PANDUAN PEMBINAAN ITEM KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI
©Lembaga Peperiksaan 2023 Cetakan Pertama 2023 Hak Cipta Terpelihara. Sebarang artikel, ilustrasi, isi kandungan dari mana-mana bahagian dalam buku Panduan Pembinaan Item Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) ini adalah tidak dibenarkan untuk diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan lagi atau dipindahkan dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara pun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanikal, rakaman atau lain-lain sebelum mendapat izin daripada Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia Diterbitkan oleh: Lembaga Peperiksaan Malaysia Kementerian Pelajaran Malaysia Aras 1, 2, 5 - 13, Blok E11 Kompleks Kerajaan Parcel E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 Putrajaya Jalan Tuanku Abdul Halim 50605 WP Kuala Lumpur
KANDUNGAN KATA ALU-ALUAN KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA KATA ALU-ALUAN PENGARAH PEPERIKSAAN RUKUN NEGARA FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN ASPIRASI SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA ASPIRASI MURID KEMAHIRAN BERFIKIR DEFINISI PENTAKSIRAN PRINSIP PENTAKSIRAN RUKUN PENTAKSIRAN DEFINISI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI KONSTRUK Definisi Kategori Konstruk KBAT Mengaplikasi Menganalisis Menilai Mencipta CIRI ITEM KBAT KATA TUGAS ITEM SISTEM 9 POIN PENILAIAN ITEM KBAT KOMPONEN ITEM BAHASA MELAYU BAHASA INGGERIS MATEMATIK SAINS 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 26 27 29 30 31 92 184 268 Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia 3
4 Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, dapat saya menyampaikan sepatah dua kata dalam buku ini. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada Lembaga Peperiksaan (LP) atas kejayaan menerbitkan buku Panduan Pembinaan Item Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Penerbitan buku ini adalah selaras dengan aspirasi KBAT dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia(PPPM) 2013-2025. Bagi menjayakan aspirasi ini, Inisiatif #20 iaitu Pembudayaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam Pembelajaran Abad Ke-21 dilaksanakan dengan memberi penekanan terhadap KBAT dalam kurikulum, pedagogi dan pentaksiran. Hal ini penting bagi membentuk generasi pewaris negara yang dapat mendepani cabaran dengan kekuatan daya fikir yang tinggi serta mempunyai nilai sahsiah yang terpuji selaras dengan hasrat melahirkan ‘Anak yang Baik lagi Cerdik’ (ABC). Penerbitan buku ini adalah signifikan bagi membugarkan budaya KBAT dalam pengajaran, pembelajaran dan pentaksiran. Dalam konteks pentaksiran, buku ini boleh dijadikan panduan oleh para pendidik untuk merencanakan dan meningkatkan kreativiti guru dalam aspek pembinaan item, teknik penyoalan dan penskoran. Akhir kata, saya merakamkan sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam penerbitan buku ini. Semoga buku ini dapat memberi impak yang positif kepada semua. Kata Alu-aluan DATO' HJ. PKHARUDDIN BIN HJ. GHAZALI
Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia 5 PENGARAH PEPERIKSAAN Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Sekalung penghargaan kepada warga Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) atas usaha gigih dan berdedikasi dalam menerbitkan buku Panduan Pembinaan Item Kemahiran Berfikir Aras Tinggi. Setinggi-tinggi penghargaan juga diucapkan kepada bahagian-bahagian lain di KPM atas sumbangan idea dan kerjasama yang diberikan dalam penerbitan buku panduan ini. KPM telah memberi penekanan terhadap Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam sistem persekolahan bagi menghadapi persaingan global dalam persekitaran ekonomi yang dipacu oleh inovasi. Pelaksanaan KBAT dalam sistem persekolahan menggunakan tiga elemen utama dalam pengajaran dan pembelajaran, iaitu kurikulum, pedagogi dan pentaksiran. KBAT diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran supaya murid dapat menguasai kemahiran mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta. Panduan ini boleh diaplikasi oleh para guru dalam proses membina item KBAT dan seterusnya menggunakan buku panduan tersebut dalam pentaksiran dalam bilik darjah, khususnya dalam proses membina item KBAT. Hal ini diharapkan dapat meningkatkan amalan berfikir secara kreatif dan kritis. Bimbingan daripada guru mampu menggalakkan murid berfikir dan mencapai aspirasi PPPM 2013-2025 dan seterusnya murid dapat melalui apa-apa juga cabaran yang mereka hadapi, terutama untuk mencapai cita-cita dalam kehidupan. Buku ini juga memberi panduan kepada semua warga pendidik agar berupaya menggubal item yang dapat menguji KBAT seiring dengan inisiatif #20, iaitu Pembudayaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pembelajaran Abad Ke-21. Akhir kata, syabas dan tahniah diucapkan kepada semua bahagian yang terlibat dalam menyediakan buku ini dan semua pihak yang telibat dalam menjayakan penerbitan buku panduan ini. Semoga Allah s.w.t sentiasa memberkati segala usaha murni ini. Kata Alu-aluan DR. MOHD AZAM BIN AHMAD
6 Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia BAHAWASANYA Negara Kita Malaysia mendukung cita-cita hendak: Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; Memelihara satu cara hidup demokratik; Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; Menjamin satu cara hidup yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak; Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsipprinsip yang berikut: KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN RUKUN NEGARA
Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia 7 Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
8 Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia ASPIRASI SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA
Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia 9 ASPIRASI MURID PPPM 2013-2025 mensasarkan setiap kanak-kanak di Malaysia akan mempunyai enam atribut utama untuk memenuhi keperluan abad ke-21.
10 Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia KEMAHIRAN BERFIKIR Bab 2: Visi dan Aspirasi, halaman 5, PPPM 2013-2025 Setiap murid perlu membina kemahiran inkuiri dan belajar cara untuk terus mendapatkan pengetahuan sepanjang hayat supaya boleh menghubung kait pelbagai pengetahuan dan mewujudkan pengetahuan baharu. Kemahiran berfikir aras tinggi dan kemampuan untuk melakukan inovasi amat kritikal dalam dunia teknologi yang berkembang pesat. Setiap murid perlu menguasai pelbagai kemahiran kognitif yang penting. Pemikiran Kreatif dan Inovatif: kemampuan menginovasi, menjana kemungkinan baharu dan mencipta idea atau pengetahuan baharu. Pemikiran Kritis dan Penaakulan: keupayaan menganalisis maklumat, menjangka masalah dan mendekati secara kritis, logik, induktif dan deduktif bagi mencari penyelesaian, dan akhirnya membuat keputusan; dan Keupayaan Belajar: keupayaan memacu pembelajaran sendiri dengan kemampuan menghargai nilai pembelajaran sepanjang hayat.
Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia 11 DEFINISI PENTAKSIRAN Pentaksiran ialah proses mendapatkan maklumat dengan menggunakan pelbagai kaedah dan pendekatan sama ada formatif, sumatif, formal dan tidak formal, dalaman dan luaran bagi mendapatkan eviden yang boleh dipertimbangkan dan seterusnya membuat penghakiman tentang sesuatu produk proses pendidikan. Proses ialah langkah/tindakan/operasi yang digunakan untuk mendapatkan hasil yang dikehendaki. Maklumat ialah eviden tentang prestasi murid dalam sesuatu perkara yang ditaksir. Penghakiman merupakan proses pertimbangan tentang pencapaian/prestasi pendidikan murid. Produk dalam konteks pendidikan merupakan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diperolehi murid setelah melalui proses pendidikan.
12 Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia PRINSIP PENTAKSIRAN KESAHAN • Kesahan merujuk pada kerelevanan dan kecukupcakupan kurikulum dalam sesuatu pentaksiran. • Kerelevanan merujuk pada kesesuaian dan ketepatan konstruk dalam kurikulum. • Kecukupcakupan merujuk pada instrumen yang mewakili aspek yang patut diukur berdasarkan objektif pentaksiran. KEBOLEHPERCAYAAN • Kebolehpercayaan merujuk pada ketekalan dan ketepatan skor yang boleh dipercayai dan bermakna. • Ketekalan merujuk pada skor yang konsisten untuk menggambarkan prestasi murid. • Ketepatan merujuk pada skor mengikut konstruk dan konteks yang berupaya mendiskriminasikan murid. KEBOLEHTADBIRAN • Merujuk pada pentadbiran ujian yang sistematik dan lancar dalam suatu pentaksiran. KEOBJEKTIFAN • Merujuk pada ketepatan seseorang pentaksir memberi skor kepada murid. KEMUDAHTAFSIRAN • Merujuk pada pentaksiran yang boleh memberi maklumat tentang prestasi murid berdasarkan skor yang diperoleh. KEKOMPREHENSIFAN • Merujuk pada instrumen yang mengandungi item yang mewakili objektif mata pelajaran.
Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia 13 RUKUN PENTAKSIRAN INSTRUMEN Instrumen terdiri daripada item yang merupakan alat, kaedah, pendekatan atau mekanisme untuk mendapatkan respons daripada murid. KUMPULAN YANG DITAKSIR Kumpulan yang ditaksir merujuk kepada murid yang telah melalui proses pembelajaran. RESPONS Respons ialah eviden yang diberikan atau dikemukakan oleh murid berdasarkan tugasan pentaksiran. KUMPULAN YANG MENTAKSIR Kumpulan yang mentaksir terdiri daripada guru/ pemeriksa/ pentaksir yang akan menentukan skor atau prestasi berdasarkan respons murid. SKOR Skor ialah gred/markah/ pernyataan yang diperoleh kumpulan/murid yang ditaksir.
14 Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI Keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu. (Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2013) Keupayaan untuk mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta idea secara kreatif atau inovatif dalam proses menyelesaikan masalah secara sistematik dalam situasi baharu dan kehidupan sebenar. (Lembaga Peperiksaan, 2022) DEFINISI OPERASI
Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia 15 KONSTRUK Konstruk ialah perkara yang ditaksir atau diukur yang berbentuk konkrit (tinggi, berat dan lain-lain) atau abstrak (pengetahuan, kemahiran, nilai atau sikap). PENGETAHUAN KEMAHIRAN NILAI Keupayaan murid untuk mengetahui dan memahami sesuatu perkara selepas melalui proses pembelajaran. Keupayaan murid mengaplikasi atau melakukan sesuatu selepas melalui proses pembelajaran. Keupayaan murid mempamerkan dan mengamalkan sikap yang positif selepas melalui proses pembelajaran.
16 Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia MENGAPLIKASI Elemen Menggunakan maklumat dan pengetahuan dalam situasi baharu dan bukan lazim/rutin untuk menyelesaikan isu dan tugasan. Aplikasi pengetahuan secara kuantitatif Kebolehan menggunakan maklumat dan pengetahuan (fakta, konsep, prinsip, teori atau formula) untuk menjelaskan fenomena peristiwa/ keadaan dalam situasi baharu/bukan lazim (luar bilik darjah/kehidupan sebenar) menggunakan angka, simbol/graf. Aplikasi pengetahuan secara kualitatif Kebolehan menggunakan maklumat dan pengetahuan (fakta, konsep, prinsip, teori atau formula) untuk menjelaskan fenomena peristiwa/keadaan dalam situasi baharu/bukan lazim (luar bilik darjah/kehidupan sebenar) dalam bentuk pernyataan/teks. Aspek
Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia 17 Elemen Kebolehan kognitif untuk memisahkan sesuatu set komunikasi (stimulus) kepada bahagian-bahagiannya sehingga satu bentuk perkaitan yang dapat dilihat dengan jelas. MENGANALISIS 01 02 03 Elemen Kemahiran mengenal pasti idea utama yang terdapat dalam stimulus seperti anggapan, pandangan, sifat, fungsi dan nilai. Perkaitan Kemahiran mengenal pasti saling kaitan antara elemen atau bahagian dalam stimulus seperti perkaitan hipotesis dengan pemerhatian, anggapan dengan hujah, sebab dan akibat dan sebagainya. Pengkategorian Kemahiran mengenal pasti susunan yang sistematik, perkaitan mengikut urutan atau struktur yang mengorganisasikan suatu stimulus. ASPEK
18 Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia Elemen Membuat pertimbangan dan keputusan berdasarkan kriteria dan standard melalui proses inkuiri, kritikan, hipotesis, justifikasi atau refleksi. MENILAI Inkuiri Mencari dan menyelidik sesuatu perkara atau peristiwa secara sistematik, kritis dan analitis serta membuat refleksi melalui teknik penyoalan, siasatan, perancangan dan ramalan, analisis dapatan dan merekod dapatan sehingga dapat merumuskan jawapan kepada persoalan atau penemuannya sendiri. Kritikan Memberi pendapat tentang sesuatu perkara atau peristiwa yang diyakini tidak betul atau tidak baik berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Hipotesis Andaian atau penjelasan yang dicadangkan sebelum dibuktikan berdasarkan data atau maklumat tertentu sebagai titik permulaan untuk siasatan lanjut. Justifikasi Alasan, hujah atau pendapat yang membuktikan sesuatu itu betul, munasabah atau wajar. Refleksi Pertimbangan, idea atau pendapat yang dibentuk atau penyataan yang dibuat hasil daripada pemikiran tentang tindakan yang telah dilakukan. Aspek :
Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia 19 Elemen Menghasilkan sesuatu yang baharu atau suatu inovasi, menyatukan elemen, menyusun, menjana, merancang atau menghasilkan semula elemen kepada corak atau struktur yang baharu. MENCIPTA Fakta Menghasilkan sesuatu idea/produk yang baharu dengan mensintesis fakta/prinsip/ teori/formula/konsep. Konseptual Mensintesis idea untuk menghasilkan sesuatu konsep/ model/teori/produk. Prosedur Menyusun semula prosedur/proses kepada corak dan struktur baharu. Aspek :
20 Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia CIRI-CIRI ITEM KBAT Stimulus Berfungsi mencetus idea bagi menyelesaikan sesuatu tugasan pentaksiran. Pelbagai Tahap Aras Pemikiran Menggunakan kata tugas yang sesuai bagi mentaksir pelbagai aras pemikiran dalam domain kognitif. Konteks Bukan Lazim Menggunakan situasi baharu bagi menggalakkan murid berfikir lebih mendalam dan bukan sekadar mengingat semula perkara yang dipelajari. Situasi Sebenar Dalam Kehidupan Mencabar murid untuk menyelesaikan suatu masalah kehidupan sebenar dengan menggunakan pembelajaran daripada pelbagai disiplin ilmu. Autentik Menggunakan bahan yang melangkaui bahan buku teks, buku kerja dan buku latihan.
Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia 21 KATA TUGAS Kata tugas ialah kata kerja yang terdapat pada sesuatu item yang berfungsi untuk menyatakan tugasan yang perlu diselesaikan. Kata tugas mengarahkan murid untuk memberikan respons yang sejajar dengan tugasan item. Kata tugas mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan objektif mata pelajaran. Pemilihan dan penggunaan kata tugas yang sesuai pada sesuatu item adalah sangat penting. Kegagalan menggunakan kata tugas yang tepat akan mengakibatkan murid tidak dapat memberikan respons seperti yang dihasratkan. Terdapat kata tugas yang boleh berdiri sendiri untuk menyatakan tugasan item. Walau bagaimanapun, terdapat kata tugas yang memerlukan sokongan daripada beberapa perkataan lain untuk mengundang respons yang dihasratkan.
22 Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia CONTOH KATA TUGAS Kata Tugas Respons Yang Diharapkan Analisiskan Membuat pernyataan terperinci tentang suatu aspek atau perkara yang dikomunikasikan Anggarkan Memberikan nilai kuantitatif yang dianggap sesuai dengan konteks berdasarkan pertimbangan/ciri sesuatu pengetahuan tertentu Bagaimanakah Memperihalkan/memberi penerangan tentang cara/keadaan/langkah/kejadian Bandingkan Menyatakan atau menjelaskan persamaan dan perbezaan antara dua atau lebih perkara Bezakan Menyatakan kelainan/ketidaksamaan antara dua atau lebih perkara Bincangkan Memberi penerangan/pandangan daripada pelbagai aspek Cadangkan Memberi pandangan/idea/pendapat dengan mempertimbangkan perkara positif atau negatif Ciptakan Menghasilkan/mewujudkan/menerbitkan sesuatu dengan daya fikiran atau imaginasi atau kreativiti Cerakinkan Menghuraikan sesuatu kepada bahagian Definisikan Memberi keterangan yang singkat tetapi jelas tentang makna suatu perkataan khusus/istilah/ terminologi Hitungkan Memberi nilai kuantatif dengan melaksanakan algoritma (langkah-langkah tertentu) atau menggunakan rumus
Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia 23 Kata Tugas Respons Yang Diharapkan Hubungkaitkan Membuat sesuatu pertalian berdasarkan beberapa ciri/faktor Huraikan Memperihalkan/menceritakan sesuatu dengan panjang lebar/terperinci Ilustrasikan Menjelaskan dengan contoh/gambar rajah/rajah Interpretasikan Memberi maklumat atau makna lain bagi sesuatu komunikasi Jadualkan Membuat susunan tentang perkara/maklumat/ acara mengikut ciri-ciri atau urutan tertentu yang telah ditetapkan Jelaskan Memberi penerangan tentang sesuatu dengan sokongan supaya mudah difahami Kemukakan Memberi pendapat sama ada menyokong atau membangkang Klasifikasikan Mengumpulkan/ membahagi - bahagikan melabelkan sesuatu kepada sesuatu kumpulan/ kategori berdasarkan kesamaan kualiti/kriteria/ ciri/sifat Labelkan Menandakan dan/atau memberikan panggilan yang spesifik terhadap suatu rujukan pada rajah/ graf/carta/ilustrasi dan sebagainya Lakar Memberi persembahan berbentuk rajah/gambar rajah/peta secara kasar dan tidak memerlukan perincian
24 Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia Kata Tugas Respons Yang Diharapkan Laporkan Memberitahu maklumat tentang sesuatu keadaan secara lisan atau bertulis Lukis Memberi persembahan berbentuk grafik/rajah/ gambar rajah/graf bagi menggambarkan suatu benda atau perkara dengan menggunakan alat dan mengikut ukuran atau skala tertentu Mengapakah Memberi sebab Nilaikan Membuat pertimbangan terhadap sesuatu perkara Ramalkan Memberi sesuatu nilai yang dijangka munasabah berdasarkan pola atau corak tertentu Rekabentukkan Membuat garis kasar/lakaran/pelan tindakan prototaip/model Ringkaskan Menyatakan sesuatu ungkapan/pernyataan/ petikan secara pendek/padat dan mengekalkan kandungan utama yang asal Rumuskan Membuat sesuatu kesimpulan berdasarkan data/ maklumat/petikan Sarankan Memberi pandangan/idea yang boleh diaplikasikan dalam sesuatu situasi Selesaikan Memberi beberapa fakta/ciri/konsep/prinsip/teori secara spesifik/berbentuk poin tanpa memberi hubungan/perkaitan/penerangan lanjut bagi setiap satunya Syorkan Memberi pandangan/idea/pendapat yang boleh diaplikasikan dalam sesuatu situasi dengan mempertimbangkan perkara positif atau negatif
Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia 25 Kata Tugas Respons Yang Diharapkan Tafsirkan Mengulas sesuatu berdasarkan maklumat yang diberi Takrifkan Memberi keterangan yang singkat tetapi jelas tentang makna suatu perkataan khusus/istilah/ terminologi Tentukan Membuat sesuatu keputusan selepas mengambil kira beberapa perkara sebagai asas pertimbangan Tentusahkan Menyatakan kebenaran/ketepatan sesuatu dengan memberikan bukti Terangkan Menyatakan fakta dengan sokongan atau menjelaskan sesuatu dengan sebab Terbitkan Membina sesuatu dengan menunjukkan cara/ kaedah untuk menemuinya Terjemahkan Menukarkan suatu bentuk komunikasi kepada suatu bentuk komunikasi lain tanpa mengubah dan memperihalkan makna komunikasi tersebut Tulis Mencatat huruf/angka/simbol yang khusus atau menghasilkan maklumat/idea berbentuk teks Ubah suai Membuat sesuatu perubahan dengan menggunakan kaedah/prinsip tertentu Ulas Memberi pandangan/pendapat/komen/kritik Ungkapkan Menyatakan sesuatu secara muktamad dalam bentuk yang dikehendaki Wajarkah Membuat pertimbangan terhadap sesuatu perkara dengan mengambil kira pelbagai aspek sama ada kebaikan, keburukan, kelebihan atau kekurangan
26 Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia Langkah Membina Item KBAT ITEM Perkara atau alat yang digunakan untuk mendapatkan respons daripada murid sebagai eviden hasil pembelajaran yang boleh dipertimbangkan dalam pentaksiran sesuatu konstruk serta cara pemberian skornya. Tentukan • Konstruk • Konteks • Aras kesukaran Tentukan Jenis Eviden • Fakta • Konsep • Generalisasi • Keupayaan Menilai • Rasional Tulis Item • Stimulus • Stem Menilai Item • Prinsip penilaian item • Ciri item KBAT Tulis Peraturan Pemarkahan/ Rubrik Penskoran • Senarai semak • Penskoran Analitikal • Penskoran Holistik Rancang Stimulus • Pelbagai • Saling berkaitan • Teks sepenuhnya • Teks bukan sepenuhnya Tentukan Jenis Item Objektif : • Aneka gabungan Subjektif : • Respons terhad • Respons terbuka
Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia 27 01 Akur Kurikulum Merujuk kepada konstruk (apa yang ditaksir), bagaimana atau di mana pentaksiran konstruk itu dilaksanakan dan merangkumi kurikulum. 02 Akur Spesifikasi Kawalan dari aspek relevan dan cakupan. Spesifikasi ini dibina untuk mengawal ujian dari segi konstruk, konteks, aras kesukaran item dan bilangan item bagi suatu set instrumen. 03 Akur Peluang Murid mestilah diberi peluang yang mencukupi dalam mempelajari perkara yang ditaksir. Peluang boleh dirujuk sebagai kemudahan/kelengkapan yang ada, kehadiran dan kepakaran pengajar dalam menyampaikan perkara yang ditaksir serta pengalaman murid. SISTEM 9 POIN
28 Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia 04 Tepat Konstruk Tugasan dalam item dapat mengemukakan bukti yang boleh digunakan untuk menilai konstruk yang dikehendaki. 05 Tepat Konteks/Tajuk Pentaksiran yang dilaksanakan menepati konteks dalam kurikulum. 06 Komponen Jelas Item mesti mempunyai darjah komunikasi yang tinggi dari segi: • Kebolehbacaan • Kejelasan ekspresi 07 Sesuai Aras Kesukaran Item yang dibina mestilah menepati aras kesukaran yang dihasratkan iaitu aras rendah, aras sederhana dan aras tinggi. 08 Sesuai Penting Idea, isi kandungan dan hal-hal yang diketengahkan dalam item merupakan perkara yang penting dalam pembelajaran. 09 Sesuai Adil Item yang ditulis itu tidak memberi faedah (advantage) kepada kumpulan tertentu dalam masyarakat dari segi bangsa, jantina, status, ekonomi atau lokasi.
Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia 29 PENILAIAN ITEM KBAT Penilaian item ialah proses membuat pengadilan terhadap kualiti item dengan mengambil kira setiap ciri item berdasarkan sistem 9 poin dan ciri item KBAT. Proses ini harus berakhir dengan ketetapan item tersebut sama ada diterima, ditolak atau dalam perhatian (KIV). BORANG PENILAIAN ITEM Item dinilai berdasarkan sistem 9 poin dan ciri item KBAT menggunakan Borang Penilaian Item. PENILAIAN ITEM KEAKURAN KETEPATAN DAN KEJELASAN KESESUAIAN Kurikulum Peluang Spesifikasi Konstruk Konteks Komponen Aras kesukaran Kepentingan Adil √ √ √ √ √ √ √ √ √ CIRI ITEM KBAT Stimulus Pelbagai Tahap Aras Pemikiran Konteks Bukan Lazim Situasi Sebenar Dalam Kehidupan Autentik √ √ √ √ √
30 Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia KOMPONEN ITEM
Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia 31 BAHASA MELAYU
32 Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia Rajah 1 menunjukkan intisari rancangan bagi dua saluran televisyen pada hari yang sama. TAHUN 4 KONTEKS Item 1 dan 2: 3.2.3 Menganalisis dan mencatat maklumat tentang sesuatu perkara yang dirujuk. Item 3: 3.2.1 Membina dan menulis ayat untuk menyatakan pendapat daripada sesuatu bahan multimedia. KONSTRUK ARAS KESUKARAN Item 1: Sederhana Item 2: Sederhana Item 3: Sederhana ELEMEN/ ASPEK TV 6 TV 10 12.30 1.00 1.30 2.00 2.30 3.00 4.00 4.30 5.00 6.00 7.00 8.00 Singgah-singgah Berita Tengah Hari Promo / PSA Siaran Langsung (Biz Malaysia) CUIT-CUIT : 3S Serba Serbi Servis Fikrah SPEKTRUM : Mahir Hidup Kita Buat Sehabis Baik Kartun - Upin Ipin My Halal – Makanan viral WIDURI : Sayang Anakku Sayang Berita Perdana 12.30 1.00 1.30 2.00 3.00 3.30 4.00 4.30 5.00 6.00 7.00 8.00 Berita Tengah hari Resipi Nenek Jom Niaga Telefilem – Jodoh itu Milik kita Bercuti bajet Wow Enaknya Drama bersiri – Happy Family Al-Quran Time Kartun - Keluang Man Ultraman Taro Drama bersiri – Anakku Episod 20 Berita TV10 Item 1: Mengaplikasi Item 2: Mengaplikasi Item 3: Mengaplikasi Rajah 1: Intisari rancangan dua saluran televisyen 1. Berdasarkan Rajah 1, berikan alasan mengapa rancangan kanak-kanak disiarkan pada pukul 5 dan 6 petang. _______________________________________________________________ (3 markah) 2. Berdasarkan Rajah 1, nyatakan saluran televisyen yang anda suka. Jelaskan jawapan anda. _______________________________________________________________ (3 markah) Item 1: Aplikasi pengetahuan secara kualitatif Item 2: Aplikasi pengetahuan secara kualitatif Item 3: Aplikasi pengetahuan secara kualitatif
Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia 33 3. Terdapat tiga jenis rancangan yang ditayangkan pada masa yang sama oleh kedua-dua saluran televisyen. Pada pendapat anda, mengapakah rancangan tersebut ditayangkan pada waktu yang sama? _______________________________________________________________ (3 markah) No Jawapan Markah 1. • Masa lapang kanak-kanak • Kanak-kanak telah pulang daripada sekolah • Ayat gramatis Maksimum 3 markah 1 1 1 2. 1 1 1 3. • Waktu tersebut merupakan waktu ahli keluarga beristirehat • Masa lapang kanak-kanak. • Ayat gramatis 1 1 1 Terima mana-mana jawapan yang releven Jawapan tanpa justifikasi 0 PERATURAN PEMARKAHAN • Saluran televisyen kesukaan • Alasan yang sesuai dengan tugasan • Ayat gramatis Maksimum 3 markah
34 Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia TAHUN 5 KONTEKS 2.2.1 Membaca dan memahami maklumat berdasarkan bahan multimedia untuk membuat pertimbangan dan keputusan. KONSTRUK Item 1: Mengaplikasi Item 2: Mengaplikasi ARAS KESUKARAN Item 1: Sederhana Item 2: Sederhana ELEMEN/ ASPEK Item 1: Aplikasi pengetahuan secara kualitatif Item 2: Aplikasi pengetahuan secara kualitatif Rajah 2 menunjukkan iklan yang digunakan untuk memperkenalkan kedai kek Ayu. Namun begitu, masih sedikit pelanggan mengunjungi kedai tersebut. Rajah 2: Iklan Kedai Kek D'Bambu 1. Berdasarkan Rajah 2, jelaskan tindakan yang boleh dilakukan oleh Ayu untuk menarik lebih ramai pelanggan ke kedainya. _______________________________________________________________ (4 markah) 2. Hasil daripada promosi yang dibuat, Ayu telah menerima banyak tempahan. Jelaskan bagaimanakah Ayu dapat memenuhi permintaan pelanggannya. _______________________________________________________________ (3 markah)
Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia 35 No Jawapan Markah 1. • Menggunakan aplikasi media sosial ialah Twitter dan Instagram. • 2 justifikasi yang sesuai • Ayat gramatis Maksimum 4 markah 1 2 1 2. • Menambah pekerja • Menambah cawangan kedai • Menambah peralatan • Menggunakan peralatan canggih • Alasan yang sesuai dengan tugasan • Ayat gramatis Maksimum 3 markah 1 1 1 1 1 1 Terima mana-mana jawapan yang releven Jawapan tanpa justifikasi 0 PERATURAN PEMARKAHAN
36 Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia TAHUN 6 KONTEKS 3.6.1 Menulis untuk menyampaikan maklumat dengan menggunakan idea utama dan idea sampingan secara kohesi dan koheren. KONSTRUK ARAS KESUKARAN Item 1: Sederhana Item 2: Sederhana ELEMEN/ ASPEK Rajah 3 menunjukkan beberapa perayaan yang disambut di Malaysia. Rajah 3: Perayaan di Malaysia 1. Berdasarkan Rajah 3, rumuskan maklumat berkaitan perayaan yang disambut oleh rakyat Malaysia. _______________________________________________________________ (6 markah) 2. Ramalkan apakah yang akan berlaku sekiranya rakyat sentiasa mengamalkan amalan bersatu padu. _______________________________________________________________ (8 markah) Item 1: Menganalisis Item 2: Menganalisis Item 1: Elemen Item 2:Perkaitan
Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia 37 No Jawapan Markah 1. • 2 peranan • 2 justifikasi yang sesuai • Ayat gramatis Maksimum 6 markah 2 2 2 2. • 3 aktiviti • Alasan yang sesuai dengan tugasan • Ayat gramatis Maksimum 8 markah 3 3 2 Terima mana-mana jawapan yang releven Jawapan tanpa justifikasi 0 PERATURAN PEMARKAHAN
38 Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia TAHUN 6 KONTEKS 3.6.1 Menulis untuk menyampaikan maklumat dengan menggunakan idea utama dan idea sampingan secara kohesi dan koheren. KONSTRUK ARAS KESUKARAN Item 1: Rendah Item 2: Sederhana Item 3: Sederhana ELEMEN/ ASPEK Jadual 1 menunjukkan data kunjungan pelanggan ke Kedai Makan Siti sebelum dan selepas tular di media sosial. Malam Sebelum 57 orang 68 orang Selepas 150 orang 210 orang Jadual 1: Data pelanggan Kedai Makan Siti 1. Berdasarkan Jadual 1, tuliskan BETUL untuk penyataan yang benar dan PALSU untuk pernyataan yang salah pada ruang jawapan dan nyatakan alasan anda. Bil Pernyataan Jawapan Alasan a. Kunjungan pelanggan telah menurun selepas kedai tersebut tular. b. Hasil jualan kedai makan Siti meningkat ekoran kejadian tular di media sosial. c. Tular di media sosial merupakan satu kaedah pengiklan kedai makan Siti secara tidak langsung. (6 markah) 2. Berdasarkan Jadual 1, berikan pendapat anda tentang faktor-faktor perubahan data kunjungan kedai makan Siti. _______________________________________________________________ (6 markah) 3. Sekiranya anda seorang peniaga, cadangkan dua cara yang akan anda lakukan untuk meningkatkan lagi jualan kedai makan Siti. _______________________________________________________________ (6 markah) Item 1: Mengaplikasi Item 2: Mengaplikasi Item 3: Mengaplikasi Tengah hari Item 1: Aplikasi pengetahuan secara kuantitatif Item 2: Aplikasi pengetahuan secara kualitatif Item 3: Aplikasi pengetahuan secara kualitatif
Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia 39 No Jawapan Markah 1. a. Palsu: Alasan b. Betul: Alasan c. Betul: Alasan 2 2 2 2. • 2 faktor • Penerangan faktor • Ayat gramatis Maksimum 6 markah 2 2 2 3. • 2 cadangan • Penerangan cadangan • Ayat gramatis Maksimum 6 markah 2 2 2 Terima mana-mana jawapan yang releven Jawapan tanpa justifikasi 0 PERATURAN PEMARKAHAN
40 Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia Kenderaan A • 5 tempat duduk • Untuk pemanduan lasak • Tempat duduk belakang boleh dilipat • Ruang penyimpanan barang yang luas diluar badan kenderaan Kenderaan B • 5 tempat duduk • Untuk kegunaan harian • Tempat duduk belakang boleh dilipat • Reka bentuk yang kecil, ringan dan moden Kenderaan C • 7 tempat duduk • Tempat duduk penumpang belakang luas. • Tempat duduk belakang boleh dilipat berasingan • Laluan penghawa dingin berasingan,depan belakang Rajah 4: Spesifikasi 3 jenis kenderaan. TAHUN 6 KONTEKS 1.2.2 Menjelaskan dan membanding beza maklumat tersurat dan tersirat dengan menggunakan idea yang kritis dan kreatif KONSTRUK ARAS KESUKARAN Item 1: Rendah Item 2: Sederhana ELEMEN/ ASPEK Rajah 4 menunjukkan spesifikasi 3 jenis kereta yang berlainan. Item 1: Mengaplikasi Item 2: Mengaplikasi Item 1: Aplikasi pengetahuan secara kualitatif Item 2: Aplikasi pengetahuan secara kualitatif
Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia 41 1. Berdasarkan Rajah 4, kenal pasti kenderaan yang sesuai mengikut situasi yang diberi pada ruang jawapan dan nyatakan alasan anda. Bil Pernyataan Jawapan Alasan a. Membawa ibu bapa, isteri dan anak-anak pergi bercuti dalam negeri. b. Membawa keluar buluh-buluh lemang daripada kawasan hutan. c. Menghantar kek tempahan pelanggan di daerah sekitar. (6 markah) 2. Sekiranya 10 tahun akan datang, anda diberi peluang menghasilkan kenderaan sendiri, jelaskan ciri-ciri kereta idaman anda dan nyatakan alasan. _______________________________________________________________ No Jawapan Markah 1. a. Kenderaan C: Alasan b. Kenderaan A: Alasan c. Kenderaan B: Alasan 2 2 2 2. • 2 ciri • Penerangan ciri • Ayat gramatis Maksimum 6 markah 2 2 2 Terima mana-mana jawapan yang releven Jawapan tanpa justifikasi 0 PERATURAN PEMARKAHAN
42 Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia TAHUN 6 KONTEKS 3.2.3 Mencatat maklumat dan menjana idea berdasarkan bahan. KONSTRUK ARAS KESUKARAN Sederhana ELEMEN/ ASPEK Rajah 5 menunjukkan lima langkah keselamatan jalan raya. Rajah 5: Poster langkah keselamatan jalan raya 1. Berdasarkan Rajah 5, kenal pasti langkah keselamatan jalan raya yang tidak dipatuhi. Berikan alasan anda. Bil Pernyataan Jawapan Alasan a. Alif dikenakan saman setelah plat keretanya dirakam pengesan had laju polis. b. Mazlin meneruskan perjalanan ketika lampu isyarat merah kerana tiada kenderaan. c. David memandu dalam keadaan separa sedar selepas pulang daripada kelab malam. d. Danish menghimpit kereta hadapan untuk memotong. e. Ayu terus memandu keretanya selepas menghidupkan enjin. (10 markah) Mengaplikasi Aplikasi Pengetahuan Secara Kualitatif
Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia 43 No Jawapan Markah 1. a. Patuhi had laju Alasan b. Patuhi lampu isyarat Alasan c. Jangan memandu ketika mabuk Alasan d. Patuhi jarak selamat Alasan e. Pakai tali pinggang keledar Alasan 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 Terima mana-mana jawapan yang releven Jawapan tanpa justifikasi 0 PERATURAN PEMARKAHAN
44 Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia Rajah 6 menunjukkan beberapa papan tanda jalan raya manakala Rajah 7 merupakan pelan kawasan perumahan Nina yang tidak diletakkan papan tanda. TAHUN 4|6 KONTEKS Item 1 dan 2: 3.2.3 Menganalisis dan mencatat maklumat tentang sesuatu perkara yang dirujuk. Item 3: 3.5.2 Mencatat maklumat daripada pelbagai sumber dalam bentuk grafik KONSTRUK ARAS KESUKARAN Item 1: Sederhana Item 2: Sederhana Item 3: Sederhana ELEMEN/ ASPEK Berhenti Lampu isyarat di hadapan Hospital Kanak-kanak melintas Lintasan pejalan kaki Hentian bas Bulatan dihadapan Simpang empat Rajah 6: Papan tanda jalan raya Item 1: Perkaitan Item 2: Elemen Item 3: Aplikasi Pengetahuan Secara Kualitatif Item 1: Menganalisis Item 2: Menganalisis Item 3: Mengaplikasi
Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia 45 Rajah 7: Pelan kawasan perumahan Nina 1. Berdasarkan Rajah 6, cadangkan 3 papan tanda yang sesuai diletakkan pada Rajah 7. Berikan alasan anda. _______________________________________________________________ (8 markah) 2. Berdasarkan Rajah 7, cadangkan dua kawasan yang berkemungkinan anda perlu lebih berhati-hati. Jelaskan jawapan anda. _______________________________________________________________ (8 markah) 3. Rajah 8 menunjukkan satu papan tanda jalan raya. Rajah 8: Dilarang membunyikan hon. Berdasarkan Rajah 8, nyatakan dua kawasan ia dapat dijumpai. Jelaskan jawapan anda. _______________________________________________________________ (6 markah)
46 Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia No Jawapan Markah 1. • Simbol • Alasan yang sesuai dengan tugasan • Ayat gramatis Maksimum 8 markah 1 1 2 2. • Kawasan • Alasan yang sesuai dengan tugasan • Ayat gramatis Maksimum 8 markah 1 1 2 3. • Kawasan+alasan Sekolah-Menganggu proses pengajaran dan pembelajaran Hospital-Menganggu pesakit berehat dan rawatan • Ayat gramatis Maksimum 8 markah 2 2 Terima mana-mana jawapan yang releven PERATURAN PEMARKAHAN
Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia 47 TINGKATAN 1 KONTEKS 2.2.2 Membaca untuk memahami maklumat daripada arahan dalam pelbagai bahan dengan memberikan respons yang betul dan tepat. KONSTRUK ARAS KESUKARAN Item 1: Sederhana Item 2: Sederhana ELEMEN/ ASPEK Rajah 9 menunjukkan 2 jenis bot penyelamat beserta fungsinya. Bot P • Digunakan untuk kawasan sempit dan banyak halangan • Tidak merosakkan rumah dan kenderaan • Digunakan untuk jangka masa pendek terutama ketika aktiviti menyelamat Bot Q • Digunakan di kawasan luas dan terbuka • Digunakan untuk jangka masa panjang terutama dalam aktiviti menyelamat • Tidak mudah rosak Rajah 9: Jenis bot penyelamat 1. Hujan lebat berterusan selama dua hari telah menyebabkan banjir besar melanda negeri Selangor khususnya Lembah Klang yang padat dengan penduduk. Proses menyelamat di kawasan bandar dan taman perumahan menjadi lebih sukar sekiranya bot penyelamat yang digunakan tidak bersesuaian. Berdasarkan Rajah 9, sebagai seorang daripada pasukan penyelamat, tentukan jenis bot yang sesuai digunakan. Berikan Justifikasi jawapan anda. _______________________________________________________________ (4 markah) 2. Tuliskan satu perenggan ringkas tentang tindakan yang boleh anda lakukan sementara menunggu pasukan penyelamat sampai. _______________________________________________________________ (5 markah) Item 1: Menilai Item 2: Mengaplikasi Item 1:Justifikasi Item 2: Aplikasi Pengetahuan Secara Kualitatif
48 Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia No Jawapan Markah 1. • Bot pilihan • 2 alasan • Ayat gramatis 1 2 1 2. • Tindakan yang diambil • Penerangan tindakan • Ayat gramatis Maksimum 5 markah 2 2 1 Terima mana-mana jawapan yang releven Jawapan tanpa justifikasi 0 PERATURAN PEMARKAHAN
Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia 49 Rajah 10: Fenomena bencana alam di dua kawasan TINGKATAN 1 KONTEKS 2.2.2 Membaca untuk memahami maklumat daripada arahan dalam pelbagai bahan dengan memberikan respons yang betul dan tepat. KONSTRUK ARAS KESUKARAN Item 1: Sederhana Item 2: Sederhana ELEMEN/ ASPEK Rajah 10 menunjukkan satu fenomena bencana alam yang sering berlaku di Malaysia manakala Rajah 11 merupakan data kerugian banjir di Malaysia. Rajah 11 Statistik kerugian banjir di Malaysia dari tahun 2010 hingga 2021 1. Berdasarkan Rajah 10, Anda sebagai seorang aktivis alam sekitar, cadangkan langkah terbaik untuk mengatasi fenomena tersebut. _______________________________________________________________ (2 markah) Item 1: Mengaplikasi Item 2: Menganalisis Item 1: Elemen Item 2: Perkaitan
50 Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia No Jawapan Markah 1. • Mengadakan kempen kesedaran tentang pelupusan sisa domestik yang terancang • Mengadakan aktiviti sosial seperti mengutip sampah, membersihkan longkang dan saliran yang tersumbat secara berkala • Menganjurkan pertandingan video pendek/poster/Tiktok/ Short mengenai kesedaran pelupusan sisa domestik yang terancang • Mengadakan aktiviti penanaman pokok • Merancang pengaliran air sungai yang baik/ memperdalam/ memperluas sungai 1 1 1 1 1 2. • Menyatakan dua fakta • Menerangkan hubungan fakta Contoh jawapan: • Kerugian - bilangan mangsa • Jumlah kerugian meningkat tetapi bilangan mangsa berkurang • Kerugian - bilangan negeri • Jumlah kerugian meningkat dengan kawasan yang terlibat • Bilangan negeri - kerugian • Bilangan negeri meningkat, kerugian meningkat 1 2 Terima mana-mana jawapan yang releven. Jawapan tanpa alasan 0 2. Berdasarkan Rajah 11, Nyatakan hubungan jumlah kerugian dan bilangan lokasi yang terjejas dari tahun 2010 hingga 2021.Justifikasikan jawapan anda. ______________________________________________________________ (3 markah) PERATURAN PEMARKAHAN