The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by daiaisma88, 2023-08-09 21:27:31

MODUL KOKURIKULUM MBPK

MODUL KOKURIKULUM MBPK

241 Modul : Modul 6 Minggu Minggu 6 Aktviti : Peraturan dan Undang-undang Permainan (Mengulang semula modul ke-5 yang lalu untuk menambahkan kefahaman murid) Objektif : Murid memahami peraturan serta undang-undang permainan ‘blind football. Bahan : International Blind Sport Federation Masa : 3 jam Medium komunikasi : Langkah 1 : i. Guru menyediakan bahan rujukan tentang peraturan serta undang-undang permainan ‘blind futsal’ (Rujuk - International Blind Sport Federation). ii. Guru menerangkan peraturan serta undang-undang permainan ‘blind football’ kepada murid. Langkah 2 : i. Perbincangan untuk mengetahui tahap kefahaman murid tentang peraturan serta undang-undang permainan. ii. Soal jawab mudah menguji tahap pemahaman murid tentang peraturan serta undang-undang permainan. Langkah 3 : Guru membuat rumusan semula topik yang dibincangkan. Penutup : Guru buat pengukuhan Syarat Pelaksanaan : Latihan/ Pengukuhan/ Intervensi : Catatan: Bagi MBK kurang upaya penglihatan dan MBK kurang upaya pendengaran aktiviti yang dijalankan adalah mengikut kesesuaian dan keupayaan individu serta bimbingan daripada guru pembimbing.


242 Modul : Modul 7 Minggu : Minggu 7 Aktviti : Kemahiran asas permainan i. Mencari arah bola ii. Menerima dan menghantar bola Objektif : i. Dapat meningkatkan kemahiran murid mencari arah bola. ii. Dapat meningkatkan kemahiran asas murid menghantar dan menerima bola. Bahan : Peralatan permainan; i. Bola ‘blind futsal’ ii. Blindfold Masa : 3 jam Medium komunikasi : i. Pemain dikehendaki membunyikan ‘sebutan voy’ ketika mengejar atau mendapatkan bola. ii. Bunyi bola. iii. Arahan suara dari jurulatih tengah padang dan belakang gawang gol. Langkah 1 : i. Guru boleh membahagikan murid dalam beberapa kumpulan kecil dan menempatkan kumpulan tersebut dalam jarak tertentu (3 meter atau lebih) daripada kedudukan guru atau pelajar yang akan menggoncangkan bola. ii. Murid dikehendaki bergerak ke arah bola dengan membunyikan ‘voy’ semasa menuju kea rah bola sambil menghalakan kedua-dua tangan ke hadapan untuk menggelakkan melanggar guru dan berhenti apabila telah sampai ke arah bola. iii. Jarak kedudukan guru dan murid dijauhkan dari masa ke semasa untuk menguji kemahiran murid mengesan dan bergerak menuju bunyi bola. Langkah 2 : Sama dengan aktiviti pertama tadi, murid bergerak menuju ke arah bola, tetapi kali ini apabila murid hamper sampai guru akan bergerak ke arah lain sambil menggongangkan bola dan murid cuba mengekori arah bunyi bola.


243 Modul : Modul 7 Minggu : Minggu 7 Langkah 3 : Kemahiran menerima dan menghantar bola. i. Murid dibahagikan kepada dua kumpulan A dan B. ii. Murid dikehendaki menyepak tepat bola ke arah suara rakan. iii. Murid yang menerima bola cuba menahan bola dengan bahagian tapak kaki dan menghantar semula kepada rakan. iv. Aktiviti ini boleh juga dibuat dalam bulatan besar bagi memahirkan murid menerima dan menghantar bola. Langkah 4 : Ulang langkah 3 beberapa kali bagi menambah kecekapan serta kemahiran murid menerima dan menghantar bola. Penutup : Guru membuat refleksi kemahiran individu setiap murid. Syarat Pelaksanaan : i. Mempunyai padang yang bersesuaian. ii. Menyediakan bola ‘blind futsal’. Latihan/ Pengukuhan/ Intervensi : Catatan: Bagi MBK kurang upaya penglihatan dan MBK kurang upaya pendengaran aktiviti yang dijalankan adalah mengikut kesesuaian dan keupayaan individu serta bimbingan daripada guru pembimbing.


244 Modul : Modul 8 Minggu : Minggu 8 Aktviti : Kemahiran asas permainan ; i. Orientasi gelanggang ii. Kedudukan Pemain (empat pemain dan seorang penjaga gol) iii. Menggelecek bola Objektif : i. Membiasakan murid dengan keluasan padang serta kedudukan papan penghalang di tepi dan kanan padang. ii. Membiasakan murid dengan kedudukan mereka semasa bermain. iii. Meningkatkan kemahiran murid menggelecek bola. Bahan : Peralatan permainan i. Bola ‘blind footsal’ ii. Blindfold iii. Bar besi untuk mengetuk palang gol Masa : 3 jam Medium komunikasi i. Jurulatih bahagian tengah gelanggang. ii. Jurulatih di gawang gol. Langkah 1 : i. Murid di bahagikan kepada beberapa kumpulan kecil (empat murid satu kumpulan). ii. Menyediakan seorang penjaga gol dari kalangan murid rabun (B2 atau B3) atau murid normal. Langkah 2 : Kemahiran kedudukan pemain i. Menempatkan murid mengikut kedudukan posisi pemain. ii. Meminta pemain bergerak tanpa bola ke arah gawang gol lawan dengan arahan jurulatih tengah padang. iii. Bergerak ke arah suara jurulatih gawang gol. iv. Balik semula ke posisi asal mengikut arahan jurulatih tengah padang. v. Ulang beberapa kali gerakan untuk menambahkan kemahiran murid mendengar arahan daripada jurulatih. Langkah 3 : Kemahiran menggelecek i. Menyediakan empat halangan pemain lawan secara statik di tengah padang menghala ke gawang gol. ii. Satu kumpulan dikehendaki menggelecek bola di celahcelah pemain lawan yang statik. iii. Pemain yang statik dikehendaki membunyikan ‘voy’ bagi menggelakkan murid yang menggelecek bola melanggar pemain yang menjadi halangan. iv. Murid yang menggelecek bola dikehendaki menyepak bola ke arah gawang gol setelah melepasi ke empatempat halangan.


245 Modul : Modul 8 Minggu : Minggu 8 Langkah 4 : i. Ulang langkah 3 dengan menukar kumpulan (Kumpulan menggelecek menjadi penghalang dan kumpulan pengghalang menjadi penggelecek). ii. Ulang aktiviti beberapa kali bagi menambah kecekapan serta kemahiran murid. Penutup : Guru merumuskan kemahiran yang ditunjukan oleh setiap murid semasa aktiviti. Syarat Pelaksanaan : Mempunyai gelanggang atau padang yang bersesuaian. Latihan/ Pengukuhan/ Intervensi : Catatan: Bagi MBK kurang upaya penglihatan dan MBK kurang upaya pendengaran aktiviti yang dijalankan adalah mengikut kesesuaian dan keupayaan individu serta bimbingan daripada guru pembimbing.


246 Modul : Modul 9 Minggu : Minggu 9 Aktviti : Peraturan dan Undang-undang Permainan. Objektif : Murid mengetahui serta memahami peraturan dan undang-undang permainan yang telah disampaikan pada Modul ke-8 (ulangan aktiviti modul ke-8 bagi menambahkan pemahaman serta kemahiran murid). Bahan : i. Bahan video permainan ii. Peralatan permainan Masa : 3 jam Medium komunikasi : Bahan video permainan Langkah 1 : Aktiviti memanaskan badan dan regangan. Langkah 2 : Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan kecil – tiga orang satu kumpulan (kumpulan berbeza sewaktu modul ke-5). Langkah 3 : i. Pertandingan kecil dijalankan antara kumpulan. ii. Beberapa murid dipilih beperanan sebagai pengadil pertandingan. Langkah 4 : Aktiviti menyejukkan badan (cooling down). Penutup : Guru membuat rumusan tentang aspek kemahiran pemain dan juga aspek kemahiran murid sebagai pengadil. Syarat Pelaksanaan : Latihan/ Pengukuhan/Intervensi : Catatan: Bagi MBK kurang upaya penglihatan dan MBK kurang upaya pendengaran aktiviti yang dijalankan adalah mengikut kesesuaian dan keupayaan individu serta bimbingan daripada guru pembimbing.


247 Modul : Modul 10 Minggu : Minggu 10 Aktviti : Latihan Permainan Objektif : Latihan permainan dalam bentuk pertandingan kecil sesama ahli kelab. Bahan : i. Peralatan permainanan ii. Borang Perlawanan Masa : 3 jam Medium komunikasi : Wisel dan arahan pengadil Langkah 1 : i. Membentuk beberapa pasukan kecil (tiga orang satu pasukan). ii. Melantik dua hingga enam orang pengadil pertandingan (giliran mengadili pertandingan) – dua orang pengadil bagi satu sesi pelawanan. iii. Melantik pengadil meja: - Pencatat 10 saat – dua orang - Penjaga masa keseluruhan – seorang - Pencatat ‘score’ – seorang (giliran tugas boleh dibuat kepada semua pegawai pertandingan untuk memberi kemahiran kepada murid). Langkah 2 : Guru menyediakan jadual perlawanan mengikut bilangan pasukan yang dibentuk. Langkah 3 : i. Menjalankan perlawanan mengikut jadual yang telah disediakan (5:2:5) ii. Masa boleh diubahsuai mengikut kesesuaian masa (masa sebenar permainan 12:3:12) Langkah 4 : Guru memantau perkembangan aktiviti perlawanan serta kepengadilan dari masa ke semasa. Penutup : Guru membuat rumusan hasil aktiviti yang telah dijalankan. Syarat Pelaksanaan : i. Setiap pemain yang bermain dikehendaki menutup mata menggunakan ‘eyes patch’ dan ‘blindfold’. ii. Perlawanan dijalankan dalam suasana yang senyap (tanpa gangguan bunyi bising). Latihan/ Pengukuhan/ Intervensi : Catatan: Bagi MBK kurang upaya penglihatan dan MBK kurang upaya pendengaran aktiviti yang dijalankan adalah mengikut kesesuaian dan keupayaan individu serta bimbingan daripada guru pembimbing


248 Modul : Modul 11 Minggu : Minggu 11 Aktviti : Pengelolaan Kejohanan/ Sistem Pertandingan. Objektif : i. Murid dapat mempelajari cara mengelolakan sesuatu kejohanan atau pertandingan. ii. Murid dapat mempelajari bentuk-bentuk sistem pertandingan yang boleh dijalankan bergantung kepada jumlah penyertaan. Bahan : i. Contoh buku kejohnan atau pertandingan. ii. Contoh diagram sistem pertandingan. Masa : 3 jam Medium komunikasi : Langkah 1 : i. Guru memberi penerangan tentang panduan mengelolakan sesuatu kejohanan atau pertandingan: - Nama kejohanan atau pertandingan - Syarat-syarat pertandingan - Peraturan pertandingan - Sistem pertandingan - AJK kejohanan atau pertandingan ii. Guru menunjukkan beberapa contoh buku panduan kejohanan atau pertandingan. Langkah 2 : i. Guru mengagihkan murid kepada beberapa kumpulan kecil untuk merangka beberapa perkara penting berhubung menganjurkan satu kejohanan atau pertandingan. ii. Murid yang diagih akan menjadi AJK Kecil dalam melaksanakan tugas-tugas kejohanan. Langkah 3 : i. Perbincangan hasil dapatan tugasan yang diberikan. ii. Mengumpulkan maklumat dari setiap AJK yang dibentuk. Langkah 4 : i. Membuat penambahbaikan hasil maklumat yang telah dikumpulkan. ii. Menyusun maklumat untuk membentuk satu buku panduan pertandingan. Penutup : Membuat rumusan hasil dapatan aktiviti. Syarat Pelaksanaan : Latihan/ Pengukuhan/ Intervensi : Catatan: Bagi MBK kurang upaya penglihatan dan MBK kurang upaya pendengaran aktiviti yang dijalankan adalah mengikut kesesuaian dan keupayaan individu serta bimbingan daripada guru pembimbing.


249 Modul : Modul 12 Minggu Minggu 12 Aktviti : Mini Pertandingan. Objektif : Murid dapat mengelolakan satu mini kejohanan atau pertandingan blind football. Contoh pertandingan: i. Antara Kelab/ Persatuan ii. Antara Rumah Sukan iii. Antara Tingkatan iv. Antara Dorm (Asrama) Bahan : Buku program pertandingan. Masa : 3 jam Medium komunikasi : Langkah 1 : i. Buku Program Pertandingan telah disediakan lebih awal ( sekurang-kurangnya 2 minggu atau lebih). ii. Pasukan yang mengambil bahagian telah siap sedia didaftarkan untuk menyertai pertandingan. iii. Semua AJK terlibat telah diberi taklimat terlebih dahulu. iv. Persediaan tempat pertandingan telah dibuat terlebih dahulu. Langkah 2 : Menjalankan aktiviti pertandingan mengikut jadual pertandingan yang telah disediakan oleh pihak penganjur. Langkah 3 : Guru memantau perkembangan dan perjalanan pertandingan agar berjalan lancer. Langkah 4 : Penyampaian hadiah pemenang setelah tamat kejohanan. Penutup : Membuat ‘post mortem’ atau pasca nilai setelah tamat kejohanan untuk mengenalpasti kelebihan atau kelemahan sewaktu melaksanakan kejohanan. Syarat Pelaksanaan : Latihan/ Pengukuhan/ Intervensi : Catatan: Bagi MBK kurang upaya penglihatan dan MBK kurang upaya pendengaran aktiviti yang dijalankan adalah mengikut kesesuaian dan keupayaan individu serta bimbingan daripada guru pembimbing.


250 BAHAGIAN 5 PENILAIAN PENTAKSIRAN PEMANTAUAN


250 Penilaian Kokurikulum Penilaian merupakan proses memberi nilai kepada sesuatu pencapaian MBK. Penilaian dilaksanakan bagi mendapatkan prestasi sebenar dan membolehkan keputusan tentang tindakan seterusnya yang perlu diambil terhadap kelemahan dan kekuatan MBK dan pelaksanaan aktiviti kokurikulum. Guru penasihat kokurikulum juga perlu menilai dan membuat laporan akitiviti yang telah dilaksanakan berdasarkan evidecen yang diperolehi. Penilaian pelaksanaan aktiviti kokurikulum boleh dibuat menggunakan borang penyertaan dan pencapaian seperti di bahagian lampiran. (Rujuk lampiran 2) Penilaian aktiviti kokurikulum MBK dalam setiap jenis aktiviti yang disertai adalah berdasarkan kepada empat aspek dengan pecahan peratus markah yang telah ditetapkan iaitu: Bil. Aspek penilaian Peratus (%) 1. Kehadiran 50 2. Jawatan disandang 10 3. Penglibatan 20 4. Pencapaian 20 Jumlah 100 Pengiraan secara terperinci bagi aspek penilaian boleh dirujuk pada Buku panduan pelaksanaan aktiviti yang dikeluarkan oleh Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia. Pentaksiran Kokurikulum Pentaksiran merupakan satu proses pengumpulan maklumat yang bertujuan mengukur tahap pencapaian MBK dalam aktiviti kokurikulum. Medium pentaksiran yang digunakan ialah Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) yang dibangunkan oleh Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia. Pentaksiran kokurikulum di sekolah meliputi tiga aspek utama, iaitu penglibatan, penyertaan dan prestasi. Pencapaian murid dinilai melalui sistem PAJSK mengikut tatacara yang standard mengikut tempoh yang telah ditetapkan.


251 Pengisian PAJSK boleh diakses melalui sistem PSP-APDM PAJSK. (Rujuk pada Garis Panduan PAJSK sekolah rendah dan menengah). Pemantauan Sistem pemantauan merupakan satu proses penting untuk memantau dan menjamin setiap peraturan dan perancangan aktiviti kokurikulum yang telah ditetapkan dan dirancang dapat dilaksanakan dengan berkesan. Melalui pemantauan ini juga dapat meningkatkan prestasi dan kualiti setiap bidang kokurikulum. Medium pemantauan boleh dibuat melalui jadual aktiviti, carta gantt dan buku laporan aktiviti kokurikulum mengikut tempoh yang telah ditetapkan yang dilaksanakan oleh Jawatankuasa Pemantauan Kokurikulum sekolah. Pemantauan diadakan sebanyak dua kali setahun bagi semua guru penasihat kokurikulum dengan menggunakan instrumen pemantauan yang standard, iaitu Borang Pemantauan Kokurikulum. Laporan pemantauan perlu disediakan untuk menjelaskan kekuatan dan kelemahan setiap aktiviti kokurikulum. Tindakan susulan perlu dibuat setelah dikenal pasti perkara yang perlu dibuat untuk penambahbaikan dalam setiap bidang kokurikulum. Jawatankuasa pemantauan kokurikulum terdiri daripada: i) Pengetua/ Guru Besar ii) Penolong Kanan Kokurikulum iii) Setiausaha Kokurikulum iv) Setiausaha Sukan v) Penolong Kanan/Penyelaras Pendidikan Khas vi) Guru Penyelaras Badan Beruniform vii) Guru Penyelaras Sukan dan Permainan


252 Penutup Penghasilan Modul Kokurikulum MBK adalah untuk dijadikan sebagai bahan rujukan dan panduan kepada guru penasihat dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum secara terancang. Bagi memantapkan pelaksanaan aktiviti kokurikulum MBK, guru-guru penasihat harus mempunyai ilmu dan kemahiran dalam tiga bidang kokurikulum. Melalui penggunaan modul ini, diharap akan dapat memudahkan guru-guru penasihat menyediakan perancangan aktiviti tahunan kokurikulum dan perancangan setiap kali perjumpaan kokurikulum. Pelibatan dan minat MBK dalam aktiviti kokurikulum diharap dapat ditingkatkan dengan menggunakan Modul Kokurikulum MBK ini. Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah hendaklah berasaskan prinsip penyertaan beramai-ramai tanpa ada unsur-unsur diskriminasi atau paksaan dan yang bercanggah dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Dasar 1Murid 1Sukan. Sebagai penggerak dan pembimbing, guru-guru pendidikan khas harus mempunyai kesungguhan dan semangat untuk melahirkan potensi MBK dalam bidang kokurikulum. Akitiviti kokurikulum dijadikan sebagai platform asas dalam usaha kemenjadian MBK secara holistik. Kerjasama dan sokongan daripada semua pihak akan dapat merealisasikan hasrat murni ini.


253 LAMPIRAN


253 LAMPIRAN 1 Borang Laporan Aktiviti Mingguan Laporan Aktiviti Kelab/Persatuan/BadanBeruniform/Sukan/Permainan: ....................................................................................... Tarikh : _________________________________________ Hari : _________________________________________ Perjumpaan Kali Ke : _________________________________________ Jumlah Kehadiran : _________________________________________ Tempat Perjumpaan : _________________________________________ Aktiviti Yang Dijalankan: ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ Disediakan oleh: ____________________________ ( ) Setiausaha Disemak oleh: ____________________________ ( ) Guru Penasihat


254 LAMPIRAN 2 Borang Penilaian Aktiviti Kokurikulum Tahun: ............................ 1. Nama :......................................................... 2. No KP / SB :......................................................... 3. Tahun/Tingkatan .......................................................... 4. Jantina :.......................................................... Aspek dinilai Agihan markah Badan beruniform Persatuan/Kelab Sukan/Permainan Kehadiran 50 Jawatan disandang 10 Penglibatan 20 Pencapaian 20 Jumlah markah 100 Gred Jawatan bidang lain :.................................... Markah bonus :.................................... GPA :.................................... CGPA :.................................... Gred keseluruhan :.................................... Ulasan :........................................................................................................................... ...................................................................................................................................... Disahkan oleh, Tandatangan PK Kokorikulum/PK Pendidikan Khas/Penyelaras .................................................................................. Tandatangan Pengetua/Guru Besar Tarikh ......................................................... .........................


255 LAMPIRAN 3 Rekod Kehadiran Kokurikulum Tahun:........................................ Nama :................................................................... Sekolah :................................................................... Tahun/Tingkatan :.................................................................... No KP/SB :.................................................................... Mingg u ke - Badan Beruniform T/T Guru Penasihat Kelab/ Persatuan T/T Guru Penasihat Sukan/ Permainan T/T Guru Penasihat 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. Jawatan: Jawatan: Jawatan: ..................... .......................... ........................ Guru Penasihat Guru Penasihat Guru Penasihat 1. 1. 1. 2. 2. 2. 3. 3. 3. 4.


256 LAMPIRAN 4 Borang Penilaian Diri Kelab Kesenian Dan Kebudayaan (contoh) Nama : ___________________ Kelas : __________________ ELEMEN KRITERIA MENGUASAI TIDAK MENGUASAI TARIKH PENILAIAN MUZIK (NYANYIAN) 1. Menyebut lirik dengan betul 2. Menyanyi dengan pic rendah/pertengahan/tinggi 3. menyanyi dengan dinamik – kuat/lembut TARIAN 1. Mendengar dan mengikut arahan yang diberi 2. Berkebolehan melakukan imbangan dan sokongan badan mengikut irama 3. Mempamerkan perasaan gembira dan kepuasan diri SENI VISUAL 1. Menyiapkan aktiviti dalam tempoh yang ditetapkan 2. Teliti dan sabar ketika menjalankan aktiviti 3. Menggunakan kreativiti semasa menghasilkan karya PERMAINAN TRADISIONAL (BATU SEREMBAN) 1. Koordinasi motor halus dan kasar 2. Bekerjasama dalam kumpulan 3. Mematuhi peraturan dan undang-undang permainan Disediakan oleh: Tarikh: ………………………… …………………………………


257 SENARAI NAMA PANEL PENULIS MODUL KOKURIKULUM MURID BERKEPERLUAN KHAS 2018 BIL NAMA BAHAGIAN/JABATAN/ SEKOLAH 1 Puan Hajah Noor Azizah binti Mohamed Isa BPKhas, KPM 2 Encik Muhammad Fadli bin Idris BPKhas, KPM 3 Puan Nur Anis Syuhadah binti Yusup BPKhas, KPM 4 Cik Nurul Idayu binti Mat Jaafar BPKhas, KPM 5 Puan Aswaniza binti Shamsudin BPKhas, KPM 6 Encik Alias bin Yusof Bahagian Pendidikan Sukan, Kokurikulum dan Kesenian, KPM 7 Puan Noor Hudah binti Jamal Jabatan Pendidikan Negeri, Johor 8 Encik Mohd Nazri bin Abdul Latip Jabatan Pendidikan Negeri Melaka 9 Encik Azimin Zul-Izzi bin Asnil JPWP Kuala Lumpur 10 Encik Ahmad Shabri bin Mohd SK Kompleks Seberang Takir, Terengganu 11 Encik Mohd Fardy Rafeq bin Mohd Fisal SK Sungai Bakap, Pulau Pinang 12 Encik Mohd Kamil bin Wagiman SK Taman Tasik Jaya, Negeri Sembilan 13 Encik Mohd Eirwan bin Halim SK Methodist (ACS), Melaka 14 Encik Mohamed Nazari bin Shukor SK Bukit Soga, Batu Pahat Johor 15 Encik Mohd Rizal bin Darman SKPK Jalan Hutton, Pulau Pinang 16 Encik Mohd Shahridan bin Mohd Ali SKPK Alma, Pulau Piang 17 Encik Mohd Salleh bin Aman SKPK Batu Pahat, Johor 18 Encik Zarul Ehsan bin Tahril SK Sentul Utama, Kuala Lumpur


258 BIL NAMA BAHAGIAN/JABATAN/ SEKOLAH 19 Puan Saripah binti Kayan SK Putrajaya Presint 9 (2), Putrajaya 20 Encik Suhaimi bin Hamzah SK Pendidikan Khas, Kuala Terengganu 21 Encik Abdul Manaf bin Baharudin SMK Bukit Rangin, Pahang 22 Encik Supparamani A/L Appalanaidu SMK Raja Muda Musa,Teluk Intan Perak 23 Puan Julaidah binti Ahmad SMK Seri Tasik, Kuala Lumpur 24 Encik Sallehuddin bin Ismail SMK Jengka Pusat, Pahang 25 Encik Mohd Izani bin Che Ismail SMK Cherang Ruku, Kelantan 26 Encik Zuraidi bin Ahmad SMPKV Merbok, Kedah 27 Puan Rabthah binti Abd Rahim SMPKV Indahpura, Johor 28 Encik Abdul Karim bin Raham SMK Pendidikan Khas Setapak, Kuala Lumpur 29 Encik Fathil Khair bin Muhammad SMK Pendidikan Khas Setapak, Kuala Lumpur 30 Encik Zulkifli bin Md Ali SMK Durian Daun, Melaka 31 Puan Rohaya binti Ibrahim SMK Wangsa Maju Seksyen 5, Kuala Lumpur 32 Encik Ahmad Hafzan bin Hassan SMK Danau Kota, Kuala Lumpur 33 Puan Nur Ezzani binti Mohd Nor SM Pendidikan Khas Persekutuan Pulau Pinang 34 Encik Mohamad Fadli bin Yaakub SMK Benta, Pahang 35 Puan Nor Hamimi binti Harun SMK Desa Cempaka, Nilai Negeri Sembilan 36 Encik Mohamad Arshad bin Sulaiman Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur 37 Encik Muhammad Faiz bin Mohamad Ali Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur 38 Encik Ruslan bin Abdull Raffar Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur


259 BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS Kementerian Pendidikan Malaysia Aras 2, Blok E2, Kompleks Kerajaan Parcel E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 PUTRAJAYA Tel : 603 8884 9190 Faks : 603 8888 6670


Click to View FlipBook Version