The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Panduan PdP KSSR (Semakan 2017) Matematik Tahun 4

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by AMRAN BIN ABDULLAH Moe, 2020-11-09 08:05:10

Panduan PdP KSSR (Semakan 2017) Matematik Tahun 4

Panduan PdP KSSR (Semakan 2017) Matematik Tahun 4

Nama: __________________________ Nombor dan Operasi: Tahun 4

Lembaran Kerja 1
Kelas: _______________

1. Dalam suatu ujian, markah Melia ialah 85%. Terdapat 40 soalan dalam ujian
tersebut.

Berapakah soalan yang dijawabnya adalah salah?

2. 25% daripada jumlah murid dalam satu kelas ialah lelaki. Diberi jumlah murid dalam
kelas itu ialah 44 orang.

Hitung bilangan murid perempuan dalam kelas tersebut.

3. Dalam sebuah kotak, terdapat 150 biji guli. 26% daripadanya berwarna kuning dan
selebihnya adalah merah. Cari bilangan guli merah di dalam kotak itu

135

Nombor dan Operasi: Tahun 4

Tajuk Pecahan, Perpuluhan dan Peratus.
Standard Kandungan 2.4 Penyelesaian masalah

Standard Pembelajaran 2.4.1 Menyelesaikan masalah pecahan, perpuluhan
dan peratus.

Aktiviti 1:

a. Guru menyediakan beberapa ayat matematik melibatkan pecahan, perpuluhan dan
peratus dan diagihkan secara rawak kepada setiap kumpulan murid.

b. Murid diminta berbincang di dalam kumpulan untuk membina satu cerita berkaitan
dengan ayat matematik yang diberikan seperti berikut.

3  250 = 0∙85 + 3∙7 = 4∙55 45%  80 = 36
5

150

c. Soal jawab antara guru dan murid.

Aktiviti 2:
a. Guru memberi soalan yang berlainan kepada setiap kumpulan

b. Murid diberi masa selama 3 minit untuk menyelesaikan masalah tersebut.

c. Guru dan murid berbincang untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan
menggunakan kaedah Model Polya.

i. Maklumat
ii. Kehendak soalan
iii. Operasi yang diperlukan
iv. Penyelesaian masalah
v. Semak semula

Aktiviti 3:

a. Guru memberi lembaran kerja berbentuk situasi harian melibatkan pecahan,
perpuluhan dan peratus.

b. Berdasarkan soalan situasi yang diberikan, guru meminta murid melakonkan semula
situasi berkenaan untuk mendapatkan maklumat seperti berikut:

i. Apa yang diberi?
ii. Apa yang diminta?
iii. Apakah operasi yang terlibat?
iv. Penyelesaian
v. Semak semula

136

Nombor dan Operasi: Tahun 4
Aktiviti 4:
a. Guru mempamerkan beberapa soalan situasi harian yang melibatkan pecahan,

perpuluhan dan peratus.
b. Murid secara berkumpulan berbincang dan menyelesaikan soalan tersebut.
c. Murid-murid membentangkan hasil perbincangan di hadapan kelas
d. Guru membuat penilaian dan rumusan.
Aktiviti 5:
a. Guru mengedarkan Lembaran Kerja kepada murid.
Pentaksiran:
Berdasarkan keupayaan murid menjawab soalan dalam lembaran kerja.
Nilai dan Sikap:
Terapkan nilai dan sikap bekerjasama terutama sewaktu melakukan aktiviti.

137

Nama: __________________________ Nombor dan Operasi: Tahun 4

Lembaran Kerja 1
Kelas: _______________

14 2
1. Terdapat 10 kg durian, kg pisang dan kg betik di dalam sebuah bakul.
15 9 3

Berapakah jumlah berat buah-buahan yang terdapat di dalam bakul itu?

2. Panjang seutas tali ialah 7 m. Ali memotong 0.45 m untuk membungkus hadiah.
Berapakah panjang tali dalam m yang belum digunakan ?

3. Pak Jusoh ada 2 500 ekor ikan. 80% daripada ikan itu adalah ikan siakap dan
selebihnya ikan haruan. Berapakah bilangan ikan siakap yang Pak Jusoh ada?

4. Hanafi ada 800 biji cempedak. 30% daripada jumlah cempedak itu telah dijual dan
selebihnya ada dalam kedainya. Berapakah bilangan cempedak yang belum dijual?

3

5. Nurul memberi daripada buah rambutannya kepada Sufiah. Baki buah

7

rambutannya Nurul ialah 168 biji. Hitungkan bilangan asal buah rambutan Nurul.

138

Nombor dan Operasi: Tahun 4

Tajuk Wang 60 minit
Standard Kandungan 3.1 Operasi asas wang
Standard Pembelajaran
3.1.1 Menyelesaikan ayat matematik tambah hingga tiga nilai
wang dan hasil tambahnya hingga RM100 000

3.1.2 Menyelesaikan ayat matematik tolak hingga dua nilai
wang dari satu nilai wang dalam lingkungan RM100 000

Aktiviti 1:
a. Tunjukkan beberapa keping kad gambar wang kertas RM100, RM50, RM20, RM10, RM5

dan RM1. Minta murid memerhatikan kad gambar wang tersebut.

Contoh:

b. Murid diminta menyebut nilai setiap wang kertas tersebut berdasarkan pengetahuan sedia
ada dan lepas.

c. Nyatakan keseluruhan nilai wang kertas tersebut.
d. Aktiviti diteruskan dengan nilai wang yang lain.

Aktiviti 2:
a. Tunjukkan beberapa keping wang syiling dan wang kertas di hadapan kelas.

Murid

b. Nyatakan jumlah wang yang ditunjukkan.
c. Aktiviti diteruskan dengan beberapa gabungan wang yang lain.
d. Aktiviti boleh diteruskan dengan menggabungkan beberapa nilai wang pada Aktiviti

1 dan Aktiviti 2.

139

Nombor dan Operasi: Tahun 4

Aktiviti 3:
a. Bentukkan kumpulan yang tidak melebihi 3 orang murid dan tandakan dengan murid A, B

dan C.

b. Guru menampal label harga pada katalog kelengkapan rumah yang ditampalkan di papan
hitam. Contoh katalog adalah seperti berikut.

RM29 526.00

RM64 971.00

RM16 538.00 RM42 738.00

RM32 387.00

140

Nombor dan Operasi: Tahun 4

c. Guru telah menyediakan kad soalan yang mempunyai gabungan 3 belian barang.
Cadangan seperti berikut dan ditandakan dengan label A, B dan C. Tugasan ini akan
diselesaikan oleh murid yang telah ditanda dengan A, B dan C.

[A] [B] [C]
Set bilik tidur Set televisyen Set kabinet dapur
Meja belajar
Set sofa Meja makan Set televisyen
Meja belajar Meja Belajar

d. Tugasan yang perlu diselesaikan adalah murid menulis semula dalam bentuk ayat
matematik yang betul gabungan hasil tiga barang pada kad tugasan yang diberikan secara
berkumpulan.

e. Murid membentangkan hasil dapatan di hadapan kelas.

Aktiviti 4:

a. Murid digandingkan secara berpasangan.

b. Guru telah menyediakan satu lembaran hasil kerja sebagai cadangan sebuah buku skrap.

Makanan Kegemaran Keperluan Sekolah

Item 1 Item 2 Item 3 Item 1 Item 2 Item 3
Ayat Matematik Ayat Matematik

_____ + _____ + ____ = ______ _____ + _____ + ____ = ______

Cadangan Hasil Buku Skrap

c. Edarkan katalog barang (Contoh: Giant, Tesco, CS, Maidin), beberapa keping kertas A4,
gam dan gunting kepada setiap pasangan.

d. Pilih tiga barang, gunting dan tampalkan pada kertas A4 yang disediakan.
e. Bina ayat matematik dan dapatkan jumlah harga bagi ketiga-tiga barang tersebut.
f. Murid membentangkan hasil dapatan di hadapan kelas.
g. Ulang aktiviti b hingga e dengan pilihan barang yang lain.

141

Nombor dan Operasi: Tahun 4
Aktiviti 5:
a. Edarkan Lembaran Kerja 1 kepada setiap murid.
b. Lengkapkan Lembaran Kerja 1 dan bincang hasil jawapan murid.
Pentaksiran:
Berdasarkan kepada keupayaan murid menjawab soalan di Lembaran Kerja 1,murid dapat
menjawab sekurang-kurangnya lima daripada enam soalan yang diberi sebelum bergerak ke
kemahiran berikutnya.
Nilai dan Sikap:
Terapkan sifat saling bekerjasama terutama apabila berada di dalam kumpulan.

142

Nombor dan Operasi: Tahun 4

Nama: _____________________________ Lembaran Kerja 1

Diberi lapan nilai perbelanjaan barangan seperti berikut: Kelas: ___________

RM45 119.00 RM31 413.00 RM25 207.00

RM39 000.00 RM17 161.00 RM21 333.00

RM23 142.00 RM35 821.00 RM15 673.00

Kemudian, isikan nilai-nilai perbelanjaan di atas ke dalam rajah yang berikut supaya hasil
tambah setiap tiga nilai perbelanjaan pada setiap baris ialah RM 77 953.00. Gunakan setiap
nilai perbelanjaan tersebut sekali sahaja.

.

RM77 953.00

143

Nombor dan Operasi: Tahun 4

Aktiviti 6:
a. Paparkan kad gambar beserta tanda harga.

RM349.00 RM566.30 RM279.65

b. Minta murid membeli buah-buahan menggunakan wang yang diberi.
Contoh:

c. Nyatakan baki wang yang diterima.
d. Ulang aktiviti b dan c dengan menggunakan sejumlah wang yang lain.

Aktiviti 7:
a. Paparkan kad nombor.

Contoh: RM94 120.00 RM62 136.75 RM7 532.99
RM32 647.50

b. Murid diminta memilih dua kad nombor.

c. Bina ayat matematik dan dapatkan bezanya.
Catatan:
Tegaskan pada murid bahawa proses penolakan perlu mengikut nilai wang iaitu ringgit
dengan ringgit dan sen dengan sen.

d. Ulang aktiviti b dan c dengan nilai wang yang lain.

144

Nombor dan Operasi: Tahun 4
Aktiviti 8:
a. Secara berkumpulan, edarkan sejumlah wang contoh yang telah ditentukan nilainya bagi

setiap kumpulan, katalog barangan (Giant, Tesco), kertas A4, gam dan gunting.
b. Pilih tiga barang, gunting dan tampal pada kertas A4 yang disediakan.
c. Cari baki wang tersebut.
d. Bentang hasil dapatan di hadapan kelas.
e. Ulang aktiviti b hingga d menggunakan sejumlah wang yang lain.
Aktiviti 9:
a. Edarkan Lembaran Kerja 2 dan 3 kepada setiap murid.
b. Lengkapkan Lembaran Kerja 2 dan 3 serta bincang hasil jawapan murid.
Pentaksiran:
Berdasarkan kepada keupayaan murid menjawab soalan di Lembaran Kerja 2 dan 3, murid
dapat menjawab sekurang-kurangnya 10 daripada 12 soalan yang diberi sebelum bergerak ke
kemahiran berikutnya.
Nilai dan Sikap:
Terapkan sifat saling bekerjasama terutama apabila berada di dalam kumpulan.

145

Nama: _____________________________ Nombor dan Operasi: Tahun 4
Lembaran Kerja 2
Tolak dan padankan jawapan.
l. RM55 600.00 Kelas: ___________
 RM14 760.002
RM31 825.00

2. RM39 000.00 RM63 433.00
 RM22 390.00

3. RM71 888.00 RM40 840.00
 RM46 063.00

4. RM86 388.00 RM16 610.00
 RM22 955.00

146

Nombor dan Operasi: Tahun 4

Nama: _____________________________ Lembaran Kerja 1

Kelas: ___________

Jawab semua soalan. 2.
RM58 800  RM29 260  RMl0 l40 
l.
RM97 000  RMl8 300  RM4 000 

3. 4.
RM76 460  RMl3 000  RM27 089  80 000 sen  3l 765 sen  28 950 sen 

5. 6.
RM63 369.70  RM49 900.95  RM1 200.90  RM6l 260.90  RM45 000.30  RMl2 789.70 

7. 8.
RM87 789.40  RM35 l76 RM4l 636.40  RMl00 000  RM34 009  RM5l 899 

147

Nombor dan Operasi: Tahun 4

Tajuk Wang 60 minit
Standard Kandungan 3.1 Operasi asas wang
Standard Pembelajaran
3.1.3 Menyelesaikan ayat matematik darab melibatkan nilai
wang dengan nombor hingga dua digit, hasil darabnya
hingga RM100 000.

Aktiviti 1:
a. Seramai 4 orang wakil murid diminta keluar ke hadapan kelas.
b. Setiap orang murid diberi tiga keping wang kertas RM100.

Contoh:

Murid A Murid B Murid C Murid D

Ada empat orang murid. Setiap murid memegang tiga keping wang kertas bernilai RM300.

c. Tulis ayat matematik tambah berulang.

Contoh: RM300  RM300  RM300  RM300  RM1 200

d. Tulis ayat matematik darab.

Contoh: 4  RM300  RM1200

e. Ulang aktiviti a hingga d menggunakan contoh nilai wang yang lain.

Aktiviti 2: 5  RM650 
a. Paparkan ayat matematik.

b. Tunjukkan penyelesaian menggunakan garis nombor.

RM650 RM650 RM650 RM650

RM650 RM1300 RM1950 RM2600 RM3250

148

Nombor dan Operasi: Tahun 4

c. Berdasarkan penyelesaian di atas, tukarkan dalam bentuk lazim.
650

5
3250

Jawapan  RM3 250
d. Ulang aktiviti a hingga c menggunakan ayat matematik darab yang lain.

Aktiviti 3:

a. Paparkan ayat matematik.
8  RM3 752 

b. Tunjukkan penyelesaian menggunakan kaedah Lattice.

3 75 2

21 51 41

3 8
4 60 6

00 l6

Jawapan  RM30 016

c. Berdasarkan penyelesaian di atas, tukarkan dalam bentuk lazim.
36 74 51 2

8

300 l 6

Jawapan  RM30 016

d. Ulang aktiviti a hingga c menggunakan ayat matematik darab yang lain.

149

Nombor dan Operasi: Tahun 4

Aktiviti 4: 6  RM7 284 
a. Paparkan ayat matematik.

b. Murid dibimbing mencari penyelesaian menggunakan nilai tempat.

Ribu Ratus Puluh Sa

7 2 84
 6

 42  12 48  24
 1 +5  2  20

 43 7  0 4

Jawapan  RM43 704

c. Berdasarkan penyelesaian di atas, tukarkan dalam bentuk lazim.

7 1 25 82 4
6
43 7 0 4

d. Ulang aktiviti a hingga c menggunakan ayat matematik darab yang lain.

Pentaksiran:
Kebolehan murid mendarab nilai wang dengan betul bermakna murid telah dapat menguasai
kemahiran tersebut.
Murid perlu betul kesemua soalan yang diberi sebelum bergerak ke standard pembelajaran
berikutnya.

Nilai dan Sikap:
Mendengar arahan, berani mencuba dan semangat keusahawanan.

150

Nama: _____________________________ Nombor dan Operasi: Tahun 4
Lembaran Kerja 1
A. Selesaikan.
Kelas: ___________

Pengiraan:

Ayat matematik:

Pengiraan:

Ayat matematik: Pengiraan:
Ayat matematik:

151

Nombor dan Operasi: Tahun 4

Nama: _____________________________ Lembaran Kerja 1

Kelas: ___________

Teliti gambar dan lengkapkan jadual yang diberi.

RM5 548.05 RM1 265.00 RM2 188.00 RM33 500.00

Barang Kuantiti Harga Pengiraan

9 RM1 265.00

7 RM2 188.00

2 RM33 500.00
14 RM5 548.05

152

Nombor dan Operasi: Tahun 4

Tajuk Wang 60 minit
Standard Kandungan 3.1 Operasi asas wang
Standard Pembelajaran
3.1.4 Menyelesaikan ayat matematik bahagi melibatkan nilai
wang dalam lingkungan RM100 000 dengan nombor
hingga dua digit

Aktiviti 1:

a. Sediakan 20 keping wang RM100 dan lima bekas.
b. Panggil seorang murid untuk masukkan wang RM100 satu per satu ke dalam setiap

bekas.
c. Contoh:

d. Tulis ayat matematik bahagi.
Contoh: RM2 000 ÷ 5  RM400

153

Nombor dan Operasi: Tahun 4
e. Ulang aktiviti a hingga d menggunakan contoh nilai wang yang lain.
Nota: Aktiviti ini juga boleh dilaksanakan dalam kumpulan kecil
Aktiviti 2:
a. Murid diminta untuk berada di dalam kumpulan (bilangan ahli mengikut kesesuaian).
b. Setiap kumpulan dibekalkan 18 keping duit RM100
c. Guru membacakan satu situasi.
d. Minta murid mengagihkan sama rata duit tersebut.

Sekumpulan enam orang murid telah memenangi wang tunai berjumlah RM1 800
dalam Pertandingan Robotik. Mereka membuat keputusan untuk mengagihkan
sama rata untuk simpanan masing-masing.

e. Tulis ayat matematik bahagi.
Contoh: RM1 800 ÷ 6  RM300

Aktiviti 3:
a. Sediakan gambar 12 buah basikal berserta harganya.

RM36 000

154

Nombor dan Operasi: Tahun 4
b. Minta murid bahagikan jumlah harga kepada 12 buah basikal tersebut.

RM36 000 ÷ 12 = RM3 000
c. Minta murid jelaskan apa yang mereka perhatikan.
d. Gunakan kaedah pemansuhan untuk menyelesaikan ayat matematik.

Contoh;
3

RM36 000 = RM3 000
12

e. Ulang aktiviti di atas dengan menggunakan contoh nilai wang yang lain.
f. Bahagi yang melibatkan nilai ringgit dan sen juga perlu diajar kepada murid.
Pentaksiran:
Berdasarkan kepada keupayaan murid menjawab soalan di Lembaran Kerja, murid boleh
membahagi nilai wang dengan nombor dua digit melibatkan nilai wang dalam lingkungan
RM100 000.
Nilai dan Sikap:
Semangat keusahawanan, berjimat cermat dan bekerjasama.

155

Nama: _____________________________ Nombor dan Operasi: Tahun 4
Padankan. Lembaran Kerja 1

RM 81 486 ÷ 18 Kelas: ___________

RM4 527 RM 67 936 ÷ 8

RM 16 984 ÷ 2 RM8 492 RM 27 162 ÷ 6

RM329

RM 2 303 ÷ 7 RM 987 ÷ 3

156

Nombor dan Operasi: Tahun 4

Nama: _____________________________ Lembaran Kerja 1

Kelas: ___________

Teliti gambar dan lengkapkan jadual yang diberi.

Barang Harga Pengiraan Harga
Seunit

RM18 000

RM2 250
RM28 000
RM7 500

157

Nombor dan Operasi: Tahun 4

Tajuk Wang 60 minit
Standard Kandungan 3.2 Operasi bergabung wang

Standard Pembelajaran 3.2.1 Menyelesaikan ayat matematik operasi bergabung
tambah dan tolak dalam lingkungan RM100 000

Aktiviti 1:

a. Murid menjalankan aktiviti berdasarkan situasi yang diberi berpandukan menu yang telah
disediakan.

Contoh situasi:

1. Anda menerima wang berjumlah RM200.00
2. Berdasarkan menu yang diberikan, pilih satu item daripada setiap

menu dan lengkapkan kad pesanan:
i. Item dan harga
ii. Kirakan jumlah harga
iii. Kirakan baki wang

Contoh menu:

158

Nombor dan Operasi: Tahun 4

b. Murid diminta untuk memilih tiga menu dan mencatat harga serta jumlah di atas borang
pesanan yang disediakan.

Contoh borang pesanan:

Bil. Item Harga

1

2

3

JUMLAH

c. Murid diminta menjumlahkan harga yang perlu dibayar. Berapakah baki wang mereka?

d. Murid menyemak borang pesanan bersama rakan

Aktiviti 2:

a. Murid diminta untuk duduk di dalam kumpulan 5 orang (bilangan ikut kesesuaian).

b. Guru membacakan satu situasi.

Sekumpulan lima orang murid telah memenangi wang tunai berjumlah RM5 000
dalam Pertandingan Reka Cipta Inovasi . Mereka meraikan kejayaan dengan
mengadakan jamuan makan. Mereka membuat keputusan, jika terdapat lebihan
wang, bakinya akan diagihkan sama rata untuk simpanan masing-masing.

Contoh borang pesanan: Kuantiti Harga seunit Harga
(RM) (RM)
Bil Item
1
2
3
4
5
6

JUMLAH

159

Nombor dan Operasi: Tahun 4
c. Menggunakan menu yang sama, setiap murid di dalam kumpulan diminta untuk memilih

dua item yang digemari.
d. Ketua kumpulan mengumpul semua pesanan ahli dan mencatatkan di dalam borang

pesanan (item dan harga).
e. Kira jumlah perbelanjaan dan kira baki lebihan wang mereka.
f. Setiap kumpulan membentang hasil tugasan.
Pentaksiran:
Kebolehan murid menambah dan menolak nilai wang dengan betul bermakna murid telah
dapat menguasai kemahiran tersebut.
Nilai dan Sikap:
Terapkan sifat saling bekerjasama terutama apabila berada di dalam kumpulan.

160

Nombor dan Operasi: Tahun 4

Nama: _____________________________ Lembaran Kerja 1

Kelas: ___________

Sebuah taman tema air sedang mengadakan promosi sempena cuti persekolahan seperti
jadual di bawah.

HARGA PROMOSI

Promosi

DEWASA

KANAK-KANAK
(12 tahun ke bawah)

*Ketinggian kanak-kanak kurang daripada 90 cm adalah percuma.

Berdasarkan maklumat di atas, jawab soalan-soalan berikut:

1. SK Taman Segar menganjurkan lawatan ke taman tema air. Seramai 100 orang murid
Tahun 5 dan Tahun 4 menyertai lawatan tersebut. Lawatan diketuai oleh Encik Arman dan
disertai 4 orang guru.

a. Berapakah harga yang perlu dibayar oleh Encik Arman untuk membawa murid-murid
dan guru-guru SK Taman Segar memasuki taman tema air tersebut?

b. Encik Arman telah membayar dengan menggunakan 16 keping wang kertas RM100,
3 keping wang kertas RM50.00 dan 6 keping wang kertas RM10.00. Kira baki
wangnya?

c. Berapakah wang yang harus dibayar oleh Encik Arman jika beliau perlu membayar
mengikut kadar normal?

161

Nombor dan Operasi: Tahun 4

Tajuk Wang 60 minit
Standard Kandungan 3.3 Pengurusan kewangan
Standard Pembelajaran
3.3.1 Merancang bajet harian, mingguan dan bulanan bagi
mencapai matlamat kewangan jangka pendek.

Aktiviti 1:

Situasi merancang membeli sesuatu yang digemari oleh murid.

a. Setiap murid dibekalkan dengan sekeping kertas yang mempunyai maklumat seperti
di bawah:

WISH LIST
1._____________________
2. _____________________
3.______________________

b. Murid akan melengkapkan maklumat yang dikehendaki.

c. Guru akan meminta beberapa orang murid untuk berkongsi maklumat tersebut di dalam
kelas.

d. Ambil beberapa contoh yang berkaitan maklumat perbelanjaan melebihi daripada wang
yang ada.

e. Murid-murid lain diminta untuk memberikan idea berdasarkan maklumat yang ada pada
Aktiviti d.

f. Guru menyenaraikan semua idea yang diperolehi di papan putih.

g. Guru dan murid berbincang semula senarai idea yang telah dicatat.

162

Nombor dan Operasi: Tahun 4

h. Murid diminta untuk menyatakan kebaikan dan keburukan dengan merancang dan tidak
merancang perbelanjaan dahulu.

i. Jadual di bawah adalah contoh perancangan perbelanjaan.

Contoh: Bajet Mingguan
Tarikh: ……………………

Kategori Bajet Bulanan Jumlah Sebenar Perbezaan
Pendapatan (RM)
Pendapatan Anggaran (RM) Pendapatan
Sebenar (RM)
Wang Saku, Hadiah, Upah 65.00
65.00 0
Perbelanjaan Perbelanjaan
Anggaran (RM) Perbelanjaan Perbezaan
Simpanan
Makan tengah hari 15.00 Sebenar (RM) (RM)
Alat tulis
Baki 40.00 15.00 0
(Pendapatan TOLAK
Perbelanjaan) 10.00 43.00 (3.00)

7.00 3.00

Nota: Sekiranya Perbelanjaan Sebenar melebihi Perbelanjaan Anggaran, guru perlu
meletakkan tanda kurungan ( ), dan menerangkan kepada murid maksud kurungan tersebut.

j. Guru boleh mendapatkan idea nilai-nilai murni daripada jadual di atas:

1. Galakan amalan menabung bagi menambah simpanan mereka jika perbelanjaan
anggaran lebih daripada perbelanjaan sebenar.

2. Guru juga boleh menyatakan bahawa lebihan wang adalah bonus bagi murid itu
kerana berjaya berbelanja dengan bijak.

Penerangan:

Pendapatan
1. Lajur Pendapatan Anggaran ialah anggaran duit belanja yang diperolehi oleh murid setiap

minggu atau bulan tersebut.
2. Lajur Pendapatan sebenar ialah jumlah wang diperolehi pada minggu atau bulan tersebut.
3. Lajur Perbezaan ialah pendapatan sebenar tolak pendapatan anggaran. Perbezaan ini

penting supaya murid dapat mengetahui lebih atau kurang bajet murid pada minggu atau
bulan tersebut. Jika perbezaan menunjukkan kurangan, maka murid boleh merancang
untuk menambah tabungan bagi bajet mingguan atau bulanan berikutnya.

163

Nombor dan Operasi: Tahun 4

Perbelanjaan
1. Lajur Perbelanjaan ialah penggunaan wang oleh murid. Butiran simpanan hendaklah

berada di bawah lajur perbelanjaan.
2. Lajur Perbelanjaan Anggaran ialah anggaran wang yang dibelanjakan oleh murid pada

minggu atau bulan tersebut.
3. Lajur Perbelanjaan Sebenar ialah jumlah wang yang dibelanjakan oleh murid pada minggu

atau bulan tersebut.
4. Lajur Perbezaan ialah perbelanjaan sebenar tolak perbelanjaan anggaran. Perbezaan ini

penting supaya murid dapat mengubah suai perbelanjaan mereka agar bajet mereka
mencukupi.

Aktiviti 2: (Aktiviti berpasangan)

a. Murid dibahagikan secara berpasangan.

b. Setiap pasangan diberikan satu katalog barangan seperti katalog Tesco, Giant, IKEA dan
sebagainya.

c. Pasangan dikehendaki memilih satu barangan dan merancang pendapatan dan
perbelanjaan mereka untuk mendapatkan barang tersebut.

d. Murid perlu membina satu jadual belanjawan atau bajet berdasarkan contoh yang diberi.

Aktiviti 3: (Aktiviti berkumpulan)

a. Secara berkumpulan (3 hingga 4 orang), murid dikehendaki merancang bajet secara
berhemat dengan mengenal pasti keperluan dan kehendak.

b. Guru membimbing dalam membuat perancangan yang baik.

c. Setelah selesai membuat tugasan yang diberi, setiap kumpulan akan membentang
belanjawan mereka dan membuat perbincangan dalam kelas.

Aktiviti 4: (Project-Based Learning)

a. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan (3 hingga 4 murid dalam satu kumpulan).

b. Setiap kumpulan dikehendaki menyediakan satu folio ringkas bertajuk “Perancangan
Kewangan Masa Hadapan Saya” (guru boleh mengadakan aktiviti lain selain daripada
contoh yang diberi).

c. Di dalam folio tersebut dikehendaki menyenaraikan keinginan yang mahu dicapai pada
masa hadapan. Mereka dikehendaki menyediakan perancangan kewangan (bajet)
menjurus pada tajuk di atas.

1) Guru memberi tempoh selama 1 hari untuk menyiapkan folio tersebut (tempoh masa
yang diberikan mengikut budi bicara guru).

164

Nombor dan Operasi: Tahun 4

Lembaran Kerja 1

Nama: _____________________________ Kelas: ___________

Lengkapkan bajet mingguan berikut supaya diakhirnya berbaki RM0.00

PENDAPATAN:

Wang Saku RM100.00

Wang Hari Jadi dari Atuk RM 20.00

Ganjaran Kemas Rumah RM 5.00

JUMLAH PENDAPATAN ...............

PERBELANJAAN :

Simpanan -...............

Makan tengah hari RM 20.00

Perbelanjaan -..............

Sumbangan -..............

BAKI(PENDAPATAN  PERBELANJAAN) ...............

165

Nombor dan Operasi: Tahun 4

Nama: _____________________________ Lembaran Kerja 2

Kelas: ___________

Sekarang saya ada sedikit wang dan ingin membeli belah di
sebuah pasaraya. Saya bercadang untuk bercuti di tepi pantai
dan ada wang simpanan sebanyak RM50 untuk membeli
beberapa barang keperluan perkelahan. Ahh! Saya sukakan
tempat ini. Saya boleh dapatkan semua yang saya mahu, tetapi
saya kena berhati-hati. Saya mudah terpengaruh dengan barang
yang saya nampak berbanding dengan barang yang sepatutnya
saya beli. Bolehkah anda membantu saya dalam berbelanja? Kita
mesti ingat saya perlu membeli barang keperluan dahulu dan
lihat berapa baki wang yang tinggal bagi memenuhi kehendak
saya.

Di ruangan garis di bawah, cuba beli gabungan barang yang berlainan bagi menentukan betapa
bijak kita menggunakan RM50. Jumlahkan harga barang pada setiap ruangan di bawah juga.

RM8.00 RM4.50 RM5.95 RM2.75

RM35.00 RM15.99 RM22.50 RM42.00

RM6.50 RM10.00 RM7.99 RM8.50

RM0.75 RM0.99 RM1.50 RM4.00

JUMLAH:

166

Nombor dan Operasi: Tahun 4

WTaanjguk 60 minit
Standard Kandungan
Standard Pembelajaran 3.3 Pengurusan kewangan

3.3.2 Merekodkan simpanan dan perbelanjaan bagi mencapai
matlamat kewangan

3.3.3 Menjelaskan keperluan menyimpan rekod simpanan
dan perbelanjaan

Penerangan ringkas:

1. Merancang simpanan dan perbelanjaan : Satu aktiviti mencatat secara bersistem
berkaitan perkembangan kemajuan dalam simpanan dan pengurangan wang daripada
aktiviti berbelanja.

2. Faedah merekod

3. Keburukan tidak merekod

Aktiviti 1: (Merekod simpanan)

a. Murid diberikan sebuah barang impian yang ingin dimiliki beserta dengan harga.
b. Murid ditugaskan untuk membuat catatan simpanan dan perbelanjaan yang digunakan bagi

merancang pembelian barang idaman yang ingin dimiliki.
c. Murid diminta untuk menyediakan satu catatan ringkas berkaitan rekod simpanan dan

perbelanjaan mereka.
d. Murid diminta untuk membentangkan catatan mereka sebagai satu hasil perkongsian.
e. Guru memberitahu ciri-ciri yang perlu ada pada catatan murid adalah seperti berikut:

i. Tarikh simpanan dan jumlah simpanan
ii. Tarikh perbelanjaan dan jumlah perbelanjaan
iii. Tarikh untuk membeli barang impian

f. Guru menyediakan satu templat catatan sebagai cadangan penambahbaikan hasil
daripada catatan murid (telah disediakan lebih awal oleh guru).

167

Nombor dan Operasi: Tahun 4

Beli pada 4.11.2018

(RM100.00)

TARIKH DUIT DARI AYAH SIMPANAN BELANJA CATATAN
DAN EMAK
4.9.2018 RM5 Bayar duit kelas
6.9.2018 RM10 RM5 RM4 Belanja sekolah

RM10 RM6

Aktiviti 2: (Merancang simpanan)

1) Murid diberikan satu situasi seperti yang telah disediakan oleh guru seperti di bawah:

Hairi memerlukan sepasang kasut bola yang berharga RM120
untuk digunakan dalam pertandingan bola sepak.
Rancang pembelian kasut bola untuk Hairi dan catatan untuknya
seperti pada jadual cadangan yang telah disediakan.

2) Secara individu dengan menggunakan peta bulatan (Lembaran Kerja 2), senaraikan
sumber kewangan yang boleh diperolehi.

3) Daripada peta bulatan tersebut, catatkan semua maklumat seperti dalam jadual di bawah.

Tarikh Sumber kewangan Jumlah diterima Simpanan untuk
membeli kasut
4.9.2018 Wang saku RM30 sebulan
RM8 sebulan bola
5.9.2018 Upah menolong bapa RM10 sebulan RM5
RM8
4.9.2018 Upah menolong ibu RM100 RM10
RM100
Ogos 2018 Duit raya RM123

Jumlah simpanan

Contoh jawapan bewarna merah.

168

Nombor dan Operasi: Tahun 4

 Hairi mampu membeli kasut bola tersebut dalam tempoh masa kurang daripada 1 bulan.
 Bimbing murid untuk membuat perancangan simpanan wang saku.

Contoh:
Daripada RM30 sebulan murid mungkin menyimpan RM5 sebulan dari
wang sakunya dengan mengambil kira perbelanjaan harian murid di
sekolah.
(Guru menerima sebarang jawapan murid yang dianggap bersesuaian)

4) Murid diminta untuk mengenal pasti pula sama ada kasut bola tersebut adalah merupakan
keperluan ataupun kehendak.
Contoh soalan:
“Adakah kasut bola yang ingin dibeli oleh Hairi ini adalah keperluan atau kehendak?”

Aktiviti 3: (Aktiviti berpasangan)
1) Situasi

Farhana berminat untuk membeli sebuah basikal yang berharga
RM350. Rancang pembelian basikal tersebut.

Sumber Kewangan Jumlah wang Simpanan untuk beli basikal

2) Berapa lamakah tempoh masa yang diperlukan oleh Farhana untuk membeli basikal
tersebut?

3) Murid diminta untuk mengenal pasti sama ada basikal tersebut merupakan keperluan
ataupun kehendak.

Contoh soalan:
“Adakah basikal yang ingin dibeli oleh Farhana ini adalah keperluan atau kehendak?”

169

Nombor dan Operasi: Tahun 4

Aktiviti 5: (Kerja Projek-Individu)

1. Sediakan sebuah folio yang menunjukkan perancangan simpanan wang dengan
menggunakan perisian Microsoft Office (Microsoft Words, Microsoft Power Point). Hasil
folio tersebut hendaklah dihantar melalui emel kepada guru menggunakan ID VLE murid
atas nama ‘FOLIO PENGURUSAN KEWANGAN’.

2. Setiap murid diberi sejumlah wang contoh.

3. Rancang simpanan dan perbelanjaan.

4. Cari gambar barang beserta harga menggunakan internet dan ‘copy & paste’ gambar
tersebut di dalam fail FOLIO PENGURUSAN KEWANGAN.

5. Berdasarkan folio kamu, nyatakan:
a. Jumlah simpanan
b. Jangka masa simpanan

Contoh folio: Simpanan
Wang boleh belanja

Tampalkan gambar barang yang ingin dibeli di ruang ini.
RM45.00

Jumlah Perbelanjaan: RM45.00

170

Nombor dan Operasi: Tahun 4

Rubrik Kerja Projek Matematik – Folio

Tempoh Masa: 1 minggu
Bilangan: Individu
Bahan: Komputer dan Rangkaian Internet
Markah: Perisian, isi, kekemasan, persembahan dan ketepatan jawapan.

Syarat Pemarkahan:
1. Menggunakan perisian Microsoft Office (5 markah)
2. Setiap item direkod dengan tepat (10 markah)
3. Pastikan gambar disusun dengan teratur dan mudah dibaca. (10 markah)
4. Markah tambahan untuk kreativiti dan dekorasi. (5 markah)
5. Tulis profil murid di muka surat pertama.
6. Emel kepada guru menggunakan ID VLE.

Catatan: Ini merupakan cadangan. Guru boleh mengubah suai mengikut kesesuaian.

171

Nama: _____________________________ Nombor dan Operasi: Tahun 4

Lembaran Kerja 2

Kelas: ___________

Sampul l: Sampul 2:

Sampul 3: Sampul 4:

Sampul 5: Sampul 6:

172

Nama: _____________________________ Nombor dan Operasi: Tahun 4

l. Peta Bulatan Lembaran Kerja 2

Kelas: ___________

173

Nombor dan Operasi: Tahun 4

Tajuk Wang 60 minit
Standard Kandungan 3.3 Pengurusan kewangan
Standard Pembelajaran
3.3.3 Menjelaskan keperluan menyimpan rekod simpanan
dan perbelanjaan.

Aktiviti 1:

a. Murid dibahagikan kepada kumpulan kecil, tidak melebihi 4 orang ahli. Setiap ahli
kumpulan telah diberikan pengenalan diri dengan A, B, C dan D.

b. Berdasarkan jadual di bawah, minta murid untuk menyelesaikan masalah yang dinyatakan
pada kertas mahjong yang disediakan.

Catatan rekod kewangan Encik Aziz

Berdasarkan rekod catatan di atas, murid diminta untuk membantu Encik Aziz
menyediakan beberapa laporan ringkas berkaitan rekod kewangannya.

i. Berapa orang yang memberi derma bagi baik pulih bilik darjah?
ii. Nyatakan bayaran yang dilakukan oleh Encik Aziz.
iii. Kirakan semua derma yang diterima oleh Encik Aziz.
iv. Kirakan bayaran untuk bil sahaja.
v. Nyatakan duit yang ada dalam akaun pada 7 Januari.

c. Wakil murid daripada setiap kumpulan akan membentangkan jawapan mereka. Murid A
akan menjawab item i, manakala murid ii menjawab item B dan seterusnya bagi item iii, iv
dan v.

174

Nombor dan Operasi: Tahun 4

d. Pentaksiran dalam bilik darjah boleh dilaksanakan berdasarkan hasil jawapan bagi setiap
kumpulan.

Aktiviti 2:
a. Murid dibahagikan kepada kumpulan kecil, tidak melebihi 4 orang ahli. Setiap ahli

kumpulan telah diberikan pengenalan diri dengan A, B, C dan D.
b. Berdasarkan Aktiviti 1, minta murid untuk menyenaraikan sebanyak 4 kebaikan merekod

semua urusan kewangan pada kertas mahjong yang disediakan.
c. Wakil murid daripada setiap kumpulan akan membuat perkongsian idea di hadapan kelas.
d. Guru sebagai pembimbing dan pentaksir boleh terus menjalankan pentaksiran dan

membuat perkongsian rumusan akhir.
f. Antara perkongsian idea yang boleh dibincangkan adalah seperti berikut:

i. Masa sesuatu rekod berlaku (tarikh).
ii. Perkara yang berlaku.
iii. Jumlah wang yang terlibat.
iv. Dokumen yang terlibat berkaitan dengan rekod simpanan dan perbelanjaan seperti

resit pembelian, invois dan lain-lain).
v. Baki wang yang ada dapat diketahui sama ada telah mencapai matlamat yang

ditetapkan.

Pentaksiran:
Guru boleh mentaksir murid mengikut hasil perkongsian idea hasil kolaboratif dalam kumpulan.

175

Nama: _____________________________ Nombor dan Operasi: Tahun 4
Jawab semua solan.
Lembaran Kerja 1

Kelas: ___________

Berdasarkan rekod catatan di atas, murid diminta untuk membantu Puan Azizah menyediakan
beberapa laporan ringkas berkaitan rekod kewangannya.
a. Jadual menunjukkan rekod perbelanjaan Puan Azizah pada bulan ______________

b. Berapa kali Puan Azizah membeli Minyak WSY? ____________
c. Nyatakan tarikh-tarikh Puan Azizah membeli Minyak WSY?

d. Nyatakan jumlah perbelanjaan Puan Azizah sehingga pembelian telur ayam?

e. Nyatakan jumlah pendapatan Puan Azizah bagi bulan ini?

f. Nyatakan duit baki yang masih ada dalam akaun pada bulan tersebut.

176

Nombor dan Operasi: Tahun 4

WTaanjguk 60 minit
Standard Kandungan
Standard Pembelajaran 3.4 Tanggungjawab dalam
membuat keputusan
berkaitan kewangan.

3.4.1 Menjelaskan kesan sesuatu keputusan kewangan
yang dibuat

Aktiviti 1

a. Murid diminta menyenaraikan 3 contoh keperluan dalam kehidupan sebagai seorang murid.
b. Daripada beberapa contoh yang diperoleh, guru meminta murid menyenaraikan cara untuk

mendapatkan keperluan tersebut selain bantuan daripada ibu bapa.
c. Guru menerima semua jawapan murid yang bersesuaian dengan objektif.
d. Penegasan kepentingan menyimpan wang terlebih dahulu sebelum berbelanja sebagai

amalan yang MESTI dilakukan.
e. Guru boleh mengaitkan dengan konsep yang murid telah pelajari seperti perbelanjaan

berhemat dan berjimat cermat.
f. Bincangkan setiap tindakan murid dengan kata kunci berhemat di mana murid

mengutamakan rasional perbelanjaan.

Aktiviti 2

a. Secara berpasangan, murid menjawab Lembaran Kerja 1.

b. Murid akan membaca petikan yang diberikan dan mengisi maklumat mengikut
pengetahuan sedia ada ke dalam ruangan disediakan berdasarkan maklumat yang
diberikan.

c. Guru bersoal jawab tentang kewajaran jumlah peruntukan untuk penyimpanan yang murid
hasilkan.

d. Murid menyatakan kewajaran jumlah wang yang diperuntukan dan guru membantu
menerapkan konsep perbelanjaan berhemat dan penyimpanan berdasarkan jawapan
murid. Tiada jawapan betul atau salah untuk Lembaran Kerja 1.

Aktiviti 3:

a. Daripada pasangan tadi, murid bergabung menjadi 1 kumpulan (4 orang) dan setiap
kumpulan akan mendapat sampul maklumat yang berbeza. Contoh:

Siti Aisyah
Wang saku RM5.00 Wang saku RM4.00
Tabungan RM1 Tabungan RM2.00
Perbelanjaan makan dan minum RM4 Perbelanjaan makan dan minum RM2.00

Dewi Norini
Wang saku RM5 Wang saku RM6
Tabungan RM2.50 Tabungan RM2
Perbelanjaan makan dan minum RM2.50 Perbelanjaan makan dan minum RM4

177

Nombor dan Operasi: Tahun 4
b. Paparkan soalan di papan tulis. Contoh soalan:

Berdasarkan petikan diberi, berapakah simpanan murid itu selepas 4 minggu
sekiranya mereka bersekolah 5 hari seminggu?
c. Murid diberi masa untuk membincangkan di dalam kumpulan.
d. Setiap jawapan kumpulan akan dilekatkan di papan dan murid dari kumpulan lain
akan memberi maklum balas. Daripada maklumat yang telah dibentangkan, guru
boleh mengemukakan soalan seperti
i. Siapakan di antara mereka yang menyimpan duit lebih banyak?
ii. Bagaimanakah murid yang paling sedikit simpanannya dapat mengubah cara

perbelanjaannya?
iii. Di manakah wang yang dikumpulkan patut disimpan? Mengapa?
iv. Berdasarkan aktiviti ini, murid berbincang untuk menyenaraikan kepentingan

menguruskan kewangan secara berjimat-cermat untuk masa hadapan.
Pentaksiran:
Guru boleh mentaksir murid mengikut tahap penguasaan yang sesuai

178

Nombor dan Operasi: Tahun 4

Nama: _____________________________ Lembaran Kerja 1

Kelas: ___________

Pada awal bulan Februari, pihak sekolah memaklumkan akan mengadakan lawatan
sambil belajar ke Cameron Highlands pada bulan November. Setiap murid yang ingin menyertai
perlu membayar sebanyak RM120 sebagai perbelanjaan diri termasuklah makan, minum dan
tiket lawatan. Murid perlu membayar wang lawatan tersebut sebelum bulan Oktober.

Amir berasa sangat teruja untuk menyertai lawatan tersebut dan telah meminta
kebenaran daripada ibu bapanya. Ibu bapanya memberi kebenaran dengan syarat, sekiranya
dia ingin mengikuti lawatan tersebut dia perlu menggunakan wang simpanan sendiri.

Soalan

1. Apakah yang perlu Amir buat agar dia dapat menyertai rombongan lawatan tersebut.

(A) (B) (C) (D) (E) (F)
Jumlah Jumlah Jumlah Jumlah yang Tempoh Cara
tabungan tabungan yang masa yang mendapat
yang yang sedia diperlukan disimpan ingin dicapai lebih banyak
dikehendaki (A-B) dalam sebulan wang
ada

2. Cadangkan apa yang Amir boleh buat dengan duit lebihan.

179

Nombor dan Operasi: Tahun 4

WTaanjguk 3.4 Tanggungjawab dalam 60 minit
Standard Kandungan Membuat keputusan berkaitan
Standard Pembelajaran kewangan.

3.4.2 Membuat keputusan kewangan berdasarkan
keutamaan keperluan dan kehendak.

Penerangan ringkas: (Matlamat kewangan)
Matlamat kewangan – matlamat yang ingin kita capai dengan wang yang kita ada dalam jangka
masa tertentu.

Apa jangka pendek?
Jangka pendek dicadangkan 1-3 bulan.

Apa itu keperluan?
Keperluan adalah sesuatu yang anda perlu ada kerana anda tidak boleh hidup tanpanya.
Contoh keperluan asas seperti makanan.

Apa itu kehendak?
Kehendak adalah sesuatu yang anda inginkan tetapi tidak semestinya perlu. Contoh, komik.

Aktiviti 1:

a. Paparkan tayangan video yang sesuai. Contoh: Kids & Cash dan tetapkan matlamat
S.M.A.R.T https://www.youtube.com/watch?v=BhB9cCXtAZc

b. Soal jawab berkaitan video yang ditonton.
*Contoh soalan: Apa yang kamu faham tentang video itu tadi?

c. Murid dijelaskan tentang Konsep SMART.

Aktiviti 2

a. Murid ditanya sama ada mereka mempunyai matlamat kewangan.

b. Tegaskan kepada murid hendaklah berpandukan konsep SMART dalam menetapkan
matlamat kewangan iaitu:

 Specific (Spesifik) - Catatan dengan tepat apa yang anda ingin capai dengan wang
anda.

 Measurable (Boleh diukur) - Tulis jumlah sebenar wang yang diperlukan
 Attainable (Boleh dicapai) - Sediakan perancangan langkah demi langkah untuk

mencapai matlamat anda
 Realistic (Realistik) - Kaji matlamat anda dengan teliti termasuk kos melepas dan buat

analisis apakah kesan matlamat tersebut bagi memastikan ia dapat dicapai.
 Time-bound (Jangka masa ditetapkan) - Nyatakan secara spesifik bilakah matlamat

tersebut ingin anda capai.

180

Nombor dan Operasi: Tahun 4

c. Meminta beberapa orang murid bercerita tentang matlamat kewangan masing-masing
menggunakan konsep SMART.

Contoh:
Adli hendak membeli jam tangan digital jenama Casio yang berharga RM120 sempena hari
lahirnya pada bulan Julai. Untuk memastikan Adli boleh membeli jam tangan tersebut, Adli
akan menabung RM1.00 setiap hari dengan mengurangkan jumlah belanja harian dari
wang sakunya sebanyak RM5.00 kepada RM4.00 sehari dalam tempoh 6 bulan bermula
Januari hingga Jun.

d. Terima sebarang jawapan yang diberikan oleh murid.

Aktiviti 3: Aktiviti Individu

a. Murid diingatkan bahawa matlamat kewangan membantu kita dalam membuat
perancangan kewangan dengan bijak.

b. Perancangan kewangan boleh disediakan dalam bentuk jadual.

c. Murid dibimbing melengkapkan jadual perancangan kewangan. Contoh situasi seperti
berikut:

Ali hendak menyimpan RM250 untuk membeli kasut sukan jenama Nike untuk
dipakai semasa perkhemahan pada hujung tahun. Jumlah duit tabungan yang sedia
ada adalah sebanyak RM50. Jadi dia perlukan RM200 lagi. Untuk mencapai jumlah
tabungan yang dikehendaki, beliau perlu membuat tabungan selama 1 tahun. Namun
begitu beliau boleh menggunakan cara lain untuk mendapatkan lebih banyak wang.

Contoh:

(A) (B) (C) (D) (E) (F)
Jumlah Jumlah Jumlah Jumlah yang Tempoh masa Cara
tabungan yang tabungan yang mendapat
yang sedia ada diperlukan disimpan yang ingin lebih banyak
dikehendaki (A) – (B) dalam sebulan dicapai wang
RM50
RM250 RM200 RM20 1 tahun a. Jual surat
(12 bulan) khabar lama.
b.Tolong ayah
cuci kereta.
c. Jual kuih

d. Murid-murid di minta melengkapkan Lampiran 1.

e. Beberapa murid dipilih untuk membentangakan hasil kerja mereka.

Catatan: Bahagian (F) sebagai tambahan cara murid-murid yang ingin mendapat lebih
banyak wang. Terima sebarang jawapan yang bersesuaian.

Aktiviti 4: Aktiviti Kumpulan

181

Nombor dan Operasi: Tahun 4
a. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
b. Murid diminta menyenaraikan keperluan dan kehendak seperti dalam Lampiran 2.
c. Murid diminta menerangkan keutamaan keperluan dan kehendak yang telah disenaraikan

mengikut keperluan.
d. Setiap kumpulan mempamerkan hasil kerja mereka di papan putih dan ketua dari setiap

kumpulan akan menerangkan.
Pentaksiran:
Guru boleh mentaksir murid mengikut tahap penguasaan yang sesuai.

182

Nombor dan Operasi: Tahun 4
Lampiran 1

(A) (B) (C) (D) (E) (F)
Jumlah Jumlah Jumlah Jumlah Tempoh Cara
tabungan tabungan yang boleh masa yang mendapat
yang yang sedia disimpan lebih
dikehendaki yang dalam ingin banyak
ada diperlukan sebulan dicapai wang

(A)-(B)

183

Nombor dan Operasi: Tahun 4

Lampiran 2

Senaraikan keperluan dan kehendak mengikut keperluan

Bil Jenis Keperluan Sebab

Makanan (*Bergantung Anda perlu makan untuk hidup dan
kepada budaya, tempat tanpanya anda mungkin tidak boleh hidup
tinggal dan situasi) lama.

1.

2.

3.

4.

5.

Bil Jenis Kehendak Sebab
Komik
Untuk mengisi masa lapang dengan
1. membaca
2.
3.
4.
5.

Catatan: Keperluan dan kehendak bergantaung kepada individu.
Terima sebarang jawapan yang bersesuaian

184


Click to View FlipBook Version