1.0 Proses perjalanan penerbitan video dan audio
Terdapat tiga proses dalam penerbitan video
a. Pra-produksi
b. Produksi
c. Pasca Produksi
Fasa Huraian
Pra-Produksi Aktiviti yang berlaku sebelum pengambarab ( rakaman bermula )
Produksi Proses rakaman ( rakaman video dan rakaman audio )
Pasca-Produksi Aktiviti yang berlakau selepas rakaman
( editing videodan editing audio )
a. PRA-PRODUKSI
Fasa ini termasuk menulis skrip dan perancangan yang perlu dalam penyediaan skrip untuk
rakaman.
Bil Fasa Huraian
1 Sinopsis Sinopsis merupakan maklumat ringkas yang padat dan jelas.Sinopsis
yang baik ialah diantara 30-50 patah perkataan dan yang kurang baik
melebihi 100 patah perkataan. Sinopsis ini ditulis dalam satu
perenggan sahaja.
2 Olahan Cerita Merupakan satu pengisahan yang lengkap mengenai satu-satu cerita
dari kaca mata seorang tukang cerita tanpa sebarang dialog. Olahan
cerita ini menggunakan kaedah adegan demi adegan. Mereka yang
membaca akan merasa kesan yang sama seperti menonton cerita
tersebut. Olahan cerita biasanya untuk filem atau drama satu jam,
olahan cerita atau treatment panjangnya dari 40 hingga 60 muka surat.
3 Skrip • Merupakan bahagian yang paling penting dalam mana-mana
produksi.
• Skrip ialah idea yang dikembangkan menjadi isu dan
persoalan.
• Ia berfungsi untuk memenuhi sesuatu tujuan dengan
menggunakan sesuatu jenis media.
• Skrip dihasilkan oleh penulis skrip.
• Penulisan sesebuah skrip berlaku berulang kali sehingga
diluluskan untuk diterbitkan.
• Biasanya penerbit akan membeli terus skrip dan mengubah
bahagian tertentu jika perlu
• Sumber idea untuk skrip adalah daripada pengalaman
sendiri,pengalaman orang lain.
4 MENINJAU Ia merupakan proses mencari tempat yang sesuai untuk
LOKASI penggambaran video atau filem. Tujuannya ialah :
• Untuk meminta kebenaran pihak tertentu untuk membuat
rakaman di lokasi-lokasi tertentu.
• Menentukan arah cahaya matahari yang penting untuk
subjek rakaman di luar dan dalam.
• Menentukan pencahayaan yang perlu di lokasi berkenaan.
• Menentukan plug point yang mencukupi terutama untuk
lampu-lampu penggambaran.
• Untuk mengetahui bunyi-bunyi yang tidak diperlukan di
lokasi berkenaan.
• Untuk mengetahui perkara-perkara tertentu dari masyarakat
tempatan di mana penggambaran akan diadakan.
4 Pemilihan • Pemilihan pelakon mestilah bersesuaian dengan watak di
pelakon dalam cerita
4 Jadual • Penolong Pengarah akan memecahkan skrip mengikut
pengambaran BABAK, SHOT, PROPS, KOSTUM, LOKASI dan
PELAKON.
• Jadual penggambaran disediakan mengikut jumlah hari
penggambaran dan babak.
• Babak yang digambarkan di tempat yang sama akan dibuat
pada hari yang sama.
• Contoh:
5 Storyboard • Menunjukkan susunan gambar bagi setiap elemen visual dan
( Papan menceritakan pada setiap gambar.
Cerita )
• Contoh:
6 Pembinaan • Pembinaan set diketuai oleh Pengarah Seni atau Pereka Set.
set • Sebelum set dibina ia terlebih dulu dilukis- Model juga dibina.
Pembinaan set mengambil kira kedudukan kamera dan
penataan lampu.
• Bahagian props juga membuat persediaan terhadap hiasan set
dengan nasihat Pengarah Seni.- Pengarah Seni bertanggung
jawab berkaitan pemilihan PERABOT, PROPS, dan perhiasan
set serta tempat untuk meletakkannya.
• Props yang tidak boleh dibeli atau disewa akan dibuat sendiri.
• Contoh :
7 Solekan • SOLEKAN LANGSUNG
Solekan langsung berkaitan aspek personaliti khususnya
dilakukan di muka.
• SOLEKAN WATAK
Solekan watak menukarkan pelakon kepada orang yang
berlainan seperti menambah janggut.
• SOLEKAN KESAN KHAS
Solekan atau make up katogori ini merangkumi bidang yang
luas bergantung kepada keperluan watak yang dilakonkan.
b. PRODUKSI
Penerbitan atau produksi ialah :
• Proses meletakkan imej-imej ke atas filem dan bunyi ke dalam pita
• Proses meletakkan imej-imej dan bunyi ke dalam pita
• Proses penggambaran pelakon dan aksi
Bil Jenis Huraian
1 Krew - PENGARAH
penggambaran
di lokasi • Pengarah memilih dan mementaskan bahan yang akan
digambarkan dalam shot.
• Tanggungjawab utama di lokasi ialah menyusun, mengarah
aksi, perletakan kamera dan menentukan shot yang harus
digunakan. - Menyelesaikan masalah krew dan juga
pelakon.
- PENOLONG PENGARAH
- PENASIHAT SKRIP/ PEMBANTU SKRIP
- PENGARAH DIALOG
- PENGARAH FOTOGRAFI/ JURUKAMERA
- JURUAUDIO
- PENATA CAHAYA
- JURUSOLEK
- PEMEGANG CLAPPERBOARD
- CONTIGIRL
2 Arahan dalam - Pengarah: 'Quite on the set! Camera ready'
penggambaran - Jurukamera: 'Ready'
video - Pengarah: 'Roll camera'
- Jurukamera: 'Camera roll'
- Pengarah: 'Mark it'
- Pemegang clapperboard: 'Scene 15, shot 1, take 3'
- Pengarah: 'Action'
3 Gerak kerja A)Jenis Shot
kamera
Extreme Long Shot ( ELS )
• Shot yang sangat jauh dan menampakkan bidang
pandangan yang sangat luas.
• Kamera mengambil keseluruhan pandangan.
• Objek lain dan objek lainnya nampak sangat kecil dalam
hubungannya dengan latar belakang.
Long Shot ( LS )
• Shot yang sangat jauh dan menampakkan bidang
pandangan yang lebih dekat berbanding ELS
• Objek masih didominasi oleh latar belakang yang lebih luas
Medium Long Shot (MLS )
• Shot yang menampakkan bidang pandangan yang lebih
dekat berbanding LS
• .bjek manusia biasanya ditampilkan dari atas lutut sehingga
atas kepala.
Medium Shot (MS )
• Objek manusia ditampakkan dari atas pinggang sampai
atas kepala.
• Latar belakang masih nampak sebanding dengan objek
utama.
Medium Close Up ( MCU )
• Shot amat dekat dan objek diperlihatkan dari bahagian
dada sampai atas kepala.
Close Up ( CU )
• Shot dekat dan objek menjadi titik perhatian utama di
dalam shot ini.
• Latar belakang hanya kelihatan sedikit sahaja
• Untuk objek manusia biasanya ditampilkan wajah dari
bahu sehingga atas kepala.
Big Close Up ( BCU )
• Shot yang menampilkan bahagian tertentu daripada
keseluruhan imej
• Objek mengisi seluruh layar dan jelas sekali perinciannya.
Extreme Close Up ( ECU )
• Shot yang menampilkan bahagian tertentu daripada sesuatu
objek.
• Objek mengisi seluruh layar dan lebih jelas perinciannya.
A) Sudut Kamera
Bird’s Eye Level
• Posisi kamera lebih tinggi dari obyek yang diambil.
High Angle
• Posisi kamera lebih tinggi dari obyek yang diambil.
Normal Level
• Posisi kamera sejajar dengan ketinggian mata objek yang
diambil.
Low Angle
• Posisi kamera lebih rendah dari obJek yang diambil.
Worm’s Eye Level
4 Gerakan - STILL / TANPA BERGERAK.
kamera - PAN LEFT / RIGHT
- TILT UP / DOWN
- CRANE UP / DOWN
- ZOOM IN / OUT
- DOLLY IN / OUT
- TRACK
5 Pencahayaan - Untuk mendapatkan satu pendedahan sempurna bagi tingkatkan
kualiti gambar
- Untuk menghasilkan 'mood' sesebuah cerita.
- Sumber cahaya
• Cahaya semulajadi
• Cahaya Buatan ( Lampu )
c. PASCA – PRODUKSI
• Juga dikenali sebagai pasca penerbitan
• Segala penyuntingan akan berlaku
Bil Fasa Huraian
1 Penyuntingan • Untuk membentuk sebarang makna yang dikehendaki semua
shot akan dicantumkan untuk membina sebuah babak atau
'scene' dan seterusnya menjadi sebuah filem.
• Proses penyuntingan ini meletakkan keseluruhan shot
bersama, kepada bentuk yang terakhir seperti filem, drama
dan sebagainya.
• Proses penyuntingan ini melibatkan pemilihan shot,
penyusunan shot dan babak serta pengadunan audio.
• Tugas penyuntingan ini dilakukan oleh penyunting.
• Penyunting mempunyai kebebasan menyunting namun
Pengarah mempunyai pengaruh yang besar dalam proses
penyuntingan.
• Jenis penyuntingan
(i) Penyuntingan Online – merupakan penyuntingan yang lebih
teliti dan sempurna dengan memasukkan kesan-kesan khas.
(ii) Penyuntingan Offline - merupakan suntingan awal dan
antara tujuannya adalah untuk ditonton kembali sebelum
2 Dubbing dilakukan penyuntingan akhir.
• Ia merupakan proses memasukkan audio ke dalam
penerbitan.
Fungsi utama audio ialah;
• -Untuk menarik perhatian seperti menggunakan muzik dan
lagu, kesan bunyi serta pertuturan yang berbeza antonasinya.
• Untuk mendapatkan maklumat; audio yang dihasilkan
mengandungi maklumat.
• Menjelaskan; biasanya menggunakan dialog.
RUJUKAN
1. http://studiouniversiti.blogspot.com/2010/10/fasa-fasa-dalam-penerbitan-
videoscp.html#!/tcmbck
2. https://www.slideshare.net/izzatizamburi/penerbitan-video-dalam-pendidikan
3. https://misteridigital.wordpress.com/2007/07/01/jenis-jenis-shot-sudut-dan-gerakan-
kamera/
SULIT
UTHM
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
UJIAN 1
SEMESTERl
SESI 2018/2019
NAMAKURSUS PENERBITAN AUDIO DAN VIDEO
KODKURSUS BBU 30103
PROGRAM BBF
TARIKHUTIAN 01 NOVEMBER2018
MASA 1 JAM 30 MINIT
ARAHAN JAWAB SEMUA SOALAN DI
KERTAS SOALAN
NAMA
NO MATRJK SITI HAWA SHAKIRAH BT MOHD PAUZI
CB160012
KERTAS SOALAN INT MENGANDUNGI TIGA (7) MUKA SURAT
SULIT
UTHM
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
UJIAN If.
SEMESTER I
SESI 2018/2019
NAMAKURSUS PENERBITAN AUDIO DAN VIDEO
KODKURSUS BBU 30103
PROGRA M BBF
TARIKH unAN 06 DISEMBER 2018
MASA 1 JAM
ARAHAN JAWAB SEMUA SOALAN DI
KERTAS JAWAPANYANG
NAMA DISEDIAKAN
NO MATRIK
� 111 Hf\W.A �HAKIRAH Bi MOHD PAUZI
c i:l>l 60 012
KERTAS SOALAN INI MENGANDUNGI TIGA (6) MUKA SURAT
FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL
UJIAN KEMAHIRAN
PENERBITAN AUDIO VIDEO
Nama Calon: .$ITI HAWA SHAKIRAH BT MOHD PAUZI
No. Matriks: _CB1 6 OO12_______
Markah:�
ARAHAN KEPADA CALON:
1. Anda dikehendaki untuk memasang satu sistem lengkap yang akan digunakan bagi tujuan
proses rakaman satu rancangan yang menggunakan sistem "Multi Camera Production"
(MCP), secara siaran langsung. Anda diberi masa selama 30 minit untuk menyiapkan proses
pemasangan ini sehingga ada keluaran dipaparkan.
Sistem MCP ini akan merangkumi alatan berikut :
1. 2 unit kamera video.
2. 1 unit video /audio 'switcher.
3. 1 unit paparan keluar video.
4. 1 unit 'multi video preview'.
5. 2 unit wayar video. (50 m panjang).
Hasil keluaran MCP mestilah boleh dipaparkan pada monitor keluaran yang digunakan.
Calon mesti menunjukkan pada pegawai pemeriksa
1. Cara menggunakan peralatan 'AV Switcher" yang digunakan, seperti:
a. Proses penukaran antara kamera yang digunakan.
b. Memaparkan 'picture in picture' pada video keluaran.
c. Bagaimana membuat kesan 'diso/ve' pada pertukaran antara kamera dan
d. Beberapa langkah lain yang dirasakan perlu oleh pemeriksa.
Calon wajib menjawab semua soalan berikut:
1. Apakah jenis wayar utama yang digunakan untuk kerja -kerja pemasangan MCP ini?
Projek Penerbitan Audio Video Digital (BBU 30103)
Semester I Sesi 2017/2018
PROJEK KUMPULAN (35%)
• Kumpulan terdiri daripada 3 – 4 orang. (maksima 4 orang)
• Tajuk yang di pilih adalah tentang penerbitan video pendek yang tidak mengandungi perkara
perkara yang melanggar undang undang dan tatsusila rakyat Malaysia.
1. Kertas Cadangan (proposal) - Perlu dihantar pada 27 Sept 2017
• Muka Depan
a. Tajuk
b. Nama ahli kumpulan
c. Nama kursus
• Agihan Tugas setiap ahli kumpulan
• Pengenalan
- Pengenalan dan sinopsis ringkas video yang akan dibangunkan.
• Pernyataan masalah
- Pelajar mengemukakan sesuatu permasalahan yang diketahui.
• Objektif
a. Pelajar perlu menyenaraikan objektif yang akan dicapai selepas projek dilaksanakan
(sekurang-kurangnya 3 objektif)
b. Membincangkan objektif penerbitan audio video secara terperinci.
• Skop
- Pelajar perlu menjelaskan skop atau had-has perlaksanaan projek yang dijalankan. Ini
bertujuan untuk memastikan perlaksanaan projek tidak terkeluar daripada skop yang
ditetapkan.
• Analisa Keperluan
- Menjelaskan kepentingan dan kelemahan projek yang dibina, cabaran-cabaran yang
akan dilalui oleh penerbit dan pengarah penerbitan audio video dan jangkaan dapatan.
• Metodologi
- Pelajar perlu menerangkan secara ringkas kaedah-kaedah atau tatacara yang digunakan
bagi menjalankan projek.
• Papan Cerita (Storyboard)
• Jadual Perancangan kerja (Gantt Chart)
a. Pelajar perlu menyediakan jadual perancangan sepanjang semester berdasarkan kepada
jadual projek semester yang dikeluarkan oleh penyelaras projek jabatan.
b. Peralatan, bahan dan kos (jika perlu)
c. Pelajar perlu menyenaraikan peralatan-peralatan atau bahan yang perlu digunakan serta
kos bahan yang terlibat.
• Penutup
- Kesimpulan, penghargaan, harapan
• Lampiran
- Pelajar perlu menyertakan lampiran-lampiran yang berkaitan dengan perancangan pada
perlaksanaan projek.
2. Video
• Pelajar perlu menghantar fail video yang dihasilkan dalam bentuk DVD format.
3. Laporan akhir.
• Perlu dihantar bersama dengan hasil akhir Penerbitan Audio Video dalam bentuk DVD.
4. Persembahan projek Penerbitan Audio Video Digital
• Minggu ke-14
• Persembahan projek : antara 15 – 20 min.
FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL
PROJEK BERKUMPULAN
“PEPOM”
PENERBITAN AUDIO VIDEO (BBU30103)
SEKSYEN 1
NAMA AHLI NUR FARHANAH BINTI CIKAL (CB160092)
KUMPULAN : NOR SYIFA BINTI MOHD NASIR (CB160064)
SYAFIQAH BINTI ABDUL RAHMAN (CB160072)
SITI NOOR ADILAH BINTI NOOR ARIFFIN (CB16121)
SITI HAWA SHAKIRAH BINTI MOHD PAUZI (CB160012)
NOOR ASHIKIN BINTI MUHAMMAD NOOR (160010)
PROGRAM : BBF
NAMA PENSYARAH : EN. USULOUDIN BIN HAMZAH
1.0 AGIHAN TUGAS SETIAP AHLI KUMPULAN
PENGARAH
NUR FARHANA BT CIKAL
PENOLONG PENGARAH
SITI NOOR ADILA BT NOOR ARIFFIN
PENGARAH FOTOGRAFI KETUA EDITOR PENGARAH JURUSOLEK/PEMEGANG
NOR SYIFA BT MOHD NASIR SYAFIQAH BT ABDUL RAHMAN DIALOG/PENASIHAT SKRIP CLAPPERBOARD
NOOR ASHIKIN BT
SITI HAWA SHAKIRAH BT MUHAMMAD NOR
MOHD PAUZI
EDITOR 1
NOR SYIFA BT MOHD NASIR
Rajah 1: Carta Organisasi Penerbitan Audio Video
1
a. PENGARAH
Tugas Pengarah ialah:
• Pengarah memilih dan mementaskan bahan yang akan digunakan dalam shot
• Tanggungjawab utama di lokasi menyusun, mengarah aksi, perletakan kamera
dan menentukan shot yang harus digunakan
b. PENOLONG PENGARAH
Tugas Penolong Pengarah ialah:
• Memastikan produksi berjalan lancar dan mengikut jadual
• Menyampaikan segala maklumat dari Pengarah kepada pelakon dan krew
• Merancang pergerakan pelakon ketika raptai bersama pelakon, kamera, dan
cahaya
• Memberi taklimat kepada pelakon dan krew untuk penggambaran pada hari esok.
• Menguruskan pelakon tambahan dan orang ramai serta memastikan orang yang
tidak terlibat tidak berada dalam set pengambaran.
c. PENGARAH FOTOGRAFI / JURUKAMERA
Tugas Pengarah Fotografi / Jurukamera:
• Menyediakan peralatan sebelum pengambaran
• Meletakkan kamera mengikut apa yang dikehendaki oleh Pengarah.
• Menentukan shot, kedudukan, sudut dan pergerakkan kamera namun keputusan
akhir ditentukan oleh Pengarah.
• Bekerjasama dengan Penata Cahaya serta menentukan tiada sebarang benda yang
tidak perlu ada dalam bingkai atau frame shot diambil.
2
d. PENGARAH DIALOG
Tugas Pengarah Dialog ialah:
• Ketika raptai, Pengarah Dialog menyemak skrip dengan pelakon untuk
memastikan mereka tahu dialog masing-masing dan membawa mereka
menyampaikannya.
• Memberitahu Penasihat Skrip jika ada sebarang perubahan dialog ketika sesi
latihan di luar kamera
• Memberitahu Pengarah dan Pembantu Skrip sebarang perbezaan skrip selepas
setiap rakaman diambil.
• Tidak semua produksi mempunyai Pengarah Dialog dan ini akan diambil alih oleh
pembantu skrip.
e. PENASIHAT / PEMBANTU SKRIP
Tugas Penasihat / Pembantu Skrip:
• Mencatat shot-shot yang diambil
• Mencatat perubahan dialog, aksi, lokasi, set, props, hiasan, kostum, pergerakan
kamera dan segala komen yang dibuat oleh Pengarah.
f. JURUSOLEK
Tugas Jurusolek:
• Membantu pelakon merealisasikan perwatakannya mengikut yang dikehendaki
oleh skrip
• Menggunakan tiga kategori solekan iaitu solekan langsung, solekan watak dan
solekan khas
i. Solekan Langsung
o Berkaitan aspek personality khususnya dilakukan di muka.
3
ii. Solekan Watak
o Menukarkan pelakon kepada orang yang berlainan seperti
menambah janggut, menjadi hantu, menjadi tua dan sebagainya.
iii. Solekan Khas
o Merupakan make up yang lebih sukar seperti menjadikan orang
kurus kepada gemuk.
g. PEMEGANG CLAPPERBOARD
Tugas Pemegang Clapperboard:
• Memegang clapperboard di hadapan kamera sebelum aksi sesuatu adegan
dilakonkan.
• Clapperboard ini dirakamkan juga.
h. PELAKON
Tugas Pelakon:
• Pelakon merupakan mereka yang diberi peranan melakonkan watak dan
dirakamkan ke filem atau video
• Pelakon mestilah bersedia menurut arahan Pengarah
• Mampu menghidupkan watak
• Mesti sentiasa bersedia untuk berada dalam wataknya.
4
2.0 PENGENALAN PROJEK
Subjek Penerbitan Audio Video Digital BBU 30103 menugaskan kami untuk menghasilkan satu
filem pendek yang berdurasi kurang dari 10 minit. Tema bagi filem pendek yang dihasilkan
adalah bebas mengikut kreativiti kumpulan masing-masing.
Kumpulan kami yang terdiri daripada lima (5) orang ahli sebulat suara telah mengambil
keputusan untuk menghasilkan sebuah cerita pendek yang diberi tajuk “PEPOM”. Filem pendek
“Pepom” mengisahkan kelebihan dan kelemahan minyak petrol yang berwarna hijau dan
kuning.Selain itu, nilai murni yang terdapat dalam filem pendek oleh kami adalah setiap individu
perlu membuat pilihan yang bijak dalam pemilihan minyak petrol serta bijak menjaga keadaan
enjin kenderaan mereka.
“Pepom” mengisahkan tentang dua orang yang menggunakan minyak petrol yang
berlainan. Minyak petrol yang digunakan oleh mereka menggambarkan akan kelebihan dan
kelemahan mengikut warna minyak petrol itu. Jika menggunnakan minyak petrol berwarna hijau,
individu tersebut akan bertenaga dan bersemangat dan jika menggunakan petrol berwarna
kuning, individu tersebut akan lemah.Perwatakan bagi dua orang perlakon ini adalah berbeza
namun mereka saling berkait dari segi cara penggunaan minyak petrol.
5
3.0 PENYATAAN MASALAH
Setiap sesi penggambaran dan pembikinan filem akan mengalami kekangan daripada pelbagai
sudut, perkara tersebut turut tidak terkecuali berlaku kepada kumpulan kami sepanjang proses
pembikinan filem pendek tersebut. Antara beberapa masalah yang dihadapi oleh ahli kumpulan
kami ialah :
3.1 Kesuntukkan masa
Setiap krew dan para pelakon yang berlakon dalam filem pendek ini mengalami masalah
kekangan daripada segi masa yang suntuk memandangkan semua ahli mempunyai kelas
yang padat dan komitmen terhadap tugasan matapelajaran lain. Namun perancangan yang
teliti telah dibuat bagi mengatasi masalah tersebut dan memastikan proses pembikinan
filem pendek berjalan lancar.
3.2 Masalah perubahan cuaca
Perubahan cuaca yang tidak menentu turut menjadi masalah dalam pembikinan filem
tersebut memandangkan tugasan ini dilakukan pada musim tengkujuh , jadi kami selalu
terlibat dengan masalah cuaca , sesuatu penggambaran terpaksa ditangguhkan apabila
cuaca tidak bersesuaian dengan perancangan asal.
3.3 Kekurangan kepakaran dalam bidang
Selain daripada masalah-masalah yang dinyatakan, kami turut mengalami masalah
kepakaran dalam penggunaan kamera yang bersesuaian dengan babak dan video . Hal ini
menyebabkan video yang diambil kelihatan kurang menarik.
6
3.4 Kekurangan peralatan penggambaran
Kami turut mengalami masalah kekurangan peralatan seperti jumlah kamera yang tidak
mencukupi serta tiada peralatan yang bersesuaian seperti cahaya yang kurang semasa
penggambaran.
3.5 Masalah penyuntingan
Kami juga mengalami masalah dalam proses penyuntingan akhir kerana terdapat software
yang tidak dapat menyokong pada komputer.
7
4.0 OBJEKTIF
4.1 Mencapai dan memenuhi pelaksanaan tugasan penerbitan filem pendek subjek
Penerbitan Audio Video.
Filem pendek yang dihasilkan perlulah memenuhi kriteria-kriteria yang telah
dinyatakan dalam tugasan berkumpulan bagi subjek Penerbitan Audio Video
BBU30103.
4.2 Mengenalpasti teknik untuk menghasilkan video yang berkualiti.
Segala teknik yang telah dipelajari dalam subjek Penerbitan Audio Video perlu
diaplikasikan dalam pelaksanaan filem pendek. Hal ini bagi menghasilkan sebuah video
yang berkualiti setanding dengan filem-filem pendek yang telah menerima
pengiktirafan.
4.3 Menghasilkan video yang dapat ditonton oleh semua lapisan masyarakat.
Filem pendek yang dihasilkan perlu memberi manfaat dan pengajaran kepada para
penonton. Selain itu, filem pendek ini juga bersifat umum dan mudah untuk diterima
serta difahami oleh semua lapisan masyarakat.
8
5.0 SKOP
Penghasilan filem pendek ini sebagai memenuhi kursus projek BBU 30103 iaitu Penerbitan
Audio dan Video Digital. Penggambaran filem pendek ini berdasarkan papan cerita dan skrip
yang telah direka bentuk dan dicipta terlebih awal sebelum memulakan penggambaraan. Kami
telah diberi arahan ataupun tugasan untuk menghasilkan sebuah filem pendek yang bercirikan
seperti berikut:
1. Durasi filem tidak lebih dari 10 minit
2. File yang dihasilkan mestilah dalam format .mp4
3. Resolusi 1280 x 720
4. Footage di edit menggunakan software Sony Vegas dan Adobe Premiere
5. Jalan cerita hendaklah merupakan konsep asal diri sendiri
6. Penonton di bawah umur 13 tahun memerlukan pengawasan ibu bapa
9
6.0 ANALISA KEPERLUAN
6.1 Kepentingan Projek
Projek ini dijalankan untuk memenuhi syarat bagi kursus Penerbitan Audio Video
Digital bagi Semester 3 sesi 2018/2019. Selain itu, kepentingan utama filem
pendek yang dihasilkan ini adalah bertujuan untuk memberi kesedaran kepada
pengguna agar membuat pilihan yang bijak dalam membuat keputusan.
6.2 Kelemahan Projek
Setiap projek tentulah mempunyai kelemahan yang tersendiri, baik dari segi
kepakaran, peralatan atau komitmen setiap individu. Namun, hal itu berjaya diatasi
dengan sempurna .
Antara cabaran yang terpaksa dilalui sepanjang proses penerbitan audio video
tersebut :
JAWATAN CABARAN
Pengarah Sukar mencari sudut kamera yang bersesuaian bagi mendapat
rakaman yang cantik
Kekurangan peralatan agak mengganggu fokus pengarah
Bekerjasama dengan pengarah dalam menentukan idea
Penolong Pengarah Sukar mengaturkan jadual rakaman shooting kerana kekangan lain
Pelakon Para pelakon mengalami masalah kekangan waktu
Masalah cuaca agak mengganggu jadual pelakon yang telah
ditetapkan
Sukar untuk menghayati sesuatu watak memerlukan latihan yang
secukupnya.
Pengarah Dialog Sukar untuk mengekal keaslian skrip
Pelakon sukar mengikut skrip asal
10
Penasihat atau Sukar untuk mengekal keaslian skrip
pembantu skrip Pelakon sukar mengikut skrip asal
Dialog sering berubah-ubah
Jurusolek Tidak mempunyai bajet yang cukup untuk membeli peralatan alat
solek yang bersesuaian
Sukar menentukan solekan yang agak bersesuaian dengan
gambaran.
Editor Mengalami masalah untuk pemasangan(install) perisian editing di
komputer masing-masing.
Cabaran dalam mendapatkan audio video yang baik tanpa gangguan
sekeliling.
Pengarah fotografi Sukar mendapatkan sudut kamera yang baik
/jurukamera Masalah kekurangan ahli yang mana jurukamera dan pelakon
membuat dua kerja serentak
11
7.0 METODOLOGI
7.1 Pengenalan Model ADDIE
Terdapat beberapa model rekabentuk instruksional yang sering diguna pakai bagi
menghasilkan sesebuah filem pendek atau penerbitan video audio yang lain seperti model
ADDIE, model Dick & Carey, model Hanafin & Peck, model Knirk & Gustafson, model
Robert Gagne, model Kemp, model ASSURE dan model pembelajaran. Dalam
methodologi ini, fokus utama lebih kepada model ADDIE kerana akan dikaitkan dengan
kajian-kajian lepas tentang keberkesanan penggunaan model ADDIE. Dalam model
ADDIE, terdapat lima peringkat iaitu analisis, rekabentuk, pembangunan, implimentasi,
dan penilaian.
12
7.1.1 Analisis
Analisis bertujuan untuk mengenalpasti objektif sesuatu penerbitan yang akan
diperkenalkan. Kenapa rekabentuk instruksional ini diperlukan? Apakah ilmu-
ilmu yang perlu ada kepada pelajar sebelum filem tersebut ditayangkan? Juga
melihat kesesuaian isi kandungan dalam filem tersebut kepada pelajar dan adakah
ia sesuai untuk tonton umum atau sebaliknya?
7.1.2 Rekabentuk(Design)
Rekabentuk bermaksud menentukan dan mereka kaedah instruksional yang akan
digunakan. Berbincang dalam menentukan tajuk cerita yang akan dibuat serta
memilih lokasi yang sesuai. Contohnya filem pendek tersebut akan menjalankan
penggambaran di lokasi yang bersesuaian dengan isi cerita. Sudut kamera juga
menjadi aspek penting dalam penggambaran untuk memudahkan sesi
penggambaran. Alatan yang akan digunakan juga perlu ditentukan seperti kamera,
tripod dan sebagainya untuk memudahkan sesi penggambaraan berjalan seperti
yang dirancang.
7.1.3 Pembangunan(Develop)
Pembangunan ialah proses menghasilkan filem tersebut seperti yang dirancang.
Pembinaan papan cerita dan skrip sangat penting untuk memulakan sesebuah
penggambaran. Seperti membina dahulu papan cerita, kemudian berbincang untuk
menjalankan penggambaran mengikut scene yang telah ditetapkan dalam papan
cerita yang telah dibuat. Memastikan semua kelengkapan peralatan mencukupi
sebelum memulakan penggambaran.
7.1.4 Pelaksanaan(Implement)
Pelaksanaan berperanan untuk menjalankan penggambaran seperti yang
dirancang. Segala penambahbaikan semasa fasa ini akan di perbaiki. Terdapat
beberapa kekangan yang akan di tempuhi semasa fasa ini berjalan. Kekangan
tersebut akan diselesaikan dengan sebaik mungkin supaya tidak mengganggu sesi
penggambaran.
13
7.1.5 Penilaian(Evaluate)
Penilaian mempunyai dua jenis penilaian utama iaitu penilaian formatif dan
penilaian sumatif. Penilaian formatif bertujuan untuk meningkatkan serta
memperbaiki tahap keberkesanan bahan instruksional yang telah direka.
Contohnya meningkatkan mutu filem tersebut selepas fasa pengeditan dijalankan.
Manakala penilaian sumatif bermaksud penilaian keseluruhan bahan instruksional
yang telah dihasilkan. Misalnya satu kajian dibuat untuk menilai berapa
peratuskah objektif yang tercapai setelah proses penggambaran filem tersebut
selesai dibuat.
14
8.0 PAPAN CERITA(STORYBOARD)
15
16
17
18
19