The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by daiaisma88, 2023-08-09 21:27:31

MODUL KOKURIKULUM MBPK

MODUL KOKURIKULUM MBPK

91 Kawasan lontar peluru Kawasan lempar cakera Rajah 14 : Kawasan lontar peluru


92 Kawasan merejam lembing Kemahiran Asas - Memanaskan Badan Elemen ini penting sebelum melakukan sebarang senaman atau aktiviti fizikal yang bertujuan menyediakan badan secara fizikal dan mental untuk aktiviti fizikal sekaligus mengelakkan daripada kecederaan. Memanaskan badan merangkumi aktiviti kardiovaskular dan senaman ringan seperti gerakan aerobik yang mudah. Ia biasanya Rajah 16 : Kawasan merejam lembing


93 membabitkan aktiviti yang ingin anda lakukan tetapi pada kadar yang lebih perlahan. Sebagai contoh, jika anda ingin berlari panaskan badan dengan larian yang perlahan dan jika anda ingin berenang, mulakan dengan renangan yang ringan. Ia berbeza dengan regangan badan, yang paling berkesan dilakukan selepas memanaskan badan. Lakukan aktiviti ini kira-kira lima ke 10 minit dan diikuti regangan badan. Menyejukkan badan Aktiviti menyejukkan badan bertujuan untuk mengembalikan fungsi fisiologi ke paras normal secara progresif. Proses menyejukkan badan melibatkan dua fasa utama iaitu regangan dan aktiviti berintensiti rendah. Aktiviti regangan semasa menyejukkan badan dapat mengurangkan kelesuan otot dan juga meningkatkan fleksibiliti otot, tendon dan ligamen. Hal ini kerana, suhu dalaman masih tinggi sebaik sahaja selesai melakukan aktiviti fizikal. Aktiviti menyejukkan badan juga membantu percepatkan pengedaran darah ke jantung, serta mengembalikan darah yang telah dipamkan oleh jantung ke hujung anggota badan seperti kaki dan tangan selepas beraksi. Rajah 17 : Teknik memanaskan badan


94 Acara Larian Larian Dekat / Pecut Larian dekat/ pecut terdiri daripada tiga fasa larian iaitu fasa permulaan, fasa larian dan fasa penamat. Fasa permulaan Fasa permulaan terbahagi kepada tiga bahagian iaitu gaya peluru, gaya sederhana, dan gaya panjang. i. Memulakan larian tanpa blok permulaan: Gaya peluru - berdiri rapat kepada garisan dan kira dua atau setengah tapak kaki. - hujung tapak kaki belakang selari dengan tumit tapak kaki hadapan. - ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk. Gaya sederhana - berdiri rapat kepada garisan dan kira dua atau setengah tapak kaki. - lutut tapak kaki belakang selari dengan hujung tapak kaki hadapan. - ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk.


95 Gaya panjang - berdiri rapat kepada garisan dan kira dua atau setengah tapak kaki. - lutut tapak kaki belakang selari dengan hujung tumit kaki hadapan. - ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk. ii. Memulakan larian dengan blok permulaan: Gaya peluru - blok permulaan adalah rapat dengan garisan permulaan. - blok hadapan diletakkan dua tapak dari garisan permulaan dan blok belakang setapak dari bahagian hadapan blok hadapan. Gaya sederhana - letakkan blok pertama dua tapak dari garis permulaan. - blok belakang dua tapak dari bahagian hadapan blok hadapan. Gaya panjang - blok hadapan diletakkan dua tapak dari garis permulaan. - blok belakang tiga tapak dari bahagian hadapan blok hadapan. Fasa larian i. Pecutan - Selepas arahan ‘pelepas ke garisan’ diberi, pelari mengambil tempat di blok permulaan. - Tangan lurus dan buka seluas bahu. Ibu jari dan jari telunjuk dibuka dengan luas dan jari-jari lain rapat di antara satu sama lain, diletakkan di belakang garisan mula. - Kepala dan leher didongak iaitu sebahagian dari ‘torso’. Mata memandang ke hadapan dengan penuh tumpuan. Selepas arahan ‘sedia’ diberikan, pinggul diangkat tinggi dan badan condong ke hadapan. - Selepas bunyi tembakan pistol, pergerakan ke hadapan dimulakan dengan hayunan pergerakan yang kuat bahagian tangan dan kaki. - Tangan yang bertentangan dengan kaki belakang memulakan pergerakan hayunan ke hadapan. Tangan lain digerakkan ke belakang dengan kuat. Tangan dibengkokkan pada sudut 90 darjah.


96 - Lutut belakang digerakkan ke hadapan dengan cepat dan pada tahap rendah. Kaki hadapan diluruskan sepenuhnya. Fasa pecutan melibatkan larian dalam jarak di antara 30 hingga 60 meter, kedudukan badan berubah dari rendah ke condong ke hadapan. Jarak langkah juga turut bertambah dalam fasa ini. ii. Kelajuan maksimum dan pengekalan kelajuan - Fasa pecutan berlaku di antara jarak 30 meter dan 60 meter iaitu pada awal larian. - 95% daripada kelajuan maksimum dicapai pada jarak kria-kira 18 meter. - Apabila seseorang atlet mencapai kelajuan maksimum, kadar pecutannya ditentukan oleh tahap kecergasan fizikal atlet. iii. Larian di selekoh - Pada bahagian selekoh, semakin laju atlet berlari semakin kuat kuasa ‘centrifugal’. - Pelari perlu merendahkan badan ke dalam sedikit untuk memastikan lariah selekoh berkesan untuk mengimbangi kuasa ‘centrifugal’. - Tangan kiri dihayun lurus, manakala tangan kanan menyilang badan mengarah ke dalam. Fasa penamat i. Berlari dengan 10 meter lebih dari jarak lariannya. ii. Pelari perlu berlari pecut sehingga melewati garisan penamat. iii. Cara yang paling baik untuk menamatkan larian adalah dengan menonjolkan bahagian dada ke hadapan. Lompat Jauh Lompat jauh adalah suatu gerakan melompat ke depan atas dengan usaha agar badan melayang di udara yang dilakukan dengan cepat dan dengan cara melakukan tolakan satu kaki untuk memperoleh jarak sejauh-jauhnya.


97 Jarak lompatan diukur dari papan tolakan sampai ke jarak terdekat dari letak titik pendaratan yang dihasilkan oleh bahagian tubuh. Terdapat empat teknik asas dalam acara lompat jauh iaitu: i. Tolakan ii. Awalan iii. Melayang di udara iv. Pendaratan Gaya Lompat Jauh Gaya ini dilakukan ketika badan melayang di udara. Gaya Menggantung (Schnepper). Gaya Berjalan di Udara (Walking in the air). Rajah 19 : Gaya lompat jauh Rajah 20 : Gaya menggantung Rajah 21 : Gaya berjalan di udara


98 Lompat Tinggi Lompat tinggi merupakan acara yang memerlukan kemahiran melompat melepasi palang dengan had tinggi yang tertentu. Lompat tinggi merupakan salah satu daripada acara olahraga yang memerlukan kekuatan otot kaki dan otot perut serta fizikal yang tinggi agar dapat mencapai sasaran ketinggian yang maksimum. Fasa Lompat Tinggi Semua gaya lompatan boleh dibahagikan kepada empat fasa pergerakan iaitu: i. Penujuan – larian menghala ke palang ii. Lonjakan – tindakan kaki untuk menaikkan badan iii. Layangan – gaya dan kedudukan badan ketika berada di udara dan di atas palang. iv. Pendaratan – sentuhan badan dan bahagiannya dengan tempat mendarat Gaya Lompat Tinggi Terdapat beberapa gaya lompat tinggi iaitu gaya gunting, gaya timur, gaya guling barat, gaya pelana dan gaya Fosbury Flop. i. Gaya gunting Pelompat menuju ke palang secara bersudut dan melonjak dengan kaki yang berada di luar dari palang. Semasa melepasi palang, pelompat berada dalam keadaan duduk berlunjur. Rajah 22 : Gaya gunting


99 ii. Gaya Timur Pelompat menuju ke palang secara lurus dari hadapan 90 darjah. Semasa melonjak, kaki bebas dihayun secara tegak ke hadapan badannya dan pelompat melepasi palang secara mengiring. iii. Gaya Guling Barat Penujuan ke palang secara bersudut seperti dalam gaya gunting. Pelompat melonjak dengan kaki yang lebih dekat dengan palang. Kaki lonjakan berada dalam keadaan bengkok semasa pelompat ‘berguling’ selari dengan palang untuk membuat pelepasan. iv. Gaya Fosbury Flop Gaya yang paling popular dan berkesan pada masa kini ialah gaya Fosbury Flop. Mengikut gaya ini pelompat menuju ke palang dengan membelakangkan palang. Rajah 23 : Gaya timur Rajah 24 : Gaya guling barat


100 v. Gaya Pelana Gaya ini hamper sama dengan gaya Guling Barat. Pelompat menuju ke palang secara bersudut. Ketika melepasi palang, muka pelompat memandang ke bawah dan keadaan badannya seolah-olah meniarap di atas palang. Lontar Peluru Lontar peluru merupakan acara yang memerlukan kemahiran melontar menggunakan peluru mengikut berat yang ditetapkan. Lontaran itu akan dibuat di dalam gelanggang yang khusus menggunakan sebelah tangan sahaja. Teknik Lontar Peluru Rajah 26 : Gaya pelana


101 Terdapat beberapa teknik lontar peluru antaranya adalah teknik berdiri, teknik melunsur selankah dan teknik Perry O’Brein. Teknik Berdiri i. Berdiri dengan mengangkang kedua-dua belah kaki seluas lebih kurang 30 cm; ii. Tangan memegang peluru di bawah dagu sehingga bersentuhan dengan tengkuk; iii. Siku tangan yang memegang peluru haruslah keluar dan mendatar; iv. Pusingkan sedikit arah ke kanan dan bawakan tangan kiri menyilang ke kanan; v. Bawakan kembali tangan kiri dengan cepat ke arah kiri, manakala kaki diluruskan dan peluru ditolak keluar; vi. Tangan diluruskan mengikut arah lontaran peluru, manakala tangan kiri membantu mengimbang tangan. Teknik membelakangi kawasan lontaran i. Mulakan dengan membelakangi arah membuat lontaran; ii. Bengkokkan badan lutut kanan serta luruskan kaki kiri di belakang; iii. Angkat kaki kiri sedikit; iv. Turunkan kaki kiri berhampiran dengan papan penahan dalam kawasan lontaran; Rajah 27 : Teknik berdiri


102 v. Pusingkan bahu dan pinggang ke arah lontaran; vi. Tolak peluru keluar sekuat mungkin. Teknik Pemindahan (O’Brien) i. Peserta hendaklah berdiri dengan membelakangi arah lontaran dan kaki kanan bersentuh dengan garisan belakang. ii. Bongkokkan badan dan angkat kaki serta rapatkan dengan kaki kanan. iii. Mulakan langkah dengan kaki kanan. iv. Bengkokkan lutut kaki kanan dan ayunkan tangan kiri keluar. v. Pusingkan bahu dan pinggang, dan tolak serta lepaskan peluru sekuat yang boleh. vi. Lakukan lajakan ayunan dengan membawa berat badan ke hadapan dan diimbangi dengan membawa berat badan ke hadapan dan diimbangi dengan tangan kiri. Rajah 28 : Teknik membelakangi kawasan lontaran Rajah 29 : Teknik pemindahan O’Brien


103 Merejam lembing Mengikut catatan sejarah, acara merejam lembing adalah acara rejaman yang tertua dalam sejarah sukan olahraga. Acara ini mula dipertandingkan buat pertama kali di dalam Sukan Olimpik pada tahun 1896. Kini, ia merupakan salah satu acara padang yang penting di dalam sukan olahraga. Acara ini dipertandingkan mengikut kategori lelaki dan wanita. Matlamat acara ini ialah mendapatkan jarak paling jauh berbanding dengan peserta lain yang mengambil bahagian, mengikut peraturan yang ditetapkan. Pemenang acara ini ditentukan menerusi jarak balingan terjatuh yang dicapai oleh seseorang peserta. Teknik merejam lembing Terdapat dua cara yang biasa digunakan oleh perejam lembing. Satu dari atas dan satu dari sisi bawah. Untuk mendpatkan satu rajaman yang baik dan sempurna selain tenaga yang dipindahkan semasa larian dan momentum semasa rejaman dilakukan, cara memgang (grip) juga perlu dititikberatkan dan diambil kira. Sekiranya pegangan tidak kemas, lembing akan terlepas begitu sahaja dan rejaman tidak sejauh seperti yang dikehendaki. MODUL SUKAN OLAHRAGA BERDASARKAN MINGGU PERJUMPAAN (MINGGU 1 HINGGAU 12) Modul : Modul 1 Minggu : Minggu 1 Aktviti : Penggunaan dan Pentadbiran - Mesyuarat Agung Objektif : Pelantikan jawatankuasa baharu Rajah 30 : Teknik merejam lembing


104 Bahan : Minit mesyuarat yang lepas Masa : 3 jam Medium komunikasi : Penggunaan bahasa isyarat untuk MBK kurang upaya pendengaran Langkah 1 : i. Ucapan alu-aluan Ketua Guru Penasihat ii. Memperkenalkan guru penasihat iii. Menjelaskan tentang peraturan sukan olahraga iv. Taklimat keselamatan dan disiplin murid semasa menjalankan aktiviti Langkah 2 : i. Membincangkan dan mengesahkan minit mesyuarat yang lepas ii. Pengesahan minit mesyuarat iii. Perkara berbangkit Langkah 3 : i. Memilih dan pelantikan jawatankuasa baharu ii. Membincangkan cadangan aktiviti sukan olahraga sepanjang tahun Penutup : Ucapan penutupan Syarat Pelaksanaan : Menetapkan perancangan yang terperinci Latihan/ Pengukuhan/ Intervensi : Galakkan MBK berkomunikasi dua hala Catatan: Bagi MBK kurang upaya penglihatan dan MBK kurang upaya pendengaran aktiviti yang dijalankan adalah mengikut kesesuaian dan keupayaan individu serta bimbingan daripada guru pembimbing. Modul : Modul 2 Minggu : Minggu 2 Aktiviti : Asas Acara Balapan dan Padang Objektif : Mengenal dan mengetahui jenis sukan olahraga - Acara balapan dan acara padang Bahan : i. Buku kehadiran ii. Buku log – catatan aktiviti


105 Masa : 3 jam Medium komunikasi : Penggunaan bahasa isyarat untuk MBK kurang upaya pendengaran Langkah 1 : i. Membuat aktiviti memanaskan badan dan regangan ii. Mengagihkan murid dalam kumpulan untuk aktiviti regangan Langkah 2 : Memberi menerangan asas acara 100 meter dan 200 meter (acara pecut) Langkah 3 : i. Mengenal teknik acara 100 meter secara teori ii. Mengenal teknik acara 200 meter secara teori Langkah 4 : i. Menunjuk cara larian 100 meter ii. Menunjuk cara larian 200 meter Penutup : Membuat aktiviti menyejukkan badan (cooling down) Syarat Pelaksanaan : Latihan/ Pengukuhan/ Intervensi : i. Ansur maju ii. Bimbingan individu Catatan: Bagi MBK kurang upaya penglihatan dan MBK kurang upaya pendengaran aktiviti yang dijalankan adalah mengikut kesesuaian dan keupayaan individu serta bimbingan daripada guru pembimbing. Modul : Modul 3 Minggu : Minggu 3 Aktviti : Balapan - Acara Pecut Objektif : Memperkenalkan murid dengan acara 100 meter


106 Modul : Modul 3 Minggu : Minggu 3 Bahan : i. Kon ii. Wisel iii. jam randik iv. MBK kurang upaya penglihatan – tali pemandu pelari dan penutup mata v. MBK kurang upaya pendengaran – bendera merah dan putih Masa : 3 jam Medium komunikasi : Penggunaan bahasa isyarat untuk MBK kurang upaya pendengaran, arahan menggunakan bendera. Langkah 1 : i. Murid dikumpulkan dalam dua barisan secara berpasangan. ii. Murid diminta berjogging mengelilingi trek/ padang dalam dua pusingan dan satu pusingan berjalan. Langkah 2 : i. Murid membentuk bulatan atau membuat barisan menghadap guru untuk melakukan sesi regangan otot (warming up). ii. Guru membuat tunjuk cara aktiviti drilling seperti berlari sambil mengangkat kaki separas lutut (high knee), larian sambil sepak hadapan (front kick), dan larian sambil sepak kaki ke belakang dengan tumit menyentuh punggung (back kick) pada jarak 10 – 15 meter. Langkah 3 : i. Murid diminta melakukan larian pecut 10 meter sebanyak tiga set, kemudian diberi rehat selama 10 minit. ii. Murid diperkenalkan dengan trek 100 meter bagi acara pecut jarak dekat. iii. Murid diminta berlari sejauh 30 meter tanpa blok permulaan dan dilepaskan dalam bilangan empat atau berdasarkan kesesuaian murid. iv. Larian dilakukan sebanyak empat set. Langkah 4 : i. Murid diberikan rehat selama 5 minit bagi setiap set sebelum langkah 6 diulangi untuk jarak 50 meter, 80 meter dan seterusnya 100 meter. ii. Murid membentuk bulatan atau membuat barisan menghadap guru untuk melakukan sesi regangan otot (cooling down.) Penutup : Guru membuat rumusan terhadap pencapaian dan kelemahan yang dilakukan oleh murid. Syarat Pelaksanaan : i. Murid perlu melakukan aktiviti regangan otot dengan betul sebelum melakukan larian pecut. ii. MBK kurang upaya penglihatan kategori B1 perlu mempunyai pelari pemandu untuk melakukan semua aktiviti.


107 Modul : Modul 3 Minggu : Minggu 3 Latihan/ Pengukuhan/ Intervensi : Catatan dibuat untuk melihat keupayaan murid dan tindakan refleks berdasarkan arahan guru. Catatan: Bagi MBK kurang upaya penglihatan dan MBK kurang upaya pendengaran aktiviti yang dijalankan adalah mengikut kesesuaian dan keupayaan individu serta bimbingan daripada guru pembimbing.


108 Modul : Modul 4 Minggu : Minggu 4 Aktviti : Balapan - Acara Pecut Objektif : Memperkenalkan murid dengan acara 200 meter Bahan : i. Kon ii. Wisel iii. Jam randik iv. MBK kurang upaya penglihatan – tali pemandu pelari dan penutup mata v. MBK kurang upaya pendengaran – bendera merah dan putih Masa : 3 jam Medium komunikasi : Penggunaan bahasa isyarat untuk MBK kurang upaya pendengaran, arahan menggunakan bendera. Langkah 1 : i. Murid dikumpulkan dalam dua barisan secara berpasangan. ii. Murid diminta berjogging mengelilingi trek/ padang dalam dua pusingan dan satu pusingan berjalan. Langkah 2 : i. Murid membentuk bulatan atau membuat barisan menghadap guru untuk melakukan sesi regangan otot (warming up). ii. Murid diminta melakukan aktiviti drilling seperti berlari sambil mengangkat kaki separas lutut (high knee), larian sambil sepak hadapan (front kick), larian sambil sepak kaki ke belakang dengan tumit menyentuh punggung (back kick) dan movement lunges pada jarak 10 – 15 meter. Langkah 3 i. Murid diminta melakukan larian pecut 15 meter sebanyak tiga set, kemudian diberi rehat selama 10 minit. ii. Murid diperkenalkan dengan trek 200 meter bagi acara pecut jarak dekat. Langkah 4 : i. Murid diminta berlari sejauh 80 meter tanpa blok permulaan dan dilepaskan dalam bilangan empat atau berdasarkan kesesuaian murid. ii. Larian dilakukan sebanyak dua set. iii. Murid diberikan rehat selama 10 minit bagi setiap set sebelum langkah 6 diulangi untuk jarak 150 meter, 180 meter dan seterusnya 200 meter. Penutup : i. Murid membentuk bulatan atau membuat barisan menghadap guru untuk melakukan sesi regangan otot (cooling down). ii. Guru membuat rumusan terhadap pencapaian dan kelemahan yang dilakukan oleh murid.


109 Modul : Modul 4 Minggu : Minggu 4 Syarat Pelaksanaan : i. Murid perlu melakukan aktiviti regangan otot dengan betul sebelum melakukan larian pecut. ii. MBK Kurang Upaya Penglihatan kategori B1 perlu mempunyai pelari pemandu untuk melakukan semua aktiviti. Latihan/ Pengukuhan/ Intervensi : Catatan dibuat untuk melihat keupayaan murid dan tindakan refleks berdasarkan arahan guru. Catatan: Bagi MBK kurang upaya penglihatan dan MBK kurang upaya pendengaran aktiviti yang dijalankan adalah mengikut kesesuaian dan keupayaan individu serta bimbingan daripada guru pembimbing.


110 Modul : Modul 5 Minggu : Minggu 5 Aktviti : Balapan - Acara pecut Objektif : Memperkenalkan murid dengan acara pecut jarak sederhana (400 Meter dan 800 Meter) Bahan : i. Kon ii. Wisel iii. Jam randik iv. MBK kurang upaya penglihatan – tali pemandu pelari dan penutup mata v. MBK kurang upaya pendengaran – bendera merah dan putih Masa : 3 jam Medium komunikasi : Penggunaan bahasa isyarat untuk MBK kurang upaya pendengaran, arahan menggunakan bendera Langkah 1 : i. Murid dikumpulkan dalam dua barisan secara berpasangan. ii. Murid diminta berjogging mengelilingi trek/ padang dalam dua pusingan dan satu pusingan berjalan. iii. Murid membentuk bulatan atau membuat barisan menghadap guru melakukan sesi regangan otot (warming up.) Langkah 2 : i. Murid diminta melakukan aktiviti drilling seperti berlari sambil mengangkat kaki separas lutut (high knee), larian sambil sepak hadapan (front kick), dan larian sambil sepak kaki ke belakang dengan tumit menyentuh punggung (back kick), squat dan movement lunges sebanyak tiga set atau berdasarkan keupayaan murid. ii. Murid diperkenalkan dengan satu pusingan trek berjarak 400 meter dan 800 meter bagi acara pecut jarak sederhana. Langkah 3 : i. Murid diminta berlari sejauh 200 meter tanpa blok permulaan dan dilepaskan dalam bilangan empat atau berdasarkan kesesuaian murid. ii. Larian dilakukan sebanyak dua set. iii. Murid diberikan rehat selama 10 minit bagi setiap set sebelum langkah 6 diulangi untuk jarak 300 meter dan seterusnya 400 meter. Penutup : Murid membentuk bulatan atau membuat barisan menghadap guru untuk melakukan sesi regangan otot (cooling down) Guru membuat rumusan terhadap pencapaian dan kelemahan yang dilakukan oleh murid.


111 Modul : Modul 5 Minggu : Minggu 5 Syarat Pelaksanaan : i. Murid perlu melakukan aktiviti regangan otot dengan betul sebelum melakukan larian pecut. ii. MBK Kurang Upaya Penglihatan kategori B1 perlu mempunyai pelari pemandu untuk melakukan semua aktiviti. Latihan/ Pengukuhan/ Intervensi : Catatan dibuat untuk melihat keupayaan murid dan tindakan refleks berdasarkan arahan guru. Catatan: Bagi MBK kurang upaya penglihatan dan MBK kurang upaya pendengaran aktiviti yang dijalankan adalah mengikut kesesuaian dan keupayaan individu serta bimbingan daripada guru pembimbing.


112 Modul : Modul 6 Minggu : Minggu 6 Aktviti : Balapan - Lari berganti-ganti Objektif : Memperkenalkan murid dengan acara lari berganti-ganti 4x100 meter dan 4x400 meter Bahan : i. Kon ii. Wisel iii. Jam randik iv. Baton v. MBK kurang upaya penglihatan – tali pemandu pelari dan penutup mata vi. MBK kurang upaya pendengaran – bendera merah dan putih Masa : 3 jam Medium komunikasi : Penggunaan bahasa isyarat untuk MBK kurang upaya pendengaran, arahan menggunakan bendera. Langkah 1 : i. Murid dikumpulkan dalam dua barisan secara berpasangan. ii. Murid diminta berjogging mengelilingi trek/ padang dalam dua pusingan dan satu pusingan berjalan. Langkah 2 : i. Murid membentuk bulatan atau membuat barisan menghadap guru untuk melakukan sesi regangan otot (warming up). ii. Murid diminta melakukan aktiviti drilling seperti berlari sambil mengangkat kaki separas lutut (high knee), larian sambil sepak hadapan (front kick), dan larian sambil sepak kaki ke belakang dengan tumit menyentuh punggung (back kick), squat dan movement lunges sebanyak tiga set atau berdasarkan keupayaan murid. Langkah 3 : i. Murid ditunjukcara dan diterangkan acara lari bergantiganti 4x100 meter. ii. Murid dibentuk kumpulan berempat dan disusun mengikut tahap mereka. Langkah 4 : i. Murid diminta menghantar baton kepada rakan dihadapan dalam barisan tanpa bergerak. ii. Orang terakhir akan meletakkan baton ke tanah selepas menerima baton. iii. Murid diminta menghantar baton kepada rakan dihadapan dalam barisan secara larian perlahan. iv. Orang terakhir akan meletakkan baton ke tanah selepas menerima baton. v. Proses berterusan untuk jarak 400 meter atau mengikut kesesuaian murid.


113 Modul : Modul 6 Minggu : Minggu 6 Penutup : Murid membentuk bulatan atau membuat barisan menghadap guru untuk melakukan sesi regangan otot (cooling down) dan dilakukan secara berpasangan. Guru membuat rumusan terhadap pencapaian dan kelemahan yang dilakukan oleh murid. Syarat Pelaksanaan : MBK kurang upaya penglihatan perlu melibatkan tiga orang pelari kategori B2/3 dan seorang pelari kategori B1. Latihan/ Pengukuhan/ Intervensi : i. Guru sentiasa melihat proses penghantaran baton untuk melihat kesilapan yang dilakukan oleh murid. ii. Satu pertandingan dijalankan untuk melihat keserasian pasukan yang dibentuk dikalangan pelari dan mencari penyelesaian bagi setiap kesilapan yang berlaku. Catatan: Bagi MBK kurang upaya penglihatan dan MBK kurang upaya pendengaran aktiviti yang dijalankan adalah mengikut kesesuaian dan keupayaan individu serta bimbingan daripada guru pembimbing.


114 Modul : Modul 7 Minggu : Minggu 7 Aktviti : Acara Padang - Lompat Jauh Objektif : i. Mengenal acara lompat jauh ii. Mengetahui teknik-teknik lompat jauh Bahan : i. Tali pengukur ii. Bendera merah/ putih iii. Kon penanda Masa : 3 jam Medium komunikasi : i. Penggunaan bahasa isyarat untuk MBK kurang upaya pendengaran, arahan menggunakan bendera. ii. Kurang upaya penglihatan: dua orang jurupandu. Langkah 1 : i. Pemanasan badan ii. Aktiviti regangan Langkah 2 : i. Melatih kemahiran melangkah jarak jauh. ii. Melatih dengan cara menjarakkan larian iaitu dari 8 langkah ke 12 langkah. iii. Melatih dengan cara menjarakkan larian dari tempat permulaan hingga ke tapak lompatan. Langkah 3 : i. Melatih kemahiran melenturkan badan untuk membuat lompatan. ii. Melatih kemahiran melenturkan badan sambil berlari untuk membuatkan lompatan. iii. Melatih kemahiran berlari sambil melenturkan badan untuk membuat lompatan jarak jauh. Langkah 4 : i. Melatih kemahiran membuat lompat jauh dengan cara untuk mendarat dengan betul. ii. Melatih kemahiran membuat lompatan dengan cara larian yang sempurna dan mendarat dengan betul. Penutup : Membuat 18 hingga 20 langkah untuk mendapatkan lompatan jarak jauh yang terbaik. Syarat Pelaksanaan : Perlu dilakukan di tapak acara lompat jauh iaitu yang mempunyai papan kayu mula, ke bahagian yang diisi pasir atau tanah yang bertindak bagi menyerap lompatan dan juga sebagai penanda tempat jatuh. Latihan/ Pengukuhan/ Intervensi : Kelajuan semasa berlari dan tinggi lonjakan merupakan kunci lompatan yang jauh. Catatan:


115 Bagi MBK kurang upaya penglihatan dan MBK kurang upaya pendengaran aktiviti yang dijalankan adalah mengikut kesesuaian dan keupayaan individu serta bimbingan daripada guru pembimbing. Modul : Modul 8 Minggu : Minggu 8 Aktviti : Acara Padang - Lompat Tinggi Objektif : i. Mengenal acara lompat tinggi. ii. Mengetahui teknik-teknik lompat tinggi. Bahan : i. Tilam ketangkasan ii. Tali menggantung bola (latih melonjak) iii. Bendera merah/ putih iv. Skitel v. Tandaan vi. Tali palang vii. Tiang Masa : 3 jam Medium komunikasi : i. Penggunaan bahasa isyarat untuk MBK kurang upaya pendengaran, arahan menggunakan bendera. ii. Kurang upaya penglihatan: dua orang jurupandu. Langkah 1 : i. Pemanasan badan ii. Aktiviti regangan Langkah 2 : i. Melatih kemahiran melompat dengan aras ketinggian yang rendah. ii. Melatih dan membetulkan teknik lari untuk mendapatkan lompatan yang betul. iii. Melatih dengan cara membuat lonjakan yang betul. iv. Melatih dengan cara menjarakkan larian dari tempat permulaan hingga ke tiang lompatan. Langkah 3 : i. Melatih kemahiran melenturkan badan untuk membuat lompatan. ii. Melatih kemahiran melayangkan badan sambil berlari untuk membuatkan lompatan. iii. Melatih kemahiran berlari sambil melayangkan badan untuk membuat lompat tinggi. Langkah 4 : i. Melatih kemahiran membuat lompat tinggi dengan cara untuk mendarat dengan betul. ii. Melatih kemahiran membuat lompatan dengan cara larian yang sempurna, lonjakan, melayangkan badan dan mendarat dengan betul. Penutup : Membuat lompatan dengan yakin untuk mendapatkan ketinggian yang terbaik.


116 Modul : Modul 8 Minggu : Minggu 8 Syarat Pelaksanaan : Perlu dilakukan dengan kelengkapan yang mencukupi untuk memastikan tahap keselamatan yang maksimum. Latihan/ Pengukuhan/ Intervensi : Kelajuan semasa berlari dan tinggi lonjakan merupakan kunci lompatan yang tinggi. Catatan: Bagi MBK kurang upaya penglihatan dan MBK kurang upaya pendengaran aktiviti yang dijalankan adalah mengikut kesesuaian dan keupayaan individu serta bimbingan daripada guru pembimbing. Modul : Modul 9


117 Minggu : Minggu 9 Aktviti : Acara Padang - Latar Belakang Balingan Objektif : i. Mengenal acara balingan ii. Mengenal peraturan acara balingan Bahan : i. Alat balingan (peluru, cakera dan lembing) ii. Bendera merah/ putih iii. Skitel iv. Tandaan v. Tali pengukur Masa : 3 jam Medium komunikasi : i. Penggunaan bahasa isyarat untuk MBK kurang upaya pendengaran, arahan menggunakan bendera. ii. Kurang upaya penglihatan: dua orang jurupandu. Langkah 1 : Pengenalan acara balingan: - Lontar peluru - Lontar cakera - Rejam lembing Langkah 2 : i. Memperkenalkan alatan balingan. ii. Memperkenalkan peraturan permainan. Langkah 3 : Mengenal pasti dan mengaplikasi teknik dan gaya lontaran yang baik melalui ansur maju dan kaedah yang bersistemetik bagi menempa sesuatu jarak lontaran yang cemerlang dan terbaik. Langkah 4 : i. Melatih kemahiran memegang alatan balingan lontar peluru dengan cara yang betul. ii. Melatih kemahiran anggota badan dan anggota lain terutamanya tangan, pinggang dan kaki yang merupakan peranan utama dalam acara balingan. iii. Memastikan aktiviti balingan dilakukan dengan sempurna semasa melakukan aktiviti melontar iaitu sebelum, semasa dan selepas balingan. Penutup : Membuat balingan dengan yakin untuk mendapatkan jarak yang terbaik. Syarat Pelaksanaan : Perlu dilakukan dengan kelengkapan yang mencukupi untuk memastikan tahap keselamatan yang maksimum. Latihan/ Pengukuhan/ Intervensi : Koordinasi pelontar yang tepat dan sempurna akan membantu untuk mencapai kejayaan. Catatan:Bagi MBK kurang upaya penglihatan dan MBK kurang upaya pendengaran aktiviti yang dijalankan adalah mengikut kesesuaian dan keupayaan individu serta bimbingan daripada guru pembimbing. Modul : Modul 10


118 Minggu : Minggu 10 Aktviti : Acara Padang - Lontar Peluru Objektif : i. Mengenal acara balingan ii. Mengenal teknik-teknik lontar peluru Bahan : i. Alat balingan (peluru, cakera dan lembing) ii. Bendera merah/ putih iii. Skitel iv. Tandaan v. Tali pengukur Masa : 3 jam Medium komunikasi : i. Penggunaan bahasa isyarat untuk MBK kurang upaya pendengaran, arahan menggunakan bendera. ii. Kurang upaya penglihatan: dua orang jurupandu. Langkah 1 : Pengenalan acara balingan: - Lontar peluru - Lontar cakera - Rejam Lembing Langkah 2 : i. Memperkenalkan teknik-teknik balingan. ii. Memperkenalkan peraturan permainan. Langkah 3 : Mengenal pasti dan mengaplikasi teknik dan gaya lontaran yang baik melalui ansur maju dan kaedah yang bersistemetik bagi menempa sesuatu jarak lontaran yang cemerlang dan terbaik. Langkah 4 : i. Melatih kemahiran memegang alatan balingan lontar peluru dengan cara yang betul. ii. Melatih kemahiran anggota badan dan anggota lain terutamanya tangan, pinggang dan kaki yang merupakan peranan utama dalam acara balingan. iii. Memastikan aktiviti balingan dilakukan dengan sempurna semasa melakukan aktiviti melontar iaitu sebelum, semasa dan selepas balingan. Penutup : Membuat aktiviti pertandingan mini lontar peluru. Syarat Pelaksanaan : Perlu dilakukan dengan kelengkapan yang mencukupi untuk memastikan tahap keselamatan yang maksimum. Latihan/ Pengukuhan/ Intervensi : Koordinasi pelontar yang tepat dan sempurna akan membantu untuk mencapai kejayaan. Catatan:Bagi MBK kurang upaya penglihatan dan MBK kurang upaya pendengaran aktiviti yang dijalankan adalah mengikut kesesuaian dan keupayaan individu serta bimbingan daripada guru pembimbing. Modul : Modul 11


119 Minggu : Minggu 11 Aktviti : Pengelolaan Kejohanan Objektif : i. Mengenal acara pertandingan ii. Mengenal peraturan acara pertandingan Bahan : i. Alat tulis ii. Alat balingan (peluru, cakera dan lembing) iii. Bendera merah/ putih iv. Skitel v. Tandaan vi. Tali pengukur Masa : 3 jam Medium komunikasi : i. Penggunaan bahasa isyarat untuk MBK kurang upaya pendengaran, arahan menggunakan bendera. ii. Kurang upaya penglihatan: dua orang jurupandu. Langkah 1 : Penerangan dan perbincangan bersama ahli kelab tentang pengurusan pengelolaan sesuatu kejohanan serta sistem pertandingan yang boleh dijalankan. Langkah 2 : i. Memperkenalkan peraturan permainan. ii. Memperkenalkan cara-cara permainan. Langkah 3 : i. Penerangan secara teori mengenai asas peraturan ii. permainan iii. Bilangan pemain iv. Tempoh permainan v. Pengadil vi. Mulakan permainan vii. Menamatkan permainan Langkah 4 : i. Melatih kemahiran mengadakan aktiviti pertandingan dengan cara yang betul. ii. Menguji kemahiran untuk mengadakan mini pertandingan. Penutup : Amali pertandingan Syarat Pelaksanaan : Perlu dilakukan dengan kelengkapan yang mencukupi untuk memastikan tahap keselamatan yang maksimum. Latihan/ Pengukuhan/ Intervensi : Koordinasi anggota yang tepat dan sempurna akan membantu untuk mencapai kejayaan. Catatan: Bagi MBK kurang upaya penglihatan dan MBK kurang upaya pendengaran aktiviti yang dijalankan adalah mengikut kesesuaian dan keupayaan individu serta bimbingan daripada guru pembimbing.


120 Modul : Modul 12 Minggu : Minggu 12 Aktviti : Mini Pertandingan Objektif : i. Mengenal acara mini pertandingan ii. Mengenal peraturan pertandingan Bahan : i. Alat olahraga ii. Alat lompatan iii. Alat balingan (peluru, cakera dan lembing) iv. Bendera merah/ putih v. Skitel vi. Tandaan vii. Tali pengukur Masa : 3 jam Medium komunikasi : i. Penggunaan bahasa isyarat untuk MBK kurang upaya pendengaran, arahan menggunakan bendera. ii. Kurang upaya penglihatan: dua orang jurupandu. Langkah 1 : Pengenalan acara balingan: - Lontar peluru - Lontar cakera - Rejam Lembing Langkah 2 : i. Memperkenalkan teknik-teknik permainan. ii. Memperkenalkan peraturan permainan. Langkah 3 : Guru membantu murid untuk mengelolakan mini pertandingan. Contoh pertandingan: - Antara Kelab/ Persatuan - Antara Rumah Sukan - Antara Tingkatan Langkah 4 : Amali permainan Penutup : Memberi hadiah/ galakan Syarat Pelaksanaan : Perlu dilakukan dengan kelengkapan yang mencukupi untuk memastikan tahap keselamatan yang maksimum. Latihan/ Pengukuhan/ Intervensi : Kerjasama antara semua peserta akan membantu untuk mencapai objektif pertandingan. Catatan: Bagi MBK kurang upaya penglihatan dan MBK kurang upaya pendengaran aktiviti yang dijalankan adalah mengikut kesesuaian dan keupayaan individu serta bimbingan daripada guru pembimbing. Modul Goalball


121 Pengenalan Goalball merupakan salah satu permainan yang dimainkan oleh pemain yang menghadapi masalah penglihatan. Permainan ini juga memerlukan kekuatan fizikal dan mental. Selain itu, ia juga memerlukan daya pendengaran yang tajam. Bola yang digunakan mengandungi tiga biji loceng di dalamnya. Berat bola kira-kira 1.25 kilogram. Permainan ini dimainkan secara berkumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada enam orang pemain. Daripada enam orang pemain, hanya tiga pemain utama dalam permainan ini. Selebihnya hanyalah sebagai pemain simpanan sahaja. Setiap pemain mempunyai peranannya sendiri. Permainan ini pertama kali diperkenalkan di Malaysia pada sekitar awal tahun 1984 oleh Malaysia Association for the Blind (MAB). Pada tahun 1997 dengan kerjasama MBSA Malaysia, 11 orang pengadil peringkat pertama berserta beberapa orang pegawai teknikal telah berjaya diwujudkan. Cara Permainan Goalball Permainan ini dimainkan oleh tiga orang pemain bagi setiap pasukan. Bilangan pemain gantian bergantung kepada pengelolaan pertandingan sama ada 1, 2 atau 3 pemain gantian. Ketiga-tiga pemain berperanan untuk menjaringkan gol serta menjaga gawang gol sendiri. Ketiga-tiga pemain yang berada di dalam gelanggang wajib ditutup mata mereka dengan ‘eyes patch’ serta wajib memakai ‘goggle’ atau ‘blindfold’ . Bola khas berloceng digunakan dalam permainan dan pemain perlu menghantar bola ke gawang pihak lawan untuk menjaringkan gol. Untuk mengelakkan perlanggaran semasa bermain, kedudukan pemain telah ditetapkan dan garisan bertali timbul digunakan untuk memudahkan mobiliti serta pergerakan pemain. Keperluan Dan Peralatan Sukan Goalball


122 Gelanggang Permainan - Lantai gelanggang mestilah rata dan material antarabangsa yang standard digunakan sekarang adalah dibuat daripada tarafleks. Sebelum ini lantai yang dibuat daripada pakir sering digunakan dalam pertandingan. - Namun begitu lantai yang diperbuat daripada simen juga boleh digunakan bergantung kepada kemudahan sedia ada di sekolah. - Garisan gelanggang yang bertali timbul digunakan untuk memudahkan pemain merasa dan mengetahui kedudukan mereka. Tali benang kasar yang digunakan ditampal menggunakan pita pelekat atau pelekat yang bersesuaian. - Kebiasaannya gelanggang bertutup adalah digunakan untuk memastikan tiada gangguan kesan bunyi lain semasa permainan. - Saiz gelanggang yang berukuran 18 meter panjang dan sembilan meter lebar diperlukan. - Gelanggang terbahagi kepada tiga bahagian utama yang sama besar iaitu: Kawasan Pasukan (Team Area) Kawasan Pasukan (Team Area) yang berukuran sembilan meter panjang dan tiga meter lebar. Kawasan Mendarat (Landing Area) Kawasan Mendarat (Landing Area) bersebelahan Team Area (Kawasan Pasukan) dan berukuran sembilan meter panjang dan tiga meter lebar. Kawasan Neutral (Neutral Area) Kawasan Neutral (Neutral Area) terletak di antara dua Landing Area (Kawasan Mendarat) berukuran sembilan meter panjang dan tiga meter lebar.


123 Peralatan Serta Kelengkapan Permainan Bola Goalball Rajah 31 : Ukuran gelanggang Goalball Rajah 32 : Contoh garisan penanda dan keperluan gelanggang goalball


124 Berat bola 1.25 kg. Mempunyai lapan lubang serta mempunyai dua biji loceng di dalamnya. Ukur lilit bola adalah 76 cm. Bola boleh diperolehi dari MBSA atau MAB. Gawang Gol Tiang gol berukuran 9 meter panjang (+/- 0.05 m) dan (1.3 meter tinggi ) (+/- 0.02 m) dan berbentuk bulat. Tiang gol diletakkan di luar garisan gol. Diameter tiang gol tidak melebihi 0.15 meter. Kebiasaannya, tiang akan dibalut dengan span pelapik untuk mengelakkan kecederaan pemain. Blindfold atau goggle Blindfold atau goggle adalah alat penutup mata untuk semua pemian semasa pertandingan. Penutup mata diperbuat daripada kain hitam dan plastik yang lembut. Rajah 33 : Bola goalball Rajah 34 : Gawang gol goalball


125 Kapas Penutup Mata (tisu pembalut luka) Kapas yang berbentuk empat segi atau bulat digunakan untuk menutup mata pemain sebelum memakai ‘goggle’ atau ‘bilidfold. Plaster pembalut luka Plaster pembalut luka digunakan untuk menampal kapas penutup mata sebelum ‘goggle’ dipakai. Benang kasar Benang bersaiz nombor dua atau tiga sesuai digunakan, untuk membuat tanda garisan timbul seluruh gelanggang dan ditampal menggunakan ‘binding tape’. Hal ini Blindfold (dibuat daripada kain) Goggle (dibuat daripada plastik lembut) Rajah 35 : Blindfold atau Google Rajah 36 : Kapas penutup mata (tisu pembalut luka) Rajah 37 : Plaster pembalut luka


126 sangat perlu bagi membantu mobiliti serta pergerakan pemain semasa dalam gelanggang. Pita pelekat Digunakan untuk menampal benang kasar untuk menghasilkan garisan timbul. Saiz 2.5 inci sangat sesuai digunakan. Wisel Pelbagai jenis wisel yang ada di pasaran boleh digunakan oleh pengadil. Dua wisel (dua pengadil) digunakan untuk setiap kali permainan. Alat pelindung keselamatan lutut dan siku Alatan seperti pelindung siku dan lutut bertujuan untuk mengurangkan risiko kecederaan semasa bermain. Contoh, alatan seperti gambar di bawah: Rajah 39 : Pita pelekat Rajah 40 : Wisel


127 Pakaian Pemain Baju penjaga gol adalah paling sesuai digunakan kerana kebiasaannya mempunyai span pelindung pada bahagian dada dan siku. Alat pelindung siku tidak diperlukan lagi sekiranya pemain menggunakan baju seperti di rajah di bawah. Pelindung Kemaluan (Groind Guard) Pelbagai jenis alat pelindungan kemaluan yang boleh didapati di pasaran. Alat ini sangat penting untuk mengelakkan kecederaan, terutamanya kepada pemain lelaki. Untuk pemain perempuan terdapat juga alat khas yang boleh digunakan untuk menahan dada dan kemaluan. Alat pelindung lutut Alat pelindung siku Rajah 41 : Alat pelindung keselamatan lutut dan siku Rajah 42 : Pakaian pemain


128 Undang-Undang Dan Peraturan Permainan Undang-undang asas Bil Perkara Huraian 1. Peralatan penutup mata pemain Pemaian wajib menutup mata mengunakan kapas mata dan memakai ‘goggles’ atau ‘blindfold’. 2. Bilangan pemaian Tiga orang pemain bagi sebuah pasukan. 3. Kedudukan bola Bola perlu dileretkan tidak melepasi garisan kawasan mendarat, sekiranya melepasi garisan tersebut, penalti akan dikenakan. 4. Bola leret Pemain dibenarkan meleret bola seberapa banyak kali yang mereka kehendaki tetapi bola yang telah disentuh perlu dileretkan semula tidak melebihi 10 saat, sekiranya melebihi 10 saat, penalti akan dikenakan. 5. Landing area Pemain tidak dibenarkan menahan bola melebihi garisan kawasan mendarat. 6. Sentuhan pada ‘goggles’ Pemain tidak dibenarkan menyentuh ‘goggles’ atau ‘blindfold’ semasa dalam permainan. 7. Tempoh permainan Masa permainan yang standard adalah 24 minit (12:3:12), tetapi boleh diubah suai mengikut kesesuaian dan persetujuan dalam satu-satu penganjuran. 8. Pemain mengangkat tangan Sekiranya terdapat sebarang masalah pemain dikehendaki berdiri menghadap gawang gol sambil


129 Bil Perkara Huraian mengangkat tangan dan pastikan bola berada di pihak sendiri semasa berbuat demikian. 9. Pengadil Dua pengadil digunakan semasa permainan atau pertandingan dijalankan. 10. Penjaga masa Beberapa pegawai meja diperlukan untuk membantu pengadil untuk mencatat masa permainan, masa 10 saat dan scoring (semak) terutama untuk sesi pertandingan. Semua undang-undang dan peraturan lengkap permainan boleh didapati dengan melayari laman web di bawah: (IBSA Goalball rule 2018-2021) http://www.ibsasport.org/sports/goalball/rules/ http://www.ibsasport.org/sports/files/733-Rules-2018-2021-IBSA-GoalballRules-and-Regulations-(v-1.1.10.pdf Kemahiran Asas Serta Teknik-Teknik Permainan Orentasi Gelanggang (Team area dan Landing area) Setiap pemain perlu peka dengan kedudukan mereka ketika di gelanggang. Tetulang di belakang gawang gol boleh dijadikan ‘tanda’ untuk mengetahui kedudukan mereka sama ada di kiri, di kanan atau di tengah kawasan pasukan. Orientasi memegang Rajah 44 : Orientasi gelanggang 1


130 tetulang belakang gawang gol boleh membantu pemain mengesan kedudukan mereka seterusnya mencari arah tempat kedudukan bersedia mereka. Setelah memegang belakang gawang gol, pemain akan ke hadapan beberapa langkah untuk mencari kedudukan untuk mereka bersedia menanti bola dari pihak lawan. Langkah gerakan ke hadapan bergantung kepada kedudukan pemain sama ada di tepi atau di tengah gelanggang. Teknik memegang bola Teknik meleret bola 1 Bola dileret secara lurus ke hadapan selepas larian ke hadapan dibuat. Bola hendaklah dirapatkan di lengan untuk mengelakkan bola terlepas semasa ayunan dibuat. Rajah 45 : Orientasi gelanggang 2 Rajah 46 : Teknik memegang bola


131 Teknik meleret bola 2 Pemain yang mahir boleh membuat putaran badan 360 darjah sebelum bola dileret ke hadapan. Lontaran cara ini adalah lebih laju sekiranya pemain dapat melakukan dengan baik. Teknik bersedia menahan bola Gaya bersedia untuk menahan bola seperti gambar di atas boleh digunakan. Gaya ini boleh digunakan mengikut keselesaan pemain terutama ketika pergerakan mencari arah bola. Rajah 48 : Teknik meleret bola 2


132 Teknik menahan bola Menahan bola menggunakan lengan. Tangan dan kaki diluruskan ketika menahan bola. Kepala pemain sebaik-baiknya berada di belakang lengan untuk mengelakkan bola terkena muka pemain. Teknik menahan dan meleret bola mengikut posisi pemain Setelah pemain berjaya menahan bola, pemain perlu undur ke belakang mencari gawang gol untuk mendapatkan posisi tegak sebelum meleretkan semula bola ke gawang gol lawan. Pergerakan ini bertujuan mengelakkan bola yang dileret tidak Rajah 50 : Teknik menahan bola


133 tersasar dari goal lawan. Bola boleh juga dileretkan secara melintang bergantung kepada kemahiran pemain semasa dalam gelanggang. Pengelolaan Pertandingan Pengelolaan sesuatu pertandingan adalah bergantung kepada berapa bilangan pasukan yang mengambil bahagian dalam satu-satu pertandingan. Pertandingan boleh dijalankan sama ada secara liga, separuh-liga atau kalah mati bergantung kepada pihak penganjur dan persetujuan pasukan yang bertanding. Masa keseluruhan permainan ialah 24 minit (12:3:12). Walau bagaimanapun, masa permainan boleh juga diubah suai mengikut peringkat umur dan mengikut kesesuaian pengelolaan pertandingan dijalankan. MODUL GOALBALL BERDASARKAN MINGGU PERJUMPAAN (MINGGU 1 HINGGA 12) Modul : Modul 1 Rajah 51 : Teknik menahan bola dan meleret bola


134 Minggu : Minggu 1 Aktviti : Penggunaan dan Pentadbiran - Mesyuarat Agung Objektif : Pelantikan jawatankuasa baharu Bahan : Minit mesyuarat yang lepas Masa : 3 jam Medium komunikasi : Langkah 1 : i. Ucapan alu-aluan Ketua Guru Penasihat ii. Memperkenalkan guru penasihat iii. Menjelaskan tentang peraturan sukan goalball iv. Taklimat keselamatan dan disiplin murid semasa menjalankan aktiviti Langkah 2 : i. Membincangkan dan mengesahkan minit mesyuarat yang lepas ii. Pengesahan minit mesyuarat iii. Perkara berbangkit Langkah 3 : i. Memilih dan pelantikan jawatankuasa baharu ii. Membincangkan cadangan aktiviti sukan goalball sepanjang tahun Penutup : Ucapan penutupan Syarat Pelaksanaan : Menetapkan perancangan yang terperinci Latihan/ Pengukuhan/ Intervensi : Galakkan MBK berkomunikasi dua hala Catatan: Bagi MBK kurang upaya penglihatan dan MBK kurang upaya pendengaran aktiviti yang dijalankan adalah mengikut kesesuaian dan keupayaan individu serta bimbingan daripada guru pembimbing. Modul : Modul 2 Minggu : Minggu 2 Aktviti : Pengenalan Permainan Goalball Objektif : i. Pengenalan ringkas sejarah permainan ii. Pengenalan ringkas asas permainan goalball


135 Bahan : i. Laptop ii. LCD dan skrin iii. Klip video permainan goalball (contoh-contoh pertandingan goalball di peringkat kebangsaan dan antarabangsa) Masa : 3 jam Medium komunikasi : Audio permainan goalball terutama kepada murid B1 (buta) Langkah 1 : i. Guru menyediakan bahan berhubung sejarah ringkas permainan goalball bermula ii. Guru menyediakan bahan-bahan klip video contohcontoh permainan/ perlawanan goalball samada di dalam atau di luar negara (bahan boleh diperolehi Youtube) Langkah 2 : i. Guru menerangkan sejarah permainan goalball ii. Guru menanyangkan contoh-contoh video klip permainan atau pertandingan goalball iii. Guru menerangkan secara ringkas cara permainan goalball Langkah 3 : i. Guru bersoal jawab tentang sejarah permainan goalball ii. Guru bersoal jawab bagaimana cara atau kaedah permainan dijalankan Penutup : Guru membuat rumusan apa yang telah disampaikan Syarat Pelaksanaan : Guru perlu menerangkan dari masa ke semasa menayangkan klip video permainan terutama kepada murid B1 (buta) untuk menambah kefahaman Latihan/ Pengukuhan/ Intervensi : i. Membuat tayangan semula kepada murid tentang sejarah ringkas permainan bermula secara lisan ii. Meminta murid menerangkan secara ringkas cara permainan dijalankan Catatan: Bagi MBK kurang upaya penglihatan dan MBK kurang upaya pendengaran aktiviti yang dijalankan adalah mengikut kesesuaian dan keupayaan individu serta bimbingan daripada guru pembimbing. Modul : Modul 3 Minggu : Minggu 3 Aktviti : Cara Permainan Goalball


136 Modul : Modul 3 Minggu : Minggu 3 Objektif : i. Murid dapat menerangkan asas permainan dijalankan ( meleret dan menahan bola). ii. Murid dapat menyatakan keperluan-keperluan asas yang perlu ada untuk menjalankan aktiviti permainan. Bahan : i. Bola goalball ii. ‘Blindfold’ atau penutup mata iii. Wisel iv. Kon (sekiranya tiada gawang gol) Masa : 3 jam Medium komunikasi : Suara dan wisel Langkah 1 : Murid dibahagikan kepada 2 kumpulan A dan B dengan menempatkan kumpulan setiap kumpulan di 2 gawang gol (A dan B). Langkah 2 : i. Kumpulan A - meleret bola manakala Kumpulan B - menahan bola secara bergilir dan bertukar-tukar murid ii. Setelah semua ahli kumpulan A habis meleret dan Kumpulan B menahan bola, pertukaran dibuat di mana Kumpulan B- meleret bola sementara kumpulan A pula menahan bola secara bertukar-tukar murid (bagi memastikan setiap murid dapat menjalankan aktiviti berterusan). iii. Guru bolehlah mengamalkan salah satu peraturan permainan pada waktu ini iaitu pemain perlu mendengar tiupan wisel dan sebutan ‘play’ sebelum leretan dibuat. iv. Murid yang menahan bola perlu ditutup mata dan dibenarkan menahan menggunakan cara tersendiri. Langkah 3 : Giliran meleret dan menahan bola boleh dijalankan beberapa kali mengikut masa yang sesuai. Langkah 4 : Guru membuat rumusan hasil dapatan aktiviti yang dijalankan (kemahiran merelet dan menahan bola setiap murid. Penutup : i. Guru menerangkan semula peraturan permainan terutama ketika memulakan leretan bola. ii. Guru menerangkan beberapa teknik yang baik yang perlu dipelajari untuk perjumpaan seterusnya. Syarat Pelaksanaan : Murid yang menahan bola perlu ditutup mata bagi menguji kemahiran serta kecekapan mereka mendengar arah bola.


137 Modul : Modul 3 Minggu : Minggu 3 Latihan/ Pengukuhan/ Intervensi : Soal jawab lisan tentang peraturan sebelum meleret bola serta perlakuan yang perlu dibuat oleh pengadil. Catatan: Bagi MBK kurang upaya penglihatan dan MBK kurang upaya pendengaran aktiviti yang dijalankan adalah mengikut kesesuaian dan keupayaan individu serta bimbingan daripada guru pembimbing.


138 Modul : Modul 4 Minggu : Minggu 4 Aktviti : Keperluan dan Peralatan Sukan Goalball Objektif : i. Murid mengetahui saiz gelanggang permainan goalball serta garisan-garisan penandaan dalam gelanggang. ii. Murid mengetahui keperluan asas serta peralatanperalatan yang perlu ada untuk menjalankan permainan. Bahan/ Alatan : i. Gawang gol ii. Bola goalball iii. ‘Blindfold’ dan ‘eyes patch’ iv. Wisel v. ‘Stop watch’ vi. Tali benang vii. ‘Binding tape’ (untuk membuat garisan timbul bersama tali benang Masa : 3 jam Medium komunikasi : Garisan berbenang untuk memudahkan pemain mengetahui kedudukan/ posisi pemain. Langkah 1 : Guru menunjukkan serta menerangkan berkenaan bola goalball: - Berat (1.25 kg) - Saiz (Diemeter) - Harga pasaran - Negara pengeluar Langkah 2 : i. Guru menerangkan tentang keperluan gelanggang serta saiz gelanggang goalball: - Saiz gelanggang ( 9m x 18 m ) - Pecahan petak-petak gelanggang (rujuk butiran gelanggang dari IBSA Goalball rule 2018-2021) ii. Menyediakan garisan-garisan bertali dalam gelanggang untuk mengetahui kedudukan pemain. Langkah 3 : Guru menerangkan/ menunjukkan saiz sebenar gawang gol (rujuk butiran gawang gol dari IBSA Goalball rule 2018-2021) Langkah 4 : Guru menerangkan serta menunjukkan keperluan peralatan serta bahan sebenar yang lain untuk menjalankan aktiviti permainan: - ‘Blindfold’ dan ‘eyes patch’ - Wisel - ‘Stop watch’ - Tali benang - ‘Binding tape’ (untuk membuat garisan timbul bersama tali benang


139 Modul : Modul 4 Minggu : Minggu 4 Penutup : Guru membuat rumusan semula keperluan-keperluan dalam permainan goalball dengan menyelitkan soal jawab bersama muird secara lisan. Syarat Pelaksanaan : Sekolah perlu menyediakan keperluan asas permainan seperti: - Bola goalball - ‘Blindfold’ dan ‘eyes patch’ - Wisel - Gelanggang yang bertanda garisan timbul - Kun boleh digunakan sekiranya tiada gawang gol Latihan/ Pengukuhan/ Intervensi : Catatan: Bagi MBK kurang upaya penglihatan dan MBK kurang upaya pendengaran aktiviti yang dijalankan adalah mengikut kesesuaian dan keupayaan individu serta bimbingan daripada guru pembimbing.


140 Modul : Modul 5 Minggu : Minggu 5 Aktviti : Kemahiran Asas Permainan - Orientasi Gelanggang - Teknik Memeggang dan Menahan Bola Objektif : i. Menerapkan kemahiran-kemahiran asas bagi meningkatkan kebolehan murid semasa bermain. ii. Murid dapat mengamalkan teknik yang terbaik ketika memeggang dan menahan bola. Bahan : Peralatan permainan - Bola goalball (seeloknya lebih daripada satu biji bola, lebih banyak bola lebih baik). - Wisel Masa : 3 jam Medium komunikasi : Langkah 1 : Aktiviti pemanasan badan dan regangan yang bersesuaian dengan aktiviti permainan (contoh : Regangan jari, bahu, tangan, pinggang dan kaki) Langkah 2 : i. Guru menunjukkan teknik memeggang bola dengan betul. ii. Guru menunjukkan teknik menghayun bola yang betul. untuk mendapatkan kelajuan yang tinggi (Blindfold tidak diperlukan ketika ini kerana aspek kemahiran memegang dan menghayun bola diutamakan). Langkah 3 : i. Sekiranya sekolah dapat menyediakan bola yang banyak contohnya empat biji bola, murid boleh diagihkan kepada beberapa kumpulan kecil (empat orang satu kumpulan). ii. Pecahkan setiap kumpulan kepada dua bahagian (A dan B), satu kumpulan di gawang A dan satu kumpulan di gawang B. Langkah 4 : i. Aktiviti latihan memeggang dan menghayun bola dijalankan serentak dan secara bergilir mengikut kumpulan dan berpandukan tiupan wisel dari guru. ii. Giliran meleret bola dijalankan dari masa ke semasa untuk semua kumpulan yang ada. iii. (contoh: lima minit bagi setiap kumpulan dan giliran dibuat untuk semua kumpulan yang dibentuk). Penutup : Guru membuat rumusan daripada aktiviti yang dijalankan dengan menekankan pencapaian setiap individu.


Click to View FlipBook Version