The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by pssskbatukikir, 2021-04-29 09:29:06

Rahsia Penaklukan Melaka 1511

Rahsia Penaklukan Melaka 1511

HMFAN



Ketua Projek  Wan Mohd Rashidi Bin Wan Ab
Rashid

Penulis  Tun Suzana Tun Othman
Mohd Hasanuddin Mohd Yusof

Editor Bahasa & Syariah  Mohd Hasanuddin Mohd Yusof

Pruf Bahasa  Simi Suhaina Binti Ismail

Pereka Grafik  Mohd Noor Arriffin Bin Sudin

Fotografi  Mohd Hasanuddin Mohd Yusof
Manjafoto

Ilustrasi  Faizal Rahmat

Cetakan Pertama 2020
Cetakan Kedua 2020
©Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana
bahagian artikel, illustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga
bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi,
mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis dari

penerbit buku ini.
Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan
Tun Suzana Tun Othman, 1965-
RAHSIA PENAKLUKAN MELAKA 1511 / TUN SUZANA TUN OTHMAN,
HASANUDDIN YUSOF.
ISBN 978-967-16795-7-9
1. Melaka (Malaysia)--History--15th century.
2. Melaka (Malaysia)--Politics and government.
3. Melaka (Malaysia)--Kings and rulers--History.
I. Hasanuddin Yusof, 1982-.
II. Judul.
959.5118

Diterbitkan oleh:

PENERBIT ALAMI SDN BHD
No. 2301, Tingkat Atas, Jalan SJ 10/1,

Taman Seremban Jaya,
70450 Seremban,

Negeri Sembilan Darul Khusus.
Tel: 019-729 0135

ISI KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN

KATA PENERBIT iv

v-vi KATA PENULIS

1 SSEEJMAERNAAHNRJUINNGGKIABSERIA 1

PENJELAJAHAN DAN
PENJAJAHAN PORTUGIS
221

3 KESULTANAN MELAKA SEBELUM 55
PENJAJAHAN PORTUGIS

495
RAHSIA KENAPA PORTUGIS
BERSUNGGUH MENAKLUKI KOTA MELAKA

5 PERANG MELAKA-PORTUGIS 159 iii
1511

192 6KEKABLUAKHAANNDMTISEEEKLBANAKOBALKOPAGANIDSKAEEPNLOEJRAMTTAAUHGAAIPNSI
231
7 NASIB MELAKA DI BAWAH 205
PEMERINTAHAN PORTUGIS

USAHA KERAJAAN-KERAJAAN

8ISLAM DI ALAM MELAYU MENGUSIR
PORTUGIS DARI MELAKA

9 TEMBOK A FAMOSA RUNTUH 1641: 271
BERAKHIRNYA ERA PORTUGIS

10293 BMEENLAARYKUATHIDSAEKMPEENRENNAJUHNDGIJTAAJNAAHH?

BIBLIOGRAFI 299

KATA PENERBIT

KATA PENERBIT

PENERBIT ALAMI SDN BHD

Buku Rahsia Penaklukan Melaka 1511 ini adalah penerbitan terbaru Penerbit
Alami Sdn Bhd bagi tahun 2020. Sebagai sebuah penerbit yang mengkhususkan
penerbitan buku-buku ilmiah yang berkaitan dengan bidang sejarah dan
ketamadunan Alam Melayu dan Islam, pihak Penerbit Alami memanjatkan

rasa syukur yang tidak terhingga kepada Allah  di atas penerbitan buku ini.

Sebagai rakyat Malaysia, sejarah Kesultanan Melaka sangat dekat dengan kita.

Kegemilangan Kesultanan Melaka melambangkan kegemilangan nenek

moyang kita. Begitu juga dengan sejarah keruntuhan Kesultanan Melaka, ianya

iv menggambarkan kesilapan nenek moyang kita dari beberapa aspek yang wajar kita
jadikan pedoman dan panduan agar kesilapan-kesilapan yang membawa kepada

keruntuhan Kesultanan Melaka ini tidak lagi berulang pada masa akan datang.

Dengan itu, pihak Penerbit Alami berharap agar buku ini dapat menjadi salah satu

rujukan sejarah yang berharga bukan sahaja untuk generasi hari ini, tetapi juga

untuk generasi akan datang.

KATA PENULIS

KATA PENULIS

TUN SUZANA TUN OTHMAN

Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam dan selawat serta salam ke atas v
junjungan besar Nabi Muhammad ‫ﷺ‬, para keluarga baginda serta para sahabat.
Sebelum terbentuknya kerajaan Portugal dan Sepanyol di Semenanjung Iberia,
kerajaan Islam Andalusia telah pun memerintah semenanjung tersebut sekitar 700
tahun iaitu bermula pada abad ke-8 hingga abad ke-15. Sepanjang pemerintahan
Islam di Andalusia, ianya telah berhasil membangun ketamadunan, budaya serta
peradaban yang tinggi, halus dan kreatif. Hasil daripada percampuran antara
bangsa Eropah dan umat Islam terutamanya di Andalusia telah mengeluarkan
bangsa Eropah dari zaman kegelapan ilmu pengetahuan.

Dari sini, bangsa Portugis dan Sepanyol mula menerokai bidang pelayaran laut jauh
yang dipelajari dari orang-orang Islam. Pada abad ke-15, Portugis dan Sepanyol
berusaha untuk meluaskan empayar mereka melalui penjelajahan dan penjajahan
dengan membawa dendam Perang Salib. Natijahnya, Portugis menjajah Kota
Melaka pada tahun 1511. Maka dengan itu, buku ini dihasilkan bagi membongkar
rahsia penaklukan Melaka pada tahun 1511. Akhir kata, diharapkan agar penerbitan
buku ini mendapat sambutan dari segenap lapisan masyarakat.

KATA PENULIS

MOHD HASANUDDIN MOHD YUSOF

Saya bersyukur kepada Allah di atas bantuan dan rahmatnya, dapat saya menulis
karya yang diberi judul Rahsia Penaklukan Melaka 1511 ini. Di samping itu, saya
turut melahirkan perasaan berterima kasih kepada Penerbit Alami di atas penerbitan
buku ini. Seperti sedia maklum, Kesultanan Melaka telah terbina sekitar 111 tahun.
Dalam tempoh itu, Kesultanan Melaka telah mengalami masa kegemilangannya
selama lebih 50 tahun. Sepanjang penubuhannya, Kesultanan Melayu Melaka telah
menaburkan jasa yang sangat tinggi dalam pembentukan budaya dan ketamadunan
di Alam Melayu.

Kesultanan Melaka pernah menjadi pusat dakwah dan pengajian Islam yang utama
vi di rantau ini. Di samping itu, Melaka juga pernah menjadi antara pelabuhan yang

terkaya di dunia dan menjadi penyara negara-negara Islam. Namun kedatangan
Portugis pada tahun 1511 telah meranapkan kerajaan yang agung ini. Oleh itu, buku
ini mendedahkan sedikit sebanyak tentang mengapa Portugis bersungguh-sungguh
mahu menakluki Kota Melaka. Semoga dengan penerbitan buku ini, dapatlah ia
menyemarakkan lagi bahan bacaan berkaitan sejarah Kesultanan Melaka.

SSEEMJAERNAAHNRJUINNGGKIABSERIA

1

2

PENGENALAN

Portugal dan Sepanyol terletak di suatu kawasan yang dinamakan
Semenanjung Iberia, diambil namanya bersempena Sungai Ebro yang
merupakan antara sungai terpenting dan terpanjang di semenanjung
tersebut.1 Dari sudut geografi, Portugal dikelilingi oleh Sepanyol di
bahagian utara dan timur, serta Lautan Atlantik di bahagian barat dan
selatan, sementara keluasannya adalah 92,389 km persegi.2

1 Charles Ebel.1976. Transalpine Gaul: The Emergence of a Roman Province. Brill Archive. Hlm 48-49
2 The New Encyclopedia Britannica, vol 9,15th edition. 1975. William Benton Publisher, Chicago. Hlm 632

1SEJARAH RINGKAS
SEMENANJUNG IBERIA

Manakala Sepanyol pula merangkumi hampir
keseluruhan Semenanjung Iberia selain kawasan
Portugal. Terletak di utara benua Afrika yang
dipisahkan oleh Selat Gibraltar, negara ini
bersempadan dengan Perancis dan Teluk Biscay
di utara, Laut Mediterranean dan Selat Gibraltar di
selatan, Laut Mediterranean di timur serta Portugal
di bahagian barat, sementara keluasan negara ini
adalah 504,782 km persegi.3

Dalam tahun 1000 Sebelum Masihi puak Celtic Batu bersurat Rom
muncul dalam beberapa gelombang di Braga Portugal.
di Semenanjung Iberia sehingga bercampur
baur dengan kaum peribumi, membentuk budaya
‘Celtiberian’ serta menguasai sebahagian besar daripada
kawasan tersebut.

3

Belakangan muncul pula orang-orang Phoenicia, Greek dan Carthaginia yang
datang atas maksud perdagangan, penempatan dan penaklukan. Pada awal abad
pertama Masihi bangsa Romawi pula berhasil mengalahkan puak Carthaginia
sehingga banyak wilayah di Semenanjung Iberia menjadi bahagian daripada jajahan
takluk empayar Romawi yang luas itu. Pada abad ke-3 Masihi, apabila empayar
Rom mengisytiharkan Kristian sebagai agama rasmi, Portugal dan Sepanyol juga
mengikuti jejak langkah tersebut. Langkah ini kelak memberikan kesan yang besar
dan hebat terhadap sejarah kedatangan dan penaklukan mereka di wilayah-wilayah
Islam termasuklah di Alam Melayu khususnya dalam Kesultanan Melaka di akhir
abad ke-15 dan permulaan abad ke-16 Masihi.

3 Ibid

Setelah dua abad penjajahan, penguasaan Romawi berakhir di Semenanjung Iberia
setelah dikalahkan oleh kaum gasar dari Wilayah German, iaitu puak Goth yang
kemudian mendirikan Kerajaan Visigoth dari abad ke-5 sehingga abad ke-7 Masihi.
Dalam tahun 587 Masihi Raja Reccared telah mengisytiharkan Kristian Katolik
Romawi sebagai mazhab rasmi bagi kerajaan baginda.

Bagaimanapun, Kerajaan Visigoth ini mengalami masalah kronik sehingga akhirnya
menjadi berpecah belah dan dalam tahun 710 Masihi berlaku masalah perebutan
takhta. Salah seorang pesaing tersebut telah meminta pertolongan daripada orang-
orang Islam yang dipanggil Mooris dari Wilayah Moroko. (istilah ‘Mooris’ berasal dari
satu cabang bangsa Barbar di Afrika Utara, yang berhasil diislamkan apabila bangsa
Arab menguasai kawasan tersebut di awal abad ke-8 Masihi).

Masalah saingan kuasa dan perpecahan bukan sahaja menjadi masalah
pemerintahan yang kritikal, hatta pada masa yang sama masyarakat Iberia

4 Istana Almourul yang terletak di Sungai Tagus di Praia
do Ribatejo, Portugal dipercayai dibina oleh Rom. Istana
ini kemudiannya diduduki oleh pemerintah Visigoth dan
seterusnya dikuasai pula oleh pemerintah Islam.

1SEJARAH RINGKAS
SEMENANJUNG IBERIA

Bermacam-macam cukai yang tinggi juga telah 5
membebankan rakyat jelata sehingga tercetus
pemberontakan di sini-sana. Oleh itu kemunculan
sebarang kuasa baru yang dapat menggantikan
kepimpinan yang zalim dan berpecah-belah adalah
sangat ditunggu-tunggu, malah dialu-alukan oleh
kebanyakan rakyat yang tertindas.

khususnya golongan Yahudi menghadapi penindasan yang amat teruk di bawah
pemerintahan Visigoth yang tiada toleransi dalam hal beragama, selain menindas
golongan petani yang sering dijadikan hamba kerah pada golongan bangsawan
atau pemilik tanah. Bermacam-macam cukai yang tinggi juga telah membebankan
rakyat jelata sehingga tercetus pemberontakan di sana-sini. Oleh itu kemunculan
sebarang kuasa baru yang dapat menggantikan kepimpinan yang zalim dan
berpecah-belah adalah sangat ditunggu-tunggu, malah dialu-alukan oleh
kebanyakan rakyat yang tertindas.4

Kebetulan dalam waktu yang sama, penduduk di Afrika Utara sedang menikmati
era pemerintahan Islam yang adil, cekap dan bijaksana di bawah Gabenor Musa bin
Nusir sebagai mewakili Khalifah al-Walid bin Abdul Malik daripada Bani Umaiyah
yang berpusat di Damsyik. Dengan angkatan tentera yang besar dan kuat, Kerajaan
Umaiyyah menunggu peluang yang baik untuk masuk ke Semenanjung Iberia.

Kelemahan Kerajaan Visigoth telah membuka peluang yang luas untuk umat Islam
menakluki rantau tersebut. Dengan semangat jihad fi sabilillah yang berkobar-
kobar, golongan muslimin Arab dan Mooris telah menyeberang Selat Gibraltar dan

4 Gabenor Visigoth yang bernama Count Julian merupakan penentang utama Raja Don Roderick,
turut bekerjasama dengan Tariq ibn Ziyad bagi menyingkirkannya dan mengembalikan keadilan di wilayah
tersebut

Castelo dos Mouros atau Istana Moorish yang terletak di Sintra, Portugal adalah istana
yang dibina oleh pemerintah Islam Andalusia pada abad ke-8 Masihi ketika kerajaan Islam
menguasai Portugal.

masuk ke Wilayah Visigoth.5 Dalam tahun 711 Masihi, pemerintahan Visigoth di
tangan Raja Roderick telah dapat ditewaskan dengan mudah oleh pasukan Tariq
bin Ziyad dan bala tenteranya dari kaum Barbar itu. Selanjutnya, kemenangan
6 demi kemenangan dapat dicapai oleh tentera Islam sehingga usaha melebarkan
sayap Islam di bumi Eropah termasuk Wilayah Castille, Aragon, Galicia, Saragossa,
Barcelona dan beberapa buah tempat lain terhasil dengan cemerlang.6

Kawasan yang berjaya dikuasai oleh orang Islam ini dinamakan sebagai Andalusia.
Khalifah Bani Umaiyyah di Damsyik telah mewakilkan gabenor-gabenor untuk
mentadbir Andalusia. Pusat pemerintahan adalah di Cordova.

5 Kaum Barbar terkenal dengan sifat degil dan berani berperang. Pasukan panglima Tariq bin Ziyad
seramai 7,000 orang sementara tentera Kristian berjumlah 100,000, telah menyeberangi selat dan
sampai di bahagian terhujung selatan Eropah. Laluan ini merupakan pintu gerbang para pedagang
antarabangsa bagi mengharungi lautan Atlantik dan Mediterranean. Bersempena pendaratan tentera
Islam yang bersejarah ini, tempat tersebut dikenali dengan nama Jabal-Tariq atau Gibraltar
6 Apabila Gabenor Musa bin Nusir di Afrika Utara mendapat khabar tentang kemenangan tentera Islam
menjatuhkan Raja Visigoth, beliau segera mengepalai tentera tambahan dan bergabung dengan pasukan
Tariq bin Ziyad di bawah kedua-dua pahlawan Islam yang hebat ini sehingga satu demi satu wilayah
di Semenanjung Iberia dapat diambil oleh angkatan Islam

1SEJARAH RINGKAS
SEMENANJUNG IBERIA

Pemerintahan Islam dibahagikan kepada beberapa fasa seperti berikut :7 7

1. Zaman Pemerintahan Gabenor-Bani Umayyah Damsyik (712-756 Masihi)8
2. Zaman Pemerintahan Bani Umayyah (756-1031 Masihi)9
3. Zaman Pemerintahan Kerajaan Kecil (hingga 1086 Masihi)
4. Zaman Penguasaan Kerajaan Afrika Utara (1086-1143 Masihi)
5. Zaman Pemerintahan Bani Nasr (1232-1492 Masihi)

Zaman pemerintahan Islam di Andalusia ini berlangsung selama hampir 8 abad,
suatu tempoh yang cukup panjang untuk meninggalkan kesan yang sangat hebat

7 Ahmad Zaki bin Hj Berahim, (2008), “Sorotan Sejarah Kecemerlangan Tamadun Islam di Andalusia
(Sepanyol), dan Kedudukannya Sebagai Jambatan Kecemerlangan Tamadun Eropah’ dalam
Muhammad Azizian Sabjan et. al, (ed), Prosiding Seminar Antarabangsa Andalusia 1300 Tahun,
Pulau Pinang: Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang. Hlm 90-93
8 Seramai 20 orang Gabenor telah mentadbir Andalusia dari tahun 718-756 Masihi. Gabenor yang
pertama ialah Abdul Aziz ibn Musa ibn Nusayr dan yang terakhir ialah Yusuf ibn Abdul Rahman al-Fihri.
9 Bermula tahun 132 Hijrah/750 Masihi, kekhalifahan berganti pemilikan dari Bani Umaiyyah yang
berpusat di Damsyik kepada Bani Abbasiyah yang berpusat di Baghdad. Bagaimanapun Andalusia
terus diungguli oleh para pemerintah dari kelompok Umayyah

Sejarawan timur dan barat telah sepakat mengakui
bahawa sebelum Islam membuka Andalusia,
masyarakat Kristian Eropah hidup di dalam kejahilan
dan kemunduran sehingga era tersebut terkenal
dengan nama Zaman Kegelapan.

dan mendalam kepada perkembangan ketamadunan Barat yang terkait dengan
perkembangan ketamadunan Islam di Andalusia, di atas kedudukannya yang
bersambung dengan tanah besar Eropah. Sejarawan timur dan barat telah sepakat
mengakui bahawa sebelum Islam membuka Andalusia, masyarakat Kristian
Eropah hidup di dalam kejahilan dan kemunduran sehingga era tersebut terkenal
dengan nama Zaman Kegelapan. Lantas segala usaha yang dilakukan oleh
pemerintah Islam di Andalusia waktu itu bukan sahaja menjadi rujukan oleh
kerajaan-kerajaan Kristian di Eropah, malah telah meninggalkan impak positif serta
8 kemajuan yang besar dalam pembangunan ketamadunan Barat.

Sepanjang pemerintahan Islam di Andalusia, ianya telah berhasil membangunkan
ketamadunan,budaya serta peradaban yang tinggi,halus dan kreatif.Kecemerlangan
pemerintahan Islam secara khusus mula berlaku dalam era pemerintahan Amir
Abdul Rahman I bin Mu’awiyah al-Dakhil (756-788 Masihi) bermula tahun 756
Masihi dan berterusan selama 3 abad berikutnya oleh para amir selepasnya.

Antara yang mashyur dalam sejarah peradaban Islam Andalusia adalah keupayaan
mengawal, menyikapi serta bersikap adil kepada masyarakat majmuk dari pelbagai
latar belakang bangsa dan agama seperti Arab, Yahudi, Barbar, Visigoth, Celtiberian,
Romawi dan sebagainya. Konsep toleransi beragama dipraktikkan dengan baik
sehingga sejarawan Barat sendiri mengakui bahawa pada zaman Andalusia

Monumen Abdul Rahman I 1SEJARAH RINGKAS
bin Mu’awiyah al-Dakhil, SEMENANJUNG IBERIA
pengasas Kerajaan Islam
Andalusia. Monumen ini dipayungi oleh orang Islam, orang-orang Kristian dan
terletak di Granada, Sepanyol. Yahudi hidup dalam kedamaian, kesejahteraan
dan keamanan.10
9
Di sisi yang lain pula, pemerintahan
Islam telah memperkenalkan bidang
seni, sains dan kesusasteraan
yang unggul dan cemerlang,
sedangkan selama beberapa abad
sebelumnya, dunia Eropah berada
dalam zaman kegelapan dengan
kebekuan intelektualisme dan
kreativiti. Waktu itu bangsa
Arab telahpun jauh memacu
ketamadunan dan peradaban
dunia seperti di Baghdad dan Mesir.
Bandar Cordova dilihat sebagai
bandar yang terulung di kalangan
negara-negara Eropah yang telah
memajukan bidang falsafah,
senibina, matematik, teknologi,
perubatan dan banyak lagi.

Sewaktu Cordova menjadi pusat perkembangan intelek di Eropah, Amir al-Hakam
II ibni Abdul Rahman (961-976 Masihi) dikatakan pernah memiliki lebih 400,000
buah buku. Pada zaman itu belum wujud percetakan seperti hari ini. Semua koleksi
adalah hasil tulisan tangan dan dibaca oleh Amir al-Hakam sehingga baginda
terkenal dengan gelaran ‘ulat buku’.11

10 Ahmad Thomson dan Muhammad Ata’ ur-Rahman. 2004. Islam in Andalus. Hlm 57
11 Stanley Lane-Poole. 1967. The Moors in Spain. Hlm 153

Al-Hakam juga membina sebuah universiti yang pertama di Andalusia, iaitu
universiti Cordova serta membiayai kegiatan ramai sarjana dan saintis. Pelajar dari
seluruh penjuru dunia datang untuk belajar Ilmu Perubatan, Matematik, Sains
dan Falsafah di bawah seliaan pensyarah Islam, Kristian dan Yahudi.12 Hasil
kebijaksanaan al-Hakam, di saat kegemilangannya, kota Cordova memiliki
600 masjid, 900 tempat pemandian umum, 50 hospital serta beberapa pasar
perdagangan. Seseorang boleh berjalan di waktu malam sejauh sepuluh batu
kerana lampu-lampu dinyalakan untuk menerangi jalan.13 Dari sudut arkitek, masjid
Cordova yang dibina dalam tahun 785 Masihi (sekarang menjadi antara gereja
terbesar di dunia) serta Istana Alhambra di Granada yang dibina di antara kurun
ke-13 dan 14 merupakan antara yang terkenal di dunia.

Begitulah kehebatan Andalusia dalam memacu tamadun serta peradaban Islam
yang tinggi, sehingga meniti dibibir umat manusia semenjak zaman-berzaman
dalam menghormati keunggulan ketamadunan yang dibina selain menjadi bahan
penyelidikan dan rujukan di pusat-pusat kajian sejarah, budaya dan ketamadunan
10 di merata dunia sehingga pada hari ini.

Bagaimanapun, sudah menjadi lumrah pada kitaran ketamadunan bangsa-bangsa
dan kerajaan-kerajaan dunia bahawa segala yang di puncak kegemilangan
sudah pasti akan melalui zaman kejatuhan dan itulah yang berlaku di Andalusia.
Kejatuhan Andalusia tidak berlaku dalam sekelip mata, tetapi melalui proses yang
panjang sehingga kejayaan yang dibina semakin lama semakin menunjukkan
ketidakmampuan untuk bertahan dari aspek penguasaan dan pentadbiran politik.

12 Ketika inillah munculnya tokoh-tokoh cendiakawan Islam seperti Ibn Hazm (994 Masihi-1064 Masihi),
Ibn Rushd (1126 Masihi-1198 Masihi), Ibn Bajjah (1082-1138 Masihi), Ibn Zuhr (1091-1162 Masihi)
dan ramai lagi. Termasuklah golongan elit Kristian yang dipimpin oleh filosof terkenal Thomas Aquinas
(1225 Masihi-1274 Masihi) dan Maimonides (1135 Masihi-1205 Masihi), seorang ahli teologi yang
pernah terkenal di Andalus ketika pemerintahan Islam sedangkan beliau berbangsa Yahudi
13 P. De Gayangos, Muhammadan Dynasties in Spain, II, 147, seperti dikutip oleh Ahmad Thomson,
2004. Ibid. Hlm 76

1SEJARAH RINGKAS
SEMENANJUNG IBERIA

Masjid Agung Cordoba yang terletak di Bandar Cordoba, Sepanyol. Masjid ini dibina oleh 11
Abdul Rahman I sekitar tahun 784 Masihi dan mengalami penambahan pada zaman-zaman
berikutnya. Masjid ini ditukarkan menjadi gereja ketika pemerintah Kristian menakluki Cordoba
dari pemerintahan Islam.

Walaupun penguasaan umat Islam di Semenanjung Iberia berlangsung
selama tempuh lapan abad, namun penentangan daripada puak Kristian
dalam cubaan mengambil balik kawasan tersebut sebagai ‘Reconquista’ telah
bermula seawal tahun 718 Masihi lagi iaitu apabila Raja Asturia, Pelayo berjaya
mengambil kawasan di Covadonga. Dari wilayah utara Semenanjung Iberia ini,
pihak pemerintah Kristian sentiasa bersiap siaga dan menunggu masa yang
sesuai untuk merampas semula kawasan yang dahulunya milik mereka daripada
tangan orang-orang Islam.

Zaragoza

Madrid

KERAJAAN ISLAM ANDALUSIA
Lisbon

Sevilla Granada Mediterranean
Laut
12

Peta wilayah kekuasaan Kerajaan Islam Andalusia di zaman kegemilangannya. Sebahagian besar negara
Portugal dan Sepanyol berada di bawah kekuasaan kerajaan Islam Andalusia.

Masa dan kesempatan yang ditunggu-tunggu akhirnya muncul juga. Percakaran,
perpecahan dan perebutan kuasa yang memunculkan wajahnya yang hodoh,
telah menguasai pemerintahan Islam sehingga melemahkan kepimpinan utama di
Cordova bermula selepas zaman Khalifah al-Mustansar Billah (961-976). Wilayah
kebanggaan umat Islam di Andalusia yang pada asalnya diperintah oleh satu
kerajaan dan satu khalifah akhirnya berpecah menjadi 20 buah kerajaan kecil yang
dikenali sebagai Muluk al-Tawa’if atau Raja-raja puak, wujud disebabkan fanatisme
kaum dan puak. Semangat ukhuwah Islamiyah yang menjadi teras perjuangan

1SEJARAH RINGKAS 13
SEMENANJUNG IBERIA

tentera Tariq bin Ziyad di awal abad ke-8 Masihi kini menjurus persaingan dan
perebutan mengangkat ketuanan puak masing-masing.

Satu natijah yang penting daripada peristiwa Reconquista adalah kemunculan
kerajaan-kerajaan Kristian seperti Portugal, Aragon, Castille dan Navarre
melakukan penentangan demi penentangan terhadap pemerintah Islam di
Andalusia. Usaha mengambil kembali wilayah-wilayah di Semenanjung Iberia oleh
kerajaan-kerajaan Kristian ini terbuka luas apabila tercetus konflik-konflik dalaman
di kalangan pemerintah Islam sehingga beransur-ansur wilayah Islam semakin
melemah dan menguncup serta mengecil.

Seketika pada era pemerintahan Dinasti al-Muwahidun, Andalusia kembali
bersinar khususnya pada pemerintahan Yusuf Abu Yaq’qub (1163-1184) yang
berhasil menyekat kemaraan kuasa Kristian Katolik. Pemerintahan al-Muwahhidun
sempat bertahan selama 139 tahun sebelum dikalahkan dalam suatu peperangan
yang sengit iaitu perang Las Navas de Tolosa dalam tahun 1212. Kekalahan ini
menyebabkan beribu-ribu orang Islam disembelih atas arahan Paus Innocent III.
Setelah sultan Muhammad al-Nasir al-Muwahidun meninggal dunia, Andalusia
berada dalam gerbang kehancuran.

Pemerintahan al-Muwahhidun sempat bertahan
selama 139 tahun sebelum dikalahkan dalam suatu
peperangan yang sengit, iaitu perang Las Navas de
Tolosa dalam tahun 1212. Kekalahan ini menyebabkan
beribu-ribu orang Islam disembelih atas arahan Paus
Innocent III.

Akhirnya pada tahun 1492, berlaku tragedi penyerahan benteng terakhir umat
Islam di Semenanjung Iberia iaitu Granada ke tangan Raja Ferdinan dalam tahun
1492 Masihi sesudah tujuh bulan dikepung sehingga menyebabkan Khalifah Abu
Abdullah atau Muhammad XII terpaksa menyerahkan wilayah tersebut kerana
bimbang rakyatnya yang bakal mati kebuluran.
Dikatakan pada saat meninggalkan Granada khalifah melinangkan air matanya,
seraya bondanya berkata: “Jangan menangis seperti seorang perempuan untuk
sesuatu yang tidak dapat engkau pertahankan seperti anak jantan” 14. Selepas
kerajaan Islam jatuh secara keseluruhannya, Semenanjung Iberia diperintah semula
oleh monarki Kristian Katolik.

14

Masjid di Mertola, Portugal yang dibina semasa zaman pemerintahan Islam. Masjid ini
kemudiannya telah ditukarkan menjadi gereja dan kini dikenali sebagai Gereja Nossa Senhora.
14 Waktu itu yang memerintah Granada adalah Bani Nasr, pemerintahan mereka hanya melibatkan
wilayah Granada sahaja yang menjadi daerah terletaknya istana yang masyhur iaitu Istana al-Hamra’
atau dalam bahasa Sepanyol hari ini lebih dikenali sebagai al-Hambra

1SEJARAH RINGKAS
SEMENANJUNG IBERIA

PEMBENTUKAN KERAJAAN PORTUGAL & SEPANYOL

Portugal memperolehi namanya daripada Portus Cale. Apabila Empayar Rom
mula menakluki daerah-daerah di Semenanjung Iberia dari kaum Carthaginia
sekitar tahun 200 Sebelum Masihi, Daerah Cale yang merupakan sebuah
penempatan awal di kuala Sungai Douro yang mengalir ke Lautan Atlantik di
sebelah utara juga telah dikuasai dan ditukar namanya menjadi Portus Cale (Port
of Cale). Dalam abad pertengahan, kawasan ini mulai dipanggil sebagai Portucale,
selanjutnya pada abad ke-7 hingga ke-8 Masihi berubah menjadi Portugale dan
akhirnya masyhur dengan nama Portugal yang ditandai dengan lokasi di antara
Sungai Duoro dan Minho yang mengalir di sempadan Portugal-Sepanyol di sebelah
utara Semenanjung Iberia.

Apabila Empayar Rom mula menakluki daerah- 15
daerah di Semenanjung Iberia dari kaum Carthaginia
sekitar tahun 200 Sebelum Masihi, Daerah Cale yang
merupakan sebuah penempatan awal di kuala sungai
Douro yang mengalir ke Lautan Atlantik di sebelah
utara juga telah dikuasai dan ditukar namanya menjadi
Portus Cale (Port of Cale).

Pada akhir abad ke-9 Masihi, Daerah Portus Cale telah diletakkan di bawah
pentadbiran Vimara Peres atas titah Raja Afonso III yang memerintah wilayah
Leon, Galicia dan Asturias, mendapat gelaran Count Vimara. Belakangan, iaitu
dalam masa pentadbiran Count Diogo Fernandes, daerah tersebut berkembang
luas dan meningkat dari segi kepentingannnya. Pada abad ke-10 Masihi, Count
Goncalo Mendes mula menggunakan gelaran Duke sebagai isyarat peningkatan
status wilayah tersebut. Semenjak itu, wilayah tersebut dikenali sebagai County of
Portugal.

Dalam abad ke-11 Masihi, seorang bangsawan Burgundy bernama Henriques
dari keturunan kerabat istana Perancis yang telah berkahwin dengan puteri Raja
Afonso VI yang memerintah kerajaan Leon dan Castille telah dilantik sebagai Count
of Portugal. Beliau terlibat secara aktif dalam Reconquista di barat Semenanjung
Iberia sekaligus mengambil kesempatan tersebut untuk meluaskan pengaruhnya.
Puteranya D. Afonso Henriques mengambil alih peranan sebagai Count of Portugal
selepas kematiannya. Dalam peperangan Sao Memede dalam tahun 1128 yang
melibatkan bondanya Theresa dan bonda saudaranya Uracca, Afonso telah
menyebelahi bonda saudaranya dan menewaskan angkatan bondanya sendiri.
Pada waktu ini beliau mula menggunakan gelaran Putera Portugal sebagai isyarat
telah bersedia untuk keluar dari jajahan takluk Raja Leon dan Castille menjadi
sebuah kerajaan Portugal yang merdeka. Kemudian pada tanggal 26 Julai 1139
Masihi, Afonso Henrique telah diisytiharkan secara dalaman sebagai Raja Portugal
yang pertama.

Bagaimanapun pengiktirafan pengisytiharan tersebut oleh penaungnya yang
16 terdahulu iaitu pemerintah Leon dan Castille, Raja Afonso VII hanya berlaku pda

tahun 1143 melalui Triti Zamora yang mengesahkan Portugal sebagai sebuah
kerajaan merdeka dan berdaulat. Selanjutnya dalam tahun 1179 Pope Alexander
III secara rasminya mengiktiraf Afonso I sebagai Raja Portugal. Pusat pemerintahan
baginda terletak di Coimbra.

Selama lebih kurang seratus tahun setelah mencapai kemerdekaan, kerajaan
Portugal bukan sahaja terhad dari sudut keluasan wilayahnya, malahan sentiasa
disibukkan dengan menjaga benteng pertahanan negara dari pencerobohan
kerajaan Castille di sempadan utara, serta usaha membebaskan wilayah di bahagian
selatan daripada para penguasa Islam di sana. Pada pertengahan abad ke-13
Masihi, barulah Portugal berhasil mengambil Algarve di hujung bahagian selatan
daripada orang-orang Islam. Semenjak itu ianya terkenal dengan nama kerajaan

1SEJARAH RINGKAS
SEMENANJUNG IBERIA

Portugal dan Algarve. Sempadan inilah yang terus menerus menjadi sempadan
Portugal sehingga ke hari ini.

Sehingga menjelang awal abad ke-20 Masihi, Portugal di bawah pemerintahan
4 dinasti iaitu Dinasti Burgundy (1139-1383), Dinasti Aviz (1385-1580), Dinasti
Habsburg (1581-1640) dan Dinasti Braganza (1640-1910). Di bawah ini merupakan
pemerintah-pemerintah Portugal sehingga abad ke 16 Masihi :15

DINASTI BURGUNDY DINASTI AVIZ 17
1. Afonso Henriques (1139-1185) 1. John I (1385-1433)
2. Sancho I (1185-1211) 2. Duarte (1433-1438)
3. Afonso II (1211-1223) 3. Afonso V (1438-1481)
4. Sancho II (1223-1248) 4. John II (1481-1495)
5. Afonso III (1248-1279) 5. Manuel I (1495-1521)
6. Denis (1279-1325) 6. John III (1521-1557)
7. Afonso IV (1325-1357) 7. Sebastian (1557-1578)
8. Pedro I (1357-1367) 8. Cardinal Henrique (1578-1580)
9. Fernando (1367-1383)
10. Interregnum (1383-1385)

Semenjak itu, Portugal kekal sebagai sebuah monarki mutlak sehingga tahun
1822 kemudian berubah menjadi monarki berperlembagaan bermula tahun 1834
akhirnya runtuh dan digantikan dengan sistem republik selepas berlakunya
penggulingan keluarga diraja pada tarikh 5 Oktober 1910.16

15 A da Silva Rego. 1965. Portuegese Colonization in the sixteenth century: A study of the royal ordinances
(regimentos) Johannesburg. Hlm 2-3
16 Wheeler, Douglas L, (1998), Republican Portugal:A Political History, 1910-1926, Univ of
Wisconsin Press

18

Sisa bangunan ribat (madrasah sufi) yang dinamakan Ribat ar-Rifana yang terletak di
Algarve, Portugal. Ribat ini dibina oleh seorang ahli sufi Andalusia yang bernama Abu
al-Qasim sekitar tahun 1130 Masihi.

1SEJARAH RINGKAS
SEMENANJUNG IBERIA

Kerabat diraja dari tiga kerajaan yang besar ini
mempunyai hubungan kekeluargaan yang rapat
diantara satu sama lain selain hubungan kekeluargaan
dengan istana Perancis serta kerajaan-kerajaan yang
berhampiran. Dalam tahun 1469, Ratu Isabella I dari
Castille telah berkahwin dengan Raja Ferdinand II dari
Aragon.

Berbanding dengan kerajaan Portugal yang didirikan dalam tahun 1139, 19
Kerajaan Sepanyol muncul lebih tiga abad kemudian iaitu dalam tahun 1474.
Pada awal abad ke-15 wujud beberapa kerajaan Kristian yang kuat
di Semenanjung Iberia iaitu Castille, Aragon dan Portugal. Kerabat diraja dari
tiga kerajaan yang besar ini mempunyai hubungan kekeluargaan yang rapat
diantara satu sama lain, selain hubungan kekeluargaan dengan istana Perancis
serta kerajaan-kerajaan yang berhampiran. Dalam tahun 1469, Ratu Isabella
I dari Castille telah berkahwin dengan Raja Ferdinand II dari Aragon.17 Di antara
matlamat perkahwinan tersebut adalah untuk mewujudkan kebersamaan serta
menguatkan satu sama lain dalam usaha menentang ancaman kuasa Perancis dari
utara, mengusir kubu Islam terakhir di Granada di samping pembentukan sebuah
empayar Kristian Katolik yang kukuh dan berpengaruh.

17 Isabella dilahirkan dalam tahun 1451 Masihi, merupakan puteri kepada Raja John II, Raja Castille
daripada isterinya yang kedua. Isabella mengambil alih takhta Castille setelah kematian abangnya,
Afonso dalam tahun 1468 Masihi. Sementara Raja Ferdinand pula lahir pada 1452 Masihi, putera
kepada Raja Aragon yang juga bernama John II. Ferdinand menaiki takhta Aragon setelah
kematian ayahandanya dalam tahun 1479 Masihi. (John Canning, 1967, 100 great kings, queens
and rulers of the world, Odhams Books Ltd, Long Acre, London. Hlm 366-368

Perkahwinan ini telah menyatukan dua kerajaan yang besar serta mengorak
langkah awal untuk pembentukan kerajaan Sepanyol yang berdaulat. Persetujuan
ini ditandatangani pada 15 Januari 1474. Bagaimanapun, dalam kerajaan
Sepanyol yang baru dari gabungan Wilayah Castille dan Aragon ini, setiap kerajaan
mengekalkan struktur pentadbiran dan perundangan masing-masing yang
berbeza dan perkongsian kuasa. Isabella diberi kuasa yang lebih dari suaminya
atas kerajaan Sepanyol. Atas peranan pasangan suami isteri ini sebagai tonggak
kerajaan Kristian Katolik yang besar di Semenanjung Iberia, maka Paus Alexander
VI telah mengurniakan mereka dengan gelaran Los Reyes Católico atau Monarki
Katolik.

Gabungan dua kerajaan Kristian Katolik yang kuat iaitu Castille dan Aragon
sehingga membentuk kerajaan Sepanyol dengan pengukuhan kerajaan
Portugal yang juga bermazhab Katolik inilah menjadi pemangkin kepada hambatan
terakhir kuasa Islam di Andalusia sehingga 18 tahun berikutnya. Dalam tahun 1492,
apabila Abu Abdullah, khalifah terakhir terpaksa menyerahkan Granada, benteng
20 pertahanan Islam yang terakhir di Semenanjung Iberia ke tangan Raja Ferdinand
II setelah berlaku pengepungan selama tujuh bulan sehingga mengakibatkan
kebuluran dan kematian yang ramai dari kalangan umat Islam.18

Berakhirnya kerajaan Islam Andalusia secara total dalam tahun tersebut menjadi
isyarat penyatuan kerajaan Sepanyol secara rasmi.Walaupun mengalami pelbagai
ragam politik dalam lintas sejarah keluarga diraja Sepanyol dalam usia abad
berabad ianya masih bertahan sehingga ke hari ini namun telah bertukar dari
sistem monarki mutlak kepada monarki berperlembagaan.

18 Ahmad Thomson dan Muhammad Ata’ ur-Rahman. 2004, op.cit. Hlm 208

PPEENNJJEALJAAJHAAHNAPNODRATNUGIS

2

22 PERANG SALIB 1096-1291 DAN ERA RENAISSANCE

Perang Salib merupakan suatu rangkaian peperangan yang
berlangsung di Asia kecil dan Levant, sebagai suatu bentuk protes
dan penentangan orang-orang Kristian terhadap apa yang mereka
panggil sebagai musuh-musuh gereja. Merujuk kepada keluasan
wilayah penaklukan orang-orang Islam di Eropah dan di tanah suci
Jerusalem1.Terkenal dengan gelaran Perang Salib kerana semua orang
Kristian yang pergi berperang ditetapkan oleh Paus untuk memakai
salib di baju dan pundak.

1 Secara umumnya Perang Salib dipecahkan kepada enam peringkat. Peringkat pertama berlaku dari
tahun 1096-1099 Masihi, peringkat kedua pada 1147-1149 Masihi, peringkat ketiga pada
1189-1192 Masihi, manakala peringkat keempat sehingga keenam dari 1198-1291 Masihi

2 PENJELAJAHAN DAN 23
PENJAJAHAN PORTUGIS

Paus Urbanus II yang mengisytiharkan perang ini secara rasmi dalam tahun 1095
di Perancis telah menyatakan bahawa ekspedisi ini adalah “Perang Demi Salib”
untuk merebut kembali tanah suci Jerusalem dari cengkaman orang Islam, dan
sahutan “Tuhan menghendakinya!”(Deus Vult) bergema di kalangan sorak sorai
ribuan hadirin yang menyambut seruan Paus itu untuk pergi berperang.

Bagaimanapun ikhtiar merebut kembali Jerusalem bukanlah satu-satunya tujuan
di sebalik Perang Salib. Ada juga hasrat untuk menyatukan kembali kerajaan-
kerajaan Kristian yang waktu itu banyak berpecah belah dan menyelesaikan
konflik-konflik dalaman di kalangan pesaing kepada mazhab Kristian Katolik
selain menghapuskan apa yang disebut sebagai kekhurafatan dan kesyirikan
di kalangan orang-orang Kristian.

Perlu diingat, dendam kesumat golongan Kristian terhadap umat Islam telahpun
bermula beberapa abad lebih awal hatta semenjak zaman Rasulullah ‫ ﷺ‬sendiri
pada abad ke-6 hingga ke-7 Masihi. Waktu itu Empayar Rom sudahpun menjadi
sebuah kerajaan yang besar dan kuat sehinggakan Kaisar Rom bercita-cita untuk
meluaskan jajahannya ke jazirah Arab. Apabila mendapat perkhabaran tentang
kemunculan satu kuasa baru yang berpengaruh iaitu kuasa Islam di bawah
bimbingan Rasulullah ‫ﷺ‬, Kaisar Rom berhasrat untuk menghapuskan kuasa baru
ini dengan menyerang wilayah-wilayah yang dikuasai oleh orang-orang Islam
ketika itu. Maka tercetuslah peristiwa Perang Tabuk (9 Hijrah/631 Masihi) yang
terakam dalam sejarah sebagai konfrontasi pertama yang berlaku di antara umat
Islam dengan orang-orang Kristian.2

2 Perang Tabuk merupakan perang terakhir dipimpin oleh Rasulullah ‫ ﷺ‬sendiri, menghadirkan kekuatan
tentera Islam yang jumlahnya seramai 30,000 orang, sedangkan tentera Kristian dianggarkan
100,000 orang. Bagaimanapun apabila pasukan Islam sampai di Tabuk, kelibat tentera Roma langsung
tidak kelihatan, disebabkan pertolongan Allah yang sampai sehingga menggerunkan hati-hati pasukan
Rom

Permusuhan orang-orang Kristian berlanjutan apabila umat Islam menjadi kuasa
yang besar di Timur Tengah dengan kejayaan mengusir kerajaan Kristian dari
daerah-daerah pantai laut Mediterranean sehingga mendapat bahagian Palestin,
Syria dan Mesir khususnya di zaman pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab
(13-23 Hijrah/634-644 Masihi). Tiga pukulan hebat dilakukan oleh orang Islam
dalam tempoh kekhalifahan Sayyidina Umar; pertama, menewaskan Maharaja
Byzantium, Heraclius dalam Perang Yarmuk yang meletus pada 636 Masihi.3
Kedua, menawan Baitulmaqdis di Palestin pada 639 Masihi yang merupakan kota
suci tiga agama terpenting dunia iaitu Islam, Yahudi dan Kristian.4 Seperti sudah
jatuh ditimpa tangga, penawanan Kota Iskandariah di Mesir yang merupakan pusat
pemerintahan Empayar Byzantium dalam tahun 642 Masihi menjadi tamparan
terakhir yang menggoncang puak Kristian Eropah ke akar umbi sehingga
menyemarakkan rasa dendam yang membuak-buak terhadap Islam.

Ini belum pun termasuk misi penaklukan sebahagian besar daripada
Semenanjung Iberia di tangan pasukan Panglima Tariq bin Ziyad dan Gabenor Musa
24 bin Nusair pada awal abad ke-8 Masihi sehingga berhasil mewujudkan wilayah

3 Empayar Byzantium atau Empayar Rom Timur merujuk kepada Empayar Rom semasa Zaman
Pertengahan, dan pusatnya terletak di Constantinople (Istanbul)
4 Khalifah Umar menerima penyerahan kunci kota suci itu secara rasmi daripada rakyat Iliya’ yang
merupakan penduduk awam Jerusalem, seterusnya membuat kesepakatan tentang jaminan keamanan
dan kebebasan beribadah di sana. Perjanjian itu dikenali sebagai al-‘Uhdah al-Umariyah (The Umariyyah
Covenant) dan bunyinya begini: “Dengan nama Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang, Inilah
jaminan keamanan yang diberikan oleh hamba Allah, Umar Amir al-Mukminin, terhadap penduduk Iliya’
(al-Quds), aku memberikan jaminan keamanan bagi jiwa raga dan harta benda mereka. Termasuklah
gereja-gereja serta perkakas kepercayaan mereka, sama ada yang rosak atau elok, serta seluruh tradisi
kepercayaan mereka. Gereja-gereja mereka tidak akan dihuni (dirampas) atau dihancurkan, tidak akan
dikurangi ataupun diubah. Tidak akan dirampas salib dan harta benda mereka, walaupun sedikit. Mereka
tidak akan dimusuhi kerana keyakinan agama, mereka tidak akan diganggu atau diancam walau
seorangpun dari mereka. Tidak diizinkan bangsa Yahudi untuk tinggal bersama mereka di Iliya’, meskipun
hanya satu orang.” Bangsa Yahudi tidak dibenarkan tinggal di al-Quds kerana persengketaan yang sengit
di antara mereka dengan rakyat Iliya’ sehingga mereka sendiri tidak mahu orang-orang Yahudi untuk
tinggal bersama

2 PENJELAJAHAN DAN
PENJAJAHAN PORTUGIS

Gibraltar yang terletak di selatan Sepanyol berasal dari Jabal Tariq yang bermaksud ‘ 25
Gunung Tariq’. Nama ini diambil sempena nama Tariq bin Ziyad, seorang panglima Islam
kerana beliau berjaya menakluki kawasan ini sekitar tahun 711 Masihi.

Andalusia sebagai salah satu pusat ketamadunan dan peradaban Islam yang
terunggul dan cemerlang di dunia.5

Dengan latar belakang sedemikian serta kejatuhan satu demi satu wilayah jajahan
Byzantium khususnya oleh bangsa Turki Saljuk di Manzikert pada 1071 Masihi,
ditambah dengan ancaman sang penakluk dari Norman yang mengecilkan lagi
empayar telah menambahkan permasalahan kekaisaran Byzantium. Dalam upaya
mengatasi masalah-masalah tersebut, Kaisar Byzantium, Alexios I Komnenos,
telah mengambil inisiatif menyatukan bangsa-bangsa Kristian bagi mengusir

5 Fathul Makkah, Fathul Quds, Fathul Andalusia, merujuk kepada sikap umat Islam yang mengambil
pedoman dari sunnah Rasulullah ‫ ﷺ‬dari sifat rahmatan lil ‘alamiin. Sejarah penaklukan wilayah-
wilayah oleh kaum Kristian seringkali berbeza dengan pembebasan wilayah oleh umat Islam yang akan
menghamparkan sikap salaman dan rahmatan lil ‘alamin, memelihara ksejahteraan rakyat yang Islam
dan bukan Islam. Sedangkan golongan Kristian sering menunjukkan sikap sebaliknya seperti yang
berlaku dalam sejarah pembantaian umat Islam dan Yahudi sekaligus dalam tragedi Perang Salib
di Palestin

‘musuh-musuh gereja’ secara kebersamaan, lalu mengajukan permohonan kepada
Paus Urbanus II. Paus bersegera mengirim surat ke semua raja-raja di seluruh
Eropah mengajak untuk turut serta dengan menjanjikan imbuhan yang lumayan
termasuk hasil mahsul kekayaan, emas dan tanah di Palestin serta penebusan
segala dosa dan ganjaran syurga bagi para kesatria yang ikut berperang.

Mengikuti seruan Paus Urbanus
II yang berapi-api, maka
pada 27 November 1095 di
Dewan Clermont, lebih dari 100,000
orang Eropah dari pelbagai lapisan
masyarakat mula bergerak ke Palestin
untuk “membebaskan” tanah suci dari orang
Islam dan mencari kekayaan di Timur. Mereka
sampai ke Jerusalem dalam tahun 1099,
mengepung umat Islam hampir 5 minggu,
26 seterusnya melakukan pembantaian kejam
ke atas mereka sehingga akhirnya berhasil
merampas kota tersebut.6

Monumen Paus Urbanus II yang terletak
di Clermont-Ferrand, Perancis.

6 Dalam tempuh masa dua hari saja, pihak Kristian berhasil membunuh sekitar 40,000 orang Islam
secara biadab. Kedamaian dan kerukunan di Palestin yang telah berlangsung semenjak zaman
pembebasan al-Quds di bawah Khalifah Umar al-Khattab, berakhir dengan sebuah pembantaian yang
sangat mengerikan. Salah seorang dari tentera Perang Salib, Raymond dari Aguiles, telah
membanggakan kekejian ini dalam catatannya:
“Pemandangan mengagumkan terlihat. Sebahagian orang kami telah memenggal kepala musuh-musuh
mereka; lainnya membidik dengan panah, sehingga mereka berjatuhan dari menara-menara; lainnya
menyiksa mereka lebih lama dengan memasukkan mereka ke dalam nyala api. Tumpukan kepala, tangan
dan kaki terlihat di jalan-jalan kota. Kami perlu berjalan di atas mayat-mayat manusia dan kuda. Tapi
ini hanya masalah kecil dibandingkan dengan apa yang terjadi di Haikal Sulaiman, tempat di mana
ibadah keagamaan biasanya disenandungkan. di haikal dan serambi Sulaiman, para tentera bergerak
dalam [kubangan] darah hingga lutut dan tali kekang mereka.”

2 PENJELAJAHAN DAN
PENJAJAHAN PORTUGIS

Seusai perampasan, tentera Kristian menjadikan Jerusalem sebagai ibu
kota mereka dan mendirikan kerajaan Katolik yang terbentang dari Palestin
sehingga Antakiyah. Namun penguasaan mereka tidak kekal lama, hanya
mampu bertahan selama 88 tahun sahaja. Pada tahun 1187, Sultan Salahuddin
al-Ayyubi berhasil menghimpunkan seluruh kekuatan kerajaan Islam di bawah
panji-panji jihad dan mengalahkan tentara Perang Salib di Hattin.7 Perang Salib
berlarutan sehingga menjelang akhir abad ke-13 Masihi dengan banyak
kemenangan di pihak Islam dan mengakibatkan merosotnya kekuatan
kekaisaran Byzantium sehingga dapat ditakluki pula oleh orang-orang Islam
dari Turki selang beberapa abad kemudian.8

7 Berbeza dengan pembantaian keji yang dilakukan oleh pihak Kristian terhadap orang-orang Islam dan 27
Yahudi di Jerusalem, Sultan Salahuddin dan bala tenteranya teah mempamirkan akhlak toleransi, kasih
sayang dan keadilan yang agung terhadap mereka, malahan lebih hebat dari yang ditunjukkan oleh para
pemimpin Kristian sendiri sehingga menyingkirkan rasa kegusaran bahawa mereka semua akan
dibantai sebagai membalas dendam terhadap tinda tanduk mereka semasa menakluk Jerusalem dahulu.
Salahuddin hanya memerintahkan semua Kristian Katolik untuk meninggalkan Jerusalem, manakala
yang Ortodoks, dan tentera Perang Salib, diizinkan untuk terus tinggal dan beribadah menurut pilihan
mereka. Karen Armstrong menggambarkan pemerintah Islam yang terulung ini sebagai berikut :
“Pada tanggal 2 Oktober 1187, Salahuddin dan tenteranya memasuki Jerusalem sebagai penakluk
dan selama 800 tahun berikutnya Jerusalem tetap menjadi kota Muslim. Salahuddin menepati janjinya,
dan menaklukkan kota tersebut menurut ajaran Islam yang murni dan paling tinggi. Dia tidak
membalas dendam pembantaian tahun 1099, seperti yang Al Qur’an anjurkan (Q.S. 16:127), dan sekarang,
permusuhan telah berakhir, ia menghentikan pembunuhan (Q.S. 2:193-194). Tak ada satu orang
Kristian pun dibunuh dan tidak ada perampasan. Jumlah tebusan pun disengajakan sangat rendah.
Salahuddin menangis terharu karena kesedihan keluarga-keluarga yang terpecah-belah dan ia
membebaskan banyak dari mereka tanpa tebusan, sesuai himbauan Al Qur’an, meskipun menyebabkan
keputus asaan bendaharawannya yang telah lama menderita. Saudara lelakinya, al-Adil, begitu tertekan
kerana penderitaan para tawanan sehingga dia meminta Salahuddin seribu orang dari mereka untuk
dibebaskan di tempat itu juga. Semua pemimpin Muslim dibuat geram melihat orang-orang Kristian kaya
melarikan diri dengan kekayaan mereka, yang semestinya dapat digunakan untuk menebus semua
tawanan. Uskup Heraclius sendiri membayar tebusan dirinya sepuluh dinar seperti halnya tawanan lain
dan bahkan diberi pengawalan khusus untuk menjaga keamanan harta bendanya selama perjalanan
ke Tyre.”
8 Ahli sejarah Eropah yang terkenal iaitu Goustaf Le Bon pernah membuat pengakuan berikut:
“Korban yang diberikan Eropah, baik korban jiwa mahupun korban harta selama dua abad adalah
terlalu banyak, sedangkan kaum Muslimin masih tetap menguasai negeri-negeri itu yang
bertahun-tahun orang Kristian hendak merampasnya.”

Ilustrasi menunjukkan pemerintah Islam di Granada terpaksa menyerah kalah kepada
Raja Ferdinand II dan isterinya, Ratu Isabella II ketika mereka menakluki kota Granada
pada tahun 1495. Dengan ini, berakhirlah kekuasaan Islam di Sepanyol.

28

2 PENJELAJAHAN DAN 29
PENJAJAHAN PORTUGIS

Apa yang menarik tentang peristiwa Perang Salib adalah kesannya yang
hebat terhadap perkembangan politik, ekonomi dan sosio-budaya yang besar
khususnya di Eropah Barat. Di satu sisi, tragedi kejatuhan Jerusalem di tangan
puak Kristian dalam tahun 1099 Masihi dalam Perang Salib Peringkat Pertama
telah menyuntik semangat kepada puak Kristian di Semenanjung Iberia untuk
meningkatkan usaha Reconquista mereka, khususnya dalam merebut kembali
wilayah Andalusia dari tangan orang-orang Islam, sehingga akhirnya berhasil
diusir sepenuhnya dalam tahun 1492.

Secara langsung mahupun tidak langsung, bolehlah disimpulkan bahawa
Perang Salib dan Reconquista merupakan lanjutan daripada konflik-konflik
permusuhan yang hebat di antara orang Kristian dan orang Islam dari awal
perkembangan Islam di jazirah Arab sehingga melarat-larat dalam era kemunculan
bangsa Portugis dan Sepanyol di Alam Melayu pada awal abad ke-16 Masihi.

Di sisi yang lain pula, pertembungan orang-orang Eropah dengan dunia Islam
di Timur Tengah, Eropah Selatan dan Timur telah membawa kepada suatu
perubahan besar dalam perkembangan alam pemikiran dan kebudayaan orang
Eropah sehingga memunculkan era Renaissance. Menurut The New Columbia
Encyclopedia (1975):

“Di Italy Renaissance bermula pada abad ke-14 Masihi dan memuncak dalam
abad ke-15 dan ke-16 Masihi. Di tempat yang lain di Eropah, kebangkitan boleh
dikatakan bermula dari abad ke-15 Masihi hingga pertengahan abad ke-17 Masihi”.

Anjakan paradigma yang berlaku dalam perkembangan intelektualisme dan
kebudayaan masyarakat Eropah sebenarnya amat terkait rapat dengan kelahiran
agama Islam yang dibawa oleh Rasulullah ‫ ﷺ‬dalam abad ke-6 hingga ke-7 Masihi.
Ajaran Islam yang bersumber dari wahyu Allah ini bukan sahaja telah mewujudkan

bangsa Arab yang berperadaban tinggi dari asal kemunduran zaman jahiliyahnya
dahulu, malahan Islam juga menuntut umatnya untuk mempelajari, menghayati,
menghargai serta memperkembangan ilmu dan amalan fardhu ain mahupun
fardhu kifayah (juga disebut sebagai Ilmu Alat), sehingga lahirlah generasi demi
generasi umat Islam yang berilmu, berfikiran luas, berdaya maju, bertamadun,
berperadaban dan berbudaya tinggi dengan kelahiran pusat-pusat ketamadunan
Islam yang terunggul di dunia seperti di Baghdad, Andalusia dan Turki Uthmaniyah.

Sedangkan waktu itu dunia Barat masih berada dalam era kegelapan,
kemunduran, kebekuan alam pemikiran, penuh kekhurafatan, kejumudan dan
penindasan di sana-sini oleh golongan feudal Eropah. Penguasaan dan pengaruh
pihak gereja sangat berleluasa sehingga melampaui batasan dengan mengekang
dan mengongkong rakyat jelata, ekonomi dan pelajaran termasuklah dalam
aspek perkembangan alam pemikiran. Natijahnya menyebabkan kebosanan
dan kemarahan masyarakat Eropah kepada golongan feudal dan pihak gereja
sekaligus menginginkan perubahan.
30
Apabila para pejuang Perang Salib yang jauh ketinggalan dari aspek
intelektualisme, ketamadunan dan kebudayaan bertembung pula dengan para
pejuang Islam serta dunia mereka, yang jauh lebih maju dan berperadaban tinggi
telah membuka pemikiran orang-orang Eropah untuk mempertingkatkan diri
mereka. Maka muncullah era Renaissance.9

9 Renaissance merupakan titik awal dari sebuah peradaban moden di Eropah. Salah satu intipati dari
semangat Renaissance adalah pandangan bahawa manusia bukan hanya memikirkan nasib di akhirat
seperti semangatnya di abad Pertengahan atau Zaman Kegelapan, tetapi harus berupaya juga untuk
memikirkan, mengawal, mengendali dan berdaya maju dalam menghadapi kehidupan di dunia, bukan
menyerahkan semua nasib pada takdir Tuhan semata-mata. Pemikiran Renaissance menganggap
bahawa segala penderitaan, kesengsaraan dan musibah di dunia dapat diperbaiki dan diatasi oleh
kekuatan manusia dengan akal budi, penguasaan diri, mengendali serta mengupayakan bakat-bakatnya.
Manusia bukan hamba melainkan tuan atas dirinya. Pemikiran ini juga disebut sebagai humanisme,
semangat manusia baru yang dapat dipelajari melalui pengkajian di bidang sastera, falsafah, sejarah,
perundangan dan sebagainya

2 PENJELAJAHAN DAN
PENJAJAHAN PORTUGIS

Melalui terjemahan bahasa Arab, kerajaan Andalusia
telah berhasil mengasimilasikan Islam dengan
falsafah dan pusat kecemerlangan Greek sehingga ia
turut menyumbang kepada pembangunan keseluruhan
negara Barat yang didominasi oleh kaum Kristian.
Orang Kristian dari Castille dan Aragon yang memusuhi
orang Islam sanggup datang untuk menuntut ilmu di
Granada.

Kemunculan Andalusia di Sepanyol sebagai sebuah negara Islam telah 31
menyebabkan ramai orang Eropah terutama jirannya Itali, datang menuntut ilmu
di sana. Menurut Dr. Gustane Len Bon di dalam bukunya “Islamic and Arab
Civilization”:

“Orang Muslim mengkaji sains bertujuan untuk penggunaannya. Oleh itu adalah
tepat untuk memberi gelaran kepada tamadun orang Muslim sebagai guru kepada
Eropah (Europe’s Professor) kerana melalui mereka sains Romawi dan Yunani
ditemui semula dan dikembalikan kepada Eropah semasa ia keluar dari Zaman
Kegelapannya”.

Melalui terjemahan bahasa Arab, kerajaan Andalusia telah berhasil
mengasimilasikan Islam dengan falsafah dan pusat kecemerlangan Greek
sehingga ia turut menyumbang kepada pembangunan keseluruhan negara Barat
yang didominasi oleh kaum Kristian. Orang Kristian dari Castille dan Aragon yang
memusuhi orang Islam sanggup datang untuk menuntut ilmu di Granada. Kaum
bangsawan Eropah pula sering memanggil doktor-doktor Arab untuk mengubati

32

Manuskrip kitab pembedahan yang ditulis
oleh pakar bedah Islam Andalusia iaitu
Az-Zahrawi.

2 PENJELAJAHAN DAN 33
PENJAJAHAN PORTUGIS

mereka, malahan sekolah perubatan telah didirikan oleh orang Perancis di kota
Montpelier dengan mempunyai beberapa orang guru dari bangsa Arab Sepanyol.10

Orang Eropah mula belajar menggunakan sabun dan minyak wangi, menikmati
keenakan makanan bergula, memakai kain sutera, minum teh dan menggunakan
rempah ratus dalam makanan serta mengambil faedah dari berbagai komoditi
yang berharga dari dunia Timur. Permintaaan berbagai komoditi dagangan
dari dunia Timur inilah yang menjadi penggalak kepada usaha penjelajahan,
penerokaan dan perdagangan ke Asia.

Di Itali, muncul bandar-bandar seperti Venice, Genoa, Florence, Rom dan Milan
serta bandar-bandar ini dijadikan pusat perdagangan antarabangsa. Kedudukan
Itali yang strategik kerana dikelilingi Laut Mediterranean menjadikan kota
tersebut lokasi persimpangan utama dan sebagai pusat perdagangan antarabangsa.
Bandar-bandar ini juga menjadi pusat perkembangan ide baru kerana di situlah
berlakunya pertembungan pelbagai bangsa, budaya, bahasa dan agama.

Renaissance yang berlangsung sekitar dua abad telah melahirkan masyarakat
Eropah yang lebih progresif sehingga mencetuskan semangat inkuiri yang besar
dan diterjemahkan pula kepada aktiviti-aktiviti penjelajahan dan penerokaan
mengharungi belahan dunia termasuklah ke dunia Timur dengan jumlah belanja
serta pengorbanan fizikal yang bukan sedikit.

10 Dusuki Hj Ahmad. 1982. Ikhtisar Perkembangan Islam. Hlm 353-354

PERSIAPAN KE ARAH ERA PENJELAJAHAN

Antara bidang ilmu yang dikagumi dan diburu oleh masyarakat Eropah dalam dunia
Islam adalah ilmu yang terkait dengan pelayaran dan penjelajahan seperti astronomi,
geografi, matematik dan kartografi. Hatta beberapa kitab ilmu pengetahuan hasil
karya orang Islam yang terkait dengan bidang-bidang tersebut diterjemah oleh
orang Eropah ke bahasa Latin, contohnya kitab Ilmu Falak yang berjudul al-Jadual
al-Falaki hasil tulisan al-Batani diterjemah oleh Plato dari Triloli dan diulang terjemah
oleh Afonso X. Kitab al-Jadual al-Falaki hasil tulisan al-Khawarizmi pula diterjemah
oleh Aderlard dari Bath. Begitu juga dengan judul Teori Ilmu Hisab dan Statistik yang
disusun oleh al-Khawarizmi juga diterjemah oleh Aderlard.11

Kebetulan orang-orang Arab sememangnya sudah mencapai banyak kemajuan
serta pengalaman dalam bidang pelayaran. Bangsa Arab sudahpun terlibat dalam
perdagangan maritim berabad-abad sebelum kemunculan Islam. Maka orang
Kristian yang kembali dari perang bukan sahaja mula berfikiran terbuka dengan
34 membawa angka-angka Arab, ilmu algebra, ubat-ubat bedil dan kompas dari dunia
Islam malah mula mendapat ilham dan inspirasi dari kegiatan perdagangan dan
dakwah mereka yang intensif menerusi ekspedisi-ekspedisi pelayaran sehingga ke
Timur Jauh.12

Dari tahun 1279-1325, Portugal diperintah oleh seorang raja yang pintar
dan bijaksana bernama Raja Diniz terkenal dengan gelaran Raja Puisi
(Rei Poeta) dan Raja Petani (Rei Lavrador). Baginda dikatakan orang yang

11 Ibid, Hlm 354-355
12 Christopher Colombus dari bandar pelabuhan kapal Genoe, Italy, tahu kewujudan benua di barat
Eropah melalui rujukan kepada tulisan-tulisan kitab geografi yang dikarang oleh tokoh Islam yang
terkenal, Ibn Rusyd. Antara pengembara Islam yang terkenal ialah Ibni Battutah, Ibn Jubayr dan Ibn Majid.
Ibn Majid telah diperas ugut untuk memandu Vasco Da Gama dalam salah satu siri pelayarannya
sehingga ke Alam Melayu

2 PENJELAJAHAN DAN
PENJAJAHAN PORTUGIS

35

Ilustrasi menunjukkan Raja Diniz sedang mendengar sesuatu dari
seorang ilmuwan Portugal.

bertanggungjawab membentuk rasa bernegara dan melakar identiti serta jatidiri
orang-orang Portugis. Baginda menyusun dan mengukuhkan ekonomi negara,
mempromosikan pertanian dan perdagangan antarabangsa sehingga mengambil
inisiatif mengadakan triti perdagangan dengan England. Baginda mengangkat
bahasa Portugis sebagai bahasa rasmi kerajaan dan menyusun sistem perundangan
dan membangunkan prasarana negara. Raja Diniz juga berbakat dalam bidang
puisi, malahan sering menjadi penaung di bidang kesusasteraan dan pengajian ilmu
sehingga terbentuknya Universiti Lisbon dalam tahun 1290.13

13 Joseph F. O’Callaghan (2013), A History of Medieval Spain. Cornell University Press. Hlm 458

Baginda juga menyumbangkan jasa yang besar dengan membangunkan armada
laut Portugal, sehingga dikenang sebagai pemerintah yang meletakkan asas awal
mengangkat penguasaan dan ‘ketuanan’ Portugis dalam bidang pelayaran dan
penjelajahan dunia di masa-masa kemudian.

Seorang lagi bangsawan Portugis yang disebut sebagai tokoh penting pada abad
ke-15 Masihi di awal wujudnya Empayar Portugal adalah Putera Henry (1394-1460),
Duke of Viseu, salah seorang putera Raja John I (1385-1433) yang mengasaskan
Dinasti Aviz. Beliau bertanggungjwab dalam perkembangan awal penerokaan serta
perdagangan maritim Portugal yang disusun atur olehnya di barat Afrika, pulau-
pulau Lautan Atlantik serta mencari laluan-laluan perkapalan yang baru.14

Di wilayah Sadre yang terletak di hujung barat selatan Portugal, Putera Henry
mengambil inisiatif menghimpun ahli-ahli astronomi, geografi dan nakhoda-
nakhoda kapal untuk bertukar-tukar fikiran tentang ilmu perkapalan dan pelayaran.
Beliau juga telah mendirikan sebuah balai cerap di sebuah gereja serta mendirikan
36 sekolah ilmu pelayaran. Di bawah kendaliannya, Portugal berhasil membina

Di wilayah Sadre yang terletak di hujung barat
selatan Portugal, Putera Henry mengambil inisiatif
menghimpun ahli-ahli astronomi, geografi dan
nakhoda-nakhoda kapal untuk bertukar-tukar fikiran
tentang ilmu perkapalan dan pelayaran. Beliau juga
telah mendirikan sebuah balai cerap di sebuah gereja
serta mendirikan sekolah ilmu pelayaran.

14 Richard H. Major (1868). The life of Prince Henry of Portugal Surnamed the Navigator. Asher, hlm 151.
Sejarah pengluasan jajahan Portugal di luar negara bermula zaman Dinasti Aviz, yang mana penjajahan
disusun atur oleh pemerintahnya dari Raja Emmanuel (1495-1521M), Raja John III (1521-1557 Masihi)
dan Raja Sebastian (1557-1578 Masihi). Lihat A da Silva Rego, op. cit. Hlm 3

2 PENJELAJAHAN DAN
PENJAJAHAN PORTUGIS

Pulau Madeira yang terletak di barat laut Afrika iaitu berseberangan dengan negara 37
Maghribi telah ditemui oleh armada laut Portugis pada tahun 1419. Sehingga hari ini, pulau
ini berada di bawah kekuasaan negara Portugal.

kapal laut yang mempunyai tiga tiang dengan berat 50 hingga 200 tan untuk
menghadapi gelombang-gelombang laut yang besar. Setiap tahun beliau
menghantar delegasi demi delegasi dalam siri penjelajahan untuk mengkaji serta
menerokai peluang-peluang perdagangan khususnya di bahagian barat Afrika.

Di bawah dokongan dan organisasi beliau, armada laut Portugis telah menemui
bahagian barat Afrika seperti Madeira dalam tahun 1419, Pulau Azores pada 1431,
Senegal pada 1446 dan Tanjung Verde pada 1455,15 sehingga dapat membawa
pulang segala hasil mahsulnya termasuk komoditi pertanian, emas dan hamba.
Keberhasilan ini bukan sahaja telah menggalakan pertumbuhan ekonomi negara,
ianya juga mendorong Portugal untuk belayar lebih jauh ke bahagian barat dan
selatan pantai Afrika melalui pengkalan-pengkalan yang dibina di tempat-tempat
yang strategik seperti Pulau Azores dan Tanjung Verde.

15 W. N Weech, History of the world. Hlm 69

Inisiatif Putera Henry telah merubah lanskap sejarah Portugal dan meletakannya
di barisan hadapan dalam era baru penjelajahan dan penjajahan dunia.
Bagaimanapun, selepas kematiannya pada 1460, aktiviti-aktiviti pelayaran dan
penjelajahan Portugis terbantut buat sementara waktu dan aktif semula di bawah
pemerintahan Raja John II (1477-1477 dan 1481-1495) yang memanfaatkan
usaha Putera Henry dalam mengelola ekspedisi-ekspedisi penjelajahan.

Dalam hal ini, cabaran terpenting yang dihadapi oleh kerajaan-kerajaan Eropah
adalah masalah penguasaan orang-orang Islam terhadap laluan perdagangan
di Lautan Hindi yang berpotensi menghubungkan Eropah ke Dunia Timur buat
pertama kalinya.

CABARAN PENGUASAAN ARAB ATAS DAGANGAN TIMUR

Di zaman pemerintahan khalifah-khalifah Umaiyyah dan Abbasiyah, lalu lintas
perdagangan diantara Lautan Hindi dengan Asia Timur telah jatuh ke dalam
38 genggaman umat Islam sehingga mendatangkan kecemburuan pada kuasa-kuasa
Kristian di Eropah.

Prof Hamka dalam bukunya Sejarah Umat Islam menyebut:

“Teranglah bahawa sampai kepada abad ke-15, sebelum munculnya bangsa
Portugis, perniagaan di Lautan Hindi sampai ke Tiongkok, melalui pulau-pulau
Melayu adalah seluruhnya di tangan Arab. Bahkan Afonso de Alburquerque ketika
hendak menyerang Melaka dan dalam pertualangannya membuka pusat perniagaan
di Goa (India), telah memakai penunjuk jalan orang-orang Arab.” 16

16 Prof. Dr. Hamka. 1994. Sejarah Umat Islam. Hlm 425

2 PENJELAJAHAN DAN
PENJAJAHAN PORTUGIS

Peta glob dunia yang dibuat atas perintah Khalifah Abbasiyah iaitu Khalifah al-Ma’mun 39
(813-833). Pada peta ini jelas kelihatan peta India, Sri Lanka, Alam Melayu dan China yang
membuktikan telah adanya pelayaran oleh orang-orang Arab Islam ke timur jauh pada abad
ke-9 Masihi.

Seawal masa pemerintahan Khalifah Uthman ibn Affan para mubaligh Arab,
hatta para sahabat Nabi ‫ ﷺ‬sendiri telah sampai ke China. Mereka belayar
melalui lautan India dan laut China menuju pelabuhan Kwangjou di China Selatan.
Pada masa itu China berada di bawah pemerintahan Dinasti T’ang (618-907), yang
mengambil pendirian membuka pintu masuk seluas-luasnya untuk kedatangan
orang-orang luar sehingga berlakulah hubungan dagangan yang pesat dengan
empayar Islam.

Pedagang dan pelaut Arab yang belayar ke China mesti melintasi Selat Melaka
lalu singgah di pelabuhan-pelabuhan di pesisiran pantai Selat Melaka kemudian
terus menuju ke pelabuhan-pelabuhan lain di Gugusan Pulau-pulau Melayu.
Sejarawan dan pengembara Arab17 pada abad ke-8 hingga ke-10 Masihi seperti

17 Rujuk G.R Tibbett. 1965. The Malay Peninsula as known to the Arab geographers, MJ T6 9. Hlm 21-43

Ibn Khurdadhbih, Baladhuri, Tabari, Abu Zaid dan Abu Dulaf telah memberikan
banyak maklumat tentang tempat-tempat dan pelabuhan-pelabuhan yang
dikunjungi oleh pedagang dan pengembara Arab pada zaman awal Islam.

Mereka menyebut tentang kerancakan hubungan dagangan di antara para
pedagang Arab dengan China sehingga perlu melalui pelabuhan-pelabuhan yang
bertaburan di daerah-daerah Melayu yang tidak kurang menarik dengan hasil-hasil

tempatan. Antara tempat-tempat yang menjadi
persinggahan mereka waktu itu ialah
Kedah, Champa, Tioman, Pahang, Jawa,
Melayur (Jambi dan Palembang) dan
Srivijaya.

Sumber-sumber lama China
juga ada menyebut tentang
para perantau Arab yang
40 beragama Islam sejak tahun
600 Masihi sudah banyak
ditemukan yang bermukim
di Aceh. Seorang sami China

Batu nisan makam seorang
pendakwah dan pelayar Islam
bertarikh 419 Hijrah bersamaan
1028 Masihi yang ditemui di Pekan
Pahang.

2 PENJELAJAHAN DAN 41
PENJAJAHAN PORTUGIS

bernama I Ching mencatatkan bahawa dalam tahun 672 Masihi ketika beliau
berangkat dari Canton ke India melalui Selat Melaka, beliau sempat singgah di
beberapa pelabuhan pantai Barat Sumatera di bahagian Aceh dan menemui orang-
orang Arab Muslim yang disebutnya sebagai Ta-Shih dalam loghat China yang
bermaksud bangsa Parsi.18

Terdapat juga dalam catatan lama China tentang perutusan yang dihantar pada
tahun 674-675 Masihi oleh seorang Raja Arab (Raja Ta-Shih) ke Tanah Jawa (Cho’
Po) dalam masa pemerintahan kerajaan Kalingga (Ho-Ling) dan Raja Arab yang
dimaksudkan itu tidak lain melainkan Muawiyah bin Abi Sufyan.19 Beliau meninggal
dunia pada tahun 680 Masihi. Berkemungkinan orang-orang Arab Muslimin yang
ditemui I Ching dalam pelayarannya di Aceh, Sumatera dalam tahun 672 adalah
utusan sama yang dihantar oleh Khalifah Muawiyah dan sampai ke Tanah Jawa
dalam tahun 674-675 itu.

Para pedagang Arab yang berlabuh di pelabuhan-pelabuhan rantau ini bermukim
untuk tempuh beberapa bulan kerana menunggu keadaan angin monsun untuk
meneruskan pelayaran disamping menambah bekalan, bahkan juga untuk
melakukan ‘barter’ perdagangan dengan penduduk setempat. Malahan tempoh
ini juga memberi peluang kepada saudagar Muslimin serta mubaligh-mubaligh
agama menyebarkan dakwah Islamiyyah yang sememangnya menjadi
tanggungjawab umat Rasulullah ‫ ﷺ‬sehingga seringkali berlaku juga
perkahwinan di antara saudagar-saudagar mahupun mubaligh-mubaligh Arab
dengan wanita-wanita tempatan, hatta dengan puteri-puteri golongan bangsawan
atau raja yang memerintah.

18 Drs Tgk H. Ameer Hamzah, Sejarah Masuk dan berkembangnya Islam di Perlak/Pasee/Aceh,
seminar bersempena Majlis Ijtimak Ulama Pondok Se-Alam Melayu ke-2, Yayasan Al-Jenderami,
Dengkil, Selangor pada 12-14 April 2007. Hlm 7
19 Hamka, Sejarah Umat Islam, op.cit, Hlm 670-672 Muawiyah adalah Khalifah Islam yang pertama
sekali mendirikan armada angkatan laut dan Biro Penyelidik bagi negara-negara luar

RANGSANGAN PAUS DALAM PERJANJIAN TORDESILLAS

Lalu lintas perdagangan di antara Lautan Hindi dengan Asia Timur yang
berada dalam genggaman umat Islam telah mencetuskan suatu rangsangan kuat
kepada pihak Kristian bagi mencari ikhtiar menggugat sumber kekuatan ekonomi
mereka kerana sedar bahawa kekuatan militer empayar Islam sukar ditembusi.
Suasana permusuhan yang diperhangatkan dengan
peristiwa Perang
Salib yang bermula
dari kawasan selatan
Syria dan merebak
hingga ke Sepanyol,
di antara tentera Islam
dan Kristian selama
beberapa abad lamanya
sehingga kaum Kristian
42 di Syria dan Palestin telah
dihambat keluar oleh
tentera Islam di bawah
pimpinan Salahuddin al-
Ayyubi telah menyebabkan
pihak Kristian berdendam

Perjanjian Tordesillas tahun 1494
antara Portugal dan Sepanyol.

2 PENJELAJAHAN DAN
PENJAJAHAN PORTUGIS

Selepas kejatuhan Konstantinopel ke tangan Turki
Uthmaniyah, orang Eropah mula mencari laluan
alternatif baru di laut. Ini kerana kebanyakan jalan
darat ke Timur melalui Timur Tengah, Afrika Utara dan
Jalan Sutera juga telah berada di bawah penguasaan
orang-orang Islam.

dengan umat Islam dan menanam cita-cita untuk melumpuhkan kekuatan 43
empayar Islam yang luas itu dan gagah itu.

Selain itu, pihak Kristian juga mahu menyekat saluran penting penyebaran
dakwah umat Islam di merata pelosok muka bumi, dimana melalui saluran
perdagangan jalan laut. Ianya membuka ruang kesempatan seluas-luasnya bagi
syiar Islam disebarkan di pusat-pusat perdagangan sedunia. Selepas kejatuhan
Konstantinopel ke tangan Turki Uthmaniyah, orang Eropah mula mencari laluan
alternatif baru di laut. Ini kerana kebanyakan jalan darat ke Timur melalui Timur
Tengah, Afrika Utara dan Jalan Sutera juga telah berada di bawah penguasaan
orang-orang Islam.

Kesempatan datang dalam bentuk gabungan dua kuasa besar di Semenanjung
Iberia iaitu pemerintah Kristian di Wilayah Castille dan Aragon sekitar pertengahan
abad ke-15 Masihi. Portugal yang beberapa abad terdahulu telah mengalami
kestabilan politik di Semenanjung Iberia dapat menumpukan perhatian bukan
sahaja kepada pembangunan kerajaannya. Malahan kepada misi-misi penjelajahan
yang memberikan faedah besar daripada sudut pembangunan negara bangsa
yang baru, pembaharuan serta perkembangan alam pemikiran, perolehan
produk-produk yang menguntungkan ekonomi dan pelbagai faedah lain.


Click to View FlipBook Version