4.0 Langkah Penyelesaian Masalah
Proses membangunkan sistem pengurusan stok untuk Little White Balloon & Event ini
memerlukan garis panduan agar pembangun dapat memastikan proses rekabentuk dan dan
pembangunan mencapai objektif yang telah dirancang. Dalam membangunkan sesuatu perisian
atau sistem, pembangun harus memikir dan menetapkan satu model yang akan digunakan
sebagai garis panduan sepanjang membangunkan sistem yang dirancang. Dalam kajian ini,
pembangun telah menggunakan model ADDIE. Terdapat lima fasa dalam model ADDIE iaitu
fasa analisis (analysis), rekabentuk (design), pembangunan (development), pelaksanaan
(implementation) dan penilaian (evaluation).
4.1 Fasa Analisis (Analysis)
Proses pertama yang perlu dijalankan dalam mereka bentuk sistem mengikut fasa ADDIE
adalah analisis. Fasa Analisis merupakan asas untuk fasa-fasa seterusnya dalam reka bentuk
sesuatu sistem. Pada peringkat ini, beberapa analisis dijalankan dan antara yang terpenting
adalah permasalahan yang berkaitan dengan mengenal pasti masalah dan cara penyelesaiannya.
Tujuan proses ini adalah untuk memastikan reka bentuk sistem yang akan dihasilkan menepati
dan memenuhi keperluan pekedai dan pekerja. Masalah yang berkaitan boleh dikenal pasti
melalui pelbagai kaedah atau teknik misalnya temu bual, pemerhatian, tinjauan, soal selidik
dan sebagainya (Baharuddin et al, 2001).
4.1.1 Analisis Pengguna
Dalam proses membangunkan sesebuah sistem, pembangun haruslah melakukan beberapa
analisis kepada pengguna. Pembangun telah melakukan temubual terhadap pemilik kedai dan
pekerja. Hasil temubual yang telah dilakukan, pembangun mendapati pemilik kedai
menggunakan kaedah tradisional dalam pengurusan stok kedai. Hal ini akan menyebabkan
pemilik kedai dan pekerja menghadapi kesukaran sekiranya maklumat stok yang telah direkod
5
hilang. Oleh itu, dengan terhasilnya Sistem Pengurusan Stok untuk Little White Balloon &
Event ini, akan memudahkan urusan pengurusan stok kepada pemilik kedai dan pekerja.
4.1.2 Analisis Perisian
Setelah dianalisis, perisian yang sesuai digunakan dalam membangunkan sistem ini ialah
Dreamweaver CS6, Xampp, Adobe Illustrator CS6 dan Adobe Photoshop CS6. Selain itu
perkakasan utama yang digunakan ialah komputer.
4.2 Fasa Rekabentuk (Design)
Struktur rekabentuk sistem ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu :
I. Pemilik kedai (Admin) – menguruskan hal-hal berkaitan pengurusan stok kedai dan
pekerja
II. Pekerja – menguruskan hal-hal berkaitan pengurusan stok kedai
6
4.2.1 Carta Alir (Flowchart)
Rajah 1 : Carta alir pemilik kedai (Admin)
Rajah 2 : Carta alir pekerja
7
4.2.2 Papan Cerita
Pada fasa ini, papan cerita akan dihasilkan bagi memberikan gambaran awal sistem yang akan
dibangunkan. Penetapan butang navigasi dan reka bentuk antara muka akan ditetapkan dalam
fasa reka bentuk ini. Selain itu, lakaran awal sebelum sistem ini dibangunkan juga dihasilkan.
Berikut adalah papan cerita bagi sistem Pembangunan Pengurusan Stok untuk Little White
Balloon & Event.
Rajah 3 : Paparan log masuk admin dan pekerja
8
Rajah 4 : Paparan halaman utama admin
Rajah 5 : Paparan pesanan
9
Rajah 6 : Paparan tambah pekerja
Rajah 7 : Paparan senarai pekerja
10
Rajah 8 : Paparan kemaskini pekerja
Rajah 9 : Paparan halaman utama pekerja
11
Rajah 10 : Paparan senarai tempahan
Rajah 11 : Paparan tempahan
12
Rajah 12 : Paparan stok
Rajah 13 : Paparan tambah stok
Reka bentuk dihasilkan harus mengikut prosedur kemasukan data dan maklumat yang tepat
supaya maklumat ataupun data yang akan digunakan di dalam sistem adalah benar. Antara
13
muka yang direka bentuk bertindak sebagai perantara di antara pengguna dengan sistem dan
bagi membantu memudahkan pengguna menggunakan sistem tersebut.
4.3 Fasa Pembangunan (Development)
Dalam fasa ini melibatkan pembangunan sistem sebenar iaitu pembangunan aturcara sistem
akan dilaksanakan menggunakan perisian yang bersesuaian. Dalam sistem ini, perisian yang
digunakan untuk mereka bentuk antaramuka sistem, logo sistem, butang navigasi dan juga
pengeditan gambar ialah dengan menggunakan perisian Adobe Photoshop CS6 dan Illustrator
CS6, manakala perisian Dreamweaver dan Xampp digunakan untuk membangunkan sistem ini.
Spesifikasi perkakasan untuk membangunkan sistem ini ialah :
PERKAKASAN SPESIFIKASI PERKAKASAN
Pemproses Notebook Computer Intel Core i3-350M
processor 2.26 GHz
Platform/OS Microsoft Windows 10 Home 64 bit
Kad grafik NVIDIA GeForce 310M
RAM 2.00 GB
Perkakasan Input Papan kekunci, tetikus
Perkakasan Output 16.0 inci skrin
4.4 Fasa Perlaksanaan (Implementation)
Fasa ini turut melibatkan proses pengujian aturcara dan pengujian sistem. Proses pengujian
dibuat agar dapat mengesan kelemahan pada sistem dan memperbaiki kelemahan pada sistem
yang dibangunkan. Proses ‘run the application’ telah dilakukan keatas pemilik kedai dan
pekerja bagi menguji kebolehfungsian sistem pengurusan stok untuk Little White Balloon &
Event ini.
Kebolehgunaan merangkumi operasi sistem seperti aspek antaramuka, interaksi dan navigasi.
Antara aspek yang diuji seperti menilai kandungan, reka bentuk antaramuka, butang navigasi,
14
reka bentuk interaksi dan media dalam sistem pengurusan stok untuk Little White Balloon &
Event ini.
4.5 Fasa Penilaian (Evaluation)
Fasa penilaian adalah untuk menilai kebolehfungsian dan kualiti sistem yang telah dibangunkan
ini selepas menjalani fasa perlaksananan. Di dalam fasa penilaian ini, kami telah menggunakan
kaedah soal selidik dan temu bual untuk mendapatkan maklum balas terhadap penggunaan
sistem ini. Terdapat beberapa aspek yang perlu diambil kira dalam mereka bentuk borang soal
selidik. Penilaian terhadap sistem ini akan dilaksanakan apabila fasa penilaian selesai,
pembangun dapat mengenalpasti kekuatan dan penambahbaikan sistem yang perlu dilakukan.
15
5.0 Jangka Masa Pembangunan
Jangkaan tempoh masa menyiapkan projek Sistem Pengurusan Stok adalah sepanjang 28 minggu.
Aktitviti yang dirancang peru selari dengan tempoh masa yang ditetapkan. Bermula dengan
pemilihan ahli, perancangan projek, pembangunan projek sehingga ke pembentangan projek yang
telah siap.
Jadual di bawah menunjukkan perancangann jangka masa bagi Studio Multimedia I dan Studio
Multimedia II.
Perancangan pembangunan Sistem Penyimpanan Stok (Studio Multimedia I)
Perancangan pembangunan Sistem Penyimpanan Stok (Studio Multimedia II)
16
6.0 Kos Pembangunan
Kos pelaksanaan projek adalah melibatkan kesemua pembelian aset dan peralatan yang diguna
pakai dalam projek. Kos projek ini adalah lebih merujuk kepada penghasilan produk kerana
operasi kami adalah membangunkan sistem pengurusan stok bagi kedai Little White Balloon &
Event. Di bawah ini adalah jadual segala kos perbelanjaan yang menyeluruh bagi membolehkan
operasi kami dapat dijalankan dengan baik.
6.1 Kos Operasi (Pra-Pembangunan)
BIL. PERKARA KOS
RM 10.00
1. Kertas cadangan dan analisis projek RM 30.00
RM 40.00
2. Penghasilan papan cerita RM 80.00
3. Pengumpulan data dan bahan (raw materials)
Jumlah keseluruhan kos operasi (pra-pembangunan)
6.2 Kos Operasi (Pembangunan)
BIL. PERKARA KOS
RM 100.00
1. Perkakasan komputer RM 100.00
2. Perisian Adobe Dreamweaver, Photoshop dan -
RM 200.00
Illustrator CS6
3. Perisian xampp
Jumlah keseluruhan kos operasi (pembangunan)
17
6.3 Kos Operasi (Pasca Pembangunan)
BIL. PERKARA KOS
RM 20.00
1. Flyers RM 30.00
RM 50.00
2. Banner
Jumlah keseluruhan kos operasi (pasca pembangunan)
6.4 Kos Overhead
BIL. PERKARA KOS JUMLAH
RM 400.00
1. Bil utiliti air, api, internet RM 100.00 x 4 Bulan RM 600.00
RM 250.00
2. Pengangkutan RM 150.00 x 4 Bulan RM 200.00
RM 200.00
3. Elaun ahli pasukan RM 50.00 x 5 orang RM 1650.00
4. Perbelanjaan lain-lain RM 200.00
5. Perbelanjaan yang tidak dijangka RM 200.00
Jumlah keseluruhan kos overhead
6.5 Jumlah Keseluruhan Kos Perlaksanaan Projek
BIL. PERKARA KOS
RM 80.00
1. Jumlah kos operasi (pra-pembangunan) RM 200.00
RM 50.00
2. Jumlah kos operasi (pembangunan) RM 1650.00
RM 1980.00
3. Jumlah kos operasi (pasca pembangunan)
4. Jumlah kos overhead
Jumlah keseluruhan kos operasi (pasca pembangunan)
18
8.0 Kaedah Komunikasi
Sepanjang proses pembangunan sistem pengurusan stok ini, pihak pembangun iaitu Summer
Studio iaitu Siti Hawa Shakirah selaku product manager dan pelanggan daripada Puan Azian
Binti Ahmad sebagai pemilik kedai Little White Balloon & Event akan berkerjasama dalam
membangunkan sistem ini. Kaedah komunikasi ini dijalankan melalui secara atas talian dan
bersemuka, kaedah atas talian yang digunakan adalah seperti whatsapp untuk lebih
memudahkan urusan dan menjimatkan masa.
Pada sistem ini terdapat dua komunikasi iaitu pentadbir kepada sistem dan staf kepada sistem.
Kaedah komunikasi antara pentadbir kepada sistem adalah pentadbir akan memasukkan kata
nama dan kata laluan. Sistem ini akan memaparkan halaman utama pentadbir pada halaman ini
pentadbir boleh memilih menu seperti order, staff, stock, profile dan logout. Pentadbir memilih
menu order, terdapat dua sub menu iaitu list of order dan Make Order. Apabila pentadbir
memilih list of order sistem akan memaparkan senarai tempahan. Seterusnya, apabila pentadbir
memilih Make Order sistem akan memaparkan katelog dan pentadbir boleh memilih untuk
membuat tempahan bagi pihak pelanggan. Apabila pentadbir memilih menu Staff, terdapat dua
sub menu iaitu Add Staff dan List of Staff. Pentadbir memilih sub menu add Staff sistem akan
memaparkan halaman form untuk menambah staf manakala jika pentadbir memilih sub menu
List of Staff sistem akan memaparkan senarai staff yang berdaftar. Selain itu, jika pentadbir
memilih menu stock, menu ini terdapat dua sub menu iaitu List of Stock dan Add Stock, apabila
pentadbir memilih submenu List of Stock sistem akan memaparkan senarai stok, pentadbir
dapat memadam serta mengemaskini stok dan jika pentadbir memilih submenu Add Stock
sistem akan memaparkan form untuk pentadbir menambah stok.. Seterusnya, jika pentadbir
memilih menu Profile. Sistem ini akan memaparkan form untuk menukar kata nama dan kata
laluan. Akhir sekali, menu Log Out apabila pentadbir memilih menu ini sistem akan ke halaman
login.
Komunikasi ke dua adalah Staf kepada sistem, staf akan memasukkan kata nama dan kata
laluan. Sistem ini akan memaparkan halaman utama staf pada halaman ini staf boleh memilih
menu seperti order, stock, profile dan logout. Staf memilih menu order, terdapat dua sub menu
iaitu list of order dan Make Order. Apabila staf memilih list of order sistem akan memaparkan
senarai tempahan. Seterusnya, apabila staf memilih Make Order sistem akan memaparkan
katelog dan staf boleh memilih untuk membuat tempahan bagi pihak pelanggan. Selain itu, jika
staf memilih menu stock, menu ini terdapat dua sub menu iaitu List of Stock dan Add Stock,
19
apabila staf memilih submenu List of Stock sistem akan memaparkan senarai stok, staf dapat
memadam serta mengemaskini stok dan jika staf memilih submenu Add Stock sistem akan
memaparkan form untuk staf menambah stok. Seterusnya, jika staf memilih menu Profile.
Sistem ini akan memaparkan form untuk menukar kata nama dan kata laluan. Akhir sekali,
menu Log Out apabila staff memilih menu ini sistem akan ke halaman login.
20
8.0 Ahli Pembangun Dan Penugasan
Kru pembangunan sistem penyimpanan stok ini terdiri daripada product manager, development
manager, creative manager, product analysis manager dan technical product manager.
Ahli Pembangun Tugas
Product Manager
Perancang utama dalam setiap proses
pembangunan sistem
Perancang strategi keseluruhan projek dan
memberi arahan kepada ahli pembangun
untuk memberikan komitmen dan kerjasama
Siti Hawa Shakirah binti Mohd Pauzi
Development Manager
Pembantu kepada product manager
Berperanan dalam membangunkan sistem
penyimpanan stok.
Berpengalaman dan berkemahiran dalam
menghasilkan coding untuk membina
sesebuah sistem.
Noor Ashikin binti Muhammad Nor Creative Manager
Siti Noor Adilah binti Noor Ariffin Mempunyai kemahiran dalam membuat
design atau mereka bentuk aplikasi.
Mempunyai pengalaman yang mendalam
dalam menghasilkan semua design yang
terdapat dalam aplikasi tersebut seperti
butang navigasi, antaramuka dan gambar-
gambar.
Menghasilkan storyboard
21
Nur Farhanah binti Cikal Product Analysis Manager
Syafiqah binti Abdul Rahman Membuat kajian serta analisis mengenai
produk yang akan dihasilkan.
Berkemahiran dalam mengumpulkan
maklumat-maklumat yang diperlukan
untuk menghasilkan sesebuah produk.
Analisis produk dijalankan oleh bakal
pembeli, pengurus produk yang cuba
memahami pesaing dan pengulas pihak
ketiga.
Technical Project Manager
Mengendalikan bahagian teknikal
semasa pembangunan produk.
Memastikan pembangunan sesebuah
aplikasi itu dijalankan mengikut timeline
masa dan jadual yang telah ditetapkan.
Menguruskan perkara yang berkaitan
dengan teknikal projek seperti logistik
yang berkaitan dengan operasi, barang-
barang keperluan, perkhidmatan dan
penyelenggaraan.
22
9.0 Rujukan
1. Muhd Rashid Bin Rajuddin & Fazlee Bin Alias (2004), Tahap Pengurusan Perniagaan
Dalam Industri Kecil Dan Sederhana (IKS) Pengusaha Batik Di Daerah Kota Bharu,
Kajian Ilmiah. Malaysia: Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Dicapai
pada 10 Mac 2019
2. Nasution, A. B. A. R., Hehsan, A., Haron, Z., & Nazri, M. K. N. Z. (2017). The
Effectiveness Of Six-Wheels Management Module To Small Businesses Based On The
Entrepreneurship In The Hadith Al-Sahihayn. Al-Qanatir: International Journal of
Islamic Studies, 8(4), 1-10. . Dicapai pada 10 Mac 2019
3. Mahadi. 2013. Citizen relationship management implementation in Malaysian local
governments. Tesis Doktor Falsafah. Brunel University London. Dicapai pada 10 Mac
2019
4. al-dabbagh. 2011. Electronic government in Iraq: Challenges of development and
implementation. Tesis Doktor Falsafah, Orebro University. Dicapai pada 10 Mac 2019
5. Kwatsha, N. 2010. Factors affecting the implementation of an electronic document and
records management system. Tesis Master. University of Stellenbosch. Dicapai pada
10 Mac 2019
6. Abdulkadhim, H., Mahadi, Bakri, A. & Hashim, H. 2015. Exploring the common
factors influencing Electronic Document Management Systems (EDMS)
implementation in government. ARPN Journal of Engineering and Applied Sciences
10(23): 17945–17952. Dicapai pada 10 Mac 2019
23
BBU 40303-
PERNIAGAAN DALAM
MULTIMEDIA
12/25/21, 1:49 AM UTHM - SMAPOnline
ASSESSMENT LIST
SEMESTER : 1
SESSION : 20192020
Name SITI HAWA SHAKIRAH BINTI MOHD PAUZI
Matric No CB160012 IC/Passport 930802025260
Programme BBF - BACHELOR OF VOCATIONAL EDUCATION Faculty B - FACULTY OF TECHNICAL
(MULTIMEDIA CREATIVE) WITH HONOURS AND VOCATIONAL EDUCATION
Course BBU40303 - BUSSINESS IN MULTIMEDIA
Name
ASSESSMENT METHOD MARK FULLMARK PERCENTAGE TOTAL (%)
TUGASAN INDIVIDU ASSIGNMENT * *
UJIAN 1 TEST * 20 20 *
UJIAN 2 TEST * *
PROJEK 2 PROJECT * 55 10 *
PROJEK PRESENTATION PROJECT * *
AMALI OTHERS * 60 10 *
*
30 30
10 10
20 20
TOTAL 100
NOTE
* Assesment marks are not displayed
Total (%) = (Mark/Fullmark)*Percentage
Total coursework marks are excluded final examination
All marks and assessment details are subject to amendments
Printed date: Saturday 25th of December 2021 01:48:53 AM
https://smap.uthm.edu.my/exam/performance/201920201/assessment?coursecode=BBU40303 1/1
FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
KOD KURSUS: BBU 40303
KURSUS: PERNIAGAAN DALAM MULTIMEDIA
TUGASAN: INDIVIDU
A. OBJEKTIF TUGASAN
1. Tujuan tugasan ini adalah untuk mendedahkan pelajar dengan perkara-perkara yang berkaitan dunia sebenar
perniagaan.
A. ARAHAN
1. Anda diminta untuk memilih satu jenama produk (cth: Nestle, Loreal...dll).Seterusnya anda dikehendaki untuk membuat
sedikit kajian mengenai jenama tersebut dari aspek sejarah penciptaan produk, pengasas produk/ jenama, strategi
pemasaran produk/ jenama, kronologi pertukaran logo jenama/produk dan kejayaan yang dikecapi oleh jenama produk
tersebut.
2. Laporan yang ditulis mestilah menyentuh semua aspek yang telah dinyatakan tadi dimulai dengan pendahuluan dan diakhiri
dengan kesimpulan. Anda boleh menambah sebarang isu yang relevan berkaitan produk atau jenama yang telah dipilih.
3. Persembahan tugasan haruslah interaktif menggunakan platform PowerPoint dan perlu memuatkan satu video berkaitan
produk/jenama. Video haruslah asli dan bukannya diambil dari Youtube.
B. FORMAT LAPORAN
1. Cover Seragam bagi setiap seksyen
2. Tulisan Arial, Font 11, Justify
3. Rujukan
4. Minima 10 m/s dan Maksima 15 m/s)
5. Hantar laporan dalam bentuk “hard copy”
6. Laporan yang didapati plagiat atau copy n paste secara terus dari website akan terus mendapat markah kosong (0).
C. PEMARKAHAN
Rujuk Rubrik
D. TARIKH AKHIR PENGHANTARAN TUGASAN
Minggu ke-6 (Hantar lewat akan ditolak markah)
PLO1-C6
Perkara Tahap Penulisan Laporan (Tugasan Individu) Jumlah
Isi Kandungan 1 23 4 5
(3%) Isi kandungan yang Isi kandungan
tidak lengkap dan Isi kandungan yang Isi kandungan yang Isi kandungan yang lengkap, menarik
tidak menarik dan sangat
tidak lengkap dan kurang lengkap kurang lengkap tetapi memberi kesan
kurang menarik tetapi agak menarik menarik dan memberi
kesan
Gaya penulisan Gaya penulisan tidak Gaya penulisan Gaya penulisan Gaya penulisan kreatif Gaya penulisan
kreatif tapi tidak dan mengikut aras kreatif dan
(3%) kreatif kurang kreatif mengikut aras susunan sempurna
susunan susunan
Tinjauan Tinjauan bacaan yang Tinjauan bacaan Tinjauan bacaan Tinjauan bacaan yang Tinjauan bacaan
Bacaan (3%) yang kurang lengkap kurang lengkap tetapi lengkap, menarik
tidak lengkap dan yang tidak lengkap tetapi agak menarik menarik dan memberi dan sangat
kesan memberi kesan
tidak menarik dan kurang menarik
Rujukan (1%) Rujukan tiada Rujukan kurang Rujukan sederhana Rujukan baik Rujukan sangat
Persembahan ada baik
interaktif (5 %) Bahan/tulisan/rajah/ Bahan/tulisan/rajah/ Bahan/tulisan/rajah/
gambar yang tidak gambar yang tidak Bahan/tulisan/rajah/ gambar yang sesuai Bahan/tulisan/raja
Video (5%) berkaitan dan susun jelas dan susun atur gambar yang sesuai dan jelas tetapi susun h/ gambar yang
atur tidak menarik tidak menarik dan jelas tetapi atur kurang menarik sesuai dan jelas
JUMLAH (20%) susun atur tidak serta susun atur
Bahan yang tidak Bahan yang tidak menarik Bahan yang berkaitan yang menarik
berkaitan dengan berkaitan dengan dengan konsep dan
konsep dan tidak konsep tetapi agak Bahan yang menarik Bahan yang
menarik menarik berkaitan dengan berkaitan dengan
konsep tetapi kurang konsep dan
menarik sangat menarik
1.0 Pendahuluan
Saya memilih produk Ramly Burger untuk membuat kajian. Ramly Mokni
merupakan seorang tokoh usahawan Melayu Islam yang telah mengecapi dan
mencapai kejayaan dalam bidang keusahawanan dengan begitu cemerlang dan patut
diteladani oleh usahawan-usahawan bumiputera yang lain.
Dato' Haji Ramly B. Mokni ialah seorang usahawan yang terkenal dengan
syarikat perusahaannya yang diberi nama Ramly Mokni Holding Berhad dan anak-
anak syarikatnya ialah Ramly Food Processing Sdn. Bhd., Pemasaran Ramly Mokni
Sdn. Bhd., Ramly Supermart Sdn. Bhd. dan Ramly Mokni Bakeri Sdn. Bhd. Selain itu,
nama yang paling sinonim dengan perusahaan beliau dan dikenali oleh pelbagai
lapisan masyarakat dengan jenama Ramly Burger.
Berikut merupakan biodata ringkas beliau adalah seperti, namanya ialah Dato’
Haji Ramly Bin Mokni manakala namai steri beliau ialah Datin Hajjah Shala Siah Bt.
Abdul Manap.Beliau memulakam perniagaan pada tahun 1984. Di samping itu,
pencapaiannya ialah beberapa kali pernah memenangi Anugerah Usahawan Terbaik
serta kini mempunyai 2 buah kilang pemerosesan di Kawasan Perindustrian Bandar
Tun Razak, Cheras dan di Taman Perindustrian IKS, Mukim Batu, Kuala Lumpur.
1
2.0 Sejarah Penciptaan Produk
Berbekalkan pengetahuan dan pengalaman berkaitan produk berasaskan
daging dan ayam yang diperolehinya semasa bekerja sebagai penyelia bahagian
daging di sebuah pasar raya banyak membantunya dalam memulakan
perniagaanya. Idea beliau untuk mengusahakan pengeluaran daging burger tercetus
ketika pelanggan pasar raya bertanya kepadanya adakah ada bumiputera yang
menghasilkan produk daging kendaliannya.
Pada tahun 1980, beliau telah memulakan perniagaannya bersama isterinya
bermodalkan wang simpanan mereka sebanyak RM2,000 di Chow Kit, namun ketika
itu penghasilan daging burger hanya dibuat secara manual menggunakan mesin
memproses daging secara manual yang dibeli menggunakan duit modal.
Pada mulanya, daging burger dihasilkannya hanya dijual kepada rakan dan
jiran di sekitar Kampung Baru menerusi gerai burger pertama di Jalan Haji Hussin,
Chow Kit, Kuala Lumpur. Ketika itu juga nama Ramly secara tidak langsung digunakan
sebagai jenama produknya apabila beliau dengan spontan menjawab Ramly sebaik
seorang pelanggan menanyakan jenama burger dihasilkannya.Namun, apabila
permintaan pelanggan meningkat daripada 200 kepada 2,000 keping daging burger
sehari, pada 1981 beliau memutuskan untuk berpindah ke rumah kedai Lorong Haji
Hussein di kawasan sama.
2
Ketika itu, beliau mendaftarkan perniagaan atas nama Perusahaan Burger
Ramly Mokni Sdn Bhd dengan sebahagian kerja pengeluaran daging mula
menggunakan mesin lebih canggih yang menghasilkan sekitar 10,000 keping daging
burger sehari. Perniagaan diusahakan semakin membangun hinggakan pengeluaran
pada waktu itu berjaya mencapai 50,000 keping sehari dan beliau mula mencari kilang
yang sesuai untuk melebarkan luaskan lagi perniagaan.
Pada tahun 1984, keinginan mengkomersialkan produk ini mula timbul dan
operasi pengeluaran kemudian dipindahkan ke kilang baru di Kawasan Perindustrian
Bandar Tun Razak (Kuala Lumpur) yang berkeluasan 10,000 kaki persegi dan nama
syarikat juga ditukar kepada Ramly Food Processing Sdn Bhd. Kini, aktiviti
pengeluaran dilakukan sepenuhnya di kilang beliau yang terletak di Taman
Perindustrian IKS Mukim Batu (Kuala Lumpur) secara separa-auto. Beliau sentiasa
berusaha untuk menghasilkan produk yang lebih berinovasi bagi memenuhi pasaran
eksport negara Asean.
3.0 Pengasas Produk
Pengasas dan pemilik Kumpulan Ramly, Dato’ Haji Ramly bin Mokni, 64 tahun,
adalah anak kepada petani yang dilahirkan di Tanjung Piandang, Parit Buntar, Perak.
Beliau merupakan anak ke-8 daripada 16 orang adik beradik.
Disebabkan kehidupan yang susah di kampong, Dato’ Haji Ramly telah dibawa
oleh salah seorang abangnya untuk berhijrah ke Sekinchan, Selangor dan dia mula
bekerja di sana sebagai seorang buruh. Kemudian, beliau mendapat kerja sebagai
pemotong daging di Kuala Lumpur.
3
Sejak kecil, Dato’ Haji Ramly bercita-cita untuk menjadi seorang doctor.
Namun, dia tidak dapat meneruskan impiannya kerana ibu bapanya tidak mampu
untuk menanggung pengajiannya dan akhirnya beliau ‘terjebak’ secara serius dalam
bidang pemprosesan daging.
Pada mulanyan, beliau hanya menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan di
rumahnya diFlat Jalan Haji Hussein, Kampung Baru, bersama isterinya iaitu Datin
Shala binti Abdul Manap setelah setahun mereka mendirikan rumah tangga.
Keputusan itu diambil pada 1978 ketika negara sedang kecoh dengan isu halal haram
berkenaan daging burger yang diproses untuk kebanyakan pasar raya, sebahagian
besar milik orang bukan Islam yang diragui statusnya.
4.0 Strategi Pemasaran Produk
Konsep halal
Selaras konsep halal yang dititikberatkan, syarikat induk Ramly menubuhkan
Jabatan Halal & Hal Ehwal Islam yang diketuai kakitangan berkelulusan syariah ke
arah memastikan proses pengeluaran mengikut manual standard Jabatan Kemajuan
Islam Malaysia (Jakim) melalui Sijil Pengesahan Halal setiap dua tahun.
Inovasi dan Produksi
Malah, kata beliau, syarikat induk turut menubuhkan makmal penyelidikan dan
pembangunan (R&D) baru untuk mengkaji dan menginovasikan produk sedia ada
sertamenghasilkan produk baru. Di makmal ini, produk sedia ada akan dikaji daripada
segi ramuan dan proses supaya dapat menghasilkan produk berkualiti tinggi dengan
kos minimum, selain mengeluarkan produk baru yang bernutrisi dengan harga
kompetitif. Cara pembungkusan yang menarik juga dikaji dalam memastikan produk
kelihatan menarik dan boleh dinikmati.
Kualiti
Keselamatan makanan serta sistem kawalan mutu turut ditekankan dan
makmal mikrobiologi disediakan sebagai langkah memastikan produk beliau
menepati kriteria keselamatan makanan yang digariskan, sesuai dengan
pengiktirafan yang diterima daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia (JPV)
melalui Sijil Program Keselamatan Makanan yang berkaitan tentang lokasi dan cara
bekalan daging diperoleh sertamemastikan haiwan yang disembelih mengikut hukum
4
syarak. Selain itu, bekalan daging adalah diperoleh daripada pembekal yang
mendapat kelulusan Jakim dan pengesahan kualiti oleh JPV.
Slogan syarikat Dengan slogan ‘Pastikan Ramly baru beli’, beliau memegang
prinsip Halal, Bersih dan Bermutu bagi setiap produk yang dikeluarkan, baik daripada
segi produk, tempat perniagaan, peralatan, sumber kewangan, logistik dan
penyimpanan.
Produksi
Satu kajian penyelidikan dan pembangunan produk dijalankan oleh Ramly,
bagi tujuan kesegaran, kelazatan dan kualiti produknya. Cara pembungkusan yang
menarik juga dikaji dalam memastikan produk kelihatan menarik dan boleh dinikmati.
Pengimplementasi kepakaran teknologi oleh Ramly, adalah memastikan pengeluran
daging dan hasil laut dapat memenuhi citarasa pengguna dan pengemar Ramly.
Kepakaran teknologi yang digunakan juga memastikan produktiviti produk.
Penyediaan
Untuk memasak burger Ramly, tidak begitu sukar, cuma yang diperlukan ialah
kuali atau plet leper, penekan daging burger, dapur, gas masakan, ban burger dan
daging burger. Untuk rencah atau isi-isinya pula ialah timun dan kobis. Untuk bahan
perisanya, biasa digunakan ialah sos Worcester (wu-ches-ter) atau juga dikenali
sebagai kicap burger dikalangan orang Malaysia. Sebagai sos tambahan pula ialah
mayonis, sos tomato, sos cili ataupun sos barbeku.
5
5.0 Antara produk-produk Ramly Burger
Burger Ayam dan Burger Lembu
Burger Ayam Ramly yang pertama dikeluarkan ialah dalam tahun 1979 dan ia
adalah salah satu produk pertama yang dikeluarkan oleh Ramly.
Nuget
"Nuget Ayam Salutan Tempura" telah mendapat Anugerah Khas -
Anugerah Produk Cemerlang anjuran Jabatan Perkhidmatan Veterinar di MAHA
2008.Nuget Daging Ramly merupakan perintis kepada nuget daging di Malaysia
dan hanya Ramly yang menjual nuget lembu di Malaysia.
6.0 Cabaran bagi pengusaha Ramly Burger iaitu Dato’Ramly Mokni
Ramly Mokni merupakan seorang tokoh usahawan Melayu yang telah
mengecapi dan mencapai kejayaan dalam bidang keusahawanan dengan begitu
cemerlang .Beliau menghadapi pelbagai cabaran dan halangan untuk membuka kilang
untuk mengeluarkan daging burger dari 300 keping sehari kepada30 tan daging sehari
selepas 20 tahun dengan jualan tahunan kini mencatat RM42 juta.
Ramly mengembangkan perniagaannya dengan menghasilkan produk-produk
lain termasuk nuggets, fritters termasuklah jejari dan bebola daging dan ayam.
Jenama Ramly Burger bukan sahaja terkenal di Malaysia malah di Singapore juga.
Beliau seorang yang bijak merebut peluang dan berdaya kreatif dan inovatif serta
berpandangan jauh.
6
Selain itu, beliau tidak pernah putus asa walaupun usahanya pernah
diperlekehkan oleh masyarakat dan juga pihak bank yang telah menolak permohonan
pinjamannya. Beliau mengatakan sokongan keluarga adalah amat penting untuk
mendorongnya terutamanya isterinya yang sentiasa memberikan dorongan
kepadanya.Sebarang rungutan dan ketidakpuasan hati oleh pelanggan, beliau pasti
akan memperbaiki mutu produknya dengan berjumpa dengan pelanggan tertentu
dengan kadar segera untuk mengetahui masalahnya.
Isu DNA babi dalam Ramly Burger
Isu DNA Babi dalam Ramli Burger telah heboh diperkatakan pada suatu ketika
dahulu. Ia berikutan sebuah blog memaparkan salinan surat dari Jabatan Kesihatan
Negeri Kedah yang mendakwa jabatan berkenaan bagi Daerah Yan telah menemui
DNA babi hasil kajian satu sample produk Ramly Burger di sana. Perkara ini telah
dinafikan sekeras kerasnya oleh Dato’ Ramly bin Mokni, Pengarah Urusan Kumpulan
Syarikat Ramli yang mengeluar dan memasarkan produk tersebut.
7
Dalam surat terbuka bertarikh 1 Disember 2011, beliau mendakwa bahawa ini
adalah satu fitnah untuk mensabotaj syarikat mereka yang 100% dimiliki oleh keluarga
beliau yang beragama Islam dengan 1,000 kakitangan yang kesemuanya juga
beragama Islam. Beliau menambah bahawa sebagai kumpulan beragama Islam,
mereka sungguh menitik beratkan soal halal haram dan mempunyai jabatan dan
jawatankuasa halal untuk memastikan status halal produk yang dikeluarkan. Beliau
mendakwa memang ada kertas bungkusan yang bukan milikan Ramly telah ditemui
digunakan dan aduan polis telah dibuat tentang perkara ini. Satu pemeriksaan premis
telah dilaksanakan oleh Pejabatan Kesihatan Daerah Kulim, Kedah yang
mengesahkan tiada DNA Babi ditemui.
Dituduh bertukar tangan dengan syarikat bumiputera
Ramly Food Processing Sdn. Bhd. yang terkenal dengan jenama Ramly Burger
menafikan bahawa kepentingan syarikat itu telah dijual kepada syarikat bukan
bumiputera. Pengurus Kanan Pemasaran Ramly Mokni Sdn. Bhd., Siti Hayu Ramly
berkata, tidak pernah pada bila-bila masa pegangan syarikat itu dijual dan perniagaan
yang berusia 30 tahun itu kekal di tangan pengasasnya, Datuk Ramly Mokni. Siti Hayu
yang merupakan generasi kedua pengasas perniagaan itu terpaksa tampil untuk
menjelaskan perkara berkenaan memandangkan pelbagai spekulasi tersebar sejak
kebelakangan ini.
Hanya dianggap sebagai sampah di Singapura
Burger Ramly sangat popular di Malaysia, Burger Ramly merupakan Ikon
makanan yang kita tahu mudah didapati di pasar malam atau di kiosk - kiosk kaki lima
diwaktu malam tetapi di Singapura hanya di kenali sebagai pembungkus makanan.
Ini kerana kerajaan Singapura telah mengharamkan daging dan ayam Ramly Burger
disana buat jangka waktu yang lama . Sebaliknya apa yang ada adalah daging dengan
jenama seperti Tasty, Sultan Burger and Armiya,kesemuanya dibuat di Singapura.
Pengasas Burger Ramly mencipta resepi burger keluarannya pada tahun
1979.Lima tahun selepas pelancaran, Ramly burger boleh didapati dimana - mana
seluruh Malaysia termasuk Singapura, Thailand ke Filipina dan Indonesia.Tetapi
hanya kertas pembungkus , mayonis, dan makanan sejuk beku seperti bebola sotong
yang dipasarkan di Singapura.
8
7.0 Kronlogi Pertukaran logo produk / jenama
Logo syarikat Ramly Burger
Logo Halal, Bersih, dan Bermutu
Logo bagi syarikat Ramly Burger masih kekal sejak dari awal pertubuhan dan
tidak bertukar sehingga kini. Diasaskan pada tahun 1984 oleh Dato' Haji Ramly B.
Mokni dan Datin Hajjah Shala Siah Bt. Abdul Manap dari cetusan idea dan hasrat
murni untuk mengeluarkan produk yang halal, bersih dan bermutu.
9
8.0 Kejayaan yang dicapai oleh Pengusaha Ramly Burger iaitu Dato’Ramly Mokni
Dato' Ramli Bin Mokni, pemilik syarikat ini, berpengalaman lebih 30 tahun
dalam bidang ini. Bermula dengan pengeluaran secara manual dan kecil-kecilan,
beliau kini telah berjaya mengembangkan perniagaan ini ke tahap komersial. Bermula
dengan pinjaman yang kecil dari Bank Pembangunan pada tahun 1982, syarikat kini
telah berkembang dan membesar kepada syarikat induk Ramly Mokni Holding Berhad
dan anak-anak syarikat iaitu Ramly Food Processing Sdn. Bhd., Pemasaran Ramly
Mokni Sdn. Bhd., Ramly Supermart Sdn. Bhd. dan Ramly Mokni Bakeri Sdn. Bhd.
Syarikat beliau telah diberikan pengiktirafan sebanyak tiga kali oleh Bank
Pembangunan atas kecermelangan prestasi iaitu Anugerah Projek Terbaik (1982),
Anugerah Pelanggan Pembangunan (1984) dan Anugerah Usahawan Jaya (1992).
Bukan itu sahaja malah pada tanggal 11 Disember 2009 beliau telah menerima pingat
kebesaran berpangkat Dato daripada Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris
Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj sempena Hari
Keputeraan baginda Sultan. Pada 2008, Ramly Food Processing Sdn. Bhd. membuat
pelaburan menjangkau RM15 juta bagi pembesaran kilang di Taman Perindustrian
IKS, Batu Caves, Kuala Lumpur. SME Bank telah meluluskan pembiayaan syariah
kepada Ramly Food Processing Sdn. Bhd. bagi membiayai kos pembelian bahan
mentah syarikat ini.
Produk-produk syarikat ini telah dikenali ramai dan berkualiti tinggi. Syarikat
ini merupakan syarikat Bumiputera terkemuka yang telah mencipta nama dalam
industri makanan sejuk beku di negara ini. Selain itu, lebih dari 120 orang pemborong
berdaftar sebagai anak syarikat bagi mengedarkan produk-produk RAMLY. Kesemua
pemborong berdaftar ini dibawah pemasaran Ramly Mokni Sendirian Berhad. Syarikat
pemasaran ini beribu pejabat di Desa Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur.
10
Penubuhan syarikat ini bertujuan dalam menawarkan khidmat jualan kepada
pelanggan. Bagi memastikan pengedaran dan penghantaran produk dijamin kualiti
dan kesegarannya, kenderaan kontena sejukbeku digunakan. Sebuah anak syarikat
Ramly yang berobjektif dalam memastikan produknya mudah didapati dipasaran telah
ditubuh di Lorong Raja Bot (Off Jalan Raja Alang) di Kuala Lumpur. Anak syarikat ini
dikenali sebagai Ramly Supermarket Sendirian Berhad, dan ia beroperasi 24jam.
Pembukaan anak syarikat ini bagi memastikan khidmat borong dan runcit boleh
dilaksanakan diantara RAMLY dengan penjaja dan orang awam.
9.0 Kesimpulan
Siapa lagi tidak kenal dengan jenama Ramly Burger. Produk hasil usahawan
melayu islam yang gigih itu kini berada di setiap pelosok negaradan bahkan di negara-
negara jiran. Usahawan gigih ini tidak pernah menjejakkan kaki ke universiti dan hanya
mendapat pendidikan setakat SPM, namun beliau mampu menghasilkan jualan lebih
RM50 juta setahun. Kegigihan beliau membangunkan syarikat berasaskan makanan
memang mengagumkan banyak pihak kerana kebanyakan usahawan melayu tidak
berminat menceburi bidang tersebut.
Kejayaan beliau perlu dijadikan semangat kepada usahawan melayu untuk
menceburi bidang keusahawanan terutamanya yang berasaskan makanan.
Demikianlah contoh salah seorang dari tokoh-tokoh usahawan islam yang telah
berjaya dalam bidang keusahawanan dan perlu dijadikan panduan dan mentor kepada
usahawan lain. Kejayaan beliau adalah disebabkan kegigihan dan sifat beliau yang
sentiasa berusah untuk maju dan tidak takut dengan risiko dan pelbagai masalah yang
perlu dihadapi dalam perniagaan.
Kejayaan bukan hanya diukur kepada taraf pendidikan dan mempunyai modal
yang besar semata-mata kerana ramai juga usahawan berpendidikan tinggi dan
mempunyai modal besar gagal dalam perniagaan mereka. Pepatah ada menyebut,
“berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian. bersakit-sakit dahulu bersenang-
senang kemudian”, yang membawa maksud jikalau mahu menjadi seorang yang
berjaya, kamu mesti tabah menghadapi segala cabaran dan rintangan. Pepatah ini
amat sesuai dipadamkan dengan kisah kejayaan Dato’ Haji Ramly Bin Mokni yang
memulakan perniagaannya dengan pinjaman yang kecil dari Bank Pembangunan
pada tahun 1982 yang kini perniagaannya itu telah melahirkan sebuah syarikat yang
terkemuka di negara ini.
11
10.0 Rujukan
1. of ficial Website of Kumpulan RAMLY. (2019). Products. [online] Available at:
https://www.ramly.com.my/products/ [Accessed 01 Oct. 2019].
2. Group, R. (2019). Ramly Group - Local business | Facebook. Retrieved 01 October
2019, f rom https://www.facebook.com/pages/Ramly-Burger/104091136294666
3. Group, R. (2019). Ramly Group - Local business | Facebook. Retrieved 02 October
2019, f rom https://www.facebook.com/pages/Ramly-Burger/104091136294666
4. WIKIPEDIA
– Laman Web Burger Ramly
– Berita Sinar Harian/ Bernama
12
SULIT
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
UNlVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
UJIAN
SEMESTER I
SESI 2019/2020
AMAKURSUS PERNlAGAAN DALAM
MULTIMEDIA
KOD KUR US BBU40303
KODPROGRAM BBF
TARIKH UJ1AN
JA GKA MASA l JAM
ARAHAN JAWAB SEMUA SOALA
NAMA PELAJAR :.SITIHAWASHAKIRAH BINTI MOHDPAUZI
0MATRIK ···:·.C··c·B·.·11·3·6··I0G··0o··1·f:·2:>·.,·\····························
SEKSYE ·• ·······I ··········································
KERTAS SOALAN lNl MENGANDUNGI DUA 2 MUKA SURAT
SULIT
SULIT
UTHM
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
UJIAN2
SEMESTER I
SESI 2019/2020
NAMAKURSUS PERNIAGAAN DALAM
MULTfMEDIA
KODKURSUS BBU40303
KODPROGRAM BBF
TARIKHUJI AN
JANGKAMASA 1 JAM
ARAHAN : JAWAB SEMUA SOALAN
:SITI HAWA SHAKIRAH BINTIMOHD
NAMA PELAJAR PAUZI..........................
NOMATRJK :CB160012................................
NAMA PENSYARAH ...D..R...f.�..'.2.L..I.N..D.�....(;.l.i.\J.T.I...A.e.;...k.A..L..IM..........
.1
SEKSYEN
K.ERTAS SOALAN TNl MENGANDUNGI DUA 2 MUKA SURAT
SULIT