The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Panduan PdP KSSR (Semakan 2017) Matematik Tahun 4

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by AMRAN BIN ABDULLAH Moe, 2020-11-09 08:05:10

Panduan PdP KSSR (Semakan 2017) Matematik Tahun 4

Panduan PdP KSSR (Semakan 2017) Matematik Tahun 4

Sukatan Dan Geometri : Tahun 4

Stesen C

Panjang sehelai reben ialah 2 m 1 cm. Reben itu dipotong kepada 3 keratan
yang sama panjang. Berapakah panjang, dalam cm, setiap keratan reben itu?

2 m 1 cm ÷ 3 = 201 cm ÷ 3
= 67 cm

Stesen D

Sempena Hari Kebangsaan, larian Jalur Gemilang akan diadakan sejauh
10 km 500 m. 4 orang pelari perlu berlari membawa jalur gemilang dengan
jarak larian yang sama. Berapakah jarak, m, yang dilalui oleh seorang pelari.

10 km 500 m ÷ 4 = 2 km 625 m

Stesen E
Maya menghadiri kelas tambahan sebanyak 4 hari dalam seminggu . Dia
berulang alik dari rumah ke sekolah. Jumlah jarak yang dilaluinya dalam
tempoh seminggu ialah 16 km 560 m. Berapakah jarak, dalam m, rumah
Maya ke sekolah?

16 km 560 m ÷ 8 = 2 km 70 m

285

Sukatan Dan Geometri : Tahun 4
Aktiviti 3
a. Murid diedarkan dengan Lembaran kerja 1.
b. Murid diberi tempoh masa untuk menyiapkan lembaran tersebut.
Pentaksiran
Berdasarkan kepada keupayaan murid menjawab soalan di Lembaran Kerja 1.
Nilai dan Sikap
Terapkan nilai bekerjasama dan berani dalam menyelesaikan tugasan yang diberi.

286

Sukatan Dan Geometri : Tahun 4

Nama:_______________________________ Lembaran Kerja 1

Kelas: _____________

Penyelesaian masalah melibatkan ukuran panjang.

1. Panjang sehelai reben ialah 2 m 1 cm. Reben itu dipotong kepada 3 keratan yang sama
panjang. Berapakah panjang setiap reben, dalam cm?

2. Seutas tali berukuran 54 cm 5 mm, perlu dipotong kepada 5 bahagian yang sama
panjang. Berapakah panjang, dalam mm, bagi satu bahagian tali?

287

Sukatan Dan Geometri : Tahun 4

Tajuk Ukuran dan Sukatan 60 minit
Standard Kandungan 5.1 Jisim
Standard Pembelajaran
5.2.2 Menyelesaikan ayat matematik operasi bergabung
tambah dan tolak jisim melibatkan unit gram dan
kilogram.

Aktiviti 1:

a. Guru menunjukkan gambar yang di mana situasinya berada di sebuah pasar. Guru
bercerita tentang aktiviti yang dilakukan di pasar antara seorang peniaga dan
pelanggan.

Azim telah membeli 3 kg kerepek bawang. Kemudian dia ingin
membeli bijirin jagung, Pak Cik Kamal telah menimbang bijirin jagung
sebanyak 800 g tetapi Azim meminta untuk mengurangkan bijirin
sebanyak 150 g. Berapa jumlah jisim barang yang dibeli Azim?

b. Guru meminta murid untuk menyelesaikan pernyataan masalah tersebut.

c. Murid cuba menyelesaikan pernyataan masalah tersebut dengan menggunakan ayat
matematik.
3 kg + 800 g – 150 g = 3 kg 650 g

Aktiviti 2:
a. Murid dibahagi kepada beberapa kumpulan. Guru menyediakan peralatan seperti kad

jisim, kad nombor sampul surat.

b. Guru menyediakan beberapa kad nombor, kad jisim dan kad simbol.

Contoh: 3 kg 450 g += 9 kg
2 kg 370 g – 10 kg 80 g

c. Isikan 1 set kad-kad tersebut dalam 1 sampul surat.
d. Guru memberikan sampul surat berisi kad yang sama kepada setiap kumpulan.

288

Sukatan Dan Geometri : Tahun 4
e. Murid menyusun kad menjadi ayat matematik yang betul dan lengkap.
f. Kumpulan yang membentuk ayat matermatik yang betul dalam tempoh yang paling

singkat diberi 5 markah. Kumpulan yang lain diberi 3 markah.
g. Ulang langkah aktiviti 2 untuk set kad seterusnya.
h. Kumpulan yang mengumpul markah tertinggi ialah pemenang.
Aktiviti 3
a. Murid diberi Kerja Lembaran 1 dan diberikan tempoh masa untuk disiapkan.
b. Guru dan murid berbincang soalan bersama-sama.
Pentaksiran
Berdasarkan kepada keupayaan murid menjawab soalan.
Nilai dan Sikap
Terapkan nilai bekerjasama dan berani dalam menyelesaikan tugasan yang diberi.

289

Sukatan Dan Geometri : Tahun 4

Nama:_______________________________ Lembaran Kerja 1

Kelas: _____________

Penyelesaian masalah melibatkan tambah dan tolak.

1. Jisim seguni rambutan ialah 54 kg 672 g manakala jisim seguni langsat ialah
72 kg 650 g. Sebanyak 60 kg 129 g buah telah dijual. Berapakah jisim, dalam g,
baki buah yang tinggal?

2. Rajah menunjukkan jisim seketul keju.

Rina menggunakan 175 g keju itu. Kemudian, dia membeli lagi 2 kg 780 g keju.
Berapakah jisim, dalam kg dan g, keju yang ada?

3. Cindy membeli 50 kg beras. Selepas sebulan jisim beras itu berkurangan
sebanyak 13 kg 500 g. Kemudian, Cindy membeli lagi 20 400 g beras. Hitung
jumlah jisim, dalam kg dan g, beras yang Cindy ada?

290

Sukatan Dan Geometri : Tahun 4

Tajuk Ukuran dan Sukatan 60 minit

Standard Kandungan 5.2 Jisim
Standard Pembelajaran
5.2.2 Menyelesaikan ayat matematik operasi bergabung
darab dan bahagi jisim melibatkan unit gram dan
kilogram.

Aktiviti 1:
a. Guru menunjukkan satu situasi kepada murid.

Cikgu Suraya membeli 2 kotak kismis seperti dalam gambar di bawah. Cikgu Suraya
memberi kismis itu sama banyak kepada 12 orang murid. Berapa jisim kismis bagi
dalam gram?

600 g 600 g

b. Berdasarkan soalan situasi yang diberikan, guru meminta murid untuk mendapatkan
maklumat seperti berikut:
Apa yang diberi?
Apa yang diminta?
Apakah operasi yang terlibat?
Penyelesaian?
Semak semula

291

Sukatan Dan Geometri : Tahun 4

c. Kemudian,murid cuba memyelesaikan masalah soalan tersebut.

600g 100g
2 12 1 2 0 0 g

1200g 12
00
0
00
0
0

Aktiviti 2:

a. Guru mengagihkan murid kepada beberapa kumpulan. 2 kg 400 g
b. Guru menyediakan beberapa kad nombor, kad jisim dan kad simbol.
c. Guru mengisikan satu set kad tersebut di dalam sampul surat.

Contoh:
5 1 kg 500 g  ÷ 8

d. Setiap kumpulan mendapat satu sampul surat yang berisi set kad yang sama.

e. Kemudian, murid menyusun kad menjadi ayat matematik yang betul dan lengkap.

f. Kumpulan yang membentuk ayat matematik yang betul dalam masa yang ditetapkan
akan diberi 5 markah dan kumpulan lain diberi 3 markah.

Aktiviti 3:
a. Murid diberi Lembaran Kerja 1 dan diberikan tempoh masa untuk disiapkan.
b. Guru dan murid berbincang soalan bersama-sama.

Pentaksiran
Berdasarkan kepada keupayaan murid menjawab soalan di Lembaran Kerja 1.

Nilai dan Sikap
Terapkan nilai bekerjasama dan berani dalam menyelesaikan tugasan yang diberi.

292

Sukatan Dan Geometri : Tahun 4

Nama:_______________________________ Lembaran Kerja 1

Kelas: _____________

1 388 g

1. Rajah di sebelah menunjukkan jisim segugus anggur. Hassan membeli 6 gugus
anggur yang sama saiz. Dia membahagikan anggur itu sama banyak kepada 8
orang rakannya. Berapakah jisim anggur, dalam g yang diterima oleh setiap
rakannya?

2. Kumar membeli 4 peket garam yang setiap peket berjisim 3 kg 420 g. Dia
membungkuskan semua garam itu kepada 9 peket kecil secara sama banyak.
Hitung jisim, dalam g, garam dalam setiap peket kecil itu.

3. Maya membeli 3 peket gula itu. Dia mengisi gula
itu sama banyak ke dalam 5 buah bekas. Hitung
jisim, dalam g, gula di dalam setiap bekas itu.

1 kg 250 g

4. Nabila membawa 4 peket kacang hijau untuk membuat eksperimen. Jisim setiap
peket ialah 250 g. Kemudian, guru sains membahagikan sama banyak kacang
hijau itu kepada 10 orang murid. Berapakah jisim kacang hijau bagi setiap murid
ada?

293

Sukatan Dan Geometri : Tahun 4

Tajuk Ukuran dan Sukatan 60 minit
Standard Kandungan 5.3 Isi padu cecair
Standard Pembelajaran
5.3.1 Menyelesaikan ayat matematik operasi bergabung
tambah dan tolak isi padu cecair melibatkan unit
mililiter dan liter.

Aktiviti 1:
a. Guru menunjukkan simulasi kepada murid.

b. Semua murid diminta memberi fokus ketika guru menunjukkan simulasi tersebut.

c. Guru menunjukkan sebuah jag air sirap yang mengandungi isi padu sebanyak
3 ℓ 250 mℓ isi padu air sirap.

d. Kemudian, guru menambah air sirap lagi ke dalam jag yang sama sebanyak
1ℓ 750 mℓ.

e. Seterusnya, guru menuangkan air sirap ke dalam gelas dan meminta murid
untuk minum air sirap tersebut.

f. Baki isi padu air sirap yang tinggal adalah sebanyak 1ℓ 220 mℓ.

g. Guru meminta murid menyukat isi padu air sirap yang telah diminum oleh murid.

1 ℓ 750 mℓ Isi padu air sirap
3 ℓ 250 mℓ
yang telah diminum
1 ℓ 220 mℓ

Baki

Aktiviti 2
a. Guru menampal beberapa kad ayat matematik kepada murid .

3 ℓ 510 mℓ 2ℓ 325 mℓ

1 ℓ 680 mℓ + ‒ =

294

Sukatan Dan Geometri : Tahun 4
b. Murid dibahagikan beberapa kumpulan, setiap kumpulan guru meminta murid membina

sebuah pernyataan masalah daripada perkataan yang diberikan.
c. Apabila murid menyiapkan pernyataan masalah tersebut, murid perlu menyelesaikan

pernyataan masalah tersebut.

Risya dan Zanaria masing-masing mengisi 3 ℓ 510 mℓ dan 2ℓ 325 mℓ air soya ke dalam sebuah
bekas. Sebanyak 1 ℓ 680 mℓ air soya itu dihidangkan kepada tetamu. Berapakah baki, dalam ℓ dan

mℓ, isi padu air soya?
3 ℓ 510 mℓ + 2ℓ 325 mℓ - 1 ℓ 680 mℓ = 4ℓ 155 mℓ
d. Murid yang dapat membina pernyataan masalah dan menyelesaikan masalah dengan
betul akan diberi sebanyak 5 markah.

Aktiviti 3
a. Murid menjawab Lembaran Kerja 1 yang diberikan.
b. Guru berbincang hasil kerja murid.

Pentaksiran
Berdasarkan kepada keupayaan murid menjawab soalan di Lembaran Kerja 1.
Nilai dan Sikap
Terapkan nilai bekerjasama, kreatif dan inovatif dalam menyelesaikan tugasan yang diberi.

295

Sukatan Dan Geometri : Tahun 4

Nama:_______________________________ Lembaran Kerja 1

Kelas: _____________

1. Sebuah tangki mengandungi 45 ℓ air. 18ℓ 745 mℓ air itu telah digunakan.
Kemudian, 9 ℓ 900 mℓ air ditambahkan lagi ke dalam tangki itu. Hitung isi padu,
dalam ℓ dan mℓ, air yang ada di dalam tangki itu.

2. Restoran WKK ada 18 ℓ 50 mℓ minyak zaitun. Sebanyak 16 ℓ 180 mℓ minyak
zaiton telah digunakan, stok minyak itu ditambah lagi sebanyak 12 ℓ. Berapakah
isi padu minyak zaitun, dalam ℓ dan mℓ, yang ada di restoran itu?

3. Isi padu kordial di dalam dua bekas ialah 3 ℓ 600 mℓ dan 5 ℓ 745 mℓ. Meena
membancuh air dengan menggunakan 4 235 mℓ kordial. Hitung isi padu, dalam
ℓ dan mℓ, kordial yang tinggal.

4. Dua buah baldi masing-masing mengandungi 28 ℓ 50 mℓ air. Darwin
menggunakan 32 450 mℓ air untuk menyiram pokok bunga. Berapakah isi padu,
dalam mℓ, air yang masih tinggal?

5. Sebuah bekas mengandungi 6 ℓ 250 mℓ cat putih dan 2 890 mℓ cat hijau. Aish
menggunakan sebanyak 4 ℓ 100 mℓ cat untuk mengecat ruang tamu. Berapakah
isi padu, dalam mℓ, cat yang tinggal?

296

Sukatan Dan Geometri : Tahun 4

Tajuk Ukuran dan Sukatan 60 minit

Standard Kandungan 5.3 Isi padu cecair
Standard Pembelajaran
5.3.2 Menyelesaikan ayat matematik operasi bergabung
darab dan bahagi isi padu cecair melibatkan unit
milimeter dan liter.

Aktiviti 1:
a. Guru menunjukkan satu simulasi di hadapan murid.
b. Guru menyediakan 2 botol jus oren. Satu botol jus oren mengandungi 1200 mℓ.

c. Guru menyediakan 12 buah gelas di hadapan murid. Kemudian guru
menuangkan sama rata jus oren ke dalam gelas tersebut.

d. Guru bertanya kepada murid, berapakah isi padu jus oren bagi satu gelas.
e. Secara individu, murid mengira isi padu bagi satu gelas jus oren dalam mℓ.

1 200 mℓ 1 200 mℓ

1 200 mℓ  2 ÷ 12 = 200 mℓ

297

Sukatan Dan Geometri : Tahun 4

Aktiviti 2:

a. Guru memberikan satu pernyataan masalah menyelesaikan ayat matematik operasi
bergabung tambah dan tolak isi padu cecair melibatkan unit milimeter dan liter.

b. Secara individu murid diberi dua pilihan jawapan. Murid perlu menanda jawapan
manakah yang betul berdasarkan pernyataan masalah.

Pihak restoran menyediakan 4 ℓ 720 mℓ minyak masak untuk pertandingan
memasak. Minyak itu diberikan kepada 8 kumpulan yang bertanding. Kira isi
padu minyak masak yang diterima oleh 5 kumpulan. Pilih ayat matematik
yang betul dan selesaikan.

4 ℓ 720 mℓ ÷ 5 × 8 = 5 × 4 ℓ 720 mℓ ÷ 8 =

Aktiviti 3:
a. Guru mengagihkan lembaran kerja kepada murid.
b. Murid menyiapkan lembaran yang diberikan oleh guru.

Pentaksiran
Berdasarkan kepada keupayaan murid menjawab soalan.

Nilai dan Sikap
Terapkan nilai bekerjasama, kreatif dan inovatif dalam menyelesaikan tugasan yang diberi.

298

Sukatan Dan Geometri : Tahun 4

Tajuk Ukuran dan Sukatan 60 minit
Standard Kandungan 5.4 Penyelesaian masalah
Standard Pembelajaran
5.4.1 Menyelesaikan masalah berkaitan ukuran dan
sukatan dalam situasi harian.

Aktiviti 1:

a. Murid diminta membina satu cerita berkaitan dengan ayat matematik yang diberikan
seperti berikut.
56 cm + 70 cm – 5 cm = 121 cm

b. Soal jawab antara guru dan murid.

Aktiviti 2:
a. Bentukkan kumpulan murid tiga-tiga.

b. Sediakan beberapa sampul surat yang berbeza warna yang mengandungi tiga kad
situasi yang melibatkan panjang, jisim dan isi padu dan kertas mahjong.

c. Minta setiap kumpulan memilih satu sampul surat sahaja dan satu kertas mahjong.

Contoh: Sampul surat biru.

Ammar berlari sejauh 2 km 300 m. Azim berlari
sejauh 1 km 800 m manakala Amirah pula berlari
sejauh 800 m. Berapakah jumlah jarak larian ketiga-
tiga mereka? Nyatakan beza jarak larian yang paling
jauh dengan jarak larian yang paling dekat.

Mei Lin membeli 8 peket kacang soya Aina dan Nini masing-masing mengisi
yang setiap peket berjisim 2 kg 450 g. 2 ℓ 500 mℓ dan 4ℓ 325 mℓ air jagung ke
Dia membungkuskan semua kacang dalam sebuah bekas. Sebanyak 3 ℓ
soya itu kepada 5 peket kecil secara 680 mℓ air jagung itu dihidangkan
sama banyak. Hitung jisim, dalam g,
kacang soya dalam setiap peket kecil itu. kepada tetamu. Berapakah baki, dalam
ℓ dan mℓ, isipadu air jagung?

d. Minta murid menyelesaikan soalan yang terdapat di dalam sampul surat yang dipilih
dengan menuliskan proses yang digunakan untuk mencari jawapan di atas kertas
mahjong yang disediakan.

299

Sukatan Dan Geometri : Tahun 4
e. Setelah semua kumpulan selesai, minta murid membentangkan hasil kerja kumpulan

masing-masing dan bersoal jawab antara murid dan guru.
f. Kumpulan yang berjaya menjawab semua soalan dengan betul akan diberi ganjaran.
Aktiviti 3:
a. Guru mengagihkan Lembaran Kerja 1 dan 2 kepada murid.
b. Murid menyiapkan lembaran yang diberikan oleh guru.
Pentaksiran
Berdasarkan kepada keupayaan murid menjawab soalan di Lembaran Kerja.
Nilai dan Sikap
Terapkan nilai bekerjasama, kreatif dan inovatif dalam menyelesaikan tugasan yang diberi.

300

Sukatan Dan Geometri : Tahun 4

Nama:_______________________________ Lembaran Kerja 1

Kelas: _____________

Selesaikan masalah di bawah.
1.

124 cm 116 cm

Ahmad Gopal Ah Seng

Ahmad Gopal Ah Seng

Rajah di atas menunjukkan tinggi dua orang murid, Ahmad dan Ah Seng.
Tinggi Gopal tidak ditunjukkan. Gopal adalah 32 cm lebih tinggi daripada
Ahmad. Cari jumlah ketinggian Ahmad dan Gopal, seterusnya cari beza
jumlah tinggi mereka berdua dengan Ah Seng.

2. Segulung reben berukuran 12 m 750 cm perlu dipotong kepada 5 bahagian yang sama
panjang. Berapakah panjang dalam cm, bagi satu bahagian reben itu?

3. Sebuah tangki mengandungi 56 ℓ air. 23 ℓ 475 mℓ air itu telah digunakan. Kemudian, 11
ℓ 900 mℓ air ditambahkan lagi ke dalam tangki itu. Hitung isi padu dalam ℓ dan mℓ, air di

dalam tangki itu.

4. Sempena Hari Kebangsaan, larian Jalur Gemilang akan diadakan sejauh 8 km 500 m.
5 orang pelajar perlu berlari dengan membawa Jalur Gemilang dengan jarak larian
tersebut. Berapakah jarak dalam m yang perlu dilalui oleh seorang pelari?

301

Sukatan Dan Geometri : Tahun 4

Tajuk Ruang 60 minit
Standard Kandungan 6.1 Sudut
Standard Pembelajaran
6.1.1 Mengenal dan menamakan sudut tegak, sudut tirus
dan sudut cakah pada bentuk segi empat tepat, segi
empat sama dan segi tiga.

Aktiviti 1:
a. Guru menampal gambar segi empat tepat, segi empat sama dan segi tiga.

b. Murid mendengar penerangan guru tentang sudut.

Sudut terdapat pada setiap bucu.
Bucu terbentuk apabila dua sisi bertemu.

c. Murid menyatakan bilangan sudut pada segi empat tepat, segi empat sama dan segi
tiga.

d. Murid membentuk kumpulan.

e. Guru mengedarkan bahan untuk setiap kumpulan
i. Kad perkataan sudut tirus, sudut tegak dan sudut cakah.
ii. Gambar sudut tirus, sudut tegak dan sudut cakah.
iii. Penerangan mengenai sudut tirus, sudut tegak dan sudut cakah.
iv. Gambar bentuk segi empat sama, segi empat tepat dan segi tiga
v. Kertas manila
vi. Gam

f. Setiap kumpulan menampal nama sudut, gambar sudut dan penerangan mengenai

Sudut Tirus Sudut Tegak Sudut Cakah 90˚

Lebih kecil daripada sudut tegak dan Lebih besar daripada sudut tirus
sudut cakah dan sudut tegak

Lebih daripada 90˚ Kurang daripada 90˚

302

Sukatan Dan Geometri : Tahun 4
f. Setiap kumpulan menampal nama sudut, gambar sudut dan penerangan mengenai

sudut.
g. Wakil kumpulan menampal hasil kerja kumpulan di papan putih.
h. Guru membimbing murid membincangkan hasil dapatan dan memberi penerangan.
i. Bengkokkan lengan dan tunjukkan sudut menggunakan tangan.
Aktiviti 2:
a. Guru menampal beberapa gambar segi empat tepat, segi empat sama dan segi tiga

di papan putih.

b. Murid datang ke depan dan menulis nama setiap sudut sama ada sudut tirus, sudut
tegak dan sudut cakah pada bentuk segi empat tepat, segi empat sama dan segi tiga.

c. Guru berbincang hasil jawapan diperoleh.
Aktiviti 3:
a. Guru mengedarkan kertas berbentuk segi empat tepat kepada setiap orang murid.
b. Murid melukis sudut tegak dan labelkan.

Sudut tegak

c. Murid melipat kertas A4 dari salah satu bucu dan melukis garisan.

303

Sukatan Dan Geometri : Tahun 4

d. Murid tandakan sudut tirus dan sudut cakah dan labelkan.
Sudut tegak

Sudut cakah Sudut tirus

e. Murid menampal hasil kerja di dalam buku latihan.

Aktiviti 4:
a. Edarkan Lembaran Kerja 1.
b. Murid menyiapkan lembaran kerja.
c. Murid dan guru membincangkan jawapan.

Pentaksiran:
Murid perlu betul 6 daripada 8 soalan yang diberi.

Nilai dan Sikap:
Bekerjasama, kepimpinan dan menumpukan perhatian.

304

Sukatan Dan Geometri : Tahun 4

Nama:_______________________________ Lembaran Kerja 1

Kelas: _____________

Namakan sudut-sudut yang berikut.

1. 2.
a
a
b b

a.__________________________ a.__________________________
b. __________________________ b. __________________________
4.
3.
a a

b b

a.__________________________ 6. a.__________________________
b. __________________________
b. __________________________
ab
5.
a.__________________________

b. __________________________
a

b a.__________________________
7. b. __________________________
8.
b
a

a b

a.__________________________ a.__________________________
b. __________________________ b. __________________________

305

Sukatan Dan Geometri : Tahun 4

Tajuk Ruang 60 minit
Standard Kandungan 6.2 Garis selari dan garis serenjang
Standard Pembelajaran
6.2.1 Mengenal dan menamakan garis selari dan garis
serenjang.

6.2.2 Melukis garis selari dan garis serenjang.

Aktiviti 1:

a. Guru membawa murid ke padang sekolah.
b. Murid membuat pemerhatian terhadap lorong larian 100 m.
c. Murid menerangkan ciri-ciri lorong larian tersebut.

i. Keluasan lorong pertama sama dengan lorong kedua,
ketiga, keempat dan seterusnya.

ii. Jarak larian sama setiap lorong juga sama.

d. Murid melukis gambar lorong larian pada kertas dan menceritakan tentang lorong larian
tersebut sambil dibimbing oleh guru.

Aktiviti 2:
a. Murid melihat sisi papan putih.
b. Murid bercerita tentang sisi papan putih.
c. Murid mendengar penerangan guru.

Sisi a dan sisi b Jarak
bertentangan. yang
Jarak antara sisi a dengan sama
sisi b adalah sama.

Kedua-dua garis sisi a dan
sisi b adalah garis selari.

Garis selari adalah
 Bertentangan antara satu sama lain
 Dua garis yang dilukis sama arah
 Jarak antara garis adalah sama
 Garis-garis tidak bertemu

306

Sukatan Dan Geometri : Tahun 4

d. Guru menunjukkan beberapa objek lain seperti almari kelas, bingkai tingkap bilik darjah,
pintu bilik darjah atau meja murid.

e. Murid bercerita mengenai garis selari berdasarkan objek yang ditunjukkan oleh guru
dan memberi contoh-contoh lain yang wujud di sekeliling.

f. Murid melukis garis selari di atas kertas.
g. Murid menyemak hasil kerja rakan di sebelah.

Aktiviti 3:
a. Guru membawa murid ke gelanggang badminton / bola jaring / bola tampar.
b. Murid menceritakan tentang garisan yang terdapat pada gelanggang tersebut.
c. Guru memberi penerangan mengenai garis serenjang.
d. Murid melakar gelanggang pada kertas kosong.
e. Murid melukis garis serenjang pada lakaran.
f. Murid dan guru membincangkan hasil kerja.

Garis serenjang adalah
 Dua garis lurus yang bersilang

pada sudut tegak.

Aktiviti 4:
a. Edarkan Lembaran Kerja 1.
b. Murid menyiapkan lembaran kerja.
c. Murid dan guru membincangkan jawapan.

Pentaksiran:
Murid perlu betul 6 daripada 8 soalan yang diberi.

Nilai dan Sikap:
Bekerjasama, berani mencuba dan menumpukan perhatian.

307

Sukatan Dan Geometri : Tahun 4

Lembaran Kerja 1

Nama:_______________________________ Kelas: _____________

A. Nyatakan jenis garis yang berikut:

1. 2.

a
p

b q
Garis a dan garis b: Garis p dan garis q:

__________________________________ __________________________________
__ 4. __
3.

mn

r Garis m dan garis n:
Garis r dan garis s:

___________________________ __________________________________
_________ __

B. Kira bilangan garis serenjang pada bentuk-bentuk yang berikut
1. 2.

C. Lukiskan garis selari dan garis serenjang.

1. Garis selari 2. Garis serenjang

308

Sukatan Dan Geometri : Tahun 4

Tajuk Ruang 60 minit
Standard Kandungan 6.3 Perimeter dan Luas
Standard Pembelajaran
6.3.1 Menentukan perimeter bagi bentuk poligon sehingga
lapan sisi.

Aktiviti 1:
a. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
b. Guru menyediakan beberapa stesen

i. Stesen 1: Buku teks (Ukur kulit buku teks)
ii. Stesen 2: Kertas A4
iii. Stesen 3: Permukaan meja murid
iv. Stesen 4: Kertas lukisan
v. Stesen 5: Papan dam
vi. Stesen 6: Buku tulis (Ukur kulit buku tulis)

c. Setiap kumpulan perlu bergerak mengikut stesen yang ditetapkan dan mengukur objek
yang disediakan oleh guru.

d. Wakil kumpulan membentangkan hasil ukuran setiap objek.
e. Guru memperkenalkan konsep perimeter.

Perimeter ialah jumlah ukur keliling bagi suatu bentuk.

Aktiviti 2:
a. Edarkan Lembaran Kerja 1.
b. Murid menyiapkan lembaran kerja.

c. Murid dan guru membincangkan jawapan.

Pentaksiran:
Murid perlu betul 5 daripada 6 soalan yang diberi.

Nilai dan Sikap:
Bekerjasama dan kepimpinan.

309

Sukatan Dan Geometri : Tahun 4

Nama:_______________________________ Lembaran Kerja 32

Hitung perimeter bagi setiap rajah di bawah. Kelas: _____________

1. 3 cm 2. 6 cm

3 cm 3 cm 2 cm 2 cm
3 cm
6 cm

3. 4. 15 cm
4 cm 5 cm 10 cm

5. 6.
3 cm Panjang setiap sisi 4 cm

310

Sukatan Dan Geometri : Tahun 4

Tajuk Ruang 60 minit
Standard Kandungan 6.3 Perimeter dan Luas
Standard Pembelajaran
6.3.2 Menentukan luas segi empat sama, segi empat
tepat, segi tiga bersudut tegak, segi tiga sama sisi
dan segi tiga sama kaki menggunakan petak segi
empat sama 1 unit persegi dan rumus.

Aktiviti 1:

a. Murid duduk secara berpasangan.
b. Guru mengedarkan lembaran kerja (kertas grid).

a. b. c. d. e.

c. Murid mengira dan mencatat bilangan segi empat sama yang terdapat dalam setiap
bentuk a, b c, d dan e.

d. Murid cuba mencari cara pantas untuk mendapatkan bilangan segi empat sama yang
terdapat dalam setiap bentuk dengan bimbingan guru (panjang  lebar)

e. Guru memperkenalkan konsep luas dan formula luas segi empat sama dan segi empat
tepat.
Luas ialah jumlah permukaan yang diliputi oleh bentuk itu.
Luas segi empat sama dan segi empat tepat = panjang  lebar

311

Sukatan Dan Geometri : Tahun 4

Aktiviti 2:
a. Guru menunjukkan bentuk segi empat dan menyatakan luas segi empat tersebut.

Luas = panjang  lebar

4 cm

= 4 cm  4 cm
= 14 cm²

b. Guru melipat bentuk segi empat tersebut dan menghasilkan segi tiga.

4 cm Luas segi tiga sebenarnya
ialah luas segi empat yang
telah dibahagi dua.

c. Guru memperkenalkan formula luas segi tiga dan memberikan beberapa contoh.

Luas segi empat = panjang  lebar

Luas segi tiga = panjang  lebar

2

= 1  panjang  lebar atau 1  tapak  tinggi
2 2

Aktiviti 3:
a. Edarkan Lembaran Kerja 1.
b. Murid menyiapkan lembaran kerja.
c. Murid dan guru membincangkan jawapan.

Pentaksiran:
Murid perlu betul 5 daripada 6 soalan yang diberi.

Nilai dan Sikap:
Bekerjasama, menumpukan perhatian dan berani mencuba.

312

Sukatan Dan Geometri : Tahun 4

Lembaran Kerja 1

Nama:_______________________________ Kelas: _____________

Kira luas setiap rajah di bawah.

1. 2.

9 cm 3 cm

5 cm

5 cm

3. 4.
3 cm 4 cm

10 cm 14 cm

5. 6.
10 cm 2 cm

16 cm

6 cm

313

Sukatan Dan Geometri : Tahun 4

Tajuk Ruang 60 minit
Standard Kandungan 6.4 Isi padu pepejal
Standard Pembelajaran
6.4.1 Menentukan isi padu kubus dan kuboid
menggunakan kubus 1 unit padu dan rumus.

Aktiviti 1:
a. Guru menunjukkan gambar sebuah kotak kosong.

b. Guru bertanya kepada murid bagaimana hendak mencari ruangan yang memenuhi
kotak kosong itu.

c. Murid memberikan idea masing-masing dan dibimbing oleh guru.
d. Guru menunjukkan kubus kecil dan mengisi kotak kosong dengan kubus tersebut.

e. Murid menyatakan bilangan kubus yang digunakan untuk mengisi kotak kosong tersebut.
24 unit kubus dapat

memenuhi kotak kosong.
Jadi, isi padu kotak tersebut

ialah 24 unit³

314

Sukatan Dan Geometri : Tahun 4
f. Murid cuba mencari cara pantas selain daripada mengira bilangan kubus (panjang 

lebar  tinggi) untuk mendapatkan jumlah kubus yang terdapat dalam kotak tersebut
dengan bimbingan guru.
g. Guru memperkenalkan konsep isi padu dan formula isi padu kubus dan kuboid.

Isi padu ialah ruang yang dipenuhi oleh suatu objek tiga matra.
Isi padu kubus dan kuboid = panjang  lebar  tinggi

h. Guru menunjukkan beberapa contoh kepada murid.
Aktiviti 2:
a. Edarkan Lembaran Kerja 1.
b. Murid menyiapkan lembaran kerja.
c. Murid dan guru membincangkan jawapan.
Pentaksiran:
Murid perlu betul 4 daripada 5 soalan yang diberi.
Nilai dan Sikap:
Menumpukan perhatian dan berani mencuba.

315

Sukatan Dan Geometri : Tahun 4

Nama:_______________________________ Lembaran Kerja 1

Kelas: _____________

Hitung isi padu kubus dan kuboid. 2.
1.

kubus unit. kubus unit.

Isi padu = unit³ Isi padu = unit³
3. 4.

6 cm 18 cm 6 cm
6 cm 3 cm

6 cm

5. Kira jumlah isi pada kubus dan kuboid di bawah.

5 cm
5 cm

5 cm

16 cm 4 cm
2 cm

316

Sukatan Dan Geometri : Tahun 4

Tajuk Ruang 60 minit
Standard Kandungan 6.5 Penyelesaian masalah
Standard Pembelajaran
6.5.1 Menyelesaikan masalah melibatkan ruang.

Aktiviti 1:

a. Guru memberikan satu contoh soalan penyelesaian masalah.
b. Murid mendengar penerangan guru tentang langkah-langkah penyelesaian masalah.

Aktiviti 2:

a. Murid berada dalam kumpulan.
b. Guru menyediakan soalan penyelesaian masalah di dalam sampul.
c. Setiap kumpulan akan mendapat satu sampul.
d. Setiap kumpulan perlu menyelesaikan soalan di dalam sampul dan menunjukkan jalan

penyelesaian di atas kertas A4 yang diberikan.
e. Masa diberikan selama 3 minit. Wisel dibunyikan apabila masa tamat.
f. Selepas wisel dibunyikan, sampul soalan akan diberikan pada kumpulan di sebelah.
g. Masa diberikan 3 minit lagi untuk soalan ke dua. Aktiviti e, f dan g perlu diulang

sehingga semua kumpulan dapat menjawab soalan di dalam semua sampul.
h. Setelah tamat, soalan dan jawapan akan di tampal di papan putih.
i. Murid dan guru akan membincangkan jawapan.

Aktiviti 3:
a. Edarkan Lembaran Kerja 1.
b. Murid menyiapkan lembaran kerja.
c. Murid dan guru membincangkan jawapan.

Pentaksiran:
Murid perlu betul 5 daripada 7 soalan yang diberi.

Nilai dan Sikap:
Bekerjasama, menumpukan perhatian dan berani mencuba.

317

Sukatan Dan Geometri : Tahun 4

Nama:_______________________________ Lembaran Kerja 1

Selesaikan masalah berikut. Kelas: _____________

1. Namakan sudut antara dinding rumah dan lantai
rumah anda.

2. Jam dinding menunjukkan tepat pukul 5:00
petang. Namakan sudut antara jarum jam dan
jarum minit.

3. Ibu menggunakan 16 cm renda untuk melilit
sarung bantal berbentuk segi empat sama.
Berapakah panjang renda untuk satu sisi sarung
bantal itu?

4. Panjang sebuah bilik ialah 7 m dan lebarnya ialah
5 m. Berapakah luas bilik tersebut?

5. Panjang dan lebar sebuah kotak masing-masing
ialah 16 cm dan 10 cm. Cari isi padu kotak itu, jika
panjang kotak itu ialah setengah daripada tinggi
kotak itu.

6. Jika luas sebuah segi empat sama ialah
144 cm², cari perimeter segi empat tersebut.

7. Amin membeli sekeping poster gambar berbentuk
segi empat tepat yang luasnya 72 cm². Cari
panjang poster itu jika lebarnya ialah 8 cm.

318

Perkaitan dan Algebra: Tahun 4

Tajuk Koordinat, Nisbah dan Kadaran
Standard Kandungan 7.1 Koordinat pada sukuan pertama.

Standard Pembelajaran 7.1.1 Mengenal paksi-x, paksi-y dan asalan (O).

Aktiviti 1:
a. Minta murid nyatakan kedudukan objek yang menegak dan mendatar yang terdapat

di sekeliling mereka
b. Minta murid namakan objek-objek pada kedudukan menegak seperti tiang, pokok

dan pagar.
c. Minta murid namakan objek-objek pada kedudukan mendatar seperti bangku, lantai

dan papan tulis..
d. Nyatakan objek-objek yang mempunyai bentuk ‘L seperti huruf L, sesiku L dan sudut

dalam bilik darjah.
Aktiviti 2:
a. Perkukuhkan pengetahuan murid dengan simulasi pergerakan kad abjad bermagnet

P QRS T

b. Guru menggerakkan kad P ke kanan.
c. Murid nyatakan kedudukan kad P dan nyatakan cara menentukan kedudukan P.

d. Lukis satu garisan lurus mendatar ke kanan dan namakan garisan itu

(garisan mengufuk)
Namakan garisan itu; paksi- x dan nomborkan garis lurus itu.

P
x

1 2 3 4 5 67 8
nombor 3

e. Tanya murid kedudukan P dan guru memberi penjelasan.

319

Perkaitan dan Algebra: Tahun 4
f. Lukis satu garisan menegak dan namakan garisan itu.

(garisan mencancang)
g. Namakan garisan itu paksi- y dan nomborkan garisan itu

y
7
6
5P
4
3
2
1
h. Minta murid gerakkan kad P ke atas (menegak).
i. Tanya murid kedudukan P dan guru memberi penjelasan.
j. Cantumkan paksi-x dan paksi-y dalam suku pertama (bentuk L)
k. Guru menerangkan bahawa pertemuan paksi-x dan paksi-y ialah asalan (O).

320

P

Perkaitan dan Algebra: Tahun 4

Aktiviti 3:

a. Letakkan kad abjad P, Q, R, S, dan T.
y

9S

8

7

6 R

5P

4

3Q

2

1T

1 2 3 4 56 7 x

b. Bincangkan dan nyatakan kedudukan abjad P dengan betul.

Titik Paksi x Paksi y
Contoh
3 unit ke kanan 5 unit ke atas
P

Q
R
S
T

c. Minta murid membaca kedudukan abjad dengan betul.

d. Ulang aktiviti dengan menggunakan kad abjad yang lain.

Aktiviti 4:
a. Edarkan Lembaran Kerja 1 dan 2 kepada setiap murid.

b. Bincangkan hasil kerja murid.

Pentaksiran:
Berdasarkan kepada keupayaan murid menjawab soalan dalam lembaran kerja, murid
perlu betul kesemua soalan yang diberi sebelum bergerak ke kemahiran berikutnya.
Nilai dan Sikap:
Ketelitian dan kesungguhan

321

Nama: _______________________________ Perkaitan dan Algebra: Tahun 4

Lembaran Kerja 1
Kelas: ________________

Lengkapkan jadual di bawah berpandukan rajah yang diberi.

y

7 C F
D
6B E

5 78
4
3

2A

1

x

1 23 45 6

Titik Paksi-x Paksi-y
A
B
C
D
E
F

322

Perkaitan dan Algebra: Tahun 4

Tuliskan abjad pada titik yang terdapat dalam petak berdasarkan
jadual di bawah.

Titik Paksi-x Paksi-y

H 5 4
J 3 2
K 6 1
L 1 5
M 0 2
N 7 0

y x

7
6
5
4
3
2
1
O

1 23 45 67 8

323

Perkaitan dan Algebra: Tahun 4

Tajuk Koordinat
Standard Kandungan
Standard Pembelajaran 7.1 Koordinat pada sukuan pertama.

7.1.2 Menentukan koordinat bagi sesuatu titik pada
sukuan pertama dan juga sebaliknya.

Aktiviti 1:

a. Pamerkan satah Cartes sukuan pertama kepada murid.
Contoh:

y

x

O
b. Adakan soal jawab dengan murid tentang nama paksi mendatar dan paksi menegak.

Contoh:
i. Apakah nama paksi yang melintang?

(paksi mengufuk)
ii. Apakah nama paksi yang menegak?

(paksi mencancang)

324

Perkaitan dan Algebra: Tahun 4

Aktiviti 2:
a. Pamerkan satah Cartes kepada murid yang mempunyai titik asalan (O).

Contoh:

y

Ox

Titik Asalan
b. Minta murid menyatakan apakah kegunaan titik asalan O?

Contoh respon:
Titik asalan adalah pertemuan di antara paksi-x dan paksi-y. Koordinat setiap paksi
bermula dari titik asalan.

b. Minta murid menyatakan kedudukan titik koordinat pada paksi x dan paksi y.
Contoh:

y

5 x Koordinat
(2, 3)
.4 Paksi-y
3
3
2
11
1
O 12 345

Paksi-x 1
2

c. Bimbing murid menyatakan koordinat.

i. Pada paksi-x 2
ii. Pada paksi-y 3
iii. Cara menyebut: Koordinat (2, 3)

d. Ulang c seperti contoh di bawah

y

5 x
4
Koordinat
.3 (4,1)

2
11

O 1 23 4 5

Paksi- x1 Paksi- y
41

325

Perkaitan dan Algebra: Tahun 4

c. Permainan Satah Koordinat.
Minta murid melempar gelang getah ke atas papan koordinat sukuan pertama.

7 Lekatkan dengan paku tekan
6 jika pada papan polisterin.
5
4 7
3
2
1

0 1 2 34 5 6

d. Guru boleh juga lukis garisan dan angka di atas permukaan simen atau jalan tar.
Gantikan paku tekan dengan skital kecil. Gantikan gelang getah dengan gelung
pelastik.

e. Lempar gelang getah ke atas papan yang mengandungi paku tekan mengikut
kumpulan. Getah yang melingkari paku tekan akan dicatat koordinatnya.

f. Kumpulan yang memberi jawapan yang betul, dikira sebagai pemenang.

Aktiviti 3:
a. Plot titik-titik pada satah Cartesan dan nyatakan koordinat bagi titik-titik yang berikut:

Paksi-x Paksi-y Koordinat
43 (4, 3)

b. Bimbing murid membilang dari titik asalan secara mendatar hingga 4 dan
menggaris secara menegak.

326

Perkaitan dan Algebra: Tahun 4
c. Bimbing murid membilang dari titik asalan secara menegak hingga 3 dan menggaris

secara melintang.

d. Titik pada pertemuan garisan paksi-x dan paksi-y dinamakan koordinat (4, 3)

Aktiviti 4:
a. Edarkan Lembaran Kerja 1 hingga Lembaran Kerja 5 kepada setiap murid.
b. Bincang hasil kerja dengan murid.
Pentaksiran:
Berdasarkan kepada keupayaan murid menjawab soalan di lembaran kerja. Murid perlu
menguasai kesemua soalan yang diberi. Jika berlaku kesilapan kerana kurang faham
atau cuai, guru perlu mengulang semula pembelajaran ini.
Nilai dan Sikap:
Murid perlu membaca koordinat dengan betul, tepat dan berintegriti kerana
pembelajaran koordinat ini sangat perlu dalam ilmu penerbangan kapal terbang dan
pelayaran kapal.

327

Nama: _______________________________ Perkaitan dan Algebra: Tahun 4

Lembaran Kerja 1
Kelas: ________________

Nyatakan paksi-x dan paksi-y bagi koordinat yang berikut.

Soalan Koordinat Paksi-x Paksi-y

1 (3, 4) 3 4

2 (1, 5)
3 (5, 3)
4 (2, 1)
5 (4, 2)

6 (6, 4)

7 (3, 9)

8 (4, 1)
9 (1, 2)
10 (7, 4)

328

Perkaitan dan Algebra: Tahun 4

Nama: _______________________________ Lembaran Kerja 2
Kelas: ________________

Nyatakan koordinat bagi paksi-x dan paksi-y yang berikut.

Soalan Paksi-x Paksi-y Koordinat

12 3 (2, 3)

24 5

33 1

42 6

56 3

65 4

77 1

83 6

94 2

10 1 5

329

Perkaitan dan Algebra: Tahun 4

Lembaran Kerja 3

Nama: _______________________________ Kelas: ________________

Tandakan titik pada satah Cartesan dan nyatakan koordinat bagi titik
berikut.

Titik Jarak dari Jarak dari Koordinat

paksi- x paksi- y

A1 6 (1, 6)

B2 5

C6 1

D3 8

E6 2

F7 3

G8 6

H1 4

I4 3

y J7 9

10 x
9
8

.7

6A

5
4
3

2
1

0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

330

Perkaitan dan Algebra: Tahun 4

Lembaran Kerja 4

Nama: _______________________________ Kelas: ________________

Tandakan titik pada satah Cartesan dan nyatakan jarak setiap titik dari
paksi-x dan paksi-y.

Titik Koordinat Jarak dari Jarak dari

paksi-x paksi- y

A (2, 4) 2 4

B (3, 9)

C (6, 1)

D (7, 3)

E (5, 2)

F (4, 1)

G (3, 8)

H (5, 4)

I (4, 8)

J (1, 9)
y

10
9
8

7

6

.5

4A

3

2

1

x

0 1 2 34 5 67 8 9 10

331

Perkaitan dan Algebra: Tahun 4

Lembaran Kerja 5

Nama: _______________________________ Kelas: ________________

Nyatakan koordinat dalam jadual berdasarkan titik-titik pada satah
Cartesan.

y

10

9. .8 B

7 F
C
.6
.5 D

. . .4 E H
.3 A J

.2 G
.1 I
x
O
1 2 34 5 67 8 9 10

Titik Koordinat
A (2, 3)
B
C
D
E
F
G
H
I
J

332

Tajuk Perkaitan dan Algebra: Tahun 4
Standard Kandungan Koordinat, Nisbah dan Kadaran
7.2 Nisbah

Standard Pembelajaran 7.2.1 Mewakilkan hubungan antara dua kuantiti dalam
nisbah 1:1 hingga 1:10, 1:100 dan 1:1000.

Aktiviti 1:
a. Tunjukkan dua jenis bola.

b. Murid-murid menjawab soalan berdasarkan jenis bola.
Contoh: 1. Berapaan bilangan bola sepak?
2. Berapakah bilangan bola jaring?
3. Berapakah bilangan bola yang ada?

Aktiviti 2:

a. Satu bola sepak dan satu bola jaring ditunjukkan. Berdasarkan bola tersebut,
beberapa soalan dikemukakan.

Contoh:

1. Apakah nisbah bola sepak kepada bola jaring?

1:1 atau 1
1

2. Apakah nisbah bola jaring kepada bola sepak?

1:1 atau 1
1

b. Ulangi aktiviti 2 dengan menggunakan bilangan bola yang berbeza. Penggunaan
kad petak seratus dan kad blok asas boleh digunakan.

Aktiviti 3:

a. Sehelai kertas diberikan kepada setiap kumpulan.

b. Satu slaid bergambar ditunjukkan. Murid menyatakan nisbah bilangan yang mereka
dapati berdasarkan slaid yang diberi.

c. Jawapan setiap kumpulan dibentangkan di hadapan dan bincangkan jawapan
mereka.

333

Perkaitan dan Algebra: Tahun 4
Aktiviti 4:
a. Edarkan Lembaran Kerja 1 kepada setiap murid
b. Minta murid menjawab setiap soalan yang dikemukakan dan bincangkan.
Pentaksiran:
Berdasarkan kepada keupayaan murid menjawab soalan dalam lembaran kerja, murid
perlu betul kesemua soalan yang diberi sebelum bergerak ke kemahiran berikutnya.
Nilai dan Sikap:
Ketelitian dan kesungguhan.

334


Click to View FlipBook Version