141 Modul : Modul 5 Minggu : Minggu 5 Syarat Pelaksanaan : Latihan/ Pengukuhan/ Intervensi : Catatan: Bagi MBK kurang upaya penglihatan dan MBK kurang upaya pendengaran aktiviti yang dijalankan adalah mengikut kesesuaian dan keupayaan individu serta bimbingan daripada guru pembimbing. Modul : Modul 6 Minggu : Minggu 6 Aktviti : Kemahiran Asas Permainan - Teknik Meleret Bola 1 - Teknik Meleret Bola 2
142 Modul : Modul 6 Minggu : Minggu 6 Objektif : i. Menerapkan kemahiran-kemahiran asas bagi meningkatkan kebolehan murid semasa bermain. ii. Amali permainan. Bahan : i. Bola goalball (sebaiknya lebih dari 1) ii. Wisel iii. Gawang gol Masa : 3 jam Medium komunikasi : Video permainan untuk rujukan. Langkah 1 : i. Aktiviti memanaskan badan dan regangan yng bersesuaian dengan permainan. ii. Guru membahagikan murid kepada kumpulan kecil (tiga orang satu kumpulan). Langkah 2 : i. Guru menunjukkan dua teknik asas meleret bola. ii. Badan pemain disandarkan rata ke gawang untuk mendapatkan leretan yang tepat ke gawang lawan: - Leretan 1 – Murid dikehendaki meleret dengan membuat satu langkah ke hadpan (sekiranya meleret dengan tangan tangan kanan, kaki kiri yang berada di hadapan sambil merendahkan kekuda kaki sewaktu meleret). - Leretan 2 – Murid dikehendaki meleret dengan membuat larian 3 langkah ke hadapan (kedudukkan kaki adalah sama seperti leretan 1 dimana kekuda kaki perlu direndahkan sewaktu hendak meleret bola). Langkah 3 : i. Guru menempatkan murid kepada dua gawang gol mengikut dua kumpulan kecil yang telah dibentuk. ii. Murid meleret bola secara terancang mengikut kumpulan serta arahan dari guru. iii. Teknik 1 dan Teknik 2 meleret bola dibuat secara giliran dan dijalankan pada sela masa yang difikirkan sesuai mengikut bilangan kumpulan yang ada. Langkah 4 : Giliran kumpulan dibuat dari masa ke semasa agar semua kumpulan dapat mengambil bahagian untuk menjalankan aktiviti. Penutup : Aktiviti menyejukkan badan (cooling down). Guru membuat rumusan hasil dapatan aktiviti yang dijalankan berdasarkan kemahiran yang ditunjukkan (Cemerlang/ Baik/ Sederhana/ Lemah). Syarat Pelaksanaan :
143 Modul : Modul 6 Minggu : Minggu 6 Latihan/ Pengukuhan/ Intervensi : Catatan: Bagi MBK kurang upaya penglihatan dan MBK kurang upaya pendengaran aktiviti yang dijalankan adalah mengikut kesesuaian dan keupayaan individu serta bimbingan daripada guru pembimbing. Modul : Modul 7 Minggu : Minggu 7 Aktviti : Kemahiran Asas Permainan - Teknik Bersedia dan Menahan Bola
144 Objektif : Murid dapat mengamalkan kemahiran posisi bersedia menahan bola yang baik. Bahan : i. Bola goalball ii. Gawang gol iii. Wisel Masa : 3 jam Medium komunikasi : Wisel dan arahan bersuara. Langkah 1 : i. Pemanasan badan dan regangn bersesuaian dengan aktiviti permainan. ii. Guru membahagikan murid kepada kumpulan-kumpulan kecil (tiga murid satu kumpulan). Langkah 2 : i. Guru menunjukkan posisi yang baik ketika menunggu bola dari pihak lawan. ii. Guru menunjukkan posisi badan (tangan, badan dan kaki) ketika menahan bola yang sampai. iii. Semasa aktiviti ini bola tidak diperlukan, guru hanya perlu memberi arahan arah mana murid perlu menahan bola (contoh A- kanan, B- kiri dan C- tengah). Langkah 3 : i. Murid ditempatkan di tiga posisi gawang gol (kiri,tengah dan kanan gawang gol). ii. Aktiviti latihan ini dibuat secara giliran beberapa pusingan kepada kumpulan-kumpulan kecil yang telah dibentuk. iii. Arahan arah menahan perlu ditekankan oleh guru dari masa ke semasa dan dua kumpulan kecil dapat dijalankan serentak di gawang gol A dan gawang gol B (pada ketika ini gerakan murid berpusatkan bunyi wisel dari guru). Langkah 4 : Aktiviti menyejukkan badan (cooling down). Penutup : Guru membuat rumusan tentang kelemahan serta kekuatan kemahiran individu murid melalui aktiviti yang telah dijalankan. Syarat Pelaksanaan : Latihan/ Pengukuhan/ Intervensi : Catatan: Bagi MBK kurang upaya penglihatan dan MBK kurang upaya pendengaran aktiviti yang dijalankan adalah mengikut kesesuaian dan keupayaan individu serta bimbingan daripada guru pembimbing. Modul : Modul 8 Minggu : Minggu 8 Aktviti : Peraturan dan Undang-Undang Permainan Objektif : Murid mengetahui serta memahami peraturan serta undangundang permainan secara lebih terperinci.
145 Bahan : IBSA Goalball rule 2018-2021 Masa : 3 jam Medium komunikasi : Bahan video dan audio permainan goalball. Langkah 1 : Guru menerangkan peraturan serta undang-undang permainan goalball secara terperinci. (rujuk IBSA Goalball rule 2018-2021) Langkah 2 : Guru menayangkan contoh klip permainan pertandingan goalball antarabangsa sambil menekankan peraturan dan undang-undang permainan. Langkah 3 : i. Guru membahagikan murid kepada beberapa pasukan kecil (tiga orang satu kumpulan). ii. Petandingan kecil dijalankan sambil guru menekankan aspek peraturan serta undang-undang semasa permainan dijalankan. Langkah 4 : Aktiviti menyejukkan badan (cooling down). Penutup : Guru membuat rumusan secara keseluruhan setelah tamat permainan dijalankan untuk mengetahui tahap kefahaman serta kemahiran murid. Syarat Pelaksanaan : Mengikut IBSA Goalball Rule 2018-2021. Latihan/ Pengukuhan/ Intervensi : Catatan: Bagi MBK kurang upaya penglihatan dan MBK kurang upaya pendengaran aktiviti yang dijalankan adalah mengikut kesesuaian dan keupayaan individu serta bimbingan daripada guru pembimbing. Modul : Modul 9 Minggu : Minggu 9 Aktviti : Peraturan dan Undang-Undang Permainan.
146 Objektif : Murid mengetahui serta memahami peraturan dan undangundang permainan yang telah disampaikan pada Modul ke-8 (ulangan aktiviti modul 8 bagi menambahkan pemahaman serta kemahiran murid). Bahan : i. Bahan video permainan (untuk rujukan) ii. IBSA Goalball rule 2018-2021 iii. Peralatan permainan Masa : 3 jam Medium komunikasi : Bahan video permainan Langkah 1 : Aktiviti memanaskan badan dan regangan Langkah 2 : Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan kecil – tiga orang satu kumpulan (kumpulan berbeza sewaktu modul ke-5). Langkah 3 : I. Pertandingan kecil dijalankan antara kumpulan. II. Beberapa murid dipilih beperanan sebagai pengadil pertandingan. Langkah 4 : Aktiviti menyejukkan badan (cooling down). Penutup : Guru membuat rumusan tentang aspek kemahiran pemain dan juga aspek kemahiran murid sebagai pengadil. Syarat Pelaksanaan : Mengikut IBSA Goalball rule 2018-2021. Latihan/ Pengukuhan/ Intervensi : Catatan: Bagi MBK kurang upaya penglihatan dan MBK kurang upaya pendengaran aktiviti yang dijalankan adalah mengikut kesesuaian dan keupayaan individu serta bimbingan daripada guru pembimbing. Modul : Modul 10 Minggu : Minggu 10 Aktviti : Latihan Permainan
147 Objektif : Latihan permainan dalam bentuk pertandingan kecil sesama ahli kelab. Bahan : i. Peralatan permainanan. ii. Borang perlawanan (rujuk IBSA Goalball rule 2018- 2021). Masa : 3 jam Medium komunikasi : Wisel dan arahan pengadil Langkah 1 : i. Membentuk beberapa pasukan kecil (tiga orang satu pasukan). ii. Melantik dua hingga enam orang pengadil pertandingan (giliran mengadili pertandingan) – dua pengadil bagi satu sesi pelawanan. iii. Melantik pengadil meja - Pencatat 10 saat – dua orang - Penjaga masa keseluruhan – seorang - Pencatat ‘score’ – seorang (giliran tugas boleh dibuat kepada semua pegawai pertandingan untuk memberi kemahiran kepada murid). Langkah 2 : Guru menyediakan jadual perlawanan mengikut bilangan pasukan yang dibentuk. Langkah 3 : i. Menjalankan perlawanan mengikut jadual yang telah disediakan (5:2:5). ii. Masa boleh diubah suai mengikut kesesuaian masa (Masa sebenar permainan 12:3:12). Langkah 4 : Guru memantau perkembangan aktiviti perlawanan serta kepengadilan dari masa ke semasa. Penutup : Guru membuat rumusan hasil aktiviti yang telah dijalankan. Syarat Pelaksanaan : i. Setiap pemain yang bermain dikehendaki menutup mata menggunakan ‘eyes patch’ dan ‘blindfold’. ii. Perlawanan dijalankan dalam suasana yang senyap (tanpa gangguan bunyi bising). Latihan/ Pengukuhan/Intervensi : Catatan: Bagi MBK kurang upaya penglihatan dan MBK kurang upaya pendengaran aktiviti yang dijalankan adalah mengikut kesesuaian dan keupayaan individu serta bimbingan daripada guru pembimbing. Modul : Modul 11 Minggu : Minggu 11 Aktviti : Pengelolaan Kejohanan/ Sistem Pertandingan
148 Objektif : i. Murid dapat mempelajari cara mengelolakan sesuatu kejohanan atau pertandingan. ii. Murid dapat mempelajari bentuk-bentuk sistem pertandingan yang boleh dijalankan bergantung kepada jumlah penyertaan. Bahan : i. Contoh buku kejohnan atau pertandingan ii. Contoh diagram sistem pertandingan Masa : 3 jam Medium komunikasi : Langkah 1 : i. Guru memberi penerangan tentang panduan mengelolakan sesuatu kejohanan atau pertandingan: - Nama kejohanan atau pertandingan - Syarat-syarat pertandingan - Peraturan pertandingan - Sistem pertandingan - AJK kejohanan atau pertandingan ii. Guru menunjukkan beberapa contoh buku panduan kejohanan atau pertandingan. Langkah 2 : i. Guru mengagihkan murid kepada beberapa kumpulan kecil untuk merangka beberapa perkara penting berhubung menganjurkan satu kejohanan atau pertandingan. ii. Murid yang diagih akan menjadi AJK kecil dalam melaksanakan tugas-tugas kejohanan. Langkah 3 : i. Perbincangan hasil dapatan tugasan yang diberikan. ii. Mengumpulkan maklumat dari setiap AJK yang dibentuk. Langkah 4 : i. Membuat penambah baikan hasil maklumat yang telah dikumpulkan. ii. Menyusun maklumat untuk membentuk satu buku panduan pertandingan. Penutup : Membuat rumusan hasil dapatan aktiviti. Syarat Pelaksanaan : Mengikut IBSA Goalball rule 2018-2021. Latihan/ Pengukuhan/ Intervensi : Catatan:Bagi MBK kurang upaya penglihatan dan MBK kurang upaya pendengaran aktiviti yang dijalankan adalah mengikut kesesuaian dan keupayaan individu serta bimbingan daripada guru pembimbing. Modul : Modul 12 Minggu Minggu 12 Aktviti : Mini Pertandingan
149 Objektif : Murid dapat mengelolakan satu mini kejohanan atau pertandingan goalball. Contoh pertandingan: - Antara Kelab/ Persatuan - Antara Rumah Sukan - Antara Tingkatan - Antara Dorm (Asrama) Bahan : Buku Program Pertandingan Masa : 3 jam Medium komunikasi : Langkah 1 : i. Buku Program Pertandingan telah disediakan lebih awal (sekurang-kurangnya dua minggu atau lebih). ii. Pasukan yang mengambil bahagian telah siap sedia didaftarkan untuk menyertai pertandingan. iii. Semua AJK terlibat telah diberi taklimat terlebih dahulu. iv. Persediaan tempat pertandingan telah dibuat terlebih dahulu. Langkah 2 : Menjalankan aktiviti pertandingan mengikut jadual. pertandingan yang telah disediakan oleh pihak penganjur. Langkah 3 : Guru memantau perkembangan dan perjalanan pertandingan agar berjalan lancar. Langkah 4 : Penyampaian hadiah pemenang setelah tamat kejohanan. Penutup : Membuat post mortem atau pasca nilai setelah tamat kejohanan untuk mengenalpasti kelebihan atau kelemahan sewaktu melaksanakan kejohanan. Syarat Pelaksanaan : Mengikut IBSA Goalball rule 2018-2021. Latihan/ Pengukuhan/Intervensi : Catatan: Bagi MBK kurang upaya penglihatan dan MBK kurang upaya pendengaran aktiviti yang dijalankan adalah mengikut kesesuaian dan keupayaan individu serta bimbingan daripada guru pembimbing. Modul Bola Jaring Pengenalan
150 Bola jaring merupakan permainan yang dimainkan oleh dua pasukan dalam kalangan wanita. Permainan ini melibatkan kemahiran asas seperti menghantar dan menerima bola, pergerakan, mengelak, menghadang dan menjaring. Bola jaring ialah sukan berpasukan tanpa sentuhan yang berasal daripada Amerika Syarikat. Permainan ini dicipta pada 1895 oleh Clara Gregory Baer, seorang peneraju dalam sukan wanita. Bola jaring kini dimainkan dengan cemerlang sebagai sebuah pasukan sukan wanita. Kawasan atau zon gelanggang terbahagi kepada tiga dan kedudukan pemain adalah seperti rajah di bawah. Peraturan Dan Undang-Undang Bola Jaring Sukan bola jaring dimainkan oleh dua pasukan yang terdiri daripada tujuh pemain dalam sesuatu pasukan. Permainan ini menumpukan kepada jaringan gol untuk menentukan kemenangan. Penjaring Gol (GS) dan Penyerang Gol (GA) sahaja dibenarkan menjaringkan gol dari dalam bulatan gol. Undang-undang asas permainan bola jaring seperti berikut: Bil. Perkara Huraian 1. Bilangan pemain Setiap pasukan terdiri daripada tujuh pemain dan lima pemain simpanan. Rajah 52 : Gelanggang bola jarring dan posisi pemain
151 Bil. Perkara Huraian 2. Tempoh permainan - Terdapat dua bahagian iaitu selama 20 minit setiap separuh masa. Masa rehat lima minit. - Pasukan akan bertukar kawasan gol pada akhir separuh masa. - Tempoh masa permainan boleh juga diubah suai mengikut peringkat umur dan mengikut kesesuaian pengelolaan pertandingan dijalankan. 3. Pengadil - Permainan diadili oleh dua orang pengadil. - Semasa pertandingan bola jaring yang melibatkan MBK kurang upaya pendengaran, dua orang pengadil tambahan yang boleh berbahasa isyarat diperlukan di dalam gelanggang bertujuan untuk memberhentikan permainan bagi setiap kesalahan yang dibuat. Pengadil ini juga akan menggunakan bendera putih (43 cm x 33 cm) bagi menggantikan wisel. 4. Memulakan permainan - Permainan dimulakan dengan hantaran tengah. - Hantaran tengah diambil secara bergilir-gilir selepas setiap jaringan gol. 5. Hantaran ke dalam Hantaran ke dalam diberi kepada pasukan lawan apabila bola keluar gelanggang. 6. Gerak kaki Pemain tidak dibenarkan mengheret atau mengerakkan kaki mendarat. 7. Lebih kawasan Bola tidak boleh dihantar lebih daripada keseluruhan satu kawasan tanpa disentuh atau ditangkap terlebih dahulu oleh mana-mana pemain yang dibenarkan. 8. Off side Pemain dengan atau tanpa bola dianggap keluar kawasan jika memasuki mana-mana kawasan selain daripada kawasan bermainnya. 9. Halangan Pemain tidak dibenarkan menghalang pihak lawan yang memegang bola kurang daripada 0.9 meter (tiga kaki). 10. Sentuhan Jarak dikira daripada kaki mendarat. Pemain tidak dibenarkan sama sekali melakukan sentuhan dengan
152 Bil. Perkara Huraian pemain lawan, sama ada secara sengaja atau tidak sengaja. 11. Masa rehat Setiap suku waktu ialah 15 minit dan akan diselang dengan waktu rehat selama tiga minit kecuali waktu rehat untuk separuh masa, iaitu lima atau 10 minit. Posisi Dan Peranan Pemain Bola jaring dimainkan oleh tujuh orang pemain bagi setiap pertandingan yang mempunyai posisi tertentu. Posisi dan fungsi setiap pemain adalah seperti berikut: Bil Posisi pemain Peranan 1. GS (Goal Shooter) Penjaring gol 2. GA (Goal Attack) Penyerang gol 3. WA (Wing Attack) Penyerang tepi 4. C (Centre) Pemain tengah 5. WD (Wing Defence) Pengadang tepi 6. GD ( Goal Defence) Pengadang gol 7. GK (Goal Keeper) Penjaga gol Gelanggang Permainan Bola Jaring Bola jaring boleh dimainkan di kawasan yang lapang mengikut ukuran gelangang bola jaring yang standard sama ada di: i. Di gelanggang rumput ii. Di gelanggang tertutup (indoor)
153 Peralatan Sukan Bola Jaring Peralatan asas yang diperlukan dalam permainan bola jaring adalah: Bola getah atau bola kulit sahaja bersaiz 5. Bibs yang mempunyai tampalan huruf menunjukkan posisi pemain seperti berikut: Rajah 54 : Bola jaring
154 Gelanggang dengan tiang dan penjaring yang standard. Kemahiran Asas Sukan Bola Jaring Hantaran aras dada - Jari tangan pemain dibuka untuk mencengkam bola. - Bola berdekatan badan iaitu pada aras dada. Tangan dibengkokkan dan siku dalam keadaan seimbang. - Pemain dalam kedudukan seimbang dan kaki kiri ke hadapan. Rajah 56 : Ketinggian tiang bola jaring iaitu 3.05m (10 kaki)
155 - Pemain hendaklah mengambil satu langkah ke hadapan. - Siku dan kesemua jari hendaklah diluruskan dan tangan ditolak ke hadapan serentak dengan kekuatan bola. Hantaran aras bahu - Pegang bola di atas tapak tangan kanan. - Kaki kiri melangkah ke hadapan bertindak sebagai paksi pergerakan kaki kanan. - Berat badan berada di atas kaki kanan. - Bawa bola ke belakang kepala dengan kedudukan siku dibengkokkan. - Pindahkan berat badan dari kaki kanan ke kaki kiri semasa membuat hantaran. - Tolak bola dengan kuat dan terus ke hadapan atau flick. - Tangan dan jari ikut lajak arah bola dihantar. - Bagi hantaran jarak jauh gunakan pergerakan whip pergelangan tangan. Hantaran lantun - Kedua belah tangan memegang bola pada aras dada. - Pemain melangkah setapak ke hadapan, lalu menolak bola ke lantai agar bola dilantun semula dan dapat disambut oleh ahli pasukannya. - Apabila menggunakan sebelah tangan, gerakan sama seperti hantaran bahu, tetapi pemain hendaklah merendahkan badan dengan cara membengkokkan sedikit lutut. Tujuannya adalah untuk menghantar bola ke bawah atau ke sebelah sisi lawan. Hantaran bawah tangan - Teknik yang sama seperti melakukan hantaran atas bahu. - Tangan kanan yang dihayun ke belakang hendaklah berada pada paras pinggang. - Tolak bola dengan pergelangan tangan sambil menukarkan berat badan dari kaki belakang ke kaki hadapan.
156 Hantaran atas kepala (lob pass) - Kedua tangan mencengkam bola dan membawanya ke paras kepala sambil siku tangan dibengkokkan supaya bola di bawa ke belakang dan pada paras bahu. - Pemain akan menolak bola ke atas sekuat yang mungkin dan menghayunkan tangan ke hadapan sambil siku diluruskan. - Pemain melepaskan bola bila siku diluruskan dan tangan masih di atas kepala. - Kedudukan kaki pemain hendaklah berada dalam kedudukan selari. Pergerakan kaki - Pemain boleh mendarat dengan menggunakan kaki kanan dan diikuti dengan kaki kiri atau kedua-duanya secara serentak. Bola perlu dilepaskan sebelum pergerakan seterusnya. Menjaring statik menggunakan sebelah tangan - Pemain berdiri seimbang dengan berat badannya di atas kedua belah kaki sementara tangan yang membuat jaringan berada di hadapan sedikit. - Tangan yang menjaring diluruskan dan tapak tangan terhulur ke atas dengan jari dibuka dan bola berada di atas jari dan ibu jari. - Tangan pemain dihulurkan ke atas supaya boleh berada sama tinggi dengan paras kepala atau lebih dan menumpukan perhatian ke arah bulatan jaring gol. Menghadang - Pemain yang mengawal atau bertahan hendaklah berdiri di hadapan dengan pemain yang menyerang. Jarak kedua-dua pemain ialah 1.3 meter dari kaki hadapan penyerang. Tangan pemain yang mengawal hendaklah diletakkan di belakang atau berada di sisi. - Pemain hendaklah menoleh ke belakang sekali sekala bagi memerhati di mana bola berada di samping terus mengawal pemain lawan masingmasing.
157 - Pemain dibenarkan menghulur tangan untuk cuba menghalang bola sambil bergerak ke arahnya, dengan syarat jarak antara pemain pertahanan dengan pemain penyerang adalah jarak yang dibenarkan. - Pemain tidak dibenarkan menyentuh pihak lawan. Mengelak (mengacah) - Tujuan mengelak (mengacah) adalah untuk mengawal sesuatu kawasan bermain bagi mengelirukan pihak lawan. - Mengawal pemain dan mengubah strategi pihak lawan untuk mendapatkan bola. - Keadaan ini dilakukan di semua kawasan permainan terutama di bahagian tengah dan pertahanan dalam bulatan jaringan. MODUL BOLA JARING BERDASARKAN MINGGU PERJUMPAAN (MINGGU 1 HINGGAU 12) Modul : Modul 1 Minggu : Minggu 1
158 Aktviti : Penggunaan dan Pentadbiran - Mesyuarat Agung Objektif : Pelantikan jawatankuasa baharu Bahan : Minit mesyuarat yang lepas Masa : 3 jam Medium komunikasi : Langkah 1 : i. Ucapan alu-aluan Ketua Guru Penasihat. ii. Memperkenalkan guru penasihat. iii. Menjelaskan tentang peraturan sukan bola jarring. iv. Taklimat keselamatan dan disiplin murid semasa menjalankan aktiviti. Langkah 2 : i. Membincangkan dan mengesahkan minit mesyuarat yang lepas. ii. Pengesahan minit mesyuarat. iii. Perkara berbangkit. Langkah 3 : i. Memilih dan pelantikan jawatankuasa baharu. ii. Membincangkan cadangan aktiviti sukan bola jaring sepanjang tahun. Penutup : Ucapan penutupan Syarat Pelaksanaan : Menetapkan perancangan yang terperinci Latihan/ Pengukuhan/ Intervensi : Galakkan MBK berkomunikasi dua hala Catatan: Bagi MBK kurang upaya penglihatan dan MBK kurang upaya pendengaran aktiviti yang dijalankan adalah mengikut kesesuaian dan keupayaan individu serta bimbingan daripada guru pembimbing. Modul : Modul 2 Minggu : Minggu 2 Aktiviti : Pengenalan Bola Jaring - Sejarah dan Peraturan
159 Objektif : i. Mengetahui dan memahami peraturan permainan bola jaring. ii. Sejarah ringkas bola jarring. Bahan : Video, youtube, buku peraturan bola jaring, risalah berkaitan bola jaring, kertas mahjung, pen. Masa : 3 jam Medium komunikasi : Penggunaan bahasa isyarat oleh guru pembimbing Langkah 1 : i. MBK berkumpul mengikut rumah Sukan. ii. Pengedaran risalah/maklumat berkaitan bola jaring. iii. Perbincangan berkaitan risalah yang diberi. Langkah 2 : i. Menonton video perlawanan bola jaring. ii. Perbualan dan perbincangan berkaitan video. iii. Soal jawab berkaitan undang-undang bola jaring. Langkah 3 : i. Guru menunjukkan buku peraturan bola jaring. ii. MBK melihat secara dekat buku. iii. Kerja kumpulan – menghasilkan peta minda berkaitan undang-undang asas permainan bola jaring (kertas mahjung). Penutup : Pembentangan dan perbandingan hasil dapatan aktiviti membina peta minda. Syarat Perlaksanaan : Setiap rumah sukan melantik satu ketua untuk membuat perbentangan. Latihan/ Pengukuhan/ Intervensi : Kuiz mudah berkaitan bola jaring (guru boleh memberi token seperti pen, pencil dan roti) sebagai insentif galakkan. Catatan : Bagi MBK kurang upaya penglihatan dan MBK kurang upaya pendengaran aktiviti yang dijalankan adalah mengikut kesesuaian dan keupayaan individu serta bimbingan daripada guru pembimbing. Modul : Modul 3 Minggu : Minggu 3 Aktiviti : Posisi dan Peranan Pemain
160 Objektif : Mengetahui posisi dan peranan setiap pemain dan dalam pasukan bola jaring Bahan : Gambar, video, bib, laptop, televisyen Masa : 3 jam Medium komunikasi : Penggunaan bahasa isyarat untuk MBK kurang upaya pendengaran. Langkah 1 : i. Berkumpul dalam kelas/ gelanggang/ dewan terbuka. ii. Guru pembimbing memainkan video pertandingan bola jarring. Langkah 2 : i. Guru menerangkan posisi tujuh pemain utama dalam pertandingan. ii. Berbincang berkaitan video bola jaring yang ditonton. Langkah 3 : i. Guru pembimbing mengenal pasti ahli yang pernah bermain atau mewakili sekolah/ negeri dalam pertandingan bola jaring. ii. Ahli yang pernah bermain berkongsi pengalaman dan berkongsi idea berkaitan bola jaring. Penutup : Perbincangan dalam kumpulan besar berkaitan sejauh mana pengetahuan mereka berkaitan posisi dalam bola jaring. Syarat Perlaksanaan : Semua ahli mengambil bahagian cergas dalam perbincangan Latihan/ Pengukuhan/ Intervensi : Catatan : Bagi MBK kurang upaya penglihatan dan MBK kurang upaya pendengaran aktiviti yang dijalankan adalah mengikut kesesuaian dan keupayaan individu serta bimbingan daripada guru pembimbing. Modul : Modul 4 Minggu : Minggu 4 Aktiviti : Gelanggang Bola Jaring
161 Objektif : Mengenal jenis gelanggang bola jaring – gelanggang rumput/ gelanggang tertutup (indoor/ outdoor). Bahan : Gambar, risalah, video, gelanggang sebenar di sekolah. Masa : 3 jam Medium komunikasi : Penggunaan bahasa isyarat untuk MBK kurang upaya pendengaran. Langkah 1 : i. MBK duduk dalam kumpulan (tujuh orang) atas gelanggang bola jaring. ii. MBK mengambil posisi pemain sebenar dalam gelanggang (dengan bimbingan guru). iii. Aktiviti membaling bola antara ahli dari posisi/kedudukan sebenar dalam permainan. Langkah 2 : Permainan kecil: i. Tubuhkan kumpulan terdiri daripada tujuh orang setiap kumpulan. ii. Bermainan secara bergilir-gilir. iii. Guru tetapkan masa permainan untuk memastikan setiap MBK mendapat peluang mencuba dan bermain dalam gelanggang. Penutup : Perbincangan perbezaan gelanggang rumput dan dan gelanggang tertutup. Syarat Perlaksanaan : Abaikan peraturan sebenar permainan (modul ini bertujuan memberi peluang MBK merasai perasaan sebenar menjadi pemain bola jaring). Latihan/ Pengukuhan/ Intervensi : Peringatan untuk terus melakukan aktiviti kecergasan sewaktu PJK untuk kekal sihat dan mampu bermain bola jaring dalam tempoh permainan sebenar. Catatan : Bagi MBK kurang upaya penglihatan dan MBK kurang upaya pendengaran aktiviti yang dijalankan adalah mengikut kesesuaian dan keupayaan individu serta bimbingan daripada guru pembimbing. Modul : Modul 5 Minggu 5 : Minggu 5 Aktiviti : Peralatan Sukan Bola Jaring. Objektif : Mengenal alatan yang digunakan dalam sukan bola jarring.
162 Bahan : Bola jaring, saiz 5 (kulit dan getah), bib, tiang gol, gelanggang sebenar, wisel. Masa : 3 jam Medium komunikasi : Penggunaan bahasa isyarat bagi MBK kurang upaya pendengaran. Langkah 1 : i. Perbincangan berkaitan posisi dan fungsi bib. ii. Soal jawab berkaitan posisi pemain dalam gelanggang. Langkah 2 : i. Membina kumpulan kecil (tiga hingga empat orang) ii. Pembahagian bola/ bib. iii. Pembahagian dan penerangan posisi pemain di gelanggang. iv. MBK membuat balingan bebas dan berdiri di posisi sebenar (memakai bib). Langkah 3 : Permainan mudah mengikut rumah Sukan. ** Guru pembimbing tetapkan masa permainan Penutup : Guru pembimbing memberi penerangan berkaitan Objektif modul ke-5. Syarat Perlaksanaan : Fokus permainan adalah fungsi dan posisi bib. Latihan/ Pengukuhan/ Intervensi : Memberi pujian dan penghargaan berbentuk kata-kata semangat. Catatan : Bagi MBK kurang upaya penglihatan dan MBK kurang upaya pendengaran aktiviti yang dijalankan adalah mengikut kesesuaian dan keupayaan individu serta bimbingan daripada guru pembimbing. Modul : Modul 6 Minggu 6 : Minggu 6 Aktiviti : Kemahiran Asas - Hantaran Aras Dada
163 - Hantaran Lantunan - Hantaran Aras Bahu Objektif : MBK mengetahui cara hantaran dibuat dan mengaplikasi teknik-teknik hantaran. Bahan : Bola, gelanggang Masa : 3 jam Medium komunikasi : Penggunaan bendera putih dan penggunaan bahasa isyarat untuk MBK kurang upaya pendengaran. Langkah 1 : i. Memanaskan badan dan senaman regangan. ii. Permainan musang dan ayam (seekor musang dan yang lain ayam). iii. Melakukan aktiviti hantaran atas dada/ lantunan dan aras bahu dalam kumpulan kecil. Langkah 2 : i. Permainan bersyarat – dalam kumpulan kecil (tiga hingga empat orang). ii. Pemain hanya boleh membuat hantaran aras dada/ aras bahu dan lantunan sahaja dibenarkan. Langkah 3 : i. Permainan mengikut kumpulan rumah sukan (empat pasukan). ii. Guru pembimbing memberi taklimat ringkas permainan. iii. Permainan bersyarat – balingan yang dibenarkan adalah aras dada, aras bahu dan latunan sahaja. Penutup : Kuiz mudah berkaitan jenis hantaran yang dipelajari. Syarat Perlaksanaan : Semua MBK mengambil bahagian dan mencuba aktiviti hantaran. Latihan/ Pengukuhan/ Intervensi : Setiap kumpulan mempunyai pelbagai tahap kemahiran (pastikan MBK aras tinggi membantu MBK aras rendah). Catatan : Bagi MBK kurang upaya penglihatan dan MBK kurang upaya pendengaran aktiviti yang dijalankan adalah mengikut kesesuaian dan keupayaan individu serta bimbingan daripada guru pembimbing. Modul : Modul 7 Minggu : Minggu 7 Aktiviti : Kemahiran Asas - Hantaran Bawah Tangan - Hantaran Atas Kepala
164 Objektif : MBK mempelajari dan melakukan jenis-jenis hantaran dan permainan bola jarring. Bahan : Bola, bib, gelanggang Masa : 3 jam Medium komunikasi : Penggunaan bahasa isyarat diperlukan untuk MBK kurang upaya pendengaran. Langkah 1 : Aktiviti pemanasan dan regangan dalam kumpulan. Langkah 2 : i. Berpasangan (dua orang, sebiji bola) lakukan latihan balingan: - Hantaran bawah tangan dalam jarak 1 meter dan 3 meter (ulangan 5 kali setiap jarak) - Hantaran atas kepala dalam jarak 3 meter dan 5 meter (ulangan 5 kali setiap jarak) ii. Pertambahan jarak dan ulangan bergantung kepada guru pembimbing Langkah 3 : Permainan kecil : Bola Beracun i. Pelajar dalam bulatan – sasaran di tengah bulatan (sekumpulan pelajar) – pihak lawan. ii. Hanya hantaran bawah tangan dibenarkan untuk mengenakan kaki pihak lawan dan mengeluarkan pihak lawan dalam bulatan. Penutup : Guru pembimbing memerhati dan menilai tahap penguasaan MBK (terutama koordinasi motor halus dan motor kasar). Syarat Perlaksanaan : Latih tubi dan ulangan diperlukan untuk memastikan MBK dapat menguasai teknik balingan. Latihan/ Pengukuhan/ Intervensi : Catatan: Bagi MBK kurang upaya penglihatan dan MBK kurang upaya pendengaran aktiviti yang dijalankan adalah mengikut kesesuaian dan keupayaan individu serta bimbingan daripada guru pembimbing. Modul : Modul 8 Minggu 8 : Minggu 8 Aktiviti : Kemahiran Asas - Pergerakan Kaki Objektif : MBK mampu mengaplikasi peraturan pergerakkan kaki
165 Bahan : Bola, gelanggang, muzik, wisel, lagu Masa : 3 jam Medium komunikasi : Penggunaan bahasa isyarat untuk MBK kurang upaya pendengaran Langkah 1 : i. Memanaskan badan dan regangan. ii. Latihan kecergasan – lari pecut, lari sisi sepanjang garisan gelanggang. Langkah 2 : i. Asas gerakan kaki – semasa terima bola, dua kaki di atas tanah. ii. Asas gerakan kaki – setelah terima bola, mendarat dengan dua kaki. iii. Asas gerak kaki – setelah terima bola, mendarat dengan satu kaki. iv. Asas gerak kaki – semasa terima bola, berpaksi pada sebelah kaki. Langkah 3 : Permainan kecil: i. Tarian Gerak Kaki - (dua langkah ke kanan/ dua langkah ke kiri/ dua langkah ke depan/ke belakang) lima orang dalam satu kumpulan – guru beri isyarat ‘mula’ dan ‘henti’ atau menggunakan muzik ‘mula’ dan ‘henti’. ii. Lakukan berganti-ganti. iii. MBK juga boleh menjadi pengadil untuk mengenal pasti kesilapan semasa aktiviti berjalan. Penutup : Perbincangan dalam kumpulan – komen dan idea berkaitan permainan yang telah dijalankan. Syarat Perlaksanaan : Ahli kumpulan yang melakukan kesalahan akan didenda berlari keliling gelanggang. Latihan/ Pengukuhan/ Intervensi : Penggunaan muzik atau lagu-lagu kegemaran MBK sebagai bahan bantu latih tubi aktiviti ini. Catatan : Bagi MBK kurang upaya penglihatan dan MBK kurang upaya pendengaran aktiviti yang dijalankan adalah mengikut kesesuaian dan keupayaan individu serta bimbingan daripada guru pembimbing. Modul : Modul 9 Minggu 9 : Minggu 9 Aktiviti : Menjaring Gol Objektif : Mengenal pasti penjaring gol terbaik Bahan : Gelanggang, bola, bib, tiang gol, wisel, dinding bangunan
166 Masa : 3 jam Medium komunikasi : Bendera putih dan bahasa isyarat diperlukan untuk membantu MBK kurang upaya pendengaran. Langkah 1 : i. Melakukan senaman kecergasan. ii. Lari ulang-alik di sisi gelanggang (6 kali ulangan). iii. Melakukan senaman regangan dalam bulatan besar. Langkah 2 : i. Menjaring menggunakan kedua-dua tangan. ii. Menjaring menggunakan sebelah tangan (menjaring daripada beberapa arah dan pelbagai jarak). ** Gunakan dinding bangunan dan tiang sebenar sebagai sasaran. Langkah 3 : i. Latih tubi menjaring mengikut rumah Sukan. ** Setiap ahli rumah sukan perlu menjaringkan bola secara bergilir-gilir (1 tiang untuk dua rumah sukan). ii. Permainan kecil antara rumah sukan (gabungkan semua kemahiran yang telah dipelajari seperti gerak kaki dan jenis-jenis hantaran. Penutup : Guru penasihat mengenal pasti bakat dan kebolehan MBK sebagai penjaring gol. Syarat Perlaksanaan : Tetapkan masa permainan untuk setiap kumpulan. Latihan/ Pengukuhan/ Intervensi : Catatan : Bagi MBK kurang upaya penglihatan dan MBK kurang upaya pendengaran aktiviti yang dijalankan adalah mengikut kesesuaian dan keupayaan individu serta bimbingan daripada guru pembimbing. Modul : Modul 10 Minggu : Minggu 10 Aktiviti : Kemahiran Asas - Menghadang/ Mengelak Objektif : Mengetahui cara dan teknik mengadang dan mengelak Bahan : Gelanggang, bola, bib, wisel Masa : 3 jam
167 Medium komunikasi : Bendera putih dan penggunaan bahasa isyarat untuk MBK kurang upaya pendengaran. Langkah 1 : i. Memanaskan badan – berlari keliling gelanggang. ii. Melakukan regangan dalam kumpulan besar (lantik seorang MBK untuk mengetuai aktiviti regangan). Langkah 2 : Kemahiran menghadang: i. berdiri mengadap pemain lawan ii. berdiri dibelakang pemain lawan iii. berdiri membelakangan pemain lawan iv. berdiri di sisi pemain lawan Kemahiran mengelak (bebas dari kawalan): i. berlari ke arah yang sesuai – ruang kosong ii. berlari laju dan berhenti dengan mengejut iii. berlari perlahan-lahan dan tukar kepada berlari laju iv. mengacah dan bergerak ke suatu arah (bongkokkan badan ke satu arah untuk mengelirukan pemain lawan. Kemudian bergerak ke arah bertentangan) Langkah 3 : i. Permainan kecil separuh gelanggang. ii. Permainan mengikut undang-undang sebenar. iii. Membina sistem pertahanan dalam zon masingmasing/pertahanan dalam kawasan gol. Penutup : Soal jawab dan perbincangan berkaitan kawalan emosi semasa permainan. Syarat Perlaksanaan : Amalan penggunanan sistem pertahanan satu lawan satu. Latihan/ Pengukuhan/ Intervensi : Libatkan MBK untuk menjadi pengadil (dengan bimbingan guru pembimbing). Catatan : Bagi MBK kurang upaya penglihatan dan MBK kurang upaya pendengaran aktiviti yang dijalankan adalah mengikut kesesuaian dan keupayaan individu serta bimbingan daripada guru pembimbing. Modul : Modul 11 Minggu 11 : Minggu 11 Aktiviti : Permainan Ringkas - Antara Rumah Sukan Objektif : Membina keyakinan diri dan semangat berpasukan MBK. Bahan : Gelanggang, bola, bib, wisel, papan putih (catatan jaringan)
168 Masa : 3 jam Medium komunikasi : Penggunaan pengadil dalam dan bendera putih bagi MBK kurang upaya pendengaran – pemilihan MBK (yang boleh mendengar) sebagai pengadil dalam gelanggang. Langkah 1 : i. Aktiviti memanaskan badan mengikut rumah sukan/ kumpulan masing-masing. ii. Cabutan undi untuk perlawanan. iii. Latih tubi balingan. Langkah 2 : i. Penerangan undang-undang dan peraturan permainan oleh guru penasihat. ii. Pasukan melakukan percubaan di gelanggang sebenar (tetapkan masa percubaan). Langkah 3 : Pertandingan secara “round robin”– empat pasukan i. Tetapkan masa pertandingan. ii. Setiap pasukan bermain 3 kali menentang pihak lawan. iii. Jumlah jaringan dicatat dengan betul. iv. Penggunaan borang jaringan sebenar. Penutup : i. Penyejukkan badan dalam kumpulan besar. ii. Pengumuman pemain terbaik untuk penubuhan pasukan bola jaring PPKI. Syarat Perlaksanaan : Pencatat jaringan dan pencatat masa terdiri daripada MBK (dengan bimbingan guru). Latihan/ Pengukuhan/ Intervensi : Peringatan – persediaan pasukan untuk pertandingan persahabatan pada perjumpaan akan datang. Catatan : Bagi MBK kurang upaya penglihatan dan MBK kurang upaya pendengaran aktiviti yang dijalankan adalah mengikut kesesuaian dan keupayaan individu serta bimbingan daripada guru pembimbing. Modul : Modul 12 Minggu 12 : Minggu 12 Aktiviti : Pertandingan Bola Jaring - PPKI bertemu pasukan bola jaring sekolah bawah 15 tahun. Objektif : Memberi pendedahan pertandingan sebenar bola jarring.
169 Bahan : Gelanggang, bib, bola, wisel, papan putih untuk catatan jaringan, borang pemarkahan Masa : 3 jam Medium komunikasi : Pengadil dalam dan penggunaan bahasa isyarat untuk MBK pendengaran. Langkah 1 : i. MBK dan pasukan sekolah melakukakan pemanasan badan dalam kumpulan. ii. Latihan dan latih tubi balingan untuk perlawanan. iii. Taklimat berkaitan undang-undang dan syarat pertandingan oleh guru penasihat. Langkah 2 : i. Pertandingan bola jaring berlangsung. ii. Ahli pasukan yang lain menyorak dan menyokong pasukan bertanding. iii. Guru penasihat menetapkan masa tempoh pertandingan. Langkah 3 : a. Majlis penyampaian hadiah. b. Majlis penutupan perjumpaan kelab untuk tahun terkini. Penutup : Penerapan amalan baik dalam bola jaring – kerjasama dan tolak ansur dalam kumpulan. Syarat Perlaksanaan : Pengurusan masa pertandingan dan tempoh penganjuran tidak melebihi tiga jam. Latihan/ Pengukuhan/ Intervensi : Post-mortem permainan yang telah dijalankan. Catatan : Bagi MBK kurang upaya penglihatan dan MBK kurang upaya pendengaran aktiviti yang dijalankan adalah mengikut kesesuaian dan keupayaan individu serta bimbingan daripada guru pembimbing. Modul Badminton Pengenalan Badminton ialah sejenis permainan yang menggunakan raket dan bulu tangkis yang dimainkan secara perseorangan atau beregu. Permainan ini akan dikira mata jika bulu tangkis melepasi jaring dan jatuh di kawasan pihak lawan. Asal usul permainan
170 ini bermula pada tahun 1893 yang mana Persatuan Badminton England telah ditubuhkan dan pada tahun 1899 Pertandingan Kebangsaan Inggeris pertama telah diadakan. Kejohanan ini merupakan kejohanan pertama di dunia untuk permainan badminton. Selepas Perang Dunia Pertama tentera asing yang mendapat pendedahan dengan permainan badminton semasa bertugas di England telah membawa permainan ini balik ke negeri mereka.Beberapa buah negara telah menubuhkan Persatuan Badminton Kebangsaan seperti Kanada (1921) dan Amerika (1936). Pada tahun yang 1934 Persatuan Badminton Malaysia telah ditubuhkan. Sukan badminton telah berkembang pada tahun 1992 dan menjadi acara rasmi dalam Sukan Olimpik. Peraturan Dan Undang-Undang Permainan Undang-undang asas permainan badminton seperti berikut: Bil. Perkara Huraian 1. Bilangan pemain Perseorangan (dua orang) dan beregu (empat orang). 2. Memulakan Permainan - Bagi memulakan satu permainan, undian dibuat terlebih dahulu. Bulu tangkis atau duit syilling boleh digunakan dalam undian. - Pemenang boleh memilih untuk memulakan servis, menerima servis atau memilih petak gelanggang. - Pihak yang kalah, akan menerima pilihan yang berikutnya. 3. Sistem Pengiraan Mata - Sistem kiraan mata dalam permainan biasa ialah 21 mata rali (the best of three game). - Mata akan diberikan kepada mana-mana pemain yang memenangi rali. - Perbezaan dua mata diperlukan untuk menang. Jika tidak, permainan diteruskan hingga 29-29. Pemain/ pasangan pertama mencapai mata 30 dikira sebagai pemenang. - Dalam acara perseorangan jika pemain mendapat mata genap servis dilakukan di sebelah kanan gelanggang pemain dan sebaliknya.
171 Bil. Perkara Huraian - Dalam acara beregu jika mata genap pemain sebelah kanan akan membuat servis dan sebaliknya. 4. Masa Rehat - Setelah mana-mana pemain atau pasangan mencapai mata 11, rehat selama 60 saat akan diberikan. - Rehat antara ‘game’ selama dua minit diberikan apabila sesuatu ‘game’ tamat. 5. Servis - Tidak boleh melengahkan servis selepas mengayun raket ke belakang. - Pemain yang membuat servis dan menerima servis tidak dibenarkan memijak garisan gelanggang. - Kedua-dua belah kaki sentiasa menyentuh lantai gelanggang dan dalam keadaan tetap. - Bahagian gabus bulu tangkis perlu disentuh dahulu semasa membuat servis. - Bulu tangkis mesti berada di bawah paras pinggang dan batang (shaft) mesti menghala ke bawah semasa melakukan servis. - Servis dilakukan setelah penerima telah bersedia. 6. Servis Batal - Bulu tangkis disentuh oleh rakan sebelum penerima yang sepatutnya menerima servis. - Bulu tangkis melepasi bawah jaring. Bulu tangkis jatuh di luar gelanggang servis. - Bulu tangkis melekat seketika di permukaan raket. - Bulu tangkis dipukul dua kali berturut-turut. - Bulu tangkis tersangkut di jaring setelah membuat servis. 7. Servis Semula (Let ) Diberikan sekiranya: - Penerima belum bersedia dan tidak mencuba. - Pembuat servis dan penerima melakukan kesalahan serentak.
172 Bil. Perkara Huraian - Bulu tangkis melekat dijaring selepas melepasi jaring. - Semasa permainan, gabus pada bulu tangkis tercabut. - Pemain diganggu oleh jurulatih pihak lawan. - Pengadil tidak dapat membuat keputusan. 8. Larangan Untuk Pemain - Jangan sengaja melambat-lambatkan permainan. - Jangan sengaja merosak atau mengubahsuai bulu tangkis untuk menukar kelajuan. - Tidak memijak garis semasa membuat servis, menyentuhi jaring atau pemain menyentuh papan iklan. - Tidak berkelakuan kasar. - Jangan meninggalkan gelanggang tanpa kebenaran pengadil. 9. Berlaku Batal - Menyentuh jaring atau tiang dengan anggota badan, raket atau pakaian. - Raket melepasi atas atau bawah jaring dan mengganggu pihak lawan. - Mengganggu pihak lawan dengan laungan kuat atau menggunakan isyarat tangan. 10 Perlawanan Perseorangan - Pemain akan membuat servis pertama dari petak servis kanannya. Mata genap di petak kanan dan kiri bagi mata bilangan ganjil. - Pembuat servis akan membuat servis secara melintang kepada pihak lawan. - Pemain yang menang dalam ‘game’ pertama akan memulakan servis dalam ‘game’ berikutnya. 11. Perlawanan Beregu - Pada permulaannya, pembuat servis pertama akan membuat servis dari gelanggang servis kanan. - Pasangan beregu yang menang rali akan bertukar petak servis dan lawan kekal dalam petak servis masing-masing.
173 Bil. Perkara Huraian - Jika pembuat servis itu kalah dalam rali, servis akan diberikan kepada pihak lawan. - Semasa membuat servis, rakan pembuat servis dan rakan penerima servis boleh berdiri di mana-mana tempat dalam petak tetapi tidak menghalang pandangan pembuat servis dan penerima servis. - Pasangan yang menang ‘game’ itu, akan memulakan ‘game’ berikutnya. Ukuran Gelangang Gelanggang badminton berbentuk segi empat tepat berukuran 13.40 m x 6.10 m. Lebar garisan 40 mm. Tinggi jaring 1.55 m di tiang dan 1.524 m di tengah gelanggang. Untuk perseorangan dan beregu, kawasan garisan pendek dikira keluar (out) semasa servis. Dalam beregu, kawasan antara garisan belakang gelanggang (long) dan garisan servis beregu (short) adalah luar (out) semasa servis. Dalam beregu, kawasan gelanggang 6.10 m x 13.40 m digunakan. Manakala, kawasan gelanggang perseorangan adalah 5.18 m x 13.40 m.
174 Peralatan Permainan Badminton Peralatan asas yang diperlukan dalam permainan badminton adalah: Raket Bulu tangkis Tangkai /’shaft’ Bingkai Raket / ‘Head’ Pemegang / ‘Handle’ Penghubung-T / ‘Throat’ Rajah 58 : Raket badminton Rajah 59 : Bulu tangkis
175 Pakaian sukan, kasut dan stoking yang sesuai. Tiang dan Jaring Perkembangan Kepada Kemahiran Asas Kemahiran Asas Cara menentukan pegangan: Rajah 60 : Pakaian sukan, kasut dan stoking Rajah 61 : Tiang dan jaring Rajah 62 : Cara memegang raket
176 Cara Memegang Bulu Tangkis: Tiada pegangan yang spesifik. Kebiasaannya bulu tangkis dipegang pada bahagian bulunya. Apabila melakukan servis, hendaklah dipukul pada bahagian gabusnya. . Rajah 65 : Teknik memegang bulu tangkis
177 Kedudukan/ Posisi: Aktiviti Kemahiran i. Koordinasi Keupayaan bergerak dengan kemas, licin dan sempurna semasa melakukan kemahiran dengan melibatkan dua atau lebih anggota digabungkan seperti mata dan tangan, mata dan kaki. Pemain bersedia untuk menerima servis Pemain bersedia untuk membuat servis Rajah 66 : Kedudukan menerima dan membuat servis
178 AKTIVITI GAMBAR RAJAH 1. Melambung dan menyambut bulu tangkis: a. Aktiviti boleh dilakukan secara perseorangan, berpasangan atau berkumpulan b. Sama ada dalam bentuk statik (tanpa pergerakan) atau dinamik (bergerak). c. Murid diminta melambung dan menyambut bulu tangkis secara perseorangan. d. Murid berpasangan – murid melambungkan bulu tangkis dan rakan menyambut bulu tangkis. Perseorangan X X X X Berpasangan X O X O 2. Melambung dan menyambut bulu tangkis berkumpulan: a. Berkumpulan – dua atau tiga kumpulan. b. Kumpulan X melambung bulu tangkis bergilir-gilir. c. Kumpulan O menyambut dan melambungkan bulu tangkis semula kepada X bergilir-gilir. XXXXX OOOOO XXXXX OOOOO 3. Menimang bulu tangkis tanpa raket: a. Aktiviti boleh dilakukan dengan menggunakan tapak tangan. Ibu jari di atas hadapan / forehand (FH) Cara FH (ibu jari ke atas) Tapak tangan dengan bulu tangkis. Cara BH (ibu jari ke bawah) Tapak tangan dengan bulu tangkis.
179 AKTIVITI GAMBAR RAJAH b. Ibu jari ke bawah-kilas /backhand (BH) Statik atau dinamik. Servis Merupakan pukulan yang sangat penting. Secara amnya di dalam permainan badminton terdapat servis ke hadapan dan kilas. Kemahiran Asas Servis Tinggi Hadapan: • Bulu tangkis dipukul dari tempat permulaan biasa atau sedikit ke belakang dan servis tinggi. • Raket dihayun jauh ke belakang. • Titik sentuhan ke hadapan sedikit di kaki kanan dan mengikut lajak. Servis Rendah Forehand: • Hayunan raket ke belakang. • Semasa bulu tangkis dilepaskan berat badan berubah ke hadapan dan keseluruhan lengan menghayun kehadapan. • Titik sentuhan ke hadapan sedikit di kaki kanan dan ikut lajak. Rajah 67 : Teknik servis tinggi hadapan
180 Servis Rendah Backhand: • Bulu tangkis di letak hampir ke muka raket • Tali raket menyapu dasar gabus bulu tangkis, membuatkannya berpusing dan melintasi pita jaring. • Kepala raket mengikut lengkungan ke kiri (melawan jam) semasa mengikut lajak. Aktiviti Kemahiran AKTIVITI GAMBAR RAJAH Rajah 67 : Teknik servis raket ke belakang Rajah 68 : Teknik rendah backhand
181 1. Servis berkumpulan tanpa raket: a. Melambung bulu tangkis kepada pasangan tanpa raket dari bawah ke hadapan secara bergilir-gilir dalam kumpulan. b. Servis menggunakan tapak tangan dalam kumpulan secara bergilir-gilir. 2. Servis hadapan berkumpulan dengan raket: a. Murid membuat servis mengikut giliran dalam kumpulan dan melakukan secara bergilir-gilir. b. Servis hadapan (forehand) rendah menggunakan raket. c. Murid membuat servis mengikut giliran dalam kumpulan dan melakukan secara bergilir-gilir. Melakukan servis hadapan bergilir-gilir dalam kumpulan dengan raket. 3. Servis kilas (back hand) dalam kumpulan: a. Servis menggunakan raket. b. Murid membuat servis mengikut giliran dalam kumpulan dan dilakukan secara bergilir-gilir. Melakukan servis kilas bergilir-gilir dalam kumpulan dengan raket. LOB (Pukul Tinggi) Pukulan lob dilakukan di belakang gelanggang dengan memukul bulu tangkis yang tinggi dari belakang gelanggang secara pukulan depan atau kilas.
182 Kemahiran Asas: • Lob dilakukan seperti aksi membaling dengan bulu tangkis dipukul tinggi arah ke belakang gelanggang. • Tangan dibengkokkan ke belakang. • Tangan ditolak ke hadapan ke atas dan tangan lurus. • Titik sentuhan pada ketinggian maksimum dan ikut lajak. Aktiviti Kemahiran AKTIVITI GAMBAR RAJAH 1. Membaling bulu tangkis: a. Murid membaling bulu tangkis ke atas dan ke hadapan secara bergilir-gilir sejauh mungkin dan berkumpulan. Membaling bulu tangkis ke atas dan hadapan. Cara memegang bulu tangkis pada bahagian gabusnya. 2. Memukul bulu tangkis: a. Memukul bulu tangkis yang digantung dengan tali. b. Murid memukul bulu tangkis yang digantung dengan tali menggunakan raket. Rajah 69 : Teknik lob
183 Permainan Jaring (Net-Play) Terdapat dua jenis net-play iaitu di atas jaring dan bawah jaring. Pukulan dilakukan berhampiran dengan jaring pada aras atas jaring. Di atas jaring - Pukulan dilakukan berhampiran dengan jaring pada aras atas jaring. Bawah jaring - dilakukan apabila bulu tangkis berhampiran dengan lantai. Kemahiran Asas Pukulan dilakukan berhampiran dengan jaring pada paras atas jaring. Lonjak ke hadapan dan pukulan dilakukan paling tinggi di atas jaring. Jika dilakukan dengan cepat pukulan ini dapat digunakan sebagai tindakan menyerang. Jika lambat pukulan yang dilakukan sebagai tindakan defensif (bertahan). Aktiviti Kemahiran AKTIVITI GAMBAR RAJAH 1. Hand Feeding: a. Murid dibahagikan kepada duakumpulan X dan O. b. Kumpulan X melontar bulu tangkis melepasi jaring secara bergilir-gilir. c. Kumpulan O membuat pukulan jarring di hadapan jaring menggunakan raket bergilir-gilir. Rajah 70 : Pukulan atas jaring
184 AKTIVITI GAMBAR RAJAH (Aktiviti ditukar dengan kumpulan O melontar dan X membuat pukulan jaring) Pukulan Drop Satu pukulan perlahan dari belakang gelanggang. Pukulan junam dilakukan garisan kedua belakang dan mendarat seberapa dekat dengan jaring di sebelah gelanggang pihak lawan. Kemahiran Asas Lengan dihayunkan ke hadapan, kemudian diperlahankan dan berhenti semasa sentuhan. Sama seperti pukulan lob tetapi raket dihayun laju sedikit dan semasa sentuhan permukaan raket di atas bulu tangkis dan kemudian ditarik ke bawah. Titik sentuhan seberapa tinggi yang boleh dan mengikut lajak. Rajah 71 : Pukulan tinggi
185 Aktiviti Kemahiran AKTIVITI GAMBAR RAJAH 1. Drop Relay : a. Murid dibahagikan kepada kumpulan dan seorang membaling bulu tangkis dan murid dalam kumpulan melakukan pukulan drop secara bergilir gilir. Pukulan Junam (Smash) Bertujuan mematikan rali dengan cepat. Merupakan pukulan serangan dan bulu tangkis menjunam dengan cepat ke gelanggang lawan. Kemahiran Asas Permulaan hayunan raket ke belakang bahu. Sebelum menyentuh bulu tangkis, badan bengkok ke hadapan Titik sentuhan pada paras yang tinggi dan ikut lajak. Luruskan badan dan kepala. Aktiviti Kemahiran Rajah 72 : Pukulan junam
186 AKTIVITI GAMBAR RAJAH 1. Tuju sasaran a. Murid dibahagikan kepada dua kumpulan. b. Murid mengguna tangan membaling bulu tangkis menjunam dengan cepat ke arah kon. c. Murid yang paling banyak mengenai kon dikira pemenang Menghadang (Block) Bertujuan untuk menghadang pukulan menjunam, pukulan deras sisi (drive) ke hadapan atau tengah gelanggang. Sebagai ganti bagi smash apabila bulu tangkis tidak dapat dipukul dengan baik semasa menyerang. Kemahiran Asas • Berlari mengejar bulu tangkis. • Raket di bawa ke belakang dan separuh gerakan raket ke depan. • Sentuhan bulu tangkis di depan badan dan ikut lajak. Aktiviti Kemahiran Rajah 73 : Teknik menghadang
187 AKTIVITI GAMBAR RAJAH 1. Membaling dan menghadang a. Murid dibahagikan kepada 2 kumpulan X dan Y. b. Kumpulan X membaling bulu tangkis kepada O. c. Kumpulan O menghadang bulu tangkis menggunakan raket secara bergilir - gilir dalam kumpulan. MODUL BADMINTON BERDASARKAN MINGGU PERJUMPAAN (MINGGU 1 HINGGA 12)
188 Modul : Modul 1 Minggu : Minggu 1 Aktviti : Penggunaan dan Pentadbiran - Mesyuarat Agung Objektif : Pelantikan jawatankuasa baharu Bahan : Minit mesyuarat yang lepas Masa : 3 jam Medium komunikasi : Bahasa isyarat (jika perlu) Langkah 1 : i. Ucapan alu-aluan Ketua Guru Penasihat. ii. Memperkenalkan guru penasihat. iii. Menjelaskan tentang peraturan sukan badminton. iv. Taklimat keselamatan dan disiplin murid semasa menjalankan aktiviti. Langkah 2 : i. Membincangkan dan mengesahkan minit mesyuarat yang lepas. ii. Pengesahan minit mesyuarat. iii. Perkara berbangkit. Langkah 3 : i. Memilih dan pelantikan jawatankuasa baharu. ii. Membincangkan cadangan aktiviti sukan badminton sepanjang tahun. Penutup : Ucapan penutupan. Syarat Pelaksanaan : Menetapkan perancangan yang terperinci. Latihan/ Pengukuhan/ Intervensi : Galakkan MBK berkomunikasi dua hala. Catatan: Bagi MBK kurang upaya penglihatan dan MBK kurang upaya pendengaran aktiviti yang dijalankan adalah mengikut kesesuaian dan keupayaan individu serta bimbingan daripada guru pembimbing.
189 Modul : Modul 2 Minggu : Minggu 2 Aktiviti : Pengenalan Badminton Objektif : i. Memberi pengetahuan kepada murid tentang sejarah badminton. ii. Mendedahkan kepada murid tentang peraturan sukan badminton. Bahan : Papan putih, kertas, pen, marker, buku catatan, tayangan slaid. Masa : 120 minit (dua jam) Medium komunikasi : Jurubahasa diperlukan untuk membantu MBK kurang upaya pendengaran. Langkah 1 : Pengenalan dan sejarah sukan badminton. Langkah 2 : Mengenal alatan sukan badminton: i. Gelanggang ii. Raket iii. Bulu tangkis iv. Tiang v. Net/ jaring vi. Cara pemakaian yang sesuai vii. Baju sukan viii. Seluar sukan ix. Kasut sukan dan berstoking Langkah 3 : Mengenal peraturan permainan badminton: i. Undang-undang asas badminton ii. Acara permainan iii. Sistem pengiraan mata iv. Masa rehat v. Servis vi. Servis batal vii. Servis semula (let) viii. Larangan untuk pemain ix. Permainan terbatal sekiranya x. Perlawanan perseorangan xi. Perlawanan beregu Langkah 4 : Membuat tayangan perlawanan badminton Penutup : Menerangkan keperluan mengetahui peraturan setiap permainan.
190 Modul : Modul 2 Minggu : Minggu 2 Syarat Perlaksanaan : Pengurusan masa pertandingan dan tempoh penganjuran tidak melebihi tiga jam. Latihan/ Pengukuhan/ Intervensi : Post-mortem permainan yang telah dijalankan. Catatan : Bagi MBK kurang upaya penglihatan dan MBK kurang upaya pendengaran aktiviti yang dijalankan adalah mengikut kesesuaian dan keupayaan individu serta bimbingan daripada guru pembimbing. Modul : Modul 3 Minggu : Minggu 3 Aktiviti : Kemahiran Asas