The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by daiaisma88, 2023-08-09 21:27:31

MODUL KOKURIKULUM MBPK

MODUL KOKURIKULUM MBPK

i MODUL KOKURIKULUM MURID BERKEPERLUAN KHAS BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2018


i ISI KANDUNGAN PERKARA MUKA SURAT Isi Kandungan i Kata Alu-aluan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia iv Kata Alu-aluan Pengarah Bahagian Pendidikan Khas v BAHAGIAN 1- PELAKSANAAN KOKURIKULUM MBK Pengenalan 1 Matlamat 2 Objektif 2 Konsep 2 Dasar Kokurikulum 3 Punca Kuasa Pelaksanaan Kokurikulum 4 Objektif Aktiviti Kokurikulum 5 Prinsip Pelaksanaan Kokurikulum 6 Peruntukan Masa Kokurikulum 7 Carta Organisasi Pengurusan Kokurikulum 8 Panduan Pelaksanaan Kokurikulum 11 Keselamatan Murid 12 Penubuhan dan Pendaftaran persatuan/kelab, badan beruniform dan sukan/permainan 12 BAHAGIAN 2 - MODUL KELAB/PERSATUAN Kelab Kesenian dan Kebudayaan 13 Modul Kelab Kesenian Dan Kebudayaan Berdasarkan Minggu Perjumpaan (Minggu 1 Hingga 12) 23 Kelab Keselamatan Jalan Raya 35


ii PERKARA MUKA SURAT Modul Keselamatan Jalan Raya Berdasarkan Minggu Perjumpaan (Minggu 1 hingga 12) 41 BAHAGIAN 3 - MODUL BADAN BERUNIFORM Pengakap Pendidikan Khas 56 Modul Pengakap Pendididkan Khas Berdasarkan Minggu Perjumpaan (Minggu 1 hingga 12) 61 BAHAGIAN 4 - MODUL SUKAN/PERMAINAN Sukan Dan Permainan 84 Modul Olahraga 86 Modul Sukan Olaharaga Berdasarkan Minggu Perjumpaan (Minggu 1 hingga 12) 102 Modul Goalball 119 Modul Goalball Berdasarkan Minggu Perjumpaan (Minggu 1 hingga 12) 132 Modul Bola jaring 148 Modul Bola Jaring Berdasarkan Minggu Perjumpaan (Minggu 1 hingga 12) 156 Modul Badminton 168 Modul Badminton Berdasarkan Minggu Perjumpaan (Minggu 1 hingga 12) 186 Modul Petanque 200 Modul Petangue Berdasarkan Minggu Perjumpaan (Minggu 1 hingga 12) 213 Modul Football Blind 227 Modul Blind Football Berdasarkan Minggu Perjumpaan (Minggu 1 hingga 12) 234 BAHAGIAN 5 - PEMANTAUAN DAN PENILAIAN Penilaian dan Pentaksiran Kokurikulum 248


iii PERKARA MUKA SURAT Pemantauan 249 Penutup 250 LAMPIRAN Borang Laporan Aktiviti Mingguan Laporan Aktiviti Kelab/Persatuan/Badan Berunifom/Sukan/Permainan 251 Borang Penilaian Aktiviti Kokurikulum 252 Rekod Kehadiran Kokurikulum 253 Borang Penilaian Diri Kelab Kesenian Dan Kebudayaan 254 Senarai Nama Panel Penulis Modul Kokurikulum Murid Berkeperluan Khas 255


iv KATA ALU-ALUAN KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan Salam Sejahtera. Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan untuk melahirkan modal insan yang berkualiti, berdaya saing dan lengkap dengan kemahiran baharu, Sektor Pendidikan memberi keutamaan terhadap pengurusan dan pelaksanaan aktiviti kokurikulum di sekolah. Bagi memastikan pelaksanaan yang berkesan semua pihak yang terlibat dalam pengurusan kokurikulum di sekolah seharusnya merancang, mengurus dan melaksanakan kegiatan ini secara sistematik, cekap dan berkesan seiring dengan keupayaan Murid Berkeperluan Khas (MBK). Saya yakin usaha menerbitkan Modul Kokurikulum Murid Berkeperluan Khas (MBK), boleh dijadikan panduan kepada guru untuk mengurus serta melaksanakan aktiviti kokurikulum di sekolah masing-masing. Penghasilan modul ini secara langsung mewujudkan satu ruang dan peluang kepada guru untuk menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam menjayakan aktiviti kokurikulum seterusnya meningkatkan kemenjadian MBK. Harapan saya, penerbitan modul ini dapat menjadi panduan dan rujukan kepada guru pendidikan khas khususnya guru penasihat kokurikulum dan guru arus perdana dalam menjayakan aktiviti kokurikulum MBK. Hanya dengan kesungguhan dan minat yang mendalam dalam sesuatu bidang, pencapaian MBK dapat dilonjakkan dari peringkat sekolah hingga peringkat antarabangsa. Tahniah dan syabas diucapkan kepada Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia atas kejayaan penerbitan Modul Kokurikulum Murid Berkeperluan Khas (MBK) yang julung kalinya diterbitkan sebagai panduan kepada pihak sekolah khususnya bagi warga Pendidikan Khas di Malaysia. Semoga usaha ini menjadi penanda aras untuk penambahbaikan pada masa akan datang seiring dengan pembanhgunan pendidikan pada era globalisasi ini. Sekian, terima kasih DATUK DR. AMIN BIN SENIN Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia


v KATA ALU-ALUAN PENGARAH BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan Salam Sejahtera Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada Jawatankuasa Kerja Modul Kokurikulum Murid Berkeperluan Khas kerana berjaya menerbitkan Modul Kokurikulum Murid Berkeperluan Khas (MBK) ini. Kokurikulum merupakan suatu wahana dalam sistem pendidikan untuk membentuk kecemerlangan modal insan yang seimbang dan holistik dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek ke arah pembinaan kemenjadian murid termasuk MBK. Penerbitan Modul Kokurikulum MBK merupakan salah satu inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam menggalakkan aktiviti kokurikulum MBK secara lebih sistematik dan terancang. Inisiatif mendokumentasikan Modul Kokurikulum MBK berserta strategik dan panduan merupakan langkah berkesan dalam menyebarkan dan memberi kefahaman yang jelas kepada guru pendidikan khas dan guru arus perdana dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum yang melibatkan MBK. Ini selaras dengan hasrat KPM dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Saya yakin dan percaya bahawa modul ini akan menjadi sumber rujukan dan panduan penting kepada warga pendidikan khas untuk merealisasikan aktiviti kokurikulum dengan lebih efektif. Seterusnya dapat memahami misi dan visi KPM untuk melahirkan modal insan secara holistik. Modul ini juga diharap dapat menjadi penyumbang kepada perpaduan, pemupukkan nilai murni dan etika kepimpinan dalam kalangan warga pendidikan khas. Semoga dengan penerbitan modul ini diharap akan memberi impak yang baik dalam pelaksanaan aktiviti kokurikulum pendidikan khas. Sekian, terima kasih. DATUK DR. YASMIN BINTI HUSSAIN Pengarah Bahagian Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan Malaysia


vi BAHAGIAN 1 PELAKSANAAN KOKURIKULUM MURID BERKEPERLUAN KHAS


1 Pengenalan Kegiatan kokurikulum merangkumi tiga bidang utama, iaitu Kelab/ Persatuan, Pasukan Badan Beruniform dan Sukan/ Permainan. Penyertaan dalam ketiga-tiga bidang ini merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) di sekolah seperti yang termaktub dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997, berkuatkuasa 1 Januari 1998 (Akta Pendidikan 1996-Seksyen 18 dan 30). Kepentingan aktiviti ini juga setara dengan aktiviti kurikulum dalam bilik darjah kerana peranannya sebagai penyumbang dan pelengkap kepada PdPc murid serta pembentukan modal insan secara menyeluruh yang meliputi aspek kognitif, afektif dan psikomotor. Tujuan Modul Kokurikulum Murid Berkeperluan Khas (MBK) dihasilkan adalah sebagai panduan dan penjelasan tentang tatacara pelaksanaan kokurikulum bagi MBK yang terdiri daripada dalam kalangan murid kurang upaya penglihatan, kurang upaya pendengaran, masalah pembelajaran, kurang upaya pertuturan, kurang upaya fizikal dan kombinasi beberapa ketidakupayaan. Kegiatan kokurikulum MBK dijalankan mengikut dasar sedia ada namun perlu dibuat modifikasi di Sekolah Pendidikan Khas (SPK), Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dan Program Pendidikan Inklusif (PPI). Isi kandungan Modul Kokurikulum MBK ini menggabungkan tiga bidang kokurikulum, iaitu badan beruniform, kelab/ persatuan dan sukan/ permainan. Setiap bidang tersebut mengandungi konsep, cara pengurusan dan contoh aktiviti yang boleh dijalankan pada setiap sesi perjumpaan kokurikulum. Guru boleh mengolah dan mempelbagaikan aktiviti mengikut keupayaan MBK. Dengan sebab itu, aktiviti kokurikulum akan menjadi lebih menarik, menyeronokkan dan memberi makna kepada MBK.


2 Matlamat Matlamat gerak kerja kokurikulum ialah penyertaan murid bermula Tahun 4 adalah wajib. Setiap murid tahap 2 hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam salah satu gerak kerja iaitu badan beruniform, kelab/persatuan dan sukan/permainan. Ini berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil1/1985. Matlamat Modul Kokurikulum MBK adalah untuk memperkasakan aktiviti kokurikulum MBK dengan pelibatan dan penyertaan yang menyeluruh dalam kalangan MBK seterusnya menyokong kepada program pendidikan inklusif MBK. Selain itu, modul ini dapat memberi panduan serta kefahaman kepada guru penasihat kokurikulum dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum. Objektif Objektif Modul Kokurikulum MBK ialah: Menjadi rujukan dan panduan kepada guru penasihat kokurikulum dan individu yang terlibat dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum MBK; Menggalakkan dan meningkatkan penglibatan yang menyeluruh dalam pelaksanaan kokurikulum dalam kalangan MBK; dan Melaksanakan aktiviti kokurikulum secara sistematik dan berfokus; Peningkatan dan penyertaan MBK melalui program inklusif separa. Konsep Aktiviti kokurikulum ialah sebahagian daripada kurikulum sekolah, dan setiap murid wajib melibatkan diri. Aktiviti ini boleh dijalankan di dalam atau di luar bilik darjah, mengikut kesesuaian sesuatu aktiviti. Dengan andaian bahawa murid-murid tidak mendapat pengalaman tertentu di bilik darjah, maka aktiviti kokurikulum dapat menyediakan pelbagai pengetahuan dan pengalaman untuk perkembangan mental, minat, bakat, jasmani, rohani dan pembentukan nilai-nilai estetika serta sosial yang positif. Konsep Modul Kokurikulum MBK ini adalah selaras dengan (Subperaturan 3 (1) (Peraturan-Peraturan Pendidikan Kurikulum Kebangsaan 1997) yang diterbitkan sebagai PU(A) 531/97):


3 Pendekatan aktiviti kokurikulum MBK adalah berdasarkan kepada garis panduan kokurikulum. Namun, pelaksanaan bagi aktiviti kokurikulum MBK perlu dibuat modifikasi mengikut tahap keupayaan MBK dan masa yang fleksibel tetapi masih tertakluk kepada dasar kokurikulum yang sedia ada. Dasar Kokurikulum Dasar utama kokurikulum bagi murid tahap 2 adalah wajib. Warta Kerajaan bertarikh, 28 Disember 1967, No. 5652 (Peraturan Kursus Pengajian) Sekolah 1956, mendefinisikan kokurikulum sebagai kegiatan kumpulan manakala Warta Kerajaan bertarikh 31 Disember 1997, Jld. 41, No.26, Tambahan No.94, Perundangan A.P.U (A) 531, Akta Pendidikan 1996, Peraturan-Peraturan (Kurikulum Kebangsaan) mendefinisikan kokurikulum seperti yang berikut: “Kegiatan kokurikulum” ertinya apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah yang memberikan murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik darjah.” “Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.”


4 Punca Kuasa Pelaksanaan Kokurikulum Bil Rujukan Tarikh Tajuk 1. SPI Bil. 7/1988 10 Mac 1988 Penyertaan Pelajar dalam Pertandingan atau Kejohanan Sukan Anjuran Persatuan atau Badan Induk Sukan. 2. SPI Bil.1/1986 15 Jan 1986 Pelaksanaan Kegiatan Kokurikulum di Semua Sekolah Adalah Wajib. 3. SPI Bil. 1/1989 3 Jan 1989 Penyertaan Pelajar dalam Kegiatan Sukan di Sekolah. 4. SPI Bil. 8/1995 11 Okt 1995 Penyertaan Pelajar dalam Pertandingan Kejohanan Sukan Anjuran Persatuan atau Badan Induk Sukan. 5. SPI Bil. 24/1998 10 Okt 1998 Pelibatan Guru dan Murid dalam Aktiviti Pasukan Pakaian Seragam Anjuran Agensi Kerajaan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan. 6. SPI Bil. 9/2000 30 Mac 2000 Panduan Keselamatan Diri Pelajar Semasa Pengajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Serta Kegiatan Kokurikulum dan Sukan di dalam dan di Luar Kawasan Sekolah. 7. SPI Bil. 9/2004 16 Sept 2004 Panduan Pelibatan Murid-Murid Sekolah dalam Program atau Aktiviti Anjuran Agensi-Agensi Selain Daripada Agensi di Bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. 8. SPI Bil. 7/2006 28 Ogos 2006 Panduan Perbelanjaan Peruntukan Kokurikulum Sekolah. 9. SPI Bil. 8/2007 7 Ogos 2007 Garis Panduan Pemakaian Pakaian Kokurikulum di Hari Persekolahan dan Perhimpunan Bulanan Kokurikulum. 10. SPI Bil. 10/2009 17 Nov 2009 Pelaksanaan Program Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR) dalam Bahasa Malaysia di Sekolah Rendah. 11. SPI Bil. 2/2010 9 Feb 2010 Garis Panduan Pelaksanaan Program Pendidikan (Kurikulum) Tajaan Agensi Luar.


5 Bil Rujukan Tarikh Tajuk 12. SPI Bil. 16/2010 1 Dis 2010 Pelaksanaan Dasar 1Murid 1Sukan (1M1S). 13. Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013 Rujuk pada Perkara 9: Kehendak Untuk Mengikuti Kegiatan Kokurikulum 14. Kod Amalan Pendidikan Murid Berkeperluan Khas 2014 Rujuk pada Bab 6 (Kokurikulum) 15. SPI Bil 5/2018 2018 Garis panduan perwakilan kuasa daripada Ketua Pendaftar Institusi Pendidikan dan guru kepada pendaftar bagi kelulusan permohonan oleh pihak luar menjalankan aktiviti melibatkan murid, guru, dan Institusi Pendidikan Malaysia. Objektif Aktiviti Kokurikulum Objektif aktiviti kokurikulum adalah: Menyeimbangkan antara perkembangan mental dengan perkembangan rohani, jasmani dan emosi murid; Membina dan meningkatkan disiplin murid; Membina dan meningkatkan minat dan bakat murid dalam aktiviti yang diceburi; Mewujudkan sekolah berwatak; Mengukuhkan perhubungan dan pergaulan dalam kalangan murid dalam sekolah dan di antara sekolah; dan Membina dan meningkatkan kerjasama dan sumbangan hubungan dua hala antara sekolah dan masyarakat.


6 Prinsip Pelaksanaan Kokurikulum Prinsip-prinsip berikut perlu dipatuhi untuk melaksanakan aktiviti kokurikulum iaitu: Menyediakan kemudahan asas dan peralatan supaya dapat mewujudkan pembelajaran merentasi kokurikulum menyeronokkan; Memberi wajaran yang sesuai kepada aktiviti kokurikulum supaya kurikulum dan kokurikulum boleh saling melengkapi dalam proses pendidikan di sekolah; Memberi keutamaan tentang aspek keselamatan sebelum, semasa dan selepas aktiviti kokurikulum dilaksanakan; Melibatkan murid daripada semua kaum dalam semua aktiviti kokurikulum yang sesuai untuk tujuan pemupukan perpaduan; Melibatkan murid dan pihak sekolah dalam aktiviti khidmat masyarakat; Merancang aktiviti kokurikulum dengan teliti untuk mencapai matlamat yang dikehendaki; Merekodkan dan menilai kemajuan aktiviti kokurikulum yang dijalankan; Menganjurkan dan mengelola pertandingan yang melibatkan semua murid; Memantau dan menilai aktiviti secara sistematik dan berterusan; dan Memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada semua pihak dari semasa ke semasa.


7 Peruntukan Masa Kokurikulum Warta Kerajaan bertarikh 28 Disember 1967 Jilid 11, Bil. 27, No. 5652 telah membuat ketetapan pembahagian masa untuk kokurikulum seperti yang berikut bagi sekolah menengah dan sekolah rendah: SEKOLAH MENENGAH Tingkatan Peruntukan Masa 1 – 3 180 minit 4 dan 5 180 minit 6 180 minit SEKOLAH RENDAH Tahun Peruntukan Masa 4 60 minit 5 dan 6 120 minit


8 Carta Organisasi Pengurusan Kokurikulum Carta organisasi pengurusan kokurikulum di Sekolah Pendidikan Khas (SPK) adalah seperti rajah di bawah: JAWATANKUASA PENGURUSAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS SETIAUSAHA SUKAN PENGETUA/ GURU BESAR GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM SETIAUSAHA KOKURIKULUM PENYELARAS KELAB/PERSATUAN PENYELARAS BADAN BERUNIFORM PENYELARAS SUKAN/PERMAINAN GURU PENASIHAT GURU PENASIHAT GURU PENASIHAT GURU RUMAH SUKAN PENGERUSI KELAB/PERSATUAN, SUKAN/PERMAINAN DAN BADAN BERUNIFORM (MBK) Rajah 1 : Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum di Sekolah Pendidikan Khas


9 Berikut ialah carta organisasi pengurusan kokurikulum di Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI): Ada PPKI Tanpa PPKI JAWATANKUASA PENDIDIKAN KHAS SEKOLAH MENENGAH (JPKS) GURU PENASIHAT GURU PENASIHAT WAKIL GURU KELAS ARUS PERDANA WAKIL GURU PENDIDIKAN KHAS GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING GURU DISIPLIN YDP PIBG GPK KOKURIKULUM GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING GURU DISIPLIN WAKIL GURU KELAS ARUS PERDANA YDP PIBG PENOLONG KANAN PENTADBIRAN PK PENDIDIKAN KHAS/ PENYELARAS PENGETUA PENGERUSI KELAB/PERSATUAN, SUKAN/PERMAINAN DAN BADAN BERUNIFORM (MBK) PK HEM Rajah 2 : Jawatankuasa Pendidikan Khas Sekolah Menengah


10 Ada PPKI Tanpa PPKI JAWATANKUASA PENDIDIKAN KHAS SEKOLAH RENDAH GURU BESAR GPK 1 PK PENDIDIKAN KHAS/ PENYELARAS KELAB/PERSATUAN PK HEM AHLI JAWATANKUASA WAKIL GURU ARUS PERDANA WAKIL GURU PENDIDIKAN KHAS GURU BIMBINGAN GURU DISIPLIN AHLI JAWATANKUASA WAKIL GURU ARUS PERDANA WAKIL GURU PENDIDIKAN KHAS GURU BIMBINGAN GURU DIDIPLIN PENGERUSI KELAB/PERSATUAN, SUKAN/PERMAINAN DAN BADAN BERUNIFORM (MBK) Rajah 3 : Jawatankuasa Pendidikan Khas Sekolah Rendah


11 Panduan Pelaksanaan Kokurikulum Penyertaan dan pelibatan Penyertaan MBK dalam aktiviti kokurikulum adalah wajib. Kehadiran murid dalam aktiviti kokurikulum mestilah direkodkan dalam buku laporan kokurikulum. (Rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Subperkara 5.1 Bil 1/85). Penyertaan guru Penyertaan guru adalah dikehendaki bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan gerak kokurikulum Sekolah. (Rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Subperkara 5.2 Bil 1/1985. KP (B5) 8591 Jld.11 (29) bertarikh 2 Januari 1985. Guru-guru perlu ada bersama-sama semasa menjalankan kegiatan kokurikulum bagi mengawasi keselamatan MBK sama ada di dalam atau di luar sekolah. (Rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/2000 dan Tambahan Bil. 9/200). Pelibatan kakitangan sekolah Pelibatan kakitangan sekolah sangat digalakkan dan dialu-alukan untuk memastikan penyertaan yang menyeluruh untuk pelaksanaan aktiviti kokurikulum sekolah. Pelibatan agensi kerajaan dan swasta/badan bukan kerajaan/persatuan dan jurulatih luar sangat digalakkan dan dialu-alukan untuk memberi bantuan dan sokongan daripada aspek kemahiran dan penganjuran program. (Rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 5/2018) Pakaian Semua MBK dikehendaki memakai pakaian sukan untuk kegiatan sukan/permainan dan menggunakan pakaian seragam beruniform untuk perjumpaan Unit Beruniform. (Rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 1 dan 2 /1996).


12 Keselamatan Murid Guru mesti mengawasi dan peka terhadap keselamatan murid yang terlibat dalam aktiviti kokurikulum. (Rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 9/2000); pada perkara 4.2 ; Guru Kokurikulum dan Sukan: 4.2.1 Guru-guru mestilah mengawasi dan peka terhadap keselamatan muridmurid yang melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum dan sukan; 4.2.2 Guru-guru hendaklah memastikan semua alat sukan berada dalam keadaan baik dan selamat sebelum digunakan. Penubuhan dan Pendaftaran persatuan/kelab, badan beruniform dan sukan/permainan Jawatankuasa Kerja Pengurusan dan Penyelarasan Kegiatan Kokurikulum perlu ditubuhkan di semua sekolah. Salah satu peranan Jawatankuasa Kerja Pengurusan dan Penyelarasan Kegiatan Kokurikulum adalah melantik guru penasihat bagi semua persatuan/kelab, badan beruniform dan sukan/permainan. (Rujuk Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 seperti dalam Warta Kerajaan bertarikh 21 Mei 1998 Jld. 42/N0 11 : PU (A) 196). Mengikut bidang kuasa, Pengetua/Guru Besar telah diperuntukkan kuasa untuk menubuhkan persatuan/kelab, badan beruniform dan sukan/permainan yang baharu seperti dalam Peraturan 4 (Peraturan-Peraturan Pendidikan (Peraturan Sekolah) 1998 perlu didaftarkan. Setiap persatuan/kelab, badan beruniform dan sukan/permainan yang dipilih untuk dijadikan aktiviti dalam kokurikulum perlu disemak status pendaftarannya pada setiap tahun.


13 BAHAGIAN 2 KELAB / PERSATUAN MODUL KESENIAN DAN KEBUDAYAAN KELAB KESELAMATAN JALAN RAYA


13 Kelab Kesenian Dan Kebudayaan Pengenalan Modul Kelab Kesenian dan Kebudayaan MBK ini mengandungi empat elemen kesenian iaitu nyanyian, seni tari, seni visual dan permainan tradisional. Setiap elemen tersebut disertakan dengan contoh aktiviti pada waktu perjumpaan kokurikulum. Aktiviti yang disediakan boleh diubah suai mengikut keupayaan dan kebolehan MBK. Aktiviti kesenian dan kebudayaan dijadikan sebagai salah satu wahana dalam pembentukan sahsiah dan jati diri MBK. Matlamat Memupuk bakat dan potensi MBK melalui aktiviti kesenian dan kebudayaan dan menyemai nilai-nilai budaya masyarakat Malaysia. Objektif Menyemai dan menyemarakkan seni dan budaya dalam kalangan MBK; Membentuk sahsiah dan jati diri MBK; Mengekalkan kesejahteraan dan perpaduan kaum; dan Menyemai sifat hormat menghormati pelbagai budaya dan kaum Kandungan Aktiviti Kelab Kesenian Dan Kebudayaan Mesyuarat Agung Kelab Kebudayaan Dan Kesenian i. Pemilihan jawatankuasa Kelab Kebudayaan Dan Kesenian ii. Pengenalan Kelab Kebudayaan Dan Kesenian iii. Perbincangan mengenai aktiviti kelab sepanjang tahun Nyanyian a) Memperkenalkan nyanyian lagu Negaraku/ Negeri/ Sekolah/ Aku Negaraku/ patriotik/ nasyid/ lagu aksi b) Menerangkan mengenai tatacara yang betul ketika nyanyian lagu-lagu ini c) Nyanyian lagu Negaraku/ Negeri/ sekolah/ Aku Negaraku/ patriotik/ lagu rakyat/ lagu irama Malaysia/ lagu aksi dengan pic yang tepat/ ton yang baik/ imbangan suara yang baik


14 d) Nyanyian secara solo dan berkumpulan (koir) e) Pautan video lagu-lagu negeri di Malaysia: https://www.youtube.com/watch?v=_uLdNEr5Azcdanlist=PLve5WOWoHI2f W1s8fGT7B_y78_bc5-uaT f) Bagi MBK kurang upaya pendengaran, keperluan kod tangan, visual/ video dan penterjemah (guru) adalah diperlukan semasa menjalankan aktiviti Seni Tari Seni tari adalah satu elemen kesenian yang memerlukan kemahiran pergerakan badan mengikut bunyi muzik tertentu. Asas kemahiran tarian-tarian ini boleh diubah suai mengikut kemampuan dan keupyaan MBK. MBK kurang upaya pendengaran, memerlukan kod tangan, visual/video dan penterjemah (guru) semasa pelaksanaan aktiviti. Salah satu jenis tarian tradisional yang dipilih dalam modul ini adalah tarian endang. Tarian Endang Asas pergerakan Tarian Endang ialah: a. Duduk bersimpuh b. Rapat tangan ke dada tanda hormat c. Pergerakan melibatkan badan, tangan dan kepala d. Jenis pergerakan tangan - tepuk tiga (3) serangkai (depan, dada dan atas kepala) - tarik layang-layang - tanam padi Rajah 4 : Senikata lagu Negaraku


15 - tuai padi - petik buah - dayung sampan e. Pergerakan dari perlahan kemudian laju mengikut tempo lagu dan ulang beberapa kali. Seni Visual Terdapat enam unsur seni dalam pendidikan seni visual. Antaranya ialah garisan, rupa, bentuk, jalinan, ruang dan warna. Keenam-enam unsur ini amat penting dalam penghasilan karya sesebuah seni mahupun dari segi seni sentuhan ataupun seni tampak. Dalam sesebuah karya seni sekurang-kurangnya terdapat satu unsur seni. Antara aktiviti yang boleh diperkenalhan kepada murid ialah: Aktiviti Contoh Gambar i. Menggambar a. lukisan b. catan c. montaj d. cetakan e. poster Montaj Rajah 5 : Tarian Endang


16 Aktiviti Contoh Gambar ii. Membuat corak dan rekaan a. catan b. kolaj c. tiupan d. ikatan dan celupan Tiupan iii. Membentuk dan membuat binaan a. origami binaan bahan kitar semula - contoh dengan menggunakan tin susu, botol mineral, kertas surat khabar, kain perca Origami iv. Mengenal kraf tradisional a. tekat b. tenunan c. alat hiasan diri d. batik Alat hiasan diri


17 Permainan Tradisional Permainan tradisional melayu yang terkenal adalah permainan congkak batu seremban dan teng-teng. Permainan tradisional ini merupakan permainan yang dimainkan secara kumpulan sekurang-kurangnya dua orang pemain. Modul ini mengandungi cara-cara permainan tradisional tersebut. Permainan Congkak Permainan congkak memerlukan dua orang pemain yang menggunakan peralatan papan congkak yang mempunyai lubang lima, tujuh dan sembilan. Biji guli, biji getah atau buah saga boleh dijadikan sebagai buah congkak. Matlamat permainan congkak adalah untuk mengumpul biji congkak terbanyak dan giliran menapak akhir. Cara-cara permainan congkak: a. Dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak, dimulakan dengan kedua-dua pemain serentak mencapai buah di kampung masing-masing dan memasukkan buah satu demi satu di dalam lubang kampung dengan pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung lawan. b. Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam kampung kosong di kawasan sendiri atau lawan dan pemain hendaklah berhenti, sekiranya buah itu jatuh atau mati di kampung sendiri. Pemain itu boleh menembak kampung lawan yang setentang dengan kampungnya iaitu mengaut kesemua buah (jika ada) di dalam kampung tersebut, hanya selepas membuat satu pusingan. c. Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya mati. Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh meneruskan permainan dengan mengambil buah yang masih banyak di mana-mana kampung sendiri. Sekiranya buah terakhir jatuh di kampung kosong pihak lawan, maka permainan itu mati di situ sahaja dan pihak lawan boleh memulakan permainan seterusnya hingga mati.


18 d. Sekiranya tidak terdapat sebarang buah di kampung pemain sungguhpun giliran berada dipihaknya, maka giliran untuk menggerakkan buah akan berpindah kepada pihak lawan. e. Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula kampung dengan buah congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup buah, ia dianggap 'terbakar'. Kampung ini tidak boleh diisi apabila bermain pada pusingan yang kedua, ketiga dan seterusnya hingga pihak lawan mengaku kalah. f. Di akhir permainan, buah congkak dikira dari rumah masing-masing. Pemenang adalah yang memiliki buah congkak terbanyak. Sekiranya jumlah buah congkak sama banyak, maka pemain dengan jumlah kampung terbakar terbanyak dikira kalah. Permainan Batu Seremban Permainan batu seremban mempunyai cara bermainnya yang tersendiri. Seperti permainan yang lain, batu seremban juga ada peringkatnya yang digelar sebagai buah. Keseluruhannya, batu seremban mempunyai lapan peringkat iaitu batu satu hingga batu lapan yang perlu dilalui oleh pemain sebelum dikira sebagai pemenang. Rajah 6 : Alat permainan congkak


19 Cara Permainan Batu Seremban: Batu Satu i. Kesemua buah hendaklah diselerakkan, di mana kedudukan semua buah tidak menyentuh antara satu sama lain. ii. Sebiji buah akan dijadikan ibu, dan ibu itu harus dilambungkan ke udara. iii. Dalam masa yang sama, sebiji buah di atas lantai harus dikutip. iv. Proses ini akan berterusan sehingga semua buah di atas lantai sudah dikutip. Batu Dua i. Cara buah dua dimainkan ialah sama seperti buah satu. ii. Hanya dua biji buah harus dikutip dengan masa yang sama. iii. Ini bermakna, ibu akan dilambungkan sebanyak dua kali sahaja. Batu Tiga i. Buah tiga ada sedikit perbezaan. ii. Pada lambungan pertama, hanya satu biji buah akan dikutip. iii. Lambungan yang kedua pula, tiga biji buah akan dikutip dengan serentak. Buah Empat i. Buah ibu akan dilambungkan ke udara. ii. Pada masa yang sama, pemain harus mengutip kesemua empat biji buah yang berada di lantai dengan serentak. Batu Lima i. Buah lima akan dimainkan seperti buah empat. ii. Pemain harus melambungkan buah ibu ke udara dan mengutip keempat-empat biji buah di atas lantai dengan serentak. iii. Selepas itu, buah ibu harus dilambungkan ke udara dan pada masa yang sama, empat biji buah yang ada di dalam tangan pemain harus diletakkan di atas lantai supaya hanya buah ibu sahaja yang akan disambut.


20 Batu Enam i. Pada peringkat yang keenam, pemain akan mendapat sedikit perbezaan. ii. Pada peringkat ini, pemain akan mendapat bahawa dua biji buah akan menjadi buah ibu. iii. Apabila sebiji daripadanya dilambung ke atas udara, sebiji lagi buah ibu harus ditukar dengan buah yang lain yang terdapat di atas lantai hingga selesai. Buah Tujuh i. Buah tujuh adalah urutan daripada buah enam. ii. Dua biji buah yang ada di dalam tangan harus dilambungkan dengan serentak. iii. Selepas itu, hanya satu biji buah yang akan dikutip. iv. Buah ibu hendaklah disambut dengan kedua-dua belah tangan. v. Satu di tangan kiri, dan lagi satu di tangan kanan. vi Pada akhirnya, buah ibu yang dilambung terakhir juga akan disambut. Buah Lapan i. Campakkan kelima-lima batu di atas lantai. ii. Ahli yang lain pilih satu batu untuk dilambungkan ke atas. iii. Pemain itu harus ambil batu ini tanpa menggerakkan batu yang lain. iv. Pemain itu harus melambungkan batu itu dan mengutip batu-batu yang lain dengan sekali gus. Timbang i. Selepas seorang pemain sudah berjaya menyelesaikan Batu Lapan, dia haruslah timbang untuk mendapat mata. ii. Kelima-lima batu seremban diletakkan di atas tapak tangan. iii. Semua batu seremban dilambung ke atas sambil tangan diterbalikkan. iv. Batu seremban yang telah jatuh ke lantai tidak boleh dikutip semula. v. Tangkap batu seremban yang ada di tangan. vi. Batu yang dapat ditangkap = 1 mata


21 vii. Batu yang dijatuhkan = 0 mata viii. Selepas menimbang, pemain ulangi semuanya dan bermula dengan Batu Satu. Tamat Permainan i. Dalam bila-bila masa pemain itu gagal untuk menghabiskan lapan peringkat ini, pemain ini haruslah memberikan gilirannya kepada ahli yang lain. ii. Jika ahlinya gagal untuk menghabiskan lapan peringkat ini, pemain itu akan kembali kepada peringkat yang tidak diselesaikan bermula daripada permulaan peringkat itu. Permainan Teng-Teng Permainan teng-teng adalah sejenis permainan tradisional masyarakat Melayu terutama bagi kanak-kanak perempuan. Permainan ini memerlukan gelanggang yang berbentuk kotak, kotak 1 hingga 9 dan gundu (buah). Permainan ini memerlukan dua hingga empat orang pemain. Cara Permainan Teng-Teng i. Sebelum permainan dimulakan, pemain harus mengundi siapa yang akan pergi dahulu dan seterusnya. Kaedahnya ialah menggunakan lai lai li tam plong. ii. Untuk memulakan permainan, pemain pertama harus mancampakkan gundu ke dalam petak pertama dengan cara membelakangkan petak. Ini akan berlaku dengan sama untuk pemain yang lain. Jika gundu tidak dapat Rajah 7 : Batu seremban


22 masuk ke dalam petak, giliran pemain itu dianggap mati dan pemain seterusnya yang akan mengambil alih. iii. Pemain dikehendaki melompat ke dalam petak-petak dengan menggunakan satu kaki sahaja, tetapi jika ada petak yang bersebelahan dengan petak yang lain, pemain harus melompat ke dalam petak tersebut dengan menggunakan kedua kaki mereka. iv. Setelah pemain melompat kembali ke garisan permulaan, mereka harus memijak kaki kanan mereka ke petak kedua dan petak keempat akan dipijak oleh kaki kiri mereka. Setelah itu, pemain dikehendaki melompat ke petak ketiga denga menggunakan sebelah kaki dan seterusnya, gundu harus dikutip di petak pertama. Pemain, untuk menghabiskan giliran mereka, harus melompat balik ke petak pertama dan terus ke garisan penamat. Asas penggunaan modul Modul ini merupakan panduan dan rujukan untuk guru penasihat melaksanakan aktiviti Kelab Kesenian dan Kebudayaan. Guru boleh mengubah suai masa dan aktiviti mengikut keupayaan MBK. Rajah 8 : Gelanggang permainan teng-teng


23 MODUL KELAB KESENIAN DAN KEBUDAYAAN BERDASARKAN MINGGU PERJUMPAAN (MINGGU 1 HINGGA 12) Modul : Modul 1 Minggu : Minggu 1 Aktviti : Tajuk: Penggunaan dan Pentadbiran - Mesyuarat Agung Objektif : Pelantikan jawatankuasa baharu Bahan : Minit mesyuarat yang lepas Masa : 3 jam Medium komunikasi : Bahasa isyarat bagi murid kurang upaya pendengaran Langkah 1 : i. Ucapan alu-aluan Ketua Guru Penasihat ii. Memperkenalkan guru penasihat iii. Menjelaskan tentang peraturan Kelab Kesenian dan Kebudayaan iv. Taklimat keselamatan dan disiplin murid semasa menjalankan aktiviti Langkah 2 : i. Membincangkan dan mengesahkan minit mesyuarat kelab yang lepas ii. Pengesahan minit mesyuarat iii. Perkara berbangkit Langkah 3 : i. Memilih dan pelantikan jawatankuasa baharu. ii. Membincangkan cadangan aktiviti Kelab Kesenian dan Kebudayaan sepanjang tahun Penutup : Ucapan penutupan Syarat Pelaksanaan : Menetapkan perancangan yang terperinci Latihan/ Pengukuhan/ Intervensi : Galakkan MBK berkomunikasi dua hala Catatan: Bagi MBK kurang upaya penglihatan dan MBK kurang upaya pendengaran aktiviti yang dijalankan adalah mengikut kesesuaian dan keupayaan individu serta bimbingan daripada guru pembimbing.


24 Modul : Modul 2 Minggu : Minggu 2 Aktviti : Pengenalan Kelab Objektif : Penerangan berkaitan perancanagan kelab dan aktiviti yang akan dijalankan sepanjang tahun Bahan : Televisyen/ video/ kertas A4/ pen penanda Masa : 3 jam Medium komunikasi : Langkah 1 : i. Guru menerangkan berkaitan elemen dalam kelab kesenian ii. Setiap murid diminta memberi perhatian dan mengetahui 3 elemen – nyanyian/ tarian dan seni visual Langkah 2 : i. Tayangan video tarian tradisional ii. Mendengar lagu rakyat/patriotik iii. Perbincangan jenis-jenis seni visual Langkah 3 : i. Perbincangan dalam kumpulan kecil: - Menyenaraikan jenis tarian tradisional/ lagu rakyat/ patriotik ii. Pembentangan perbincangan iii. Guru memberi ulasan berkaitan pembentangan hasilan perbincangan Penutup : MBK menyatakan peranncangan kelab/ persatuan secara lisan Syarat Pelaksanaan : Menetapkan perancangan yang terperinci Latihan/ Pengukuhan/ Intervensi : Galakkan MBK berkomunikasi dua hala Catatan: Bagi MBK kurang upaya penglihatan dan MBK kurang upaya pendengaran aktiviti yang dijalankan adalah mengikut kesesuaian dan keupayaan individu serta bimbingan daripada guru pembimbing.


25 Modul : Modul 3 Minggu : Minggu 3 Aktviti : Nyanyian Objektif : Murid mampu menyanyikan lagu sekolah/ negeri/ Negaraku Bahan : lirik lagu sekolah : CD/ youtube/ telefon bimbit Masa : 3 jam Medium komunikasi : MBK kurang upaya pendengaran memerlukan jurubahasa dan bahasa isyarat Langkah 1 : Kumpulan (dalam kelas): i. Pembahagian kumpulan ii. Membaca lirik lagu sekolah/ negeri/ Negaraku Langkah 2 : Kumpulan (dalam kelas): i. Menyanyi lagu sekolah/ negeri/ Negaraku dengan muzik ii. Menyanyi lagu sekolah/ negeri/ Negaraku tanpa muzik Langkah 3 : Kumpulan: i. Latihan nyanyian lagu sekolah/ negeri/ Negaraku di tapak perhimpunan ii. Menyanyi lagu sekolah/ negeri/ Negaraku sambil upacara menaikkan bendera Penutup : MBK membaca lirik lagu beramai-ramai Syarat Pelaksanaan : Menetapkan masa untuk membaca lirik Latihan/ Pengukuhan/ Intervensi : Galakkan semangat patriotik dan menyayangi lagu Negaraku Catatan: Bagi MBK kurang upaya penglihatan dan MBK kurang upaya pendengaran aktiviti yang dijalankan adalah mengikut kesesuaian dan keupayaan individu serta bimbingan daripada guru pembimbing.


26 Modul : Modul 4 Minggu : Minggu 4 Aktviti : Nyanyian Objektif : Lagu rakyat/ irama Malaysia/ patriotik Bahan : Lirik lagu : CD/ telefon bimbit/ youtube Masa : 3 jam Medium komunikasi : MBK kurang upaya pendengaran memerlukan jurubahasa dan bahasa isyarat Langkah 1 : i. Pembahagian kumpulan mengikut rumah sukan ii. Latihan/ rehearsal dalam kumpulan Langkah 2 : Pertandingan koir: i. Cabutan nombor giliran ii. Persediaan setiap kumpulan iii. Pertandingan berlangsung iv. Guru penasihat menjadi pengadil Langkah 3 : i. Pemarkahan dan keputusan pertandingan ii. Penyampaian hadiah iii. Ulasan guru penasihat Penutup : Menyanyi satu lagu rakyat/ irama Malaysia/ patriotik bersama-sama dengan iringan muzik/ video Syarat Pelaksanaan : Menetapkan masa dan syarat pertandingan Latihan/ Pengukuhan/ Intervensi : i. Meningkatkan sifat berusaha dan kreativiti ii. Galakkan berlatih dan bimbingan rakan di masa terluang Catatan: Bagi MBK kurang upaya penglihatan dan MBK kurang upaya pendengaran aktiviti yang dijalankan adalah mengikut kesesuaian dan keupayaan individu serta bimbingan daripada guru pembimbing.


27 Modul : Modul 5 Minggu : Minggu 5 Aktviti : Pertandingan Koir Objektif : Lagu pilihan Bahan : Pakaian yang bersesuaian dengan tema pertandingan Masa : 3 jam Medium komunikasi : i. MBK kurang upaya pendengaran memerlukan jurubahasa dan bahasa isyarat ii. MBK penglihatan memerlukan guru pembimbing (guide) Langkah 1 : i. Pembahagian kumpulan mengikut rumah sukan ii. Latihan/ rehearsal dalam kumpulan Langkah 2 : Pertandingan koir: i. Cabutan nombor giliran ii. Persediaan setiap kumpulan iii. Pertandingan berlangsung iv. Guru penasihat menjadi pengadil Langkah 3 : i. Pemarkahan dan keputusan pertandingan ii. Penyampaian hadiah iii. Ulasan guru penasihat Penutup : Persembahan semula oleh pemenang juara kumpulan Syarat Pelaksanaan : Bekerjasama dan menghayati lagu Latihan/ Pengukuhan/ Intervensi : Menggalakkan MBK mengeja dan membaca Catatan: Bagi MBK kurang upaya penglihatan dan MBK kurang upaya pendengaran aktiviti yang dijalankan adalah mengikut kesesuaian dan keupayaan individu serta bimbingan daripada guru pembimbing.


28 Modul : Modul 6 Minggu : Minggu 6 Aktviti : Tarian Endang Objektif : Menghayati dan menghargai tarian tradisional Bahan : Lagu, video, laptop, televisyen Masa : 3 jam Medium komunikasi Penggunaan bahasa isyarat untuk MBK kurang upaya pendengaran Langkah 1 : i. Berkumpul di dewan/ bilik muzik ii. Menonton tayangan tarian endang iii. Perbincangan berkaitan gerak tari Langkah 2 : i. Dalam kumpulan kecil (tiga hingga empat orang) ii. MBK mengulang pergerakan seperti dalam video iii. Pergerakan dengan muzik latar iv. Pergerakan tanpa muzik Langkah 3 : i. Latihan beramai-ramai mengikut pergerakan guru/ video tayangan ii. Latihan mengikut empat rumah sukan Penutup : Perbincangan/ kuiz mudah, yang berkaitan dengan pergerakan yang dipelajari Syarat Pelaksanaan : Guru pembimbing boleh memilih tarian asli/ tradisional atau tarian moden yang bersesuaian dengan budaya kaum di Malaysia Latihan/ Pengukuhan/ Intervensi : Galakkan MBK membuat latihan bersama guru muzik semasa PdPc muzik Catatan: Bagi MBK kurang upaya penglihatan dan MBK kurang upaya pendengaran aktiviti yang dijalankan adalah mengikut kesesuaian dan keupayaan individu serta bimbingan daripada guru pembimbing.


29 Modul : Modul 7 Minggu : Minggu 7 Aktviti : Pertandingan Tarian Endang dan Tarian Moden Objektif : Membina keyakinan diri sambil berseronok Bahan : Pentas, dewan, pakaian seragam, muzik, televisyen, sistem bunyi Masa : 3 jam Medium komunikasi : Penggunaan bahasa isyarat untuk MBK pendengaran Langkah 1 : i. Setiap kumpulan membuat persediaan: - Latihan - Pemakaian aksesori - Pakaian tarian ii. Guru pembimbing tetapkan masa persediaan Langkah 2 : i. Berkumpul di hadapan pentas ii. Ketua kumpulan mencabut nombor giliran iii. Persediaan akhir PA sistem: - Persediaan lagu - Susunan persembahan iv. Taklimat pemarkahan dan ciri penilaian oleh guru pembimbing Langkah 3 : Pertandingan bermula dan setiap kumpulan membuat persembahan mengikut nombor giliran Langkah 4 i. Pengumuman pemenang ii. Majlis penyampaian hadiah Penutup : Post mortem pertandingan (Hakim/ guru pembimbing menyatakan keunikan elemen persembahan tarian yang terdapat dalam setiap kumpulan) Syarat Pelaksanaan : Patuhi ketetapan masa yang telah ditetapkan Latihan/ Pengukuhan/ Intervensi : Penubuhan pasukan tarian PPKI Catatan: Bagi MBK kurang upaya penglihatan dan MBK kurang upaya pendengaran aktiviti yang dijalankan adalah mengikut kesesuaian dan keupayaan individu serta bimbingan daripada guru pembimbing.


30 Modul : Modul 8 Minggu : Minggu 8 Aktviti : Lawatan Ke Muzium Negeri/ Muzium Negara/ Muzium Tekstil/ Balai Seni Lukis/ Istana Budaya Objektif : Mengenal seni dan budaya rakyat Malaysia Bahan : Kertas aktiviti (teka silangkata/ kuiz bertulis), pen Masa : 3 jam Medium komunikasi : i. Penggunaan bahasa isyarat untuk MBK kurang upaya pendengaran ii. Pengiring/ pembantu untuk MBK berkerusi roda Langkah 1 : i. Berkumpul di dewan sekolah ii. Taklimat oleh guru pembimbing iii. Pergerakan ke lokasi pilihan Langkah 2 : i. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil ii. Pengagihan kertas aktiviti mengikut kumpulan iii. Lawatan bermula mengikut kumpulan Langkah 3 : i. Guru membimbing dan memberi penerangan di setiap lokasi lawatan ii. Terapkan PAZI di setiap aktiviti (komunikasi dalam kumpulan) iii. Bimbing MBK untuk berinteraksi dengan pegawai bertugas/ pegawai penerangan untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan Penutup : Berkumpul dan berbincang hasil dapatan daripada tugasan bertulis Syarat Pelaksanaan : Tetapkan tempoh masa untuk setiap hentian sepanjang lawatan Latihan/ Pengukuhan/ Intervensi : Mendidik kepentingan pengurusan masa Catatan: Bagi MBK kurang upaya penglihatan dan MBK kurang upaya pendengaran aktiviti yang dijalankan adalah mengikut kesesuaian dan keupayaan individu serta bimbingan daripada guru pembimbing.


31 Modul : Modul 9 Minggu : Minggu 9 Aktviti : Seni visual - Mengambar/ Membuat Corak/ Membentuk/ Membuat Binaan Objektif : Mencungkil bakat seni MBK Bahan : Kertas lukisan/ kertas warna/ lidi/ berus gigi Masa : 3 jam Medium komunikasi : i. Bantuan dan bimbingan untuk MBK kurang upaya fizikal ii. Penggunaan bahasa isyarat untuk MBK kurang upaya pendengaran Langkah 1 : i. Berkumpul di bilik seni/ dewan/ pusat sumber ii. Bina kumpulan kecil (tiga hingga empat orang) iii. Taklimat dan penerangan Langkah 2 : i. Ketua kumpulan mengambil alatan ii. Demonstrasi oleh guru iii. Murid menjalankan aktiviti dengan bimbingan guru Langkah 3 : i. Setiap kumpulan membentang dan mempamerkan hasil karya ii. Membina sikap setiap MBK memberi komen positif berkaitan karya kumpulan lain iii. Memberi pujian kepada MBK Langkah 4 : i. Pemilihan hasil terbaik ii. Mengumumkan nama pemenang Penutup : Pamerkan hasilan karya di bilik seni Syarat Pelaksanaan : Pilih salah satu topik pilihan Latihan/ Pengukuhan/ Intervensi : Galakkan MBK menghasilkan karya-karya di rumah dengan bimbingan ibubapa dan ahli keluarga Catatan: Bagi MBK kurang upaya penglihatan dan MBK kurang upaya pendengaran aktiviti yang dijalankan adalah mengikut kesesuaian dan keupayaan individu serta bimbingan daripada guru pembimbing.


32 Modul : Modul 10 Minggu : Minggu 10 Aktviti : Kraf - Membuat Gelang Manik (Pilihan Kraf) Mengikut Kesesuaian MBK Objektif : Mencungkil bakat dan kreativiti melalui seni kraf Bahan : Pelbagai warna dan saiz manik, benang getah, gunting, jarum besar Masa : 3 jam Medium komunikasi : i. Bantuan dan bimbingan untuk MBK kurang upaya fizikal ii. Penggunaan bahasa isyarat untuk MBK kurang upaya pendengaran Langkah 1 : i. Berkumpul di bilik seni/ dewan/ Pusat Sumber ii. Menonton video membuat gelang manik iii. Penerangan dan taklimat berkaitan aktiviti yang akan dijalankan Langkah 2 : i. Pembahagian kumpulan dan agihan alatan ii. Aktiviti berjalan dalam kumpulan iii. Guru pembimbing menilai hasil kraf MBK dari masa ke semasa Langkah 3 : i. Bimbing MBK untuk mereka corak yang menarik ii. Hasilkan pelbagai saiz dan corak Penutup : Pamerkan hasilan karya MBK Syarat Pelaksanaan : Penggunaan masa secara maksimum untuk menghasilkan produk kraf yang mampu menjana pendapatan Latihan/ Pengukuhan/ Intervensi : i. Produk akan dijual pada warga sekolah ii. Promosi kepada PIBG untuk menyokong hasil kraf dengan membeli sambil menderma Catatan: Bagi MBK kurang upaya penglihatan dan MBK kurang upaya pendengaran aktiviti yang dijalankan adalah mengikut kesesuaian dan keupayaan individu serta bimbingan daripada guru pembimbing.


33 Modul : Modul 11 Minggu : Minggu 11 Aktviti : Permainan Batu Seremban Objektif : Mengenal dan bermain permainan tradisional Bahan : Batu seremban (kain perca, beras, pasir, jarum, benang) Masa : 3 jam Medium komunikasi : i. Bantuan dan bimbingan untuk MBK anggota dan CP ii. Penggunaan bahasa isyarat untuk MBK pendengaran Langkah 1 : i. Menonton video permainan batu seremban ii. Menonton video cara menghasilkan batu seremban Langkah 2 : i. Agihan batu seremban dalam kumpulan kecil ii. Bermain buah satu hingga tujuh iii. Menimbang (dua cara): - Timbang biasa - Timbang cangkuk (2 x ganda mata yang diterima) Langkah 3 : i. Bina kumpulan kecil (tiga hingga empat orang) ii. MBK bermain dalam kumpulan (fokus kepada buah satu hingga tujuh dan menimbang buah) Penutup : i. Perbincangan berkaitan pengalaman bermain permainan tradisional ii. Membuat batu seremban sendiri – menggunakan kain perca batik, pelikat adalah digalakkan Syarat Pelaksanaan : Bertolak ansur dan sabar menunggu giliran Latihan/ Pengukuhan/ Intervensi : i. Galakkan MBK bermaian di rumah ii. Penglibatan ahli keluarga amat digalakkan dalam usaha membuat batu seremban Catatan: Bagi MBK kurang upaya penglihatan dan MBK kurang upaya pendengaran aktiviti yang dijalankan adalah mengikut kesesuaian dan keupayaan individu serta bimbingan daripada guru pembimbing.


34 Modul : Modul 12 Minggu : Minggu 12 Aktviti : Pertandingan Permainan Tradisional Objektif : Menghargai permainan tradisional dan warisan negara Bahan : Batu seremban, hadiah dan wisel Masa : 3 jam Medium komunikasi : Penggunaan bahasa isyarat untuk MBK kurang upaya pendengaran Langkah 1 : i. Berkumpul di dewan mengikut rumah sukan ii. Taklimat pertandingan iii. Pembahagian mengikut kumpulan kecil (tiga hingga empat orang) iv. Cabutan nombor kumpulan/ giliran Langkah 2 : i. Percubaan permainan/ latih tubi/ pemanasan badan ii. Pertandingan berjalan dengan pemantauan guru pembimbing iii. Wisel dibunyikan bagi setiap sesi pusingan iv. Guru mengambil markah dan mengambil batu seremban kumpulan yang tersingkir v. Teruskan permainan hingga pusingan akhir Langkah 3 : Pengumuman dan penyampaian hadiah Penutup : Majlis penyampaian hadiah Syarat Pelaksanaan : Tetapkan masa dan jumlah pusingan Latihan/ Pengukuhan/ Intervensi : Galakkan MBK bermain di waktu senggang Catatan: Bagi MBK kurang upaya penglihatan dan MBK kurang upaya pendengaran aktiviti yang dijalankan adalah mengikut kesesuaian dan keupayaan individu serta bimbingan daripada guru pembimbing.


35 Kelab Keselamatan Jalan Raya Pendahuluan Kelab Keselamatan Jalan Raya (KKJR) salah satu kelab di bawah kegiatan kokurikulum oleh KPM dengan kerjasama Kementerian Pengangkutan Malaysia. Kelab ini bertujuan untuk membentuk nilai-nilai baik dan selamat yang patut diamalkan oleh MBK khususnya ahli kelab semasa berada di jalan raya demi keselamatan diri dan pengguna jalan raya yang lain. Matlamat Matlamat modul ini disediakan adalah untuk membentuk pengguna jalan raya termasuk MBK supaya berhemah dan bertimbang rasa. Selain itu, modul ini dapat mewujudkan budaya mengutamakan keselamatan (safety first) dalam kalangan MBK semasa berada di jalan raya dan di persekitarannya. Objektif Objektif Modul Kelab Keselamatan Jalan Raya ini adalah: Memberi panduan kepada guru pembimbing semasa mengadakan perjumpaan Kelab Keselamatan Jalan Raya MBK; Memberi panduan dan cara melintas jalan raya dengan cara yang betul dan melintas di tempat yang selamat; Mengenal tanda-tanda isyarat jalan raya yang penting bagi mengelakkan sebarang tindakan yang tidak wajar yang berbahaya; Mengetahui kekurangan/kelemahan diri dan mengambil langkah pencegahan bagi mengelakkan diri daripada terlibat dalam kemalangan jalan raya; dan Memahami kegunaan dan kepentingan alat keselamatan (topi keledar, tali pinggang keledar, pemantul cahaya dan lain-lain).


36 Aktiviti - Aktiviti Kelab Keselamatan Jalan Raya Berikut adalah beberapa perkara yang perlu dilaksanakan dalam aktiviti Kelab Keselamatan Jalan Raya. Pengurusan Dan Pentadbiran Mesyuarat Agung Kelab Keselamatan Jalan Raya - Pemilihan Jawatankuasa Kelab Jalan Raya. - Pelantikan Biro. - Penyediaan Perancangan Aktiviti Tahunan. Pengenalan Kelab Keselamatan Jalan Raya - Pengenalan/Tujuan Penubuhan Kelab Jalan Raya. - Memberi gambaran tentang tugas dan tanggungjawab jawatankuasa. - Peranan dan tanggungjawab ahli. - Menanam semangat berpersatuan. Kempen Keselamatan Jalan Raya Pengenalan tanda-tanda isyarat jalan raya - Murid dibekalkan dengan risalah/ buku tentang tanda-tanda isyarat jalan raya. - Penerangan guru tentang makna tanda isyarat. - Mengenal dan memahami maksud tanda isyarat. - Pengenalan kepada Akta 333 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan kaedah-kaedah Pengangkutan Jalan 1987. - Lesen memandu dan cukai jalan kenderaan yang sah. - Jenis-jenis Lesen Memandu: i. Competent Driving License (CDL) ii. Learning Driving License (LDL) iii. Probation Driving License (PDL)


37 Penggunaan jalan raya berhemah Pejalan Kaki Sentiasa menggunakan kemudahan lalu lintas pejalan kaki seperti jejantas, laluan khas pejalan kaki, lintasan belang (zebra crossing), lintasan berisyarat jika disediakan, laluan pejalan kaki kurang upaya penglihatan. Sentiasa berjalan menentang arus lalu lintas. Pastikan menggunakan laluan pejalan kaki yang melawan arus trafik. Bagi MBK kurang upaya penglihatan akan menggunakan tongkat untuk mobiliti dan laluan khas yang disediakan. Langkah- langkah melintas jalan raya dengan selamat. i. Berhenti di tepi jalan dan bergerak satu langkah ke belakang. ii. Pandang ke kanan, ke kiri dan ke kanan semula. iii. Mendengar arus trafik dan melintas setelah dipastikan selamat (MBK kurang upaya penglihatan). iv. Melihat arus trafik dan melintas setelah dipastikan selamat (cara melintas bagi MBK kurang upaya penglihatan). Pengguna Basikal Memastikan keadaan basikal seperti lampu, reflector, tekanan angin tayar, brek dan lain-lain dalam keadaan baik. Memakai pakaian yang cerah. Memakai alat keselamatan seperti topi keledar dan jaket pemantul cahaya. Menunggang di laluan basikal atau laluan pejalan kaki.


38 Pengguna pengangkutan awam Menunggu di tempat yang telah disediakan seperti hentian bas, hentian teksi, terminal kereta api, terminal LRT/MRT/ERL dan lain-lain. Menunggu dalam jarak yang selamat seperti di belakang garisan kuning di kawasan terminal LRT/MRT/ERL dan lain-lain. Menunggu sehingga kenderaan awam berhenti sepenuhnya sebelum naik atau turun. Beratur dan naik secara berhemah. Gunakan pintu yang betul untuk naik dan turun. Gunakan tali pinggang keledar jika ada. Penunggang dan pembonceng motosikal Memakai topi keledar dengan betul dan kemas. Memakai pakaian yang cerah. Mematuhi tanda-tanda isyarat jalan raya. Sentiasa menunggang dan membonceng dalam keadaan selamat. Membawa tidak lebih daripada seorang pembonceng. Pemandu dan penumpang kereta Sentiasa mengamalkan penggunaan tali pinggang keledar depan dan belakang sepanjang masa. Pandang cermin belakang dan sisi, sebelum beri isyarat menukar lorong. Sentiasa memandu mengikut had kelajuan yang ditetapkan. Memotong kenderaan di garisan yang dibenarkan. Kenderaan dipandu mengikut kadar jarak yang selamat. Berhenti dan berehat sekiranya pemandu dalam keadaan letih dan mengantuk. Jangan mengeluarkan anggota badan semasa kenderaan sedang bergerak. Dilarang menggunakan alat peranti semasa memandu.


39 Pertandingan Kelab Keselamatan Jalan Raya Banyak aktiviti pertandingan yang boleh diadakan seperti: Pertandingan menunggang basikal dalam kawasan sekolah; Pertandingan menunggang basikal di luar kawasan sekolah; Buku skrap; Pertandingan mencari harta karun; Kuiz; dan Ujian Simulasi Memandu. Projek Kelab Keselamatan Jalan Raya Beberapa aktiviti dalaman yang boleh diadakan seperti: Pameran dan ceramah Ceramah dan pameran daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Keselamtan Jalan Raya (JKJR), Polis Diraja Malaysia (PDRM), PUSPAKOM, Jabatan Kerja Raya (JKR) dan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan. Khidmat Masyarakat - Mengedarkan risalah dan bahan maklumat berkaitan aspek keselamatan jalan rata. - Mengecat petak letak parkir kenderaan. - Mengawal lalu lintas dalam sekolah apabila terdapat aktiviti /program dalam sekolah. Minggu Keselamatan Jalan Raya - Ceramah dan pameran - Pertandingan melukis poster - Kuiz keselamatan jalan raya Sudut keselamatan jalan raya Mengadakan sudut keselamatan jalan raya seperti mengumpul buletin, poster, keratan akhbar, risalah keselamatan jalan raya dan tanda-tanda isyarat lalu lintas.


40 Lawatan Mengadakan lawatan sambil belajar ke tempat seperti JPJ, PUSPAKOM, Polis Trafik JKJR dan hospital. Kerjasama dengan Agensi Swasta/Badan Bukan Kerajaan Mengadakan kerjasama dengan pihak swasta seperti SHELL dan PETRONAS bagi aktiviti pertandingan lalu lintas SHELL, Street Smart, kuiz dan pameran. Asas penggunaan modul Modul ini merupakan panduan dan rujukan untuk guru penasihat bagi melaksanakan aktiviti Kelab Keselamatan Jalan Raya. Guru boleh mengubah suai masa dan aktiviti mengikut keupayaan MBK, serta perlu sesuaikan mengikut peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah.


41 MODUL KESELAMATAN JALAN RAYA BERDASARKAN MINGGU PERJUMPAAN (MINGGU 1 HINGGA 12) Modul : Modul 1 Minggu : Minggu 1 Aktiviti : Penggunaan dan Pentadbiran - Mesyuarat Agung Objektif : Pelantikan jawatankuasa baharu Bahan : Minit mesyuarat yang lepas Masa : 3 jam Medium komunikasi : Penggunaan bahasa isyarat untuk MBK kurang upaya pendengaran Langkah 1 : Ucapan alu-aluan Pengerusi Langkah 2 : i. Membincangkan dan mengesahkan minit mesyuarat kelab yang lepas ii. Pengesahan minit mesyuarat iii. Perkara-perkara berbangkit Langkah 3 : i. Memilih dan pelantikan jawatankuasa baharu ii. Taklimat keselamatan dan disiplin murid semasa menjalankan aktiviti Langkah 4 : Membincangkan cadangan aktiviti kelab keselamatan jalan raya sepanjang tahun: i. Kempen keselamatan jalan raya ii. Lawatan sambil belajar iii. Ceramah iv. Pameran v. Pertandingan dan lain-lain Penutup : Ucapan penutupan Latihan/ Pengukuhan/ Intervensi : Catatan: Bagi MBK kurang upaya penglihatan dan MBK kurang upaya pendengaran aktiviti yang dijalankan adalah mengikut kesesuaian dan keupayaan individu serta bimbingan daripada guru pembimbing.


42 Modul : Modul 2 Minggu : Minggu 2 Aktiviti : Pengenalan Kelab Keselamatan Jalan Raya Objektif : i. Menyenaraikan tentang bidang tugas jawatankuasa kelab ii. Merancang aktiviti mengikut jawatankuasa kecil/ biro Bahan : Carta Organisasi Kelab Keselamatan Jalan Raya Sekolah Masa : 3 jam Medium komunikasi : Penggunaan bahasa isyarat untuk MBK kurang upaya pendengaran Langkah 1 : Memperkenalkan Kelab Keselamatan Jalan Raya Langkah 2 : Memberi penerangan tentang senarai tugas: i. Pengerusi ii. Naib pengerusi iii. Setiausaha iv. Bendahari v. Ahli jawatankuasa Langkah 3 : Perbincangan perancangan aktiviti mengikut jawatankuasa kecil biro seperti: i. Hebahan ii. Peralatan dan bahan aktiviti kelab iii. Perhubungan luar iv. Dana kelab/ sumbangan v. Biro-biro lain Langkah 4 : Pembentangan perancangan aktiviti oleh jawatankuasa kecil/ biro Penutup : Penghargaan ucapan tahniah dan terima kasih atas kerjasama ahli-ahli Latihan/ Pengukuhan/ Intervensi : Catatan: Bagi MBK kurang upaya penglihatan dan MBK kurang upaya pendengaran aktiviti yang dijalankan adalah mengikut kesesuaian dan keupayaan individu serta bimbingan daripada guru pembimbing.


Click to View FlipBook Version