The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by pssskbatukikir, 2021-04-29 09:29:06

Rahsia Penaklukan Melaka 1511

Rahsia Penaklukan Melaka 1511

Dalam catatan Afonso de Albuquerque dan anaknya pula dinyatakan tentang
penggunaan senjata api oleh Kesultanan Melaka ketika berperang menentang
Portugis seperti berikut:-
“Pembaca tidak perlu terkejut apabila saya menyatakan bahawa tiga ribu buah
meriam telah diambil di Melaka, kerana Rui de Araujo dan Nina Chatu memberitahu
Afonso de Albuquerque bahawa terdapat lapan ribu buah (meriam) di kota itu. Ada
dua alasan untuk mempercayai perkara ini. Pertama ialah Melaka mempunyai
tembaga merah dan bijih timah yang banyak dan oleh kerana itu pembuat meriam
mereka adalah setanding dengan pembuat meriam Jerman. Alasan yang lain ialah
kota tersebut menganjurkan sebuah gabungan di sepanjang pantai sewaktu Afonso
de Albuquerque mendarat, mereka membedil beliau dari semua arah.” 5

5 T.F. Earle dan John Villiers. 1995. Albuquerque Caesar Timur : Teks-teks Pilihan daripada Afonso de
Albuquerque dan Anaknya. Hlm 127

194

Replika meriam Peca de Malacca, salah satu
meriam Kesultanan Melaka yang dirampas oleh
Portugis.

6 KEKALAHAN MELAKA PADA PORTUGIS BUKAN
DISEBABKAN KELEMAHAN TEKNOLOGI SENJATA API

Penyelidikan arkeologi ini telah membuktikan bahawa
Pahang pernah menjadi pusat pembuatan meriam
bagi menghadapi Siam yang merupakan ancaman
utama Melaka pada ketika itu. Acu meriam tersebut
berkeluasan 19.9 sm diameter dan ketebalannya
masing-masing berukuran 7 sm dan 1.3 sm. Selain itu,
Linehan turut menemui batu-bata binaan asas bagi
tembok ataupun benteng.

Pembuatan meriam oleh orang-orang tempatan di zaman Kesultanan Melayu 195
Melaka iaitu sebelum kedatangan penjajah barat telah disahkan oleh seorang
ahli arkeologi Inggeris yang bernama William Linehan. Dalam sebuah makalah
yang bertajuk Some Discoveries on the Tembeling, William Linehan yang telah
melakukan kajian arkeologi di Jeram Kawi, berhampiran Sungai Tembeling,
Pahang telah menemukan dua buah bekas yang diperbuat dari tanah liat
dibakar (seperti labu sayong) yang berbentuk meriam. Hasil daripada kajian
tersebut, beliau mendapati bahawa dua bekas tanah liat yang berbentuk meriam
itu adalah acu bagi pembuatan meriam di zaman Kesultanan Melayu Melaka.

Penyelidikan arkeologi ini telah membuktikan bahawa Pahang pernah menjadi
pusat pembuatan meriam bagi menghadapi Siam yang merupakan ancaman
utama Melaka pada ketika itu. Acu meriam tersebut berkeluasan 19.9 sm diameter
dan ketebalannya masing-masing berukuran 7 sm dan 1.3 sm. Selain itu, Linehan
turut menemui batu-bata binaan asas bagi tembok ataupun benteng. Pada batu-
bata ini terdapat tanah liat yang dibakar yang menjadi simen untuk melekatkan
antara satu bata dengan bata yang lain.6

6 W. Linehan.1928. Some Discoveries on the Tembeling. Journal of the Malayan Branch of the Royal
Asiatic Society Jld 6 No.4 November 1928. Hlm 66-81

Catatan dari beberapa orang sejarawan Portugis seperti Fernao Lopes De
Castanheda jelas menyatakan bahawa semasa Portugis berperang dengan
Melaka, tentera-tentera Kesultanan Melaka telah pun menggunakan senjata api.
196 Catatan ini membuktikan bahawa angkatan tentera Kesultanan Melayu Melaka
telah memiliki senjata api sebelum kedatangan Portugis lagi. Fernao Lopes De
Castanheda mencatatkan bahawa Sultan Melaka memiliki sebanyak lapan ribu
pucuk senjata api yang terdiri dari meriam dan senapang pelantak.7

Catatan seorang Itali yang bernama Giovanni de Empoli yang menyertai
angkatan tentera Portugis menyerang Melaka pada tahun 1511 menyatakan
bahawa beliau berasa kagum dengan sistem pertahanan Melaka yang terdiri
dari kubu yang dibina dari batang pokok yang besar dan tebal. Kubu-kubu itu
dilengkapi dengan meriam-meriam besar dan kecil dalam jumlah yang banyak
serta bekas-bekas yang penuh dengan belerang.8

7 M.J Pintado. 2012. Portuguese Documents On Malacca (1509- 1511). Hlm 319
8 Barbara Watson Andaya dan Leonard Y. Andaya. 2015. A History of Early Modern Southeast Asia,
1400-1830. Hlm 98

6 KEKALAHAN MELAKA PADA PORTUGIS BUKAN
DISEBABKAN KELEMAHAN TEKNOLOGI SENJATA API
Istinggar yang merupakan salah satu senjata api
utama Melayu yang digunakan dalam peperangan.

Menurut catatan Portugis, senjata api yang digunakan oleh angkatan tentera 197
Melaka ketika berperang dengan Portugis ialah meriam bersaiz besar yang
dinamakan meriam agung, meriam bersaiz kecil yang dinamakan lela dan rentaka,
senapang yang dinamakan sebagai istinggar dan pistol yang dinamakan sebagai
terakol. Sebagai contoh, Joao de Barros mencatatkan tetang penemuan meriam
yang besar dan berat di Kota Melaka seperti berikut:-

“Terdapat tiga ribu pucuk meriam daripada lapan ribu pucuk meriam yang dimiliki
oleh musuh telah ditemui yang mana jumlahnya dimaklumkan oleh Rui Araujo
tatkala dia memberikan maklumat (kepada Albuquerque selepas dia dibebaskan,
sebelum berlakunya serangan ke atas kota). Beberapa pucuk meriam sangat berat,
dan salah satu daripada meriam-meriam yang sangat berat itu adalah sangat cantik
yang mana ianya dihadiahkan oleh Raja Calicut tidak beberapa lama sebelum ini.” 9

9 M.J Pintado. 2012. Portuguese Documents On Malacca (1509- 1511). Arkib Negara Malaysia,
Kuala Lumpur. Hlm 181

Penggunaan meriam bersaiz kecil iaitu lela dan rentaka serta istinggar pula
antaranya dicatatkan oleh Gaspar Correia seperti berikut:-

“Tentera-tentera Islam (Melaka) sangat ramai dan mereka lengkap bersenjata
dengan senapang-senapang (istinggar), anak-anak panah beracun, meriam-
meriam logam yang kecil, busur bersilang, lembing dan tombak-tombak, yang
mana panjang dan diperbuat daripada buluh, dengan mata besi yang kelihatan
seperti nyalaan api.”10

Kesimpulannya, berdasarkan kepada catatan-catatan Portugis yang diiktiraf
sebagai antara sumber primer tentang sejarah Kesultanan Melaka, penggunaan
senjata api seperti meriam dan istinggar (senapang lantak) giat digunakan oleh
angkatan tentera Kesultanan Melaka. Dari catatan-catatan Portugis, maka
jelaslah bahawa angkatan tentera Kesultanan Melaka tewas di tangan Portugis
bukan kerana kelemahan teknologi senjata api yang dimiliki mereka. Afonso de
Albuquerque sendiri mengakui bahawa kehebatan pembuatan meriam di Melaka
198 setanding dengan pembuatan meriam di Jerman.

10 Ibid. Hlm 227

Dari catatan-catatan Portugis, maka jelaslah bahawa
angkatan tentera Kesultanan Melaka tewas di tangan
Portugis bukan kerana kelemahan teknologi senjata
api yang dimiliki mereka. Afonso de Albuquerque
sendiri mengakui bahawa kehebatan pembuatan
meriam di Melaka setanding dengan pembuatan
meriam di Jerman.

6 KEKALAHAN MELAKA PADA PORTUGIS BUKAN
DISEBABKAN KELEMAHAN TEKNOLOGI SENJATA API

Meriam lama yang ditemui di Lubuk Batu, Segamat. 199
Lubuk Batu merupakan salah satu tempat di mana
angkatan tentera Melaka berundur setelah berperang
dengan Portugis pada tahun 1511.

FAKTOR UTAMA KEKALAHAN TENTERA MELAKA KEPADA PORTUGIS

Dalam catatan sejarah, begitu banyak peristiwa yang menyaksikan tentera yang
ramai dikalahkan oleh tentera yang sedikit. Malah kerajaan-kerajaan yang hebat
dan besar seperti Dinasti Ming dan Daulah Uthmaniyah turut pernah mengalami
kekalahan pada angkatan musuh yang jauh lebih kecil.

Dalam Perang Tumu tahun 1449 Masihi, 500,000 orang tentera Dinasti Ming tewas
kepada tentera Mongol yang berjumlah 20,000 orang. Perang ini juga menyebabkan
Maharaja Ming iaitu Maharaja Zheng Tong ditawan tentera Mongol.

Perang Vienna tahun 1526 pula menyaksikan kekalahan tentera Uthmaniyah dengan
jumlah tentera seramai 100,000 orang kepada tentera Vienna yang berjumlah
hanya 20,000 orang. Ketika itu, kelengkapan perang dan senjata api Uthmaniyah
jauh lebih banyak dan canggih berbanding Vienna.

Sebenarnya, angkatan tentera Portugis hampir tewas ketika berperang dengan
Melaka. Hal ini menyebabkan beberapa orang panglima perang Portugis menggesa
Afonso de Albuquerque untuk berpatah balik ke India dan membatalkan hasrat
menakluki Melaka. Namun keazaman dan tekad Afonso menyebabkan beliau
bertegas untuk terus menyerang Melaka dan seterusnya mencapai kejayaan.

Berikut adalah 10 faktor kekalahan tentera Melaka di tangan Portugis yang
membawa kepada penaklukan Kota Melaka :-

1) Penyakit al-Wahn (Cintakan dunia dan takutkan mati)

Disebabkan Melaka dilimpahkan dengan kekayaan yang luar biasa, maka ramai di
kalangan orang-orang Melaka telah ditimpa penyakit al-Wahn iaitu cintakan dunia
dan takutkan mati. Ini adalah punca utama kekalahan Melaka di tangan Portugis.
Dari al-Wahn inilah timbul penyakit-penyakit lain seperti sombong, zalim, kedekut,
angkuh, mengabaikan jihad, pengkhianatan, dendam dan iri hati sesama sendiri,
200 rasuah dan sebagainya.

2) Pengalaman perang Portugis

Sebelum berperang dengan Melaka, Portugis sentiasa berperang yang
menyebabkan mereka memiliki kepakaran dan kemahiran yang tinggi dalam
perang hasil dari pengalaman-pengalaman tersebut selain meningkatkan kekuatan
fizikal dan mental tentera. Dengan tentera yang kecil, Portugis mampu menakluki
Goa dan menewaskan pakatan Uthmaniyah-Mamluk-Calicut. Sedangkan tentera
Melaka hidup dalam suasana aman damai yang menyebabkan mereka kurang
berpengalaman dalam perang.

6 KEKALAHAN MELAKA PADA PORTUGIS BUKAN 201
DISEBABKAN KELEMAHAN TEKNOLOGI SENJATA API

3) Posisi Portugis sebagai penyerang

Dalam perang, pihak yang menyerang memiliki kelebihan psikologi berbanding
pihak yang bertahan. Sebagai pihak yang menyerang, tentera Portugis hanya
membawa diri dan peralatan perang. Sedangkan tentera Melaka memiliki keluarga
dan harta kekayaan yang perlu dipertahankan dan diselamatkan. Ini menyebabkan
sebahagian mereka memiliki pertimbangan lain seperti melarikan diri atau
membelot.

4) Raja Portugis berhabisan melabur dalam usaha menakluki Melaka

Raja Portugis berusaha sedaya upaya untuk menakluki Melaka dengan melakukan
pelaburan yang tinggi. Dengan sebab itu, ketika Portugis hampir tewas dengan
tentera Melaka dan beberapa panglima Perang Portugis menggesa Afonso de
Albuquerque untuk membatalkan niat menakluki Melaka, Afonso de Albuquerque
bertegas agar perang dengan Melaka mesti diteruskan sehingga menang walau
sebarang akibat buruk yang terpaksa ditanggung oleh Portugis.

5) Ketokohan Afonso de Albuquerque

Afonso de Albuquerque sememangnya dikenali dengan sikap licik, mempunyai
kepintaran dalam strategi perang serta memiliki kekuatan mental dan emosi yang
ampuh. Beliau banyak menghabiskan masanya berperang di laut dan di darat.
Oleh kerana itu, Afonso de Albuquerque diberi gelaran Kaisar Timur. Ketokohan
dan kebijaksanaannya melayakkannya setara dengan seorang kaisar (maharaja)
walaupun beliau hanya seorang pembesar bagi sebuah kerajaan. Beliau juga
digelar ‘Singa Di Lautan’ (Lion of the Seas) kerana kepintarannya dalam berperang
di laut-laut.

6) Kelemahan Sultan Melaka

Sultan Melaka yang terakhir iaitu Sultan Mahmud Syah memiliki beberapa sikap
yang negatif seperti bersikap kejam dan terburu-buru dalam melaksanakan
hukuman. Hal ini dapat dibuktikan dari peristiwa pembunuhan Tun Mutahir dan
ahli keluarganya. Baginda juga bersikap curang dengan isteri Tun Biajid iaitu
salah seorang pembesarnya. Sikapnya ini sangat berbeza dengan sikap Sultan-
sultan Melaka yang terdahulu yang terkenal dengan ketokohan, kebijaksanaan dan
memiliki pelbagai kebaikan.

7) Pengkhianatan para pembesar Melaka

Perasaan dendam dan tidak senang dengan Sultan Melaka membawa kepada
pembelotan beberapa pembesar Melaka. Oleh itu, mereka telah bekerjasama
dengan membocorkan maklumat-maklumat sulit pertahanan Melaka.11

202
8) Portugis mendapat sokongan pedagang asing di Melaka

Pedagang-pedagang asing bukan Islam yang berasal dari China dan India telah
memberikan bantuan kepada Portugis. Sebagai contoh, pedagang China telah
menyediakan dua buah jong untuk kegunaan Portugis menyerang Melaka. Di
samping itu, seorang ceti dari India yang sangat berpengaruh di Melaka iaitu Nina
Chatu turut memberikan bantuan kepada Portugis.12

11 Rujuk M.J Pintado. 2012. Portuguese Documents on Malacca From 1509-1511. Hlm 161, 169
dan 325
12 Ibid. Hlm 317

6 KEKALAHAN MELAKA PADA PORTUGIS BUKAN 203
DISEBABKAN KELEMAHAN TEKNOLOGI SENJATA API

9) Sultan Melaka tidak melakukan persediaan perang yang rapi

Portugis menyatakan bahawa antara kelemahan Sultan Melaka yang ketara
dalam menghadapi perang dengan Portugis ialah Sultan Melaka tidak menyediakan
sebuah kota pertahanan kepada Kota Melaka. Kota pertahanan yang berfungsi
sebagai kota satelit sangat penting dalam mempertahankan sesebuah pusat
kerajaan. Ini diakui sendiri oleh Afonso de Albuquerque di mana beliau berkata
seperti berikut:-

“Melaka adalah sebuah kota yang besar dan ianya kelihatan sukar untuk ditawan.
Hal ini akan menjadi kenyataan sekiranya Sultan memiliki sebuah kota yang lain
yang dia boleh perkukuhkan. Namun dia tidak memilikinya. Jika dia kehilangan
Melaka, dia akan mengalami kehilangan yang mutlak” 13

10) Penaklukan pelabuhan-pelabuhan di India

Sebelum Portugis melancarkan perang ke atas Melaka, mereka telah berjaya
menawan beberapa buah pelabuhan di India seperti Diu, Calicut dan Goa. Dengan
itu, kedudukan Portugis di bahagian timur sangat kukuh di mana pelabuhan-
pelabuhan di India ini menjadi pengkalan tentera mereka yang sangat strategik.

13 Ibid. Hlm 341

204

Meriam agung Ki Amuk yang dibuat oleh Kesultanan Demak digunakan untuk
berperang menentang Portugis di Sunda Kelapa (Jakarta) sekitar tahun 1527.

PNEAMSIEBRMINETLAAHKAANDPIOBRATWUAGHIS

7

206

KOTA MELAKA DALAM PENTADBIRAN PORTUGIS
Penawanan Melaka diraikan oleh gereja Katolik sebagai peristiwa
yang amat penting. Acara perayaan kemenangan tersebut diadakan di
Rom dalam gereja St. Maria del Popolo dan diiringi dengan doa serta
perarakan istimewa yang dikepalai oleh Paus Leo sendiri.1

1 Manuel Teixera. 1961. The Portueguese Missions in Malacca and Singapore (1511-1958). Hlm 87

7 NASIB MELAKA DI BAWAH 207
PEMERINTAHAN PORTUGIS

Perubahan besar terjadi, bukan kemerdekaan orang-orang Melaka sahaja yang
dipunahkan oleh Portugis malah kebengisan dan keganasan juga menjadi alat yang
dilancar dan dilepaskan sekaligus bedil dan meriam. Setelah berhasil merampas
istana Sultan Melaka, masjid utama iaitu Masjid Agung Melaka yang terletak di
tepi pantai Sungai Melaka serta tanah-tanah perkuburan sultan-sultan Melaka di
depan kaki Bukit Melaka (Bukit St. Paul hari ini) juga habis dibongkar dan dijarah. Di
atas tapak masjid inilah dibina kubu A Famosa,2 sebahagian binaannya diambil dari
batu-batu makam dan nisan-nisan umara, ulama dan pembesar Melaka.

Portugis turut melakukan “Portuguese Inquisition” ke atas Melaka iaitu satu proses
penghapusan Islam secara total. Semua masjid-masjid dirobohkan atau ditukar
menjadi gereja. Batu-batu nisan pada makam umat Islam habis dibongkar dan
dicabut. Umat Islam juga dipaksa memeluk agama Kristian. Mereka diseksa dengan
seksaan yang penuh kejam seperti mana yang dilakukan ke atas umat-umat Islam
di India.

Fernao Lopes De Castanheda telah mencatatkan seperti berikut:-

“Batu-batu, yang terdiri daripada granit, telah diambil dari batu-batu nesan
para bangsawan, masjid dan bangunan-bangunan lain. Kewujudan batu-batu

2 Sebaik sahaja Portugis menawan Melaka, mereka telah menggunakan buruh paksaan untuk
membina kubu sementara bagi menangkis serangan orang-orang Melayu, sekaligus membina terus
kubu utama yang digelar “A Famosa”, atau secara rasminya Kubu Melaka (Fortaleza de Malaca). Kota A
Famosa mengambil masa selama 5 bulan untuk dibina. Akibat suhu panas terik dan kekurangan
makanan, ramai buruh paksa yang mati ketika membina kota tersebut. Pembinaan kota A Famosa
menjadi lambang penentangan penduduk Melaka masa itu sehinggakan memaksa pihak Portugis
membina kota pertahanan sebaik sahaja menguasai bandar Melaka
Kota A Famosa yang disiapkan mempunyai empat menara, atau ketelom (bastion), dengan tembok
setebal 2.4 meter hingga 4.5 meter. Menara-menara tersebut dikenali sebagai Baluarte San Pedro,
Baluerte de las Virgenes, Baluerte Madre de Dios, Baluerte Santo Domingo, dan Baluerte de Santiago.
Menjelang tahun 1583, Melaka telah menjadi bandar berkota yang dilindungi dengan tujuh puluh
meriam ke semua arah

ini tidak diketahui oleh Gabenor di mana Ruy de Araujo tidak memberikan maklumat
tentangnya. Batu-batu itu adalah bongkahan batu-batu yang telah siap diukir dan
tiada apa yang lebih baik (selain daripada bongkahan batu-batu tersebut) untuk
tujuan itu (pembinaan kubu). Banyak daripada batu-batu tersebut adalah batu-batu
nesan milik sultan-sultan yang terdahulu dan telah tertanam begitu dalam, maka
banyak kerja-kerja yang dilakukan dalam menggali batu-batu tersebut. Sebagai
tambahan kepada batu-batu granit, mereka menemui batu kapur yang mana
mereka menjadikannya sebagai mortar.” 3

Menurut catatan Professor Othman Mohd Yatim:

“Sekiranya kompleks makam diraja Melaka itu tidak dibongkar oleh Portugis,
sudah pasti kita dapat melihat ratusan malah ribuan batu nisan bertulis di kawasan
makam itu. Di situ terdapat makam yang penting dari segi sejarah seperti makam
Sultan Melaka, makam ulama, mubaligh Islam dan juga makam pembesar Melayu

208 3 M.J Pintado. 2012. Portuguese Documents on Malacca From 1509-1511. Hlm 353

Ilustrasi Portugis menggunakan orang-orang Melayu yang ditawan sebagai hamba abdi
untuk membina kubu A Famosa.

7 NASIB MELAKA DI BAWAH 209
PEMERINTAHAN PORTUGIS

sejak akhir abad ke-14 Masihi sehingga abad ke-16 Masihi. Musnahnya kompleks
makam diraja Melaka di kaki Bukit Melaka tersebut merupakan satu kerugian besar
terhadap khazanah kebudayaan Melayu berteraskan agama Islam.” 4

Hakikatnya, perampasan dan pemusnahan kuburan-kuburan Islam dan masjid-
masjid oleh penjajah Portugis adalah sebagai suatu misi untuk menghapuskan
kesan-kesan tamadun Islam dan menghilangkan setiap tulisan berhuruf Arab
dan setiap sebutan tentang Islam daripada kolektif ingatan masyarakat di Alam
Melayu. Ianya juga sebagai membalas dendam kepada umat Islam yang pernah
menguasai sebahagian besar daripada Semenanjung Iberia (wilayah Portugal dan
Sepanyol), berubah menjadi daulah Islam Andalusia dengan ketamadunan serta
peradaban Islam yang agung selama beberapa abad. Peristiwa Perang Salib yang
memihak kepada orang Islam serta penaklukan Istanbul oleh Sultan Muhammad
Fatih dalam tahun 1453 Masihi sebagai pusat kekuasaan Romawi Timur atau
Byzantine suatu masa dahulu.

4 Othman Mohd Yatim dan Abdul Halim Nasir. 2007. Epigrafi Islam terawal di Nusantara. Hlm 61

Hatta para pedagang dari gugusan kepulauan Melayu
dan tempat-tempat lain yang selama ini merasa aman
dan bersemangat untuk mencari rezeki di Melaka kini
mulai merasa curiga dengan kehadiran kuasa Portugis
yang terkenal keganasan dan kekejaman mereka di
merata dunia Islam.

Salah satu perkara penting yang terjadi sejurus kekalahan Melaka adalah
penghijrahan umat Islam secara beramai-ramai dari Kota Melaka kerana
bimbang dengan keselamatan nyawa dan harta benda mereka. Data-data
sejarah merujuk kepada bilangan orang Melayu yang tinggal sedikit di Melaka,
sedangkan kebanyakannya telah melarikan diri kerana bimbang diancam oleh para
perompak Portugis selepas mereka diserang dan dirampas dengan keganasan dan
kekejaman oleh tentera armada Afonso De Albuquerque. Penduduk tempatan
210 yang tinggal di Melaka pada zaman Portugis kebanyakannya adalah orang bukan
Islam seperti yang dicatatkan oleh Padre Manuel Godinho seperti berikut:

“ …para penduduk yang tinggal di kawasan dalam (Melaka) kebanyakannya masih
jahil (pagan) dan beragama Hindu-Buddha (Bragmanes).” 5

Hatta para pedagang dari gugusan kepulauan Melayu dan tempat-tempat lain yang
selama ini merasa aman dan bersemangat untuk mencari rezeki di Melaka kini
mulai merasa curiga dengan kehadiran kuasa Portugis yang terkenal keganasan
dan kekejaman mereka di merata dunia Islam.

5 Tatiana E. Denisova. 2011. “Sumber Historiografi di Alam Melayu: Koleksi John Bastion. Hlm 109

7 NASIB MELAKA DI BAWAH 211
PEMERINTAHAN PORTUGIS

Tentera Portugis menganggap semua kekayaan yang dikaut di Melaka selepas
perang adalah harta peribadi Portugal yang perlu dikeluarkan dari Kota Melaka
dengan serakah, langsung dibawa balik ke tempat asal mereka.6 Pentadbir Portugis
juga telah menaikkan kadar cukai yang tinggi sehingga aktiviti perdagangan
meleset, langsung menjejaskan kedudukan Melaka sebagai pusat perdagangan
yang sebelumnya diurus tadbir dengan profesionalisme dan berwibawa.

Akibatnya para pedagang berbondong-bondong keluar dari pelabuhan untuk
mencari pusat-pusat perdagangan yang lain di rantau ini. Keadaan ini akhirnya
menjadi sangat meruncing sehingga menatijahkan pentadbir Portugis mengeluarkan
perintah supaya menangkap semua kapal-kapal saudagar yang tidak mahu berniaga
di Melaka dan merampas segala harta benda dan komoditi dagangan mereka.7

Akibat dari dasar-dasar Portugis dalam mengurus Kota Melaka serta perdagangan,
antaranya telah menyebabkan politik dan pentadbiran di kawasan ini berubah wajah.
Melaka berubah menjadi sebuah ‘Kota Portugis’ yang mana golongan casados
(lelaki Portugis yang telah berkahwin) tampil menggantikan peranan penting orang-
orang Melayu dan para pedagang Gujerati dalam masyarakat Melaka terutamanya
selepas setengah abad tempoh pemerintahan Portugis iaitu dengan peningkatan
golongan casados khususnya mereka yang telah berkahwin dengan kaum-kaum
lain lalu melahirkan keturunan casados yang berkembang biak.

Keutamaan golongan ini memuncak apabila di kalangan mereka ramai yang
kemudiannya termasuk dalam nukleus politik pentadbiran Kota Melaka dengan

6 Kapal D’Albuquerque yang bernama Flor de la Mar memuatkan berbagai harta rampasan dari
Melaka serta hadiah-hadiah yang diterima oleh D’ Albuquerque. Antaranya adalah berbagai jenis senjata,
enam buah patung gangsa singa besar, berbagai jenis barang perhiasan, mutiara, emas, perak, tembaga,
duit timah dan sebagainya. Bagaimanapun kapal ini telah tenggelam dalam perjalanan pulang dari
Melaka
7 Ibid

212

Lakaran kubu A Famosa di Melaka semasa zaman pmerintahan Portugis.

7 NASIB MELAKA DI BAWAH 213
PEMERINTAHAN PORTUGIS

jaringan kekeluargaan dan pemilikan bilangan hamba yang ramai, sehingga
pengaruh mereka mengalahkan Kapten sebagai ketua pentadbir. Antara
sumbangan terbesar mereka adalah sebagai pertahanan kubu A Famosa,
khususnya di masa apabila tentera-tentera Portugis yang bergalang ganti dihantar
ke kubu ini mengalami banyak masalah disiplin kerana tidak dibayar gaji dengan
baik oleh pentadbir lalu merendahkan semangat mereka untuk bekerja dengan
gigih.

Contohnya dalam serangan Kota Melaka oleh gabungan beberapa kesultanan
Alam Melayu dalam tahun 1568, 1587, 1606 dan 1615 Masihi. Golongan casadolah
yang bermati-matian mempertahankan kubu A Famosa dengan semangat
kesetiaan dan kepahlawanan yang tinggi.8

Malahan disebabkan kelebihan dalam hubungan jaringan Alam Melayu, golongan
casado juga seringkali bertindak sebagai duta Portugis dalam hubungan dengan
kesultanan-kesultanan berjiran.

Dari sudut statistik, bilangan casado yang tinggal di Melaka selepas perang adalah
sekitar 60-200 orang sahaja. Contohnya dalam tahun 1532 Masih hanya 40
orang ‘casado’ yang tinggal di Melaka. Yang lain merupakan saudagar-saudagar
atau tentera-tentera yang menyinggah ke Melaka untuk sementara waktu sahaja.
Menurut catatan lain, daripada kurun ke-16 hingga ke-17 Masih, jumlah maksima
bilangan orang-orang Portugis yang tinggal di Melaka sekitar 600 orang sahaja.
Kebanyakan mereka merupakan pegawai kerajaan yang dihantar ke Melaka untuk
berkhidmat dengan Raja Portugal pada suatu tempoh tertentu dan akan kembali
ke tanahair mereka setelah tamat tempoh perkhidmatan.9

8 Paulo Jorge de Sousa Pinto. 2012. The Portuguese and the Straits of Melaka 1575-1619, Power,
Trade and Diplomacy, MBRAS Monograph 45. Hlm 201
9 Ini amat berbeza dengan zaman Belanda di Melaka mulai pertengahan kurun ke 17-19 Kebanyakan
yang datang adalah para pegawai syarikat-syarikat perdagangan dan mereka bermastatutin
di Alam Melayu secara tetap

Mulai abad ke 17 Masihi, golongan casado telah mengalami era kemerosotan
khususnya dari sudut ekonomi disebabkan kepentingan dagangan Portugis yang
merundum dengan begitu teruk sekali terutamanya setelah kehadiran pesaing
dagangan dari Eropah seperti Belanda dan Inggeris serta serangan-serangan yang
dilakukan oleh pihak pesaing ini bermula dari tahun 1606 Masihi. Bagaimanapun
sepanjang penjajahan Portugis di Kota Melaka, casados tetap menjadi ‘nukleus
politik’ terutama apabila jawatan-jawatan pentadbiran yang lain menjadi semakin
melemah di saat-saat akhir penguasaan Portugis di Melaka. Maka bolehlah
dikatakan golongan casado merupakan inti dan tulang belakang pada Kota Portugis
sampai ke saat penghabisan.

Bagaimana pula dengan layanan Portugis pada penduduk Melaka yang lain?

Dalam hal ini, telah menjadi dasar Portugal untuk bersahabat dengan mana-mana
kaum yang bukan Islam, sementara orang Islam dan Yahudi dimusuhi. Contohnya
di Goa, Raja Portugal telah mengarahkan semua orang Portugis untuk bekerjasama
214 dengan orang-orang Hindu dan menyokong permusuhan mereka dengan orang
Islam.

Catatan Afonso de Albuquerque sendiri menyebut: “Semua orang Muslim-lelaki,
perempuan, anak-anak dibunuh secara ganas; bila Albuquerque masuk Goa
pertama kali, 4 hari orang Portugis bersama dengan rakan-rakannya Hindu
mencurah keluar darah ribuan orang Muslim, membunuh semua yang mereka
ketemu di bandar. Jumlah mangsa melebihi 6 ribu orang-orang Muslim ditangkap
oleh orang Hindu dan Portugis dan dikuncikan di dalam masjid. Lepas itu masjid
dibakar bersama dengan orang Muslim itu”

Justeru, baik di India mahupun di Alam Melayu, Portugis telah memberikan jaminan
bahawa hak-hak orang Hindu sebagai pemilik harta dan tanah mereka adalah

7 NASIB MELAKA DI BAWAH 215
PEMERINTAHAN PORTUGIS

dibawah jaminan Portugal. Malahan, sebelum pecah perang 1511 Masihi, Afonso
de Albuquerque telah memastikan semua saudagar Hindu menerima permit untuk
keluar dari Melaka dengan semua harta mereka sebelum penaklukan. 10

Nina Chatu yang membantu kumpulan Ruy da Araujo semasa mereka dipenjarakan
telah diberikan jaminan khusus oleh Afonso de Albuquerque :

“Apabila semua bahaya telah berlalu, D ‘Albuquerque memberikan cuti untuk
menakluki kota itu, memberi amaran kepada orang-orangnya agar tidak
menyentuh rumah-rumah Nina Chatu, seorang Hindu yang bersahabat dengan Ruy
da Araujo.” 11

Sebagaimana dengan orang-orang Hindu, Portugis juga tetap menjalin
persahabatan dengan para pedagang China. Bagaimanapun belakangan jumlah
pedagang China menjadi semakin mengecil khususnya setelah terdirinya pusat
perdagangan Macao12 di China, selain peningkatan isu keselamatan di Selat
Melaka yang disebabkan berlakunya masalah pelanunan dan serang-menyerang
khususnya setelah kedatangan pesaing Eropah mulai awal abad ke 17 Masihi.

Kelunakan orang-orang Portugis dengan orang-orang yang mereka panggil sebagai
‘gentiles’ ini (iaitu yang bukan Islam dan bukan Kristian) turut dibuktikan melalui
dasar pentadbir mereka di Melaka yang menyokong perkahwinan campur di antara
askar dan pelaut Portugis dengan wanita-wanita tempatan yang kemudian menukar
agama mereka dan menjadi orang-orang Kristian. Sehingga lahirlah generasi

10 R.O Winstedt, The Portuguese period (in Malacca), (KP JB 121). Hlm 70
11 Ibid
12 Dalam tahun 1557 Masihi, Dinasti Ming telah memajak wilayah Macao kepada Portugis untuk
dijadikan pelabuhan dagangan. Dengan izin China, Macao kemudian diserahkan sepenuhnya
kepada pentadbiran Portugis sebagai sebuah koloni bermula tahun 1887 Masihi. Bagaimanapun, dalam
tahun 1999 Masihi, Macao dikembalikan pada kerajaan China

Kristian dari pelbagai bangsa campur yang dikenali sebagai Mulatto, Mesticos
dan sebagainya. Bagaimanapun maklumat tentang perkahwinan orang-orang
Portugis dengan wanita-wanita Melayu belum ditemui setakat ini.13

Dasar lunak pentadbiran Portugis dengan golongan gentiles ini telah mewujudkan
perkampungan Keling dan China di daerah Upeh serta penempatan komuniti
casados yang besar di dalam kubu A Famosa sendiri.14 Belakangan, apabila isu
keselamatan di Kota Melaka dapat dikawal, maka golongan casados ini telah
berserakan di tempat-tempat lain hatta di kawasan pendalaman Melaka yang
dahulunya hanya dihuni oleh orang-orang Melayu.

Malah pentadbir Portugis di Melaka telah melantik orang Keling Hindu15
sebagai shahbandar, bendahara dan orang-orang besar lainnya

216 13 Dasar berbaik dengan kaum-kaum ‘gentiles’ dizahirkan juga dengan
menghantar utusan-utusan diplomatik pada kerajaan-kerajaan seperti
Siam, Pegu, Pajajaran di Jawa serta pulau-pulau lain di Alam
Melayu
14 Dalam tahun 1597 Masihi, terjadi suatu kebakaran yang
besar di dalam kubu A Famosa yang menjilat hangus
1,000 buah rumah, merujuk golongan casados yang
tinggal di dalam kawasan kubu dan menjadi
sistem pertahanan yang kukuh semasa
berlakunya beberapa serangan ke atas
kubu tersebut
15 Di zaman Melaka, istilah “Keling’ lazim
digunakan merujuk kepada asal
usul (India) dan agama mereka (Hindu).
Istilah tersebut dapat dijumpai dalam
kitab Sulalatus Salatin, catatan para
pengembara serta penulis-penulis
Barat dan sebagainya

7 NASIB MELAKA DI BAWAH
PEMERINTAHAN PORTUGIS
Gereja St. Paul (Sao Paulo) dibina
oleh Portugis di atas tapak asal Istana
Kesultanan Melaka.

217

serta menyokong persaingan mereka dengan orang-orang Islam.16 Dalam ikhtiar
Afonso de Albuquerque untuk memastikan status Kota Melaka sebagai hab
dagangan yang penting dan selamat, beliau membuat dasar mengekalkan bentuk
sistem pentadbirannya berasaskan sistem Kesultanan Melaka.

Bagaimanapun, perubahan ini berlaku hanya pada nama sahaja, sedangkan
fungsinya berubah-ubah mengikut dinamika politik dalaman dan luaran Melaka.
Pada awalnya, jawatan Bendahara diberi tugas mengurus golongan gentiles,
khususnya komuniti Keling yang datang dari pesisiran Koromandel di India17 dan
diserahkan kepada Nina Chatu sebagai sekutu kuat Portugis pada waktu itu.
Bagaimanapun jawatan ini tetap dibuat mengikut sistem pewarisan sebagaimana di
zaman Melaka. Selain Nina Chatu, dalam rekod Portugis tercatat nama seperti Dom
Joao, Dom Henrique, Dom Fernando Leal dan sebagainya sebagai ‘bendara’ Kota
Melaka. Jawatan ini juga pernah di tukar fungsinya kepada ‘Ketua Orang Melayu’
semasa Paolo Fernandes menjawatnya sekitar tahun 1622 Masihi, hatta pernah
cuba dilupuskan terus, namun atas sebab politik tidak jadi dilaksanakan.18
218

Pada awalnya, jawatan Bendahara diberi tugas
mengurus golongan gentiles, khususnya komuniti
Keling yang datang dari pesisiran Koromandel di India
dan diserahkan kepada Nina Chatu sebagai sekutu
kuat Portugis waktu itu. Bagaimanapun jawatan ini
tetap dibuat mengikut sistem pewarisan sebagaimana
di zaman Melaka.

16 Orang Portugis menggunakan sistem kerajaan yang wujud di Melaka sebelumnya .D.R. Sai Desai,
‘The Portuguese administration in Malacca, 1511-1641’ (KP JB 93). Hlm 14
17 Dalam catatan Schoutens report in Leupe, The Siege and Capture of Malacca, hlm 98, disebut
jawatan bendahara sebagai ‘Judge of the Keling community from the Coromandel coast’
18 Paulo Jorge de Sousa Pinto, op.cit. Hlm 179

7 NASIB MELAKA DI BAWAH 219
PEMERINTAHAN PORTUGIS

Jawatan Temenggung pula diberi tugas mengurus golongan orang-orang Moor
(umat Islam), yang mana tugas tersebut diserahkan kepada seorang Muslim dari
Luzon19 manakala jawatan ini ditetapkan sebagai jawatan yang bukan diwarisi.
Dari awal lagi, jawatan ini tidak diberi kepentingan apa-apa kerana atas fungsinya
sebagai penjaga kepentingan dan urusan komuniti Islam yang sudah tidak
memegang peranan utama di Melaka selain bilangannya sudah sangat mengecil
berbanding komuniti Keling yang meningkat dari sudut pengaruh dan bilangan yang
ramai.20 Antara nama-nama mereka yang memegang jawatan ini adalah Regimo
de Raja, Dom Sebastio Tumago (sekitar 1585 Masihi) dan Joao Lopes de Amoreira
(sekitar 1610 Masihi).

Dari sudut pentadbiran kota Melaka, Portugis telah membahagikannya kepada
empat daerah utama yang setiap satunya diketuai oleh shahbandar dari pelbagai
bangsa. Setiap shahbandar mempunyai tugas tersendiri iaitu:

i. Mengawal kapal-kapal serta para saudagar dari timur seperti Cina,
kepulauan Liuchiu, Champa, Kalimantan Timur dan Siam.
ii. Mengawal pelayaran dari selatan seperti Jawa, Palembang serta
pulau-pulau Jawa yang lainnya.
iii. Mengawal kapal-kapal yang datang dari Sumatera Utara, Bengal, Malabar
dan Koromandel di India.
iv. Mengawal kapal-kapal dari Gujerat di India Barat yang merupakan
golongan yang paling ramai datang ke Melaka

19 Pendapat lain menyebut jawatan tersebut diserahkan kepada Utimuraja. Penyerahan tugas
bendahara kepada Nina Chatu memperlihatkan golongan Keling Hindu di Melaka telah
mengambil peranan penting sebagai sekutu Portugis, berbanding golongan Gujerati (Islam)
yang dahulunya merupakan sekutu kuat Kesultanan Melaka. Dikatakan komuniti Jawa juga
merupakan komuniti yang mempunyai peranan penting di Melaka, namun setakat ini penulis tidak
pasti apakah komuniti ini orang Islam atau Hindu.
20 Ibid

Duit syiling Portugis yang
digunakan di Melaka.

Pentadbir Portugis memberikan
hadiah sebagai salah
satu cara pembayaran
cukai dan sumber elaun
bagi shahbandar. Ini berbeza
daripada sistem Kesultanan
Melaka yang mana bukan sahaja
sultan-sultan Melaka menyimpan
perbendaharaan kesultanan di Melaka,
malahan ianya digunakan untuk perkembangan ekonomi di Melaka.

220 Afonso de Albuquerque juga telah memerintahkan 10 kapal perang berserta 300
anak-anak kapal untuk menjaga kawasan perairan Selat Melaka dengan diketuai
oleh Fernao de Andrade. Kubu A Famosa pula diletakkan di bawah kawalan Rui
de Brito Patalim dengan 300 bala tentera di bawah perintahnya untuk mengawal
kota Melaka. Rui de Araujo pula dilantik untuk membimbing semua ketua-ketua
tempatan tentang selok-belok pentadbiran serta perlu melapor pada Rui de Brito
sebagai ‘Ketua Kubu al Famosa’.

Sistem matawang baru telah diperkenalkan oleh Afonso de Albuquerque.
Sebelum ini emas dan perak digunakan sebagai matawang, terdapat juga
penggunaan wang timah yang dipanggil calains. Mata wang emas, perak dan timah
diambil dari Pedir, Pasai, Kembayat dan Gujerat untuk sistem jual beli di pelabuhan
Melaka. Manakala transaksi yang bernilai tinggi menggunakan sistem barter.

7 NASIB MELAKA DI BAWAH 221
PEMERINTAHAN PORTUGIS

Manakala Portugis pula memperkenalkan sistem duit syiling. Matawang emas,
perak dan timah yang berkualiti tinggi dicetak menjadi duit syiling. Afonso de
Albuquerque telah mencetak matawang timah dalam tiga jenis syiling. Nilai terkecil
dinamakan dinheiro, manakala syiling soldo bernilai 10 kali ganda dari dinheiro.
Bastardo pula bernilai 10 kali lebih tinggi dari soldo.

Matawang perak dari jenis berkualiti tinggi diambil dari Laus, sebuah wilayah
yang terletak di utara Pegu dan Siam dikenali sebagai malaquesa manakala
syiling emas dikenali sebagai catalico diambil sumber emasnya dari Sumatera dan
Liu-Kiu (Taiwan).21

FAKTOR AGAMA DI KOTA MELAKA

Salah satu kesan penting yang ditinggalkan oleh Portugis dan Sepanyol 22 di Asia
Tenggara selain tertegaknya kuasa politik Barat buat pertama kalinya di Alam
Melayu adalah sekaligus muncul serta berkembangnya agama Kristian kerana
sebelum itu, boleh dikatakan hampir tiada langsung agama ini di rantau ini. Agama
yang wujud waktu itu adalah agama Islam sebagai agama terbesar kemudian
Buddha dan Animisme. Paling sedikit ialah Hindu di Bali.

Berdasarkan saksi sezaman, antaranya R.S Whiteway, dicatatkan bahawa
agama Kristian disebarkan di Goa dan Alam Melayu secara paksa seperti berikut:

21 M.J Pintado. 2012. Portuguese Documents on Malacca From 1509-1511. Hlm 185
22 Setelah beberapa tahun Portugis berada di Alam Melayu, barulah muncul pula saudara dan
kerabat dekatnya orang-orang Sepanyol, mula diterokai dalam tahun 1521 Masihi oleh rombongan
Ferdinand Magellan. Misi mereka untuk menyebarkan agama Kristian lebih agresif, intensif dan
meluas berbanding Portugis, disebabkan waktu itu pemerintah Sepanyol, Raja Philip II dikatakan
menjadi agen yang paling cemerlang dalam menyebarkan Kristian di seluruh dunia. Berbanding
dengan Portugis yang menjajah Kota Melaka selama 130 tahun, Sepanyol dapat menjajah seluruh
Filipina kecuali di bahagian Sulu dan Mindanao untuk tempuh lebih 350 tahun dengan meninggalkan
legasi agama Kristian yang kuat sehingga ke hari ini

222

Jata Raja Afonso Henriques, Raja Portugal yang berjaya menewaskan gabenor Cordoba,
Muhammad Zubair dalam perang Ourique pada tahun 1139. Jata ini ditemui di Melaka
dan dipercayai dibawa oleh angkatan tentera Portugis sebagai pembakar semangat dalam
berperang.

7 NASIB MELAKA DI BAWAH 223
PEMERINTAHAN PORTUGIS

“ …untuk orang beragama lain dilarang melaksanakan ibadatnya. Bila orang
tempatan masuk agama Kristian dia dianggap sebagai orang Portugis dan
menerima semua hak yang sama. Tetapi bila ada orang tempatan yang masuk
agama Yahudi atau memeluk Islam dia ditangkap, dipenjarakan dan kena hukum
menjadi hamba pendayung ghali selama kehidupannya .” 23

Dasar ini diperkukuhkan melalui galakan yang dibuat oleh seorang mubaligh
Kristian yang terkenal di Melaka iaitu St. Francis Xavier:

“Jika setiap tahun sejumlah besar dari mereka (mubaligh Kristian) datang, dalam
tempoh yang singkat agama Muhammad (Islam) yang jahat ini akan dihapuskan.
Semua akan menjadi Kristian… ” 24

Dari masa ke semasa, penakluk Portugis ini menggubal peraturan-peraturan yang
mendokong usaha mengembangkan agama Kristian. Ada undang-undang yang
menetapkan anak yatim Islam diambil dan diasuh di bawah institusi-institusi
Kristian. Ada pula undang-undang yang melarang pergaulan dengan orang-orang
Islam melainkan dalam urusan rasmi.

Antara aktiviti-aktiviti keagamaan yang dilaksanakan di Melaka adalah seperti
berikut:

23 R.S Whitway.‘The rise of Portuguese power in India’. Hlm 66
24 Edith Anne Stewart, ‘The life of St Francis Xavier Evangelist, Explorer, Mystic’,(KP JB 104),
Perpustakaan Negara Malaysia, hlm 232. St Francis Xavier merupakan tokoh misionari Kristian
yang sangat terkenal sehingga mendapat gelar ‘The Apostle of India’, beliau telah pergi
ke pelbagai negara yang disebutnya sebagai pagan atau jahil demi menyebarkan ‘agama yang tulen’.
Antara tempat yang pernah dikunjunginya adalah India, Goa, Jepun, Mozambique, Melaka,
Ambon, Moluku dan sebagainya. Dalam tahun 1545-1547 beliau berada di Melaka

Puncak Bukit Senjuang di mana
Portugis pernah membina gereja di
sini selepas penaklukan Melaka tahun
1511.

i. Membina sekolah-sekolah Jesuits
ii. Mengajar agama Kristian dalam bahasa Melayu yang terkenal sebagai
224 bahasa lingua franca
iii. Terjemahan buku-buku agama Kristian ke dalam bahasa Melayu
iv. Penyebaran agama Kristian di kalangan anak-anak tempatan
v. Mengambil khidmat orang-orang Hindu tempatan yang berjaya
dikristiankan sebagai misionari-misionari Kristian 25

Dari sudut ekonomi pula, keutamaan diberikan kepada para pedagang Kristian.
Sebagai contoh, cukai sebanyak 6% diperuntukan kepada mereka, berbanding 14%
kepada pedagang Islam dan golongan gentiles.26

25 L. A Noonan, The First Jesus Mission in Malacca: a Study of the Use of the Portuguese Trading Centre
as a Base for Christian Missionary Expansion During the Years 1545 to 1552
26 Paulo Jorge de Sousa Pinto, The Portuguese and the Straits of Melaka 1575-1619, Power, Trade
and Diplomacy. Hlm 187

7 NASIB MELAKA DI BAWAH
PEMERINTAHAN PORTUGIS

Bagaimanapun dasar pendakyahan Kristian, prinsip- 225
prinsip memusuhi orang-orang Islam, sikap tidak
bertoleransi dan diskriminasi kepada golongan
gentiles dalam hubungan keagamaan, yang berlaku di
dalam Kota Melaka tidak diduplikasi dalam konteks
hubungan dengan kerajaan-kerajaan berjiran di Alam
Melayu.

Dasar memberikan status keutamaan dan keistimewaan kepada sesiapa sahaja
yang menganuti agama Kristian di Kota Melaka menyebabkan jumlah orang-orang
Kristian meningkat tinggi terutamanya dari kaum Keling Hindu27 dan golongan
hamba. Dasar ini juga berhasil mengubah wajah Kota Melaka menjadi sebuah Kota
Portugis yang mana orang-orang Kristian dan golongan casados serta keluarga
mereka berkembang biak selain mengambil peranan penting.

Bagaimanapun dasar pendakyahan Kristian, prinsip-prinsip memusuhi orang-orang
Islam, sikap tidak bertoleransi dan diskriminasi kepada golongan gentiles dalam
hubungan keagamaan yang berlaku di dalam Kota Melaka tidak diduplikasi dalam
konteks hubungan dengan kerajaan-kerajaan berjiran di Alam Melayu.

Walaupun pada awal era penjajahan mereka, Portugis hanya memilih untuk
membuat hubungan diplomasi dengan kuasa-kuasa yang bukan Islam di kerajaan-
kerajaan jirannya di Alam Melayu seperti kerajaan Buddha di sebelah utara Tanah

27 Pada masa awal penguasaan Portugis di Kota Melaka, mereka bersikap lunak dengan golongan
gentiles, terutamanya orang-orang Keling Hindu dengan menutup mata pada ritual-ritual
keagamaan mereka. Bagaimanapun sekitar fasa pertengahan era Portugis yang terkait
berlaknya Reformasi Kristian Katolik di Eropah, mereka mula mengubah prinsip dengan
memberikan tekanan kepada golongan gentiles untuk menganuti agama Kristian sehingga masa
itu angka orang-orang Kristian telah naik mendadak

Melayu serta kerajaan-kerajaan Hindu di Jawa, namun belakangan kuasa ini lebih
cenderung untuk mengambil sikap pragmatik demi survivalimenya di rantau ini,
yang rata-rata dilingkungi dengan kerajaan-kerajaan Islam yang sangat kukuh
pegangan agama masing-masing sehingga cubaan mengkristiankan Alam Melayu
gagal melainkan di beberapa tempat.
Sehinggakan dibina jaringan diplomasi dan dagangan dengan beberapa kerajaan
Islam, hatta pernah bersekutu pula dengan kerajaan Johor dan berbaik dengan
kerajaan Aceh sepanjang lebih 130 tahun tempoh penguasaan Portugis di Kota
Melaka. Keadaan ini berlaku apabila Portugis mengambil kesempatan pada
beberapa gejolak dan dinamika politik yang berlaku, samada secara dalaman
mahupun diantara sesama kerajaan Islam. Strategi ini merupakan suatu
kebijaksanaan Portugis dalam memastikan kelangsungan survival politiknya di
Alam Melayu.

226

Telaga peninggalan Portugis yang dijumpai di Merlimau, Melaka.

7 NASIB MELAKA DI BAWAH
PEMERINTAHAN PORTUGIS

Satu lagi persoalan yang sentiasa bermain di benak para pengkaji sejarah Melaka
selepas jatuh ke tangan Portugis dalam tahun 1511 Masihi adalah tentang nasib
yang menimpa penduduk Melayu di sana.

Seperti yang disebutkan sebelum ini, struktur kependudukan Kota Melaka berubah
selepas 1511 Masihi, antaranya kerana sikap penguasa Portugis yang membenci
orang-orang Moor (umat Islam), mengambil sikap tidak bertoleransi, membuat
dasar-dasar diskriminasi.

Antara langkah yang diambil pentadbir Portugis ialah mengasingkan orang Moor
dengan gentiles, seterusnya mengadakan undang-undang yang berlainan untuk
kedua kelompok ini. Maka kini jawatan bendahara menjadi wakil bagi gentiles
sementara jawatan temenggung menjadi wakil bagi komuniti Moor.

227

Ditambah pula dengan agenda pendakyahan Kristian Katolik yang intensif, agresif
serta berleluasa, sehingga kebanyakan orang-orang Islam mengambil langkah
berhijrah ke tempat-tempat lain, samada di Tanah Melayu sendiri mahupun di
kesultanan-kesultanan lain yang berserakan di Alam Melayu.

Maka yang mengambil alih penempatan orang-orang Melayu adalah para
gentile, sedangkan di dalam kubu A Famosa adalah golongan casado, kaum
keluarga serta hamba-hamba mereka. Perkampungan Keling Hindu menjadi
semakin meriah dengan bilangan mereka yang semakin ramai, selain status
mereka sebagai sekutu Portugis juga telah menjamin kedudukan ekonomi dan
politik mereka. Akhirnya Kota Melaka berubah menjadi Kota Portugis, sepertimana
yang dicatatkan dari berbagai sumber pengembara, pentadbir dan para missionari
Portugis, dengan ditekankan bahawa bilangan serta peranan casados dan orang-
orang Kristian menjadi dominan.

Natijahnya, maklumat mahupun statistik tentang orang Melayu yang berubah
228 menjadi orang Kristian pada masa itu sukar ditemui.28 Bagaimanapun, wujud satu

catatan menarik yang dipetik dari sumber Portugis yang bernama Eredia:

“..ramai orang Melayu pada zaman Melaka Portugis minum arak (wine) dan makan
babi walaupun menganggap diri mereka sebagai Muslim. Mereka senang pakai
hias-hiasan dari emas, tidak pandai membaca dalam Bahasa Arab, yang pandai
ialah pelbagai ulama yang datang dari negara-negara Arab.” 29

Catatan ini mendapat perhatian dan komen dari seorang akademik tempatan
bernama Professor Tatiana A. Denisova yang membuat kajian mendalam tentang

28 Manuel Texeira, The Portuegese missions in Malacca and Singapore (1511-1958), (KP JB 114)
29 J.V. Mills. 1997. Eredia’s Description of Malacca, Meridional India, and Cathay 1613. Hlm 50

7 NASIB MELAKA DI BAWAH
PEMERINTAHAN PORTUGIS

Pintu gerbang masuk ke Kampung
Portugis di Melaka.

sumber-sumber manuskrip milik John Bastin yang menyimpan banyak data-data 229
sejarah tentang Portugis di Melaka.30 Professor Tatianan Denisova menyebut:

“Sebenarnya susah hendak faham apakah orang Melayu yang disebutkan dalam
maklumat tersebut menyerupai betul-betul orang Melayu Muslim atau para
penduduk Melaka yang beragama lain. Menurut data-data sejarah yang lain
tidak ramai orang Melayu Muslim tinggal di Melaka pada masa itu. Orang Muslim
(termasuk juga orang Melayu) terpaksa lari dari Melaka kerana takut dibunuh oleh
para perompak Portugis selepas Melaka dirampas oleh D’ Albuquerque. Penduduk
tempatan yang tinggal di Melaka pada zaman Portugis kebanyakannya adalah
orang bukan Muslim. Padre Manuel Godinho menegaskan juga ‘para penduduk
yang tinggal di kawasan dalam (Melaka) kebanyakannya masih jahil (pagan) dan
beragama Hindu-Buddha (Bragmanes) ’” 31

30 Koleksi John Bastin adalah suatu kumpulan buku-buku tentang sejarah dan kebudayaan orang
Melayu. Koleksi John Bastin yang telah diperolehi pada tahun 1995, adalah koleksi peribadi terbesar
yang pernah diperolehi dalam bidang pengajian sejarah Malaya dan Indonesia
31 Tatiana A. Denisova. 2011. ‘Sumber Historiografi di Alam Melayu. Hlm 109

Patung Jesus yang dibina di dalam
Kampung Portugis, Melaka.

230

UMIMSSEELAANLHAMGAKUDASKIIERARLPAAOJMARATMUNEG-LKISAEYRDUAAJRAI AN

8

232

Kita telahpun maklum bahawa Portugal dan Sepanyol berasal dari
rumpun yang sama dan terletak bersebelahan di Semenanjung Iberia
di Eropah, hatta ditakdirkan menjadi dua kuasa Kristian terawal yang
bersaing mengembangkan kuasa di Alam Melayu. Mereka menempuhi
perjalanan sejarah yang sama dalam hubungan dengan dunia Islam.
Pertarungan berabad dari satu generasi ke satu generasi diantara
mereka dengan tentera Islam di Andalusia telah memaksa serta
menumbuhkan rasa kebencian, perseteruan dan dendam kesumat
yang mendalam. Dengan perasaan inilah mereka bertindak ganas
dan kejam semasa usaha reconquista ke atas Semenanjung Iberia
sehingga akhirnya berhasil menamatkan terus kekuasaan Islam di
sana dalam tahun 1492.

8 USAHA KERAJAAN-KERAJAAN ISLAM DI ALAM 233
MELAYU MENGUSIR PORTUGIS DARI MELAKA

Mengingatkan nasib Andalusia setelah ketiadaan pemerintahan Islam amat
menyedihkan. Sikap toleransi yang disemai oleh khalifah-khalifah Islam
Andalusia hancur luluh di tangan orang-orang Kristian Katolik. Bangsa Moor
telah diseksa dan diusir secara besar-besaran hanya kerana mereka orang-orang
Islam. Kristianisasi secara paksaan (converso) telah dilakukan oleh Raja Ferdinan.
Mereka yang enggan patuh dibunuh atau diusir. Masjid Cordova yang indah dan
megah ditukar menjadi gereja dalam tahun 1236. Bukan hanya umat Islam yang
ditindas malahan kaum Yahudi juga mengalami nasib yang sama. Pada abad
ke-13 Masih sahaja 3 juta orang Islam dan 2 juta orang Yahudi telah diusir keluar
dari Semenanjung Iberia.1

Kemenangan di Andalusia tidak menamatkan rasa perseteruan Portugal dan
Sepanyol ke atas umat Islam, malah semakin sengit dengan timbulnya
persaingan yang baru diantara orang-orang Islam dengan Kristian di perairan Laut
Mediteranean rentetan dari kejatuhan Kota Konstantinopel ke tangan Empayar
Othmaniyyah dalam tahun 1453 Masihi. Langkah Khalifah Othmaniyyah yang
berusaha meluaskan wilayah penaklukannya di Balkan, belakangan menawan
Vienna telah menyemarakkan lagi api permusuhan Islam-Kristian yang telah sedia
membara itu.

Kuasa Portugal dan Sepanyol merasa sangat cemburu dengan keupayaan dan
kejayaan pedagang Islam yang telah menguasai selok-belok pelayaran serta
perdagangan antarabangsa buat sekian lama. Hal ini mencetuskan tekad dan
strategi untuk menyaingi, sekaligus menghancurkan terus kekuatan dan kekuasaan

1 Orang Kristian dari lain mazhab atau yang didakwa sebagai ‘syirik’ juga tidak terlepas dari
kekejaman pemerintah Kristian Katolik. Inkuisi dilaksanakan dengan amat kejam, seorang yang tidak
mengamalkan ajaran Triniti akan dihukum gantung dan dibakar hidup-hidup Hal ini menyebabkan
masyarakat Portugal dan Sepanyol berada dalam era kegelapan kembali setelah berada di kemuncak
ketamadunan. Hanya pada tahun 1813 Masihi, amalan inkuisisi dinyatakan sebagai bertentangan
dengan perlembagaan dan dihapuskan. Bagaimanapun ianya memunculkan rasa kebencian
masyarakat Eropah kepada golongan feudal dan elemen-elemen keagamaan sehingga
memunculkan semangat ilmiah moden@sekular yang bersifat anti Tuhan

Kubu Portugis yang terletak di Hormuz, Iran. Kubu ini dibina atas arahan Afonso de
Albuquerque pada tahun 1507 setelah Portugis berjaya menakluki Hormuz.

umat Islam. Langkah permulaan berhasil dilaksanakan pada tahun 1415 dengan
penaklukan pelabuhan Islam di Cueta, Maghribi. Keberhasilan menjajahi wilayah ini
234 menjadi perangsang azimat untuk mengembangkan terus kuasa politik dan agama
Kristian di kawasan-kawasan umat Islam yang lain.

Perjanjian Tordesillas pada 1494 yang membelah-bahagikan dunia untuk dikuasai
dan dikristiankan oleh kedua-dua kuasa Portugis dan Sepanyol dengan restu
Paus di Vatican buat pertama kalinya merujuk kepada penglibatan pusat agama
Kristian Katolik secara langsung dalam gerakan kristianisasi sedunia. Ianya
menjadi dorongan yang amat mendalam kesannya tentang tugasan mulia untuk
mengembangkan Kristian dan menghancurkan Islam di seluruh pelosok dunia.

Hasil pelayaran Vasco da Gama yang sampai di Calicut pada tahun 1498 serta
hasil-hasil pelayaran Diego Lopez de Sequeira selanjutnya yang menemui
tempat-tempat di Aceh serta Melaka di pesisiran pantai Selat Melaka pada

8 USAHA KERAJAAN-KERAJAAN ISLAM DI ALAM
MELAYU MENGUSIR PORTUGIS DARI MELAKA

tahun 1509 telah menunjukkan kepada pelayar-pelayar Eropah ini tentang jalan 235
perdagangan Alam Melayu yang sebenarnya sudah berlangsung semenjak zaman
kuno.2

Dengan berselindung di sebalik apa yang disebut sebagai zaman penerokaan
Eropah, penemuan ‘dunia baru’ oleh para pengembara dan pelaut Portugis dan
Sepanyol dalam abad ke-15 telah menaikkan kedua-dua negara barat ini sebagai
kuasa laut terawal di kalangan negara-negara Kristian di Eropah. Penguasaan
Islam di atas lalu lintas perdagangan di Lautan Hindi telah cuba dirampas demi
sebuah impian yang besar untuk mengembangkan sayap kekuasaan di seluruh
pelosok dunia termasuk di wilayah-wilayah umat Islam. Dalam suasana inilah
berlaku pertembungan demi pertembungan dengan umat Islam di Hormuz, Goa dan
kemudiannya Alam Melayu.

2 Pelayar-pelayar dari negeri China telah lama melalui Selat Melaka dan menyusur pantai selatan Asia
atau pantai utara Aceh terus ke Ceylon di Hindia, berjalan terus ke Laut Merah dan ke Teluk Paris.
Pulang, pergi..pulang..pergi..begitulah seterusnya untuk berkurun-kurun lamanya

Apa yang paling mengujakan hati pelayar-pelayar Eropah ini adalah maklumat
bahawa rupa-rupanya Selat Melaka adalah laluan pedagang-pedagang Islam
yang merupakan musuh tradisional mereka. Lalu mereka berpendapat bahawa
untuk dapat menguasai perdagangan serta memerangi orang-orang Islam dan
pedagang-pedagang Islam, kunci lalu lintas perdagangan Selat Melaka ini perlu
dikuasai sepenuhnya dengan bantuan gerakan-gerakan ketenteraan.

Pada saat ketibaan mereka di Alam Melayu, rantau ini sebahagian besarnya
telah pun menerima Islam dan hal ini mencetuskan kembali rasa permusuhan
agama, simbolisnya sebagai kesinambungan perseteruan Kristian-Islam dalam
suasana seumpama Perang Salib.

Pada sisi umat Islam di sini pula, kemunculan kuasa Portugis pada tahun
1509 Masihi telah merangsang kembali semangat jihad yang telah pun membenih
dan tersemai luas dari saat mula kehadiran Islam di rantau ini selama beberapa
abad. Perlu diingat, Islam tiba di Alam Melayu di tengah-tengah kekuasaan
236 kerajaan-kerajaan Hindu-Buddha yang terlebih dahulu telah berakar umbi.
Contohnya Kesultanan Pasai sentiasa berwaspada tentang kemungkinan ancaman
dari kerajaan Buddha Srivijaya yang berpusat di Jambi dan kerajaan Buddha
Ayutthaya (Siam). Kesultanan Melaka pula sentiasa berjaga-jaga dengan ancaman
Buddha Ayutthaya yang sedang giat meluaskan jajahannya di utara Semenanjung
Tanah Melayu termasuk Kesultanan Pattani yang kebetulan berjiran dengan Siam.
Manakala Kesultanan Demak yang merupakan kerajaan Islam pertama di Tanah
Jawa,3 harus bersiap-siaga dengan sebarang kemungkinan yang datang dari kuasa
Hindu Majapahit yang juga berjiran dengannya.

3 Kerajaan Demak didirikan oleh Raden Patah pada tahun 1500. Kerajaan ini berperanan besar
dalam proses islamisasi di kepulauan Jawa, selain berkembang sebagai pusat perdagangan
dan penyebaran Islam.Wilayah Demak meliputi Jepara, Tuban, Sedayu Palembang, Jambi dan
beberapa daerah di Kalimantan

8 USAHA KERAJAAN-KERAJAAN ISLAM DI ALAM
MELAYU MENGUSIR PORTUGIS DARI MELAKA

Dalam sejarah kemunculan kuasa-kuasa Eropah di
Alam Melayu, keruntuhan Kesultanan Melaka paling
diratapi, malah dirasai kerugiannya oleh seluruh umat
Islam di rantau ini, berikutan Melaka dilihat sebagai
suatu kuasa politik Islam yang sangat berpengaruh
dan sedang mencipta nama yang semerbak harum,
bukan sahaja di rantau ini, malah tersebar ke seluruh
dunia.

Bermakna kemunculan Islam dalam suasana kekuasaan kerajaan-kerajaan 237
Hindu-Buddha telah lama bertapak di rantau ini telah menyebabkan kesultanan-
kesultanan Islam seperti Pasai, Melaka, Demak, Aceh, Patani dan sebagainya untuk
sentiasa berwaspada dan bersedia dengan sebarang kemungkinan berbekalkan
semangat jihad yang merupakan sebahagian daripada tuntutan agama demi
pembentengan dan pertahanannya.

Dalam sejarah kemunculan kuasa-kuasa Eropah di Alam Melayu, keruntuhan
Kesultanan Melaka paling diratapi, malah dirasai kerugiannya oleh seluruh
umat Islam di rantau ini, berikutan Melaka dilihat sebagai suatu kuasa politik
Islam yang sangat berpengaruh dan sedang mencipta nama yang semerbak
harum, bukan sahaja di rantau ini, malah tersebar ke seluruh dunia. Keagungan
dan kegemilangannya sebagai pusat perdagangan antarabangsa, pusat ilmu,
ketamadunan dan peradaban Islam yang diterjemah dalam rupa wajah rumpun
bangsa Melayu sangat dikagumi dan disanjungi oleh kawan dan lawan.

Penguasaan Kota Melaka oleh tentera Portugis telah mengubah paradigma politik
Alam Melayu. Saudagar-saudagar dari gugusan Kepulauan Melayu yang selama
ini merasa aman untuk mencari rezeki di Melaka, kini ramai yang berpindah ke

tempat-tempat lain untuk meneruskan aktiviti perdagangan. Maka hiduplah pula
pantai-pantai lain terutama di Sumatera Utara seperti Pasai, Pedir dan Aceh. Namun
kerana serakahnya orang-orang Portugis mencari komoditi-komoditi dagangan
telah menyebabkan mereka tidak peduli kepada sensitiviti masyarakat tempat,
sejurus menakluk Melaka telah mengalih perhatian kepada lubuk-lubuk komoditi
yang lain di rantau ini, menghala ke pantai-pantai mana saja di Alam Melayu, ke
Jawa, Maluku, Sulawesi, Kalimantan dan khusus pada yang di seberang Melaka
sendiri, ke pantai-pantai Aceh.

Hal ini menyebabkan kerajaan-kerajaan kecil seperti Aru, Pasai, Pedir, Aceh dan
Daya yang sebelum ini kurang berkembang kerana wujud di bawah bayangan
kemakmuran dan keagungan kesultanan Melaka, kini merasakan sudah
sampai masa untuk menguatkan kerajaan masing-masing, bukan sahaja untuk
membela kekalahan umat Islam di Melaka, tetapi juga bagi menghadapi apa juga
kemungkinan dari ancaman Portugis yang sudah tentu menyimpan hasrat untuk
terus mara mengembangkan jaringan serta jajahannya di rantau ini.
238
Apatah lagi, bisikan-bisikan dari pedagang-pedagang Islam dari Tanah Arab dan
Hijaz tentang perkara-perkara keganasan serta serakah yang dibuat di Ormuz dan
Goa sejurus sebelum menjarah kota Melaka serta khabar layanan buruk penjajah
ini setelah menguasai kota Melaka sendiri, telah dibawa oleh para saudagar Islam
dan alim-ulama yang lari melindungkan diri daripada kekejaman serta keganasan
Portugis, maka sudah tentu hal ini mencetuskan keazaman untuk berjihad dan
semangat ‘pan-Islamisme’ di kalangan para pemerintah dan rakyat Islam di Alam
Melayu. Ianya telah menatijahkan kerajaan-kerajaan di rantau ini untuk menghadapi
faktor Portugis dengan penuh kewaspadaan dan siap siaga.

Kejatuhan kerajaan Islam Melaka ke tangan Portugis pada tahun 1511
menyebabkan kerajaan-kerajaan Islam di Alam Melayu yang lain seperti Aceh,

8 USAHA KERAJAAN-KERAJAAN ISLAM DI ALAM
MELAYU MENGUSIR PORTUGIS DARI MELAKA

Sebahagian meriam Portugis yang
berjaya dirampas oleh Kesultanan
Cirebon ketika perang.

Demak, Banten dan sebagainya berusaha untuk mengusir Portugis dari Melaka. 239
Di samping itu, kerajaan-kerajaan ini turut bersaing bagi menggantikan peranan
Melaka sebagai pusat dakwah dan perniagaan di rantau ini. Sehubungan dengan itu,
kerajaan-kerajaan Islam di Tanah Jawa iaitu kerajaan Islam Demak, Kerajaan Islam
Banten dan kerajaan Islam Cirebon mempereratkan hubungan antara satu sama
lain. Mereka ingin bersatu dalam menentang Portugis dan seterusnya mengusir
Portugis dari Kepulauan Alam Melayu.

Setelah Melaka ditawan Portugis, Sultan Melaka yang terakhir iaitu Sultan
Mahmud Syah melarikan diri dari Melaka. Oleh itu, sultan-sultan di Tanah Jawa
berasa gusar dengan nasib umat Islam di Melaka kerana mereka hilang tempat
untuk bergantung. Di samping itu, Portugis yang sememangnya terkenal dengan
sifat zalim sentiasa menganiaya rakyat Melaka. Kerisauan ini membuktikan sultan-

sultan di Tanah Jawa pada ketika itu amat mengambil berat soal keselamatan
umat Islam. Mereka sentiasa memikirkan nasib saudara seislam dan berusaha
untuk membantu mereka dari dibelenggu penjajah. Di samping itu, mereka juga
memiliki semangat jihad yang tinggi hasil daripada keperibadian mereka yang
soleh dan warak.

Sememangnya sejak dahulu lagi, hubungan antara Demak dan Cirebon amat
baik. Di samping itu, kedua-dua pemerintah kesultanan ini dari keturunan Syeikh
Jamaluddin al-Husain Kubro. Sultan Syarif Hidayatullah atau Sunan Gunung Jati
(Sultan Cirebon) adalah cicit Syeikh Jamaluddin al-Husain Kubro dari sebelah bapa.

Makam Pati Unus,
Sultan Demak ke-2 yang
syahid terkorban di Selat
Melaka ketika berperang
menentang Portugis.

240

8 USAHA KERAJAAN-KERAJAAN ISLAM DI ALAM
MELAYU MENGUSIR PORTUGIS DARI MELAKA

Pati Unus telah pun melakukan persiapan untuk
berperang dengan Portugis di Melaka seawal tahun
1512 iaitu sejurus setelah Melaka ditawan oleh Portugis
pada tahun 1511. Sebelum melancarkan serangan, Pati
Unus telah menyiasat kekuatan Portugis di Melaka
dengan mengutuskan pedagang-pedagang Jawa yang
bertindak sebagai mata-mata.

Manakala Raden Patah pula adalah cicit Syeikh Jamaluddin al-Husain Kubro dari 241
sebelah ibunya.

Hubungan dua hala antara Demak dan Cirebon semakin erat dengan pernikahan
Pati Unus bersama Ratu Ayu, puteri Sunan Gunung Jati pada tahun 1511. Setelah
itu, Pati Unus diangkat menjadi ketua panglima gabungan tentera perikatan
Kerajaan Islam Jawa. Gelaran baginda yang baru adalah Senapati Sarjawala.
Tugas utama baginda ialah mengusir Portugis dari Kota Melaka.4

Pati Unus telah pun melakukan persiapan untuk berperang dengan Portugis di
Melaka seawal tahun 1512 iaitu sejurus setelah Melaka ditawan oleh Portugis
pada tahun 1511. Sebelum melancarkan serangan, Pati Unus telah menyiasat
kekuatan Portugis di Melaka dengan mengutuskan pedagang-pedagang Jawa
yang bertindak sebagai mata-mata. Dengan itu, Pati Unus dapat mengetahui
kekuatan dan kelemahan pertahanan Portugis. Para penyiasat atau mata-mata
dari Jawa itu juga telah melaporkan kepada Pati Unus tentang kedudukan kubu
A Famosa. Maka Pati Unus pun memerintahkan angkatan tentera Demak untuk
membina kapal-kapal perang.5

4 Rachmad Abdullah. 2016. Kerajaan Islam Demak. Hlm 42
5 Abdul Rohim. 2017. Perlawanan Demak terhadap Portugis 1513-1527 Masihi. Hlm 68

Rachmad Abdullah dalam bukunya yang bertajuk Kerajaan Islam Demak telah
menyatakan tentang persiapan perang yang dilakukan oleh Pati Unus. Setelah
Portugis menakluki Kota Melaka pada tahun 1511, Pati Unus telah membina kapal-
kapal perang dengan bantuan Sunan Kalijaga. Rachmad Abdullah menyatakan
seperti berikut:-

“Untuk mengimbangi persenjataan Katolik Portugis, armada kapal perang
Pati Unus dilengkapi pula dengan meriam-meriam besar. Ini diharapkan sanggup
menembaki benteng A Farmosa di Melaka dari jarak jauh. Kekuatan kapal-kapal
besar ini mencapai berat yang tak kepalang tanggung hingga 500 tan.” 6

Setelah melakukan persiapan beberapa lama, maka pada akhir tahun 1512, Sultan
Abdul Fattah atau Raden Patah memerintahkan Pati Unus untuk memerangi Portugis
di Melaka. Pasukan Islam gabungan Demak-Jepara-Cirebon-Banten itu terdiri dari
100 buah kapal perang dan 5000 orang tentera. Mereka berangkat dari Pelabuhan
Jepara. Pada ketika itu, Sunan Kudus bertindak menjadi panglima perang di bawah
242 pimpinan Pati Unus. Semasa dalam perjalanan ke Melaka.7

Mereka singgah di Palembang dan angkatan tentera dari Palembang turut
bersama-sama menyertai angkatan jihad ini bagi mengusir Portugis dari bumi
Melaka. Dengan penyertaan tentera-tentera dari Palembang itu, bilangan tentera
Islam bertambah kepada 12,000 orang. Setelah itu, Hang Nadim yang merupakan
bekas panglima Kesultanan Melaka bersama tentera Melayu dari Bintan turut ikut
bergabung dengan angkatan tentera Islam dari Jawa ini. 8

Pasukan jihad ini tiba di perairan Melaka pada tahun 1513. Melihat kedatangan
angkatan tentera dari Jawa itu, maka Portugis pun mengerahkan kapal-kapal

6 Rachmad Abdullah. 2016. Kerajaan Islam Demak. Hlm 44
7 Ibid. Hlm 44
8 Ahmad Dahlan. 2014. Sejarah Melayu. Hlm 156

8 USAHA KERAJAAN-KERAJAAN ISLAM DI ALAM 243
MELAYU MENGUSIR PORTUGIS DARI MELAKA

perangnya untuk menghadapi kemaraan tentera perikatan kerajaan Islam
tersebut. Portugis berjaya menenggelamkan kapal-kapal angkatan tentera Islam
ketika mereka tiba berhampiran dengan muara Sungai Muar. Sebahagian kapal-
kapal tentera Islam berjaya menghampiri perairan Kota Melaka. Maka terjadilah
pertempuran sengit antara kedua-dua pihak.9

Dalam peperangan ini, Portugis telah mencapai kemenangan. Sejumlah 30 buah
kapal perang tentera Islam berjaya ditenggelamkan oleh Portugis. Dengan itu, pada
bulan Januari 1513, Pati Unus dan Sunan Kudus bersama 60 buah kapal perang
dan 8,000 orang tentera yang masih hidup terpaksa berundur. Mereka pun pulang
semula ke Palembang dan Jawa. Setelah tiba di Jawa, Pati Unus merancang untuk
menyerang kembali Portugis di Melaka dengan serangan yang lebih hebat.

Kehebatan kapal perang Pati Unus ini turut diakui oleh Portugis. Dalam sepucuk
surat bertarikh 22 Februari 1513 Masihi yang ditujukan kepada Afonso de
Albuquerque, kapten Portugis yang bernama Ferdiando Perez de Andre telah
menulis seperti berikut:-

“Jong milik Pati Unus adalah kapal terbesar yang pernah dilihat oleh orang-orang
Portugis. Ia mampu membawa 1,000 orang tentera di atasnya dan Tuan boleh
percayakan saya….ini adalah benda yang mengagumkan untuk dilihat, kerana
kapal Portugis Anunciada tidak kelihatan seperti kapal langsung (kelihatan terlalu
kecil) apabila menghampiri jong tersebut. Kami telah menyerang jong itu dengan
meriam-meriam. Namun tembakan-tembakan meriam yang paling besar pun
gagal menenggelamkan jong ini, dan espera (sejenis meriam lama yang panjang)
yang saya miliki dalam kapal saya telah menembak jong itu tapi gagal menembusi
dindingnya. Jong itu memiliki tiga lapisan dinding, semuanya tebal melebihi satu

9 Rachmad Abdullah. 2016. Kerajaan Islam Demak. Hlm 46


Click to View FlipBook Version