191 Objektif : Memberi pendedahan kepada murid tentang kemahiran asas badminton: i. Cara pegang raket ii. Cara pegang bulu tangkis iii. Kedudukan/ posisi pemain Bahan : Papan putih, kertas, pen, marker, buku catatan, tayangan slaid. Masa : 3 jam Medium komunikasi : Jurubahasa diperlukan untuk membantu MBK kurang upaya pendengaran. Langkah 1 : Menunjukkan cara memegang raket yang betul: i. Cara menentukan pegangan ii. Pegangan hadapan iii. Pegangan kilas Langkah 2 : Menunjukkan cara memegang bulu tangkis: i. Tiada cara pegangan yang spesifik ii. Biasanya bulu tangkis dipegang di bahagian bulu iii. Pukulan mestilah kena pada gabusnya apabila hendak membuat servis Langkah 3 : Menunjukkan kedudukan posisi pemain semasa membuat servis dan menerima servis. Langkah 4 Membuat aktiviti kemahiran. Penutup : Menerangkan keperluan mengetahui teknik menggunakan alatan yang betul. Syarat Perlaksanaan : Latihan/Pengukuhan/Intervensi : Post-mortem permainan yang telah dijalankan. Catatan : Bagi MBK kurang upaya penglihatan dan MBK kurang upaya pendengaran aktiviti yang dijalankan adalah mengikut kesesuaian dan keupayaan individu serta bimbingan daripada guru pembimbing.
192 Modul : Modul 4 Minggu 4 : Minggu 4 Aktiviti : Kemahiran Asas Pukulan Objektif : Memberi pendedahan kepada murid tentang kemahiran servis. Bahan : Papan putih, kertas, pen, marker, buku catatan, tayangan slaid. Masa : 3 jam Medium komunikasi : Jurubahasa diperlukan untuk membantu MBK kurang upaya pendengaran. Langkah 1 : Murid membuat aktiviti memanaskan badan dan regangan sebelum bermain. Langkah 2 : Guru perkenalkan jenis pukulan servis: i. Servis tinggi hadapan ii. Servis rendah forehand iii. Servis rendah backhand Langkah 3 : Guru menunjukkan cara pukulan servis tinggi hadapan: i. Terangkan kedudukan kaki, badan dan raket. ii. Terangkan cara membuat pukulan. iii. Terangkan kedudukan bulu tangkis selepas membuat servis. iv. Nyatakan kesesuaian penggunaan pukulan servis tinggi hadapan. Langkah 4 : Guru menunjukkan cara pukulan servis rendah forehand: i. Terangkan kedudukan kaki, badan dan raket. ii. Terangkan cara membuat pukulan. iii. Terangkan kedudukan bulu tangkis selepas membuat servis. iv. Nyatakan kesesuaian penggunaan pukulan servis rendah forehand. Langkah 5 : Guru menunjukkan cara pukulan servis rendah backhand: i. Terangkan kedudukan kaki, badan dan raket ii. Terangkan cara membuat pukulan iii. Terangkan kedudukan bulu tangkis selepas membuat servis iv. Nyatakan kesesuaian penggunaan pukulan servis rendah backhand
193 Modul : Modul 4 Minggu 4 : Minggu 4 Langkah 6 : i. Membuat aktiviti kemahiran pukulan servis. ii. Permainan kecil. iii. Membuat aktiviti regang kendur sebelum bersurai. Penutup : Menerangkan keperluan mengetahui teknik servis yang betul. Syarat Perlaksanaan : Latihan/Pengukuhan/Intervensi : Post-mortem kemahiran asas yang telah dijalankan. Catatan : Bagi MBK kurang upaya penglihatan dan MBK kurang upaya pendengaran aktiviti yang dijalankan adalah mengikut kesesuaian dan keupayaan individu serta bimbingan daripada guru pembimbing.
194 Modul : Modul 5 Minggu 5 : Minggu 5 Aktiviti : Kemahiran Asas Pukulan Objektif : Memberi pendedahan kepada murid tentang kemahiran asas pukulan lob (pukulan tinggi). Bahan : Papan putih, kertas, pen, marker, buku catatan, tayangan slaid. Masa : 3 jam Medium komunikasi : Jurubahasa diperlukan untuk membantu MBK kurang upaya pendengaran. Langkah 1 : Murid membuat aktiviti memanaskan badan dan regangan sebelum bermain. Langkah 2 : Guru perkenalkan pukulan lob (pukulan tinggi): i. Terangkan tujuan membuat pukulan lob ii. Terangkan kedudukan kaki, badan dan raket iii. Terangkan cara membuat pukulan iv. Terangkan kedudukan bulu tangkis selepas buat pukulan v. Nyatakan keperluan membuat pukulan lob dan masa yang sesuai Langkah 3 : Membuat aktiviti kemahiran pukulan lob. Langkah 4 : i. Permainan kecil ii. Membuat aktiviti regang kendur sebelum bersurai Penutup : Menerangkan kepentingan membuat pukulan lob dengan teknik yang betul. Syarat Perlaksanaan : Latihan/ Pengukuhan/ Intervensi : Catatan : Bagi MBK kurang upaya penglihatan dan MBK kurang upaya pendengaran aktiviti yang dijalankan adalah mengikut kesesuaian dan keupayaan individu serta bimbingan daripada guru pembimbing.
195 Modul : Modul 6 Minggu 6 : Minggu 6 Aktiviti : Kemahiran Asas Pukulan Objektif : Memberi pendedahan permainan jaring (net-play) Bahan : Gelanggang, raket, bola, wisel, bulu tangkis, jaring dan tiang. Masa : 3 jam Medium komunikasi : Jurubahasa diperlukan untuk membantu MBK kurang upaya pendengaran. Langkah 1 : Murid membuat aktiviti memanaskan badan dan regangan sebelum bermain. Langkah 2 : Guru perkenalkan permainan jaring (net-play): i. Terangkan apa itu permainan jaring dan tujuannya ii. Terangkan kedudukan kaki, badan dan raket. iii. Terangkan cara membuat net-play. iv. Terangkan kedudukan bulu tangkis selepas buat pukulan. v. Nyatakan keperluan bermain di jaring dan masa yang sesuai. Langkah 3 : Membuat aktiviti kemahiran permainan jaring. Langkah 4 : i. Permainan kecil. ii. Membuat aktiviti regang kendur sebelum bersurai. Penutup : Menerangkan kepentingan dan kesesuaian permainan jaring dengan teknik yang betul. Syarat Perlaksanaan : Latihan/ Pengukuhan/ Intervensi : Catatan : Bagi MBK kurang upaya penglihatan dan MBK kurang upaya pendengaran aktiviti yang dijalankan adalah mengikut kesesuaian dan keupayaan individu serta bimbingan daripada guru pembimbing.
196 Modul : Modul 7 Minggu 7 : Minggu 7 Aktiviti : Kemahiran Asas Pukulan Objektif : Memberi pendedahan kepada murid tentang pukulan drop Bahan : Gelanggang, raket, wisel, bola, bulu tangkis, jaring dan tiang. Masa : 3 jam Medium komunikasi : Jurubahasa diperlukan untuk membantu MBK kurang upaya pendengaran. Langkah 1 : Murid membuat aktiviti memanaskan badan dan regangan sebelum bermain. Langkah 2 : Guru perkenalkan pukulan drop: i. Terangkan tujuan membuat pukulan drop. ii. Terangkan kedudukan kaki, badan dan raket. iii. Terangkan cara membuat pukulan. iv. Terangkan kedudukan bulu tangkis selepas buat pukulan. v. Nyatakan keperluan membuat pukulan drop dan masa yang sesuai. Langkah 3 : Membuat aktiviti kemahiran pukulan drop. Langkah 4 : i. Permainan kecil. ii. Membuat aktiviti regang kendur sebelum bersurai. Penutup : Menerangkan kepentingan dan kesesuaian pukulan drop dengan teknik yang betul. Syarat Perlaksanaan : Latihan/Pengukuhan/Intervensi : Catatan : Bagi MBK kurang upaya penglihatan dan MBK kurang upaya pendengaran aktiviti yang dijalankan adalah mengikut kesesuaian dan keupayaan individu serta bimbingan daripada guru pembimbing.
197 Modul : Modul 8 Minggu 8 : Minggu 8 Aktiviti : Kemahiran Asas Pukulan Objektif : Memberi pendedahan dan perkenalkan kepada murid tentang pukulan junam (smash). Bahan : Gelanggang, raket, bola, wisel, bulu tangkis, jaring dan tiang. Masa : 3 jam Medium komunikasi : Jurubahasa diperlukan untuk membantu MBK kurang upaya pendengaran. Langkah 1 : Guru perkenalkan pukulan junam (smash): i. Terangkan tujuan membuat pukulan junam (smash) ii. Terangkan kedudukan kaki, badan dan raket iii. Terangkan cara membuat pukulan iv. Terangkan kedudukan bulu tangkis selepas buat pukulan v. Nyatakan keperluan membuat pukulan junam (smash) dan masa yang sesuai Langkah 2 : Membuat aktiviti kemahiran pukulan junam (smash). Langkah 3 : Membuat aktiviti kemahiran pukulan junam (smash). Langkah 4 : i. Permainan kecil. ii. Membuat aktiviti regang kendur sebelum bersurai. Penutup : Menerangkan kepentingan dan kesesuaian pukulan junam (smash) dengan teknik yang betul. Syarat Perlaksanaan : Latihan/ Pengukuhan/ Intervensi : Catatan : Bagi MBK kurang upaya penglihatan dan MBK kurang upaya pendengaran aktiviti yang dijalankan adalah mengikut kesesuaian dan keupayaan individu serta bimbingan daripada guru pembimbing. Modul : Modul 9
198 Minggu : Minggu 9 Aktiviti : Kemahiran Asas Pukulan Objektif : Memberi pendedahan dan perkenalkan kepada murid tentang kemahiran menghadang (block). Bahan : Gelanggang, raket, wisel, bola, bulu tangkis, jaring dan tiang Masa : 3 jam Medium komunikasi : Jurubahasa diperlukan untuk membantu MBK kurang upaya pendengaran. Langkah 1 : Guru perkenalkan kemahiran membuat hadangan (block): i. Terangkan tujuan membuat hadangan (block) ii. Terangkan kedudukan kaki, badan dan raket iii. Terangkan cara membuat hadangan (block) iv. Terangkan kedudukan bulu tangkis selepas buat pukulan v. Nyatakan keperluan membuat hadangan (block) dan masa yang sesuai Langkah 2 : Membuat aktiviti kemahiran hadangan (block). Langkah 3 : Membuat aktiviti kemahiran hadangan (block). Langkah 4 : i. Permainan kecil. ii. Membuat aktiviti regang kendur sebelum bersurai. Penutup : Menerangkan kepentingan dan kesesuaian membuat hadangan (block) dengan teknik yang betul. Syarat Perlaksanaan : Latihan/ Pengukuhan/ Intervensi : Catatan : Bagi MBK kurang upaya penglihatan dan MBK kurang upaya pendengaran aktiviti yang dijalankan adalah mengikut kesesuaian dan keupayaan individu serta bimbingan daripada guru pembimbing. Modul : Modul 10
199 Minngu 10 Minggu 10 Aktiviti : Permainan Perseorangan Objektif : Memberi pendedahan dan perkenalkan kepada murid tentang permainan acara perseorangan (individu) Bahan : Gelanggang, raket, wisel, bola, bulu tangkis, jaring dan tiang. Masa : 3 jam Medium komunikasi : Jurubahasa diperlukan untuk membantu MBK kurang upaya pendengaran. Langkah 1 : Murid membuat aktiviti memanaskan badan dan regangan sebelum bermain. Langkah 2 : Guru menerangkan peraturan pemainan acara perseorangan: i. Kawasan gelanggang semasa bermain perseorangan. ii. Teknik pukulan dan servis yang sesuai untuk acara ini. Langkah 3 : Membuat tayangan video perlawanan sebenar acara perseorangan. Langkah 4 i. Membuat aktiviti kemahiran. ii. Membuat permainan kecil. Langkah 5 Membuat aktiviti regang kendur sebelum bersurai. Penutup : Penerapan amalan baik dalam bola jaring – kerjasama dan tolak ansur dalam kumpulan. Syarat Perlaksanaan : Latihan/ Pengukuhan/ Intervensi : Catatan : Bagi MBK kurang upaya penglihatan dan MBK kurang upaya pendengaran aktiviti yang dijalankan adalah mengikut kesesuaian dan keupayaan individu serta bimbingan daripada guru pembimbing. Modul : Modul 11
200 Minggu 11 : Minggu 11 Aktiviti : Permainan Beregu Objektif : Memberi pendedahan dan perkenalkan kepada murid tentang permainan acara beregu. Bahan : Gelanggang, raket, wisel, bola, bulu tangkis, jaring dan tiang. Masa : 3 jam Medium komunikasi : Jurubahasa diperlukan untuk membantu MBK kurang upaya pendengaran. Langkah 1 : Murid membuat aktiviti memanaskan badan dan regangan sebelum bermain. Langkah 2 : Guru menerangkan peraturan pemainan acara beregu: i. Kawasan gelanggang semasa bermain perseorangan. ii. Teknik pukulan dan servis yang sesuai untuk acara ini. Langkah 3 : Membuat tayangan video perlawanan sebenar acara beregu. Langkah 4 : i. Membuat aktiviti kemahiran. ii. Membuat permainan kecil. Langkah 5 Membuat aktiviti regang kendur sebelum bersurai. Penutup : Menerangkan kepentingan teknik yang betul untuk acara beregu di samping tahap stamina dan keserasian yang tinggi. Syarat Perlaksanaan : Latihan/ Pengukuhan/ Intervensi : Catatan : Bagi MBK kurang upaya penglihatan dan MBK kurang upaya pendengaran aktiviti yang dijalankan adalah mengikut kesesuaian dan keupayaan individu serta bimbingan daripada guru pembimbing. Modul : Modul 12
201 Minggu 12 : Minggu 12 Aktiviti : Pertandingan Dalaman Badminton Objektif : Memberi pendedahan dan perkenalkan kepada murid suasana sebenar semasa berada di dalam pertandingan. Bahan : Gelanggang, raket, wisel, bola, bulu tangkis, jaring dan tiang. Masa : 3 jam Medium komunikasi : Jurubahasa diperlukan untuk membantu MBK kurang upaya pendengaran. Langkah 1 : Murid membuat aktiviti memanaskan badan dan regangan sebelum bertanding. Langkah 2 : i. Guru menerangkan peraturan dan syarat pertandingan ii. Guru diminta menyediakan (sebelum pertandingan): - Jawatankuasa teknikal - Jadual perlawanan - Borang skor iii. Guru menyenaraikan kategori yang dipertandingkan: - Perseorangan lelaki - Perseorangan perempuan - Beregu lelaki - Beregu perempuan Langkah 3 : Perlaksanaan pertandingan. Langkah 4 : Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang. Penutup : Menerangkan keperluan semangat kesukanan yang tinggi semasa bertanding. Syarat Perlaksanaan : Latihan/ Pengukuhan/ Intervensi : Catatan : Bagi MBK kurang upaya penglihatan dan MBK kurang upaya pendengaran aktiviti yang dijalankan adalah mengikut kesesuaian dan keupayaan individu serta bimbingan daripada guru pembimbing. Modul Petanque
202 Pengenalan Petanque merupakan sejenis sukan yang dimainkan di tempat yang lapang menggunakan boule yang diperbuat daripada logam dan dimainkan mengikut peraturan-peraturan tertentu. Boule akan dibaling mengikut teknik acundali untuk menghampiri jack yang berupa sebiji bola kayu, saiznya lebih besar daripada guli bagi membolehkan pemain mendapat mata permainan. Objektif permainan petanque adalah untuk menguasai kedudukan dengan meletakkan boule milik pasukan sendiri terdekat dengan sasarannya iaitu jack. Pertandingan ini adalah rebutan antara dua pasukan bagi menguasai kedudukan tersebut. Mata penamat bagi permainan petanque ini adalah 13 mata. Sejarah petanque moden bermula dari negara Perancis. Sukan petanque diperkenalkan di Malaysia dalam tahun 1987 melalui Kementerian Belia dan Sukan untuk dijadikan sebagai satu acara sukan bagi orang-orang kurang upaya. Di pertengahan tahun 1989, YM Prof Diraja Ungku Abdul Aziz selaku yang dipertua ANGKASA telah memperkenalkan sukan ini kepada koperasi-koperasi di Malaysia. Selepas beberapa bulan diperkenalkan, sukan petanque telah dirasmikan sebagai salah satu acara sukan untuk negara. Permainan ini sesuai untuk MBK ketidakupayaan pembelajaran, ketidakupayaan pendengaran dan ketidakupayaan fizikal kerana permainan ini tidak memerlukan pergerakkan fizikal yang besar. Permainan petanque hanya memerlukan kemahiran balingan (tangan) dan tumpuan (mata) fokus kepada bulatan. Peraturan Permainan Petanque
203 Bil. Perkara Huraian 1. Pemain 3 pemain melawan 3 pemain (triples) 2 pemain melawan 2 pemain(doubles) 1 pemain melawan 1 pemain(single) setiap pemain menggunakan 2 boules. setiap pemain menggunakan 3 boules. setiap pemain menggunakan 3 boules. 2. Bola (boules) Mestil diperbuat daripada logam. Garis pusat bola mestilah antara 7.05cm (minimum) hingga 8.0cm (maksimum). Berat bola mestilah antara 650 gram (minimum) hingga 800 gram (maksimum). 3. Jack Sejenis bola yang diperbuat daripada kayu atau bahan sintetik, mempunyai tanda pengeluar dan diperakui oleh F.I.P.J.P. bahawa bahan itu boleh dan selamat digunakan serta sesuai dan memenuhi segala spesifikasi. Garis pusatnya mestilah antara 25mm (minimum) hingga 35mm (maksimum). 4. Jarak jack 4 hingga 8 – untuk kanak kanak 12 tahun ke bawah. 5 hingga 9 meter – untuk remaja 13 -15 tahun. 6 hingga 10 meter – untuk remaja 16 -18 tahun. 6 hingga 10 meter – untuk remaja 19 tahun. 5. Memulakan permainan Permainan boleh dimulakan dengan melambung syiling untuk menentukan pemain atau pasukan yang akan memulakan lontaran jack. Pemain akan melontar jack jarak antara 6-10 meter daripada bulatan. Semasa melontar jack atau boules, kedua-dua kaki mesti berada di dalam bulatan tanpa mengangkat kedua-dua kaki sehingga boules pemain menyentuh gelanggang.
204 Bil. Perkara Huraian 6. Lontaran Boule . Pemain daripada pasukan A melontar bola pertama ke arah jack secara pointing. Pemain daripada pasukan lawan (B) hanya memerhatikan dari tempat yang dibenarkan. 7. Pointing Pemain daripada pasukan B pula boleh menggunakan kaedah pointing untuk mendekatkan boules mereka dengan jack berbanding pihak lawan. 8. Shooting Kaedah memukul (shoots) boule pihak lawan yang berada dekat jack supaya beredar jauh dari jack. Sekiranya pasukan B berjaya mengubah kedudukan, pasukan A pula akan membuat lontaran. Jika tidak berjaya, pemain pasukan B akan memainkan bola lagi sehingga kedudukan berubah dan selagi bola masih ada. Setelah habis bola untuk dimainkan, pasukan A pula mengambil tempat untuk meneruskan permainan sehingga habis ”end”. 9. Penentu Jarak Pasukan akan mendapat mata berdasarkan bilangan bola pasukannya berada dekat jack berbanding pasukan lawan. Pasukan yang menang “end” tersebut akan melakar bulatan bagi memulakan permainan seterusnya. 10. Akhir Permainan Pasukan yang dahulu mendapat 13 mata adalah dikira pemenang. 11. Mata Pemenang Mata akan diberikan mengikut bola-bola yang terhampir dengan jack. Permainan ini dimainkan sehingga 13 mata.
205 Bil. Perkara Huraian Walau bagaimanapun dalam acara liga dan pusingan kelayakan, mata penamat boleh ditetapkan kepada 11 mata. 12 Ukuran Gelanggang Ukuran gelanggang panjang 17 meter x 4 meter. Petanque dimainkan atas gelanggang daripada pelbagai permukaan boleh berbentuk tunggal atau berkembar. Ukuran Gelanggang Ukuran gelanggang panjang 17 meter X 4 meter. Petanque dimainkan atas gelanggang daripada pelbagai permukaan boleh berbentuk tunggal atau berkembar. Peralatan Permainan Petanque Peralatan asas yang diperlukan dalam permainan petanque ialah: Bola (boule): Rajah 74 : Gelanggang petanque
206 i. Berbentuk bulat yang diperbuat daripada logam. Mempunyai garis pusat antara 7.05 cm (min) hingga 8.0 cm (mak). ii. Beratnya antara 650 gram (min) hingga 800 gram (mak). iii. Bola ini mempunyai jenama tertentu, angka penunjuk berat dan nombor siri tertera padanya. iv. Bola yang diguna di dalam pertandingan mestilah yang telah diluluskan oleh Persekutuan Petanque Antarabangsa (FIPJP) atau Persekutuan Petanque Malaysia (PPM). Jack i. Berbentuk bulat tetapi diperbuat daripada kayu keras. ii. Mempunyai garis pusat antara 25 mm hingga 35 mm. iii. Boleh diwarnakan tetapi warnanya mestilah boleh dilihat dengan jelas di atas permukaan gelanggang. Alat pengukur jarak i. Meliputi alat-alat seperti pita pengukur, ‘telescopic measure’, ‘calliper’, dan ‘tappet gauge’. Rajah 75 : Bola (boule) Rajah 76 : Jack
207 ii. Digunakan untuk mengukur jarak boule yang terdekat dengan kedudukan jack. Kain atau tuala kecil Digunakan untuk membersihkan bola semasa pertandingan. Beg i. Mempunyai saiz yang sesuai untuk mengisi dan membawa peralatan petanque. ii. Pakaian sukan, kasut dan stoking yang sesuai. Rajah 77 : Alat pengukur jarak Rajah 78 :Tuala kecil
208 Teknik Asas Kemahiran Permainan Petanque Kemahiran Asas Memegang Bola Rajah 79 : Beg bola petanque Rajah 80 : Teknik menggunakan empat jari
209 Rajah 82 : Teknik menggunakan lima jari (ibu jari pada sisi depan)
210 Kemahiran Asas Kedudukan Kaki Rajah 83 : Teknik menggunakan lima jari (ibu jari pada sisi belakang) Rajah 84 : Teknik kedudukan kaki (separuh ke depan dan separuh ke belakang)
211 Rajah 85 : Teknik kedudukan kaki (sama atau selari) Rajah 86 : Teknik kedudukan kaki (bentuk ‘V’)
212 Teknik Asas Posisi Pointing Rajah 87 : Teknik bertinggung/ mencangkung (paras kedua-dua lutut sama tinggi) Rajah 88 : Teknik bertinggung/ mencangkung (paras lutut kanan lebih tinggi)
213 Rajah 90 : Teknik hayunan bola (paras bawah)
214 MODUL PETANQUE BERDASARKAN MINGGU PERJUMPAAN (MINGGU 1 HINGGA MINGGU 12)
215 Modul : Modul 1 Minggu : Minggu 1 Aktviti : Penggunaan dan Pentadbiran - Mesyuarat Agung Objektif : Pelantikan jawatankuasa baharu Bahan : Minit mesyuarat yang lepas Masa : 3 jam Medium komunikasi : Bahasa isyarat (jika perlu) Langkah 1 : i. Ucapan alu-aluan Ketua Guru Penasihat ii. Memperkenalkan guru penasihat iii. Menjelaskan tentang peraturan sukan petanque iv. Taklimat keselamatan dan disiplin murid semasa menjalankan aktiviti Langkah 2 : i. Membincangkan dan mengesahkan minit mesyuarat yang lepas ii. Pengesahan minit mesyuarat iii. Perkara berbangkit Langkah 3 : i. Memilih dan pelantikan jawatankuasa baharu ii. Membincangkan cadangan aktiviti sukan petanque sepanjang tahun Penutup : Ucapan penutupan Syarat Pelaksanaan : Menetapkan perancangan yang terperinci Catatan: Bagi MBK kurang upaya penglihatan dan MBK kurang upaya pendengaran aktiviti yang dijalankan adalah mengikut kesesuaian dan keupayaan individu serta bimbingan daripada guru pembimbing.
216 Modul : Modul 2 Minggu : Minggu 2 Aktiviti : Pengenalan Dan Peraturan i. Sejarah Petanque ii. Peraturan: - Komposisi Pasukan - Kriteria-kriteria bola yang diluluskan - Denda jika bola tidak memenuhi syarat - Jack yang diluluskan Objektif : i. Menyatakan secara lisan sejarah petanque ii. Menguji pemahaman murid tentang peraturan dalam permainan petaque Bahan : OHP, gambar-gambar, audio visual dan bola petanque Masa : 3 jam Medium Komunikasi : Masalah pembelajaran: tidak berkenaan Kurang upaya pendengaran: tidak berkenaan Kurang upaya penglihatan : set audio Langkah 1 : i. Guru menayangkan video beserta audio permainan petanque. ii. Murid memberikan input yang diperolehi daripada tayangan. Langkah 2 : i. Guru menayangkan power point sejarah petanque. ii. Murid diminta menceritakan semula sejarah petanque. Langkah 3 : Murid dibawa ke gelanggang petanque untuk menerangkan peraturan secara teori dan amali: i. Komposisi pasukan. ii. Kriteria-kriteria bola yang diluluskan. iii. Denda jika bola tidak memenuhi syarat . iv. Jack yang diluluskan. Langkah 4 : i. Murid diberikan kepada empat kumpulan kecil. ii. Setiap kumpulan dikehendaki menyediakan carta sejarah petanque. iii. Setiap kumpulan dikehendaki membentang hasil kerja kumpulan masing-masing. Langkah 5 : i. Guru mengedarkan latihan kepada setiap murid. ii. Murid dikehendaki menjawab soalan-soalan yang diberi mengikut masa yang ditetapkan.
217 Modul : Modul 2 Minggu : Minggu 2 Penutup : i. Murid diminta memberikan maklum balas berkaitan aktiviti yang dijalankan. ii. Guru akan memberi ulasan berkaitan maklum balas yang diberikan murid. iii. Guru perlu menerangkan kepentingan mematuhi peraturan dalam permainan petanque. Catatan : Bagi MBK kurang upaya penglihatan dan MBK kurang upaya pendengaran aktiviti yang dijalankan adalah mengikut kesesuaian dan keupayaan individu serta bimbingan daripada guru pembimbing.
218 Modul : Modul 3 Minggu : Minggu 3 Aktiviti : Peralatan Permainan Petanque Objektif : Menyenaraikan peralatan-peralatan asas permainan petanque. Bahan : Bahan maujud : Bola petanque, bola kuning, video Masa : 3 jam Medium Komunikasi : Masalah pembelajaran: tidak berkenaan. Kurang upaya pendengaran: tidak berkenaan. Kurang upaya penglihatan : set audio visual. Langkah 1 : i. Guru bersoal jawab akan pelajaran modul sebelumnya. ii. Murid menyaksikan permainan sebenar petanque melalui tayangan video. iii. Murid ditanyakan tentang peralatan yang yang digunakan dalam pertandingan petanque melalui tayangan tadi. Langkah 2 : i. Murid diberikan kepada beberapa kumpulan. ii. Setiap ahli dalam kumpulan dibekalkan dengan sehelai kertas kosong, alatan tulis dan pensel warna. iii. Guru menunjukkan peralatan –peralatan yang digunakan dalam permainan petanque. iv. Setiap ahli dalam kumpulan dikehendaki melukiskan kembali perlatan yang ditunjukkan guru. v. Setiap kumpulan dikehendaki membentangkan. peralatan yang mereka lukis beserta penerangan ringkas mengikut pemahaman mereka. Langkah 3 : i. Guru memberikan pengukuhan peralatan-peralatan. yang digunakan dalam permainan petanque. ii. Guru memberikan penerangan dan ulasan tentang pembentangan kumpulan. Langkah 4 : i. Guru menunjukkan bahan sebenar peralatan yang digunakan dalam permainan petang. ii. Murid bertanya sebarang persoalan yang mereka kurang arif dan dijelaskan oleh guru. Langkah 5 : Teka silang kata jenis-jenis peralatan petanque secara individu.
219 Modul : Modul 3 Minggu : Minggu 3 Penutup : i. Murid diminta memberikan maklum balas berkaitan aktiviti yang dijalankan. ii. Guru akan memberi ulasan berkaitan maklum balas yang diberikan murid. Catatan: Bagi MBK kurang upaya penglihatan dan MBK kurang upaya pendengaran aktiviti yang dijalankan adalah mengikut kesesuaian dan keupayaan individu serta bimbingan daripada guru pembimbing.
220 Modul : Modul 4 Minggu : Minggu 4 Aktiviti : Posisi dan Gelanggang i. Posisi Pemain ii. Gelangang Petanque Objektif : i. Memahami dan mempraktikkan posisi pemain dalam permainanan petanque. ii. Melakar dan mendraf gelanggang petanque secara kasar. Bahan : Lembaran gambarajah, gelanggang petanque, pita pengukur. Masa : 3 jam Medium Komunikasi : Masalah pembelajaran: tidak berkenaan. Kurang upaya pendengaran: tidak berkenaan. Kurang upaya penglihatan: set audio visual. Langkah 1 : i. Guru bersoal jawab akan pelajaran modul sebelumnya. ii. Murid dimaklumkan tentang keperluan gelanggang yang baik. Langkah 2 : i. Murid diberikan sehelai kertas yang mengandungi rajah gelanggang petanque seberta ukuran sebenar. ii. Murid dibawa ke gelanggang sebenar petanque. iii. Murid diminta membuat ukuran pada gelanggang sebenar. Langkah 3 : i. Lebaran ke-2 pula diberikan kepada semua murid yang mengandungi rajah posisi pemain. ii. Berdasarkan gambarajah, murid diminta membuat posisi mengikut gambarajah yang diberi. iii. Penerangan guru menyusul. Penutup : i. Murid diminta memberikan maklum balas berkaitan aktiviti yang dijalankan. ii. Guru akan memberi ulasan berkaitan maklum balas yang diberikan murid. Catatan : Bagi MBK kurang upaya penglihatan dan MBK kurang upaya pendengaran aktiviti yang dijalankan adalah mengikut kesesuaian dan keupayaan individu serta bimbingan daripada guru pembimbing.
221 Modul : Modul 5 Minggu : Minggu 5 Aktiviti : Keselamatan Objektif : i. Mengetahui aspek-aspek keselamatan dalam permainan petanque. ii. Menyatakannya secara lisan dalam pembentangan. Bahan : Audio, ICT (power point), laptop. Masa : 3 jam Medium Komunikasi : Masalah pembelajaran : tidak berkenaan. Kurang upaya pendengaran : tidak berkenaan. Kurang upaya penglihatan : set audio visual. Langkah 1 : i. Guru bersoal jawab akan pelajaran modul Sebelumnya. ii. Guru meminta penjelasan murid tindakan yang perlu dilakukan sekiranya sebarang kecelakaan berlaku dalam sebarang permainan. Langkah 2 : Guru memperlihatkan aspek-aspek keselamatan yang diperlukan dalam permainan petanque melalui power point Langkah 3 : i. Guru memperlihatkan power poin seterusnya yang mengandungi kata kunci tentang keselamatan yang dipelajari. ii. Guru meminta murid memberikan penerangan secara individu. Langkah 4 : Murid diminta menyenaraikan langkah-langkah keselamatan yang perlu dilakukan dalam permainan petanque. Penutup : i. Murid diminta memberikan maklum balas berkaitan aktiviti yang dijalankan. ii. Guru akan memberi ulasan berkaitan maklum balas yang diberikan murid. Catatan : Bagi MBK kurang upaya penglihatan dan MBK kurang upaya pendengaran aktiviti yang dijalankan adalah mengikut kesesuaian dan keupayaan individu serta bimbingan daripada guru pembimbing.
222 Modul : Modul 6 Minggu : Minggu 6 Aktiviti : Latihan Asas - Balingan Tinggi (Lop) Objektif : Menunjukkan secara praktikal cara balingan tinggi (lop) Bahan : Bahan maujud : laptop Masa : 3 jam Medium Komunikasi : Masalah pembelajaran : tidak berkenaan Kurang upaya pendengaran : bahasa isyarat Kurang upaya penglihatan : set audio visual Langkah 1 : Guru bersoal jawab akan pelajaran modul sebelumnya. Langkah 2 : i. Tayangan video tentang balingan tinggi ditunjukkan kepada murid. ii. Soal jawab. Langkah 3 : i. Murid dibawa ke gelanggang petanque. ii. Beberapa orang murid dipilih secara rawak dan diminta menunjukkan cara balingan tinggi yang telah dilihat. iii. Guru memberi maklumbalas dan tunjuk ajar. Langkah 4 : i. Murid berpasangan. ii. Seorang murid membuat balingan tinggi dan diadili oleh pasangannya. iii. Kemudian, pertukaran aktiviti dalam pasangan tadi. Penutup : i. Murid diminta memberikan maklum balas berkaitan aktiviti yang dijalankan. ii. Guru akan memberi ulasan berkaitan maklum balas yang diberikan murid. Catatan : Bagi MBK kurang upaya penglihatan dan MBK kurang upaya pendengaran aktiviti yang dijalankan adalah mengikut kesesuaian dan keupayaan individu serta bimbingan daripada guru pembimbing.
223 Modul : Modul 7 Minggu : Minggu 7 Aktiviti : Latihan Asas - Balingan Paras Pinggang. Objektif 1): Mempraktikkan secara amali cara balingan bola petaque pada paras pinggang. Bahan : Bahan maujud : bola petanque dan gelanggang. Masa : 3 jam Medium Komunikasi : Masalah pembelajaran : tidak berkenaan Kurang upaya pendengaran : bahasa isyarat Kurang upaya penglihatan : set audio visual Langkah 1 1): Guru bersoal jawab akan pelajaran modul sebelumnya Langkah 2 : i. Murid dibawa ke gelanggang petanque/ kawasan lapang. ii. lima orang murid diberi tunjuk ajar oleh guru cara balingan paras pinggang. Langkah 3 1): Lima orang murid tadi membentuk kumpulan masing-masing dan memberi tunjuk ajar kepada ahli kumpulan yang lain cara balingan paras pinggang. Langkah 4 : i. Ujian balingan paras pinggang secara individu kepada semua murid. ii. Guru menilai dan memberikan ulasan. Penutup : i. Murid diminta memberikan maklum balas berkaitan aktiviti yang dijalankan. ii. Guru akan memberi ulasan berkaitan maklum balas yang diberikan murid. Catatan : Bagi MBK kurang upaya penglihatan dan MBK kurang upaya pendengaran aktiviti yang dijalankan adalah mengikut kesesuaian dan keupayaan individu serta bimbingan daripada guru pembimbing.
224 Modul : Modul 8 Minggu : Minggu 8 Aktiviti : i. Latihan asas ii. Balingan leret Objektif : Mempraktikkan secara amali cara membaling bola petanque secara balingan leret. Bahan : Bahan maujud : Bola petanque Masa : 3 jam Medium Komunikasi : Masalah pembelajaran : tidak berkenaan. Kurang upaya pendengaran : bahasa isyarat. Kurang upaya penglihatan : set audio visual. Langkah 1 : Guru bersoal jawab akan pelajaran modul sebelumnya. Langkah 2 : i. Guru membuat demontrasi balingan leret kepada murid. ii. Murid diberikan 3 kali cubaan balingan leret dengan pemantauan guru. iii. Lima murid yang terbaik balingan leret akan dijadikan fasilitator. iv. Mereka dikehendaki mengajar beberapa murid lain dengan pantauan guru-guru penasihat. Langkah 3 : Setiap murid seterusnya akan membuat 3 kali balingan leret dan akan dinilai oleh guru-guru penasihat.. Penutup : i. Murid diminta memberikan maklum balas berkaitan aktiviti yang dijalankan ii. Guru akan memberi ulasan berkaitan maklum balas yang diberikan murid. Catatan : Bagi MBK kurang upaya penglihatan dan MBK kurang upaya pendengaran aktiviti yang dijalankan adalah mengikut kesesuaian dan keupayaan individu serta bimbingan daripada guru pembimbing.
225 Modul : Modul 9 Minggu : Minggu 9 Aktiviti : Kemahiran Asas - Pointing Objektif : Mempraktikkan dan menunjukkan cara-cara mendapatkan mata dalam balingan. Bahan : Bahan maujud : bola petanque dan bola kuning. Masa : 3 jam Medium Komunikasi : Masalah pembelajaran : tidak berkenaan. Kurang upaya pendengaran : tidak berkenaan. Kurang upaya penglihatan : set audio visual. Langkah 1 : Guru bersoal jawab akan pelajaran modul sebelumnya. Langkah 2 : i. Beberapa kumpulan diwujudkan. ii. Setiap kumpulan akan diberi gelung rotan dan beberapa bola petanque. iii. Setiap ahli kumpulan dikehendaki membuat tiga kali. balingan dan perlu masuk ke dalam gelung rotan. Langkah 3 : i. Setelah selesai semua ahli, bulatan yang lebih kecil diwujudkan. ii. Setiap ahli kumpulan dikehendaki mengulangi sama seperti langkah 2. Langkah 4 : i. Setelah selesai langkah 3, hanya bola kuning diletakkan. ii. Seiap ahli kumpulan dikehendaki mengulangi langkah di atas tadi, tetapi bola petanque perlu berada sedekat yang mungkin dengan bola kuning. Langkah 5 : i. Pertandingan secara berpasangan. ii. Setiap murid dibekalkan dengan tiga biji bola petanque iii. Murid yang dapat markah tertinggi akan menyingkirkan pasangannya dan memasuki ke pusingan seterusnya, sehingga tamat. Penutup : i. Murid diminta memberikan maklum balas berkaitan aktiviti yang dijalankan. ii. Guru akan memberi ulasan berkaitan maklum balas yang diberikan murid. Catatan : Bagi MBK kurang upaya penglihatan dan MBK kurang upaya pendengaran aktiviti yang dijalankan adalah mengikut kesesuaian dan keupayaan individu serta bimbingan daripada guru pembimbing.
226 Modul : Modul 10 Minggu : Minggu 10 Aktiviti : Kemahiran Asas - Shooting Objektif : Menunjukkan cara shooting yang betul dalam permainan petanque. Bahan : Bahan maujud : bola petanque dan bola kuning. Masa : 3 jam Medium Komunikasi : Masalah pembelajaran : tidak berkenaan Kurang upaya pendengaran : bahasa isyarat Kurang upaya penglihatan : set audio visual Langkah 1 : Guru bersoal jawab akan pelajaran modul sebelumnya. Langkah 2 : i. Murid diberikan kepada beberapa kumpulan. ii. Setiap murid diberikan tiga biji bola petanque. iii. Di hadapan setiap kumpulan tersedia gelung rotan yang terdapat sebiji bola petanque. iv. Setiap ahli kumpulan dikehendaki mengeluarkan bola. petanque dalam gelung rotan dengan bola petanque yang terdapat pada tangan masing-masing. Langkah 3 : i. Pertandingan mengeluarkan bola petanque ke luar gelung rotan secara berkumpulan. ii. Pertandingan diadili guru penasihat. Penutup : i. Murid diminta memberikan maklum balas berkaitan aktiviti yang dijalankan. ii. Guru akan memberi ulasan berkaitan maklum balas yang diberikan murid. Catatan : Bagi MBK kurang upaya penglihatan dan MBK kurang upaya pendengaran aktiviti yang dijalankan adalah mengikut kesesuaian dan keupayaan individu serta bimbingan daripada guru pembimbing. Modul : Modul 11
227 Minggu : Minggu 11 Aktiviti : Perlawanan Persahabatan Objektif : i. Memberi pengalaman perlawanan sebenar dalam permainan petanque ii. Mencungkil bakat MBK Bahan : Semua peralatan petanque Masa : 3 jam Medium Komunikasi : Masalah pembelajaran : tidak berkenaan Kurang upaya pendengaran : bahasa isyarat Kurang upaya penglihatan : set audio visual Langkah 1 : i. Beberapa kumpulan diwujudkan. ii. Setiap kumpulan bertanding sesama ahli kumpulan. iii. Beberapa orang murid menjadi pengadil pertandingan. iv. Guru menjadi pemantau dan memberikan tunjuk ajar sebarang kesilapan dari segi pertandingan atau pengadilan. Langkah 2 : i. Mendapatkan keputusan pertandingan ii. Penyampian hadiah Penutup 1.: Refleksi diadakan selepas aktiviti dijalankan Catatan : Bagi MBK kurang upaya penglihatan dan MBK kurang upaya pendengaran aktiviti yang dijalankan adalah mengikut kesesuaian dan keupayaan individu serta bimbingan daripada guru pembimbing. Modul : Modul 12 Minggu : Minggu 12
228 Aktiviti : Pertandingan Petanque Antara Rumah Sukan. Objektif : i. Mencungkil bakat MBK. ii. Menyemai dan melahirkan semangat setiakawan dan kerjasama dalam pertandingan. Bahan : Semua peralatan petanque Masa : 3 jam Medium Komunikasi : Masalah pembelajaran : tidak berkenaan. Kurang upaya pendengaran : bahasa isyarat. Kurang upaya penglihatan : set audio visual. Langkah 1 : i. Murid akan diasingkan mengikut rumah sukan masingmasing. ii. Pertadingan dijalankan secara liga. iii. Guru menjadi pengadil. Langkah 2 : i. Mendapatkan keputusan pertandingan. ii. Penyampian hadiah. Penutup : i. Refleksi diadakan selepas aktiviti dijalankan ii. Majlis penyampian hadiah. Catatan : Bagi MBK kurang upaya penglihatan dan MBK kurang upaya pendengaran aktiviti yang dijalankan adalah mengikut kesesuaian dan keupayaan individu serta bimbingan daripada guru pembimbing. Modul Blind Football Pengenalan
229 Permainan blind football adalah untuk MBK ketidakupayaan penglihatan kategori B1(buta) sahaja. Empat orang pemain, terdiri daripada mereka yang mengalami buta tahap B1 (ketajaman penglihatan yang sangat rendah atau tidak langsung menampakkan cahaya). Manakala bagi penjaga gol pula, setiap pasukan bertanding dibenarkan untuk menggunakan penjaga gol yang normal atau mempunyai masalah penglihatan mata yang kurang (tahap B2 dan B3). Kesemua mata pemain kecuali mata penjaga gol perlu ditutup dengan menggunakan penutup mata yang dikhaskan oleh pihak penganjur. Cara Permainan ‘Blind Football Bilangan pemain yang beraksi ialah lima orang termasuk penjaga gol dan dibantu seorang goal guide. Pemain yang dikeluarkan dibenarkan untuk masuk semula. Namun setiap kali pertukaran dilakukan, permainan dan masa akan dihentikan sehingga selesai pertukaran tersebut dilakukan. Semua pemain kecuali penjaga gol perlu menggunakan penutup mata yang dikhaskan oleh pihak penganjur. Goal guide berperanan untuk menentukan arah bola disepak dan membantu pemain menentukan arah pintu gol lawan. Keperluan Dan Peralatan Sukan ‘Blind Football’ Gelanggang Permainan Saiz gelanggang padang yang ditetapkan oleh Persekutuan Sukan Orang Buta Antarabangsa ialah 40 meter panjang dan 20 meter lebar. Material gelanggang yang sesuai ialah karpet rumput atau gelanggang rumput. Ianya berfungsi untuk memperlambatkan pergerakan bola.
230 Peralatan Permainan Bola blind football Bola khas bersaiz 5 yang mengandungi bebola untuk menghasilkan bunyi digunakan. Gawang Gol Kapas Penutup Mata (tisu pembalut luka) Kapas penutup mata berbentuk empat segi atau bulat digunakan untuk menutup mata pemain sebelum memakai ‘blindfold’. Rajah 93 : Bola futsal blind Rajah 94 : Gawang gol (tinggi 2m x lebar 3m)
231 Blindfold atau eyeshade (goggle) Blindfold atau eyeshade (goggle) adalah alat penutup mata yang wajib dipakai oleh semua pemain semasa berada di dalam gelanggang. Kebiasaannya dibuat dari kain lembut dan lebih tebal daripada ‘blindfold’ biasa. Dinding Penghadang Tepi Gelanggang Rajah 96 : Blindfold atau eyeshade (google)
232 Kemahiran Asas Permainan Aktiviti Penerangan Orientasi Gelanggang i. Pemain membiasakan diri dengan keluasan saiz gelanggang dengan membuat larian anak ke seluruh kawasan permainan. ii. Pemain membiasakan diri dengan gerakan larian dan dapat menganggar kedudukan papan penghadang bola di kiri dan kanan gelanggang. iii. Pemain juga perlu belajar mendengar arahan ketua jurulatih yang berada di bahagian tepi tengah gelanggang serta mengesan kedudukan ‘gol guide; yang berada di belakang gawang gol pihak lawan untuk menjaringkan gol.
233 Aktiviti Penerangan Mencari Arah dan Kedudukan Bola i. Guru berada di titik A dan murid berada di titik B yang jaraknya dalam 5 meter. Guru memegang dan menggoncangkan bola dan murid diminta mengesan dan bergerak mencari arah bunyi bola sambil menyebut ‘voy’. ii. Jarak antara murid dan guru dipanjangkan dari masa ke semasa untuk memahirkan murid bergerak dan mengesan kedudukan bola. iii. Seterusnya guru boleh menambahkan kemahiran murid mencari arah bola dengan bergerak ke arah lain ketika murid menghampiri guru sambil menggoncangkan bola. iv. Aktiviti ini perlu kerap dilakukan untuk menambah kecekapan pendengaran murid mengesan kedudukan bola.
234 Aktiviti Penerangan Menggelecek Bola i. Kemahiran menggelecek menggunakan kedua-dua bahagian dalam kaki adalah sangat diperlukan untuk permainan ‘blind football’. ii. Murid perlu diberi latihan dan kemahiran menggelecek setiap kali sesi latihan. iii. Latihan menggelecek bola tanpa halangan secara lurus dari satu titik ke satu titik boleh dibuat bagi memastikan bola sentiasa berada di kaki semasa bergerak. iv. Seterusnya latihan menggelecek bola secara ‘zig zag’ boleh dijalankan bagi menambah kecekapan murid mengawal bola. v. Bagi menambahkan kemahiran murid, latihan menggelecek dengan memasukkan halangan seperti gangguan pihak lawan boleh dijalankan. Hantaran Bola i. Dua murid diletakkan pada jarak tertentu (contoh 3 meter), murid diminta membuat hantaranhantaran pendek kepada pasangan masing-masing. ii. Murid perlu meningkatkan kemahiran menahan dan menyepak bola tepat kepada pasangan yang di tetapkkan.
235 Aktiviti Penerangan iii. Jarak hantaran boleh ditambah untuk menambah kemahiran dan kecekapan murid. Sepakan Penalti i. Latihan sepakan penalti perlu dibuat bagi menambah kemahiran dan kecekapan murid. ii. Semasa sepakan penalti, ‘gol guide’ memainkan peranan penting bagi memandu arah sepakan yang akan dibuat oleh pemain. Sepakan Penjuru i. Latihan sepakan penjuru perlu dijalankan bagi membantu ketepatan hantaran kepada rakan sepasukan. ii. Kekerapan latihan sepakan penjuru dapat membantu kecekapan murid semasa dalam permainan.
236 MODUL BLIND FOOTBALL BERDASARKAN MINGGU PERJUMPAAN (MINGGU 1 - MINGGU 12) Modul : Modul 1 Minggu : Minggu 1 Aktviti : Penggunaan dan Pentadbiran - Mesyuarat Agung Objektif : Pelantikan jawatankuasa baharu Bahan : Minit mesyuarat yang lepas Masa : 3 jam Medium komunikasi : Bahasa isyarat Langkah 1 : i. Ucapan alu-aluan Ketua Guru Penasihat ii. Memperkenalkan guru penasihat iii. Menjelaskan tentang peraturan sukan blind football iv. Taklimat keselamatan dan disiplin murid semasa menjalankan aktiviti Langkah 2 : i. Membincangkan dan mengesahkan minit mesyuarat yang lepas ii. Pengesahan minit mesyuarat iii. Perkara berbangkit Langkah 3 : i. Memilih dan pelantikan jawatankuasa baharu ii. Membincangkan cadangan aktiviti sukan blind football sepanjang tahun Penutup : Ucapan penutupan Syarat Pelaksanaan : Menetapkan perancangan yang terperinci Latihan/ Pengukuhan/ Intervensi : Galakkan MBK berkomunikasi dua hala Catatan: Bagi MBK kurang upaya penglihatan dan MBK kurang upaya pendengaran aktiviti yang dijalankan adalah mengikut kesesuaian dan keupayaan individu serta bimbingan daripada guru pembimbing.
237 Modul : Modul 2 Minggu : Minggu 2 Aktviti : Pengenalan Objektif : Murid mengetahui secara ringkas sejarah permainan ‘blind footballl’. Bahan : i. Slaid bergambar ii. Klip video permainan dalam dan peringkat antarabangsa. Masa : 3 jam Medium komunikasi Audio permainan terutama kepada murid B1 (buta). Langkah 1 : i. Guru menyediakan bahan-bahan berkaitan sejarah blind futsal sama ada di dalam atau di luar negara. ii. Guru menyediakan bahan-bahan slaid bergambar tentang permainan ‘blind football’. iii. Guru menyediakan bahan-bahan video tentang permainan ‘blind football’. Langkah 2 : Guru menerangkan secara ringkas sejarah bermulanya permainan ‘blind football; sama ada di dalam atau luar negara. Langkah 3 : Guru menunjukkan slaid contoh-contoh permainan ‘blind football’ dijalankan. Langkah 4 : Guru menunjukkan serta menerangkan secara ringkas kepada murid cara permainan ‘blind football’ dijalankan. Penutup : Guru merumuskan semula tentang sejarah permainan ‘blind footballl’. Syarat Pelaksanaan : i. Guru menyediakan bahan slaid dan klip video terlebih dahulu.. ii. Menyediakan LCD untuk tayangan kepada murid Latihan/ Pengukuhan/ Intervensi : Catatan: Bagi MBK kurang upaya penglihatan dan MBK kurang upaya pendengaran aktiviti yang dijalankan adalah mengikut kesesuaian dan keupayaan individu serta bimbingan daripada guru pembimbing.
238 Modul : Modul 3 Minggu : Minggu 3 Aktviti : Cara Permainan Objektif : Murid memahami cara permainan ‘blind football’ dijalankan. Bahan : i. Slaid bergambar permainan ii. Klip video permainan Masa : 3 jam Medium komunikasi : Langkah 1 : Guru mengulangi semula pengetahuan lalu murid tentang cara permainan ‘blind football’. Langkah 2 : Guru menayangkan serta menerangkan semula slaid bergambar bagaimana cara permainan dijalankan dengan menekankan aspek-aspek penting semasa bermain (khas untuk murid rabun): i. Bola yang mempunyai ‘ball bearing’ digunakan. ii. Pemain diwajibkan memakai ‘blindfold’. iii. Sebutan ‘voy’ perlu dibunyikan ketika pemain mengejar atau mencari bola serta ke dua-dua tangan pemain di hala ke hadapan untuk mengelakkan perlanggaran. iv. Terdapat dua jurulatih utama ketika dalam permainan, iaitu satu di bahagian tengah (kedudukan di tepi gelanggang) dan satu lagi di belakang gawang gol lawan yang memandu arah untuk menjaringkan gol. Langkah 3 : i. Guru menerangkan antara kesalahan-kesalahan utama semasa dalam permainan: ii. Pemain tidak mengeluarkan bunyi ‘voy’ semasa mengejar bola iii. Kedua-dua tangan pemain tidak di angkat untuk menjadi penghadang bagi mengelakkan perlanggaran. Langkah 4 : Menyoal semula murid tentang langkah-langkah penting dalam permainan ‘blind football’. Penutup : Guru membuat refleksi tentang kefahaman murid. Syarat Pelaksanaan : i. Guru menyediakan bahan slaid dan klip video terlebih dahulu. ii. Menyediakan LCD untuk tayangan kepada murid. Latihan/ Pengukuhan/ Intervensi : Catatan: Bagi MBK Kurang Upaya Penglihatan dan MBK Kurang Upaya Pendengaran aktiviti yang dijalankan adalah mengikut kesesuaian dan keupayaan individu serta bimbingan daripada guru pembimbing.
239 Modul : Modul 4 Minggu : Minggu 4 Aktviti : Keperluan gelanggang dan peralatan permainan. Objektif : i. Murid mengetahui saiz gelanggang permainan serta garisan-garisan utama yang ada di dalam gelanggang. ii. Murid mengetahui keperluan serta peralatan permainan yang perlu ada untuk ‘blind footballl’. Bahan : i. Slaid bergambar tentang saiz gelanggang serta keperluan gelanggang (penghadang tepi di kiri dan kanan gelanggang) – rujuk bahan nota modul. ii. Peralatan sebenar permainan: - Bola yang mengeluarkan bunyi (‘ball bearing’ digunakan) - Penutup mata (Blindfold) Masa : 3 jam Medium komunikasi : Gambarajah timbul gelanggang (untuk murid B1-Buta). Langkah 1 : i. Guru menyediakan slaid bergambar serta ‘gambarajah timbul’ tentang saiz serta keperluan gelanggang permainan (rujuk bahan nota modul). ii. Guru menerangkan keperluan penghadang tepi di kiri dan kanan gelanggang serta saiz ketinggian yang bersesuaian. Langkah 2 : Guru menunjukkan (jika ada) serta menerangkan keperluan peralatan semasa permainan: i. Bola ‘blind futsal’ ii. Blindfold iii. ‘Padding’ keselamatan kaki iv. Gawang gol v. Penghadang tepi gelanggang Langkah 3 : Guru mengulangkaji semula secara ringkas cara permainan dijalankan. Langkah 4 : Guru meminta murid menerangkan semula cara permainan serta keperluan perlatan permainan ‘blind futsal’. Penutup : Guru merumuskan semula perkara-perkara penting yang dibincangkan. Syarat Pelaksanaan : Guru dapat menyediakan bahan bergambar atau peralatan sebenar untuk ditunjukkan kepada murid. Latihan/ Pengukuhan/ Intervensi : Catatan: Bagi MBK kurang upaya penglihatan dan MBK kurang upaya pendengaran aktiviti yang dijalankan adalah mengikut kesesuaian dan keupayaan individu serta bimbingan daripada guru pembimbing.
240 Modul : Modul 5 Minggu : Minggu 5 Aktviti : Peraturan dan Undang-undang Permainan Objektif : Murid memahami peraturan serta undang-undang permainan ‘blind footballl’. Bahan : i. International Blind Sport Federation (Rule) ii. Bahan klip video Masa : 3 jam Medium komunikasi : Bahan klip video beraudio (khas untuk murid B1-Buta). Langkah 1 : Guru menyediakan bahan rujukan tentang peraturan serta undang-undang permainan ‘blind footballl’. (rujuk - International Blind Sport Federation). Langkah 2 : Guru menerangkan peraturan serta undang-undang permainan ‘blind futsal’ kepada murid. Langkah 3 : Perbincangan untuk mengetahui tahap kefahaman murid tentang peraturan serta undang-undang permainan. Langkah 4 : Soal jawab mudah menguji tahap pemahaman murid tentang peraturan serta undang-undang permainan. Penutup : Guru membuat rumusan semula topik yang dibincangkan. Syarat Pelaksanaan : Latihan/ Pengukuhan/ Intervensi : Catatan: Bagi MBK kurang upaya penglihatan dan MBK kurang upaya pendengaran aktiviti yang dijalankan adalah mengikut kesesuaian dan keupayaan individu serta bimbingan daripada guru pembimbing.