan bertujuan menghubungkan manusia dengan Penciptanya
iaitu Allah SWT dan menghubungkan manusia sesama manusia dan
alam (Ahmad Munawar et al., 2016).

Latihan dari perspektif Islam seharusnya bersandarkan tasawur
Islam yang meletakkan aspek akidah tauhid ini sebagai paksi utama.
Latihan dari perspektif Islam yang dilaksanakan juga hendaklah
mengukuhkan aspek hablumminallah dan hablumminannas. Penyedia
latihan dari perspektif Islam seharusnya mempunyai kefahaman
tentang tasawur Islam yang jelas tentang prinsip, dasar, falsafah dan
hala tuju latihan dari perspektif Islam. Aspek akidah tauhid ini harus
merentasi semua bidang kerana ia mendasari dan menjadi tunjang
kepada perkembangan ilmu-ilmu lain (Sidek, 2012; Ahmad Munawar
et al., 2016).

Siri latihan dari perspektif Islam yang dirancang dan dilaksanakan
semestinya mengukuhkan hubungan menegak (hablumminallah),
iaitu hubungan manusia dengan Allah SWT dan hubungan mendatar
(hablumminannas), yang merangkumi hubungan manusia sesama
manusia dan manusia dengan alam. Hal ini bermakna segala bentuk dan
kandungan dalam latihan dari perspektif Islam mestilah mengutamakan
aspek akidah tauhid, iaitu hubungan manusia dengan Allah SWT serta
menanam nilai-nilai Islam yang universal agar menjadi asas dalam
diri peserta latihan tersebut bagi membentuk akhlak dan gaya hidup
yang baik (Supyan, 2012). Wan Liz Ozman (1996) mengukuhkan
lagi pernyataan Supyan Hussin (2012) tersebut dengan menyatakan
bahawa terdapat implikasi-implikasi yang positif jika aspek akidah

128

Konsep Latihan sebagai Strategi Pembangunan Insan Berteraskan Islam

tauhid diterapkan dalam pelbagai aspek termasuklah dalam latihan
dari perspektif Islam.

Sebarang usaha untuk menerapkan nilai-nilai Islam dalam
pengurusan insan termasuklah dalam aspek latihan perlu dilihat dari
perspektif tasawur Islam yang meletakkan aspek akidah tauhid sebagai
paksi utama. Latihan dari perspektif Islam yang sebenar ialah integrasi
daripada latihan berbentuk fizikal dan pendisiplinan aspek spiritual
manusia ke arah mencapai nilai kebahagiaan spiritual yang merupakan
kebahagiaan yang bersifat abadi. Setiap pengisian dalam latihan dari
perspektif Islam yang diadakan seharusnya mempertingkatkan tentang
pengetahuan mengenai aspek akidah tauhid ini (Razaleigh, 2015; Ahmad
Munawar et al., 2016). Dalam erti kata lain, latihan dari perspektif
Islam semestinya menjadikan pekerja dalam sesebuah institusi
menghubungkan diri mereka kepada Allah SWT dalam setiap pekerjaan
dan tindakannya dalam kehidupan seharian. Bagi mengukuhkan akidah
tauhid pada diri pekerja, Islam telah mengemukakan kaedah untuk
membentuk jiwa manusia kefahaman tentang keimanan kepada Allah
SWT sebagai salah satu asas dalam latihan dalam pengurusan insan.

Terdapat beberapa kaedah yang boleh dijadikan asas pemantapan
akidah tauhid dalam kalangan peserta latihan dari perspektif Islam.
Pertama, membuka jiwa dengan kalimah tauhid (lailahaillallah). Kalimah
ini akan membentuk fitrah manusia yang sentiasa berkembang ke arah
yang positif. Kedua, menanamkan kefahaman dalam kalangan peserta
tentang konsep halal dan haram menurut Islam serta membiasakan
diri untuk meyakini dan mengamalkannya. Ketiga, mengutamakan
pelaksanaan ibadah solat lima waktu sepanjang pelaksanaan latihan
sehingga menjadi satu kebiasaan dalam kehidupan. Keempat,
menanamkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW, sebagai idola dalam
kehidupan serta mencintai bacaan al-Quran sehingga pola pemikirannya
sentiasa tertumpu kepada keinginan mencontohi akhlak dan kehidupan
Rasulullah SAW dan merealisasikan kandungan isi al-Quran (Al-Ghazaliy
1973; Syamsul Bahri, 2007).

Berdasarkan perbincangan dalam bahagian ini, dapat dirumuskan
beberapa perkara dalam acuan latihan dari perspektif Islam. Pertama,
akidah tauhid merupakan paksi utama latihan dari perspektif Islam.

129

Peradaban dan Isu-isu Semasa

Kedua, elemen-elemen utama tasawur Islam ini ialah hubungan manusia
dengan Allah SWT, hubungan manusia sesama manusia dan hubungan
manusia dengan alam.

Prinsip-prinsip Latihan dari Perspektif Islam

Prinsip-prinsip latihan dari perspektif Islam dapat dibahagikan kepada
lima prinsip utama. Pertama, manusia sebagai hamba dan khalifah Allah
SWT. Kedua, ibadah sebagai perkaedahan pembangunan. Ketiga, sumber
alam sebagai peralatan pembangunan. Keempat, kesepaduan dunia dan
akhirat; dan kelima, penekanan nilai-nilai Islam.

i. Manusia sebagai Hamba dan Khalifah Allah SWT dalam Latihan dari
Perspektif Islam

Latihan dari perspektif Islam seharusnya meletakkan tujuan
membangunkan potensi manusia secara menyeluruh sebagai
persediaan bagi membolehkan manusia memenuhi peranan dan
tanggungjawabnya sebagai hamba dan khalifah Allah SWT yang
merungkaikan tanggungjawab manusia terhadap diri sendiri, orang
lain dan seluruh alam ini. Kedua-dua peranan dan tanggungjawab yang
besar ini perlu dianalisis dengan teliti agar matlamat utama latihan
dari perspektif Islam menjadi lebih jelas (Rohana, 2010). Keterlibatan
manusia dalam aspek pengurusan bukannya sebagai hamba kepada
pengurusan semata-mata, sebaliknya masih dianggap mengekalkan
status selaku hamba dan khalifah Allah SWT (Fadzila Azni, 2013). Hal
ini demikian kerana manusia merupakan sebaik-baik ciptaan Allah
SWT yang mempunyai unsur-unsur fizikal, roh, akal dan nafsu yang
tidak dimiliki oleh makhluk-makhluk lain (Al-Ghazaliy, 1973). Sebagai
hamba, manusia dikehendaki menyembah Allah SWT yang berkuasa
menciptakan dan memiliki seluruh alam ini. Manusia juga perlu
melakukan tanggungjawab yang sebaik-baiknya terhadap Allah SWT
berasaskan rasa keihsanan yang tinggi. Sebagai khalifah pula, manusia
berperanan untuk membangunkan, mentadbir dan mengurus sumber
alam ini (Haron Din, 2015a).

130

Konsep Latihan sebagai Strategi Pembangunan Insan Berteraskan Islam

Latihan dari perspektif Islam tersebut semestinya berbeza
dengan latihan yang konvensional yang hanya mengambil kira
kekuatan fizikal, akal, kemahiran dan segala perkara yang berbentuk
lahir semata-mata. Latihan dari perspektif Islam yang dirancang dan
dilaksanakan perlu merangkumi aspek hubungan secara menegak, iaitu
hubungan manusia dengan Penciptanya, Allah SWT (hablumminallah)
dan hubungan secara mendatar yang merangkumi hubungan manusia
sesama manusia dan sumber alam (hablumminannas); serta hubungan
mendalam yang melibatkan komponen-komponen dalaman manusia.
Hal ini bermakna setiap kandungan latihan perlu berpaksikan aspek
ketauhidan kepada Allah SWT serta menanam nilai-nilai murni Islam
yang universal agar menjadi asas dalam diri pekerja atau peserta yang
mengikuti latihan tersebut dalam membentuk akhlak dan gaya hidup
yang baik (Supyan, 2012).

ii. Ibadah sebagai Perkaedahan dalam Latihan dari Perspektif Islam

Sebagai hamba Allah SWT, manusia mesti sentiasa mengabdikan dirinya
kepada Allah SWT dengan beribadah kepada-Nya. Beribadah kepada
Allah SWT bermaksud memusatkan penyembahan kepada Allah SWT
semata-mata dengan menjalani segala aspek kehidupan di dunia ini
selari dengan kehendak syariat, baik dalam hubungan dengan Allah
SWT (hablumminallah) mahupun dalam hubungan sesama manusia
(hablumminannas). Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia
melainkan untuk mereka menyembah dan beribadah kepada-Ku”
(surah al-Dhariyat, 51:56).

Ibadah mempunyai skop yang luas dan tidak hanya terhad
kepada perkara-perkara ritual agama, tetapi juga merangkumi setiap
aspek kehidupan manusia pada setiap ketika termasuk dalam aspek
pembangunan. Dalam aspek pengurusan, ia tidak mungkin menjadi
ibadah kecuali mengikut kaedah-kaedah yang telah ditetapkan oleh
syarak (Fadzila Azni, 2013; Mohd Shukri, 2013).

131

Peradaban dan Isu-isu Semasa

Secara umumnya, ibadah boleh dibahagikan kepada tiga bentuk,
iaitu ibadah khusus, amalan-amalan utama dan ibadah umum. Ibadah
khusus merupakan ibadah-ibadah yang wajib dilaksanakan oleh setiap
manusia seperti solat, puasa, zakat, haji dan sebagainya. Amalan-
amalan utama pula merupakan amalan-amalan yang tidak wajib
dilaksanakan, tetapi sangat digalakkan oleh Islam seperti membaca
al-Quran, berzikir dan bertasbih (Muhammad Syukri, 2003a). Menurut
Ahmad Kilan@Ahmad Kilani dan Yahaya (2013) dan Ilhaamie (2013),
kaedah latihan melalui amalan-amalan utama yang boleh diterapkan
adalah seperti solat berjemaah, berzikir, membaca al-Quran, melalui
tazkirah dan qiamullail. Kaedah-kaedah ini dapat mengisi kekosongan
rohani seseorang pekerja. Hati mereka akan dapat dibersihkan daripada
kekotoran akibat dosa yang telah dilakukan. Menurut Nor ‘Azzah (2015),
kesemua ini adalah bertujuan membentuk akhlak dan peribadi mulia
serta kualiti diri para pekerja Muslim.

Secara lebih khusus, dari perspektif pengurusan, Sidek Baba
(2012) menetapkan empat kriteria utama bagi menentukan sesuatu
pekerjaan atau pengurusan sebagai ibadah. Kriteria tersebut ialah
niat, objektif, proses dan natijah. Keempat-empat perkataan tersebut
menjadi prasyarat untuk menghubungkan pekerjaan atau pengurusan
sebagai ibadah. Menurut Islam, pekerjaan tidak hanya dilihat sebagai
suatu usaha yang sekadar untuk mendapatkan gaji, pangkat dan pelbagai
kemudahan yang lain. Malah, ia boleh dikaitkan sebagai sumber ibadah
sekiranya memenuhi syarat-syarat asas yang mendukung maksud
keihsanan dan keinsanan. Dimensi pekerjaan yang boleh memenuhi
kriteria ibadah ialah bekerja atau mengurus kerana Allah SWT dan
berhikmah sesama manusia. Dalam konteks latihan dari perspektif
Islam pula, keempat-empat kriteria tersebut perlulah diletakkan sebagai
kriteria utama bagi menentukan sesuatu latihan dari perspektif Islam
tersebut sebagai satu ibadah.

Keempat-empat kriteria ini dapat dijadikan panduan bagi
menentukan, sama ada setiap pekerjaan yang dilakukan itu hanya
sekadar pekerjaan biasa atau ada hubungannya dengan ibadah dan amal
soleh. Sekiranya pertimbangan niat, objektif, proses dan natijah menjadi
landasan dalam setiap perkara termasuklah dalam aspek latihan dari

132

Konsep Latihan sebagai Strategi Pembangunan Insan Berteraskan Islam

perspektif Islam, maka asas ini dapat mengekalkan seseorang insan
berada dalam keadaan fitrah dan membantu matlamat menjadikan
latihan dari perspektif Islam tersebut sebagai sumber ibadah kepada
Allah SWT (Muhammad Syukri, 2003a; Sidek, 2012).

Berdasarkan perbincangan tersebut juga, dapat dirumuskan
bahawa ibadah merupakan salah satu aspek penting dalam kehidupan
manusia, termasuklah dalam aspek pembangunan. Dalam konteks
latihan dari perspektif Islam, ibadah mestilah diletakkan sebagai salah
satu komponen atau aspek utama dalam pelaksanaannya. Ketiga-tiga
bentuk ibadah tersebut haruslah diterapkan ke dalam setiap latihan
yang dilaksanakan kerana ibadah juga merupakan perkaedahan dalam
aspek pembangunan berteraskan Islam. Jika usaha pelaksanaan latihan
dalam pengurusan insan dilakukan melalui empat kriteria tersebut,
manakala pelaksanaan latihan dalam pengurusan insan dijana melalui
ibadah-ibadah asas dan amalan-amalan utama, maka terbentuklah
latihan dalam pengurusan insan yang seimbang dan selari dengan
hasrat membangunkan insan yang holistik yang seimbang dari aspek
fizikal dan kerohaniannya.

iii. Sumber Alam sebagai Peralatan dalam Latihan dari Perspektif Islam

Sumber alam merupakan entiti yang diamanahkan oleh Allah SWT
kepada manusia. Dalam aspek pengurusan, Fadzila Azni Ahmad
(2013) merumuskan tiga panduan berkaitan penggunaan sumber
alam dalam aktiviti pengeluaran dan pengurusan. Pertama, sumber
alam merupakan anugerah daripada Allah SWT kepada manusia
untuk dimanfaatkan dalam kehidupan mengikut keperluan. Kedua,
sumber alam merupakan satu bentuk ujian kepada manusia untuk
melihat kemampuan manusia mengekalkan statusnya sebagai hamba
dan khalifah Allah SWT dalam menggunakannya untuk aktiviti
pengurusan. Hal ini bermakna, sumber alam hanyalah berperanan
sebagai alat untuk mencapai keredaan Allah SWT. Hal ini ditekankan
oleh Allah SWT dalam firmannya yang bermaksud:

133


Click to View FlipBook Version